Khamis, 13 Oktober 2016

Luaskan pengaruhmu, Amanah

Barisan kepimpinan utama Amanah ketika berada di UK baru-baru ini.Barisan kepimpinan utama Amanah ketika berada di UK baru-baru ini.
Tepat jam 4.35 petang (waktu UK), Khamis, 6 Oktober 2016, delegasi Parti Amanah Negara (Amanah) dalam siri jelajah ke United Kingdom telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, London. 12 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke London yang dibiayai dengan duit poket sendiri sememangnya menggalas misi besar untuk berjumpa dan berdialog dengan seramai mungkin penduduk Malaysia di bumi Komanwel.
Sebaik mendarat, kami disambut penuh mesra oleh beberapa anak muda yang telah pun membantu dengan menyusun pertemuan bersama rakyat Malaysia di sini.
Sementelah menunggu program pertama, Perasmian Amanah UK-Eire yang dijadual pada 8 Oktober 2016, kami telah menginap di Hostel Wisma Berkah, berhampiran Jubilee Line Bermondsey. Penginapan sederhana yang berkongsi tempat dengan Warung Padang (makanan Indonesia) ini nyata membumikan sikap 'inclusiveness' pimpinan utama parti.
Tiada masalah untuk berkongsi ruang kecil untuk menginap, 'tutup mata' dengan beberapa faktor yang menghilangkan keselesaan, bahkan boleh tidur di lantai beralaskan tilam dengan cuaca sejuk mencengkam hingga ke tulang sum sum! Untuk berpindah dan menikmati keselesaan ke tempat lain jelas bukan pilihan kerana mungkin masing-masing berpendirian bahawa kepayahan fizikal itu teramat kecil ketimbang tugas dan peranan yang masih jauh perjalanannya, selain mahu mengawal perbelanjaan sepanjang tempoh jelajah.
Program pertama dalam siri jelajah ini telah berlangsung di The Stowe Centre, Wisminster pada 8 Oktober lalu.Program pertama dalam siri jelajah ini telah berlangsung di The Stowe Centre, Wisminster pada 8 Oktober lalu.
Program pertama dalam siri jelajah ini telah berlangsung di The Stowe Centre, Wisminster pada 8 Oktober 2016. Lokasi bersejarah ini menjadi saksi apabila Amanah UK-Eire telah dirasmikan penubuhannya oleh Presiden Amanah, Tuan Haji Mohamad bin Sabu, diiringi Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang. Kehadiran yang dilatari pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India dengan lapisan umur berbeza itu nyata menerima reaksi unik khalayak yang tidak hanya bersoal jawab tentang Amanah dan perubahan di Malaysia, bahkan memberikan sumbang saran bermakna untuk Amanah berkembang dan bernadi dalam menggerakkan perubahan.
Lebih menarik dalam ucaptama awal yang disampaikan Ustaz Ahmad Awang, beliau telah menekankan keutamaan Amanah untuk tidak hanya menjadi parti yang mengangkat martabat hidup rakyat, bahkan menjadi parti yang terkehadapan dalam menolak kebencian agama dan perkauman. Juga disentuh peranan AMANAH untuk berjuang terhadap kelestarian alam, satu perjuangan yang jarang mendapat tempat dalam konteks politik populis.
Untuk menggarap perubahan politik Islam, Tuan Haji Mohamad Sabu dengan penuh jujur mengakui bahawa politik Islam akan terus tertinggal jika hanya berjuang untuk menghukum orang semata-mata. Hujah beliau, politik Islam harus bersedia dengan keterangkuman akhlak dan aqidah, dua elemen penting dalam menyempurnakan syariah dan muamalah. Ketika kesemuanya bersebati menjadi adunan perjuangan, maka Amanah tidak hanya akan dipercayai rakyat bahkan dicontohi taulan, sebagaimana Nahdhah Tunisia & AK Party Turki kini menjadi kompas politik Islam kontemporari. Usai program tersebut, masih berlangsung diskusi-diskusi kecil tidak rasmi di dalam dan luar dewan antara audien dan anggota delegasi. Sekitar 11 malam, barulah kesemuanya beransur pulang.

Mahfuz jawab Ku Nan: Minta Najib letak jawatan, tak nak orang gila berkuasa


Mahfuz OmarMahfuz OmarAhli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membidas kenyataan balas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) yang mendakwa beliau gila kuasa apabila mendesak Perdana Menteri letak jawatan.
"Yang menghairankan saya Ku Nan faham atau tidak kandungan kenyataan saya.
"Saya hanya minta Majlis Raja-Raja memperakui dokumen Deklarasi Rakyat dan menyatakan hilang kepercayaan kepada Najib sebagai PM".
"Saya tak suruh pun Najib letak jawatan atau suruh Majlis Raja-Raja pecat Najib.
"Jelaskan apa kadungan kenyataan saya. Terpulanglah pada Najib kalau beliau 'gila nak terus berkuasa' beliau boleh teruskan. Saya dan rakyat hanya mahu lihat PM Malaysia bukan dari kalangan 'orang gila yang berkuasa'.
Sebaliknya dakwa Mahfuz, Ku Nan mengatanya pula 'gila kuasa' apabila minta PM Najib berundur atau di pecat.
Semalam Ku Nan dalam kenyataannya dipetik berkata,"Kalau nak (tukar Perdana Menteri),tunggulah sampai Pilihanraya Umum akan datang".
Justeru Mahfuz memperingatkan bahawa Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi 'letak jawatan' tanpa menunggu pilihan raya.

"Adakah Ku Nan sudah nyanyuk atau lupa? Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah 'letak jawatan' tanpa tunggu Pilihanraya Umum.
"Najib ambil alih jawatan PM dari Pak Lah bukan melalui pilihan raya pun tetapi melalui krisis kepercayaan kepimpinan terhadap Pak Lah yang memaksa Pak Lah berundur.

Guna GST untuk bina rumah mampu milik, kata gabungan pengguna

Rakyat tak merasai manfaat membayar cukai walaupun kerajaan mengutip RM27 bilion hasil GST pada 2015, kata CEO Fomca Paul Selvaraj
Paul SelvarajPETALING JAYA: Orang ramai sepatutnya merasai manfaat membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata gabungan pengguna.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata cukai itu wajar digunakan untuk menyediakan rumah mampu milik, perluaskan laluan bas, rawatan kesihatan, subdisi untuk penjagaan kanak-kanak serta pendidikan untuk belia dan pasangan baru berkeluarga.
“Rakyat masih belum merasa manfaat membayar cukai kepada kerajaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Fomca Paul Selvaraj kepada FMT.
Beliau diminta pendapat mengenai perbelanjaan hasil daripada GST, cukai pendapatan dan jenis cukai lain oleh kerajaan. Kerajaan mengutip RM27 bilion daripada GST pada 2015. Kerajaan dijangka mengutip RM39 bilion tahun ini.
Selvaraj berkata perkara utama yang dihadapi keluarga baharu adalah mendapatkan rumah mampu milik.
“Cukai itu patut digunakan untuk membina rumah mampu milik, kerana jurang antara pendapatan dan harga rumah terlalu besar. Saya berharap tidak akan ada generasi yang sekadar mampu menyewa.”
Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) berkata pasaran perumahan di Malaysia “sangat tidak mampu milik” dengan harga median rumah 4.4 kali pendapatan median isi rumah tahunan. Pasaran “mampu milik” adalah harga median rumah 3 kali pendapatan median isi rumah tahunan.
Perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah laluan bas daripada kawasan perumahan baharu ke kawasan bandar. Memandangkan lebih ramai orang membeli rumah murah yang terletak jauh dari bandar, kerajaan perlu menyediakan perkhidmatan bas yang boleh diharap supaya orang ramai tidak perlu berkereta.

PAS ‘berpatah arang’ dengan DAP, kata mursyidul am

PAS tidak kisah jika berlaku pertandingan 3 penjuru membabitkannya, Barisan Nasional dan parti-parti pakatan lain pada pilihan raya umum akan datang
hashim-jasin-pasKANGAR: Mursyidul am PAS baharu, Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat “berpatah arang” kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan “tahaluf siyasi” (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan Umno atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredaan Allah.
“Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk 2 kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP,” kata Harun pada sidang media di sini, hari ini.
Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis lebih 20 tahun itu dilantik baru-baru ini bagi menggantikan tempat Datuk Dr Harun Din yang meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, bulan lepas.
Menurut Harun, PAS tidak kisah jika berlaku pertandingan 3 penjuru membabitkannya, Barisan Nasional dan parti-parti pakatan lain pada PRU akan datang.
Pendekatan berbaik-baik dengan Umno bukan kerana PAS dilihat lemah menjelang PRU14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud PAN (Parti Amanah Negara), katanya.
“Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik menjadi mursyidul am),” tambah beliau.

