Selasa, 11 Oktober 2016

Skandal 1MDB: Singapura tutup unit bank Falcon, Swiss buka prosiding undang-undang

Sementara itu penguasa kewangan Swiss berkata siasatan terhadap bank terbesar Switzerland, UBS, berkaitan dengan 1MDB masih berjalan
FALCONSINGAPURA/ZURICH: Bank pusat Singapura menutup bank Swiss kedua pada Selasa dan mendenda bank DBS dan bank UBS dalam usaha membanteras aktiviti pengubahan wang yang didakwa berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam satu kenyataan berkata cawangan Falcon Private Bank di Singapura, yang berpangkalan di Zurich, diarah menghentikan operasi kerana “secara konsisten tidak peka” kepada kawalan pengubahan wang di Singapura. Ia turut menuduh pengurusan kanan Falcon di Switzerland dan Singapura “berkelakuan tidak elok”.
Falcon didenda S$4.3 juta (RM13.06 juta) untuk 14 kesalahan memungkiri undang-undang pencegahan pengubahan wang, termasuk tidak memfailkan laporan transaksi mencurigakan dan kegagalan memaklumkan aktiviti luar aturan dalam akaun pelanggan kepada pihak berkuasa.
Falcon adalah bank kedua yang kehilangan lesen akibat siasatan Singapura ke atas 1MDB, yang menyaksikan pihak berkuasa membeku jutaan dolar dalam beberapa akaun bank, mendenda bank dan mendakwa beberapa banker persendirian.
Pada Mei, bank BSI cawangan Singapura, yang berpangkalan di Switzerland) diarah tutup kerana gagal mengawal aktiviti pengubahan wang yang berkait dengan 1MDB. Arahan itu merupakan pertama kali Singapura menutup sebuah bank sejak 32 tahun lalu.
DBS didenda S$1 juta (RM3.04 juta) dan UBS S$1.3 juta (RM3.95 juta) pada Selasa kerana memungkiri undang-undang anti-pengubahan wang Singapura. Kedua bank dalam kenyataan berasingan berkata tindakan akan diambil terhadap kakitangan yang bertanggungjawab ke atas kesilapan itu.
Sementara itu di Zurich, Penguasa Penyeliaan Pasaran Kewangan (Finma) mengarahkan Falcon supaya menyerahkan lebih 2.5 juta Swiss francs (RM10.61 juta), yang menurut pemantau itu keuntungan tidak sah.
Jurucakap Finma berkata siasatan terhadap bank terbesar Switzerland, UBS, berkaitan dengan 1MDB masih berjalan.
Finma menambah prosiding penguatkuasaan undang-undang sudah dibuka terhadap dua bekas eksekutif Falcon, tanpa menamakan mereka.
Pihak berkuasa Singapura menahan pengurus Falcon Private Bank cawangan Singapura, Jens Sturzenegger, pada 6 Oktober lalu, kata MAS.

HALAL & HARAM Sama-sama Bantai..

BERITA BAIK BUAT pendokong Anjing Kurap & Jamban NAK KUMPUL SAHAM NERAKA !!!.. Korang undi pangkalah UMNO/BN pada PRU14 nanti yer..

Inilah 'parti-Islam' UMNO yg bersetongkol ARAK & JUDI.

Menteri Umno luluskan & beri lesen kilang arak.. TAK HARAM

Menteri Umno luluskan & beri lesen judi Genting.. TAK HARAM

AWAS SEMUA!! Malaysia Akan DISERANG Amerika,Kenyataan BODOH Dari Idris Harun

Anak Rosmah Guna 3.6BILLION Untuk Pesta BOGEL dan Filem Lucah

DASAR MUNAFIK!! Najib Bayar 76.8JUTA Kepada Ejen PENASIHAT Yahudi

800 remaja hamil di Perak, 615 babit pelajar sekolah

Sebanyak 30,607 kes antenatal (kehamilan) direkodkan di seluruh Perak sepanjang tahun lepas dengan 2.6% daripadanya membabitkan remaja.
Datuk Dr Mah Hang Soon2IPOH: Sebanyak 787 kes kehamilan dalam kalangan remaja direkodkan di Perak sepanjang tahun lepas, dengan 615 daripada membabitkan pelajar sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Datuk Dr Mah Hang Soon berkata jumlah itu menurun berbanding 892 kes pada 2014.
Walaupun menurun, katanya perkara itu terutama yang membabitkan pelajar sekolah tidak boleh dipandang ringan dan usaha perlu dilakukan termasuk memberi advokasi pendidikan kepada remaja.
“Sebanyak 30,607 kes antenatal (kehamilan) direkodkan di seluruh Perak sepanjang tahun lepas dengan 2.6% daripadanya membabitkan remaja.
“Ada di antara remaja hamil ini merupakan mangsa rogol dan bukan atas kehendak mereka maka, kita akan berusaha membantu mereka dan menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat program Generasiku Sayang di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Mah berkata sebanyak 3 kes pembuangan bayi direkodkan bagi tempoh Januari hingga September lepas berbanding 5 kes sepanjang 2015.
Selain itu, katanya ‘Baby Hatch’ yang disediakan hospital swasta sejak 2010 juga menerima 7 orang bayi.
Mengenai program Generasiku Sayang, Mah berkata ia bertujuan membantu remaja hamil tanpa nikah dengan menyediakan perlindungan, penjagaan semasa hamil serta pemulihan awal.
“Ini bagi memastikan remaja berkenaan dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dari segi fizikal, mental dan sosial,” katanya.

Ops Water: Perintah Reman Empat Suspek Dilanjutkan



KOTA KINABALU: Perintah reman terhadap Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Tahir Ag Talip dilanjutkan sehingga Sabtu ini.
Manakala tempoh reman Timbalannya, Teo Chee Kong (pic) dilanjutkan sehingga Isnin depan.
Perintah reman untuk adik Teo dan akauntannya pula turut dilanjutkan Isnin depan.
Majistret Jessica Umbou Kakayun membenarkan perintah reman dilanjutkan selepas permohonan dibuat pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Faliq Basiruddin.
Mohd Faliq berkata pihaknya memerlukan lebih banyak masa kerana keempat-empat suspek terlibat dalam kes utama dan SPRM perlu merekodkan lebih banyak kenyataan mereka.
Empat suspek itu diwakili peguam berlainan.
Kesemua suspek ditahan pada Selasa lalu selepas sejumlah wang bernilai RM3.3 juta ditemui di salah sebuah pejabat pegawai tersebut manakala lebih banyak wang tunai, barang kemas, geran tanah, kenderaan mewah dan beg tangan bernilai lebih RM150 juta dirampas dari Ag Tahir dan Teo.
Ag Tahir dan Teo disyaki memberikan kontrak kepada beberapa syarikat yang dimiliki adik-beradik mereka, menyebabkan kontraktor lain tidak mendapat projek air di Sabah bernilai RM3.3 bilion dari kerajaan Persekutuan.

Ops Water: Saksi Pulangkan RM1 Juta Semasa Beri Keterangan

 Mengejutkan apabila wang rasuah kira-kira RM1 juta dipulangkan beberapa saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salah guna dana projek infrastruktur di Sabah.
Sumber memberitahu, tiga saksi telah memulangkan wang berkenaan semasa keterangan diambil dalam siasatan membabitkan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.
"SPRM hari ini telah merampas wang tunai bernilai kira-kira RM1 juta daripada beberapa saksi yang dipanggil untuk diambil keterangan berhubung siasatan kes ‘Ops Water’.
“Kesemua mereka memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam mengendalikan siasatan tersebut,” katanya.
Bagaimanapun menurut sumber, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.
“SPRM dijangka memanggil lebih ramai lagi saksi untuk diambil keterangan berhubung siasatan ini,” jelas sumber itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
Terdahulu, perintah reman terhadap Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Tahir Ag Talip dilanjutkan sehingga Sabtu ini.
Manakala tempoh reman Timbalannya, Teo Chee Kong dilanjutkan sehingga Isnin depan.
Perintah reman untuk adik Teo dan akauntannya pula turut dilanjutkan Isnin depan.
Kesemua suspek ditahan pada Selasa minggu lalu selepas sejumlah wang bernilai RM3.3 juta ditemui di salah sebuah pejabat pegawai tersebut manakala lebih banyak wang tunai, barang kemas, geran tanah, kenderaan mewah dan beg tangan bernilai lebih RM150 juta dirampas dari Ag Tahir dan Teo.
Ag Tahir dan Teo disyaki memberikan kontrak kepada beberapa syarikat yang dimiliki adik-beradik mereka, menyebabkan kontraktor lain tidak mendapat projek air di Sabah bernilai RM3.3 bilion dari kerajaan Persekutuan.

SAMSENG BAJU MERAH: NOH OMAR MUNGKIN BOLEH BANTU POLIS

Susulan tindakan ganas dan ala samseng yang tercetus dalam pertembungan antara anggota Gerakan Baju Merah dengan peserta jelajah Bersih 5 Sabtu lalu, selain sudah melakukan beberapa tagkapan, pihak polis kini dilaporkan sedang mengesan seorang lelaki bertongkat dan berjanggut yang dikesan berada di tempat kejadian.
Kata Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar, pihaknya menyedari gambar yang tersebar di media sosial yang memperlihatkan lelaki itu sedang menunjuk ke arah peserta Bersih 5 yang turut diterajang oleh anggota Baju Merah yang lain dalam kejadian tersebut.

Dalam masa yang sama, tersebar juga gambar yang memperlihatkan seseorang yang mirip wajah lelaki berjanggut dan bertongkat itu yang didapati berada bersama-sama Najib Razak, Noh Omar dan Jamal Md Yunus dalam satu majlis sambil memakai baju putih berlogo BN.

