Khamis, 22 September 2016

KALAU TIDAK BOHONG BUKAN UMNO LAH...!!!

Nampaknya KERAjaan Barisan Netanyahu terus menipu & perbodohkan rakyat agar dapat menghalalkan pencukaian #GST terhadap seluruh rakyat M'sia tak kira kaya mahupun MISKIN !!!

Teruskanlah menipu rakyat agar kamu dgn mudah merompak hasil titik peluh kami mencari rezeki..

Betul la kata Ahmad Maslan.. "GST SELARAS DENGAN ISLAM"..

PM Kerap Cakap Bohong Pada Rakyatnya...

Satu-satunya Perdana Menteri Malaysia Yang Gemar Kerap Cakap Bohong Pada Rakyatnya...

DUIT KWSP LAGI jadi mangsa !!!

KORANG NAMPAK TAK... Siapa di dalamnya Ekovest itu..
SUDAH TENTU adik kpd menteri Hishammuddin Hussein, Datuk Haris Onn Hussein yg memegang saham sbyk 20.16%.

Bayangkan duit KWSP RM1.13 bilion di bayar kpd Ekovest itu, berapa kenyang adik menteri itu dapat !!!

SEBAB ITULAH, puok2 penyangak Umno bermati2an akan buat apa shj utuk pertahankan UMNO memerintah buat selama2nya..

SEBAB ITULAH, pelbagai helah & birokrasi bila pencarum2 KWSP nk kluarkan simpanan KWSP mereka..

PANGKAH LAH UNDI BN LAGI YA !!!!

TIBA-TIBA Najib pula menjelaskan pendirian Yang di-Pertuan Agong tersebut.

Hingga kini tiada langsung kenyataan rasmi keluar dari pihak istana berkaitan dalam isu Deklarasi Rakyat menolak pentadbiran Najib.

SIAPA SEBENARNYA NAJIB ITU ??
SIAPA SEBENARNYA MO1 ITU ??

Persempadanan semula: BN akan menang balik tujuh kerusi

SHAH ALAM - DAP hari ini mendakwa cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai usaha bagi membantu BN memenangi semula kerusi Parlimen dan Negeri.
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, di peringkat Parlimen, SPR telah melukis semula garisan sempadan dengan mengalihkan kerusi negeri pro-Pakatan ke dalam kerusi Parlimen bagi mengurangkan majoriti kecil kerusi Parlimen pembangkang.
Ong Kian Ming “Sebagai contoh, kerusi Dun N25 Kajang telah dipindahkan dari kerusi parlimen  P101 Hulu Langat untuk kerusi Parlimen P102 Bangi (kerusi Parlimen semasa Serdang) menyebabkan majoriti diunjurkan bagi Pakatan jatuh dari 17,267 pada tahun 2013 kepada 1,046.
“Bagi contoh lain, Dun N37 Bukit Lanjan telah dipindahkan dari P107 Sungai Buloh (kerusi semasa Parlimen Subang) untuk P106 Damansara (kerusi semasa Perlimen Petaling Jaya Utara) dan menyebabkan majoriti diunjurkan bagi Pakatan jatuh dari 26,719 pada 2013 kepada 3,037,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, SPR memaklumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dun bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah.
Dalam pada itu, Kian Ming berkata, BN dijangka akan memenangi semula tujuh kerusi negeri akibat daripada persempadanan semula tersebut dan antara yang terlibat adalah kerusi N11 Ijok, N23 Dusun Tua, N43 Sementa, N44 Selat Klang, N46 Pelabuhan Klang, N51 Sijangkang dan N53 Morib.
“Pada masa yang sama, enam kerusi negeri dimenangi oleh Pakatan dengan lebih daripada 54 peratus undi popular dalam PRU13 lalu telah menjadi kerusi marginal akibat daripada persempadanan semula dan dijangka menang dengan kurang daripada 54 peratus undi popular.
“Kerusi berkenaan adalah N15 Taman Templer, N29 Seri Serdang, N33 Taman Medan, N38 Paya Jaras, N41 Batu Tiga dan N49 Seri Andalas,”katanya.
Ujar Kian Ming, Selangor menyediakan contoh jelas bagaimana SPR menyalahgunakan kuasa dengan melukis semula garis sempadan untuk memberikan faedah kepada satu pihak sahaja iaitu BN.
Tambah beliau, setiap pihak perlu mengambil langkah undang-undang yang perlu bagi memastikan proses persempadanan semula ini tidak diluluskan.

SPR dilarang bertemu parti pembangkang selama 1 bulan

Kunjungan ke Pejabat Pilihan Raya Wilayah Persekutuan itu sudah dimaklumkan, tetapi sebaik tiba diberitahu SPR dilarang bertemu mana-mana parti politik selama 1 bulan
Tan Kok Wai
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkang pulang daripada pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membincangkan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya pulang dengan tangan kosong.
Malah mereka tidak dibenarkan masuk Pejabat Pilihan Raya Negeri Wilayah Persekutuan hari ini, walaupun kunjungan itu sudah dimaklumkan, menurut Ahli Parlimen DAP Tan Kok Wai.
“Kami kecewa. Kami sudah maklumkan kunjungan ini, yang berhasrat untuk mendengar penjelasan mengenai cadangan persempadanan semula dan mengambil peta persempadanan baharu untuk kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan.
“Pada awalnya kami diberitahu kunjungan kami tidak akan diterima secara rasmi, tetapi kami boleh melawat (secara tidak rasmi) untuk mendapatkan maklumat,” katanya kepada pemberita di sidang media di ruang legar Menara TH Selborn.
Ketika berada di sana, kumpulan itu dimaklumkan mengenai larangan pertemuan antara parti politik dan SPR selama 1 bulan sepanjang cadangan persempadanan sedang berlangsung.
Ini menyebabkan kumpulan itu percaya badan pemantau pilihan raya itu bergerak mengikut arahan kerajaan Barisan Nasional.
“Nampaknya BN bukan sahaja menggunakan persempadanan untuk manfaatnya, tetapi juga SPR nampaknya diperalat untuk menafikan hak wakil rakyat Pakatan Harapan untuk meneliti cadangan persempadanan itu,” dakwa Kok Wai.
Pengarah Pilihan Raya Amanah Dr Hatta Ramli bersetuju dengan kenyataan Kok Wai itu, dan mengkritik larangan 1 bulan yang dilihatnya berlawanan dengan tanggungjawab SPR kepada rakyat.
“Pelanggan SPR adalah orang awam dan parti politik berdaftar, umumnya sesiapa sahaja yang prihatin akan isu berkaitan pilihan raya.

We are not desperate for the 'Unesco' award, says Salleh

TAKTIK KOTOR!! SPR Buat Persempadanan Baru Untuk PASTIKAN Umno BN Menang PRU14

Nurul Izzah: Darell Leiking will always be my friend

Guan Eng: You can arrest Jeff Ooi, why not Ali Tinju?

Ambiga: If Kit Siang, Anwar can work with Mahathir, so can I

TMJ beri limosin Hummer buat kelab JDT

Subahat bawa masuk pendatang mesti disiasat, ujar Salleh Keruak

Undi awal di Selangor, pembangkang tak bersatu - kata Said Keruak

'UMNO Sabah sedia bersaing dengan parti Shafie'

"Kita tahu parti Shafie itu parti apa," kata Annuar Musa

'Dulu hentam kerajaan, buat demonstrasi tapi saya sokong kerajaan' - Annuar Musa

Annuar Musa bakal hilang 6 ribu pengundi

'Media asing cuba rosakkan nama baik Rosmah' - Salleh Keruak

Tindak-tanduk SPR sama seperti UMN0, kata Nurul lzzah.

