Rabu, 2 November 2016

Adakah Akta Rahsia Resmi Mengatasi Perlembagaan ?

Akta Rahsia Kerajaan BUKAN Untuk Tutup Jenayah - Tun Mahathir

PAS sedia runding dengan PH tapi 'jangan kacau rumah kami' - Hadi

Kesediaan PAS untuk satu lawan satu, agenda penting Konvensyen PH, kata Rafizi

MOGA PAS KEKAL ISTIQAMAH

Pendirian baru Pas sejak sehari dua ini tentunya amat dialu-alukan oleh semua pihak yang mengharapkan akan wujud perubahan dan pembaharuan dalam negara selepas PRU 14 akan datang.

Setelah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin seakan berubah nada dengan mengatakan parti itu sedia bersama parti-parti pembangkang lain untuk bertanding satu lawan satu menentang BN asalkan penyatuannya  atas dasar agama Allah, kini Presiden Pas, Hadi Awang pula bersuara hampir sama.

Kata Hadi, Pas sudah lama membuka pintu kepada konsep satu lawan satu bagi tujuan mengalahkan BN pada pilihanraya umum akan datang.
Selain mengatakan sedia berunding ke arah itu, Hadi cuma mahukan "jangan kacau rumah kami".

Meskipun berkata, "jangan kacau rumah kami", yang penting ialah Hadi dalam masa yang  sama masih terbuka kepada perundingan dengan parti-parti lain dan  tetap dengan pendirian untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Berbanding sebelum ini, pendirian Hadi sekarang nampaknya mula menunjukkan perubahan yang positif. Ini bukan saja membawa berita melegakan kepada pihak pembangkang, malah juga kepada harapan rakyat yang rata-ratanya sudah jemu dengan pemerintahan  UMNO dan BN serta berperdana-menterikan Najib Razak.

SIAPA MENTERI KEWANGAN ??...


TU DIA !!!..
Menteri Kewangan 'Orang Melayu' sendiri telah mengeluarkan lesen bank perdagangan kepada bank Komunis-China iaitu China Construction Bank (Malaysia) Berhad yg merupakan anak syarikat MILIK PENUH China Construction Bank Corporation Ltd.

KELUARGA BAHAGIA 1MDB...

APA ?? Sejumlah US$238 (hampir RM1 bilion) juta masuk ke akaun Anak Rosmah, Riza Aziz/ Red Granite ??!!

MO1 pon apa kurangnya, dapat berbilion2 lagi..

Apa yg anda boleh kata bila melihat sejumlah dan berbilion2 ringgit disonglap oleh penyangak2 berlesen yang sukar digugat kedudukannya..

Pertemuan pembangkang permulaan baik untuk Bersatu

PUTRAJAYA - Parti Bersatu mengesahkan telah menerima jemputan untuk mengadakan perbincangan dengan Pas dan Pakatan Harapan dalam masa terdekat.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertemuan tersebut merupakan permulaan baik untuk Bersatu memulakan rundingan dengan parti-parti pembangkang lain mengenai bentuk kerjasama menjelang PRU14.
"Berita baik yang pertama, Pas telah menyatakan persetujuan untuk adakan perbincangan dengan kita. Tarikh pun telah ditetapkan dan bagi kami, itu satu langkah ke hadapan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin "Kedua, Pakatan Harapan sudah memberikan jemputan untuk kami hadir dalam satu mesyuarat antara pemimpin-pemimpin mereka dalam tempoh terdekat. Dari situ kita boleh dapat mengorak langkah bagi bentuk kerjasama yang sesuai dan boleh dijalinkan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam pertemuan tersebut, Bersatu akan memulakan proses rundingan bagi kerusi-kerusi yang boleh ditandinginya dalam PRU14.
"Bersatu dah teliti semua kerusi di negara ini yang berada di bawah Pakatan Harapan dan Pas. Jadi kita akan lihat kepada asas 'winnability'.
"Apa pun kita kena bincang dan ini mungkin ambil masa. Tetapi kita harap dapat penyelesaian yang dipersetuju oleh semua parti mengenai jumlah kerusi patut ditandingi Bersatu," katanya.
Menyentuh mengenai pertemuan dengan Pas, katanya, ia akan diadakan dengan pimpinan Pas secara beberapa peringkat.
"Ada beberapa pimpinan Pas yang telah diberikan amanah. Ada beberapa peringkat nanti, ini peringkat pertama. Kemudian disusuli peringkat tertinggi," katanya.

Ahli PPBM: Khairuddin lebih layak berbanding Rashid

Zaeinal berkata, kebanyakan muka baharu yang dilantik itu, selama ini hanya membisu ketika pemimpin lain berjuang bermati-matian menentang pentadbiran Najib.
Zaeinal-Abidin-Omar
PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan lebih layak menjadi naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berbanding Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, kata ahli seumur hidup parti baharu itu.
Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar menyuarakan bantahan dan kekecewaan terhadap pelantikan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), susulan pengumuman barisan kepimpinan PPBM hari ini.
Katanya, kebanyakan muka baharu yang dilantik itu, selama ini hanya membisu ketika pemimpin lain berjuang bermati-matian menentang pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Mereka yang baharu dilantik pegang jawatan tertinggi ini, saya tidak nampak keikhlasan dan pendirian melawan Najib, kita tak nak lalang yang tidak ada pendirian jadi pemimpin.
“Kita nak pemimpin yang betul-betul ikhlas, kita tidak tahu sejauh mana pendirian mereka sebab mereka tidak pernah tunjuk keberanian mereka menentang Najib, mereka hanya menumpang dan ambil kesempatan di atas kejayaan penubuhan PPBM,” katanya kepada FMT hari ini.
Pada 27 Oktober lalu, Khairuddin mengumumkan beliau keluar daripada PPBM, berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, beliau berbuat demikian untuk menumpukan perhatian bagi menangani kes mahkamah yang sedang dan akan berlangsung “secara berterusan” selepas ini.
Hari ini, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipilih untuk mengisi kekosongan timbalan presiden PPBM, sementara Rashid pula dilantik sebagai naib presiden.
Selain Rashid, 2 lagi naib presiden ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng yang dipecat, Datuk Hamidah Osman serta peguam, Datuk Abdul Rashid Asari.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times, Datuk Kadir Jasin; abang Muhyiddin, Tan Sri Abdul Aziz Yassin; Tariq Ismail yang merupakan cucu bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Ismail Abdul Rahman serta bekas Exco Pemuda Umno, Mohd Rafiq Naizamohideen pula dilantik sebagai ahli MPT PPBM.
Zaeinal berkata, PPBM sepatutnya melantik Khairuddin memegang jawatan tinggi berbanding mereka yang tidak pernah membantu dalam pembentukan parti itu.

Hanya luah rasa kecewa, Umno pertahan tindakan baling baldi

Pemuda Umno menafikan ia tindakan samseng, sebaliknya menuduh Bersih lebih layak mendapat gelaran itu kerana pernah menghina pemimpin negara.
zein
SHAH ALAM: Umno Selangor hari ini tampil mempertahankan tindakan sayap Pemuda membaling baldi dan botol ke dalam kawasan pusat pentadbiran kerajaan Selangor susulan masalah gangguan air yang dihadapi rakyat negeri itu.
Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata perbuatan itu menunjukan perasaan kecewa mereka terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sekali gus menafikan perbuatan itu sebagai samseng.
“Baling baldi itu merupakan kehampaan kita. Kita bukan baling pada orang. Saya lihat pemuda lontar baldi itu sebab mereka tak bagi masuk. Apa salah kalau bagi masuk untuk mereka diserahkan memorandum kepada Azmin.
“Bila Umno buat tindakan (baling baldi) senang sangat nak cop kita samseng. Tengok Bersih, gambar perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) dipijak, gambar pemimpin parti Islam dipijak, kereta polis diterbalikkan. Saya rasa itu lebih samseng,” katanya semasa sidang media pada majlis minum petang bersama media di Shah Alam, hari ini.
Semalam, beberapa pemuda Umno berkumpul di hadapan pusat pentadbiran kerajaan Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan gangguan bekalan air di negeri itu berikutan masalah pencemaran.
Kira-kira 200 orang diketuai Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah bertindak membaling baldi dan botol air ke dalam kawasan bangunan sambil cuba merobohkan pagar besar, selepas berarak dari Bangunan Perangsang di pusat bandar Shah Alam.

Dewan Rakyat kecoh isu soal siasat polis terhadap ahli Parlimen

Ahli Parlimen pembangkang meminta polis menghormati kekebalan yang diberikan kepada mereka untuk bercakap dalam Dewan Rakyat.
gobind-1mdb-1
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh apabila ahli Parlimen mempersoalkan siasatan polis terhadap 3 bekas menteri Umno yang membangkitkan perkara berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tiga menteri berkenaan adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM-Pagoh), Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna) dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno-Tambun).
Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) berkata, terdapat imuniti bagi ahli Parlimen untuk bercakap di Dewan Rakyat.
“Kami mempunyai imuniti apabila bercakap, selain perkara di bawah Akta Hasutan. Selain daripada itu, pihak polis tidak boleh bertindak,” kata Gobind.
M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) bertanya kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar menghormati Dewan dan mengambil kenyataan daripada semua bekas menteri itu selepas tamat sidang pada 25 November.
“Mengapa pihak polis tidak boleh menunggu sehingga akhir sidang Parlimen sebelum merakam (kenyataan)? Sekurang-kurangnya hormati Dewan.”
Kulasegaran berkata, tindakan polis itu menimbulkan persepsi yang ia mengancam ahli Parlimen dan tidak menghormati keistimewaan Parlimen.
Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Umno-Setiu) mencelah dan mempertahankan tindakan polis mengambil kenyataan daripada semua bekas menteri itu.
Beliau memetik Perkara 63 (4) dan 63 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keistimewaan tidak mutlak dan ahli Parlimen tidak bertanggungjawab atas tindakan atau ucapan yang merupakan sebahagian daripada prosiding Parlimen.
“Bagaimanapun, ia tidak mengatakan (polis) tidak boleh merekodkan kenyataan.”
Gobind segera berdiri dan berkata: “Pihak polis tidak boleh menyiasat jika tidak ada sebarang kesalahan.”
Zahid yang juga menteri dalam negeri, menjawab kenyataan polis akan diambil bagi kemungkinan pelanggaran sumpah kerahsiaan.

