Ahad, 25 September 2016

WhatsApp boleh beri kesan negatif?

SEJAK aplikasi WhatsApp menjadi 'trend' penggunaannya dalam masyarakat, pelbagai kisah yang telah disoroti sama ada baik mahupun buruk.
Kalau diteliti, boleh dikatakan penggunaan aplikasi ini lebih banyak keburukan sepertimana yang dipaparkan di media.
Antaranya, menurut Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk/Imam Kariah Taman Keladi, Abidin Hasan dipetik sebagai berkata, WhatsApp boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga.
WhatsApp disekat sementara di Brazil Ujar Abidin, pernah suatu ketika ada pasangan datang kepadanya mengakui WhatsApp menjadi punca mereka berpisah.
"Situasi ini melibatkan isteri yang menyedari suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain menerusi kiriman WhatsApp yang turut disulam dengan ayat-ayat cinta dan kemesraan," katanya.
Sementara itu, di Kangar dilaporkan seorang penganggur telah merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp.
Penganggur tersebut, Mohd Hamdan merantai leher Junifawin Dasari, dengan rantai besi pada kira-kira jam 10 pagi kerana didakwa leka bermain aplikasiWhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah.
Isterinya, bagaimanapun, lari ke balai polis dengan rantai besi di leher dan membuat laporan.
Mereka berkahwin empat tahun lalu dan mempunyai dua orang anak.
Dalam pada itu, menurut Senator Datuk Mariany Mohammad Yit pengunaan aplikasi media sosial seperti grup WhatsApp sebagai saluran komunikasi di jabatan kerajaan dikhuatiri menjejaskan psikologi penjawat awam
Katanya, terdapat rungutan oleh kelompok penjawat awam yang mendakwa penggunaan aplikasi sosial itu turut menjejaskan kualiti masa bersama keluarga dan waktu rehat mereka.
Dalam kes di luar negara pula, kumpulan militan Daesh turut didakwa memperdagangkan wanita dan kanak-kanak sebagai hamba seks menerusi aplikasi sosial WhatsApp.
Menurut laporan Metro.co.uk., sehingga kini, IS dikatakan telah memperdagangkan sehingga 3,000 mangsa.
Walau bagaimanapun aplikasi ini juga mempunyai kebaikan yang tidak disedari ramai pihak, antaranya penggunaan WhatsApp telah berjaya menyelamatkan tiga mangsa yang sesat hampir dua jam selepas mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati pada Disember 2015.

Berani kerana benar, TAKUT KERANA SALAH...

KENAPA takut sangat nak isytihar harta kalau benar2 harta itu dari sumber yang halal.

APA NAK DIRISAUKAN.. Bukankah Malaysia NEGARA MASIH AMAN.. Hishammuddin pula kata, M'sia negara paling selamat di Asia Tenggara..

Mana ada PEROMPAK, bgtau harta yg dirompaknya kepada orang lain...

Bersih 5 satu titik mula, kata Pemuda Amanah


Shazni Munir
Bersih 5.0 adalah satu titik mula dalam melihat sejauh mana rakyat mampu ke depan mendesak perubahan, tegas Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin
"Sebab itu aktivis dan pendukung Amanah lakukan siri bantahan dan desakan sebanyak-banyaknya. Jumpa segera pihak SPR, berdialog.
"Tuntutan Bersih akan datang supaya persempadanan semula tidak dibuat secara gerrymandering dengan persempadanan yang menguntungkan pihak tertentu," ujarnya pada Malam Gema Amanah di Muar, Johor semalam.
Beliau berkata, persempadanan semula yang tidak adil mesti dihapuskan melalui perhimpunan Bersih 5 yang disertai jutaan rakyat.
"Amanah bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan juga Bersatu memikul tanggungjawab besar sama ada mampu atau kecundang pada pilihan raya umum akan datang, jawapan ada pada kita.
"Di depan kita sengaja diletakkan masalah untuk melambatkan perubahan.
"Sebab itu kita ingatkan persempadanan semula yang sedang dirancang dan dipersetujui Najib sebagai Pengerusi BN itu merupakan satu perkara yang kita perlu tempuhi terlebih dahulu," ujarnya sebagai pembuka tirai acara sebelah malam sempena karnival sambutan setahun Amanah.
Sehubungan itu, beliau mendesak satu bentuk keadilan yang lebih tuntas dalam menuntut persempadanan kawasan pilihan raya lebih adil kepada parti yang bertanding.
"Langkah untuk kita lakukan perubahan semakin jauh. Persempadanan semula perlu dijelaskan kepada rakyat dengan bantahan secara besar-besaran.
"Sebab itu 19 November menjadi tarikh bersejarah untuk seluruh rakyat turun buat bantahan secara benar-besaran dalam Bersih 5," tegas Shazni lagi.

Siti Kasim: Saya org paling gembira bila Anwar jatuh

Siti berkata Anwar yang bersalah membawa masuk Islamisasi ke Malaysia
siiti-kassim-anwar
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bertanggungjawab membawa masuk Islamisasi ke dalam Malaysia, kata peguam merangkap aktivis kontroversi Siti Kasim.
Dalam satu temuramah dengan Malay Mail Online, Siti menyalahkan Ketua Pembangkang yang kini dipenjara, Anwar Ibrahim kerana membawa Islamisasi ke Malaysia dan akui beliau adalah “orang yang paling gembira” apabila Anwar “ditangkap”.
“Saya tidak bergurau, pada waktu itu saya rasa Malaysia selamat. Malangnya, sudah tentu ramai orang yang sudah pun dipengaruhi olehnya ketika itu.
“Dia yang bersalah, dia yang membawa dalam Islamisasi ke Malaysia. Tidak salah untuk membawa masuk perkara yang baik, tetapi dia membawa masuk fahaman Islam Wahabi.
“Mengapa anda mahu untuk membawa tafsiran fahaman Wahabi dalam Islam?
“Mereka mencampur-aduk budaya Arab ke dalam Islam,” kata Siti dalam artikel berbahasa Inggeris yang bertajuk “10 things about: Siti Kasim, lawyer and activist”.
Siti, ibu kepada seorang anak perempuan berusia 26 tahun itu juga bercakap mengenai insiden menunjukkan jari tengahnya kepada hadirin wacana rang undang-undang Mahkamah Syariah ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi’.
“Saya mempunyai suara yang kuat, saya tidak menjerit. Semasa di forum, saya terpaksa menaikkan suara kerana mereka terlalu kuat.
“Apa yang memberi saya semangat? Saya tidak tahu, saya tidak fikir ia adalah kerana semangat atau keberanian.
“Saya bukan berang. Sejujurnya, saya tidak marah atau apa-apa. Saya hanya mendapati mereka bodoh. Jadi saya mahu ‘menunjukkan’ kebodohan mereka.

JANGAN TAK TAHU, NAJIB PUN NAK MERASA JADI PERDANA MENTERI 22 TAHUN JUGAK!!

Satu demi satu pemimpin UMNO tampil membidas cadangan Mukhriz Mahathir berkenaan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri hanya untuk dua penggal saja. Mula-mula Hishammuddin Hussein membangkitkan persoalan mengapa Mukhriz tidak melontarkan idea itu ketika bapanya sedang berkuasa dahulu, tanpa beliau sedar bahawa bekas Menteri Besar Kedah itu sebenarnya hanya aktif dalam politik setelah Tun Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri.
Memang "ke laut"  hujah sepupu Najib Razak itu.

Hari ini, Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa pula mengatakan cadangan itu hanya untuk meraih sokongan semata-mata dan tidak berhak dipaksa kepada parti-parti lain.

Lagi "ke laut"  kata-kata Annuar ini.
Kesian Annuar Musa...agaknya beliau tak cukup faham dengan intipati sebenar apa yang diperkatakan oleh Mukhriz itu.

Mukhriz dengan jelas menyebut bahawa cadangan dua penggal tempoh perkhidmatan Perdana Menteri itu akan dilaksanakan sekiranya PPBM bersama Pakatan Harapan dapat mengambil alih pentadbiran negara dalam PRU 14 akan datang.

Maka, ia memang tidak ada kena mengena dengan UMNO dan BN atau mana-mana parti lain. Tidak ada dicadangkan sama sekali oleh Mukhriz agar UMNO turut melaksanakan peraturan tersebut.

Kalau cadangan itu hanya untuk PPBM dan Pakatan Harapan, kenapa Annuar mesti terasa hati?
Ohhh...rupa-rupanya Najib pun ada hati nak jadi Perdana Menteri selama 22 tahun juga!!

Patutlah tak setuju!!

Maknanya, Hishammuddin dan Annuar  tidak setuju dan awal-awal meluahkan serangan terhadap Mukhriz berikutan cadangan itu kerana ingin memenuhi impian Najib memerintah negara selama 22 tahun.

Kalau S Nallakaruppan kata, 10 tahun lagi Najib boleh jadi seperti Mahatma Ghandi, jadi apa pula agaknya jika diberi peluang sehingga 22 tahun?

