Selasa, 8 November 2016

Berkecuali & Ponteng, PAS Dikecam Kerana Khianati Pengundi

Netizen kecam sikap MP Pas berkecuali Bajet 2017

Tindakan 11 Ahli Parlimen Pas tidak mengundi atau berkecuali pada undian belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 di Dewan Rakyat, malam tadi dikesali para netizen.

Mereka juga kesal tindakan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang tidak hadir.

Namun begitu, MP Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menolak bajet itu.


Pengguna laman sosial, Tun Razak Samm menasihatkan pihak yang berkecuali dan selalu ponteng Dewan Rakyat supaya menukar status parti kepada badan bukan kerajaan (NGO).

"Lagi pun hang bukannya nak memerintah kan. Nak jadi penasihat je. Boleh elak tiga penjuru," tulisnya.

Beliau turut melampirkan foto yang menunjukkan skrin di hadapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan tertera laman sosial Facebook.

"Bukan berkecuali, tapi tak perasan Parlimen tengah buat undi. Sibuk main pesbuk (Facebook)," ujarnya lagi.

Sementara itu, Samad Hashim menyifatkan sikap berkecuali Pas itu sebagai menyokong pihak kerajaan.

"Untuk memudahkan kemenangan pihak yang disokong. Itu tetap dikira menyokong," tegasnya.

Tarmizi Mat Jam pula menulis, "Gara-gara berkecuali rakyat terus dibuli. Pun gitu masih ada yang syok dengan mereka" manakala Sulaiman Akhlaken menganggap Pas pada masa ini seperti mahu bunuh diri.

"Akal untuk berfikir mana yang lebih baik dan lebih buruk tapi bukan berkecuali. Itu KHIANAT pengundi namanya," tegas Sulaiman lagi.

Malam tadi, Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat apabila disokong 117 ahli parlimen.

Seramai 70 lagi menentang berbanding pada Bajet 2016 apabila 74 Ahli Parlimen Pakatan Harapan menolak manakala 128 dari BN menyokong. -MD


Hadi Awang tidak hadir Parlimen terus jadi polemik

Ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat untuk undian Bajet 2017 malam tadi terus mengundang polemik orang ramai yang dapat dilihat pada lontaran komentar di media sosial Facebook dan kumpulan WhatsApp.

Antaranya, Nazir Mahmud Khan membayangkan kekerapan ayah Abdul Hadi dipanggil pihak sekolah ekoran ponteng.

"Hadi ni kan kalau dia budak sekolah, aku tak tau la berapa kali bapa dia kena panggil pi sekolah pasai ponteng.

"Dah la tu kalau banyak hari ponteng dia akan kena gantung dan lepas tu kalau repeat jugak dia akan kena buang.

"Rasa-rasa belum tamat darjah 1 dia dah kena buang, buat rayuan, masuk semula, kena buang lagi," katanya berbaur sinis.

Bahkan, Nazir turut menyindir pendirian Abdul Awang berhubung gesaan rundingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.

"Dalam dok ponteng sekolah tu ada hati pulak nak jadi ketua kelas. Dah jadi ketua kelas nak ambik tindakan kat budak-budak pandai dan jaga yang bodoh-bodoh dan gatai," ujarnya dalam loghat Utara.

Sementara itu, Mejar Zaidi Ahmad yang mempersoal status Pas hari ini sebagai pembela rakyat atau pembela Perdana Menteri ekoran tindakan parti tersebut yang mengambil keputusan berkecuali.

"Undian bajet sepatutnya peluang untuk nyatakan bantahan terhadap Najib si penyamun yang telah merompak berbelas bilion wang rakyat.

"Namun, Ahli-ahli Parlimen Pas memilih untuk berkecuali. Jadi, adakah Pas parti pembela rakyat atau pembela Najib?" soalnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Menurut Akram Yusof pula, alasan penyokong tegar Hadi yang ponteng Parlimen kononnya Presiden Pas itu milik dunia adalah sangat bodoh.

"Alasan Haji Hadi ponteng Parlimen dari para pewalak sangat-sangatlah dangkal. Kalau Haji Hadi tu milik dunia, tak payah bertanding PRU14 nanti.

"Jadi macam Yusof Qadrawi pendakwah sepenuh masa. Ada dia main politik? Tanggungjawab sebgai ahli politik dengan ahli agama pun tak reti nak bezakan.

"Sidang Parlimen bukan hari-hari. Takkan Setpol Haji Hadi tak reti nak urus jadual majikan dia?" selar Akram lagi.

Lebih banyak lagi kecaman orang ramai terhadap Hadi dan parti itu selepas Bajet 2017 diluluskan malam tadi dengan menaip "Hadi ponteng" di ruang carian Facebook.

Hadi antara 24 Ahli Parlimen yang ponteng pengundian bajet malam tadi.

Turut ponteng, Najib Razak (Pekan-BN), Muhyiddin Yassin (Pagoh-Bersatu) dan Syafie Apdal.
-MD


 Ada dua isu yang signifikan. Pertama isu Hadi ponteng parlimen.

Presiden PAS amat dikenali sebagai seorang yang kerap ponteng parlimen. Apakah kerap ponteng parlimen itu satu budaya baru PAS untuk tidak terlibat di dalam sebarang usul yang tidak menyokong UMNO BN di parlimen?

Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.

MoF yakin kutip RM39b GST tahun ini

Kementerian Kewangan yakin kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan mencecah sasaran jumlah sebanyak RM39 bilion untuk 2016.
Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Lee Chee Leong berkata, sehingga bulan Oktober, jumlah keseluruhan kutipan adalah sebanyak kira-kira RM29 bilion.
"Angka tersebut masih dalam lingkungan sasaran dan matlamat kami adalah untuk mencapainya," kata beliau kepada pemberita pada majlis pra-pelancaran Anugerah Jenama Malaysia 2016 di sini hari ini.
Pelancaran ini bertujuan bagi menjemput 14 jenama tempatan, termasuk Astro, Bina Puri Holdings Bhd, Pecca Leather, Erican, Ogawa, Cleanpro dan KK Super Mart, untuk menerima Anugerah Jenama Malaysia bagi pencapaian keusahawanan mereka.
Acara tahunan tersebut yang akan diadakan pada 12 Mac 2017 di Berjaya Times Square Hotel, akan dihoskan oleh Persekutuan Perikatan Persatuan Cina Malaysia (FEMACGA).
FEMACGA, yang telah menyambut ulangtahun ke-95 baru-baru ini, telah menerima anugerah pengiktirafan dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME).

Pakatan Harapan Sepangar sedia kerjasama dengan Warisan

Pakatan Harapan Sepanggar sedia bekerjasama dengan parti pembangkang di Sabah bag melawan BN Pakatan Harapan Sepanggar sedia bekerjasama dengan parti pembangkang di Sabah bag melawan BN
Pakatan Harapan Sepanggar bersikap terbuka terhadap sebarang rundingan meja bulat dengan parti-parti pembangkang di Sabah seperti Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) untuk melawan BN pada pilihan raya umum ke-14.
Pendirian itu dibuat dalam pertemuan antara ketiga-tiga parti - Amanah, PKR dan DAP Sepanggar baru-baru ini sekaligus melancarkan Pakatan Harapan di parlimen itu.
Pertemuan yang didakan di pejabat PKR Inanam itu dihadiri wakil dari DAP, Adun Inanam, Roland Chi (PKR) dan Abdillah Matlin (Amanah).
Menurut Abdillah, ketiga-tiga parti komponen bersepakat untuk menjadi pengerusi bersama PH Parlimen Sepanggar.

Baju Kuning ,Baju Merah

Oleh Tun Mahathir
1. Kita sedang melihat perang baju – kuning lawan merah.

2. Kuning berjuang untuk membersihkan pilihan raya. Baju merah yang menentangnya tentulah berjuang untuk pilihan raya yang kotor. Oleh kerana kekotoran yang dipertahan oleh baju merah ialah kekotoran Kerajaan, maka merah bersetuju dengan tuduhan baju kuning bahawa Kerajaan bergantung kepada yang kotor untuk menang pilihan raya.

3. Undang-undang Security Council Act yang baru dilulus oleh Kerajaan memberi kuasa kepadanya mengisytihar keadaan sekuriti dalam mana-mana kawasan berada dalam keadaan bahaya. 
 4. Apabila undang-undang ini dikuatkuasa dalam mana-mana kawasan, maka Kerajaan berhak menangkap dan memasuk dalam tahanan sesiapa sahaja tanpa bicara. Jikalau orang itu atau siapa sahaja terbunuh semasa penguatkuasaan undang-undang tersebut, mahkamah tidak perlu mengadakan inquest (pemeriksaan untuk menentukan sebab kematian) ke atas simati. Keluarga simati tidak boleh meminta dari mahkamah supaya sebab-sebab kematian diberitahu kepada mereka.

5. Mana-mana pihak yang membuat salah semasa menjalankan tugas tidak boleh didapati bersalah oleh mana-mana pihak.

6. Tindakan baju merah menyerang baju kuning boleh mencetuskan huru-hara dan kacau-bilau di mana-mana kawasan. Keadaan ini boleh menjadi alasan undang-undang sekuriti dikuatkuasakan di mana-mana sahaja.

Bajet 2017: Memilih berkecuali itu hak PAS


Oleh ROSLAN SMS
BAJET 2017 ataupun Rang Undang-undang Perbekalan telah diluluskan diperingkat dasar di Dewan Rakyat pada jam 10.15 malam tadi setelah berlaku undi belah bahagi.Speaker Dewan mengumumkan seramai 117 ahli telah menyokong, 70 menolak dan 11 tidak mengundi.

