Isnin, 10 Oktober 2016

Bila 'TAN SRI' Tanjung Karang berbicara..

Kalau dulu...
Bagai Kacang Lupakan Kulit
SEKARANG..
Bagai Anjing Lupakan Kurap

KESIAN JAMAL BAJU MERAH....

Memang tak patut...sampai hati Noh Omar buat begini kepada Jamal Md Yunus.

Jika Nazri  Aziz cuba menjarakkan diri daripada Jamal dengan mengatakan tindakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu  bersama Gerakan Baju Merah tidak mewakili pendirian UMNO atau seperti Khairy Jamaluddin yang lebih tegas mahukan pihak polis mengambil tindakan terhadap anggota NGO itu yang terkait dengan aksi ganas, ia barangkali sesuatu yang biasa dan boleh diterima.

Tetapi, kenapa Noh Omar juga mahu menjarakkan dirinya daripada Jamal?
Bukanlah Jamal itu sahabat karibnya dan hubungan bagai "adik-abang"  antara kedua-dua mereka adalah sesuatu yang bukan rahsia dan sudah diketahui umum sejak dahulu lagi?

Tidak bolehkah Noh Omar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan memandangkan Jamal pula adalah salah seorang Ketua UMNO Bahagian di negeri itu, maka beliau menunjukkan lebih tanggungjawab dengan apa yang dilakukan Jamal bersama Gerakan Baju Merahnya?

Adakah hanya kerana Gerakan Baju Merah terkait dengan aksi ganas dan menjadi cemuhan masyarakat, lalu Noh Omar cuba lepas tangan?

Bagaimana agaknya jika dalam kes lain di mana Gerakan Baju Merah berbuat sesuatu yang menjadi pujian masyarakat, malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turut memberi kata-kata sanjungan, adakah Noh Omar juga akan mengatakan ia tidak ada kena-mengena dengan UMNO Selangor yang diketuainya?

Masalah kewangan pelajar di luar negara perlu penyelesaian komprehensif


Kejatuhan nilai ringgit memberi tekanan kepada pelajar kita di luar negaraKejatuhan nilai ringgit memberi tekanan kepada pelajar kita di luar negaraSatu pelan penyelesaian komprehensif perlu dirangka kerajaan bagi mengelakkan berulangnya, kes pelajar negara ini menghadapi masalah kewangan dalam pengajian mereka di luar negara.
Pengerusi Biro Pendidikan Persatuan Pribumi Perkasa Datuk Sirajuddin Salleh berkata ia termasuk menyediakan peruntukan khas pendidikan pelajar luar negara serta menamatkan pembekuan biasiswa Majlis Amanah Rakyat dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau berkata langkah itu perlu dilaksanakan segera bagi memastikan isu seperti melibatkan 150 pelajar Malaysia di Mesir yang menanggung hutang yuran tidak berlaku lagi.
"Perkara ini melibatkan masa hadapan generasi pewaris negara dan seharusnya diselesaikan secara menyeluruh bagi memastikan konsentrasi pelajar kita tidak terganggu.
"Masalah kewangan pelajar kita di luar negara terutama Mesir agak membimbangkan kerana difahamkan mereka tidak menerima sebarang bantuan pinjaman atau biasiswa pendidikan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sirajuddin berkata demikian merujuk kepada laporan media melibatkan kes 150 pelajar Malaysia di lapan universiti di Mesir berdepan risiko disingkirkan selepas menanggung hutang yuran sebanyak RM4.5 juta.

Amanah mahu rundingan dengan Pas ditentukan batas waktu


Salahuddin AyubSalahuddin Ayub
Parti Amanah Negara (Amanah) mengalu-galukan hasrat mana-mana pihak termasuk kenyataan terkini Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PBPM) Tun Mahadhir Mohamad yang berhasrat untuk terus memujuk Pas bersama parti-parti politik pembangkang di negara ini bagi bertanding menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.
"Amanah juga ingin mempertegaskan walaupun pintu rundingan sentiasa terbuka luas namum batas waktu perundingan mesti ditentukan supaya segala keputusan dan penentuan hala tuju kita dapat dimuktamadkan dengan segera," kata Naib Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, waktu masih ada untuk buktikan kepada rakyat negara ini bahawa kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk Pas.
"Ini sangat penting supaya biar rakyat faham dengan jelas dikemudian hari nanti parti manakah yang sebenarnya merosakan segala impian dan harapan untuk menolak Barisan Nasional," katanya.
Kekuatan sedia ada katanya, iaitu Pakatan Harapan dan Bersatu yang telah dibina dan mula mendapat keyakinan rakyat mestilah diperkukuhkan lagi sebagai asas untuk membina permuafakatan politik yang lebih besar.
"Saya sangat yakin dan percaya bahawa rakyat telah terdidik dan mempunyai maklumat yang cukup untuk memberikan sokongan kepada parti-parti politik yang telah jelas menzahirkan pendirian mereka untuk menentang kezaliman Barisan Nasional .
"Rakyat akan menolak parti yang bersengkokol dengan kezaliman Barisan Nasional walaupun berhempas pulas menyatakan mereka tidak bersama Barisan Nasional," katanya.

Amanah Perak sedia kerjasama dengan Bersatu untuk grand coalition

Pengerusi Amanah Perak, Asmuni AwiPengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi
Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bersama Pakatan Harapan bersedia menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru dilancarkan di negeri itu.
Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata, pihaknya bersama Pakatan Harapan akan memastikan satu ‘grand coalition’ yang disertai PPBM dan parti pembangkang lain terbentuk di negeri itu bagi menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14.
“Kerjasama Amanah dengan Bersatu akan dipupuk dengan cukup baik malah Amanah dan Pakatan Harapan telah pun memulakan langkah pertama dengan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Bersatu negeri Perak untuk perbincangan dan kerjasama tersebut” katanya kepada Malaysia Dateline.
Beliau berkata, semua parti pembangkang harus mengenepikan ego dan kepentingan parti masing-masing demi memastikan matlamat satu lawan satu dalam PRU14 terlaksana.
“Amanah minta parti-parti pembangkang ketepikan ego dan kepentingan parti masing-masing dan fokus kepada agenda menjatuhkan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang demi kepentingan rakyat,” katanya yang juga bendahari agung Amanah Nasional.
Penubuhan PPBM atau juga dikenali sebagai Bersatu di Perak dilancarkan di Seri Manjung Sabtu lalu dengan dihadiri pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan Perak.

TUN M: CASH IS KING


1. Wang (tunai) itu Raja. Maka ramailah yang menyembah Raja ini.

2. Wang boleh diperolehi secara halal melalui gaji, upah dan keuntungan perniagaan.
3. Tetapi wang juga boleh didapati melalui pencurian, penipuan dan rasuah. Wang yang didapati dengan cara ini tidak halal, bahkan haram. Sudah tentu perolehan ini salah dari segi undang-undang.

4. Al-Quran menyebut berkenaan dosanya perolehan secara haram seperti mencuri, menipu (apabila menjual beli) dan sogokan kepada hakim.

5. Islam tidak melarang kekayaan asalkan kekayaan itu datang dari punca yang halal. Zakat mesti ditunaikan dari kekayaan yang diperolehi. Amal jariah dan sedekah juga digalakan.

6. Jika kekayaan itu adalah hasil dari pencurian atau rasuah, apakah yang haram boleh dihalalkan dengan membayar zakat atau membiayai kerja haji?. Alim ulama perlu kaji dengan teliti dan beri pendapat mereka atau keluar fatwa.

7. Apakah pula jika zakat yang diwajibkan tidak dibayar sama sekali dari perolehan haram?. Sekali lagi kajian perlu dibuat oleh alim ulama secara jujur berpandu kepada Al-Quran dan hadith.

8. Namun ramai orang Islam yang sanggup menerima wang rasuah (haram) dari wang yang didapati secara haram. Kalau pun punca wang itu halal tetapi jika diguna untuk rasuah, untuk sogokan, wang yang diterima tetap haram. Ini tidak boleh ditakrif sebagai rezeki. Apa kata alim ulama.

9. Manusia tamak. Walaupun sudah kaya, sudah jadi jutawan, sudah mendapat perolehan yang banyak, tetapi jika berpeluang menambah kekayaan, manusia tidak menolak.

10. Jika penambahan ini halal puncanya, ia tidak dilarang, tidak haram, tidak berdosa, asalkan zakat dibayar dan sedekah dibuat.

11. Tetapi jika tambahan kekayaan ini datang dari punca yang haram, dari hasil pencurian atau sogokan, ia dilarang, haram dan berdosa.

12. Di antara pendapatan yang haram ini, tidak ada yang lebih buruk dari sogokan. Ia merosakan masyarakat dan menjadi beban yang berat kepada anggotanya. Kehidupan menjadi amat tidak selesa.

