Isnin, 17 Oktober 2016

WARISAN PIMPINAN SHAFIE APDAL MAMPU MENGGONCANG NAJIB

Sebagaimana yang kita sedia maklum, permohonan pertukaran nama, logo dan perlembagaan parti baru  yang ditunjangi oleh bekas Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal telah pun diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan atau ROS, hari ini.

Parti baru yang kini diambil alih oleh Shafie itu dikenali sebagai Parti Warisan Sabah atau Warisan, manakala nama sebelumnya ialah  Parti Pertubuhan Warisan Sabah yang didaftarkan sejak 2013 yang lalu.

Dengan beberapa pemimpin PKR dan DAP keluar parti sebelum ini kerana ingin bersama-sama  parti baru yang dipimpin oleh Shafie, Warisan kini secara automatik sudah mempunyai dua Ahli Parlimen dan tiga Adun bersamanya pada hari pertama diluluskan oleh ROS.

Mereka ialah Shafie selaku Ahl Parlimen Semporna dan Daryl Leiking, Ahli Parlimen Penampang, manakala tiga Adun terbabit ialah Junz Wong, Peter Anthony dan Dr Jaujan Sambakong.

Dalam masa yang sama, bekas pemimpin PKR Sabah, Lajim Ukin juga sedang dalam perancangan menubuhkan sebuah parti politik baru bersama para penyokongnya.

Perkembangan ini jelas memperlihatkan bahawa Warisan akan mengetuai usaha menjadikan motto "Sabah untuk orang Sabah" sebagai kenyataan di negeri itu.

Sudah tentu, selain berusaha mengambil alih pentadbiran Sabah yang kini dikuasai oleh UMNO, Warisan bersama beberapa parti lain pasti juga mahu meleburkan kedudukan "simpanan tetap"  negeri itu kepada BN.

PPBM sebagaimana kenyataan di bawah amat mengalu-alukan kewujudan Bersatu dan berdasarkan kedudukan Shafie yang senasib dengan Muhyiddin hanya kerana menegur Najib berkaitan 1MDB, kebarangkalian kedua-dua parti itu saling bekerjasama memang sudah dijangkakan.

Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PPBM yang baru dilantik, Dr. Shahruddin Md Salleh mengenai Warisan:-


KENYATAAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA SEMPENA KELULUSAN PENUBUHAN PARTI WARISAN SABAH

1.Hari ini satu lagi peristiwa penting telah dilakar dalam sejarah politik tanah air apabila Parti Warisan Sabah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Shafie Apdal dan rakan-rakan seperjuangan yang telah berjaya menyediakan satu lagi pilihan kepada rakyat Sabah untuk menzahirkan sebuah wadah bagi menjamin masa depan negeri dan negara tercinta. 

Suhakam kecam serangan pada wartawan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengecam tindakan  segelintir individu mengasari dan mengugut wartawan ketika membuat liputan konvoi BERSIH 5 di Kuala Selangor, pada Sabtu lalu.
Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata tindakan itu disifatkan sebagai mengancam kebebasan media sekali gus menyeru tindakan ganas tersebut dihentikan segera.
"Suhakam memberi amaran serangan ke atas wartawan mengancam kebebasan media dan menyeru anggota kumpulan baju merah segera menghentikan serangan ke atas wartawan serta peserta BERSIH 5," katanya.
Kelmarin berlaku kekecohan dan kekasaran ke atas beberapa petugas media ketika mereka membuat liputan konvoi BERSIH dari Sekinchan ke Kuala Selangor.
Insiden itu berlaku di depan sebuah pasar raya melibatkan beberapa individu sejurus selepas Exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah tiba.
Pada mulanya Armand dan penyokong BERSIH dilihat berjabat tangan dan berpelukan tetapi individu di sebelahnya tiba-tiba mula memprovokasi penyokong BERSIH.
Mengulas lanjut, Razali berkata walaupun Suhakam tidak mengikuti perkembangan konvoi BERSIH 5 secara dekat namun mereka memandang serius gangguan dilakukan kumpulan probaju merah itu.
Suhakam turut mengambil maklum beberapa individu ditahan polis ekoran insiden berkenaan namun sehingga kini, kata Razali, belum ada sesiapa yang didakwa di mahkamah kerana menyerang wartawan tersebut.
Justeru katanya Suhakam berharap kejadian tersebut disiasat segera dan pelakunya dipertanggungjawabkan.

"NEGARA LUMPUH TANPA GST", kata Najib Razak...

ADAKAH sebelum ini NEGARA SUDAH LUMPUH sbb TANPA GST ??!!
ATAU Rosmah & Najib akan LUMPUH HIDUP BOROS menjahanamkan duit2 rakyat amnya ??!!!
Maka.. biarlah rakyat mampos kerana GST.. asalkan KERAjaan BN boleh boros mentak kedarah duit rakyat selagi ada..

Skandal 1MDB: Ada arahan tangan ghaib dari MO1 ka !!!


 Speaker Dewan Rakyat ini BEKERJA DENGAN SIAPA sebenarnya ??!!.. Rakyat atau UMNO/BN !!!

Pakar ramal GST naik 2% kerana kerajaan tiada sumber produktif lain

Jika tidak, kerajaan mungkin terpaksa jual sebahagian aset Khazanah Nasional Berhad bagi menampung pendapatan kerajaan buat sementara bagi tahun 2017
Barjoyai-Bardai
PETALING JAYA: Pakar ekonomi berpendapat kerajaan sedang merancang untuk menaikkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada 6% kepada 8%, memandangkan ia tidak mampunyai sumber cukai produktif yang lain.
Jika tidak, kerajaan mungkin terpaksa menjual sebahagian aset Khazanah Nasional Berhad bagi menampung pendapatan kerajaaan buat sementara bagi tahun 2017.
Memandangkan ekonomi dunia menuju kegawatan, pensyarah Universiti Tun Abdul Razak Prof Dr Barjoyai Bardai berkata GST satu-satunya cukai yang sangat produktif dan berdaya maju, ketika cukai korporat dan cukai individu golongan berpendapatan tinggi dijangka menurun.
“Kalau boleh kerajaan mahu laksanakan tahun ini untuk belanjawan tahun depan (2017),” kata Barjoyai kepada FMT.
“Tapi bergantung pada berani atau tidak kerajaan melakukannya. Mungkin mereka pun tak ada pilihan lain sebab tidak ada sumber pendapatan lain untuk diharapkan,” katanya.
Pakar ekononomi itu sebelum ini diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata ekonomi akan lumpuh sekiranya kadar GST diturunkan daripada 6% kepada 3%.
Najib menjawab Liew Chin Tong (DAP-Kluang) di sesi soal jawab Dewan Rakyat hari ini, yang berkata penurunan kadar GST akan mendorong penggunaan domestik.
Menurut Barjoyai, penurunan sehingga 3% akan menyebabkan jumlah kutipan GST berkurangan kepada RM20 bilion. Kutipan tahun ini dijangka mencapai RM39 bilion.
“(Penurunan) itu akan menyebabkan pendapatan kerajaan terlampau rendah sehingga tidak dapat menampung perbelanjaan yang besar, dan akan menyebabkan defisit belanjawan naik sampai 4% atau lebih 4%,” jelasnya.

Pelan tindakan kaum India: Satu lagi ‘wayang kulit’ Najib, kata Waytha

Pengerusi Hindraf tidak berharap hasil yang berbeza sebagaimana berlaku kepada ikrar 'nambikei' Najib sebelum ini yang tidak ditunaikan.
Waytha_najibnabikai_600
KUALA LUMPUR: Kumpulan pejuang hak asasi manusia menolak ikrar terbaharu perdana menteri untuk mengumumkan pelan tindakan bagi menangani masalah sosio-ekonomi masyarakat India sebagai satu lagi “wayang kulit”.
Pengerusi Hindraf Makkal Sakthi, P Waythamoorthy berkata ia bukan kali pertama Najib membuat janji yang akhirnya tidak ditunaikan.
“Najib mengkhianati ikrar ‘nambikei’ (amanah) sendiri kepada rakyat Malaysia yang berasal dari India, yang dibuat menjelang pilihan raya umum lepas pada Mei 2013, pada malam Memorandum Persefahaman (MoU) RM4.5 bilion antara Hindraf Makkal Sakthi dan Barisan Nasional (BN).
“Selama ini memungkiri janjinya di bawah MoU dan Rangka Tindakan Hindraf itu, perdana menteri mempunyai keberanian membuat satu lagi janji kepada masyarakat India,” kata Waytha.
Waytha mengakui Najib memberitahunya yang beliau berusaha terhadap program itu tetapi selalu sahaja ada gangguan.
“Sebelum ini, beliau mengadu terdapat gangguan dalam pelaksanaan. Beliau berkata keputusan itu tidak mengikut perancangan, terdapat masalah.”
“Tetapi sekarang, beliau berjanji melaksanakan pelan tindakan itu. Beliau tidak bercakap benar, kerana terdapat masalah di peringkat pelaksanaan,” kata bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Perdana menteri tidak berhasrat menunaikan janjinya kepada masyarakat India, keluh Waytha dan “itulah yang kebenarannya”.