Dan sekali lagi sebagaimana buat Bajet 2016 yang lalu, ahli-ahli Parlimen PAS telah mengambil sikap berkecuali. Ini bukan kali pertama PAS berbuat demikian.

Mengapa berkecuali?

Sebelum itu kita kena faham amalan demokrasi dan kebebasan bersuara.

Sebagai sebuah parti politik PAS berhak mengarahkan wakilnya sama ada menyokong, menolak atau bersikap berkecuali bukan sahaja terhadap Bajet ini tetapi terhadap apa perkara sekalipun di Parlimen.

Pastinya sikap itu mencerminkan pendirian dan sikap parti dan pastinya PAS punya alasannya tersendiri.

Apapun mendakapi amalan demokrasi dan kebebasan bersuara, apa sahaja sikap dan pendirian PAS itu sewajarnya dihormati. Itu hak PAS.

Sikap berkecuali PAS ini menunjukkan bahawa PAS tidak menyokong BN dan begitu juga tidak bersama pakatan pembangkang yang menolak Bajet berkenaan.

Sesungguhnya PAS memilih untuk berkecuali kerana ada perkara yang dicadangkan di dalam Bajet berkenaan pada pandangan PAS perlu sampai ke rakyat umpamanya belanja pengurusan selain peruntukkan pembangunan yang asas. Namun demikian ada perkara-perkara yang PAS bantah, dan ini telah dilakukan melalui perbahasan wakil-wakilnya dengan mengemukakan cadangan balas.

PAS mahu memain pernanan sebagai pembangkang yang konstruktif bersesuaian dengan konsep amar makruf nahi mungkar yang ditegakkan oleh Islam dan PAS akan terus menekankan konsep ini semasa Bajet ini diperingkat Jawatankuasa nanti.

Pada dasarnya sikap PAS ini adalah berasas, bukan bermakna PAS menyokong BN kerana jika menyokong PAS sepatutnya mengundi menyokong, tidak juga sebagaimana sikap blok pembangkang yang lain yang menentang tetapi di dalam perbahasan memohon itu dan ini.

Speaker dikecam korbankan hak dan kebebasan berucap di Parlimen

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Berbeza dengan tugas Speaker Dewan Rakyat yang seharusnya mempertahankan hak bersuara anggota Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia nampaknya lebih rela membiarkan anggota dewan mulia itu diperkotak-katikkan pihak penguasa.
“Dalam sejarah Speaker di England, ada Speaker yang rela ‘dipancung kepala’ untuk mempertahankan hak-hak ahli Parlimen untuk bersuara.
whatsapp-image-2016-11-08-at-4-02-45-pm“Tetapi lain pula yang berlaku di Malaysia, Speaker seakan-akan bantu Ketua Polis Negara (KPN) ‘pancung’ kepala ahli-ahli Parlimen,” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya di mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota Parlimen, hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Pandikar yang dilihat seolah-olah mencadangkan KPN dan Peguam Negara untuk mengenakan tindakan terhadap tiga mantan menteri yang lantang membicarakan isu 1MDB di Parlimen, bulan lepas.
Pandikar dalam sidang medianya di Parlimen 27 Oktober lepas mendakwa kenyataan tiga mantan pemimpin dan pemimpin Barisan Nasional itu mendedahkan mereka kepada risiko berdepan tindakan undang-undang mengikut Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mantan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahmad Husni didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Belanjawan 2017 di Dewan Rakyat.
KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar seperti yang dilaporkan media pada Jumaat lepas mengesahkan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap trio terbabit berhubung perkara itu mengikut Akta Hasutan selain OSA.
Turut hadir ke mesyuarat berkenaan ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah; Shafie Apdal dan Muhyiddin serta kira-kira 20 anggota Parlimen pembangkang.
Mesyuarat yang diadakan di bangunan sementara Parlimen itu dianjurkan atas inisiatif Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah bagi membincangkan tentang usaha mempertahankan hak dan kebebasan anggota Parlimen.

Polis jangan jadi alat sekat kebebasan Ahli Parlimen kritik skandal 1MDB


KUALA LUMPUR, 8 NOV: Polis diminta tidak menjadi sekutu dalam serangan sesetengah pihak yang cuba menyekat kebebasan bersuara wakil rakyat di sidang Parlimen.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata ahli Parlimen mempunyai hak dan kekebalan untuk menyuarakan pendapat dan rasa tidak puas hati di dalam dewan, selaras dengan Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan.
kit siangSehubungan itu, beliau mempersoal sama ada tindakan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin sebelum ini yang meminta Peguam Negara dan Ketua Polis Negara menyiasat ucapan bekas-bekas menteri berhubung 1MDB di dalam dewan, sebagai menggugat demokrasi berparlimen.
“Dalam sejarah, sudah 43 tahun saya menjadi ahli Parlimen tetapi ini merupakan serangan paling serius ke atas kebebasan dan kekebalan Parlimen.
“Serangan ke atas Parlimen merupakan serangan ke atas doktrin pengasingan kuasa. Serangan ke atas doktrin pengasingan kuasa bermakna serangan ke atas demokrasi berparlimen.
“Oleh itu, saya ingin tanya sama ada Speaker boleh disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana cuba menggugat demokrasi berparlimen yang ada,” katanya dalam ucapan di mesyuarat khas berkaitan hak dan kekebalan Ahli Parlimen, hari ini.
Ia susulan tindakan polis menyoal siasat bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada minggu lalu selepas membangkitkan persoalan berkenaan skandal 1MDB di Dewan Rakyat.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut akan disoal siasat kerana memberikan kritikan berkenaan masalah 1MDB dalam sesi perbahasan Belanjawan 2017 baru-baru ini.
Dalam ucapannya, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah meluahkan rasa hairan dengan kenyataan Pandikar sebelum ini bahawa ketiga-tiga bekas Menteri itu melanggar Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan dengan berbuat demikian.

Jangan lindungi jenayah pemimpin UMNO dengan Akta Rahsia Rasmi – Tun M


KUALA LUMPUR, 8 NOV: Akta Rahsia Rasmi seharusnya digunakan untuk memelihara rahsia dasar-dasar kerajaan, dan bukannya disalahguna bagi melindungi jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawainya.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang mengetahui tentang sebarang salah laku pegawai kerajaan, untuk melaporkannya.
kit siang mahathir“Tapi sekarang, mereka tidak boleh lapor. Jika mereka laporkan, akan ditahan polis dan didakwa atas undang-undang yang tidak berasas.
“Padahal kebebasan perlu ada (untuk wakil rakyat melapor). Barulah rakyat dapat peluang untuk luahkan rintihan dan perasaan tak senang mereka kepada kerajaan,” katanya dalam mesyuarat khas berkaitan hak dan kekebalan Parlimen tadi.
Penasihat Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu berkata demikian sebagai mengkritik tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin yang menuduh tiga bekas menteri melanggar Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan, kerana mengkritik 1MDB di Parlimen.
Tiga individu berkenaan adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

SKMM serbu Malaysiakini, rampas dua komputer

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya dan merampas dua komputer.
Serbuan itu diketuai oleh timbalan pengarah unit penguatkuasaan dan penyiasatan, Akmal Hamdy Baharudin, bersama pasukan enam anggota datang dengan membawa waran geledah.
Ia adalah sebahagian daripada siasatan SKMM berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini.
Laporan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu itu berkisar mengenai di sidang akhbar yang diadakan oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Dalam laporan itu, Khairuddin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dan menuntutnya meletak jawatan kerana enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.
Sebelum ini, SKMM mengarahkan Kinitv mengeluarkan laporan berkenaan kerana didakwa melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi.
Menurut SKMM, video tersebut melanggar Seksyen 233 akta berkenaan iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Kinitv kemudian bertindak memadamkan perkataan 'haprak' yang digunakan oleh Khairuddin untuk menggambarkan AG.

PAS sedia bertahaluf siyasi dengan parti bukan Islam

PAS belajar daripada kesilapan lalu dalam bertahaluf siyasi dengan parti lain.
hashim-jasin3PETALING JAYA: PAS secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk bertahaluf siyasi dengan mana-mana parti termasuk parti bukan Islam namun mereka haruslah bersedia menerima kepimpinannya.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata partinya belajar daripada kesilapan lalu kerana sejak bertahaluf siyasi pada 1986, memperlihatkan hasil tidak menguntungkan kepada Islam terutamanya selepas 2008.
“PAS berpandangan tahaluf siyasi yang hendak dilakukan kali ini mestilah dipimpin oleh Islam. PAS menyediakan platform kerjasama yang dipimpin Islam melalui blok ke-3, Gagasan Sejahtera yang kini disertai Ikatan dan Berjasa.
“Mana-mana parti politik yang mahu bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya akan datang, pintu kerjasama sentiasa terbuka dengan syarat mereka menerima kerjasama ini dipimpin Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kata Hashim, tawaran bekerjasama dengan PAS kali ini mestilah memberi keuntungan kepada Islam sekali gus bertepatan dengan saranan yang pernah dibawa bekas mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Beliau mengingatkan jika Umno menerima Islam, kita bersedia membubarkan PAS. Inilah prinsip kerjasama pimpinan Islam yang menjadikan penerimaan terhadap Islam sebagai syarat kerjasama,” katanya.
Jelasnya, mana-mana pihak yang menentang atau mengkhianati Islam tidak layak bekerjasama dengan PAS, kecuali mereka berubah sikap untuk menerima Islam sebagai pemimpin.

