Jumaat, 30 September 2016

'Translator tak paham apa saya cakap dalam bahasa Inggeris' - Najib Razak

SANGAT MEMALUKAN!! Najib MERAH MUKA DIPERLI Ahli Umno Dalam Mesyuarat Agung Umno

Najib salahkan ‘pemimpin lama’ pecahkan umat Islam


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyalahkan seorang ‘pemimpin lama’ yang telah bersara kerana memecah-belahkan umat Islam di negara ini.
Pemimpin ini, katanya, menyukarkan usaha ke arah perpaduan umat dilaksanakan sedangkan pemimpin Islam mempunyai tanggungjawab berat dalam menyatupadukan umat.
Menurut Najib, beliau sangat berpegang kepada prinsip ini kerana ia adalah seruan kitab suci Al-Quran..
“Sepanjang pentadbirannya, orang Melayu Islam di negara ini pecah kepada tiga parti atau kumpulan.
“Kini, selepas beliau bersara, beliau pecahkan lagi kepada lima dengan menubuhkan sebuah parti baru.
“Tabiat beliau ini, suka berkelahi, bersikap hipokrit, sekejap memfitnah orang lain, kemudian berbaik-baik,” tulis Najib dalam blog hari ini.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, adalah jelas Najib merujuk kepada seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berusaha untuk menumbangkannya.
Mahathir, kini adalah pengerusi parti serpihan Umno – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) – beliau menuduh Najib mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan dana awam, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.
“Beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya sedangkan beliau sendiri tidak terlepas daripada tuduhan seperti pernah dipanggil kepala perompak tetapi semua orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang pertama beliau aniayai.
“Ramai yang pernah menjadi mangsa beliau dahulu dipungut balik demi politik pada waktu-waktu tertentu,” kata Najib.
Henti berkelahi
Adalah dipercayai Najib merujuk kepada kesediaan Dr Mahathir untuk bekerjasama dengan pembangkang termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang tidak pernah sehaluan suatu ketika dahulu.

Umat Islam Malaysia Berkelahi ? Berat Dah Najib Ni ……

Menakjubkan ! Satu artikel khas dari Najib hanya untuk mengkritik Tun Mahathir.. hahaha … Tajuknya mengenai perpaduan umat Islam ( sempena hari Jumaat kot ) dan Najib menuduh Tun Mahathir sebagai punca perpecahan umat Islam ! Jom layan dulu … pendek jer.
Seorang pemimpin Islam sebenarnya mempunyai tanggungjawab berat dalam menyatupadukan umat.
 
Saya sangat berpegang kepada prinsip ini kerana ia merupakan seruan di dalam kitab suci Al-Quran.
Allah SWT berfirman, “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah bercerai-berai dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar.” Surah Al Imran, Ayat 105.
 
Jelas di sini bahawa kita sebagai umat Islam adalah bersaudara. Kerana itu, saya cuba berbaik-baik dengan parti yang majoriti ahlinya orang Islam walaupun cara politik mungkin berbeza.
 
Malangnya, terdapat seorang pemimpin lama yang menyukarkan usaha ke arah perpaduan umat dilaksanakan. Sepanjang pentadbirannya, orang Melayu Islam di negara ini pecah kepada tiga parti atau kumpulan.
 
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
 
Kini, selepas beliau bersara, beliau pecahkan lagi kepada lima dengan menubuhkan sebuah parti baru. Tabiat beliau ini, suka berkelahi, bersikap hipokrit, sekejap memfitnah orang lain, kemudian berbaik-baik.
 
Inilah yang mengakibatkan orang Islam di negara ini begitu sukar untuk bersaudara. Beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya sedangkan beliau sendiri tidak terlepas daripada tuduhan seperti pernah dipanggil kepala perompak tetapi semua orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang pertama beliau aniayai.
 
Ramai yang pernah menjadi mangsa beliau dahulu dipungut balik demi politik pada waktu-waktu tertentu.
 
Saya dengan penuh rasa rendah diri menyeru kepada semua sudah-sudahlah kita berkelahi. Marilah kita kembali bersaudara dan membentuk umat yang kuat dan berjaya.

ISA: Wajarkah salahkan Mahathir seorang?

Oleh Hanipa Maidin
Baru baru ini Buletin Utama TV3 menyiarkan berita bahawa Senator Datuk S. Nallakarupan ingin menyaman Tun Mahathir kerana menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( "ISA" ) suatu masa dahulu.
Dalam sidang akhbarnya, beliau nampaknya menyalahkan Tun Mahathir seorang sahaja berhubung isu ISA.
Hakikatnya hujah Nallakaruppan itu dikongsi oleh ramai orang khususnya pemimpin Umno.
Saya tidak kata Tun Mahathir langsung tidak bersalah dalam isu ISA ini. Namun, bagi saya, tidak adil jika kita hanya salahkan Tun sorang sorang.
Untuk rekod bukan Tun Mahathir yang memperkenalkan dan menggubal ISA. ISA digubal oleh bapa Najib dan pemimpin Umno iaitu Tun Abdul Razak. Maka Umno tidak boleh lepas tangan dari ISA.
Ya, Tun Mahathir meneruskan legasi ISA. Namun kita harus ingat Mahathir dikelilingi juga oleh menteri menteri kabinetnya yang mana setengah dari menteri yang ada sekarang juga pernah menjadi anggota kabinet Tun Mahathir seperti Najib,Nazri Aziz, Noh Omar dan Hishamuddin Hussein.
Adakah mereka pernah membantah ISA atau paling kurang mengkritik Tun Mahathir ketika mana beliau guna ( baca salah guna) ISA ke atas musuh politiknya?
Bukankah mengikut prinsip kabinet jika ada mana mana keputusan Mahathir yang tidak dipersetujui oleh menteri menteri Umno itu mereka wajib letak jawatan atas prinsip tanggungjawab kolektif ( collective responsibility). Hakikatnya menteri menteri Umno itu memang suka dengan ISA dan tidak kisah dengan kezaliman ISA.
Selanjutnya meskipun Najib batalkan ISA namun atas desakan Umno beliau masih hidupkan roh ISA melalui penggubalan akta akta yang menyerupai ISA seperti Akta Pencegahan Jenayah ( POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan ( POTA). Malahan Najib juga perkenalkan akta akta yang lebih teruk dari ISA seperti Akta SOSMA dan Akta Majlis Keselamatan Negara ( MKN).

Mahathir dakwa Najib berperanan singkir Pak Lah

Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara demokratik sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih memegang tampuk pemerintahan.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dakwaan Najib sebelum ini yang mengatakan bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan menyingkirkan beliau merupakan amalan menolak demokrasi dianggap sebgai satu kenyataan tidak berasas sama sekali.
“Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara.
“Di mana-mana sahaja dalam negara demokratik pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya,” katanya menerusi kemas kini di blog chedet.cc hari ini.
Dalam pada itu, Mahathir yang juga merupakan bekas Perdana Menteri turut mendakwa bahawa sebelum ini, Najib juga berperanan dalam menyingkirkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau tamat edah.
Beliau berkata, terdapat banyak bukti menunjukkan bahawa Najib sendiri sebagai Perdana Menteri telah menolak amalan demokrasi di negara ini.
“Yang pertama perpisahan kuasa antara pihak pembuat undang-undang (legislative) , eksekutif (pentadbir, polis dan tentera) dan penghakiman (judiciary) setelah menguasai jabatan Pendakwa Raya sudah tidak ada lagi.
“Najib telah menguasai ketiga-tiga badan ini dan ia adalah sesuatu yang bercanggah dengan amalam demokrasi,” katanya.

Bila lagi hendak lantik Mukhriz timbalan presiden PPBM, soal Khairuddin

Desakan itu dibuat ketika spekulasi pemimpin PPBM semakin tidak puas hati terhadap kepimpinan Muhyiddin.
khairuddin-mukhriz
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mempersoalkan kekosongan jawatan timbalan presiden dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun parti itu sudah 3 minggu diluluskan pendaftarannya.
Bekas pemimpin Umno yang dilihat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa ramai mengharapkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dilantik sebagai cara menarik sokongan golongan belia kepada parti itu.
“Majoriti rakyat yang buat permohonan untuk jadi ahli parti Bersatu khususnya generasi muda masih menunggu kepimpinan protem menamakan Muhkriz sebagai timbalan presiden secara rasmi, barulah ramai lagi ‘gen Y’ akan menganggotai parti Bersatu,” kata Khairuddin.
Desakan itu dibuat ketika spekulasi pemimpin PPBM semakin tidak puas hati terhadap kepimpinan Muhyiddin yang dilihat suka bertindak bersendirian.
FMT baru-baru ini memetik sumber yang mendakwa Muhyiddin juga mengenepikan Dr Mahathir dan penyokongnya, di samping tidak selesa dengan pembangkang khususnya DAP.
Khairuddin, yang terlibat daripada peringkat awal dalam pergerakan Deklarasi Rakyat yang dipimpin Dr Mahathir beberapa bulan sebelum penubuhan PPBM, memilih tidak menyertai parti baharu pimpinan Muhyiddin itu.

