Isnin, 26 September 2016

GELOMBANG RAKYAT BANGKIT!! Umno BN Jangan Harap Menang Lagi

Nazir bimbang politik campuri ekonomi


Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak mengakui beliau tidak pernah berhenti daripada berasa bimbang terhadap jalinan politik dan keadaan ekonomi negara.
Dalam wawancara dengan majalah Euromoney, beliau ditanya berkaitan siri status yang dimuat naik ke Instagram beliau – yang kerap menyentuh kebimbangannya terhadap masa depan Malaysia.
“Ya, saya bimbang,” beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara bertajuk CIMB’s Nazir battling Malaysia’s demons (Nazir dari CIMB melawan hantu-hantu Malaysia”.
Ia disiarkan dalam keluaran September majalah itu.
“Politik Malaysia mempunyai kaitan lebih besar terhadap ekonomi dan perniagaan berbanding negara lain,” katanya.
“Di Thailand, kamu boleh lihat askar menembak di jalanan dan perniagaan sedang dijalankan. Tetapi Malaysia….”
Masalahnya, jelas Nazir, berpunca daripada pembinaan semula negara ini selepas 1970 yang menekankan banyak penglibatan kerajaan dalam sistem ekonomi negara.

PKR tak tolak kerjasama parti Shafie Apdal


SHAH ALAM – Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah membayangkan kemungkinan berlaku kerjasama antara PKR dengan parti yang diterajui bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Sabah.
Katanya, ia bukan perkara mustahil memandangkan pihaknya boleh memberi ruang kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  sebelum ini.
“Sebagaimana PKR boleh bekerjasama dengan Bersatu, maka saya kira PKR di Sabah boleh bekerjasama dengan parti baharu itu.
“Sabah adalah negeri yang istimewa kerana mempunyai kedudukan tersendiri dalam penubuhan Malaysia, ia bukan negeri seperti yang terdapat di Semenanjung,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, baru-baru ini.
Mohd Shafie sebelum ini dilaporkan mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.
Parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Amanah Perak alu-alukan PPBM untuk satu lawan satu


Dr Muhaimin Sulam berkata parti itu yakin kewujudan PPBM Dr Muhaimin Sulam berkata parti itu yakin kewujudan PPBM
Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bersedia untuk duduk berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi mencapai matlamat satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Naib pengerusi Amanah Perak Dr Muhaimin Sulam berkata, parti itu yakin kewujudan PPBM di negeri itu akan mengukuhkan muafakat bagi mencapai matlamat tersebut.

PPBM Perak akan dilancarkan pada 2 Oktober depan di Dewan EMV, PPMP3 Plaza Bowling, Seri Manjung.

“Amanah Perak tegaskan akan duduk berbincang dengan semua parti politik bagi berdepan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 nanti khasnya yang dijangkakan semakin hampir.

“Amanah Perak mengalu-alukan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Negeri Perak kerana ia mampu memberikan impak besar politik di Perak khasnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, Amanah Perak bersama Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama untuk menumbangkan BN terutamanya dalam membantah syor persempadanan kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Bersatu diluluskan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 8 September lalu dengan nama singkatan PPBM.
Penubuhan parti baharu diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan didaftarkan pada 9 Ogos lalu.
Parti baharu itu dinamakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan nama singkatannya Bersatu namun nama singkatannya kini PPBM.

INVOKE perkenal insentif tunai tarik pengundi muda mendaftar

NGO berkaitan PKR, Invoke menawarkan wang tunai dalam usaha menarik kira-kira empat juta pengundi muda yang belum mendaftar supaya berbuat demikian.
Menurut NGO itu, susulan kajiannya dalam talian mendapati kebanyakan belia berkata mereka akan mendaftar jika terdapat insentif tunai.
Bermula hari ini, mereka yang mendaftar berpeluang memenangi hadiah mingguan sehingga RM1,000 tunai melalui pertandingan di laman web Invoke.
Mereka cuma perlu memuat naik slip pendaftaran pengundi, memaklumkan kepada Invoke mengapa mereka memilih untuk mendaftar dan memberikan beberapa butiran peribadi untuk berpeluang memenangi wang tunai.
Mereka yang membekalkan jawapan terbaik setiap minggu berpeluang memenangi hadiah utama RM1,000, dua hadiah kedua bernilai RM500 setiap satu dan tiga hadiah sagu hati RM200 setiap seorang.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, yang juga adalah penasihat Invoke, berkata pengundi belum berdaftar yang berumur 40 dan ke bawah adalah cenderung kepada Pakatan Harapan dan pembangkang.
Rafizi sebelum ini menjanjikan RM300,000 simpanan peribadinya untuk membantu Invoke.

Azalina: Rasional Husam gugur saman tak dapat diterima

Justifikasi ADUN Salor, Datuk Husam Musa menggugurkan saman 'class action' atau ‘tindakan kelas’ di Amerika Syarikat tidak dapat diterima, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.
Husam dan peguam Matthias Chang memfailkan saman tindakan kelas terhadap syarikatdan individu yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan 1MDB yang mahu dirampas oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
Saman itu bagaimanapun digugurkan Jumaat lalu.
“Alasan Husam di dalam kenyataannya bertarikh 24 September 2016, di mana beliau menyatakan bahawa penarikan balik saman itu dibuat bertujuan untuk menyesuaikan saman tersebut ekoran beberapa perkembangan-perkembangan terkini, adalah tidak dapat diterima.
“Sekiranya terdapat sebarang keperluan untuk membuat penambahan fakt, ianya boleh dilakukan tanpa menggugurkan tindakan menerusi prosedur permohonan tambahan,” kata Azalina dalam satu kenyataan.
Husam berkata saman itu digugurkan dengan mengambil rundingan DOJ dengan pengeluar Red Granite Pictures, untuk mengetepikan keuntungan masa depan dari filem Wolf of Wall Street, yang didakwa dibiayai menggunakan wang 1MDB.
Bagaimanapun, beliau berkata beliau perlu mengumpul maklumat lanjut daripada peguam, manakala Chang memberi jaminan bahawa kedua-dua mereka tahu apa yang mereka lakukan.
Azalina berkata tindakan mereka Jumaat lalu menunjukkan saman itu adalah “berniat jahat” dan untuk “meraih publisiti murahan” dan juga penyalahgunaan terhadap proses mahkamah.

“Kedua-dua mereka bukan sahaja cuba untuk memalukan Malaysia, malah tindakan mereka boleh dilihat sebagai kurang faham akan prosedur mahkamah dan keperluan asas bagi pemfailan 'Class Action'.

KANTOI LAGI penjilat Najib & Media belaan AMENO memainkan isu ni.


Dari sumber berita mana Salleh Said Keruak Beruk canang satu negara bhw saman terhadap 1MDB di AS itu DITOLAK !!!

MACAM MANA media barat nak laporkan SEBAB BERITA TERSEBUT (Ditolak) MEMANG TIDAK PERNAH BERLAKU !!!

Utk penjelasan selanjutnya boleh baca di sini..
https://www.facebook.com/datohusam/posts/1098581973564661

CERITA DONGENG DEDAK MURAHAN

Di alam maya ketika ini bertebaran cerita mengenai Tun Mahathir Mohamad kononnya mahu berdamai dengan Najib Razak. Daripada blog, FB dan grup Whatsapp, cerita berkenaan terus berpanjangan disebarkan tanpa hentinya.

Dalam cerita itu, Tun Mahathir dikisahkan memilih untuk berdamai kerana telah menemui jalan buntu untuk menyingkirkan Perdana Menteri, selain timbulnya beberapa isu perpecahan dan berebut jawatan sesama sendiri dalam PPBM.

Dalam pelan damai itu dikatakan Tun Mahathir bersetuju agar Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, tetapi dengan syarat hendaklah melepaskan jawatan Menteri Kewangan yang disandangnya sekarang.

Untuk menyedapkan lagi cerita, Tun Mahathir diberitakan menetapkan syarat kepada Najib agar anaknya, Mukhriz dilantik sebagai Menteri Kewangan melalui lantikan sebagai Senator terlebih dahulu.

Hahaha....memang boleh ketawa dibuatnya....

Siapa pun yang waras pemikirannya, tidak makan dedak atau kalau pun ada  menerima dedak, gred yang diterima adalah berkualiti tinggi, mereka pasti ketawa besar dengan cerita damai antara Tun Mahathir dengan Najib itu.

Cerita itu tidak lebih kisah dongeng yang diimaginasikan ketika sedang menunggu dedak bulanan jatuh ke dalam poket, itu pun sebenarnya hanyalah dedak bermutu rendah atau gred C sahaja. Penerima dedak gred A tidak mungkin membuat cerita khayalan seperti itu, apatah lagi mereka yang mahu dikenali sebagai "orang perjuangan".

Membuat cerita dongeng seperti itu, bukan saja tidak membantu menguatkan lagi Najib, malah tidak juga membuatkan Tun Mahathir dan PPBM semakin lemah. Ia boleh dijadikan sekadar hiburan petang semata-mata.

