Isnin, 7 November 2016

Belah Bahagi Bajet 2017

Penggulungan Bajet 2017 Dasar - Kem. Kewangan

Undian Bajet 2017: 117 BN Menyokong, 70 Pakatan Menentang, 11 Tidak Mengundi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir di Parlimen hari ini, tetapi tidak mengikuti penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan atau Bajet 2017 dan meninggalkan dewan sebelum pengundian dijalankan.
Najib tiba ketika Menteri Kewangan Kedua,Datuk Johari Abdul Ghani mengakhiri perbahasan peringkat dasar, pada kira-kira 8.40 malam tadi.
Beliau dilihat melalui pintu utama yang menuju ke Parlimen tetapi tidak berada di Dewan Rakyat.
Adalah dipercayai bahawa beliau sebaliknya menuju ke kamar Speaker.
Semasa perbahasan, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) secara terbuka mencabar Najib untuk hadir dan menjawab soalan-soalan mengenai 1MDB dan ‘derma’ RM2.6 bilion yang diterimanya.
"Mana PM? Mengapa dia bersembunyi di sana (kamar Speaker)? "soal Gobind meminta penjelasan.
Gobind ingin tahu status siasatan polis ke atas 1MDB, serta kepada siapa Najib memulangkan wang AS$620 juta daripada AS$681 juta yang didakwa diterimanya sebagai derma.
Johari gagal menjawab soalan berhubung siasatan itu, dan berkata ia masih dalam siasatan, sementara beliau tidak menyentuh soalan mengenai sumbangan ‘derma’ berkenaan.
Tidak lama kemudian, Najib kelihatan bergegas meninggalkan Parlimen. Pada ketika itu, Johari baru mengakhiri ucapannya dan ini disusuli dengan pengundian secara blok.
Bajet kemudiannya diluluskan pada peringkat jawatankuasa, dengan 117 undi menyokong dan 70 undi menentang.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata 11 ahli parlimen tidak mengundi.

PANDANGAN JUJUR KEPADA NAJIB

Membaca kenyataan bekas Setiausaha Agung UMNO, Radzi Sheikh Ahmad yang mengatakan PPBM atau lebih senang disebut sebagai Bersatu, mampu memberi cabaran lebih sengit kepada UMNO berbanding Semangat 46, ia membuatkan saya tiba-tiba rasa terpanggil untuk bersikap jujur dan ikhlas kepada Najib Razak.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar Cina, Radzi dipetik sebagai memberi amaran kepada UMNO agar tidak memandang rendah kepada keupayaan Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin yang kini memimpin PPBM.

Katanya, cabaran yang bakal dihadapi UMNO akan lebih sengit berbanding tentangan Semangat 46 pada akhir tahun 80-an dahulu.
Bagi saya, kenyataan Radzi ini merupakan pandangan paling tidak jujur dan tiada keikhlasan kepada Najib. Dalam bahasa mudah, ia hanya mengarut saja.

Kenyataan yang benar-benar jujur dan ikhlas kepada Najib ialah pendangan menteri-menteri seperti Ismail Sabri Yaakob, Shabery Cheek, Salleh Said Keruak dan beberapa yang lain yang selalu menyebut bahawa PPBM tidak mampu ke mana-mana dan hanya akan menuruti sejarah Semangat 46 sahaja.

Ya...percayalah, PPBM ini kalau pun tidak menyamai sejarah Semangat 46, masa depannya tentu lebih buruk daripada itu. Tidak mungkin ia lebih hebat berbanding Semangat 46.

Ekonomi sebenar merosot, Prof Jomo tegur kerajaan

Pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram berkata kerajaan kurang beri tumpuan kepada petunjuk ekonomi sebenar seperti masa depan pertanian dan kemerosotan aktiviti perindustrian
Prof-Jomo-Kwame-Sundaram
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memberi keutamaan kepada ekonomi sebenarnya dan bukan hanya kewangan, kata Pakar Ekonomi Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS) Prof Jomo Kwame Sundaram.
Beliau berkata negara negara memberi kurang memberi tumpuan kepada petunjuk ekonomi sebenar seperti masa depan pertanian serta kemerosotan aktiviti perindustrian.
“Sekarang ini kita memberi banyak tumpuan kepada petunjuk kewangan,” katanya kepada pemberita di luar acara Persidangan Antarabangsa Malaysia-Perancis, di sini, hari ini.
Beliau merupakan salah seorang ahli panel persidangan tersebut.
“Kita nampaknya tidak begitu bimbang dengan hakikat yang sektor industri negara semakin merosot dari segi bahagian ekonomi yang disumbang pembuatan dan semakin kurang pekerja bekerja dalam sektor pembuatan,” katanya.
Jomo, yang juga felo pelawat kanan Institut Penyelidikan Khazanah berkata meskipun semua orang gembira dengan peningkatan sektor perkhidmatan tetapi nilai sektor tersebut masih boleh dipersoalkan.
“Apakah ciri-ciri perkhidmatan ini dan berapa banyak nilai yang ditunjukkan.
“Anda boleh mempunyai pengedaran semula menerusi perkhidmatan tetapi tidak semestinya bermaksud kita sebenarnya menambah kepada ekonomi,” katanya.
Persidangan dua hari itu yang bertemakan ‘Malaysian Capitalism in Comparative Perspective’, dianjurkan bersama oleh Institut Penyelidikan Khazanah, Kedutaan Perancis dan Malaysia-France Unversity Centre, dengan sokongan France’s Institut Francais.
Persidangan itu bertujuan untuk merangsang dialog dan meningkatkan pemahaman dalam kalangan cendekiawan, penyelidik dan pengulas dari kedua-dua negara.

Syarikat dianugerah projek ECRL korup, disenarai hitam Bank Dunia

Syarikat China Communication Construction Company Ltd (CCCC) yang diberikan anugerah projek pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) oleh Kerajaan Malaysia merupakan syarikat yang disenaraihitamkan Bank Dunia.
Mantan Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, syarikat itu disenaraihitamkan pada 2009 apabila syarikat itu didapati merasuah beberapa pegawai dan pimpimpin kerajaan negara asing bagi mendapatkan projek di negara terlibat.

landasan-keretapi-pantai-timur-ecrl“Selain itu, syarikat ini juga memiliki trek rekod buruk apabila beberapa projeknya menemui kegagalan, misalnya pembinaan jambatan di China sendiri hingga ada yang pernah runtuh.
“Maka tidak hairanlah mereka disenaraihitamkan oleh Bank Dunia hingga sekarang tetapi yang menghairankan kenapa Kerajaan Malaysia memilih syarikat seperti ini sedangkan masih banyak lagi syarikat lain yang berupaya menjalankan projek ECRL ini,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Jelasnya, selain Bank Dunia sekurang-kurangnya tiga bank pusat lain seperti Bank Pembangunan Afrika, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Eropah turut menyenaraihitamkan syarikat CCCC.
Katanya, tindakan Najib menganugerahkan projek ECRL kepada CCCC menimbulkan tanda tanya lantaran imej syarikat itu terpalit amalan rasuah.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke China mengumumkan projek ECRL yang menelan kos sebanyak RM55 bilion akan dijalankan oleh syarikat CCCC.
Projek itu diberikan kepada CCCC secara rundingan terus, tanpa membuka tender kepada syarikat lain yang berminat.

‘Tindakan penguatkuasaan ke atas Ambank berhubung kes 1MDB’

Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan ke atas kakitangan Ambank Cheah Tek Kuang dan Joanna Yu berhubung kes berkaitan 1MDB, kata Kementerian Kewangan.
Walau bagaimanapun, kerajaan tidak menyatakan jenis tindakan yang diambil dalam jawapan parlimen bertulis kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya).
"Bank Negara telah menjalankan siasatan menurut kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Anti Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 terhadap institusi kewangan terbabit di dalam kes berhubung 1MDB.
“Berdasarkan hasil siasatan, tindakan penguatkuasaan sewajarnya telah diambil dalam lingkungan bidang kuasa bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Bank Negara.
"Bank Negara juga diberikan kuasa untuk berkongsi maklumat dengan mana-mana agensi penguatkuasaan dan memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan oleh agensi tersebut,” petik jawapan yang diberikan.
Pua meminta menteri kewangan menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap Yu dan Cheah yang membantu ‘cover up’ transaksi penghantaran wang haram dalam Ambank.
Bank pusat itu pada April lalu mendenda 1MDB jumlah yang tidak didedahkan atas kegagalan untuk mematuhi arahan berhubung pindaan dana.
Menurut Bank Negara, bukan dasar bank pusat itu untuk mendedahkan jumlah denda berkenaa

'Kalaulah saya ada banyak wang', kata menteri mengenai tebatan banjir

Ia akan menelan belanja sekurang-kurangnya RM40 bilion untuk melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di seluruh negara dan kos itu boleh melonjak kepada RM60 bilion jika ditangguhkan, menteri memberitahu Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun, ditanya sama ada beliau mempunyai rangka masa untuk menyiapkannya, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dana sahaja tidak mencukupi.
"Anda tidak boleh menjadi begitu pasti dalam melaksanakan (projek) seperti ini. Kalaulah saya ada wang yang banyak," ujar beliau kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Buat masa ini, beliau menjelaskan, peruntukan bagi projek-projek tebatan banjir dan pelaksanaan sebenar akan dijalankan secara berperingkat.
Tambah beliau, tiada satupun daripada negeri-negeri yang diminta untuk pembiayaan tebatan banjir daripada kerajaan Persekutuan mendapat 100 peratus atas jumlah dipinta.
Wan Junaidi berkata demikian ketika menjelaskan mengapa Pulau Pinang hanya mendapat RM150 juta daripada RM350 juta yang diminta kerajaan negeri untuk kerja-kerja tebatan banjir di sepanjang Sungai Pinang.
Ujar menteri itu, pelaksanaan projek-projek tersebut akan mengambil masa, justeru, ia bukan masalah dengan hanya sebahagian daripada peruntukan yang diminta diberikan di bawah Bajet 2017.