Kami sedang menyiasat dan kami ingin menyoal lelaki bertongkat dan berjanggut itu, kata Khalid lagi.

Siapakah lelaki itu? 
Mungkin Najib, Noh Omar atau Jamal dapat membantu pihak polis mengenal-pasti identitinya?

Jika kedua-dua gambar itu adalah lelaki bertongkat dan berjangkut yang sama, apakah Noh Omar masih mahu menafikan UMNO tidak terlibat apa-apa dengan Gerakan Baju Merah yang diketuai oleh Jamal?

Tak faham RUU 355, penyokong PAS sedia ‘sekolahkan’ DAP, MCA, MIC

Dewan Himpunan Penyokong PAS kesal RUU 355 dijadikan isu politik dan menyokong baik pindaan itu memandangkan ia hak orang Islam untuk melaksanakannya.
Act 355PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedia ‘sekolahkan’ golongan bukan Islam termasuk pemimpin politik yang gagal memahami Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang ingin dilaksanakan di negara ini.
Ketua Penerangan DHPP, Dr Balachandran G Krishnan berkata RUU 355 tidak sepatutnya dijadikan isu politik kerana undang-undang tersebut hak orang Islam untuk melaksanakannya, malah bukan Islam tidak perlu turut sama menentangnya.
“Kita boleh terangkan kepada MCA, MIC, DAP dan bukan Islam lain yang masih tidak faham tentang RUU 355. Kita juga boleh jelaskan mengapa dan kenapa RUU 355 perlu dihormati. Kenapa tiba-tiba isu ini menjadi masalah? Adakah ia dibentangkan secara persendirian oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)? Saya rasa perkara ini dipolitikkan pihak tertentu untuk menggagalkannya.
“Kita boleh ajar mereka sebab kita (DHPP) ditarbiah (diajar) mengapa perlunya kita menyokong RUU 355 ini. Kita nak pastikan orang bukan Islam faham dan menghormati agama lain sama seperti kita mahu orang hormat agama kita,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, Pengerusi DHPP, P.Balasubramaniam berkata pihaknya menjelajah hampir seluruh negara menjelaskan kepada bukan Islam supaya mereka benar-benar faham.

Siasatan Switzerland saksikan 'derma' RM2.6b jadi tumpuan semula

Tindakan pihak berkuasa Switzerland memaparkan urusniaga yang dipersoalkan membabitkan Falcon Private Bank sekali lagi menjadikan "derma Arab" RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tumpuan.
Antara lain, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma) memaparkan urus niaga dana berkaitan 1MDB berjumlah AS$681 juta dan pemulangan semula AS$620 juta.
Pihak berkuasa Swiss, bagaimanapun, tidak memberikan butiran tentang bagaimana AS$681 juta itu berakhir dan bila urusniaga itu dilakukan, tetapi jumlahnya sepadan dengan "derma" yang disalurkan ke akaun bank Najib pada tahun 2013.
Pada Januari tahun ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, ketika membebaskan perdana menteri daripada sebarang salah laku, mendedahkan bahawa Najib telah memulangkan sejumlah AS$620 juta kembali kepada "penderma" itu beberapa bulan kemudian.
Tidak segera balas e-mel
Sementara itu, Finma juga mendakwa Falcon melakukan "pelanggaran serius" peraturan pengubahan wang haram dalam urusannya dengan "seorang ahli perniagaan muda Malaysia yang mempunyai kaitan dengan individu tertentu kerajaan Malaysia".
Walaupun ia tidak menamakan "ahli perniagaan muda" itu, namun spekulasi bertiup kencang bahawa pihak berkuasa Switzerland menunjuk kepada Jho Low yang dikatakan rapat dengan keluarga Najib.
Low juga adalah antara mereka yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dakwaan penyelewengan berkaitan dengan dana 1MDB.
Menonjolkan persamaan antara urusniaga Falcon dan "derma" kepada Najib, agensi berita perniagaan Bloomberg juga cuba mendapatkan ulasan Pejabat Perdana Menteri mengenai kenyataan Finma itu.

Maria buat laporan polis ke-8 terhadap kenyatan 13 Mei ‘Dato Jamal Yunos’

Pengerusi Bersih 2.0 membuat laporan polis IPD Petaling Jaya petang tadi.
PETALING JAYA: Bersih 2.0 menggesa polis menyiasat individu di sebalik kenyataan ‘Dato Jamal Yunos’ yang mengancam melakukan rusuhan berdarah sekiranya himpunan aman Bersih 5 diadakan.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya petang tadi. Beliau yang pernah diancam keselamatannya diiringi 11 individu lain.
“Kenyataan itu secara jelas telah memberi kata putus supaya perang dapat dimulakan. Ia bukan sahaja memberikan kesan buat Bersih tetapi juga pada negara,” katanya sewaktu ditemui pemberita.
Himpunan Bersih 5 dijadualkan pada 19 November depan bagi mendesak reformasi institusi dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bersih 2.0 turut mengadakan konvoi jelajah negara menuju acara kemuncak itu bagi menarik sokongan orang ramai. Gerakan Baju Merah bagaimanapun mendakwa gabungan badan bukan kerajaan itu diresapi IS, dan konvoi Bersih dikasari di beberapa lokasi.
Pada Ahad lalu, tangkap layar menyerupai Facebook ‘Dato Jamal Yunos’ yang mengancam perang saudara mulai tersebar di media sosial.
Bertarikh 21 September jam 8.10 malam, status itu berbunyi: “Saya berjanji tragedi 13 Mei akan berulang dan parang terbang akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #Bersih5 yang dijadualkan pada 19 Nov ini. Hidup Melayu!”
Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan tindakan tegas dengan segera kerana “kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima”.
“Kita tidak tahu siapa dia (pelaku kenyataan itu) dan kalau bukan Jamal, baguslah. Tetapi kalau dia (Jamal), polis perlu ambil tindakan,” kata Maria.
Jamal, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, menafikan kenyataan itu miliknya. DAP, yang dituduh Jamal sebagai dalang disebalik kenyataan itu, turut menafikan.
“Ada 7 laporan yang telah dibuat, iaitu di Johor Bharu, Kluang, Kota Kinabalu, Kuantan, Brickfield dan Kelantan. Laporan polis yang kita lakukan ini laporan polis yang ke-8,” kata Maria.

Fitnah liwat II: Mahkamah Persekutuan dengar permohonan Anwar semakan sabitan esok



Datuk Seri Anwar Ibrahim
Esok, Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha akhirnya menggunakan saluran perundangan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Selepas menjalani hukuman penjara selama setahun lapan bulan kerana sabitan kes liwat, Anwar hampir habis menggunakan remedi perundangan untuk memohon dibebaskan daripada pemenjaraan.
Anwar mahu Mahkamah Persekutuan menggunapakai Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Secara alternatif, beliau mahu Mahkamah Persekutuan untuk mendengar semula rayuannya berhubung merit.
Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 membenarkan pihak yang kalah perbicaraan memohon Mahkamah Persekutuan membuat semakan terhadap keputusan.
Walaupun Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk menyemak keputusannya bagi mengelakkan ketidakadilan dan salahguna proses mahkamah, pada umumnya ia hanya dilaksanakan dalam keadaan-keadaan tertentu.
Anwar, 68, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb, 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, 2014.

Kenapa selepas tiga minggu baru mahu siasat ugutan ‘parang terbang’ Jamal?

Tahap kredibiliti dan profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) berisiko tergugat sekiranya tiada sebarang tindakan drastik mahupun hukuman dikenakan ke atas provokasi melampau pemimpin samseng UMNO, Datuk Jamal Yunos.
Jamal didakwa menulis satu kemas kini berbunyi: “Saya berjanji Tragedi 13 MAY akan berulang dan PARANG TERBANG akan terjadi jika BERSIh 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #BERSIH5 yang dijadualkan pada 19 November ini. “Hidup Melayu!”
Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya anggotanya menjalankan siasatan ke atas Jamal ekoran kenyataan berkenaan.
Bagaimanapun, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu menafikannya, malah mendakwa bahawa kononnya akaun laman sosialnya itu dipalsukan oleh pasukan yang diupah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Guan Eng yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, malah mengingatkan Jamal supaya tidak terus menerus mengaitkan dirinya dengan fitnah berkenaan.
Namun, apa yang lebih menghairankan, menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kemas kini Facebook itu disiarkan pada 21 September yang lalu, tetapi hanya kira-kira tiga minggu selepas itu barulah Khalid mengarahkan polis untuk melakukan siasatan.
“Jika penganjur BERSIH 5 atau pemimpin Pakatan Harapan yang membuat kemas kini Facebook seumpama itu, tidak kira sama ada ia adalah palsu atau sebaliknya, adakah pihak polis dan pihak berkuasa cepat atau terlambat selama hampir tiga minggu sebelum bersedia untuk mengambil tindakan?” soalnya dalam satu kenyataan.

Guan Eng bantah cadangan bina kasino di Pulau Pinang

Ketua Menteri terkejut Umno yang merupakan penasihat Parti Barisan Pulau Pinang (PFP) terima cadangan bina pusat perjudian
lim-guan-eng-penang-1
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng gusar melihat sebuah parti baharu mengemukakan agenda pembinaan kasino untuk memenangi pilihan raya akan datang.
Guan Eng berkata rancangan Parti Barisan Pulau Pinang (PFP) untuk menjadikan negerinya serupa pusat percutian kasino seperti Macau adalah jahat dan tidak boleh diterima.
Guan menambah dirinya tidak ada masalah sekiranya agenda PFP adalah bertanding untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.
“Tetapi untuk meminta sokongan rakyat dan sebagai balasan akan dibina sebuah kasino? Apa yang sudah berlaku sekarang ini?” katanya di sidang media di Komtar hari ini.
Guan Eng terkejut Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin daripada Umno yang merupakan penasihat PFP bersetuju dengan cadangan PFP itu.
“Adakah ini dasar baharu Umno – bina sebuah kasino di Pulau Pinang?
“Adakah Umno mahu sebuah kasino di bina di Pulau Pinang?
“Membina kasino bukan sebahagian dasar Kerajaan Pulau Pinang. Kita tidak bersetuju sebuah kasino dibina di sini.”

