Isnin, 3 Oktober 2016

Rahman Dahlan: Mahathir sebenarnya kecewa

Tun Dr Mahathir Mohamad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana gagal menggulingkan kerajaan yang dilantik secara demokrasi demi membuka jalan bagi anaknya.
Menurutnya, tindakan Mahathir itu juga bagi membuka jalan supaya anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kecundang dalam politik supaya dapat menjadi Perdana Menteri namun marah apabila gagal dalam pilihan raya bersama dengan sekutunya.
“Sebagai contoh, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tahun ini yang disifatkan oleh Mahathir sebagai pungutan suara terhadap Perdana Menteri.
“Namun harus menyaksikan rakyat memberi kemenangan besar kepada BN dengan majoriti yang lebih besar berbanding sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
BN menang besar dalam dua PRK lalu iaitu di Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang berlangsung pada Jun lepas.
Malah BN sekali lagi mencorak kemenangan pada PRN Sarawak yang berlangsung pada Mei tahun ini.
Mahathir ketika diminta mengulas mengenai kemenangan tersebut berkata, Datuk Seri Najib Razak tiada alasan untuk bergembira meskipun menang PRN Sarawak.
Kata Mahathir, Najib sekarang akan lebih bergantung kepada sokongan Sarawak berbanding sebelum ini.
Dalam pada itu, Abdul Rahman menyatakan rasa hairan terhadap kenyataan Mahathir tentang demokrasi.

Satu persepakatan baharu bersama Pas bakal dibentuk kata Umno

Annuar Musa KUALA LUMPUR - Umno membayangkan akan berlaku satu persepakatan baharu dalam arena politik negara menjelang Plilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Dalam politik banyak kemungkinan akan berlaku, tiada yang mustahil sekiranya Pas akan bergabung bersama Barisan Nasional (BN)," kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, sekiranya Tun Mahathir Mohamad menyertai barisan pakatan pembangkang tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama BN.
"Pada peringkat BN, kami telah berjaya menyelesaikan isu-isu dalaman tetapi pembangkang masih memikirkan persepakatan ini," katanya.
Tambahnya, melihat kepada keadaan politik semasa, memang wujud satu keadaan ketidakseimbangan politik tetapi itu adalah perkara biasa.

5 agensi bincang bantahan Orang Asli Gua Musang terhadap pembalakan

Mesyuarat membabitkan Jabatan Kemajuan Orang Asli, polis, Jabatan Perhutanan Kelantan, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, dan Jabatan Kesihatan Kelantan.
orangasli_pembalakan
GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sedang berusaha menyelesaikan tindakan lebih 200 penduduk Orang Asli yang membantah aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang.
Kumpulan itu membuat halangan di laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering di sini.
Berikutan bantahan tersebut, kerajaan Kelantan mengarahkan semua aktiviti pembalakan di kawasan terbabit dihentikan sementara berkuatkuasa hari ini.
Ketua Pengarah Jakoa, Mohd Jamalludin Kasbi berkata sebelum mengadakan perjumpaan dengan kumpulan tersebut, pihaknya terlebih dahulu mengadakan perbincangan dengan pihak lain termasuk agensi kerajaan yang berkaitan dalam isu berkenaan.
Beliau berkata perjumpaan kali pertama dengan agensi kerajaan terbabit diadakan petang ini dan akan disusuli perjumpaan kali kedua dalam masa terdekat.
“Kita percaya perkara itu boleh diselesaikan secara rundingan tanpa berlaku kejadian tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan agensi kerajaan terbabit di Wisma Persekutuan di sini, hari ini.
Antara agensi kerajaan terbabit ialah polis, Jabatan Perhutanan Kelantan, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, dan Jabatan Kesihatan Kelantan.
Sejak 26 September lepas, lebih 200 penduduk Orang Asli dilaporkan berkumpul di Kampung Petei, Pos Bering di sini, bagi membantah aktiviti pembalakan di HSK Balah itu dengan mereka membina sekatan untuk menghalang lori mengangkut keluar balak dari kawasan tersebut sehingga mencetuskan kekecohan dengan pembalak.
Kumpulan Orang Asli berkenaan bertindak demikian kerana tidak mahu aktiviti pembalakan diteruskan kerana dakwaan mereka ia membawa kesan kepada kemusnahan hutan dan kawasan tadahan air bukit untuk kegunaan harian mereka.

Makin banyak tanah diteroka, tapi rumah dibina untuk siapa ?

Yang menjadi mangsa adalah 40% golongan berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran membeli rumah.
RumahPETALING JAYA: Kerajaan membenarkan lebih banyak tanah diteroka tetapi perumahan yang dibina diluar kemampuan rakyat, kata Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Habitat Sedunia, Penyelaras Biro Perumahan dan Peneroka Bandar Parames Elumalai mendesak kerajaan menjawab siapa kumpulan sasaran sebenar mereka.
“Permintaan rumah kos rendah semakin hari semakin bertambah. Namun pembinaan rumah kos rendah oleh pihak swasta mahupun kerajaan tidak setimpal dengan permintaan rakyat marhaen.
“Banyak tanah diteroka untuk membina rumah-rumah yang mewah dan mahal. Spekulasi harga rumah masih berleluasa tanpa kawalan ketat dari kerajaan.
“Yang menjadi mangsa adalah 40% golongan berpendapatan rendah menghadapi kesukaran untuk membeli rumah. Harga rumah melambung tinggi tapi gaji golongan berpendapatan rendah masih rendah,” kata Parames.
Hari Habitat Sedunia disambut setiap Isnin pertama bulan Oktober sebagai perakuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada hak tempat tinggal.
Kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) 2016 menyatakan harga rumah 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat.
Berdasarkan tinjauan FMT di beberapa laman web agen perumahan (Mitula.my, trovit.my) harga rumah di Kuala Lumpur bermula daripada RM80,000 sehingga jutaan ringgit.
Manakala di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor, harga rumah bermula daripada RM140,000 dan RM180,000.
“Permasalahan rakyat marhaen bukan setakat pemilikan rumah kos rendah. Pangsapuri-pangsapuri kos rendah rendah pula berhadapan dengan masalah penyelenggaran, pengurusan JMB, masalah geran strata dan kondisi bangunan yang teruk,” kata Parames.

Kumpulan Baju Merah tak semesti penyokong Umno sembang Annuar Musa

Hanya Himpunan Baju Merah enggan kerjasama
Himpunan Baju Merah yang berlangsung pada September tahun lalu.
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menyangkal dakwaan tuduhan sesetengah pihak bahawa Gerakan Baju Merah yang dilabel bersikap agresif didalangi oleh Umno.
Beliau berkata, isu baju merah tidak pernah dibawa atau dijadikan agenda mesyuarat Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan Jawatankuasa Pengurusan Umno.
"Kita tak boleh label mana-mana individu yang pakai baju merah itu Umno dan kalau agresif itu bukan mewakili parti tapi individu,"katanya selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, tidak wajar mengaitkan penyokong baju merah sebagai mat rempit dan dibayar.
"Kalau mereka mat rempit apakah mereka kelas dua dalam negara ini? Adakah kerana mereka mat rempit dan berbaju merah mereka tidak berhak menyampaikan perasaan hati mereka," katanya.
Soal Annuar juga, kenapa begitu mudah mengandaikan mereka diupah dan Bersih tidak.
"Saya menghormati rakyat yang hendak mengunjuk rasa," katanya.
Terdahulu pada sabtu lepas, siri konvoi Bersih 5 di Lumut Perak menyaksikan pertembungan dengan sekumpulan penyokong baju merah di ketuai Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.
Dalam insiden itu Jamal didakwa telah mengasari penyokong Bersih.

Tegakkan Islam: Syarat Hadi hanya cari pasal, kata Salahuddin Ayub

Presiden PAS mencari jalan untuk tidak membolehkan kerjasama dengan semua parti pembangkang, kata Amanah
Salahuddin-Ayub_Abdul-Hadi-Awang_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya mencari jalan untuk tidak membolehkan kerjasama dengan semua parti pembangkang, dakwa Timbalan Presiden Amanah.
Salahuddin Ayub berkata ‘syarat Hadi’ menunjukkan wajah sebenarnya dikala parti pembangkang cuba membentuk kerjasama menghadapi BN dalam pilihan raya akan datang.
“Belum apa-apa lagi sudah letak syarat. Itu bukan berbincang. Itu namanya cari pasal untuk orang lain tidak setuju dengan syarat kita,” katanya ketika dihubungi FMT.
Kerjasama dengan PAS dilihat menarik kerana selain membawa imej Melayu-Islam, ia mempunyai kekuatan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor.
Susulan usaha Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mendekati PAS, Hadi pada Ahad meletakkan syarat hanya akan menerima kerjasama dengan parti yang mahu menegakkan Islam.
“Kita minta dia (Hadi) tanya balik kepada parti lain sama ada nak bekerjasama dengan PAS atau tidak (dengan syarat menegakkan Islam),” kata Salahuddin.
PAS kini membentuk perikatan rasmi dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang dipimpin Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dan dalam satu bentuk kerjasama dengan PKR, serta mahu merapati Umno.

TIPU KA....BOHONG..??

Tindakan Peguam Negara baru yg dilantik atas nasihat Najib..