Tweet politik saya tak laku, kata Najib

Katanya, setiap kali beliau tweet tentang bidang sukan, respons yang diterimanya berlipat ganda.
najib-twitter
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Twitternya akan mendapat sambutan lebih meriah apabila bercakap mengenai sukan berbanding jika beliau tweet tentang politik.
“Setiap kali saya tweet tentang bidang sukan, saya dapat respons yang berlipat ganda.
“Kalau saya tweet politik, kurang dapat sambutan. Ini bermakna sukan ialah bidang popular, dekat di hati rakyat kita,” katanya pada Majlis Penghargaan Wira dan Wirawati Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 di PWTC di sini hari ini.
Pada kejohanan Olimpik Rio baru-baru ini, Malaysia berjaya membawa pulang 4 pingat perak dan 1 gangsa manakala bagi Paralimpik, 3 emas dan 1 gangsa.
Malah, katanya sukan juga boleh menaikkan mood semangat negara dan dijadikan satu bidang yang popular dalam kalangan masyarakat.
Najib yang juga presiden Umno berkata semua pihak seharusnya terus memberi penghargaan kepada mereka kerana pencapaian yang luar biasa.
“Mereka itu dijadikan iktibar, rangsangan dan inspirasi kepada kita. Bukan hanya sebagai ahli sukan.
“Tetapi kualitinya, nilai, peranan, dedikasi, fokus dan komitmennya, kalau mereka boleh berjaya dalam sukan, mereka juga boleh berjaya dalam politik dan semua lapangan.
“Saya mahu kejayaan mereka sebagai batu loncatan untuk kita raih lebih kejayaan dalam sukan,” katanya.

Jangan salahkan persepsi negatif rakyat jika kerajaan terlibat skandal


KUALA LUMPUR, 30 SEP: Rakyat tidak patut dipersalahkan kerana mempunyai persepsi negatif terhadap kerajaan kerana ia wujud disebabkan skandal penyelewengan dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan sendiri.
ong_kian_ming_650x340Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata adalah tidak adil untuk kerajaan mendabik dada apabila kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam keadaan baik, tetapi menuding jari ke arah rakyat apabila perkara sebaliknya berlaku.
“Persepsi pakar dan rakyat terhadap isu-isu penting di Malaysia termasuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah berdasarkan situasi politik dan ekonomi dalam negara.
“Jika kerajaan yang gagal mengurus ekonomi dengan baik sehingga menyebabkan kedudukan kita jatuh di peringkat dunia, mereka tidak boleh salahkan rakyat,” tegas Penolong Setiausaha DAP Selangor itu kepada Roketkini.
Dr. Ong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan bahawa kononnya aduan rakyat Malaysia antara sebab kedudukan Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2016-2017 menurun.
Laporan itu mendedahkan bahawa daya saing global Malaysia telah merosot dari tempat ke-18 tahun lalu ke tempat ke-25 daripada 138 buah negara tahun ini.

Pakatan Harapan Bakri bantah persempadanan semula


Anggota Sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Bakri menunjukkan persempadanan baru pilihan raya yang dicadangkan SPR.Anggota Sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Bakri menunjukkan persempadanan baru pilihan raya yang dicadangkan SPR.
Pakatan Harapan Parlimen Bakri, Johor mewujudkan pasukan khas bagi melaksanakan bantahan persempadanan semula kawasan pilihan raya P.145 Bakri.
Mereka mendakwa, dalam cadangan suruhanjaya pilihan raya (SPR), N.12 Bentayan akan mempunyai jumlah pengundi sebanyak 27,056 orang, N.12 Simpang Jeram (25,383) dan N.14 Bukit Naning (16,848 orang).
Dalam cadangan ini juga, SPR telah memindahkan Daerah Mengundi Bukit Treh dari N.12 Bentayan ke N. 08 Bukit Pasir dan juga memasukkan Daerah Mengundi Bandar Barat dari N. 15 Maharani ke dalam N. 12 Bentayan.
Menurut perenggan 2 (C) Bahagian 1, Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan, jumlah bilangan pengundi setiap konstituensi dalam satu negeri mestilah lebih kurang sama.
Johor mempunyai jumlah pengundi sebanyak 1,649,131 orang. Ini bermakna secara purata setiap Bahagian Pilihan Raya Negeri adalah sebanyak 29,500 orang setiap kawasan.
Menurut Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Bakri Ahmad Anwar Asyraf, tindakan SPR ini telah menjadikan komposisi demografi pengundi di dalam N.12 Bentayan tidak seimbang dan seolah-olah mempunyai motif untuk menjadikan N.12 Bentayan sebuah konstituensi yang dimonopoli oleh kaum Cina.
Justeru katanya,  pasukan khas ini akan bertemu dengan pengundi-pengundi berdaftar di setiap kawasan Dewan Undnagan Negeri (Dun) dalam Parlimen Bakri untuk memberikan penerangan.
“Pasukan khas ini juga akan mendapatkan 100 orang pengundi yang berdaftar dalam senarai pemilih menandatangani surat bantahan yang akan dikemukakan kepada SPR sebelum 14 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, sesiapa yang ingin menyuarakan bantahan dan menandatangani surat bantahan ini boleh hadir ke Pusat Komuniti Bakri-Bentayan, 22A-1, Jalan Hashim, 84000 Bandar Maharani Bandar DiRaja, Muar, Johor atau menghubungi petugas yang dipertanggungjawabkan mengikut kawasan seperti berikut:

1.3 juta rakyat tiada air: Dalang cemar loji air Semenyih akan didakwa

Pihak berkuasa masih menyiasat punca pencemaran di Loji Rawatan Air Semenyih dan ia dijangka diketahui dalam tempoh seminggu lagi.
wan-junaidi-semenyih
BANGI: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memastikan dalang menyebabkan pencemaran dan penutupan Loji Rawatan Air Semenyih diheret ke muka pengadilan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihak berkuasa giat mengesan dan mencari pihak yang “melontar batu sembunyi tangan” hingga memberi kesan kepada 1.3 juta pengguna di sekitar Lembah Klang sejak Khamis minggu lalu.
“Kita akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan kerana menjejaskan hidup orang ramai,” katanya selepas Majlis Pelancaran Anugerah Industri Hijau, hari ini.
Sehubungan itu, Wan Junaidimenggesa orang ramai tidak menuding jari kepada Jabatan Alam Sekitar, kerajaan negeri Selangor atau pihak Loji Rawatan Air Semenyih disebabkan pencemaran yang mengakibatkan penutupan loji air.
“Jangan hanya pandai menuding jari, tetapi semua pihak harus memainkan peranan bagi memastikan perkara ini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya.
Loji Rawatan Air Semenyih ditutup beberapa kali berikutan pencemaran bau. Pihak berkuasa mula mengesan pencemaran pada 22 September lalu dan segera menjalankan siasatan.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca pencemaran dan ia dijangka diketahui dalam tempoh seminggu lagi.
Kawasan terjejas ialah daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Selain UM, dua lagi universiti nafi anugerah PhD kepada Azizan

Bila penceramah motivasi terkenal Azizan Osman menerima ijazah kehormat Universiti Malaya (UM) dan siapa yang menyerahkan padanya?
Soalan itu dibangkitkan oleh bekas naib canselor UM Tan Sri Ghauth Jasmon, susulan kontroversi ijazah kehormat doktor keusahawanan yang dikatakan diberi kepada Azizan.
“Saya ingin penjelasan dari Azizan Osman bilakah tarikh beliau naik ke pentas terima ijazah kehormat ini?
“Siapakah tuanku canselor UM yang menyampaikan skrol pada Azizan dalam upacara konvokesyen itu?
“Dengan kedua-dua maklumat ini kita boleh semak dengan mudah,” tulis naib canselor kesepuluh UM itu di Facebook.
Bagi menjawab kekeliruan, UM semalam menegaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah kehormat itu kepada Azizan.
Selain UM, Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) juga menafikan nama Azizan Osman tersenarai dalam penerima yang dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.
Portal Berita Harian Online, memetik jurucakap universiti itu berkata, semakan mendapati tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti didakwa.
"Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM," katanya.
IUKL pula dalam satu kenyataan media mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan Osman.

