Ahad, 16 Oktober 2016

Najib punca sebenar ketegangan kaum semakin teruk, selar Muhyiddin

Jika Najib benar-benar prihatin tentang masalah hubungan kaum beliau sepatutnya mengarahkan Jamal dan kumpulan Baju Merah berhenti membuat provokasi.
muhyiddin-najid
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata sokongan tersirat perdana menteri terhadap gerakan Baju Merah merupakan antara sebab hubungan antara kaum di negara ini semakin tegang.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata demikian mengulas dakwaan Datuk Seri Najib Razak beberapa hari lepas dalam blog rasminya www.najibrazak.com yang menuduh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca ketegangan kaum yang semakin memburuk.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan beliau hari ini, dakwaan Najib itu tidak lebih daripada cerita karut politik untuk menimbulkan ketakutan dalam hati dan minda orang Melayu untuk mengundi parti selain Umno.
“Tidakkah Najib sedar hubungan kaum di negara ini yang kelihatan semakin tegang dan berada di paras paling rendah pada waktu ini adalah disebabkan sokongan tersirat beliau terhadap gerakan rasis dan biadab kumpulan Baju Merah yang diketuai Jamal Yunos?” kata beliau.
Minggu lalu, Gerakan Baju Merah bertembung dengan konvoi Bersih di beberapa lokasi, termasuk di Teluk Intan menyebabkan pergaduhan tercetus antara penyokong Bersih dan Baju Merah, manakala ribuan penyokong berkumpul di Gurney Drive sebagai tanda bantahan terhadap perhimpunan Bersih 5.
Menurut beliau, jika Najib benar-benar prihatin tentang masalah hubungan kaum di Malaysia, beliau sepatutnya mengarahkan Jamal dan kumpulan Baju Merah berhenti daripada membuat provokasi dan serangan terhadap peserta jelajah Bersih.

APABILA INFLASI BAIK UNTUK EKONOMI


DALAM rencana sebelum ini di mana kita berbahas dengan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, mengenai hutang kerajaan dan prestasi ekonomi, beliau bandingkan kedudukan kita dengan Jepun.
Antara lain, katanya, nisbah hutang kerajaan berbanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar tidak tinggi, dibandingkan dengan negara maju, khususnya Jepun.
Saya membalas dengan menyatakan perbandingan itu tidak tepat kerana Jepun negara kaya dengan ekonomi serta bilangan penduduk yang berganda lebih besar daripada negara kita.
Apa yang dibimbangkan sudah mula berlaku dan kesannya dirasakan rakyat. Kita dengar mengenai pengurangan peruntukan kepada kementerian sosioekonomi seperti pelajaran dan kesihatan.
Kita juga membaca berita bagaimana bilangan biasiswa pengajian tinggi terpaksa dikurangkan, duit kocek pelajar matrikulasi lambat dibayar, ujian kesihatan dihadkan dan bayaran kepada kontraktor tertangguh.
Minggu ini saya ingin menyambung perbahasan mengenai isu fiskal dan mata wang memandangkan kerajaan sedang dalam proses merangka Belanjawan 2017.
Kebetulan saya sekarang berada di Jepun atas jemputan kementerian luarnya Gaimu-sho. Jemputan itu dibuat atas nama wartawan media sosial kerana selain menulis di akhbar dan majalah, saya juga mengendalikan blog dan Facebook.
Jepun negara maju dengan ekonomi ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan China. Ekonominya dianggarkan bernilai AS$4,413 bilion (kira-kira RM17,653 bilion).
Itu pun ia masih menanggung kesan buruk akibat hutangnya yang besar walaupun pada hakikatnya ia dapat membayar balik hutang dan kebanyakan hutangnya adalah daripada sumber dalam negara. Maksudnya kerajaan Jepun berhutang dengan rakyat jelatanya sendiri.
Presiden dan Pengarah Urusan Institut Hal Ehwal Luar Jepun, Yoshiji Nogami yang berupa bekas diplomat kanan memberitahu saya, hutang yang tinggi memuramkan sentimen terhadap ekonomi Jepun.
Walaupun ekonomi Jepun berkembang kadarnya sangat rendah – dianggarkan dalam 0.7 peratus saja tahun ini. Itu pun sudah dianggap sebagai kejayaan besar bagi pentadbiran Perdana Menteri Shintaro Abe kerana sebelum ini ekonomi Jepun alami penguncupan disertai oleh deflasi.
Deflasi adalah keadaan di mana harga jatuh secara berterusan. Kalau inflasi yang tidak terkawal buruk kepada ekonomi sesebuah negara, deflasi mempunyai kesan yang lebih kronik kerana ia bukan sahaja tidak menjamin keuntungan, sebaliknya menyebabkan kerugian yang berterusan.
Misalnya, peruncit membeli barang dengan harga RM1 seunit tetapi apabila hendak dijual harganya jatuh kepada 90 sen. Begitu juga dengan petani yang harga hasil keluarannya lebih rendah daripada kos pengeluaran.
Dalam karya agungnya “Muqaddimah” cendekiawan Islam terkemuka Khaldun telah menyentuh mengenai fenomena ekonomi ini. Beliau membuat ulasan itu pada tahun 1377 Masihi, mendahului ahli ekonomi moden beratus tahun lamanya.
Setelah berjaya menamatkan deflasi, matlamat kerajaan Jepun sekarang ialah menggalakkan inflasi. Aneh bukan? Di banyak negara kerajaan bertungkus-lumus mengurangkan kadar inflasi tetapi di Jepun kerajaannya berusaha menggalakkan inflasi.
Pada tahun 2013, Bank Negara Jepun (BoJ) diarahkan supaya melaksanakan dasar mata wang bagi menaikkan kadar inflasi kepada sekitar dua peratus setahun.
Tetapi nampaknya usaha menaikkan kadar inflasi sama sukar dengan mengurangkannya. Ini adalah kerana ekonomi Jepun tumbuh terlalu perlahan dan pengguna tidak ada pendapatan tambahan untuk berbelanja dengan lebih besar.

Wan Azizah: Ramai orang PAS masih bersama pakatan pembangkang

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau percaya ramai di dalam PAS yang masih bersama pakatan pembangkang meskipun ada pimpinan parti Islam itu yang tidak bersama daripada segi kerjasama dengan DAP.

Ketua pembangkang itu berkata meskipun diketahui PAS enggan bekerjasama dengan DAP, kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum tidak bertindih.

Bagaimanapun, katanya bagi kerusi di mana kedua-dua parti komponen Pakatan Harapan, PAS dan Amanah berminat untuk bertanding, rundingan lebih terperinci akan diadakan.

Beliau berkata Pakatan Harapan banyak belajar daripada pilihan raya negeri Sarawak pada Mei lalu yang menyaksikan pertandingan banyak penjuru dengan Barisan Nasional.

“Kita akan belajar juga daripada hasrat kita yang mendepani segala hasrat individu itu untuk negara. Apa yang penting sekarang ialah untuk pembangkang menubuhkan blok terbesar,” katanya dalam satu temu bual

Wan Aziah berkata beliau juga percaya PAS ialah parti yang realistik dan ada perbezaan antara PAS Selangor dengan kepimpinan pusat parti Islam itu.

Beliau turut memberi contoh Naib Presiden PAS dan Exco Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang sebelum ini berkata DAP dan PAS masih boleh duduk sekali di negeri itu walaupun PAS mengeluarkan kenyataan tidak boleh bekerjasama.

Kisah Nasi Lemak Anak Dara & Impian Rakyat Malaysia Terhadap Bajet 2017

Oleh Hayar Hassan

Mengikuti kisah graduan muda Siti Hajjar Ahmad, lulusan sarjana muda Ijazah Kejuruteraan Elektronik Perubatan Universiti Tun Hussein On (UTHO) berjualan nasi lemak “Anak Dara” di Shah Alam membuatkan saya hiba dan separuh kagum. Hiba apabila mengenangkan delima ribuan anak-anak muda kita dewasa ini mencari pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian tinggi mereka di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam negeri dan di luar negara.

