Khamis, 3 November 2016

Jamal menuntut Malaysiakini tutup kedai, itu saja...

Dakwa Diputar Belit Akhbar, Tiada Rundingan Dengan DAP - Nik Abduh

Saya Bukan Jaga Gawang, Pandikar Jawab Mahathir

Kalau Menteri Tak Setuju Dasar Kerajaan, Letak Jawatan - Pandikar

Dulu 'Fatwa' Speaker Tak Ada Siapa Bantah - Pandikar

Kenapa bekas menteri tak bantah 1MDB dulu? tanya Pandikar

'Mana yang penting, PM cari pelaburan atau jawab soalan tidak relevan' - Pandikar

Gobind desak Najib hadir Parlimen jawab isu 1MDB

Dakwaan dana Soros, ini sidang media penuh antara Jamal dan bos Malaysiakini

'Tidak wajar pertikai dana RM2.6 bilion yang diterima Najib berbanding dana Soros' - Jamal

Satu lawan satu: Pakatan Harapan jangan 'dikencing' kali kedua


Pakatan Harapan harus sedar bahawa Pas adalah rakan kongsi yang berisiko tinggi, risiko dikhianati sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya.Pakatan Harapan harus sedar bahawa Pas adalah rakan kongsi yang berisiko tinggi, risiko dikhianati sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya.
Setelah Pas hampir pasti dipermainkan Umno dalam usaha mereka membawa usul pindaan RUU355 diparlimen telah keluar kenyataan yang agak "pelik" daripada pemimpin Pas tentang kesudian mereka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan menentang Umno Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.
Ironinya, kurang sebulan dari hari ini, Mursidul Am Pas Hashim Jasin sebagai mana dilaporkan portal Bernama pada 13 oktober lalu menegaskan tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pru yang akan datang tetapi beberapa hari lalu individu yang sama mengeluarkan kenyataan sudi bekerjasama walaupun dengan DAP untuk berhadapan dengan Umno.
Sebelum itu juga telah viral satu video sedutan ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa jika mereka lawan Umno, maka bukan islam akan memerintah dan mudaratnya lebih besar, namun hairannya bagaimana kali ini Ustaz Hadi boleh mengeluarkan kenyataan setuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang mana lawannya adalah Umno?
Pendek kata, sebelum usul 355 hampir pasti gagal dibahaskan di parlimen, sikap Pas terhadap Pakatan Harapan adalah 360° berbeza dengan sikap mereka hari ini.
Pemimpin Pakatan harus jelas, bahawa perubahan drastik ini berlaku selepas Pas rasai ditipu Umno buat kesekian kalinya walaupun sebelum ini dinasihati berulang kali oleh parti pembangkang lain untuk berwaspada dengan helah Umno yang ingin memecahkan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat telahpun terkubur dek kerana keangkuhan Pas enggan menerima nasihat rakan Pakatan bahkan Pas sendiri berpecah kerananya sehingga tertubuhnya Amanah, lalu apabila mereka ingin cuba kembali setelah berjaya merosakkan Pakatan Rakyat, ada pimpinan Pakatan Harapan teruja dan menerimanya begitu sahaja?
Tidak Boleh! Pas mungkin rela "dikencing" Umno berkali kali namun adakah pemimpin Pakatan Harapan rela untuk dikencing Pas buat kali kedua?
Jangan begitu, Pakatan harus sedar bahawa Pas adalah rakan kongsi yang berisiko tinggi, risiko dikhianati sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya itu tinggi,bayangkan jika Pas bersama Pakatan berhadapan BN pada Pru14, Pakatan dan BN masing masing mendapat jumlah kerusi yang hampir sama dan Pas memenangi beberapa kerusi yang menjadikan mereka ada kuasa penentu "king maker" untuk membentuk kerajaan, dibimbangi mereka akan sekali lagi memporak perandakan pembangkang dengan meminta kedudukan yang tidak selayaknya untuk mereka jika Pakatan ingin mendapatkan sokongan mereka, dan akan berpaling kepada Umno sekiranya Pakatan enggan menurutinya, bukankah ini akan merugikan Pakatan itu sendiri?

Pandikar terima gelaran ‘penjaga gol’ sebagai pujian

Dr Mahathir bengang speaker Dewan Rakyat menghalang usul dan perbahasan menentang kerajaan
Pandikar
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima gelaran “penjaga gol” daripada pemimpin pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pujian.
“Saya terima gelaran itu sebagai satu pujian kerana Dr Mahathir dahulunya ketua saya,” kata Pandikar dalam nada yang positif di satu sidang media di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau kemudiannya mengajukan soalan, “sekarang ini, beliau berdiri di pihak yang mana?”
“Dr Mahathir mahu tumbangkang kerajaan, bukan saya.”
Pandikar mengingatkan tanggungjawab tugasnya untuk melindungi integriti Parlimen.
“Saya tak terkesan dengan kenyataan beliau,” katanya, dan menambah di negara lain rakan sejawatnya tidak perlu menjelaskan setiap keputusan yang dibuat.
“Di Malaysia, saya perlu beri alasan bila saya buat keputusan. Kalau saya tak beri penjelasan, tengoklah apa yang terjadi.”
Semalam, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menggelar Pandikar “penjaga gol” Barisan Nasional..
Katanya Pandikar “banyak bercakap”, dan bengang speaker Dewan Rakyat menghalang usul dan perbahasan menentang kerajaan.
Sementara itu, Pandikar mengeluh usaha reformasi institusi Parlimen tidak dihargai.
“Saya hilang semangat. Usaha saya tidak dihargai. Saya diserang setiap hari.”
Apabila ditanya pemberita sama ada beliau akan mendesak pelaksanaan sesi soal jawab perdana menteri, Pandikar berkata akan cuba pada sesi Parlimen akan datang.

Zahid perlekeh amaran Dr M agar tak terlalu bergantung kepada China

Kedaulatan negara sentiasa diberi keutamaan, mengatasi segala-galanya sebelum sebarang FDI diterima, kata timbalan perdana menteri.
zahid-mahathir
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Malaysia berkompromi kedaulatan negara dengan kebergantungan berlebihan terhadap China.
Dr Mahathir berkata demikian selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang “perjanjian bersejarah” di mana 14 perjanjian bernilai RM144 bilion ditandatangani antara Malaysia dan China.
“Mana-mana pelaburan dalam bentuk pelaburan langsung asing (FDI) dilakukan dengan mempertimbangkan kepentingan negara. Tidak ada isu kedaulatan negara dipertaruhkan
“Apa manfaat yang pelabur China peroleh daripada negara kita adalah dari segi pulangan dan pertumbuhan ekonomi. Saya rasa tafsiran seperti (seperti dibuat Dr Mahathir) perlu diketepikan,” kata Zahid yang juga menteri dalam negeri, kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat di sini hari ini.
Bekas perdana menteri itu juga memberi amaran China dilihat cuba mengambil kesempatan berhubung isu Laut China Selatan dalam menyelesaikan tuntutan wilayah bertindih secara unilateral dengan negeri-negeri yang menuntutnya secara kolektif dengan Asean sebagai satu kumpulan.
Zahid bagaimanapun berkata isu Laut China Selatan perlu dilihat secara berasingan daripada perjanjian 2 hala Malaysia-China.
“Kedaulatan negara akan sentiasa akan diberi keutamaan, melebihi segala-galanya sebelum menerima sebarang FDI. Amalan ini turut digunakan semasa zaman pemerintahan Dr Mahathir.

Speaker: Kenapa bekas menteri tak bantah 1MDB dulu?

Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata jika tiga bekas menteri kabinet yang bimbang terhadap nasib 1MDB itu bersifat gentlemen, mereka sepatutnya menyuarakan isu berkenaan semasa masih dalam kerajaan.
Kata speaker Dewan Rakyat itu bantahan mereka terhadap perjalanan syarikat pelaburan milik kerajaan itu wajar dikemukakan lebih awal.
"Kalau (mereka) gentleman, kenapa semasa dalam kabinet tidak kata: Saya tak bersetuju (dengan 1MDB)?" katanya menjawab soalan media di parlimen hari ini.
Beliau sebelum itu ditanya mengenai siasatan yang dijalankan polis ke atas tiga bekas menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah - berhubung ucapan mereka di Dewan Rakyat semasa membahaskan belanjawan baru-baru ini.
Dalam ucapan mereka, ketiga-tiga bekas pemimpin kanan Umno itu menyentuh isu 1MDB yang berkait rapat dengan Datuk Seri Najib Razak.
Muhyiddin dilantik ahli Umno menjadi timbalan presiden parti itu manakala Mohd Shafie menduduki jawatan naib presiden. Ahmad Husni adalah anggota majlis tertinggi serta bendahari parti berkenaan.
Muhyiddin dipecat daripada jawatannya dan Mohd Shafie digantung keahlian sebelum beliau sendiri mengumumkan keluar dari Umno. Ahmad Husni setakat ini meletak semua jawatan dalam parti tetapi masih mengekalkan keahliannya bersama Umno.

