Khamis, 6 Oktober 2016

Penjara 3 tahun, denda RM5,000 kerana curi RM1..tapi curi berjuta dan berbilion wang rakyat..??

Seorang lelaki warga asing dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, hari ini selepas didapati bersalah memecah masuk sebuah kedai dan mencuri RM1.
Tertuduh, Abu Huraira Razak, 27 diarahkan membayar denda RM5,000 atau 12 bulan penjara dan diusir pulang ke negara asal selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret, Faelly Jeffrey Lanjungan.
Faelly turut mengarahkan tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan menjalani hukuman penjara daripada tarikh ditangkap pada 15 September tahun ini, lapor BH Online. 
Berdasarkan fakta kes, Abu Huraira, warga Filipina yang baru tiga hari tiba di negara ini secara haram dan tinggal di Kampung Mangkalinau ‎pergi ke Bandar Indah, Batu 4 dengan menaiki kereta sapu untuk mencari peluang memecah masuk sebuah kedai pada 15 September lalu, kira-kira jam 5 pagi.
‎Tertuduh kemudian memecah masuk sebuah restoran menerusi pintu belakang dan mencuri tabung hiasan yang diletakkan dalam kaunter sebelum membawa tabung keluar dan mendapati cuma ada RM1 dalam tabung berkenaan. ‎
Pekerja restoran yang menyedari kedai dipecah masuk kemudian menghubungi polis dan tertuduh ditangkap ketika cuba melarikan diri. ‎‎
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis, Asisten Superintendan Tan Hiap Wah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Rozita Orang Asli Kristian, bukan Melayu murtad, jelas Ahli Parlimen Kuantan

Pesuruhjaya PAS Terengganu sudah menyunting muatnaik yang mencetuskan gempar dalam kalangan warga Facebook dan memohon maaf.
Fuziah SallehPETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan meminta orang ramai untuk menyebarkan maklumat palsu menuduh wanita bernama Rozita Othman yang dikuburkan di Perkuburan Kristian Taman Gelora, Kuantan seorang murtad.
Fuziah Salleh dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan mendiang seorang Orang Asli Kristian daripada suku Jakun dari Kampung Soi.
“Ini disahkan dari daftar kematian beliau. Maklumat ini juga disahkan oleh sepupu beliau di dalam Facebook,” kata Fuziah menerusi status di Facebooknya, hari ini.
“Selidik dahulu maklumat yang kita terima. Takut-takut kita juga tergolong di kalangan orang yang membawa fitnah. Allah maha memberi petunjuk dan maha mengetahui,” tambahnya.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat memuat naik gambar di Facebook dengan status yang mendakwa seorang wanita Melayu murtad bersemadi di perkuburan itu.
Tambahnya ia merupakan bala besar untuk umat Islam di Tanah Melayu.
Semakan FMT di Facebook Saiful mendapati status berkenaan sudah disunting dan pihaknya turut memohon maaf.

Siapa ‘jaguh’ Amanah di Kelantan, PAS soal Mat Sabu

Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata presiden Amanah juga sepatutnya tahu kekuatan PAS di Kelantan kerana pernah 2 kali bertanding dalam pilihan raya umum di negeri itu.
fattah
PETALING JAYA: Amanah tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber dan layak untuk mengambil alih pentadbiran di Kelantan, kata exco negeri.
Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata Presiden Amanah Mohamad Sabu sepatutnya tahu kekuatan PAS di Kelantan kerana pernah 2 kali bertanding dalam pilihan raya umum di negeri itu.
“Dia (Mohamad) cakap macam itu, siapa dia hendak letak di Kelantan? Dia sepatutnya tahu kekuatan PAS berbanding Amanah yang ada sekarang ini.
“Semua orang boleh kata, tetapi bagi PAS kita akan tunaikan janji kita dan selesaikan manifesto (janji) kita,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mohamad atau popular digelar Mat Sabu yang yakin partinya boleh menawan kembali Kelantan, ketika ceramah pada program ulang tahun penubuhan Amanah di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam ucapannya, Mat Sabu berkata perkara itu boleh tercapai dengan sokongan Pakatan Harapan dianggotai DAP dan PKR yang menjalinkan kerjasama politik dengan PAS.
“Di Malaysia, kalau kamu nak politik berseorangan, eloklah duduk bersendirian, jadi kera sumbang,” katanya.
PAS memerintah Kelantan selama 26 tahun sejak 1990 manakala Amanah dibentuk oleh pimpinan PAS yang dikecewakan dalam pemilihan parti itu tahun lepas.

BMF cabar DiCaprio berdebat mengenai rasuah di Malaysia

NGO alam sekitar antarabangsa, Tabung Bruno Manser (BMF) mencabar bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio berdebat mengenai rasuah di Malaysia
Dalam suratnya bertarikh 4 Oktober, BMF "mempelawa" DiCaprio untuk hadir pada debat awam di kota London pada 14 Oktober ini.
"Kami ingin mempelawa anda untuk membahaskan kesan buruk rasuah besar ke atas masyarakat Malaysia dan alam sekitar.
"Kami juga, khususnya berminat untuk belajar lebih lanjut mengenai hubungan kewangan Yayasan Leonardo DiCaprio, Appian Way Productions dan anda secara peribadi bersama Riza Aziz, Low Taek Jho dan sekutu mereka," petik surat itu.
Appian Way Productions adalah syarikat yang ditubuhkan oleh DiCaprio.
Riza adalah anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, manakala Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, adalah seorang hartawan yang mempunyai hubungan rapat dengan Riza.
Kedua-dua mereka dinamakan dalam saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) dalam usaha untuk mendapatkan kembali aset lebih AS$ 3.5 bilion yang didakwa telah diselewengkan daripada 1MDB.
DiCaprio juga dirujuk dalam saman berkenaan sebagai ‘Hollywood Actor 1' dan adalah didakwa bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai aktiviti perjudiannya bersama Low.
Terdapat juga tuduhan bahawa dana berkaitan 1MDB turut didermakan kepada Yayasan DiCaprio.
Debat itu dianjurkan sempena pelancaran dokumentari Before the Flood di Eropah yang diterbit dan dibintangi oleh DiCaprio.
"DiCaprio harus memahami bahawa kita tidak boleh menyelamatkan alam sekitar jika kita gagal menghentikan rasuah," kata Pengarah Eksekutif BMF, Lukas Straumann dalam satu kenyataan media.