Pilihanraya ke 14, cabaran Pakatan Harapan dan Pribumi Bersatu


Mungkinkah pembangkang bersatuMungkinkah pembangkang bersatuRakyat Malaysia baru-baru ini di kejutkan dengan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun Dr M) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertemu dan bersalam serta berbincang dengan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengenai pendirian Tun Dr M menyokong tindakan DSAI mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 (Akta MKN).
Tun Dr M bercadang memfailkan Affidavit Sokongan untuk menyokong permohonan DSAI dengan secara tidak langsung telah memulihkan kembali pasukan dua negarawan yang pernah memimpin negara dengan cemerlang.
Sekalipun minggu lepas Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan DSAI namun ianya perkara biasa untuk DSAI merayu ke Mahkamah Rayuan memandangkan tindakan mencabar keesahan Akta MKN sebagai bertentangan atau ultra vires patut di putuskan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah tertinggi negara ini.
Gandingan kembali dua negarawan ulung negara patut di hormati oleh semua pihak termasuk pihak berkuasa yang menjaga keselamatan negara.
Pihak berkuasa keselamatan negara kini patut mula mengadakan siri mesyuarat dan Muhasabah tentang perkembangan semasa yang sedang berlaku.
Sekiranya mereka mendapati arahan yang diterima daripada pemimpin politik yang sedang memimpin kerajaan tidak patut diterima atas pelbagai sebab kukuh maka itulah yang sewajarnya mereka lakukan demi menghormati semangat pakaian seragam pasukan masing masing.
Kita patut berhenti menjadi seperti burung unta yang menyorokkan kepalanya ke dalam pasir tetapi seluruh badan yang begitu besar tetap jelas kelihatan pada semua.
Seluruh dunia tidak mungkin cemburu dengan kejayaan kita. Apakah agaknya yang sebenarnya negara kita berjaya sehingga seluruh dunia di kata kan cemburu terhadap negara kita?.
Kejayaan Malaysia tiada di zaman pimpinan sekarang. Adakah jumlah rakyat yang begitu ramai menerima BRIM itu sesuai dikatakan satu kejayaan Malaysia? ‘Akai ada ka’, meminjam kata kata Idris Hashim dalam filem Laksamana Do Re Me.
Belanjawan pimpinan sekarang yang asyik defisit dan hutang negara mencapai RM1 trillion serta pelbagai belanja seperti biasiswa , elaun pelajar samada di hentikan atau di lewatkan pembayarannya sekadar menyebut satu dua contoh ini boleh di anggap sebagai kejayaan negara untuk di cemburui oleh seluruh dunia sehingga menyebabkan mereka mula mengambil tindakan sivil dan jenayah terhadap syarikat hutang milik negara?
Rakyat mula beralih arah menyokong gabungan Pakatan Harapan dan Pribumi Bersatu.Peralihan beramai ramai daripada parti politik pemerintah dikatakan sebagai kecil dan tidak memberi kesan kepada mereka namun jika benar begitu, mengapakah media arus perdana yang setiap bulan perlu membayar akibat dari perintah Mahkamah kerana asyik mencanangkan berita fitnah.

Pemandu teksi berhimpun depan Parlimen bantah kerajaan ‘halalkan’ Uber, Grabcar

Kerajaan perlu terlebih dahulu mematuhi undang-undang yang dirangka sendiri 2010, sebelum membuat rancangan lain, kata persatuan pemandu teksi.
teksi
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemandu teksi berhimpun di hadapan Parlimen pagi tadi bagi membantah rancangan kerajaan menggubal undang-undang perkhidmatan perkongsian pengangkutan Uber dan Grabcar.
Kira-kira 50 pemandu teksi mula berhimpun pada jam 9 pagi dan menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli Parlimen yang tiba bagi menghadiri sesi Dewan Rakyat yang bermula hari ini, antaranya Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Kereta Sewa Malaysia Menentang Grabcar dan Uber, Jefri Jaafar Tukeman berkata, memorandum itu menyatakan bantahan mereka terhadap hasrat kerajaan “menghalalkan” perkhidmatan perkongsian pengangkutan itu.
“Kerajaan perlu terlebih dahulu mematuhi undang-undang yang mereka rangka sendiri pada 2010, sebelum membuat rancangan lain,” katanya merujuk Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD).
Pada 23 April lalu, Kementerian Pengangkutan mengumumkan rancangan kerajaan untuk menyelaraskan perkhidmatan Uber dan Grabcar dengan mewajibkan pemandu mendapatkan lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV).

Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14: SPR lebih utamakan persempadanan berbanding pendaftaran pengundi baru


Kempen daftar pengundi baru dilihat hambarKempen daftar pengundi baru dilihat hambarPeguam-peguam KANUN telah selesai mengadakan sesi taklimat dan perbincangan berkenaan isu ulangkajian persempadanan bahagian pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Proses tersebut dijalankan selaras dengan peruntukan Perkara 113, 116 dan 117 Perlembagaan Persekutuan.
Selain daripada meneliti aspek-aspek bantahan selaras dengan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh item 2 Bahagian 1 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, saya secara peribadi turut melahirkan kebimbangan terhadap keutamaan yang diambil oleh SPR ketika ini menjelang Pilihanraya Umum yang Ke- 14.
Saya tidak melihat SPR meletakkan keutamaan dalam melipatgandakan usaha mendaftarkan pemilih-pemilih baru termasuk menyediakan fasiliti pendaftaran yang lebih berkesan dan mencukupi bagi tujuan tersebut.
Sebagai contoh di negeri Selangor sahaja, terdapat lebih kurang 400 ribu ke 700 ribu orang warganegara Malaysia yang telah pun layak didaftarkan sebagai pengundi baru tetapi hanya terdapat lebih kurang 100 ribu sahaja yang telah didaftarkan. Pendaftaran yang hanya di bawah paras 15 peratus ini sudah tentu satu angka yang agak merisaukan. Bagaimana pula dengan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia? Adakah SPR peka dan sensitif terhadap gejala tidak sihat ini dan mengambil apa-apa tindakan yang wajar?
Jika kerajaan mampu untuk menggerakkan kempen secara agresif ketika memperkenalkan cukai perkhidmatan barangan (‘GST’) setahun yang lepas, saya tidak nampak perkara yang sama dilakukan oleh SPR bagi mempromosikan kempen daftar pemilih di kalangan pengundi baru. Risalah-risalah, iklan-iklan di radio dan televisyen serta billboard di jalanraya terus membisu tentang kepentingan mendaftarkan diri sebagai pengundi.

AMANAH kemuka alternatif, dakwa lebih baik dari usul Hadi

Parti Amanah Negara (AMANAH) mengemukakan usul alternatif terhadap rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperkasa Mahkamah Syariah.
Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata usul mereka lebih menyeluruh berbanding cadangan Hadi – yang menurutnya kabur dan terbuka kepada salah tafsir.

“Semua orang akan dapati usul kami senang untuk difahami dan diterima... Jelas usul kami dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Kita bercakap soal memperkasakan Mahkamah Syariah bukan hanya dengan mempertingkatkan hukuman, tetapi juga keberkesanan.

“Ia lebih menyeluruh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Usul AMANAH itu antaranya mencadangkan pembentukan sebuah majlis merangkumi pakar agama dan undang-undang bagi membincangkan kaedah terbaik memperkasa Mahkamah Syariah.

Usul itu diserahkan minggu lalu oleh anggota parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan sepatutnya dimasukkan dalam kertas aturan parlimen minggu depan.

Ditanya berkaitan usul Hadi, Khalid berkata AMANAH bersetuju secara prinsip tetapi, katanya lagi, ia mesti terikat dengan perlembagaan.

Khalid juga berkata mereka telah cuba mendapatkan penjelasan terperinci daripada Hadi berkaitan RUU yang akan dikemukakannya tetapi tidak berbalas.

Usul Hadi bertujuan untuk menambah bidang kuasa mahkamah syariah, selain yang melibatkan hukuman mati.

Pengkritik bimbang ia membuka laluan terhadap pelaksanaan hudud di negara ini.

