Jumaat, 7 Oktober 2016

Baju Merah ajar cara berhimpun - Bersih 5 ketawa (geng Jamal Yunos)

DUA KES YANG POLIS PERLU SEGERA BERTINDAK

Akhirnya Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sedar wujudnya laporan polis yang sengaja dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang semata-mata bertujuan untuk kepentingan politik sahaja.

"Kita pun nampak trend itu, buat report itu, buat report ini...

"Kita telah ambil keputusan bahawa jika ada pihak yang didapati sengaja menggunakan polis untuk kepentingan politik mereka, kita akan ambil tindakan di bawah Seksyen 182, Kanun Keseksaan atas dakwaan membuat laporan palsu," katanya lagi.

Pihak polis tentunya lebih arif yang mana satu laporan polis yang dibuat secara main-main dan untuk kepentingan politik pihak tertentu dengan laporan yang betul-betul untuk kepentingan umum jika dilihat kecenderungan yang berlaku kebelakangan ini.

Bagaimanapun, untuk memudahkan pihak polis, sekurang-kurangnya ada dua laporan polis yang boleh dipertikaikan kewajarannya dan perlu diambil tindakan.

'Tak ada kerja lainlah IGP, nak sebut hari-hari ambil tindakan'

Saman DOJ: "Selamat berjaya," kata Duta AS pada Najib

"BERSIH, kita tunggu anda di sana," amaran Armand

Tumbangkan Kedah: Muhyiddin hanya berangan sembang Ahmad Bashah

ALOR SETAR - Dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang BN akan tumbang di Kedah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang tidak ubah seperti 'angan-angan Mat Jenin'.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kenyataan tersebut hanya bertujuan meraih sokongan rakyat terhadap kepimpinan parti baharu itu.
Ahmad Bashah Md Hanipah "Itu mainan politik beliau (Muhyiddin)...tetapi beliau tidak sedar yang beliau sendiri kalah," katanya selepas merasmikan Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sini hari ini.
Muhyiddin dalam satu kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan mendakwa BN Kedah akan tumbang pada PRU akan datang berikutan sentimen rakyat selepas pertukaran menteri besar awal tahun ini.  
Dakwanya selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan sebagai
Menteri Besar, BN perlu ditumbangkan memandangkan rakyat juga kononnya melihat Ahmad Bashah tidak sehebat Mukhriz.
Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Umno negeri itu berkata, rakyat Kedah bijak untuk memilih parti yang memerintah kerajaan dan tidak mahu tertipu buat kali kedua selepas diperintah parti pembangkang pada PRU ke-12 dahulu.
Tegasnya, Umno dan BN tidak gentar dengan kenyataan itu, sebaliknya terus bekerja keras bagi memastikan jentera parti tersebut bersedia menghadapi PRU selain turut mempunyai senjata rahsia yang akan digunakan ketika berkempen nanti.
"Apa depa (parti PPBM) nak kata suka hatilah... sebab saya yakin rakyat Kedah pandai menilai kerana mereka tidak mahu menderita lagi. Saya yakin rakyat akan pertahankan Umno dan BN untuk terus memerintah negeri ini," katanya.

Konvoi Bersih di Kedah aman‎, Maria puji polis

Pengerusi Bersih 2.0 memuji polis Kedah dan berharap setiap negeri lain mencontohinya.
mariaKonvoi Bersih 5 konvoi tidak berhadapan sebarang kejadian tidak diingini di Kedah hari ini, pengerusinya Maria Chin Abdullah.
Bercakap kepada FMT, Maria mendedahkan yang beberapa penyokong Baju Merah cuba mengganggu konvoi Bersih 5 di Kedah sebelum dihentikan polis tempatan.
Maria memuji polis, sambil menambah ia perlu dicontohi pihak penguat kuasa di setiap negeri lain.
“Hari ini polis di Kedah, Johor, Perlis dan Kelantan menetapkan standard bagaimana perhimpunan aman boleh diuruskan. Saya berharap pihak polis di negeri lain akan mencontohi dan menegakkan hak untuk berhimpun secara aman,” kata Maria.
Ini susulan beberapa pergelutan antara Bersih 2.0 dan kumpulan Baju Merah, dengan video rakaman pergelutan antara aktivis dan para penyokong pergerakan Baju Merah, yang diketuai pemimpin pergerakan itu Jamal Yunos, di Teluk Intan, Perak.
Pergelutan itu berlaku berhampiran van polis, dan boleh didengar orang ramai meminta pihak polis agar campur tangan dan dalam beberapa ketika, pergelutan berakhir.
Maria kemudian menuduh Jamal kerana menyebabkan pergelutan apabila beliau menyerang seorang aktivis Bersih.
Bagaimanapun, Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar, menafikan dakwaan Maria.
Maria memberitahu FMT yang polis Teluk Intan menyekat penyokong Baju Merah daripada menghampiri para aktivis Bersih. Semasa kedua-dua pihak berunding, Jamal melancarkan serangannya.
Sebelum kempen bermula, Maria meminta polis mengambil tindakan tegas dan segera terhadap semua bentuk ugutan jenayah terhadap konvoi semasa melalui bandar-bandar.

Dr Fauziah gembira setibanya di Bangkok

Dr Fauziah Mohd Hassan
Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan ‘Women’s Boat to Gaza’ yang ditahan Israel Rabu lalu, Dr Fauziah Hasan tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi hari ini.

BANGKOK - THAILAND. Aktivis kemanusian Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hassan tetap berada di dalam keadaan gembira dan ceria setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini selepas dibebaskan oleh rejim Israel.
Ketibaan aktivis misi Women Boat's to Gaza (WBG) di Bangkok dari Tel Aviv, Israel itu disambut oleh pegawai Kedutaan Malaysia di Thailand dan suaminya Prof Dr Mohd Alauddin Mohd Ali yang baharu sahaja tiba dari Kuala Lumpur.
"Beliau (Dr Fauziah) berada dalam keadaan gembira," kata seorang pegawai kedutaan kepada Bernama selepas menyambut wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan ke Gaza itu hari ini.
Dr Fauziah menurut pegawai kedutaan itu bagaimanapun tidak dibenarkan meninggalkan ruangan transit di lapangan terbang itu sementara menunggu penerbangannya ke Kuala Lumpur.

Foto Jamal julang bayi dengan pistol tersisip dipinggang tersebar

'Perang gambar' antara ketua geng baju merah Datuk Jamal Md Yunos dengan penyokong Bersih semakin menjadi-jadi apabila foto tanpa baju ketua Umno bahagian Sungai Besar itu disebarkan di media sosial.
Jamal menjulang seorang bayi dengan pistol tersisip dipinggang.Jamal menjulang seorang bayi dengan pistol tersisip dipinggang.Setelah memuat naik foto mirip menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dengan seorang wanita di tandas di laman facebooknya, foto Jamal yang tidak berbaju dengan pistol tersisip dipinggang dan sedang menjulang seorang bayi disebarkan di internet.
Jamal sebelum ini dibidas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin kerana mengadakan sidang akhbar di dalam tandas di bangunan Umno Selangor di Shah Alam setelah mengoyak dan mencampak surat tuntutan permohonan maaf Bersih ke dalam lubang tandas.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menuntut permohonan maaf itu apabila Jamal mendakwa badan NGO itu diresapi militan IS @ Daesh.
Jamal di laman facebook miliknya hari ini memuat naik foto dakwaan skandal seks di dalam tandas yang dikaitkan dengan Azmin oleh blog pro-Umno sekitar tahun 2012.
Tindakan itu dibuat bagi menjawab kenyataan Dr Afif bahawa "hanya syaitan yang suka duduk di dalam tandas".
Dr Afif juga dalam sidang media semalam menyifatkan tindakan Jamal sebagai bertentangan dengan budaya Melayu.
Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie dilapor menyarankan pihak media agar tidak lagi melayan atau memberi liputan kepada Jamal.
Ini kerana Jamal, ujarnya menggunakan gambar fitnah yang sering kali digunakan kepimpinan Umno apabila terdesak.
Dalam perkembangan berkaitan, Maria Chin memfailkan tuntutan samannya terhadap Jamal di mahkamah hari ini.
Saman dikemukakan peguam N Surendran dan Melissa Sasidaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Maria bagaimanapun tidak dapat hadir di mahkamah kerana berada di Kedah menghadiri majlis berkaitan Bersih.