Silap memikirkan Agong milik kuasa mutlak, kata Permaisuri Johor

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkata adalah satu kesilapan untuk memikirkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak menentukan bagaimana negara ini ditadbir.
Ini susulan pelbagai spekulasi berhubung sultan dari negeri mana yang bakal menaiki takhta berikutan penggal Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan berakhir.
“Ramai, secara kurang tepat, memikirkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak. Namun, ini adalah tidak benar.
“Seri Paduka, sepertimana raja berperlembagaan yang lain, seperti Ratu Elizabeth II, menunaikan tanggungjawab rasmi sebagai ketua negara namun tidak mempunyai hak menentukan bagaimana negara ini ditadbir,” katanya dalam Facebook.
Menurut Raja Zarith, iaitu isteri kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, seperti di United Kingdom, kuasa terletak di tangan perdana menteri.
“Di United Kingdom, ia adalah perdana menteri dan anggota kerajaannya, bukan Ratu England, yang mempunyai kuasa eksekutif serta bertanggungjawab membuat keputusan berhubung bajet, undang-undang, peraturan, polisi luar negara serta tentang pelbagai perkara dan isu lain.
“Ia sama seperti di Malaysia,” katanya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa bahawa Datuk Seri Najib Razak menyekat segala cara demokratik untuk menyingkirkannya berhubung skandal 1MDB, merayu Yang di-Pertuan Agong untuk campur tangan.
Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong dilaporkan memberitahu Mahathir, bahawa baginda tidak mempunyai sebarang kuasa.
Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Pelantikan Yang di-Pertuan Agong memang ditunggu-tunggu kerana ramai yang mengharapkan Seri Paduka mengambil pendirian lebih lantang terhadap kerajaan.
Majlis Raja-Raja akan menamatkan mesyuarat tiga hari esok dan dijangka membuat keputusan mengenai Yang di-Pertuan Agong yang akan datang

Bantah Bersih 5: NGO hantar memorandum, hadiah penyapu kepada Guan Eng

Aminah Abdullah (tengah) menyerahkan memorandum dan hadiah simbolik dua batang penyapu kepada Zahar Zainul  (kiri) wakil ketua menteri Pulau Pinang hari ini.Aminah Abdullah (tengah) menyerahkan memorandum dan hadiah simbolik dua batang penyapu kepada Zahar Zainul (kiri) wakil ketua menteri Pulau Pinang hari ini.
Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) hari ini menghadiahkan  dua batang penyapu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai simbolik membantah perhimpunan Bersih di Pulau Pinang.
Penyapu bersama-sama memorandum bantahan itu diserah kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Zahar Zainul untuk disampaikan kepada Lim di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.
Presiden PKIM Aminah Abdullah berkata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sepatutnya membersihkan dirinya daripada tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa terlebih dahulu sebelum memberi sokongan kepada perhimpunan Bersih.
"Perhimpunan itu tidak perlu dibuat di Pulau Pinang kerana ia boleh mengganggu keharmonian dan kesejahteraan orang ramai. Kami juga menerima aduan dan bantahan daripada orang ramai terutama peniaga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan perhimpunan Bersih dan penyapu itu.

*PAKATAN HARAPAN GERAKKAN GABUNGAN PEMBANGKANG*


Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat pada 12 Oktober 2016 telah membuat ketetapan untuk, dengan secara rasmi, memulakan perundingan dengan parti-parti pembangkang yang telah memperlihatkan kesediaannya membentuk gabungan pembangkang yang kuat bagi mewujudkan pertandingan satu-lawan-satu di antara pembangkang melawan BN dalam PRU14.
Sehubungan dengan itu, Pakatan Harapan akan menganjurkan “Konvensyen Pakatan Harapan 2016” pada 12 November 2016. Ia bertujuan untuk menzahirkan komitmen pembentukan gabungan pembangkang yang kuat tersebut.
Sebagai salah satu persediaan untuk Konvensyen tersebut, Pakatan Harapan akan menganjurkan siri “Jelajah Mendengar Nadi Rakyat” di beberapa tempat yang telah dikenalpasti di seluruh negara. Ia bertujuan untuk mendengar dan mengumpulkan luahan hati rakyat tentang isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapinya pada masa ini. Ini penting supaya Pakatan Harapan mengemaskini isu-isu dan masalah-masalah utama yang dihadapi rakyat, dan seterusnya membolehkan peserta-peserta Konvensyen tersebut membahaskannya dengan cara yang lebih baik dan berkesan. Di samping itu, ia juga akan menjadi input kepada “Dasar-dasar Bersama Pakatan Harapan” yang sedang digubal oleh Sekretariat Pakatan Harapan. Jelajah ini akan melibatkan rakyat daripada pelbagai latar belakang dan para pemimpin Pakatan Harapan.

Sekian, terima kasih

YB DATUK SERI DR
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PresidenKEADILAN
YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha AgungDAP
TUAN HAJI MOHAMAD SABU
PresidenAMANAH

BN Cuba 'Koyak Rabak' Harmoni Di Selangor

PKR Dakwa SPR Curi Hak Warganegara

Persempadanan Semula: Selangor Hantar Bantahan Rasmi

Siapa 2 individu ancam perpaduan negara yang dimaksudkan Najib?

Sultan negeri mana naik takhta Agong jadi spekulasi, luah Raja Zarith

Selepas Mukhriz.. Mokhzani Pulak Kena Cantas..


Anak bekas perdana menteri Datuk Mokhzani Mahathir melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC), lapor media hari ini.

Menurut New Straits Times tindakan itu dibuat selepas beliau diminta meletak jawatan yang disandangnya sejak 13 tahun lalu.

Peletakan jawatan Mokhzani dilaporkan berkuat kuasa 10 Oktober lalu dan penggantinya belum dinamakan setakat ini.

Di bawah kepimpinan Mokhzani sejak 2003, SIC dilaporkan mencapai kejayaan membanggakan sejak ia dibina di Sepang pada 1998.

Tanpa sebarang penjelasan lanjut peletakan jawatan Mokhzani, 53, dilihat ada kaitan dengan kedudukan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi antara penentang kuat kerajaan. 

Pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun Dr Mahathir meninggalkan Umno sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan bersama dengan beberapa pemimpin lain menggerakkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi penaja BERSATU manakala bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak sebagai presiden penaja.

Isu skandal syarikat pelaburan milik kerajaan 1MDB menjadi antara punca mereka bertindak menjadi penentang kepada Najib.

Semalam Malaysiakini melaporkan Dr Mahathir mendakwa Najib kini terdesak untuk melemahkan semangat beliau melalui pelbagai tindakan termasuk melibatkan orang di sekelilignya.

Rakyat sedang memerhati gelagat pemimpin UMNO: Syed Ali

KUALA LUMPUR: Rakyat sedang memerhati tingkah laku pemimpin UMNO sebelum mereka membuat keputusan sama ada memihak kepada parti atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat, perlakuan pemimpin parti di semua peringkat semakin mudah dikesan rakyat berikutan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pantas berkembang.
“Maklumat kini berada di hujung jari, apa sahaja yang berlaku membabitkan pemimpin politik semakin mudah diketahui umum.
“Kecanggihan penggunaan aplikasi mudah alih serta laman-laman sosial semakin menjadi medium utama kepada semua pihak mendapat pelbagai maklumat semasa.

“Jika perbuatan atau tingkah laku serta tindak-tanduk pemimpin UMNO yang dianggap negatif akan mudah menjadi cemuhan rakyat,” katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Bendahari Barisan Nasional (BN) negeri itu turut mengingatkan bahawa rakyat mudah terpengaruh dengan laporan awal sesuatu kejadian atau maklumat.
“Berita pertama itulah yang akan menarik perhatian rakyat dan selepas itu walaupun ada penafian, audien tidak mudah mempercayai lagi kerana berpendapat lumrah bagi pemain politik membuat sesuatu penafian.
“Walaupun laporan awal itu berbau fitnah atau sengaja diputarbelitkan oleh pihak berkepentingan tetapi kesannya cukup besar kepada pemerhatian rakyat.
“Apatah lagi apabila masyarakat memandang sinis terhadap sesetengah pemimpin politik yang seringkali menyalahkan pihak media kononnya tersalah lapor berkaitan sesuatu kejadian atau isu,” jelasnya.
Katanya lagi, ada kenyataan yang disalah erti pihak media sekali gus membuatkan rakyat menjadi bosan dan tidak mempercayai penafian berikutnya.
“Jadi, pemimpin UMNO sewajarnya memiliki sifat bertanggungjawab dan ikhlas berjuang untuk parti dan orang Melayu keseluruhannya.
“Apabila sikap bertanggungjawab menjadi sebahagian daripada acuan perjuangan maka apa juga perbuatan atau tingkah laku sudah pasti akan berasaskan kepada kesusilaan, berhemah dan menghormati orang lain.