13. Biasanya yang terlibat dengan jenayah sogokan ialah mereka yang berkuasa atau memiliki pengaruh yang amat berkesan. Lebih tinggi kuasa atau lebih besar pengaruh maka lebih besarlah sogokan. Tidak ada yang terlalu tinggi yang tidak boleh disogok. Hanya yang boleh membendung nafsu sahaja yang selamat dari rasuah.

SPRM tiada kuasa mulakan pendakwaan - Akhbar Satar

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar SatarSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya berperanan untuk menyiasat kes melibatkan rasuah malah badan itu juga tidak mempunyai kuasa bagi memulakan sebarang pendakwaan.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata, banyak pihak tidak menyedari mengenai perkara tersebut malah dalam hal pendakwaan, hanya Jabatan Peguam yang mempunyai kuasa berkenaan.
“Ramai yang percaya bahawa SPRM terpilih dalam pendakwaan terutamanya kes yang melibatkan ahli-ahli politik namun ini adalah tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu kata Akhbar, Peguam Negara seharusnya adil dalam hal ini dan tidak hanya membuat keputusan secara selektif.
Beliau berkata, Peguam Negara perlu memainkan peranan untuk tidak terlibat dalam politik bagi mengelakkan mana-mana pihak meragui keputusan dibuat demi kepentingan negara.
“Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah negeri, atau mahkamah tentera,” katanya.
Baru-baru ini, SPRM menjumpai sejumlah wang tunai di dalam sebuah rumah salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dalam serbuan ke rumahnya.
Dalam pada itu, Akhbar memaklumkan bahawa SPRM perlu membasmi gejala rasuah secara serius bagi meningkatkan kredibiliti, sokongan dan keyakinan orang ramai terhadap badan itu.
Beliau berkata, SPRM perlu melaksanakan komitmennya dalam menjalankan siasatan secara telus dan profesional tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Demonstrasi hanya bazir sumber pasukan keselamatan - Nur Jazlan


Nur Jazlan

MELAKA - Tindakan sesetengah pihak mengadakan demonstrasi di negara ini hanya membazirkan sumber pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya digunakan untuk menjaga keselamatan negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.  
Beliau berkata, apabila pihak tersebut mengadakan demonstrasi, pihak berkuasa terpaksa menghabiskan sember seperti kos, masa dan tenaga bagi mengawal kegiatan itu daripada menjadi bertambah buruk.  
Justeru beliau menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam penganjuran demonstrasi supaya menghentikan kegiatan itu yang jelas bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.  
"Jadi kalau mereka tidak membuat demonstrasi, pasukan keselamatan pun tidak perlu campur tangan. Masalahnya apabila pasukan keselamatan membuat kerja mereka (untuk menjaga keselamatan semasa demonstrasi), kedua-dua pihak 'complain' (merungut)," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.  
Terdahulu beliau merasmikan Persidangan Antarabangsa Bandaraya Asia Mencegah Dadah (ICCE-ASCAD) Ketujuh selama lima hari bermula hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Abd Halim Husin.

Jangan kaitkan Perkasa dengan PPBM, kata Ibrahim Ali

Sebarang penyertaan ke dalam parti yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad atas kapasiti individu
ibrahim-ali-PPBMPETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali mengingatkan semua pihak untuk tidak mengaitkan Perkasa dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang diasaskan penasihat gerakan Melayu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presiden Perkasa menjelaskan penyertaan ahli ke dalam parti itu tidak mewakili pendirian atau sokongan gerakannya, kerana ia dibuat atas kapasiti individu.
“Ahli yang menyertai PPBM tidak perlu sebut ahli Perkasa kerana itu hak peribadi.
“Jika mereka keluar parti pun atas nama individu, tak perlu sebut Perkasa,” katanya kepada FMT.
Perkembangan mutakhir ini menyaksikan beberapa pemimpin gerakan seperti Yang Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya melepaskan jawatan dan menyertai parti Dr Mahathir.
Abu mendakwa pengikutnya dalam Perkasa akan mengikut jejaknya kerana percaya parti itu satu-satunya parti yang meneruskan perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan negara.
Ibrahim berkata belum ada ada ahli Perkasa meletakkan keahlian setakat ini.
Beliau turut menjawab kecaman DAP terhadap ahli Perkasa yang menyertai PPBM. Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng menyifatkan mereka sebagai ‘katak politik’ dan mengancam akan menolak semua kerjasama dengan golongan itu.
“Dalam DAP pun ada ‘katak’. Contohnya Dr Abdul Aziz Bari yang daripada PKR masuk DAP. Pemimpin Amanah semuanya ‘katak’ daripada PAS. Dalam PKR pun ada ‘katak’.
“Sekarang ‘katak’ ada di mana-mana. Sungguh lucu dan aneh DAP,” kata Ibrahim.

Ops Water: 127 geran dirampas daripada timbalan pengarah dianggarkan RM30j

SPRM ambil keterangan daripada 40 orang saksi termasuk anggota keluarga timbalan pengarah terbabit dan pekerja syarikat yang terlibat
macc-sabah
KOTA KINABALU: Nilai 127 geran tanah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan pada 4 Oktober lalu dianggarkan RM30 juta.
Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berkata antara geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah berkenaan termasuk yang berstatus tanah perumahan, pertanian dan juga komersial di beberapa lokasi di Sabah.
“SPRM juga telah menerima maklumat berhubung beberapa akaun bank milik kedua suspek (pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan itu) di 3 buah negara, yang mana siasatan mendapati lebih RM30 juta telah dipindahkan ke akaun-akaun mereka.
“Maklumat awal mendapati, pengarah tersebut telah memindahkan wang lebih kurang RM1 juta ke akaunnya di luar negara manakala bakinya ialah milik timbalan pengarah tersebut,” menurut sumber berkenaan, di sini hari ini.
Sementara itu, menurut sumber berkenaan, setakat hari ini, SPRM merakam percakapan 40 orang saksi berhubung siasatan Ops Water.
Menurutnya mereka yang dirakam percakapan hari ini merupakan anggota keluarga timbalan pengarah itu, pekerja beberapa syarikat yang dipercayai terlibat secara langsung dalam beberapa projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion.
Sumber berkenaan juga menyebut bahawa SPRM dijangka memohon untuk menyambung reman kesemua suspek yang tempoh reman mereka tamat esok.
Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan yang sedang dijalankan.
Pada 4 Okt lalu, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini serta merampas RM114.5 juta daripada mereka, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur.
Ia juga adalah kes terbesar dalam sejarah SPRM.

Adakah semua kesalahan terampun jika bantu Melayu, soal peguam

Art Harun pertikaikan pemikiran sesetengah orang yang bingkas pertahan speaker motivasi Azizan Osman yang dikatakan berbohong mengenai kelayakannya
Art-Harun
PETALING JAYA: Peguam Azhar Harun bingung melihat tindakan segelintir orang Melayu pertahankan speaker motivasi Azizan Osman, yang “memperdaya, jika tidak menipu” kepada orang ramai mengenai kesahihan ijazah kedoktorannya.
Azhar, yang lebih dikenali sebagai Art Harun, menulis di Facebook hari ini mengulas reaksi orang ramai, terutamanya segelintir orang Melayu terhadap kenyataan rasmi 3 universiti tempatan dan 1 dari United Kingdom yang nafi menganugerahkan ijazah kedoktoran kepada Azizan.
“Mereka (puak segelintir) berhujah kita boleh ketepikan hakikat yang dia perdaya orang ramai kerana dia sudah membantu ribuan orang Melayu.
“Hujah ini menyingkap pemikiran sebenar segelintir orang Melayu. Tidak apa berbohong kerana dia sudah bantu orang kita,” kata Art membidas sikap sesetengah pihak yang pertahankan Azizan di media sosial.
Art percaya mentaliti yang sama boleh diguna pakai untuk menggambarkan lanskap politik negara.
“Patutlah ada orang Melayu mengizinkan pemimpin yang korup dan menyeleweng memegang jawatan awam tertentu dan menganggap kemudahan awam seolah kepunyaan peribadi, kerana mereka sudah ‘bantu orang Melayu’,” tambahnya.
Peguam itu berpendapat pemikiran yang serupa barangkali menjelaskan amalan mengahwinkan mangsa pemerkosaan dengan pemangsa mereka.
“Dalam senario perogol, barangkali tidak mengapa dia merogol mangsanya kerana sekarang dia bersetuju untuk ‘bantu’ mangsa dengan mengahwininya.
“Seolah elok untuk mereka berkahwin kerana perogol sudah memohon maaf dan bersetuju untuk pulihkan maruah mangsanya,” kata Art.
Beliau sempat berseloroh dengan berkata sekarang ini semua kesalahan “tidak diendahkan atau dimaafkan” hanya dengan “bantu orang Melayu”.
Mengecam pemikiran simplistik itu, Art berkata, “dengan ini, saya berikrar untuk membantu orang Melayu mulai hari ini.”