M'sia 'susukan' Oxford berbanding IPTA?

Pengerusi sayap mahasiswa Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini mengkritik sumbangan kerajaan Malaysia - bernilai hampir RM55 juta - kepada Pusat Kajian Islam Universiti Oxford (OCIS).
Pengerusi Mahasiswa AMANAH Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata tindakan itu tidak wajar kerana pada masa sama kerajaan memotong peruntukan untuk universiti awam tempatan.
Tindakan itu katanya menunjukkan kerajaan seolah-olah "menyusukan kera di hutan, anak di rumah terbiar kebuluran".
Apa yang merisaukan mereka, katanya, ialah justifikasi kerajaan memberikan pembiayaan RM55 juta ini sedangkan dalam Bajet 2017 peruntukan pendidikan menyaksikan potongan sangat besar sehingga melihatkan beberapa pengajian tinggi awam seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan hampir semua universiti awam mengalami pemotongan peruntukan antara 20 hingga 40 peratus.
Secara keseluruhan kata Ahmad Fadhli perbelanjaan operasi universiti awam itu dipotong sehingga 19.32 peratus atau or RM1.456 bilion.
Katanya berdasarkan laporan media Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi menyatakan bahawa lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke negara itu "bersejarah" kerana bakal menyampaikan sumbangan negara bernilai RM12 juta bagi menyiapkan sebuah dewan baru.
"Apa yang mengejutkan ialah RM12 juta ini digunakan untuk hiasan dalaman dewan tersebut sahaja!
"Selain itu juga, dilaporkan juga bahawa sebanyak £10 juta (RM52.18 juta) juga telah dibiayai oleh kerajaan Malaysia kepada OCIS," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Ahmad Zahid dijadual mengadakan lawatan kerja lima hari ke UK mulai semalam dan akan menyampaikan ucap utama di OCIS esok.

Wartawan WSJ diusir keluar dari sesi maklumat 1MDB di Sydney

Seorang wartawan Wall Street Journal diusir keluar dari sesi maklumat 1MDB di Sydney, yang dipercayai anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
"Baru diusir keluar daripada majlis terbuka di mana Arul Kanda (sedang) memberi penjelasan mengenai kontroversi 1MDB kepada pelajar-pelajar Malaysia di Sydney," kata Timbalan Ketua Biro WSJ Sydney, Rachel Pannett di Twitter.
Rakan sekerjanya, Tom Wright berkata hanya pelajar Malaysia dibenarkan untuk bertanya soalan pada majlis itu.
JASA telah menganjurkan pelbagai sesi maklumat mengenai 1MDB dengan menampilkan presidennya Arul Kanda di universiti-universiti awam di Malaysia.
Bagaimanapun pada sesi di Universiti Malaya, pelajarnya membawa sepanduk membidas 1MDB.

Pas bergelut besar dalam PRU 14



Pas sekali lagi menegaskan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik dengan DAP dan Amanah namun masih membuka pintu rundingan buat parti lain selain dua parti ini.
Pas menyifatkan DAP sebagai musuh islam apabila menentang usul Pas berkaitan RUU 355,manakala Amanah disifatkan sebagai pengkhianat parti yang tidak mungkin sama sekali akan diterima sebagai sekutu politik.
Apakah bendera Pas akan terus koyak dalam PRU 14 nanti?Maknanya disini, jika kita mengambil situasi dimana PAS hanya sudi bekerjasama dengan PKR dimana akan dipersetujui Sesama mereka tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru diantara Pas – PKR – UMNO, maka situasi ini sedikit sebanyak akan memberi keuntungan kepada Pakatan Harapan.
Berdasarkan rekod PRU13 , PKR telah bertanding sebanyak 99 kerusi parlimen dan dengan teori tanpa tiga penjuru di antara Pas dan PKR, maka 99 buah kerusi parlimen untuk Pakatan Harapan yang ditandingi PKR sah hanya dua penjuru diantara PKR dan BN.
Secara teorinya, sekiranya Pas enggan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, sekaligus ia bermaksud Pas akan bertanding di semua kerusi DAP sebagaimana telah mereka umumkan sebelum ini. Persoalan kita, adakah ia akan merugikan DAP?
DAP umumnya bertanding di kerusi majoriti kaum cina, dan undi kaum cina jelasnya tidak akan pergi kepada Pas dan BN, jadi DAP masih mengekalkan undi terbesar manakala kehadiran PAS pastinya akan membantu DAP memecahkan undi melayu yang sebelum ini mengundi BN.
Disini undi kepada BN akan semakin mengecil dan Pas mungkin akan peroleh sebahagian undi melayu yang dahulunya menyokong DAP, namun matematiknya masih menguntungkan DAP kerana tempat DAP bertanding mempunyai majoriti pengundi cina.

Menjelang Bersih 5 negara perlu ramai 'Adam Adli'


Mohd Sany Hamzan Mohd Sany Hamzan Malaysia memerlukan lebih ramai lagi anak muda yang bersemangat waja dalam menumbangkan pemerintahan kleptokrasi sedia ada, tegas Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan.
“Kita mahu ramai lagi anak muda yang mengikuti jejak langkah semangat juang Adam Adli. Zahirkan kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat dalam himpunan aman Bersih 5 pada 19 November di ibu negara nanti,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata, kerajaan yang memerintah pada masa ini sudah menjadi kerajaan kuku besi dengan mengenakan pelbagai akta menekan rakyat daripada memperkatakan kebenaran yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
“Agensi-agensi penguatkuasa diarah mengikut telunjuk mereka mengakibatkan hak rakyat dalam negara ini sudah banyak dinafikan oleh sang penguasa.
“Ayuh rakyat Malaysia kita turun untuk selamatkn negara. Anak muda, jangan negara yang akan kamu warisi sekarang menuju kehancuran.,” tegas Sany lagi.

Pas tegaskan sedia kerjasama dengan syarat Islam memimpin


Ustaz Hashim JasinUstaz Hashim JasinPas sentiasa membuka pintu kerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk parti bukan Islam yang mahu bekerjasama dalam pilihan raya akan datang dengan syarat mereka menerima Islam untuk memimpin kerjasama ini.
Mursyidul Am Pas Hashim Jasin berkata, Pas tidak akan mengadakan kerjasama politik yang tidak menguntungkan Islam.
"PAS telah menyediakan platform kerjasama yang dipimpin oleh Islam melalui blok ketiga, Gagasan Sejahtera yang kini telah disertai oleh Ikatan dan Berjasa.
"Mana-mana parti politik yang mahu bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya akan datang, pintu kerjasama sentiasa terbuka dengan syarat mereka menerima kerjasama ini dipimpin oleh Islam.
"Tawaran kerjasama ini juga terbuka kepada parti-parti bukan Islam yang bersedia dipimpin oleh Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ini katanya ekoran pengalaman PAS bertahaluf siyasi semenjak 1986 yang memperlihatkan satu hasil yang tidak menguntungkan Islam, terutama selepas 2008.
Justeru tegasnya, PAS berpandangan bahawa tahaluf siyasi yang hendak dilakukan kali ini mestilah dipimpin oleh Islam.
Pas juga katanya mengakui bahawa strategi satu lawan satu adalah strategi terbaik dalam menewaskan BN.
"Pas berpandangan bahawa kerjasama politik adalah satu pendekatan yang sangat penting dalam menjatuhkan kezaliman Kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Strategi ‘satu lawan satu’ adalah strategi terbaik dalam menewaskan BN yang pengaruhnya semakin melemah hari ini. Kerana itu, PAS mempunyai sikap yang sangat terbuka dalam soal ini, dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang," katanya.

SPRM ingatkan pemimpin jangan jual amanah, lacur kuasa

Ketua pesuruhjaya SPRM meminta rakyat menaruh kepercayaan kepada pihaknya untuk terus menentang kebejatan dan salah guna kuasa.
Datuk-Dzulkifli-Ahmad_sprm_600PUTRAJAYA: Sempena 100 hari mengemudi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad mengingatkan pemimpin negara yang badan itu sentiasa memerhati mereka.
“Buat ahli politik dan pemimpin masyarakat, jangan kamu khianati amanah rakyat. Hentikanlah membuai para marhaen dengan ciptaan yang mengaburi kebenaran, sedang jari rakus meragut habuan.
“Laksanakanlah amanah yang dituntut dan perjuangkanlah nasib rakyat yang dahagakan pembelaan. Yakinlah kami (akan) menentang kebejatan dan salah guna kuasa,” kata ketua pesuruhjaya SPRM itu.
Beliau menyampaikan “warkah terbuka” penuh puitis ketika majlis ringkas sempena 100 hari dilantik sebagai ketua pesuruhjaya, di ibu pejabat SPRM hari ini.
Beliau menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang menamatkan perkhidmatannya pada 1 Ogos lalu.
Lantikan itu tidak sunyi daripada kontroversi memandangkan SPRM ketika itu lantang membawa isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengunduran Abu Kassim, bersama-sama Datuk Seri Shukri Abdul dan Datuk Seri Mustafar Ali.

