Rabu, 19 Oktober 2016

Zeti sertai panel penasihat Bank Pelaburan Infrastruktur Asia

AIIB mengumumkan Zeti akan menyertai 10 ahli utama lain dalam AIIB.
zeti-azizKUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai ahli panel penasihat antarabangsa Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).
Zeti yang disenaraikan sebagai ketua bank pusat terbaik dunia pada 2009 oleh majalah Global Finance, bersara pada April lalu, selepas 16 tahun menerajui BNM.
Dalam kenyataan, AIIB mengumumkan Zeti akan menyertai 10 ahli utama lain, termasuk bekas Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz; bekas Menteri Kewangan Sweden, Anders Borg; bekas Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama dan Setiausaha Agung Yayasan Global, Steve Howard.
Selain itu, bekas Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Strategi dan Kewangan Korea Selatan, Dr Oh-Seok Hyun; bekas Menteri Kewangan Nigeria dan bekas Pengarah Urusan Bank Dunia, Dr Ngozi Okonjo-Iweala.
Bekas Menteri Kewangan Timor-Leste, Emilia Pires; bekas Duta Amerika Syarikat, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Strategic Associates, Paul Speltz; bekas Ketua Ekonomi Bank Dunia, Nicholas Stern dan bekas Ketua Eksekutif Hong Kong, Tung Chee-Hwa.
AIIB berkata, mesyuarat pertama panel penasihat itu diadakan di Beijing hari ini.
“Panel tersebut menyediakan nasihat adil, objektif dan bebas kepada presiden, membolehkan bank tersebut meraih manfaat daripada pengalaman dan kepakaran ahli-ahli panel,” katanya.
Pada mesyuarat itu, ahli-ahli panel membincangkan keadaan ekonomi global dan implikasinya kepada operasi bank, keperluan menggalakkan infrastruktur hijau dalam agenda global baharu dan kepentinganmeningkatkan penglibatan sektor swasta dalam infrastruktur di rantau ini.

Orang Asli 'Melayu jati', pertahan tanah kami – Dewi Malam

Dewi Malam salah seorang daripada 4,000 penduduk mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat yang kini tanahnya sedang dalam usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands oleh kerajaan Selangor.
Beliau, abangnya Jafrin dan bapa mereka Malam Gerchang kalah dalam kes di Mahkamah Rayuan di Putrajaya bulan lalu selepas diputuskan tiada locus standi untuk mewakili masyarakat Temuan di situ.
Bagaimanapun, kira-kira tiga minggu berlalu, Dewi masih berharap 17,900 ekar tanah di kawasan itu, seperti dipohon dalam saman mereka, dapat diubah status kepada rizab Orang Asli.
Dewi berhujah, mempertahankan tanah mereka sama seperti mempertahankan tanah Orang Melayu kerana mereka sebenarnya “Melayu tulen” dan “Melayu jati” negara ini.
“Kalau moyang saya Sakai, Saya ini Sakai. (Orang) Asli itu Sakai, Asli itu Melayu, (kita) Melayu tulen, Melayu jati.
“Orang Malaysia tak faham, Orang Sakai itu Asli, orang sakai itu Melayu tetapi sekiranya tanah-tanah ini habis, orang Melayu sendiri yang akan rugi.
“Orang Asli rugi sebab dipinggirkan, tetapi yang meminggirkan adalah orang Melayu itu sendiri.
“Anak muda harus faham, kalau orang Melayu meminggirkan orang asli dia telah meminggirkan bangsa dia sendiri, asal dia sendiri,” katanya sedikit emosi.
Mahkamah simpati, tapi tak dapat buat apa
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibu negara.
Ketiga-tiga pemohon hadir dalam sidang media hari ini bersama peguam mereka Serene Tan Pei Shan, aktivis Raymond Tan dan pengasas SAMM Badrul Hisham Shaharin.
Mahkamah Rayuan pada 27 September lalu memutuskan Malam, yang juga bekas tok batin suku Temuan, dan dua anaknya tidak mempunyai locus standi (hak undang-undang) untuk menyaman kerajaan Selangor dan empat pihak lagi bagi deklarasi untuk menuntut kembali tanah Orang Asli.
Berikutan keputusan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, saman sivil Malam, 72, Dewi, 56, dan Jafrin, ditolak, lapor Mstar.

Isu pembalakan boleh selesai tanpa dalang hasut Orang Asli, sembang Mohd Amar

Amar berkata, kerajaan negeri masih meneliti rasional tindakan Orang Asli menghalang pengeluaran balak dari HSK Balah yang mungkin didalangi pihak tertentu kerana aktiviti pembalakan di kawasan itu berjalan lancar sejak 30 tahun lalu.
nik-amar
KOTA BHARU: Isu pembalakan berhampiran kawasan penempatan Orang Asli di Gua Musang dapat diselesaikan dengan baik, jika tiada dalang menghasut masyarakat itu, kata timbalan menteri besar Kelantan.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri sedang meneliti beberapa laporan berkaitan isu itu, hasil perbincangan dengan beberapa agensi berkaitan, termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
“Hasil penelitian mendapati wujud kekeliruan yang perlu diperbetulkan kerana kita dapati laporan awal yang diterima seperti kerajaan dipersalahkan. Ini tidak betul kerana kerajaan bertindak atas peraturan dan undang-undang yang ada, tanpa menafikan hak Orang Asli,” katanya kepada pemberita hari ini.
Pada 3 Oktober lalu, kerajaan negeri mengeluarkan arahan menangguhkan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang selepas lebih 200 penduduk Orang Asli membuat sekatan menghalang laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering, di Gua Musang sejak 26 September lalu.
Kumpulan terbabit menggesa semua aktiviti pembalakan di HKS Balah berhampiran kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mendakwa aktiviti itu merosakkan alam sekitar dan kepupusan hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.
“Sekiranya berlaku pencemaran atau pengabaian, masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit boleh mengemukakan masalah tersebut kepada kerajaan melalui Tok Batin dan Jakoa untuk diselesaikan,” kata Mohd Amar.