Akta MKN hanya beri PM isytihar darurat di kawasan tertentu, kata Apandi


Peguam NegaraPeguam NegaraAkta Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong berhubung pengisytiharan darurat kerana Seri Paduka mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat negara.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata mengikut akta itu, perdana menteri pula hanya diberi kuasa untuk mengisytiharkan darurat bagi 'satu kawasan atau kawasan-kawasan tertentu'.
Ketika memberi penjelasan mengenai Akta MKN, beliau berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai budi bicara untuk mengisytiharkan darurat secara peribadi tetapi harus bertindak atas nasihat kerajaan.
"Ia bukanlah seperti apabila anda berhasrat mengisytiharkan (darurat), kemudian bertindak mengisytiharkannya. Dalam konteks ini, Yang di-Pertuan Agong harus bertindak atas nasihat. Ini amat penting," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) di sini, hari ini.
Akta MKN 2016, yang membolehkan kerajaan mempunyai kuasa-kuasa darurat, berkuat kuasa pada 1 Ogos tahun ini.
Mohamed Apandi berkata sama seperti Yang di- Pertuan Agong, perdana menteri juga tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak atas kemahuan sendiri untuk mengisytiharkan darurat.
"Beliau (perdana menteri) akan bertindak atas nasihat Majlis (MKN), yang terdiri daripada pelbagai pihak yang terlibat dalam perkara-perkara berkaitan keselamatan negara. Perdana menteri akan bertindak sewajarnya berdasarkan nasihat yang diberikan," katanya.
Beliau berkata pihak berkenaan termasuklah Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Setiausaha Negara.
Bagi perintah darurat oleh perdana menteri, Apandi menjelaskan bahawa Parlimen tidak digantung dan akan terus bersidang.
"Mengikut akta itu, pengisytiharan itu, yang akan berkuat kuasa selama enam bulan, hendaklah dibentangkan dalam tempoh beberapa minggu di Parlimen.
"Ini untuk membolehkan Anggota-anggota Parlimen membahaskan sama ada wajar mengisytiharkan darurat di kawasan tertentu atau sebaliknya," kata beliau.

Umno sebenarnya yang masih berfantasi, Anina bidas Annuar

Pemimpin Umno perlu sedar diri yang parti itu sudah berada di ambang kejatuhan sejak ditolak rakyat pada PRU13.
Anina-Saadudin_bersatu_umno_600
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyelar sikap kebanyakan pemimpin Umno yang masih berfantasi dengan kehidupan mewah dan menjadikan rakyat sebagai hamba.
Ketua Wanita PPBM Anina Saadudin berkata, pemimpin Umno tidak seharusnya memandang rendah kekuatan parti baharu itu kerana mereka sendiri ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Yang berfantasi adalah pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua penerangan Umno yang masih hidup mewah seperti di syurga dan menyangka rakyat adalah hamba yang bodoh serta senang dipergunakan.
“Setiap hari pemimpin Umno berfantasi di media arus perdana, seolah-olah mereka lupa pencapaian PRU13 adalah tercorot dalam sejarah PRU di Malaysia. Ketika itu hanya wujud isu lembu dalam kondo.
“Mereka harus sedar dalam PRU14, rakyat sedang meronta-meronta berkenaan isu hutang RM42 bilion oleh 1MDB (1Malaysia Development Berhad); kewujudan RM2.6.bilion dalam akaun peribadi presiden Umno; isu kononnya nak saman WSJ (Wall Street Journal) pada Selasa depan; isu penyitaan harta anak tiri perdana menteri dan Jho Low oleh DoJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) dan banyak lagi,” katanya.

Dr Mahathir neutralkan pengaruh Cina dalam pembangkang, kata Husam

Melayu tidak lagi takut kerana sudah ada pemimpin Melayu yang kuat dalam pembangkang
husam-musa_mahathir_dap_600
PETALING JAYA: Kegusaran orang Melayu yang bimbang parti dominan Cina, DAP akan menguasai pembangkang sudah dineutralkan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memimpin parti dominan Melayu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, kata Adun Salor Husam Musa.
“Kegusaran kekosongan kepimpinan Melayu yang kuat dapat diisi,” kata Husam di suatu ceramah di Shah Alam semalam sempena ulangtahun pertama Parti Amanah Negara.
Video ceramah itu dimuatnaik di laman Facebook Kelab Che Det.
Turut hadir adalah Dr Mahathir, yang juga pengerusi PPBM, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Husam, bekas naib presiden PAS dan penasihat Amanah Kelantan berkata orang Melayu di bandar dan pedalaman tidak lagi takut kerana kewujudkan kepimpinan Melayu yang kuat seperti Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal.
Husam berkata negara berada di persimpangan kerana dilanda krisis kepimpinan.
“Rasuah itu ‘hitam’, perompakan kekayaan negara itu ‘hitam’ dan menggunakan isu perkauman untuk tujuan politik itu ‘hitam’,” katanya.
Merujuk kepada PAS, Husam berkata parti Islam itu masih belum boleh membuat keputusan sedangkan parti pembangkang tidak lagi boleh menunggu.
“Kita jalan dulu kerana masa berlalu dengan pantas,” katanya.
Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS pecah tahun lepas susulan perbezaan antara PAS dan DAP tentang pelaksanaan hudud.

Pilihan raya mengejut di Johor?

Liew Chin TongLiew Chin Tong
Pilihan raya negeri Johor dijangka akan diadakan berasingan dalam waktu terdekat ini kata Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
DAP katanya, sudah mengadakan persiapan untuk berdepan dengan pilihan raya negeri Johor yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat ini, malah yakin bahawa semua anggota Pakatan Harapan mampu menggembleng sepenuh tenaga bagi menghadapinya.
Menurutnya parti itu telah menjangkakan kemungkinan berlakunya pilihan raya negeri awal sebelum ini dan telah mewujudkan sebuah jawatankuasa persediaan pilihan raya di Johor.
Jangkaan itu katanya didasari pelbagai faktor, termasuk sentimen negatif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kalangan rakyat negeri berkenaan.
Ia jelas terbukti dengan tinjauan Merdeka Centre di kawasan Kluang yang menunjukkan 65% pengundi di sana tidak berpuas hati dengan prestasi Najib. Malah, di kalangan orang Melayu, bilangan mereka yang tidak berpuas hati (50%) adalah lebih tinggi dari yang berpuas hati (42%).
“Di kalangan kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang biasanya lebih cenderung menyokong kerajaan, 45% tak berpuas hati dengan prestasi Najib, berbanding hanya 42% yang berpuas hati,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Roketkini.
Perkara itu, katanya, berbeza dari tinjauan yang dilakukan pada Februari 2013 yang lalu, di mana Najib mendapat respon positif sebanyak 59%.
“Ini menunjukkan terdapat perubahan persepsi yang besar terhadap Najib dalam tempoh tiga tahun.
“UMNO Johor amat sedar akan persepsi negatif terhadap Najib yang berpotensi membawa kejatuhan kerajaan BN pada pilihan raya,” jelasnya.
Chin Tong berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar The Star semalam bahawa majoriti wakil rakyat UMNO Johor menyatakan sokongan untuk pilihan raya negeri yang berasingan dalam satu komunikasi kumpulan dalaman parti itu.

Cukuplah jaja nama Nik Aziz, kata bekas setiausaha kepada Husam

Tindakan pemimpin Amanah itu tidak wajar kerana hubungan mereka renggang hingga ke akhir hayat tokoh PAS itu

Datuk-HusamPETALING JAYA: Tindakan Datuk Husam menjaja nama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kempen politik Amanah adalah tidak wajar kerana hubungan mereka renggang hingga ke akhir hayat tokoh PAS itu.
Demikian kata bekas setiausaha akhbar kepada bekas menteri besar Kelantan, Ahmad Fadli Shaari. Beliau menjawab ceramah Husam semalam yang berkata Nik Aziz berpesan ahli PAS harus sertai perhimpunan Bersih.
Bersih 2.0 akan mengadakan tunjuk perasaan Bersih 5 di ibu negara pada 19 November depan. PAS mengumumkan pihaknya tidak akan sertai tunjuk perasaan kali ini.
“Saya minta Datuk Husam berhenti menggunakan nama tok guru (Nik Aziz),” kata Fadli ketika dihubungi FMT.
“Beliau pun tahu bahawa hubungan beliau tidaklah rapat dengan tok guru sehingga ke akhir hayat khususnya selepas PRU-13 dan saya minta beliau tidak menipu diri sendiri.”
Persepsi umumnya melihat Husam anak didik Nik Aziz. Sebelum ini, Husam mendakwa Nik Aziz akan mengikut jejaknya menyertai Amanah sekiranya masih hidup.
Amanah dibentuk oleh pemimpin PAS yang dikecewakan dalam pemilihan kepimpinan parti Islam tahun lepas.
Sebelum ini, ahli keluarga Nik Aziz turut meminta Husam untuk tidak menggunakan nama tokoh PAS itu dalam kempen politik Amanah kerana beliau sudah meninggal dunia.
“Saya minta Husam jangan guna nama abang saya untuk berkempen. Saya tak izinkan dan semua adik-beradik, anak tok guru sendiri tak setuju Husam guna nama allahyarham,” kata Nik Din Nik Mat.

