Rabu, 12 Oktober 2016

Tidak ada kepentingan rebut jawatan PM, kata Anwar

Kepentingan rakyat dan negara buat masa ini akan mengubah sistem kerajaan sedia ada, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan kenyataan itu melalui isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah berkata, tidak ada kepentingan buat Anwar bertanding atau merebut jawatan perdana menteri.
“Ada satu soalan yang diajukan kepadanya iaitu adakah beliau (Anwar) masih mahu bertanding.
Anwar Ibrahim “Beliau kata ia tak penting tapi yang lebih penting perlu tukar kerajaan yang menindas kita,” katanya selepas selesai menghadiri prosiding yang membabitkan suaminya di Mahkamah Persekutuan, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai prosiding yang berjalan di mahkamah, Wan Azizah memuji hujah pasukan peguam yang mewakili Anwar.
“Hujah mereka memang terbaik sepanjang prosiding tadi.
“Anggap sahajalah semua ini ujian untuk kita dan Malaysia,” katanya.
Pada masa sama, Wan Azizah juga sempat berkongsi keadaan semasa suaminya itu kepada penyokong-penyokong Himpunan Bebaskan Anwar bersebelahan perkarangan Mahkamah Persekutuan.
“Terima kasih kepada semua yang bersusah payah datang. Beliau sampaikan salam dan doa untuk kita semua supaya kita dapat menukar dan ubah sistem kerajaan sekarang ini.
“Beliau sihat tapi keadaan tangannya tidak berapa baik. Pada hari jadinya yang lepas beliau ada berkata, kalau tak boleh angkat tangan kanan.
"Angkatlah tangan kiri kalau tidak boleh sikit pun kita boleh berdoa, asalkan ada sumbangan sikit pun jadilah,” katanya lagi sebelum meminta kumpulan penyokong himpunan bersurai.

Bekas KPN terkejut skandal rasuah RM3.3 bilion

Musa Hasan

Skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan projek infrastruktur di Sabah yang bernilai RM3.3 bilion mengejutkan banyak pihak.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan tidak menyangka ia membabitkan dana kerajaan yang sangat besar.
“Saya sendiri terperanjat melihat jumlah itu. Tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya kepada media selepas Seminar Integriti dalam Perkhidmatan Awam dan Majlis Penutup Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 16 dan 17, di sini, hari ini.
Menurutnya, semua pihak perlu mengambil iktibar agar tidak melakukan perkara sama.
“Jangan jadikan budaya. Jika tidak, negara akan rosak dan imej akan terjejas,” katanya.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan tanggungjawab mereka dengan baik sehingga skandal rasuah terbesar tersebut berjaya ditumpaskan.
“Saya harap usaha ini akan berterusan dan jangan ada lagi mana- mana kakitangan kerajaan yang terlibat. Ia memalukan,” katanya.
Musa berkata, sewaktu dalam perkhidmatan, beliau juga pernah ditawarkan RM2 juta sebulan namun ditolak.
“Bayangkan duit kopi Ketua Polis Negara RM2 juta sebulan, tapi saya tidak terima. Mereka ditangkap dan dituduh di mahkamah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
“Saya tidak tahulah sama ada budaya duit kopi diteruskan atau tidak selepas perkhidmatan saya,” katanya.

Kerana sayang, setiausaha BERSATU tinggalkan UiTM

Datuk Dr Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatannya sebagai anggota lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuat kuasa semalam.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak berkata, langkah itu diambil sebagai jalan tengah supaya UiTM tidak dipersalahkan jika beliau dipecat.
"Saya ambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut kerana ada suara untuk memecat saya kalau saya tak hantar peletakan jawatan saya.
"Saya ambil jalan tengah dan saya pun tak mahu UiTM dipandang tidak adil kepada saya, jadi buat satu surat untuk peletakan jawatan sebagai anggota lembaga pengarah," kata Shahruddin.
Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini, setiausaha agung Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) itu bagaimanapun kelihatan masih mempunyai ikatan emosi dengan universiti yang banyak melahirkan graduan bumiputera itu.
Ini mungkin kerana bukan sahaja menjadi anggota lembaga pengarahnya, Shahruddin bahkan pernah menjadi pensyarah kejuruteraan awam di situ.
Malah, beliau ketika bertegur sapa dengan wartawan Malaysiakini turut bertanya jika ada sesiapa yang menjadi lepasan UiTM di portal itu.
Empat hari lepas Shahruddin dipecat serta-merta sebagai pengerusi lembaga pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), kira-kira 24 jam selepas dilantik sebagai setiausaha agung BERSATU.
Lebih popular jika dipecat
Berkunjung ke pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya, hari ini, Shahruddin mengakui beliau mungkin akan lebih popular sekiranya dipecat.
Bagaimanapun, katanya, beliau memilih berundur sendiri kerana bimbang reaksi balas negatif pada pusat pengajian tinggi awam itu.

Apa salah jadi penasihat PFP, tengok Najib - MP Umno

Anggota Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin menegaskan beliau tidak berbuat sesuatu yang salah dalam menerima jawatan penasihat dalam Parti Front Pulau Pinang (PFP) yang baru ditubuhkan walaupun tidak disenangi Umno Pulau Pinang.
Setakat yang diketahuinya, kata Zahidi, Pengerusi BN dan Presiden Umno yang merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak juga merupakan penasihat daripada Malaysia Makkal Sakti Party berteraskan Hindu dan "tidak ada masalahpun".
Najib telah melancarkan Makkal Sakti pada 10 Oktober 2009 dan berkata pada masa itu beliau akan bekerjasama dengan mana-mana pihak atau badan bukan kerajaan yang disokong slogan 1Malaysia.
"PFP adalah parti Cina dan mereka meminta nasihat saya untuk bertanding menentang DAP. Jadi saya berikan nasihat. Mereka tidak mengatakan mahu bertanding kerusi Umno, jadi itu baik bagi saya, "Zahidi kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
"Umno tidak perlu bimbang kerana tidak ada kena mengena dengan Umno. MCA dan Gerakan juga boleh meminta nasihat saya selagi mereka anti-DAP, saya akan nasihati mereka," ujar beliau.
Zahidi berkata, tindakannya itu bukan 'tidak beretika mahupun tidak sesuai" dan tidak menjadi kesalahan buat Umno selagi menasihati ahli-ahli PFP sebagai kawan dan tidak menyertai parti tersebut.
Tambah beliau, pihaknya hanya menasihatkan PFP mengenai rancangannya untuk bertanding di 25 kerusi di Pulau Pinang menentang kerana parti itu baru dan tidak berpengalaman.
Lagipun, beliau berasal dari Pulau Pinang dan memenangi kerusi Parlimen Padang Besar untuk Umno dengan majoriti yang besar, jelasnya lagi.
Zahidi berkata demikian bagi mengulas bantahan oleh Ketua Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman terhadap PFP serta jawatan penasihat itu yang disandang Zahidi.

Sempena Asyura, Hadi seru penyatuan Sunni-Syiah

Presiden PAS berkata sedangkan ulama terkemuka Sunni dan Syiah zaman dulu pun boleh bersatu menentang pemerintahan zalim pada zaman masing-masing.
hadiPETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam bermazhab Sunni dan Syiah di seluruh dunia kembali bersatu dengan mencontohi hubungan erat ulama kedua-dua mazhab itu suatu ketika dulu.
Hadi yang juga naib presiden Persatuan Ulama Sedunia berkata ulama terkemuka Sunni dan Syiah zaman dulu bersatu menentang pemerintahan zalim pada zaman masing-masing.
“Imam Abu Hanifah di penjara bersama Imam Jaafar al-Sadiq. Imam Syafie pula diheret bersama Imam Ziad kerana menentang kezaliman khalifah pada zaman mereka. Ini menunjukkan betapa Sunni dan Syiah boleh bersatu.
“Ulama Sunni dan Syiah sepakat bersedih dan mengutuk pembunuhan Husain, cucu kesayangan Rasulullah yang disebut sebagai Penghulu Pemuda di Syurga yang dibunuh syahid di Karbala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, pihak berkuasa agama baru-baru ini membuat 2 tangkapan terhadap penganut mazhab Syiah yang mengadakan sambutan sempena memperingati kematian Husain pada Hari Asyura.
Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menahan 2 lelaki warga tempatan ketika sedang membuat persiapan menyambut hari Asyura 2 hari lalu, manakala Majlis Agama Islam Selangor menyerbu majlis sambutan yang diadakan 50 penganut Syiah warga Pakistan semalam.
Hadi berkata beliau kecewa kerana keadaan jauh berubah dengan zaman sebelum ini apabila golongan Sunni dan Syiah kini saling bermusuhan dan lebih malang ia seperti disokong agamawan kedua-dua pihak.
“Dikeluarkan fatwa daripada kalangan ulama di negara masing-masing, hujahnya ialah mazhab Sunni yang wajib melawan Syiah dan di pihak Syiah pula wajib melawan Sunni.
“Barangkali, zaman kini sudah berubah, kiblat sembahyangnya lain dan kiblat politik dan ekonominya lain pula,” katanya sambil membayangkan pengaruh luar yang turut menjadi faktor perpecahan mazhab itu.

