Selasa, 27 September 2016

Rafizi: Tiada parti dapat sokongan padu pengundi muda Melayu ketika ini

Sampel menunjukkan kecenderungan pengundi muda Melayu mirip pengundi Melayu atas pagar yang menolak BN, DAP dan PAS
rafizi
PETALING JAYA: Pada ketika ini tiada parti mendapat sokongan padu pengundi muda berbangsa Melayu, kata Setiusaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Pengumuman itu berdasarkan kepada kaji selidik atas talian yang dibuat sejak 23 September 2016 melibatkan 711 pengundi muda Melayu dan 35 pengundi muda bukan Melayu.
“Sampel adalah mirip kepada pengundi Melayu atas pagar kerana sementara mereka menolak BN, mereka juga menolak DAP.
“Malah peratusan yang cenderung mengundi PAS pun tidak tinggi mana pada 35.5%,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi berkata kewujudan parti politik yang lebih banyak kali menyebabkan pecahan peratusan sokongan pengundi Melayu.
Beliau percaya dalam pilihan raya akan datang pengundi akan cenderung menyokong parti yang paling kurang kontroversi, atau parti yang tidak mengalami perpecahan seperti PKR.
“Parti-parti lama yang mengalami perpecahan sehingga tertubuhnya parti baru seperti PAS, Amanah, Umno, Bersatu terkesan dari perpecahan ini,” katanya.
Melihat kepada perkembangan itu, Rafizi menggesa komponen Pakatan Harapan (PH) supaya mencari titik pertemuan agar pilihan raya umum akan datang menyaksikan pertembungan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN).

Salleh dedah matlamat politik sebenar Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya cuba menepis cakap cakap bahawa beliau mahu anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri akan datang, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Salleh Said Keruak Merujuk kepada laporan dalam The Star Online hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, dengan menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir ingin menyatakan bahawa bukanlah anaknya yang akan menyandang jawatan itu.
"Bagaimanapun, itu tidak bererti Mukhriz tidak boleh dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, manakala Muhyiddin pula hanya menjadi Perdana Menteri sementara," kata Salleh dalam catatan terbaru dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my.
Salleh berkata, laporan itu mengesahkan apa yang diperkatakan banyak orang bahawa Muhyiddin, bukan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Kata beliau, Dr Mahathir akhirnya melenyapkan persoalan penting tentang orang yang berada dalam fikirannya untuk mengggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sekiranya Perdana Menteri digulingkan atau Barisan Nasional diketepikan, yang merupakan objektif utama Dr Mahathir menubuhkan parti baharunya, PPBM".

Walau terpenjara, rakyat tetap mahu Anwar jadi PM

Majoriti rakyat Selangor berpendapat bahawa Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim perlu menerajui kepimpinan
negara bagi mengembalikan kecemerlangan Malaysia.
Gambar Anwar di mahkamah sebelum ini Dapatan ini diperolehi hasil tinjauan badan pemikir Kerajaan Negeri Selangor - Institusi Darul Ehsan (IDE) ke atas pengundi di 56 kawasan pilihan raya di negeri itu.
Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Dr Redzuan Othman ketika membentangkan kajian tersebut berkata, sebanyak 40% responden bersetuju Anwar diangkat sebagai ganti Perdana Menteri berbanding 31% tidak setuju manakala hanya 29% tidak pasti.
Redzuan berkata, walaupun Anwar berada dalam tahanan ekoran kes Fitnah 2, ternyata bekas Ketua Pembangkang itu masih mempunyai pengaruh cukup besar di kalangan rakyat terutama di Selangor.
“Kita dapati bahawa kepimpinan beliau masih diperlukan. Sejak beliau ditahan, hampir kesemua tinjauan kita akan melibatkan saudara Anwar untuk kita mengetahui sejauh mana pengaruh beliau.
“Ini satu perkara yang akan mengingatkan bahawa walaupun beliau berada dalam tahanan, tetapi beliau masih mempunyai pengaruh kuat di kalangan masyarakat terutama para pengundi,” katanya pada sidang media pembentangan kajian itu di Hotel Carlton, di sini.
Tinjauan yang dilakukan IDE pada 26 Ogos hingga 30 Ogos itu melibatkan 1,761 pengundi.
Selain itu, 51% responden juga mengakui Anwar dizalimi dan perlu dibebaskan segera. Majoriti 57% pengundi terlibat adalah dari kaum Cina, diikuti India (55%) dan Melayu (47%).
Mereka juga turut menyokong Anwar sebagai pemimpin Malaysia membelakangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Yang paling tinggi adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (30%) diikuti dengan Mahathir (24%). Ada yang mengatakan jika digabungkan Anwar dan Mahathir, membolehkan Malaysia diperintah Perdana Menteri baru,” jelas Redzuan.
Tinjauan itu juga mendapati majoriti 59% pengundi Selangor menyokong Pakatan Harapan di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, berbanding Barisan Nasional yang hanya memperoleh 29% sokongan.

