Ahad, 9 Oktober 2016

Izzah mahu jumpa 6,000 pengundi baharu dari Bukit Aman

Izzah mahu jumpa 6,000 pengundi baharu
Izzah mahu jumpa 6,000 pengundi baharu
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berharap beliau diberi peluang untuk berjumpa dengan lebih 6,000 pengundi baharu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang didaftarkan dalam Parlimen Lembah Pantai.
Menurutnya, sebelum ini, Bukit Aman terletak dalam Parlimen Segambut.
"Hari ini, apabila kita datang untuk berjumpa pengundi, tetapi mereka dikatakan bercuti dan minta datang semula pada waktu pejabat.
"Mereka juga meminta kita membuat permohonan rasmi kepada unit perhubungan awam bagi mendapatkan kebenaran," katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Katanya lagi, setiap perubahan yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah bersebab selaras dengan peruntukan di bawah Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan.
Menurut daftar pemilih baharu SPR, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan pertambahan paling tinggi iaitu 6,249 pemilih dan Berek Polis Bukit Aman adalah 133.
Selain itu, Jalan Bukit Aman (76), Jalan Cenderasari (52), Taman Bunga (31), Jalan Tangsi (9), Istana Tamu (7),  Jalan Cenderawasih (5), Jalan Tangling dan Sekolah MGD Jalan Cenderasari dan Jalan Tangling masing-masing tiga pemilih.

Husam: Jika ditakdir Pas tidak bersama...

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan tidak menolak kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru di negeri itu pada PRU14 nanti.
Adun Salor, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu hanya dapat dielakkan jika Pas bersetuju dengan rundingan atau kerjasama politik yang sedang digerakkan oleh pelbagai pihak dalam parti pembangkang.
Husam: Jika ditakdir Pas tidak bersama... "Sekiranya Pas ingin kembali ke dalam lingkungan pakatan, kita boleh terima. Tetapi dengan terma-terma tertentu. Misalnya, berkaitan  kemajuan, kebaikan selain melahirkan kerajaan yang bersih sepertimana yang dituntut Islam.
"Jika ditakdirkan Pas tak bersama, kita harus berjalan tanpa menunggu lampu hijau atau ketentuan mereka. Ini ketetapan yang saya ambil di Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Pusat Khidmat Peduli Rakyat anjuran Amanah Gopeng di Hotel Seri Malaysia, hari ini
Hadir sama Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Timbalan Pengerusi Amanah Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Menurutnya, beliau secara asasnya mahu Pakatan Harapan meletakkan soal kepercayaan, kredibiliti dan integriti sebagai agenda utama dalam melakukan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak.
Katanya, perkara itu penting bagi memastikan pelbagai masalah seperti korupsi, kerosakan alam sekitar dan kegagalan urus tadbir yang berlaku tidak berulang kembali.
"Kita tak mahu terperangkap dengan keadaan dan suasana yang seperti itu. Kita juga kena fikir siapakah rakan kongsi yang boleh dipercayai sebelum, semasa dan selepas PRU14 nanti," katanya.
Husam berkata, pihaknya juga percaya beberapa negeri seperti Perak, Sabah, Kedah dan Johor boleh dimenangi pembangkang jika ada usaha bersepadu dijalankan.

Jamal tidak mewakili peribadi Melayu, jangan jadi macam Jamal!


Tindakan ini bukan membela Melayu sebaliknya memalukan orang MelayuTindakan ini bukan membela Melayu sebaliknya memalukan orang MelayuKelakuan ala samseng kumpulan baju merah diketuai Jamal Yunos keatas peserta konvoi Bersih 5 adalah amat memalukan dan tidak menggambarkan keperibadian Melayu.
Perbuatan Jamal seperti merentap kain pemidang di Teluk Intan, mengadakan sidang media dalam jamban, insiden baling telur dan menerajang peserta konvoi Bersih 5 di Sabak Bernam adalah jelas sekali sebagai tindakan tidak bertamadun.
Tindakan ini bukan membela Melayu, sebaliknya memalukan orang Melayu. Jamal, anda bertanggungjawab kerana memalukan orang Melayu!
Sejak Bersih 1, 2, 3 dan 4 yang lalu, rakyat Malaysia berbilang bangsa termasuklah orang Melayu telah turut sama menyertainya.
Pengalaman peribadi saya sendiri sepanjang menyertai himpunan Bersih, rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang telah turun berhimpun atas semangat patriotik.
Kami mahu sistem pilihan raya dan sebuah kerajaan yang bersih. Ini akan memastikan Malaysia berjalan atas landasan yang betul demi masa depan anak bangsa termasuklah orang Melayu.
Saya fikir, Jamal yang lebih obses dengan kelakuan samseng dan membuat PC di dalam jamban pastinya tidak akan faham perkara ini.
Jamal pastinya lebih tidak faham suasana persaudaraan rakyat yang wujud sewaktu himpunan Bersih.
Jamal mana tahu ada orang-orang cina yang menjadi bentang untuk keselamatan peserta Bersih beragama Islam yang sedang menunaikan solat berjamaah.
Jamal juga tidak akan pernah terbayang bagaimana para peserta bersih tak kira bangsa saling bergilir-gilir menjaga keselamatan sewaktu tidur malam ketika Bersih 4 yang lalu.

Aman pilihan kami, ambil tindakan kepada provokator, kata koordinator Bersih


Samudin KambaliSamudin Kambali
Tindakan kumpulan ‘Baju Merah’yang melintangkan lori di kawasan lampu isyarat mengejutkan peserta konvoi Bersih 5 Kulai = Keluang.
"Kami mendesak agar tindakan susulan dilakukan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia agar aksi sebegini tidak berulang lagi di masa hadapan," kata koordinator konvoi, Samudin Kambali dalam satu kenyataan.
Tidak cukup setakat itu katanya, mereka juga menghamburkan kata-kata kesat dan maki hamun selain turut mengetuk kenderaan peserta konvoi bersih.
"Kami mempersoalkan apakah kuasa yang mereka ada sehingga sewenang-wenangnya bertindak menghalang lalu lintas.
"Tindakan itu cukup mengejutkan kami yang baru sahaja selesai menunaikan solat Asar di masjid berdekatan," katanya.
Menurutnya, keadaan ini tidak mematahkan semangat peserta dan mengubah laluan kami ke Kluang melalui Renggam dengan jayanya.
"Walaupun terkilan tindakan itu, kami tidak patah semangat dan akan tetap akan meneruskan konvoi ini sehingga ke kemuncak Himpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 19 November nanti kerana kami tegas yakin bahawa ini ialah himpunan yang patriotik dan demoktratik," katanya.
Bagaimanapun bagi beliau konvoi Bersih 5 Kulai-Kluang etarikh 8 Oktober itu telah berlangsung dengan jayanya.
"Pujian dan ucapan tahniah kepada PDRM Johor di atas komitmen dan kawalan keselamatan yang cukup baik demi memastikan konvoi ini berlangsung aman.