‘Sikap lunak Umno sebenarnya pecahkan Pas’

KOTA BHARU - Pas Kota Bharu menyifatkan kaedah politik lunak  yang digunakan BN berjaya mewujudkan dua aliran pemikiran di dalam Pas.
Pemangku Ketuanya, Dr Rosli Allani berkata, satu pihak merasakan Umno jujur membantu Pas manakala satu kumpulan yang lain  melihat ia sebagai tipu daya licik ketika mana BN  menghadapi saat yang sukar.
Umno-Pas Sebagaimana kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau berkata, Umno adalah punca sebenar yang menyebabkan Pas berpecah.
“Janji manis dari pemimpin Umno khususnya Perdana Menteri termasuk memberi laluan untuk ahli parlimen Marang mengemukakan cadangan pindaan Akta 355 adalah sebahagian punca selain daripada pengiktirafan tokoh dan kepimpinan Pas termasuk bekas Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dan  Presiden Pas sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa DAP menjadi punca perpecahan Pas.
Rosli berkata, situasi ini  berlaku ketika  BN sedang meniti hari yang sukar akibat penolakkan rakyat secara umum kepada Perdana Menteri yang dipalit dengan pelbagai isu sehingga gagal ditepis oleh pimpinannya sendiri.
Beliau turut menegaskan  formula satu lawan satu perlu direalisasikan dalam PRU14 nanti bagi menafikan taktik pecah dan perintah yang digunakan oleh kerajaan sekaligus memberi tali hayat baru kepada Perdana Menteri.
“Tiada ada cara lain untuk proses ini direalisasikan melainkan pembangkang dapat duduk bersama bagi memastikan formula satu lawan satu dapat dijelmakan sebelum pilihan raya nanti,”katanya.

Tak wajar pertikai kesetiaan kaum Cina, Tian Chua selar Salleh

Menjadi tanggungjawab perdana menteri ke luar negara untuk mencari dana dan pelabur yang tiada kena mengena dengan tindakan mempengaruhi pengundi.
tian-chua-salleh-cina
PETALING JAYA: Datuk Seri Salleh Said Keruak dilihat mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman apabila menyatakan pembangkang tidak berani mengkritik Datuk Seri Najib Razak berhubung pelaburan dengan China kerana bimbang tindak balas komuniti Cina di Malaysia.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana ia seolah-olah cuba mengaitkan kaum Cina di Malaysia dengan negara Tembok Besar itu.
“China hanyalah satu negara, jadi kenapa perlu dikaitkan dengan sokongan masyarakat Cina? Adakah beliau (Salleh) melihat orang-orang Tiong Hua ini kesetiaan mereka kepada negara China?
“Ia memberi implikasi seolah-olah Cina di Malaysia sangat bergantung pada Cina di Tanah Besar. Kalau Malaysia baik dengan China, jadinya dokongan orang Cina akan meningkat?” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Salleh menerusi catatan blognya menyatakan pembangkang cemburu dan bimbang dengan lawatan perdana menteri ke China yang mungkin mempengaruhi sesetengah pengundi pembangkang dan pengundi atas pagar.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, sudah menjadi tanggungjawab untuk perdana menteri ke luar negara bagi mencari dana dan pelabur dan dalam soal itu tidak ada kena mengena dengan undi daripada pengundi.
“Kalau beliau (Najib) pergi ke Rusia dapatkan pelaburan, adakah pengundi akan tukar. Apa kena mengena dengan undi? Sebagai perdana menteri, tugas beliau adalah untuk mendapatkan pelabur. Itu perkara biasa dan tiada kena mengena dengan undi.
“Adakah beliau bermaksud, pelaburan dari China itu akan jadi pengikat kepada masyarakat Cina di Malaysia. Itu adalah satu andaian yang bersifat perkauman,” katanya.

Jamal sudah jadi de facto PM Malaysia, kata Mahathir

Kita sedang melihat perang baju – kuning lawan merah.
Kuning berjuang untuk membersihkan pilihan raya. Baju merah yang menentangnya tentulah berjuang untuk pilihan raya yang kotor.
Oleh kerana kekotoran yang dipertahan oleh baju merah ialah kekotoran kerajaan, maka merah bersetuju dengan tuduhan baju kuning bahawa kerajaan bergantung kepada yang kotor untuk menang pilihan raya.
Undang-undang Security Council Act (Akta Majlis Keselamatan Negara) yang baru dilulus oleh kerajaan memberi kuasa kepadanya mengisytihar keadaan sekuriti dalam mana-mana kawasan berada dalam keadaan bahaya.
Apabila undang-undang ini dikuatkuasa dalam mana-mana kawasan, maka kerajaan berhak menangkap dan memasuk dalam tahanan sesiapa sahaja tanpa bicara.
Jikalau orang itu atau siapa sahaja terbunuh semasa penguatkuasaan undang-undang tersebut, mahkamah tidak perlu mengadakan inquest (pemeriksaan untuk menentukan sebab kematian) ke atas simati.
Keluarga simati tidak boleh meminta dari mahkamah supaya sebab-sebab kematian diberitahu kepada mereka.
Mana-mana pihak yang membuat salah semasa menjalankan tugas tidak boleh didapati bersalah oleh mana-mana pihak.
Tindakan baju merah menyerang baju kuning boleh mencetuskan huru-hara dan kacau-bilau di mana-mana kawasan.
Keadaan ini boleh menjadi alasan undang-undang sekuriti dikuatkuasakan di mana-mana sahaja.
Sehingga kini baju kuning tidak membalas keganasan baju merah. Tetapi besar kemungkinan baju merah akan berjaya merusuh dengan baju kuning pada 17-19 November semasa BERSIH (baju kuning) berhimpun untuk buat demonstrasi.
Jika tidak ada rusuhan pada hari-hari tersebut pun, kerajaan masih boleh kuatkuasakan undang-undang sekuriti atas sebab ramalan akan berlaku rusuhan.

Nampak tak 'game' mereka... Selama2nya rakyat diperbodohkannya..

Adakah ini petanda PRU14 semakin hampir !!!

MALAYSIA BOLEH !!! UMNO BOLEH !!!

BOLEH Rompak..
BOLEH Boros..
BOLEH Menipu..
BOLEH Rasuah..
BOLEH Rasis..
BOLEH Perbodohkan Rakyat..

Oxford ni IPTA baru..??

Patutler bajet untuk universiti tempatan dipotong buat 2 tahun berturut-turut DAN digesa cari dana sendiri jgn nak bergantung peruntukan k'jaan..

RUPA-RUPANYA universiti asing yg dapat peruntukan dari KERAjaan Malaysia sebanyak RM64.68 juta !!!

IPTA tempatan... kena cari dana sendiri.. Oxford dpt RM64.68 juta... ke Oxford ni IPTA baru..??

Tapi rakyat yg tak bayar cukai digelarnya pengkhianat negara..

Yang menyangak duit2 rakyat tidak dikenakan cukai SELAMA 10 TAHUN..

Antara Tanzania & Malaysia

WOWW !!! MURAHNYA KERAjaan M'sia 'deal' projek laluan kereta api... 1 km laluan kereta api kosnya RM88.7 juta sahaja.

Najib kata kesan projek ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyatnya... TARAF HIDUP RAKYAT MANA !!!

Implikasi hutang China RM50 bilion


Oleh A kadir Jasin
KITA baru saja berbincang mengenai bahaya terlalu bergantung kepada negara China dalam pembangunan negara kita.Kebimbangan kita itu terbukti berasas apabila kerajaan mengambil keputusan berhutang RM50 bilion daripada China untuk membina Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Tidak ramai daripada kita tahu mengenai projek raksasa itu kerana tidak banyak atau belum banyak yang diperkatakan mengenainya. Tiba-tiba sahaja ia muncul dan dalam sekelip mata menjadi projek yang akan mengikat kejap pergantungan negara kita kepada China dari segi kewangan, kepakaran dan guna tenaga.
Daripada apa yang kita dengar dan baca dari Beijing hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak adalah projek itu dibagi secara francais seratus peratus kepada China.
China membekal modal, kepakaran, peralatan dan tenaga kerja. Ini mungkin projek strategik nasional pertama yang diserahkan bulat-bulat kepada sebuah negara asing untuk dilaksanakan.
Kita kena ingat, di negara China tidak ada pemisahan di antara kerajaan dengan perusahaan. Kerajaan memiliki semua industri dan kegiatan ekonomi strategik.
Kerajaan China seperti kita maklum adalah kerajaan komunis walaupun dari segi ekonomi ia mengamalkan kaedah kapitalis.
Bukan projek ECRL saja dibagi kepada China. Daripada laporan media, kerajaan juga bersetuju, buat kali pertama dalam sejarah, membeli kapal perang persisiran pantai daripada China dan bekerjasama dalam kawalan Laut China Selatan.
Saya tidak tahu sama ada Kabinet, Barisan Nasional dan Umno telah membincangkan sedalam-dalamnya anjakan paradigma kerjasama dua hala yang melibatkan negara komunis China itu.
Saya tidak mahu mempersoalkan daya maju ECRL kerana saya tidak pernah mendengar mengenainya apatah lagi mengetahui mengenai kajian kemungkinan (feasibility study) ke atasnya. Yang menakjubkan adalah kepantasan projek itu dirancang, diputuskan dan kontraknya diberikan kepada China.
Kita tidak menafikan yang China telah mengumpul dana yang banyak dan membangunkan kepakaran dalam bidang pengangkutan kereta api dalam jangka masa singkat.
Dalam masa kurang dua dekad China telah berjaya membina sistem kereta api laju di antara Beijing dengan Shanghai dan 1,956 kilometer kereta api gunung di Dataran Tibet.