Husam bakal datang esok, kerajaan negeri sekat ‘orang luar’ masuk

Masyarakat Orang  Asli membuat formasi “Help Us”(Bantu Kami) dalam menarik sokongan awam tentang ancaman pembalakan melampau yang seolah-olah tidak dipeduli kerajaan negeri.Masyarakat Orang Asli membuat formasi “Help Us”(Bantu Kami) dalam menarik sokongan awam tentang ancaman pembalakan melampau yang seolah-olah tidak dipeduli kerajaan negeri.
Esok difahamkan pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa dijadualkan akan menziarahi masyarakat Orang Asli di Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang.
Namun, sumber dari Orang Asli di Pos Tohoi memberitahu pihak kerajaan negeri hari ini mulai mengadakan sekatan menghalang ‘orang luar’ masuk.
Sekatan itu dibuat di dua lokasi iaitu melalui Pos Tohoi selepas jambatan besi dekat kawasan lapang dan melalui Pos Bering dari arah Meranto.
Sekatan dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta Pejabat Tanah dan Galian Kelantan itu juga berlaku sehari selepas ekspedisi NGO Royalti Kelantan bersama sekumpulan aktivis alam sekitar dan media meninjau lokasi terjejas dengan aktiviti pembalakan.
Dalam hal berkaitan, tinjauan ekpedisi berkenaan yang turut melalui alat penerbangan kawalan jauh atau drone mendapati kadar kemusnahan hutan simpan di Gua Musang amat kritikal dengan antaranya wujud kerja membalak di rizab sungai.

BERAPA BANYAK LAGI FIRMA JURUAUDIT 1MDB TERPAKSA ‘MANDI AIR BUNGA’?

"Juruaudit terbarunya, Deloitte  juga terpaksa menarik diri...audit tidak dapat diselesaikan kerana dokumen yang diperlukan telah dirampas oleh polis dalam satu serbuan pada Julai tahun lalu."
Kalau dulu-dulu kes seperti ini ‘kena mandi bunga’. Ini kerana ia bagaikan terkena ‘sumpahan’.
Apa tidaknya, selepas satu, satu pula diganti. Tidak berkesudahan. Malah kini dengan yang ketiga juga sudah tidak menjadi. Perlu digantikan dengan yang keempat.
Banyak alasan diberikan oleh pemiliknya tetapi yang nyata, syarikat ini bagaikan sudah tidak ‘seelok’ seperti yang cuba dipertahankan oleh pemiliknya dan sukar dijangka apa lagi ‘bala’ yang akan mendatang.
Itulah yang terjadi kepada syarikat pelaburan strategik negara – 1Malaysia Development Bank (1MDB) – apabila dimaklumkan bahawa juruauditnya, Deloitte kini terpaksa menarik diri.
Ini baharu dalam konteks pengauditan syarikat yang kini berdepan dengan siasatan di 10 negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan di negara sendiri.
Alasan diberikan oleh Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy semalam ialah firma audit Deloitte kini menarik diri kerana gagal menyiapkan laporan audit akaun firma pelaburan negara bagi tahun kewangan 2015.

Banyak pihak melalui media sosial bertanyakan ditahap mana audit 1MDB sedang dijalankan kerana ingin mengetahui kedudukan syarikat yang dikatakan bermasalah itu.

Akhir September lalu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berkata juruaudit baru untuk 1MDB akan diumumkan tidak lama lagi. Beliau enggan mengulas mengenai soalan lain berkaitan 1MDB.
"Saya tidak mahu respon kepada itu, terima kasih," katanya ketika ditanya mengenai 1MDB pada sidang media di satu majlis di Kuala Lumpur. Irwan Serigar mengetuai lembaga pengarah baru 1MDB.
Semalam, ditanya oleh pelajar pada sesi town hall di Universiti Malaya di Kuala Lumpur -  mengapa juruaudit 1MDB seringkali diubah - beliau menjelaskan bahawa apabila syarikat asal 1MDB iaitu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) ditubuhkan, Ernst dan Young (EY) dilantik sebagai juruaudit pertama.
Bagaimanapun,  apabila TIA diambil alih oleh kerajaan persekutuan dan menjadi 1MDB pada Julai 2009, juruauditnya diubah kerana pemilikan syarikat juga telah berubah.
Selepas itu KMPG dilantik menggantikan EY, tetapi EY pula menandatangani sebarang laporan tahunan 1MDB
Mengulas lanjut,  Arul Kanda terpaksa memberitahu pelajar malam tadi bahawa juruaudit terbarunya juga terpaksa menarik diri.
Arul Kanda memberitahu sesi itu audit tidak dapat diselesaikan kerana dokumen yang diperlukan telah dirampas oleh polis dalam satu serbuan pada Julai tahun lalu.

Polis pula dijadikan alasan? Apakah 1MDB tidak mempunyai salinan dokumen atau dokumen lain untuk sokongan?
Hakikatnya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  terpaksa mengunakan juruaudit Delloite selepas The Big Three ‘gagal untuk melaksanakan kerja mereka’.

Sesi town hall di Universiti Malaya di Kuala Lumpur malam semalam.
 Apakah benar mereka gagal atau kerana sebab-sebab tertentu?
Sebuah blog, pada 30 Julai lalu mengulas mengenai firma juruaudit 1MDB ini mengemukakan pertanyaan, “ Audit 1MDB - Juruaudit Antarabangsa Bermasalah Atau 1MDB Sorok 'Punca'?”
Walau apa alasan Arul Kanda, hakikatnya, Deloitte sebelum ini pernah menyatakan hasratnya menarik diri daripada menjalankan kerja sedemikian. Kenapa menyatakan demikian?
Ini terutamanya, selepas Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat  pada 20 Julai lalu mengemukakan dua saman sivil untuk menyita pelbagai aset dan harta tanah bernilai lebih AS$1 bilion.
DOJ mendakwa wang diperoleh aset dan harta itu adalah melalui wang (1MDB) yang diselewengkan.
Ada laporan  mengatakan Deloitte gagal menemui beberapa urus niaga dan tawaran yang dijalankan dan tidak dapat membuat audit yang ‘sebenarnya’.
Ini termasuk AS$ 3.5 bilion bayaran 1MDB kepada penipuan Aabar Investment PJS Limited, selain AS$ 1.56 bilion pelaburan 1MDB Global Investment Limited dalam beberapa dana pelaburan dianggap ‘kabur’.
Malah, kenyataan Deloitte yang merujuk kepada apa yang disebut melalui kenyataan yang  dibuat oleh DOJ itu. mengatakan:
"The complaint contains information, which, if known at the time of the 2013 and 2014 audits of 1MDB, would have impacted the financial statements and affected the audit reports and, accordingly, those audit reports issued by Deloitte Malaysia dated March 28, 2014 and Nov 5, 2014 respectively in connection with the 2013 and 2014 financial statements of 1MDB should no longer be relied upon." (Deloitte, 27 July, 2016)

Dengan notis Deloitte untuk menarik diri, bagi melepaskan tanggungjawabnya sebagai juruaudit dana kerajaan Malaysia itu, menjadikannya firma audit ketiga yang menamatkan khidmat dengan 1MDB sejak penubuhannya pada 2009.

Melayu dan Red Indian serupa.


Oleh Zaharin Mohd Yasin
Tun Dr Mahathir Mohemad dan kumpulan penentang Najib Razak (baca cara betul ya.. mereka bukan menentang UMNO) pada awalnya mendesak Najib Razak meletakan jawatan Perdana Menteri kerana terpalit kes IMDB yang menyebabkan kerugian ketara sampai RM42Billion yang bunga pinjaman perlu di bayar sekitar RM2Billion sebulan. Dimana jumlah itu lebih dari cukup membantu pelajar yang ditamatkan pinjaman dan biasiswa samada didalam atau diluar negeri.


Sekarang kumpulan mereka menubuhkan parti dan terpaksa mengalahkan UMNO dalam piliharaya.. Itu tidak salah. Tetapi pernahkah UMNO bertanya pada diri sendiri.. Pelajar yang terganggu pembelajaran kerana biasiswa dan pinjaman dihentikan adakah akan berkempen untuk UMNO dan kemudian tanya pula ibubapa yang mengharapkan anaknya berjaya dalam pelajaran dan sekarang menghadapi masalah kewangan. adakah mereka kekal menyokong UMNO dan akhirnya bagaimana adik beradik saudara mara mereka yang simpati dengan ibubapa dan pelajar yang berkenaan. Jika ada 40ribu pelajar terjejas kerana ekonomi negara yang rosak kerana IMDB dicampur dengan ibu bapa mereka sudah ada 120 ribu undi BN/UMNO melayang. Isu menyentuh rakyat ini juga akan dirasai oleh ibubapa yang anaknya bakal masuk kepengajian tinggi khasnya keluarga miskin..
Ini belum lagi bekas pelajar yang tidak membayar hutang di PTPTN yang masih tidak punya pekerjaan tetapi diminta bayar hutang. Ada juga yang telah kena senarai hitam. Dan jumlah bukan sedikit.
Sekiranya isu ini diangkat menjadi manifesto oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.. tidak kurang ada 300ribu undi tidak berpihak kepada BN/UMNO. UMNO kena menilai dan mengkaji apakah manisfesto yang dibuat oleh Parti Pembangkang.. sebabnya manifesto BN/UMNO sudah tidak menjadi reraliti. Dan tidak ada siapa membaca dan mahu mendengar dalam keadaan sekarang.