Ambil tindakan ke atas Jamal dan konconya

Ahli Majlis Peguam, Syahredzan JohanAhli Majlis Peguam, Syahredzan Johan
Aksi ganas geng baju merah terhadap peserta konvoi Bersih dilihat sebagai berbahaya untuk ketenteraman awam bahkan bercanggah dengan semangat Perlembagaan.
Ahli Majlis Peguam, Syahredzan Johan berkata, Datuk Jamal dan geng Umno baju merahnya membawa budaya politik samseng ke persada baru yang amat membimbangkan.
"Kita tidak pernah lihat budaya politik samseng diberi legitimasi sebelum ini. Bagaikan geng baju merah Umno ini ada kekebalan boleh berbuat sesuka hati tanpa ada sekatan undang-undang," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Beliau berkata, langkah pihak polis di beberapa lokasi mengawal keadaan untuk memastikan mereka tidak menyerang penyokong Bersih amat disambut baik.
"Namun, saya persoalkan kenapa tidak ada tindakan lanjut ke atas Jamal dan geng baju merah Umnonya.
"Walhal, kalau pembangkang atau aktivis, kritik sedikit mesti ada tindakan diambil," bidasnya.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani AbdullahAhli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani AbdullahSehubungan itu, Syahredzan pihak berwajib mengheret Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar ke muka pengadilan memandangkan negara ini masih mempunyai undang-undang.
"Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas Jamal dan gengnya," tegasnya lagi.
Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani Abdullah berkata, hak untuk menyatakan pendapat adalah hak asasi setiap rakyat di negara ini.
"Mereka yang menghormati hak asasi harus membela hak pihak lain itu untuk menyatakan pendapat mereka secara bebas.
"Sebarang tindakan untuk menghalang hak itu adalah bertentanga dengan Perlembagaan Persekutuan," jelasnya kepada Malaysia Dateline.
Geng Baju Merah Umno di Sabak Bernam menerajang peserta Bersih 5, Sabtu lalu.Geng Baju Merah Umno di Sabak Bernam menerajang peserta Bersih 5, Sabtu lalu.Menurutnya yang juga bekas Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), penggunaan keganasan dan ugutan adalah satu bentuk jenayah.
"Integriti pihak berkuasa keselamatan semakin terhakis dengan keengganan untuk menasihatkan pihak tertentu yang mengggunakan keganasan ke atas pihak yang melakukan kempen secara aman dan sah di sisi undang-undang negara," ujarnya lagi.

Bila Nak "Taubat"...??



Tiba-tiba Jadi Bisu...???

Bila isu RM2.8 juta rumah banglo LGE, MEREKA inilah yang paling lantang meroyan canang satu negara terpampang wajah mereka ini 24/7 di TV3suku..

TETAPI kes ratusan jutaan ringgit disonglap di negeri mereka Sabah, LANGSUNG SOROK MEMBISU, KENAPA ??!!..

TV3suku tak nak bagi 'slot' ka masuk tv !!

Siapa "Anjing Kurap"...???


Hidup Umno !!!... Mati Bersama Umno !!!...

'ANJING KURAP' pon tak gila camni...

Siapa2 nak berjuang syahid-Umno nanti boleh isi borang dgn segera sebelum kehabisan stok & joint bersama2 mereka...

"Ingatlah saudara jika ada yang terkorban ketika berjuang bersama saya anda bakal mendapat Syahid" -Dato' Jamal Yunos, 16 Mac 2016.

IGP arah siasat segera ugutan 'parang terbang' Jamal

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan akan diambil ke atas pemimpin kumpulan baju merah ekoran kenyataan disiarkannya di Facebook hari ini.
Menurut Ketua Polis Negara pihak berkuasa tidak boleh menerima sebarang kenyataan bersifat menghasut.
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan mengambil tindakan tegas dengan segera," katanya melalui Twitter malam ini.
Khalid mengulas kenyataan dibuat Datuk Seri Jamal Md Yunos berkaitan demonstrasi BERSIH 5 yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November ini.
Melalui kemas kini Jamal - yang turut dilampirkan Khalid dalam tweetnya - ketua Umno Sungai Besar itu membayangkan tragedi rusuhan 13 Mei dan "parang terbang" akan berulang jika BERSIH 5 dilangsungkan mengikut jadual asal.
"Saya berjanji Tragedi 13 MAY akan berulang dan PARANG TERBANG akan terjadi jika BERSIH 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat sama dengan perhimpunan #BERSIH5 yang dijadualkan pada 19 November ini.
"Hidup Melayu!" katanya.
 Mengikut paparan rakaman layar itu Jamal membuat kenyataan berkenaan pada 21 September.
Pertubuhan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH 2.0 dijadual mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 19 November ini.
Tuntutan BERSIH kali ini ialah pelaksanaan pilihan raya yang bersih, mewujudkan kerajaan yang bebas daripada korupsi, mengukuhkan demokrasi berparlimen, memperjuangkan hak membantah dan memperkasa Sabah dan Sarawak.
Semalam perarakan BERSIH mempromosi perhimpunan bulan depan menjadi kecoh apabila berlaku serangan ke atas anggota konvoi.
Satu daripada insiden paling serius membabitkan serangan ke atas penyokong BERSIH di Sabak Bernam, Selangor.
Peristiwa 13 Mei merujuk kepada rusuhan kaum yang berlaku di beberapa tempat di negara ini - khususnya di Kuala Lumpur - selepas berlangsung pilihan raya umum 1969.

Sentimen kaum dimain lepas gagal tangani isu ekonomi

Hanya pihak yang tidak mampu menangani isu-isu ekonomi atau skandal 1MDB akan memainkan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Bercakap di Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini Lim menggesa anggota parti itu mengabaikan amalan politik begitu sebaliknya memberi tumpuan kepada isu ekonomi.
Memetik data Jabatan Perangkaan Lim kemudian menyatakan Kelantan - yang dikuasai PAS sejak 1990 - adalah negeri dengan keluaran dalam negeri terendah mengikut per kapita tahun lalu.
"Apabila mereka tidak dapat memberikan jawatan bagaimana mereka gagal menguruskan ekonomi, bagaimana mereka tidak berani menentang skandal 1MDB, mereka mula memaikan sentimen perkauman.
"Itulah yang kita lawan. Saya minta ahli tidak melayan sebarang permainan sentimen, sama ada ia dari Umno atau PAS. Kita akan beri tumpuan kepada masalah rakyat, iaitu masalah ekonomi," katanya.
Menurut Lim Kelantan hanya menghasilkan KDNK bernilai RM12,075 per kapita pada tahun lalu dan menurutnya jauh lebih rendah berbanding Perlis dan Kedah.
Perhasilan per kapita Perlis pada tahun lalu ialah RM21,394 diikuti Kedah RM18,249 yang berada di tempat kedua terendah.
Produktiviti tertinggi ialah Kuala Lumpur iaitu RM94,722 diikuti Pulau Pinang (RM44,847), Sarawak (RM44,012) dan Selangor (RM42,611).
Syarat terlalu mudah
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang menjelaskan kedudukan negeri itu meingkat dari tempat keempat pada tahun sebelumnya.
"Kalau ada amalan rasuah Pulau Pinang tidak akan meningkat ke tempat kedua," katanya.
Sementara itu Lim berkata beliau tidak berhasrat memberi respon kepada kenyataan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mengenai syarat diletakkan parti itu untuk bekerjasama dengan mereka.

Salleh nasihat pembangkang jangan kira ‘telur ayam’

Katanya, PPBM perlu buat keputusan bagaimana untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan sebelum bercakap mengenai memenangi PRU.
salleh-pakatan-muhyiddin-1
PETALING JAYA: Menteri Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan mengira ‘telur ayam’ yang belum menetas dalam ramalannya untuk pilihan raya umum akan datang.
Salleh berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Muhyiddin dan parti pembangkang lain kelihatan seperti tidak tahu apa yang akan dibuat jika mereka menang dalam PRU.
Muhyiddin semalam berkata parti pembangkang mampu mengambil alih kerajaan negeri Johor jika mereka menang 10 lagi kerusi di negeri itu pada PRU akan datang.
Menulis di blognya, Salleh berkata Pakatan Harapan masih belum memutuskan sama ada untuk memasukkan PPBM dalam gabungan pembangkang atau PPBM hanya turut serta dalam pakatan pilihan raya membabitkan pembahagian kerusi.
“Jika mereka tidak boleh bersetuju sebelum PRU, bagaimana hendak setuju selepas PRU jika menang di Johor,” katanya.
Salleh berkata PPBM juga bukan pesaing berdaya maju kepada kerajaan pada masa ini, dan lebih menjadi parti yang ditubuhkan hanya untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak.
“Muhyiddin perlu meyakinkan pengundi ia ada sesuatu yang lebih baik untuk ditawarkan kepada mereka berbanding kerajaan sekarang,” katanya.