Pemimpin tertinggi Melayu yang pecahkan Melayu

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tumpat dari PKR, Datuk Kamarudin Jaafar ‎mendakwa dasar kepimpinan Melayu tertinggi negara adalah punca kepada berlakunya perpecahan undi Melayu di negara ini.
Ujarnya, ini kerana sejak lama menjadi pemerintah negara, mereka tidak benar-benar meningkatkan keadaan masyarakat Melayu selain tiada inisiatif jelas untuk menyatukan Melayu.
"Yang akan kekal memecahbelahkan undi Melayu adalah kepimpinan Tertinggi Melayu dalam negara kita.
"Permainkan RUU355 untuk memecahbelahkan Melayu, biarkan isu ini tergantung tanpa apa-apa pendirian jelas daripada mereka apa langkah seterusnya.
Datuk Kamarudin Jaafar "Ini permainan Umno yang berterusan kepada Melayu dan bukan Melayu juga," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan parti Melayu dalam pakatan pembangkang, PKR dan Amanah hanya menjadi boneka kepada DAP.
Petik kenyataan  Anuar,ujarnya  DAP kini cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka yang terdiri daripada kaum Melayu sendiri dalam parti pembangkang.
"PKR,Bersatu, Amanah akan jadi rakan kongsi junior. DAP telah berjaya dalam tindakan mereka membuat perancangan terhadap rakan kongsi mereka dan telah pecahkan Pas dan dalam PKR ada DAP," katanya.

Kalau projek ECRL tidak makan kos RM55 bilion, apa jadi dengan dana selebihnya?

Adakah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai tahu apa yang beliau katakan apabila mendakwa bahawa projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak memakan belanja RM55 bilion?
Persoalan tersebut diutarakan Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua mengulas dakwaan Presiden MCA tersebut yang dilihat cuba memutarbelit fakta kos pembinaan projek ECRL sedangkan kosnya telah diumum Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2017.
“Kita tak tahu sama ada Menteri Pengangkutan tahu apa yang beliau cakapkan atau sama ada beliau telah membaca perjanjian tersebut,” ujar Tony sambil berkata bahawa Parlimen diberitahu bahawa projek ECRL tidak terletak di bawah bidangkuasa Kementerian Pengangkutan, tetapi Jabatan Perdana Menteri.
“Adakah Datuk Seri Liow main tembak saja, terutamanya apabila Perdana Menteri sendiri mendedahkan bahawa landasan sepanjang 600km yang akan menyambungkan bandar-bandar Pelabuhan Klang, ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat akan menelan kos sebanyak RM55 bilion,” kata Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP.
CEO Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Datuk Jebasingam Issac John sebelum ini dilaporkan media pada April 2014 berkata bahawa projek ECRL hanya akan menelan belanja sekitar RM30 bilion.
Kata Tony, sekiranya angka tersebut tepat, Menteri Pengangkutan harus memberitahu rakyat Malaysia apa yang bakal terjadi kepada lebihan RM25 bilion daripada pinjaman Bank Exim China untuk projek ECRL tersebut.
Menurutnya, rakyat Malaysia bimbang berulangnya skandal kewangan ala-1MDB apabila syarikat milik negara itu meminjam sejumlah RM18.3 bilion untuk membeli loji janakuasa Tanjong Power dan Genting Sanyen.

Sakan Annuar Musa meroyan, kenapa tak tuduh perjanjian dengan China juga muslihat DAP

KLUANG, 7 NOV: Kenyataan memburuk-burukkan DAP oleh UMNO bukanlah perkara asing. Demi survival politik perkauman sempit tajaan UMNO dan rasuah yang berleluasa, DAP sudah terlalu sering dijadikan mangsa bagi mengalih perhatian umum.
“Ini bukan skrip baru,” ujar Penolong Setiausaha DAP Johor, Sheikh Omar Ali mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang disifatkannya sebagai ‘meroyan’.
Annuar dilaporkan media menuduh bahawa DAP telah menyusup ke dalam parti-parti pembangkang dan meletakkan calon pilihannya dengan tujuan memecah-belahkan orang Mekayu dan memerintah negara secara senyap.
“Melayu tolak UMNO, mereka kata angkara DAP. Rakyat turun himpunan BERSIH, ini kerja DAP katanya. Wujud parti baru AMANAH dan BERSATU, ini muslihat DAP.
“Jika semudah ini, saya ingin bertanya; Apakah beliau tak mahu tuduh, Najib tandatangani 14 perjanjian dengan China juga sebagai muslihat DAP?” ujar Sheikh Omar dalam satu kenyataan.
Menurutnya, alang-alang Annuar mahu membuat tuduhan tak berasas bahawa DAP sedang menusyup masuk dalam parti-parti pembangkang yang lain, Annuar boleh juga menuduh bahawa DAP juga bertanggungjawab ke atas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke China dan menandatangani 14 perjanjian.

Bekas broker terima RM16.84 juta daripada urus niaga berkaitan skandal 1MDB

Beliau memberi bukti bagi pihak pendakwaraya pada hari ke-5 perbicaraan bekas pengurus bank BSI, Yeo Jiawei yang berdepan 4 pertuduhan menghalang undang-undang
BSISINGAPORE: Saksi utama pendakwaraya dalam perbicaraan bekas pengurus bank BSI, Yeo Jiawei, mengaku terima sogokan lebih AS$4 juta (RM16.84 juta) sebagai rakan Jiawei dalam urus niaga yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Straits Times hari ini.
Samuel Goh Sze-Wei, bekas ketua agensi pengedaran di NTUC Income, tetapi kini menganggur, memberi bukti pada hari ke-5 perbicaraan Jiawei yang berdepan 4 tuduhan menghalang undang-undang kerana didakwa menggesa saksi supaya berbohong kepada polis dalam siasatan ke atas pengubahan wang.
Mahkamah minggu lalu diberitahu Jiawei didakwa meminta Sze-Wei supaya menubuhkan syarikat kosong sebagai perantara antara sebuah syarikat pengurusan dana yang menerima bayaran daripada syarikat kosong berkaitan 1MDB, Brazen Sky, dan firma yang dikawal Jiawei dan penyelia BSI ketika itu, Kevin Swampillai.
Syarikat kosong itu dikenalpasti sebagai Bridge Global Managers.
Dalam pemeriksaan balas oleh peguam Jiawei, Philip Fong, Sze-Wei mengaku terima separuh daripada AS$1.795 juta (RM7.56 juta) yang diraih dalam masa 2 tahun oleh Bridgerock Investment, firma yang dikawal Jiawei.
Straits Times melaporkan Jiawei didakwa mengaturkan untuk Bridgerock dan GTB Investment, firma yang dikawal Swampillai, untuk menerima sebahagian daripada “referral fee” untuk manfaat masing-masing.
“Keuntungan rahsia” itu diberi dalam bentuk “referral fee”, dimana sebahagian daripada fi pengurusan yang dibayar oleh Brazen Sky kepada pengurus dana Bridge Partners Investment Management (Cayman) Ltd (BPIM), disalurkan ke Bridge Global Managers sebelum disalurkan ke firma milik Yeo dan Swampillai.

Bekas duta persoal kemampuan Malaysia tangani ‘gergasi’ seperti China

Perubahan dasar luar Najib yang condong ke arah China tidak melalui proses perbincangan yang mendalam seperti mana pentadbiran sebelumnya, kata seorang diplomat veteran.
malaysia-china
PETALING JAYA: Seorang diplomat veteran Malaysia berkata perubahan dasar luar Putrajaya yang dilihat secara tiba-tiba berpaksikan China hanya mengiyakan andaian ia sebenarnya lahir daripada krisis hutang 1MDB.
Dennis Ignatius, yang pernah berkhidmat sebagai duta Malaysia ke Kanada, berkata walaupun tidak sesiapa pun dapat menafikan kepentingan menjalinkan hubungan akrab dengan Beijing, persoalannya adalah sama ada Malaysia bersedia menguruskan kesan besar daripada penglibatan kuasa ekonomi besar seperti itu.
“Apakah sistem politik kita yang berpecah belah, korup dan tidak berfungsi bersedia cabaran mengurus gergasi yang kini kita teruja mempelawa masuk?” soal Dennis, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun berkhidmat di beberapa negara termasuk China, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Dennis membuat komen itu dalam penulisannya diterbitkan FMT hari ini, beberapa hari selepas lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyaksikan kontrak berbilion dolar kepada China.
Ia sekaligus mencetuskan tanda tanya mengenai penglibatan besar-besaran China dalam ekonomi negara, di samping perubahan dasar Najib yang selama ini lebih condong ke arah Washington di bawah pentadbiran Barack Obama.
Najib bagaimanapun menolak dakwaan tersebut, menyifatkannya tidak masuk akal.
Dennis mengakui dasar berbaik-baik dengan China memang bukan sesuatu yang baharu, bagaimanapun ia diputuskan selepas siri perbincangan yang mendalam, termasuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak, yang memulakan hubungan diplomatik dengan Beijing, dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Lawatan bersejarah Tun Razak ke China pada 1974, misalnya, yang memulakan hubungan diplomatik, diadakan selepas debat dan perbincangan dalaman yang memakan masa berbulan-bulan.
“Begitu juga lawatan Dr Mahathir ke China pada 1985 dan pelancaran penuh hubungan politik, komersil dan antara masyarakat kedua-dua negara dilakukan setelah pelbagai perbincangan dalaman,” kata Dennis.
Sebaliknya, kata Dennis, langkah Malaysia yang secara mengejut condong ke arah China memperlihatkan ia keputusan Najib sendiri, dan menunjukkan ia lebih dipandu oleh keperluan menyelesaikan kes 1MDB lebih daripada kepentingan negara.