BERAT DAH NI...TAKKAN TUKANG MASAK PUN MAHU DIMANGSAKAN JUGA?

Ini betul-betul dah berat!!

Sebelum ini jawatan sebagai Penasihat Petronas digugurkan dan polis pengiringnya  turut ditarik balik.

Penggunaan jet pula kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Malah ada juga percubaan untuk menghalaunya daripada Yayasan Kepimpinan Perdana, namun mujurlah tidak berjaya.

Tetapi, takkan tukang masak Tun Mahathir pun mahu ditukar juga? 

Apa salah seorang tukang masak dalam perseteruan antara Tun Mahathir dengan Najib Razak?

Adakah beliau ditukarkan kerana terlalu pandai memasak dan selalu menyediakan masakan yang sedap-sedap, berzat dan mampu memberi tenaga luar biasa kepada seorang lelaki yang sudah berusia 91 tahun atau Najib Razak terlalu "mengambil berat"  terhadap bekas Perdana Menteri itu dan mahu menggantikannya dengan tukang masak lain yang lebih baik lagi?

Mungkinkah juga tukang masak tersebut cuba ditukarkan sebagaimana yang didakwa oleh Tun Mahathir bertujuan melemahkannya kerana perkhidmatannya lebih diperlukan di Seri Perdana bagi menjaga seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa berbanding memberi khidmat cuma kepada bekas Perdana Menteri yang sudah lama bersara?

Negara luar siasat 1MDB, Peguam Negara sibuk rayu kes ‘belon kuning’

KUALA LUMPUR, 12 OKT: Mengapa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersungguh-sungguh mahu memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Bilqis Hijas dalam kes ‘belon kuning’, tetapi bersikap acuh tak acuh dalam menangani skandal terbesar negara, 1MDB?
Persoalan itu dilontarkan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, yang menyatakan bahawa Apandi seharusnya memberi sepenuh fokus kepada penyiasatan skandal yang ‘menobatkan’ Malaysia sebagai kleptokrasi global itu
“Apa sebenarnya yang sedang berlaku di Malaysia?
najib apandi“Peguam Negara sibuk membuat rayuan terhadap kes melibatkan belon kuning, tetapi langsung tidak peduli tentang perasaan malu yang dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia apabila negara digelar sebagai kleptokrasi global,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, imej Malaysia semakin tercemar beberapa hari ini berikutan negara-negara lain sedang menyiasat dan membuat dakwaan terhadap pihak yang mempunyai kaitan dengan skandal syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Media melaporkan pihak berkuasa Singapura sedang mendakwa dua bekas pegawai kanan Bank Limited Singapore atas kesalahan pemalsuan dokumen dan kegagalan mendedahkan transaksi melibatkan 1MDB sehingga membawa kepada penutupan cawangan bank swasta Switzerland.
Pada masa sama, Switzerland sekali lagi meminta agar kerajaan Malaysia memberi kerjasama dalam siasatannya terhadap 1MDB selepas Jabatan Peguam Negara Swiss menemui bukti baru melibatkan bekas anak syarikatnya, SRC International baru-baru ini.

10 laporan PAC dibentang di Dewan Rakyat minggu depan

Pengerusi PAC berkata semua laporan PAC berkenaan sudah dimuktamadkan jawatankuasa itu yang bermesyuarat antara Ogos, September dan Oktober tahun ini.
PAC
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan membentangkan 10 laporan di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas 2016 termasuk isu penyelewengan dan penyeludupan diesel bersubsidi membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Laporan lain ialah Pengurusan Lesen Iklan/Papan Tanda di Kuala Lumpur membabitkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur; Pengurusan Projek Pembangunan Kandungan Penyiaran Digital membabitkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Program Subsidi Benih Padi Sah membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Projek Pengalihan Operasi Kereta Api Tanah Melayu Berhad Dari Tanjong Pagar ke Woodlands, Singapura (Stesen) dan Kempas baru (Depoh), Johor Bahru membabitkan Kementerian Pengangkutan.
Laporan itu juga melibatkan Pembinaan dan Pengurusan Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur membabitkan Kementerian Pertahanan; Pengurusan Perolehan Perabot Bagi Cadangan Pembinaan Semula Kem Batalion 5, Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam, Johor membabitkan Kementerian Dalam Negeri; Pengurusan Pengendalian Acara membabitkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; Pengurusan Program 1Azam membabitkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Yayasan Kebajikan Negara dan Pengurusan Perkhidmatan 1BestariNet membabitkan Kementerian Pendidikan.

Perkasa cadang hasil cukai judi, arak diguna bantu bukan Islam

Datuk Ibrahim Ali berkata hasil kutipan cukai itu boleh dimasukkan ke dalam Biasiswa Nasional dan diberikan kepada orang bukan Islam bagi tujuan pendidikan.
ibrahim-ali_tax1
PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mendesak kadar cukai perniagaan judi, arak dan pusat hiburan dinaikkan supaya hasilnya dapat digunakan bagi membantu membiayai pendidikan pelajar bukan Islam.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata kutipan cukai daripada perniagaan itu mampu memberi pulangan lumayan dan dengan adanya pengutipan cukai berkenaan, kerajaan dapat menumpukan kepada pemberian biasiswa kepada pelajar Melayu.
Katanya, kerajaan perlu menimbangkan cadangan itu kerana cukai yang dikutip daripada perniagaan judi, arak dan pusat hiburan juga sudah lama tidak dinaikkan.
“Sudah tiba masanya kerajaan menaikkan kadar cukai ke atas perniagaan judi, arak dan pusat hiburan yang mampu membantu orang bukan Islam.
“Hasil kutipan cukai itu juga boleh dimasukkan ke dalam Biasiswa Nasional yang baru-baru ini dicadangkan Gerakan,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa hari ini.
Sehubungan itu, katanya Perkasa mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan memulakan kutipan cukai itu dalam pembentangan Bajet 2017.
Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Gerakan yang mencadangkan kerajaan mewujudkan Biasiswa Nasional dalam Bajet 2017.

Henti guna Galaxy Note 7, Samsung beri amaran

Samsung menggantung penjualan tablet Galaxy Note 7 keluarannya di peringkat global pada Selasa, beberapa minggu selepas jualannya disambung semula diikuti program penukaran semula yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Galaxy Note 7KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd meminta semua pemilik tempahan awal Galaxy Note 7 mematikan gajet mereka dengan segera.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan SME hari ini, pemilik Galaxy Note 7 diberi pilihan sama ada memulangkan semula atau menukarnya kepada Samsung Galaxy S6 Edge, dengan syarat mereka memulangkan Galaxy Note 7 berkeadaan baik.
“Semua pemilik tempahan awal akan dihubungi Khidmat Pelanggan Samsung, operator rangkaian mobil berkaitan atau rakan kongsi yang terlibat bermula dari 13 Oktober berhubung maklumat program pemulangan semula atau penukaran telefon.
Mereka boleh menghubungi talian Samsung Malaysia di 1-800-88-7799 untuk maklumat lanjut.
Agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan Samsung Electronics Co (Samsung) menggantung penjualan tablet Galaxy Note 7 keluarannya di peringkat global pada Selasa, beberapa minggu selepas jualannya disambung semula diikuti program penukaran semula yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Expedisi Balak Kelantan: Ada muslihat lulus tebang hutan kurang 500 hektar