Muhyiddin tiada ruang nak tawan Johor - Mohamed Khaled


Johor selamat dan tidak akan peluang kepada parti Tan Sri Muhyiddin Yassin (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) untuk menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang."
Itu tegas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika ditanya mengenai kedudukan UMNO menjelang PRU ke-14.
Mohamed Khaled Nordin"Muhyiddin boleh bercakap apa sahaja untuk mempengaruhi rakyat tetapi bukanlah semudah itu untuk rakyat Johor untuk beralih arah. Memang betul Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak (Datuk Dr. Shahruddin Mohd. Salleh) keluar UMNO untuk bersama Muhyiddin tetapi hanya dia seorang.
"Spekulasi yang mengatakan ramai lagi ADUN yang akan keluar UMNO hanyalah mainan parti Muhyiddin yang mahu mambuktikan pengaruhnya masih ada di Johor," katanya selepas merasmikan Butik Armada Lanun di Brickfield, Kuala Lumpur petang tadi.
Jelas Mohamed Khaled lagi, UMNO akam terus mendekatkan diri bersama rakyat melalui pelbagai program yang diadakan sebagaimana lazimnya.
"Saya tahu rakyat Johor tidak akan terjerat dengan permainan Muhyiddin dan sekutu pembangkangnya.
"Kita (UMNO) dah lama bersedia untuk berdepan dengan siapa sahaja yang berhasrat untuk menjatuhkan UMNO dan BN di Johor," katanya.

Tun M, Muhyiddin sebenarnya tamak - Shahrir Samad

Tan Sri Abdul Shahrir Samad menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tamak sehingga sanggup menubuhkan parti baharu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Sepatutnya mereka berdua ini bergabunglah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja dan kenapa nak tubuh parti pembangkang lain?
Shahrir Samad"Ini menunjukkan mereka tamak dan masing-masing mahu jawatan tertinggi sekiranya berjaya menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14 nanti," katanya kepada wartawan MalaysiaGazette di sini petang tadi.
Menyifatkan semua pembangkang tidak akan bersatu, Abdul Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, peluang BN kini semakin lebar untuk memenangi semua kerusi pada PRU-14 nanti.
"Daripada awal lagi dah nampak tiada persefahaman, tak payahlah nak berangan-angan untuk memerintah negara sebab nanti akan jadi lebih huru hara berebut jawatan.Kalau Mahathir dan Muhyiddin bergabung dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai parti PKR, di situ mungkin nampak sedikit kekuatan pembangkang," katanya.
Beliau menambah, pertandingan dua penjuru pada PRU-14 tidak akan berlaku berdasarkan ketidaksefahaman dalam pembangkang hari ini.
"Tetap akan berlaku pertandingan tiga penjuru tetapi kalau pun berlaku pertandingan satu lawan satu, BN tidak gentar kerana rakyat lebih yakin dengan parti kerajaan hari ini yang telah banyak berjasa sejak dulu lagi.
"Rakyat akan tolak pembangkang sebab nampak bagaimana sukarnya dalam kalangan mereka untuk membentuk satu persefahaman yang pasti akan memporak perandakan negara jika mereka menang," ujarnya.

Orang Asli Temiar mahu pembalak bawa keluar semua jentera, pekerja

img_0760
GUA MUSANG, 13 OKT: Masyarakat Orang Asli Temiar di sini mendesak supaya semua jentera dan pekerja balak yang berada di kawasan mereka keluar kerana khuatir terhadap kemusnahan yang lebih buruk.
balah1
Lebih mendukacitakan, mereka mendakwa tiada sebarang penguatkuasaan dibuat terhadap pengosongan kongsi balak tersebut walaupun operasi pembalakan dihentikan awal bulan lalu.
Berdasarkan tinjauan Roketkini bersama rakan media dan NGO di kawasan Rondong, sebuah kongsi di Hutan Simpan Kekal Balah di Pos Gob masih lengkap dengan dapur, bekalan makanan, khemah, pakaian, generator elektrik, lori hantu dan sebuah tangki diesel.
Menurut salah seorang penduduk orang asli, Yusman Andok, 35, pekerja-pekerja balak di kongsi tersebut telah pun turun ke Gua Musang lebih awal sebelum ketibaan kami.

“Aktiviti pembalakan tak ada, tapi barang-barang mereka masih ada lagi. Tak keluar. Pekerja ramai,” jelasnya.
balah2
Beliau berkata, pembalakan yang berada di kawasan tersebut telah memusnahkan banyak khazanah alam yang menjadi punca pendapatan, sumber makanan dan mengganggu sumber air di sini.
“(Hutan) Punca pendapatan, sumber makanan, sumber ubat kami. Daripada hutanlah kami guna. Sekarang ni ada tapi sikit-sikitlah,” katanya.
“Kerajaan negeri jangan duduk di SUK sahaja”
balah3Penyelaras ekspedisi tinjauan pembalakan dan aktivis R Malaysia Syam Ghaz berkata, kerajaan negeri Kelantan perlulah serius menangani isu melibatkan pembalakan di negeri tersebut dan turun padang melihat kemusnahan sebenar yang telah berlaku.
“Pembalakan besar-besaran dah jejaskan alam sekitar dan juga kawasan tanah adat orang asli Temiar.

Islam, bukan Anwar, boleh satukan pembangkang - Dewan Ulama PAS

Ini kerana individu mungkin banyak buat silap, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali

PETALING JAYA: Hanya Islam yang boleh menyatukan PAS dengan parti pembangkang lain, tegas Dewan Ulama PAS menjawab kenyataan daripada Ahli Parlimen PKR semalam.
Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar percaya bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menyakinkan PAS untuk berpakat dengan parti-parti pembangkang menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali menyangkal kepercayaan bekas ahli PAS itu.
“Masalah kita pada hari ini hanya bergantung kepada orang dan individu untuk satukan manusia. Individu itu mungkin banyak buat silap,” katanya kepada FMT.
“Islam lebih kuat untuk menyatukan manusia, bukan individu. Kita tidak perlukan individu untuk menyatukan manusia. Kita perlukan Islam untuk menyatukan tidak kira siapa.”
Kenyataan itu seiring dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengumumkan PAS hanya mahu bekerjasama dengan parti yang mahu menegakkan Islam.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Anda nilaikanlah sendiri...

Bila Salleh Said Keruak buka mulut...

Tahap kepala hotak menteri camnilah yg Najib idam-idamkan agar mudah rakyat diTOLOL-BAHALOLkan oleh menteri2 sepertinya..

SIRI PEMBOHONGAN NAJIB TERUS BERTERUSAN TANPA HENTI !!


Sampai bila nak KUAT KENCING rakyat... Ingat rakyat bodoh mcm #DEDAKERS Najib ka !!!

FAKTA !!!
#1MDB telah mencatatkan kerugian RM665.3 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2014.

RUU 355: PAS ambil tindakan realistik, kata bekas ketua hakim negara

Kerjasama antara PAS dan Umno berhubung isu RUU 355 akan memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.
Abdul_Hamid_Mohamed_law_pas_600
PETALING JAYA: PAS sudah mengambil tindakan realistik dalam menangani isu pindaan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) yang sekali gus membuka jalan kepadanya untuk bekerjasama dengan Umno, kata bekas ketua hakim negara.
Menurut Tun Abdul Hamid Mohamed, pindaan yang bertujuan mengukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dibentangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, beliau menegaskan tidak ada alasan Umno dan PAS untuk bekerjasama dalam isu ini kerana ia akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.
“PAS sudah mengambil pendirian realistik dan bukan lagi retorik. Jika itulah pendirian PAS, bagi saya tidak ada apa-apa masalah lagi Umno untuk bersetuju menyokong cadangan pindaan Akta 355 itu,” katanya dalam ruangan komentar di Berita Harian.
Hadi dilaporkan akan membentangkan RUU persendirian itu untuk dibahaskan di Dewan Rakyat pada sidang akan datang.
Ia digelar “RUU Hudud” oleh sesetengah ahli politik kerana hukuman jenayah yang dicadangkan termasuk hukuman berkaitan hudud.
Bagaimanapun, RUU itu dilakukan agar bidang kuasa Mahkamah Syariah dipertingkatkan dalam hukuman jenayah kecuali hukuman mati.
Tambah Hamid, jalan untuk Umno dan PAS bekerjasama dalam isu hudud lebih terbuka apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia dan terkeluarnya kumpulan Mohamad Sabu daripada parti Islam itu.
“Majoriti orang Melayu dan Islam pun suka melihat kedua-dua parti itu bekerjasama. Umno tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PAS. Ia tidak ada masalah ideologi.

Mufti Perak mahu hudud dilaksanakan di semua negeri

Harussani menggesa semua ahli Parlimen beragama Islam, tanpa mengira perbezaan politik menyokong pindaan RUU 355 yang akan dibentangkan presiden PAS.
Harussani-Zakaria-1
PETALING JAYA: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mahu pindaan yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang (RUU) Persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meliputi semua negeri di seluruh Malaysia.
Bercakap kepada FMT, katanya pada Khamis, beliau bukan sahaja berharap RUU itu diluluskan hanya di Kelantan, tetapi untuk seluruh Malaysia.
“Saya bukan ahli politik. Bukannya juga sebab saya penyokong PAS atau apa-apa seperti itu. Hadi bentangkan usul itu, saya menyokongnya,” kata Harussani ketika ditanya mengapa beliau tidak pernah bercakap mengenai perkara itu sebelum ini.
Sinar Harian melaporkan pada Rabu yang Harussani menggesa ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira perbezaan politik menyokong RUU itu, mengatakan ia adalah “wajib” bagi umat Islam berbuat demikian.
Beliau berkata ia adalah “salah” bagi umat Islam jika tidak menyokong rang undang-undang itu.
“Itu adalah salah kerana sebagai orang Islam, mereka mesti menyokong segala usaha memperkasakan Mahkamah Syariah dan saya sendiri berharap semua Ahli Parlimen Melayu dan Islam bersatu dalam menyokong isu ini.