Persempadanan semula agar UMNO dapat ‘pak turut’, dakwa Izzah

Usul persempadanan semula ini dilihat sebagai rampasan suara rakyat majoriti daripada pemerintah yang hanya mendapat sokongan minoriti.
nurul-izzah1
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan untuk menyerang wakil rakyat berbangsa Melayu lantang mengkritik dasar kerajaan.
Katanya, usul persempadanan semula kawasan pilihan raya ini dilakukan Umno agar wakil rakyat Melayu menjadi ‘pak turut’ kepada pemerintah di Dewan Rakyat.
“Jika tidak melakukan bantahan persempadanan semula SPR, maka ia seolah-olah memberi kemenangan mudah buat BN yang bergelut dengan masalah integriti memenangi pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan.
Nurul Izzah bukanlah satu-satunya ahli Parlimen yang membantah usul persempadanan semula SPR, sebaliknya ia turut dibantah Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang menyifatkan persempadanan boleh menjejaskan parti itu termasuk 5 kawasan di Selangor.
Naib Presiden PKR itu turut mendakwa pengundi di beberapa kawasan seperti Taman Sri Sentosa terkesan apabila mereka dipindahkan ke Parlimen Seputeh. Ia sekaligus menyukarkan untuk mereka keluar mengundi kerana pusat pembuangan undi yang jauh.
“Mereka juga enggan menerima persempadanan semula ini kerana kawasan Taman Sri Sentosa sudah sinonim dan bersesuaian dengan parlimen Lembah Pantai,” katanya.
Tambah Izzah, usul persempadanan semula dilihat sebagai satu strategi rampasan suara rakyat majoriti daripada pemerintah yang hanya mendapat sokongan minoriti.
“Kawasan Parlimen Lembah Pantai mengalami perubahan yang pelik dan ketara apabila 16,000 orang pengundi dipindahkan dari Sentosa Utara, Sentosa Selatan, Kampung Bahagia dan Kampung Bohol yang berada di bawah Parlimen 121 Lembah Pantai ke Parlimen Seputeh (nama baru: Sri Petaling).
“Lebih parah lagi apabila hampir 6,000 pengundi polis yang berada di kawasan Taman Tasik Perdana dimasukkan ke parlimen Lembah Pantai. Sebelum ini, 6 000 pengundi anggota polis ini berada dalam parlimen Segambut pada PRU-13,” katanya.
SPR melaksanakan kajian semula persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 September lepas.
Syor kajian semula persempadanan itu mula dipamerkan bagi tempoh satu bulan bermula 15 Sept hingga 14 Okt ini, untuk tujuan semakan dan bantahan.

Adakah keluar Umno sudah bermula?


Oleh SUBKY LATIF
APAKAH tindakan Mohamad Hamidi Abu Bakar, Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja keluar UMNO baru bermulanya orang UMNO meninggalkan UMNO? Semua kata dan rasa UMNO kian jadi kain buruk. Persepsi demikian sudah didengar sejak zaman Dr. Mahathir berkuasa lagi. Sekalipun DS Anwar Ibrahim dihalau dari UMNO, sekejap saja orang UMNO lari. Kemudian ramai yang berpatah balik.

Selepas TS Muhyiddin Yassin dihalau, ramai juga dikatakan koyak keahlian UMNOnya. Tapi tidak diketahui ketuanya Dato Shafie Afdal yang juga dihalau, sudah keluar atau tak jadi keluar. Setakat Dr. Mahathir bentuk parti baru, Shafie tak tersenarai sebagai penaja.

Bahkan tiga orang saja ahli UMNO yang terkenal jadi penaja iaitu Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz. Sudah beberapa bulan Muhyiddin dihalau tak nampak oang lari dari UMNO. Seolah-olah yang dikatakan kain buruk hanya dikata dan dirasa dalam hati, bahkan kain buruk itu dipakai juga.

Datuk Husni Hanadzlah tinggal semua jawatan UMNO tapi tidak keluar UMNO. Hanya Hamidi dari Kota Raja sambut cabaran dihalau UMNO keluar UMNO. Itupun dia kata, dia dihalau. Jika  tidak dihalau, adakah dia lari dari parti itu?

Sebaik lari dia akui UMNO tiada keramatnya lagi bagi orang Melayu. Dia akui akan ajak ramai tinggalkan UMNO.

Ketika Mahathir umumkan sekali lagi keluar UMNO tak nampak orang ikut. Bila dia umum bentuk parti baru tak nampak orang nyatakan ikut seperti orang ikut Tengku Razaleigh dan Anwar dulu. Yang ikut isteriya dan seorang anaknya.

Bila ramai orang UMNO marah Tunku Abdul Rahman Putra atas isu akta bahasa 152 dulu, ada tunjuk perasaan, komen Dato Asri ketua PAS masa itu, marah mereka tiga bulan saja. Tak sempat tiga bulan marah mereka pun padam.

Setelah habis ‘dedak’, Najib perkudakan SPR pula

Perkataan ‘dedak’ yang dipopularkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sering dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak telah menjadi satu konsep untuk menjelaskan bagaimana sokongan terhadap Perdana Menteri kini itu digembleng demi kepentingan politik peribadi dan kelangsungan partinya, UMNO.
“UMNO bukan UMNO lagi, UMNO sudah jadi parti Najib,” demikian keluh Mahathir yang sering kita dengar dalam ucapannya di mana-mana.
Ia selalu dipadankan dengan kenyataan bahawa pemimpin UMNO kini telah disumbat dedak sehingga penuh mulut, mata dan telinga sehingga tidak boleh melihat dengan hati nurani yang bersih dan menilai perbuatan jahat dan terkutuk Najib yang menjarah hasil kekayaan negara dan rakyat.
Namun, seperti mana kiamat akan tiba perlahan-lahan tapi pasti, seperti itu juga kedudukan Najib dalam pentadbiran negara. Dedak akan habis, dan Najib akan kehabisan cara.
Seperti biasa, tanpa segan silu, beliau dengan kuasa yang ada ditangan akan menggunakan segala instrumen negara, memanipulasi dan melacurkan segala jenis retorik untuk mengaut sokongan yang semakin menghilang.
Justeru, adalah tidak ganjil untuk kita melihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) (sekali lagi) diperkudakan Najib untuk diarah seperti anak kecil untuk melukis semula peta kawasan pilihan raya di peringkat negeri mahupun nasional.
Ia dilakukan semata-mata demi mengembalikan majoriti dua pertiga yang tidak mampu digapai Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
Malah, adalah pelik dan ajaib sekiranya Najib tidak mempertimbangkan muslihat itu.
Hasilnya, sebagai contoh, kawasan seperti Petaling Jaya Utara (yang akan diperkenalkan semula sebagai Damansara) mempunyai 150,439 pengundi dengan peningkatan 76.2 peratus berbanding PRU-13.
Malah, polarisasi kaum dilihat kian ketara dalam cadangan persempadanan semula yang dikemukakan SPR pada Rabu minggu lalu itu.
Pihak pembangkang mendakwa, terdapat lambakan beberapa kaum di beberapa kawasan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN). Jelas sekali, Najib meneruskan legasi ‘pecah dan perintah’ yang pernah dibawa penjajah British suatu ketika dahulu.
Lalu, timbul pula persoalan, bagaimana proses dan pusingan pencabulan institusi negara ini dapat dihentikan serta merta, dan diganti dengan sistem yang benar-benar mencerminkan amalan demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan?

Cara-cara Menambah Hutang Siswazah....

DAHULU..
Ahmad Maslan suh buat 2 kerja..

SEKARANG..
Idris Jusoh pula suh buat 2 ijazah atau lebih..

...lebih baik galakkan semua menteri masuk sekolah semula SEBAB menteri2 Umno kebanyakan tolol2 belaka..

Kalau Tak Menipu Bukan Umno...!!!

APA PULAK NI..??? Bukankah Perdana Menteri Islam-Umno amat menentang SEBARANG CAMPURTANGAN ASING..

TETAPI SEKARANG KERAjaan Najib plok bagi pihak luar tentukan polisi negara sehingga undang2 negara pon bakal diubah....!!

Ni sudah mencampuri dan mencemarkan kedaulatan negara... ELOK MENINGGAL LAH AYAHJIB..!!!