Longgokkan balak yang ditebang secara ‘cuci mangkuk’ ditemui dalam Expedisi Balak Kelantan.Longgokkan balak yang ditebang secara ‘cuci mangkuk’ ditemui dalam Expedisi Balak Kelantan.
Tindakan kerajaan negeri Kelantan meluluskan aktiviti pembalakan kurang daripada 500 hektar bagi sesebuah kawasan hutan simpan disifatkan sebagai muslihat untuk mengelak daripada menyediakan laporan terperinci Penilaian Alam Sekitar (DEIA).
Pengerusi Penaja NGO Royalti (R) Malaysia, Hishamuddin Ghazali berkata demikian ketika mengulas isu pembalakan melampau di pedalaman Gua Musang yang mengancam sumber air dan hutan di lebih 20 kampung dekat pos Orang Asli di kawasan berkenaan.
Menurutnya, taktik kelulusan itu menyumbang kepada kemusnahan hutan dalam skala yang besar sekaligus menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli ketika kerajaan negeri berkempen ‘Anok Kelate Saye Hute’ (Anak Kelantan sayang hutan).
“Saya lihat banyak hutan simpan diluluskan oleh kerajaan negeri kepada pembalak. Mereka ‘pandai’. Luluskan bawah 500 hektar supaya tidak perlukan laporan DEIA. Tidak hairanlah kerajaan negeri luluskan sehingga 400 hektar sahaja supaya menepati syarat jangan lebih 500 (hektar).
“Ini tidak betul. Tutup kelemahan pengurusan ekonomi negeri tapi kaut banyak keuntungan dengan meluluskan kawasan hutan simpan seluas-lusanya kepada syarikat-syarikat pembalak tanpa mengambil kira kesan buruk pada masa akan datang.
“Bahasa mudahnya menipu. Banyak lesen yang diluluskan itu pula tanpa pengawasan ketat daripada Jabatan Perhutanan sehingga ada yang hanya dua hingga tiga rantai dari gigi air seperti berlaku di Gua Cha dan Pos Gob,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline malam tadi.
Hishamudin Ghazali, ketua Expedisi Balak Kelantan bercakap dengan Orang Asli.Hishamudin Ghazali, ketua Expedisi Balak Kelantan bercakap dengan Orang Asli.
Sehubungan itu, beliau yang dikenali sebagai Sham Ghaz menyeru supaya kerajaan negeri mendengar tuntutan masyarakat Orang Asli supaya menghentikan selama-lamanya kegiatan pembalakan tidak terkawal tersebut.
“Pembalakan masih berlaku di rizab sungai. Kerajaan negeri kena buka mata, pantau operasi syarikat pembalak ini,” tegasnya lagi selepas program dua hari menjelajah lokasi pembalakan di Gua Musang bermula 10 Oktober lalu.
Tinjauan dalam program anjuran R itu mendapat beberapa penempatan pekerja balak yang dipanggil ‘kongsi’ telah ditinggalkan kosong.
Antaranya berdekatan Pos Gob, kongsi di Hutan Simpan Kekal Balah itu dianggarkan boleh memuatkan tidak kurang daripada 50 pekerja balak berdasarkan pelantar untuk tempat tidur yang ditinggalkan.

Najib mahu ‘bankrapkan’ Proton, kata Dr Mahathir

Najib dilihat cuba melumpuhkan Proton kerana ingin menggagalkan produk hasil tempatan yang dibangunkan Dr Mahathir.
mahathir protonPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu “bankrapkan” industri automobil negara.
Ia berikutan tindakan Najib yang kebelakangan ini cuba menghalang kakitangan Proton Holdings Berhad (Proton) daripada menjalinkan kerjasama dengan kumpulan yang menyokong Dr Mahathir.
“Orang-orang Proton tidak dibenarkan bercakap dengan saya, dan peniaga kenalan saya tidak dibenarkan mengadakan urus niaga dengan Proton. Tujuan Najib ialah supaya Proton bankrap dan boleh dijual dengan murah.
“Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Ia hendaklah dijual kepada orang asing 100% supaya industri kereta nasional dihapuskan. Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimulakan oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian menerusi entri terbaharu blognya chedet.cc sekali gus menyifatkan pemerintahan kuku besi Najib itu langsung tidak menakutkan semangat rakyat menentang perdana menteri.
“Sesungguhnya Najib amat terdesak untuk melemahkan semangat saya juga. Bukan sahaja polis pengiring motosikal ditarik balik tetapi pegawai dan tukang masak saya pun hendak ditukar. Saya tidak putus asa dan percaya rakyat Malaysia akan terus memiliki semangat juang untuk jatuhkan kerajaan kuku besi Najib.
“Mereka tidak takut. Lebih kuat tekanan lebih bencilah mereka terhadap Najib dan kerajaannya. Semua mereka malu dan tidak ingin melihat negara tercinta ini memiliki seorang perdana menteri yang dituduh dan dipercayai oleh seluruh dunia melesapkan (curi) berbilion duit rakyat,” katanya.

Skandal 1MDB: Switzerland mulakan prosiding jenayah ke atas Falcon

Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland hari ini memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank kerana gagal menghalang kesalahan berkaitan dengan penyelewengan dana 1MDB.
"Keputusan memulakan prosiding adalah berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh siasatan dalam kes 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan Finma dari awal Oktober 2016.
"OAG mengesyaki kekurangan seliaan dalam organisasi dalaman Falcon Private Bank.
"Adalah dipercayai akibat kekurangan ini, bank itu tidak dapat menghalang pelakuan kesalahan itu yang kini disiasat dalam prosiding jenayah yang berkaitan dengan 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma) semalam mendedahkan kira-kira AS$ 3.8 bilion dana berkaitan 1MDB disalurkan melalui Falcon Private Bank.
Menurut Finma, dana itu termasuk melalui urusniaga AS$681 juta dan pembayaran balik AS$620 juta enam bulan kemudian.
Pihak berkuasa kewangan itu tidak memberikan butirannya tetapi jumlah itu sepadan dengan AS$ 681 juta yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dirujuk sebagai RM2.6 bilion berdasarkan kadar pertukaran ketika itu apabila perkara berkenaan didedahkan pada Julai tahun lalu.
Najib mendakwa wang itu adalah "derma dari Arab" dan AS$620 juta daripada wang itu kemudiannya dikembalikan.

Izzah Mahu Humban Perompak Sebenar Ke Penjara

Anwar Sebak, Ucap Terima Kasih Kepada Penyokong

Ditawar Duit Kopi RM2 Juta Sebulan, Musa Kejar Datuk

SPRM: Tabung Dana Politik Perlu Diasaskan Dengan Akta

Musa Terperanjat Kes SPRM Di Sabah

Sivarasa: Kes Anwar mungkin bersambung beberapa bulan lagi

Peguam Anwar beritahu mahkamah sabitan liwat bukti konspirasi

Tengku Shariffuddin dalam afidavitnya menjelaskan, PMO menyediakan 2 set kenyataan akhbar berhubung kes Anwar yang disabit kesalahan atau dibebaskan, memandangkan ia adalah kes membabitkan kepentingan awam.
gopal-anwar-1
PUTRAJAYA: Dua peristiwa yang berlaku sejurus sabitan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun lalu, menunjukkan wujud konspirasi politik untuk menghantar bekas ketua pembangkang itu ke penjara, kata peguamnya di Mahkamah Persekutuan hari ini.
Gopal Sri Ram berkata, Pejabat Perdana Menteri (PMO) bertindak mengeluarkan kenyataan menegaskan badan kehakiman adalah bebas, kira-kira 15 minit selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan Anwar.
“Kelajuan PMO mengeluarkan kenyataan itu menunjukkan mereka sudah tahu keputusan mahkamah,” katanya dalam hujah permohonan semakan sabitan Anwar itu.
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad seterusnya mengesahkan afidvit yang kerajaan menentang permohonan semakan dikemukakan Anwar.
“Kenapa bantah permohonan anak guam saya jika kerajaan dan Umno tidak terbabit dalam konspirasi itu,” soalnya di hadapan panel 5 hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Tengku Shariffuddin dalam afidavitnya menjelaskan, PMO menyediakan 2 set kenyataan akhbar berhubung kes Anwar yang disabit kesalahan atau dibebaskan, memandangkan ia adalah kes membabitkan kepentingan awam.
“Satu lagi kenyataan tidak dikeluarkan, oleh itu afidavit berkenaan berat sebelah,” katanya.
Peguam itu berkata, ia juga bukan amalan kerajaan mengeluarkan kenyataan bagi mengulas keputusan mahkamah.
Gopal berkata, tindakan Timbalan Pendakwa Raya sementara, Muhammad Shafee Abdullah selepas penghakiman Mahkamah Persekutuan turut mengukuhkan lagi teori konspirasi itu.
“Beliau menyerang Anwar dan membuat rujukan prosiding didengar secara tertutup menerusi kamera, di roadshow anjuran Pemuda Umno,” katanya sambil menambah keputusan itu menunjukkan parti terbabit gembira dengan keputusan akhir kes berkenaan.

Fokus isu rakyat, tiada lagi sengketa - Wan Azizah

PUTRAJAYA, 12 OKT: Tiada lagi sengketa atau dendam tersimpan di sebalik ‘salam damai’ Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Demikian kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung kenyataan Tun Mahathir agar sengketa yang wujud antara dua pemimpin itu tidak berpanjangan.

wan-azizah“Kita tidak lagi menganggap itu sebagai dendam atau perasaan negatif. Perasaan itu hanya akan memakan diri sahaja.
“Kita teruskan hidup dan ambillah pengajarannya daripada apa yang berlaku itu,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di perkarangan Istana Kehakiman, di sini, hari ini.
Beliau berkata, ahli keluarga lebih mengambil pendirian terbuka tanpa perlu memanjangkan seteru persengketaan antara Tun Mahathir dan Anwar.
Sebelum ini, anak Anwar, Nurul Nuha senada untuk tidak menyimpan sebarang dendam selepas memahami situasi politik semasa susulan pertemuan antara Tun Mahathir dan Anwar sebelum ini.
Tun Mahathir sebelum ini secara terbuka tampil di mahkamah sebagai sokongan terhadap Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang.
Dalam pertemuan itu, Mahathir dan Anwar dilihat berjabat mesra selepas 30 tahun Reformasi 1998 berlaku.
Terdahulu, Anwar dipecat Mahathir daripada kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipenjarakan, sekali gus mencetuskan gelombang Reformasi 1998.