Nik Abduh: BN tetap musuh Pas

Nik Abduh Nik Abdul Aziz
KUALA LUMPUR - Pas sedia menerima mana-mana parti baharu sebagai rakan kerjasama untuk mengukuhkan perjuangan politiknya.
Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sebarang kerjasama dengan parti baharu mesti dengan kelulusan mesyuarat Majlis Syura Ulama.
"Sebarang kerjasama tak akan dibuat secara mudah, jadi maknanya kita terbuka menerima parti baru seperti Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan Parti Warisan.
"Dengan Bersatu, memang ada perbincangan bersama mereka, cuma belum dimuktamad kerana Bersatu ni ada hubung kait dengan DAP," katanya ketika ditemui di lobi parlimen, hari ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata, parti itu sedia membuka pintu kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihanraya Umum 14 (PRU14), dengan syarat parti tersebut memiliki matlamat perjuangan berlandaskan Islam.
"Pertemuan bersama Bersatu memang ada, cuma bagaimana hubungan nak diadakan tu kita tengok nanti, belum ada keputusan lagi,"katanya.
Tegas Nik Abduh, DAP dan Amanah ialah parti yang khianat kepada Pas.
"Itu kita sebut secara jelas, parti selain daripada itu kita buka," katanya.
Namun begitu, beliau menolak sebarang kerjasama dengan BN.
"BN tu tetap musuh kita, Pas akan berlawan dengan BN.
"Hubungan kita dengan BN adalah kerana mereka mentadbir negara (kerajaan) itu sahaja," katanya.
Katanya, perbincangan dengan BN itu dibolehkan kerana mereka adalah kerajaan.
"Kita setuju dengan BN kepada perkara yang baik untuk rakyat, sebagaimana pendirian Pas untuk tidak keluar dewan ketika pembentangan Bajet 2017 baru-baru ini," katanya.

Ketua Polis Negara ‘belaan’ Umno?


Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz OmarAhli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kemungkinan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai ‘belaan’ Umno apabila menyiasat tiga bekas anggota Kabinet ekoran ucapan yang menyentuh skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat.
Bertubi-tubi soalan kepada orang nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, beliau turut bertanyakan status siasatan terhadap isu berkenaan apabila Khalid sebelum ini mendakwa ucapan bekas menteri terbabit menganggu siasatan.
“Adakah KPN dah jadi 'belaan' Umno? Jika benar ucapan dan perbahasan oleh Ahli-ahli Parlimen berkaitan 1MDB mengganggu siasatan, apakah ada siasatan yang dijalankan oleh PDRM tentang 1MDB? Sudah berapa lama siasatan berkaitan 1MDB yang dijalankan oleh PDRM? Apa statusnya?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga menyifatkan Khalid sebagai jahil perlembagaan apabila akan menyiasat bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahmad Husni ekoran kontroversi itu.
“Saya tidaklah ambil pusing sangat sebelum ini kerana yang membuat bising menuntut supaya tindakan undang-undang diambil ke atas tiga bekas menteri tersebut adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin Umno atau NGO-NGO ‘belaan’ Umno.
“Namun, apabila KPN sendiri mengeluarkan kenyataan yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan, ianya menggambarkan betapa jahil dan ceteknya pengetahuan orang nombor satu PDRM (Polis Diraja Malaysia) berkaitan asas undang-undang dan Perlembagaan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemimpin Pas itu berkata, KPN harus faham bahawa secara umumnya hak mana-mana Ahli Parlimen untuk bercakap berkaitan apa sahaja perkara sewaktu berbahas di Parlimen adalah dilindungi oleh hak keistimewaan dan kekebalan daripada sebarang tindakan undang-undang seperti peruntukan dalam Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh sebab itu, jika benar sekalipun terdapat pelanggaran terhadap Akta Rahsia Rasmi (OSA), ianya tidak boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah dan tidak boleh didakwa oleh kerana ucapan yang dibuat di dalam Parlimen adalah dilindungi dan kebal dari sebarang tindakan mahkamah,” ujarnya.
Mahfuz berkata, tindakan membahas atau membangkitkan isu governans, kewangan dan jenayah seperti skandal 1MDB tidak langsung termasuk dalam definisi ‘kecenderungan menghasut’ seperti mengikut Seksyen 3(1) Akta Hasutan.
“Bahkan jika disemak dalam hansard Parlimen, perbahasan berkaitan skandal 1MDB selama ini, sama ada oleh tiga bekas menteri berkenaan atau mana-mana Ahli Parlimen sekalipun, jauh sekali untuk dianggap sebagai menyentuh atau mempersoalkan apa-apa perkara, kedudukan atau keistimewaan yang ditetapkan oleh Perlembagaan,” tegasnya.
Demokrasi sempit > bold
Mengulas lanjut beliau menyifatkan tindakan menyalahgunakan kuasa polis sehingga ke institusi Parlimen yang sepatutnya selamat daripada sebarang penindasan menunjukan ruang demokrasi sempit di negara ini.
“Saya tidak faham dari mana nasihat atau tunjuk ajar soal asas undang-undang yang KPN dapat, apabila secara semberono beliau mengatakan perbahasan tiga bekas menteri di Parlimen yang menyentuh kes 1MDB boleh ditafsirkan sebagai suatu kesalahan yang disiasat di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Majlis Peguam terima dana OSF: Kepala mereka di 'remote control' Soros, kata Jamal


Jamal ketika adakan demontrasi aman di pejabat Malaysiakini Sabtu lalu bercadang sekali lagi adakan demontrasi di pejabat Majlis Peguam Malaysia.Jamal ketika adakan demontrasi aman di pejabat Malaysiakini Sabtu lalu bercadang sekali lagi adakan demontrasi di pejabat Majlis Peguam Malaysia.
Selepas mengadakan demontrasi aman Sabtu lalu, di ibu pejabat Malaysiakini, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos bercadang untuk mengadakan demontrasi besar-besaran di ibu pejabat Majlis Peguam Malaysia.
Jamal dalam satu kenyataan berkata, beliau merancang mengadakan demontrasi besar-besaran kerana mendakwa pembabitan secara lansungMajlis Peguam berhubung dana diterima daripada Open Society Foundations (OSF), yang dikaitkan dengan jutawan Amerika George Soros.
"Pihak kami merancang untuk mengadakan demo besar besaran ke atas Majlis Peguam negara kerana bagi kami apa yang dilakukan majlis peguam selama ini tidak beri manfaat keapda rakyat selain jadi pembangkang kepada kerajaan bukan kebaikan kepada rakyat negara
ini.
"Apa yang mereka lakukan sudah terbukti di belakangnya dikawal di pantau oleh Soros supaya menentang kerajaan untuk jatuhkan kerajaan sediakan yang dipilih demokrasi," ujarnya.
Hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Abu Bakar mendedahkan polis sedang menyiasat Majlis Peguam di bawah Seksyen 124C Kanun keseksaan.
Seksyen 124 C adalah peruntukan berkaitan kesalahan membabitkan aktiviti-aktiviti yang dianggap memudaratkan demokrasi berparlimen.
Khalid dipetik berkata, lima anggota pasukan khas Bukit Aman yang menyiasat Bersih dan Malaysiakini di bawah undang-undang yang sama juga telah ditugaskan untuk menyiasat Majlis Peguam.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, pembabitan Majlis Peguam dengan menerima dana daripada Soros adalah satu peerbuatan yang keji.

Protes jalanan 'jatuhkan' Malayan Union, kata Dr M

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan para pengkritiknya bahawa Malaysia hari ini tidak akan wujud tanpa demonstrasi awam terhadap penjajah British.
"Janganlah kita lupa bahawa pada tahun 1946, rakyat dan pemimpin mereka mengadakan tunjuk perasaan menentang perjanjian Malayan Union dan oleh itu, ia dibatalkan.
"Di mana semua orang hari ini jika tiada sebarang demonstrasi ketika itu," ujar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam blognya.
Pengasas Umno, arwah Datuk Onn Jaafar pada masa itu mengetuai pembangkang menentang Malayan Union atas alasan penurunan kuasa Sultan dan syarat-syarat kewarganegaraan kepada pendatang.
Mahathir mengulas kritikan terhadap pendirian beliau sekarang yang menyokong perhimpunan BERISH 5 walaupun keras memberantas perbezaan pendapat sepanjang 22 tahun beliau menerajui negara.
Tambah Mahathir, jika tidak betul untuk bekas pemimpin mengambil bahagian dalam demonstrasi, maka tepat sekali untuk pemimpin semasa menjadi kleptocrat yang dituduh mencuri berbilion-bilion ringgit daripada kerajaan yang menjadi antara dakwaan salah laku.
"Jangan berdemonstrasi. Mengadu kepada ahli Parlimen yang telah disumbat dengan begitu banyak dedak sehingga menjadi pekak dan bisu," jelasnya dalam nada sinis.

