Selasa, 25 Oktober 2016

Mesyuarat PAC esok dijangka dipulaukan

Beberapa ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dari kedua-dua pihak pembangkang dan BN dipercayai telah memulaukan mesyuarat jawatankuasa berkenaan akhir-akhir ini berikutan perbezaan pendapat dengan ketuanya, Datuk Hasan Arifin.
Menurut sumber, ahli parlimen ini secara berterusan tidak hadir apabila PAC bermesyuarat sepanjang April hingga Oktober.
PAC dijadualkan bermesyuarat lagi mulai esok dan pemulauan dijangka berterusan.
Adalah difahamkan pemulauan itu berpunca daripada keputusan Hasan yang secara unilateral memadamkan ayat utama dalam laporan PAC mengenai siasatan ke atas 1MDB, selepas ia secara kolektif diluluskan.
Ayat yang menjadi pertikaian itu menyatakan bahawa Bank Negara telah memaklumkan kepada PAC yang Good Star Ltd dimiliki oleh individu yang tidak dikaitkan dengan kumpulan PetroSaudi.
Sejak itu, telah dipastikan bahawa Good Star dimiliki oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low, yang menurut pihak berkuasa Amerika menyelewengkan dana 1MDB.
Syarikat itu menerima AS$1.03 bilion dana 1MDB yang sepatutnya bagi membiayai projek usaha sama dengan PetroSaudi International.
Ketika dihubungi, ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengesahkan bahawa beliau, bersama-sama dengan ahli parlimen Teluk Kemang, Kamarul Baharin Abbas Shah dan Ahli Parlimen Selayang William Leong, selama ini tidak menghadiri mesyuarat PAC.
Mengenai sama ada beliau akan menghadiri mesyuarat PAC akan datang, Pua menjawab: "Saya mungkin keluar negara".
Sementara itu, Malaysiakini telah menghubungi seorang ahli parlimen BN yang dikatakan juga menghilangkan dirinya daripada mesyuarat.
Beberapa sumber yang sangat dipercayai memberitahu Malaysiakini bahawa Ahli Parlimen BN itu memang telah tidak hadir pada mesyuarat PAC sejak laporan mengenai 1MDB dibentangkan.
Mesyuarat PAC esok dijadual membincangkan Agrobank milik kerajaan.
Adalah difahamkan, dua wakil rakyat pembangkang - ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan - bukan sebahagian daripada anggota yang memulaukan mesyuarat itu.
Tan dari DAP adalah timbalan pengerusi PAC.

‘Perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator’ – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab dakwaan bahawa beliau seorang diktator ketika menjadi perdana menteri keempat.
Bagaimanapun, beliau memberikan jawapan penuh sindiran tajam, seperti yang sering dilakukannya.
“Saya setuju sepenuhnya dengan apa yang orang kata pada saya.
“Sudah tentu saya jadi diktator selama 22 tahun, yang mahu orang lain setia secara mutlak pada saya.
'Perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator' - Tun M“Majlis Tertinggi Umno dan kabinet agak dungu dan saya seorang saja yang bercakap. Mereka hanya angguk kepada dan kata ya,” sindirnya.
Beliau mengulas tulisan bekas timbalannya Tan Sri Musa Hitam dalam buku biografinya Frankly Speaking.
Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir juga membandingkan dirinya dengan diktator-diktator dunia seperti pemimpin Nazi Adolf Hitler, pemimpin fasis Itali Benito Mussolini dan pemimpin Kesatuan Soviet Joseph Stalin.
“Kebetulan saya hendak sebut bahawa semua diktator, Hitler, Mussolini dan Stalin, letak jawatan secara sukarela seperti saya.
“Misterinya bagaimana saya berjaya dipilih lima kali. Tetapi kini kita tahu bahawa perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator,” katanya.
Mahathir meletakkan jawatan pada 2003 dan memberi laluan kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau kemudian bertukar pendirian dan mengakui membuat pilihan salah.
Beliau terus lantang mempersoalkan pentadbiran perdana menteri sehingga sekarang, melibatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Bertanding kerusi DAP: Adakah Pas yakin menang atau mahu balas dendam?

Kenyataan Mursyidul Am Pas Ustaz Hashim Jasin bahawa Pas mungkin bertanding di kerusi DAP pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada ahli parti itu sendiri.
Veteran Pas era Fadzil Noor berpendapat kenyataan Hashim tidak masuk akal dan membuang masa kerana bertanding di kawasan majoriti Cina tidak pernah dilakukan sepanjang sejarah penubuhan parti itu.
Salah seorang veteran yang rapat dengan almarhum Fadzil Noor berkata, tindakan tersebut bukan dilakukan secara berstrategi sebaliknya hanya di atas faktor bencikan DAP semata-mata.
“Dalam hal ini (bertanding di kawasan DAP) rasanya Pas bukan nak lawan untuk menang tapi lawan untuk balas dendam kerana mereka bencikan DAP selepas parti itu putuskan hubungan dengan Pas
“Dengan cadangan ini, nampaknya Pas semakin menuju arah politik sempit dan kacau bilau antara kemahuan ahli bawahan dan kehendak segelintir pimpinan kanan yang sakit hati terhadap DAP,” katanya yang enggan namanya tidak disiarkan.
Beliau juga mengkritik tindakan Pas yang menjauhkan diri daripada rakan-rakan pembangkang lain dan menjaja politik akhirat untuk terus berkuasa.
“Slogannya (Pas) sekarang biarlah kalah atas dunia tapi tetap yakin menang di akhirat
“Namun Pas pernah mendapat habuan duniawi dengan kehebatan strategi Fadzil Noor. Langkah Fadzil menyokong perjuangan Anwar Ibrahim pada 1998 dulu menyebabkan Pas meraih kemenangan demi kemenangan sehinggalah sekarang

Pindaan RUU 355: Umno senyap, Pas tak keruan

Pas sejak setahun lalu berbaik sangka dengan Umno dengan harapan mendapat sokongan untuk perlaksanaan undang-undang syariah ala Malaysia di Kelantan dan boleh meluluskan pindaan RUU 355
Tiba-tiba Umno yang menyokong pindaan RUU 355 itu dikecam oleh rakan bukan Islam. Maka Umno terus diam tidak berani layan Pas
dan RUU 355 juga seakan-akan tidak muncul di Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Hanya rang undang-undang kerajaan dan Bajet 2017 yang menjadi fokus utama.
Ditipu berkali-kali
Kesenyapan Umno itu mengundang kritik dalam kalangan ahli Pas yang ‘kurang walak’. Bagi mereka, telah berkali-kali pimpinan Pas diingatkan agar jangan tertipu oleh Umno.
Tetapi juak-juak Pas yang ada dalam Umno dan NGO Umno ‘dok bodek, dok siram, dok tepuk, dok usap’ pimpinan Pas supaya yakin bahawa Umno pun orang Islam dan mereka akan sokong RUU 355.
Mufti-mufti yang selama ini cenderung agar Pas bekerjasama dengan Umno pun mainkan jarum mereka isytihar sokongan atas RUU 355. Maka tenggelamlah pimpinan Pas dalam temberang dan bodek Umno.
Bajet Umno pijak rakyat
Mana ada bajet yang pembangkang pernah setuju sama ada naik gaji atau turun cukai yang diusulkan BN selama kini. Tetapi oleh kerana majoriti di parlimen sentiasa menyebelahi BN maka mereka mudah meluluskan bajet.
Kali ini heboh MP pembangkang keluar dewan masa pembentangan bajet 2017
Hanya MP bengong sahaja tidak faham psiko cara serang membantah bajet BN maka mereka terus duduk melongo dalam dewan dan mengecam rakan pembangkang yang lain.
Tidak timbul isu MP hina dewan atau hina PM apabila keluar dewan masa PM berucap. Bahkan tindakan itu disebabkan Tuan Speaker yang menghalau MP pembangkang ketika pembentangan bajet hampir berakhir
Hashim Jasin Mursyidul baharu

GANDINGAN RAZALEIGH - MUSA - MALAYSIA BOLEH CAPAI NEGARA MAJU SEAWAL 2000...

 
Bayangkan sekiranya regu Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah mentadbir negara dari 1988 dan jika Tun Dr Mahathir Muhamad, kalah dalam pemilihan UMNO 1967.
Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ‘Presiden UMNO’ akan menjadi Perdana Menteri sementara Musa Hitam yang menewaskan Tun Ghafar Baba,  menjadi ‘Timbalan Perdana Menteri’.
Kedua-duanya adalah regu mantap yang akan membolehkan Malaysia mencapai status negara maju lebih cepat daripada Wawasan 2020.
Malaysia mungkin capai status negara maju pada tahun 2000 atau lebih awal.
Namun sayang sekali kita terlepas peluang itu (apabila Dr Mahathir terus menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum menyerahkannya kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi).
“It is a pity. If I had been defeated by T.R., we would be able to see the close friendly relation between T.R. and Musa in the Government. The country would probably become fully developed by 2000 or earlier. We missed a great opportunity.”
Itu bukan saya kata. Dr Mahathir yang kata melalui catatanya melalui blognya chedet.cc semalam.

