Isnin, 31 Oktober 2016

Parti komponen BN tolak perhimpunan balas Baju Merah

Perhimpunan balas anjuran gerakan Baju Merah hanya akan menjejaskan keamanan dan memecah belahkan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
siva-ti-lian-ker
PETALING JAYA: Parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak bersetuju dengan tindakan Khairy Jamaluddin membenarkan ahli Pemuda Umno menyertai perhimpunan balas gerakan Baju Merah terhadap Bersih 5.
Ketua Pemuda MIC, Sivarraajh Chandran berkata, tindakan membenarkan ahli Pemuda Umno menyertai kumpulan Baju Merah yang diketuai Datuk Jamal Yunos tidak mendatangkan sebarang faedah, sebaliknya hanya menghuru-harakan negara dengan isu perkauman.
“Ahli MIC tidak dibenarkan menyertai Baju Merah, sebab kita tidak tahu apa motif sebenar Baju Merah. Walaupun kita tahu Jamal ketua, tapi dia tidak ada elemen kepelbagaian kaum. Saya minta Pemuda MIC jangan terlibat langsung.
“Ini akan menjejaskan keamanan dan huru-harakan negara dan saya rasa ia dibuat sehingga boleh memecah belahkan agama dan perkauman,” katanya kepada FMT hari ini.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker turut menyifatkan tindakan gerakan Baju Merah lebih kepada sentimen perkauman.
“Ia hanya boleh mendatangkan ketegangan sebab setiap kumpulan mempunyai unsur perkauman dan ia dijadikan tempat untuk melepaskan sentimen agama dan perkauman semata-mata.
“Mereka seharusnya mengawal emosi dan bagi saya, apa yang lebih penting ialah kedua-dua kumpulan itu seharusnya memberi tumpuan dengan melakukan aktiviti dan kerja yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara daripada memperagakan kumpulan tertentu untuk kepentingan politik,” katanya.
Semalam, Khairy dilaporkan memberi lampu hijau kepada ahlinya menyertai perhimpunan Baju Merah, tetapi tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 5, bulan depan.

KDNK bukan segala-galanya, kata pakar ekonomi

Negara yang mempunyai keupayaan dalam industri canggih akan memberinya peluang lebih besar untuk berkembang.
Noor-Azlan-Ghazali-1
SUBANG JAYA: Memperoleh status “negara maju” memerlukan lebih daripada sekadar bekerja ke arah meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata pakar ekonomi Noor Azlan Ghazali.
Naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia itu menegaskan, perkara sama penting yang perlu diberi perhatian adalah kemampuan sesebuah negara serta fokusnya terhadap industri yang menuntut tahap lebih tinggi kecanggihannya.
Menjelaskan pandangannya, beliau memberi contoh bagaimana pada 1990, Korea Selatan berjaya berubah daripada menjadi sebuah negara yang keutamaannya menghasilkan pakaian kepada industri lebih canggih dan bagaimana pada 2010, ia memberi tumpuan kepada pembuatan jentera.
Sebaliknya, Malaysia bukan sahaja gagal dalam memberi fokus kepada industri lebih canggih, tetapi kekal dengan “industri lebih rendah” seperti menyediakan buruh murah dan pembuatan pakaian.
Beliau berkata, lebih banyak keupayaan sesebuah negara berkaitan industri canggih, semakin besar kemungkinan besar untuk ia berubah adalah lebih baik.
“Negara-negara berkembang dari masa ke masa dan evolusi boleh diramal. Ramalan berdasarkan apa yang negara itu sedang lakukan,” kata beliau pada satu forum mengenai Kelestarian Pertumbuhan Malaysia dan Transformasi Ekonomi di Universiti Sunway di sini hari ini.
Beliau berkata, untuk memastikan Malaysia membuat perubahan ke arah industri canggih, negara perlu menghentikan pemikiran pertumbuhan produk sebagai proses linear.
“Jika anda pandai memotong, ia tidak bermakna anda memotong kayu dan menjadikannya perabot. Banyak perkara lain memerlukan perkhidmatan memotong, seperti berlian.”
Katanya, Switzerland sangat bagus dalam menghasilkan coklat dan pembuatan jam tangan serta terkenal dalam bidang perbankan, tiada barangan yang berkaitan tetapi semuanya memerlukan ketepatan.
Dalam ucapan Bajet 2017 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan Transformasi Negara 2050 (TN50), pelan yang dikritik sesetengah pihak dengan dakwaan kerajaan cuba menutup kegagalan mereka dalam mencapai Wawasan 2020.
Noor Azlan, bagaimanapun berkata ekonomi negara jauh daripada sebarang status kegagalan.
“Sejak 1990 kita mengalami pertumbuhan KDNK pada kadar 6% setahun. Namun, kita tidak mencapai transformasi.
“Saya percaya kita perlu melihat lebih daripada sekadar pertumbuhan (KDNK).”

Tumbangkan musuh, kemudian kita gaduh, kata Sanusi kepada PPBM

Veteran politik Sanusi Junid menggesa ahli PPBM supaya fokus, dan beringat akan musuh mereka dalam Umno
sanusi-junid-bersatu-1
KUALA LUMPUR: Banyak masa untuk “berperang sesama sendiri” selepas musuh negara ditewaskan, kata bekas veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid.
Menyelar bekas partinya, Sanusi menyeru semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya bersatu dalam matlamat menumpaskan musuh negara, dan musuh bangsa Melayu.
“Ketahuilah bahawa semua berita yang busuk mengenai PPBM datangnya daripada pemakan dedak Umno yang jahat,” katanya sambil merujuk kepada istilah popular untuk sogokan.
“Ahli PPBM hendaklah mengulangi nama-nama mereka yang berada dalam Umno yang menjadi musuh bangsa Melayu dan negara,” tambah Sanusi dalam satu kenyataan hari ini, merujuk kepada kelompok yang menyalahgunakan harta awam dan dana, dan membebankan rakyat dengan kos hidup yang tinggi antara lain kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Sanusi yang sertai PPBM awal bulan lepas menggesa ahli seperjuangan supaya memaafkan mereka yang sudah “insaf”, berlatih menahan perasaan masing-masing dan menghormati pemimpin yang sudah berkorban untuk negara.
“Jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan terlalu cepat berkawan dengan musuh semata-mata kerana dedak,” katanya.
Kenyataan itu menyusuli peletakan keahlian orang kuat Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan daripada parti itu minggu lepas.
BN bingkas mencemuh parti pecahan Umno itu sebagai parti yang tidak mampu untuk berjaya.
Khairuddin menjelaskan tindakannya kerana perlu fokus kepada tindakan undang-undang yang dihadapinya, terutamanya dakwaan sabotaj kewangan yang masih belum selesai di mahkamah.

Syarikat China mungkin dapat AS$400j dari penyenaraian Edra

China General Nuclear Power Corp (CGN), yang membeli aset tenaga 1MDB Edra Global Energy Bhd dengan harga US$2.3 bilion (RM9.83 bilion), akan disenaraikan di bursa saham pada tahun depan.
CGN dijangka meraih AS$400 juta susulan langkah itu, kata pihak yang mengetahui perkara itu kepada Bloomberg.

Bagaimanapun, menurut laporan itu lagi, ia rancangan “awal” dan masih boleh berubah.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sendiri kesahihan laporan Bloomberg ini.
Edra Global yang berpangkalan di Kuala Lumpur adalah pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia serta mempunyai projek di Mesir, Bangladesh, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh.
Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy sebelum ini berkata kegagalan Edra Global memulakan tawaran awam (IPO) menjadi penyebab kepada masalah syarikat itu.

1MDB membayar RM1.3 bilion dan RM4.35 bilion lagi kepada International Petroleum Investment Company (IPIC), yang bertindak sebagai penjamin bersama kepada bon yang diperoleh, untuk membeli Edra Global.
Arul berkata apabila IPO tidak berlaku, 1MDB tidak dapat membuat pembayaran balik mengikut jadual.

Rakyat berang harga bahan api, minyak masak naik serentak


Mulai 1 November, harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 15 sen seliterMulai 1 November, harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 15 sen seliter
Laman sosial Facebook malam ini dibanjiri komentar orang ramai yang mengecam tindakan kerajaan Umno-BN menaikkan harga bahan api dan harga minyak masak secara serentak berkuatkuasa esok.
Mulai 1 November, harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 15 sen seliter menjadikan kenaikan paling tinggi direkodkan untuk tahun ini.
Pada masa sama, rakyat Malaysia sebelum ini digemparkan dengan kenaikan harga minyak masak akibat pemansuhan subsidi oleh kerajaan.
Hal ini menyebabkan harga 1 kilogram minyak masak paket plastik naik 40 sen kepada RM2.90 manakala minyak masak botol 5 kilogram naik RM1.90 kepada RM15.25.
Menulis di ruangan komentar pada status Facebook Najib Razak, Zunairah Abdullah menyifatkan Presiden Umno itu berbohong semasa pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu.
“Minyak naik Datuk (Najib Razak), hari tu Datuk sembang tipu masa BR1M 2017. Ni semuanya pasal BR1M naik. Minyak pun naik. Minyak masak pun naik,” keluhnya.
Sementara itu, Chew Huey menulis, “Dah dijangka. Sikit hari nanti tol pun ikut naik. Kalau tak, mana mau cari duit untuk bayar BR1M” manakala Rizal Ahmad secara sinis menganggap rakyat Malaysia bertuah kerana mendapat kerajaan yang cakna.
“Alhamdulillah, janji ditepati. Minyak masak naik. Minyak petrol pun naik. Terima kasih kerajaan kesayanganku. Muahhhhhhh. Nasib baiklah dapat kerajaan yang prihatin,” sindir Rizal.
‘Rosmah dapat RM85 juta’
Terdapat juga netizen yang mengaitkan pertambahan peruntukan untuk institusi pendidikan awal kanak-kanak, Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang dinaungi Datin Seri Rosmah Mansor pada Bajet 2017.
“Rosmah dapat RM85 juta. Menyusahkan rakyat!” bentak Aziman Azmi manakala Adam Johor menyoal, “Dunia minyak turun bulan November. Mengapa Malaysia naik? Tidak masuk akal,” tegasnya.
Hakikat pasaran minyak dunia tidak mencatatkan kenaikan harga mendadak turut diakui seorang penduduk Sabah, Rayner Gumisi.

