Rabu, 28 September 2016

Jamal: Bersih = ISIS?... Udang ada Otak, Manusia tak ada (Khairuddin, Ali Tinju)

Bersih 5.0 vs Bodoh x 5.0 (Jamal Yunos, Maria Chin, Malaysia)

PAS tidak akan kerjasama dengan DAP dan sekutunya, kata Nasrudin

Nasrudin berkata, PAS tidak akan berundur daripada kerusi tradisinya dan parti pembangkang lain yang patut dipersalahkan kerana bertanding di kerusi sama sehingga menyebabkan pertandingan 3 penjuru berlaku.
nasruddin-pas-dap
PETALING JAYA: Usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatukan semua parti pembangkang di bawah 1 pakatan besar mungkin gagal, disebabkan keengganan PAS bekerjasama dengan DAP.
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, parti Islam itu sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berhasrat membawa pembaharuan kepada negara, namun ia tidak akan mengulangi kesilapan sama untuk bekerjasama dengan DAP.
“Kita tidak boleh bersama DAP dan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP. Ini adalah satu penegasan yang dibuat presiden parti, kerana kita mempunyai sejarah yang cukup untuk mengajar kita kenapa kita membuat pendirian sedemikian.
“Kita tidak mahu pengalaman lalu berulang kembali yang pastinya akan menyusahkan PAS dan mengganggu matlamat perjuangan PAS.
“Sehingga hari ini, DAP masih tegar untuk menentang dasar Islam yang diperjuangkan PAS dan mereka yang bersama DAP, ertinya mereka bersetuju dengan sikap yang diambil DAP terhadap PAS. Bagaimana kami nak bersama dengan mereka?” soalnya ketika dihubungi FMT hari ini.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Temerloh itu berkata, PAS sentiasa mengalu-alukan mereka yang mahu menggerakkan perubahan menyeluruh dengan budaya politik matang dan sejahtera yang dibawakan parti itu.
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pembentukan 1 pakatan pembangkang yang besar bagi memastikan pertandingan 1 lawan 1 dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, kerana pertandingan pelbagai penjuru hanya memanfaatkan BN.
Nasrudin berkata, PAS tidak akan berundur daripada kerusi tradisinya dan parti pembangkang lain yang patut dipersalahkan kerana bertanding di kerusi sama sehingga menyebabkan pertandingan 3 penjuru berlaku.
“PAS akan bertanding di kerusi PAS. Kalau ada pihak lain masuk di tempat kerusi PAS, maka kenapa PAS disalahkan, patutnya pihak lain yang kena berundur,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad pula berkata, parti itu bersedia mengetepikan perbezaannya dengan PAS demi kebaikan negara.

Dr Mahathir tidak percaya Gani Patail

Bekas perdana menteri itu menyifatkan kenyataan bekas peguam negara sebahagian daripada usaha untuk memperbaiki imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
mahathir-gani
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak percaya dengan kenyataan Tan Sri Gani Patail yang mengatakan perdana menteri berhak menamatkan perkhidmatan peguam negara, dan pemberhentiannya mengikut aturan kerajaan.
Malah, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu juga tidak percaya yang bekas peguam negara itu tidak dianiaya.
“Kenyataan ini amat berbeza dengan kenyataan yang dibuat sendiri olehnya sejurus selepas hilang jawatan. Oleh itu orang ramai yang tahu akan kepercayaan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) bahawa “Cash is King” menolak kenyataan baru ini.
“Mereka menjangka banyak dedak yang diguna, selain dari ugutan-ugutan. Mereka yang bersama Najib pun tidak percaya akan kenyataan baru Gani Patail, walaupun mereka tidak berani menyatakan apa yang terbuku dalam hati mereka,” kata Dr Mahathir di blognya hari ini.
Bekas perdana menteri itu menyifatkan kenyataan Gani sebahagian daripada usaha untuk memperbaiki imej Najib, yang dikaitkan kepada dakwaan melesapkan berbilion ringgit wang 1Malaysia Developmenet Berhad (1MDB).

'Goebbels kecil', terima kasih kerana berjaya tipu Najib

Bawah pemerintahan Nazi di Jerman, menteri yang terkenal sekali ialah Joseph Goebbels, menteri propaganda.

Tugasnya ialah mentransformasikan segala yang buruk yang dilakukan oleh rejim Nazi supaya ternampak bukan sahaja baik tetapi mulia.
Malangnya selain orang Nazi, tiada siapa pun yang mempercayai gambaran yang cuba dipamerkan oleh Goebbels dan kementeriannya.

Sudah tentu dunia luar menolak bulat-bulat propaganda berkenaan Hitler dan rejim Nazi-nya.

Akhirnya Goebbels (gambar) bukan sahaja membunuh diri tetapi juga isteri dan anak-anaknya. Ia tidak dapat menafikan kekalahan rejim Nazi.
Sejak Najib Razak dituduh melesapkan berbilion ringgit wang 1MDB (duit rakyat), ramailah Goebbels kecil yang ditugaskan memperbaiki imej Najib dengan berbagai jenis penjelasan dan dakwaan.
Yang baru dan bukan terakhir ialah dakwaan oleh Gani Patail, bekas peguam negara bahawa dia tidak dianiaya tetapi sebaliknya pemberhentiannya mengikut aturan-peraturan kerajaan dan memang pun perdana menteri berhak untuk menamatkan khidmatnya.
Kenyataan ini amat berbeza dengan kenyataan yang dibuat sendiri olehnya sejurus selepas hilang jawatan.

Oleh itu orang ramai yang tahu akan kepercayaan Najib bahawa “cash is king” menolak kenyataan baru ini.
Mereka menjangka banyak dedak yang diguna, selain dari ugutan-ugutan.

Mereka yang bersama Najib pun tidak percaya akan kenyataan baru Gani Patail, walaupun mereka tidak berani menyatakan apa yang terbuku dalam hati mereka.
Percubaan membersih Najib ini adalah satu pembaziran kerana tidak dapat mengubah barang sedikit pun kepercayaan mereka dalam Negara bahawa Najib memang bersalah seperti dituduh.
Sejak skandal 1MDB, banyaklah percubaan oleh Najib untuk membersihkan diri dengan cara ini.

Ratusan Ribu Baju Merah Akan Turun Lawan Bersih 5 Sembang Jamal

Jamal: Baju Merah Akan 'Gegar' Pulau Pinang

GHAH : Tindas rakyat, mansuhkan Akta Hasutan segera

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) kecewa dengan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini ke atas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Penyelarasnya, Amir Abd Hadi, berkata menyatakan pendapat tidak seharusnya dijadikan jenayah walau mungkin pendapat itu kadang kala berbeza dengan yang lain.

14520375_1372561289423888_3572185202898846008_n“Selepas hampir empat tahun berlalu hingga kini tiada yang terhasut, malah tiada kacau bilau berlaku.
“Hal ini membuktikan ‘kecenderungan menghasut’ di dalam akta hasutan itu sendiri terbuka kepada tafsiran terlalu luas,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara dan denda RM1,800 ke atas Tian Chua yang didakwa menghasut rakyat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum (PRU) ke 13.
Keputusan dibuat Hakim Zulqarnain Hassan selepas pihak pendakwa berjaya membuktikan tuduhan ke atasnya.
Tian Chua didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, apabila dikatakan berucap pada sebuah program di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei 2013.
Begitupun, keputusan itu tidak menjejaskan kelayakan Tian Chua sebagai wakil rakyat.
Turut sama dihadapkan ke mahkamah ialah Hishammuddin Rais, Adam Adli, Safwan Anang, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim.
Amir berkata, akta drakonian itu digubal penjajah British sebulan selepas darurat diisytiharkan pada 20 Jun 1948 yang membuatkan hampir 30,000 rakyat Tanah Melayu ketika itu ditangkap dan dipenjara.
“Jelas menunjukkan akta ini diguna penjajah menutup kritikan dan menindas rakyat dan kita tak memerlukannya. Mansuh akta hasutan segera,” katanya.

Mencari PM sementara sebelum Anwar keluar

MSO

Semua orang masing-masing ada tokoh untuk dilantik menjadi perdana menteri. Ini menunjukkan jawatan itu menjadi perhatian semua orang. Keupayaan atau pun keinginan untuk melantik seseorang jadi perdana menteri ini samalah keadaanya atau keinginan seorang lelaki yang hendak berkahwin.

Kerana hanya berdasarkan fitrah lelaki harus berkahwin maka dia juga hendak berkahwin walaupun tidak menyedari kelemahan dan kekurangan yang ditanggugnya.

Tidak mengapalah, keinginan dan cita-cita sebegitu adalah hak asasi seseorang. Cuma hendak diingatkan lelaki yang hendak dikahwinkan itu mestilah benar-benar berkamampuan dari segi zahir dan bathin.


Masih relevan jadi PM walaupun dipenjara.
Bagi orang politik pula kehendak atau niat mereka untuk mengangkat seseorang jadi perdana menteri itu adalah hak dijamin demokrasi. Sesiapa sahaja boleh bermimpi untuk diletak di kerusi berkenaan. Tidak salah. Cuma apakah dia atau orang yang hendak dilantik itu mampu, berkebolehan atau tidak. Lebih penting lagi apakah ia diterima oleh rakyat kebanyakan?

Tidak ada guna kalau kita paksa orang untuk berkahwin atau mencari jodoh buatnya, bina pelamin dan sebagainya kalau keupayaan untuk dia berkahwin dan memasuki alam sunnah itu tidak ada. Ia tidak akan dapat menzahirkan zuriat. Ertinya usaha itu akan sia-sia sahaja.

Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah mencadangkan (menyebut) Muhyiddin Yassin akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan yang disertai partinya (PPBM) menang. Itu cita-cita dan kehendak Dr Mahathir secara peribadi bukan suatu konsesus.