Entah berapa angka yang tepat mereka ini tidak diketahui. Mungkin Jabatan Tenaga Rakyat Malaysia mempunyai angka yang hampir tepat, tetapi tidak dihebohkan. Dikhabarkan kadar pengangguran sekarang ini adalah sekitar 3.5%. Ini adalah yang tertinggi sejak tahun 2010.

Jujur, saya amat kagum terhadap Siti Hajjar Ahmad(SHA) yang memberanikan diri berjualan nasi lemak “ Anak Dara” di Shah Alam sampai dikenakan saman oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor. Lebih menarik lagi apabila remaja ini bijak menguruskan masaalahnya dengan MBSA sehingga mendapat perhatian YAB Dato’ Seri Azmin Ali , Menteri Besar Selangor. Walau pun dirinya seorang wanita, SHA berazam untuk tidak menyusahkan keluarganya . Dikhabarkan pendapatan SHA sebulan adalah melebihi gaji permulaan seorang jurutera muda ! Negara ini masih perlu melahirkan lebih banyak lagi srikandi seperti SHA ini.

Semoga SHA terus berjaya dalam kerjayanya.

Namun demikian, realitinya begitu banyak sekali isu-isu yang berkaitan dengan kerjaya dan keperluan mendesak rakyat Malaysia dewasa ini. Semuanya adalah berpunca dengan bajet Negara yang tidak diurus dengan baik dan bijak untuk tempoh yang sudah terlalu lama.

Tulisan Dr Dzulkifly Ahmad dan Liew Chin Tong dalam Malaysiadateline bertarikh 5 Oktober 2016 atas tajuk “Bajet 2017: Membendung Dana Gelap JPM Sebagai Keutamaan Negara” adalah suatu yang menarik untuk direnungi oleh semua pihak terutamanya pihak Kerajaan Malaysia yang bakal membentangkan lagi Bajet 2017 pada sidang Parlimen akan datang.

Dikhabarkan juga, sudah ramai rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di universiti-universiti di luar Negara diarahkan pulang ke tanah air tanpa menamatkan pengajian mereka. Mereka ini adalah bakal-bakal pensyarah di beberapa buah universiti awam di Malaysia. Alasan yang diberikan adalah kerana pihak penganjur sudah kehabisan dana. Dulu kisah-kisah sebegini belum pernah terdengar terjadi.

Beberapa minggu lepas, tersebar pula cerita 150 orang pelajar perubatan Malaysia di Mesir yang masih belum melunaskan pembiayaan pengajian mereka yang tertunggak, mencecah sekitar RM4.5 juta. Dikhabarkan juga setiap seorang pelajar perubatan tersebut perlu menyediakan jumlah yuran sekitar RM35,000.00 setahun. Sewajarnya Kerajaan membantu pelajar-pelajar perubatan ini menyelesaikan pengajian mereka kerana Malaysia masih lagi kekurangan tenaga doktor-doktor terlatih.

Di samping itu tersebar juga berita pelajar-pelajar matrikulasi tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan Kementerian Penajian Tinggi (KPT) masih lagi belum menerima elaun pengajian mereka. Sepertinya berita-berita di atas ada kaitannya dengan masalah urustadbir kewangan Negara. Semacamnya ada begitu banyak perkara yang tidak beres berkaitan dengan bajet 2016 walau pun kita sudah berada di ambang tahun 2017. Semasa pembentangan bajet 2016 setahun lalu, semuanya cantik di atas kertas. Menteri kewangan memberikan sejuta harapan dan ribuan impian untuk seluruh rakyat Malaysia.

KANTOI BOHONG LAGI...!!!

Sama-sama lah kita nantikan wayang 'MEREKA' samada utk meraih undi mahupun yg menipu rakyat.

TAHUKAH ANDA..

Rupa2nya AyahJib laksana GST tujuannya beliau nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat.. !!!

MAKNANYA negara2 lain di dunia yg tak laksana GST tu pemimpin negara mereka ADALAH PEMIMPIN YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYATNYA ka !!

Sifat azali dalam Umno....


‘Tok Guru Nik Aziz anggap sertai Bersih satu kewajiban’ – Husam Musa

Pihak yang menolak untuk sertai Bersih 5 atas alasan tidak mahu jadi “tangga” pihak lain adalah sebenarnya mahu jadi “tangga” Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana tindakan sperti itu sudah tentu akan membantu pihak yang menipu dalam pilihan raya.
'Tok Guru Nik Aziz anggap sertai Bersih satu kewajiban' - Husam MusaPenasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan kerana dalam meraih sokongan rakyat semua pihak saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
“Pas sendiri sudah berapa kali mendapat manfaat politik melalui bantuan politik atau “tangga” pihak lain,” katanya dalam ceramah kemuncak konvoi Bersih 5 di Pasir Puteh malam tadi.
Pada pilihan raya 1999 katanya, Terengganu terlepas dari tangan Umno kerana isu pemecatan Datuk seri Anwar Ibrahim.
“Pas sudah dapat tangga Anwar ketika itu dan dapat memerintah, ada sesiapa terfikir untuk beri Anwar imbuhan atau gaji?.
“Semua dibolot Pas Terengganu dan PKR waktu itu jadi melukut ditepi gantang saja,” katanya.
Begitu juga katanya dalam pilihan raya 2008 dan 2013, Pas telah mendapat kemenangan di banyak tempat termasuk di Selangor, Perak dan lain-lain hasil mendapat “tangga” dari pengundi bukan Islam yang sebahagiannya kerana perjuangan Bersih.
“Di Selangor pernah dapat hingga 15 kerusi dari 20 kerusi ditandingi, tidak sedarkah kita ini hampir mustahil tanpa “tangga” pihak lain,” soal beliau.
Penyertaan dalam gerakan Bersih katanya adalah kewajipan agama dalam ajaran Islam kerana pengendalian pilihan raya yang penuh penipuan dan senget sebelah adalah perkara yang melampaui batas.
“Dalam Islam perakara ini disebut “tangha” atau “taghut”,” katanya.
Menurut beliau, semasa arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dulu, penyertaan dalam aktiviti Bersih dianggap satu kewajipan.
“Semua acara Bersih sejak yang pertama hingga Bersih 3, arwah Tok Guru arahkan kita semua bersama kerana perkara ini bukan setakat tindakan politik malah satu kerja agama.
“Tok Guru arahkan saya supaya membuat panduan dan tatacara ketika menyertai Bersih, antara lain mengarahkan kita supaya bersolat di mana saja bila masuk waktu solat.

Tuduhan Najib terhadap Dr M, Anwar amat hipokrit - Muhyiddin

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dakwaan yang mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca hubungan kaum yang kononnya semakin buruk di Malaysia adalah tuduhan liar yang tidak berasas sama sekali dan amat hipokrit.
"Tidakkah Najib sedar bahawa hubungan kaum di negara ini yang kelihatan semakin tegang dan berada di paras paling rendah pada waktu ini adalah disebabkan oleh sokongan tersirat beliau terhadap gerakan rasis dan biadap kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh (Datuk Seri) Jamal (Md) Yunos, yang juga merupakan Ketua Umno bahagian Sungai Besar.
"Bahkan, Jamal sendiri telah membuat pengakuan kepada pihak media bahawa sebahagian besar ahli kumpulan Baju Merah adalah ahli-ahli Umno," kata Muhyiddin dalam kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengaitkan dua individu, yang pertama ialah 'ketua pembangkang' dan seorang lagi 'pemimpin lama' sebagai bertanggungjawab dalam mengancam dan menggugat perpaduan negara.
Sejak akhir akhir ini, perpaduan negara sering diacam oleh dua individu, kata Najib.
Fasa pertama pada 2008, jelasnya, ialah ketika ketua pembangkang mula memainkan isu perkauman dan mula mencabar perlembagaan mengenai kepentingan semua kaum di Malaysia ini dengan menggunakan ia sebagai isu politik untuk meraih undi.
"Sebelum ini tidak ada pun pertikaian pada Perlembagaan dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni. Kesannya, selepas pilihan raya umum ke-12, politik negara mula ditentukan oleh faktor kaum," katanya.

