Jumaat, 23 September 2016

Portal Hiburan Antarabangsa panggil Rosmah sebagai 'Imelda Marcos of Malaysia".

Imelda Marcos adalah isteri kepada diktator Filipina, yang terkenal dengan sifat boros dan gemar bermewah-mewahan. President Marcos akhirnya digulingkan oleh rakyat Filipina.

Semakin famous Rosmah anak beranak, portal hiburan yang selalu menyiarkan kisah hiburan pun berminat laporkan kisah boros Rosmah.

Had penggal PM bantu terap urustadbir baik

Model Amerika Syarikat yang hanya mengizinkan presiden memegang kuasa selama dua penggal terbukti berkesan, kata bekas Presiden Majlis Badan Peguam
kuthubulKUALA LUMPUR: Bekas Presiden Majlis Badan Peguam Datuk Kuthubul Zaman Bukhari menggesa orang ramai supaya menyokong cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menghadkan penggal perkhidmatan perdana menteri.
Katanya ia membantu penerapan urustadbir yang baik.
“Model Amerika Syarikat hanya mengizinkan presiden memegang kuasa selama dua penggal, atau lapan tahun, dan terbukti berkesan.”
Beliau berkata seseorang perdana menteri tidak sepatutnya dibenarkan memegang kuasa selama 22 tahun, merujuk kepada pengasas PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian di sesi wacana “Kebebasan Institusi Dalam Demokrasi” di Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia.
Semalam, Naib Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir, anak kepada Mahathir, mencadangkan penggal khidmat perdana menteri dihadkan seperti amalan negara maju.
Beliau mencadangkan maksimum dua penggal lima tahun.

Mengapa Gani Patail tak cabar penyingkirannya

Saya terikat dengan Perintah Am, katanya dalam satu wacana undang-undang
ghaniKUALA LUMPUR: Lebih setahun selepas disingkirkan, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini berkata beliau tidak mencabar penamatan khidmatnya kerana terikat dengan Perintah Am.
“Peguam Negara dianggap sebagai seorang penjawat awam, bukan seperti hakim atau Ketua Audit Negara,” kata Gani menjawab soalan daripada peguam Syahredzan Johan.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut.
Gani dijemput sebagai speaker di sesi wacana “Kebebasan Institusi Dalam Demokrasi” bersempena Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia.
Beliau menjelaskan pada tempoh awal selepas kemerdekaan, kerajaan mahu melantik ahli politik sebagai Peguam Negara dan Perlembagaan direka untuk membolehkan Perdana Menteri menyingkir mereka.
“Perlembagaan tidak diubah apabila penjawat awam dilantik Peguam Negara. Jadi terpulang pada Perdana Menteri untuk menyingkirkan Peguam Negara jika dirasakan perlu.”
Dua ahli politik, Tan Sri Abdul Kadir Yusuf dan Tan Sri Hamzah Abu Samah, menggalas tanggungjawab Peguam Negara.
Sejak Tan Sri Abu Talib Othman, hampir semua penasihat undang-undang kanan merangkap pendakwa raya adalah daripada perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.
Gani berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun sejak 2003 dan perkhidmatannya ditamatkan secara mendadak pada 27 Julai tahun lalu.
Pada masa itu beliau terbabit dalam pasukan bertindak khas pelbagai agensi yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Seorang lagi speaker, Kuthubul Zaman Bukhari, berkata Zaid wajar membawa hal penamatan khidmat ke mahkamah.
“Ini supaya hak kamu dilindungi,” katanya, menambah badan kehakiman berperanan sebagai semak dan imbang kepada badan eksekutif.
Pengganti Gani, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata penyingkiran Gani dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Katanya Perkara 145(5) berkata Peguam Negara memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

2 universiti S’pura antara 100 terbaik dunia, Malaysia selepas tangga 600

Universiti tempatan sekali lagi gagal menduduki kedudukan 100 teratas.
top-u
PETALING JAYA: Dua universiti Singapura mendahului negara Asia Tenggara yang lain dalam penyenaraian penarafan bertaraf dunia Times Higher Education (THE) World University Ranking 2016-2017 yang baru diumumkan, manakala universiti Malaysia yang tersenarai hanya mampu dalam lingkungan tangga 600-800.
THE World University Rankings meletakkan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) mendahului pusat pengajian tinggi Asia dan Asia Tenggara yang lain pada kedudukan ke-24, iaitu kenaikan satu tahap daripada kedudukan tahun lalu, iaitu 25.
Sebuah lagi universiti Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, mencatatkan peningkatan kedudukan daripada 61 kepada 54 tahun ini.
Universiti tempatan masih gagal menduduki senarai 100 teratas.
Sebaliknya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) kesemuanya disenaraikan selepas kedudukan 600.

Bajet 2017: Najib teliti 8,352 cadangan rakyat

Bajet 2017 KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan meneliti setiap cadangan yang dikemukakan orang ramai berhubung Bajet 2017.
Daripada 8,352 cadangan yang telah dikemukakan di bajet2017.najibrazak.com itu, terdapat lima kategori (daripada 15 kategori) menerima jumlah cadangan paling banyak.
"Lima kategori iaitu Pekerjaan; Pendidikan; Pengangkutan Awam & Infrastruktur; Percukaian, Perniagaan & Kewangan; serta Perumahan & Kehidupan Bandar menerima paling banyak jumlah cadangan.
"Saya akan membaca dan meneliti setiap satu cadangan ini tidak lama lagi. Terima kasih kepada semua yang menyumbang," kata Najib menerusi catatan di laman Facebook rasminya hari ini.
Laman itu mula membuka peluang untuk orang ramai mengemukakan cadangan berkaitan Bajet 2017 sejak 5 Sept hingga Rabu lepas.
Antara kategori lain yang terdapat di laman cadangan Bajet 2017 itu ialah Budaya dan Pelancongan; Alam Sekitar dan Pertanian; Kemudahan Awam; Kebajikan Sosial, orang kurang upaya (OKU)  dan Kurang Bernasib Baik; Belia dan Sukan; Keselamatan Awam dan Ketelusan; Pembangunan Ekonomi; Pembangunan Desa; Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan; dan Kos Sara Hidup.
Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini.

Bersih boleh berhimpun jika bukan jatuhkan pemimpin negara, kata KPN


 Khalid ABu Bakar Khalid ABu Bakar Pihak polis membenarkan perhimpunan aman sekiranya ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Malah, Khalid juga berkata, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan aman diminta memaklumkan dalam tempoh 10 hari bagi membolehkan polis menjalankan tugas.
" Kami tak larang selagi sebab perhimpunan itu dibenarkan undang-undang dan perlembagaan. Tetapi sebarang perhimpunan untuk menjatuhkan pemimpin negara, itu sama sekali tak dibenarkan.
"Akta Perhimpunan Aman adalah akta untuk berhimpun secara aman dan kami yang sepatutnya memudahkan perhimpunan itu.
"Jadi beri kami masa 10 hari supaya boleh bantu merancang perhimpunan itu agar berjalan dengan aman," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini seperti dilapor Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung perhimpunan BERSIH 5.0 yang akan diadakan November depan.
Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya pertembungan kumpulan BERSIH dan kumpulan Baju Merah pada perhimpunan tersebut, Khalid berkata beliau akan memastikan perkara berkenaan tidak akan berlaku.
"Kita tak akan membenarkan sebarang pertembungan sedemikian. Apa pun kita perlu lihat permohonan mereka.
“Kita akan ambil tindakan bila sampai masanya," katanya lagi.