FAKTA: Kebodohan Tidak Boleh Didakwa...


DUA INSAN YANG BERBEZA..!!!!

Apa kebijaksanaan & kelebihan yg ada pada Perdana Menteri M'sia dan Punahsihat #1MDB ??!!

APA NAK HERAN...PENEROKA TETAP SETIA..!!!

TAK MUSTAHIL jika ada peneroka masih kata..
"...SYUKUUUURR..!! POKOK SAWIT MASIH BERBUAH.
BN MENANG, RAKYAT SENANG..."

"Kerajaan tidak bercadang kurangkan GST," kata Johari

83% Pengundi Muda Dan Pengundi Kali Pertama Menolak BN, Sokongan Kepada Pakatan Harapan & Pembangkang Berbeza-Beza

Ucapan saya di Pulau Pinang minggu lalu menjadi bahan polemik apabila saya mengutarakan pandangan mengenai sokongan pengundi Melayu terhadap Umno. Saya mempersoalkan keyakinan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Umno bahawa sokongan pengundi Melayu masih berpihak kepada Umno sehingga menjadi asas persempadanan semula yang dibuat mengikut garis perkauman.
Pandangan itu sudah tentu dimomokkan oleh penyokong Umno yang merasakan bahawa undi Melayu tetap berpihak kepada mereka.
Pandangan saya itu dibuat berdasarkan pelbagai interaksi dengan pelbagai kumpulan pengundi Melayu termasuk satu kajiselidik di atas talian yang dibuat sejak 23 September 2016 melibatkan 746 responden. Dari jumlah itu, 711 (95% responden) adalah pengundi muda Melayu dan 35 (5% responden) bukan Melayu.
53% belum mendaftar untuk mengundi dan kumpulan umur yang paling besar ialah pengundi kali pertama (antara 21 hingga 24 tahun) iaitu 45% dari responden dan pengundi kali kedua (antara 25 hingga 28 tahun) iaitu 24% (itu pun jika mereka mengundi dalam PRU13).
Mengambil kira bahawa 95% dari responden adalah pengundi Melayu dan 69% adalah dalam lingkungan umur belum pernah mengundi atau hanya mengundi sekali, dapatan dari kajiselidik ini boleh memberi gambaran pola sokongan pengundi muda Melayu kepada parti-parti politik.
Mengambil kira juga kebarangkalian berlaku pertembungan 3 penjuru, kajiselidik ini mengukur sokongan berdasarkan jalur pada kayu ukur 30% (bukan “Ya” atau “Tidak”) iaitu:
Kecenderongan 0 – 30% untuk mengundi parti X: Tidak akan mengundi parti ini baik dalam pertandingan satu lawan satu atau 3 penjuru
Kecenderongan 30 – 50% untuk mengundi parti X: Atas pagar dan mungkin akan mengundi mengikut keadaan
Kecenderongan 50 – 100% untuk mengundi parti X: Kemungkinan besar menyokong parti ini walau dalam pertandingan 3 penjuru
Dapatan mengikut pecahan data dan jalur sokongan ditunjukkan seperti di bawah (laporan kajiselidik disertakan bersama di lampiran):
poll-umur
poll-xsokong
poll-ataspagar
poll-sokong
Sementara ramai pihak yang akan mempertikaikan ketepatan angka sokongan kerana saiz sampel dan sumber sampel dari atas talian, yang lebih penting bukanlah angka sokongan tetapi pola (atau trend) sokongan. Saya boleh senaraikan beberapa pemerhatian seperti berikut:

