Ahad, 23 Oktober 2016

Pemimpin tertinggi Pas tidak waras, kata Tamrin Tun Ghafar


Tamrin GhafarTamrin GhafarSemakin tidak dapat menerima kecenderungan Pas yang semakin mesra Umno-BN, pemerhati politik Datuk Tamrin Tun Ghafar menganggap kepimpinan parti itu sebagai tidak waras.
"Maaf, terus-terang saya katakan sebahagian besar pemimpin tertinggi Pas hari ini tidak lagi boleh berfikir secara waras dan siuman.
"Hadi tidak hadir pembentangan Belanjawaan 2017 kononnya sebab protes sikap kerajaan yang tidak serius dalam menyokong RUU 355.
"Peliknya, bagaimana pula dalam tempoh sehari dua sahaja sebelum itu Mursyidul Am Pas yang baru, Hashim Jasin bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan?" bidasnya.
Sehubungan itu, beliau benar-benar bersimpati dengan sikap ahli Pas yang dilihat taksub dan terlalu setia dengan pemimpin mereka walaupun tidak sama seperti sebelum ini.
"Saya amat simpati dengan ahli-ahli Pas yang ikhlas bermati-matian berjuang hendak menegakkan Negara Islam tanpa menyoal pendirian pemimpin mereka hanya kerana walak.
"Dosa dan pahala begitu juga syurga dan neraka adalah hak Allah SWT semata-mata bukan boleh ditentukan oleh Presiden atau Mursyidul Am parti itu," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Mengulas lanjut, Tamrin berkata, dasar Pas selepas pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang mesra dengan Umno-BN menyebabkannya sudah hilang kepercayaan.
"Saya dah lama hilang keyakinan terhadap Pas sejak Hadi dan Haron Din mengambil alih teraju pimpinan Pas dan mereka mula berjinak-jinak dengan BN.
"Kalau Nik Aziz masih hidup jangan harap Pas nak rapat dengan Umno-BN," tambahnya lagi yang pernah menjadi ahli Pas.

'Kos ECRL RM55b macam nak bina landasan emas'

Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa satu siasatan menyeluruh (audit) atau ditubuhkan jawatankuasa khas bagi menilai rasional kos pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan harga RM55 bilion seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017.
Beliau mendakwa, pengumuman itu walaupun nampak seolah-olah projek untuk menjaga kebajikan rakyat namun masih banyak persoalan yang perlu diperincikan.
"Di manakah rasionalnya apabila kos pembinaan bernilai RM55 bilion, ini bermakna 1 kilometer boleh dianggarkan mencecah RM91 juta, sedangkan landasan berkembar dari Negeri Sembilan ke Johor Bharu hanya berjumlah lebih kurang RM3 juta secara keseluruhannya. Jadi saya minta satu jawatankuasa khas parlimen mesti buat semakan," katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.
Mahfuz berkata, timbul tanda tanya apabila pada 26 Julai 2016,  Menteri Kerja Raya menafikan laporan dari Sarawak Report yang mendakwa Putrajaya akan menaikkan harga pembinaan itu daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion.
"Dukacita apabila menteri terbabit menafikan dengan alasan Kabinet belum mengadakan sebarang perbincangan pada Julai 2016.
"Saya hairan bagaimana Menteri Kerja Raya yang menafikan laporan itu tiba-tiba projek ini boleh masuk dalam bajet dengan nilai harga RM55 bilion, kurang RM5 bilion daripada laporan Sarawak Report," katanya.
Dakwa Mahfuz, walaupun dinafikan, beliau melihat perkara ini hampir ada persamaan dengan laporan dari Sarawak Report.
"Bagi saya adakah ini satu perbelanjaan kos landasan yang paling mahal dalam dunia? Saya tak tahu lah mungkin kerajaan nak bina rel tu daripada emas ke atau besi buruk.

MP cabar AG bekukan aset, tahan pegawai 1MDB berikutan tindakan Pandikar


Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali patut menggunakan kenyataan rakan sejawatnya di  Switzerland untuk menangkap kesemua pegawai 1MDBPeguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali patut menggunakan kenyataan rakan sejawatnya di Switzerland untuk menangkap kesemua pegawai 1MDBTindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan ‘sub judis’ sebagai alasan untuk menghalang perbahasan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang terkait skandal dana 1MDB membawa cabaran kepada Peguam Negara mengambil tindakan di mahkamah berkaitan kes ini.
"Jika kita mengikut logik bodoh ‘sub judis’ Pandikar yang diterima kerajaan BN, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali patut menggunakan kenyataan rakan sejawatnya di Switzerland untuk menangkap kesemua pegawai 1MDB dan membekukan aset berkaitan untuk siasatan penipuan melibatkan dana berdaulat Malaysia bernilai berbilion ringgit," kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Biar mengingatkan Pandikar bahawa Malaysia bukanlah negeri anggota ke-51 Amerika Syarikat, dan membahaskan saman sivil DOJ melibatkan 1MDB di sini adalah langsung tidak sub judis.

Menurut Lim, dua orang bekas hakim senior, mantan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Yunus dan mantan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram kemudiannya menyatakan bahawa keputusan Pandikar, seorang bekas peguam, adalah salah dari segi undang-undang.

"Biar saya ingatkan Pandikar bahawa 1MDB adalah subjek utama siasatan pengubahan wang haram dan penipuan di sekurang-kuranya enam negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
"Sekiranya teori sub judis Pandikar itu tepat, kita bolehlah bergantung kepada apa sahaja kenyataan umum yang dikeluarkan penyiasat enam negara asing itu sebagai bukti untuk menyabitkan Najib, atau nama popularnya ‘Malaysian Official 1’ di mahkamah Malaysia," katanya.

PRU 14: PAP akan bertanding 15 kerusi Dun majoriti Melayu di Pulau Pinang


Rahmad IshakRahmad IshakParti Alternatif Rakyat (PAP) akan meletakkan calon bertanding 15 kerusi Dun yang mempunyai majoriti pengundi Melayu di Pulau Pinang.
Naib Presidennya, Rahmad Ishak berkata, PAP dijangka akan bertanding di kesemua 15 kerusi Dun dalam kawasan majoriti Melayu di negeri ini dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang akan datang.
"Pihak kami telah mengambil kira beberapa faktor semasa, terutamanya ialah soal geopolitik orang Melayu di Pulau Pinang.
"Kita juga optimis pertandingan lebih dari tiga penjuru pasti akan berlaku di beberapa kawasan Melayu yang boleh dikategorikan sebagai peluang terbuka bagi pengundi melakukan perubahan secara drastik.
"PRU ke 14 jua akan menjadi platform terbaik bagi pengundi negeri ini memberikan peluang kepada wakil dari PAP, untuk membawa permasalahan rakyat secara lebih telus tanpa sekatan, " tegasnya lagi.
Jelas beliau lagi, secara rasionalnya, bukanlah hasrat PAP untuk mencabar atau merendahkan kredibiliti mana-mana parti politik selain memartabatkan sistem demokrasi menerusi peti undi.
Sehubungan itu katanya, ironinya kesemua parti politik yang bertanding mempunyai satu matlamat yang sama bagi mendapatkan mandat rakyat..