Khairuddin Tak Berniat Cemar Imej Bersatu

Sultan Perak "Banyak Negara boleh musnah tanpa integriti"

Police abuse of power?

Kes Husni? Tak bincang....BN tak bincang

Muhriz BONGKAR 107Juta Duit HILANG Dalam Kementerian Belia & Sukan

Ibrahim Ali vs Jamal "NGO yang sebenarnya...ialah"

LUNYAI NAJIB!! Nurul Izzah BANTAI Najib Isu Bajet Tak Masuk Akal

Najib Tak Boleh Lari,Kita Pastikan Najib DIHERET Ke Penjara- Mukhriz

Sanusi: Dedakian Umno Yang Jahat

FAKTA WAJIB YANG PERLU RAKYAT TAHU..

Sifat-sifat wajib dua(2) pemimpin Umno yg wajib rakyat ketahui utk kekal lama dlm Kabinet Najib adalah...

1) Bodoh

2) Pandai Menipu Rakyat

Amek ko !!!! Pangkoh BN lagi !!!

EKONOMI NEGARA MAKIN KUKUH,,
HUTANG NEGARA LEBIH RENDAH DARI S'PORE..
M'SIA DI LANDASAN BETUL CAPAI NEGARA MAJU..
KUTIPAN GST MAKIN NAIK RM57.27 BILION..

DUIT BR1M DAH DITAMBAH..
Minyak naik HANYA 15 sen pon bising lagi..
Tu pon masih tak bersyukur....

PENIPU & PENGKHIANAT

Satu2nya dlm sejarah negara Perdana Menteri Malaysia paling kuat & kerap menipu rakyat..

HAKIKATNYA.. Salah satu projek kerajaan UMNO untuk langsaikan hutang #1MDB-Najib.

UMNO CAKAP... BANGSA LAIN NAK TINDAS MELAYU ??

Sultan kita.. org MELAYU
PM kita.. org MELAYU-bugis
BINI PM kita.. org MELAYU-minangkabau
Menteri Kewangan.. org MELAYU-bugis
TPM kita.. org MELAYU-acheh
Rasmi dua kilang arak.. org MELAYU
Luluskan lesen arak judi.. org MELAYU
Ketua Polis Negara.. org MELAYU
Menteri Kabinet.. ramai MELAYU
Ketua Tentera.. org MELAYU
Gabenor Bank Negara.. org MELAYU
Menteri Besar.. ramai MELAYU
Wakil Rakyat.. ramai MELAYU
Curi Duit Berbilion.. org MELAYU
Skandal KWSP.. org MELAYU
Skandal MARA.. org MELAYU
Skandal Tabung Haji.. org MELAYU
Penyebab MAS bangkrap.. org MELAYU
Yang Kafirkan Melayu.. org MELAYU
Berebut Tudung.. org MELAYU

ADUN2 BN SELANGOR HANYA TAHU MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI!!

Untuk menunjuk kononnya mereka sebagai pemimpin yang baik dan menghormati Dewan Negeri Selangor, semua 12 Adun BN mempamerkan plakad bertulis "Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat" selepas Menteri Besar, Azmin Ali selesai membentangkan Bajet Selangor 2017.

Sesiapa pun yang membaca berita tersebut pasti terasa pelik dan kemudian ketawa berdekah-dekah dengan gelagat Adun-Adun BN berkenaan.

Apa sebenarnya yang mereka mahu tunjukkan?

Mempamerkan plakad bagi pemimpin politik ialah tanda sama ada untuk menyokong atau membantah. Jika bersama kerajaan, ia mesti berbentuk sokongan, manakala sebagai pembangkang, ia hendaklah suatu bentuk bantahan.
Sebagai Adun pembangkang di Selangor, Adun-Adun BN itu sepatutnya membantah apa yang dilakukan oleh Azmin Ali atau kerajaan negeri, jika terdapat sebarang kesalahan yang dapat dikesan.

Tetapi dengan mempamerkan plakad bertulis "Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat" itu, siapa yang mereka bantah dan siapa yang mereka sokong?

Bicara pertama kes berkaitan 1MDB di Singapura bermula

Perbicaraan melibatkan bekas pegawai bank BSI Singapura Yeo Jiawei, yang didakwa membantu transaksi haram melibatkan 1MDB, bermula hari ini.

Perbicaraan itu berlangsung dalam keadaan mahkamah padat dan pendakwa berkata mahu memanggil sembilan orang saksi, lapor Straits Times.

“(Ini) kes pengubahan wang haram paling rumit, canggih dan terbesar yang dikendalikan oleh CAD (bahagian hal ehwal komersial polis Singapura),” kata timbalan pendakwa raya (DPP) Tan Kiat Phen.

Tan berkata Yeo diwawancara oleh CAD pada Oktober 2015 dan ditangkap pada 17 Mac 2016.
Dua lagi bekas rakan sekerja Yeo – Yak Yew Chee and Yvonne Seah – juga berdepan pendakwaan jenayah.

Mereka didakwa atas salah laku terlibat dalam pemindahan wang kepada pelanggan-pelanggannya, termasuk hartawan kelahiran Pulau Pinang Low Teak Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Praperbicaraan untuk mereka berdua dijadual pada 24 November.

Seorang lagi pegawai bank Kelvin Ang, yang dilapor menjadi remisier untuk Maybank Kim Eng Securities, juga didakwa membayar penganalisis kajian untuk menghasilkan laporan penilaian yang memihak dalam sesetengah aset 1MDB.

Prosiding praperbicaraan untuk Ang ditetapkan pada 17 November.

Hutang 1MDB tiada kaitan dengan kerajaan sembang MOF

Kementerian Kewangan menjelaskan hutang ditanggung 1MDB dan projek lain yang berkaitan dengannya tidak menyumbang kepada hutang persekutuan secara keseluruhan.
teresa-kok-1mdb
KUALA LUMPUR: Hutang berbilion ringgit yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak diklasifikasikan sebagai tunggakan yang ditanggung kerajaan persekutuan, jelas Kementerian Kewangan hari ini.
“Oleh itu, hutang yang ditanggung 1MDB dan projek-projek lain yang berkaitan dengannya tidak menyumbang kepada hutang persekutuan secara keseluruhan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) hari ini.
Kok meminta kementerian menyatakan nisbah hutang negara terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 30 September 2015, berbanding tarikh yang sama tahun ini.
Beliau juga mempersoalkan jumlah hutang disumbangkan 1MDB dan projek-projeknya.

Bahas Bajet 2017 - MP PAS Pokok Sena

Memperkasa Pengurusan Sisa Pepejal Di Kampung, PBT Terima RM20 Juta

RM5 Juta Untuk Tabung Pendidikan Tahfiz Al-Quran Dan Qiraat

Naik Taraf Masjid Seluruh Selangor, RM128.5 Juta Untuk JAIS

Putrajaya Hapus Mammogram, Selangor Teruskan Dengan Peruntukan RM1 Juta

Bahas Bajet 2017 - MP PKR Gopeng

Bahas Bajet 2017 - MP PKR Sungai Petani

Bahas Bajet 2017 - MP DAP Ipoh Barat

Bahas Bajet 2017 - MP PKR Bayan Baru

Harga Rumah: Noh omar salahkan kerajaan selangor

Belanjawan 2017 : 52.2% Pembangunan, 47.8% Mengurus

Perbelanjaan Selangor 2017 RM3.45 Bilion

RM5 Juta Diperuntuk Cegah Zika dan Denggi oleh Selangor

RM185 Juta Dana Pusingan Untuk Hijrah 2017

Ziyad Terima Insentif RM150,000 Dan Rumah Dari Selangor

Veteran ATM Terima Kuota 10% Rumah Selangorku

Pasar Rakyat Bakal Diwujudkan, Jana Ekonomi Rakyat Selangor

Selangor Business School tawar pengajian MBA

Selangor peruntuk belanja pembangunan RM1.8 bilion, lagi tinggi dari Najib bentang Bajet 2017

Selangor cadang tingkat prasarana sukan RM14 juta susulan kejayaan Ziyad di Olimpik Rio

'Bonus' Penjawat Awam 2 Bulan Gaji - MB Selangor

MB Selangor: Elaun Ketua Kampung Naik RM300 Sebulan

Belanjawan Selangor:: Pengecualian Cukai Taksiran, Fi Lesen Peniagaan Diteruskan

Belanjawan Selangor: Kenaikan elaun Imam masjid RM300 mulai 1 Jan 2017

Sudah Azmin bentang Belanjawan 2017, ADUN BN pegang plakad tapi tak keluar dewan

Polis, jangan sekat perwakilan PERKASA 19 November ini - PERKASA

RUU 355: Pas Masih Taruh Harapan

PAS Rela Ditipu UMNO

Umpama PEROMPAK isytihar harta kepada PENYAMUN..


Hanya Di Malaysia Lanun 1MDB Bebas...!!!