Mahathir kesal pengundi disogok waktu pilihan raya


Tun Mahathir MohamadTun Mahathir MohamadBekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengecam golongan yang percaya bahawa wang itu raja.
"Daif atau kaya, wang boleh mempengaruhi pendirian. Bangsa, agama, negara boleh dijual jika sogokan setanding dengan ketamakan," katanya dalam blog chedet.cc dengan entri bertajuk "Cash is King".
Dalam pilihanraya kecil baru-baru ini katanya, ramai pengundi menerima wang dan alatan elektrik untuk dapur.
"Mereka anggap ini adalah rezeki mereka.
"Sebenarnya ini bukan rezeki. Pemberian ini ialah sogokan untuk mendapat undi mereka. Penerimaan oleh mereka ialah berdosa. Samada mereka beri atau tidak beri undi menerima, sogokan masih berdosa," katanya.
Dalam PRU 14 kata beliau, duit haram ini akan ditabur dengan lebih banyak.
"Tabung untuk sogokan ini sudah pun diadakan oleh pihak tertentu dari punca yang haram.
"Penerima harus tahu duit ini duit haram dan menerima sogokan juga berdosa.
Menurutnya jika ingin beri duit kepada yang daif, buat sedekah dari sekarang.
"Tetapi sedekah patut dibuat dengan duit yang halal.
"Ada Kerajaan Negeri yang meringankan tanggungjawab mereka yang miskin dengan duit halal.
"Alhamdulillah. Inilah cara yang terbaik..
Baginya menyembah wang tunai sebagai Raja yang boleh menjayakan apa sahaja yang dikejar, menyembah wang sehingga sanggup berdosa dengan melakukan jenayah rasuah bukan perbuatan yang sejajar dengan ajaran Islam atau pun agama-agama lain.

Berikut adalah teks penuh tulisan beliau:
Cash is King

Wang (tunai) itu Raja. Maka ramailah yang menyembah Raja ini. Wang boleh diperolehi secara halal melalui gaji, upah dan keuntungan perniagaan.
Tetapi wang juga boleh didapati melalui pencurian, penipuan dan rasuah. Wang yang didapati dengan cara ini tidak halal, bahkan haram. Sudah tentu perolehan ini salah dari segi undang-undang.
Al-Quran menyebut berkenaan dosanya perolehan secara haram seperti mencuri, menipu (apabila menjual beli) dan sogokan kepada hakim.
Islam tidak melarang kekayaan asalkan kekayaan itu datang dari punca yang halal. Zakat mesti ditunaikan dari kekayaan yang diperolehi. Amal jariah dan sedekah juga digalakan.
Jika kekayaan itu adalah hasil dari pencurian atau rasuah, apakah yang haram boleh dihalalkan dengan membayar zakat atau membiayai kerja haji?. Alim ulama perlu kaji dengan teliti dan beri pendapat mereka atau keluar fatwa.

Umno diminta ambil tindakan terhadap Jamal


Umno diminta ambil tindakan terhadap Jamal

IPOH - Umno perlu mengambil tindakan terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang didakwa menjadi dalang kepada provokasi semasa Konvoi Bersih 5 di Sabak Bernam, 8 Oktober lalu.
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Mohd Fitri Asmuni berkata, tindakan tegas perlu dikenakan bagi menjadi pengajaran dan tauladan kepada ahli Umno lain supaya tidak melakukan perkara sama.
"Dalam salah satu manifesto BN pada 2013 adalah memberi jaminan terhadap keselamatan dan ketenteraman awam. Jadi, insiden yang berlaku ini jelas bertentangan dengan apa yang dijanjikan.
"Selaku ketua Umno bahagian dan ketua yang menggerakkan kumpulan baju merah ini, kami mahu tindakan tegas diambil atas kebiadapan yang telah dilakukannya terhadap orang awam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Wisma Amanah Perak, di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Pemuda Amanah Perak, Safarizal Saleh dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Amanah Perak, Saqif Ansorullah.
Terdahulu, insiden di Sabak Bernam itu dilaporkan berlaku melibatkan seorang pemuda bermotosikal berkuasa tinggi memakai baju Bersih 5 yang diserang segelintir penyokong kumpulan baju merah.
Menurut beliau, pihaknya bukan sahaja kesal dengan provokasi dan serangan fizikal yang berlaku malah mempersoalkan tindakan Jamal yang menganggu perjalanan konvoi Bersih 5 itu.

Ramkarpal nafi parti pembangkang tidak boleh bekerjasama

Ahli Parlimen Bukit Gelugor akui sukar untuk menyatukan PAS dengan Pakatan Harapan, lantaran agenda dan ideologi yang berbeza.
ramkarpal-mahathir
PETALING JAYA: Pemimpin DAP Ramkarpal Singh membidas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa pakatan pembangkang tidak mampu bekerjasama.
“Untuk mengatakan parti pembangkang hanya mementingkan diri adalah tidak betul sepenuhnya.
“Kita harus ingat PAS bukan lagi dalam Pakatan Harapan. Jadi, kita tak lagi berbincang dengan PAS. Saya rasa beliau (Mahathir) merujuk kepada PAS,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau menambah sejak PAS tidak lagi menganggotai pakatan pembangkang, parti lain seperti PKR, DAP dan Amanah bekerjasama dengan rapat di negeri yang ditadbir, seperti Pulau Pinang dan Selangor.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor menjawab kenyatan Mahathir, yang mengakui sukar untuk menewaskan BN kerana parti pembangkang tidak boleh bersatu.
Ramkarpal berkata sukar untuk menyatukan PAS dengan Pakatan Harapan, lantaran agenda dan ideologi yang berbeza.
“Jelas sekali PAS mempunyai agenda tersendiri yang tidak boleh disesuaikan dengan parti lain dalam Pakatan.
“Mereka (PAS) jelas menyatakan ia mahukan hudud dan tidak boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapan.”
Penganalisis politik Sivamurugan Pandian berkata DAP dan PAS perlu mencari titik persamaan.
“DAP dan PAS tidak jumpa titik persamaan dan sebab itu mereka tak dapat selesaikan isu ideologi antara mereka.
“Itu lebih utama daripada sekadar menggulingkan kerajaan sedia ada.”
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkongsi pendapat serupa.
“Dakwaan itu tidak benar kerana kami bekerjasama dengan baik dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013,” katanya kepada FMT melalui WhatsApp.
Bagaimanapun, wakil rakyat DAP akui parti pembangkang wajib membentuk barisan yang bersatu untuk berdepan BN pada pilihan raya umum nanti.

'Adakah cadangan ADUN Jorak akan jadi dasar BERSATU?'

DAP Johor mempersoalkan sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan membuat dasar agar kerajaan melucutkan kewarganegaraan mereka yang tidak mahir dalam bahasa kebangsaan jika berkuasa kelak.

Ini berikutan cadangan ADUN Jorak Shahruddin Salleh berhubung perkara itu dua tahun lalu dan kini beliau dilantik sebagai setiausaha agung parti baru itu Khamis lepas.

"Setiausaha agung BERSATU telah beberapa kali mengulangi bahawa semua pelajar termasuk orang Melayu yang gagal dalam Bahasa Malaysia perlu dilucutkan kewarganegaraan mereka.

"Adakah ini akan menjadi dasar baru BERSATU apabila ia berkuasa? Bolehkah kita bekerja bersama-sama dengan semua retorik fanatik ini?

"Kami menyokong (Ketua Umum PKR) Anwar Ibrahim kerana PKR adalah sebuah parti pelbagai kaum dengan majoriti Melayu untuk semua rakyat Malaysia," kata kenyataan itu hari ini.

Shahruddin berpaling tadah dari UMNO kepada BERSATU minggu lepas dan selepas itu dipecat daripada jawatannya sebagai pengerusi Institut Terjemahan & Pengerusi Buku (ITBM).
Beliau telah menyebabkan kekecohan dalam Dewan Undangan Negeri Johor dua tahun lalu apabila mencadangkan kerajaan menjalankan ujian khas untuk bahasa Melayu.

MCMC 'tutup mulut' Jamal?