Kerajaan tiada hak senarai hitam syarikat taja Bersih, kata Maria Chin

Maria mempertahankan syarikat yang membiayai Bersih atas alasan kebebasan berpersatuan yang perlu dihormati semua pihak.
maria-dahlan-1
PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, terkejut dengan ancaman kerajaan untuk menyenaraihitamkan penaja Bersih dan menuntut penjelasan atas dasar apa ia diambil..
Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang menyelia Unit Perancang Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam-Swasta hari ini berkata, syarikat yang ingin mendapatkan kontrak kerajaan akan diteliti sama ada mereka terlibat dalam membantu membiayai Bersih.
Maria berkata ia merupakan satu keputusan yang mengejutkan kerana Bersih, gabungan reformasi pelbagai kumpulan ditubuhkan untuk memerangi rasuah dan tadbir urus yang baik serta pilihan raya bebas dan adil.
“Apa isu beliau dengan Bersih? Adakah anti rasuah, atau pilihan raya yang bersih dan adil? Beliau menakutkan syarikat (dengan mengancam menyenaraihitamkan mereka),” katanya.
Rahman, yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata masa berlembut dan bertolak ansur sudah berakhir serta bersetuju dengan kolum Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia yang menggesa tindakan terhadap perniagaan yang menyokong Bersih.

Usul tuntut semula hak dibentang di DUN S'wak bulan depan

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata kerajaan negeri akan membentangkan usul pada sidang Dewan Undangan Negeri bulan depan berhubung tuntutan semula hak Sarawak.
Adenan berkata usul itu secara spesifik akan menumpukan pada keperluan untuk kerajaan persekutuan memenuhi hak-hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1963 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962.
"Usul akan dibentangkan oleh seorang daripada menteri (negeri)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) Parti Rakyat Sarawak (PRS) kali ke-4, di Bintulu, hari ini.
Dewan Undangan Negeri akan bersidang dari 21 hingga 30 Nov.
Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963. Singapura keluar daripada persekutuan pada 1965.
Dalam perkembangan lain, Adenan mengumumkan kerajaan negeri sedang mengkaji untuk membina lebuh raya pesisir pantai untuk memacu pertumbuhan di kawasan-kawasan pesisir pantai di negeri ini.
Katanya Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan dan Pengangkutan Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Menteri Kewangan Kedua negeri Datuk Seri Wong Soon Koh diberi tanggung jawab untuk mengkaji perkara itu.
Mengenai permintaan supaya menambah jumlah masyarakat Dayak diambil bekerja dalam perkhidmatan awam negeri, beliau berkata Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohammad Morshidi Abdul Ghani telah diarah meneliti perkara itu.
Berhubung permintaan supaya lebih banyak kontraktor Dayak dilibatkan dalam projek Lebuhraya Pan Borneo, Adenan berkata beliau menyokong perkara itu dan berjanji akan membantu mereka.
"Tapi saya nak ingatkan kamu (kontraktor Dayak) jangan jadi "Ali Baba" (beri kepada pihak lain) selepas dapat projek," katanya.

TERTINDAS!! Najib BELAGAK Kaya,Rakyat Sampai MATI Kena Tanggung GST

Parlimen kecoh MO1 - tapi siapa sebenarnya MO1? (Najib menjawab)

Sekejap Ludah, Sekejap tak Ludah - Jamal Yunos vs Mahathir

Selangor gov't has strong evidence on sabotage in Semenyih river

Nurul Izzah: Negara Kita Sedang Dipimpin Oleh Perompak

Mahfuz: Rel ECRL Emas atau Besi Buruk?

Mahfuz: Bajet 2017 Tak Jadi Faktor 'Wow' Kepada Rakyat

Bajet indah khabar dari rupa kata pemuda Bersatu dan Amanah

Syed Saddiq Syed Abdul RahmanSyed Saddiq Syed Abdul RahmanBajet yang tidak realistik akan menjadi igauan kepada rakyat yang senantiasa mengharapkan ianya menjadi realiti, namun ia akan mengecewakan rakyat, apabila ianya menjadi fantasi dan angan-angan bikinan pemerintah yang rakus, korup dan pelahap wang rakyat.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Pemuda Nasional, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu ), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam program santai bersama anak muda anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) Sungei Petani.
Menurut Saddiq lagi, apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam bajet yang dibentangkan hanyalah sebagai penyedap kata yang belum pasti menjadi fakta.
"Kita masih sangsi apakah bajet yang dibentang itu adalah fantasi atau realiti kerajaan menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
"Masalah integirti, pelaksanaan dan penguatkuasaan menjadi persoalan walaupun bajet yang diperuntukkan berbillion ringgit.
"Jangan tengok bajet dari segi janji manis semata-mata, sebaliknya bajet yang lalu ppun belum lagi disiapkan hingga kini, " jelasnya lagi.
Katanya lagi, peruntukkan untuk prasarana dan kemudahan bekalan air di Sabah sebelum ini pun berlaku penyelewengan.
"Kenapa boleh terjadi 60 peratus diselewengkan oleh pihak tertentu dalam isu bekalan kemudahan air di Sabah baru-baru ini.
"Ini membuktikan walaupun peruntukannya ada, tapi integriti tiada dikalangan pimpinan kerajaan yang akhirnya menjadikan rakyat Sabah sebagai mangsa.
"Tiada gunanya peruntukan yang berbilion sekiranya pelahap wang rakyat sedang menanti, sebaliknya nasib rakyat tidak terbela, " ujarnya lagi.
Beliau juga berkata, selagi kerajaan yang memerintah masih mengamalkan rasuah dan penyelewengan, berapa banyak sekali pun bajet yang diperuntukkan akan menjadi habuan perasuah yang korup.
"Begitu juga dengan skandal yang berlaku dalam kes rasuah Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan.
"Walaupun telah diperuntukkan harga yang sepatutnya dijual adalah antara RM150,000 hingga RM200,000, sebaliknya ada yang menjual balik dengan harga setengah juta.

