Ahad, 6 November 2016

RM9 BILION UNTUK SIAPA?

Hari ini media sosial agak heboh memperkatakan tentang perbezaan harga bagi pembinaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur yang diserahkan pembinaannya kepada syarikat dari China.

Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan projek itu bernilai RM55 bilion tetapi laman web China Communication Consruction Company Ltd atau CCCC, syarikat yang dianugerahkan projek pembinaan ladasan keretapi secara runding terus itu mengumumkan nilainya adalah berjumlah RM46,000 juta.

Bermakna, ada perbezaan sebanyak RM9 bilion atau RM9,000 juta dengan jumlah yang diumumkan oleh kerajaan.
Kenapa dan bagaimana angkanya boleh jadi berbeza?

Ke mana perginya RM9 bilion itu?

Untuk belanja pilihanraya atau ada yang turut masuk ke poket sesiapa?

Jika sebelum ini, nilai projek itu yang setinggi RM55 bilion sedangkan anggaran kosnya hanya RM30 bilion dan pengumumannya yang terlihat cukup pantas tanpa ada kajian keboleh-upayaan dan tender terbuka sudah cukup menimbulkan banyak tanda tanya, perbezaan harga RM9 bilion ini tentu saja menambahkan lagi kejutan yang ada.

Semalam, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan agar menjawab dengan pantas atau kalau lewat pun, tidak melebihi dua hari bagi sebarang isu yang timbul dalam negara.

Untuk isu RM9,000 juta yang penuh misteri itu, berapa lama agaknya Najib atau pasukan pengampunya mahu tampil dengan jawapan dan penjelasannya?

TMJ 'tembak' tujuh lelaki baju merah

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menyiarkan video bagi menyebarkan mesej antikeganasan dan mengkritik gerakan baju merah.
Video parodi yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu, menggambarkan tujuh lelaki bertopeng meniru aksi seni mempertahankan diri oleh pergerakan baju merah dalam protes mereka di Petaling Jaya semalam.
Satu watak dalam klip video itu memegang cangkul, yang mungkin merujuk kepada insiden bulan lalu melibatkan serangan terhadap kakitangan Suruhanjaya Air Johor.
Klip itu berakhir dengan Tunku Ismail 'menembak' tujuh lelaki berkenaan dengan menggunakan sepucuk pistol.
Beliau kemudian memandang kamera dan mengangkat bahu sebelum video parodi itu tamat.
Mesej yang disertakan di Facebook tersebut berbunyi: "Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh antara satu sama lain. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang,".
Dalam protes di Malaysiakini semalam, beberapa anggota pergerakan baju merah mengadakan demonstrasi seni mempertahankan diri.
Mereka menunjukkan kehebatan dengan membenarkan diri mereka dipukul berulang kali menggunakan keping kayu.
Malah, salah seorang peserta memecahkan batu blok dengan kepalanya.
Baju merah ditubuhkan bagi menentang gabungan pendesak pembaharuan pilihan raya, BERSIH.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar  Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang memimpin baju merah berikrar menghimpunkan 300,000 peserta sebagai himpunan balas bagi membantah perhimpunan BERSIH yang dijadual pada 19 November ini.

Nasrudin cadang beli helikopter mudahkan urusan dakwah


Nasruddin HassanNasruddin HassanMenjawab kritikan orang ramai terhadap pendirian Pas yang mesra Umno-BN mutakhir ini, Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan menyatakan hasrat untuk membeli helikopter.
“Kalau mampu beli heli, saya cadang nak beli heli supaya memudahkan urusan dakwah ini,” ujarnya semalam dipetik dari ruangan komentar Facebook beliau.
Kenyataan Ahli Parlimen Temerloh itu timbul sebagai reaksi terhadap komentar bernada sinis netizen di media sosial itu yang mengaitkan tuntutan hidup bersederhana dengan kereta mewah Vellfire.
“Islam mengajar hidup kesederhanaan maka gunalah kereta Vellfire dalam berdakwah,” ujar pengguna Facebook atas nama, Apis Naw.
Sementara itu, Ahmad Syahmi menyifatkan tidak timbul masalah untuk memiliki kenderaan mewah asalkan dengan atas usaha sendiri bukan menggunakan wang rakyat.
“Nak beli Mercedes paling mahal asal duit sendiri pun bagi saya tak kisah sebab hak dia. Tapi kalau guna duit rakyat atau bukan hak dia walaupun untuk beli tiub tayar kereta, ini yang bermasalah,” tegasnya.
Dalam satu respon yang lain, Nasrudin menjawab kritikan pengguna Facebook, Azil Ishak yang mempersoalkan adakah berbaik-baik dengan pihak yang tidak amanah itu politik matang.
“Berbaik-baik tu istilah Azil Ishak tapi istilah kami ialah mendekati bagi mereka yang boleh didekati untuk sampaikan dakwah,” ujarnya lagi.

Kadir persoal kecenderungan Najib terhadap China

Menurut beliau, China menggunakan kuasa kewangan, teknologi, diplomasi dan ketenteraan untuk mengembalikan keagungan tamadun silamnya dalam bentuk baru.
kadir-jasin-bandar-malaysia
PETALING JAYA: Bekas ketua pengarang akhbar Datuk A Kadir Jasin mempersoalkan pembelian kapal tentera laut negara dari China dan pendirian kerajaan berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan.
Beliau berkata, pengumuman kerajaan, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Beijing minggu lepas boleh dianggap “anjakan paradigma dalam kerjasama dua hala dengan negara komunis”.
Kerajaan berkata minggu lepas ia akan membeli 4 korvet yang dikelaskan sebagai kapal perang persisiran pantai. Ia merupakan pembelian pertama tentera negara dari China.
Menggelarkannya sebagai satu “keputusan penting”, Najib berkata lebih banyak urus niaga mungkin berlaku pada masa depan.
Najib juga berkata pertikaian di Laut China Selatan akan dibincangkan secara dua hala dengan China.
Kadir mempersoalkan sama ada Kabinet sudah membincangkan terlebih dahulu kedua-dua keputusan dan menegaskan China sedang bersungguh-sungguh meluaskan pengaruh ekonomi, politik dan ketenteraan di seluruh dunia.
Beliau juga mengingatkan pinjaman RM50 bilion daripada China bagi projek kereta api Pantai Timur akan menjadikan hutang negara melonjak kepada lebih RM700 bilion, tanpa mengambil kira projek kereta api Kuala Lumpur-Singapura yang dianggarkan bernilai RM50 bilion, dan hutang sedia ada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM50 bilion.

Saya bukan ‘penjilat’, ‘penderhaka’, kata Syed Saddiq

Syed Saddiq melahirkan kekesalan kerana perbezaan pendapat tidak diraikan.
syed-saddiq-johor
PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan tindakannya menulis surat terbuka kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan berkata beliau bukan “penjilat” atau “penderhaka”, sebaliknya seorang yang berprinsip.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, Syed Saddiq melahirkan kekesalan kerana perbezaan pendapat tidak diraikan.
Ini terbukti dengan beberapa tuduhan “penjilat” yang diterimanya apabila memuji Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam beberapa isu.
Namun, apabila beliau berbeza pendapat dengan Sultan Johor, orang yang sama memanggilnya “penderhaka”.
“Bila saya menulis surat memuji tindakan Sultan dan TMJ kerana lantang bersuara menentang rasuah, saya dipanggil ‘penjilat’. Bila saya menulis surat mengutuk tindakan YB Nazri Aziz yang merendah-rendahkan TMJ, saya dipanggil ‘penjilat’.
“Bila saya menyokong usaha Tuanku untuk menggagaskan semangat pemuafakatan sesama kaum dan agama melalui #BangsaJohor, saya dipanggil penjilat. Bila saya menyokong kenyataan TMJ untuk menubuhkan sekolah satu aliran demi perpaduan, saya dipanggil ‘penjilat’.
“Malangnya, orang sama yang sebelum ini memanggil saya ‘penjilat’, sekarang ini memanggil saya ‘penderhaka’ kerana berbeza pendapat dengan Tuanku,” katanya.
Menerusi kenyataan itu juga, beliau mengakui baru sahaja dimaklumkan akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana surat terbuka itu.