Azmin minta Khalid jawab dakwaan berkaitan Splash di sidang Dun


Azmin minta Khalid jawab dakwaan di sidang Dun Azmin minta Khalid jawab dakwaan di sidang Dun
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta hadir ke sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menjawab sekali gus menyangkal dakwaan bahawa beliau pernah menawarkan sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini kerana pihaknya telah mengemukakan dokumen dan surat yang membuktikan perkara tersebut telah berlaku semasa kepimpinan bekas menteri besar itu.
Katanya beliau telah memberikan penjelasan cukup terperinci (berhubung isu itu) dalam sidang dewan sebelum ini kerana dia (Abdul Khalid) telah bangkitkan perkara tersebut dalam perbahasan.
"Sidang dewan telah rakamkan (hansard) dengan cukup jelas...sebab itu saya cadang dan wajar beliau hadir dalam sidang dewan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara di sini, hari ini.
Abdul Khalid sebelum ini menafikan dakwaan Mohamed Azmin yang mengatakan kerajaan Selangor ketika di bawah pimpinannya menawarkan sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Splash antara 2008 dan 2014.
Baru-baru ini, beliau mendakwa Abdul Khalid, sewaktu memegang jawatan menteri besar tidak pernah memaklumkan kepada Dun berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada Splash melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya pada 19 Julai 2009.
Dalam perkembangan lain, Azmin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan berhubung masalah pencemaran najis babi di Kampung Batu Laut, Sepang.
"Kita akan adakan perbincangan dengan wakil penduduk dan pihak terlibat tentang masalah itu secepat mungkin...kita juga telah mengambil tindakan termasuk meminta ladang penternakan itu dibersihkan.

Biar rakyat tentukan zaman siapa Dewan Rakyat lebih bebas

Rakyat sedang menilai konsistensi semua kenyataan yang pernah Dr Mahathir keluarkan sewaktu bersama Umno dahulu.
h20-mahathirKUALA LUMPUR: Tidak wajar bagi Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kebebasan di Dewan Rakyat lebih baik sewaktu beliau memegang tampuk pemerintahan, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Naib presiden Umno itu berkata, Dr Mahathir tidak berhak menilai diri sendiri sebaliknya biarlah rakyat yang menilai kebebasan di Dewan Rakyat.
“Jika beliau anggap kepimpinannya lebih baik, bukan beliau yang tentukan. Orang luar yang akan tentukan, malah sejarah akan tentukan sama ada kepimpinan beliau lebih baik atau tidak,” katanya kepada pemberita, di Menara Dato Onn, hari ini.
Dr Mahathir hari ini melakukan kunjungan pertama di Dewan Rakyat sejak 12 tahun bersara menjadi wakil rakyat.
Dr Mahathir yang pernah menjadi wakil rakyat Kubang Pasu selama 30 tahun itu mempertahankan kebebasan Dewan Rakyat di era beliau, dan berkata ia lebih demokratik berbanding sekarang di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Kata Hishammuddin, ketika ini rakyat sedang menilai kenyataan-kenyataan yang pernah mantan perdana menteri itu keluarkan sewaktu bersama Umno.
“Biar sejarah menentukan segala-galanya. Orang akan nilai sama ada apa yang beliau buat sekarang ini konsisten atau tidak dengan apa yang dinyatakan sewaktu memimpin selama 22 tahun dahulu,” katanya.

Speaker tidak 'bias', jawab Rahman Dahlan kepada komen Tun M

Resolusi Pembangkang: Henti Siasat Ahli Parlimen

Nama Malaysia Tercemar Kerana Pandikar - Shafie Apdal

Tak Semua Perkara Dibincang Kabinet Itu OSA - Shafie Apdal

'Memang syarikat RM2, ada kerajaan di belakangnya' - kata Rahman Dahlan

Ahli politik dan pemimpin jangan khianati amanah rakyat kata KP SPRM

C4: Jangan guna Akta Hasutan, OSA tutup salah tadbir, rasuah 1MDB

Cynthia berkata, hak mendapat maklumat sepatutnya dijadikan hak asasi orang ramai untuk mendidik masyarakat dalam membentuk rakyat yang aktif.
Cynthia-GabrielPETALING JAYA: Pihak berkuasa tidak sepatutnya menggunakan Akta Hasutan atau Akta Rahsia Rasmi (OSA) ke atas ahli Parlimen ketika berbahas di Dewan Rakyat untuk menutup kesalahan urus tadbir atau aktiviti rasuah dalam 1MDB, kata Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (Pusat C4).
Pengarah Eksekutif Pusat C4, Cynthia Gabriel berkata, ahli Parlimen berhak bertanya sebarang soalan yang dianggap penting untuk memastikan negara diurus tadbir secara telus seperti termaktub dalam Perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, hak mendapat maklumat sepatutnya dijadikan hak asasi orang ramai untuk mendidik masyarakat dalam membentuk rakyat yang aktif.
“Perkara ini dapat membantu proses pendemokrasian di Malaysia agar menjadi lebih matang dan terbuka, sama ada dari segi sosial atau hal ehwal kenegaraan.
“Kami menggesa speaker dewan, sekiranya terdapat salah urus tadbir atau rasuah dalam 1MDB, maka perlu dibenarkan untuk dibahaskan dalam dewan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sedang disiasat polis atas dakwaan membocorkan rahsia kerajaan, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, 2 minggu lalu.
Siasatan itu dibuat mengikut OSA dan Akta Hasutan kerana mendedahkan rahsia kerajaan, termasuk berkaitan 1MDB susulan laporan polis dibuat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan.
Cynthia berkata, polis tidak patut menyiasat ahli Parlimen yang bertanya soalan di Dewan Rakyat kerana ia bertentangan Perkara 63 (2) Perlembagaan Persekutuan dan merupakan amalan tidak demokratik serta boleh merencatkan proses pendemokrasian di Malaysia.

Umno tak lindungi Jamal jika langgar undang-undang sembang Hishammuddin

Hishammuddin menegaskan tiada individu boleh meletakkan dirinya melebihi undang-undang negara.
bahasa,-Jamal-Md-Yunos,-Umno,-Baju-Merah,-BersihKUALA LUMPUR: Umno menegaskan tidak akan melindungi Datuk Jamal Md Yunos sekiranya pemimpin itu didapati melakukan kesalahan undang-undang.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tiada sesiapa yang boleh meletakkan dirinya melebihi undang-undang negara.
“Sekiranya baju merah atau baju kuning langgar undang-undang negara, kita tidak akan beri perlindungan.
“Itu pendirian saya dari dulu lagi dan saya konsisten dengan perkara itu,” katanya kepada pemberita di Menara Dato Onn, hari ini.
Sebelum ini, ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu terlibat dan memimpin kira-kira 200 ahli Baju Merah dalam demonstrasi di hadapan ibu pejabat Umno.
Malah, Jamal turut menegaskan tidak akan berhenti melakukan demonstrasi sama seperti Bersih walaupun dihalang ketua polis negara.
Jelas Hishamuddin, pihaknya juga tidak akan mencampuri sebarang urusan dan siasatan dilakukan polis sekiranya mendapati ada ahli Umno melakukan kesalahan undang-undang.
“Terserah kepada pihak berkuasa sekiranya ada perlanggaran undang-undang, kita tidak akan halang jika mereka mahu mengambil tindakan,” katanya.
Semalam, jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan pilih kasih kerana tiada tindakan diambil terhadap Baju Merah.

Lima parti desak hentikan siasatan ke atas 3 bekas menteri


Wakil lima parti dalam sidang media selepas mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen di parlimen hari ini.Wakil lima parti dalam sidang media selepas mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen di parlimen hari ini.
Lima parti - PKR, DAP, Amanah daripada Pakatan Harapan dan dua parti baharu - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pembangunan Warisan Sabah (Warisan) hari ini mahu semua pihak mengiktiraf dan mengembalikan hak ahli parlimen sebagai wakil rakyat untuk berbahas.
Kelima-lima parti ini mengingatkan semua pihak agar tidak menyekat kebebasan ahli parlimen supaya rakyat dan negara mendapat faedah daripadanya dan kedudukan parlimen Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.
Persetujuan ini dibuat wakil kelima-lima parti selepas menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen.
Ia ekoran tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan tindakan tiga bekas menteri kabinet membangkitkan isu 1MDB dan beberapa isu lain dalam parlimen adalah satu tindakan yang melanggar sumpah mereka sebagai menteri kabinet.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Shafie Apdal disiasat atas dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, dua minggu lalu.
Siasatan itu dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan, termasuk berkaitan 1MDB.
Mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantikan tindakan memanggil dan mengambil keterangan daripada mana-mana ahli parlimen yang berucap di Dewan Rakyat menyentuh isu 1MDB, Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) dan wang RM2.6 billion yang dimasukkan dalam akaun peribadi ahli palrimen Pekan Datuk Seri Najib Razak merangkap mneteri kewangan dan perdana menteri.

Pesan puitis KP SPRM kepada rakyat M'sia

Puitis tetapi tegas. Itulah gambaran terhadap 'Warkah Terbuka Buat Rakyat Malaysia' oleh Datuk Dzulkifli Ahmad sempena 100 hari bertugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam majlis sambutan sempena 100 hari bertugas yang berlangsung petang ini, warkah tersebut dibaca Dzulkifli dengan lantang dan tegas sambil diiringi alunan muzik.
Antara intipati kandungan warkah tersebut, Dzulkifli mengingatkan kepada 'Yang Berhormat', ahli politik dan pemimpin masyarakat agar tidak mengkhianati amanah rakyat.
Beliau turut memberi peringatan supaya ahli politik dan pemimpin masyarakat tidak mengaburi mata rakyat dengan cerita 'dongeng' dan dalam pada masa sama mengambil rasuah.
"Jangan hanya mahu didendang dan dijulang di persada takhta, sedangkan pertimbangan dan kepentingan dibiar alpa.
"Hentikanlah membuai para marhaen dengan ciptaan dan dongengan yang mengaburi kebenaran, sedang jari jemarimu terus rakus meragut habuan," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada pegawai SPRM selepas selesai membaca warkah berkenaan.