Pertama, Tun Mahathir bukanlah jenis manusia yang boleh disuapkan dengan dedak oleh sesiapa pun. Rasa tanggungjawab dan sayangnya kepada negara begitu tinggi, melebihi rasa sayang kepada karier dan masa depan politik anaknya sendiri

Jika Tun Mahathir begitu mementingkan perjalanan karier Mukhriz, adalah lebih baik jika beliau kekal berbaik dan menyokong apa saja yang dilakukan Najib sejak dulu daripada berkelahi dengannya.

Kedua, Tun Mahathir kini sudah ada parti baru, PPBM dan sedang menjalin kerjasama yang erat dengan Pakatan Harapan menjelang PRU 14 akan datang. Malah beliau juga sudah berbaik-baik dan bersalaman dengan Anwar Ibrahim. Keahlian tidak rasmi PPBM juga sudah mencecah ratusan ribu orang.

Pemandu teksi ikrar akan terus lawan Spad


Zailani IsausuludinZailani Isausuludin
Kira-kira 300 pemandu teksi dari seluruh semenanjung Malaysia hari ini berikrar akan bersatu meneruskan perjuangan menghapuskan kemunculan perkhidmatan kereta sapu profesional, Uber, Grabcar dan Blacklane yang didakwa beroperasi secara haram.
Mereka berhimpun di hadapan Mahkamah Tinggi Jalan Duta dari pagi sehingga tengah hari sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membatalkan saman yang difailkan 102 pemandu teksi.
Ikrar itu dibuat selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang tidak berpihak kepada mereka.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membatalkan saman yang difailkan 102 pemandu teksi pada Disember tahun lalu.
Saman berkenaan berhubung perkhidmatan kereta sapu profesional, Uber, Grabcar dan Blacklane yang didakwa beroperasi secara haram.
Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas mendapati 102 pemandu teksi berkenaan selaku plaintif gagal memplidkan kausa tindakan munasabah terhadap Spad selaku defendan.
Mahkamah juga memutuskan plaintif menggunakan cara yang salah untuk memulakan tindakan terhadap defendan.
Kesemua plaintif juga diarah membayar kos RM5000 kepada defendan.
Justeru peguam yang mewakili mereka, Kengadharan meminta mereka memberikan bukti-bukti yang kukuh bahawa pendapatan mereka terjejas akibat kemunculan kereta sapu profesional ini.
“Walaupun kita kalah hari ini tetapi kita harus berbangga kerana dalam sejarah belum ada pemandu teksi bawa Spad ke mahkamah
“Tuan-tuan kena terus perjuangan kerana ini baru itik permulaan.

38,000 pemandu teksi Lembah Klang terjejas angkara Uber, GrabCar

Persatuan teksi mendakwa Uber dan GrabCar menjejaskan pendapatan mereka dan mendesak kerajaan mengharamkan kedua-dua perkhidmatan itu.
Pemandu-TeksiPUTRAJAYA: Persatuan Pemandu Teksi Wawasan Putrajaya dan Selangor mendakwa kewujudan perkhidmatan Uber dan GrabCar menyebabkan pendapatan 38,000 pemandu teksi di Lembah Klang terjejas teruk.
Presidennya, Saari Omar berkata beliau dan semua persatuan teksi seluruh negeri mendesak kerajaan supaya mengharamkan kedua-dua perkhidmatan itu.
“Sebagai pemandu teksi kami juga duta kecil negara dan membantu menjana pendapatan negara. Kami amat berharap Datuk Seri Najib Razak dapat melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu ini.
“Bantu kami haramkan Uber dan GrabCar,” katanya ketika ditemui di depan pintu Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya hari ini.
Terdahulu, beberapa persatuan teksi dari seluruh Malaysia diketuai Persatuan Teksi 1Malaysia menyerahkan memorandum ke Jabatan Perdana Menteri.
Lebih 300 pemandu teksi dari Melaka, Pulau Pinang dan Johor berkumpul di pintu masuk JPM dengan laungan ‘Hidup Pemandu Teksi’ dan ‘Haramkan Uber dan GrabCar’.
Pemandu teksi, Nordin Khalid berkata beliau memandu teksi sejak 10 tahun lalu dan kini pendapatan hariannya kadangkala tidak mencecah RM20, sejak wujudnya Uber dan GrabCar.
“Dulu saya boleh dapat antara RM200-RM300 sehari hasil memandu teksi, sekarang nak dapat RM20 pun susah. Saya nak balik rumah pun takut.

Rafizi mahu adakan tunjuk perasaan desak Najib batalkan GST bekalan air


Rafizi Ramli Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan mengadakan tunjuk perasaan di kawasannya, sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, tidak membatalkan perintah mengutip cukai GST bagi bekalan air ke kediaman dan kemudahan rakyat miskin.
Beliau merujuk kepada satu surat bertarikh 13 September 2016 dari Jabatan Air Negeri Sabah kepada semua jurutera air bahagian mengenai pelaksanaan kutipan GST ke atas bekalan air terawat dan perkhidmatan membekalkan air, seperti yang saya sertakan bersama.
"Saya meminta supaya Datuk Seri Najib sebagai Menteri Kewangan mengesahkan bahawa bermula 1 September 2016 bekalan air ke pangsapuri, rumah ibadat, rumah kebajikan, perkhidmatan bekalan dan penyambungan air akan dikenakan GST.

"Bukan sahaja tindakan ini melampaui batas kerana ia mensasarkan kutipan GST dari golongan miskin dan kurang bernasib baik, pelaksanaan kutipan GST ke atas bekalan air ini dibuat secara senyap-senyap tanpa dihebahkan lebih awal kepada rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Naib Presiden PKR itu juga berkata, berkata tindakan mengutip cukai dari bekalan air ke rumah pangsa, masjid, rumah kebajikan dan perkhidmatan bekalan dan penyambungan air adalah satu perbuatan yang sangat tidak boleh diterima.

"Saya faham Datuk Seri Najib mungkin khuatir dengan kesuntukan wang di Perbendaharaan kerana kutipan GST bagi suku kedua tahun ini susut sebanyak 30 peratus.
"Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Najib bahawa saya dan sahabat dari Pakatan Harapan telah memberi amaran sejak dari 2010 bahawa memperkenalkan GST akan membantutkan perbelanjaan rakyat yang seterusnya membawa kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan keupayaan kerajaan mengutip cukai bagi menampung perbelanjaan negara," ujarnya.

DAP Klang minta Azmin tinggal Pas untuk kukuhkan Pakatan Harapan

Ronnie Liu Tian KhiewRonnie Liu Tian Khiew
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu meninggalkan Pas dalam usaha memperkukuh Pakatan Harapan, tegas bekas Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew.
Bagi beliau, Azmin dan sebahagian PKR lain perlu memberikan sokongan kepada Amanah yang menggantikan Pas bagi mengelakkan kekeliruan rakyat khasnya di Selangor.
"Pakatan Harapan adalah harapan kita semua. Pas sudah tolak Pakatan Harapan selepas menolak DAP dan Amanah.
"Tapi rakyat dan penyokong keliru apabila Azmin masih mahu bekerjasama dengan Pas. Rakyat tak akan percaya kepada Pakatan Harapan jika keadaan ini diteruskan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan DAP Klang yang dipimpin beliau supaya parti itu keluar daripada kerajaan negeri jika Azmin masih memilih Pas.
DAP Klang juga mahu pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat.

Siti Kasim ketinggalan zaman, PKR jawab tuduhan terhadap Anwar

Ianya berlaku sewaktu Parameswara memasuki Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah.
dr-muhamad-nur-manutyPETALING JAYA: PKR hari ini menempelak Siti Kasim selepas peguam kontroversi itu menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab membawa masuk pengaruh Wahabi ke negara ini melalui dasar Islamisasi yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1980-an dulu.
“Ia (Islamisasi) satu proses yang berterusan. Tidak ada sebarang paksaan kecuali Siti Kasim yang ketinggalan zaman,” kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) PKR, Dr Muhammad Nur Manuty kepada FMT.
Menurutnya, proses Islamisasi bukan dikaitkan dengan Anwar sahaja, malah bermula di alam Melayu sejak abad ke-15 pemerintahan Melaka yang menyaksikan Parameswara menukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah.
Nur, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), organisasi yang pernah dipimpin Anwar satu masa dulu, juga tidak bersetuju dengan tuduhan Anwar membawa masuk pengaruh Wahabi.
“Tak ada kena mengena. Siapa yang sebenarnya ghairah dengan soal Wahabi, Asyaari, Maturidi, ahli Sunnah Wal Jamaah ini? Baru sekarang sahaja dengar, dulu tak pernah dengar pun,” katanya diminta mengulas dakwaan Siti Kasim.
Islamisasi merujuk proses yang dimulakan pentadbiran di bawah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal 1980-an, dalam apa dilihat usaha melemahkan pengaruh PAS ketika itu.
Dalam temuramah bersama Malay Mail Online, Siti Kasim tidak senang Anwar membawa Islamisasi ke Malaysia sambil mengakui beliau “orang yang paling gembira” apabila Anwar jatuh daripada kerajaan.