Persempadanan: Lebih baik suruhanjaya diraja diwujud - kata Nurul lzzah

Darell: Shafie ada wawasan untuk Sabah

Bekas Naib Presiden PKR itu berkata Shafie Apdal seorang pemimpin jujur yang mahu selamatkan Sabah.
darell-shafiePETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PKR Darell Leiking berkata keputusan Datuk Seri Shafie Apdal untuk mengambil alih satu parti tempatan petanda masa depan yang baik untuk politik Sabah.
Ahli Parlimen Penampang itu, yang keluar PKR semalam, menyatakan sokongan kepada bekas naib presiden Umno itu kerana merasakan Shafie ada wawasan tersendiri untuk negerinya.
“Kebiasaannya saya bukan orang yang terburu-buru mendakap sesuatu yang baru, andainya saya berbuat begitu, saya pasti ia kukuh dan kita akan bersama Shafie,” katanya kepada FMT, tanpa mahu mendedahkan butiran lanjut.
Darell memberi bayangan parti baharu itu akan menangani isu yang pernah menerjah ke muka hadapan akhbar, seperti isu keselamatan pantai timur Sabah serta isu pendatang asing dan kewarganegaraan.
Beliau menuji Shafie sebagai seorang pemimpin jujur dan berdedikasi yang bersungguh mahu selamatkan Sabah.
Darell berharap rakyat Sabah akan menyokong inisiatif Shafie.
Shafie dilaporkan mengambil alih satu parti politik Sabah sebagai platform untuk mencabar BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Darell, bersama Adun Sulabayan Jaujan Sambakong, yang juga keluar Umno, bertemu Shafie di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di Putrajaya.
Menurut laporan The Star, mereka membincangkan pengambil alihan parti Sabah serta menukar nama dan logo.

Jentera PKR masih kukuh walaupun Darell letak jawatan, kata Tian Chua

Lagipun, Ahli Parlimen Penampang dilihat bersama kumpulan politik baharu yang mesra PKR dan pakatan pembangkang
tian-chua-darell
KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan Darell Leiking tidak bermakna PKR kehilangan jentera di Sabah, kata Naib Presiden Tian Chua.
Lebih lagi apabila Ahli Parlimen Penampang itu dilihat bersama bekas naib presiden Umno Datuk Datuk Seri Shafie Apdal, yang mahu menubuhkan parti yang akan bekerjasama dengan PKR dan pakatan pembangkang.
“Sekarang ini rakyat Sabah perlukan suara tempatan yang lebih lantang dan Darell percaya beliau perlu tumpu kepada politik negeri berbanding politik negara.
“Lagipun, parti baharu Shafie juga parti kawan. Kami sudah membincangkan perkara ini dengan Shafie,” katanya kepada pemberita di perkarangan Menara Selborne TH hari ini.
Shafie pagi ini mengumumkan penubuhan parti majmuk baharu yang akan menggantikan satu parti tempatan.
Bekas menteri luar bandar dan pembangunan wilayah itu belum sedia mendedahkan nama parti baharu, sebaliknya memberitahu ia akan menjuarai isu tempatan.
Darell dilihat bersama Shafie semasa menyerahkan permohonan penubuhan parti baharu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di Putrajaya.
Ditanya jangkaan ahli parti tempatan mengikut langkah Darell, Tian Chua menjawab: “Tidak. Saya fikir kami dan Shafie akan menggunakan formula tertentu.”
“Beberapa pimpinan tempatan akan bersama partinya, manakala ada yang bersama parti kami. Juga mengenalpasti isu negara dan isu negeri,” katanya, menambah PKR mahu bekerjasama dengan semua parti tempatan Sabah.

Mahathir akui akibatkan kerugian tapi tak lesap duit rakyat

Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam negara amat tidak baik.
Khususnya mereka tentu tahu bahawa perdana menteri telah dituduh melesapkan beribu juta ringgit duit kerajaan (rakyat).
Berita ini tidak boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir semua rakyat dapat ikuti perkembangan.
Sekarang bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih AS$3.5 bilion sudah dilesapkan oleh Datuk Seri Najib Razak, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa “Malaysian Official 1” (yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan ialah Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB sebanyak lebih dari AS$3.5 bilion.
Jika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat saman malu terhadap mereka.
Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti kerajaan tahu akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.
Miliki 24 kereta
Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih negara bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan oleh Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak sanggup pun untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih keadaan.
Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa saya jadi perdana menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.
Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi perdana menteri saya dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit kerajaan (duit rakyat) berbilion ringgit.
Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya perdana menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.
Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi perdana menteri.
Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan negara.
Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah.
Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.
Saya berpendapat gaji saya sebagai menteri, timbalan perdana menteri dan perdana menteri lebih dari mencukupi.
Kerugian akibat Mahathir
Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan.
Gaji saya selama 29 tahun dalam kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau.
Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.
Saya akui ada kala kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.
Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih timah yang dijual oleh pedagang.
Saya tahu mereka tidak ada stok bijih yang mereka jual. Mereka berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli dengan harga murah untuk dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli diwaktu harga tinggi.
Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya mereka akan rugi.
Tetapi London Metal Exchange mendakwa kononnya kerana kita membeli berturut-turut di waktu harga rendah, kita telah cuba “corner the market”.
Oleh itu penjual tidak perlu bekal bijih timah yang mereka telah jual. Kita rugi.
Kilang besi juga rugi kerana kurang pengetahuan berkenaan pengurusan kilang oleh pengurus kita.
Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian itu bukan disebabkan saya lesapkan duit kerajaan. Kerugian itu adalah kerugian perniagaan.
Mahathir: Saya tuduh Najib lesapkan wang

Saya serah 24 kereta dan hadiah lain pada kerajaan, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi hujah 28 perkara yang membezakan dirinya daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun mengakui bahawa sesetengah daripada tindakannya itu pernah menyebabkan kerugian kepada kerajaan, namun katanya, ia bukan disebabkan beliau melesapkan duit negara tetapi adalah kerugian perniagaan.
Mendakwa bahawa dirinya tidak memerlukan kekayaan kewangan, bekas perdana menteri itu juga mendedahkan bagaimana beliau memulangkan hadiah yang diberikan kepadanya, berikutan persaraannya, termasuk 24 kereta.
“Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.
“Saya berpendapat gaji saya sebagai menteri, timbalan perdana menteri dan perdana menteri lebih dari mencukupi. Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh kerajaan,” katanya dalam tulisan terbaru di blognya hari ini.
Menurut Dr Mahathir, gajinya selama 29 tahun dalam kerajaan disimpannya dan wang berkenaan digunakannya sebagai modal membuka kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau.
“Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini,” katanya.