Zaid ulangi pendirian hina orang agama bukan hina Islam

Beliau menjawab kritikan Isma yang menggelarnya tidak faham manusia dan tidak pintar.
zaid-ibrahim
PETALING JAYA: Selepas dibidas PAS dan Isma kerana mempersoalkan tindakan polis menyamakan mereka yang mengkritik ulama sebagai menghina Islam, Datuk Zaid Ibrahim hari ini menjemput kedua-dua pertubuhan itu berbincang dengannya secara terbuka mengenai perbezaan agamawan dan orang politik yang menjual agama.
“Isma dan PAS boleh menjawab dan membahas isu ini secara terbuka. Inilah cara Islam yang sebenar dalam menyelesaikan perbezaan pendapat,” kata Zaid dalam penulisan di blognya.
Beliau mengulas reaksi Isma yang berkata Zaid “tidak pintar” kerana menganggap penghinaan terhadap pemimpin agama dan politik tidak sama dengan menghina Nabi Muhammad.
Ia susulan tindakan polis menangkap Sidek Kamiso, selepas bekas wartawan itu dituduh “menghina Islam” kerana kiriman Twitter berkenaan kematian Datuk Dr Haron Din, mursyidul am PAS yang meninggal dunia di Amerika Syarikat pada 16 September.
Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata Zaid perlu faham orang yang dihormati tidak boleh dihina.
“Dia (Zaid) peguam tapi tak nampak kepintarannya,” kata Abdullah
Sementara Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata cara kritikan terhadap orang “soleh” perlu berbeza.
“Kritikan kepada orang yang soleh dan berilmu mestilah dengan ilmu juga dan lebih beradab berbanding kritikan kepada orang biasa yang kurang berilmu,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, Zaid hari ini mempertahankan pendiriannya yang seseorang itu bukan kebal kritikan hanya kerana digelar “Tok Guru”.

Mengapa dalang pembunuhan Bill Kayong masih bebas, soal PKR

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian persoal mengapa begitu banyak senjata api diberi kepada syarikat perladangan suspek utama
Baru BianKUCHING: Tiga bulan sejak aktivis PKR Bill Kayong dibunuh, dalang jenayah terkutuk itu masih bebas, keluh Baru Bian.
Pengerusi PKR Sarawak itu berkata beliau mengaju soalan kepada Interpol bulan lepas sudahkah mereka memohon bantuan polis Australia untuk menahan suspek utama dan sama ada Kerajaan Malaysia sudah memohon ekstradisi suspek.
“Bagaimanapun, tidak ada jawapan diberikan dan saya ajukan soalan ini sekali lagi,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR negeri hari ini.
Baru mendakwa tidak ada komunikasi antara Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pejabat Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia.
Bill, seorang aktivis tanah pribumi dan bekas calon PKR untuk DUN Bekenu mati ditembak di simpang lampu isyarat pintasan Kuala Baram di Senadin, Miri. Bill temui ajalnya ketika berumur 43 tahun.
Awal hari ini, Mahkamah Majistret di Miri menetapkan 28 Oktober sebagai sebutan kes tiga individu yang didakwa terbabit dalam pembunuhan Bill, termasuk seorang pemilik pub dan pengawal keselamatan.
Dua daripada mereka, Mohamad Fitri Pauzi, 29, dan Lie Chang Loong, 39, dikaitkan kepada suspek utama pembunuhan itu. Seorang lagi yang didakwa adalah Chin Wui Chung, 50.
Suspek utama berusia 43 tahun itu seorang bekas pengurus ladang.
Baru berkata polis menemui tujuh senjata api di rumah suspek utama seraya membangkitkan beberapa persoalan mengenai bagaimana orang awam boleh memiliki begitu banyak senjata api.
Awal minggu ini, pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Ismawi Ismuni berkata pihak berkuasa diberi kuasa untuk memberi lesen senapang patah kepada kepada syarikat perladangan.
Jelasnya antara syarat yang perlu dipenuhi adalah polis bantuan yang diluluskan oleh polis.
Baru berkata kenyataan Ismawi itu membangkitkan beberapa persoalan.

Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan Naik Mendadak - Shahril Ridza


Shahril Ridza Ridzuan
KUALA LUMPUR: Platform dalam talian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merangkumi i-Akaun, kiosk KWSP dan myEPF, terus menjadi mod transkasi pilihan.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, KWSP berkata, prestasi operasi 2016 suku keduanya menyaksikan penggunaan i-Akaun setakat Jun tahun ini meningkat 44.26 peratus kepada 4.81 juta berbanding 3.33 juta pada suku kedua 2015.
Jumlah penggunaan Kios KWSP ketika suku di bawah kajian meningkat 25.87 peratus kepada 3.47 juta berbanding 2.75 juta sebelum ini.
Penggunaan kemudahan dalam talian e-Pengeluaran melonjak selepas ia diperluas untuk memasukkan permohonan bagi pengeluaran pendidikan dan kesihatan pada April, di samping pengeluaran untuk perumahan, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, perkhidmatan KWSP telah berubah pesat bagi disesuaikan dengan masa dan harapan ahlinya.
"Kemudahan e-Pengeluaran adalah bahagian perniagaan dan transaksi yang berkembang kerana ia menawarkan lebih banyak kemudahan kepada ahli mengemukakan permohonan pengeluaran mereka.
"Bank yang terlibat dalam e-Pengeluaran telah juga melaporkan pengurangan besar dalam masa yang diambil serta meningkatkan produktiviti harian," katanya.
Bank yang menyertai e-Pengeluaran pada masa ini termasuk Maybank, RHB Bank, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, OCBC Bank, Ambank, UOB Bank dan CIMB Bank.
Shahril Ridza berkata, KWSP berusaha untuk menambah bilangan bank yang terlibat dalam e-Pengeluaran bagi membolehkan lebih ramai ahli mendapat manfaat daripada kemudahan dalam talian itu.
Setakat akhir Jun 2016, e-Pengeluaran telah meluluskan 18,707 permohonan untuk pengeluaran pendidikan sejak kemudahan dalam talian itu diperkenal April lepas.
"Keseluruhan permohonan diluluskan untuk pengeluaran pendidikan pada suku kedua 2016 menyaksikan peningkatan mendadak 200.43 peratus kepada 60,931 melibatkan RM370.39 juta berbanding 20,281 permohonan yang diluluskan bernilai RM96.86 juta pada tahun sebelumnya," katanya.

Itulah hakikatnya..

ADAKAH FAKTA-FAKTA ini PAKCIK MAKCIK Felda tahu ??!!!

Yg PAKCIK MAKCIK Felda tahu bila lagi nak dapat suap BR1M & bonus FGV...

Gila ke apa.. beli bag, bershopping sampai RM24 juta !!

Bila di depan rakyat punyalah nasihat rakyat jangan boros berbelanja...

TETAPI diri sendiri boros sampai puluhan jutaan ringgit apa cerita !!!

Nik Abduh: DAP konsisten lawan BN, tapi gagal faham agama


Kerjasama PAS dan DAP sebelum ini tidak menghasilkan formula yang mampu menarik undi rakyat teramai akibat sikap DAP yang didakwa gagal memenangi hati orang Melayu.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata DAP gagal memanfaatkan “usaha bersungguh PAS” ketika bersama dalam Pakatan Rakyat untuk membuang “wajah chauvinis” mereka.
Kegagalan itu akhirnya membuatkan PAS terpaksa menerima bahana akibat keengganan DAP berubah, katanya ketua Pemuda PAS itu.
“Walaupun DAP konsisten menentang kebobrokan BN terutama berkait pengurusan kewangan dan ekonomi negara, tetapi mereka gagal memahami isu-isu negara dengan baik terutama perihal agama, hubungan antara kaum dan banyak lagi.
“Malaysia tidak mampu lagi menerima politik benci-membenci dengan fitnah dan saling mencipta provokasi serta sentimen jahat sesama rakyat,” beliau dipetik sebagai berkata olehHarakahdaily.
Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP dan parti-parti yang bersamanya.

AYO PA...AYO MA...BANYAK TINGGI ANGKAT

Ayo Pa...ini kali banyak tinggi Tan Sri angkat sama itu Najib Razak.

Ayo Ma...ini betul-betul "baeek"  punya angkat...10 tahun lagi bukan saja boleh lawan sama itu Tun Mahathir...sudah jadi macam Mahatma Ghandi jugak.

Jangan tinggi  sangatlah angkat Tan Sri...lagi tinggi, nanti jatuh kalu...lagi sakit. 

Lagi satu, jangan selalu angkat tinggi-tinggi sama Najib, nanti Salleh Said Keruak ada sikit "jealous"  sama Tan Sri.

Lagi kalu nanti semua orang cakap, mentang-mentang sudah dapat  title Tan Sri, hari-hari kerja tarak lain...bodek, ampu, kipas dan angkat sama Najib jugak.

Senator sudah dapat, title Tan Sri baru kasi...10 tahun lagi jadi Perdana Menteri, apa lagi Najib mau kasi?

Menteri ka?

Ayoyo Tan Sri...macam mana rakyat mau tengok ada Najib 10 tahun lagi?