Harga minyak ikut budi bicara Perdana Menteri?

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tungku, Lau Weng San mempersoal sekiranya mekanisme kadar kenaikan harga minyak semasa ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, persoalan mengenainya wujud susulan peningkatan kadar bahan api negara ini walaupun harga pasaran dunia mengalami penurunan.

minyak-dunia“Maklumat terperinci seperti formula pengiraan mekanisme ini masih mejadi tanda soal sehingga ada yang tertanya-tanya kenapa harga tidak turun apabila harga pasaran dunia jatuh.
“Adakah kerajaan sebenarnya tidak mempunyai formula tetap untuk membuat pengiraan? Atau adakah ianya tertakluk kepada budi bicara Perdana Menteri?
“Bukankah benar kalah harga bahan api bergantung kepada perubahan harga pasaran dunia, maka ianya tidak memerlukan campur tangan manusia?” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya berhubung peningkatan 15 sen seliter semua jenis harga bahan api, ketika pasaran harga minyak kini mengalami penurun.
Lebih menimbulkan persoalan, peningkatan kadar harga tersebut merupakan kadar paling tertinggi sejak Januari lalu untuk tempoh 2016.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata Kerajaan Persekutuan sepatutnya menaikkan pada kadar 20 sen seliter.
Bagaimanapun Eng San berkata, sistem formula kiraan harga kadar petrol di negara ini ternyata gagal dan mempunyai kelemahan yang tidak diketahui rakyat.
Semalam, isu kenaikan harga bahan api turut dibangkitkan Ahli Dewan Negeri dalam perbahasan pembentangan Belanjawan Selangor 2017.
Bagaimanapun, majoriti ADN Barisan Nasional memberikan gambaran bahawa rakyat perlu bersyukur kerana Perdana Menteri tidak menaikkan harga petrol sebanyak 20 sen.

Rayuan Mahathir demi pulihkan negara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kepada semua rakyat Malaysia yang cinta negara bertuah ini.
Ingin saya maklumkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah tertubuh dengan rasminya.
Kami pengasas telah tubuh parti ini kerana kami percaya dengan sokongan rakyat kami akan dapat pulihkan semula negara bertuah ini.
Rakyat merata-rata telah menyuara dan mendesak supaya sesuatu dibuat untuk mengembalikan negara ke jalan yang mulia – jalan yang berjaya bangunkan negara miskin ini sehingga terkenal sebagai contoh kepada negara-negara membangun lain di dunia.
Di mana sahaja rakyat Malaysia pergi, mereka dapat berbangga dengan komen baik terhadap kemajuan yang dicapai oleh negara ini.
Tetapi hari ini rakyat berasa malu kerana disindir oleh orang asing kerana Malaysia sudah jadi di antara sepuluh negara yang amat korup, yang Perdana Menterinya dituduh melesapkan berbilion ringgit, yang dibeban dengan hutang yang besar, yang rakyat tertekan dengan cukai dan sara hidup yang tinggi, yang tidak diperintah mengikut undang-undang, dan yang merosot kemajuannya.
Demokrasi tidak diamal dalam pemerintahan sekarang dan rakyat hidup dalam ketakutan kerana ugutan-ugutan dan tindakan oleh kerajaan dengan undang-undang yang zalim atau di luar undang-undang.
Kebebasan bersuara sudah dihapuskan dan rakyat terdedah kepada tahanan tanpa bicara dan tanpa pemeriksaan post mortem – inkues – ke atas si mati untuk menentukan sebab kematian. Segala tindakan kerajaan dan pegawainya tidak boleh disoal dalam mahkamah.
Parti kami, akan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain untuk mengalahkan BN dan Umno dalam pilihan raya. Hasrat kami ialah untuk memelihara hak rakyat supaya kembali hidup berbahagia.
Walaupun banyak ugutan dibuat oleh kerajaan ramai sudah orang Bumiputera mendaftar sebagai anggota BERSATU. Dan ramai pula bukan Bumiputera yang mendaftar sebagai ahli bersekutu.
Adalah penting Parti Pribumi Bersatu Malaysia ini mempunyai ramai ahli secepat mungkin. Oleh itu saya jemput semua pribumi yang bukan ahli dalam mana-mana parti pembangkang untuk daftar sebagai ahli dengan mengisi borang atau melakukan daftar online.
Percayalah penyertaan saudara saudari dalam PPBM akan menyumbang kepada pemulihan negara yang akan membawa banyak kebaikan kepada kita semua.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Jamal baju merah mahu kerajaan BN tutup Malaysiakini

'Era Tun Mahathir, zaman Tok Kadok dulu, tak sama sekarang' - Nazri Aziz

Tun M cemburu, dengki Najib pikat pelabur China, kata Nazri

Speaker Perlu Lindungi Ahli Parlimen

'Kita mahu bukan sahaja Najib tumbang, kita tak mahu Najib kedua'

Najib Menteri Kewangan Catat Hutang Negara RM681 Bilion

EKONOMI NEGARA SEMAKIN KUKUH, MAPAN..

Korang jangan plok nak bising2 barang naik..

KAN BR1M DAH DINAIKKAN !!!
Najib dah kata.. EKONOMI NEGARA SEMAKIN KUKUH, MAPAN.. Tu pon masih tak bersyukur..

Menteri Rahman Dahlan pernah kata..
"Kalau rakyat rasa hidup tertekan adalah lebih baik balik kampung tanam cili & jagung.."

APA DAH JADI DENGAN NEGARA KITA !!!


KENAPA hingga kini susah sangat nak tangkap Jho Low ??

Tetapi yg bongkar dedah penyelewengan & kebobrokan 1MDB itulah YANG PANTAS nak ditangkap, ditahan, direman, & disumbatkan ke dalam lokap bermalam-malam..

Tun M dijangka hadir ke Parlimen Selasa ini

Satu Lawan Satu: Kit Siang Sedia Bincang Dengan Pas

Skandal 1MDB: Najib Perlu Beri Jaminan Ahli Parlimen Tidak Disiasat

Berbaik dengan China gugat M'sia, Zahid jawab komen Tun M

'Saya tak sebutkan perkataan itu, ini satu fitnah,' jelas MP Kapar

MP DAP kecewa diarah keluar kerana Speaker tak suka usul terhadap PM

Kit Siang anggap Speaker 'zalim', Pandikar arah kenyataan ditarik balik

PAS hanya berunding dengan parti tidak ada rekod buruk – Nik Abduh

Aksi Jamal, penyokong Baju Merah hadir ke pejabat Malaysakini

DAP ‘samar-samar’ keterbukaan Hadi dengan pembangkang

Naib pengerusi DAP Selangor berkata masih awal untuk meramalkan kerjasama antara PAS dan parti pembangkang lain dalam menghadapi PRU akan datang.
Datuk-Teng-Chang-Khim-hadi
SHAH ALAM: DAP masih samar-samar apabila PAS menyatakan keterbukaan untuk berbincang dengan parti pembangkang termasuk DAP bagi mewujudkan pertembungan 1 lawan 1 menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata kenyataan itu perlu dibincangkan di peringkat DAP Pusat terlebih dulu sebelum membuat keputusan.
“Hadi cakap samar-samar dan kita pun jawab samar-samar. Kita nak lihat dulu masalah yang wujud sekarang dan lihat penyelesaian ini.
“Jadi masing-masing ada prinsip dan kena lihat terma yang ada. Saya pun tidak pasti (keterbukaan PAS) ini betul atau tidak. Kena mesyuarat dulu,” katanya kepada FMT ketika ditemui di Lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata pihaknya sudah lama membuka pintu parti Islam itu.
“Kita sudah lama buka pintu, cuma apabila masuk, jangan buat kacau dalam rumah kami,” kata Hadi di Parlimen sebelum ini.
Semalam, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengesahkan menerima jemputan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dan Pakatan Harapan dalam masa terdekat .
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pertemuan itu permulaan baik untuk Bersatu memulakan rundingan dengan parti pembangkang lain mengenai bentuk kerjasama menjelang PRU14.
Teng yang juga Adun Sungai Pinang berkata masih awal untuk meramalkan kerjasama antara PAS dan parti pembangkang lain dalam menghadapi PRU akan datang.

Zaid serlahkan sikap anti-hudud, kata PAS

PAS berjuang mendaulatkan agama Allah kerana Islam diturunkan untuk membawa rahmat dan keadilan kepada semua
tuan-man-zaid
PETALING JAYA : Amaran Datuk Zaid Ibrahim yang Pakatan Harapan (PH) akan hilang sokongan jika bekerjasama dengan PAS tanpa memastikan parti itu mengabaikan agenda hudud menyerlahkan sikap anti-hudud bekas menteri itu.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu berjuang untuk mendaulatkan agama Allah kerana Islam membawa rahmat dan keadilan kepada semua.
“Dalam apa jua muafakat sikap hormat dasar perjuangan sesebuah parti mesti diutamakan. Memberi keutamaan kepada isu yang disepakati dalam menyelamatkan negara.
“PAS hanya akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sedia menghormati dasar PAS,” katanya kepada FMT hari ini.
Terdahulu, Zaid memberi amaran PH akan hilang sokongan sekiranya ia mengadakan sebarang kerjasama dengan PAS tanpa terlebih dulu memastikan parti itu mengabaikan agendanya melaksanakan hudud.
Zaid berkata Pakatan kini kembali mesra dengan PAS.