SPR dakwa parti politik punca daftar pengundi ‘bermasalah’

SPR hanya memberi kebenaran kepada NGO mendaftar pengundi baru dan bersedia bekerjasama menyediakan kemudahan tempat.
daftar-mengundi-spr-1
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menahan parti-parti politik daripada mendaftar pengundi pada 2013 kerana terdapat “banyak masalah”, menurut pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata suruhanjaya itu mengukuhkan pendirian itu pada September tahun lepas kerana masalah berkenaan tetapi tidak menyatakan apakah “masalah” yang dimaksudkan.
Sejak itu, hanya pertubuhan bukan kerajaan dibenarkan mendaftar pengundi baru. Kira-kira 4.2 juta orang masih belum didaftarkan.
“Sebagai contoh, Persatuan Silat mempunyai ramai ahli dan mereka bertanya jika boleh mendaftar pengundi baru dan kami kata okay. Kami juga akan membolehkan Persatuan Perahu Layar mendaftarkan pengundi baru tetapi bukan parti politik,” beliau dipetik sebagai berkata.
Keputusan SPR sering dikritik ahli politik. Pada Oktober tahun lepas, Kasturi Patto, ahli Parlimen Batu Kawan, mempersoalkan jika terdapat “tangan tersembunyi” di sebalik keputusan itu.
Hashim berkata, parti-parti politik yang berkecimpung dalam “perniagaan” politik banyak membantu meningkatkan jumlah. “Tetapi terdapat banyak masalah.”
Beliau berkata SPR bersedia menjalankan pendaftaran pengundi di mana-mana acara awam yang menarik orang ramai.

Hapus peruntukan ujian mamogram dan HPV, belanjawan Najib tidak peduli wanita

Belanjawan 2017 membuktikan kerajaan BN telah gagal memberi penekanan terhadap kesihatan golongan wanita kerana telah menghentikan peruntukan bagi ujian mamogram dan HPV.
steven simIa berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana kerajaan pada tahun 2014 telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi dua ujian tersebut manakala pada 2015 sebanyak RM18 juta diperuntukan.
“Pada tahun 2016 pula kerajaan hentikan peruntukan. Tapi setelah pembangkang bersuara ia disemak semula.
“Kini dalam belanjawan 2017, kita dapat lihat perkara serupa berulang,” kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.
Menurut beliau, sejak program ujian kesihatan tersebut dijalankan, seramai 260,000 wanita disaring dan 25,000  telah dirujuk untuk pemeriksaan lanjut.
“Ini adalah program melibatkan nyawa, melibatkan hidup dan mati.
“Jika GST disasarkan RM40 bilion tahun depan, program kesihatan wanita ini hanya 0.05 peratus daripada perolehan GST,” katanya.
Dibandingkan dengan peruntukan RM260 bilion pada tahun 2017, program kesihatan itu hanyalah melibatkan 0.008 peratus.
“Adakah nyawa wanita Malaysia sudah tidak bernilai lagi kepada kerajaan?” soalnya.

Belanjawan 2017 Selangor lebih baik dari Persekutuan, bela nasib rakyat

Kerajaan Negeri dijangka membentangkan Belanjawan 2017 yang lebih baik berbanding belanjawan Kerajaan Persekutuan dikemukakan Perdana Menteri, Datu Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata dengan hasil negeri yang meningkat saban tahun, Kerajaan Negeri mampu menawarkan belanjawan sebegitu untuk kemajuan rakyat dan negeri.

“Kalau Kerajaan Persekutuan tidak mampu menunjukkan bagaimana, kita akan tunjukkan demi menjaga dan membela nasib rakyat.
“Saya yakin Belanjawan 2017 akan dibentang Dato’ Menteri Besar (Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali) pada 31 Oktober ini lebih baik daripada tahun ini malah juga bagus daripada Belanjawan 2017 Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada SelangorKini, di sini, hari ini.
Beliau berkata, dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, pembentangan belanjawan dibuat Perdana Menteri adalah kurang menyakinkan dan didakwa tidak mampu memenuhi janji ditawarkan.
Dalam sidang Dewan Rakyat, Jumaat lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2017 dengan peruntukan RM260.8 bilion iaitu peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Belanjawan 2016.
Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion (82 peratus) adalah bagi perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion (18 peratus) pula untuk perbelanjaan pembangunan.

2017: Tiada peruntukan pembangunan Persekutuan untuk Selangor

Pemotongan Belanjawan Persekutuan sekitar 18 peratus terhadap belanja pembangunan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka turut mempengaruhi pembangunan Kerajaan Persekutuan di Selangor.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keadaan itu sekali gus menujukkan ketidaksungguhan Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Umno Barisan Nasional membantu perkembangan pembangunan di Selangor.

“Kalau kita teliti Bajet Persekutuan, hampir mustahil Kerajaan Persekutuan bantu Kerajaan Negeri untuk pembangunan infrastruktur di Selangor.
“Ini jelas perancangan yang tidak bertanggungjawab apabila wujud perancangan pembangunan yang rendah sekadar 18 peratus iaitu sekitar RM46 bilion daripada RM260 bilion pembentangan Belanjawan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pembangunan Loji Labohan Dagang, di sini.
Dalam sidang Dewan Rakyat, Jumaat lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2017 dengan peruntukan RM260.8 bilion iaitu peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Belanjawan 2016.
Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion (82 peratus) adalah bagi perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion (18 peratus) pula untuk perbelanjaan pembangunan.
Sebaliknya, Kerajaan Negeri dijangka bakal membentangkan Belanjawan 2017 menggunakan pendekatan secara berimbang terhadap aspek pembangunan dan mengurus.
Jumlah tersebut meliputi 50 peratus bagi perbelanjaan pembangunan dan 50 peratus lagi untuk belanja pengurusan.
Mohamed Azmin bakal membentangkan Belanjawan Negeri, pada 31 Oktober ini yang turut memberi tumpuan kepada pengukuhan martabat ekonomi rakyat.

LETAK JAWATAN JIKA TAK SOKONG KERAJAAN BN....

Adakah KERAjaan BN itu parti ??!!

TAHUKAH ANDA, didakwa Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dibiayai oleh PMO (Pejabat Perdana Menteri).

SEBAB ITULAH bajet utk JPM & PERMATA-ROSMAH sentiasa bertambah saban tahun..

SUDAH SAMPAI MASANYA PAS HARUS DILUPAKAN UNTUK AGENDA PERUBAHAN

Berdasarkan lenggok gaya Pas kebelakangan ini, khususnya kenyataan Mursyidul Am, Hashim Jasin yang menolak sebarang bentuk bekerjasama untuk menjatuhkan Najib Razak serta ketegasan enggan menyertai Bersih 5 sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hasan, parti itu sebenarnya sudah boleh dilupakan terus oleh rakan-rakan pembangkang yang lain.

Jika bekerjasama menjatuhkan kerajaan tidak mahu, berpakat menyingkirkan Perdana Menteri yang sarat dengan skandal kewangan tidak mahu dan  bersama menyertai gerakan untuk menuntut pilihanraya yang bersih serta adil juga tidak mahu, maka "terang lagi bersuluhlah" untuk difahami isi hati perjuangan pemimpin-pemimpin Pas ketika ini.

Pas mulai sekarang harus dilabelkan sebagai rakan kongsi dan salah satu pendokong UMNO dan Najib Razak serta kedudukan mereka tidak ubah seperti parti-parti komponen BN yang lain. 

Meskipun tidak bersama sebagai komponen BN, mesti diberitahu kepada rakyat dan pengundi bahawa melalui tindak-tanduk Pas  adalah sama sebagai pelampung penyelamat kepada Najib dan UMNO.