Campur tangan luar tak diperlukan demi kestabilan politik, kata Zahid

Malaysia tidak harus dipengaruhi pembiayaan dana-dana luar sama ada kepada media dalam talian, organisasi, NGO mahupun mana-mana individu, kata TPM.
zahid-hamidi-kuasa-luar
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Malaysia tidak perlu campur tangan pihak luar untuk menentukan hala tuju politik negara ini.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, acuan politik negara ini sudah sesuai dengan situasi dan suasana politiknya.
“Malaysia tidak perlu mempunyai pembiayaan dari luar yang boleh meminggirkan pemikiran utama rakyat secara keseluruhannya.
“Malaysia juga jangan seharusnya dipengaruhi dengan pembiayaan dana-dana luar yang sama ada kepada media dalam talian, organisasi, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun mana-mana individu,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Zahid menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang bangkit mencelah ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 bagi kementeriannya.
Liang meminta penjelasan berhubung laporan media tentang sebuah badan asing dipengerusikan jutawan George Soros yang didakwa membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.
Menjelas lanjut, Zahid berkata kerajaan komited untuk menyiasat mana-mana organisasi, warta berita atau media yang disyaki memperoleh sumber dana asing.
“Saya harap campur tangan pihak luar tidak seharusnya berlaku demi kestabilan politik negara ini,” katanya yang mengambil masa hampir 4 jam menggulung perbahasan bagi kementerian itu.
Dalam pencelahannya, Liang menyuarakan kebimbangannya tentang peranan Soros yang mempunyai hubungan dengan syarikat rangkaian antarabangsa dan pihak media asing yang melobi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
“China beri amaran serius terhadap George Soros dan kita harap ada tindakan tegas diambil bagi tujuan yang mendorong kepada rampas kuasa,” katanya.

Zahid: Polis larang Baju Merah, Bersih 5 protes di Dataran Merdeka

Zahid berkata, keputusan itu dibuat kerajaan dan polis bagi mengelakkan pertembungan antara kedua-dua kumpulan terbabit.
zahid-hamidi-polis-merah-bersih
KUALA LUMPUR: Polis hari ini menolak permohonan penganjur Bersih 5 dan gerakan Baju Merah untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, pada 19 November ini, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan pertembungan antara kedua-dua kumpulan terbabit.
“Memang benar penganjur Bersih memohon keizinan polis 10 hari sebelum perhimpunan itu diadakan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.
“Tetapi, Dataran Merdeka tidak termasuk dalam senarai tempat perhimpunan yang diizinkan.
“Seperti kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, DBKL tidak mengizinkan tempat itu digunakan kerana ia tidak digazetkan sepertimana dalam Akta Perhimpunan Aman,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Mhd Amin Nordin hari ini dilaporkan berkata, Dataran Merdeka adalah kawasan larangan bagi penyokong Bersih dan Baju Merah, selepas permohonan kedua-dua kumpulan itu ditolak DBKL.
Zahid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpendapat keputusan DBKL perlu dipatuhi dan menasihatkan kedua-dua kumpulan itu tidak berhimpun pada 19 November nanti.
Menteri dalam negeri itu berkata, tindakan sewajarnya akan diambil polis, jika Bersih dan Baju Merah berkeras meneruskan perhimpunan.
Semalam, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengumumkan perhimpunan Bersih 5 akan diadakan jam 10 pagi hingga 6 petang, 19 November ini.
Peserta akan berhimpun di Dataran Maybank, Jalan Bangsar dan Masjid Negara, sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Tiada individu, premis kebal untuk dedah maklumat OSA, kata Zahid

Halangan sama turut terpakai kepada anggota pentadbiran kerajaan walaupun mereka tidak lagi memegang jawatan itu, kata timbalan perdana menteri.
zahid-hamidi-pandikar
KUALA LUMPUR: Semua anggota pentadbiran kerajaan yang mengangkat sumpah rahsia tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) di mana-mana premis termasuk di Parlimen, kata timbalan perdana menteri.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau merujuk perkara itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan penasihat undang-undang.
Jelasnya, halangan sama turut terpakai kepada anggota pentadbiran tersebut walaupun mereka tidak lagi memegang jawatan itu.
“Mana-mana anggota pentadbiran iaitu yang mengangkat sumpah rahsia yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi tidak boleh sama ada semasa memegang jawatan atau selepas memegang jawatan, di mana-mana premis yang mempunyai kekebalan sekalipun, tidak boleh menyingkap persoalan yang terlingkup di dalam
Akta Rahsia Rasmi,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 peringkat Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, maklumat yang tertakluk di bawah OSA itu juga tidak boleh didedahkan oleh seseorang anggota Parlimen walaupun sewaktu berbahas atau berucap di Dewan Rakyat.

ZAHID PANAS!! Kenapa Muhyiddin Disiasat,Bila Nak Siasat Najib? - Gobind

INILAH SEBABNYA!! Najib Rahsiakan Laporan Audit Daripada Kantoi Kepada Rakyat

‘Husni dialu-alukan sertai Bersatu jika dipecat Umno’

Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini membuka pintu seluas-luasnya kepada Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berikutan ura-ura ahli parlimen Tambun itu akan dipecat dari Umno berikutan soalannya mengenai skandal 1MDB di Dewan Rakyat.
'Husni dialu-alukan sertai Bersatu jika dipecat Umno'Pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin berkata partinya kini hanya memerhati langkah seterusnya yang bakal diambil oleh Ahmad Husni.
“Semua mengikuti perkembangan yang sedang berlaku walaupun saya percaya beliau mempunyai masalah bila menyatakan secara terbuka pendirian beliau di Parlimen baru-baru ini dan kita semua tahu persoalan penting adakah Umno akan mengambil apa-apa tindakan.
“Mungkin beliau akan diambil tindakan atau tidak kita tak tahu tetapi bagi kami, kami memerhati perkembangan itu dari jauh.
“Walau apa pun kalau Datuk Seri Husni rasa agak selesa untuk bersama dengan kita ‘kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan,” kata Muhyiddin dipetik Malaysiakini.
Namun, ketika diajukan soalan apakah BERSATU akan menyediakan jawatan penting kepada Ahmad Husni, Muhyiddin berkata biarlah keputusan dibuat satu persatu.

Anwar seru semua sertai himpunan BERSIH

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru semua pihak agar menyertai perhimpunan BERSIH 5.0 dengan semangat setiakawan yang bakal diadakan pada 19 November ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Komunikasi PKR itu, Anwar berkata, kerajaan telah memungkiri amanah dalam memastikan negara memperkasa demokrasi yang diikrarkan menerusi Perisytiharan Kemerdekaan 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.
Pada masa yang sama, ujar beliau lagi, tuntutan BERSIH 2.0 juga diketepikan.
"Di antara tunggak proses tersebut adalah pelaksananaan pilihanraya adil dan bersih.
"Maka saya menyeru semua rakyat untuk menyertai perhimpunan BERSIH 5.0 dengan semangat setiakawan pada 19 November 2016.
"Kehadiran saudara-saudari akan membantu menjana perubahan di negara Malaysia tercinta," tambah beliau.
Baru-baru ini, BERSIH mengumumkan dua tempat pertemuan dalam perhimpunan BERSIH 5.0 iaitu Dataran Maybank di Jalan Bangsar dan Masjid Negara.
Seterusnya, para peserta akan mara dan berhimpun di Dataran Merdeka.
Perhimpunan berkenaan akan bermula pada jam 10 pagi dan berlanjutan sehingga 6 petang.
Pada sidang media hari ini, badan pemantau pilihan raya itu berkata, pihaknya telah mengemukakan notis 10 hari yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada pihak polis.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz menegaskan Dataran Merdeka adalah kawasan larangan bagi penyokong Baju Merah dan penyokong BERSIH.
Beliau memberitahu Malaysiakini tiada kelulusan diberikan kepada himpunan Baju Merah pada 5 November atau perhimpunan BERSIH pada 19 November.
"Tiada perhimpunan (di Dataran Merdeka) akan dibenarkan. Kedua-dua (permohonan) tidak diluluskan," kata Md Amin.

