Rabu, 5 Oktober 2016

Skandal 1MDB: Switzerland syak skim Ponzi, minta bantuan Malaysia

OAG mensyaki berlaku penipuan skim 'Ponzi' bagi menutup penyalahgunaan dana SRC dan 1MDB.
swiss_1mdb_money_600
ZURICH: Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland meminta bantuan perundangan daripada pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan 1MDB.
“Ketika analisis bukti diperolehi, OAG mengenal pasti ada transaksi disyaki membabitkan sektor kewangan Switzerland.
“Pertama, $800 juta nampaknya disalah guna daripada dana berdaulat SRC untuk pelaburan dalam sumber asli.
“Kedua, disyaki berlaku penipuan skim ‘Ponzi’…bagi menutup penyalahgunaan dana SRC dan 1MDB,” kata OAG dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut kenyataan itu, di peringkat prosiding jenayah berhubung 1MDB dan SRC International, sebuah daripada bekas anak syarikat 1MDB, 4 individu serta sebuah bank sedang disiasat.

OAG Swiss: Skim ala-ala Ponzi digunakan tutup skandal tunai SRC

Peguam Negara Pejabat (OAG) Switzerland berkata, siasatan pihaknya mendapati sejumlah besar wang yang didakwa disalahgunakan oleh bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan penipuan dilakukan berdasarkan skim 'Ponzi' untuk tujuan mengaburi mata pihak yang berkenaan.
"Dalam menganalisis bukti yang diperolehi, OAG mengenal pasti selanjutnya urus niaga suspek melibatkan sektor kewangan Swiss. Pertama, sejumlah AS$800 juta didapati telah disalahgunakan daripada pelaburan dalam sumber asli yang dibuat oleh SRC.
"Kedua, adalah disyaki skim penipuan 'Ponzi' (membayar pulangan daripada pelaburan awal daripada dana yang diperoleh daripada pelabur berikutnya dan bukan daripada hasil sah daripada pelaburan) telah dilakukan untuk menyembunyikan penyelewengan dari kedua-dua dana, SRC dan 1MDB," tambah OAG itu dalam kenyataan.
Pihak berkuasa Swiss berkata, penyelewengan yang disyaki itu dari 1MDB adalah subjek tuntutan pertama OAG untuk bantuan undang-undang bersama pihak berkuasa Malaysia.
"Oleh itu, tujuan tuntutan terbaru OAG adalah mendapatkan keterangan selanjutnya bagi sokongan mengenai penemuan terbaru, sebagai tambahan kepada bantuan yang diminta dalam permintaan awal OAG ini Januari 2016 yang masih belum selesai," jelasnya.
Skim Ponzi adalah operasi penipuan pelaburan dengan pengendali, individu atau organisasi membayar pulangan kepada pelabur dari dana baru yang dibayar kepada pengendali oleh pelabur baru dan bukannya dari keuntungan yang diperolehi melalui sumber yang sah.

Dr M: Saya gagal yakinkan Agong, tapi tak disuruh tutup mulut

Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mendedahkan butiran berhubung pertemuan empat matanya dengan Yang di-Pertuan Agong pada 15 September lalu tetapi mengakui bahawa beliau gagal untuk meyakinkan Seri Paduka.
Menjawab soalan mengenai pertemuan berkenaan, bekas perdana menteri itu berkata, Seri Paduka dan beliau berbincang panjang lebar apabila dirinya mengemukakan 1.2 juta tandatangan Deklarasi Rakyat yang menggesa tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Baginda menyoal saya mengenai peruntukan undang-undang. Pada akhirnya, saya tidak berjaya meyakinkannya ... Baginda tidak berkata apa-apa, baginda cuma berkata bahawa baginda belum bersedia," katanya kepada pemberita.
Mahathir enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dititahkan oleh Seri Paduka kerana pertemuan itu adalah sulit, tetapi mengulangi bahawa baginda tidak dapat memenuhi tuntutan mereka.
"Apa yang kita tuntut tidak dapat dilaksanakan ... mungkin baginda fikir dirinya tidak mempunyai kuasa," katanya.
Ditanya jika Yang di-Pertuan Agong ada menasihatkannys supaya menjaga tingkah-lakunya, Mahathir menjawab: "Tidak, tidak ada nasihat."
"Dia tidak beritahu saya untuk tutup mulut atau sesuatu seperti itu," katanya.
Mahathir juga mendakwa bahawa Seri Paduka tidak mempersoalkan kesahihan Deklarasi Rakyat itu dan tidak berkata bahawa ia adalah satu tindakan yang tidak mengikut perlembagaan.
Bekas perdana menteri itu juga menolak dakwaan Najib bahawa beliau bertindak di luar batasan undang-undang.

Jamal campak surat saman BERSIH ke lubang tandas

Berang dengan tuntutan undang-undang BERSIH 2.0 agar dirinya memohon maaf dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertindak mencampakkan surat tuntutan tersebut ke dalam lubang tandas.
Ini kerana Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu menyifatkan surat saman daripada Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah sebagai 'najis'.
"Saya anggap saman itu najis," tegas Jamal.
Terdahulu Jamal memanggil sidang media di bangunan Umno Selangor di Shah Alam sekitar jam 4.45 petang.
Bagaimanapun setibanya Jamal di bangunan itu, beliau membawa sekumpulan media yang hadir ke  salah satu tandas lelaki.
Setibanya di situ, Jamal memulakan sidang medianya serta bertindak mengoyak surat tuntutan saman Maria dan mencampakkannya ke dalam lubang tandas berkenaan.
Maria semalam meminta Jamal memohon maaf kepadanya dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman.
Ini susulan kenyataan Jamal dalam satu sidang media hujung bulan lalu yang medakwa badan reformasi pilihan raya itu diserapi kumpulan militan IS dan merancang untuk mengepung lapangan terbang KLIA1, KLIA2 dan Putrajaya.

RUU Akta 355: Amanah cadang Hadi pinda usul


Amanah mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan mencadangkan langkah-langkah pemerkasaan Mahkamah SyariahAmanah mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan mencadangkan langkah-langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah
Parti Amanah Negara (Amanah) mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan mencadangkan langkah-langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah.
Ahli jawatankuasa RUU 355 Amanah, Khalid Samad berkata, jawatankuasa itu mesti terdiri daripada Ketua Hakim Mahkamah Syariah setiap negeri, golongan cendiakawan dan ilmuan agama serta pegawai-pegawai berkenaan.

Saranan itu terkandung dalam cadangan pindaan kepada usul persendirian ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta 355 berhubung pemerkasaan Mahkamah Syariah.

Khalid berkata, jawatankuasa RUU 355 Amanah sudah pun menyediakan cadangan pindaan kepada usul pindaan Abdul Hadi selepas berbincang dengan pelbagai pihak termasuk wakil-wakil parti dalam Pakatan Harapan.

“Dewan ini menerima bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi dan syiar keadilan Islam. Oleh itu kecemerlangannya dalam memainkan peranannya, seperti mana ditentukan oleh perlembagaan, hendaklah sentiasa diusahakan. Justeru ituadalah dicadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas yang terdiri dari Ketua Hakim Mahkamah Syariah setiap negeri, golongan cendiakawan dan ilmuan agama serta pegawai-pegawai berkenaan, untuk mengkaji dan mencadangkan langkah-langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah untuk dipertimbangkan oleh Dewan Ini,” Kata Khalid sewaktu membacakan usul pindaan tersebut pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

Menurut beliau yang juga ahli Parlimen Shah Alam, langkah-langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah harus meliputi empat persoalan iaitu:

I) Meningkatkan kecekapan Mahkamah Syariah dengan memperbanyak pendedahan dan latihan serta penambahan kakitangan ke tahap yang diperlukan.

2) Meningkatkan lagi kefahaman dan sokongan institusi dan jabatan-jabatan kerajaan serta pihak swasta terhadap peranan Mahkamah Syariah supaya memungkinkan ia memainkan peranannya dengan leboh berkesan

3) Mengkaji kembali skim gaji para hakim dan kakitangan Mahkamah Syariah supaya ditetapkan skim yang lebih wajar dan berpatutan demi mengelak ‘brain drain’ dan menarik minat mereka yang berpotensi dan

4) Mengkaji keberkesanan had dan jenis hukuman berkaitan jenayah syariah di bawah Mahkamah Syariah seperti yang termaktub dalam Akta 355. Sekiranya ia didapati kurang berkesan, maka jawatankuasa khas ini hendaklah mencadangkan ia ditingkatkan kepada satu had yang dianggap lebih berkesan sebagi satu usaha pencegahan dan pengajaran. Dalam menentukan had baharu, keadaan masyarakat dan kemampuan Mahkamah Syariah hendaklah diambil kira. Jawatankuasa khas ini diberi mandat untuk mengkaji corak hukuman lain, selain dari tida jenis yang disebutkan dalam Akta 35, yang bersifat mendidik dan membentuk akhlak, yang boleh turut dibenarkan sebagai corak hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.

Menggelodak ke BERSIH 5

Oleh Hishamuddin Rais
BERSIH 2.0 akan mengadakan himpunan mega BERSIH 5 di Kuala Lumpur pada Sabtu, 19 November. Anak semua bangsa, para penyokong BERSIH, kaum kerabat BERSIH di dalam dan luar negara dan semua pejuang demokrasi dari seluruh Malaysia akan turun sekali lagi ke jalan raya.

Penyokong BERSIH akan berhimpun di Kuala Lumpur. Kami akan berhimpun di Dataran Merdeka. Justeru, sah lagi sahih bahawa politik jalan raya kini telah menjadi budaya politik Malaysia. Dr Mahathir ketika menjadi perdana menteri telah berkali-kali berkata bahawa tunjuk perasaan atau berdemo bukan budaya kita.
Dr Mahathir salah tafsir. Malah sejarah United Malays National Organisation juga berkait rapat dengan politik jalan raya.
Justeru ketika BERSIH 4 berdemo pada Ogos 2015 Dr Mahathir telah mengubah pandangan. Dia telah turun dua kali untuk menyertai demo BERSIH di Dataran Merdeka.
Hakikatnya Dr Mahathir telah mendapat pencerahan politik dan menerima garis jalan raya sebagai ruang politik yang tepat. Dr Mahathir telah menerima hakikat bahawa jalan raya adalah garis politik untuk menyuarakan bantahan. Dr Mahathir kini sedar bahawa politik jalan raya memungkinkan berlakunya perubahan politik.