Provokasi samseng UMNO dan persempadanan semula, tanda Najib terdesak

Tindakan kumpulan samseng UMNO melakukan provokasi ganas terhadap Konvoi Bersih 5 di Sabak Bernam semalam menunjukkan kepimpinan korup itu semakin terdesak dan ketakutan.
Ini kerana, tahap kesedaran politik dalam kalangan rakyat negara ini yang semakin terbuka amat membimbangkan mereka, tambahan pula dengan pilihanraya umum yang semakin hampir.
Mengutuk keras tindakan samseng berbaju merah itu, Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai berkata ia merupakan gambaran awal terhadap tindak tanduk UMNO yang sanggup menggunakan taktik kotor demi kepentingan mereka.
“Kita ramal pilihanraya umum akan datang, UMNO dan BN akan gunakan taktik paling kotor untuk kekalkan kuasanya,” katanya dalam Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.
14590020_10154626181508259_8997955547971627682_oMenurutnya, provokasi melampau kumpulan yang diketuai Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Jamal Yunos itu tidak patut berlaku dalam sebuah negara yang menjamin hak bersuara dan berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
“Dalam perkara ini, UMNO harus bertanggungjawab.
“DAP menyokong penuh perhimpunan Bersih 5 yang akan di adakan 19 November hadapan dan akan menggerakkan penyokong untuk menyertainya,” kata Ahli Parlimen Cheras itu.
Selain tindakan samseng, Kok Wai juga menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan persempadanan semula kawasan pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat tidak adil dan hanya akan memberi kemenangan mudah kepada Umno dan Barisan Nasional.
“Berdasarkan analisis yang dibuat Institut Darul Ehsan (IDE), jika persempadanan yang baru ini digunapakai, UMNO akan terus menang mudah walaupun mereka hanya memperoleh undi majoriti sebanyak 35 peratus,” jelas beliau.

Tun M yakin lebih ramai pemimpin Umno sertai Bersatu

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad yakin lebih ramai ahli, pimpinan dan ketua bahagian daripada Umno akan menyertai partinya.
Bercakap dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian semalam, Mahathir berkata, sesetengah pimpinan Umno masih kekal dalam parti rumpun Melayu itu hanya kerana bimbang menghadapi tekanan dari Pengerusi Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Mereka berada dalam keadaan takut. Mereka nyatakan sokongan kepada kami tapi mereka takut untuk jadi ahli kerana mereka tahu mereka akan berdepan tekanan daripada Najib.

"Walaupun mereka sokong Bersatu, untuk tanda tangan borang (menjadi ahli Bersatu) akan ada masalah kerana mereka takut macam-macam tindakan akan diambil oleh pihak sebelah sana," katanya.
Bagaimanapun kata Mahathir lagi, beliau tahu lambat laun pemimpin-pemimpin yang dikatakan ini akhirnya akan meninggalkan Umno dan bersama Bersatu.
"Saya yakin yang mereka akhirnya akan keluar dari Umno nanti.
"Kalau pun mereka tidak keluar dari Umno, saya percaya pada PRU akan datang mereka akan undi parti lawan dan bukannya parti Umno," katanya lagi.

SAMSENG BAJU MERAH: PENYOKONG HISHAM TANYA, KE MANA PERGINYA ZAHID HAMIDI SEHINGGA LANGSUNG TIDAK BERSUARA?

Sejak malam semalam sehingga pagi tadi, beberapa rakan dalam UMNO menghubungi saya dan bertanya, ke mana perginya Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri ketika ini?

Mereka bertanya kenapa beliau tidak bersuara atau mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden pertembungan sehingga mencetuskan keganasan dan tindakan ala samseng oleh Gerakan Baju Merah terhadap peserta jelajah Bersih 5?

Saya tidak ada jawapan ke mana menghilangnya Ahmad Zahid ketika ini dan memulangkan kembali pertanyaan kepada rakan-rakan itu dengan berkata, "orang UMNO sepatutnya lebih tahu ke mana pemimpin mereka pergi."

Rakan-rakan yang saya ketahui sebagai penyokong Hishammuddin Hussein itu seterusnya berkata, oleh kerana apa yang berlaku semalam sudah menjadi isu politik dan perbualan hangat dalam masyarakat, ia tidak seharusnya diserahkan kepada pihak polis saja menanganinya.

Menteri yang bertanggungjawan terhadap pasukan polis iaitu Zahid Hamidi, sekurang-kurangnya harus mengeluarkan bunyi suaranya, kata mereka.
Di antara rakan itu, ada juga yang mengimbas bagaimana ketika beberapa insiden melibatkan perhimpunan Bersih sebelum ini dan Hishammuddin menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu, beliau sentiasa saja ke depan dengan pemantauan serta kenyataannya yang pantas, meskipun ia seringkali menjadi cemuhan.

Hishammuddin menunjukkan beliau tidak bersembunyi atau lari daripada tanggungjawabnya, jelas seorang rakan tersebut.

Saya tiada kaitan kes rasuah RM3.3 bilion, kata Shafie

Ahli Parlimen Semporna berkata beliau juga tidak mengenali 2 pegawai kanan yang ditahan SPRM berhubung dakwaan penyelewengan itu.
shafie-apdal
KOTA KINABALU: Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau dan bekas kementeriannya itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion membabitkan sebuah jabatan kerajaan di Sabah.
Shafie yang juga ahli Parlimen Semporna berkata beliau juga tidak mengenali 2 pegawai kanan jabatan itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan itu.
Pada Selasa lepas, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah serta merampas RM114.5 juta daripada mereka, berikutan dakwaan penyelewengan itu.
“Saya memberi sokongan terhadap siasatan yang sedang dijalankan SPRM. Saya berharap jangan ada spekulasi kerana siasatan masih dilakukan dan saya bersedia memberi kerjasama kepada SPRM,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Rasuah di jabatan kerajaan tidak patut berlaku

Rasuah di jabatan kerajaan tidak patut berlaku
Penemuan serta rampasan aset dan wang tunai berjumlah RM112 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan negara sedang diselimuti dengan gejala rasuah yang serius.
Pengerusi Malaysian Community Care Malaysia atau Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak berkata, kes seperti itu tidak sepatutnya patut berlaku dalam sebuah jabatan penting yang telah diberi tanggungjawab memberikan perkhidmatan kerajaan terbaik kepada rakyat.
“Belum pun reda kes beberapa pegawai kanan sebuah PBT yang didakwa terlibat skandal rasuah termasuk dalam bentuk aset mewah seperti kondominium dan sebagainya baru-baru ini, negara sekali lagi digemparkan dengan kes pegawai kerajaan di Sabah.
“Sekiranya kerajaan benar-benar mahu berusaha secara radikal dalam memerangi rasuah, maka tindakan susulan yang lebih agresif dan radikal juga wajar diambil termasuk terhadap semua golongan bermula dari pemimpin negara sehinggalah kepada rakyat biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gabungan pembangkang harus bersedia hadapi PRU 14 tanpa Pas

Secara realistik juga kita kena menerima kemungkinan Pas tak akan bersama, kata HusamSecara realistik juga kita kena menerima kemungkinan Pas tak akan bersama, kata Husam
Pakatan Harapan khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) harus bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 dengan anggapan Pas tidak akan bersama mereka.
Namun bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa yang kini menyertai Amanah berkata, usaha pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang terus mengadakan pertemuan dan berunding dengan Pas harus disokong.

“Parti Bersatu boleh akan mengukuhkan lompang-lompang ke arah menumbangkan Umno BN.

“Kalau dulu kita mempunyai teman dalam Pakatan tapi hari ini Pas telah mempunyai sikap yang berbeza dan berlainan dari dulu.

“Saya tidak menghalang dan tidak berasa keberatan jika ada rakan-rakan yang boleh berunding dengan Pas bawa Pas masuk dalam Pakatan kita.

“Tetapi secara realistik juga kita kena menerima kemungkinan Pas tak akan bersama dengan kita walaupun kita nak Pas bersama kita.

“Oleh yang demikian persiapan kita adalah dalam dua seneario Pas tidak bersama kita, dan jika Pas bersama kita bagaimana kita boleh malaksanakan hasrat perubahan,” kata beliau sewaktu berucap di majlis makan malam Amanah Gopeng di Ipoh malam tadi.

Semalam, penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau berharap dapat memberikan penjelasan kepada Pas mengenai kepentingan parti itu bersama dalam Pakatan Harapan.

Tiga suspek serang penyokong BERSIH ditahan polis....

