Selasa, 4 Oktober 2016

Saman: Jamal ucap terima kasih kepada Maria Chin

Akhinya Maria Chin sedar negara kita ada undang-undang, kata pemimpin Umno itu
jamal-maria-1
PETALING JAYA: Pemimpin Gerakan Baju Merah Datuk Jamal Md Yunos mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah kerana memberikan tempoh 48 jam kepadanya untuk mengemukakan permohonan maaf susulan kenyataan Bersih 5 diresapi IS.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Maria Chin kerana memberikan amaran untuk saman saya atau ambil tindakan undang-undang terhadap saya.
“Akhirnya dia (Maria Chin) tahu yang negara kita ini ada undang-undang. Itu sahaja kenyataan saya. Kalau dilihat sebelum ini apa yang dia lakukan seolah-olah negara kita ini tidak ada undang-undang,” katanya ringkas kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tempoh 48 jam untuk memohon maaf kepada Maria Chin atau tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.
Berdasarkan kepada surat peguam yang dilihat FMT, Jamal dituntut supaya memohon maaf kepada Maria, dan menarik balik kenyataan yang mendakwa Bersih 5 merancang untuk mengepung Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2, dan diresapi pengganas IS.
“Sekiranya kamu tidak mematuhi tuntutan itu dalam masa 48 jam mulai tarikh surat ini (4 Oktober), kami diarah oleh anak guam untuk memulakan tindakan undang-undang di mahkamah,” menurut surat itu, yang ditandatangani peguam Daim & Gamany, Melissa Sasidaran.
Pada 28 September lalu, Jamal, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menuduh Bersih diresapi pengganas, dan pada tunjuk perasaan 19 November depan merancang untuk mengepung lokasi strategik dengan tujuan untuk menggulingkan kerajaan.

Mahfuz sambut baik Pas mahu bekerjasama dengan PKR,Bersatu

Mahfuz Omar 2
Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar menyambut baik pimpinan utama parti itu menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PKR dan Bersatu untuk mengalahkan Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Mahfuz berkata, walaupun sebelum ini Pas pernah menyatakan tidak akan bekerjasama dengan mana mana parti yang bekerjasama dengan Dap, namum kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali sudah tentu ujarnya, mewakili Pas secara rasmi.
"Kenyataan tersebut sudah tentu dibuat dalam penuh sedar kerjasama dengan PKR dan Bersatu adalah merupakan rakan kerjasama Dap dan Amanah yang dimusuhi Pas.
"Pas kini bakal kembali kepada mainsterim politik pembangkang.
"Saya percaya jika Pas boleh berubah dari tidak menerima parti yang menjadi rakan Dap dan Amanah untuk bekerjasama bagi mengalahkan Umno-BN pada PRU14,sudah tentu Pas juga akhirnya boleh menerima DAP dan Amanah untuk capai hasrat mengalahkan Umno -BN.
"Mungkin pimpinan Pas perlu mengambil masa bagi menerima kedua dua parti tersebut kerana Pas pernah menerima dan bekerjasama pada PRU 1990 dengan parti serpihan Pas iaitu Berjasa yang pernah bekerjasama dengan Umno pada PRU1978 dan membawa Pas tinggal batu nisan di Kelantan," katanya.
Imbasnya lagi, ketika itu Berjasa sudah tentu boleh di anggap sebagai pengkianat Pas sehingga Pas tinggal batu nisan,tetapi kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz ujarnya, menerima Berjasa dan Tengku Razaleigh Hamzah telah membawa kepada kemenangan besar pada Pas dalam PRU 1990 kekal hingga hari ini.
Kesediaan Pas untuk bekerjasama dengan Bersatu sudah tentu dengan penuh sedar yang Bersatu adalah parti baharu yang akan bertanding dalam PRU14 nanti.
"Sudah tentu akan berlaku penyerahan sejumlah kerusi yang selama ini ditandingi oleh Pas dan PKR kepada Bersatu dan Amanah.
"Inilah makna kerjasama politik yang akan membawa kepada situasi menang menang. Dalam erti kata lain Pas akan bertanding dengan jumlah kerusi yang kurang dari PRU13.
"Moga PRU14 ini akan melakarkan lanskap baru politik dan ekonomi Malaysia yang memberi kebaikan dan keadilan untuk rakyat.

Pas belum bincang gabung parti lain - Mohd Amar

Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Pas belum mengadakan sebarang perbincangan untuk bergabung dengan parti lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata, walaupun parti itu memberi peluang kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di atas pentas mereka pada satu ceramah di Kemaman, Terengganu baru-baru ini, namun ia bukanlah petanda bahawa Pas dan Bersatu akan bergabung.
"Kami tak jawab apa-apa, tak ada perbincangan lagi (untuk bergabung dengan Bersatu). Baharu duduk atas pentas sama sahaja. Orang kata 'don't read too much'," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di sini, hari ini.
Muhyiddin sebelum ini dilihat berucap di atas pentas Pas pada satu ceramah yang diadakan di Kemaman, Terengganu dan turut mencadangkan supaya satu bentuk kerjasama dapat dijalinkan secara rasmi dalam Pakatan Harapan khususnya dengan Pas bagi mewujudkan gelombang perubahan besar ke arah pembentukan kerajaan baharu pada PRU14 akan datang.

Kemungkinan Najib LETAK JAWATAN Masa Terdekat, Hishamudin Bakal Jadi PM

PAS bukan bodoh, sengaja tidak beritahu kesan sebenar usul Hadi - Tun Abdul Hamid

Bekas ketua hakim menyingkap permainan politik PAS sekitar pindaan ke atas Akta 355, yang disifatkan lebih cerdik berbanding Umno
Tun-Abdul-Hamid-Mohamad
KUALA LUMPUR: Seorang bekas ketua hakim Mahkamah Persekutuan mendakwa PAS lebih ke hadapan dalam kempen ‘pindaan hudud’ berbanding Umno.
Tun Abdul Hamid Mohamad berkata pimpinan parti Islam itu mendakwa pindaan itu hanya bertujuan untuk mengangkat bidang kuasa Mahkamah Syariah dan tidak berkaitan agenda hudud.
Dakwaan itu, katanya, barangkali terbit daripada dua sebab.
Pertama, pimpinan PAS sendiri tidak faham kesan pindaan yang dicadangkan itu.
Kedua, beliau menambah, mereka faham dan tahu kesan sebenarnya tetapi kenyataan kepada bukan ahli PAS itu bertujuan politik semata.
“Untuk mengelirukan orang-orang yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud (Islam dan bukan Islam) dan memudahkan UMNO menyokongnya,” kata Hamid melalui blognya membincangkan kesan sebenar pindaan itu.
Hamid, yang pernah menjadi hakim terkanan mahkamah sivil berpendapat, pimpinan PAS sebenarnya faham dan tahu kesan sebenarnya pindaan yang dicadangkan itu tetapi hanya memaklumkan tujuan sebenar kepada ahli parti.
“Mereka bukan bodoh, malah dalam isu hudud itu, dari segi politik, PAS lebih cerdik daripada UMNO,” katanya.
Oleh yang demikian, kenyataan terbuka PAS bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.
Hamid berkata pimpinan Umno nampaknya mengulangi kenyataan pimpinan PAS.
“Saya percaya, ada pemimpin-pemimpin UMNO itu yang tidak faham dan turut mengulangi apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin PAS kerana mereka tidak mahu UMNO dilihat sebagai “menentang hudud”, satu lagi salah anggapan,” katanya.
Hamid tidak menolak kemungkinan ada pimpinan Umno yang faham kesan sebenar pindaan itu tetapi mereka ingin bersama dalam arus utama.
Maka, mereka melaungkan kenyataan yang serupa dengan harapan ia akan dapat memuaskan semua pihak, yang bagi Hamid satu kesilapan.
Bagaimanapun, perlu ditegaskan perkara pindaan Akta 355 adalah persoalan undang-undang untuk ditafsirkan pengamalnya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian – Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) – untuk memberi kuasa kepada mahkamah syariah “menjatuhkan semua hukuman yang dibenarkan oleh hukum syarak (dan fiqh) termasuk hukuman hudud dan qisas”, kecuali hukuman mati.

LOMPAT SI LAJIM LOMPAT – LOMPAT BIAR BERGONCANG POLITIK SABAH...

“Apa yang menarik ialah Lajim yakin lompatannya ini akan menggoncang politik Sabah dengan mengambil kira situasi yang memerlukan orang Sabah  memikirkan semula hala tuju politik negeri.”
Datuk Seri Lajim Ukin tidak marah kepada saya ketika memberitahunya bahawa saya ada menulis dalam Utusan Malaysia pada 30 Julai 2012 muka surat 12 dengan tajuk "Berjayakah Lajim bersama SRF?" dengan menganggap beliau sebagai ‘KATAKBESAR’.
Bukan itu sahaja, melalui blog ini saya turut menulis satu ponting dengan tajuk “LAJIM 'KATAK BESAR' AKAN MELOMPAT JIKA DIRASAKAN PERLU MELOMPAT...”
  
Dia tertawa. Saya amat memahami perangainya  kerana sering minum dan bertukar fikiran bersamanya sama ada di Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu sebelum ini.