PAS enggan runding dengan parti kacau 'rumah tangga'

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata parti itu hanya akan mengadakan rundingan dengan pihak yang tidak ada rekod buruk dengan mereka dalam sejarah Pakatan Rakyat.
Bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini Nik Abduh juga menjelaskan kenyataan dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam tidak menyebut DAP dalam persediaan mereka menerima formula satu lawan satu menghadapi BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Sebaliknya kata anak bekas menteri besar Kelantan itu Abdul Hadi membuat kenyataan merujuk kepada pihak yang tidak pernah mengganggu "rumah tangga" PAS.
“Seperti yang Abdul Hadi kata semalam, perbincangan PAS adalah dengan parti yang tak kacau rumah tangga PAS.
“Apa yang media sebut akan ada kerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) itu adalah kenyataan media, bukan (daripada) Abdul Hadi," katanya.
Menurut Nik Abduh beliau sendiri melihat klip video jawapan diberi Abdul Hadi berkenaan dan ia "pendek saja" selain menyatakan pihak berkenaan tidak mengacau "rumah tangga" PAS.
“Kenyataan itu merujuk kepada parti-parti yang tak kacau rumah tangga PAS. Jadi kita tahu siapa yang kacau (rumah tangga PAS) dahulu,” katanya.
Tak cadang dedah strategi
Ahli parlimen Pasir Mas itu turut berkata kenyataan Abdul Hadi bahawa parti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan pembangkang lain untuk pilihan raya depan tidak merujuk kepada HARAPAN.
“Tapi beliau (Abdul Hadi) tak rujuk kepada Pakatan Harapan. Beliau buat kenyataan umum bahawa PAS memang setuju kalau diadakan satu lawan satu, dua penjuru dan asasnya kita setuju.
“Namun perbincangan itu tidak merujuk kepada perbincangan Pakatan Harapan. Pakatan Harapan itu akhbar saja tambah.
“Parti-parti lain yang hendak berunding itu, kita akan lihat secara spesifik - parti mana - dulu,” katanya.

BERSIH5 ikut pelan asal, himpun dekat Dataran Merdeka

BERSIH tetap meneruskan perhimpunan dijadual pada 19 November ini di tempat yang ditetapkan, namun tidak akan memasuki Dataran Merdeka.
Pengerusi pertubuhan pendesak reformasi pilihan raya itu, Maria Chin Abdullah, berkata hasil pertemuannya dengan pihak polis hari ini, mereka akan meneruskan perhimpunan BERSIH5 mengikut rancangan asal.
"Polis tak kata boleh berhimpun atau tidak, tapi kami akan teruskan (berhimpun) seperti diumum sebelum ini.
"Peserta akan mula berkumpul di Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum menuju ke Dataran Merdeka.
"Kami tidak akan masuk ke padang di Dataran Merdeka sebaliknya hanya berada berhamppiran kawasan itu," katanya.
Maria ditemui pemberita di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
Pertemuan itu dibuat bagi menyampaikan notis kepada pihak berkuasa sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perhimpunan mengikut peraturan APA 2012.
BERSIH sebelum ini mengumumkan dua lokasi berkumpul pada perhimpunan BERSIH5 nanti, iaitu Dataran Maybank di Jalan Bangsar dan Masjid Negara.

Lebih 50 baju merah berhimpun di pejabat Malaysiakini

Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengetuai kira-kira 50 orang hadir di pejabat Malaysiakini hari ini.
Kumpulan itu, yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia, melaungkan 'Merah, Merah' dan 'Hancur Soros'.
Jamal dan beberapa wakil dibenarkan masuk ke premis Malaysiakini.
Beliau bertemu dengan ketua pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan.
Turut hadir adalah anggota polis.

KPN pertikai Suhakam sokong langgar undang-undang demo

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata memperjuangkan kebebasan bersuara perlu diimbangi dengan menegakkan hukum.
Nation,-police,-Khalid-Abu-Bakar,-Bersih-2.0,-Red-Shirts,-Suhakam
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 dan Gerakan Baju Merah melanggar undang-undang.
“Saya tak faham tindakan Suhakam. Suhakam kata Baju Merah dan Bersih boleh menunjuk perasaan tetapi undang-undang menyatakan tidak boleh (berhimpun di Dataran Merdeka).
“Suhakam tak patut buat begitu (menyokong pelanggaran udnang-undang). Kita perlu ikut undang-undang yang ditentukan Akta Perhimpunan Aman (APA),” kata Khalid di wacana “Strategising Measures to Combat Serious Crimes” di Hotel Sunway Resort dan Spa hari ini.
Khalid menjawab kenyataan Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph semalam yang berpendirian kedua kumpulan berhak berhimpun selagi ia dilakukan secara aman dan tidak menceroboh kawasan masing-masing.
Joseph berkata polis mempunyai sumber secukupnya untuk memastikan keselamatan penunjuk perasaan.
Khalid bagaimanapun berkata memperjuangkan kebebasan bersuara perlu diimbangi dengan menegakkan hukum.
“Polis menyokong hak asasi manusia tetapi dalam masa yang sama kita diberi tanggungjawab untuk memelihara keselamatan negara.”

Tutup MKPN: Najib tunduk kepada ultra, kata Mujahid

Selepas 3 tahun, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Majlis Konsultasi Perpaduan Negara.
Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN)KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak disifatkan tidak mempunyai prinsip sehingga sanggup mengabaikan begitu sahaja cadangan dan ideanya sendiri kerana tekanan golongan ultra Melayu dan konservatif Islam, menurut seorang bekas pemimpin PAS.
Datuk Dr Mujahid Yusof berkata perdana menteri sanggup membunuh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dan mengenepikan begitu sahaja 3 cadangannya kerana tiada kesungguhan politik.
“Saya sangat kesal dengan pengumuman menteri semalam bahawa MKPN sudah mati manakala 3 cadangan rang undang-undangnya kini masuk almari saja,” kata naib presiden Amanah itu kepada FMT.
Mujahid pernah mempengerusikan MKPN, badan yang ditubuhkan pada 2013 di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dianggotai 18 pemimpin dari segenap lapisan politik bagi mencari jalan meningkatkan keharmonian antara kaum selepas pilihan raya umum pada Mei tahun itu.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup semalam mengumumkan MKPN sudah tidak ada lagi.
Tiga rang undang-undang (RUU) yang dicadangkan oleh MKPN juga dibekukan, dengan alasan Akta Hasutan masih diperlukan, masyarakat belum bersedia menerima pendekatan MKPN, dan peguam negara perlu melihat sejauh mana ia bercanggah dengan perlembagaan.

Kerjasama Politik: Pakatan Harapan buat perbincangan secepat mungkin

Pakatan Harapan bakal mengadakan perbincangan secara rasmi bersama Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dengan secepat mungkin bagi membincangkan mengenai bentuk kerjasama menjelang PRU 14 akan datang.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, menerusi perbincangan tersebut nanti, terdapat dua intipati penting yang akan dibincangkan secara bersama iaitu pembentukan kerjasama pembangkang yang kuat dan meneruskan agenda reformasi.
Saifuddin Abdullah “Inilah dua perkara yang dibincang dengan mana-mana pihak sekalipun dan kita akan adakan perbincangan ini secepat mungkin,”katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima jemputan untuk mengadakan perbincangan dengan Pas dan Pakatan Harapan berhubung bentuk kerjasama menjelang PRU 14 akan datang.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai penglibatan Pas, Saifuddin memaklumkan bahawa perbincangan antara Pakatan Harapan khususnya PKR dengan parti Islam itu tidak pernah putus dan sentiasa berterusan.
“Bukan saja di peringkat nasional tetapi kita juga adakan perbincangan di negeri. Ini adalah kerana di Selangor, Pas adalah sebahagian daripada kerajaan negeri yang dipimpin PKR,”katanya.
Menyentuh mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, Saifuddin memaklumkan bahawa Pakatan Harapan mengalu-alukan kesediaan Pas untuk berbincang dengan parti-parti pembangkang bagi memastikan pertembungan satu lawan satu bagi menjatuhkan Umno-BN.
Saifuddin berkata, beliau yakin hubungan Pakatan Harapan, Pas dan mana-mana parti pembangkang lain tidak pernah berada di peringkat perang sivil.
“Ia hanyalah pendirian dalam perkara-perkara tertentu. Sekiranya kita meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya, maka saya yakin kerjasama blok pembangkang dapat diwujudkan,” katanya.