Dalam politik, apatah lagi apabila berdepan dengan kemungkaran pemimpin yang sangat jelas dan nyata, pilihan yang ada hanyalah sama ada menyokong atau menolaknya. Tidak ada jalan tengah atau berkecuali, lebih-lebih lagi bagi pari yang mengaku memperjuangkan Islam, selalu berjubah, berkopiah dan berserban.

Pas yang selama ini selalu bercakap soal dosa dan pahala, syurga dan neraka, kini nampaknya lebih sanggup membutakan mata terhadap pemimpin dan kerajaan yang diperkatakan di seluruh dunia telah mencuri duit rakyat, keluarganya kembung dengan kemewahan serta pembaziran yang nyata dan hanya menjadilan label-label Islam sebagai kosmetik untuk mengabui rakyat.

Apakah tidak cukup dengan Peguam Negara dipecat, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri dibuang, Laporan Audit diOSAkan serta beberapa perkara yang lain yang berlaku di depan mata untuk Pas dan para pemimpinnya memahami bahawa memang ada kedurjaan telah berlaku dalam negara kita ini?

Begitu juga dengan dua buah bank ditutup di Singapura dan pendakwaan sedang berjalan di Amerika dan Switzerland, tetapi di negara sendiri semua yang terkait disucikan, apakah terlalu sukar untuk Pas memahami bahawa segala-galanya sedang dilindungi dan kebenaran telah dikebumi?

Kiranya perkara semudah ini pun Pas tidak dapat memahaminya dan masih mahu berdolak-dalik lagi seolah-olah pemimpin seperti Najib adalah nakhoda yang bakal memimpin ke syurga, hanya ucapan "selamat tinggal Romeo" yang paling sesuai ditujukan kepada mereka.

Bersih 5 kini sudah ada unsur politik kata pembantu Rosmah


Pegawai di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyeru semua pihak khususnya pemimpin agama agar menghalang sesiapa saja daripada menyertai sebarang aktiviti anjuran BERSIH.
Beliau yang juga pembantu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ini kerana adalah cukup terang lagi bersuluh bahawa BERSIH adalah gerakan bermotifkan politik dan kepartian.
Datuk Rizal Mansor"Apabila cukup terang lagi bersuluh BERSIH adalah gerakan bermotifkan politik dan kepartian, adalah elok bagi semua pemimpin agama untuk menghalang sesiapa pun daripada menyertai sebarang aktiviti anjuran BERSIH," kata Rizal.
Kata Rizal, dakwaan beliau terhadap Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah adalah jelas berdasarkan ucapan-ucapan yang dilaungkan pada BERSIH 4 tahun lalu menerusi video yang turut dikongsikannya.
"Saya mahu melontarkan pertanyaan kepada Maria Chin adakah ucapan-ucapan yang dilaungkan pada BERSIH 4 tahun lalu termasuk di dalam video ini boleh dianggap berunsur politik atau kepartian?," soal Rizal.
Dalam video yang dikongsikan Rizal memaparkan pemimpin BERSIH menyeru para peserta himpunan menolak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bajet 2017 buktikan GST naik jika BN menang PRU14, kata PAS

Timbalan presiden PAS berkata, situasi itu akan menjadi realiti jika kerajaan gagal mempelbagaikan hasil untuk menampung perbelanjaan yang semakin besar.
tuan-ibrahim-gst-bn
KUALA LUMPUR: PAS yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menaikkan kadar cukai barang dan keidmatan (GST) jika ia berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, situasi itu akan menjadi realiti jika kerajaan gagal mempelbagaikan hasil untuk menampung perbelanjaan yang semakin besar.
“Sekiranya jangkaan hasil kerajaan tidak menepati sasaran, apakah lebih banyak duit yang akan diambil oleh rakyat untuk menampung perbelanjaan kerajaan? Apakah itu intipati sebenar di sebalik mesej ‘ikat perut’ PM ketika membentangkan Bajet 2017?” katanya.
Menurut beliau, Bajet 2017 memperlihatkan kerajaan Umno-BN masih mengekalkan bergantung kepada hasil tradisi, tanpa berusaha mencari sumber baru bagi meningkatkan pendapatan negara.
Ini terbukti apabila pergantungan kepada sumber petroleum menjerat kerajaan apabila harga komoditi tersebut merudum.

Syarikat taja Bersih akan disenaraihitam, kata Rahman Dahlan

Masa berlembut sudah berakhir dan syarikat yang membantu gerakan menggugat keselamatan ekonomi negara akan dipulau, kata Rahman Dahlan.
rahman-dahlan-bersih
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang didapati menaja perhimpunan haram Bersih, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan, hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian susulan artikel yang ditulis Awang Selamat di akhbar Umno, Utusan Mingguan hari ini yang menyarankan syarikat menaja Bersih disenaraihitamkan kerana ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.
“Saya ambil maklum dengan saranan Awang Selamat kerana syarikat yang menaja perhimpunan haram Bersih turut mendapat kontrak daripada kerajaan,” katanya menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.
Menurut beliau, masa untuk berlembut dan bertoleransi sudah berakhir dan syarikat yang membantu gerakan menggugat keselamatan ekonomi negara akan dipulau.
“Saya akan minta Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) untuk melihat semua latar belakang syarikat yang memohon kontrak kerajaan melalui mereka. Syarikat yang jelas menyokong perhimpunan haram akan disenaraihitamkan serta-merta,” kata beliau.

Penjawat awam tak suka Bajet 2017? Berhentilah, kata JASA

Penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz meminta para penjawat awam yang 'menentang' Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini meletakkan jawatan.
Bekas exco Pemuda Umno itu berkata, jika penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan meletakkan jawatan, masih ramai rakyat negara ini yang akan mengisi kekosongan jawatan tersebut.
"Apa khabar penjawat awam? Kalau rasa tak boleh jadi penjawat awam yang baik dan menyokong kerajaan, sila letak jawatan.
"Ramai yang nak ganti..," kata beliau dalam laman tweetnya.
'Permintaan' Tun Faisal itu agak menghairankan kerana Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) belum mengeluarkan apa-apa kenyataan apatah lagi yang berbaur negatif berkenaan pembentangan Bajet 2017.
Semasa pembentangan belanjawan tersebut, kakitangan awam yang mengharapkan bonus pada Bajet 2017 kecewa kerana apabila Najib hanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 yang akan dibayar kepada 1.6 juta penjawat awam.
"Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik.
"Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan.
“Bayaran ini akan dibuat pada awal Januari 2017," kata Najib.
Ini adalah tahun kedua kakitangan awam diberikan 'bantuan khas' dan bukannya bonus.
Namun begitu, Najib turut mengumumkan kelayakan pinjaman perumahan untuk penjawat awam dinaikkan daripada serendah RM120,000 kepada RM200,000 manakala pinjaman paling tinggi pula daripada RM600,000 kepada RM750,000.
“Selain itu, kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal untuk penjawat awam akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000,” ujar Najib.
Beliau turut mengumumkan kemudahan pembiayaan untuk pembelian komputer diperluaskan meliputi pembelian telefon pintar dengan had pinjaman sehingga RM5,000 untuk setiap tiga tahun.
“Kontrak pegawai penjawat awam yang terlibat dengan contract of service dan contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, akan dilanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi.
“Selain itu, sebanyak 30,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000,” katanya.