Pembangkang, kerajaan tidak berada di atas padang sama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan dianggap tidak jujur dalam mengemukakan cadangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.
Kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, Paul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) mencadangkan akta yang penuh helah dan bakal menyebabkan kerugian kepada pakatan pembangkang.
“Pembangkang dan kerajaan tidak berada di atas padang yang rata. Apa jaminan kepada mereka yang menyumbang kepada parti-parti pembangkang untuk tidak dikenakan tekanan politik?
Paul Low "Ini yang harus difikirkan oleh jawatankuasa itu. Kalau kita berada di atas ‘padang’ yang sama rata, kita tidak ada masalah. Tapi masalahnya sekarang isu persempadanan semula (cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya) sekalipun tidak adil (bagi pembangkang,” katanya ketika ditemui Sinar Online selepas sidang media di sini, hari ini.
Akta itu dicadangkan digubal bagi menangani isu berkaitan politik wang yang telah lama wujud.
Paul berkata, pihaknya mencadangkan 32 syor termasuk akta itu yang bakal dibentangkan dalam Kabinet dalam tempoh dua minggu.
Kata Shamsul lagi, pihak kerajaan sebaliknya perlu menyelesaikan terlebih dahulu segala isu yang membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jelas beliau lagi, mungkin cadangan tersebut akan tampak lebih relevan sekiranya isu membabitkan Najib sudah selesai.
“Pada saya, kerajaan atau menteri yang berkaitan tidak jujur dalam mengemukakan cadangan. Ini dibayangi dengan pelbagai helah yang tidak akan meyakinkan kita,” katanya lagi.
Tahun lalu, Najib menjadi tumpuan berhubung isu RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ia sumbangan penderma.
Susulan itu, Najib menubuhkan JKNMPP pada 14 Ogos tahun lalu dalam usaha membuah penambahbaikan bagi memenuhi keprihatinan orang ramai berhubung soal integriti dalam pembiayaan politik.
Dalam pada itu, Paul berkata, melalui cadangan pihaknya itu segala sumbangan politik yang melebihi RM3,000 perlu diisytiharkan kepada pengawal sumbangan dan perbelanjaan politik di mana ia perlu dimasukkan dalam akaun parti ataupun akaun peribadi khusus seseorang ahli politik.

MB Johor: Walau tiada majoriti 2/3, dunia tak kiamat

BN Johor tidak melihat kehilangan majoriti mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai satu masalah.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata BN masih membentuk kerajaan yang kuat dan memiliki majoriti selesa untuk memerintah Johor, lapor Berita Harian.

Katanya, sesetengah kerajaan negeri juga memiliki majoriti bawah dua per tiga, tetapi berjalan tanpa masalah.
"Parlimen sudah lama hilang majoriti begitu juga Perdana Menteri, tetapi tiada pun dunia kiamat.

“Salah (kenyataan) Pengerusi Parti Amanah (Negara) itu, macam mana nak jadi ketua kerajaan kalau itu pun tidak faham.
"Kita (kerajaan negeri) tidak dalam keadaan lemah kerana kita ada majoriti yang besar, majoriti selesa dan bukan semata-mata nombor, apa yang penting kepada kita fokus dan laksana kerja dengan berkesan dan baik," beliau dipetik sebagai berkata.

Amanah, PKR tidak kisah ahli Perkasa sertai PPBM

Pemimpin pembangkang mengalu-alukan sesiapa sahaja menyertai PPBM termasuk ahli Perkasa kerana ia mampu memberi kesan positif dengan memperkukuhkan blok pembangkang.
tian chuaPETALING JAYA: Amanah dan PKR mengalu-alukan ahli Perkasa yang keluar daripada NGO itu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata penyertaan bekas atau ahli Perkasa dalam PPBM pastinya akan memperkuatkan blok pembangkang dalam menumbangkan Barisan Nasional (BN).
“Baguslah. Saya tidak kisahlah sesiapa yang sehaluan (dengan Pakatan Harapan), kita mengalu-alukan. Bagi saya kita harapkan Bersatu boleh berkembang dan menjadi kuat.
“Kita harapkan parti bersekutu kita kuat apabila bergabung untuk melawan BN dan kita mempunyai kekuatan untuk menang. Jadi dari mana dapat ahli pun tidak kisah (selagi) ia mampu memperkukuhkan lagi pembangkang,” kata Tian Chua kepada FMT.
Anuar pula berkata Amanah tiada hak mendiskriminasikan ahli Perkasa atau mana-mana pihak untuk menyertai PPBM.
“Itu hak dia, kita tak boleh halang mereka menyertai mana-mana parti politik. Logik Perkasa menyertai PPBM berikutan dahulunya Perkasa juga lebih kurang sama perjuangannya. Tidak hairan jika ramai ahli Perkasa menyertai PPBM,” katanya.
Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) dan Perkasa dilihat sebelum ini mempunyai agenda dan perjuangan yang berbeza.
Perkasa diketahui lebih cenderung memperjuangkan bangsa Melayu berbanding PH bagi semua kaum.
Kebelakangan ini, semakin ramai ahli Perkasa dilihat menyertai PPBM selepas Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya mengambil keputusan melepaskan jawatannya dan menyertai PPBM.

Najib: Malaysia tak akan bankrap

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan yang tersebar di media sosial kononnya bahawa Malaysia akan bankrap pada akhir bulan ini.
“Ramai pula yang mempercayainya. Ingin saya terangkan, ekonomi negara bahkan ekonomi dunia mempunyai kitaran naik turunnya.
“Pada 1998, kita mengalami krisis kewangan yang sangat dahsyat, di mana pertumbuhan ekonomi negara di tahap negatif, banyak perniagaan gulung tikar, ringgit jatuh mendadak dan rakyat hilang kerja," kata Najib.
Sepuluh tahun kemudian, katanya, dunia kembali diasak krisis ekonomi yang juga telah mengakibatkan ekonomi negara menyusut.
“Sebagai menteri kewangan ketika itu, saya telah mengambil langkah proaktif dalam merangka program perangsang ekonomi.
“Alhamdulillah, pertumbuhan ekonomi melonjak semula pada kadar lebih 7 peratus pada tahun berikutnya,” katanya dalam satu catatan di blog beliau.
Pada tahun 2015, menurut Najib, negara menghadapi satu lagi cabaran ekonomi di mana hasil pendapatan negara merosot lebih RM30 bilion akibat kejatuhan harga minyak.
“Hakikatnya, ekonomi negara tetap berkembang pada kadar lebih 4 peratus pada separuh pertama tahun ini, dan tidak pula tersungkur ke tahap negatif seperti tahun 1998.
“Malangnya ada kelompok telah menyebarkan fitnah mengatakan kemerosotan ekonomi negara adalah sebab faktor politik semata-mata.
“Walhal, kerajaan inilah yang berjaya mempertahankan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.
Naijb menggesa rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah seperti itu dan mengingatkan umat Islam bahawa Allah berfirman bahawa orang beriman mesti sentiasa menyemak fakta apabila datang orang fasik yang membawa sesuatu berita.

Fitnah kaitkan Shafie dengan rampasan RM114.5 juta - Manismuka

“Mengarutlah kalau ada yang mengatakan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal terbabit dengan wang rasuah bernilai RM114.5 juta yang dirampas daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.
“Itu semua fitnah yang dirancang untuk memburukkan Shafie yang bukan lagi ahli UMNO.”
MANISMUKAItu tegas bekas Ketua Wanita UMNO Semporna, Manismuka Mohd. Dara yang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut ketika dihubungi wartawan MalaysiaGazette petang tadi.
Katanya, fitnah tersebut begitu cepat tersebar tetapi tidaklah semudah itu rakyat Sabah akan mempercayainya.
“Shafie cukup tenang apabila namanya cuba dikaitkan dengan rampasan wang rasuah yang dilakukan oleh SPRM itu kerana tahu dia tidak terlibat langsung.Agensi tersebut adalah di bawah kawalan kerajaan negeri dan apa yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri, tidak ada kena mengena dengan Shafie,” katanya.
SPRM kelmarin merampas RM114.5 juta daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, yang merupakan kes terbesar dalam sejarah SPRM.
Rampasan itu dibuat daripada seorang pengarah dan timbalan pengarah agensi awam itu selepas mereka ditahan SPRM kelmarin.