Mahathir DEDAHKAN Cubaan Najib Curi 30Billion Projek KTM Pantai Timur

KURANG SETAHUN!! Anwar Bakal DIBEBASKAN,Najib Akan Ke DIPENJARA

AWAS SEMUA!! Najib Sasarkan Orang Kuat PEMBANGKANG Akan DIPENJARAKAN

PRU 14, ANTARA HIDUP DAN MATI

Ramai yang percaya Najib Razak akan terus bertahan sehingga PRU 14 dan akan berusaha sedaya mungkin untuk memenangi pilihanraya itu. PRU 14 adalah perjuangan hidup mati bagi dirinya.

Jika menang PRU 14 akan datang, masa depan politiknya boleh dianggap sudah selamat. UMNO dan BN tidak lagi seteruk ini berdepan cabaran dalam pilihanraya yang seterusnya. 

Tetapi, sekiranya kalah PRU 14, macam-macam kemungkinan buruk boleh terjadi kepada Najib. Najib sendiri barangkali tidak membayangkan ada lagi kegembiraan buatnya jika kecundang dan hilang kuasa.

Kiranya pada PRU 14, masih ada Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin yang menggugat Najib, pada PRU 15 yang sepatutnya pada 2023 nanti,  semua tokoh berkenaan tentu saja sudah terlalu tua atau mungkin ada yang telah meninggal dunia.

Dengan menang PRU 14, bukan saja kemenangan dalam PRU 15 hampir tiada masalah lagi, malah Najib turut mampu mencatur penggantinya dan seterusnya akan membuatkan dirinya selamat  buat selama-lamanya.

Dalam erti kata lain, PRU 14 adalah satu-satunya peluang untuk Najib menyelamatkan dirinya.

PRU 14 juga adalah detik untuk Tun Mahathir menyelamatkan dirinya. Jika tidak menang bersama PPBM yang diwujudkannya untuk menjatuhkan Najib, Tun Mahathir turut tidak boleh membayangkan apa jadi kepada dirinya selepas itu.

Jika sekarang pelbagai kemudahannya sudah  ditarik sehingga tukang masak pun mahu ditukar, Mukhriz dipecat dan hilang jawatan Menteri Besar serta Mokhzani dipaksa meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Litar Sepang, nasib keluarga Tun Mahathir pasti lebih buruk lagi selepas Najib berjaya mengekalkan kuasanya dalam PRU 14 nanti.

Bukan saja beliau akan lebih dihina dan dicincang-lumat oleh Najib, malah Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Nazri Aziz dan Jamal Md Yunus pasti lebih tidak terperi gegak-gempitanya.

Gagal menyingkirkan Najib dalam PRU 14 juga bermakna berakhirlah perjuangan Tun Mahathir untuk menyelamatkan negara ini. Rasuah, penyelewengan, mencuri wang negara dan aktiviti kleptokrasi tidak mustahil akan terus berleluasa.

Sekiranya berjaya menyingkirkan Najib, diikuti langkah-langkah memulihkan semula imej negara, Tun Mahathir akan lebih dikenang sebagai pemimpin yang hebat dalam sejarah negara, sama ada ketika berkuasa mahu pun setelah tiada kuasa.

Lantaran itu, PRU itu adalah perjuangam hidup dan mati juga bagi Tun Mahathir.

Tidak terkecuali, PRU 14 turut merupakan perjuangan hidup dan mati bagi Anwar Ibrahim yang kini berada di penjara.

Meskipun berada di penjara, Anwar tetap berusaha supaya UMNO dan BN tidak terus berkuasa. Meskipun diakui Anwar seorang yang berjiwa besar, sedianya beliau berbaik semula dengan Tun Mahathir adalah bagi tujuan mengukuhkan lagi kekuatan pembangkang dan seterusnya memungkinkan mampu memenangi pilihanraya.

Ekonomi tergugat: Potong gaji menteri, saran ahli ekonomi

Gaji menteri patut dikurangkan sejajar dengan suasana dan iklim ekonomi semasa, kata bekas pengarah penyelidikan Institut Penyelidikan Khazanah, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Ujar beliau, ekonomi Malaysia belum terjebak dalam krisis namun tidak berada dalam keadaan yang baik dan kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah penjimatan dengan pengurangan perbelanjaan.
"Satu-satunya perkara yang kita belum lihat sejak krisis ekonomi yang terakhir adalah pemotongan gaji menteri-menteri yang sepatutnya dilakukan, rasa saya.
"Ia adalah simbolik, bukan? Anda merasa sakit, kita berkongsi kesakitan," jelas beliau kepada hadirin semasa forum yang dianjurkan oleh kumpulan pemikir DAP, Refsa di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata demikian selaku panel apabila ditanya sama ada ekonomi Malaysia berada dalam krisis dan sama ada langkah-langkah penjimatan perlu diambil.
Sebelum itu, seorang ahli panel lain yang juga bekas penolong gabenor Bank Negara, Datuk Latifah Merican Cheong memberitahu forum itu gaji penjawat awam termasuk para menteri telah dikurangkan sebanyak dua kali semasa krisis ekonomi 1998. Ia bertujuan mengurangkan perbelanjaan operasi keseluruhan kerajaan.
Beliau berkata, bank pusat pada masa itu juga telah mengenal pasti beberapa projek besar dengan kandungan import yang tinggi menjadi punca defisit perdagangan Malaysia sehingga menyebabkan kerajaan menangguhkan projek yang mempunyai kandungan lebih daripada 40 import dalam komponennya.

Annuar serang kegagalan legasi pemimpin dahulu

Merujuk kepada Proton, Annuar berkata bangga Malaysia memasuki industri automotif tetapi ia tidak lagi kompetitif sehingga memaksa kerajaan memberi subsidi untuk memastikan ia tidak gulung tikar.
annuar-musa
ARAU: Kerajaan hari ini mesti berani mengubah suai legasi kerajaan terdahulu yang tidak lagi relevan dengan keadaan semasa yang merugikan rakyat, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.
Sambil merujuk kepada Perusahaan Automobil Nasional (Proton), beliau berkata industri automotif dalam alaf baharu sangat kompetitif dan mendorong banyak syarikat dalam bidang berkenaan untuk bergabung.
“Kita bangga Malaysia memasuki industri automotif tetapi keadaan sekarang sangat berbeza. Kita tidak lagi kompetitif malah kerajaan terpaksa memberi subsidi berbilion ringgit untuk memastikan Proton tidak gulung tikar.
“Wang subsidi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan yang memanfaatkan rakyat,” kata Annuar kepada pemberita selepas memberi ceramah pada Program Penerangan Pemimpin Bersama Akar Umbi peringkat negeri di sini, hari ini.
Turut hadir pada program jelajah siri ketiga itu ialah pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Annuar berkata beliau sendiri membuat gesaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya legasi negatif tidak kira oleh sesiapapun yang tidak lagi sesuai atau memberi kesan positif kepada rakyat hendaklah diubah suai.
“Kita tidak mampu berterusan menanggung Proton kerana wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan satu model perniagaan yang sepatutnya memilih penggabungan,” katanya.
Annuar berkata kos penswastaan yang menjadi bebanan juga harus dikaji semula supaya rakyat tidak dibebankan dengan cukai kelak.