RUU 355 bukan perkasa Mahkamah Syariah, kata bekas hakim


Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff Orang Islam harus menyokong pemerkasaan Mahkamah Syariah namun bukan melalui Rang Undang-undang (RUU) 355, tegas bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff.
Beliau berkata, RUU persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat kabur dan akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.
Malah katanya, langkah dibuat Presiden Pas itu akan mengundang cabaran di mahkamah dan mungkin akan dicabar atas alasan bercanggah dengan perlembagaan.
“RUU 355 setakat yang kita lihat perlu dibantah sebab pada akhirnya ia akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.
“Sebagai seorang Islam kita perlu menyokong usaha memperkasa mahkamah syariah tapi ini (RUU355) bukan caranya.
“Segala hal berkaitan cerai, pembahagian harta dan hak penjagaan semua dibuat melalui Mahkamah Syariah. Tidak ada sebab kerja-kerja baik Mahkamah Syariah difitnahkan melalui RUU ini,” katanya dalam forum Benarkah Pindaan RUU 355 Memperkasakan Mahkamah Syariah? di Rumah Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi.
Sebelum ini, Parti Amanah Negara (Amanah) berpendapat Seksyen 2A dalam RUU tersebut tidak menyebut bentuk dan had hukuman.
Melalui Seksyen 2A, bentuk dan had hukuman boleh dikenakan Mahkamah Syariah kecuali “yang dibenarkan oleh undang-undang syariah selain dari hukuman mati”.
Amanah turut berpendapat Seksyen 2A yang dicadangkan seolah-olah memberikan ‘cek kosong’ kepada Mahkamah Syariah dalam persoalan bentuk hukuman dan hadnya, selain hukuman mati.

Kian serasi dengan UMNO, PAS khianati prinsip almarhum Tuan Guru Nik Aziz

RAUB, 23 SEPT: Tindakan pemimpin PAS yang semakin serasi dan mesra UMNO memperlihatkan sikap sebenar sebahagian besar pemimpin utamanya seolah-olah tidak peduli terhadap penyelewengan dan rasuah UMNO yang telah menjejaskan rakyat dan negara ini.
ariff SabriSikap yang ditonjolkan pemimpin PAS itu kata Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri jelas semakin ketara selepas pemergian Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Perubahan sikap mereka sebetulnya, mendedahkan bahawa inisiaitif bertahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP yang dahulu dilakukan oleh allahyarham Tuan Guru Nik Aziz adalah salah,” katanya kepada Roketkini.
Malah, sikap dan kebencian yang ditonjolkan pemimpin PAS terhadap DAP pada saat ini juga seolah-olah cuba untuk menunjukkan bahawa Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz telah melakukan kesilapan fundamental politik.
“Bukankah dahulunya, bekerjasama dengan DAP yang tetap sama seperti hari ini dijustifikasikan sebagai tahaluf siyasi?
“Namun jelas, dengan sikap pemimpin PAS hari ini, konsep dan prinsip tahaluf siyasi yang diperjuangkan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz malah di sokong oleh beberapa pemimpin PAS yang berotoriti seperti ustaz Tuan Ibrahim, seolah-olah satu kesalahan besar? Adakah mereka (PAS) cuba mengatakan konsep tahaluf siyasi yang mereka pegang sebelum ini adalah konsep yang palsu?” soalnya.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Pahang berkata ‘jalinan mesra’ PAS dengan UMNO dapat dilihat jelas apabila parti tersebut senada dengan musuh tradisinya itu yang tidak pernah berhenti memburuk-burukkan DAP dengan pelbagai kempen fitnah.
Lebih menyedihkan, PAS juga terperangkap dalam hegemoni perkauman dan agama dengan terikut rentak UMNO menuduh ‘DAP anti-Islam’, ‘anti-Melayu’, ‘anti-raja’ dan sebagainya, sedangkan segala tomahan ke atas DAP selama ini adalah tidak berasas ujar beliau.
Menurutnya, semakin DAP difitnah, semakin ramai kaum Melayu mendekati dan melihat DAP sebagai salah satu alternatif terbaik untuk aktif berpolitik dan berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Gagal capai sasaran kutipan tahunan, GST terbukti miskinkan rakyat

Kerajaan Persekutuan dijangka akan gagal mencapai sasaran kutipan tahunan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ekoran kesan cukai tersebut terhadap orang ramai.
Penurunan kutipan sehingga 30% bagi suku kedua tahun ini adalah bukti bahawa rakyat sedang berhadapan masalah perniagaan yang kian memburuk selain pendapatan yang berkurangan, sehingga pertumbuhan ekonomi 4% pada suku kedua pun tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat.
Demikian ulasan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng terhadap laporan kutipan GST sekadar RM17.2 bilion bagi separuh pertama tahun ini, jauh berbanding unjuran sasaran RM39 bilion.
Guan Eng turut memberi amaran kepada kerajaan agar tidak menampung kekurangan terbabit dengan memangsakan para peniaga dengan melakukan penyiasatan cukai untuk memerah mereka.
“Ramai peniaga membuat aduan terhadap permintaan yang tidak munasabah dan pilih kasih oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri apabila ia tidak melakukan perkara yang sama terhadap ahli politik BN yang menerima sumbangan dana yang besar,” jelasnya.
Selain golongan peniaga, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjelaskan bahawa GST turut dibebankan ke atas kerajaan negeri dan kerajaan tempatan bagi setiap projek awam seperti pembinaan jalan, sistem perparitan dan dewan komuniti meskipun ianya bukan bermotif keuntungan.
“Kos yang tak sepatutnya dikenakan ini hanya menambah beban terhadap negeri dan kerajaan tempatan.
“Saya ingin memberi contoh, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kerajaan tempatan, begitu juga dengan agensi-agensi negeri perlu membayar GST sebanyak RM48 juta setiap tahun kepada Kerajaan Persekutuan,” kata Guan Eng.

AMANAH mahu HARAPAN bertindak segera tangani pelan SPR

Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad mahu Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) segera mengadakan dan menyokong pelan tindakan bersepadu untuk membantah cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Katanya apa yang perlu dilakukan secepat mungkin ketika ini ialah Majlis Presiden HARAPAN memanggil mesyuarat dan meluluskan pelan tindakan yang sudah disediakan sekretarian HARAPAN.
Dalam kenyataan dikeluarkannya hari ini Dzulkefly berkata dengan cabaran besar menanti, pemimpin HARAPAN tidak ada pilihan kecuali segera bermesyuarat selepas anggota sekretariat gabungan pembangkang itu bersetuju terdapat beberapa tindakan konkrit yang perlu dilaksanakan.
"Walaupun amat memahami kebimbangan yang menjadi asas veteran DAP Lim Kit Siang menyarankan pilihan raya mengejut di Selangor, AMANAH juga bersetuju dengan pendirian Datuk Seri Azmin Ali yang mentadbir negeri itu bahawa kepentingan rakyat Selangor mesti diutamakan," katanya.
Justeru bekas anggota parlimen Kuala Selangor itu menggesa semua pihak yang berkaitan menggembleng tenaga memberi pendidikan kepada rakyat mengenai isu berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya di semua negeri - kecuali Sarawak - menjelang pilihan raya umum ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 2018.
Secara keseluruhan 128 daripada 222 kawasan parlimen sedia ada akan terlibat dengan persempadanan semula itu.
Berada di pihak sama
Tiga negeri yang paling banyak mengalami perubahan ialah Johor (21 kawasan pilihan raya), Selangor (18) dan Perak (17).
Dua belas kerusi parlimen dan 36 kerusi DUN akan bertukar nama. Antaranya Petaling Jaya Utara menjadi Damansara dan Bagan Datok menjadi Bagan Datoh.
Sarawak terkecuali daripada pelaksanaan kali ini kerana negeri itu sudah melakukannya pada tahun lalu.
Mengikut perlembagaan, hanya tiga kumpulan yang berhak mengemukakan bantahan terhadap cadangan SPR iaitu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan yang melibatkan sekurang-kurangnya 100 pengundi berdaftar.

