Selasa, 18 Oktober 2016

Halang ke luar negara: Zunar akan cabar KPN dan KP Imigresen di mahkamah


Zulkiflee Anwar UlhaqueZulkiflee Anwar Ulhaque
"Mereka boleh mengharamkan kartun saya, mereka boleh mengharamkan perjalanan saya, tetapi mereka tidak akan dapat mengharamkan minda saya," ujar kartunis prolifik Zunar.
Kartunis prolifik Zunar dihalang dari keluar negara oleh pihak Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  dakwanya atas arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Dalam satu kenyataan hari ini, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata, kejadian yang berlaku semalam jam 2 petang itu sewaktu beliau dalam perjalanan ke Singapura untuk menghadiri sebuah forum di sana.
"Semalam 17 Oktober 2016, jam 2 petang, dalam perjalanan ke Singapura untuk sebuah forum, saya telah dihalang dari keluar negara oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Saya diberitahu oleh pegawai tersebut bahawa arahan datangnya dari pihak polis. Setelah menyemak lebih lanjut seorang pegawai imigresen memberitahu bahawa arahan itu datang dari Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri dan ia berkuatkuasa sejak 24 Jun 2016.
"Berdasarkan undang-undang, KPN dan Ketua Pengarah Immigresyen tidak punya hak untuk menghalang saya dari keluar negara. Hanya mahkamah mempunyai kuasa tersebut, itu pun hanya boleh dijalankan menurut undang-undang tertentu," ujarnya dalam kenyataan itu.
Zunar  sempat merakamkan gambarnya ketika ditahan pegawai Imigresen di KLIA semalam.Zunar sempat merakamkan gambarnya ketika ditahan pegawai Imigresen di KLIA semalam.
Justeru Zunar berkata tindakan pihak berkuasa negara ni menghalangnya keluar negara satu tindakan bermotif politik.
"Tindakan menghalang saya dari keluar negara adalah satu tindakan bermotif politik dan berniat jahat serta bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
"Ia juga bertentangan dengan deklarasi hak asasi manusia sejagat.
"The International Covenant on Civil and Political Rights artikel 12 menyatakan dengan jelas bahawa setiap orang mempunyai kebebasan untuk ke luar negara, ini termasuk negara sendiri. Selanjutnya deklarasi itu menjelaskan bahawa hak-hak tersebut tidak boleh disekat kecuali jika diperuntukkan di bawah undang-undang, keperluan keselamatan negara, ketenteraman awam atau kesihatan.

Mereka ada foto MyKad anak saya, kata Maria berhubung ugutan bunuh

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mendedahkan bahawa pihak yang mengeluarkan ugutan bunuh terhadap beliau juga menghantar gambar MyKad tiga orang anak lelaki beliau.
"Saya tidak tahu bagaimana mereka mendapatkan gambar itu. Ini hanya menunjukkan betapa terdesak mereka ini.
"Mereka menggunakan nama Islam untuk menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan kami," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya petang ini.
Maria menerima ugutan itu melalui telefon bimbitnya, dan mesej berkenaan didakwa adalah amaran daripada kumpulan IS di Malaysia.
Menurut kenyataan BERSIH, antara ancaman yang diterima oleh Maria berbunyi: "Demi Allah dan kesucian perjuangan Islam di Malaysia, kalau ko nak hilang kepala macam kt Syria, teruskan keje bodoh tu. Aku potong kepala ko aku rakam dan akan aku sebar dalam u tube...aku kenal sape ko, aku tau kt mana kau tinggal dan aku jugak tau sape fmly dan anak-anak ko..."
Turut hadir di ibu pejabat polis adalah Pengerusi Pertubuhan Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk Ambiga Sreenivasan, ahli sekretariat BERSIH, Mandeep Singh dan aktivis serta ahli parlimen pembangkang.

Jamal kata Maria, Ambiga tak perlu wujud di Malaysia

Nampaknya ketua kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak berlapik menyatakan pandangannya terhadap tiga orang kuat BERSIH yang membuat laporan polis petang tadi.
Bagi Jamal, Maria Chin Abdullah, Datuk S Ambiga dan Mandeep Singh "sepatutnya telah lama mati" dan mereka "tidak perlu wujud di Malaysia" ini.
Bercakap kepada Malaysiakini Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar memberitahu kumpulan BERSIH serta "fahaman" mereka tidak diperlukan bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia yang menikmati suasana aman damai sejak merdeka.
Mengulas mengenai dakwaan mereka menghadapi ancaman bunuh Jamal berkata beliau tidak hairan ketiga-tiga pemimpin BERSIH terbabit menerimanya dan beranggapan ia hanyalah rekaan.
"Ia (tuduhan mendapat ancaman bunuh) dibuat ekoran kegagalan BERSIH dalam siri jelajah mereka sejak beberapa minggu lalu.
"Saya percaya apa yang mereka lakukan ini adalah perbuatan terdesak kerana sejak beberapa minggu road show BERSIH mereka gagal menarik sokongan orang ramai selain kelompok kecil penyokong dan orang-orang mereka sendiri," tegas Jamal.
Petang tadi Maria Chin, Ambiga dan Mandeep membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas beranggapan mereka mendapat ancaman bunuh.
Malah Maria Chin mendedahkan pihak yang mengugutnya itu juga menghantar gambar MyKad tiga anak lelakinya melalui telefon bimbit.
Amaran itu didakwa datang daripada kumpulan IS di Malaysia.
Kumpulan pendesak reformasi pilihan raya itu sedang menjalankan kempen mempromosi perhimpunan BERSIH 5 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November ini.

UM keluar surat pada 3 siswa #TangkapMO1

Tiga lagi penuntut Universiti Malaya (UM) menerima surat tunjuk sebab daripada pentadbiran pusat pengajian tinggi itu selepas jurucakap perhimpunan #TangkapMO1 Anis Syafiqah Md Yusof menerimanya semalam.
Perkara itu Ini disahkan Gabungan Gerakan Mahasiswa Malaysia (GGMM) dalam satu kenyataan hari ini.
Ketiga-tiga pelajar terbabit ialah Suhail Wan Azahar, Luqman Hakim dan Luqman Nul Haqim.
Menurut GGMM, surat tunjuk sebab tersebut meminta mereka memberikan asalan menyertai perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu.
GGMM berpendapat tindakan diambil UM terhadap empat penuntut terbabit berniat jahat kerana pindaan pada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kini jelas membenarkan mereka terlibat dalam aktiviti politik di luar kampus.
"Tindakan oleh universiti seolah-olah mereka tidak mengetahui atau menafikan kewujudan pindaan Auku," kata kenyataan berkenaan.
GGMM percaya tindakan disiplin terhadap empat penuntut itu adalah usaha pihak universiti menakut-nakutkan organisasi pelajar secara keseluruhannya.
Melalui kenyataan itu juga, gerakan dan kumpulan mahasiswa seluruh negara bersepakat untuk menyatakan solidariti buat empat orang sahabat mereka.
"Ingatlah sebanyak manapun tindakan dikenakan kepada para pejuang di kalangan mahasiswa dan mahasiswi, kami sekali-kali tidak gentar dan tidak akan berhenti. Kami akan terus bersuara demi masa depan anak bangsa," kata kumpulan itu.

Diancam bunuh, Maria Chin wajar diberi perlindungan polis

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Polis digesa menyediakan perlindungan sepanjang waktu kepada tiga pemimpin utama BERSIH yang menerima ancaman bunuh dalam bentuk bergambar yang disunting seakan-akan aksi militan IS mengacukan pisau ke arah tebusan.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut menggesa agar polis dengan segera menyiasat dalang di sebalik manipulasi gambar berkenaan yang didakwa dibuat bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka.
“Kita tidak boleh benarkan ancaman keganasan dan pergolakan (seumpama itu) menjadi satu macam norma dalam politik atau digunakan sebagai alat (bagi sesiapa) untuk terus berada di tampuk kuasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pengerusi BERSIH 5, Maria Chin Abdullah, Pengerusi 2.0, Datuk Ambiga S Ambiga serta Pegawai Urus Setia BERSIH, Mandeep Singh menerima ancaman berkenaan semalam.
Maria Chin seperti yang dilaporkan media telah mengesahkannya, malah, akan membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan petang ini.
BERSIH 5 telah menerima pelbagai ancaman dan provokasi daripada samseng UMNO yang diketuai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos sejak penganjur perhimpunan aman tersebut melancarkan konvoi ke seluruh negara pada 8 Oktober lepas.
Charles berkata, demonstrasi jalanan adalah sebahagian daripada hak demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan negara, justeru harus dihormati tanpa emosi oleh pihak kerajaan dan agensi penguatkuasaan di negera ini.
“Kita perlu bergerak ke hadapan untuk menjadi masyarakat yang bertamadun dan yang meraikan perbezaan pendapat, toleransi dan pemikiran kritikal,” tegasnya.