Jabatan Orang Asli akui Kerajaan Kelantan tidak peduli


Orang Asli membantah aktiviti pembalakan yang mengancam kehidupan mereka.Orang Asli membantah aktiviti pembalakan yang mengancam kehidupan mereka.
Kemuncak pergelutan antara syarikat pembalak dengan Orang Asli di Hutan Simpan Kekal Balah di Gua Musang, Kelantan sehingga berlaku tembakan, 28 September lalu dilihat akibat pengabaian kerajaan negeri terhadap hak tanah dan wilayah adat masyarakat berkenaan.
Sumber Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berkata, isu berkaitan kawasan rayau atau saka masih gagal ditangani ketika Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberi alasan kononnya operasi syarikat pembalakan di kawasan itu adalah berlesen.
“Bila kita sebut tentang kawasan rayau, di sinilah peranan kerajaan negeri. Kita (JAKOA) cuma boleh maklumkan berkenaan kawasan rayau tapi hak milik adalah kerajaan negeri,” ujarnya yang mahu dikenali sebagai Razak ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Ditanya tentang peranan yang wajar diambil bagi mengelak ancaman berterusan aktiviti pembalakan terhadap masyarakat Orang Asli, beliau mengakui hal tersebut sama sekali bukan dalam pertimbangan kerajaan negeri.
“Terus terang, kawasan rayau ini tidak pernah pun diambil berat oleh kerajaan negeri sebab tidak ada dalam undang-undang. Pejabat Menteri Besar tidak peduli walaupun memorandum dan bantahan pernah dibuat.
“Sebabnya, kerajaan negeri sudah ada perjanjian dengan syarikat balak tersebut. Banyak kelompangan dalam aspek berkaitan undang-undang berhubung hak Orang Asli,” ujarnya.
Razak yang masih berkhidmat di ibu pejabat JAKOA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur berkata, tuntutan Orang Asli juga berdepan cabaran besar apabila Akta 134 tidak mengandungi istilah kawasan rayau walaupun wilayah itu turun-temurun didiami Orang Asli.
“Ancaman pembalakan kepada Orang Asli ini memang banyak. Sungai mereka bergantung tercemar, hasil hutan berkurangan, tanah-tanah yang sebelum ini menjadi sumber pendapatan Orang Asli juga musnah,” tegasnya.
Menurutnya pihak JAKOA telah menyatakan pendirian supaya dalam pengurusan hutan termasuk di negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan mesti mengambil kira kepentingan masyarakat setempat khususnya yang melibatkan kawasan tadahan air dan aktiviti sosioekonomi setempat seperti bercucuk tanam dan mencari hasil hutan.
Hal itu, ujarnya, antara rumusan daripada mesyuarat JAKOA bersama pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, syarikat serta wakil komuniti Kampung Kuala Bering, Gua Musang pada 5 Mei lalu yang kemudiannya dimaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Dalam surat bertarikh 28 Jun yang ditunjukkan kepada Malaysia Dateline itu, turut dimaklumkan bahawa pihak syarikat telah menggantung semua operasi pembalakan ekoran bantahan penduduk tempatan.
“Sebarang perancangan, permohonan, kelulusan, pengeluaran permit, perjanjian, hasil, keluasan kawasan untuk pembalakan dan penguatkuasaan hutan adalah di bawah seliaan dan bidang kuasa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri,” dipetik daripada surat ditandatangani Ketua Pengarah JAKOA, Mohd Jamalludin Kasbi.

Siti Kasim cabar Kelantan heret Orang Asli ke mahkamah

Peguam tepis kenyataan timbalan menteri besar yang mendakwa Orang Asli Temiar di Gua Musang melanggar undang-undang
siti kasim
PETALING JAYA: Peguam aktivis Siti Kasim mencabar Kerajaan Kelantan supaya mendakwa Orang Asli Temiar di mahkamah, sekiranya tindakan mereka menghalang pembalak menyalahi undang-undang.
Cabaran itu susulan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa kira-kira 200 Orang Asli Temiar di Gua Musang melanggar undang-undang kerana mendirikan sekatan bagi menghalang pembalak berlesen daripada mengambil balak dari hutan simpan Balah.
“Saya cabar mereka. Beritahu itu kepada mereka,” katanya ketika dihubungi FMT.
“Beritahu kepada Kerajaan Kelantan supaya bawa Orang Asli ke mahkamah. Kita buat penentuan di mahkamah.”
Siti tidak mahu mengulas panjang sama ada hutan simpan itu milik Orang Asli atau bukan.
“Sama ada haram atau tidak, sama ada tanah itu milik kerajaan atau Orang Asli…kita tentukan di mahkamah.”
Siti terbabit dengan masyarakat Orang Asli itu dan menyaksikan penahanan 3 orang Asli kerana mendirikan sekatan sebagai bantahan kepada aktiviti pembalakan yang berleluasa.
Mohd Amar sebelum itu ditanya mengenai hak Orang Asli mendirikan dua sekatan bagi menghalang kayu balak daripada meninggalkan kawasan 239ha dan 404ha hutan simpan.

TANGKAPAN DEMI TANGKAPAN RASUAH, BILA PULA GILIRAN ORANG POLITIK MAHU DISIASAT?


Ramai di antara kita yang tiba-tiba marah dan mendidih darah dengan tangkapan rasuah di Sabah baru-baru ini yang bukan saja sekali lagi melibatkan pegawai kerajaan serta wang rakyat, tetapi juga kerana jumlah wang yang dirampas begitu mega jumlahnya.
Wang tunai yang dirampas dilaporkan berjumlah RM52 juta yang disimpan dalam almari di rumah dan juga di pejabat. Untuk mengiranya saja, pegawai SPRM seramai 30 orang mengambil masa selama 15 jam untuk berbuat demikian.
Dalam beberapa akaun bank, jumlah wang tunai yang dirampas pula diberitakan berjumlah lebih RM60 juta. Jumlah wang yang dapat dirampas sehingga ini ialah RM112 juta.
Turut dirampas ialah puluhan kereta mewah, barang kemas, geran tanah, beg tangan berjenama dan lain-lain lagi.
Diberitakan juga ada enam peti simpanan bank yang turut disita, tetapi cuma satu yang sudah diketahui isinya, manakala lima lagi masih menunggu beberapa prosedur dengan pihak bank yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Bermakna, kalau dicampurkan – wang tunai, kereta mewah, barang kemas, geran tanah, beg tangan berjenama dan lima peti simpanan yang belum dibuka, jumlah keseluruhannya mungkin mencecah melebihi RM300 juta.
Jika sebelum ini kita cukup terkejut dan marah dengan dua tiga tangkapan oleh SPRM yang turut menemui beberapa juta wang tunai, kereta mahal dan puluhan kondo mewah melalui aktiviti rasuah, dengan antaranya bergelar Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk, tangkapan di Sabah ini tentu saja lebih memeranjatkan kita.
Kadang-kadang terfikir elok juga kiranya hukuman tembak sampai mati di tempat awam dikuatkuasakan kepada mereka yang durjana serta khianat ini.
Kenapa rasuah nampaknya begitu berleluasa di negara kita?

Kenapa pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan ketua-ketua syarikat GLC seolah-olah tidak gentar untuk melakukan rasuah?
Bagaimana pula dengan rasuah di kalangan orang-orang politik yang mengetuai kementerian, kerajaan negeri atau syarikat-syarikat GLC serta balaci-balacinya sedangkan di situlah berpusatnya segala kuasa melulus dan memberi?
Apakah mereka itu suci bersih dan tidak gelap mata dengan wang ringgit, manakala hanya pegawai-pegawai kerajaan belaka yang tamak dan haloba?
Atau mungkinkah berleluasanya amalan rasuah di kalangan pegawai kerajaan ini kerana mereka akur dengan kata pepatah “bapa borek anak rintik”?
Memang kita menghargai tangkapan demi tangkapan berkaitan rasuah melibatkan pegawai kerajaan yang dilakukan SPRM sejak kebelakangan ini. Tetapi ia sebenarnya tidak menyelesaikan isu pokok berkaitan rasuah, jauh sekali mampu memulihkan imej kerajaan.
Jika kita lihat, beberapa tangkapan itu bukanlah melibatkan pegawai paling tinggi. Masih ada di atas mereka yang ditangkap itu pegawai yang lebih tinggi atau pemimpin politik yang seharusnya mengawasi atau memantau sekiranya berlaku perbuatan curang atau durjana yang berleluasa.
Yang ditangkap di DBKL misalnya hanyalah salah seorang pengarah yang diatasnya masih ada ketua pengarah, datuk bandar dan juga menteri. Apakah mereka tidak sedar amalan rasuah itu?