'Najib terdesak, ugut dan tindas ahli BERSATU'

Semasa menerima borang untuk jadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), ada yang menyatakan mereka menerima ugutan dari parti Umno dan kerajaan Najib.
Bermacam jenis ugutan dibuat termasuk tidak akan memberi BR1M, disingkir dari Umno, atau lucut jawatan dalam kerajaan dan agensi-agensinya, tidak diberi kontrak, biasiswa tidak akan diberi dan akan ditarik balik dan sebagainya, bank akan tuntut hutang lebih awal dan akan tolak permohonan.
Tetapi mereka masih sanggup didera seperti ini kerana kepercayaan bahawa akhirnya, dengan penyertaan mereka dalam BERSATU dan mengundi baginya dalam PRU14, nikmat berkali ganda akan diperolehi oleh negara dan diri mereka juga.
Mereka menyatakan bahawa tekanan terhadap mereka tidak akan berjaya menghalang mereka dari menyertai BERSATU. Dan mereka berusaha mendapat bumiputra lain termasuk ahli Umno supaya menyertai BERSATU.
Perjuangan bagi mereka bermakna kesanggupan mengatasi sebarang rintangan. Perjuangan tidak bermakna jika jalan ke arah matlamat terbuka luas dan ditabur dengan bunga mawar sepanjangnya.
Sesungguhnya Najib amat terdesak untuk melemahkan semangat saya juga.
Bukan sahaja escort motosikal polis ditarik balik tetapi pegawai saya dan tukang masak saya pun hendak ditukar.
Kena cukai tambahan
Semua kenalan saya diganggu dengan menghantar jabatan hasil dalam negeri untuk ugut terutama mereka yang berniaga. Jikalau semua cukai sudah dibayar pun cukai tambahan dikenakan.
Orang-orang Proton tidak dibenar bercakap dengan saya, dan peniaga kenalan saya tidak dibenar mengadakan business dengan Proton. Tujuan Najib ialah supaya Proton bankrap dan boleh dijual dengan murah.
Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100 peratus supaya industri kereta nasional dihapuskan.
Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati.
Sesungguhnya ramai juga orang Malaysia yang takut didera oleh kerajaan Najib. Itulah demokrasi Najib.
Saya tidak putus asa dan saya percaya rakyat Malaysia akan terus memiliki semangat juang untuk jatuhkan kerajaan kuku besi Najib. Mereka tidak takut.
Lebih kuat tekanan lebih bencilah mereka terhadap Najib dan kerajaannya. Semua mereka malu dan tidak ingin melihat negara tercinta ini memiliki seorang PM yang dituduh dan dipercayai oleh seluruh dunia telah lesap (curi) berbilion duit rakyat.
Saya sedar dan rakyat juga sedar akan tujuan undang-undang baru berkenaan sekuriti. Ia bukan untuk pengganas asing kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi.
Ia bertujuan mematah semangat dan memberhentikan sebarang protes terhadap Najib.
Tanpa restui Agong
Undang-undang ini yang tidak direstui oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memberi kuasa kepada Najib mengisytihar kawasan sekuriti dan dengan itu sesiapa sahaja boleh di masuk dalam tahanan tanpa dibicara.

Dr M: Tukang masak saya pun Najib nak tukar

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdesak untuk melemahkan semangat beliau.
Mahathir mendakwa, untuk itu, Najib terus melakukan pelbagai tindakan, termasuk melibatkan pihak sekelilingnya.
“Sesungguhnya Najib amat terdesak untuk melemahkan semangat saya juga.
“Bukan sahaja escort (pengiring) motosikal polis ditarik balik tetapi pegawai saya dan tukang masak saya pun hendak ditukar,” kata bekas perdana menteri itu dalam tulisan terbaru di blognya.
Selain itu beliau turut mendakwa disekat daripada berhubung dengan kakitangan syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (Proton).
Katanya, orang-orang Proton juga tidak dibenarkan bercakap dengan beliau peniaga di kalangan kenalanya tidak dibenarkan pengadakan 'business' dengan Proton.
"Tujuan Najib ialah supaya Proton bankrap dan boleh dijual dengan murah.
"Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100 peratus supaya industri kereta nasional dihapuskan.
"Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati," kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu.
Tambah beliau, ramai rakyat yang takut didera oleh kerajaan Najib.

Seluruh dunia percaya Anwar tidak bersalah, kata peguam AS

Umat Islam Sedang Mencari Hero - Dr Mohd Asri

Dr. M: UMNO is beyond redemption

Mahathir: Malaysia grew much faster during my time

Jamal kebal ke?, Najib tidak ambil tindakan pun - soal NGO

Anwar bukan nak jadi PM jika bebas, kata Azizah

Hujah pendakwa raya bersifat ‘teknikal’, tiada bukti kukuh – Wan Azizah

PUTRAJAYA, 12 OKT: Pendakwa raya didakwa gagal memberikan bukti-kukuh bersabit sabitan fitnah liwat 2 membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bercakap kepada SelangorKini, beliau berkata hujah diberikan pendakwa raya Datuk Ahmad Kamal Md Shahid lebih bersifat teknikal, tanpa memberikan pengesahan sahih berhubung kenyataannya.

“Hujah diberikan peguam kami sangat untuk membuktikan bahawa kes ini lebih memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Namun pihak pendakwa memberikan hujah balas bersifat teknikal sahaja. Untuk tempoh itu, kita masih lagi menunggu sebarang keputusan dan pertimbangan yang dibuat oleh mahkamah nanti,” katanya ketika ditemui di perkarangan Istana Kehakiman, di sini.
Sebelumnya, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Maknudin menangguhkan keputusan semakan kehakiman yang dibuat Anwar.
Anwar memfailkan semakan tersebut selepas mendapati wujudnya keraguan berhubung penglibatan panel hakim terdahulu, dalam kes sabitan fitnah liwat terhadapnya.
Bekas Ketua Pembangkang itu diwakili peguam, Datuk Sri Gopal Sri Ram, N Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, J Leela, Latheefa Koya dan Kimberley Motley.
Pasukan pendakwa raya diwakili Ahmad Kamal, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah.

Kes Anwar: Prosiding penangguhan keputusan semakan, wujud keraguan?

PUTRAJAYA, 12 OKT: Penangguhan keputusan semakan dikemukakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar dibuat secara tergesa-gesa sekali gus menimbulkan persoalan berhubung prosiding Mahkamah Persekutuan, sebentar tadi.
Peguam Anwar, Kimberley Motley, berkata demikian merujuk ketetapan dibuat panel lima hakim dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin selepas mendengar hujahan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan hujahan balas oleh pendakwa raya, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

“Prosiding mahkamah hari ini berjalan terlalu pantas daripada apa yang kami jangka.
“Sudah tentu kami berharap agar proses kehakiman ini dibuat secara adil tanpa wujudnya sebarang campur tangan,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Persekutuan hari ini.
Sebelumnya, mahkamah menangguhkan keputusan semakan bersabit pendakwaan liwat dan hukuman penjaran lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang itu.
Bagaimanapun, Mahkamah belum memutuskan sebarang ketetapan tarikh lanjutan kepada prosiding perbicaraan semakan kehakiman tersebut.
Selain Kimberley, Anwar turut diwakili peguam Datuk Sri Gopal Sri Ram, N Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, J Leela dan Latheefa Koya.
Pasukan pendakwa raya diwakili Ahmad Kamal, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah.
Anwar memfailkan semakan itu mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

'Anwar boleh yakinkan PAS agar pembangkang bersatu'

Bekas anggota parlimen PAS berkata pembebasan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menentukan masa depan pembangkang dalam menentang BN.
Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang meninggalkan PAS untuk menyertai PKR berkata, pengaruh Anwar dapat meyakinkan PAS terhadap keperluan untuk pembangkang bersatu menjelang pilihan raya umum ke-14.
"Ia juga bukan hanya mengenai masa depan negara.
"PAS harus sedar bahawa masa depan sendiri bergantung kepada menjalin kerjasama dengan semua parti yang lain," Kamarudin (gambar) berkata ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
Beliau adalah antara anggota parlimen yang hadir bagi menunjukkan sokongan dalam perbicaraan semakan terhadap sabitan Liwat II Anwar.
Permohonan yang jarang sekali berlaku itu akan menentukan sama ada panel lima hakim yang diketuai Tun Ariffin Zakaria pada 10 Februari 2015 telah terkhilaf dalam keputusannya mengekalkan sabitan dan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar.
Sekiranya panel yang baru hari ini memutuskan bahawa panel hakim terdahulu telah tersasar, ia boleh memerintahkan Anwar dibebaskan dan dengan itu membenarkan beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijangka tahun depan.
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata pengaruh Anwar di kalangan penyokong masih kekal, walaupun beliau ditahan di penjara.
"Bukan sahaja di Selangor, Pulau Pinang atau Kelantan, tetapi di semua kerusi yang dimenangi oleh pembangkang," kata Kamarudin, yang menambah bahawa Anwar adalah faktor penyumbang terhadap banyak kerusi dimenangi pembangkang, yang pada masa itu terdiri daripada PAS, PKR dan DAP .
'Menaikkan semangat kami'
Ditanya mengenai usaha Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilapor berunding dengan PAS, Kamaruddin berkata beliau mengalu-alukan sebarang langkah ke arag membentuk pembangkang yang bersatu padu.