Pakai baju kuning setiap Sabtu hingga 19 November

Orang ramai diseru memakai baju kuning pada setiap Sabtu sehingga menjelang perhimpunan Bersih 5 pada 19 November nanti.
Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari, berkata seruan itu dibuat sebagai tanda solidaliriti orang ramai menyokong Bersih 2.0 dalam menuntut reformasi institusi dan bantahan terhadap keparahan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Mereka yang tidak dapat menyertai konvoi Bersih 5 digalakkan memakai baju kuning Bersih 5 setiap Sabtu untuk menunjuk sokongan mereka,” kata Shahrul Aman.
Beliau berkata demikian pada sidang media Bersih 2.0 di Pejabat Bersih 2.0 di Pusat Perniagaan 8 Avenue di sini, hari ini.
Katanya, Bersih 2.0 percaya kerjasama semua pihak ini menjadi inspirasi kepada semua rakyat untuk bangkit dan menentang penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Azmin: Wujudkan gabungan besar hadapi BN di PRU-14

Parti pembangkang perlu mewujudkan gabungan besar untuk berhadapan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata gabungan besar itu perlu bagi merealisasikan pertembungan satu lawan satu berhadapan BN.
“Pada prinsipnya, sudah tentu parti pembangkang perlu wujudkan satu muafakat perdana yang saya guna istilah ‘grand coalition’ untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.

“Ia bermula dengan prinsip satu lawan satu bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum nanti,” kata beliau selepas Majlis Perasmian Bait Al-Mawaddah di Jalan Kebun, di sini, hari ini.
Mohamed Azmin menafikan bersetuju untuk menggunakan nama dan logo barisan rakyat dalam pilihan raya akan datang.
“Kita belum memutuskan nama tetapi sudah pasti pergabungan itu adalah paling utama ketika ini.
“Walaubagaimanapun, kita akan mengadakan satu perbincangan untuk mengukuhkan gabungan parti pembangkang bagi pilihan raya akan datang,” katanya.
Mohamed Azmin berkata bahawa gabungan itu juga memerlukan kelulusan pihak berkuasa.
“Saya masih ingat pada masa lalu, apabila kita menyerahkan kertas cadangan untuk Barisan Alternatif, tetapi sehingga kini kita tidak menerima sebarang maklum balas,” katanya.

Kerjasama PAS-Umno bawa manfaat kepada Ummah - MUAFAKAT

Pertandingan 3 penjuru UMNO boleh menang, kata Prof Redzuan

Bersatu lebih popular berbanding Amanah, kata Prof Redzuan

Kajian IDE: Rakyat Selangor Pilih Hishammuddin Jadi PM

IDE: Whatsapp, FB Jadi Senjata Kempen PRU14

Johor saksikan ‘hijrah besar-besaran’ akar umbi Melayu tolak kepimpinan Najib


Johor sedang menyaksikan gelombang kebangkitan dan kesedaran akar umbi Melayu apabila semakin ramai ahli-ahli UMNO negeri itu meninggalkan parti tersebut akibat hilang keyakinan terhadap parti dan kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak.
Fenomena ini menyaksikan penghijrahan besar-besaran bekas ahli-ahli UMNO negeri ini menyertai parti baru mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
johor-bersatuOptimis dengan perkembangan ini, Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Mahdzir Ibrahim dan Syeikh Omar Ali berkata, penghijrahan ahli-ahli UMNO negeri ini bakal menjadikan Johor sebagai pencetus kepada perubahan politik Malaysia sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.
“Kami menyambut baik perkembangan terkini di Johor berhubung penghijrahan ahli-ahli UMNO ke parti Bersatu.
“Kami juga maklum tentang penghijrahan beberapa individu yang dianggap tokoh penting akar umbi UMNO Johor yang sedang berjalan. Kami anggap ini merupakan satu ‘hijrah besar’ bangsa Johor,” kata mereka sambil menyifatkan ia sebagai gelombang awal penjajaran semula politik Johor.
Penolakan rakyat yang semakin ketara terhadap UMNO saat ini berlaku kerana sudah muak dengan tindak-tanduk sumbang Umno selain terpalit dengan pelbagai skandal kewangan mega melibatkan Najib Razak.
Ia termasuklah kempen terdesak berbaur ‘ugutan’ dengan mendakwa mereka perlu terus berkuasa demi survival kaum Melayu.
“UMNO yang diterajui Najib penuh dengan skandal. 1MDB yang terkait langsung dengan The Malaysian Official 1 telah menjadikan Malaysia hari ini terkenal dengan politik kleptokrasi. Lebih malang, Umno telah menjadi parti Najib apabila semua kuasa dipusatkan kepada beliau.
“Elemen perkauman kononnya UMNO perlu terus berkuasa demi survival Melayu terus dijadikan helah Najib untuk mengukuhkan kedudukan beliau dan mengamalkan kleptokrasi,” ujar mereka.
Kenyataan ini dalam masa yang sama mahu supaya UMNO Johor di bawah pimpinan Datuk Seri Khaled Nordin mengambil langkah berani untuk lakukan perubahan besar-besaran.