Pemberhentian 75,819 pekerja mungkin jadi beban masyarakat

MTUC sedang merangka dan membuat dasar bagi menyelamatkan pekerja yang terlibat dalam pemberhentian oleh majikan.
Abdullah-Sani-Abdul-Halim-mtuc
PETALING JAYA : Persatuan pekerja dan majikan melahirkan kebimbangan berhubung pemberhentian 75,819 pekerja sejak 2015.
Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Halim menyifatkan jumlah itu adalah kritikal dan pihaknya kini sedang merangka dan membuat dasar bagi menyelamatkan mereka.
“Kita membuat kerangka dan dasar menyelamatkan mereka yang terlibat ini. Beberapa langkah perlu diambil, jangan biar begitu sahaja,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib yang mendedahkan seramai 75,819 pekerja diberhentikan sejak 2015.
Ismail berkata, kontak pekerjaan ditamatkan dalam 2 cara – penamatan kontrak perkhidmatan oleh majikan atau melalui skim pemberhentian secara sukarela (VSS)
Sementara itu, Pengerusi Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan turut bersetuju yang jumlah itu merupakan suatu perkara membimbangkan.
“Kerana kalau mereka tidak diberikan peluang bekerja dan tidak diambil bekerja, mereka mungkin menjadi bebanan kepada masyarakat,” katanya.
Menurut Shamsuddin, pihaknya melihat 2 sektor pemberhentian paling besar adalah perbankan dan perkilangan.

10,000 mahasiswa Umno jelajah 41 Parlimen dekati masyarakat

Polis serbu rumah Sanjeevan, rampas kereta dan motosikal

BN ketandusan isu, hanya mampu telagah soal air

Dihentam media arus perdana, Selangor bangkit lakar kemajuan

TV3 sensasikan air Selangor, 15 minit mainkan isu

'Tak kira merah, kuning tetap dikenakan tindakan,' - tegas TPM

Dakwaan terima Dana Soros, TPM janji akan siasiat

'Hauskan darah', 'sokong Jamal' panaskan sidang Dewan Rakyat

Bagaimana Speaker tahu ucapan mantan menteri itu rahsia Kabinet?

Tidak timbul soal tiga mantan menteri Kabinet mededahkan sebarang rahsia kerajaan seperti yang didakwa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam sidang medianya di Parlimen minggu lepas.
“Dalam perkara itu, saya amat bersetuju dengan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang hairan bagaimana Pandikar tahu tentang ucapan oleh tiga mantan Menteri Kabinet itu telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“Mustahil untuk Speaker mengetahui jika apa yang dikatakan mereka dalam sesi Kabinet telah diulang sebut oleh mereka di Parlimen, kerana Speaker tidak mengambil bahagian dengan perbincangan Kabinet mengenai 1MDB,” ujar Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Oleh itu, kata Kit Siang, tindakan polis memanggil mereka untuk disoal siasat berhubung kritikan terhadap skandal 1MDB di Dewan Rakyat harus ditentang kerana anggota Parlimen mempunyai kekebalan untuk bercakap apa sahaja di Parlimen tanpa melanggar Akta Hasutan.
Malah, setelah pembacaan semula ucapan tiga mantan pemimpin dan pemimpin Barisan Nasional (BN) melalui hansard Parlimen, beliau mendapati tidak ada perkara baru yang disebut oleh trio berkenaan dan mereka hanya mengulang apa yang telah diketahui dunia mengenai 1MDB.
Justeru, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah menyeru agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Dewan Rakyat pada Isnin depan bagi memastikan bahawa kerajaan pimpinannya menegakkan hak keistimewaan anggota Parlimen.

Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR, 2 NOV: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mengelak dan dilihat terpinga-pinga apabila diajukan soalan mengenai dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Gobind singhZahid sebelum ini mendakwa dana besar itu telah disumbangkan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan oleh seorang penderma Arab berdarah raja sebagai usaha untuk mengekang fahaman Islam yang menyimpang daripada terus berkembang di negara ini.
Bagaimanapun, kenyataan itu telah disanggah dengan bukti kukuh oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang mendedahkan bahawa dana berbilion ringgit yang masuk ke akaun peribadi ‘MO1’ berpunca daripada penyelewengan dana syarikat milik negara 1MDB.
Individu ‘MO1’ atau ‘Malaysia Official 1’ yang disahkan sebagai Najib oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, disebut sebanyak 36 kali dalam tuntutan saman yang dikeluarkan DOJ pada Julai bagi merampas aset yang terkait dana diseleweng daripada syarikat sarat hutang itu.
“Yang itu (soal derma RM2.6 bilion) kita telah serahkan hasil siasatan itu kepada pihak task force dan biarlah menteri kewangan kedua menjawab,” kata Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh sebagai menjawab celahan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Sebelum itu, Gobind dalam sesi khas waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (QMT) mahu tahu sama ada siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan memandang terdapat percanggahan fakta dan kenyataan berhubung sumber dana RM2.6 bilion itu.
Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Gobind yang juga Ketua Biro Undang-undang DAP menuntut supaya Zahid menyatakan sama ada kenyataan beliau mengenai derma itu tidak benar dan adakah satu siasatan semula perlu dijalankan.
Bagaimanapun, Zahid menggelak daripada menjawab persoalan berkenaan dan memberi jawapan pendek: “Saya rasakan apa yang saya nyatakan itu akan digulung oleh pihak yang berkenaan dan eloklah tajuk itu kita tukar kepada tajuk lain.”

Tak logik banding minyak masak dengan air mineral

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin meminta pemimpin politik mengeluarkan kenyataan yang lebih relevan berhubung isu-isu semasa pada masa akan datang.
Katanya, tindakan membandingkan harga air mineral dengan harga minyak masak yang digunakan rakyat negara ini adalah tidak logik dan tidak realistik.
"Inilah masalah pemimpin-pemimpin politik kita. Mereka selalu membuat perbandingan dengan keadaan dan situasi tidak sama.
"Pemimpin selalu membandingkan isu semasa dengan keadaan yang lebih teruk tetapi tidak pernah mengambil contoh keadaan semasa yang lebih baik. Analogi yang mereka berikan selalu tidak padan," katanya kepada Sinar Online di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mendakwa harga air mineral lebih mahal daripada minyak masak, Zuraida berkata, perbandingan harga minyak masak sepatutnya dibuat dengan subjek yang lebih tepat.
"Bagaimana kita nak samakan air masak dengan air mineral? Masyarakat ada pilihan sama ada mahu membeli air mineral dengan harga murah atau mahal, atau hanya menggunakan air di rumah.
"Tetapi kita tidak ada pilihan dalam penggunaan minyak masak. Minyak adalah keperluan untuk memasak," katanya lagi.

Daripada belanja RM1.2 bilion beli kapal China, lebih baik tambah peruntukan hospital


KUALA LUMPUR, 2 NOV: Daripada membelanjakan RM1.2 bilion untuk empat kapal tempur pesisir dari China, adalah lebih baik kerajaan menyalurkan wang itu kepada Kementerian Kesihatan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat.
Teo_Nie_Ching_16072013_620_412_100Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berkata pemotongan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan sebanyak RM280 juta telah menyebabkan beberapa hospital memberhentikan secara sementara beberapa ujian makmalnya.
Menurutnya, perkara itu diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya yang menyatakan ia satu cabaran besar bagi mengekalkan kualiti perkhidmatan yang sama berbanding tahun lalu.
“Jika duit untuk pembelian kapal tempur pesisir itu boleh digunakan untuk pesakit, sudah tentu hospital kerajaan tidak akan berdepan masalah kesuntukan wang untuk membeli reagen untuk pesakit di negara ini sehingga hujung September.
“Oleh itu, saya mendesak kerajaan Datuk Seri Najib Razak agar bersimpati dengan rakyat yang sakit dan kurang sihat. Kesihatan dan kesejahteraan rakyat harus diberi keutamaan,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai pada 25 Oktober lalu telah membangkitkan persoalan berhubung penggantungan ujian lab dan kekurangan bekalan perubatan di beberapa hospital dalam negara.

Kuasa saya tak sehebat Khairy, kata Zam

Zainuddin Maidin mendedahkan kuasa beliau terbatas kepada RTM, manakala semua media lain dikawal Geng Tingkat 4.
zainuddin-maidin-khairy-1
PETALING JAYA: Tan Sri Zainuddin Maidin menyangkal tuduhan yang mendakwa beliau punca Barisan Nasional tewas perang siber, sebaliknya menuding jari pada Khairy Jamaluddin.
Bekas wartawan itu akui memegang portfolio menteri penerangan dalam Jemaah Menteri tetapi pada hakikatnya beliau terbatas kerana media dikuasai “Geng Tingkat 4”.
“Pada 2008, saya sebenarnya tidak berkuasa apa-apa pun pada masa itu, sebab yang berkuasa atas kesemua media adalah Jabatan Perdana Menteri sendiri,” katanya kepada FMT.
“Kuasa saya terbatas kepada RTM sahaja. Walaupun saya cuba untuk menguasai lain-lain tempat, tetapi tidak dihormati sebab yang menguasai adalah Tingkat 4.”
Menurut Zainuddin, Geng Tingkat 4 diketuai Khairy Jamaluddin, menantu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau menjawab dakwaan buku biografi ‘Being Abdullah Ahmad Badawi, yang mendakwa tindakannya menolak penggunaan media sosial antara penyebab BN kehilangan 4 negeri dan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, akhirnya membawa kepada kejatuhan Abdullah.
Penulis Datuk Wong Sulong mendakwa Zainuddin tergolong dalam kumpulan konservatif yang berpuas hati dengan kawalan ke atas media arus perdana.
Zainuddin menolak label yang dipakaikan padanya itu.
“Saya berusaha juga mengadakan interaksi dengan pihak media sosial. Kita anjurkan seminar di bawah usaha pengarah Jabatan Penerangan pada masa itu.”
Beliau akui hubunganya dengan media sosial tidak sentiasa mesra.
“Saya juga hentam media sosial sebabnya mereka tidak mengikut arahan, terlalu bebas.
“Itu memang saya kritik tetapi saya tidak mengawal mereka.”