Suspek rasuah di Sabah tiada kaitan dengan Umno, kata Anifah

Menteri luar juga menafikan ada kena mengena dengan kes itu.
Anifah-Aman_umno_sprmPETALING JAYA: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini menolak dakwaan menyatakan pegawai kanan di Jabatan Air Sabah yang ditahan dalam kes rasuah terbesar di negara ini adalah bendahari Umno bahagian Kimanis.
Anifah yang juga ketua bahagian itu turut menafikan sebarang pembabitan dalam kes itu, dan berkata sebagai menteri luar tidak ada apa yang boleh beliau tawarkan kepada sesiapa.
Katanya, beliau juga tidak mengawal dana untuk jabatan air di Sabah.
“Adalah lebih baik untuk kita tahu dari mana dana itu datang dan siapa yang ada kuasa untuk meluluskannya.
“Maka, rakan senegeri saya Sabah, saya beritahu anda saya tidak terlibat dan tidak tahu mengenai dana berkenaan atau kewujudan projek itu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Ahli Parlimen Kimanis itu berkata demikian sebagai respons terhadap dakwaan yang sedang berlegar di media sosial iaitu pegawai kanan agensi kerajaan terbabit ada kaitan dengan Umno.
Antara mereka yang membuat dakwaan itu termasuk bekas ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman. Beliau bagaimanapun sudah memadam tuduhan itu di blognya.

IGP: Baik kuning, baik merah, kita akan siasat

Kedua-dua BERSIH dan gerakan ‘baju merah’ akan disiasat kerana melanggar undang-undang apabila gagal memaklumkan kepada polis mengenai perhimpunan masing-masing, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Kedua-dua pihak telah melanggar undang-undang, baik kuning, baik merah. Adakah mana-mana pihak beri notis utk membuat perhimpuan sebelum mereka jalankan aktiviti itu?
“Dan bila pihak ini tak memberi notis, dia nak perlindungan polis pulak, bila dia buat salah, lepas itu bila orang marahkan dia, dia minta perlindungan polis pulak,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.
Sementara itu, Khalid berkata polis juga akan menyiasat laporan yang dibuat oleh pemimpin baju merah, Datuk Jamal Md Yunos yang mendakwa BERSIH diresapi kumpulan pengganas IS.
“Bukan sahaja mengenai IS, tetapi segala-galanya. Saya kata sebarang perlakuan jenayah kita akan siasat, itu standard prosedur operasi kita,” katanya.
BERSIH sebelum ini menafikan dakwaan hubungannya dengan IS dan pengerusinya Maria Chin Abdullah hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Jamal.

Anwar harap 13 hakim tidak akan dengar semakan kes liwat II

Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap 13 hakim Mahkamah Persekutuan tidak akan mendengar permohonan semakan semula sabitan kes liwatnya dan hukuman penjara lima tahunnya itu pada Rabu ini.
Peguamnya, Latheefa Koya memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya telah menghantar surat kepada Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini melalui tangan dan faks bagi memaklumkan permintaan Anwar.
Surat itu dihantar oleh firma Daim & Gamany.
"Anwar memohon supaya 13 hakim yang pernah mendengar merit dalam sabitan dan hukumannya dikecualikan daripada panel yang dijadual mendengar semakan itu pada Rabu ini," katanya.
Bagaimanapun, hakim-hakim itu tidak dinamakan dalam surat berkenaan. Ketika ini, terdapat 15 hakim yang mendengar kes di mahkamah tertinggi di negara ini.
Lima hakim yang mengekalkan sabitan dan hukuman Anwar pada Februari tahun lalu pastinya tidak boleh menganggotai panel Rabu ini.
Mereka terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.
Hakim lain adalah hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ramly Ali.
Abdull Hamid bersara awal tahun ini.
Anwar memohon semakan terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya berhubung kes liwat II dan awal tahun ini dan panel lima anggota yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak permohonan bekas ketua pembangkang itu untuk memanggil bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof.

Saya tidak pernah jumpa pun si Amar tu, kata Siti Kasim

Peguam yang juga aktivis, Siti Kasim kesal sikap Amar yang serang peribadinya bukannya fokus pada isu sebenar Orang Asli.Peguam yang juga aktivis, Siti Kasim kesal sikap Amar yang serang peribadinya bukannya fokus pada isu sebenar Orang Asli.
Peguam dan juga aktivis Orang Asli, Siti Kasim membidas sikap kerajaan negeri Kelantan terutama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam menangani kegiatan pembalakan melampau di pedalaman Gua Musang.
Beliau berkata, operasi syarikat pembalakan di kawasan terbabit menjejaskan kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asli daripada suku Temiar itu dan masalah tersebut dibimbangi berterusan selagi kerajaan negeri terus berdolak-dalih.
Paling tidak dapat diterima, ujarnya, apabila Mohd Amar dalam satu program di Selangor baru-baru ini didakwa mengaitkan rambutnya dengan watak dalam animasi Jepun, Dragon Ball.
"Apa masalah dia dengan rambut saya? Isu ancaman pembalakan terhadap Orang Asli tidak perlu sampai serang peribadi. Saya tidak pernah jumpa pun si Amar tu. Dia silaplah taruh nama saya," bidasnya ketika ditemui Malaysia Dateline di Gua Musang kelmarin.
Menganggap Amar sudah kehabisan modal, Siti menasihatkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli Kelantan itu fokus pada tuntutan sebenar Orang Asli di kawasan Hutan Simpan Balah yang mendesak supaya aktiviti pembalakan dihentikan buat selama-lamanya bukan sekadar sementara.
"Usah serang peribadi saya, selesaikan tuntutan sebenar Orang Asli kerana mereka juga adalah manusia yang tidak harus terus ditindas," tegasnya.
Dalang 
Siti juga menolak tuduhan pihak tertentu kononnya beliau adalah dalang disebalik tindakan nekad Orang Asli di Pos Simpor membuat sekatan menghalang lori balak masuk ke kawasan hutan tersebut.
"Saya telah dituduh sebagai dalang di belakang aksi sekatan ini, sayalah kononnya yang panaskan keadaan suruh Orang Asli buat (sekatan). Ingat Orang Asli itu tidak ada otak untuk memikirkan masa depan mereka?" bidasnya.
Menurut beliau, peranannya hanya membantu daripada segi kelancaran tuntutan Orang Asli di kawasan tersebut supaya mereka tidak dipersalahkan dengan alasan melanggar undang-undang.

Deklarasi Rakyat tidak sia-sia, kata Zaid

Bekas Menteri Undang-undang berkata, terdapat kesan penting daripada Deklarasi Rakyat iaitu suara rakyat mempunyai signifikan dan tidak boleh diabaikan.
zaid-deklarasi-rakyatPETALING JAYA: Bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menegaskan terdapat kesan yang baik daripada Deklarasi Rakyat walaupun Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah tidak bertindak apa-apa terhadapnya.
Bercakap kepada FMT, Zaid berkata, terdapat kesan yang “benar-benar penting” daripada Deklarasi Rakyat iaitu suara rakyat mempunyai signifikan dan tidak boleh diabaikan.
“Ia (Deklarasi Rakyat) menunjukkan rakyat bersatu tentang apa yang mereka mahu. Ia menunjukkan ada orang di negara ini seperti Dr Mahathir yang sanggup membawa mesej itu, dan ia menunjukkan ada orang yang sanggup berdiri dengan isu-isu tertentu tetapi terdapat pihak di negara ini yang tidak mahu menyokongnya dan apa yang boleh kita lakukan?” katanya.
Beliau mendakwa negara ini dibahagikan kepada pihak mahukan perubahan dan orang-orang yang lebih sukakan status quo tetapi perbezaan pendapat adalah satu perkara yang baik.
“Kami melihat ada orang yang ingin perubahan dan ada yang tidak mahukannya. Saya fikir ia sangat penting kerana bolehkah anda boleh bayangkan jika hanya ada satu suara? Hanya satu sistem? Orang ramai boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu dan ia akan membawa bencana.
“Sekurang-kurangnya sekarang, semua pihak faham yang kita tidak dapat mengawal kuasa lain di negara ini.”
Beliau memuji bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang jujur dengan kata-katanya dengan menyerahkan semua tandatangan penyokong deklarasi kepada Yang di-Pertuan Agong.