Dari Bersih 4 ke Bersih 5

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ AZMI
Kisah Bersih 4 yang lalu, aku dan kawan-kawan ambil ruang dan masa rebahkan badan serta lelapkan mata sebentar usai subuh di Masjid India sebelum siang. Tapi sebelum aku lelapkan mata aku merakam foto seorang sahabat akrabku yang awal sedikit hanyut daripadaku. Lalu aku muat naik di garis masa muka bukuku dengan kapsyen pejuang rakyat.

Selepas itu aku tidak sedar aku juga terlelap ditiup angin subuh kota raya Kuala Lumpur yang bakal kuning bila menjelang siang. Bila fajar mula menerjah pagi, aku tersentak dari lenaku. Perkara pertama yang aku lakukan ialah mencari sahabat akrab yang aku telah rakam dan muat naik fotonya tadi. Dia tiada pada penglihatanku. Aku tersenyum dan beberapa kali gelengkan kepala. Ada rasa lucu dan berdebar. Benakku berputar mengandaikan teman karibku tadi pasti sudah melihat fotonya di muka buku. Dan aku yakin bertambah pasti dia akan lakukan perkara yang sama ketika aku asyik melayan lantai sejuk Masjid India.
Penuh debar aku meluncur jari diskrin telefon pintarku untuk membuka kuncinya. Menggigil jariku menuju ke ikon muka buka telefon pintarku. Bila ditekan lalu terus menjelma sosok tubuh kaku seperti mayat sedang terbujur lena. Aku terus tersenyum dan ketawa.
Sampai suatu masa bila kawan aku muncul, kami ketawa tanpa berkata sepatah kata pun. Hanya kami yang tahu. Aku rindu momen itu, melihat rakyat Malaysia bergelimpangan melurus badan merehatkan otak. Simpan tenaga untuk beraksi esoknya menunjuk kuasa marhaen kepada kerajaan gila.
Moga bertemu kembali di Bersih 5, Dataran Merdeka kita berjumpa. Lautan kuning menyala melambai ombak menghempas benteng kleptokrasi negara. Bersih 5 menuntut 5 perkara, moga bertemu nanti komrad semua.

Polis ambil keterangan Shafie Apdal pada Isnin

Siasatan ke atas ucapan beliau di Dewan Rakyat menyentuh isu 1MDB itu dibuat di bawah Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi
shafie-apdal-polis-1
PETALING JAYA: Bekas menteri pembangunan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan memberi keterangan kepada polis pada Isnin berhubung ucapan beliau di Dewan Rakyat menyentuh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Polis menghubungi Shafie pada Rabu dalam siasatan mereka ke atas 3 bekas menteri berkenaan ucapan mereka tentang 1MDB, semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2017.
Star Online melaporkan Shafie akan menghadirkan diri ke Bukit Aman pada 10.00 pagi hari itu, menurut sumber yang rapat dengannya.
Selain Shafie, turut disiasat adalah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Ketua Polis Negara berkata siasatan dibuat di bawah Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan.
Muhyiddin, yang merupakan bekas timbalan presiden Umno, manakala Shafie, bekas naib presiden Umno disingkir daripada Umno awal tahun ini dan masing-masing mengepalai parti tersendiri dalam pakatan pembangkang.
Muhyiddin adalah presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia manakala Shafie adalah presiden Parti Warisan Sabah.

Kritik titah Sultan Johor, Syed Saddiq dipanggil polis

Ketua Armada PPBM disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan
syed-saddiq-johor-1
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk diambil keterangan dalam siasatan berhubung kandungan surat terbukanya yang ditujukan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Polis menerima beberapa laporan berhubung perkara itu, katanya kepada Bernama hari ini.
“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam membuat sebarang komen terhadap raja dan institusi raja,” katanya.
Dalam surat terbuka yang dimuat naik di laman Facebooknya, Syed Saddiq yang merupakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, antara lain dikatakan mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor pada Khamis lepas.

Syed Saddiq tidak tahu politik, hanya pandai bercakap, kata Bung Moktar

Pelantikan Syed Saddiq memberi gambaran PPBM tidak mampu menjadi alternatif kepada rakyat apalah lagi mahu menggugat Umno.
bung-syed-saddiq
PETALING JAYA: Perlantikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ketua armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), membuktikan parti baharu itu ketandusan dalam mencari pemimpin berkualiti, kata Datuk Bung Moktar Radin.
Menurut ahli Majlis Tertinggi Umno itu, ia sekali gus memberi gambaran PPBM bukanlah parti yang mampu menjadi alternatif kepada rakyat apalah lagi mahu menggugat Umno.
“Kita lihat bagaimana ketua pemuda seperti Syed Saddiq, walaupun beliau mungkin mempunyai latar belakang seorang yang fasih bercakap tetapi Syed tidak mempunyai walaupun sedikit pengalaman politik, jauh sekali mendalami dan mendampingi denyutan nadi rakyat.
“Pada saya PPBM bukanlah sebuah parti alternatif yang boleh menggugat kekuatan Umno pada bila-bila masa. Umno sudah mempunyai kekuatan tersendiri,” katanya.
Mengulas mengenai kemelut yang berlaku dalam PPBM susulan perlantikan barisan pimpinan tertingginya yang menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan pemimpin dan ahli parti, beliau berkata itu adalah gambaran awal yang ia tidak akan bertahan lama.

Manifesto pilihan raya Pakatan Harapan biar 'kena' dengan anak muda


Khairol Najib Hashim berucap mewakili Pemuda Amanah Perak di Konvensyen Pakatan Harapan Perak di Ipoh hari iniKhairol Najib Hashim berucap mewakili Pemuda Amanah Perak di Konvensyen Pakatan Harapan Perak di Ipoh hari ini
Pemuda Amanah Perak mahu manifesto pilihan raya umum (PRU) khususnya PRU14 bersifat realistik dan memenuhi keperluan orang muda.
Naib ketuanya Khairol Najib Hashim berkata, bagi mencapai tujuan itu, anak muda daripada ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan mesti dilibatkan dalam penyediaan manifesto PRU.
"Penyediaan manifesto pilihan raya mesti realistik dan 'kena' dengan orang muda. Oleh itu wajib libatkan rakan-rakan sayap muda ketiga-tiga parti dalam penyediaan manifesto nanti," katanya sewaktu berucap di Konvensyen Pakatan Harapan Perak di Ipoh hari ini.
Ini juga katanya, termasuk melibatkan sayap pemuda dan wanita dalam pembentukan kabinet bayangan kerajaan Pakatan Harapan Perak sebagai gagasan "Government In Waiting".
"Kita mesti mengarus perdanakan Kepimpinan Pakatan Harapan dalam pembentukan kabinet bayangan Kerajaan Pakatan Harapan Perak sebagai Gagasan Kerajaan Menunggu "Government In Waiting" dengan melibatkan sayap anak muda dan wanita di dalamnya," katanya lagi.
Beliau juga berkata, Amanah, PKR dan DAP mesti memberi ruang kepada anak muda untuk menjadi calon dalam PRU14 iaitu mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.
"Pemuda Amanah mahu penampilan calon anak muda dalam PRU akan datang dengan 60% calon daripada kalangan anak muda berumur 40 tahun dan ke bawah," katanya yang juga pengarah komunikasi Pemuda Amanah Nasional.

Sikap Pas terhadap Bersih 5 rugikan parti


Mohammad Nizar JamaluddinMohammad Nizar JamaluddinPendirian Pas yang enggan menyertai Himpunan Bersih 5 merugikan parti Islam itu sendiri, kata Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata, himpunan berkenaan boleh dijadikan platform kepada Pas untuk meraih kembali kepercayaan rakyat terutama orang bukan Islam.
"Jadi, kalau Pas tak mahu ikut serta, ini satu peluang yang mereka telah lepaskan.
"Platform Bersih 5 itu boleh dijadikan sebagai tempat untuk membersihkan nama baik Pas, Pas dapat kembali ke pangkuan rakyat dan orang bukan Islam juga akan menghormati Pas semula," katanya ketika ditemui di Konvensyen Pakatan Harapan Perak di Ipoh hari ini.
Nizar yang juga ketua pembangkang Dun Perak dalam ucapannya sebelum itu mengisytiharkan sokongan penuh Pakatan Harapan terhadap perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Pas tidak akan menyertai Bersih 5 walaupun sedia bekerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.