Ku Nan bersumpah rahsia isu Akta 355

Setiuasaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersumpah untuk berahsia apabila ditanya sama ada parti berkenaan ada membincangkan isu pindaan Akta 355 yang kontroversi itu.
Ditemui media di PWTC Kuala Lumpur hari ini Tengku Adnan bagaimanapun mengakui perkara itu ada dibangkitkan.
"Adalah (dibincangkan tentang pindaan Akta 355) tapi Wallahi, Wabillahi, Watallahi, (ia) rahsia," katanya.
Kalimah itu dianggap lafaz syarak untuk seseorang Muslim melafazkan sumpah untuk sesuatu perkara.
Akta 355 sedang cuba dipinda melalui usul persendirian dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa akan memperkasakan mahkamah syariah.
hadi awang meet hokkien association fu lian hui khoo chai kaa 180916 2Bagaimanapun sesetengah pihak menganggap ia adalah pembuka jalan kepada pelaksanaan undang-undang hudud, manakala kumpulan lain mempersoalkan kewajaran serta kesesuaiannya.
Parti komponen dalam BN adalah antara yang menolak cadangan berkenaan manakala Umno sendiri tidak memberikan pendirian yang jelas mengenainya.
Usul mengenai pindaan Akta 355 dijangka dibentangkan Hadi pada sidang parlimen Oktober ini.
Pada Mei lalu parlimen membenarkan usul meminda Akta 355 Mahkamah Syariah Kelantan dibacakan Hadi namun perbahasannya ditunda juga atas permohonan Hadi.
MCA ingatkan Umno
Sementara itu walaupun Tengku Adnan mengunci mulut, berlainan pula dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Kata Liow, MCA membangkitkan isu rang undang-undang persendirian yang dibawa Hadi dalam mesyuarat hari ini.
Katanya, perkara itu dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BN sebagai peringatan agar pihak kerajaan tidak mendahulukan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat.
"Ia adalah rang undang-undang persendirian dan bukan rang undang-undang kerajaan. Dan rang undang-undang kerajaan sepatutnya diberi keutamaan," katanya.
Dalam perkembangan lain Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi hari ini dilantik sebagai timbalan pengerusi BN yang baru.

Cukuplah hina orang Melayu, undi tak semestinya milik Umno

Ini kerana makin banyak parti politik Melayu bersaing sekarang ini seperti PAS, Amanah dan PPBM, kata penganalisis
Awang Azman Awang PawiPETALING JAYA: Hujah yang cacat dan merendahkan orang Melayu. Begitu kata seorang penganalisis politik mengenai prasangka persempadanan kawasan pilihan raya memihak kepada Umno.
Sebelum ini, beberapa parti politik mendakwa sejumlah besar pengundi Melayu dipindahkan ke kerusi tradisi Umno.
Bercakap kepada FMT, penganalisis politik Universiti Malaya Prof Madya Awang Azwan Awang Pawi menyifatkan anggapan kononnya persempadanan kawasan pilihan raya hanya memanfaatkan Umno terlalu simplistik.
Jelasnya pola pengundian masyarakat Umno sudah berevolusi, terutamanya di kawasan bandar.
Awang mengulas kritikan sesetengah wakil rakyat, terutamanya pembangkang, yang mendakwa cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya memberi kelebihan kepada Umno mengekalkan Putrajaya pada PRU-14.
Naib Presiden PRK Nurul Izzah Anwar awal minggu ini mendakwa persempadanan itu menyebabkan Selangor berdepan risiko dirampas BN.
AWang berkata parti berasaskan orang Melayu sudah bertambah, seperti Amanah, yang merupakan parti pecahan PAS, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang ditubuhkan bekas pemimpin Umno, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ini bermakna tak semestinya undi melayu akan memenangkan Umno,” katanya, dan menambah di Selangor ramai ahli Umno sertai PPBM.
Beliau mengecam prasangka pengundi Melayu secara automatik akan mengundi Umno sebagai memandang rendah keupayaan orang Melayu untuk berfikir dan pertimbang tawaran setiap parti.
SPR menjalan penentuan semula sempadan kawasan pilihan raya Parlimen dan Negeri di Tanah Melayu dan Sabah mulai 15 September.
Cadangan itu, yang disiarkan untuk mengambil maklum balas orang awam, tidak muktamad kerana perlu melalui proses bantahan dan perlu diluluskan Dewan Rakyat.
Pihak yang dibenarkan undang-undang untuk membantah boleh berbuat demikian sehingga 14 Oktober.

Spekulasi tukar 4 menteri besar disebar supaya Umno bergaduh - Ahmad Razif

Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman meminta ahli partinya supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin
Ahmad RazifKUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman berkata spekulasi mengenai pertukaran 4 menteri besar sebelum pilihan raya umum akan datang, disebarkan pihak yang mahu menimbulkan konflik sesama anggota UMNO.
“Usah peduli dengan apa sahaja spekulasi dan khabar angin yang tersebar ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut kepulangan beliau dan isteri Halina Zakaria dari Tanah Suci selepas menunaikan ibadah haji, di Seri Iman di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta anggota UMNO supaya tidak terpengaruh dengan spekulasi itu kerana ia sekadar khabar angin.
Menurutnya kepimpinan Terengganu akan meneruskan agenda dan fokus pilihan raya umum akan datang dengan berusaha menunaikan janji untuk memanfaatkan rakyat negeri ini.
Sebelum ini, spekulasi tersebar kononnya Ahmad Razif, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akan ditukar sebelum pilihan raya umum diadakan.

Ahmad Zahid dilantik timbalan pengerusi BN serta merta

Usul dicadang MCA dan MIC dan diterima sebulat suara
Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta merta.
Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelantikan itu dibuat mengikut perlembagaan BN selepas MCA dan MIC mengemukakan usul mengenainya.
“Mesyuarat ini memutuskan untuk melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Pengerusi BN yang baharu. Usul ini dicadangkan oleh MCA dan MIC dan telah diterima sebulat suara,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, hari ini.
Pada 3 Ogos tahun lepas, Ahmad Zahid menerima watikah pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Najib pada 28 Julai tahun lepas.
Mesyuarat BN hari ini turut dihadiri oleh semua presiden parti komponen BN.

Persempadanan semula akan rampas hak rakyat

Cadangan persempadanan semula melalui sempadan kerusi Parlimen yang baru merupakan rampasan hak rakyat yang terbesar oleh kerajaan undi minoriti, dakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Katanya, cadangan yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu hanya bertujuan untuk menyelamatkan diri dan kekal di tampuk pemerintahan menerusi manipulasi sistem pilihanraya.
Nurul Izzah Anwar "Keinginan BN untuk memenangi perlawanan sengit ini dengan menyediakan padang yang tidak sama rata, dan seakan menyepak pemain pihak lawan dengan referee yang berpihak biarpun sebelum perlawanan dimulakan.
"Diakui, ini bukanlah permainan. Malangnya, permainan BN ini bakal menentukan hala tuju rakyat negara dan demi masa depan anak cucu kita," katanya.
Katanya lagi, manipulasi persempadanan semula yang dicadangkan merupakan penghinaan dan tamparan hebat kepada sistem demokrasi yang membawa erti kebebasan dan keadilan untuk rakyat.
"Kita mahukan suara alternatif demi memastikan skandal yang dikaitkan dengan menggunakan dana negara ini mampu dihentikan serta ditangani," ujarnya.
Beliau dengan itu menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan menerusi Perkenan Yang Dipertuan Agong dalam menangani ancaman utama sebegini.
"Membenarkan persempadanan semula tanpa bantahan merupakan satu kesilapan besar yang sekaligus memberi cek kosong pemerintahan kerajaan BN yang berterusan tanpa akauntabiliti dan halangan daripada pihak pembangkang atau sesiapapun.
"Bayangkan peningkatan tahap pemerintahan kuku besi, perpecahan kaum dan agama hanya untuk menguatkan kedudukan Umno," katanya lagi.

Gani Patail masih berteka-teki isu penyingkirannya

BERSATU saran pembangkang bentuk barisan alternatif lawan BN

BERSATU berharap PAS di blok pembangkang

'BN, UMNO juga tak sependapat dengan SPR' - Najib

'Beri Najib lagi 10 tahun, dia lagi bagus dari Tun M' ampu S.Nallakaruppan

'Tunjuk statistik kalau ramai sokong kenaikan kadar parkir'

MCA, MIC dan Gerakan tidak sokong persempadanan semula SPR

'DOJ dedah MO1 terlibat, apa polis dah buat setakat ni?'