Beza sungguh penguatkuasaan undang2 di bawah KERAjaan UMNO-BN yg dikuasai oleh pemimpin Islam-AMENO berbanding negara luar bukan Islam..

BENARLAH kata Tengku Razaleigh Hamzah.. "Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) tutup dosa rasuah".

SAMPAI BILA Najib nak terus menipu rakyatnya !!!

Adakah anda sanggup terima seorang Perdana Menteri yg bercita jadi PM selama 22 tahun yg kerjanya menipu & perbodohkan rakyat ??!!!

DI MANANYA wayang kulit !!...Lagi Mau Kencing Umno@Bn ni..??

Hakikatnya kewangan negeri kukuh malah peruntukan untuk pembangunan LEBIH TINGGI daripada pengurusan.. BUKANNYA spt k'jaan BN-Najib bajet pengurusan lebih tinggi drpd bajet pembangunan.

Peruntukan untuk ADUN bagi program rakyat setempat ditambah RM800k, kakitangan awam dapat bonus 2 bulan..

Bajet Negeri S'ngor bukan pakai duit sumbangan PETRONAS dan GST rakyat.. TIDAK SEPERTI KERAjaan BN-Najib guna cukai Petronas & GST utk selamatkan ekonomi M'sia & bayar hutang negara. K'jaan Negeri S'ngor berbelanja ikut kemampuan k'jaan negeri.. apa yang dibelanjakan berdasarkan dana sedia ada..

Jadilah pembangkang berkualiti, bukannya PEMBANGANG yang buta fakta yg tak beri apa2 sumbangan kepada Negeri dan rakyat Selangor itu sendiri...

KES HUSNI: Timbalan Speaker Dewan Rakyat Tolak Permohonan Henti Siasat Bekas Menteri

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menolak permintaan supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menghentikan siasatan berhubung kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkaitan 1MDB.
Kiandee berkata, ada laporan yang dibuat terhadap Ahmad Husni dan siasatan dijalankan agensi lain.
Close Ad
“Saya tidak akan membuat sebarang ketetapan bagi menghalang KPN daripada menjalankan siasatan.
“Jika tiada kes, bermakna tiada kes. Bagaimanapun, proses siasatan perlu dijalankan,” katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ketika membahaskan Bajet 2017 pada Isnin meminta Kiandee membuat ketetapan terhadap Khalid dan menuntut maaf daripadanya kerana menyalahguna kuasa imuniti ahli parlimen.
“Tambun diminta hadir ke Bukit Aman pada 2.30 petang. Mohon ketetapan dibuat sekarang,” katanya.
Susulan itu berlaku perang mulut antara wakil Barisan Nasional (BN) dan pembangkang dengan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) mempersoalkan polis menyiasat ucapan yang dibuat wakil rakyat di parlimen.
Guan Eng mempersoalkan kenapa minggu lalu Ahmad Husni dibenarkan membuat ucapan berhubung 1MDB tetap tidak dihalang Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Situasi itu juga menyebabkan beberapa ahli parlimen DAP telah meninggalkan sidang Dewan Rakyat.

