Rabu, 9 November 2016

Betulkan kesilapan Umno perlu jadi agenda PPBM, kata Zaid Ibrahim

Dr Mahathir dan Muhyiddin sedar yang parti mereka perlu mengorientasi dan mengkaji semula pemikiran dan nilai Melayu, kata Zaid.
PETALING JAYA: Ramai orang Melayu tidak hidup dalam dunia sebenar dan terasing daripada realiti hingga membenarkan perbuatan rasuah, kata bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim.
“Orang Melayu menerimanya kerana mereka masih berpegang kepada idea hanya seorang pemimpin Melayu boleh mempertahankan kepentingan mereka. Oleh itu, mereka tidak berasa cukup marah apabila pemimpin-pemimpin mereka ditangkap kerana mencuri,” tulis Zaid hari ini dalam blognya.
Menggelar cara pemikiran ini sebagai satu kesalahan Umno yang dilakukan terhadap rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu, Zaid menambah ia adalah satu isu yang Tun Dr Mahathir Mohamad perlu tangani.
“Agenda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mestilah membetulkan kesalahan Umno, dan untuk mengorientasi dan mengkaji semula pemikiran dan nilai Melayu.
“Ia menjadi tugas PPBM untuk memberitahu orang Melayu yang dunia sudah berubah sejak zaman Hang Tuah. Ia menjadi tugas PPBM menjadikan Melayu sebagai manusia yang mempunyai integriti dan sanggup mempertahankan ‘maruah’ atau penghormatan mereka,” kata Zaid.
Bekas menteri undang-undang itu berkata, kepimpinan tertinggi PPBM sedar dan mengiktiraf kegagalan Umno sebagai sebuah gerakan politik bagi orang Melayu, bersetuju dengan bekas setiausaha agung Umno, Radzi Sheikh Ahmad, yang dipetik sebagai berkata parti dipimpin Dr Mahathir akan memberi Umno perlawanan sengit.
Zaid berkata kekeliruan di kalangan orang Melayu di bawah pengaruh Umno kini merayap ke dalam masalah lebih serius yang berkaitan dengan agama.
“Orang Melayu berasa satu keperluan bagi Islamic State (IS) tanpa mengetahui apa sebenar maksudnya. Mereka takut kepada DAP tetapi gembira dengan Cina dari Beijing mengambil alih negara ini.
“Selain itu, ada yang tertarik kepada ideologi IS dan menjadi lebih Taliban dalam mengekspresi Islam mereka,” katanya.
Pada PPBM sendiri, Zaid melahirkan harapan agar Dr Mahathir, yang juga pengerusi dan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya dalam usaha mereka untuk mengalahkan Umno.
“Saya percaya majoriti orang Melayu bersetuju dengan saya.
“Adakah PPBM mampu dan sanggup bercakap dalam ‘bahasa baru’ dan menyampaikan mesej baru kepada orang Melayu? Ya, ia boleh tetapi kritikan mestilah berpada-pada juga.

AS akan hilang pengaruh di Asia Tenggara jika gugurkan TPPA

Penganalisis berkata tindakan mansuh TPPA akan mengukuhkan pengaruh China di Asia Tenggara
Hoo Ke PingPETALING JAYA: Kemenangan Donald Trump dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat tidak bererti Perkongsian Trans-Pasifik akan digugurkan.
Penganalisis ekonomi dan politik Prof Hoo Ke Ping berkata Trump tidak mungkin mengugurkan perjanjian itu kerana ia akan mengukuhkan pengaruh China di Asia Tenggara, walaupun bakal presiden itu membantah TPPA dalam kempennya.
Ke Ping menjelaskan negara-negara Asia Tenggara secara keseluruhannya mempunyai 600 juta orang, bersamaan separuh daripada penduduk China dan 30% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) republik itu.
Beliau memberi amaran ketiadaan TTPA akan membolehkan China menggenakan pengaruhnya di rantau ini melalui blok perdagangan tersendiri, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
RCEP ketika ini dianggotai 10 negara Asean, Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.
Menurut Ke Ping, perjanjian tambahan TPPA memuatkan peraturan anti manipulasi matawang, mekanisme yang membolehkan sekatan dikenakan terhadap negara yang menurunkan nilai matawang secara buatan.
“Peraturan anti manipulasi matawang salah satu aspek penting untuk membendung China.
“Oleh itu, TPPa akan melindungi dolar dan eksport AS. Peraturan anti matawang ini dilaraskan ke China.”

Trump sebagai presiden, Nurul harap saman DOJ tidak terjejas

Hobi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermain golf memenangi beliau seorang lagi sekutu yang cukup berkuasa di White House.
BBC melaporkan bahawa Donald Trump yang dipilih sebagai presiden Amerika Syarikat yang ke-45 hari ini "golfing buddy" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Jurucakap Pejabat Perdana Menteri memberitahu BBC bahawa Najib memiliki gambarnya bersama Trump di atas meja.
Dalam gambar itu, Trump menadatanganidengan dengan tulisan "untuk PM kegemaran saya", kata BBC dalam liputan secara langsung pilihan raya presiden itu.
Sebelum ini, Najib juga pernah bermain golf dengan presiden Barack Obama di Hawaii.
Ketika ditemui sebuah majlis di Kuala Lumpur selepas keputusan diumumkan, Najib berkata beliau mempunyai hubungan peribadi dengan Trump.
"Saya sendiri mengenali beliau secara peribadi dan beliau bukan asing bagi saya," katanya.
Agak bebas
Sementara itu di bangunan Parlimen, Nurul Izzah Anwar berkata beliau, berharap keputusan pemilihan presiden itu tidak akan memberi kesan terhadap saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) mengenai penyalahgunaan yang dikaitkan dengan dana 1MDB.
Kata Nurul yang adalah Naib Presiden PKR, Najib berjaya mengelak banyak perkara kerana kedudukannya.
"Terima kasih kepada penguasaan mutlaknya dalam kerajaan Malaysia, dan beberapa cabang demokrasi di negara ini," katanya ketika ditemui di Parlimen.
Untuk berlaku adil, Nurul Izzah yang adalah anggota parlimen Lembah Pantai berkata DOJ sentiasa bertindak dengan cara yang agak bebas.
"Saya berharap dan percaya kes DOJ tidak akan terjejas dengan Trump sebagai presiden," katanya ketika mengulas keputusan pemilihan presiden Amerika Syarikat.

SIKAP PENGUNDI AMERIKA YANG HARUS KITA CONTOHI KEBERANIANNYA

Tidak ramai yang suka dengan Donald Trump. Berwatak keras, suka cakap lepas, ada sejarah buruk terhadap wanita, anti Asia, anti Islam dan pelbagai  ketidakwajaran lainnya, banyak yang tidak mahukan beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Lebih-lebih lagi pesaingnya, Hillary Clinton bukan calang-calang ketokohannya. Pernah menjadi First Lady ketika suaminya, Bill Clinton menjadi Presiden Amerika dan kemudian menjadi Setiausaha Negara ketika tempoh awal kepresidenan Barack Obama, ramai penganalisis antarabangsa meramalkan beliaulah yang paling layak memimpin Amerika selepas ini.

Namun Trump dari Republikan akhirnya mengejutkan dunia. Beliau diisytiharkan menang dan akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke 45 sebaik berjaya mencecah perolehan 279 undi berbanding Hillary, calon Demokrat sebanyak 218 undi pada petang tadi.

Kemenangan Trump hakikatnya tidak banyak mengubah dasar Amerika. Amerika tetap Amerika.  Sikap anti dan curiga kepada orang luar dan Islam tetap ada, cuma barangkali dalam bentuk yang berbeza. 

Trump mungkin terlalu berterus-terang memusuhi orang luar, anti Islam dan mahu membina tembok tinggi di sempadan Mexico bagi menghalang kemasukan pendatang, namun Clinton juga sebenarnya tidak jauh berbeza isi hatinya.

Tetapi ada beberapa aspek yang diharap memberi kebaikan kepada kita dengan kemenangan Trumph ini. Trump sebelum ini mengatakan mahu memansuhkan TPPA dan jika kita selama ini merasakan perjanjian itu banyak merugikan negara, terutamanya dari segi peningkatan harga ubat-ubatan dan ketidakmampuan syarikat tempatan besaing dengan syarikat-syarikat besar Amerika, kemenangan beliau sekurang-kurangnya diharapkan ada kebaikannya dari aspek tersebut.

Selain itu, Trump juga seorang yang praktikal, tegas dan keras. Dengan yang demikian, kita tentunya boleh berharap saman Jabatan Kehakiman Amerika berkaitan 1MDB akan dipercepatkan dan kita sama-sama dapat mengetahui kebenaran tentang wang kita yang didakwa disonglap dan dibelanjakan sesuka hati di sana.

Namun, yang paling penting ialah kemenangan beliau itu menunjukkan bagaimana besarnya kuasa pengundi dalam melakukan perubahan di Amerika. Tanpa memperdulikan pelbagai imej buruk yang cuba digambarkan kepada Trump, rakyat Amerika tidak terpikat untuk terus mengekalkan Demokrat menguasai Rumah Putih, sebaliknya lebih ghairah untuk memilih Republikan atas kepercayaan bahawa penggiliran parti mungkin lebih mampu memberi kebaikan kepada mereka.