Selepas mengeluarkan kenyataan dililhat banyak pihak berbaur hasutan kini 'mulut' ketua gerakan baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos bagaikan ditutup.
Semuanya kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menutup akaun Facebook yang mempunyai kaitan atau menggunakan nama ketua Umno Sungai Besar itu.
"Semua akaun FB yang menyerupai akaun saya Jamal Md Yunos atau JamalYunos serta yang ada gambar saya, termasuk FB original saya ditutup oleh pihak FB dan MCMC semenjak malam tadi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Bagaimanapun semakan Malaysiakini sebentar tadi masih ada beberapa akaun menggunakan nama beliau masih boleh diakses.
Antaranya, https://www.facebook.com/DatoJamalMdYunos/?fref=ts dan https://www.facebook.com/datojamal.yunus?fref=ts&hc_location=ufi.
Beliau yang semakin popular sejak akhir-akhir ini ekoran kemunculannya bersama kumpulan baju merah mendepani penyokong BERSIH berkata akaun asli miliknya dipercayai akan dapat diaktifkan semula tidak lama lagi.
Kata Jamal, akaun berkenaan - yang didakwa beliau miliknya yang sebenar - tidak boleh dikemas kini selama tiga hari.
Malam tadi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis menjalankan siasatan ke atas Jamal ekoran kenyataan di satu akaun Facebook di bawah nama "Dato Jamal Yunos" dianggap menghasut.
Jamal bagaimanapun mendakwa kenyataan yang turut mengaitkan insiden 13 Mei dan "parang terbang" itu dipalsukan.
Belau juga menuding jari kepada DAP sebagai dalang pemalsuan berkenaan.
Sehubungan itu malam tadi satu laporan polis telah dibuat Presiden Pertubuhan Mesra Setiakawan Malaysia (PMSM), Mohd Azli Jaafar di Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam.
Aduan juga dibuat kepada MCMC.
Laporan menyebut posting didakwa palsu oleh Jamal itu mendapat reaksi agak luar biasa iaitu 2.8 juta like, 4.8 juta komen dan 6,209 perkongsian.
Mengulas lanjut Jamal tetap positif dengan penutupan akaun Facebook beliau.
Katanya, dengan penutupan oleh MCMC itu kebenaran akan terbukti dan pada akhirnya keadilan akan berpihak kepada beliau.

Anwar Bimbang Tahap Rasuah Negara

Tun M cakap pasal duit haram dalam PRU14

Biker BERSIH 5 kena "terajang baju merah" ucap terima kasih pada polis trafik

"Kita Lawan" : Mahkamah perintah tujuh individu termasuk tiga MP dibicara

Adam Adli dikerumuni wartawanAdam Adli dikerumuni wartawan
Mahkamah Persekutuan memerintahkan tujuh individu termasuk tiga anggota Parlimen (MP) dibicara terlebih dahulu bagi pertuduhan menyertai perhimpunan protes jalanan sebelum mereka boleh mengemukakan permohonan untuk mencabar perlembagaan di mahkamah itu (Mahkamah Persekutuan).
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim mahu mereka dibicarakan untuk membolehkan Mahkamah Majistret mendapatkan fakta mengenai sama ada protes jalanan telah berlangsung atau tidak.
"Bagi diri saya, perkara ini adalah bersifat akademik. Kembali semula ke mahkamah rendah dan biar pihak pendakwaan buktikan terlebih dahulu bahawa protes jalanan telah berlangsung, kemudian kembali semula kepada kami. Kami akan dengar hujahan anda.
"Jika mereka dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen (pada akhir kes pihak pendakwaan) dengan itu, tiada apa untuk dicabar," kata Arifin.
Beliau berkata individu berkenaan bebas memfailkan rujukan untuk mencabar perlembagaan berkaitan protes jalanan, sebaik sahaja Mahkamah Sesyen memperoleh dapatan dan membuat keputusan berhubung isu itu.
Arifin tidak membuat sebarang keputusan berhubung permohonan rujukan yang dikemukakan oleh tujuh individu berkenaan.
Individu terbabit ialah Adam Adli Abdul Halim dan Mohd Fariz Abd Talib @ Musa, pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, anggota jawatankuasa Bersih 2.0 Mandeep Singh, MP Bayan Baru Sim Tze Tzin, MP Bandar Kuching Chong Chieng Jen dan MP Stampin Julian Tan Kok Ping.
Mereka masing-masing menghadapi pertuduhan menyertai perhimpunan 'Kita Lawan' dari kompleks beli-belah Sogo melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 28 Feb dan Jalan Tun Perak pada 28 Mac, kedua-duanya tahun lepas dan perhimpunan Bersih 4 di Kuching pada 29 Ogos, tahun lepas mengikut Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA).

Surat terbuka kepada Ketua Polis Negara dan PDRM


Tan Sri Ketua Polis Negara dan PDRM,
Saya menulis surat terbuka ini bagi mendapat jawapan kepada beberapa kerunsingan orang ramai terhadap perilaku anggota Umno berbaju merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos.
lip eng ketua polis negara pdrmPertamanya, kenapa Jamal dan ketua-ketua samseng baju merah tidak ditahan dalam lokap sementara menunggu pertuduhan jenayah di mahkamah seperti yang biasa dilakukan terhadap orang awam yang didakwa melakukan kekerasan dan intimidasi jenayah?
Adakah laporan media dan rakaman video gelagat samseng budak-budak Jamal terhadap peserta konvoi Bersih 5 sepanjang dua minggu lalu palsu belaka?
Adakah rakyat sekarang boleh meniru aksi serangan samseng baju merah tersebut ke atas peserta konvoi Bersih 5, seperti menendang kereta, merosakkan cermin sisi kereta dan mencederakan serta mengugut orang lain di hadapan mata anggota polis tanpa risau akan ditangkap?
Atau adakah ini satu keistimewaan yang dikurniakan kepada samseng baju merah yang melakukannya atas nama Umno?
Adakah saya atau siapa-siapa sahaja kini dibenarkan undang-undang untuk menuduh sesebuah organisasi telah diresapi anasir Da’esh berdasarkan khabar angin seperti yang dilakukan oleh Jamal terhadap Bersih?
Adakah saya juga kini boleh membuat tuduhan liar terhadap sesiapa sahaja, contohnya terhadap Ketua Polis Negara dan Jamal, kononnya telah mengupah pengikut-pengikut untuk memalsukan akaun Facebook saya di mana saya mengulangi ugutan rusuhan kaum 13 Mei; sepertimana Jamal telah menuduh DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam hal akaun yang didakwa palsu oleh Jamal semalam?
Jamal telah menulis di akaun Facebook beliau: “Ini mesti LGE DAP Ketua Menteri P.Pinang yang mengupah budak-budaknya memalsukan akaun FB saya.”
Jika saya membuat tuduhan tidak berasas terhadap Tan Sri Khalid Abu Bakar, adakah Tan Sri akan terus mengeluarkan arahan tangkapan melalui Twitter supaya saya diberkas kerana fitnah jenayah, kutukan dan caci maki terhadap reputasi baik Tan Sri?
Yang benar,
LIM LIP ENG
Ahli Parlimen Segambut

DAP konsisten isu hudud sejak Pakatan Rakyat, DAPSY jawab Fadhli Shaari


SHAH ALAM, 10 OKT: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini menyangkal dakwaan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari bahawa kononnya DAP tidak berpinsip dan anti-Islam serta menyifatkan ia sebagai amat dangkal dan jumud.
shakir pas“DAP sejak sebelum pembentukan Pakatan Rakyat sudah menyatakan tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di Malaysia kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kita setuju ia antara persoalan besar wacana Islam, namun ia harus dibahaskan dalam konteks masyarakat dan sistem politik di Malaysia bagi menjamin keadilan bagi semua pihak,” ujar Setiausaha Eksekutif DAPSY, Muhammad Shakir Ameer dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, adalah tidak adil untuk menghukum semua pihak yang mempersoalkan pelaksanaan hudud sebagai sesat dan anti-Islam kerana sarjana Islam sendiri memiliki pelbagai pandangan berhubung hukum tersebut.
Fadhli baru-baru ini dilaporkan berkata DAP anti-Islam dan tidak berprinsip kerana menyokong agenda hudud yang diperjuangkan PAS satu ketika dahulu, tetapi kini berubah dan membantah rang undang-undang pindaan Akta 355 yang mahu meningkatkan kuasa mahkamah syariah.
Membalas kenyataan itu, Shakir berkata, pendirian DAP dalam isu hudud selama ini konsisten, namun ia dipersetujui oleh PAS semasa gabungan Pakatan Rakyat. Malah, DAP dan PAS bekerjasama atas dasar yang dipersetujui bersama.
“Semasa Pakatan Rakyat wujud, DAP bertungkus-lumus meraih sokongan untuk PAS dari golongan bukan-Islam. Kerjasama antara DAP dan PAS pada masa itu amat harmoni sehingga ada golongan Cina dan India memakai baju atau topi dengan logo PAS.
“Kita juga dihentam teruk oleh parti-parti BN seperti Gerakan dan MCA kerana bekerjasama dengan PAS, tetapi kita terus menyokong parti itu,” katanya.
Beliau menambah, hasil persahabatan dan kerjasama politik di antara PAS dan DAP telah membolehkan PAS memenangi lebih kerusi terutama di negeri Selangor atas sokongan pengundi bukan-Islam.

