Sabtu, 5 November 2016

SIDANG MEDIA!! Steven Mahu Penjelasan,Kecewa DIHALAU Oleh Speaker

PARLIMEN KECOH!! Kit Siang Panas,BERGADUH Dengan Pandikar Selepas Steven Dihalau

BUNG PANAS PUNGGUNG!! Tak Mengaku Jamal Wakil SAMSENG Umno

Malaysiakini Dikawal Wartawan, Bukan Pelabur Asing

Demo Merah: Bantah Malaysiakini Jadi Ejen Kuasa Asing - Jamal Md Yunos

NAJIB GILA!! Yakinlah,GST Pasti NAIK ,Hutang Kini Bertambah 158 BILLION

Sanusi, Dr Mahathir hadiri mesyuarat hak ahli Parlimen

Kit Siang berkata siasatan polis terhadap 3 bekas menteri boleh dianggap 'krisis Perlembagaan terkini’.
sanusi-lim-kit-siang-mahathir-1PETALING JAYA: Bekas menteri kabinet Tan Sri Sanusi Junid dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadiri mesyuarat di Parlimen pada Selasa bagi mempertahankan keistimewaan Parlimen dan imuniti.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menulis dalam blognya hari ini yang Sanusi mengesahkan kehadirannya bersama-sama Dr Mahathir.
Lim menggesa mesyuarat itu diadakan berikutan siasatan polis ke terhadap bekas menteri Kabinet, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ahmad Husni dan Datuk Seri Shafie Apdal yang berucap di Parlimen baru-baru ini mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau berkata, “pencerobohan berbahaya polis” berhubung keistimewaan Parlimen dan imuniti ahlinya boleh dianggap sebagai “krisis Perlembagaan terkini terhadap doktrin pemisahan kuasa”.
Lim bertanya: “Perlukah ahli Parlimen menghantar ucapan mereka kepada pihak polis bagi mendapatkan kelulusan sebelum mereka berucap di Parlimen? Adakah ini yang akan berlaku di Malaysia?” pada tahun ke-8 kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jamal tak jadi roboh pejabat Malaysiakini

PETALING JAYA - Pengakhiran himpunan Gerakan Baju Merah di pejabat Malaysiakini berjalan dengan baik apabila Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membatalkan hasratnya untuk meruntuhkan bangunan pejabat Malaysiakini.
Himpunan yang bermula kira-kira 1.45 petang itu menyaksikan laungan bantahan peserta yang tidak puas hati dengan Malaysiakini yang didakwa menerima dana sumbangan daripada hartawan George Soros.
perhimpunan merah Jamal ketika hadir berucap di himpunan sekitar jam 3.30 petang berkata, pihaknya sengaja mengehadkan bilangan peserta yang hadir di himpunan tersebut.
"Saya telah hadkan peserta himpunan hari ini kurang daripada 20 ribu.
"Sebab kalau yang datang hari ini cecah 20 ribu peserta,  memang akan runtuh dan tutup perniagaan Malaysiakini," ujarnya dalam ucapan di himpunan itu tadi.
Himpunan hari ini turut menyaksikan cubaan beberapa peserta merempuh pagar besi yang menjadi benteng antara peserta dan pihak polis.
Malah insiden baling botol daripada peserta ke arah pihak polis turut berlaku.
Cubaan Jamal untuk bertemu dengan pihak pengurusan Malaysiakini tidak berjaya apabila pihak pengurusan dikatakan tiada di pejabat pada hujung minggu.
"Pihak pengurusan tidak ada. Yang ada hanya Bangla (pekerja berbangsa Bangladesh) sahaja," katanya lagi.

IGP: Polis siasat Majlis Peguam berhubung dana Soros

Polis sedang menyiasat Majlis Peguam berhubung dana diterima daripada Open Society Foundations (OSF), yang dikaitkan dengan jutawan Amerika George Soros.
Ditanya sama ada Majlis Peguam disiasat di bawah Seksyen 124 C Kanun Keseksaan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, "Ya, betul."
Seksyen 124 C adalah peruntukan berkaitan kesalahan membabitkan aktiviti-aktiviti yang dianggap memudaratkan demokrasi berparlimen.
Khalid berkata, lima anggota pasukan khas Bukit Aman yang menyiasat BERSIH dan Malaysiakini di bawah undang-undang yang sama juga telah ditugaskan untuk menyiasat Majlis Peguam.
"Sebaik sahaja siasatan selesai, kami akan mengemukakan penemuan kami kepada pejabat peguam negara untuk tindakan lanjut," katanya.
Pada Khamis lalu, Majlis Peguam mengaku menerima RM53,757.13 (AS$ 15,000) sebagai geran untuk kajian penyelidikan ke atas pekerja asing di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam M Ramachelvam mendedahkan bahawa pemberian itu diterima pada 7 Januari 2015.
Beliau berkata jumlah itu digunakan untuk kajian penyelidikan dan bukan untuk operasi atau perbelanjaan pentadbiran badan peguam.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran juga mengaku menerima geran OSF, yang digunakan oleh KiniTV untuk menghasilkan program berkaitan Sarawak.

Polis hentikan ceramah ahli Parlimen DAP di medan selera

Dua anggota polis mengancam mengambil mikrofon, jika M Kulasegaran dan Chin Chi Khing meneruskan ucapan mereka.
Bersih 5, M Kulasegaran, 2fr2ee speech, political protest
Polis memberhentikan ahli Parlimen dan Ahli Undangan Negeri semasa mereka memberi ceramah di sebuah medan selera di Ipoh mengenai perhimpunan Bersih 5 akhir bulan ini di Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata beliau dan Adun Bercham, Ching Chi Khing sedang menyampaikan ucapan apabila 2 anggota polis menghampiri mereka.
“Mereka memberitahu kami agar berhenti memberi ucapan, jika tidak, mereka akan merampas mikrofon. Saya terkejut. Mengapa kami tidak boleh bercakap dengan konstituen kami sendiri?” katanya.
“Kami benar-benar tidak menjangka ini sama sekali.
“Terdapat kira-kira 150 pelanggan di medan selera. Ia adalah ceramah yang aman. Semua orang menikmati makanan dan mendengar ucapan kami,” katanya.
Kulasegaran berkata beliau kemudian pergi dari meja ke meja untuk menyambut pelanggan dan menjawab sebarang soalan berhubung perhimpunan Bersih.
Kulasegaran berkata ia adalah kali pertama polis Ipoh menghentikan ceramah umum mengenai Bersih 5, yang dianjurkan kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Najib Razak serta menuntut pembaharuan politik.
Ceramah itu juga merupakan permulaan kepada satu lagi majlis di pusat membeli-belah Yit Fong malam ini.

'Perang' Jika Bersih 5 Diteruskan - Jamal

PETALING JAYA: Kumpulan gerakan Baju Merah akan 'berperang' dengan kumpulan Bersih dan mengadakan protes setiap hari jika kumpulan tersebut masih mahu meneruskan perhimpunan 19 November ini.
Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata kumpulan Baju Merah tidak akan berhimpun jika penyokong Bersih bersetuju melakukan tindakan sama.
"Kami akan mengisytiharkan perang terhadap Bersih dalam waktu terdekat ini.
"Tunggu. Mungkin ada protes setiap hari," kata Jamal kepada pemberita selepas hadir ke perhimpunan 'Selangkah Menuju Ke Hinpunan Raksasa 19 November, Mendepani Bersih 5', di pejabat portal berita Malaysiakini di Jalan Tandang di sini, Sabtu.
Jamal berkata demikian ketika ditanya tentang tindakan susulan yang akan diambil jika Bersih 5 tetap berkeras untuk meneruskan rancangan mengadakan perhimpunan walaupun telah diberi 'amaran' oleh Baju Merah.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata amaran bahawa permit tidak akan diberikan untuk kedua-dua kumpulan juga telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Kami sedia menarik balik kenyataan bahawa kami akan berhimpun jika Bersih juga berbuat demikian.

Siri kenaikan harga: Adakah usaha Pas ‘nasihati’ BN gagal?