ROSMAH ‘MANIA’ HITS HOLLYWOOD – MOTHER & SON NAMED & SHAMED: RED GRANITE’S RIZA AZIZ’S MOM IS THE ‘IMELDA MARCOS’ OF MALAYSIA

Rosmah Mansor is wife of the prime minister, owns a $200,000 crocodile Hermes Birkin bag and is believed to use (and possibly abuse) as much power as her husband.
Of the numerous individuals engulfed in the vast Malaysian embezzlement scandal that includes a cameo by Leonardo DiCaprio, Najib Razak undoubtedly is the most prominent. The meek-looking Malaysian prime minister — widely acknowledged to be “Malaysian Official 1” in a record-breaking U.S. Justice Department complaint — is the man at the helm of the 1MDB sovereign wealth fund, now alleged to have been used to plunder billions of dollars of public money that lavishly flowed into the U.S., spent on luxury properties, artworks and, of course, DiCaprio’s hit 2013 drama The Wolf of Wall Street.
But eyes are increasingly turning to the larger-than-life figure often by Razak’s side: his bouffant-haired, Birkin bag-loving wife, Rosmah Mansor. It’s Mansor, 64, who, through her first marriage, is the mother of Riza Aziz, the co-founder of Red Granite Pictures and producer of the DiCaprio starrer, and it’s Mansor who is the connection to Jho Low, the controversial businessman who helped set up 1MDB and allegedly diverted billions into his own pockets and those of his associates (including Red Granite).
And it’s Mansor who many have long suspected to be wielding just as much power — if not more — as her husband. When late Singaporean prime minister Lee Kuan Yew made an official state visit to Malaysia shortly after Razak entered office in 2009, he made a point of meeting Mansor separately, explaining that they ran the country as a team.

Reports recently emerged that the first lady of Malaysia (a controversial title Mansor bestowed upon herself, along with her own unit in the PM’s office) had racked up at least $6 million in credit card charges in less than seven years, with shopping sprees at Saks Fifth Avenue and Harrods among her purse-busting blowouts.
But the news caused little shock in Malaysia, where Mansor’s fondness for diamonds and Hermes bags (she reportedly boasts one of the biggest Birkin collections on the planet, including a bejeweled crocodile skin design costing in excess of $200,000) widely is known and ridiculed.
“Imelda Marcos had a fetish for shoes, whereas our friend here has a thing for bags,” says Hishamuddin Rais, a Malaysian filmmaker who attended the same school as Mansor. He describes her as a combination of a “femme fatale and Lady Macbeth.” Like Rais, Mansor’s parents were teachers, but he says she has long since rejected her middle-class roots and even several family members (including her own daughter).

Umno Sabah masih kukuh, Salleh tak gentar parti Shafie..!!

Umno Sabah bersedia berdepan dengan saingan parti bekas naib presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal dalam menghadapi pilihan raya akan datang, kata Bendahari Agung Umno, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Menurut beliau, pada akhirnya, rakyat Sabah sendiri akan memilih siapa yang layak menerajui negeri itu.
“Datuk Seri Shafie telah buat keputusan bersaing dengan kita. Dalam sistem demokrasi kita alu-alukan. Akhirnya rakyat akan buat keputusan dan saya yakin rakyat bersama kita.
“Sehingga hari ini kita lihat Umno Sabah masih kukuh dan tidak menghadapi masalah yang besar tapi kita alu-alukan penyertaan parti baru itu untuk bersaing dengan kita di Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas perasmian majlis KL Converge! 2016 di KLCC, hari ini.
Shafie hari ini mengesahkan akan meneruskan perjuangan politiknya menggunakan sebuah parti sedia ada di Sabah tidak lama lagi.
Beliau hadir di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya dan katanya, pengumuman mengenai parti itu akan dibuat selepas cadangan perubahan nama, logo dan perlembagaannya diterima.
Enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai parti itu Shafie berkata ia sudah diambil alih baru-baru ini dan kini dalam proses mendapat kelulusan pihak yang berkenaan.
Shafie, digugurkan sebagai menteri kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu kerana lantang mengkritik beliau mengenai 1MDB.
Pada Julai lalu, beliau digantung sebagai naib presiden Umno, tetapi memilih untuk keluar parti.
Salleh, pula, adalah penyokong tegar Najib dan berkhidmat sebagai menteri multimedia komunikasi.
Sementara itu Salleh yang juga bekas ketua menteri Sabah di bawah sistem penggiliran ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui negara menggesa pihak berwajib supaya menyiasat pihak yang berkomplot membawa masuk pendatang asing tanpa izin Indonesia ke Tawau.

Menteri Umno: Kita tak terhegeh-hegeh nak anugerah

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa media antarabangsa seperti New York Times (NYT) dan The Wall Street Journal (WSJ) berusaha merosakkan nama baik negara dengan menyerang isteri perdana menteri.
Ia berikutan media tersebut dilihat memainkan isu mengenai pengeluaran nama Datin Seri Rosmah Mansor daripada anugerah “Lead By Example” yang sepatutnya berlangsung hari ini.
“Ini adalah usaha jelas untuk rosak nama baik negara terhadap Datin Seri Rosmah.
“Sebenarnya apa yang berlaku mereka yang menawarkan anugerah tersebut kepada Rosmah atas kapasitinya PERMATA boleh memainkan peranan dalam pendidikan awal.
“Kita bukan terhegeh-hegeh nak dapat anugerah itu tapi diberikan oleh mereka.
“Tetapi kedua kumpulan (media) ini berusaha sungguh cari jalan supaya ia tidak berlaku.

“Kononnya PERMATA dapat dana dari saluran-saluran yang dipersoalkan sedangkan PERMATA yang mendapat dana dari kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media Touch The Future bertempat di KLCC, ibu negara hari ini.
Sebelum ini nama Rosmah dilaporkan telah dikeluarkan dari senarai penerima anugerah itu.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini berkata Rosmah turut menolak menerima anugerah ‘Lead by Example’ yang ditunda ke tahun depan.
Ia bagi mengelak perhatian daripada kerja-kerja membantu kanak-kanak di Malaysia.

'Sejak bila Najib jadi jurucakap Agong?'

Tindakan perdana menteri menjelaskan pendirian Yang di-Pertuan Agong dalam isu deklarasi menolak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengundang bantahan pembangkang.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata penjelasan Najib pelik kerana kebiasaannya kenyataan Seri Paduka dikeluarkan oleh setiausaha sulit baginda atau istana.
“Saya ingin bertanya, sejak bila Datuk Seri Najib menjadi jurucakap kepada Yang di-Pertuan Agong?” soalnya.
Najib malam tadi berkata Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah menjelaskan kepada Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Perdana menteri berkata, beliau dimaklumkan oleh Seri Paduka bahawa baginda mengambil maklum perkara dibangkitkan tetapi menjelaskan tidak boleh mencampuri usaha itu.

Najib berkata, ini kerana deklarasi itu tidak mengikut perlembagaan dan tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim melalui parlimen dan sistem pilihan raya.

Mahathir mengadap Agong di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 15 September lalu bagi menyerahkan Deklarasi Rakyat dalam pertemuan empat mata kira-kira satu jam 15 minit.

Mahathir dilapor turut membawa dokumen didakwa mengandungi tandatangan 1.3 juta rakyat Malaysia bagi menuntut Najib berundur sebagai perdana menteri.

Pembangkang kecewa tidak dibenarkan bertemu pegawai SPR Wilayah

Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mendakwa kecewa apabila wakil mereka tidak dibenarkan bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan.
Anggota Parlimen DAP Tan Kok Wai berkata, mereka dimaklumkan tidak dibenarkan melawat pejabat badan pengendali pilihan raya berkenaan bagi mengetahui maklumat lebih lanjut tentang persempadanan semula kawasan parlimen.
Menurutnya, SPR sudah dimaklumkan mengenai rancangan mengadakan lawatan berkenaan namun Tan mendakwa terdapat arahan supaya mereka tidak membenarkan mereka memasuki pejabat tersebut.
"Kami sudah beritahu akan melawat pejabat SPR untuk tahu lebih lanjut maklumat dan penerangan termasuk peta-peta persempadanan kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.
"Pada mulanya mereka dinasihatkan supaya jangan terima kunjungan kami secara rasmi tapi boleh melawat dan dapatkan maklumat.
"Tapi hari ini saya hairan dan terkejut kerana (berdasarkan) kejadian dan pengalaman yang kami alami petang ini, nampaknya SPR bukan saja diperalat BN tetapi badannya sendiri diperalatkan supaya melarang (HARAPAN) untuk buat kajian terhadap syor persempadanan semula," katanya.
Tan berkata demikian pada sidang media di lobi bangunan TH Selborn di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.
Turut menyertai rombongan itu, Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR yang juga Pengarah Pilihan Raya parti itu, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.
Sehubungan itu kata Tan bulan depan HARAPAN akan menghantar notis bantahan terhadap 11 kawasan parlimen yang terlibat dalam persempadanan semula itu kepada SPR.
Mereka juga akan mengumpulkan 100 pengundi untuk kemukakan bantahan persempadanan semula bagi memberi tekanan kepada SPR.