Malah, kata-kata nista terhadapnya seperti 'gunting dalam lipatan' atau 'biawak hidup' dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini beliau anggap sebagai asam garam politik.
Baginya, yang penting  mengatur langkah untuk bergerak lebih jauh.
Pada  satu temu bual dengan Utusan Malaysia yang disiarkan pada 22 Januari 2010, Datuk Seri Lajim Ukin pernah berkata rakyat Sabah boleh menukar pemikiran mereka dalam tempoh 24 jam untuk sokong sesebuah parti.
Contohnya USNO kalah pada 1975 pun disebabkan ramai ahli USNO masuk parti Berjaya. Dan Berjaya tewas pada 1985 pun disebabkan ahli Berjaya masuk PBS.
“Itulah uniknya rakyat Sabah, kalau nak tukar baju, dia nekad tukar,” demikian tegas Lajim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias ittu yang pernah 'melompat' dari Parti Bersatu Sabah (PBS) ke UMNO pada 1994, adalah antara penyumbang penting kepada bertapaknya UMNO di Sabah.
Sejarah melakarkan Lajim membuat lompatan katak paling besar dan begitu berjasa kepada UMNO pada tahun 1994 apabila menjadi katak pertama yang melompat ke UMNO.
Sumbanannya itu membawa kepada tumbangnya kerajaan negeri yang dibentuk oleh Parti Bersatu Sabah walaupun berkuasa dengan majoriti dua kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah ketika itu.
Sejarah juga melakarkan, kerana lompatan Lajimlah jalan terbuka untuk beberapa pemimpin mendapat tempat penting dalam kerajaan Sabah dan Persekutuan. Tan Sri Sankaran Dandai, Datuk Seri Osu Sukam, Datuk Seri Musa Aman, Datuk Seri Shafie Afdal serta Datuk Seri Hanifah Aman tidak boleh menafikan betapa 'lorong' yang dibuka oleh lompatan penting Lajim itu mendatangkan peluang politik dan kedudukan dalam parti untuk mereka.
Sumbangan Lajim yang dikaitkan dengan usaha Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu dikatakan menjadi 'dalang' kepada usaha menumbangkan PBS mempunyai sesuatu yang tersirat hingga kini khususnya hubungan Lajim dan Anwar.
Pemimpin muda yang ada dalam UMNO Sabah ketika ini sebenarnya ‘masih berhingus’ ketika itu  dan tanpa mereka sedari, kalau bukan kerana tindakan Lajim itu, mereka tidak akan berada di tempat mereka sekarang.
Kemudian Lajim melompat lagi.

Persempadanan semula langgar hak asasi, Suhakam setuju sidang meja bulat dengan SPR


KUALA LUMPUR, 4 OKT: Pakatan Harapan hari ini memohon agar Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menjalankan kajian impak hak asasi manusia ke atas cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Hatta Ramli hadir di ibu pejabat Suhakam pagi tadi bagi menyerahkan memorandum berhubung perkara itu.
suhakamCadangan SPR berkenaan, kata mereka didapati bertentangan dengan pelbagai undang-undang melibatkan hak pengundi, termasuk prinsip kesaksamaan seperti yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Charles ketika dihubungi Roketkini turut menjelaskan bahawa cadangan SPR itu melanggar Perkara 2(C) dalam Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa bilangan pemilih di setiap kawasan pilihan raya haruslah hampir sekata.
“Dalam cadangan SPR itu, Klang mempunyai 141,275 pengundi manakala kawasan-kawasan seperti Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang mempunyai pengundi lebih sedikit daripada 45,000 orang.
“Ini menyebabkan nilai undi di kawasan-kawasan tersebut adalah tiga kali ganda berbanding kawasan Klang,” jelasnya.
Selain Klang, enam lagi kawasan Parlimen dengan bilangan pengundi melebihi 120,000 orang adalah Gombak (124,983), Bangi (146,168), Subang (128,330), Petaling Jaya (129,363), Damansara (150,439) dan Kota Raja (121,126).
Charles menambah, perbezaan ketara bilangan pengundi itu turut bercanggah dengan prinsip ‘satu orang, satu undi’ yang dinyatakan dalam Perkara 25 Konvensyen Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Sivil dan Politik.

Selangor rampas tanah jadi punca pencemaran Sungai Semenyih

Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang mensabotaj atau mencemarkan sungai.
azmin-selangor-semenyih
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan merampas tanah yang dikenal pasti menjadi tapak kepada aktiviti perindustrian tanpa lesen sehingga mengakibatkan pencemaran Sungai Semenyih, baru-baru ini.
Pejabat Akhbar Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata, Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) Hulu Langat diarah untuk melakukan rampasan susulan penyitaan premis dan semua peralatan di lokasi itu oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Menurut kenyataan itu, arahan berkenaan adalah hasil pemantauan sendiri Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke Batu 22 1/4, Sungai Lalang, Semenyih, pagi tadi bersama-sama Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), MPKj dan PTD Hulu Langat.
Jelas kenyataan tersebut, Azmin menyatakan MPKj dan PTD mesti mengambil tindakan dalam tempoh 7 hari ke atas pemilik tanah dan aktiviti industri di lembangan sungai berkenaan setelah dikenal pasti beroperasi secara haram.
Azmin turut mengarahkan supaya Air Selangor menggunakan segala aset bagi mengurangkan impak gangguan bekalan air dan mengambil langkah sewajarnya untuk mengehadkan tempoh penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih.
“Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak sama ada individu atau syarikat yang sabotaj atau mencemarkan sungai,” katanya.
Beliau dalam pada itu turut menegur Jabatan Alam Sekitar (JAS) berikutan kelewatan agensi itu turun ke lokasi untuk mendapatkan sampel air yang dikesan mengandungi pencemaran bau walaupun dimaklumkan sejak tengah malam tadi.

Fitnah: Maria tuntut Jamal mohon maaf, beri 48 jam

Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah menghantar surat tuntutan kepada Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos supaya memohon maaf kepadanya dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman.
Ini susulan kenyataan Jamal dalam satu sidang media hujung bulan lalu yang medakwa badan reformasi pilihan raya itu diserapi kumpulan militan IS dan merancang untuk mengepung  lapangan terbang KLIA1, KLIA2 dan Putrajaya.
Peguam Maria Melissa Sasidaran berkata firma Daim & Gamany mengeluarkan surat itu dan ia difakskan ke pejabat Jamal hari ini.
"Ia adalah satu fakta yang diketahui bahawa anak guam kami adalah pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dan penganjur BERSIH 5.
"Kenyataan-kenyataan di atas adalah benar-benar palsu, berniat jahat dan berunsur fitnah. Kenyataan fitnah dikira untuk memperlekehkan reputasi pelanggan kami dan cubaan terang-terangan untuk mengelirukan orang ramai mengenai perkara kepentingan negara," kata peguam itu.
Berikutan itu, Melissa mahu Jamal menarik balik sepenuhnya kenyataan beliau dan meminta maaf kepada Maria.
"Dia juga perlu menyediakan satu aku janji bertulis untuk tidak menyiarkan lagi sebarang kenyataan fitnah," katanya dalam surat dua halaman itu.
Jika Jamal tidak mematuhinya dalam masa 48 jam, ia akan menyebabkan tindakan undang-undang dimulakan, kata Melissa.
Jamal yang juga pemimpin kumpulan baju merah membuat dakwaan demikian pada sidang akhbar yang diadakan pada 28 September dan diikuti hari ini dengan laporan polis di Bukit Aman.

PM Prestasi Baik Pun Kena Dua Penggal Sahaja

Amanah Tak Bermusuh Dengan Pas

Tawaran Annuar: Mukhriz Tak Tahu Nak Gelak Atau Tak

Jamal Yunos "nah, bukti Bersih 5 tu haram/kotor". kah kah kah

BERSATU: RoS boleh ambil tindakan, kata Jazlan

PUTRAJAYA - "Tindakan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berterusan mempromosikan parti itu sebagai 'Bersatu' hanya akan mengundang tindakan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS)," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Nur Jazlan Mengulas tindakan Presiden Penaja parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti itu yang masih menggunakan nama Bersatu pada kain rentang dan ceramah parti, Nur Jazlan berkata, ia bertentangan dengan syarat kelulusan yang diberikan RoS, iaitu perlu menggunakan akronim PPBM dan bukannya Bersatu.
Berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, katanya, penggunaan nama Bersatu bagi mempromosikan parti boleh menyebabkan pertubuhan itu dibatalkan kerana jelas penggunaannya melanggar perlembagaan PPBM dan syarat-syarat dalam akta berkenaan.
"Mereka tidak hiraukan arahan RosS dan RoS boleh mengambil tindakan kerana parti itu tidak mematuhi syarat kelulusan sesebuah pertubuhan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Pendaftaran Negara di sini, hari ini.  
Dalam isu berasingan, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang turut serta pada sidang media itu berkata, polis akan melakukan siasatan menyeluruh terhadap sembilan warga Australia yang ditahan kerana memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa menyaksikan Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang, Ahad lalu.