DAP tuduh Annuar Musa ‘meroyan’

Sheikh Omar berkata ketua penerangan Umno itu sedang ‘meroyan’ kerana panik dengan survival parti itu yang gagal meletakkan kepentingan rakyat di depan.
sheikh-musa
PETALING JAYA: DAP membidas kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang mengatakan parti itu menyusup masuk wakilnya ke dalam parti pembangkang lain untuk memecahbelahkan orang Melayu.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata Annuar yang juga ketua penerangan Umno sedang “meroyan” kerana panik dengan survival parti itu yang gagal meletakkan kepentingan rakyat di depan.
“Mungkin Annuar Musa panik dan ‘meroyan’, tak tahu bagaimana nak berdepan dengan rakyat apabila pemimpin Umno atau Barisan Nasional (BN) sendiri menjalinkan hubungan intim dengan negara berideologi komunis.
“Lalu, macam-macamlah dakwaan ‘gila’ yang tidak berasas dan tak masuk akal direkayasa ketua penerangan Umni ini untuk melemahkan DAP dan parti-parti pembangkang,” ujarnya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Awal hari ini, Annuar mengeluarkan kenyataan DAP sedang berusaha memecahbelahkan orang Melayu dengan menghantar menghantar wakilnya “menyusup” ke dalam parti pembangkang lain.
Beliau menegaskan strategi berkenaan adalah usaha DAP untuk memerintah negara secara senyap sekali gus menjadikan pemimpin Melayu sebagai boneka.
“DAP akan cuba letak calon Melayu (dalam PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia – PPBM) sebagai satu strategi untuk mereka mempunyai jumlah kerusi lebih besar berbanding rakan lain,” katanya.
Menurut Sheikh Omar, dakwaan itu akan menjadi sebahagian penting daripada keseluruhan “story board” untuk kempen dan serangan Umno ke atas DAP selepas ini.

Sekarang nak buat apa pun mudah berbanding dahulu, akui Mursyidul Am Pas


Ustaz Hashim JasinUstaz Hashim JasinSecara berterus-terang, Mursyidul Am Pas Hashim Jasin mengakui parti itu tidak tergugat dengan perpecahan sehingga wujudnya parti Amanah Negara (Amanah) bahkan usaha untuk mendaulatkan syariat Islam tidak sukar seperti sebelum ini.
“Pemikiran pun sama dan hendak buat apa pun cukup mudah berbanding dahulu. Ada pun hasil keputusan pilihan raya kecil yang dinilai pelbagai pihak, itu bukan kerja kita,” ujarnya dipetik daripada wawancara separuh halaman di Mingguan Malaysia hari ini.
Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Perlis itu menyifatkan situasi perpecahan Pas seperti bercambahnya lebih banyak dahan pokok selepas dipotong.
“Ibarat apabila sebatang dahan pokok yang dipotong, satu kita buang, 10 bercambah. Saya terkejut apabila orang-orang baharu yang hebat-hebat dan yang selama ini tertekan, bila patah dahan, mereka muncul.
“Bukan sahaja dapat menggantikan yang hilang tetapi lebih lagi. Kita meningkat lebih baik dan saya lihat perjuangan untuk mendaulat syariat Islam lebih mudah masa sekarang,” jelasnya yang kini berusia 77 tahun.
Mengulas pindaan Akta 355, Hashim yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Perlis itu menganggap partinya tidak mengalami sebarang kerugian jika pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan ditolak.

KENAPA NAJIB TAK BELAJAR DARI CHINA TANGANI RASUAH


Putrajaya nampaknya cenderung kepada China dalam banyak bidang, tetapi agenda utamanya patut belajar bagaimana negara itu menangani rasuah, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
“Najib tidak boleh tidak sedar bahawa China, di bawah halatuju anti-rasuah Presiden Xi Jinping, telah menghukum lebih daripada sejuta pegawai kerana rasuah dalam tempoh tiga tahun yang lalu.
“Pegawai atasan, termasuk menteri dan lain-lain personaliti besar telah dihukum kerana rasuah.
“Sebaliknya, apa yang dapat ditunjukkan oleh kempen anti-rasuah Najib, kerana semua orang masih menunggu ‘jerung’ di Malaysia didakwa di mahkamah,” kata Lim dalam ucapannya di Pulau Pinang malam tadi.
Di bawah teraju Najib, Malaysia kini memiliki reputasi sebagai sebuah “kleptokrasi”, katanya.
“Saya takrifkan di Parlimen pada Isnin bahawa ‘kleptokrasi’ adalah peraturan oleh pencuri dan perompak, dan pendirian saya tidak disangkal dan tidak dicabar di Dewan Rakyat.
“(Saya beritahu Dewan Rakyat) bahawa akibat daripada gelaran ‘kleptokrasi global’ yang memalukan, Malaysia diperintah oleh PPP: ‘Pencuri, Perompak dan Penyamun’,”katanya.
Lim berkata bahawa pada tahun 2015 dan awal 2016 sahaja, masalah rasuah Malaysia disebut oleh penerbitan ternama seperti foreignpolicy.com, majalah Time dan The Economist.
Selain itu, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International (TI) pada 2015, meletakkan kedudukan Malaysia ke-54 daripada 168, turun empat tempat daripada tahun sebelumnya.
“Kerajaan Najib bercakap besar mengenai sasarannya bagi Malaysia untuk berada di dalam 30 negara teratas dalam CPI TI pada tahun 2020, tetapi tiada apa-apa selain mimpi,” katanya.
Lim memberi amaran bahawa China dan Indonesia bersedia untuk memintas Malaysia dalam ranking CPI oleh TI kecuali sesuatu yang drastik dilakukan.

'Geramm kesal baju merah tidak hormat media'

Gerakan Media Merdeka (Geramm) ingin meluahkan rasa kesal dengan cara gerakan baju merah yang dilihat bersikap agak kasar dengan warga media yang membuat liputan demonstrasi mereka di ibu pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya semalam.
Dalam kenyataannya, Geramm menerima beberapa laporan termasuk satu video yang menunjukkan seorang wartawan dituduh dan dimarahi oleh peserta kumpulan baju merah yang menutup muka.
"Dalam demonstrasi tersebut, beberapa ahli kumpulan baju merah turut menyalahkan petugas media yang dikatakan menghalang pergerakan peserta penunjuk perasaan ketika menghampiri garisan Polis.
"Geramm dalam perjuangan kami sentiasa menyokong hak mana-mana petugas media untuk menjalankan tugas dan menyeru semua pihak menghormati hak berkenaan," katanya lagi.
Geramm (dahulu dikenali sebagai Gerakan Media Marah) adalah perikatan longgar wartawan, wakil dan aktivis media yang memperjuangkan kebebasan media dan pengamalnya.
Gerakan baju merah semalam mengadakan himpunan berdekatan pejabat Malaysiakini bagi mendesak portal berita tersebut ditutup.
Himpunan yang diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos itu dibuat ekoran dakwaan Malaysiakini mendapat dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan jutawaan Amerika Syarikat, George Soros.
Kehadiran petang semalam dianggarkan sekitar 700 orang.

PATUTLER pemimpin2 UMNO beriya2 sanggup bersetongkol dgn Komunis -China....

Jika dgn visa pon boleh penuh lambakan pelacur warga China, bayangkan visa telah dikecualikan.. Agak2 lambakan pelacur makin berkurang ker atau bertambah..???