Abdul Hadi layak pegang jawatan Mursyidul Am

KOTA BHARU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat calon yang layak untuk menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti itu.
Pemerhati Politik, Mohd Sayuti Omar berkata, kelayakan tersebut dilihat dalam pelbagai segi terutamanya keilmuan dan ketokohan yang dimiliki beliau.
Abdul Hadi Awang “Dia seorang penutur sirah yang fasih. Kedudukan hari ini sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia juga merupakan satu kelebihan.
"Selain itu, lihat kembali kecemerlangannya dalam bidang politik sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau menyatakan pendapatnya mengenai calon yang boleh menggantikan arwah Datuk Dr Haron Din selepas Timbalannya, Datuk Ahmad Yakob dibayangkan akan mengalas jawatan tersebut.
Menurutnya, pada hakikatnya susah untuk mencari mereka yang selayaknya menggantikan tempat Allahyarham namun jawatan tersebut perlu diisi dengan mereka yang selayaknya mengikut kelebihan yang ada pada diri masing-masing.
Beliau juga memberitahu, secara umumnya, Ahmad Yakob dilihat belum bersedia dan belum sesuai untuk pegang jawatan tersebut, tambahan pula kini menggalas jawatan besar lain di peringkat negeri.
“Jawatan itu memerlukan seorang yang benar-benar berilmu, perlu ada bakat spiritual yang tinggi. Ertinya bukan hanya ilmu sahaja, malah mereka perlu ada kepakaran lain juga.
“Kita tidak melihat ada calon lain yang boleh memegang jawatan tersebut dalam Pas. Yang ada sekarang ini masih belum masak ilmu dan belum menyerlah dalam apa-apa aspek keagamaan.
"Mereka setakat tahu baca bahasa Arab tetapi masih naif dan belum berani membuat ijtihad,” katanya.

Persatuan teksi bidas KWAP melabur dalam Uber

PERS1M berkata idea kumpulan itu kurang bijak dan diibaratkan bersubahat menentang perjuangan 100,000 pemandu teksi di negara ini.
PETALING JAYA: Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) membidas cadangan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang dikatakan berhasrat untuk menambah pelaburan dalam syarikat perkhidmatan kongsi kereta, Uber Technologies Inc.
Timbalan pengerusinya, Kamarudin Hussain berkata idea KWAP itu kurang bijak dan dilihat seperti bersubahat menentang perjuangan 100,000 pemandu teksi di negara ini yang menolak Uber dibenarkan beroperasi.
“Saya ingin memberi nasihat kepada Wan Kamaruzaman supaya membuat keputusan yang bijak dan ada sifat perikemanusiaan.
“Sebagai kumpulan dana persaraan kedua terbesar Malaysia, tolonglah jangan salah guna kuasa yang diamanahkan dengan membazirkan duit caruman ahli.
“Tindakan KWAP bukan saja menggalakkan pelanggaran undang-undang, sebaliknya dilihat menyokong usaha mereka menutup periuk nasi para pemandu teksi,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Reuters yang memetik Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Wan Kamaruzaman Wan Ahmad sebagai berkata kumpulan itu berminat melabur RM123 juta dalam “teknologi disruptif pertama” dalam “syarikat teknologi global dengan nilai pasaran melebihi AS$60 bilion”.

Anis Syafiqah: Menggegar Malaysia

Oleh Karim Raslan
ANIS Syafiqah, mahasiswi bertudung berusia 24 tahun, adalah wajah terkini gerakan aktivis mahasiswa di Malaysia.Dengan wajah tampil kemas dan tenang, Anis pelajar linguistik Universiti Malaya (UM) - universiti tertua dan terulung di Malaysia - yang menelaah nukilan tokoh seperti Chomsky, duduk berhadapan saya di kantin kampus.

Pertuturannya sangat tersusun dan teratur. Jawapan yang diberikan padat tetapi ringkas, penuh dengan kemesraan dan berhemah.

Ini tidak menghairankan, kerana Anis sudah biasa dengan tekanan.

Sebulan lalu, Anis bersama rakan-rakannya telah menganjur dan mengepalai satu demonstrasi di atas nama "#TangkapMO1" di Kuala Lumpur.

Kumpulan para pelajar yang mengambil bahagian telah bersuara bagi menekan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap "Malaysian Official 1" - individu yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ)mengenai dana pelaburan negara yang kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaupun begitu, saya hanya mengetahui akan kewujudan Anis apabila saya melihat video viralnya yang diedarkan secara meluas beberapa minggu yang lepas.

Di dalam video tersebut, Anis kelihatan berdiri di luar sebuah universiti tempatan - setelah dilarang untuk memasukinya - berkongsi kerisauannya berhubung skandal 1MDB dengan sekumpulan mahasiswa.

Pada mulanya, beliau tampak gugup dan sedikit kaku. Semakin lama, suara Anis semakin lantang, berani dan yakin, menyuarakan apa yang terbuku di hati.

Selepas seketika, Anis menegur pegawai-pegawai polis yang cuba meleraikan situasi: "Mereka seluruh dunia tahu kita telah dirompak; bagaimana kita boleh relax?".

Persembahan Anis yang penuh beremosi ini sememangnya membuka mata banyak pihak. Bagi segelintir rakyat Malaysia, momen itu amat menakjubkan.

Apatah lagi, peristiwa yang menggambarkan kekecewaan seluruh negara ini disampaikan oleh seorang gadis muda yang cantik, bijak dan petah bercakap.

Dari manakah datangnya anak muda ini? Adakah kemunculan beliau suatu norma atau fenomena? Bagaimanakah anak kelahiran Sungai Besar, sebuah pekan kecil yang terletak di pesisiran pantai di utara Selangor, dari latar belakang kelas menengah (kedua-dua ibu bapanya guru sekolah) mampu menggamit perhatian seluruh negara?

Anis melihat aktivisme sebagai cara untuk mengaplikasikan apa yang dipelajarinya di universiti.
Anis melihat aktivisme sebagai cara untuk mengaplikasikan apa yang dipelajarinya di universiti.

"Saya bermula dengan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Tahun ini adalah ulang tahun ke-60 penubuhan organisasi ini oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

"Penglibatan saya dalam organisasi ini telah banyak membantu saya memahami dengan lebih mendalam peranan seorang mahasiswa dan seorang Islam," jelasnya.

Anis berkata, beliau sedar beliau harus memperjuangkan prinsip-prinsip Islam kerana agama itu berteraskan keadilan.

"Politik perkauman hanya permainan politik semata mata. Apa salahnya kita bercampur dengan kaum-kaum lain?"