8/12/2015:
Pertuduhan NFC ditarik balik kerana tak cukup bukti.

26/1/2016:
Najib tidak bersalah, arah SPRM tutup kertas siasatan PM.

TANG MANA DAH 'DIPULIHKAN' ITU !!!

Dah puas menjilat !!!
BILA dia ni nak dapat TAN SRI ??!!!

JANJI ALLAH ITU PASTI..

Mari Kenali Pemimpin Munafik !!!

Hari ini kita dpt lihat detik2 nazak Najib berbohong saban hari..

AKHIRNYA apa yang dicanang tak sama yg dilakukannya hari ini.. JANJI DICAPATI ~

'Ukhuwah' antara mereka umpama.. Air Dicincang Tidak Akan Putus


Umno tidak halang ahli sertai Bersih 5, kata Annuar Musa

Tapi parti tidak akan bertolak ansur jika berlaku pelanggaran undang-undang
annuar-musa-bersih
KUALA LUMPUR: Umno tidak akan menghalang ahli parti untuk sertai tunjuk perasaan Bersih 5 pada 19 November depan, kata Tan Sri Annuar Musa.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno itu mengingatkan parti tidak akan membantu ahlinya yang melampaui batas.
“Kalau ahli Umno nak sertai, silakan. Umno tidak halang, tetapi Umno tidak akan bertolak ansur jika ada berlaku perlanggaran undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Penerangan Umno Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) merancang untuk mengadakan himpunan mendesak reformasi institusi dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 19 November depan di ibu negara.
Himpunan Bersih 4 tahun lalu menyaksikan himpunan dua hari satu malam di ibu negara dengan anggaran kehadiran 250,000 orang pada hari pertama.
Kali ini Bersih 5 mengadakan konvoi jelajah seluruh negara bagi menarik sokongan orang ramai, menuju ke acara kemuncak nanti. Konvoi itu bertembung dengan kumpulan pro-BN, Gerakan Baju Merah di Teluk Intan, Perak. Tiada kecederaan dilaporkan.
“Kita tahu Bersih ini siapa. Banyak nama badan bukan kerajaan yang diwujudkan tetapi secara realitinya ia adalah alat kepada pembangkang,” katanya.
Annuar nafi Umno mendalangi Gerakan Baju Merah.

Sertai Bersih 5 bukti fokus satu lawan satu

 Naib Pengerusi Amanah Perak, Tan Seng Toh Naib Pengerusi Amanah Perak, Tan Seng Toh
Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Perak menyifatkan hasrat untuk pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke - 14 (PRU14) dapat dibuktikan dalam himpunan Bersih 5 yang bakal berlangsung bulan depan.
Naib Pengerusinya, Tan Seng Toh berkata, pihaknya menyokong hasrat beberapa pimpinan agar formula berkenaan menjadi agenda pada pilihan raya akan datang.
“Pentas terdekat yang boleh dizahirkan oleh semua parti bagi menterjemahkan hasrat pengukuhan dan kesatuan adalah menyertai himpunan Bersih 5 bagi menuntut pilihan raya adil pada 19 November ini,” ujarnya.
Beliau berkata, hanya dengan satu lawan satu dapat menumbangkan BN yang terpalit dengan banyak isu sehingga menjejaskan nama baik negara.
“Hasrat murni dan kerjasama yang erat pada PRU14 nanti perlu diterjemah dengan sikap dan tindakan yang tepat agar rakyat yakin dengan matlamat untuk menumbangkan BN.
“Jangan pula bersikap sinis serta menunjukkan perbalahan terbuka di media khasnya,” ujar Seng Toh dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Amanah Perak jelasnya lagi, bersedia untuk berkerjasama dengan semua pihak bagi mematahkan talian hayat BN daripada semua segi.

Tidak terima faedah punca rakan Umno bantah persempadanan semula

Syor Cadangan Kajian Persempadan Semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sedang dipamerkan kepada umum turut mendapat bantahan rakan Umno dalam Barisan Nasional (BN).
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Tian Chua berkata, bantahan yang dibuat komponen BN itu ekoran parti mereka tidak mendapat sebarang faedah daripada persempadanan semula itu seperti dinikmati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno.
“Saya tidak rasa mereka membantah bagi memberi justifikasi kepada SPR untuk menolak semua bantahan nanti tetapi kerana tidak berpuas hati disebabkan persempadanan semula itu hanya membantu Najib mengekalkan kuasa.
“Pada masa sama bukan sahaja tidak dapat sebarang faedah, malahan boleh menjejaskan mereka.
“Ini juga membuktikan BN hanya menjaga kepentingan beberapa pemimpin mereka sahaja dan menyebabkan sesetengah pihak khususnya parti komponen mereka tidak berpuas hati,” katanya ketika dihubungi, SelangorKini di sini, hari ini.
Katanya, bantahan dibuat bukan berdasarkan menang atau kalah tetapi prinsip menuntut pilihan raya bersih dan adil tanpa dikotori dengan tindakan manipulasi untuk membantu Umno, berbanding KEADILAN.
“Persempadanan semula ini juga melebarkan lagi polarisasi kaum dan pembahagian kawasan pentadbiran yang tidak masuk akal,” katanya.

TADBIR URUS NEGARA – JANGAN SAMPAI ORANG BIASA AJAR MENTERI, KERAJAAN...


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed diminta berterus terang mengenai punca sebenar kejatuhan tujuh anak tangga penarafan negara dalam konteks  Daya Saing Global (GCR) 2016-2017.
Laporan terbaru yang diumumkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini, menyebut Malaysia berada di kedudukan ke-25 daripada 138 ekonomi, turun dari tangga ke-18 tahun lepas tetapi kekal sebagai ekonomi paling kompetitif dalam kalangan negara membangun Asia.
Menurut Mustapa,  biarpun kedudukan terbaharu itu mengecewakan, ia sebaliknya mengukuhkan lagi pendirian kerajaan untuk mengambil pendekatan sewajarnya pada kadar lebih pantas dalam usaha mempertingkat daya saing Malaysia.
Selain itu Mustapa juga sewajarnya menjelaskan persoalan ditimbulkan oleh WEF mengenai piawaian urus tadbir serta pencegahan rasuah di Malaysia.
Sebagai anggota kanan Kabinet dan teknokrat dilatih sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad,  Mustapa juga perlu memberikan nasihat yang realistik serta praktikal kepada kerajaan.
Mustapa menyalahkan isu persepsi mengenai perkembangan politik dalam negara serta keadaan ekonomi menjadi sebahagian besar punca penurunan kedudukan Malaysia dalam laporan daya saing global.
Isu itu timbul berikutan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang terus menyebarkan tuduhan tidak berasas.

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin semalam  menegaskan semua pihak perlu akui bahawa sejak setahun lalu, isu urus tadbir dan rasuah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) muncul sebagai faktor yang mencemarkan nama negara kita di persada antarabangsa.
Beliau turut mendakwa, persekitaran makroekonomi kita juga lebih lemah daripada sebelumnya akibat faktor luaran dan dalaman. “Ini mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi kita jatuh.
Beliau memetik data Jabatan Perangkaan Negara, ekonomi Malaysia yang berkembang pada kadar 4.0 peratus tahun ke tahun pada suku tahun berakhir Jun lalu, berbanding 4.2 peratus dalam suku tahun sebelum itu.
“Sudah lima suku tahun atau 15 bulan berturut-turut, pertumbuhan ekonomi kita merosot. Kenaikan kadar kepenggunaan awam dan pertambahan perbelanjaan kerajaan gagal imbangi kejatuhan eksport,” katanya.
Antara punca kemusykilan ialah amalan sesetengah pelabur asing meminjam modal daripada institusi kewangan tempatan untuk membangunkan projek mereka.
“Bagi kebanyakan kita, apabila kerajaan menghebahkan sekian banyak projek pelaburan asing diluluskan, fahaman kita ialah modal asing mengalir masuk membiayainya.
“Jadi apabila tersiar berita mengatakan syarikat pemaju hartanah Indonesia, Mulia bercadang meminjam RM1.8 bilion daripada bank-bank tempatan bagi membangunkan menara singature di kompleks kewangan TRX, Jalan Tun Razak, kita kehairanan.
“Kemusykilan kita belum terjawab. Sebalik saya mendengar ada percubaan memaksa bank-bank tertentu dalam sektor Bumiputera-Islam untuk memberi pinjaman tersebut walaupun mereka keberatan,” katanya.