Noh Mahu Aziz Bari Perjelas Isu Lantik MB Bukan Melayu

Jamal: Saya Sedia Digari Tangan, Kepala, Leher

Jamal Sedia Jadi Pengikut Tun M

Pembangkang Berjuang Demi Kepentingan Politik - Jamal

Jamal: Selagi Ada Kuning, Selagi Tu Ada Merah

Pertandingan satu lawan satu sukar dicapai kerana PAS dalam dilema - Penganalisis

"Umno tak pernah bincang mengenai Jamal, baju merah" - Annuar Musa

DAP 'menyusup' dalam parti pembangkang untuk pecah belah melayu - UMNO

Pemuda Umno tidak ada kaitan protes baju merah di Malaysiakini - KJ

Dana untuk NGO ada 'agenda tertentu', derma RM2.6b Najib tak bersyarat kata KJ

Pakatan Harapan Perak isytihar sokongan penuh terhadap Bersih 5

Konvensyen Pakatan Harapan Perak berlangsung di Ipoh hari iniKonvensyen Pakatan Harapan Perak berlangsung di Ipoh hari ini
Pakatan Harapan Perak mengisytiharkan sokongan penuh terhadap perhimpunan aman Bersih 5 pada 19 November ini.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, seluruh tuntutan Bersih 5 khususnya menuntut pilihan raya yang adil dan bersih selari dengan matlamat Pakatan Harapan sama ada di peringkat nasional mahupun negeri.
"Saya sendiri semasa sidang dun 15 November akan mengumumkan dan menyatakan penglibatan Pakatan Harapan dalam menjayakan program dan tuntutan Bersih 5 pada 19 November kerana seluruh tuntutan itu adalah sama dengan perjuangan dan matlamat Pakatan Harapan," katanya sewaktu berucap di Konvensyen Pakatan Harapan Perak di Ipoh hari ini.
Enam tuntutan Bersih 5 adalah pilihan raya bersih; hapuskan rasuah; kukuhkan demokrasi; mansuhkan undang-undang zalim; hak membantah; dan memperkasa hak Sabah dan Sarawak.
Kira-kira 1,000 perwakilan daripada Amanah, PKR dan DAP hadir ke konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh hari iniKira-kira 1,000 perwakilan daripada Amanah, PKR dan DAP hadir ke konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh hari iniNizar yang juga bekas Menteri Besar Perak juga berkata, Pakatan Harapan harus membuang perasaan dendam terhadap peristiwa lama demi menyelamatkan Malaysia.
"Jangan ikutkan perasaan dendam. Saya tengok pimpinan Pakatan Harapan mempamerkan kepimpinan yang paling mantap.
"Lim Kit Siang pernah dianiaya sewaktu pemerintahan Mahathir, Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu juga pernah dianiaya. Tapi ketiga-tiganya mempamerkan sikap yang terbuka dengan menerima kehadiran parti Bersatu untuk menyelamatkan negara.
"Jadi kami pendamkan dendam untuk menyelamatkan Perak," kata Timbalan Pengerusi Amanah Perak itu yang menjadi mangsa peristiwa rampasan kuasa oleh kerajaan BN di Perak pada tahun 2009.
Sementara itu, dalam konvensyen hari ini ketiga-tiga parti - Amanah, PKR dan DAP sebulat suara menyatakan iltizam untuk mengukuhkan Pakatan Harapan Perak bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi ketiga-tiga parti, Asmuni Awi (Amanah); Dr Muhammad Nur Manuty (PKR); dan Nga Kor Ming (DAP) menyampaikan ucaptama dalam konvensyen yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan daripada ketiga-tiga parti.

Annuar: Mereka Tak Akan Berani Buat DAP Marah

DAP Kawal Azmin, PKR - Annuar Musa

'Terima Mahathir, Anwar, Mat Sabu Alat DAP Pecah Melayu' - Annuar Musa

PAS jadi pengemudi utama sekiranya hendak kerjasama, kata Hadi

PAS kini dalam satu pakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, dan dalam suatu bentuk kerjasama dengan PKR.
hadi-pakatan
PETALING JAYA: PAS mahu jadi pengemudi utama sekiranya parti-parti lain hendak bekerjasama dengannya, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Malah, kata Hadi, parti Islam itu tiada masalah untuk bergerak tanpa sokongan parti lain.
“Pucuk pangkalnya ialah pihak yang mahu bekerjasama itu hendaklah faham dengan jelas bahawa PAS adalah pengemudi utama. Kami tiada masalah bergerak sendirian, bukan sekadar mahu memenangi PRU semata-mata,” katanya lapor Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selesai menghadiri suatu ceramah di Jejawi, Perlis semalam.
Katanya PAS bersedia membuka pintu kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, tetapi hanya kepada parti yang sealiran dengan matlamat perjuangan menegakkan syiar Islam di negara ini.
PAS kini dalam satu pakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, dan dalam suatu bentuk kerjasama dengan PKR.
“PAS tiada masalah kalau ada yang nak masuk rumah kami…. tapi jangan pula lepas itu dia ‘curi’ dalam rumah kami,” kata Hadi, dipercayai merujuk kepada perbuatan khianat.
PAS sebelum ini mendakwa DAP memungkiri perjanjian kerjasama antara kedua parti semasa dalam Pakatan Rakyat.
DAP kini dalam satu pakatan bersama PKR dan Amanah, yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang dikecewakan dalam pemilihan parti Islam itu yang lalu.
Sementara itu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menjelaskan partinya mengutamakan pihak yang boleh menerima Islam tanpa berbelah-bahagi serta menerima usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).

DEMO ADALAH FENOMENA BIASA

Demonstrasi adalah hak rakyat yang boleh dan biasa berlaku di mana-mana di dunia ini. Apabila rasa tak puas hati makin membara, demo adalah caranya untuk rakyat meluahkan apa yang ada di dalam dada mereka.

Di Indonesia, ratusan ribu rakyatnya berhimpun mendesak pengunduran Gabenor Jakarta yang lebih dikenali dengan nama Ahok. Ia tentunya akan terus berlaku dari semasa ke semasa.
Di Korea Selatan juga beratus ribu rakyatnya berhimpun mendesak pengunduran Presidennya, Park  Geun-hye  yang didakwa menyalahgunakan kuasa kerana hubungan rapat dengan seorang rakan lamanya.

Di banyak negara lain juga sudah berlaku pelbagai demonstrasi sebelum ini. Jika tiada gangguan atau provokasi, ia pasti berlangsung aman.
Apakah di negara kita tidak ada masalah yang hampir serupa atau mungkin lebih parah daripada itu?

Jadi, apa masalahnya untuk rakyat turun berhimpun dalam Bersih 5 pada 19 November ini?

Bodohlah jika tutup IPG S'wak , kata Adenan

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilaporkan menolak rancangan kerajaan Persekutuan untuk menukar dua buah Institut Pendidikan Guru (IPG) Sarawak kepada kolej vokasional dengan menyifatkan tindakan itu sebagai 'bodoh'.
The Borneo Post hari ini memetik kenyataan Adenan sebagai berkata, bilangan IPG tidak perlu dikurangkan kerana boleh membahayakan matlamat kerajaan untuk mencapai nisbah 9:1 bagi guru-guru dari Sarawak dan bukan Sarawak yang berkhidmat di negeri ini.
"Saya telah menulis surat kepada perdana menteri untuk memaklumkan bahawa cadangan menukar dua kolej latihan guru (di Sarawak) ke sekolah teknik adalah bodoh.
"Saya tahu betapa pentingnya pendidikan teknikal tetapi tidak perlu dilakukan dengan mengorbankan dua kolej latihan guru," Adenan dilaporkan berkata semasa merasmikan sambutan peringkat negeri Hari Wanita 2016, semalam.
"Oleh itu, saya gesa kerajaan (Persekutuan) untuk mengubah keputusan ini," katanya.
Kementerian Pelajaran dalam kenyataan pada 29 Oktober yang lalu menjelaskan tidak ada IPG di negara ini akan ditutup, di tengah-tengah kekeliruan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menyorot guraun politik dua anak muda: Rafizi dan Asyraf


Langkah yang diambil oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk tidak mengikut "erel" (kehendak) Ahli Parlimen Padan Mohd Rafizi Ramli supaya mengemukakan saman terhadapnya (Rafizi) seperti mana dicabar suatu langkah baik.