BIOGRAFI PAK LAH: MAHATHIR TAKUT NASIB BERAKHIR MACAM SHAH IRAN, MARCOS


Tun Dr Mahathir Mohamad takut dipenjara oleh penggantinya, dakwa Datuk Annuar Zaini, bekas penasihat khas perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Annuar, yang juga pembantu kepada Tun Musa Hitam ketika menjadi timbalan perdana menteri, berkata Musa menceritakan padanya perbualan dengan Mahathir berkaitan perkara itu.
“Sekarang Musa beritahu saya – dan itu ketika beliau dan Mahathir masih baik – beliau berkata Mahathir sangat bimbang dan gemuruh bila lihat apa yang berlaku pada Shah Iran dan (Ferdinand) Marcos.
“Mahathir beritahu, ‘Musa, jika kita tidak berhati-hati, suatu hari siapa yang ambil alih, dia mungkin heret kita ke mahkamah dan sumbat dalam penjara’,” Annuar dipetik sebagai berkata dalam biografi terbaru Abdullah.
Anuar berkata demikian ketika menjelaskan bagaimana siasatan suruhanjaya diraja (RCI) terhadap “Pita Linggam” antara faktor yang “mematerai nasib Pak Lah”, beliau dipetik dalam biografi tulisan wartawan Wong Sulong.
Annuar, yang juga pengerusi agensi berita negara Bernama ketika era Abdullah, berkata Mahathir terganggu apabila beliau terpaksa memberi keterangan pada RCI berkaitan Pita Lingam.
Lebih-lebih lagi apabila Abdullah hadir ke makan malam Majlis Peguam.
Kemudian tambah Annuar lagi, membuatkan Mahathir memutuskan Abdullah mesti berundur.
RCI itu ditubuhkan pada 2007 susulan kebocoran video lapan minit yang menunjukkan dakwaan peguam kanan Datuk VK Lingam menetapkan pelantikan hakim.
Beliau dirakam membincangkan perkara itu dengan taikun Tan Sri Vincent Tan dan seorang lagi ahli politik parti pemerintah, yang dianggap orang tengah untuk Mahathir.
RCI memutuskan bahawa klip video itu sahih dan Lingam memang berbual berhubung pelantikan hakim dengan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang kemudian dilantik sebagai ketua hakim.
Ia mencadangkan tindakan terhadap enam individu, termasuk Lingam dan Mahathir.

Terima dana luar kerana kerajaan tak beri bantuan, kata aktivis

Kerajaan atau syarikat besar enggan memberi bantuan kepada NGO yang dilihat agak lantang terhadap kerajaan.
danaPETALING JAYA: Kesukaran mendapatkan bantuan dana daripada kerajaan menyebabkan kebanyakan badan bukan kerajaan (NGO) menerima bantuan dari luar, kata seorang aktivis yang enggan didedahkan namanya.
Beliau berkata, kerajaan cenderung memberi bantuan kepada NGO menyokong mereka atau persatuan anak yatim, nelayan dan sebagainya.
“Itu daripada kerajaan. Reaksi yang sama juga diterima syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat multinasional. Kalau sesuatu NGO itu dilihat agak lantang, mereka tak akan beri dana sebab dengan alasan nanti susah untuk mereka nak buat (perniagaan) di Malaysia.
“Kalau tengok (syarikat seperti) Shell, BP ataupun Celcom, tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka, tengok, siapa yang mereka mereka berikan dana? Selalunya untuk perkara yang tak begitu kontroversi seperti anak yatim, individu yang mempunyai kanser, Aids dan lain-lain,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas cadangan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa semalam yang mahu satu undang-undang menyiasat kemasukan dana asing ke negara ini.
Annuar berkata, undang-undang tersebut penting bagi kerajaan mengetahui sumber pembiayaan tersebut, sekali gus mengelak wujudnya ancaman pengaruh luar untuk menjatuhkan kerajaan.
Mengulas lanjut, aktivis itu turut ditanya sama ada NGO yang diwakilinya mempunyai perjanjian dan syarat-syarat bagi penerimaan dana terbabit.
“Selalunya bila NGO antarabangsa atau negara lain beri dana, memang ada perjanjian tapi selalunya mereka beri wang sahaja. Mereka tak ada minta anda buat ini dan itu,” katanya.
Menurutnya, sesebuah NGO itu perlu membuat kertas kerja terlebih dahulu dan memberikan cadangan apa yang dirancang bagi permohonan dana itu.
“Mungkin saya nak buat projek, penyelidikan atau bengkel. Mereka lihat apa yang anda cadangkan dan akan bersetuju untuk membiayai,” katanya.
Bagaimanapun, kemungkinan untuk ditolak dan tidak ditaja boleh terjadi atas alasan tidak bersesuaian dengan pemberi dana.

Kerajaan, pembangkang perlu tertakluk undang-undang dana asing

Dr Azmi Sharom berkata melihat rekod di negara ini, undang-undang yang dicadangkan ketua penerangan Umno itu hanya digunakan kepada pembangkang.
PETALING JAYA : Cadangan untuk mewujudkan undang-undang siasat kemasukan dana asing ke negara seperti dicadangkan Tan Sri Annuar Musa perlu dikuatkuasakan secara sama rata, kata Profesor Dr Azmi Sharom.
Pensyarah undang-undang Universiti Malaya itu berkata jika dilihat kepada rekod di negara ini, undang-undang seperti dicadangkan ketua penerangan Umno itu hanya digunakan kepada pembangkang.
“Kalau kita lihat kepada rekod negara ini, undang-undang sebegini hanya digunakan kepada pembangkang saja. Tak ada gunanya.
“Jadi ia akan digunakan sebagai alat untuk memburuk-burukkan pembangkang, sedangkan undang-undang seperti ini harus digunakan ke atas Umno, MCA, MIC dan semua sekali,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Annuar semalam yang mahu satu undang-undang diwujudkan untuk menyiasat kemasukan dana asing ke negara ini.
Annuar berkata undang-undang itu penting bagi kerajaan mengetahui sumber pembiayaan tersebut, sekali gus mengelak wujudnya ancaman pengaruh luar untuk menjatuhkan kerajaan.
Azmi berkata beliau melihat niat Annuar itu tidak baik kerana ia bertujuan untuk menyelamatkan kerajaan Umno dan BN.
“Jadi ini bukanlah satu cadangan yang boleh saya sokong,” katanya.

Boleh bincang, jangan kacau rumah kami sudah, kata Hadi


Hadi ketika ditemui wartawan di Parlimen hari ini berkata, boleh bincang kerjasama tetapi jangan kacau dalam rumah Pas.Hadi ketika ditemui wartawan di Parlimen hari ini berkata, boleh bincang kerjasama tetapi jangan kacau dalam rumah Pas.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan syarat agar DAP dan lain-lain parti pembangkang jangan campur urusan dalaman Pas jika hubungan dengan parti itu mahu dipulihkan.
"Jangan kacau dalam rumah kami sudah," kata Hadi ketika menjawab persoalan tentang kerjasama antara kedua-duanya bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketika keluar dari Parlimen, Hadi ditanya apakah parti itu boleh bekerjasama dengan pembangkang khasnya DAP dalam pilihan raya umum akan datang.
Ia bertujuan untuk membolehkan pertandingan satu lawan satu berlaku antara pembangkang dengan BN.
Menurut Hadi, Pas sudah lama membuka pintu perundingan itu dan ianya tidak ditutup.
"Cuma bila masuk tu, jangan kacau hal dalam rumah," kata Hadi tetapi tidak menjawab apakah ia bermaksud Pas boleh bekerjasama semula dengan DAP.
Hubungan Pas dengan parti lain khasnya dalam Pakatan Rakyat pecah apabila parti itu memutuskan hubungan dengan DAP ekoran tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Hadi.
Sesetengah pihak dalam kepimpinan Pas tidak bersetuju dengan cara Abdul Hadi mengendalikan hubungannya dengan rakan-rakan mereka menyebabkan berlaku perpecahan dalam Pas.
Ia kemudiannya membawa kepada penubuhan Amanah.