Khaled lemah kawal perhimpunan rakyat, kata Mat Sabu


Mohamad SabuMohamad SabuPresiden Amanah Mohamad Sabu melahirkan rasa kesalnya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khaled Abu Bakar dakwanya, melepaskan tanggungjawab menjaga perhimpunan rakyat yang membabitkan dua kumpulan antara peserta Konvoi Bersih 5 dan Geng Baju Merah, Sabtu lalu.
Beliau berkata pihak polis bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan, memelihara keamanan sama ada rakyat ataupun negara,
"Sebarang himpunan untuk mengisytiharkan ianya haram, untuk menyuraikan ataupun membenarkan, ianya di tangan polis. Pihak polis lah yang berkuasa.
"Jikalau peserta perhimpunan tidak berpuasa hati dengan pihak polis, akhirnya mereka bertarung di mahkamah untuk mendapat kebenaran.
"Selama ini, tidak ada mana-mana pihak menyuraikan himpunan pihak lain, tetapi kebelakangan ini, saya amat kesal, Ketua Polis Negara melepaskan tanggungjawab menjaga perhimpunan rakyat.

"Sebaliknya pihak Baju Merah menentukan sama ada perhimpunan itu haram atau halal, menyuraikan suatu kumpulan yang lain di tangan Baju Merah,' dakwanya.

Pembalakan boleh henti, jika pusat bayar royalti minyak, kata Mohd Amar

Mohd Amar berkata, aktiviti pembalakan di Gua Musang bukan pencerobohan, kerana pihak terbabit mempunyai konsesi di Hutan Simpan Kekal Balah.
ni-amar-balak
Aktiviti pembalakan di Kelantan boleh dihentikan, jika kerajaan pusat membayar royalti minyak mengikut perjanjian asal, kata timbalan menteri besar negeri itu.
“Balak hasil utama negeri. Kita boleh berhenti kalau kerajaan pusat bayar royalti minyak sebagaimana perjanjian,” kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada FMT hari ini.
Beliau mengulas gesaan Pengarah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel yang mahu semua aktiviti pembalakan di Kelantan dibekukan dan kerajaan negeri serta Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob perlu “menghentikan sindrom penafian” dan menunjukkan kepimpinan dengan memperkenalkan dasar ketat menguruskan hutan.
Rabu lalu, seorang Orang Asli nyaris terputus kakinya ketika 160 Orang Asli dan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) cuba mempertahankan penghalang jalan daripada dirobohkan 30 lelaki bersama 3 anggota polis berseragam di penempatan Orang Asli Pos Simpor, dekat Gua Musang.
Setiausaha JKOAK, Mustafa Along, 29, bersama 2 Orang Asli, iaitu Manglo Tegau, 24, dan Salim Tegau, 31, turut ditahan kerana enggan bekerjasama, sebelum dibebaskan.
Nik Amar yang juga exco pembangunan wilayah, tanah, pelaburan dan sumber asli berkata, aktiviti pembalakan di Gua Musang bukan pencerobohan, kerana pihak terbabit mempunyai konsesi di Hutan Simpan Kekal Balah.
“Isu di Gua Musang bukan pencerobohan. Pembalakan dibuat dengan lesen. Kelantan dianugerah sijil pengurusan hutan terbaik oleh Jabatan Perhutanan,” tegasnya.

'Beri Muhyiddin berucap bukan petanda akan bergabung' - Mohd Amar

PAS belum mengadakan sebarang perbincangan untuk bergabung dengan parti lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata walaupun parti itu memberi peluang kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di atas pentas mereka pada satu ceramah di Kemaman, Terengganu baru-baru ini, namun ia bukanlah petanda bahawa PAS dan parti itu akan bergabung.
"Kami tak jawab apa-apa, tak ada perbincangan lagi (untuk bergabung dengan BERSATU). Baharu duduk atas pentas sama sahaja. Orang kata 'don't read too much'," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan, hari ini.
Muhyiddin sebelum ini dilihat berucap di atas pentas PAS pada satu ceramah yang diadakan di Kemaman, Terengganu dan turut mencadangkan supaya satu bentuk kerjasama dapat dijalinkan secara rasmi dalam Pakatan Harapan khususnya dengan PAS bagi mewujudkan gelombang perubahan besar ke arah pembentukan kerajaan baharu pada PRU14 akan datang.
Muhyiddin turut dipetik sebagai berkata BERSATU bersedia untuk bersama-sama dalam apa keadaan sekali pun dan optimis segala perbezaan yang ada di antara parti serta perkara berbangkit dapat diselesaikan melalui rundingan secara terperinci.
Dalam pada itu, Mohd Amar sekali lagi mengulangi pendirian parti itu yang menutup pintu rundingan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
"DAP dan AMANAH memang itu keputusan parti, kita tak akan berunding dan tak berbincang apa-apa (dengan DAP dan AMANAH). Orang lain kita 'open' tapi belum ada perbincangan rasmi dengan siapa-siapa," katanya.

"#evilgenius" - Jamal lapor saya kena tangkap, kata Rafizi

Walaupun menggambarkan Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai "badut Umno", Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, adalah tidak lawak sekira dirinya ditangkap berhubung laporan polis yang dibuat oleh pemimpin gerakan baju merah itu hari ini.
"Ha3 tetapi saya baru perasaan yang saya boleh diarahkan untuk memberi kenyataan atau ditahan bagi membantu siasatan," katanya di laman sosial.
“Yang tak lawaknya: lepas ni silap2 hari saya kena tangkap polis sebab nak siasat laporan Dato' Jamal. Tak gentleman la Dato' Jamal ni,” katanya.
Petang ini, Jamal memberitahu pemberita bahawa Rafizi yang membekalkan maklumat tertentu bahawa ada di kalangan anggota jawatankuasa pemandu BERSIH diserapi kumpulan pengganas IS.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu juga membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Dalam reaksi segera, Rafizi menafikan dakwaan itu dan melabelkan Jamal sebagai "badut paling besar dalam Umno", yang mana lawaknya tidak lagi melucukan.
Walau bagaimanapun, di laman Twitter, pemimpin PKR itu tertanya-tanya sama ada sebenarnya Jamal adalah seorang "#evilgenius" dan mengaguminya kerana skim yang licik itu.
“Tu la pasal. Baru perasan. Kena lagi. @perlisakan #bijakjugaJamalni,” katanya.
Menjawab seorang pengguna Twitter, Rafizi berkata beliau tidak akan menyaman Jamal kerana hanya orang gila yang saman orang gila.
“Kalau saya menang pun dia nak bayar apa? (Eyh tapi dia duit banyak sponsor ke Dubai),” katanya merujuk pemberian wang tunai berjumlah RM1,000 kepada perwakilan bahagiannya.
Ini susulan tindakan Jamal yang membatalkan janjinya untuk membawa semua ketua cawangannya bercuti ke Dubai seperti yang dijanjikan.
BERSIH juga sebelum ini menafikan dakwaan kaitannya dengan keganasan dan sedang mempertimbangkan untuk menyaman Jamal.

Jamal ‘badut paling besar’ Umno, Rafizi nafi beri maklumat

Pemimpin PKR itu berkata Jamal tidak perlu dilayan, dan bertegas beliau tidak pernah berhubung dengan ketua Gerakan Baju Merah itu.
rafizi
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini menyifatkan Datuk Jamal Yunos seorang yang “mengarut” dan menafikan dakwaan yang beliau membekalkan maklumat kepada ketua Gerakan Baju Merah itu bagi menunjukkan IS meresapi Bersih 2.0.
“Saya tidak tahu apa yang Jamal cakap. Saya tidak tahu menahu dan tidak berminat untuk ambil tahu. Jamal seorang yang mengarut. Siapa yang melayan Jamal akan sama-sama mengarut macam Jamal,” kata ahli Parlimen Pandan itu.
“Saya tidak pernah kenal Jamal. Saya tidak pernah bercakap dengan Jamal. Saya tidak pernah berhubung dengan Jamal. Saya tidak pernah bertumbuk dengan Jamal.
“Saya tidak pernah pun makan ikan bakar Jamal,” kata Rafizi, merujuk restoran Ikan Bakar Sekinchan milik pemimpin Umno itu.
Jamal hari ini hadir bersama lebih 50 penyokong berbaju merah bagi menyerahkan apa yang didakwanya bukti berdokumen mengenai tuduhannya bulan lalu, mengaitkan Bersih 2.0 dengan militan IS.
“Sebahagian maklumat ini saya dapat daripada Rafizi. Kita dapat maklumat ini dalam waktu sebulan lepas,” kata Jamal, yang mengetuai usaha menghalang perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November.
Rafizi bagaimanapun berkata beliau tidak mahu membuang masa melayan Jamal.
“Saya tidak faham kenapa media sibuk mengejar Jamal. Sekarang Jamal sudah rasa dia selebriti,” katanya.

SIAPA SEBENARNYA LEBIH MAHU MUKHRIZ JADI PERDANA MENTERI?

Apa agaknya mimpi buruk yang sering menghantui pemimpin-pemimpin UMNO sejak kebelakangan ini?

Ingatkan hanya Salleh Said Keruak atau Abdul Rahman Dahlan saja yang selalu tampil dengan idea atau kata-kata meracau, rupa-rupanya Annuar Musa juga, sejak dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO menggantikan Ahmad Maslan, seperti turut dijangkiti masalah yang sama.

Semalam Ahli Parlimen Ketereh itu dilaporkan mengalu-alukan sekiranya Mukhriz Mahathir mahu menyertai semula UMNO jika benar bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Kalau betul Mukhriz nak jadi Perdana Menteri, tidak mustahil. Kalau nak balik, kita boleh bincang, katanya lagi.