BELANJAWAN 2017 NEGERI SELANGOR MEMBANGUN BANGSA, MEMAKMUR NEGERI


A. PENDAHULUAN
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
1. Kita menutup tirai 2016 dengan pelbagai kegembiraan untuk rakyat dan negeri. Pada 31 Ogos 2016, tatkala negara menyambut Hari Kemerdekaan, rakyat Selangor bergembira mendapat berita bahawa DYMM Sultan Selangor selamat diijabkabulkan dengan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Marilah kita mendoakan semoga Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan kekal bahagia dan terus bersemayam di atas takhta Negeri Selangor.
2. Dua minggu yang lalu, rakyat Negeri Selangor sekali lagi meraikan Istiadat Menjunjung Duli sempena Pemasyhuran Gelaran Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sebagai Raja Muda Selangor ke 7 yang mewarisi Takhta Kesultanan Selangor. Majlis yang penuh dengan istiadat dan warisan ini menjadi tumpuan generasi muda tentang kelangsungan institusi kesultanan Melayu Negeri Selangor.
3. Kerajaan Negeri berikrar mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan. Selagi ada bulan dan matahari, begitulah kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara kekal abadi.
4. Institusi Raja Melayu bagaikan sauh, agar bahtera bangsa tidak dihanyutkan oleh taufan dan badai. Raja dan rakyat berpisah tiada. Institusi Raja Berperlembagaan adalah payung kestabilan dan kemakmuran Negeri Selangor untuk kekal sebagai sebuah negeri maju yang peduli rakyat.
5. Di bawah naungan ini, kita bertemu sekali lagi untuk membuat persiapan menghadapi tahun hadapan. Pertemuan pagi ini turut dihadiri oleh Imam-Imam dari semua daerah, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis, wakil-wakil NGO yang mewakili budayawan dan penggiat seni, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan aktivis masyarakat. Muafakat membawa berkat.
6. Kita akan membentangkan belanjawan dalam serba keyakinan. Kita telah mencipta kejayaan demi kejayaan. Pada 30 Oktober 2015 yang lalu, saya membentangkan belanjawan defisit sebanyak RM 630 juta untuk menjana pembangunan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri. Kita bersyukur sehingga 14 Oktober 2016 kedudukan kewangan negeri berada pada tahap lebihan sebanyak RM 351.38 juta.
7. Kutipan hasil negeri sudah mencecah 96.9 peratus, sementara belanja pembangunan sudah mencapai tahap 60.0 peratus manakala belanja mengurus pula pada tahap 77.1 peratus. Sehingga 14 Oktober 2016, rizab negeri berada pada tahap RM 3.62 bilion.
8. Kejayaan hari ini bukan helah untuk mengambil sikap selesa. Berkat kewangan yang kukuh, kita merangka Belanjawan 2017 untuk membangun bangsa dan memakmur negeri. Dasar mesra pasaran telah meningkatkan pelaburan domestik dan luar negara.
9. Pelabur mahukan kepimpinan yang mempunyai visi yang jelas, dasar yang tuntas dan berpegang kepada prinsip integriti dan kebertanggungjawaban dalam urus tadbir negeri.
10. Sementara Kerajaan Negeri bersikap mesra pasaran, kita tidak percaya tangan ghaib pasaran boleh membawa kemakmuran yang merata. Bahkan pasaran bebas yang tidak terkawal akan menyebabkan kesenjangan pendapatan dan peminggiran golongan berpendapatan rendah. Fenomena ini akan menyemai benih konflik sosial. Maka, kerajaan mempunyai peranan strategik untuk mencapai keadilan sosial sebagai asas pembangunan bangsa dan kemakmuran negeri.
11. Pelaksanaan GST telah menguncupkan pendapatan isi rumah dan menyumbang kepada ketidakupayaan melebarkan domestic consumption.
12. Sebagai sebuah Kerajaan yang peduli rakyat, Belanjawan 2017 akan memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat khususnya di kalangan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
B. SENARIO EKONOMI
13. Malaysia mengakhiri tahun 2015 dengan merekodkan pertumbuhan sebanyak 4.6 peratus didorong oleh prestasi positif dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. Keadaan ekonomi negara pada suku tahun pertama pula telah merekodkan pertumbuhan sebanyak 4.2 peratus namun mengalami penurunan kepada 4.0 peratus pada suku tahun kedua kesan dari kemerosotan permintaan dalam pengeluaran eksport bersih dan pengeluaran stok yang besar.
14. Pertumbuhan ekonomi negara bagi keseluruhan tahun 2016 pula dijangka mengalami penurunan dengan kadar pertumbuhan yang diunjurkan pada 4.0 – 4.5 peratus, bukan sahaja ekoran ekonomi dunia yang berkembang pada paras lebih sederhana kesan daripada ketidaktentuan pasaran kewangan di peringkat global tetapi kegagalan Putrajaya menangani masalah struktural seperti hutang awam, keyakinan pelabur dan daya saing ekonomi negara.
15. Walaupun Putrajaya gagal menangani isu fundamental, prestasi ekonomi Negeri Selangor bagi 2017 dijangka kekal pada landasan pertumbuhan antara 5.0 – 5.5 peratus iaitu pada kadar yang sama sebagaimana tahun 2016.
16. Keyakinan ini didorong oleh jangkaan pertumbuhan sederhana di peringkat global, asas ekonomi negeri yang kukuh melalui permintaan domestik yang berdaya tahan dan berterusan, sumber pertumbuhan yang pelbagai dan kadar pengangguran yang rendah, dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta. Sektor perkhidmatan dan pembuatan dijangka akan terus kekal sebagai penyumbang utama pertumbuhan ekonomi di Negeri Selangor.
17. Kerajaan Negeri senantiasa berusaha untuk mengekalkan pelaburan sedia ada dan tuntas meningkatkan jumlah pelaburan asing dan domestik di Negeri Selangor. Berdasarkan statistik terbaharu daripada Malaysia Investment Development Authority (MIDA), Negeri Selangor sehingga Jun 2016 mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 3.04 bilion daripada 130 projek yang telah diluluskan.
18. Antara daya tarikan untuk mengekalkan Selangor sebagai destinasi pelaburan adalah tadbir urus yang baik, kecekapan pentadbiran dan dasar ekonomi proaktif yang mesra pasaran.
19. Jabatan Perangkaan Negara dalam laporan bertarikh 30 September 2016 mengesahkan bahawa Negeri Selangor bukan sahaja kekal sebagai penyumbang utama kepada KDNK negara, namun bagi tahun 2015, sumbangan Negeri Selangor telah meningkat kepada 22.6 peratus. Inilah Selangor, kekal sebagai gedung kuasa ekonomi negara.
C. PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Kedudukan Kewangan
20. Jumlah wang awam Kerajaan Negeri Selangor yang terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan pada 31 Disember 2015 adalah berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Bilion Dua Ratus Lima Puluh Lapan Juta Enam Ratus Sepuluh Ribu Dan Empat (RM 3,258,610,004) berbanding Ringgit Malaysia Tiga Bilion Dua Ratus Juta Sembilan Ratus Sebelas Ribu Sembilan Ratus Sebelas (RM 3,200,911,911) pada 31 Disember 2014.
21. Kumpulan Wang Disatukan atau rizab negeri pada tahun 2015 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 1.8 peratus atau RM 57.7 juta berbanding tahun 2014. Prestasi kewangan semasa Kerajaan Negeri pada 14 Oktober 2016 kekal kukuh dengan lebihan semasa berjumlah RM 351.38 juta.
22. Alhamdulillah, kita bersyukur, rizab negeri sehingga 14 Oktober 2016 telah melonjak kepada RM 3.62 bilion berbanding RM 3.26 bilion pada 31 Disember 2015.
D. BELANJAWAN 2017
Anggaran Hasil
23. Kutipan sebenar hasil negeri bagi tahun 2015 adalah Ringgit Malaysia Dua Bilion Lima Ratus Dua Puluh Tujuh Juta Enam Ratus Sembilan Puluh Ribu Lapan Ratus Tiga Puluh Sembilan (RM2,527,690,839). Hasil Cukai mencatatkan kutipan sebanyak RM 607.16 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 1.70 bilion dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 218.43 juta.
24. Sehingga 28 Oktober 2016, Kerajaan Negeri mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 2.27 bilion atau pencapaian sebanyak 101.2 peratus berbanding dengan anggaran hasil bagi tahun 2016 sebanyak RM 2.25 bilion.
25. Hasil Cukai mencatatkan kutipan sebanyak RM 556.64 juta (92.8 peratus), Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 1.54 bilion (109.3 peratus) dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 182.18 juta (74.6 peratus). Ini membuktikan pentadbiran Kerajaan Negeri berjaya menutup segenap lubang ketirisan dan memperteguh integriti.
26. Kutipan hasil bagi tahun 2017 dianggarkan meningkat sebanyak 13.3 peratus kepada RM 2.55 bilion berbanding RM 2.25 bilion bagi tahun 2016. Penyumbang utama kepada Hasil Kerajaan Negeri adalah daripada premium tanah (54.2 peratus), hasil cukai tanah (19.5 peratus) dan urusniaga berkaitan tanah (8.0 peratus). Kutipan hasil tersebut menyumbang sebanyak 81.7 peratus daripada keseluruhan anggaran hasil negeri bagi Tahun 2017.
27. Selain itu, hasil negeri turut disumbangkan oleh keuntungan daripada pelaburan simpanan tetap (3.2 peratus), cukai hiburan (2.2 peratus) dan cukai hasil hutan iaitu daripada pengeluaran kuari (1.9 peratus).
28. Usaha Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negeri bagi membiayai pembangunan akan terlaksana apabila pelaksanaan kutipan cukai petak untuk hakmilik strata mula dilaksanakan pada tahun 2018.
29. Pada tahun 2017 iaitu tempoh peralihan pelaksanaan cukai petak ini, Kerajaan Negeri akan menyelesaikan masalah kutipan cukai tanah tertunggak yang melibatkan pembangunan berstrata yang dijangka berjumlah RM 8 juta yang mana tuan punya petak boleh membayar cukai bahagian mereka sahaja. Ini akan menyumbang kepada peningkatan urusniaga dan bukan urusniaga strata yang dijangka meningkat kepada 30 peratus daripada jumlah kutipan semasa.
30. Pengenalan cukai petak bagi pembangunan hakmilik berstrata akan memberi kemudahan kepada pemilik untuk melaksanakan sebarang urusniaga ke atas hartanah mereka tanpa perlu terikat dengan syarat-syarat yang tertakluk pada ‘master title’ selari dengan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2016.
31. Usaha mempelbagaikan sumber hasil negeri adalah sebahagian daripada peranan DEIG bagi memperkukuhkan agenda keadilan sosial khususnya program berpaksikan rakyat seperti perumahan, kesihatan dan pendidikan. Untuk menjayakannya, adalah penting syarikat-syarikat anak kerajaan negeri (GLC) melakukan kajian strategik terhadap semua kegiatan korporat dan memaksimumkan pulangan pelaburan dan meningkatkan paras keuntungan. Kegagalan melaksanakan ini bukanlah satu pilihan.
Anggaran Perbelanjaan
32. Berdasarkan kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan terus berdaya tahan, maka Kerajaan Negeri mencadangkan agar anggaran perbelanjaan Tahun 2017 berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Bilion Empat Ratus Lima Puluh Juta (RM 3,450,000,000) bagi melaksanakan semua perancangan dan agenda Kerajaan Negeri.
33. Daripada jumlah tersebut, Ringgit Malaysia Satu Bilion Enam Ratus Lima Puluh Juta (RM 1,650,000,000) atau 47.8 peratus adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan Ringgit Malaysia Satu Bilion Lapan Ratus Juta (RM 1,800,000,000) atau 52.2 peratus bagi perbelanjaan pembangunan. Belanjawan 2017 dijangka akan mengalami defisit berjumlah Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Juta (RM 900,000,000) berpunca dari peningkatan substantif dalam perbelanjaan pembangunan untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan yang berkualiti untuk rakyat.
34. Pembentangan belanjawan defisit ini mencerminkan sikap jujur dan disiplin fiskal Kerajaan Negeri dalam membuat perancangan. Pengalaman dua belanjawan yang lalu membuktikan usaha dan dedikasi penjawat awam dalam mengamalkan perbelanjaan berhemah, memperkukuh budaya kerja cekap dalam memungut hasil dan membasmi pembaziran serta ketirisan telah berjaya mengubah belanjawan defisit kepada sebuah belanjawan yang berimbang.
Setiap yang hilang kita cari,
Setiap yang cicir kita pungut.
35. Sebagai catatan, Belanjawan 2015 dibentangkan dengan defisit RM 452.5 juta. Namun, prestasi sebenar Kerajaan Negeri pada 31 Disember 2015 berakhir dengan lebihan sebanyak RM 232.79 juta. Sementara Belanjawan 2016 dirancang defisit sebanyak RM 630 juta, namun sehingga 14 Oktober 2016, prestasi kewangan sebenar berakhir dengan lebihan sebanyak RM 351.38 juta.
Peruntukan Mengurus
36. Di bawah peruntukan mengurus, RM 427.90 juta adalah bagi emolumen dan RM 543.16 juta disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan. Manakala, RM 18.34 juta diperuntukkan kepada pembelian aset. Sejumlah RM 608.11 juta disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM 52.49 juta untuk perbelanjaan lain.
37. Pertambahan pada anggaran peruntukan mengurus Kerajaan Negeri bagi tahun 2017 adalah untuk membiayai:
a. Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam berikutan langkah rasionalisasi skim perkhidmatan awam yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 20.3 juta;
b. Penggantian skim pinjaman buku teks berwarna bagi pelajar Tahun 1 hingga 3 di Sekolah Agama Negeri Selangor yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 7 juta.
c.RM 10 juta bagi operasi penyelenggaraan benteng pantai, sungai dan kolam takungan.
d. Kenaikan jumlah bantuan program Pemberian Air Percuma 20 Meter Padu Yang Pertama sebanyak RM 13.2 juta.
e. Kenaikan siling Kumpulan Wang Pinjaman sebanyak RM 150 juta bagi menampung Program Hijrah, Projek Penggantian Paip Air Lama, Program Pengurusan Sisa Pepejal dan Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai-Sungai di Selangor.
38. Perbelanjaan ini akan memberi manfaat langsung untuk kesejahteraan rakyat dan mewujudkan kesan gandaan kepada aktiviti ekonomi.
Peruntukan Pembangunan
39. Prinsip utama mendasari falsafah perbelanjaan pembangunan adalah semua usaha dan inisiatif mestilah dibuat secara holistik dan sistematik termasuk menyediakan infrastruktur yang lengkap di bandar dan di desa. Kerajaan Negeri senantiasa mendengar keluhan rakyat.
40. Belanjawan 2017 mencadangkan peruntukan pembangunan berjumlah Ringgit Malaysia Satu Bilion Lapan Ratus Juta (RM 1,800,000,000) atau 52.2 peratus daripada jumlah keseluruhan Belanjawan 2017.
41. Negeri Selangor sekali lagi menjadi peneraju dalam menyediakan peruntukan pembangunan melebihi peruntukan mengurus. Bajet Persekutuan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri memperlihatkan ketidak bertanggungjawaban kerana memperuntukkan hanya 18 peratus sahaja untuk pembangunan.
42. Bagi memacu pembangunan, peruntukan pembangunan ditingkatkan sebanyak RM 360 juta iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding tahun 2016. Ini adalah peruntukan pembangunan terbesar yang pernah tercatat dalam Belanjawan Negeri Selangor.
43. Sejumlah Ringgit Malaysia Satu Bilion Sembilan Puluh Tiga Juta Tiga Ratus Dua Puluh Lima Ribu Dan Sepuluh (RM 1,093,325,010) atau 60.7 peratus diperuntukkan di bawah infrastruktur termasuk projek pembinaan baru serta menaiktaraf jalan, penyelenggaraan parit dan saliran serta projek pembangunan bekalan air.
44. Seterusnya, sejumlah Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Juta Dua Ratus Lima Puluh Lapan Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh (RM 250,258,190) atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.
45. Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk menilai keberkesanan program-program sosio ekonomi dan kebajikan rakyat untuk tujuan memperkukuhkan agenda peduli rakyat. Untuk tujuan itu, sejumlah Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat Puluh Tujuh Juta Satu Ratus Lima Puluh Enam Ribu Lapan Ratus (RM 247,156,800) atau 13.7 peratus diperuntukkan bagi melaksanakan program perkhidmatan masyarakat, pendidikan, pemberdayaan modal insan dan usahawan, pembangunan belia dan sukan serta pembangunan wanita dan keluarga.
46. Peruntukan sebanyak RM 183.2 juta disediakan untuk program air percuma bagi tahun 2017. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyarankan air percuma dimanfaatkan secara berhemah. Air adalah sumber yang sangat bernilai dan pengguna perlu membudayakan amalan konservasi air.
47. Manakala bagi sektor kesihatan dan luar bandar, Kerajaan Negeri bercadang sejumlah Ringgit Malaysia Dua Ratus Sembilan Juta Dua Ratus Enam Puluh Ribu (RM 209,260,000) atau 11.6 peratus diperuntukkan bagi pelaksanaan program skim penjagaan kesihatan asas (primary health care), program menangani wabak denggi dan zika, pembangunan ekonomi luar bandar serta membangun prasarana asas bagi tujuan kemudahan di desa serta menaiktaraf jalan kampung.
E. STRATEGI BELANJAWAN 2017
48. Untuk menterjemah gagasan Membangun Bangsa dan Memakmur Negeri maka, strategi Belanjawan 2017 Negeri Selangor adalah :
a. Smart Selangor Teras Kemajuan;
b. Menjamin Perlindungan Dan Mensejahtera Rakyat;
c. Pengupayaan Pendidikan & Latihan;
d. Membingkai Muafakat;
e. Memacu Industri Sukan & Pelancongan, Menyemarak Budaya & Intelektual
STRATEGI PERTAMA : Smart Selangor Teras Kemajuan
49. Gagasan Smart Selangor yang dicetuskan pada tahun lalu kini telah menjadi teras utama untuk memacu pembangunan negeri mencapai status Smart State. Gagasan ini bukan hanya tertumpu kepada inisiatif pembangunan infrastruktur Smart semata-mata. Ianya juga menggarap nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, amalan tatakelola yang baik dan menjamin keadilan sosial untuk segenap lapisan masyarakat.
50. Antara aspek terpenting urus tadbir adalah konsep “Open Government”. Dalam hal ini, inisiatif Smart Selangor bertujuan merealisasikan objektif ini selain daripada pembangunan ekonomi yang lebih mampan, sistem penyampaian yang lebih berkesan bagi menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik untuk rakyat.
51. Ini telah dimulakan pada tahun 2016 dengan pembangunan Blueprint Smart Selangor dan membangunkan Smart Solutions untuk empat domain utama iaitu Smart Governance, Smart Waste Management, Smart Transport and Mobility dan Smart Digital Infrastructure.
52. Blueprint dan Smart Solutions ini adalah hasil pendapat dan maklum balas agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan stakeholders termasuk rakyat berdasarkan prinsip mass collaboration di antara rakyat dan kerajaan menerusi beberapa siri temu-tembung dan makmal yang dianjurkan oleh pihak Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) yang telah melibatkan hampir 10,000 orang peserta.
Membangun Infrastruktur Digital
53. Kejayaan Selangor sebagai Smart State yang bergantung kepada pelaksanaan dasar-dasar serta inisiatif peduli rakyat harus bergerak seiring dengan pembangunan inkrimental ekosistem digital. Dunia terus menyaksikan kepantasan kemaraan digital; mana-mana bangsa yang dulu, kini dan selama-lamanya kaku, hanya bergerak ke belakang.
54. Dalam ekosistem ini, bentuk-bentuk baharu pemprosesan (processing) sedang dicipta bagi memberdaya pembuatan keputusan yang lebih mantap, meneroka ‘insight’ dan mengoptimakan proses. Dari segi ini, Big Data Analytics memainkan peranan yang semakin kritikal. Ianya merangkumi prinsip 3V yakni ‘high volume’, ‘high velocity’ dan ‘high variety’ yang bernilai tinggi.
55. Dalam konteks ekosistem digital Selangor yang berkembang maju, kita membayangkan Big Data Analytics dapat mempermudah Kerajaan Negeri dan agensi-agensinya untuk membuat keputusan yang pantas dan mengambil tindakan yang berkesan. ‘Real-time monitoring’ contohnya, dapat dikembang-luaskan skop dan penggunaannya yang bakal membantu memenuhi sasaran pencapaian perkhidmatan.
56. Big Data Analytics tidak boleh dipandang secara terpisah malahan ianya berkembar dengan Internet of Things (IoT), e-dagang dan penggunaan aplikasi dan penyelesaian pintar di bawah payung konsep jangka panjang Smart State yang bersepadu.
57. Kerajaan Negeri akan menerokai bidang-bidang kerjasama bersama gergasi-gergasi teknologi maklumat global menerusi penggunaan teknologi terkini bagi menghasilkan dasar-dasar yang lebih tepat dan berkesan kepada rakyat.
58. Peruntukan sebanyak RM 14 juta akan disediakan untuk membangunkan Smart Digital Eco-system yang merangkumi Big Data Command & Control Centre dan Smart Apps Development Platform, manakala RM 8 juta untuk Internet of Things (IoT) enabler dan pemerkasaan WiFi Smart Selangor yang merupakan komponen penting dalam pembangunan Smart Digital Eco-system.
Penyelenggaraan Pintar Jalan Raya
59. Kerjasama di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan Google Asia Pacific menerusi Waze Connected Citizens Programme telah dimeterai pada 23 September 2016. Para pengguna jalanraya kini boleh melaporkan lokasi jalan berlubang (potholes) menerusi aplikasi Waze yang kemudiannya akan disalurkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk diperbaiki dalam tempoh maksima 5 hari.
60. Sebuah sistem middleware akan dibangunkan untuk mengumpulkan aduan jalan berlubang dan memantau tempoh pembaikan. Dengan adanya sistem ini, kerajaan negeri akan berupaya untuk memetakan hayat jalan raya (heat map of road age) untuk tujuan perancangan program preventative maintenance yang lebih berkesan tanpa mengganggu keselesaan pengguna jalan raya.
61. Selain aduan jalan berlubang, pihak berkuasa bertanggungjawab memuatnaik maklumat jalan yang ditutup bagi sesuatu tujuan supaya pengguna jalan raya mendapat maklumat sebelum merancang perjalanan. Setakat ini, MBPJ, MPSJ, MPAJ dan MPKj telah bersama dalam program ini.
Kutipan Sisa Pepejal Yang Efisyen
62. Sebagai langkah penstrukturan semula pengurusan sisa pepejal dan meningkatkan kecekapan operasi, Kerajaan Negeri telah melantik KDEB Waste Management Sdn. Bhd. untuk melaksanakan sebuah projek perintis di Majlis Perbandaran Klang bermula 1 Julai 2016.
63. Keberkesanan operasi ini adalah hasil daripada penggunaan teknologi pengesan operasi dan pergerakan lori kutipan, para penyelia kawasan dan penggunaan sistem aduan berasaskan aplikasi iClean Selangor yang dipantau terus melalui kaedah real time monitoring oleh sebuah Command Centre. Sistem ini juga mampu mengesan lokasi aduan untuk memudahkan pemantauan dan mempercepatkan tindakan pematuhan.
64. Prihatin dengan keluhan rakyat yang mahukan operasi kutipan sisa pepejal yang lebih efektif dan pantas, Kerajaan Negeri akan mengembangkan penggunaan sistem iClean Selangor kepada empat PBT dalam tahun 2017 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 45 juta.
Pembersihan, Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang
65. Sungai Klang yang sekian lama tercemar dengan sampah sarap terapung kini telah semakin bersih. Sebanyak RM 5 juta telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016 untuk membersihkan Sungai Klang. Hebat Abadi Sdn. Bhd. telah berjaya mengeluarkan 4,869 tan metrik sampah terapung sehingga akhir September 2016 dan 48 perangkap sampah telah dibina di kunci-kunci air utama di sepanjang Sungai Klang. 5 tapak pelupusan haram dikesan hasil daripada operasi pembersihan sungai ini.
66. Kerajaan Negeri sedang mengkaji untuk mewujudkan sebuah agensi pengurusan sungai bagi menyelaras kerja-kerja pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang. Agensi ini dipertanggungjawabkan untuk memulihara kawasan rizab sungai dan menyediakan pelan pembangunan tebing sungai sebagai sumber pendapatan baru bagi Kerajaan Negeri.
67. Kerajaan Negeri bercadang untuk memperuntukkan sebanyak RM 15 juta bagi kerja-kerja pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang. Untuk mempromosikan Sungai Klang kepada dunia, Kerajaan Negeri merancang untuk menganjur Klang River Marathon dalam tahun 2017.
Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
68. Kerajaan Negeri sedang giat berusaha untuk meneroka dan menarik pelaburan yang strategik dan berimpak tinggi seperti industri aero-angkasa, automotif, bioteknologi dan industri halal.
69. Negeri Selangor akan meneraju industri halal yang lebih inovatif dan bersifat ‘game changer’ melalui pembentukan Majlis Halal International Selangor dengan geran pelancaran sebanyak RM 5 juta.
70. Menurut laporan Pertubuhan Kerjasama dan Pertumbuhan Ekonomi (OECD), penggunaan bioteknologi akan menjana pertumbuhan ‘Bioekonomi’ yang merangkumi sektor pertanian, industri dan kesihatan.
71. Kerajaan Negeri menyokong usaha ke arah pemerkasaan ‘Bioekonomi’ di Selangor. Untuk maksud itu, Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan dana awal (seed capital) berjumlah RM 10 juta bagi membiayai R&D bioteknologi di Bio Bay, Pulau Indah.
Penciptaan Pekerjaan Baru
72. Negeri Selangor telah membuat satu anjakan strategik ke arah industri berasaskan pengetahuan dan berteknologi tinggi serta mempergiat sektor ekonomi menerusi Industri Kecil dan Sederhana (SME).
73. Kerajaan Negeri memberi fokus lima teras utama yang mampu mengembangkan peluang SME seperti industri aeroangkasa, bioteknologi, sains hayat, e-dagang dan industri halal.
74. Industri strategik seperti aeroangkasa dan otomotif yang melabuh di Negeri Selangor dengan jumlah pelaburan hampir RM 3 bilion oleh syarikat gergasi UMW Aerospace Sdn. Bhd. di Serendah dan UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. di Bukit Raja, Klang akan mencipta lebih 1,200 pekerjaan dalam perkhidmatan sokongan termasuk pekerja mahir (skilled workers).