SPR dinasihat usah jadi alat menangkan pemerintah zalim


IPOH, 27 SEP: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dinasihat supaya tidak menjadi alat kepada pemerintah zalim dan digesa bertanggungjawab kepada sistem demokrasi berperlembagaan negara dengan tidak sewenang-wenang membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya.
Ini kerana cadangan SPR menjalankan persempadanan semula baru-baru ini menyebabkan wujudnya pembahagian kawasan yang tidak seimbang sekaligus mendiskriminasi nilai setiap undi yang diberikan.
howard-hantar-memorendumGesaan ini dibuat Sosialis Muda DAP (DAPSY) Perak membantah tindakan SPR yang telah mengabaikan prinsip “1 Pengundi, 1 Undi, 1 Nilai” dan hanya akan menguntungkan parti pemerintah.
Bercakap kepada Roketkini, ketuanya Howard Lee berkata, persempadanan semula yang dilakukan SPR jelas merupakan strategi kotor untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang.
“Persempadanan semula di atas niat politik kotor yang telah berlaku di beberapa tempat di Negeri Perak merupakan suatu strategi yang telah biasa diamalkan oleh kerajaan BN untuk merampas kuasa tunggal Suruhanjaya Pilihan Raya,” ujar ADUN Pasir Pinji itu.
Menurut Howard, selain SPR, para pengundi juga perlu memainkan peranan menyatakan bantahan dalam siasatan awam berkenaan proses persempadanan semula.
“Kita perlu menuntut supaya setiap undi yang diberikan punya nilai. Tapi malangnya, pengundi hanya diberi masa sebulan untuk bantah cadangan SPR ini,” katanya.
Justeru, beliau bersama rombongan DAPSY Perak telah berkunjung ke Pejabat SPR Perak semalam bagi menyerahkan memorandum menggesa agensi tersebut memikul tanggungjawab supaya kepercayaan dan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat kepada SPR terpelihara.
Beliau menegaskan, kegagalan membantah cadangan SPR yang tidak wajar itu akan memberi kesan terhadap masa depan negara dan generasi akan datang.

MEMANG DAH “NAMPAK BODOH” PUN!

Pemuda UMNO akhirnya membuat keputusan membatalkan hasrat untuk membuat laporan polis terhadap dua “tauke Cina” yang didakwa terlibat membiayai gerakan mahu menyingkirkan Perdana Menteri, Najib Razak yang ditunjangi oleh Tun Mahathir Mohamad.
Pembatalan dibuat dikatakan untuk mengelakkan Pemuda UMNO nampak “bodoh” berikutan maklumat mengenai perkara itu didapati tidak sahih.
Pemuda UMNO juga mengesahkan maklumat yang diterima sebelum ini adalah berdasarkan “dokumen palsu”.
Kehkehkeh…kesian Pemuda UMNO!!
Semalam lagi blog telah menulis selitan cerita “dua tauke” berkenaan yang terangkum dalam kisah kononnya Tun Mahathir mahu berdamai dengan Najib, adalah semata-mata dongeng murahan yang berpunca daripada dedak berkualiti rendah.
Malangnya, hanya setelah hampir 24 jam, Pemuda UMNO yang semalam gegak gempita mahu membuat laporan polis, baru sedar maklumat yang diterima adalah tidak sahih dan palsu.
Kenapa lambat sangat untuk kenal beza antara kaca dengan permata?
Kalau terjumpa antara kaca dengan permata di tengah-tengah jalan, apakah Pemuda UMNO memerlukan masa hampir 24 jam juga untuk mengesahkan kesahihannya?
Jika hari ini Pemuda UMNO mengatakan mereka membatalkan laporan polis itu untuk mengelak kelihatan “bodoh”, sejak semalam lagi apabila ada pemimpinnya “begitu cepat melompat dan berlari-lari ke kedai emas” semata-mara kerana terlihat benda berkilau di tengah-tengah jalan, Pemuda UMNO sebenarnya sudah pun “nampak bodoh” di mata umum.
Asal ternampak bersinar dan berkilau saja, terus ingat ianya adalah permata.
Sekurang-kurangnya untuk tempoh hampir 24 jam pada hari semalam, “kebodohan” telah melekat pada Pemuda UMNO.
Kesian KJ ada barisan Exco seperti ini!!