Ezam buat laporan polis isu salah guna Akta OSA

Hisbah Centre For Reform membuat satu laporan polis berhubung penyalahgunaan kuasa dalam penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dijadikan alasan untuk menyiasat tiga ahli Parlimen baru-baru ini.
Ezam buat laporan polis isu salah guna Akta OSA Presidennya, Datuk Mohamed Ezam Mohd Nor berkata, dalam laporan tersebut, pihaknya meminta polis untuk menyiasat sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk menjadikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai individu yang menjaga kepentingan beliau.
“Saya juga ingatkan polis bahawa Akta OSA digubal untuk melindungi rahsia-rahsia kerajaan dan dokumen sulit yang jika dibocorkan dapat menggugat keselamatan serta kesejahteraan negara.
“Akta ini tidak boleh disalah guna untuk melindungi perbuatan rasuah dan penyelewengan dana kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam, hari ini.
Sebelum ini, Khalid memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil keterangan tiga bekas anggota kabinet dalam masa terdekat yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan baru-baru ini.
Ia adalah berikutan daripada pertanyaan ditimbulkan tiga bekas menteri yang juga merupakan ahli Parlimen berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat sebelum ini.
Dalam pada itu, Ezam memaklumkan bahawa ucapan dan persoalan yang dikemukakan oleh ketiga-tiga bekas menteri tersebut merupakan hal melibatkan khazanah negara yang telah disalahguna dan diselewengkan oleh pihak tertentu.
“Kebimbangan mereka juga adalah kepada impak masa depan ekonomi negara.
“Justeru apa yang dibangkitkan mereka langsung tidak ada kena mengena dengan soal keselamatan negara memandangkan ia hanya menggugat kedudukan mereka yang terlibat dalam syarikat 1MDB termasuk Perdana Menteri,”katanya.

Umno lebih cepat jatuh dengan bantuan bekas ahli, kata Salahuddin

Timbalan presiden Amanah itu percaya bekas pemimpin dan ahli Umno mampu menjadi pemudah cara untuk parti pembangkang menjatuhkan Umno dan BN.
Salahuddin-Ayub
PETALING JAYA: Rakyat akan lebih mudah menerima perkara sebenar yang berlaku dalam Umno seperti salah guna kuasa dan rasuah jika ia diterangkan oleh bekas pemimpin parti itu sendiri, kata Salahuddin Ayub.
Timbalan presiden Amanah itu berkata demikian susulan beberapa bekas pemimpin Umno menubuh dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Beliau percaya ia akan memberi kelebihan sekali gus menjadi pemudah cara bagi parti-parti pembangkang lebih cepat menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Ada pepatah Inggeris yang menyatakan “only diamond can cut diamond” (hanya berlian boleh memotong berlian).
“Kehadiran tokoh-tokoh besar di dalam Bersatu akan menjadi pemudah cara untuk kita lebih cepat sampai ke sasaran, iaitu rakyat biasa lebih mudah menerima penerangan sekiranya ia datang daripada bekas Umno,” katanya kepada FMT.
Semalam, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai penuh kepimpinan parti, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz dilantik sebagai timbalan presiden.
Manakala, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pula dilantik menjadi naib presiden.
Bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times, Datuk Kadir Jasin; abang Muhyiddin, Tan Sri Abdul Aziz Yassin; Tariq Ismail yang merupakan cucu bekas timbalan perdana menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman serta bekas exco Pemuda Umno, Mohd Rafiq Naizamohideen pula dilantik sebagai ahli MPT PPBM.
Salahuddin menyambut baik kehadiran Rashid di dalam PPBM malah menyifatkan penglibatan beliau akan membantu parti-parti pembangkang menghadapi kerenah politik SPR.
“Saya harap beliau akan membantu kita menghadapi politik SPR yang kini dilihat semakin cenderung kepada BN.
“Dengan adanya beliau, saya harap ia akan memberi satu nilai tambah dan memudahkan kita lagi dalam menghadapi politik SPR, dalam konteks memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bersih,” katanya.

Anwar: Cenderung kepada China petanda Najib terdesak

Anwar berkata kebergantungan berlebihan kepada China dalam ekonomi negara adalah sesuatu yang membimbangkan.
Anwar-NajibKUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan kerajaan tidak terlalu bergantung kepada mana-mana kuasa dalam membangunkan ekonomi, di sebalik penganugerahan kontrak dan perjanjian bernilai berbilion ringgit melibatkan syarikat China baru-baru ini.
Anwar yang ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi berkata walaupun kerjasama dengan China merupakan sesuatu yang positif, ia mencetuskan kebimbangan.
“Kita tidak boleh dilihat terlalu bergantung kepada mana-mana negara, itu yang menjadi kebimbangan kita.
“Ia juga menunjukkan petanda terdesak,” kata bekas ketua pembangkang itu kepada wartawan.
Beliau hadir di mahkamah hari ini bagi mendengar semakan kehakiman dalam kes mencabar Pengarah Penjara Sungai Buloh, Jabatan Penjara dan Menteri Dalam Negeri kerana tidak dibenarkan hubungan fizikal ketika lawatan ahli keluarga.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu ini mengetuai rombongan ke Beijing yang turut disertai 8 menteri dan 3 menteri besar, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai kecenderungan Putrajaya terhadap China.
Lawatan itu menyaksikan 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion, termasuk penglibatan China dalam Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.
Semalam, PKR, DAP dan Amanah dalam kenyataan bersama melahirkan kebimbangan terhadap pembiayaan China dalam ECRL.
“Ini tidak memberi sebarang manfaat kepada Malaysia. Apa yang lebih membimbangkan ialah Malaysia menjadi lebih bergantung kepada China dalam jangka masa panjang jika negara (China) menggunakan model yang dipasang di negara lain,” kata kenyataan Pakatan Harapan.
Anwar berkata Najib perlu segera mengakui keadaan ekonomi kini “huru-hara”.
“Lebih cepat dia akui, lebih baik. Bayangkan, selepas 2 minggu Bajet, semuanya naik (harga). Saya kesal, selepas Bajet, kerajaan naikkan harga barang keluaran negara seperti minyak sawit,” katanya.

Anwar saran Najib contohi Belanjawan Selangor

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencontohi Belanjawan 2017 Negeri Selangor ekoran kemampuan negeri itu menguruskan ekonomi secara berhemat.
“Perdana Menteri perlu menelusuri Belanjawan Selangor yang mampu mengurus ekonomi secara berhemat, menghargai khidmat penjawat awam dan meneruskan program kepedulian rakyat dalam bidang perumahan, pendidikan dan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Jelasnya, sebaliknya pentadbiran Najib pula bertindak menekan rakyat dengan menaikkan harga bahan api dan minyak masak selepas belanjawan dibentangkan.
Anwar turut menyentuh tindakan terdesak kerajaan menyerahkan kepentingan ekonomi negara kepada China sehingga mengheret ekonomi negara dalam risiko.
“Negara amat terdesak dari segi ekonomi sehingga kelihatan menyerah terlalu banyak kepentingan ekonomi ke negara China. Kita bersetuju dan alukan kesediaan China melabur dan terlibat dalam kegiatan ekonomi negara.
“Tetapi ketergantungan ekonomi Malaysia kepada mana-mana satu negara tidak wajar dan akan menjejaskan kepentingan kebebasan negara dan strategi geo-politik dasar luar negara,” katanya lagi.

Anwar: Belanjawan Najib sembunyikan muslihat menekan rakyat

Belanjawan 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini hanyalah muslihat untuk menaikkan harga bahan api dan minyak masak, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kedudukan ekonomi negara yang gawat kini kian meruncing dan membebankan rakyat. Selang dua minggu setelah Bajet 2017 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, harga minyak mentah dan minyak masak dinaikkan dengan kadar melampau tinggi.
“Bajet tidak telus dan menyembunyi muslihat kenaikan harga yang membebankan rakyat. Minyak masak adalah hasil keluaran negara,” kata Anwar dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Jelasnya tindakan itu jelas membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih memihak kepada konglimerat kaya dan bukannya rakyat terbanyak.
Katanya, kerajaan sepatutnya menjalankan usaha mengadakan perbincangan dengan pengeluar besar dalam negara bagi memastikan sejumlah kecil pengeluaran diperuntukkan untuk pengguna dalam negara dengan harga terkawal.