Intelektual Indonesia teruja dengan perdamaian Anwar-Mahathir

14390676_10156264303531515_7568354147684896707_n-1YOGYAKARTA, 22 SEP: Pertemuan semula dua tokoh – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang saling bermusuhan sejak Reformasi 1998 ternyata mengundang minat rakan-rakan dari seberang.
“Perdamaian Mahathir-Anwar sedang mencipta gelombang di Indonesia,” ujar Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.
Menurut beliau, ia menjadi tajuk perbincangan pemimpin dan intelektual awam Indonesia yang menemui delegasi DAP pimpinan Lim Kit Siang sepanjang lawatan empat hari mereka ke negara republik itu.
Delegasi tersebut dalam rangka jelajah bagi mendalami perkembangan politik Islam dan demokrasi di negara majoriti Muslim.
“Pemimpin DAP telah melawat Parlimen Indonesia dan mengadakan perbincangan dengan pemimpin politik, Islamis dan intelektual Indonesia mengenai trend perkembangan rantau Asia Tenggara, terutamanya dalam soal Islam dan politik, serta keperluan memerangi ancaman ekstremisme dan IS,” jelas Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
14370277_10154093140664102_2526570108809058197_nMenurut beliau lagi, hasil siri perbincangan tersebut, wujud konsensus bahawa Islam yang inklusif, sederhana dan bertoleransi adalah diperlukan untuk masa depan dunia yang aman, harmoni dan adil.
Delegasi DAP bertemu Setiausaha Agung Nahdlatul Ulama (NU) yang juga bekas jurucakap mantan presiden Abdurrahman Wahid (Gus Dur) Haji Yahya Cholil Staquf serta bekas Ketua Umum Muhammadiyah, Ahmad Syafi’i Maarif, yang pernah menerima Anugerah Ramon Magsaysay bagi tahun 2008.

Dakwaan Guan Eng hina mahkamah sangat serius, kita akan lawan – Gobind


GEORGE TOWN, 22 SEP: Pasukan peguambela Lim Guan Eng akan mengambil langkah perlu dalam menentang tindakan Ketua Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali yang memulakan prosiding tuduhan menghina mahkamah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
gobind singh deoGobind Singh Deo yang bertindak bagi pihak Guan Eng turut memaklumkan bahawa pihaknya akan mengulas lanjut mengenai prosiding berkenaan setelah menerima dokumen-dokumen bagi kausa tersebut.
“Kami diarahkan untuk menentang sepenuhnya permohonan tersebut bagi pihak klien kami dan akan mengambil segala langkah yang perlu di mahkamah untuk membersihkan nama beliau daripada tuduhan itu.
“Tuduhan terhadap Lim Guan Eng itu memberi implikasi yang serius terhadap beliau,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Puchong dalam kenyataan hari ini.
Gobind menegaskan bahawa kliennya memandang serius terhadap andaian yang dilemparkan, seolah-olah beliau telah mengganggu dan mencabar proses mahkamah dengan kenyataan-kenyataan media yang dibuat olehnya.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dituduh melakukan penghinaan mahkamah semasa sidang akhbar selepas pelancaran ‘Simposium Dr Wu Lian Teh’ oleh Penang Institute.
Beliau dilaporkan mendakwa kerajaan UMNO melakukan konspirasi terhadapnya dan menyatakan bahawa dirinya akan dipenjarakan berikutan pertuduhan rasuah membabitkan pembelian banglo dan pertukaran status tanah yang mana pada hakikatnya dimanipulasi parti pemerintah demi kepentingan politik.

Daftar Pengundi: Awas Anak Muda Jangan Leka - Rani Kulop

Agong perlu menitah sendiri pertemuan dia dengan Dr Mahathir


Setelah menanti lebih lima bulan akhirnya Dr Mahathir Mohamad dapat juga menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk mempersembahkan tanda tanya yang dipunggut menerusi deklarasi rakyat. Pertemuan itu berlangsung di luar Istana Negara di Kuala Lumpur.
Mungkin Agong sibuk maka Mahathir terpaksa sabar menanti agak lama untuk menyerahkan dokumen rakyat berupa tanda tangan yang menyatakan kurang senang dengan isu bergeliwat di keliling Perdana Menteri Najib Razak itu.
Mauduk tanda tangan itu juga sebagai menunjukkan protes kepada Najib dan mendesak agar beliau berundur. Bagi penanda tangan itu (rakyat) sangat berharap Najib bertanggung jawab ke atas apa yang berlaku kini seperti skandal 1MDB, penyonglapan wang dana RM2.6 billion dan lain-lainnya yang merosakan imej negara dan reputasinya sebagai PM.
Dr Mahathir sudah pun menghadap dan menyerah dokumen berkenaan 15September lalu. Terpulang kepada budibicara Agong untuk meneliti dan mengambil tindakan lanjut berkaitan dokumen tersebut. Dokumen itu bukan sesuatu rekaan tetapi hakikat yang perlu dikaji dan ditaakulkan sebaik mungkin.
Yang jelas dan semua orang kena tahu, Agong memang tidak mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan seorang perdana menteri. Baginda dengan kuasa selaku Yang di-Pertua Agong menerusi peruntukan kuasa dalam Perlembagaan hanya boleh melantik seseorang jadi perdana menteri tetapi tidak boleh melucutkannya. Apakah peraturan ini satu kelemahan dan kepincangan yang boleh diperbaiki demi memantapkan sistem pentadbiran negara?
Yang boleh melucutkan jawatan Najib atau seorang perdana menteri ialah Parlimen. Sekiranya ada usul undi tidak percaya kepada Najib dan diluluskan maka beliau terpecat secara automatik. Ertinya selagi seorang perdana menteri boleh “membeli” parlimen, selagi itulah dia boleh terus menjadi PM sehingga tamat tempol sesuatu penggal parlimen.
Jadi kalau dengan penyempurnaan dekomen berkenaan mengharap Najib akan dipecat Agong ia sesuatu hasrat yang tidak akan tercapai sekalipun Najib benar-benar salah.
Rasanya Dr Mahathir dan lebih 1 juta mereka yang menanda tangan deklrasi itu menyedari akan hakikat ini. Cuma apa diharapkan ialah kalau-kalau ada budibicara (kuasa Yang di-Pertua Agong) untuk bertindak setelah meneliti kemunasabah dokumen itu. Sekiranya doklumen itu tidak “berpakai” ia boleh ditong-sampahkan begitu sahaja kemudian menjadi cebisan sejarah.
Apa juga diharapkan menerusi budibicara itu nanti sekiranya Agong berasakan perlu menitah sesuatu kepada memanda menterinya demi kebaikan bersama. Tidak ada suara dianggap keramat yang layak membuat teguran kepada perdana menteri dan akan didengar ialah Agong.
Dr Mahathir merekod kehadirannya di Istana.
Itu sahaja yang diharapkan dan tidak lebih daripada itu. Penyerahan dokumen berkenaan atau aduan kepada Agong mengenai Najib adalah jalan terakhir setelah semua jalan, saluran dan institusi lain yang sepatutnya menjadi pelindung dan membela hak rakyat tertutup dan ditutup rapat oleh Najib dengan kuasa keperdana-menterian yang dimiliki.
Institusi-institusi, saluran atau kuasa rakyat dimaksudkan itu seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kehakiman dan lain-lainnya semua digunakan tetapi ia tidak memberi hasil lumayan. Kuasa prerogatif yang ada kepada PM menutup dan menyekat segala usaha itu. Contohnya apa dilakukan SPRM ditutup oleh Peguam Negara.