Khalid yakin boleh menang Shah Alam walaupun 3 penjuru

Khalid Samad yakin boleh menang tiga penjuru jika semua pihak komited untuk menangkan calon Pakatan.Khalid Samad yakin boleh menang tiga penjuru jika semua pihak komited untuk menangkan calon Pakatan.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yakin beliau boleh mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam walaupun bertanding tiga penjuru dengan Pas dan BN jika berlaku kerjasama baik antara Pakatan Harapan dengan Bersatu.
"Dengan syarat PKR komited untuk memenangkan calon Pakatan Harapan, Insya Allah kita boleh menang," kata Khalid menjawab pertanyaan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zainol Abidin yang bertanya apakah beliau boleh menang jika berlaku pertandingan tiga penjuru di Shah Alam, kerusi yang beliau wakili sekarang.
Dalam forum anjuran Pemuda Amanah Selangor di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur baru-baru ini, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zainol Abidin bertanya Khalid apakah beliau yakin boleh terus menang di Shah Alam jika pertandingan tiga penjuru berlaku dalam pilihan raya umum nanti.
Ini berikutan sikap PKR yang menolak cadangan agar Selangor membubarkan Dewan Negeri untuk membolehkan pilihan raya awal diadakan bagi mengelak kesan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
"Kita nak sangat bubar Dun, nak pilihan raya, yakinkah kita menang?
"Sekiranya terbubar Dun Selangor, kalau Pas dan Amanah letak calon di kerusi yang sama bertanding, bagaimana?
"Apakah YB Khalid contohnya mampu menang dalam keadaan Pas meletakkan calon di kerusi Parlimen Shah Alam?" soalnya.
Menurut Khalid, semua pihak dalam Pakatan Harapan perlu bekerja untuk yang terbaik iaitu untuk membolehkan pertandingan dua penjuru berlaku dalam pilihan raya umum akan datang tetapi meminta agar parti juga bersedia untuk tiga penjuru.
"Usahakan yang terbaik tetapi bersedia untuk hadapi yang terburuk.
"Kita patut bekerja untuk dua penjuru tetapi kita perlu bersedia juga untuk tiga penjuru," kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.
Ini kerana, kata Khalid, Amanah memang sedia untuk bekerja dengan semua pihak tetapi bersedia juga jika mana-mana pihak tidak mahu bekerjasama dengan Amanah.
Menurut Khalid, dalam pilihan raya umum ke 13 lalu, Pakatan Rakyat telah mencapai kata sepakat agar kerusi Kota Damansara diserahkan kepada calon dari PSM yang menggunakan logo PKR.
Di kerusi Sungai Acheh, Pulau Pinang, mesyuarat Pakatan Rakyat yang terdiri dari Pas, PKR dan DAP juga bersetuju agar diserahkan kerusi itu kepada calon dari PKR.
Namun, pada hari penamaan calon, katanya, Pas telah meletakkan calon mereka di situ selepas mendapat restu dari presidennya sendiri.

Tindakan Lajin dan kekawan bukan mengejutkan


Oleh Mohd Sayuti Omar
Pengerusi PKR Sabah Lajin Ukin telah mengumumkan keluar daripada parti itu bersama 12 ketua cabang yang lain. Turut mengambil tindakan sama Adun Moyog Terrece Siambun dan Adun Likas daripada DAP Junz Wong. Mereka dijangka akan berpakat menubuhkan parti baharu.

Lajim mengumumkan tindakan itu dalam satu majlis di Kota Kinabalu. Menurutnya tindakan meninggalkan PKR itu bukan untuk bersama BN-Umno di Sabah tetapi ia dalam rangka untuk membentuk satu pakatan politik baharu di Sabah terdiri dari kalangan rakyat bumi Sabah.
Memetik kenyataannya, Lajim berkata sudah sampai masanya rakyat Sabah tidak mengharapkan parti di Semenanjung untuk membela nasib rakyat negeri itu dan juga daripada Sanbah dijadikan sebagai "simpanan tetap" kepada parti politik di Semenanjung.

"Walaupun rumah kita kecil tetapi kita ada peluang membesarkannya," demikian Lajib beranologi untuk memperkasakan politik anak negeri Sabah.

Apa dapat difahami dengan konotasi kenyataan itu bahawa Lajim mahukan Sabah mempunyai modal sendiri tanpa mengharap kepada pihak lain. Dapat disimpulkan juga beliau mahu Sabah berdiri atas kekuatannya sendiri.

Untuk tujuan itu Lajim juga memberi tahu sebuah parti baharu sudah dihantar ke RoS untuk kelulusan. Parti itu bakal mencari modal sendiri untuk Sabah?

Dengan keluarnya Lajim dan 12 ketua cabang menyebabkan PKR Sabah boleh lumpuh.

Atas semangat demokrasi dan amalan keluar parti sebagai satu tradisi semua pihak kena menghormati keputusan Lajim dan ketua-ketua cabang itu. Berilah mereka kebebasan untuk menentukan nasib mereka sendiri. Semangat kenegaraan sangat tinggi di Sabah menyebabkan apabila parti dari luar untuk mengembangkan sayap ke negeri itu ia akan ditolak.

Lajim menjadikan alasan kekalahan calon-calon PKR dalam Piraum lalu sebagai petunjuk yang orang Sabah sukar untuk menerima parti luar. Bertolak dari situ juga membuka ilham kepadanya untuk bermaufakat menubuhkan parti pembangkang asal di Sabah.

Pemuda Amanah tiada tolak ansur dengan perompak wang negara dan pihak bersekongkol


Faiz Fadzil Faiz Fadzil Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) tidak sekali-kali akan menjadi macai kepada perompak negara.
Sebaliknya Pemuda Amanah akan menentang habis-habisan mana-mana pihak yang cuba bersekongkol dengan perompak negara yang menyalahgunakan dana rakyat demi kepentingan tertentu sehingga memaksa rakyat menanggung beban yang amat berat.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil berkata demikian dalam program ceramah penerangan isu semasa yang telah diadakan di Padang Serai, Kedah.
"Kita jangan jadi seperti Pemuda Umno yang cuba menjadi macai pada perompak negara dengan mempertahankan skandal dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin mereka.
"Kalau dah tahu pemimpin itu korup, seleweng dan salah guna kuasa, walaupun ia Melayu, kita mesti tentang habis-habisan.
"Oleh kerana itu kita mendesak Ketua Polis Negara supaya segera menangkap mereka yang berada di Putrajaya dan mencuri duit rakyat, jangan asyik ikut punggung pemimpin pembangkang sahaja, " tegasnya sambil mendapat tepukan gemuruh hampir 300 hadirin.
Beliau juga menegur usaha kerajaan menambahbaik dan memperelokkan Tugu Peringatan Negara dengan kos yang melampau sehingga mencecah RM650 juta.
Malah katanya, masih ramai lagi anak-anak bekas tentera serta bekas tentera yang memerlukan kepedulian kerajaan bagi membela nasib mereka.
Namun begitu, kepedulian tersebut tidak menjadi prioriti yang harus diberi keutamaan oleh kerajaan kini.
"Kerajaan boleh memberi pembelaan kepada anak-anak bekas tentera dengan memberi biasiswa kepada anak-anak tentera.
"Mereka mampu untuk membela nasib bekas tentera yang majoritinya Melayu masih ramai melarat selepas persaraan.
"Kenapa tidak bantu secara total bekas-bekas tentera dan anak tentera yang memerlukan bantuan di seluruh negara secara serius, " tanya beliau lagi.

Tun Mahathir: “MO1 itu Najib”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa sebagai identiti Malaysian Official 1 seperti didedahkan Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian merujuk laporan dan pendedahan skandal kewangan melibatkan Presiden Umno itu.

img_20161002_232150_289“MO1 itu tetap Najib. Dia punya menteri sendiri mengaku dan mengaitkan individu itu adalah Najib.
“Mungkin menteri itu tidak habis membaca laporan DOJ, kalau dia baca penuh mungkin dia akan lebih tahu apa yang MO1 itu buat dan siapa yang lesap duit itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada SelangorKini menerusi temubual esklusif di sebuah hotel sempena penganjuran Program Jelajah 1MDB, di sini, semalam.
Sebelum ini, Menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan bahawa MO1 dirujuk 36 kali dalam saman sivil DOJ berkaitan penyelewengan 1MDB adalah Perdana Menteri.
“Saya dah kata secara terbuka, jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah Perdana Menteri,” kata Rahman dipetik BBC.
Pada Julai lalu, DOJ memfailkan saman sivil bagi melakukan pembekuan aset di Amerika Syarikat yang didakwa dibeli menerusi penyelewengan dana 1MDB.
Dalam pendedahan itu, DOJ bagaimanapun tidak menamakan Perdana Menteri Najib sebagai individu tersebut, namun mendedahkan identiti itu didakwa mempunyai AS$681 juta di dalam akaun peribadinya.
Perdana Menteri sebelum ini menafikan penglibatan beliau berhubung salah laku dan penyelewengan dana rakyat untuk tujuan peribadi.

Permata telus, anda dipersilakan, pembantu Rosmah pelawa Adun DAP

Bagaimanapun, Yeo perlu juga memberikan butiran terperinci kontroversi terowong dasar laut di Pulau Pinang, kata Rizal Mansor.
rizal-mansor
PETALING JAYA: Pembantu Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengulangi pelawaannya kepada Adun DAP, Yeo Bee Yin melawat pusat pendidikan awal kelolalan Pusat Anak Permata Negara di Putrajaya yang dinaungi isteri perdana menteri itu.
“Jemputan kepada anda melawat Permata tidak ditarik balik. Kami akan menerima anda minggu ini,” kata Datuk Rizal Mansor, menjawab kenyataan Yeo semalam mempersoalkan sama ada Permata akan membatalkan jemputan kepadanya kerana mahu menyorok sesuatu.
“Akaun Permata diaudit setiap tahun oleh Pejabat Ketua Audit Negara dan beliau bebas merujuk laporan tahunan ini,” kata Rizal.
Bagaimanapun, beliau berharap selepas lawatan itu, Yeo akan mengadakan sidang media dalam tempoh 3 hari untuk menjelaskan kontroversi mengenai terowong dasar laut di Pulau Pinang.
“Kami meminta pegawai anda menghubungi setiausaha pejabat bagi memuktamadkan persediaan,” katanya.
Sebelum ini Yeo mengkritik Permata kerana tidak mempunyai hala tuju strategik yang jelas walaupun dibiayai kerajaan.