Selepas setahun, perjuangan Amanah baru bermula

Abdul Ghani Shamsudin, timbalan penasihat umum AmanahAbdul Ghani Shamsudin, timbalan penasihat umum Amanah
(Dibacakan oleh Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin sempena sambutan setahun Amanah di Muar, Johor pada 24 September 2016)

Marilah bersama-sama kita memanjatkan setinggi- tinggi kesyukuran kehadrat Allah yang telah melimpahkan taufiq dan hidayah serta inayahNya dan memberi kekuatan kepada kita sehingga berjaya menubuhkan Parti Amanah Negara(AMANAH) sebagai sebuah wadah politik Islam yang inklusif di tanah air kita. Dimana, hari ini kita menyambut genap usianya setahun yang setiap hari-harinya dilalui dengan getir, penuh cabaran dan ujian.
Kita bersyukur kerana kehadiran Parti Amanah Negara mendapat sambutan dan penerimaan rakyat yang amat memberangsangkan dari kalangan berbagai peringkat masyarakat, budaya dan kepercayaan, termasuk rakyat dari kalangan Non-Muslim.
Sesungguhnya sambutan dan penerimaan masyarakat Malaysia amat menjanjikan harapan yang tinggi bahawa Parti Amanah Negara(AMANAH), InshaAllah akan segera berkembang dengan pesat dan mempunyai daya saing dalam membawa pergerakan dan perjuangannya bagi menegakkan kebenaran dan keadilan dengan wajah pendekatan Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam atau rahmatan lil alamin.
Kita mengambil pendekatan ini sejak dari awal tercetusnya idea dan hasrat kita untuk meneruskan perjuangan melalui gagasan yang dikenali melalui Gerakan Harapan Baru.Kita telah menekankan dan memberikan tanweer pencerahan pemikiran bahawa risalah Islam adalah untuk membawa rahmat kepada semua manusia dan seluruh alam sebagai manifestasi dari firman Allah dalam Surah Al-Anbiya Ayat 107 yang bermaksud: "Dan tidaklah Kami mengutus engkau wahai Muhammad melainkan untuk (menjadi) Rahmat bagi seluruh alam.
Doa dibaca sebelum kek dipotong sempena setahun Amanah.Doa dibaca sebelum kek dipotong sempena setahun Amanah.Sesungguhnya kita dan mereka yang di luar sana tidak pernah menjangka atau terfikir akan tertubuh sebuah parti politik Islam yang baru di negara Malaysia yang tercinta ini. Tapi segala-galanya telah terjadi dan berlaku dengan kehendak dan takdir serta qadha' Allah SWT yang Maha mengatahui lagi Maha bijaksana.
Ini selari dengan firman Allah dalam Surah Luqman ayat 34:
"Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada dirinya pada besok hari dan tiada siapa yang tahu di ranah mana ia akan meninggal dunia. Sesungguhnya Allah Maha Tahu dan Maha bijak”
Meskipun kelahirannya ke persada politik negara dengan takdir yang Maha Kuasa, namun dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan ini dan perjuangan menuju cita cita murni agamanNya perlu digagas, dirancang dan dikelola dengan cara yang terbaik; berlandaskan segala kaedah berfikir logik, keilmuan, kemahiran dan kebijaksanaan.

Pas parti dinosaur yang longgar prinsipnya, dakwa Husam Musa

Amanah adalah parti masa depan Pas adalah dinasour, dakwa Husam Musa.Amanah adalah parti masa depan Pas adalah dinasour, dakwa Husam Musa.

Pas didakwa sebagai sebuah parti dinosaur yang longgar prinsipnya apabila berdepan dengan kedudukan dan kuasa, dakwa bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.
Katanya, Pas selalu menjadikan alasan tidak boleh bekerjasama dengan Dap dan juga dengan Amanah kerana ia parti pengkhianat.
Ia selalu dinyatakan oleh pimpinan Pas apabila membincangkan isu satu lawan satu dalam pilihan raya umum nanti bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Dap dan parti yang berbaik-baik dengannya.
"Pada pendapat saya, Pas lebih longgar prinsipnya. Pas bagi saya sangat 'pragmatik'.
"Dalam kes Selangor, dengan memegang jawatan exco dan 15 kerusi yang dimenangi dengan undi bukan Melayu, Pas tidak tinggalkan kerajaan Selangor.
"Dia masih duduk dengan Dap dalam kerajaan negeri Selangor. Ia menunjukkan Pas adalah sebuah parti yang mempunyai prinsip yang sangat longgar dan boleh diubah-ubah.
"Bila datang kepentingan politik kuasa, Pas boleh bersama Dap dan tidak tinggal kerajaan Selangor," kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun Amanah di Muar malam tadi.

Pas juga, kata Husam yang kini menyertai Amanah, adalah sebuah parti yang suka berpusing-pusing apabila sampai ke persimpangan jalan.
"Saya yakin rakyat memerlukan parti yang jelas perspektifnya untuk masa depan," kata Husam.

PARTI MASA DEPAN

Bagi Husam, Amanah adalah parti masa depan manakala Pas adalah parti dinasour.
"Jadi saya nasihat kepada tuan-tuan semua, tidak payahlah pergi melutut kepada Pas.
"Sesama orang mukmin sepatutnya kita merendahkan sayap sesama sendiri tetapi bukan melebarkan keangkuhan kita," kata Husam dipercayai ditujukan kepada Presiden Pas yang berkata, Amanah dan rakan-rakannya akan melutut kepada Pas satu hari nanti.

Amanah sedia tanding tiga penjuru dengan Pas, Umno


Husam Musa ketika bercakap dalam dialog satu tahun Amanah di Muar malam tadi.Husam Musa ketika bercakap dalam dialog satu tahun Amanah di Muar malam tadi.
Amanah lebih bersedia untuk berlawan tiga penjuru di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang berbanding satu lawan satu, kata Datuk Husam Musa, pemimpin Amanah Kelantan.
"Kita yakin kalau lawan tiga penjuru dengan Umno dan Pas, kita akan mendapat undi paling banyak," kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun Amanah di Muar malam tadi.
Menurut Husam, Amanah juga berpeluang untuk menang sembilan dari 15 kerusi negeri yang dimenangi oleh Pas di Selangor sekarang.
Sehubungan itu, beliau yang merupakan bekas Pengarah Roadmap to Putrajaya Pas pra pilihan raya umum ke 13 lalu mencadangkan kepada pemimpin Amanah di Selangor melancarkan jentera pilihan raya di kesemua 15 kerusi yang dimenangi Pas di Selangor sekarang.
Husam memberikan beberapa alasan kenapa beliau mengambil sikap dan berpandangan sedemikian.
Orang ramai yang memenuhi dewan ketika dialog satu tahun Amanah di Muar.Orang ramai yang memenuhi dewan ketika dialog satu tahun Amanah di Muar.ALASAN
"Alasan saya, di seluruh negara, rating Umno telah turun di bawah 30% kerana isu GST, kos sara hidup, peluang pekerjaan, rakyat menderita, 1MDB, perpecahan dalam Umno dan lain-lain.
"Bermakna Umno tidak akan membuat lonjakan baru di Kelantan dan Malaysia," katanya.
Pas di Kelantan pula adalah sebuah kerajaan yang telah mentadbir tiga tahun selepas Tok Guru Nik Abdul Aziz meninggal dengan pencapaian di bawah paras rendah (below par).
"Dia tidak ada dilivery, tiada program baru, tidak ada sentuhan kepada grassroot, rakyat dah muak.
"Amanah pula lahir sebagai juara di tengah-tengah Umno yang telah terkunci dan Pas yang sedang menurun. Amanah insya Allah akan berjaya di Kelantan," kata Husam disambut terikan takbir dan tepukan gemuruh para hadirin.
Atas dasar itu, katanya, beliau lebih senang pertandingan tiga penjuru di Kelantan.
"Kalau ikut rasa hati dan teori ini, saya tak nak satu lawan satu di Kelantan, saya nak tiga penjuru. Tetapi kalau dah jamaah putuskan satu lawan satu, kita nak buat macamana," katanya.
Tetapi, kata Husam, beliau mahu beritahu Pas, di Kelantan khususnya, Amanah mahu pertandingan tiga penjuru.
"Silakan isya Allah, Pas kuat, Amanah parti kecil. Izinkan pertandingan tiga penjuru di Kelantan, kita lihat sipa akan bentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

Umno tidak terancam dengan parti baharu Shafie Apdal, kata Ku Nan

Tengku Adnan menyifatkan situasi bekas pemimpin berpaling tadah dan menubuhkan parti baharu bukan sesuatu yang asing bagi BN dan Umno.
tengku-adnan-shafie
PASIR SALAK: Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak terancam dengan tindakan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal untuk menerajui satu parti baharu dengan mengambil alih parti politik sedia ada di Sabah.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata situasi bekas pemimpin berpaling tadah dan menubuhkan parti baharu bukan sesuatu yang asing bagi BN dan Umno.
“Saya percaya selagi kita (Umno dan BN) bersatu padu dan setia terhadap presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita tidak perlu risau situasi begini.
“Dia (Shafie) mahu cuba, saya ucapkan ‘good luck and best of luck’,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Salak, di sini hari ini.
Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata Umno yang ditubuhkan pada 1946 merupakan sebuah parti yang mempunyai struktur yang kukuh.
“Sepanjang 70 tahun penubuhannya, Umno berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan akibat kealpaan dan perbezaan pendapat yang berlaku dalam kalangan ahli.
“Bukan sekali kita dikhianati, bukan sekali pemimpin kita berpaling tadah dan menubuhkan parti baharu, banyak kali. Malah, kita terpaksa memikul masalah legasi terdahulu,” katanya.
Selain itu, Tengku Adnan berkata semua ahli parti perlu mengekalkan semangat BN yang merupakan tunjang utama kekuatan parti itu.
“Contohnya ketika Umno lemah pada pilihan raya umum 1999, undi Cina dan India menjadi penyelamat. Itu sebab kita kena kekalkan semangat BN pada semua … daripada pelbagai kaum,” katanya.