Waspada dengan kudis dalam Umno - Idris Haron

MELAKA - Kepimpinan tertinggi Umno di semua peringkat termasuk akar umbi diminta berwaspada dengan segelintir anggota parti yang diumpamakan 'kudis' kerana mereka boleh merosakkan seluruh jentera Umno sekiranya tidak dirawat dengan baik.
Idris Haron Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, anggota parti, yang dilihat mempunyai niat negatif terhadap Umno, perlu disisihkan segera agar tidak memberi kesan pada pergerakan jentera parti Umno dan BN dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Ada individu di dalam Umno yang di hadapan kita mengaku bersama perjuangan parti tetapi di belakang kita, mereka tidak bersama dan inilah sebenarnya cabaran yang perlu kita hadapi.
"Saya telah mengesan beberapa individu yang merupakan penyokong parti pembangkang tetapi di hadapan kita, berlakon seolah-olah mereka tetap bersama kita (Umno). Orang ini nanti, apabila kita berhadapan dengan pilihan raya umum, akan menyusahkan kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran negeri Melaka sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-78 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di sini, hari ini.

FALCON, BANK SWITZERLAND YANG MULANYA ANGKUH & SOMBONG – AKHIRNYA?

 

Siasatan terhadap pihak luar - institusi dan bank tertentu dan kaitannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) - mungkin bermula tiga atau empat tahun lalu.
Jangan ingat apabila ia sudah lama, siasatan khususnya oleh pihak antarabangsa, terhenti begitu sahaja.
Jika melibatkan kepada kepentingan maruah sesebuah negara dan terjejasnya perniagaan, khususnya sebagai pusat kewangan antarabangsa, negara luar tidak akan memberi muka kepada sesiapa.
Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura sejauh ini. Kenapa  mereka bertindak?

Itu belum lagi negara lain yang tidak kurang membabitkan 10 negara di dunia.
Untuk membersihkan nama mereka sebagai pusat kewangan antarabangsa yang boleh dipercayai dan diyakini namun kini tercalar kerana isu pengubahan wang haram, pihak berkuasa di negara berkenaan akan berbuat apa sahaja..
Walau angkuh mengatakan tidak akan ada apa-apa atau tidak terjejas dan sebagainya, pengajaran sudah kita dapati daripada kes Falcon Private Bank Ltd (Falcon) cawangan Singapura.
Bencana yang menimpa Falcon perlu diambil iktibar. Sebelum ini perkara sama berlaku kepada Bank BSI, juga dari Switzerland.
Jangan anggap apabila siasatan antarabangsa dilakukan, ia adalah berkaitan soal luar negara semata-mata dan bolehlah kita tuduh mereka sengaja mahu memalu atau campur tangan dalam negara kita. Juga ia sebagai  gerakan ‘konspirasai terhadap pemimpin dan pemerintah negara ini’.
Kita dimaksudkan di sini ialah negara, kerajaan, pemimpin dan juga rakyat.

Jangan sampai kita ditahap 'meludah ke langit dan jatuhnya ke muka kita sendiri.
Lihat sahaja kepada apa yang terjadi kepada Falcon di Singapura.
Reuters melaporkan pada Mac lalu (12 Mac 2016), pengurusan tinggi bank itu mulanya dengan angkuh dan sombong apabila pada awal Mac lalu mengatakan tidak melihat apa-apa kesan pada perniagaan mereka susulan publisiti berkaitan siasatan terhadap aktiviti dana kekayaan negara iaitu 1MDB.
Malah Ketua Eksekutif bank Switzerland Eduardo Leemann (gambar kiri) ketika itu, berkata 9 Mac lalu, beliau tidak melihat ada kesan terhadap perniagaan bank itu susulan publisiti sekitar siasatan itu.

Leeman kini digantikan dalam apa yang dikatakan sesuatu mengejutkan oleh bekas Eksekutif CreditSuisse Walter Berchtold sebagai Ketua Eksekutif mulai 1 September lalu.
The Wall Street Journal tahun lalu melaporkan penyiasat mengesan hampir AS$700 juta dari akaun di Falcon di Singapura itu dipindahkan ke akaun-akaun di Malaysia.

Mereka mendakwa akaun berkenaan milik Perdana Menteri Malaysia.

Organisasi media kutuk gangguan kumpulan anti-BERSIH

Organisasi media menyuarakan tentangan terhadap tindakan segelintir penyokong kumpulan anti-BERSIH yang mengganggu dan mengasari anggota media ketika membuat liputan konvoi BERSIH di Kuala Selangor, semalam.
Malaysiakini mengutuk gangguan terhadap wartawan dan jurugambar yang menjalankan tugas mereka dengan turut mengambil perhatian mengenai salah satu daripada jurugambar portal berita turut menjadi mangsa.
"Kami tahu, sedar Datuk Seri Jamal Md Yunos telah memohon maaf atas tingkah laku ahli yang sukar dikawal. Bagaimanapun, Malaysiakini menuntut Jamal agar memastikan serangan ke atas kakitangan media seperti itu tidak berulang."
Jamal yang merupakan Ketua Umno bahagian Sungai Besar mengepalai pergerakan anti-BERSIH berbaju merah.
"Perbuatan samseng seperti itu tidak dapat diterima mahupun bertolak-ansur," tegas portal berita tersebut dalam kenyataan, hari ini.
Sentimen yang sama juga disuarakan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai yang turut mengutuk gangguan dan ugutan oleh kumpulan anti-BERSIH terhadap wartawan.
Ujar beliau, provokasi sedemikian terhadap media yang membuat liputan konvoi Bersih 5.0 di Kuala Selangor tidak sepatutnya tidak berlaku sambil menambah bahawa tiga wartawan The Star yang diganggu dan dikasari telah membuat laporan polis dan mengenal pasti mereka yang terbabit kepada pihak polis.
"Kami berharap tindakan yang sewajarnya akan diambil dengan pantas.
"Malaysia bukan tempat untuk berbuat hukum rimba, menjadi samseng atau pengacau.
"Tiada sesiapa yang seharusnya dibenarkan untuk mengganggu dan menakut-nakutkan sesiapa jua terutama petugas media daripada menjalankan tugas," tegas beliau dalam kenyataan.

Insiden anti-BERSIH: Kami nak pergi makan saja, sembang Armand Azha

Kumpulan anti-BERSIH yang bertempur dengan penyokong BERSIH di Kuala Selangor semalam dalam perjalanan untuk pergi makan, kata seorang pemimpin Pemuda Umno.
Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, mereka tidak mempunyai niat untuk mencetuskan kekecohan.
"Kami telah membina tambak pasir sejak awal pagi...Kami mahu makan," ujar beliau dengan merujuk kepada persiapan yang dilakukan oleh kumpulan baju merah untuk membantu penduduk Kuala Selangor menghadapi fenomena air pasang besar.
"Tetapi anda tahu, para pemuda berasa penat mengangkat beg pasir dan apabila sampai di sana, mereka terlihat BERSIH (mengedarkan risalah).
"Saya beritahu salah seorang daripada mereka (dari kumpulan BERSIH) 'Abang, buatlah di tempat lain, kita mahu makan', tetapi tiba-tiba ada provokasi," Armand kepada Malaysiakini.
Pergelutan yang tercetus semalam antara penunjuk perasaan anti-BERSIH dan sukarelawan BERSIH yang mengedarkan risalah di pasar raya besar, Giant di Kuala Selangor.
Beberapa ahli dari kumpulan anti-BERSIH telah dikasari dan menakut-nakutkan wartawan yang membuat liputan. Bagaimanapun, Armand berkata, beliau telah cuba untuk menghentikan pergelutan itu.
"Dari awal lagi, saya cuba untuk menghentikan apa yang berlaku kepada wartawan, kepada orang-orang BERSIH.
"Tetapi Malaysiakini laporkan saya mula provokasi," dakwanya.