JANGAN MENYOROK SAJA!! Mahathir Cabar Najib DAKWA Dia Di Mahkamah

'Beliau keluarkan kata-kata kesat terhadap saya' - Najib Razak

Sudah-sudahlah... dengar nasihat Subky, pinta Khalid

Khalid SamadKhalid Samad
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada veteran Pas, Subky Latif kerana menjelaskan pendirian Pas untuk tidak bersama Pakatan Harapan (PH) sekaligus membantu pakatan politik pembangkang itu untuk memperkukuhkan kerjasama bagi menghadapi BN tanpa melayan karenah Pas.
Menurut beliau, apa yang dinyatakan Subky dalam tulisannya di Harakahdaily adalah jelas dan sepatutnya membuka mata sesetengah pemimpin parti gabungan PH tentang pendirian sebenar Pas.
"Sekiranya maksud di sebalik tulisan Subky masih belum difahami, kita hanya mampu mengandaikan bahawa ada yang sengaja tidak mahu memahaminya," ujar Khalid.
Subky dalam tulisannya menasihati pembangkang agar tidak membuang masa menunggu Pas bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU14) dan menjatuhkan Perdana Menteri dan BN.
"Usah pedulikan Pas dan usah tunggu Pas!" pintanya.
Subky LatifSubky LatifMenurut Subky, kehadiran DAP dan Amanah dalam pakatan pembangkang menjadi penyebab utama Pas enggan bersama pembangkang.
"Sekalipun Mahathir dan Anwar dapat cantumkan otak mereka yang bergeliga itu, Pas tetap macam sepat tak makan pancing berumpan emas. Biar kucing bertanduk, cacing dapat telan ular, Pas bersama rakan-rakannya selesa bersendiri.
"Pembangkang buatlah apa yang patut! Jangan buang masa menunggu Pas!" tegas veteran Pas itu lagi.
Mengulas lanjut, Khalid berkata terlalu banyak masa telah terbuang menunggu Pas untuk menyertai barisan pembangkang sedangkan masa yang begitu bernilai sepatutnya digunakan untuk membina kekuatan dan kesatuan PH.

MENYINGKIRKAN NAJIB SEBELUM PRU 14 TIDAK SEHARUSNYA DIBANGKITKAN LAGI

Sehari dua ini timbul kembali isu berkaitan penyingkiran Perdana Menteri sebelum PRU 14 dan kuasa Yang Dipertuan Agong berkaitan perkara tersebut.

Ia bermula apabila seorang peguam yang rapat dengan Tun Mahathir Mohamad, Hanif Khatri Abdulla dalam sebuah forum nenyatakan bahawa Agong mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Beliau menyimpulkan bahawa sebagaimana Agong mempunyai kuasa untuk melantik, baginda juga berhak untuk memecat Perdana Menteri.

Hujah beliau bagaimanapun disanggah oleh Nazri Aziz yang mengatakan Agong tidak ada hak untuk memecat kerana pemecatan Perdana Menteri hanya boleh dilakukan oleh Parlimen.

Katanya, negara kita adalah sebuah negaa yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

Bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman juga sependapat dengan Nazri yang menyebut bahawa hanya Parlimen dan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat saja yang boleh membuatkan Najib tersingkir daripada jawatannya.

Mengapa ditimbulkan kembali isu penyingkiran Najib melalui kuasa Agong sebelum PRU 14 ini?

Bukankah sekarang ini semua kumpulan penentang Najib sudah meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti politik baru iaitu PPBM?

Untuk ada ditubuhkan PPBM jika berterusan bercakap mengenai penyingkiran Najib melalui kuasa Agong?

'Haramkan derma tunai sumber asing' - JKNMPP



Sumber asing perlu dilarang daripada membuat sumbangan wang tunai kepada parti dan ahli politik, manakala syarikat yang menerima kontrak kerajaan atau konsesi juga harus dilarang daripada membuat sebarang jenis sumbangan politik.
Ini adalah antara 32 cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).
Laporan itu diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Seri Paul Low selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut laporan itu, "sumber asing" termasuk sumbangan daripada individu, syarikat, yayasan, organisasi, persatuan atau mana-mana entiti yang berdaftar atau tidak berdaftar, yang tidak berpejabat di Malaysia.
Walau bagaimanapun, mereka hanya dilarang daripada membuat sumbangan dalam bentuk wang tunai.
Sebaliknya, syarikat-syarikat yang memperolehi kontrak kerajaan atau konsesi perlu diharamkan daripada membuat sumbangan politik secara langsung, tidak langsung atau berupa barangan, kata laporan itu, sambil menambah bahawa ini terpakai kepada semua lapisan kerajaan.
“Bagi memudahkan pematuhan, kontrak kerajaan di semua lapisan kerajaan mesti didedahkan dengan cara yang mudah diakses dan boleh dicari.
“Jika dibuktikan bahawa sebuah syarikat yang menerima kontrak kerajaan ada menyumbangkan bantuan kewangan kepada parti atau ahli politik, hukuman patut dikenakan ke atas kedua-dua syarikat dan parti atau ahli politik yang menerima sokongan,” petik laporan itu.

ANAK mahu peneroka Felda sokong perhimpunan Bersih 5


Mazlan AlimanMazlan AlimanPersatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) menyokong dan mendokong Himpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November ini di Kuala Lumpur.
Presidennya Mazlan Aliman berkata, sejak 2011 Felda diurus tadbir oeh Pengerusinya Tan Sri Isa Samad, pelbagai isu kritikal membabitkan institusi pelaburan kerajaan itu berlaku, antara sebab ANAK menyokong penuh usaha dilakukan Bersih 2.0
"Urus tadbir Felda yang bercelaru, penyenaraian FGV di Bursa Malaysia yang bermasalah, perumahan Gen 2 Felda yang terbengkalai, isu pendahuluan hasil yang tidak di bayar mengikut jadual, hutang peneroka yang kian menggunung dan berbagai lagi isu; memerlukan ANAK lebih fokus menanganinya.
'ANAK harus menggunakan sepenuh ruang dan platform untuk menyuarakan isu isu berbangkit agar mendapat perhatian Kerajaan dan sokongan masyarakat awam.
"Terdapat 54 parlimen yang mempunyai penempatan Felda di seluruh negara. Jika kefahaman dan kesedaran masyarakat Felda tidak berlaku, usaha untuk membentuk Kerajaan yang bersih amat sukar dicapai," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Bukan hak PAS lantik pengerusi Felda, kata Isa Samad

Pengerusi Felda berkata apa berlaku dalam Felda hanya pengurusan tertinggi saja yang tahu, dan PAS hanya pandai membangkang.
isa-samad-feldaPETALING JAYA: Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad membidas desakan timbalan presiden PAS supaya beliau dipecat daripada terus menerajui anak syarikat milik kerajaan itu yang didakwa sarat dengan hutang.
Isa berkata ini kerana kuasa melantik pengerusi Felda terletak dalam bidang kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bukannya PAS.
“Bukan kuasa PAS hendak lantik pengerusi, tetapi perdana menteri. PAS kerjanya pandai membangkang saja,” katanya kepada FMT.
Isa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Tuan Ibarahim Tuan Man supaya beliau ditukar susulan kegagalannya mengurus tadbir Felda dengan baik di mana yang terbaru, projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) “tergendala sedikit” kerana belum mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.
“Malapetaka Felda bermula apabila Datuk Seri Najib Razak dengan mudah menyerahkan Felda ke tangan Isa Samad. Tindakan menyenaraikan Felda Global Ventures (FGV) ke Bursa Malaysia yang kononnya dijamin keuntungan kini membawa padah.
“Kegilaan Isa berbelanja untuk projek mega dan pembelian kondominium mewah menjerat Felda ke tanah gersang dan kontang dalam aspek pengurusan kewangan,” kata PAS.

Usul Hadi kehendak Allah, ulama PAS jawab mufti

Dewan Ulama PAS berkata hanya komen positif dapat membantu usaha memartabakan mahkamah syariah.
khai-1
PETALING JAYA: PAS hari ini mengkritik Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor selepas kenyataannya menasihati umat Islam jangan cepat mengkafirkan orang kerana tidak bersetuju dengan usul presiden parti itu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
Dalam reaksinya, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali menuduh Wan Salim bercakap bagi kepentingan politik pihak tertentu.
“Nampak gaya cara bercakap mufti itu dia seolah-olah menjaga kepentingan politik parti tertentu,” katanya kepada FMT tanpa menamakan parti yang dimaksudkan.
Semalam, Wan Salim berkata RUU yang dibentangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mei lalu itu tidak boleh disama taraf sebagai undang-undang Allah kerana ia usaha manusia, dan oleh itu wujud kelemahan yang perlu diperbaiki.
Beliau turut kecewa segelintir agamawan yang dengan mudah mengkafirkan pihak yang tidak setuju dengan RUU 355.
Sebaliknya, Khairuddin berkata usul itu membantu menegakkan kehendak Allah.
“Apa kehendak Allah? Kehendak Allah ialah RUU ini memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk menghukum pesalah syariah berdasarkan syariat Allah,” kata Khairuddin.
“Adakah selama ini dengan Akta 355 yang memberi kuasa kepada mahkamah syariah menghukum pesalah syariah hanya sekadar 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan itu bertepatan dengan syariah?