Pakatan Harapan 'tidak layan' kami, kata Presiden BERJASA

Amanah harap ROS beri kerjasama luluskan 'Barisan Rakyat'

PKR teruskan rundingan dengan PAS, biarpun berkali-kali dikhianati - Saifuddin

Tak guna had tempoh PM jika salah guna terus berleluasa

Ahli akademik berkata rasuah berlaku jika diberikan kuasa sepenuhnya dan baik jika penggal perkhidmatan dihadkan supaya tidak ada penyalahgunaan kuasa.
pm
PETALING JAYA: Mengehadkan tempoh penggal perkhidmatan perdana menteri (PM) akan hanya sia-sia jika penyalahgunaan kuasa terus berlaku dan prinsip demokrasi tidak dipatuhi di negara ini, kata seorang pensyarah.
Dr Ahmad Ghazali Abu Hassan yang juga yang juga ahli Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara berkata perdana menteri masih tidak mengamalkan pengasingan kuasa dan penyalahgunaan kuasa tetap berlaku.
“Harus ingat, rasuah berlaku jika diberikan kuasa sepenuhnya. Jadi, saya setuju jika kita hadkan penggal perkhidmatan supaya tidak ada penyalahgunaan kuasa.
“Namun, mengehadkan penggal itu hanyalah satu perkara kecil saja kerana pengasingan kuasa masih tidak diamalkan sepenuhnya di negara ini,” katanya kepada FMT.
Pada 22 September lalu, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan untuk mengehadkan penggal khidmat perdana menteri kepada 2 penggal iaitu tidak lebih 10 tahun seperti yang diamalkan di kebanyakan negara maju.
Mukhriz berkata pelaksanaan cadangan itu perlu bagi mengelakkan krisis pengurusan dan salah guna kuasa seperti yang dilihat dalam pentadbiran BN.
Bagaimanapun, Ghazali itu tidak menafikan ada kebaikan dan keburukan jika tempoh penggal perkhidmatan perdana menteri diperkenalkan di negara ini.
“Daripada segi kebaikannya, demokrasi proses semak dan imbang dapat dilaksanakan. Namun, isu tidak ada kesinambungan aspirasi kepimpinan akan wujud,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik Dr Jeniri Amir berkata kenyataan Mukhriz tidak sesuai dan tidak praktikal kerana secara realitinya pemimpin politik apabila berada di atas, mereka tidak akan mahu turun.
“Mengapa hanya sekarang Mukhriz mahu kemukakan cadangan itu, sedangkan dulu ada tuntutan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad turun jawatan sebagai perdana menteri.
“Bermati-matian penyokong tidak mahu dan menggesa Dr Mahathir berada di kerusinya semula,” katanya.
Penganalisis politik, Dr Ahmad Atory Hussain pula melihat kenyataan Mukhriz itu boleh direalisasikan jika ia dibawa ke Dewan Rakyat dan pindaan tatacara pelantikan perdana menteri digubal.
“Negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen seperti Malaysia tidak pernah dan jarang dilakukan buat benda ini (hadkan penggal).

MALAYSIA’S FIRST BILLIONAIRE PRIME MINISTER: THANK YOU UMNO, NAJIB & ROSMAH LAUGH ALL THE WAY TO THE BANK

Najib and Rosmah inherited an Umno where Cash is King. …and they both laughed all the way to the Bank!
It’s Saturday late afternoon in Melbourne and the weather our there is not that great….dark clouds and the wind blowing….not my kind of weather, not my kind of day. It’s just past 5PM and I am wondering (don’t laugh!)…I am wondering what Najib is doing!
And that line from the Nursery Rhyme, “Sing a song of Sixpence,” came to mind “The king was in the counting-house, counting out his money” and that thought made me smile….. to count my money would take maybe just one shake of the Flying Hippo’s tail. I figure out that Najib would need more days then there are in a year, to count his!
A billionaire for a prime minister! And a Malay to boot! Muslim too, just in case anybody is wondering.
All that money put together within his own lifetime…hell not even within his own lifetime for he is still alive (is he not?)….so all that money during his “working life”.
Most of that working life spent in politics. Umno politics!
Before Mahathir’s time I had not heard of any of our serving PM, or their family, living beyond their means. Tunku, Tun Razak and Tun Hussein Onn, in all the time that they served our nation, in as far as I know it, all lived within their means and when they left office, they left with fame but not fortune.
There were some questions asked about Tun Razak’s and Tun Hussein’s father-in-law, Noah Omar, forming Genting Highland Berhad with Lim Goh Tong that led to the formation of Malaysia’s only casino….but little else.
Throughout his time as PM, Mahathir did ensure that his own children were not in politics….but already we were hearing about the wealth of his brother-in-laws – especially Razali Ali, the ex MB of Selangor….and when Mahathir quit as PM, the ability, alacrity and audacity of his own children ability to accumulate businesses that made them insanely wealthy, made many questioned what links these businesses had to the fact that their father was Mahathir Mohammad – ex PM of Malaysia.
Pak Lah time as PM saw the rise and rise of his own and extended family in questionable businesses ventures that could directly be linked to Pak Lah’s position as PM…..businesses valued in the hundreds of millions….and the rise and rise of his son-on-law, Khairy Jamaluddin, politically and financially. All this contributed to Pak Lah’s early political demise when he had to leave office before the end of his term of office.

DAP tolak syor persempadanan walaupun kawasannya makin selamat


Forum Mega 2016 sempena ulang tahun AmanahForum Mega 2016 sempena ulang tahun Amanah
DAP menolak syor persempadanan kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun diakui tidak banyak menjejaskan parti itu.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, kajian semula persempadanan berkenaan dilihat hanya membolehkan Umno menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"Daripada analisa awal kita, DAP mungkin tidak terjejas besar kerana dia (SPR) memusatkan pengundi-pengundi Cina di kawasan yang dimenangi DAP sebelum ini tetapi DAP tetap membuat keputusan menolak cadangan persempadanan ini.
Sambutan luar biasa dari penontonSambutan luar biasa dari penonton"DAP bukan sahaja melihat faktor kemenangan sendiri. Kita juga mahu PKR menang. Kita mahu Amanah menang. Kita hendak Pakatan Harapan menang," tegasnya pada Malam Gema Amanah sempena Sambutan Setahun Amanah di Muar, Johor malam tadi.
Beliau menyifatkan SPR sebagai "Umno Bahagian SPR" apabila meneruskan kesinambungan Umno melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.
"Buat kali pertama dalam sejarah persempadanan semula kawasan pilihan raya Malaysia, parti komponen BN bantah. MCA bantah. Gerakan bantah.
"Dia (SPR) hendak memusatkan pengundi-pengundi Melayu supaya kawasan-kawasan yang kuat menyokong BN ditempatkan di kerusi-kerusi Umno yang marginal bagi memenangkan Umno," tegasnya.
Dalam hal berkaitan, Anthony berkata, DAP cukup yakin Amanah mendapat tempat dalam politik Malaysia kerana pendekatan yang inklusif dan sederhana.
"Saya lihat balik sejarah DAP apabila ditubuhkan pada 18 Mac 1966 kita kalah dalam semua pilihan raya kecil tetapi kali pertama masuk PRU tahun 1969, DAP menang 13 kerusi Parlimen.
"Saya yakin Amanah juga akan dapat mencapai kejayaan pada PRU14," ujarnya diikuti tepukan gemuruh lebih 1,000 ahli dan penyokong Amanah di Pusat Konvensyen Y-Square Connexion di Bakri.

Hadi calon tepat ganti Haron Din, kata Utusan Malaysia

Zulkiflee berkata PAS tidak lagi berada dalam situasi selesa malah pilihan raya umum akan datang adalah penentu sejauh mana kepimpinan ulama diterima penyokong PAS.
hadi-utusan-pas
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan calon paling tepat menggantikan kedudukan Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS, kata pengarang akhbar Utusan Malaysia.
Zulkiflee Bakar dalam ruang komentar akhbar itu berkata, bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya Majlis Syura Ulama menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Presiden PAS memandangkan beliau dilihat mempunyai pakej lengkap menyandang jawatan tersebut.
“Jika Abdul Hadi dipilih sebagai Mursyidul Am, ini dianggap pilihan yang tepat memandangkan Pas sememangnya memerlukan seorang pemimpin seperti beliau bagi memperkasakan peranan ulama dan Majlis Syura Ulama parti itu,” katanya dalam Utusan Online.
Tambah Zulkiflee, PAS tidak lagi berada dalam situasi selesa malah pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai penentu sejauh mana kepimpinan ulama diterima penyokong PAS.
“Sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar untuk mencari pengganti Abdul Hadi sebagai Presiden Pas jika beliau dilantik sebagai Mursyidul Am parti itu.
“Parti itu sememangnya sudah menyediakan barisan pelapis bagi mengambil alih kepemimpinan parti itu. Antara tokoh tersebut termasuklah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang lebih selesa dengan jawatan tersebut mencadangkan supaya tokoh lain dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan itu berikutan kematian penyandangnya Haron Din.
Beliau yang juga Menteri Besar (MB) Kelantan memberi alasan menolak tawaran itu kerana sibuk dengan pelbagai komitmen lain.
Jawatan itu kosong selepas Haron Din meninggal dunia pada 16 Sept lepas ketika sedang dirawat di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California.