YDP Perkasa Selangor lepaskan jawatan, sertai PPBM

Yakin PPBM mampu memberinya kepuasan demi membela nasib bangsa dan negara.
PETALING JAYA: Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya memutuskan melepaskan jawatannya berkuat kuasa hari ini bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Katanya, keputusan itu dibuat atas kesedaran sendiri yang tidak mahu terikat dengan mana-mana pihak dan mahu membela nasib masa depan bangsa serta negara melalui PPBM.
“Ada kalanya pangkat dan jawatan bukanlah perkara penting kepada kita untuk terus menjadi seorang pembela kepada nasib masa depan agama, bangsa dan negara.
“Mungkin dengan tindakan ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi terhadap diri saya dan rakan-rakan yang lain, tetapi itu bukan halangan kepada kita untuk terus membantu dan menjadi seorang pejuang,” katanya kepada FMT.
Abu Bakar menambah keputusan itu dibuat berikutan merasakan penghijrahannya itu merupakan satu tuntutan dalam Islam.
“Kenapa tidak kita melakukannya walaupun terpaksa berkorban? Jika terdapat kesilapan dan keterlanjuran kata-kata dan tindakan saya semasa menerajui Perkasa Selangor, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf serta selamat dunia dan akhirat,” katanya.
Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali ketika dihubungi FMT mengesahkan pelepasan jawatan Abu Bakar itu.

Bekas setpol Muhyiddin dilantik Setiausaha Agung PPBM

Perlantikan Shahruddin yang merupakan Adun Jorak menjadikan PPBM memiliki tiga kerusi, selepas Parlimen Pagoh (Muhyiddin) dan DUN Ayer Hitam (Mukhriz Mahathir).
bersatu
PETALING JAYA: Bekas setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Shahruddin Md Salleh dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Presiden PPBM mengumumkan pelantikan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Perlantikan Shahruddin yang merupakan Adun Jorak menjadikan PPBM memiliki tiga kerusi, selepas Parlimen Pagoh (Muhyiddin) dan DUN Ayer Hitam (Mukhriz Mahathir).
Jawatan terakhir beliau adalah Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh. Beliau meletak jawatan pada 4 Julai lepas sebagai membantah pemecatan Muhyddin dalam Umno.
Shahruddin pernah menjadi setiausaha politik Muhyiddin semasa beliau memegang portfolio Kementerian Belia dan Sukan (1998-1999), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2009).
Selain Shahruddin, turut dilantik memegang jawatan kanan parti itu adalah Datuk Kamarudin Md Nor sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Mohamed Salleh Bajuri sebagai Bendahari Agung.
Kamarudin merupakan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh dan Adun Semarak bagi tempoh 1997-1999 dan 2004-2008.
Salleh pula sebelum ini terlibat dalam beberapa badan bukan kerajaan dan pernah menjadi pemegang amanah untuk Yayasan Kebajikan SDARA dan Tabung Anak-anak Melayu Pontian.

Rakyat M'sia boleh disekat ke luar negara kerana BERSIH 5

Rakyat Malaysia yang tinggal di New Zealand dikatakan mendapat amaran dilarang keluar negara jika terlibat dalam himpunan BERSIH 5.

Himpunan menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya itu akan turut diadakan di Auckland, bandar terbesar di negara itu, pada 19 November ini.
New Zealand Herald melaporkan, sekatan tiga tahun ke keluar negara boleh dikenakan jika mereka memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun, kata penganjurnya Lydia Chai, rakyat Malaysia kini sedar bahawa berdiam diri tidak akan mengubah apa-apa.

“Saya tidak akan dibuli dan saya tidak takut pada ancaman mereka,” Lydia, yang juga bendahari Global Bersih, dilapor sebagai berkata.

Lydia menganggarkan 1,000 orang akan hadir dalam himpunan di Auckland, yang dianjurkan serentak dengan Kuala Lumpur dan kota-kota terpilih di seluruh dunia.
Sementara itu, Presiden Rakyat Malaysia Auckland Francis Chai berkata beliau tidak akan hadir acara itu.
Beliau juga enggan mengulas lanjut atas alasan terikat dengan peraturan pertubuhan.

Malaysiakini sudah menghubungi Global Bersih dan sedang menunggu untuk mendapatkan lebih maklumat.
Portal ini juga sedang mendapatkan maklum balas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

ONLY IN MALAYSIA !!!

Buat Sidang Media Dalam Jamban

FAKTA..
UMNO, Taik  & Jamban BERPISAH TIADA !!!

RM114.5 JUTA....TAHUKAH ANDA !!!

14. Ahli Mangku Negara (A.M.N.)

(i) Bintang ini dikurniakan kepada mereka yang telah memberi jasa-jasa yang cemerlang. Sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan adalah yang lebih daripada yang sepatutnya.

**Sumber: Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (JPM)

NAMPAK TAK !!!

Pada 2015... individu yang terlibat dgn penyeleweng dana awam di Sabah... menerima anugerah dari YDP Agong..

Adakah perlu rasuah untuk dapat title TAN SRI or DATO SRI or DATUK ??

Tiada keperluan PAS sertai Barisan Rakyat, hanya perlu duduk semeja - Penganalisis

Muhyiddin: Pertemuan Bersama Anwar Peristiwa Bersejarah

AMK lancar konvoi iringi penerangan BERSIH 5

Setelah melawat PERMATA, ada perkara ADUN DAP tidak setuju

Facebook-er marah pembangkang ganggu PERMATA, ADUN DAP jawab tenang

PERKASA mahu rapatkan hubungan umat Islam dengan raja

ADUN DAP pelawa Rizal Mansor datang P.Pinang

Dana PERMATA jadi tumpuan pada sidang media

Cabaran dan Harapan Kepada Sidang Raja-Raja

Oleh A Kadir jasin
 
PERSIDANGAN ke-242 Majlis Raja-Raja akan diadakan minggu hadapan antara 11 hingga 13 Oktober.Itu yang saya baca dalam laman web rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu (di sini).