Tidak ada untung dan banyak laba bagi Asyraf kalau beliau menyahut cabaran itu. Cabaran Setiausaha Agung PKR itu tidak menjawab dan menyelesaikan persoalan dan dakwaan beliau mengenai eset Tabung Haji (TH) yang kini dikatakan bermasalah dan susut.
Ini kerana cabaran Rafizi itu lebih merupakan perangkap untuk mengheret Asyraf dalam permainan politik Rafizi yang menggunakan isu TH sebagai modal untuk mempepolarkan dirinya.

Adalah lebh afdal bagi Asyraf memikirkan macam mana untuk meneguhkan institusi itu dan juga "mengecek" kerajaan Arab Saudi agar menambahkan kouta Haji dari Malaysia di masa depan. Kelewatan pampasan kerajaan Arab Saudi kepada mangsa ditimpa kren tahun lepas yang belum dibayar juga perlu diberi fokus oleh Asyraf.

Dua hari lepas Rafizi mencabar Asyraf yang menuduhnya telah memfitnah TH agar mengemukakan saman di mahkamah terhadapnya. Dalam satu e-mail yang turut masuk ke dalam email saya, Rafizi memaklumkan yang beliau telah menghantar surat rasmi kepada Asyraf berkenaan satu tuduhan dibuat Asyraf mendakwa beliau memfitnah TH. Sehubungan itu Rafizi menuntut tiga perkara untuk dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari kepada Asyaraf untuk memberi respons.


Tiga perkara disebut Rafizi ialah; (i) Menyaman beliau atas kapasiti Asyraf sendiri sekiranya beliau memfitnah TH seperti yang didakwa, (ii) Mengarahkan TH menyaman beliau sekiranya beliau memfitnah TH seperti yang didakwa itu, dan (iii) Beliau bersetuju berdebat dengan Asyraf di hadapan orang ramai untuk membuktikan tuduhan beliau bahawa beliau telah memfitnah TH.

Rafizi tidak sebut apakah tindakan selanjut kalau cabaran itu tidak disahut. Mungkin beliau akan membuka tindakan undang-undang kepada Asyraf?

Memahami kandungan surat Rafizi itu beliau mengambil tindakan itu ekoran tuduhan Asyraf mengatakan beliau memfitnah TH. Tuduhan itu kalau benar ia memang berat dan tidak wajar ia keluar dari mulut Asyraf yang kelihatan berpersonaliti Islam dan cicit kepada Tok Selehung yang dianggap wali dan berkoromah. 

Sementara itu  Asyraf seperti mana dilaporkan media menepis cabaran Rafizi itu sambil menganggap cabaran itu adalah gimik politik semata-mata dimana Rafizi cuba mengalihkan isu hukuman denda RM200,000 yang telah pun diputuskan mahkamah atas kesalahan Rafizi memfitnah syarikat NFC - lembu gemuk yang diternak di kondo.

Dalam pada itu kata Asyraf dipetik, pihak TH telah membuat laporan polis di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 499 kerana telah memfitnah TH dan pihak Peguam Negara telah pun memfailkan pertuduhan Jenayah Fitnah di bawah seksyen 500.

"Di bawah seksyen ini, jika disabit kesalahan, saudara Rafizi boleh dipenjara tidak lebih 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan hari ini. Justeru beliau tidak perlu layan cabaran Rafizi itu dan menjadikan tindakan mahkamah itu sebagai pengganti kepada keengganan beliau menyahut cabaran Rafizi itu.

TIGA HERO BAHARU ORANG MELAYU: RAKYAT DIPERINTAH DALAM KEADAAN MATA DITUTUP


Pemuliharaan dan perlindungan terhadap Najib Razak memang hebat. Pagar atau tembok kekuasaan yang mengelilinginya persis tembok atau pagar duri dibina untuk menjaga keselamatan dan keliaran haiwan ganas seperti singa, harimau dan buaya dalam zoo. Dengan segala pagar dan kekuasaan yang ada tidak mungkin haiwan itu akan terlolos dari zoo.
Betapa tidak hampir semua institusi rakyat yang diharap menjadi payung menjaga kepentingan rakyat dan negara telah musnah atau pun dilanggar begitu sahaja semata-mata untuk menyelamatkan Najib. Sebelum ini beberapa institusi rakyat telah diganggu atau pun diarah bertindak mengikut kauasa yang diberikan perlembagaan kepada mereka semata-mata menyelamatkan perdana menteri itu.
Semuanya itu dilakukan bagi melindungi dan memelihara seorang manusia berdarjat Perdana Menteri yang didakwa telah melakukan “jenayah” kenegaraan dan mempunyai berbagai skandal. Najib dikaitkan dengan isu kehilangan wang daripada syarikat pelaburan strategi 1MDB, beliau juga dipersalahkan kerana menerima dana RM2.6 billion serta melakukan beberapa kesalahan-kesalahan lain lagi dengan menggunakan kuasa prerogetif kemudian memperalatkan institusi atau agensi kerajaan mempertahan dan melindunginya.
Dr Mahathir Mohamad
Sebelum ini SPRM telah membuat penyiasatan berkaitan isu 1MDB dan syarikat SRC International yang ada kaitan dengan skandal 1MDB. Semasa dalam proses siasatan beberapa orang pegawai kanan suruhanjaya itu dikenakan tindakan ditukar dan disiasat polis. Penukaran itu adalah bentuk gangguan ke atas kerja dan bidang kuasa SPRM.
Kerana kecewa dengan gangguan itu al hasilnya beberapa orang pegawai tinggi SPRM mengambil keputusan berhenti atau bersara awal kerana kecewa apabila tugas dan tanggungjawab mereka diganggu kerana untuk menyelamatkan seorang manusia. Suruhanjaya yang dibentuk untuk menjaga integriti negara hancur kerana permainan itu.
Terdahulu daripada itu Peguam Negara telah dinasihatkan berhenti atas alasan sakit. Cerita disebalik tindakan peguam negara itu tidak didedahkan. Kenapa beliau dinasihatkan berhenti ialah kerana telah menyiapkan kertas pendakwaan terhadap Najib berhubung salah lakunya dalam isu 1MDB?.
Maka seorang ahli Umno dilantik menjadi Peguam Negara baharu yang dilihat memberi perlindungan dan sedia menjadi alat penyelamat Najib dengan menggunakan badan kehakiman. Pelanggaran ini sesuatu yang cukup mengaibkan, sekaligus menajadi badan kehakiman negara seperti mahkamah adat dalam sebuah Istana sahaja.
Dalam masa sama juga PDRM digunakan untuk bertindak menggunakan undang-undang yang dipacu Menteri Dalam Negeri untuk bertindak ke atas individu tertentu yang cuba bertindak ke atas jenayah PM. Pegawai SPRM dipanggil polis dan diminta keterangan. Sesiapa sahaja yang lantang bercakap mengenai 1MDB dan mengkritik Najib diintip dan dijejaki polis malam siang. Bahkan ada juga mereka yang sedang dalam proses diheret ke mahkamah.
Tidak terlupa Bank Negara juga ikut sama terkena tempiasnya. Ketelusan dan kejujuran Gebenur BN ketika itu Zetti Akhtar Aziz ikut sama terheret sampai beliau dituduh sebagai konspirator menjatuhkan Najib oleh para pendolor punggung Najib.