Tidak ada siapa pun tidak boleh membantahnya atau merendah-rendahkan kualiti Muhyiddin untuk jadi PM.  Peluang Muhyiddin jadi TPM beberapa tahun di bawa Najib Razak cukup baik dan sebagai latihan buat Muhyiddin. Mungkin Dr Mahathir membuat cadangan itu mengambil kira apa yang berlalu itu?

Kita hormati pilihan Dr Mahathir itu. Dan marilah kita memasukkan nama Muhyiddin sebagai salah seorang calon PM.

Selepas Mahathir mencadangkan Muhyiddin, Saifuddin Abdullah melontar agar Pakatan Harapan melantik PM intrim sekiranya pakatan itu menang. Idea Saifuddin itu tumbuh selepas Dr Mahathir bercakap mengenai mauduk itu. Beliau tidak menyebut nama tokoh dicadangkan itu dan menyerah kepada PH, tetapi konotasi cadangan itu memberi isyarat bahawa calon pilihan Saifuddin adalah Anwar Ibrahim.

Baginya sebelum Anwar keluar dan dibebaskan dari penjara maka harus ada satu nama sebagai PM. Apakah nama itu sama dengan cadangan Dr Mahathir itu? Boleh jadi jika diambil kira rahim yang melahirkan Saifuddin ke atas dunia sama dengan Muhyuddin, yakitu Umno.

Kalau itu Saifuddin tampak (Anwar PM de facto) maka dia memiliki mata zahir dan hati sama dengan saya. Saya juga telah nampak Anwar sebagai orang selayaknya menjadi PM selepas Najib. Tetapi apa boleh buat beliau kini dalam penjara menyebabkan peluang itu ternafi. Maka itu Saifuddin menyebut nama orang lain buat sementara.

Anak Zahid tampil pertahankan ayah

Nurulhidayah akui bahasa ayahnya tidak bergaya seperti 'mat salleh Malaysia'
zahid-UN-2
PETALING JAYA : Anak timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah hari ini tampil mempertahankan ayahnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikritik orang ramai kerana kesalahan bertutur ketika berucap kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Nurulhidayah berkata, ayahnya tidak mempunyai ‘bahasa bergaya’ untuk menarik perhatian gaya ‘mat salleh Malaysia’.
“Tetapi bagi saya, dia adalah seorang lelaki bergaya yang berani bercakap dan mempertahankan apa yang dia percaya dan memberikan yang terbaik sebagai timbalan kepada perdana menterinya. Itu yang penting,” katanya menerusi Instagram miliknya.
Sebelum ini, Zahid dikritik kerana kesalahan bertutur ketika mewakili di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan PBB (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.
Malah, Zahid turut tersilap menyebut Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Malaysia.
Pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji keberanian Zahid selain memberi kata-kata dorongan.

PKR tanya PM: Mana janji manis dulu?

Hari ini mencatatkan satu lagi sejarah hitam buat negara apabila ahli parlimen Batu Tian Chua, disabitkan bersalah. Mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan, hakim menyatakan bahawa naib presiden PKR merujuk perkataan “bangkit” dan “turun ke jalan raya” sebagai bersifat menghasut.
Pada 11 Julai 2012 Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan mengambil keputusan untuk menguatkuasakan secara serta-merta semua akta baru dan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Saya juga pernah membangkitkan - pada 2013 - berkenaan janji perdana menteri memansuhkan akta hasutan.
Sehingga hari ini, terdapat lebih 30 anggota parlimen pembangkang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA 2014) dan Akta Hasutan yang turut dibebankan kepada aktivis-aktivis politik dan kartunis.
Pada Oktober 2015, saya telah menulis kepada Kesatuan Antara Parlimen (IPU) untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan lapan orang anggota parlimen daripada PKR, sembilan daripada DAP, dua daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) dan seorang daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Data ini menunjukkan kerajaan BN tetap akan menggunakan dasar-dasar menekan pembangkang dan sesiapa saja yang lantang bersuara mempersoalkan urus tadbir negara.
Minggu lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan syor-syor dikenal pasti memberikan impak negatif kepada kawasan yang dimenangi oleh pembangkang.
Minggu ini, kita dikejutkan dengan sabitan hukuman kepada Tian Chua yang kononnya menghasut dalam satu forum tiga tahun lalu.
Ingatan mansuh Akta Hasutan
Justeru, keseluruhan keputusan yang diambil kerajaan ini jelas menunjukkan mereka terdesak untuk mengekang suara rakyat dan mana-mana pihak yang dilihat mengancam mereka.
Anggota parlimen daripada pembangkang akan disibukkan dengan isu dan kes mahkamah.
Pada masa sama agensi-agensi kerajaan digunakan untuk menjadi tangan-tangan ghaib menyelamatkan kerajaan.

MCA dibidas kerana tidak mahu semua rakyat mengundi

Pengerusi Bersih berkata setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengundi selepas MCA tidak bersetuju mereka yang 'jahil politik' dibenarkan mengundi
Ti Lian Ker maria chin
PETALING JAYA: Bersih 2.0 hari ini meminta MCA membaca semula Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada setiap warganegara Malaysia mengundi, selepas parti itu berkata ia tidak setuju pendaftaran automatik kerana tidak mahu semua orang mengundi.
Datuk Seri Ti Lian Ker yang mengetuai biro keharmonian agama MCA sebelum ini membantah pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik.
Ti berkata pertambahan pengundi “jahil” hanya memberi lebih banyak peluang kepada ahli politik menggunakan wang untuk meraih sokongan dan memenangi pilihan raya.
Bagaimanapun, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mempersoalkan hak Ti melarang orang mengundi.
“Siapa anda untuk beritahu saya yang saya jahil? Mengundi itu sendiri sudah menjadi tindakan politik.
“Sebagai orang MCA, beliau patut baca semula Perlembagaan,” katanya kepada FMT hari ini.
Maria bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan ganjaran tunai diberikan bagi menggalakkan belia mendaftar sebagai pengundi.
“Saya ada pandangan berbeza. Kita tidak boleh meluluskan perkara itu. Bagaimanapun, ia tidak bermakna kita tidak perlu mendaftar.”
Katanya, kenyataan Ti sesuatu yang mengejutkan kerana “tidak memahami Perlembagaan Persekutuan”.
“Setiap rakyat Malaysia perlu mempunyai hak untuk mengundi apabila mereka mencapai usia 21 tahun. Ini sebahagian daripada tadbir urus demokrasi yang kami perjuangkan – setiap warganegara perlu menentukan siapa wakil mereka.
“Parti politik dan pemimpin ini lupa kami yang mengundi mereka,” kata Maria.
Bersih 2.0 pernah mencadangkan pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik beberapa tahun lalu, tetapi ditolak kerajaan.

Mana boleh beri air kotor kepada pengguna, kata Exco jawab Noh Omar

Pengerusi BN Selangor cuba manipulasi isu yang tidak jelas padanya, kata Exco Zaidy Abdul Talib
noh-omar
PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Tan Sri Noh Omar diingatkan supaya tidak mempolitikkan masalah bekalan air negeri itu kerana tindakan beliau melibatkan kesihatan pengguna.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Zaidy Abdul Talib berkata kerajaan negeri sedang berusaha menyelesaikan isu bekalan air di empat daerah Selangor yang terjejas.
“Noh Omar sebenarnya jahil apa yang berlaku. Kita terpaksa tutup loji (Rawatan Air Sungai Semenyih) disebabkan berlakunya pencemaran,” kata Zaidy.
“Takkan kita nak beri air kotor kepada pengguna. Dia (Noh) daripada dulu lagi cuba memanipulasi satu isu yang dia tidak jelas,” katanya kepada FMT.
Exco berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Noh yang mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali “sibuk berpolitik hingga lupa masalah rakyat”.
Menurut Noh, Kerajaan Selangor gagal menjaga kebersihan Sungai Semenyih yang menjadi sumber bekalan air yang penting sehingga berlakunya pencemaran.
Semalam Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata pihak berkuasa masih menyiasat sumber pencemaran itu, disyaki berpunca daripada sektor perindustrian berhampiran.

Dituduh diresapi IS, Bersih mahu heret Jamal ke mahkamah

Gabungan reformasi pilihan raya itu sedang pertimbangkan semua tindakan undang-undang yang boleh diambil
jamal-yunos-bersih
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ketua Gerakan Baju Merah Datuk Jamal Yunos.
Petang tadi, Jamal dalam satu sidang media menuduh Bersih 2.0 diresapi pengganas, serta merancang untuk menawan lapangan terbang dengan tujuan untuk menggulingkan kerajaan.
“BERSIH 2.0 sedang mempertimbangkan semua tindakan undang-undang yang boleh dan akan diambil terhadap tuduhan jahat yang telah dibuat dan akan mengheret mereka yang mencipta dan menyebarkan fitnah ini ke muka pengadilan,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.
Jamal mengadakan sidang media itu untuk mengumumkan kempen Merah V2, yang akan menurunkan ahli-ahli mereka ke enam lokasi konvoi jelajah negara Bersih yang akan bermula 1 Oktober depan, menuju acara kemuncak di ibu negara iaitu tunjuk perasaan Bersih 5 pada 19 November.
Jamal mendakwa sumber yang boleh dipercayai memaklumkan Bersih diresapi IS dan Daesh, mahu menawan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan Putrajaya, dan mendapat khidmat nasihat daripada perunding Thailand dan Taiwan.
“BERSIH 2.0 tidak ada apa-apa kaitan dengan mana-mana kumpulan militan seperti yang di dakwa oleh Jamal Yunos. Malah, BERSIH 2.0 tidak punyai apa-apa cadangan untuk berhimpun di lapangan terbang,” tegas Bersih 2.0.
“Kami akan meneruskan konvoi mingguan kami dan himpunan 19 November seperti dirancang. Kami percaya dakwaan berniat jahat ini bertujuan untuk mewujudkan rasa takut dalam kalangan peserta aman konvoi dan himpunan.”