Tanpa Amanah, 1-lawan-1 bukan jadi isu, kata PAS

Pertandingan 1 lawan 1 tetap boleh berlaku pada pilihan raya umum akan datang dengan syarat Amanah tidak meletakkan calon di kerusi PAS bertanding, kata Setiausaha Agung PAS.
Takiyuddin-Hassan_amanah_pas_600PETALING JAYA: PAS hari ini berkata tidak timbul isu satu-lawan-satu memastikan pembangkang menentang Barisan Nasional (BN), selagi Amanah tidak bertanding di kawasan di mana calon PAS bertanding.
“Masalahnya, Amanah masuk juga pertandingan itu. Kalau Amanah tidak masuk, bermakna kita akan ada ‘straight fight’,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kepada FMT.
“Untuk mengharapkan PAS keluar, memang tidak boleh kerana itu memang kerusi kita. Kalau itu kerusi PKR atau DAP sudah tentu kita tidak masuk, seperti di PRK Teluk Intan,” katanya.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad sebelum ini meluahkan rasa tidak yakin pertandingan satu-lawan-satu pada PRU boleh direalisasikan selagi PAS tidak melihat BN sebagai musuh utama.
Bekas pemimpin PAS itu menganggap PAS tidak mempunyai masalah sekiranya BN terus membentuk kerajaan.
Takiyuddin bagaimanapun menolak dakwaan PAS mesra dengan BN, sebaliknya berkata mereka masih bermusuh walaupun parti Islam itu enggan menyertai perhimpunan Bersih 5 pada bulan depan bagi menggesa pengunduran Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, PAS masih kekal parti pembangkang dan ini dibuktikan apabila ia bertanding menentang BN dalam 2 pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Parti kerajaan adalah musuh utama kita termasuk Umno. Jika tidak, kita tidak jadi parti pembangkang, kita jadi parti mesra Umno atau parti bersama pemerintah.
“Bermula dari awal penubuhan PAS, kita tidak pernah menyertai kerajaan kecuali semasa tahun 1974. Selepas itu kita jadi parti pembangkang, sama ada kita bertanding solo atau bersama parti lain,” kata Takiyuddin.

UMNO TIDAK BERMIMPI LAGI DI KELANTAN?


Umno Kelantan akan mengadakan konvensyen tahunan pada 15 Oktober ini. Sekali lagi tema yang di pilihan “PRU14 Kelantan Milik BN? Jikalau tidak salah tajuk ini juga menjadi tema konvensyen tahun lepas. 
Tajuk atau tema itu menampakkan UBN Kelantan optimis sekali akan membentuk kerajaan selepas Piraum 14 kelak. Dengan memberi fokus kepada iltizam itu mungkin ia mampu membangkitkan semangat ahli, penyokong dan rakyat Kelantan untuk menukar tampuk kerajaan Kelantan. Tema itu bisa mengasak ahli-ahli dan penyokong UBN agar bergerak ke arah menjadi kerajaan di Kelantan.
Apakah unjuran yang diletakkan oleh UBN sehingga ia yakin akan menumbangkan kerajaan Pas Kelantan? Tentu UBN ada strategi dan rahsia tersendiri dalam perkara ini. Ia menarik untuk kita jenguk melihat kemungkinan ini dengan membuat perkiraan dari luar kerahsiaan parti berkenaan. Apakah harapan UBN itu sebuah realiti atau pun ia masih merupakan igauan berpanjangan?
Ketiadaan Nik Aziz dan Husam.
Ketiadaan Nik Aziz dan Husam untungkan UBN.
Lama sebelum ini UBN mengimpikan akan menawan Kelantan selepas Pas kehilangan kepimpinan spiritual mereka, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Para pemimin UBN yakin kalau Pas tidak lagi dipimpin oleh murabbi ummah itu mereka akan mampu untuk menewaskan Pas. UBN percaya kekuatan Pas Kelantan bukan kepada pencapaian dalam kerajaan tetapi kerana ketokohan Nik Aziz sebagai tokguru dan ilmuan terulung. Ketaksuban kepada Nik Aziz mengemaskan undi kepada Pas.
Ketokohan Nik Aziz dalam bidang itu tidak tertanding oleh UBN. UBN tidak berjaya memacakkan seorang yang setanding dengan bekas Mursyidul Am itu. Walaupun UBN telah berusaha mengirimkan beberapa tokoh agama ke Kelantan bagi menyaingi pengaruh Nik Aziz, namun ia tetap tidak berhasil. Tokoh-tokoh itu malangnya terkulai begitu sahaja mati sebelum dipanggang.
Beberapa pensiun dari Pusat Islam atau kini dikenali dengan Jabatan Hal Ehawal Kemajuan Islam (Jakim) seperti Zainal Abidin Abdul Kadir, (bekas pengarahnya) Che Min Che Mat, Mustapa Toib dan lain-lain pernah dihantar untuk menyaingi pengaruh Nik Aziz tetapi tidak berjaya. Malahan tokoh-tokoh itu membuat cemar pula kepada UBN dengan sikap sarkastik mereka terhadap Nik Aziz. 
UBN sangat menyedari akan hal ini. Tokoh-tokoh profesional dari berbagai-bagai bidang tidak berjaya mengatasi kehebatan Nik Aziz. Antara tokoh-tokoh profesional yang dipertaruhkan UBN termasuklah Awang Adek Husin, bekas naib Gebenur Bank Negara, Apandi Ali, serta Mustapa Mohamed sendiri yang pakar dalam bidang ekonomi.
Kini Nik Aziz sudah pun lebih setahun meninggalkan dunia dan menyerahkan khazanah kerajaan Pas Kelantan kepada Ahmad Yakob. Ahmad dianggap tidak setanding dengan Nik Aziz. Beliau hanya seorang ustaz yang kerjayanya sebagai guru tanpa apa-apa ketrampilan yang spesifik. Kemunculan Ahmad dalam Pas tidak sama dengan kemunculan Nik Aziz, yang sebelum dibawa turun ke Kelantan (1982) Nik Aziz sudah mencipta nama dalam gelanggang Pas sebagai Ketua Dewan Ulama.
Malahan kehadiran Ahmad itu sendiri sebagai TMB kemudian menjadi MB adalah atas nasib kerana ketika itu Pas berhadapan dengan TMB sedia ada Abdul Halim Abdul Rahman yang dikatakan cuba mengkhianti kepimpinan tokguru dengan mahu merampas kerusi MB. Ahmad adalah penanggung jawatan itu menerusi nasib bukan karismatiknya ditambah dengan politik khianat dalam Pas.
Justeru dalam perkiraan UBN Ahmad bukan ancaman atau pokok keramat kepada mereka. UBN tidak merasa “seriau” dengan Ahmad. Bahkan Ahmad boleh dijinakkan dengan berjanji untuk mengatasi masalahnya. Sebaliknya orang yang digeruni UBN ialah Husam Musa exco kanan yang dicanang bakal mengambil alih kepimpinan kerajaan Kelantan daripada Nik Aziz. Kalau MB Kelantan kini dipegang Husam mungkin konvensyen Umno ditukar kepada mauduk lain?
Ini kerana UBN dapat merasakan Husamlah orang yang menjana politik Kelantan dan antara pemain utama dan arkitek menjadikan kerajaan Pas Kelantan sebuah kerajaan mirip Islam progresif. Beberapa projek atau idea ditetaskan Adun Salor itu khasnya dalam soal pembangunan sosial, ekonomi dan kebajikan rakyat disenangi oleh orang ramai yang sekaligus menjadi beliau popular.
Jadi apabila Husam tidak lagi bersama Pas, UBN semacam bernasib baik mereka hilang kedua orang yang membayangi mereka selama ini. Lebih menarik dan dikira menguntungkan UBN lagi, selain mereka terselamat dari berdepan dengan kedua-dua mereka itu perkembangan dan senario politik Pas Kelantan kini juga memihak kepada mereka.
Sikap rakyat Kelantan.


Apa yang berlaku itu kemujuran kepada UBN kerana perubahan itu yang kesekian lama dinantikan. Sebenarnya bukan itu sahaja fenomena yang menghalang UBN untuk tawan Kelantan. Sikap rakyat Kelantan yang setia dengan Pas dan sukar untuk melupainya menyebabkan UBN payah untuk menguasai Kelantan. Kelantan dikenali sebagai kubu Pas sejak tahun 1959.
Dalam neraca politik orang Kelantan mereka menimbang dua parti sahaja, kalau tidak Umno, Pas. Sebab itu kedua-dua parti itu sudah bertukar ganti memerintah Kelantan. Dalam membuat pemilihan dan pertimbangan ini mereka melihat kepada beberapa faktor berkaitan dalam kedua parti itu. 
Antaranya ialah komitmen dan ketokohan (saksiah) pemimpin parti-parti berkenaan. Soal “deliver”  sesebuah kerajaan itu tidak begitu penting buat mereka kerana sikap orang Kelantan yang qanaah menerima apa sahaja yang ada. Didikan dan dogma agama yang fanatik menjadikan mereka bersikap demikian. Rela dan redha.
Dari segi komitmen yang dilihat ialah untuk melaksanakan Islam di Kelantan. Mereka mahu Kelantan yang dijolok dengan nama Serambi Makkah dikekalkan. Walaupun kehidupan dan sistem digunapakai tidak mencerminkan Islam 100%, tetapi cukup kalau nama itu dipertahankan. Mereka sangat obses dengan perkataan Islam. Misalnya Kota Bharu digelar Bandaraya Islam tetapi dari segi pencapaian dan praktikalnya jauh “jelek”
Mengenai tokoh atau latar pemimpin yang dilihat ialah keperibadian dan latar belakang. Jika seseorang itu berkelulusan agama, berpakaian budaya Arab, juban dan serban, ada janggut walaupun tak ada misai, menjadi minat mereka walaupun keperibadian tokoh berkenaan boleh dipertikaikan. Mereka sangat mempercayai kepada gambaran saksiah demikian kerana mereka kuat dipengaruhi persekitaran keagamaan. Watak-watak dan peribadi demikian disumbat ke dalam kepala mereka sebagai ahli jannah. Walhal rupa bentuk itu tidak merupakan sifat diterangkan agama dan jaminan ahli syurga. 