Ceramah 1MDB: Jemput lah saya, kata Pua kepada Arul Kanda

Dalam bidasan sinisnya, ahli parlimen DAP Tony Pua mencadangkan dirinya diundang untuk bersama dalam forum di Universiti Malaya malam ini, yang akan menampilkan presiden dan pengarah eksekutif, 1MDB, Arul Kanda.
"Jemput lah saya. Saya berasa terpinggir. Bagaimana kamu boleh berbincang mengenai 1MDB tanpa saya?" katanya di Facebook.
Pua adalah antara pengkritik lantang 1MDB, yang menurut firma pelaburan negara itu, sentiasa membuat tuduhan kitar semula bermotifkan politik.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga menyatakan rasa terkejutnya bahawa Arul Kanda masih mahu berceramah berikutan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dengan dana 1MDB.
"Oh wow. Saya fikir Arul Kanda sudah hilang dari peta sejak DOJ AS mengesahkan berbilion-bilion ringgit (didakwa) diselewengkan daripada 1MDB...
"Nampaknya dia masih ada dan membantu agensi propaganda BN, JASA yang dibiayai oleh dana kerajaan untuk ke universiti awam Malaysia bagi mempengaruhi (pelajar) yang terbaik dan cemerlang," katanya.
Mesyuarat town hall yang dianjurkan bersama oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), hanya dibuka kepada pelajar universiti itu.

Kenapa Singapura diktiraf negara maju, MALAYSIA TIDAK..?

Kenapa S'pore di ranking 8 terbaik dunia dlm tangani rasuah.. sedangkan M'sia di ranking ke 54..?

KERAjaan yang berkuasa di Malaysia adalah kerajaan KORUP yang dipimpin oleh Melayu yang menunggang agama demi agenda politik semata2... Koruptor adalah BABI berlagak Nabi... !!

Hutang negara RM800 bilion, 1MDB RM60 bilion beri risiko negara muflis

Malaysia berhadapan risiko sebagai negara muflis sekiranya hutang yang hampir mencecah RM800 bilion tidak mampu dijelaskan, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, keadaan ini menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘menjual’ negara ini sedikit demi sedikit untuk membayar hutang akibat kegagalan beliau menguruskan ekonomi negara dengan cekap dan amanah.

“Najib dah rosakkan negara kita. Sekarang ini hutang kerajaan dah meningkat hampir RM800 bilion. Nak bayar duit dari mana? Esok kita kena jual negara sedikit demi sedikit.
“Sekarang ini pun Najib dah jual negara kepada orang asing. Beli kilang elektrik dengan harga yang mahal jual kepada orang asing negara China dengan harga yang cukup murah. Ini perniagaan yang ‘bijak’, beli harga mahal, jual harga murah sebab itu dia bankrap.
“Demikian juga tanah dijual. Tanah Iskandar dijual, tanah TRX di Kuala Lumpur dijual kepada orang Indonesia. Inilah kerja Najib. Jual habis tanah buat bayar hutang. Adakah kita biarkan dia jual negara kita? Ini negara kita, kita tak boleh nak ke mana-mana,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian pada Siri Jelajah Penerangan 1MDB – 1 Malaysia Dalam Bahaya di Taman Paya Dalam di sini, malam tadi.
Jelasnya, keadaan ini membuktikan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia ekoran sikap tidak bertanggungjawab dan tidak amanahnya yang menyebabkan negara terpaksa menanggung hutang yang tinggi.
“Kerajaan tak dapat bayar hutang apa dia buat? Suruh rakyatlah bayar sebab itulah kenakan GST, tol naik tinggi, minyak tak ada subsidi untuk bayar hutang. Kalau tak bayar hutang negara jadi muflis,” katanya lagi.
Ketika menyentuh hutang melibatkan skandal 1MDB pula, Dr Mahathir menjelaskan hutang yang pada asalnya berjumlah RM40 bilion kini melonjak lebih RM60 termasuk faedah yang dikenakan.

Berapa banyak akaun dan duit Najib ada?

Seorang pemimpin DAP tertanya-tanya jumlah akaun bank yang dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan jumlah wang di dalam akaun-akaun berkenaan.
Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai membangkitkan soalan ini berikutan laporan terbaru Sarawak Report yang mendakwa RM3.4 juta dalam bentuk tunai dimasukkan ke dalam akaun Najib pada awal tahun 2015.
Tan berkata jumlah sebenar kekayaan Najib masih tidak diketahui, dan menyamakannya dengan kes rasuah Jabatan Air Sabah, di mana jumlah sebenar yang terbabit terus meningkat.
"Berapa banyak tidak didedahkan oleh Sarawak Report? Berapa banyak duit Najib tidak diketahui? Najib perlu beri penjelasan (kepada rakyat)," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.
Tan berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam ‘Ops Air’ di Sabah hanya menyaksikan penjawat awam peringkat pertengahan ditangkap.
"PM, ahli-ahli kabinet, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri, exco kerajaan negeri - adakah semua mereka 'bersih'. Ini persoalan paling besar," katanya.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang turut hadir, bersetuju.
Beliau mendakwa SPRM hanya mensasarkan "ikan kecil", tetapi membebaskan "ikan besar".
Nurul berkata SPRM perlu segera menyiasat dakwaan Sarawak Report jika suruhanjaya itu sememangnya bebas, amanah dan bertanggungjawab.
Dalam dakwaan terbaru, portal pendedah maklumat, Sarawak Report melaporkan bahawa wang tunai berjumlah RM3.4 juta disalurkan ke dalam dua akaun Ambank yang dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Februari dan Mac, 2015.
Memetik kebocoran maklumat siasatan, ia mendakwa akaun berkenaan diuruskan oleh bekas Pengarah Urusan, SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil.
Nik Faisal adalah penandatangan untuk akaun berkenaan, dakwa Sarawak Report dalam e-mel.
Sebelum ini, adalah dilaporkan bahawa urusniaga SRC ke akaun perdana menteri dianggarkan berjumlah RM74 juta.
Najib berulang kali menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Editor, Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown yang berpangkalan di London dituduh sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, tetapi beliau menafikannya.

Majlis Raja-Raja Tiada Kuasa Pecat PM - Salehuddin Saidin

Mahathir Sokong Majlis Raja-Raja Hanya Ketika Perlu - Salehuddin Saidin

Mahathir, Muhyiddin diminta lupakan hasrat pujuk PAS - Mokhtar Senik

Dua Suspek Baju Merah Jangan Takut, Kata Peguam

Dana 1MDB: Pejabat AG Switzerland akan buka kertas siasatan terhadap Falcon Private Bank

'Mahfuz ini belajar dari mana, barangkali dia orang ini gila kuasa' - Ku Nan

21 peguam wakili Baju Merah bantah demo BERSIH 5

Jamal ke luar negara bukan elak siasatan, jelas peguam

Bekas menteri Umno harap Bajet 2017 perkukuh ekonomi negara

Bajet 2017 yang akan dibentangkan minggu depan, diharap akan mengukuhkan kedudukan ekonomi negara pada masa depan, kata bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, Malaysia perlu melaksanakan ekonomi yang lebih berinovatif dan melaksanakan dasar transformasi pekerja yang berkemahiran tinggi untuk terus berkembang maju.
Ahmad Husni Hanadzlah "Malaysia perlu fokus untuk meningkatkan ekonomi kerana struktur semasa ekonomi kita tidak boleh bertumbuh dan jika ikutkan ekonomi berasaskan buruh sekarang, kita pasti akan dipintas negara Indonesia dan Vietnam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Anggota Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) di sini, hari ini.
Bajet 2017 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 21 Oktober ini.
Ahmad Husni yang juga presiden AFPPD berkata, negara perlu mentransformasikan sektor pengeluaran serta kemahiran tenaga kerja selain membangunkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Mengulas lanjut, Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, beliau akan turut mengambil peluang berbahas mengenai Bajet 2017 pada hari pertama perbahasan dimulakan.
"Saya sebagai bekas menteri saya akan lihat kesemua aspek dan saya akan suarakan melalui perspektif saya," katanya.
Seramai 30 Ahli Parlimen daripada 13 negara menghadiri forum dua hari itu yang membincangkan mengenai persediaan menghadapi status negara menua yang dijangka pada 2030.