Pakar ekonomi desak Putrajaya dedahkan kaedah kira harga minyak

Ia akan memudahkah peniaga dan orang ramai merancang kewangan jika mereka boleh meramal harga minyak dengan lebih jelas, kata pakar ekonomi.
Azrul Azwar Ahmad TajudinPETALING JAYA: Putrajaya perlu mendedahkan kaedah yang tepat bagi mengira harga bahan api supaya peniaga dan orang ramai boleh merancang kewangan mereka dengan lebih baik, cadang pakar ekonomi.
Profesor dalam bidang ekonomi di Business School University Sunway, Yeah Kim Leng berkata pengiraan kerajaan berhubung harga petrol selama ini tidak jelas.
Bercakap kepada FMT, beliau berkata dengan jangkaan harga petrol meningkat pada tahun akan datang, sebarang kenaikan tidak dijangka bagi perniagaan akan dapat dilihat pada harga runcit, dan ini akan disalurkan kepada pengguna.
Yeah mengulas reaksi di media sosial berhubung kenaikan terbaru petrol dan diesel sebanyak 15 sen.
Ramai netizens mengeluh apabila harga minyak turun, penurunannya adalah minimum tetapi apabila naik, peningkatannya besar.
Pada masa ini, harga minyak dikatakan dikira dengan menggunakan sistem apungan terurus, yang mengambil kira harga purata bulanan minyak mentah.
Yeah berkata: “Apabila peniaga tidak boleh meramal harga minyak berdasarkan harga minyak global, mereka mungkin perlu mempunyai peruntukan penampan bagi mengurangkan sebarang kenaikan setiap bulan.
“Bagaimanapun, jika mereka tahu kaedah pengiraan, mereka boleh membuat unjuran dan anggra lebih jelas, dan tabungan yang bertujuan mengurangkan kenaikan boleh digunakan untuk tujuan lain.”
Ahli ekonomi bebas, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata apabila orang ramai tidak pasti bagaimana harga bahan api dikira dan menyaksikan kenaikannya, mereka akan berjaga-jaga terhadap kemungkinan kenaikan harga barang.

Barat tidak perlu ajar kami, kata Najib

Najib meminta kuasa besar dunia melayan negara kecil dengan lebih adil dan berhenti menjadi penjajah semasa lawatan beliau ke China.
najib-chinaBEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bekas kuasa penjajah tidak boleh “mengajar” negara yang pernah mereka eksploitasi hal ehwal dalamannya, lapor akhbar berbahasa Cina pada Rabu.
Ini berikutan langkah Malaysia yang dilihat semakin bersunguh-sungguh dalam mengukuhkan hubungan dengan China.
Lawatan Najib ke Beijing mengikuti Presiden Filipina Rodrigo Duterte, yang mengumumkan “pemisahan” dari Amerika Syarikat (AS) dan menandatangani draf memorandum persefahaman bagi pelaburan China di negara ini.
Najib yang dalam rangka lawatan 6 hari ke China, berkata dalam satu ruangan editorial China Daily yang negara lebih besar perlu melayan negara kecil dengan adil.
“Dan ini termasuk bekas kuasa penjajah. Mereka tidak perlu ‘mengajar’ negara-negara yang pernah mereka eksploitasi, tentang bagaimana untuk menjalankan urusan dalaman mereka sendiri pada hari ini,” katanya.
Filipina adalah bekas jajahan Sepanyol dan AS, dan Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British.
Najib merancang mengukuhkan hubungan dengan China selepas tindakan undang-undang difailkan oleh Jabatan Keadilan AS pada Julai yang mengaitkan beliau dalam skandal pengubahan wang haram.
Najib menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dalam siasatan.
Lebih AS$3.5 bilion didakwa disalahgunakan daripada firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut tindakan undang-undang sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman.
Siasatan itu menjadikan hubungan antara Malaysia dan AS menjadi tegang, dengan Najib menolak ia sebagai campur tangan asing dalam hal ehwal Malaysia.

Perjanjian dibuat Najib dengan China jejas kedaulatan,tambah hutang, kata Tun M


Bersatu berpandangan negara akan terikat tambahan hutang dan kedaulatan negara akan tergadai jika kerajaan meneruskan kerjasama dengan negara China untuk menampung keperluan  projek mega negara.Bersatu berpandangan negara akan terikat tambahan hutang dan kedaulatan negara akan tergadai jika kerajaan meneruskan kerjasama dengan negara China untuk menampung keperluan projek mega negara.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan kebimbangan dengan tindakan kerajaan Malaysia menjalinkan kerjasama dengan negara China membabitkan kontrak membeli dua buah kapal persisiran pantai daripada China dan beberapa buah projek raksasa lagi termasuklah kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dan Landasan Kereta Api Pantai Timur.
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perjanjian pembinaan kereta api itu menjadikan negara terikat dengan hutang baru sehingga tahun 2022.
Keputusan untuk membina keretapi membaitkan kos tinggi sehingga tahun 2022 bermakna kita terikat dengan hutang baru.
"Baru-baru ini PM mengumumkan untuk membina keretapi laju dari Singapura- Kuala lumpur yang menelan belanja RM50bilion dalam masa sama hutang 1MDB sebanyak RM53bilion belum selesai.
"Walaupun dikatakan bukan tanggungjawab kerajaan jika bukan kerajaan siapa lagi? Tambahan hutang dalam jangka singkat RM158bilion sedangkan kita tidak mampu bayar hutang 1MDB...nak bayar faedah pun kita tak mampu," ujarnya dalam sidang media diadakan selepas parti itu mengumumkan barisan penuh kepimpinan tertinggi parti itu di Putrajaya hari ini.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, tindakan Datuk Seri Mohd Najib Razak itu menimbul perasaan tidak senang dikalangan pimpinan tertinggi Bersatu.
"Rakyat akan sedar apa yang sedang berlaku sekarang ini hutang kerajaan makin meningkat.
"Bank Negara kata, hutang kerajaan meningkat kepada RM600bilion ditambah RM158bilion lagi... ada juga perjanjian yang dibuat Najib yang akan menjejaskan kedaulatan negara ini.
"Sekarang ini sudah dibuka untuk menerima bank baru dari luar negeri, iaitu mengiystihar sebuah bank dari negara China sudah ditubuhkan di negara ini.
"berkenaan wilayah kita yang termasuk Pulau Layang-Layang di Laut China Selantan seolah Najib sudah mengubah sempadan kita menukar syarat pendekatan kepada masalah penguasaan laut china selatan seolah sanggup melepaskan Pulau layang-layang untuk keperluan negara lain.
Dr Mahathir berpandangan apa yang dilakukan kerajaan hari ini amat bahaya kepada kedaulatan negara kerana negara kini menanggung hutan yang tinggi.

"Perkara ini amat bahaya kepada kedaulatan negara kerana sudah berhutang banyak dari satu punca dan beri kesan kepada politik dalam negara dan hubungan negara asing.
"Dulu kita bebas adakan perhubungan dengan mana-mana negara di dunia tetapi kenebaasan ini tetap terjejas jika terhutangbanyak dengan mana-mana negara. Ini menimbulkan kekuatiran kepada kita.
"Saya harap rakyat akan memahami berhutang dengan banyak dan bahaya berhutang dari satu punca dengan banyak...hutang-hutang ini akan dirasai kemudian.

Bersatu akan tubuh Bahagian dan Cawangan seluruh negeri dalam waktu terdekat


Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) ketika sidang media diadakan di Putrajaya hari ini.Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) ketika sidang media diadakan di Putrajaya hari ini.Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menubuhkan Bahagian dan Cawangan parti dalam waktu terdekat ini, kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, penubuhan bahagian dan cawangan parti itu telahpun diputuskan sebagaimana pindaan perlembagaan yang telah disediakan.
"Kita akan mulakan pembentukan bahagian dalam waktu terdekat. Jumah 25 orang ahli dalam bahagian adalah syarat bahagian itu ditubuhkan. Nama yang dicadangkan akan dikemukakan ke sebuah  Jawatankuasa Pemilihan dan setelah diluluskan akan dilantik untuk menerajui Bahagian.
"Setelah bahagian dibentuk mereka akan diberikan kuasa untuk membuka cawangan mengikut pusat kawasan daerah mengundi sebagaimana ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Perkara ini jugalah yang ditunggu- tunggu ahli," ujarnya dalam sidang media selepas mengumumkan secara rasmi barisan penuh anggota kepimpinan tertinggi parti itu hari ini.
Muhyiddin berkata, Badan Perhubungan Negeri parti itu akan dibentuk disetiap negeri yang mana akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.