Parlimen ni mak bapak dia punya ka..

Manalah tahu nak tunggu dengar BERAPA BANYAK KERAjaan nak bagi bajet utk PERMATA-ROSMAH kah ??!!

Malaysia Boleh !!

Malaysia dah jadi pusat judi bola sepak di Asia Tenggara..

TAHNIAH !!!... Ini semua bakal tercatat dalam sejarah era pemerintahan Mao Hu Tang..

Tun M tidak perlu bertindak seperti Trump, kata Shabery

Reformasi Parlimen Mahu Perubahan, Bukan Halang Bahas - Tun M

Ahli Parlimen BN Ada Hak Sokong, Tolak Usul - Tun M

'Timbalan Menteri Kewangan Tak Tahu Syarikat RM2 Dapat Projek ECRL'

Kit Siang Akui Zaman Tun M Lebih Bebas Berbahas

'Utusan bukan hanya surat khabar biasa, ia perjuangkan hak Melayu' - Annuar Musa

Mahathir bagai kereta antik di litar lumba F1 - Annuar Musa

PETUA JIMAT BERBELANJA TAHUN 2017

Berdasarkan Bajet 2017 dan trend dalam negara, keadaan ekonomi dijangka terus tidak berapa baik pada tahun 2017. Peluang kerja, berniaga dan mencari wang tambahan akan terus menguncup, sementara harga barang dan beberapa kos dalam kehidupan pula sentiasa terdedah kepada kenaikan.

Untuk itu, bagi menghadapi hari-hari sukar itu, di sini diperturunkan 40 petua yang boleh menjimatkan wang kita.

1. Sentiasa berbelanja kurang dari pendapatan.
2. Cari cara untuk buat duit lebih setiap hari.
3. Ubah gaya hidup.
4. Rancang kewangan anda.
5. Mulakan menabung.
6. Potong kad kredit jadi  dua.
7. Kurang guna telefon bimbit, kalau boleh jangan pakai langsung.
8. Cari hobi yang boleh tambah pendapatan.
9. Hadiahkan diri dengan simpanan.
10. Tahan nafsu sehingga promosi harga murah baru membeli.
11. Jangan terpedaya dengan “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”.
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang.
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma.
15. Kekal prestasi cemerlang dalam pekerjaan.
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall.
17. Jangan riadah di Pavillion atau KLCC.
18. Berhenti merokok.
19. Diet dan jaga makan, amalkan pemakanan sihat.
20. Makanan mahal bukan untuk dicuba.
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran.
22. Takaful jangan lebih 10% daripada pendapatan.
23. Sediakan dana pelaburan untuk hari tua.
24. Jangan mudah putus asa, kreatif dan kerja lebih masa.
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Beli barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju di Mydin pun kacak juga.
28. Beli secara tunai, jauhkan riba.
29. Pekan Takbai dan Golok bukan duty free.
30. Jangan jadi hamba bertukar kereta.
31. Guna motor itu ranggi.
32. Jangan berhutang hanya kerana layak meminjam.
32. Berhenti layan Maharaja Lawak atau Gegar Vaganza, Astro bukan percuma.
33. Lupakan impian tambah Neelofa dalam hidup.
35. Kereta kecil tetap bergaya.
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah.
37. Lupakan sport rim dan spoiler kereta.
38. Bincang dengan keluarga tentang belanja harian.
39. Kurangkan tengok drama orang kaya kaya.
40. Tukar Perdana Menteri....

Ada sesiapa tidak setuju?

Tun Mahathir bandingkan kebebasan parlimen era beliau dengan Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen sebagai pengerusi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (Bersatu).Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen sebagai pengerusi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, parlimen pada era pemerintahannya lebih demokratik berbanding di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib razak.
Beliau turut meluahkan rasa sedih terhadap perjalanan perbahasan di Dewan Rakyat yang disifatkan sebagai tidak bebas.
“Saya rasa sangat sedih kerana Parlimen ini bukan Parlimen yang kita ada sejak zaman (Perdana menteri Malaysia yang pertama) Tunku Abdul Rahman.
“Kecuali peraturan tidak menghasut kaum. Jika tidak, tiada sekatan dan tindakan diambil terhadap apa yang dikatakan di Parlimen.
“Walaupun ketika mereka kata saya mahazalim dan mahafiraun. Malah, kalau mereka mahu gelar saya seperti itu sekarang, ia tidak apa,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen.
Menurut pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga, walaupun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berjanji untuk melakukan pembaharuan parlimen namun katanya, perubahan itu kelihatan lebih teruk.
“Ia akan menjadi keadaan di mana anda hanya pergi ke sana dan seperti setiap penyokong kerajaan, katakan ya untuk semuanya.” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan beliau seorang diktator yang melakukan kawalan paling ketat ke atas Dewan Rakyat, Mahathir sebaliknya meminta contoh diktator yang meletak jawatan atas kehendak sendiri.

5 parti bergabung pertahan hak dan keistimewaan MP

Lima parti iaitu PKR, DAP dan Amanah bersama dengan Bersatu dan Warisan Sabah bergabung tenaga hari ini bagi mempertahankan hak dan keistimewaan ahli parlimen.
Pemimpin utama kelima-lima parti itu duduk di atas satu pentas di bangunan Parlimen bagi menyatakan sokongan itu.
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Bersatu Tan Sri Muhyidin Yasin dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafei Apdal duduk bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Antara yang hadir bagi memberikan sokongan mempertahankan hak dan keistimewaan MP.Antara yang hadir bagi memberikan sokongan mempertahankan hak dan keistimewaan MP.Turut hadir adalah ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tetapi dipercayai mewakili dirinya sahaja bukannya Pas.
Kedatangan Mahathir ke parlimen hari ini adalah buat pertama kalinya selepas 13 tahun melepaskan jawatan dalam kerajaan dan kini menyertai pembangkang.
"Persetujuan kami hari ini adalah lambang kesepakatan bersama untuk mempertahankan hak dan keistimewaan ahli parlimen untuk bertanya sebarang soalan," kata Datuk Dr Mujahid yang mewakili Amanah dalam majlis ini kepada Malaysia Dateline.
Beliau menegaskan, langkah Menteri Kewangan Kedua yang menjawab semua soalan mengenai 1MDB ketika penggulungan semalam membayangkan ia tidak salah sebagaimana yang diputuskan speaker sebelum ini.
Ketika ditanya kenapa Pas tidak hadir, Mujahid berkata, inilah kerugian besar Pas apabila tidak menganggap agenda sebegini adalah agenda bersama mereka.
"Ia menyebabkan parti itu terketepi dari arus politik utama negara," kata bekas AJK Pas Pusat itu.
Sidang hari ini diadakan ekoran tindakan speaker menyifatkan tindakan tiga bekas menteri kabinet membangkitkan isu 1MDB dan beberapa isu lain dalam parlimen adalah satu tindakan yang melanggar sumpah mereka sebagai menteri kabinet.
Ekoran itu, ketiga-tiga mereka disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan ada juga disiadat di bawah Akta Hasutan.

China Railway melabur kerana pemimpin Malaysia ‘cerdik, bijaksana’ - Cai Ze Min

Pemimpin negara yang ‘cerdik dan bijaksana’ adalah antara sembilan sebab China Railway Engineering Corp (CREC) mahu menubuhkan ibu pejabat serantau bernilai AS$2 bilion (RM8.4 bilion) di Bandar Malaysia, yang sebahagiannya dimiliki oleh 1MDB.
"Pemimpin Malaysia itu, bijak, bertimbang rasa terhadap rakyat, dan berani untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju," kata pengurus besar syarikat itu, Cai Ze Min.
Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, adalah difahamkan Cai, yang bercakap dalam bahasa Mandarin, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Cai, yang juga Pengarah Urusan China Railway Dongfang Group, berucap pada majlis menandatangani usahasama projek pembangunan campuran bernilai RM2.1 bilion dengan pemaju tempatan Titijaya Land Berhad, di Kuala Lumpur.
"CREC menandatangani dua memorandum (dengan Malaysia semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) di China.
"Pada majlis makan malam kemudian, menteri (Malaysia) Mustapa Mohamed bertanya kepada saya mengapa CREC memilih untuk menubuhkan ibu pejabat serantau di Malaysia," kata Cai.
Berkongsi dengan orang ramai, apa yang diberitahunya kepada Mustapa, Cai berkata sebab pertama adalah hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang budaya yang yang aman dan sederhana.
Kedua, Malaysia mempunyai sistem politik saintifik dan cekap yang memberi manfaat kepada masyarakat dan ahli perniagaan, katanya.
"Malaysia menggunakan Bahasa Inggeris di sektor awam dan perniagaan dan ini adalah bahasa yang digunakan di (arena) antarabangsa, " katanya.
"Saya telah mengembara di seluruh dunia, saya dapati perniagaan dan ekonomi Malaysia adalah yang paling aktif (berbanding dengan lain). Ahli perniagaan Malaysia rajin dan bijak," katanya.
CREC juga memilih Malaysia untuk kestabilan politik, yang membolehkan negara ini untuk terus berkembang, katanya.