Umno ajar anak muda jadi samseng

Jawatankuasa Bersih 5 Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya kumpulan penyokong Baju Merah  yang dipercayai disokong pimpinan  Umno bahagian yang membiarkan penyokongnya bertindak biadap dan tidak berakhlak terhadap  peserta Konvoi Bersih 5 yang bergerak secara harmonis.
Koordinator Bersih 5 Negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, sudah jelas kumpulan Baju Merah dipercayai diketuai dikalangan pimpinan Bahagian parti itu.
"Di Perlis minggu lalu, Datuk Seri Shahidan Kassim sendiri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertopeng dan mengetuai Baju Merah di sana.
"Begitu juga dengan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang membuat provokasi di Lumut, Perak.
"Ini bukan lagi persepsi atau andaian mahupun fitnah, sebaliknya jelas dan terang lagi nyata, apakah ada tindakan undang-undang terhadap mereka, "  katanya.
Asmirul yang juga Ketua Pemuda Negeri Kedah turut berkata,Konvoi Bersih 5 bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat yang menuntut lima tuntutan Bersih kepada kerajaan bagi menambaikan kepada sistem sedia ada, sebaliknya perbuatan penyokong Baju Merah menghalangnya adalah melampau.
Antara penyokong baju merah yang mengunakan lambang Umno ketika melakukan protes terhadap konvoi Bersih 5 di Kedah baru-baru ini.Antara penyokong baju merah yang mengunakan lambang Umno ketika melakukan protes terhadap konvoi Bersih 5 di Kedah baru-baru ini.Tegasnya lagi, sekiranya inilah sikap yang diamalkan oleh pemimpin Umno dengan menggalakkan golongan bawahan termasuk anak-anak muda untuk bertindak liar, biadap dan kurang ajar, maka ia akan membawa keruntuhan moral kepada anak muda Melayu dan Islam pada masa yang akan datang.
"Kumpulan Baju Merah memang sudah melampau.
"Mereka berkiblatkan Umno dan tidak perlu dinafikan lagi oleh Datuk Seri Nazri Aziz.
"Lambang Umno terpampang pada baju merah dan sudah terang lagi bersuluh.
"Mengupah mat rempit dan puak samseng menggunakan kekerasan untuk menghalang peserta Konvoi Bersih 5 adalah bukti betapa Umno begitu takut dengan kebangkitan rakyat yang menuntut perubahan.

Pengerusi SPR patut letak jawatan, desak Pakatan Harapan

Nurul Izzah: Kenapa SPRM, AG tak siasat akaun peribadi Najib

‘Polis’ curi kereta ‘polis’ di Bukit Aman

Tempat parkir kereta di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman di Kuala Lumpur mungkin bukan lagi tempat yang selamat.
Ini berikutan laporan bahawa bahawa dua pegawai polis mendapati kereta mereka dicuri yang didakwa dilakukan oleh rakan anggota polis sendiri.
Menurut akhbar The Sun, kedua-dua pegawai - seorang timbalan superintenden dan penolong superintenden dari Jabatan Siasatan Trafik dan Jabatan Penguatkuasaan meletakkan kenderaan mereka di tempat parkir Menara I, bangunan Bukit Aman.
Mereka kembali minggu lalu selepas tugasan rasmi luar kawasan dan terkejut mendapati kereta mereka, sebuah Volkswagen Vento dan Proton Saga telah hilang.
Timbalan superintenden itu yang ke Terengganu, meletakkan keretanya di tingkat pertama pada 26 September dan kembali pada 5 Oktober, manakala pegawai lain itu pula meletakkan keretanya di tingkat dua.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, seorang anggota polis, yang kemudiannya dikenalpasti sebagai berpangkat lans koperal ditahan.
"Kami sedang menyoal siasat untuk menentukan sama ada dia terlibat dengan mana-mana sindiket curi kereta," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kecurian kenderaan. Kereta-kereta berkenaan masih belum dijumpai semula.
Akhbar itu memetik sumber berkata rakaman kamera keselamatan di tempat letak kereta menunjukkan seorang anggota polis memandu keluar dengan kedua-dua kereta berkenaan. Kejadian pertama dirakamkan pada jam 3 pagi, 30 September manakala kejadian kedua pula pada jam 10 malam, 1 Oktober.
Rakaman juga menunjukkan sebuah Perodua MyVi putih yang dipandu oleh individu yang tidak dikenali mengekori kenderaan polis itu. Bukit Aman sedang mengesan rakan suspek lans koperal itu.

Now lancar Indeks Pembaziran Kerajaan

National Oversight dan Whistleblowers (Now) telah menjalankan satu kajian empirikal bermula sejak awal tahun ini berdasarkan fakta-fakta ketirisan dan juga kaedah statistik sebagai keperluan rujukan asas untuk mengukur tahap sebenar ketirisan di negara ini.
Pengarah Eksekutifnya, Rafizi Ramli berkata, hasil kajian tersebut telah dibukukan dan diperincikan melalui satu indeks pertama dalam negara yang dikenali sebagai Indeks Pembaziran Kerajaan - NOW (IPKN).
Rafizi Ramli “Perbincangan yang lebih terperinci akan dibuat mengenai kaedah yang digunapakai untuk menghasilkan IPKN dan juga bagaimana indeks tersebut dapat membantu dalam usaha memerangi rasuah dan ketirisan sama ada daripada sudut sosial, politik dan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan memaklumkan bahawa skandal rasuah di Sabah baru-baru ini membuktikan tahap ketirisan negara kini berada pada tahap yang semakin kronik serta membimbangkan.
Menurut beliau, pendedahan berhubung skandal tersebut bukannya merupakan isu terpencil memandangkan sebelum ini beberapa kes penyelewengan melibatkan badan kerajaan juga turut berlaku.
“Sebelum ini, pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah disiasat pada Ogos 2016.
“Manakala Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula telah didakwa pada Mac 2016 masing-masing atas tuduhan penyelewengan jutaan ringgit dana awam,”katanya.
Baru-baru ini, SPRM menjumpai sejumlah wang tunai di dalam sebuah rumah salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dalam serbuan ke rumahnya.
Selain itu, Rafizi berkata, apa yang menjadi kerisauan rakyat negara pada masa ini adalah berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas pihak-pihak terlibat dengan isu penyelewengan tersebut selepas ini.
Tambah beliau, Malaysia hanya bergantung kepada siasatan oleh pihak berwajib atau pembongkaran skandal untuk mengetahui maklumat-maklumat penyelewengan dan juga laporan yang hanya berdasarkan pandangan umum mengenai rasuah dalam negara ini.

Nurul Izzah: Adakah suara kami ini akan terkubur?

Nurul Izzah
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyeru agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak terus diperalatkan BN termasuk isu persempadanan semula.
Dakwanya, ini umpama wujud konspirasi tersusun pihak SPR yang direncana bersama BN untuk kalahkan pihak pembangkang.
"Tindakan SPR ini dilihat melanggar telah melanggar Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan.
"Saya melihat, SPR wajib laksana tugas untuk rangka semula persempadanan semula yang mengikut lunas perlembagaan," katanya ketika ditemui di Pejabat SPR Wilayah Persekutuan hari ini.
Beliau bersama 11 lagi ahli parlimen Pakatan Harapan kemukakan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula Wilayah Persekutuan.
Sebelum ini, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya menyangkal dakwaan bahawa kajian itu dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.
Tegasnya, pihaknya telah menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Samseng Baru Merah: Pemuda Gerakan mahu PM bertindak terhadap Jamal

Pemuda Gerakan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengambil tindakan terhadap pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Md Yunos.
Timbalan Ketuanya, Andy Yong berkata walaupun Jamal dan beberapa pemimpin Umno mendakwa pergerakan itu tiada kaitan dengan Umno, namun Jamal adalah ketua bahagian Umno Sungai Besar.
"Sebagai Presiden Umno, Najib boleh mengambil tindakan kerana Jamal adalah ketua bahagian Sungai Besar.
"Belum dikira lagi ahli Umno lain yang terlibat dengan jelas," katanya kepada Malaysiakini.
Yong menegaskan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan perdana menteri adalah mengenai perpaduan dalam kepelbagaian dan menerima perbezaan, tidak hanya toleransi semata-mata atau rasa hormat.
"PM juga menyokong kesederhanaan yang sepatutnya menjadi cara bergerak ke hadapan. Beliau adalah PM untuk semua rakyat Malaysia," katanya.
Walaupun mengakui ia adalah hak mana-mana kumpulan untuk berhimpun dan membantah secara sah, Yong merujuk perbuatan ganas dilakukan kumpulan Baju Merah.
Semalam, Yong mengetuai delegasi Pemuda Gerakan membuat laporan polis berhubung satu paparan Facebook yang didakwa dibuat oleh Jamal untuk mengancam berulangnya tragedi 13 Mei 1969.
Beliau berkata walaupun Jamal mendakwa posting itu adalah dari akaun palsu, pihak polis mesti menyiasat sama ada ia benar-benar datang daripadanya.
Selain itu, Yong turut menggesa pihak polis mengambil tindakan ke atas kekecohan yang berlaku baru-baru ini di Teluk Intan, Sabak Bernam dan Gurney Drive, di mana Baju Merah berhadapan peserta konvoi Bersih 5.

Samseng Baju Merah: PDRM Jejaki Lelaki Berjanggut, Bertongkat Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR – Bukit Aman sedang mengesan seorang lelaki berjanggut dan bertongkat seperti dalam gambar yang tersebar di laman media sosial di mana seorang penyokong Bersih didakwa telah diserang.
Gambar tersebut yang menjadi viral menunjukkan seorang lelaki berbaju merah menunjuk ke arah mangsa yang dipercayai antara peserta konvoi Bersih.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis mahu menyoal siasat lelaki baju merah tersebut.
“Kami menyedari gambar itu tersebar di laman media sosial dan kami sedang menyiasat perkara ini,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Gambar itu turut menunjukkan lelaki berwajah sama menggunakan baju berwarna putih dengan logo Barisan Nasional (BN).
Namun tidak dapat dipastikan jika individu terbabit adalah orang yang sama.
Pada Sabtu lalu, sekumpulan penunjuk perasaan Baju Merah menerusi satu rakaman video yang menjadi viral, dilihat melontar telur kepada kedua-dua lelaki dengan salah seorang daripadanya ditendang dari arah belakang.
Polis akan memangil ketua gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunus untuk merekodkan keterangan beliau selepas beberapa penunjuk perasaan didakwa menyerang dua lelaki memakai kemeja-T Bersih di Sabak Bernam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis sedang berusaha untuk menghubungi Jamal, yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar bagi mendapatkan keterangannya.
“Ya, sudah tentu kita akan memanggil beliau untuk mendapatkan keterangan berhubung insiden tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau menambah, bagaimanapun setakat ini tiada penahanan baharu dibuat kecuali tiga individu yang ditahan sebelum ini kerana merusuh dan dibebaskan kemudian.