Parlimen paling sesuai debat isu saman DoJ, kata Amanah

Pemimpin Amanah melahirkan kekesalan larangan memperdebatkan isu saman DoJ di Parlimen memandangkan ia perkara besar dan penting kepada negara. .
Salahuddin-ayub
PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak sepatutnya melarang ahli Parlimen berdebat mengenai saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata Parlimen merupakan tempat paling sesuai untuk membincangkan isu yang begitu besar dan penting kepada negara.
“Saya rasa isu melibatkan negara ini sepatutnya diberi keizinan untuk dibahaskan di Parlimen. Mana lagi rakyat nak bawa isu sebesar ini selain Parlimen?
“Saya rasa (tindakan speaker) itu sudah menyalahi kebebasan Parlimen. Saya sangar kesal dengan tindakan speaker yang tidak demokratik,” katanya kepada FMT.
Hari ini, speaker Dewan Rakyat melarang sidang Parlimen berdebat mengenai saman sivil DoJ terhadap 1MDB.
Pandikar berkata, keputusan itu adalah untuk mengelakkan keadaan di mana terdapat menteri dilihat mengambil alih peranan speaker.
Pandikar merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang enggan menjawab soalan mengenai 1MDB.
Beliau menyatakan ia boleh menjadi “sub judice” walaupun sebelum speaker berkata demikian.
Situasi itu mendorong Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mempersoalkan alasan bagi melabelkan kes itu sebagai “sub judice” kerana tiada siapa yang membaca kandungan laporan DoJ itu.

Shafie Tekad Tumbangkan BN Di Sabah

Sukar Untuk Ramal Jangka Hayat Bersatu - Tengku Razaleigh

Tun M: Jamal guna kekerasan sebab Bersih terlalu aman.

Azmin Puji AMANAH, Tolak PAS Kerana Sekongkol Dengan UMNO

'Ya, memang ada Allahyarham Nik Aziz keluar kenyataan wajib datang BERSIH' - Mahfuz Omar

Usul Hadi boleh disokong, PKR tunggu butiran

Usul Presiden PAS belum cukup jelas, kata Naib Presiden Tian Chua
usul
KUALA LUMPUR: PKR tidak ada masalah untuk menyokong usul memperkasa mahkamah syariah, tetapi belum tentu menyokong Rang Undang-Undang Persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Naib Presiden PKR Tian Chua berkata PKR hanya akan menetapkan pendirian sama ada untuk menyokong atau menolak usul mencadangkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) itu selepas ia menjadi jelas.
“Kami mengakui keperluan melakukan reformasi kepada mahkamah syariah, dan percaya Hadi memang bertujuan itu, tetapi RUU itu mengandungi kesamaran dan perlu dijelaskan.
“Selepas ia dijelaskan, barulah kami akan menetapkan pendirian,” kata Ahli Parlimen Batu itu di Parlimen hari ini.
RUU 355 yang dibawa Abdul Hadi dikatakan bertujuan memperkasakan mahkamah syariah dengan meningkatkan had hukuman yang boleh dijatuhkan mahkamah itu.
Menurut Tian, PKR mahu melihat sama ada ia akan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Terdahulu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Pakatan Harapan akan mengadakan perbincangan tentang RUU 355 hari ini, dan PKR dijangka akan kelaurkan satu kenyataan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Amanah akan membawa usul memperkasa mahkamah syariah tersendiri sebagai alternatif kepada usul kontroversi PAS.
Ketua Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata usul alternatif akan dibawa ke Dewan Rakyat melalui Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.

Rafizi dakwa Najib peralat usul Hadi supaya rakyat bercakaran

Najib yang mahu melindungi kedudukannya mengorbankan keharmonian kaum dan agama, dakwanya.
rafizi-ramlii__najib_law_600
PETALING JAYA: Wakil rakyat PKR Rafizi Ramli hari ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja memperalatkan Rang Undang-Undang Persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Jelasnya, Najib sengaja membisu lalu menyebabkan pelbagai tafsiran mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) timbul.
Cadangan itu, yang digelar usul Hudud oleh pengkritiknya, dilihat membuka jalan kepada PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam yang ketat di Kelantan, dan seterusnya, ke seluruh negara.
Najib berdiam diri mengenai perkara itu, walaupun menteri yang dipertanggungjawabkan untuk hal ehwal agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom pernah menjelaskan usul tersebut sekadar mahu meningkatkan kuasa mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman yang lebih keras.
Penjelasan itu bagaimanapun tidak memadai kerana Najib yang mahu melindungi kedudukannya mengorbankan keharmonian kaum dan agama dengan memilih untuk tidak meleraikan ketaksaan.
“Orang Islam berpecah kepada mereka yang percaya keengganan menyokong usul sama seperti menolak perintah Allah dan mereka yang menolak pandangan itu.
“Orang bukan Islam umumnya percaya undi menyokong usul Hadi itu sama seperti menyokong pelaksanaan hudud,” kata Ahli Parlimen Pandan dalam surat terbuka kepada Najib.
“Seolah kamu (Najib) mahu orang Islam melihat orang bukan Islam sebagai anti-Islam dan masa yang sama kamu mahu orang bukan Islam lantang membantah supaya setiap Cina, India, Kristian, Hindu, Buddha kelihatan anti-Islam di mata orang Islam.”

Ekonomi akan lumpuh tanpa GST, kata Najib

Perdana menteri berkata tanggapan mengurangkan kadar GST akan mendorong penggunaan domestik tidak benar.
Liew-Chin-Tong-najib-razak-gst
PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia akan lumpuh jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diturunkan daripada 6% kepada 3%, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mempertahankan cukai kontroversi itu.
Menjawab soalan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) pada sesi soal jawab, menurunkan kadar GST akan “mendorong penggunaan domestik”, Najib berkata ia adalah satu tafsiran salah pihak pembangkang.
“Jika tidak ada GST, ekonomi negara akan lumpuh,” kata Najib yang juga menteri kewangan.
Beliau juga berkata eksport Malaysia, terutamanya dalam sektor komoditi seperti minyak dan gas, kelapa sawit dan mineral menurun ekoran ekonomi global yang semakin lemah.
Bagi mengatasi isu-isu tersebut dan meningkatkan daya tahan domestik, kerajaan akan memberi tumpuan kepada perkara asas seperti meningkatkan eksport, produktiviti dan inovasi, kata Najib, sambil menambah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi tahun ini dijangka menjadi antara 4 hingga 4.5%.
Bagi soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai pertikaian Kepulauan Spratly, Najib berkata Malaysia akan terus mempunyai hubungan persahabatan dengan China.
Isu Kepulauan Spratly merupakan pertikaian wilayah antara Brunei, China, Malaysia, Filipina, Taiwan, dan Vietnam, mengenai pemilikan gugusan pulau dan berkaitan “ciri maritim” yang terletak di Laut China Selatan.

Zunar akan cabar KPN selepas dilarang keluar negara

Polis tidak ada hak kerana hanya mahkamah boleh melarang, katanya
zunar_airport
PETALING JAYA: Kartunis kontroversi Zunar akan mencabar larangan keluar negara yang dikenakan ke atasnya, selepas mendapati arahan itu dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bercakap kepada FMT, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata beliau dihalang daripada menaiki penerbangan jam 3 petang ke Singapura hari ini, dimana beliau dijadualkan untuk menghadapi suatu forum.
“Pengawai imigresen beritahu nama saya disenarai hitam atas alasan tertentu.
“Bila saya periksa, sistem menunjukkan arahan daripada Ketua Polis Negara.
“Saya akan memfailkan saman mencabar larangan keluar negara kerana beliau tidak ada hak untuk melarang saya daripada keluar negara. Hanya mahkamah yang boleh.
“Lagipun, saya belum disabitkan sebarang kesalahan. Kes saya masih berjalan.”
Zunar akan mendapatkan nasihat peguam membincangkan langkah seterusnya, memandangkan beliau ada beberapa lagi pertemuan di luar negara.
Ketika berita ini ditulis, Khalid belum memberikan komen.
Zunar terkenal dengan komik yang mempersenda kerajaan Barisan Nasional dan institusi negara yang didakwa korup.
Beliau menghadapi 9 pendakwaan yang antara lain kerana mendakwa pendakwaan liwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dicemari campurtangan kerajaan dan berat-sebelah.

Skandal 1MDB: 15 bank Swiss dalam 'zon merah' pengubahan wang haram

Kira-kira 15 bank Swiss diletakkan dalam 'zon merah' pemberi pinjaman terutamanya yang terdedah kepada risiko pengubahan wang haram, kata Ketua Pemantau Perbankan Swiss Finma dalam wawancara dengan sebuah akhbar yang diterbitkan pada hari Ahad.
Pendakwa raya persekutuan Swiss pada minggu lalu berkata, pihaknya telah membuka prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank yang berpangkalan di Zurich kerana didakwa gagal menghalang aktiviti pengubahan wang haram disyaki yang berkaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Falcon adalah bank Swiss kedua selepas BSI yang menghadapi siasatan jenayah oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland ekoran terpalit dengan 1MDB, memetik laporan Reuters.
Langkah berkenaan sebahagiannya adalah bersandarkan siasatan Finma yang turut membuka prosiding terhadap beberapa peminjam lain.
"Kami telah memperkenalkan sistem amaran berhubung dengan risiko pengubahan wang haram," kata Ketua Eksekutif Finma, Mark Branson dalam temu bual bersama akhbar Swiss, SonntagsZeitung. "Kira-kira 15 bank berada dalam zon merah. Ini bermakna mereka khusysnya terdedah."
Branson tidak menamakan bank-bank berkenaan tetapi berkata, kebanyakan mereka terlibat dalam pengurusan aset dan sering mempunyai pelanggan dari pasaran membangun sambil menambah pemberi pinjaman ini melibatkan semua bidang dari negara tersebut dalam pelbagai saiz.
Ditanya sama ada terdapat bank utama Swiss di kalangan mereka, beliau menambah: "Saya tidak menggunakan majmuk, tetapi ya."
Bank-bank dalam senarai berkenaan dipantau dengan teliti dan harus menyediakan maklumat tambahan kepada Finma, namun, pemerhati mahu mereka memahami pasaran membangun di mana mereka beroperasi dan bukan menarik diri, kata Branson.