Semakan Anwar: Afidavit pembantu PM timbulkan persoalan

Afidavit oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dan kelakuan Pendakwa Raya yang dilantik khusus - menyokong hujah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai wujudnya konspirasi politik terhadapnya.
Peguam kanan Datuk Gopal Sri Ram berkata kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri 15 minit selepas hukuman bersalah dijatuhkan pada 15 Februari 2015 berserta dengan siri jelajah yang dihadiri oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menunjukkan Umno adalah tangan tersembunyi di sebalik kes ini.
Ingat, kata peguam itu, pengadu liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah berjumpa dengan Najib yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.
"Tengku Sarifuddin mengesahkan afidavit yang mengatakan mereka telah menyediakan dua kenyataan akhbar untuk dua kemungkinan dalam keputusan itu. Tetapi di mana kenyataan yang lain itu?
"Mengapa perlu tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan, banyak lagi kes-kes lain mahkamah yang tidak ada kenyataan dibuat. Kenyataan itu dikeluarkan sebelum hukuman dijatuhkan," katanya merujuk kepada keputusan tahun lalu.
Tambahan pula, Sri Ram berkata, siri jelajah yang dianjurkan oleh Pemuda Umno menunjukkan pembabitan parti pemerintah itu.
"DPP (timbalan pendakwa raya) di Jabatan Peguam Negara adalah profesional dan mereka tidak akan hadir dalam siri jelajah, tetapi dalam kes ini, DPP yang dilantik itu berbuat demikian selepas penghakiman dan hukuman dijatuhkan."

Mahkamah tangguh keputusan semakan kes Anwar

PUTRAJAYA 12 OKT: Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan semakan dikemukakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan bersalah dan penjara selama lima tahun dalam kes fitnah liwat 2 ke tarikh ditetapkan kemudian.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan dikemukakan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan hujahan balas oleh pendakwa raya Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Korum itu turut dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Tan Sri Richard MalanjumTan Sri Hasan Lah; Tan Sri Abu Samah Nordin; dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Anwar pula diwakili peguam, Datuk Sri Gopal Sri Ram, N Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, J Leela dan Latheefa Koya.
Pasukan pendakwa raya diwakili Ahmad Kamal, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah.
Anwar memfailkan semakan itu mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Kes Anwar tumpuan dunia, tuntut perbicaraan adil – Peguam

PUTRAJAYA, 12 OKT : Proses perbicaraan dan semakan kehakiman oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tumpuan antarabangsa, sekali gus menuntut perbicaraan adil dan telus.
Peguam Anwar, Kimberley Motley, berkata pendedahan kes berkenaan menjadi perhatian pelbagai institusi di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Dunia sedang memerhatikan kes ini dan ia terus menjadi perhatian antarabangsa,” katanya ringkas kepada pemberita di luar mahkamah sebentar tadi.
Sebelum ini, pelbagai pihak khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang turut dianggotai Malaysia mendesak pembebasan Anwar bersabit sabitan Fitnah Liwat 2 terhadap bekas Ketua Pembangkang itu.
PBB dalam kenyataaannya menjelaskan bahawa pendakwaan terhadap Anwar bermotifkan politik dan menuntut pembebasan Anwar segera.
Pada masa sama, beberapa pimpinan tertinggi dunia juga turut senada dengan pendirian PBB mendesak pembebasan Anwar, antaranya Dr Yusuf Al Qardawi.
Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar permohonan Anwar untuk menyemak keputusannya sebelum ini berhubung sabitan dan hukuman itu mengikut Aturan 137, Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
Ia disifatkan sebagai rayuan terakhir Anwar supaya dibebaskan daripada tuduhan terbabit selepas Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat pada 16 Mac tahun lalu, menolak petisyen pengampunan Anwar dan menyatakan hukuman penjara lima tahun terhadapnya perlu diteruskan.

Mahkamah arah TV3 bayar RM180,000 kepada Nizar


TV3 diperintahkan membayar RM180,000 kepada TV3 oleh Mahkamah Tinggi hari ini.TV3 diperintahkan membayar RM180,000 kepada TV3 oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dan menetapkan stesen TV itu perlu membayar RM180,000 kepada bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.
Hakim Datuk Yeoh Wee Siam hanya membenarkan jumlah ganti rugi yang ditetapkan timbalan pendaftar dikurangkan daripada RM200,000 kepada RM180,000.
Jumlah itu adalah sebagai ganti rugi am dan menolak tuntutan ganti rugi teladan dan teruk, lapor Malaysiakini.
TV3 sebelum ini diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 berikutan penyiaran laporan berita mengenai isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kira-kira empat tahun lalu.
Hakim Yeoh memutuskan bahawa adalah tidak wajar untuk mengurangkan kuantum kepada RM30,000 selepas kes TV3 menjalani perbicaraan penuh.
Beliau membandingkan ini dengan ganti rugi sebanyak RM50,000 yang Utusan Malaysia diarahkan membayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelesaian di luar mahkamah, dalam satu kes fitnah lain.
TV3 diwakili oleh peguam Lim Qi Si manakala Nizar diwakili oleh Mohd Fitri Asmuni.

13 NGO gesa PM bidas Jamal, keganasan baju merah

Sekumpulan 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membidas tindakan ganas oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan kumpulan ‘baju merah’ yang diterajuinya.
Kumpulan itu, termasuk Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Suaram, Pusat Komas, Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Proham) dan Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator, melahirkan kebimbangan terhadap tindakan liar Jamal itu, seolah-olah beliau berada di atas undang-undang.
"Kami bimbang bahawa ada kuasa politik lebih besar di belakang Jamal dan baju merah kerana dia seolah-olah tidak boleh disentuh dan berada di atas undang-undang.
"Apakah perdana menteri merangkap presiden Umno memberi sokongan politik dan merestui tindakan Jamal, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, untuk terus mengganas dengan kumpulan samseng baju merah?
"Adakah perdana menteri akan mengutuk secara terbuka keganasan oleh kumpulan baju merah itu dan bertindak terhadap Jamal dan samseng baju merah? Perdana Menteri mesti jawab sekarang," kata NGO itu dalam satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh Zaid Kamaruddin pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Zaid mewakili Gabungan Bertindak Malaysia dan Pertubuhan Ikram Malaysia pada sidang akhbar itu.
Beberapa NGO seperti Aliran, Komas dan Hakam, adalah ahli gabungan BERSIH.
Menurut kumpulan itu, Jamal dituduh menumbuk seorang peserta BERSIH di Teluk Intan, memintas dan menyekat konvoi BERSIH yang sedang dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Bidor, mengancam untuk melanggar kenderaan BERSIH.
"Walaupun begitu, masih tiada tindakan diambil terhadap Jamal oleh pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa lain setakat hari ini, kecuali kenyataan ketua polis negara bahawa posting di Facebook di bawah akaun 'Dato Jamal Yunos' akan disiasat,” katanya.

Pelajar UM bidas sesi ‘cuci otak’ skandal 1MDB

Umany mendesak Fanitsyara meletak jawatan, kerana bersekongkol dengan Bahagian HEP UM, Jasa dan Umno untuk menganjurkan program "1MDB & Isu Semasa Negara".
1mdb
PETALING JAYA: Pelajar Universiti Malaya (UM) mendesak pemimpin majlis perwakilan pelajar meletak jawatan, kerana menganjurkan program ‘cuci otak’ mengenai isu 1MDB, semalam.
Presiden Persatuan Untuk Belia Baru (Umany), Ho Chi Yang berkata, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM), Fanitsyara A/P Kam Phon perlu meletak jawatan, kerana bersekongkol dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Umno untuk menganjurkan program “1MDB & Isu Semasa Negara”.
“Seperti mana dijangka, program ini memang sesi cuci otak yang berniat memutarbelitkan fakta sebenar 1MDB dan mengelirukan mahasiswa dan mahasiswi.
“Tindakan MPPUM membuktikan mereka bersekongkol dengan Umno. Ini termasuk larangan merekod sebarang video ketika program ini, sehinggalah pengedaran risalah ‘Saman DOJ Meragukan’,” katanya dalam kenyataan hari ini yang turut mendakwa semua aktiviti dalam kampus dibatalkan bagi memberi laluan kepada program itu.
Ho menuduh HEP UM dan Jasa merampas poster yang dipegang pelajar dalam program itu.