Bersatu rasmi lantik senarai penuh barisan Anggota Majlis Tertinggi parti


Pelantikan rasmi barisan anggota majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Putrajaya hari ini.Pelantikan rasmi barisan anggota majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Putrajaya hari ini.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Presiden.
Manakala bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilantik sebagai Naib Presiden. Turut dilantik dua lagi Naib Presiden Datuk Abdul Rashid Asari dan Datuk Hamidah Osman (bekas ketua penerangan WanitaUmno).
Selain itu, turut diumumkan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Abdul Kadir Jasin dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.
Mursyidul Am NGO Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI)Muhammad Zahid Mat Arip turut dilantik menganggotai majlis sama.
Senarai Penuh yang dilantik:
PENGERUSI
 TUN DR. MAHATHIR  MOHAMAD
PRESIDEN
TANSRI MUHYIDDIN  MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN
DATUK SERI MUKHRIZ MAHATHIR
NAIB PRESIDEN
1. TAN SRI ABDUL RASHID  ABDUL RAHMAN
2. DATUK ABDUL RASHID  ASARI
3. DATUK HAMIDAH OSMAN
KETUA SRIKANDI
PUAN ANINA SAADUDIN
KETUA PEMUDA
SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
SETIAUSAHA AGUNG
DATUK DR. SHAHRUDDIN  MD. SALLEH
BENDAHARI
DATUK MOHD SALLEH  BAJURI
KETUA PENERANGAN
DATUK KAMARUDDIN BIN MOHD NOR
AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI
1. KAMARULAZMAN  HABIBUR RAHMAN (AHLI MPT - DILANTIK)
2. AKRAMSYAH MUAMMAR UBAIDAH  SANUSI (AHLI MPT – DILANTIK)
3. MOHD. RAFIQ NAIZAMOHIDEEN (AHLI MPT - DILANTIK)
4. MOHD REDZUAN MD. YUSOF (AHLI MPT – DILANTIK)
5. DATUK DR. RAIS HUSSIN  MOHAMED ARIF (AHLI MPT – DILANTIK)
6. DATUK A. KADIR JASIN (AHLI MPT – DIPILIH)
7. MUHAMMAD ZAHID MAT ARIP (AHLI MPT – DIPILIH)
8. DATUK NORDIN SALLEH (AHLI MPT – DIPILIH)
9. MARZUKI  YAHYA (AHLI MPT – DIPILIH)
10. TAN SRI ABD AZIZ  MOHD YASSIN (AHLI MPT – DIPILIH)
11. AHMAD FAIZAL  AZUMU (AHLI MPT – DIPILIH)
12. TARIQ ISMAIL MUSTAFA (AHLI MPT – DIPILIH)
13. DATUK DR. SUKIMAN SARMANI (AHLI MPT – DIPILIH)
14. HAZLINDA ABD LATIF (AHLI MPT – DIPILIH)
15. NAJWAH HALIMAH  ABD HALIM (AHLI MPT – DIPILIH)
16. ULYA AWAMAH HUSAMUDDIN (AHLI MPT – DIPILIH)
17. DR. MUHAMMAD FAIZ NA’AMAN (AHLI MPT – DIPILIH)
18. ABU BAKAR YAHYA (AHLI MPT – DIPILIH)
19. WAN MOHD SHAHRIR ABD JALIL (AHLI MPT – DIPILIH)

Ini 'zaman perang' BN, Pakatan Harapan

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat situasi politik negara kini mencapai tahap buntu apabila ia membabitkan BN dan gabungan pembangkang itu.
"Saya tidak fikir kita boleh bercakap tentang dwiparti. Saya rasa sekarang sudah perang," katanya pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucapan di Kuala Lumpur hari ini.
Program itu diadakan di Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Menjelaskan dirinya sebagai orang yang kuat percaya kepada sikap tidak memihak kepada mana-mana parti Saifuddin berkata politik sebegitu hanya mungkin apabila pihak "yang satu lagi bertindak munasabah.
"Sebaik saja anda menyanggah logik, anda tidak boleh lagi sekadar berkata-kata, anda hanya perlu mengisytiharkan perang," katanya.
Ia turut menjadi sebab mengapa bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu percaya "pihak ketiga" perlu muncul.
"Di sinilah masyarakat sivil menjadi semakin penting, untuk mendidik orang ramai mengenai politik - apakah maksud politik yang baik," katanya.
Sementara itu seorang daripada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jerald Joseph berkata tidak wajar mana-mana pihak mengadakan perhimpunan khusus untuk menafikan hak kumpulan lain menyatakan pandangan.
"Saya akan memanggil pihak yang menganjurkan perhimpunan itu supaya menyatakan tujuan mereka.
"Jika baju merah cuba menafikan hak BERSIH (untuk menyatakan pendapat), ia jelas bukan konsep yang betul mengenai hak asasi," katanya yang turut hadir di majlis itu.

Apa alasan sebenar anak tiri Najib ikut ke China

Jamal mahu bawa baju merah ke Malaysiakini pula

'Beku aset pemimpin BERSIH terima dana Soros,' desak Jamal

PPBM: Mukhriz sebagai Timbalan presiden, bekas pengerusi SPR pula naib presiden

Hadi: Pas Sedia Buka Pintu Satu Lawan Satu

ECRL Paling Mahal Di Dunia RM92 Juta Satu Kilometer

PRU14: Nik Abduh Yakin Satu Lawan Satu Jalan Terbaik

Rafizi: UMNO akan kalah satu lawan satu dalam PRU

3 bekas menteri disiasat, biar menteri jawab bukan kamu - MP Puchong kepada MP Setiu

BERSATU mengalu-alukan penyertaan Husni dalam parti itu

"Pandikar bertindak seperti 'goalkeeper' kerajaan" sindir Mahathir

Tun M suarakan kebimbangan hubungan akrab Najib-China

PAS sedia bincang dengan BERSATU mengenai kerjasama, kata Muhyiddin

DASAR PANDANG KE CHINA, APAKAH NAJIB SEDANG MEMBERITAHU AMERIKA BELIAU SUDAH ADA TUAN BARU?

Lawatan Najib Razak ke China sebagaimana yang dilaporkan media semalam, telah menghasilkan 14 memorandum persefahaman bernilai RM144 bilion, suatu jumlah  terbesar dalam sejarah hubungan Malaysia dengan mana-mana negara asing.

Ia bukan saja merangkumi pembangunan insfrastruktur seperti untuk Bandar Malaysia, landasan keretapi pantai timur, pelabuhan, kilang keluli, malah termasuk juga pemberian lesen bank kepada sebuah syarikat China.

Jika diambil kira dengan penjualan Edra Energy,  60 peratus saham Bandar Malaysia, juga kepada  konsortium China serta pembinaan sebuah universiti China di Cyberjaya sebelum ini, beralihnya arah kiblat ekonomi Malaysia  ke negara tersebut sebenarnya menjadi tambah ketara lagi.

Negara kita kini, terutama sejak bergelut dengan isu 1MDB, seolah-olah sudah menukar dasarnya secara drastik menjadi dasar pandang ke China. 
Penyerahan secara besar-besaran kontrak ekonomi dan pertahanan, termasuk memberi lesen bank kepada sebuah negara asing, bukanlah amalan biasa sebelum ini. Ketika Tun Mahathir memperkenalkan dasar pandang ke timur pun, ia tidaklah sampai sebegini rupa.

Dalam dasar pandang ke timur, yang ditekankan ialah pemindahan teknologi dan sikap rakyat Jepun serta Korea dalam bekerja dan membangunkan negara. Bagaimanapun, berbeza dengan China, negara tersebut bukan saja menjadi kuasa ekonomi, tetapi juga akan hadir dengan segala-galanya, termasuk pemindahan manusia ke negara kita.

Kenapa negara China terlalu diutamakan? Tiadakah syarikat-syarikat dalam negara sendiri yang mampu melaksanakan projek-projek tersebut?

Tahun-tahun awal Najib menjadi Perdana Menteri, kiblat dan idolanya adalah Amerika. Beliau dikesan sebagai pemimpin Malaysia paling kerap berkunjung dan melawat negara tersebut. Untuk tujuan berbaik-baik itu, Najib turut melantik rakan baiknya, Allahyarham Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar ke Amerika.

Speaker cabar ahli Parlimen DAP tidak masuk Dewan Rakyat

Pandikar amat kesal dengan sikap Lim Lip Eng yang tidak menghormati kedudukan speaker dipilih mengikut Perlembagaan Persekutuan.
lip-lim-eng-pandikarKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dicabar tidak masuk ke Dewan Rakyat, sekiranya tidak mengiktiraf kedudukan Yang Dipertua atau speaker yang dilantik mengikut Perlembagaan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia amat kesal dengan sikap ahli Parlimen DAP itu yang tidak menghormati kedudukan speaker dipilih mengikut Artikel 57(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Kalau YB Segambut berpendirian sedemikian, saya cabar beliau tidak masuk dalam Majlis Mesyuarat sewaktu saya mempengerusi mesyuarat.
“Saya juga tidak akan menghormati seorang anggota Yang Berhormat yang tidak menghormati Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam sidang Dewan Rakyat pada 25 Oktober lalu, Lim mendakwa Pandikar memberi ‘syarahan’ mengenai isu subjudis saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ), sebelum kedua-duanya bertikam lidah dan Lim diarah keluar.
Pandikar turut menegaskan dirinya tidak perlu meminta maaf kepada ahli Parlimen pembangkang yang keluar dewan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017, pada 21 Oktober lalu.

Buku dedah individu berpengaruh cuba halang pembebasan Anwar

Mereka berharap Abdullah akan campur tangan sebelum Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk membebaskan Anwar, pada 2004.
anwarPETALING JAYA: Sekumpulan ahli perniagaan dan politik cuba mempengaruhi keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2004 membebaskan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dedah buku baru mengenai bekas perdana menteri.
Individu-individu “berpengaruh” itu berharap Tun Abdullah Ahmad Badawi yang baru setahun menjadi perdana menteri ketika itu, akan campur tangan bagi memastikan Anwar kekal dalam penjara.
Abdullah bagaimanapun kekal dengan pendiriannya dan berkata, beliau bertanggungjawab kepada Allah.
“Jika keputusan mereka adalah untuk membebaskan Anwar, maka saya perlu menghormati dan menerimanya. Jika mereka membuat keputusan berat sebelah dengan mengabaikan bukti, maka di akhirat, mereka bertanggungjawab kepada Allah.
“Begitu juga jika saya campur tangan dalam keputusan itu, maka saya perlu bertanggungjawab kepada Allah.
“Saya tidak sanggup mengambil beban itu sendiri,” katanya dipetik sebagai memberitahu menantunya, Khairy Jamaluddin dan bekas wartawan menjadi ahli perniagaan, Kalimullah Hassan, dalam buku “Being Abdullah Ahmad Badawi”.