Pandikar Amin tolak soalan berkaitan DoJ di Dewan Rakyat alasan subjudis


Pandikar Amin MuliaPandikar Amin Mulia
Soalan bagi jawapan lisan dan bertulis serta usul berkaitan tindakan sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) tidak perlu dijawab oleh menteri berkaitan kerana bersifat subjudis, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Beliau membuat keputusan itu bagi mengelak persepsi bahawa menteri berkenaan dituduh tidak menjawab soalan yang dikemukakan sedangkan soalan tersebut masih dalam pertimbangan mahkamah.
"Setelah meneliti isi kandungan pertanyaan-pertanyaan tersebut, saya mendapati bahawa ia perkara yang masih dalam pertimbangan mahkamah ataupun subjudis, maka menteri yang berkenaan tidak perlu jawab kepada perkara-perkara tersebut," katanya selepas selesai sesi pertanyaan lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Katanya keputusan itu tidak dibuat secara terburu-buru dan telah mengambil kira aspek perundangan.
Pandikar Amin berkata beliau juga akan memaklumkan keputusan itu secara bertulis kepada anggota Dewan Rakyat yang mengemukakan soalan berkaitan tindakan sivil DoJ berkenaan.
Pada Julai lepas, DoJ memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan.

Pindaan Akta 355: InsyaALLAH BN Sokong, Kata Hadi

'Hadi patut bentang RUU355 pada Majlis Raja-Raja, bukan di Parlimen'

Hanipa Maidin ceria kembali ke Parlimen

'Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir BERSIH'

'Warisan sedia gabung dengan Pakatan tumbangkan BN'

Pembangkang pertikai keputusan Pandikar larang soal isu DOJ

Isu 1MDB: Tindakan saman sivil DOJ tidak perlu dijawab di Parlimen - Pandikar Amin

  

'Insya-Allah, RUU355 diluluskan,' - kata Hadi

Mahathir: Why only KLCC, destroy Cyberjaya, Putrajaya and KLIA too

"Apa Najib buat semua betul," Tun M bidas Salleh

"Jamal, siapa bagi (duit)?" soal Tun M

Najib: GST penyelamat Malaysia, tolak cadangan turun 3 peratus

PM tolak cadangan turun GST kepada 3 peratus

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak cadangan untuk mengurangkan cukai barangan dan perkhidmatan daripada enam kepada tiga peratus.
Cadangan itu dikemukakan oleh Liew Chin Tong (DAP-Kluang) yang berhujah GST mengurangkan perbelanjaan domestik.

Najib dalam sidang parlimen hari ini bagaimanapun berkata ia cuma tafsiran negatif pembangkang.
“Ini tafsiran negatif yang dibuat oleh pembangkang, (tetapi) tanpa GST ekonomi Malaysia lumpuh,” katanya.
Dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, Liew berkata beliau kecewa dengan jawapan ringkas kepada soalan tambahan dikemukakannya.

Beliau mengakui GST menyelamatkan kerajaan BN dan perbelanjaan negara susulan kejatuhan harga minyak melalui suntikan dana tetapi menegaskan ia bukan penyelamat bagi ekonomi negara.

Katanya, penyelamat sebenar ekonomi negara adalah permintaan dalam negara, yang menurutnya jatuh selepas GST diperkenal pada April 2014 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Najib sebelum itu berkata kerajaan berjaya mempertahankan momentum perkembangan ekonomi, yang didorong oleh permintaan dalam negeri serta kadar rendah inflasi dan penggangguan.
Katanya, keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara untuk 2016 dijangkakan antara 4 hingga 2.5 peratus.

Perhimpunan haram: S/U Pengelola PKR Perak didakwa sekali lagi


Mohammad Anuar Zakaria (tengah) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh pagi tadi.Mohammad Anuar Zakaria (tengah) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh pagi tadi.
Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak Mohammad Anuar Zakaria hari ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram tiga tahun lalu.
Mohammad Anuar, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.
Bekas Setiausaha PKR Perak itu didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh dalam tempoh 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan pada 12 Mei 2013 di hadapan pejabat PKR, No 10, Jalan Medan Istana di sini kira-kira pukul 7.30 malam.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.
Ikmal Hishan menetapkan 18 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Anuar Musa dan Madhi Hasan.
Sebelum ini, Mohammad Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Mei 2013 atas tuduhan sama dan pada 28 April 2014, permohonan supaya pertuduhan terhadap beliau digugurkan serta beliau dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan itu ditolak oleh mahkamah.

Parti baharu Shafie lebih berminat satukan rakyat Sabah, bukan parti

Ahli politik Sabah itu berkata beliau lebih berminat menyatupadukan rakyat daripada parti.
SafiePUTRAJAYA: Datuk Seri Shafie Apdal hari ini mengumumkan Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai parti baharu Sabah yang bertekad menyatupadukan semua kaum di negeri itu.
Bercakap kepada wartawan hari ini di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), Shafie, yang akan memegang jawatan presiden Warisan, berkata pendaftaran parti itu sudah diluluskan.
Wakil rakyat Sempporna dan bekas menteri itu turut mengumumkan bekas naib presiden PKR, Darell Leiking sebagai timbalan presiden, manakala bekas presiden Kadazan Dayak Murud Malaysia, Datuk Peter Anthony, bekas naib ketua Umno Semporna, Jaujan Sambakong dan bekas setiausaha DAP Sabah, Junz Wong dinamakan naib presiden.
Jawatan setiausaha agung Warisan pula akan dipegang peguam Loretto S Padua Jr.
Shafie berkata Warisan sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk parti pembangkang lain dengan matlamat menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
“Apa yang penting bukan menyatupadukan parti tetapi menyatupadukan rakyat.
“Anda boleh menubuhkan beribu-ribu parti tetapi ia tidak berguna jika rakyat tidak bersatu,” katanya di pejabat RoS, ditemani Leiking dan Adun Moyog, Terence Siambun.
Pada 4 Julai, Shafie yang merupakan bekas naib presiden Umno mengumumkan keluar parti Melayu itu selepas keahliannya digantung pada Jun 24 kerana dituduh bersekongkol dengan pembangkang.
Shafie bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada kabinet tahun lalu selepas kedua mereka mempersoalkan hutang ditanggung 1MDB.
Beliau sebelum ini enggan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan Muhyiddin dan dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

DAP bidas Najib, jawapan GST mengecewakan - kata Chin Tong

Parlimen: Isu pendidikan percuma hangatkan sidang hari pertama

Parti Warisan yakin dapat bawa perubahan di bumi Sabah

Warisan wadah harapan buat semua rakyat, tegas Shafie

Bantahan di London terhadap DiCaprio berhubung skandal 1MDB

ROS lulus parti Shafie, Parti Warisan Sabah

Parti Warisan Sabah jadi wadah politik Shafie

Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan parti sedia ada yang diambilalih oleh bekas Menteri Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang dinamakan semula sebagai Parti Warisan Sabah (WARISAN).
Sebelum pengambilalihan itu, parti berkenaan dikenali sebagai Parti Pembangunan Warisan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 2013.
ROS juga meluluskan logo dan perlembagaan seperti dalam permohonan Shafie.
Shafie adalah presiden baru WARISAN manakala bekas ahli parlimen PKR Penampang Darrel Leiking pula dilantik sebagai timbalan presiden.
Bekas ADUN DAP Likas, Junz Wong dan bekas ADUN BN Sulabayan, Jaujan Sambakong menjadi naib presiden baru WARISAN.

Lembah Wawasan Malaysia projek terbesar Najib sebelum PRU14

Seorang ahli strategi kanan perhubungan awam kerajaan yang menghadiri beberapa taklimat tertutup berhubung projek itu berkata, pelancaran pelan induk MVV akan diadakan sekitar April tahun depan, menjelang PRU14 yang dijangka berlangsung pada separuh kedua 2017.
najib23
PETALING JAYA: Lembah Wawasan Malaysia (MVV) yang merupakan projek terbesar di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bakal dilancarkan di Negeri Sembilan dan dijangka memakan masa 4 dekad dengan diterajui Sime Darby.
Penyokong MVV yang dipetik Straits Times Singapura berkata, projek itu tidak akan mengambil pendekatan “bina dan tarik pelabur” yang digunakan kerajaan untuk Iskandar Malaysia di Johor.
“Pendekatan kali ini ialah membiarkan ia berkembang secara semula jadi dan memanfaatkan apa yang ada,” kata seorang perancang bandar kanan yang menghadiri beberapa taklimat tertutup MVV.
Menurut beberapa pegawai kerajaan dan eksekutif sektor swasta, lokasi MVV terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pelabuhan utama negara dan mempunyai rangkaian pengangkutan baik, termasuk pembinaan sebuah stesen untuk projek kereta api berkelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur.
Seorang eksekutif kanan Sime Darby yang terbabit dalam perancangan projek itu berkata, MVV bergantung kepada permintaan dan syarikat itu akan menentukan pembangunannya.

