Jumaat, 4 November 2016

Air mata menitis dalam pertemuan Kak Wan-Tun Siti

Isteri perdana menteri keempat Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini mengunjungi Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur.
Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut hadir, berkata pertemuan itu sungguh menyentuh perasaan.
Malah, katanya, air mata turut berguguran dalam pertemuan dua sahabat lama itu – sebelum suami mereka menjadi seteru politik.
"Peringkat awal (pertemuan) nampak menyentuh perasaan, Kak Wan (Wan Azizah) peluk dan salam dengan Tun Siti, menitis air mata (suasana) jadi sangat menyentuh perasaan.
"Tun Siti duduk lama sejam 45 minit adalah di rumah Kak Wan, banyaklah sembang singkap kisah-kisah lama," katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini, suami mereka – dua tokoh politik negara – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan politik tanah air apabila mereka kembali bersalaman selepas 18 tahun bermusuh.
Kedua-dua pemimpin itu kini berkongsi pendirian politik untuk menumbangkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Khairuddin berkata, pertemuan itu cukup baik dan terbaik telah mencatatkan satu lagi sejarah selepas Mahathir bersalaman dengan Anwar sebelum ini.

Mengapa geostrategi Malaysia-China penting?

Sebuah jet pejuang China bersedia mendarat di kapal pengangkut induk.Sebuah jet pejuang China bersedia mendarat di kapal pengangkut induk.
1. Diceritakan dalam Sejarah Melayu, hubungan dengan China adalah hubungan yang sedarjat sejak era Sultan Mansur Syah lagi.  Namun hubungan ini hanya menjadi ‘sedarjat’ selepas Maharaja China terkena tulah Sultan Mansur Syah.

“Maka titah Maharaja China, Segala anak cucu kita jangan lagi berkehendak disembah Raja Melaka datang kepada anak cucu Raja Melaka, tetapi muafakat berkasih-kasihan jua.” (Sejarah Melayu/ Sulalatus Salatin – Tun Sri Lanang)
Hal ini mengajar keperluan pada ‘strategi atau senjata’ tersirat dalam hubungan dengan kuasa besar.
2. Kita perlu sedar bahawa geopolitik dunia pada hari ini berada dalam persimpangan ketidaktentuan yang cukup dinamik. Dalam aspek geostrategi, lawatan kali ini cukup penting dari beberapa perspektif iaitu menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) dan juga ura-ura rancangan pembinaan terusan Segenting Kra di Thailand.
3. Persaingan antara Donald Trump dan Hillary Clinton sememangnya menimbulkan kegusaran berkenaan hala tuju dasar luar negara ‘Uncle Sam’ tersebut.  Hillary terkenal sebagai pro kepada dasar campur tangan dalam urusan hal ehwal dalaman negara lain, Trump pula seorang yang lantang dan boleh bertindak di luar jangkaan.
4. Sebagaimana ingatan sarjana Realisme Ofensif seperti John J. Mearsheimer, negara seperti AS akan berusaha memaksimumkan kelebihan relatif mereka berbanding negara-negara lain dalam sistem antarabangsa.
5. Berdasarkan fakta keberadaan Armada Pasifik AS, hanya China sahaja yang mampu untuk menjadi pengimbang terdekat.  Armada Pasifik AS terdiri daripada 41 buah kapal selam, 6 kapal induk pesawat udara, serta 58 buah kapal pengiring. China pula diperkasai sebanyak 65 buah kapal selam, sebuah kapal induk pesawat udara Liaoning, 76 kapal pengiring, 102 kapal peluru berpandu, 109 kapal peronda tentera laut, dan 582 kapal peronda separa tentera.
6. Tentera Laut AS mendominasi Laut China Selatan buat masa ini. Namun situasi terbabit bakal berubah. Saiz Tentera Laut AS telah menurun daripada hampir 600 kapal perang pada era Reagan kepada sekitar 300 sewaktu era Clinton, sehinggalah kurang daripada tiga ratus buah kini.
7. Sementara itu, tentera laut China yang merupakan pasukan tentera laut yang kedua terkuat di dunia terus meningkat dengan dramatiknya. China kini membangunkan kapasiti nic dalam peperangan bawah permukaan dan teknologi peluru berpandu balistik (misil DF-21) yang direka bentuk bagi menembak sasaran yang bergerak di laut, seperti kapal induk pesawat udara AS.
8. Sekiranya China memperluaskan armada kapal selamnya hingga 78 buah menjelang tahun 2020 sebagaimana yang dirancang, ia bakal menyamai armada bawah laut Tentera AS dari segi kuantiti. Disebabkan armada kapal selam Tentera Laut AS berkuasa nuklear sepenuhnya, ia memerlukan ciri berkenaan untuk belayar separuh jalan mengelilingi dunia bagi membolehkannya tiba di Asia Timur, sebaliknya kapal selam berkuasa elektrik-diesel milik China adalah jauh lebih senyap dan ia boleh bersembunyi dengan lebih baik. Pada suatu masa nanti, China bakal benar-benar berupaya untuk menafikan akses berleluasa Tentera Laut AS di bahagian-bahagian Laut China Selatan.

Ramai Mahu PH & Bersatu Waspada Dengan PAS

Satu lawan satu: Pakatan Harapan jangan 'dikencing' kali kedua

Setelah Pas hampir pasti dipermainkan Umno dalam usaha mereka membawa usul pindaan RUU355 diparlimen telah keluar kenyataan yang agak "pelik" daripada pemimpin Pas tentang kesudian mereka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan menentang Umno Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.

Ironinya, kurang sebulan dari hari ini, Mursidul Am Pas Hashim Jasin sebagai mana dilaporkan portal Bernama pada 13 oktober lalu menegaskan tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pru yang akan datang tetapi beberapa hari lalu individu yang sama mengeluarkan kenyataan sudi bekerjasama walaupun dengan DAP untuk berhadapan dengan Umno.

Sebelum itu juga telah viral satu video sedutan ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa jika mereka lawan Umno, maka bukan islam akan memerintah dan mudaratnya lebih besar, namun hairannya bagaimana kali ini Ustaz Hadi boleh mengeluarkan kenyataan setuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang mana lawannya adalah Umno?


Pendek kata, sebelum usul 355 hampir pasti gagal dibahaskan di parlimen, sikap Pas terhadap Pakatan Harapan adalah 360° berbeza dengan sikap mereka hari ini.

Pemimpin Pakatan harus jelas, bahawa perubahan drastik ini berlaku selepas Pas rasai ditipu Umno buat kesekian kalinya walaupun sebelum ini dinasihati berulang kali oleh parti pembangkang lain untuk berwaspada dengan helah Umno yang ingin memecahkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat telahpun terkubur dek kerana keangkuhan Pas enggan menerima nasihat rakan Pakatan bahkan Pas sendiri berpecah kerananya sehingga tertubuhnya Amanah, lalu apabila mereka ingin cuba kembali setelah berjaya merosakkan Pakatan Rakyat, ada pimpinan Pakatan Harapan teruja dan menerimanya begitu sahaja?

Tidak Boleh! Pas mungkin rela "dikencing" Umno berkali kali namun adakah pemimpin Pakatan Harapan rela untuk dikencing Pas buat kali kedua?

Jangan begitu, Pakatan harus sedar bahawa Pas adalah rakan kongsi yang berisiko tinggi, risiko dikhianati sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya itu tinggi,bayangkan jika Pas bersama Pakatan berhadapan BN pada Pru14, Pakatan dan BN masing masing mendapat jumlah kerusi yang hampir sama dan Pas memenangi beberapa kerusi yang menjadikan mereka ada kuasa penentu "king maker" untuk membentuk kerajaan, dibimbangi mereka akan sekali lagi memporak perandakan pembangkang dengan meminta kedudukan yang tidak selayaknya untuk mereka jika Pakatan ingin mendapatkan sokongan mereka, dan akan berpaling kepada Umno sekiranya Pakatan enggan menurutinya, bukankah ini akan merugikan Pakatan itu sendiri?

Pas juga punyai rekod lama khianat sebelum pilihanraya dimana telah berlaku pertindihan calon di kerusi milik PKR menyebabkan PKR kalah disemua kerusi tersebut termasuklah BN berjaya merampas dun Kota Damansara.


Kedua analisis senario ini adalah berasas apabila Pas juga mempunyai rekod sebagaimana didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang sewaktu beliau menjadi naib presiden Pas tidak seberapa lama dahulu bahawa beliau dihubungi pemimpin tertinggi Pas untuk membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menubuhkan kerajaan perpaduan melayu islam bersama Umno pada ketika itu.