Dr Mahathir secara sinis menggambarkan betapa kedua-dua boleh menjadi regu yang baik kerana mereka memang pasangan cocok  yang akan dapat bekerjasama dan saling ‘sayang-meyayangi’.
Sindiran Dr Mahathir itu dibuat pada ketika beliau menyiarkan dua surat bekas timbalannya, untuk menepis pandangan Musa yang mendakwa beliau  meletak jawatan daripada Kabinet Dr Mahathir selepas Perdana Menteri itu membuat tuduhan beliau cuba menyingkirkan Dr Mahathir.
Musa sebelum ini menyatakan perkara itu dalam memoirnya bertajuk  'Frankly Speaking'.
Melalui pendedahan ini, Dr Mahathir memberitahu apa sebenarnya berlaku dengan Musa – perletakan jawatannya kononnya kerana ketidak-kepercayaan Perdana Menteri atau kerana sebab beliau sendiri yang minta berhenti.
Dr Mahathir turut mengulas mengenai panggilan Hitler terhadapnya.

Dr Mahathir menyatakan hakikat sebenar melalui dua surat Musa yang dianggap rahsia selama ini.
Menurut Dr Mahathir, Musa meletakkan jawatan  kerana membantah tindakan Perdana Menteri ketika itu  yang menawarkan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu jawatan Menteri Perdangangan dan Industri pada susunan semula Kabinet 1984.
Untuk menilai sejauh mana ikhlas cerita Musa mengenai dirinya, Dr Mahathir menyiarkan dua surat Musa. “Bandingkanlah...”kata Dr Mahathir.
"Untuk melihat bagaimana berterus terangnya cerita Musa tentang dirinya, sila baca kedua-dua suratnya. Salinan asal sukar dibaca, jadi saya menulis semula kandungan. Anda boleh membuat perbandingan," katanya.
Surat asal tidak disiarkan sepenuhnya di blog itu tetapi Dr Mahathir melampirkan salinan apa yang ditulis Musa.


Dr Mahathir juga berkata dengan menyiarkan surat berkenaan beliau tidak dapat mengekalkan keinginan Musa untuk merahsiakan surat berkenaan kerana memoir bekas timbalannya itu membayangkan tiada apa yang ingin disembunyikan.
Surat pertama bertarikh 5 Julai 1984 memaparkan perkataan Top Secret (Rahsia Besar) di atasnya, manakala surat kedua bertarikh 31 Julai 1984.

Shahrir selar 2 bekas menteri bangkit isu 1MDB tak berpendirian

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional berkata mereka seharusnya mempunyai prinsip tersendiri dan bukannya bersifat populis kerana mahu menentang BN.
Tan-Sri-Shahrir-Abdul-Samad
KUALA LUMPUR: Dua bekas menteri yang membangkitkan rasa tidak puas hati mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada persidangan Dewan Rakyat kali ini disifatkan sebagai individu yang tidak berpendirian tetap.
Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semasa memegang jawatan menteri, tidak pernah membantah, sebaliknya bersetuju dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB.
“Soal rasionalisasi 1MDB diputuskan Kabinet dan ketika itu Shafie menjadi menteri yang bersetuju kepada pelan itu… tapi kenapa masa itu tiada bantahan.
“Saya pernah jadi menteri, selepas itu calon bebas bertanding lawan BN, tetapi dalam kempen saya tidak mengungkit apa perkara yang saya bersetuju bersama,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Shahrir yang juga pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata mereka seharusnya mempunyai prinsip tersendiri dan bukannya bersifat populis kerana mahu menentang Barisan Nasional (BN).
Shafie, ahli Parlimen Semporna yang juga bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah mempersoalkan beberapa keputusan kerajaan berhubung 1MDB ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, Husni iaitu ahli Parlimen Tambun yang juga bekas menteri kewangan kedua turut membangkitkan isu sama selain menggesa kerajaan menguruskan ekonomi negara lebih cekap dan telus.

1MDB BERHUTANG RAKYAT YANG TANGGUNG BUNGA DAN POKOK...!!!

Bayar bunga hutang 1MDB sampai RM2.7 bilion setahun boleh plok bayar.

Bayangkan Najib bercita2 mahu jadi PM selama 22 tahun, berapa trillion ringgit bakal Najib kerah GST dari rakyat utk bayar bunga sahaja hutang 1MDB ??!!

KERA DIHUTAN DISUSUKAN OLEH KERAJAAN UMNO@BN...!!!

Inilah satu kejayaan TRANSFORBASI NAJIB semenjak beliau jadi PM.

Bersiap sedialah dgn Transformasi Nasional 2050 Najib (TN50) itu..

Kan tak lama lagi nak PRU14..
BRAVO NAJIB !!!!.. BRAVO..

Siapakah Pengkhianat Negara sebenarnya !!!
Kamu punya angkara TETAPI CINA-DAP JUGA YG KAMU TETAP PERSALAHKANNYA..

SIAPA YANG "GADAI" NEGARA...!!!!

Panglima Perang Orang Islam Najib SUDAH 'gadai'-jual 60 peratus hartanah aset negara kpd negara KOMUNIS-CHINA TETAPI BAYARANNYA DIBUAT PADA TAHUN 2022 ??!!!

DAH GILA KA APA PM MALAYSIA NI !!!!

Anda fikirlah sendiri jika Najib pon bercita2 nak jadi PM SELAMA 22 TAHUN.

Agak2 apa lagi aset negara yg bakal digadaikannya nanti...

Bila Najib Nak Jawab...!!!

Memang benar apa yg dinyatakan oleh Tunku Temenggong Johor Tunku Idris... Hospital di bawah Kementerian Kesihatan bukannya di bawah Kerajaan Johor...

Apa dah jadi dengan kutipan GST RM57.27 bilion pergi ??!!

"RM85 JUTA BAGI PERMATA", Najib Razak (21/10/2016)

Rupa2nya hutang 1MDB tiada kaitan langsung pada hutang Malaysia..

Sebab itulah Najib hanya lantik penasihat & menteri2nya di kalangan orang yg pandai menipu & perbodohkan rakyat.

Bajet 2017 ikat perut rakyat tetapi kerajaan tetap boros

Bajet 2017 adalah bajet defisit sepanjang 20 tahun berturut-turut sejak 1998, ia adalah satu rekod baru yang membimbangkan.
Jumlah defisit tahun 2017 adalah sebanyak RM40.3 bilion jika dibandingkan dengan defisit tahun ini sebanyak RM38.9 bilion, satu peningkatan yang membimbangkan.
Sekiranya ditambah dengan bajet tambahan yang kini berlaku setiap tahun dibawah pentadbiran Najib, jumlah defisit tahun depan dijangka akan melebihi paras RM50 bilion.
Dari jumlah RM260.8 bilion yang diperuntukan, bajet 2017 menyaksikan belanjawan mengurus adalah setinggi RM214.8 bilion atau 81.7 peratus sebaliknya belanjawan membangun hanya 18.3 peratus atau RM46 bilion sahaja.
Jumlah ini merupakan satu pengurangan sebanyak RM6 bilion. Pengurangan adalah satu perkembangan buruk kerana ia mencerminkan pengurusan fiskal kewangan yang telah sesat hala tuju memandangkan negara kita adalah negara yang sedang membangun dan status negara maju masih tidak kesampaian.
Hutang negara akan mencecah paras baru sehingga RM870 bilion termasuk contingent liabiliti.
Jumlah ini dapat dilihat dari kos membayar hutang negara yang semakin meningkat, ia naik dari RM26.4 bilion tahun ini hingga RM28.8 bilion pada tahun 2017.
Dengan kata lain, negara kita terpaksa membayar RM2.4 bilion kos & faedah setiap bulan dan setiap rakyat terpaksa menanggung hutang lebih dari RM26,000.00 setiap orang.
Lebih mengkhuatirkan adalah Malaysia kini telah mengalami kenaikan hutang setiap tahun yang tidak pernah surut tetapi kerajaan tiada rancangan atau tidak mampu mengurangkan hutang yang semakin menggunung.
Jumlah hutang ini masih tidak dikira masuk RM50.4 bilion yang ditanggung oleh 29 buah syarikat GLC dan hutang 1 MDB sebanyak RM30 bilion.
Dengan kata lain, rakyat kini berhadapan dengan risiko yang tinggi kerana beban hutang yang semakin berat.
Rakyat terpaksa ikat perut kerana subsidi barang keperluan asas seperti minyak, diesel, gula, gandum, beras mahupun minyak masak kini telah atau akan dihapuskan.
Penghapusan subsidi-subsidi menunjukkan kekangan kewangan kerajaan dan ini bakal menyaksikan kenaikan harga.
Bajet 2017 juga memotong peruntukan 19 kementerian dari jumlah 25 kementerian. Yang kena
potong termasuk SPRM yang menyaksikan pemotongan RM78 juta dalam tahun ini dan tahun depan.
Peruntukan SPRM jatuh dari RM295 juta ke RM216 juta. Pemotongan satu pertiga bajet untuk SPRM membuktikan janji BN utk banteras rasuah adakah janji kosong.
Selain SPRM, jabatan ketua audit negara juga menyaksikan satu pemotongan bajet yang drastik.
Jumlah peruntukan untuk Jabatan Audit negara akan jatuh dari RM163 juta hingga RM135 juta,
pemotongan RM27.92 juta ini akan menjejaskan usaha jabatan audit negara untuk mencegah ketirisan, pembaziran mahupun penyelewengan, akhirnya yang rugi adalah rakyat jelata.
Walaupun ekonomi kian lembap, kerajaan masih cadang untuk kutip RM40 bilion cukai GST pada tahun depan, ini bererti setiap warga negara akan menanggung RM1,333 setiap orang, jika satu keluarga mempunyai 5 orang, jumlah GST yang dibayar adalah dianggarkan sebanyak RM6,500.00, satu jumlah yang jauh lebih tinggi dari BR1M.
Selain subsidi, Bajet ini menyaksikan banyak nikmat kepada rakyat sebanyak RM259 juta akan
dihapuskan.
Ini termasuk biasiswa Bursary sebanyak RM30 juta, program susu percuma 1 Malaysia, dana penyelenggaraan bangunan kerajaan, biasiswa sukan, dana biayaian aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain.