HUTANG MALAYSIA MAKIN NAIK DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB RAZAK !!!

Setiap kali dibuat perbandingan hutang KERAjaan BN, SUDAH PASTI Singapura dijadikan perbandingannya..

TAHUKAH ANDA, wpun hutang kerajaan S'pore tinggi berbanding M'sia tetapi hutang Singapura beransur makin menurun, BUKANNYA HUTANG MALAYSIA MAKIN NAIK DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB RAZAK !!!

MALAYSIA BOLEH !!! UMNO BOLEH !!!

BOLEH Rompak..
BOLEH Boros..
BOLEH Menipu..
BOLEH Rasuah..
BOLEH Rasis..
BOLEH Perbodohkan Rakyat..

Pas tak akan serah kerusi kepada Pakatan

TEMERLOH - Pas Pahang tidak akan menyerahkan semua kerusi ditandingi pada PRU13 kepada mana-mana komponen Pakatan Harapan.
Pesuruhjayanya, Rosli Abd Jabar berkata, kerusi ditandingi Pas pada PRU13 yang lalu adalah hasil muafakat dalam Pakatan Rakyat.
Menurutnya, kini Pas dan PKR masih berada di dalam Pakatan Rakyat, justeru semua kerusi antara Pas dan PKR berdasarkan kepada status quo.
Rosli Abd Jabar “Suasana politik terkini memungkinkan Pakatan Harapan akan bertanding di kerusi Pas melalui komponennya, sama ada Amanah atau DAP.
“Pas Pahang menegaskan bahawa jika Pakatan Harapan bertanding di kerusi Pas bertanding, Pas Pahang juga akan meletakkan calonnya termasuk di kerusi PKR bertanding.
“Kerana PKR adalah komponen Pakatan Harapan, maka diharapkan PKR dapat berbincang sebaik mungkin untuk rakan-rakan Pakatannya tidak mengganggu kerusi Pas bertanding,” katanya.
Rosli berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang baru-baru ini, kerana jentera Pas telah bekerja di setiap Dun Pas bertanding sejak bertahun lalu dan lebih agresif  apabila hampir pilihan raya.
Beliau berkata, jika Pas menarik diri untuk memberi laluan kepada Pakatan Harapan pasti akan melemahkan jentera pilihan raya Pas yang kini sedang bersemangat untuk menghadapi PRU14.
Pas tidak mungkin akan menerima Pakatan Harapan selagi di dalamnya ada DAP dan Amanah walaupun di dalamnya ada PKR yang sangat mesra dengan Amanah, tetapi masih bertahaluf dengan Pas.
“Pas tidak mungkin akan bertolak ansur untuk membenarkan Pakatan Harapan bertanding di kerusi Pas.
“PKR dan DAP boleh berbincang sesama mereka untuk memberikan kerusi mereka kepada Amanah, bukan ambil kerusi Pas.
“Pas tidak akan bertanding di kerusi PKR bertanding, namun Pas Pahang tegaskan sekali lagi bahawa Pas Pahang akan bertanding di mana-mana kerusi sekalipun termasuk kerusi yang ditandingi PKR jika ada salah satu kerusi Pas dicerobohi oleh Pakatan Harapan.

Sabah bukan deposit tetap BN, Umno

BN dan Umno tidak lagi boleh berharap kepada Sabah sebagai deposit tetap parti itu dalam PRU14.
Bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Semporna, Datuk Mohd Aziz Jamman mendakwa, rakyat Sabah kini sedang mengalami gelombang untuk melakukan perubahan terhadap kepimpinan sedia ada.
Pilihan raya Katanya, sentimen rakyat Sabah itu turut disokong dengan penubuhan parti baharu yang dijangka diketuai bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Kami rakyat Sabah sebenarnya sudah tidak sabar untuk berdepan PRU14. Saya tahu kerajaan Umno sering mengatakan Sabah sebagai deposit tetap BN.
“Kita tidak ingin bercakap besar tetapi kita akan tunjukkan yang sebaliknya dalam PRU14,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Jun lalu, Mohd Aziz menyertai bekas Naib Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong dan 300 ketua cawangan bahagian Semporna keluar dari Umno.
Tindakan mereka itu dibuat susulan keputusan Majlis Tertinggi Umno menggantung keanggotaan Mohd Shafie.
Mengulas lanjut, Mohd Aziz berkata, beliau yakin parti baru itu akan mendapat sokongan rakyat Sabah walaupun mereka bergerak secara ‘underdog’.
“Buat masa ini, penjenamaan semula parti ini sudah di peringkat akhir. Nama parti akan diumumkan sendiri oleh Mohd Shafie setelah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.

Di kubu Umno Muhyiddin 'disergah' pengkhianat

Melalui jalan persekutuan 1208 yang tidak dilengkapi lampu di sisinya, kereta Toyota Alphard dinaiki Tan Sri Muhyiddin Yassin dipandu sehingga ke pekarangan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Buaya, Hulu Selangor.
Di situ bekas timbalan perdana menteri tersebut akan menyampaikan ceramah pertamanya di Selangor atas kapasiti presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diluluskan pendaftarannya secara rasmi September lalu.
Ketika kereta yang boleh memuatkan sehingga tujuh orang itu membelok ke dewan untuk disambut dengan bendera memaparkan imej bunga raya, ada empat pemidang digantung di jalan berhampiran.
Tanpa sebarang logo pemidang itu menyampaikan mesej dengan jelas: "Tan Sri Muhyiddin!!! Jangan hasut orang kampung kami, balik la", "Saya Umno totok, TS Muhyiddin boleh jalan la pengkhianat!!!", "Kampung kami bukan tempat sebarkan fitnah, Kami benci pengkhianat" dan "Kami bekas peneroka Sungai Buaya benci kepada petualang bangsa".
Namun Muhyiddin kelihatan tenang dan berterima kasih kerana dibenarkan memasuki kubu kuat Umno di situ.
"Sahabat saya, Rashid, dia kata di sini kubu Umno. (Tapi) itu dululah. Sekarang tidak lagi," kata beliau ketika menyampaikan ucapannya.
Menurut Muhyiddin sebelum tiba di situ beliau dimaklumkan ceramahnya akan diadakan dalam dewan Felda dan ia disambut dengan perasaan curiga.
"Saya bertanya (semula): Betulkah?
"Ya, (dia kata) memang betul (malah) seorang bekas ketua cawangan Umno di sini sudah menjadi ahli BERSATU," katanya lagi di depan kira-kira 300 orang yang hadir untuk mendengar ceramahnya pada malam kelmarin.
Terletak di antara Bukit Beruntung dan Rawang, Sungai Buaya adalah kawasan peneroka Felda.
Pada 1990-an menteri besar Selangor ketika itu Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kemudian mencadangkan kawasan itu ditukarkan statusnya daripada tanah pertanian menjadi kawasan perancangan bandar.
Bagaimanapun pelan itu terhenti pada 1997 ekoran krisis kewangan Asia. Sejak itu ekonomi penduduk Sungai Buaya bergantung kepada hasil kelapa sawit dan pertanian lain.
Mereka hanya mendapat akses secara langsung kepada Lebuhaya Utara Selatan kira-kira dua tahun lalu.
Sesuai dengan kedudukannya sebagai kubu kuat Umno, pusat mengundi di Sungai Buaya benar-benar memihat kepada BN. Itulah juga yang membantu Datuk P Kamalanathan dan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menang pada pilihan raya umum 2013 lalu, masing-masing untuk kerusi parlimen Hulu Selangor dan DUN Batang Kali.
Di situ Kamalanathan mendapat 1,075 undi berbanding calon PKR yang meneria hanya 441 undi, manakala Mat Nadzari memperoleh 1,150 undi mengatasi lawannya - juga dari PKR - yang mendapat 354 undi.
Ketika BERSATU sedang mengintai kerusi dimenangi Umno tidak sukar untuk meneka mengapa Muhyiddin menjejakkan kakinya ke perkampungan Melayu itu dan menghabiskan masa kira-kira 80 minit untuk berucap.
Berbaju merah, kali ini Muhyiddin tidak lagi membawa logo Umno, tetapi BERSATU.
Mengimbau bagaimana BERSATU ditubuhkan, anggota parlimen Pagoh itu menceritakan bagaimana suatu hari beliau pulang dan mendapati ada banyak cenderamata dan baju Umno di rumahnya.
Itu, katanya, adalah nostalgia mengenai Umno yang tidak lagi diperlukan.
Apa yang perlu kini kata Muhyiddin adalah nostalgia BERSATU.
"Saya bagi baju-baju itu kepada pengundi-pengundi. Bagi saya itu hanya sebahagian nostalgia Umno, sekarang nostalgia BERSATU," katanya.
Muhyiddin juga berpendapat ada "pahala" yang diperolehinya selepas dipecat daripada Umno.
"Ada pahala saya kena pecat. Saya tak perlu bersama dengan kumpulan maksiat," katanya.
Muhyiddin disingkirkan daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri ekoran perselisihan pendapatnya dengan Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.
Beliau kemudian dipecat daripada Umno pada Jun lalu bersama bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Umno ada kekuatan tersendiri hadapi PRU14..??