Kerjasama dengan Mahathir demi masa depan negara, elak ‘Najib kedua’ muncul

DAP mempertahankan kerjasamanya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad demi merubah sistem pentadbiran sedia ada, termasuk menumbangkan UMNO dan tidak terhad kepada mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur sahaja.
Berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun DAP Ke-50 di sini semalam, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, kerjasama dengan mantan Perdana Menteri itu juga adalah untuk memastikan ‘Najib kedua’ tidak muncul dalam tampuk pemerintahan negara.
Katanya, kerjasama antara Pakatan Harapan dan Mahathir juga akan dikembangkan dengan pembentukan gabungan raya antara pakatan pembangkang itu dan parti yang baru ditubuhkan oleh pemimpin berusia 91 tahun berkenaan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Rakyat telah kehilangan harapan apabila Pakatan Rakyat (DAP-PKR-PAS) hancur, tetapi kami bertekad untuk mencipta harapan baru untuk masa depan Malaysia,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu sambil menyatakan bahawa idea gabungan tersebut pertama kali diilhamkan mantan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir.
4 Mac lalu, negara mencipta sejarah apabila Mahathir dan seterunya Kit Siang duduk semeja sepakat menandatangani Deklarasi Rakyat bagi menuntut Najib agar meletakkan jawatan ekoran pelbagai dakwaan skandal antarabangsa 1MDB yang dikaitkan dengan Menteri Kewangan itu.
1MDB menjadi perhatian dunia apabila Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengeluarkan saman sivil bagi merampas aset yang didakwa diperoleh melalui penyelewengan dana syarikat pelaburan bermasalah milik negara tersebut.
Najib yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ketika itu, didakwa menerima wang berjumlah hampir RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya yang dipercayai dipindahkan dari dana syarikat berkenaan melalui beberapa transaksi rumit.
Bagaimanapun, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali membersihkan nama Najib daripada sebarang salah laku melibatkan 1MDB.

Siapa kata Melayu sokong Najib dan Umno ?

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pembangkang menyedari kebimbangan meluas mengenai persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mewujudkan lebih banyak kerusi majoriti Melayu.
Bagaimanapun ketika berucap pada majlis makan malam anjuran DAP Pulau Pinang malam tadi, Rafizi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan kesilapan sekiranya berpendapat langkah tersebut akan memberi kelebihan kepada Umno.
Rafizi berkata sejak beberapa bulan kebelakangan ini, beliau tidak pernah berjumpa mana-mana orang Melayu yang menyatakan sokongan kepada perdana menteri dan Umno.
"Siapa kata Melayu sokong Najib dan Umno? Saya tak jumpa seorang pun Melayu dalam beberapa bulan lepas, yang menyokong Najib dan Umno.
"Saya percaya ramai Melayu tak percaya Najib dan mahu lihat perubahan kepimpinan," katanya sambil menerima tepukan daripada mereka yang hadir.
Bagaimanapun Rafizi mengakui bahawa pembangkang memerlukan strategi yang betul untuk menarik pengundi Melayu pada pilihan raya akan datang.
Sebelum ini parti politik termasuk DAP, PKR, MCA dan Gerakan menyatakan kebimbangan mereka dan membantah persempadanan semula oleh SPR.
DAP menggesa pilihan raya diadakan lebih awal di Selangor, namun menteri besarnya Datuk Seri Azmin Ali menolak cadangan itu kerana ia umpama mengkhianati mandat diberikan oleh rakyat.

Menteri beri amaran, PTPTN jangan aniaya peminjam

Datuk Seri Idris Jusoh berkata apa yang penting, kalau berhutang perlu dibayar dan jika tidak mampu bayar, jumpa PTPTN terlebih dulu.
idris-jusoh-ptptn
KUALA TERENGGANU: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh memberi amaran keras kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) agar tidak menganiayai mana-mana peminjam dalam usaha mengutip semula hutang pinjaman daripada peminjam.
Bagaimanapun beliau berkata peminjam perlu berbincang terlebih dulu dengan PTPTN bagi mencari kaedah terbaik atau menstrukturkan semula pinjaman mereka agar bayaran balik dapat dibuat tanpa berlaku sebarang penganiayaan.
Katanya, menurut kajian peminjam yang gagal membayar balik hutang PTPTN, bukan dalam kalangan peminjam yang tidak mempunyai wang, tetapi mereka terikat dengan pembayaran pinjaman lain seperti ansuran rumah, kereta atau pinjaman peribadi.
“Apa yang penting, kalau kita berhutang mesti kena bayar. Jadi kepada peminjam jika tidak mampu bayar, jumpa PTPTN terlebih dulu bagi berbincang semula penstrukturan semula pinjaman berkenaan.
“Saya arahkan PTPTN jangan aniaya sesiapa pun (peminjam). Kalau ada mana-mana peminjam yang rasa dianiaya, boleh datang jumpa saya secara peribadi dan bagi maklumat lengkap PTPTN yang melakukan perkara tersebut,” katanya.
Idris berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan ‘The 18th International Conference For University Administration 2016’ anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Persidangan selama 3 hari bermula semalam itu turut dihadiri 336 peserta termasuk dari Brunei dan Yaman.

Cerita sebalik cerita 1MDB dalam pembikinan

Clare Rewcastle-Brown akan menulis sebuah buku berkaitan skandal 1MDB yang dianggapnya sebagai kisah terbesar dalam kejayanya sebagai wartawan penyiasatan.
Pengarang Sarawak Report itu menyatakan buat masa ini dia mungkin kurang menulis di portal berkenaan untuk menyiapkan projek buku tersebut.
"Ia adalah cerita di sebalik cerita, bagaimana dan mengapa saya memulakan liputan mengenai skandal 1MDB. Ia begitu menarik dan mencabar!" katanya kepada Malaysiakini di Nepal semalam.
Clare berada di situ kerana menghadiri Persidangan Kewartawanan Penyiasatan Asia kedua.
Sarawak Report menjadi portal yang sering membuat pendedahan menggemparkan berkaitan skandal syarikat pelaburan milik kerajaan 1MDB.
Ia menjadi perhatian ramai kerana turut melibatkan banyak nama berprofil tinggi, termasuk Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut dikaitkan dalam pendedahan yang membawa kepada beberapa siasatan pihak berkuasa negara asing ialah anak lelaki Rosmah, Riza Aziz serta hartawan muda kontroversi Low Taek Jho yang lebih dikenali dengan nama Jho Low.
Kata Clare turut akan dimasukkan ke buku tulisannya nanti ialah isu pembalakan di Sabah dan Sarawak.
Wartawan British itu bagaimanapun mengakui sukar baginya menyiapkan projek buku berkenaan pada hujung tahun ini walaupun dia berharap sebaliknya.
Ditanya sama ada orang di Malaysia dapat membaca buku itu Clare berkata ia sudah pasti kerana dapat dicapai melalui atas talian.
Clare yang lahir di Sarawak memulakan blog untuk mendedahkan pelbagai maklumat berkaitan aktiviti pembalakan di Malaysia Timur pada Februari 2010.
Sarawak Report itu kemudian memberi fokus kepada isu 1MDB dan dana bernilai jutaan ringgit didakwa dimasukkan ke akaun persendirian Najib.
Kerajaan mendakwa wang itu adalah derma seorang hartawan dari timur tengah.
Siasatan pihak berkuasa terhadap skandal 1MDB turut memperlihatkan Tan Sri Abdul Gani Patail diketepikan daripada jawatannya sebagai peguam negara.
Najib tak yakini Zahid

PPBM Gugat Kerusi Johor - Ka Siong


MUAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berupaya menggugat kedudukan beberapa kerusi di Johor khususnya di kawasan yang mempunyai pengaruh kuat bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, terdapat desas-desus mengatakan bahawa PPBM menyasarkan untuk bertanding di Muar dan Bakri pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Tegasnya kewujudan parti itu tidak seharusnya dipandang ringan kerana Muhyiddin sudah lama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pagoh.

"Jangan lihat PPBM sebagai sebuah parti baru, perhatikan mereka.

"Beliau (Muhyiddin) adalah pengaruh yang besar di sana dan menjadi cabaran besar bagi kami," kata Dr Wee, yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, ketika merasmikan mesyuarat bahagian MCA Bakri pada Sabtu.

Wee yang juga Pengerusi MCA Johor berkata, MCA telah mengenal pasti Bakri sebagai salah satu daripada 10 kerusi Parlimen yang mahu dirampas semula pada PRU-14.

Syefura Pilih Pengurus Pelaburan Sebagai Suami

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara selamat bergelar isteri kepada pengurus pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah pada Sabtu.
Majlis perkahwinan Syefura yang juga Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP bersama jejaka pilihannya itu diadakan di Sangkit Garden, Hulu Langat.
Syefura kelihatan berseri-seri pada majlis perkahwinannya.
"Sudah tentu, saya rasa amat gembira. Saya kini lega kerana majlis ini sudah berakhir," kata Syefura.
Syefura, 27, menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki biasa.