Siri kenaikan harga yang membebankan selepas pembentangan Bajet 2017 lalu menimbulkan satu persoalan, adakah Pas yang bertindak sebagai penasihat BN sejak 2015 lalu gagal ‘mewaraskan’ parti pemerintah itu?
Perkara tersebut ditimbulkan oleh Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berikutan hubungan baik Pas dan BN sejak setahun kebelakangan ini.
Siri kenaikan harga: Adakah usaha Pas 'nasihati' BN gagal?Katanya, selain BN gagal menjaga saku rakyat agar tidak koyak, Pas juga gagal menasihati BN dalam mentadbir secara lebih Islamik serta tidak menindas golongan miskin.
“Situasi hari ini seolah-olah menunjukkan kegagalan Pas sebagai penasihat Umno untuk menasihat kerajaan supaya jangan naikkan harga minyak masak,” ujar Nizar ketika diminta mengulas mengenai situasi politik dan kenaikan harga yang membebankan pengguna.
Mengulas isu sama, Pengarah Biro Komunikasi Amanah Ir Khalid Samad pula berpendapat kenaikan harga petrol RON 95 dan minyak masak 2 – 3 kilogram yang banyak digunakan oleh rakyat berpendapatan sederhana serta rendah adalah bukti nyata kerajaan kekurangan wang dan tidak mampu lagi memberi sedikit pun subsidi.
“Kenaikan harga minyak dan minyak masak dengan begitu mendadak sekali pada 1 November 2016 adalah bukti yang amat jelas bahawa kerajaan kita kekurangan kewangan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Jurang pendapatan di Malaysia: Mitos Si Kaya dan Si Miskin


Oleh Anas Alam Faizli
“ Mereka miskin kerana mereka pemalas” , “Ayah dia Tan Sri” “Dia kenal orang dalam”,
“Aku boleh berdiri seperti sekarang kerana usaha kuat aku selama ini”

Luahan-luahan ini biasa didengari dalam ‘borak kedai kopi’, setiap kali topik kaya dan miskin dibincangkan.


Ramai pantas menyamakan isu jurang pendapatan yang tidak sama rata sebagai isu kebajikan atau sosialis.

Ini berlaku di mana-mana, sedihnya termasuklah golongan ‘kelas menengah’ Malaysia, yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya penerima pendapatan dan pemilik kekayaan dalam kelompok teratas.

Isi rumah yang memperolehi RM 10,000 ke atas sebulan sudah pun cukup meletakkan mereka dalam golongan 4% paling elit di Malaysia.

Astro AWANI/Shahir Omar
Astro AWANI/Shahir Omar


Hakikatnya, ketika suara-suara kepartian terus menerus membincangkan wacana ketidaksamarataan bernada perkauman, Malaysia tanpa disedari telah bergerak ke dalam kancah peperangan baru, yang berkaitan dengan ketidaksamarataan di antara orang-orang sekaum, iaitu perang perbedaan kelas dan tingkat pendapatan.

Sering dihujahkan bahawa orang miskin dan berpendapatan rendah wujud disebabkan mereka malas, tidak bekerja keras dan sering mengharapkan bantuan.

Ini tidak benar.

Ramai yang tidak bernasib baik, dilahirkan dalam keluarga yang kurang pendidikan dan kurang kemahiran untuk melepaskan diri daripada cengkaman kemiskinan.


Ada yang dilahirkan dengan kecacatan ataupun penyakit kekal, manakala ada yang hidup di kawasan yang sering ditimpa musibah dan merbahaya.

Di satu wajah kehidupan lain pula, kita melihat ahli-ahli perniagaan tidak berkompetensi yang dianak angkatkan oleh “ayahanda-ayahanda” politik, pewaris-pewaris kekayaan dan estet keluarga, serta individu yang bernasib baik ditempatkan dalam industri mewah dengan pulangan lumayan.

Kemalasan di sini tidak lagi menjadi isu.

Orang kaya pun boleh jadi malas!


Ramai yang tidak berhak miskin, seperti mana juga ramai yang tidak layak menjadi kaya.

Kes-kes di atas menggambarkan dengan jelas bahawa bukan semua kemiskinan ialah hasil daripada keengganan untuk bekerja keras, dan bukan semua kekayaan disebabkan oleh usaha dan penat lelah.

Maka, perjuangan menentang ketidaksamarataan sebenarnya ialah perjuangan untuk menyamaratakan peluang bagi menghasilkan lebih keseimbangan, dan bukannya untuk menghasilkan kesamarataan dengan campurtangan yang merencatkan.

Ini bukanlah perjuangan menentang orang kaya, tetapi perjuangan untuk membantu orang miskin.


Ada Apa dengan Ketidaksamarataan?

Ketidaksamarataan itu realiti, tidak kisahlah sejauh mana kita percaya dengan pekali GINI sebagai pengukurnya.

Malah, perhatian kepada ketidaksamarataan banyak digerakkan oleh kesan ketidaksamarataan itu sendiri yang sudah menunjukkan taringnya, dan bukannya kebangkitan untuk mengelaknya.

Kita boleh melihat kesan ketidaksamarataan kepada masyarakat; seperti ketidaksamarataan kuasa, kesan kepada kadar peningkatan gaji, kesan kepada pertumbuhan, jenayah dan kualiti kehidupan secara amnya.


Selagi mana jurang pendapatan dan ketidaksamarataan kekayaan kekal luas, dan pelaburan institusi awam dalam pendidikan, latihan, kebajikan kanak-kanak dan kemudahan awam terus berkurangan, cukai yang progresif dan tindakan afirmatif dalam bentuk tulen dan mengekalkan cita-cita murninya, wajar diberi ruang dalam pembentukan dasar dan polisi institusi awam.


Keperluan golongan kaya dalam masyarakat yang berkongsi tanggungjawab membantu golongan miskin cukup kritikal; sebenarnya demi kepentingan mereka juga, kerana kesan-kesan negatif ketidaksamarataan yang tinggi akan dirasai oleh semua.


Salah Anggapan tentang Pasaran Bebas

Dalam mana-mana wacana ketidaksamarataan kekayaan dan kemiskinan, isu ‘pasaran bebas’ tentu sekali akan diketengahkan.

Ciri asas kepada pasaran bebas dapat digambarkan dengan konsep “Invisible Hand” yang diperkenalkan oleh ahli ekonomi kurun ke-18, Adam Smith.

Konsep ini berpegang bahawa harga, pengedaran barangan, perkhidmatan, buruh, modal, tanah dan kemahiran manusia ditentukan oleh kuasa pasaran, atau ‘tangan’ yang tidak boleh di lihat secara fizikal.

Selesaikan pembahagian kerusi bukan bincang dengan Pas


Mohd Fakrulrazi Mohd MokhtarMohd Fakrulrazi Mohd MokhtarIsu pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan dan Bersatu perlu diselesaikan terlebih dahulu berbanding berbincang dengan Pas, tegas Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.
Beliau berkata, Pas dibimbangi akan menjadikan blok pembangkang tidak stabil selain kejatuhan populariti parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dalam kalangan pengundi bukan Melayu.
"Kita tidak mahu ambil risiko Pas memecahbelahkan pakatan pembangkang.
"Kalau pun berlaku satu lawan satu yg melibatkan Pas, Pas akan kalah hampir semua kerusi mereka tandingi kerana Pas telah hilang hampir semua sokongan daripada kaum bukan Melayu," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuaala Kangsar lalu Pas hanya mampu mendapat tidak lebih 30 peratus undi Melayu sahaja.
"Timbalan Presiden Pas sendiri pernah berkata dalam satu ucapan beliau yang disebarkan dalam internet bahawa selepas keputusan PRU, Pas boleh pergi dengan sesiapa sahaja.
"Tiada jaminan mereka (Pas) akan kekal dengan pembangkang," tegasnya.

Ambiga soal bagaimana bekas pengerusi SPR boleh betulkan kesilapan lalu

Bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan mahu tahu bagaimana Naib Presiden BERSATU yang baru dilantik, Tan Sri Abdul Rashid Rahman akan memperbetulkan sistem yang diwujudkannya ketika menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Saya cadangkan anda bercakap dan bertanya kepadanya bagaimana dia akan membetulkan semua kesalahan yang telah lalu.
"Itu yang saya mahu tahu daripada beliau," katanya kepada pemberita ketika BERSIH merayu sokongan di pasar pagi di Klang hari ini.
Abdul Rashid, yang dilantik sebagai naib presiden baru BERSATU pada Rabu lalu mengetuai SPR dari tahun 2000 hingga 2008.
Pembangkang dan NGO sering mengkritik suruhanjaya itu kerana didakwa bersikap partisan dan memihak parti pemerintah, serta mengabaikan salahlaku pilihanraya.
Abdul Rashid juga menyertai kumpulan pendesak hak Melayu, PERKASA pada tahun 2003 dan dilantik sebagai naib presiden.
Ambiga berkata beliau berharap Abdul Rashid kini akan membantu rakyat sebagai Naib Presiden BERSATU.
"Itulah yang saya inginkan kepadanya. Dia akan tahu apa yang dia lakukan, maka beliau sepatutnya membantu rakyat. Jika tujuannya itu, saya tabik kepada beliau," katanya.
Walaupun mengakui sangat berbeza pendapat dengan Abdul Rashid pada masa lalu, Ambiga mengakui bahawa seseorang boleh berubah.
Beliau turut mengulas mengenai ancaman pemimpin baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk memastikan sebahagian bangunan pejabat Malaysiakini "runtuh" ​​dalam himpunan yang dirancang hari ini.