Semua salahkan PKR dan DAP

Mengapa disalahkan PKR dan DAP yang meraikan kelahiran parti Amanah sedangkan kelahiran itu berpunca dari kegagalan Pas.Mengapa disalahkan PKR dan DAP yang meraikan kelahiran parti Amanah sedangkan kelahiran itu berpunca dari kegagalan Pas.
Tulisan Pak Subky Latif pada 26 september 2016 bertajuk "Semua pecahkan pembangkang" yang diterbitkan Harakah amatlah bias dan hanya menulis berdasarkan lapisan pertama sesuatu isu dan gagal untuk menghuraikan masalah sebenar yang menyebabkan isu itu timbul.
Benar, demi menumbangkan BN dalam PRU14, semua parti pembangkang mengajak Pas untuk bersetuju dengan formula satu lawan satu menentang BN, namun hari ini tidak semua meletakkan harapan sama apabila Pas konsisten menentang DAP dan Amanah berbanding mengutamakan musuh yang lebih utama,iaitu BN, lebih menarik lagi apabila Pas telah dilihat lebih cenderung untuk bersama Umno berbanding bekas sekutunya, DAP.
Pas sesungguhnya tidak tahu untung dan ruginya, Pas hanya tahu DAP kafir dan Amanah pengkhianat, kerana itu boleh keluar kenyataan dari pemimpin Pas bahawa Pas lebih kuat sendirian walaupun sejarah membuktikan sebaliknya.
Pak Subky mendakwa parti yang mengajak pembangkang bersatu sebenarnya menyuruh mereka berpecah, dakwanya tindakan membentuk parti lain menjadikan pembangkang pecah dua dan kerana itu wujud tiga penjuru.
Benar kata Pak Subky, umumnya jika dilihat pada asas tersebut tentulah kewujudan parti baru akan menyebabkan tiga penjuru, namun adakah Pak Subky meneliti dengan baik, mengapa wujud parti baru, adakah kerana keegoan seorang tokoh atau pun ada alasan yang lebih besar di situ?
Apabila Anwar Ibrahim menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), adakah Pak Subky hanya melihat ia tindakan gopoh yang tidak berpandangan jauh? Ataupun sebenarnya Pak Subky lah yang berpandangan sempit?
Pak Subky menulis, jika Anwar berpandangan jauh,dia masuk Pas atau DAP sahaja,namun kerana hendak parti sendiri maka dirangkum PRM dan PKR menjadikan pembangkang tiga parti, namun adakah Pak Subky mampu berfikir lebih rasional di tempat Anwar ketika itu, bahawa jika beliau memilih DAP, bukankah itu akan menjadi senjata ampuh buat BN untuk membunuh karekter Anwar memandangkan waktu itu DAP masih dipandang serong orang melayu kerana momokan Umno BN. Kalau sahaja Anwar memilih langkah "pandang jauh" Pak Subky, boleh jadi beliau sudah tidak releven dalam politik hari ini.

PRU 14: Reuters dan Malay Mail Seleweng Kenyataan PM.....


Dakwaan Reuters dan Malay Mail Online bahawa Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Razak menyatakan tidak akan mengadakan pilihan raya umum sebelum 2018 adalah satu pembohongan dan putar belit fakta.
Menurut sumber di German, kenyataan Mohd Najib telah dipetik di luar konteks.
Ketika ditanya pemberita sama ada akan mengadakan pilihan raya awal berikutan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Najib menyatakan “the question of election is not due to any single factor”. (Keputusan pilihan raya tidak bergantung kepada satu faktor semata-mata).
“It must be predicated on the basis that we have good policies in Malaysia. We are delivering for the benefit of the people and we are the best government to lead Malaysia into the future.
(Ia harus mengambil kira perkara utama iaitu polisi yang baik untuk Malaysia. Justeru itu kami sedang melaksanakan dasar yang menguntungkan rakyat dan membuktikan kami adalah kerajaan yang terbaik untuk memimpin Malaysia pada masa depan).
We have a strong record and we will continue tell the Malaysian people that our government is still the best choice.”
(Kami mempunyai rekod yang kukuh dan akan terus menyakinkan rakyat kami adalah pilihan yang terbaik).

JIKA MAJORITI 51 PERATUS SAHAM DIMILIKI ORANG ASING, APA MAKNANYA TU !!!


DAHULU, Tun M jadi Pengerusi Proton..

"Jangan jual pegangan (saham Proton) kepada syarikat asing." -Mahathir, 15/12/2011


SEKARANG, bila bekas PM 'kaki tidur' dilantik jd Pengerusi Proton yg baru OLEH NAJIB RAZAK..

Proton akan jual 51 peratus sahamnya kepada syarikat asing. -lapor Bloomberg.

Ali Tinju jamin tiada 'senaman punggung' untuk Maria jika...

Pemimpin Gerakan Merah Mohd Ali Baharom - atau lebih dikenali dengan nama Ali Tinju - berjanji tidak akan melakukan senaman punggung di luar rumah Maria Chin Abdullah jika pemimpin pertubuhan bukan kerajaan itu hadir dalam forum 13 November ini.
Bercakap kepada Malaysiakini Mohd Ali berkata pada tarikh berkenaan dia menganjurkan majlis mengenai demonstrasi jalanan.
Kata Mohd Ali jika Maria setuju menghadiri forum bertajuk Himpunan Jalanan dan Masa Depan Negara itu tiada lagi gangguan akan dibuat terhadapnya.
"Saya janji kepada Maria Chin, kalau dia hadiri forum hal ehwal semasa bertajuk Himpunan Jalanan dan Masa Depan Negara, saya - Ali Tinju - tak akan buat apa apa," katanya.
Sebaliknya jika Maria gagal hadir pada majlis itu, Mohd Ali berkata kumpulannya akan "berjumpa" dengan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) "di mana-mana saja" di himpunan pada 19 November ini.
Bagaimanapun Mohd Ali segera menjelaskan kenyataannya itu bukan ugutan, tetapi sekadar "cakap-cakap politik".
Semalam Mohd Ali menghantar jemputan kepada media untuk membuat liputan forum berkenaan. Panel yang dijemput ialah peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar.
Semakan Malaysiakini bagaimanapun mendapati tiada seorang pun ahli panel disenaraikan itu mendapat jemputan ke forum berkenaan.
Mohd Ali sebelum ini berkata dia dan pengikutnya akan mengadakan senanam punggung kedua di luar rumah Maria selepas perhimpunan BERSIH 5 diumumkan baru-baru ini.
Dia pernah melakukan senaman sama di luar rumah Ambiga ketika bekas presiden Majlis Peguam itu menjadi pengerusi BERSIH 2.0.
Himpunan BERSIH 5 diadakan di Kuala Lumpur antara lain untuk menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya yang bersih dan adil, mengukuhkan demokrasi berparlimen.

Jamal Yunos tuduh Bersih diresapi IS

Menurut pemimpin Gerakan Baju Merah itu lagi, Bersih akan menggunakan taktik luar biasa seperti menawan lapangan terbang.
jamal yunusKUALA LUMPUR: Gerakan Baju Merah hari ini mendakwa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) diresapi elemen pengganas IS.
Maka atas sebab itu, Ketuanya Datuk Jamal Yunos terpanggil untuk menentang tunjuk perasaan Bersih 5 di peringkat awal.
“Melalui sumber yang boleh dipercayai, mereka ini telah diresapi kumpulan IS dan Daesh,” kata Jamal, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Jamal berkata demikian di sidang media mengumumkan kempen Merah V2, yang akan mengembleng ahli mereka untuk turun ke enam lokasi utama konvoi jelajah negeri Bersih yang akan diadakan mulai 1 Oktober depan, menuju acara kemuncak di ibu negara iaitu himpunan Bersih 5 pada 19 November.
Menurut Jamal, Bersih akan menggunakan taktik luar biasa seperti menawan lapangan terbang.
“Melalui sumber yang boleh dipercayai, mereka ini akhirnya…tujuannya untuk menggulingkan kerajaan dengan menawan beberapa kawasan strategik seperti KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), klia2, Putrajaya dan lain-lain tempat.”
Tambahnya lagi, Bersih turut mendapat khidmat nasihat perunding luar.
“Kami juga difahamkan mereka ini telah mengambil perunding daripada Thailand dan juga Taiwan untuk menjadikan Bersih yang akan mereka lakukan ini berjaya untuk menggulingkan kerajaan sebelum pilihan raya akan datang.”
Semalam, Bersih 2.0 menguumkan konvoi mereka akan meliputi 246 bandar, pekan dan kampung di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Di Semenanjung, konvoi akan berlepas dari Johor Bahru (selatan). Kangar (utara), Kota Bharu (Timur) dan Lumut (Barat).
Di Sarawak, konvoi akan berlepas dari Miri manakala di Sabah dari Letat, Sandakan.
Konvoi itu diadakan bagi menarik sokongan dan memberi penerangan kepada orang ramai berhubung tuntutan Bersih 5 iaitu reformasi institusi dan mendesak penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Jamal, Merah V2 akan menyaksikan penyertaan pelbagai kaum dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Mereka juga akan mengadakan tunjuk perasaan di Pulau Pinang menyentuh dakwaan rasuah dan salah guna kuasa Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Konvoi Bersih 5 jelajah 246 kawasan bermula 1 Oktober