Pada ketika ini suasana politik Malaysia sedang bergelora. Department of Justice America (DOJ) - Jabatan Keadilan Amerika - telah mengeluarkan kenyataan tentang keterlibatan Malaysian Officer One i.e Najib dalam kes rompakan duit 1MDB.
Campur tangan Amerika berlaku kerana duit rompakan 1MDB ini telah dibawa masuk ke Amerika sebagai modal pelaburan. Dari segi undang-undang Amerika membawa masuk duit curi dan melaborkan duit itu di Amerika adalah satu jenayah besar.
Ketika tulisan ini digarap  telah melaporkan tentang Jho Low, Jasmine Loo, Shahrol Halmi dan anak kandung Rosmah Mansor Riza Aziz akan didakwa tidak lama lagi di mahkamah Amerika.
Pada bulan September lalu media telah melaporkan mereka akan didakwa dengan saman sivil. Semua telah berubah. Kali ini bukan lagi kes saman sivil.Kali ini empat warga Malaysia ini akan didakwa atas kesalahan jenayah mencuri dan mendobi duit di Amerika.
Justeru di saat akhir tahun 2016 - politik Malaysia akan terus hangat. Hangat ini dihangatkan lagi oleh rancangan demo mega BERSIH 5.
Keadaan bertambah seronok. Seronok lagi menyeronokkan. Debar lagi mendebarkan jantung. Anak semua bangsa sedang menunggu kes jenayah 1MDB dibuka. Rakyat Malaysia sedang menunggu untuk membaca apa akan terjadi bila kes rompakan 1MDB ini dibuka di Los Angeles Amerika.

Untuk sama membakar suasana politik. Untuk memukul gendang agar balaci dan para pemakan dedak dari gerombolan United Malays National Organisation turun menari maka BERSIH 5 dengan suci hati telah mengajukan 6 tuntutan:
1- Pilihan raya bersih
2- Hapuskan rasuah
3- Kukuhkan demokrasi
4- Mansuhkan undang-undang zalim
5- Hak membantah
6- Memperkasa hak Sabah/Sarawak
Tuntutan ini adalah meneruskan perjuangan induk BERSIH yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Dari 2007 hingga ke hari ini tujuan gabungan NGO BERSIH masih lagi menuntut pilihan raya adil dan bersih.
Najib berundur
Sama seperti BERSIH 4 dan BERSIH 5 dalam kempen menggelodak seluruh negara akan juga mencanang heboh tuntutan Najib berundur dan letak jawatan.
 
BERSIH 5 menuntut Najib berundur serta merta. Sebuah kerajaan peralihan didirikan. Dalam masa 18 bulan tugas utama kerajaan peralihan ini ialah menyediakan satu pilihan raya yang bersih dan adil.
Dalam PRU yang bersih ini - siapa yang akan memimpin tampuk kerajaan terpulang kepada undi anak semua bangsa warga Malaysia. Parti mana atau Barisan atau Pakatan mana yang akan meneraju kerajaan bukan BERSIH yang menentukan.
Penentu dalam pilihan raya yang adil dan bersih hanyalah para pengundi yang selama ini terus ditipu. BERSIH hanya memastikan satu pilihan raya bersih dan adil dijalankan agar rakyat tidak akan ditipu lagi.

Surat terbuka kepada PM: Bajet 2017 untuk rakyat

Oleh Syahir Sulaiman
“Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makanan.” (Yusuf: 47)

Datuk Seri,

Malaysia berhadapan dengan situasi ekonomi yang mencabar.

Pertumbuhan KDNK diunjur malar (4%-4.5%), inflasi terus menjalar (2%-3%), pengangguran semakin menular (3.5%), dan ringgit hilang kadar (RM4.00). Malah merangka Bajet 2017 pastinya sukar dalam keadaan defisit kian melebar (3.5%) dan hutang kerajaan makin mengakar (54%).

Rakyat juga berhadapan dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar, kesan kenaikan cukai dan kenaikan harga yang perlu dibayar, menyebabkan tabungan semakin sukar dan hutang isi rumah kian melebar.

Datuk Seri,

Kerajaan dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi cabaran ini, iaitu - cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan.

GST menjadi senjata utama, atau dalam erti kata lain, poket rakyat yang menjadi mangsa. Tanpa segan, kerajaan mengatakan GST telah menyelamatkan ekonomi negara. Ternyata, rakyat telah menjadi mangsa untuk menanggung kegagalan para menteri mengurus kewangan negara.

Tidak cukup dengan itu, rakyat perlu membayar lebih untuk meneruskan kehidupan, kesan subsidi yang dikurangkan. Dengan alasan rasionalisasi perbelanjaan, yang terjejas adalah rakyat miskin dan golongan pertengahan. Setiap hari duit belanja kami dicatu, berbeza dengan para menteri yang ada elaun untuk menampungnya.

Sewajarnya, dalam keadaan rakyat terpaksa berjimat, kerajaan perlu lebih berhemat. Selain dikaji saiz kabinet yang terlalu besar, setiap Menteri boleh menunjukkan teladan dengan pemotongan 20% gaji bulanan, serta memulangkan elaun tol, minyak, percutian, dan keraian, supaya kalian dapat merasai bebanan golongan bawahan.

Datuk Seri,

Matlamat utama bajet kerajaan adalah untuk memberi nilai-tambah (value-added) dan impak berganda (multiplier-effect) dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Ini adalah penting supaya ‘kek ekonomi’ terus berkembang untuk dinikmati oleh segenap lapisan rakyat dengan seadilnya.

Formula memberi nilai-tambah ini adalah elemen utama dalam prinsip keberkatan, yang ditakrifkan sebagai Ziyadatul-Khair, yang bermaksud bertambah-tambah kebaikan. Ini dapat dihasilkan melalui empat (4) kaedah berikut yang boleh digarap di dalam bajet negara:

Pertama, menambah-nilai melalui Pertambahan. Ini dapat dicapai dengan memberikan lebih penumpuan terhadap pembangunan modal insan dan kesejahteraan hidup rakyat. Sektor pendidikan perlu terus diberi keutamaan, dengan penekanan terhadap akses pelajar, kualiti pembelajaran dan kebajikan pendidik. Sektor kesihatan perlu diberi perhatian, dengan memfokuskan terhadap gaya hidup sihat dan pengawalan wabak yang memudaratkan. Di samping itu, lebih banyak rumah mampu milik perlu disegerakan, bagi memastikan generasi muda mampu untuk berumah di bumi sendiri.

Belanjawan 2017: ‘Dana gelap’ Jabatan Perdana Menteri wajib dihapuskan


Belanjawan tidak terlepas daripada persoalan membuat pilihan dan menetapkan keutamaan.
dana gelap jpmBelanjawan 2017 yang akan dibentangkan pada 21 Oktober 2016 adalah sebuah belanjawan yang bakal dirangka di atas latar ekonomi global yang lembap dan bergerak perlahan. Ini bermakna kerajaan turut berhadapan penurunan jumlah cukai korporat. Harga minyak yang menjunam sejak Oktober 2014 tidak menggambarkan ianya akan kembali meningkat untuk beberapa tahun yang mendatang seterusnya memberi isyarat bahawa Kerajaan tidak boleh terus bergantung terhadap hasil minyak.
Penggunaan domestik semakin terhimpit sejak pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), sehingga memberi kesan buruk terhadap pendapatan boleh guna rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, kejatuhan nilai matawang ringgit menambah lagi beban inflasi. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak lagi mampu mengutip kadar cukai yang lebih menerusi cukai pendapatan individu, korporat mahupun GST itu sendiri.
Akhirnya, akan berlakulah pengurangan hasil negara dan kerajaan terpaksa berhadapan keadaan yang sukar untuk membuat beberapa pilihan:
Pertama, menaikkan kadar cukai di mana hal ini akan terus menambah tekanan kepada rakyat Malaysia dan menambah lagi penguncupan penggunaan domestik dalam senario kelembapan sedia ada; 
Kedua, menambah pinjaman. Hal ini amat berisiko kerana hutang serta liabiliti sedia ada kerajaan sendiri pun sudah berada pada kadar yang amat membimbangkan;
Ketiga, memotong perbelanjaan. Dua persoalan timbul; a) Jika kerajaan membuat potongan secara drastik, ia akan merisikokan ekonomi Malaysia merudum dengan mendadak, b) apakah perbelanjaan yang perlu dipotong dan apakah yang perlu dikekalkan?
Kerajaan tiada pilihan lain kecuali untuk membuat pilihan!
Telah wujud desas-desus pemotongan perbelanjaan yang akan melibatkan sektor kesihatan, pendidikan dan kebajikan rakyat. Namun, pada saat hutang isi rumah yang kian membengkak, penyusutan kadar pendapatan dan perkembangan ekonomi yang amat perlahan, sektor kesihatan awam, pendidikan awam dan kebajikan merupakan suatu keperluan mendesak buat rakyat. Dengan kata lain, pemotongan tidak wajar dilakukan ke atas ketiga-tiga sektor ini.
Atas segala pertimbangan yang telah diutarakan, kami ingin mencadangkan langkah segera dan tuntas yang perlu diambil oleh Kerajaan untuk belanjawan 2017, iaitu pemotongan peruntukan pembangunan untuk Perdana Menteri, atau apa yang kami istilahkan sebagai ‘dana gelap’.
Belanjawan 2014, 2015 dan 2016 telah memperuntukkan sekurang-kurangnya RM7 bilion untuk Perdana Menteri. Hal ini hampir tidak pernah wujud sebelum Datuk Seri Najib Razak memegang tampok kuasa sebagai Perdana Menteri.
Berbanding sektor-sektor lain, peruntukan di Jabatan Perdana Menteri ini tiada diberikan spesifikasi yang jelas akan tujuan khusus penggunaannya. Ia kebiasaannya tergantung pada ‘lampu hijau’ yang diisyaratkan oleh Perdana Menteri bila mana difikirkan perlu untuk digunakan. Pada kami, ia merupakan suatu perkara yang tidak masuk akal dan mesti dihapuskan.
Jabatan Perdana Menteri Najib berbelanja 2 kali ganda
Jabatan Perdana Menteri hari ini seolah-olah ‘kabinet dalam kabinet’ bagi sistem eksekutif Malaysia dengan 9 menteri, 3 timbalan menteri dan 51 bahagian.
Kajian kami tidak meliputi belanjawan yang diperuntukkan untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Peguam Negara (AG’s Chambers) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut berada di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Kebetulan, penganalisis Chua Sue-Ann dari akhbar The Edge Financial Weekly turut memaparkan hasil kajian yang sama (keluaran 3 Oktober 2016). Kajian beliau turut memuatkan angka-angka melibatkan entiti yang dinyatakan di atas (JPA, AG’s Chambers, SPRM) yang pastinya menambah lagi angka jumlah perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri berbanding angka-angka yang kami kemukakan dalam kajian kami.
bajet jpm
Untuk menunjukkan gambaran yang lebih adil, angka inflasi yang diselaraskan (harga 2010) telah digunakan. Angka 2015 dan 2016 merupakan anggaran manakala angka yang sebelum ini adalah perbelanjaan yang sebenar.
Dan untuk berlaku adil juga, perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri sepanjang tempoh perkhidmatan Tun Dr Mahathir Mohamad juga agak besar jika dibandingkan dengan Perdana Menteri dan Presiden di kebanyakan negara lain.
Namun begitu, perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri pada era kepimpinan Najib telah menyaksikan perbelanjaan terbesar dalam sejarah Malaysia. Dengan segala keterbatasan sumber yang ada, Jabatan Perdana Menteri telah menjadi pesaing kepada peruntukan bagi sektor pendidikan awam, kesihatan awam dan kebajikan.
Untuk rekod, saiz belanjawan telah meningkat dua kali ganda antara tahun 2000 (RM 111 billon) dan 2016 (RM 267 bilion). Pada masa yang sama, saiz peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri pula telah meningkat sebanyak empat kali ganda iaitu daripada RM5.2 bilion pada tahun 2000 kepada RM20 bilion pada tahun 2016.
Peningkatan paling ketara berlaku pada era Najib kini. Pada tahun akhir kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Badawi (2008), belanjawan mencecah RM7 bilion sahaja. Ia melambung kepada RM10 bilion pada tahun 2009 dan RM20 bilion pada 2016. Dalam erti kata lain, angka telah meningkat dua kali ganda di bawah pentadbiran Najib.
Peruntukan Jabatan Perdana Menteri adalah kurang dari 4 peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan antara tahun 2002 dan 2008. Pada tahun pertama Najib sebagai Perdana Menteri iaitu pada 2009, Jabatan Perdana Menteri telah mengambil 4.9 peratus daripada jumlah peruntukan belanjawan bagi tahun tersebut. Jabatan Perdana Menteri antara 2010 dan 2015 pula telah mengambil antara 5 dan 7 peratus daripada keseluruhan jumlah belanjawan tahunan. Dalam belanjawan 2016, Jabatan Perdana Menteri telah mengambil 7.6 peratus daripada keseluruhan jumlah peruntukan.
Belanjawan Pembangunan berskala ‘mega’