Muhyiddin-Mahathir perlu tunai janji elak hilang sokongan

Penyokong Bersatu mahu melihat  gandingan  Tan Sri Muhyiddin (kiri) dan  Datuk Seri Mukhriz Mahathir  (kanan) sebagai timbalannya.Penyokong Bersatu mahu melihat gandingan Tan Sri Muhyiddin (kiri) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) sebagai timbalannya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digesa mengisi segera kekosongan jawatan nombor dua parti itu diberikan kepada Naib Presiden protemnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir seperti dijanjikan jika mahu parti itu mendapat sokongan rakyat.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ramai penyokong di peringkat akar umbi parti itu mula mempersoalkan kenapa Muhkriz belum dilantik sebagai timbalan presiden walaupun parti itu sudah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
"Hampir setiap hari saya berada di peringkat akar umbi ramai yang mahukan Mukhriz dinamakan sebagai timbalan presiden secara segera sepertimana yang diuar-uarkan dulu bahawa parti baru ini bakal diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Presiden dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusinya.
"Semua mahu jawatan nombor  dua parti Bersatu diisikan dengan melantik Mukhriz untuk menjawatnya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan mendakwa, majoriti rakyat yang buat permohonan untuk jadi ahli parti Bersatu khususnya generasi muda masih menunggu bila masanya Mukhriz akan dilantik.
"Ini janji parti Bersatu pada keseluruhan rakyat. Jawatan presiden dan pengerusi sudah pun diisikan. Mengapa masih menunggu untuk melantik Datuk Seri Mukhriz sebagai jawatan nombor dua tertinggi parti Bersatu?
"Ramai rakyat khasnya dari 'gen y' (Generasi Y) rasa agak kecewa dengan kelambatan menamakan datuk seri mukhriz," ujarnya yang lebih selesa berada di luar Bersatu dan  tidak menganggotai mana-mana parti selepas kecewa dengan kepimpinan Umno.
Khairuddin berkata, pada peringkat awal 'bayangan' diberi bahawa Mukhriz akan pikul tanggungjawab sebagai timbalan presiden untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai parti ini.
Malahan ujarnya lagi, terdapat ramai rakyat dan anak muda masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat ke atas perlantikan jawatan nombor dua parti Bersatu.

Tewaskan BN, Muhyiddin berpotensi jadi ‘pengantara’ PAS-PH

Datuk Iskandar Abdul Samad berkata 2 blok pembangkang boleh menggugat BN jika terdapat persefahaman dalam pilihan raya umum akan datang.
Datuk-Iskandar-Abdul-Samad-muhyiddin
PETALING JAYA: Kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam blok pembangkang mampu menjadi pengantara yang mengelak perlawanan 3 penjuru dengan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata pesuruhjaya PAS Selangor.
Datuk Iskandar Abdul Samad berkata bekas timbalan perdana menteri itu juga dilihat boleh menjadi penghubung di antara Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan.
Katanya, beliau tidak melihat PAS akan bersama Pakatan Harapan selagi DAP yang turut menjadi parti komponen di dalamnya masih menentang dasar perjuangan parti Islam itu, atau Amanah terus menyerang PAS.
“Muhyiddin boleh menjadi pengantara dalam rundingan untuk mengelak pertandingan 3 penjuru. Beliau boleh menjadi penghubung antara Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Muhyiddin yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata beliau yakin mampu menjadi ‘glue’ (pengikat) agar PAS kekal dengan pakatan pembangkang dalam usaha memastikan mereka tidak terlibat dalam pertandingan 3 penjuru.
Beliau baru-baru ini mendedahkan ada menemui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan perkara itu.
“Kita yakin boleh menjadi ‘glue’ kepada PAS agar terus bersama melawan BN dalam pilihan raya nanti,” katanya dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin PPBM Kelantan baru-baru ini.

APA AGAKNYA KATA HATI "GEOBBELS KECIL" TERHADAP NOH OMAR?

Pada hari yang sama ketika Abdul Rahman Dahlan menyatakan bahawa rakyat Jerman tersinggung dengan tindakan Tun Mahathir Mohamad menyamakan menteri-menteri yang gemar mempertahankan Najib Razak dengan Joseph Geobbels, Menteri Propadanda era Hitler, seorang lagi menteri, Noh Omar terus keliru mengenai identiti sebenar Malaysian Official 1 atau MO1 yang disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS.
Selepas agak  "blur" dan terdiam seketika dengan soalan wartawan mengenai perkara itu sehingga pertanyaan diulang sekali lagi, Noh kemudian berkata, "Saya pun tak tahu siapa MO1, itu awak kena tanya Jabatan Kehakiman AS."

Sebelum ini, Abdul Rahman yang namanya turut disebut dalam blog Tun Mahathir sebagai antara "Geobbels kecil" dalam era kepimpinan Najib, pernah menyatakan bahawa hanya "orang bodoh" saja yang tidak kenal siapa MO1.

Dalam temubual dengan sebuah media antarabangsa kemudiannya,  Abdul Rahman secara terus-terang menyebut MO1 ialah Najib.
Apa agaknya kata hati Abdul Rahman terhadap Noh yang masih tidak pasti siapa MO1 itu?

Apakah beliau merasakan dirinya "lebih pandai" atau Noh Omar "lebih bodoh"  daripadanya, walaupun sama-sama memegang jawatan menteri di bawah Najib? 

‘Salahkan 1MDB, bukan aduan daripada rakyat’ - Rafizi

Daya saing global Malaysia menjunam tujuh tangga adalah disebabkan oleh 1MDB, dan bukannya aduan daripada orang ramai seperti yang didakwa oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Beliau merujuk kepada Laporan Daya Saing Global (GCR) 2016-2017 Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang mendedahkan bahawa Malaysia daripada 138 buah negara telah jatuh ke tempat ke-18 daripada tangga ke-25 tahun ini,.
"Adalah semula jadi bagi Malaysia kehilangan daya saing secara berterusan selepas kucar-kacir 1MDB.
"Toksik daripada skandal 1MDB merebak di seluruh spektrum secara mendatar dan menegak - semua sektor terlibat dari pembuatan ke seni, dan setiap orang terjejas daripada yang kaya kepada yang miskin," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi yang juga adalah setiausaha agung PKR mendakwa dana awam yang sepatutnya untuk sekolah dan hospital digunakan untuk membayar hutang 1MDB, menyebabkan penurunan kualiti perkhidmatan dalam pendidikan awam dan penjagaan kesihatan.
Ini, katanya, akan menakutkan pelabur, mencetuskan tindak balas berangkai yang mengakibatkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, hasil kerajaan yang lebih kecil, dan pemotongan bajet selanjutnya.
Ong, semalam berkata aduan rakyat Malaysia adalah antara sebab kedudukan ranking Malaysia menurun.

Mereka ingat boleh main silap mata, kata Guan Eng

Perbicaraan kes rasuah Guan Eng ditetapkan 6 Disember

Ahli Umno tidak kejar kemewahan kata pemuda

SHAH ALAM - Ahli Umno berjuang demi rakyat dan bagi memastikan agenda perjuangan dicapai, bukan kerana mengejar kemewahan.
Exco Pemuda Umno, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz berkata, mana-mana pemimpin Umno yang menghabiskan masanya berkhidmat untuk rakyat dan pada masa sama fokus pada kerjaya atau perniagaan sudah tentu mendapat ganjaran dari segi wang ringgit.
Keratan akhbar Sinar Harian “Tetapi untuk mengatakan ahli Umno masuk politik kerana duit atau mahukan kemewahan, itu salah, tidak benar sama sekali.
“Tanyalah mana-mana ahli Umno di peringkat akar umbi, cawangan mahupun bahagian. Kami tidak dapat wang ganjaran selain daripada memastikan agenda umno tercapai,” katanya.
Semalam, dalam wawancara dengan Sinar Harian, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ramai pemimpin masa kini lebih memikirkan kepentingan diri daripada rakyat.
Dalam pada itu, Tengku Zuhri turut menyangkal dakwaan bahawa cara kepimpinan Umno sekarang menyebabkan berlaku perpecahan dalam parti.
Menurut Tengku Zuhri, Umno terbukti masih kekal bersatu dan kukuh. Ini terbukti hasil kemenangan pada dua PRK di Sungai Besar dan Kuala kangsar apabila parti itu peroleh kemenangan dengan majoriti lebih besar.
“Dalam mana-mana parti politik perbezaan pendapat biasa berlaku dan itu adalah hak demokrasi setiap ahli parti. Parti pembangkang juga berpecah. Perpecahan bukan perkara baharu dalam parti.
“Tengku Razaleigh juga pernah keluar dari Umno dan menubuhkan parti Semangat 46. Namun, akhirnya kembali bertaut kepada Umno. Ini membuktikan Umno masih relevan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menafikan dakwaan Ku Li yang mengaitkan kepimpinan Pas sebagai penyebab perpecahan dalam kalangan Melayu.
“Ini kerana perpecahan dalam parti boleh berlaku atas banyak faktor. Umno sendiri pernah berpecah beberapa kali.