'Barisan Rakyat' belum diputuskan -Azmin

"Parti baru Muhyiddin tak jejaskan BN" kata MIC

Ramai remaja hadapi masalah mental - menteri kesihatan

Jamal dakwa BERSIH 5 diresapi unsur IS & DAESH

Merah V2 dikerah untuk membantah perhimpunan haram BERSIH 5

Amanah tidak boleh bersendirian - Salahuddin Ayub

Parti Amanah mengakui tidak boleh bersendirian sebaliknya mengharapkan rakan baharu Bersatu untuk turut sama menyertai Pakatan Harapan bagi mengukuhkan lagi blok pembangkang.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, dalam perkembangan yang berlaku, keperluan untuk kukuhkan Pakatan Harapan terdiri daripada Amanah, DAP dan PKR amat penting.
“Kita juga berharap rakan baharu Bersatu agar lebih cepat bersama kita, formulanya cukup mudah, kita sedang berbincang di peringkat tertinggi dalam Pakatan Harapan untuk ke arah capai satu cadangan penyelesaian di antara parti pembangkang.
“Mana-mana parti pembangkang yang anggap BN sebagai musuh, kita guna konsep satu lawan satu, dan jika ada parti yang rasakan tidak bersama pembangkang dan duduk di sebelah BN, walaupun mereka tak isytihar bersama (BN), rakyat akan faham.
"Di Kelantan, Amanah lebih sukakan tiga penjuru, itu sahaja bahasa mudah yang Pas akan faham,” katanya pada sidang media Program Flay off Bersih 5.0, di sini, semalam.
Turut serta, Pengerusi Amanah negeri, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah; Pengerusi PKR negeri, Ab Aziz Kadir dan mewakili DAP negeri, Irene Tan.
Sementara itu, beliau berkata, himpunan Bersih 5.0 yang akan diadakan Oktober depan adalah penting untuk rakyat menunjukkan sikap mereka terhadap beberapa isu sedang berlaku dalam negara.
Menurutnya, ia bermatlamat mencapai objektif ke arah pilihan raya bersih dan adil ketika negara sedang berdepan isu persempadanan semula, yang menjadi satu polemik dan menimbulkan perbahasan yang cukup kritikal.
“Persempadanan semula memang dari segi hakikatnya untuk memenangkan BN, maka perjuangan ini harus kita angkat kepada satu peringkat paling tinggi, di mana kita harapkan penyertaan semua lapisan masyarakat.
“Kita akan pastikan Bersih 5.0 berlaku dengan cara demokratik berperlembagaan dan hindari sebarang bentuk keganasan ataupun tindakan di luar batas undang-undang negara,” katanya.
Beliau berharap rakyat keluar menyatakan sokongan tanpa bimbang untuk berhimpun bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan  bahawa masyarakat sentiasa peka khususnya  berkaitan isu semasa.
“Kita akan gerakkan seluruh kekuatan Amanah dan kali ini mungkin Bersih 5.0 akan mencapai sejuta himpunan rakyat,” katanya.

Melihat hak asasi dari kacamata Muslim

Dalam buku Gelombang Kebangkitan Asia, Anwar Ibrahim ada menulis, “kebebasan dan demokrasi mempunyai nilainya tersendiriDalam buku Gelombang Kebangkitan Asia, Anwar Ibrahim ada menulis, “kebebasan dan demokrasi mempunyai nilainya tersendiri
Semasa Adam mahu diciptakan Allah, malaikat sudah membantah. Pada malaikat, keturunan Adam pasti akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. Namun, Allah tetap mahu mencipta Adam dengan menyatakan bahawa Allah lebih tahu, sedangkan malaikat tidak mengetahui. (al-Baqarah, ayat 30)
Kelebihan yang ada pada Adam adalah ilmu. Bukan malaikat tidak diberikan ilmu, tetapi ilmu yang dimiliki oleh Malaikat tidak mampu dikembangkan, sedangkan Adam mampu mengembangkan ilmu. Atas alasan ilmu, Adam diakui malaikat sebagai layak mentadbir bumi. (al-Baqarah, ayat 31-32)

Selepas dicampak keluar dari syurga, Adam membina keluarga baru di dunia bersama dengan Hawa. Dari dua suami dan isteri sehingga beranak pinak, lahirnya kehidupan manusia atas muka bumi Tuhan ini. (al-Baqarah, ayat 36)

Ternyata apa yang dibangkitkan oleh Malaikat adalah benar. Bermula dengan rebutan terhadap seorang wanita, menyebabkan Allah menyuruh Qabil dan Habil berkorban. Namun menyedihkan, pertembungan kedua-duanya berakhir dengan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. (al-Maidah, ayat 27)

Apa yang dibangkitkan oleh malaikat itu, bertambah benar, apabila pada hari ini kelihatan manusia berbalah, berperang dan berbunuh-bunuhan. Manusia yang mendapat Tarbiah Nabi pun, terkena dengan fitnah tersebut; iaitu apabila Saidina Muawiyyah berperang dengan Saidina Ali; Saidatina Aisyah berperang dengan Saidina Ali, walhal mereka adalah sahabat-sahabat Nabi yang besar.

Lebih parah pada zaman kini, peperangan yang tercetus bukan sekadar antara muslim dan non Muslim, malahan berlaku sesama muslim dan sesama non Muslim. Malahan, lebih menyedihkan peperangan dan pembunuhan ini dianggap suci dan qudus, dengan menggunakan nas-nas wahyu ilahi untuk menghalalkan peperangan dan pembunuhan tersebut.

HAK ASASI

Perbezaan berlaku dari sudut ciptaan semula jadi, seperti jantina, bangsa, warna kulit dan rupa paras yang luar dari ikhtiyar manusia. Perbezaan juga berlaku dari sudut kepercayaan manusia yang masih dalam ruangan ikhtitar manusia, iaitu perbezaan aliran, fahaman, idealogi dan anutan agama.

Dengan perbezaan, manusia bertembung. Lebih parah, sehingga berperang dan berbunuh-bunuhan. Masalah ini perlu diselesaikan. Masalah ini dilihat berpunca dari perbezaan yang gagal diurus.

Dengan gagal mengurus perbezaan, kadangkala berlaku penafian hak. Sesuatu bangsa menafikan hak bangsa yang lain; sesuatu kalangan yang menganut sesuatu fahaman menafikan hak kalangan lain menganut fahaman mereka dan sebagainya.

Namun begitu, dalam perbezaan, tidak bermakna manusia tidak ada kesamaaan. Demi memastikan manusia dapat dielak dari bertembung, kesamaan perlu dibesarkan dan perbedaan perlu diraikan.

Justeru, hak asasi diwujudkan. Ia sebagai mekanisma untuk memastikan hak kesamaan sesama manunsia tidak ternafi. Tidak kira ia perempuan atau lelaki; muslim atau tidak; apa bangsa sekalipun ia, dalam perbezaan itu sudah pasti ada kesamaan. Kesamaan dari sudut kebebasan, keadilan, rahmat, kemanusiaan dan berbagai-bagai lagi. Semua ini untuk memastikan nyawa, harta benda dan kehormatan manusia terjaga.

Perkara ini amat selaras dengan pesanan nabi saw dalam khutbah al-Wada’, dengan kata Baginda, “ketahuilah! Sesungguhnya darahmu, harta bendamu dan kehormatanmu, sama suci dengan hari kamu ini, bulan kamu ini di tanah suci ini”. (Ma’rifah al-Sunan wa al-Athar, hadis no : 11979)

Hak asasi tidak salah jika dimaksudkan sebagai perakuan terhadap hak sesama manusia merentasi perbezaan; tidak kira apa bangsa, apa anutan agama dan kepercayaan, apa jantina dan jenis; semua manusia perlu mendapat hak sama rata ini.

KEMANUSIAAN

Dalam hadis diceritakan bahawa semasa Nabi saw mula-mula sampai di Yasrib, seorang penganut agama yahudi (akhirnya memeluk islam) bernama Abdullah bin Salam mencelahkan dirinya dalam himpunan ramai manusia untuk mendengar ucapan Baginda SAW. Menurut Abdullah bin Salam, ucapan Baginda saw, didapati ada empat pesanan yang melayakkan seseorang itu masuk syurga dengan penuh keselamatan. Menariknya, tiga perkara adalah perkara kemanusiaan dan satu perkara sahaja perkara berbentuk keagamaan. Tiga perkara kemanusiaan itu adalah sebarkan salam, memberi makan dan melakukan hubungan silatu rahim; sedangkan satu sahaja berbentuk keagamaan itu adalah dirikan solat pada saat manusia sedang tidur. (Sya’b al-Iman, Hadis no : 3090)

Atas semangat hadis ini, Habib Ali al-Jufri memberikan satu ungkapan menarik, iaitu “al-Din Qabl al-Tadayyub”, iaitu Agama didahulukan sebelum beragama, atau ungkapan lain pentingkan soal agama berbanding soal beragama.

Al-Tadayyun atau Beragama dalam maksud menunaikan ibadat berbentuk peribadi, sedangkan al-Din atau agama bermaksud sifat agama pada segenap kehidupan manusia. Kemanusiaan adalah isu agama, sedangkan beribadat adalam isu beragama. Orang beragama, kadangkala tidak mementingkan ajaran agama seperti kemanusiaan. Ekoran itu wujud manusia yang solatnya kuat, tetapi dalam masa sama rasuahnya juga hebat; puasanya hebat, menyelewengkan dana awam juga menakutkan.

Dalam pengajian usul al-Fiqh, selalu dibahaskan tentang hak-hak manusia (Huquq al-Adamiyyin) dan hak-hak Allah (Huquq Allah). Solat adalah isu hak manusia perlu tunaikan kepada Allah, sedangkan membayar zakat adalah isu hak manusia perlu tunaikan sesama manusia. Berpuasa dalam bulan Ramadan adalah isu hubungan manusia dengan tuhan, sedangkan membayar zakat fitrah dalam bulan yang sama adalah isu hubungan manusia sesama mereka.

