Khamis, 20 Oktober 2016

Nak ugut perang plok ??!!

Apa dah jadi dengan 'parang terbang' ??

Samseng Jamban Baju Merah memang kebal...

PENDIRIAN KEADILAN MENGENAI PINDAAN KEPADA RUU 355

Mengangkat Prinsip Keadilan

KEADILAN sebagai sebuah wadah perjuangan sentiasa mengangkat dan memperjuangkan prinsip keadilan, kemanusiaan dan berdasarkan nilai-nilai Islam sebagai “rahmatan lil ‘alamin.”

Usaha memperkasakan undang-undang syariah bagi umat Islam perlu diteruskan dengan hikmah dan penjelasan teliti kepada rakyat.

Pasca kemerdekaan, usaha memartabatkan syariah telah pun diusahakan secara bertahap mencakup langkah memperkukuh institusi agama seperti zakat, dan dakwah serta memperluas peranan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri.

Dari sudut perundangan dan hukum, negeri Kelantan di bawah pimpinan al-marhum Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah peruntukan dan bidang kuasa beberapa aspek syariah dan takzir dalam Enakmen tahun 1993.

Di peringkat Persekutuan, atas inisiatif al-marhum Tan Sri Datuk Prof. Ahmad Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikemukakan peruntukan Perlembagaan Perkara 121 (1A) bagi mengangkat kedudukan Mahkamah Syariah tanpa menjejaskan hak bukan Islam merujuk kes ke mahkamah sivil. Perlu dijelaskan bahawa rang undang-undang tersebut telah dibincang oleh Badan Perunding Islam, Pusat Islam dan kabinet.

Kursus Diploma bagi kadi-kadi juga diperkenalkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi menyediakan mereka dengan kaedah perundangan dan kesaksian.

Langkah Susulan Kerajaan Negeri

Kerajaan-kerajaan Negeri perlu mengambil langkah susulan. Ini telah dilakukan di Negeri Selangor dengan penambahan peruntukan dan beberapa langkah mengukuh institusi agama termasuk tindakan progresif Mahkamah Syariah Selangor yang melantik dua orang hakim wanita Mahkamah Tinggi Syariah dan empat penolong pendaftar Mahkamah Rendah Syariah demi memastikan kelancaran perundangan syari’ah.

Langkah sedemikian perlu diteruskan bagi memantapkan institusi kehakiman syariah selaras dengan tugas yang bertambah. Namun masih terdapat kelemahan yang perlu di atasi.

Di antara yang dikenalpasti adalah skim dan elaun hakim mahkamah syariah yang agak jauh berbeza ketinggalan dengan hakim mahkamah sivil.

Hal tersebut didedahkan oleh Dato’ Dr. Hj Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Selangor, bahawa seorang Hakim Mahkamah Syariah menerima gaji mendengar kes penjagaan anak hanya RM6,000 manakala hakim mahkamah sivil yang mendengar kes yang sama menerima gaji RM40,000.[i]

Perbedaan gaji boleh diterima berdasarkan pengalaman yang berbeda tetapi jurang sedemikian dianggap tidak munasabah.

Kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah menambah peruntukan dua kali ganda dari jumlah sebelumnya.

Namun terdapat keterbatasan dan kelemahan dalam pelaksanaan keputusan Mahkamah Syariah tanpa tindakan yang diambil oleh kerajaan Persekutuan.

Hal yang sama berlaku, terutama manakala kerajaan Kelantan menambah kuasa Mahkamah Syariah seperti dalam Enakmen 1993.

Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang mendedahkan kepincangan malah pelanggaran prinsip hukuman dan layanan terhadap pesalah kerana diletakkan dipenjara bersama banduan kesalahan sivil dan jenayah lainnya seperti kesalahan dadah, rogol, merompak dan lain-lain. Pesalah dalam kes Syariah patut dibezakan kerana penekanannya adalah pendidikan dan keinsafan.[ii]

Mengenalpasti dan Memperbaiki Kelemahan

Beberapa kelemahan lain dalam undang-undang Syariah dan pelaksanaannya perlu dikenalpasti dan diperbaiki. Terdapat peruntukan menghalang pendakwah berkelayakan atas alasan tauliah sejati yang melibatkan Ustaz Mat Isa Deraman; Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis; Ustaz Abdullah Yassin dan lebih serius dengan hukuman setahun penjara ke atas Ustaz Rasul Dahri.

Yang perlu dilarang adalah ajaran sesat; anjuran keganasan tetapi kegiatan dakwah sihat tidak wajar dihindari. Selain itu, kelemahan menonjol adalah kedudukan dan bidang kuasa Ketua Pendakwa Syariah yang kini merupakan seorang pegawai jabatan dan di Wilayah Persekutuan masih bertugas di bawah Ketua Pengarah Jabatan dan Menteri Agama. Ketua Pendakwa harus bebas daripada sudut undang-undang dan kuasa seperti kedudukan Peguam Negara.

Jika tidak, keputusan beliau akan dicurigai sepertimana yang diajukan ke Mahkamah Syariah Kehakiman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Laporan Qazaf yang beliau kemukakan sejak tahun 2008, tidak diambil tindakan oleh Ketua Pendakwa Syariah. Berlarutan di Mahkamah, kes ini membahaskan soal teknikal mengapa Ketua Pendakwa enggan mendakwa.

Kecelaruan Kefahaman Kepada RUU 355

Kami memahami dan menghormati aspirasi sebahagian besar masyarakat Islam dalam negara ini menghendaki sistem perundangan Islam diperkasakan. Kami juga mengambil maklum tindakan pihak PAS melalui rang undang-undang (RUU) persendirian yang dicadang oleh Ahli Parlimen Marang adalah berniat untuk memartabatkan mahkamah syariah.

RUU persendirian ini mencadangkan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) supaya had hukuman yang sedia ada untuk kesalahan-kesalahan berkaitan dengan lunas-lunas Islam iaitu tiga tahun penjara, lima ribu ringgit denda dan enam sebatan dibatalkan dan mahkamah syariah dibenarkan memberi hukuman selaras dengan undang-undang syariah kecuali hukuman mati.

Sebelum ini, peruntukan tersebut tidak membayangkan hasrat pelaksanaan hukum hudud selain penambahan hukuman dan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kami difahamkan bahawa RUU 355 telah dirujuk ke Jawatankuasa Teknikal bersama di antara wakil Persekutuan (UMNO) dan Kelantan (PAS).

Tiada maklumat diberikan kepada umum mengenai perkembangannya. Tetapi Ogos lalu, seorang ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud peringkat Pusat, Prof. Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz menganggap RUU 355 tiada dalam “road map” yang dibincangkan Jawatankuasa Teknikal. Beliau berpendapat RUU sedemikian harus dibentang oleh kerajaan yang memerintah, dan bukan RUU persendirian.[iii]

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan menolak tanggapan bahawa RUU 355 itu adalah hudud.[iv]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa RUU 355 tiada kaitan dengan hudud.[v]

Beberapa tokoh politik bukan Islam dari Barisan Nasional dan DAP membantah kerana menganggap RUU 355 bertentangan dengan prinsip Perlembagaan. Pemimpin Negeri Sabah, dan terutamanya Sarawak mempertikai RUU 355 dengan nada ugutan kerana dianggap bercanggah dengan prinsip penubuhan negara Malaysia.

Persepsi Masyarakat

Penarikan subsidi minyak bukan alasan naik harga makanan, kata persatuan restoran

Menurut Presma, peniaga restoran sememangnya dilarang membeli minyak masak yang disubsidi.
Noorul Hassan Saul HameedPETALING JAYA: Pemilik restoran tidak boleh menjadikan penarikan subsidi minyak masak sebagai alasan untuk menaikkan harga makanan.
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) berkata, ini kerana menurut undang-undang, pengusaha restoran perlu membeli minyak masak dengan harga komersial.
“Dasar kerajaan menyatakan subsidi minyak masak untuk orang awam. Jika selama ini ada peniaga restoran yang membeli minyak masak pada harga yang sama di pasar raya atau borong, ini disebabkan tiadanya penguatkuasaan atau kerajaan beri kelonggaran.
“Tiada alasan peniaga restoran untuk menaikkan harga makanan mereka terutama peniaga yang selama ini menggunakan minyak masak subsidi,” kata Pengerusi Presma, Noorul Hassan Saul Hameed ketika dihubungi.
Justeru, Noorul Hassan berkata orang ramai tidak perlu bimbang akan kemungkinan harga makanan di restoran meningkat ekoran perkembangan ini.