UmnoUmno mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu menang pada PRU14 akan datang tanpa bergantung kepada perpecahan yang berlaku dalam pakatan pembangkang.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Umno sejak daripada penubuhannya sudah konsisten dengan matlamat dan hala tuju.
Beliau berkata, kekuatan Umno adalah kerana ahli di peringkat akar umbi dan jentera parti yang komited.
"Umno tidak pernah peduli dengan perpecahan yang berlaku dalam pakatan pembangkang kerana Umno lebih menumpukan kepada kekuatan sendiri.
"Sama ada mereka (pakatan pembamgkang) berpecah atau tidak, itu bukan penyebab utama Umno dan BN menang pada PRU14," katanya, semalam.
Kelmarin, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, Umno mesti menang dengan kekuatan sendiri pada PRU akan datang, bukannya bergantung kepada perpecahan pembangkang.
Namun begitu, kata Sohaimi, walaupun perpecahan itu bukan penyumbang utama, peluang ini juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Umno dan BN membentuk kekuatan.
"Perpecahan mereka mencetuskan semangat kepada kami untuk lipat gandakan usaha, seterusnya membentuk laluan kemenangan mudah kepada BN," katanya.
Katanya, setakat hari ini, pelbagai saluran digunakan untuk mendapat sokongan rakyat, tidak ketinggalan, melalui media sosial yang begitu besar impaknya terutama kepada golongan muda.

Kerusi selamat, kerusi bahaya dan pembangkang

Realitinya, ramai diam-diam akui tiada kemenangan yang boleh dicapai tanpa PAS.
pas
Oleh Timmy Say
Situasi pembangkang hari ini boleh disifatkan bagaikan sekeping puzzle yang terlebih untuk dimuatkan di dalam bentuk segitiga yang dikhaskan. Selepas Amanah terbentuk tahun lepas, kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merumitkan pengagihan kerusi antara pembangkang.
Selepas terkuburnya Pakatan Rakyat, rancangan untuk melumpuhkan PAS bermula dengan serangan bertubi-bertubi menggunakan cadangan RUU355 yang dipersepsikan sebagai hudud.
Amanah dilonjakkan sebagai parti yang boleh menggantikan tempat PAS di pembangkang. Persepsi dimainkan seolah-olah sudah ramai meninggalkan PAS, PAS lumpuh dan sudah ditolak majoriti rakyat, manakala Amanah sudah dapat menggantikan PAS sehinggalah keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar membuktikan sebaliknya.
Bukan sahaja kekosongan yang ditinggalkan PAS tidak dapat diisi, malah gabungan PKR-DAP-Amanah tidak dapat menyamai 50% kekuatan Pakatan Rakyat dulu. Bermula dengan pukulan realiti itu, para pembangkang yang lain menyedari usaha menggantikan PAS gagal, dan PAS tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
PAS sering digertak dan ditakutkan mereka akan kalah dengan teruk sekiranya bersendirian. Di sebalik gertakan tersebut, sebenarnya terlindung perasaan bimbang melampau yang PKR, Amanah dan PPBM akan kalah teruk sekiranya berlaku pertembungan 3 penjuru.
Di dalam situasi hari ini, PKR menjadi parti yang paling terdesak untuk mengelakkan pertembungan 3 penjuru berbanding parti lain seperti DAP dan Amanah, kerana mereka bergantung kepada PAS di kerusi majoriti Melayu manakala bergantung kepada DAP di kerusi campuran.
Sekiranya pertembungan 3 penjuru tidak dapat dielakkan, PKR dipercayai akan mengemukakan formula baharu pengagihan kerusi di kalangan pembangkang supaya Pakatan Harapan boleh menerima prinsip “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

DEKLARASI SHAH ALAM: PENGISTYHARAN 4 PARTI UTAMA UNTUK TUMBANGKAN UMNO-BN


Saya sepatutnya membuat catatan dan ulasan dua peristiwa penting yang berlaku di Kelantan kelmarin (14 Oktober 2016), kehadiran Dr Mahathir Mohamad dalam majlis bicara umum bersama Husam Musa atas tajuk “PRU 14 BN akan jatuh” dan juga konvensyen Umno Kelantan yang membawa tema “PRU 14 Milik BN”, yang kedua majlis itu berlangsung di Kota Bharu Kelantan.
Husam Musa
Azmin Ali
Kedua-dua majlis itu mempunyai aura tersendiri yang kontradik dalam membentuk momentum politik dan pilihan raya menjelang Piraum 14. Ironi kedua-dua majlis itu membawa tujuan untuk saling jatuh menjatuhkan dan merampas negeri dimiliki antara satu sama lain.
Sepatutnya saya membuat catatan di Kota Bharu semalam sebaik tiba di rumah dari Kota Bharu setelah tiga hari tiga malam berada di sana. Tetapi tampaknya peristiwa di Kota Bharu itu dilewatkan sedikit untuk diblogkan, kerana saya mendahului apa yang berlaku malam tadi di Shah Alam Selangor.
Apa pun ia relevan dan masih ada kesenimbungan di antara kedua majlis itu. Kedua-duanya tetap menampilkan Dr Mahathir dan Husam Musa, regu baru yang menjadi pengerak membela rakyat dan negara. Husam bolehlah disifatkan sebagai pemenuh kepada kekosongan yang terpaksa ditinggalkan Anwar Ibrahim yang kini diringkukkan dalam penjara.
Malahan majlis di Shah Alam malam tadi lebih bermakna dan bererti daripada apa di Kota Bharu itu apabila kesemua pemimpin dan juara rakyat dari parti-parti oposisi hadir. Yang hadir malam tadi, Muhammad Sabu presiden Amanah, Mohamed Azmin Ali timbalan presiden Keadilan, Dr Mahathir Mohamad pengerusi Bersatu (PPBM), Ronnie Liu mewakili DAP. Turut sama ialah pengerusi Bersih Marina Chin Abdullah, Ambiga, bekas Ketua Dewan Muslimat Pas Jamilah Ibrahim, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Dr Mariah Mahmud, ahli parlimen Kota Raja, Mohd Annuar Tahir setiausaha Amanah dan lain-lain.
InsyaAllah catatan di Kota Bharu itu akan menyusul selepas ini.
Dari segi nilai berita kedua-dua majlis itu sangat penting dan memberi rangsangan tersendiri buat semua. Tetapi kerana nilai peristiwa di Shah Alam malam tadi lebih tinggi, berkelas lima bintang dan ada singnifikan tersendiri maka ia didahulukan.
Menjadi rukun dalam dunia kewartawanan berita yang lebih penting itu akan didahulukan atau pun dimasukan di muka hadapan – front page.
Kenapa peristiwa di Shah Alam malam tadi penting? Majlis anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) sempena ulang tahun pertama penubuhannya peringkat Selangor itu cukup memberi pengertian besar dan membanggakan pendokong oposisi bukan kerana ia dihadiri oleh gandingan politik baharu negara Dr Mahathir dan Husam Musa yang popular dan beruara waktu ini, tetapi majlis malam tadi juga penting kerana ia secara tidak langsung menjawab beberapa persoalan dan mengemaskan ikatan dalam pakatan baharu pembangkang – Pakatan Harapan.
Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut sama hadir.
Selain itu dan ini lebih penting, majlis malam tadi menjelaskan sikap atau tuduhan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Keadilan (PKR), Mohamed Azmin Ali (Minali) yang dikatakan bermain tarik tali di Selangor kerana sebab-sebab tertentu atas helah dan muslihat politik hanya difahami mereka yang masak dalam siasah.
Sebahagian orang ramai yang hadir. 
Bagi mereka yang faham politik dan menginsafi kedudukkan Minali sebagai MB sebagai peneraju dan pemegang kuasa kerajaan, tahu dan mengerti sikap yang diambil MB Selangor itu ia bukan satu hipokrasi yang perlu dimarahi namun itulah kebijaksanaan namanya.
Tetapi bagi yang “angin tohor” serta cetek berpolitik akan mudah melenting dan membuat tohmahan buruk kepada MB Selangor itu.
Nah, dengan kehadiran beliau dan penegasan yang dibuat menjelaskan apa yang kabur selama ini menjadi terang benderang dan sekaligus melenyapkan persepsi buruk. Minali telah meletakkan dirinya di tengah-tengah cahaya yang kesekian lama dinanti-nanti dan ditunggui bagi melihat kebersihan dan kemurnian nawaitu perjuangannya.
Orang ramai sanggup berhujan untuk dengar amanat.
Semalam Minali telah mengulas mengenai peranan yang dimain dan bakal dimainkan oleh Parti Amanah Negara (Amanah) yang sudah “didaftarkan” sebagai komponen pakatan oposisi baharu (PH). Beliau menyanjung kehadiran Amanah dan peranan yang dimainkan khususnya dalam meletakkan Selangor terus menjadi milik PH dalam Piraum akan datang.
“Kita bersyukur Amanah bantu dan beri nafas baharu dalam politik tanah air,” katanya sambil mengucap selamat maju jaya kepada Amanah sambil mengalu-alukan kemunculan Bersatu yang menyemarakkan lagi semangat oposisi untuk merobohkan UBN.
Beliau yang memberi tahu kepada Dr Mahathir dan hadirin semua, Selangor suatu masa dulu adalah kubu Umno tetapi hari ini sudah menjadi kubur Umno. Ertinya Minali cukup yakin dan percaya dengan kemantapan gabungan oposisi Selangor akan kekal ditangan PH. Kedudukan itu akan kekal dengan adanya atau kehadiran Amanah yang menjadi pakatan baharu oposisi sebagai mengganti pakatan lama (PR) yang sudah berkecai.