Waran tangkap Ananda: India perlu mohon ekstradisi

Khalid berkata, semua negara kecuali Singapura, tertakluk kepada syarat polis sesebuah negara itu hanya boleh bertindak, jika mempunyai arahan ekstradisi.
Ralph-MarshalPETALING JAYA: Tanpa arahan ekstradisi, polis Malaysia tidak boleh bertindak terhadap waran tangkap yang dikeluarkan sebuah mahkamah di India ke atas jutawan, Ananda Krishnan dan Timbalan Pengerusi Astro All Asia Networks Plc, Ralph Marshall.
Malay Mail Online memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai berkata, syarat itu tertakluk kepada semua negara, kecuali Singapura.
“India perlu memohon ekstradisi melalui bantuan undang-undang bersama menerusi Jabatan (Peguam Negara),” katanya dipetik portal itu.
Bloomberg sebelum ini melaporkan sebuah mahkamah di New Delhi, mengeluarkan waran tangkap terhadap taikun Malaysia itu dan Marshall atas dakwaan rasuah membabitkan pembelian sebuah syarikat telekomunikasi India oleh Maxis yang dikuasainya.
Mahkamah akan membahagikan isu rasuah lesen telekomunikasi kepada 2 siasatan, iaitu berkaitan 2 rakyat Malaysia itu dan bekas Menteri Telekomunikasi India, Dayanidhi Maran.
Biro India Siasatan (CBI) mengeluarkan waran tangkap terhadap jutawan itu dan Marshall untuk menghadiri prosiding mahkamah, berikutan dakwaan terhadap salah guna kuasa oleh Maran.
Laporan itu turut menyatakan penyiasat menggesa mahkamah mengeluarkan 2 waran tangkap itu selepas perintah hadir ke mahkamah tidak dihiraukan mereka berdua.

Dana ‘tauke’ tumbangkan Najib, Umno buat laporan polis esok

Pemuda Umno akan membuat laporan polis terhadap anak seorang jutawan negara dan proksi sebuah gergasi korporat yang didakwa terlibat dalam gerakan menjatuhkan perdana menteri.
Exconya Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah berkata, berdasarkan maklumat diterimanya, kedua-dua pihak itu dikatakan menjadi penaja untuk “gerakan”itu.

Laporan polis akan dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di ibu negara pada lewat pagi esok.

“Kehadiran sahabat-sahabat media dan rakan-rakan seperjuangan amatlah dialu-alukan oleh pihak saya,” katanya dalam undangan media hari ini.

Malaysiakini tidak menamakan pihak itu buat masa ini sementara mendapatkan reaksi mereka terlebih dahulu.
Bagaimanapun, kedua-dua individu itu diketahui rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – pengkritik utama kepimpinan Najib.
Taikun-taikun perniagaan itu menguasai pelbagai kepentingan perniagaan di negara ini, daripada projek pembangunan dan kompleks beli belah kepada hotel.
Sementara itu, Armand ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata akan menyerahkan bahan bukti berupa “beberapa dokumen”.

“Saya harap polis menyiasat segera kerana ia melibatkan keamanan negara kita,” katanya.

Isu 1MDB agak merosakkan, kata adik Najib

Dalam wawancara dengan majalah Euromoney, pengerusi bank CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkongsi pandangannya berkaitan dakwaan skandal 1MDB dan kontroversi yang turut melanda dirinya.
Berdepan soalan berkaitan kesan kontroversi itu terhadap Malaysia dan di peringkat antarabangsa, Nazir berkata keadaan sekarang paling sukar mewakili Malaysia.

Beliau menyifatkannya sebagai “agak merosakkan”.
“Pelabur sekarang ada pilihan. Mereka ada banyak pilihan. Dan Malaysia, malah dengan semua perkara sama pun, ada cabarannya, kerana kita ekonomi yang sangat kecil, kita ada kekuatan tetapi kita juga ada kelemahan ini, kita agak kecil.
Katanya, dibandingkannya dengan Indonesia sahaja, yang pasarannya melibatkan 200 juta orang, skala di Malaysia cuma 10 peratus daripada itu.

“Saya sentiasa sebut bahawa Malaysia mesti bekerja lebih kuat, lebih kuat daripada pasaran lebih besar.

“Dan dalam keadaan seperti ini... apabila pelabur lihat sesuatu macam kemelut 1MDB, dan tidak faham, mereka akan persoal sama ada Malaysia membiarkan amalan tadbir urus yang lemah...,” katanya.
Mengulas pendedahan yang mengaitkan beliau dengan isu 1MDB, yang membuatkannya bercuti semasa siasatan dalaman CIMB, Nazir berkata beliau kesal terjebak dalam keadaan itu.
“Kita ada amalan, peraturan dan undang-undang tersendiri, jadi dalam kerangka itu saya tahu saya tidak baut salah,” katanya.

Durian Kunyit: Saya berniat jahat atau jawapan balas niat berbohong, soal Husam

Datuk Husam Musa
Selepas dituduh berniat jahat kerana mendedahkan projek penanaman Durian Kunyit di hutan simpan kekal, Adun Amanah Salor, Datuk Husam Musa membuat penjelasan balas dengan mengemukakan bukti-bukti berdokumen untuk menpertahankan dakwaannya.
"Saya mengajak Menteri Besar dan Setiausaha Politiknya merujuk kepada kembaran yang saya sertakan iaitu surat dari Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan mengenai kelulusan penanaman DURIAN KUNYIT dan menguruskan tanaman kelapa sawit dalam HSK Ulu Galas dan Batu Papan, bertarikh 20 April 2016," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ali Omar,pemilik  Syarikat Gunong Basor EnterpriseAli Omar,pemilik Syarikat Gunong Basor EnterpriseKepala surat Pengarah Perhutanan kepada Syarikat AA Pavilion Mining itu katanya, berbunyi: ‘PERMOHONAN CADANGAN PEMBANGUNAN TANAMAN POKOK DURIAN KUNYIT DALAM KAWASAN PEMBANGUNAN LADANG HUTAN DAN MENGEKALKAN POKOK SAWIT YANG TELAH DITANAM DALAM KAWASAN TEROKA HARAM DI HSK ULU GALAS DAN HSK BATU PAPAN’.
"Jumlah keluasan kawasan yang diluluskan bagi kedua-dua maksud itu adalah 1,697 ha atau bersamaan 4,192 ekar!
"Mungkin SUP terlupa ilmu campur dalam matematik, sehingga kelulusan lain selain 100 ha kepada Gunung Basor tidak diambil kira.
"Angka ini membuktikan saya tidak berbohong, bahkan saya telah meletakkan angka keluasan yang lebih rendah dari yang sebenar.
"Juga membuktikan bukan hanya ada satu kelulusan penanaman durian kunyit dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Kelantan!
"Kenapa SUP tidak memasukkan kelulusan ini dalam penjelasan beliau? Niat berbohong?" soal Datuk Husam.
Memang benar katanya, durian disenaraikan sebagai spesis hutan dalam Enakmen Perhutanan.
"Namun, seingat saya, durian tidak disenaraikan sebagai spesis untuk tanaman Ladang Hutan walaupun ia adalah spesis hutan.
"Ini adalah dua perkara yang berbeza.
"Apa lagi Durian Kunyit," katanya.
Sebab itu kata beliau, sekali pun getah disenaraikan sebagai tanaman Ladang Hutan, tetapi getah untuk susu semata-mata tidak termasuk dalam senarai.
"Getah yang disenaraikan adalah Timber Latex Clon.
"Perkataan "timber" itu sendiri membezakannya dari getah biasa," katanya.
Menurutnya, Durian Kunyit adalah spesis klon yang mempunyai batang yang kecil.
"Penanamannya bertujuan mendapatkan buahnya dan bukan batangnya sebagai kayu.
"Sedangkan jika Ladang Hutan adalah tujuan, keutamaannya adalah untuk penghasilan kayu dan bukan buahnya," katanya.
Ladang durian kunyit katanya, sudah bermakna ladang komersial buah-buahan dalam Hutan Simpan Kekal.
"Bagi tujuan perladangan, sudah pasti semua pokok hutan yang ada akan ditebang.
"Kawasan ini yang asalnya adalah Hutan Simpan Kekal, akan berubah menjadi ladang komersial dalam Hutan Simpan Kekal," katanya.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
Durian Kunyit dan hutan simpan kekal negeri Kelantan
Saya merujuk kepada penjelasan oleh SUP YAB MB bertarikh 19 September 2016 meliputi isu:
- Kawasan yang diluluskan untuk Durian Kunyit di HSK adalah HANYA 100 ha dan bukan 1,000 ha. Perbezaan 900 ha dari apa yang saya sebutkan dalam ucapan saya pada 16 September lalu di Wisma Tok Guru.
Maka dengan itu saya menyimpang dan berniat jahat.
Durian Kunyit
Saya petik semula penjelasan SUP MB:
“3. ……… semenjak YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, tidak terdapat kelulusan bagi projek ladang TLC atau ladang-ladang yang lain dalam hutan simpan kekal dan hanya meneruskan aktiviti pembalakan biasa sepertimana yang telah diluluskan pada pentadbiran yang lepas.
4. Tuduhan YB Dato’ Haji Husam Musa dengan mengatakan kawasan hutan simpan ditebang dan ditanam dengan tanaman Durian Kunyit sebanyak 1000 hektar juga merupakan satu kenyataan yang menyimpang dan berniat jahat. Kerajaan Negeri Kelantan hanya meluluskan sebanyak 100 hektar sahaja bagi tujuan tersebut dengan dikenakan syarat-syarat yang sangat ketat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Jika dilihat kepada angka ini, ia jelas berbeza dengan dakwaan YB Dato’ Haji Husam Musa iaitu sebanyak 1000 hektar. Perlu dimaklumi bahawa dibawah Enakmen Perhutanan Negeri Kelantan, durian diklasifikasikan sebagai tumbuhan hutan dan digalakkan untuk dijadikan sebagai spesis pokok bagi tujuan penanaman semula bagi kawasan hutan yang terjejas”.
Jawapan saya:
a. Dalam kenyataan SUP MB, tidak disebut syarikat mana telah diluluskan HANYA 100 ha HSK untuk ditanam dengan Ladang Tanaman Durian Kunyit.
Andaian yang boleh saya buat adalah, ada kemungkinan kelulusan seluas 100 ha yang disebut oleh SUP MB seperti di atas merujuk kepada permohonan Syarikat Gunong Basor Enterprise, berdasarkan surat arahan untuk permohonan syarikat ini untuk diangkat ke mesyuarat JKuasa Kecil Perhutanan dan ‘langkahan selanjutnya pihak tuan’, dari pejabat MB kepada Pengarah Perhutanan bertarikh 31 Mac 2016.