Henti sikap memilih kerja, kata pakar ekonomi

Pakar ekonomi meramalkan zaman yang lebih sukar dan rakyat Malaysia mesti bersedia merebut sebarang peluang pekerjaan yang ada.
Hoo Kee PingKUALA LUMPUR: Pakar ekonomi menyuarakan kebimbangan mengenai pengangguran, selepas angka-angka rasmi menunjukkan sehingga 75,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan sejak 2015 dan hampir 200,000 graduan menganggur selama lebih 6 bulan.
Mereka menjangkakan prospek kekal suram dalam tempoh beberapa tahun akan datang kerana syarikat-syarikat mengurangkan kos bagi membayar hutang.
Prof Mohd Nazari Ismail dari Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti berkata, rakyat Malaysia perlu menghadapi realiti zaman yang lebih sukar dan bersedia “merebut mana-mana kerja sambilan, sementara atau kerja bergaji rendah”.
Beliau berkata rakyat Malaysia tidak boleh mengharapkan pekerjaan dengan gaji tinggi. “Masa sudah berubah. Itulah hakikatnya,” katanya kepada FMT.
Graduan baharu bernasib baik jika memperoleh kerja dan perlu menangguhkan impian mereka untuk membeli kereta atau rumah.
“Pada masa ini, syarikat-syarikat tidak mengambil pekerja kerana mereka mahu pengurusan yang kecil. Mereka memerlukan wang tunai tambahan untuk membayar hutang. Beberapa syarikat tidak tahu jika mereka akan terus bertahan.
Pekerja tidak akan tahu bila mereka hilang pekerjaan,” katanya.
Nazari berkata banyak syarikat mengambil pinjaman pada masa ekonomi baik untuk bersaing dengan satu sama lain.
“Kini dengan masa yang sukar, syarikat-syarikat terpaksa melaksanakan pengurusan lebih kecil dengan mengurangkan tambahan bagi mengendalikan dan menguruskan kewangan mereka.”
Sebab ke-2 katanya adalah disebabkan ketidaktentuan politik negara.
“Ketidaktentuan politik menyebabkan kebimbangan lain, ringgit turun dan ini memberi kesan kepada keseluruhan rantaian perniagaan dengan negara-negara asing.”
Ditanya jika lawatan kerajaan baru-baru ini ke China yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengukuhkan hubungan dan peluang pelaburan terbuka bagi rakyat Malaysia, akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, beliau berkata ia hanya akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia jika kos projek kekal rendah.
“Ia bergantung. Jika projek-projek ditandatangani itu tidak melambung harganya, ia mungkin mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, “katanya.

Umno harus jauhkan diri dari baju merah, gesa MP pembangkang

Umno mesti bertindak untuk menjauhkan diri daripada gerakan Baju Merah supaya tidak dilihat menaja kumpulan yang diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos, kata ahli parlimen DAP Klang, Charles Santiago.
"Mengapa kerajaan tidak melakukan apa-apa pada apa yang dia (Jamal) lakukan?
"Ia seolah-olah dia mendapat pas percuma untuk buat apa-apa yang dia mahu, jadi ini tidak boleh diterima lagi.
"Umno kini perlu memisahkan diri mereka daripada baju merah, jika tidak seluruh negara dan masyarakat antarabangsa akan fikir bahawa Umno menaja baju merah," katanya kepada Malaysiakini, selepas beliau menyertai program BERSIH di Klang hari ini.
Umno secara konsisten menjauhkan diri mereka daripada baju merah diketuai Jamal yang juga ketua bahagian Umno Sungai Besar.
Jamal juga pernah dilapor mengakui bahawa ramai ahli baju merah juga merupakan ahli Umno, walaupun beliau menegaskan tidak mewakili partinya itu.

Malaysiakini dikawal wartawannya, bukan pelabur luar

Malaysiakini adalah di bawah kawalan penuh wartawan dan editornya, bukan pelabur atau orang luar, kata ketua pengarang kumpulan portal berita itu, Steven Gan.
"Ia adalah sama sekali mustahil orang luar atau pemegang saham Malaysiakini mempengaruhi editorial kami," kata Gan pada sidang akhbar selepas perhimpunan baju merah di luar pejabat portal berita itu di Petaling Jaya hari ini.
Gan berkata walaupun Dana Pelaburan Pembangunan Media (MDIF) memiliki 29 peratus daripada Malaysiakini, ia tidak mempunyai suara dalam dasar editorial laman web itu.
Beliau menjelaskan bahawa kedua-duanya menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ketika memulakan modal pelaburan 10 tahun lalu, dan bersetuju MDIF tidak mempunyai suara dalam editorialnya.
Gan berkata demikian susulan pemimpin baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berkata editorial Malaysiakini tidak bebas dan tunduk kepada kehendak hartawan perniagaan Amerika, George Soros.
Open Society Foundation (OSF) diasaskan Soros adalah salah satu daripada 50 pelabur dan pihak penaja MIDF, termasuk beberapa bank-bank Eropah.
Malaysiakini juga menerima dana daripada OSF untuk dua program berita KiniTV di Sarawak.
Gan berkata, pengaruh sebenar dalam dasar editorial Malaysiakini adalah wartawannya.
"Kami mempunyai mesyuarat harian, dan semua wartawan Malaysiakini dan editor menentukan laporan apa yang ingin dibuat dan susulan ke atasnya," katanya.
Mengulas lanjut mengenai pemegang saham syarikat itu, Gan berkata, beliau dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran adalah pemegang saham majoriti sebanyak 59 peratus.
Selain MDIF memiliki 29 peratus saham, 12 peratus dimiliki oleh kakitangan Malaysiakini. Sementara itu, beliau berkata hanya terdapat seorang ahli politik antara pemegang saham dalam Malaysiakini.
Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dari PKR, mempunyai kepentingan yang sangat kecil selepas melabur RM5,000 dalam syarikat itu 17 tahun lalu ketika beliau adalah seorang peguam hak asasi manusia.
"Itu adalah 10 tahun sebelum beliau mengambil keputusan untuk bertanding Parlimen. Saham beliau adalah 0,001%. Ia benar-benar kecil," kata Gan.

Jamal dakwa 10,000 di Malaysiakini hari ini...ha..ha..ha..ha.......

Pemimpin gerakan baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa demonstrasi berhampiran pejabat Malaysiakini hari ini disertai 10,000 orang.
"Hari ni saya hadkan 10,000 sahaja sebab tu bangunan still (masih) selamat," katanya kepada pemberita selepas berakhir himpunan itu hari ini.
Walaupun Jamal memetik angka berkenaan, Malaysiakini menganggarkan himpunan hari ini terdiri daripada paling banyak 700 peserta.
Terdahulu, Jamal yang mengetuai baju merah ke pejabat Malaysiakini berkata kumpulan itu tidak mencapai jumlah sasaran 20,000 orang kerana mereka "kumpulan yang mematuhi undang-undang".
"Kalau sampai 20,000 orang, selain daripada bangunan ini runtuh, semua jalinan perniagaan medianya akan tutup kedai," katanya.
Jamal, dalam pertemuan dengan pengarang kanan Malaysiakini Khamis lalu mengancam untuk membawa 20,000 orang dan meruntuhkan sebahagian daripada bangunan itu jika portal berita itu tidak menjelaskan pembiayaan yang diterima daripada Open Society Foundations (OSF).
Perhimpunan hari ini turut dihadiri segelintir kaum bukan Melayu.
Keadaan itu digunakan oleh pemimpin-pemimpin baju merah dalam ucapan mereka sebelum ketibaan Jamal untuk menyatakan perhimpunan itu bukan sahaja terdiri daripada kaum Melayu.
Oleh kerana jumlah polis yang ramai, tidak ada kejadian tidak diingini berlaku kecuali pergaduhan kecil antara pengamal media dan baju merah ketika mereka berasak-asak.