Deklarasi Rakyat (dengan 1.2 juta penandatangan) merapat sembah kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia.
Daulat Tuanku.
Tun Dr Mahatahir Mohamad, sebagai wakil Deklarasi Rakyat, telah menghadap dan menyerahkan deklarasi itu kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, di Istana Anak Bukit, Alor Star pada 15 September lalu.
Beliau juga telah mengutus surat kepada semua Raja-Raja Melayu mengenai hal yang sama.
Titah Raja, Tindakan Kerajaan
Sudah dua persidangan berturut, kemusykilan rakyat jelata mengenai pemerintahan negara telah dibincang dan dihebahkan kepada umum oleh Majlis Raja-Raja.
Dalam mesyuarat ke-239 pada bulan Oktober tahun lalu, Raja-Raja talah mengeluarkan kenyataan akhbar memerintahkan kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. (Baca di sini).
Apa yang berlaku?
Siasatan 1MDB diberhentikan separuh jalan. Tidak ada siapa dibabitkan apatah lagi dikenakan tindakan. Keputusan siasatan oleh Ketua Juruaudit Negara diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Hutang 1MDB, menurut laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), meningkat daripada RM42 bilion kepada RM50 bilion pada bulan Januari tahun ini. Nama Malaysia busuk di seluruh dunia.
Kemudian, dalam persidangan ke-240 pada bulan Februari tahun ini, Majlis Raja-Raja berpendapat sesetengah peruntukan Akta Majlis Keselamatan Negara wajar diperhalus (refined).

Raja-Raja menyatakan pendapat itu setelah mendengar taklimat oleh Peguam Negara (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali.

Kenyataan akhbar oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai pengerusi mesyuarat akan menulis surat kepada Perdana Menteri mengenai hal itu.

Apa yang berlaku?
Sepanjang pengetahuan kita, tidak ada penghalusan (refinement) dilakukan ke atas akta itu. Sebaliknya ia dikuatkuasakan menjadi undang-undang pada 1 Ogos lalu tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Kunjungan Muhyiddin sangat bermakna buat Anwar dan semua


Oleh Mohd Sayuti Omar
Saya ingat sangat bidalan ini yang dilontarkan oleh seseorang; "jangan mengharap sepat memakan kail dan cacing menelan ular". Itu bidalan mungkin tidak terpakai dalam politik sebab itu ia dilontar sebagai peringatan.

Anihnya ia dilontar oleh seorang veteran politik yang arif mengenai dunia politik. Dalam politik bukan sahaja sepat akan memakan kail, lori pun akan dimakannya jika disua dan terdesak. Jadi saya kira ia terpakai dalam politik.

Begitu juga bukan sahaja cacing akan menelan ular, harimau juga akan dibahamnya. Itu sebagai muqadimah catatan ini.

Pagi ini bekas timbalan perdana menteri telah bertemu dengan seorang lagi bekas timbalan perdana menteri. Pertemuan ini berlangsung di mahkamah apabila bekas TPM itu hadir untuk mengikut perbicaraan bekas TPM yang seorang lagi. Kedua-dua mereka juga pernah duduk sesaf tidak lama dahulu yang dinamakan Tim Wawasan.


Mereka menjadi pemimpin kanan dalam parti Umno, mengikut logik dan tradisi kedua-duanya hanya sejengkal sahaja lagi untuk naik ke kerusi PM. Namun kini kedua-dua tertinggal jauh dari gerabak Umno. Mereka karam dalam politik ganas Umno yang digerakan oleh presidennya, yang keduanya tidak pernah disangka.

TPM yang satu itu tersenyum dan ketawa tatkala TPM yang satu itu ditendang keluar oleh presidennya. Dan ketawanya terhenti apabila beliau juga menerima nasib yang sama; ditendang dan diteranjang. Penolakan mereka kedua-duanya gara-gara untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. TPM satu itu baharu tahu sakit dan senaknya penangan seorang presiden Umno apabila perkara itu tertimpa sama ke atas dirinya.

Bolehlah disimpulkan dalam Umno sesiapa yang hendak cuba tegakkan keadilan dan kebenaran mereka akan menjadi mangsa kerakusan kuasa prerogatif presiden.

Tidak perlu saya perkenal siapakah kedua-dua TPM itu secara lebih lanjut sejarah dan perjalanan politik mereka. Satu masa mereka bersama membangunkan wawasan untuk membangunkan rakyat dan negara. Kemudian mereka berpisah selama 18 tahun atas keyakinan masing-masing. Kini mereka bersama lagi. Itulah dunia politik yang unik.

Perjumpaan kedua bekas TPM itu, Muhyiddin Yassin dengan Anwar Ibrahim hari ini adalah sejarah kecil sahaja namun memberi signifikan besar kepada politik pembangkang. Pertemuan itu akan mengombakkan gelombang baharu dalam politik khasnya bagi menghadapi Piraum 14. Ia berlaku selepas baru-baru ini Dr Mahathir Mohamad telah berjumpa dengan Anwar. Perjumpaan yang orang tidak terfikir akan berlaku, tetapi ia berlaku dengan indah dan mesra sekali. Sekali lagi itulah politik.

‘PRU 14 mungkin April 2017, jangan terpedaya janji Najib’

Parti-parti pembangkang di negara ini diingatkan jangan terpedaya dengan janji PM Najib kononnya pilihan raya umum (PRU) hanya akan berlaku pada 2018.
Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M. Manogaran memberi amaran PRU 14 boleh diadakan pada bila-bila masa selepas persempadanan semula diluluskan oleh Dewan Rakyat. Katanya, tempoh yang paling hampir untuk meluluskan persempadanan itu adalah pada sesi Parlimen Mac 2017.
“Pihak pembangkang patut mulakan perbincangan dan perancangan untuk PRU14 sekarang juga.
'PRU 14 mungkin April 2017, jangan terpedaya janji Najib'“Jangan percayakan kata-kata pihak tertentu bahawa PRU14 tidak perlu diadakan sehingga tahun 2018. Itu hanyalah strategi untuk membuat kita leka,” katanya.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Teluk Intan dan akan bertanding di Cameron Highlands kali ini memberi amaran, berdasarkan perkembangan senario politik terkini, PRU14 mungkin akan dilaksanakan sebelum April 2017. Berkemungkinan BN tidak akan membenarkan pihak pembangkang membawa kes persempadanan semula untuk diteliti di mahkamah sebelum membubarkan parlimen.
Seorang penyokong DAP, Ken Gan, 35 tahun, bersetuju dengan pendapat Manogaran itu. Katanya, BN akan menyerang pembangkang dengan pantas ketika gabungan berkenaan masih belum kukuh untuk mendapatkan kelebihan dan keyakinan pengundi.
“Pihak lawan pasti akan menyerang dengan pantas. Sekarang pun pihak pembangkang masih tidak sehaluan.
“Kita di Pakatan Harapan (PH) berhasrat untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang PRU14 tetapi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hendak letak Muhyiddin Yassin sebagai PM,” katanya yang bekerja di bidang IT.
Penyokong PKR, Gopalsamy, seorang pemandu teksi dalam lingkungan usia 40an pula menegaskan pencalonan Anwar Ibrahim sebagai PM tidak boleh dikompromi kepada mana-mana parti.
Seorang eksekutif muda IT, Musadiq Khalid dari Shah Alam berkata, Pas akan menjadi parti yang mensabotaj kekuatan pembangkang jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat kerana rundingan dengan parti itu masih menemui jalan buntu.