'Ini bukan cubaan, ini betul-betul!' - Kusaini Kassim

“Bukan cubaan, tapi betul-betul!” kata Kusaini Kassim, lelaki berbaju kuning mangsa tendangan terbang penyokong baju merah di Sabak Bernam pada Sabtu lalu.
Bercakap kepada Malaysiakini Kusaini berkata tidak ada alasan untuknya berlakon diserang kumpulan baju merah pada perarakan konvoi BERSIH 5 iu.
“Nak berlakon macam mana? Saya memang nak balik dan saya memang kena lalu jalan tersebut.
“Ini bukan cubaan, ini betul-betul,” katanya seolah-olah mengulangi dialog popular dalam filem komedi allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pendekat Bujang Lapok.
Pada kejadian Sabtu lalu Kusaini, 49, yang menunggang motosikal dilihat ditendang penyokong kumpulan baju merah dipimpin Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Kusaini yang berbaju merah dan bertopi keledar terjatuh namun tidak melawan walaupun beberapa orang melemparkan telur ke arahnya.
Semalam Kusaini yang menceritakan pengalamannya kepada Malaysiakini bersyukur kerana segera diselamatkan oleh anggota polis trafik.
Konvoi itu sedang menjalankan kempen mengajak orang ramai hadir ke Kuala Lumpur pada 19 November ini sempena BERSIH 5.
Bagaimanapun di media sosial beredar gambar didakwa Kusaini yang dituduh sengaja berlakon pada hari kejadian.
Antara yang disebarkan ialah gambar Kusaini bergaya dengan pakaian seragam seperti pasukan keselamatan bersama motosikal.

Siasatan Swiss: Dana AS$3.8 bil berkaitan 1MDB disalur melalui Falcon Bank

Sejumlah kira-kira AS$3.8 bilion (RM15.2 juta) dana berkaitan 1MDB disalurkan melalui Falcon Private Bank, yang telah disekat dan ditutup oleh pihak berkuasa Switzerland dan Singapura kerana pengubahan wang haram.
Ini adalah menurut Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma) yang menyiasat aktiviti Falcon dengan 1MDB sepanjang tempoh 2012-2015.
"Dana ini pada umumnya bergerak dengan cepat.
"Hubungan perniagaan dan transaksi ditempah i Switzerland dan di cawangan Falcon di Singapura dan Hong Kong adalah luar biasa dan melibatkan tahap risiko yang tinggi untuk bank kedua-duanya melalui sifatnya dan jumlah transaksi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Finma, dana itu termasuk melalui urusniaga AS$681 juta dan pembayaran balik AS$620 juta enam bulan kemudian.
Pihak berkuasa kewangan itu tidak memberikan butirannya tetapi jumlah itu sepadan dengan AS$ 681 juta yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dirujuk sebagai RM2.6 bilion berdasarkan kadar pertukaran ketika itu apabila perkara berkenaan didedahkan pada Julai tahun lalu.
Najib mendakwa wang itu adalah "derma dari Arab" dan AS$620 juta daripada wang itu kemudiannya dikembalikan.
"Falcon gagal menyiasat latar belakang komersial secara terperinci untuk meluluskan transaksi berjumlah AS$681 juta dan pembayaran balik AS$620 juta enam bulan kemudian melalui akaun-akaun ini walaupun terdapat bukti yang bercanggah.
“Dalam konteks ini, e-mel dalaman Falcon menyatakan: ‘Kami memulakan ini enam bulan lalu dan kini perlu melaluinya semula’," kata Finma.
Finma berkata Falcon juga mempunyai hubungan pelanggan dengan "seorang ahli perniagaan muda Malaysia yang mempunyai kaitan dengan individu tertentu kerajaan Malaysia".
"Bank itu tidak mengesahkan bagaimana individu ini memperoleh aset bernilai AS$135 juta dalam tempoh yang amat singkat atau mengapa sejumlah AS$1.2 bilion dipindahkan ke akaun beliau kemudian hari - urusniaga yang jelas bertentangan dengan maklumat yang beliau berikan semasa membuka akaun itu," katanya.

Skandal 1MDB: Falcon Bank diarah kembalikan keuntungan haram RM10.55 juta

Badan pemantau kewangan Switzerland, Finma mengenakan sekatan ke atas Falcon Private Bank Ltd selepas bank itu secara "serius melanggar" peraturan pengubahan wang haram berhubung cara ia mengendalikan dana yang dikaitkan dengan firma pelaburan negara Malaysia, 1MDB.
Finma, iaitu singkatan bagi Financial Market Supervisory Authority mengarahkan Falcon, milik Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Zurich, untuk menyerahkan lebih 2.5 juta franc Swiss (RM10.55 juta) dalam apa yang badan pemantau itu mendakwa sebagai keuntungan haram.
Ia juga berkata telah memulakan prosiding penguatkuasaan terhadap dua bekas eksekutif Falcon, tetapi tidak menyatakan nama mereka.
Sebelum ini, Singapura mengarahkan Falcon untuk menghentikan operasinya di bandar raya itu dan mendenda pemberi pinjaman tempatan DBS Bank dan UBS AG berhubung kesilapan dalam tindakan besar-besaran ke atas entiti yang berurusan dengan 1MDB.

Ahli Parlimen pembangkang gesa pengerusi SPR letak jawatan

Mereka mendakwa semua syor yang dikemukakan dalam persempadanan semula tidak adil dan seimbang yang menyebabkan nama baik Suruhanjaya Pilihan Raya terjejas.
tan-kok-waiKUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah digesa meletakkan jawatan susulan cadangan persempadanan semula yang dibuat baru-baru ini.
Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai mendakwa ini disebabkan syor-syor yang dikemukakan dalam persempadanan semula itu tidak adil dan seimbang serta menyebabkan nama baik badan terbabit terjejas
“Letak jawatan kerana kesangsian kepada SPR sudah sampai ke kemuncak disebabkan syor terbaru ini.
“Dan memandangkan SPR akan memantau dan mengawasi pilihan raya umum (PRU) akan datang, macam mana pengerusi yang tak beramanah dapat mengetuai dan memantau?” katanya kepada pemberita bersama-sama dengan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Kuala Lumpur yang lain mengemukakan borang bantahan di Pejabat SPR di sini hari ini.
SPR sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan Pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
Semua pihak diberi masa selama sebulan sehingga Jumaat ini untuk mengemukakan bantahan masing-masing.
Kok Wai yang merupakan ahli Parlimen Cheras berkata PH menganggap syor persempadanan semula yang dikemukakan SPR adalah satu serangan terhadap Perlembagaan Persekutuan.
“Syor-syor ini diperalatkan untuk memihak kepada Umno dan BN (Barisan Nasional) untuk memastikan kemenangan diperoleh BN pada PRU14 akan datang supaya ia terus kekal berkuasa.
“Kami menganggap ini satu rekaan berat sebelah untuk membantu Umno dan BN,” dakwanya.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula berpendapat pihaknya melihat wujudnya konspirasi tersusun yang direncanakan SPR bersama Umno dan BN untuk mengalahkan kerusi-kerusi sasaran pembangkang yang dimenangi semasa PRU13.
“Sebelum hari ini (kami), pergi turun padang sama ada memeriksa kawasan baru yang dicadangkan SPR. Sama ada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang terletak di luar sempadan, pengundinya tak ada pun pada Sabtu dan Ahad.
“Semuanya menunjukkan komitmen kami terhadap mengguna pakai mekanisme demokratik dan institusi dalam Malaysia. Malangnya badan yang wajib melaksanakan tugas-tugas merangka semula (persempadanan semula) tidak mengikut lunas-lunas Perlembagaan.

Tolak Umno BN seluruhnya pada PRU-14

MELAKA, 11 OKT: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menggesa rakyat menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) secara menyeluruh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Katanya hanya menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak daripada kerusi Perdana Menteri tidak menyelesaikan masalah kecelaruan politik dan ekonomi yang berlaku dalam negara ketika ini.