Kemungkinan RUU ke-3 berkaitan syariah, kali ini daripada BN

Jamil Khir Baharom berkata, RUU kerajaan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah itu akan merangkumi hukuman khidmat masyarakat.
Jamil-Khir_law_bn_600KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mencadangkan rang undang-undang (RUU) sendiri akan dibentangkan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah, usul ke-3 selepas RUU persendirian yang dikemukakan presiden PAS dan wakil rakyat Amanah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan sedang mengkaji rancangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang mengehadkan hukuman ke atas penjenayah syariah kepada penjara 3 tahun, 6 sebatan dan denda RM5,000.
“Jika pindaan itu diluluskan Parlimen, kerajaan ingin mencadangkan penjenayah syariah dijatuhkan hukuman, termasuk melakukan khidmat masyarakat,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) sambil menambah akta itu tidak dipinda sekian lama.
Kok meminta perdana menteri menyatakan jika Kabinet sudah membincangkan RUU yang diusulkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mei lalu, susulan kenyataan menteri-menteri dan kumpulan berkepentingan lain terhadap rancangan itu.
Kok juga ingin tahu jika kerajaan akan mempertimbangkan pandangan sesetengah menteri dan masyarakat.
RUU yang sebahagian besarnya dilihat sebagai langkah PAS memperkenalkan hudud di Kelantan, dijadual dibahaskan di Dewan Rakyat, hari ini, dan disenaraikan berada dalam senarai ke-5 Kertas Perintah Parlimen.

Lawak terbesar negara bila Menteri akui SPRM tak siasat Riza, Jho Lo

Jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjalankan siasatan terhadap Riza Shahriz Abd Aziz dan Low Taek Jho atau Jho Lo berhubung skandal 1MDB bukan sahaja mengejutkan.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin turut menganggap jawapan itu sebagai satu lawak jenaka paling besar di negara ini.
“Semalam saya tanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) adakah mereka dah siasat Jho Lo, Riza Aziz dan hari ini saya tanya Menteri di JPM adakah SPRM dah panggil mereka.
“Jawapan Menteri hari ini mengejutkan saya lebih kerana SPRM tak jalankan siasatan kes 1MDB sebaliknya dijalankan Polis.
“Ini mengejutkan kerana ini adalah klepotrasi terbesar dalam dunia dan kalau sprm tidak jalankan siasatan kes 1MDB, apa maknanya ada SPRM. Ini adalah lawak terbesar negara ini,” kata Tze Hin.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya di Lobi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Terdahulu, Tze Hin dalam soalan lisannya meminta Perdana Menteri menjelaskan sama ada SPRM sudah memanggil Riza dan Jho Lo serta tempat dan tarikh pertemuan diadakan.
“Untuk makluman Yang Berhormat, pihak SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB tetapi dijalankan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia,” jelas Seng Huan dalam jawapannya hari ini.
Jelas Tze Tzin, jawapan ini membuktikan SPRM tidak membuka kertas siasatan terhadap skandak 1MDB.

Isu subjudis perlu dibawa dibahas, bukan dihalang

Gobind yakin DoJ tidak boleh memetik apa-apa yang dihujahkan ahli Parlimen bagi dijadikan bukti dalam tuntutan saman itu.
Gobind-Singh_doj_600
KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia seharusnya membawa isu subjudis ke dalam Dewan Rakyat agar ia dapat dibincangkan oleh semua ahli Parlimen, kata Gobind Singh Deo.
Ahli Parlimen Puchong itu berkata, isu ini perlu dijelaskan agar pada masa hadapan semua ahli Parlimen dapat gambaran jelas sama ada adakah sesuatu kes itu subjudis atau tidak.
“Saya mencadangkan agar usul ini dibawa ke Parlimen agar saya boleh bersemuka dengan Pandikar dan berdebat mengenai perkara ini dan biar semua ahli Parlimen yang berminat berbahas.
“Ia supaya kita dapat satu garis peraturan yang jelas dan menjadi rujukan pada masa hadapan di mana kes itu subjudis atau tidak,” katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat.
Pandikar hari ini bertegas perbahasan mengenai tuntutan saman Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin subjudis kerana mahkamah di sana boleh memetik hansard Parlimen.
Pandikar memetik Peraturan Tetap 36(2) menyatakan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah tidak boleh disebut jika speaker yakin ia boleh menjejaskan kepentingan pihak dalam perbicaraan.
Gobind percaya, Pandikar membuat kesilapan apabila tidak membenarkan ahli Parlimen berbahas mengenai tuntutan saman DoJ terhadap 1MDB.
“Saya ada pandangan saya, dia ada pandangan dia. Jadi saya rasa lebih baik ia dibawa ke dalam Dewan Rakyat,” katanya.
Sebelum itu, Gobind membuat permohonan kepada Pandikar agar mengkaji semula keputusan dibuatnya di bawah Peraturan 43 Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Peraturan tersebut menyatakan apa-apa keputusan yang dibuat speaker Dewan Rakyat adalah muktamad.
Kata Gobind lagi, apa-apa perkara yang menghalang pertanyaan disebabkan ia dilihat subjudis tidak terpakai kepada kes-kes di luar Malaysia.
“Sebelum keputusan itu dilihat subjudis, kita perlu tahu dengan teliti adakah kes itu sememangnya subjudis. Jika ia merujuk kepada DoJ, adakah speaker sudah lihat semua kes itu?”
Gobind turut memberikan contoh mengenai kehilangan pesawat MH370 sebagai suatu perkara yang berlaku di luar negara tetapi dibenarkan untuk dibahaskan dalam Dewan Rakyat.
“Kerajaan pernah usulkan perkara dalam usul MH370, kes yang melibatkan pelbagai negara. Malah, ada saman yang difailkan di Australia.
“Jadi, tidak kira di mana saman itu difailkan, usul itu tetap boleh dilakukan dan debat tetap boleh dilakukan di Malaysia,” katanya.

Baju merah isytihar perang besar dengan BERSIH 5.0

Sejurus selepas dibebaskan dari tahanan reman sebentar tadi, pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengumumkan peperangan dalam skala besar-besaran terhadap kumpulan BERSIH 5.0.
Katanya, kumpulan baju merah akan menggerakkan jentera di seluruh negara untuk menggempur kumpulan BERSIH 5.0.
“Dengan pembebasan reman ini, saya isytiharkan peperangan secara habis-habisan dengan kumpulan BERSIH 5.0.
“Penahanan saya tidak sedikit pun melemahkan semangat saya dan selepas ini, saya akan gerakkan seluruh jentera baju merah di seluruh negara untuk menggempur dan berperang dengan BERSIH 5.0 yang cukup-cukup menjadi dajal dalam negara kita ini,” katanya.
Jamal berkata demikian kepada para penyokongnya di luar ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas dibebaskan pada jam 4.45 petang tadi.
Sementara itu, dalam sidang media, Jamal turut mengumumkan gerakan tersebut akan mengadakan himpunan di Dataran Merdeka pada 5 November ini sebelum menuju ke perhimpunan besar-besaran pada 19 November.
“Untuk langkah seterusnya, kami akan mengadakan satu perhimpunan di Dataran Merdeka pada 5 November akan datang ke arah memulakan perhimpunan kami baju merah.
“(Ke arah) Gerakan merah yang lebih besar pada 19 November akan datang di mana BERSIH 5.0 berhimpun,” katanya.

KPN: Polis masih teruskan siasatan 1MDB

Khalid mengakui laporan siasatan 1MDB masih tidak lengkap dan pihaknya sedang berusaha untuk memastikan ia sempurna sebelum diserahkan kembali kepada peguam negara.
khalid-igp-pdrm-polis-1mdb
KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis sedang giat mengesan saksi bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua polis negara (KPN) itu berkata, isu 1MDB masih diteruskan memandangkan pihaknya memerlukan maklumat lebih lengkap sebelum diserahkan semula kepada pihak peguam negara.
“Laporan 1MDB masih tidak lengkap. Saya rasa saya sudah memaklumkan sebelum ini di mana kami menyerahkan kertas siasatan kepada peguam negara, ia dikembalikan semula kepada kami.
“Kami dikehendaki meneruskan siasatan lanjut, jadi kami sedang lakukan itu sekarang. Beberapa saksi sudah diambil keterangan, setengah lagi belum. Ia memerlukan masa. Kami perlu masa mengesan saksi-saksi memandangkan mereka tidak berada di sini. Bagaimanapun, kami pasti akan menyiapkan siasatan ini dan diserah semula kepada peguam negara,” Katanya.
Khalid berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan Perpustakaan Bestari ke-6, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) ketika diminta mengulas perkembangan terkini siasatan 1MDB.
Mengulas lanjut, Khalid berkata pihaknya sudah mengenal pasti individu yang dicari, namun enggan mendedahkan nama.
“Untuk melancarkan siasatan, sudah tentu kita tidak akan mendedahkan nama individu tersebut,” katanya.

Saya tunggu cabaran Zunar, kata KPN

Khalid berkata beliau tidak akan mendedahkan kepada umum punca Zunar dihalang ke luar negara memandangkan kartunis kontroversi itu ingin mencabarnya di mahkamah.
khalid_zunar_airport
KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau lebih gembira sekiranya kartunis kontroversi Zunar menghubunginya secara terus untuk mendapat penjelasan berhubung halangannya ke luar negara.
Jelas ketua polis negara (KPN) itu, memandangkan Zunar atau nama sebenar sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque akan mencabarnya di mahkamah, beliau tidak akan menjelaskan kepada umum sebaliknya menunggu untuk bersemuka di mahkamah.
“Saya sangat gembira untuk menjelaskan kepada beliau (Zunar) sekiranya beliau menghubungi saya, tetapi sekarang beliau akan mencabar saya di mahkamah, teruskanlah mencabar saya di mahkamah dan saya tidak akan menjelaskannya.
“Saya akan menunggu cabaran beliau. Saya tidak perlu memberi tahu dunia tentang justifikasinya (halangan ke luar negara),” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Perpustakaan Bestari, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.
Isnin lalu, Zunar berkata beliau akan mencabar larangan keluar negara yang dikenakan ke atasnya, selepas mendapati arahan itu dikeluarkan KPN.
Beliau dihalang daripada menaiki penerbangan jam 3 petang ke Singapura pada Isnin di mana beliau dijadualkan untuk menghadiri suatu forum.