Pembangkang tak akan dapat sebarang manfaat

Persempadanan semula
Pembangkang tidak akan memperoleh sebarang manfaat sekiranya menggunakan isu persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya mengejut.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, isu persempadanan semula juga dilihat tidak dekat dengan rakyat dan hanya dibicarakan di kalangan pemimpin sahaja.
“Sekiranya ingin mengadakan pilihan raya mengejut, ia bergantung kepada isu dan agenda yang dibawa supaya dekat dengan rakyat serta masyarakat.
“Kemenangan dalam pilihan raya itu bergantung kepada isu serta agenda yang dibawa oleh setiap parti,” katanya kepada Sinar Online hari ini.
Sebelum ini, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong mendakwa, DAP akan mempergunakan syor persempadanan semula bahagian pilihan raya oleh SPR untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri ditadbir pembangkang.
Dalam pada itu, Marthada berkata, isu pelaksanaan pilihan raya mengejut adalah merupakan satu retorik memandangkan cadangan persempadanan semula oleh SPR itu tidak akan terlaksana tanpa mendapat kelulusan daripada Parlimen.
“Ini (persempadanan semula) hanya di peringkat cadangan dan ia belum lagi dilaksanakan malah mana-mana pihak yang tidak bersetuju boleh membantah di parlimen selepas ini,” katanya.
Tambah beliau, buat masa ini, isu pilihan raya mengejut dan persempadanan semula masih terlalu awal untuk dikaitkan antara satu sama lain memandangkan ia hanya berada di peringkat cadangan sahaja.

Setuju wujud Barisan Rakyat

Setuju wujud Barisan Rakyat
Salahuddin
SHAH ALAM – Cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mewujudkan satu gabungan besar parti pembangkang mendapat reaksi positif.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyambut baik idea tersebut dan berharap ia mampu direalisasikan.
Menurutnya, cadangan menggabungkan parti-parti pembangkang dengan menggunakan satu nama dan logo merupakan usaha pembangkang sejak sekian lama.
“Sewaktu dalam PR dulu pun, kita pernah kemukakan permohonan kepada pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk gunakan satu logo parti sahaja, namun tidak berjaya,” katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sesi dialog mengesyorkan semua parti pembangkang membentuk satu barisan baharu yang bernaung di bawah satu logo untuk mengalahkan BN pada PRU14.
Salahuddin memberitahu, cadangan tersebut bakal berjaya sekiranya ROS meluluskan permohonan menggunakan satu logo pada PRU akan datang.
“Sekarang ini halangan terbesar adalah mendapat kelulusan ROS. Kita harap ROS lebih terbuka meluluskannya kali ini.
“Di pihak Amanah, kita sedang menggembleng tenaga memastikan perkara ini berjaya.
"Dengan kehadiran Bersatu, saya yakin kita makin kuat untuk menumbangkan BN,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi memaklumkan parti itu turut menyambut baik syor daripada Mukhriz.
“Itu memang yang kita cadangkan sekian lama. Saya berterima kasih kepada Bersatu kerana mengambil sikap yang sama.
“Dari awal lagi kita nak lihat parti-parit pembangkang bersatu dan ini yang diimpikan.
""Diharapkan ia membawa kejayaan,” katanya.
Beliau turut menyarankan agar parti-parti pembangkang yang lain untuk turut serta dalam gabungan terbesar itu.
“Prinsip satu lawan satu boleh dikatakan telah dipersetujui semua parti pembangkang, mungkin kita boleh bersetuju dengan gabungan ini pula,” katanya.

PKR: Keengganan SPR bertemu buktikan persempadanan tak berasas

Surat Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat lalu adalah bukti bahawa persempadanan semula yang dicadangkan adalah tidak berasas, dakwa timbalan ketua PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin.
Dalam satu kenyataan, Zuraida berkata SPR menolak permintaan Azmin untuk mendapatkan sesi pembentangan serta dialog dengan kerajaan negeri mengenai perkara itu.
Cadangan persempadanan semula SPR baru-baru ini mengundang pelbagai kontroversi dengan pihak pembangkang mendakwa BN bakal mendapat manfaat. Walau bagaimanapun, Umno dan Gerakan dilaporkan juga tidak berpuas bhati dengan cadangan itu.
Perjumpaan itu, kata Zuraida, dibuat berdasarkan nasihat pengamal undang-undang bahawa Azmin atas kapasitinya sebagai menteri besar perlu mendapatkan penjelasan tentang rasional, asas, prinsip dan mekanisma di sebalik cadangan persempadanan semula, sebelum memulakan bantahan.
“Kesemua usaha ini tidak mendatangkan sebarang hasil apabila SPR dalam surat jawapannya pada Jumaat lepas menjawab bahawa kesemua jawapannya boleh didapati di laman web SPR.
“SPR tidak wajar melihat dirinya sebagai sebahagian daripada jentera BN apatah lagi seolah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kemenangan BN.
“SPR sepatutnya tidak berpihak dan bertindak saksama bagi kepentingan seluruh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Ampang.
Zuraida juga menggesa Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah untuk meletakkan jawatan, jika beliau gagal untuk memahami peranannya dalam memastikan pilihan raya yang bebas dan adil.
“Dia (Mohd Hashim) sewajarnya melepaskan jawatan dan melantik Puan Maria Chin Abdullah sebagai pengganti beliau.
“Dengan cara ini, tidak ada lagi manipulasi sempadan pilihanraya,” katanya sambil menyatakan
sokongan kepada perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November depan.
Kerajaan Selangor sebelum ini telah menolak cadangan pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu sebelum SPR melengkapkan persempadanan semula yang dicadangkan itu.
Azmin, ketika itu, berkata kerajaan negeri akan menghormati mandat rakyat, dan akan menggunakan saluran yang sah untuk menyatakan bantahan mereka.