Fitnah Majlis Shah Alam roboh menara azan, Utusan dituntut mohon maaf


SHAH ALAM, 5 OKT: Laporan portal berita Utusan Online kononnya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan menara azan Surau Ar-Raudhah di Setia Alam adalah fitnah dan berniat jahat untuk memperlekehkan kakitangan awam badan itu.
fitnah utusan mbsaAhli Majlis MBSA, Muhammad Shakir Ameer berkata pihaknya tidak merobohkan menara azan, sebaliknya merobohkan menara telekomunikasi haram berdekatan surau berkenaan.
“Saya amat terkejut apabila pihak Utusan Online tergamak memaparkan tajuk sedemikian rupa dengan niat mempolitikkan dan memburukkan perkhidmatan awam.
“Kami hanya menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Semalam, Utusan Online melaporkan kononnya sebuah menara azan setinggi 30 meter di Surau Ar-Raudhah dirobohkan oleh MBSA atas alasan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
Menurut Shakir yang juga Setiausaha Eksekutif Publisiti Sosialis Muda DAP (DAPSY), MBSA mengutuk fitnah portal milik UMNO berkenaan serta menuntut pihak Utusan Online menarik balik laporan mereka.
“Kami juga mahu mereka meminta maaf kepada pihak MBSA serta kakitangan awam secara serta-merta.
“MBSA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika mereka (Utusan Online) gagal berbuat demikian,” tegasnya.

Tak perlu siasat Bersih-IS jika tiada asas, kata Nur Jazlan

Beliau berkata polis tidak semestinya menyiasat semua dakwaan, terutama yang dibuat berasaskan politik.
nur jazlanKUALA LUMPUR: Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata polis tidak akan menyiasat dakwaan Bersih 2.0 diresapi pengaruh pengganas IS, jika mendapatinya tidak berasas.
Timbalan menteri dalam negeri berkata ini kerana polis tidak semestinya menyiasat semua dakwaan, terutama yang dibuat berasaskan politik.
Katanya, semua pihak tidak seharusnya memandang serius perkara itu.
“Demonstrasi dibuat Bersih menimbulkan banyak dakwaan. Kemudian orang memandangnya secara serius. Tidak perlu melihatnya dengan terlalu serius,” katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas program ‘International Conference on Financial Crime and Terrorism Financing’, hari ini.
Nur Jazlan berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan sama ada polis akan menyiasat dakwaan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang Bersih 2.0 diresapi pengaruh IS dan merancang mengepung Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2.
Jamal semalam menyerahkan bukti dakwaan itu pada Bukit Aman, malah mendakwa dokumen tersebut dibekalkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Ceroboh tanah: Parti politik tidak perlu campur kata Mohd Amar

KOTA  BHARU - Kerajaan Kelantan memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak mempengaruhi Orang Asli berhubung isu milikan tanah dan pembalak di Gua Musang yang boleh mewujudkan provokasi negatif kepada pihak yang terlibat.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, campur tangan parti politik termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tidak wajar kerana perkara ini melibatkan isu pentadbiran dan masyarakat.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah “Jika mereka benar-benar hendak membantu sepatutnya pihak terbabit datang sendiri bertemu kita (kerajaan negeri) dan membuat rundingan memandangkan soal pembalakan di  Hutan Balah Gua Musang berlesan dan ia tidak menjadi masalah kepada kerajaan negeri menjalankan projek terbabit di kawasan berkenaan.
“Cuma soalnya perkara ini berlaku mungkin disebabkan salah faham dan wujud unsur hasutan daripada pelbagai pihak yang menyebabkan Orang Asli bertindak dan mendakwa kawasan mereka diceroboh,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, hari ini.
Mohd Amar berkata, pihaknya menyerahkan isu terbabit kepada pihak polis untuk siasatan lanjut di samping campurtangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakao) bagi mengadakan perbincangan berhubung situasi itu.
“Kita serahkan kepada polis memandangkan dari laporan yang kami terima wujud unsur hasutan kepada pihak Orang Asli dan Jakao sebagai orang tengah mewakili kerajaan negeri.
“Bagi saya ini hanya salah faham memandangkan secara asasnya pembalakan di kawasan terlibat dijalankan secara berlesen dan berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik,” katanya.

Orang Asli tidak bodoh, mesej kepada kerajaan negeri Kelantan


Masyarakat Orang Asli di pedalaman Gua Musang menuntut kerajaan negeri memberhentikan kerja-kerja pembalakan.Masyarakat Orang Asli di pedalaman Gua Musang menuntut kerajaan negeri memberhentikan kerja-kerja pembalakan.Digertak kumpulan samseng yang dipercayai pihak syarikat pembalak serta cuba untuk ditangkap individu yang mendakwa dirinya sebagai anggota polis.
Itulah detik mendebarkan ketika berlaku pergelutan antara masyarakat Orang Asli di Pos Simpor, Gua Musang dengan syarikat pembalakan, 28 September lalu.
Salah seorang pemuda Orang Asli yang diugut tangkap itu, Manglo Tegau berkata, tindakan mereka membina sekatan menghalang kerja pembalakan sehingga tercetusnya pergelutan tersebut bukanlah kerana Orang Asli tidak tahu menggunakan saluran yang sewajarnya untuk membantah.
"Surat kepada pihak kerajaan sudah awal-awal kami hantar. Pada 2 April lepas, kami juga sudah hantar surat kepada pejabat tanah, perhutanan serta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.
"Selepas itu, kami hantar lagi surat minta supaya kegiatan pembalakan ini dihentikan kepada mereka bulan Mei dan Jun lalu," ujarnya ketika ditemubual Malaysia Dateline malam tadi.
Manglo TegauManglo TegauWalau bagaimanapun, pemuda berusia 27 tahun itu berkata, segala urusan surat-menyurat berkenaan tidak mendapat maklum balas yang sepatutnya.
"Pejabat Tanah, Perhutanan pun tidak datang jenguk nasib kami yang diancam syarikat pembalak. Padahal, mereka patut sudah tahu tuntutan kami sebelum ini.
"Sedihnya, pihak kerajaan negeri pun tidak sudi mendengar suara apa lagi melayan tuntutan kami. Tiada respon apa pun daripada kerajaan negeri setakat siang tadi. Tiada juga perbincangan dengan kami Orang Asli di sini walaupun pergelutan Rabu lepas (28 September) sampai pihak pembalak melepaskan tembakan," keluhnya.
Tidak mudah berputus asa dengan sikap dingin pihak kerajaan itu, Manglo berkata, mereka kemudiannya menghantar surat kepada syarikat pembalak supaya mengeluarkan segala jentera, 21 September lalu.
"Macam biasa suara kami tidak dipeduli. Kerja-kerja membalak tetap diteruskan. Jadi, disebabkan kedegilan mereka, kami sebulat suara bersama Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) membuat sekatan di jalan masuk ke penempatan kami yang terdiri daripada lebih 30 kampung suku Temiar," ujarnya.