Ahli seumur hidup PPBM kesal salah kritik parti

Beliau berkata demikian selepas diberitahu parti melantik Abdul Rashid kerana kesukaran mencari pemimpin yang berintegriti.
PPBMPETALING JAYA: Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar merasa kesal setelah dijelaskan pelantikan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibuat kerana sukar mencari pemimpin berintegriti.
Ahli seumur hidup PPBM itu berkata seorang wakil parti menjelaskan perkara itu kepadanya susulan kritikan keras beliau terhadap pelantikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
“Saya minta maaf dan ingin menarik balik kenyataan yang menegur PPBM tentang pemilihan barisan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Saya difahamkan oleh satu sumber bahawa sukar untuk mencari pemimpin yang berintegriti dan tidak mempunyai agenda politik.
“Sumber parti memberitahu kalau kita lantik pemimpin yang mempunyai agenda politik tersendiri mungkin membawa keburukan kepada parti,” katanya kepada FMT.
Zaeinal pada Rabu membidas pelantikan Abdul Rashid dan “muka-muka baharu” yang disifatkannya membisu ketika ahli parti lain berjuang “bermati-matian” menentang pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Zaeinal menyifatkan orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai lebih layak menjawat jawatan Naib Presiden.

HADI BERTEMU MUHYIDDIN 8 NOVEMBER

Beberapa jam setelah Hadi Awang mengeluarkan kenyataan pada 2 November lalu bahawa Pas kini terbuka kepada perundingan satu lawan satu dengan parti-parti pembangkang bagi menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang, ia segera mendapat reaksi positif daripada PPBM.

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Pas dalam tempoh terdekat bagi tujuan tersebut.

Pas telah menyatakan persetujuan ke arah itu serta tarikh pertemuan juga sudah ditetapkan, kata Muhyiddin lagi.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin juga memberitahu, PPBM turut dijemput menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dalam tempoh terdekat ini.
Pada tarikh 2 November itu juga adalah hari PPBM mengumumkan barisan pimpinan tertingginya dan mengadakan mesyuarat khas buat kali pertama di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Difahamkan, dalam mesyuarat itu Muhyiddin telah memaklumkan keinginan Hadi untuk mengadakan perbincangan bagi tujuan kerjasama dan tarikh yang telah ditetapkan untuk beliau bertemu Presiden Pas itu ialah pada 8 November ini.

Dalam mesyuarat itu juga diputuskan bahawa pada pertemuan pertama ini ia hanya perlu melibatkan Muhyiddin dengan Hadi saja, kemudian baru disusuli dengan perbincangan yang mungkin melibatkan antara lapan hingga sepuluh pimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Bekas Pengerusi SPR 'silence supporters', kata MPT Bersatu


Kamarulazman Habibur RahmanKamarulazman Habibur RahmanMana-mana pihak yang tidak berpuashati  pelantikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai naib presiden   dan barisan majlis pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta tidak mempertikaikannya, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Kamarulazaman Habibur Rahman.
Beliau berkata semua pelantikan telah dipersetujui kedua pihak sebulat suara oleh Presiden dalam satu mesyuarat tertutup yang diadakan sebelum pengumuman senarai nama barisan kepimpinan tertinggi parti itu.
"Masa kita melantik Majlis Pimpinan Tertinggi sudah jangka mungkin ada pihak yang akan rasa tidak puashati kita tidak boleh elakkan pendapat orang ramai.

"Tapi kita dah buat yang terbaik untuk menentukan bahawa kita dapat memilih mereka yang akan membantu mengembangkan parti.
"Malahan kita juga telah menawarkan beberapa pihak yang mana mereka ada yang belum bersedia terlibat sepenuhnya dalam parti tetapi mereka menyatakan sokongan terhadap parti.
"Barisan kepimpinan yang ada hari ini itulah keputusan yang terbaik dan termampu dibuat setakat ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan ahli seumur hidup parti itu Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar dipetik dari laporan Malaysiakini pada Rabu, mempersoalkan jawatan naib presiden diberikan kepada bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman itu.
Zienal juga mempersoalkan pelantikan Datuk Abdul Rashid Asari sebagai naib presiden dan separuh daripada mereka yang berada dalam senarai parti itu.
Tan Sri Abdul Rashid Abdul RahmanTan Sri Abdul Rashid Abdul RahmanKamarul yang juga Setiausaha Kerja parti berkata, dalam mesyuarat yang pernah diadakan bersama Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdul Rashid menyatakan sokongannya terhadap perjuangan Bersatu dari awal.
"Pandangan saya, Tan Sri Rashid menyatakan menyokong perjuangan parti katanya dalam mesyuarat itu dia bersetuju untuk bersama dalam kepimpinan parti dan kami berpendapat dengan pengalaman yang dia miliki dalam SPR dapat bantu parti dalam bidang yang dia mahir dan diterajui selama ini.
"Dia memang menyokong perjuangan parti 'silence supporters'. Mungkin ada setengah pihak rasa tidak nampak sebelum ini kerana barisan kepimpinan tertinggi ini dipilih dalam beberapa kategori.
"Tidak semestinya seseorang itu perlu menonjolkan diri kerana kami juga ada menawarkan jawatan kepada individu tertentu.

KITA PERLU ‘MENARI’ TARIAN NAGA BERSAMA CHINA – RAZAK BAGINDA


KUALA LUMPUR: Menjalinkan hubungan baik dengan China bukan satu perkara tidak baik dan Malaysia tidak mampu untuk mengabaikan negara itu, kata penasihat Pusat Hal Ehwal Global Malaysia (Icon), Abdul Razak Baginda.
“China bukan sahaja negara paling dominan di dunia, ia juga adalah ekonomi kedua terbesar di dunia dan tidak lama lagi akan mengatasi Amerika Syarikat,” katanya kepada wartawan pada forum bertajuk Menghayati Semula Demokrasi: Trend Global dan Domestik.
“Jika anda melihat kepada trend, semua orang tertumpu kepada orang-orang Cina.
“Realitinya, kita perlu ‘menari’ tarian naga bersama orang-orang Cina, dan saya rasa apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan dan apa yang Presiden Duterte lakukan di Filipina adalah kesedaran bahawa China merupakan negara yang mereka perlu berurusan dengannya,” katanya.
Razak mengakui pertelingkahan dengan China mengenai isu Laut China Selatan, tetapi berkata Malaysia bukan satu-satunya negara yang terlibat.
“Vietnam, Filipina, Taiwan, Jepun, Rusia, mempunyai pertikaian dengan China di kawasan tertentu di sempadan bersama,” katanya.
Tetapi Razak berkata, China dan Rusia masih bekerjasama mengenai Syria, dan dua negara ini masih mempunyai ikatan strategik terhadap Amerika Syarikat walaupun adanya konflik Laut China Selatan.

“Saya rasa kerajaan telah membuat keputusan untuk menjadi rakan kerjasama dan bukan konfrontasi. Konfrontasi tidak mendatangkan hasil,” kata Razak.

Malaysiakini lapor polis Jamal gertak mahu 'runtuhkan' bangunan esok

Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam mengertak mahu 'meruntuhkan' bangunan  Malaysiakini sekiranya gagal dalam tuntutannya terhadap portal media itu.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam mengertak mahu 'meruntuhkan' bangunan Malaysiakini sekiranya gagal dalam tuntutannya terhadap portal media itu.
 Portal media Malaysiakini hari ini membuat laporan polis terhadap amaran Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menggertak mahu 'meruntuhkan' bangunan Malaysiakini esok
Pengurus besar portal berita itu K Manohar telah membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya petang ini, susulan amaran Jamal di pejabat Malaysiakini semalam.
Jamal dalam kunjungannya bersama kira-kira 100 penyokong semalam memberi amaran sebahagian bangunan Malaysiakini akan runtuh esok jika dakwaan portal ini menerima dana hartawan George Soros tidak diperjelas.
Jamal berkata: “Sekurang-kurangnya 20,000 orang akan turun ke sini. Dan kita akan pastikan sebahagian bangunan ini akan runtuh pada 5 November (esok).”
“Saya buat laporan polis ini dan dengan rendah diri mohon pihak polis turunkan pegawai untuk melindungi kakitangan dan pejabat jiran-jiran kami dan memastikan kawalan orang ramai bagi mengelakkan Baju Merah mengambil tempat seperti ancaman dibuatnya,” menurut Manohar dalam laporan itu dipetik dari portal berita itu.
Manohar juga memberikan transkrip pertemuan Jamal dan pengikutnya dengan pasukan Malaysiakini yang diketuai Ketua Pengarang Kumpulan Steven Gan.