Enggan dengar cakap Speaker, Pandikar arah Sim keluar dewan

"Rakyat mesti protes, sokong perhimpunan BERSIH," laung Anwar di mahkamah

Geran OSF, MCMC akan siasat aduan yang diterima - Salleh Keruak

Anwar: Cenderung kepada China petanda Najib terdesak

'BERSIH serah kepada polis, Baju Merah nak datang biarlah secara aman'

Azmin yakin bekas bos SPR akan dedah ‘konpirasi BN’ pada PRU lepas

Rashid merupakan antara nama yang dilantik ke barisan kepimpinan tertinggi PPBM semalam.
azmin-rashid
SHAH ALAM: Pengumuman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam melantik bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai naib presiden disambut baik PKR hari ini, yang berharap beliau akan membantu mendedahkan “konspirasi Barisan Nasional” (BN) pada pilihan raya sebelum ini.
“Kita tahu SPR dipergunakan oleh parti itu (BN), antaranya melalui persempadanan semula. SPR seolah-olah menerima arahan daripada mereka untuk mewujudkan kawasan selamat bagi BN,” kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pada sesi soal jawab di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
Menteri besar Selangor itu menjawab soalan Datuk Rosni Sohar (Hulu Bernam-BN) yang mahu bukti campur tangan BN dalam urusan pilihan raya.
Rashid yang mengetuai SPR dari tahun 2000 ke 2008, merupakan antara yang dilantik PPBM dalam barisan kepimpinan tertinggi parti itu, yang turut menamakan beberapa bekas pemimpin Umno dan Perkasa.
Rashid pada 2013 pernah mengakui SPR menjalankan persempadanan semula dengan tujuan mengekalkan “kuasa orang Melayu”.
Sementara itu, Azmin mempersoalkan pelantikan Pengerusi baharu SPR, Tan Sri Mohd Hashim yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.
“Bagaimana SPR boleh bertindak bebas dan profesional jika pegawai kanan Umno dilantik sebagai pengerusi SPR?
“Tiga minggu lalu, diangkat satu nama untuk dilantik timbalan pengerusi SPR, sedangkan beliau merupakan ketua setiausaha perdana menteri.
“Saya bersyukur cadangan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Inilah bukti SPR dipergunakan oleh BN. Badan ini tidak boleh dianggotai oleh mana-mana parti politik,” katanya.

Pensyarah cari dana luar kerana bajet IPTA dipotong kerajaan Umno@Bn...

Pensyarah UM berkata tindakan ahli akademi mendapat geran dari luar negara tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia sebenarnya membantu meningkatkan kualiti penyelidikan.
awang
PETALING JAYA: Pemotongan peruntukan kepada Institusi Pengajian Tinggi punca ahli akademik mendapatkan dana kewangan dari luar negara, kata pensyarah Universiti Malaya (UM).
Pensyarah Jabatan Sosiobudaya UM Profesor Madya Dr Awang Azman Awang berkata perkara itu tidak sepatunya dijadikan isu, malah pensyarah perlu digalakkan mencari geran dari luar negara bagi tujuan akademik.
“Faktor pemotongan bajet IPTA antara punca ahli akademik mencari geran penyelidikan di luar negara.
“Ahli akademik juga digalakkan mencari geran luar sebagai ‘visibility’ ahli akademik dan untuk dilihat oleh pengiktirafan antarabangsa,” katanya kepada FMT.
Azman berkata demikian ketika ketika diminta mengulas penafian Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang institusi itu ada kaitan dengan Dana Open Society (OSF) disokong jutawan dana terhad George Soros.
Profesor Datuk Mohamad Kadim Suardi sKadim berkata dana seperti didakwa itu mungkin diterima sebagai geran persendirian kepada pensyarah atau penyelidik.

Menjelang Bersih 5: Aktivis seru anak muda ikhlas berjuang


Nashita Md NorNashita Md NorMahu golongan muda lebih-lebih lagi Pemuda Pakatan Harapan fokus pada perjuangan menuntut keadilan buat rakyat, aktivis Nashita Md Noor menggesa mereka supaya tidak mengejar kepentingan diri semata-mata.
“Kita mahu Pemuda (Pakatan Harapan) yang benar-benar melawan bukan Pemuda yang hanya mahu mendapat kedudukan dalam parti politik, Parlimen atau di Dewan Negeri demi mengejar nama, kuasa dan harta.
“Pemuda mesti ikhlas berjuang menentang kezaliman dan benar-benar membela nasib rakyat dengan menjatuhkan kerajaan yang zalim. Kita mahu pemuda bangkit dan melawan!” tegasnya ketika sesi soal jawab dalam Wawancara Menuju Bersih 5 di Radio Bangsar Utama malam tadi.
Berkongsikan pengalamannya turun ke jalan raya dalam kebanyakan siri himpunan rakyat termasuk Bersih, beliau menceritakan insiden pahit yang terpaksa ditempuhi golongan aktivis sebelum ini.
“Kami sendiri hilang kerja, jual rumah, kita berkorban,” tegas isteri kepada aktivis Bad Latif Mansor yang pernah dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan menyertai demonstrasi haram pada 2009.
Terdahulu menyentuh ‘mood’ demonstrasi Bersih 5 pada 19 November ini, aktivis Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) meluahkan rasa kekecewaannya.
“Sebelum ini kita menyertai siri himpunan Bersih dalam keadaan yang bersemangat tapi sekarang saya rasa tiada harapan, meluat dan tidak suka dengan apa terjadi.
“Kali terakhir pergi demonstrasi masa Tangkap MO1 (Malaysian Official 1). Kita sentiasa meletakkan harapan pada setiap demonstrasi melawan kerajaan yang zalim ini.
“Namun, apa yang berlaku, saya dan ramai lagi kecewa penuh kecewa. Kita menjerit, angkat plakad, berarak tapi kita balik dengan rasa kecewa,” luah beliau lagi yang turut hadir di Kelab Bangsar Utama itu bersama suami dan anaknya, Asiah Latif.
Tidak ambil kisah 
Mengulas lanjut, beliau menyifatkan sebahagian besar masyarakat pada masa ini bersikap tidak peduli berbeza dengan semangat menentang kezaliman rejim sebelum ini.
“Dalam situasi sekarang, masyarakat kita macam tidak ambil kisah. Kalau dulu semangat ingin melawan kezaliman seolah-olah tidak akan pudar. Kita tidak mungkin menyerah kalah dan berhenti berjuang melawan penindasan pemerintah.

Jika tanpa himpunan Bersih kita tidak tahu apa berlaku hari ini

Walaupun 10 tahun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ditubuhkan tetapi masih ada pihak yang bertanyakan faedah gabungan massa itu seperti yang boleh dilihat dalam komentar umum di media sosial.
Menjawab persoalan tersebut, Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Ahmad Syukri Abd Razab berkata, rakyat sebenarnya memperoleh banyak manfaat sama ada secara langsung mnahupun tidak langsung daripada siri tuntutan kepada perubahan dalam proses pilihan raya di negara ini.
“Tanpa himpunan Bersih kita tidak tahu apa yang berlaku dan telah dicapai pada hari ini. Suara rakyat yang berkumpul di jalan raya banyak menghasilkan perubahan yang lebih baik kepada demokrasi sekaligus rakyat menikmati banyak faedah.
“Perjuangan Gerakan Mansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) selama 20 tahun contohnya, dengan demonstrasi demi demonstrasi akhirnya menyaksikan akta drakonian itu dimansuhkan. Akhirnya kerajaan terpaksa dengar,” tegasnya dalam Wawancara Menuju Bersih 5 di Radio Bangsar Utama, semalam.
Beliau berkata, pelbagai inisiatif dilakukan pihak kerajaan terhadap tuntutan Bersih termasuk demonstrasi penyerahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 10 November 2007 di luar Istana Negara yang menyaksikan ratusan ribu rakyat turun menyertai Bersih.
“Kita jangan lupa kesan daripada himpunan Bersih terhasilnya banyak inisiatif dalam proses tambah baik perjalanan pilihan raya walaupun kita tidak berpuas hati dengan isu pengundian awal dan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal.

Anwar dapat ‘lampu hijau’ cabar ketua penjara

Hakim Mahkamah Tinggi mendapati permohonan Anwar mempunyai isu yang mencukupi untuk didengar.
anwarKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memberikan “lampu hijau” kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar Jabatan Penjara kerana menafikan hubungan fizikalnya dengan keluarga.
Hakim Nik Hasmat Nik Mohamed memberi kebenaran atas alasan permohonan Anwar tidak menyusahkan atau remeh.
“Terdapat isu-isu yang cukup untuk didengar berdasarkan merit,” katanya berhubung alasan yang diberikan dalam permohonan itu.
Hakim Nik Hasmat ketika meminta Anwar berdiri dan mahkamah bertanya mengapa beliau perlu mempunyai sentuhan fizikal dengan keluarganya.
“Saya mahu mempunyai hak asas untuk menyentuh cucu saya,” kata Anwar.
Beliau menambah tidak pernah menyentuh mereka selama kira-kira 10 tahun – sejak dipenjarakan sehingga tempoh hukuman terkini. Beliau menggesa semua tahanan turut dibenarkan menyentuh keluarga mereka.
“Saya hanya boleh mempunyai 5 minit dengan orang tersayang,” katanya kepada mahkamah.
Anwar memfailkan semakan kehakiman pada 18 Mei bagi mencabar Jabatan Penjara dan kerajaan. Permohonan itu memberi hujah yang ia menafikan hubungan manusia.
Anwar, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 4 anak perempuan dan 4 cucu sedang berusaha membatalkan perintah yang dibuat pengarah penjara Sungai Buloh pada 14 Mac yang menolak permohonannya untuk mempunyai hubungan fizikal dengan ahli keluarga.
Perintah tersebut meliputi baki tempohnya di penjara.