Ahli Parlimen BN: Bajet pembangkang tidak realistik, hanya populis

Shamsul Anuar dan Irmohizam berkata, Belanjawan Alternatif tidak menyatakan secara teliti dari mana kerajaan hendak mendapatkan sumber pendapatannya.
johari-alternative-budget-gst-1
KUALA LUMPUR: Belanjawan Alternatif 2017 Pakatan Harapan tidak realistik dan hanya bersifat populis, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, cadangan pembangkang termasuk penambahbaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ‘berkadar sifar’ akan menyebabkan negara kehilangan sumber pendapatan dan berdepan krisis ekonomi.
“Senaraikan kepada saya pengganti kepada hasil GST, daripada mana mereka mahu mendapatkan kembali hasil yang sudah hilang itu,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, cadangan menghapuskan GST akan menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan lebih RM30 bilion setahun.
Selain itu, katanya, cadangan menaikkan kadar gaji minimum RM1,000 kepada RM1,500 dan pemberian subsidi RM250 daripada kenaikan itu, turut akan membebankan kewangan negara.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, belanjawan itu hanya bersifat populis dan retorik.
Beliau berkata, pembentangan Belanjawan Alternatif itu tidak menyatakan secara teliti sumber pendapatan diperolehi.
“Seperti biasa, ia merupakan bajet populis sahaja, bajet yang hanya dibuat untuk menguar-uarkan, bagi membolehkan rakyat menerima mereka,” katanya.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, Belanjawan Alternatif itu hanya ingin ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan falsafah yang cuba ditonjolkan, namun tidak menyatakan sumber pendapatan diperolehi.

SIAPAKAH PALING GEMBIRA bila dpt tahu dah dapat kutip puluh2 bilion ringgit itu !!!


TAHUKAH ANDA KERAjaan Najib dah kutip GST RM57,270,000,000 (RM57.27 bilion)..

Itu blom masuk lagi kutipan cukai dari cukai2 judi, arak, minyak sawit, kayu balak, bauksit, PTPTN etc....

Ke mana agihnya kutipan puluhan bilion itu ??!!

Bila di depan rakyat punyalah nasihat rakyat jangan boros berbelanja...

TETAPI diri sendiri boros sampai puluhan jutaan ringgit apa cerita !!!

Gila ke apa.. SURIRUMAH TAK BERGAJI tetapi beli bag, bershopping sampai RM24 juta !!

Masing2 nak tonjolkan ketuanan melayunya yg cuba pertahankan kepala besar samseng mereka..


Ratus jutaan ringgit lesap kat kementerian, rakyat pulak yg jadi mangsa bayat GST..

Mentang2lah dah kutip cukai GST sampai RM57.27 bilion, nak mintak plok RM500,000,000 (500 juta) !!!

Kes songlap RM100 juta kat #KBS tu apa cerita !!!

Pakatan Rela Bajet 2017 Diciplak BN

Shafie Apdal Sedia Semeja Parti Mahu Tumbangkan BN Di Sabah

Sanusi Junid BUKA CERITA Mahathir Penjarakan Ramai Pembangkang

PUTAR BELIT NAJIB!! 50 Billion Itu Hutang Syarikat 1MDB,Bukan Hutang Kerajaan

Pakatan Harap Bajet 2017 Terakhir Dari Najib

Belanjawan Alternatif Pakatan cadang potong separuh peruntukan Perdana Menteri


KUALA LUMPUR, 19 OKT: Pakatan Harapan melancarkan Belanjawan Alternatif 2017, dua hari lebih awal sebelum kerajaan membentangkannya di Parlimen Jumaat nanti.
Belanjawan tersebut memfokuskan, antara lain, pengurangan peruntukan untuk Pejabat Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion, daripada RM20.31 bilion bagi tahun 2016, selain berhasrat menghapuskan ketirisan akibat rasuah.
cvhhmrowaaarxzgMenurut dokumen Belanjawan setebal 40 muka surat itu juga, gabungan politik DAP, PKR dan Amanah itu menjangkakan pembanterasan korupsi dan sistem anti rasuah akan dapat menjana penjimatan sehingga 20% untuk satu tahun fiskal.
Lebih menarik lagi, Pakatan Harapan turut mengemukakan sebelas cadangan dasar yang diinspirasikan daripada maqasid syariah, yang menjadi sandaran perjuangan pertumbuhan sosio-ekonomi Pakatan demi ekonomi yang adil untuk semua.
Sebelas dasar ini mencakupi aspek peluang pekerjaan dan keusahawanan, kenaikan gaji, kawalan pekerja asing, urustadbir yang baik serta daya melawan rasuah, pembangunan Sabah dan Sarawak, pengangkutan awam, serta isu-isu perumahan dan kesihatan.
“Belanjawan Pakatan Harapan mengutamakan kebajikan rakyat dengan menguruskan kos-kos sara hidup dan meningkatkan pendapatan orang ramai,” ujar Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming kepada Roketkini.
Belanjawan tersebut diusahakan secara bersama antara beliau, Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Wong Chen dan juga Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi Amanah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal membentangkan Belanjawan 2017 pada hari Jumaat ini di Parlimen.

Bajet HARAPAN tawar gaji RM1,500, GST berkadar 'sifar'

Pakatan Harapan hari ini melancarkan bajet alternatif yang mengenengahkan antaranya potongan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM), menangani rasuah, mengurangkan pergantungan kepada cukai barangan dan perkhidmatan serta peluang yang sama untuk semua rakyat Malaysia.
Bajet yang kali pertama disediakan oleh Pakatan Harapan itu diumumkan dua hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada Jumaat ini.
Bajet alternatif oleh PKR, DAP dan AMANAH itu mencadangkan pengurangan sebanyak RM10 bilion dalam peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri dari RM20.31 bilion pada 2016 kepada RM10.31 bilion.
Sementara itu, pakatan itu turut mencadangkan kewujudan Akta Peluang Pekerjaan Saksama yang akan memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk menghukum sebarang perbuatan diskriminasi di tempat kerja berdasarkan bangsa, agama atau jantina.
Gaji minimum juga meningkat kepada RM1,500, satu langkah yang menelan belanja sehingga RM4.98 bilion.
Kerajaan juga, cadang Pakatan Harapan, harus membahagikan kos ini sama rata dengan sektor swasta menerusi pemberian separuh subsidi daripada kenaikan.
Pada masa yang sama, pakatan itu turut mencadangkan penambah baikan GST 'berkadar sifar'.