Selesai isu tanah rakyat, jangan bergantung hasil balak


Che Ibrahim Mohamed. Foto RoketkiniChe Ibrahim Mohamed.
Kerajaan Negeri Kelantan mampu menjana ratusan juta ringgit pendapatan setahun sekiranya isu hak pemilikan tanah yang membelenggu rakyat di negeri itu selama puluhan tahun lalu diselesaikan dengan segera.
Menurut Naib Pengerusi Parti Amanah Negara Kelantan Che Ibrahim Mohamed, hampir seratus peratus lot dusun dan tapak perumahan yang dibuka Lembaga Kemajuan Tanah Negeri (LKTN) sekitar tahun 1960 masih belum diberi hak milik.
Ia melibatkan 27 tanah rancangan di seluruh negeri berkenaan dan membabitkan lebih daripada 10,000 peneroka, antaranya kawasan kemajuan tanah Mengkebang, Tujuh Puteri dan Jelawan.
“Saya difahamkan oleh pegawai Pejabat Jabatan Tanah dan Galian, sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan berjaya menyelesaikan isu hak milik tanah ini, kerajaan negeri akan dapat memungut sekurang-kurangnya RM100 juta hasil tanah setahun.
“Sekarang ini tuntutan hasil tanah negeri adalah sekitar 25 juta setahun,” katanya dalam wawancara bersama Roketkini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang meminta supaya kerajaan pusat yang ditadbir Umno memberikan royalti minyak kepada negeri itu sebelum aktiviti pembalakan dapat dihentikan.
Bekas menteri kabinet yang juga peguam kanan, Datuk Zaid Ibrahim pula menyifatkan kerajaan Pas negeri sebagai malas kerana menjadikan aktiviti pembalakan sebagai sumber utama negeri.
Isu pembalakan di Kelantan menjadi perhatian baru-baru ini selepas kawasan penempatan Orang Asli di Pos Gob di Gua Musang diganggu oleh pembalak yang mendakwa mendapatkan lesen yang sah untuk melakukan kerja-kerja pembalakan.
Mengulas lanjut, Che Ibrahim berkata, sebahagian besar penduduk di Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang tidak diberi hak milik tanah atau geran meskipun telah menduduki kawasan tersebut berpuluh-puluh tahun.

K'jaan K'tan hanya akan berunding dengan Orang Asli tempatan kata Mohd Amar

Kerajaan Kelantan hanya akan bertemu dengan penduduk Orang Asli yang tinggal di kawasan yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perjumpaan yang dirancang diadakan dalam tempoh terdekat itu tidak akan melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik yang cuba campur tangan dalam isu pembalakan tersebut.

"Kita memang ada menerima laporan berkaitan isu sekumpulan Orang Asli membantah aktiviti pembalakan di kawasan tersebut tetapi ianya lebih kepada salah faham selain wujud unsur hasutan daripada pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan Orang Asli," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Mohd Amar diminta mengulas mengenai tindakan penduduk Orang Asli yang berhimpun dan membina sekatan di laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering sejak 26 September lepas.

Kumpulan berkenaan menggesa semua aktiviti pembalakan di HSK Balah yang berhampiran kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mendakwa aktiviti itu merosakkan alam sekitar dan memupuskan hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.

"Jika ianya membabitkan isu alam sekitar, kita ada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengawasi kerja pembalakan. Mereka (JAS) akan membuat laporan dan sekiranya ada kesalahan, kes boleh dibawa ke mahkamah dan pihak terbabit boleh didenda atau caj tertentu (dikenakan) jika sabit kesalahan," kata Mohd Amar.

'Johor bukan lagi tiang seri Umno'

Penyertaan ADUN Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh ke kem pembangkang dengan sendirinya menghakis imej Johor sebagai "tiang seri Umno".
Ketua Pembangkang DUN Johor Gan Peck Cheng berkata tindakan Shahruddin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak sekadar menghilangkan penguasaan majoriti dua pertiga BN di negeri berkenaan.
"Slogan Johor Tiang Seri Umno kini telah terhakis dengan sendirinya.
"Saya percaya perkembangan terbaru ini akan menjadi titik permulaan penting untuk perubahan politik Johor dan juga Malaysia," katanya (gambar).
Semalam Malaysiakini melaporkan BERSATU mengumumkan pelantikan tiga individu mengisi jawatan penting parti itu.
Serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini mengumumkan pelantikan tiga pegawai tertinggi parti itu.
Shahruddin yang mendapat pendidikan di University of Bradford di United Kingdom dilantik sebagai setiausaha agung BERSATU, manakala bekas ADUN Semerak di Kelantan, Kamarudin Md Nor menjadi ketua penerangan.
Seorang akauntan bertauliah lulusan universiti di Ireland Datuk Mohamed Salleh Bajuri pula dipilih sebagai sebagai bendahari agung.
Shahruddin adalah naib ketua Umno Pagoh sehinggalah beliau mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti itu pada 4 Julai lalu.
Bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini pada hari berkenaan beliau menyatakan masih menjadi ahli Umno.
Sepuluh lagi bagi bentuk kerajaan
Penyertaan Shahruddin sebagai wakil pembangkang secara langsung menyebabkan BN Johor hilang penguasaan majoriti dua pertiga di DUN berkenaan.
Gan berkata penyertaan Shahruddin ke kem pembangkang akan mengukuhkan lagi kerjasama antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) di Johor.
Katanya pengalaman dan pengetahuan cukup luas Shahruddin dalam pentadbiran kerajaan amat berguna untuk barisan pembangkang menawan dan mentadbir Johor pada masa depan.
"Penghijrahan ini membuktikan Shahruddin beriltizam terhadap nilai integriti, akauntabaliti dan keadilan dalam pentadbiran kerajaan.

Skandal 1MDB: Selamat berjaya, kata duta AS pada PM

Bila saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ)m Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1MDB diumumkan Julai lalu, timbul dua persoalan di minda orang ramai:
Bagaimana ia akan jejaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak? Apa akan jadi pada hubungan Malaysia-AS?
Untuk soalan pertama, duta AS ke Malaysia Joseph Y Yun dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Kuala Lumpur pada mulanya agak keberatan berkongsi pandangan.
“Saya rasa saya jawab soalan seterusnya,” katanya sambil ketawa apabila ditanya pandangannya berkaitan soal pencapaian Najib setakat ini.

Dan bila ditanya sama ada beliau ada nasihat untuk Najib – susulan kontroversi 1MDB dan hakikat bahawa Najib ialah Malaysian Official 1 yang disebut dalam dokumen DOJ – Yun berkata.
“Saya tiada nasihat (untuk perdana menteri) berkaitan perkara itu. Wow, selamat berjaya...,” katanya sambil ketawa kecil.
“Tidak, tiada apa-apa (komen).”
Bagaimanapun, dengan nada lebih serius, Yun menegaskan terdapat sebab Riza Aziz, Jho Low, Khadem al-Qubaisi and Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dinamakan dalam saman DOJ untuk menyita aset berkaitan 1MDB.

“Keempat-empat mereka dinamakan dalam pemfailan itu kerana mereka miliki aset di AS,” katanya.

Yun berkata beliau menjangkakan pendengaran awam akan berlangsung tidak lama lagi, tetapi menegaskan ia tidak berunsur politik atau boleh menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-AS.

Ditanya kena isu berkaitan 1MDB bukan kes jenayah, Yun berkata beliau tidak tahu menahu berkaitan perkara itu kerana ia keputusan DOJ.

Kubur Melayu murtad: Netizen kecam Pesuruhjaya Pas Terengganu


Saiful Bahri MamatSaiful Bahri Mamat
Tanpa memeriksa perkara sebenar di sebalik kewujudan sebuah kubur berlambang salib dengan nama yang tertera "Rozita bt Othman", Pesuruhjaya Pas Terengganu, Saiful Bahri Mamat dihujani kecaman netizen.
Ustaz Pas itu dalam catatan di Facebook beliau semalam mendakwa kononnya kubur di Perkuburan Kristian dekat Taman Gelora Kuantan itu adalah kes orang Melayu murtad dengan turut menulis "bala besar bagi umat Islam di Tanah Melayu".
Walau bagaimanapun, rata-rata komentar netizen mengutuk Saiful kerana tidak menyiasat terlebih dahulu bahkan cenderung mengapi-apikan sentimen agama.
Walaupun beliau kemudiannya meminta maaf di atas kenyataannya itu tetapi ramai pengguna media sosial terus menyelar sikapnya yang dianggap memalukan individu bergelar ustaz.