'Saya tak nampak kejayaan Bashah setelah saya berundur' - Mukhriz

'Di mana ada ramai Melayu, di situ tempat kami bertanding' - BERSATU

Warkah buat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggamatkan kehangatan penganjuran Siri Jelajah Penerangan 1MDB di negeri tiang seri Umno, Johor.
Warkah disampaikan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Juzi itu mengimbau pengorbanan Anwar sejak 1998 untuk terus bangkit menetang kezaliman rejim Umno Barisan Nasional.
Bukan sekadar itu, bait warkah juga turut mengenang keadaan Anwar yang kini meringkuk di penjara atas pertuduhan fitnah zalim terhadap diri pejuang rakyat terbabit.
datuk-idris-jauzi-i“Kami berdoa hendaknya Anwar berada dalam keadaan sihat dengan membayangkan beliau sudah menjamu selera walaupun keadaan penjara tidak sempurna seperti di luar yang pernah kita nikmati bersama.
“Penjara tetap penjara, namun apakah erti pembebasan di luar selama mana, jika rakyat tidak dimerdekakan?” tulis warkah suara akar umbi kepimpinan pembangkang Johor itu.
Kandungannya juga turut menyentuh prinsip kesaksamaan dan keadilan yang perlu diperjuangkan seluruh rakyat demi perubahan Malaysia yang lebih cemerlang.
Pengisiannya juga turut tertumpu kepada nilai keterbukaan dan semangat untuk melakukan reformasi di Johor sebagai sebuah negeri yang pernah dikenali antara kubu terpenting Umno.
“Kami yang hidup terpenjara di luar ini lebih kusut dengan sifat goyah ekoran pemerintah penguasa politik yang dikhianati dan ruang ekonomi mencerut tulang rakyat.
“Kerana itulah perlunya reformasi dengan penggeraknya harus diulangi seperti 1998 lalu,” tulis warkah itu.
UMNOBNSebelum ini, kubu kuat sokongan Umno mengalami perubahan ketara pada Pilihan Raya Umum lalu yang menyaksikan beberapa kerusi Dewan Negeri dan Parlimen negeri itu berjaya dimiliki komponen pembangkang.
Lebih mengejutkan, tembok kekuatan Umno di Batu Pahat berjaya dipecahkan selepas calon BN, Dr Mohd Puad Zarkashi tewas kepada Idris dengan 38,667 undian.
Komponen pembangkang juga menang di Parlimen Kluang, Bakri, Gelang Patah, Kulai dan tewas dengan majoriti tipis di Pasir Gudang dengan majoriti kurang 2000 undi.
Mengulas perkembangan positif itu, Idris optimis kubu kuat Umno di Johor bakal dikuburkan pada pilihan raya akan datang.
“Umno bermula di Batu Pahat dan kita berjaya kalahkan sarang Umno di sana. Saya percaya tidak lama lagi, Umno akan kita talkinkan di Johor dan Putrajaya,” katanya.

Johor hadapi gelombang perubahan besar


Salahudin dan Muhyidin kini menggugat Johor.Salahudin dan Muhyidin kini menggugat Johor.
Setelah berlangsung dengan meriahnya sambutan ulangtahun parti Amanah di Bakri, Muar, ramai yang menjangkakan suatu perubahan politik yang besar akan berlaku di negeri selatan semenanjung itu.
Walaupun ia dinggap kubu kuat Umno/BN selama puluhan tahun tetapi dengan perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini menunjukkan negeri itu bakal menyaksikan perubahan politik, terutama dalam pilihan raya umum yang akkan datang.
Parti Amanah Johor yang sedang berkembang pesat diberi peluang menjadi tuan rumah sambutan setahun parti itu yang lahir di Muar Johor.
Tahniah kepada Amanah Johor yang dipimpin oleh Aminul Huda Hasan serta para pendukung Amanah yang bertungkus lumus membuat persiapan sambutan tersebut yang penuh makna.
Momentum yang dilihat dalam majlis tersebut sangat memberansangkan, menghantar isyarat bahawa tembok kebal Umno/BN di Johor itu bakal runtuh, memandangkan sokongan kuat dari rakyat Johor Sendiri.
Salahudin berucap di depan Muhyidin yang memberi jaminan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu.Salahudin berucap di depan Muhyidin yang memberi jaminan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu.Seperti kata Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub, Negeri Johor akan menjadi destinasi politik yang menarik untuk pakatan pembangkang menerajui negeri itu selepas Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.
Katanya, kecenderungan pakatan pembangkang untuk merampas negeri Johor itu disokong dengan tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Bermakna ada gandingan dari Amanah (Salahudin Ayub) dan Bersatu (Tan Sri Muhyidin Yasin).
Semua petanda ini adalah positif untuk membawa perubahan di negeri itu.
Memang senario politik di Johor sudah melalui beberapa proses krisis kepimpinan di kalangan pemimpin utama Umno negeri itu dan terkini, krisis bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pernah menjawat jawatan menteri besar Johor (1986-1995).
Kata Salahudin: "Di Johor ada satu perkara yang kita boleh 'ride on' kalau kita mengkaji sejarah bangsa Johor. Ia bukan sifat kenegerian yang akan memisahkan Johor dan Persekutuan tetapi kemunculan bangsa Johor itu dalam konteks berdepan dengan isu semasa seperti 1MDB dan kemungkaran politik perdana menteri."
Memang Negeri Johor bakal jadi destinasi politik yang menarik kerana apa yang berlaku di Johor menuntut kita melalui proses kematangan dan kebijaksanaan untuk Pakatan Harapan dan Bersatu merampas negeri itu.
Masyarakat Melayu di negeri itu selama ini memang sangat rapat dengan Umno. Dari segi sejarah penubuhan Umno itu yang bermula di Johor dan krisis politik yang berterusan hingga kini.
Salahudin melihat, antara Parti Bersatu dan Pakatan Harapan boleh bekerjasama lengkap melengkapi untuk cetuskan gelombang politik baharu di Johor. Ini, katanya, Johor satu destinasi politik yang dinamik.

Sekali lagi, pekerja AAM ‘ditipu’, gaji masih tak dapat

Pekerja AAM sepatutnya menerima gaji pada 15 September, tetapi ditunda 23 September sebelum pengurusan syarikat memaklumkan gaji akan hanya dibayar pada 30 September.
aamPETALING JAYA: Pekerja Persatuan Automobil Malaysia (AAM) sekali lagi rasa ‘tertipu’ apabila masih belum menerima baki gaji, walaupun selepas 2 kali tarikh pembayaran itu ditunda iaitu pada 15 September dan 23 September.
Kakitangan AAM Mohamad Tajuddin Jailani berkata pihak pengurusan syarikat memaklumkan yang bayaran gaji ditangguhkan lagi sehingga 30 September tanpa memberi alasan munasabah.
Seorang lagi kakitangan, Saiful Sallehuddin berkata setakat ini sebahagian daripada kakitangan sudah berhenti kerja kerana terlalu kecewa dengan AAM yang gagal menunaikan janji.
“Mereka tidak beri alasan ia ditunda dan kini semakin ramai kakitangan berhenti kerana kecewa AMM tidak menunaikan janji untuk bayar gaji ikut waktu, malah pihak pengurusan langsung tidak berbincang dengan kami,” katanya.
Saiful mendakwa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga dalam proses menyaman AAM kerana hampir setahun tidak membuat bayaran caruman kepada kakitangan.
Selepas menerima gaji Mei, pada 18 Ogos lepas, mereka sepatutnya menerima 3 bulan gaji pada 15 September.
Timbalan Pengerusi AAM Wan Zaharuddin Wan Ahmad sebelum ini berkata pihaknya berjanji akan melunaskan 2 bulan gaji tertunggak pada 23 September.
“Kita sudah keluar kenyataan, ada kelewatan sedikit dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada kakitangan AAM sebab pembiayaan kami masuk lambat. Kita berjanji akan bayar 2 bulan gaji pada 23 September ini,” katanya ketika dihubungi FMT.

Bukankah halal sudah memadai, soal peguam aktivis

Art Harun mempersoalkan sama ada cadangan sijil tambahan halal satu lagi cara menjaja agama di kalangan orang Melayu
art-harun-halal-logoPETALING JAYA: Langkah sebuah badan bukan kerajaan berganding bahu dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memperkenalkan sijil baru halal dikritik peguam aktivis Azhar Harun, yang mempersoalkan keperluan sebuah lagi piawaian halal.
“Kini kita ada halal dari bukan Islam, dan halal dari orang Islam! Tidak cukupkan halal sahaja?” tanya Azhar, blogger yang juga dikenali sebagai Art Harun, kepada FMT.
“Adakah hanya orang Islam boleh menghasilkan produk halal? Atau apakah halal dari orang Islam lebih tinggi grednya daripada halal oleh bukan Islam?”
Sabtu lepas, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) dan Risda dilaporkan bakal melancarkan logo halal baharu awal tahun depan khusus bagi produk keluaran Muslim
Menurut Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin, ia bertujuan mengesahkan produk itu keluaran usahawan Muslim selepas, sebagai tambahan kepada sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Azhar berkata sijil halal yang sedia wujud mempunyai niat baik tetapi hanya menjadi faktor memecah belah masyarakat di samping terlalu menjurus ke arah keuntungan.

Pemandu teksi-Uber bertembung di Sabah

Sekumpulan pemandu teksi di perhentian tumpuan ramai di Kota Kinabalu bersemuka dengan pemandu Uber dan beri amaran sehingga memaksa penumpang keluar dari kereta Uber berkenaan.
uber-carPETALING JAYA: Perkhidmatan Uber di Kota Kinabalu, Sabah yang dilancarkan beberapa bulan lalu turut berdepan masalah, sama seperti dihadapinya di bandar lain di Malaysia, dan juga seluruh dunia.
Dalam minggu lalu, 2 video dikongsi di media sosial menunjukkan pemandu Uber diberi amaran keras oleh pemandu teksi.
Kedua-dua video yang mungkin dirakamkan di perhentian teksi di kawasan popular di sana pada waktu malam, menunjukkan pemandu teksi membuka pintu sebelah pemandu dan berdepan dengan pemandu Uber.
Dalam kedua-dua kejadian, ia berlaku selepas penumpang masuk dan duduk di dalam kereta pemandu Uber.
Pemandu teksi datang bersemuka dan memberi amaran keras jangan mengambil penumpang di situ tanpa menggunakan bahasa kasar.
Mereka memberitahu pemandu Uber yang itu kawasan mereka dan memberi amaran jangan mengambil penumpang di situ. Salah seorang pemandu teksi itu juga berkata “Uber haram di Sabah”, kepada pemandu Uber dan pemandu berkenaan meminta maaf dan setuju untuk mendengar amaran pemandu teksi.
Pemandu teksi terbabit kemudian menyasarkan penumpang, mengarahkan mereka keluar dari kereta Uber itu.
Pemandu Uber dalam video itu kelihatan merayu supaya pemandu teksi tidak mengapa-apakan mereka dan penumpang.
Klip video itu, dipercayai dirakam salah seorang pemandu teksi yang turut serta berkonfrontasi dengan pemandu Uber itu tamat tiba-tiba dan tidak diketahui sama ada berlaku keganasan atau tidak.
Laporan berita tempatan memetik polis Sabah sebagai berkata tidak ada laporan dibuat mana-mana individu yang diancam keselamatan mereka oleh pemandu teksi di bandar itu.