Tak sokong IS tak bermakna anda ‘sederhana’, kata Nazir Razak

Nazir berkata imej 'sederhana' yang cuba ditonjolkan sesetengah pihal adalah palsu.
Nazir RazakKUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazir Razak semalam mempersoalkan mereka yang menggelar diri mereka sebagai golongan sederhana tetapi masih tidak bertolak ansur dengan pihak yang mempunyai perbezaan pendapat.
Bercakap pada majlis pelancaran buku “Kesederhanaan” semalam, pengerusi Kumpulan CIMB yang juga adik kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata golongan ini berfikiran tertutup dan tidak mencerminkan apa yang didakwa.
“Kita perlu menjelaskan dengan mempunyai kawan dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak menyokong IS, tidak semestinya menjadikan anda seorang yang sederhana.
“Sebenarnya, tingkah laku anda yang menentukannya,” katanya dipetik Bernama.
Nazir juga berpendapat Majlis Raja-Raja perlu menaungi Majlis Perundingan Negara (Mapen), entiti yang ditubuhkan di bawah pentadbiran ayahnya, Tun Abdul Razak pada 1970 selepas rusuhan kaum 1969.
Nazir pada tahun lalu pernah mencadangkan majlis yang sama ditubuhkan bagi menangani kemorosotan hubungan kaum akhir-akhir ini. Ia bagaimanapun disambut dingin beberapa pertubuhan sivil yang menganggap usaha perpaduan itu akan gagal sekiranya tidak ada semangat politik di pihak kerajaan.

Rafizi gesa SPR baiki sistem pendaftaran

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membaiki khidmat pendaftaran pengundi baharu.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, banyak aduan diterima mengenai ketidakcekapan sistem pendaftaran SPR yang mengecewakan orang ramai.
“Sejak Isnin lalu, Invoke (Sukarelawan Keadilan) menerima banyak aduan mengenai dua kelemahan. Pertama adalah borang SPR tidak ada ada di pejabat-pejabat pos Malaysia dengan alasan borang sudah kehabisan.
“Ada kes yang mana orang ramai terpaksa berulang ke pejabat Pos Malaysia tiga hari sebelum borang ada kembali. Masalah kedua ialah sistem atas talian (online) SPR yang selalu tergendala menyebabkan proses mendaftar undi tidak dapat dibuat,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Rafizi berkata, SPR perlu mengusahakan sistem membolehkan pemohon mendaftar secara online untuk menangani kapasiti permohonan besar.
“Ini ambil kira sistem manual mengikut borang di pejabat pos yang ada sekarang tidak cekap dan mengecewakan.
“Sistem online akan memastikan pendaftar mendapat pengesahan serta merta tanpa menunggu enam bulan seperti sekarang,” katanya.
Dalam pada itu Rafizi berkata, seramai 483 pengundi baharu telah mendaftar hasil dari  inisiatif program #UntungDaftar yang dikendalikan Invoke, sejak Isnin lalu.

Tolak pemimpin bermasalah bukti demokrasi berjalan baik


Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad Penyingkiran pemimpin tertinggi yang bermasalah bukan sahaja tidak bermakna menolak demokrasi tetapi sebenarnya menjadi bukti demokrasi sedang berjalan dengan baik kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berpendapat selagi Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, selama itulah negara ini tidak demokratik dan melaksanakan pemerintahan kuku besi yang tidak berlandasakan undang-undang.
Menulis di blognya hari ini Dr Mahathir menegaskan, perdana menteri seperti Datuk Seri Mohd Najib Razak juga pernah berperanan dalam usaha penyingkiran Tun Abdullah Badawi sebelum tamat tempoh perkhidmatannya.
"Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai Perdana Menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun," ujarnya.
Beliau menyenaraikan beberapa tindakan Najib membabitkan kumpulan perniagaan, kontraktor, akhbar, wartawan selain membelakangkan sama sekali hak rakyat dibicarakan.

"Jika rakyat atau anggota keselamatan terbunuh, “inquest” iaitu pemeriksaan akan sebab kematian oleh Majistret tidak boleh diadakan. Persoalan di mahkamah berkenaan kes juga tidak dibenar.
:Baru-baru ini apabila komen dibuat oleh seseorang berkenaan kematian seorang tokoh politik, polis menangkap orang itu tanpa waran, menyoalnya selama 12 jam, sebelum dilepas. Ketua Polis Negara dakwa bahawa waran tangkap tidak diperlukan. Siapa sahaja boleh ditangkap oleh polis tanpa waran.
"Semua ini adalah bukti jelas dan terang bahawa Najib sudah hapuskan demokrasi di Negara ini.
"Yang patut ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana mensabotaj demokrasi di Malaysia ialah Najib," tulis beliau.

Strategi politik pemimpin Umno bila tidak kisah ahli keluar parti

Kenyataan pemimpin Umno yang seolah-olah tidak kisah ahlinya keluar menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanyalah merupakan strategi politik, kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat.
"Setiap parti apabila ahlinya keluar, mereka akan risau sebenarnya. Tapi mereka tidak boleh menunjukkan kerisauan sebab situasi akan nampak lagi buruk kalau mereka tunjuk risau.
"Mereka cuba menunjukkan kepada ahli-ahli, yang nak keluar terpulang kepada mereka.
"Mereka guna istilah pembersihan, buang penyakit, buang buruk dan sebagainya supaya menampakkan parti tidak memerlukan ahli-ahli yang tidak setia. Kalau dari satu aspek, ada kebenarannya pendekatan itu," katanya seperti dipetik Sinar online hari ini.
Namun katanya, Umno tidak boleh mengelak hakikat bahawa partinya sedang mengalami perpecahan dan kemerosotan ahli.
"Kita boleh lihat sejauh mana peningkatan keahlian Bersatu dalam jangka masa enam bulan ini. Di situ kita akan lihat kesannya kepada Umno.
"Tapi ia akan mengambil masa sebab itu, formula adakan pilihan raya dalam masa terdekat itu akan menguntungkan Umno," katanya.
Beliau dalam kenyataan sama juga menyebut Bersatu bakal menerima nasib sama seperti parti serpihan Umno, Semangat 46 yang ditubuhkan pada 1988, yang bertahan hanya lapan tahun.
Katanya, dua parti serpihan itu wujud berdasarkan kepada protes terhadap kepimpinan Umno sekarang antara sebab parti baharu tidak kekal lama.
"Kerana itu parti ini tidak akan kekal lama. Parti ini akan jadi macam Semangat 46. Akhirnya kembali kepada Umno," ujarnya seperti dipetik.

Ranking tadbir urus korporat M'sia jatuh kerana 1MDB

Skandal 1MDB skandal mengheret Malaysia turun dua anak tangga ke tempat keenam dalam kedudukan Corporate Governance (CG) Watch 2016 di kalangan 11 buah negara Asia Pasifik.
Malaysia mendapat 56 mata, di belakang Singapura (67), Hong Kong (65), Jepun (63), Taiwan (60), dan Thailand (58), lapor The Edge, dengan memetik data yang dikeluarkan oleh kumpulan perbankan pelaburan CLSA dan Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia (ACGA) semalam.
Akhbar harian kewangan itu berkata ia ekoran kemerosotan 11 mata di bawah bahagian "politik dan kawal-selia", yang menafikan tujuh mata di bawah penguatkuasaan.
Dalam laporan dwitahunan tu, Pakar perunding ACGA, Benjamin McCarron berkata sementara pihaknya menaik taraf Malaysia tahun ini bagi penguatkuasaan kesalahan pasaran modal dan beberapa perubahan kawal selia dan dasar yang baik, namun krisis 1MDB telah memberi kesan sebaliknya kepada persekitaran politik dan kawal selia tadbir urus awam dan korporat.
Ini, katanya, menyebabkan penurunan yang sederhana dalam skor secara keseluruhan.
Penurunan skor 'politik dan kawal-selia' dilaporkan kerana "kekurangan dasar kerajaan yang jelas, konsisten dan kredibel mengenai CG; persepsi kurangnya keberkesanan di pihak bank pusat dalam menjalankan kuasanya; kedalaman kemahiran media dan kebebasan dalam melaporkan CG; kebebasan suruhanjaya anti-rasuah; dan sama ada kerajaan telah membuat kemajuan dalam meningkatkan standard tadbir urus awam. "
Laporan Tadbir Urus Korporat adalah berdasarkan kepada kaji selidik 95 soalan yang meliputi lima bidang: peraturan dan amalan CG; penguatkuasaan; persekitaran politik dan kawal selia; perakaunan dan pengauditan; serta budaya CG.
Setiausaha Agung ACGA, Jamie Allen dipetik oleh The Edge sebagai berkata Malaysia boleh melakukannya "lebih baik" sekiranya tidak ada isu 1MDB, dan mampu mendapat skor sama seperti Thailand.
"1MDB telah memberi kesan kepada persepsi pasaran modal Malaysia. Orang ramai bimbang tentang apa yang sedang berlaku. Apabila standard tadbir urus awam jatuh dalam tempoh jangka masa sederhana hingga jangka panjang, ia mempunyai kesan ke atas keputusan (pelaburan," kata Allen.
Sementara itu McCaron juga menulis bahawa walaupun terdapat kesan daripada krisis 1MDB di Malaysia, tetapi impak terus kewangan daripadanya, dilihat dapat dikawal.