Najib beli 4 baju sehari untuk Rosmah? MP buat laporan polis

Seorang ahli parlimen pembangkang membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan bahawa beliau memindahkan sejumlah AS$14 juta (kira-kira RM55 juta) antara tahun 2011 dan 2014 ke gedung fesyen tempatan Jakel Trading.
Laporan Lim Lip Eng kepada Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini adalah berdasarkan butiran perbelanjaan Najib yang diterbitkan oleh akhbar The Wall Street Journal minggu lalu.
Bercakap kepada Malaysiakini , Ahli Parlimen Segambut mendedahkan bahawa beliau telah membuat penelitian berhubung perkara itu.
“Kami telah periksa beberapa pakaian yang bernilai RM10,000 setiap satu di Jakel.
“Jadi, adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) dalam tempoh empat tahun? Satu tahun bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah kira-kira empat pakaian sehari.
“Jika laporan WSJ itu benar, ini lebih buruk daripada Imelda Marcos,” katanya.
Imelda adalah balu kepada bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos,yang memiliki lebih seribu pasang kasut berjenama yang mahal.
Ahli Parlimen DAP itu juga mempersoalkan dari mana datangnya wang berkenaan memandangkan perdana menteri tidak mampu berbelanja dengan boros hanya dengan gajinya.

Pilihan raya kampus UM 2016: Politik baru mahasiswa

Pilihan raya Kampus ini merupakan salah satu titik tolak ke arah menghidupkan fungsi sebenar universitiPilihan raya Kampus ini merupakan salah satu titik tolak ke arah menghidupkan fungsi sebenar universiti
Hari ini, 19 September 2016 merupakan hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya (PRKUM) bagi pemilihan kepimpinan mahasiswa sesi 2016/2017. Uniknya PRKUM pada kali ini adalah dari segi politik baru yang dibentuk oleh mahasiswa, iaitu konsep multi-parti berbanding tahun-tahun sebelumnya yang menyaksikan persaingan dwi parti sahaja.
Sebagai salah seorang mahasiswa yang melibatkan diri secara aktif dalam Pilihanraya Kampus UM pada kali ini, saya melihat bahawa kepelbagaian yang dicorak melalui 5 parti mahasiswa ini adalah satu bentuk persaingan yang sihat dan mewajahkan lanskap politik kampus yang lebih dinamik.
Dalam persaingan 5 parti mahasiswa yang mewarnai PRKUM pada kali ini, Angkatan Mahasiswa merupakan satu-satunya parti yang muncul mengangkat nilai-nilai teras universiti. Agenda utama yang dibawa antaranya adalah penyatuan mahasiswa melalui pengamalan 10 nilai teras universiti iaitu :
1. Integriti
2. Hormat
3. Kebebasan akademik
4. Berfikiran terbuka
5. Kebertanggungjawaban
6. Profesionalisme
7. Meritokrasi
8. Semangat Kerja Berpasukan
9. Kreativiti
10. Tanggungjawab Sosial
Mahasiswa harus sedar bahawa mereka adalah 'stakeholder' atau warga terbesar dan terpenting bagi sesebuah universiti. Tanpa mahasiswa, tiadalah universiti. Oleh itu, mahasiswa punyai hak untuk mengangkat suara mereka serta memastikan tiada pihak yang boleh menindas hak mahasiswa sewenangnya.

Surat Terbuka kepada Presiden Sime Darby Berhad

Tan Sri Bakke SallehTan Sri Bakke Salleh

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh
Presiden dan Ketua Eksekutif
Sime Darby Berhad,
YBhg Tan Sri,
Penglibatan Caterpillar dan Hyundai dalam Kekejaman terhadap Rakyat Palestine

Susulan pertemuan kita pada 20 Julai 2016, BDS Malaysia masih menunggu untuk mendapatkan keputusan dan tindak-balas pihak Sime Darby, yang dijanjikan oleh Tan Sri.
Seperti yang dimaklumkan semasa perjumpaan kita, BDS (Boycott, Divest Sanction), adalah sebuah NGO global yang non-partisan ( http://bdsmovement.net/call ). Kami di Malaysia adalah sebahagian daripada usaha yang bergiat secara aman di peringkat antarabangsa bagi menentang kezaliman Israel melalui aktiviti boikot, pelupusan saham dan sekatan. Usaha ini disokong oleh berbagai pihak termasuk para ilmuan, aktivis, pertubuhan bukan kerajaan, majlis perbandaran dan lain-lain dari merata pelusuk dunia.
Usaha BDS ini adalah bagi menyahut seruan lebih daripada 170 organisasi masyarakat sivil Palestin, untuk perpaduan global, dan penggunaan boikot, pelupusan saham dan sekatan, untuk memberi tekanan kepada Israel agar mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa.
Matlamat gerakan BDS adalah untuk Israel mengiktiraf Hak Asasi Negara dan Rakyat Palestin, dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa dengan:
1. Mengakhiri pendudukan dan penjajahan ke atas semua tanah Arab dan merombak Tembok Pemisah
2. Mengiktiraf hak asasi warga Arab-Palestin di Israel untuk kesaksamaan sepenuhnya; dan
3. Menghormati, melindungi dan mempromosi hak-hak pelarian Palestin untuk kembali ke rumah dan harta tanah mereka seperti yang ditetapkan dalam resolusi PBB 194
Di antara aspek kezaliman rejim Israel ialah pemusnahan dengan rakus puluhan ribu rumah kediaman milik rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Aktiviti tidak berperikemanusiaan ini kadangkala dilakukan walaupun penghuni masih berada di dalam rumah. Ini sering mengakibatkan kematian. Jentera yang paling kerap digunakan oleh rejim zalim Israel ialah yang dibekalkan oleh syarikat Caterpillar dan Hyundai.

MENTERI 'UMNO' rupanya yg putuskan naik caj parkir KL tu..

Adakah negara kita memang ditadbir oleh penyangak2 berlesen besar ??!!

Korang bising2 pon TETAP JUGA PANGKAH BN. BN JUGA MENANG..

Itulah HAKIKATNYA rakyat Malaysia..
Bila dah kenyang dedak TETAP PANGKAH BN..
 APA BUKTI "Banyak orang awam sokong kenaikan harga parkir" tu !!

Sebenarnya yang sokong caj parkir dinaikkan adalah syarikat kroni yang dilantik DBKL untuk urus parkir diseluruh Kuala Lumpur...

Pembelian 'mahal' KWSP dari syarikat adik menteri dipersoal

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diminta menjelaskan langkahnya membayar RM1.13 bilion untuk mendapatkan 40 peratus pegangan dalam Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) – jumlah yang menurut PKR jauh melebihi nilai sebenar.
Transaksi pada 2014 menunjukkan 30 peratus pegangan dalam DUKE dijual pada harga RM220 juta.

Justeru, 40 peratus pula sepatutnya bernilai RM304 juta, kata anggota parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin (gambar).

Bagaimanapun, jumlah dibayar KWSP sekarang hampir empat kali lebih tinggi hanya dalam tempoh dua tahun.

Sim berkata KWSP mesti memberi penjelasan, terutamanya apabila Ekovest, yang menjual pegangannya kepada dana itu, dikaitkan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Adik Hishamuddin, Haris Onn memiliki 15 peratus dalam syarikat syarikat tersenarai awam itu.

“KWSP mesti jelaskan sama ada terdapat sebarang tekanan atau arahan politik yang mempunyai kaitan dengan rundingan itu,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tidak logik untuk mengatakan nilai DUKE naik sebegitu sekali, memandangkan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menjual 30 peratus sahamnya pada 2014.

“Jika KWSP begitu sekali hargai nilai lebih raya DUKE dan sanggup bayar RM1.13 bilion kepada Ekovest untuk 40 peratus pegangan, kenapa syarikatnya MRCB melepaskan 30 peratus pegangannya dalam lebuh raya DUKE untuk hanya RM228 juta dua tahun lalu?” soalnya.