Tiga individu ditahan polis berhubung serangan ke atas seorang penyokong BERSIH di Sabak Bernam, Selangor semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Abu Samah Mat berkata tiga suspek terbabit ditahan selepas kumpulan BERSIH membuat laporan kepada pihak berkuasa.
"Walaupun polis sudah menahan tiga lelaki itu, kami masih menjalankan siasatan dan meneliti klip video (insiden itu) untuk mengenal pasti pihak yang terlibat," katanya.
Ketiga-tiga suspek itu ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan berkaitan merusuh. Jika didapati bersalah oleh mahkamah, pelakunya boleh dipenjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Abu Samah berkata tindakan sewajarnya akan diambil ke atas sesiapa saja yang melakukan keganasan.
"Pada perhimpunan begitu - apabila ada satu pihak dalam keadaan berhadapan secara langsung dengan pihak yang lain, polis menjangka perkara itu akan berlaku.
"Bagaimanapun polis akan bertindak jika terdapat sebarang salah laku," katanya dipetik akhbar The Sun hari ini.

BILA PULA JASA & ARUL KANDA NAK ADAKAN FORUM TERBUKA BERSAMA RAKYAT?

Arul Kanda kah itu ?  Di mana dan kepada audien mana Arul bercakap itu ?
Rupa2nya pihak JASA sedang mengusung Arul Kanda ke merata IPTA dalam program Townhall Jasa Jelajah Kampus untuk memberi penerangan tentang kaitan saman DOJ dan 1MDB.
Bila pula Jasa mahu temukan Arul Kanda kepada rakyat biasa yang lain dalam sesi TERBUKA ?
Ramai lagi RAKYAT bukan ahli Umno dan bukan pelajar ipta yang mahu mendengar penjelasan dari Arul Kanda berkaitan dakwaan dalam saman DOJ itu.
Banyak persoalan yang ingin ditanya kepada Arul Kanda …. bukan saja berkaitan saman DOJ malahan berkaitan laporan PAC.
Kenapa pihak Jasa memilih segmen2 tertentu saja dari kalangan rakyat untuk diberikan penerangan khas itu ? Apakah rakyat lain tidak berhak untuk mendapatkan penjelasan sama ?
Kenapa Arul hanya bercakap kepada ahli2 Umno dan pelajar2 ipta saja….. rakyat lain yang dari pelbagai peringkat dari golongan professional hinggalah golongan biasa juga nak dengar dan mahu bertanya macam2 kepada Arul.
Bagaimana kalau ada pihak yang menjemput Arul atau sapa2 dari 1MDB untuk memberi penerangan khas dan menjawab persoalan2 berkaitan isu2 1MDB, adakah permohonan itu akan dilayan ? Atau Arul dan pihak Jasa hanya berani berdepan dengan audien terpilih saja ?
Saya tertarik dengan jemputan dari grup FB Info Laporan PAC Anda ini (KLiK )

Makanya kami sebagai admin Info Pac Anda ingin menganjurkan satu forum terbuka mengenai isu yang sama sepertimana berikut –
1- Tajuk Forum -: Saman DOJ – 1MDB – MO#1 Apa Ceritanya ?
2- Tarikh dan Tempat -: Akan diatur sekiranya mendapat persetujuan dari tetamu panel kehormat
3 – Tetamu Panel 
Tetamu Panel Kehormat 1 

– CEO 1MDB Sdr Arul Kanda
– Mantan CEO 1MDB Sdr Shahrol
– Tan Sri Ketua Audit Negara

4 – Tetamu Panel Paling Dihormati – :
MO#1 @ DS Najib
5 – Panel Kehormat 2 – :
Tiga wakil dari media sosial yang sering mengkritik 1MDB. Mereka akan dipilih selepas mendapat persetujuan dari panel2 kehormat yang dijemput.
Majlis forum bersifat terbuka kepada semua orang dan akan dipancarkan secara live streaming.
Tujuan kami hanyalah untuk membantu memberikan maklumat sebenar kepada rakyat disamping mencari jawapan kepada persoalan2 yang sering dibangkitkan dimedia sosial berkenaan isu 1MDB.
Diharap pihak JASA dapat menerima pelawaan ini secara serius dan menghubungi kami sekiranya setuju. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memenangi hati rakyat melalui jawapan dan penerangan bernas yang disertakan bukti2 kukuh seterusnya mematikan segala kritikan yang sering dilemparkan terhadap DS Najib dan 1MDB.
Kami bersedia untuk menjadi penganjur dan menyediakan platform untuk tujuan murni ini.
Apakah pelawaan/jemputan seperti di atas akan dilayan oleh Jasa atau Arul ?  Jemputan agak simple tapi saya percaya admin grup itu serius dengan niat mereka untuk menganjurkan program berkenaan. Pegawai2 Jasa pun ramai yang aktif dalam media sosial terutamanya FB, mungkin mereka boleh hubungi admin grup Info Laporan PAC Anda untuk bincangkan program itu….. itupun kalau Jasa berani menerima pelawaan mereka.
Kalau cara jemputan itu tak betul, maka beritahulah caranya yang betul. Janganlah dijadikan alasan untuk menolak. Permudahkan prosesnya. Guide mereka akan cara2nya … yang penting majlis terbuka itu dapat direalisasikan demi kepentingan semua.
Tak kiralah dalam bentuk forum atau apapun, asalkan ianya terbuka dan hadirin bebas bertanya soalan2 yang menjadi perdebatan hangat ( bukannya soalan2 mudah yang sudah ditentukan lebih awal )
Mungkin isu 1MDB ini begitu luas dan terlalu banyak skandal untuk dijawap dalam waktu singkat. So …. apakata wakil 1MDB cuma perlu buktikan saja pelaburan2 luar yang dibuat oleh 1MDB ( termasuk Just Unit )
Tak perlu buang masa bercerita tentang sejarah 1MDB, misi dan visi bagai. Straight to the point.
Pihak DOJ ( dan juga pihak lain ) menuduh salahguna dana 1MDB menerusi apa yang direkodkan dalam akaun 1MDB sebagai pelaburan2 luar. Contohnya, dalam akaun 1MDB dinyatakan 1MDB beli unit2 pelaburan diluar negara tapi mengikut DOJ, pelaburan2 itu tidak wujud kerana dana itu telah disonglap.  ( antara lain telah dimasukkan ke dalam akaun Najib ).
Makanya, dengan membuktikan pelaburan2 luar itu sememangnya wujud dengan nilai yang dinyatakan, 1MDB mampu buktikan dakwaan2 DOJ dan pihak2 lain itu adalah palsu. Mudah kan ?
Jika pihak DOJ boleh tunjukkan Money Trail mereka bagi menyokong dakwaan terhadap salahguna dana 1MDB maka adalah amat mudah sekali bagi 1MDB untuk menyanggah segala dakwaan2 itu melalui Money Trail sepertimana tercatat dalam simpanan/rekod akaun 1MDB.