Syed Saddiq puji Zahid, tapi cadangnya ambil kelas Inggeris

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disaran perbaiki diri seperti dirinya yang kini mengajar bahasa Inggeris di 25 negara
Syed-SaddiqDulu saya juga gagap, begitu kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan penyebaran video ucapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini.
Menepis kecaman orang ramai terhadap Zahid, juara debat Asia itu memberi kata-kata dorongan kepada Zahid supaya perbaiki diri seperti dirinya yang kini mengajar bahasa Inggeris di 25 negara.
“Saya pun dulu gagap dan tidak fasih dalam bahasa Inggeris, tetapi alhamdulillah sekarang saya diberikan mandat untuk mengajar di lebih 25 negara.
“Buktikan kritikan itu salah.
“Hadirlah ke kelas bahasa Inggeris dan mulakanlah diri untuk terlibat dalam suasana yang bertutur dalam bahasa Inggeri,” katanya dalam status di Facebook.
Ucapan Zahid di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat mengundang kecaman beberapa pihak kerana kesalahan beliau bertutur.
Zahid turut tersilap menyebut Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Malaysia.
“Secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan cubaannya bertutur dalam bahasa Inggeris. Saya lebih kecewa dengan isi kandungan ucapannya.
“Saya lebih kecewa dengan kegagalannya untuk lantang bersuara demi negara, agama dan bangsa. Tetapi untuk lain kali, saya selalu memberitahu diri saya iaitu di mana ada kemahuan di situ ada jalan,” katanya.

Hanya 25% penyokong BN tidak mahu MO1 ditangkap

53% orang Melayu yang ditinjau mahu MO1, yang dikaitkan kepada Najib Razak, dikenakan tindakan.
bn_mo1
SHAH ALAM: Sebahagian besar penyokong BN di Selangor mahu Malaysian Official 1 (MO1) dikenakan tindakan undang-undang, menurut tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE).
Hanya sebilangan responden – tidak melebihi 15% – tidak setuju MO1 dihadapkan ke muka pengadilan.
Penemuan itu merentasi 3 kaum utama yang terbabit dalam tinjauan di 56 kawasan pilihan di Selangor melibatkan 1,761 pengundi daripada 26 Ogos hingga 30 Ogos.
Secara keseluruhannya, 40% responden mahu MO1 dikenakan tindakan, 35% tidak pasti manakala 25% lagi memberi jawapan tidak.
“Berdasarkan jumlah kaum, Melayu 53% sokong, 33% tidak pasti dan 14% tidak setuju; manakala Cina 60% sokong, 30% tidak pasti dan 11% tidak setuju; dan India 46% sokong, 39% tidak pasti dan 15% tidak setuju,” kata Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Mohamad Redzuan Othman.
Beliau mengumumkan penemuan itu di sesi pembentangan kaji selidik tinjauan IDE: Isu dan Persepsi Pengundi Selangor di Hotel Carlton di sini hari ini.
mo1bn
Disebut dalam tuntutan undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), sesetengah pihak mengaitkan identiti MO1 kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
MO1 disebut sebagai ahli keluarga Riza Aziz, yang dinamakan dalam tuntutan untuk merampas US$1 bilion aset yang didakwa dilesapkan dan disalur ke Amerika Syarikat melalui syarikat kosong.
DoJ mendakwa lebih US$3.5 bilion dilencongkan daripada 1Malaysia Developed Berhad (1MDB), yang diasaskan Najib pada 2009 selepas menjadi perdana menteri. Riza adalah anak tiri Najib.