Gelombang reformasi felda amaran ‘keras’ buat Najib

Sambutan kira-kira 5,000 warga felda menerusi penganjuran siri Jelajah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan tuntutan reformasi masyarakat luar bandar terhadap sistem pentadbiran negara, pada masa kini.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, masyarakat felda yang sinonim dengan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) kini berani menghadiri program pembangkang.
“Momentum ini menjadikan kita terus optimis melakukan perubahan dengan syarat rakyat perlu berani bangkit dan bangun membawa perubahan.
img_20161002_222949_155“Walapupun Umno akan lakukan apa sahaja untuk mematikan perjuangan dan perubahan ini tetapi mereka tidak boleh menghalang sejarah yang sedang tercipta,” katanya ketika berucap dalam program malam tadi.
Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah juga pimpinan tinggi pembangkang.
Rata-rata program berlangsung di Simpang Kepayang, di sini menyaksikan kehadiran golongan muda dan turut menarik kehadiran anak-anak tempatan.
Bera dianggap sebagai salah satu kubu kuat bagi Umno, selain penyandangnya, Datuk Seri Ismail Sabri dipilih sebagai Menteri dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, Mohamed Azmin optimis pola pengundian masyarakat felda khususnya di Bera boleh berpihak kepada komponen pembangkang susulan pelbagai skandal kewangan Perdana Menteri.
“Untuk lakukan perubahan ini bukan menteri kita tetapi rakyat berkuasa, malahan maruah negara ini terletak pada kuasa perubahan rakyat,” katanya.

Budaya ‘cash is king’ politik Najib beli maruah rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa mengamalkan politik wang bagi tujuan mendapatkan pengaruh dan sokongan untuk terus mengekalkan kuasa.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian merujuk amalan ‘cash is king’ kini sudah sebati dalam pentadbiran Najib yang akhirnya menggugat keharmonian dan kestabilan negara.

img_20161002_232150_289“Najib memerlukan duit yang banyak untuk membeli menteri, ketua bahagian Umno juga wakil rakyat menerusi pemberian wang RM1 juta setiap seorang.
“Beliau juga percaya semua rakyat Malaysia kalau disogok dengan wang, dia akan sokong kita tetapi pemberian ini haram hasil daripada kegiatan curi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah 1MDB di Simpang Kepayang, Bera Pahang di sini, malam tadi.
Bercakap lanjut, Tun Mahathir mendedahkan, amalan sedemikian turut berlaku ketika musim kempen pilihan raya dengan tujuan memancing undi masyarakat supaya memilih parti kerajaan.
“Dalam pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kita alami kekalahan kerana politik wang Najib secara terbuka diberikan kepada pengundi.
“Inilah harapan Najib, dia hanya akan sogok wang kepada rakyat dan pengundi kerana Najib percaya ‘cash is king’,” katanya.
Sebelum ini, Najib pernah mengakui prinsip ‘cash is king’ boleh mempengaruhi sokongan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan selepas Tun Mahathir mempertikai pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat berkelayakan.

BERSIH: Luah perasaan, bantah hak manusia tapi...

Sabtu 1 Oktober 2016 saya adalah salah seorang yang terlibat di Lumut untuk melancarkan obor BERSIH 5.
Kami merasmi dan melancarkan obor BERSIH 5 pada jam 9.30 pagi di Marina Wings Waterfront Lumut.
Ketika ucapan perasmian obor oleh pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang berlangsung satu gerombolan Baju Merah telah datang menghampiri tempat pelancaran.
Mereka telah dihalang oleh Polis Diraja Malaysia.
Kurang lebih 30 minit kemudian obor BERSIH5 selamat dilancarkan.
Sesudah pelancaran selesai kereta dan motosikal konvoi BERSIH 5 mula bergerak menuju ke wilayah pasar iaitu tempat kami cadangkan untuk menyebar selebaran.
Dalam perjalanan ke situ kami telah diserang oleh gerombolan Baju Merah bermotosikal.
Kereta yang saya tumpangi adalah salah satu daripada beberapa kereta yang diganggu dan diserang oleh gerombolan Baju Merah.
Cermin kereta yang saya tumpangi telah cuba dipecahkan. Dinding kereta telah diterajang. Bendera BERSIH yang berkibar megah di kereta dirampas dan dikoyak.
Hakikatnya, saya menyokong sesiapa saja untuk membantah. Saya menyokong kumpulan dan gerombolan apa sahaja untuk berdemo menunjuk perasaan.
Meluahkan perasaan dan membantah adalah hak asasi umat manusia. Jika tidak bersetuju dengan apa saja maka kita berhak untuk menyatakan perasaan kita itu.
Justeru, hak membantah adalah salah satu daripada garis perjungan BERSIH. Hak membantah telah dinobatkan sebagai salah satu tuntutan dan perjuangan BERSIH.
Apa yang saya TIDAK sokong ialah menggunakan keganasan. Sikap ganas ini saya tolak. Sikap dan perbuaatan mengganas wajib ditolak.
Anak semua bangsa, bangsa semua agama, wajib menolak segala bentuk keganasan.

BERSIH hormati keputusan PAS tak sertai himpunan kali ke-5

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengambil sikap untuk menghormati keputusan PAS untuk tidak menyertai himpunan anjurannya yang dijadualkan pada 19 November akan datang.
"Kami menghormati keputusan PAS dan tetap mengalu-alukan mereka (jika berubah fikiran)," kata Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah kepada Malaysiakini.
"Malah, PAS telah memaklumkan mengenainya sebelum kami mengumumkan berkenaan perhimpunan tersebut," tegas beliau sambil menambah bahawa komposisi kaum dalam acara itu tidak akan terjejas.
BERSIH melancarkan konvoi pertamanya pada Sabtu lepas bagi meningkatkan kesedaran mengenai himpunan tersebut. Sebanyak tujuh konvoi akan diadakan pada setiap hujung minggu di seluruh negara sehingga hari himpunan.
Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS memutuskan tidak menyertai himpunan BERSIH 5 walaupun pada prinsipnya menyokong matlamat asal gabungan itu.
Tambah Takiyuddin, BERSIH 5 mempunyai banyak matlamat lain yang dirasakan tidak selari dengan pendekatan parti Islam itu pada masa kini.
"Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang di bawa Pas sekarang," kata beliau.
Namun, Takiyuddin berkata, ketetapan sama ada PAS akan membenarkan ahlinya menyertai himpunan itu secara peribadi belum diputuskan lagi.
BERSIH 4 sebelum ini dikritik kerana lebih didominasi oleh bukan Melayu ekoran ketiadaan PAS.
Mengulas lanjut, Maria berkata, gabungan itu masih berusaha untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan Melayu tetapi tidak menetapkan sebarang sasaran pada masa ini.
"BERSIH terus memberi tumpuan kepada tuntutannya dan mahu meningkatkan kesedaran," ujarnya.
Sementara itu, Maria berkata, BERSIH akan membuat laporan polis terhadap pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunus kerana didakwa menumbuk ahli pasukan konvoi BERSIH di Teluk Intan, petang semalam.

Bekas Adun Umno ajak pengundi Baling tolak Azeez Rahim

Datuk Ismail Abu Bakar (dua dari kiri) menyerahkan borang keahlian baharu kepada wakil Bersatu di Baling semalam.Datuk Ismail Abu Bakar (dua dari kiri) menyerahkan borang keahlian baharu kepada wakil Bersatu di Baling semalam.
Ketua Umno Cawangan Baling, Datuk Ismail Abu Bakar yang  membuat pengumuman keluar Umno untuk menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam, mengajak pengundi menolak Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim dan BN dalam pilihan raya akan datang.
Katanya matlamat penubuhan Bersatu di Baling untuk menukar ahli parlimen dan Barisan Nasional (BN).
"Dengan izin Allah kita akan bergandingan bahu dengan rakan-rakan lain bagi menewaskan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan BN," katanya seperti dilaporkan Sinaronline.
Ismail yang juga bekas Adun Kupang itu berkata,  keputusannya menyertai Bersatu juga bukan dipengaruhi oleh masalah dalam kalangan ahli Umno atau pentingkan jawatan dengan parti Bersatu.
"Selama ini tidak pernah dengar ada ahli Umno lain tidak suka saya.
"Kita dalam Bersatu juga tidak pentingkan jawatan, saya tidak ada jawatan dalam parti ini, tetapi jika diberi pun tidak ada masalah janji berjuang.

MANA LEBIH BAHAYA: CINA DAP ATAU JHO LOW?