Mampukah serangan Husni Hanadzlah goyahkan Najib dan Umno?


Kita mungkin tidak terlalu terkejut apabila bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menggesa kerajaan supaya prihatin terhadap masalah kewangan negara dengan memetik skandal 1MDB semalam.
Alasan beliau ‘tidak mahu ditukarkan ke kementerian lain’ sebelum meletakkan jawatan terakhirnya di Kementerian Kewangan Julai lalu sudah memberi gambaran kurang elok terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
datukhusniTeka-teki dan cakap-cakap belakang hampir 90 hari peletakan jawatan Ahli Parlimen Tambun itu akhirnya jelas apabila beliau mengkritik kerajaan BN ketika membahaskan ucapan Belanjawan 2017 Najib.
“Apa tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana melabur wang bukan di tempat sepatutnya?” soal Husni.
Kata-kata beliau yang senada dengan pemimpin Pakatan Harapan itu sekaligus menempelak tohmahan jahat media pro-Umno dan BN konon dakwaan pembangkang melibatkan isu 1MDB adalah bersifat politik semata-mata. Kini, MP Umno juga sudah mula bersuara.
Jika sebelum ini tentera cyber dan media pro-UMNO menuduh pendedahan Anwar Ibrahim,  Rafizi, Tony Pua, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen pembangkang lain terhadap penyelewengan 1MDB dianggap sebagai fitnah, apa pula kata mereka kali ini?
Dalam ucapannya, Husni turut menggesa kerajaan supaya memikirkan kesan negatif skandal 1MDB terhadap negara.
Beliau juga secara jelas menyekolahkan Presiden partinya sendiri terhadap mainan ‘persepsi’ serta menzahirkan kekhuatiran terhadap peluang BN dalam pilihanraya akan datang.

Shafie khuatir M’sia jadi Filipina tahun 70-an


Negara dikhuatiri terjebak dalam kancah huru-hara, tanpa penguatkuasaan undang-undang jika ekonomi disalah urus, ujar Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal.
Dalam ucapan perbahasan belanjawan, anggota Parlimen Semporna itu menekankan bagaimana Sabah dan Sarawak tidak meraih manfaat daripada kekayaan sumber aslinya.
Jelas beliau, ini terjadi kerana terdapat ramai pembodek yang mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi daripada hasil kekayaan negeri.
“Saya khuatir (keadaan ini akan) menyebabkan apa yang berlaku kepada negara-negara jiran kita seperti Filipina (tahun 1970-an).
“Ekonomi merudum, berlaku banyak kes-kes (jenayah) seperti kecurian, penculikan dan pembunuhan. Wujudnya pengangguran,” Shafie memberitahu Dewan Rakyat.
Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri termiskin di Malaysia.

Najib wajib jawab semua soalan Ahmad Husni, kata Pemuda Amanah


Shazni Munir Mohf IthninShazni Munir Mohf IthninPemuda Amanah Nasional mendesak Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Razak memberi jawaban terhadap semua pertanyaan Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad  Husni Hanadzlah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  di dewan rakyat.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Ahmad Husni yang juga selaku bekas Menteri Kewangan 2, soalan Ahli Parlimen Tambun tersebut merupakan soalan 'maha penting' dan menyentuh langsung tentang kredibiliti Najib selaku pihak yang mengasaskan penubuhan 1MDB.
"Lebih penting, hiruk-pikuk yang melingkari skandal kewangan terbesar yang dipelopor 1MDB itu juga akan reda sekiranya Datuk Seri Najib berani tampil menjawab semua soalan yang dikemukan bekas orang nombor duanya di Kementerian Kewangan.
"MP Pekan itu boleh memilih untuk menjawab secara langsung dan disiarkan di seluruh stesen televisyen. Atau paling tidak, Datuk Seri Najib hadir sendiri ke Parlimen dan bersedia dengan jawapan-jawapan ke atas soalan tersebut,"ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam Ahmad Husni telah mempersolkan isu berkaitan 1MDB ketika perbahasan di dewan rakyat.
Shazni Munir berpandangan jawaban kepada semua persoalan diajukan itu perlu dijawab oleh Najib selaku Pengerusi 1MDB.

"Kalau itu pun tidak mampu dilakukan, memadai Datuk Seri Najib mewakilkan kepada mana-mana menteri sebagaimana biasa dilakukan beliau.
"Jika itu pun tidak dibuat - dengan malu yang ditanggung negara dan wang berbilion ringgit hangus begitu sahaja - maka meletakkan jawatan adalah jawapan terbaik untuk beliau," tegasnya.
Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahDatuk Seri Ahmad Husni HanadzlahBerikut disenaraikan soalan yang dikemukan MP Tambun semasa sesi perbahasan Belanjawan 2017 semalam.
1. Mengapakah ditubuhkan 1MDB?
2. Mengapa diletakkan USD4 billion atau lebih kurang RM16 billion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki IPIC, sebuah syarikat yang dimiliki oleh dua 'anak raja' yang didaftarkan di British Virgin Island?
3. Mengapa tindakan undang-undang tidak diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana memasukkan duit di tempat yang tidak betul dan mengapa tidak diambil tindakan kepada dua 'anak raja' ini kerana penyelewengan-penyelewengan wang tersebut?

Banyak lagi hospital terdedah ancaman kebakaran, kata penyelidik

Hasil kajian 2 penyelidik mendapati beberapa hospital besar kerajaan cuai berhubung keselamatan kebakaran dan kakitangan tidak tahu mengenai pelan keselamatan.
researcher
GEORGE TOWN: Satu kajian mengenai langkah keselamatan kebakaran di hospital kerajaan mengenal pasti beberapa kelemahan di beberapa hospital besar termasuk masalah pendawaian lama.
Dr Mohd Zailan Suleiman dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan di Universiti Sains Malaysia (USM) turut mencadangkan audit keselamatan kebakaran dengan segera, susulan kejadian di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pagi tadi yang mengorbankan 6 pesakit dan mencederakan beberapa kakitangan hospital.
“Daripada kajian saya, ramai kakitangan hospital tidak tahu kaedah mengendalikan kebakaran, seperti jenis pemadam api yang perlu digunakan jika berlaku pemindahan,” kata Zailan, pensyarah kanan USM, ketika dihubungi FMT.
zainalaniZailan berkata menerusi audit itu, satu pelan keselamatan kebakaran boleh dibuat untuk mencegah ancaman kebakaran pada masa depan.
Menurutnya, audit itu berguna untuk hospital lama di negara ini kerana dibina pada era yang tidak terlalu memfokuskan kepada peraturan keselamatan kebakaran.
“Dalam audit, anda dapat mengenal pasti penanda keselamatan kebakaran aktif dan pasif di dalam bangunan itu. Hospital swasta cemerlang dalam perkara itu kerana kebanyakannya saya perhatikan mengambil langkah aktif memastikan pelan keselamatan kebakaran dilaksanakan.
“Daripada kajian saya, ramai kakitangan hospital tidak tahu kaedah mengendalikan kebakaran, seperti jenis pemadam api yang perlu digunakan jika berlaku pemindahan,” katanya.
Zailan ialah penulis bersama bagi kertas kajian mengenai pengurusan keselamatan kebakaran hospital kerajaan Malaysia yang diterbitkan dalam sebuah jurnal antarabangsa tahun lalu.
Kertas kajian yang ditulisnya bersama rakan sekerja Woon Chin Ong bertajuk “Masalah dalam Pelaksanaan Pengurusan Keselamatan Kebakaran di Hospital Kerajaan Malaysia” diterbitkan dalam edisi ke-9 jurnal “Advances in Environmental Biology” pada Mac 2015.
Mereka mengkaji 4 hospital besar kerajaan di Malaysia, tetapi tidak menamakannya.
Zailan berkata hospital besar lama dibina sebelum penguatkuasaan penyeragaman undang-undang kecil bangunan, termasuk Hospital Pulau Pinang serta hospital lain yang dibina sebelum 1970-an.
Katanya, risiko terbesar kebanyakan bangunan itu ialah pendawaian lama.
“Paling teruk ialah pintu terkunci pada waktu malam. Bila kebakaran tercetus, bagaimana pesakit hendak menyelamatkan diri? Pintu rintangan api perlu sentiasa dibuka,” katanya.
Hospital Sultanah Aminah yang terbabit dengan kebakaran pagi ini dibina pada 1938.
Zailan berkata beberapa hospital baharu juga tidak terlepas daripada bahaya.
Beliau berkata ini masa paling sesuai untuk kerajaan menyediakan peruntukan kepada semua hospital besar supaya audit dapat dilakukan dan pelan keselamatan kebakaran dilaksanakan.
“Kekurangan pelan pemindahan yang sempurna dan pintu rintangan api terkunci antara risiko utama di hospital besar kerajaan.
“Jika pelan keselamatan kebakaran dilaksanakan menerusi audit, kita akan mengelak tragedi pada masa depan,” katanya.