Zaid: Kita bukan seperti Jerman, Zairil

Bekas menteri Umno menolak hujah ahli Parlimen DAP yang parti dengan ideologi berbeza boleh bekerjasama.
zaid-zairil
PETALING JAYA: Bekas menteri Umno menasihatkan ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari perlu faham politik Malaysia sebelum meniru gabungan politik di Jerman.
Dalam satu siri tweet, Datuk Zaid Ibrahim berkata negara perlu bersatu melawan perkauman dan autoritarian ideologi, antara lain.
Zaid juga tidak bersetuju dengan petikan naib pengerusi DAP Pulau Pinang itu yang menjadi Jerman sebagai contoh negara yang mempunyai pakatan berjaya walaupun mempunyai ideologi berbeza.
“Zairil, kita tidak demokrasi seperti Jerman. Kami cuba untuk menjadikannya begitu. Jadi sekutu kita juga mesti mahukan demokrasi.”
Bekas ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, apabila Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi, barulah ahli-ahli politik boleh mempunyai sekutu yang mahu “lebih penjagaan kesihatan atau kurang daripada persekitaran atau lebih daripada hak-hak pekerja.”
Awal hari ini, Zairil berkata parti konservatif Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) memerintah beberapa negeri dengan kerjasama parti Greens yang merupakan sebahagian daripada gabungan Bündnis 90.
Kedua-dua pihak, jelas beliau, mempunyai ideologi sangat berbeza, namun dapat membentuk kerajaan bersama-sama di negeri tertentu.

Dakwaan skim Ponzi SRC: Tanya AGC, bukan kami, kata 1MDB

Jabatan Peguam Negara masih belum menerima permohonan rasmi permohonan tambahan bantuan guaman bersama (MLA) daripada Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland dalam siasatannya ke atas 1MDB.
OAG semalam berkata ia akan memohon bantuan tambahan, selepas mendapati apa yang disifatkan sebagai skim ala cepat kaya ‘Ponzi’ membabitkan 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International.
"Bagaimanapun, pihak Peguam Negara ingin menekankan komitmen kami dalam kerjasama antarabangsa dan akan mempertimbangkan sebaik mungkin permintaan ini berlandaskan undang-undang sedia ada apabila ia diterima menerusi saluran diplomatik, seperti mana ditetapkan undang-undang negara berhubung bantuan bersama perundangan," katanya dalam satu kenyataam.
Sebelum ini, 1MDB mengelak mengulas kenyataan OAG Swiss itu dengan berkata semua soalan perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
"... Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini hendaklah diajukan kepada pihak berkuasa yang relevan," kata firma pelaburan negara itu dalam jawapannya berhubung soalan dari Malaysiakini.
1MDB juga mengulangi bahawa ia tidak dihubungi oleh pihak berkuasa Switzerland atau mana-mana pihak berkuasa asing yang sah berhubung dengan penyiasatan mereka ke atas dakwaan penyelewengan itu dan pengubahan wang haram.

Siasatan 1MDB: Malaysia belum terima permohonan baharu Switzerland

Pejabat Peguam Negara berkata akan terus komited memberikan kerjasama antarabangsa kepada Switzerland selepas menerima permohonan itu secara rasmi.
KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara semalam berkata ia masih belum menerima sebarang permohonan untuk mendapatkan bantuan tambahan dari Switzerland dalam siasatan terhadap dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pejabat berkenaan dalam satu kenyataan semalam berkata mereka akan kekal komited kepada memberikan kerjasama antarabangsa dan “akan pertimbangkan sewajarnya” permohonan itu sebaik saja menerimanya menerusi saluran diplomatik dan selaras dengan undang-undang negara.
Semalam, Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata ia meminta bantuan lanjut dari Malaysia dalam siasatannya.

‘K’jaan Switzerland harus gantung rundingan perdagangan dengan Malaysia’

NGO antarabangsa, Tabung Bruno Manser mahu kerajaan Switzerland menggantung rundingan perdagangan dengan Malaysia sehingga pihak berkuasa negara ini menyediakan bantuan guaman bersama (MLA) penuh dalam siasatan pejabat peguam negara Swiss (OAG) ke atas 1MDB.
OAG mula memohon Malaysia menyediakan bantuan seawal Januari, tetapi sehingga hari ini belum dilaksanakan.
Mereka sekali lagi memohon bantuan Malaysia pada Rabu lalu untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan penemuan terbarunya, di mana AS$ 800 juta didakwa disalahgunakan daripada pelaburan sumber asli yang dibuat oleh firma SRC International.
"Pendakwa raya Swiss meningkat tekanan ke atas Malaysia untuk menyalurkan bantuan guaman bersama dalam siasatan yang sedang berterusan ke atas 1MDB," kata NGO yang berpangkalan di Switzerland itu.
"Pihak berkuasa Swiss mengesyaki bahawa skim Ponzi telah digunakan untuk menyembunyikan penyelewengan daripada dana SRC dan 1MDB yang dimiliki oleh kerajaaan.
"Pada masa ini, empat individu dan sebuah bank sedang disiasat oleh pendakwa raya persekutuan Switzerland.
"OAG juga menyatakan bahawa walaupun telah menerima bukti dokumen daripada pihak berkuasa di Singapura, namun mereka masih menunggu kerjasama Malaysia dalam siasatan itu,” katanya.
OAG memulakan prosiding ke atas dua bekas pegawai 1MDB dan terhadap individu yang tidak dikenali kerana disyaki merasuah pegawai awam asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah, pada 14 Ogos 2015.
Ini mencetuskan permohonan pertama OAG untuk bantuan guaman bersama daripada pihak berkuasa Malaysia.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi 1MDB, SRC International dan Jabatan Peguam Negara Malaysia untuk ulasan mereka.

Beza ideologi bukan alasan parti politik tidak berpakat

Pakatan politik adalah sesuatu yang dilakukan atas pertimbangan politik semasa dan ideologi berbeza tidak perlu jadi halangan, kata Zairil.
zairil-zahid-1
PETALING JAYA: Parti politik berlainan ideologi masih boleh menjalinkan kerjasama selagi mereka komited dengan agenda bersama, kata Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari.
Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata di negara lain seperti Britain dan Jerman, kerjasama politik dijalinkan antara parti bercanggah ideologi, semata-mata berdasarkan keperluan politik semasa.
Menjelaskan lanjut, Zairil berkata di Jerman, parti konservatif Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) memerintah beberapa negeri dengan kerjasama parti Greens yang merupakan sebahagian daripada gabungan Bündnis 90.
“Kedua-dua parti itu amat berbeza ideologi mereka,” katanya kepada FMT.
Malah menurutnya, kedua-dua CDU dan Greens juga bermusuh di negeri lain.
“Namun mereka boleh membentuk kerajaan di beberapa negeri kerana situasi politik memerlukan gabungan sebegitu,” kata Zairil.
Beliau mengulas kenyataan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang menyeru pembangkang tidak bekerjasama dengan PAS.
“Menjalinkan pakatan politik adalah sesuatu yang dilakukan atas pertimbangan politik,” kata Zairil, yang menambah ia berdasarkan “apa-apa agenda yang dipersetujui bersama”.
Bagaimanapun, Zairil berkata beliau tidak menafikan parti boleh menjalinkan kerjasama kerana mempunyai ideologi sama.
“Tetapi kunci kepada sesebuah kerjasama ialah komitmen terhadap agenda bersama.”