CATATAN ini saya tujukan khas kepada Melayu yang menakut-nakutkan Melayu lain mengenai bahaya Cina DAP dan kepada Melayu yang percaya Umno lah satu-satunya penyelamat mereka.
Saya tergerak menulis rencana ini setelah membaca berita akhbar The Star milik Cina MCA pada 30 September mengenai penutupan Desa Water Park di Taman Desa, Jalan Klang Lama, mulai 1 Oktober. Kalau berminat boleh baca di sini.

Berpandukan apa yang saya tahu mengenai standard penguasaan bahasa Inggeris majoriti orang Melayu, maaf cakaplah kalau saya kata tak ramai yang baca The Star atau mana-mana surat khabar bahasa Inggeris.
Boleh jadi segelintir Melayu yang mempropagandakan ancaman Cina DAP terhadap orang Melayu baca berita di atas. Tapi majoriti Melayu yang percaya propaganda Cina DAP jahat tak baca.
Inti patinya, taman tema air berusia 16 tahun itu ditutup mulai 1 Oktober dan tuan punya tapaknya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dah jual tanah itu kepada seorang tauke Cina bernama (Tan Sri) Chai Kin Kong. Dulu tanah itu dipajak kepada syarikat Berjaya milik tauke Cina (Tan Sri) Vincent Tan.
Nama syarikat Chai Kin Kong ini ialah Aset Kayamas yang baru diasaskan pada tahun 2011. Satu nama yang sangat tepat kerana tanah Desa Water Park itu sangat bernilai – macam emas – dan sesiapa yang dapat tentu jadi kaya.

Chai Kin Kong tauke Aset Kayamas
Saya tak anti-Cina tapi Umno yang kata ia sangat mengutamakan Melayu demi agama, bangsa dan negara. Geng Baju Merah Umno yang lawan Cina dan siapa saja yang tentang Umno.
Orang Umno lah yang kata kalau pembangkang menang, DAP akan perintah negara dan habislah orang Melayu.
Kalau Melayu yang percaya kepada mantera ini tapi tak tahu hujung pangkal mengenai cerita di atas, saya boleh bantu mereka bertanya beberapa soalan kepada DBKL dan kepada kerajaan Umno di Putrajaya supaya boleh faham.
Antara soalan saya:
1. Apakah tidak ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau Bumiputera yang berminat, mampu dan berkepakaran membeli serta memajukan tapak Desa Water Park itu?
2. Kalau Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak boleh arah Khazanah belanja RM650 juta bangunkan semula kawasan Tugu Negara, apakah dia tak boleh arah, misalnya Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beli dan majukan tapak itu?

Ledakan Patriotisme Najib: RM650 juta majukan Taman Tugu Negara
3. Apakah Aset Kayamas, sebagai pemaju hartanah, lebih hebat daripada Sime Darby Properties (milik PNB), Boustead Holdings (milik LTAT) dan MRCB (milik KWSP)?
4. Bukan anti-Cina, tapi bukankah 60 peratus saham projek Bandar Malaysia yang bersebelahan dengan Desa Water Park dah dibagi kepada konsortium Cina Malaysia dan Cina negeri China?
5. Adakah syarikat milik GLC dan GLIC lekeh sangat? Cuba jawab siapakah yang majukan bandar mega Subang Jaya-UEP kalau bukan Sime Darby (milik PNB) dan KL Sentral kalau bukan MRCB (milik KWSP)?
6. Kalau konsortium SP Setia (milik PNB), Sime Darby dan KWSP mampu bangunkan projek Battersea di London dan Khazanah majukan projek di Singapura, apakah mereka tak layak bangunkan semula Desa Water Park atau mana-mana tanah kerajaan di Malaysia?

MASALAH TEKNIKAL ATAU KERAJAAN TIADA DUIT?

Surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi ini sudah bertebaran di media sosial sejak semalam lagi. Ia kemudian didapati bersepahan  lagi dalam pelbagai grup Whatsapp.

Sementara kita bersimpati dengan nasib pelajar yang terbabit yang berada jauh dengan keluarga, sekiranya surat ini benar dan asli, apakah ini satu lagi tanda kerajaan kita sedang nazak dari segi kewangannya?

Wan Azizah kecewa tindakan Lajim Ukin

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan bekas Ketua PKR Sabah, Datuk Seri Panglima LajimUkin meninggalkan parti itu.
Menurutnya, beliau cuba memahami tindakan Lajim tersebut serta memberi penekanan kepada Sabah dalam kempen menentang BN.
“Amalan ahli Parlimen atau Adun yang meninggalkan parti tidak boleh dibiarkan. Saya mengharapkan yang terbaik buat mereka yang memilih untuk meninggalkan parti di Sabah.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail “Saya yakin bahawa mereka akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan Sabah untuk memastikan kerusi satu sama satu di semua kerusi Dun dan Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Beliau juga turut berterima kasih kepada pemimpin negeri yang tetap berpegang teguh dengan PKR.
“Semua 26 bahagian kami di negeri ini termasuk Labuan kekal kukuh dan berfungsi kerana hanya pemimpin individu yang meninggalkan parti tetap memihak kepada pembangkang.
“Keadilan Sabah akan terus menerajui persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Persekutuan yang dijangka kurang dari setahun lagi,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, beliau turut bercadang untuk membawa parti itu untuk menjadi daya penggerak yang menyatukan semua kuasa menentang BN di Sabah dan di tempat lain.
“Keadilan merupakan satu-satunya parti yang membawa setiap bangsa dan setiap kumpulan di atas platform yang berbilang kaum dan progresif serta satu-satunya parti dalam sejarah Malaysia punyai wakil rakyat di setiap negeri dan setiap etnik,” katanya.

Hipokrit macam Ezam memang elok keluar UMNO - Lokman Adam

Tindakan Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor keluar UMNO disokong penuh kerana individu yang hipokrit sepertinya perlu diperangi habis-habisan.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Lokman Noor Adam percaya, Ezam tidak akan meletakan jawatan dalam kerajaan dengan Gred Jusa A tanpa mendapat tawaran yang lebih baik daripada itu.
Lokman Noor AdamBeliau mendakwa, keputusan Ezam meletakkan jawatan dalam kerajaan dibuat selepas mengadakan rundingan dengan pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Nurul Izzah yang mencemburui Azmin Ali cuba untuk membawa masuk Ezam untuk mengimbangi pengaruh Azmin yang mula dilihat lebih layak menerajui parti itu dan diangkat menjadi calon perdana menteri pakatan pembangkang.
"Bila beliau mengambil keputusan meninggalkan UMNO ini, hanya dua kebarangkalian mungkin telah berlaku. Pertama, PKR dah terlalu terdesak dan tiada pilihan selain terpaksa menggunakan Ezam semula.
"Kebarangkalian kedua tindakan beliau meninggalkan UMNO ini adalah kerana beliau menerima tawaran yang lebih baik dari pihak Parti Bunga Raya yang sememangnya ketandusan pemimpin dan hanya mampu meletakkan 7 nama sebagai Jawatankuasa Penaja Parti mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Lokman berkata, Ezam tidak perlu bercerita penyertaannya dalam UMNOu kerana mendapat komitmen Tan Sri Abdullah Ahmad Badawi untuk melakukan perubahan dalam usaha memerangi rasuah.
"Mungkin budak-budak NGO Gerak boleh dikelentong dengan cerita kamu seolah-olah kamulah manusia yang bertanggungjawab sehingga BPR bertukar menjadi SPRM, ISA dihapuskan dan perubahan-perubahan lain dilakukan. Dan tiba-tiba kini kerana OSA tidak dihapuskan, kamu menuduh kerajaan menggunakan OSA untuk melindungi penerima rasuah.
"Jangan lupa saya dan ramai lagi yang lain ada dalam Mesyuarat Pemuda Keadilan di mana kamu mengarahkan agar dokumen yang kamu dedahkan itu diposkan kepada kamu supaya ianya dilihat seolah-olah ada orang dalam yang membocorkan maklumat.
"Kamu gunakan isu itu untuk mempopularkan diri kamu walaupun sudah tahu ianya menyalahi undang-undang. Bila kena penjara nak salahkan akta pula. Kalau takut dengan risiko, tak payahlah bicara soal perjuangan," katanya.

Pas tegur tindakan kumpulan baju merah

Pas tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan baju merah sehingga menyebabkan berlaku kekecohan di Teluk Intan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak lain tidak sepatutnya mencetuskan suasana tidak tenteram mahupun melanggar undang-undang semata-mata tidak bersetuju dengan penganjuran Bersih 5.
"Tindakan gerakan baju merah itu sesuatu yang tidak begitu elok berlaku dalam konteks demokrasi negara kita.
"Bersih 5 mahu buat himpunan itu biarlah mereka ikut keperluan undang-undang yang perlu dipenuhi seperti Akta Perhimpunan Aman dan sebagainya.
"Bukannya pihak lain pula ambil tindakan sampai melanggar undang-undang. Jadi, Pas tidak bersetuju dengan cara kumpulan baju merah ini walaupun Pas tidak menyertai Bersih 5," katanya kepada Sinar Online.
Kelmarin, polis menafikan berlakunya pergaduhan besar di Teluk Intan seperti yang didakwa sebaliknya hanya insiden tolak menolak berlaku antara penyokong Bersih 5 dan kumpulan NGO Malaysia itu yang diketuai, Datuk Jamal Md Yunos.
Sebelumnya, penyokong NGO Malaysia berkumpul di hadapan pejabat Amanah Teluk Intan bagi menghalang peserta Konvoi Bersih 5, daripada menghampiri Pasar Malam di Teluk Intan.
Beberapa klip video berkaitan insiden itu juga telah dimuat naik secara meluas di media sosial sejak semalam.