Pindaan Akta 355 jadi satu fitnah jika mahkamah syariah tidak diperkasa

Pindaan Akta 355 jadi satu fitnah jika mahkamah syariah tidak diperkasa
Orang Islam harus menyokong pemerkasaan Mahkamah Syariah namun bukan melalui Rang Undang-undang (RUU) 355, tegas bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff.
Beliau berkata, RUU persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat kabur dan akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.
Malah katanya, langkah dibuat Presiden Pas itu akan mengundang cabaran di mahkamah dan mungkin akan dicabar atas alasan bercanggah dengan perlembagaan.
“RUU 355 setakat yang kita lihat perlu dibantah sebab pada akhirnya ia akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.
“Sebagai seorang Islam kita perlu menyokong usaha memperkasa mahkamah syariah tapi ini (RUU355) bukan caranya.
“Segala hal berkaitan cerai, pembahagian harta dan hak penjagaan semua dibuat melalui Mahkamah Syariah. Tidak ada sebab kerja-kerja baik Mahkamah Syariah difitnahkan melalui RUU ini,” katanya dalam forum Benarkah Pindaan RUU 355 Memperkasakan Mahkamah Syariah? di Rumah Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi.

Keputusan Darell direstui PKR, kata Saifuddin

Darell LeikingKeputusan bekas Naib Presiden PKR, Darell Leiking keluar daripada parti itu telah dibincang dan direstui oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, keputusan Darell untuk meninggalkan PKR diterima secara terbuka oleh pihaknya.
“Darell telah bertemu dan mengadakan perbincangan ikhlas bersama Wan Azizah tentang keputusannya yang mahu meninggalkan parti untuk bersama dengan parti bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Sabah.
“Saya bersahabat karib dengan beliau. Semalam kami bersarapan pagi dan sempat berbincang dari hati ke hati,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Darell yang juga Ahli Parlimen Penampang mengumumkan meletak jawatan dan keluar daripada PKR pada Khamis.
Kata Darell, beliau bakal menyertai parti tempatan Sabah yang bakal diterajui Mohd Shafie.
Meskipun akur dengan keputusan Darell, Saifuddin bagaimanapun tidak dapat mengelak daripada menyimpan perasaan sedih atas kehilangan rakan seperjuangannya dalam parti.
“Saya berada sedih, tapi sebenarnya saya memahami dan menghormati pendiriannya untuk bersama dengan Mohd Shafie,” katanya lagi.

Lawan tiga penjuru bergantung kpd faktor PAS - Husam Musa

2 Tahun Membangun Bangsa

AMANAH adalah parti masa hadapan - Husam Musa

Setahun berlalu Mat Sabu berpuas hati dgn AMANAH

Keadilan kini sudah ada 30 MP setelah dicerca UMNO semasa penubuhan - Saifudin Nasution

Bantah persempadanan semula agar Noh Omar tidak jadi Menteri Besar Selangor


Pengundi di Selangor akan melihat Tan Sri Noh Omar dilantik sebagai Menteri Besar sekiranya cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dibantah sekeras-kerasnya.
Setiausaha Eksekutif (Publisiti) Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP, Muhammad Shakir Ameer berkata warga Selangor tentu tidak mahu Noh Omar menjadi pemimpin kerajaan tertinggi di negeri itu.
“Adakah rakyat Selangor ingin seorang ketua yang tidak memberi keutamaan kepada pendidikan anak-anak kita?
DUN_Selangor“Atau adakah rakyat Selangor ingin seorang pemimpin yang memberi cadangan tak masuk akal dengan sistem pinjaman yang akan membebankan rakyat serta generasi masa depan?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sambil merujuk kepada cadangan Noh Omar baru-baru ini agar Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah mencari dana sendiri dan tidak lagi bergantung kepada peruntukan dari kerajaan.
Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga turut mencadangkan agar pemaju perumahan dibenarkan memberi pinjaman kepada pembeli rumah dengan kadar faedah tinggi walaupun ia akan hanya membebankan pembeli dengan hutang yang mendadak.
“Cadangan beliau itu dikritik keras oleh pelbagai pihak, termasuk Fitch Ratings dan Kementerian Kewangan. Ia tidak akan menyelesaikan masalah pemilikan rumah, sebaliknya hanya menguntungkan pemaju.
“Rakyat Selangor tidak memerlukan seseorang yang tidak berhati perut sebagai pemimpin mereka,” tegas Shakir yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak, khususnya warga Selangor membantah persempadanan semula yang dicadangkan oleh SPR itu bagi mengelakkan sebarang dasar yang membebankan dikenakan ke atas rakyat.
“DAP juga akan membantah melalui kerajaan tempatan serta kerajaan negeri dengan kerjasama oleh parti-parti dalam Kerajaan Negeri Selangor,” jelasnya.

Persempadanan pilihan raya cabuli keharmonian rakyat

Cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas mencabuli keharmonian rakyat Malaysia.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia dibuat berdasarkan konteks kaum dan menghapuskan kerusi campuran sedia ada.
“Semestinya kita kesal dengan cadangan berkenaan yang memecahkan dasar keharmonian rakyat berbilang kaum.
“Walaupun dengan persempadanan ini, saya percaya tak mudah juga bagi pembangkang untuk mengambil balik Selangor,” katanya kepada SelangorKini.
Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata tindakan undang-undang dipertimbang selepas SPR gagal menjawab isu dibangkitkan.
Antaranya, SPR gagal memberi penjelasan mengenai kesahan perlembagaan berkaitan cadangan persempadanan semula itu.
Cadangan SPR bukan sahaja mengundang bantahan Pakatan tetapi turut menerima bantahan parti komponen Barisan Nasional (BN).
MCA menyifatkan syor itu sebagai petanda tidak baik bagi sebuah negara berbilang kaum dan agama sementara MIC turut mengakui tidak gembira dengan cadangan SPR.
Selain itu, Gerakan juga mendakwa persempadanan semula bakal menyaksikan peluang parti itu untuk menang terjejas di beberapa kawasan.

Bajet 2006 janji nak bina hospital Pendang, lepas 10 tahun bayang pun tak nampak

sempadan Pendangsempadan Pendang
Kerajaan Umno dan BN sememangnya pandai membuat janji menjelang pilihan raya umum.
Seringkalinya janji yang dibuat hanyalah sebagai pemanis kata bagi meraih sokongan pengundi.
Ini terbukti apabila Hospital Pendang yang dilaung-laungkan sejak bajet 2006 pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi masih lagi belum menjadi realiti hingga kini.
Sedangkan penduduk dalam kawasan Parlimen Pendang amat mengharapkan hospital yang menelan kos projek RM200 juta tersebut dapat menjadi kenyataan.
Asmirul Anuar ArisAsmirul Anuar ArisKetika kajian separah penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), beberapa projek besar termasuk Hospital Pendang terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan dana dan kewangan.
Projek ini kemudian dimasukkan pula ke dalam RMK10 menerusi kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta atau PFI.
Pada peringkat awalnya rancangan projek tersbut juga akan mempunyai 108 katil dengan 28 katil di wad lelaki, 28 katil di wad perempuan, 28 katil di wad bersalin, 4 katil di wad kecemasan serta 2 katil di wad bedah.
Namun begitu, setelah 10 tahun menanti, bayang hospital pun tidak kelihatan sehingga menjelangnya pula pilihan raya umum ke 14 tidak lama lagi.
Menurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris, kerajaan Umno dan BN sudah sebati dengan seribu satu janji menjelang pilihan raya.
"Sebuah kerajaan sepatutnya menitikberatkan tiga keutamaan dalam pemerintahan sesebuah negeri maupun negara.
"Kerajaan seharusnya menjaga dan mengawal perbendaharaan negara serta ekonomi dengan baik supaya negeri dan negara menjadi maju.
"Mereka semestinya menyediakan perkhidmatan hospital dan kesihatan kepada rakyat seperti mana janji untuk membina Hospital Pendang ini menjadi kenyataan, " jelasnya lagi.
Tegasnya lagi, sikap acuh tidak acuh kerajaan untuk membina hospital yang pernah dilaung-laungkan selama ini untuk dibangunkan hanyalah untuk mendapat undi dan sokongan menjelang pilihan raya.
"Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Helmi Yahaya bahawa kerajaan tiada dana pada waktu ini cukup memalukan, sedangkan peruntukan untuk bajet membina Hospital Pendang telah pun diluluskan.
"Slogan BN Menang, Kedah Senang merupakan antara retorik Umno dan BN Kedah bagi mengaburi mata rakyat negeri ini sejak PRU yang lalu.