Husam ajak rakyat hulur derma bantu keluarga mangsa, pesakit


Husam MusaHusam MusaKejadian kebakaran membabitkan Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu pagi tadi turut dikongsi kesedihan Adun Salor Datuk Husam Musa.
Menerusi laman facebooknya petang ini beliau melahirkan rasa simpati di tas musibah yang berlaku hingga meragut enam mangsa yang terbunuh dalam kejadian kebakaran tersebut.
"Simpati mendalam saya atas musibah kebakaran Hospital Sultanah Aminah JB yang sedang berlaku.
"Meragut nyawa. Mengancam pesakit. Kesan besar dan mendalam.Sangat mendukacitakan," ujarnya.
Husam turut mengajak teman-temannya menhulurkan sumbangan melalui akaun Yayasan Datul Hijrah.
"Maklumkan sumbangan melalui email ke alamat admin@yayasandh.com atas tagline Tabung Kebakaran HSA.
"Bagi teman-teman yang ingin menyumbang boleh melalui akaun Yayasan Darul Hijrah 5660 1060 9934 (Maybank)," katanya.
Sumbangan boleh disalurkan kepada Yayasan Darul HijrahSumbangan boleh disalurkan kepada Yayasan Darul HijrahYayasan Darul Hijrah adalah sebuah pertubuhan yang banyak melakukan urusan Qurban dan Aqiqah di dalam dan luar negara. Malah turut melakukan projek wakaf oleh rakyat negara ini untuk pembinaan perpustakaan di Kemboja.
Yayasan Darul Hijrah juga sebelum ini bekerjasama dengan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya d untuk sama-sama membantu mahasiswa melalui inisiatif kupon makanan Coupon For The Needs (CFTN).
Bomba menerima panggilan kecemasan jam 8.55 pagi tadi dan sampai ke lokasi kira-kira jam 9. 10 pagi.
Kebakaran dikatakan berlaku di tingkat 2 bangunan itu yang menempatkan wad Unit Rawatan Rapi (ICU).
Enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

Amanah minta kerajaan kaji semula spesifikasi bangunan hospital lama


Salahuddin bertemu keluarga mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruSalahuddin bertemu keluarga mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Timbalan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub menggesa kerajaan melalui Kementerian Kesihatan membuat kajian serius terhadap semua hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara khususnya bangunan hospital lama agar memenuhi sepesifikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Ia katanya termasuk jalan keluar wad kecemasan yang terhad dan sempit serta penuh dengan alatan perubatan menyebabkan kesukaran mengendalikan pesakit yang ramai apabila berlaku keadaan kecemasan.
Pendawaian semula juga perlu dibuat khususnya bagi bangunan hospital lama supaya memenuhi spesifikasi dan syarat Tenaga Nasional Berhad, kata Salahudin ekoran kebakaran yang berlaku kepada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pagi tadi.
"Saya mengharapkan kejadian ini dapat membuka mata semua pihak. Perbahasan bajet yang sedang berlangsung di Dewan Rakyat perlu dimanfaatkan oleh ahli-ahli parlimen supaya peruntukan bagi hospital dapat dinaikkan.
"Pagi tadi, saya bersama-sama rakan pimpinan AMANAH Johor turun sendiri melakukan ziarah kepada mangsa dan meninjau operasi menyelamat di HSA. Kami juga sedang meneliti segala keperluan bagi membantu mangsa-mangsa terlibat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar boleh cakap apa yang dia mahu, kata Bersatu


Datuk Khairudin Md NorDatuk Khairudin Md NorKetua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Kamarudin Md Noor membidas kenyataan Tan Sri Annuar Musa kononnya parti baharu ditubuhkan itu tidak boleh mengantikan Umno jika menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
 "Sama ada kita boleh ganti Umno atau tidak ia ditentukan pengundi.
"Hari ini kajian kita (Bersatu) mendapati rakyat sudah bersedia untuk bertukar kerajaan.
"Penyokong kita ini kebanyakannya mereka yang berada di atas pagar yang tiada berparti dan dikalangan ahli Umno yang telah meluat dengan sikap pemimpin Umno itu, mereka telah menyertai parti Pribumi Bersatu ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa semalam dilaporkan berkata, Bersatu tidak akan mempunyai kerusi Parlimen majoriti dalam kerajaan pakatan pembangkang untuk mencorak pentadbiran, malah dilihat agak sukar mendapat laluan parti lain untuk bertanding dalam PRU akan datang.
Kata Annuar jika Bersatu menang 50 kerusi adakah parti itu dapat menentukan corak pentadbiran negara, kalau tidak boleh jadilah parti si luncai yang menang sorak kampung tergadai.
Kamarudin yang juga bekas ketua Umno Bahagian Pasir Puteh berkata, gelombang rakyat kali ini adalah lebih hebat daripada zaman reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun zaman tertubuhnya Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah.

Jangan berlagak keldai dan anjing gila, kata Hadi


Ustaz Hadi menasihati adun dan ahli parlimen Pas jangan berlagak seperti keldai dan anjing gilaUstaz Hadi menasihati adun dan ahli parlimen Pas jangan berlagak seperti keldai dan anjing gilaPresiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahlinya khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.
"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Abdul Hadi dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas.
Abdul Hadi dipercayai merujuk kenyataannya kepada tindakan sebahagian besar pembangkang yang bergaduh dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Bajet 2017 Jumaat lalu.
Dalam peristiwa itu, hampir kesemua pembangkang keluar dari dewan selepas itu namun ahli parlimen Pas kekal.
"Kewajipan kami ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua," katanya.

Kini, katanya, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan.
"PAS menjadi pembangkang yang istiqamah dengan dasar Islam, konsep dan pendekatannya," kata ahli parlimen Marang itu.

INVOKE ajak rakyat bertekad hadir Bersih 5, atasi ugutan Baju Merah


orang ramai boleh melayari laman INVOKE di www.invokemalaysia.org dan satu “pop up” berwarna kuning dengan maklumat mengenai #TEKADBERSIH akan dipaparkan.orang ramai boleh melayari laman INVOKE di www.invokemalaysia.org dan satu “pop up” berwarna kuning dengan maklumat mengenai #TEKADBERSIH akan dipaparkan.Pelbagai kekacauan dan ugutan berunsur jenayah yang dibuat oleh Dato’ Jamal Yunos, pemimpin Baju Merah adalah sebahagian dari rancangan tersusun untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyertai BERSIH5.

Selain dari mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Dato’ Jamal Yunos dan mereka yang melanggar undang-undang, rakyat tidak boleh berpeluk tubuh dan sewajarnya membuat penyataan yang berani menyanggah niat buruk kumpulan Baju Merah ini. Jika matlamat mereka ialah menimbulkan rasa takut agar rakyat tidak turun, cara terbaik mematahkan misi mereka itu ialah apabila rakyat secara beramai-ramai menzahirkan tekad untuk turun menyertai BERSIH5.