Leka RUU 355 hingga lupa masalah rakyat, kata Raja Bahrin

Beliau melahirkan kekesalan kerana tidak banyak tumpuan diberi kepada keperluan segera rakyat.
raja-kamarul
KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) dan beberapa isu besar lain menyebabkan ramai pemimpin di Terengganu terlupa dengan masalah harian rakyat.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad berkata, terlalu banyak tenaga ditumpukan pada polemik dan isu-isu besar berbanding masalah dihadapi rakyat.
“Saya rasa sekarang ini terlalu banyak tumpuan tentang isu yang mungkin tidak memberi tumpuan kepada keperluan segera rakyat.
“Ekonomi sekarang ini lembap, disebabkan GST (cukai barang dan perkhidmatan), kejatuhan wang lagi. Pantai Timur, khususnya Terengganu tidak dinamik seperti Lembah Klang.
“Apa-apa yang dirasai Lembah Klang, kalau rasa teruk, di Terengganu lagi teruk dan bertambah berat,” katanya kepada FMT.
Tinjauan yang dilakukan FMT mendapati rata-rata rakyat Terengganu mengeluh kerana terpaksa berdepan dengan masalah ekonomi yang lembap.
Malah, di ibu negeri yang pernah sibuk satu masa dulu, premis perniagaan melaporkan keuntungan semakin merosot, dengan beberapa pusat membeli-belah dilihat lengang.
Begitu juga Pasar Payang yang seperti dilanggar garuda, tidak bersesak-sesak seperti sebelum ini.
Buah duku Terengganu yang selama ini menjadi tarikan utama pada musim buah-buahan juga seolah-olah tiada harga kali ini.
Jelas Raja Bahrin lagi, rakyat Terengganu yang bekerja sendiri turut menghadapi masalah ekoran kekurangan pendapatan.
“Rakyat yang mencari pendapatan harian menghadapi masalah, mereka nak bayar sewa juga terdesak. Seharusnya, masalah mereka lebih banyak diberikan tumpuan.

MO1 TAK MAHU PULANGKAN JUGAK KE??

Antara pihak yang turut dikaitkan pernah menerima dana 1MDB yang dilencongkan ialah pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio melalui yayasan miliknya, Lepnardo DiCaprio Foundation.

Dalam reaksi melalui wakilnya mengenai siasatan pelbagai negara berkaitan penggubahan wang haram terhadap syarikat pelaburan paling bermasalah yang ditubuhkan oleh Najib Razak, pemenang Oscar itu menyatakan beliau akan memulangkan wang yang pernah diterimanya jika ia didapati berpunca daripada 1MDB.

Kata wakil itu lagi, mereka kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa AS untuk menentukan sama ada wang tersebut datangnya daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan dan jika ya, pemulangan akan dilakukan secepat mungkin.
Nampak jugalah bagusnya DiCaprio ini!!

Nama Malaysian Official 1 yang kemudian disahkan oleh Abdul Rahman Dahlan sebagai Najib turut disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS dengan didakwa menerima secara keseluruhan  wang AS$731 juta atau hampir RM3,000 juta yang dipercayai berpunca daripada 1MDB melalui akaun peribadinya.

Pernah kita dengar Malaysian Official 1 berkata mahu memulangkan wang tersebut jika ia juga berpunca daripada 1MDB?

Walaupun bukan beragama Islam, suka berhibur dan selalu minum arak, tindakan Dicaprio sekurang-kurangnya harus diberi pujian kerana masih kenal antara wang halal dengan wang haram.

Tidak teringinkah Malaysian Official 1  mahu mengeluarkan kenyataan yang sama seperti DiCaprio?

Muhyiddin: Mengapa tak boleh bincang DOJ di Parlimen?

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melarang soalan berhunung saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dana 1MDB.
Menurut Pandikar, soalan berkenaan tidak boleh diajukan kerana ia adalah subudis, tetapi Muhyiddin tidak sepenuhnya yakin.
"Terdapat ramai orang di luar sana bercakap mengenainya (DOJ) setiap hari.
"Saya bercakap pada forum-forum dan menjelaskan kepada rakyat tentangnya dan keperluan pihak yang berkenaan berdepan dengan tindakan undang-undang kerana ia adalah skandal yang sangat serius.
"(Jadi) bagaimana mungkin ahli-ahli parlimen tidak dibenarkan untuk membincangkan perkara ini?" soal Muhyiddin ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya, beliau memahami bahawa keputusan Pandikar adalah muktamad, tetapi memohon speaker untuk mempertimbangkan keputusan berkenaan semula.

'Di luar orang bercakap isu DOJ, Speaker pula larang MP ' - Muhyiddin

PAS sangkal Amanah, ekonomi Terengganu tak berkait RUU Hadi

Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata isu ekonomi rakyat tidak pernah diabaikan, malah ia sering dibangkitkan di DUN.
saiful-bahri_law_pas
PETALING JAYA: Kelembapan ekonomi Terengganu tidak berkaitan langsung dengan kempen Rang Undang-undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah bidang kuasa jenayah (RUU 355), kata Saiful Bahri Mamat.
Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata tuduhan pemimpin Amanah negeri kononnya PAS terlalu sibuk memperjuangkan RUU itu dan mengabaikan hak rakyat dalam membangunkan ekonomi negeri, amat tidak masuk akal.
“Apakah kaitan kelembapan ekonomi negeri dengan RUU? Tuduhan pemimpin Amanah itu tidak masuk akal.
“Kita tak pernah dengar pun wakil rakyat Amanah bercakap dalam dewan (DUN) mengenai isu pembaziran, pendidikan, pembangunan negeri. Saya lihat wakil rakyat PAS yang banyak berjuang isu rakyat di Terengganu,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Amanah Terengganu menyarankan PAS menumpukan soal ekonomi rakyat, bukannya sibuk berkempen menyokong RUU yang dibentangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.
“Sepatutnya masa ini kita berusaha jatuhkan kerajaan pusat untuk pulihkan ekonomi negara, tetapi PAS sibuk kempen sokong RUU,” kata pemimpin Amanah Terengganu, Mohd Zubir Mohamad.