Kenapa UMNO tiba-tiba ambil berat sama ada Mukhriz mahu jadi Perdana Menteri atau tidak?
Tidakkah UMNO sendiri sudah ada beberapa nama yang mengidam untuk menjadi Perdana Menteri, antaranya Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussien serta Khairy Jamaluddin?

Mengapa perlu dipelawa Mukhriz yang sudah dipecat daripada UMNO untuk menyertai semula parti itu dan digambarkan seolah-olah hanya melalui UMNO, seseorang itu dapat menjadi Perdana Menteri?

Bukankah pemimpin UMNO sendiri selalu mengecam tindakan Tun Mahathir Mohamad yang didakwa tidak habis-habis campurtangan dalam politik negara, meskipun sudah bersara sejak 2003, dengan menggambarkan ia untuk memastikan Mukhriz dapat menjadi Perdana Menteri?

Lalu, kenapa sekarang UMNO sendiri seperti memberi laluan kepada Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri?

Ataukah kenyataan Annuar itu menggambarkan ketakutan UMNO terhadap penerimaan rakyat kepada PPBM, lalu cuba menunjukkan sikap lunaknya supaya parti itu terus berkuasa?

Sesuatu yang Annuar, pemimpin UMNO atau macai berbayarnya mesti sedar ialah, majoriti rakyat sudah hilang keyakinan terhadap UMNO, BN dan kerajaan yang sedia ada.

Pakatan Harapan harus tanpa Pas

 apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas? apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas?
Setelah lebih setahun Pakatan Rakyat terkubur tanpa nisan, kita kesal melihat rakan Pakatan Harapan, PKR masih cuba memujuk dan berharap Pas akan bersama dalam gabungan pembangkang.
PKR mungkin terlebih memikirkan kelebihan jika bersama Pas namun terlepas pandang risiko besar jika Pakatan bersama Pas.
Saya tertanya tanya adakah PKR, atau khususnya Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah terlepas pandang risiko besar jika Pakatan meletakkan pengharapan kepada Pas untuk bersama parti pembangkang lain menentang Umno-BN sedangkan Pas mempunyai potensi besar untuk mengkhianati kerjasama sekiranya pembangkang mampu menyaingi BN pada PRU14 kelak.
Katakan, jika gabungan parti pembangkang menang 114 kerusi dan melayakkan mereka membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, dan Pas mempunyai kelebihan 12 kerusi, apakah jaminan bahawa Pas akan membentuk kerajaan bersama gabungan pembangkang yang mana tidak akan lari dari turut bekerjasama dengan DAP dan Amanah atau mungkin di saat akhir mereka mungkin memilih untuk memilih Umno sebagai sekutu baru mereka dan membentuk kerajaan baru Pas-Umno?
Adakah PKR terlepas pandang pendedahan Ustaz Ahmad Awang di Perak, yang mana beliau mendakwa sejurus selepas kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan di Perak pada 2008, beliau dihubungi seorang pemimpin kanan Pas untuk menarik diri dari kerajaan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh PKR dan membentuk kerajaan melayu islam (Perpaduan) antara Pas dan Umno?

Warta hutan Gua Musang: K'tan sedia bincang dengan Orang Asli

Kerajaan Kelantan sedia mengadakan perbincangan dengan masyarakat Orang Asli berhubung tuntutan masyarakat itu yang mahu 19,720 hektar tanah di Hutan Simpan Kekal Balah di Gua Musang diwartakan.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya bersedia membuka pintu rundingan terhadap apa sahaja tuntutan masyarakat berkenaan, namun ia perlulah dilakukan menerusi saluran yang betul.
"Kalau mereka bersedia kita tetapkan tarikh, saya tiada masalah. Tapi datang dengan cara yang betul," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan, hari ini.
Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim hari ini dipetik sebagai berkata masyarakat Orang Asli di Gua Musang meminta kerajaan negeri mewartakan kawasan di Hutan Simpan Kekal Balah seluas 19,720 hektar termasuk sebahagian konsesi Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dan Hutan Simpan Kekal sebagai tanah adat mereka.
Zahari turut dilaporkan sebagai berkata pihaknya juga dalam usaha mewartakan seluas 937 hektar kawasan di Pos Gob yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Balah sebagai tanda menghormati masyarakat tersebut walaupun tanah berkenaan berstatus hutan simpan.
Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli Kelantan berkata masyarakat tersebut pernah menghantar memorandum kepada kerajaan negeri sebelum ini dengan sebahagian daripada permintaan mereka telah ditunaikan.

Tak perlu pihak lain ingatkan PAS mengenai saman SR - Takiyuddin

Tidak ada keperluan bagi sebarang pihak untuk mengingatkan PAS untuk memfailkan saman terhadap portal pendedah maklumat, Sarawak Report berhubung laporan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata saman terhadap portal itu tetap diteruskan dan sedang diuruskan oleh peguam parti berkenaan.
“Kita sedang ambil tindakan, ia dalam proses. Sebulan nak mula tindakan, ia memang memerlukan masa. Dalam masa sebulan kita nak ambil peguam.
“Kenapa (ada pihak) perlu ingatkan kita, tindakan kita, kita perlu ambil sendiri tak perlu mana-mana pihak mengingatkan kita,” katanya kepada Malaysiakini.
Hari ini, sebuah portal yang mesra Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan bahawa PAS masih belum menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.
Mykmu.net mendakwa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad telah meminta presiden pro-tem parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendekati PAS dan turut menggesanya supaya mengingatkan PAS mengenai janjinya untuk menyaman Sarawak Report.
Mengulas lanjut Takiyuddin berkata mana-mana pihak termasuk Tun Mahathir tidak perlu mengingatkan PAS kerana ia tidak ada kena mengena dengan pihak lain.

PM dua penggal, Amanah dan PPBM bergabung tenaga


Salahuddin telah bawa idea ini ketika  menjadi ahli parlimen, kini disokong naib presiden penaja PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Salahuddin telah bawa idea ini ketika menjadi ahli parlimen, kini disokong naib presiden penaja PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.
Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini sepakat akan berganding bahu mengangkat cadangan untuk menghadkan jawatan perdana menteri kepada dua penggal sahaja.
Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selepas sekian lama membawa idea itu sewaktu beliau menjadi ahli parlimen, kini naib presiden penaja PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir membawa idea yang sama yang menjadi visi besar dalam partinya.

Dalam sidang media bersama di Wisma Amanah Negara di ibu negara hari ini, Salahuddin berkata, cadangan itu boleh dilaksanakan melalui dua keadaan iaitu melalui pindaan perlembagaan atau melalui konvensyen seperti yang berlaku di United Kingdom (UK).

Menurut beliau, artikel 40 (3) hanya menyebut tentang seorang perdana menteri itu boleh menjadi perdana menteri dengan dua kelayakan iaitu mesti menjadi ahli Dewan Rakyat dan kedua mendapat majoriti dua per tiga suara dalam dewan.

“Kalau itu hendak kita pinda maka ia memerlukan pindaan perlembagaan yang memerlukan keputusan majoriti dua per tiga.

“Tetapi ia juga boleh berlaku seperti di UK iaitu melalui konvensyen. Kadang-kadang ia lebih kuat seperti mana saya sebutkan contoh dalam negara kita seorang perdana menteri dan timbalan perdana menteri dalam perlembagaan itu tidak disebut dalam perlembagaan mesti orang Melayu Islam tetapi melalui konvensyen ia menjadi suatu yang diikuti.

Tangkap, dakwa Jamal sekarang - pertubuhan masyarakat madani

Seramai 32 pertubuhan masyarakat madani hari ini tampil menggesa polis segera menyiasat, menangkap dan mendakwa Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus dan pengikut-pengikutnya.
Menurut mereka, ini adalah atas kesalahan ugutan jenayah dan keganasan terhadap peserta-peserta konvoi BERSIH 5 pada 1 Oktober lalu.
“Kami mengecam perbuatan samseng dan ganas yang dilakukan oleh Jamal Md Yunus dan
penyokongnya.
“Mereka berlagak seperti samseng yang tidak memperdulikan undang-undang dan seakan-akan pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa terhadap mereka,” kata mereka.
Antara pertubuhan itu termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN), Majlis Perundingan Malaysian Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao (MCCBCHST), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Proham dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Merujuk kepada kejadian di Lumut dan Teluk Inran pada Sabtu lalu, kumpulan masyarat madani itu berkata gerakan baju merah yang diterajui oleh pemimpin Umno itu berlagak seperti samseng dan polis pula seakan-akan tidak dapat berbuat apa-apa.
“Kami terkejut kerana Jamal Md Yunus masih boleh bergerak bebas di negara ini setelah
melakukan tindakan ganas yang disaksikan oleh ramai orang dan video rakaman juga
diviralkan di media sosial.
“Ke mana perginya Ketua Polis Negara yang begitu ghairah menghantar tweet arahan kepada pegawainya untuk melakukan tangkapan apabila rakyat umum sekadar membuat komen terhadap isu kepentingan awam secara aman dalam media sosial?” soal mereka.
Menurut mereka, jika tiada dakwaan jenayah dikenakan terhadap Jamal dan penyokong-
penyokongnya, sudah tentu akan menjadi satu tanda tanya sama ada tindakan mereka itu mendapat sokongan politik dari pihak berkuasa tertentu.