Sebuah badan bukan politik INVOKE melancarkan kempen atas talian yang diberi nama #TEKADBERSIH atau #BERSIHPLEDGE bagi membolehkan orang ramai yang akan turun menyertai Bersih 5 bersedia lebih awal.
INVOKE dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, orang ramai boleh melayari laman INVOKE di www.invokemalaysia.org dan satu “pop up” berwarna kuning dengan maklumat mengenai #TEKADBERSIH akan dipaparkan.
Mereka boleh mendaftar bagi menyatakan tekad untuk turun menyertai Bersih 5 pada 19 November ini.
Kempen ini dibuat susulan pelbagai kekacauan san ugutan berunsur jenayah telah dibuat oleh pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Yunos yang bertujuan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyertai Bersih 5.
"Selain dari mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Datuk Jamal Yunos dan mereka yang melanggar undang-undang, rakyat tidak boleh berpeluk tubuh dan sewajarnya membuat penyataan yang berani menyanggah niat buruk kumpulan Baju Merah ini.
"Jika matlamat mereka ialah menimbulkan rasa takut agar rakyat tidak turun, cara terbaik mematahkan misi mereka itu ialah apabila rakyat secara beramai-ramai menzahirkan tekad untuk turun menyertai Bersih 5," kata kenyataan bersama Rafizi Ramli, Rashad Tajuddin dan Syukri Razab mewakili INVOKE.

Tony Pua kecam Najib rahsiakan pengurus dana RM940 juta milik 1MDB

Keengganan Najib mendedahkan nama pengurus dana adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab kerana berterusan merahsiakan perkara itu, kata ahli Parlimen DAP.
tony-pua8
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dikecam kerana tidak menamakan penggurus dana bernilai RM940 juta milik subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Brazen Sky.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan Najib itu tidak bertanggungjawab kerana berterusan merahsiakan perkara berkenaan daripada Dewan Rakyat.
“Kenapa menteri tidak sebut siapakah pengurus dana dan custodian bank yang baru? Apakah kerahsiaan yang diperlukan sehingga nama tidak boleh dimaklumkan kepada Dewan Rakyat?” soalnya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Semalam, menteri kewangan dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat melaporkan sejumlah dana bernilai RM940 juta milik subsidiari 1MDB, Brazen Sky diletakkan di bawah pengurus dana.
Lembaga pengarah Brazen Sky melaporkan tiada perubahan pada status nilai pelaburan.
Kata Tony, Najib juga sebelum ini enggan mendedahkan siapakah pengurus dana pelaburan 1MDB di Cayman Islands walaupun menegaskan ia dilaburkan dalam syarikat kewangan berlesen.
“Kini kita faham kenapa menteri enggan menamakan syarikat itu. Ini kerana, ketua audit negara mendapati sewaktu syarikat pengurus dana 1MDB membuat pelaburan, didapati syarikat itu tidak mempunyai lesen.
“Adakah keengganan menteri kewangan untuk menamakan pengurus dana ini kerana ia juga tidak berlesen seperti syarikat di Cayman Islands dulu?
“Adakah menteri kewangan takut kalau dinamakan, custodian bank yang baru ini juga akan dibatalkan lesen perbankan seperti yang terjadi kepada BSI Bank di Singapura?” katanya.
Jelas Tony, tidak wajar bagi Najib selaku menteri kewangan membela dirinya dengan berterusan bersikap dalam penafian.

Aneh bila Husni kemuka isu 1MDB di Parlimen

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata tindakan bekas menteri kewangan kedua itu membuktikan maklumat mengenai 1MDB hanya diketahui menteri kewangan saja.
Ahmad-Husni_1mdb_600
KUALA LUMPUR: Tony Pua berkata tindakan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membawa isu 1MDB ke Dewan Rakyat membuktikan beliau sendiri tidak jelas mengenai syarikat pelaburan negara itu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata agak aneh apabila Husni cuba mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai isu berkenaan sedangkan beliau sendiri terlibat secara langsung sebelum ini.
“Saya rasa aneh apabila bekas timbalan menteri kewangan yang terlibat sendiri membangkitkan isu mengenai 1MDB.
“Kenapa bekas menteri kewangan sendiri kena bawa ke Parlimen. Takkanlah dia sendiri semasa menjadi menteri kewangan kedua tidak ada maklumat,” katanya kepada pemberita, di Dewan Rakyat.
Semalam, Husni di Dewan Rakyat mempersoalkan motif kerajaan menubuhkan 1MDB yang didakwanya menyaksikan banyak penggelapan berlaku tanpa dikenakan tindakan.
Husni yang juga ahli Parlimen Tambun mempertikaikan wang AS$4 bilion (RM16.69 bilion) dilaporkan dalam Aabar Investment PJS Ltd, yang tidak dimiliki IPIC.
IPIC dan anak syarikat Aabar Investments PJS dalam satu kenyataan bersama pada April berkata syarikat Kepulauan Virgin British itu yang mempunyai nama hampir sama, Aabar Investments PJS Ltd, “bukan entiti dalam kumpulan mereka”.
Tony berkata tindakan Husni itu membuktikan maklumat mengenai 1MDB hanya diketahui menteri kewangan saja.

Selain Arul Kanda, siapa lagi pekerja 1MDB, soal Shafie

Bekas menteri itu berkata 1MDB dikatakan sebagai pelaburan yang bagus tetapi apa pulangannya apabila hanya Arul Kanda seorang dilihat menjadi kakitangan syarikat itu.
shafie
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shafie Apdal mempertikaikan berapa banyak pekerjaan diwujudkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana apa dilihat sekarang hanya Arul Kanda Kandasamy bekerja untuk syarikat itu.
Di Dewan Rakyat hari ini, bekas menteri Umno itu berkata 1MDB dikatakan sebagai pelaburan yang bagus tetapi apa pulangannya apabila hanya Arul Kanda seorang dilihat sebagai kakitangan syarikat itu.
Shafie (Warisan-Semporna) berkata:”Kita diberitahu 1MDB pelaburan yang baik. Apa pulangan pelaburannya. Saya hanya nampak Arul Kanda saja diambil bekerja.”
Arul Kanda ialah CEO dan pengerusi 1MDB.
Shafie berkata meskipun Proton yang ditubuhkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami kerugian tetapi ada banyak rakyat Malaysia diambil bekerja oleh syarikat itu.
Beliau yang juga bekas menteri luar bandar dan pembangunan wilayah turut membangkitkan mengenai pembangunan tidak seimbang antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Katanya, meskipun kaya dengan sumber alam semula jadi seperti minyak dan kelapa sawit, rakyat di kedua-dua negeri Borneo itu terus miskin.
Shafie berkata ada banyak kelapa sawit di Sabah tetapi pengeluaran hiliran dibuat di Semenanjung.
“Dalam Bajet 2017, golongan belia menjadi fokus dalam pembangunan di Lembah Klang, sedangkan fokus sepatutnya di kawasan luar bandar di mana banyak yang perlu dibangunkan.
“Rakyat di Sabah dan Sarawak bukan minta landasan kereta api. Apa yang kami mahu ialah jalan untuk kegunaan kami,” katanya ketika membahaskan ucapan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.
Shafie juga mempersoalkan keperluan untuk membelanjakan banyak wang dalam bajet itu sedangkan ekonomi sedang perlahan.
Katanya, kerajaan sepatutnya mengurangkan perbelanjaan mereka dan membelanjakan wang untuk perkara yang perlu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober mengumumkan bajet persekutuan untuk 2017 ialah sebanyak RM260.8 bilion, peningkatan 3.4% berbanding tahun sebelumnya.

Tiada menteri tahu hal 1MDB kecuali Najib, bagaikan ‘operasi rahsia’

Tiada siapa dalam kabinet yang tahu perihal mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) melainkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata kenyataan itu lebih jelas terbukti selepas bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah membangkitkan isu panas itu semalam.
Katanya, senarai panjang soalan Husni menunjukkan beliau tidak dimaklumkan tentang hal berkaitan 1MDB sebelum ini.
“Saya percaya, Ahmad Husni sudah bertanyakan segala persoalan 1MDB ketika dalam kabinet namun tidak memperoleh sebarang jawapan.
“Ini adalah sesuatu yang menyedihkan apabila Menteri Kewangan Kedua pun dirahsiakan daripada maklumat penting 1MDB.
“Ia bermakna 1MDB ini seolah-olah satu operasi rahsia yang hanya diketahui oleh seorang sahaja dalam kabinet iaitu PM yang jua Menteri Kewangan,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Ahmad Husni semasa perbahasan ucapan Bajet 2017 antara lain menggesa Kerajaan Persekutuan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan.
Beliau juga mahu tahu sama ada sebarang tindakan diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana menyalurkan dana syarikat pelaburan itu ke tempat yang salah.
Pada April 2009, Ahmad Husni dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, iaitu beberapa bulan sebelum perjanjian utama 1MDB dengan PetroSaudi terjalin.
Walau masih kekal ahli Umno, Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun meletak jawatan dari kabinet dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu pada Jun lalu.