ANTARA PUTARBELIT MAMAK MAHATHIR & SANDIWARA BUGIS YANG MENGHAKISKAN KEYAKINAN


Perdana Menteri Datuk Seri Najib mestilah beterus terang kepada rakyat tentang keadaan ekonomi sekarang supaya rakyat bersedia untuk menghadapi keadaan yang lebih buruk.
Apapun cerita-cerita besar Najib tentang kesihatan ekonomi tetapi ahli perniagaan, golongan profesional dalam beberapa sektor terutama dalam bidang petroleum, mahasiswa dan mereka yang bergantung kepada peluang-peluang perniagaan dan pembayaran dari kerajaan amat merasakan keadaan sebenar yang menggigit mereka.
Dalam menghadapi keadaan ini, apapun dikatakan orang tentang GST tetapi saya melihatnya sebagai suatu kewajaran terhadap peniaga-peniaga yang selama ini mengelak cukai dari kerajaan dan menjadi penyelamat kepada ketenatan ekonomi sekarang.
Walaupun keadaan ekonomi kini tidak seburuk 1997 tetapi masalahnya ialah kepimpinan negara tidak pernah menghadapi kehilangan deposit keyakinan rakyat atau deficiency of trust seperti yang dialami oleh Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri Najib) dibandingkan dengan lima perdana menteri sebelum ini.
Semuanya berpunca kepada ketidak matangan dan ketidak bijaksanaan serta kegelojohan dalam menguruskan propaganda dan informasi dari slogan “I Love You” sampai kepada PM bercakap bagi pihak Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung.
Memburukkan lagi kredebiliti kenyataan ini adalah oleh kerana didahului oleh komen mengenainya oleh Raja Petra bloger kontroversi sehingga rakyat dapat merasakan Najib terpaksa bergantung kepada apa sahaja dalam keadaan lemas.
Pengurusan informasi di bawah Era Najib dirasakan oleh rakyat sebagai permainan silap mata atau penjual ubat di pekan sehari. Tidak pernah sebelum ini seorang setiausaha akhbar PM membuat kenyataan politik bagi pihak Perdana Menteri tetapi ini berlaku di era Najib.
Hakisan kredebiliti Najib bermula dengan hasratnya untuk mempamerkan kepada dunia dan rakyat negara ini liberalisma, demokrasinya yang lebih baik dari Perdana-Perdana Menteri dahulu. Ia mulanya dirintis oleh Abdullah Badawi untuk menunjukkan Mahathir adalah authoritarian atau diktator atas nasihat menantunya Khairy Jamaluddin.
Untuk menunjukkan lebih progresif, lebih liberal demokratik dari Pak Lah, Najib menghapuskan ISA untuk menang pilihanraya tetapi belum sempat rakyat menikmatinya, Najib telah memperkenalkan NSA(National Security Act) yang lebih menggerunkan rakyat kerana Najib dapat merasakan penghapusan ISA lebih mengancam bangsa dan negara.
Di bawah demokrasi NSA, rakyat dapat melihat baju merah bebas untuk memukul dan mengancam baju kuning.

Jamal melampaui batas, jenayah samseng

BERSIH mengutuk keras keganasan kumpulan Baju Merah yang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos terhadap peserta konvoi mereka di Sabak Bernam semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, BERSIH berkata salah seorang pesertanya dipukul secara fizikal oleh kumpulan yang mereka gelar sebagai 'samseng' itu.
"Samseng-samseng itu membaling telur kepadanya, menariknya dari motosikal, menendang dan menumbuknya sehingga dia cedera teruk.
"Mereka boleh membunuhnya. Jamal Yunos telah melampaui batas dan tindakan itu sama seperti samseng dan ia adalah jenayah dan keganasan yang melampau," katanya.
Katanya, kumpulan Baju Merah berkenaan bukan sahaja menyerang secara fizikal tetapi hampir merempuh kereta dinaiki Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pengurus BERSIH Mandeep Singh di Sabak Bernam.
"Ugutan seperti itu tidak dapat diterima. Polis perlu menangkap mereka untuk menamatkan kegiatan samseng ini," katanya kenyataan itu.
Semalam, dua peserta BERSIH yang menunggang motosikal dibaling telur ketika melintasi jalan masuk ke kawasan yang dipenuhi kumpulan Baju Merah di Sabak Bernam.
Salah seorang daripada mereka turut ditendang dua kali oleh anggota kumpulan berkenaan.
Mengulas lanjut, BERSIH berkata gabungan itu menawarkan sokongan undang-undang kepada penyokong yang menghadapi gangguan atau keganasan fizikal.
"BERSIH mengekalkan pendiriannya untuk mendukung himpunan secara aman tanpa kekerasan dan rasa hormat. BERSIH tidak menganjurkan konvoi itu untuk mewujudkan keganasan atau rusuhan tetapi untuk membicarakan isu-isu kami," katanya.
Katanya lagi, gabungan itu akan terus meneruskan konvoi berkenaan bagi meningkatkan kesedaran mengenai lima tuntutan BERSIH.
"Kami menyeru setiap rakyat Malaysia untuk terus menuntut pembaharuan dan Malaysia yang lebih baik,"jelasnya.

KJ mahu polis ambil tindakan terhadap Baju Merah

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya kepada kumpulan Baju Merah yang melakukan kekerasan fizikal kepada peserta BERSIH semalam.
Khairy turut meminta individu yang memimpin gerakan tersebut memberi nasihat kepada anggotanya supaya tidak melakukan kekasaran dan keganasan.
"Saya harap polis ambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.
"Saya tidak boleh terima dan saya harap mereka yang ada di belakang gerakan ini (Baju Merah dan BERSIH) dapat memberi nasihat kepada ahli mereka supaya tidak lagi melakukan kekasaran dan keganasan," tegasnya seperti dilapor Astro Awani.
Mengecam perbuatan itu, Khairy berkata amalan demokrasi di negara ini tidak membenarkan keganasan serta kekerasan fizikal sebagai penyelesaian dalam berhadapan pandangan berbeza.
"Saya melihat video semalam, tindakan sekumpulan Baju Merah itu yang menyerang aktivis Bersih (dengan) menendang dan melakukan kekasaran fizikal. Ini kita tidak boleh terima. Siapa sahaja yang terlibat, tindakan ganas perlu kita kecam.
"Untuk menunjukkan pendirian masing-masing, kita perlu terima dalam demokrasi. Namun, jangan sehingga mencetuskan tindakan ganas yang boleh mencetuskan ancaman keselamatan terhadap individu-individu yang terlibat," katanya kepada media selepas menyampaikan ucapan Pertandingan Akhir Kejohanan Badminton Asics 2016 di Subang hari ini.
Semalam, Malaysiakini melaporkan dua peserta BERSIH yang menunggang motosikal dibaling telur ayam ketika melintasi jalan masuk ke kawasan yang dipenuhi kumpulan Baju Merah di Sabak Bernam.
Seorang peserta Baju Merah kemudian menendang salah seorang daripada mereka sehingga menyebabkannya terbaring.
Penyokong BERSIH itu kemudian ditendang kali kedua oleh individu lain dari belakang ketika pegawai polis meminta semua pihak bertenang.

Baju Merah ganas seperti gengster, kata pengerusi Bersih

Maria berkata, ancaman Baju Merah tidak akan menghentikan usaha Bersih dan penganjur bakal mendedahkan lokasi himpunan Bersih 5 pada masa sesuai.
maria-chin-red-shirt-1
Himpunan Bersih 5 akan diteruskan pada 19 November ini dan penganjur bersiap sedia dengan pasukan keselamatan sendiri untuk berdepan ancaman Gerakan Baju Merah, kata Maria Chin Abdullah.
“Kami juga berharap mendapat bantuan daripada pihak polis untuk memastikan undang-undang dipatuhi semasa perhimpunan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pengerusi Bersih 2.0 itu berkata, lokasi perhimpunan hanya akan didedahkan pada masa sesuai, walaupun menerima ancaman Baju Merah yang meminta Bersih membatalkan perhimpunan itu.
“Peserta Baju Merah ganas, tetapi ancaman mereka tidak akan menghentikan usaha kami. Mereka bertindak seperti gengster dan tindakan sepatutnya diambil terhadap mereka. Bagi pihak kami, langkah-langkah keselamatan sudah dilakukan,” katanya.
Minggu lalu, Gerakan Baju Merah bertembung dengan konvoi Bersih di beberapa lokasi, termasuk di Teluk Intan menyebabkan pergaduhan tercetus antara penyokong Bersih dan Baju Merah, manakala ribuan penyokong berkumpul di Gurney Drive sebagai tanda bantahan terhadap perhimpunan Bersih 5.
Bersih dalam kenyataannya mendakwa pergaduhan itu hampir membunuh penyokongnya dan menegaskan badan itu hanya mahu menggalakkan keamanan, bukannya menimbulkan rusuhan.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim ketika dihubungi berjanji kumpulan Baju Merah di Pulau Pinang tidak akan bertindak ganas, kecuali diprovokasi kumpulan Bersih.
“Objektif Baju Merah adalah untuk menghentikan perhimpunan daripada diadakan kerana ia mengganggu keamanan di negara ini. Sehubungan itu, jangan provokasi kami, jika anda tidak mahu perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Skandal 1MDB perlu selesai agar Malaysia capai sasaran negara bebas rasuah