UMNO juga bimbang isu persempadanan SPR, kata Ku Nan

'Hapus kuasa PM lantik orang dalam ke jawatan penting'

AWAS!! Inilah Bukti Najib akan KERAH Semua Institusi Kerajaan TUNDUK Padanya Untuk ELAK Ditangkap

MANA KEBENARAN!! Siasatan 1mdb Seolah-olah Sengaja Dilambat-lambatkan

'Hanya Herman Tino Merayu Nak Masuk Umno' - Adhif Syan

NAJIB - ZAHID MULA BERMASALAH?

Dalam UMNO ketika ini, bukanlah rahsia lagi mengenai hubungan Najib Razak dengan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan bermasalah dan mula renggang.

Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin adalah bertujuan membantu parti dan kerajaan, tetapi dengan masalah membelenggu Najib terus bertambah parah, para penyokongnya mula "berkicau" merata-rata  menyarankan adalah lebih baik Perdana Menteri segera berundur jika masih sayangkan UMNO dan BN.

Mengambil kira faktor popularitinya dalam UMNO, para penyokongnya percaya Zahid lebih mampu meraih kekuatan dan mampu mengelakkan BN daripada kalah dalam pilihanraya akan datang berbanding Najib.

Namun demikian, penyokong Zahid tetap keberatan untuk bertindak memulakan langkah menuntut pengunduran Najib secara terbuka kerana mereka juga sedar pengaruh "dedak" yang telah ditaburkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO selama ini.

Berdasarkan respon rakyat yang terus menyusut, ditambah lagi dengan wujudnya PPBM yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir Mohamad, harapan mereka ialah agar Najib segera sedar kedudukan dirinya yang bertambah sukar dan sedia berkorban demi menyelamatkan UMNO dan BN.
Najib, sepertimana yang diulangnya banyak kali, bagaimanapun bertegas tidak sesekali akan berundur diri. Beliau tetap mahu mengemudi dan memenangi PRU 14 dengan apa cara sekali pun. 

Sandaran Najib untuk mencapai kemenangan mula terserlah satu demi satu. Ia mungkin dengan bantuan Pas dan boleh jadi juga melalui persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya yang sedang dilakukan oleh SPR.

Ada yang "nakal"  pula  melihat kemungkinan Akta Majlis Keselamatan Negara tidak mustahil boleh digunakan sebagai "perisai akhir"  untuk menyelamatkan kuasa UMNO dan BN kerana akta baru itu didakwa membolehkan penguatkuasaan darurat diisytiharkan oleh Perdana Menteri.

Apa yang Zahid dan penyokongnya mungkin tidak sedar ialah Najib melantiknya sebagai orang nombor dua bukanlah bertujuan untuk menyediakannya menjadi "orang nombor satu"  atau sebagai bakal penggantinya, sebaliknya hanyalah untuk mengisi kekosongan buat sementara waktu semata-mata.

Model pasca-13 Mei tidak lagi sesuai, perlu kajian semula

Tokoh perbankan terkemuka Datuk Seri Nazir Razak mengulangi gesaannya supaya Majlis Perundingan Negara (Mapen) kedua diwujudkan kerana penyelesaian badan pertama pada 1970 tidak lagi sesuai dengan keperluan semasa Malaysia.
Berkongsi pandangan mengenai perkara itu Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata kesusahan negara ketika ini begitu parah akibat persaingan kuasa pelbagai pihak.
"Terdapat penumpuan perbezaan elemen masyarakat yang datang pada masa yang sama - kekalutan politik, rasa tidak percaya pada kepimpinan, kemerosotan keyakinan pada sistem politik, kegagalan sistem ekonomi dan kumpulan yang saling mencurigai walaupun hidup bersama, dan lain-lain.
"Pada asasnya, dunia berubah dan model yang kita miliki kini tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa.
"Model yang saya maksudkan ialah model politik, ekonomi dan sosial. Malah sistem nilai telah berubah begitu ketara dan wujud jurang nilai yang besar antara generasi muda berbanding yang lebih tua," katanya kepada Malaysiakini.
Anggota parlimen Pandan itu juga menegaskan apa yang berlaku kini tidak sepenuhnya disebabkan oleh politik atau peristiwa berkaitan politik.
"Ia adalah pengakhiran kitaran yang bermula pada era pasca 1969 Malaysia.
"Semua yang kita ada hari ini direka dengan pemikiran dan objektif dibentuk oleh rusuhan 13 Mei 1969.
"Selepas hampir 50 tahun, bukan saja model itu yang tidak lagi berfungsi, yang lebih penting, kumpulan paling dominan iaitu anak-anak muda yang lahir selepas 1990 tidak lagi melihat perspektif dan konteks 1969.

Adun Terengganu tuntut 10 perkara, kembalikan royalti minyak, telaga minyak Bertam


Dr Syed Azman Syed Nawawi Dr Syed Azman Syed Nawawi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta untuk mempertimbangkan terma perjanjian dalam 'amicable agreement' serta mengembalikan semula hak royalti minyak dan telaga minyak Bertam 307 kepada kerajaan negeri Terengganu.
Gesaan ini dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam sepucuk surat terbuka kepada perdana menteri hari ini.
Menurut Dr Syed Azman sebagai anak Terengganu dan mewakili rakyat negeri itu beliau rasa tercabar dengan perjanjian dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dengan syarikat milik kerajaan Petronas dengan persetujuan tujuh terma perjanjian yang disebut sebagai '7 amicable agreement' yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat, Petronas dengan kerajaan negeri Sarawak.
" Syabas saya ucapkan kepada Ketua Menteri Sarawak serta seluruh rakyat Sarawak. Namun setelah meneliti terma ‘7 amicable agreements’ berkenaan, saya sebagai anak Terengganu merasa amat tercabar dengan perkembangan terbaru ini.
"Namun berbanding dengan negeri Sarawak, kami di Negeri Terengganu kini telah kehilangan segala hak kami! Kebanyakan rakyat Terengganu pula terpaksa berhadapan dengan kekangan kehidupan yang amat perit sedangkan negeri Terengganu merupakan negeri pengeluar minyak dan pernah dikenali sebagai‘Kuwait Malaysia’.
"Kemelut ekonomi Terengganu juga sedang membelit seluruh kehidupan rakyat sehingga ke pundaknya. Rakyat Terengganu khususnya anak muda ramai tiada sumber pekerjaan yang tetap termasuk mahasiswa yang kini menjadi penganggur," ujarnya.
Beliau berfikiran adalah wajar sekiranya kerajaan juga memberikan 'amicable agreement' sepertimana yang telah termeterai antara kerajaan persekutuan, Petronas dan kerajaan negeri Sarawak.
"Saya mewakili seluruh warga dan rakyat Terengganu *menuntut 10 perkara asas ‘amicable agreements’ agar dapat dipersetujui dengan kerajaan negeri Terengganu, " jelasnya di dalam surat terbuka tersebut.
Datuk Seri Mohd Najib Razak digesa menimbangkaan tuntuan sama 'Amicable Agreement' kepada kerajaan negeri Terengganu.Datuk Seri Mohd Najib Razak digesa menimbangkaan tuntuan sama 'Amicable Agreement' kepada kerajaan negeri Terengganu.Cadangan 10 Tuntutan 'Amicable Agreement' untuk kerajaan negeri Terengganu:

Dr Mahathir mahu jawatan PM, menteri kewangan dipisahkan

Beliau memulakan amalan perdana menteri turut memegang portfolio kewangan, selepas pemecatan Anwar pada 1998.
mahathirPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui jawatan perdana menteri dan menteri kewangan tidak boleh dipegang oleh orang sama, walaupun beliau sendiri memulakan amalan itu pada 1998.
“Perdana menteri tidak boleh menjawat menteri kewangan,” katanya berucap di London semalam, seperti dipetik The Wall Street Journal (WSJ).
“Kita perlu ada halangan memastikan perdana menteri tidak juga memegang jawatan menteri kewangan.”
Menurut Dr Mahathir, pengasingan kedua-dua jawatan itu akan memastikan skandal kewangan seperti 1MDB tidak berulang.
WSJ melaporkan Dr Mahathir turut mengakui beliau sendiri pernah memegang 2 jawatan itu serentak.
Pada 1998, selepas pemecatan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan menteri kewangan, Dr Mahathir mengambil alih jawatan itu dan membentangkan bajet tahunan di Parlimen sehingga bersara pada 2003.