‘Jika BN kata subjudis bincang 1MDB maka MO1 boleh disabit bersalah’

Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan ‘sub judis’ sebagai alasan untuk menghalang perbahasan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang terkait skandal dana 1MDB membawa cabaran kepada Peguam Negara mengambil tindakan di mahkamah berkaitan kes ini.
“Jika kita mengikut logik bodoh ‘sub judis’ Pandikar yang diterima kerajaan BN, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali patut menggunakan kenyataan rakan sejawatnya di Switzerland untuk menangkap kesemua pegawai 1MDB dan membekukan aset berkaitan untuk siasatan penipuan melibatkan dana berdaulat Malaysia bernilai berbilion ringgit,” kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Biar mengingatkan Pandikar bahawa Malaysia bukanlah negeri anggota ke-51 Amerika Syarikat, dan membahaskan saman sivil DOJ melibatkan 1MDB di sini adalah langsung tidak sub judis.
Menurut Lim, dua orang bekas hakim senior, mantan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Yunus dan mantan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram kemudiannya menyatakan bahawa keputusan Pandikar, seorang bekas peguam, adalah salah dari segi undang-undang.
“Biar saya ingatkan Pandikar bahawa 1MDB adalah subjek utama siasatan pengubahan wang haram dan penipuan di sekurang-kuranya enam negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
“Sekiranya teori sub judis Pandikar itu tepat, kita bolehlah bergantung kepada apa sahaja kenyataan umum yang dikeluarkan penyiasat enam negara asing itu sebagai bukti untuk menyabitkan Najib, atau nama popularnya ‘Malaysian Official 1’ di mahkamah Malaysia,” katanya.

‘Bajet 2017 ibarat kereta tinggal setengah liter minyak’ – Khalid Samad


Kenapa The Star padam kandungan plakad Ahli Parlimen Pakatan Harapan?

whatsapp-image-2016-10-21-at-18-18-14
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Akhbar The Star versi online semalam didapati memadamkan isi kandungan plakad yang diangkat Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan sebelum bertindak meninggalkan Dewan Rakyat di tengah-tengah ucapan Belanjawan 2017 oleh Perdana Menteri.
budget-2017-opposition-mps-stage-walkout-midway-through-pm-s-speech-nation-the-star-online 
Laporan bertajuk ‘Budget 2017: Opposition MPs stage walkout midway through PM’s speech’ itu memaparkan gambar Ahli-ahli Parlimen pembangkang di lobi Dewan Rakyat dikelilingi pemberita.
Namun plakad yang mereka pegang bertulis ‘Siapa MO1’ dikaburkan akhbar milik MCA itu.
Kekecohan tercetus sekitar jam 6 petang apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkritik Ketua Pembangkang. Blok pembangkang kemudiannya membantah ucapan terbabit sambil mengangkat plakad bertulis ‘Siapa MO1’ sebelum keluar meninggalkan Dewan.

Khalid Samad bidas Nik Abduh bela kerajaan zalim


Khalid Samad mengingatkan Nik Abduh agar tidak dilihat bersama dengan pemer.intah yang zalim. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehKhalid Samad mengingatkan Nik Abduh agar tidak dilihat bersama dengan pemer.intah yang zalim.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Abduh Aziz yang didakwa membela pemimpin yang menzalimi rakyatnya sendiri.
Pengarah komunikasi Amanah itu mengingatkan Nik Abduh yang juga ketua pemuda Pas serta pemimpin lain parti Islam itu agar tidak dilihat bersama dengan pemerintah yang zalim sebaliknya menzahirkan penentangan terhadap mereka.
“Nik Abduh, Tantawi (Nasaruddin Hassan) dan yang lain wajar ingat, mereka sebagai wakil parti yang bernama Parti Islam sepatutnya mereka menjaga nama baik Islam, memimpin penentangan terhadap pemimpin kleptokrat, bukan membelanya.
”Ada pemimpin parti mereka yang sebut Pas mesti dijadikan pemimpin; bagaimana ingin diterima sebagai pemimpin sedangkan tidak diperlihat kepimpinannya? Duduk dan redha pada penzalim sambil yang lain bangun menentangnya?” katanya kepada pemberita.
Beliau juga berkata, tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan Najib walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang.
Semalam, Nik Abduh menyifatkan tindakan pembangkang mengganggu pembentangan Bajet 2017 oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak profesional.
Wakil rakyat pembangkang daripada Pakatan Harapan dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertindak keluar dewan setengah jam sebelum Najib selesai membentang bajet.
Tindakan itu ekoran ucapan Najib yang dilihat menyindir mereka dan menganggap mereka sebagai bersalah kerana memburukkan nama baik negara.
Pas bagaimanapun kekal di dalam dewan sehingga selesai pembentangan bajet.
Khalid juga mendakwa pemimpin kleptokrat seperti Najib tidak layak berucap di parlimen yang membahaskan kepentingan rakyat.

Bajet 2017 tidak berkesan tangani kos sara hidup

Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat kelmarin, dilihat kurang kukuh dalam meningkatkan pertubuhan dan daya tahan ekonomi yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia, Dr Mohd Yusof Saari berkata, terdapat beberapa perkara menyebabkan objektif itu gagal.
Bajet 2017 BM Menurutnya, sebanyak 82 peratus daripada peruntukan bajet itu untuk perbelanjaan pengurusan, manakala hanya 18 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan.
“Sepatutnya dalam keadaan ekonomi sederhana seperti sekarang, kerajaan perlu tingkatkan perbelanjaan pembangunan kerana ia pelaburan jangka masa panjang yang memberi kebaikan kepada generasi berikutnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Hal itu katanya, pengurangan cukai masa kini bermaksud kenaikan cukai  masa hadapan.
"Begitu juga hutang hari ini akan dibayar pada masa hadapan oleh generasi berikutnya. Jika hutang masa kini digunakan untuk pelaburan, maka ia beri kebaikan kepada generasi akan datang," katanya.
Selain itu katanya, usaha-usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi dan mencari potensi pertumbuhan baharu tidak diberi keutamaan.
“Hampir satu pertiga  Keluaran Dalam Negeri Kasar dijana daripada industri berasaskan minyak sawit dan petroleum. Usaha pelbagaikan ekonomi dan cari sumber pertumbuhan baru sangat penting bagi memastikan ekonomi tidak terdedah kepada faktor luaran seperti kejatuhan harga komoditi,” katanya.
Jelas Mohd Yusof, struktur pasaran pengeluaran makanan di Malaysia bersifat oligopolistik, namun tiada usaha untuk mengubah struktur pasaran tersebut.
“Bekalan input dikawal secara langsung dan tak langsung oleh firma. Jika kerajaan laksanakan liberalisasi pasaran dengan galakkan persaingan, ia akan membantu usaha mengurangkan tekanan kos hidup melalui penurunan harga,” katanya.
Beliau berkata, langkah perlu diberi perhatian adalah mekanisme Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Saya terkejut bila BR1M dinaikkan, sepatutnya ia diperkemaskan. Saya jangka BR1M kalau diteruskan pun, jumlah itu dikekalkan ataupun dikurangkan sedikit memandangkan keadaan ekonomi ketika ini.
“Agihan itu perlu mengikut latar belakang sosio-ekonomi isi rumah. Jadikan ia sebagai reward bagi menaikkan semangat rakyat untuk bina sebuah keluarga cemerlang, mampu didik anak-anak ke universiti contohnya, bukan menunggu dan berpeluk tubuh, lalu dapat wang BR1M, produktiviti rakyat akan hilang, maka lahirlah golongan malas dan tunggu wang bantuan,” katanya. 