Bersih diresapi IS: Polis akan panggil Jamal

Pihak polis akan melakukan siasatan terperinci tentang bagaimana Jamal boleh mengaitkan Bersih dengan IS.
jamal ynuns khalidKUALA LUMPUR: Pihak polis akan merakam percakapan Datuk Jamal Yunos susulan dakwaan kononnya Bersih 5 diresapi pengganas kumpulan militan Islamic State (IS).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, memandangkan pelbagai laporan diterima melibatkan ketua gerakan Baju Merah itu, pihak polis akan membuat siasatan secara menyeluruh sebelum menjatuhkan sebarang hukuman.
“Kita tahan beliau (Jamal) selama 2 hari untuk siasat kerana ada banyak laporan dibuat. Jadi, kita perlu menyiasat dengan teliti.
“Tentang tuduhan Bersih 5 diresapi pengganas IS, itu juga kita akan siasat sebab beliau baru balik dari luar negara. Kita perlu rakam percakapan, bagaimana beliau boleh mengaitkan IS dengan Bersih dan sebagainya,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Perpustakaan Bestari ke-6, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Kami tidak takut diugut, Bersih 5 akan diteruskan, kata Maria

Maria berkata, ancaman itu tidak akan mengubah pandangan mereka terhadap skandal 1MDB, rasuah dan kepimpinan Najib.
Bersih5
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 tidak gentar sekalipun berdepan “ancaman terburuk” dan himpunan Bersih 5 akan diteruskan mengikut jadual, kata pengerusinya, Maria Chin Abdullah.
Beliau tertanya-tanya apa yang dilakukan pihaknya untuk mendapat layanan sedemikian, kerana sebelum ini penyokong Bersih diganggu dan diserang ketika berkonvoi, serta beberapa aktivisnya menerima ancaman bunuh.
“Apa yang mereka tidak puas hati dengan Bersih sehingga sanggup melakukan keganasan politik begitu rendah?
“Bersih melihat ini satu ugutan dan keganasan politik, bukan sahaja terhadap saya tetapi juga Bersih. Keganasan ini perlu dihentikan,” katanya di luar Bukit Aman, hari ini, selepas menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyiasat “perbuatan keganasan” itu.
Terdahulu, hari ini, kereta anak lelakinya disimbah cat merah dan darah ayam.
Maria berkata, rakyat tidak perlu takut dengan apa yang berlaku dan menggesa mereka menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan berlangsung 19 November nanti.
“Ini tidak akan mengubah pandangan kami daripada isu sebenar seperti skandal 1MDB, rasuah dan kepimpinan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak),” katanya sambil menambah Bersih akan meneruskan rancangan mereka.
“Kita tidak akan berhenti berjuang untuk pilihan raya bebas dan adil serta kerajaan yang bersih. Kita mesti tunjukkan kepada kerajaan kami tidak takut dan kami mahukan perubahan. Ugutan dan keganasan politik tidak ada tempat dalam demokrasi.”
Peguam, Ambiga Sreenevasan menggesa pemimpin untuk bersuara mengenai perbuatan keganasan seperti itu, memandangkan ketua polis negara dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mendiamkan diri berhubung itu terbabit.

Akta MKN rampas kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong


Akta Majlis Keselamatan Negara berhubung kuasa pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri dikritik pelbagai pihak.Akta Majlis Keselamatan Negara berhubung kuasa pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri dikritik pelbagai pihak.
Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah) menyelar kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menganggap Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (MKN) tidak mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Timbalan Pengerusinya, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, kenyataan Apandi seperti dilaporkan media 17 Oktober lalu adalah menyentuh kuasa YDPA untuk mengisytiharkan darurat negara selaras dengan peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
"Kanun mempersoalkan apa bezanya peruntukan Perkara 150 tersebut dengan kuasa untuk mengisytiharkan darurat oleh Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 18 Akta MKN?
"Bukankah itu satu pertindihan kuasa dan juga boleh dilihat sebagai percubaan untuk merampas kuasa eksklusif YDPA?" soalnya dalam satu kenyataan.
Menurut Wan Anwar, pihaknya turut keliru dengan dakwaan Apandi yang menyebut bahawa perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri hanya terpakai terhadap "satu kawasan atau kawasan-kawasan tertentu" sahaja.
Padahal, ujarnya, Seksyen 2 Akta MKN juga langsung tidak mendefinisikan maksud "kawasan-kawasan tertentu" tersebut.
"Sekali lagi bukankah ianya juga boleh terus menjejaskan situasi pertindihan kuasa tersebut?" tegasnya.
Beliau juga menyatakan pihaknya meragui mekanisme semak dan imbang (check and balance) dalam proses perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri.
Hal ini memandangkan  walaupun Peguam Negara mendakwa Perdana Menteri bertindak atas nasihat ahli MKN, tetapi lima daripada lapan ahli MKN adalah menteri-menteri yang merupakan ahli-ahli politik BN mengikut Sekyen 6 Akta MKN.

PKR tunggu Hadi bentang RUU 355 sebelum nyata pendirian

Dr Wan Azizah menantikan penjelasan dan jaminan perdana menteri yang hak di bawah Perlembagaan akan dilindungi, sebelum memutuskan pendirian seterusnya.
wan-azizah-hadi
PETALING JAYA: PKR akan menunggu pembentangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum menetapkan pendirian berhubung Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
“Walaupun PKR mempunyai pendirian sendiri tentang cara memperkasakan Mahkamah Syariah dan ada beberapa kemusykilan berkaitan RUU 355, kami mengiktiraf hak ahli Parlimen Marang (Hadi) untuk mengemukakan rang undang-undang ini.
“Dalam perbahasan nanti, kami menantikan penjelasannya dan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hak di bawah Perlembagaan akan dilindungi, sebelum memutuskan pendirian seterusnya,” kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, pendirian PKR agar RUU 355 dibahaskan dengan syarat mana-mana pindaan perlu mematuhi prinsip keadilan dalam Islam, tidak bercanggah dengan “teks dan semangat” Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia.
Antara persoalan PKR, katanya lagi, adalah apabila RUU itu sengaja dibiarkan berlarutan tanpa penjelasan kepada parti politik dan masyarakat, serta kesamaran skop hukuman.
RUU 355 itu antara lain ingin memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 2A yang menyebut “Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain hukuman mati”.
Pelbagai pihak mengkritiknya sebagai terlalu umum, antaranya Dr Zulqarnain Lukman daripada Biro Undang-undang Amanah yang menyifatkannya umpama “memberi cek kosong”.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, masih ramai salah tanggapan berhubung RUU 355, antaranya menyamakannya dengan hudud.
“Apa yang membimbangkan adalah pemimpin menyatakan RUU 355 bukan hudud, tetapi dijaja sebagai hukum itu, justeru wajib disokong.
“Tidak wajar apabila ada menganggapnya sebagai hudud dan tidak dapat dipersoalkan. Pada masa sama, tidak wajar ada pihak mempertikai hak mengutarakan pandangan termasuk (membawa) RUU itu,” katanya lagi.

KE MANA PULANGNYA kutipan GST RM57.27 bilion itu pergi ??!!

Tahniah rakyat Malaysia..
Pelaksanaan system 'Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh' akan dikuatkuasakan DAN DITERUSKAN LAGI di beberapa hospital k'jaan.. berkuatkuasa tahun depan..

Note:
Untuk makluman semua, Full Paying Patient (FPP) merupakan pakej yang telah diperkenalkan sejak tahun 2015. Pada Fasa 1 perlaksanaannya, sebanyak 8 buah hospital telah menyediakan pakej ini.

Kelebihan pakej ini ialah pesakit akan menerima rawatan first class, contohnya tak perlu menunggu lama-lama, pendek cerita, ibarat servis yang didapati di hospital swasta, malahan lebih bagus, kerana khidmat kepakaran juga disediakan.

MAKNANYA... rakyat marhaen yg berpendapatan rendah miskin akan terus menunggu lebih lama utk mndapatkan rawatan. Pendek kata dah kutip puluhan bilion ringgit rakyat tetap mcm tu gak...

LAGI MAU BOHONG..!!!

Menteri.. MELAYU
Menteri.. SONGKOK TINGGI
Menteri.. ISLAM PADA 'IC'

TAPI kenapa dapat gaji dari 'taxpayer' rakyat, kerjanya nak menipu & perbodohkan rakyat !!!

Dalam UMNO amalan menipu sudah jadi darah daging mereka KERANA NAK CUCI DOSA boleh pi umrah haji tiap2 tahun guna jet mewah VVIP kerajaan.

Settle segala dosanya..

Kemunafikan apa kah ni..??