Walaupun pemberkasan dua pegawai kerajaan di Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini berjaya, Malaysia tidak akan mampu mencapai sasarannya menjadi antara 30 negara terbaik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang 2020.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, berkata ia berikutan skandal mega 1MDB yang memasyhurkan nama Malaysia sebagai ‘kleptokrasi global’ di mata dunia masih tidak selesai sehingga ke hari ini.
“Operasi terbesar SPRM itu tidak akan cukup untuk membalikkan trend Malaysia diambil alih oleh negara-negara lain khususnya di Asia kecuali kerajaan bersedia menghadapi masalah skandal antarabangsa 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ketua Parlimen DAP itu, jika Malaysia gagal menyekat aliran menurun dalam CPI dan tidak menyelesaikan isu 1MDB, kedudukan Malaysia akan diambil alih oleh Indonesia dan China dalam tempoh 10 tahun ini.
Beliau berkata, kedua-dua negara tersebut berada di kedudukan tercorot dalam CPI sejak 1995 namun berjaya melonjak dengan cepat, berbeza dengan Malaysia yang mengalami kemerosotan.
Malaysia menduduki tempat 50 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2014, namun telah jatuh empat anak tangga ke tempat 54 pada tahun lalu.
Walau bagaimanapun, Kit Siang mengucapkan tahniah kepada SPRM kerana berjaya melakukan operasi penangkapan melibatkan harta lebih dari RM114 juta itu dan memuji agensi berkenaan atas usaha mereka membasmi rasuah di negara ini.
Pada masa sama, beliau bersetuju dengan bekas ahli panel penasihat SPRM, Tan Sri Robert Phang bahawa ada kemungkinan wujud orang politik pada peringkat tertinggi di sebalik dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah tersebut.

Guan Eng ucap tahniah kepada Najib berjaya perangkap Presiden PAS

Hanya kerajaan yang gagal uruskan ekonomi dengan baik akan menggunakan sentimen agama dan kaum untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu sebenar yang melanda negara seperti rasuah dan salah guna kuasa.
najib hadiDi samping itu, rakyat pula akan terus menjadi mangsa keadaan menanggung beban kos sara hidup yang semakin melonjak tinggi.
Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, perangkap perkauman dan agama bukan sahaja memesongkan tumpuan rakyat, tetapi juga telah menyebabkan runtuhnya Pakatan Rakyat apabila polemik hudud ditimbulkan.
“Saya puji Najib kali ini sebab beliau berjaya ‘dapatkan’ PAS ikut rentak Umno mainkan isu-isu kaum dan agama.
“Macam manalah dia (Najib) dapat pengaruhi Presiden PAS? Kalaulah PAS kerjasama dengan Umno, habislah PAS. Bukan sahaja akan hilang banyak kerusi, Kelantan pun akan hilang,” katanya dalam Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah Persekutuan 2016 sebentar tadi.
Beliau menjelaskan risiko kekalahan besar PAS itu telah pun diketahui umum, namun berasa hairan apabila Presiden PAS seolah-olah tidak menyedari risiko yang bakal dihadapi partinya itu.
Lebih memburukkan keadaan, media-media kawalan Umno terus menakut-nakutkan rakyat dengan hegemoni kaum apabila cuba mengaitkan DAP sebagai ‘chauvinis Cina’ yang mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi Putrajaya.

Konvoi Lawan Konvoi, Bukan Konvoi Lawan Penendang.

Oleh Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Tindakan baju merah menyerang dan menendang pasukan konvoi Bersih 5 perlu dikutuk. Jangan bawa budaya samseng dalam politik Malaysia. Walau pun Pas tidak sertai perarakan Bersih 5, bukan bererti Pas menyokong tindakan yang tidak bertamaddun ini. Pas juga bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk pilihanraya adil.

Pas menentang sebarang bentuk kezaliman dan tindakan tidak bermoral. Kerana ini merupakan ajaran Islam sebagai mana sabda Nabi SAW bermaksud, " Bantulah saudara kamu yang dizalimi"

Sekarang zaman millennium baru, bukan cara politik tahun 60 an yang bersifat barbarian. Politik hujah melawan hujah, program lawan program. Bukan konvoi lawan penendang. Baju merah boleh kerah sebanyak mungkin untuk buat seperti konvoi Bersih 5. Bukankah negara kita, negara demokrasi?.

Pihak polis perlu ambil tindakan segera untuk kenal pasti siapa yang terlibat. Tidak payah mana untuk mengambil tindakan, kerana gambar jelas terpampang di media sosial dan audio. Jangan biarkan budaya samseng ini menular di dalam masyarakat.

Tendang, teranjang, baling orang dengan objek, bukankah itu sikap esktrimse?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Malam siang pemimpin UBN menyebut perkataan ekstrimsme dan mengutuk perbuatan berkenaan. Macam-macam keburukan dan kerugian kepada negara bangsa jika ekstrisme dibiarkan berleluasa. .

Polis juga bercakap mengenai perkaran berkenaan. Tetapi cakap-capak itu hanya retorik semata-mata untuk menyedapkan telinga pendengar sekaligus menunjukkan kerajaan UBN dan aparatnya mengambil peduli. Walhal ekstrisme berlaku di hadapan mata.
Apa yang berlaku dan dilakukan terhadap konvoi Bersih 5 oleh samseng baju merah adalah perbuatan ekstrisme. Mereka bergerak atas semangat ekstrimse yang kita semua bencikan itu.

Tendang, teranjang, baling orang dengan objek, bukankah itu sikap esktrimse? Mana sikap dan budaya berunding, berbincang atau berbahas yang kita harapkan?
Tindaklan diplomasi sudah tidak ada lagi. Tindakan menggunakan fizikal adalah tindakan ekstrimse yang lebih buruk daripada tindakan dengan "ken", jumud dan melemparkan fitnah mentah dan caci maki.
Semua tindakan itu juga ekstrimse tetapi ia ekstrisme kecil tetapi menggunakan fizikal ke atas orang lain yang tidak melawan adalah aksi ekstrimse besar yang akhirnya akan membawa kepada peperangan dan serangan hendap atau pun tindakan berani mati seperti berlaku di negara-negara Timur Barat sekarang.
Semua pihak perlu mengambil berat masalah ini.

Fokus agenda bantu rakyat, kata DAP

Fokus agenda bantu rakyat, kata DAPAhli-ahli DAP diminta untuk menumpukan perhatian membantu rakyat terutama dalam isu ekonomi.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pada masa sama ahli DAP diingatkan agar mengabaikan isu-isu perkauman yang segaja dibangkitkan Umno dan Pas.
“Marilah kita tumpukan perhatian kepada isu ekonomi. Saya tidak mahu bincangkan syarat atau pun ancaman mereka. Kita tidak perlu peduli hal seperti itu.
“Kita fokus dengan kerja kita sendiri untuk membela rakyat dalam isu ekonomi. Itu lebih penting,” katanya dalam ucapan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan, di ibu pejabat DAP, hari ini.

Nazri ulang cabar Tun M


Nazri

IPOH -  Ahli Majlis Tertinggi Umno,  Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi mencabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kerusi Parlimen Padang Rengas pada PRU14.
Menurutnya, beliau bersedia berdepan dengan Mahathir dan Padang Rengas sentiasa 'menanti' kedatangan mantan perdana menteri itu.
"Dia (Mahathir) marah sangat pada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, saya dah kata sebelum ni,  nak jatuhkan Najib lawanlah di Pekan.
"Jika rasa tidak mahu melawan dia (Najib), Mahathir boleh lawan saya di Padang Rengas,  saya tunggu di sana, buat apa sembang macam tin kosong dan jadi anak jantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Koridor Kebudayaan Mengelembu di sini,  hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mahathir bahawa dengan beberapa Adun keluar Umno di Perak, Terengganu atau Johor, pembangkang tidak perlu menunggu PRU14 untuk menguasai negeri tersebut.