Rafizi nafi dakwaan 'Badut UMNO'



Rakyat patut tidak ambil serius pasal Bersih, kata menteri Umno

Saman fitnah: Utusan nyatakan kesal kepada Anwar

"Sudah lama tidak berjumpa Anwar," kata Muhyiddin

Anwar dedah perbincangan dengan Muhyiddin di mahkamah

Nazir puji Indonesia selepas bawa pulang berbilion dana dari S'pura

Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak hari ini memuji kerajaan Indonesia atas kejayaan membawa pulang berbilion-bilion dolar Amerika Syarikat daripada hasil cukai melalui program pengampunan cukai.
"Keputusan luar biasa dalam pengampunan cukai ...Kebangkitan Indonesia sekali lagi," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada pentadbiran Joko Widodo di Instagram.
Sekitar AS$10.5 bilion telah dihantar pulang ke Indonesia berikutan langkah pengampunan cukai, kata pejabat cukai Indonesia.
Dianggarkan AS$273 bilion aset milik rakyat Indonesia yang sebelum ini tidak diisytiharkan milik Indonesia berada di luar negara.
Keuntungan yang diraih oleh Indonesia dari program pengampunan cukai telah menyebabkan banyak negara lain menawarkan program yang sama.
Kejayaan dasar Indonesia, bagaimanapun, telah meletakkan Singapura di kedudukan tidak selesa kerana 57 peratus daripada jumlah yang terkumpul datang dari Singapura, pejabat cukai Indonesia dilaporkan berkata.
Ia menumpukan semula perhatian ke atas bandar raya itu yang bergelut dalam melindungi reputasi tadbir urus yang baik berikutan kejatuhan 1MDB, lapor The Wall Street Journal.
Pihak Berkuasa Kewangan Singapura pada Julai berkata, kes 1MDB itu 'menjejaskan reputasi sebagai pusat kewangan yang bersih dan dipercayai'.

Belum pilih nak sertai parti mana, kata Ezam

Bekas senator itu berkata beliau juga belum melihat secara dekat politik Malaysia pada masa ini kerana masih berada di Indonesia.
ezam
PETALING JAYA: Ezam Mohd Nor berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai parti politik mana selepas mengumumkan keluar Umno, awal bulan ini.
Bekas senator itu berkata beliau juga belum melihat secara dekat politik Malaysia pada masa ini kerana masih berada di Indonesia.
“Saya masih di Indonesia, belum dekati soal politik di Malaysia. Nanti, selepas saya kembali ke Malaysia dan dapat maklum balas daripada kawan di Malaysia (barulah keputusan akan dibuat),” katanya kepada FMT.
Ezam antara individu terkenal pada era gerakan reformasi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan dan Umno.
Malah, Ezam turut dilantik sebagai ketua Pemuda PKR dan setiausaha politik kepada Anwar, sebelum keluar PKR selepas berlaku konflik.
Ezam pernah dijatuhi hukuman penjara 2 tahun pada 2001 ketika menjadi ketua Pemuda PKR kerana mendedahkan maklumat sulit mengenai permit AP untuk import kenderaan.
Beliau didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi pada 2001 atas tuduhan mengenai AP yang dipegang menteri ketika itu, Tan Sri Rafidah Aziz.

Tidur lena atau berdepan realiti negara di ambang kemusnahan

Apabila kerajaan tidak menjalankan tugas dan tanggung jawapnya sebagai sepatutnya, rakyat terpaksa mengambil langkah mereka sendiri.
Inilah yang biasa berlaku di seluruh dunia baik di Timur Tengah, negara Barat atau Asia. Bagi masyarakat yang bertamadun mendapat keadilan adalah hak asas dalam sesebuah negara.
Di Malaysia, BERSIH 5 akan bermula pada awal Oktober hingga 19 November ini untuk menuntut keadilan pilihanraya dan hak hak asas sebuah negara demokrasi.
Tidak cukup dengan peraturan-peraturan lama yang memberi kelebihan kepada kerajaan yang memerintah, persempadanan semula yang baru memberi lagi banyak keistimewaan tidak adil berlebihan kepada sang pemerintah.
Konsep meletakan kaum kaum tertentu dalam lokasi yang sama akan menebalkan lagi perkauman yang tidak sihat.
Ini semua menunjukan Malaysia terus mundur ke belakang sementara jiran-jiran negara Asean kita mara ke hadapan.
Mengekalkan kuasa pemerintah sekarang adalah segala galanya bagi mereka walaupun kita menuju ke arah kehancuran.
BERSIH 5 akan menjelajah seluruh Malaysia selama tujuh minggu untuk memberi kesedaran kepada rakyat.
Dalam masa yang sama gerakan "R" - tuntutan royalti minyak dan gas untuk Terengganu dan Kelantan, juga sedang giat diaktifkan kembali setelah tempoh yang agak sunyi sejak kebelakangan ini.
Kebangkitan "R" dua negeri jiran ini akan kembali semula mengoncangkan Pantai Timur dan Malaysia.
Setelah kerajaan Malaysia bersetuju atas sebahagian besar tuntutan Sarawak, kenapakah tuntutan untuk kembalikan royalti 5 peratus hasil minyak Terengganu yang telah dibatalkan tidak boleh dipersetujui?
Kenapakah hak royalti minyak Kelantan yang telah begitu lama dinafikan tidak boleh diberikan?
Bayangkan ketiga-tiga Sarawak, Terengganu dan Kelantan negeri pengeluar minyak utama negara adalah juga tiga negeri termiskin di Malaysia.
Sudah tentu rakyat mereka rasa tertipu begitu lama oleh perampas hak mereka dari Putrajaya. Rakyat mahu bangkit menuntut hak mereka. Gelombang kebangkitan rakyat telah tiba untuk kita menyahut seruan tersebut.

AMANAH dah lama jangka PAS akan gabung dengan BN

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Anuar Tahir menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang membayangkan gabungan antara PAS dan Umno menjelang PRU akan datang sebagai melucukan.
“Kadang-kadang lucu juga (dunia) politik kita ini,” ujar Anuar sambil menambah perkara itu sudah pun dijangka oleh pihaknya sejak masih berada di dalam PAS, memetik laporan Sinar Harian Online.
Malah, jelas beliau lagi, pakatan pembangkang tidak terkejut serta tidak akan menghalang sekiranya ada penyatuan antara keduanya sebelum pilihan raya nanti.
“Kami tidak terkejut dengan sekiranya PAS bergabung dengan Umno kerana hal tersebut menjadi sebutan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Semasa kami masih berada dalam PAS lagi, kami tahu memang ada beberapa pertemuan melibatkan beberapa orang tertentu antara kedua parti PAS dan Umno,” tambah beliau.
Terdahulu, Annuar semasa sidang media Umno selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur membayangkan akan berlaku satu persepakatan baharu dalam arena politik negara menjelang Plilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mengulas lanjut, Anuar berkata, perjuangan Pakatan Harapan tidak akan terjejas sekiranya PAS memilih untuk berjuang di sisi Umno selepas ini.
Apa yang perlu dilakukan PAS hanyalah memuktamadkan keputusan sama ada untuk terus teguh bersama pembangkang atau bersama dengan Umno untuk meneruskan kuasa pemerintahan ke atas rakyat, katanya.

IBRAHIM ALI TEMUI TUN M ESOK UNTUK PULIHKAN HUBUNGAN PERKASA - PPBM?

Kalau pun tidak "lumpuh", Perkasa yang dipimpin oleh Ibrahim Ali sekarang ini boleh dianggap "agak tempang"  berikutan ramai pemimpinnya di peringkat pusat, negeri serta bahagian telah mengambil keputusan untuk menyertai PPBM, sebuah parti baru yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir Mohamad yang bertujuan untuk menyingkirkan Najib Razak dalam PRU 14 akan datang.

Diantara mereka itu ada yang memilih untuk terus kekal sebagai ahli Perkasa dan ada juga yang mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Tetapi, semua yang menyertai PPBM itu mengambil keputusan tidak mahu lagi aktif, enggan menghadiri mesyuarat dan ada juga yang tidak mahu ambil peduli langsung tentang Perkasa.

Terbaru yang meletakkan jawatan ialah Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya.
Sebelum ini Perkasa dan Ibrahim Ali adalah sinonim dengan Tun Mahathir. Beliau bukan saja menjadi Penaung Kehormat NGO tersebut, malah jika tanpa bantuan serta kelibat bekas Perdana Menteri itu sejak daripada awal penubuhannya, ramai yang beranggapan tidak mungkin Perkasa boleh popular seperti yang ada sekarang.

Sebab itu, ketika Tun Mahathir mahu menubuhkan PPBM, parti yang mirip UMNO, Ibrahim Ali dikhabar-anginkan akan turut menyertai parti itu bersama-sama majoriti ahli serta pemimpinnya. 

Langkah itu dilihat tidak mustahil kerana memang diketahui sebahagian besar pimpinan Perkasa adalah mereka yang rapat dan menyokong perjuangan Tun Mahathir, terutama sejak Najib Razak mengambil sikap lebih berlembut terhadap bukan Melayu dalam beberapa dasar serta pendekatan yang diambilnya.

Beserta kemungkinan ahli dan pimpinan Perkasa akan menyertai PPBM itu, Ibrahim Ali turut dikhabarkan akan diberikan salah satu jawatan kanan dalam parti itu.

Bagaimanapun, sikap dan pendirian Ibrahim Ali mula berubah apabila Tun Mahathir bertemu dan bersalaman dengan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi pada 5 September lalu.

Dengan berbaiknya semula Tun Mahathir dengan Anwar setelah lebih 18 tahun bermusuhan dan tidak bertemu, Ibrahim dikatakan mula merasa terpinggir kerana beliau sebelum ini kerap menghentam Ketua Umum PKR itu, termasuk dalam buku biografinya yang bertajuk "Perjuangan Tanpa Noktah."