75. Bagi tempoh dari tahun 2008 sehingga suku ketiga 2016, sejumlah 183,889 pekerjaan telah dicipta melalui 2,258 projek perkilangan. Daripada jumlah penduduk Negeri Selangor seramai 6.14 juta, negeri ini mempunyai tenaga kerja seramai 3.2 juta.
STRATEGI KEDUA : Menjamin Perlindungan Dan Mensejahtera Rakyat
76. Penyair Latin, Juvenal, dalam sebuah satira berkata, “Mens sana in corpore sano” – akal yang cerdas datangnya dari badan yang sihat. Putrajaya gagal memberikan perhatian kepada penjagaan kesihatan asas (primary health care) yang merupakan hak asasi rakyat seperti yang termaktub dalam Artikel 12 International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights 1966.
77. Rakyat umumnya merasa tertekan dan terhimpit dengan ketidaktentuan ekonomi dan kecelaruan kepimpinan. Rakyat terdedah kepada kos sara hidup yang tinggi, ketidakupayaan untuk mendapatkan akses kepada rawatan yang berkualiti, tidak berpeluang memiliki kediaman yang selesa dan affordable, dikesampingkan kebajikan dan hak asasi mereka dalam kehidupan.
78. Maka sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang peduli rakyat, Belanjawan 2017 ingin memperkenalkan beberapa inisiatif baru yang akan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Skim Peduli Sihat
79. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan perbelanjaan kerajaan untuk perkhidmatan kesihatan sebanyak 5 peratus daripada KDNK. Namun begitu, pada tahun 2014, WHO melaporkan kadar perbelanjaan kesihatan Malaysia hanya pada tahap 4.2 peratus dari KDNK berbanding negara-negara lain seperti Cuba 11.1 peratus, Brazil 8.3 peratus, Vietnam 7.1 peratus dan Thailand 6.5 peratus.
80. Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap tahap kesihatan rakyat yang boleh menjejaskan produktiviti. Biarpun Kerajaan Negeri tidak mempunyai sumber pendapatan sebesar Putrajaya, namun kita memiliki rasa kepedulian yang raksasa.
81. Kerajaan Negeri akan memperkenalkan skim perlindungan perubatan dan kesihatan (medical and healthcare coverage) atau Skim Peduli Sihat bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) iaitu kelompok yang paling tertekan berikutan daripada kenaikan kos sara hidup.
82. Untuk maksud ini, Kerajaan Negeri bercadang memperuntukkan sejumlah RM 125 juta setahun bagi pelaksanaan Skim Peduli Sihat yang akan menyediakan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan untuk 250 ribu keluarga atau 1 juta rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah RM 3,000 ke bawah.
83. Skim Peduli Sihat yang diuruskan oleh Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator akan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM 500 setahun. Penerima skim ini boleh mendapat rawatan di 1,000 buah klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.
84. Mereka yang dilahirkan atau telah menetap lebih 10 tahun di Selangor layak untuk menyertai skim ini. Pendaftaran boleh dilakukan di Pejabat Ahli Dewan Negeri, PBT dan Pejabat Daerah dan Tanah, klinik-klinik berdaftar termasuk pendaftaran atas talian dengan menyertakan bukti atau pengesahan pendapatan.
85. Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat. Pemegang akaun utama Peduli Sihat beserta tanggungannya – isteri serta anak-anak di bawah umur 21 tahun boleh menerima rawatan doktor (general practicioner) di klinik-klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan yang telah ditetapkan.
86. Klinik-klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran yang ditetapkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Menangani Denggi & Zika
87. Kerajaan Negeri bercadang meningkatkan peruntukan kawalan dan pencegahan denggi dan zika secara holistik bagi tahun 2017 kepada RM 5 juta berbanding hanya RM 1.5 juta bagi tahun 2016. Peruntukan ini akan digunakan untuk menambah aktiviti kawalan dengan menambah penggunaan Pest Controller Operator (PCO) di PBT. Penguatkuasaan undang-undang akan dipertingkatkan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyumbang kepada wabak ini.
88. Tanggungjawab ini juga harus dipikul bersama oleh semua pihak termasuk pimpinan masyarakat seperti Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis, JKKK dan penduduk setempat bagi memastikan tiada lagi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Program Dialisis Rakyat
89. Kerajaan Negeri sedar bahawa kos rawatan dialisis amat membebankan pesakit – kos rawatan yang tinggi manakala pesakit juga tidak dapat bekerja untuk menampung kos sara hidup keluarga. National Renal Transplant Registry 2014 melaporkan terdapat 6,890 orang pesakit dialisis di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan untuk membiayai kos rawatan dialisis. Kelazimannya, setiap pesakit perlu menjalani rawatan sebanyak 13 kali sebulan melibatkan kos hampir RM 3,000 sebulan.
90. Sehingga 24 Oktober 2016, seramai 504 orang pesakit telah menerima manfaat daripada program ini dengan kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 1.45 juta. Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan peruntukan bagi program rawatan dialisis daripada RM 1.7 juta setahun kepada RM 5 juta bagi Tahun 2017.
Early Intervention Programme (EIP)
91. Untuk mewujudkan masyarakat penyayang, Kerajaan Negeri akan mengambil langkah untuk menjayakan Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme) khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Program ini akan menyediakan pendidikan dan pelbagai jenis terapi seperti physiotherapy, occupational therapy, speech therapy dan hydrotherapy.
92. Program ini membantu ibu bapa mengambil langkah awal untuk mengelakkan berlakunya masalah sampingan pada keadaan fizikal anak-anak mereka di masa akan datang. Pada masa yang sama, Program Intervensi Awal akan membantu kanak-kanak berkeperluan khas beradaptasi dalam masyarakat tanpa merasa terpisah kerana mereka juga mempunyai kebolehan dan potensi yang tersendiri. Untuk maksud ini, Kerajaan Negeri akan menyalurkan sejumlah RM 3 juta untuk membantu institusi dan badan kebajikan yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) di Negeri Selangor.
Merancak Program HIJRAH
93. Skim Mikrokredit (micro financing scheme) adalah aspek penting untuk mengupaya usahawan-usahawan kecil yang memerlukan modal perniagaan awal bagi menjana pendapatan yang lebih lumayan. Program ini seiring dengan visi Kerajaan Negeri untuk melebarkan golongan kelas menengah.
94. Pada tahun 2016, Yayasan Hijrah Selangor telah menerima pembiayaan sebanyak RM 125 juta termasuk RM 5 juta sebagai dana khas untuk kumpulan sasar OKU dan Ibu Tunggal. Sehingga suku ketiga tahun 2016, seramai 28,231 orang telah menerima manfaat dengan pengeluaran pembiayaan berjumlah RM 144.8 juta.
95. Alhamdulillah, peratusan kutipan bayar balik adalah tinggi dan menggalakkan. Program HIJRAH yang terbukti mampu mengupayakan peniaga-peniaga kecil dijangka akan terus mendapat sambutan dan disasarkan meningkat kepada 56,000 orang pada tahun 2018.
96. Kejayaan program HIJRAH mendorong Kerajaan Negeri untuk mencadangkan peruntukan tambahan sejumlah RM 50 juta dalam bentuk pinjaman bagi tahun 2017 kepada Yayasan Hijrah. Program HIJRAH akan menyediakan dana pusingan berjumlah RM 185 juta bermula awal tahun 2017 hasil daripada bayaran semula yang kini berada pada paras RM 59.7 juta. Dua kumpulan sasar baru akan menikmati pembiayaan HIJRAH iaitu veteran angkatan tentera dan wanita ladang.
Perumahan Untuk Rakyat
97. Pendemokrasian milikan rumah adalah dasar Kerajaan Negeri hari ini. Dasar ini adalah cerminan kepada sebuah kerajaan yang berusaha ke arah mengurangkan kesenjangan pendapatan di kalangan rakyat. Sebagai sebuah ekonomi manusiawi dan negeri yang mengamalkan demokrasi yang matang, Kerajaan Negeri terus memperhebatkan usaha agar rakyat Negeri Selangor memiliki kediaman yang affordable dan selesa untuk keluarga.
Program Ceria
98. Kerajaan Negeri sering mendengar keluhan para pemilik dan penghuni rumah pangsa kos rendah yang tidak mampu untuk menyelenggara lif dan menceriakan blok masing-masing. Kos penyelenggaraan lif adalah tinggi dan di luar kemampuan pemilik, penghuni dan Badan Pengurusan Bersama (JMB).
99. Kerajaan Negeri senantiasa peduli dengan masalah komuniti rumah pangsa kos rendah. Untuk maksud ini, Kerajaan Negeri ingin mencadangkan peruntukan bagi penyelenggaraan lif dan pengindahan rumah pangsa kos rendah dinaikkan daripada RM 25 juta kepada RM 55 juta.
100. Pertimbangan ini adalah atas kesedaran Kerajaan Negeri untuk pembinaan komuniti bandar yang dinamik dan ceria sebagai dimensi pembangunan bangsa. Langkah ini akan memastikan lif di kawasan pemajuan tersebut sentiasa diselenggara untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni rumah pangsa serta menceriakan blok perumahan berkenaan.
Memperluas Akses Pemilikan – Rumah Selangorku
101. Usaha Kerajaan Negeri untuk membina rumah mampu milik secara aktif mulai tahun 2014 mendapat sambutan yang menggalakkan. Sehingga hari ini, saya telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik yang melibatkan 22,494 unit kediaman melebihi sasaran awal berjumlah 15,000 unit kediaman.
102. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk memantau kemajuan projek-projek ini setiap dua minggu bagi memastikan projek ini dapat diserahkan pemilikannya kepada pembeli dalam tempoh yang ditetapkan.
103. Walau bagaimanapun, pembeli rumah berdepan dengan masalah ‘end-financing’ atau pembayaran akhir di mana kadar penolakan pinjaman oleh bank-bank tempatan telah meningkat kepada lebih 50 peratus. Berdasarkan laporan LPHS, daripada 17,546 tawaran yang dibuat, 8,770 tidak berjaya mendapat pembiayaan daripada institusi perbankan.
104. Oleh kerana itu, Bank Negara Malaysia (BNM) digesa untuk menyemak semula garis panduan bagi membantu pembeli rumah pertama mendapatkan pinjaman bank untuk pembiayaan rumah yang bernilai RM 250,000 ke bawah.
Skim Smart-Sewa
105. Atas keprihatinan kepayahan pembeli rumah untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi perbankan, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan Skim Smart-Sewa bagi membantu orang awam yang berpendapatan sederhana menyewa dan akhirnya berupaya untuk memiliki rumah di Negeri Selangor.
106. Kerajaan Negeri telah membeli 134 unit kediaman yang bersesuaian di lokasi yang strategik pada tahun 2016 untuk dijadikan rumah sewa kepada mereka yang berkelayakan. Bagi tahun 2017, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan sejumlah RM 100 juta melalui Tabung Amanah Pengecualian Syarat Kuota Bumiputera & Pengecualian Sumbangan Pembinaan Rumah Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah dan Rumah Kos Sederhana bagi mengembangkan lagi Skim Smart Sewa.
107. Tempoh sewaan minima bagi setiap penyewa adalah selama dua tahun dan maksima selama lima tahun. Menerusi program ini, penyewa akan mendapat balik 30 peratus daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit yang berkenaan. Pengembalian 30 peratus wang sewaan boleh dijadikan sebagai wang pendahuluan dalam pembelian Rumah Selangorku.
Perkhidmatan Air Yang Holistik
108. Sementara proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor sedang dimuktamadkan, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif bagi menyediakan perkhidmatan air yang efisyen termasuk mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) dan mengganti paip-paip lama.
Projek Penggantian Paip Air & Mengurangkan NRW
109. Kerajaan Negeri meletakkan sasaran untuk mengurangkan kadar NRW daripada 35 peratus kepada 29 peratus pada 2019. Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan Negeri mencadangkan sejumlah RM 324 juta diperuntukkan untuk mengatasi masalah paip pecah dan program penggantian paip-paip lama di 84 kawasan hotspot yang meliputi 422.5 kilometer untuk tempoh tiga tahun mulai tahun 2016.
110. Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri bercadang untuk memperuntukkan sejumlah RM 100.6 juta kepada Air Selangor bagi kerja-kerja penggantian paip.
Pembangunan Loji Rawatan Air
111. Bagi menjamin kemampanan bekalan air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kerajaan Negeri bersedia menggunakan sebahagian rizab negeri untuk pembangunan termasuk membina Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang yang menelan kos RM 800 juta. Pembangunan 2 buah loji rawatan air yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri adalah untuk mewujudkan ekosistem perkhidmatan air yang holistik dan efisyen serta melengkapkan sistem agihan bekalan air di Negeri Selangor.