Matlamat Warisan dapatkan autonomi rakyat Sabah, kata Shafie

Presidennya berkata parti itu akan mengutamakan autonomi untuk rakyat Sabah kerana itu yang rakyat mahukan, iaitu perubahan.
shafie-afdal
KUALA LUMPUR: Autonomi untuk rakyat Sabah menjadi tumpuan utama Parti Warisan Sabah (Warisan), kata Datuk Seri Shafie Apdal.
Presiden Warisan itu berkata pembangunan di Sabah di bawah pentadbiran BN pada masa ini jelas tidak seimbang.
“Sudah tentu (akan utamakan autonomi untuk rakyat Sabah). Itu apa yang rakyat Sabah mahukan, iaitu perubahan.
“Ketika ini pembangunan tidak seimbang. Ada sekolah yang masih guna kayu, tidak ada akses Internet,” katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada 17 Oktober lalu Warisan ditubuhkan dan Shafie bertekad untuk menyatupadukan semua kaum di negeri itu.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata situasi kini menunjukkan rakyat Sabah terutama di kawasan Parlimennya sukar melakukan rutin harian.
“Saya berada dalam kerajaan selama 30 tahun. Saya tahu apa yang berlaku, keluar dan masuk. Nak tangkap ikan di Semporna pun kita (rakyat) kena minta lesen di Kuala Lumpur,” katanya.
Pada 4 Julai, Shafie yang merupakan bekas naib presiden Umno mengumumkan keluar parti Melayu itu selepas keahliannya digantung pada 24 Jun kerana dituduh bersekongkol dengan pembangkang.
Shafie bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada Kabinet tahun lalu selepas mereka mempersoalkan hutang ditanggung 1MDB.
Beliau sebelum ini enggan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan Muhyiddin dan dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Parti Warisan Sabah tolak RUU Akta 355

KUALA LUMPUR - Parti Warisan Sabah (Warisan) mengambil pendirian untuk tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, pendirian parti itu adalah sama seperti pendirian ahli Parlimen dari negeri Sarawak untuk menolak RUU355 berkenaan.
“Pendirian kita (Warisan) berhubung perkara itu sama seperti Sarawak.
Shafie Apdal “Saya tak akan undi kerana apa yang lebih penting adalah kepentingan rakyat di negeri Sabah,” katanya ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, 25 Ahli Parlimen dari Sarawak sebulat suara bersetuju untuk menolak RUU 355 yang dibawa oleh Abdul Hadi.
Bacaan kedua bagi RUU Persendirian itu dijangka bakal berlaku dalam sidang Dewan Rakyat kali ini selepas Abdul Hadi  berjaya membawanya untuk bacaan pertama, Mei lalu.
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa mahkamah syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, enam kali sebatan syarie.
Difahamkan, pindaan akta itu hanya memerlukan majoriti mudah dan tidak perlu mendapatkan sokongan dua per tiga dewan.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai kerjasama dengan parti lain di Sarawak, Shafie memaklumkan bahawa buat masa ini, pihaknya hanya menumpukan untuk menyatukan rakyat di Sabah terlebih dahulu.
"Alhamdulilah, ramai yang berminat dengan parti baru ini. Tak baik kita cakap besar yang penting ‘outcome’ kepada rakyat.
"Walaupun orang cakap kita parti kecil, parti baru but it's ok kerana kita yakin rakyat boleh nilai mana satu landasan dan pimpinan yang dia inginkan,"katanya.
Selain itu, Shafie berkata beliau turut mahukan autonomi bagi rakyat di negeri Sabah yang menginginkan perubahan berikutan pembangunan tak sekata di negeri tersebut.

11 dasar Belanjawan Alternatif 2017, Pakatan rela diciplak kerajaan


Datuk Seri Wan Azizah Ismail membentangkan belanjawan alternatif dari Pakatan Rakyat. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehDatuk Seri Wan Azizah Ismail membentangkan belanjawan alternatif dari Pakatan Rakyat.
Pakatan Harapan (PH) membentangkan 11 cadangan dasar dalam Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 bertemakan Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan yang dilancarkan hari ini.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, PH rela cadangan itu diciplak oleh kerajaan BN dan segera diguna pakai demi kepentingan rakyat dan negara.
“Tiada masalah jika kerajaan mahu menggunakannya, kami sedia membantu tapi minta diberikan kredit juga kepada pihak kami. Kalau hadis pun ada perawinya, berikanlah sedikit penghargaan kepada kami,” katanya dalam sidang media pelancaran belanjawan tersebut di bangunan parlimen hari ini.
Sebelas cadangan dalam belanjawan itu berlandaskan prinsip-prinsip keadilan sosial yang diterima pakai oleh semua agama dan dililhamkan oleh ciri-ciri kesederhanaan yang didukung berasaskan maqasid as-syariah.
Bagi golongan pekerja, PH berhasrat mewujudkan peluang sama rata dalam pekerjaan dan keusahawanan; meningkatkan upah, serta mengurangkan pekerja asing dan melebihkan pendapatan rakyat.
PH juga mahu melaksanakan urus tadbir yang baik dengan membaik pulih prosedur kerajaan bagi pelaporan fiskal dan meningkatkan pencegahan rasuah, jimat dan mudah.
Bagi Sabah, Sarawak, dan pembangunan luar bandar pula, PH mencadangkan pendekatan serampang tiga mata bagi merapatkan jurang ketidaksamaan di dua negeri itu.
Selain itu, PH juga mahu menyemarakkan industri beras dengan mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (Bernas) dan menyediakan ikatan perkhidmatan untuk membantu para petani memaksimumkan keuntungan jualan menuai.
Ahli parlimen PH dan pimpinan utama turut hadir.Ahli parlimen PH dan pimpinan utama turut hadir.Pakatan Harapan juga mencadangkan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) digunakan bagi merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar melalui konkrit yang lebih banyak langkah jangka panjang seperti penyediaan liputan telekomunikasi yang lebih baik, internet komuniti dan pusat-pusat pembelajaran.
Selain itu juga, Belanjawan Alternatif itu juga menawarkan pengangkutan awam bandar yang lebih baik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas dan bangunan pencakar langit.
Bagi perumahan awam pula, PH menyokong dasar perumahan awam yang menjurus ke arah mereka yang miskin menjadi pemilik rumah, bukan sebagai penyewa semata-mata.
PH berpandangan, harga perumahan boleh dikawal jika kerajaan negeri mengekalkan kawalan atas pembangunan dan pengurusan perumahan awam.
Berkaitan kesihatan pula, PH akan memastikan kemampanan tenaga kerja dengan menangani kekurangan dalam penempatan housemanship selain mencadangkan hospital swasta membuka tempat untuk pelatih bidang kesihatan.