JANGAN NAFI PENGARUH TUN MAHATHIR

BACHOK – Umno tidak boleh mengambil mudah pengaruh parti Bersatu yang dinaungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, pengaruh yang dibawa Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M itu tidak boleh dinafikan terutamanya dalam kalangan generasi muda yang membesar ketika era pemerintahan bekas perdana menteri itu.
Beliau berkata, BN perlu berhati-hati dan tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dalam menghadapi saingan Bersatu yang dilihat giat mendekati golongan muda dan luar bandar.
“Orang muda yang lahir dalam zaman Tun M dapat lihat bagaimana pemimpin itu mentadbir dan menguasai jiwa rakyat, itu kita tak boleh nafikan. Beliau bukan calang orang, ada pengaruh dan sokongannya tersendiri.
“Kita tak boleh ambil mudah, jadi kita kena kerja kuat untuk satukan rakyat. Bersatu pun macam Pas, dari DNA Umno. Namun, saya sedikit kecewa bila orang Melayu berpecah belah macam ni, sedangkan kita akan kuat jika perpaduan diutamakan,” katanya ketika sidang media selepas menyampaikan zakat pendapatan dan hasil padi Ladang Merdeka Kolam dekat Pak Badol, kelmarin.
Mengulas mengenai hasil ladang merdeka tersebut, Md Alwi yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) berkata, perolehan ladang merdeka itu memberangsangkan sehingga ada petani yang memperoleh RM7,000 semusim dari enam hektar tanah.
Beliau berkata, ladang merdeka diusahakan Kada berbeza dengan projek padi lain yang diswastakan kerana ladang merdeka menjana hasil pendapatan membanggakan dengan 6.7 tan metrik/hektar iaitu RM3,340/hektar.
“Ladang Merdeka Kolam adalah antara yang menjana pendapatan terbanyak di Kelantan dengan keluasan 43.18 hektar melibatkan 146 petani.
“Kita memang berhasrat untuk luaskan ladang merdeka ni tetapi kerajaan masih belum ada peruntukan,” katanya.

Ahli Parlimen terkejut, kecewa kemenangan luar jangka Trump

Kebanyakan ahli Parlimen memberi fokus kepada nasib TPPA, sama ada ia diteruskan atau sebaliknya.
trumpKUALA LUMPUR: Rata-rata ahli Parlimen yang ditemui melahirkan rasa terkejut dengan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini yang meleset daripada jangkaan banyak pihak.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata walaupun keputusan itu mengejutkan, namun ia tidak memberi banyak kesan kepada Malaysia terutama yang melibatkan hubungan ekonomi seperti Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Katanya, Malaysia masih membuat penilaian secara keseluruhan sikap Trump dalam mentadbir AS kerana apa yang diperkatakan pemimpin kontroversi itu semasa berkempen tidak sama khasnya yang melibatkan ekonomi.
“Saya tidak nampak banyak kesan akan berlaku. Kita mempunyai hubungan pelaburan yang lebih baik dengan negara-negara Asia, malah dagangan kita dengan AS hanya sekitar 15% hingga 20%.
“Soalnya, sesiapa sahaja menjadi presiden sukar untuk mengetepikan pandangan kepentingan perniagaan serta ekonomi. Kita kena bezakan apa yang menjadi retorik semasa bertanding berbanding apa yang akan dilakukan semasa memegang jawatan,” katanya ketika ditanya mengenai nasib Malaysia berhubung TPPA memandangkan Trump dalam kempen tidak bersetuju dengannya.
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kemenangan Trump satu keputusan luar jangka, sekali gus meletakkan TPPA dalam keadaan membimbangkan.
Katanya, kerajaan perlu memantau kemajuan supaya semua usaha yang dibelanjakan untuk perjanjian itu tidak menjadi sia-sia.
“Soalan pertama kami adalah sama ada TPPA akan tetap diteruskan atau sebaliknya, memandangkan Trump komited untuk menghapuskan TPPA. Ini adalah kebimbangan kita. Jika tidak ada pemantauan daripada kerajaan, perjanjian ini akan menjadi sia-sia,” katanya.
Sementara itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam berkata, terlalu awal untuk menilai sejauh mana pentadbiran presiden AS yang baharu boleh menjejaskan hubungan 2 hala dan diplomatik dengan Malaysia.
“Kita harap dapat melihat Trump sebagai presiden baru akan memainkan peranan sebagai pendamai di dunia, bermakna meneruskan perjuangan mereka untuk membantu negara lain,” katanya.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar turut melahirkan perasaan terkejut dan kecewa dengan kemenangan Trump.

BILA DATUK JO MENJAWAB PERTANYAAN HUSNI


Apakata kita layan jawapan Datuk Jo di Parlimen kepada soalan2 Husni dan soalan susulan dari Tony Pua. Sebelum2 apa, terimakasih kepada Datuk Jo kerana berani tampil menyerahkan tengkuk, untuk menjawab soalan skandal 1MDB.
Bahagian awal video di bawah ni tak payah layanla. Jo menjawab kenapa 1MDB ditubuhkan….. disebut projek2 1MDB – trx, bandar Malaysia …. TAPI kenapa Jo mengelak dari sebut projek terawal 1MDB yang menjadi permulaan segala skandal iaitu usahasama dengan Petrosaudi ?
di bawah adalah transkrip sebagaimana tercatat dalam hansard.



Oooooooo …. rajinnya Datuk Jo pi hubungi Registrar di Cayman untuk mengesahkan pemilik Aabar PJS  …… bilakah agaknya itu ?  Sebab … kenapa masa Ketua Audit Negara dan PAC siasat, 1MDB hanya mampu serahkan surat pengesahan dari EJEN Pendaftar di Hong Kong dan bukannya dari Pendaftar itu sendiri ?
Dari Laporan PAC
Dan kenapa pihak Audit Negara mengesahkan bahawa syarikat Aabar PJS Limited itu adalah PALSU, yakni tidak dimiliki oleh IPIC …. kerana dalam akaun IPIC tidak ada Aabar palsu itu ! ? So, macamana Datuk Jo boleh kata dia dah cek dengan Pendaftar di Cayman yang Aabar BVI itu milik IPIC ?

Industri: ECRL boleh dibina pada harga setinggi RM36b, bukan RM55b


Pada kos sebanyak RM91.67 juta bagi setiap kilometer, pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) menjadi salah satu daripada laluan kereta api dan kargo antara negeri yang paling mahal yang akan dibina di dunia, menurut pemain industri.
"Ia boleh menjadi projek infrastruktur kereta api yang paling mahal di dunia dalam kelasnya...Ia projek yang baik tetapi tidak pada harga yang tidak masuk akal ini," kata seorang eksekutif dari sebuah syarikat pembinaan.
Seorang penganalisis yang enggan namanya didedahkan turut bersetuju. "Terdapat unsur terlebih bayar tetapi tidak pasti apa perkaranya. Pengangkutan kereta api negeri tidak secara umumnya menelan kos yang begitu banyak."
Apabila ditanya sama ada harga yang tinggi itu mungkin kerana keperluan untuk membina terowong melalui banjaran gunung Titiwangsa, beliau menjawab 'tidak', memetik laporan oleh theedgemarkets.com.
Berbanding dengan projek MRT, LRT dan kereta api berkelajuan tinggi, ECRL adalah jauh lebih murah, namun, kesemua mod pengangkutan itu berada di bawah kategori yang berbeza.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan rasional kos pembinaan ECRL dengan harga berkenaan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017.
Kata beliau, ini bermakna 1 kilometer boleh dianggarkan mencecah RM91 juta sedangkan landasan berkembar dari Negeri Sembilan ke Johor Bharu hanya berjumlah lebih kurang RM3 juta secara keseluruhannya.
"Di manakah rasionalnya apabila kos pembinaan bernilai RM55 bilion, ini bermakna 1 kilometer boleh dianggarkan mencecah RM91 juta, sedangkan landasan berkembar dari Negeri Sembilan ke Johor Bharu hanya berjumlah lebih kurang RM3 juta secara keseluruhannya," kata beliau, memetik laporan Sinar Harian Online.
Justeru, beliau meminta satu jawatankuasa khas parlimen untuk membuat semakan.
Mengulas lanjut, laporan yang sama berkata, eksekutif berkenaan menganggarkan kos pembinaan landasan kereta api itu boleh dilakukan pada hanya RM36 bilion.
Beliau berkata, rakan sekerja industri pembinaan yang berasal dari Eropah pula percaya kos untuk pembinaan projek itu ialah RM32 bilion bagi keseluruhan laluan.

Undi Wisconsin Lonjak Trump Jadi Presiden Amerika

US election result ‘geopolitical 9/11, Trump threw media bomb & survived’ – Pepe Escobar

Dain Said: Apa peliknya Trump menang?

Analysis: Donald Trump's foreign policy expectations

Donald Trump Menang Presiden AS, Saham Dunia kucar-kacir

Kempen anti-TPPA Trump mungkin retorik untuk pancing undi sembang Menteri MITI

'Saya kenali Trump, yakin bina kerjasama baik dengan M'sia' - tiba-tiba Najib berbunyi

NAJIB BAYAR PULUH2 JUTA RINGGIT KEPADA PUAK YAHUDI TU GUNA DUIT SIAPA !!!

YANG NI... kenapa
Mufti Perak... BISU !!!
Jamal Jamban... BISU !!!
NGO-NGO pro Umno... BISU !!!
Menteri2 melayu (IC Islam)... BISU !!!
Ularmak Umno... BISU !!!
Penasihat2 Agama Negara... BISU !!!
Pejuang2 Ketuanan Melayu... BISU !!!
Mufti2 seluruh negara yg dibayar gaji oleh KERAjaan Umno/BN... BISU !!!