Bajet 2017 tunjukkan pekerja swasta dianaktiri

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melahirkan kekecewaan berhubung pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.
Ini kerana menurut Setiausaha Agungnya, N Gopal Krishnam, pembentangan bajet kali ini tidak memberi faedah kepada pekerja sektor swasta di negara ini.
"Kami berpendapat kerajaan tidak mengendahkan isu-isu berkaitan pekerja swasta.
"Antaranya isu kenaikan kadar gaji minima kepada RM1,200 bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan pemberian Elaun Sara Hidup (Cola) sebanyak RM300 kepada pekerja swasta," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menganaktirikan pekerja swasta memandangkan pekerja di sektor ini turut menyumbang terhadap ekonomi negara.
"Sumbangan pekerja-pekerja sektor swasta amat penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara dan mereka tidak harus diabaikan," tegasnya.
Lebih memburukkan keadaan, katanya, tindakan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak akan memberi impak buruk terhadap harga makanan di negara ini.
Katanya lagi, tinjauan pihaknya juga mendapati sudah ada peniaga yang berani menyorokkkan stok minyak masak daripada terus menjualkannya di pasaran.
"Kami tidak menyokong sebarang kenaikan terhadap harga barangan makanan kerana tindakan kenaikan harga minyak pada bulan depan.
"Segala pemberian dan peningkatan bayaran bantuan rakyat tidak akan memberi sebarang makna sekiranya harga barangan naik secara mendadak," katanya lagi.
Harga beberapa kategori minyak masak akan dinaikkan mulai bulan depan.

MENTERI KOMUNIKASI HANYA TAHU KUTUK TUN MAHATHIR: MEMALUKAN ORANG SABAH

Sebarkanlah tulisan ini seluas-luasnya supaya seluruh rakyat terutama di Sabah menyedari Menteri Komuikasi Salleh Said Keruak tidak beberbuat apa-apa untuk menyedarkan masyarakat Islam sehingga membiarkan RTM menggunakan iklan-iklan yang boleh mencandui orang Islam untuk terpengaruh dengan iklan-iklan berunsur Islam yang karut marut.
Dia tak pernah peduli hal lain untuk membina hiburan dan kesedaran ke Islaman yg dinamik di kalanganorang Islam menerusi RTM sebaliknya hanya terserlah sebagai Menteri yang asyik hentam,mencaci dan menghina Mahathir,
Dia membiarkan umat Melayu dan Islam tertipu.
Memalukan orang Sabah

Selepas pemimpin Bersih, Jamal kini jadikan Tun Mahathir sasaran ugutan


Selepas pelbagai cubaan mengganggu konvoi Bersih 5 kini Tun MHthir pula jadi sasaranSelepas pelbagai cubaan mengganggu konvoi Bersih 5 kini Tun MHthir pula jadi sasaran
Ketua kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunus yang melakukan pelbagai ancaman kepada himpunan aman Bersih 5 kini menjadikan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pula sebagai sasaran ugutannya.
Jamal berkata beliau kesal kerana pernah bersalaman dan mencium tangan Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu.
"Saya menyesal cium tangan dia dahulu," kata Jamal kepada penyokongnya di perhimpunan anti-Bersih di Kapar, Selangor semalam seperti dipetik Malaysiakini.
"Saya akan meludah tangan Mahathir sekiranya bertemu dengan bekas perdana menteri itu sekarang.
"Inilah seorang pemimpin yang kita hormati selama 22 tahun menjadi PM yang dahulu saya pernah jumpa dengan beliau, cium tangan beliau, tapi kali ni kalau saya jumpa beliau, saya ludah tangan dia," katanya.
Jamal berkata tingkah laku Mahathir adalah tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia.
Mahathir sebelum ini menyatakan perang terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa perdana menteri itu mengamalkan rasuah.
Bekas perdana menteri itu mengumumkan keluar Umno untuk membantah kepimpinan Najib dan membentuk parti baru yang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kalau Dr M kembali menjadi PM…

Kini, Tun boleh menebus kekesalan yang wujud di hati sekiranya ada.
mahathir-malaysia-1Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi diberi peluang menjadi Perdana Menteri, apakah yang akan dibaikinya?
Persoalan ini timbul selepas media melaporkan Tun berjanji untuk mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan sekiranya beliau, yang kini bersama pembangkang yang rata-rata terdiri daripada musuh politik beliau ketika beliau adalah PM, dapat mengalahkan Umno-BN yang diterajui anak muridnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun umum mengetahui kenyataan tersebut sekadar janji politik yang sukar dipercayai buat masa ini, namun di sebaliknya mungkin mengisarkan suatu jenis kekesalan akan tindakannya terhadap Kelantan ketika menjadi PM.
Selain royalti minyak dan tersilap pilih Tun Abdullah Badawi dan Najib sebagai PM, apa lagi kekesalan yang Tun rasai sehingga hari ini, terutamanya apabila melihat negara yang dibinanya selama 22 tahun semakin ketinggalan daripada Wawasan 2020 yang diimpikan olehnya buat negara?
Setelah menyertai pembangkang, apakah kini Tun terasa bangga atau sedih dengan sistem pilihan raya dan persempadanan yang dibuat ketika zaman beliau yang menyebabkan Umno-BN susah ditumbangkan?
Memahami kesukaran pembangkang mendapat liputan yang adil, apakah Tun kini terasa bangga dan sedih dengan kuasa yang dikurniakan kepada kerajaan dalam mengawal media tradisional di Malaysia?
Bagaimana pula dengan Umno? Apakah Tun kini bangga atau sedih dengan budaya dan sistem yang ditinggalkannya di dalam Umno, di mana anak muridnya Najib dapat ‘meningkatkan’ mutu budaya dan sistem tersebut sehinggakan isu sebesar 1MDB tidak mampu menghasilkan sedikit riak pun di dalam Umno? Bahkan mereka yang mempersoalkannya semua sudah menjadi pembangkang.