'Sekadar Melayu-Islam tak cukup untuk dapat sijil halal'

Cadangan logo halal khusus untuk barangan buatan orang Islam disambut curiga oleh aktivis hak-hak pengguna.

Bekas timbalan presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohamed Shaani Abdullah berkata pendekatan itu boleh mewujudkan persaingan tidak adil dalam perniagaan.

“Saya tidak nampak sebarang asas terhadap cadangan itu. Kamu sebenarnya cipta pembahagian kelas.

“Kamu tak boleh diskriminasi dan (cadangan ini) nyata sebuah diskriminasi,” kata Shaani yang kini berkhidmat sebagai penolong setiausaha di Pertubuhan Hak Asasi Manusia (Proham).
Shaani berkata, sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dianugerahi berdasarkan standard-standard tertentu dan diterima di seluruh dunia.

“Setiap sijil mesti tertakluk pada standard ini.

“Dalam kes ini, kamu boleh semak (standard Malaysia) MS-1500 berkaitan makanan halal.
Katanya, menjadi pengeluar Melayu-Islam sahaja tidak ukup untuk mendapatkan sijil halal, katanya ketika ditemui di sebuah forum di Petaling Jaya semalam.

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) dengan kerjasama Risda semalam dilapor akan melancarkan logo halal baru khusus bagi produk keluaran Muslim, awal tahun depan.
Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata logo itu bertujuan mengesahkan produk berkenaan keluaran usahawan Muslim selepas memperoleh sijil halal Jakim.

Protes Uber, GrabCar, 100 pemandu teksi berarak di KL

Pemandu teksi berkata meskipun kerajaan meluluskan perkhidmatan Uber dan GrabCar, mereka enggan menerimanya dan akan terus membantah hingga ‘keadilan ditegakkan’.
uber-grab-teksi-protes-1
KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 pemandu teksi dari seluruh semenanjung Malaysia berkumpul hari ini berhampiran Jalan Duta dan berarak ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghentikan perkhidmatan pemandu Uber dan GrabCar.
Pemandu dari beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Melaka dan Johor datang ke Jalan Duta menaiki bas disediakan Jawatankuasa Bertindak Persatuan Teksi se-Malaysia yang turut menyediakan sarapan untuk mereka.
Ketika ditanya mengapa mereka membantah perkhidmatan pemandu berkenaan, beberapa pemandu teksi berkata kerana ia menyalahi undang-undang.
“Ini bukan perkara baru. Sudah banyak kali kami cakap, ia bertentangan dengan undang-undang. Bagaimana PM boleh benarkan sesuatu yang menyalahi undang-undang,” kata seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifly kepada FMT.
teksi-uber
Seorang lagi pemandu teksi, Steven Kok yang datang dari Pulau Pinang berkata mereka tidak akan berdiam diri sehingga perkhidmatan pemandu Uber dan Grab Car diharamkan.
Ketika ditanya mengapa pemandu teksi tidak mahu menjadi pemandu Uber atau GrabCar, Steven berkata kerana ia menyalahi undang-undang, dan pemandu teksi sudah mengeluarkan banyak wang untuk memandu teksi.

DAP mahu Umno Johor ambil langkah berani lakukan perubahan


(dri kiri) Sheikh Omar Ali dan  Mahdzir Ibrahim(dri kiri) Sheikh Omar Ali dan Mahdzir IbrahimAhli Jawatankuasa DAP Johor mendesak pemimpin Umno Johor mengambil langkah berani untuk lakukan perubahan besar-besaran bagi melawan kleptokrasi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Dalam satu kenyataan bersama oleh Sheik Omar Ali dan Mahdzir Ibrahim berkata, senario hari ini melihatkan gelombang besar rakyat dan kesepakatan parti-parti politik sahaja mampu menyelamatkan negara.
"Penghijrahan ahli-ahli Umno ke parti Bersatu di Johor dilihat bakal menyumbang kearah merealisasikan negeri Johor sebagai 'engine head' kepada perubahan politik Malaysia sepertimana yang pernah diungkapkan oleh Ahli Parlimen Gelang Patah setahun yang lalu.
"Kami optimis gelombang perubahan akan berlaku di Johor menjelang PRU 14 khususnya dikalangan orang Melayu. Melayu tidak pekak telinga, buta mata atau hati dari melihat skandal yang berlaku hari ini yang mencemar dan memundurkan negara.
"Pada masa sama, kami harap Umno Johor di bawah pimpinan Datuk Seri Khaled Nordin turut mengambil langkah berani untuk lakukan perubahan besar-besaran bagi melawan kleptokrasi Najib. Hanya gelombang besar rakyat dan kesepakatan parti-parti politik sahaja mampu menyelamatkan negara.
" Oleh itu, kami mendesak agar Khaled Nordin selaku Ketua Perhubungan Umno Johor menunjukkan sikap, memberi respon dan menyatakan pendirian terhadap perkembangan terbaru ini (penghijrahan figura-figura U Johor menyertai Bersatu)," ujar kenyataan itu.
Menurutnya lagi dalam konteks bangsa Johor yang bersatu padu, unik dan tersendiri, mereka melihat bahawa Umno yang dikuasai Najib ujarnya, tidak lagi boleh menjadi tulang belakang kepada politik bangsa Johor.
"Johor perlu mencetuskan politik baharu dengan formula yang baharu. Johor perlu menjadi negeri paling hadapan (front liner) kepada penjajaran semula (political realignment) politik di peringkat nasional.
"Setiap individu dan parti di Johor yang ingin mengembalikan Malaysia ke landasan yang tepat, harus bersatu untuk menentang Umno di negeri paling selatan ini," ujarnya.

‘Rakyat kena sedia berubah’