Suspek kes rasuah Sabah dibebaskan dengan jaminan RM500,000

Pengarah jabatan kerajaan itu dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan 2 penjamin, pada pukul 1 tengah hari tadi.
sprm-sabah
KOTA KINABALU: Seorang pengarah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan reman berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.
Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pengarah itu dibebaskan Majistret Stephanie Sharron Abbie dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan 2 penjamin, pada pukul 1 tengah hari tadi.
Pada 11 Oktober lepas, SPRM dibenarkan menahan reman pengarah itu selama 5 hari lagi, yang tempohnya berakhir hari ini, selepas tempoh tahanan reman 7 hari sejak 5 Oktober lepas tamat.
Menurut sumber itu, tempoh tahanan reman terhadap 4 individu lain termasuk bekas timbalan pengarah jabatan kerajaan yang ditahan pada Jumaat akan berakhir pada 18 Oktober ini.
Sumber itu menambah SPRM akan meneruskan siasatan termasuk merekodkan kenyataan dan mengumpul bukti berhubung kes tersebut.
Setakat ini SPRM merakam percakapan 82 saksi berhubung siasatan kes itu, tambah sumber berkenaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Umno, BN nafi terlibat kumpulan anti Bersih

Tengku Adnan dan Liow mengutuk tindakan pihak yang mengasari wartawan ketika membuat liputan konvoi Bersih.
kunan-liow
PETALING JAYA: Umno dan Barisan Nasional (BN) menolak tindakan sekumpulan penunjuk perasaan anti-Bersih yang mengasari wartawan ketika membuat liputan konvoi Bersih pada Sabtu.
“Kami tidak terlibat dengan mereka,” Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor yang dipetik sebagai berkata dalam satu mesej kepada The Star Online.
Presiden MCA Liow Tiong Lai mengutuk tindakan kumpulan itu, berkata: “Kejadian itu tidak ada kena mengena dengan Barisan, MCA atau parti komponen lain”.
Liow juga berkata BN tidak ada kena mengena dengan pergerakan “Baju Merah”, yang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunus.
Penunjuk perasaan anti-Bersih semalam, sekumpulan kira-kira 20 individu bermotosikal, dilaporkan memakai baju merah.
Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada mereka adalah sebahagian daripada pergerakan Jamal.
Tengku Adnan berkata, semua rakyat Malaysia perlu hidup “dalam semangat perpaduan dan kepelbagaian”.
Rakyat tidak seharusnya menjalankan undang-undang sendiri.
“Ikut undang-undang. Kita bukan hidup berpandukan undang-undang rimba.”
Liow berkata BN tidak akan menyokong perhimpunan jalanan, konfrontasi ganas dan buli, dan menggesa polis mengambil tindakan terhadap penyerang. .
Beliau berkata agenda banyak pertubuhan bukan kerajaan dirampas ahli-ahli politik pembangkang dan bertukar menjadi konfrontasi.
Polis berkata, 3 lelaki ditangkap kerana melakukan ugutan jenayah.

Pakatan Harapan akan terus pujuk Pas

JITRA - Pakatan Harapan akan terus berusaha memujuk Pas menjalin kerjasama dengan parti pembangkang lain untuk mengelak pertandingan tiga penjuru pada PRU14, meskipun Pas seakan-akan menutup pintu rundingan.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, masih ada masa untuk perbincangan.
“PRU14 masih jauh. Dalam politik apa pun boleh berlaku," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan Kedah, semalam.
Mohamad Sabu Mohamad mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin yang menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP, malah sanggup berdepan pertandi-ngan tiga penjuru pada PRU14 kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mohamad berkata, Sekretariat Pakatan Harapan menubuhkan jawatankuasa khas untuk runding dengan semua parti pembangkang berhubung agihan kerusi.
“Kita putuskan jawatankuasa itu ditubuhkan untuk bincang dengan semua parti,” katanya.
Ditanya sama ada pihaknya yakin mendapat persetujuan Pas untuk pastikan hasrat pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN tercapai, Mohamad berkata, usaha berterusan dilakukan.
“Kita cuba sedaya upaya. Jika kita pinang orang tak mahu, kita nak buat macam mana,” katanya.
Beliau nafikan akan menggunakan khidmat Bersatu sebagai ‘orang tengah’ untuk berunding dengan Pas jika Pas berdegil.
“Kita bekerja atas Pakatan Harapan, ini termasuk bincang bersama Bersatu. Kita akan cuba namun terserah kepada Pas untuk buat keputusan,” katanya.
Menurutnya, calon Kabinet bayangan Pakatan Harapan juga masih belum dibincangkan.
“Semua calon itu, termasuk calon menteri besar setiap negeri, belum dibincang, masih terlalu awal. Kita tiada kerana kita ada ramai pemimpin berwibawa,” katanya.

Kami beri pandangan baiki usul Akta 355, kata Khalid Samad

Ahli parlimen Shah Alam memberikan pandangan untuk membaiki usul pindaan kepada Akta 355 yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperbaiki usul itu agar ia benar-benar memperkasakan Mahkamah Syariah.
Dalam siri kedua penjelasan mengenai RUU Akta 355 itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad itu berkata, apa yang perlu diambil kira oleh pembentang usul itu adalah untuk membaikinya.
"Apa yang kita usahakan adalah untuk memberi pandangan kita bagi memperbaiki usul itu supaya kita dapat sama-sama dapat yang terbaik," kata Khalid dalam video klip itu.
Untuk itu, katanya, beliau dan rakan-rakan dalam Amanah serta lain-lain pihak berusaha memberikan pandangan agar ia benar-benar memberi manafaat untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.
"Apa yang kita minta adalah jangan sekadar isu hukuman, kecekapan hakim, kakitangan, skim gaji, sokongan dari instiusi lain seperti polis dan juga jabatan kerajaan yang lain," kata Khalid.

Pas minta Umno nilai kerjasama dengan MCA

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Umno perlu menilai semula kerjasama dengan MCA jika benar parti komponen BN itu menolak untuk menyokong pindaan RUU Akta 355 di Parlimen.
Beliau berkata, tindakan tersebut menunjukkan Umno gagal mendidik parti komponen mereka untuk menghormati agama Islam sehingga boleh campur tangan dalam urusan agama orang lain.
“Akta 355 ini jelas sekali tidak libatkan orang bukan Islam. MCA pula secara terangan cuba campur tangan dan menentang perubahan dan pindaan akta ini. Sedangkan mereka sedar ia tidak melibatkan mereka.
“Ini buktikan kegagalan Umno didik mereka hormat hak umat Islam untuk bebas melakukan suruhan agama di negara ini.
"Namun begitu, saya juga masih belum yakin sepenuhnya MCA akan menentang pindaan ini kerana nasib politik mereka bergantung pada Umno,” kata Ahmad Fadhli , memetik laporan Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Chai Kim Sen yang menafikan parti itu tidak akan menentang rang undang-undang dikemukakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hari ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata pihaknya akan memastikan rang undang-undang (RUU) ahli persendirian Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 tidak akan dibahaskan di Parlimen walaupun telah disenaraikan sebagai perkara keempat dalam kertas aturan mesyuarat.

Liow: BN pastikan tiada perbahasan ‘RUU Hadi’

Presiden MCA berkata BN akan bergantung kepada prosedur Parlimen yang rang undang-undang kerajaan diberi lebih keutamaan.
liow-hadi
PETALING JAYA: MCA hari ini berkata Barisan Nasional (BN) akan menggunakan prosedur Parlimen untuk memastikan tidak akan ada perdebatan mengenai langkah kontroversi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah.
Pada sidang akhbar di Wisma MCA hari ini, presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata: “Ia adalah sangat jelas yang BN membuat keputusan konsensus rang undang-undang kerajaan akan menggantikan rang undang-undang persendirian.”
Hasrat Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian adalah bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
“Kami akan memastikan rang undang-undang ini tidak akan dapat dibahaskan kerana kita tahu rang undang-undang kerajaan mesti diutamakan di Parlimen,” Liow dipetik sebagai berkata.
Ia tidak jelas sama ada itu adalah keputusan yang diambil pada Sabtu di pra-majlis Ahli Parlimen BN.
Bagaimanapun, pemimpin tertinggi DAP Lim Kit Siang membuat spekulasi semalam yang konsensus BN itu adalah untuk melambatkan Rang undang-undang Hadi (RUU Hadi) itu melalui prosedur.
Hadi memfailkan usul memohon kelulusan daripada Dewan bagi rang undang-undang persendirian itu.
Hanya selepas usul itu diluluskan barulah rang undang-undang itu dianggap sudah dibentangkan di hadapan Dewan.