Pembangunan ketenteraan terjejas jika peruntukan dijerut

Penguncupan Bajet 2017 akan menjejaskan logistik, latihan dan operasi tentera darat, tentera laut dan udara, kata penganalisis
askar
PETALING JAYA: Pembangunan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berkembang sekiranya peruntukan dalam cadangan Bajet 2017 terjerut, kata penganalisis pertahanan.
Menyifatkan cadangan belanjawan kelmarin sebagai belanjawan menguncup, felo kanan di Kajian Kemajuan Sosial (Refsa) Lam Choong Wah menyorot perhatian FMT kepada peruntukan Bajet 2017 yang kurang RM2 bilion berbanding 2016.
“Anggaran pengurusan terjejas besar, misalnya RM1.8 bilion telah dikurangkan daripada segi pengurusan.
“Logistik, latihan dan operasi 3 perkhidmatan ATM (darat, laut dan udara) akan terjejas juga. Ini telah dicerminkan dalam bajet,” katanya kepada FMT semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperuntukkan RM15.1 bilion kepada Kementerian Pertahanan berbanding RM17.3 bilion tahun lepas.
Ia termasuk RM1.8 bilion untuk menyelenggara aset seperti pesawat, kapal peronda, peralatan komunikasi, bangunan dan senjata.
Mercu Bajet 2016 merangkumi perolehan 6 kapal tempur pesisir, sistem pertahanan udara jarak dekat, kereta perisai dan pesawat Airbus A-400M.
Malaysia turut membeli 6 helikopter ringan McDonnell Douglas MD 500 pelbagai guna untuk kegunaan tentera darat.
Pembentangan Najib kelmarin menyaksikan tumpuan beralih kepada peningkatan telekomunikasi, rangsum (ration) dan pakaian seragam dengan peruntukan RM1.3 bilion.
Choong Wah berkata meskipun pengurangan perbelanjaan pembangunan ATM tidak ketara, Kementerian Pertahanan dijangka tidak akan membuat perolehan besar tahun hadapan.
Antara aset yang disebut dalam senarai beli-belah yang diperlukan adalah jet pejuang, pesawat amaran awal dan kapal sokongan.

Tony Pua beri amaran bom jangka dalam Laporan Ekonomi 16/17

Bajet 2017 akan kelihatan seperti melancong ke Hawaii apabila isu Perbadanan Awam Bukan Kewangan (PABK) meletup.
tonypua35_bajrt_600
KUALA LUMPUR: Apabila bom jangka Perbadanan Awam Bukan Kewangan (PABK) meletup, Bajet 2017 akan kelihatan seperti melancong ke Hawaii.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyimpulkan perkara itu selepas mengkaji Laporan Ekonomi 2016/2017.
“Ia mendedahkan bom jangka yang disorok Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak,” kata Tony, yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, dalam satu kenyataan.
Beliau mendakwa kerajaan meletakkan perbelanjaan yang melampau kebanyakkannya bawah PABK. “Ini bagi memperlihatkan defisit belanjawan yang ‘sederhana’.”
Anggaran defisit PABK bagi 2016 adalah RM50.5 bilion, katanya. “Tidak termasuk hutang 1MDB yang berbilion ringgit.”
Defisit PABK adalah RM10.6 bilion pada 2013, RM52.3 bilion pada 2014 dan RM56.9 bilion pada 2015, menurut Laporan Ekonomi 2016/2017.
Tony mendapati perbelanjaan PABK tidak terdapat dalam belanjawan kerajaan. “Ini supaya defisit yang ‘cermat’ ditekankan dalam belanjawan itu,” katanya.
Sementara itu, katanya, defisit belanjawan Kerajaan Persekutuan bagi 2015 adalah lebih rendah iaitu RM37.2 bilion dan dijangka mencecah RM38.7 bilion dan RM40.3 bilion bagi 2016 dan 2017.
Pada masa ini, laporan itu menyatakan caj perkhidmatan hutang Kerajaan Persekutuan meningkat daripada RM20.3 bilion pada 2013 kepada RM28.9 bilion yang diunjurkan pada 2017.

Alasan2 basi KERAjaan penyangak utk menghalalkan hapus subsidi rakyat.

HUTANG 1MDB RM50,000,000,000 (50 BILION) SIAPA NAK TANGGUNG !!!... RAKYAT JUGA KAH !!!

SIAPAKAH "PENCURI" ITU...???

Hingga kini #MO1 masih lagi bebas DAN nak terbang lagi ke luar negara naiki jet VVIP mewah ratusan jutaan ringgit bersama2 BOROSmah dlm masa terdekat ini..

'Jamal, ludah tangan saya dulu sebelum nak ludah Mahathir'

Wan Azizah: 'Menteri Cium Tangan Hilang Bila Anwar Dipecat'

Dicabar Pilih Antara Perkasa atau Bersatu

Perjuangan Bersatu Mirip Umno Lama

BAJET OLEH MENTERI KEWANGAN TERBURUK 2016, MEMANG PATUT PUN KELUAR DEWAN!!

Walaupun cuba diberi gambaran buruk dengan pelbagai label dan gelaran, tindakan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan dewan ketika Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017, sebenarnya adalah sesuatu yang wajar dan penuh intergriti.

Insiden bermula dengan Najib sendiri yang tidak menyedari dan bagaikan lupa diri bahawa berdirinya beliau membentangkan bajet tersebut adalah atas kapasiti sebagai Menteri Kewangan dan bukannya sebagai Presiden UMNO atau Pengerusi BN.

Beliau seharusnya menumpukan ucapannya hanya untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya seperti berucap dalam kempen pilihanraya atau di atas pentas Perhimpunan Agung UMNO.

Mengambil banyak masa untuk mencela dan menghentam wakil pembangkang ketika membentangkan bajet untuk faedah 30 juta rakyat, lebih-lebih lagi dengan dakwaan sandiwara dan pengkhianat, adalah sesuatu yang di luar kebiasaan dan terbabas daripada landasan yang sewajarnya.

Menyindir sikit-sikit atau melemparkan kata-kata sinis kepada pihak pembangkang dengan nada bergurau dan sambil tersenyum sepertimana yang biasa dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim ketika mereka membentangkan bajet masing-masing suatu ketika dahulu, memang merupakan lumrah yang dapat diterima umum.

Malah, jika kita imbas kembali, sindiran dan kata-kata sinis Tun Mahathir dan Anwar kepada pembangkang ketika itu semuanya dapat diterima dengan senyum ketawa oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.

Ini kerana mereka sedar ia sekadar guaraun untuk menceriakan suasana semata-mata.

Tetapi Najib bukan saja mengambil banyak masa untuk menyerang pembangkang, malah serangan dan hentamannya tidak ubah seperti pengkhutbah yang pincang.