Tidak gentar ugutan ‘IS’, Bersih 5 akan diteruskan

"Kau jangan cuba nak bangkitkan kemarahan orang-orang Melayu," tambah pengirim, yang kemudian mendakwa dirinya IS.
maria-chin-bunuh-1
PETALING JAYA: Bersih 2.0 akan meneruskan himpunan aman yang dijadualkan 19 November depan, meskipun menerima ugutan bunuh daripada pihak yang mendakwa IS.
Jawatankuasa pemandunya mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan petang tadi.
“Sejak konvoi Bersih dan perhimpunan Bersih 5 diumumkan, pelbagai kenyataan berbaur perkauman, ugutan, pembohongan berunsurkan keagamaan, dan keganasan diajukan terhadap Bersih.
“Tuntutan-tuntutan Bersih masih kukuh, iaitu untuk pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, hak membantah, memperkukuh demokrasi berparlimen, dan memperkasa Sabah dan Sarawak,” kata Bersih 2.0.
Menurut kenyataan itu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menerima ugutan bunuh yang dikirim melalui aplikasi WhatsApp.
Pengirim mengugut untuk “sembelih” Maria dan “konco-konco ‘anjing'” beliau, serta melampirkan gambar tiga orang anaknya.
Ini kali kedua keselamatan Maria diancam. Sebelum ini, pemimpin Gerakan Merah Mohd Ali Baharom (Ali Tinju) mengugut Maria tidak akan berjalan di atas bumi.
Dalam kenyataan Bersih 2.0 petang tadi, pengirim membantah himpunan Bersih, yang diadakan bagi mendesak reformasi institusi dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Aku tak mau cakap banyak kali,” kata pengirim dalam pesanannya kepada Maria. “Aku nak bagi last warning pada kamu, jangan teruskan niat bodoh kau untuk anjur himpunan Bersih.
“Kau jangan cuba nak bangkitkan kemarahan orang-orang Melayu,” tambah pengirim, yang kemudian mendakwa dirinya IS.
Sebelum ini, Gerakan Baju Merah juga membantah penganjuran himpunan Bersih. Pemimpinnya, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos mendakwa Bersih diresapi IS, dan dilaporkan memberi amaran pengikutnya sedia bertembung dengan peserta Bersih.
Bersih 2.0 menggesa pihak berkuasa supaya memburu pengirim itu, dan memohon kerjasama Barisan Nasional supaya menghentikan ugutan dan keganasan.

Sungguh mudah nak perbodohkan rakyat..

Tips-tips utk berjimat cermat...

p/s: PATUTLA.. Najib tak bagi buat siaran LIVE majlis perkahwinan gilang gemilang anak mereka untuk tontonan rakyat jelata. Rupa2nya majlisnya hanya bersederhana sahaja.. Wasatiyyah la katakan..

Last2 Najib pon cakap.. sumber pendapatan negara merosot kerana faktor luaran..

Sama-sama lah kita saksikan nantikan wayang 'MEREKA' samada utk meraih undi mahupun yg menipu rakyat.


Siapa Percaya Jamal..??


FAKTA: Semenjak2 ini byk sgt kenyataan dari mulut Jamal Yunos adalah dusta semata2 & byk kali dikantoikan
Maria Chin telah pun buat laporan polis, bermakna ia berlaku bukan andaian semata2 malah beserta dgn bukti.
Kempen rasis busuk Jamal yg memainkan isu perkauman adalah puncanya walaupun beliau berpura-pura tidak menyedarinya.

Jamal: Bersih leaders should be dead already

Abiga: Death threats is an act of terrorism

Maria Chin dan geng kumpulan pendusta, ugutan bunuh rekaan - Jamal

Jika kes ugut bunuh tiada tindakan, kita ada satu kerajaan yang 'sakit'

Ugut bunuh: IGP, jangan main-main soalan keganasan - Mat Sabu

'Tiga anak saya turut diugut bunuh, potong kepala' - Maria Chin

Negara ditadbir ‘Perompak, Pencuri & Penyamun’, rakyat mesti rasa jijik dan marah

Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya sebagai patriotik, nasionalis atau cintakan Malaysia tanpa berasa jijik dan marah dengan gelaran negara “Perompak, Pencuri & Penyamun” ke atas Malaysia.
Lebih memburukkan keadaan, Speaker Parlimen Malaysia tidak membenarkan semua soalan penyelewengan melibatkan skandal kewangan terbesar negara berkaitan saman Jabatan Kehakiman (DOJ) berhubung asset USD1 billion 1MDB di Amerika Syarikat ditanya di Dewan Rakyat.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik mesti berasa malu dan marah kerana sejak sidang Parlimen May lalu, Malaysia telah malu menerima label negara kleptokrasi (negara pencuri) berikutan tindakan saman Jabatan  Kehakiman (DOJ) berhubung pembekuan aset 1MDB,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Menurutnya, skandal antarabangsa 1MDB yang telah memalukan Malaysia itu sepatutnya menjadi perkara pertama dibincangkan dalam Parlimen hari ini.
Namun, keputusan mengejutkan Speaker telah memberikan alasan bahawa perbincangan melibatkan skandal terbesar negara tersebut tidak relevan.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian ketika merasmikan Perpustakaan Sosial Demokrasi REFSA malam tadi yang merupakan sebuah badan pemikir bagi pelaksanaan dasar-dasar Demokrasi Sosial.
“Saya teringat mengenai perpustakaan-perpustakaan agung di zaman kegemilangan tamadun Islam dalam kurun kesembilan-belas yang merupakan era kemajuan sains, agama, falsafah dan pembangunan kebudayaan yang belum pernah tercapai dalam sejarah dunia sebelum dan selepasnya.
“Ada pusat keilmuan di zaman Abbasiyah yang merupakan universiti, perpustakaan, institut penterjemahan dan makmal penyelidikan dalam sebuah kampus,” ujarnya.
Bagaimanapun pusat keilmuan di Baghdad itu musnah dengan tragik dan berakhir dengan penaklukan Mongol manakala segala koleksi buku dan manuskrip yang tersimpan di pusat perkembangan dimusnahkan dengan dibuang ke dalam Sungai Tigris.
“Dari zaman ke zaman, banyak metafor tentang cahaya dan kegelapan mengenai perpustakaan di mana perpustakaan sering digambarkan sebagai kayu pengukur kejayaan dan kegemilangan sesebuah tamadun dan ia umpama cahaya yang keluar apabila ia ditutup.
“Bagaimanapun, zaman gelap sesebuah tamadun bukanlah bermula dari penutupan perpustakaannya tetapi ia berlaku akibat kepincangan prinsip tadbir urus yang baik sesebuah pemerintah,” katanya lagi.
Perpustakaan REFSA yang mendapat julukan “Perpustakaan Dalam Pasar” ini boleh dikunjungi di Tingkat 5, Wisma WenWorth dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dari Isnin sehingga Jumaat, manakala pada hari Sabtu, ia dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Pendatang asing dapat IC, Orang Asal Sarawak?

Kerajaan Barisan Nasional di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituntut menyelesaikan masalah status kewarganegaraan Orang Asal Sarawak kerana berhadapan situasi sukar untuk mendapatkan kad pengenalan (IC).
Wawi
Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo berkata, tuntutan tersebut dibangkitkan melebihi 30 tahun dan beberapa memorandum berkaitan isu ini diserah kepada kerajaan, tetapi tiada sebarang tindakan.
Beliau berkata, faktor jarak hospital dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terlalu jauh daripada rumah penduduk menyebabkan masalah ini berlaku.
“Kebanyakan rakyat Sarawak ini adalah orang hulu, mereka tak dapat IC kerana tinggal jauh di pedalaman. Untuk mereka mendaftar di JPN sangat jauh. Semasa PRU lepas, penduduk dijanjikan oleh pegawai JPN, kemudian hampa.
“Setiap kali kelahiran anak hanya di rumah panjang sahaja kerana jarak ke hospital mengambil masa dua atau empat hari untuk sampai, jadi pendaftaran kelahiran dan sebagainya tidak ada.
“Sebab itu, sekali lagi kita minta kerajaan dan PM mengambil perhatian isu ini. Mereka bukan pendatang tetapi rakyat Malaysia. Disebabkan tiada pengenalan, anak-anak mereka tak dapat ke sekolah, tak dapat rawatan di hospital dan sebagainya,” kata Dr Micheal ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima memorandum daripada wakil Orang Asal Sarawak, yang diiringi Dr Michael.

Parti Warisan Sabah tidak ganggu kekuatan Umno, BN - Zulkarnain Mahdar

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah, yang penubuhannya diluluskan Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan (ROS) pada 13 Oktober lepas, tidak sedikit pun mengganggu kekuatan Umno dan BN di Sabah.  
Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, malah, penubuhan parti baharu itu yang diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dilihat sebagai kelebihan buat Umno dan BN di Sabah.   
"Parti yang terjejas dengan tindakan Shafie adalah PKR dan DAP kerana hampir semua pemimpin tertinggi parti pembangkang itu meninggalkan parti dan menyertai Shafie selain ada yang turut menubuhkan parti baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.  
Semalam, Mohd Shafie yang juga bekas Naib Presiden Umno mengumumkan Parti Warisan Sabah sebagai nama baharu parti itu bagi menggantikan nama Parti Pembangunan Warisan Sabah, yang ditubuhkan pada 2013.  
Kelulusan nama dan logo baharu parti itu, yang diambilalihnya pada 22 September lepas, diperoleh daripada ROS.
Zulkarnain, yang juga Pengerusi NGO Pro BN, berkata Mohd Shafie dilihat cuba menjadi juara bagi rakyat Sabah namun beliau terlupa kesilapannya kepada rakyat Sabah ketika memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.  
Beliau mendakwa Mohd Shafie gagal menggalas tanggungjawab dalam menyelesaikan isu kemudahan infrastruktur seperti jalan dan bekalan elektrik untuk rakyat Sabah ketika menyandang jawatan itu.  
"Justeru itu, tindakan Mohd Shafie yang kononnya ingin bersuara bagi pihak rakyat Sabah sebenarnya sekadar retorik dan hanya mahu melepaskan dendam terhadap BN di Sabah," katanya.