Keajaiban kenaikan kos sara hidup

Media arus perdana giat berusaha untuk mengalihkan pandangan rakyat kepada ‘isu yang lebih besar dan penting’ daripada kos sara hidup.
kos-sara
Kesempitan wang. Itulah yang membelenggu rakyat marhaen hari ini.
Kenaikan harga minyak masak ekoran pemansuhan subsidi ditambah pula kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen pada November menyebabkan ramai mengeluh. Rakyat marhaen merasakan seolah-olah ditampar 2 kali.
Walaupun sering diadu domba dengan pelbagai isu yang menjarakkan hubungan kaum, kini rakyat tanpa mengira warna kulit, bangsa mahupun agama bersatu di media sosial dan kedai kopi dengan perkongsian cerita kesusahan ekoran kenaikan kos sara hidup.
Cerita mengenai belanja keperluan asas, kegunaan anak-anak, harga makanan mentah dan masak di pasaran dan sebagainya menjadi topik yang merapatkan hubungan sesama rakyat.
Bukan itu sahaja, gosip mengenai kemewahan gaya hidup pemimpin negara dan urusniaga kerajaan yang tidak munasabah juga menjadi aktiviti yang memupuk perpaduan kaum dan agama dalam kalangan rakyat.
Inilah keajaiban yang tidak disangka-sangka, di sebalik kenaikan kos sara hidup ini. Siapa sangka ia dapat menyatupadukan rakyat sepertimana sukan.
Oleh itu, tidak menghairankan apabila media arus perdana giat berusaha untuk mengalihkan pandangan rakyat kepada “isu yang lebih besar dan penting” daripada kos sara hidup.
Ledakan maklumat yang mendakwa adanya campurtangan George Soros dalam pilihan raya umpama peluru hidup untuk digunakan terhadap NGO dan media pro-pembangkang.
Tumpuan rakyat dialih melalui pelbagai kenyataan media mendesak siasatan dilakukan terhadap mereka yang didakwa menerima sumbangan Soros melalui Open Society Foundations (OSF), dan juga aksi Baju Merah yang berkunjung ke pejabat Malaysiakini.

Hangpa tak mau bagi aku masuk syurga ka?

Kenaikan harga bahan api mendorong pesara guru di Sungai Petani beri sedekah petrol. Foto Kamaruddin Kassim 1Kenaikan harga bahan api mendorong pesara guru di Sungai Petani beri sedekah petrol.
Menegur sikap sebahagian jemaah masjid yang menolak pemberian sedekahnya, pesara guru, Abd Ghani Haron, 60, menganggap tindakan itu sebagai tidak elok.
“Tidak elok menolak, sebaiknya terima apa yang disedekah. Jika kita tidak memerlukan apa yg disedekah, maka kita berikan kepada orang lain pula.
“Itu lebih baik kerana bila kita menerima sedekah, orang yang bersedekah terlaksana ibadat sedekahnya kerana ada yang menerima tetapi jika kita menolak maka tidak terlaksanalah ibadat sedekahnya,” ujarnya pada status Facebook beliau hari ini.
Kisah bekas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda itu bersedekah dengan memberi petrol percuma di Sungai Petani semalam menjadi viral di media sosial.
Abd Ghani Haron Abd Ghani Haron “Bila saya mengadakan program bersedekah beras, ada seorang jemaah masjid yang datang memerhati program saya,lalu saya hulurkan sekampit beras kepadanya tetapi dia menolak dengan berkata,’Berilah kepada orang lain yang lebih memerlukan.
"Bila saya mengadakan program bersedekah minyak petrol, beberapa orang jemaah masjid yang bertemu saya ditanya, mengapa tak pergi pergi mengisi minyak motor yang diberi percuma, lalu dijawab, ’Bagi pada orang lainlah’.
“Kedua-dua insiden itu saya jawab dengan nada berseloroh tetapi tajam. Saya berkata ,’Hangpa tak mau bagi aku masuk syurga ka?’ sambil gelak berderau,” dipetik daripada status Facebook miliknya.
Mengulas lanjut sikap jemaah masjid yang menolak sedekahnya itu, Abd Ghani menasihatkan supaya tidak menganggap diri mereka sebagai lebih baik daripada orang lain.
“Jadi, menolak sedekah atas alasan nak beri peluang pada orang lain itu adalah tidak betul. Jangan merasa kita cukup bagus, kita lebih baik, lebih rendah diri, lebih wara'.
“Hakikatnya kita mencanggahi suruhan nabi. Jika orang bersedekah kepada kita walau kita tidak perlu, itu bermakna Allah takdirkan rezeki kepada kita dalam maksud untuk kegunaan kita atau 'rezeki' yang berupa peluang untuk kita memanjangkan sedekah, atau peluang yang Allah buka untuk bersedekah dengan sesuatu yang disedekah kepada kita.

Umno tak pernah bincang mengenai Jamal, baju merah - Annuar Musa

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menafikan perhimpunan yang berlangsung di pejabat Malaysiakini semalam ada kaitan dengan parti Melayu itu.
Sebaliknya, ujar beliau, perhimpunan yang diketuai oleh pemimpin gerakan baju merah yang juga Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos itu tidak pernah dibincangkan dalam Umno.
"Kenapa tanya saya, (perhimpunan itu) tidak ada kena mengena dengan saya.
“(Perhimpunan) itu tak ada kena mengena dengan Umno. Kita tidak pernah bincang, (yang buat tu) itu bukan Umno, itu Jamal,” katanya kepada pemberita sebelum majlis Himpunan Penerangan Umno Selangor 2016 di Bangunan Umno Shah Alam sebentar tadi.
Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jamal bersama ratusan penyokong baju merah bagi membantah penerimaan dana dari pertubuhan Open Society Foundations (OSF) yang dimiliki hartawan terkemuka Amerika Syarikat George Soros kepada Malaysiakini.
Semalam, kira-kira 700 orang berhimpun di luar Malaysiakini kira-kira jam 2 petang bagi membuat bantahan terhadap portal berita itu.
Perhimpunan hari ini turut dihadiri segelintir kaum bukan Melayu.
Jamal, dalam pertemuan dengan pengarang Malaysiakini pada Khamis lalu mengancam untuk membawa 20,000 orang dan meruntuhkan sebahagian daripada bangunan itu jika portal berita itu tidak menjelaskan pembiayaan yang diterima daripada OSF.

Sertai baju merah tapi lebih percaya kepada Malaysiakini......"Kita orang datang nak ambil duit je"

Gerakan baju merah semalam mengadakan himpunan berdekatan pejabat Malaysiakini bagi mendesak portal berita tersebut ditutup.
Himpunan yang diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos itu dibuat ekoran dakwaan Malaysiakini mendapat dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan jutawaan Amerika Syarikat, George Soros.
Kehadiran petang semalam dianggarkan sekitar 700 orang.
Namun, berdasarkan perbualan antara wartawan Malaysiakini dengan salah seorang peserta himpunan itu mendapati tidak semua daripada mereka yang hadir bersependapat bahawa laporan berita yang disampaikan Malaysiakini bertujuan menjatuhkan kerajaan.
Katanya yang enggan identiti didedahkan, beliau sendiri setiap malam sebelum tidur akan melayari Malaysiakini bagi mengetahui hal ehwal semasa.
Menurutnya, beliau lebih percaya dengan laporan Malaysiakini berbanding stesen televisyen dan akhbar-akhbar yang cenderung kepada kerajaan.
"Setiap malam saya baca Malaysiakini, berita yang disampaikan telus tidak ada apa yang hendak disorokkan.
Mengulas lanjut, lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu yang datang dari Bangsar bersama isteri dan anak lelakinya berusia sekitar 10 tahun berkata apa yang berlaku ini adalah agenda politik masing-masing.
"Ini soal politik masing-masing yang mana merek menggunakan platfom sebegini bagi menaikan nama mereka untuk ditunjukkan kepada ketua-ketua mereka," katanya.
Malah, beliau juga turut mempersoalkan apakah kemampuan Gerakan Baju Merah.
"Malaysia ada undang-undang mana boleh kita buat sesuka hati.
"Apa kekuatan Merah nak pertahan negara," soal lelaki terbabit.

One on one with Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Bola Sepak Negara - Temubual bersama TMJ

'Saya hanya menyampaikan suara rakyat' - TMJ

JOHOR BAHRU -Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa sedih ekoran tindakan kerajaan yang kurang memberi perhatian kepada sektor penting yang melibatkan kemaslahatan rakyat.
Menurut Tunku Ismail, kerajaan lebih menumpukan kepada sektor yang kurang penting sehingga tumpuan utama 'dipandang sepi'.
TMJ "Sektor kesihatan dan pendidikan adalah dua perkara yang amat penting demi kesejahteraan rakyat dan pihak kerajaan harus memberi lebih perhatian.
"Saya merasa sedih mengetahui bahawa sejumlah wang dengan amaun besar mencecah RM84 juta dan RM90 juta telah diperuntukkan kepada yayasan-yayasan yang kurang penting dan juga RM1 bilion yang diperuntukkan kepada Jakim," katanya dalam kenyataan rasmi di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers.
Mengulas lanjut Tunku Ismail berkata, kenyataan beliau ini diharap dipandang oleh kerajaan kerana katanya beliau hanya menyampaikan suara rakyat.
"Saya hanya menyampaikan suara rakyat dan saya amat berharap kerajaan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Terdahulu, Tunku Ismail memetik kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam yang menyatakan bahawa terdapat banyak permintaan untuk menaik taraf aset yang lama dan kementerian akan menangani mereka mengikut keutamaan berdasarkan keutamaan dan dana susulan.
Kenyataan Subramanian itu keluar susulan kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah.
"Ia amat membimbangkan apabila keadaan pesakit di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara tidak diutamakan oleh kerajaan," kata Tunku Ismail.