Bersih 5 tak penting, baik tolong orang kampung, kata Khalid

Bekas menteri besar Selangor itu berkata apa yang penting pada ketika ini ialah menyelesaikan masalah rakyat terutama dari sudut ekonomi.
khalid-bersih
CYBERJAYA: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata himpunan jalanan Bersih 5 anjuran Bersih 2.0 yang dirancang pada 19 November depan tidak perlu diadakan.
Bekas menteri besar Selangor itu berkata apa yang penting pada ketika ini ialah menyelesaikan masalah rakyat terutama dari sudut ekonomi.
“Sekarang tidak perlu lagi kita adakan perarakan jalanan kerana masalah rakyat ialah kemiskinan, jurang kaya dan miskin.
“Kalau Bersih dapat gunakan tenaga mereka untuk mencari kampung miskin dan gunakan kumpulan pakar mereka untuk membantu dan menghindarkan kemiskinan lebih baik,” katanya kepada pemberita di Garden Residance Cyberjaya, hari ini.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebelum ini berkata himpunan Bersih 5 diadakan bagi menuntut reformasi institusi dalam negara dilakukan.
Malah, Bersih 2.0 turut mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri kerana terpalit dengan isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

Rampasan RM114.5 juta: Siapa bakal kambing hitam di Sabah


Konvoi Bersih 5 dilepaskan di Sungai PetaniKonvoi Bersih 5 dilepaskan di Sungai Petani
Siapa yang akan dikambing hitamkan selepas rampasan RM114.5 juta di Sabah kali ini, satu Kemungkinan besar yang merupakan antara agenda tersembunyi pihak tertentu yang  tidak dapat dinafikan.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar semasa ceramah Bersih 5 yang telah diadakan di hadapan Yayasan Aman, Sungei Petani sempena gerakan konvoi Bersih di utara.
"Kita telah lama bersama dan kenal siapa pemimpin Umno.
"Jika bukan untuk kambinghitamkan mana-mana individu, isu ini tidak akan timbul pada waktu sekarang.
"Apa sebenarnya agenda yang tersirat disebalik isu rampasan terbesar SPRM terhadap dua penjawat awam kerajaan di Sabah, " tanya beliau lagi.
Malah katanya, sudah menjadi lumrah dalam Umno dan BN untuk mengkambinghitamkan individu lain bagi menutup kebobrokkan yang dilakukan oleh pimpinan mereka.
Beliau juga berkata, hanya masa yang akan membuktikan siapa yang akan menjadi mangsa kambing hitam menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Tegasnya lagi, tindakan untuk mengkambinghitamkan mana-mana mangsa adalah bagi menutup jerung besar yang sedang mengatur strategi untuk melepaskan diri bukan sesuatu yang mustahil.
"Begitu juga dengan laungan 'Hidup Melayu' yang sengaja dimainkan untuk menutup kebanjingan salah laku pemimpin Umno.
"Mereka perkudakan anak-anak muda dengan baju merah untuk jadi samseng jalanan.
"Ramai budak sekolah, pakai baju merah, ada lambang Umno terpampang, yang masih hingusan diajak buat kacau dan ganggu konvoi Bersih, " jelasnya lagi.
Ujarnya lagi, tindakan memperbodohkan anak-anak muda Melayu dengan aksi samseng dan mengganggu pergerakan konvoi Bersih amat memalukan.
"Kalau dah teringin sangat nak adakan himpunan, buatlah dimana saja.

Polis layan kami macam anjing kurap, kata Jamal

Jamal berkata, penyokong Bersih 5 bukan sahaja dijaga rapi, malah polis turut mengiringi konvoi Bersih 5 di setiap lokasi.
jamal
PETALING JAYA: Datuk Jamal Md Yunos mendakwa polis berat sebelah dengan memberi layanan istimewa kepada konvoi Bersih 5, manakala Gerakan Baju Merah pula disekat di setiap lokasi.
KONVOI“Kumpulan Bersih 5 bukan sahaja dijaga rapi, malah pihak polis turut mengiringi di setiap konvoi Bersih 5 mengalahkan escort perdana menteri.
“Sebaliknya, layanan yang diberikan kepada Gerakan Merah V2 saya sifatkan seperti anjing kurap.
Pihak polis menyekat di setiap lokasi kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa yang dilaporkan berkata, polis sedang memburu penyokong Baju Merah yang menyerang 2 penunggang motosikal berbaju Bersih di Sabak Bernam, semalam.
Satu rakaman video menunjukkan 2 penunggang motosikal berbaju Bersih 5 itu dibaling telur dan objek kecil, sebelum seorang daripadanya ditendang sehingga tersungkur dengan dikelilingi penyokong Baju Merah.
Tiga kenderaan juga dilaporkan mengalami kerosakan di Tawau, semalam, ketika konvoi Bersih 5 berhenti untuk mengedar risalah di pusat bandar.
Jamal mendakwa, selain diarahkan polis untuk menghentikan konvoi serta-merta, 3 penyokong Baju Merah turut ditahan.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu berkata, himpunan dan konvoi Bersih 5 bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mereka turut menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan mencabul sistem demokrasi negara.
“Padahal kumpulan Bersih inilah yang selama ini menghasut rakyat dan menghina pihak polis di sepanjang kempen yang diadakan sejak sekian lama.
“Malah, Bersih sebelum ini yang mencetuskan keganasan melampau sehingga menggugat keselamatan negara, menyerang pihak polis dan memecahkan kereta polis,” katanya.

Netizen kutuk keganasan kumpulan baju merah

cuoukonuaaa0hpjTindakan kumpulan baju merah menyerang peserta konvoi BERSIH5 mendapat kecaman netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.
Insiden berlaku di Sabak Bernam, dekat sini, semalam, mendapat perhatian ramai dengan kebanyakannya menganggap ia perlakuan luar batasan yang perlukan tindakan segera polis.

Ruangan media sosial Facebook Siakap Keli yang memaparkan perkara itu berjaya menghimpun lebih 1,000 ‘like’ dalam kurang setengah jam dan kebanyakan komen mengutuk kejadian berkenaan.
“Insyallah..mudah-mudahan tertangkap orang yang melakukan ‘flying kick’ tu…Amin,” coret Mohd Amin.
Tidak kurang juga yang mengatakan sepatutnya polis sudah bertindak ke atas pelaku kerana ketika kejadian kelihatan anggota keselamatan itu di lokasi berdasarkan rakaman video dipaparkan.
“Polis yang ada masa perkara tu berlaku kenapa tak tangkap je terus budak lelaki tu? Dalam video tu nampak ada polis masa kejadian. Tak kan dah viral baru nak tangkap,” kata Tengku Rizal.
Manakala yang lain menyatakan kumpulan baju merah itu hanya berani ketika dalam kumpulan ramai dan tidak sebaliknya seperti mana dikata Putra Azha Ad – “Bila ramai dia gengster. Tapi bila sorang dia hemster.. tunggu polis datang jemput kat rumah..”.
Polis juga diminta bertindak dan menjalankan siasatan ke atas pihak didakwa mengetuai kumpulan berkenaan.
“Tangkap ‘mastermind’ si Jamal dulu…bukan macai saja…dia sebenarnya pencetus huru hara…,” luah Zaim Naufal dipercayai merujuk Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.
Konvoi BERSIH5 dijalankan di beberapa lokasi di negeri tertentu sebelum berlangsung perhimpunan sebenar pada 19 November ini bagi menyatakan bantahan terhadap skandal negara termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

TAHNIAH BAJU MERAH! ANDALAH WIRA UMNO

Baju merah dibawah Jamal Ikan Bakar mengganas lagi sambil memberi bayangan apakah bentuknya Malaysia ditahun-tahun akan datang jika anda tidak mengubahnya.
Malaysia akan jadi negara mundur, terbahagi kepada kumpulan samseng dan rakyat seperti anda dan saya.
Kumpulan samseng akan bermaharajalela, memukul siapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka.
Hidup harmoni antara kaum yang kita pelihara selama ini dan yang amat penting untuk kesinambungan Malaysia ini akan hancur. Kumpulan merah ini hampir semuanya Melayu dan anda cuma perlu dengar maki-hamun rasis mereka untuk mengetahui apa yang akan berlaku jika parti penaung mereka itu terus berkuasa. Negara akan mundur kerana tidak ada satu pun masyarakat samseng didunia ini yang pedulikan kemajuan. Asal mereka kaya, orang lain boleh pergi jahanam.
Inikah yang anda mahu? Masa depan beginikah yang anda mahu? Fikir lah masak-masak.
Jika anda tidak mahu masa depan yang saya bayangkan tadi, anda cuma perlu buat satu perkara — tolak parti pemerintah di pilihanraya yang akan datang.