Biarlah nak kata samseng atau apa, kata Pemuda Umno

Susulan kepada tindakan menyerahkan memorandum yang berakhir dengan balingan baldi dan botol air di perkarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) baru-baru ini, Pemuda Umno hari ini 'akur' dengan gelaran samseng yang dilemparkan pihak tertentu kepadanya.
Sambil menggelarkan Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri besar 'cicak mengkarung' pula, Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, apa yang mereka mahukan ialah memperjuangkan hak rakyat di negeri Selangor khususnya isu air ini.
"Hari ini, kita desak pihak kerajaan negeri Selangor jawab isu ini, rakyat nak tahu bila boleh selesai isu air di negeri Selangor ini. Cukuplah berpolitik main isu air di negeri Selangor, biarlah mereka nak kata kita samseng atau sebagainya namun apa yang kita mahu ialah kita memperjuangkan hak rakyat di negeri Selangor khususnya isu air ini.
“Kepada Azmin Ali MB cicak mengkarung, selesaikanlah isu air ini, kurang-kuranglah bermain politik kerana kita bangkit memperjuangkan hak sebenar rakyat negeri Selangor. Rakyat Selangor, mari bersama-sama menuntut keadilan, bukan kita minta parti keadilan nasional,” sindir Armand Azha, memetik laporan Umno Online.
Dua hari yang lalu, Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, tindakan membaling baldi dan botol air di perkarangan Bangunan SSAAS disebabkan rasa tidak puas hati berikutan keengganan menteri besar menerima memorandum daripada Pemuda Umno berhubung isu gangguan bekalan air itu.
"Ini isu air... isu yang wajib dan perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri...air satu keperluan dan sebagai penduduk di Selangor yang terbelenggu dengan masalah itu, mereka berhak untuk menuntut supaya isu itu diselesaikan," kata Zein Isma.
Pada masa yang sama, Umno Selangor menyelar pihak tertentu yang melabelkan Pemuda Umno sebagai samseng berhubung tindakan sebahagian daripada kira-kira 200 orang yang mengiringi Armand Azha untuk menyerahkan memorandum itu kepada Mohamed Azmin.
Mengulas lanjut, Armand Azha berkata, pihaknya terus mempersoalkan sikap berdiam diri yang diambil oleh menteri besar Selangor itu selepas penyerahan memorandum berkenaan dua hari yang lalu.

Kumpulan wartawan kutuk amaran Jamal kepada Malaysiakini

Institut Wartawan Malaysia (IOJ) membidas amaran pemimpin ‘baju merah’ Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mahu memastikan sebahagian bangunan Malaysiakini di Petaling Jaya, runtuh esok.
Katanya, amaran itu satu bentuk bentuk ugutan.
"Wartawan mesti dibenarkan untuk melakukan kerja mereka tanpa sebarang ancaman, tindakan ganas atau ugutan.
"Meskipun pihak berkuasa mempunyai hak untuk menjalankan siasatan, adalah tidak boleh diterima pihak lain menggunakan peluang itu untuk mengganggu entiti media sementara siasatan dijalankan," kata kumpulan wartawan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Jamal, bersama-sama dengan kira-kira 100 penyokong baju merah hadir di pejabat portal berita bebas itu di Petaling Jaya.
Beliau kemudian menuntut supaya Malaysiakini mendedahkan penyata kewangan dan dokumen berkaitan sebelum tengah hari Sabtu ini atau berdepan dengan jumlah peserta protes lebih ramai.
Jamal yang juga adalah ketua Umno Bahagian Sungai Besar memberi amaran sebahagian bangunan Malaysiakini akan runtuh esok jika dakwaan portal ini menerima dana hartawan George Soros tidak diperjelas.
IOJ juga mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan "undang-undang anti-keganasan" terhadap Malaysiakini, berhubung laporan portal berita itu menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh jutawan Amerika, George Soros.
Malaysiakini disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas tuduhan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
"Penggunaan undang-undang anti-keganasan terhadap sebuah syarikat media adalah sesuatu yang membimbangkan, dan boleh dilihat taktik kotor dalam percubaan untuk menutup mulut mereka yang berbeza pendapat," kata IOJ.
Menurut badan itu menerima dana asing tidak boleh dianggap sebagai satu salah laku.

Wan Azizah Menitis Air Mata Peluk Tun Hasmah

Pengundi Malaysia Masih Memihak Politik Perkauman

KUALA LUMPUR: Parti politik perkauman dilihat seolah-olah menjadi apa yang dimahukan pengundi Malaysia dan undi akan terus memihak kepadanya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Katanya, sejak merdeka, Malaysia telah menyaksikan kebangkitan banyak parti perkauman seperti Umno, MCA dan MIC.

"Ada sesetengah parti yang cuba mengubah keadaan ini. Tetapi realitinya, apabila tiba masa mereka mahu membuat keputusan strategi pilihan raya, mereka perlu mengikuti rentaknya," kata beliau pada satu forum yang dianjurkan oleh Pusat Hal Ehwal Global Malaysia (Icon), Khamis.
Katanya, parti-parti politik perlu mengambil kira pembahagian kawasan mengikut etnik dan siapa yang mereka mahu untuk isi sebagai calon untuk kerusi di kawsan itu.

"Malah parti bukan perkauman perlu 'bermain' dengan perkauman. Itulah permintaan demokrasi orang-orang kita terhadap sesiapa yang mahu bertanding," kata Wan Saiful.

Wan Saiful berkata demokrasi adalah mengenai apa yang popular, bukan tentang apa yang baik.

"Ironinya, itulah demokrasi. Ia boleh memberikan kerajaan yang baik, atau ia boleh memberikan anda satu kerajaan yang membawa anda dalam trajektori yang salah, atau kerajaan yang membahayakan kebebasan individu anda," katanya.

Jadi, jika rakyat Malaysia mahukan sebuah negara yang menghargai kebebasan, Wan Saiful berkata, perlu ada satu idea yang popular di mata pengundi.

3 bekas menteri akan disiasat di bawah Akta Hasutan selain OSA, kata KPN


Khalid ABu Bakar 1Tiga bekas anggota Kabinet yang didakwa membocorkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat akan turut disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 selain Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dakwaan beberapa pemimpin pembangkang bahawa pihaknya tidak mempunyai asas untuk menyiasat tiga anggota Parlimen itu adalah tidak benar.
"Polis telah menerima banyak laporan dan kita telah klasifikasikan kes ini di bawah OSA dan Akta Hasutan kerana semua orang tahu 1MDB masih lagi di dalam siasatan.
Kami (polis) punyai cukup alasan untuk jalankan siasatan terhadap apa juga yang mereka sebut walaupun di dalam Parlimen kerana Akta Hasutan tidak memberi mereka imuniti sekiranya mereka berbuat demikian," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kononnya siasatan ke atas bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak mengikut Perlembagaan negara.
Tiga bekas anggota Kabinet iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahmad Husni didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.
Terdahulu, Khalid melancarkan National Urgent Response Alert (NUR Alert) di laman sosial Facebook di Bukit Aman, di sini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Keselamatan dan Amanah Facebook, Emily Vacher.

Bersih 5: Pas tidak akan terperangkap - Tuan Ibrahim

KOTA BHARU - Pas tidak akan termakan perangkap yang mahu parti Islam itu menyertai Bersih 5, sekalipun untuk membuktikan kesungguhan dalam kerjasama bersama pembangkang PRU14 nanti.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun Pas bersedia berbincang mengenai kerjasama satu lawan satu, namun keputusan untuk tidak menyertai Bersih tetap tidak akan berubah.
Tuan Ibrahim Tuan Man “Kita sudah beritahu sebelum ini kita tidak akan sertai Bersih. Jangan perangkap kita kononnya kalau nak bersatu, kena sertai Bersih.
"Tidak, kita tidak akan sertai Bersih,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan kuliah sesi kedua di Medan Ilmu, di sini.
Terdahulu beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa mencabar Pas menyertai Bersih 5 jika parti itu serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU nanti.
Tuan Ibrahim berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan ketetapan yang jentera Pas tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.
Beliau berkata, walaupun Pas menyokong beberapa tuntutan yang dibuat Bersih, namun parti itu mempunyai agenda yang lebih besar yang perlu difokus kini.
“Kita mahu tukar sistem, bukan sekadar tukar orang. Bagi kita, agenda yang selaras dengan dasar parti kita, kita akan sokong.
"Kita ucapkan terima kasih kerana buat tuntutan tersebut dan Pas kini sedang fokus untuk membuat perubahan melalui sistem demokrasi,” katanya.