Pas boleh jadi penyelamat kerajaan UBN Johor

Sebagai negeri menjadi kubu terkuat Umno siapa pernah menduga suatu hari kerajaan UBN di Johor kehilangan suara 2/3 di Dewan Undangan Negeri. Sebelum tahun 1999, sebelum meletus reformasi anjuran Anwar Ibrahim orang juga tidak pernah terfikir yang parti agama (Pas) dapat bernaung di Dun berkenaan.
Semua 13 kali Piraum diadakan Johor ditakluki oleh UBN dengan mendapat majoriti 2/3 atau lebih. Kekuatan dan kehebatan Umno itu menyebabkan orang tidak terfikir pembangkang boleh bertapak di negeri jiran Temasik itu.
Bagaimana pun suatu berita mengejutkan di Johor telah tersembur semalam. Berita berkenaan ialah mengenai kerajaan UBN Johor kehilangan majoriti 2/3 dalam DUN Johor buat pertama kali. Ia berlaku ekoran serorang Adunnya, Dr Shahruddin Md Salleh (Jorak) telah dianggap meninggal parti berkenaan apabila dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), eh, bukan PBBM.
Pelantikan Dr Khairuddin itu diumumkan oleh Presiden PBBM Muhyiddin Yassin. Dr Shahruddin merupakan Naib Ketua Umno bahagian Pagoh yang tidak bersetuju dengan pemecatan Muhyiddin daripada Umno. Peninggalan Dr Shahruddin itu memberi signifikan kepada politik Johor khasnya kerajaan UBN.
Kedudukan kerusi UBN dalam DUN Johor kini ialah 37 berkurangan satu, manakala kerusi pembangkang pula bertambah satu menjadi 19. Kehilangan kuasa majoriti dalam DUN menyebabkan kerajaan Johor tidak boleh melalukan apa-apa pindaan terhadap atau mengemukakan apa-apa rang undang-undang yang membabitkan Perlembagaan.
Paling mendebarkan lagi apabila ada desas desus mengatakan masih ada beberapa Adun lagi akan keninggalkan Umno. Kalau ini berlaku tidak mustahil kerajaan UBN Johor akan tumbang sebelum parlimen penggal ke-13 dibubarkan?
Perkembangan di Johor itu sesuatu yang menarik dan ia memberi peluang kepada parti agama (Pas) yang kini dilihat bermanja-manjaan (dan bersanggama secara haram) dengan Umno. Pas boleh melakukan sesuatu untuk membantu bagi menyelamatkan kerajaan UBN Johor itu. Pas boleh main tarik-tarik tali dengan Umno jika mereka bijak dalam berpolitik.
Sebagai rakan baik Umno waktu ini Pas harus menjaga maruah kerajaan rakannya itu. Caranya ialah dengan Adun Pas menyatakan sokongan kepada kerajaan UBN Johor dan MB Khalid Nordin. Pesuruhjaya Pas Johor Mahfodz Mohamed perlu membuat kenyataan segera. Sebagai kontrasinya Pas boleh menuntut kerajaan Johor dirombak dan pembentukan kerajaan baharu boleh diadakan dengan memasukkan Adun Pas sebagai Exco.
Pas kini ada dua Adun selepas seorang Adun (Amninuhudol Hassan – Parit Yaakni) berhirjarah ke AMANAH dan menjadi pengerusinya. Dua lagi Adun Pas ialah Mohammad Taslim (Maharani) dan Abdullah Husin (Puteri Wangsa).

Bajet 2017: Setuju bonus 2 bulan, hapuskan BR1M

Siapa bakal PM, soal Muhyiddin

Ahmad Said digugur jadi calon BN PRU14?

DAP fail semakan kehakiman batal kenaikan caj parkir di KL

Baju Merah @ UMNO bikin kecoh lagi, kali ini di Alor Setar

Peguam AS Tak Bermaksud Pengaruhi Mahkamah Persekutuan

Wanita Malaysia Berperanan Bebaskan Anwar

Anwar Dianggap Musuh No 1 Malaysia

Bersih-Daesh: Maria Saman Fitnah Terhadap Jamal

11 Anggota WBG Termasuk Dr Fauziah Dibebaskan

PKR Ajak Rakyat Sokong Bebas Anwar

Pakatan Harapan dan Barisan Nasional sama sahaja?


Ada orang kata “Pakatan Harapan tak ada beza dengan Barisan Nasional” atau “Kalau pun Pakatan lebih baik sedikit, ia tetap sama korup”. Nampaknya, hujah sebegini datang dari minda malas yang mudah dimanipulasi.
Barisan Nasional yang memerintah sejak 60 tahun lalu (dari zaman Perikatan) telah memperkenalkan demokrasi berparlimen, pilihanraya setiap lima tahun, dan rancangan pembangunan ekonomi negara. Pada masa yang sama, ia juga membawa politik perkauman, diskriminasi dan salahguna kuasa.
phIa menyambung pemerintahan penjajah British dengan cara pecah dan perintah mengikut kaum yang menyebabkan rakyat masih curiga antara satu sama lain hingga ke hari ini.
Hari ini keadaan bertambah buruk apabila Perdana Menteri Malaysia sendiri dikaitkan dengan penyelewengan gergasi dalam skandal 1MDB dan penerimaan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi beliau.
Bagi menutup skandal itu, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, khususnya UMNO, mengeluarkan pelbagai kenyataan tidak masuk akal semata-mata mahu mempertahankan pentadbiran yang korup. Malah, mereka tak malu menjual agama demi kuasa.
Tidak cukup dengan itu, mereka di tampuk kuasa membiarkan kumpulan samseng bermaharajalela mengutuk, mengugut dan mengancam mana-mana rakyat yang mahu kebenaran didedahkan. Malah yang menuntut pilihanraya bersih dan adil juga diancam keselamatan diri mereka.
Jika dibandingkan, era pemerintahan Dr Mahathir Mohamad yang berkuku-besi serta korup sepanjang dekad 1980-an hingga awal alaf baru pun tak seburuk apa yang berlaku sejak tujuh tahun lalu.
(Namun, tak salah jika dikatakan hegemoni pentadbiran Mahathir lah yang telah melahirkan generasi kepimpinan hari ini yang gila kuasa, rasis, kemaruk projek, tamak, dan suka menunggang agama.)
Dengan apa yang sedang berlaku pada masa ini, imej Malaysia sudah buruk dan jijik di mata dunia. Masyarakat global kini melihat Malaysia sebagai sebuah negara kuku besi yang menutup mulut rakyatnya.

BN hilang dua-pertiga di Johor, bukan lagi deposit tetap UMNO


KLUANG, 7 OKT: Pelantikan Adun Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mengakibatkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua-pertiga di Dewan Undangan Negeri Johor.
Liew-Chin-Tong_johor_dap_umno_600Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam kenyataan mengulas hal tersebut, mengalu-alukan perkembangan terbaru ini.
DUN Johor mempunyai 56 kerusi, dengan 18 daripadanya dikuasai pembangkang dan 13 daripadanya adalah wakil rakyat DAP.
“Keputusan Pilihanraya Umum 2013 adalah satu kejayaan besar buat pembangkang kerana Johor dianggap sebagai kubu kuat parti-parti BN.
“Dengan keluarnya Shahruddin dari UMNO, pembangkang kini mempunyai 19 kerusi atau satu-pertiga kerusi DUN,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kluang.
Menurutnya, untuk membentuk kerajaan di negeri Johor, pembangkang akan memerlukan sepuluh kerusi sahaja lagi untuk mencukupkan 29 kerusi.
“Tidak syak lagi bahawa Johor sudah bukan kubu BN seperti dahulu,” tambahnya.
Katanya, meski menyedari kepayahan yang bakal ditempuhi pembangkang di Johor, perkembangan terbaru ini telah memecahkan halangan psikologi apabila BN kehilangan majoriti dua-pertiga di negeri itu.