Zahid elak jawab isu 1MDB, akui jumpa penderma

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengelak soalan wartawan ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan polis terhadap skandal 1MDB.
Sebaliknya timbalan perdana menteri itu berkata soalan berkenaan akan dijawab Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau membuat kenyataan itu ketika penggulungan Kementerian Dalam Negeri pada sesi membahaskan belanjawan 2017 di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) bertanya sama ada siasatan polis terhadap sumbangan bernilai RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah dibuka kembali apabila maklumat menunjukkan ia sebenarnya bukanlah derma.
Ia merujuk kepada beberapa dakwaan - termasuk oleh Jabatan Kehakiman AS - yang menyatakan dana itu bukan datang daripada bangsawan Arab sebaliknya berasal dari 1MDB.
Gobind juga meminta menteri menjelaskan sam ada sebahagian daripada dana dipulangkan semula kepada 'penderma' seperti didakwa Najib.
Mengenai permintaan Gobind supaya Zahid menjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa beliau bertemu dengan penderma terbabit, anggota parlimen Bagan Datok itu sekali lagi membuat penegasan sama.
"Saya mengadakan pertemuan dengan kedua-dua sumber itu yang mengatakan begitu (memberi derma)," katanya.
Zahid juga menyatakan beliau sudah memberi penjelasan kepada pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.

Mukhriz dilantik Timbalan Presiden Bersatu

Mukhriz Mahathir
PUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, hari ini.
Manakala, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia  (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman dan peguam, Datuk Abdul Rashid Asarin dipilih sebagai Naib Presiden.
Jawatan Ketua Srikandi dipegang oleh Anina Saadudin sementara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pemuda.

ECRL: Mengarut, puluhan juta ringgit untuk setiap kilometer


Projek ECRL sepanjang 600 KM bernilai RM55 bilionProjek ECRL sepanjang 600 KM bernilai RM55 bilion
Projek landasan Kereta Api Pantai Timur atau East Coast Rail Link (ECRL) sepanjang 600 kilometer yang menggunakan dana dari China dengan kos dianggarkan mencecah RM55 bilion dipertikai kerana dilihat tidak masuk akal.
Ahli Jawatankuasa Amanah, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, banyak perkara berkaitan projek menghubungkan ibu negara dan negeri-negeri di Pantai Timur itu mengundang persoalan ketika rakyat berada dalam keadaan ekonomi negara yang amat kritikal.
“Adakah rakyat Malaysia tahu apa yang tidak kena dengan perjanjian projek ECRL yang bernilai RM55 bilion ini? Jumlah RM55 bilion ini bukan sedikit, tahu?
“Untuk jarak yang akan terlibat, setiap kilometer jika dicongak-congak ia bakal membabitkan kos puluhan jutaan ringgit! Adakah itu masuk akal?” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau juga membidas perjanjian terbabit yang tidak dilakukan secara tender terbuka ketika kerajaan mahu memuktamadkan projek tersebut sebelum akhir tahun ini.
“Bagaimana kerajaan memastikan bahawa nilai yang ditawarkan oleh kerajaan China itu adalah yang terbaik? Atau ada apa disebalik perjanjian ini yang rakyat tidak diberitahu sehinggalah kelak ia sekali lagi terdedah bila sudah agak terlewat?” tegasnya.
Mengulas lanjut, Athirah yang juga Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) menyifatkan Perdana Menteri tergesa-gesa untuk meneruskan projek yang bakal merentasi Banjaran Titiwangsa itu.
“Bagaimanakah prestasi sistem pengangkutan yang lain? Adakah keutamaan Malaysia untuk mempelbagaikan ‘produk pengangkutan’ berbanding memastikan setiap yang sedia ada dipertingkatkan keberkesanan?
“Mengapa Najib tergesa-gesa meneruskan projek ini walaupun pada masa yang sama ekonomi rakyat dan negara adalah pada tahap yang sangat kritikal?

Antara peminjam PTPTN dan Riza Aziz

Adakah peminjam PTPTN perlu menjadi anak tiri Najib untuk mendapat keistimewaan yang sebegitu rupa?
riza-aziz
Oleh Ashraff Nazrin
Seluruh rakyat Malaysia sedia maklum Datuk Seri Najib Razak akan berangkat ke China atas urusan rasmi kerajaan, lebih awal lagi sewaktu belanjawan 2017 mula dibentang ke dalam Parlimen.
Yang rakyat tidak tahu dan mendapat kejutan adalah apabila semalam, secara terang-terangan, anak tiri perdana menteri kita berada sekali di dalam jet rasmi kerajaan mengikuti lawatan rasmi ke China.
Kita semua sedia maklum Riza Aziz antara individu yang terkait dengan skandal 1MDB tetapi masih bebas bergerak ke luar negara seperti tidak ada rasa bersalah. Lebih malang, apabila pergerakan beliau ke luar negara terpaksa ditaja oleh rakyat menggunakan jet rasmi kerajaan.
Persoalannya di sini, mengapa Riza boleh bebas bergerak sedangkan di belakang tengkuk beliau terbeban dengan isu skandal 1MDB yang berkait rapat dengan kewangan negara melibatkan wang berjumlah berbilion ringgit?
Mengapa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mendapat keistimewaan yang sama walaupun hanya gagal membayar hutang berjumlah ribuan ringgit sahaja yang jauh lebih kecil nilainya berbanding dengan skandal yang didakwa ke atas Riza?
Adakah semua peminjam PTPTN perlu menjadi anak tiri Najib untuk mendapat keistimewaan yang sebegitu rupa?

Bekas pegawai bank BSI temankan Jho Low ke Las Vegas

Bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei meneman ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Jho Low menaiki jet peribadi dalam lawatan kerja, Mahkamah Singapura dimaklumkan.
Menurut Straits Times, bekas penyelia Yeo Kevin Swampillai mendedahkan Yeo menghadiri perlawanan tinju di Las Vegas dengan Low tahun lepas dengan bekas pegawai bank itu dikatakan ber'selfie' bersama bekas juara heavyweight Mike Tyson.
Swampillai yang merupakan warganegara Malaysia memperinci hubungan kerja yang erat antara Yeo dan Low.
Ketika memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan berkaitan 1MDB, beliau berkata Yeo, 33, meninggalkan BSI Bank pada tahun 2014 selepas Low menyatakan 'berminat dalam mengambilnya atas keupayaan tertentu'.
Tambah beliau, Yeo yang merupakan rakyat Singapura menganggap ia sebagai peluang yang lebih baik oleh kerana Low 'sentiasa menjadi bahan berita, mempunyai status yang seakan-akan selebriti...dan terlibat dalam urusniaga pelaburan besar di seluruh dunia'.
Pihak pendakwa menimbulkan aspek hubungan erat antara Yeo dan Low sebagai salah satu sebab Yeo cuba untuk memesong keadilan dalam empat pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.
Tujuh tuduhan lain melibatkan penipuan, pengubahan wang haram dan pemalsuan telah ditetapkan untuk perbicaraan pada tahun depan.
Bekas perancang kewangan BSI itu dituduh mempermudahkan urus niaga haram melibatkan 1MDB yang menjurus kepada penutupan BSI Bank di Singapura.
Sementara itu, Swampillai turut menambah, pendekatan yang diambil untuk menyembunyikan AS$5 juta (S$6.9 juta) dalam bentuk yuran rujukan yang diterima daripada 'melaksanakan pelbagai struktur' dan 'menjalankan urusniaga kewangan' bagi pihak pelanggan BSI.
Ujarnya lagi, idea untuk mendapatkan komisen itu muncul ketika kedua-dua mereka berada dalam perjalanan ke Labuan pada tahun 2012.

Bekas pengerusi SPR dilantik naib presiden BERSATU

Bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilantik sebagai naib presiden Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU).
Selain itu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Abdul Kadir Jasin dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi.
Mursyidul Am NGO Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) turut dilantik menganggotai majlis sama.

Pelik, macam mana speaker tahu rahsia Kabinet

Bekas peguam negara berkata Tan Sri Pandikar Amin Mulia perlu melaporkan siapa individu yang memberitahunya maklumat 1MDB dalam mesyuarat Kabinet diklasifikasikan maklumat sulit.
Abu-Talib-Othman-PandikarPETALING JAYA: Tan Sri Abu Talib Othman mempersoalkan bagaimana speaker Dewan Rakyat tahu yang 3 bekas menteri mendedahkan rahsia kerajaan ketika mereka membangkitkan isu 1MDB pada sesi perbahasan minggu lalu.
Bekas peguam negara itu hairan bagaimana Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sebagai ketua legislatif tahu yang Kabinet membincangkan isu 1MDB serta bagaimana beliau tahu apa dibincangkan itu diklasifikasikan sebagai maklumat.
“Ada sesiapa beritahu beliau mengenai perkara itu? Jika begitu, speaker Dewan Rakyat perlu membuat laporan polis terhadap orang itu,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian susulan polis memulakan siasatan terhadap bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal kerana didakwa mendedahkan rahsia negara.
“Saya melihat logik speaker. Bagaimana dia tahu apa yang dicakapkan oleh 3 bekas menteri itu pernah dibincangkan dalam Kabinet dan ia diklasifikasikan sebagai maklumat?,” soalnya.
Pandikar mengadakan sidang media pada 27 Oktober di mana beliau berkata 3 bekas menteri itu mungkin melanggar sumpah kerahsiaan mereka apabila membangkitkan isu 1MDB ketika membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.
Beberapa undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan, boleh digunakan terhadap ahli Parlimen, katanya.
Susulan itu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Sahabat N87 Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap 3 bekas menteri itu kerana mendedahkan rahsia kerajaan.
Abu Talib, yang bersara pada 1993 berkata agak luar biasa untuk Pandikar begitu terbuka mengenai perkara itu kerana speaker mengendalikan prosiding dalam Dewan tertakluk kepada peraturan prosedur.
Bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata Pandikar tidak sepatutnya memberikan pandangannya mengenai undang-undang di luar Dewan Rakyat kerana beliau hanya boleh membangkitkan perkara itu dengan merujuknya menerusi Peraturan Mesyuarat.