Syiah sebahagian Islam, kata Ulama PAS

Persengkataan antara kedua aliran diapikan oleh musuh agama, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamad
mahdfoz
PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad hari ini berkata umat Islam beraliran Syiah merupakan sebahagian daripada Islam, susulan seruan presiden partinya supaya pengikut Sunni dan Syiah bersatu mengatasi perbalahan mereka.
“Memang banyak pandangan Syiah itu berbeza dan tidak semua perbuatan mereka itu terkeluar daripada Islam,” kata Mahfodz kepada FMT.
“Pandangan peribadi saya, dengan apa yang saya belajar di Universiti Al-Azhar dahulu, Syiah termasuk dalam Islam. Walaupun ada mazhab Syiah yang nampak lain, tetapi tak boleh nak kata mereka sesat dan sebagainya,” kata Mahfodz.
Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata aliran Syiah tetap sebahagian daripada Islam, di sebalik pendirian rasmi agamawan Malaysia yang menganggap mazhab kedua terbesar Islam itu “sesat”.
“Kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan sesama Islam. Itu hanya menguntungkan pihak yang memusuhi Islam. Mereka tidak mengira sama ada anda Sunni, Syiah atau Wahabi,” katanya merujuk salah satu aliran yang menjadi ikutan rasmi di Arab Saudi.
Pandangan sedemikian berbeza daripada pendirian pihak berkuasa agama di Malaysia yang menganggap Syiah menyimpang daripada Islam. Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 menyatakan Syiah sebagai ajaran “sesat” dan tidak boleh diamalkan.
Baru-baru ini, pihak berkuasa agama di Selangor dan Melaka dilaporkan menangkap pengikut aliran Syiah yang menyambut Hari Asyura, yang memperingati peristiwa pembunuhan Husain, tokoh yang menjadi tunggak aliran Syiah itu.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kecewa pengikut Sunni dan Syiah kini amat bermusuhan, dan menyeru umat Islam kedua-dua mazhab itu bersatu menentang kezaliman.

Persempadanan: DAP Cabar Ku Nan Bantah Di Parlimen

Persempadanan Lebarkan Jurang Perkauman

Persempadanan: Kinrara Jadi Empat Kali Ganda Air Tawar

Persempadanan: Nilai Demokrasi Dah Berkubur

Anak Tun M letak jawatan Pengerusi SIC

Dulu tentang Tun M, sekarang Ezam sah masuk BERSATU

Kapal layar Jho Low belayar di Selat Melaka

Lebih 50 notis bantahan persempadanan SPR dihantar PKR, DAP Selangor

Mengapa SPR tidak menambah jumlah kerusi Parlimen dan DUN sedangkan pilihan raya umum nanti menyaksikan pertambahan pengundi paling banyak.
spr-1
SHAH ALAM: Menjelang tarikh akhir bantahan persempadanan semula esok, PKR dan DAP Selangor hari ini menghantar lebih 50 notis bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setiap satu notis dihantar oleh kumpulan 100 orang bagi membantah persempadanan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
Mereka mempertikaikan mengapa SPR tidak mahu menambah jumlah kerusi Parlimen dan DUN sedangkan pilihan raya umum nanti menyaksikan pertambahan pengundi paling banyak.
“Pada persempadanan semula 2003, jumlah pengundi adalah hanya 1.4 juta. Sekarang di bawah persempadan semula 2016 pengundi di Selangor bertambah 2.1 juta.
“Ini merupakan tambahan sebanyak 700 ribu pengundi dan penambahan terbesar di seluruh negara,” kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming.
SPR sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan Pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan atau kumpulan 100 orang di kawasan terjejas diberi masa sebulan sehingga esok untuk kemukakan bantahan.

Dr Vida mengaku tidak bersalah 32 pertuduhan elak cukai

Mahkamah menetapkan wang jaminan berjumlah RM1.76 juta bagi semua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanan milik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.
vida
IPOH: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas 32 pertuduhan di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2014.
Wanita berusia 45 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Murtazadi Amran.
Berdasarkan kertas pertuduhan, pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu didakwa gagal mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah kira-kira RM4.2 juta, sejak April 2015 hingga Julai 2016.
Mahkamah menetapkan wang jaminan berjumlah RM1.76 juta bagi semua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanan milik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan, manakala tertuduh diwakili peguam, Khairilazwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas.
Vida tiba di kompleks mahkamah Ipoh kira-kira 9 pagi, tetapi prosiding hanya bermula 12.15 tengah hari sebelum ditangguhkan kira-kira 2 petang.
Sebutan semula kes pada 15 November ini.

Memalukan, Umno sokong ‘parti kasino’, kata Guan Eng

Guan Eng berkata, Umno tidak boleh lari daripada kaitan dengan PFP, kerana Zahidi adalah penasihat parti itu yang juga ahli Parlimen Umno Bahagian Padang Besar.
lim-guan-eng-casino
GEORGE TOWN: Ia memalukan buat Umno yang mendakwa mereka adalah pejuang bangsa dan agama, kerana bersedia membantu menjadikan Pulau Pinang sebagai resort perjudian seperti Macau, kata Lim Guan Eng.
Merujuk Parti Barisan Pulau Pinang (PFP) yang berhasrat membina sebuah kasino di negeri itu, ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, Umno tidak boleh lari daripada kaitan dengan parti baru terbabit, kerana penasihat parti itu, Zahidi Zainul Abidin merupakan ahli Parlimen Umno Bahagian Padang Besar.
“Orang Pulau Pinang mempunyai pilihan jelas – Pakatan Harapan yang tidak akan menyokong pembinaan kasino atau Barisan Nasional yang pemimpinnya, khasnya pemimpin Umno bersedia menaja sebuah parti baru untuk membina kasino,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setiausaha agung DAP itu berkata, Umno perlu memohon maaf kepada penduduk Pulau Pinang kerana menyokong PFP yang hendak membina kasino di negeri itu, ketika pelancarannya pada Isnin lalu.

Najib dakwa Anwar dan Mahathir ancam perpaduan negara

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia bertekad untuk meneruskan agenda 1 Malaysia bagi mengukuhkan keharmonian antara kaum  di negara ini.
Najib berkata, sejak akhir akhir ini, perpaduan negara sering diacam oleh dua individu.
Melalui mesej radio terbaharu, beliau menyimpulkan usaha menggugat keharmonian kaum ini berlaku dalam dua fasa dan yakin fasa ketiga dirancang pihak-pihak berkenaan.
"Fasa pertama pada 2008, di mana ketua pembangkang mula memainkan isu perkauman. Beliau mula mencabar perlembagaan mengenai kepentingan semua kaum di Malaysia ini dan menggunakan ia sebagai isu politik untuk meraih undi.
"Sebelum ini tidak ada pun pertikaian pada Perlembagaan dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni. Kesannya, selepas pilihan raya umum ke-12, politik negara mula ditentukan oleh faktor kaum," katanya.
Menurut Najib, fasa kedua pula bermula pada tahun 2016 apabila "seorang pemimpin lama mula memecahkan kaum Melayu dengan membentuk satu lagi parti politik Melayu mengakibatkan kuasa politik kaum Melayu berpecah kepada lima".
Beliau berkata, perpaduan bangsa yang longgar ditambah dengan desakan melalui perhimpunan yang  berselindung di sebalik imej bipartisan dan multiracial memberi hentaman demi hentaman kepada parti pemerintah.
"Parti yang mentadbir Pulau Pinang, yang sudah didakwa mengamalkan rasuah, tidak diendahkannya.
"Lebih menyedihkan lagi, pemimpin lama itu sanggup dipergunakan oleh perhimpunan memecah belahkan rakyat ini, menuduh kerajaan perkara yang sama beliau dituduh dahulu," ujarnya lagi.
Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional berkata, ancaman fasa ketiga dijangka berlaku kerana kedua-dia individu itu kini dilihat berbaik-baik.
"Kedua-dua pemimpin perpecahan fasa satu dan dua kini dilihat sudah bersalaman. Kita sudah boleh anggap apa yang mereka akan lakukan kepada negara seterusnya pada fasa ketiga.
"Kerana itulah, agenda 1Malaysia wajib diteruskan." katanya.