Sumber saya Rafizi, Jamal beri ‘bukti’ Bersih diresapi IS

Pemimpin Umno itu menyerahkan dokumen 22 muka surat selepas tuduhan IS resapi Bersih.

jamal3KUALA LUMPUR: Lebih 50 penyokong Gerakan Baju Merah hari ini menemani pemimpin mereka Datuk Jamal Yunos hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menyerahkan bukti berdokumen mengenai dakwaan kononnya Bersih 5 diresapi pengganas IS.
Kumpulan penyokong baju merah berkumpul di hadapan pintu masuk Bukit Aman seawal jam 2 petang sebagai tanda sokongan kepada Jamal.
Jamal berkata beliau menyerahkan 22 muka surat kepada polis bagi menyokong dakwaannya.
Ketua Umno Sungai Besar itu turut mendakwa salah seorang sumber maklumat yang diterimanya ialah daripada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
“Lebih kurang 22 muka surat dalam dokumen ini hasil daripada sumber dalaman yang sahih. Perkara itu sangat membimbangkan dan sangat menakutkan kami, ” kata Jamal.
“Sebahagian maklumat ini saya dapat daripada Rafizi. Kita dapat maklumat ini dalam waktu sebulan lepas.”
Pada 28 September, Jamal yang kini mendepani usaha menghalang perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November, menuduh Bersih 2.0 merancang menggunakan taktik luar biasa seperti menawan lapangan terbang.
“Melalui sumber yang boleh dipercayai, mereka ini tujuannya untuk menggulingkan kerajaan dengan menawan beberapa kawasan strategik seperti KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), klia2, Putrajaya dan lain-lain tempat,” katanya.

Malaysian Official 1 tetap Najib -Tun M

PRU14, Pas kalah jika tidak sertai gabungan pembangkang -Tun M

Perlembagaan Bersatu Lebih Unik Dan Menyeluruh - TSMY

Pas Akan Lawan Umno - Mustafa Ali

Zaid: Mari kita bergerak tanpa Umno dan PAS

Bekas menteri itu berkata apa yang paling penting bukan berkenaan siapa patut menggantikan Najib atau memastikan pertarungan satu lawan satu, tetapi membentuk satu pakatan yang bersetuju terhadap asas-asas tadbir urus dan dasar.
zaid-ibrahim
KUALA LUMPUR: Satu-satunya harapan bagi negara ini adalah apabila rakyat Malaysia percaya ada kehidupan lebih baik selepas Umno dan PAS, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.
Mencadangkan agar pihak pembangkang melupakan kerjasama dengan PAS, beliau berkata idea yang mencadangkan sesiapa sahaja, kecuali Datuk Seri Najib Razak boleh diterima sebagai perdana menteri juga perlu dibuang.
“Apa yang anda perlu anda lakukan, jangan menerima idea yang mengatakan selagi Najib dikalahkan, maka negara akan pulih.
“Pendapat yang mengatakan pembangkang boleh bersatu, bukan pada prinsip asas politik, tetapi mengenai peruntukan kerusi, maka Najib akan dikalahkan. Saya pernah mendengar mesej politik itu dan terkejut ia masih diperjuangkan dengan penuh semangat oleh mereka yang digelar reformis.”
Bercakap pada satu majlis malam tadi, bekas de facto menteri undang-undang itu mengimbas semasa 1987 apabila Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Semangat 46 dan mengambil alih Barisan Nasional (BN) dengan pembangkang berbincang dengan perjanjian peruntukan pembahagian kerusi.
Semasa proses itu, Zaid berkata, PAS mengambil alih Kelantan pada 1990 dan kini sedang memerintah negeri itu sehingga hari ini.
“Pada masa itu, adakah Kelantan menjalani transformasi politik dan sosial yang diperlukan untuk maju ke arah demokrasi dan kedaulatan undang-undang? Tidak. Adakah ia kini mengamalkan tadbir urus yang baik? Tidak.
“Adakah Tengku Razaleigh kini menjadi harapan kami? Tidak. Apa yang kita dapat adalah sebaliknya, PAS dengan kuasa politik ala Taliban kini bergerak untuk pindaan di Parlimen bagi mendapatkan kuasa tidak terhad terhadap Mahkamah Syariah, supaya mereka boleh membuka jalan baharu untuk hudud. Begitu banyak untuk satu-sama-satu pertandingan. ”
Zaid berkata dalam tempoh 2008 dan 2013, PAS sekali lagi turut membantu dengan pihak-pihak pembangkang lain – hanya kerana ia bersetuju untuk tidak bercakap mengenai hudud buat seketika.
Namun, katanya wajah sebenar PAS muncul akhirnya apabila ia menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apabila ia berkata DAP menentang Islam dan berbahaya kepada orang Islam.
“Pakatan itu berpecah, dan tidak dapat bertahan kerana ia adalah berdasarkan pada keselesaan. Pada masa itu PAS sudah berkongsi kuasa di Selangor, sehingga hari ini. Ramai pihak dalam PKR masih mahu menerima PAS kerana takut kehilangan kuasa jika meninggalkan PAS. ”
Merujuk kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyidin Yassin, Zaid berkata: “Akhir-akhir ini kita mempunyai seorang lagi pemimpin yang mahu menjadi perdana menteri, dan yang berkata beliau akan membawa PAS ke meja rundingan bagi memastikan situasi ‘satu lawan satu’ dengan BN.

PAS Terengganu serah pada pusat putuskan kerusi untuk PPBM

PAS negeri tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan memandangkan PPBM bukan rakan kerjasama politik rasmi PAS.
Satiful-Bahri-Mamat PAS Terengganu menyerahkan kepada pusat untuk membuat keputusan berhubung pemberian kerusi parti Islam itu yang dimenangi Barisan Nasional (BN) kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Satiful Bahri Mamat.
Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, PAS negeri tidak mempunyai sebarang bidang kuasa menentukan pemberian kerusi kepada rakan pembangkang lain ditambah pula PPBM tidak mempunyai sebarang hubungan politik rasmi dengan mereka setakat ini.
“Kita belum ada sebarang hubungan dengan PPBM. Justeru, kita akan serah kepada PAS pusat untuk membuat keputusan (pemberian kerusi PAS).
Berucap julung kali di atas pentas PAS pada 1 Oktober lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya di Kemaman, berkata PPBM sedia bekerjasama dan berunding dengan parti Islam itu termasuk berkenaan pembahagian kerusi pilihan raya.
Beliau turut mencadangkan agar PAS memberi laluan kepada PPBM untuk bertanding di kerusi yang dimenangi BN bagi memastikan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.
Ini bagi memastikan satu lawan satu satu lawan menentang BN pada pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun cadangan itu tidak diterima baik pimpinan bawahan PAS.

Mukhriz perlekeh tawaran Annuar Musa kembali kepada Umno

Ia bukan tawaran pertama diterima Mukhriz malah pernah menolak pelawaan presiden Umno sendiri untuk menjadikan beliau timbalan menteri.
mukhriz-annuar-musaKUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir memperlekehkan tawaran Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa agar bekas menteri besar Kedah itu kembali menyertai Umno.
Naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, ia bukanlah tawaran pertama yang diterima malah sebelum ini Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak juga pernah menawarkan jawatan timbalan menteri.
“Saya pun tidak tahu hendak tergelak ataupun terkejut dengan kenyataan itu. Pertamanya, saya dipecat dan bukannya keluar daripada Umno dan beliau (Annuar) adalah ketua penerangan Umno.
“Kalau presiden Umno sendiri pernah tawarkan jawatan timbalan menteri dan kata selepas 3, 4 bulan boleh diangkat sebagai menteri penuh, itu pun saya tolak, apatah lagi tawaran ketua penerangan Umno,” katanya dalam sidang media di Wisma Amanah, hari ini.
Semalam, Annuar mengalu-alukan Mukhriz menyertai parti itu semula jika beliau bercita-cita mahu menjadi perdana menteri dan mengikut jejak langkah bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Annuar juga menyatakan tindakan sesetengah pemimpin meninggalkan Umno dan memutuskan untuk kembali bersama Umno bukanlah perkara baharu kerana Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah juga pernah berbuat demikian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam itu turut menegaskan, PPBM bukanlah sebuah parti sementara sebaliknya ditubuhkan untuk menggantikan peranan yang dipegang Umno sejak sekian lama.
“Saya ingin menegaskan PPBM bukan sebuah parti sementara yang kononnya akan kembali ke pangkuan Umno seperti yang berlaku dalam parti sebelum ini.
“Kami di sini untuk kekal. Masa untuk Umno sudah tamat. Kami akan menggantikan peranan yang dipegang Umno selama ini,” katanya.