PROJEK ECRL: PENYAMUN MALAYSIA ANUGERAH PADA PENYAMUN CCCC DARI NEGARA CHINA

1.Projek baru Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) telah diumumkan pembinaannya oleh PM Najib semasa membentang Bajet 2017.Projek bermula dari pelabuhan Klang dan berakhir di Tumpat akan melalui Kuantan dan  Terangganu. *Memang tidak dinafikan tentang keperluan projek tersebut untuk kemudahan masyarakat Pantai Timur* bagi menyeimbangi pembinaan landasan berkembar di Pantai Barat.

2.Malangnya projek ECRL dari awal telah menimbulkan keyakinan rakyat tentang *wujudnya amalan curi dan korupsi keatas wang rakyat*.

Pertama, kos projek sepanjang 600km yang awal dan   *sepatutnya berharga RM30 bilion kini telah naik menjadi RM55 bilion bersamaan RM92 juta untuk 1km*.Harga yang ditentukan  *tanpa tawaran terbuka (open tender)* bagi mendapatkan harga yang terbaik. Apabila ini berlaku,maka secara tidak langsung *_kos curi dan korupsi kerajaan Malaysia terpaksa ditanggung oleh rakyat_*.

3.Keduanya pinjaman RM55 bilion untuk pembinaan projek tersebut diperolehi dari *Export-Import Bank of China (EXIM)* manakala kontrak pembinaan dianugerahkan kepada *China Communication Construction Company Ltd (CCCC)* kontraktor dari negara China. 

*"Persoalannya kenapa pinjaman dari negara China dan kontraktor juga dari negara China*.Apakah ini merupakan *syarat yang ditetapkan oleh Bank pemberi pinjaman untuk projek ini*.

Pada saya ini menunjukan *campurtangan asing dalam menentukan pemilihan kontraktor"*.

4.Ketiganya, kontraktor dari negara *China CCCC,* yang dianugerah projek ini adalah *syarikat yang telah disenaraihitam oleh Bank Dunia* kerana menipu dengan mengamalkan rasuah serta licik membeli penjawat awam untuk memperolehi dan melaksanakan sesuatu projek di setiap negara yang menganugerahkan projek kepada meraka.

Bukan sahaja disenaraihitam oleh World Bank, malah CCCC juga terlibat dalam skandal lain, antaranya di Malta, Tanzania dan Kenya. Sebuah skandal melibatkan tindakan CCCC dalam merasuah penjawat awam di negara terbabit.

*_Aiyaa..Banyak 'Si' (CCCC)_*

5. *Adakah CCCC lebih awal 'membeli' penjawat awam No. 1 Malaysia (#MO1) untuk memperolehi projek ECRL melebihi RM25 billion dari harga awal RM30 billion*.

"Saya percaya harga awal  *RM30 billion itu pun sudah terlalu tinggi dan keuntungan berlipat ganda*.Inikan pula lebihan RM25 bilion. 

MALAYSIA SEDANG DI JUAL: ‘BENCANA LIDAH’ & PERJANJIAN RM140 BIL CHINA – UTUSAN PERTAHAN NAJIB


DARI kejayaan meraih perjanjian perniagaan RM140 bilion dengan China, tiba-tiba boleh pula diputarbelit ke kononnya ‘Malaysia sedang dijual’.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang begitu pesat nampaknya membuka peluang amat besar kepada individu tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu.
Mana tidaknya.Penjualan tele­fon bimbit sahaja di negara ini mencecah 10 juta unit. Untuk re­kod 2014 sahaja, pengguna membelanjakan kira-kira AS$2.66 bilion (RM8.74 bilion) untuk peranti popular berkenaan dari Ja­nuari hingga Disember tahun lalu.
Media sosial adalah medium paling berpengaruh dalam menyebarkan maklumat. Maklumat dikongsi dalam bentuk video, aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook sehingga menjadi viral.
Hasilnya bukan sahaja maklumat diviralkan mengundang fit­nah malah bagi yang gagal me­ngawal emosi, mendorong reaksi caci-maki dan tokok-tambah cerita. Hari ini dosa dan fitnah boleh beranak-pinak dengan cepat.
Inilah yang dikatakan bencana lidah internet.
Sama ada sedar atau tidak, lidah yang boleh berkata-kata adalah nikmat kurnian tuhan. Aset ini bukan sahaja di dunia boleh digunakan tetapi sehingga di akhi­rat.
Muazz bin Jabal pernah bertanyakan kepada Rasulullah. Wahai Rasulullah, tunjukkanlah aku satu amalan apabila aku lakukan, Allah masukkan terus aku ke dalam syurga dan dijauhkan de­ngan neraka.
Nabi bercakap tentang Rukun Islam, Rukun Iman, soal sedekah, solat lima waktu, puasa dan lain-lain.
Akhirnya Nabi bertanya kepada Muazz, mahukah aku tunjukkan suatu yang menjadi dasar semua perkara yang aku sebut tadi. Maka, Nabi tunjukkan ke arah lidah. Jagalah lidah ini.
Tanya Muazz, adakah manusia akan diazab kerana lidah. Kata Nabi:
“Malangnya engkau tak tahu, apakah engkau fikir manusia ma­suk neraka kerana dosa-dosa­nya yang lain.
“Manusia dihumban ke neraka dalam keadaan dirinya berada di atas dengan wajahnya di bawah kerana dosa-dosa disebabkan lidah mereka.”
Janganlah dijadikan alam ma­ya terutama media sosial sebagai wakaf dosa.
Sentiasalah berwaspada de­ngan perkara yang ingin dikongsikan. Ini agar perkara yang diviralkan itu tidak mengundang fitnah dan dosa yang berpanjangan.

SIAPA SEBENARNYA JUAL NEGARA?


RANTAU PANJANG  – Pembangkang serta pihak yang antikerajaan perlu cermin diri sebelum menakut-nakutkan rakyat kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjual Malaysia melalui pelbagai perjanjian perniagaan dengan China.
Sebagai contoh, moral bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri wajar dipersoal kerana beliau menyokong dan pernah terlibat dengan siri perhimpunan haram Bersih walaupun sumber kewangannya dikatakan disalurkan oleh George Soros.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika menjadi Perdana Menteri, Soros merupakan individu paling dibenci Dr. Mahathir sehingga beliau menggelar hartawan Amerika Syarikat itu sebagai penyangak mata wang.
Malah kata beliau, Dr. Mahathir turut ‘mendidik’ rakyat Malaysia supaya membenci Soros kerana cuba menjatuhkan beberapa negara, termasuk kerajaan Malaysia ketika itu.
“Hari ni Soros, kalau benar, dikatakan memberi bantuan kewangan kepada Bersih manakala Dr. Mahathir pula bersama Bersih berarak di atas jalan raya mengatakan inilah cara terbaik menumbangkan kerajaan.
“Dari segi moral, bagaimana kita boleh membuka negara kita kepada Soros? Dr. Mahathir mengajar kita Soros itu adalah orang paling tidak baik. Sekarang Soros beri sumbangan kepada Bersih dan Dr. Mahathir pula boleh sokong Bersih,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Jentera PRU-14 Parlimen Rantau Panjang yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin di Kampung Kubang Kuau di sini hari ini.