Harga makanan mula naik, kehidupan rakyat semakin sukar

Seminggu selepas berkuatkuasanya pemansuhan subsidi minyak masak harga makanan di kedai-kedai makan di Kuala Lumpur mula meningkat.
Tinjauan di beberapa buah kedai kopi dan restoran di Kepong serta Segambut mengesan kenaikan harga jualan bahan makanan di antara 20 sen hingga 50 sen.
Rakyat marhaen: Harga makanan mula naik, kehidupan semakin sukarManakala rakyat biasa mula bimbang merasakan pendapatan mereka menyusut dengan pantas dan tidak mampu lagi menyimpan wang bagi kegunaan di usia tua.
Rajan, 35 tahun, seorang pekerja kedai barangan elektrik mengeluh kerana wang gajinya hampir-hampir tidak mampu menyara kos kehidupan keluarga.
“Anak saya dua orang di sekolah rendah dan seorang lagi di tadika. Sekarang pendapatan saya sudah hampir tak mampu sara keluarga.
“Isteri saya sedang cari kerja separuh masa sejak enam bulan lalu tetapi masih belum berjaya. Tidak banyak yang boleh kami lakukan. Saya akan pergi menyertai perhimpunan Bersih pada 19 November nanti untuk bantah kenaikan gila-gila kos sara hidup ini,” katanya. Beliau juga memberitahu angka jualan di kedai tempatnya berkerja turun sebanyak 50% kerana pelanggan semakin berjimat cermat.
Seorang ibu tunggal, Kimberly Lee, 45 tahun pula berkata, kos sara hidup sudah berada pada paras ‘membunuh’. Beliau yang sering membeli minyak masak botol 2 kilogram memberitahu semakin sukar untuk membeli produk tersebut kerana kekurangan stok sementara harga botol 5kg pula terlalu mahal dan meningkat sehingga RM5 – RM7 hanganya.
“Mengapa hal ini berlaku, bukankah Malaysia pengeluar minyak sawit terbesar di dunia? Kenaikan harga petrol dan minyak masak serentak bawa kesusahan berganda kepada rakyat. Saya menggesa harga minyak masak 1kg dan 2kg diturunkan dengan segera,” katanya.
Selain itu, Kimberly yang bekerja di kilang mengadu pendapatannya berkurangan sejak beberapa bulan ini kerana tidak lagi dibenarkan melakukan kerja lebih masa.
“Dulu sebelum bulan Ogos, gaji saya lebih banyak. Gaji pokok RM1,300 campur kerja overtime RM500, jumlah gaji bulanan RM1,800 tetapi sejak kebelakangan ini angka tempahan dan penjualan barang kilang telah turun dan kami tidak dibenar lagi ambil overtime,” keluhnya.

Subsidi dipotong, rakyat mengamuk harga barang naik mendadak


KLUANG, 9 NOV: Tindakan kerajaan membatalkan peruntukan RM1 bilion subsidi minyak masak dan barangan keperluan harian lain telah menyebabkan peningkatan drastik harga barang keperluan sehingga amat membebankan pengguna.
img-20161109-wa0027Kesal dengan perkara itu, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata tiada sebarang pelarasan dasar dibuat oleh kerajaan demi menjamin kebajikan rakyat selepas membuat pemotongan subsidi terbabit.
Menurutnya, RM1 bilion yang kononnya ‘dijimatkan’ kerajaan patut dikembalikan kepada rakyat melalui satu rangka polisi yang lebih bersepadu dan komprehensif.
img-20161109-wa0025“Inilah tanggungjawab sebenar kerajaan untuk memastikan setiap rakyat dari semua lapisan masyarakat dapat hidup dengan lebih selesa.
“Ironinya, kerajaan hari ini memansuhkan subsidi barangan keperluan harian. Pada masa sama, membiarkan rakyat hidup melarat akibat krisis ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Sheikh Omar menjelaskan, pihaknya menerima banyak rungutan daripada warga Kluang akibat rasa tidak puas hati mereka dengan kenaikan mendadak harga minyak masak di negara ini.
Rata-rata masyarakat menganggap kerajaan telah gagal menguruskan ekonomi negara secara telus, bijak dan berhemah.
“Antara aduan paling kerap kami terima ialah, label harga pada botol minyak masak masih menunjukkan harga lama yang disubsidi.
“Tetapi, kedai atau pasaraya menjualnya mengikut harga baru yang lebih mahal tanpa subsidi selepas 1 November 2016,” ujarnya.

Beri peluang kepada ‘orang biasa’ jadi Presiden FAM

Pengalaman dan pengetahuan dalam bidang bola sepak perlu jadi ukuran utama, kata Prof Khoo Kay Khim
Khoo-Kay-Kim_fam_600
PETALING JAYA: Tan Sri Prof Khoo Kay Khim berharap pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) penggal 2017-2021 menyaksikan pencalonan orang kebanyakan yang arif dalam bidang bola sepak.
Katanya tampuk badan induk bola sepak lazimnya dipimpin ahli politik, ahli perniagaan dan orang ternama, tetapi pencapaian bola sepak negara tidak memberangsangkan.
Barangkali sudah sampai masanya “orang biasa” yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas diberi peluang, katanya.
“Orang-orang itu mesti ada pengalaman, bukan kerana kedudukan sosial dan politik. Itu bukan kelayakan. Kelayakan mesti berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.”
“Setakat ini pencapaian bola sepak kita tidak ada apa-apa,” katanya kepada FMT, mengulas pemilihan yang akan diadakan pada 25 Mac tahun depan.
“Kalau pasukan masih selalu kalah…lawan Timor-Leste pun kalah…susahlah nak naikkan ranking dunia,” tambahnya.
Semakan ranking dunia terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Oktober 2016 menunjukkan Malaysia corot 19 kedudukan ke tangga 164 di dunia.
Jawatan presiden bagi penggal 2014-2018 disandang Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
FAM berkata pencalonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 23 Januari dan senarai akhir akan disahkan pada 20 Februari.
“Orang biasa perlu diberi peluang menjadi presiden FAM untuk 2 atau 3 tahun dan baru kita boleh lihat kejayaan yang ada. Kalau tidak, dia sendiri mesti berundur dan beri peluang kepada orang lain,” kata Kay Khim.

'Himpunan PAS menjelang BERSIH5 adalah kebetulan’ - PJ Selangor

Keputusan PAS bagi mengadakan Himpunan Ledakan Suara Rakyat (LASAK) seminggu lebih awal daripada BERSIH5 adalah kebetulan semata-mata.
Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, LASAK bukan bertujuan untuk menyaingi BERSIH5.
“Adalah secara kebetulan LASAK dianjurkan seminggu sebelum BERSIH 5.
“Tarikh 13 November dipilih kerana ia adalah sejurus selepas Bajet kerajaan persekutuan dan belanjawan kerajaan negeri Selangor dibentangkan.
“Ia akan memberi peluang kepada rakyat untuk menyatakan pandangan mereka terhadap bajet dan belanjawan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
LASAK akan berlangsung di sebuah padang awam di Taman Medan, Petaling Jaya mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.
Iskandar berkata himpunan itu bertujuan supaya pemimpin rakyat dan kerajaan dapat mendengar masalah yang membelenggu rakyat.
“Program hari itu akan menghimpunkan wakil-wakil dari pelbagai kelompok rakyat yang akan meluahkan hasrat hati mereka.
“Di antara yang akan berucap adalah wakil-wakil anak muda, pendidik, wanita, veteran tentera, pekerja, peniaga kecil, petani, nelayan, penggiat seni, pembeli rumah dan mahasiswa.
“Himpunan ini adalah penting kerana terdapat beberapa perkembangan terkini negara yang akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat,” katanya.
Beliau menggesa orang ramai untuk hadir sebagai tanda solidariti bersama rakyat marhaen yang berhadapan dengan kesempitan hidup di bawah pentadbiran BN.
Katanya, Mursyidul Am PAS baru, Hashim Jasin akan memberi ucapan penutup pada himpunan berkenaan.