MP Pokok Sena sifatkan kerajaan Najib dah jadi kerajaan kongsi gelap

Datuk Mahfuz Omar
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST adalah suatu yang sangat lucu dan memalukan.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Haji Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan mencukai rakyat dengan GST untuk memajukan negara menunjukan Najib menjadi PM yang tak perlu pakai otak untuk fikir bagaimana menjana kewangan dan menambah pendapatan negara selain dari menjadi penyeluk saku (pick pocket) rakyat.
"Kenyataan Najib tidak langsung bersifat 'pro rakyat'tetapi sebaliknya bersifat 'peras rakyat'.
"Najib dan kerajaan cuba untuk menakutkan rakyatkan kononnya ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Cukai GST katanya, bukan sekadar mekanisma untuk menghalang peniaga peniaga lari dari bayar cukai tetapi GST juga adalah cukai yang bertujuan untuk mengenakan cukai ke atas setiap rakyat yang tak layak dicukaikan.
"Kenyataan Najib sekadar untuk menghalalkan tindakan kerajaan mengenakan GST yang merupakan langkah 'memeras rakyat' untuk menampung perbelanjaan negara.
"Tak ada idea yang tidak membebankan rakyat.
"Najib dan kerajaan Umno-Bn dah jadi macam kumpulan kongsi gelap yang memeras rakyat dengan wang perlindungan (protection money)," katanya.
Beliau mengingatkan Najib dan rakyat, ekonomi negara akan lumpuh dan runtuh dengan rasuah, penyelewengan, pembaziran, salah guna kuasa dan salah urus dari pemimpin negara yang tidak amanah dan tidak berintegriti.
"Rakyat terpaksa *menanggung beban GST untuk kebodohan dan kejahatan Najib dan Umno-Bn memerintah negara.
"Apa tidaknya kalau pembaziran pentadbiran negara yang bertujuan untuk merompak wang rakyat.
"Dah ada EPU di tubuhnya PEMANDU, dah ada MARA dibuatnya TERAJU, dah ada Syarikat Perumahan Negara (SPN) ditubuh pula PR1MA. dah ada JPJ dibuatnya SPAD, dah ada KHAZANAH ditubuhnya 1MDB untuk curi wang rakyat.
"Siapa yang bayar gaji?..Rakyat yg bayar!" katanya.
Beliau berkata nilai harga keborosan, kebodohan, kezaliman, kerakusan dan kejahatan Najib bersama Umno-Bn dalam menguruskan negara terpaksa ditanggung oleh rakyat.
"Mentadbir negara dengan dwi agensi merupakan satu pembaziran yang tidak boleh dimaafkan," katanya.

Belanjawan PAKATAN 2017: Najib digesa letak jawatan Menteri Kewangan

Permintaan pertama Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan (PAKATAN) 2017 ialah menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata PAKATAN berharap ini merupakan belanjawan terakhir Najib sebagai Menteri Kewangan.
Katanya Najib perlu memberikan laluan kepada orang yang lebih arif, cerdik berkaitan dengan kewangan untuk mentadbir negara.

“Skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) jelas menunjukkan kegagalan Perdana Menteri dalam mentadbir urus kewangan dana pelaburan ini apatah lagi dana negara.
“Jarang berlaku, seorang Perdana Menteri yang juga berperanan sebagai seorang Menteri Kewangan,” kata Wan Azizah.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 bertemakan ‘Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan’ di Bilik Jawatankuasa 2, di Parlimen, hari ini.
Wan Azizah berkata dunia mengetahui identiti MO1 dan kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan terus menghampakan keyakinan pelabur domestik dan juga antarabangsa.
“Identiti MO1 disahkan sebagai YAB Pekan dalam wawancara oleh YB Kota Belud bersama BBC pada 1 September 2016 yang lalu.
“Penjelasan YB Kota Belud yang mengukuhkan kedudukan YAB Pekan sebagai MO1 sekaligus merangkap Menteri Kewangan telah turut menurunkan tahap ekonomi negara kita ke paras yang lebih rendah,” katanya.