Polis tak jadi siasat Husni hari ini

Bekas menteri kewangan kedua itu dipanggil ke Bukit Aman untuk direkodkan keterangan berhubung kenyataannya mengenai 1MDB, tetapi siasatan terhadapnya ditangguhkan minggu depan.
husni
KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap bekas menteri kewangan kedua susulan kenyataannya mengenai 1MDB di Parlimen minggu lalu, ditangguhkan ke minggu depan.
Terdahulu, Husni dilihat memasuki ibu pejabat polis Bukit Aman pada 2.15 petang kerana beliau dijadualkan merekodkan keterangan hari ini.
Bagaimanapun, beliau keluar dari Bukit Aman kira-kira 15 minit selepas itu dan memberitahu wartawan yang soal siasat ditangguhkan ke minggu depan tanpa diberikan tarikh tertentu.
Minggu lalu, dilaporkan 3 bekas menteri termasuk Husni, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal akan disoal siasat kerana tuduhan mendedahkan maklumat rahsia kerajaan mengenai 1MDB.
Mereka membuat kenyataan mengkritik 1MDB di Dewan Rakyat, dan sehubungan itu Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata mereka mungkin melanggar sumpah kerahsiaan.
Ketiga-tiganya pada masa ini disiasat kerana didakwa melanggar sumpah kerahsiaan mereka di bawah peruntukan OSA, kerana bercakap mengenai isu yang diketahui ketika masih dalam jawatan menteri.
Dua laporan polis dibuat oleh Jaringan Melayu Malaysia dan Sahabat N87 cawangan Wilayah Persekutuan.
Husni yang juga ahli Parlimen Tambun meletak jawatan sebagai menteri dan jawatan dalam Umno serta BN pada Jun lalu.

Rakyat masih letak harapan kepada Pak Lah, titah Sultan Nazrin

Siapa cakap matlamat PERKASA dan PPBM sama? soal Ibrahim Ali

NGO Jamal ni berdaftar ke tidak? soal PERKASA

Siasatan isu 1MDB ditangguh, Husni akan beri keterangan minggu hadapan

1MDB: Aksi Husni hadir beri keterangan di Bukit Aman tetapi ditangguhkan

Khairuddin mahu minta maaf pada Tun M sebab keluar parti

Zaid gesa Uthaya, Waytha bersatu bentuk parti politik

Bekas menteri undang-undang berharap pengasas Hindraf kembali bersatu demi golongan miskin.
Zaid-IbrahimKUALA LUMPUR: Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menggesa adik beradik, Waythamoorthy dan Uthayakumar, bergabung dan memulakan sebuah parti politik.
“Tiada yang lebih baik daripada Hindraf untuk membantu hapus keistimewaan orang kaya dan rasuah,” katanya.
Beliau mengimbas pada 2007 apabila Hindraf turun ke jalanan pada 25 November. “Mereka tegas, tidak takut, tetapi ia semua sia-sia.”
Hindraf boleh melakukannya sekali lagi dan kali ini dengan kejayaan, kata beliau dalam entri blog terbarunya.
“Pemimpinnya tidak akan dapat mewakili golongan miskin India kecuali mereka dipilih.”
Beliau mengingatkan adik-beradik itu terhadap pendapat yang menyangka berpeluang mendapat kerusi dalam pilihan raya akan datang hanya dengan membuat pengumuman menawarkan sokongan tanpa syarat kepada pembangkang.
Zaid percaya Uthaya tidak akan terus hilang dan tenggelam. “Tidak kira berapa keras lawan politiknya mencuba, mereka tidak akan dapat untuk melumpuhkan beliau,” katanya. “Uthaya adalah seorang lelaki yang berani dan percaya pada perjuangan beliau.”
“Beliau akan berjaya, suatu hari nanti.”
Zaid, dalam kenyataannya itu mengakui dia tidak pernah bertemu Uthaya.
Bagaimanapun katanya, beliau dapat merasakan keikhlasan dan komitmen beliau berjuang untuk mereka yang miskin dan melarat.
“Beliau membayar harga yang tinggi terhadap perjuangan beliau,” kata Zaid. “Saya pasti beliau masih komited.”
Zaid mendedahkan beliau bertemu Waytha, yang juga seorang peguam seperti Uthaya, beberapa kali.
“Beliau juga adalah pemimpin Hindraf yang komited,” katanya. “Saya berharap hubungannya dengan abangnya semakin baik sejak beberapa tahun ini.”
Waytha melakukan kesilapan apabila beliau percaya Najib akan menjaga masyarakat kebajikan masyarakat India, kata Zaid. “Najib akan melakukan secukupnya untuk MIC, mungkin.”
“Beliau tidak akan memelihara orang miskin sama ada mereka India atau apa sahaja bangsa.”