Kerajaan pernah gagal isytiharkan Bersih pertubuhan haram

Bersih 5
Bersih hari ini mengingatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan pernah kalah di mahkamah untuk mengisytiharkan pemantau pilihan raya itu sebuah pertubuhan haram.
Ini susulan kenyataan Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bahawa Bersih dan juga pergerakan baju merah yang berkaitan Umno, tidak berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Oleh itu ia dilarang daripada mengadakan sebarang perhimpunan.
“Sekiranya Timbalan Perdana Menteri lupa, isu bahawa Bersih tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah pun dibangkitkan pada tahun 2012.
“Tindakan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.
“Hakim Datuk Rohana Yusof berkata bahawa keputusan itu telah tercemar dengan tidak rasional’, kata Bersih dalam satu kenyataan hari ini.
Oleh demikian, menurut Bersih, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai kuasa, sama ada di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atau Akta Pertubuhan 1966, untuk mengharamkan Bersih atau baju merah daripada berhimpun.
Bersih yang diketuai oleh Maria Chin Abdullah, didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 manakala pergerakan baju merah yang diterajui oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pula tidak berdaftar.
Bersih merancang untuk mengadakan perhimpunannya pada 19 November ini, yang antara lain menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1MDB.
Jamal hari ini memberi amaran bahawa di mana Bersih 5 berada di situ merah akan bersama.
Katanya, beliau telah lama bersedia untuk berdepan dengan Bersih 5.
Dalam satu kenyataan, Bersih berkata pihaknya telah memenuhi semua keperluan yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 19 November ini.

Harga Minyak Masak Di Indonesia Lebih Mahal - Menteri Umno

Harga Barang Malaysia Murah Punca Diseludup Keluar - Menteri Umno

Rakyat 'Makan' 1.5kg Minyak Masak Sebulan Kata Menteri Umno

'Banyak syarikat mengaku mereka NGO dan polis tidak boleh berbuat apa-apa' - JMM

"Siasat Ezam kerana fitnah Najib," gesa JMM

"Audit semula 1MDB atau sahkan cubaan tutup skandal," kata Pua

Parlimen tidak sebebas dulu, Tun M sedih

'Jika saya diktaktor saya tak akan berhenti,' - kata Tun M

"Pelaburan asing meningkat, 1MDB tidak lagi jadi isu," kata Noh Omar

'Kita bukan bodoh tak tahu peraturan sidang dewan,' - kata Shafie

Audit semula 1MDB atau sahkan cubaan tutup skandal

Kerajaan perlu melantik juruaudit baru bagi mengaudit semula akaun 1MDB yang telah ditinggalkan oleh Deloitte Malaysia, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Ketua Publisiti DAP itu berkata ini akan membantu mendedahkan kebenaran tentang skandal 1MDB.
Walau bagaimanapun, jika tidak ada audit semula ke atas akaun 1MDB bagi tahun kewangan berakhir Mac 2013, beliau berkata ini akan mengesahkan cubaan untuk menutup skandal berkenaan.
"Ini hanya mengesahkan apa yang rakyat Malaysia suspek hari ini adalah benar - bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN berusaha keras cuba menutup skandal rasuah terbesar negara, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam sejarah Malaysia," kata Pua pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Deloitte berkata audit ke atas akaun 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 tidak lagi boleh pakai. Ini berikutan saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang mendakwa dana lebih AS$ 3.5 bilion diselewengkan daripada firma pelaburan negara itu.
Pua berkata beliau pada 18 Oktober lalu, meminta Najib supaya akaun berkenaan diaudit semula.
Walau bagaimanapun, dalam jawapan bertulis di Parlimen, Kementerian Kewangan berkata akaun yang diaudit oleh Deloitte adalah "benar dan telus" menurut urusan 1MDB ketika itu.
Tetapi menurut Pua, apa yang dipercayai oleh lembaga pengarah 1MDB adalah tidak relevan kerana akaun berkenaan telah tidak lagi terpakai.
Deloitte mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan sebagai juruaudit 1MDB pada awal tahun ini, tetapi 1MDB masih belum dapat mencari pengganti mereka.

Kebebasan Dewan Rakyat di era saya lebih baik, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir berkata, semua perbahasan Parlimen mungkin dilarang sepenuhnya, kelak.
mahathirKUALA LUMPUR: Dua belas tahun selepas bersara daripada menjadi wakil rakyat, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini hadir di Parlimen bersama mereka yang pernah menjadi seteru politik beliau.
Bekas perdana menteri yang menjadi wakil rakyat Kubang Pasu selama 30 tahun itu mempertahankan kebebasan Dewan Rakyat di era beliau, dan berkata ia lebih demokratik berbanding sekarang di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
“Saya rasa sangat sedih kerana Parlimen ini bukan Parlimen yang kita ada sejak zaman (Perdana menteri Malaysia yang pertama) Tunku Abdul Rahman.
“Kecuali peraturan tidak menghasut kaum. Jika tidak, tiada sekatan dan tindakan diambil terhadap apa yang dikatakan di Parlimen.
“Walaupun ketika mereka kata saya mahazalim dan mahafiraun. Malah, kalau mereka mahu gelar saya seperti itu sekarang, ia tidak apa,” katanya pada sidang akhbar di bangunan sementara Parlimen, hari ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang berusia 91 tahun berkata, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah tentu mengotakan janjinya untuk melakukan pembaharuan Parlimen.
Bagaimanapun, katanya, perubahan itu nampaknya lebih teruk dan pada masa depan, semua perbahasan mungkin dilarang sama sekali.
“Ia akan menjadi keadaan di mana anda hanya pergi ke sana dan seperti setiap penyokong kerajaan, katakan ya untuk semuanya.”
Mengenai dakwaan beliau seorang diktator yang melakukan kawalan paling ketat ke atas Dewan Rakyat, Dr Mahathir sebaliknya meminta contoh diktator yang meletak jawatan atas kehendak sendiri.
“Diktator mana yang letak jawatan apabila beliau masih berkuasa? Saya letak jawatan bukan kerana rakyat mahu singkirkan saya. Saya letak jawatan kerana ia adalah masa untuk orang lain ambil alih dan lihat apa yang berlaku.
“(Tetapi) Saya tidak kesal letak jawatan. Apa pun, akan tiba masanya anda perlu pergi 6 kali di bawah (kubur).”
Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang hadir pada sidang akhbar itu turut mempertahankan bekas musuhnya dengan berkata, tiada ahli Parlimen yang pernah dikenakan tindakan kerana membangkitkan isu dihadapi negara di Parlimen.
“Kami tidak mempunyai speaker yang mengeluarkan peraturan subjudis untuk keadaan yang sedang berlaku di negara lain, bagi menghalang perbahasan mengenai isu-isu penting.
“Kami berharap kehadiran Dr Mahathir hari ini, suara-suara bekas dan ahli Parlimen sedia ada akan didengari.
“Itu akan memberi mesej jelas bukan sahaja kepada speaker, tetapi juga perdana menteri, ketua polis negara dan peguam negara, untuk tidak melanggar imuniti dan keistimewaan Parlimen.”
Terdahulu, Dr Mahathir menghadiri mesyuarat khas mengenai keistimewaan dan imuniti ahli Parlimen di sini.

Cakap ‘pusing-pusing’, DAP saran Nik Abduh jumpa psikiatri

Kenyataan berbeza-beza daripada pemimpin PAS menyukarkan DAP bekerjasama dengan parti Islam itu.
Teng-Chang-KhimSHAH ALAM: Datuk Teng Chang Khim menyarankan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berjumpa psikiatri berhubung kenyataan terhadap partinya.
Naib pengerusi DAP Selangor itu berkata, Nik Abduh memerlukan rawatan psikiatri agar tidak mengeluarkan kenyataan yang “berpusing-pusing”.
“Saya cadangkan Nik Abduh pergi jumpa doktor psikiatri supaya beliau tidak cakap bukan-bukan. Setiap hari beliau nak cari hal untuk menyakitkan hati orang.
“Beliau cakap ‘pusing-pusing’ dan pemimpin sendiri cakap pun beliau tidak setuju. Saya juga setuju dengan kenyataan yang ramai orang ada masalah mental, suma tidak tahu serius atau tidak,” katanya kepada FMT di Dewan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor.
Beliau berkata demikian berhubung kenyataan Nik Abduh yang mengesahkan sedang berunding untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi tidak akan mempertimbangkan berbaik semula dengan DAP dan Amanah.
Sebelum ini Nik Abduh juga pernah menafikan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuka pintu bekerjasama dengan parti pembangkang lain itu dan berkata ia diputar belit media.
Bagaimanapun Hadi dilaporkan berkata, parti itu mahu menjadi pengemudi utama sekiranya parti lain hendak bekerjasama dengannya menjelang menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Teng yang juga Adun Sungai Pinang berkata, DAP sukar bekerjasama dengan PAS berikutan kenyataan yang berbeza-beza daripada pemimpin parti Islam itu.

Jamal sedia digari kaki dan tangan bagi lawan BERSIH5

Gerakan baju merah pimpinan Datuk Seri Jamal Md Yunos akan tetap turun berhimpun pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH5 yang dijadualkan pada 19 November ini.
Menurutnya, mereka akan tetap meneruskan perancangan asal iaitu di mana BERSIH5 berada di situ merah akan bersama.
Malah, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata beliau telah lama bersedia untuk berdepan dengan BERSIH5.
"Kami sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berhadapan dengan BERSIH5.
“Kami juga sudah sedia untuk digari kaki dan tangan serta kepala. Jadi tidak ada masalah," kata Jamal kepada pemberita di hadapan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.
Terdahulu Jamal dipanggil bermesyuarat bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ASP Zainol Samah berhubung himpunan raksasa baju merah pada 19 November ini.
Jamal hanya keluar dari IPD Dang Wangi selepas dua jam bermesyuarat.
Mengulas lanjut, Jamal berkata pihaknya sedia menjadi pengawal keselamatan untuk BERSIH5 sekiranya pihak penganjur himpunan itu menukar lokasi himpunan mereka ke kawasan tertutup seperti di stadium.
Malah, pemimpin akar umbi Umno itu mencadangkan himpunan BERSIH5 diadakan di Stadium Shah Alam di mana kepimpinan negeri ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Kata Jamal baju merah juga bersedia membekalkan 2,000 orang sukarelawan bagi tujuan keselamatan.