Baju Merah baling botol kepada polis, kena peserta lain

PETALING JAYA - Cubaan membaling botol air ke arah pihak polis oleh peserta himpunan baju merah di pejabat Malaysiakini hari ini gagal, sebaliknya ia terkena peserta lain dalam himpunan itu.
Tindakan itu kemudiannya mendapat amaran daripada pasukan polis yang mengawal perimeter pejabat Malaysiakini.
Baling botol kepada polis, kena peserta lain Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat berikutan pelakunya tidak dapat dikesan.
Ratusan peserta gerakan baju merah diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkumpul mengadakan bantahan di pejabat Malaysiakini, di sini, hari ini.
Difahamkan, bantahan itu dibuat terhadap aktiviti pembiayaan beberapa organisasi tempatan oleh Open Society Foundation (OSF), sebuah organisasi pemberi geran yang dikendalikan oleh jutawan George Soros.
Pihak polis dari ibu pejabat daerah Petaling Jaya dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah ditempatkan di sekitar kawasan itu.

Jamal desak kerajaan tutup Malaysiakini


Jamal berucap di hadapan penyokongnya dalam himpunan berhampiran pejabat Malaysiakini petang tadiJamal berucap di hadapan penyokongnya dalam himpunan berhampiran pejabat Malaysiakini petang tadi
Ketua gerakan baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos mendesak kerajaan menutup portal media bebas Malaysiakini kerana didakwa menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF), sebuah organisasi pemberi geran yang dikendalikan oleh jutawan George Soros.
Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Sungai Besar berkata, gerakan menuntut pilihan raya bersih dan adil (Bersih 5) juga harus diambil tindakan kerana menerima dana yang sama.
"Hari ini permulaan kita hadir ke sini untuk melihat kerajaan ambil tindakan sepatutnya terhadap Malaysiakini, Bersih dan parti politik lainnya yang ditaja Soros.
"Demo hari ini sangat bermakna untuk rakyat kerana kita tak mahu Malaysiakini jadi dalang," katanya pada sidang media sebelum perhimpunan di hadapan pejabat Malaysiakini bersurai petang tadi.
Terdahulu, kumpulan tersebut berkumpul berhampiran bangunan Malaysiakini untuk mengadakan demontrasi aman menuntut portal media itu menutup operasinya.
Laungan "tutup Malaysiakini" "Malaysiakini Yahudi" dan "Hancur Malaysiakini" berulang kali dilaungkan oleh kira-kira 200 penyokong yang hadir.
Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah hadir bersama Jamal petang ini.
Jamal tiba lewat kerana kereta dinaikinya ditahan pihak polis di persimpangan laluan masuk ke ibu pejabat Malaysiakini.
Azwandin HamzahAzwandin HamzahPresiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah hadir bersama Jamal petang ini.
Beliau diminta berucap dan penyokong dipertontonkan video yang memaparkan mengenai penglibatan Soros membiayai dana di negara ini.
Dalam ucapannya Azwandin mendesak malaysiakini ditutup.
"Kita menunjukkan kehadiran bukan untuk main berhimpun sahaja tapi kita mahu memastikan Malaysiakini berkubur hari ini. Kita mahu pastikan Malaysiakini ditutup.
"Negara ada perlembagaan, Malaysiakini jadi penghasut, pengkhianat, penyeleweng dan jadi agen asing burukkan negara.
"Ini waktu kita bangun nyatakan pendirian tutup Malaysiakini.
"Gerakan merah yang diketuai Jamal dan NGO lainnya hari ini ingin memastikan jika Kuning (Bersih 5) berani turun pada 19 Nov ini... Merah akan berlipat kali ganda turun.
"Jika Jamal masuk penjara saya juga ke penjara untuk bersama beliau," kata Azwanddin.

Demonstrasi setiap hari selagi Bersih tak undur, kata Jamal Yunos

Ada diantara peserta yang memecahkan batu menggunakan tangan, malah turut membiarkan diri dipukul dengan kayu.
jamal malaysia kini
jamal 3PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berjanji perhimpunan di ibu pejabat Malaysiakini pada petang ini bukan yang terakhir.
Menurutnya, himpunan Baju Merah ini akan berterusan sehingga 19 November akan datang tanpa memberitahu secara spesifik lokasinya.
Bagaimanapun, beliau berjanji akan membatalkannya segera jika Bersih turut berbuat demikian.
“Jika mereka teruskan, kami sedia turut berhimpun walaupun berlaku konfrontasi di antara merah dan kuning. Kalau kuning tetap berdegil, kami 10 kali degil,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Dalam himpunan petang ini, kira-kira 200 orang penyokong Baju Merah turun di ibu pejabat Malaysiakini menuntut portal berita itu menutup operasinya.
“Kita mendesak kerajaan menutup Malaysiakini dan KiniTv. Kita minta kerajaan menyiasat supaya apa saja hubungan dengan Soros dihalang, kerana mereka ini yang menjadi wadah dalam fitnah pihak Bersih dan DAP,” katanya.
Dalam himpunan itu, para peserta Baju Merah turut mempamerkan gimik berbahaya sebagai tanda bantahan terhadap Bersih.
Ada diantara peserta memecahkan batu menggunakan tangan, malah turut membiarkan diri dipukul dengan kayu.
Malah, mereka turut bersorak, “Hidup Baju Merah, Hancur Malaysiakini”, “Tutup Malaysiakini”.
Himpunan yang bermula jam 2 petang itu berakhir pada 4.30 petang dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Sewaktu peserta Baju Merah berarak ke ibu pejabat Malaysiakini, anggota polis mengawal pintu hadapan pejabat berkenaan bagi mengelakkan peserta merusuh masuk ke premis berkenaan.
Jamal dan beberapa anggota dibenarkan melepasi benteng besi polis untuk tujuan perbincangan. Himpunan berkenaan berakhir apabila Jamal selesai berbincang dengan anggota polis
Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah turut hadir.
Sementara itu, Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan berkata beliau menghormati tindakan kumpulan Baju Merah kerana percaya mereka mempunyai hak untuk berhimpun.
“Saya hormati Baju Merah. Mereka mempunyai hak untuk protes secara aman. Mereka juga berhak untuk suarakan apa yang mereka rasakan,” katanya.
Jelas Stevan, beliau gembira dan berpuas hati dengan kawalan keselamatan yang dilakukan polis bagi menjaga ketenteraman di premis berkenaan.

Aksi SIlat, Perhimpunan Baju Merah

Penganalisis ingatkan PAS supaya perteguh pendirian kerjasama pembangkang

Selepas Baju Merah buat protes, sampah dibiar berselerak

Jamal boleh tuduh apa saja, Malaysiakini tidak akan ditutup

"Terima kasih polis," kata bos Malaysiakini

Jamal hadkan kehadiran Baju Merah kerana mahu hormat undang-undang

'Demo ini amat bermakna supaya Malaysiakini tidak menjadi agen kepada kuasa luar' - Jamal

Peguam: Siasat 3 bekas menteri untuk takutkan individu bangkit isu 1MDB

Eric berkata, menyalahgunakan kuasa polis sehingga ke institusi Parlimen yang sepatutnya selamat daripada sebarang penindasan menunjukkan ruang demokrasi sempit di negara ini.
eric-paulsen-1mdb
PETALING JAYA: Lawyers for Liberty menyifatkan tindakan polis menyiasat 3 bekas menteri yang membangkitkan isu 1MDB di Dewan Rakyat adalah taktik kotor untuk menakut-nakutkan pembangkang dan sesiapa sahaja yang lantang bersuara mengenai perkara itu.
Pengarah eksekutifnya, Eric Paulsen mengulas siasatan polis ke atas bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atas dakwaan membocorkan rahsia kerajaan, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, minggu lalu.
“Walaupun hasutan tidak dilindungi keistimewaan Parlimen, jelas pihak berkuasa begitu terdesak menyiasat Husni dan lain-lain hanya kerana membawa isu 1MDB.
“Dengan menyalahgunakan kuasa polis sehingga ke institusi Parlimen yang sepatutnya selamat daripada sebarang penindasan menunjukkan ruang demokrasi sempit,” kata Eric Paulsen kepada FMT hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Husni cuba menghasut rakyat mempercayai perdana menteri melakukan kesalahan, sedangkan siasatan ke atas 1MDB belum selesai.
Bahkan, polis percaya mempunyai alasan mencukupi untuk menyiasat 3 bekas menteri di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan.