Demi nak selamatkan legasi & kuasa sanggup terhegeh-hegeh bersetongkol dgn UMNO yg terkenal dgn pengkhianatan & skil pembohongannya.

Walau apa pun sama2 lah kita saksikan wayang mereka tak lama lagi...

Saya tidak berpuas hati dengan pihak polis di atas penangkapan saya kata Jamal

Gerakan Merah tiada kaitan dengan UMNO tegas Jamal Yunos

'Kereta anak disimbah asid, satu keganasan' - kata Maria Chin

MP kemuka usul ‘subjudis’ larang bincang saman DOJ

'Usah takut dengan ugutan, keluar beramai-ramai 19 Nov' - Maria Chin

'Bukit Aman digesa ambil alih siasatan ugutan bunuh'

"Bayangkan perasaan isteri, anak melihat saya ditahan di KLIA," luah Jamal

Jamal isytihar perang terhadap BERSIH 5

Aksi Jamal selepas bebas dari tahanan reman polis

'Armand, tak perlu arah polis tangkap Maria dan Ambiga' - IGP

Akhirnya, pembunuh Altantuya di Australia terima dokumen mahkamah

Peguam keluarga Altantuya, Ramkarpal berkata dengan penyerahan pindaan penyata tuntutan itu kepada Sirul, perbicaraan diharap akan dapat diadakan pada tahun depan.
RamkarpalPETALING JAYA: Salinan pindaan terhadap penyata tuntutan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu berjaya diserahkan kepada pembunuh model Mongolia itu yang kini berada di pusat tahanan Australia, kata peguam Ramkarpal Singh.
Ramkarpal yang mewakili keluarga Altantuya berkata, proses penyerahan itu akhirnya dapat dilakukan selepas penghantar saman menyerahkan salinan penyata tuntutan kepada Sirul Azhar Umar di Pusat tahanan Imigresen Villawood di Sydney, baru-baru ini.
“Saya kini menunggu makluman rasmi daripada penghantar saman Australia. Selepas itu saya akan maklumkan kepada mahkamah pada tarikh pengurusan kes minggu depan,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 26 Oktober untuk mendengar sama ada penyata tuntutan sudah diserahkan kepada Sirul atau tidak.
Ramkarpal berkata Sirul diberi tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen itu untuk membalasnya sama ada mahu mencabar atau tidak pindaan terhadap tuntutan itu.
“Secara asasnya, kami hanya mahu memasukkan yang sabitan terhadap Sirul dan Azilah Hadri disahkan oleh Mahkamah Persekutuan tahun lalu,” katanya.
Katanya, beliau berharap perbicaraan boleh dijalankan pada pertengahan kedua tahun depan.
Ramkarpal berkata Azilah yang kini di penjara Kajang juga diserahkan salinan tuntutan itu tetapi beliau atau peguamnya masih belum menjawab.
Tahun lalu, peguam itu turut cuba mendapatkan Kementerian Luar untuk menyerahkan dokumen mahkamah kepada Sirul tetapi tidak menerima respons.
Ramkarpal berkata keluarga Altantuya “sudah menunggu terlalu lama” sepanjang 10 tahun untuk tuntutan saman itu dilaksanakan.
Bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, isterinya Altantsetseg Sanjaa dan 2 cucu mereka menyaman kerajaan, penganalisis politik Abdul Razak Baginda, Sirul dan Azilah yang turut disabitkan bersalah membunuh Altantuya, sebanyak RM100 juta.

Teraju FAM: ‘Najib atau tak, 3 tahun gagal mesti undur’

Sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diangkat menjadi presiden FAM atau pun bukan, yang penting beliau perlu buktikan kemampuan dalam tempoh tiga tahu, kata penganalisis sukan Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Khoo berpendapat, soal siapa yang dipilih menjadi teraju badan induk bola sepak negara tidak sepenting peranan untuk kemajuan sukan nombor satu negara.
“Saya rasa yang paling penting tak kira siapa dipilih, tapi orang itu perlu diberi paling lama tempoh tiga tahun.
“Dalam tiga tahun itu kalau tidak ada kemajuan dia mesti berundur.
“Kalau duduk di situ sampai 10 tahun bola sepak negara semakin merosot pun tidak guna,” katanya kepada Malaysiakini, semalam.
Portal ini kelmarin melaporkan bekas naib presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mencadangkan Najib diangkat sebagai presiden FAM.
Pada pandangan Raja Ahmad Zainuddin tokoh yang sesuai menduduki kerusi panas itu perlulah berpengaruh.
Malah katanya perdana menteri terdahulu pernah melakukannya. Selain Tunku Abdul Rahman, bapa Najib, Tun Abdul Razak juga pernah dilantik sebagai presiden FAM.
Sementara itu, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B Sathianathan berpendapat, jawatan presiden FAM mestilah diisi individu yang boleh memberi sepenuh perhatian terhadap kerja-kerja pembangunan bola sepak.
Justeru bekas pengendali skuad kebangsaan itu menolak cadangan supaya jawatan nombor satu FAM itu diisi Najib.
Namun, Khoo menegaskan sesiapa saja mahu menjadi presiden FAM perlu berdepan dengan hakikat seperti yang dinyatakannya.

Parti BN di Sarawak mahu dikembalikan status sebagai negeri pengasas Malaysia

Parti komponen utama BN di Sarawak memohon maaf kerana menyokong pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan pada 1976 yang menyebabkan taraf negeri itu diturunkan daripada status kedaulatan yang dipegang sebelumnya.
Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Sebastian Ting Chew Yew mengakui partinya tidak membantah, malah membantu untuk meluluskan pindaan itu.
Parti BN di Sarawak mahu dikembalikan status sebagai negeri pengasas MalaysiaThe Borneo Post melaporkan pindaan itu secara asasnya menurunkan Sarawak daripada statusnya pada 1963 sebagai negeri pengasas bersama kepada kerajaan berpangkalan di Semenanjung, kepada hanya menjadi salah satu daripada 13 negeri di Malaysia.
“Barisan kepimpinan pada masa ini bertanggungjawab atas perkara itu, dan bagi pihak parti saya memohon maaf kepada ahli parti dan rakyat Sarawak keseluruhannya,” kata Ting dalam satu kenyataan dikeluarkan parti itu semalam.
Pindaan kepada Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan pada 1976 menerusi Akta A354 menyebabkan status Sarawak diturunkan dari Wilayah 2 dalam Perlembagaan Persekutuan, kepada salah sebuah daripada 13 negeri di Malaysia.
“Ia ‘percanggahan’ paling asas dan kritikal yang ditemui dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Ini kerana, akibatnya menyebabkan sekatan pengagihan dana persekutuan untuk Sarawak dan Sabah kepada taraf negeri, bukannya 2 daripada 3 negeri pengasas.
“Dalam kata lain, kedua-dua Sarawak dan Sabah tidak diberikan secara adil dalam peruntukan kewangan daripada kerajaan persekutuan,” katanya.
Katanya, beliau dan partinya menyokong desakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk meminda Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan kepada asal, di Parlimen.
Ting juga menyokong gesaan Timbalan Ketua Menteri Dr James Masing kepada semua ahli Parlimen Sarawak dan Sabah untuk mengetepikan kesetiaan terhadap parti dan perbezaan politik demi mengembalikan pindaan itu kepada status asal kedua-dua negeri itu dalam Persekutuan Malaysia.
“Menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), tidak ada kekeliruan yang Persekutuan Malaysia ialah persekutuan negara, tidak seperti Persekutuan Malaya iaitu sistem negara kesatuan dengan kuasa pentadbiran berpusat,” katanya.
Beliau merujuk kepada perjanjian itu sebagai kesatuan rakan kongsi saksama yang menggabungkan kekuatan masing-masing dan sumber dengan setiap identiti tersendiri dikekalkan.

Pendapatan petroleum merosot, BN dijangka perah duit rakyat

Kerajaan Persekutuan dijangka membentangkan belanjawan yang akan menambah tekanan kos sara hidup rakyat sekiranya amalan berbelanja boros yang ditunjukkan trek rekod pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diambil kira.
tian-chuaAhli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, hal ini berikutan negara ketika ini mengalami kemerosotan pendapatan yang amat ketara daripada sumber petroleum.
“Petronas yang merupakan penyumbang tertinggi pendapatan negara ketika ini merudum pendapatannya akibat harga minyak global jatuh teruk.
“Ini bermakna kerajaan perlu mencari sumber pendapatan baru untuk menampung perbelanjaan mereka termasuk perbelanjaan yang membazir.
“Apa lagi sumber pendapatan yang boleh dikorek selain sumber minyak? Sudah tentu datangnya dari rakyat yang menanggung semua ini,” katanya demikian ketika ditemui SelangorKini di lobi Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Jelasnya, sebaliknya Kerajaan Persekutuan perlu menghentikan amalan gemar berbelanja boros bagi mengelakkan perkara ini berlaku.
Kerajaan juga digesa menumpukan perhatian kepada sektor penting negara seperti pendidikan dan kesihatan yang memberi kesan langsung terhadap kebajikan rakyat.
Katanya, sebaliknya Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2017 dibentangkan semalam, jelas mengariskan usaha mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.
“Dengan usaha menghapuskan ketirisan, rasuah dan pembaziran ini sebenarnya kita menambah pendapatan negara dan tidak perlu memerah rakyat dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan lain-lain.