JIKA MATI, KITA MATI BERSAMA – KATA SAKSI KES WANG HARAM 1MDB


Seorang saksi memberi keterangan di mahkamah Singapura bahawa bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei menggesanya untuk berbohong kepada polis mengenai aliran dana tertentu yang mengaitkan Yeo dengan 1MDB.
Samuel Goh, 41, yang sebelum ini adalah seorang pegawai kanan NTUC Singapura, memberitahu mahkamah semalam bahawa beliau “berat hati” untuk berjumpa dengan Yeo dan Kevin Swampillai, juga dari BSI pada 27 Mac tahun ini.
Pada perjumpaan itu, Yeo merancang satu “cerita pelaburan” yang mereka bertiga perlu beritahu pihak polis mengenai aliran dana yang mencurigakan berkenaan.
“Yeo berkata, sudah sampai masa mereka bergandingan tangan dan memberi penjelasan yang sama… seluruh skema bagaimana wang yang diterima oleh Bridge Global Managers (syarikat pesisir yang dikawal oleh Yeo dan Swampillai) adalah sebenarnya wang saya,” kata Goh.
Beliau juga memaklumkan bahawa pertemuan diadakan pada malam itu di Kelab Swiss. Swampillai adalah ahlinya.
“Yeo berkata mereka harus bergandingan tangan, ini cerita kita – jika kita berjaya , kita akan hidup bersama. Jika mati, kita mati bersama,” kata saksi itu seperti yang dilaporkan di Straits Times, Singapura.
Yeo berdepan empat pertuduhan menyalahgunakan proses keadilan kerana didakwa menggesa saksi berbohong kepada polis ketika beliau dibebaskan atas jaminan, selepas polis menahannya pada 17 Mac.
Ini berhubung dengan siasatan pengubahan wang haram terbesar di Singapura yang berkaitan dengan 1MDB.
Beliau juga berdepan dengan beberapa pertuduhan pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan dalam perbicaraan berasingan yang dijadualkan tahun depan.
Goh, yang adalah saksi pendakwaan kedua, berkata Yeo menemuinya pada tahun 2012 untuk bertindak sebagai perantara bagi memudahkan pembayaran daripada syarikat pesisir 1MDB, Bridge Partners kepada Bridge Global Managers yang dikuasai oleh Yeo dan Swampillai.

Saksi itu kemudiannya menghuraikan hubungannya dengan Yeo sebagai kawan di mana kedua-dua mereka mengadakan pertemuan antara 2012 dan 2014, apabila bekas pegawai bank BSI tersebut mahu berjumpa.

PRU14: Amanah sedia ambilalih kerusi Pas, kata Nizar


Datuk Seri Ir Nizar JamaluddinDatuk Seri Ir Nizar JamaluddinParti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak menyatakan kesediaan untuk meletakkan calon-calon berwibawa di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang dimenangiPas semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) pada tahun 2013 yang lalu.
Selain di kerusi Parlimen Kawasan Parit Buntar dan Dun Kawasan Changkat Jering.
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, pada PRU13 kesepakatan atas nama Pakatan Rakyat (PR) menyaksikan sokongan rakyat yang telah menterjemahkan undi di peti-peti undi seluruh Negeri Perak.
Ini telah mencemaskan Barisan Nasional (BN) yang mana BN telah tumbang pada PRU12 tahun 2008 telah dibuktikan melalui perubahan yang telah dilakukan dahulu atas semangat sepakatan sebelum ini.
Namun bagi PRU-14 atas nama Pakatan Harapan dan kewujudan parti-parti baru lainnya dengan fokus 'satu lawan satu' menjadi agenda Amanah di negeri itu untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
"Sekarang ini atas nama Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU14 nanti, dengan kehadiran beberapa parti baharu termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan fokus ‘satu lawan satu’ menjadi agenda untuk menumbangkan BN sepertimana agenda yang turut di bawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menewaskan BN kelak.
"Amanah Perak serahkan kepada Pakatan Harapan atau gabungan yang bakal dibentuk dengan beberapa parti yang lain untuk meneruskan agenda membela rakyat di kerusi-kerusi tersebut.
"Agar hasrat menumbangkan BN akan tercapai jika semua pihak bekerjasama untuk mengalahkan BN pada PRU14 nanti dan jangan ada yang menjadi pengkhianat untuk mengekalkan BN terus memerintah," ujar bekas menteri besar Perak itu.

PAS SEDIA BERGABUNG JIKA HADI SEBAGAI PM


Subky Latif sudah memberi ingatan sombong supaya parti-parti pembangkang khasnya yang bergabung dalam Pakatan Harapan (PH) jangan menanti parti Islam itu lagi. Kata Subky parti-parti pembangkang boleh jalan terus tanpa menanti Pas. Erti baginya Pas sudah tidak akan berpaling kepada pakatan pembangkang itu lagi.
Mungkin mengambil kira peringatan sombong Subky itulah maka Husam Musa telah meminta parti-parti pembangkang yang sudah bersetuju untuk berada dalam satu blok pembangkang menggerakkan ke arah penyusunan untuk berhadapan dengan UBN. Hari ini lima buah parti; PKR, DAP, Amanah, Warisan dan Bersatu, boleh memperkukuhkan gabungan itu dan memulakan gerakkerja.
Apakah Pas akan bersendirian atau akan bersama entiti lain, Subky tidak cuba memberi bayangan. Hanya apa yang diketahui kini Pas menjalini hubungan dengan dua buah parti bilis pimpinan Kadir Sheikh Fadzil dan parti “hidup segan mati tidak mahu” Berjasa yang kemudian membentuk blok ketiga dinamakan Gabungan Sejahtra.
(Blok ketiga ini juga bagi saya adalah gabungan beberapa NGO Islam yang sealiran pemikiran dan akidah politik dengan Pas untuk terus memberi peluang kepada Umno memimpin negara). Masa ini para NGO ini masih belum menonjolkan diri tetapi berada di lapis bawah dengan menopengkan diri dengan berbagai nama NGO tetapi sudah bergerak dengan membuat pendekatan dan merapatkan saf atasan Umno dan Pas. Khabarnya beberapa pemuka NGO itu juga akan bertanding dalam Piraum akan datang atas nama Pas?
Kerana Subky orang tua dan lama dalam Pas saya mengira kenyataan Subky itu adalah mencerminkan apa yang ada dalam parti Pas hari ini terutamnya dalam hati presidenya Abdul Hadi Awang. Bagi saya dengan tindak tanduk dan sikap “ikan keli dalam besen” diamalkan Hadi sudah jelas bagaikan disuluh bagai mana sebenarnya hubungan batin beliau dengan Umno.

Amanat Hadi Awang yang dikeluarkan tahun 1981 di Banggol Peradong sudah pun termansuh. Hubungan baik beliau dengan Umno kini boleh jadi juga sebagai penebus kesalahan yang diraih menerusi amanat berkenaan, di mana dengan amanat itu menyebabkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan termasuk juga kerukunan rumah tangga suami isteri yang berbeza fahaman ideologi politik berpecah belah.
Bukan itu sahaja kejadian sembahyang dua imam di Terengganu juga didakwa berpunca dari amanat berkenaan. Bahana amanat itu juga menyebabkan orang Pas bermusuh dengan orang Umno dengan menganggap Umno adalah kafir.
Semasa Subky menziarahi saya di rumah, penulis veteran itu membayangkan Piraum ke-14 menarik akan berlaku pertandingan banyak penjuru. Dalam pertandingan itu nanti beliau meramalkan Pas akan kalah teruk mungkin tinggal satu kerusi sahaja, namun kesan itu tidak menjadi masalah kepada Pas kerana selepas itu katanya Pas akan menang besar pula? Kejadian itu seolah-olah sebagai sunatullah yang dipegangi Subky. Harap-harap perkiraan dan firasat politik Subky itu benar.
Saya bersetuju dengan pandangan Subky tadi, parti pembangkang jangan tunggu Pas. Biarlah berumpankan emas Pas tidak akan memakan joran yang dihulurkan. Jika Pas mengambil prinsip demikian ia kena dihormati oleh semua dan berilah kebebasan kepadanya membuat formula matemetik politik sendiri.
Dalam orang mengira politik Pas dangkal tetapi ia juga ada political will nya tersendiri dalam hal ini. Kalau pun bukan untuk meletakkan pemimpinnya sebagai perdana menteri, cukuplah kalau Pas memberi sokongan kepada perdana menteri yang boleh melestarikan Islam. Bagi Pas memenangkan kerajaan Islam lebih baik daripada bantu membentuk sebuah kerajaan sosialis. Orang Pas percaya kalau pembangkang memerintah negara ini yang akan jadi tulang belakangnya DAP, dan ia merupakan kerajaan sosialis. Sementara perubahan sudut pandangan Pas menerima Umno adalah pemimpin berwajah Islam.

Naib Pesuruhjaya Pas Kelantan Dr Mohd Fadzil Hassan dalam satu ceramahanya di Pasir Tumbuh beberapa malam lalu menyatakan Pas tidak sanggup melihat tertubuhnya kerajaan sosialis. Apa dimaksudkan beliau itu ialah kerajaan yang didalamnya ada DAP. Dengan menerima hujah itu sudah pasti Pas tidak akan bersama membantu tolong oposisi. Malahan Fadzli juga bertegas untuk melihat Pas membentuk kerajaan Islamnya sendiri apabila beliau juga tidak mahu bersekongkol dengan kerajaan nasionalis yang didhomankan kepada UBN.