Teka Teki '"Manoeuvres"Datuk Mahfuz Omar

Oleh Hayar Hassan

 Kalau kita menyorot kembali keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen Kedah Ke 13 yang lalu, Datuk Mahfuz Omar (DMO) adalah satu-satunya calon PAS yang telah menang dengan majoriti yang agak besar dan meyakinkan. DMO menang kerusi Parlimen Pokok Sena (P8) dengan majoriti 3,270. DMO sedang mewakili kerusi Parlimen tersebut untuk kali yang ke 3. Ini adalah suatu rekod yang baik.
Terdapat tiga (3) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Pokok Sena. Kerusi Bukit Lada (N9) telah dimenangi oleh calon BN dengan majoriti 1,324. Kerusi Bukit Pinang (N10) telah dimenangi oleh calon PAS dengan majoriti 1,672 . Kerusi Derga (N11) pula telah dimenangi oleh calon DAP dengan majoriti 1,156. . Dalam PRU ke 13 itu, kawan seangkatan DMO, Tuan Haji Muhamad Sabu (HMS) sendiri telah kalah kerusi Parlimen Pendang (P11) dengan majoriti 2,638, walau pun pada waktu itu, beliau adalah Timbalan Presiden PAS .
Sepertinya, sosok yang bernama Datuk Mahfuz Omar (DMO) ini mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan dengan pengundi-pengundi Parlimen Pokok Sena. Selain daripada anak jati kelahiran Kedah Darul Aman, dipercayai DMO amat disenangi oleh kebanyakan pengundi-pengundi. Wataknya yang peramah dan mudah digauli itu membuatkan beliau amat popular dengan ramai orang. Seperkara lagi, DMO adalah salah seorang daripada pemidato yang berjaya menarik ramai pendengar dan ceramah serta ulasan-ulasan politiknya sememangnya dinanti-nantikan.
Sebelum Pakatan Rakyat (PR) berkubur pada 16 jun 2015, DMO sememangnya dilihat sebagai seorang pemimpin PAS dalam kelompok “Erdogan”. Namun demikian sampai ke saat ini beliau masih bertahan sebagai ahli Parlimen PAS. Kebanyakan daripada teman-temannya telah menyeberang ke Parti Amanah Negara (PAN). Apakah rahsianya yang membuatkan DMO masih mahu bertahan sebagai seorang ahli PAS ? Itulah persoalan yang bermain-main di minda kebanyakan orang yang mengenali beliau. Pada waktu ini beliau sudah tidak mempunyai jawatan penting dalam PAS, sekadar seorang Ahli Parlimen. Apakah beliau ingin bersara terus daripada aktif berpolitik menjelang PRU ke 14 nanti ?
Melihat kepada perkembangan PAN di Kedah Darul Aman, sepertinya PAN masih kekurangan tokoh-tokoh yang mampu mengembangkan parti baru ini menjelang PRU Ke 14. Dalam politik Malaysia, parti-parti politik perlu mempunyai tokoh-tokoh pemidato yang mampu menarik perhatian pendengar apabila membicarakan isu-isu besar dan penuh sensasi. Kelayakan ekademik yang tinggi tidak semestinya boleh menjadikan sesaorang itu berjaya dalam politik. Dalam politik, kunci kejayaan sesaorang adalah mempunyai karisma, intergriti, populariti yang tinggi , hebat berpidato dan disenangi oleh orang ramai.

Kuasa kepetahan dalam politik

Oleh Elviza Michele Kamal
DI NUSANTARA ini, siapa yang tidak berdosa?Saya mohon memetik tokoh Presiden Indonesia yang pertama: Soekarno. Kalau berpandu sejarah yang kafi, saya ingat dua dosa terbesar Soekarno terhadap Indonesia.

Yang pertama adalah kerana dia menjual frasa “demokrasi terpimpin” kepada rakyat Indonesia bila yang sebenarnya dia merajakan kediktatoran dan autoritarian. Dia tak pernah percaya demokrasi seperti Sjahrir dan Hatta – cuma bezanya Sjahrir lantang membangkang manakala Hatta tipikal sang teknokrat kuat berfikir, lalu dia dikenang sebagai tunjang hebat tapi di belakang tabir.

Polosnya pentadbiran Soekarno telah menghantar Indonesia terpasung dalam kancah kebankrapan dan kebuluran sekitar pertengahan pertama 1960-an. Kudeta yang menumbangkan Soekarno pula telah membunuh hampir 400,000 nyawa. Kemudian Indonesia tenat kewangan lalu terpaksa bergantung dengan dana asing bertahun lama pasca orde lama.

Tapi Indonesia tidak pernah lupa budi Sang Proklamator. Kerana Soekarano, kerana Muhammad Hatta, Indonesia betah mengecap merdeka. Dan yang paling serasi bila kita mengenang Bung Karno, dia hebat berpidato.

Kehebatan Soekarno adalah apabila dia mampu meniup semangat nasionalisme bangsa Indonesia di ambang Perang Dunia Kedua. Kefasihan Soekarno berhujah tiada tolok banding. Generasi pemimpin selepas Soekarno tergapai-gapai cuba untuk setakuk dengan beliau, tapi gagal.

Di Barat juga begitu, Hitler sepanjang hidup beliau telah menulis sendiri lebih 5000 teks ucapan yang persuasif. Agenda politik Hitler yang menakutkan mendapat tempat di hati rakyat German hanya melalui kefasihan Hitler menyakinkan mereka melalui ucapan di corong-corong radio dan parlimen Reichstag. Hitler tetap kecundang dalam pentabdbiran, beliau dikenang sebagai diktator yang kejam bukan ketua negara yang progresif.

Dan tiada umat yang boleh lupa dengan kehebatan Sir Winston Churcill semasa Perang Dunia Kedua juga. Churchill, seperti Hitler, turut dikurniakan bakat yang besar dalam memanipulasi perkataan dan kuasa pidato. Detik-detik kritikal dalam pentadbiran Churchill apabila Britain terkepung keseorangan di laut dan di darat. Churchill telah menggembleng segala kudrat untuk menulis dan menyampaikan satu-satunya teks ucapan paling diingati dalam sejarah dunia moden. Presiden Kennedy menobatkan laungan perang Churchill sebagai, “He mobilised the English langugage and sent it into battle.” Tentera Bersekutu menang selepas enam tahun dalam peperangan.

SPRM jumpa wang tunai RM50j di rumah pegawai GLC...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai yang dianggarkan hampir RM50 juta di dalam sebuah rumah salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dalam serbuan ke rumahnya semalam.
Sumber berkata, selain itu, SPRM juga menemui wang tunai dalam jumlah yang besar dalam salah sebuah kenderaan milik suspek.
SPRM jumpa wang tunai RM50j di rumah pegawai GLC "Siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang merupakan ketua kepada suspek kedua ini mempunyai bilik khas untuk menyimpan wang berkenaan.
"Dia tidak menyimpan dalam bank, sebaliknya menyimpan wang tunai di rumah. Terdapat juga sejumlah besar barang kemas dan jam tangan pelbagai jenama," katanya kepada Sinar Harian.
Siasatan dilakukan berikutan SPRM menahan dua pegawai berkenaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan tersebut kepada sanak saudara mereka.
Kedua-duanya yang berusia 54 dan 51 itu ditahan di pejabat mereka di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pada jam 9.15 pagi semalam.
Semalam, SPRM turut merampas wang tunai bernilai lebih kurang RM3 juta yang disimpan dalam peti besi di pejabat salah seorang pegawai kanan itu.

Dakwaan IS: Jamal tidak akan mohon maaf kepada Bersih


Jamal Md Yunos 1Jamal Md Yunos 1Pengerusi NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos menetapkan pendiriannya tidak akan membuat permohonan maaf kepada Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang memberikannya tempoh 48 jam berbuat demikian.
Malah Jamal turut tidak gentar dengan tindakan undang-undang yang bakal diterimanya jika enggan memohon maaf dalam tempoh tersebut.
"Saya ingin ucap ribuan terima kasih kepada Maria Chin kerana beri amaran dan mengatakan saya perlu minta maaf 48 jam.
"Barulah sekarang ini dilihat beliau menyedari negara kita ini ada undang-undang, apabila mahu menyaman saya pula," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Jamal diminta mengulas laporan portal berita Malaysiakini semalam, melalui peguam Maria Melissa Sasidaran yang dipetik berkata, pihaknya akan menghantar surat tuntutan kepada Jamal supaya memohon maaf kepada Maria Chin dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman.
Jamal yang juga Ketua Bahagian Umno Sungai Besar mendakwa, sebelum beliau bertindak membuat bantahan dan laporan polis terhadap Bersih 5, Maria Chin, ujarnya, tidak pernah menunjukkan bahawa negara ini mempunyai undang-undang.
"Apa sahaja Maria lakukan seolah negara tidak mempunyai undang-undang.
"Jadi bila beliau beri kata dua kepada saya ini menunjukkan beliau percaya negara kita ada undang-undang yang adil, saksama dan sama rata.
"Itu hak beliau nak saman ke tidak ke, saya ada hak saya. Apa yang saya buat ada asas dan kebenarannya, biarkan polis jalankan siasatan," tegasnya.

Isu balak: Kerajaan Kelantan malas, kata Zaid Ibrahim

Bekas ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata Kelantan dilihat mengambil jalan pintas mendapatkan sumber hasil negeri, seolah-olah tidak ada sumber lain yang boleh menggantikan balak.
zaid-ibrahim_kelantan_600
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim berkata Kelantan sebuah kerajaan yang malas apabila menjadikan aktiviti penebangan balak sebagai sumber utama negeri.
Bekas ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, kerajaan negeri Kelantan dilihat mengambil jalan pintas untuk mendapatkan sumber hasil negeri, seolah-olah tidak ada sumber lain yang boleh menggantikan balak.
“Dia kerajaan yang malas. Maksudnya tidak ada usaha lain. Jadi, dia cari jalan mudah dan tidak ada usaha lain yang dilakukan. Pada saya tiada alasan.
“Dahlah balak semua disapu (ditebang), tidak ditanam semula. Itu alasan mereka (kerajaan Kelantan) saja. Dah tahu royalti tidak dapat dari dulu lagi, sepatutnya dia buat usaha lain,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam yang aktiviti pembalakan di Kelantan boleh dihentikan jika kerajaan pusat membayar royalti minyak mengikut perjanjian asal.
Ketika bercakap kepada FMT, timbalan menteri besar itu berkata balak adalah hasil utama negeri dan pembalakan di Gua Musang bukan pencerobohan kerana ia mempunyai konsesi di Hutan Simpan Kekal Balah.
Zaid berkata kerajaan negeri Kelantan harus menjadikan negara seperti Norway, Sweeden dan Finland sebagai contoh jika mahu penebangan balak terus dilakukan.
“Di negara lain, mereka ambil kemudian tanam semula. Tetapi di Kelantan tahu ambil saja. Jadi, itu masalahnya. Usah salahkan minyak.
“Yang dia (kerajaan Kelantan) tahu tutup baju ketat perempuan, itu yang dia sibuk. Kerajaan harus fikir berdasarkan ekonomi, usah fikir pasal baju ketat,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Hanafi Mamat berkata jawapan Amar mengenai isu balak sebagai hasil utama hanya seperti menjawab di ‘kedai kopi’.