Menuntut kembali negara kita melalui Bersih 5


Salah satu keunikan negara kita adalah jangka hayat panjang rejim pemerintah yang tidak pernah sekalipun kalah dalam pilihan raya umum sejak merdeka enam dekad yang lalu. Walau bagaimanapun, rekod unggul ini tiada kaitan dengan prestasi atau populariti. Sebaliknya, ia dicapai atas kemampuan luar biasa kerajaan untuk terus memastikan peraturan permainan diatur untuk memihak mereka.
BersihBuktinya jelas apabila kita meneliti strategi persempadanan semula kawasan pilihan raya yang telah dilaksanakan sejak bertahun-tahun. Malah, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri pernah mengakui bahawa semakan sempadan pilihan raya sering dijalankan dengan matlamat untuk memastikan keputusan politik yang memihak kepada parti pemerintah.
Hasil daripada itu, Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum yang lepas dengan 60 peratus kerusi parlimen walaupun hanya mendapat 47 peratus undi popular, manakala gabungan pembangkang hanya memenangi 40 peratus kerusi meskipun menerima 51 peratus undi. Jelas sekali, kehendak pengundi tidak dicerminkan pada keputusan pilihan raya. Dengan cadangan persempadanan semula yang baru diumumkan oleh SPR, adalah jelas bahawa kehendak pengundi bukanlah keutamaan kerana agihan pengundi akan bertambah tidak sekata.
Mengabaikan Perlembagaan
Peruntukan perlembagaan pun tampaknya diabaikan oleh SPR. Secara khusus, subseksyen 2(c) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa:
“bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya;”
Implikasi utama daripada peruntukan ini adalah bahawa saiz kerusi dalam sesebuah negeri sepatutnya sedapat mungkin lebih kurang sama antara satu sama lain, dengan kaveat yang membenarkan perwakilan yang lebih berdasarkan saiz kawasan. Dalam erti kata lain, kawasan yang besar dari segi geografi dibolehkan mempunyai pengundi lebih kecil berbanding kawasan bandar yang padat, namun had perbezaannya kini tidak jelas berikutan pindaan Perlembagaan pada tahun 1973 yang mengeluarkan klausa yang menentukan bahawa sesebuah kawasan luar bandar boleh memiliki separuh daripada pemilih sesebuah kawasan bandar. Sungguhpun begitu, adalah munasabah untuk menganggap bahawa perbezaan bilangan pemilih antara mana-mana dua kerusi di dalam sesebuah negeri tidak patut melebihi dua atau tiga kali ganda, ataupun lebih lagi seperti yang berlaku kini.
Namun, nampaknya SPR sama sekali tidak menghiraukannya. Satu contoh ketara adalah kes kawasan dewan undangan negeri Paya Terubong dan Air Putih di Pulau Pinang. Bilangan pemilih Paya Terubong telah meningkat kepada 41,707 pengundi sementara Air Putih berkurang kepada 12,752 pengundi. Perbezaan 3.3 kali ganda ini amat menghairankan, khususnya apabila kedua-dua kerusi ini adalah jiran secara geografi.
Di peringkat kawasan parlimen pula, dua kawasan dari daerah yang sama, iaitu Bukit Gelugor dan Tanjong, juga memperlihatkan pengagihan pengundi yang sangat tidak sekata. Dengan 84,755 pengundi, Bukit Gelugor adalah kawasan parlimen terbesar di Pulau Pinang manakala Tanjong adalah yang paling kecil dengan hanya 50,324. Ini bermakna beza bilangan pemilih antara Bukit Gelugor dan Tanjong adalah 1.68 kali ganda. Dalam kes ini, sepertimana dalam kes Paya Terubong dan Air Putih juga, jurang yang begitu mencolok tidak sepatutnya timbul kerana alasan bagi membolehkan perbezaan bilangan pemilih tidak terpakai kerana ia semuanya melibatkan kerusi di kawasan bandar yang tidak mempunyai masalah logistik.
Mengalihkan tiang gol
Jelas sekali, kegagalan untuk melakar semula sempadan bagi menyeimbangkan saiz kawasan pilihan raya adalah pengabaian tugas oleh SPR. Pun begitu, sementara impak politik bagi kes-kes pembahagian pengundi yang tidak sekata di Pulau Pinang mungkin boleh dikatakan tidak cukup signifikan untuk memberi kesan kepada neraca politik di negeri itu, pencabulan subseksyen 2(c) yang turut berlaku di Selangor sudah tentu akan mengakibatkan kesan yang mendalam.
Cadangan persempadanan semula yang diumumkan untuk Selangor amat drastik dan terang-terangan direka untuk mencapai matlamat politik pemerintah kerajaan pusat. Berdasarkan perubahan yang dicadangkan, beberapa kerusi parlimen yang dikuasai pembangkang telah diperbesarkan dengan memasuki daerah-daerah mengundi yang cenderung kepada pembangkang bagi membentuk kubu kuat pembangkang yang amat besar. Hal ini juga bermaksud bahawa kerusi jiran akan kehilangan penyokong pro-pembangkang mereka.

Manifestasi melawan kerangka dan pemegang kuasa, tidak sentiasa indah


Pada hemat saya, pertarungan untuk kerusi Presiden Amerika ini wajar dianalisa daripada sudut pandangan Parti Demokrat melawan Parti Republikan; atau pendokong establishment melawan mereka yang anti-establishment. Saya tetap tegas dan teguh dengan pendirian saya sebagai seorang pendokong Demokrat, tidak kira menang atau kalah.
Sebagai penyokong Bernie Sanders sejak awal lagi, saya merasa untuk parti Demokrat benar-benar memberi kesan dalam suasana yang begitu anti-establishment ini, adalah lebih wajar untuk diangkat seorang Demokrat yang anti-establishment untuk melawan Republikan yang anti-establishment.
Apatah lagi, sekiranya kita bandingkan pencalonan Hillary Clinton oleh parti Demokrat yang dilihat sebagai gadis poster (meski tanpa mengenepikan keupayaan dan pengalaman beliau) kepada politik struktur dengan Trump yang ditentang oleh pihak-pihak dari dalam mahupun di luar arus perdana parti Republikan (tidak kira keupayaan dan pengalaman beliau), cukup untuk kita simpulkan bahawa pihak parti Demokrat telah memilih strategi yang kurang bijak.
Teori ini jelas tidak disokong oleh para Demokrat, maka tutup ceritalah. Tak perlu sembang panjang lagi.
Pentadbiran Obama telah membawa Amerika Syarikat ke jalan tengah, walaupun masih masih di sebelah kanan spektrum politik. TPPA dan berbagai lagi dasar neoliberal dan beranasir kanan telahpun dibawa dan kezalimannya susah untuk dinafikan. Pada waktu yang sama, unsur-unsur kekiriannya juga turut terpamer. Justeru, jalan tengah pragmatik atau ‘Jalan Ketiga’ telah terbukti sebagai jalan yang tak tentu arah dan membuka ruang kepada polarisasi dan sentimen anti-establishment yang begitu ketara di depan mata kita.
Selepas model pentadbiran dan ekonomi yang begitu neoliberal (tak nafikan Demokrat juga penyumbang besar kepadanya) selama ini, yang telah membawa krisis-krisis ekonomi dan kewangan, serta pentadbiran Rumah Putih selama dua penggal yang dipegang buat kali pertama oleh seorang African American, puak-puak perkauman telah lama memaksimakan peluang untuk memainkan sentimen perkauman dan dasar perlindungan.
Teladan yang patut kita ambil daripada piliharaya Amerika
Gagasan ‘Jalan Ketiga’ memang telah gagal dan kehilangan kepercayaan orang ramai kerana komponen Neoliberalisme, ekonomi pasaran bebas dan ekonomi titis menitis sudah jelas tidak membawa manfaat kepada sesiapa yang tidak memegang kuasa. Sistem yang terlalu lama dikawal, dipandu, direkabentuk secara khusus oleh dan bagi satu golongan kecil masyarakat hanya akan membawa kegilaan yang kita bakal, bahkan sedang kita saksikan.
Kesimpulannya, cukup ramai manusia di seluruh dunia berkehendak kepada suatu revolusi – suatu langkah menjauhi sistem yang menindas. Walaupun yang kita saksikan di US adalah satu pelarian ke arah yang lebih:

22 dasar baharu Pakatan Harapan belum dibincang


Konvensyen Pakatan Harapan Perak di Ipoh Ahad lalu.Konvensyen Pakatan Harapan Perak di Ipoh Ahad lalu.
Parti Amanah Negara Perak menjelaskan kenyataan bersama yang dikeluarkan atas nama Pakatan Harapan Negeri Perak oleh Pengerusi DAP negeri sebenarnya masih belum dibincangkan di dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan negeri dan hanya bersifat pandangan sebelah pihak.
Menurut Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi, butiran 22 perkara yang terkandung dalam 'kenyataan bersama' itu sebenarnya adalah cadangan-cadangan yang dilontarkan Pengerusi DAP negeri Nga Kor Meng ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan Perak di Ipoh, 6 November lalu.
"Amanah Perak ingin menegaskan bahawa pandangan tersebut adalah merupakan cadangan atau pandangan peribadi beliau (Kor Meng) semata-mata dan mengharapkan ianya mesti di bawa ke dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan Perak terlebih dahulu untuk diperhalusi dengan lebih teliti dan disepakati bersama demi kebaikan rakyat Perak seluruhnya," kenyataan media Asmuni dipetik.
Sebuah akhbar harian tempatan hari ini menyiarkan laporan berhubung 22 dasar baharu Pakatan Harapan yang didakwa diputuskan dalam Konvensyen Pakatan Harapan negeri.
Ini termasuk isu membabitkan tanah rizab Melayu dan taraf Bumiputera.

Khuatir Trump menang, pasaran saham Asia Tenggara menjunam

Prestasi calon Republican Donald Trump menggemparkan para pelabur yang mengharapkan kemenangan Hillary Clinton
trump
PETALING JAYA: Pelabur yang khuatir melihat calon Republican Donald Trump mendahului persaingan presiden Amerika Syarikat menyebabkan pasaran saham Asia Tenggara menjunam hari ini, lapor Reuters.
Trump memenangi beberapa negeri penting seraya membuka laluan kepada hartawan kontroversi itu menaiki tangga Rumah Putih, menggemparkan para pelabur yang mengharapkan kemenangan calon Demokrat Hillary Clinton.
Pasaran saham Singapura turun 1.8% ke paras terendah sejak penghujung Jun. Minyak dan gas paling terkesan ketika harga minyak global menjunam. Saham pembina rig Sembcorp Industries turun 4.6%, peratusan terbesar dalam 7 bulan ini.
Pengusaha kasino Genting Singapore dan Golden Agri-Resources juga antara yang terkesan.
Pasaran saham kewangan Singapura, komponen terbesar indeks turun 1.7%.
Index utama Indonesia turun 2%, mencecah ke paras terendah sejak United Kingdoms mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah pada Jun, diheret oleh pasaran tenaga dan kewangan.
Timbalan gabenor bank pusat Indonesia, Perry Warjiyo berkata pihaknya bersedia untuk menstabilkan rupiah sekiranya berlaku ketidakstabilan.
Pasaran saham Filipina turun 1.4% diheret pasaran kewangan dan pengguna.
BDO Unibank Inc dan Bank of Philippine Islands masing-masing turun 3.2% dan 2.7%.
Pasaran saham Thailand turun 1.4% manakala Malaysia turun 1%.