Itulah dua perkara yang diperhati oleh rakyat Kelantan di samping itu persepsi Pas sebagai parti Islam manakala Umno sebagai parti sekular menjadi “neraca budi” buat mereka walaupun hakikatnya tidak begitu. 
 
Nah, hari ini sesuai dengan perubahan masa dan anjakan zaman, tanggapan begitu sudah tidak ada lagi. Rakyat Kelantan atau pengundi muda kini sudah banyak berubah dan mereka mempunyai kompas tersendiri. Bagi mereka warna pakaian dan hanya mendengar janji di atas kertas bukan menjadi perhitungan mereka sangat. Generasi atau pengundi hari ini mahu melihat kenyataan atau hasil yang dibawa. Maka beberapa perubahan ini memberi kelabaan kepada UBN.

SPRM perlu buru ahli politik, gesa Transparency Malaysia

Menurut statistik SPRM, hanya 2 ahli politik ditahan pada 2015 dan 2 lagi setakat Oktober tahun ini.
Akhbar Satar
KUALA LUMPUR: Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memburu ahli politik juga, susulan tangkapan berprofil tinggi beberapa penjawat awam mutakhir ini.
Badan pemantau ketelusan itu memetik statistik SPRM yang menunjukkan hanya 2 ahli politik ditahan daripada 670 orang pada 2015 dan 2 lagi setakat Oktober tahun ini.
“Kebanyakan kes ini barangkali bukan kes berprofil tinggi,” kata Presiden TI-M Datuk Akhbar Satar dalam satu kenyataan. “Mereka tidak disiarkan di media.”
Katanya tinjauan Barometer Rasuah Malaysia 2014 menunjukkan parti politik paling korup di Malaysia, diikuti polis dan penjawat awam.
“Orang ramai tidak percaya ahli politik ada integriti, telus mahupun bertanggungjawab.
“Ketika rakyat bergelut untuk meneruskan kehidupan, ramai ahli politik menikmati kekayaan. Gaya hidup mereka mewah.
“Mereka ada rumah mewah di Malaysia dan di luar negara,” tambah Akhbar.
Beliau berhujah ahli politik, termasuk penggubal dasar dan undang-undang, tidak sepatutnya melanggar undang-undang.
“Ahli politik perlu menunjukkan teladan kepada rakyat,” katanya.
Akhbar turut menyentuh ketiadaan kuasa pendakwaan untuk SPRM, menyebabkan mereka yang tidak maklum akan hakikat itu menyangka badan pencegahan rasuah bersikap memilih, terutamanya dalam kes melibatkan ahli politik.

Skandal BSI-1MDB: Singapura dakwa 2 bekas pegawai bank

Mei lalu, bank pusat Singapura merujuk 6 kakitangan dan pegawai kanan pengurusan Bank BSI, termasuk Yak dan Seah kepada pendakwa raya untuk menilai jika mereka melakukan kesalahan.
BSI
SINGAPURA: Polis Singapura hari ini mendakwa 2 bekas pegawai kanan BSI, ketika siasatan berterusan yang membawa kepada penutupan cawangan bank swasta Switzerland di republik itu, Mei lalu.
Yak Yew Chee ialah naib presiden kanan di BSI Singapura dan mengendalikan hubungan bank itu dengan 1MDB yang dilanda masalah, didakwa melakukan pemalsuan dan kegagalan mendedahkan transaksi mencurigakan.
Jabatan Hal Ehwal Komersial polis Singapura memfailkan dakwaan sama terhadap Yvonne Seah, bekas pengarah BSI.
Mei lalu, bank pusat Singapura merujuk 6 kakitangan dan pegawai kanan pengurusan BSI, termasuk Yak dan Seah kepada pendakwa raya untuk menilai jika mereka melakukan kesalahan.

Tuduhan pecah amanah RM15j pengerusi, pengarah Bank Rakyat tidak lengkap, kata peguam

Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili pengarah urusan terbabit berkata pertuduhan tidak memberitahu cara bagaimana tertuduh melakukan pecah amanah
Abdul-Aziz-Zainal_Mustafha_bank-rakyat1KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Abd Razak dan pengerusi bank itu, Tan Sri Abdul Aziz Zainal akan mengemukakan bantahan awal berkaitan pertuduhan pecah amanah membabitkan peruntukan kumpulan perbelanjaan pemasaran bank itu hampir RM15 juta.
Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Mustafha memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Madihah Harullah bahawa bantahan awal itu akan dikemukakan atas alasan pertuduhan terhadap tertuduh adalah tidak lengkap.
“Mengikut Seksyen 154 Kanun Tatacara Jenayah, pertuduhan itu mesti ada cara bagaimana tertuduh melakukan pecah amanah, namun cara itu tidak dinyatakan, dan bahagian itu perlu diberitahu,” katanya.
Bagaimanapun, Kamarul Hisham berkata pihaknya akan menunggu dokumen berkaitan kes itu diserahkan kepada pihak pembelaan sebelum mengemukakan bantahan awal.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amir Nasruddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa masih ada lagi dokumen yang perlu diteliti dan memohon tarikh sebutan baharu dalam tempoh sebulan.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Aziz tidak membantah permohonan pihak pendakwaan dan berkata pihaknya akan mengkaji dokumen tersebut setelah ia diserahkan kepadanya.
Mahkamah menetapkan 15 Nov untuk pengurusan kes.
Pada 7 Sept lalu, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Madihah.

Tindakan Tun M sia-sia, terdesak - pakar perlembagaan

Noh Omar: Pusat Nak Balik Harta, Kerajaan Selangor 'Disekolahkan'

Bersih lancar di Pulau Pinang (Lim Guan Eng gembira)

Facebook Jamal problem, tuduh Lim Guan Eng (bersih 5 vs Bodoh x 5)

Pemuda Amanah gelar Baju Merah 'UMNO Samseng'

'Pasukan Jamal Baju Merah kumpul telur, campak telur pada BERSIH 5'

Menteri Umno jarakkan diri dari ‘baju merah’


Seorang lagi menteri kabinet bertindak menjarakkan diri daripada kumpulan ‘baju merah’ yang melakukan kekerasan fizikal kepada peserta BERSIH minggu lalu.
Bagaimanapun, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata kumpulan baju merah itu adalah sebuah NGO dan tidak melibatkan Umno.
“Kalau ini anjuran Umno Selangor saya boleh jawab tapi dia NGO, jadi tak ada kena mengena, dia NGO dia bukan Umno. (Mengenai) baju merah, tanyalah orang baju merah,” katanya.
Noh selaku pengerusi badan perhubungan Umno Selangor disoal, mengenai tindakan ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus yang mendakwa pihak polis memberi ‘layanan istimewa dan luar biasa’ terhadap peserta BERSIH 5 yang kini mengadakan konvoi di seluruh negara.
“Ini urusan polis, tugas polis untuk tegakkan keadilan, dia jalankan tugas. Bagi saya kita kena hormati undang-undang peraturan dan menghormati polis,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2.
Semalam, Menteri Beliau dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas kumpulan baju merah yang melakukan kekerasan fizikal terhadap peserta.
Khairy yang juga adalah ketua pemuda Umno berkata beliau tidak dapat menerima apa yang dilakukan itu dan berharap mereka yang di belakang gerakan berkenaan dapat menasihatkan pengikutnya supaya tidak lagi melakukan kekasaran dan keganasan.
Mengulas lanjut, Noh berkata perhimpunan BERSIH 5 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada November ini wajar dihentikan dan menggesa semua pihak supaya menghormati undang-undang.
“Saya lihat BERSIH ni cukup-cukuplah kerana kita ada undang-undang. Kita ada perlembagaan, kalau dia tak puas hati pasal pilihan raya, tunggu pilihan raya lah, ini asyik nak buat BERSIH 1, 2 untuk apa.