Najib sedang buat kerja lebih teruk daripada 1MDB

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang melakukan sesuatu yang amat bahaya dan jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Perdana Menteri berkata, dalam pada hutang 1MDB masih belum berbayar, Najib kini membuat hutang baharu berjumlah RM55 bilion dengan China bagi pelaksanaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.

Beliau berkata, Najib melakukan perbuatan bodoh dengan membuat hutang baharu, tetapi tidak menyelesaikan hutang lama yang ditanggung oleh 1MDB.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran, solat hajat dan tahlil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, malam tadi. Hadir sama, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

“Hari ini perbuatannya lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan dengan wang 1MDB. Dia nak tunjuk legasi dia, sesuatu peninggalan dia yang besar yang mengagumkan. Dia mula-mula bercakap untuk membina high speed train dari Singapura ke Kuala Lumpur.

“Sekarang ini nak dibina East Coast Railway. High speed train kalau nak bina memang menelan belanja yang banyak, sedangkan kita tahu nak bayar hutang 1MDB pun tak ada duit, tiba-tiba nak buat high speed train RM50 bilion.

“Lepas itu terbaru nak buat East Coast Railway RM55 bilion.. Dah la kita hutang 1MDB RM53 bilion yang belum dibayar, sekarang ini nak buat high speed train.. jadi RM103 bilion.. lepas itu nak buat East Coast Railway RM55 bilion.

“Jumlah semua RM158 bilion tambahan hutang… bukan nak bayar hutang, tetapi meningkatkan lagi jumlah hutang negara, jumlah hutang kerajaan. Kalau kita fikir, ini adalah perbuatan yang bodoh,” katanya mengulas perjanjian dicapai dalam lawatan enam hari Najib ke China bermula Isnin lalu.

Skandal 1MDB: Jho Low bayar pegawai bank BSI RM1.5j setahun

Bekas pegawai Bank BSI Singapura, Yeo Jiawei, dibaya S$500,000 (RM1.5 juta) setahun oleh ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho, kata seorang saksi di Singapura semalam.
Memberi keterangan di mahkamah bekas ketua Yeo, Kevin Swampillai, berkata dia pernah bertanya kepada lelaki terbabit mengenai bayaran diterimanya daripada Low - atau lebih dikenali dengan nama Jho Low.
Kata Swampillai soalan itu ditanyakannya selepas Yeo meninggalkan bank berkenaan pada Jun 2014 untuk bekerja dengan Jho Low.
Memetik kata-kata Yeo, Swampillai berkata jumlah bayaran berkenaan adalah lebih tinggi daripada apa yang diperolehinya di Bank BSI Singapura.
Laporan The Edge menyatakan Yeo kini dibicarakan atas empat tuduhan mengganggu saksi - termasuk Swampillai yang bekerja dengan Bank BSI Singapura sebelum dia menganggur kerana bank berkenaan digantung.
Secara keseluruhan Yeo berdepan 11 tuduhan, termasuk penggubahan wang haram dan penipuan. Bagaimanapun tuduhan lain akan dibicarakan secara berasingan pada April tahun depan.
Yeo adalah warganegara Singapura manakala Swampillai rakyat is a Malaysia.
Peguam Yeo, Philip Fong, dilaporkan cuba menggambarkan Swampillai sebagai ahli bank yang lebih berpengalaman saksi berusia 52 tahun itu menegaskan Yeo adalah pihak yang serta-merta mengiktiraf potensi "kerjasama" mereka.
Antaranya termasuk mengenai pengurusan akaun milik Brazen Sky bernilai AS$2.3 bilion daripada dana berkaitan 1MDB.
Swampillai dilaporkan tidak bersetuju dengan hujah Fong yang cenderung mencadangkan Yeo bersikap pasif dalam urusan berkenaan.

5 Tuntutan BERSIH Yang Perlu Anda Tahu..!!

Puok-puok bangang selalu tuduh #BERSIH nak tumbangkan kerajaan TETAPI tahu tak 5 tuntutan #BERSIH5 itu ?

Berhutang Dan Gadai Aset Negara Pada China-Komunis...!!!

SEBELUM INI...
Gadai aset negara pada Komunis-China..

KINI..
Berhutang plok RM55 bilion pada bank Komunis-China..

Stesen janakuasa sudah diberi kepada syarikat Kerajaan China. Tanah yang dulunya pengkalan TUDM Sungai Besi juga telah diserahkan kepada syarikat Kerajaan China. Sekarang Najib Razak mahu berhutang RM55 bilion dari bank milik Kerajaan China dan kemudian diberikan kontrak pembinaan kepada syarikat Kerajaan China juga.

UNDILAH LAGI BN..!!!



"HARGA BARANG BOLEH TURUN KERANA GST"


Pas Bersama Pakatan: Rugi masa depan agama, bangsa - Suara Pondok Kelantan

Mohd Syamsul Mohd Yusoff Al- Hafiz
KOTA BHARU - Percaturan Pas yang bersetuju untuk bersekongkol dengan Pakatan Harapan demi menentang BN pada PRU14 amat merugikan masa depan agama dan bangsa, malah langsung tidak menguntungkan parti itu.
Ketua Penerangan Pertubuhan Suara Pondok Kelantan, Mohd Syamsul Mohd Yusoff Al- Hafiz berkata, beliau membantah sekeras-kerasnya hasrat itu kerana yakin apabila Pas dan pembangkang lain bersama, DAP akan lebih dominan.
“Buatlah apa pun syarat, DAP tidak akan patuh dan tunduk dengan Pas, lebih-lebih lagi dalam suasana hari ini di mana Pas seolah-olah semakin hilang kepercayaan penyokongnya.
“Begitu juga perpecahan dalaman Pas yang semakin parah tidak mungkin pulih,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Syamsul berkata, sudah tiba masanya Pas bersama dalam satu pasukan dengan BN demi memperkukuhkan akidah umat Islam di negara ini dan perkara berkaitan masa depan agama termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355.
Kelmarin, Hashim memberi gambaran positif kepada pembangkang untuk bersatu menentang BN pada PRU14 dengan syarat penyatuan tersebut dibuat atas dasar agama.
Menurutnya, pengalaman sebelum ini memaksa Pas meletakkan syarat dan ia perlu dilakukan, kalau mendapat persetujuan semua, satu lawan satu mungkin dilaksanakan, bagaimanapun jika sebaliknya, Pas tetap menentang walau empat penjuru.

Gangguan seksual: Jangan salahkan pelajar, guru perlu kawal diri, kata PAGE

Noor Azimah berkata, tumpuan perlu diberikan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa dan sebagai orang dewasa, guru perlu matang dan bertanggungjawab.
azimah-rahim-1
PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak sepatutnya menyalahkan pelajar yang merupakan mangsa sebenar dalam kes gangguan seksual membabitkan guru, kata Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan Malaysia (PAGE).
Pengerusi PAGE, Datin Azimah Rahim mengulas tindakan Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak menuding jari ke arah pelajar dalam sesetengah kes di mana guru, khasnya lelaki diganggu secara seksual oleh pelajar tingkatan 4 dan 5.
Kamarozaman meminta orang ramai memahami gangguan seksual bukan salah guru sahaja, susulan pendedahan Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, pada Isnin lalu, terdapat 15 kes guru mencabul kehormatan pelajar antara 2010 hingga 2016.
Katanya, masalah bermula apabila guru dan pelajar jatuh cinta, jadi guru perlu kekal profesional dalam situasi sedemikian “kerana ia membabitkan emosi dan perasaan”.
Noor Azimah mengingatkan Kamarozaman yang kanak-kanak adalah mangsa sebenar dan guru perlu mempunyai kawalan diri lebih baik kerana mereka adalah orang dewasa.

Barisan PPBM: Selamat datang Umno ‘Team B’?

Barisan kepimpinan diumumkan semalam dipenuhi bekas pemimpin Umno, dan tidak membantu meningkatkan kewibawaan PPBM dalam mendukung aspirasi pembangkang.
PPBM-UMNO
KUALA LUMPUR: Barangkali apa yang sedikit mengejutkan pada pengumuman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam adalah beberapa nama yang dilantik dalam barisan kepimpinannya.
Paling menonjol adalah Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai naib presiden.
Bukan sangat kerana dia tidak pernah muncul atau namanya tidak timbul dalam apa saja hal berkaitan PPBM, tetapi kedudukannya sebelum ini sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Lapan tahun (2000-2008) mengemudi badan pilihan raya itu, Rashid menjadi sasaran serangan pembangkang berhubung isu pilihan raya tidak adil, dan dia tidak pula menunjukkan kesungguhan untuk membuktikan sebaliknya – tidak seperti 3 bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Kedua adalah Zahid Mat Arip, yang dilantik menjadi ahli majlis pimpinan tertinggi. Bekas “murshidul am” sebuah kumpulan bernama Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) itu merupakan salah seorang watak yang digunakan untuk menyerang pembangkang – dan merupakan abang kepada nama-nama seperti Datuk Seri Jamal Yunus, Ali Tinju dan sebagainya.
Nama lain seperti bekas naib ketua Umno Pagoh, Datuk Shahruddin Md Salleh; bekas exco Pemuda Umno Mohd Rafiq Naizamohideen dan bekas ketua Pemuda Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.
Hari ini mereka menjadi pemimpin parti pembangkang, yang akan berkata-kata mengikut nada pembangkang di Malaysia. Reformasi institusi, tadbir urus yang baik serta hak asasi (sekadar menyebut beberapa “catchphrase”) akan menjadi ratib mereka.