PKR kerah ahli sertai himpunan sokong bebaskan Anwar minggu depan

Tian Chua berkata, PKR akan menghantar notis kepada polis untuk mendapat kebenaran mengadakan himpunan 'solidariti menuju kebebasan' di Istana Kehakiman, minggu depan.
t-anwar1
PETALING JAYA: Semua ahli PKR dikerah menyertai himpunan ‘solidariti menuju kebebasan’ di Istana Kehakiman, pada Rabu depan, bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam semakan terakhir hukuman terhadap pertuduhan liwatnya, kata Tian Chua.
“Kita tidak akan bertolak ansur kerana Anwar orang yang tidak bersalah dan menjadi mangsa penindasan politik.
“Pada masa sama, saya sebagai naib presiden dan pengerusi (solidariti menuju kebebasan) turut menyeru orang ramai, reformis termasuk anggota parti dalam Pakatan Harapan turun bersama menunjukkan solidariti.
“Kita berjuang bukan sahaja untuk Anwar, tetapi untuk melihat perubahan dalam sistem keadilan. Anwar tidak melihat nasib terletak pada sistem kehakiman, tetapi kekuatan rakyat itu yang menyokong beliau,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, pihaknya akan menghantar notis kepada polis untuk mendapat kebenaran berhimpun.

Pembangkang perlu bersedia bentuk gabungan mantap

anwar
Parti pembangkang termasuk Pas, Bersatu dan parti-parti dalam Pakatan Harapan digesa membincangkan pembentukan sebuah gabungan yang mantap.
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, semua pihak tersebut perlu bersedia untuk berhadapan dengan perkara itu.
“Perlu ada kesediaan untuk berunding. Itu adalah permulaannya,” katanya selepas pendengaran kes qazaf di Mahkamah Rayuan Syariah di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau turut bersetuju rundingan antara Harapan, Bersatu dan Pas bagi mengukuhkan kedudukan pembangkang.
“Penyertaan Pas dalam pakatan pembangkang baharu adalah bergantung kepada rundingan dan persetujuan bersama,” katanya.
Pada masa sama, beliau sempat mengirim salam dan doa buat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru sahaja keluar selepas mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
“Kirimkan salam dan doa saya untuk beliau,” katanya lagi.

Ketelusan perlu jadi teras pentadbiran Islam

Datuk Husam Musa merasmikan kuliah Jumaat di Wisma Tok GuruDatuk Husam Musa merasmikan kuliah Jumaat di Wisma Tok Guru
Antara teras terpenting sebuah pentadbiran Islam bagi mendapat kepercayaan orang ramai ialah ketelusan.
"Memang sifat manusia bila kita dilihat cuba merahsiakan sesuatu, mereka akan mencari segala jalan untuk mengetahuinya," kata Adun Amanah tunggal Kelantan, Datuk Husam Musa semasa merasmikan Kuliah Pagi Jumaat di Wisma Tok Guru, Salor pagi ini.
Beliau mengulas soalan-soalan yang dikemukakan oleh masyarakat Mekah apabila mereka diseru kepada Islam.
"Mereka bertanya Nabi saw tentang bila akan berlaku kiamat, makanan apa yang pertama dihidang bila masuk syurga dan mengapa wajah anak-anak ada sebahagian menyerupai ibu manakala yang lain menyerupai bapa," katanya memetik satu hadis.
Walaupun katanya, baginda nabi tidak menjawab terus semua soalan, baginda kemudian memberi jawapan selepas diberitahu malaikat Jibrail  sebagai memenuhi semangat ketelusan.
"Sikap telus pentadbiran Islam ditunjukkan semasa pentadbiran Sayyidina Umar al-Khattab apa segala urusan kerajaan didokumenkan dan boleh disemak oleh sesiapa," katanya.
Sebab itu katanya di Zaman Umar dimulakan kalendar Islam berdasarkan taqwim qamariah (peredaran bulan) supaya segala dokumen diketahui bila ditulis sebagai rujukan orang kemudian.
Menurutnya Parti Amanah Negara (Amanah) bila diberi peluang memerintah nanti perlu mengamalkan konsep ketelusan sepenuhnya.
"Dalam hal kelulusan kawasan balak misalnya, kita perlu buat papan tanda depan SUK untuk umumkan syarikat dan pemilik yang berjaya mendapat konsesi pembalakan," katanya.
Turut menyampaikan kuliah pagi ini adalah Ustaz Dr. Fauzi Zakaria, bekas setiausaha akhbar arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat.

APA CERITA SWISS AG & SALAHGUNA US$800 JUTA DANA SRC NI?

Jom layan kenyataan akhbar oleh Swiss AG yang sudah bikin gempak dalam media sosial semalam. Ini adalah satu kenyataan akhbar ok, bukan komen spontan menjawab pertanyaan wartawan. Maknakata ia adalah kenyataan resmi oleh pihak Swiss AG.
Dan sebelum sebarang kenyataan resmi dikeluarkan, sudah pasti mereka sudah kaji dan semak dengan teliti kes mereka kerana mereka tentunya tidak mahu dituduh sebagai membuat tuduhan rambang yang bakal memalukan diri sendiri jika ianya satu tuduhan remeh.
OK ? Kita sambung …… Mkini ada laporannya dalam Melayu ( KLiK ). Antara lain dilaporkan –
1 – Swiss AG dakwa terdapat salahguna dana SRC ( dan 1MDB ) sebanyak USD800 juta. ( mengikut rate waktu itu @ 3.2, maknanya sekitar RM2.6 bilion )
2 – Ala Ponzi ( atau dalam bahasa mudahnya – Gali Lubang Tutup Lubang atau stail Pak Man Telo. Bayar pelabur awal menggunakan dana dari pelabur kemudian bukannya dari hasil pelaburan.) dalam menyembunyikan skandal dari ketahuan. Kalau ikut pemahaman kita tentang cara 1MDB, iaitulah songlap duit pinjaman / pelaburan awal kemudian ditutup dengan pinjaman lain.
3 – Swiss AG minta bantuan dari pihak berkuasa Malaysia untuk bantu siasatan mereka.
4 – Ini kali kedua selepas kali pertama pada bulan Januari 2016 yang mana respon dari pihak Malaysia dikatakan sebagai ‘ is still pending ‘, maknanya BELUM ADA bantuan diterima.
Setakat ni OK ?
Apakata kita lihat rujuk kembali kenyataan akhbar @ permohonan bantuan pertama dulu ( KLiK )
Juga melalui kenyataan akhbar pada 29/1/2016. Waktu itu disebut nilainya adalah USD4 bilion (!) yang merangkumi 1MDB, SRC, Petrosaudi, Genting/Tanjong dan ADMIC.

Maknanya ….. kenyataan kedua ini lebih spesifik kepada siasatan terhadap dana SRC saja. Sebab itu nilainya USD800 juta berbanding USD4 bilion sebelumnya.
Kenyataan pertama itu ada mendapat respon dari AG Apandi, yang mana antara lain menyebut –
3. Pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara komited untuk bekerjasama dengan semua badan penguatkuasaan undang-undang asing melalui konvensyen antarabangsa dan perjanjian yang disepakati. Turut mengikut langkah tersebut ialah syarikat 1MDB sendiri yang telah menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dengan badan-badan berkenaan.
4. Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland, pihak kami bercadang untuk mengambil semua langkah yang mungkin untuk mengikuti dan bekerjasama dengan pihak di Switzerland, dan kami berharap untuk memperolehi bukti-bukti dan hasil dari siasatan  yang dilakukan melalui saluran yang betul. Bukti-bukti ini akan dikaji semula disamping bukti dari pihak-pihak berkuasa yang lain termasuk pihak kami sendiri untuk menentukan tindakan yang tepat.
Itu kata AG Apandi pada 29 Januari 2016. Tapi AG Swiss kata pihak mereka tidak mendapat apa2 bantuan pun dari Malaysia hasil kenyataan pertama mereka.
Adakah AG Apandi telah MENIPU kita ?
So ….  AG Swiss minta kerjasama dari Malaysia sekali lagi. Kali ini diharap AG Apandi berilah kerjasama ya . Jangan malukan Najib ! Sebab baru 2 minggu lepas ketika melawat Germany, Najib telah berikan sepenuh komitmen untuk bantu siasatan pihak luar dalam kes 1MDB
( Para macai dan balaci jangan pula kata – Itu Najib janji kepada DOJ Amerika, bukannya kepada mana2 pihak lain seperti AG Swiss ! Dengan tahap pemikiran mereka, segalanya mungkin )
So …. apa ceritanya dengan duit SRC sebanyak USD800 juta atau RM2.6 bilion itu yang didakwa telah disalahgunakan ?