PPBM tak lesu, jumlah mohon jadi ahli ‘meletup’

Anina Saadudin berkata pasukan sukarelawan sedang menyelinap ke pelosok negara mengumpul keahlian dan permohonan secara online juga sedang rancak di alam maya.
anina-ppbm
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menepis dakwaan kononnya parti yang baru diluluskan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), 2 minggu lepas itu tidak mendapat sambutan.
Ketua sayap wanitanya, Anina Saadudin malah berkata PPBM kini sebenarnya sedang rancak menarik seberapa ramai ahli parti di seluruh tanah air dan setakat ini penerimaan rakyat terhadap parti serpihan Umno itu sangat baik.
“Keseluruhan pasukan sukarelawan kami sedang menyelinap masuk di pelosok negara mengumpul keahlian. Permohonan secara online juga sedang ‘meletup’ di alam maya.
“Sayap Srikandi mengorak langkah dan pembentukan unit gerak kerja serta struktur politik sedang rancak berjalan. Kami bekerja siang dan malam 7 hari seminggu. Kami berikan jiwa dan raga tanpa sebarang imbuhan. Kami mahu menang,” katanya kepada FMT.
Tariq Ismail yang juga cucu kepada bekas timbalan perdana menteri, Dr Ismail Abdul Rahman sebagai berkata orang Melayu sudah mula sedar yang Umno sudah tidak boleh dipercayai apabila mereka mula beralih arah kepada PPBM.
“PPBM menerima berpuluh ribu pendaftaran. Umum mesti faham parti ini baru ditubuhkan dan usaha giat untuk persiapan untuk pilihan raya umum tak lama lagi.
“Saya lihat dengan mata kepala sendiri sokongan rakyat marhaen kuat di mana hadirin puratanya 5,000 orang datang ke ceramah. Di Ampang contohnya, walaupun lokasi ceramah di surau dan kawasan rumah, rakyat datang berduyun-duyun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan FMT yang PPBM dilihat masih lesu, walaupun ia kini sepatutnya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk bertapak di kalangan parti pembangkang lain yang lebih berpengalaman.
Malah, PPBM masih belum menggariskan secara jelas program politiknya, sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilihat tidak banyak menonjol.

Parti baharu Shafie mampu tambah undi tolak BN, kata penganalisis

Namun pembangkang perlu pastikan pertandingan satu lawan satu untuk memanfaatkan jumlah pengundi yang menolak BN
Dr-Ahmad-Atory-Hussain,shafie-apdal
Parti baharu yang akan ditubuhkan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka mampu menambahkan undi menolak BN.
Namun pertambahan undi itu sia-sia jika pembangkang gagal memastikan pertandingan satu lawan satu, kata penganalisis politik Dr Ahmad Atory Hussain.
“Saya rasa akan ada impak di Sabah,” kata Atory, sekiranya pembangkang bersepakat.
“Di Sabah terdapat isu setempat yang boleh dimainkan pembangkang, misalnya lambakan pendatang asing ke negeri itu dan pencerobohan pengganas di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE),” katanya kepada FMT.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu ditanya sama ada kehadiran parti baharu Shafie akan memberi kesan kepada politik Sabah.
Parti itu dilaporkan akan membawa imej berbilang kaum, dan aktivis tempatan daripada pelbagai jalur fahaman seperti Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking yang meninggalkan PKR baru-baru ini.
Penganalisis politik Prof Madya Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak (UMS) percaya parti itu akan menarik penyertaan rakyat Sabah.
“Namun impaknya belum pasti lagi. Ini kerana kita tidak pasti berapa ramai akan sertai parti Shafie. Masih terlalu awal untuk kita lihat, tetapi menarik untuk diperhatikan,” katanya.
Berbeza dengan politik di Semenanjung, dominasi BN di Sabah sering dicabar parti pembangkang majmuk, seperti Parti Bersatu Sabah yang membentuk kerajaan dari 1985 hingga 1994.
Terdapat lebih 42 kumpulan etnik di Sabah yang berpecah kepada lebih 200 kumpulan kecil dengan bahasa, budaya dan kepercayaan tersendiri. Kira-kira 26% rakyatnya beragama Kristian.

Baca perlembagaan dulu, kata Dr M pada Najib

Kenyataan Najib adalah kenyataan Najib.

Sebenarnya Perlembagaan Malaysia memperuntukkan berbagai cara untuk menangani masalah yang dihadapi oleh negara, dan ini termasuk penyelewengan oleh perdana menteri.

Bacalah Perlembagaan sebelum membuat kenyataan yang rakyat tidak bertindak berasaskan undang-undang tubuh negara.
Yang benar-benar tidak mengikut undang-undang Malaysia ialah Najib. Tidak ada “rule of law”, pemerintahan mengikut undang-undang, yang di amal oleh Najib.
Jika ada “rule of law” rakyat boleh buat laporan kepada polis berkenaan kehilangan berbilion duit rakyat.

Tetapi apabila laporan polis dibuat, yang membuat laporan di soal, ditahan dan dituduh sabotaj ekonomi dah dihadapkan ke mahkamah.

Peguamnya juga disoal oleh polis, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.
Laporan Bank Negara, SPRM, Juruaudit Negara ditolak bulat-bulat oleh Peguam Negara (AG). Kononnya kerana tidak ada kes terhadap Najib. Tetapi laporan-laporan ini dirahsiakan.
Undi tidak percaya dalam parlimen tidak boleh diadakan kerana ahli parti BN disuap dedak, diugut dan ada yang dipecat. Mereka tidak bebas.

Sekali lagi Najib menidakkan proses undang-undang untuk kesejahteraan rakyat.
Jika Najib berani dan tidak terlibat dengan apa-apa jenayah, kembalilah kepada undang-undang Negara.
Janganlah tegur orang kerana kononnya tidak mengikut undang-undang sedangkan kita sendiri bukan sahaja tidak mengikuti undang-undang tetapi menghalang perjalanan undang-undang.

Mukhriz: Jika kita berjaya, khidmat PM dihad dua penggal saja

Sekiranya kerajaan baru berjaya ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan perdana menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja.
Naib Presiden BERSATU, Datuk seri Mukhriz Mahathir berkata tempoh had masa itu perlu bagi mengelak krisis pentadbiran sekarang berulang.
"Insya-Allah kalau kita berjaya dengan izin Allah dan sokongan tuan, puan kita dapat tubuhkan kerajaan (PRU14) nanti kita ingin mencadangkan supaya tempoh perdana menteri dihadkan dua penggal sahaja dan tak lebih 10 tahun.
"(Tempoh itu) Cukup, (kerana) banyak negara buat begitu," kata ahli Parlimen Jerlun itu ketika berucap dalam majlis Malaysia Bersatu bersama Mukhriz di Shah Alam malam tadi.
"Tapi lepas ini mungkin ada yang menyatakan Tun Mahathir dulu 22 tahun jadi perdana menteri tak apa pun, tapi zaman itu boleh kot, zaman sekarang ini mungkin kita dah terkena dengan Najib, maaflah. Tak boleh dah, kita takut ia berulang lagi macam tadi tak serik-serik.
"Jadi biarlah sebagai satu amalan kita seorang yang memegang jawatan perdana menteri itu hanya boleh bertanding sebanyak dua kali. Itu pun jika rakyat kekalkan dia untuk penggal kedualah," kata Mukhriz.
Mengulas lanjut Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah itu berkata beliau yakin sekiranya apa yang dicadangkan itu menjadi kenyataan mustahil untuk berulang isu skandal 1MDB, SRC dan derma RM2.6 bilion.
"Saya yakin tidak akan berlaku masalah RM2.6 bilion, masalah 1MDB atau SRC di bawah kerajaan baru yang kita terajui nanti... insya-Allah," kata Mukhriz.