Najib tekan Thailand kekal penjarakan Justo, dakwa Sarawak Report


Sarawak Report mendakwa Najib masuk campur untuk kekalkan Justo di Thailand.Sarawak Report mendakwa Najib masuk campur untuk kekalkan Justo di Thailand.
Thailand mengesahkan 'percutian' Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Bangkok baru-baru ini bukanlah secara kebetulan.
Laporan Sarawak Report itu bertajuk: 'Held Hostage! Najib Pressures Thailand to keep Star Witness Xavier Justo Jailed' yang memetik sumber mendakwa,  Najib ke Bangkok telah mengubah keputusan pihak berkuasa negara itu untuk membatalkan keputusan baki hukuman penjara tiga tahun Xavier Justo yang sepatutnya di hantar pulang ke Switzerland pada 1 September lalu.
Sebelum ini, jaminan tidak rasmi telah pun diberikan kepada pihak berkuasa Switzerland dan Amerika Syarikat yang mana kes tersebut hanya memerlukan beberapa formaliti untuk ditandatangani.
Sebaliknya pada 31 Ogos lalu, sumber diplomatik menjelaskan apabila Najib dijadual akan melawat Thailand pada awal September, agar tidak akan menjadi tajuk berita utama mengenai kes kleptokrasi global beliau, tiba-tiba keputusan itu ditunda, lapor laman yang berpusat di London itu.
Walau bagaimanapun, sebelum itu Laura Justo memberitahu Sarawak Report bahawa dia bimbang Malaysia akan menekan Thailand untuk menjaga saksi dalam kes 1MDB daripada memberi keterangan kepada pengawal selia global terhadap Najib dan bekas rakan-rakannya di PetroSaudi.
Apa yang dibimbangkan Laura ternyata benar. Satu mesyuarat rasmi menangguhkan pemindahan Justo sehingga 16 September selepas perdana menteri dan isterinya kembali ke Malaysia.
Peguam Justo mengesahkan dokumen di bawah konvensyen antara Thailand dan Switzerland bagi pemindahan segera Justo, sudah ditangguhkan.
"Mereka berada di sana (Thailand) untuk menggunakan setiap pengaruh mereka, kuasa, wang, tawaran dan kerjasama, untuk menahan Justo.

Amaran dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

APA KORANG NAK KATA...

"Atas sebab-sebab keselamatan, hanya polis dibenarkan guna 'drone' semasa perhimpunan.

Orang lain termasuk organisasi media dilarang guna dron semasa perhimpunan."

Bersih 2.0 minta Umno kawal ahlinya yang beri imej gangster


Menurut Maria Chin, beliau memang takut dicederakan oleh mereka.Menurut Maria Chin, beliau memang takut dicederakan oleh mereka.
Umno diminta mengawal ahlinya agar bertindak lebih bertamadun dan tidak merosakkan imejnya, kata pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Menurut Maria, tindakan Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju, yang berkata berkata “kaki dia ke atas, kepala dia ke bawah” dan Maria “tidak akan berjalan di atas bumi” tidak boleh diterima.
"Saya bimbang, kenapa Umno dan kerajaan membenarkan perangai gangster mewarnai imej parti itu. Ali ahli Umno, Datuk Jamal Yunus pun ahli dan pemimpin Umno," kata Maria kesal.
Maria menolak bahawa media telah tersalah petik kenyataan mereka sebelum ini.
Maria ChiMaria Chi"Kenyataan bahawa ia salah petik oleh media saya tidak berapa yakin. Saya percaya ia laporan yang betul oleh media," kata Maria kepada Malaysian Dateline.
Menurut Maria, beliau memang takut dicederakan oleh mereka samaada kepada beliau sendiri atau keluarganya.
"Saya takut. Saya memang takut. Saya ada 3 anak. Mereka kata nak serang saya, di rumah, di kedai atau di mana saja. Ia ugutan ke atas saya. Bukan kepada saya saja tetapi juga jawatankuasa saya dan juga peserta perhimpunan," kata Maria.
Maria mengaku belum membuat laporan polis terhadap ugutan ini namun telah meminta polis mengambil tindakan terhadap ugutan ini. Namun pihak lain telah membuat laporan polis, katanya.
“Jika mereka (polis) boleh arah (ahli parlimen DAP) Jeff Ooi menyerah diri, mengapa tidak Ali Tinju, (yang mengeluarkan) ugutan bunuh terhadap saya?” katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis sedang menyiasat Mohd Ali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah.
Maria diugut selepas memaklumkan Bersih 5 akan mengadakan perhimpunan mereka 19 November ini di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Sebelum itu, mulai 1 Oktober Bersih akan melancarkan kempen untuk perhimpunan kali ini dengan mengadakan konvoi ke Kuala Lumpur dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Bersih 5 akan memfokaskan tiga isu utama iaitu skandal 1MDB, persempadanan semula kawasan pilihan raya dan isu-isu tempatan.

APAKAH SIJIL HALAL JAKIM TIDAK CUKUP HALAL?

Satu lagi cerita "karut" daripada Risda. 

Dulu cerita "karut"  Risda ialah nak tanam dan eksport ketum ke luar negara, kali ini Risda dengan kerjasama Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia atau Ikiam  "mengarut"  lagi dengan mahu mengeluarkan satu lagi logo halal baru.

Logo halal yang mahu dikeluarkan Risda dengan kerjasama Ikiam  ini ialah khas untuk produk keluaran Muslim  sahaja.
Menurut Pengerusi Risda, Zahidi Zainul Abidin, logo halal baru itu bertujuan mengesahkan produk berkenaan keluaran usahawan Muslim selepas mereka memperolehi sijil halal Jakim.

"Keperluan menambah satu lagi logo halal adalah bagi membezakan produk keluaran Muslim dengan bukan Muslim.

"Ia juga bertujuan meredakan keraguan segelintir masyarakat mengenai isu halal berkenaan," kata Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, Perlis.

Memang ini kerja "mengarut" oleh Risda. Buat apa nak dikeluarkan satu lagi sijil halal yang khas untuk usahawan Muslim?

Jika mereka sudah ada sijil halal Jakim, apa yang perlu diragui lagi dengan kehalalan produk itu?

Bukankah Jakim sebuah jabatan kerajaan yang diiktiraf untuk mengesahkan halalnya sesuatu produk?

Apakah sijil halal Jakim tidak cukup halal sebenarnya? Atau Risda sendiri meragui sijil halal Jakim itu?

Setelah sijil halal untuk produk Muslim, sijil halal apa lagi mahu diperkenalkan selepas ini?

Mungkinkah nanti akan ada pula produk halal Melayu, produk halal pinjaman bank tanpa riba, produk halal bantuan kerajaan UMNO atau macam-macam lagi?

AMANAH sepakat dengan BERSATU jatuhkan kjaan Najib

PH bersedia lawan 3 penjuru dgn BN dan PAS

NAK LAWAN CARA MANA NI USTAZ, DUA PENJURU ATAU TIGA PENJURU?

Sabar dulu...jangan cepat gembira dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Tantawi ini.

Dalam kenyataannya, beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, Pas tidak sesekali akan bergabung dengan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang, malah telah menetapkan pendirian akan bertanding di mana-mana kerusi yang ditandinginya.

Sekali baca memang nampak cantik kenyataan itu, tetapi apakah maksud sebenar kata-kata beliau itu?

Adakah ia bermaksud Pas sedia berunding dengan rakan-rakan pembangkang lain untuk merealisasikan pertandingan satu lawan satu atau tekad berlawan di semua kerusi UMNO itu bertujuan supaya berlakunya pertandingan tiga penjuru?

Kalau nak lawan UMNO tetapi dalam masa yang sama tidak mahu berpakat dan menjadikan satu lawan satu sebagai kenyataan, ia juga bermaksud mahu memberi kelebihan atau memenangkan pihak lawan.

Lawan memang banyak lawan, ada lawan betul-betul, ada lawan main-main dan ada juga lawan untuk sengaja bagi pihak lawan menang.

Lagi pun kata-katanya bahawa Pas akan bertanding di semua kerusi UMNO banyak maksud tersiratnya.

Buat apa Pas umum nak bertanding di semua kerusi UMNO? Bukankah Pakatan Harapan dan PPBM juga akan bertanding di kerusi UMNO sama?

Yang mana satu ni ustaz, nak lawan UMNO dua penjuru atau tiga penjuru?

PRU14: Pas tetap lawan Umno - Nasrudin Hassan

Nasrudin Hassan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mengulangi pendirian parti Islam itu tidak akan sesekali bergabung dengan Umno dalam PRU akan datang.
Malah katanya, Pas telah menetapkan pendirian untuk kekal melawan Umno di mana-mana kerusi yang ditandinginya.
“Pendirian jelas Pas ini sudah diketahui, difahami dan diterima oleh ahli-ahli Pas dan orang awam khususnya dalam kalangan kaum Melayu dan beragama Islam.
“Sikap Pas terhadap pelbagai pihak termasuk BN serta kerajaan pula yang berasaskan kepada ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)’ juga mendapat reaksi positif dan sokongan oleh rakyat bervariasi kaum dan agama di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membidas laporan berita dari sebuah akhbar Cina yang mendakwa Pas dan Umno telah bergabung untuk merampas Selangor daripada pihak pembangkang.
Mengulas mengenai tajuk berita berkenaan, Nasrudin berkata, laporan berita itu hanya ditulis berdasarkan kenyataan pemimpin DAP, Liew Chin Tong dan ia bukan daripada sumber yang tepat.
Katanya, kenyataan pemimpin DAP itu hanya berniat untuk menyebarkan keraguan dan meruntuhkan keyakinan orang awam terhadap Pas.
Chin Tong dikatakan mengulas mengenai gabungan antara Pas dan Umno bagi memenangi Selangor pada pilihan raya akan datang.
Pendapat Chin Tong disiarkan dalam tajuk “Umno-Pas cooperation to win power in Selangor: a pact not to fight each other” pada 18 September lalu.
“Suka saya tegaskan bahawa bukannya pendirian dan sikap politik Pas yang tidak jelas, sebaliknya cara dan matlamat berpolitik DAP lah yang sudah tidak lagi relevan.
“Kenyataan berasaskan persepsi dan propaganda jahat bukanlah cara yang sihat dalam berpolitik. Namun, adalah amat dikesali apabila cara itu masih digunapakai sebahagian pimpinan DAP bagi melaraskan peluru dendam terhadap Pas,” katanya lagi.