MP Umno taja parti Cina mahu buat kasino di Pulau Pinang


Zahidi bersama ahli jawatankuasa penaja PFP.Zahidi bersama ahli jawatankuasa penaja PFP.
Sebuah parti Cina baru sedang memasang angan-angan untuk mengalahkan DAP dan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang dan turut merancang untuk menjadikan negeri itu seperti Macau dengan membina pusat judi kasino.
Lebih menarik lagi, parti Cina ini ditaja pemimpin Umno, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, lapor Roketkini.
Mengulas perkara tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan bahawa pusat kasino adalah berlawanan dengan dasar kerajaan negeri.
“Kerajaan Negeri Pakatan Harapan telah mengambil dasar untuk mengekalkan aktiviti perjudian yang sedia ada dan tidak memperluaskan kegiatan judi baru di Pulau Pinang.
“Itulah sebabnya apabila Menteri Kewangan meluluskan lesen judi bola pada tahun 2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama menolak dan mengharamkannya.
“Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, DAP dan saya sering difitnah sebagai anti-Islam dan anti-Melayu,” ujar Guan Eng.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP justeru mendesak Umno supaya meminta maaf atas perbuatan Zahidi, apatah lagi kerana Umno sendiri menganggap partinya sebagai pembela agama.
“Mereka bukan sahaja harus meminta maaf dan mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen mereka, tetapi harus dengan serta-merta membubar parti Cina baru tajaan pemimpin Umno ini yang dikatakan telah mendapat kelulusan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” tegas beliau.
Rakyat Pulau Pinang katanya, mempunyai pilihan jelas antara Pakatan Harapan yang menolak pembinaan kasino judi ataupun BN khususnya Umno yang bersedia menaja parti Cina baru untuk membina kasino.
Penang Front Party (PFP) yang didaftarkan pada 9 September lalu mendakwa telah mendapat sokongan lebih 100 NGO Cina. Namun parti tersebut belum mendedahkan senarai sokongan tersebut sehingga sekarang.

Pakatan Harapan Melaka bantah persempadanan semula


Para pemimpin Pakatan Harapan Melaka sebulat suara membantah persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR.Para pemimpin Pakatan Harapan Melaka sebulat suara membantah persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR.
Para pemimpin parti komponen Pakatan Harapan Melaka hari ini telah menyerahkan 17 bantahan terhadap syor persempadanan semula kawasan pilihan raya di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka di Tingkat 20, Wisma Persekutuan, bandar Melaka pagi tadi.
Diantara pemimpin yang turut menyertai bantahan ialah Pengerusi AMANAH Melaka Adly Zahari, Pengerusi PKR Melaka yang juga ahli parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Pembangkang Dun Melaka yang juga Adun DAP Ayer Keroh, Khoo Pay Tiong.
Pada sidang media yang diadakan sejurus selepas serahan nota bantahan, Adly menyatakan syor persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR jelas tidak adil dan tidak profesional.
"Jika dibuat perbandingan kita melihat N05 Taboh Naning mempunyai pengundi seramai 8,198 dengan N16 Bukit Baru mempunyai pengundi seramai 25,773. Ini bererti bilangan pengundi N16 Bukit Baru adalah 3.14 kali lebih ramai daripada bilangan pengundi N05 Taboh Naning," ujar Adly.
"Ini merupakan asas kepada bantahan kami," katanya lagi.
Bagi peringkat parlimen pula, nisbah tidak sama rata lebih ketara apabila kawasan  P134 Masjid Tanah mempunyai pengundi seramai 47,972 manakala P137 Bukit Katil mempunyai pengundi seramai 96,165 dan P138 Kota Melaka mempunyai pengundi seramai 105,067.
Sementara itu, Shamsul Iskandar kesal dengan SPR yang bertindak seperti mengikut telunjuk Umno-BN apabila mengesyorkan persempadanan semula yang menurutnya tidak masuk akal.
"Bagaimana mungkin satu Dun iaitu Dun Bachang dikeluarkan daripada Parlimen Bukit Katil?" soalnya.
Beliau juga merujuk ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa BN bertekad untuk merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Katil yang jatuh kepada pembangkang.
"Apakah tindakan SPR ini untuk memenuhi hasrat PM? Jika benar ternyatalah bahawa syor persempadanan semula ini mengikut telunjuk pemimpin politik khususnya Umno-BN," tambahnya lagi.
Pada sidang media yang sama, Khoo menyelar SPR kerana mengemukakan syor persempadanan semula yang cenderung kepada perkauman.

EZAM AKHIRNYA MASUK PPBM

Bekas Senator dan Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan, Ezam Mohd Nor akhirnya memilih PPBM sebagai wadah baru untuk perjuangan politiknya.

Beliau menyerahkan borang keahlian menyertai PPBM itu selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan yang baru dilantik, Kamaruddin Md Nor, semalam.

Dengan penyertaan Ezam menyertai PPBM ini, berakhirlah teka-teki mengenai hala tuju beliau yang sebelum ini keluar UMNO kerana kecewa dengan amalan rasuah yang terus berleluasa di bawah kepimpinan Najib Razak, selain tidak setujunya terhadap penggunaan OSA kepada Laporan Audit 1MDB.

Selain pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar Ibrahim dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan sebelum menyertai PKR dan berjawatan Ketua Angkatan Muda, jawatan terakhirnya dalam UMNO sebelum meninggalkan parti itu baru-baru ini ialah sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor.


Ezam bersama Muhyiddin, Kamaruddin Md Nor dan Zahid Md Arip.

Pakar undang-undang tegur ahli Parlimen BN jahil syarat bentuk kerajaan

Gabungan pemerintah di Malaysia taksub dengan majoriti dua pertiga kerana dahulu ia boleh meminda Perlembagaan tanpa sokongan pembangkang, kata Aziz Bari.
aziz-bari-merican-1
PETALING JAYA: Pakar undang-undang menegur ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menggesa parti pemerintah menggugurkan tumpuan tradisionalnya dalam memperoleh majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.
Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, Ahli Parlimen Kepala Batas dan Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican ternyata keliru dengan cara kerja sistem demokrasi berparlimen seperti di Malaysia.
“Ia adalah memalukan baginya agar mencadangkan BN menumpukan perhatian kepada mendapatkan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. Ia menunjukkan kejahilan beberapa ahli Parlimen,” kata Aziz.
Beliau berkata majoriti dua pertiga adalah situasi mana-mana pihak politik atau gabungan inginkan bagi mentadbir kerajaan.
“Di Malaysia, BN taksub dengan dua pertiga kerana ia boleh meminda Perlembagaan Persekutuan dan negeri tanpa bantuan daripada pembangkang,” katanya.
Aziz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Reezal minggu lalu berikutan pembelotan seorang wakil rakyat BN di Johor, yang menyebabkan gabungan itu kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri.
Ia adalah kali pertama sejak merdeka parti pemerintah tidak memegang apa-apa majoriti di sesebuah negeri.
Minggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak, Shahruddin Salleh meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Beliau kemudiannya dilantik sebagai setiausaha agung PPBM oleh presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Aziz berkata, di United Kingdom kerajaan stabil dibentuk walaupun pihak yang menang tidak mendapat majoriti lebih.
“Malah, terdapat beberapa kes 2 pihak bekerjasama untuk membentuk sebuah persekutuan bagi menghormati mandat yang diberikan rakyat,” kata beliau merujuk kepada kerjasama Parti Konservatif dan Liberal Demokrat pada 2010.
Bekas profesor undang-undang itu berkata, terdapat keadaan yang jarang berlaku terhadap kerajaan minoriti dengan tanpa majoriti mudah dibenarkan untuk mentadbir juga.

Balak bersepah, sumber air tercemar, Orang Asli terancam

Balak bersepah di  Air Terjun Dakota bukti kemusnahan hutan simpan kekal (HSK) yang di luar pemantauan Jabatan Perhutanan.Balak bersepah di Air Terjun Dakota bukti kemusnahan hutan simpan kekal (HSK) yang di luar pemantauan Jabatan Perhutanan.
Bergelimpangan. Tubuhnya dikerat-kerat. Sebahagian kulitnya tersiat. Ada terkulai di jurang dengan yang bersaiz kecilnya sudah menggelongsor di celahan hutan belukar.
Sekilas membaca mungkin ada menyangka itu adalah gambaran kematian besar-besaran akibat situasi perang. Hakikatnya, itulah situasi kayu balak yang ditebang ketika tinjauan dilakukan di pedalaman Gua Musang, 10 dan 11 Oktober lalu.
Ada yang diletak berlonggok manakala batang balak yang berdiameter lebih kecil kelihatan tidak terurus. Rekod kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia setakat tiga tahun lalu yang hanya berbaki 5.83 juta hektar atau 44.2 peratus daripada jumlah keluasan 13.18 juta hektar tidak mustahil terus mengecil akibat kerakusan pembalakan ini.
Pembalakan secara tebang habis di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di bahagian hulu Kelantan itu dapat disaksikan bersama beberapa kumpulan NGO alam sekitar dalam program kembara anjuran Royalti (R) Malaysia itu.
Diketuai aktivis R Malaysia, Hishamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Sham Ghaz, kemusnahan HSK Balah misalnya dapat dilihat dengan salah satu lesen membalak seluas 239 hektar telah dilanjutkan tempoh membalak sehingga 6 Mac tahun depan.
Masih ada lori dan jentera balak di kongsi walaupun masyarakat Orang Asli mendesak dibawa keluar.Masih ada lori dan jentera balak di kongsi walaupun masyarakat Orang Asli mendesak dibawa keluar.
Walau bagaimanapun, penginapan pekerja balak atau ‘kongsi’ di lokasi tersebut ditinggalkan ekoran penghalang jalan yang dibuat oleh masyarakat Orang Asli dengan menuntut supaya syarikat terlibat membawa keluar segala jentera mereka.
Namun, lain pula halnya dengan situasi di HSK Gunung Stong Selatan, aktiviti membalak secara tebang habis seluas 310 hektar sedang giat berlangsung.
Sekurang-kurangnya terdapat lapan longgokan batang balak setinggi kira-kira tujuh meter di lokasi itu dengan setiap satunya mengandungi tidak kurang 30 batang balak yang bila-bila masa akan diangkut keluar.