Pahit tapi benar, pembangkang perlukan PAS

Penganalisis politik berkata desakan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk mengecualikan PAS dalam pakatan pembangkang, tidak realistik.
pas
PETALING JAYA: Tiada pakatan pembangkang yang akan mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) tanpa penyertaan PAS, kata penganalisis politik.
Faisal S Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian bersetuju dengan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim yang pembangkang perlu mengetepikan politik kaum dan agama.
Tetapi, mereka berkata Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan mampu mencapai kemenangan jika PAS tidak bersama mereka.
Dalam ucapannya pada Isnin, Zaid mendesak parti pembangkang untuk fokus kepada prinsip asas berbanding penyelesaian “pantas” dan katanya mereka patut mengeluarkan PAS daripada mana-mana pakatan pembangkang.
Sementara itu, Faisal berkata cadangan Zaid itu tidak realistik dalam konteks memenangi pilihan raya umum.
“Untuk menewaskan BN, anda perlu jadi alternatif kepada Umno, yang boleh memenuhi keperluan, dan anda perlu ingat keperluan itu berbeza mengikut tempat,” katanya kepada FMT.
Keperluan Melayu
Beliau berkata sebagai contoh keperluan masyarakat Melayu di selatan seperti Johor, berbeza dengan keperluan komuniti Melayu di pantai timur.
“Umno berdepan kepelbagaian dalam susah payahnya. Tidak ada parti boleh cabar dominasinya dalam kawasan Melayu, selain PAS,” katanya.
Katanya, cabaran pembangkang ialah membawa PAS kembali dalam pakatan pembangkang sementara mencapai kata sepakat apa yang perlu dibuat untuk maju ke depan, termasuk naratif yang hendak digunakan untuk pengundi Malaysia.
Ibrahim memberi pendapat yang hampir sama dan berkata Zaid perlu ingat yang PAS mungkin mempunyai sokongan besar dan ini bermakna parti pembangkang perlu berkompromi untuk memperbaiki peluang mereka menewaskan BN.

Pas tolak usaha jadikannya 'anak tangga'


Pas bukan menjadi anak tangga kepada parti-parti lain, kata Nik Abduh Nik AzizPas bukan menjadi anak tangga kepada parti-parti lain, kata Nik Abduh Nik Aziz
Pas menolak sebarang usaha untuk menjadikannya sebagai alat kepada mana-mana parti lain, tegas Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, ketika usaha sedang dibuat untuk bekerjasama dengan parti itu bagi memastikan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
"Pas membina tangga untuk rakyat sampai ke Putrajaya, bukan menjadi anak tangga kepada parti-parti lain," kata ahli parlimen Pasir Mas itu dalam satu kenyataan di facebooknya.
Anak tangga yang dimaksudkan oleh Nik Abduh dipercayai merujuk kepada 'alat tempat berpijak' kepada parti-parti lain untuk naik ke atas persada politik tanah air.
"Pas sedang menyeru kepada Gagasan Sejahtera. Pas sedang memimpin gerakan pembangkang dengan disiplin dan caranya," kata Nik Abduh dalam kenyataan itu.
Bagi beliau, berusaha mengajak Pas menukar langkah ini adalah sama seperti tindakan bekas pemimpin Pas dulu (Amanah hari ini) menyeru PAS mengubah halatujunya.
"Sia-sia," tegas anak kepada bekas mursyidul am Pas yang paling berpengaruh itu.
Bagi beliau, "Di Malaysia, selepas Umno, Pas-lah pilihan utama rakyat."
"Kenali dan akui ini sebelum berurusan dengannya," tegas Nik Abduh memberikan ingatan kepada semua parti politik yang cuba mendekati parti itu sekarang.
Bagi beliau, ahli dan penyokong Pas adalah amanah yang mesti dijaga oleh seluruh pemimpin Pas.
"Insya Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia kental memikul amanah besar ini," kata beliau yang buat pertama kali dipilih sebagai ketua pemuda Pas.

Saya tak takut gagal, kata Muhyiddin

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui usaha untuk menyatukan parti-parti pembangkang bukan sesuatu yang mudah.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak sesekali takut atau memikirkan sama ada usaha itu akan menemui kegagalan.
Muhyiddin “Bagi saya ini satu cabaran. Jika Bersatu boleh berperanan sebagai satu parti politik dan saya dianggap sebagai penghubung atau faktor yang boleh mengikat hubungan silaturahim (pembangkang) demi tujuan yang baik, saya sanggup.
“Saya tidak takut kalau saya gagal. Lebih baik saya gagal setelah saya berusaha daripada gagal tanpa berbuat apa-apa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, beliau yakin usaha Bersatu untuk menjadi orang tengah dan menyatukan pembangkang akan berjaya berpandukan reaksi positif diterima dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang lain.
“Dalam pertemuan terbaru dengan Pas, nampaknya mereka bersedia dengan kerjasama itu. Cuma perlu disusun lagi apa cabaran dan bentuk kerjasama serta isu-isu berkaitan.
“Di sebelah sini (dengan PKR, Amanah dan DAP) kami tiada masalah nak membentuk penyatuan besar. Ada usaha yang kita teruskan dan kita harap akhirnya kata sepakat itu dapat dicapai dalam apa juga bentuk,” katanya.

Anwar sampai salam, doa pada Hadi Awang

'Saya tak percaya Rafizi akan buat begitu' - AMK

'Buat sidang media dalam 'jamban' perangai macam syaitan' - AMK

BERSIH akan teruskan tindakan saman Jamal, tegas Maria

Setakat ini kami hanya dengan parti Kadir, kata PAS

Kenyataan itu susulan usaha Muhyiddin mendekati PAS agar menjalinkan kerjasama melawan BN pada PRU akan datang.
tuan-ibrahim-pas
PETALING JAYA: PAS menegaskan parti itu tidak menjalinkan apa-apa kerjasama dengan mana-mana parti lain kecuali Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang dipimpin oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, di bawah apa yang dinamakan Gagasan Sejahtera.
“Oleh itu, PAS akan mengutamakan Gagasan Sejahtera berbanding gabungan dengan parti-parti lain,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kenyataan itu susulan usaha PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berunding dengan parti Islam itu agar bekerjasama pada pilihan raya umum akan datang dengan Pakatan Harapan memastikan pertandingan satu-lawan-satu menentang Barisan Nasional (BN).
Baru-baru ini, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sudah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ke arah itu.
Tuan Ibrahim berkata ura-ura kerjasama PAS dengan parti lain tidak benar sehingga ada kenyataan rasmi..
Beliau bagaimanapun berkata pintu PAS sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pihak lain selagi selari matlamat dengan Gagasan Sejahtera, tetapi “bukan jenis mengambil kesempatan semata-mata”.