SELAGI NAMA NAJIB TIDAK DIBERSIHKAN DALAM SKANDAL 1MDB, JANGAN BENARKAN NAJIB SAIN PROJEK BILLION -BILLION LAGI


Pinjam usd3.5 bil (rm14 bil ) dari bank Yahudi tapi interest pun semput nak bayar sampai terpaksa minta tolong IPIC bayarkan dulu atas nama Aset Swap.
Ni buat hutang lagi rm55 bilion dengan Komunis China ….. 20 tahun dan 7 tahun pertama tak perlu bayar lagi makna kesemuanya harus dilangsaikan dlm tempuh 13 tahun. 
Bukan free 7 tahun tapi belum start bayar lagi sehingga tahun ke 8….. @ 2024 baru start bayar. ( sekali dengan interest yg entah brp % )
Lama ke 7 tahun tu ? Hutang 1Mdb rm14 bil dengan bank Yahudi pun lepas 4 tahun sampai terjual aset negara nak bayar interest saja ….. bayangkan hutang rm55 bilion ! 
KATAKANLAH hutang dgn komunis China itu interestnya 3.5% …. bermakna jumlah hutang itu menjadi hampir rm90 bilion yang harus dilangsaikan dlm tempuh 13 tahun bermula tahun 2024.
Makanya kita sebagai rakyat Malaysia yang mewakili diri kita dan generasi akan datang yang bakal menanggung beban hutang itu punya hak untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai perjanjian antara Najib dengan komunis China itu.
Saya yakin ada banyak syarat2 yang kerajaan tidak mahu dedahkan mengenai perjanjian itu. Tidak semudah itu bagi negara komunis China yang kita semua tahu amat licik dalam berniaga, mahu ‘menolong’ kita begitu saja tanpa memberi kelebihan kepada negara mereka.
Jangan perjudikan masadepan nasib rakyat Malaysia !
Anda yakin dengan keikhlasan Najib ? 
Anda yakin dengan kepandaian Najib berurusniaga atas nama rakyat ?
Anda yakin Najib tidak akan ditipu komunis China ?
Makanya Najib ….. jangan memandai2 …. track record anda tak menyakinkan. Bentangkan di Parlimen terlebih dahulu sebelum nasib kita digadaikan sesuka hati anda !
Puak macai dan balaci sudah bising melalak meraikan ‘kejayaan gemilang’ Najib di China yang telah menandatangani pelbagai perjanjian dalam lawatan beliau ke sana yang nilainya ber bilion-bilion ringgit termasuk projek HUTANG keretapi pantai timur.
Sebelum kita pun ikut sama memuji2 Najib, suka saya tanyakan beberapa soalan –
Apa yang kita tahu mengenai perjanjian2 yang telah Najib sain dengan negara China itu ? Betul ke bagus untuk negara kita ?
Anda YAKIN dan PERCAYA kepada kewibawaan dan kemampuan  serta kecerdikan Najib untuk mempertaruhkan nasib masa depan rakyat dan negara Malaysia dalam perjanjian bernilai bilion2 ?
SAYA TIDAK YAKIN !
Apa ceritanya dengan 1MDB ? Apakah kita sudah tahu segalanya yang berlaku mengenai 1MDB ? Bagi saya, sebelum kita boleh benarkan Najib sain apa2 projek yang bernilai besar dengan mana2 negara pun, kita kena SELESAIKAN kes 1MDB terlebih dulu.
Ini adalah KRISIS KENYAKINAN kepada integriti dan kemampuan Najib selaku Perdana Menteri kita. Kita kena terlebih dahulu bersihkan nama Najib daripada sebarang tuduhan salahlaku dan pecah amanah selaku PM sebelum membiarkan Najib terus memperjudikan nasib rakyat dan negara dalam komitmen bernilai berbilion2 ringgit !
Saya berikan satu contoh yang seharusnya buat kita berfikir banyak kali apakah kita boleh percaya kepada Najib lagi –
Mkini
Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pihak lagi akan memfailkan bantahan awal terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mencabar keputusan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.

Skandal Scorpene & Altantuya: Saya sentiasa di Malaysia, kata Razak Baginda

Razak berkata, beliau menghabiskan lebih banyak masa di Malaysia berbanding luar negara.
razak
PETALING JAYA: Abdul Razak Baginda yang merupakan bekas suspek utama dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu menegur wartawan tidak melakukan penyelidikan dan jahil tentang kedudukannya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri sebuah forum awam di Kuala Lumpur, kelmarin, sebagai menjawab soalan wartawan berapa lama dia sudah pulang ke Malaysia, susulan spekulasi mengatakan dia berpindah ke Amerika Syarikat.
“Ya, saya tinggal di Malaysia. Saya menghabiskan lebih banyak masa di Malaysia berbanding di luar negara. Tetapi tengoklah, anda semua tidak melakukan penyelidikan anda. Saya sentiasa di Malaysia,” katanya yang dipetik Malaysikini.
Razak dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 daripada dakwaan bersuhabat membunuh model Mongolia berusia 28 tahun itu dengan menembak dan meletupkan mangsa di sebuah hutan dekat Shah Alam, pada 2006.
Razak ialah penganalisis pertahanan yang menulis ucapan bagi Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau juga adalah orang tengah kerajaan dalam pembelian 2 kapal selam Perancis, Scorpene, pada 2002.
Selepas pembebasannya, beliau menjalankan penyelidikan mengenai Islam di Universiti Oxford serta memberi ceramah mengenai politik Islam dan radikalisasi pemuda Islam.
Dua anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, disabitkan kesalahan membunuh Altantuya oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.
Sirul kini berada di Pusat tahanan Imigresen Villawood di Sydney, manakala Azilah pula di Penjara Kajang. Kedua-duanya sudah menerima salinan pindaan terhadap penyata tuntutan dalam kes pembunuhan Altantuya.

HUKUM JAMAL BUKAN UMNO - Annuar Musa

KETUA Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu tiada kaitan dengan rancangan Himpunan Gerakan Merah Versi 2.0 yang diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Sehubungan itu katanya, Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar perlu menanggung risiko jika tindakan kumpulan yang dikenali ‘baju merah’ itu melanggar undang-undang.

BERSIH 5 sudah berjaya sebelum tibanya 19 November, kata Ambiga

BERSIH 5 sudah berjaya dan perhimpunan akan tetap diadakan pada 19 November bagi meraikan kejayaan tersebut, kata bekas Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan.
"BERISH 5 sudah berjaya kerana semua konvoi dan bandar-bandar telah dijelajahi.
"Kami sudah berjaya, jadi pada 19 November ini, kita akan raikan kejayaan itu," kata Ambiga kepada Malaysiakini semasa acara BERSIH di pasar pagi Klang, hari ini.
BERSIH melancarkan konvoi di seluruh negara selama tujuh minggu mulai awal Oktober yang lalu untuk meningkatkan kesedaran mengenai agenda utama berhimpun pada 19 November ini di Kuala Lumpur.
Mereka menuntut pembaharuan pilihan raya dan demokrasi termasuk peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran skandal 1MDB yang mencetuskan siasatan di banyak negara.
Bagaimanapun, konvoi hujung minggu BERSIH diganggu oleh kumpulan baju merah yang dikepalai oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membuat beberapa sekatan dan mengganggu konvoi dengan beberapa konfrontasi yang bertukar ganas.

Ketika bersurai, Samseng Baju Merah baling botol pada polis

Aksi silat Baju Merah, kayu dipukul di badan

Aksi Jamal hadir turun protes di Malaysiakini

Bersih 2 0 yakin Melayu, India akan sertai himpunan

Tolak agenda manusia bernama George Soros, kata Armand

Laungan 'Tutup Malaysiakini', 'Hancur Malaysiakini' bergema

Aksi Baju Merah protes, tunggu Jamal di Malaysiakini

Konvensyen PH : Mencari keserasian?