Najib lantik Jack Ma jadi penasihat ekonomi digital Malaysia

Najib mengumumkan perkara itu semasa melancarkan Pavilion Pelancongan Alitrip Malaysia, sebuah platform e-Dagang untuk pelancongan, hari ini.
najib-jackma
BEIJING: Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan jutawan Internet China, Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital kerajaan.
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu semasa melancarkan Pavilion Pelancongan Alitrip Malaysia, sebuah platform e-Dagang untuk pelancongan, hari ini.
Sebelum itu, Ma yang juga pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan Alibaba mengadakan kunjungan hormat ke atas perdana menteri dan meluangkan masa kira-kira setengah jam sebelum kedua-duanya beredar ke majlis pelancaran.

PAS tak sertai Bersih 5 bukan kerana dana Soros

Datuk Mustafa Ali berkata ketika PAS membuat keputusan tidak menyertai perhimpunan itu, mereka tidak tahu menahu mengenai geran diterima Bersih 2.0 daripada OSF.
Mustafar-AliPETALING JAYA: Keputusan PAS menarik diri daripada menyertai Bersih 5 tidak ada kena mengena dengan isu dakwaan Bersih 2.0 terima geran Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan jutawan Amerika George Soros, kata Datuk Mustafa Ali.
Pengarah pilihan raya PAS itu berkata parti Islam itu tidak akan mengubah keputusan pemimpin tertinggi untuk tidak terbabit dalam himpunan yang dijadualkan berlangsung pada 19 November ini.
“PAS sudah buat keputusan, tidak akan bersama Bersih. Walau apa pun yang berlaku, pucuk pimpinan parti sudah buat keputusan untuk tidak sertai Bersih 5 kali ini.
“Pada waktu kita buat keputusan untuk tidak sertai Bersih 5, kita tidak tahu menahu mengenai perkara itu (geran dari OSF). Kita juga tidak tahu hubungan OSF dengan Bersih. Kita sudah buat keputusan sebelum isu ini timbul lagi,” katanya kepada FMT.
Terdahulu awal hari ini, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dipanggil ke ibu pejabat polis Bukit Aman tetapi memilih untuk tidak menjawab soalan yang diajukan.
Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Maria berkata Bersih pernah sekali menerima pembiayaan RM70,000 di antara 2010 dan 2011 daripada OSF.

Iskandar: Hanya Hadi berhak nafi kerjasama PAS, pembangkang

Iskandar berkata, beliau hanya akan membuat kenyataan jika dimaklumkan mengenai kerjasama PAS dan parti pembangkang lain.
samadSHAH ALAM: Hanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh menafikan komen PAS bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Iskandar Abdul Samad.
Pesuruhjaya PAS Selangor itu mengulas penafian Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menganggap amaran diberikan Hadi pada Rabu lalu, diputar belit media.
“Kalau nak nafikan pun, biarlah presiden sendiri yang nafikan. Tidak perlulah orang lain (yang nafi). Saya tidak mahu komen, biar presiden sendiri yang buat kenyataan.
“Saya pun tidak tahu, itu apa yang dilaporkan media. Saya hanya boleh komen jika ada makluman tentang hal itu. Apa yang dilaporkan itu kita belum dapat pengesahannya,” katanya kepada FMT hari ini.
Kelmarin, Hadi dilaporkan memberi amaran kepada DAP dan parti pembangkang lain tidak campur tangan urusan dalaman PAS, jika mahu hubungan dengan parti itu dipulihkan.
Katanya, PAS sudah lama membuka pintu perundingan dengan parti lain, susulan hasrat parti pembangkang untuk memastikan kemenangan pada PRU14 melalui pertandingan 1-lawan-1 dengan BN.

Mahfodz: PAS parti besar, tak perlu ikut cakap Husam, Amanah

Mahfodz berkata, PAS lebih besar daripada Amanah, jadi tidak mungkin mereka akan tunduk kepada parti serpihan itu.
PETALING JAYA: Datuk Husam Musa dan Amanah tidak mungkin dapat mempengaruhi keputusan PAS bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Ketua Dewan Ulama PAS itu berkata, parti Islam itu lebih besar daripada Amanah, jadi tidak mungkin mereka akan tunduk kepada parti serpihan terbabit.
“Keputusan PAS bersetuju satu-lawan-satu tidak terpengaruh dengan sesiapa, termasuklah Husam atau Amanah, kita buat keputusan sendiri. Kita parti besar, kita ada 1 juta lebih ahli dan Amanah berapa orang sangat dan kita nak ikut cakap dia pula tak betul.
“Kenyataan Husam tak benar, memang pada dasarnya kita setuju satu-lawan-satu, tapi mestilah ada persefahaman dengan parti-parti lain. Kita buat keputusan bukan sebab dia (Husam), itu ego dia macam itulah,” katanya kepada FMT hari ini.
Husam dilaporkan yakin pendekatan Amanah di Kelantan berjaya menekan PAS sehingga parti Islam itu sedia bekerjasama dengan parti pembangkang lain untuk memastikan pertandingan satu-lawan-satu menentang BN pada PRU14.

Rafidah: Sedih, marah, bimbang, takut masalah di Malaysia

Bekas menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, beliau sedih, marah, bimbang dan takut terhadap masalah yang melanda negara sekarang.
Antara perkara yang menjadi "gila", katanya, adalah ketiadaan tadbir urus yang baik dan percambahan xenofobia atau perasaan benci terhadap orang asing yang disebarkan di negara ini.
Walaupun begitu, beliau berkata, sebahagian besar rakyat Malaysia masih cintakan negara dan menerima kepelbagaian.
"Mereka (majoriti) terpaksa berdepan dengan xenofobia, hipokrasi dan ketidak-siuman segolongan minoriti, yang menayangkan kuasa mereka, membuat ucapan gila dan mengancam masyarakat Malaysia," katanya dalam laman Facebook hari ini .
Bukan itu sahaja, negara ini juga mengalami hakisan budaya tadbir urus politik dan ekonomi yang baik, kata Rafidah yang terjalin sejak beberapa dekad lalu oleh pemimpin terdahulu.
Walaupun beliau mengakui pemimpin terdahulu mempunyai kelemahan, namun menurutnya, ini adalah kerana mereka hanya manusia.

Sembah terbuka Syed Saddiq pada Sultan Johor

Ampun Tuanku.
Menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku Sultan Johor.
Patik memohon ampun limpah perkenan Tuanku untuk bercemar duli membaca warkah ringkas, ikhlas dari hati seorang rakyat.
DYMM Tuanku,
Sebagai salah seorang Bangsa Johor, patik berbangga apabila Tuanku lantang bersuara menentang rasuah, semangat perkauman dan salah guna kuasa.
Ini jelas menunjukkan bahawa Tuanku mengambil perhatian tentang keluh kesah rakyat Malaysia. Patik juga gembira melihat Tuanku banyak menolong mangsa dan keluarga tragedi Hospital Sultanah Aminah.
Berkenaan isu "pengharaman demonstrasi jalanan" yang aman, patik dengan rendah diri ingin merafak sembah bahawa patik melihat isu berkenaan dari sudut yang berbeza.
Tuanku,
Hak untuk berdemonstrasi dengan aman adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Hak ini diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik.
Patik faham akan keperluan untuk mengawal selia hak ini seperti apa yang diketengahkan dalam Akta Perhimpunan Aman.
Jika kita mengikut keputusan mahkamah rayuan Malaysia, hak untuk demonstrasi jelas berlandaskan perlembagaan persekutuan Malaysia (kes Nik Nazmi pada 2012 dan kes Yuneswaran pada 2015).
Perbezaannya hanya datang daripada keperluan untuk memberi notis kepada OCPD 10 hari sebelum perhimpunan awam tersebut. However in both cases, the right to peacefully assembly is well guarded.
Tuanku,
Memang patik tak nafikan bahawa rakyat Malaysia boleh mengundi keluar ahli politik yang mengkhianati kehendak rakyat, tetapi demokrasi merupakan sistem yang hidup setiap hari, bukan sahaja bila tibanya pilihan raya setiap lima tahun.
Hak berdemonstrasi merupakan salah satu tiang demokrasi, sama seperti hak untuk mengundi. Kita tak boleh pisahkan tiang-tiang demokrasi yang mencorakkan tanah air tercinta.
Tuanku,

'Kami tidak akan berganjak, kami bukan musuh demokrasi berparlimen'

"Individu tersebut jangan terlalu berlagak, ini negeri Johor," titah Sultan Ibrahim