Ekovest mengumumkan penjualan itu melalui pemfailan di Bursa Malaysia semalam.

Keseluruhan lebuh raya itu bernilai RM2.38 juta.

Sebelum itu, harian perniagaan The Edge melaporkan bahawa penganalisis berbeza pandangan sama ada penilaian harga itu sepadan atau sebaliknya.

DAP tiada pilihan selain hormati keputusan Azmin

Cadangan mengadakan pilihan raya sebelum SPR masih perlu perkenan Sultan dan DAP perlu akur dengan keputusan MB.
awangPETALING JAYA: Beberapa penganalisis politik tidak bersetuju cadangan DAP supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubar lebih awal bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan peta pilihan raya baharu.
Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata DAP perlu menghormati keputusan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang tidak mahu pilihan raya kilat diadakan dan bertegas mandat rakyat perlu dihormati.
“DAP perlu sedar tanpa sokongan PKR, DAP tidak dapat bentuk kerajaan di Selangor. Sokongan PAS juga penting bagi mengukuhkan kerajaan Selangor malah kedudukan Pakatan Harapan tanpa penyertaan PAS akan beri kesan kepada PRU.
“DAP juga perlu hargai mandat rakyat dan tidak perlu berpolitik berlebihan,” katanya kepada FMT.
Azman berkata, walaupun trend sokongan pengundi mula kembali kepada Barisan Nasional (BN), ia masih belum mampu mempengaruhi majoriti pengundi menolak kerajaan campuran Selangor.
“BN juga alami krisis dalaman khususnya Umno. BN Selangor masih lagi dalam proses pemulihan dan pembaikan peringkat dalaman malah BN Selangor juga dilihat kurang bersedia. Saya yakin pembangkang masih menang di Selangor jika ada kesepakatan di antara PKR, PAS dan DAP,” katanya.

Nazir setuju sekolah satu aliran seperti disaran Sultan Johor

Ahli perbankan terkemuka Datuk Nazir Razak setuju dengan saranan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar sistem pendidikan satu aliran diterima pakai di negara ini.
Bagaimanapun, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak itu berkata, selain merupakan isu kritikal yang perlu dipertimbangkan, ia juga adalah satu perkara yang sensitif.
"Pendidikan adalah mengenai membangunkan tenaga mahir yang berkualiti dan menyatukan masyarakat.
"Tetapi saya fikir ia perlu dibincangkan bersama-sama dengan isu-isu kritikal yang lain seperti keperluan tindakan afirmatif berbanding DEB, negara Islam berbanding perlembagaan sekular, membina semula kepercayaan terhadap institusi negara, kesederhanaan dalam politik dan masyarakat dan sebagainya," katanya dalam satu posting di Instagram.
Pengerusi CIMB itu percaya bahawa sudah tiba masanya untuk "Majlis Perundingan Negara 2" dijalankan.
Beliau berkata ini akan membantu dalam jangka panjang berdasarkan keperluan dan aspirasi generasi Malaysia hari ini yang jauh berbeza daripada keperluan dan aspirasi generasi semasa Majlis Perundingan Negara pertama pada tahun 1970.
Semalam, Sultan Johor pada pertemuan dengan pemimpin persatuan Cina di Johor Bahru sekali lagi menekankan kepentingan sistem pendidikan satu aliran.
Memetik pepatah Melayu "melentur buluh biarlah dari rebung" baginda percaya generasi muda perlu dicampurkan dalam satu sistem pendidikan asas yang seragam.
“Pendidkan asas inilah yang amat penting untuk mengajar tentang nilai dan budaya hidup dalam masyarakat berbilang bangsa,” titahnya.

DAP gesa batal usul SPR kerana ‘semua pihak’ tak puas hati

"DAP di Bukit Bintang dan Cheras akan peroleh majoriti yang lebih baik. Tetapi kemenangan itu ketika parti pembangkang lain tumpas. Kita tak mahu itu berlaku," kata Lim Lip Eng.
persempadanan di Selangor dan Kuala LumpurPUCHONG: Ahli Parlimen Segambut meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan cadangan persempadanan di Selangor dan Kuala Lumpur kerana ia dibantah Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
“MCA dan Gerakan kata ia tidak adil. Mereka sebagai komponen BN rasa kerugian.
“DAP, PKR dan Amanah Selangor juga tidak berpuas hati. Oleh kerana semua parti membantah, SPR perlu batalkan persempadanan itu. Tidak guna melakukan sesuatu yang orang tidak suka,” katanya kepada pemberita hari ini.
Menurut Lip Eng, Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar juga tidak berpuas hati dengan cadangan SPR itu.
Noh berkata Umno tidak lagi dapat bertanding di kerusi Parlimen Ampang termasuk kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
“Sia-sia BN beri kenyataan akhbar atau hantar surat bantahan kepada SPR.
“Lagipun mereka akan bertemu Najib. Suarakan ketidakpuasan hati pada PM dan hantar saranan kepada SPR,” katanya, merujuk kepada semangat konsensus dalam gagasan itu.
“Ini masa terbaik untuk mereka buktikan kesepakatan,” tambahnya.
Meskipun DAP akan menang majoriti yang lebih besar, Lip Eng berkata parti itu membantah cadangan SPR kerana tidak mahu mengorbankan Amanah, PKR dan PAS.
Di Kuala Lumpur, Lip Eng berkata PKR akan kehilangan kerusi Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.
“DAP di Bukit Bintang dan Cheras akan peroleh majoriti yang lebih baik. Tetapi kemenangan itu ketika parti pembangkang lain tumpas. Kita tak mahu itu berlaku.”
SPR mengemukakan cadangan penentuan sempadan pilihan raya baharu untuk kerusi Parlimen dan DUN untuk Tanah Melayu dan Sabah 15 September lepas.

Shafie Apdal di Putrajaya, ambil alih parti polik Sabah

Bekas menteri itu mengunjungi pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini memohon proses pertukaran nama parti berkenaan dan logonya.
Shafie Apdal
PUTRAJAYA: Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Shafie, yang bertindak keluar Umno pada 4 Julai lepas setelah digantung keahliannya pada 24 Jun lepas, berkata parti itu adalah parti politik berkonsepkan pelbagai kaum yang ditubuhkan pada 2013.
Tanpa menamakan parti berkenaan, bekas menteri kabinet itu mengunjungi pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini, hari ini untuk memohon proses pertukaran nama parti berkenaan dan logonya.
“Saya yakin, ia tidak akan mengambil masa yang lama sebab proses (ambil alih) lebih mudah berbanding penubuhan parti baharu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat ROS.
Shafie merupakan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah sebelum digugurkan dalam rombakan kabinet pada 29 Julai tahun lepas.

Naib presiden Darell Leiking keluar PKR untuk bersama parti Shafie Apdal

Beliau berhasrat meneruskan perjuangan menentang BN menerusi platform Sabah.
Darrell_Leiking_15126_620_412_100Naib Presiden PKR Darell Leiking mengumumkan peletakan jawatannya dari parti.
Dalam suratnya ditujukan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Darell yang juga ahli Parlimen Penampang di Sabah itu berkata keputusannya bukan kerana tidak bersetuju dengan pimpinan ataupun parti.
Sebaliknya, Darell berkata beliau mahu meneruskan perjuangan sama PKR tetapi atas platform lain.
Beliau mengakui perjuangan menentang “regim Barisan Nasional yang zalim” memerlukan beliau terus kekal di dalam parti.
“Namun ada juga banyak sebab saya perlu pertimbangkan perjuangan politik sama di Sabah yang membawa saya ke dalam PKR, iaitu menerusi platform berasaskan negeri melawan regim zalim Barisan Nasional,” tulisnya dalam surat bertarikh 21 September itu.
Berita peletakan jawatan Darell diterima ketika bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, secara rasmi membuat permohonan menubuhkan sebuah parti baru berasaskan Sabah.