Umno, BN lebih realistik menangi hati pengundi, kata Najib

Umno-BN cuma perlu mempersiapkan aktivis muda mereka dengan ilmu keharmonian, kemahiran insani, kepimpinan dan kekuatan perangkaian.
najib_umno_bn_600
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) lebih realistik dengan pengundi, berbanding ‘pihak lain’ yang hanya bermain politik kebencian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam amanatnya kepada Puteri Umno hari ini, Najib berkata “belah sana” – dipercayai merujuk kepada pembangkang – hanya bercakap soal politik, berbeza dengan Umno yang membawa agenda yang diterima rakyat.
“Kita sudah melangkaui soal politik dan lebih realistik daripada dapatkan undi mereka,” kata Najib di Karnival Wanita Muda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
“Kita mesti fikir, burukkan orang lain tak bawa kita ke mana-mana. Kalau kita ada agenda yang lebih baik untuk negara, barulah negara akan maju.”
BN menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak dalam apa yang dikata analisis kesan daripada keyakinan pengundi kepada agenda Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun lepas, pendekatan berasaskan keperluan komuniti memastikan kemenangan BN walaupun pembangkang membawa isu 1MDB serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam siri ceramah mereka.
Membina atas kekuatan itu, Najib berkata cabaran sekarang adalah menyiapkan aktivis muda BN dengan kemahiran yang perlu untuk berdepan cabaran masa akan datang.
“Seperti ilmu keharmonian, kemahiran insani (soft skill), kepimpinan dan kekuatan perangkaian (networking),” katanya.

Parti Shafie, Muhyiddin bakal kerjasama?

Shafie ApdalParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mungkin bekerjasama dengan parti politik yang akan ditubuhkan semula oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Sabah.
Kata Ketua Kluster Politik, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, kerjasama itu didorong oleh hubungan baik yang terjalin antara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohd Shafie.
“Semua orang tahu yang Muhyiddin dan Mohd Shafie ada hubungan baik. Saya rasa untuk pilihan raya akan datang, kedua parti itu akan bekerjasama untuk memenangi hati pengundi di Sabah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kerjasama yang mungkin terjalin antara kedua parti itu.
Mohd Shafie dilaporkan mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.
Parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Mohd Shafie bagaimanapun enggan mendedahkan nama baharu serta nama parti yang telah diambil alih itu bagi menghormati beberapa pihak dan pengumuman hanya akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada ROS.
Cabaran buat Umno, BN Sabah
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan BN dan Umno Sabah untuk tidak pandang rendah terhadap kredibiliti Mohd Shafie.
Ini kerana menurutnya, Mohd Shafie merupakan ahli politik yang popular dan dikenali di negeri di Bawah Bayu itu.
“Beliau orang lama dalam politik Sabah dan tahu tentang selok-belok di negeri itu. Jangan ambil ringan terhadap Mohd Shafie dan parti baharunya.

PH cadang hadkan penggal PM terlebih dahulu daripada PPBM

PKR berpendapat hanya tempoh penggal PM yang perlu dihadkan ketika ini kerana kuasa menteri besar dan ketua menteri lebih terhad berbanding perdana menteri.
tian-chua-saifuddin-nasutioPETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengehadkan penggal perkhidmatan perdana menteri bukan satu perkara yang baharu.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata Pakatan Harapan (PH) pernah mengutarakan perkara itu sebelum ini dan cadangan PPBM menunjukkan parti baharu itu yang bersetuju dengan PH.
“Ia cadangan asal PH dan kami sememangnya menyokong sekali lagi apabila ia dibawa oleh PPBM kerana sistem itu memberi manfaat kepada negara,” katanya kepada FMT.
Manakala Datuk Saifuddin Nasution dari PKR pula memetik cadangan pemimpin utama PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu jawatan perdana menteri dan menteri kewangan tidak dipegang oleh orang sama juga pernah diutarakan oleh PH sebelum ini.
“Saya menyokong jika cadangan itu konsisten dengan kemahuan PH,” kata Saifuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR.
Pada 22 September lalu, Naib Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan untuk mengehadkan penggal khidmat perdana menteri kepada dua penggal iaitu tidak lebih 10 tahun seperti mana amalan negara maju.
Katanya, pelaksanaan cadangan itu perlu bagi mengelakkan krisis pengurusan dan salah guna kuasa seperti yang dilihat dalam pentadbiran BN.

Ahli Parlimen kamu dicuri Dr M, kata Rahman Dahlan kepada Azmin

"Mari kita tengok Azmin Ali masih mahu bermesraan dengan Dr Mahathir," kata Pengarah Komunikasi Strategik BN di Twitter
rahman-dahlan_azmin-ali_mahathir
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan tertanya sama ada Azmin Ali tetap sudi bermesraan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Darell Leiking meninggalkan partinya.
Menteri Umno itu mengaju soalan itu selepas menuduh bekas perdana menteri itu “mencuri” Darell – Ahli Parlimen Penampang – di depan mata Azmin, timbalan presiden PKR.
“Mari kita tengok Azmin masih mahu bermesraan dengan Tun M walaupun Tun dan kumpulannya mencuri Ahli Parlimen partinya,” kata Rahman di Twitter.
Orang nombor dua PKR itu bersama pimpinan pembangkang lain menandatangani Deklarasi Rakyat pada Mac, inisiatif yang dipelopori Dr Mahathir untuk menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir kemudian menyertai blok pembangkang apabila menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama bekas pemimpin Umno lain, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Sayang sekali. Ketika Azmin terpesona dengan permainan Tun, rakan Tun di Sabah perdaya PKR dan mencuri ahli Parlimen di depan matanya!” kata Rahman.
Shafie, yang meninggalkan Umno pada 4 Julai lalu, menyertai Jemaah Menteri Dr Mahathir sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan pada 1999 dan kemudian sebagai timbalan menteri pertahanan.

Tarik balik saman secara sukarela, dibenarkan fail semula


Husam, Matthias dan Zainur Zakaria, peguam mereka di Kuala Lumpur.Husam, Matthias dan Zainur Zakaria, peguam mereka di Kuala Lumpur.
Penarikan balik saman secara sukarela terhadap lapan defendan di Amerika Syarikat untuk membawa balik wang 1MDB adalah untuk membolehkan ianya difailkan kembali ekoran perkembangan terkini, kata Datuk Husam Musa.
"Apa yang berlaku adalah penarikan balik secara sukarela atau VOLUNTARY DISMISSAL di bawah Rule 41(a)(1)(A)(i) of the Federal Rules of Civil Procedure, Amerika Syarikat, tanpa prejudis.
"Ini bermakna kami dibenarkan untuk memfailkan semula kes ini," kata Husam Musa dalam kenyataannya bagi menjelaskan kenapa beliau bersama Matthias Chang menarik balik saman itu sebagaimana dilaporkan Holywood Reporter hari ini.
Hollywood Reporter melaporkan hari ini, Husam dan Matthias menarik balik saman ke atas penerbit filem The Wolf of Wall Street dan tujuh defendan yang lain.
Sebab Husam dan Matthias membatalkan tindakan undang-undang tidak jelas, lapor portal hiburan terkenal itu.
Red Granite Pictures dinamakan dalam dokumen Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengaitkan filem ini dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Husam dan Chang memfailkan saman di mahkamah New York pada 11 Ogos lalu, selepas DOJ menyeret syarikat itu dalam isu penyelewengan dana 1MDB.
Mereka menuntut ganti rugi dari lapan defendan itu kerana menyebabkan kerugian ke atas rakyat Malaysia dan skandal 1MDB.
Menurut laman hiburan terkenal dari Amerika itu, Jabatan Kehakiman (DOJ) masih menyiasat sumber kewangan syarikat filem itu namun membenarkan ia meneruskan aktivitinya kerana fokus hanya diberikan kepada filem The Wolf of Wall Street.

Menurut Husam, antara lain tindakan ini diambil kerana perkembangan terbaru berkait kes DOJ termasuk Red Granite yang telah bersetuju memasukkan permohonan bersama DOJ untuk menghadkan pembekuan akaun dan pendapatan Red Granite kepada filem The Wolf of The Wall Street dan Friends With Kids sahaja.
Akaun keseluruhan Red Granite dan pendapatan Red Granite dari filem lain adalah dilepaskan.
Menurut Husam, filem Friends With Kids adalah pertama kali diketahui ada kaitan dengan wang berasal dari 1MDB, seperti kenyataan dalam permohonan bersama antara Red Granite dan DoJ itu.
"Permohonan bersama ini menunjukkan Red Granite, untuk satu tahap tertentu mengakui dua filem ini ada sebab untuk dinamakan oleh DOJ dalam saman mereka," kata Husam.
Hakim Mahkamah Central District of California, Western Division pada 16 Ogos 2016, telah memberikan perintah seperti permohonan bersama itu.