Bukti baru penyelewengan dana 1MDB didedah Switzerland

Skandal kewangan membabitkan anak syarikat 1MDB SRC International disiasat pihak berkuasa SwissSkandal kewangan membabitkan anak syarikat 1MDB SRC International disiasat pihak berkuasa Swiss
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh terus berdiam diri dalam skandal RM4 bilion membabitkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
Ini ekoran pendedahan siasatan terbaru oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland (OAG Swiss).
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua,  siasatan OAG Swiss mendedahkan dana dalam amaun yang sangat besar telah digelapkan dari SRC International, serta muslihat secara skim ‘Ponzi’ telah dilakukan untuk menutup penggelapan wang terbabit.
"Najib tidak boleh terus berdiam diri dalam berhadapan satu lagi siasatan antarabangsa ke atas dana yang dikawal olehnya.
"Beliau mesti tampil ke depan dan menjelaskan sama ada dakwaan pihak berkuasa Swiss adalah tidak benar atau sebaliknya, yang akan memerlukan siasatan terbuka dilakukan di Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan dipetik Roketkini.
Menurut Tony, Perdana Menteri mesti menyatakan sama ada beliau akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Switzerland yang cuba mendapatkan maklumat dari pihak berkuasa negara ini.
"Siapa yang menguruskan SRC International? Setahu kami, Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil telah ghaib dari muka bumi Malaysia bersama seorang lagi pengarah, Datuk Suboh Yassin.
"Dan walaupun tidak dapat dikesan, mereka masih lagi menjadi pengarah SRC International sepanjang lebih setahun lalu," soal Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP.

Rasuah di Jabatan Air Sabah kecil berbanding 1MDB

Wang ringgit dan barangan mewah yang dirampas daripada dua pegawai tinggi Jabatan Air Sabah oleh SPRM menggegarkan negara.Wang ringgit dan barangan mewah yang dirampas daripada dua pegawai tinggi Jabatan Air Sabah oleh SPRM menggegarkan negara.
Rampasan bernilai RM112 juta membabitkan dua pegawai Jabatan Air Sabah sebenarnya kecil berbanding rasuah mega membabitkan syarikat pelaburan milik negara, 1MDB.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun rampasan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sabah itu menggegarkan negara dan mendapat liputan meluas media massa arus perdana, ia masih kecil berbanding masalah rasuah yang sedang dihadapi negara.
Malah beliau mempersoalkan sikap media massa negara yang mengabaikan berita permohonan Pejabat Peguam Negara Switzerland kepada pihak berkuasa negara ini dalam siasatan melibatkan penggelapan dana berjumlah USD800 juta (RM3.36 bilion) daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
"Lebih memeranjatkan, permohonan pihak berkuasa Swiss itu masih belum dilayan selama sembilan bulan, sejak Januari lalu," ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.
Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin pula mahu siasatan SPRM dibuat di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri, bagi membanteras rasuah sektor awam.
“Mereka (yang diberkas SPRM semalam) hanya pengarah dan timbalan pengarah jabatan yang disangka mempunyai peluang lebih rendah untuk mendapatkan kekayaan melalui salah guna kuasa.
“Jika Jabatan Air boleh ada skandal sebesar ini, bagaimana pula dengan jabatan dan agensi kerajaan yang lain yang sentiasa mengeluarkan tender dan konsesi?” soal Chan yang juga Adun Sri Tanjong.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali pula berkata rampasan SPRM di Sabah menggambarkan bagaimana rasuah dan salah guna kuasa dalam negara kian meruncing.
"Ini adalah mimpi ngeri buat rakyat yang terpaksa bergelut dengan kesempitan hidup sehari-hari, dengan kuasa beli yang amat terhad lebih-lebih lagi setelah polisi-polisi tempang seperti GST.

AKIBAT PEMIMPIN KERAJAAN MENCURI DUIT ATAU AKIBAT MASYARAKAT DUNGU YANG TIDAK FAHAM APA PUN?

Di sebuah hospital yang tidak jauh dari sini doktor bedah otak (nero-surgeon) mengalami masalah kerana alat bedah (surgical instruments) rosak atau belum di servis (maintenance). Disebabkan tidak cukup peruntukan (bajet sudah habis) untuk membayar servis dan maintenance.
Alat electric saw yang digunakan untuk memotong tengkorak atau skull cap sudah tidak berfungsi dengan baik sebab belum lagi di servis. Akibatnya kerja neuro-surgery (bedah otak) untuk memotong skull (bahagian tengkorak) pesakit yang dulunya boleh dibuat dalam masa 15 minit sekarang mengambil masa sehingga 60 minit. Doktor bedah terpaksa menggunakan kaedah ‘lama’ ia itu gunakan alat lain termasuk surgical saw (gergaji bedah) dengan menggunakan tangan. Itu hanya tahap permulaan pembedahan. Pembedahan otak boleh mengambil masa empat atau enam jam lamanya.
Sekarang pesakit di wad neuro-surgery terpaksa tanggung risiko yang membahayakan pemulihan otak dan juga membahayakan nyawa. Sebab masa yang lebih lama yang diperlukan doktor untuk menjalankan pembedahan bermaksud pendarahan yang lebih banyak sewaktu pembedahan (extended bleeding during surgery). Pesakit akan memerlukan blood transfusion yang lebih dan anaesthetic yang lebih lama. Semua ini sangat membahayakan kesihatan pesakit terutama sekali pesakit yang sudah tua.
Peralatan dan mesin di fakulti kejuruteraan juga rosak dan tidak cukup bajet dan peruntukan untuk servis dan maintenance peralatan fakulti. Samada pelajar tidak dapat jalankan pengajian, tidak boleh siapkan assignment dan sebagainya atau mereka terpaksa membaiki peralatan dengan kemampuan yang ada sahaja. Maka jadilah graduan engineer yang kurang faham. Sebab peralatan di universiti rosak sebab bajet sudah habis. Lepas itu mereka kurang fasih cakap Inggeris, lebih fasih jadi ekstremis agama – jadi rasa-rasa boleh ke graduan macam ini dapat tawaran kerja dengan gaji yang lumayan?
JPA tidak ada kekosongan macam dulu. Petronas pun sudah nak ‘bungkus’. Engineer Petronas pun ramai sudah diberhentikan kerja.
Dulu kita tidak mengalami masalah seperti ini. Dulu di hospital dan fakulti universiti bukan saja peruntukan dan bajet cukup tetapi pada penghujung tahun bajet belum habis dibelanja. Selalu ada duit lebih dalam bajet.

Di sebalik kemelut pembangkang, usaha ‘diplomatik’ pastikan 1 lawan 1

Muhyiddin dan Salahuddin kini giat berkempen bagi merealisasikan pertandingan satu-lawan-satu dengan BN pada PRU nanti.
muhyiddin Salahuddin AyubKUALA LUMPUR: Kerja “diplomatik” sedang rancak berjalan bagi memastikan semua parti pembangkang bersetuju pertandingan satu-lawan-satu yang memerlukan kerjasama semua parti pembangkang melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Dua tokoh yang paling sibuk dalam usaha tersebut adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Rabu lalu, Muhyiddin buat pertama kalinya bertemu dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Kuala Lumpur, dan berbincang bagaimana menyatukan Pakatan Harapan, PPBM dan PAS.
Muhyiddin minggu lepas bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.
Muhyiddin juga mengadakan pertemuan dengan Salahudin pada sambutan ulang tahun pertama parti itu di Muar, Johor, baru-baru ini.
Salahuddin merupakan antara tokoh yang sibuk bertemu beberapa pemimpin pelbagai latar belakang politik, khasnya dari Johor.
Anak kelahiran Pontian, Johor itu berjanji akan memberikan fokus kepada negeri selatan tanah air itu dalam usaha mengambil alih Johor daripada Barisan Nasional (BN).
Salahuddin turut bertemu bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam, seorang tokoh politik berasal dari Johor, di pejabat Yayasan Forum Ekonomi Dunia Islam di Kuala Lumpur.
“Kami melancarkan jentera pilihan raya Amanah Johor dan saya sendiri akan memberikan komitmen penuh untuk projek ini,” kata bekas ahli parlimen Kubang Kerian, Kelantan selama 2 penggal itu.
Ada peluang PAS turut sama
Selain tokoh dari Johor, Salahuddin juga bertemu dan berbincang serta membuat sidang media bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Ini adalah persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14,” kata pemerhati politik Hasbie Muda kepada FMT.
Hasbie, ketua Pemuda Amanah Terengganu yang menghasilkan buku politik “Kemenangan Yang Tertangguh”, yakin jika Mustafa masih berpengaruh dalam PAS, cadangan membentuk “gabungan besar” menentang BN akan menjadi kenyataan.
“Saya yakin, jika Cikgu Pa (Mustafa) masih berpengaruh, usaha ke arah satu-lawan-satu boleh jadi kenyataan,” kata Hasbie merujuk kepada pengarah pilihan raya PAS itu.