Bersih pun samseng, Bung Moktar pertahan Jamal

Pemimpin Baju Merah yang menyerang penyokong Bersih itu tidak bertindak di atas kapasitinya dalam Umno.
bung-mokhtar
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar hari ini mempertahankan Datuk Jamal Md Yunos daripada gesaan parti itu memecatnya, ekoran ketua Umno Sungai Besar itu menyerang konvoi Bersih di Teluk Intan baru-baru ini.
“Saya tidak salahkan Jamal kerana karenah baju kuning (Bersih) juga macam orang samseng. Bak kata pepatah, sudah bertemu buku dengan ruas. Saya juga melihat video tentang Bersih. Mereka bersifat terlalu biadap dan kurang ajar,” katanya kepada FMT.
Bung juga tidak bersetuju Umno mengambil tindakan ke atas Jamal, dengan alasan penglibatannya dalam insiden Sabtu lepas itu adalah atas kapasitinya sebagai pemimpin Gerakan Baju Merah dan bukan jawatannya dalam Umno.
Semalam, bekas ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman menyifatkan tindakan Jamal mengganggu konvoi Bersih memalukan parti itu dan memupuk budaya samseng.
Katanya, Bersih mempunyai hak menjalankan program selagi tidak menyalahi undang-undang.
Bersih 2.0 mengadakan konvoi seluruh negara bagi menarik sokongan orang ramai dan memberi penerangan berhubung tuntutan mereka sempena himpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November, bagi mendesak reformasi institusi dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sabtu lalu, konvoi yang melalui Teluk Intan bergelut dengan peserta Gerakan Baju Merah selepas Jamal bertindak mengoyakkan kain rentang Bersih.
Kejadian itu turut dirakamkan dan klip video itu tersebar luas.

Rahman Dahlan anggap Dr M orang tua mengarut

Menteri Umno menyelar bekas perdana menteri kerana bercakap mengenai demokrasi dan berkata Datuk Seri Najib Razak “mengembalikan” apa yang Dr Mahathir “musnahkan”.
rahman-dahlan-mahathir
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak bercakap mengenai demokrasi kerana beliau bertanggungjawab memusnahkan kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman ketika pemerintahannya, kata menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan, hari ini.
Dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menjadi sasaran kritikan Mahathir, menyatakan Najib “mengembalikan” apa yang “dimusnahkan” Dr Mahathir ketika mentadbir negara.
Rahman berkata lebih ironi apabila sekutu baharu Dr Mahathir dalam barisan pembangkang, kini mempelajari tentang demokrasi daripadanya sedangkan pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng semuanya pernah dipenjarakan sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
Beliau memetik bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, yang kini berdiri teguh bersama Dr Mahathir, sedangkan sebelum ini pernah menyifatkan pentadbiran Dr Mahathir sebagai `autoritarian’ dan demokrasi Umno `mati’ di bawah pimpinannya.
“Zaid juga berkata sistem perundangan serta kebebasan kehakiman Malaysia musnah di bawah pentadbiran Dr Mahathir. Tetapi kini Zaid tetap meminta Dr Mahathir kembali memerintah.
“Mujurlah kebebasan sistem kehakiman dan perundangan sudah dipulihkan. Undang-undang yang digunakan oleh Dr Mahathir secara sewenang-wenang untuk menekan mereka yang menentang beliau, seperti Akta Rahsia Rasmi (ISA), dihapuskan oleh Najib.
“Kebebasan untuk menyatakan bantahan dijadikan sebahagian daripada undang-undang buat pertama kalinya menerusi Akta Perhimpunan Aman, manakala demokrasi Malaysia tumbuh subur dalam suasana yang tidak pernah dinikmati di bawah pemerintahan Dr Mahathir,” katanya yang juga pengarah komunikasi strategik BN.
Rahman berkata kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap Najib disebabkan kecewa kerana gagal menggulingkan kerajaan yang dilantik secara demokrasi demi membuka jalan, supaya anaknya yang kecundang dalam politik dapat menjadi perdana menteri.

Letak calon di semua kerusi ditandingi Umno, PAS

Saya ingin menyuntik pandangan berkaitan garis politik parti pembangkang dengan memberi satu mesej lebih jelas kepada rakyat supaya meletakkan calon di semua kerusi ditandingi Umno dan PAS di Johor, sama ada di peringkat kawasan dewan undangan negeri atau parlimen.
Garis politik ini bertujuan untuk menjelaskan lagi pendirian pembangkang kepada rakyat Johor.Jika berjaya, mesej ini juga akan memberi kesan di peringkat nasional.
Cadangan persempadanan semula dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cukup cacamerba dan tidak akan memberi apa-apa keadilan kepada sistem sedia ada, lebih-lebih lagi di Johor yang menyaksikan sokongan serta pengaruh kepada parti pembangkang - sama ada DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH), PKR atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedang berkembang baik.
Potensi kejatuhan Barisan Najib di negeri Johor, kini kelihatan.
Oleh yang demikian, saranan saya supaya semua kerusi ditandingi Umno dan PAS diletakkan Pakatan Harapan akan membolehkan satu penjajaran garis politik berlaku dengan lebih cepat.
Ini akan melicin dan meluruskan lagi usaha membina keyakinkan rakyat kepada parti-parti pembangkang berkaitan kesiagaan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN menerusi pilihan raya umum akan datang.
PAS tidak akan mampu membuat pendirian yang tetap dan jelas dalam aspek ini, sebaliknya terus berdolak-dalik dengan pelbagai ragam politik yang dimainkan bersama Umno, PKR dan BERSATU.
Garis politik PAS yang kabur, tidak konsisten dan berbolak-balik hanya akan mengelirukan rakyat.

Netizen desak polis ambil tindakan terhadap penganjur F1


Aksi warga asing ketika menyaksikan perlumbaan F1 di Sepang semalam menimbulkan kurang senang netizen mahu polis mengambil tindakan terhadap pihak penganjur.Aksi warga asing ketika menyaksikan perlumbaan F1 di Sepang semalam menimbulkan kurang senang netizen mahu polis mengambil tindakan terhadap pihak penganjur.
Netizen hari ini menggesa pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap segelintir penonton Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang yang dikatakan menghina dan mengaibkan Jalur Gemilang semalam.
Beberapa komen di Facebook Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (YKKM)rata-rata marah dengan tindakan penonton F1 yang dipercayai warga asing, menghina Jalur Gemilang dengan menjadikan bendera Malaysia itu sebagai seluar dalam.
Mereka juga menuntut agar pihak penganjur F1 di Sepang dikenakan tindakan kerana tidak dapat menjaga kelakuan penonton mereka yang hadir.
Seorang netizen, Mohd. Zaine Md. Sharif turut memuat naik komen: "Bangsa apa ini ... Tidak hormat negara kita ???" manakala Mohamad Farid pula memberikan komen "Melampau..pihak pgurusan (pengurusan) mne (mana?)".
Dalam pada itu, Srikandy Osanthy Nunha Salia yang turut marah dengan insiden berkenaan memuat naik status "indeed immoral and insulting state malaysia (Memang tidak bermoral, menghina negara Malaysia" manakala Mohd. Din Daud pula menyatakan "OH negara ku ... ke mana perginya penganjur... atau ini salah satu slot yang penganjur selitkan..."
Sementara itu di laman Twitter, Ranes Subramaniam (@ranes1985) pula memuat naik status: "Action should be taken on them. Very disrespectful towards the National Flag. @PDRMsia @themmailonline @UMonline @BuletinTV3 (Tindakan perlu diambil terhadap mereka. Tidak menghormati bendera kebangsaan"

Kisah Zahid Hamidi dan Bersih 5

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pushhh... sehari dua ini sibuk sedikit, ada kerja besar dalam hidup saya - menulis dan menyiapkan buku terbaharu, pertama untuk tahun 2016. Tahun ini hanya tinggal dua bulan lebih sahaja lagi. 

Tahun Hijri pula sudah melangkah ke tahun baharu 1438. Sepanjang tahun ini (20016) saya belum menghasil atau menerbitkan apa-apa buku. Jadi saya kena penuh kelendar yang hampir ditutup ini.

Buku terakhir ialah; Nasib: Pas, Amanah dan Najib dalam PRU14. Buku itu terbit diakhir tahun lepas. Sedang elok selesai proses penerbitan berurusan dengan pencetak saya masuk wad, dan terpaksa melayan diri berbulan-bulan. Kerja rutin menerbitkan buku jadi tertangguh. Urusan pengedaran dan penjualan buku itu juga terjejas.

Alhamdulilah, dengan masa tersisa ada dua bulan setengah ini saya sedang menyiapkan buku mengenai analisis Piraum ke-14 di samping menduga dan memfirasatkan siapakah yang akan menjadi PM sebagai mengganti Najib Razak. Setakat ini penulisan lancar dan laju serta melekakan sehingga ada kala terabai makan dan minum telan ubat sekali.