MP kemuka usul ‘subjudis’ larang bincang saman DOJ

Ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo hari ini menghantar usul kepada setiausaha Dewan Rakyat supaya menyemak semula keputusan speaker yang memutuskan isu saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) tidak boleh dibahaskan kerana subjudis.
Dalam usul berkenaan, Gobind meminta supaya keputusan yang dibuat Speaker dikaji semula kerana peraturan yang menghalang pertanyaan subjudis tidak terpakai kepada kes di luar Malaysia.
Katanya, tindakan sivil oleh DOJ tidak boleh dijadikan asas untuk menolak soalan atau seseorang menteri dikecualikan untuk menjawab soalan atas alasan subjudis.
"Kita mempunyai parlimen di seluruh dunia dan rujukan utama ialah buku Erskine May yang mana ia berkata bahawa undang-undang (subjudis) itu tidak terpakai terhadap kes yang berada di luar negara.
"Isu subjudis juga timbul pada sidang yang lalu. Ahli parlimen yang mencadangkan usul tersebut mesti didengari. Jika bantahan dibangkitkan daripada pihak lain berdasarkan subjudis, maka perkara itu boleh diputuskan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya usul yang dibawanya dibahaskan.
"Saya cadangkan supaya membenarkan usul ini dibawa ke Dewan Rakyat dan ia boleh dibahaskan.
"Beri peluang kepada semua anggota parlimen yang berminat dengan isu ini. Jadi kita boleh dapatkan panduan.
"Benarkan saya untuk bahaskan perkara ini supaya kita dapat luahkan pandangan kita" katanya.

Isu DOJ: 'Apa menteri kata di sini boleh dipetik dalam perbicaraan di Amerika' - Pandikar Amin

'Ini satu lawak, SPRM tidak siasat skandal 1MDB,' kata Sim Tze Tzin

Idris Haron bukan 'Sultan Melaka'

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron harus sedar dirinya bukanlah individu yang layak atau mempunyai autoriti untuk bercakap bagi pihak Majlis Raja-Raja.
Adly ZahariAdly ZahariPengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari berkata demikian ketika mengulas dakwaan Idris kononnya Majlis Raja-Raja telah menolak Deklarasi Rakyat yang telah diusahakan parti pembangkang, wakil masyarakat dan beberapa NGO.
Beliau berkata, Idris seolah-olah telah melangkaui kuasa atau hak yang dimiliki oleh Majlis Raja-Raja ketika institusi itu masih belum lagi memberi sebarang kenyataan berhubung Deklarsi Rakyat yang mula digerakkan pada Mac lalu.
"Sejak bila Idris Haron jadi jurucakap Majlis Raja-Raja? Beliau perlu lebih sedar dan tahu kedudukan tertingginya sebagai Ketua Menteri Melaka dan bukannya 'Sultan Melaka'.
"Lebih baik beliau menumpukan masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri Melaka," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut tentang Deklarasi Rakyat, Adly menyifatkan gerakan  tersebut telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1.2 juta tandatangan warganegara Malaysia sebagai tanda sokongan.
"Deklarasi Rakyat merupakan sebuah inisiatif dalam mendukung aspirasi rakyat yang kian hari semakin jelek terhadap pendedahan korupsi yang jelas dan nyata dilakukan kerajaan memerintah hari ini.
"Deklarasi Rakyat tidak terikat dengan sebarang penerimaan mahu pun penolakan," tegasnya.

Speaker kata tidak pada debat DoJ

Tan Sri Pandikar Amin bertegas tuntutan DoJ berkaitan 1MDB tidak boleh dibahaskan di Dewan Rakyat meskipun wujudnya perbezaan pendapat berhubung keputusannya itu.
Pandikar-AminKUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat terus bertegas yang perbahasan mengenai tuntutan saman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1MDB mungkin sub judice kerana mahkamah di sana boleh memetik hansard Parlimen.
Tan Sri Pandikar Amin memetik Peraturan Tetap 36(2) menyatakan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah tidak boleh disebut jika speaker yakin ia boleh menjejaskan kepentingan pihak dalam perbicaraan.
“Jika saya benarkan kes ini dibahaskan di dalam Dewan, menteri akan jawab dan ia akan diberi liputan meluas,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen, hari ini menambah beliau tidak faham mengapa wakil rakyat Malaysia mahu membahaskan perkara itu di sini.
Pandikar berkata mereka yang mengendalikan kes itu di AS boleh membaca apa yang diucapkan di Dewan dan akhirnya mempengaruhi pendirian mereka terhadap kes itu kerana mahkamah AS mungkin memetik apa yang dibangkitkan di Parlimen.
Katanya, meskipun menerima pelbagai pendapat yang berbeza, sebagai speaker beliau yang membuat keputusan akhir.
“Pendapat anda ialah pendapat anda, pendapat saya ialah pendapat saya. Tetapi saya ialah speaker, saya ada bidang kuasa.
“Ini sebenarnya semua tentang politik, tetapi itu bukan masalah saya. Saya tidak mahu terbabit dalam hal politik kerana saya speaker,” katanya.
Pandikar pada Isnin memutuskan wakil rakyat tidak akan dibenar membahaskan tuntutan saman DoJ yang memohon untuk menyita aset berkaitan 1MDB, kerana ia mungkin sub judice.
Keputusan itu menyebabkan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo memfailkan susul untuk menyemak semula keputusan di bawah Perintah Tetap 43.
Tuntutan saman DoJ mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.78 bilion) diselewengkan daripada 1MDB dan DoJ memohon untuk menyita aset dibeli daripada wang itu dan menjejaki konspirasi antarabangsa membabitkan pengubahan wang haram.

SIAPA KENA ' IKAT PERUT', SIAPA PULA YANG KENYANG & BOROI?

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam menempelak Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidas Bajet 2017 sebagai tidak bermakna kerana kerajaan tidak mempunyai wang.
Mengulas tulisan Dr Mahathir di blognya, pemimpin UMNO itu yang sering menempelak Dr Mahathir dengan kenyataan pedasnya berkata seharusnya bekas Perdana Menteri itu mendiamkan dirinya daripada membuat dirinya kelihatan bodoh.
"Jika kerajaan tidak ada wang bagaimana kita mahu mentadbir negara tahun depan?" soal Nazri ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen, semalam.
"Tolong beritahu dia supaya diam. Lebih baik untuk beliau berdiam diri dan bagi orang ramai berfikir dia adalah bodoh daripada dia membuka mulut dan mengesahkan bahawa dia benar-benar bodoh," katanya.
Dengan mengatakan demikian, Nazri amat yakin bahawa kerajaan mempunyai wang yang cukup untuk dibelanjakan tahun hadapan ketika banyak pihak meragui kedudukan kewangan negara ini.
Malah, banyak pihak termasuk Perdana Menteri sendiri sudah bercakap mengenai ‘ikat perut’. Sama ada ia bertujuan untuk berjimat atau kerajaan memang kekurangan sumber kewangan untuk tahun hadapan tidaklah diketahui, apa lagi oleh rakyat biasa.
Semalam juga bekas rakan di New Straits Times (bertaraf Pengarang), Mustapha Kamil menulis di Facebooknya dengan mengatakan: “apabila dah nak tersepit begini barulah kita diberitahu supaya kita kenalah ikat perut sedangkan baru minggu lepas rasanya ada yang kata ekonomi kita ini kuat laksana Badang.”
Sungguh tak bertanggungjawab kenyataan itu, kata Mustapha.
Sebaliknya, “apabila ada badan penarafan antarabangsa kata ekonomi kita ini ok hasil dari kira-kira yang mereka jalankan dengan angka-angka yang tak siapa tahu kebenarannya, kita besar-besarkanlah dalam media.
Dan bila kita besar-besarkan itu kita mesti akan nyatakan bahawa penarafan oleh badan antarabangsa ini 'menunjukan pemerintah telah berjaya bla...bla...bla'.”
Beliau turut mengemukakan beberapa soalan:
1.    Anda sudah semakin biasa dengar orang merungut harga barang keperluan harian sekarang semakin mahal?

2.    Anda biasa dengar orang kata susah sekarang ini sebab projek tak ada? Atau jika ada pun pembayaran amat lambat?

3.    Atau adakah anda semakin biasa dengar siswazah menghadapi kesukaran untuk dapat perkerjaan dan jika dapat pun tak ada kena mengena dengan apa yang mereka pelajari?