Tak pernah main bola, Najib tak layak jadi presiden FAM

Pengkritik sukan itu berkata jawatan perdana menteri bukan kelebihan untuk menjadi presiden FAM, sebaliknya pengetahuan dan pengalaman yang perlu dititikberatkan.
Khoo-Kay-Kim_fam_600PETALING JAYA: Tan Sri Prof Khoo Kay Kim berkata cadangan melantik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sangat tidak masuk akal.
Pengkritik sukan itu berkata bagaimana Najib mahu membangunkan prestasi bola sepak sedangkan pemimpin nombor satu negara itu tidak pernah bermain bola sepak apatah lagi mempunyai pengetahuan dalam bidang itu.
“Perdana menteri mesti faham tentang bola sepak, kita nak tahu apa pengetahuan dan pengalaman yang dia ada. Bukan hanya kerana dia perdana menteri secara automatik boleh jadi presiden FAM.
“Cadangan itu saya rasa tidak masuk akal, inilah masalah kita sekarang mereka tidak tahu bagaimana nak mencari jalan sesuai untuk memajukan bola sepak negara. Bagi saya generasi sekarang semua tidak tahu memajukan bola sepak,” katanya kepada FMT.
Khoo berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan bekas naib presiden FAM Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddi Raja Omar supaya Najib mengambil alih kerusi nombor 1 badan induk itu pada penggal seterusnya memandangkan Najib calon yang menepati kredibiliti dan mempunyai pengaruh besar.
Beliau berkata cadangan itu selaras dengan sejarah presiden FAM yang menyaksikan perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan juga bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein pernah memegang jawatan itu.
“Bagi saya Datuk Seri Najib seorang tokoh yang hebat, dia boleh bagi semangat dan motivasi kepada pemain dalam usaha mengembalikan martabat bola sepak negara,” katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Penganjur #Tangkap MO1 terkejut terima surat UM

Anis Syafiqah Md Yusof berkata beliau menerima surat tunjuk sebab hari ini, selepas 2 bulan penganjuran himpunan itu berlalu dan diberi tempoh hingga Ahad untuk menjawabnya.
Anis UM
KUALA LUMPUR: Penganjur #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof hari ini diberikan surat tunjuk sebab daripada pengurusan Universiti Malaya (UM), selepas 2 bulan penganjuran himpunan itu berlalu.
Anis berkata beliau memang menjangkakan universiti akan memberikan surat tunjuk sebab atas tindakannya terlibat dalam himpunan itu.
Bagaimanapun, katanya masa yang panjang diambil UM ternyata mengejutkannya sehinggakan beliau tidak terfikir UM akan mengambil tindakan terhadapnya.
“Saya sudah jangka yang kalau saya ambil tindakan ini memang biasanya universiti akan memberi surat (tunjuk sebab). Tetapi selepas 2 bulan daripada tarikh perhimpunan itu, baru saya dapat surat.
“Saya ingatkan universiti tidak ambil peduli,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata surat itu diterima dari Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UM Prof Datuk Dr Rohana Yusof yang mendakwa beliau “merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti”.
“Saya terima surat itu pada 17 Oktober dan diberi tempoh 7 hari untuk membalasnya kepada naib canselor UM. Apa yang menghairankan ialah surat itu bertarikh 12 Oktober tetapi ia saya menerimanya semalam menerusi e-mel.
“Menurut rakan peguam saya, tempoh 7 hari itu dikira dari hari pertama kita terima surat itu dan bermakna Ahad ini hari terakhir surat perlu dibalas,” katanya.
Walaupun berdepan hukuman pergantungan semester, Anis yang kini pelajar tahun akhir jurusan Bahasa dan Linguistik tetap yakin beliau tidak melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Katanya, 2 sebab utama ialah himpunan itu dilakukan ketika cuti semester dan di luar kampus (luar kawasan universiti).
“Saya rasa tindakan UM ini boleh jejaskan pandangan masyarakat terhadap UM. Apa yang UM buat ini juga membuka peluang orang luar lihat pentadbiran UM sebenarnya.
“UM sepatutnya dilihat sebagai tempat kebebasan suara. Bila ambil tindakan seperti ini, UM perlu sedia kena tohmahan dan kritikan masyarakat,” katanya.
Anis yang berasal dari Sabak Bernam berkata lazimnya selepas menerima surat tunjuk sebab, beliau akan diberikan kaunseling oleh naib canselor sebelum dihadapkan ke mahkamah UM bagi mendengar keputusan selanjutnya.
Katanya, berdasarkan pengalaman seniornya iaitu Fahmi Zainol, pelajar yang melakukan aktiviti sedemikian akan dikenakan hukuman gantung 2 semester.
“Tetapi itu kerana dia (Fahmi) melakukan kesalahan di dalam kampus. Sejauh mana perbicaraan itu terpulang kepada Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk menilai berdasarkan AUKU.

Ku Li: Pinda perlembagaan, Kelantan tak ada wang selain balak

Anggota parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kerajaan negeri Kelantan perlu mendesak Putrajaya meminda perlembagaan berkaitan hasil pendapatan negeri.
Menurutnya, ketika ini, kerajaan negeri tidak mempunyai punca pendapatan lain selain daripada pembalakan.
Justeru, Tengku Razaleigh meminta agar kerajaan Persekutuan membahagikan cara kutipan hasil supaya lebih banyak diperolehi oleh negeri.
"Bukan nak salah kerajaan negeri juga kerana punca pendapatan sekarang ialah hasil balak. Kerajaan negeri tak ada wang.
"Sebab itu saya cadang perlembagaan negara dipinda supaya membahagikan cara kutipan hasil itu lebih banyak (diberi) pada negeri," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita mengenai isu pembalakan di Gua Musang yang turut memberi kesan terhadap kaum Orang Asli di kawasan itu.
Selain itu, pemimpin veteran Umno yang dikenali sebagai Ku Li itu juga berkata, perkara ini dapat direalisasikan sekiranya kerajaan negeri mendesak dan membuat rundingan dengan Pusat.
"Saya rasa dah sampai tahap lakukan perubahan (Perlembagaan). Dulu ia dibuat sebelum tahun 1957, dan saya rasa sekarang perlu ambil kira keadaan semasa," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan PAS Kelantan wajar mengutamakan isu untuk meminda Perlembagaan berbanding Rang Undang-Undang 355, Ku Li hanya tersenyum dan berkata:
"Banyak isu yang kerajaan negeri perlu desak terutamanya oleh PAS.
"Sebab orang sekarang dah bosan dan penat dengan tiada pembangunan serta pembangunan yang pasif di negeri itu.
"Malah golongan muda juga keluar dari negeri itu kerana kerajaan negeri tidak mampu untuk menyediakan kemudahan untuk golongan berkenaan," katanya lagi.

IKAT PERUT NAJIB DULU, BAJET 2017 ADALAH "BAJET MISKIN"

Apabila Najib Razak mengarahkan para menteri untuk menghadapi masa terkehadapan yang lebih mencabar dan bersedia "mengikat perut"  dengan mengambil kira keperluan perbelanjaan kementerian masing-masing, ia dengan sendirinya membayangkan Bajet 2017 yang dibentangkannya  Jumaat ini adalah "bajet miskin."

Najib secara sedar mengakui negara sedang kekurangan wang dan oleh yang demikian, perbelanjaan kementerian-kementerian akan mengalami pemotongan yang ketara pada tahun hadapan.

Memotong atau mengurangkan perbelanjaan kementerian bermakna semakin kuranglah peruntukan yang diberikan kepada rakyat melalui program pembangunan dan perkhidmatan yang disediakan.

Jika selama ini sudah banyak perkhidmatan dan program pembangunan untuk rakyat yang dipotong kerana negara kekurangan wang seperti kemudahan perubatan, bekalan ubat-ubatan dan lain-lainnya, bermakna pada tahun depan lebih banyak lagi yang bakal dipotong dan dikurangkan.

Wajarkah hanya peruntukan kementerian yang dipotong dan menteri-menteri saja yang diminta berjimat-cermat?
Kalau pun perbelanjaan kementerian harus dipotong, Najib seharusnya kekal memberi memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat, khususnya berkaitan kesihatan dan pendidikan.

Bagaimana dengan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri sendiri, adakah ia akan dipotong juga?

Begitu dengan peruntukan untuk Perdana Menteri, akan adakah terma-terma tertentu yang akan dikurangkan atau ia berjalan sebagaimana biasa seperti zaman mewah dahulu?