Penendang Merah: 'Kalau lambat tak tahu apa nasib saya'

Kusaini Kassim, peserta konvoi BERSIH yang ditendang anggota gerakan Baju Merah dua hari lalu berkata beliau tidak tahu nasib yang bakal menimpanya jika tidak diselamatkan seorang anggota trafik.
Kusaini, 49 berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada anggota keselamatan berkenaan yang bertugas di tempat kejadian ketika itu.
"Nasib baik ada seorang anggota trafik datang selamatkan saya walaupun agak lambat keluarkan saya dari kumpulan itu. Tapi kalau lambat lagi tak tahulah macam mana," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Menceritakan kejadian itu, Kusaini berkata beliau dan rakannya menyertai Konvoi Bersih 5 di sekitar Sabak Bernam Selangor, sebelum memutuskan untuk pulang awal kerana urusan keluarga.
“Saya hadir dalam program BERSIH tapi saya kena pulang awal kerana ada majlis keluarga. Dalam perjalanan balik ke rumah saya dari Sabak Bernam ke Padang Terap saya kena melalui jalan itu (tempat kumpulan Baju Merah berkumpul)," jelasnya.
Bagi mengelak terlanggar ahli kumpulan terbabit, Kusaini membuat keputusan memberhentikan motosikal Kawasaki ER6 yang ditunggangnya di bahu jalan, manakala rakannya sempat berpatah balik.
"Bila saya berhenti tiba-tiba saya terjatuh dan mereka menarik bahu saya, serang saya dan baling telur," kata Kusaini.
Bimbang jumlah anggota Baju Merah
Kusaini berkata beliau bimbang melihat jumlah anggota kumpulan itu dan membuat keputusan untuk tidak melawan, sebaliknya berharap ada pihak yang akan membantunya.
"Saya bimbang sebab takut mereka tengah geram," katanya.

Jangan kaitkan saya dengan catatan hasutan di Facebook Jamal, kata Guan Eng

Setiausaha Agung DAP nafi pihaknya terbabit dengan penciptaan akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Jamal Yunos
guan-eng-jamal
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng nafi terbabit dengan catatan berunsur hasutan di Facebook yang sedang disiasat pihak berkuasa.
Laman itu kononnya milik pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos.
Guan Eng bertegas sebarang usaha untuk mengaitkan dirinya kepada akaun itu, yang dipercayai palsu, adalah cubaan jahat untuk memburukkan namanya.
Guan Eng sebaliknya percaya “pemimpin Umno” itu membuat dakwaan sebegitu kerana ketiadaan idea.
Walaupun Guan Eng tidak menamakan mana-mana pemimpin Umno, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Jamal, yang mendakwa DAP mendalangi penciptaan akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya.
Pada 21 September lepas akaun itu disiasat kerana menghasut selepas ia mengancam rusuhan kaum 13 Mei akan berulang, dan “parang terbang”, sekiranya Bersih 5 diadakan pada 19 November depan seperti yang dirancang.
Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP bercakap kepada pemberita selepas merasmasikan pameran fotografi Bersih 2.0 di Dewan Bandaraya hari ini. Turut hadir Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan wakil rakyat DAP dan PKR negeri.
Guan Eng menasihatkan Jamal supaya membuat laporan polis sekiranya benar akaun media sosial itu bukan miliknya, bukannya mengheret orang lain ke dalam permasalahnnya.
Lantaran namanya dibabitkan, Guan Eng akan membuat laporan polis menjawab dakwaan itu.

Bersih 2.0 akan lapor polis provokasi dikaitkan dengan Jamal

Bersih 2.0 bangga dengan peserta konvoi Bersih 5 yang tenang ketika berdepan provokasi Baju Merah.
bersih-jamal
PETALING JAYA: Jawatankuasa Bersih 5 di seluruh negara akan membuat laporan polis, minggu ini, terhadap Datuk Jamal Md Yunos berhubung kenyataan provokasinya di Facebook, bulan lalu.
Bersih 2.0 menyokong laporan polis yang dibuat beberapa kumpulan terhadap Jamal dan menggesa polis menyiasat kenyataan Ketua Gerakan Baju Merah itu bertujuan mencetuskan keganasan dan pertumpahan darah.
Walaupun berdepan ancaman Baju Merah, penganjur himpunan Bersih 5 itu tetap komited dengan prinsip perhimpunan aman hak kebebasan bersuara.
“Hak untuk berbeza pendapat antara tuntutan utama Bersih 5, tetapi hak ini perlu dijalankan tanpa keganasan atau gangguan. Ancaman keganasan yang ditujukan kepada sekumpulan rakyat tidak pernah dilindungi di bawah hak ini dan ia adalah satu bentuk ugutan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jamal didakwa memuat naik status berbaur hasutan ke Facebook pada jam 8.10 malam, 21 September lalu.
Status itu berbunyi “Saya berjanji tragedi 13 Mei akan berulang dan parang terbang akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #Bersih5 yang dijadualkan pada 19 Nov ini. Hidup Melayu!”

Tun M: Rakyat berserah Majlis Raja-Raja

MESYUARAT Majlis Raja-Raja yang ke–242 bakal bersidang selama dua hari bermula Rabu ini. Persidangan akan dimulakan hari ini yang melibatkan Perjumpaan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena mesyuarat tersebut. Esok, majlis Pre-Council sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu akan mengambil tempat bagi mengenal pasti agenda-agenda yang bakal diperbincangkan pada dua hari berlangsungnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja tersebut.
Ia akan disusuli dengan Mesyuarat Khas pada Jumaat yang bakal memutuskan pengganti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Bekas pemimpin negara, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu lepas telah merayu kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bakal bersidang supaya mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap salah laku yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pengumuman kempen #RakyatBerserah itu, Mahathir memberitahu beliau telah menghantar surat rayuan berserta tandatangan 1.2 juta rakyat Malaysia mengenai desakan tersebut kepada Sultan-Sultan, Yamtuan Besar  termasuk gabenor-gabenor yang mewakili 13 negeri di Malaysia.
Mahathir juga menyatakan kesediaan beliau menghadapi mesyuarat itu sekiranya beliau dipanggil untuk menjelaskan secara terperinci mengenai surat rayuan beliau.
“Saya percaya bahawa Raja-Raja akan mempertimbangkan (rayuan kami). Jika mereka ingin saya hadirkan diri untuk penjelasan, saya perlu pergi. Saya perlu taat kepada mereka kerana saya adalah rakyat kepada Raja-Raja,” katanya pada sidang media kempen tersebut di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Setakat ini, terdapat dua kenyataan Raja-Raja Melayu yang dilihat mencalar kredibiliti pentadbiran Najib. Yang pertama, adalah pada 7 Oktober tahun lepas mengenai krisis kredibiliti Kerajaan Malaysia terhadap isu 1MDB dan salah-laku kewangan yang melingkarinya.
Yang kedua, Majlis Raja pada 17 Februari lepas mengembalikan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 kepada Jabatan Peguam Negara kerana mahu beberapa peruntukan diperhalusi.
Akta itu diwartakan pada bulan Ogos walaupun tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, sekali gus menolak cadangan Raja-Raja supaya RUU itu diperhalusi terlebih dahulu.
Sementara itu, Sejarawan Negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim ketika dihubungi memberitahu Majlis Raja-Raja boleh membincangkan rayuan yang dikemukakan Dr Mahathir itu.
“Ya, Majlis Raja-Raja boleh membincangkan hal sebegini. Tetapi apa-apa keputusan hasil perbincangan itu haruslah berlandaskan Perlembagaan,” katanya.
Menurutnya, Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi dalam negara dan di dalam Rukun Negara ia disebut – Keluhuran Perlembagaan.
Katanya, terdapat perbezaan posisi Raja-Raja sebelum merdeka dan selepas merdeka dengan pentadbiran British sebelum merdeka berkali-kali menekankan kedudukan tersebut sebagai Raja Berdaulat.
“Tetapi apabila negara telah merdeka, dengan adanya Perlembagaan Persekutuan, ia dikenali sebagai Raja Berperlembagaan,” katanya.
“Apabila ada isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Melayu, Majlis Raja-Raja sudah semestinya boleh memainkan peranan”.
Baru-baru ini isu yang menjadi bualan hangat di dada akhbar dan media sosial adalah perdebatan sama ada Agong mempunyai kuasa untuk memecat atau mengambil tindakan terhadap Najib.
Namun, sehingga kini ia tidak jelas sama ada Majlis Raja-Raja secara khususnya mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri.
Barisan peguam Mahathir yang diketuai Mohamed Haniff Khatri Abdulla walau bagaimanpun berkata, bahawa Perlembagaan Malaysia, iaitu undang-undang tertinggi negara memperuntukkan kuasa itu kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Perkara 40 (2) (a) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya melantik seorang Perdana Menteri. Ya, ia tidak menyentuh tentang kuasa untuk memecat perdana menteri,” kata Haniff ketika dihubungi.
Tetapi, menurut Haniff, Seksyen 29 Jadual ke-11 dalam perlembagaan menyebut “Kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk membuang kerja”.

HARAPAN KEPADA MAJLIS RAJA-RAJA

Esok 11 hingga 13 Oktober 2016, akan berlangsung Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Selain sudah mempersembahkan Deklarasi Rakyat kepada Yang Dipertuan Agong, Tun Mahathir Mohamad pada minggu lalu turut mengumumkan bahawa deklarasi yang ditandatangani oleh 1.2 juta penandatangan itu akan juga dipersembahkan kepada semua Raja-Raja Melayu.