SPRM rampas RM112 juta, tahan pegawai Jabatan Air Sabah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas RM112 juta wang tunai dan wang yang disimpan di dalam bank susulan penahanan dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa.
Jumlah tersebut merangkumi RM52 juta wang tunai dan RM60 juta lagi dalam akaun bank yang telah dibekukan- menjadikan rampasan terbesar SPRM setakat ini.
Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya juga percaya besar kemungkinan lebih banyak wang disimpan dalam bank di negara jiran.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut berkaitan perkara itu.
"Selain wang tunai, turut disita sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam mewah," katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, petang Rabu seperti dilaporkan Mstar.
Mengenai dua lagi individu yang ditahan hari ini, Azam berkata, salah seorang bergelar Datuk yang juga abang kepada timbalan pengarah jabatan itu yang berusia 55 tahun.
Turut ditahan adalah akauntan berusia 50 tahun.
Semua empat suspek kes melibatkan RM3.3 bilion dana projek Pusat itu ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.
Mengulas lanjut, Azam berkata, rampasan wang tunai jutaan ringgit itu melibatkan beberapa lokasi seperti di rumah, bank dan pejabat suspek.
“Setiap daripada sasaran yang kita tahan itu, setidak-tidaknya tiga lokasi. Termasuk peti besi, rumah, pejabat dan ada juga melibatkan peti besi di bank,” katanya.
Semalam, dua suspek berusia 51 dan 54 tahun ditahan di pejabat masing-masing kira-kira 9.15 pagi kerana disyaki memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak saudara mereka.
Mereka dilapor mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010 dan memonopoli kesemua projek untuk diserahkan kepada adik-beradik.

Pas takkan gadai prinsip, dasar parti - PJ Pahang

KUANTAN - Pas tidak akan menggadaikan prinsip dan dasarnya untuk tunduk kepada mana-mana parti termasuk rakan gabungan yang dilihat cuba mengambil kesempatan mencapai hasrat mereka.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabbar berkata, sekiranya tidak bersedia menerima dasar Pas bermakna mereka juga tidak menerima Pas,  jadi atas alasan itu jalinan politik tidak boleh diadakan.
Pas Menurutnya, Pas mengakui banyak parti yang mempelawa untuk bekerjasama dan membentuk satu gabungan namun persoalannya sama ada mereka memahami dan boleh menerima dasar dan perjuangan Pas atau sebaliknya.
“Jangan hanya ingin bersama Pas demi kepentingan sokongan terhadap parti sahaja tetapi  menolak dan menentang apa yang Pas perjuangkan sehingga berlakunya perpecahan.
“Sebagai sebuah parti Islam yang dasarnya adalah al-Quran, hadis, ijma’ dan qias, pastinya segala diperjuangkan bersesuaian dengan kehendak Islam di samping selaras dengan ruang demokrasi diamalkan di negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pas akan bergabung dengan Bersatu untuk meraih kemenangan dalam PRU14.
Rosli berkata, beliau amat bersetuju dengan penegasan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat bahawa Pas bukan satu parti yang boleh dijadikan alat untuk pihak lain mengambil kesempatan dan mencapai hasrat mereka.
Katanya, Pas sehingga kini tidak mempunyai sebarang keputusan untuk bergabung dengan Bersatu.
“Kalau ada pun ia mungkin dalam proses perbincangan. Buat masa sekarang Pas masih lagi mempunyai hubungan dengan PKR,” katanya.
Dalam pada itu, Rosli berkata, sekiranya gabungan dibentuk hanya untuk meraih undi tetapi tidak memperjuangkan kebaikan agama dan umat Islam, tiada makna bagi Pas sebagai sebuah parti Islam.
“Bagi parti yang berhasrat nak bersama Pas, mereka kena terima dasar dan perjuangan Pas, jangan hanya nak undi daripada ahli dan penyokong Pas tetapi jadi penentang kepada dasar Pas,” katanya.

Nasrudin: Parti pembangkang menanti keputusan Pas

 NASRUDIN HASSAN
1. SEMUA parti pembangkang sedang memerhati dan menanti keputusan Pas. Sebahagiannya menyatakan sukar membaca strategi Pas. Mereka menaruh harapan agar Pas menyertai barisan yang mereka bentuk untuk menentang Umno dan BN dengan formula satu lawan satu.
2. Secara mikronya saya melihat mereka sedang mengalami gangguan delusi di pentas politik tanah air, barangkali kesan dari tindakan terburu-buru menubuhkan parti - parti baru yang kononnya akan membawa mereka menang cepat mengatasi Umno dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
3. Justeru itu tidak pelik apabila mereka menyerang Pas bertali arus dengan tujuan mahu melunturkan pengaruh dan sokongan Pas. Mereka hina dan perkecilkan Pas sebagai sebuah parti yang tidak boleh bersaing dan seiring dengan mereka untuk menuju garis kemenangan PRU14 kelak.
Hormati Islam dan tidak menentangnya
4. 1001 fitnah dan tohmahan telah dilontarkan kepada Pas. Kononnya Pas makan dedak Umno, mesra Umno, masuk perangkap Umno, ditipu oleh Umno dan sebagainya. Objektif mereka ialah memberi persepsi negatif kepada Pas. Namun realitinya, Pas tidak mudah untuk diperdaya oleh mana-mana pihak. Ia berjuang di atas paksinya yang teguh iaitu Manhaj Perjuangan Islam yang dianuti dan prinsip kebenaran yang didukung.
5. Sebetulnya, Pas sangat berlapang dada dan mudah berkira bicara dengan mana-mana pihak asal sahaja dasar dan prinsip perjuangan Islamnya dihormati dan tidak ditentang. Tiada yang lebih penting bagi Pas selain Islam. Pemimpin dan ahlinya yang Istiqamah hanya meletakkan Islam sebagai hadaf (matlamat semasa) dan reda ALLAH SWT sebagai ghayah (matlamat akhir).
Gerakan Perubahan
6. Perubahan adalah suatu yang wajib dilakukan bagi membebaskan tanah air tercinta dari kemungkaran politik, kefasadan ekonomi, kebejatan sosial dan kerakusan pemimpin yang tamak haloba. Namun perubahan yang dimaksudkan mestilah ke arah yang lebih baik dan tiada yang lebih baik selain Islam.
7. Perubahan yang mahu dilakukan juga adalah perubahan total dengan meruntuhkan jahiliah dan membina Islam serta keadilannya di atas runtuhan jahiliah. Kita tidak boleh melakukan perubahan hanya pada ranting tapi mengekalkan dahan yang reput. Kita tidak mahu meruntuhkan jahiliah kemudian membiarkan jahiliah baru terbina di atas runtuhan jahiliah lama.
Pas Memimpin Perubahan

Pas tolak permintaan Bersatu, akan pertahan kerusi tradisinya


Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan ManPas menegaskan akan pertahankan kerusi yang menjadi tradisi partinya, yang kebanyakannya bertembung dengan Umno, dengan segala kemampuan yang ada, kata timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, pintu Pas sentiasa terbuka dengan kerjasama dengan mana-mana parti baru yang sudi bersama memperjuangkan matlamat yang selari dengan Gagasan Sejahtera dan membawa nilai tambah kepada semua parti di Gagasan Sejahtera dan juga rakyat.
Tetapi, "bukan jenis mengambil kesempatan semata-mata."
"Setakat ini, Pas akan pertahankan kerusi yang menjadi tradisi parti, yang kebanyakannya bertembung dengan Umno, dengan segala kemampuan yang ada.
"Pas akan terus menggerakkan jentera parti dengan kemampuan keikhlasan dan kesungguhan kerja ahli dan petugas parti," kata beliau dalam satu kenyataan.
Untuk itu, katanya, Pas akan terus menggerakkan jentera parti dengan kemampuan keikhlasan dan kesungguhan kerja ahli dan petugas parti, katanya lagi.
"Insya-Allah di atas kesungguhan dan keikhlasan ini beserta strategi kerja yang tersusun dan istiqamah dalam usaha memperbaiki kekurangan, kita yakin Allah akan mengurniakan kemenangan kepada perjuangan ini," kata Tuan Ibrahim.
Ketika berucap di depan pemimpin dan penyokong Pas di Kemaman, Terengganu, Presiden Parti Pribumi Sejahtera Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, partinya sedia bekerjasama dan berunding dengan Pas termasuk pembahagian kerusi pilihan raya.
“Bukan kita nak ambil kerusi yang sudah dimenangi Pas tetapi kerusi yang Umno menang itu, bagilah kepada kami untuk kami kalahkan Umno.
“Kita akan pastikan Umno tewas dan kita menang dan membentuk kerajaan bersama,” kata Muhyiddin ketika berceramah di pentas Pas buat pertama kali itu.