Konvensyen PH perlu jadi medan selesaikan hubungan sesama pembangkang - Mustafa Kamil

NAJIB GADAI NEGARA!! Pelabuhan Kuantan Diberi China Untuk Menguasai Laut Cina Selatan

Tun M akan hanya jadi boneka DAP - kata Shabery Cheek

'Tun M cermin diri, pemerintahan siapa yang lebih bebas?' - Shabery Cheek

 -

'Jual saham UMNO dalam Utusan bukan penyelesaian mudah' - Shabery Cheek

Jangan Guna Alasan Kes Mahkamah Elak Debat - Rafizi

Larangan Berhimpuan di Dataran Merdeka Merupakan Satu Pandangan - Jamal

'Kita nak tahu, dari mana Jamal dapat dana anjur demo'

Selepas Malaysiakini, Jamal 'Baju Merah' mahu protes Majlis Peguam pula

"BERSIH, persiapkan diri anda kalau...," amaran Jamal

PPBM yakin keputusan Hadi kemudi pembangkang belum muktamad

Kamarudin berkata, jika keputusan itu muktamad, Hadi tidak akan membuka sebarang pintu perbincangan dengan parti lain.
Datuk-Kamarudin-Md-Nor-hadi
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yakin keputusan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu PAS menjadi pengemudi utama untuk bekerjasama dengan parti lain, belum muktamad.
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, jika keputusan itu muktamad, presiden PAS tidak akan membuka sebarang pintu perbincangan dengan parti lain.
“Semuanya belum muktamad. Pokoknya, kalau ada kesediaan dia (Hadi) untuk berjumpa dan berbincang itu menandakan semuanya boleh dibawa berunding.
“Kalau tiada kesediaan, itu ertinya sudah tidak boleh dirunding lagi. Kita pastikan kita duduk bincang dan tengok apa hasilnya,” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, Hadi berkata, PAS hanya akan bekerjasama dengan parti yang sealiran dengan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia dan ia tidak mempunyai masalah bergerak sendiri tanpa sokongan parti pembangkang lain.
Kamarudin berkata, PPBM turut mengambil sikap dan pendekatan sama dengan PAS, iaitu terbuka kepada rundingan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Kita mempunyai sikap terbuka untuk berunding, berbincang dan berjumpa. Apa yang kita perlukan sekarang ini adalah persepakatan,” katanya.
PAS kini bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan dalam suatu bentuk kerjasama dengan PKR.
Parti Islam itu sebelum ini mendakwa DAP memungkiri perjanjian kerjasama antara kedua-dua parti ketika berada dalam Pakatan Rakyat.
DAP kini menyertai PKR dan Amanah yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS dalam Pakatan Harapan.

Lim jawab menteri: Ucapan bajet Najib bukan RUU

Ucapan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober berfungsi semata-mata sebagai ringkasan kepada dokumen-dokumen serta rang undang-undang yang dibentangkan kerajaan, kata Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.
Kenyataan Lim itu dikeluarkan selepas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menegur beliau dan anggota Parlimen pembangkang lain yang bertindak keluar Dewan Rakyat dan tidak mengikuti keseluruhan ucapan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lim mendakwa RM10 bilion yang kononnya diperuntukkan bagi tujuan  'meringankan kos sara hidup' termasuk bayaran tol tidak dibentangkan dalam Laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017 yang dibentangkan di Parlimen pada hari yang sama.
"Apabila Parlimen menerima pakai dan meluluskan Bajet 2017, ia bukan ucapan bajet yang diguna pakai tetapi Laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017 dan dokumen atau rang undang-undang lain kerana ucapan bajet hanya meringkaskan banyak perkara yang membentuk pelbagai perbelanjaan.
"Maka bagaimana kita tahu apa yang dipanggil subsidi RM10 bilion termasuk subsidi pampasan bagi kenaikan tol apabila tidak disebut dalam Laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan?" tanya beliau dalam kenyataan, hari ini.

PAS tolak ramalan hilang 8 kerusi di Selangor

PAS akui kemungkinan kehilangan kerusi dalam PRU14 tetapi yakin ia tidak akan menjejaskan kedudukan kerajaan pakatan sehingga bertukar tangan kepada BN.
Iskandar-Abdul-SamadSHAH ALAM: PAS Selangor menepis laporan kajian dibuat firma Politweet kononnya parti Islam itu bakal kehilangan 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata walaupun mengakui parti berpontensi kehilangan kerusi namun yakin ia tidak sampai sebanyak itu.
“Dalam keadaan sekarang, memang kita terkesan tapi tidaklah sampai 8 kerusi kita hilang.
“Sebelum ini saya pernah jawab isu yang sama sebab ada orang kata PAS bekerjasama dengan Umno dalam isu persempadanan semula,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.
Dalam laporan itu, Barisan Nasional (BN) dikatakan berpotensi merampas semula Selangor pada PRU14 dengan memenangi tambahan 11 DUN ekoran proses persempadanan semula yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Laporan itu turut menekankan yang PAS mungkin menjadi pihak paling banyak kerugian kerana berisiko hilang 8 DUN berbanding 13 pada PRU lepas.

'Himpunan 19 Nov tetap diterus, Dataran Merdeka milik rakyat'

Himpunan BERSIH 5 akan diteruskan seperti dijadualkan pada 19 November, di sebalik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa BERSIH 2.0 bukan badan yang sah kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah berkata tidak ada keperluan untuk gabungan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk didaftarkan dengan ROS.
"Terdapat banyak NGO lain yang tidak berdaftar (tetapi dibenarkan untuk fungsi). Justeru, kami akan teruskan perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November. Ini juga adalah di sebalik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan kita menggunakan Dataran Merdeka dan Jalan Raja.
"Dewan Bandaraya perlu henti memberi alasan bahawa Dataran Merdeka adalah harta swasta, kerana ia adalah milik rakyat dan Perarakan Merdeka tahunan juga diadakan di sana. Ia milik rakyat," katanya.
Maria juga merujuk, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 1 Julai, 2012 yang membatalkan pengharaman BERSIH 2.0 yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, yang ketika itu diterajui oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengisytiharkannya sebagai sebuah pertubuhan haram.

Konvoi BERSIH 5.0 Melaka ke NS

Petrol percuma, 'Dari rakyat kepada rakyat' terima kasih Malaysia...pemimpin terus bermewah...!!!

'Doakan kes saya berakhir dengan baik' - Adam Adli

Keputusan rayuan kes hasutan Adam Adli ditangguh

"'Shut up' kalau tidak ada fakta," kata Rafizi pada Asyraf

Aksi Rafizi-Asyraf salam di luar lobi Parlimen

Perbicaraan Najib batal saman Tun M ditangguh pada 20 Feb depan

"Syarikat modal RM2 boleh tandatangan kontrak RM46 bilion?" soal Rafizi

"Dataran Merdeka bukan milik DBKL," tegas Maria Chin

'Walaupun Zahid cakap NGO Bersih tidak berdaftar, BERSIH 5 tetap diteruskan' - Maria

Fuziah persoal penguatkuasaan lemah tangani isu bauksit

Ahli Parlimen Kuantan berkata, PTG seharusnya tahu jika masih wujud aktiviti perlombongan memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasanya.
Fuziah-Salleh
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mempersoalkan penguatkuasaan pihak berkuasa di kawasan perlombongan bauksit ekoran dakwaan kerja melombong masih dilakukan sedangkan moratorium masih berjalan.
Beliau berkata, Pejabat Tanah dan Galian Pahang (PTG) seharusnya tahu jika masih wujud aktiviti perlombongan memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasanya.
“Tugas PTG adalah memastikan syarat-syarat moratorium dipatuhi. Timbul persoalan, jika masalah rasuah dan pelaku dalam jabatan sudah ditangkap, bukankah masalah penguatkuasaan tidak patut timbul?” soalnya ketika dihubungi FMT.
Beliau merujuk beberapa pegawai PTG yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari lalu atas dakwaan menerima suapan berjumlah RM100,000 hingga RM200,000 daripada pelombong bauksit haram.
Semalam, laporan New Straits Times memaparkan aduan beberapa penduduk Felda Bukit Kuantan yang mendakwa kegiatan perlombongan masih berjalan di sana, dan laporan yang dibuat terhadap perkara itu tidak dilayan.
Penduduk juga mendakwa penguatkuasaan hanya giat dijalankan ketika fasa pertama dan kedua moratorium, iaitu antara 15 Januari hingga 15 Julai.
Laporan itu turut memetik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai berkata, beliau mengarahkan jabatan berkaitan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri menjalankan siasatan.
Pengarah PTG Negeri Datuk Nazri Abu Bakar pula berkata siasatan sedang dijalankan dan akan merujuk Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pahang untuk tindakan selanjutnya.
Fuziah berkata lagi, masalah timbul apabila beberapa syarikat yang diberikan lesen khusus mengeluarkan bauksit di kawasan perlombongan sepanjang tempoh moratorium turut melakukan perlombongan.
“Mereka diberikan lesen khusus untuk mengangkut bauksit ke pelabuhan dan mengeksportnya tetapi bauksit tidak berkurangan. Kemungkinan mereka turut melakukan perlombongan,” katanya.

