Rabu, 21 September 2016

DAP gesa polis dedah siasatan terhadap Ali Tinju


GEORGE TOWN, 21 SEP: DAP menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan kepada umum berhubung tindakan lanjut yang akan diambil pihaknya ke atas ugutan yang ditimbulkan Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, adalah penting untuk masyarakat mengetahui perkembangan di sebalik siasatan berkenaan kerana tingkah laku samseng dan membelakangi kedaulatan undang-undang Ketua Kumpulan Baju Merah itu tidak sewajarnya dibiarkan.
“Oleh kerana seriusnya dakwaan terhadap Ali Tinju itu, saya menyeru Ketua Polis Negara untuk mendedahkan kepada umum jika siasatan terhadap Ali Tinju itu menunjukkan wujudnya sebarang kesalahan di pihak beliau, dan sama ada beliau akan didakwa,” katanya yang juga seorang peguam dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini yang mendedahkan perbualan wartawannya dengan Ali Tinju selepas bekas anggota tentera itu menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mengugut Maria Chin.

MB Selangor serah surat kepada SPR 48 jam adakan pertemuan

Surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dihantar dalam tempoh 48 jam bagi mengadakan pertemuan berhubung cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pertemuan dengan SPR perlu agar Kerajaan Negeri mendapat maklumat terperinci asas mengenai persempadanan semula itu.
Katanya pertemuan itu diputuskan setelah Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) mengambil maklum cadangan SPR dan membantahnya.
“MMKN mengambil maklum dengan cadangan tersebut dan kita membantah cadangan dibuat SPR dan MMKN bersetuju mengambil langkah berikut.
“Saya keluarkan satu surat rasmi kepada SPR hari ini untuk mengadakan pertemuan dengan SPR supaya kita diberikan maklumat tentang asas mereka membuat sempadan tersebut.
“Apakah metadologinya, apakah sistemnya, apakah asas digunakan kerana cadangan dikemukakan SPR itu melanggari dua peruntukan besar dalam Perlembagaan Persekutuan setelah kita merujuk peguam,” kata Mohamed Azmin.
Sebelum ini, Mohamed Azmin sekali lagi menolak saranan supaya Dewan Negeri Selangor (DNS) dibubarkan lebih awal bagi pilihan raya awal negeri.

Persempadanan dijadikan alat pemisahan kaum, kata Dr Hatta

Dr. Mohd Hatta Ramli anggap syor persempadanan semula akan hancurkan fabrik masyarakat MalaysiaDr. Mohd Hatta Ramli anggap syor persempadanan semula akan hancurkan fabrik masyarakat Malaysia
Syor persempadanan semula kawasan pilihan raya hanya akan menghancurkan fabrik masyarakat di negara ini, tegas Pengarah Pilihanraya Amanah Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli.
Menurutnya, cadangan persempadanan selepas kali terakhir dilakukan pada 13 tahun lalu itu dilihat tidak munasabah berbeza dengan langkah sebelum ini.
“Walaupun dulu kita tidak sepenuhnya berpuas hati tetapi ada satu jumlah besar yang kita anggap kawasan campuran. Kawasan inilah kita anggap citra atau imej Malaysia.
“Sekarang, ramai pengundi Cina dipindahkan ke parlimen yang mereka jangka kalah. Pengundi Melayu pula ditambah di kawasan yang dianggap berpotensi menang.
“Itu satu strategi yang saya anggap keterlaluan dan hanya menghancurkan fabrik masyarakat kita untuk jangka panjang. Kita tidak mahu persempadanan ini jadi alat untuk memisahkan kaum,” katanya dalam wawancara ekslusif Malaysia Dateline di ibu negara hari ini.
Beliau berkata, persempadanan kawasan pilihan raya harus mewakili komposisi masyarakat negara ini tetapi BN pada masa ini ketara menganggap kawasan bercampur akan merugikannya.
“Kawasan-kawasan yang ketika PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) lalu, pengundi Melayu dan bukan Melayu dalam jumlah lebih kurang sama, sekarang dikikis,” ujarnya.
Beliau yang juga salah seorang daripada sembilan anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya berkata, kawasan bercampur pada 2004 telah terbukti memberi kemenangan kepada BN.
“Untung rugi bergantung pada suasana, isu, kepimpinan dan prestasi kerajaan. Itu yang menentukan bukannya kedudukan kaum itu.
"Dari segi jangka panjang, kawasan bercampur membantu keharmonian kaum kita. Jangan anggap syor persempadanan pada masa sekarang sebagai ruang untuk menang sebaliknya fikirkan jangka panjang,” tegasnya.