Pas Pahang ugut akan tanding kerusi PKR


Rosli Jabar, Pesuruhjaya Pas Pahang.Rosli Jabar, Pesuruhjaya Pas Pahang.Pesuruhjaya Pas Pahang mengugut PKR, jika mana-mana komponen Pakatan Harapan meletakkan calon mereka di kerusi Pas, parti itu juga akan meletakkan calonnya di kerusi PKR.
"Pas Pahang menegaskan bahawa jika sekiranya Pakatan Harapan bertanding di kerusi Pas bertanding, Pas Pahang juga akan meletakkan calonnya termasuk di kerusi PKR bertanding.
"Kerana PKR adalah komponen Pakatan Harapan, maka diharapkan PKR dapat berbincang sebaik mungkin untuk rakan-rakan Pakatannya tidak menganggu kerusi Pas bertanding," kata Rosli Jabar dalam satu kenyataannya.
Menurutnya, Pas tidak akan menyerahkan walau satu pun kerusi yang ditandingi pada PRU 13 yang lalu kepada mana-mana komponen Pakatan Harapan.
"Kerusi yang ditandingi Pas pada PRU 13 yang lalu adalah hasil muafakat dalam Pakatan Rakyat.
"Kini Pas dan PKR masih lagi berada di dalam Pakatan Rakyat, maka semua kerusi antara Pas dan PKR adalah berdasar kepada status quo," katanya.
Keputusan ini, katanya, telah dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Pahang baru-baru ini, kerana jentera Pas telah bekerja disetiap DUN Pas bertanding sejak bertahun lalu dan lebih agresif lagi apabila hampir pilihanraya.
Jika Pas menarik diri untuk memberi laluan kepada Pakatan Harapan pasti akan melemahkan jentera pilihan raya Pas yang kini sedang bersemangat untuk menghadapi PRU 14, katanya.
Beliau juga menegaskan, Pas tidak mungkin akan menerima Pakatan Harapan selagi di dalamnya ada DAP dan Amanah.
"Walaupun di dalamnya ada PKR yang sangat mesra dengan PAN, tapi masih bertahaluf dengan Pas, Pas tidak mungkin akan bertolak ansur untuk membenarkan Pakatan Harapan bertanding dikerusi Pas," katanya.
Katanya, PKR dan DAP boleh berbincang sesama mereka untuk memberikan kerusi mereka kepada Amanah, bukan ambil kerusi Pas.
"Pas tidak akan bertanding dikerusi PKR bertanding, namun Pas Pahang tegaskan sekali lagi bahawa Pas Pahang akan bertanding dimana-mana kerusi sekalipun termasuk kerusi yang ditandingi PKR jika ada salah satu kerusi Pas dicerobohi oleh Pakatan Harapan," katanya.

NAMPAK TAK strategi UMN-BN & kuncu2 'anjing kurap' mereka..

DI NEGARA Komunis-China, pegawai kanan kerajaan mereka yg terkantoi sorok wang tunai KENA HUKUMAN MATI..

TAPI DI MALAYSIA Negara Islam katanya.. Ketua Pemerintahnya Islam-UMNO berdarah PAHLAWAN, Pengarah agensi kerajaan BN sorok wang tunai RM112 juta DAN JUGA berhubung penyelewengan dana bernilai RM3.3 bilion BOLEH DIBEBASKAN ??!!!

SUDAHNYA cina-DAP yg juga disalahkannya..
SUDAHNYA cina-DAP dicop komunis..

Ke mana agihnya kutipan puluhan bilion itu ??!!

Hadam dalam-dalam kata2 ini;

"Rakyat mula sedar GST beri manfaat dan menguntungkan" -Najib, 20/5/2015

"Pelaksanaan GST bukan bertujuan membebankan rakyat" - Najib, 10/9/2014

"Orang kaya sahaja kena GST" - Ahmad Maslan, 28/3/2014

"Harga barang boleh turun kerana GST" - Ahmad Maslan, 31/3/2015

Manfaat mendanya pada rakyat ??!!

Kerajaan mmg dapat la manfaat, bila ekonomi dah teruk, takda duit.. kamu tekan rakyat dgn kutip GST !!!
SENANG BUKAN JADI KERAJAAN !!
Bila urustadbir negara dah bobrok akibat ketirisan, boros, penyalahgunaan kuasa, RAKYAT JADI MANGSA UTK MENYELAMATKANNYA..

Najib layak jadi Presiden FAM, cadang Raja Zainuddin

'Kita ada kes kuat cabar SPR di mahkamah,' kata Azmin Ali

Pakatan Harapan akan bincang RUU 'alternatif' Amanah, kata Azmin

RUU: Ahli Parlimen BN Tak Akan Hampakan Pas - Dr Mohd Khairuddin

Solidariti Pakatan Harapan untuk Mazlan Aliman


Mazlan Aliman. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehMazlan Aliman. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehPakatan Harapan hari ini sebulat suara menyatakan solidariti ke atas presiden Persatuan Anak Perneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang diarah membayar saman sejumlah RM500,000 kepada Felda.
Saman tersebut ekoran tulisan Mazlan dalam bukunya bertajuk “Felda...Dulu Tolong Sekarang Along!” yang dicetak oleh syarikat Angkatan Edaran.
Sekiranya Mazlan tidak dapat membayar wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan dan tidak lagi boleh memimpin mana-mana organisasi untuk memperjuangkan rakyat dan membebaskan golongan Felda.
Dalam kenyataan bersama yang dibacakan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu pada sidang media hari ini, mereka merayu orang ramai untuk membantu Mazlan di bawah projek “Solidariti Bersama Mazlan Aliman” dengan sumbangan sekurang-kurangnya RM10.
Sumbangan boleh disalurkan ke nombor 564258576644 (Maybank) atas nama PUSAT PENGGERAK MOBILISASI.
Setiap sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada nombor 017-7709869 (Rahmat).

Utusan diperintah bayar gantirugi RM200,000 kepada Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Anwar Ibrahim Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak perlu membayar ganti rugi RM200,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnah beliau dalam dua artikel berkaitan temu bualnya dengan BBC empat tahun lepas.
Ini disebabkan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu dan Abdul Aziz gagal memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan, oleh itu, tidak boleh merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam memberi award ganti rugi kepada bekas ketua pembangkang itu.
Panel tiga hakim Mahkamah Pesekutuan yang dipengerusikan Hakim Tan Sri Hasan Lah sebulat suara menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran merayu dan memerintahkan mereka membayar kos perundangan RM10,000.
Hakim Hasan berkata mahkamah tidak mendapati sebarang merit dalam permohonan itu. Turut bersidang bersama beliau ialah Hakim Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Utusan Melayu memohon mahkamah memberi kebenaran untuk merayu dan mencadangkan empat persoalan undang-undang untuk ditentukan Mahkamah Persekutuan berkaitan isu sama ada sabitan terhadap Anwar dalam kes Sodomi II boleh digunakan untuk mengurangkan kuantum ganti rugi dalam saman fitnah itu.
Peguam Latheefa Koya mewakili Anwar berkata mahkamah tidak seharusnya membenarkan permohonan bagi kebenaran untuk merayu memandangkan perkara yang dibangkitkan itu bukanlah baharu dan telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Anwar, 69, menyaman Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan mendakwa mereka telah menerbitkan dua artikel mengandung fitnah terhadap beliau di muka hadapan dan muka 10 akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 17 Jan 2012, berhubung temu bual beliau dalam BBC.

'Vida pun tak bayar GST'

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan saja mengurangkan keuntungan perniagaan malah menyebabkan kemerosotan, kata Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Ronnie Liu.
Di pihak kerajaan, katanya, GST gagal membantu ekonomi negara malah menyusahkan Datuk Seri Najib Razak.
"(Keuntungan) kurang dan semua merosot. Datuk Seri Vida pun tak bayar GST," kata Ronnie hari ini.
Bekas exco Selangor itu mengadakan sidang media Solidariti Bersama Mazlan Aliman di Kuala Lumpur.
Liu berkata demikian bagi mengulas kenyataan perdana menteri semalam yang mendakwa ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST.
Pada 13 Ogos lalu Vida - atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 32 pertuduhan mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Vida mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Berdasarkan kertas pertuduhan, pemilik dan pengasas barangan kosmetik dan kesihatan Vida Beauty Sdn Bhd itu didakwa gagal mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah kira-kira RM4.2 juta sejak April 2015 hingga Julai 2016.
Rakyat tak percaya
Mahkamah menetapkan wang jaminan berjumlah RM1.76 juta bagi kesemua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanan milik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.
Kata Liu pelaksanaan GST sejak 1 April lalu gagal membantuk menyelamatkan ekonomi Malaysia atau Najib.
"Sebab apa yang dia (Najib) dapat (daripada kutipan GST) lebih rendah berbanding hutang-hutang negara dan juga hutang 1MDB," kata Ronnie.

Rakyat dibebani GST sebab hutang negara


KOTA BHARU – Rakyat tidak akan dibebani dengan GST jika pemimpin Umno dan BN memerintah dengan penuh adil dan tiada ketirisan berlaku dalam pentadbiran negara.
Exco Pemuda Pas Pusat, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, memang GST menjadi penyelamat ekonomi kini dan kerajaan menggunakan GST sebagai medium untuk memastikan rakyat dapat membantu menyelesaikan hutang negara yang banyak.
“Memang GST penyelamat ekonomi yang telah lumpuh akibat daripada tangan ganas pemimpin BN itu sendiri. Kini kerajaan terpaksa ambil duit rakyat untuk bantu dengan cara memperkenalkan GST, naikkan harga minyak, harga tol. Dengan ini menunjukkan bahawa rakyatlah terpaksa menanggung hutang Negara yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menolak cadangan pengurangan cukai GST daripada enam kepada tiga peratus.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh Liew Chin Tong (DAP-Kluang) di Parlimen, hari ini.
Menurutnya, negara tidak sepatutnya berhutang dan GST tidak wujud, sekali gus rakyat akan hidup dalam keadaan baik tanpa sebarang tekanan daripada kenaikan harga barang dan pelbagai lagi.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri berkata, sebelum ini seorang menteri pernah berkata, GST tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang, malah harga akan turun, jauh lebih murah daripada kini.
“Apakah barang yang akan turun harga itu, senaraikan kepada kami. Sampai sekarang kita tidak jumpa lagi barang turun harga, malah harga lebih meningkat lagi.  Kita tidak menentang cukai, cukai dikenakan pada barang tertentu dan pada tempat tertentu yang eksklusif. Restoran besar yang mana dikunjungi orang kaya, itu adil bagi mereka yang ada lebihan perbelanjaan.
"Tetapi GST yang diperkenalkan dikenakan kepada semua rakyat. Maka ini adalah cukup tidak adil. Jika mereka kata GST itu penyelamat, ia mesti dibaca dengan maksud bukan penyelamat sebenar, tetap penyelamat kepada ekonomi yang merudum,” katanya.