RUU Akta 355 untuk penuhi tuntutan politik


Prof MadyaDr Shamrahayu Abdul Aziz (kiri) dan Dr Zukqarnain Lukman ketika bercakap mengenai RUU  di USIM baru-baru ini.Prof MadyaDr Shamrahayu Abdul Aziz (kiri) dan Dr Zukqarnain Lukman ketika bercakap mengenai RUU di USIM baru-baru ini.
Rang Undang-undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat lebih kepada tuntutan politik berbanding tuntutan syariah.
Peguam syarie, Dr Zulqarnain Luqman berkata, tindakan membaca usul berkenaan tanpa dibahaskan serta menangguhkan perbahasan selama lima bulan menimbulkan kontroversi dan perdebatan hangat dalam masyarakat.

Malah katanya, tindakan agamawan yang menyeru orang ramai menyokong Akta 355 adalah tidak masuk akal kerana ia belum pun dibahaskan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Datuk Seri Abdul Hadi Awang “Penyokong YB Marang memang bergerak aktif untuk ceramah di masjid-masjid, memberikan penerangan tentang Akta 355.

“Sehingga ada ustaz yang kata kalau Wan Azizah tidak sokong (RUU355) jatuh iman. Nanti tanam di jirat cina. Ini kan tak bagus. Ia masih dalam perdebatan di parlimen.

“Apa relevannya pergi ceramah RUU 355 di masjid-masjid? Ceramah di sini pun tak relevan pun sebenarnya sebab awak semua tak mengundi pun dalam Dewan Rakyat.

“Tapi sebab ini dah jadi kecoh. Kalau tidak sokong dituduh kafir,” katanya dalam forum RUU355: Matlamat Politik atau Tuntutan Syariat di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Nilai pada Rabu.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kontroversi kuliah Yang Dipertua Pas Padang Serai Shaharuddin Ibrahim yang menyifatkan ahli parlimen yang tidak menyokong RUU 355 sebagai 'jatuh akidah' (rosak akidah) dan layak dikebumikan di jirat (tanah perkuburan Cina).
Shaharuddin bagaimanapun telah menarik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Shamrahayu Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak bersetuju terhadap hukuman yang tidak ditetapkan seperti yang terkandung dalam seksyen 2A yang hendak dipinda.

LGE supporters, detractors clash briefly at graft hearing

Guan Eng hadir di mahkamah diiringi ramai penyokong

Konvoi Bersih 5 tidak gentar, sedia bertembung kumpulan baju merah


Maria Chin akan melancarkan konvoi Bersih 5 di lokasi Kota Bahru esok.Maria Chin akan melancarkan konvoi Bersih 5 di lokasi Kota Bahru esok.
Bersih 2.0 tidak gentar  dan mengingatkan kumpulan baju merah dalam kempen Merah V2  tidak melakukan kekecohan  yang dijangka akan turut sama berdemontrasi balas terhadap konvoi Bersih 5 yang bermula esok.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, jika berlaku pertembungan diharapkan kedua pihak tidak menimbulkan kekacauan kerana konvoi yang dilakukan ini secara aman.
" Konvoi Bersih 5 hingga kemuncaknya pada 19 November depan dilakukan secara aman dan mendapat permit berhimpun.
"Saya harap dia (Jamal Md Yunos) dan kumpulan baju merahnya tidak akan buat kacau bilau terhadap peserta Bersih di Lumut dan lokasi-lokasi konvoi lain kerana kami berhimpun secara aman. Jadi mereka pun kenalah berhimpun secara aman dan  tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap peserta yang berhimpun," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Jamal dan kumpulan baju merah dijadualkan akan berada di Perak jam 4 petang ini dan keesokkan pagi kumpulan ini akan bergerak ke pekan Lumut dan ke Teluk Intan.
Kumpulan baju merah ini pernah menangguhkan perhimpunan balas Bersih 4 pada 2015 kerana nasihat daripada pihak polis bagaimanapun dalam Bersih 5, beliau mahu mengabaikan sebarang nasihat diberikan polis, untuk turun berhimpun dalam  konvoi dan acara kemuncak Bersih 5 diadakan itu.

Nasib Bersatu sama macam Semangat 46?

Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka bakal menerima nasib sama dengan parti serpihan Umno, Parti Melayu Semangat 46.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, ia berdasarkan hakikat parti itu wujud atas dasar protes kepada kepimpinan Umno sekarang.
"Kerana itu, parti ini tidak akan kekal lama. Parti ini akan jadi macam Semangat 46. Akhirnya, ahli parti ini akan kembali kepada Umno.
Logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) "Ini protes dalaman jadi mereka memberi teguran secara tidak langsung kepada parti bahawa kalau parti tidak melakukan perubahan, maka ahli Umno akan berkurangan," katanya kepada Sinar Online.
Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah ditubuhkan tahun 1988 dan sempat bertahan selama lapan tahun apabila ia dibubarkan pada Mei 1996 dan beliau kembali bersama Umno.
Sementara, Bersatu yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ditubuhkan awal bulan ini selepas kira-kira sebulan membuat permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Dalam pada itu, menurut Samsu Adabi, kenyataan pemimpin Umno yang seolah-olah tidak kisah ahlinya keluar menyertai Bersatu hanyalah merupakan strategi politik.
"Setiap parti apabila ahlinya keluar, mereka akan risau sebenarnya. Tapi mereka tidak boleh menunjukkan kerisauan sebab situasi akan nampak lagi buruk kalau mereka tunjuk risau.
"Mereka cuba menunjukkan kepada ahli-ahli, yang nak keluar terpulang kepada mereka.
"Mereka guna istilah pembersihan, buang penyakit, buang buruk dan sebagainya supaya menampakkan parti tidak memerlukan ahli-ahli yang tidak setia. Kalau dari satu aspek, ada kebenarannya pendekatan itu," katanya.
Namun katanya, Umno memang tak boleh mengelak hakikat bahawa partinya memang sedang mengalami perpecahan dan kemerosotan ahli.
"Kita boleh lihat sejauh mana peningkatan keahlian Bersatu dalam jangka masa enam bulan ini. Di situ kita akan lihat kesannya kepada Umno.
"Tapi ia akan mengambil masa sebab itu formula adakan pilihan raya dalam masa terdekat itu akan menguntungkan Umno," katanya.

Agong tiada kuasa pecat PM, kata bekas peguam negara

Beliau tidak setuju pendapat peguam Dr Mahathir yang berkata Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan kuasa Agong untuk melantik dan melucutkan PM.
Mohamed Haniff Khatri AbdullaKUALA LUMPUR: Perdana menteri tidak boleh dilucutkan oleh Agong, sebaliknya ia perlu melalui proses Parlimen yang sedia ada atau keputusan mahkamah, menurut bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman.
“Sama ada perdana menteri kekal atau tidak diputuskan majoriti wakil rakyat,” katanya kepada FMT, menjawab tafsiran perlembagaan peguam Haniff Khatri Abdulla baru-baru ini.
Dua hari lalu. Haniff, peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan kuasa Agong untuk melantik PM “termasuk kuasa untuk pecat”.
Kenyataan Haniff itu sebelum ini turut disanggah Datuk Seri Nazri Aziz yang pernah memegang portfolio menteri undang-undang.
Nazri berkata Agong hanya boleh memecat PM sekiranya hilang sokongan majoriti di Parlimen.
Abu Talib berkata undi tidak percaya perlu diadakan di Parlimen bagi tujuan menyingkir PM.
Menurutnya, PM juga boleh disingkir sekiranya majoriti ahli Parlimen memaklumkan kepada Agong mereka tidak lagi menyokong kepimpinan PM.

Dr M dakwa Najib 'sabotaj demokrasi'

Tatkala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa lawannya cuba untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi, pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata apa yang berlaku sekarang ialah Najib menolak demokrasi
"Najib mendakwa bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirnya bermakna menolak demokrasi. Dakwaan ini tidak berasas sama sekali. Sebenarnya ia menjadi bahan ketawa.
"Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara," kata Mahathir dalam catatan di blognya semalam.
Bekas perdana menteri itu berkata ini dilihat berlaku di Australia, AS, UK dan Brazil di mana pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya.
"Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai perdana menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun," kata Mahathir.
Beliau mendakwa antara contohnya ialah ketiadaan pemisahan kuasa kerana Najib kini kuasai legislative (perundangan), eksekutif dan kehakiman (judiciary), manakala ahli Parlimen didakwanya terpaksa akur dengan kehendak perdana menteri.
Ini mengakibatkan ketidakupayaan untuk membawa undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen.
Beliau mendakwa bahawa pegawai eksekutif seperti pentadbir, polis dan tentera serta media tidak bebas menjalankan tugas mereka kerana Najib mengikat tangan mereka atau berdepan dengan akibatnya.
Mahathir juga berkata bahawa Akta Keselamatan Negara 2016 yang baru diperkenalkan, tidak membolehkan inkues diadakan sekiranya seorang warganegara atau seorang anggota pasukan keselamatan terbunuh.