Syarikat projek landasan bukan milik kerajaan, Rafizi dakwa menteri bohong

Projek Landasan Keretapi Pantai TimurProjek Landasan Keretapi Pantai Timur

Syarikat yang didakwa mewakili kerajaan Malaysia dalam projek pembinaan landasan keretapi Pantai Timur tidak dimiliki Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) tetapi dimiliki dua kakitangan Kementerian Kewangan, dedah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Menurut Naib Presiden PKR itu, jika MRL Sdn Bhd dimiliki oleh MOF Inc, maka dua saham bernilai RM1 setiap satu itu akan didaftarkan di atas nama MOF Inc dan bukannya dua individu terbabit.
Sehubungan itu, Rafizi menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan melakukan pembohongan apabila mendakwa  MRL Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh MOF Inc.
Beliau merujuk wawancara Abdul Rahman Dahlan dengan SinarTV yang mendakwa Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dimiliki Kementerian Kewangan.

Malah tambah Rafizi, jika dua pemilik saham tersebut iaitu Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail bersetuju memindahkan saham mereka kepada MOF Inc, beliau mempersoalkan proses kelulusan yang akan diguna pakai untuk membenarkan MOF Inc yang dimiliki rakyat mewarisi hutang bernilai RM46 bilion yang ditandatangani oleh sebuah syarikat yang pada masa kontrak ditandatangani tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Malaysia?
"Kenyataan Dato’ Rahman Dahlan semalam mengesahkan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak berhasrat untuk menggunakan muslihat yang sama yang digunapakai semasa memindahkan hutang 1MDB melalui SRC International kepada rakyat: SRC berhutang RM4 bilion semasa ia masih anak syarikat penuh 1MDB, selepas wang sudah diambil maka MOF Inc bersetuju menerima pemindahan saham dari 1MDB kepada MOF Inc.
"Akhirnya, hutang RM4 bilion yang sebenarnya diambil oleh 1MDB melalui SRC telah dimiliknegarakan dan dibebankan kepada rakyat.
"Perkara yang sama juga akan berlaku dengan MRL yang mengendalikan ECRL ini," ujarnya.
Rafizi turut mempersoalkan kenyataan Abdul Rahman bahawa kontrak yang dianugerahkan kepada CCCC (syarikat milik kerajaan China) sememangnya berjumlah RM46 bilion dan bukannya RM55 bilion kerana ia hanya melibatkan pembinaan sistem keretapi dari Tumpat ke Gombak sepanjang 600 km dan tidak termasuk sistem dari Gombak ke Pelabuhan Kelang sepanjang 88 km.
Sebelum ini, nilai projek landasan keretapi Pantai Timur itu menjadi persoalan apabila laman web CCCC menyatakan projek itu bernilai RM46 bilion sedangkan Perdana Menteri menyebut ianya bernilai RM55 bilion.

Terjejaskah M'sia bila Trump jadi presiden AS?

Walaupun beberapa penganalisis politik meramalkan Hillary Clinton akan menjadi presiden AS ke-45, ternyata Donald Trump dari Republikan mengalahkan beliau hari ini.
Selain memenangi jawatan presiden AS, Trump turut memeranjatkan banyak pihak setelah mencatat kemenangan mengejutkan di negeri-negeri sengit termasuk Florida, Ohio dan Carolina Utara.
Namun, selepas sudah terang lagi bersuluh Trump mendahului perlumbaan, nilai dolar AS menjunam manakala pasaran saham pula menunjukkan trend terkebelakang.
Para pelabur pula, di sisi lain, berasa bimbang jika kemenangan Trump itu akan mencetuskan ketidak tentuan global.
Di sebalik semua, apa maknanya kemenangan Trump ini untuk Malaysia?
Malaysiakini menemu bual beberapa penganalisis bagi mendapatkan petunjuk mengenai implikasi kemenangan jutawan AS kontroversi itu kepada Malaysia.
Felo kanan Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam di Singapura, Oh Ei Sun percaya Trump akan menggunakan pendekatan lebih pragmatik dalam berurusan dengan negara-negara asing.
"Sebagai ahli perniagaan, Trump akan berkata apa sahaja yang pelanggan (pengundi) mahu mendengar, beliau akan sekat apa jua urusniaga untuk kekal berkuasa," jelas Oh.
Pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania, James Chin pula, di sisi lain berkata, Trump akan menumpukan seluruh perhatian kepada AS sebagai permulaannya.
"Kita akan melihat lebih banyak perlindungan perdagangan kepada Amerika dan tindakan ini akan menjejaskan negara-negara kecil seperti Malaysia."
Berkenaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) - yang dimeterai awal tahun ini - kedua-dua penganalisis percaya perjanjian perdagangan itu 'terbatal' setelah Trump telah menyatakan secara jelas bahawa beliau menentang perjanjian itu.
Jadi, apa yang bakal terjadi kepada pakatan perdagangan?
Oh menegaskan bagaimana kerajaan AS telah, pada masa lalu, memeterai banyak perjanjian dengan tidak mendapat pengesahan Senat.

Mengapa projek ECRL lebih penting dari bina universiti & hospital?

Projek ECRL akan dilaksanakan dengan tiga fasa.Projek ECRL akan dilaksanakan dengan tiga fasa.

Mengapa projek landasan keretapi Pantai Timur (ECRL) lebih diutamakan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak berbanding pembinaan universiti, hospital dan subsidi minyak masak?
Soalan itu dikemukakan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahalan dalam satu kenyataan media yang dkeluarkan hari ini.
Rafizi mengulas kenyataan yang dibuat Abdul Rahman ketika ditemubual SinarTV berhubung projek ECRL.
Naib Presiden PKR itu melahirkan kebimbangan sama ada projek mega itu dilaksanakan bagi kerajaan menyelesaikan tanggungan hutang 1MDB atau mengumpul dana pilihan raya umum yang dijangkakan pada tahun hadapan.
"Saya bimbang ia berkaitan dua peristiwa besar yang boleh berlaku dalam tahun 2017: pembayaran hutang-hutang 1MDB termasuk satu bayaran berjumlah RM14 bilion (atau USD3.5 bilion) kepada IPIC jika 1MDB kalah dalam proses timbangtara dan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Kedua-dua ini menelan belanja yang besar dan wang segera diperlukan," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mahu Abdul Rahman menjelaskan secara terbuka sama ada wujud perjanjian-perjanjian lain di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Kerajaan China membabitkan penyaluran dana kepada pihak-pihak lain yang akhirnya boleh membantu menanggung perbelanjaan membayar hutang 1MDB atau perbelanjaan PRU14.

Media perlu bebas dari parti politik, kata bekas editor Utusan

Bekas editor kanan akhbar Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain berkata sudah tiba masanya organisasi media di negara ini bebas daripada kawalan parti politik.
"Organisasi media di negara ini perlu bebas daripada dikawal berbanding keadaan sekarang yang terlalu mengongkong.
"Ini bagi mengangkat maruah dan martabat media agar lebih bebas dari dikawal secara terang-terang," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia yang meminta Umno selaku pemegang saham terbesar Kumpulan Utusan melepaskan pegangan mereka dalam syarikat akhbar Melayu tertua di negara itu.
"Saya sokong gesaan NUJ dan dah sampai masanya untuk parti politik tidak menjadi pemodal kepada organisasi media," kata Ku Seman kepada Malaysiakini.
Mengulas lanjut, Ku Seman berkata tindakan tidak mencampuri pengurusan dalam sesebuah organisasi media mampu mengangkat maruah dan martabat media agar lebih bebas.
Beliau mengambil contoh di negara luar di mana parti- parti politik tidak menguasai pegangan saham dalam sesebuah organisasi media.
"Kalau kita tengok di negara lain pun tidak ada parti politik yang menguasai saham dalam organisasi media, tapi mungkin mereka cuma mempengaruhi pengarangnya sahaja," tambah Ku Seman.

Elok pembangkang teliti kempen Trump, kata PKR

Gesa Siasat Makanan Tahun Baru Cina RM81.3 juta

Donald Trump speaks after being elected President of the United States

Donald Trump menang, kini Presiden AS baharu

 Donald Trump
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) menyaksikan satu perubahan baru apabila calon Republikan, Donald Trump menang dengan 276 undi mengalahkan calon Demokratik, Hillary Clinton.
Trump memenangi jawatan tersebut setelah berjaya menakluki Wisconsin dengan mendapat 10 undi terakhir mendapatkan 276 undi tersebut.
Para pengundi di sana nyata lebih mempercayai kata-kata ahli perniagaan selebriti tersebut berbanding dengan bekas setiausaha Amerika Syarikat itu.
Sebelum ini, Clinton mengatasi Trump dalam undian awal serta sebanyak 36 daripada 50 negeri termasuk swing state, Florida dan Ohio menawarkan proses pengundian awal membolehkan pengundi di kawasan terbabit membuang undi sebelum hari mengundi yang berlangsung semalam.
Trump memenangi bandar-bandar besar seperti Kansas,Missouri, Indiana, Ohio, West Virginia, Oklohoma, Arkansas, Texas, Lousiana, Missisippi, Alabama, Tennesse, Kentucky, West Virgina dan South Carolina,Iowa, Utah, Pennsylvania dan Georgia.
Manakala, Clinton pula memenangi Colorado, New Mexico, Illinois, New York, Vermont, Massachussets, Rhode Island, Connecticut, New Jersey, District of Colombia, Maryland,Hawaii Delaware,Washington,Virgina dan Nevada .
Kelihatan penyokong-penyokong Trump bersorak kemenangan  dan bertepuk tangan apabila poll menunjukkan  beliau berjaya memenangi Presiden.