Amat ramai dalam kalangan muslim yang menjaga hubungannya dengan tuhan, tetapi mengabaikan hubungan mereka sesama manusia. Ekoran itu, terdapat manusia yang kuat menunaikan solat jemaah, tetapi dalam masa yang sama mengabaikan hubungannya dengan jiran dan tetamu. Sifat sebegini sudah pasti bercanggah dengan dasar agama, kerana Nabi saw ada menyatakan bahawa bukan dari kalangan orang beriman bahawa dia tidur sedangkan dia tahu bahawa jiran tetangganya sedang kelaparan (Mustadrak ‘Ala Sahihain, hadis no : 7307) Juga terdapat hadis bahawa nabi saw menyatakan tidak beriman seseorang itu dengan Allah dan hari akhirat, jika dia tidak memuliakan tetamunya. (Muwatta’, hadis no : 22)

Malah, perbincangan dalam kalangan ulama-ulama usul al-Fiqh, terdapat perbincangan besar berkenaan dengan mana yang perlu didahulukan, ketika berlaku pertembungan antara hak Allah dan hak manusia. Menurut al-Qarafi, kadangkala hak manusia didahulukan berbanding hak Allah. Contoh yang didatangkan adalah kewajipan membatalkan solat ketika mengetahui ada orang buta bakal jatuh dalam parit. (al-Qarafi, al-Furuq, jld 1, hlm 140) Dengan pemahaman ini, tidak hairan solat sebanyak 4 rakaat (zohor, asar dan Isyak) yang setiap rakaatnya merupakan hak Allah, dibenarkan untuk dikurangkan bilangan rakaatnya (qasar) ketika manusia bermusafir, sedangkan musafir yang dibenarkan qasar solat itu dalam kerangka menunaikan hak sesama manusia; seseorang doktor yang sedang melakukan pembedahan dibenarkan untuk tidak menunaikan solat jumaat untuk memastikan pembedahannya berjalan lancar.

Jelas kelihatan bahawa konsep kemanusiaan itu dipandang amat tinggi dalam ajaran islam. Malahan lebih itu, apabila terdapat hadis yang menampilkan seorang perempuan pelacur Bani Israel dinyatakan oleh Nabi saw sebagai diampunkan dosa, ekoran sifat rahmat si perempuan tersebut memberi minum kepada anjing kehausan. (al-Bukhari, hadis no : 3467)

KEBEBASAN

Manusia tidak mendapat keyakinan agama yang sebenar, dalam kerangka paksaan. Apabila anutan sesuatu agama dengan paksaan, hakikatnya ia tidak anuti agama tersebut dengan cara yang sebenar. Jika seseorang yang dipaksa menganut sesuatu agama juga, sudah pasti dia anuti agama secara nifaq. Anuti sesuatu kepercayaan, tidak jauh kesamaan dengan bercinta. Jika melayu ada pepatah, cinta tiada paksaan. Islam juga menyebut tiada paksaan dalam agama. Cinta dengan paksaan bukan cinta, maka begitujuga anutan agama.

Dengan sebab itu, kebebasan adalah sesuatu yang amat penting. Dengan kebebasan, manusia akan anuti agama secara yakin dan hati yang jujur. Dengan kebebasan, sesuatu fahaman atau mazhab dianuti dengan penuh keimanan.

Saidina Umar melihat soal kebebasan menjadikan manusia tidak akan mengabdikan diri kepada makhluk. Ekoran itu, ada perkataan beliau yang popular, “mengapa kamu menuntut pengabdian kamu kepada manusia, sedangkan kamu dilahirkan ibu kamu dalam keadaan kamu bebas dan merdeka” (Abu al-Qasim al-Misri, Futuh al-Misr wa Akhbaruha, hlm 183)

Al-Rabie’ bin ‘Amir, seorang sahabat juga pernah menyatakan perkataan yang hampir sama dengan Saidina Umar, tetapi dengan lebih jelas bahawa pengabdian diri kepada Allah hanya berlaku dengan kebebasan. Beliau menyatakan, “kami dibangkitkan untuk kami keluar dari pengabdian diri kami kepada hamba, kepada penyerahan diri kami kepada Allah”. (Syed Qutb, Fi Zilal al-Quran, jld 2, hlm 1057)

Manusia melihat kebebasan dalam banyak sudut; iaitu kebebasan anuti sesuatu kepercayaan, kebebasan bersuara, kebebasan berkehendak dan kebebasan dari sebarang ketakutan.

Dari sudut sumber Islam, kebebasan kepercayaan ini jelas terpamer dalam ayat ke 256, surah al-Baqarah bahawa Allah swt menyatakan tiada paksaan dalam agama; kebebasan bersuara dipamerkan dalam ayat 30, surah al-Baqarah bahawa Allah memberi hak kepada malaikat bertanya berkenaan kehendak Allah yang mahu mencipta Nabi Adam dan ayat 260 dari surah al-Baqarah juga bahawa Allah tidak melarang Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah, bagaimana Allah menghidupkan orang mati; kebebasan berkehendak terpamer menerusi ayat 29, surah al-Kahf bahawa Allah memberi pilihan kepada manusia untuk memilih untuk menjadi mukmin atau memilih untuk menjadi kufur; dan kebebasan dari ketakutan pula dipamerkan oleh Allah menerusi ayat 4 dari surah Quraish bahawa Allah mahu memberikan keamanan pada orang quraish dari sebarang ketakutan.

PPMB tolak dakwaan Muhyiddin sisihkan Dr Mahathir

Semua perlantikan dibuat selepas berunding dengan Dr Mahathir, kata sumber menafikan dakwaan sumber sebelum ini.
muhyiddin_mahathir_bersatuPETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin suka membuat keputusan tanpa perbincangan dengan pemimpin lain.
Sebaliknya, sumber yang rapat dengan pimpinan parti berusia kurang sebulan itu memberitahu FMT Muhyiddin sentiasa mengadakan perbincangan deengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam semua perkara,
“Semua perlantikan dibuat selepas berunding dengan Dr Mahathir,” kata sumber yang enggan namanya disiarkan.
FMT semalam melaporkan aduan beberapa pihak dalam PPBM yang kecewa dengan sikap Muhyiddin suka bertindak bersendirian sehingga menyisihkan penyokong Dr Mahathir dalam parti itu.
Laporan itu turut memetik sumber yang meramalkan akan berlaku pemberontakan dalam PPBM yang tidak puas hati dengan cara kepimipinan Muhyiddin.
Menangkis dakwaan itu, sumber memberitahu Muhyiddin tertakluk kepada perlembagaan PPBM yang memerlukan beliau berbincang dengan pengerusi dalam sebarang jawatan kanan parti.
“Pihak yang membuat dakwaan itu berniat jahat dan hanya mahu mewujudkan salah faham antara Dr Mahathir and Muhyiddin.
“Tidak juga timbul isu orang Dr Mahathir diketepikan,” kata sumber menolak dakwaan itu.
Tambahnya, Muhyiddin juga menyokong perlantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai naib presiden PPBM.
FMT yang memetik sumber semalam berkata corak kepimpinan Muhyiddin mengganggu perpaduan PPBM dan turut mengecewakan penyokong tegar Dr Mahathir, bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Penceramah politik harus berhenti mengkafirkan

Jadikan masjid pusat persaudaraan
Takfir merupakan satu perbuatan menghukum orang orang tertentu dengan hukuman kafir kerana dianggap telah bertindak dengan tindakan yang menyeleweng dari akidah islam seperti pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah ataupun individu yang mengangkat orang kafir sebagai pemimpin.
Dalam kontek sejarah Islam, takfir dikaitkan dengan tindakan kumpulan khawarij yang telah bertindak mengkafirkan sahabat dan membunuh saidina Ali.
Perbuatan ini sebenarnya dilarang keras oleh agama islam, hatta Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah menyebut bahawa sesiapa yang memanggil saudaranya kafir, maka sesungguhnya celakalah akan memimpa salah seorang dari mereka.
Isu takfir dalam masyarakat Melayu bermula secara meluas setelah kewujudan parti politik yang menggunakan agama untuk menewaskan lawan politik mereka, walaupun parti parti politik menafikan bahawa mereka bertindak mengkafirkan parti lawan,namun demikian, telah wujud sebahagian ulama parti politik bertindak menggunakan pendekatan takfir terhadap lawan politik mereka.
Video terbaru telah viral seorang pemimpin parti menyebut sekiranya Kak Wan (merujuk kepada ahli parlimen) tidak mengangkat tangan (tanda sokongan) kepada usul pindaan akta 355 , maka telah jatuh iman (kafir) ahli parlimen tersebut. Lihatlah bagaimana ahli politik ini menggunakan ugutan berbaur takfir kepada ahli parlimen agar ahli parlimen itu menyokong usul pindaan akta 355 oleh Marang walaupun telah dikeluarkan banyak hujah bahawa tidak kafir pihak yang tidak menyokong usul tersebut.
Tidak kurang sebelum ini telah viral kenyataan seorang pemimpin parti politik yang mendakwa syurga neraka itu terletak pada nombor keahlian parti mereka.
Pengamal tegar takfiri sering kali menggunakan ayat ayat al-Quran untuk menghukum kafir kelompok tertentu sedangkan asalnya ayat tersebut adalah bersifat umum.
Realiti perpecahan orang melayu sememangnya nyata berlaku, Islam yang sewajarnya menjadi alat perpaduan telah menjadi alat perpecahan kerana kejahilan sebilangan ulama yang menafsir agama menurut hawa nafsu mereka,
Kejadian seperti runtuhnya institusi kekeluargaan, masyarakat terbelah dua, solat dua imam,pemulauan kenduri kendara,bahkan pemulauan solat jenazah telah berlaku satu ketika dahulu antara penyokong Pas dan Umno, dan telah berulang hari ini diantara penyokong Pas dan Amanah. Ini boleh dilihat dalam satu gambar viral 'screenshot' dari aplikasi Whatsaap satu kumpulan yang sinis terhadap berita kematian ahli keluarga penyokong parti Amanah yang menjadi seteru baharu mereka.