Pelan SPR, usul Hadi dijangka hangatkan Parlimen

Buat pertama kalinya, Muhyiddin akan mewakili pembangkang di Dewan Rakyat yang memulakan sesi terakhirnya tahun ini.
parliment-1
PETALING JAYA: Sesi terakhir Dewan Rakyat tahun ini yang bermula hari ini dijangka panas dengan pelbagai isu bakal diperdebatkan, termasuk pelan persempadanan semula Suruhunjaya Pilihan Raya (SPR) dan rang undang-undang (RUU) persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
Perhatian juga akan tertumpu kepada Ahli Parlimen Pagoh yang kini memimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), iaitu kali pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri Parlimen sebagai pembangkang.
Kedua-dua pihak dijangka terlibat dalam perdebatan hangat mengenai rancangan SPR melukis semula peta pilihan raya, yang dibantah parti politik khususnya Pakatan Harapan kerana mendakwa ia usaha memenangkan Barisan Nasional (BN) dengan menambah bilangan pengundi di kubu pembangkang supaya kerusi Parlimen diwakili mereka berkurangan.
Perhatian juga akan tertumpu kepada usul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dibentangkan pada Mei lalu, bagi meminta Akta 355.
Pindaan itu bertujuan memberikan kuasa lebih kepada mahkamah syariah membicarakan kesalahan jenayah melibatkan orang Islam dan menjatuhkan hukuman lebih berat. Ia dikatakan permulaan usaha PAS memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.
Mesyuarat kali ini juga akan menyaksikan RUU mengenai pertukaran agama, dalam usaha menghindari perebutan hak penjagaan melibatkan pasangan berlainan agama, salah satu daripada mereka Islam.
Ahli Parlimen DAP, M Kulasegaran berkata beliau difahamkan perkara itu akan dibangkitkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
“Saya berharap ia akan disenaraikan dalam kertas perintah,” katanya kepada FMT.
Sementara wakil rakyat Batu dari PKR, Tian Chua bimbang dengan usaha kerajaan meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat kebebasan bersuara dalam Internet, seperti di Singapura.

Usaha Shafie ambil alih sebuah parti di Sabah diluluskan pendaftar pertubuhan

Shafie ketika bercakap kepada media pada 22 September lalu di pejabat pendaftar pertubuhan.Shafie ketika bercakap kepada media pada 22 September lalu di pejabat pendaftar pertubuhan.
Permohonan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menukar nama, logo  dan pindaan perlembagaan sebuah parti di Sabah dengan nama baharu dikatakan telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Bekas Naib Presiden Umno itu dimaklumkan akan ke RoS jam 8.30 pagi ini.
Perkara ini diberitahu oleh pegawai medianya petang semalam menerusi whatapps: "Esok pagi @8.30, ROS Putrajaya. Kelulusan pindaan parti yang diterajui YB DS Shafie Apdal."
Pada 22 September lalu, Ahli Parlimen Semporna ini telah ke pejabat RoS bagi tujuan penukaran nama dan logo parti yang dikatakan telah ditubuhkan sejak 2013 itu.
Dakwaan sebelum ini, Shafie dikatakan membeli Parti Kebangsaan Sabah (PKS) yang ditukar nama kepada Parti Kebangsaan Rakyat Sabah (PKRS).
Namun Shafie dalam sidang media diadakan selepas ke pejabat RoS masih terus berahsia nama parti yang diambil alih itu dan enggan memberitahu nama baharu partinya.
Sebaliknya Shafie yakin usahanya memperbaharui sebuah parti yang ditubuhkan di Sabah untuk didaftarkan menjadi parti politik baharunya akan diluluskan RoS.

PPBM hanya berfantasi, kata Annuar

Beliau yakin kerjasama PPBM dengan pembangkang tidak akan membuahkan sebarang hasil.
annuar-muasa-ppbm
ALOR SETAR: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mampu menawarkan kelebihan kepada pakatan pembangkang berikutan masih dalam situasi “cuba mencuba” malah tidak ubah seperti berada di alam fantasi.
Beliau berkata ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang berada di alam realiti, malah sudah puluhan tahun mencapai persefahaman yang jitu bersama-sama parti komponen yang lain.
“Lagipun sejarah mengatakan kalau kerjasama itu hanya sekadar kerana ada ‘common enemy’ (musuh yang sama) maka perbalahan lebih besar akan terjadi selepas itu. Adakah rakyat nak mengorbankan sesuatu untuk mengambil satu alternatif yang belum menjanjikan apa-apa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Himpunan Jentera Penerangan Umno Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.
Annuar diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kewujudan parti baharu PPBM mampu memberi kekuatan kepada pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Malah Anggota Parlimen Ketereh itu sangsi dengan kesediaan parti pembangkang seperti DAP dan PKR untuk mengorbankan kerusi mereka untuk PPBM.
Dalam pada itu, Annuar menggariskan 4 elemen untuk memperkuat dan merapatkan lagi saf Umno iaitu meningkatkan solidariti, penghayatan perjuangan parti, membina strategi yang betul serta membentuk mentaliti untuk menang.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau meminta anggota Umno membentuk imej baik terhadap parti berusia 70 tahun itu bagi memastikan parti dinilai berdasarkan sejarah perjuangan parti itu yang sebenar-benarnya.
“Jangan biarkan orang kenal Umno dari lidah PAS, jangan biarkan orang kenal Umno dari bibir DAP. Hidupkan sejarah Umno,” katanya.

LEGASI KLEPTOKRASI

Selepas kita dihidangkan dengan perkataan kleptokrasi yang tidak pernah didengari sebelum ini, kebelakangan ini timbul pula isu berkaitan legasi.

Semua legasi yang dibina oleh Tun Mahathir Mohamad, yang menjadi kebanggaan rakyat serta sebutan dunia, kini seolah-olah menjadi "habuk yang masuk ke mata" pemimpin-pemimpin UMNO.

Semua legasi beliau bukan saja mula dilihat negatif, malah turut disebut mahu dirobohkan.

Yang bahaya dan memalukan kita, legasi KLCC atau legasi kleptokrasi?

Mahathir: Mengapa hanya KLCC, roboh juga KLIA, Cyberjaya, Putrajaya

Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salled Said Keruak kerana mencadangkan jika kerajaan mahu memusnahkan legasi bekas perdana menteri, mereka akan meruntuhkan bangunan ikonik KLCC.

"Apalah salah saya? Saya angkat dia jadi Ketua Menteri Sabah dulu masa saya perdana menteri. Tetapi sekarang dia marah kepada saya. Dia nasihatkan kerajaan supaya jangan ada legasi Dr Mahathir. Kita hapuskan, cara nak hapus, kita rebankan KLCC.

"Pasal apa KLCC sahaja? Jabatan Perdana Menteri pun dulu saya buat, rumah perdana menteri pun saya buat juga. Rebanlah semua itu, buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA semuanya.
“Takut orang ingat saya, saya tak suruh orang ingat saya,” kata Dr Mahathir semasa ceramah mega Amanah di Shah Alam malam semalam.
Video ucapan beliau dimuat naik di laman Facebook AMANAH GHB Media TV.
Mahathir berkata mereka yang berkuasa takut bahawa rakyat akan mengenang segala sumbangannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

"Tetapi saya tak pernah minta orang ramai untuk ingat saya

"Adakah mana-mana tempat yang ada nama saya? Tak ada, satu pun tak ada.
"Saya tegah. Sebaliknya dulu, kalau jadi menteri pelajaran, sekolah-sekolah dulu semua nama menteri pelajaran,” katanya.
Dr Mahathir berkata semasa tempoh beliau memegang jawatan, beliau melarang sekolah, jalan dan bangunan dinamakan atas nama menteri dan pegawai yang masih hidup.
“Nama menteri tak boleh dipasang di mana-mana sekolah. Dah jadi perdana menteri, nama jalan pun tak boleh.
“Kalau nak nama awak dikenakan (diletakkan) pada apa-apa bangunan, mati dulu,” katanya sambil disambut dengan gelakan hadirin.