'Jangan Terburu Buru Dengan Cadangan Kawal Dana Politik' - Annuar Musa

Fenomena 'keluar parti' dikhuatiri bawa kesan negatif kepada integrasi nasional

Zahid Hamidi - 25 Tahun, tak tahu bahasa Melayu??? (United Nations, Malaysia)

Jamal Yunos VS Bersih 5.0 (bersih 5.0 vs bodoh 5.0)

"Ada Kejutan Menggoncang Jantung Menjelang PRU14" - Annuar Musa

Oleh: HASRIQ AMIRUDDIN
KUALA LUMPUR: Kejutan besar dijangka berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan kemungkinan Barisan Nasional (BN) membentuk pakatan baharu, demikian bayangan yang disampaikan Tan Sri Annuar Musa.
Ketua Penerangan Umno dan BN itu berkata, berdasarkan situasi politik tanah air dengan penubuhan parti baharu, tidak mustahil BN akan membentuk pakatan dengan parti lain.
"Berikan kami sedikit masa untuk mencari kesimbangan dan pakatan baharu ini akan terbentuk sebelum PRU.
"Akan ada kejutan yang menggoncang jantung," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC) pada Isnin.
Menyifatkan situsasi berkenaan sebagai normal, Annuar berkata, Umno dan BN telah mencapai kesimbangan apabila menyelesaikan isu antara parti dan kini mencari keseimbangan antara parti kerajaan dan pembangkang.
"Kesimbangan ini akan mengambil masa sedikit kerana ada parti yang mahu membentuk pakatan baharu seperti blok ketiga.
"Blok ketiga tidak pasti lagi sama ada ke kiri (pembangkang) atau kanan (kerajaan). Siapa tahu mungkin PAS akan bekerjasama dengan BN.
"Atau mana tahu Tun Mahathir jadi ketua baharu (pembangkang) dan Anwar Ibrahim mahu bekerjasama dengan Najib (Tun Razak).
"Jangan ketepikan kemungkinan itu kerana dalam politik tiada yang mustahil," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata, bagi memperkemaskan jentera parti menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU), parti mencapai persetujuan untuk menukar gerak kerja daripada bertahan kepada serangan.
Jelasnya, pelaksanaan strategi baharu itu melibatkan siri jelajah di setiap negeri bermula 7 Oktober ini.
Berbanding memberi tumpuan sepenuhnya menggalas tugas kerajaan, Annuar berkata, sudah tiba masanya Umno dan BN berada di barisan hadapan iaitu di peringkat akar umbi.

Lompat melompat bukan asing buat Lajim

Oleh ZULKIFLI JALIL
Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin keluar PKR? Luar biasakah? Bagi sesiapa yang mengikuti secara dekat politik Sabah, tindakan Lajim bukanlah suatu yang pelik pun.
Lompat melompat bukanlah perkara asing buat Lajim. Lajim tidak teragak-agak melompat kalau dia merasakan perlu untuk melompat.
Individu kontroversi ini mula melompat ke parti kerajaan sebelum diikuti Datuk Rubin Balang dan beberapa lagi orang lagi sehingga Parti Bersatu Sabah (PBS) yang memenangi Pilihanraya Umum 1994 dengan majoriti mudah, tumbang setelah Lajim, Rubin, Zaini dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri PBS berpaling tadah.
Tujuh belas tahun kemudian, Lajim keluar dari Barisan Nasional dan walaupun baharu sahaja menyertai pembangkang di Sabah, dia terus dilantik mengetuai PKR negeri itu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tiada sumbangan kepada PKR sebelum ini.
Pemimpin-pemimpin PKR yang telah lama berjuang diketepikan dan juak-juak Lajim diberi keutamaan dalam parti. Mereka dalam PKR waktu itu begitu marah diperlakukan demikian dan akhirnya meninggalkan parti satu demi satu.
Paling lawak sudah tentunya respon dari Lajim mengenai tindakan wakil rakyat PKR keluar parti ketika itu.
Kata Lajim, tindakan Ketua Penerangan PKR, Jeremmy Malajad keluar parti adalah suatu pengkhianatan terhadap mandat yang diberikan kepadanya oleh orang di Kadamaian dalam pilihan raya (umum).
Tetapi dia lupa semasa keluar UMNO dan masuk PKR, itu bukankah suatu pengkhianatan terhadap mandat rakyat? Dipilih sebagai calon UMNO, tetapi keluar UMNO dan masuk PKR bukankah dalam kategori atau definisi pengkhianatan?
Semalam, Lajim buat hal lagi. Katanya, tindakan keluar PKR yang disertai beberapa orang kanan parti itu kerana mahu memberi fokus dalam politik tempatan selepas hilang keyakinan dengan kemampuan PKR.
Adakah Lajim akan menyertai sebuah parti yang diambil alih oleh Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal setelah kelibatnya kelihatan semasa satu perhimpunan anjuran Mohd. Shafie di Kota Belud, Julai lalu?
Lajim oh! Lajim.

Bersatu dedah jumlah ahli dua minggu lagi

Jumlah sebenar penyertaan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan didedah dalam masa dua minggu lagi.
logo Bersatu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, buat masa ini pihaknya tidak dapat mendedahkan jumlah penyertaan sebenar memandangkan borang secara manual masih belum dapat dikumpul di setiap negeri.
"Secara jujurnya saya agak terkejut dengan penyertaan golongan anak muda bawah 30 tahun ke dalam parti ini.
"Selalunya orang kata anak muda tak ambil kisah tentang parti politik, tetapi majoriti yang daftar masuk (ke dalam parti Bersatu) datang dari golongan anak muda," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Menurut Syed Saddiq lagi, kebanyakan ahli Bersatu didapati tidak pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.
"Setakat ini pihak kami sudah edarkan sehingga 200,000 borang dan kami masih terima pendaftaran secara atas talian.
"Bila semua borang sudah dikumpulkan kami akan umumkan jumlah sebenar ahli," katanya lagi.

JKOASM: Kenapa hanya lihat pada perut dan akaun kamu?


Tijah Yok ChopilTijah Yok ChopilJaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) menggesa kerajaan negeri Kelantan supaya menghentikan serta-merta kegiatan pembalakan di Tohoi, Gua Musang.
Koordinatornya, Tijah Yok Chopil berkata, kesan pembalakan sedia ada sudah begitu teruk sehingga menjejaskan sumber rezeki mereka.
"Kenapa kamu hanya lihat pada perut dan akaun kamu sahaja? Kenapa tidak lihat pada perut kanak-kanak dan perempuan Orang Asli?" soalnya ketika ditemubual Malaysia Dateline di Gua Musang pagi tadi.
Menurutnya, perbincangan berkaitan kepentingan Orang Asli harus mempertimbangkan hak, keadilan dan kebajikan serta kesinambungan orang asli.
"Hormati Orang Asli. Jangan layan mereka seperti anjing kurap di tepi jalan. Mereka juga manusia biasa ciptaan Tuhan," ujarnya.
Mengulas keputusan kerajaan negeri menghentikan sementara kegiatan pembalakan, Tijah berkata, Orang Asli sebenarnya tidak gembira dengan ketetapan itu.
"Tuntutan Orang Asli adalah hentikan terus sebab kesan pembalakan yang berlaku amat teruk. Tidak guna kalau hentikan sementara pembalakan di Hutan Simpan Balah hanya atas alasan untuk selesaikan kekeruhan tapi sebenarnya untuk meneruskan pembalakan," ujarnya.
Beliau yang menjadi aktivis lebih 20 tahun berkata, Orang Asli sudah hilang keyakinan dengan jaminan kononnya kegiatan pembalakan lebih seimbang memandangkan kesan buruk sebelum ini sudah terang-terang depan mata.
"Siapa nak baiki kerosakan yang berlaku sejak kegiatan membalak dilakukan bertahun-tahun?
"Kalau serah pada pembalak, mereka hanya akan menambahkan kemusnahan alam semula jadi.
"Orang Asli akan tetap juga menderita. Ini bukan isu Orang Asli harus berdamai dengan syarikat pembalak. Isu utamanya pembalakan ini harus dihentikan. Orang Asli di Kelantan sudah cukup menderita," tegasnya.

JAKOA sedang selesai bantahan Orang Asli terhadap pembalakan


26 September lepas 200 penduduk Orang Asli membina sekatan sehingga mencetuskan kekecohan dengan pembalak26 September lepas 200 penduduk Orang Asli membina sekatan sehingga mencetuskan kekecohan dengan pembalak
Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sedang berusaha menyelesaikan tindakan lebih 200 penduduk Orang Asli yang membantah aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang.
Kumpulan itu membuat halangan di laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering di sini.
Berikutan bantahan tersebut, kerajaan Kelantan mengarahkan semua aktiviti pembalakan di kawasan terbabit dihentikan sementara berkuatkuasa hari ini.
Ketua Pengarah Jakoa, Mohd Jamalludin Kasbi berkata sebelum mengadakan perjumpaan dengan kumpulan tersebut, pihaknya terlebih dahulu mengadakan perbincangan dengan pihak lain termasuk agensi kerajaan yang berkaitan dalam isu berkenaan.
Beliau berkata perjumpaan kali pertama dengan agensi kerajaan terbabit telah diadakan petang ini dan akan disusuli perjumpaan kali kedua dalam masa terdekat.
"Kita percaya perkara itu boleh diselesaikan secara rundingan tanpa berlaku kejadian tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan agensi kerajaan terbabit di Wisma Persekutuan di sini, hari ini.
Antara agensi kerajaan terbabit ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan Kelantan, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, dan Jabatan Kesihatan Kelantan.
Sejak 26 September lepas, lebih 200 penduduk Orang Asli dilaporkan berkumpul di Kampung Petei, Pos Bering di sini, bagi membantah aktiviti pembalakan di HSK Balah itu dengan mereka membina sekatan untuk menghalang lori mengangkut keluar balak dari kawasan tersebut sehingga mencetuskan kekecohan dengan pembalak.
Kumpulan Orang Asli berkenaan bertindak demikian kerana tidak mahu aktiviti pembalakan diteruskan kerana dakwaan mereka ia membawa kesan kepada kemusnahan hutan dan kawasan tadahan air bukit untuk kegunaan harian mereka.