PM perlu bentang 3 kajian berkaitan projek keretapi landasan Pantai Timur


Pakatan Harapan bimbang terhadap kos terlalu tinggi Pantai Timur atau East Coast Double-Tracking Railway (ECDR)Pakatan Harapan bimbang terhadap kos terlalu tinggi Pantai Timur atau East Coast Double-Tracking Railway (ECDR)
Ahli Parlimen Pakatan Harapan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan di parlimen berkaitan tiga kajian mengenai projek keretapi landasan Pantai Timur atau East Coast Double-Tracking Railway (ECDR).
Tiga kajian itu meliputi kajian pra-kebolehupayaan atau “pre-feasibility study” (PFS), kajian kebolehupayaan atau “feasibility study” (FS) dan kajian keputusan pelaburan akhir atau “final investment decision” (FID).
Ia berikutan projek ini akan menelan belanja yang besar iaitu RM55 biliondan perlu diluluskan Parlimen dan menjadi amalan biasa ia melibatkan beberapa proses kelulusan.
"Kajian-kajian ini melibatkan anggaran jumlah penumpang, anggaran tiket, anggaran kos dan pertimbangan lain yang boleh menunjukkan sama ada projek ini boleh dibiayai tanpa membebankan rakyat.
"Soalan-soalan seperti berapa harga tiket yang dicadangkan, berapa kenaikan tiket dalam tempoh 20 tahun akan datang adalah soalan-soalan yang perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum kerajaan menandatangani kontrak dengan Kerajaan China," kata mereka dalam kenyataan yang ditandatangani ahli parlimen Pandan (PKR) Rafizi Ramli, Dr Hatta Ramli (Amanah-Kuala Krai), Wong Cheng (PKR-Kelana Jaya) dan Dr Ong Kian Ming (DAP-Serdang).
Kontrak pembinaan ECRL diberikan kepada syarikat China Communication Construction Company Ltd (CCCC), manakala perjanjian kewangan akan dibuat dengan Export-Import Bank of China (EXIM).
Model pembiayaan dan pembinaan projek infrastruktur yang diguna pakai oleh Kerajaan China (melalui anak syarikat miliknya) adalah melibatkan pengunaan tenaga kerja dan kontraktor sepenuhnya dari China, penggunaan material sebanyak mungkin dari China dan melibatkan teknologi dan khidmat sokongan di masa hadapan yang sepenuhnya dari China.

TAK KAN SEBAB BR1M NAIK SEMUANYA NAK NAIK !!!

MINYAK DAH NAIK !!..
MINYAK MASAK PON DAH NAIK !!..
LEPAS NI TOL PLOK NAIK ??!!!

Kebabian kerajaan apakah ini !!!

Lepas tu TV3 cakap satu dunia... Perdana Menteri minta kurangkan caj kenaikan TOL sebanyak 20 sen.... menangislah penyokong AMENO tanda terharu sangat yg Najib cukup perihatin terhadap rakyatnya..

Bila Penyamun 'Deal' Sama Perasuah !!!

PANAS & BONGKAR !!!
Kongsi info dan rakyat WAJIB AMBIL TAHU...

BAGAIMANA & KENAPA Najib boleh 'deal & seal' dgn syarikat CCCC utk menandatangani MoU untuk Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di mana syarikat CCCC itu telah disenaraihitamkan oleh BANK DUNIA kerana memberi RASUAH untuk mendapat tender di Maldivies, Sri Lanka, Filipina dan Uganda.. Digantung selama 8 tahun dari tahun 2011... kini M'sia di bawah Ah Jib Gor menyerahkan projek bernilai RM30 billion melalui rundingan terus TIBA-TIBA JADI HARGA RM55 billion kepada CCCC...

TAHUKAH ANDA..
Pada 2015 Federal Reserve arahkan China Construction Bank bertindak atasi dakwaan gubahan wang haram cawangan di NY. Malah The Economist sifatkan China Construction Bank (CCB) sebagai "China Corruption Bank".

Tuntut Riza, Ashman Bayar Tiket Naik Jet Rasmi

Najib Dituntut Jelas Kos RM55 Bilion ECRL

'Saya sokong kumpulan baling baldi,' - kata Ibrahim Shah

Rafizi: Pakatan Harapan tentang Projek Keretapi Pantai Timur

Dana berkait George Soros, kami masih sangsi RM2.6 bilion, kata Pemuda PAS

'Riza Aziz perlu bayar kos naiki jet peribadi' - kata Rafizi Ramli

"PAS dah lama buka pintu...," kata Hadi kepada pembangkang

Video cabaran 'anak jantan' MP Kapar kepada MP Kota Tinggi

Derma RM2.6 bilion: Biar menteri jawab, kata Zahid kepada MP Puchong

Pergi ke China minta bantuan selamatkan 1MDB?

Kehadiran anak tiri Najib Razak, Riza Aziz dalam lawatan rasmi kerajaan ke China minggu ini menimbulkan persoalan kemungkinan wujudnya usaha untuk mendapatkan bantuan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, penjenayah 1MDB yang diburu dunia tidak harus dibiar bebas dan diberikan layanan sebegitu istimewa.
“Beliau (Riza Aziz) disyaki mendapat faedah berbilion ringgit daripada curian wang 1MDB di mana beberapa banglo mewah di Amerika Syarikat (AS) dibelinya dengan menggunakan wang 1MDB.
“Beliau juga berbelanja mewah dalam pembikinan filem dan pesta arak serta permainan judi dengan menggunakan wang rakyat.
“Adakah pemergian ke China bagi mendapat bantuan kuasa baru dunia itu bagi menyelamatkan 1MDB yang dibelenggu hutang lebih RM50 bilion dan Riza daripada terus diburu oleh pihak berkuasa beberapa negara termasuk AS, Singapura dan Switzerland?” bidasnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Mengulas lanjut, Faiz menyifatkan Perdana Menteri dan keluarganya sama sekali tidak rasa bersalah menyalahgunakan kemudahan kerajaan.
“Sikap PM (Perdana Menteri) yang langsung tidak sensitif dengan keadaan rakyat yang dizalimi dan ditekan dengan kenaikan harga barang terutama petrol dan minyak masak, mereka boleh tanpa rasa segan silu dan bersalah kepada nasib rakyat terbang ke China menggunakan jet kerajaan.
“Perdana Menteri, Rosmah dan Riza harus ingat bahawa negara ini bukan milik kamu bertiga tetapi adalah milik rakyat Malaysia. Apakah kedudukan istimewa Riza dalam kerajaan yang membolehkan beliau bersama rombongan ke China?” soalnya lagi yang juga merupakan peguam.
Sehubungan itu, Faiz menyeru seluruh rakyat bangkit menumbangkan pemimpin zalim dan merompak harta negara ini seperti yang pernah berlaku pada diktator lain.
“Gaya hidup dan corak pemerintahan sebegini saling tak tumpah seperti bekas-bekas diktator dunia seperti Marcos, Suharto, Shah Iran dan sebagainya. Masa telah tiba untuk rakyat bangkit lawan diktator yang zalim dan kleptokrasi ini,” tegasnya lagi.

Malaysia, China meterai 14 perjanjian bernilai RM114 bilion

Perdana Menteri berkata jumlah itu yang terbesar pernah dilakukan semasa lawatan rasminya ke luar negara
malaysia-china
BEIJING: Syarikat Malaysia dan China mencatatkan sejarah hari ini dengan permeteraian 14 perjanjian bernilai RM144 bilion.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah tersebut adalah yang terbesar pernah dilakukan semasa lawatan rasminya ke luar negara, dan ia merupakan satu pencapaian bersejarah.
“Lawatan rasmi saya ke China kali ini telah mendapat hasil yang sangat memberangsangkan dan pencapaian ini membawa hubungan 2 hala antara Malaysia dan China ke tahap yang lebih tinggi,” katanya pada sidang berita bersama wartawan Malaysia di sini, Selasa.
Najib yang dalam lawatan rasmi enam hari ke China sejak Isnin, menyaksikan pertukaran 14 perjanjian perniagaan dengan cadangan pelaburan bernilai kira-kira RM143,64 bilion semasa Forum Perniagaan Malaysia-China di sini.
Perjanjian dan Memorandum Persefahaman tersebut terdiri daripada:
1. Perjanjian Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pengoperasian antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd, China Communications Construction Company Limited (CCCC) dan China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (CCCCM)
2. Memorandum Perjanjian bagi Pelaburan, Pembangunan dan Pembinaan Projek Melaka Gateway antara KAJ Development dan Power China
3. Perjanjian Dasar Induk antara Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Greenland Holdings Group Overseas Investment Company Limited bagi cadangan pembelian tanah dan pembangunan di Bandar Malaysia
4. Perjanjian Dasar Induk antara Selat PD Sdn Bhd dan CCCC Dredging (Group) Co Ltd