Itulah dia UMNO NAJIB.
Pasukan baju merah yang diwujudkan tahun lepas dengan restu dan sokongan Najib … Mengikut khabar angin, Baju Merah ini dibawa berbincang dengan parti2 BN yang lain, mendapat bantahan dari parti bukan Melayu BN tapi diredah juga oleh Najib. Nah …… sekarang rakyat Malaysia boleh saksikan sendiri –  itulah dia wajah Umno Najib.
Wajah disebalik topeng Wassatiyah atau Kesederhanaan yang dipakai oleh Najib. Semuanya lakonan jer …. Takdernya Wassatiyah di sebalik nilai songlapan 1MDB … Ekstrim hingga pecah rekod dunia !
Takder Wassatiyah nya nilai derma yang direka oleh Najib  … Ekstrim hingga pecah rekod derma dunia peradaban manusia sejagat !
Dan kini rakyat Malaysia dipertontonkan nilai Wassatiyah Umno Najib yang dibawa oleh askar2 baju merah Umno ….
TAHNIAH Baju Merah !  Anda memang layak sebagai Wira Umno !
PS – Pihak Polis diharap ambil tindakan sewajarnya mengikut undang2 negara ya. Tak perlu tweet pun ok …

Tindakan samseng baju Merah dikecam

cuoukonuaaa0hpjKEADILAN Cabang Sabak Bernam mengutuk sekerasnya perbuatan liar sekumpulan peserta Gerakan Baju Merah menyerang salah seorang peserta konvoi BERSIH 5.
Menurut kenyataan KEADILAN Sabak Bernam, perbuatan mereka menunjukkan bahawa mereka sanggup menggunakan apa jua cara untuk menggagalkan konvoi Bersih 5.

“Cabang Sabak Bernam mengutuk sekeras kerasnya perbuatan samseng budak suruhan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.
“Sebagai seorang ketua beliau seharusnya menangani isu Bersih 5 dengan memberi penerangan Kepada masyarakat dan bukannya bertindak liar dan mengajar remaja remaja kita menjadi samseng,” katanya dalam kenyataan.
Katanya ia amat berbeza dengan yang hadir untuk program Bersih 5 semalam apabila sukarela tanpa mengharapkan sebarang ganjaran tetapi dengan niat dan tekad demi menyelamatkan negara dari terus dijarah pemimpin korup.
“Cabang berharap dan meminta Ketua Umno Bahagian Sungai Besar agar gunakan duit yang ada itu untuk tujuan yang lebih murni.
“Kita di dunia ini hanya untuk sementara dan sehingga itu buatlah sesuatu yang rakyat akan sebut nama dan bukannya mencaci dimana seluruh keluarga terpaksa tanggung malunya,” katanya.
Difahamkan, kekecohan mula meletus apabila dua penyokong baju kuning yang menunggang motosikal beredar dari stadium selepas tamat perhimpunan itu terus menuju ke tempat berkumpul baju merah di persimpangan lampu isyarat jalan masuk ke Kampung Batu Satu Sepintas.
Tindakan itu mengundang kemarahan baju merah lalu bertindak menghalang dua lelaki melalui jalan terbabit hingga mengakibatkan seorang mangsa terjatuh daripada motosikal.
Polis menjelaskan bahawa lelaki diserang itu mahu pulang ke rumah dan mengambil laluan diduduki kumpulan Baju Merah.

Jamal bidas polis layan pihaknya seperti 'anjing kurap'

Ketua gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunus mendakwa pihak polis memberi 'layanan istimewa dan luar biasa' terhadap peserta BERSIH 5 yang kini mengadakan konvoi di seluruh negara.
Sebaliknya, kata Jamal, pihak berkuasa itu melayan kumpulannya seperti 'anjing kurap'.
"Kumpulan BERSIH 5 bukan sahaja dijaga rapi, malah pihak polis turut mengiringi setiap konvoi BERSIH 5 mengalahkan escort Perdana Menteri Malaysia.
"Walhal tindakan BERSIH 5 telah terbukti bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah agenda kotor mereka menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mencabul sistem demokrasi menerusi turun ke jalan raya.
"Sebaliknya, layanan yang diberikan kepada Gerakan MERAH V2 saya sifatkan seperti anjing kurap," kata Jamal dalam kenyataan hari ini.

LEGASI MAHATHIR, LEGASI NAJIB

Barangkali masih ramai yang keliru mengenai masalah sebenar yang dihadapi negara. Bagi penyokong UMNO dan Najib Razak, daripada yang dapat dedak secara bulanan atau sekali-sekala sehinggalah kepada pemimpin yang diberikan habuan jawatan, kontrak atau kedudukan, mereka nampaknya lebih cenderung untuk melihat Tun Mahathir Mohamad sebagai punca segala-galanya.

Seolah-olah jika Tun Mahathir berdiam diri dan tidak berkata apa-apa, malah menyokong semua langkah dan perbuatan Najib Razak, seluruh rakyat  akan menikmati kehidupan yang lebih baik dan bahagia.

Benarkah begitu? 

Bagi mereka yang waras dan berfikir dengan jujur, agak memualkan sebenarnya apabila Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa menyarankan agar Najib Razak berani merombak beberapa legasi Tun Mahathir yang dianggapnya memberi kesan negatif kepada rakyat.

Beliau mengambil contoh penswastaan lebuhraya yang ditandatangani di zaman Tun Mahathir yang mensyaratkan kenaikan tol dalam tempoh tertentu dan  pengurusan sisa pepejal yang membebankan pihak berkuasa tempatan, sebagai contoh legasi negatif yang perlu dirombak oleh Najib.
Benarkah legasi Tun Mahathir yang menjadi masalah atau legasi itu merupakan masalah kerana Tun Mahathir begitu lantang mahu menyingkirkan Najib?

MP gesa SPRM terima arahan Raime, jangan memilih dalam siasatan


Rampasan wang tunai dan harta lain oleh SPRM di Sabah menimbulkan pelbagai persoalanRampasan wang tunai dan harta lain oleh SPRM di Sabah menimbulkan pelbagai persoalanAhli Parlimen Segambut. Lim Lip Seng mahu SPRM menyahut gesaan Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi supaya menyiasat Datuk Seri Shafie Afdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada tahun 2010, serta pegawai-pegawai senior kementerian tersebut berikutan kes rasuah melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.
Tetapi katanya tindakan seperti itu jangan terhad kepada kes Shafie sahaja.
"Sekiranya SPRM mahu mengikut ‘arahan’ Raime supaya menyiasat Shafie Apdal, SPRM juga wajar menyiasat ibu dan bapa (tiri) Riza Aziz, tidak lain Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tentang bagaimana anak mereka yang mempunyai pengalaman kerja sebagai pegawai junior bank selama kurang empat tahun dapat mengumpul kekayaan berjumlah US$238 juta dalam syarikat Red Granite Capital, malah memiliki hartanah mewah di Amerika Syarikat berjumlah lebih US$50 juta?," kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau melahirkan rasa hairan dari mana munculnya Raime ini? Adakah beliau berada di planet lain sebelum kelmarin? Kenapa beliau tidak muncul mendesak tindakan SPRM supaya menyiasat Datuk Seri Ahmaad Shabery Cheek dan Khairy Jamaluddin, yang merupakan mantan dan menteri bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), ekoran rasuah dan penggelapan dana berjumlah RM138.5 juta melibatkan bekas pegawai KBS yang didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 2012 dan 2015?
"Berasaskan kebijaksanaan Raime ini, mustahil bagi pegawai KBS tersebut untuk mengumpulkan kekayaan yang begitu besar tanpa pengetahuan kedua-dua bosnya itu." katanya.

SPRM juga katanya, wajar menyiasat Menteri Wilayah Perseketuan, Tengku Adnan Mansor dan juga datuk-datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dahulu dan sekarang kerana ‘membenarkan’ seorang pegawai senior DBKL berpangkat Datuk Seri untuk mengumpul kekayaan berupa 31 unit kondominium dan kini berhadapan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM10 juta.