Pemansuhan bajet pampasan tol bermakna kadar tol lebuhraya akan naik

Berita buruk tidak diumumkan kepada rakyat kerana pilihanraya sudah dekatBerita buruk tidak diumumkan kepada rakyat kerana pilihanraya sudah dekat
Rakyat Malaysia berasa senang hati (feel good) dengan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, itu kerana beliau hanya mengumumkan berita baik sahaja. Berita buruk tidak diumumkan kepada rakyat kerana pilihanraya sudah dekat.
"Salah satu berita buruk, yang pada khemat saya paling teruk adalah kadar tol yang mungkin dinaikan secara mendadak tahun 2017," kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, selama ini setiap tahun, kerajaan telah sediakan sejumlah peruntukan di bawah Maksud Bekalan 27 - Kementerian Kerja Raya 080100 Bayaran Pampasan Tol. Pada Bajet 2015, kerajaan sediakan RM 459 juta untuk tujuan tersebut.
"Untuk Bajet 2016, kerajaan sediakan RM 593 juta untuk Pampasan Tol.
"Ekoran daripada pampasan ini, kadar tol 8 lebuhraya yang sepatutnya naik pada Januari 2016, belum dinaikan sehingga sekarang.
"Mengikut Menteri Kerja Raya juga, selama 25 tahun kebelakangan ini, kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM 4.07 billion kepada 28 lebuhraya di seluruh Negara.
"Untuk bajet 2017, Bekalan 27 - Kementerian Kerja Raya 080100 Bayaran Pampasan Tol sudah "hilang" atau dibatalkan. Ini menimbulkan banyak persoalan dan saya minta Menteri YB Datuk Seri Fadilah Yusof menerangkan kepada rakyat secepat mungkin," katanya.
Beliau menjangkakan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membayar pampasan kepada pengusaha lebuhraya dan akibat daripada itu, kadar lebuhraya akan dinaikan.
"Saya tidak pasti berapa lebuhraya yang akan menuntut supaya kadar tol dinaikan pada tahun 2017.
"Yang sudah pasti, mengikut kenyataan Menteri YB Datuk Seri Fadilah Yusof, bahawa kerajaan sedang berunding dengan beberapa lebuhraya termasuk lebuhraya utara selatan," katanya.
Beliau mahu menteri memberi penjelasan yang berterus terang kerana rakyat dan terutamanya syarikat-syarikat sedang membuat bajet dan pelan kewangan mereka sekarang.

Polis pisahkan konvoi Bersih, Baju Merah di Kapar

Sementara itu, di Johor, kumpulan Baju Merah dilaporkan menahan konvoi Bersih sebelum bersetuju memberi laluan kepada mereka.
polis_bersih_merah_60013
PETALING JAYA: Konvoi Bersih dalam melalui Kapar, Selangor tanpa sebarang insiden tidak diingini hari ini, menerusi pemerhatian polis yang memastikan mereka tidak bertembung dengan penyokong Baju Merah.
Bagaimanapun, di Johor dilaporkan konvoi Bersih ditahan kumpulan Baju Merah di jalan antara Batu Pahat menghala ke Muar.
Dilaporkan, konvoi itu kemudiannya meneruskan perjalanan selepas perbincangan diadakan antara pemimpin kumpulan berkenaan.
Konvoi hari ini berbeza dengan demonstrasi pada minggu lalu di Kuala Selangor, ketika 2 wartawan dan juruvideo The Star serta wartawan Malaysiakini diganggu penunjuk perasaan anti Bersih.
Konvoi di Kapar hari ini selamat tiba di pejabat PKR bandar itu kira-kira jam 2.30 petang, menurut Star Online.
Polis mengepung jalan untuk memastikan mereka terpisah daripada penyokong Baju Merah, yang turut disertai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos.
Peserta konvoi kemudian memandu keluar, kembali kira-kira jam 3 petang dengan kedua-dua kumpulan bersurai secara aman kira-kira sejam kemudian.

Ludah tangan saya dulu, Khairuddin cabar Jamal

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan berkata tindakan Datuk Jamal Yunos yang mahu meludah tangan Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan bangsa Melayu nampak "haprak".
khairuddin-abu-hassan_jamal_600
PETALING JAYA : Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Datuk Jamal Yunos meludah tangannya terlebih dulu sebelum meludah tangan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas pemimpin Umno itu berkata tindakan ketua gerakan Baju Merah yang mahu meludah tangan bekas perdana menteri itu mengaibkan, memalukan dan menyebabkan bangsa Melayu nampak “haprak”.
“Saya tidak pernah kurang ajar dengan mengatakan mahu meludah muka atau tangan (Datuk Seri) Najib Razak. Ini budaya samseng dan haprak Jamal Yunos yang keseluruhan bangsa Melayu tidak boleh terima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Khairuddin memuji tindakan Jamal itu kerana ia akan membuatkan rakyat negara ini lebih membenci Umno dan BN dan bakal terkubur selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Terdahulu, Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar dilaporkan meluahkan rasa kesalnya kerana bersalaman dengan Dr Mahathir dan mencium tangan bekas perdana menteri itu sebelum ini.
Jamal berkata tingkah laku Dr Mahathir tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia dan akan meludah tangan beliau jika bertemu dengannya sekarang, menurut Malaysiakini.
Katanya, parti baharu Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga tidak akan mampu mengumpul sokongan Melayu untuk pembangkang dan mengadakan himpunan jalanan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November depan.

Jamal kesal cium tangan Dr Mahathir

Katanya, beliau akan meludah di tangan bekas perdana menteri itu jika berpeluang bertemunya sekali lagi.
jamal_mahathir_600
PETALING JAYA: Datuk Jamal Yunos yang mengetuai gerakan Baju Merah meluahkan rasa kesalnya kerana bersalaman dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan mencium tangan bekas perdana menteri itu.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata tingkah laku Dr Mahathir tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia dan akan meludah tangan beliau jika bertemu dengannya sekarang, menurut Malaysiakini.
Jamal berkata parti baharu Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mampu mengumpul sokongan Melayu untuk pembangkang dan mengadakan himpunan jalanan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November depan.
“Saya bukan rasis, tetapi Bersih 5 sekali lagi akan disertai ‘Cina DAP’ yang ‘biadap dan sombong’,” katanya dipetik sebagai berkata.
Satu lagi kumpulan anti Bersih, Pertubuhan Jati Malaysia dilaporkan mendesak kaum India dan Cina menyertai Baju Merah sebagai bantahan terhadap Bersih.
Himpunan Bersih 5 yang akan diadakan untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menggesa pilihan raya yang adil
Jamal ditahan reman 2 hari pada minggu lalu untuk membantu siasatan kes membabitkan perkelahian penyokong anti Bersih di Kuala Selangor.
Beliau berkata Baju Merah akan mengadakan demonstrasi balas besar-besaran terhadap Bersih 5 di Dataran Merdeka pada 5 November.