Komen terkini Dr M terhadap Soros memalukan, kata Salleh Keruak

Menteri itu mengatakan bekas perdana menteri itu pernah menjadi pengkritik tegar George Soros tetapi kini menyatakan hal yang berbeza.
George SorosPETALING JAYA: Komen terkini Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertahankan jutawan George Soros menunjukkan bekas perdana menteri itu berada pada tahap paling rendah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Md Salleh Said Keruak.
Dalam posting di blog terbarunya, Salleh berkata percanggahan dalam apa yang dikatakan Dr Mahathir sebelum ini berkenaan Soros adalah begitu ketara hingga ke tahap “memalukan”.
“Apabila ekonomi Malaysia runtuh, Dr Mahathir tidak mahu bertanggungjawab dan mengakui itu salahnya, sebaliknya beliau menyalahkan Soros,” kata Salleh.
Beliau juga menegaskan semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri, beliau tidak teragak-agak mengeluarkan kenyataan anti-Semitik dan juga sanggup merujuk orang Yahudi sebagai “orang dengan hidung bengkok”, kenyataan yang membolehkan beliau ditangkap dan dipenjara, atau dipaksa meletakkan jawatan, sekiranya masih memimpin mana-mana negara.
Salleh mengimbas semula sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri, beliau juga “keras menentang” demonstrasi jalanan dengan menangkap dan mengenakan atau menahan tanpa bicara, sesiapa yang berani menganjur atau menyertainya.

Tanpa Amanah Pas hilang 90% kerusi


Mohd Fakrulrazi Mohd MokhtarMohd Fakrulrazi Mohd MokhtarPas akan hilang lebih 90% kerusi yang mereka menangi tahun 2013 kerana parti Islam itu sudah hilang hampir kesemua sokongan bukan Melayu, kata Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.
Beliau berkata, tuduhan jahat bahawa Amanah akan jadi penyebab kemenangan Umno dan memecahkan undi pembangkang adalah tidak relevan.
"Perlu diakui dan hakikatnya hampir kesemua kerusi yang Pas menang tahun 2013 adalah hasil dari sokongan padu kaum Cina dan India. Malahan, kerusi-kerusi Pantai Timur seperti Dun Chukai, Tanjung Lumpur, Sura, Parlimen Kuala Nerus dimengangi atas sokongan padu kaum Cina dan India," katanya.
Menurut beliau, memberi kerusi-kerusi kepada Pas samalah dengan memberi kerusi kepada Umno kerana Pas hampir pasti kalah di semua kerusi yang mereka menangi sebelum ini.
"Ini menjawab nista jahat kononnya Amanah akan memecah undi dan memenangkan BN. Hakikatnya tanpa Amanah PAS sudah pun hilang 90% dari kerusi yg mereka menangi pada 2013 lepas.
"Seharusnya mereka yang masih teringin untuk berunding dgn Pas perlu mengambil kira fakta bahawa Pas bakal hilang hampir semua kerusi mereka dan berhenti menunding jari kepada Amanah," katanya.

Khairy gesa kerajaan jawab dakwaan pembangkang segera

Beliau berkata sebarang dakwaan tidak seharusnya dibiarkan tidak dijawab dalam tempoh yang lama agar tidak timbul persepsi negatif.
khairyKUALA LUMPUR: Kerajaan harus bertindak pantas dalam menjawab sebarang dakwaan dan tuduhan pihak pembangkang bagi memastikan tidak wujud persepsi negatif, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata sebarang dakwaan jangan dibiarkan tidak dijawab dalam tempoh yang lama, dan perlu dijawab pihak berwajib selewat-lewatnya 2 hari selepas sesuatu isu ditimbulkan.
“Sebagai contoh dakwaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Lembaga Tabung Haji kerugian RM3.09 bilion dijawab dengan lengkap dan dalam masa yang pantas oleh Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah.
Malah saya difahamkan isu ini juga akan dijawab di Parlimen dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada Kursus Pemukiman Penceramah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.
Ditanya mengenai sebuah portal berita tempatan yang didakwa menerima dana daripada kumpulan asing, Khairy berkata Bank Negara dan polis harus menyegerakan siasatan untuk membuktikan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya.
Dalam pada itu, Khairy mengumumkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Parit, Khairul Shahril Mohamed dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Perak yang baharu.
“Saya menerima surat peletakan Hairul Anwar Mohamed Noor, penyandang jawatan itu, beberapa bulan lepas dan perlu mengambil masa untuk menggantikannya. Kesemua anggota Pemuda Umno bersetuju dengan pelantikan Khairul Sharil,” katanya.

Jamal, baju merah buang sampah depan pagar M'kini

Ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dan pengikut-pengikutnya membuang beberapa beg sampah yang dikumpul daripada tempat perhimpunan mereka di hadapan Malaysiakini.
Pada mulanya, sampah ditinggalkan berselerak di sepanjang jalan menuju Business Park PJ51 selepas perhimpunan itu berakhir kira-kira jam 4 petang.
Sebahagian daripada anggota baju merah kemudian datang kembali selepas kira-kira dua jam membersihkannya.
Mereka kemudian meletakkan sampah yang telah dikumpulkan itu di depan pintu pagar Malaysiakini.
Jamal, bercakap kepada kakitangan Malaysiakini dari luar pagar berkata baju merah adalah 'orang yang bertanggungjawab'.
"Saya nak beritahu you all kami adalah orang yang bertanggungjawab. Sampah-sampah yang kami telah kutip. Sampahnya yang kami kutip telah letak di sini.
"Ini bukti kumpulan merah telah kutip sampah. Terima kasih," katanya, sebelum meninggalkan sampah berkenaan.
Ada polis berkawal semasa kejadian itu.
Awal hari ini, kira-kira 700 peserta baju merah membantah di luar pejabat Malaysiakini bagi mempersoalkan sumber dananya.
Terdapat sedikit ketegangan antara polis dan baju merah tetapi mereka akhirnya berundur dan bersurai.
Jamal mendakwa bantahan itu disertai 10,000 orang dan mereka tidak meruntuhkan bangunan Malaysiakini kerana tidak mencapai sasaran 20,000 peserta.
Pada sidang akhbar selepas itu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan menegaskan bahawa keputusan editorial portal berita itu ditentukan oleh wartawan dan editornya, bukan pelabur atau pihak luar.

Konvoi BERSIH diganggu, dibaling telur oleh samseng Umno di Melaka

Konvoi BERSIH diganggu dan dibaling telur ketika kumpulan reformasi pilihan raya itu mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di Melaka.
Konvoi itu sepatutnya meliputi beberapa lokasi iaitu Merlimau, Alor Gajah dan Tampin tetapi diganggu di dua destinasi berkenaan.
Sekitar tengah hari, konvoi 40 hingga 50 kenderaan BERSIH disambut dengan bantahan oleh anggota-anggota Umno tempatan.
Berdasarkan laman Facebook BERSIH (versi mandarin), mereka dibaling telur oleh kumpulan berkenaan.
Ia juga memuat naik gambar seorang aktivis BERSIH yang dibaling telur di kepalanya.
Ketika dihubungi, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH, Fadiah Nadwa Fikri yang merupakan sebahagian daripada anggota konvoi itu berkata, kumpulan itu cuba untuk menanggalkan bendera BERSIH dan kain rentang daripada kenderaan mereka.
"Tetapi tidak ada konfrontasi fizikal, hanya jeritan, ugutan dan semua itu" katanya kepada Malaysiakini.
Masalah itu tidak berakhir di situ kerana mereka sekali lagi bertemu dengan bantahan di Alor Gajah pada sebelah petang.
"Mereka (kumpulan anti-BERSIH) menutup kawasan di mana kita sepatutnya berkumpul.
Mereka menjerit dan sebahagian daripada kumpulan itu memegang sepanduk, poster dan pelekat, kata Fadiah.
"Polis juga menutup jalan itu jadi kita tak boleh lalu," katanya.
Fadiah juga mendakwa beberapa anggota Umno yang memakai logo parti itu menjerit "Yahudi" pada konvoi BERSIH.
"Saya mengambil gambar-gambar mereka dan mereka juga mengambil gambar saya. Telefon bimbit mereka ada logo Umno," katanya.