BILA 'TAN SRI' KANTOI MENIPU !!!

Nampaknya semenjak dpt title TAN SRI pe'el putar belit bohongnya makin membarah menjadi-jadi.

Modus operandi geng SAMSENG Baju Merah ini dah berkumpul lepak kat 'markas' Umno Sungai Besar rupanya..

Tak perlu sandiwara, kata exco Selangor kepada Noh Omar

Exco Selangor menyalahkan kerajaan pusat yang gagal membela nasib penghuni pangsapuri sekitar negeri itu yang daif ketika mereka mentadbir.
iskandar
PETALING JAYA: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak perlu menitiskan air mata melihat pangsapuri di Selangor dalam keadaan daif, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.
Malah exco perumahan, pengurusan bangunan dan peneroka bandar itu berkata mereka tidak seharusnya menyalahkan kerajaan Selangor sekarang kerana keadaan itu berpunca daripada kegagalan BN membela nasib penduduk pangsapuri ketika mentadbir negeri.
“Menteri persekutuan yang terlibat tidak perlu menitiskan air apabila membuat lawatan ke mana-mana pangsapuri kerana BN yang gagal memberi pembelaan kepada penduduk pangsapuri ketika pentadbiran mereka di Selangor.
“Apabila kehilangan kuasa di Selangor, BN bersandiwara,” katanya menerusi kenyataan kepada FMT.
Katanya, selepas pakatan mengambil alih Selangor pada 2008 pelbagai perubahan dilakukan serta menyelesaikan masalah pangsapuri di seluruh negeri.
“Hakikatnya kerajaan negeri hari ini yang menyelesaikan masalah ditinggalkan BN. Kerajaan negeri yang baharu mewujudkan skim Baik Pulih Negeri Berkebajikan (Ceria) bagi pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah pada 2010.

Kerajaan Umno-BN Johor bakal tumbang sebelum PRU-14

PUTRAJAYA, 12 OKT: Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jusi tidak menolak kemungkinan bahawa Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) Johor tumbang lebih awal sebelum tempoh pilihan raya dibuat.
datuk-idris-jauzi-iBeliau berkata, keadaan itu sekali gus mengheret kepada pembubaran Dewan Negeri Johor apabila kerusi dewan tidak lagi dikuasai sepenuhnya Parti Ketuanan Melayu itu.

Katanya, situasi tersebut dijangka berlaku susulan konflik kepimpinan Umno dengan penyertaan lebih ramai lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu untuk menyertai komponen pembangkang.
“Saya kira Kerajaan BN di Johor akan dibubar lebih awal daripada yang kita jangkakan, setidaknya untuk tempoh sebelum pilihan raya dijalankan,” katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bebas Anwar di perkarangan Istana Kehakiman, di sini, hari ini.
Situasi politik di Johor kini semakin berubah apabila pembangkang mula mendominasi kerusi panas yang pernah dikuasai Umno, sejak 50 tahun lalu.
Malah, kemelut politik di negeri itu berada di kemuncaknya apabila bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat susulan krisis kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Razak.
Lebih mengejutkan, apabila pendirian sama turut dizahirkan Ahli Dewan Undangan Negeri Jorak, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh yang mengumumkan penyertaannya bersama Parti Bersatu, sekali gus keanggotaannya sebagai ahli Umno terlucut.
Tindakan itu menyebabkan Umno hilang 2/3 majoriti kerusi Dewan Negeri di negeri asal penubuhan parti itu.
Dalam perkembangan sama, wujud juga dakwaan bahawa tiga lagi Adun daripada Umno bakal meninggalkan parti itu untuk menyertai komponen pembangkang.

Tiga lagi ADUN Umno Johor bakal sertai pembangkang?

PUTRAJAYA, 12 OKT : KEADILAN Johor mendakwa tiga lagi wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno bakal menyertai komponen pembangkang, sekali gus mengukuhkan lagi kekuatan gabungan itu di Johor.
ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah, berkata pengumuman mengenainya bakal diumumkan dalam masa terdekat.

“Kami mengambil maklum bahawa ada tiga lagi ADUN dari Umno akan menyertai kita dan meninggalkan Umno.
“Ini satu petanda baik yang akan meruntuhkan lagi tiang seri Umno di Johor.
“Untuk tempoh ini kita masih lagi menunggu masa sahaja untuk membuat pengumuman itu nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bebas Anwar di Perkarangan Istana Kehakiman, di sini pagi ini.
Jimmy berkata, sokongan masyarakat Johor terhadap gabungan pembangkang kini semakin kuat dengan penyertaan lebih ramai penyokong Umno dalam program-program pembangkang.
Terdahulu, Umno Barisan Nasional buat kali pertamanya hilang majoriti 2/3 kerusi Dewan Negeri, selepas Ahli Dewan Negeri Jorak, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh mengumumkan penyertaannya bersama Parti Bersatu, yang dinaungi , Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tindakan itu sekali gus menafikan penguasaan besar Umno di negeri asal penubuhan Parti Ketuanan Melayu itu.

Majlis Raja-raja pilih Agong baharu Jumaat ini

Berdasarkan sistem penggiliran ditetapkan Majlis Raja-raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sepatutnya menjadi yang di-pertuan Agong ke-15.
majlis-raja2
KUALA LUMPUR: Majlis Raja-raja akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi memilih yang di-pertuan Agong baharu.
Tempoh perkhidmatan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang bermula 13 Disember 2011, akan berakhir 12 Disember ini.
Berdasarkan sistem penggiliran ditetapkan Majlis Raja-raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sepatutnya menjadi yang di-pertuan Agong ke-15.
Menurut laporan Bernama, terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan Majlis Raja-raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya, seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.
Selain itu, baginda yang dilantik adalah raja yang berada di kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya 5 raja lain serta bukan seseorang yang memegang jawatan yang di-pertuan Agong selama 2 penggal berturut-turut.
Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, penyimpan mohor besar raja-raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya dipilih sebagai Agong.

Sultan Johor pengerusikan Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke 242

    Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (lima, kiri) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-242 di Istana Negara hari ini.Turut berangkat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail (dua, kiri), Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah (empat, kiri),  Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (empat, kanan) dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kanan)- Foto Bernama. Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (lima, kiri) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-242 di Istana Negara hari ini.Turut berangkat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail (dua, kiri), Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah (empat, kiri), Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (empat, kanan) dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kanan)
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 di Istana Negara di sini.
Mesyuarat selama dua hari itu dihadiri semua Raja Melayu dengan diiringi Menteri Besar masing-masing.
Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hadir pada mesyuarat itu diiringi Ketua Menteri masing-masing.
Sementara itu, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas akan diadakan Jumaat ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkuat kuasa 13 Dis 2011 dan tempoh perkhidmatan Tuanku Abdul Halim akan berakhir 12 Disember ini.
Jika berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.

Nurul: Papa dari muda sampai ke tua meringkuk di penjara

Papa dari muda sampai ke tua meringkuk di penjara
Nurul Izzah bercakap kepada hadirin di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.
PUTRAJAYA -‎ Nurul Izzah Anwar berkata, walau apapun berlaku dalam kes rayuan ayahnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersabitan kes Liwat II hari ini, beliau berharap agar rakyat meneruskan obor perjuangan bekas ketua pembangkang itu.
Nurul Izzah yang juga merupakan puteri sulung kepada Anwar, berkata, semangat perjuangan ayahnya perlu diteruskan, sepertimana yang telah beliau perjuangkan demi masa hadapan Malaysia yang lebih baik.
‎"Jangan bersedih...kita lakukan apa sahaja untuk membebaskan Anwar, membebaskan masa hadapan kita.
"Anwar bukan sahaja 689 hari dipenjarakan...sebelumnya 10 tahun meringkuk dalam penjara, dari zaman muda sampai ke tua...‎namun kita jangan putus harap, terus mara ke hadapan dan jangan sesekali putus semangat semoga ALLAH beri kita kekuatan," katanya dalam ucapan di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.
Terdahulu seawal jam 8.30 ‎penyokong Anwar penuhi pekarangan Istana Kehakiman untuk memberi sokongan moral ‎terhadap Anwar.

SKANDAL 1MDB: PENDAKWAAN DI SWITZERLAND SEHARUSNYA LEBIH MENAKUTKAN NAJIB

Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) kini dilapor sedang mempertimbangkan untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank Ltd, susulan tindakan penyekatan oleh agensi kawal selia, Finma atau Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland terhadap bank tersebut.

Falcon Bank telah diarahkan oleh Finma untuk menyerahkan kepada agensi kawal selia itu wang sejumlah RM10.55 juta  yang disifatkan sebagai keuntungan haram hasil daripada dana 1MDB.