Amanah akan terus hidup, jangan bimbang dengan analisa


Mohamad Sabu Mohamad Sabu Presiden Amanah Mohamad Sabu yakin parti itu  mampu bertahan dan akan terus ke hadapan menjadi parti masa depan yang cemerlang sekalipun keputusan pilihan raya umum akan datang tidak memihak kepada parti itu.
 Beliau berkata, dengan pengalamannya mengembangkan Parti Islam SeMalaysia (Pas) 38 tahun lalu dan kini memimpin Amanah, beliau melihat perkembangan Amanah jauh lebih cepat dan diterima rakyat.
"Amanah mahu kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang tetapi jika berlaku sebaliknya Amanah akan tetap bertahan dan akan terus maju menjadi parti masa depan yang cemerlang.
"Saya berpengalaman mengembangkan parti Islam lebih daripada 38 tahun dan sekarang memimpin Amanah bersama rakan-rakan yang lain.
"Saya melihat perkembangan Amanah jauh lebih cepat diterima rakyat terutama di negeri-negeri sebelah selatan. Inilah kehendak dan tuntutan ummah sekarang ini sama ada dari orang Islam atau bukan Islam," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru katanya penyokong Amanah tidak perlu berasa ragu terhadap analisa-analisa yang bersifat sementara yang dibuat oleh berbagai pihak.
"Parti Islam Amanah yang bersifat ideologi, kontemporari dan inklusif ini akan dapat bertahan dan terus berkembang walaupun apa keputusan pilihan raya.
"Ada parti-parti politik yang ditubuhkan begitu hebat seperti Semangat 46 yang dianggotai oleh bekas-bekas menteri kabinet dan tokoh-tokoh Umno. Namun parti tersebut tidak mampu bertahan dan hanya sempat dua kali pilihan raya sahaja.
"Bagi Amanah, kita sedar pilihan raya yang akan datang merupakan suatu ujian yang besar dan kita mahu kemenangan yang besar dan parti ini terus berkembang serta hidup subur," ujarnya.
Beliau mengimbas bagaimana Pas ditubuhkan pada 1951 dan berkembang agak perlahan berbanding Amanah yang baru ditubuhkan.
"Pada tahun 1955, Pas hanya menang satu kerusi di Krian dan kemudian pada tahun 1959 membuat kejayaan yang agak besar di Kelantan dan Terengganu.
"Saya bersama dengan parti Islam sejak tahun 1978. Bersama Tuan Hj Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Noor, Ust Abd Hadi Awang dan lain-lain pimpinan.
"Kami berusaha mengembangkan pengaruh Pas di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Pahang dan Selatan Perak.

Pendedahan balas pada S'wak Report? Palsu, kata editor

Susulan serangan berterusan Sarawak Report dalam isu 1MDB, pengarang laman pembocor maklumat yang berpangkalan di London itu Clare Rewcastle Brown mengundang rasa tidak senang kerajaan Malaysia.
Pemimpin-pemimpin kerajaan menuduh beliau berkomplot dengan Tun Dr Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, manakala polis pula mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Terbaharu, sumber yang mempunyai kaitan dengan kerajaan berkongsi rakaman skrin e-mel yang dikatakan menunjukkan Sarawak Report menerima arahan tugas dan makluman berkaitan kaedah pembayaran.

Rewcastle Brown bagaimanapun mendakwa e-mel itu dipalsukan.

“Palsu sama sekali.
"Saya tidak pernah berhubung dengan orang itu,” katanya sambil berkata alamat e-mel itu juga direka.

Rewcastle Brown juga membangkitkan penggunaan bahasa Inggeris dalam e-mel itu yang dikatakan dikarang oleh beliau.

Berdasarkan rakaman skrin yang dikongsi dengan Malaysiakini itu, e-mel bertarikh 23 Februari 2015 itu dihantar individu bernama "Mohd Apandi" kepada "Christian Angelo".

Tulisan dalamnya merujuk "Christian Angelo" sebagai "Claire" (sic). Ia turut mengucapkan terima kasihnya susulan perbualan telefon mereka sebelum itu.
'Fasa 2, bos besar OK'
Ia antaranya berbunyi (dalam bahasa Inggeris):

“Tajuk sensitif. Sudah dapat lampu hijau untuk fasa 2. tolong nyatakan kosnya dalam ringgit Malaysia. Akaun pihak ketiga. Sarawak Report mesti ketengah 1MDB dan fokus pada Najib. Bos besar OK dengan cadangan kamu.”
"Christian Angelo" kemudian menjawab beliau tidak selesa berbual perkara itu dalam telefon dan mahu bertemu secara bersemuka di London.
“Bagaimanapun saya OK kalau kamu semua OK,” e-mel itu dipetik.

Dalam emel yang lain, "Christian Angelo" berterima kasih untuk pengesahan pembayaran.

Dia juga menyebut bayaran sekali gus dan bayaran bulan untuk Sarawak Report bagi tempoh sekurang-kurangnya dua tahun telah dipersetujui, “dengan atau tampa Najib sebagai nombor 1”.

Ia diikuti jawapan bahawa maklumat akan dibuat selepas wang diterima.

Sarawak Report mengetengahkan kontroversi 1MDB seawal Februari tahun lepas.

Pada Ogos lalu, polis Malaysia mengeluarkan waran tangkap pada Clare dan meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol), tetapi ditolak.
Julai lalu, Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengumumkan rampasan aset yang dikatakan diterima melalui salah guna dana 1MDB.

Tanpa isu 1MDB pun BN akan gagal tawan Selangor, kata Ibrahim Ali

Pengundi Melayu yang tolak BN pada PRU13 tidak akan berpatah kembali, kata Presiden Perkasa
ibrahim-ali
PETALING JAYA: Penyokong Barisan Nasional (BN) berbangsa Melayu akan beralih arah sekiranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlanjutan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Presiden Perkasa.
Datuk Ibrahim Ali berkata percaya BN akan terus gagal menawan Selangor sekiranya isu 1MDB dicanangkan pada waktu kempen, namun ia bukanlah prasyarat kemenangan pakatan parti pemerintah negeri.
Ini kerana status quo tidak akan berubah sekiranya corak pengundian orang Melayu pada PRU13 berulang dalam pilihan raya akan datang.
“Melayu yang tolak BN pada PRU13, saya tidak fikir mereka akan kembali undi BN sebab PRU13 mereka sudah tolak. Sewaktu PRU13, mereka tolak BN dan pada masa itu belum ada isu 1MDB dan GST. Itu pun BN kalah teruk.
“Kalau setakat penyokong Melayu BN yang undi BN pada PRU13 menyokong dan undi BN pada PRU14, maka BN akan gagal tawan Selangor,” katanya kepada FMT.
Semalam, tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati pengundi BN akan terus menyokong BN walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang merupakan pengerusi BN, terpalit kontroversi 1MDB.
Tinjauan melibatkan 1,761 pengundi di 56 kawasan pilihan raya di Selangor. Tinjauan juga mendapati penyokong BN berbangsa Melayu percaya isu 1MDB tidak akan menjejaskan negara.
Namun begitu, sebanyak 40% penyokong BN di Selangor mahu tindakan undang-undang diambil terhadap individu misteri Malaysian Official One (MO1) yang disebut dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Bloomberg: Proton akan jual 51 peratus sahamnya

Pembuat kereta nasional Proton Holdings Bhd bercadang melepaskan 51 peratus pegangannya sebagai sebahagian strategi mendapatkan rakan niaga asing dan menjana aliran tunai dalam keadaan ekonomi tidak stabil, lapor Bloomberg.

Memetik sumber, media perniagaan itu berkata Proton sedang melihat kemungkinan mendapatkan pelaburan Skoda milik Volkswagen AG dan Suzuki Motors Corp, selain meneliti cadangan daripada beberapa syarikat termasuk Renault SA dan Peugeot, dalam rundingan tertutup berasingan.

Menurut laporan itu, Proton berharap untuk menyenarai pendek calon-calon akhir yang mungkin melepaskan penguasaannya, yang melibatkan kawalan terhadap pengeluar kereta sport British Lotus Cars Ltd, bulan depan.

Malayan Banking Bhd dilaporkan terlibat “menasihatkan jualan” dengan pegawai-pegawainya dijangka terbang ke Jepun untuk bertemu pihak Suzuki minggu depan, diikuti mesyuarat dengan Renault bulan depan.
Bloomberg masih belum mendapat ulasan Proton berkaitan perkembangan itu setakat ini.
Sementara Suzuki, Skoda dan Malayan Banking enggan mengulasnya.

Kerajaan April lalu bersetuju menyuntik dana untuk syarikat terbeban hutang itu tetapi memberi syarat supaya sebuah rancangan penstrukturan semula dibuat.
Suntikan itu diumumkan hanya selepas lapan hari pengerusi dan pengasasnya Tun Dr Mahahtir Mohamad meletakkan jawatan setelah desakan susulan langkahnya keluar Umno dan menolak kepimpinan perdana negeri.