"Seluruh dunia tahu Baju Merah ditaja UMNO," dakwa Ambiga

10 Menteri yang tak suka cerita SPIN

Demo Bantah Ahok, Bertukar Ganas

Rakyat pilih hapus tol PLUS, bukan jana untung KWSP, kata Guan Eng

"Saya hairan ada rakyat Malaysia tidak boleh berbahasa Melayu," titah Sultan Johor

Pelakon politik punca protes Islam bertukar ganas, kata Jokowi

Masyarakat Cina setempat bimbang susulan penyebaran sekeping gambar menunjukkan kain rentang tertera "Ganyang Cina" yang digantung di sebuah jambatan lebuh raya di Jakarta di media sosial Indonesia, sejak semalam.
Ganyang-CinaJAKARTA: Ketegangan di Jakarta beransur pulih, selepas protes besar-besaran yang bertukar ganas menyebabkan seorang maut, semalam.
Reuters melaporkan Presiden Indonesia, Joko Widodo membidas ahli-ahli politik adalah punca protes besar-besaran umat Islam itu bertukar ganas pada malam Jumaat, selepas penunjuk perasaan diketuai kumpulan Front Pembela Islam (FPI) mendesak gabenor Jakarta beragama Kristian dipenjarakan kerana menghina Islam.
“Kami kesal dengan kejadian selepas solat isyak, apabila ia sepatutnya berakhir tetapi bertukar menjadi ganas. Kita nampak ia diterajui pelakon politik yang mengeksploitasi keadaan,” kata Jokowi pada sidang media yang diadakan awal pagi tadi.
FPI mendakwa Basuki Tjahja Purnama yang lebih popular dengan gelaran Ahok menghina al-Quran dengan mengkritik pihak menggunakan sepotong ayat al-Quran ditafsirkan sesetengah pihak sebagai larangan bersekutu dengan orang Kristian dan Yahudi.
Polis sedang menyiasat Ahok, walaupun beliau sudah memohon maaf atas kenyataan itu.
Ahli politik Cina pertama mentadbir Jakarta yang mempunyai 10 juta populasi itu menawarkan diri untuk pemilihan semula pada Februari depan menentang 2 calon Islam lain.
Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan peserta yang dianggarkan mencecah 150,000 orang selepas solat Jumaat, ketika mereka berhimpun di sekitar istana presiden, semalam.
Ada di kalangan mereka melontar batu ke arah polis, selain 2 kenderaan dibakar dan kebakaran turut dilaporkan berlaku berhampiran Tugu Negara.
Bagaimanapun, di utara Jakarta, pertembungan dilaporkan tercetus antara polis dan sekumpulan penunjuk perasaan pada lewat malam, sementara media sosial menunjukkan sebuah kedai dirompak.
Ratusan orang berkhemah bersebelahan bangunan Parlimen sehingga kira-kira jam 4 pagi tadi, bagi menuntut Ahok dipenjarakan.

Syed Saddiq heret insiden TMJ, Nazri selepas dikritik Umno

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyindir Umno dengan mengungkit telatah parti itu tatkala Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz menegur Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Umno ketika itu, ujar beliau, tidak pula melabel Nazri sebagai seorang yang biadap, malah ada juga di kalangan pemimpinnya yang mempertahankan kenyataan ahli Parlimen Padang Rengas itu.
"Saya nak tanya, di manakah Umno apabila TMJ disindir oleh Nazri, Umno tidak sekali pun label beliau sebagai seorang yang biadap.
"Malah ada juga yang mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri," kata Syed Saddiq sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaludin yang menyifatkannya sebagai 'mentah'.
Syahrin juga menasihatkan Syed Saddiq agar jangan biadap kerana mempersoalkan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam laporan oleh Sinar Harian Online.
Terdahulu, Nazri dikecam warga netizen kerana menegur TMJ agar tidak campur tangan dalam urusan politik negara.

Apandi: Polis masih siasat laporan organisasi dibiaya Soros

Apandi berkata, beliau belum menerima atau melihat kertas siasatan berhubung laporan organisasi menerima dana Soros.
apandi sorosKUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara belum menerima kertas siasatan berhubung laporan beberapa organisasi menerima dana daripada hartawan, George Soros.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa dan beliau belum menerima atau melihat kertas siasatan itu.
“Lepas siasatan baru saya buat keputusan (untuk mendakwa atau sebaliknya),” katanya selepas pelancaran buku sulungnya bertajuk “Fiat Justitia” yang bermaksud “Let Justice Be Done” yang disempurnakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, hari ini.
Semalam, Majlis Peguam mengakui ia menerima RM53,757.12 (AS$15,000) daripada Open Society Foundation (OSF) sebagai geran untuk menjalankan penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam, Datuk Seri M Ramachelvan mendedahkan pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Januari 2015.
Baru-baru ini, DC Leak mendakwa OSF milik Soros menyalurkan dana kepada pertubuhan awam tempatan termasuk Bersih, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Penang Institute, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Jawatankuasa Pilihan Raya Bebas (Comfrel).
Buku Mohamed Apandi itu mengandungi himpunan lebih 70 penghakiman beliau dalam tempoh 12 tahun ketika menjadi hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Mengenai buku itu, Mohamed Apandi berkata, ia turut merakamkan dengan jelas kehidupan awal beliau sebagai kanak-kanak di Tumpat, Kelantan dan semasa bertugas dalam perkhidmatan undang-undang dan kehakiman serta kerjaya penuh berwarna-warni sebagai peguam bela dan peguam cara.
Mohamed Apandi berharap buku 796 halaman berharga RM220 itu yang akan berada di pasaran pada Isnin depan, bakal memberi manfaat kepada hakim, peguam dan pelajar.

Penduduk Malaysia dijangka 41.5 juta pada 2040

PUTRAJAYA 5 NOV: Penduduk Malaysia diunjurkan meningkat kepada 41.5 juta orang pada 2040, berbanding 28.6 juta pada 2010, kata Jabatan Perangkaan dalam laporan Unjuran Penduduk Malaysia (semakan semula) 2010-2040.
Bagaimanapun, menurut jabatan itu, peningkatan penduduk adalah perlahan dengan kadar pertumbuhan tahunan menurun daripada 1.8 peratus pada 2010 kepada 0.8 peratus pada 2040.
“Purata kadar pertumbuhan penduduk berkurangan 0.05 peratus setiap tahun,” katanya.
Jabatan Perangkaan berkata Bumiputera menunjukkan peningkatan peratusan tertinggi sebanyak 4.8 peratus iaitu daripada 67.3 peratus pada 2010 kepada 72.1 peratus pada 2040.
Sementara itu, katanya nisbah jantina bagi 2010 adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan, meningkat kepada 108 pada 2020 dan tidak berubah sehingga 2040.
Jabatan Perangkaan berkata, struktur umur penduduk pula boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu kumpulan umur muda (0-14 tahun), kumpulan umur bekerja (15-64 tahun) dan umur tua (65 tahun ke atas).
“Umur penengah pada 2010 adalah 26.3 tahun meningkat kepada 38.3 tahun (2040) iaitu peningkatan sebanyak 12 tahun bagi tempoh 30 tahun,” katanya.
Malaysia dijangka mengalami penuaan penduduk pada 2020 iaitu apabila peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai 7.2 peratus, kata Jabatan Perangkaan.

Pas terus istiqamah pertahankan dasar, prinsip - Nasrudin

Nasrudin Hassan Pas akan terus istiqamah dalam usaha mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan Islam.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, Pas sentiasa bersikap terbuka dengan sesiapa sahaja yang sedia menerima dan menghormati dasar dan prinsip perjuangannya.
Namun katanya, mutakhir ini, pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan pengamal media sedang memerhati keputusan serta pendirian Pas mengangkat formula mendepani PRU akan datang.
“Tidak kurang juga cyber trooper dan pelampau media dengan agenda batu api dan racun tuba yang tidak sudah-sudah menyalahkan Pas,” ujarnya dalam kenyataan, semalam.
Katanya, sama ada perlu bertanding banyak penjuru atau mengikut strategi satu lawan satu dalam PRU akan datang, kesannya adalah daripada sikap politik yang diambil.
Menurutnya, Pas bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.
“Pengalaman luas dan lama Pas di pentas politik tanah air dengan pelbagai bentuk tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang telah dilalui, membuktikan Pas sebuah parti yang banyak bertolak-ansur dalam rentak catur politiknya.

MULAI HARI INI, BERSIMPATILAH KITA DENGAN ROSMAH!!

Rupa-rupanya segala imej tidak baik mengenai Rosmah Mansor selama ini hanya disebabkan media sosial, bukan disebabkan oleh kelakuan isteri Perdana Menteri itu.

Adusss....kesiannya....jahat sungguh media sosial ni!!

Kata Rizal Mansor, pegawai khas Rosmah, "masyarakat tidak harus percaya dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap Isteri Perdana Menteri itu kerana ia palsu dan tidak berasas serta tidak disokong dengan bukti kukuh, malah terhasil dengan memutar belit fakta.
Berdasarkan kata-kata Rizal itu, bolehlah disimpulkan bahawa segala pendedahan mengenai perbelanjaan mewah, barang kemas, beg tangan, pakaian mahal, penggunaan jet dan segala macam lainnya berkaitan Rosmah selama ini adalah fitnah, palsu, tidak berasas dan putar belit fakta belaka.