“Pada mulanya saya percaya jika Najib disingkir Umno boleh pulih semula tetapi saya dapati Umno sudah begitu busuk, buruk sehingga tak boleh diperbaiki lagi sebabnya Najib adalah perasuah.
“Dia percaya ‘cash is king’. Dia percaya duit boleh beli rakyat Malaysia,” katanya di hadapan kira-kira lebih 1,000 pada Siri Jelajah Penerangan 1MDB – 1 Malaysia Dalam Bahaya di Taman Paya Dalam di sini, malam tadi.
Jelas Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, faktor itu juga menjadi pendorong utamanya berusaha menumbangkan Umno walaupun pada satu masa beliau sendiri pernah menjadi Presiden Umno.
Katanya lagi, rakyat harus bangkit dan memainkan peranan masing-masing pada PRU-14 bagi menyelamatkan negara ini daripada terus dirosakkan Najib.
Jelasnya, Najib turut didakwa menjual negara sedikit demi sedikit untuk membayar hutang negara di bawah pentadbirannya.
Kata Dr Mahathir lagi keadaan itu menyebabkan Malaysia dilabelkan sebagai negara korup di kalangan negara asing dan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

Pemimpin PAS gagal bayar Guan Eng RM10,000

Nasrudin Hassan sepatutnya membayar wang penyelesaian RM10,000 bagi kes fitnah melibatkan ketua menteri Pulau Pinang tetapi gagal mematuhinya.
PAS-Nasrudin-HassanGEORGE TOWN: Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan didakwa tidak membayar wang penyelesaian RM10,000 yang dipersetujui dalam kes fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Pegawai undang-undang khas Lim, Raja Syarafina Raja Shuib berkata sudah lebih 3 minggu sejak perintah dikeluarkan mahkamah untuk Nasrudin, tetapi tiada bayaran diterima.
Syarafina berkata mengikut perintah mahkamah pada 14 September yang kemudiannya diserahkan kepada Nasrudin pada 19 September, sepatutnya menyelesaikan kos.
“Ini adalah satu perintah daripada mahkamah yang mulia untuk Nasrudin membuat bayaran tersebut, sebagai bukti tuduhan tidak berasas mengenai Lim dan menarik balik artikelnya.
“Kegagalan atau kejahilan di pihak defendan membayar jumlah wang yang diperintahkan mahkamah itu disifatkan sebagai mengingkari dan menghina perintah mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.
Syarafina berkata peguam Lim diarahkan mengambil tindakan undang-undang yang difikirkan wajar dalam perkara ini.
Lim mengheret Nasrudin, yang juga Ahli Parlimen Temerloh, ke mahkamah kerana membuat kenyataan fitnah berkenaan terowong dasar laut yang dicadangkan melalui posting Facebook bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang’ bertarikh 6 Ogos 2014.
Nasrudin berkata pemberian projek itu dibuat secara rundingan terus dan tender tidak terbuka seperti diumumkan.
Nasrudin mempersoalkan mengapa bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikutuk berkaitan Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), tetapi Guan Eng terlepas daripada kritikan dalam pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang, yang Nasrudin dakwa diperoleh melalui rundingan terus .
Menurut Nasrudin, projek terowong, bernilai RM4.63 bilion, dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri DAP Pulau Pinang dan diberikan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd melalui rundingan terus.
Pada hakikatnya, terowong dan 3 projek jalan raya diberi melalui tender terbuka.

Skandal 1MDB: Bank kedua ditutup di Singapura selepas BSI

Susulan skandal kewangan syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Kerajaan Singapura menutup sebuah lagi bank negara itu, Falcon Bank sehingga siasatan mengenainya dimuktamadkan.
1MDB-1024x731Perkara tersebut didedahkan Monetary Authority Of Singapore (MAS) menerusi kenyataannya yang turut memaklumkan, penutupan dibuat berkaitan aliran penggubalan wang haram, mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Falcon Bank menunjukkan pemahaman lemah dan berterusan tentang keperluan dan jangkaan dalam penggubalan wang haram.
“Dengan mengambilkira pengurusan Falcon Bank, penilaian MAS mendapati terdapat kegagalan patuh syarat dan ketetapan diambil mengenainya sebelum ini,” kata MAS dalam kenyataannya, hari ini.
Tindakan tersebut dibuat selepas mendapati wujudnya aliran kewangan 1MDB melalui pengurusan tertinggi bank tersebut oleh pengurusan kanan bank itu, di Switzerland.
MAS berkata, Falcon Bank didakwa menerima dana dari 1MDB untuk tempoh Mac 2013 hingga Mei 2015, yang mana aliran berkenaan tidak dilaporkan kepada pengurusan Bank Pusat Singapura.
Sebelum ini, Kerajaan Singapura mendedahkan aliran kewangan haram menerusi dana 1MDB menimbulkan kecurigaan membabitkan tiga buah di Singapura iaitu, DBS Bank Ltd (DBS), UBS AG, cawangan Singapura (UBS) dan Standard Chartered.
Bagaimanapun, pendedahan mengenainya dinafikan Perdana Menteri berhubung siasatan penggubalan wang haram melibatkan enam negara lainnya termasuk di Switzerland dan Amerika Syarikakt.

TUNGGULAH...UMNO JUGA AKAN 'TUTUP KEDAI' KERANA 1MDB?

Mak aiii...sampai dua bank dah ditutup disebabkan oleh 1MDB. "Power" gila tu beb!!

Dalam langkah terbarunya, pihak berkuasa kewangan Singapura atau Monetary Authority of Singapore (MAS) mengumumkan penutupan cawangan Falcon Bank Ltd di negara itu berikutan kaitannya dengan dana 1MDB yang mencurigakan.

Beberapa bulan lalu, MAS sudah pun mengambil langkah yang sama terhadap cawangan BSI Bank.

Kesalahan kedua-dua bank itu sehingga ia diarahkan tutup ialah atas "kegagalan serius berkaitan anti penggubahan wang haram dan pengurusan yang tidak betul."
Dua bank lain, DBS Bank Ltd dan UBS AG Bank pula turut dikenakan denda kewangan oleh MAS atas kesalahan yang serupa.

Pernahkah kita dengar sebelum ini ada mana-mana syarikat milik kerajaan, baik ketika era Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi atau sesiapa yang jadi Perdana Menteri sebelumnya, yang begitu "power" sehingga bank di luar negara tutup kerananya?

Senjata UMNO bakal makan Tuan

Bajet dedak menggula-gulakan rakyat

1MDB taja HAJI di Msia & pesta arak dan berjudi di USA

Mesyuarat Majlis Raja Raja: Siapa Agong Selepas Ini?

'Saya mahu luah pada sidang Parlimen akan datang," kata Husni

Patut ada benda yang baharu dalam Bajet - kata Husni

'Bila saya letak jawatan, ramai orang hentam saya tanpa sebab' - Ahmad Husni

Watak utama insiden ‘listen’ ubah haluan kini bersama Tun, tinggalkan Najib

Hampir 4 tahun selepas insiden 'Listen listen listen', Sharifah Zohra Jabeen kini giat menentang pentadbiran BN yang pernah disokongnya habis-habisan.
Sharifah-Zohra-Jabeen-Syed_600
PETALING JAYA: Wanita ini pernah dikecam hebat selepas klip video yang dirakam akhir tahun 2012 mula menjadi viral pada awal tahun berikutnya, sehingga mengundang kecaman hebat rakyat Malaysia yang menyifatkannya angkuh dalam perbualan dengan seorang pelajar di sebuah majlis di Universiti Utama Malaysia (UUM), Kedah.
Kini, hampir 4 tahun selepas insiden yang diberi jolokan “Listen listen listen” itu, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Malah, wanita yang pernah mengetuai sebuah pertubuhan bernama Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang kuat menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak itu, kini bertukar arah.
Sharifah kini merupakan presiden Kelab Generasi Tun (GT), menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menentang Najib.
“Saya wujudkan Kelab Generasi Tun untuk berjuang menentang kemungkaran. Ia satu perjuangan untuk masa depan anak bangsa di negara ini,” katanya kepada FMT baru-baru ini menceritakan kelab yang dinaungi bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dengan keahlian 7,000 orang dan cawangan di 11 negeri.
Lumrah kehidupan
Sharifah menyifatkan apa yang dilaluinya 3 tahun lalu sebagai lumrah kehidupan.
“Ia sekadar peristiwa, setiap orang ada peristiwa silam. Ia datang dan pergi dalam hidup saya. Sama ada isu listen itu ada atau tidak, saya menjalani hidup saya seperti biasa.
“Sebagai orang Islam, kita terima aturannya. Saya sama seperti anda, menjalani kehidupan sederhana. Saya akui Isu listen serba sedikit ada mendatangkan kesan tetapi bukan sepanjang masa,” katanya.
Beliau akur insiden itu menutup beberapa “pintu”.
“Saya rasa jika wanita lain dalam dunia ini yang mengalami fenomena ‘listen!’ ketika itu, saya rasa mungkin sudah lar,” katanya.
Fenomena “listen” yang dirujuk itu ialah klip video pertikaman lidahnya dengan pelajar perundangan UUM, KS Bawani, aktivis Parti Sosialis Malaysia yang baru-baru ini berjaya dilantik menjadi peguam.
Bawani ketika itu mempertahankan perhimpunan Bersih, tetapi Sharifah berulang-ulang menyuruhnya “listen” (dengar).

Politik baharu tidak semestinya diterajui orang muda, kata Juanda


Anggota Dewan Undangan Negeri Jemoreng Datuk Dr Juanda JayaAnggota Dewan Undangan Negeri Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya"Politik baharu tidak semestinya diteraju lapisan muda, yang penting amanah dan tanggungjawab," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya.
Katanya ledakan teknologi maklumat ketika ini membawa pembaharuan dalam landskap politik dunia, namun meskipun teknologi itu rata-rata dikuasai oleh golongan muda, tidak bermakna mereka boleh terus saja menerajui agenda politik tanpa bimbingan pemimpin lama yang lebih berpengalaman.
"Apa yang lebih penting adalah kebertanggungjawaban kalangan mereka yang diamanah menjadi pemimpin atau wakil rakyat, kerana faktor usia sebenarnya bukanlah isu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di sini baru-baru ini, semasa diminta mengupas isu-isu yang berkaitan.
Kata Juanda, dalam usianya menginjak 45 tahun, beliau tidak menganggap sedang berada dalam kelompok 'lapisan muda', sebaliknya merupakan kelompok usia yang boleh menjadi jambatan terbaik untuk membina interaksi antara pemimpin lama dengan generasi pemimpin baharu.
Beliau juga berpendapat sifat agresif tidak boleh dikaitkan dengan usia, malah terdapat juga wakil rakyat daripada barisan muda yang langsung tiada aktiviti, tidak mengemas kini laman sosial Facebook, dan selepas menang pilihan raya, terus hilang dan jarang-jarang sekali turun kawasan.
"Namun soal usia adalah sesuatu yang relatif, ia begitu subjektif. Kita tidak nafikan ada pemimpin yang dah berumur tapi semangat hebat bagai orang muda. Contoh Ketua Menteri kita (Tan Sri Adenan Satem), semangatnya cukup kuat, dia cukup inovatif melihat sesuatu isu, mungkin sebab sudah pengalaman luas dalam politik.
"Kami orang baharu (wakil rakyat) ni adakalanya takut juga lihat dia amat berani bawa isu, adakalanya menongkah arus. Biasanya orang politik cuba elak mengkritik antara satu sama lain. Tapi Tok Nan (Adenan) ni berani, dia faham aspirasi anak muda, mahukan perubahan, lebih berterus terang, dia nak tengok hasil, cakap panjang lebar tak nak," katanya.
Bekas Mufti Perlis yang bergelar wakil rakyat di kawasan pedalaman Sarawak itu sejak lima bulan lepas dilihat amat aktif, malah cukup agresif menyuarakan aspirasi dan kehendak penduduk kawasan itu menerusi apa jua saluran yang tercapainya sama ada menerusi Facebook, turun padang, mahupun majlis ceramah yang disertainya, lazimnya berkisar tentang keagamaan.