Muhyiddin temui Hadi, yakin boleh jinakkan PAS

Muhyiddin dijangka menyertai program PAS esok, walaupun pendirian parti itu masih samar sama ada mahu bekerjasama dengan PPBM.
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin beliau boleh menjadi “glue” (pengikat) agar PAS bersama dengan pakatan pembangkang, dalam usaha memastikan pembangkang tidak terlibat dalam perlawanan 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin baru-baru ini mendedahkan beliau menemui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membincangkan perkara itu.
“Kita yakin boleh menjadi ‘glue’ kepada PAS agar terus bersama melawan BN dalam pilihan raya nanti,” katanya dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin PPBM Kelantan baru-baru ini.
Esok, bekas timbalan presiden Umno itu dilaporkan akan tampil di atas pentas PAS buat julung kalinya, dalam program anjuran PAS Terengganu.
Muhyiddin dijadual menyampaikan ceramah pada program “Himpunan Harapan Semua” itu bersama Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali.
Walaupun rata-rata Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah bersetuju bekerjasama dengan PPBM, pendirian PAS dilihat masih samar, dengan tiada keputusan jelas dari pucuk pimpinan sama ada ia akan mengadakan kerjasama dengan parti yang berusia kurang sebulan itu.
PAS dilihat kurang senang dengan kehadiran DAP dan Amanah, sementara masih menjalinkan hubungan dengan PKR.
PKR juga terus berusaha memujuk PAS agar terus bersama pembangkang bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum yang perlu diadakan pada 2018.
Kontroversi yang dicetuskan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah peta pilihan raya, yang dilihat pembangkang satu langkah memenangkan BN, turut mendatangkan kesan kepada PAS.
Ini kerana walaupun PAS dilihat semakin mesra dengan Umno, kepentingan politiknya akan terjejas sekiranya persempadanan semula SPR diluluskan, termasuk di kawasan yang diwakili Hadi di Marang, Terengganu.
Pusat kajian di bawah kerajaan Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) baru-baru ini berkata BN boleh dikalahkan pada pilihan raya dengan syarat pembangkang berdepan satu lawan satu.
Timbalan Pengerusi IDE, Datuk Dr Redzuan Othman berkata pertandingan 3 penjuru akan menguntungkan BN walaupun dengan peta pilihan raya sedia ada.
PPBM Kelantan

GE14 - Najib confident, Ambiga also confident (1MDB, Malaysia, Election)

SALAH SIAPA!! Rakyat Johor DIPERBODOHKAN,Beli Air Pada SINGAPURA

BUKAN BOHONG!! Najib Pernah TUNJUK Bil BOTOX ROSMAH 1Juta Pada Muhyiddin

Selepas Najib - Anwar / Muhyiddin / Zahid Hamidi

PAS desak tukar pengerusi Felda sebelum lebih parah

Kantung Felda sudah menyusut, semua projek dalam keadaan tergantung dan Felda juga gagal membuat pembayaran hasil sawit kepada peneroka, dakwa Tuan Ibrahim Tuan Man
tuan-ibrahimPETALING JAYA: Kegagalan urus tadbir pengurusan tertinggi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyebabkan peneroka tertekan dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad perlu ditukar sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Felda mula menghadapi masalah selepas Isa dilantik.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersama Pengerusi Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Roslan Md Isa.
Mereka mengulas wawancara Isa dengan New Straits Times semalam yang melaporkan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) “tergendala sedikit” kerana belum mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.
“Malapetaka Felda bermula apabila (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dengan mudah menyerahkan Felda ke tangan Isa Samad. Tindakan menyenarai Felda Global Ventures (FGV) ke Bursa Malaysia yang kononnya dijamin keuntungan kini membawa padah.
“Kegilaan Isa Samad berbelanja untuk projek mega dan pembelian kondominium mewah menjerat Felda ke tanah gersang dan kontang dalam aspek pengurusan kewangan,” kata mereka hari ini.
Semalam, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman menggesa supaya Kerajaan Pusat mengambil alih projek PBGF yang dilihat berdepan masalah.
Kata Mazlan, kerajaan yang sepatutnya mengendalikan projek ini manakala Felda pula selaku pemudahcara untuk peneroka mendapatkan rumah.

Syarikat Azizan Osman ambil serius penafian UM

Richworks International Sdn Bhd memohon penjelasan lanjut Universiti Malaysia (UM) susulan penafian institut pendidikan itu bahwa penceramah motivasinya Azizan Osman tidak pernah dianugerahkan gelaran ijazah kehormat doktor keusahawanan.
“Merujuk kepada kenyataan akhbar dari Universiti Malaya, kami ingin memaklumkan bahawa kami mengambil perkara ini secara serius.

“Kami juga telah memohon untuk penjelasan lanjut dan sebaik sahaja proses ini berakhir, kami akan memaklumkan secara umum,” menurut kenyataan Richworks sebentar tadi.
Susulan perbincangan hangat di media sosial, UM hari ini menegaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah kehormat doktor keusahawanan kepada Azizan.
Universiti itu berharap penjelasan diberikan dalam menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat.

Dalam laman web syarikatnya, Azizah diperkenal sebagai pemilik “PhD (Hon) Entrepreneurship (UM)”.
Richworks turut berkata pihaknya kesal atas kesulitan yang mungkin berlaku dan menegaskan mereka akan tetap komited “memberikan nilai yang tertinggi kepada pelanggan dan rakan sekutu kami”.
“Kami sangat menghargai kesetiaan dan sokongan mereka dan kami akan menangani perkara ini dengan sebaik mungkin,” menurut kenyataan itu lagi.

Azizan turut terkenal sebagai usahawan dan penulis.
Malah, beliau dikatakan pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai penganjur seminar motivasi terbesar di Malaysia.

Sabotaj bekalan air, kakitangan Air Selangor digantung

Pekerja tersebut digantung daripada tugas pada 6 September lepas berhubung kejadian bekalan air terjejas pada 1 September lalu.
air-selangor-2KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menggantung seorang pekerjanya kerana disyaki terlibat dalam perbuatan khianat yang menyebabkan gangguan bekalan air hingga menjejaskan 340,000 pengguna di Klang dan Petaling 1 September lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman berkata pekerja tersebut digantung pada 6 September lepas manakala laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada 9 September lalu.
Katanya, laporan siasatan juga dikemukakan kepada Suruhjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
“Gangguan itu menjejaskan lebih 39,000 akaun di 24 kawasan di Klang dan 29,000 akaun di 27 kawasan di Petaling, terutamanya di kawasan Sime UEP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekalan air kembali pulih pada 2 September lalu.
Suhaimi berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin atau memecat pekerja yang didapati terlibat dalam perbuatan khianat.
Air Selangor akan memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan mengelakkan sebarang kejadian gangguan bekalan air akibat kecuaian pekerja, katanya.

Rafizi kata fundamentalisme agama di Malaysia bukan salah Anwar

Mereka yang menuduh Anwar sebagai penyebab fundamentalisme agama jahil fakta, kata Setiausaha Agung PKR itu
rafizi-anwar
PETALING JAYA: Rafizi Ramli menepis dakwaan seorang aktivis yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab untuk penularan fundamentalisme agama di Malaysia, lapor Malay Mail Online.
Sebaliknya, Setiausaha Agung PKR itu bertanggungjawab untuk “pandangan Islam yang tidak melampau” di negara ini.
“Saya tidak bersetuju dengan pandangan (aktivis) itu kerana jelas ketiadaan kepimpinan Islam yang tidak melampau dalam masyarakat pada ketika ini membuka ruang kepada versi yang berkonfrontasi atau kurang inklusif.
“Sebenarnya, lantaran tiada lagi pertemuan dan kepimpinan Islam gaya Anwar yang menyebabkan kita dalam keadaaan sekarang ini,” kata Rafizi menurut laporan itu.
Ahli Parlimen Pandan menjawab dakwaan aktivis dan peguam Siti Kasim minggu lepas yang mendakwa Anwar bertanggungjawab membawa Islamisasi ke Malaysia.
Malah, Siti Kasim akui beliau adalah “orang paling gembira” apabila Anwar “ditangkap”.
Rafizi menegaskan Anwar seorang Islamis sederhana yang kekal dalam pendirian toleransi walaupun Revolusi Iran 1979 menguja pemikiran yang lebih keras terhadap Amerika Syarikat dan bukan Islam dalam kalangan penganut Islam seluruh dunia.
Anwar, katanya, menonjolkan jenama kepimpinan Islam yang tidak berkonfrontasi dan menerima perbezaan pandangan.
“Orang yang mengatakan Anwar bertanggungjawab untuk keadaan hari ini jelas jahil fakta dan latar belakang zaman itu,” katanya menurut MMO.