Mustapha menegaskan,  anda tidak akan dengar semua ini di media perdana. Mereka tidak dibenarkan menyiarkan kegusaran rakyat ini. Bukan kerana apa, tapi takut sokongan politik akan menurun.
Kenyataan Mustapha ini dibuat pada ketika ada mengatakan  Bajet 2017 akan berteraskan kepada rakyat, dan 2017 dijangka untuk melaksanakan langkah berhemat yang lebih kukuh.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen Jumaat (21 Oktober ini).
Rakyat dan pemerhati politik tertanya-tanya sama ada ini adalah belanjawan pilihan raya memandangkan spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya mengejut semakin hampir.
Di kalangan rakyat pula, seperti biasa mereka akan menunggu buah, sama ada akan ranum dan gugur atau buah berkenaan terus memburuk di dahan – tidak akan gugur sama sekali.
Antara yang penting diberikan perhatian oleh kerajaan ialah kumpulan kategori M40 dan B40.
Apakah kerajaan mempunyai keberanian politik untuk menyediakan insentif untuk isi rumah kedua-dua kumpulan ini menangani kenaikan kos sara hidup.
Kategori M40 terdiri daripada kumpulan berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319 sebulan sementara kategori B40 merupakan kumpulan dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855.
Insentif oleh kerajaan itu mungkin perlu pada kitaran jangka pendek, berikutan penting untuk mempelajari daripada pelaksanaan insentif lalu untuk menentukan keberkesanan dan mengurangkan pembaziran.

Dalam konteks bajet kerajaan ini mungkin kita boleh merenung sejenak apa yang berlaku dua tahun lalu, iaitu pada 8 Oktober 2014, apabila Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan gaji Ahli Parlimen perlu dinaikkan kerana sering ‘ikat perut’.

Tiada Lagi Subsidi Minyak Masak

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh 12 hari lagi, kos memasak di negara ini akan bertambah apabila harga minyak masak meningkat.Turut dijangka meningkat adalah harga makanan di luar, dengan restoran dan premis makanan cuba 'mengalihkan' kos berkenaan kepada pelanggan.


Kenaikan ini adalah yang pertama bagi minyak masak dalam tempoh 10 tahun.
Pada 1 November depan, subsidi untuk semua kecuali dua saiz bungkusan minyak masak akan dimansuhkan.
Subsidi kedua-duanya akan kekal sehingga akhir tahun ini, membabitkan botol 5 kilogram (kg) dan pek plastik (polybag) 1kg.
Bermula Tahun Baharu, hanya harga bagi bungkusan 1kg akan diberikan subsidi.
Kesemua saiz lain seperti botol 500 gram, 1kg, 2kg dan 3kg, tidak lagi disubsidikan oleh kerajaan.
"Semua harga runcit bagi minyak masak campuran dalam pelbagai jenis bungkusan juga tidak lagi diberikan subsidi," menurut Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya (MEOMA) dalam satu kenyataan pada Rabu.


Menurut persatuan itu, ia selari dengan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) yang dilaksanakan kerajaan pada Jun 2007 berikutan kenaikan harga minyak sawit ketika itu.
Tambah persatuan itu, COSS distruktur semula, yang merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Harga runcit siling bagi pek plastik 1kg dan botol 5kg akan disemak semula yang menyaksikan peningkatan harga, dari RM2.50 kepada RM2.90 untuk pek plastik 1kg, dan dari RM13.35 kepada RM15.25 bagi botol 5kg.

‘Kerajaan sudah kekurangan dana’

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Bajet 2017 yang akan dibentang esok, tidak bermakna memandangkan kerajaan tidak mempunyai wang.
“Tidak syak lagi sejumlah besar wang akan diperuntukkan kepada kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Parlimen pasti akan meluluskan bajet itu kerana ia adalah bajet yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang mempunyai majoriti di Parlimen.
“Tetapi rakyat tahu bahawa kerajaan telah tidak mendapat wang untuk memenuhi bajet. Mereka tahu bahawa kementerian dalam tempoh dua tahun yang lalu telah diberitahu bahawa wang itu tidak boleh didapati dan oleh itu mereka perlu membelanjakan kurang daripada apa yang diperuntukkan.
“Bajet ini sebenarnya tidak bermakna kerana kerajaan tahu ia tidak akan mempunyai wang,” katanya dalam status terbaru di blognya.
Dakwa Mahathir, kekurangan dana kerajaan itu adalah kerana wang yang ada tidak digunakan untuk tadbir urus yang baik,  pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
“Wang itu digunakan untuk memenangi populariti untuk perdana menteri. Untuk ini perdana menteri telah mewujudkan peluang pekerjaan gaji buta untuk banyak pengikut setia. Kini terdapat sembilan menteri, tiga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Terdapat 51 jawatan di Jabatan Perdana Menteri. Peruntukan bajet untuk Jabatan Perdana Menteri telah meningkat daripada RM5.2 bilion pada tahun 2000 kepada RM20 bilion pada 2016, peningkatan empat kali ganda. Ia adalah 13 peratus daripada Bajet 2016 daripada RM267 bilion. Ia adalah kurang daripada empat peratus antara tahun 2000 dan 2008,” katanya.
Mahathir juga mendakwa sebahagian besar daripada dana Jabatan Perdana Menteri pergi kepada program yang ditentukan perdana menteri.
“Di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja boleh menyebabkan kos RM7 bilion  oleh kerajaan,” katanya,
Sehubungan itu, beliau  mencadangkan adalah lebih baik untuk memberi elaun bulanan yang mencukupi kepada mereka yang benar-benar layak untuk menyokong kehidupan.
Beliau menegaskan bahawa emolumen telah meningkat daripada RM26 bilion pada tahun 2003 kepada RM89 bilion pada 2016.
“Tetapi hasil persekutuan semakin berkurangan berbanding dengan KDNK (Kadar Dalam Negara Kasar). Kerana kerajaan percaya kepada berpendapatan tinggi sebagai penunjuk tahap pembangunan, gaji yang meningkat tanpa mengambil kira hasil atau produktiviti,” katanya.

Potong bajet JPM tampung keperluan rakyat


Selain pengurangan bajet JPM pertambahan bajet bagi sektor pendidikan dan kesihatan adalah lebih penting dan genting untuk rakyat berbanding bajet pengurusan atau kos operasi. Selain pengurangan bajet JPM pertambahan bajet bagi sektor pendidikan dan kesihatan adalah lebih penting dan genting untuk rakyat berbanding bajet pengurusan atau kos operasi.
Pemotongan bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM10 bilion seperti terkandung dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan 2017 adalah langkah tepat kerana wang sebanyak itu wajar digunakan bagi menampung keperluan rakyat, tegas Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
Beliau berkata, pertambahan bajet bagi sektor pendidikan dan kesihatan adalah lebih penting dan genting untuk rakyat berbanding bajet pengurusan atau kos operasi.
"Bukan sahaja wang negara dapat diselamatkan, bahkan kebajikan rakyat lebih terjamin. Bajet Alternatif Pakatan Harapan adalah satu bajet yang menumpukan usaha bagi menyelesaikan masalah rakyat hari ini.
"Isu bersama yang dikongsi rakyat adalah kenaikan kos sara hidup dengan peningkatan harga barangan secara mendadak selepas pelaksanaan GST," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata, pelaksanaan sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diumumkan dalam belanjawan Pakatan Harapan membolehkan harga barangan akan dapat diturunkan.
"Bagi kerajaan dan yang bersekutu dengan pemerintah Umno hari ini, GST didakwa membantu ekonomi negara, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