GAJI & KEISTIMEWAAN MENTERI – APA KATA RAKYAT MALAYSIA?


Pendedahan menarik berhubung gaji dan ‘keistimewaan’ para menteri di Malaysia ini, seperti membuktikan seolah-olah selama ini mereka tidak menghiraukan nasib rakyat memandangkan kehidupan serta pendapatan mereka tidak sedikit pun terjejas berikutan apa jua kemelesetan ekonomi mahupun kenaikan harga barang yang membebankan.
Pendedahan ini difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemel oleh seorang yang mendakwa sebagai Pegawai Bahagian Kewangan, Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya ke laman blog Tranungkite Online yang boleh dijadikan rujukan maklumat betapa besar jumlahnya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia.
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-
1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Dan Menteri:-
1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber
Kata pemberi maklumat (penghantar emel tersebut) diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang…

Skandal 1MDB: Bekas pegawai bank BSI guna telefon ‘Bangla’ simpan rahsia

Dalam perbicaraan pertama kes itu di Singapura, saksi berkata mereka juga mendapat jutaan untung rahsia hasil urus niaga dengan 1MDB.
bsi
SINGAPURA: Seorang saksi memberitahu mahkamah di sini semalam bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei yang sedang dibicarakan dalam kes berkaitan skandal 1MDB, sebelum ini menggesanya menggunakan telefon “Bangla” supaya perbualan mereka tidak boleh dikesan.
Kevin Swampillai dalam keterangannya sebagai saksi pendakwa berkata Yeo yang juga bekas penyelianya turut menggunakan telefon “Bangla” – telefon bimbit milik pekerja pembinaan yang sudah meninggalkan Singapura.
“Saya juga ada minta dia dapatkan saya satu (telefon), tapi dia kata susah dan cadangkan saya cari sendiri, beli kad sim atau telefon kedua supaya komunikasi kami rahsia,” katanya dipetik daripada Straits Times Singapura (ST).
Mereka juga menggunakan teks rahsia dalam komunikasi di Telegram untuk mengelak dikesan selepas Jabatan Hal Ehwal Komersial memperhebatkan siasatan terhadap urus niaga mereka dengan 1MDB pada Oktober tahun lalu.
Butiran terperinci bagaimana mereka cuba mengelak dikesan menggunakan telefon itu terbongkar pada hari ketiga perbicaraan Yeo yang berdepan 4 pertuduhan kerana memutarbelitkan proses keadilan dengan memujuk saksi berbong kepada polis dan memusnahkan bukti.
Dia juga berdepan pertuduhan pengubahan wang haram, menipu dan pemalsuan tetapi kes berkenaan akan dibicarakan di mahkamah berasingan tahun depan.
Akhbar itu melaporkan, Kevin dalam keterangannya berkata Yeo, 33, meletak jawatan di BSI, bank persendirian Switzerland itu untuk menyertai taikun Malaysia, Jho Low selepas mendapat tawaran gaji $500,000 setahun.
Bagaimanapun, peguam Yeo membantah keterangan itu dan berkata anak guamnya tidak mendapat tawaran kerja daripada Jho Low.
Kevin, 52, sebelum ini ialah ketua perkhidmatan pengurusan harta BSI sebelum digantung dan kini masih belum bekerja.
Saksi memberitahu mahkamah dia merangka pelan untuk membuat “fi pengurusan besar” daripada penubuhan syarikat dana yang akan menguruskan keuntungan daripada urus niaga dengan Brazen Sky, yang dimiliki sepenuhnya oleh 1MDB.
“Idea itu datang daripada saya tetapi Yeo sangat menyokongnya dan bersama saya dalam perbincangan itu,” katanya seperti dilaporkan ST.
Katanya, mereka mendapat berjuta “keuntungan rahsia” daripada urus niaga 1MDB dan mereka menubuhkan “shell company” Bridge Partners International Management (BPIM) dan Bridge Global Managers untuk menerima “keuntungan rahsia” itu yang akan disalurkan ke syarikat kawalan mereka.

Dana Asing: Siasatan RM2.6b berkaitan rasuah, bukan dari mana duit itu kata timb.menteri Umno

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 'derma' RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sama ada berlaku rasuah dan bukan duit itu dari mana, kata seorang timbalan menteri Umno.
"Kita (SPRM) hanya melihat tentang rasuah, kita tidak lihat tentang duit itu dari mana.
"(SPRM menyiasat) sama ada duit itu tertakluk kepada pelakuan rasuah atau tidak," Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim memberitahu Parlimen malam tadi.
"Kita tidak boleh kata andaian-andaian tentang 1MDB, tentang perkara-perkara di Amerika Syarikat dan Switzerland.
"Mereka mungkin lihat soal aliran kewangan, kita hanya melihat soal rasuah," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2017, dengan tumpuan kepada SPRM dan Felda.
Oleh itu, beliau berkata kes itu, yang telah ditutup awal tahun ini, akan kekal ditutup.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sama ada SPRM akan membuka semula siasatan terhadap skandal derma RM2.6 bilion ekoran saman sivil yang difail Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika pada bulan Julai.

Skandal 1MDB: Riza Aziz bebas daripada siasatan, kata timbalan menteri Umno


Riza AzizRiza AzizAnak tiri perdana menteri Riza Aziz tidak akan berdepan siasatan di Malaysia kerana Putrajaya menganggap beliau tidak terbabit dengan kes rasuah dalam negara, Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata Riza juga tidak terlibat dalam siasatan melibatkan syarikat milik negara 1MDB.
“Riza memang tak termasuk dalam siasatan rasuah… Oleh itu tidak perlu memanggilnya untuk soal siasat,” kata Razali menjawab Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) di Dewan Rakyat semalam yang bertanya sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat Riza susulan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).
Julai lalu, Jabatan Kehakiman AS (DoJ) memfailkan saman merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang berkaitan dengan 1MDB. Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang didakwa disalah guna dan aset lain termasuk rumah mewah, hasil seni, jet peribadi dan kutipan filem Hollywood “The Wolf of Wall Street” terbitan syarikat Riza, Red Granite Pictures.
Turut dinamakan dalam permohonan (DoJ) ialah ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Razali berkata SPRM sudah pun menyoal Jho Low dan perkara itu dianggap “selesai”.
“Dia tidak termasuk dalam ambit penyiasatan kita. Dia bukan bagi duit kepada sesiapa," ujarnya seperti dipetik laporaan FMT hari ini.

1 Lawan 1 : Kelantan ikut Pas pusat walau pahit

KOTA BHARU - Parti lain berhak membuat pelbagai spekulasi mahupun desakan dalam soal strategi satu lawan satu yang dibayangkan Pas bagi menentang BN pada PRU14 nanti.
Namun, bagi Pas Kelantan, mereka akan menerima dan akur dengan keputusan ditetapkan di peringkat pusat meskipun pahit untuk ditelan.
Pas Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pendirian Kelantan mudah, apa sahaja keputusan dibuat oleh kepimpinan di peringkat pusat akan diikuti.
“Cuma kita akan bagi pandangan kita apabila sudah ada keputusan di peringkat pusat dan kita akan berlawan mengikut keputusan yang dibuat. Kita bukan ikut pakatan tetapi akan ikut keputusan pimpinan Pas,” katanya, semalam.
Terdahulu beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan merasmikan Kempen Kawalan Kumbang Merah Palma peringkat negeri dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Karim@Mohd Khari Yusof.
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dilaporkan berkata, parti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti diharapkan rakan pembangkang yang lain.
Bagaimanapun kata Hashim, kerjasama itu tidak akan dipersetujui sekiranya berlaku campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama dan juga terpulang kepada budi bicara pakatan itu bagi menumbangkan BN pada PRU14.
Begitu juga dalam soal cabaran Amanah Perak yang mahu Pas menyertai perhimpunan Bersih 5, jika serius mahu mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU 14 nanti, Che Abdullah berkata, segalanya terletak di bahu Pas pusat.
“Tidak ada masalah dia cabar. Keputusan dibuat di peringkat pusat. Kalau Pas Pusat kata OK, Pas Kelantan akan mengerahkan seramai mungkin untuk sertai. Kalau (Pas) pusat kata tidak, kita tidak akan pergi,” katanya.