Sekali lagi, memang jahat media sosial ni!!

Kenapalah hanya isteri Perdana Menteri Malaysia saja yang dijadikan bahan fitnah, berita palsu dan tidak berasas serta putar belit fakta, tetapi tidak kepada isteri Perdana Menteri Singapura, Thailand, Indonesia dan lain-lainnya? 

Mengapa hanya Rosmah selaku isteri Perdana Menteri Malaysia saja dijadikan sasaran, dedahkanlah juga segala-galanya tentang mereka yang lain?

Maka, mulai hari ini bersimpatilah kita semua dengan Rosmah. Semuanya hanya salah media sosial, bukannya Rosmah.

Belajar dari kesilapan untuk elak ulangi kesalahan - Sultan Nazrin Shah

Sultan Nazrin Shah
KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar semua pihak perlu sentiasa belajar daripada sejarah bagi mengelak daripada mengulangi sebarang kesilapan lampau.
Baginda bertitah sejarah bukannya ramalan tetapi ia catatan peristiwa yang telah berlaku secara faktual, satu rekod yang tepat, konsisten dan tidak berubah untuk dijadikan rujukan, teladan serta panduan.
"Mereka yang lupa akan sejarah, akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali dan sikap tidak belajar daripada sejarah, adalah sebesar-besar pengajaran sejarah," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerah Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-60 baginda di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, anakanda baginda Raja Azlan Muzaffar Shah yang juga Raja Kechil Besar serta Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Antara yang hadir sama ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta para exco kerajaan negeri. 

'Syed Saddiq, jangan jadi biadap!' - Pemuda Umno

JOHOR BAHRU - "Syed Saddiq masih mentah...jadi jangan biadap nak persoalkan titah tuanku (Sultan Johor)."
Demikian ungkapan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaludin ketika memberi reaksi terhadap surat terbuka Ketua Armada Bersatu, Syed Siddiq kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Syed Saddiq Abdul Rahman Menurut beliau, pemimpin muda itu sepatutnya berfikir panjang sebelum membuat kenyataan dan hujah demokrasi yang digunakannya itu bukan tiket untuk mempersoalkan titah seorang raja.
"Seluruh rakyat Johor menyanjung tinggi titah tuanku yang mengharamkan sebarang perhimpunan yang boleh menjejaskan perpaduan serta keselamatan rakyat...tapi tiba-tiba pemimpin muda mentah ni nak berlaku biadap dengan sultan kami.
"Dia sanggup mengetepikan adab dan membutakan mata hati melihat sesuatu isu dalam skop lebih luas semata-mata kerana kepentingan politik," katanya.
Hari ini, Syed Saddiq hari ini mengeluarkan surat terbuka kepada Sultan Johor selepas baginda melarang perhimpunan haram di negeri itu.
Syahrin juga menasihatkan Syed Saddiq supaya tidak sesekali cuba mengheret institusi diraja dalam kancah politik dan memperjudikan keselamatan negeri Johor.
"Dia (Syed Saddiq) tak layak untuk mengajar tuanku tentang soal demokrasi kerana baginda lebih arif dalam perkara itu.
"Sebagai ketua negeri pastinya Sultan Ibrahim meletakkan kepentingan dan kesejahteraan negeri Johor sebagai hal utama sebab tu baginda tak mahu sebarang anasir yang boleh membawa kepada kemudaratan rakyat berlaku di negeri baginda," katanya.

Pertemuan Siti Hasmah dan Wan Azizah lengkapkan gabungan politik baharu


Pertemuan Tun Siti Hasmah dan Dr Wan Azizah selepas 18 tahun amat menyentuh perasaanPertemuan Tun Siti Hasmah dan Dr Wan Azizah selepas 18 tahun amat menyentuh perasaanPertemuan Tun Dr Siti Hasmah Ali dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan satu lambang perpaduan yang sedang terjalin erat dalam kalangan anggota serta parti-parti daripada Pakatan Harapan, kata bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Beliau berkata, pertemuan itu juga membuktikan perpaduan dalam kalangan Pakatan Harapan amat tulen dan menunjukkan jiwa besar mereka untuk menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan BN yang korup.
"Apa yang terjadi ini telah meyakinkan keseluruhan rakyat bahawa jiwa besar Datuk Seri Dr wan Azizah dan Tun Dr Siti Hasmah bahawa tokoh-tokoh pemimpin dari Pakatan Harapan amat berpegang erat pada hukum Islam yang tulen.
"Mereka sanggup bersalaman dan berpeluk serta lupa segala sengketa lama serta melihat ke hadapan secara positif dengan satu nekad untuk tumbangkan Najib dan kerajaan paling korup dalam sejarah politik tanah air kita.
"Pertemuan yang dirahmati oleh Allah swt ini telah membuka mata rakyat secara seluas-luasnya," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Tun Siti Hasmah mengunjungi Wan Azizah di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, suami mereka, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan politik tanah air apabila mereka kembali bersalaman selepas 18 tahun bermusuh.
Khairuddin berkata, reaksi rakyat terhadap detik sejarah ini telah meninggalkan satu kesan yang cukup positif pada Pakatan Harapan dan rakyat semakin yakin dengan perpaduan di antara parti-parti dari Pakatan Harapan.

Cabaran dihadapi Rosmah lebih besar kerana media sosial ampu Rizal

Rizal berkata, masyarakat tidak harus percaya pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap Rosmah kerana ia palsu dan tidak berasas serta tidak disokong bukti kukuh, malah terhasil dengan memutar belit fakta.
rizal-rosmah
KUALA LUMPUR: Cabaran yang dihadapi isteri perdana menteri kini lebih besar kerana terpaksa berdepan pelbagai tuduhan dan putar belit, lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial.
“Ramai yang tidak tahu isteri perdana menteri terdahulu juga menjadi mangsa pelbagai tuduhan, namun ia tidak tersebar secara meluas seperti sekarang,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.
Sehubungan itu, beliau berkata, masyarakat tidak harus percaya dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor kerana ia palsu dan tidak berasas serta tidak disokong bukti kukuh, malah terhasil dengan memutar belit fakta.
Beliau berucap pada Kursus Pemukiman Penceramah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia, malam tadi.
Rizal berkata, Program Permata Negara (Permata) yang dinaungi Rosmah, ditubuhkan kerana isteri perdana menteri itu mahu memberi sumbangan kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak yang sebelum ini dilihat kurang mendapat perhatian.
Permata, kata Rizal, bukan satu pembaziran, tetapi pelaburan untuk pendidikan kanak-kanak dan hasilnya mungkin tidak dapat dilihat sekarang, namun dalam tahun-tahun mendatang.
Beliau berkata, sesiapa yang mengenali rapat isteri perdana menteri mengetahui beliau sebenarnya seorang yang peramah sifatnya.

Tak masuk akal tuduh saya jual negara kepada China, sembang Najib

Najib berkata, usaha beliau mendapatkan FDI adalah untuk mewujudkan peluang kerja bergaji tinggi dan prospek lebih baik bagi rakyat Malaysia.
najib-china-malaysia
BEIJING: Datuk Seri Najib Razak berkata, pelaburan langsung asing (FDI) penting bagi pertumbuhan ekonomi negara.
Perdana menteri berkata, rakyat asing yang melabur di negara ini tidak boleh membawa balik infrastruktur yang dibina mereka di Malaysia ke negara asal mereka.
“Oleh itu, bagi mereka yang menuduh kerajaan menjual Malaysia kepada China, ia tidak masuk akal langsung, mungkin disebabkan cemburu atau didorong perasaan iri hati,” katanya kepada diaspora dan pelajar Malaysia dalam majlis makan malam, semalam.
“Pendirian saya jelas dan saya melakukannya untuk Malaysia dan rakyat dalam memastikan ekonomi negara berada pada tahap tinggi,” katanya.
Menteri kewangan itu berkata, usaha beliau mendapatkan FDI adalah untuk mewujudkan peluang kerja bergaji tinggi dan prospek lebih baik bagi rakyat Malaysia.
“Jika ekonomi tidak berkembang, maka rakyat Malaysia akan menghadapi masalah mendapat pekerjaan yang baik,” kata Najib.
Beliau menasihatkan pelajar Malaysia di China melihat ke dalam diri mereka dan tidak berfikiran sempit, tetapi bersahabat dan memahami budaya serta tamadun orang China dan belajar apa yang menjadikan mereka begitu bermotivasi dan berbeza daripada orang lain.