PAS marah Amanah halangnya kerjasama dengan Umno, dakwa Husam

Husam mendakwa PAS bimbang ahli-ahlinya yang tidak bersetuju dengan hasrat pimpinan parti Islam itu akan menyertai Amanah, jika mereka meneruskan kerjasama dengan Umno.
husam-musa_amanah_pas_600
PETALING JAYA: PAS didakwa marah kepada Amanah kerana menyekat parti itu daripada bekerjasama dan berpadu dengan Umno, kata penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa.
Dalam ceramahnya di Ciku, Gua Musang, malam tadi, Husam berkata, PAS bimbang jika mereka meneruskan hasrat itu, ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan hasrat pimpinan parti Islam itu akan lari menyertai Amanah.
“Hasrat nak kerjasama ini dah mula runding sejak 2008 lagi. Macam-macam rundingan dah berlaku.
“Bila ada Amanah, PAS bimbang untuk meneruskan kerjasama itu kerana ahli-ahli bawahan PAS tak setuju. Jika mereka teruskan, lari habislah mereka ke dalam Amanah,” dakwa Husam.
Rundingan terbaru, kata Husam, adalah dalam bentuk perbincangan di Kluster Politik Negara, Majlis Perundingan Islam (MPI) yang terletak di bawah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Datuk Ahmad Yakob, MB Kelantan jadi pengerusi bersama dengan Datuk Seri Zambry, MB Perak dengan diwakili pelbagai pihak atas nama perpaduan ummah,” kata Husam.
Adun Salor itu berkata, sejak awal lagi, beliau menentang usaha kerjasama atau perpaduan dengan Umno kerana PAS akan sentiasa mengekori Umno, bukannya memimpin.
“Umno lokomotif (kepala) keretapi, kita (PAS) jadi gerabak sokmo (sentiasa). Jadi, sampai bila Islam nak memimpinnya,” kata Husam dalam ceramah itu.

Tarian gelek berhijab Wanita Umno Kota Bharu buat Pas Kelantan 'panas'


Tarian gelek Wanita Umno Kota Bharu yang dimuat naik ke Youtube.Tarian gelek Wanita Umno Kota Bharu yang dimuat naik ke Youtube.
Tarian gelek empat anggota Wanita Umno Kota Bharu pada majlis perasmian mesyuarat agung sayap Umno itu Ogos lalu bukan sahaja berjaya 'memanaskan' majlis, malah menyebabkan Pas Kelantan tidak senang duduk.
Malah satu lagi acara membabitkan artis wanita dewasa tanpa bertudung yang menyanyi sambil menari pada Karnival Rakyat Chetok mengakibatkan Pemuda Pas negeri itu tidak lagi mampu berdiam diri.
Menurut Harakahdaily, konsert hiburan itu diadakan di perkarangan Sekolah Kebangsaan Kelar, Kota Bharu, 1 Oktober lepas.
Tercabar dengan perkembangan itu, Pemuda Pas Kelantan menghantar memorandum bagi meminta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas menyiasat persembahan hiburan tersebut yang didakwa melanggar Enakmen Kawalan Hiburan 1998.
Rombongan diketuai Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Pegawai PPD Pasir Mas, Ahmad Termizi Musa petang semalam.
Ahmad Fadhli berkata, pihaknya kesal terhadap persembahan hiburan tersebut yang dianggap mencabul institusi pendidikan di negeri ini.
“Kita meminta tindakan tatatertib dikenakan terutamanya penguasa premis berkenaan iaitu guru besar sekolah berkenaan kerana membiarkan persembahan hiburan diadakan,” katanya.
Pada 1 Oktober lepas pertunjukan konsert diadakan di sekolah berkenaan yang dianjurkan Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Binjai melibatkan artis wanita.
Dalam perkembangan berkaitan, video tarian gelek Wanita Umno Kota Bharu dimuat naik di Youtube pada 23 Ogos lalu dan telah dilihat hampir 3000 netizen.

Oh Bajet!

Bajet sekadar cadangan peruntukan perbelanjaan dan tidak menyelesaikan isu ketirisan, salah guna kuasa dan pembaziran.
ringgit_budget_600
Oleh Farhan Haziq Mohamed
Pasca 2008 menyaksikan belanjawan atau bajet menjadi satu topik penting di kalangan rakyat. Hal ini kerana dokumen tersebut mula menjadi perhatian rakyat apabila gabungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat hadir membentangkan bajet alternatif bermula 2009. Boleh dikatakan bajet alternatif sedikit sebanyak membawa wacana baru mengenai bajet sebenar yang dibentang tiap-tiap tahun pada Oktober.
Saya fikir ini sumbangan besar Pakatan Rakyat yang sudah mati kepada rakyat Malaysia.
Bajet akhirnya menjadi topik yang ditunggu-tunggu rakyat untuk mengetahui apa yang akan mereka dapat, manakala di kalangan penganalisis akan melihat sejauh mana pertumbuhan negara akan tercapai dan ekonomi negara akan dipacu dengan lebih tinggi. Di kalangan aktivis pula, mereka melihat sejauh mana bajet akan membantu golongan-golongan tertindas, seperti gelandangan, wanita, OKU, dan miskin.
Pejuang kaum pula akan meneliti sejauh mana bajet ini memanfaatkan kaum masing-masing. Memandangkan Malaysia masih mengamalkan corak politik kaum, maka bajet dilihat dari sudut “kaum aku dapat apa”. Oleh itu, tidak janggal untuk kerajaan dalam bajetnya mengumumkan bajet untuk Bumiputera, Cina, dan India.
Justeru, usai pembentangan Bajet 2016, begitu banyak serangan demi serangan daripada pembangkang terhadap bajet ini. Ada yang mengatakan ia bajet paling teruk, ada yang mengatakan ia bajet panadol dan ada yang mengatakan bajet Najib, oleh Najib dan untuk Najib.
Tanpa disedari atau sengaja mahu mempolemikkan isu dan beberapa perkara baik tidak diberi perhatian.
Bajet kali ini menyaksikan pengenalan golongan M40, iaitu merujuk kepada golongan berpendapatan RM3,820 – RM8,320 yang boleh dikatakan golongan pertengahan. Golongan inilah yang dikatakan paling terkesan akibat kenaikan kos sara hidup. Golongan inilah yang tidak mendapat BR1M, tetapi mereka pada masa sama terpaksa berdepan kenaikan tol, tariff elektrik, harga minyak dan barangan keperluan.
Untuk mengatasi masalah ini, Bajet 2016 mencadangkan beberapa pelan pelepasan cukai untuk menambah pendapatan boleh guna di kalangan golongan M40. Antaranya, pelepasan cukai kepada individu menyara ibu bapa berpendapatan di bawah RM2,000, peningkatan jumlah pelepasan cukai kepada individu melanjutkan pelajaran sehingga RM7,000, individu mempunyai anak yang melanjutkan pelajaran tinggi sehingga RM8,000, tambahan had pelepasan cukai untuk setiap anak berumur di bawah 8 tahun kepada RM2,000 dan anak OKU yang melanjutkan pengajian tinggi sehingga RM8,000.
Pelepasan cukai dan pengurangan cukai ini secara tidak langsung menambah pendapatan boleh guna individu dalam menghadapi inflasi dan pada masa sama mengekalkan permintaan domestik untuk memastikan kemapanan ekonomi negara.
Strategi bajet kali ini cukup menarik, melihatkan kerajaan bermain dengan pengurusan cukai dalam menangani persepsi rakyat. Peningkatan cukai kepada golongan berpendapatan tinggi juga cukup tidak disangka-sangka. Bajet mengumumkan kenaikan cukai kepada 26% untuk individu berpendapatan RM600,000 sehingga RM1 juta setahun dan 28% kepada individu berpendapatan lebih RM 1 juta.
Tindakan ini secara tidak langsung mengingatkan kita kepada cadangan bajet PR 2015 yang memperkenalkan Cukai Warisan dan Cukai Keuntungan Modal bagi menggantikan GST. Walaupun Bajet 2016 tidak memperkenalkannya, namun tindakan menaikkan cukai pendapatan orang kaya wajar dipuji.