PAS tak harus dipinggir, tapi perlu 'garis merah', kata Rafizi

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berpendapat PAS tidak seharusnya dipinggirkan begitu sahaja dan perlu ada usaha untuk berunding dengan parti Islam itu.
Rafizi bagaimanapun mencadangkan 'garis merah' yang dipersetujui ditetapkan dan sekiranya PAS melintasinya, mereka tidak seharusnya berpatah balik.
Menurut Rafizi, pimpinan Pakatan Harapan mesti berbincang dan memutuskan apa yang seharusnya terkandung dalam garis merah berkenaan.
"Semakin hampir dengan pilihan raya umum, saya pasti akan cadangkan dalam Pakatan Harapan, supaya kita tetapkan garis merah itu dan secara objektif mendekati PAS dan parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk merumuskan satu persefahaman.
"Jika adalah jelas kita tidak boleh menetapkannya, maka kita perlu bergerak dan memilih strategi lain," katanya kepada Malaysiakini.
Mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bahawa ada pemimpin PKR yang percaya mereka akan kehilangan kuasa tanpa PAS, Rafizi menyifatkannya sebagai spekulasi.
"Bukan rahsia bahawa dalam PKR terdapat pihak yang menentang dan berbeza pandangan mengenai hubungan dengan PAS.
"Hakikat terdapat pandangan yang bercanggah - memang diketahui umum - ia bukan sesuatu yang baru.
"Tetapi berhubung PKR tidak boleh hidup tanpa PAS, itu spekulasi," katanya.

Amanah: Politik Malaysia adakalanya lucu

Anuar Tahir“Kadang-kadang lucu juga (dunia) politik kita ini,” demikian reaksi Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir ketika ditanya tentang kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang membayangkan gabungan antara Pas dan Umno menjelang PRU akan datang.
Kata Anuar, perkara itu sudah pun dijangka oleh pihaknya sejak mereka masih berada di dalam Pas.
Malah katanya lagi, pakatan pembangkang tidak terkejut malah tidak akan menghalang sekiranya ada penyatuan antara keduanya sebelum pilihan raya nanti.
“Kami tidak terkejut dengan sekiranya Pas bergabung dengan Umno kerana hal tersebut menjadi sebutan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Semasa kami masih berada dalam Pas lagi kami tahu memang ada beberapa pertemuan melibatkan beberapa orang tertentu antara kedua parti Pas dan Umno,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Annuar pada sidang media Umno selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sebelum ini membayangkan akan berlaku satu persepakatan baharu dalam arena politik negara menjelang Plilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mengulas lanjut, Anuar berkata, perjuangan Pakatan Harapan tidak akan terjejas sekiranya Pas memilih untuk berjuang di sisi Umno selepas ini.
Ujarnya lagi, apa yang perlu dilakukan Pas hanyalah memuktamadkan keputusan sama ada untuk terus teguh bersama pembangkang atau bersama dengan Umno untuk meneruskan kuasa pemerintahan ke atas rakyat.
Dalam politik memang selalu ada drama
Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar dari PKR, G Manivannan berkata, semua pihak harus bertenang terlebih dahulu kerana dunia politik memang tidak boleh diramal dan sentiasa ada ‘drama’.
Tidak ambil pusing dengan kenyataan Annuar, Manivannan berkata, pihaknya sentiasa sedia untuk mengharungi apa sahaja situasi politik yang akan muncul pada masa akan datang.
Mengulas mengenai dakwaan penyatuan antara Pas dengan Umno, beliau berkata, pihak parti sentiasa terbuka dengan keputusan rakan seperjuangan yang mahu bergabung dengan mana-mana parti lain.
Katanya lagi, hanya rakyat berhak menilai dan menentukan sama ada ia keputusan yang bijak atau sebaliknya.

Muhyidin jumpa Anwar di mahkamah, jalin kerjasama lawan BN

Muhyidin keluar dari mahkamah selepas berjumpa dengan Anwar dengan harapan usaha lawan BN dapat diperkemaskan. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Muhyidin keluar dari mahkamah selepas berjumpa dengan Anwar dengan harapan usaha lawan BN dapat diperkemaskan. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.
Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyidin Yassin pula bertemu dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.
Muhyidin dilihat berbincang dengan Anwar dalam bilik saksi dengan kehadiran Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail serta Nurul Izzah, anak Anwar.
Anwar ketika ditemui berkata, mereka bersetuju agar rundingan dibuat antara Pakatan Harapan dengan Bersatu dan Pas juga.
"Kita harap rundingan berlaku antara Pakatan Harapan dengan Bersatu dengan semua parti-parti pembangkang termasuk dengan Pas. Kita tengok dulu apa yang boleh dicapai dalam rundingan bersama itu," kata Anwar.
Muhyidin ketika ditemui wartawan selepas itu berharap dapat menjalin kerjasama di kalangan parti pembangkang dalam menghadapi Barisan Nasional (BN)  dalam pilihan raya umum nanti.
"Kita harap kerjasama yang hendak dijalinkan dalam satu pakatan yang kukuh untuk menghadapi BN dalam pilihan raya umum akan datang dapat dilaksanakan," kata Muhyidin.
Beliau sendiri dapat merasai sentimen itu selepas pertemuan bersejarah itu, kata Muhyidin.

Saman fitnah selesai, Utusan bayar Anwar RM50,000

Utusan juga akan menyiarkan permohonan maaf di akhbar itu dalam tempoh 2 minggu dan tidak akan menerbitkan laporan sama.
anwar_utusan_law_6001
KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd bersetuju membayar ganti rugi RM50,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyiarkan laporan mendakwa bekas ketua pembangkang itu mendalangi pencerobohan Lahad Datu, pada 2013.
Peguam syarikat itu, Wan Azmir Wan Majid berkata, Utusan akan menyiarkan permohonan maaf di akhbar itu dalam tempoh 2 minggu dan tidak akan menerbitkan laporan sama.
“Utusan menerusi laporan bertarikh 2 Mac 2013 mendakwa Anwar ialah dalang dalam (pencerobohan) Lahad Datu, kami faham laporan yang memetik Manila Times serta Inquirer News itu tidak berasas dan berlaku tidak adil terhadapnya.
“Kami kini menyuarakan kekesalan kami kepadanya kerana laporan itu sudah memalukan dan menyebabkan beliau tertekan,” katanya ketika membacakan penghakiman persetujuan kepada hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noraini Abdul Rahman, hari ini.
Noraini berkata, menyelesaikan tuntutan mahkamah itu lebih baik daripada meneruskannya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada plaintif dan defendan yang berjaya mencari penyelesaian secara baik,” katanya.
Sementara itu, peguam Anwar, S Ambiga berkata, saman terhadap TV3 dan pengarangnya akan diteruskan, memandangkan tiada penyelesaian dicapai antara kedua-dua pihak.
Anwar memfailkan saman terhadap Utusan dan TV3, pada Mac 2013, kerana mendakwanya terbabit dalam pencerobohan di Lahad Datu.
Beliau turut menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Media Prima Bhd, Datuk Shaharudin Abd Latif serta Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng dalam saman itu bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta.

Anwar setuju HARAPAN, BERSATU runding dengan PAS

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau setuju supaya rundingan dilakukan antara Pakatan Harapan (HARAPAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS bagi mengukuhkan pembangkang di negara ini.
Malah, beliau turut berkata, perbincangan bersama Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini juga menjurus kepada peningkatan usaha kerjasama antara BERSATU dan HARAPAN.
"Ya, ya kita setuju ada rundingan dengan PAS.
"Saya alu-alukan kehadiran dia (Muhyiddin) dan kita akan tingkatkan kerjasama dan kita minta PKR dan Pakatan Harapan berbincang dengan dia untuk adakan kerjasama.
"Kita bincang usaha tingkatkan kerjasama bersama Pakatan Harapan dan BERSATU dan supaya dapat berunding dengan semua parti-parti pembangkang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perbicaraan kes fitnahnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Selain itu, ketika ditanya sama ada PAS akan dimasukkan dalam 'pakatan pembangkang baru' berkenaan, Anwar berkata rundingan perlu dilakukan terlebih dahulu.
"Runding dulu kemudian kita tengok persetujuan bersama," katanya lagi.

Selepas Dr M, Muhyiddin pula bertemu Anwar di mahkamah

Muhyiddin berkata kehadirannya hari ini untuk memberi sokongan moral kepada Anwar dalam perbicaraan yang sedang dihadapinya.
anwar-muhyiddin
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini bertemu bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah dan sempat mengadakan perbincangan dalam bilik saksi.
Turut serta dalam perbincangan di bilik saksi itu ialah isteri dan anak Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail serta Nurul Izzah.
Pada awal bulan lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengasas PPBM turut bertemu Anwar di mahkamah, kali pertama selepas 18 tahun, ketika bekas perdana menteri itu memecat Anwar pada 1998.
Muhyiddin ketika ditemui wartawan selepas pertemuan itu berkata harapannya menerusi kerjasama yang akan dijalinkan itu, akan wujud pakatan kukuh untuk berdepan dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, kehadirannya di mahkamah hari ini untuk memberi sokongan moral kepada Anwar dalam perbicaraan yang sedang dihadapinya.
“Sudah lama tidak berjumpa (Anwar). Lebih-lebih lagi beliau ialah de facto PKR, jadi saya rasa penting sebagai presiden PPBM untuk hubungan ini kita jalinkan dan kita berharap ia akan menjadi kenyataan,” katanya.
Anwar dibenarkan keluar dari penjara untuk ke mahkamah hari ini bagi perbicaraan samannya terhadap Utusan Malaysia.
Kedua-duanya dikatakan sedang menyelesaikan tuntutan itu tanpa perbicaraan dan syarikat media milik Umno itu dikatakan sedang berunding jumlah bayaran.

Saman fitnah Lahad Datu: Utusan minta maaf kepada Anwar

Saman fitnah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Melayu hari ini diselesaikan secara baik selepas syarikat akhbar milik Umno itu membaca kenyataan kesalnya.
Ia berhubung laporan yang mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan isu pencerobohan oleh sekumpulan lelaki asing bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Mac, 2013.
Sehubungan itu, kenyataan kesal itu perlu diterbitkan di muka surat dua atau tiga akhbar Utusan Malaysia dalam masa dua minggu dari tarikh hari ini.
Anwar diwakili oleh peguam Datuk S Ambiga manakala Utusan oleh Wan Aziz Wan Majid.