Saman DoJ: Speaker salah faham maksud ‘sub judice’, kata peguam

Syahredzan berkata, apa yang dibincangkan di Malaysia berhubung saman DoJ tiada pengaruh ke atas AS.
PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus dikritik atas keputusan menghalang perbahasan mengenai samn Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat bagi menyita aset didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.
Peguam, Syahredzan Johan berkata, Pandikar secara dasarnya salah faham fungsi “sub judice” berhubung tindakan merampas aset DoJ di AS.
“Macam mana apa yang dicakap dan dibincangkan di sini (Malaysia) mempunyai pengaruh di sana (AS),” tulisnya di Twitter sebagai respons terhadap keputusan Pandikar, semalam.
Beliau berkata, saman dan isu 1MDB perlu dibincangkan di Dewan Rakyat kerana ia adalah isu negara memandangkan dana awam sudah disalah gunakan.
Malah di Malaysia, katanya, isu “sub judice” tidak relevan kerana mahkamah di negara ini tidak lagi mempunyai perbicaraan juri dalam kes jenayah.
“‘Sub judice’ timbul kerana ada perbicaraan juri. Seluruh idea ialah jika orang bercakap mengenai kes itu di luar mahkamah, juri mungkin terpengaruh,” katanya.
Semalam, Pandikar berkata, menteri tidak perlu menjawab soalan dikemukakan wakil rakyat berhubung DoJ, kerana kes itu masih dibicarakan di mahkamah AS, jadi ia adalah “sub judice”.
Saman sivil DoJ mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.78 bilion) diseleweng daripada 1MDB, tetapi aset berjumlah AS$ 1 bilion (RM4.2 bilion) sudah dikesan.
Disember lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan menjawab soalan mengenai sumbangan RM2.6 bilion di Parlimen, dengan mendakwa Datuk Seri Najib Razak menyalahi peraturan “sub judice”.
Ketika itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat Najib berhubung perkara itu, tetapi Peguam Negara membersihkan nama perdana menteri daripada sebarang kesalahan, sebulan kemudian.
Peguam, Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata, sebagai speaker Dewan Rakyat, Pandikar sepatutnya bertindak sebagai semak dan imbang kepada Kabinet.
Jika tidak, katanya, pengasingan kuasa antara 3 cabang kerajaan, termasuk badan kehakiman, akan terhakis.

DAP: Hubungan kaum merosot, hanya PAS-BN yang mesra

Tidak ada kesungguhan untuk baiki hubungan antara kaum, kata ahli Parlimen
M KulasegaranKUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen DAP menyorot perhatian Dewan Rakyat kepada kemerosotan hubungan antara kaum dan perpaduan.
“Hanya BN dan PAS yang nampak bersatu.
“Tetapi rakyat melihat tidak ada kesungguhan untuk membaiki hubungan antara kaum,” kata M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang (RUU) Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan).
Kulasegaran menambah ada persepsi golongan berkaitan BN kebal pendakwaan manakala pembangkang pula tidak.
Beliau turut mempersoalkan dakwaan kononnnya Akta Hubungan Kaum akan dikaji selepas pilihan raya umum 2013.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri tidak bersetuju dakwaan kononnnya perbincangan mengenai perpaduan dikuasai parti politik.
“Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) turut dianggotai mereka yang tidak menyokong kerajaan. Akar umbi turut terlibat dalam majlis itu,” katanya.
Menurut Nancy, blueprint perpaduan akan dibentangkan di Jemaah Menteri tidak lama lagi.
“Ia sudah dibentangkan dan dipersetujui di persindangan menteri besar dan ketua menteri pada 2015.
“Persidangan turut melibatkan menteri besar dan ketua menteri bukan BN,” katanya.
Tokoh DAP Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) bangun mencabar semua wakil rakyat untuk mendukung Rukunegara.

NUJ minta polis tangkap ketua baju merah

Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) menggesa polis menahan pemimpin kumpulan baju merah selepas pengikut mereka didakwa terbabit mengasari petugas media di Kuala Selangor pada 15 Oktober lalu.
Timbalan Pengerusi NUJ Chin Sung Chiew berkata tiada mana-mana petugas media wajar dikasari ketika menjalankan tugas mereka.
"Walaupun kita tahu Jamal di belakang kumpulan baju merah ini, kami sebenarnya tidak memusuhi mana-mana pihak, sama ada baju merah atau kuning
"Kami cuma menegaskan bagi pihak media kami berpendapat wartawan tidak wajar diganggu mana-mana pihak ketika menjalankan tugas," katanya di luar Balai Polis Daerah Brickfields di Seri Petaling Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir Exco NUJ Basir Abu Bakar.
Sebelum itu Chin membuat laporan kepada polis mengenai kekasaran dan serangan beberapa individu antigerakan BERSIH di depan sebuah pasar raya di Kuala Selangor Sabtu lalu.
Dalam kejadian itu sekurang-kurangnya dua petugas media dikasari, termasuk seorang daripadanya dari Malaysiakini yang dipanggil "Cina babi".
Wartawan sedang membuat liputan konvoi BERSIH dari Sekinchan ke Kuala Selangor apabila kejadian berkenaan berlaku.
Polis mengesahkan sudah menahan tiga individu berhubung kejadian berkenaan namun setakat ini belum ada sesiapa didakwa atas insiden itu.
Mesti ada ketua
Semalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut mengecam tindakan berkenaan dan mendesak kejadian seumpama itu dihentikan segera.
Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos adalah seorang daripada pemimpin utama kumpulan baju merah. Bagaimanapun beliau dilaporkan berada di luar negara pada Sabtu lalu.
Jamal sepatutnya memberi keterangan kepada polis berhubung satu status dimuat naik di Facebook yang mengaitkan BERSIH dengan insiden 13 Mei 1969 dan "parang terbang".
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis menyiasat Jamal selepas itu.

Mat Sabu tak faham pendirian baru PAS pada BERSIH

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu hari ini berkata beliau tidak faham terhadap pendirian baru parti lamanya yang tidak lagi menggalakkan anggotanya menyertai himpunan BERSIH.
"BERSIH adalah anak saya, saya adalah komander BERSIH 1, 2 dan semua pemimpin PAS hadir.

"Jadi, perubahan pendirian PAS (terhadap BERSIH5) mereka itu saya tidak fahamlah.
"Sebelum ini surat khabar (rasmi PAS) Harakah isytihar semua anggota PAS kena hadir dalam himpunan BERSIH tapi kenapa mereka buat perubahan itu kena tanya di pihak mereka," kata Mat Sabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa bahawa bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini mewajibkan anggota PAS menyertai BERSIH.
Bagaimanapun, PAS telah memutuskan untuk tidak menyertai perhimpunan BERSIH 5, walaupun pada prinsipnya menyokong matlamat asal gabungan itu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata, BERSIH 5 mempunyai banyak matlamat lain yang dirasakan tidak selari dengan pendekatan parti itu pada masa kini.
Bercakap kepada pemberita di parlimen hari ini, Takiyuddin menjelaskan penyertaan mereka sebelum ini atas sebab-sebab tertentu.
“Mungkin allahyarham (Nik Aziz) ada lagi hari ini mungkin beliau akan kata tak perlu kot (hadir BERSIH). Saya pun boleh buat andaian begitu.
“Memang dulu kita menyertai BERSIH tapi atas sebab-sebab tertentu tapi kali ini kita buat keputusan untuk tidak menyertai BERSIH,” katanya.
Himpunan BERSIH 5 bertemakan Malaysia akan diadakan pada 19 November ini di ibu negara.

Wan Azizah: Rosmah Senior Saya Di TKC

Izzah Belum Temui Cinta Hati Baharu

Akta 355: Pas 'Hairan' Pandangan Ku Li

Terpulang Kepada Speaker Tentukan RUU, Kata Ahmad Zahid

Lahad Datu: Kerajaan Teliti Bukti Dalang Jual Maklumat

'Kerajaan Adil Tak Kira Baju Kuning Atau Merah' - TPM

Jawab DOJ 'subjudis', DAP mahu fail usul keputusan speaker

'RUU kami tak sama dengan Hadi'

Insiden kecoh anti-Bersih: Mesti ada ketua di belakang, tangkaplah mereka - NUJ

Jawab DOJ 'subjudis', DAP mahu fail usul keputusan speaker

DAP mahu memfailkan usul berhubung keputusan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menegaskan menteri tidak perlu menjawab soalan berkaitan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) atas alasan subjudis.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, usul itu akan difailkan di bawah Peraturan Mesyuarat 43 supaya keputusan Speaker dapat disemak semula.
Sehubungan itu, Lim berkata pihaknya akan menunggu hansard parlimen semalam sebelum mengemukakan usul berkenaan.
"Kita akan memfailkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43 bagi mengkaji semula keputusan Speaker dan berharap masa (untuk debat) akan ditentukan.
"Kerana semalam ketika kami tanya Speaker bila akan tentukan masa (untuk didebatkan), beliau diam.
"Jadi kami menanti handsard semalam sebelum usul dibuat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Pandikar menegaskan bahawa menteri tidak perlu menjawab soalan yang dikemukakan mengenai saman DOJ yang difailkan di mahkamah California Julai lalu.
Saman itu adalah berhubung dengan apa yang digambarkan oleh DOJ sebagai antara tindakan terbesar yang pernah dibuat mengikut Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi, yang membabitkan kira-kira AS$1 bilion aset berkaitan 1MDB yang didakwa diselewengkan.
Bagaimanapun, keputusan Pandikar itu dipertikaikan apabila bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus mempersoalkan alasan subjudis berkenaan.
Menurut Mohd Hishamudin, isu subjudis tidak timbul kerana perbicaraan mengenai saman DOJ merupakan perbicaraan asing manakala peraturan subjudis terpakai berhubung perbicaraan di mahkamah Malaysia.