Jamal direman 2 hari, disiasat di bawah 3 akta

Jamal direman kerana disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Facebook dan insiden tolak-menolak antara aktivis Bersih dan penyokong Baju Merah di Sabak Bernam.
KUALA LUMPUR: Ketua gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos direman 2 hari, mulai hari ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Penasihat Undang-undang Gerakan Merah V2, Mohd Imran Tamrin berkata, Jamal disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Beliau berkata, siasatan itu dibuat berdasarkan laporan polis beberapa pihak berhubung kenyataan berbaur hasutan yang dimuat naik ke Facebook mengenai rusuhan kaum 13 Mei 1969 bakal berulang dan akan berlaku kejadian parang terbang, jika perhimpunan Bersih 5 diteruskan pada 19 November nanti.
“Sekumpulan polis Bukit Aman menahan Jamal hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 pagi tadi.
“Beliau juga ditahan berikutan insiden di Sabak Bernam tempoh hari yang dilakukan gerakan Merah terhadap Bersih 5 dan kita sedia beri kerjasama kepada polis,” katanya di IPD Dang Wangi.
Pada 9 Oktober lalu, tangkap layar menyerupai Facebook ‘Dato Jamal Yunos’ yang mengancam perang saudara mulai tersebar di media sosial.
Bertarikh 21 September jam 8.10 malam, status itu berbunyi: “Saya berjanji tragedi 13 Mei akan berulang dan parang terbang akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #Bersih5 yang dijadualkan pada 19 Nov ini. Hidup Melayu!”
Bahasa,-Jamal-Yunos,-direman,-Baju-MerahSusulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan tindakan tegas dan segera, kerana “kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima”.
Jamal bagaimanapun menafikan akaun Facebook itu miliknya dan mendakwa DAP sebagai dalang yang membuka akaun palsu menggunakan namanya dan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengupah penggodam untuk memuat naik “post palsu” itu.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah meminta polis berlaku adil dengan turut menahan pemimpin Bersih 2.0 yang dikatakan tidak mendapat permit untuk melakukan konvoi Bersih 5.
“Polis boleh menahan Jamal, tetapi mereka juga perlu adil dengan menangkap pimpinan Bersih seperti Maria Chin Abdullah dan Ambiga,” katanya.
Armand Azha berkata, perhimpunan solidariti akan diadakan malam ini di hadapan IPD Dang Wangi bagi menyokong Jamal.
“Malam ini juga kita akan adakan solidariti,” katanya.

Kok Seong: Bila kerajaan mahu iktiraf UEC?

Sebar video lucah, guru besar diberi amaran dan ditukar sekolah

Jamal mohon maaf kepada media kena serang, kata Exco Pemuda

Tangkap Jamal, tangkap juga Maria Chin dan Ambiga - desak Pemuda UMNO

Shafie undi ikut Sarawak, tak akan sokong hudud Hadi

Skandal 1MDB: 'Kenapa kerajaan belum panggil Riza Aziz dan Jho Low?', soal MP

Selepas ditahan di KLIA, Jamal direman 2 hari

Tanah kami diambil, kami terpinggir jelas Tok Batin Dewi Malam

BELANJAWAN ALTERNATIF 2017



















Pakatan Harapan lancar Belanjawan Alternatif 2017

Wan Azizah dan Mohamad menunjukkkan dokumen Belanjawan Alternatif 2017 di pejabat parti pembangkang di Parlimen hari ini.Wan Azizah dan Mohamad menunjukkkan dokumen Belanjawan Alternatif 2017 di pejabat parti pembangkang di Parlimen hari ini.
Ketua Pembangkang yang juga Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail telah selamat meluncurkan pembentangan Belanjawan Pakatan Harapan 2017 di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen sebentar tadi.

Turut bersama dalam majlis berkenaan ialah Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mewakili DAP.

Antara intipati belanjawan ialah:

a) Mengetatkan perbelanjaan operasi kerajaan tanpa perubahan dari segi emolumen (gaji) kakitangan

b) Memotong perbelanjaan kementerian sasar iaitu Jabatan Perdana Menteri (JPM)

c) Belanjawan berhemat dengan penjimatan sebanyak 20% dari jumlah keseluruhan melalui pembasmian rasuah di semua peringkat

d) Tata kelola fiskal berhemat dan mengoptimumkan sumber domestik bagi mengurangkan hutang luar jangka sederhana dan panjang

e) Penjimatan yang dilakukan disalurkan kembali kepada negeri-negeri miskin seperti Kelantan dan Sabah

f) Menambah peluang pekerjaan menerusi kaedah-kaedah melestarikan sumber alam tanpa menjejaskan hutan dan kekayaan khazanah alam

Berikut merupakan Teks Ucapan Ketua Pembangkang semasa Pelancaran Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan di Bangunan Parlimen hari ini.

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis,
Barisan pimpinan parti KEADILAN, DAP dan AMANAH,

Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen, Tuan-tuan , puan-puan sekelian.

Tema belanjawan alternatif Pakatan Harapan tahun ini adalah penentu masa hadapan. Tema ini dipilih kerana negara kita sedang menghadapi kelembapan ekonomi yang ketara, dan kemungkinan besar kita akan menghadapi krisis ekonomi tahun depan.

Saban tahun kami memberi cadangan yang bernas kepada kerajaan, tetapi saban tahun kerajaan tidak mengendahkannya. Cadangan yang paling penting kami berikan ialah memerangi rasuah, menghentikan penyelewengan ketirisan seperti mana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negar dalam laporan tahunan beliau, dan mengamalkan kerajaan yang telus dan adil.

Setiap tahun kami syorkan yang sama; malangnya kerajaan tidak ambil peduli.Tetapi ini tidak melunturkan semangat kami kerana kami sayangkan negara dan kami juga rakyat Malaysia yang terkesan dan mahukan perubahan buat kita semua.

Permintaan pertama belanjawan alternatif Pakatan Harapan tahun ini ialah untuk Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan. Saya tekankan sebagai Menteri Kewangan. Memang jarang di dunia dan setahu saya, di mana seorang Perdana Menteri juga memegang portfolio Menteri Kewangan.

Jarang berlaku, seorang Perdana Menteri yang juga berperanan sebagai seorang Menteri Kewangan. Malah Tun Dr Mahathir sendiri pun hanya memegang jawatan Menteri Kewangan selama empat bulan dari 7 September 1998 – 7 Januari 1999. Dalam keadaan ini tiada timbang taranya. Kalau dibandingkan dengan syarikat, mana ada CEO yang jadi CFO juga.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita berharap ini merupakan belanjawan terakhir Dato’ Seri Najib Razak sebagai Menteri Kewangan, dan beliau memberikan laluan kepada orang yang lebih arif, lebih cerdik berkaitan dengan kewangan untuk mentadbir negara. Skandal 1MDB jelas menunjukkan kegagalan YAB Perdana Menteri dalam mentadbir urus kewangan dana pelaburan ini apatah lagi dana negara.

Dunia mengetahui siapa itu MO1 dan kedudukan Dato’ Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan terus menghampakan keyakinan pelabur-pelabur domestik dan juga antarabangsa. Identiti MO1 telah disahkan sebagai YAB Pekan dalam wawancara oleh YB Kota Belud bersama BBC pada 1 September 2016 yang lalu. 