SEJARAH BARU DI JOHOR, PPBM JADIKAN BN TIADA LAGI MAJORITI DUA PERTIGA

Ketika Muhyiddin Yassin serta Mukhriz Mahathir dipecat daripada UMNO dan kemudian Shafie Apdal meninggalkan parti itu beberapa bukan dahulu, perbualan ramai segera tertumpu kepada  nasib Johor, Kedah dan Sabah dalam pilihanraya umum akan datang.

Dipersoalkan apakah melalui tindakan itu,  UMNO dan BN dapat terus mengekalkan kuasanya di ketiga-tiga negeri tersebut?

Setelah beberapa bulan berlalu, dengan wujudnya PPBM serta ramai bekas pemimpin serta ahli UMNO Kedah sudah bertukar angin, negeri itu hampir pasti akan bertukar kerajaan lagi dalam PRU 14 nanti.

Di Sabah, melalui gelombang untuk mengembalikan kuasa kepada parti tempatan yang sedang digerakkan oleh Shafie Apdal bersama beberapa bekas pemimpin PKR dan DAP, tidak mustahil sejarah pemerintahan UMNO akan turut berakhir serta mengulangi sejarah sepertimana Usno, Berjaya dan PBS berkuasa dahulu.
Di Johor pula, walaupun geloranya tidak begitu kelihatan, sedar tak sedar sebenarnya satu sejarah baru telah tercatit melalui wujudnya PPBM yang diketuai oleh Muhyiddin dan dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad.

BN Johor akan hilang suara majoriti 2/3 Dun


Aminolhuda HassanAminolhuda HassanPelantikan Adun Jorak Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membuka lebih banyak ruang kepada BN untuk hilang suara majoriti Dewan Undangan Negeri (Dun), kata Pengerusi Amanah Negeri Johor Aminolhuda Hassan.
"Berdasarkan kepada perlembagaan parti, sekiranya seseorang Ahli Yang Berhormat menyertai parti lain, maka secara automatik keahlian parti lamanya gugur.
"Maka saya melihat berlaku kekurangan ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan BN Negeri Johor kerana Datuk Dr. Shaharuddin telah meninggalkan Umno dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
"Ini bermakna ahli dewan undangan negeri daripada BN Johor telah berkurang dari 38 kepada 37 manakala Barisan Pembangkang bertambah dari 18 Ahli Yang Berhormat kepada 19.
"Ini juga bermakna buat pertama kalinya dalam sejarah, Negeri Johor ditadbir oleh sebuah kerajaan yang tidak memperolehi 2/3 majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri," ujarnya dalam satu kenyataan.
Semalam Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Datuk Shaharuddin Md Salleh menjawat jawatan Setiausaha Agung parti itu.
Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani berkata,implikasi utama apabila kehilangan majoriti 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri ialah Kerajaan Umno-BN tidak boleh meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.
"Saya menjangkakan akan berlaku kejutan sebelum pembubaran Dewan apabila ada beberapa lagi Ahli Yang Berhormat dari Umno yang akan turut meninggalkan parti," dakwanya.

Dr Fauziah, 10 anak kapal misi Gaza dibebaskan

Mereka akan diterbangkan semula ke negara masing-masing malam ini atau esok.
Dr FauziahKesemua anak kapal termasuk seorang sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Women’s Boat To Gaza (WBG) yang ditahan Israel Rabu lalu sudah dibebaskan, menurut pertubuhan MyCARE pagi tadi.
Ia memetik sumber dari Freedom Flotilla Coalition yang menguruskan peguam hak asasi manusia di Tel Aviv.
Semalam, Israel membebaskan 2 daripada mereka, iaitu wartawan Al Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia.
“11 orang ahli delegasi yang lain akan diterbangkan semula ke negara masing-masing samada pada malam ini (waktu tempatan) atau awal pagi esok,” kata MyCARE dalam laman Facebook.
Tentera Israel menahan kapal itu bersama 3 kru dan 10 aktivis wanita, termasuk Dr Fauziah Mohd Hasan, pada kira-kira 3 petang Rabu lalu.
Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod.
Selain Dr Fauziah, 10 sukarelawan wanita lain di atas kapal Zaytona-Oliva itu ialah Madelaine Anne Habib (Australia), Synne Sofie Reksten (Norway), Emma Charlota Ringqvist (Sweden), Laureate Mairead MacGuire (Ireland), Marama Davidson (New Zealand), Jeannette Escanilla (Sweden), Mary Ann Wright (USA), Samira Douaifia (Algeria), Leign Ann Naidoo (Afrika Selatan) dan Sandra Barrilaro (Sepanyol).

Maria saman Jamal kerana kaitkan BERSIH dengan IS

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana mendakwa pertubuhan itu diresapi pengganas IS.
Saman berkenaan dikemukakan oleh peguam N Surendran dan Melissa Sasidaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Kata Surendran Maria tidak dapat hadir di mahkamah kerana sedang berada di Kedah menghadiri majlis berkaitan BERSIH.
"Pagi ini kami memfailkan saman sivil bagi pihak anak guam Maria ke atas Jamal Yunos.
"Maria menyaman fitnah Jamal kerana kata-kata yang diucapkannya pada sidang media di dua tempat berasingan minggu lalu.
"Pada sidang media itu Jamal mendakwa BERSIH diresapi IS dan tuduhan itu adalah jelas suatu fitnah pada pandangan anak guam kami," katanya.
Menurut Surendran disebabkan Maria adalah pengerusi BERSIH dan Jamal mengaitkan pertubuhan pendesak reformasi pilihan raya itu dengan dakwaan berkenaan, anak guamnya berpendapat ahli politik terbabit melakukan fitnah ke atasnya.
Merujuk Jamal sebagai "pelaku aksi tandas" Surendran juga mengesahkan Maria menuntut sejumlah ganti rugi dalam saman berkenaan.
Semalam Jamal mengoyak dan membuang surat tuntutan daripada Maria ke tandas di depan wartawan.
Sebelum ini BERSIH memberi tempoh 48 jam kepada Jamal - yang sering muncul dengan kumpulan baju merah - untuk membuat permohonan maaf atas kenyataannya sebelum ini.

Yang songlap RM2.6 bilion itu nak panggil apa plok ??!!

Membantu ahli keluarga satu perbuatan terpuji.. TAPI menyebabkan ratusan ribu rakyat Sabah menderita kerana menggunakan wang yang sepatutnya disalurkan untuk kebajikan rakyat.. itu Haram Jadah...

RM750,000 pantas lipas kudung SPRM siasat..

RM2,000,000 (2 juta) masuk tunai ke dlm akaun peribadi milik seorang isteri yg tidak bergaji, BILA SPRM NAK SIASAT !!!

KENAPA MASUK TUNAI ??
Kenapa tidak dibuat secara Overdraft (OD).. atau takut terkantoi akan tahu sumber dari mana datangnya RM2 juta itu ka !!!

Muhyiddin: Johor Dah Jadi 'Blur State'

Pandangan DAP vs UMNO - "Jamal Yunos" Merah (Bersih 5 vs Bodoh x5)

"Tun M, kenapa buat kerja bodoh? Agong tidak boleh pecat PM," kata Nazri

Nazri: 'Kenapa masa Muhyiddin jadi TPM tak jenguk Anwar?'

'Kepala Tun M tak betul sebab nak jatuhkan Najib' - kata Nazri

'Jamal bukan mewakili pemikiran UMNO, bukan wakil rakyat pun' - Nazri

Syaitan mana dalam jamban, soal Jamal

'BN Johor hilang majoriti dua pertiga'