GST tidak akan dimansuhkan, kata menteri

Datuk Johari Abdul Ghani berkata ini kerana objektif pelaksanaan GST adalah untuk menyusun semula sistem cukai kepenggunaan negara supaya menjadi lebih telus dan efisien.
Johari-Abdul-Ghani_gst_600KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah bercadang untuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan bermula 1 April, 2015.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata ini kerana objektif pelaksanaan GST adalah untuk menyusun semula sistem cukai kepenggunaan negara supaya menjadi lebih telus dan efisien.
“Struktur GST yang dilaksanakan mengambil kira kedudukan semasa sosioekonomi rakyat demi memastikan impak pelaksanaan GST adalah pada tahap minimum kepada rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
“Pelbagai barangan GST dikenakan kadar sifar manakala perkhidmatan asas dikecualikan daripada GST termasuk barangan asas,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Hadi ingin mengetahui sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang sedang dilaksanakan dan mengambil mekanisme lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan.
Johari berkata kerajaan juga menyediakan pelbagai pakej bantuan pelaksanaan GST untuk memastikan impak minimum kepada rakyat termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Di samping itu, kerajaan juga mengurangkan kadar cukai individu iaitu 1% hingga 3%,” katanya.
Bagi tempoh Januari hingga 10 Oktober tahun ini, Johari berkata kerajaan berjaya mengutip RM29.34 bilion GST, berbanding RM27.93 bilion bagi tempoh 9 bulan pertama tahun pelaksanaannya.
“Walaupun kadar GST ditetapkan pada 6%, jika kita lihat jumlah barangan yang dikenakan kadar sifar dan dikecualikan, dan kita buat perkiraan semula, GST efektif kita hanya pada kadar 3.6%,” katanya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Hadi berkenaan kenaikan harga barangan yang dikenakan kadar sifar atau dikecualikan GST, Johari berkata ia disebabkan peniaga tertekan ekoran pengurangan keuntungan yang diperoleh sejak sistem tersebut dilaksanakan.
“Waktu kita laksana SST (cukai jualan dan perkhidmatan), ia mempunyai banyak ketirisan di mana banyak peniaga yang tidak membayar SST disebabkan ketidakcekapan sistem ini.

RUU kami tak sama dengan Hadi, kata MP AMANAH

Rang undang-undang (RUU) ahli persendirian oleh anggota Parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bertujuan memperkasakan mahkamah syariah adalah berbeza daripada RUU yang mahu dibentangkan oleh Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
RUU oleh Abdul Hadi yang juga presiden PAS hanya memberi tumpuan kepada hukuman, menurut Anggota Parlimen Kota Raja dari AMANAH, Siti Mariah Mahmud.
"Kami telah bertemu dengan ramai peguam dan hakim, jadi kami percaya memperkasakan mahkamah syariah adalah penting tetapi bukan sekadar meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355). Ia lebih daripada itu," ujar Siti Mariah.
Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya hanya akan mendedahkan kandungan RUU itu selepas dibentangkan di Dewan Rakyat. RUU berkenaan telah dikemukakan kepada sekretariat Parlimen.
Ahli Parlimen Shah Alam dari AMANAH, Khalid Samad berkata, RUU mereka bertindak sebagai 'alternatif' kepada RUU Abdul Hadi.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Khalid berkata, AMANAH mahu mengkaji semula peruntukan pentadbiran sedia ada, prosedur yang diamalkan walaupun undang-undang yang mengawal selia mahkamah sivil.
"Perbezaan paling besar adalah, kita bukan mengenai Akta 355. Ia mengenai pemerkasaan mahkamah Syariah.
"Kenapa beliau (Abdul Hadi) tidak mengambil kira keperluan untuk mendraf semula keseluruhan Seksyen 2 (Akta 355)? Kita tidak tahu.
"Beliau tidak menjelaskan. Apa yang dikatanya adalah anda perlu menyokongnya, jika tidak, anda keluar dari Islam," tambah Khalid.

Usul Amanah lebih lengkap berbanding RUU Hadi, kata Khalid

Pengarah komunikasi Amanah berkata usul alternatif itu dibawa ke Dewan Rakyat demi memperkasa keseluruhan sistem di dalam mahkamah syariah dan bukan sekadar Akta 355 saja.
Abdul-Hadi-Awang,khalid-samad
KUALA LUMPUR: Amanah berkata usul alternatif yang dikemukakan parti itu berhubung usaha memperkasakan mahkamah syariah lebih menyeluruh berbanding usul rang undang-undang (RUU) persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata usul alternatif itu dibawa demi memperkasa keseluruhan sistem di dalam mahkamah syariah dan bukan sekadar Akta 355 saja.
“Usul kita untuk pemerkasaan mahkamah syariah. Usul dia (Hadi) pula untuk meminda RUU Akta 355 supaya mahkamah syariah dapat diperkasakan.
“Ia jelas berbeza dengan pendekatan kita. Banyak yang kita perlu lakukan untuk pemerkasaan syariah. Tentang RUU Akta 355, kita akan kaji,” katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam usul dikemukakan Amanah, antara cadangannya ialah pembentukan majlis merangkumi pakar agama dan undang-undang bagi membincangkan kaedah terbaik memperkasa mahkamah syariah.
Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menyerahkan usul itu minggu lalu dan sepatutnya dimasukkan dalam kertas aturan Parlimen minggu depan.
Khalid berkata pihaknya tidak dapat menyatakan pendirian terhadap usul presiden PAS kerana sehingga kini masih tidak mendapat sebarang penjelasan mengenainya secara terperinci.
“Kami tidak boleh buat pendirian, kerana dia (Hadi) tidak jelaskan. Kami sendiri tidak tahu kenapa dia buat cadangan itu.

PAS Johor lebih selesa pilihan raya umum serentak

Ia susulan spekulasi pilihan raya negeri diadakan walaupun dinafikan menteri besar.
Datuk-Dr-Mahfodz-Mohamed.
PETALING JAYA: PAS Johor sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya negeri, tetapi lebih suka ia diadakan serentak dengan pilihan raya umum, menurut Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
“PAS juga bersedia bertembung sesama parti pembangkang jika kita tidak boleh bersatu dan mencapai kata sepakat,” katanya kepada FMT.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan spekulasi pilihan raya mengejut walaupun khabar angin mengenainya semakin bertiup kencang.
Khaled semalam menganggap spekulasi itu dalam aplikasi telefon pintar di kalangan beberapa individu.
Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata parti itu akan meneruskan persiapan menghadapi pilihan raya negeri sekalipun Khaled menafikannya.
Ini kerana mereka yang mencadangkan pilihan raya mengejut sudah tentu tidak akan mengakuinya.
Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah ketika dihubungi FMT berkata, jentera parti sudah diarah bersiap sedia.
PKR dijangka kekal bertanding di kerusi yang ditandingi pada PRU lepas.
“Sebenarnya kita memang sudah jangkakan ada kemungkinan pilihanraya mengejut di Johor, apabila Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Adun Jorak) menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Setakat ini memang sudah tentu kerusi yang kita ada kita akan pertahankan, tetapi ada masa lagi untuk kita bincang dengan parti pembangkang yang lain,” kata Puah.

Kalau Nik Aziz masih hidup pun, PAS tak sertai Bersih 5 - Takiyuddin

Setiausaha agung PAS berkata penyertaan PAS dalam Bersih sebelum ini atas sebab tertentu dan berbeza dengan Bersih 5.
Takiyuddin-Hassan1
PETALING JAYA: PAS yakin ahlinya tidak akan menyertai Bersih 5 jika bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup, kata Datuk Takiyuddin Hassan.
Setiausaha agung PAS itu berkata jika Nik Aziz masih ada sekarang, pastinya beliau akan kata tidak perlu menyertai perhimpunan berkenaan.
“Mungkin kalau Nik Aziz (masih) ada (hidup), dia akan kata tidak perlu. Saya boleh buat andaian itu. Memanglah dulu kita sertai Bersih tetapi atas sebab tertentu.
“Kali ini kita buat keputusan tidak sertai Bersih,” katanya kepada FMT.
Takiyuddin berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Adun Salor Datuk Husam Musa sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz semasa hayatnya mengarahkan ahli parti Islam itu agar menyertai Bersih.
Husam berkata demikian ketika mengulas pendirian PAS yang kini enggan menyertai Bersih 5.
“Saya nak ulang sekali lagi, bagi yang was-was sampai Bersih pun tak boleh hadir, minta maaf saya tak mahu apologetik, Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir Bersih, masa dia hidup,” katanya yang mendakwa memetik kata-kata Nik Aziz sebelum ini.
Takiyuddin berkata jika Husam mahu menggunakan nama Nik Aziz, itu terpulang kepadanya.
“Tetapi saya rasa nak dapatkan pengesahan pun tak boleh (PAS perlu sertai Bersih 5). Jadi susahlah,” katanya.
Sementara itu, Husam mempertahankan tindakannya memetik kata-kata Nik Aziz berhubung PAS perlu menyertai himpunan Bersih.

Kit Siang: DAP sokong hak istimewa bumiputera, tetapi ...