Gara-gara itu sudah pasti blog dan media sosial lain tertinggal oleh saya. Isu pula banyak dan cepat berlalu bagaikan hujuh di awal Disember. Semua isu menarik untuk diulas, diberi pencerahan serta justifikasi mengikut laras pemikiran kita, saya.

Permainan dan percaturan politik bangsa kian kronik dan kronik.

Ada dua isu yang menarik perhatian saya dan perlu diulas tetapi kerana kengkangan masa ia terlepas atau hampir terlepas. Pertama isu penampilan Zahid Hamidi di persidangan PBB. Isu bahasa dan wibawa Zahid sebagai TPM.

Ucapannya panjang lebar dalam bahasa Inggeris. Penampilan Zahid berucap dalam bahasa Inggeris itu menjadi isu. Ada yang menyinis dan ada yang memuji Zahid. Ada yang kata bukan soal ketidakfasihan beliau dalam bahasa Inggeris perlu diketengahkan, tetapi isi ucapannya itu perlu dinilai.

Saya setuju soal ketidakfasihan bahasa Inggeris Zahid. Dia bukan berlajar dalam aliran Inggeris pun. Alirannya ialah bahasa Melayu sedikit Arab. Tidak seperti Najib belajar di luar negara atau seperti anak-anak bangsawan lain yang berpeluang mendalami bahasa Inggeris berfikir bahkan berbudaya Inggeris. Saya setuju juga apa harus dinilai ialah intisari ucapannya.

Dalam hal ini saya mengambil sikap berkecuali dalam dua keadaan itu. Bagi saya yang setuju sangat kalau bahasa Melayu dimartabatkan di arena antarabangsa. Cara memartabat itu selain daripada memurnikan sebutannya ialah menjadikan ia alat pertuturan menyampaikan hujah dan pandangan yang baik.

Kenapa Zahid tidak berucap dalam bahasa Melayu? Kenapa harus memilih bahasa Inggeris? Tidak ada alasan kalau hendak katakan pendengarnya (delegasi) tidak faham sebab ia ada penterjemah. Dalam hal ini bagi saya Zahid tidak mempunyai jatidiri yang kental mengenai bahasanya sendiri. Dia berasa rendah diri, tidak yakin dan berasa jatuh nilai kalau bertutur dalam bahasa Melayu.

Pemikiran Zahid masih lagi pemikiran lama yang tidak harus lekat kepada bakal PM.

Walhal Zahid patut menjual bahasa dan harga dirinya di sidang berkenaan. Belum pernah ada penutur dari Malaysia yang bercakap bahasa Melayu dalam sidang PBB? Semua bercakap dalam bahasa Inggeris. Selain mereka kebetulan mendapat dididikan Inggeris, mungkin mereka juga rasa rendah diri kalau berucap dalam bahasa Melayu. Seperti apa dialami Zahid itu. Maka walaupun sebutannya tidak betul tetapi janji dia boleh menyembur kata-kata tertulis dalam bahasa Inggeris.

Pada tahun 70an kalau tidak salah, pernah seorang wakil dari Malaysia yang mendapat peluang berucap dalam satu sidang PBB menggunakan bahasa Arab. Orang itu ialah Ibrahim Azmin, bekas wakil rakyat Kuala Nerus. Dia memang belajar di Arab, Ummu Qura Makkah. Hairan juga saya kenapa dia tidak mahu bercakap dalam bahasa Melayu sling Terengganu? Kalau itu boleh dibanggakan tentu ada kelainan penutur dalam sidang PBB, hanya itu sahajalah.

Mengenai isu Zahid dan bahasa Inggeris ini, saya sudah lepas komen sinis saya dalam twiter berbunyi: bahasa Inggeris Zahid sudah ada peningkatan. (Peningkatan di sini bunyi "idran" Jawanya kurang. Mungkin sebelum ke PBB dia sudah berlatih menyebut sling bahasa Inggeris ala PBB dengan rajin dan bersungguh. Lain kali kita mahu dengar Zahid berucap dalam bahasa Melayu di PBB pula seperti mana Seokarno dari Indonesia yang tidak pernah memperkecilkan bahasanya walaupun di mana dan di hadapan siapa pun beliau berpidato.

Demikian Karno yang berani dan tidak heran kepada mana-mana bangsa. Dia adalah petriotik yang sejati.

Bersih 5

Isu kedua menarik juga ialah mengenai road show pramula Bersih 5 yang diadakan di beberapa buah bandar besar pada hari Sabtu. Melihat kepada catatan dan pemasukan foto aktiviti itu di muka buku meriah sekali. Sambutannya rata-rata dalam skala kecil sahaja. Tetapi yang penting ia meriah dan menggambarkan rakyat sedia bangkit. Antara yang sempat dibaca road show atau dalam bahasa lain kerahan di buat di Perlis, Kota Bharu, Melaka, Pulau Pinang dan juga di Teluk Intan.

MyKmu dan dedak2nya.

Oleh Zaharin Mohd Yasin
Antara ilmu politik yang dipelajari dalam bidang komunikasi politik ialah pembelajaran 'penyebab krisis'. UMNO sekarang menjadi parah kerana disebabkan oleh persepsi.
Antara penyumbang persepsi yang menyebabkan UMNO rosak sekarang ialah yang ditulis oleh dua sumber satu dari portal MyKmu atau saya panggil MyKemut (milik penuh PMO) dan cybertrooper JASA (milik penuh pemikir) mereka mempayung tidaklah sampai ribuan tetapi puluhan ayam kampong yang diberikan dedak.. Jika ayam laga.. yang dibawa ke gelanggang sabung.. Tak kan cara menulis begitu. Berapa hari ini saya mengumpan mereka masuk.. dan mereka dengan lahapnya memakan umpan saya.. Saya amat sukacita kerana umpan saya di makan oleh pelahab dedak ini. Saya memerlukan bukti dan fakta dalam tuduhan saya.
Mereka ini tidak mengenal musuh.. musuh kepada mereka yang menulis atau memberi komen kepada pemberi dedaknya dan organisasi yang mereka berpayung dan pemberi stok dedak.. Mereka akan menyerang tanpa membuat kajian forensik.. jauh sekali untuk membuat DNA. Maka sesiapa yang menyerang pertama konunnya boss dia nombor 1.. ia itu Najib Razak dan kedua sumber mana yang bagi dedak. Akan diserang disemua penjuru.
Jika mereka tahu saya.. dan membaca secara forensik dan buat kajian DNA.. Saya jelas seorang penyokong UMNO yang tegar dan membela pemimpin saya. Tetapi apa yang saya tulis dia membaca saperti sebelah keping duit siling tanpa melihat keduanya keping.
Penyerangan itu banyak kepada 'Character assassination' dan 100% adalah fitnah dan diadakan.. Inikah cara berperang mereka?.. Maka secara nyata bahawa kedua portal dan orang yang menulis dalam dua platform memang sah sebagai pembawa fitnah.. Jika orang UMNO saperti saya pun tak membaca tulisannya.. Adakah anda fikir semua pembaca khasnya yang punya pendidikan akan membaca dan berubah hati atau kata budak sekarang beralih arah akan menyokong UMNO.

Muhyiddin mahu Pakatan Harapan, Pas bersatu untuk menang PRU

Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga dari kiri) bersama kepimpinan utama Pas dalam ceramah yang diadakan pada malam tadi.Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga dari kiri) bersama kepimpinan utama Pas dalam ceramah yang diadakan pada malam tadi.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencadangkan supaya satu bentuk kerjasama dapat dijalinkan secara rasmi dalam Pakatan Harapan khususnya dengan Pas bagi mewujudkan gelombang perubahan besar ke arah pembentukan kerajaan baharu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya bersedia untuk bersama-sama dalam apa keadaan sekali pun dan optimis segala perbezaan yang ada di antara parti serta perkara berbangkit dapat diselesaikan melalui rundingan secara terperinci.
“Gandingan kerjasama secara rasmi ini saya kira dapat membantu kita capai kejayaan pada PRU akan datang dan apabila adanya kerjasama dengan Bersatu dan lain-lain parti, ia sebenarnya satu bentuk pengiktirafan tentang peranan boleh dimainkan secara bersama-sama.

“Saya percaya sudah sampai masanya untuk dijalinkan kerjasama dalam bentuk lebih konkrit. Mana mungkin Bersatu dan parti-parti lain boleh bersendirian (memenangi PRU)…tidak mungkin…tidak boleh, yang boleh ialah gabungan serta gandingan semua parti dalam pakatan.
“Walaupun sedikit atau banyak, apabila dikumpulkan maka jumlahnya memadai untuk cukupkan bilangan (kerusi bertanding), maka cara itulah kita boleh buat supaya kita sama-sama dapat laksanakan.
“Saya tahu cabarannya besar tetapi kita boleh ketepikan berbezaan antara kita dan melihat ke depan. Lebih penting kemuafakatan ini serta formula satu lawan satu mampu membantu memenangi PRU akan datang, gelombang besar yang mahu lihat perubahan,” katanya ketika berucap pada Harap 3.4, di Kemasek, pada  Sabtu seperti  lapor portal media Sinarharian.
Penampilan mantan timbalan perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh ke program tersebut merupakan penampilan sulungnya di pentas Pas dan Harap 3.4 berlangsung selama empat hari berakhir 1 Oktober dianjurkan Pas Terengganu.