Muhyiddin: Pertemuan dengan Anwar beri pengertian besar

Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertemuan beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, merupakan satu pertemuan bersejarah. Muhyiddin berkata, pertemuan itu merupakan perjumpaan pertama kali beliau sejak puluhan tahun lalu, dengan bekas ketua pembangkang itu.
“Mungkin inilah pertemuan pertama kali sejak puluhan tahun saya harus berjumpa, saya berjumpa bagi memberi sokongan moral dan untuk merapatkan semula perhubungan saya kerana beliau (Anwar) adalah de facto PKR.
“Kini saya sudah tubuh parti baharu…pada peringkat awal walaupun tidak melibatkan Anwar, tetapi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan lain-lain kami menyatakan hendak bekerjasama jadi saya fikir sudah sampai masa setidak-tidaknya kita (Bersatu) hendak bekerjasama,” katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif bersama beliau di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Katanya lagi, pertemuan itu telah membibitkan momentum positif antara partinya dengan PKR dan Anwar secara peribadi.
“Adalah sedikit masa di berikan tadi untuk menyatakan beberapa perkara yang saya fikir tidak perlu saya nyatakan, tetapi pertemuan itu agak bersejarah, dan mempunyai pengertian yang besar serta memberikan satu prospek yang agak baik untuk bagaimana kita boleh jalin kerjasama yang subjektif.
“Jadi apa-apa tindakan selepas ini bolehlah kita (Bersatu) mulakan termasuk kerjasama dalam soal pembahagian kerusi;persempadanan (contoh sahajalah saya tidak kata di situ ada perbincangan, tetapi ini satu lebaran baru dalam perhubungan ini),” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Muhyiddin bertemu Anwar di bilik saksi pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kira-kira 30 minit.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah mengadakan pertemuan bersama Anwar, pertemuan yang dianggap bersejarah itu turut disulami dengan tautan salam daripada kedua-dua pemimpin yang dikhabarkan sudah 18 tahun ‘bermusuh’.

JAMAL BUAT LAPORAN PALSU??

Hanya  sehari selepas pemimpin Gerakan Baju Merah, Jamal Mohd Yunus membuat laporan polis dengan mendakwa Bersih diresapi pengganas IS, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed sebaliknya memberi bayangan agar penyiasatan tidak perlu dilakukan.

Katanya, pihak polis tidak ada keperluan melayan segala dakwaan yang dibuat oleh Jamal itu.
Pihak polis tidak semestinya perlu menyiasat dakwaan yang bersifat politik itu, ujar beliau.

Tidak perlu disiasat? Bersifat politik?

Apakah gambaran yang diberi oleh Nur Jazlan itu menunjukkan maklumat dalam laporan polis yang dibuat oleh Jamal adalah tidak benar dan semata-mata berupa serangan politik?

Jika begitu, adakah bermakna Jamal telah membuat laporan palsu dan menyusahkan pihak polis?

Dengan yang demikian, tidakkah pihak polis seharusnya menyiasat Jamal pula?

Bersih failkan saman esok, Jamal merosakkan imej Umno, kata Maria Chin


Maria Chin AbdullahMaria Chin AbdullahPengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, tindakan Datuk Seri Jamal Md Yunos mencampakkan surat tuntutan permohonan maaf 48jam ke dalam mangkuk tandas dianggap sebagai perbuatan yang merosakkan imej Umno.
Justeru pemantauan pilihan raya Bersih tidak teragak-agak untuk  memfailkan saman fitnah terhadap Pengerusi NGO Malaysia  itu pada esok.
"Dia langsung tidak menghormati partinya. Buat sidang media di bangunan Umno.
"Umno kini dirosakkan oleh gengster politik ala samseng seperti Jamal.
"Saya tak mahu bagi dia publisiti, kami akan failkan saman esok," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Jamal yang juga Ketua Bahagian Umno Sungai Besar mengadakan sidang akhbarnya semalam di bangunan Umno Selangor, enggan memohon maaf terhadap dakwaan fitnah yang dilakukannya terhadap Bersih yang menghantar notis 48jam kepadanya.
Sebaliknya Jamal berkata, "Saya anggap saman itu najis." ujarnya antara sebab beliau mengoyak dan membuang surat tuntutan itu dalam mangkuk tandas.
Surat tuntutan itu dihantar susulan kenyataannya dalam satu sidang media hujung bulan lalu yang medakwa badan reformasi pilihan raya itu diserapi kumpulan militan IS dan Daesh serta merancang untuk mengepung lapangan terbang KLIA1, KLIA2 dan Putrajaya.
Melalui Peguam Maria Melissa Sasidaran dari firma Daim & Gamany, Bersih mengeluarkan surat tuntutan permohonan maaf 48jam atau tindakan saman akan diambil jika Jamal gagal berbuat demikian.

KUASA AGONG MELANTIK PM TERMASUK KUASA MELUCUTKAN PM – TUN MAHATHIR


Muhyiddin: BN Boleh Tumbang Di Kedah

Muhyiddin: Persempadanan Semula Untuk Kekal Rejim Najib

Muhyiddin: Bersatu Boleh Satukan Pembangkang

Pendapatan jual nasi lemak lebih tinggi berbanding jadi jurutera

Bekas pegawai kempen Obama bantu NGO Rafizi untuk menang PRU-14

Bersih: Sekarang semua orang boleh buat bantahan

Persempadanan semula, Maria akan saman SPR

"Tanya balik pada Rafizi, kita tahu dia ini siapa," kata Jamal

'Kami bersedia 300,000 orang berdepan peserta BERSIH 5 di KL' sembang Jamal

"Najib seorang yang rasis," kata Tun M

'Remaja mesti bersatu bantu kerajaan majukan negara' cerita Rosmah

"Bantu pesalah SOSMA mungkin saya dikaitkan dengan IS," - kata Rafizi

"Saya takkan jumpa Jamal, buang masa", tegas Rafizi

Jamal Yunos "SURAT MARIA CHIN MASUK TANDAS" (KANTOI - Bersih 5 vs Merah)

MACC tangkap ikan besar Sabah Water Dept (112mil) - skandal

Giliran Swiss TV siarkan Malaysia Najib 1MDB (WSJ)