Pengundi Melayu akan menyelamatkan BN ?

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Persempadanan semula kawasan pilihan raya menjelang PRU2004 dibuat dengan keyakinan pengundi Cina akan menjadi penyelamat Umno-BN ekoran kemarahan terbuka pengundi Melayu terhadap pemerintah pada PRU1999.
Hasilnya banyak kerusi campuran diwujudkan dan tiada tambahan kerusi Parlimen di negeri2 majoriti Melayu, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Dan BN menang besar pada 2004. Tapi siapa menduga, kerusi2 yang dibentuk atas keyakinan pengundi Cina menjadi penyelamat BN itu memakan diri pada 2008 dan 2013.
Kini, Najib dan konco2nya, dengan kerja yang dibuat SPR, yakin pengundi Melayu akan menyelamatkannya.
Bagaimana caranya untuk pastikan BN sekali lagi tertikam dengan senjatanya sendiri?
Ya, nampak sukar dan payah sekali, tetapi apakah ruang sudah tertutup untuk menggerakkan gelombang kesedaran Melayu pula?
Umno juga bantah cadangan persempadanan kawasan pilihan raya! Gimik murah utk perlihatkan spr itu bebas dan berintegriti.
Alahai!

Najib Memalukan Dan Menghina Seri Paduka Baginda Yang Di Pertua Agong


Oleh DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
1. Najib sudah tidak layak jadi Perdana Menteri Malaysia apabila membuat kenyataan yang menunjukkan fakta yang salah.Bagaimana fakta tempat boleh jadi tidak betul dalam kenyataan PM Najib.Fakta berkaitan dengan sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku tidak seharus salah, kerana ianya dilaporkan oleh media. Peristiwa tidak pernah berbohong di mana tempat berlakunya peristiwa.

2.Saya agak hairan kenapa PM Najib begitu ghairah untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan peristiwa pertemuan empat mata antara Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dengan Tun Dr Mahathir yang di terima mengadap pada 15 Sept 2016.Kalau pun tujuan kenyataan PM Najib untuk memperlekehkan Tun M tetapi tidak seharusnya menunjukan fakta yang salah.

3.Peristiwa pertemuan 4 mata tersebut berlaku di Istana Anak Bukit.Yang peliknya PM Najib dalam kenyataannya menyebut pertemuan tersebut berlaku di Istana Bukit Malut. Kan berbeza antara Bukit Malut dengan Anak Bukit. Bukit Malut di Langkawi.Anak Bukit dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar.Bukit Malut dan Anak Bukit dipisahkan oleh laut.Nampak PM Najib pening dan melalut dengan Bukit Malut.Pasti Najib tidak layak sertai pertandingan kuiz.

NAJIB TAK LAYAK JADI PM DAN PESERTA KUIZ BETUL KE BOHONG?

4.Begitu juga dengan fakta Deklarasi Rakyat yang dis ebut oleh Najib dalam kenyataannya sebagai Deklarasi PBBM. Satu dunia tahu Deklarasi tersebut diusahakan oleh Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) yang diketuai oleh Tun M dan disertai oleh individu induvidu rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.Waktu itu PBBM pun belum tubuh lagi.Tan Sri Muhyidin,Datuk Seri.Mukhriz dan Datuk Shafie masih lagi Ahli Umno pada waktu pelancaran Deklarasi Rakyat.

5.Kenyataan PM Najib satu penghinaan pada TUANKU YDPA dengan menyatakan Tuanku Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri usaha yang lakukan olih PBBM dalam Deklarasi PBBM. Kenyataan PM Najib seolah olah YDPA tak faham fakta sebenar antara Deklarasi Rakyat dengan Deklarasi PBBM.Najib meletakkan YDPA sama taraf dengan Ahli Parlimen Langkawi yang mentafsirkan MO1 adalah YDPA.Pertemuan dan perbualan Saya dengan  YDPA semasa berangkat ke majlis perkahwinan anak saya pada 17 Sept 2016 Komplek Inspin Alor Setar menunjukkan YDPA mempunyai pengetahuan sejarah dan ketajaman fikiran lebih tinggi dari PM Najib.

Bukan parti baharu tapi perbaharui parti lama - Shafie Apdal

Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini hadir di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Putrajaya bagi memperbaharui
sebuah parti yang ditubuhkan pada 2013 di Sabah untuk didaftarkan menjadi parti politik barunya.
Mohd Shafie yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna berkata, kehadirannya di ROS hari ini bukan untuk menubuhkan parti baharu sebaliknya hanya mengemas kini sebuah parti untuk ditubuhkan semula menjadi partinya.
Shafie Apdal "Hari ini alhamdullillah saya berkesempatan ke ROS... bukan pendaftaran parti baharu sebenarnya kerana ia sudah didaftarkan... cuma ada perubahan dari segi nama dan beberapa kandungannya, sekarang ini parti itu sudah ada cuma hendak ambil alih parti itu dan kita telah serah kepada pihak ROS dan kita yakin kita mematuhi segala kehendak dan peraturan Jabatan itu," katanya.
Mohd Shafie tiba di ROS sekitar jam 9.35 pagi dan kelihatan terus memasuki bangunan tersebut.
Terdahulu, susulan daripada tindakan penggantungan jawatan beliau sebagai Naib Presiden Umno pada Julai lalu, Mohd Shafie bertindak keluar daripada Umno.
Ogos lalu, Mohd Shafie telah memberi bayangan beliau bakal menubuhkan parti tempatan baharu yang berpangkalan di Sabah.
Sementara itu, Mohd Shafie yang ditemui media hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai parti yang diperbaharui itu sehingga urusan dengan ROS selesai.
"Nama parti ini nantilah saya umum waktunya, memang sudah ada di Sabah ia didaftarkan berteraskan konsep pelbagai kaum," katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengapa tidak menubuhkan parti baharu sahaja, Mohd Shafie berkata, perkara itu akan mengambil masa.
"Parti baharu ambil masa, jadi sekarang ini mudah sedikit," katanya.

UMNO jangan berangan pulihkan indeks rasuah, selesaikan skandal 1MDB dahulu

Kerajaan UMNO dinasihati agar tidak memasang angan-angan untuk memulihkan reputasi buruk kegiatan rasuah negara, apatah lagi jika skandal kewangan negara membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pun tidak ditangani dengan baik.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, negara telah menanggung akibat berada di kedudukan tercorot dalam rekod indeks tahunan rasuah antarabangsa berikutan tindakan tidak serius kerajaan Persekutuan dalam menangani krisis skandal tersebut.
Sebagai contoh, katanya, mengikut rekod Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2015, Malaysia berada di tangga ke-54 tercorot daripada 168 negara yang terlibat, malah ditinggalkan negara jiran Indonesia dan Thailand.
Mengikut rekod tahun lalu itu juga, katanya, Thailand meningkat sembilan anak tangga berbanding kedudukan sebelumnya, manakala Malaysia turun empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
“Jelas sekali, kedudukan Malaysia jatuh, manakala Thailand dan Indonesia bertambah baik ekoran skandal 1MDB,” kata Setiausaha Agung DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.
Lebih membimbangkan, ranking CPI itu tidak memasukkan faktor lain seperti perkembangan terbaru membabitkan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam merampas aset yang diperoleh hasil penggelapan dana 1MDB.