SPLASH: MB dakwa Khalid hipokrit, bohongi rakyat

Datuk Seri Azmin Ali berkata Tan Sri Khalid Ibrahim perlu bertanggungjawab dengan tindakannya sebelum ini dan berhenti berbohong kepada rakyat.
azmin-khalid
SHAH ALAM: Pendedahan tawaran sebenar sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) hanya untuk mendedahkan sikap sebenar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata Khalid sebagai bekas menteri besar negeri itu seharusnya bertanggungjawab dengan tindakannya sebelum ini dan berhenti berbohong kepada rakyat.
“Kenapa perlu bohong kepada rakyat? Dia (Khalid) sebut RM250 juta. Saya ada bukti dan tunjuk di Dewan Undangan Negeri Selangor dan SPLASH setuju tawaran tersebut.
“Yang saya dedahkan ialah hipokrasi Khalid dan itu perkara utamanya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar DUN Selangor.
Azmin pada Selasa lalu meminta Khalid menjawab tuduhannya di DUN Selangor.
Beliau berkata pihaknya mempunyai dokumen dan surat yang membuktikan tuduhan itu ketika Khalid menerajui Selangor.
Khalid juga sebelum ini menafikan sewaktu memegang jawatan menteri besar Selangor tidak pernah memaklumkan kepada DUN berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya pada 19 Julai 2009.
Pada masa sama, Azmin berkata buat masa ini pengambilalihan SPLASH ditangguhkan selama 6 bulan atas permintaan kerajaan persekutuan yang mahu melantik penilai bebas antarabangsa dalam menentukan harga dibayar kepada SPLASH.
Katanya, kerajaan negeri bersetuju dan menyokong tindakan kerajaan persekutuan itu bagi membolehkan satu harga ditentukan dan disokong semua pihak.
“Walaupun kerajaan negeri ambil tindakan sama setahun lalu (lantik penilaian bebas antarabangsa), tetapi kita dukung tindakan kerajaan persekutuan itu.
“Jadi proses perbincangan masih berjalan di antara kerajaan negeri dengan persekutuan,” katanya.
Sementara itu, Azmin tidak akan menghalang sekiranya Adun Barisan Nasional ingin membawa percanggahan nilai sebenar tawaran kepada SPLASH ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

‘Warkah Terbuka’ SPRM dicadang rujuk Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad dicadang untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, ketetapan berkenaan perlu dikemukakan selepas merujuk ‘Warkah Terbuka’ Dzulkifli berhubung dakwaan korup mengaitkan ahli politik dan badan kehakiman negara.

“Kita tidak tahu kenyataan tersebut ditujukan kepada sesiapa, sama ada Ahli Parlimen Barisan Nasional atau sebaliknya. Justeru wujud persoalan adakah institusi Parlimen ini korup?
“Beliau perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas ini dan menamakan individu korup itu sama ada individu tersebut adalah menteri atau MO1 (Malaysian Official One) sendiri,” kata pemimpin veteran DAP itu.
Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Rakyat, di Parlimen pagi ini.
Susulan cadangan tersebut, Sidang Dewan gamat seketika apabila beberapa ahli Parlimen BN termasuklah anggota Parlimen Baling, Abdul Azzez Abdul Rahim menentang cadangan usul tersebut.
Dzulkifli menerusi warkah terbukanya mengingatkan supaya ahli politik dan badan kehakiman supaya tidak terbabit dengan rasuah dan salah guna kuasa.
“Jangan kamu khianati amanah rakyat. Jangan hanya mahu didendang dan dijulang di persada takhta, sedang pertimbangan dan kepentingan rakyat dibiar alpa.
“Segala janji yang ditaburkan, harus dijelmakan menjadi lebih dari sekadar harapan,” katanya menerusi Warkah Terbuka Buat Rakyat Malaysia sempena 100 hari berkhidmat menerajui SPRM.
Terdahulu, Dzulkifli menerajui SPRM selepas mengambil alir tugas daripada pendahulu sebelumnya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bermula 1 Ogos 2016 lalu.

'Pertubuhan silat tak terlibat himpunan baju merah' - Silat Gayung Pusaka Malaysia

Guru Utama Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia, Majid Mat Isa memberi amaran kepada semua anak muridnya agar tidak menyertai himpunan yang dianjurkan oleh gerakan baju merah.
Majid berkata, ini kerana pertubuhan silat itu tidak mencampuri urusan politik demi menjaga nama baik persilatan.
"Mana-mana anak silat yang menyertai mana-mana himpunan mahu pun yang dijadualkan akan datang saya akan balun dan tentang mereka.
"Kita juga telah memberi arahan kepada anak-anak gayung Pusaka jangan sertai himpunan akan datang.
Kalau sertai juga dan kita dapat tahu, kita akan panggil dan ambil tindakan kepada mereka," kata Majid kepada Malaysiakini.
Malah, tegas Majid, aksi silat yang dipersembahkan pada himpunan membantah portal berita Malaysiakini Sabtu lalu bukan dari persatuan seni silat itu.
"Kita Persatuan Seni Gayung Pusaka Malaysia tak campur masalah orang lain dan yang pandai-pandai tunjuk silat hari itu pun bukan dari anak silat kita tetapi orang yang mahu busukkan nama silat gayung.

US election: How did Hillary Clinton lose?

Mahfuz Persoal Akta MKN Lulus Tanpa Persetujuan Agong

'Cadangan Trump tolak TPPA jika jadi presiden, itu hanya retorik politik' - Shahril Samad

US election: Donald Trump wins the White House

Rafizi jangka satu lagi ‘SRC’ dalam syarikat RM2 ECRL

l Saya telah meneliti jawapan-jawapan yang diberikan oleh Datuk Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu temuramah ringkas yang diberikan kepada SinarTV.
Secara ringkasnya, Datuk Rahman Dahlan mendakwa bahawa:
• Syarikat bermodal RM2 yang mewakili Kerajaan Malaysia iaitu Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dimiliki oleh Kementerian Kewangan. Oleh itu, walaupun modalnya hanyalah RM2 ia masih lagi sebuah syarikat yang kukuh kerana dimiliki Kementarian Kewangan
• Jumlah kontrak yang dianugerahkan secara rundingan terus kepada syarikat milik Kerajaan China iaitu CCCC sebanyak RM46 bilion hanyalah melibatkan pembinaan sistem keretapi dari Tumpat ke Gombak sepanjang 600 km. Ia tidak termasuk sistem dari Gombak ke Pelabuhan Kelang sepanjang 88 km.
• Kerajaan BN menganggarkan sistem keretapi dari Gombak ke Pelabuhan Kelang sepanjang 88 km yang kosnya belum dimuktamadkan bernilai RM9 bilion. Oleh itu, jumlah kos yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah RM55 bilion.
Saya ingin memberi maklumbalas dan bidasan bagi setiap perkara yang ditimbulkan seperti berikut:
1) MRL dimiliki oleh Kementerian Kewangan
Saya sertakan paparan skrin dari maklumat syarikat MRL Sdn Bhd yang saya perolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semasa saya mendedahkan mengenai syarikat RM2 ini dua hari lalu di lobi Parlimen:
• Mengesahkan MRL ditubuhkan pada 26 September 2016
• Mengesahkan MRL hanya bermodal berbayar RM2
• Mengesahkan bahawa pengarah-pengarahnya adalah individu yang bekerja dengan Kementerian Kewangan
• Mengesahkan bahawa saham RM2 dimiliki individu bukan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc)
Sementara saya tidak mahu memanjangkan isu syarikat RM2 ini kerana saya yakin dua orang pegawai kanan Kementerian Kewangan itu telah menjadi kambing hitam, saya perlu memperbetulkan pembohongan fakta oleh Datuk Rahman Dahlan.
Setakat hari ini, MRL Sdn Bhd tidak dimiliki oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) seperti yang didakwa oleh beliau semalam. Ia dimiliki oleh dua orang individu yang bekerja di Kementerian Kewangan.
Jika MRL Sdn Bhd dimiliki oleh MOF Inc, maka dua saham bernilai RM1 setiap satu itu akan didaftarkan di atas nama MOF Inc.
Maka apabila Datuk Rahman Dahlan mendakwa isu modal berbayar RM2 itu sepatutnya tidak ditimbulkan kerana MRL Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh MOF Inc, itu sebenarnya satu pembohongan.
Malah, jika pun kedua-dua orang pemilik saham sekarang iaitu Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail bersetuju memindahkan saham mereka kepada MOF Inc, apa proses kelulusan yang akan digunapakai untuk membenarkan MOF Inc yang dimiliki rakyat mewarisi hutang bernilai RM46 bilion yang ditandatangani oleh sebuah syarikat yang pada masa kontrak ditandatangani tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Malaysia?
Kenyataan Datuk Rahman Dahlan semalam mengesahkan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berhasrat untuk menggunakan muslihat yang sama yang digunapakai semasa memindahkan hutang 1MDB melalui SRC International kepada rakyat: SRC berhutang RM4 bilion semasa ia masih anak syarikat penuh 1MDB, selepas wang sudah diambil maka MOF Inc bersetuju menerima pemindahan saham dari 1MDB kepada MOF Inc.
Akhirnya, hutang RM4 bilion yang sebenarnya diambil oleh 1MDB melalui SRC telah dimiliknegarakan dan dibebankan kepada rakyat.