3 lelaki ditahan ke serang wartawan

Polis menahan tiga lelaki susulan insiden tiga wartawan sebuah akhbar tempatan dikasari ketika membuat liputan konvoi BERSIH 5 di Kuala Selangor, semalam.
Klip video mengenai kejadian kira-kira 6 petang di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Pasir Penambang, Kuala Selangor itu tersebar di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ruslan Abdullah berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah bagi pencegahan daripada melakukan jenayah dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
"Siasatan lanjut untuk kenal pasti dan ambil tindakan ke atas individu lain yang terlibat sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata seorang daripada wartawan berkenaan membuat laporan polis dengan mendakwa dia serta rakan-rakannya telah dikepung dan diugut supaya memadamkan video yang dirakam, selain bajunya ditarik sekumpulan lelaki yang menentang peserta konvoi BERSIH 5.
Beliau turut mengesahkan ada menerima laporan berhubung tindakan beberapa individu dipercayai peserta konvoi BERSIH 5 yang didakwa mengedar risalah berbaur hasutan di sekitar pekarangan pintu masuk pasar raya berkenaan.
Ia disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 berhubung perkara tersebut.

12 masalah dihadapi pembangkang pada PRU ke-14

Kita patut berhenti menjadi seperti burung unta yang menyorokkan kepalanya ke dalam pasir tetapi seluruh badan yang begitu besar tetap jelas kelihatan pada semua.
berastau
Oleh Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Rakyat baru-baru ini dikejutkan dengan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertemu dan bersalam serta berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pendirian Dr M menyokong tindakan Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 (Akta MKN). Dr M bercadang memfailkan Affidavit Sokongan untuk menyokong permohonan Anwar dengan secara tidak langsung memulihkan kembali pasukan 2 negarawan yang pernah memimpin negara dengan cemerlang. Sekalipun minggu lepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar namun ianya perkara biasa untuk merayu ke Mahkamah Rayuan memandangkan tindakan mencabar kesahan Akta MKN sebagai bertentangan atau ultra vires patut diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi negara ini.
Gandingan 2 negarawan ulung negara patut dihormati semua pihak termasuk pihak berkuasa yang menjaga keselamatan negara. Pihak berkuasa keselamatan negara patut mula mengadakan siri mesyuarat dan muhasabah tentang perkembangan semasa yang sedang berlaku. Sekiranya mereka mendapati arahan yang diterima daripada pemimpin politik yang sedang memimpin kerajaan tidak patut diterima atas pelbagai sebab kukuh maka itulah yang sewajarnya mereka lakukan demi menghormati semangat pakaian seragam pasukan masing-masing.
Kita patut berhenti menjadi seperti burung unta yang menyorokkan kepalanya ke dalam pasir tetapi seluruh badan yang begitu besar tetap jelas kelihatan pada semua. Seluruh dunia tidak mungkin cemburu dengan kejayaan kita. Apakah agaknya yang sebenarnya negara kita berjaya sehingga seluruh dunia dikatakan cemburu terhadap negara kita? Kejayaan Malaysia tiada di zaman pimpinan sekarang. Adakah jumlah rakyat yang begitu ramai menerima BR1M itu sesuai dikatakan satu kejayaan Malaysia? ‘Akai ada ka’, meminjam kata kata Idris Hashim dalam filem Laksamana Do Re Mi.
Belanjawan pimpinan sekarang yang asyik defisit dan hutang negara mencapai RM1 trillion serta pelbagai belanja seperti biasiswa, elaun pelajar samada dihentikan atau dilewatkan pembayarannya, sekadar menyebut satu dua contoh, boleh dianggap sebagai kejayaan negara untuk di cemburui oleh seluruh dunia sehingga menyebabkan mereka mula mengambil tindakan sivil dan jenayah terhadap syarikat hutang milik negara?
Rakyat mula beralih arah menyokong gabungan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Peralihan beramai-ramai daripada parti politik pemerintah dikatakan sebagai kecil dan tidak memberi kesan kepada mereka namun jika benar begitu, mengapakah media arus perdana yang setiap bulan perlu membayar akibat perintah mahkamah kerana asyik mencanangkan berita fitnah. Justeru jangan terperanjat, jika suatu hari nanti media-media ini tidak lagi wujud dan akhirnya lokasi asal operasi mereka akan di jadikan pusat pemprosesan najis manusia sebagai kenang-kenangan tentang apa yang mereka lakukan sebelum ini.
Masalah utama Pakatan Harapan ialah PPBM. Pertama, segolongan ahli-ahli ini sudah sebati membenci Anwar sehingga ada yang masih enggan menerima hakikat yang kedua negarawan sudah berbaik, dan bertindak lebih sudu dari kuah daripada pemimpin mereka sendiri yang berbaik demi untuk memastikan angka menyebelahi mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. Golongan ini akan bermuka-muka dengan pemimpin sendiri namun tetap cuba mempengaruhi ahli lain supaya meneruskan kebencian tidak berasas terhadap Anwar melainkan asyik mengulangi skrip lama yang sememangnya sudah basi.
Masalah kedua segolongan ahli PPBM ialah ada yang masih menganggap DAP sebagai musuh walhal yang banyak menjahanamkan negara sebenarnya bukan DAP. Ini sekali lagi kerana sudah sebati dalam benak mereka yang berkenaan untuk membenci DAP selama-lamanya tanpa sebab munasabah kecuali asyik mengulangi segala jenis berita lapuk yang direka cipta semenjak mereka belum lahir lagi dan cuma menerima bulat-bulat tanpa menyemak apa yang dicanangkan pada mereka. Perbuatan golongan ini sebenarnya tidak akan membantu menambah jumlah undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti memandangkan undi kaum Cina kini menyebelahi DAP bukannya MCA.
Kemenangan BN dalam 2 pilihanraya kecil tidak memberi indikasi yang pengundi Cina menyokong MCA memandangkan pengundi Cina mungkin tertarik kepada jumlah dana serta projek yang diperuntukkan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Kehadiran golongan yang membenci DAP tanpa sebab, tanpa fakta, tanpa bukti boleh mengakibatkan angka yang diperlukan untuk berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 mungkin tidak dapat dicapai.
Masalah ketiga ialah segolongan yang memasuki PPBM kerana mungkin beranggapan peluang mendapat kontrak perniagaan dengan mudah selepas menguasai kerajaan nanti, sekalipun baru menubuhkan syarikat tanpa sebarang kelayakan dan pengalaman, akan berpaling tadah jika terdapat janji yang lebih manis daripada pihak lain. Ini virus yang sukar dirawat kerana golongan ini tak ubah seperti broker angin yang cuma berpindah ke parti baru daripada parti asal mereka, Umno.
Masalah keempat ialah kemungkinan ada usaha dari dalam oleh penyokong Presiden PPBM dan penyokong Pengerusi PPBM untuk berebut jawatan di setiap negeri. Ini akan mengakibatkan perpecahan dalam kalangan penyokong sekalipun kedua pimpinan utama iaitu Pengerusi dan Presiden dilihat boleh bertolak ansur.