'RUU355 Hadi, sokongan UMNO ditentukan Najib'

''PAS yakin usul RUU355 akan dibahaskan'

Mengapa PAS tidak hadir BERSIH 5, ini jawapannya...

KEADILAN MENGECAM UGUTAN BUNUH TERHADAP MARIA, AMBIGA


Pagi ini, saya dikejutkan dengan maklumat bahawa Puan Maria Chin Abdullah (Pengerusi BERSIH 2.0), tiga orang anak beliau, sdr Mandeep Singh (AJK BERSIH 2.0), dan Dato' Ambiga Sreenevasan (Presiden HAKAM) telah menerima ugutan bunuh dari pihak yang tidak diketahui.
Mesej yang mereka terima adalah berbentuk gambar pemenggalan kepala oleh ISIS, di mana muka mangsa ISIS telah diubahsuai dengan muka Maria, Mandeep, dan Dato' Ambiga.
Perbuatan ini adalah satu bentuk ugutan jenayah yang wajib dikutuk oleh semua pihak tidak kira sama ada mereka bersetuju ataupun tidak dengan usaha BERSIH 2.0. Pada masa yang sama, saya menggesa pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera melakukan siasatan, mengesan dan membawa ke muka pengadilan mereka yang telah melakukan ugutan jenayah ini, yang boleh disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksima dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sekiranya pihak PDRM dan SKMM boleh mengesan dan menangkap individu seperti 'Ratu Naga' yang didakwa memuat naik gambar yang menghina Perdana Menteri dan isteri, saya percaya tidak menjadi masalah langsung untuk PDRM dan SKMM segera mengesan dan menangkap individu atau pihak disebalik sebaran gambar ugutan bunuh terhadap Maria, Mandeep dan Dato' Ambiga ini.
Saya menggesa dan mengajak rakyat Malaysia agar bersama mengecam dan menolak budaya politik berunsur jenayah seperti ini, dan mendoakan agar Maria sekeluarga serta sdr Mandeep dan Dato' Ambiga terus tabah.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

Masa untuk 'ikat perut', kata PM kepada kementerian

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mengarahkan para menteri untuk bersedia menghadapi masa terkehadapan yang mencabar dan 'mengikat perut' dengan mengambil kira keperluan kewangan kementerian masing-masing.
The Star Online melaporkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed telah bertemu dengan Perdana Menteri pada minggu lepas bagi membincangkan cadangan kementerian itu untuk mengukuhkan ekonomi.
"MITI meminta peruntukan tambahan. Kami memahami keadaan tetapi kami berharap agar dapat sokongan bagi pelaburan dan promosi perdagangan.
"Kami dimaklumkan bahawa keadaan adalah sukar tetapi adalah penting bagi kerajaan dan Perbendaharaan memutuskan apa yang menjadi keutamaan.
"Ada yang anda dapati terpaksa dilepaskan. Anda dapat sedikit, anda terlepas sedikit," beliau dipetik sebagai berkata.
Sambil menegaskan mengenai keperluan untuk membelanjakan dana awam dengan kaedah yang bijaksana, Perdana Menteri akan mengadakan sesi khas dengan para menteri untuk mengetahui keperluan dan aspirasi mengenai Bajet 2017.
Najib dijadualkan membentangkan Bajet 2017 pada hari Jumaat.
Sementara itu, Mustapa berkata, cadangan MITI tertumpu kepada penekanan ke atas pelaburan dan perdagangan selain menyokong perusahaan kecil dan sederhana.

Artikel fitnah: Mahkamah arah Papagomo bayar Datuk Sukri RM300,000

Datuk Sukri Mohamed (kiri) dan PapagomoDatuk Sukri Mohamed (kiri) dan Papagomo
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan blogger “Papagomo” atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar gantirugi sebanyak RM300,000 disamping kos sebanyak RM30,000 kepada seorang peguam terkenal yang juga bekas ahli parlimen, Datuk Sukri Mohamed.
Peguam beliau, Hisham Fauzi berkata perintah ini dikeluarkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, Mohamad Rosli Mohamed Nawi setelah perbicaraan taksiran gantirugi dijalankan di sini ekoran dari keputusan mahkamah sebelum ini yang menyatakan Wan Muhammad Azri bersalah kerana menulis dan menyebarkan artikel fitnah terhadap Sukri.

"Di dalam artikel yang ditulis dan disebarkan oleh Wan Muhammad Azri, Sukri dituduh telah menyelewengkan sejumlah wang yang dikaitkan dengan Istana Kelantan dan Yayasan Sultan Kelantan," katanya kepada Malaysia Dateline pagi ini.
Menurutnya mahkamah telah mendapati artikel ini adalah merupakan satu fitnah terhadap Sukri yang juga seorang Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

"Perbicaraan kes ini berlarutan dari Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu yang pada mulanya menolak tuntutan Sukri atas alasan tiada bukti jelas mengenai pemilikan blog “Papagomo”.
"Walau bagaimanapun Mahkamah Rayuan Malaysia kemudiannya telah membenarkan tuntutan Sukri dan kes ini berlanjutan hingga ke Mahkamah Persekutuan, Putrajaya yang telah di dengar pada bulan Jun yang lalu," katanya.

Di dalam perbicaraan kes ini Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi manakala Wan Muhammad Azri diwakili peguam Hanif Idris.

Harapan mengatasi segala ketakutan, tegas Anis Syafiqah


Anis Syafiqah (depan) dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negera, 27 Ogos laluAnis Syafiqah (depan) dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negera, 27 Ogos lalu
Selepas sebulan lebih berlalunya himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (#TangkapMO1), seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) menerima surat tunjuk sebab daripada pihak pentadbiran.
Anis Syafiqah Md Yusof diminta menjelaskan penyertaannya dalam himpunan yang berlangsung di ibu negara itu dalam tempoh tujuh hari bermula daripada surat tersebut dikeluarkan pada 12 Oktober lalu.
Bersama catatan, "Akhirnya. Surat cinta UM. I love UM", penuntut di Fakulti Bahasa dan Linguistik berkenaan kemudiannya memuat naik surat ditandatangani Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Datuk Dr Rohana Yusof itu di Facebook malam tadi.
"Saya hanya pelajar biasa yang dikelilingi oleh orang yang luar biasa.
"Alhamdulillah. Sokongan ibu bapa, rakan-rakan dan rakyat Malaysia yang sedar adalah sebuah harapan yang mengatasi segala ketakutan," tulisnya lagi.
Menurut Anis, kedua-dua ibu bapanya adalah antara insan terawal yang mendidik beliau bahawa nikmat hidup yang Tuhan pinjamkan di dunia ini bukanlah untuk manfaat kita seorang.
"Berusahalah menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lainnya," ujarnya.
Aktivis mahasiswa itu dilihat tidak keseorangan berdepan kemungkinan tindakan tatatertib apabila dibanjiri ratusan ungkapan semangat dan sokongan daripada masyarakat berbilang kaum.
Bahkan, status Facebook beliau bersama lampiran 'surat cinta' itu dikongsi lebih 100 netizen setakat pukul 10 pagi tadi.
Antaranya, komentar pengguna Facebook, Noor Muhammad yang berkata, "Harga pengorbanan seorang pejuang rakyat.
Sama-sama kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan untuk Anis Syafiqah."

Kempen tolak bajet jika peruntukan pendidikan dipotong lagi

Sayap pelajar Parti Amanah Negara (AMANAH) memberi amaran mengadakan referendum khas menolak belanjawan 2017 jika peruntukan pendidikan dipotong lagi.
Pengerusi Mahasiswa AMANAH Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata potongan besar RM2.4 bilion tahun lalu menyebabkan kesan negatif kepada pendidikan negara.

Sebagai contoh, katanya, Universiti Malaya yang merekodkan potongan bajet sebanyak 27.3 peratus menyaksikan beberapa program pendidikan tergendala.
Beliau juga memetik Kongres Persatuan Akademik Malaysia (Kongres MAAC) bahawa sektor pengajian tinggi, terutama universiti awam, berhadapan kekangan seperti kurang penyelidikan pensyarah, peralatan lama selain pembangunan terhadap.

MAAC juga dengan jelas bersetuju bahawa potongan peruntukan pendidikan dalam belanjawan 2016 telah mewujudkan kesan berterusan, kata Ahmad Fadhli.
“Oleh itu, Mahasiswa AMANAH memberi amaran sekiranya kerajaan terus memotong peruntukan pendidikan dalam Bajet 2017 kelak, Mahasiswa AMANAH dengan kerjasama gerakan-gerakan dan kumpulan-kumpulan mahasiswa seluruh negara akan menggerakkan satu referendum khas #SiswaTolakBajet2017!” katanya.
Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan belanjawan 2017 di Dewan Rakyat pada Jumaat ini.

Umno serahkan kepada Najib sokong usul Hadi

Zahid percaya keputusan menyokong atau tidak itu akan ditentukan apabila tiba masanya.
KUALA LUMPUR: Umno akan menyerahkan kepada Presidennya, Datuk Seri Najib Razak bagi menentukan sama ada parti Melayu itu akan menyokong usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibentangkan rakan sejawatnya dari PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kita serahkan kepada perdana menteri bagi menentukan, pada situasi yang telah ditentukan,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.
Pindaan yang dibentangkan Hadi Mei lepas itu bertujuan memberikan kuasa lebih kepada mahkamah syariah membicarakan kesalahan jenayah melibatkan orang Islam dan menjatuhkan hukuman lebih berat.
Ia dilihat sebagai usaha awal PAS memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa menentukan sama ada RUU itu akan dibahaskan atau tidak.
“Dalam peraturan Parlimen, RUU ada dalam kedudukan ke-4 dan terletak pada speaker untuk menentukan.
“Kita serahkan sepenuhnya pada speaker,” katanya.
Semalam, Ahli Parlimen dari PKR, Tian Chua berkata pihaknya tidak ada masalah menyokong usul untuk memperkasa mahkamah syariah.
Bagaimanapun, beliau mahu butiran lanjut sebelum menyokong usul itu.