Mahkamah lepas tanpa dibebas peserta protes anti-GST

Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini melepas tanpa membebaskan 73 peserta protes anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) atas dakwaan mengingkari arahan polis supaya bersurai.
Mahkamah sesak dengan mereka yang dituduh itu, termasuk dua ahli parlimen, Dr D Jeyakumar (Sungai Siput) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai).
Turut didakwa adalah Setiausaha Agung, Parti Sosialis Malaysia (PSM) A Sivarajan, Badrul Hisham Shaharin (lebih dikenali sebagai Chegubard), pelajar universiti, aktivis PSM, Jerit, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Arahan itu diberikan selepas Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim memaklumkan kepada mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi yang dibuat oleh peguam tertuduh.
Sekumpulan peguam yang diketuai oleh Gobind Singh Deo kemudian memohon mahkamah untuk membebaskan semua tertuduh supaya dakwaan berkenaan tidak lagi menghantui mereka.
Walau bagaimanapun, Shafiq menjawab bahawa arahan adalah hanya untuk melepas tanpa dibebaskan.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh kemudian mengarahkan semua wang jaminan dikembalikan.
Mahkamah juga mengambil maklum bahawa enam tertuduh lain sama ada di luar negara - United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia - atau lewat untuk menghadiri perbicaraan.
Tiga surat perwakilan dihantar oleh peserta protes kepada Peguam Negara. Dua permintaan terdahulu ditolak dan surat ketiga yang dihantar pada 30 Mac, akhirnya diterima.
Semua mereka didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman kerana protes ‘duduk’ di Kompleks Wilayah Kastam Persekutuan di Kelana Jaya pada 23 Mac 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan, melaksanakan GST pada 1 April tahun lalu.

KENAPA JADI BEGINI ??!!

Patutler... S'pore di ranking ke-8 terbaik dunia dlm tangani rasuah.. sedangkan M'sia di ranking ke-54.

Patutler... S'pore TIDAK ADA UMNO.. sedangkan M'sia ADA UMNO, 'Anjing Kurap' dan 'Jamban'.

PKR, DAP Selangor hantar bantahan pada SPR

Himpunan Solidariti Menuju Kebebasan Bhg.1 - Bhg. 8

'UMNO dulu haram sudah, UMNO kini haram jadah'- Shamsul

Datuk Seri Najib: Dua individu kini mengancam perpaduan negara

Aksi Siti Kasim dihalang masuk, bertekak dengan pegawai Jabatan Perhutanan

'Jika tak setuju, beranikah BN tolak persempadanan SPR?'

Gagal bayar GST, pengasas Qu Puteh didakwa

SKANDAL 1MDB: KHABAR MENAKUTKAN KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN

Jeng...jeng...jeng...

Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland akhirnya memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank kerana gagal menghalang kesalahan berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

OAG memaklumkan bahawa tindakan itu diambil berdasarkan maklumat yang didedahkan dalam siasatan 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan yang diambil Finma ke atas Falcon.

Finma atau Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland semalam mendedahkan sebanyak RM15,200 juta dana berkaitan 1MDB, termasuk RM2,600 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak, telah disalurkan melalui Falcon.
Berikutan kesalahan itu, Finma mengarahkan Falcon menyerahkan sejumlah RM10.55 juta yang disifatkan sebagai keuntungan haram kepada agensi kawal selia itu yang peranan hampir sama seperti Bank Negara di negara kita.

Di Singapura, Falcon turut diarahkan tutup kerana  kesalahan berkaitan aktiviti penggubahan wang haram.

Apa yang harus dipuji ialah OAG yang begitu pantas dalam berindak. Hanya sehari selepas mengumumkan kemungkinan ke arah itu, OAG semalam memutuskan prosiding jenayah ke atas Falcon akan dimulakan.

SPRM dakwa ada pihak cuba lagakan mereka dengan polis

SPRM membuat satu laporan polis berhubung klip video kononnya melibatkan kes penahan anggota polis oleh pegawai SPRM yang tersebar di media sosial di Johor Bahru hari ini.
azam-baki
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan satu klip video yang memaparkan seorang individu dipukul sekumpulan lelaki melibatkan pegawainya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata SPRM membuat satu laporan polis berhubung klip video yang tersebar di media sosial di Johor Bahru hari ini.
“SPRM memandang berat perbuatan segelintir pihak yang cuba memburukkan imej SPRM di mata masyarakat yang seolah-olah cuba melaga-lagakan SPRM dengan polis.
“Kita harap orang ramai tidak menyebarkan video tersebut kerana ia boleh mengelirukan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Video berdurasi 39 saat yang dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak itu tersebar di media sosial kononnya melibatkan kes penahanan anggota polis oleh pegawai SPRM di Johor.

Musa Hassan tolak tawaran rasuah RM2 juta sebulan

Musa berkata, aktiviti rasuah menjadi satu amalan kini dan ia berpunca daripada penipuan yang dipelajari anak-anak.
musa-hassah-rasuah
PETALING JAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa ada pihak pernah menawarkan “duit kopi” RM2 juta kepadanya setiap bulan, untuk melindungi pusat perjudian dan pelacuran.
Musa yang dipetik Sin Chew Daily berkata, itu adalah tanda harganya ketika memegang jawatan nombor 1 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai September 2006 sehingga 13 September 2010, bagaimanapun beliau enggan memaklumkan, jika ada pihak yang masih menawar suapan kepadanya, ketika ini.
“Dahulu, ada orang tawar RM2 juta setiap bulan, katanya ia adalah duit kopi, tetapi saya tak terima, langsung tidak,” katanya ketika berucap di sebuah seminar anjuran Pusat Pembangunan Integriti Korporat (CIDC) dan Institut Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca), semalam.
Musa yang pernah berkhidmat selama 41 tahun dengan PDRM, bukan sahaja menolak tawaran RM2 juta, malah hamper pun tidak diterimanya, kerana mahu menjadi teladan baik kepada orang bawahan.
Beliau juga tidak membenarkan anggotanya menggunakan namanya untuk merasuah dan menahan semua individu terbabit rasuah, termasuk orang bawahannya.
“Tidak kira berpangkat Datuk atau sebaliknya, saya akan tangkap. Saya bukan tangkap ikan kecil sahaja, VIP berpangkat Datuk membawa pelbagai masalah kepada orang bawahan.”
Ketika menjadi pegawai penyiasat di Melaka, Musa pernah dipanggil Badan Pencegah Rasuah (BPR) (kini dikenali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), kerana didakwa terbabit rasuah.
“Pada suatu hari, seorang pegawai BPR memanggil saya, katanya beliau sudah mengekori dan memantau saya selama 2 bulan dan mendapati saya merasuah.
“Saya beritahu mereka, saya tidak pernah terima rasuah. Pegawai itu berkata memang betul tiada bukti saya merasuah, tetapi ada anggota yang menggunakan nama saya terima rasuah daripada pusat perjudian.
“Jadi, mereka mahu saya ambil perhatian dan bertindak, jangan bagi muka kepada orang bawahan. Saya kata ‘jika begitu, kamu tangkap saja orang itu.

Boleh AG menolak permintaan MLA pihak berkuasa asing?

Adakah Malaysia cuba mengelakkan diri berhubung permintaan Pejabat Peguam Negara (OAG), Switzerland buat kali kedua, untuk mendapatkan bantuan guaman bersama (MLA) dalam siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan 1MDB?
Persoalan yang berlegar selepas permintaan kedua untuk bantuan mengikut Perjanjian Bersama Bantuan Perundangan Antarabangsa adalah sama ada Malaysia cuba menjarakkan diri, atau sama ada kertas diplomatik "didapati telah hilang".
Perjanjian Bersama Bantuan Perundangan Antarabangsa adalah perjanjian antara dua atau lebih negara bagi tujuan pengumpulan dan pertukaran maklumat dalam usaha untuk menguatkuasakan undang-undang awam atau undang-undang jenayah.
Siasatan Swiss tertumpu kepada penipuan berdasarkan satu bentuk skim "Ponzi", di mana pulangan bagi pelaburan asal dibayar daripada dana yang diperolehi daripada pelabur berikutnya, dan bukannya daripada hasil sah pelaburan berkenaan.
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam jawapannya pada 6 Oktober lalu berkata pihaknya belum menerima sebarang permohonan tambahan MLA daripada OAG Switzerland.
"Bagaimanapun, pihak Peguam Negara ingin menekankan komitmen kami dalam kerjasama antarabangsa dan akan mempertimbangkan sebaik mungkin permintaan ini berlandaskan undang-undang sedia ada apabila ia diterima menerusi saluran diplomatik, seperti mana ditetapkan undang-undang negara berhubung bantuan bersama perundangan," kata Jabatan Peguam Negara berkata dalam satu kenyataan.
Undang-undang yang berkaitan mengenai perkara ini ialah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002.
Di bawah Akta ini, permohonan itu perlu dibuat oleh peguam negara di negara asing yang berkenaan kepada Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Pilih kebebasan bukan penindasan, rayu Anwar dari penjara

Menulis di sebali tirai besi, mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di Penjara Sungai Buloh merayu rakyat negara ini supaya bangkit dan memilih kebebasan dan bukannya membiarkan diri mereka ditindas seperti keadaan hari ini.
"Sebahagian besar rakyat kita mahu demokrasi. Saya dipenjarakan untuk mengalang pakatan pembangkang daripada menyatukan rakyat majmuk ini mencapai menjadi sebuah Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
"Rakyat Malaysia yang mahu Perdana Menteri Najib (Razak) dan kerajaan bertanggungjawab terhadap salah laku mereka dan membawa perubahan memerlukan sokongan lebih bermakna daripada masyarakat antarabangsa," kata Anwar dalam sebuah ulasan untuk akhbar The Washington Post di Amerika Syarikat.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau telah mengorbankan segala-galanya dalam perjuangan untuk membebaskan Malaysia dari apa yang beliau percaya adalah rejim pemerintah yang menindas rakyat kerana mempercayai bahawa negara ini boleh mencapai tahap lebih tinggi.
Beliau berharap bahawa rakyat juga akan melihat kemampuan mereka untuk menjadi lebih besar dan tidak tunduk menjadi sebuah negara yang gagal.
"Pemenjaraan adalah pengorbanan saya dalam perjuangan untuk pendemokrasian negara tercinta ini.
"Walau bagaimanapun, pertaruhan Malaysia adalah lebih besar berbanding sekadar kebebasan peribadi saya.
"Persoalannya sekarang ialah sama ada Malaysia, sebuah negara yang mempunyai potensi besar, akan bangkit menjadikannya kenyataan, atau sama ada sebaliknya menjadi sebuah negara gagal?” soal Ketua Umum PKR itu.