Bersih 5.0 vs Bodoh x 5.0 (siapa menang?) - Hitam Referee

Baju Merah marah En. Polis jadi viral (vs Bersih 5.0, Polis tolak)

Persempadanan Semula Taktik BN Rampas Kerusi Pembangkang

Amaran kepada PAS Kelantan !

Oleh Mohd Sayuti Omar
Sekiranya dalam PRU 14 nanti Pas Kelantan kalah dan hilang kerajaan negeri parti itu akan menghadapi tempoh sangat memenderitakan untuk bangkit kembali. Jika Umno memerintah Kelantan selepas ini, mungkin kerajaan Umno itu akan dapat digantikan bukan lagi oleh Pas, tetapi parti lain.
Kenapa saya berpendapat begitu:
1. Jika Pas kalah situasi kekalahan itu tidak seperti tahun 1978. Ketika itu Pas mempunyai aktivis parti yang sanggup bekerja siang malam untuk memulihkan Pas dan memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa Pas adalah parti Islam yang lebih baik daripada Umno.
Mereka yang menjadi aktivis Pas ini sanggup berkerja siang dan malam penuh keikhlasan. Mereka bersemangat sekali untuk menyemarakkan perjuangan Pas tanpa mendapat upah malahan menghabiskan wang poket sendiri.
Beberapa nama yang boleh disebut orang seperti Cikgu Musa Saleh, Wan Ismail Jirat, Bunyamin Yakob, Ahmad Laksamana, Zahari Awang, Salahuddin Abdullah, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Fatah Haron, Wan Asma Abdul Kadir, Nik Mustapa dan lain-lain.
Mereka adalah mujahid dan mujahidah Pas Kelantan.
Berbeza kali ini, Pas tidak mempunyai orang2 yang gigih dan ulet dalam perjuangan seperti itu. Dan kalau pun ada mereka yang tidak lasak, tidak jujur dengan perjuangan kerana mereka sudah terbiasa dengan wang ringgit dan kemudahan. Mereka juga tidak seutuh dan segigih orang2 itu yang berani menghadapi apa jua risiko demi parti.
Paling penting juga mereka dahulu tidak pernah merasa nikmat kemenangan jadi perjuangan mereka tulen dan ikhlas.
Berbeza dengan yang ada hari ini apa lagi generasi baharu yang sangat cetek dan mentah dengan seluk beluk perjuangan. Dalam kata lain mereka belum terlatih baik mental dan fizikal.

PDRM tarik balik notis rayuan pembebasan Sanjeevan

PDRM tarik balik notis rayuan pembebasan Sanjeevan PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan rayuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan daripada tahanan reman mengikut Akta Pencegahan Jenayah 2013 (Poca), Julai lalu.
Keputusan itu dibuat oleh lima panel hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria selepas membenarkan permohonan Peguam Kanan Persekutuan, Muhammad Sinti menarik balik rayuan itu.
Terdahulu, Muhammad yang mewakili pegawai penyiasat Asistan Superintandan E K Poonnam dan Ketua Polis Negara sebagai perayu memaklumkan pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan dan menarik balik rayuan tersebut.
Di luar mahkamah, Gobind Singh Deo yang mewakili Sanjeevan berkata, beliau tidak dimaklumkan alasan penarikan balik rayuan itu.
"Kami hanya dimaklumkan mereka ingin menarik balik permohonan rayuan itu sahaja," katanya.
Pada 26 Julai lalu, mahkamah tinggi mengarahkan Sanjeevan dilepas dan dibebaskan daripada perintah tahanan reman selama 21 hari yang dikenakan selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang dikemukakan Sanjeevan bagi mencabar penahanannya.

Buta politik faktor survival Melayu tergugat

Oleh Profesor Madya Dr Ismail Sualman
Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan daripada 17.7 juta yang layak mendaftar sebagai pemilih, masih ada hampir 4.2 juta yang belum berdaftar dan 59 peratus daripada jumlah itu adalah kalangan Melayu dan Bumiputera. Ini bermakna sekurang-kurangnya 2.4 juta orang Melayu dan Bumiputera yang tidak akan keluar mengundi dan hilang kelayakan sebagai pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
Amat merugikan! Jumlah ini menunjukkan bukan sahaja anak muda Melayu, malahan ramai lagi yang tidak menganggap perkara ini satu tanggungjawab penting sebagai rakyat Malaysia. Jumlah yang besar ini memberi impak kepada politik negara. Pada hakikatnya, hanya dengan satu undi boleh menentukan kemenangan atau kekalahan sesebuah parti dalam membentuk kerajaan pada masa akan datang. Maka jumlah yang keluar mengundi amat penting untuk menentukan corak dan hala tuju masa depan sesebuah negeri malahan negara. Tidak cakna, prihatin dan tidak peduli antara punca hampir 1.9 juta anak muda Melayu di negara ini tidak berdaftar sebagai pengundi. Lebih malang lagi ada yang meremehkan tanggungjawab dan tidak mahu mengundi walaupun sudah berdaftar. Sikap tidak celik politik ini amat menggusarkan. Malah sikap sebegini mampu mengundang 'ketirisan kuasa' dan survival Melayu.
Undi tak beri sebarang kesan
Beberapa alasan diberi anak muda Melayu. Kajian saya menunjukkan mereka mendakwa undi tidak akan memberi sebarang kesan kepada politik negara. Ada juga mengatakan apa faedah yang akan diperoleh jika mereka mengundi?
Sesetengahnya mengatakan 'tidak suka politik', bosan dan tidak mahu masuk campur hal ehwal negara. Keadaan ini amat membimbangkan kerana tonggak masa depan negara berada di tangan anak muda masa kini.
Sekiranya mereka tidak mendaftar sebagai pengundi, maka perubahan dan anjakan serta transformasi yang diidamkan di Malaysia tidak akan menjadi kenyataan. Senario politik yang semakin mencabar dan rencam, amat penting fahaman politik dalam kalangan orang muda untuk mengekalkan survival Melayu. Adakah Melayu 'mudah lupa'? Sehingga tanah air sendiri pun tidak mahu dipertahankan. Hak dan wasiat kuasa diterapkan dalam Wasiat Raja Melayu diabaikan.
Antara lain, Wasiat Raja Melayu menyatakan bahawa: "Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja Melayu memerintah negara ini; Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan; Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu; Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain." (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Kekal kelangsungan Melayu

Disoal di Parlimen, bank Australia nafikan hubungan dengan 1MDB

Bank Australia ANZ tidak mempunyai sebarang hubungan dengan skandal 1MDB, kata ketua eksekutifnya, Shayne Elliott kepada jawatankuasa ekonomi, Dewan Perwakilan Autralia.
Elliott hadir di hadapan ahli parlimen untuk menjawab soalan mengenai tindakan bank berkenaan.
Ketika disoal oleh ahli parlimen parti Hijau Melbourne, Adam Bandt, Elliot berkata beliau berpuas hati bahawa tiada pekerja ANZ terkhilaf atau sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, lapor The Australian.
"Beliau berkata bank itu tidak mempunyai hubungan dengan 1MDB, atau kaitan berhubung apa yang didakwa berlaku," lapor akhbar itu.
April lalu, apabila disoal oleh Senat Australia, Timbalan Ketua Eksekutif ANZ, Grahan Hodges mempertahankan peranan ANZ dalam lembaga pengarah Ambank.
ANZ memegang 25 peratus saham Ambank, bank Malaysia yang menurut penyiasat Amerika Syarikat digunakan untuk menyalurkan sebahagian daripada dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Tuntutan mahkamah Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga memperincikan bagaimana AS$681 juta mengalir dari 1MDB ke akaun Ambank yang dimiliki oleh "Malaysian Official 1".
Menteri kabinet, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan "Malaysian Official 1" adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun menegaskan fakta bahawa Najib tidak dinamakan dalam saman itu menunjukkan bahawa tindakan Amerika bukannnya terhadap perdana menteri.
Tuntutan mahkamah itu adalah untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion di Amerika Syarikat yang dipercayai diperoleh dengan menggunakan dana daripada 1MDB.
Mereka yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu adalah termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz dan rakan keluarga mereka, iaitu ahli perniagaan Jho Low.
Najib secara konsisten menafikan beliau menyalahgunakan dana awam, dan berkata mereka yang dinamakan dalam saman pelucuthakan sivil berkenaan perlu membersihkan nama mereka.

Muhyidin jumpa Anwar di mahkamah

Selepan Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyidin Yassin pula bertemu dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.
Muhyidin dilihat berbincang dengan Anwar dengan kehadiran Datuk Kamarudin Jaffar, pengurus pejabat Ketua Umum PKR yang juga ahli parlimen Tumpat itu.
Anwar keluar dari penjara ke mahkamah hari ini untuk perbicaraan saman beliau terhadap Utusan Malaysia.
Kedua-duanya dikatakan sedang menyelesaikan tuntutan itu tanpa perbicaraan dan syarikat media milik Umno itu dikatakan sedang berunding jumlah bayaran.
Turut kelihatan di mahkamah adalah Datuk Abdul Aziz Ishak, Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu.
Di samping itu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya yang juga menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali serta Nurul Izzah Anwar turut kelihatan di mahkamah.