Yahudi....Sama-sama kita renungkan...

Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW:

“Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik” -(Riwayat Ibnu 'Adi)

Duta AS: Hubungan dengan Malaysia terus kukuh tak kira siapa menang

Pemangku duta AS mengakui akan terdapat perubahan dalam perhubungan dengan pasukan baru di Washington tetapi hubungan asas tidak akan berubah.
Edgard-KaganKUALA LUMPUR: Detik penentuan bagi penentuan presiden Amerika Syarikat (AS) turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia terutama siapa bakal memenangi dan bagaimana dasar luarnya akan memberi kesan kepada hubungan dengan Malaysia.
Pemangku Duta AS, Edgard Kagan memberi jaminan walaupun mungkin terdapat keadaan yang rumit, ikatan antara kedua-dua negara, yang terjalin bertahun-tahun akan tetap sama, jika tidak bertambah baik.
“Hubungan AS-Malaysia meningkat secara mendadak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia mencerminkan hubungan yang kuat antara negara kita, hubungan rakyat dengan rakyat, dan kepentingan yang memacu kita.
“Saya benar-benar yakin kepentingan Asia kepada AS tidak akan berubah.
“Sudah pasti terdapat keadaan yang rumit dalam perhubungan, sudah pasti akan ada beberapa perubahan daripada pasukan baru yang mengambil alih, tetapi hubungan yang mendasarinya tidak akan berubah,” katanya pada sidang media di Hotel JW Marriott.
Kedutaan AS menjadi tuan rumah bagi pemerhatian pilihan raya negara itu secara langsung di hotel, dalam suasana meriah sebagaimana dijangka.
Booth disediakan bagi memberi maklumat kepada mereka yang hadir tentang bagaimana pilihan raya presiden AS dijalankan.
Terdapat juga pusat mengundi “olok-olok” untuk membolehkan rakyat Malaysia mengalami sendiri bagaimana pengundian di AS berjalan.
Kagan menyedari minat “luar biasa” rakyat Malaysia terhadap pertandingan presiden AS, berkongsi dengan media yang sejak setahun yang lalu ke mana sahaja beliau dan rakan-rakannya pergi, mereka dihujani dengan soalan mengenai pilihan raya.
“Ia benar-benar mencerminkan sesuatu yang sangat positif mengenai hubungan. Ini bukan sahaja tentang hubungan antara pemimpin, kerajaan atau perniagaan, tetapi ia juga tentang hubungan antara manusia.
“Dan ini adalah sesuatu yang kami bekerja keras untuk menggalakkan dan kami rasa tidak ada cara yang lebih baik untuk negara kita bekerja bersama-sama.”
Bagaimanapun, terdapat beberapa hadirin yang menyuarakan keraguan terhadap jaminan kedutaan, terutama pada masa laporan ini ditulis, calon Republikan Donald Trump adalah mendahului.
Seorang lelaki yang bercakap kepada FMT dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata beliau bimbang kekurangan pengalaman Trump terhadap dasar luar mungkin memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Kos RM5.2 juta acara pelancongan, SPRM digesa siasat Ng Yen Yen

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat bekas menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yeng mengenai perbelanjaan lebih RM5.2 juta oleh kementerian itu di parlimen yang diwakilinya sebelum ini di Raub, Pahang.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata perbelanjaan yang diketengahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira kementerian itu dibuat tanpa justifikasi.
"Menurut laporan itu, arahan datang dari ibu pejabat kementerian pelancongan. Siapa yang beri arahan? Mesti menteri, betul?" kata Loke dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
Laporan PAC yang dibentangkan semalam menunjukkan 12 acara yang diadakan di Raub antara September 2011 hingga Januari 2012 melibatkan kos RM5.2 juta.
Laporan itu menunjukkan tidak ada justifikasi untuk perbelanjaan tersebut dan ketibaan pelancong di Raub hanya 0.4 peratus daripada statistik di seluruh negara.
Acara paling mahal adalah sambutan Tahun Baru Cina pada 28 Januari 2012 yang menelan belanja RM1.3 juta.
"Apa makanan dihidangkan yang begitu mahal yang memerlukan RM1.3 juta? Apakah cenderahati? Adakah terdapat rasuah? Ng perlu jelaskan sendiri. SPRM perlu siasat perkara ini," kata Loke.
Satu lagi acara mahal diketengahkan dalam laporan PAC itu adalah sambutan Krismas dan Hari Raya Aidilfitri untuk pemain industri pelancongan pada 21 Disember 2011 yang menelan belanja RM981,000.

Warga Amerika pilih Kanada, NZ menjelang kemenangan Trump

Laman web utama imigresen Kanada mengalami gangguan berulang pada malam Selasa apabila Trump mendahului di beberapa negeri utama dan peluang kemenangannya sebagai presiden AS semakin besar.
bahasa-trump,-hillary-clinton.TORONTO: Laman web utama imigresen Kanada mengalami gangguan dan New Zealand (NZ) melaporkan peningkatan trafik warga Amerika Syarikat (AS) apabila calon presiden Republikan Donald Trump semakin menghampiri Rumah Putih pada Rabu.
Laman web imigresen utama Kanada mengalami gangguan berulang pada malam Selasa apabila Trump mendahului di beberapa negeri utama dan prospek beliau untuk memenangi jawatan presiden AS semakin tinggi.
Di New Zealand, pegawai imigresen memberitahu Reuters pada malam mengundi, laman web New Zealand Now yang berkaitan dengan visa penduduk dan pelajar menerima 1,593 pendaftaran daripada warga AS sejak 1 November – lebih 50% daripada pendaftaran biasa bagi sebulan dalam masa 7 hari.
Lawatan ke New Zealand Now dari AS menghampiri 80% iaitu 41,000 daripada 7 Oktober hingga 7 November, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Rod Drury, ketua eksekutif firma perisian perakaunan global yang berpangkalan di NZ, Xero berkata statistik berpadanan dengan pemerhatian syarikatnya terhadap perspektif pekerja AS berkenaan kemenangan Trump.
Drury berkata apa yang bermula sebagai jenaka kini menjadi kenyataan.
“Saya mendapat banyak mesej pada masa ini yang meminta pekerjaan di New Zealand, dan kami berkata ‘ya, anda boleh’,” Drury kepada Reuters melalui telefon pada Rabu.
“Ia akan menjadi menarik untuk melihat apabila ia diterjemahkan dalam tindakan sebenar, ia adalah satu perbualan aktif yang semakin serius dan kita akan melihat apa yang akan berlaku pada bulan depan.”
Pegawai imigresen NZ enggan mengulas.
Sementara itu, beberapa pengguna di AS, Kanada dan Asia menyaksikan mesej ralat apabila cuba mengakses laman web imigresen Kanada.
Pegawai Kanada bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, tetapi masalah laman web itu disedari ramai netizen di Twitter.
Selepas sesetengah rakyat Amerika, sering secara berseloroh berkata mereka akan berpindah ke Kanada jika Trump dipilih, idea itu diterima pakai sesetengah masyarakat Kanada.

Selangor mahu henti sementara persempadanan semula SPR

Peguam Ambiga memohon penangguhan inkuiri persempadanan semula SPR dan berkata semakan kehakiman Selangor akan menjadi akademik tanpanya.
Ambiga-Sreenevasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor mahu pemberhentian sementara inkuiri Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula.
Ambiga Sreenevasan, peguam bagi kerajaan negeri, berkata demikian selepas berjumpa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah dalam kamar.
“Kami meminta pemberhentian kepada inkuiri SPR sementara menunggu permohonan semakan kehakiman kita bagi mendapatkan kebenaran,” katanya.
Peguam menjelaskan semakan kehakiman akan menjadi akademik sekiranya penangguhan tidak difailkan.
Hakim Hanipah akan mendengar cadangan pemberhentian pada 28 November.
Usaha kerajaan Selangor mendapatkan kebenaran untuk mencabar persempadanan semula SPR akan “kemungkinan akan didengar pada Januari tahun depan”, menurut Ambiga.
Selangor bersedia mencabar persempadanan semula yang dicadangkan pada bulan lepas.
Secara ringkas, kerajaan negeri mahu membatalkan notis itu persempadanan semula yang dicadangkan. Ia mendakwa melanggar Perkara 113 (2) dan Seksyen 2 (c), 2 (d) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.