Bagi tujuan kemungkinan pendakwaan itu, OAG telah meminta Finma untuk menyediakan sesalinan keputusan yang menguatkuasakan sekatan terhadap Falcon Bank itu bagi mereka membuat analisis mengenainya.

Jika OAG turut memulakan prosiding jenayahnya, bermakna sudah tiga negara iaitu Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland telah bertindak berkaitan dana yang berasal daripada 1MDB.

Di Singapura, dua buah bank iaitu Falcon dan BSI AG telah diarah tutup kerana kesalahan berkaitan aktiviti penggubahan wang haram tentang dana 1MDB, manakala di Amerika pula tindakan pembekuan aset dan hartanah yang dipercayai daripada wang syarikat pelaburan itu, turut sudah dimulakan.

Berbanding tindakan pendakwaan yang telah diambil oleh Amerika Syarikat dan  Singapura sebelum ini di mana Najib Razak masih boleh "bersilat"  dan mengatakan ia tidak membabitkan atau tiada kena-mengena dengan dirinya, prosiding jenayah oleh OAG terhadap Falcon Bank ini seharusnya lebih membimbangkan beliau.
Ini kerana dalam penyiasatan yang dijalankan oleh Finma terhadap Falcon Bank selama ini, ia bukan saja berkaitan dana daripada 1MDB sebanyak RM15,200 juta yang disalurkan melalui bank itu, tetapi juga berkaitan wang sebanyak RM2,600 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib serta RM2,030 juta yang kemudian dikembalikan.

Semua urusniaga itu dilakukan melalui Falcon Bank yang merupakan milik IPIC. Sebagaimana yang diketahui umum, IPIC turut mempunyai urusniaga dengan 1MDB berkaitan pengeluaran bon.

Skandal 1MDB: ‘Juruaudit 1MDB tarik diri kerana tidak dapat siapkan audit’

Juruaudit 1MDB, Deloitte menarik diri kerana gagal menyiapkan laporan audit akaun firma pelaburan negara bagi tahun kewangan 2015, kata Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Arul Kanda memberitahu pelajar pada sesi town hall di Universiti Malaya di Kuala Lumpur malam tadi bahawa ini adalah kerana dokumen yang diperlukan telah dirampas oleh polis dalam satu serbuan pada Julai tahun lalu.
"Kita tidak boleh mengaudit akaun selepas rekod syarikat diambil oleh pihak polis semasa serbuan pada Julai 2015. Semua rekod syarikat telah diambil untuk siasatan lanjut.
"Jadi, walaupun semua akaun telah disediakan, juruaudit memerlukan dokumen syarikat untuk menjalankan audit. Tanpa dokumen itu, audit tidak dapat dijalankan.
"Jadi, Deloitte meminta dilepaskan daripada tugas itu kerana mereka tidak dapat menyiapkan audit selepas dua tahun, walaupun mereka adalah juruaudit," kata Arul Kanda pada majlis tertutup mengenai 1MDB untuk pelajar.
Acara itu dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Multimedia dan Komunikasi dan adalah sebahagian daripada siri 'Jelajah Kampus' dan pameran bergerak JASA.
Menurut Arul Kanda, Deloitte hanya menarik diri daripada menjadi juruaudit bagi syarikat induk 1MDB, tetapi masih menjadi juruaudit bagi projek Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange milik firma pelaburan negara itu.

Skandal 1MDB: Saya ibarat seorang mekanik sembang Arul

Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengibaratkan dirinya sebagai seorang mekanik yang cuba untuk 'memperbaiki' syarikat pelaburan negara itu dengan berkata, bahawa masalah sudahpun bermula sebelum beliau mengambil-alih.
Beliau berkata demikian sebanyak dua kali semasa sesi townhall di Universiti Malaya bersama pelajar semalam - sekali semasa ucapannya dan sekali lagi semasa sesi soal jawab.
Arul Kanda telah disoal seorang pelajar mengapa beliau masih bersama 1MDB, memandangkan para pengarah dan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat lazimnya akan dipecat jika masalah seumpama itu berlaku.
"Kenapa saya masih di sini? Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya seorang mekanik. Saya mahu menjadi sebahagian daripada penyelesaian.
"Saya mempunyai kepakaran dalam undang-undang, kewangan dan penyusunan semula syarikat. Sekurang-kurangnya saya tampil untuk membantu," kata Arul Kanda.
Beliau berkata, 1MDB kini dalam kedudukan yang stabil kerana tidak lagi mempunyai sebarang hutang jangka pendek atau pinjaman bank, dan mempunyai tunai AS$2 bilion selepas menjual Edra Global Energy Bhd.
Beliau juga menafikan dakwaan bahawa Edra dijual pada kerugian dan akan mengkompromikan kepentingan negara kerana dijual kepada sebuah syarikat milik negara China.
Arul berkata, tiada apa yang salah dengan mempunyai kepentingan asing dalam syarikat bekalan kuasa tempatan selagi ia dikawal selia dengan baik, dan ini juga dilakukan di negara-negara seperti di Singapura dan United Kingdom.

Speaker Amerika mahu Anwar dibebaskan

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Paul D Ryan hari ini menggesa pembebasan segera Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Menulis kepada hampir 900,000 pengikut Twitternya, Ryan berkata beliau menyertai desakan untuk menuntut pembebasan bekas pemimpin pembangkang yang kini meringkuk di penjara.
"Beliau adalah seorang tahanan politik dan perlu dibebaskan," katanya.
Tweet itu buat ketika semakan mahkamah tentang sabitan kes liwat Anwar sedang didengar oleh Mahkamah Persekutuan.
Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar selepas beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Ketua Umum PKR itu yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun mendakwa pertuduhan berkenaan direkayasa oleh pesaing politiknya.
Kerajaan menafikan dakwaan berkenaan.

Petisyen atas talian bebas Anwar dilancar

IZZAH-ANWARPUTRAJAYA, 12 OKT : Petisyen ke arah pembebasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar giat dilancarkan sebagai dukungan dan tuntutan pembebasan bekas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, pertisyen yang mula dilancarkan pagi ini bakal dikemukakan kepada Yang Dipertuan Agong sebagai sokongan kepada lanjutan proses pengampunan Institusi Diraja.

“Saya minta seramai mungkin masyarakat awam menandatangani petisyen ini bermula hari ini sebagai dukungan kepada pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Petisyen inilah yang akan menjadi sokongan kepada kita supaya Yang Dipertuan Agong memberi pengampunan atas dasar pengenepian sistem keadilan terhadap Anwar,” katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bebas Anwar di Istana Kehakiman, di sini.
Petisyen berkenaan boleh ditandatangani di laman atas talian, freeanwar.com untuk dikemukakan kepada Yang Dipertuan Agong, pada satu tarikh yang bakal ditetapkan.
Anwar kini masih lagi mengikuti proses semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan bersabit pendakwaan kes liwat 2 terhadapnya.
Himpunan AnwarPanel lima hakim Mahkamah Persekutuan mula bersidang mendengar permohonan tersebut yang diketuai, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan La serta dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Anwar diwakili peguam, Datuk Sri Gopal Sri Ram, N Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, J Leela, Latheefa Koya dan Kimberley Motley.
Pasukan pendakwaan dibarisi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah.

Wujud keraguan melampau pendakwaan Anwar – Nurul Izzah

PUTRAJAYA, 12 OKT: Pendakwaan dan sabitan kes fitnah liwat 2 yang dikenakan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan tidak masuk akal dan wujudnya keraguan melampau.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata demikian merujuk prosiding Mahkamah Persekutuan terdahulu yang memutuskan Anwar bersalah dalam kes itu.

Himpunan Anwar“Ia jelas bermotifkan politik apabila hakim menggunakan keputusan sabitan terdahulu untuk menghakimi Anwar, sedangkan keputusan tersebut langsung tiada kaitannya.
“Jelas proses keadilan itu telah dicemari yang akhirnya menyebabkan beliau dipenjarakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bebas Anwar di Perkarangan Istana Kehakiman, di sini.
Dalam perkembangan itu, Nurul Izzah turut berkongsi perkembangan terkini lanjutan proses semakan kehakiman kes fitnah liwat 2 membabitkan Anwar.
Beliau berkata, pasukan peguam Anwar kini sedang mengemukakan bukti terkini yang mengaitkan bahawa Anwar tidak bersalah berhubung sabitan kes itu terhadapnya.
“Ini termasuklah isu pencemaran DNA dan kenyataaan rasmi yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri sebelum keputusan sabitan dibuat di Mahkamah,” katanya.
Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar permohonan Anwar untuk menyemak keputusannya sebelum ini berhubung sabitan dan hukuman itu mengikut Aturan 137, Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
Ia disifatkan sebagai rayuan terakhir Anwar supaya dibebaskan daripada tuduhan terbabit selepas Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat pada 16 Mac tahun lalu, menolak petisyen pengampunan Anwar dan menyatakan hukuman penjara lima tahun terhadapnya perlu diteruskan.