Deklarasi Rakyat: Tunggu keputusan Majlis Raja-Raja

ALOR SETAR - Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bermula hari ini dilihat amat penting untuk raja-raja menterjemahkan kuasa dan ungkapan ‘Raja dan rakyat berpisah tiada’ dengan memahami kandungan Deklarasi Rakyat.
 Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun sukar untuk Majlis Raja-Raja khususnya Yang di-Pertuan Agong untuk memenuhi tuntutan Deklarasi Rakyat, sekurang-kurangnya Majlis Raja-Raja boleh memperakui kandungan Deklarasi Rakyat yang di tandatangani 1.2 juta rakyat.
“Pengiktirafan itu penting walaupun tidak berupaya untuk memecat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Najib tetapi tidak dapat bertindak memecatnya kerana halangan perundangan,” katanya.
Menurutnya, walaupun wujud pertikaian dalam mentafsirkan kandungan kuasa Agong dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sudah cukup bagi mengubat luka hati rakyat Malaysia jika baginda bersetuju dengan tuntutan itu.
“Rakyat menanti dengan penuh debaran apakah keputusan Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat hingga Khamis ini, bagi membincangkan hal-hal berkaitan kepentingan rakyat dan negara. Rakyat berdepan keperitan hidup menanggung kos hidup yang meningkat bawah pentadbiran Najib,” katanya.
Mahfuz berkata, adalah tidak wajar Majlis Raja-Raja membiarkan keadaan itu terus berlarutan dan menjadi lebih buruk.
Pada 4 Oktober lalu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat kepada semua raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri memaklumkan usaha yang dilakukan menerusi Deklarasi Rakyat dan berharap Majlis Raja-Raja akan membuat ketetapan mengambil tindakan terhadap Najib.

Sabotaj air? PKR selar JAS Pahang

Ahli Parlimen PKR gesa JAS Pahang bersikap tegas, telus dan terbuka dalam menangani isu pencemaran air Sungai Semantan.
fuziah-salleh_jas
PETALING JAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang digesa mengemukakan bukti melalui data pemeriksaan ke atas Sungai Semantan sekiranya betul sungai berkenaan tidak berlaku pencemaran.
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata, bukti perlu diberikan kepada rakyat kerana JAS Pahang bertanggungjawab dalam mengenal pasti pencemaran sungai yang berlaku di negeri tersebut.
“JAS perlu bertindak tegas, telus dan terbuka. Sekiranya betul ada pencemaran, mereka harus berlaku adil kepada orang ramai.
“Kalau ada pencemaran tetapi tidak cakap apa-apa, itu satu bentuk sabotaj. Bukan nak tuduh sabotaj, tetapi Pahang bekalkan air kepada Selangor. Dan jika air kotor, rakyat Selangor marah kepada kerajaan negeri yang kini sedang dipimpin Pakatan Rakyat (PR),” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian mengulas gesaan exco Selangor bertanggungjawab terhadap alam sekitar, Elizabeth Wong yang meminta JAS menyemak semula keputusan siasatannya sebelum ini yang Sungai Semantan di Pahang bebas pencemaran memandangkan ujian awal kerajaan Selangor mendapati keadaan sebaliknya.
Elizabeth berkata, wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pasukan pemantau sungai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengenal pasti punca pencemaran baharu di Bentong, Pahang.
“Malangnya, pasukan itu tidak dapat memasuki premis berkenaan kerana pegawai JAS Pahang tidak hadir semasa pemeriksaan pagi ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Wong berkata jika pencemaran baharu berterusan, Projek Pemindahan Air Pahang-Selangor tidak dapat dilaksanakan akibat keadaan air dari Sungai Semantan.
Mengulas lanjut, Fuziah berkata JAS Pahang perlu mengambil iktibar daripada kejadian bauksit yang mengakibatkan pencemaran sungai di sekitar Kuantan.

Terjejas dengan persempadanan semula? Ketahui 3 cara mudah

Dengan tempoh bantahan bagi cadangan kawasan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditutup Sabtu ini, gerakan reformasi pilihan raya BERSIH sedang meningkatkan kempen untuk mengumpul sokongan bagi membantah proses itu yang didakwa tidak berperlembagaan.
Antara lain, BERSIH berkata, cadangan itu melanggar jaminan perlembagaan bahawa setiap undi adalah sama di seluruh Malaysia dan kawasan pilihan raya mencerminkan hubungan masyarakat.
Parti-parti pembangkang juga menentang persempadanan semula itu dengan alasan bahawa cadangan itu menghakis kemenangan majoriti mereka di kawasan pilihan raya dan menghimpunkan penyokong pembangkang dalam sebuah kawasan untuk memberi manfaat kepada BN.
SPR terpaksa mendengar setiap bantahan. Bantahan hanya boleh dikemukakan jika ia mendapat sokongan sekurang-kurangnya 100 pengundi di kawasan itu.
Bagaimana anda tahu jika anda terjejas? Anda boleh menuju ke pusat SPR di kawasan anda, atau menyemak menerusi Malaysiakini untuk mengetahui dalam tiga langkah mudah.
Hanya pilih negeri, Dewan Undangan Negeri dan daerah mengundi daripada menu di bawah, dan ia akan memberitahu anda jika anda terjejas dan bagaimana untuk membuat bantahan.
[Nota editor: Klik di sini jika anda tidak dapat melihat menu di bawah]

Tak bayar pampasan, Lim arah tindakan baru pada Nasrudin

Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang baru yang sewajarnya kepada ketua penerangan PAS Nasrudin Hassan.
Pegawai khas undang-undang KM, Raja Syarafina Raja Shuib, berkata selepas sekurang-kurangnya selepas tiga minggu, Nasrudin masih gagal membayar kos pampasan, selepas menarik balik kenyataannya setelah disaman Lim.
“Ini ialah arahan daripada mahkamah yang mulia untuk defendan membuat bayaran tersebut serta membuktikan bahawa memang defendan menzahirkan perasaan kesal beliau atas tuduhan yang tidak berasas ke atas YAB KM dan menarik balik artikelnya.
“Kegagalan atau keengganan defendan untuk membayar jumlah yang diperintahkan merupakan suatu pengingkaran dan penghinaan perintah Mahkamah,” kata Raja Syarafina.
Nasrudin, anggota parlimen Temerloh pada 18 Januari lalu, menarik balik sebahagian kenyataannya pada 6 Ogos 2014 dan mengaku ia tiada asas.
Persetujuan bersama itu direkodkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Nasrudin diperintah membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.
Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwa beliau menganugerahkan projek pembinaan terowong dasar laut RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd secara rundingan terus, walaupun Pakatan Rakyat menentang cara itu.
Nasrudin kemudian mempersoal mengapa Lim tidak dibidas sedangkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim diselar dan didesak meletak jawatan kerana projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara.

Sementara itu, Raja Syarafina berkata, akibat kelewatan memuktamadkan terma-termanya, perintah penghakiman kes itu hanya berjaya diekstrak dari pihak mahkamah pada 14 September lalu.

Penyampaian Perintah tersebut dilakukan oleh firma peguam yang mewakili Lim ke atas defendan menerusi pos berdaftar serta peguam defendan pada 19 September.

Salahuddin masih taruh harapan ketika Khalid tidak yakini PAS

Timbalan Presiden Amanah mengalu-alukan usaha PPBM pujuk PAS agar bersama perikatan pembangkang
salahuddin
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Amanah masih menaruh harapan agar PAS dapat bekerjasama dengan perikatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Salahuddin Ayub mengalu-alukan usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memujuk PAS untuk bersama usaha politik mereka.
“Kita masih punya waktu untuk buktikan kepada rakyat negara ini bahawa kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk PAS.
“Ini sangat penting supaya biar rakyat faham dengan jelas dikemudian hari nanti parti manakah yang sebenarnya merosakan segala impian dan harapan untuk menolak BN,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad tidak yakin BN adalah musuh utama PAS.
Katanya PAS tidak lagi mementingkan soal satu lawan satu kerana beranggapan parti Islam tidak mempunyai masalah sekiranya Barisan Nasional (BN) terus membentuk kerajaan.
Bagaimanapun Salahuddin berkata perikatan pembangkang perlu membuka pintu rindungan dalam batas waktu yang ditentukan agar penentuan hala tuju parti-parti pembangkang yang bermuafakat dapat dimuktamadkan segera.

Tun M: Najib bentang belanjawan harapan palsu kelabui mata rakyat?