Biar cacing dapat telan ular, Pas tetap tidak bersama pembangkang, tegas Subky


Subky LatifSubky Latif
Pembangkang khususnya Pakatan Harapan dinasihatkan supaya tidak membuang masa menunggu Pas bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU14) dan menjatuhkan Perdana Menteri dan BN.
Nasihat itu diutarakan veteran Pas dan bekas pemimpin utama parti itu, Subky Latif.
"Usah pedulikan Pas dan usah tunggu Pas!" pintanya dalam artikel yang diterbitkan Harakahdaily.
   
Menurut Subky, Pakatan Harapan kini mempunyai tiga parti gabungan yang sama bilangan dengan Pakatan Rakyat yang 'ditinggalkan' Pas dan kedudukannya sama dengan  Pakatan Rakyat bagi tahun 2008 hingga 2013.
   
Tambah beliau, tentangan terhadap BN juga dikuatkan dengan kehadiran parti baru yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Dari menyindir dan mengata Pas begitu dan begini, membuang masa pembangkang saja. Tiada apa gunanya memikirkan Pas dipercayai atau tidak jika diadakan perbincangan dengannya bagi mengajaknya bersama," ujarnya.
Penulis prolifik itu juga mendakwa Pas telah membuat keputusan tegas bila membatalkan kerjasama politik dengan DAP dan nekad untuk menghadapi untung rugi politik daripada keputusan itu.
Malah selagi DAP dipimpin oleh Lim Kit Sing dan Lim Guan Eng, beliau yakin kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan parti itu tidak akan disambung semula.
   
Kehadiran kumpulan bekas pemimpin dan ahli Pas yang dianggap "pemberontak dan meninggalkan jamaah" dalam barisan pembangkang juga, jelasnya menjadi faktor utama mengapa Pas enggan menyertai blok pembangkang.
"Mana logiknya jamaah dapat duduk bersama dengan kumpulan yang meninggalkannya duduk bersama bagi menghadapi/mencari kebaikan bersama sedang tanpa mengaku mereka bersalah?
   
"Sekalipun mereka 100 peratus betul bertindak memecah parti, tetapi yang dibangsakan meninggalkan jamaah, tetapi dikira salah oleh jamaah yang ditinggalkan. Maka harapan jamaah untuk duduk sebagai abang adik adalah tidak mungkin," katanya.
Subky membuat kesimpulan bahawa selagi DAP dan 'pelarian Pas' (yang membentuk Amanah) berada dalam pakatan pembangkang, Pas tidak akan menjadi sebahagian daripadanya.
"Mungkin dalam dua keadaan Pas boleh kembali ke pangkuan Pakatan. Pertama, DAP sedia terima perjuangan menegakkan hudud yang tidak melibatkan bukan Islam. Dan kedua tolak penyertaan pemberontakan Pas dalam gabungan pembangkang," ujarnya.

Perkasa percaya hanya Raja-raja Melayu boleh satukan umat

Kerana tiada parti politik, badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan yang mendapat kepercayaan penuh rakyat.
perkasa-raja-melayu
PETALING JAYA: Persatuan Pribumi Perkasa percaya hanya Majlis Raja-raja Melayu yang mampu menangani masalah perpecahan umat Islam negara ini dan menyatukan mereka di bawah satu payung organisasi.
Ketua Penerangan Perkasa Hassan Basri Muhammad berkata hanya Majlis Raja-raja Melayu yang mendapat kepercayaan penuh umat Melayu dan Islam untuk menemukan semua pihak yang berlawanan.
“Masalah perpaduan dan perpecahan umat Islam hanya mampu ditangani oleh satu institusi utama negara yang ada autoriti besar, tambahan pula ia membabitkan hal Melayu dan Islam.
“Institusi yang dimaksudkan ialah Majlis Raja-raja Melayu,” kata Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
Perkasa seterusnya mencadangkan penubuhan urusetia Majlis Ukhwah Islamiah Malaysia (MUIM) yang akan dianggotai semua parti politik dan badan bukan kerajaan Melayu Islam, serta agensi kerajaan.
Perkasa mencadangkan majlis itu dieletak di bawah Majlis Raja-raja Melayu, dan dipengerusi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
“Tugas utama mengenalpasti punca utama perpecahan dan kaedah menangani ke arah perpaduan dan sepastinya Perkasa meyakini penubuhan ini tidak terikat dengan agenda tertentu,” tambah Hassan.
Perkasa merujuk kepada kewujudkan parti politik berasaskan Melayu dan Islam dan badan bukan kerajaan berkaitan, perpecahan antara mazhab dan pelbagai aliran fahaman agama.
“Ditambah lagi perpecahan dengan wujudkan fahaman sesat seperti fahaman liberalisme, hak persamaan gender, kebebasan sex dan pelbagainya.”
Pendirian Perkasa ini menjawab kenyataan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Datuk Mahmood Zuhdi Abd Majid hari ini yang mencadangkan Yayasan Dakwah Malaysia (Yadim) supaya mendapatkan semula sokongan parti politik seperti Umno dan PAS selaras agenda penyatuan ummah.
Mengiktiraf hasrat itu, Perkasa bagaimanapun menolak cadangan Mahmood sebagai sempit.
“Apakah beliau melihat dan beranggapan dan memandang mudah kepada parti Islam lain dan juga badan bukan kerajaan yang keahliannya ratusan ribu?

RAHMAN DAHLAN, MENTERI JERMAN?

Agak menggelikan hati apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan, salah seorang menteri propaganda Najib Razak menyatakan bahawa persamaan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad antara Joseph Goebbels dengan mereka yang selalu mempertahankan Perdana Menteri sebagai  menyinggung perasaan Jerman.

Kata Abdul Rahman, kritikan Tun Mahathir tentang persamaan itu menyinggung perasaan Jerman, lebih-lebih lagi kerana kerana ia dilontarkan ketika Najib mengadakan lawatan rasmi ke negara tersebut.

Beliau telah menimbulkan kebencian dan menyinggung banyak perasaan di Jerman, negara yang membawa kumpulan pelaburan Eropah terbesar ke Malaysia tahun lalu, kata Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik BN.
Dalam tulisannya di blognya semalam, Tun Mahathir menyamakan pemimpin-pemimpin UMNO yang mempertahankan Najib umpama "Goebbels kecil"  kerana berkelakuan seperti Joseph Goebbels, Menteri Propaganda era Hitler yang peranannya ialah mentransformasi segala yang buruk yang dilakukan Nazi supaya ternampak bukan saja baik, tetapi juga mulia.

Malangnya, kata bekas Perdana Menteri itu lagi, tiada sesiapa yang mempercayai gambaran yang cuba dilakukan Goebbels itu yang akhirnya bukan saja membuatkan rejim Nazi dan Hitler ditolak, malah Geobbels bersama isteri dan anak-anaknya juga membunuh diri.

Dengan Tun Mahathir turut menamakan Abdul Rahman sebagai antara "Geobbels kecil"  tersebut, orang yang sepatutnya tersinggung ialah Abdul Rahman sendiri, bukannya rakyat atau negara Jerman.

Nazri kata Agong tiada kuasa pecat PM

Najib Razak tidak boleh dipecat selagi mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen, jelas bekas menteri undang-undang
nazri-istana-1PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz menyangkal dakwaan Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan untuk memecat perdana menteri.
Menjawab tafsiran Perlembagaan peguam Haniff Khatri Abdulla, Nazri memberitahu FMT yang Agong hanya boleh memecat perdana menteri yang kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen.
“Perlembagaan menyatakan Agong melantik seorang perdana menteri berdasarkan sokongan yang diterima di Parlimen.
“Selagi beliau ada sokongan majoriti ahli Parlimen, beliau tidak boleh dipecat.
“Agong tidak ada kuasa untuk memecat perdana menteri begitu sahaja. Sekali lagi, proses perlu dimulakan di Parlimen.”
Haniff, yang merupakan peguam kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, malam tadi berkata Perlembagaan menyatakan “kuasa untuk melantik termasuk kuasa untuk pecat”.
Menyokong hujahnya, Haniff berkata Perkara 29 Jadual 11 Perlembagaan menyebut “undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan individu yang digantung sedemikian”.
Oleh itu, jika Yang di-Pertuan Agong percaya dakwaan pembangkang yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan kesalahan jenayah, maka baginda boleh memecat perdana menteri dan melantik orang lain untuk mengambil alih jawatan itu, jelas Haniff.
Nazri membetulkan tafsiran itu, dengan menjelaskan Agong hanya boleh menggantung atau memecat Najib hanya jika undi tidak percaya terhadapnya berjaya dilakukan.