Pemimpin berkarismatik tinggalkan pelapis, bukan syok sendiri


Dr Mariah Mahmud Dr Mariah Mahmud Pemimpin yang berkarismatik adalah mereka yang mampu meninggalkan pelapis untuk meneruskan perjuangan dan prinsip parti, bukannya menjadi pemimpin 'syok' sendiri, kata Dr Siti Mariah Mahmud Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan).
Beliau berpandangan, seorang pemimpin juga tidak perlu 'angkuh' untuk menggerakkan parti hingga mahu memegang sesuatu jawatan lebih lama daripada dua penggal.
"Leader (pemimpin) yang bagus mestilah meninggalkan pelapis. Janganlah kita berasa angkuh, sebaliknya kita perlu meninggalkan pelapis yang ramai.
"Kita tidak perlu ada di atas selamanya tetapi karismatik leader itulah yang terbaik," ujarnya.
Beliau bercakap dalam satu forum bertajuk Wanita: Penglibatan Politik Melahirkan Kepimpinan yang Berkarismatik anjuran Institut Kepimpinan Zaaba di Hotel De Palma Ampang semalam.
Sebelum itu beliau menjawab pertanyaan moderator Rashidah Arshad sebab beliau meninggalkan Pas dan menyertai Amanah.
Dr Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, politik itu satu wadah bukan akidah, namun ujarnya, apabila prinsip itu dicabuli beliau merasakan tidak mahu lagi berada dalam Pas.
"Kita kena faham politik itu satu wadah bukan akidah.
"Saya menyertai Pas dan menyesuaikan diri apa yag dibawa oleh parti yang memperjuangan Islam. Sebagai pemimpin wanita ketika itu bersama Dr Loqloq (Allahyarhamah) dan pemimpin lainnya dengan pendekatan kami membantu Pas untuk mengangkat Pas dari 'parti kampung', 'parti tok lebai' hingga kita arus perdanakan dengan hubungan baik bersama NGO dan non muslim untuk menjadikan parti itu lebih progresif.
"Sebab itu wujud slogan 'Pas for All' tujuan sebenar dakwah bukan politik. Dulu Pas buat ceramah hanya pada kelompoknya sahaja setelah bertahaluf kita boleh menerangkan Islam secara lebih mendalam dan membuat non muslim lebih berminat kepada Islam...kita telah laksanakan dengan jayanya.
"Pertukaran (sertai Amanah) itu kerana ada u-turn dalam strategik dan pendekatan Pas yang mahu dicapai terlalu jauh daripada apa yang saya terdididik didalamnya untuk menerima prinsip parti itu sebelumnya.

"Saya tidak boleh terima ada prinsip tertentu yang telah dibawa dalam masa kita terdidik itu kita buat keputusan dengan majlis syura dan banyak prinsip diikuti...saya merasakan tidak mahu berada lagi...saya nak teruskan apa yang telah kita buat sebelum ini.
"Malah saya merasakan dengan berubah strategi itu sebenarnya merugikan dakwah Islam dan jangka panjang," ujar wakil rakyat dua penggal yang menang atas tiket pas dalam pilihan raya 2008 dan 2013 lalu.
Malah kata Dr Mariah lagi, beliau menyimpan hasrat untuk tidak mahu menjadi wakil rakyat dalam PRU ke-14. Oleh sebab menyertai Amanah hasrat itu terpaksa dibatalkan kerana diamanahkan pula memegang jawatan Ketua Awan.
"Saya telah membuat keputusan hanya untuk dua penggal sahaja kerana saya nak bagi orang lain memimpin.
"Banyak yang saya rugi (dalam tempoh berjawatan) masa anak-anak membesar, cucu dah 14 orang.
"Saya dah warwarkan kali ini 'last term' cukuplah dua penggal bagi jadi YB dan ganti orang baru untuk ganti tempat saya.

PAS sedang bincang kerjasama dengan PPBM, kata Nik Abduh

Nik Abduh berkata, PAS sudah dan sentiasa membuka pintunya kepada parti-parti pembangkang yang tidak pernah mengkhianati mereka.
Bahasa,-PAS,-PPBM,-Nik-Abduh,-Umno,-BN,-kerjasamaKUALA LUMPUR: PAS hari ini mengesahkan sedang berunding untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tetapi tidak akan mempertimbangkan berbaik semula dengan DAP dan Amanah, kata ketua pemudanya.
Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS sudah dan sentiasa membuka pintunya kepada parti-parti pembangkang yang tidak pernah mengkhianati mereka.
“Ya, kami sedang mengadakan rundingan dengan PPBM sekarang.
“Oleh kerana kita tidak mempunyai pengalaman buruk dengan PPBM dan PKR, PAS terbuka kepada kemungkinan (bekerjasama dengan kedua-dua pihak).
“Tetapi, bagaimana kerjasama ini akan berlaku atau dalam bentuk apa belum diputuskan,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Menyedari kerjasama dengan PPBM bermakna PAS secara tidak langsung akan bekerjasama dengan musuhnya, DAP, Nik Abduh berkata: “Itu sebabnya kita belum membuat keputusan mengenai apa-apa lagi. Ia masih di peringkat perbincangan.”
Beliau bagaimanapun mengulangi pendirian PAS tidak akan mempertimbangkan untuk berbaik semula dengan “musuh-musuhnya”.
“Kami sudah kata sebelum ini. Ada 2 pihak yang kami tidak akan berkawan lagi. Mereka adalah DAP dan Amanah.”
Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menafikan khabar angin kononnya PAS dan Umno sudah bekerjasama dalam diam.
Katanya, PAS akan menyokong apa sahaja perkara yang baik untuk negara, walaupun ia datang daripada Umno, namun ia tidak bermakna parti Islam itu akan membelakangkan perjuangannya bagi menewaskan Barisan Nasional.

Najib berdepan bidasan lepas meterai perjanjian dengan China

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan bidasan yang kononnya beliau "menjual" negara ini selepas pulang dari China dengan perjanjian bernilai kira-kira AS$34 bilion, yang boleh meningkatkan ekonomi menjelang pilihan raya umum.
Kebimbangan muncul akibat kesangsian mendalam terhadap masyarakat Cina di kalangan majoriti penduduk Melayu-Islam yang membentuk asas sokongan kepada parti pemerintah, Umno.
Bagaimanapun Najib cepat menangkis kebimbangan itu selepas menamatkan lawatan enam hari ke China.
"Ada yang menyebarkan khabar angin bahawa Malaysia sedang dijual.
“Ini tidak masuk akal dan adalah palsu," kata Najib dalam satu kenyataan Jumaat lalu sambil menegaskan projek berkenaan akan dimiliki dan dikendalikan oleh rakyat Malaysia.
Perjanjian itu termasuk termasuk perjanjian pertama di Malaysia dalam bidang pertahanan dengan China bagi membeli empat kapal pesisir tentera laut China.
Lawatan Najib selepas Presiden Filipina Rodrigo Duterte, mengumumkan "pemisahan" negaranya dari Amerika Syarikat dan menandatangani beberapa perjanjian dan pinjaman bernilai kira-kira AS$24 bilion dengan Beijing.
Pemimpin Umno menjangkakan Najib akan memberi taklimat kepada mereka tidak lama lagi supaya parti boleh mula menangkis sebarang kebimbangan mengenai pengaruh China yang semakin ketara di Malaysia, kata Datuk Seri Shahidan Kassim, seorang anggota kanan Majlis Tertinggi parti dan menteri persekutuan.
"Semua ini mempunyai pro dan kontra, tetapi dalam Umno kita mesti mempunyai pernyataan dasar mengenai perkara ini," katanya kepada Reuters.
Etnik dan agama adalah isu-isu sensitif di Malaysia, di mana orang Melayu yang beragama Islam membentuk lebih 50 peratus daripada jumalah 31 juta penduduk. Etnik Cina membentuk kira-kira 25 peratus dan kaum India pula kira-kira tujuh peratus.
Etnik Cina di Malaysia telah sekian lama menjadi kambing hitam bagi masyarakat Melayu, dengan pemimpin Umno mengunakan isu penguasaan ekonomi etnik Cina untuk menyatukan orang Melayu dan mengukuhkan cengkaman mereka pada kuasa politik.

DAP terkejut keputusan Putrajaya henti bina rumah warga tua

Ahli Parlimen DAP berkata adalah menjadi tugas kerajaan menjaga warga tua yang pernah menyumbang kepada negara semasa muda.
Teresa-KokKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok terkejut dengan keputusan kerajaan menghentikan pembinaan rumah kebajikan bagi warga tua dengan alasan ia menjadi tempat anak-anak “membuang” ibu bapa atau saudara mara mereka yang sudah berusia.
Bercakap kepada FMT, Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, tindakan seolah-olah melepaskan tanggungjawab kepada rumah-rumah kebajikan yang dikendalikan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ini akan lebih membebankan mereka.
“Memang benar ramai anak yang tidak bertanggungjawab dengan menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua dan bukannya menjaganya sendiri.”
“Mungkin sudah tiba masanya kita mempunyai undang-undang untuk mengatasinya atau memastikan ibu bapa dijaga anak-anak mereka.”
Bagaimanapun, beliau berkata mungkin ada komplikasi apabila ia melibatkan ibu bapa yang menzalimi atau meninggalkan anak-anak ketika mereka masih muda.
Namun, Kok menegaskan akhirnya ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat warga emas yang pernah menyumbang kepada negara pada masa lalu.
“Keputusan tidak membina lagi rumah kebajikan tidak menyelesaikan masalah.”
Sebaliknya, beliau menggesa Putrajaya berfikir di luar kotak dan memikirkan untuk mewujudkan rumah persaraan lebih mampan di mana orang tua boleh mengambil bahagian dalam aktiviti “ringan” seperti berkebun.
“Ada orang tua yang masih aktif dan tidak mahu duduk sahaja tanpa melakukan apa-apa. Mungkin di rumah ini mereka boleh membuat tanaman pasu dan menanam bunga untuk dijual bagi pendapatan berterusan kepada mereka dan rumah kebajikan berkenaan.”
Seperti rumah persaraan, beliau berkata ia boleh menjadi inisiatif pihak awam dan swasta, yang dibangunkan secara bersama dan dikendalikan kedua-dua sektor.