BERSATU saran pembangkang bentuk barisan alternatif guna satu logo

Bagi berdepan dengan Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bakal mengesyorkan kepada parti pembangkang untuk membentuk satu barisan alternatif.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata barisan alternatif menyerupai parti kompenan BN yang bernaung di bawah satu logo.
Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah berkata, perkara tersebut akan disuarakan kepada ketua-ketua parti dalam masa terdekat.
"Satu lawan satu sangat penting dalam PRU14. Apa yang kami cadangkan... ini peringkat cadangan, insya-Allah Tun Mahathir Mohamad (pengerusi BERSATU) akan bincang dengan ketua-ketua parti agar wujudkan satu gabungan untuk semua parti pembangkang.
"Macam BN ada 14 parti di dalamnya. Dalam media sosial mereka cadangkan Barisan Rakyat (BR). Tak tahulah nama itu diterima atau tidak," kata Mukhriz.
Ahli parlimen Jerlun itu berkata demikian ketika sesi dialog Malaysia Bersatu bersama Mukhriz Mahathir di Shah Alam, malam tadi.
Terdahulu, lebih 100 anggota Umno cawangan dari bahagian Serdang, Kapar dan kota Damansara mengumumkan keluar parti dan menyertai BERSATU malam tadi.
Mengulas lanjut Mukhriz berkata gabungan itu penting supaya semua parti pembangkang bertanding melawan BN dengan satu logo, selain ia juga tidak akan mengelirukan pengundi.
Bagaimanapun, ketika disoal sejauh mana penyertaan PAS dalam gabungan itu, Mukhriz menjawab ia merupakan satu persoalan terbesar.
"Itu persoalan yang besar. Bayangkanlah kita ada BN lawan BR, tiba-tiba ada parti bulan (PAS), nampak sangatlah dia tak bersama dan dia menjadi faktor ketiga.

Kukuhkan ideologi, resepi untuk Amanah kekal

Sama seperti Umno dan PAS di saat awal penubuhannya, Amanah perlu menumpukan perhatian mengukuh asas ideologi partinya.
Fathi-Aris-Omar_amanah
KUALA LUMPUR: Sebagai parti baru, sukar bagi Amanah untuk bersaing dengan parti politik sedia ada, terutama pesaing utamanya, PAS yang sudah wujud lebih setengah abad lalu.
Malah tanpa asas idealogi yang kukuh, ramai yang akan melihat parti itu sama seperti PAS. Apatah lagi ia adalah serpihan daripada parti Islam itu.
Itulah kritikan utama ahli panel dalam forum ‘Setahun Amanah: Subur atau Terkubur’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor, di sini semalam.
“Amanah kena ada ideologi yang jelas, selain pemimpin berkarisma.
“Apakah Islam yang ingin dibawa Amanah, di tengah-tengah Islam gaya PAS, Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan Perkasa yang terlalu mendominasi,” kata penulis Fathi Aris Omar.
Beliau berkata, Amanah memulakan langkah yang betul dengan membawa wacana ‘maqasid syariah’ namun berhadapan cabaran apabila majoriti masyarakat tidak melihat politik sebagai ‘persaingan idea’.
Amanah ditubuhkan pada 16 September 2015 oleh sekumpulan bekas pemimpin PAS – digelar golongan profesional – yang tewas kepada muktamar pemilihan tahun sama.
Di saat PAS semakin cenderung ke arah pembawaan Islam yang konservatif, Amanah dilihat lebih cenderung kepada idea ‘demokrat Muslim’ bawaan gerakan Islam Ennahda di Tunisia, yang dipimpin Rashid Ghannouchi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng berkata pengukuhan ideologi merupakan proses biasa yang perlu dilalui parti baru.
“PAS dan Umno ketika fasa pertama juga berdasarkan idealisme,” katanya.
Beliau menjadikan Parti Sosialis Malaysia (PSM) – yang berdaftar secara rasmi pada 2008 – sebagai contoh parti yang lebih menekankan soal idealisme dan perjuangan, berbanding perseteruan politik.
Beliau juga membangkitkan rekod buruk Amanah dalam pilihan raya yang disertainya sepanjang setahun penubuhan.
Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Mei lalu, 9 daripada 13 calon Amanah hilang wang deposit, selain kalah di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

USD$6 Juta: Pemuda Pakatan Harapan Sabah serah memorandum siasat Rosmah

Memorandum yang diserahkanPemuda Amanah, AMK, DAPSY Sabah di pejabat SPRM  untuk mengesa isteri perdana menteri di siasat.Memorandum yang diserahkanPemuda Amanah, AMK, DAPSY Sabah di pejabat SPRM untuk mengesa isteri perdana menteri di siasat.
Pemuda Amanah, AMK dan DAPSY telah menghantar satu Memorandum bersama berkaitan Laporan Berita Wall Street Journal terhadap Datin Sri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Memorandum ini diserahkan bagi menggesa SPRM membuka kertas siasatan ke atas Datin Seri Rosmah Mansor berikutan satu laporan daripada portal berita Malaysiakini bertarikh 12 September 2016 lalu.
Memorandum Pemuda Pakatan Harapan Sabah itu ditandatagani oleh Setiausaha Pemuda Amanah Sabah, Asraf Sharafi, Pengarah Komunikasi Amanah Sabah Khairuddin Daud, dan Ahli Jawatankuasa AMK Negeri Sabah(Zon Utara) Mohammad Razeef Rakimin dan Setiausaha Publisiti DAP Negeri Sabah Henry Shim Chee On.
Menurut kenyataan bersama itu laporan dibuat untuk menggesa SPRM menyiasat sumber kewangan bagi perbelanjaan besar tersebut sama ada wujud unsur jenayah atau korupsi.
"Siasatan ini penting bagi menjamin integriti dan nama baik Perdana Menteri dan institusi penguatkuasa undang-undang kerana berita tersebut mendapat liputan antarabangsa.
"Laporan portal berita Malaysiakini memetik berita daripada The Wall Street Journal (WSJ) bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Rosmah Mansor telah membelanjakan sekitar USD$6 juta untuk tempoh 2008-2013 bagi membeli barangan peribadi termasuk barang kemas, kasut dan pakaian. Walau bagaimanapun,sehingga sekarang, tiada penafian oleh pihak Datin Sri Rosmah Mansor," terangnya.

BERUANG DAN ANGGUR MASAM

Ada suatu cerita dahulu kala yang banyak dikisahkan zaman berzaman mengenai seekor beruang dan buah anggur. Cerita ini berlaku dalam sebuah hutan.

Ketika berjalan-jalan, beruang tiba-tiba terpandang buah anggur yang sedang ranum dari sebatang pohon. Buahnya yang kemerah-merahan itu segera menggamit seleranya.

Keinginan untuk memetik buah anggur itu dan memasukkan ke dalam mulutnya seperti tidak dapat ditahan-tahan lagi. Apalagi, beruang pun segera melompat untuk meragut buah anggur yang tergantung-gantung itu.
Sekali melompat, tangannya tidak sampai untuk mencapai buah anggur itu, lalu dicubanya sekali lagi. Gagal lagi. Dia melompat lagi, tetapi gagal juga memetiknya.

Berkali-kali cuba melompat, sehingga akhirnya keletihan tetapi tidak juga dapat dipetiknya anggur itu.

Baru disedarinya bahawa buah anggur yang sedang masak ranum itu agak tinggi dan tak sampai dek capaian tangannya, meskipun telah cuba melompat untuk memetiknya berkali-kali.

Beruang akhirnya duduk termenung memikirkan nasib dirinya. Tidak lama kemudian, dia berbisik kepada dirinya, "kenapa bodohnya aku bersusah payah melompat untuk memetik anggur yang sebenarnya masam dan tidak enak untuk dimakan itu?"

Dia kemudian berlalu pergi, tetapi dalam hatinya tetap ada rasa kesal dan sesekali tertoleh-toleh buah anggur yang gagal dipetiknya itu.

Lumrahnya begitulah - kalau dah tak dapat anugerah, akan dikatalah tak terhegeh-hegeh. Cuba kalau dapat?

Mujurlah ada kisah beruang dan anggur masam, dapatlah juga Salleh Said Keruak meneruskan pembodekannya dengan mengatakan  "tak terhegeh-hegeh" dengan anugerah.