'Tun M mulanya tidak setuju Mukhriz Timb Presiden BERSATU'

BERSATU tak 'masuk' Sabah, beri laluan parti WARISAN

"Najib sengaja mahu rusuhan antara Baju Merah dan BERSIH" dakwa Tun M

Projek internet sekolah gagal, kata kesatuan guru

Tidak ada guna projek 1BestariNet diwujudkan sekiranya guru tidak boleh menikmatinya sehingga terpaksa menggunakan perkhidmatan internet daripada syarikat swasta lain.
kamarrozzaman
PETALING JAYA: Projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion gagal membantu guru menggunakan kemudahan internet bagi tujuan pengajaran, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak berkata, hanya sebilangan pelajar boleh menggunakan kemudahan internet malah guru terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk mendapatkan kemudahan internet untuk mengajar.
“Kalau 10 pelajar, hanya 5 pelajar sahaja boleh guna,” katanya kepada FMT mengenai masalah 1BestariNet, projek untuk menghubungkan lebih 10,000 sekolah kerajaan dengan kos RM4.1 bilion.
Ia diperkenalkan bekas menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd.
Kamarozaman berkata gangguan kemudahan internet di bawah projek itu menjejaskan proses pembelajaran.
“Kadang-kadang guru terpaksa beli sendiri broadband dan bayar sendiri, malah sekolah guna Unifi dan sekolah bayar sendiri,” katanya merujuk perkhidmatan jalur lebar dibekalkan Telekom Malaysia.
“Ia merupakan satu pembaziran apabila 1BestariNet ada, tapi guru tak boleh guna.”
Jabatan Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini membentangkan laporan berhubung 1BestariNet yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 dan dibentangkan di Parlimen pada 10 November 2014.

Sertai BERSIH Jika Benar Mahu SATU LAWAN SATU!

Pas dicabar sertai Himpunan Bersih 5

IPOH - Pas dicabar menyertai Bersih 5 jika serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perkara tersebut ditekankan kerana Pas antara parti yang menolak penganjuran himpunan berkenaan sebelum ini.

"Kalau benar-benar serius (bersama), Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin perlu arahkan ahli parti di semua peringkat hadir pada 19 November nanti di Dataran Merdeka.


"Kehadiran itu akan menghilangkan persepsi bahawa mereka kurang serius seperti sebelum ini," katanya.

Sebelum ini, Hashim menegaskan Pas bersetuju dengan konsep satu lawan satu yang dikemukakan pakatan pembangkang bagi menumbangkan BN pada PRU14.

Bagaimanapun, Hashim mengingatkan kerjasama itu tidak akan dipersetujui sekiranya berlaku campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama Islam.

Mohammad Nizar berkata, beliau juga tidak menolak persetujuan Pas untuk mengadakan kerjasama itu disebabkan kelemahan pentadbiran dan penurunan sokongan rakyat.

"Mungkin Hashim respon untuk satu lawan satu disebabkan kajian yang mendapati Pas mungkin tumbang di Kelantan, penolakan sokongan rakyat. Ditambah lagi dengan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355," katanya.

 Apakah kerana setelah dikencing oleh UMNO (seperti yang diakui sebelum ini oleh Naib Presidennya, Idris Ahmad), PAS kini membuat kenyataan bersetuju untuk SATU LAWAN SATU?

Kelmarin, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyataan PAS sedia untuk satu lawan satu.

Pas mengakui bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.
-Sinar Harian


Dan hari ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan:

Zaid selar Pakatan ‘terdesak’ kerana dekati PAS

Beliau mengulas kesediaan presiden PAS menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan.
zaid-ibrahim-pas-1
PETALING JAYA: Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim memberi amaran Pakatan Harapan akan hilang sokongan sekiranya ia mengadakan sebarang kerjasama dengan PAS tanpa terlebih dulu memastikan parti itu mengabaikan agendanya melaksanakan hudud.
Zaid berkata Pakatan kini kembali mesra dengan PAS.
“Sudah pasti mereka akan ditentang sekiranya mengadakan kerjasama dengan (Presiden PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa PAS mengabaikan rancangan hududnya di Kelantan,” katanya kepada FMT.
Bulan lalu, ketua sekretariat Pakatan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata gabungan PKR, DAP dan Amanah itu sudah memulakan rundingan dengan parti pembangkang lain termasuk PAS dalam menjalinkan kerjasama melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Baru-baru ini, Pakatan dilaporkan menjemput semua parti pembangkang hadir di Konvensyen Pakatan Harapan pada November 12.

Adakah Pandikar akan mohon maaf arah ahli parlimen keluar dewan?

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu sidang media Khamis lalu di Parlimen bahawa, “In the British House of Commons, no MP has ever walked out during the tabling of a budget, never”.
Namun dengan carian mudah di google, tanpa memerlukan pasukan penyelidik dan setiausaha seperti yang dimiliki Pandikar, kita boleh temui bahawa pada pembentangan belanjawan kedua pentadbiran Margaret Thatcher dalam tahun 1981, ramai anggota parlimen daripada parti konservatifnya sendiri meninggalkan sidang ketika Chancellor of the Exchequer (Menteri Kewangan) Geoffrey Howe membentangkan belanjawan.
Adakah Pandikar akan memohon maaf kepada ahli-ahli parlimen pembangkang yang meninggalkan dewan ketika ucapan belanjawan 2017 oleh Datuk Seri Najib Razak setelah diminta keluar oleh Pandikar, atau adakah beliau akan menuduh saya mempersendakan Speaker di luar Parlimen?
Pandikar juga menyebut dalam sidang media yang sama, “We always say we are a democratic country so we should emulate how other democratic countries, how the House of Commons operate. We like to quote that, but we don’t act like the lawmakers we refer to”.
Di Malaysia, Speaker Dewan Rakyat bukanlah seorang wakil rakyat yang dilantik melalui pilihanraya umum. Ini adalah satu keanehan paling besar dalam sebuah sistem demokratik. Tidak ada tempat lain di dunia, terutamanya di UK, Australia, Kanada, New Zealand yang menjadi contoh sistem parlimen Westminster, yang membolehkan seorang yang tidak dilantik melalui pilihanraya untuk menjadi Speaker.

Tadbir urus negara: Adakah ditahap yang baik?

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika menyampaikan ceramahnya dalam majlis dianjurkan Ikram.Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika menyampaikan ceramahnya dalam majlis dianjurkan Ikram.
Pada 31 Oktober 2016, berlangsungnya satu Ceramah Khas bersama Yb Dato' Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (Ahli Parlimen Tambun dan Mantan Menteri Kewangan 2) bertajuk “Kepentingan Tadbir Urus yang Baik dalam Pengurusan Kewangan Negara” anjuran Biro Penyelidikan Ikram di SpaceU8 Shah Alam.
Mencontohi Kepimpinan Umar Alkhattab r.a
Sebelum kupasan Datuk Seri Ahmad Husni semalam, Hj Nahar Md Nor (Setiausaha Agung Pertubuhan Ikram Malaysia) merangkap moderator, membuka majlis dengan satu hadis iaitu "Orang yang paling sakit siksaan dihari kiamat adalah pemimpin yang zalim dan curang (Hr Tabrani dari Abdullah Bin Mas`ud).
Beliau turut berkongsi sebuah kisah tentang Umar Alkhattab ra yang mana berlaku selepas peperangan dengan kerajaan Parsi. Umar membahagikan harta rampasan perang iaitu kain kepada rakyatnya. Keesokan harinya masing-masing memakai baju daripada kain yang dibahagikan termasuk Umar Alkhattab ra.
Tiba-tiba bangun seorang sahabat dan membantah, “Kami tidak mahu mendengar dan taat pada tuan”. Lalu Umar bertanya, “Mengapa kamu berkata begitu?”. Kemudian dia membalas, “Dari mana kamu mengambil baju yang kamu pakai ini sedangkan jika ikut pembahagian semalam, kain yang kamu dapat tidak cukup untuk tubuh kamu”. Maka Umar menyuruh anaknya Abdullah bangun untuk menjelaskan. Maka kata Abdullah “Saya beri bahagian saya kepada ayah saya”.
Inilah contoh terbaik dari seorang pemimpin. Membenarkan rakyat bertanya seperti Saidina Umar yang terbuka kepada muhasabah dan mempraktikkan ketelusan dalam pemerintahan.
Kegelisahan Rakyat Marhaen
Rakyat Malaysia pada hari ini semakin gelisah dengan situasi ekonomi negara. Rakyat merasakan ditipu oleh pemimpin yang salah guna kuasa. Selain itu, tekanan dan kesempitan hidup dirasai sehingga hari ini seperti mana semalam kita dikhabarkan dengan kenaikan harga minyak dan secara tidak langsung akan membawa kepada kenaikan barang dan sebagainya.
Cukuplah tragedi yang menimpa Allahyarham Sukri Saad sebagai pengajaran, kerana tekanan dan kesempitan hidup. Ya, kita tahu peristiwa itu bukanlah cara terbaik untuk keluar daripada kepompong kesusahan dan kesulitan, tetapi ia menggambarkan bagaimana sistem menghimpit rakyat marhaen dari terus mendapatkan hak mereka, sebaliknya kroni-kroni dan penguasa terus bebas untuk ‘merompak’.