Lawan jerkah dengan speaker, MP Segambut dihalau dari kamar khas

Anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini memberitahu bahawa beliau dihalau keluar daripada kamar khas oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Lim berkata, beliau dihalau Pandikar sebelum sempat membahaskan ucapannya mengenai Belanjawan untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa tertinggi antara semua negeri.
Menurut Lim, beliau dihalau selepas mereka bertekak mengenai tindakan Pandikar yang mempengerusikan kamar khas berkenaan memberi "syarahan" kepadanya berhubung isu subjudis berkaitan saman Jabatan Keadilan (DOJ).
"Saya telah dihalau keluar oleh Pandikar dalam kamar khas sebelum saya membahaskan usul khas di bawah Peraturan Mesyuarat 17.
"Sebelum saya bercakap, Pandikar menyuruh saya untuk duduk dan dia mula memberi 'syarahan' kepada saya.
"Dia berkata, saya telah menghinanya di luar Dewan dengan membuat sidang media. Kenyataan terakhir yang saya buat ialah mengenai subjudis," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Selepas itu, Lim berkata, mereka turut saling menjerkah antara satu sama lain sebelum dihalau keluar dari sidang kamar khas berkenaan.
"Sebelum dia habis bersyarah kepada saya, saya bangun dan memberitahu supaya jangan bersyarah kepada saya. Benarkan saya habis bercakap. Kemudian dia bercakap lagi, jadi saya mengatakan dia (Pandikar) telah menghina Parlimen.
"Kemudian dia menghalau saya keluar. Sebelum saya berjalan keluar dia menjerit kepada saya dan saya jerit balik kepada dia. Saya cakap, kami telah dipilih oleh rakyat tetapi dia dilantik oleh MO1.
"Kemudian dia jerit kepada saya lagi, dan saya berjalan keluar," kata Lim.
Menurut Lim lagi, antara perkara yang dibangkitkan oleh Pandikar semasa "bersyarah" kepadanya ialah mengenai perubahan yang telah dilakukan di Parlimen antaranya mewujudkan kamar khas.
Tetapi, Lim berkata beliau mempertikaikan tentang janji Pandikar sebelum ini untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri daripada anggota parlimen di kedua belah pihak sebelum sebarang rang undang-undang dibentangkan di Parlimen.
"Jawatankuasa itu untuk meneliti draf rang undang-undang sebelum dibentangkan. Janji itu tak pernah ditepati sehingga sekarang.
"Jadi oleh itu saya mengatakan, Pandikar tidak pernah jujur dengan apa yang dikatakan," ujarnya.

Lip Eng Kena Halau Didakwa Persenda Speaker

Bahas Bajet 2017 - MP Warisan Semporna

Bahas Bajet 2017 - PKR Alor Setar

Bahas Bajet 2017 - PKR Kuala Langat

Provokasi dari Pencuri, Perompak, Penyamun (Parlimen Najib Razak)

Baguslah BN pun tahu 1MDB bermasalah - Shafie

Harapan Rakyat Sabah bertanding dalam PRU - kata Lajim Ukim

'Husni pun tak tahu operasi 1MDB, ia rahsia besar Najib,' - kata Tony Pua

'Kami dipilih (rakyat), kamu dilantik MO1'

'Ahli Parlimen marah Najib, sebab itu mereka keluar dewan'

Shafie ucap tahniah kepada Husni, berani dedah pengurusan 1MDB

1MDB: Tony Pua Persoal Misteri 'Unit' Disimpan Di BSI Bank

1MDB: Dulu Husni Pun Tak jawab Soalan

Shafie Kesal 1MDB Jual 60% Pegangan Bandar Malaysia

Hutang kerajaan Umno@Bn RM655 bilion tetapi terurus, sembang Najib

Pinjaman yang dibuat membiayai perbelanjaan pembangunan dan produktif, kata perdana menteri.
KUALA LUMPUR: Sehingga akhir Jun tahun ini, kedudukan hutang kerajaan berjumlah RM655.7 bilion atau 53.2% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, hutang kerajaan persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.
Perdana menteri berkata daripada jumlah itu, sebanyak 95.9% atau RM628.8 bilion merupakan hutang domestik sementara 4.1% atau RM26.9 bilion adalah pinjaman luar pesisir.
“Hutang yang dibuat oleh kerajaan persekutuan bertujuan untuk membiayai defisit berikutan kekurangan hasil bagi menampung perbelanjaan pembangunan kerajaan.
“Pinjaman yang dibuat untuk membiayai perbelanjaan pembangunan ini adalah perbelanjaan yang produktif, yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi dan dapat memanfaatkan rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan empangan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) mengenai jumlah hutang negara dan jumlah jaminan kerajaan berasaskan pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat lepas.
Najib yang juga menteri kewangan berkata perbelanjaan pembangunan itu secara tidak langsung turut memberi manfaat kepada sektor swasta melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ekonomi.
Dalam pada itu, beliau berkata jumlah jaminan yang diberikan oleh kerajaan sehingga Jun 2016 adalah sebanyak RM180.9 bilion atau 14.7% daripada KDNK.
“Jaminan tersebut diberikan terutamanya kepada entiti awam yang melaksanakan projek infrastruktur seperti Prasarana dan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) yang terlibat dalam pembinaan infrastruktur seperti LRT, MRT dan penyediaan pinjaman pelajaran untuk pendidikan peringkat tinggi,” katanya.
Beliau berkata kerajaan terus komited untuk memastikan paras hutang tidak melebihi 55% daripada KDNK

Selepas Pendedahan Mengenai 1MDB, Husni Mula Diserang..


Media atas talian yang berada di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO) mula menyerang bekas bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ekoran pendedahan penipuan dijalankan oleh syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam.

Husni yang tidak lagi berada dalam Kabinet akhirnya membuat pendedahan terbuka membabitkan syarikat yang diterajui oleh bekas bosnya itu, Datuk Seri Najib Razak.

Lebih mengejutkan, Husni mempersoalkan banyak urus niaga meragukan melibatkan syarikat tersebut walaupun suatu ketika dahulu ditugaskan dalam plan rasionalisasi syarikat kontroversi itu.

Media atas talian, Mykmu.net antara yang mula memainkan artikel menghentam Husni apabila mempersoalkan tindakannya semalam walhal selama ini beliau yang lantang mempertahankan 1MDB dan ditugaskan memberi penerangan berhubung syarikat tersebut.

“Kepada Datuk Seri Husni Hanadzlah usahlah mempertikaikan apa yang berlaku di MOF sepanjang 8 tahun lalu kerana seperti kata pepatah, meludah ke langit kena muka sendiri juga.-MYKMU.NET,” tulis komentar dilaman tersebut.

Media tersebut juga mendakwa Husni sebenarnya terkilan apabila tidak lagi dilantik dalam Kabinet sebagai punca beliau mula menyerang 1MDB.

“Dari keseluruhan ucapan di Parlimen semalam, Husni sebenarnya bertindak dalam keadaan “sour grapes” kerana tidak disambung jawatan di Kementerian Kewangan dan kerana dikritik di media sosial.

“Jadi soalan-soalan mengenai 1MDB sebenarnya lebih kepada balas dendam Husni kepada orang tertentu yang beliau anggap telah menyerang beliau, bukannya kerana mahu mencari kebenaran atau mendedahkan kebenaran.

Perbaiki cuti perayaan untuk pelajar - gesa MP Kapar

Akhirnya Najib Razak menjawab HUTANG NEGARA di Parlimen

Enam terkorban kebakaran di ICU Hospital Sultanah Aminah - Polis

Selepas ‘suntikan’ bajet, Anak Dara mahu buka kedai

Siti Hajjar berkata beliau dibanjiri pelbagai mesej selepas disebut Najib dalam ucapan bajet.
siti-hajjar-nasi-lemak-anak-dara
KUALA LUMPUR: Peniaga “Nasi Lemak Anak Dara” Siti Hajjar Ahmad ternyata bukan sensasi viral semata-mata, dan kini memasang impian membuka kedai makanannya sendiri.
Beliau sedang giat mengumpul modal bagi merealisasikan matlamat itu.
“Kini saya ada membuat penghantaran ke syarikat. Kalau cukup modal, saya bercadang nak buka kedai supaya lebih senang mengendalikan perniagaan, seperti memasak.
“Insya Allah, tetapi kena kumpul modal dahulu,” katanya kepada FMT.
Segalanya bermula buat gadis kelahiran Kedah berusia 24 tahun itu selepas kisahnya dikompaun RM300 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana berniaga tanpa lesen bulan lalu tersebar meluas di internet.
Sejak itu, namanya mula disebut dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sendiri berkunjung ke gerainya bagi menyerahkan borang permohonan lesen berniaga.
Jumaat lalu, Datuk Seri Najib Razak turut menyebutnya dalam pembentangan Bajet 2017 sebagai contoh graduan muda yang berani berniaga.
Keesokannya, Siti Hajjar dilaporkan berjaya menjual hampir 1,000 bungkus nasi lemak, berbanding 300 pada Khamis dan 600 pada Jumaat.
Menyifatkan pengalaman disebut Najib itu sebagai “sukar dipercayai”, graduan jurusan Kejuruteraan Elektronik Universiti Tun Hussein Onn itu berkata dia masih berhadapan dengan tumpuan media dan orang ramai.