HARAPAN persoal syarikat RM2 tandatangani kontrak RM46b

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan bagaimana Syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd yang hanya baru ditubuhkan pada 26 September 2016 dengan bermodalkan RM2 boleh menandatangani projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM 46 bilion.
Ujar beliau, perkara itu menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti.
“Apabila kontrak ini ditandatangani oleh sebuah syarikat yang bermodal RM2 dan ditubuhkan pada 26 September 2016, ia menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan yang sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti,” katanya.
Sidang media itu berlangsung di Lobi Parlimen dan turut di hadiri oleh MP Kuala Krai (AMANAH), Dr Hatta Ramli dan MP Serdang (DAP), Ong Kian Ming.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China dengan syarikat Malaysia dan China telah memeterai lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan panel solar serta pembinaan.
ECRL merupakan pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia.
Syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd difahamkan dikuasai oleh dua individu iaitu Pegawai Kanan Timbalan Setiausaha Kementerian Kewangan, Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail.

BERSATU lebih 'mencabar' dari S46, pesan bekas SUA Umno

Bekas setiausaha agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad memberi amaran kepada parti Melayu itu agar tidak memandang rendah keupayaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang merupakan bekas ahli Parlimen Kangar berkata, Umno hari ini menghadapi cabaran yang lebih sengit berbanding saingan yang diberikan oleh parti serpihan Semangat 46 pada akhir 80-an.
Dari Umno, Radzi yang merupakan seorang peguam pernah menyertai Semangat 46 sebelum meninggalkan parti pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih popular dengan panggilan Ku Li pada Oktober 1990 dan kembali menyertai semula UMNO tiga bulan kemudian.
Pada ketika itu, ujar beliau, lawan Umno hanya Ku Li seorang sahaja tetapi kini parti itu mempunyai ramai bekas pemimpin kanan parti sebagai penentang.
"Parti yang dipimpin oleh Mahathir hanya akan bertanding di kerusi Umno. Ini adalah cabaran besar bagi Umno," pesan Radzi, memetik laporan wawancara beliau bersama Oriental Daily.

PAS yakin RUU355 dibentang pada akhir sidang

Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Pas percaya Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan dibentangkan dan dibahas sebelum sidang Dewan Rakyat bagi sesi ini berakhir.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menjangkakan, pindaan RUU itu dapat dibentangkan pada 23 atau 24 November ini.
‎"Insya-ALLAH pada tarikh berkenaan, tunggu dan lihat," katanya kepada Sinar Online di lobi Parlimen, hari ini.
RUU itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta itu bagi menggantikan peruntukan‎ dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai  kuasa ke atas penganut agama Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang‎ disenaraikan dalam Butiran 1, Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang‎ disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.
Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan beliau tidak pasti jika‎ ada masa bagi RUU Persendirian yang dibawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dibentangkan di Parlimen.

'Kerajaan dituntut kaji semula bajet Universiti, jika tidak, protes di Parlimen' - Mahasiswa

'Kita tidak akan kerjasama dengan DAP dan PAN,' kata Nik Abduh

Skandal 1MDB: Soal siasat polis ugutan terhadap wakil rakyat, kata Shafie

Beliau berkata, tidak sepatutnya ahli Parlimen disoal siasat kerana apa yang diucapkan dalam Dewan Rakyat.
shafie
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shafie Apdal melabelkan siasatan polis terhadap ucapannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah proses intimidasi terhadap hak kebebasan ahli Parlimen berucap.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata beliau sedar yang isu tertentu seperti kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan membuat kenyataan berunsur hasutan tidak dibenarkan dibawa ke Parlimen.
“Kami tahu apa yang menghasut dan apa tidak,” katanya kepada wartawan selepas keterangannya diambil di ibu pejabat polis Bukit Aman, hari ini.
Beliau dipanggil memberi keterangan berhubung ucapannya di dalam Dewan Rakyat dan disiasat mengikut Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata ia menjadi perkara penting apabila ahli Parlimen tidak dibenarkan membahaskan atau bercakap mengenai isu yang menjejaskan kehidupan rakyat.
Shafie yang juga bekas menteri persekutuan berkata ahli Parlimen sepatutnya diberikan kebebasan berucap dalam isu seumpama itu.
“Saya kesal dengan proses ini. Menyoal siasat ahli Parlimen tidak sepatutnya berlaku hanya kerana apa yang diucap di Parlimen,” katanya, menambah institusi kebebasan bersuara dan bahasa bukan saja untuk undang-undang tetapi menegakkan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Shafie yang tiba di Bukit Aman kira-kira 9.45 pagi tadi disoal siasat selama kira-kira sejam oleh seorang pegawai.

Politweet PRU14: BN dijangka rampas S'gor, PAS paling rugi

BN berpotensi untuk merampas semula Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan memenangi tambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran proses persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menurut firma kajian Politweet.
Menurut simulasi PRU14 oleh firma kajian itu, BN mampu memenangi antara 17 hingga 23 kerusi daripada keseluruhan 56 DUN kerana peningkatan kerusi yang berisiko tinggi berbanding memenangi hanya 12 DUN pada PRU 2013.
Keputusan tersebut diperolehi daripada 1,000 simulasi yang dijalankan oleh Politweet setelah mengandaikan pertandingan satu lawan satu antara parti pemerintah dan BN di Selangor, sentimen pengundi yang tidak berubah dan peratusan keluar mengundi yang sama seperti PRU13.
Laporan itu turut menekankan PAS mungkin menjadi pihak yang paling banyak rugi kerana berisiko hilang lapan DUN.
PAS kini menguasai 13 DUN di negeri berkenaan setelah dua daripada wakil rakyatnya bertindak keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Persempadanan semula kawasan memberi kesan kepada peta pilihan raya dengan BN berkemungkinan dapat memperbaiki bilangan kerusi DUN miliknya di samping mengekalkan kerusi sedia ada," kata laporan itu seperti yang dipetik oleh Malay Mail Online, hari ini.
"Keuntungan BN datang dengan terkorbannya PKR dan PAS walaupun PAS mungkin mengalami kerugian paling besar. PAS dijangka kehilangan antara lima hingga lapan kerusi dan pertambahan dalam kerusi berisiko tinggi," ujarnya.

'Air sungai tecemar, bukan boleh siasat begitu sahaja' - Timb Menteri Umno

'128 doktor pakar kerajaan letak jawatan, tunggu lama tak naik pangkat'

"Hutang 1MDB kena bayar, hutang Soros tak payah bayar," kata Shafie Apdal

Harakahdaily biadab terhadap istana Kelantan


Artikel Hari Ini Dalam Sejarah yang disiarkan di HarakahdailyArtikel Hari Ini Dalam Sejarah yang disiarkan di HarakahdailyTindakan Pas menerbitkan artikel yang dianggap menghina Sultan Ismail Petra amat mengejutkan rakyat Kelantan.
Artikel bertajuk Hari ini dalam sejarah PAS (6 November 1996) menyebut Baginda Sultan Kelantan itu telah 'dimalukan' kerana tidak dibenarkan menyertai mesyuarat Majlis Raja-raja Kali Ke-174 amat mengejutkan rakyat Kelantan.
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Hazmi Hassan mahu Pas dan lidah rasminya Harakahdaily segera menarik balik artikel berkenaan kerana perkara ini mencabar kehormatan raja dan rakyat negeri itu.
"Kita minta mereka (Pas) tarik balik kenyataan konon Sultan dimalukan kerana allahyarham Tok Guru sudah tiada dan Sultan Islam berada dalam keadaan gering," katanya ketika menghubungi Malaysia Dateline.
Menurutnya, artikel sebegini sangat tidak sesuai dan menimbulkan pelbagai persepsi dan portal rasmi Pas seharusnya peka terhadap persekitaran semasa dan sensitif dengan perkara sebegini.
"Kita amat kesal dan tertanya-tanya apa motif dan faedah Harakahdaily mengeluarkan berita sebegini," katanya.
Dalam artikel berkenaan, disebut pada hari ini (6 November) dalam tahun 1996, Sultan Kelantan, Sultan Ismail Perta telah gagal menyertai mesyuarat Majlis Raja-raja Kali Ke-174 di Istana Negara, Kuala Lumpur kerana tidak diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat atau wakilnya.
"Keengganan Menteri Besar Kelantan melantik wakilnya ke mesyuarat Majlis Raja-raja ekoran krisis politik Kelantan ketika itu telah menyebabkan Sultan Kelantan yang menghadiri mesyuarat tersebut bersama Timbalan Menteri Besar II Kelantan, Dato' Mohamed Rozali Isohak telah tidak dibenarkan menyertainya," kata artikel itu.

Lebih 260,000 peminjam PTPTN dilarang ke luar negara

Jumlah mereka yang gagal membayar hutang belajar itu meningkat 4 kali ganda berbanding tahun lalu, dan disekat daripada ke luar negara, menurut Jabatan Imigresen.
Mustafar-Ali
PETALING JAYA: Jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran semula dilarang ke luar negara meningkat 4 kali ganda berbanding tahun lalu, lapor akhbar New Straits Times (NST).
Menurut statistik dikeluarkan Jabatan Imigresen, seramai 707,304 dilarang meninggalkan negara setakat ini bagi 2016, dan peminjam PTPTN yang paling ramai dengan 261,833 kes. Tahun lalu, terdapat 55,839 peminjam dilarang ke luar negara.
Kumpulan kedua terbesar rakyat Malaysia yang disenaraihitamkan tidak boleh ke luar negara ialah mereka yang diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi dengan 212,927 kes sementara 128,187 orang yang tidak membayar cukai berada dalam kumpulan ketiga terbanyak.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata peningkatan jumlah mereka yang disekat ke luar negara disebabkan mereka tidak sedar nama sudah disenaraihitamkan dan menjadi antara sebab perjalanan tertangguh di lapangan terbang.
“Mereka tiba di lapangan terbang tanpa tahu status mereka dan akhirnya menyebabkan penumpang lain terpaksa beratur panjang di kaunter daftar masuk,” katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.
Katanya, jumlah akan terus meningkat dengan penambahan agensi yang meminta jabatannya menghentikan sesiapa yang tidak membayar hutang tertentu supaya tidak dapat ke luar negara.
“Nama individu berkenaan akan diletakkan dalam Senarai Suspek, yang semakin bertambah setiap hari.
“Sistem eGate kami akan melalui pangkalan data dan nama yang ada dalam senarai itu tidak akan dibenarkan berlepas. Sistem itu tidak akan menyertakan butiran mengapa mereka tidak dibenarkan ke luar negara.
“Individu yang disenaraihitamkan itu kemudian akan dibawa ke kaunter lain dan diberikan nombor agensi berkaitan,” katnaya.