Banyak wang dibazirkan biaya penyelidikan tak berguna - Prof Tajuddin

Prof Tajuddin Rasdi berkata para penyelidik sepatutnya membayangkan kehidupan masa hadapan yang lebih baik
tajuddin-1
PETALING JAYA: Seorang profesor universiti mengkritik usaha penyelidikan masa kini sebagai “terpisah daripada keperluan masyarakat”.
Bercakap kepada FMT, Mohd Tajuddin Mohd Rasdi daripada Universiti UCSI berkata banyak penyelidikan yang dihasilkan tidak beri manfaat kepada masyarakat manakala ada berpotensi pula tidak diteruskan.
Keadaan itu hanya mensia-siakan dana kerajaan, katanya.
“Geran seharusnya diberi kepada usaha penyelidikan yang berkaitan dengan keperluan orang ramai, seperti kesihatan, keselamatan, keharmonian sosial dan jenayah,” katanya.
“Banyak wang dibelanjakan untuk penyelidikan dan geran, tetapi tiada siapa tahu apa jadi dengan semua usaha itu.”
Beliau mengambil contoh seorang penyelidik yang diberi geran untuk mengkaji tenaga solar 20 tahun lalu.
“Apa jadi dengan penyelidikan itu? Tiada siapa tahu bagaimana ia memberi manfaat kepada masyarakat. Jika kos terlalu mahal, mengapa tidak penyelidik itu mengkaji bahan panel solar yang lebih murah? Kita mungkin mendapat manfaat darinya jika penyelidikan itu dilakukan dengan baik.”
Tajuddin mengenang ketika beliau menjadi juri penyelidikan untuk kerja sosial. Beliau terkejut kerana tiada seorang daripada 10 profesor terlibat dapat menjawab soalan berkenaan tujuan penyelidikan itu.
“Mereka tak nampak gambaran yang lebih besar bagaimana ia akan menyumbang kepada masyarakat. Ini menunjukkan ahli akademi gagal membayangkan kehidupan masa hadapan.
“Kebanyakan penyelidikan kita untuk mengisi ruang kosong dalam isu yang mereka ketengahkan. Tidak ubah seperti pelancongan akademi, penyelidikan demi penyelidikan dihasilkan tanpa impak kepada masyarakat.”
Beliau beri contoh perkara yang perlu diselidik:
Pencemaran udara: “Kita salahkan Indonesia bila jerebu bermusim melanda, tetapi saya belum temui penyelidikan tentang bagaimana pencemaran kereta menjejaskan kawasan bandar.”
Denggi: Tidak ada penyelidikan yang mantap ditujukan kepada kejuruteraan genetik nyamuk dan tidak ada kajian serius ke atas masalah yang dihadapi pihak berkuasa tempatan membersihkan kawasan yang mudah diserang denggi.

MIC tak gerun, panglima Bugis dah hunus senjata

Walaupun terdapat pihak yang bersatu dengan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan, namun ia tidak menggerunkan MIC kerana BN mempunyai seorang "panglima Bugis".
Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam berkata, panglima Bugis yang merupakan jeneral dalam BN itu kini telah menghunus pedang dan menunggu waktu untuk memimpin dan bergerak ke depan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Mantan perdana menteri yang tidak berpuas hati bersama seorang lagi bekas timbalan perdana menteri telah bersekongkol dengan gabungan pembangkang yang rapuh kini cuba bersatu untuk menjatuhkan kepimpinan dan kerajaan BN.
"Kita perlu bangkit dan harungi cabaran ini.
"Kita ada seorang panglima Bugis sebagai jeneral yang telah menghunus pedang dan hanya menunggu waktu untuk memimpin dan bergerak ke depan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung MIC ke-70 di ibu negara hari ini.
Panglima Bugis itu dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir merasmikan perhimpunan tersebut.
Menteri kesihatan itu juga memberitahu, sejak Najib menjadi perdana menteri beliau banyak membuat pembangunan untuk masyarakat India.
Najib sahabat rapat
Malah kata Subramaniam pembangunan yang dibuat Najib lebih banyak jika dibandingkan dengan perdana menteri sebelum ini.
"Sejak Datuk Seri Najib mengambil tampuk pemerintahan pada 2009, Datuk Seri telah menjadi sahabat rapat yang disayangi masyarakat India.
"Dalam masa tujuh tahun ini, Datuk Seri telah melakukan banyak pembangunan untuk masyarakat India berbanding dengan mana-mana perdana menteri Malaysia sebelumnya.
"Malah perdana menteri yang paling lama pun hanya melakukan peratusan yang sangat sedikit jika dibandingkan dengan apa yang telah dibuat oleh Datuk Seri," kata anggota parlimen Segamat itu.
Justeru, beliau berkata, masyarakat India amat berterima kasih terhadap segala inisiatif serta bantuan yang diberikan khususnya dalam pembangunan sekolah-sekolah tamil.

Usul Hadi: Pakatan bincang pendirian bersama esok

Azmin Ali berkata satu mesyuarat akan diadakan esok, apabila Dewan Rakyat memulakan mesyuarat belanjawannya.
azmin-1
PETALING JAYA: Pakatan Harapan akan mendapatkan pendirian bersama berhubung cadangan kontroversi meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman bagi kesalahan syariah.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata mesyuarat akan diadakan pada Isnin untuk membincangkan langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rang undang-undang persendiriannya yang mencadangkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dipinda.
Usul untuk membentangkan rang undang-undang itu akan dilakukan atas kertas perintah Dewan Rakyat yang akan memulakan mesyuarat belanjawan selama 6 minggu bermula Isnin.
Azmin berkata partinya sudah membincangkan rang undang-undang yang dibawa Hadi 2 minggu lalu, dan beliau menjangkakan satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, pemimpin Barisan Nasional pula akui sudahpun mencapai kata sepakat terhadap usul yang dibawa Hadi namun tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenainya.

MEROMPAK, MENYAMUN LEBIH MERUPAKAN JENAYAH

Apa agaknya masalah Annuar Musa ini?

Sudah dua tiga kali sebelum ini, khususnya sejak dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO, beliau seolah-olah sudah tidak kenal lagi antara hitam dengan putih.

Terbaru, katanya, politik kebencian itu suatu jenayah.

Sejak bila  benci-membenci dalam politik menjadi suatu jenayah? 

Sebagai orang lama dalam politik, Annuar tentu tahu bahawa politik ialah untuk merebut kuasa. Dalam usaha berebut kuasa, sudah tentu pihak lawan diserang dan dibenci supaya sokongan memihak kepada kita. Takkan lawan mahu dipuji pula.
Semua parti politik berbuat demikian. Jika parti-parti pembangkang menanamkan kebencian agar rakyat menolak UMNO dan BN, pihak UMNO dan BN juga berbuat perkara yang sama kepada parti-parti pembangkang.

Tetapi, akhirnya pilihanrayalah yang menentukan segala-galanya. Kerajaan ingin ditukar hanya melalui proses pilihanraya atau cara-cara lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan Perlembagaan.

Apakah beliau tidak sedar hakikat itu?

Jika Annuar mengatakan politik kebencian adalah suatu jenayah kerana ia bertujuan menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat, bagaimana pula dengan politik kebencian yang turut ditanam oleh UMNO dan BN di Selangor dan Pulau Pinang?

Bolehkah sebagai Ketua Penerangan UMNO, Annuar mengarahkan agar dihentikan serta-merta kempen menjatuhkan kerajaan negeri di kedua-dua negeri tersebut mulai sekarang jika ia merupakan suatu jenayah?

Tak cukup2 kah dah balun RM2.6 bilion itu !!!

Selagi Najib & Umno/BN bermaharajalela tadbir urus perbendaharaan negara selagi itulah berbilion2 ringgit duit rakyat kan dijahanamkan oleh perosak2 BN Bangsat Negara..

MASIH LAGI nak undi pemimpin2 UMNO/BN yang MUNAFIK-MENIPU KA !!!


AMACAM.. seronok tak kena kencing hari2 ngan UMNO/BN !!!

Setelah KERAjaan BN perabih RM365 juta semata-mata utk promosi GST DAH BERAPA KALI HARGA KERETA DI MALAYSIA DAH TURUN slps cukai haram-GST dilaksanakan ??!!!

KE MANA JANJINYA DGN GST harga kereta boleh turun sehingga 30% itu !!!