110 ahli akar umbi Umno sertai BERSATU

Seramai 110 ahli Umno cawangan dari bahagian Serdang, Kapar dan kota Damansara mengumumkan keluar parti malam tadi.
Malah pengumuman itu disusuli dengan penyerahan borang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sambil disaksikan naib presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga bekas menteri besar Kedah.
Kesemua mereka mengisytiharkan keluar parti di majlis Malaysia Bersatu bersama Mukhriz Mahathir di Shah Alam.
Pengisytiharaan keluar parti itu diketuai oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Mohd Hamidi Abu Bakar.
Mohd Hamidi Ahad lalu dilapor meninggalkan Umno selepas dicabar salah seorang menteri Umno supaya berbuat demikian.
Pada Mei lalu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam satu laporan dipetik sebagai mencabar Mohd Hamidi mengikut jejak langkah pemberontak Umno agar keluar daripada parti itu.
Nazri dilapor berkata demikian sebagai respon kepada komen Mohd Hamidi bahawa pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mukhriz dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi bencana.
Dalam pada itu Mohd Hamidi mendakwa, penyertaan 110 ahli parti itu malam tadi hanyalah gelombang pertama.
Malah, Mohd Hamidi mendakwa beliau akan menarik lebih ramai ahli Umno supaya keluar daripada parti itu.
"Malam ini hanyalah gelombang pertama dan ia akan disusuli dengan gelombang seterusnya. Saya akan mengajak lebih ramai lagi ahli Umno yang akan menyertai BERSATU," katanya.
Antara yang menyertai BERSATU malam tadi ialah AJK Umno bahagian Serdang, Zainurin Ariffin; exco Pemuda dan ketua Umno cawangan di bahagian Kapar, Mahathir Mansor dan ketua Cawangan Umno Semarak di bahagian Kota Damansara, Jefri Bin Salleh bersama 10 ahli cawangan yang sama.

Dr M juga ‘menabung’, tetapi untuk buka kedai roti

"Hakikatnya, tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa jadi PM.”
mahathir-najib
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usaha mencari salah lakunya selepas meletak jawatan Perdana Menteri tidak membuahkan hasil memandangkan masih belum ada dakwaan mahkamah sehingga hari ini.
Bekas perdana menteri itu berkata gaji yang diterima daripada kerajaan sudah lebih daripada mencukupi untuknya.
“Saya (juga) tidak perlu belanja gaji untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan,” tulis Dr Mahathir di blognya hari ini.
“Gaji selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank,” katanya lagi.
Dr Mahathir menyanggah pengkritik yang berkata beliau tidak layak mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerana “turut membuat perkara sama” ketika mentadbir negara.
Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjawab beliau tidak pernah dituduh mengamalkan rasuah, sepanjang 22 tahun memimpin negara.
“Bilakah saya dituduh, di dalam dan luar negara, mencuri duit kerajaan berbilion ringgit?” soal Mahathir, menekankan duit kerajaan itu sebenarnya duit rakyat.
“Saya biasa dituduh sebagai perasuah dan mempunyai kroni…tetapi sebagai orang politik tuduhan ini perkara biasa. Hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa jadi Perdana Menteri,” tambahnya.
Namun Mahathir akui beberapa keputusannya dahulu menyebabkan kerajaan menanggung kerugian, namun itu tidak boleh disamakan dengan rasuah.
Beliau merujuk skandal bijih timah Maminco Sdn Bhd dan Perwaja Steel Sdn Bhd, dua syarikat yang menyebabkan kerajaan kehilangan jutaan ringgit.

TUN M: MEMPERTAHANKAN NAJIB

1. Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam Negara amat tidak baik.
2. Khususnya mereka tentu tahu bahawa Perdana Menteri telah dituduh melesapkan beribu juta Ringgit duit Kerajaan (rakyat). Berita ini tidak boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir semua rakyat dapat ikuti perkembangan.
3. Sekarang bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih 3.5 bilion Dolar Amerika sudah dilesapkan oleh Najib, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa “Malaysian Official 1” (yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan ialah Dato Sri Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB sebanyak lebih dari 3.5 bilion Dolar Amerika.
4. Jika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat saman malu terhadap mereka.
5. Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti Kerajaan tahu akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.
6. Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih Negara bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan oleh Dato Sri Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak sanggup pun untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih keadaan.
7. Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa saya jadi Perdana Menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.
8. Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi Perdana Menteri saya dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit Kerajaan (duit rakyat) berbilion Ringgit.
9. Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya Perdana Menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.
10. Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi Perdana Menteri. Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan Negara. Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah.
11. Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada Kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.
12. Saya berpendapat gaji saya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri lebih dari mencukupi. Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan. Gaji saya selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit Kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.
13. Saya akui ada kala Kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.
14. Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih timah yang dijual oleh pedagang. Saya tahu mereka tidak ada stok bijih yang mereka jual. Mereka berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli dengan harga murah untuk dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli diwaktu harga tinggi.
15. Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya mereka akan rugi.

Keadaan negara sekarang sudah tahap 'gaban'

Keadaan negara  sekarang sudah tahap 'gaban' Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan ditubuhkan hanya untuk menjatuhkan seorang perdana menteri.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, menjatuhkan perdana menteri itu hanya sebahagian kecil tujuan penubuhan parti tersebut.
"Yang lagi besar adalah kerana keadaan negara sekarang ini yang memudaratkan rakyat sendiri sampai ke tahap 'gaban'...teruk sangat.
"Malang sekali kerajaan yang diberi mandat...semakin hari semakin banyak masalah," katanya pada sesi dialog bersamanya di sini, hari ini.
Menurutnya, Bersatu bukan ditubuhkan untuk suka-suka sebaliknya gara-gara beliau dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pilihan lain.
"Kami dipecat dari parti kesayangan, Umno dan ‎kerana tidak ada pilihan maka kami tubuhkan Bersatu. Bukan untuk seronok-seronok," katanya.
Tambahnya lagi, Bersatu tidak mahu menjadi seperti pemimpin Umno yang didakwanya sering memainkan isu perkauman bagi menutup isu.
"Melalui Perlembagaan parti jelas dinyatakan parti ini bukan sekadar nama sahaja peribumi tapi untuk jaga hak dan keistimewaan orang-orang Melayu termasuk anak-anak bumiputera di Sabah dan Sarawak tanpa jejaskan hak kaum-kaum lain.
"Kita ada formula untuk wujudkan keharmonian ini. Saya fikir tak salah tubuhkan parti berteraskan kaum peribumi asal kan kita tidak menidakkan kaum lain," katanya.

Sejak bila PM jadi jurucakap Agong, soal Salahuddin



Bukan menjadi satu kebiasaan untuk Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bagi pihak Yang di-Pertuan Agong kerana sebarang kenyataan rasmi ketua negara itu dikeluarkan oleh setiausaha sulit ataupun pejabat Istana Negara, ujar Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
"Saya berasa agak pelik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha Deklarasi Rakyat yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Saya ingin bertanya, sejak bila Dato' Seri Najib menjadi jurucakap kepada Yang di-Pertuan Agong?" soal Salahuddin.
Menurut Salahuddin, adalah sesuatu yang pelik apabila Najib yang menjadi subjek dalam Deklarasi Rakyat dan juga menjadi pihak berkepentingan boleh mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong dalam isu melibatkan dirinya sendiri.
"Bagi saya, ianya suatu yang melanggari kebiasaan dan cuba memperbodohkan rakyat," ujarnya.
Dalam satu kenyataan media empat perenggan yang dikeluarkan semalam, Najib menjelaskan hasil pertemuan Tun Mahathir dengan Yang di-Pertuan Agong berhubung Deklarasi Rakyat yang diusahakan bekas Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun kenyataan media Perdana Menteri itu dipertikaikan banyak pihak memandangkan pertemuan Tun Mahathir dan Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar dan bukannya di Istana Bukit Malut, Langkawi.
Kenyataan media Perdana Menteri berhubung pertemuan Tun Mahathir dan Yang di Pertuan Agong.Kenyataan media Perdana Menteri berhubung pertemuan Tun Mahathir dan Yang di Pertuan Agong.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menganggap Najib tidak layak menjawat Perdana Menteri apabila membuat kenyataan berdasarkan fakta yang silap.
"Bagaimana fakta tempat boleh jadi tidak betul dalam kenyataan PM Najib. Fakta berkaitan dengan sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku tidak seharus salah, kerana ianya dilaporkan oleh media.
"Saya agak hairan kenapa PM Najib begitu ghairah untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan peristiwa pertemuan empat mata antara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Tun Dr Mahathir yang di terima mengadap pada 15 September 2016.

Macam-macam Alasan Penjilat....!!!

Satu persatu hulubangang-hulubangang Ameno cuba beri pelbagai alasan demi pertahankan maruah Rosmah berikutan anugerah UNESCO-'Rosmah' ditarik balik.

HINGGA KINI, legend jilat Ameno No.1 'anak' MASLAN tidak timbul2 utk pertahankan Rosmah, KENAPA ??!!