Zaid : Pemimpin PAS tidak layak laksana hudud

Umno dan pemimpin PAS tidak layak melaksanakan hudud atau meluluskan RUU 355 kerana mereka tidak adil dan saksama, selain bersikap sombong serta tidak boleh diharapkan rakyat.
zaid-hudud
Oleh Datuk Zaid Ibrahim
Perdana Menteri dan rakan-rakan barunya sekarang mahu melaksanakan undang-undang syariah. Mereka mahu setiap aktiviti dilaksanakan mengikuti kehendak syariah. Dan mereka bekerja bersama untuk memperkenalkan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 yang bertujuan memberi lebih banyak kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan semua jenis hukuman, kecuali mati.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menganjurkan “munajat” dan “solat hajat” di Kota Bharu untuk mendapatkan pertolongan Tuhan agar rang undang-undang itu diluluskan apabila dibentangkan nanti.
Saya tidak mempunyai masalah dengan undang-undang Allah. Semuanya sudah dinyatakan di dalam al-Quran. Masalah saya, dan mungkin masalah kepada orang lain juga, bagaimana hukum Allah mesti dilaksanakan manusia; serta apakah jenis manusia yang menjadi pemimpin Islam yang sesuai melaksanakan hukum tersebut?
Adakah mereka yang mahu melaksanakan hukum itu benar-benar dikenali sebagai pemimpin sepertimana yang ditetapkan Islam? Jawabnya, sama sekali tidak.
Pertama, kerana mereka sombong. Apa-apa sahaja mengenai Islam seolah-olah hanya mereka yang tahu dan orang lain tidak berhak mempersoalkan mereka. Satu hari mereka berkata Umno kafir, maka kafirlah Umno. Hari ini mereka kata Umno pejuang Islam, maka pejuang Islamlah Umno.
Orang lain hanya perlu menerima dan akur dengan segala kata-kata dan tingkah laku mereka. Mereka ini, sama ada pemimpin politik atau agama, sama dengan Taliban. Mereka mahu kita semua mengikut mereka tanpa soalan dan jika kita tidak bersikap demikian, maka kita dianggap umat Islam tidak baik.
Kemudian mereka juga menggunakan kuasa yang ada untuk melindungi diri daripada tuduhan jenayah. Mereka menyalahgunakan kuasa untuk memperkayakan diri sendiri, sama ada dengan mencuri wang, balak atau hutan simpan.
Mereka juga akan menangkap dan menghukum orang lain seperti saya yang kerap mempersoalkan kelakuan mereka. Mereka akan menggunakan samseng untuk menghalang perhimpunan aman. Adakah ciri-ciri sedemikian yang ditetapkan al-Quran bagi mereka yang menggelarkan dirinya pemimpin rakyat?
Sudah tentu tidak, kerana al-Quran dan Nabi Muhammad menyatakan dengan jelas pemimpin Islam mesti adil dan penyayang. Mereka mesti hidup secara sederhana dan tidak mengenakan bayaran mahupun upah untuk menyebarkan agama. Islam benci kepada pemimpin yang munafik. Islam benci kepada pemimpin yang berpura-pura dan berdusta. Islam menuntut kejujuran dan integriti dari para pemimpinnya.
Hari ini kita mempunyai pemimpin korup dan tidak jujur dan mereka adalah orang-orang yang mahu memperkenalkan undang-undang hudud. Mereka tidak layak digelar pemimpin Islam dan sama sekali tidak sesuai melaksanakan hudud.

Pemimpin BERSIH diugut bunuh ala-IS

Menjelang perhimpunan besar-besaran 19 November ini, pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah hari ini mengesahkan menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.
“Saya terima banyak (ugutan) jenis ini melalui nombor (telefon) yang tidak dikenali.

“Biasanya saya tidak peduli tetapi yang ini agak keterlaluan,” katanya yang turut memikirkan keselamatan tiga orang anaknya.

Maria akan membuat laporan polis petang ini.

Beliau merujuk kepada gambar suntingan yang memaparkan beliau seperti dalam keadaan berlutut sambil pisau diajukan padanya.
Gambar manipulasi itu kelihatan seperti aksi kumpulan bersenjata IS.
Selain Maria, turut berdepan ancaman sama bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pegawai urus setia BERSIH Mandeep Singh.
'Saya pun keliru'
Sementara itu, Mandeep ketika dihubungi berkata beliau juga 'keliru' dengan apa yang berlaku.
“Dulu kita dituduh IS. Sekarang IS nak bunuh kita. Saya pun confused (keliru),” guraunya.
Pemimpin kempen anti-BERSIH Datuk Seri Jamal Yunos pada 28 September lalu mendakwa perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan pada 19 November ini diresapi elemen kumpulan pengganas IS.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini bagaimanapun berkata, beliau tiada maklumat tentang kenyataan pemimpin ‘baju merah’ itu.

UMNO Johor semakin terancam kehadiran BERSATU

'DAP ambil kira faktor Melayu benci Najib untuk PRU-14'

Usul RUU355 Hadi ditolak ke bawah, mungkin bentang mungkin tidak

Royalti: Harap Mahathir, Tengku Razaleigh jelas perkara sebenar

Harap Mahathir, Tengku Razaleigh jelas perkara sebenar
KOTA BHARU - Pertubuhan Royalti Malaysia (R) berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah dapat berkongsi pentas bagi bersama-sama menjelaskan fakta sebenar mengenai tuntutan royalti.
Pengerusi Jawatankuasa Penaja Royalti Malaysia, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, ini kerana pihaknya menganggap kenyataan Tun M dalam ceramah di Tunjong, Jumaat lalu secara tidak langsung bersetuju menyokong tuntutan R jika pembangkang berjaya memerintah negara.
“Kesudian Tun M merendahkan diri sampai tahap sedemikian dan menyatakan pendiriannya secara tidak langsung untuk bersetuju untuk  sokong tuntutan R jika pembangkang memerintah negara adalah satu petanda positif tuntutan royalti Petroleum untuk Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Ini kerana beliau merupakan penasihat Petronas paling lama dalam sejarah, maklumat ada di tangan beliau dengan kehadiran Tun M dan sokongan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, perjuangan Pertubuhan R dan negeri-negeri pengeluar petroleum di Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh dilipatkan gandakan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Dalam pada itu, Mohd Hisyamuddin berkata, R Malaysia akan menyusun strategi baharu yang lebih dinamik dan berkesan serta memikirkan keadaan Petronas yang tengah gawat berdepan penyusutan harga minyak dunia serta pengurangan tenaga kerja buat masa ini.
“Berdasarkan rekod dan pengiraan daripada data-data sebelum ini, R menganggarkan tunggakan lebih RM10 bilion wang royalti yang perlu dibayar kepada Kelantan sehingga 2012.
“Tentunya lebih banyak data dan kira-kira yang lebih tepat dengan kehadiran Tun M. Wang (royalti) ini akan dapat kepada negeri, siapa yang mentadbir, merekalah yang layak menikmati,” katanya.
Beliau turut menyeru parti-parti politik agar menghentikan sentimen politik sempit sebaliknya fokus pada perjuangan Royalti Petroleum sepertimana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan-Petronas 1975.

Tiada maklumat BERSIH diresapi IS, kata TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, beliau tiada maklumat tentang kenyataan pemimpin gerakan ‘baju merah’ Datuk Seri Jamal Yunos yang mendakwa gabungan BERSIH diresapi pengganas IS.
"Tidak ada maklumat," kata Zahid yang juga menteri dalam negeri pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung dakwaan ketua Umno bahagian Sungai Besar itu yang membuat laporan polis bahawa BERSIH mempunyai elemen kumpulan pengganas IS.
Jamal pada 28 September lalu dilaporkan mendakwa perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan pada 19 November ini diserapi elemen kumpulan pengganas IS.
Jamal berkata, kenyataan tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang diterimanya dairpada sumber yang boleh dipercayainya.
Jamal juga mendakwa BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan melalui cara pernah dilakukan di Thailand, iaitu dengan mengepung tempat-tempat penting dalam negara seperti lapangan terbang KLIA, KLIA2 dan Putrajaya.

Apa yang subjudis, soal bekas hakim mahkamah rayuan

Menteri tidak boleh dihalang daripada menjawab soalan di Parlimen mengenai saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB atas alasan subjudis.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata demikian ketika mengulas keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat semalam.
Mohd Hishamudin, yang bersara pada September tahun lalu, berkata soal subudis tidak timbul sama sekali.
"Ini kerana ia adalah perbicaraan asing. Peraturan subudis terpakai berhubungan dengan perbicaraan di mahkamah Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.
Pandikar semalam menegaskan bahawa menteri tidak perlu menjawab soalan yang dikemukakan mengenai saman DOJ yang difailkan di mahkamah California Julai lalu.
Saman itu adalah berhubung dengan apa yang digambarkan oleh DOJ sebagai antara tindakan terbesar yang pernah dibuat mengikut Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi, yang membabitkan kira-kira AS$1 bilion aset berkaitan 1MDB yang didakwa diselewengkan.
"Rakyat Malaysia telah ditipu pada skala sangat besar (dalam) satu skim di hampir di seluruh dunia," kata Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Andrew McCabe.
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan DOJ tidak melibatkan dirinya.