Canada lulus loji LNG RM34b, tapi Petronas berwaspada

Ramai penganalisis meragui projek akan diteruskan walaupun selepas mendapat lampu hijau daripada Perdana Menteri Justin Trudeau
natural gas plant petronas
RICHMOND: Petronas akan menilai semula cadangan pembinaan loji gas asli cecair (LNG) C$11 bilion (RM34.44 bilion) di barat Canada yang diluluskan Ottawa selepas tiga tahun penantian.
Ramai penganalisis meragui projek itu akan diteruskan, walaupun selepas mendapat lampu hijau daripada kerajaan Liberal pimpinan Perdana Menteri Justin Trudeau dikala Petronas mengetatkan perbelanjaan ekoran kemerosotan harga komoditi, termasuk LNG, dan keadaan ekonomi yang perlahan di Malaysia.
“Pengumuman baru dibuat…kami perlukan masa untuk meneliti syarat yang diberikan dan kami akan melakukan kaji semula projek,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Wan Zulkiflee Wan Ariffin kepada pemberita di satu acara di Kuala Lumpur.
Tanda aras harga LNG menjunam lebih sepertiga dalam dua tahun ini, diasak kebimbangan mengenai bekalan berlebihan dan permintaan yang terputus-putus ketika ekonomi China bertukar perlahan.
Petronas pada awal 2016 mengumumkan ia akan mengurangkan perbelanjaan sehingga RM50 bilion dalam tempoh 4 tahan sebagai respon kepada kemerosotan harga minyak.
Canada memperkenalkan 190 syarat yang sah di sisi undang-undang bagi mengawal kesan projek LNG Pacific NorthWest ke atas alam sekitar di utara wilayah British Colombuia, termasuk takat pencemaran karbon yang dibenarkan.
Menteri Alam Sekitar Catherine McKenna di samping Menteri Sumber Asli Jim Carr dan Menteri Perikanan Dominic LeBlanc yakin projek akan diteruskan dengan cara paling mapan yang termampu.

'Sokongan pembangkang tidak menentu, terlalu awal namakan PM'

Tian Chua bersalah menghasut, status MP kekal

Akta Hasutan tidak demokratik, perlu dimansuhkan - kata Surendran

MH17: Investigation findings of Malaysia Airlines flight disaster to be released

PRU14: BN tewas jika satu lawan satu

 BN dijangka bakal tewas di Selangor sekiranya berlaku satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walau siapa pun parti lawannya itu.
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, ia berbeza dengan perpecahan dalam pakatan pembangkang seperti yang berlaku sebelum ini akan menguntungkan BN.
“Jelas kalau BN bertembung dengan DAP, DAP boleh menang dengan 51 peratus. BN lawan Amanah, Pakatan masih boleh menang, BN lawan Pas, masih boleh menang begitu juga dengan Bersatu dan PKR.
“Tapi yang jelas sekali, pertandingan dua penjuru akan dimenangi oleh parti yang bukan BN...sukat untuk BN menang,” katanya ketika sesi pembentangan penyelidikan survei IDE : Isu dan Persepsi Pengundi Selangor, di sini, hari ini.
 Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman Melalui kajian IDE itu, pihaknya mendapati sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru, BN memang bakal mendapat keuntungan.
“Walaupun mungkin PKR merasa mereka boleh menang keempat-empat undi tapi kena ingat apabila tiba pilihan raya, BN mereka boleh menambah undi sehingga 15 peratus. Bermakna, walau dalam keadaan begini, PKR pun tak boleh menang kalau tiga penjuru.
“Perpecahan dalam kalangan parti pembangkang ini memberi keuntungan kepada BN kerana penyokong BN dalam keadaan macam mana pun, mereka kukuh.
“Terpulang...ada yang menyatakan kalau berlaku tiga penjuru, pembangkang boleh menang dan sebagainya. Saya tak nak pertikaikan. Kalau rasa boleh menang, teruskanlah. Ini berdasarkan kajian kami. Anda boleh setuju, boleh tidak setuju,” katanya.
Melalui data yang dikeluarkan kerajaan Pakatan masih menjadi pilihan rakyat dengan 59 peratus manakala BN mendapat 29 peratus dengan 12 peratus lagi tidak menyokong mana-mana parti.
Malah 43 peratus responden yakin Pakatan mampu kekal sebagai kerajaan negeri Selangor
Dalam kajian sama, sebanyak 45 peratus pengundi Selangor percaya BN tidak mampu mempertahankan Putrajaya melalui kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan 26 peratus lagi tidak pasti manakala 29 peratus lagi yakin.

Hasutan: Tian Chua dihukum 3 bulan penjara, denda RM1,800

Keputusan itu bermakna Tian Chua tidak hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Batu.
tian-chua-sedition-act
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini mendapati Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, atau Tian Chua, bersalah mengeluarkan kenyataan berunsur menghasut sejurus selepas pilihan raya umum pada 2013.
Hakim Zulqarnian Hassan menjatuhkan hukuman 3 bulan dan denda RM1,800, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tuduhan terhadap ahli parlimen Batu itu.
Keputusan itu bermakna pemimpin PKR itu tidak hilang kelayakannya sebagai wakil rakyat.
“Tidak ada syak ucapannya ada kecendurangan menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah,” kata Zulqarnian.
Tian Chua, yang diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya, didakwa mengeluarkan ucapan bebaur hasutan mengajak orang ramai turun ke jalan raya bagi membantah kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) mengeluarkan ucapan itu pada sebuah program di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei 2013, seminggu selepas PRU ke-13. Ia boleh membawa kepada denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 5 tahun.

Lebih malu kalau tidak fasih BM, kata Bung

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menyelar beberapa pemimpin terutama daripada kalangan DAP yang tidak fasih berbahasa Melayu walaupun lahir di Malaysia.
Bung-Moktar_zahid-hamidi
PETALING JAYA: Tidak ada apa hendak dimalukan jika tidak fasih berbahasa Inggeris, namun lebih memalukan sekiranya tinggal di Malaysia tetapi tidak fasih bertutur bahasa kebangsaan, kata Datuk Bung Moktar Radin.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menyelar beberapa pemimpin terutama daripada kalangan DAP yang tidak fasih berbahasa Melayu walaupun lahir di Malaysia.
“Tidak ada yang perlu dimalukan apabila tidak lancar berbahasa Inggeris, sebab Inggeris bukan bahasa kita. Banyak lagi pemimpin hebat dalam dunia tidak tahu bahasa Inggeris tetapi mereka tetap disegani pemimpin lain.
“Yang kita malu ialah kalau duduk dalam negara ini tetapi tidak tahu bahasa Melayu seperti kebanyakan pemimpin DAP dan lain-lain. Nama saja rakyat Malaysia tapi tidak tahu berbahasa kebangsaan ,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian susulan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dikritik kerana kesalahan bertutur ketika berucap di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.
Malah, Zahid turut tersilap menyebut Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Malaysia.

Mufti: Pemimpin adil lebih penting dari fasih Inggeris

Perbicangan awam perlu memberi tumpuan kepada menyeru pemimpin yang adil, bukannya penguasaan bahasa Inggeris mereka, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Beliau berkata, walaupun bahasa Inggeris penting di peringkat antarabangsa, namun penguasaan bahasa Melayu adalah rukun untuk menjadi seorang pemimpin di negara ini.
"Negara ini memerlukan pemimpin yang adil. Itu lebih utama daripada membincangkan tentang seorang pemimpin yang fasih. Walaupun kefasihan itu ada kelebihannya, namun keadilan adalah rukun kepimpinan.
"Mari kita tumpukan perbahasan dalam perkara asas bukan pinggiran," kata Asri dalam catatan di Facebook hari ini.
Beliau berkata demikian selepas timbalan perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi menerima ejekan kerana dikatakan kurang mahir berbahasa Inggeris ketika menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lepas.
Asri berkata khalifah Islam ketiga Uthman bin Affan tidak menyampaikan ucapannya dengan baik ketika dilantik sebagai khalifah.
"Beliau gugup dan tidak dapat memberikan ucapan yang hebat. Ia mungkin juga atas faktor dirinya yang merupakan seorang yang pemalu. Namun, beliau sempat mengungkapkan satu ungkapan yang bermakna untuk kita semua renungi.
"Kata Saidina Uthman bin Affan: Sesungguhnya kamu memerlukan seorang pemimpin yang adil lebih utama dari seorang pemidato yang fasih," kata Asri.
Asri berkata, adalah lebih memalukan jika seseorang pemimpin Malaysia tidak mahir dalam bahasa kebangsaan.
"Malu jika kita mendengar ucapan pemimpin utama Singapura dalam bahasa Melayu. Sangat tersusun dan teratur.
"Malangnya, ramai pemimpin politik di Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu. Ironinya, tidak pula kita mengkritik bersungguh-sungguh," katanya.
Buat pillihan lebih sukar
Semalam, anggota jawatankuasa pro-tem BERSATU Syed Saddiq Abdul Rahman mempertikai usaha memperlekeh ucapan Zahid di PBB, namun mencadangkannya supaya mengikuti kelas bahasa Inggeris.

Pakatan Harapan perlu guna satu logo untuk tarik 83% pengundi baru yang tolak BN


PH perlu satu logoPH perlu satu logo
Naib presiden PKR, Rafizi Ramli berharap parti-parti Pakatan Harapan (PKR, Amanah dan DAP) memulakan perbincangan untuk menggunakan satu logo kerana jelas bahawa imej setiap parti (apabila berasingan) adalah berbeza dan menarik peratusan sokongan yang berbeza-beza.
"Dari perspektif pola sokongan inilah maka perlu dicari titik pertemuan agar pertemuan satu lawan satu diusahakan.
"Selebihnya, saya yakin Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang yang lain perlu bijak memilih isu yang emotif kepada pengundi muda Melayu mengikut tempat dan keadaan untuk menang dalam PRU14," katanya dalam satu kenyataan berkaitan peratusan tinggi pengundi baru yang menolak BN.
Pandangan itu katanya, dibuat berdasarkan pelbagai interaksi dengan pelbagai kumpulan pengundi Melayu termasuk satu kajiselidik di atas talian yang dibuat sejak 23 September 2016 melibatkan 746 responden. Dari jumlah itu, 711 (95% responden) adalah pengundi muda Melayu dan 35 (5% responden) bukan Melayu.
"53% belum mendaftar untuk mengundi dan kumpulan umur yang paling besar ialah pengundi kali pertama (antara 21 hingga 24 tahun) iaitu 45% dari responden dan pengundi kali kedua (antara 25 hingga 28 tahun) iaitu 24% (itu pun jika mereka mengundi dalam PRU13).
"Mengambil kira bahawa 95% dari responden adalah pengundi Melayu dan 69% adalah dalam lingkungan umur belum pernah mengundi atau hanya mengundi sekali, dapatan dari kajiselidik ini boleh memberi gambaran pola sokongan pengundi muda Melayu kepada parti-parti politik," katanya