RM2.6B: Pulangkan aset suapan tak bersihkan pelaku rasuah

Tiada peruntukan undang-undang untuk membersihkan seseorang penerima rasuah mengembalikan dana atau harta yang diterimanya kepada pemberi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low memberitahu semasa siasatan dijalankan ke atas sesuatu kes, suapan - dalam pelbagai bentuk termasuk wang tunai, saham dan harta mudah alih - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyita mengikut peruntukan Seksyen 33, 37 dan 38 Akta SPRM 2009.
"Sekiranya selepas siasatan diselesaikan SPRM akan mengemukakan kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan.
"Sekiranya keterangan diperolehi dapat membuktikan wang atau harta disita adalah daripada amalan rasuah, maka tindakan melucutkan hak harta boleh diambil," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Low menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang dikemukakan Isnin lalu.
Dalam soalannya Idris bertanya kepada perdana menteri sama ada wujud undang-undang digunakan SPRM untuk menganggap seseorang bebas daripada rasuah jika suapan diterima mereka dikembalikan kepada pemberi.
Walaupun soalan itu tidak spesifik, ada kemungkinan ia merujuk kepada dana RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak sejurus sebelum pilihan raya umum ke-13 pada 2013 lalu,
Menurut Najib wang berkenaan adalah pemberian keluarga bangsawan Arab kepada beliau. Daripada jumlah itu sebahagian besar dana berkenaan didakwa dikembalikan kepada penderma terbabit.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pernah bertemu dengan individu yang memberikan derma terbabit.

SPRM rampas, beku lebih RM170 juta dari penjawat awam dalam 3 tahun...pemimpin politik terus menyamun...!!!

Seramai 1,037 penjawat awam ditangkap susulan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram dalam tempoh tiga tahun terakhir.
Nilai suapan yang dirampas dan dibekukan pula sebanyak RM112,436,354.80 pada 2014, sebanyak RM30,782,280.29 pada 2015 dan terkini 27,554,652.31 (2016).
Statistik ini berdasarkan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Mnnteri Datuk Paul Low di parlimen.
Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (Cheras) yang mahu tahu jumlah tangkapan atas kesalahan itu dan nilainya dalam bentuk wang tunai, harta dan bentuk-bentuk rasuah lain.

Antara kejayaan Menteri Kewangan Paling Buruk Asia..

Senang bukan KERAjaan buat hutang..
Beli jet mewah VVIP, angkut anak bini terbang ke luar negara..
Bila dah byk buat hutang tak mampu bayar balik..
Rakyat dipaksa bayar GST 6%..
Subsidi GULA rakyat dihapuskan..
Subsidi TEPUNG rakyat dihapuskan..
Subsidi BERAS rakyat dihapuskan..
Subsidi ELEKTRIK rakyat dihapuskan..
Subsidi MINYAK rakyat dihapuskan..
Subsidi MINYAK MASAK rakyat dihapuskan..

TETAPI Najib bagi RM85 juta kpd PERMATA-ROSMAH !!!

ANCAMAN KITA BUKAN DAP, TAPI "PPP"....

Mereka yang berpijak di bumi nyata dan berpaksi kepada realiti, tentunya bersimpati dengan gaya politik usang Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa ini. 

Lagi-lagi yang dilihatnya sebagai masalah dan ancaman kepada negara dan orang Melayu ialah DAP.

Semalam, beliau berteori bahawa DAP sedang menyusup ke dalam parti-parti pembangkang lain untuk menjadi dominan dengan kuasa di sebaliknya kerananya akan terus menyebabkan orang-orang Melayu berpecah sesama sendiri.

Kenapa DAP perlu dibimbang dan ditakuti?

Sudah berapa banyak duit negara disonglap dan tanah rizab Melayu dijual oleh DAP?

Apakah hutang negara, beban 1MDB, penyeluk saku GST, penarikan subsidi dan segala-galanya yang menyusahkan rakyat selama ini diakibatkan oleh DAP?
Sejak DAP memerintah Pulau Pinang dan menjadi rakan kongsi kerajaan Pakatan Harapan di Selangor, sudah berapa ramai Melayu menderita, tiada makan minum, tanah dan rumah kena rampasan serta bunuh diri kerana menanggung derita dalam kehidupan?

Selain itu, apakah parti-parti lain tidak ada kekuatan dan jumlah pemimpinnya sendiri untuk menjadi calon dalam piliharaya akan datang sehingga terpaksa bergantung kepada "wakil-wakil" DAP yang didakwanya menyusup itu?

Gaya politik usang Annuar ini tidak lain ialah untuk menimbulkan kesangsian kepada kekuatan parti-parti pembangkang yang terus menerus semakin menyerlah di hati rakyat sekarang ini.

Malangnya, Annuar seperti terlupa dengan hakikat bahawa kini adalah zaman millenium, bukan lagi era 70an atau 80an.

Politik perkauman dan percubaan menimbulkan kesangsian kerana warna kulit sudah semakin lupus dan tidak lagi diterima. Jika DAP dilihat sebagai ancaman, Annuar seharusnya lebih bimbang dengan sikap lunak Najib terhadap negara China dengan pergantungan yang tiba-tiba dan keterlaluan kerana walaupun negara tersebut sudah mengamalkan dasar ekonomi bebas, fahaman politiknya masih lagi komunis.

Ekonomi Merudum: Kedai farmasi jual gula, surat khabar elak tutup kedai

Beh berkata, "pasaran berdaya saing tinggi" memaksa kedai farmasi menjual ubat pada harga lebih murah dan "lebih ramai menamatkan perniagaan" kebelakangan ini.
Lovy-BehKUALA LUMPUR: Kira-kira 50% kedai farmasi kini beroperasi seperti “pasar mini” bagi meneruskan perniagaan kerana mereka tidak boleh mendapat pulangan modal dengan bergantung kepada jualan ubat semata-mata, kata Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia (MCPG).
Presidennya, Lovy Beh dipetik The Star berkata, perniagaan 50% kedai farmasi bebas tidak baik menyebabkan ramai terpaksa mencari alternatif lain atau “over-servicing”.
“Over-servicing bermakna kedai farmasi menjual produk pengguna seperti sebuah pasar mini. Jadi, barang bukan farmaseutikal seperti surat khabar, majalah, gula-gula dan aiskrim dijual dalam kedai untuk menarik lebih ramai pelanggan,” katanya sambil menambah mereka tidak boleh hanya bergantung kepada jualan ubat-ubatan untuk mendapatkan modal.
Beh yang menepis dakwaan kedai farmasi menjual ubat pada harga tinggi, berkata adalah biasa untuk kedai farmasi mengenakan harga 25 hingga 30% lebih tinggi daripada kos bagi mengekalkan perniagaan.
“Tetapi hari ini, mereka hanya mengenakan harga 15% daripada kos. Malah, ada yang menjual ubat di bawah kos.”
Beliau berkata, “pasaran berdaya saing tinggi” memaksa kedai farmasi menjual ubat pada harga lebih murah dan MCPG yang mempunyai 13,147 ahli di seluruh negara nampak “lebih ramai menamatkan perniagaan” kebelakangan ini.
Kedai farmasi, katanya, terpaksa bersaing dengan rangkaian farmasi dan doktor yang dibenarkan mengagihkan ubat di Malaysia.
Beh berkata, Malaysia tidak mengamalkan pengasingan fungsi klinik dan farmasi atau Dispensing Separation (DS), di mana doktor akan memberikan preskripsi ubat dan pesakit akan mendapatkan ubat dari farmasi.

Amanah parti setiakawan, Anwar tetap calon PM

Parti Amanah Negara (Amanah) tetap berpegang pada janji setia bersama Pakatan Harapan untuk memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Salahuddin Ayub berucap di program pelancaran 27 pusat peduli rakyat negeri Sealngor di Keramat, malam tadiSalahuddin Ayub berucap di program pelancaran 27 pusat peduli rakyat negeri Sealngor di Keramat, malam tadiTimbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menegaskan, mana-mana parti yang ingin bersama dengan Pakatan Harapan harus bersetuju dengan perjanjian tersebut.
"Kalau kita lihat kembali sewaktu mengikat janji setia semasa menubuhkan Pakatan Harapan dahulu, Amanah menyatakan kita boleh berpegang dengan perjanjian kita mahu Anwar sebagai perdana menteri.
"Mana-mana parti yang nak masuk dalam rumah baru kita mesti bersetuju dengan dasar umum kita. Kita ada dokumen yang bersetuju Anwar menjadi perdana menteri," kata beliau di program pelancaran 27 pusat peduli rakyat negeri Selangor di Keramat, malam tadi.
Pada September tahun lalu, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan - Amanah, PKR dan DAP selepas rundingan meja bulat untuk menbuhkan pakatan baharu bersetuju bahawa Anwar adalah antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia dipersetujui Presiden Amanah Mohamad Sabu, PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Salahuddin juga berkata, Amanah merupakan parti yang bersikap setiakawan dan tidak akan mengkhianati janji dalam berpakat.