PERIHAL CAMPURTANGAN ASING: HANYA CERITA DONGENG OLEH MACAI-MACAI NAJIB

Berikut adalah tulisan dari blogger SatDee yang kini kian aktif menulis di dalam ruangan Facebook beliau. Disarankan para pembaca semua meneliti butiran fakta yang disediakan dan berilah diri sendiri peluang untuk bermuhasabah dan kembali ke jalan yang benar. Terima kasih.
_________________________________
Dear Sesetengah Malaysians Yang Malas Baca dan Malas Berfikir.
Hari ini saya nak bercerita pasal Foreign Intervention (campurtangan asing) dalam isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad)
Saya dari dulu tergelak besar bab bab foreign intervention ni.
Persoalan Pertama,
Siapa Di antara kamu kenal akan manusia-manusia dari Pulau Seychelles?
Boleh cerita tak mereka ni kulit warna hijau ke warna biru ke warna merah?
Ada sapa-sapa kenal?
Kerana Orang Dari Pulau Seychelles lah yang telah memberi data kepada Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia (Official), Monetary Authority of Singapore (MAS), Department of Justice (DOJ), Swiss AG dan juga Hong Kong Monetary Authority (HKMA).
Siapa dia orang-orang dari Pulau Seychelles ni?
Kerja dia macam Registrar of Companies (ROC) kat Malaysia (Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM).
Orang nak buat company check siapa pemilik atau shareholder, kena tanya ROC.
Jadi sebagai the Authority in charge of Registar of Companies kat Seychelles dialah TUHAN bab-bab pemilik untuk mana-mana company yang berdaftar di situ. Ini website dia –> http://www.fsaseychelles.sc/
BNM dah tanya company GoodStar tu siapa punya.
Dia jawap Jho Low yang punya.
DOJ tanya dia jawap Jho Low jugak.
MAS tanya pun dia jawap Jho Low jugak.
HKMA dan Swiss AG dah tanya dan dia jawap Jho Low jugak.
Pendek kata, company GoodStar tu tak lain dan tak bukan, Jho Low lah pemiliknya.
Tapi dalam PLANET BUMI ni hanya 1MDB (1Malaysia Development Berhad) sahaja yang percaya bahawa GoodStar adalah milik syarikat PETRO SAUDI.
Jadi boleh cerita tak apa niat orang Seychelles nak bersekongkol dengan Yahudi Yaknatullah Kafir Harbi untuk menjatuhkan Pemimpin Melayu terbaik yang Malaysia pernah lihat dengan MENIPU kepada SEMUA REGULATORS DI DUNIA BAHAWA GOODSTAR ADALAH MILIK JHO LOW DAN BUKAN MILIK PETRO SAUDI?
Persoalan Kedua,
Siapa sini kenal orang-orang dari Brittish Virgin Island (BVI)?
Kulit depa warna apa?
Ada sapa kenal?
Tak kenal kan…
Orang kat Brittish Virgin Island lah MANUSIA yang SEKARANG DI TUDUH MEMFITNAH Pemimpin Melayu Terulung pasal dia sudah kata Tanore Finance Corporation (yang didaftar di BVI) tu adalah di miliki oleh Eric Tan Kim Loong
Ini website mereka —> http://www.bvifsc.vg/
DOJ tanya dia jawap Eric adalah pemilik Tanore.
MAS tanya dia jawap Eric juga.
Semua orang tanya dia jawap Eric lah yang jadi owner kepada company Tanore.
Hanya Apandi Ali sahaja yang PERCAYA BAHAWA TANORE FINANCE CORPORATION (BVI) ADALAH MILIK PAK ARAB.
Are you all still following me here?
Cerita dia simple aja, jika semua FITNAH DAN FOREIGN INTERVENTION NI BERASAL DARIPADA SEYCHELLES DAN BRITISH VIRGIN ISLAND, maka boleh tak cerita kat saya dan orang orang kampung APA MOTIF kedua-kedua REGULATOR INI NAK MENIPU BERKAITAN PEMILIKAN TERHADAP GOODSTAR DAN TANORE?
Saya benar benar ingin tahu….sekiranya saudara saudari dapat membuktikan bahawa Seycelles FSA dan BVI Financial Service Commission telah menipu, SAYA AKAN JILAT TAPAK KAKI MALAYSIA OFFICIAL 1 DAN ISI BORANG MASUK UMNO.
Sekarang ada satu lagi benda saya nak sampaikan.
Ini terkait 1MDB Officer 3.

BR1M bukti Malaysia tidak bankrap? Netizen 'sekolahkan' Najib

Najib terus menjadi bahan cemuhan rakyat yang tertekan dengan  kenaikan berganda kos sara hidup. Najib terus menjadi bahan cemuhan rakyat yang tertekan dengan kenaikan berganda kos sara hidup.


Menjelang pembentangan Bajet 2017 esok, akaun Facebook Perdana Menteri rasmi dibanjiri komentar netizen yang rata-rata berang apabila Presiden Umno itu mengaitkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan kedudukan ekonomi negara.
"Sejak 2009 pembangkang dan penyokong mereka kata Malaysia akan bankrap di bawah Kerajaan Barisan Nasional.
"Hakikatnya, setiap tahun kita dapat naikkan pemberian BR1M dari RM500 pada 2012 sehingga RM1,050 pada tahun ini, dan kriteria layak menerima BR1M telah diperluaskan agar lebih ramai dapat manfaat.
"Nantikan #Bajet2017 untuk pengumuman BR1M dan inisiatif lain," kata Najib dipetik daripada status Facebook yang dimuatnaik pukul 11.30 pagi hari ini.
Walau bagaimanapun bagi Noramin Sarkawi, Najib tidak harus mengungkit pemberian itu sebaliknya memperkasakan ekonomi bukan ditambah lagi hutang dengan berbelanja besar.
"Kalau berfaedah tidak mengapa. Ini makin menekan rakyat. Kembalikan subsidi supaya rakyat berpendapatan rendah boleh hidup tanpa tekanan.
"Buat pelaburan bijak yang boleh mengukuhkan ekonomi negara. Buang budaya mengugut dan kurangkan elaun menteri-menteri bukan kurangkan bajet pada perkara kritikal seperti pendidikan, keselamatan dan kesihatan," tegasnya lagi.
Sementara itu, pengguna Facebook Ahmad Faiberudin secara menyindir menghargai 'ilmu' yang diberikan Najib.
"Oh, ekonomi diukur daripada jumlah pemberian BR1M. Baru saya tahu, terima kasih Najib Razak. Ilmu menipumu memang seluas lautan," sinisnya.
Menurut Ahmad Kamil pula, ramai golongan muda sepertinya tidak lagi menyakini integriti parti pemerintah sedia ada.
"Datuk Seri percayalah. Sokongan rakyat terhadap kerajaan semakin goyah. Kami generasi muda hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan," ujarnya terus-terang.
Terus dihujani cemuhan rakyat, Zulhilmi Zainuri antara ratusan netizen di status Facebook Najib itu yang mendesak Pengerusi BN supaya tidak menjadi bebal.
"Tolong jadi cerdik sedikit! Bukan BR1M yang patut jadi ukuran kemajuan negara tetapi kadar hutang dan pertumbuhan GDP dan GNP yang menjadi ukuran.
"Kau (Najib) ambil ekonomi kat sekolah mana hah?!" tempelak Zulhilmi lagi.
Pada masa sama, rayuan supaya Najib menghapuskan kadar cukai enam peratus itu turut disuarakan orang ramai.
"Tak bagi BR1M pun tak mengapa, yang penting kembalikan subsidi. Hapuskan GST," gesa Hafiz Amiruddin.
Begitu juga Yusaini Hakim yang berpendapat langkah menurunkan bebanan kos ditanggung rakyat adalah lebih baik daripada menerima BR1M hanya RM500 setahun.

Isu tanah Paya Indah Wetland, SELCAT beri jawapan muktamad

SHAH ALAM, 20 OKT: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan (SELCAT) mengesahkan bahawa tanah Lot 68054, Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat tidak termasuk dalam kawasan pewartaan Paya Indah Wetland seperti yang didakwa beberapa pihak.
img_2456Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh berkata, kawasan yang diwartakan sebagai Paya Indah Wetland hanya melibatkan Lot 3974 dengan keluasan 389.91 hektar dan Lot 4827 (60.85 hektar).
Maklumat itu, katanya, diperolehi hasil daripada penerangan dan taklimat berhubung isu berkenaan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan beberapa agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Pejabat Daerah (Tanah Kuala Langat) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).
“Lot 68054 asalnya merupakan tanah milik Kerajaan Negeri. Namun, pada tahun 1994, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional ketika itu pula telah pun memindah milik tanah tersebut kepada tanah milik persendirian,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.
Pada 1996, kerajaan negeri yang ditadbir BN telah memberikan kelulusan untuk meminda syarat nyata dan jenis kegunaan tanah daripada pertanian kepada bangunan perumahan atau perusahaan ringan terhadap tanah Lot berkenaan.
Namun pada 2004, kelulusan bersyarat untuk menukar status tanah Lot itu daripada pertanian kepada pembangunan bercampur tidak berlaku ekoran pemiliknya tidak menjelaskan bayaran cukai tanah premium.
Malah, 10 tahun kemudian, syarikat pemaju, Salak Land Development Sdn Bhd telah membuat permohonan sekali lagi bagi menukar syarat tanah Lot berkenaan tetapi ditolak kerana tidak selaras dengan pelan Rancangan Tempatan 2020.
Pemilik tanah Lot itu juga telah membuat permohonan untuk mengubah Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 bagi Lot 68054 dan agensi berkaitan telah mengesahkan bahawa pengubahan berkenaan dilakukan mengikut proses yang diperuntukkan.

Apa kerja Parlimen jika kerajaan terus berpura-pura skandal 1MDB tidak wujud?

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Apa fungsi sesi pertanyaan menteri diadakan jika soalan-soalan berkaitan skandal memalukan nama negara, 1MDB tidak dibenarkan sama sekali untuk dipersoal di Parlimen?
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata Malaysia kini digelar sebagai ‘kleptokrasi global’ tanpa henti di seluruh dunia, namun sidang Parlimen di negara ini sedang berpura-pura seperti skandal itu tidak pernah wujud.
“Hari ini, saya sekali lagi mengajukan pertanyaan berhubung langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi membersihkan nama negara yang kini amat tercemar akibat skandal tersebut, namun ia tidak dibenarkan oleh Speaker.
“Oleh itu, saya akan terus memboikot sesi pertanyaan menteri. Walaupun ia sesi paling penting, tetapi ia sekadar wayang jika persoalan tentang kleptokrasi global ditolak,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Ketua Parlimen DAP itu pada Selasa lalu memboikot sesi pertanyaan menteri ekoran keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk tidak membenarkan sebarang soalan melibatkan tindakan undang-undang pihak berkuasa Amerika untuk menyita harta berkait dana 1MDB yang didakwa digelapkan.
Pandikar sebelum itu menyatakan persoalan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tidak perlu dijawab di Parlimen kerana kononnya ia sub judis.
Menurut Kit Siang, penolakan berulang kali soalan berkaitan 1MDB adalah satu percubaan terang-terangan kerajaan untuk melarang semua perbincangan atau persoalan mengenai 1MDB dan status Malaysia sebagai ‘kleptokrasi global’ diadakan.
Sedangkan, beliau menjelaskan, skandal 1MDB semakin diperkatakan di seluruh dunia. Terbaru, pemenang anugerah Oscar, Leonardo Di Caprio sendiri menyatakan beliau akan memberi kerjasama dalam siasatan dakwaan rasuah melibatkan syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Tidak cukup GST, kerajaan mansuh pula subsidi minyak masak