"Kami bukan nak buat huru-hara," kata Gerakan Merah

Baju Merah berhimpun di pejabat Tun M, salah faham diselesaikan dengan baik

"Abdul Rashid boleh bongkar konspirasi SPR," dedah Azmin dalam DUN Selangor

DBKL laksana kutipan cukai kerana peruntukan dari kerajaan kurang

Datuk Bandar KL anggap BERSIH 5 degil

Barat sudah berlalu, masa depan kini pada Asia, kata penganalisis

Tan Sri Ramon Navaratnam berkata masa depan kini pada Asia, bukan lagi Eropah atau Amerika Syarikat dan United Kingdom.
ramon
KUALA LUMPUR: Tan Sri Ramon Navaratnam menepis kebimbangan sesetengah pihak terhadap hubungan Malaysia dan China yang semakin rancak, sebaliknya menyifatkan kerjasama itu baik untuk negara.
Penganalisis ekonomi itu berkata beliau berpendapat hubungan Malaysia-China membawa kebaikan kerana negara mendapat lebih banyak pelaburan.
“Ada sesetengah yang takut dengan dominasi China, tetapi saya merasakan hubungan itu bagus. Negara mendapat lebih banyak pelaburan, hubungan dengan China semakin rapat dan kita dapat mempelajari soal teknologi dan kewangan mereka.
“Pada masa lalu kita memandang Amerika Syarikat, United Kingdom. Tetapi masa depan kini pada Asia, bukan lagi Eropah,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas hubungan ekonomi antara kedua-dua negara itu yang kian meningkat.
Baru-baru ini, lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut disertai sejumlah menteri Kabinet dan menteri besar.
Menurut laporan, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009, dengan jumlah dagangan 2 hala pada 2015 setinggi RM419 bilion (AS$100 bilion).
Namun, pelbagai pihak risau dengan hubungan itu dan antaranya berkaitan projek Bandar Malaysia oleh syarikat kontroversi milik kerajaan 1MDB dianggap sebagai “penjualan negara kepada China” ekoran dikuasai pelabur dari negara itu.
China turut diberikan hak membina projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2017 baru-baru ini dan kemungkinan besar akan mendapat projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (RM60 bilion) selain landasan kembar elektrik Gemas-Johor Bahru (RM7.13 bilion).
Navaratnam berkata apa yang penting ialah kemampuan kerajaan untuk bertegas dalam rundingan agar pelaburan itu tidak menguntungkan China semata-mata.
“Kita perlu memastikan pelaburan turut dikongsi dan manfaat niaga sampai kepada pihak di Malaysia.
“Satu lagi masalah kemungkinan kita membayar harga lebih mahal (untuk projek),” katanya yang berkata kerajaan perlu melaksanakan sistem tender terbuka dan menggunakan kaedah “cost-plus” dalam menentukan nilai sesuatu projek.
“Lihat berapa kos yang diperlukan, minta China tunjukkan semua dokumen berkaitan, dan bandingkannya dengan negara lain,” katanya.
Dasar pandang ke China vs Dasar Pandang ke Timur

Bajet 2017 gagal bantu rakyat?

BAJET 2017 didakwa gagal kerana tidak mampu mengatasi masalah kenaikan harga barangan sehingga membebankan kos sara hidup rakyat jelata.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu, selepas kenaikan harga minyak masak 5kg sebanyak 62 peratus, minyak petrol naik 48 peratus dan kenaikan kadal tol di empat lebuh raya mulai tahun depan, ia menggambarkan ketidakmampuan kerajaan untuk membawa kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat secara keseluruhannya.
Bajet 2017 Memetik kenyataan daripada pemimpin DAP itu, Sin Chew Jit Poh melaporkan, kenaikan harga baharu minyak masak mulai 1 November lalu menyebabkan secara purata setiap keluarga akan menanggung tambahan sebanyak RM250 setahun untuk pembelian minyak masak.
Guan Eng turut menyatakan rasa kesal terhadap jawapan bertulis oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Rakyat kelmarin mengenai kenaikan kadar tol di empat lebuh raya mulai tahun depan.
"Sehingga tahun 2015, kerana untuk mengelakkan kenaikan kadar tol, kerajaan telah memberikan pampasan sebanyak RM917 juta kepada semua syarikat konsesi lebuh raya di negara kita.
"Bagi Syarikat Projek Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS), hasil kutipan tol yang diperoleh sehingga tahun 2015 ialah sebanyak RM36.3 bilion, berbanding dengan kos pembinaannya yang hanya sebanyak RM5.9 bilion.
"Syarikat konsesi lebuh raya ini sebenarnya telah memperoleh keuntungan dan pulangan kos pelaburan membina dan penyelenggara. Oleh itu, mereka sepatutnya menghapuskan kutipan tol dengan serta-merta," kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Penjaja terpaksa naikkan harga
Selepas kenaikan harga minyak masak dan minyak petrol mulai 1 November lalu, penjaja makanan antara golongan yang menerima tekanan kerana cuba tidak mahu menaikkan harga jualan mereka.
Namun demikian, golongan penjaja ini mahu tidak mahu terpaksa menaikkan harga jualan mereka juga sekiranya harga gas petroleum cecair (LPG)  dinaikkan mulai tahun depan.
Tinjauan yang dilakukan oleh China Press ke atas beberapa penjaja di sekitar Pudu, Kuala Lumpur mendapati, buat sementara waktu, mereka cuba mengekalkan harga lama kerana sekiranya harga dinaikkan, sudah pasti pelanggan tidak akan lagi berkunjung ke gerai mereka.
"Hari ini, pengguna cuba berjimat cermat, oleh itu kami sebagai penjaja pun tidak berani menaikkan harga dengan sesuka hati. sebenarnya minyak masak bukanlah kos yang tidak terlalu membebankan penjaja berbanding dengan LPG.
"Bagi penjaja makanan, biasanya satu tong gas hanya mampu digunakan selama tiga hari sahaja. Sekiranya harga gas dinaikkan, kami tiada pilihan terpaksalah naikkan harga jualan," kata seorang penjual mi.

Jawapan menteri tak masuk akal, hanya malukan institusi Parlimen

Hakikat bahawa menteri-menteri UMNO BN boleh memberi jawapan sambil lewa dan tidak masuk akal dalam sidang Parlimen melambangkan keruntuhan institusi demokrasi berparlimen di negara ini.
“Dengan kabinet dipenuhi mereka yang tiada rasa malu, tidak hairanlah mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih memegang kuasa walaupun didakwa dengan rasuah dan penyelewengan,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim semalam dalam sidang Parlimen bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menyoal anak tiri Najib, Riza Aziz walaupun dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB.
“Bagi SPRM, Riza tidak berada dalam siasatan rasuah, jadi SPRM tidak perlu menahannya untuk disoal siasat walau beliau dikaitkan dengan DOJ seperti disebut orang ramai,” kata Razali.
Apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mencelah dan menyoal tentang dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bahawa Riza membeli barangan mewah di luar negara menggunakan dana 1MDB, Razali menyatakan, “Apa salahnya jika orang yang banyak duit beli barang?”
Kesal dengan jawapan menteri tersebut, Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata ia jelas menunjukkan bahawa penyelewengan dana awam yang sepatutnya diuruskan kerajaan dengan baik langsung tidak dianggap penting oleh pemimpin-pemimpin UMNO BN.

Media jangan tunjuk Baju Merah saja negatif, kata KPN

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-duanya Baju Merah dan Bersih 2.0 “buat kacau”.
Khalid-Bersih-MerahKUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata media tidak sepatutnya menunjukkan hanya gerakan Baju Merah saja yang negatif kerana kedua-duanya – Bersih 2.0 dan Baju Merah “buat kacau”.
Ketua polis negara itu berkata demikian ketika ditanya sama ada ketua Baju merah, Datuk Jamal Md Yunos sudah menghantar notis kepada polis untuk mengadakan perhimpunan pada 5 November, atau tidak.
“Sudah banyak kali saya cakap, jangan tanya saya mengenai 1 kumpulan saya. Jangan cuba dan beri gambaran negatif hanya kepada Baju Berah. Kedua-duanya kuning dan merah menimbulkan masalah,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis Bukit Aman, hari ini.
Bagaimanapun, beliau kemudian memberitahu belum dimaklumkan mengenai sebarang notis dikemukakan ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu untuk mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur.
“Saya belum dimaklumkan mana-mana notis. Semua orang tahu dia buat banyak kenyataan, tapi tak beri apa-apa.