MELAKA, 11 OKT: Demi mempertahankan kuasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melakukan apa sahaja termasuk membentangkan belanjawan harapan palsu bagi menggulakan rakyat dengan pelbagai sogokan ketika membentangkan Belanjawan 2017 nanti.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, bagaimanapun berkata, sebaliknya peruntukan berbilion ringgit kepada kementerian yang diumumkan dalam Belanjawan 2017 itu sebenarnya tidak wujud

“Ini tak lama lagi ada belanjawan, nak beri berbilion kepada kementerian tetapi kemudian hantar surat kepada kementerian, jangan belanja kerana duit itu tidak ada dan tidak akan datang kerana kerajaan tidak ada duit tetapi belanjawan nampak cantik.
“Inilah cara Najib. Dunia akui Najib curi duit tetapi pengikutnya masih berkata dia tak curi tetapi tok arab beri,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Siri Jelajah Penerangan 1MDB – 1 Malaysia Dalam Bahaya di Taman Paya Dalam di sini, malam tadi.
Jelas Dr Mahathir, beliau turut menjangkakan Najib bakal menaikkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam Belanjawan 2017 nanti bagi memancing undi rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Justeru, Dr Mahathir mengingatkan supaya rakyat negara ini tidak tertipu dengan janjivmanis ditaburkan dalam Belanjawan 2017 itu nanti.

Tun M: GST dimansuh, ikut gaya Selangor jika menang

MELAKA, 11 OKT: Pakatan pembangkang komited membantu rakyat dengan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya menang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, kata Pengerusi Parti Pribumi Rakyat Bersatu (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mantan Perdana Menteri itu berkata Pakatan juga berusaha sedaya upaya membantu rakyat dengan apa cara sekali pun seperti dilakukan Kerajaan Selangor.

“Apabila Datuk Seri Najib dijatuhkan, maka kita pulihkan semula negara ini. Kita hapuskan GST. Kita bantu rakyat seberapa yang mungkin seperti yang dilakukan Selangor.
“Selangor ini kaya, dia boleh bagi air percuma tetapi Kedah tak bolehlah sebab negeri miskin, kena caj juga tetapi kita boleh kurangkanlah,” kata Mahathir pada Siri Jelajah Penerangan 1MDB – 1 Malaysia Dalam Bahaya di Taman Paya Dalam di sini, malam tadi.
Jelasnya, kerajaan baru itu nanti sedia membantu rakyat sebaik mungkin termasuk mempermudahkan permohonan lesen kepada peniaga kecil yang tidak mempunyai lesen perniagaan.
Katanya, ‘kerajaan menanti’ itu juga akan membantu masyarakat untuk berdiri di atas kaki sendiri melalui pelbagai kursus bagi membolehkan golongan terbabit memperolehi pekerjaan dengan bayaran upah setimpal.
“Cara Najib sogok rakyat, dia bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), tak payah kerja, bagi BR1M. Ini tak baik tuan-tuan. Sepatutnya kita dapat duit dengan tenaga yang kita sumbang. Kalau dia tak tahu kerja kita hantar dia belajar dengan biasiswa. Itulah caranya bukan dengan cara kita bagi duit,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, bagi tujuan itu kerajaan baru itu nanti berusaha meningkatkan peluang pekerjaan untuk semua lapisan masyarakat.
“Bagaimanapun untuk dapatkan itu semua, mula-mula tuan-tuan kena jatuhkan Umno dan Najib terlebih dahulu,” kata Dr Mahathir.

Bagaimana sindiket 'sial' tonto boleh bermaharajalela?

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat memandang berat kejadian pegawai kerajaan yang mati akibat disondol kereta tonto. Semua rakyat Malaysia juga harus membuka mata dan berfikir bagaimana sindiket “sial” boleh bermaharajalela dan menakutkan penguatkuasa kerajaan.
Mereka seolah-olah paling berkuasa di Malaysia bebas berbuat apa saja dengan mengatasi segala undang-undang.
Apa tidaknya, sehingga ke hari ini kes sebuah kereta penguat kuasa diterbalikkan sampai ke hari ini masih tidak dapat diselesaikan dan penyerang masih tidak dibawa ke muka pengadilan.
Satu tanda tanya besar untuk semua kerana sudah tentu ada yang tidak kena. Bolehkah tonto hidup dan bermaharajalela tanpa pelindung mereka.
Siapakah pelindung mereka? Perlakuan jenayah yang dilakukan oleh tonto berlarutan sejak puluhan tahun lalu.
Penguat kuasa diikut ke rumah

Ugutan dan ancaman mereka ke atas penguat kuasa telah terlalu banyak menggagalkan, menakutkan dan menghantui pihak itu daripada tugasan harian mereka.
Mereka memantau pihak berkuasa tempatan, kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan apa jua urusan serbuan yang dirancang dengan memberi dan menyampaikan berita kepada pelaku kesalahan untuk menutup kesalahan peniaga atau beredar sebelum diserbu.
Premis judi, maksiat, pengedar barangan haram, barangan seludup, barangan tiruan dan lain-lain pelaku kesalahan mendapat amaran untuk lari atau menutup premis mereka.
Pihak penguat kuasa menjadi takut kerana mereka diancam dan diikut ke rumah.

Bajet 2017 perlu utamakan pendidikan, bukan JPM, kata PAS

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bajet tambahan untuk Jabatan Perdana Menteri boleh diambil menerusi pembanterasan rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran kerajaan.
Tuan-Ibrahim_najib_jpm_600
PETALING JAYA: Jika perdana menteri serius mengenai perbelanjaan negara, Bajet 2017 sepatutnya memfokuskan kepada sektor pendidikan, bukannya Jabatan Perdana Menteri (JPM), kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan presiden PAS itu berkata ini kerana pendidikan yang membina rakyat dan negara untuk jangka panjang serta memberi keyakinan, harapan dan keamanan seterusnya ia asas kepada pembangunan rakyat dan negara.
Beliau berkata kerajaan boleh menggunakan dana yang dijimatkan melalui pelbagai subsidi ditarik balik daripada rakyat seperti beras, gula, tepung, minyak dan gas untuk memberikan pendidikan sekolah rendah dan menengah secara percuma.
“Gunakan dana itu untuk meringankan beban anak muda yang berhutang untuk membiayai pendidikan, seperti PTPTN untuk melanjutkan tempoh pembayaran balik semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berkata kesungguhan Datuk Seri Najib Razak mengawal belanja boleh dinilai daripada kesungguhannya mengawal perbelanjaan JPM selama ini, di mana peruntukan JPM meningkat daripada RM13 bilion ke RM20 bilion dari 2012 ke 2016, dan angka ini dijangka meningkat di 2017.
“Apa yang menyedihkan ialah sementara bajet JPM meningkat, bajet untuk rakyat seperti pendidikan pula dikurangkan.
“Jika PM serius mengenai perbelanjaan negara, selain perbelanjaan berhemah, perbelanjaan negara juga perlu tepat ke sektor yang menjana peluang pekerjaan seperti sektor tenaga bersih, infrastruktur, syarikat kecil dan pendidikan,” katanya.

Siasatan dana 1MDB: S'pura tutup sebuah lagi bank

Pihak berkuasa kewangan Singapura (MAS) menarik balik status bank perdagangan Falcon Private Bank Ltd cawangan negara itu susulan kaitannya dengan aliran dana berkaitan 1MDB.
MAS mengumumkan perkara itu susulan “kegagalan serius kawalan antipengubahan wang haram (AML) dan pengurusan tidak betul oleh pengurusan kanan di ibu pejabat di Switzerland, dan juta cawangan Singapura”.
Kenyataan itu menambah: “MAS juga mengenakan denda kewangan pada DBS Bank Ltd (DBS) dan UBS AG, cawangan Singapura (UBS) kerana melanggar keperluan AML MAS.”
Tindakan itu diambil susulan pemeriksaan terhadap aliran dana berkaitan 1MDB melalui ketiga-tiga bank itu antara Mac 2013 dan Mei 2015.

MAS bekerjasama dengan pelbagai badan antarabangsa, terutamanya Pihak Berkuasa kawasan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma).
Falcon menjadi bank kedua ditutup, selepas bank Switerzerland BSI, di tengah-tengah dakwaan skandal syarikat pelaburan Malaysia, 1MDB.

Dr M harap tiada lagi permusuhan antara dia dan Anwar

Selepas salam damai dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berharap perasaan tidak senang mereka berdua tidak berpanjangan.
“Saya sudah berdamai,” kata Mahathir dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lepas.
Ini berbeza dengan kenyataannya bulan lalu, bahawa beliau hadir untuk menyokong usaha Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Nasional dan bukannya berdamai.
Ditanya sama ada beliau rasa tiada lagi perseteruan akibat sengketa lama antaranya mereka berdua, Mahathir menjawab:
“Saya patut harap begitu”.

Bagaimanapun, diminta mengulas kes liwat yang menjadi titik mula permusuhan mereka 18 tahun lalu, Mahathir cuma memetik kenyataan pihak berkuasa.

“Polis kata mereka ada bukti, itu urusan mereka untuk putuskan (dakwa Anwar di mahakamah),” katanya.
Anwar mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.
Berkaitan kes liwat kedua melibatkan bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan pula, Mahathir berkata beliau tidak tahu jika kali ini terdapat komplot terhadap Anwar.
“Saya tidak tahu, ia berlaku selepas saya letak jawatan (sebagai perdana menteri).”
Dalam usaha menjatuhkan Najib pula, Mahathir mengakui tidak tahu untuk mengukur “jarak kerjasama” tetapi sehingga sekarang mereka bekerjasama ke arah itu.

Dalam wawancara itu, Mahathir juga bercakap tentang parti barunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), peluang pembangkang dalam pilihan raya depan serta peranan PAS.