Penjelasan YB Kota Belud yang mengukuhkan kedudukan YAB Pekan sebagai MO1 sekaligus merangkap Menteri Kewangan telah turut menurunkan tahap ekonomi negara kita ke paras yang lebih rendah.

EKONOMI

Sekarang, beralih kepada isu ekonomi. Keadaan eknonomi negara kita berada dalam keadaan yang lembap  berikutan faktor consumer sentiment dan juga business sentiment yang kian menurun. Kita lihat sahaja penjualan kereta dan rumah, iaitu dua keperluan penting setiap keluarga. Kita sedar bahawa penjualan kereta dan juga rumah jatuh mendadak, dengan penurunan sebanyak 15 peratus untuk jualan kereta baharu dan 20 peratus untuk jumlah urus niaga hartanah, dan perkara ini berlaku dalam keadaan ekonomi yang sudah lembap pada tahun lepas.

Kalau kita pergi pasaraya dan pasar basah, rata-rata  mak cik pemborong mengeluh kerana harga barangan naik dek kerana GST dan ini menyebabkan kuasa beli berkurangan dan perniagaan mereka malap.

Jadi kepada rakyat biasa, mereka tidak faham atau peduli terhadap isu tentang CPI ataupun inflasi, isu mengenai negative interest rate, ataupun monetary easing. Yang mereka persoalkan adalah tiga perkara asas: Yang pertama, kenapakah harga barang naik? Kedua, kenapa gaji saya tidak naik? Dan ketiga, apakah kerajaan sedang lakukan untuk memperbaiki taraf hidup saya?

Sekarang cuba kita lihat isu berkaitan penganguran. Persoalan-persoalan seperti kenapakah anak muda tidak mendapat pekerjaan walaupun telah lulus daripada universiti? Kenapakah generasi muda tidak dapat membeli rumah? Kenapa rumah yang dikatakan mampu milik tidak menjadi mampu milik tapi hanya sekadar mampu dilihat sahaja?

Melalui belanjawan alternatif Pakatan Harapan ini, kami cuba memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang rakyat timbulkan. Berdasarkan analisa makroekonomi melalui dokumen ini, ianya jelas kami cuba memahami dan mendalami bagi menyelesaikan isu-isu besar negara.

Pada masa yang sama, ia juga merupakan satu nasihat kepada kerajaan tentang isu fiskal: bagaimana jika YAB Perdana Menteri memotong 10 bilion Ringgit daripada belanjawan Jabatan Perdana Menteri, ini sekaligus boleh mengurangkan defisit kerajaan kepada satu tahap yang lebih selesa.

Pada tahun ini, kami memberikan 11 cadangan dasar yang rela diciplak oleh kerajaan Pusat dan segera diguna pakai. Asas kepada cadangan ini adalah berdasarkan falsafah Maqasid-As-Syariah yang mementingkan rakyat, dan juga berdasarkan data yang sedia ada. Oleh itu saya mempelawa semua hadirin, pihak media, dan juga menteri-menteri dari sebelah sana, untuk meneliti Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan kami.

Tiada masalah jika kerajaan mahu menggunakannya, kami sedia membantu tapi minta diberikan kredit juga kepada pihak kami. Kalau hadis pun ada perawinya, berikanlah sedikit penghargaan kepada kami.

Jadi pada  ahli-ahli Yang Berhormat yang telah diamanahkan untuk menerima cadangan dan menyediakan belanjawan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang telah bertungkus-lumus bekerja bagi menyediakan bajet ini: Antaranya ialah YB Wong Chen, YB Dr. Ong Kian Ming, dan Saudara Dr. Dzulkefly, di bawah kepimpinan Dato’ Saifuddin Abdullah sebagai coordinator dan juga penasihat, juga kepada semua staf pejabat YB Wong Chen dan penolong YB Ong Kian Ming yang telah membuat draf, infografik, layout, proofreading.

Selesai sahaja ucapan saya dan juga pelancaran ini, YB Wong Chen bersama YB Ong Kian Ming dan YB Dzulkefly akan mengadakan satu sesi soal jawab, jadi silalah tanya tentang perincian berkaitan belanjawan ini.

Dengan itu saya mengakhiri ucapan saya, dengan menjemput Yang Berbahagia Mat Sabu dan [Kit Siang / Tan Kok Wai / Guan Eng] untuk datang ke hadapan untuk bersama me lancaran dokumen.

Dengan ini, dengan lafaz bismillahirrahmaniirahim saya melancarkan Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2017.

Cara orang luah kemarahan berbeza, Maria beritahu pembantu Rosmah

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, gerakan reformasi pilihan raya menghormati hak rakyat untuk menyatakan perbezaan pendapat.
Apabila marah, beliau berkata, orang menunjukkan kemarahan dengan cara yang berbeza.
"Ia bukan mengenai berdiam diri. Orang melakukan pelbagai perkara tetapi tidak berbahaya.
"Ia tidak membawa keganasan fizikal kepada sesiapa jua. Bagi saya, ia bukan tentang berdiam diri, ia mengenai membenarkan ruang untuk rakyat menyatakan kemarahan.
"Itu lebih penting daripada menjadikannya suatu jenayah," ujar Maria semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Maria berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Rizal Mansor yang merupakan pembantu kepada isteri Perdana Menteri Najib Razak, Rosmah Mansor yang menuduhnya membisu apabila penunjuk perasaan BERSIH yang membuat aksi ‘mock’ kubur untuk Najib dan Rosmah.

Walaupun menyokong keputusan Maria membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya, Rizal bagaimanapun ditanya sama ada pengerusi BERSIH itu mengamalkan sikap pilih kasih.
Perbezaan pendapat bukan ancaman
Sementara itu, Timbalan Pengerusi BERSIH, Shahrul Aman Mohd Sabri menegaskan luahan perbezaan pendapat semasa perhimpunan tidak pernah menjurus kepada keganasan fizikal.