IDE: ISU DAN PERSEPSI PENGUNDI SELANGOR

















IDE: Anwar Ibrahim tokoh pembangkang paling berpengaruh

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi pilihan selaku tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin Malaysia berdasarkan bancian dilakukan Institut Darul Ehsan (IDE) pada 26 hingga 30 Ogos 2016.
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata dengan jumlah 30 peratus beliau mengatasi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ditempat kedua dengan 24 peratus sementara bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketiga (17 peratus).

zalimi“Berdasarkan bancian ‘Keperluan Menerajui Pimpinan Kerajaan Malaysia untuk Mengembalikan Kecemerlangan Negara’, Anwar memperoleh sokongan 40 peratus sementara mengikut pecahan kaum, India memberikan sokongan tertinggi sebanyak 46 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pembentangan Survei IDE: Isu dan Persepsi Pengundi Selangor di Hotel Carlton hari ini.
Dibawah bancian ‘DSAI telah dizalimi dan perlu dibebaskan segera dari penjara’, 51 peratus bersetuju dengan perkara itu manakala 29 peratus ‘Tidak Pasti’ dan 20 peratus memilih ‘Tidak’.
Mengikut pecahan kaum, Cina menyatakan sokongan tertinggi dengan 57 peratus diikuti India (55 peratus) dan Melayu (47 peratus).
Jumlah itu meningkat lapan peratus berbanding hanya 43 peratus memilih ‘Ya’ dalam bancian yang dibuat pada November 2015.

Konvoi Bersih 5 dapat kerjasama polis

BERSIHKonvoi Bersih 5 yang diadakan sebelum menjelang perhimpunan Bersih 5 pada 19 November mendapat kerjasama polis.
Jawatankuasa Konvoi Bersih 5 bagi peringkat Timur, Muhammad Safwan Anang, berkata malah polis turut memberi cadangan laluan difikirkan sesuai.

“Kami mendapat kerjasama baik polis dan sebelum ini juga satu perbincangan dengan polis Kota Bahru diadakan.
“Oleh kerana peringkat Kota Bahru melibatkan konvoi berbasikal di tengah bandar, maka Ketua Polis Daerah Kota Bahru mencadangkan perubahan laluan.
“Maka ada sedikit perubahan laluan tetapi tempat pelancarannya dan laluan lain tetap sama,” kata Muhammad Safwan.
Beliau berkata demikian pada sidang media Bersih 2.0 di Pejabat Bersih 2.0 di Pusat Perniagaan 8 Avenue di sini, hari ini.
Jelasnya, ini membuktikan perhimpunan anjuran Bersih 2.0 semakin diterima pihak berkuasa itu.
Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari, berkata semua penyelaras mematuhi peruntukan ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman dengan notis 10 hari dikemukakan bagi kawasan pelepasan konvoi.
“Setiap jawatankuasa juga menguruskan keselamatan, bantuan perubatan dan bantuan guaman untuk peserta yang mengambil bahagian,” katanya.

Persempadanan: BN perlu 35% undi popular saja untuk menang PRU14 kata IDE

BN hanya perlu 35% undi popular sahaja untuk memerintah Malaysia dengan persempadanan semula baru-baru ini, kata Prof Datuk Dr Redzuan Othman.BN hanya perlu 35% undi popular sahaja untuk memerintah Malaysia dengan persempadanan semula baru-baru ini, kata Prof Datuk Dr Redzuan Othman.
BN perlu 35% undi popular saja untuk memenangi pilihanraya umum akan datang selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Profesor Datuk Dr Redzuan Othman berkata, ia berdasarkan analisis awal yang dibuat.
Analisis ini dibuat pihaknya berdasarkan sentimen yang sama di kalangan pengundi 2013 yang lalu.
Bagaimanapun ia belum final lagi, katanya.
Ini kerana di Malaysia, jumlah kerusi yang dimenangi adalah menjadi penentu bukannya undi popular.
Redzuan berkata demikian dalam sidang media IDE di sebuah hotel dekat Shah Alam bagi membentangkan hasil kajian IDE mengenai kecenderongan politik di Selangor.
Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, BN hanya memperolehi 46% sahaja undi popular tetapi berjaya memerintah Malaysia.
Menurut Redzuan, persempadanan kali ini tidak semudah apa yang dibuat oleh SPR sebelum ini kerana kecelikan maklumat di kalangan rakyat.
"Saya yakin bantahan akan dibuat dan Bersih 5 yang akan bermula tidak lama lagi antara penentunya samada bantahan ini kuat atau tidak.
"kalau ratusan ribu orang turun, sudah tentu ia membayangkan kesedaran rakyat," katanya merujuk kepada konvoi Bersih 5 bermula 1 Oktober ini dan akan tamat di Kuala Lumpur dengan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 19 November.
Menurut Redzuan, dalam konteks Selangor, bantahan bukan saja akan dibuat oleh orang ramai dan parti politik tetapi juga oleh pihak berkuasa tempatan dan juga kerajaan negeri Selangor sendiri.
Oleh itu, beliau jangka bantahan ini akan mengambil masa yang panjang dan tidak boleh diselesaikan dengan cepat.