KUALA LUMPUR, 20 OKT: DAP mengecam keras tindakan kerajaan UMNO yang memansuhkan subsidi minyak masak sehingga menyaksikan harga keperluan asas itu meningkat 40 sen bagi setiap satu kilogram paket dan RM1.90 bagi setiap lima liter botol.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, golongan miskin yang sedia terjejas dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April tahun lalu akan tambah terbeban dengan langkah terbaharu yang diambil kerajaan itu.
“Kalau bukan kerana pelaksanaan GST, pemansuhan subsidi minyak tidak akan memberi kesan yang besar kepada keluarga miskin.
“Namun, pemansuhan subsidi berkenaan tanpa memansuhkan GST hanya akan melebarkan lagi jurang pendapatan dan mengakibatkan keadaan golongan miskin bertambah parah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan ringkas di Parlimen pada Isnin lalu menolak cadangan Ahli Parlimen DAP kawasan Kluang, Liew Chin Tong agar GST dikurangkan daripada enam peratus kepada tiga peratus.
Najib yang juga Menteri Kewangan menolak cadangan itu dengan alasan kononnya cukai tersebut adalah penyelamat negara daripada kelumpuhan ekonomi.
“Bagaimana GST boleh jadi penyelamat kepada ekonomi sedangkan rakyat dan perniagaan terjejas teruk (akibat dari pelaksanaan cukai tersebut),” soal Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Belanjawan Alternatif: Mampu kurangkan peruntukan JPM RM10bilion

Barisan ahli parlimen Pakatan Harapan semalam melancarkan Belanjawan Alternatif 2017 di Parlimen.Barisan ahli parlimen Pakatan Harapan semalam melancarkan Belanjawan Alternatif 2017 di Parlimen.
Belanjawan Alternatif 2017 antara lain, pengurangan peruntukan untuk Pejabat Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion, daripada RM20.31 bilion bagi tahun 2016, selain berhasrat menghapuskan ketirisan akibat rasuah.
Menurut dokumen Belanjawan setebal 40 muka surat itu juga, gabungan politik DAP, PKR dan Amanah itu menjangkakan pembanterasan korupsi dan sistem anti rasuah akan dapat menjana penjimatan sehingga 20 peratus untuk satu tahun fiskal.
Lebih menarik lagi, Pakatan Harapan turut mengemukakan sebelas cadangan dasar yang diinspirasikan daripada maqasid syariah, yang menjadi sandaran perjuangan pertumbuhan sosio-ekonomi Pakatan demi ekonomi yang adil untuk semua.
Sebelas dasar ini mencakupi aspek peluang pekerjaan dan keusahawanan, kenaikan gaji, kawalan pekerja asing, urustadbir yang baik serta daya melawan rasuah, pembangunan Sabah dan Sarawak, pengangkutan awam, serta isu-isu perumahan dan kesihatan.
“Belanjawan Pakatan Harapan mengutamakan kebajikan rakyat dengan menguruskan kos-kos sara hidup dan meningkatkan pendapatan orang ramai,” ujar Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming seperti dipetik Roketkini.
Belanjawan tersebut diusahakan secara bersama antara beliau, Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Wong Chen dan juga Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi Amanah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal membentangkan Belanjawan 2017 pada hari Jumaat ini di Parlimen.
Ia bagaimanapun menerima kritikan pedas mantan ketua kerajaan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkannya sebagai tidak bermakna kerana kerajaan tidak mempunyai wang.

Meminggirkan Orang Sakai sama seperti pinggir Melayu

Masyarakat Orang Asli Sakai membantah pengezonan semula Paya Indah Wetlands dan keputusan mahkamah untuk menolak tuntutan mereka.
orang-asli-sakai-1
KUALA LUMPUR: Meminggirkan Orang Sakai sama seperti melakukan perkara serupa terhadap orang Melayu, kata ketua masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Pulau Kempas.
Dewi Malam, salah seorang daripada 4,000 masyarakat Orang Asli di Mukim Tanjong Dua Belas di Kuala Langat, mengetuai bantahan terhadap pengezonan semula Paya Indah Wetlands oleh kerajaan negeri Selangor.
“Orang Asli ialah Sakai dan Melayu, orang Melayu sejati,” katanya pada sidang akhbar semalam.
“Jika rakyat Malaysia tidak boleh faham yang Sakai ialah Orang Asli, jadi biar mereka tahu yang Orang Sakai ialah Melayu.
“Jika tanah ini semua tidak ada lagi, Melayu sendiri yang akan rugi. Jika orang kata hanya Orang Asli dipinggirkan, tak apalah. Tetapi mereka pinggir juga orang Melayu sendiri,” katanya.
Dewi yang ditemani wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada sidang media itu, berkata demikian ketika mengulas kegagalan usaha masyarakatnya untuk mendapatkan semula tanah 17,900 ekar.
Usaha bermula pada 2011 itu berakhir tahun ini selepas Mahkamah Rayuan menolak tuntutan Dewi dan abangnya, Jafrin kerana mereka dikatakan tidak mempunyai locus standi.
Defendan dalam kes itu ialah kerajaan Selangor, Pejabat Daerah Kuala Langat, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, pengarah Tanah dan Galian Selangor serta beberapa pihak berkuasa tempatan.
Mahkamah tidak menerima bukti Dewi yang dia ialah penduduk asal tanah itu.
“Hakim kata Orang Asli tidak boleh buat tuntutan dengan mengambil kira status Sakai, yang Akta 134, Akta Orang Asli tidak boleh diguna pakai untuk tuntutan seperti itu.
“Saya sangat tidak berpuas hati. Lihat cap jari Pak Pelangi, Batin Dua. Ada tulis di sini dia wakil Sakai. Tujuh keturunan sudah tinggal di sini. Moyang kepada moyang saya Mohamad, moyang saya Pak Pelangi, datuk saya Gercang, bapa saya Malam, saya sendiri, anak lelaki saya dan cucu saya. Semua ini 7 keturunan,” katanya.

Suara rakyat yang gelisah makin kuat, kata Pak Nil

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi mengakui tidak terlepas daripada mendengar keluh-kesah rakyat negara ini yang kian terbeban dengan pelbagai kesempitan ekonomi terutama kos sara hidup yang semakin meningkat.
Justeru, ujar beliau yang merupakan ikon Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bajet 2017 masih mampu untuk menjadi platform kepada kerajaan untuk 'mengubati' kesulitan rakyat.
Jelas beliau, suara rakyat yang berada dalam kegelisahan semakin kuat didengari dan sewajarnya keresahan mereka diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan.
"Semua orang mengeluh sekarang, semua orang bercakap tentang 'kesakitan' ekonomi dan kehidupan, kita tidak boleh bermain wayang,” katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif bersama beliau, semalam.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, Aznil yang popular dengan gelaran Pak Nil, 53, berkata, kehidupan rakyat tidak boleh digambarkan meriah kerana pada realitinya mereka tidak boleh diletakkan dalam situasi senang mahupun selesa.
Sebagai contoh, Aznil membandingkan kadar pertukaran wang terlalu tinggi menyebabkan kesukaran untuk bersaing dengan kehidupan dari negara lain atas sebab pelbagai faktor.
Masalah kewangan turut menghimpit penggiat seni yang terkapai-kapai untuk kekal dalam bersaing dalam industri yang saiznya kecil.

Sedekad berlalu, masih tiada pengebumian buat Altantuya

Pelawat tidak dialu-alukan di dunia keluarga Dr Setev Shaariibuu di Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia, yang satu ketika dahulu ceria.
Profesor yang berang itu terus bersedih dengan pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaariibuu, 28, oleh dua pegawai polis di Malaysia sedekad yang lalu tetapi sehingga kini belum diselesaikan.
Malah, saudara-mara juga tidak digalakan menjejakkan ke dapur di teratak itu bukan kerana ia sememangnya bocor dengan air yang menitis tetapi Setev menjelaskan bahawa isterinya mempunyai masalah jantung akibat tekanan akut.
Dia secara tiba-tiba boleh menjerit kepada mereka yang menceroboh rumah sewa mereka.
Mengikut cerita, dia begitu sedih, dengan kematian anaknya hingga menyebabkan dua cucu mereka kini yatim.
"Walaupun terdapat tingkap di rumah, namun kegelapan yang kami alami adalah di luar imaginasi," kata Setev.
"Kamu tidak akan melihat sebarang keindahan di sini. Hidup ini gelap-gelita... Pembunuh itu bukan sahaja merampas hidupnya, mereka memusnahkan seluruh keluarga... Mereka tidak perlu hidup dalam dunia yang penuh dengan air mata."
Dengan tangan tergenggam erat di meja, Setev yang adalah profesor dalam bidang Pengajian Filem seterusnya menjelaskan mengapa temu bual ini perlu dijalankan pejabatnya di universiti.