Sambutan hangat Jelajah 1MDB , PKR Pahang rakam penghargaan

Dr Mahathir di program jelajah 1MDB peringkat negeri PahangDr Mahathir di program jelajah 1MDB peringkat negeri Pahang
Sambutan kira-kira 5,000 warga felda menerusi penganjuran siri Jelajah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan tuntutan reformasi masyarakat luar bandar terhadap sistem pentadbiran negara, pada masa kini.
Pengarah Komunikasi Keadilan Pahang, dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada MPN Pahang serta Keadilan Cabang Bera selaku tuan rumah
majlis itu.
"Program Jelajah 1MDB peringkat negeri Pahang yang telah diadakan pada 02 Okt 2016 di Simpang Kepayang amat Berjaya dengan cemerlang," katanya.
"Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua jentera yang terlibat termasuk dari luar kawasan Bera, kepada semua pihak yang telah memainkan peranan mempromosikan program ini sehingga mendapat sambutan yang di luar jangkaan.
"Tanpa kerjasama semua pihak, kami yakin program ini tidak akan berjaya,"
Kepada sekelian yang hadir beliau menyampaikan penghargaan atas sokonagn semua.
"Juga saya ucapkan kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama di dalam program ini dengan harapan semoga program ini memberi manafaat kepada kita bersama di dalam melakar perubahan," katanya.
Beliau berharap misi tawan felda, tawan Pahang seterusnya mengambil alih Putrajaya akan tercapai dengan berkat usaha gigih dan penyatuan kita bersama.
"Ketepikan perbezaan, hampiri persamaan, Insya Allah, kita berjaya," katanya

Sementara itu Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika berucap di majlis itu berkata, masyarakat felda yang sinonim dengan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) kini berani menghadiri program pembangkang.
“Momentum ini menjadikan kita terus optimis melakukan perubahan dengan syarat rakyat perlu berani bangkit dan bangun membawa perubahan.
“Walapupun Umno akan lakukan apa sahaja untuk mematikan perjuangan dan perubahan ini tetapi mereka tidak boleh menghalang sejarah yang sedang tercipta,” katanya.

‘Biar gabungan Shafie sahaja lawan BN Sabah’ - Penganalisis

Peningkatan sentimen nasionalis Sabah dan Sarawak bermakna isu tempatan semakin diutamakan pengundi.
awang-pawi-jeniri-sabah-shafiee
Pakatan Harapan boleh membantu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Sabah sekiranya ia menarik diri bertanding di negeri itu bagi memberi laluan kepada sebuah gabungan pembangkang berbilang bangsa yang diketuai Datuk Seri Shafie Apdal, kata seorang pemerhati politik.
Dr Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata peningkatan sentimen nasionalis Sabah dan Sarawak bermakna isu tempatan semakin diutamakan pengundi.
Ini, katanya, menjadikan parti lain dianggap pihak luar.
Awang Azman mengulas siri perletakan jawatan pemimpin PKR dan DAP Sabah yang mahu menyertai parti pembangkang berasaskan negeri.
“BN Sabah tidak banyak bercakap soal autonomi,” katanya kepada FMT.
“Ini senjata yang akan digunakan Shafie.”
Menurutnya, sentimen tempatan memberikan impak seperti dibuktikan pada pilihan raya negeri Sarawak Mei lalu, yang menyaksikan kemenangan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Adenan Satem.
Awang Azman percaya Shafie merancang menyatukan semua pembangkang Sabah.
Beliau berkata Pakatan tidak dapat bertahan dalam pertandingan lebih 2 penjuru, dan perlu berunding dengan Shafie.
“Di Sabah, Pakatan boleh mempertimbangkan menarik diri dan menyerahkan tugas melawan BN kepada Shafie,” katanya.
Bagaimanapun, Pakatan masih boleh berfungsi di Sarawak disebabkan ketiadaan kepimpinan pembangkang.
Sementara itu, penganalisis dari Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir mengkritik PKR dan DAP kerana tidak memperkasakan jentera mereka di Sabah.
“Kepimpinan kedua-dua parti tidak menggunakan sumber kewangan yang mereka ada di Pulau Pinang dan Selangor,” katanya, yang menambah Pakatan sepatutnya menumpukan dana lebih dalam membina jentera pilihan raya di Sabah.

Penganalisis: PKR sudah tidak relevan di Sabah

Pengumuman pemimpin PKR Sabah yang keluar daripada parti dengan alasan hilang keyakinan terhadap kemampuan mengundang persoalan ramai.
Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, tindakan tersebut menunjukkan kesetian dalam politik pembangkang di Sabah tidak konsisten.
“Sabah sememangnya terkenal dengan sikap dan budaya para pemimpinnya yang sukar untuk setia dengan satu parti.
PKR “Tradisi lompat parti oleh para ahli politik di Sabah kelihatan masih lagi berakar umbi hingga hari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Beliau juga turut mengatakan bahawa perkara ini berubah apabila wujudnya Umno di Sabah.
“Jika dilihat, hanya dengan tertubuhnya Umno di Sabah, barulah nampak wujudnya elemen pemantapan politik  yang mantap di negeri itu,” tambahnya lagi.
Katanya lagi, tanpa sokongan kumpulan pemimpin elit politik kaum di Sabah, PKR akan lenyap pengaruhnya di negeri itu.
“PKR seperti sudah tiada nilai politik di Sabah, rakyat di sana sudah ada platform lain yang lebih mudah diterima masyarakat,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, apa yang dilakukan pemimpin PKR di Sabah menunjukkan isyarat merah buat PKR untuk melupakan soal peluasan pengaruh mereka di Sabah.
“Saya berasakan sudah tiba masanya untuk PKR melupakan Sabah dan fokus sahaja pada negeri di Semenanjung.

Pemimpin politik Sabah diminta jangan hipokrit, perguna Sabah untuk Sabahan


Sabah for Sabahan menjadi alasan kempen keluar parti di Sabah.Sabah for Sabahan menjadi alasan kempen keluar parti di Sabah.
Tokoh politik veteran Sabah, Hamzah Abdullah mengkritik kenyataan dan tindakan pemimpin politik Sabah yang bermain dengan sentimen rakyat "Sabah untuk Sabahan" untuk mendapatkan kuasa.
Padahal selepas berkuasa Sabahan sendiri yang mengkhianati mandat dan amanah rakyat Sabah, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah itu.
"Usah hipokrit. Yang lingkupkan Sabah dan miskinkan rakyatnya ialah parti lokal yang diterajui oleg Sabahan sendiri," kata Hamzah melalui facebooknya hari ini.
Hamzah dipercayai mengkritik sesetengah pemimpin di Sabah yang keluar dari parti asalnya untuk menubuhkan parti baru untuk Sabah sahaja.
Ia kononnya untuk mengelakkan sentimen mereka mewakili parti dari semenanjung.
Ia bermula dengan Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking yang keluar dari PKR dengan melepaskan jawatan naib presiden parti itu untuk menyertai parti yang sedang dibentuk bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafei Apdal.
Ia disusuli dengan ADUN Likas daripada DAP, Junz Wong; Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Goh; Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew dan tujuh lagi Exco DAP Sabah turut meninggalkan parti itu.
Serentak dengan itu juga, Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin yang disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog daripada PKR, Terrance Siambun; Setiausaha PKR Sabah, Datuk Majjol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani meninggalkan PKR.

Mereka ini bekerja untuk SIAPA ??!!.. Untuk rakyat atau Najib ?

Kelayakan bagaimana yg membolehkan menjawat jawatan Peguam Negara Kleptokrasi atau bahasa lebih mudah difahami oleh PAKCIK kampung & MAKCIK FELDA.. 'Negara yang dikuasai oleh pencuri harta rakyat'.. ???
 Berhujah dengan fakta kajian boleh mendedahkan pembohongan lawan.

[FAKTA NO.1..]
Dlm senarai Forbes 2013, hanya 4 orang putera sahaja berada dalam senarai 100 terkaya. Yang paling kaya kepada seorang raja adalah Putera Mutaib Abdulaziz dengan kekayaan AS$110.1 juta pada ranking ke-98. YANG PELIKNYA.. boleh lagi derma AS$681 juta pada Najib ???

[FAKTA NO.2..]
Jika benar Najib pulangkan balik AS$620 pada Ogos 2013, sepatutnya beliau akan berada di ranking lebih tinggi dalam senarai Forbes. YANG PELIKNYA kenapa beliau tidak pula tersenarai pada Forbes 2014 ???

NAMPAK TAK !!!.. NAJIB, ZAHID HAMIDI, AG APANDI, & pemimpin2 Umno lain yg pertahankan derma RM2.6 bilion semuanya kaki pembohong...
 Wajah mana satukah yg benar2 ada nur dlm menegakkan kebenaran & melawan segala kebobrokan pemerintahan & pemimpin Umno/BN ???