HARAPAN pilih Anwar sebagai PM, kata Pua kepada Dr M

Calon berpotensi Pakatan Harapan untuk jawatan perdana menteri kekal Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua.
Kenyataannya itu susulan selepas sekutu baru HARAPAN, penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata presiden protem partinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pilihan utama sebagai calon perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.
"Pendirian Pakatan Harapan kekal, Anwar Ibrahim (sebagai perdana menteri," kata Pua kepada Malaysiakini.
Ditanya jika ini dapat dipertahankan memandangkan Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun, beliau berkata: "Kami akan bimbang tentangmya kemudian."
Anwar dihumban ke penjara selepas didapati bersalah meliwat seorang bekas pembantunya pada bulan Februari 2015.
Beliau secara konsisten menafikan pertuduhan itu, dan mendakwa ia adalah konspirasi politik.Mahathir pada satu ceramah di London minggu lalu berkata Muhyiddin adalah pilihan utama, tetapi ini bergantung sama ada pemimpin penaja bekas timbalan perdana menteri itu dipilih sebagai presiden BERSATU dan dipersetujui barisan pembangkang.
Bekas PM itu juga mengakui bahawa tidak banyak perbincangan diadakan mengenai calon perdana menteri kerana ia boleh menjejaskan gabungan pembangkang itu.

42% setuju Pakatan Harapan alternatif terbaik untuk Selangor


Kajian yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE).Kajian yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE).
Kajian yang dibuat mendapati Pakatan Harapan merupakan alternatif terbaik untuk kekalkan pentadbiran negeri Selangor.
Menurut kajian yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE), 42% respondan yang ditanya olehnya menjawab 'ya' manakala 38% tidak pasti manakala 20% berkata tidak.
Dalam kajian itu, respondan ditanya, "PH adalah alternatif terbaik untuk mengekalkan pentadbiran negeri Selangor".
Berdasarkan kajian itu, Cina paling ramai menyokong PH alternatif terbaik dimana 49% dari respondan menyatakan "ya" untuk soalan itu, manakala 48% respondan India pula memberikan jawapan tidak pasti.

Elak nampak bodoh, exco Pemuda Umno batal hasrat buat laporan polis

Armand Azha membatalkan hasrat membuat laporan polis, selepas mendapati maklumat yang diperolehinya adalah palsu.
ArmandKUALA LUMPUR: Bagi mengelakkan dirinya kelihatan bodoh, Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah membatalkan hasrat membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau menamakan beberapa pihak sebagai penaja gerakan menjatuhkan perdana menteri, selepas mendapati maklumat itu palsu.
Armand Azha berkata, beliau hanya mendapati maklumat itu tidak sahih selepas membuat pemeriksaan dengan pelbagai sumber.
“Semalam, seharian kita check, kita buat kajian, setelah kita kumpulkan maklumat tersebut, akhirnya kita dapati maklumat yang diberikan itu tidak sahih.
“Sebagai parti politik kerajaan, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli parti tidak melaporkan benda yang palsu.
“Kita nak tunjuk contoh baik, kalau betul kita lapor, kalau tak betul, kita tak lapor, bukan untuk kepentingan nak glamour,” katanya di luar Balai Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.
Semalam, MalaysiaKini melaporkan Armand Azha menamakan anak seorang taikun dan seorang proksi terkenal untuk tokoh korporat sebagai penaja dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Armand Azha bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan dalam dokumen sepanjang tujuh muka surat itu.
“Saya tidak boleh nyatakan. Tetapi, saya dah lihat dokumen tersebut dan bila kita check, ia tidak sahih. Yang penting, dokumen itu palsu.