‘Najib terdesak untuk lemahkan semangat saya’ - Tun M

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini terdesak untuk melemahkan semangatnya.
Mahathir berkata, ini kerana bukan sahaja pengawal pengiring motosikal polis untuknya ditarik balik tetapi pegawai dan tukang masak beliau pun hendak ditukar oleh kerajaan.
"Semua kenalan saya diganggu dengan menghantar jabatan hasil dalam negeri untuk ugut terutama mereka yang berniaga. Jikalau semua cukai sudah dibayar pun cukai tambahan dikenakan," dakwanya dalam tulisan terbaharu di blognya semalam.
Beliau mendakwa perkara ini berlaku kerana mereka memilih untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Semasa menerima borang untuk jadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ada yang menyatakan mereka menerima ugutan daripada parti Umno dan Kerajaan Najib.
"Bermacam jenis ugutan dibuat termasuk tidak akan memberi BR1M, disingkir dari Umno, atau lucut jawatan dalam Kerajaan dan agensi-agensinya, tidak diberi kontrak, biasiswa tidak akan diberi dan akan ditarik balik dan sebagainya, bank akan tuntut hutang lebih awal dan akan tolak permohonan," katanya.
Namun ujarnya, kesemua ahli Bersatu yang diberi tekanan tidak pernah mengaku kalah dan akan terus menyokong perjuangan yang dibawa beliau.
“Mereka menyatakan bahawa tekanan terhadap mereka tidak akan berjaya menghalang mereka dari menyertai Bersatu. Dan mereka berusaha mendapat bumiputera lain termasuk ahli Umno supaya menyertai Bersatu," katanya.
Beliau turut mendakwa kakitangan dalam Proton ini juga disekat untuk bercakap dengan beliau dan peniaga kenalannya juga tidak dibenar mengadakan sebarang perniagaan dengan Proton.

Skandal 1MDB, ‘rusuhan Baju Merah’ merisikokan ekonomi – Pelabur industri

Skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pergaduhan puak Baju Merah menghalang konvoi Bersih 5 dalam dua minggu kebelakangan ini mula menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelabur asing yang menilai masa hadapan ekonomi Malaysia.
Ketakutan itu tidak pernah berlaku dalam pemerintahan lain-lain perdana Menteri selain Najib Razak, biar pun Malaysia lebih tiga kali dilanda kemelesetan ekonomi pada 1975, 1985 dan 1998. Kebimbangan kali ini, menurut seorang pelabur asing yang mahu dikenali sebagai Jameson Tan, adalah berkaitan huru-hara sosial yang sukar dipulihkan.
“Walaupun puak baju merah dan pemimpin mereka telah membuat ugutan serta mengungkit peristiwa hitam 13 Mei, tiada tindakan serius (oleh polis) diambil ke atas mereka. Situasi ini menakutkan pelabur. Ia jangan dibiarkan berterusan.
“Selain daripada itu, satu soalan yang perlu ditanya ialah adakah parti politik tertentu merestui dan menyokong tindakan puak baju merah ini?” katanya yang memiliki kilang di kawasan industri Sungai Buloh, Selangor.
Beliau berpendapat, situasi politik negara pada masa ini amat menakutkan pelabur. Jameson tidak berselindung bahawa beliau sedang memikirkan sama ada mahu menarik keluar pelaburannya atau pun tidak.
Katanya, kerajaan Malaysia seolah-olah belum mahu membuat sesuatu untuk menghentikan tindakan ganas dan ugutan dari puak baju merah.
“Polis lambat bertindak ke atas mereka. Apakah makna ini semua? Saya juga ingin tahu siapakah dalang utama di belakang puak itu?” tanyanya lagi.
Beliau memberi amaran bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh sekiranya berlaku tindakan ganas pada perhimpunan Bersih 5, 19 November depan.
Menurutnya, kerajaan Malaysia harus tahu selepas kelembapan ekonomi dunia pulih maka Malaysia akan ketinggalan jauh di belakang negara-negara Asia lain sekiranya puak baju merah bertindak ganas, kerana keganasan akan mengakibatkan pelabur asing menarik keluar modal dan membawanya ke negara jiran yang lebih terjamin keselamatan.
Satu lagi situasi yang mengganggu, kata Jameson, ialah kurangnya tindakan tegas daripada polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara serta Bank Negara menangkap dan mendakwa pihak-pihak yang terlibat dalam skandal1MDB.

MALAYSIA SEBUAH NEGARA ‘RASUAH’ DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN ISLAM RASUAH?


Selama mana lagikah kita mahu membiarkan untuk menanggung malu dengan perbuatan pihak berkuasa dan institusi  antarabangsa – sama ada syarikat atau bank – mencemarkan nama negara di peringkat antarabangsa?
Apakah pemimpin kita, khususnya Perdana Menteri terpaksa buat ‘bukan tebal’ dengan tuduhan dan nista yang merendah-rendah maruah rakyat dan negara?
Tidak malukah kita daripada sebuah negara yang mendapat pelbagai pujian, termasuk sebuah negara Islam yang ekonominya berkembang pesat kini digelar sebuah negara ‘rasuah’?
Tidak malukah pemimpin kita yang selama ini diagung-agungkan sebagai pemimpin berwibawa kini disebut diperingkat antarabangsa sebagai ‘pemimpin rasuah’?
Apakah ‘damage control’ yang dilakukan oleh pemimpin dan kerajaan untuk menghilangkan calar ini?
Apa langkahnya dan berapa lama lagi?
Sebagai rakyat, kita wajib bertanya untuk mengetahui, apa lagi kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang dilantik secara demokrasi oleh rakyat.
Rakyat wajar diberitahu apa tindakan kerajaan apabila Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland mulai semalam sudah memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank (Falcon) kerana gagal menghalang kesalahan berkaitan dengan penyelewengan dana firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bank (1MDB).
Jangan kerana 1MDB sebagai entiti perniagaan, ia tidak ada kena mengena dengan rakyat. Ini kerana ia ada kaitan secara terus dengan Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri.
OAG membuat keputusan memulakan prosiding adalah berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh siasatan dalam kes 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan Finma dari awal bukan ini (Oktober 2016).
Tindakan itu dibuat kerana OAG mengesyaki kekurangan seliaan dalam organisasi dalaman Falcon Private Bank dan dipercayai akibat kekurangan ini, bank itu tidak dapat menghalang pelakuan kesalahan itu yang kini disiasat dalam prosiding jenayah yang berkaitan dengan 1MDB.
Pendedahan oleh Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma) kelmarin bahawa kira-kira AS$ 3.8 bilion dana berkaitan 1MDB disalurkan melalui Falcon Private Bank menimbulkan banyak pertanyaan.
Malah, menurut Finma, dana itu termasuk melalui urusniaga AS$681 juta dan pembayaran balik AS$620 juta enam bulan kemudian.
Pihak berkuasa kewangan itu memang tidak memberikan butirannya tetapi jumlah itu dikatakan  sepadan dengan AS$ 681 juta yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tindakan pihak berkuasa Switzerland yang memaparkan urusniaga yang dipersoalkan terhadap Falcon dengan sendirinya  menjadikan "derma Arab" RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri menjadi tumpuan semula.
Memang tiada butiran sejauh ini bagaimana AS$681 juta itu berakhir dan bila urusniaga itu dilakukan.

Tetapi Jumlah itu dirujuk sebagai RM2.6 bilion berdasarkan kadar pertukaran ketika itu  sepadan dengan "derma" yang disalurkan ke akaun bank Najib pada tahun 2013.
Finma turut mendakwa Falcon melakukan "pelanggaran serius" peraturan pengubahan wang haram dalam urusannya dengan "seorang ahli perniagaan muda Malaysia yang mempunyai kaitan dengan individu tertentu kerajaan Malaysia".
Ia tidak menamakan "ahli perniagaan muda" itu, namun spekulasi mengenai orang muda itu banyak ditujukan kepada Jho Low yang dikatakan rapat dengan keluarga Najib.
Jangan lupa, Jho Low adalah antara mereka yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dakwaan penyelewengan berkaitan dengan dana 1MDB.