PAS tak sokong program ‘pihak lain’ yang tolak perjuangan Islam

Kenyataan Tuan Ibrahim itu tidak menamakan sesiapa, tetapi jelas ada kaitan dengan keputusannya tidak mahu menyertai perhimpunan Bersih 5 bulan depan.
tuan-ibrahim-pas
KUALA LUMPUR: Beberapa hari selepas memutuskan tidak mahu menyertai perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini, PAS berkata ia tidak mahu diambil kesempatan oleh golongan “sekular” yang menentang perjuangannya.
“Ada masanya, PAS hanya memberikan sokongan moral kepada agenda bersama yang dipersetujui PAS, akan tetapi tidak menyertai program untuk mengelak pihak lain mengambil kesempatan terhadap apa yang ada pada parti demi matlamat lain yang tidak selaras dengan matlamat PAS,” kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam kenyataan yang dipercayai penjelasan terhadap keputusannya tidak menyertai Bersih 5.
Tuan Ibrahim berkata sejarah menunjukkan gerakan Islam selalunya membantu tuntutan kemerdekaan dan keadilan tetapi akhirnya “hasilnya dinikmati oleh pihak lain”.
“Cukuplah gerakan Islam menjadi alat bagi mencapai hasrat golongan sekular untuk mencapai hasrat mereka dan bilamana mereka berjaya Islam akan terus ditekan dan terus menjadi mangsa,” katanya tanpa secara spesifik menyatakan siapa yang dimaksudkan olehnya.
Keputusan PAS tidak menyertain perhimpunan Bersih kali ini merupakan kali kedua parti Islam itu menjauhkan diri daripada perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu.
Pada Ogos tahun lalu, ia enggan mengerah ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 4 yang berjalan 2 hari di Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata walaupun parti itu menyokong matlamat asal tuntutan Bersih, perhimpunan November 19 itu ada matlamat lain yang menurutnya tidak selari dengan pendekatan PAS.
“Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa PAS,” katanya.
Bersih 2.0 kini sedang giat menjalankan kempen menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur bulan depan.

‘Nilai kepimpinan Umno sudah rosak’​ – Ezam

SHAH ALAM – Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor menyifatkan keputusannya keluar daripada Umno sebagai tepat.
Katanya, keadaan semasa dalam Umno yang didakwa kini dicemari kelompok pemimpin yang teruja membangkitkan soal jawatan, habuan dan kebendaan untuk kepentingan peribadi mengukuhkan lagi keputusannya keluar parti,
“Alhamdulillah respons amat positif (keputusan keluar Umno). Keadaan semasa dalam Umno memperkukuhkan keyakinan saya bahawa memang benarlah saya meninggalkan sebuah parti yang sudah rosak nilai kepimpinannya.
“Lihatlah reaksi awal mereka, di benak pemikiran mereka hanya soal ganjaran dan habuan peribadi. Isu pokoknya adalah OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan rasuah, tapi mereka tidak bincangkan soal itu. Jadi, tidak hairanlah Presiden Umno paling lama dalam sejarah parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tinggalkan Umno,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut keputusannya keluar Umno.
Dalam pada itu, beliau belum memikirkan lagi hala tuju politiknya selepas ini dan sebarang keputusan susulan bergantung kepada reaksi sahabat dan keluarga
Ketika ditanya sejauh mana kebenaran ada usaha beberapa pemimpin membawanya masuk semula ke dalam PKR, Mohamad Ezam tidak mengulas.
Pada perkembangan sama, Mohamad Ezam memberitahu, tindakan menggunakan OSA untuk menghalang akses publik terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menambah lagi kemarahan dan kecewanya kepada kerajaan.
“Saya memang menunggu laporan penuh PAC untuk perhalusi kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Ini kes besar, kita harus dan berhak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
“Kedua, kedua kerana saya pernah didakwa, dibicara dan dipenjarakan di bawah OSA, sehingga hari ini saya satu-satunya rakyat yang pernah dibicara di bawah akta itu, tentunya saya merasa bertanggungjawab untuk pastikan OSA tidak lagi disalahgunakan untuk melindungi perasuah sepertimana dalam kes saya,” katanya.

Mustahil Pas akan bertahaluf dengan rakan DAP, tegas Pemuda Amanah

Pakatan Harapan
Pakatan Harapan harus bijak membaca hala tuju politik Pas dan mengambil iktibar daripada pengkhianatan parti itu terhadap kepercayaan rakyat sebelum ini, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
Menurutnya, rakyat mulai sekarang perlu diberi pemahaman untuk menyokong perjuangan Pakatan Harapan dalam membela rakyat dengan meninggalkan sama sekali Pas yang pernah memusnahkan blok pembangkang, Pakatan Rakyat.
“Pas terang-terang menolak untuk bertahaluf dengan DAP. Mustahil pada masa sama mereka akan bertahaluf dengan rakan tahaluf DAP pula termasuk Amanah dan PKR,” tegasnya merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang sanggup kehilangan DAP sebagai rakan politik parti itu.
Khalil dalam ucapannya di Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2016, di Kemaman, 30 September lalu berkata, Pas lebih sayangkan Islam daripada rakan politik walaupun pihak lain menganggap tindakan parti itu memutuskan hubungan dengan DAP sebagai tidak cerdik.
Sehubungan itu, Faiz menyeru semua parti pembangkang dalam koalisi Pakatan Harapan yang komited untuk menggantikan BN sebagai kerajaan alternatif pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) supaya mengambil serius kenyataan terbaharu Khalil berkenaan.
“Kenyataan tersebut menggambarkan bahawa pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielak. Jika Pakatan Harapan dapat bersatu hati dan komited dengan tawaran terbaik kepada rakyat, saya percaya rakyat akan dapat memilih calon yang mewakili Pakatan Harapan.
“Mereka itu sama ada Amanah, PKR atau DAP dalam PRU14 dan menolak calon BN serta Gagasan Sejahtera anjuran Pas. Oleh itu, masa yang semakin suntuk ini harus Pakatan Harapan gunakan untuk menyusun strategi dan merangka polisi bersama yang terbaik untuk ditawarkan kepada rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Perlembagaan Bersatu Unik Dan Lebih Menjamin Perjuangan Parti DiUtamakan Dari Kemahuan Pemimpin – Muhyiddin

Perlembagaan Bersatu digubal agak luarbiasa kerana dalam parti2 lain, dia tidak menyenaraikan satu persatu apakah dasar perjuangannya. Kalaupun ada, ia jadi dasar.
Tetapi dalam Bersatu, ia bukan dasar. Ia dikanunkan di dalam Perlembagaan.
Kalau ditanya apakah yang diperjuangkan oleh Bersatu ? Maka perjuangan Bersatu adalah apa yang disebutkan dalam Perlembagaan. Matlamat Perjuangannya …. 13 perkara.
…… bila sebut perlembagaan ini, kita tidak boleh pinda sewenang2. Kalau polisi, hari ini ketuanya ikut polisi A, esok naik orang lain ia tukar jadi polisi B.
Tapi dalam Bersatu kita kena pertahankan .

Saya percaya hanya beberapa kerat saja yang pernah baca Perlembagaan Bersatu terutama 13 perkara yang disebut oleh Muhyiddin di atas.
Malahan …. ramai juga saya percaya, tidak tahu apa maksud lambang Bersatu. Nah, saya kongsikan maklumat itu –

5.2.1 Lima kelopak bunga bererti lima (5) Rukun Islam sebagai Agama Persekutuan dan lima (5) Prinsip Rukunegara.
5.2.2 Lima kelopak bunga yang bersambung secara seimbang dan sekata melambangkan perpaduan warga Pribumi dan seluruh rakyat Malaysia yang hidup secara aman dan harmoni serta mendapat layanan yang adil dan saksama dalam sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.
5.3 Pengertian Warna
5.3.1 Warna merah bererti keberanian, semangat patriotisme dan daya juang yang jitu.
5.3.2 Warna putih bererti kesucian, keikhlasan dan keluhuran dalam perjuangan serta sifat amanah, jujur dan berintegriti yang mesti dimiliki oleh ahli-ahli parti;
FASAL 6 TUJUAN DAN MATLAMAT
6.1 Tujuan dan matlamat parti adalah seperti berikut:
6.1.1. Menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
6.1.2 Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
6.1.3 Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.

Jangan buat kacau di Sungai Siput, PSM beritahu PKR, DAP

PKR dan DAP didakwa masing-masing mahu meletakkan calon di satu-satunya kerusi Parlimen PSM yang dimenangi 8 tahun lalu.
Arutchelvan_sungai-siput_psm_600
KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan mempertahankan satu-satunya kerusi Parlimen yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu, Sungai Siput, sekiranya DAP dan PKR meneruskan hasrat meletakkan calon di sana tanpa persetujuan parti itu.
Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar berkata, kedua-dua parti itu perlu menghormati PSM dan berunding dengan mereka.
“DAP dan PKR tidak boleh kata kerusi Sungai Siput dipinjam kepada PSM. Kalau begitu, maknanya PSM tiada kerusi langsung. Sedangkan kita sudah bertanding di sana dalam 4 pilihan raya, dan menang 2 penggal.
“Jika kita kena berundur semata-mata atas alasan ingin mengelakkan pertembungan 3 penjuru dan menjamin kemenangan pembangkang, maknanya PSM gulung tikarlah. Kami terpaksa bertanding jika tak mahu ‘bunuh diri’,” kata ahli Jawatankuasa Pusat PSM itu kepada FMT.
Jeyakumar bagaimanapun berkata partinya sanggup membuat pertukaran dengan Pakatan Harapan sekiranya ditawarkan kerusi Parlimen di Selangor.