59% sokong PH, BN 29% di Selangor jika PRU diadakan sekarang


Kajian PRU di Selangor oleh IDEKajian PRU di Selangor oleh IDE
Kajian yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan  (IDE) mendapati 59 peratus  pengundi di Selangor akan menyokong Pakatan Harapan  dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang jika berlaku sekarang.
Hanya 29 peratus  sahaja menyokong Barisan Nasional (BN) dalam kajian yang dibuat oleh IDE itu, kata Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Redzuan Othman.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bertajuk 'Isu dan Persepsi Pengundi Selangor, Survei IDE'  di Shah Alam hari ini.
Analisis jika berlaku pertandingan tiga penjuru di Selangor menurut IDE, badan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali.Analisis jika berlaku pertandingan tiga penjuru di Selangor menurut IDE, badan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali.Bagaimanapun, kata Redzuan, kajian IDE juga menunjukkan, BN akan menang di Selangor jika pertandingan tiga penjuru berlaku di negeri itu.
"BN akan menang samada sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya ataupun selepas persempadanan semula," kata Redzuan kepada Malasia Dateline ketika ditemui selepas perbentangan itu.
Ini kerana, kata bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), Pas dan Umno masing-masing mempunyai pengundi tegar yang tidak akan  berganjak.
Oleh itu, apa yang diperlukan untuk mempastikan BN boleh dikalahkan adalah dengan memastikan pertandingan dua penjuru antara BN dengan parti pembangkang berlaku.
"Jika Pas menyertai pilihan raya akan datang dengan tiga penjuru dengan BN dan Pakatan Harapan, hampir kesemua kerusi Pas akan kalah di Selangor," katanya.
Beliau maramalkan, Pas akan kembali ke zaman pilihan raya 2004 tolak penyokong Amanah jika masuk dengan tiga penjuru.

Kelab Sahabat N87 Benteng Kedua Pertahan Najib

'Kami mahu lihat pengundi daftar atas rela sendiri, bukan perlu dibayar' - BERSIH

Penyokong UMNO juga sokong ambil tindakan ke atas MO1 - IDE

Konvoi BERSIH 5 sedia dilancar pada 1 Oktober

Tiada laporan polis terhadap 'dalang' jatuhkan PM

Akar umbi masih mahu parti bumiputera, kata Dr M

Pakatan Tumbang Jika Lawan Tiga Penjuru Di Selangor

Amanah Sedia Mobilisasi Ahli Sertai Bersih 5

Kajian: Hishamuddin pilihan rakyat Selangor jadi PM ganti Najib

Hishamuddin Tun HussienHasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien menjadi pilihan rakyat Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, 32 peratus responden memilih Menteri Pertahanan itu.
"Datuk Seri Hishamuddin lebih popular berbanding Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (31 peratus).
"Bagi Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) 28 peratus dan dua calon lain, Tan Sri Annuar Musa (Ketua Penerangan Umno) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) enam peratus," katanya ketika sesi pembentangan penyelidikan survei IDE : Isu dan Persepsi Pengundi Selangor, di sini, hari ini.
Sementara itu, kajian sama turut mendapati pengundi kaum Melayu dan Cina memilih Hishamuddin dengan masing-masing 33 peratus manakala Ahmad Zahid popular dalam kalangan pengundi kaum India dengan 36 peratus.
Mengikut umur, Hishamuddin menjadi pilihan responden berusia 31 hingga 50 tahun.
Namun Ahmad Zahid popular dalam kalangan pengundi berusia 51 hingga 60 tahun ke atas.
Manakala Khairy pula seperti yang dijangka popular dalam kalangan orang muda yang berusia 21 hingga 30 tahun.
Ketika ditanya kaedah pemilihan pemimpin-pemimpin Umno itu untuk dijadikan kajian, Mohamad Redzuan berkata pihaknya menjalankan saringan terlebih dahulu sebelum kajian dijalankan.