3 kenyataan Mengelirukan Dari Adiwira Dalam Negara

Oleh Muhammad Syafiq Azmi
1. Bersih 2.0 ada unsur DAESH. Jamal Yunos sebenarnya tahu atau tidak apa itu DAESH? Mereka lahir dari idoelogi yang sebenarnya dogma akhirnya menyebabkan mereka memilih untuk taksub dan esktrim dalam tindakan.
Saya kira ramai yang bersetuju gerakan pimpinan Jamal Yunos itu lebih rapat dan dekat dengan tingkah DAESH yang juga dikenali sebagai IS. Takkan Hishamudin Rais DAESH, pemuda baju merah ketuk tingkap kereta pun dia dah tak tentu arah.
2. PAS lawan UMNO nanti bukan Islam akan memerintah. Ini juga hilang rasionalnya walau si penutur seorang yang katanya disanjung tinggi seantero gerakan Islam.
Ini adalah jarum perkauman yang kini diakupuntur kepada PAS agar imej PAS Untuk Semua musnah setelah bersusah payah dibina oleh pimpinan terdahulu.
Inilah taktik untuk memenangkan Barisan Nasional atau UMNO itu sendiri. Sedang PAS dan UMNO tak berkawan lagi melayu Islam telah lama dipersendakan, kalau berkawan pasti lebih meriah.
3. Selagi Royalti tidak diberi, kami akan terus membalak. Ini adalah alasan atau hujah yang sekadar menghalalkan cara. Malah ia lebih rakus dan zalim.
Jika kerajaan pusat tidak menunaikan janji mereka dalam melunaskan royalti hingga taraf hidup dan pembangunan terjejas, maka galang gantinya adalah dengan cara meluaskan lagi projek pembalakan.
Tapi persoalannya apakah selepas balak ditebang, taraf hidup serta pembangunan mereka kini terbela. Jika tidak, yang memberi hujah ini tiada beza dengan gerombolan dari UMNO.

ANDA PERCAYA ??!!!!

 Tuduhan DATO' SRI Jamal Yunos :
"Bersih 5 merancang untuk mengepung KLIA1 dan KLIA2, dan diresapi pengganas IS dan Daesh"

ANDA PERCAYA ??!!!!

Sama2 kita tunggu slps 48 jam nanti samada Jamal akan minta maaf ATAU BERSEDIA MENJAWAB DI MAHKAMAH KELAK !!!

Indeks Rasuah Negara yang dikeluarkan baru2 ni.. TERUS MEROSOT DARI TAHUN KE TAHUN...

Shahidan Kassim kata..
"Malaysia adalah k'jaan yg paling telus, adil & bijaksana" -(1/10/2013)

Ahmad Maslan kata..
"Persepsi bhw Umno terlibat dalam gejala negatif (rasuah) itu adalah tidak benar" -(12/11/2012)

Ranking 2016 : ???
Ranking 2015 : Ke-54, score 50
Ranking 2014 : Ke-50, score 52

ADAKAH PEMIMPIN2 UMNO JENIS BUTA SEJARAH atau bodoh dlm sejarah ??!!

Kenapa UMNO dibenarkan sedangkan parti itu telah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi KL pada 4 Feb. 1988..?

Undang-undang harus dilihat secara adil pada semua, bukannya berat sebelah pada satu pihak saja..

Siapa boleh jamin tiada tiga penjuru?

DAP tidak akan meminta apatah lagi memaksa PAS untuk mengubah pendirian mereka berkaitan agenda Hudud, kerana itu adalah hak mutlak PAS. Suka atau tidak, DAP harus menghormati pilihan PAS.
Atas agenda Hudud itu juga, PAS sudah tidak berminat bekerja untuk menumbangkan UMNO, sebaliknya sedang bekerjasama dengan UMNO untuk mencapai agenda parti mereka, saya ulangi – agenda parti mereka, bukan rakyat.
mat sabu kit siang mahathirAtas senario inilah , matlamat melawan UMNO BN telah terbiar, maka DAP tidak dapat menerima sikap PAS ini. DAP berpisah dengan PAS kerana sikap PAS kepada UMNO, bukan menafikan hak PAS dan Hududnya.
Perjuangan dan agenda DAP dalam pilihanraya ini hal duniawi yang cukup jelas, iaitu mahu kalahkan UMNO dan bersama dengan rakan pembangkang melakukan perubahan politik. Bukan bekerjasama dengan UMNO untuk mengekalkan kuasanya.
Kewujudan Amanah dan Pakatan Harapan
Amanah wujud atas sebab untuk meneruskan agenda melawan UMNO yang ditinggal terbengkalai oleh PAS. Amanah mahu menang dan mengisi kemenangan itu dengan hasrat melakukan perubahan (reformasi) bersama-sama dengan dengan PKR dan DAP.
Dengan kata lain, Amanah, PKR dan DAP berkongsi agenda yang sama, bukan agenda parti masing-masing seperti PAS dengan Hududnya. Ini perbezaan yang sangat nyata mengapa Pakatan Rakyat terpecah.
Maka itulah wujudnya Pakatan Harapan – untuk meneruskan agenda reformasi.
Dikatakan Amanah menjadi proksi DAP, manakala PAS di Selangor dikatakan menjadi proksi PKR. Ini semua labun politik, ini bukan agenda reformasi.
Wujudnya pertandingan 3 penjuru
Di Pilihanraya Negeri Sarawak dan Pilihanraya Kecil Sabak Bernam dan Kuala Kangsar yang lepas, berlaku pertandingan 3 penjuru antara PH, PAS dan UMNO.
Boleh saja kita menyalahkan Amanah atau PKR dan PAS hatta DAP sekalipun (walaupun DAP tak bertanding di 2 PRK). Tetapi menyalahkan mana-mana parti, bukan jalan penyelesaian untuk menang.
Yang ideal sememangnya pertandingan 1 lawan 1. Cara ini akan menyukarkan UMNO, dan cara ini juga dikatakan kerja untuk mencari kemenangan lebih cerah.
Tetapi adakah formula ‘ideal’ ini boleh dilaksanakan dalam keadaan ada parti yang tidak setia dengan prinsip gabungan?
Jika kita yakin hanya dengan pertandingan 1 lawan 1 itu boleh membawa kejayaan, maka usaha tersebut tidak seharusnya sukar seperti sekarang.
PAS telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana adanya DAP dan Amanah. Secara tidak langsung PAS memberi mesej kepada umum bahawa Amanah dan DAP adalah musuh PAS, bukan UMNO. Ini tragedi yang pelik.
Mesej kedua yang dihantar PAS kepada khalayak ialah, mereka tidak peduli lagi kehendak rakyat yang mahukan pembangkang yang bersatu. Sebaliknya, PAS mementingkan kesucian parti mereka daripada bekerjasama dengan parti pengkhianat Amanah dan parti kafir DAP.
Realiti Pengundi
Hari ini, mereka yang anti UMNO-Najib semakin bertambah bilangannya. Bukan sahaja dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan, malah ramai lagi yang anti UMNO-Najib ini didalam parti PAS dan UMNO.

Apa jadi kalau penyokong BERSIH 5 yang buat kecoh?

Polis digesa menyegerakan siasatan dan bertindak terhadap kekecohan yang ditimbulkan gerombolan Baju Merah terhadap peserta konvoi BERSIH 5 di Teluk Intan baru-baru ini.
“Sudah lebih 72 jam sejak kekecohan kumpulan Baju Merah itu berlaku di Teluk Intan tetapi kita tidak dengar sebarang ‘bunyi’ dari Ketua Polis Negara atau mana-mana pegawai tinggi polis.
“Apa yang telah dilakukan Ketua Polis Negara sepanjang tiga hari lalu untuk melindungi hak masyarakat sivik untuk berhimpun secara aman?” soal Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataan semalam.
Menurut beliau, apa yang pasti jika peserta konvoi BERSIH 5 yang melakukan kekecohan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan memberi arahan segera supaya mereka menyerah diri atau memburu mereka dalam tempoh 24 jam.
“Apa akan berlaku jika penyokong BERSIH 5 bertindak liar dan provokatif sebagaimana tingkah laku gerombolan Baju Merah di Teluk Intan Sabtu lalu?” soalnya.
Sebaliknya, polis di Johor Baru pula bertindak mengikut lunas undang-undang dengan memberikan perlindungan sewajarnya kepada peserta konvoi BERSIH 5 di sana.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menyelar tindakan Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor yang membela tindakan gerombolan Baju Merah itu dengan mendesak BERSIH 5 dan kumpulan Baju Merah supaya “waras dan bekerjasama sebagai rakyat Malaysia untuk mengekalkan perpaduan negara”.
Sedangkan kata Kit Siang, kumpulan Baju Merah pro-Najib dan BN itu telah melanggar tatasusila, hak malah melanggar undang-undang dengan gangguan untuk menakutkan penyokong BERSIH 5.
Tindakan ganas penyokong Baju Merah itu turut mendapat kecaman dari sepuluh badan masyarakat sivik melalui jurucakapnya Datuk A.Samad Said.
Mereka turut mendesak Ketua Polis Negara menjalankan siasatan segera dan bertindak menahan mereka yang mencetuskan kekecohan tersebut.

Jangan politikkan agama demi tutup korupsi, skandal balak


MENTAKAB, 5 OKT: Pemimpin PAS diingat supaya tidak sewenang-wenang memperalatkan nama Islam semata-mata untuk meraih simpati politik dengan memainkan sentimen agama melibatkan usul pindaan Rang Undang-Undang 355 Akta Mahkamah Syariah.
tengku-zul (1)Lebih mendukacitakan, mereka seolah-olah pejam mata terhadap cabaran sebenar realiti politik semasa yang semakin membebankan rakyat dan negara.
Naib Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah berkata, tindakan memperalatkan agama demi kepentingan parti politik hanya akan merugikan umat Islam sekaligus melebarkan lagi jurang perkauman di Malaysia.
Katanya sentimen ‘hudud’ yang sering diputarkan pemimpin PAS selama ini telah menyebabkan sebahagian umat Islam terpengaruh dengan fahaman takfiri yang berbahaya dan merupakan punca meletusnya radikalisme dalam sesebuah masyarakat.
“Jelas isu RUU355 misalnya seperti mahu mengalihkan perhatian rakyat dari isu sebenar yang dihadapi negara.
“Negara sedang hadapi banyak masalah seperti skandal 1MDB, skandal derma berbilion ringgit, isu alam sekitar, isu pembalakan besar-besaran di Kelantan, isu hak orang asal dan golongan terpinggir, tekanan ekonomi yang dihadapi golongan kelas pekerja dan sebagainya, tapi PAS sibuk mainkan isu agama,” ujarnya kepada Roketkini.
Adun Mentakab itu merujuk kepada satu laporan media berhubung kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan mana-mana parti untuk memperkasakan Islam (menyokong RUU355) kerana ‘parti-parti lain yang ada kerjasama dengan PAS ini hanya hendak gunakan PAS sahaja’.
“Rakyat perlu lebih realistik dengan isu sebenar yang melanda negara dan tidak mudah termakan dengan retorik politik semata-mata,” jelas Ketua Pembangkang DUN Pahang itu.