Berikut kenyataan penuh beliau berkaitan kajian terhadap pengundi baru:
83% PENGUNDI MUDA DAN PENGUNDI KALI PERTAMA MENOLAK BN, SOKONGAN KEPADA PAKATAN HARAPAN & PEMBANGKANG BERBEZA-BEZA

HARAPAN cadang PM interim hingga Anwar bebas

Pakatan Harapan (HARAPAN) mencadangkan pelantikan perdana menteri interim jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.
Ketua Sekretariat HARAPAN Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata pelantikan itu boleh dilakukan sementara menunggu pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
"Calon HARAPAN untuk perdana menteri adalah Anwar Ibrahim.
"Jika dia tidak dapat mengambil jawatan itu kerana dia berada dalam penjara, kita boleh mempunyai perdana menteri sementara," tulis Saifuddin di Facebook.
Cadangan itu dibuat susulan kenyataan penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa presiden pro-tem parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi PM jika pembangkang menang pilihan raya.
Bagaimanapun, Mahathir berkata ia bergantung persetujuan parti-parti pembangkang.
Saifuddin mengambil contoh di Turki apabila Tayyip Erdogan dihalang daripada menjadi perdana menteri selepas partinya memenangi pilihan raya pada tahun 2002 kerana diharamkan memegang jawatan politik.
Abdullah Gul dilantik bagi pihak Erdogan dan menjadi PM interim sehingga kerajaan membatalkan sekatan terhadap Erdogan pada tahun 2003.
"Tapi hari ini, elok fokus tubuh gabungan pembangkang yang lebih besar dahulu ," kata Saifuddin.

NGO: Muhyiddin akan jadi PM untuk Melayu atau Malaysia?

Sebuah NGO pro-pembangkang ragu-ragu sama ada presiden pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah orang yang tepat untuk jawatan perdana menteri.
Berdasarkan kenyataan beliau sebelum ini, Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyatakan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu menggambarkan dirinya sebagai ultra Melayu.
Setiausaha Agung Mipas S Barathidasan berkata contoh yang paling jelas adalah kenyataan Muhyiddin bahawa beliau "Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian" pada tahun 2010.
"Oleh itu, jika dia menjadi perdana menteri, beliau akan jadi PM untuk Melayu atau untuk semua rakyat Malaysia?" soal Barathidasan (foto).
"Kita telah mempunyai cukup pemimpin yang memecahkan kita. Kita memerlukan pemimpin yang boleh membawa semua kaum bersama-sama,"katanya.
Pemimpin NGO itu juga mengingatkan bagaimana Muhyiddin sebagai menteri pelajaran mengendalikan isu kontroversi novel Interlok sekitar 2011 yang digunakan oleh pelajar tingkatan lima.
Barathidasan berkata Mipas percaya jika ada ahli politik yang layak untuk mengambil alih jawatan perdana menteri dan melakukan pembaharuan institusi di negara ini, ia tidak lain mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Anwar telah membuktikan bahawa dia mampu membawa pelbagai kaum bersama-sama. Beliau juga komited untuk membuat perubahan penting kepada sistem ini," katanya.
Barathidasan berkata demikian merujuk pengerusi pro-tem BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata Muhyiddin akan menerajui negara jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, Mahathir berkata, ia bergantung kepada persetujuan parti-parti pembangkang.

Persempadanan semula sekat kemaraan pembangkang - PAS


KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu berkemungkinan hilang beberapa kerusi daripada 15 kerusi Dun yang dimenangi dalam PRU14 sekiranya persempadanan semula kawasan pilihan raya sebagaimana yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diluluskan.
Adun Chukai, Hanafiah Mat berkata, cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu dilihat bertujuan menyekat kemaraan pembangkang di beberapa kerusi pada PRU akan datang memandangkan kebanyakan kawasan terlibat dengan persempadanan semula dibuat secara tidak adil, sebaliknya berpolitik dengan tujuan memenangkan BN.
Sebagaimana di Chukai katanya, cadangan persempadanan semula yang dibuat di kawasan terlibat dianggap pelik dan SPR dilihat tidak mengambil perkiraan berdasarkan faktor munasabah.
“Unit peti undi (UPU) Bakau Tinggi dalam Dun Chukai dipindahkan ke Bukit Kuang dalam Dun Kijal. Apa yang pelik, SPR kata persempadanan tertakluk kepada sungai tetapi UPU tersebut dipisahkan oleh sungai selebar kira-kira 400 meter. Ia adalah sungai besar yang merupakan tempat penyelenggaraan kapal.
“Begitu juga dengan UPU Bandar Baru Cheneh dalam Dun Air Putih dipindahkan ke Dun Chukai. Sedangkan jaraknya 25 kilometer dari bandar Chukai. Kalau hendak dikira UPU Mak Chili dan UPU Bukit Mentok lebih dekat dengan Dun Chukai. Kenapa dua UPU itu tidak dimasukkan dalam Dun Chukai?

Daya Saing Global: Malaysia jatuh dari tangga 18 ke 25

Laporan Daya Saing Global (GCR) 2016-2017 menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-25 daripada 138 ekonomi turun daripada tangga ke-18 pada tahun lalu tetapi kekal sebagai ekonomi paling kompetitif dalam kalangan negara membangun Asia.
Laporan diumumkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) menunjukkan daripada segi skor, prestasi negara turun daripada 5.23 kepada 5.16 daripada maksimum 7.
Bagaimanapun, Malaysia kekal berada di hadapan ekonomi seperti Korea, Iceland dan China dalam ranking terbaharu ini tetapi diatasi oleh Belgium, Austria, Luxembourg, Perancis, Australia, Ireland dan Israel, menurut laporan itu.
globalSementara itu, negara dan wilayah yang turut turun daripada ranking mereka termasuklah Jerman, Jepun, Hong Kong SAR, Finland, Kanada, Perancis, Thailand, Indonesia dan Filipina.
GCR ialah laporan tahunan yang dikeluarkan oleh WEF berdasarkan kepada Indeks Daya Saing Global (GCI) menggabungkan 114 petunjuk yang menyepadukan kedua-dua aspek daya saing ekonomi makro dan mikro.
Petunjuk ini dikumpulkan menjadi 12 tonggak terdiri daripada Institusi, Prasarana, Persekitaran Makroekonomi, Kesihatan dan Pendidikan Utama, Pendidikan Tinggi dan Latihan, Kecekapan Pasaran Barangan, Kecekapan Pasaran Buruh, Pembangunan Pasaran Kewangan, Kesediaan Teknologi, Saiz Pasaran, Kecanggihan Perniagaan dan Inovasi.
GCI itu berdasarkan kepada data perangkaan daripada organisasi dikitiraf antarabangsa bagi 30 peratus atau 34 petunjuk.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, kerajaan BN Kedah auta lagi


kxp.transformed
Rakyat negeri Kedah masih lagi ternanti-nanti bila agaknya kemudahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau Kulim International Airport (KXP) yang dilaung-laungkan sejak pilihan raya 2013 lagi akan menjadi kenyataan.
 
Rata-rata mereka percaya dengan adanya kemudahan ini ia akan memberi banyak manfaat kepada rakyat dan juga ekonomi negeri Kedah.
 
Namun begitu setelah hampir empat tahun, rakyat Kedah sudah dapat merasai bahawa ini semua merupakan janji-janji pilihan raya yang tidak mungkin dapat dilaksanakan walaupun Datuk Seri Mukhriz telah digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar.
 
Asmirul Anuar ArisAsmirul Anuar ArisMenurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Asmirul Anuar Aris, selepas Mukhriz ditolak oleh Najib dengan meletakkan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baru, projek yang kononnya direstui oleh Perdana Menteri itu didakwa akan diteruskan.
 
Namun begitu sehingga kini, status pembinaan lapangan terbang tersebut masih menjadi tanda tanya samada ia adalah fakta atau auta.
 
"Apakah kerajaan BN Kedah mampu menampung kesemua kos pembinaan sedangkan kita tahu bahawa kerajaan negeri mengalami masalah kewangan yang amat teruk.
 
"Sehingga kini hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat mencecah hampir RM2bilion unutk pembinaan dan projek-projek di negeri Kedah sebelum ini.
 

‘Daripada kecoh usul SPR, lebih baik Selangor selesai isu air’ - Irmohizam Ibrahim

Kerajaan Selangor diselar sebuah pertubuhan pro-BN yang menuduhnya tidak pernah serius menangani masalah bekalan air.
Datuk-Seri-Irmohizam-Ibrahim
KUALA LUMPUR: Majlis Belia Selangor berkata kerajaan negeri perlu menghentikan polemik isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dan menumpukan masalah bekalan air.
Presidennya Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak boleh berlengah dalam menyelesaikan isu bekalan air yang membebankan rakyat kerana ia mengganggu rutin harian dan produktiviti mereka.
“Jika benar kerajaan negeri bertindak dalam menyelesaikan perkara ini, mustahil gangguan bekalan air masih berulang lagi. Hal ini jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak pernah serius dalam menangani permasalahan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Irmohizam yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor berkata kerajaan pusat terbuka dalam memberi sokongan kepada penjualan konsesi air kepada Selangor bagi menjaga kebajikan rakyatnya.
Beliau berkata dalam tahun ini sahaja, isu bekalan air di Selangor berlaku 3 kali berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.
“Penutupan loji itu disebabkan pencemaran air mentah dan melihat situasi di sekeliling Sungai Semenyih, tidak mustahil pencemaran ini terjadi berpunca daripada kawasan industri yang diwujudkan berhampiran dengan sungai berkenaan,” katanya.