Bantah potong dana: Mahasiswa PH serah memorandum kepada MP


Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda
Mahasiswa Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Malaysia di Parlimen sebagai membantah pemotongan peruntukan untuk pendidikan tinggi seperti dibentangkan Perdana Menteri, 21 Oktober lalu.
Mereka menggesa supaya Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan dan mengisytiharkan bahawa pemotongan peruntukan dibawah tidak akan menjejaskan kadar yuran pengajian dan penginapan.
Wakilnya yang juga Pengerusi Mahasiswa Amanah Nasional, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, kementerian terbabit juga perlu memberi jaminan peruntukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) universiti tidak dikurangkan serta aspek penyelenggaraan infrastruktur universiti tidak terbantut.
“Tahun tahun lalu, Menteri Pendidikan Tinggi telah memberi jaminan bahawa pemotongan peruntukan terhadap universiti tidak akan menjejaskan universiti, namun hakikatnya kelihatan berbeza dengan jaminan yang diberikan,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihaknya bimbang memandangkan sektor pendidikan tinggi negara telah menghadapi pemotongan peruntukan sebanyak 30 peratus dalam tempoh tiga tahun.
“Pemotongan ini sangat dikhuatiri akan menjejaskan kualiti pendidikan tinggi negara seterusnya secara khusus akan memberi kesan pada generasi anak muda dan mahasiswa,” ujarnya dalam kenyataan bersama Presiden Mahasiswa PKR Malaysia (MKM), Affendy Hasni dan Pengarah Biro Hal Ehwal Universiti DAPSY, Leong Yu Sheng.

Perbahasan Bajet 2017 - MP AMANAH Kota Raja

"Banyak negara boleh musnah kerana tiada integriti," titah Sultan Perak

"Soal siasat Husni, polis cemarkan kekebalan parlimen," dakwa Kit Siang

George Soros Taja Bersih: Kerajaan Jangan Gelabah - Annuar Musa

MP Segambut Pertikai Kredibiliti Pandikar

Ahli Parlimen Zaman Margaret Thatcher Pun Keluar Dewan - Lim Lip Eng

Ahli Parlimen BN Bebas Tegur Kerajaan - Annuar Musa

Selangor cadang peruntukkan RM55 juta bagi selenggara lif, indah blok rumah pangsa kos rendah

'Penjawat awam Selangor dapat dua bulan gaji bantuan khas kewangan'

"Polis patut tangkap penjenayah, bukan siasat Husni mengenai 1MDB,"

PAS masih menaruh harapan RUU355 akan dibentang, kata Takiyuddin

KDN: Ridhuan Tee disiasat kerana menghasut

Ridhuan Tee dan Ismail Sabri kini dalam siasatan kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai menghasut.
ridhuan-tee-kdnjpgKUALA LUMPUR: Pendakwah kontroversi Mohd Ridhuan Tee Abdullah sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa sebagai menghasut, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dalam jawapan bertulis kepada jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata salah satu kenyataan yang dimaksudkan adalah dakwaan Ridhuan yang atlet Cina tidak patriotik kerana mereka hanya mencari ganjaran kewangan.
Ridhuan dalam artikel yang sama, diterbitkan dalam Sinar Harian, juga mendakwa atlet Melayu dipinggirkan dan tidak beri perhatian yang sama sebagaimana bukan Melayu.
“Bagaimanapun siasatan terhadap kes ini masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan,” kata kementerian itu.
Menurutnya, seksyen itu menjadikan ia suatu kesalahan bagi seseorang individu kerana “menghasut mana-mana golongan atau masyarakat melakukan sebarang perbuatan menyakiti terhadap mana-mana kelas atau komuniti lain”.
Kementerian yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu berkata, satu lagi kertas siasatan dibuka terhadap Ridhuan, yang dilaporkan menyentuh sensitiviti masyarakat India dengan mempersoalkan hak-hak mereka, diserahkan kepada timbalan pendakwa raya.
Lim mempersoalkan tindakan kementerian terhadap Ridhuan dan Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam hal Ismail dan gesaan beliau agar orang Melayu memboikot peniaga Cina, kementerian itu berkata kertas siasatan sudah dibuka dan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya pada 25 Mac tahun ini.

Berdepan usul digantung parlimen, Lim anggap berani kerana benar

Anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng percaya beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan selepas didakwa menghina Speker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ketika ditanya wartawan sama ada beliau bimbang sekiranya digantung sebagai Ahli Parlimen, Lim berkata beliau 'berani kerana benar'.
"Ia satu kenyataan, bukan subjudis. Saya buat sidang media ini kerana nak memberi respon terhadap sidang media dia (Pandikar). Berani kerana benar," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Kerajaan sebelum ini dilapor akan membawa satu usul dalam tempoh terdekat berhubung tindakan Lim yang didakwa tidak menghormati Pandikar.
Lim pada 25 Oktober lalu mendakwa Pandikar mengarahkan beliau keluar daripada Kamar Khas yang bersidang, sebelum sempat membahaskan ucapannya mengenai belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Lim mendakwa Pandikar memberi 'syarahan' mengenai isu subjudis saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sebelum mereka saling bertekak antara satu sama lain dan Lim diarah keluar daripada sidang itu.
Sebelum keluar dari dewan, Lim juga dilihat berkata kepada Pandikar bahawa anggota dewan dipilih oleh rakyat, manakala jawatan speaker itu dibuat menerusi lantikan.
MP UK juga pernah keluar dewan
Menurut Lim, sebelum ini Pandikar menyebut bahawa tiada wakil rakyat berjalan keluar semasa pembentangan belanjawan di Parlimen di United Kingdom (UK).
Bagaimanapun, Lim mendakwa beliau telah membuat kajian dan mendapati pada pembentangan belanjawan tahun 1981 semasa pentadbiran Margaret Thatcher, ramai anggota parlimen daripada parti konservatif meninggalkan sidang ketika menteri kewangan ketika itu, Geoffrey Howe berucap.
"Adakah Pandikar akan memohon maaf kepada anggota parlimen pembangkang yang meninggalkan dewan ketika ucapan Belanjawan 2017 Datuk Seri Najib Razak setelah diminta keluar oleh Pandikar.
"Atau adakah beliau akan menuduh saya mempersendakan Speaker di luar Parlimen?" soalnya.
Justeru, beliau turut mempersoalkan sama ada Pandikar akan meletakkan jawatan sebagai Speaker bagi mencontohi dewan rakyat di negara demokratik.

Bersih 5: Kami dibiayai rakyat Malaysia bukan George Soros


Hishamuddin Rais (di tengah) ketika bercakap pada sidang media Bersih dua bulan lalu, sewaktu gabungan itu mengumumkan Bersih 5 akan diadakan pada 19 Novermber ini.Hishamuddin Rais (di tengah) ketika bercakap pada sidang media Bersih dua bulan lalu, sewaktu gabungan itu mengumumkan Bersih 5 akan diadakan pada 19 Novermber ini.
Aktivis Hishamuddin Rais menyelar tuduhan pemimpin kumpulan Baju Merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengaitkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendapat tajaan daripada Open Society Faundation (OSF) yang diterajui George Soros.
Hishamuddin yang juga Pegawai Sumber Bersih, mendakwa Bersih 5 dibiayai oleh rakyat Malaysia.
"Kami Bersih 5 dibiayai rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia mahu menjatuhkan Najib (Perdana Menteri Malaysia).
"George Soros tidak ada sangkut paut dengan Malaysia pun.
"George Soros nak jatuhkan 'publican party' di Amerika nak jatuhkan Hillary Clinton bukan nak jatuhkan Najib," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan Jamal Pengerusi Gabungan NGO Malaysia  yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu pada Jumaat yang dipetik berkata, Bersih mendapat tajaan RM3.2bilion (USD800juta) daripada pertubuhan OSF yang dikelolakan George Soros.
Dakwa Jamal beliau mendapat maklumat ini daripada kebocoran dokumen dalaman Open Society Foundations (OSF) yang digodam oleh aktivis Wikileaks beberapa minggu lalu.
Melalui rujukan dokomen OSF ujar Jamal menjurus kepada Malaysia yang diberi nama Malaysian Program. Program tersebut menyatakan agenda campur tangan Soros ke arah pilihan raya yang bebas dan bersih di Malaysia mengesahkan pembiayaan Soros kepada Bersih,Merdeka Center dan sebuah portal media pro pembangkang.

Rizab Selangor meningkat RM3.62 bilion

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini menunjukkan Selangor kekal sebagai gedung kuasa ekonomi negara.
azmin-selangor-1SHAH ALAM: Rizab Selangor sehingga 14 Oktober 2016 melonjak kepada RM3.62 bilion berbanding RM3.26 bilion pada tahun lalu, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menteri besar Selangor itu berkata prestasi kewangan semasa kerajaan negeri pada 14 Oktober 2016 kekal kukuh dengan lebihan RM 351.38 juta.
“Sebagai sebuah kerajaan yang peduli rakyat, Belanjawan 2017 akan memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat khususnya kalangan kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40),” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2017 Selangor hari ini.
Azmin berkata berdasarkan statistik terbaru daripada Malaysia Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Negeri Selangor sehingga Jun 2016 mencatatkan jumlah pelaburan RM3.04 bilion daripada 130 projek yang diluluskan.
Katanya, ini menunjukkan Selangor kekal sebagai gedung kuasa ekonomi negara.
“Jabatan Perangkaan Negara dalam laporan 30 September lalu mengesahkan Selangor kekal sebagai penyumbang utama KDNK negara, malah bagi 2015, sumbangan negeri ini meningkat kepada 22.6%,” katanya.
Selain itu, sehingga 28 Oktober lalu kerajaan negeri mencatatkan kutipan hasil RM2.27 bilion berbanding 2016 sebanyak RM2.25 bilion.
“Hasil Cukai mencatatkan kutipan RM556.64 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM1.54 bilion dan Teriman Bukan Hasil (RM182.18 juta).
“Ini membuktikan pentadbiran kerajaan negeri berjaya menutup segenap lubang ketirisan dan memperteguh integriti,” katanya.