Universiti di Geneva risau ekonomi Malaysia


Mohamad Sabu berucap di Majlis Makan Malam Setahun Amanah Terengganu Mohamad Sabu berucap di Majlis Makan Malam Setahun Amanah Terengganu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata, ahli akademik di luar negara lebih risau terhadap masa depan ekonomi Malaysia akibat skandal 1MDB berbanding ahli akademik di negara ini.
Mohamad berkata, beliau dijemput ke persidangan di sebuah universiti di Geneva yang mengadakan satu persidangan khas membincangkan tentang masa depan ekonomi Malaysia dan kesan skandal 1MDB ke atas negara ini.
"Ahli-ahli akademik di sana amat risau dengan perkembangan di Malaysia kerana kemungkinan pelbagai bahaya yang melanda ekonomi dalam negara ini termasuk kemungkinan menjadi negara bankrap.
"Saya pelik mengapa sebuah universiti asing begitu prihatin terhadap apa yang berlaku sedangkan universiti tempatan langsung tidak menghiraukan perkara ini
dan tidak mendengar apa-apa usaha untuk dibicangkan dan dicadangkan untuk mencari penyelesaian," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Amanah Negeri Terengganu pada Khamis lalu.
Beliau yang dijemput untuk memberi pandangan tentang rasuah di Malaysia menganggap rakyat negara ini tidak peka dengan perilaku rasuah dalam pentadbiran.
"Semasa di Geneva, seorang penyelidik berkata amalan menyimpan duit tunai seperti yang ditemui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Maalaysia (SPRM) di Sabah baru-baru ini adalah perkara biasa di Malaysia.
"Apa yang pelik orang kita termasuk agamawan kelihatan tidak sensitif terhadap perkara ini," katanya.
Beliau bagaimanapun sedikit lega apabila melihat reaksi orang ramai apabila berlakunya kenaikan harga petrol dan minyak masak secara serentak.
"Bila jelas mulai kena batang hidung barulah kita dapat lihtat reaksi orang ramai terhadap kerajaan.
"Kita lihat di media sosial begitu rencam komen-komen yang memperlihatkan kemarahan kepada keputusan kerajaan Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Mengaku sajalah anda sokong pilihan raya kotor, cabar aktivis Bersih


mandeep singhmandeep singhAktivis Bersih Mandeep Singh mencabar pihak yang memfitnah gerakan menuntut pilihan raya bersih dan adil itu untuk tampil menjelaskan pendirian sebenar mereka.
“Apakah pihak yang menentang Bersih ini sebenarnya menyokong rasuah dan bersetuju dengan proses pilihan raya yang kotor? Adakah mereka yang mendesak polis supaya mengenakan tindakan terhadap Bersih menyokong kleptokrasi dan pemerintahan zalim.
“Kalau begitu, mereka harus tampil berterus-terang saja kata, ya kami menyokong rasuah, kami tidak mahu pilihan raya bersih dan adil bukan terus memainkan fitnah,” tegasnya kepada Malaysia Dateline.
Mengulas isu dana asing kepada Bersih yang digembar-gemburkan pihak kerajaan, beliau menjelaskan propaganda jahat itu hanya mahu mengelirukan rakyat daripada fokus sebenar menentang rasuah dan pemerintahan yang zalim.
“Bercakap tentang tajaan dana asing ini, kita harus ingat pelbagai NGO di negara ini termasuk Bersih bukannya menggadai negara seperti didakwa tetapi mempertahankan demokrasi dengan melawan rasuah dan ketidakadilan dalam proses kita bernegara,” jelasnya.
Mandeep sebelum ini pernah ditangkap mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan iaitu menjalankan aktiviti mengancam sistem demokrasi berparlimen kerana penglibatannya dalam kempen Bersih.

Maria cabar Jamal tunjuk bukti


Pemimpin gerakan baju merah, Datuk Jamal Md Yunos dicabar kemukakan bukti di mahkamah sekiranya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menerima tajaan daripada George Soros.
Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah meminta Jamal bawa segala barang bukti ke mahkamah dan biarlah mahkamah menentukan siapa di pihak yang benar.
Ketika ditemu bual oleh Oriental Daily, Maria Chin mengakui, semua sumbangan wang adalah datang daripada derma orang ramai dan tidak ada satu sen pun disumbangkan oleh Soros.
"Kami tiada apa-apa yang perlu disembunyikan. Kami pun pernah mengumumkan jumlah derma yang diperoleh. Ketika ini, kami mempunyai RM2.7 juta yang kesemuanya adalah sumbangan daripada orang ramai.
"Kalau dia (Jamal) mahu lapor polis, biarkanlah dia. Saya tidak takut, apa yang kami ambil berat ialah masalah negara ketika ini," kata Maria Chin.
Sebelum ini, Jamal mendedahkan Bersih mendapat tajaan RM3.2 bilion (AS$800 juta) daripada pertubuhan Open Society Foundations (OSF) yang dikelolakan oleh Soros sejak 2010.‎
Katanya, beliau mendapat maklumat itu daripada kebocoran dokumen dalaman OSF yang digodam oleh aktivis Wikileaks beberapa minggu lalu.
Maria Chin berkata, beliau akan menuntut saman fitnah di mahkamah terhadap Jamal atas segala dakwaan terhadap Bersih dan dirinya.

Soros terlibat Bersih hanya tuduhan, kata Tun M

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penglibatan jutawan mata wang, George Soros dalam Bersih hanyalah satu tuduhan dalam cubaan membatalkan perhimpunan tersebut.
Menurutnya, beliau juga lebih mengutamakan tunjuk perasan pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding mengambil kira hal kewangan kumpulan Bersih ini.
Dr Mahathir Mohamad “Sungguhkah? Nampak ke ada sumbangan? Perkara ini tidak boleh disahkan dan hanyalah satu tuduhan.
“Buat masa ini saya hanya fokuskan dengan tunjuk perasaan pada Najib dan tidak terlibat dengan punca kewangan kumpulan ini.
“Lagipun saya merasakan ini merupakan modus operandi mereka untuk membatalkan perhimpunan Bersih nanti,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa satu kumpulan asing dipengerusikan jutawan Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Selain itu, Mahathir juga turut membalas cabaran Pengerusi Gabungan Badan Bukan
Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunus yang mencabar beliau kemukakan bukti mengenai dakwaan beliau terhadap Najib.
“Banyak bukti saya dah tunjuk, kini giliran saya punya bertanya pada dia, mana dia dapat duit?
"Adakah dia membayar cukai atau pun tidak?” katanya lagi.

SEJAK BILA BN bercakap benar ?!

TOL NAIK..
duit rakyat jadi mangsa..

TOL TAK NAIK TAPI BAYAR PAMPASAN..
duit rakyat JUGA jadi mangsa..

Berilah pelbagai alasan sekalipun, rakyat bukannya bodoh..

BILA TIBA PRU14 NANTI.. PANGKAH LAH LAGI BN !!!

Yang sign deal.. 'MEREKA'
Yang setuju perjanjian berat sebelah.. 'MEREKA'
Yang buat agreement tentang kadar pampasan.. 'MEREKA'

TIBA2 rakyat yang kena tanggung segala2nya..
Yang buat pasal 'MEREKA'..
Kenapa rakyat dipaksa hadap juga ??

TOL TERPAKSA DINAIKKAN dgn alasan nak bina lebih byk hospital & sekolah..??!!

ABESTU..Dah kutip cukai GST sampai RM57.27 bilion tu pi mana !!

ATAU Nak tolong bayar hutang main judi anak tiri Najib USD$11 juta itu ka !!

Cilakak sungguh #MalaysianOfficer1 #MO1

PAKCIK kampung MAKCIK Felda tau tak !!!.. Bayar hutang main judi LEBIH AFDHAL berbanding taja Haji..

PERGHH !!!.. 3 Kali ganda bayar main judi berbanding taja Haji..

Pleasant, tearful meeting between Siti Hasmah and Wan Azizah

Dr Jomo speaks on vision 2020

Dr Jomo: We are neither here nor there

Dr Jomo speaks on Budget 2017

Najib Akan Jual Negara Jika BN Menang PRU14

Tragedi Sukri Saad Lambang Kezaliman UMNO@BN

MAJLIS MAKAN MALAM PARTI AMANAH NEGARA NEGERI TERENGGANU

10 'perang mulut' Jamal Yunos - No. 2

10 'perang mulut' Jamal Yunos (Ugut atau Lawak - rakyat nilaikan) - No. 1