Setiausaha Sarawak dilantik jadi ahli lembaga pengarah Petronas

Morshidi berkata, tanggungjawabnya ialah membawa balik sebarang perkara yang memerlukan perbincangan lanjut kepada kerajaan negeri Sarawak.
Mohamad-Morshidi-Abdul-Ghani
PETALING JAYA: Setiausaha kerajaan negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah Petronas.
Morshidi yang dipetik Borneo Post Online hari ini berkata, beliau sudah menerima surat pelantikan dan akan mewakili Sarawak dalam lembaga pengarah syarikat minyak negara itu yang kini mempunyai 15 anggota.
“Sebagai ahli lembaga mewakili Sarawak, tugas saya ialah membawa balik apa-apa yang memerlukan perbincangan lanjut kepada kerajaan negeri.”
Pelantikan seorang rakyat Sarawak ke Lembaga Pengarah Petronas, satu daripada 7 perkara yang dipersetujui antara Putrajaya, Petronas dan kerajaan negeri Sarawak, Ogos lalu.
Perjanjian 7 perkara itu dibuat, susulan rasa tidak puas hati Sarawak terhadap tindakan Petronas kurang memberi keutamaan kepada penduduk tempatan dalam operasi syarikat di negeri terbabit.
Ini seterusnya membawa kepada pembekuan permit kerja kakitangan Petronas dari Semenanjung Malaysia.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem kemudiannya mencapai persetujuan 7 perkara yang antara lain menyaksikan seorang wakil negeri itu akan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Petronas.

SARANAN "BIJAK" SEORANG KJ

Kontrak penganjuran Fomula 1 di Litar Sepang adalah sehingga 2018 dan ketika nasib perlumbaan itu dijangka diputuskan pada minggu depan berikutan kemerosotan jualan tiket yang mendadak sejak 2014 yang lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pantas menyarankan agar perlumbaan itu segera diberhentikan.

Saya rasa kita perlu berhenti menganjurkan perlumbaan Formula 1, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu. Kos terlalu tinggi, pulangan terhad, kata beliau,

Tampak dengan saranan KJ itu seperti satu lagi legasi Tun Mahathir Mohamad bakal dilenyapkan.
Dua minggu lalu, Mokhzani Mahathir diminta meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Litar Sepang, kini perlumbaan Formula 1 di negara ini yang merupakan cetusan idea Tun Mahathir pula mahu dimangsakan.

Saranan KJ mahu menghentikan perlumbaan Formula 1 pula hanya menyusul beberapa hari setelah Najib mengumumkan "kematian"  visi Wawasan 2020 untuk digantikan dengan impian Transformasi Nasional 2050 atau TN50 sebagaimana yang diumumkannya  dalam pembentangan Bajet 2017.

Dari segi pertimbangan kos dan bagi  menjimatkan perbelanjaan wang negara di ketika suasana ekonomi sedang suram, saranan KJ itu tidaklah  sukar untuk difahami. Ada logik dan rasionalnya.

Shafie kecewa hartanah negara dijual 60 peratus kepada China oleh kerajaan Umno@Bn

Isu DOJ & 1MDB DAP Puchong Vs Speaker BN

Bahas Bajet 2017 MP Umno Tambun

Hutang Negara? itu tak termasuk hutang 1MDB - BN jawab (Najib, 1MDB)

Malaysia dikategorikan negara hutang sederhana sembang Najib

Malaysia Bernasib Baik Kerana Punyai Perdana Menteri Seorang Pencuri !

Geng Baju Merah Samseng Sengaja Mahu Cetuskan Rusuhan

Belanjawan Tinggi Tapi Duit Takde ... Tulis Atas Kertas Jer

Tun Mahathir Sekolahkan Najib Cara Lebih Baik Dari BR1M

Najib Tak Berani Nak Saman !

Negara DiPerintah Oleh Yang Amat Berhormat Pencuri !

Perihal Speaker halang perbahasan mengenai 1MDB

Baju Merah jadi alat untuk guna RUU MKN

Dr M hairan tapi gembira PDRM iringi beliau ke ceramah

Hospital Sultanah Aminah JB Terbakar

Video tingkat 2 Unit Rawatan Rapi HSA terbakar

Video Penuh Unit Rawatan Rapi tingkat 2 HSA terbakar

KP Imigresen beri amaran jangan beri, terima rasuah

Bagi mengurangkan kemungkinan warga asing merasuah pegawai Jabatan Imigresen untuk dibenarkan masuk ke negara ini, jabatan itu akan melaksanakan pembaharuan dalam pentadbirannya.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata, jabatan itu akan terus mengambil tindakan terhadap pegawainya yang telah mencemarkan imej ribuan pegawai yang "boleh dipercayai".
Berikutan itu, Mustafar juga memberi amaran terhadap percubaan untuk merasuah pegawai-pegawai jabatan itu.
"Kami telus dan saya tidak akan menafikan bahawa beberapa pegawai saya terlibat dalam aktiviti tersebut.
"Tetapi ini akan dihentikan sekarang. Kami akan bersihkan jabatan ini. Jika terdapat pegawai lain makan suap, saya akan ambil tindakan keras pada mereka dan tidak akan ada kompromi.
"Saya memberi amaran kepada semua orang - jangan merasuah pegawai saya. Jabatan ini akan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain untuk mengecam mereka yang menawarkan rasuah kepada pegawai imigresen. Tidak ada pemberi atau penerima," Mustafar dipetik sebagai berkata oleh The Star hari ini.
Dilaporkan sekumpulan pegawai penguat kuasa imigresen menerima RM200 hingga RM2,500 untuk membolehkan lebih 16,000 warga asing daripada pelbagai negara keluar masuk ke negara ini.
Hasil daripada aktiviti tersebut sejak 2014, kumpulan itu dikatakan telah mengumpulkan kira-kira RM18 juta.
Mengulas perkara ini, Mustafar berkata, empat pegawai imigresen telah didakwa manakala yang lain sedang disiasat dan dipantau.
Mustafar berkata, pihaknya juga akan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk memperkuatkan sistem dan prosedur serta memastikan kelemahan diperbetulkan.
Sebagai contoh, individu yang masuk ke Malaysia sebagai pelancong mesti menunjukkan bukti penginapan serta tiket pergi balik ke negara asal mereka dan prosedur ini masih belum dilaksanakan sepenuhnya.
"Sekarang, kita akan melihat bagaimana untuk memastikan peraturan ini dilaksanakan," kata Mustafar.

Mahal sehingga 30 peratus, kerajaan dicadang wujud kedai harga patut di pedalaman Gua Musang

GUA MUSANG, 24 OKT: Kerajaan dicadang supaya mewujudkan kedai harga patut di kawasan pedalaman di sini memandangkan harga bagi kebanyakan barangan runcit dan keperluan harian mahal 20 hingga 30 peratus dari harga sepatutnya.
tengku-zulpuri1Perkara ini berlaku kerana kedudukan kawasan itu yang terletak jauh daripada pusat bandar Gua Musang dan bertambah buruk setiap kali selepas hujan.
Menurut Ketua Pembangkang DUN Pahang Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, berdasarkan tinjauannya di kedai-kedai sekitar Kampung Kuala Betis, harga barangan yang dijual mahal diantara 20 hingga 30 peratus.
“Dari tinjauan kami, barang-barangan makanan yang dijual sekitar kedai-kedai Kuala Betis berhampiran jalan masuk ke Pos Tohoi dan perkampungan Orang Asli di sini agak mahal diantara 20 hingga 30 peratus daripada harga biasa.
“Sekurang kurangnya mesti ada kedai harga patut yang perlu diwujudkan oleh kerajaan di bagi memudahkan penduduk di sekitar ini membeli barang keperluan harian mereka,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
tengku-zulpuri2Beliau berkata demikian selepas menerima jemputan turut serta dalam konvoi ziarah Orang Asli anjuran Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (MOADA) dan Persatuan Orang Asli Semelai Pahang ke Pos Tohoi, Blockade Simpang Petei (Pos Simpor), Pos Bering yang terjejas akibat pembalakan.
Tengku Zulpuri menyerahkan sumbangan makanan kepada wakil penduduk
Program ziarah melibatkan 14 kenderaan pacuan empat roda itu disertai 50 orang peserta bagi meninjau situasi terkini perkampungan Orang Asli Temiar di sana berikutan isu pemusnahan hutan akibat pembalakan selain pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Tiang ada elektrik tiada
Adun Mentakab itu menjelaskan, selain harga barangan makanan yang membebankan, penduduk Orang Asli di sini juga masih kekurangan kemudahan asas dan infrastruktur.
“Tiang elektrik dan kabelnya ada di Kampung Simpor tapi masih belum ada bekalan elektrik lagi.
“Menurut penduduk, tiang-tiang dan kabel ini telah di pasang lebih daripada tiga tahun lalu tapi belum berfungsi, mungkin tunggu janji Pilihanraya Umum ke-14,” ujar beliau.