'Rakyat Prihatin' tawar RM10k bagi maklumat foto ‘bunuh’ BERSIH

Sekumpulan anggota parlimen DAP yang menggelar diri mereka sebagai 'rakyat prihatin' menawarkan wang tunai RM10,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat tentang pihak yang menyunting gambar pemimpin BERSIH dibunuh ala IS.
Menurut anggota parlimen Segambut, Lim Lip Eng, tawaran wang tunai itu dibuat kerana mereka prihatin dan simpati dengan ugutan yang diterima oleh Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, bekas pengerusinya Datuk S Ambiga serta pegawai urus setia BERSIH Mandeep Singh.
"Kami sekumpulan rakyat yang bersimpati dengan gambar yang diterima oleh pihak BERSIH 5. Jadi kami menawarkan wang tunai RM10,000 untuk mana-mana individu termasuk pihak polis yang boleh beri bukti siapa yang menghantar gambar itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Maria, Ambiga dan Mandeep menerima ugutan bunuh daripada individu yang tak dikenali dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Maria merujuk kepada gambar suntingan yang memaparkan beliau seperti dalam keadaan berlutut sambil pisau diajukan padanya.
Gambar manipulasi itu kelihatan seperti aksi kumpulan bersenjata IS.
Selain Maria, gambar sama turut disunting dengan meletakkan gambar wajah Ambiga dan Mandeep.
Sehubungan itu, Lim berkata, sekiranya mana-mana individu mempunyai maklumat tentang gambar yang disunting berkenaan supaya memaklumkan terus kepadanya atau DAP.
Pemimpin kempen anti-BERSIH Datuk Seri Jamal Yunos pada 28 September lalu mendakwa perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan pada 19 November ini diresapi elemen kumpulan pengganas IS.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, beliau tiada maklumat tentang kenyataan pemimpin ‘baju merah’ itu.

Kerajaan enggan dedah butiran siasatan 1MDB di parlimen

Kerajaan enggan mendedahkan perkembangan lanjut siasatan polis terhadap 1MDB buat masa ini.

"Bagi memastikan proses siasatan yang sedang dijalankan tidak terganggu, pihak kementerian tidak akan mendedahkan butiran siasatan sehingga siasatan diselesaikan dan keputusan muktamad mengenai siasatan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara," kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dalam jawapan bertulis di parlimen, KDN cuma menjelaskan bahawa polis masih menyiasat 1MDB bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Menurut kementerian, sejumlah saksi telah dirakamkan percakapnnya dan masih terdapat pihak lain akan dipanggil bagi tujuan itu.
"Kertas siasatan juga telah dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut ekoran daripada arahan Jabatan Peguam Negara,” katanya.
Jawapan itu dikemukakan sebagai menjawab soalan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) yang mahu menteri dalam negeri menyatakan sama ada anak tiri perdana menteri Riza Aziz atau hartawan Jho Low berada dalam negara ini.
Sim juga mahu tahu bila mereka kembali ke Malaysia dan adakan mereka telah dipanggil polis untuk siasatan.
Riza dan Jhow Low adalah dua warganegara Malaysia yang disebut langsung dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) untuk menyita aset berkaitan 1MDB.
Sim kemudian mempertikaikan jawapan itu yang didakwanya tidak telus, berbanding jawatan parlimen Mei lalu.
Dalam jawapan lima bulan lalu, dinyatakan polis belum mengadakan pertemuan dengan Jho Low.
Bagaimanapun Sim ketika itu tidak bertanya berkaitan Riza.
“Kenapa sebelum ini menteri telus dan sekarang jadi rahsia?

“Adakah sebab soalan sidang kali ini ada nama anak (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor)?” soalnya.
Beliau juga menegaskan Jho Low sebagai saksi penting susulan perkembangan di AS.

Dr M: Bajet 2017 tidak bermakna, Putrajaya tidak ada wang

'Jangan samakan ugut bunuh Maria dan aksi 'olok-olok' kubur Najib'

Jamal ditangkap polis, ini kata bos BERSIH

Aksi Jamal laung 'hidup merah' selepas ditangkap polis di KLIA

RM10,000 bagi maklumat foto ‘bunuh’ pemimpin BERSIH

Fitnah isu GST, Pemuda PAS desak TV3 mohon maaf pada Hadi

'Kalau nak potong bajet, potong semua, tapi JPM ditambah pula'

Hanipa pertahan kenyataan GST Hadi di Parlimen dimanipulasi TV3/4....


Petikan ucapan Hadi berkaitan GST ketika berucap  di Parlimen didakwa dimanipulasi TV3.Petikan ucapan Hadi berkaitan GST ketika berucap di Parlimen didakwa dimanipulasi TV3.
Walaupun tidak lagi sehaluan dan berbeza parti, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin tetap mempertahankan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabilanya ucapannya di Dewan Rakyat dimanipulasi TV3.
Hanipa yang merupakan bekas ahli jawatankuasa Pas Pusat menafikan laporan berita TV3 bahawa Abdul Hadi menyokong Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebaliknya mendakwa agensi berita tersebut memanipulasi ucapan presiden Pas itu.

Mohamed Hanipa MaidinMohamed Hanipa MaidinBeliau turut mendakwa stesen televisyen pro kerajaan itu tidak mengamalkan pemberitaan yang bertanggungjawab.

“Saya sedang menonton Buletin Utama TV3 dan sebentar tadi TV3  'twisted 'ucapan Yb Marang kononnya beliau sokong GST.

“To be fair to Yb Marang keseluruhan ucapan beliau tidaklah menyokong GST meskipun dalam muqadimmah ucapan beliau ,dia ada menyatakan bahawa tidak dinafikan GST adalah mekanisme yang berkesan untuk kutip cukai dan selesaikan masalah orang tak bayar cukai tapi,TV3, in practising irresponsible journalism ,hanya ambil bahagian tu sahaja dan tidak siar keseluruhan ucapan YB Marang dan siarkan di Buletin Utama kononnya Yb Marang sokong GST.
"Saya ada di dewan masa Yb Marang berucap,” tulisnya di facebook malam tadi.
Hanipa yang pernah pengsan ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat April lalu dan mendapat rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat pendarahan otak kembali ke sesi parlimen kali ini.
Beliau yang menjalani pembedahan di bahagian kepala sudah semakin sihat namun masih perlu menjalani rawatan fisioterapi.