Perdana Menteri dicabar jawab soalan ‘derma’ RM2.6 bilion di Parlimen

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dicabar hadir ke sidang Parlimen dan menjawab sendiri soalan-soalan berkaitan dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi beliau.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata ia berikutan jawapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa sebarang soalan berhubung perkara itu lebih sesuai dijawab oleh Kementerian Kewangan.
“Yang itu (soal derma RM2.6 bilion) kita telah serahkan hasil siasatan kepada pihak task force dan biarlah menteri kewangan kedua menjawab,” kata Zahid.
Gobind pada sidang media di lobi Parlimen hari ini meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan Zahid yang cuba mengelak daripada menjawab soalan tersebut walaupun Ahli Parlimen Bagan Datoh itu pernah mendakwa dana berkenaan disumbangkan kepada Najib oleh penderma dari Arab Saudi.
Menurutnya, kenyataan Zahid itu bercanggah dengan pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bahawa wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi ‘Malaysian Official 1’ berpunca dari penyelewengan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB.
“Soalan pertama saya sama ada siasatan tentang sumber derma itu ada dibuka kembali atau tidak, langsung tidak dijawab oleh beliau.
“Malah, soalan tentang apa yang terjadi kepada wang yang dikembalikan kepada penderma juga tidak dijawab. Beliau cuba mengelak dari menjawab soalan-soalan saya dan menyatakan biarlah menteri kewangan kedua yang menjawabnya,” jelas Gobind.

Nur Misuari tuduh Malaysia dalang penculikan

Ketua pemberontak Moro itu mendakwa tebusan yang diculik dari Sipadan pun dilakukan oleh Malaysia menggunakan orang Moro.
VIDEO INSIDE
Nur-Misuari
MANILA: Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari semalam mendakwa Malaysia menggunakan orang Moro dalam melaksanakan aktiviti culik-untuk-tebusan di Mindanao.
“Sumber kami berkata memandangkan Malaysia sebenarnya yang terbabit dalam aktiviti culik-untuk-tebusan, mungkin satu hari nanti saya akan heret pemimpin mereka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa,” katanya dipetik daripada The Inquirer.
Bercakap dari podium presiden di istana Malacanang, Misuari berkata:”Saya ada semua bukti di tangan saya. Orang saya ada di mana-mana dan mereka tidak boleh terlepas kerana mereka menggunakan orang saya.”
Misuari, yang pernah rapat dengan pemimpin Malaysia, mendakwa penculikan 21 pelancong dan pekerja resort untuk dijadikan tebusan di Pulau Sipadan, Sabah pada 2000 – adalah angkara perbuatan Malaysia menggunakan Moro.
Laporan pada masa itu berkata penculikan itu dilakukan militan Abu Sayyaf.
“Di Sipadan juga, pegawai saya diambil bekerja kerana mereka memilih untuk mendapat wang berjuta,” katanya dipetik daripada The Inquirer.
Menurut laporan itu Misuari mendakwa pegawai Malaysia menghantar perisik untuk mengadakan pertemuan dengannya di Arab Saudi dan Indonesia menerusi seorang anak saudaranya.

Diplomat Amerika tegur Najib, kata retoriknya seperti Mahathir

Diplomat tertinggi Amerika Syarikat bagi rantau Asia Timur, semalam, menegur Perdana Menteri Malaysia berhubung ulasannya yang membidas negara Barat yang disifatkan "berbunyi n sedikit lebih seperti" Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun menurut Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat bagi Asia Timur, Daniel Russel, beliau tidak melihat ulasan itu sebagai bukti kecondongan kepada China.
Dalam editorial yang disiarkan dalam akhbar China Daily, Rabu lalu, Datuk Seri Najib Razak berkata, mereka.bekas kuasa penjajah tidak seharusnya bersyarah dengan tujuan cuba campur tangan dalam hal ehwal dalaman bekas jajahan yang pernah mereka eksploitasi.
Ulasan itu dilihat sebagai amaran kepada Barat ketika Najib berusaha mengukuhkan hubungan dengan China selepas Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang pada Julai lalu yang mengaitkan beliau dengan skandal pengubahan wang haram.
Ditanya mengenai tanda-tanda Malaysia cuba memupuk hubungan ketenteraan lebih erat dengan China selepas Najib bersetuju di Beijing pada Selasalalu untuk membeli empat kapal tentera laut China, Russel, pada satu sidang media berkata: "Saya membaca sesuatu yang diperkatakan oleh perdana menteri itu dalam People’s Daily yang berbunyi sedikit lebih seperti bekas perdana menteri Mahathir daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib, tetapi okay, mungkin terdapat beberapa keadaan khas.

Khairuddin mahu polis siasat Pandikar, NGO kerana langgar demokrasi

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, anak guamnya turut menggesa polis menyiasat JMM dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan atas ugutan jenayah.
hanif-pandikar-khairuddinPETALING JAYA: Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan polis terhadap speaker Dewan Rakyat dan 2 badan bukan kerajaan (NGO) atas dakwaan melanggar demokrasi berparlimen.
Selain Tan Sri Pandikar Amin Mulia, laporan polis bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu turut menamakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan yang membuat laporan polis terhadap 3 bekas menteri membangkitkan isu 1MDB di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, anak guamnya mahu polis menyiasat Pandikar dan 2 NGO yang disebut dalam laporan polis atas dakwaan menyimpang demokrasi berparlimen.
Haniff berkata, anak guamnya turut menggesa polis menyiasat JMM dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan atas ugutan jenayah.
“Anak guam saya menjangka polis bertindak segera dan cekap terhadap 3 pihak itu sepertimana penyiasat mula bertindak sebaik sahaja 2 NGO itu membuat laporan mereka terhadap ahli Parlimen terbabit,” katanya kepada FMT hari ini.

Rakyat terjun jambatan kerana pemerintah zalim


Biar saya ungkapkan secebis kisah sejarah membuka tulisan ini. Ia berlaku sejurus hari kedua Saidina Umar Abdul Aziz menyampaikan khutbah umumnya selepas dibai’ah dan diangkat sebagai khalifah umat Islam. Beliau kemudiannya pulang dalam keadaan menangis sehingga ditegur isterinya.
undur najib“Apakah yang menyebabkan Amirul Mukminin menangis begini?”
Lalu beliau menjawab; “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh ALLAH dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang dalam tawanan, para fuqara’ (orang-orang fakir) kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah s.a.w.”.
Pernah juga dirakam dalam sejarah bila mana Saidina Umar Abdul Aziz menyoal seorang pemimpin di bawahnya sebagaimana berikut; “Wahai gabenor, jika ditakdirkan kamu mendapati ada seorang rakyatmu bersalah kerana mencuri, apakah tindakanmu?”.
Lalu gabenor itu menjawab tegas. “Akanku jalankan hukum Tuhan, yakni akanku potong kedua tangannya jika sabit dan punyai saksi yang mencukupi”. Lalu Saidina Umar Abdul Aziz tenang memuji ketegasannya seraya menyambung; “Maka benarlah amanah yang terpikul di bahumu ini. Akan tetapi jika aku dapati rakyat dibawah pemerintahanmu itu mencuri disebabkan kemiskinan dan kesempitan hidupnya kerana kegagalan pemerintahan kamu, maka aku potong kedua belah tanganmu ini!”.
Ini adalah teladan pemimpin idaman jelata yang memilih mendahului perut rakyatnya berbanding dirinya. Lebih risaukan keadaan rakyat di bawah melebihi dirinya dan anak pinaknya sendiri. Lalu, bila mana kita mendapati ada kisah tragis seorang suami yang mempunyai seorang isteri dan dua orang anak telah bertindak nekad membunuh diri dengan terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang baru-baru ini akibat tekanan hidup dan masalah ekonomi, maka kita terpanggil untuk menyoal – di dunia apakah yang kita diami sekarang ini?
Apakah perasaan pemimpin pemerintah saat ini – saat kalian menyuap makanan mewah ke mulut kalian walhal ada rakyat di bawah yang terpaksa berniaga kecil-kecilan untung sekupang-dua menampung sesuap nasi ke mulut anak isteri? Apakah perasaan hati kecil pemimpin yang memerintah berucap berpantun berdegar-degar mengungkap carta unjuran kekayaan negara yang langsung tidak boleh dinikmati oleh kita semua?
Malapetaka daripada tragedi ini boleh dijadikan sebuah tanda aras kedudukan sosio-ekonomi negara dan kayu ukur masalah ekonomi setiap seorang rakyat Malaysia serta segala isi rumah di dalamnya. Malah secara khususnya tertumpu kepada mereka yang kini sedang bergelut dengan masalah ekonomi dan sosial yang kronik akibat kezaliman dan kerakusan pemerintah. Kezaliman pemerintah bukan saja membawa maksud pemerintah yang secara fizikal memukul atau mencederakan batang tubuh dia yang bertindak nekad terjun dari jambatan tersebut.