Pelajar di luar Parlimen bantah pengurangan dana untuk universiti awam

Mereka diketuai Anis Syafiqah Yusof yang berkumpul walaupun dalam hujan lebat.
Bahasa,-Anis-Syafiqah,-Bajet-2017,-universiti-awamKUALA LUMPUR: Sekumpulan mahasiswa hari ini berkumpul di luar bangunan Parlimen bagi mendesak kerajaan mengkaji semula pemotongan peruntukan belajawan universiti awam di Malaysia.
Lebih 10 mahasisiwa yang mewakili Kesatuan Mahasiswa Malaysia, dipimpin pengerusinya Anis Syafiqah Yusof berkumpul di hadapan pintu masuk Parlimen walaupun dalam keadaan hujan.
“Seharusnya ahli Parlimen tidak kira daripada kerajaan mahupun pembangkang terutamanya menteri pendidikan tinggi, harus terus membahaskan permasalahan ini bagi mendapatkan solusi di samping merangka pelan strategik bagi mengatasi pengurangan peruntukan yang membebankan universiti.
“Walaupun pihak kerajaan menafikan yuran pengajian tidak akan dinaikkan, namun kesan pemotongan belanjawan universiti awam kian dirasai sedikit demi sedikit,” katanya kepada wartawan di perkarangan Parlimen.
Pemotongan keseluruhan Pementerian Pengajian Tinggi sebanyak 10.27%, daripada RM13.378 bilion kepada RM12.132 bilion.
Peruntukan untuk universiti awam pula berkurang sebanyak 23.8% iaitu RM7.575 bilion kepada RM6.117 bilion.
Anis berkata kualiti pengurusan universiti menerima kesan besar di mana pihak pengurusan terpaksa mengenakan bayaran terhadap mahasiswa yang ingin menggunakan kemudahan kampus seperti dewan kuliah di luar waktu pembelajaran.
Bajet 2017 diumumkan bulan lalu memotong 20% hingga 40% peruntukan untuk Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Perbelanjaan operasi untuk universiti tempatan dikurangnya sebanyak 19.32% atau RM1.456 billion.

Kurangkan baget universiti awam, mahasiswa turun bantah di parlimen

The wrong people in charge: A tale of sports in Malaysia - Khoo Kay Kim

'Siapa korup, penyamun?' selepas Kit Siang dedah warkah SPRM

"Tun M kereta antik berharga, UMNO akan jadi 'besi buruk' " - Shamsul Iskandar

Bersatu dicadang sertai Pakatan Harapan Sabtu ini

Bersatu dicadangkan menjadi parti komponen Pakatan Harapan dalam konvensyen pertama Sabtu ini.Bersatu dicadangkan menjadi parti komponen Pakatan Harapan dalam konvensyen pertama Sabtu ini.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dicadangkan menyertai Pakatan Harapan (PH) sempena konvensyen pertamanya Sabtu ini bagi menjadikan gabungan mempunyai empat parti.
"Sewajarnya PH mengambil langkah untuk terus melemahkan UmnoBn dengan membina 'Grand Coalition' di kalangan parti pembangkang untuk bersiap sedia sebagai peneraju 'Malaysia Baru' selepas PRU14.
"Membawa PPBM (Bersatu) untuk menjadi anggota komponen PH adalah satu keperluan dan harapan bagi memberi keyakinan pada rakyat," kata ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz OmarBagi bekas naib presiden dan ketua penerangan Pas itu, PH ialah 'Grand Coalition' atau pakatan besar adalah sebagai kerajaan menunggu.
"Tiada menghilang nama dan tiada mengurang bisa jika PPBM memohon untuk menyertai PH dan seterusnya semasa Konvensyen PH pada 12 Nov 2016 ini diistiharkan PPBM sebagai anggota komponen baru PH," katanya.
Katanya, apa yang berlaku sekarang PH bekerjasama dengan Bersatu.
"Ini tidak menunjukan kesatuan sebenar untuk rakyat mendukung parti pembangkang pada PRU14 nanti, bermula dari sekarang," katanya.
Bagi beliau, apabila sudah menjadi satu dalam PH barulah mudah untuk bersama melakar persekitaran politik, membina kekuatan bersama dan merancang kebijaksanaan, satu jiwa, satu nada dan satu rasa Malaysia.
"Maka,ianya merupakan pakatan politik yang jitu membela nasib rakyat dan besedia untuk berhadapan dengan Umno dan BN.
"Saya percaya jika ini yang terjadi, hasrat untuk melihat satu nama, satu lambang pada PRU14 akan menjadi kenyataan.
"Ini untuk Rakyat..Rakyat menunggu," kata Mahfuz dalam kenyataan itu.
PH akan mengadakan konvensyen pertamanya Sabtu ini di Ideal Convention Centre (IDCC), Sham Alam.
Dalam konvensyen itu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput untuk berucap pada paginya manakala presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertainya pada sebelah petang.
Mengikut jadualnya, PH akan memeterai perjanjian kerjasama dengan Bersatu pada sebelah petangnya.

Sudah 10 tahun, sampai bila lagi Sandakan mahu bergelap?

Kerajaan Persekutuan disifatkan gagal menyelesaikan permasalahan punca gangguan elektrik yang berlaku di Sandakan sejak lebih 10 tahun lalu.
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt berkata, walaupun pelbagai insiatif dan janji Putrajaya untuk menyelesaikan krisis tersebut, komitmen mengenainya masih gagal diselesaikan sehingga kini.

“Amat penting untuk Menteri mengambil perhatian serius kerana hampir setiap hari Sandakan menghadapi gangguan elektrik ini.
“Keadaan sama masih berlaku bukan untuk tempoh beberapa tahun ini sahaja, tetapi masih gagal diselesaikan sejak lebih 10 tahun.
“(Menteri) beri janji dan jawapan di Parlimen (untuk selesaikan masalah), tapi malangnya masih gagal.
“Berapa lama janji gangguan ini boleh ditamatkan?” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di Parlimen pagi ini.
Sebelumnya beliau meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili mendedahkan punca gangguan bekalan eletkrik yang kerap berlaku di kawasan perbandaran Sandakan.
Persoalan mengenainya turut dibangkitkan anggota Parlimen Barisan Nasional Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin berhubung inisiatif berterusan Kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah tersebut.

Empat resolusi digaris pembangkang, Bersatu

KUALA LUMPUR - Empat resolusi berjaya dirumuskan, hasil daripada mesyuarat bersama di antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan ahli parlimen pembangkang ‎di bangunan sementara Parlimen semalam.
Resolusi yang dibentangkan oleh Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul dipersetujui  sebulat suara oleh kesemua 30 ahli parlimen pembangkang yang hadir.
Tun Dr Mahathir Mohamad Empat resolusi itu adalah untuk meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghentikan tindakan memanggil dan mengambil keterangan dari mana-mana ahli parlimen yang berucap dalam Parlimen yang menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), DOJ dan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Resolusi kedua pula adalah meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menghormati dan mempertahankan hak dan kebebasan Parlimen sepenuhnya seperti yang diiktiraf dalam doktrin pengasingan kuasa dan seperti yang diamalkan di semua parlimen-parlimen ala Westminister.
Ketiga, meminta YDP Dewan Rakyat mengkaji semula petua yang beliau keluarkan pada 31 Mac dan 20 Oktober 2016.
Bersandarkan kepada petua yang beliau keluarkan ini Ahli Parlimen tidak dibenarkan berbahas atas isu yang menyentuh 1MDB, DOJ dan wang RM2.6 bilion dan menteri-menteri juga tersekat dan terbatas dalam memberi jawapan kepada soalan-soalan berhubung dengan perkara tersebut.

Kerajaan semakin letih, Amanah Kelantan alukan cadangan rakyat bina masa depan


Datuk Husam Musa dalam dialog sidang Dun di Salor malam tadiDatuk Husam Musa dalam dialog sidang Dun di Salor malam tadi
Amanah Kelantan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyenaraikan tawaran kepada rakyat apabila berpeluang mentadbir negeri.
Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Husam Musa berkata antara tawaran mereka adalah membuka peluang kepada rakyat Kelantan memiliki (jual) tanah ladang sebanyak 10 ekar seorang untuk tanaman sawit atau tanaman lain.
"Jika Amanah memerintah Kelantan, antaranya kita cadangkan kerajaan negeri buka peluang kepada rakyat Kelantan memiliki (jual) tanah ladang 10 ekar seorang untuk tanaman sawit/tanaman lain dan diuruskan oleh anak syarikat Kerajaan, dengan ini anak anak muda Kelantan ada peluang memiliki tanah," katanya ketika berucap di majlis penerangan dan dialog sidang Dun bersama Datuk Husam Musa di Wisma Tok Guru, Salor, malam tadi.
Bajet Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan katanya jelas gagal membawa apa-apa gagasan baru untuk memberi harapan kepada rakyat negeri ini sama ada yang masih bermastautin di Kelantan atau bekerja di seluruh negara.
"Ucapan bajet yang semua kita dengar baru-baru ini hanyalah mengulangi rancangan-rancangan lama yang telah dibuat semasa pentadbiran arwah Tok Guru Nik Aziz dan saya masih dalam kerajaan.
"Rumah duafat, program bantu armalah, rumah mampu milik, program peningkatan ibadah hanyalah ulangan kepada apa yang sedia ada dan tidak nampak apa yang baru," katanya.
Apa yang lebih mengejutkan kata bekas exco kerajaan negeri itu, selepas beliau berucap pada hari ketiga, seluruh perhatian dewan meninggalkan perbincangan tentang bajet sebaliknya semua membahas ucapan beliau.
"Walaupun ucapan pihak kerajaan sama ada Adun atau Exco hanya bertujuan menyakitkan hati saya dan meremehkan fakta yang saya bawa tapi semuanya hilang kawalah dari tajuk asal persidangan yang sepatutnya membincangkan bagaimana bajet yang dibentangkan benar-benar memberi impak kepada rakyat," katanya.
Apa lagi katanya bajet kali ini dibentang ketika berada di ambang pilihan raya, sepatutnya perbahasan tertumpu kepada tawaran kepada rakyat untuk dipilih semula dan bukannya mencari siapa patut dikutuk.
Justeru beliau menyeru rakyat Kelantan untuk bersama-sama memberi idea baru bagi membina masa depan negeri itu selepas kerajaan sedia ada semakin letih dan gagal merancang untuk membantu rakyat berdaya maju.