Serangan pada wartawan semalam tak bertamadun

Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) menganggap kekecohan melibatkan kumpulan ant-BERSIH dan petugas media di Kuala Selangor semalam dilakukan pihak yang tidak dapat berfikir waras.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini NUJ berkata pertubuhan itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kumpulan anti-BERSIH itu mengganggu tugas serta mengancam keselamatan petugas media.
"Kumpulan ini jelas terlalu mengikut emosi dalam setiap tindakan mereka sehingga tidak dapat berfikir seperti seorang yang waras.
"Ternyata kumpulan ini tidak faham dan daif tentang tugas wartawan yang sebenar.
"Mereka bertindak seperti seorang yang tidak bertamadun sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi," kata kenyataan itu.
Semalam berlaku kekecohan dan kekasaran ke atas beberapa petugas media ketika mereka membuat liputan konvoi BERSIH dari Sekinchan ke Kuala Selangor.
Insiden itu berlaku di depan sebuah pasar raya melibatkan beberapa individu sejurus selepas Exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah tiba.
Pada mulanya Armand dan penyokong BERSIH dilihat berjabat tangan dan berpelukan tetapi individu di sebelahnya tiba-tiba mula memprovokasi penyokong BERSIH.
Jangan mangsakan wartawan
Seorang daripada kakitangan media yang dikasari ialah petugas Malaysiakini sendiri.
Kata NUJ insiden berkenaan cukup memalukan kerana ada golongan seperti itu masih wujud dalam negara ini.
"NUJ berharap pihak polis menahan golongan ini dan membawa mereka ke muka pengadilan.
"Petugas media juga perlu mendapat keadilan dan perlindungan sewajarnya daripada ancaman yang boleh mengganggu gugat diri mereka untuk melaporkan berita yang benar.
"NUJ juga menggesa polis menangkap segera ketua kumpulan ini demi keharmonian dan keamanan Malaysia tercinta," kata NUJ.

Pihak tolak Bersih 5 jadi tangga Umno, kata Husam


Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkanDatuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan
Pihak yang menolak untuk sertai Bersih 5 atas alasan tidak mahu jadi "tangga" pihak lain adalah sebenarnya mahu jadi "tangga" Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana tindakan sperti itu sudah tentu akan membantu pihak yang menipu dalam pilihan raya.
Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan kerana dalam meraih sokongan rakyat semua pihak saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
"Pas sendiri sudah berapa kali mendapat manfaat politik melalui bantuan politik atau "tangga" pihak lain," katanya dalam ceramah kemuncak konvoi Bersih 5 di Pasir Puteh malam tadi.
Pada pilihan raya 1999 katanya, Terengganu terlepas dari tangan Umno kerana isu pemecatan Datuk seri Anwar Ibrahim.
"Pas sudah dapat tangga Anwar ketika itu dan dapat memerintah, ada sesiapa terfikir untuk beri Anwar imbuhan atau gaji?.
"Semua dibolot Pas Terengganu dan PKR waktu itu jadi melukut ditepi gantang saja," katanya.
Begitu juga katanya dalam pilihan raya 2008 dan 2013, Pas telah mendapat kemenangan di banyak tempat termasuk di Selangor, Perak dan lain-lain hasil mendapat "tangga" dari pengundi bukan Islam yang sebahagiannya kerana perjuangan Bersih.
"Di Selangor pernah dapat hingga 15 kerusi dari 20 kerusi ditandingi, tidak sedarkah kita ini hampir mustahil tanpa "tangga" pihak lain," soal beliau.
Penyertaan dalam gerakan Bersih katanya adalah kewajipan agama dalam ajaran Islam kerana pengendalian pilihan raya yang penuh penipuan dan senget sebelah adalah perkara yang melampaui batas.
"Dalam Islam perakara ini disebut "tangha" atau "taghut"," katanya.
Menurut beliau, semasa arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dulu, penyertaan dalam aktiviti Bersih dianggap satu kewajipan.
"Semua acara Bersih sejak yang pertama hingga Bersih 3, arwah Tok Guru arahkan kita semua bersama kerana perkara ini bukan setakat tindakan politik malah satu kerja agama.
"Tok Guru arahkan saya supaya membuat panduan dan tatacara ketika menyertai Bersih, antara lain mengarahkan kita supaya bersolat di mana saja bila masuk waktu solat.

Anti-Bersih tak waras, ketua kumpulan perlu ditangkap, tegas kesatuan

Kesatuan wartawan kebangsaan akan membuat laporan polis kerana kejadian membabitkan ahlinya
NUJ
KUALA LUMPUR: Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) mengutuk serangan kumpulan anti-Bersih ke atas petugas media yang membuat liputan Konvoi Bersih 5 semalam.
NUJ dalam satu kentayaan hari ini berkata pihaknya terkejut golongsn “memalukan” itu masih wujud di negara ini.
“Ternyata kumpulan ini tidak faham dan daif tentang tugas wartawan yang sebenar.
“Kumpulan ini jelas terlalu mengikut emosi dalam setiap tindakan mereka sehingga tidak dapat berfikir seperti seorang yang waras,” kata kenyataan itu.
Pada Sabtu, wartawan The Star dilapor diserang oleh beberapa lelaki dari kumpulan anti-Bersih di Kuala Selangor.
Wartawan tersebut didesak memadamkan klip gambar dan video selain ditolak dan dikasari.
Pemimpin Gerakan Baju Merah Datuk Jamal Yunos hari ini tampil memohon maaf, dan percaya kekasaran tidak di sengajakan.
Sementara itu, NUJ akan membuat laporan polis ke atas kumpulan anti Bersih tersebut memandangkan kejadian itu membabitkan ahli kesatuan.
“NUJ menggesa pihak polis menangkap segera ketua kumpulan itu demi keharmonian dan keamanan,” kata kenyataan itu lagi.

TSMY: Ahli kabinet mesti melalui panel pemilihan bukan hak mutlak PM

TSMY: Menteri nampak cerdik tapi bahalol dan penakut

Jamal Yunos minta maaf jika Baju Merah kasari petugas media

“I am sorry,” says Jamal

Nadi: Desus Semasa - Konvoi Bersih di ganggu, apa cerita sebenar?

'Di mana ada Subra, di situ anti-Subra turun'

Kecoh...penyokong anti-Subra kumpul di luar PWTC

Calm day turns chaotic for Bersih and journalists

PKR will make announcement over PAS' private member's bill

Azmin: I can't understand Red Shirt's aggression

Ucapan Dato' Haji Husam Musa : PRU-14 BN Boleh Dikalahkan

Ucapan Tun Dr. Mahathir : PRU-14 BN Boleh Dikalahkan

Cops put commotion during Bersih 5.0 convoy under control

Star Online reporters roughed up by men

Bekas Exco Pemuda Umno Cenderung Sokong Bersatu

Bekas Exco Pemuda Umno Didakwa Sabotaj Najib Kerana Program Tun M

Exco Pemuda, 28 Pemimpin Cawangan Umum Keluar Umno

'Najib, terima kasih tangkap saya. Akhirnya dapat jumpa Anwar di penjara'

"Saya cabar Najib debat dengan saya," kata Khairuddin

Kenapa Jamal buat kerja amal? ADUN Sekinchan pecah rahsia...

'Hanya Jamal saja kata saya Mariana'

Konvoi BERSIH 5 selamat dilancar tanpa gangguan Baju Merah

"Kutip...orang nak shopping. Jangan buat macam ini," jerit pemuda

Polis lerai aksi kecoh di Kuala Selangor, ada individu ditahan

Kumpulan anti-Bersih bikin kecoh ketika konvoi Bersih 5 edar risalah

Bekas exco Pemuda UMNO, akar umbi umum keluar parti

"Kita nak PRU-14 Najib iaitu UMNO Sdn Bhd disingkirkan," kata bekas pemimpin UMNO

'Hubungan baik' Anwar, Wan Azizah dengan Mahathir ada natijah tersendiri - Penganalisis

PAS tak rugi jika Akta 355 ditolak - Hashim Jasin