PARTI Bersatu sah bergelar parti politik di negara ini tanggal 8 September. Walaupun baru lebih dua minggu didaftarkan, sambutan rakyat terhadap parti baharu diterajui Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan di luar jangkaan.
Fenomena politik ini seakan memberi nafas baharu kepada dunia politik negara yang sebelum ini hanya diwarnai BN dan Pakatan Harapan.
Mukhriz Aura beberapa bekas pemimpin Umno yang kini menerajui kepimpinan Bersatu seolah memberi tamparan hebat kepada Umno. Kepada wartawan, ROSLINDA HASHIM, Naib Presiden Bersatu, Datuk
Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan misi dan hala tuju parti itu.Apa tujuan Bersatu ditubuhkan? Benarkah mahu membawa suara hati rakyat atau semata-matu ingin membalas dendam terhadap Umno?
Bersatu tidak mahu sekadar menjadi pembangkang selamanya, walaupun kita membawa suara rakyat, kita serius mahu tubuhkan kerajaan baharu di Malaysia. Saya harap rakyat mempersiapkan diri mengubah minda mereka untuk bersedia hadapi pertukaran kerajaan di peringkat Pusat kerana kami nekad mahu selamatkan negara ini daripada pelbagai kemelut. Kita bukan rakus kuasa atau jawatan, sebaliknya jelas dalam perlembagaan parti, kami menolak rasuah dan salah guna kuasa. Ini bukan sekadar cakap kosong atau mahu pancing sokongan, disebabkan itu pemimpin Bersatu dikenakan syarat sumpah jawatan dengan memegang al-Quran.
Sambutan terhadap parti ini dikatakan luar biasa. Apakah faktor penerimaan rakyat, adakah disebabkan rasa simpati kepada pemimpin ‘bersih’ yang dipecat atau rakyat memang dahagakan perubahan?
Saya akui ramai yang serahkan borang keahlian sejak pendaftaran dibuka, khususnya kalangan muda. Pada peringkat awal mungkin itu antara sebabnya, namun selepas tragedi itu, kami perlu serius tunjukkan bahawa Bersatu adalah alternatif yang boleh diyakini, bukan hanya kerana parti dibarisi tokoh politik berpengalaman seperti Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal atau dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya kerana kami berupaya tarik golongan yang sebelum ini tidak terlibat politik. Antaranya, bekas pegawai tinggi kerajaan yang boleh menyumbang dalam aspek pentadbiran, selain pakar ekonomi yang boleh berkongsi idea untuk atasi kemelut ekonomi. Kami beroleh sokongan pelbagai lapisan masyarakat yang mahukan perubahan. Dalam tempoh beberapa bulan sebelum PRU14, Bersatu akan tonjolkan kerajaan bayangan yang boleh meyakinkan rakyat, inilah barisan kepimpinan yang akan terajui kerajaan supaya rakyat dapat lakukan perbandingan dengan barisan Kabinet sedia ada. Saya akui dari aspek kualiti, beberapa pemimpin kerajaan sedia ada menunjukkan ketidakmatangan mereka dalam mengeluarkan kenyataan pelik seolah-olah memberi gambaran mereka tidak layak menang PRU lalu, tambahan pula kalangan mereka ada berjawatan menteri.
Bersatu diterima baik di Kedah. Dalam konteks negeri ini, adakah dek simpati kerana Datuk Seri dicantas daripada jawatan menteri besar secara paksaan atau stigma rampasan kuasa oleh pimpinan Umno Kedah menyebabkan rakyat Kedah memberontak?
Mungkin itu antara faktor penerimaan Bersatu di Kedah, namun saya tidak boleh mengharapkan simpati itu akan kekal hingga PRU14. Kami perlu tunjukkan Bersatu mampu bina kerajaan yang akan membela nasib rakyat lebih baik berbanding kerajaan sekarang. Ketika saya terajui Kedah selama dua tahun sembilan bulan, dibandingkan dengan tempoh kepimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (Menteri Besar), saya tak nampak apa kejayaan yang dicapai? Walaupun saya disuruh undur atas alasan gagal mentadbir dengan baik, adakah kepimpinan sekarang lebih baik daripada pentadbiran saya. Saya tidak nampak alasan digunakan untuk paksa saya lepaskan jawatan itu beri kekuatan kepada kerajaan  sedia ada. Saya percaya sebelum ini manifestasi penolakan (rampas kuasa) berlaku dalam Stadium Darul Aman apabila Ahmad Bashah diboo, kini penolakan itu beralih dalam bentuk rakyat mendaftar sebagai ahli Bersatu.
Benarkah ramai bekas pimpinan terkenal Umno kini ahli Bersatu?
Ada yang berjawatan dalam Umno sertai Bersatu, ada yang serah borang senyap-senyap kerana menunggu masa sesuai untuk umum. Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian pun ada sertai kami, ini petanda positif. Kita tidak paksa sesiapa, ini atas keinginan mereka yang mahukan perubahan. Ramai kalangan rakan-rakan lama dalam Umno pun berminat, mereka mesra Bersatu tetapi belum daftar.
Rakyat kini semakin berani bersuara menyatakan bantahan terhadap pemimpin setelah Tun Dr Mahathir mula mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka. Situasi ini  tidak dapat dilihat sebelum ini. Apa petandanya?
Jika pemimpin itu tidak berani mengkritik atau tegur kesalahan pemimpin atasan, kerana takut diambil tindakan atau dibuang kerja atau dianiaya, sampai bila-bila pun kita terima nasib sama. Walaupun mungkin rakyat tidak memihak pada kerajaan sedia ada, tak kan kita mahu tunggu PRU untuk bertindak perbetulkan keadaan. Atas sebab cemas itulah, saya dan Tun Mahathir bersuara kerana mahu perbetulkan keadaan dalam parti, namun kami yang terima akibatnya. Malah Majlis Raja-Raja pernah bertitah minta kerajaan selesaikan isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) agar keyakinan rakyat dapat dipulihkan terhadap kerajaan (BN), supaya rakyat kekal sokong kerajaan namun titah tidak diendahkan, teguran itu tidak diberi perhatian. Pemimpin perlu ambil risiko bertindak, baharu rakyat berani berubah.
Sebagai sebuah parti bongsu, adakah Bersatu sudah bersedia berdepan cabaran PRU14?
Kami sedang mempersiapkan diri! Bersatu akan bertanding sebanyak mungkin kerusi Dun dan parlimen, namun untuk capai hasrat itu parti perlu tambahkan keahlian secukupnya. Sasaran kami untuk capai 500,000 ahli menjelang hujung tahun ini. Dengan jangkaan PRU14 akan diadakan antara enam bulan hingga tempoh setahun, paling awal Mac 2017, Bersatu perlu siap sedia dalam semua aspek. Saya yakin hasrat kami untuk bina kerajaan baharu tercapai jika mendapat sokongan padu dan rakyat mendaftar sebagai ahli. Saya sendiri akan mengetuai Bersatu di Kedah (Pengerusi Bersatu Kedah), malah saya juga akan bertanding di Kedah, kawasan mana biarlah dirahsiakan dahulu. Telahan konon saya akan bertanding di Putrajaya oleh pihak tertentu adalah silap. Saya pilih Kedah!
Sebelum ini Datuk Seri tegaskan, pembangkang perlu elakkan pertandingan tiga penjuru, supaya berlaku satu lawan satu dengan BN pada PRU14. Bagaimana dengan kehadiran calon bebas yang kelak akan pecahkan undi di kawasan?

Tambah 4 Parlimen, 16 Dun di Terengganu kata PAS

Tambah 4 Parlimen, 16 Dun di Terengganu
Ariffin Deraman
KUALA TERENGGANU – Sekurang-kurangnya empat kawasan parlimen dan 16 kawasan Dun baharu perlu diwujudkan di negeri ini berdasarkan faktor asas termasuk jumlah bilangan pengundi.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Terengganu, Ariffin Deraman berkata, perkara itu sepatutnya dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandangkan sudah 23 tahun tidak berlaku persempadanan semula melibatkan pertambahan kerusi dengan pertambahan kali terakhir berlaku pada 1993.
Berdasarkan cadangan baharu bagi persempadanan semula negeri ini khususnya, Ariffin berkata, ia sekadar melibatkan pecah sempadan pilihan raya iaitu perubahan masuk dan keluar peti undi dalam kawasan Dun atau Parlimen yang dilihat lebih bersifat politik.
“Sudah 30 tahun pertambahan Parlimen dan Dun tidak dibuat. Menjadi tugas SPR mencadangkan supaya tambah Dun dan Parlimen dan bantahan itu serahkan kepada kami iaitu orang politik (untuk membahas) khususnya di peringkat Dun.
“SPR tidak sepatutnya keberatan kerana khuatir tidak dapat sokongan dua pertiga daripada kerajaan atau pembangkang (jika pertambahan kerusi disyorkan). Kami berasa kesallah usul di Terengganu sudah 30 tahun dan kalau 10 tahun akan datang tetap begini, maknanya 40 tahunlah persempadanan tidak akan berlaku… dan satu-satu Dun akan mengalami jumlah pengundi yang besar. Di Dun mungkin mencapai 30,000 hingga 50,000 pengundi manakala Parlimen mungkin sampai 150,000 pengundi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini.
Ariffin yang juga Adun Alor Limbat turut mencadangkan SPR lebih berani memberi cadangan pertambahan kerusi dan tidak memikirkan kesukaran mendapatkan sokongan dua pertiga khusus di Terengganu kerana ia menjadi tanggungjawab ahli-ahli politik untuk membahaskannya di sidang Dun.
Jelasnya, menerusi usul persempadanan oleh SPR ketika ini, jumlah bilangan pengundi yang dikenal pasti di satu-satu Dun menjadi tidak seimbang dan di Wakaf Mempelam memperlihatkan pertambahan pengundi sehingga kira-kira 31,000 orang.
“Kalau tengok Dun Bukit Besi kira-kira 12,000 orang, Paka 24,000, Sura menjadi 25,000. Kenapa Bukit Besi sampai tinggal 12,000 orang? Sepatutnya purata 18,000 hingga 20,000. Jumlah bilangan yang munasabah,” katanya.
Beliau berkata, pertambahan kerusi Dun dan Parlimen bertujuan mengelak kesulitan dan menyelesaikan masalah di sempadan daerah yang ketika ini wujud satu Dun dalam daerah dan Parlimen berasingan.
Sebagai contoh katanya, Dun Teluk Pasu berada dalam daerah Kuala Terengganu tetapi berada dalam Parlimen Kuala Nerus, Dun Alor Limbat (Parlimen Marang, daerah Kuala Terengganu) dan Jabi (Parlimen Setiu, daerah Besut).