Tun M teruskan ucapan walaupun siren ‘polis’ dibunyikan

Program Jelajah Penerangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Pahang malam tadi didakwa berlakunya sentimen sabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ia susulan bunyi siren yang menyamai siren polis ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil berucap pada sesi ceramah.

img_20161002_232150_289Bagaimanapun, Tun Mahathir tenang dengan insiden berkenaan dan tetap meneruskan ucapan beliau berhubung pendedahan skandal kewangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Mereka nak buat bunyi apa pun, saya tetap teruskan,” katanya mendapat tepukan meriah hadirin.
Siren yang dibunyikan selama 15 saat itu berakhir tanpa berlakunya sebarang insiden tidak diingini.
Namun, tiada sebarang maklumat lanjut berhubung sumber bunyi siren berkenaan.
Dalam perkembangan itu, penganjuran siri jelajah kali ini berjaya menghimpunkan hampir 5,000 hadirin walaupun ia diadakan di salah satu kubu kuat Umno Barisan Nasional.
Perkembangan positif ini diyakini mampu meruntuhkan legasi Umno BN di Pahang sebagai negeri yang sinonim dengan Perdana Menteri.

Tun Mahathir sah hadir Bersih 5, tolak provokasi Umno

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kehadirannya untuk turun berdemonstrasi dalam himpunan Bersih 5, 19 November ini.
Bagaimanapun katanya, pengajuran kali ini disifatkan agak ‘terganggu’ susulan provokasi melampau kumpulan merah, dinaungi Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

344a5568“Seperti tahun lalu, saya turut serta dan tahun ini saya akan hadir juga. (Bersih 5).
“Tapi tindakan provokasi kumpulan baju merah itu dilihat cara ganas Jamal dan semudahnya pula (dia) mendapat pingat Datuk,” sindir Mahathir.
Beliau bercakap kepada SelangorKini menerusi temubual esklusif di sebuah hotel sempena penganjuran Program Jelajah 1MDB, di sini.
Dalam perkembangan itu, kenyataan Mahathir kini dilihat senada dengan sokongan dizahirkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali terhadap himpunan itu.
Mahathir sebelum ini bersama Tun Dr Siti Hasmah tampil pada demonstrasi himpunan Bersih 4, di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, Ogos tahun lalu.
Kehadiran beliau pada himpunan rakyat itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada pimpinan tertinggi Umno khususnya, Datuk Seri Najib Razak.
Bersih 2.0 menerusi pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, penganjuran Bersih 5 diadakan sebagai desakan menuntut pembaharuan institusi dan sistem pilihan raya yang lebih bersih.

Juanda: Pengumuman kerajaan hiris hati saya

“Pengumuman bahawa projek jambatan yang menghubungkan Daerah Matu ditangguhkan sehingga tahun 2018 menghiris hati saya,” demikian kata Adun Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya.
Menerusi laman sosial Facebook, Juanda melahirkan rasa marah dan kecewa dengan penangguhan tersebut selepas ia diluluskan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) ke-11.
Menurutnya, kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf bukan sahaja mengguris hatinya malah penduduk di kawasan tersebut yang selama ini penyokong setia BN.
“Kasihan penduduk kita yang selama ini cukup setia. Setiap kali menunggu feri, suara kekesalan penduduk tidak dapat disembunyikan lagi.
“Alhamdulillah, telinga saya belum pekak untuk mendengar keluhan rakyat di bawah sana setiap minggu apabila melawat kawasan. Mulut saya pun tidak dapat bisu untuk bercakap tentang kepentingan rakyat yang juga adalah rakyat Malaysia,” katanya.
Dr Juanda Jaya Beliau berharap rakyat di kawasan pesisir Melanau tidak dijadikan masyarakat kelas kedua.
“Kasihan rakyat di kawasan pesisir Melanau. Mereka juga dahagakan pembangunan seperti rakyat di bandar.
“Takkan kawasan kami tidak ada beza sejak dari sebelum merdeka lagi. Kalau ada yang tidak percaya, sila ke kawasan saya,” katanya.
Tegasnya, permintaan penduduk Kampung Igan agar jambatan lalu dalam kawasan kampung diambil perhatian.
“Pegawai kerajaan yang terbabit memberi pandangan tentang lokasi jambatan diharap ingat bahawa kerajaan yang ada, dibentuk dengan undi orang kampung, bukan dengan senioriti.
“Ada mata jangan buta, ada telinga jangan pekak, ada mulut jangan bisu. Ingat, pembangunan dan politik berpisah tiada,” katanya.

Skandal 1MDB: Jho Low dan beberapa individu lain akan didakwa di AS

Jho Low
Ahli perniagaan Jho Low antara individu utama  akan didakwa oleh Pendakwaraya Amerika Syarikat kerana terbabit dalam pengubahan wang haram di negara itu dalam masa terdekat.
Jho Low  yang juga  seorang warga negara Amerika Syarikat  itu dipercayai adalah proksi  kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Kemungkinan nama lain yang terbabit dalam sebahagian tempoh kecurian berlaku termasuk Jasmine Loo (juga pemastautin di Amerika Syarikat); Riza Aziz (anak tiri Najib);Eric Tan (bertanggungjawab menguruskan pengubahan wang haram untuk Jho Low) dan Shahrol Halmi (Ketua Ekesekutif 1MDB).
Terdapat juga spekulasi Goldman Sach Asia Tenggara, Tim Leissner yang mendapat habuan USD600juta kerana meningkatkan pinjaman yang mencurigakan sebanyak USD6.5bilion juga dikatakan akan didakwa.
Sarawak Report (SR) pada Selasa lalu, dengan tajuk beritanya: 'Criminal Charges Imminent Over 1MDB- Jho Low Top Wanted' melaporkan akan mendedahkan lebih banyak tindakan sivil yang akan dikenakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) untuk mengesan semula semua harta yang diperoleh melalui wang yang dicuri daripada rakyat Malaysia itu.
Khabar angin juga turut tersebar luas menyebut individu pertama yang akan dikenakan tindakan sivil oleh DOJ adalah Jho Low yang mewakili perdana menteri Malaysia sebagai 'penasihat' di 1MDB.
SR adalah portal media pertama mendedahkan peranan Jho Low menguruskan dana awal tahun lalu, walaupun Najib dan 1MDB menafikan Jho Low memainkan peranan menguruskan dana tersebut.
Malah dilaporkan juga Jho Low turut pernah menghadiri mesyuarat lembaga pengarah dan menyelia 'pelaburan' utama dan usahasama 1MDB itu- mengaut berbilion dollar AS dalam proses untuk membayar 'backhanders' melalui syarikatnya dan kemudian secara haram merampas melalui atas talian membabitkan syarikat perbankan di luar persisir seperti BSI,Coutts,UBS,Falcon, Standard Chartered dan ban-bank lain.
Walau bagaimana pun Najib selaku perdana menteri Malaysia, dilaporkan SR, mengunakan kedudukannya sebagai tokoh politik di negara init memainkan peranan dalam keputusan tersebut.
Terdapat juga sebab Najib telah mengunakan proksinya untuk semua tawaran habuan untuk membersihkan namanya di AS, yang mana penanda aras bukti diperoleh amat tinggi.
Mereka termasuk anak tirinya Riza Aziz lebih USD100juta ke dalam akaun syarikat peribadinya Red Granite untuk membuat filem Wolf of Wall Street (dibintangi Leonardo De Caprio), juga Pengarah Eksekutif Kumpulan Strategi 1MDB Jasmine Loo dan Ketua Pegawai Ekesekutif Shahrol Halmi dan Pengarah Eksekutif Casey Tang.

Pembangkang di Sabah di ambang kejatuhan, kata Rahman Dahlan

Rahman Dahlan berkata tindakan keluar beramai-ramai seolah-olah Adun dari pembangkang mengatakan 'PKR dan DAP adalah parti tidak berguna'.
Rahman-Dahlan_pakatan-harapan_600_2
KOTA KINABALU: Pakatan Pembangkang berada diambang kejatuhannya di Sabah berikutan tindakan beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PKR dan DAP mengistiharkan keluar parti hari ini, kata Barisan Nasional (BN) Sabah.
Setiausahanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan keluar beramai-ramai itu seolah-olah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari pembangkang mengatakan “PKR dan DAP adalah parti tidak berguna.”
“Tetapi bukankah sebelum ini mereka menyanjung PKR dan DAP sebagai penyelamat rakyat Sabah?,” katanya dalam kenyataan yang dipos melalui twitternya @mpkotabelud di sini.
Abdul Rahman, yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, berkata demikian mengulas pengumuman Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin (Adun Klias), Adun Moyog, Terence Siambun (PKR) dan Adun Likas, Junz Wong (DAP) keluar dari parti masing-masing.
Turut meninggalkan parti masing-masing ialah Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani, Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Hoh serta Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew.

CERAMAH PERDANA: MENGAPA AMANAH PILIHANKU?

Siri Jelajah 1MDB - 1 malaysia Dalam Bahaya "Bohong Yang Tak Berpenghujung" Simpang Kepayang, Bera, Pahang.