Benarkah China berjaya kuasai Malaysia, Filipina?

Pada saat China mencuba taktik diplomasi di Asia Tenggara, penganalisis memberitahu Financial Times yang pemimpin Asean turut belajar ‘memainkan’ China.
china-aseanKUALA LUMPUR: Negara Asean seperti Malaysia, Filipina dan Thailand sedar China lebih baik dalam permainan geopolitik tetapi mereka kini sedang mempermainkannya, menurut artikel Financial Times (FT).
Artikel itu berkata, seseorang itu tidak perlu membaca terlalu banyak tentang “kejayaan” dicapai Beijing dan ia adalah lebih kepada persepsi berbanding realiti.
Artikel FT yang panjang mengkaji rahsia kejayaan China dalam memikat Filipina
dan Malaysia, impak hubungan negara-negara ini dengan Amerika Syarikat (AS) dan pertikaian Laut China Selatan.
Ia mengakui lawatan berturut-turut pemimpin Filipina dan Malaysia menandakan detik kejayaan dasar luar Beijing yang jarang berlaku dan menunjukkan daya tarikan bersepadu, wang tunai, serangan di Asia boleh menyebabkan sekutu kuat AS goyah terhadap pengaruh pro-Washington.
“Ia akan menjadi permainan pengaruh lebih hebat di rantau ini,” ia memetik kata-kata Paul Haenle, bekas pengarah Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat yang kini merupakan pengarah Pusat Carnegie-Tsinghua di Beijing.
Artikel itu menyatakan pakar berkata tiada apa yang konkrit diambil daripada AS oleh negara lain tetapi berhubung diplomasi, di mana persepsi adalah lebih penting daripada realiti, banyak kerosakan yang berlaku.
Menurut artikel FT, sama seperti China yang semakin bagus bermain geopolitik, negara-negara jiran turut semakin baik dengan permainan China, dan penganalisis ragu-ragu Beijing sebenarnya memperoleh tawaran lebih baik.
Carl Thayer, pakar Asia Tenggara di Universiti Australia New South Wales, dipetik sebagai berkata: “Ia hampir universal di setiap negara: membuat keuntungan dan manfaat daripada hubungan dengan China, tetapi jadikan diri anda memilih antara AS dan China.”
Semua artikel FT berkata sementara negara Asean berminat memanfaatkan wang Beijing untuk membina infrastruktur, AS juga masih sumber lebih penting bagi pelaburan langsung asing.
China berusaha menumpulkan kuasa terhadap tuntutannya ke atas Scarborough Shoal oleh tribunal antarabangsa di The Hague dengan “membeli” Filipina, artikel mengatakan.

Skandal 1MDB: 'Saya 'dijemput' polis 15 November ini - Muhyiddin

Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bekata, beliau akan dipanggil polis untuk memberi keterangan berkenaan dakwaan mendedahkan rahsia kerajaan baru-baru ini pada 15 November depan.
Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh berkata, beliau akan memberi komitmen dan akan hadir pada sesi berkenaan.
"Tiada masalah untuk beri keterangan," katanya di Parlimen hari ini.
Selain Muhyiddin, semalam Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  yang juga Ahli Parlimen Semporna telah dipanggil polis diatas sebab yang sama.
Sebelum ini turut dipanggil, Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan laporan polis oleh dua pertubuhan bukan kerajaan iaitu Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan.
Ketiga-tiga mereka didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.

Apa status minyak kitar semula?

"300,000 ahli Baju Merah akan turun pada 18 Nov sekat BERSIH 5," kata Jamal

'2,000 ahli Baju Merah jaga keselamatan jika BERSIH 5 buat di stadium'

"Baju Merah sedia digari tangan, kaki dan kepala," pesan Jamal

RM2.6 Bilion: Penerima "Derma" Joli Sakan.....!!!

Inilah Negaraku..

Bank Negara Malaysia sudah mengenakan “tindakan” ke atas 2 kakitangan AmBank yang terlibat dalam aktiviti pengubahan wang berkait dengan syarikat 1MDB..

TETAPI tuan punya akaun langsung tiada dikenakan sebarang "tindakan" malah masih bebas terbang ke luar negara ke sana ke mari bawa bini anak beranak ke lu
ar negara naiki jet mewah VVIP KERAjaan..

Skandal 1MDB: Pegawai bank bermewah, mula angkuh selepas jadi orang Jho Low

Mahkamah diberitahu, Yeo membuatkan Amicorp mengeluarkan invois berjumlah lebih RM5 juta bagi 27 tiket perlawanan tinju Manny Pacquiao di Las Vegas kepada Jho Low dan beberapa selebriti.
Jho-LowPETALING JAYA: Mahkamah di Singapura yang membicarakan bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei, diberitahu beliau menikmati gaya hidup mewah siap dengan kapal persiaran selepas mula bekerja dengan ahli perniagaan kontroversi Malaysia Low Taek Jho, atau Jho Low, lapor The Straits Times (ST).
Seorang pekerja firma kewangan Amicorp Group, Jose Renato Carvalho Pinto, ketika memberi keterangan saksi, berkata Yeo – individu utama dalam dakwaan pengubahan wang haram dikaitkan dengan 1MDB – menjadi “perunding dan penasihat” kepada Low dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny, bekas pegawai tinggi Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC).
Carvalho memberitahu mahkamah, hubungan Yeo dengan Low begitu rapat sehingga beliau dapat menaiki jet peribadi dan kapal mewah milik Low, Equanimity, dalam perjalanan ke Caribbean untuk urusan perniagaan.
Yeo tinggal di resort 5 bintang Sandy Lane, iaitu antara hotel paling mewah di Barbados, kata Carvalho.
Beliau mendakwa Yeo membuatkan Amicorp mengeluarkan invois berjumlah AS$1.36 juta (RM5.72 juta) bagi 27 tiket perlawanan tinju Manny Pacquiao di MGM Grand Las Vegas kepada Low, Al-Husseiny dan beberapa lagi selebriti.
Tiket paling murah berharga AS$30,000 (RM126,296) manakala paling mahal AS$75,000 (RM315,740), katanya.
Carvalho berkata Yeo meminta Amicorp menambah nilai sekurang-kurangnya sebanyak AS$1 juta ke dalam kad keahlian kasino Las Vegas milik Low dan kawan rapatnya, Eric Tan Kim Loong.
Katanya, Yeo “semakin sombong dan kasar”, dan memanggil beberapa kakitangan, termasuk Samuel Goh Swe Wei, Kelvin Ang dan ketua pegawai kewangan 1MDB, Terence Geh sebagai “pegawai rendah”.
Yeo berhadapan 4 tuduhan mendesak saksi menipu kepada polis dan memusnahkan bukti ketika dilepaskan dengan ikat jamin selepas ditahan 17 Mac lalu dalam kes pengubahan wang haram.
Al-Husseiny yang kini disiasat atas kesalahan di Switzerland adalah ketua eksekutif syarikat di bawah IPIC, Aabar Investments, dan bekas pengerusi Falcon Bank, yang ditarik lesennya oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) bulan lalu.
Salah satu sebab penutupan Falcon kerana konflik kepentingan ketika menguruskan akaun pelanggan yang mempunyai kaitan dengan Al-Husseiny.
MAS berkata Al-Husseiny menipu cawangan Falcon di Singapura untuk memproses “transaksi besar yang luar biasa”, walaupun dengan beberapa kali amaran.
Carvalho yang memberi keterangan di hari kelima perbicaraan berkata, berkata Amicorp diminta oleh Yeo untuk menubuhkan unit amanah dan akaun bank kepada beberapa entiti termasuk kepada Low dan keluarganya.
IPIC setakat ini menafikan memiliki Aabar BVI, yang didakwa menerima AS$3.5 bilion daripada 1MDB.

KPN tidak mahu layan dakwaan rumah RM5.5 juta

Ketua polis negara itu berkata Sanjeevan seorang yang terdesak susulan tindakan polis ke atasnya.
Khalid-Abu-BakarPETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan melayan dakwaan Datuk R Sri Sanjeevan yang beliau memiliki sebuah rumah banglo bernilai RM5.5 juta di Negeri Sembilan.
Sebaliknya, Khalid berkata perkara itu sudah dilaporkan pengerusi badan pemantau MyWatch itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya serahkan kepada mereka,” kata Khalid dipetik akhbar TheSun.
Khalid menyifatkan Sanjeevan seorang yang terdesak disebabkan pelbagai tindakan polis ke atasnya.
Semalam, Sanjeevan dalam laporannya kepada SPRM mendakwa Khalid memiliki sebuah rumah mewah di Mantin, dan berkata beliau mempunyai dokumen membuktikan tuduhan itu.
Ogos lalu, Sanjeevan menyerahkan dokumen pendaftaran syarikat kepada SPRM bagi menyokong dakwaan sebuah syarikat senjata api dikaitkan dengan adik Khalid, Datuk Abdullah Abu Bakar.
Minggu lalu, polis Bukit Aman bertindak menyerbu kediaman Sanjeevan di Kajang, dan menyita beberapa kenderaan yang didaftarkan atas namanya.
Sitaan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Seksyen 45.
Sanjeevan ditahan pada 22 Jun kerana disyaki melakukan pemerasan dan ugutan jenayah.
Aktivis 32 tahun itu diberkas Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) sebaik sahaja didakwa menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu, seorang pengusaha judi haram berusia 38 tahun.