Ketua polis: Husni disiasat menghasut rakyat

Khalid berkata, Husni dan bekas rakan sejawatan dalam Kabinet mahu menghasut rakyat mempercayai perdana menteri bersalah dalam jenayah berkaitan 1MDB.
khalid-husni-1KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berdasarkan kenyataannya di Dewan Rakyat mengenai 1MDB yang dilihat cuba menghasut rakyat mempercayai perdana menteri melakukan kesalahan, sedangkan siasatan ke atas syarikat itu belum selesai, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ketua polis negara itu berkata, pihaknya menerima banyak laporan susulan kenyataan Husni mengenai 1MDB di Dewan Rakyat, minggu lalu, dan siasatan ke atas 1MDB juga masih dijalankan.
Beliau mengulas dakwaan ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tindakan polis memanggil Husni untuk disoal siasat kononnya beliau melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan sebagai tidak berperlembagaan, kerana bekas menteri kewangan kedua itu mempunyai kekebalan Parlimen.
Khalid bagaimanapun menepis dakwaan presiden PKR itu.
“Apa yang dikatakan beberapa ahli Parlimen, termasuk datuk seri (Azizah) yang kita tidak ada asas untuk menyiasat tak betul kerana ada unsur-unsur hasutan yang dibuat 3 bekas menteri ini.
“Polis akan terus siasat. Tiada alasan. Sebaliknya, ada sebab cukup bagi kita siasat kerana Akta Hasutan tidak memberi mereka imuniti mmebuat apa sahaja kenyataan, walaupun di Parlimen,” katanya selepas melancarkan Peringatan Maklum Balas Segera Kebangsaan (NUR) Facebook di Bukit Aman, hari ini.

UMNO dan Komunis China bersanding, DAP kah yang bersalah?

Di saat rakyat Malaysia khususnya orang Melayu disuapkan dengan momokan komunis terhadap DAP sejak sekian lama, Presiden UMNO pula menjalinkan hubungan yang sangat intim dengan negara China yang berideologi komunis itu.
Hubungan erat pemerintah UMNO dengan China semakin memuncak dan dilihat jelas dalam lawatan terkini Perdana Menteri Najib Razak ke negara itu saat ini.
china malaysiaDalam lawatan itu, Najib Razak menandatangani 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion melibatkan ekonomi, pertahanan, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan.
Perjanjian itu juga merangkumi penglibatan China dalam pembangunan Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.
Tindakan Malaysia menandatangani 14 perjanjian yang disifatkan banyak pihak sebagai jual negara kepada China itu bukan dipengaruhi oleh anasir parti-parti pembangkang apatah lagi parti DAP yang sering mendapat nama buruk akibat serangan juak-juak tentera siber UMNO, MCA, MIC, SAPP, Gerakan dan sebagainya. Malah mereka pada saat ini barangkali sedang sakit kepala dengan tindakan Najib itu.
Mereka tidak boleh dengan sewenang-wenangnya lagi mengaitkan DAP dengan komunis kerana telah jelas Pengerusi BN itu sendiri telah menyerah sebahagian milik Malaysia untuk ‘dikerjakan’ China demi kepentingan strategik ekonomi dan pertahanan mereka di rantau ini.
China tak peduli siapa Najib, dia hanya peduli kepentingannya
China tidak peduli tentang label kleptokrasi ke atas Malaysia. China juga tidak kisah menjalinkan hubungan intimnya dengan negara-negara diktator termasuk Korea Utara. China hanya mahu melebarkan lagi pengaruh ekonomi dan politiknya ke atas negara-negara lain khususnya di Asia dalam saingannya dengan Amerika Syarikat.
Sudah tentu, persaingan demi kepentingan strategiknya di rantau ini akan membutakan matanya ke atas penyelewengan kewangan terbesar yang berlaku melibatkan 1MDB. Asalkan, mereka boleh melabuhkan sauh dengan aman di tanah air kita.
Apa yang pasti, ‘dasar pandang ke China’ Najib Razak ini akan memaksa kita, rakyat Malaysia untuk semakin tunduk dengan perluasan serta penguasaan geo-politik dan ekonomi China.
Tindakan menjemput ‘penjajah baru’ ini juga mungkin strategi Najib untuk mengekalkan pengaruh politiknya setelah dilihat gagal melobi Amerika untuk melindungi skandal kewangan terbesar negara abad ini.
Mainan politik fitnah dengan dakwaan DAP sebagai komunis, chauvinis dan jahat tidak lagi mampu untuk menutup kebobrokan dan kemunafikan pemerintah UMNO yang terang benderang bermain mata dengan pemerintah China .
Tambahan pula, DAP semakin disukai ramai dengan penyertaan dan penglibatan rakyat pelbagai lapisan tanpa mengira warna kulit, darjat, kepercayaan, bahasa dan budaya. Hakikatnya, DAP berpegang kepada ideologi Sosial Demokrasi yang terbina di atas nilai asas kebebasan, keadilan dan setiakawan.
Rakyat Malaysia sudah semakin jelas. Dakyah jahat pencacai dan tentera siber pro-BN yang memfitnah DAP sebagai komunis sudah tidak relevan malah jauh menyimpang daripada kebenaran.
Najib sudah ada ‘abang besar’ China

Dasar luar negara ke China: Putrajaya, Kabinet,Parlimen perlu bahas secara serius


Dr Dzulkefly Ahmad Dr Dzulkefly Ahmad Putrajaya, Kabinet dan Parlimen perlu membahaskan penetapan dasar luar  negara dibuat  Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke China secara serius, kata Pengarah Strategik Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata  saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mungkin  juga membayangi peralihan dasar luar yang dibuat oleh  Najib itu dari negara Uncle Sam  ke China.
"Putrajaya , Kabinet dan Parlimen mesti membahaskan perkara ini dan penting kerana  hubungan Malaysia dan China itu berpotensi  meletakkan negara dalam kedudukan 'bertolak ansur' serta terdedah kepada kuasa hegemoni baru di rantau ini iaitu China secara ' asymmetrical' atua tidak seimbang.
"Persoalan maha besarnya ialah layakkah Najib membuat penetapan dasar luar yang mempunyai impak geopolitik dan risiko strategik ketika dalam kedudukan yang nyata dilihat sebagai tidak kukuh atau 'compromised'?
"Pastinya langkah ini ditanggapi pundit strategi sebagai paling tidak bijak bahkan 'outrightly reckless' atau tidak bertanggungjawab.
"Perubahan dasar luar dinilai dengan faktor kritikal geostrategik secara menyeluruh dan seimbang," ujarnya bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.
Justeru ujarnya lagi, beliau mengharap perkara ini dapat perhatian wakil rakyat dan pengubal undang-undang di Dewan Rakyat kedua pihak.
"Ini adalah isu bi-partisan," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam: Amanah di Kelantan berjaya jinakkan PAS

Bekas pemimpin PAS itu berkata Amanah di Kelantan mempunyai strategi lain mahu bertanding melawan PAS dan BN walaupun bukan satu lawan satu.
husam-amanah
PETALING JAYA: Datuk Husam Musa yakin pendekatan Amanah di Kelantan berjaya menekan PAS sehingga parti Islam itu sedia bersetuju mengadakan persefahaman satu lawan satu melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Berucap di majlis makan malam Amanah Terengganu malam tadi, bekas naib presiden PAS itu berkata walaupun tidak jelas sikap PAS, parti itu sudah mula lunak dengan idea itu.
“Selepas kata berbulan-bulan, kita sedia tanding 3 penjuru, kita parti kuat, boleh kalahkah DAP, boleh kalahkan PKR, Amanah parti kecil, kita boleh kuburkan.
“Tiba-tiba setuju 3 penjuru. Bagi saya ini bermakna strategi kita di Kelantan sudah berjaya. Kalau tidak ada goncangan di Kelantan, mungkin tidak ada satu lawan satu,” kata Husam.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini dilaporkan sedia bertanding satu lawan satu dengan beberapa syarat.
Sejak menyertai Amanah 30 Ogos lalu, Husam yang dilantik sebagai penasihat Amanah Kelantan mengambil pendekatan menyerang kerajaan negeri dan PAS, serta bertegas Amanah sedia mengambil alih Kelantan.
“Saya sejak dari awal-awal lagi telah meminta kebenaran daripada presiden Amanah dan pimpinan Amanah agar Kelantan diberikan sedikit autonomi untuk bertanding 3 penjuru walaupun berbeza dengan negeri lain yang mahukan satu lawan satu.

"Jika tak suka nampak saya di Parlimen, Pandikar boleh keluar," kata MP Segambut

"Semua akan mengeluh bila minyak naik," kata Ziana Zain

'Jamal hanya selalu membuat kenyataan tapi tiada apa apa' - KPN

China bakal kuasai ekonomi dunia, kata Razak Baginda

"Dedah salah laku PM, tiga menteri jelas cuba hasut," kata Khalid