Pemuda Amanah Nasional sifatkan Bajet 2017 hanya gula-gula pilihan raya


Syed Marwan MujahidSyed Marwan MujahidBajet 2017 yang diumumkan Perdana Menteri hanya gula-gula untuk rakyat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka berlangsung tahun depan, tegas Pengarah Hal Ehwal Ekonomi Pemuda Amanah Nasional, Syed Marwan Mujahid.
Menurutnya, rumusan itu dapat dilihat daripada kenaikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan peruntukan mencecah RM6.8 bilion serta pelbagai kelebihan kepada 1.6 juta penjawat awam.
“Daripada bajet ini, kita lihat banyak juga gula-gula yang diberikan kerajaan. Tidak dinafikan sumbangan penjawat kerajaan kepada pembangunan negara, tetapi perlu diingat kos untuk menanggung bajet ini sebenarnya diambil daripada GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang turut mereka bayar.
“Datuk Seri Najib sendiri dengan bangga menyatakan bahawa hampir RM30 bilion dikutip daripada GST sehingga 19 Oktober, sedangkan rakyat marhaenlah yang membayarnya,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Beliau turut menyifatkan belanjawan kali ini masih tidak dapat menyelesaikan pelbagai isu fundamental rakyat antaranya seperti kenaikan kos sara hidup, kenaikan harga barang terutamanya makanan, isu hutang isi rumah serta masalah rumah mampu milik.
“Isu hutang isi rumah negara yang hampir mencecah 90 peratus KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) contohnya, tidak diberi perhatian serius.
“Malah, bajet ini menggalakkan lagi rakyat menambah hutang melalui fasiliti berhutang bagi membeli telefon pintar dan juga peningkatan nilai hutang untuk membeli motosikal.
“Begitu juga dalam isu perumahan. Rakyat digalakkan berhutang lagi melebihi kemampuan mereka dengan pelbagai fasiliti untuk menambah hutang untuk membeli rumah,” ujarnya.
Padahal, jelasnya, isu sebenarnya adalah ketidakmampuan polisi kerajaan Barisan Nasional untuk menangani jurang bekalan rumah yang harganya mampu milik dengan permintaan rakyat.
“Jika hal ini dibiarkan berterusan seperti terkandung dalam laporan Khazanah Research, kita bakal melihat krisis perumahan dalam beberapa tahun,” ujarnya lagi.
Subsidi dipotong
Mengulas lanjut belanjawan defisit RM43.15 bilion dalam pembentangan Najib itu sekaligus meneruskan bajet defisit 20 tahun berturut-turut, Syed Marwan berkata, kerajaan tiada langkah serius untuk menangani hutang kerajaan yang semakin menimbun.
“Bayaran balik hutang (debt-servicing) kerajaan makin meningkat dan hampir mencecah RM30 bilion setiap tahun. Ini tidak termasuk ‘off-budget liability’ yang ditanggung kerajaan,” jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau juga bimbang dengan kesan pemotongan subsidi terhadap rakyat ketika pada masa sama ‘gula-gula’ terus ditabur.
“Subsidi dan bantuan sosial semakin banyak dipotong. Daripada RM27.3 bilion pada 2014), RM24.6 bilion (2015), RM24.6 bilion (2016) dan akan dikurangkan lagi RM22.4 bilion pada tahun depan seperti disebut Tony Pua sebelum ini.

Kerajaan tidak pernah tipu data, kata Najib

Najib yakin majoriti rakyat akan menyokong kerajaan sekiranya mereka menyemak kebenaran sesuatu berita.

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak berkata pentadbirannya tidak pernah memanipulasi data dan statistik bagi mengelirukan orang awam, dan berserah kepada rakyat bagi menentukan kebenaran.
“Saya sentiasa mengingatkan rakan-rakan dalam kabinet bahawa kita mesti mengutamakan kebenaran dan hak. Bukan memanipulasi fakta untuk kepentingan diri dan kumpulan yang kecil,” kata perdana menteri seperti dipetik Bernama, dalam ucapan yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2016 malam semalam.
Seminar tersebut bertemakan “fiqh tabayyun” atau menyemak asas kebenaran, dan dianjurkan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) yang dipengerusikan Tan Sri Dr Abdullah Md Zin.
Najib berkata perkara sama tidak dilakukan oleh pengkritik kerajaan.
“Mereka beranggapan kebenaran adalah milik eksklusif mereka semata-mata… apabila diberikan hujah balas, mereka menganggapnya sebagai ‘propaganda’ kerajaan, malah menuduh kita setaraf Joseph Goebbels dan Hitler,” kata Najib tanpa menyebut siapa yang dimaksudkan.
Bagaimanapun ia dipercayai ditujukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang bulan lalu membandingkan penyokong Najib kepada Hitler dan pegawai propagandanya Goebbels.

Rezeki datang dari Allah, peguam ingatkan Rahman

Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla mengingatkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa 'rezeki datang dari Allah dan bukan manusia.
Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Rahman supaya kerajaan menamatkan khidmat peguam yang dilihat menentang kerajaan dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
Haniff yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan sebelum ini berkata ini adalah 'pendapat ikhlas' beliau seperti kebanyakan rakyat lain.
"Selamat berjaya dalam cubaan untuk mengancam kita, Rahman atau mana-mana firma undang-undang yang anda maksudkan. Paling penting sekali, rezeki datang dari Allah dan bukan atau tidak ditentukan oleh manusia," kata beliau dalam mengkritik kenyataan menteri itu.
Haniff berkata, beliau menyediakan khidmat nasihat kepada Mahathir dan lain-lain yang melihat peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sah.
Rahman mendakwa, ia bukan untuk menggulingkan kerajaan tetapi dilakukan menerusi undang-undang untuk menyingkirkan 'perdana menteri yang salah'.
"Saya tidak berniat untuk memberi nasihat guaman percuma kepada Rahman dalam perbezaan antara kedua-dua frasa. Beliau juga boleh mendapatkan apa-apa nasihat undang-undang melalui peguam, "kata Haniff dalam Facebook.
"Salah adalah salah, walaupun semua orang melakukannya. Yang benar adalah benar, walaupun tiada siapa yang melakukannya," katanya.

Tindakan kerajaan BN senarai hitam satu ugutan

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan ingin menyenaraihitamkan mana-mana syarikat yang menyokong perhimpunan haram dianggap sebagai satu ugutan kepada rakyat negara ini.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kerajaan sepatutnya memahami dan menyelesaikan masalah yang berlaku dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.
Abdullah Sani Abdul Hamid "Sebagai contoh Bersih 5 nanti, ia dianjurkan kerana ketidakpuasan hati para pengundi disebabkan oleh ketidakadilan dalam proses pemilihan,"katanya kepada Sinar Harian di lobi Parlimen.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan memaklumkan bahawa mana-mana syarikat yang menyokong perhimpunan haram bagi menggulingkan kerajaan akan disenaraihitamkan serta-merta daripada mendapat kontrak kerajaan.
Sehubungan itu, Abdullah Sani memaklumkan bahawa kerajaan sepatutnya memperbetulkan keadaan dan bukannya menjatuhkan hukuman kepada pihak yang menginginkan keadilan.
"Kita bukan nak tumbangkan kerajaan dengan cara tak berhemah. Dengan ugutan sebegini, ia akan mengundang padah kepada kerajaan kerana jangan lupa, PRU14 ialah kuasa rakyat," katanya.

BN dicabar naikkan GST 8% sebelum PRU-14 jika yakin tak beri kesan rakyat

Kerajaan Persekutuan dicabar menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya mereka yakin cukai menekan itu tidak memberi kesan kepada kehidupan rakyat.
Cabaran itu dilontarkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin tercetus apabila beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menyatakan GST tidak memberi kesan sokongan rakyat kepada BN.

“Kalau yakin rakyat tetap sokong BN, saya cabar naikkan GST hingga lapan peratus sebelum PRU-14 nanti,” kata Tze Tzin ketika mencelah perbahasan Belanjawan 2017 oleh Budiman di Dewan Rakyat di sini, semalam.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong yang turut mencelah berkata BN bertindak tidak jujur kepada pengundi apabila tidak berterus terang melaksanakan GST sekiranya menang dalam PRU-13 lalu.
Jelasnya, sekiranya BN yakin GST diterima dan tidak menjejaskan kehidupan rakyat, BN sepatutnya berterus terang dengan memasukkan pelaksanaan GST dalam manifesto pilihan raya mereka.