Zaid mahu Ambank dedah butiran akaun Najib

Bekas menteri memerlukan maklumat bagi menyokong samannya dalam kes lain terhadap Najib, anak tirinya Riza Aziz, 1MDB dan kerajaan Malaysia.
Ambank-Islamic-BhdKUALA LUMPUR: Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim memfailkan saman untuk memaksa Ambank Islamic Bhd mendedahkan pendapatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma RM2.6 bilion dan sebahagian RM42 juta lagi, yang dipercayai disimpan di 5 akaun bank.
Zaid juga mahu pihak bank mendedahkan sumber dana yang diterima dan penerima bayaran yang dibuat daripada masa akaun dibuka sehingga ia ditutup pada 30 September tahun ini.
Bekas pemimpin Umno, yang memfailkan tindakan itu bulan lalu bagi pihak rakyat dan pembayar cukai Malaysia, berkata beliau juga mahu bank menyediakan salinan penyata akaun daripada tarikh ia dibuka dan ditutup.
Dalam afidavit bagi menyokong tindakan itu, Zahid berkata beliau mahu bank, yang sebelum ini dikenali sebagai AmIslamic Bank Bhd, membuat pendedahan di bawah Akta Keterangan Buku Banker 1949.
Zaid yang diwakili Americk Sidhu, berkata beliau memerlukan maklumat bagi menyokong samannya dalam kes lain terhadap Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan Malaysia dan anak tiri Najib, Riza Aziz.
Pada 17 Ogos lalu, Zaid memfailkan tindakan mendapatkan kembali AS$731 juta dan RM42 juta yang dibankkan ke dalam akaun perdana menteri.
Menurut Zahid, AS$50 juta didepositkan ke dalam akaun antara Februari 2011 dan November 2012 manakala AS$681 juta pada Mac 2013.
Bagaimanapun, AS$681 juta itu secara umumnya dikenali sebagai sumbangan daripada RM2.6 bilion berdasarkan kadar pertukaran pada masa itu.
Zaid berkata, beliau mengambil tindakan itu yang akan memberi manfaat kepada defendan ke-2 dan ke-3 – 1MDB dan kerajaan Malaysia – kerana mereka tidak berada dalam kedudukan untuk berbuat demikian.

Hadi Awang tidak hadir Parlimen terus jadi polemik

Hadi di parlimen baru-baru ini tetapi tidak ketika perbentangan dan pengundian Bajet 2017.Hadi di parlimen baru-baru ini tetapi tidak ketika perbentangan dan pengundian Bajet 2017.
Ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat untuk undian Bajet 2017 malam tadi terus mengundang polemik orang ramai yang dapat dilihat pada lontaran komentar di media sosial Facebook dan kumpulan WhatsApp.
Antaranya, Nazir Mahmud Khan membayangkan kekerapan ayah Abdul Hadi dipanggil pihak sekolah ekoran ponteng.
"Hadi ni kan kalau dia budak sekolah, aku tak tau la berapa kali bapa dia kena panggil pi sekolah pasai ponteng.
"Dah la tu kalau banyak hari ponteng dia akan kena gantung dan lepas tu kalau repeat jugak dia akan kena buang.
"Rasa-rasa belum tamat darjah 1 dia dah kena buang, buat rayuan, masuk semula, kena buang lagi," katanya berbaur sinis.
Bahkan, Nazir turut menyindir pendirian Abdul Awang berhubung gesaan rundingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.
"Dalam dok ponteng sekolah tu ada hati pulak nak jadi ketua kelas. Dah jadi ketua kelas nak ambik tindakan kat budak-budak pandai dan jaga yang bodoh-bodoh dan gatai," ujarnya dalam loghat Utara.
Sementara itu, Mejar Zaidi Ahmad yang mempersoal status Pas hari ini sebagai pembela rakyat atau pembela Perdana Menteri ekoran tindakan parti tersebut yang mengambil keputusan berkecuali.
"Undian bajet sepatutnya peluang untuk nyatakan bantahan terhadap Najib si penyamun yang telah merompak berbelas bilion wang rakyat.
"Namun, Ahli-ahli Parlimen Pas memilih untuk berkecuali. Jadi, adakah Pas parti pembela rakyat atau pembela Najib?" soalnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Menurut Akram Yusof pula, alasan penyokong tegar Hadi yang ponteng Parlimen kononnya Presiden Pas itu milik dunia adalah sangat bodoh.
"Alasan Haji Hadi ponteng Parlimen dari para pewalak sangat-sangatlah dangkal. Kalau Haji Hadi tu milik dunia, tak payah bertanding PRU14 nanti.

PKR tuntut SPR dedah pakar rujuk sempadan pilihan raya

Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan pakar topografi dan tebaran penduduk yang digunakan mereka bagi menentukan persempadanan semula pilihan raya.
Menurut Nurul Izzah, sehingga kini SPR tidak pernah memaklumkan siapa pakar topografi dan tebaran penduduk yang mereka guna sedangkan perkara itu termaktub dalam perlembagaan.
Katanya, menurut Seksyen 15 (2) perlembagaan menyebut, SPR hendaklah meminta nasihat daripada dua pegawai kerajaan yang mempunyai pengetahuan khas mengenai topografi dan taburan penduduk dalam unit kajian semula bagi pilihan raya persekutuan.
Pegawai itu pula, kata Nurul Izzah, hendaklah dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.
Justeru, naib presiden PKR itu menggesa pegawai topografi dan taburan penduduk itu didedahkan agar ia dapat dinilai oleh rakyat.
"Di peringkat awal ini alangkah baik kalau mereka (SPR) beritahu pandangan siapa yang mereka pakai untuk buat persempadanan. Siapakah pakar yang dilantik oleh Agong itu.
"Sekurang-kurangnya rakyat dapat menilai siapa pakar ini. Adakah ia bebas," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi membantah persempadanan semula dianjur SPR di Putrajaya hari ini.
SPR melaksanakan kajian semula persempadanan bagi kerusi parlimen dan DUN bagi Semenanjung Malaysia dan dan Sabah bermula 15 September lalu.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Perkara 115 (2) Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
Pada hari ini pula, SPR mengadakan siasatan tempatan kali pertama urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya.
Prosiding itu bermula pada 7 hingga 9 November bertempat di Hotel Marriot Putrajaya.
Malah, Nurul Izzah memberitahu, dalam membuat bantahan persempadanan semula SPR, pihaknya telah melantik pakar bagi mengemukakan rasional persempadanan berkenaan.

Tiket ECRL KL - Kota Bharu bernilai RM520 seorang?


Kiraan mudah ECRL akan mengenakan tiket RM540 seorang sehala jika beroperasi tanpa sabsidi dari kerajaan.Kiraan mudah ECRL akan mengenakan tiket RM540 seorang sehala jika beroperasi tanpa sabsidi dari kerajaan.
Berapakah anggaran tiket keretapi laju antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu apabila projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) siap nanti kini menjadi perhatian pelbagai pihak.
Ada yang mengganggarkan tiketnya adalah RM520 seorang berdasarkan jumlah belanja ang dikeluarkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak sekarang untuk membuat projek ini.
Rohana membuat kiraan mudah untuk menjangka kadar tiket ECRL apabila beroperasi nanti.Rohana membuat kiraan mudah untuk menjangka kadar tiket ECRL apabila beroperasi nanti.Seorang bekas jurutera dengan Intitut Kerjaraya Malaysia (Ikram), Rohana Hana dalam facebooknya telah membuat kiraan mudah tentang jangkaan tiket ECRL itu nanti.
"Kalau cenggini nampaknya naik kapalterbang murah lagi," kata beliau dalam posting itu.
Beliau mengajak orang ramai belajar metamatik mudah dalam mengira anggaran harga tiket ECRL itu nanti.
"Mari belajar maths. Mari kita buat kira-kira projek keretapi double track ke pantai timur," tulisnya.
"Pinjaman: RM55 bilon tempoh: 20 tahun. RM55b / 20 tahun / 365 hari = RM7.5 juta
"Maknanya sehari kena bayar balik pinjaman itu RM7.5 juta. Jadi kerajaan Malaysia kena buat jualan lepas keretapi tu berjalan sekurang-kurangnya RM7.5 juta sehari untuk bayar balik pinjaman pokok tu.
"Ini tak masuk lagi faedah, kos operasi, servis, maintenence dan sebagainya," kata beliau.
"Kita anggarlah sehari tiga trip, KL-KB & tiga trip KB - KL.
"Jadi satu trip memerlukan jualan RM7.5 juta/ 6 trip = RM1.25juta.
"Maka berapakah harga tiket perlu dijual untuk mencapai target tu?
"Kita ambillah harga tiket RM100/penumpang. Jadi berapa ramai penumpang yang diperlukan satu trip?
"RM1.25j/RM100 = 12,500 orang. Kalau 1 coach = 80 orang. 1 trip perlukan 12,500 / 80 = 156 coach.

"Agak sukar lokomotif nak tarik 156 coach? Paling banyak 30 coach/trip.
"Jadi harga tiket perlu dinaikkan ke RM520/penumpang," tulis Rohana dalam posting itu
Oleh itu beliau membuat kesimpulan,"Berapa ramai yang mampu? Lebih baik naik Air Asia, lagi murah.."