Berikutan kemelut yang berterusan dalam negara, ramai yang mengharapkan Majlis Raja-Raja yang mupa bermesyuarat esok akan dapat berbuat sesuatu demi kepentingan rakyat dan negara.

Mungkinkah, sebagaimana sebelum ini Majlis Raja-Raja membuat teguran terhadap kerajaan berkenaan penyiasatan terhadap 1MDB, maka kali ini sekali lagi Majlis Raja-Raja akan menunjukkan keprihatinannya?
Di bawah ini pula ialah kenyataan media oleh Mahfuz Omar dalam isu yang berkaitan. Sama-sama kita mendoakan.

KENYATAAN MEDIA MAHFUZ OMAR, AHLI PARLIMEN POKOK SENA - PALING TIDAK MAJLIS RAJA-RAJA BOLEH MEMPERAKUI KANDUNGAN DEKLARASI RAKYAT DAN MENYATAKAN HILANG KEPERCAYAAN KEPADA NAJIB.

1.  Hari ini rakyat menanti dengan penuh debar akan keputusan Majlis Raja-Raja yang akan bermesyuarat pada 11 Okt - 13 Okt 2016 bagi membincangkan hal-hal yang bersangkut paut dengan kepentingan rakyat dan negara. Di saat rakyat sedang berhempas pulas dengan keperitan hidup  menanggung kos kehidupan yang meningkat akibat dari PM Najib dan kerajaan Umno BN  yang ampunya angkara adalah tidak wajar Majlis Raja- Raja membiarkan keadaan menjadi  lebih buruk.

2. Kerosakan ekonomi kewangan negara berpunca dari korupsi, 1MDB dan isu salah guna kuasa PM Najib dengan mencengkam institusi perundangan membawa kesan kepada kehilangan kepercayaan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa. Adalah suatu yang sangat tidak wajar untuk membiarkan PM Najib terus berdiri gagah sebagai PM Malaysia dengan menyerang dan bertindak terhadap rakyat yang membongkar segala penyelewengan yang dilakukannya dengan mencengkam institusi perundangan melindungi perbuatan jenayah yang dilakukan.

‘Lanjutkan siasatan ke atas ahli politik berprofil tinggi’ - TIM

Transparency International-Malaysia menyambut baik tindakan agresif oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencegah rasuah di sektor awam, tetapi berharap siasatan dapat dilanjutkan ke atas kes-kes berkaitan ahli politik yang berprofil tinggi.
Presidennya, Akhbar Satar berkata, Barometer Rasuah Malaysia 2014 menunjukkan bahawa parti politik adalah badan yang paling korup di Malaysia, diikuti oleh polis dan penjawat awam.
"Ahli politik dilihat paling korup dan menggantikan polis untuk menduduki tempat teratas pada tahun sebelumnya.
“Hasil dapatan kajian menunjukkan fakta bahawa orang ramai tidak lagi melihat ahli politik sebagai individu yang berintegriti atau sebagai telus dan bertanggungjawab seperti yang sepatutnya.
"Statistik SPRM menunjukkan bahawa hanya dua ahli politik ditahan daripada 670 jumlah tangkapan pada 2015 dan hanya dua daripada mereka ditahan sehingga Oktober 2016," katanya.
Kebanyakan kes-kes ini, menurut Akhbar, tidak mungkin menjadi berprofil tinggi kerana mereka tidak disiarkan media.
Beliau menambah bahawa untuk SPRM meningkatkan kredibiliti dan mendapatkan sokongan dan keyakinan orang ramai, ia perlu secara serius membasmi rasuah dan mengukuhkan komitmennya untuk menjalankan siasatan secara telus dan profesional tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Guan Eng gesa bekas sekutu kembali sertai BERSIH

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merayu pihak yang sebelum ini pernah menyokong BERSIH tetapi bertindak meninggalkan organisasi itu kembali semula untuk memperjuangkan pilihan raya umum yang bersih.
Tanpa menyebut nama, Lim berkata "mereka pernah menyokong BERSIH tetapi tidak lagi berbuat demikian, adakah ini bermakna mereka tidak lagi bersih?".
"Kita mungkin mempunyai perbezaan pendapat tetapi kita boleh sekurang-kurangnya bersetuju mengenai pilihan raya yang bersih.
"Perbezaan kita tidak penting, apa yang penting ialah kita menyokong pilihan raya yang bersih,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran BERSIH 5.0 peringkat negeri pagi ini.
“Meskipun berbeza ideologi politik, meskipun dulu kawan tetapi kini lawan, kita harap mereka balik menyokong BERSIH,” katanya sambil mendapat tepukan daripada orang ramai.
Ditanya kemudian jika Lim merujuk kepada PAS, ketua menteri itu hanya tersenyum dan tidak mengulas lanjut.
Sebelum ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan parti itu tidak akan menyertai perhimpunan BERSIH 5.0 selepas mengambil kira BERSIH mempunyai objektif tersendiri yang tidak senada dengan parti itu.
PAS sebelum ini juga tidak menyertai BERSIH 4.0 yang sekali gus menyaksikan penurunan mendadak jumlah peserta perhimpunan itu khususnya dalam kalangan orang Melayu.

Penasihat Menteri Australia "Letak Jawatan" Malu Kes Seluar Dalam

"Kalau BERSIH tidak puas hati, tunggu pilihan raya la," kata Noh

Noh Omar: 'Bagi air free tapi air tak ada, macam Bangau Oh Bangau'

"Baju Merah tidak ada kaitan dengan UMNO, tanya Jamal," kata Noh

Jamal mewakili NGO, bukan UMNO sembang Noh Omar

"Saya tak boleh komen tentang Baju Merah yang dipimpin oleh Datuk Seri Jamal Mohd Yunus sebab dia mewakili kumpulan NGO, bukan parti UMNO,".
 
Itu jawapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negrei Selangor, Tan Sri Noh Omar bila ditanya wartawan MalaysiaGazette tentang tindakan Jamal yang dilihat seolah-olah UMNO membawa budaya samseng yang menjadi viral di media sosial.
 
"Kita tidak boleh letak kumpulan baju merah itu mewakili parti UMNO walaupun Jamal adalah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.
 
"Sebagai ketua kumpulan NGO, Jamal tidak terbabit dalam parti ketika menyertai gerakan baju merah dan kenapa ia mesti dikaitkan dengan UMNO?
 
"Yang jelas, agenda kumpulan baju merah itu adalah untuk menghalang kebiadaban kumpulan baju kuning yang dilihat semakin mengancam keselamatan negara," katanya.
 
Tambah Noh, apa yang boleh dikata adalah kumpulan baju kuning sepatutnya menghentikan gerakan untuk mengguling kerajaan.
 
"Cukup-cukuplah apa yang telah dilakukan sebelum ini kerana ia tidak menguntungkan malah membawa pelbagai musibah yang tidak diingini.
 
"Kalau betul tak sukakan kerajaan hari ini, tunggulah pilihan raya umum akan datang dan buatlah pilihan secara demokrasi," tegasnya.

Tindak-tanduk Jamal, Baju Merah perlu dihentikan, tidak bantu UMNO

Tindak-tanduk Datuk Jamal Md Yunos dan kumpulan Baju Merah yang kurang menyenangkan sejak kebelakangan ini perlu dihentikan kerana ia langsung tidak membantu UMNO.
Sebaliknya, pelakukan kasar itu hanya menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.
Pemerhati politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, tingkah-laku Jamal itu tidak selari dengan perubahan zaman dan transformasi politik, yang mana kekerasan fizikal tidak lagi digunakan dalam menangani perbezaan pendapat.
"Kalau pelakuan yang ditampilkan beliau pada 30 tahun lalu, mungkin masyarakat boleh terima, orang tidak hairan tetapi pada zaman sekarang tidak sesuai.
"Masyarakat Malaysia sekarang terpelajar, ketika ini setiap perbezaan pendapat boleh dihujahkan, didebat bukan tunjuk kekuatan fizikal. Ini tidak baik kepada UMNO.
"Tetapi tindak-tanduk dan pelakuan Jamal macam orang tidak bersekolah," katanya kepada MalaysiaGazette.
Dr. Ahmad Atory percaya tindak-tanduk keterlaluan Jamal itu sudah mula menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pemimpin UMNO sendiri apabila Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Anuar Musa sudah mula 'buka mulut'.
Itu sudah membuktikan kelakuan Jamal dan penyokong Baju Merah boleh memberi persepsi buruk kepada UMNO.
"Oleh itu, teguran Khairy dan Anuar memang tepat bagi mengelakkan persepsi masyarakat yang beranggapan pelakuan Jamal itu 'direstui' parti," ujarnya.
Beliau yang menjadi pengkaji UMNO sejak sekian lama berkata, meskipun bukan semua pemimpin UMNO terlibat dalam pelakuan tersebut, namun tindak-tanduk yang masih ada dalam parti tersebut menunjukkan ia tidak mengalami paradigma.