Amanah kuasa politik baharu di Johor


Setelah menyaksikan sendiri sambutan rakyat Kelantan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) setelah Husam Musa secara rasmi berada dalam parti itu ia merujakan saya untuk melihat macam mana pula senarionya di negeri Johor Darul Takzim. Apakah ledakan semangat di Salor akan melantun ke Johor?
Setakat ini saya mengira sambutan terhadap Amanah di Kelantan (yang saya bataskan dalam zon Pantai Timur) cukup memberangsangkan. Semangat rakyat khasnya anak-anak muda yang sedikit sejuk dan semacam “tumpul nafsu” sebelum ini bertukar 360 darjah. Kelewatan Husam mengambil sikap menyebabkan mereka menjadi dingin dan rasa “putus angin”.
Perkembangan berlaku di Kelantan memberi isyarat awal kepada parti agama (Pas) di negeri itu. Pas tidak lagi boleh meremehkan parti berusia setahun itu dan juga pemimpin de facto nya di Kelantan Husam Musa. Mungkin Pas boleh membuat semakan semula kepada sikap “agah” dan “angin”nya selama ini yang enggan menjeling Amanah walaupun dengan sebelah mata.
Di Pantai Timur Pas oleh bertahan dan berpuasa hati dengan pengaruhnya di Terengganu dan sedikit di Pahang. Amalan politik dan sifat “Terengganusime” masih boleh mampu mengukuhkan kedudukan parti itu selagi masih ada saki baki pimpinannya yang menerima kuliah dari “Kubang Lembek”.
Tetapi untuk Kelantan Pas kena beringat kalau pun mahu melupainya terus. Ini adalah pandangan di luar keanguhan dan rasa hebat diri. Terpulang.
Gara-gara itu maka apabila Amanah mengadakan kernival dan kemuncak sambutan ulang pertama penubuhannya di Sungai Abong Muar Johor, tanggal 23 dan 24 September 2016 ia merujakan saya untuk menyaksikan sendiri apa yang berlaku.
Apakah majlis itu bakal mengwujudkan gelombang baharu di Johor sebagai sambungan kepada gema di Kelantan? Apakah “geruk” (guruh) yang sudah “berkokok” (berbunyi) di Kelantan itu akan menurunkan hujan lebat di Johor?
Saya jadi berminat untuk menyaksikan sendiri, kerana seperti mana diketahui gagasan atau cetusan menubuhkan Amanah ia bermula di Bakeri Muar Johor rentetan terbentuknya Gerakan Harapan baharu (GBH).

Di bumi itulah terbenihnya Amanah yang kini sudah melembagakan sebuah pokok yang dahan dan akarnya menjalar ke seluruh negara hingga Sabah dan Sarawak.
Semasa himpunan GHB di Bakeri dipelopori 18 pemimpin Pas yang dibuang dalam muktamar dua tahun lepas itulah terbenihnya Amanah. Di situlah tercetusnya idea untuk mengagaskan sebuah gerakan atau wadah baharu bagi mereka yang terbuang itu meneruskan perjuangan membela rakyat dan menumbangkan politik “sengkekisme” UBN.
Pada majlis itu saya tidak hadir atas sebab dan alasan tersendiri. Saya tidak mahu bersubahat memberi sokongan moral kepada penbubuhan gerakan untuk menentang Pas. Bagi saya tidak wajar ada satu fraksi baharu dalam Pas kerana itu boleh melemahkan parti agama itu.
Tindakan itu juga menyedihkan kerana pada saat Pas diharap menjadi parti alternatif kenapa ia harus terbelah dua. Saya berpendapat pemimpin yang kalah patut memberi ruang kepada pimpinan baharu menunjukkan keupayaan mereka dan meminimakan rasa dendam. Sebab itu pada awal saya berpendapat penubuhan GHB – Amanah sesuatu yang kurang wajar.
Itu sebab saya tidak hadir. Jadi apabila majlis sambutan ulang tahun itu di buat di daerah sama, saya mahu tonton apakah semangat sambutan kepada Amanah sama atau melebihi daripada apa yang berlaku setahun lalu itu.
Mengagahi diri
Makanya walaupun dalam keadaan diri masih belum sihat sepenuhnya saya mengagahi diri juga untuk sampai ke majlis itu. Jaraknya dari rumah saya sejauh 187 km. Inilah perjalanan berkereta dalam negeri paling jauh saya tempuhi sejak sembilan bulan lalu.
Saya ke sana bukan apa kerana saya tidak mudah percaya kepada gambaran-gambaran dan cerita menerusi media sosial mengenai sambutan terhadap Amanah dewasa ini. Saya seorang yang tidak mudah percaya kepada cerita sekadar “dengar-dengar” tetapi harus melihatnya dengan mata kepala sendiri. Saya berpegang kepada prinsip menulis tentang sesuatu yang kita alami, lihat dan berada dalam sesuatu event itu.
Sepanjang perjalanan saya itu ada sesuatu yang menunjal-nunjal dalam diri saya apabila terkenang kepada zaman Pas merangkak di Johor akhir tahun persis 70-an dahulu.

Betapa susahnya Pas untuk mengembangkan sayap dan berdiri tegak di Johor ketika itu. Kerana teringat itu menyebabkan saya terfikir apakah Amanah dapat bergerak lancar tanpa halangan dan kerenah politik tahun 70-an.
Johor adalah lubuk dan kubu Umno. Betapa seksanya Pas untuk bergerak ketika itu. Walaupun Pas sebuah parti Islam (agama), namun bukan mudah rakyat Johor untuk meninggalkan Umno parti nasionalis itu.

REPRISE: Penyamaran Polis dalam BERSIH 3.0, bukti Polis provokasi rusuhan


steadyaku47 comment – I just came across these images and article today. Interesting reading and something we should all know about how PDRM conduct themselves…not against terrorists but against our own brothers and sisters in Bersih.
1. Polis menyamar sebagai peserta BERSIH, memakai baju biasa dan sengaja memecah pagar halangan (dibiarkan oleh polis lain) supaya peserta BERSIH masuk meluru ke dalam Dataran Merdeka. Polis ini tidak memakai baju BERSIH.  Provokasi ini menyebabkan orang ramai masuk ke dalam Dataran Merdeka, dan polis mempunyai sebab untuk serang rakyat yang tidak berdosa. Semuanya kerana gara-gara polis yang menyamar.  Inilah tektik kotor kerajaan Barisan Nasional yang dirancang rapi.

2. Polis Malaysia etnik India merusuh dan memukul polis (dia adalah SB, special branch), boleh lihat lilitan getah pada lengan kiri, penanda atau kod beliau adalah anggota polis yang menyamar jadi peserta BERSIH 3.0). Polis menyamar ini cuba nak menimbulkan provakasi agar menjadi sebab FRU dan Polis serang balas. Tujuannya bagi menimbulkan persepsi negatif pada BERSIH. Kononnya BERSIH ganas dan bawa huru-hara. Inilah tektik kotor Barisan Nasional yang didominasi oleh UMNO.

Polis Malaysia etnik India yang sama menukar pakaian dan bertugas sebagai polis menahan peserta BERSIH.

3. Penyamaran polis SB dalam serangan ke atas kereta polis dan menjadi “sebab” untuk terbabas dan kemudian sengaja melanggar orang awam dengan tujuan mencedera dan membunuh di depan SOGO.
Apa pun mengapa pemandu itu sudah siap sedia pakai topi keledar? Siapa pula yang peluk pemandu dan bawa pemandu keluar dan kemudian menghilangkan diri? Mengapa pemandu itu tidak dipukul oleh orang awam? Apakah tidak mustahil ini satu lakonan SB yang diupah oleh BN, yang menyerang, pemandu dan penyelamatnya?
4. Polis pakai baju BERSIH tapi polis yang menyamar juga memakai gelang atau getah atau ribon di tangan kiri atau kanan. Mereka bersifat “lebih sudu dari kuah” dan sengaja menimbulkan provokasi. Inilah satu lagi tektik jahat BN. Klik pada foto untuk saiz besar.
5. Wajah-wajah polis menyamar sebagai peserta BERSIH. Lihat gelang atau lilitan pada tangan mereka. Jahat punya BN yang menjadikan sebahagian polis sebagai kaldai mereka. Polis menyamar inilah yang mencetuskan huru hara sehingga wanita, orang tua, kanak-kanak, dan OKU cedera di dalam Himpunan BERSIH yang asalnya adalah  aman.

6. Polis menyamar pakai baju BERSIH dan tutup muka, memotong dawai kawat berduri, kononnya dipotong oleh peserta BERSIH. Satu fitnah jahat Barisan Nasional dengan menggunakan polis. Apabila dawai ini sudah dipotong, ada pula SB lain yang menyamar mengajak orang ramai masuk ke dalam kawsasan Dataran Merdeka. Kemudian polis jadikan alasan bahawa peserta langgar peraturan, sebab itu mereka simbah aiir asid. Memang jahat tektik Yahudi ini. Klik foto untuk saiz besar.
7.  Menurut maklumat dari orang dalam, ada 2000 SB (special branch atau siput babi) yang ditugaskan  merayap dalam kumpulan BERSIH. Mereka ini bergerak secara terancang. Mereka pakai lilitan kuning pada lengan mereka. Kalau polis bertembung dengan kumpulan ini, polis tahu orang itu juga polis.  Siapa di belakang perancangan jahat menggunakan SB ini dalam menjatuhkan nama baik BERSIH?  Siapa lagi kalau tidak pakar perisik urat saraf dan propgranda UMNO BN…cuba tanya bekas tentera bernama “Wan Bakar”  jika beliau mahu nafikan perkara di bawah ini. Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak mengesahkan polis terlibat menyamar dalam  kumpulan BERSIH.