Ahmad tolak jawatan bukan perkara baru, Nik Aziz, Haron Din juga pernah tolak

Kebiasaannya kerana pemimpin itu mahu memikirkan tawaran secara mendalam sebelum membuat keputusan, jelas Mahfodz Mohamed
ahmad-yakob_Ahmad-Yaakob_6001
PETALING JAYA: Keputusan Datuk Ahmad Yaakob menolak jawatan Mursyidul Am PAS bukanlah perkara baru kerana Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din juga pernah berbuat demikian.
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS Datuk Mahfodz Mohamed menjelaskan kebiasaannya sikap itu diambil kerana pemimpin itu mahu memikirkan tawaran secara mendalam sebelum membuat keputusan.
“Pimpinan parti tawaduk (merendah diri dan taat), dulu Haron Din juga tidak mahu tetapi bila parti putuskan, beliau terima.
“Saya percaya Datuk Ahmad Yaakob macam itu juga. Beliau tidak mahu terima terus, beliau akan fikir dengan mendalam kerana tanggungjawab jawatan itu besar,” katanya kepada FMT.
Mursyidul am menjadi penasihat kepada eksekutif parti dan menjadi rujukan dalam perkara dasar perjuangan. Ia tidak terbabit dalam pentadbiran eksekutif parti.
Nik Aziz di kedudukan itu antara individu penting dalam pembentukan Pakatan Rakyat, manakala Haron Din memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan antara PAS dan Umno.
Lidah rasmi PAS, Harakah Daily melaporkan Ahmad ingin kekal sebagai timbalan mursyidul am kerana mahu “beri laluan kepada orang lain yang lebih layak”.

Jawatan Mursyidul Am Pas: Ahmad Yakob enggan ganti arwah Haron Din

Ahmad Yakob anggap dirinya tidak layakAhmad Yakob anggap dirinya tidak layak
Menteri Besar Kelantan yang kini Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob enggan menduduki tempat Allhyarham Datuk Haron Din yang kembali ke ramatullah minggu lalu.
Portal rasmi parti itu, Harakahdaily melaporkan Ahmad hanya ingin kekal jawatannya kini kerana mahu memberi laluan kepada orang lain yang lebih layak.
Beliau berharap perkara itu berlaku walaupun dalam perlembagaan parti membenarkannya menjawat jawatan itu.
"Kalau boleh saya mahu terus kekal menjadi Timbalan Mursyidul Am PAS.
"Setakat ini saya masih Timbalan Mursyidul Am dan pohon sahabat lain ambil jawatan itu, kerana masih ramai yang layak dalam kepimpinan PAS ini," ujarnya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung dirinya yang disebut bakal menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia, Jumaat lalu.
Ketika ditanya berkaitan penolakan itu beliau berkata, banyak tugasan lain yang telah disandangnya termasuk Menteri Besar Kelantan.

PAS Selangor tidak kisah DAP enggan bincang agihan kerusi

DAP tidak akan berbincang dengan PAS perihal agihan kerusi

JANGAN RISAU!! Najib Takkan dapat LARI Kalau Kita PEGANG Rosmah - Mat Sabu

PATUTLER 'anak Rosmah' ini melenting bila 'IBU' dia dimalukan satu dunia...

DAN LAGI.. bila dah kantoi malu yahudi gak dipersalahkannya.

Masa KERAjaan lantik yahudi-APCO jadi penasihat Najib dgn bayaran RM76.8 juta, pernah tak 'anak Rosmah' yg muflis ini bising meroyan terhadap yahudi-APCO !!

Pelbagai Alasan Nak Perbodohkan Rakyat...!!!


Bila diangkat, dipuji, diberi anugerah satu negara seluruh media dikuasainya hebahkan kehebatan Rosmah.

TETAPI BILA SEKALI ANUGERAH DITARIK BALIK, pelbagai alasan dicipta kononnya orang lain yang salah, agen yahudi, agen barat nak burukkan nama suci Rosmah.

YANG KAMU SANGGUP TERIMA satu anugerah drpd Universiti Curtin, Australia pada 11 Februari 2012 sbg mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak menerusi program Permata Negara itu KAMU PERNAH POHON KA !!!

HOI ROSMAH !!!.. sejak bila nak terima anugerah kena pohon dahulu !!! Sejak bila kamu dah pandai nak perbodohkan rakyat.

APA LAGI NAK SPIN ALI TONGGENG !!!

KANTOI LAGI !!!.. pembohongannya..

Bila dia kata media tidak punyai sebarang rakaman atau video kata2 Ali tonggeng berbau ugutan..

HAKIKATNYA, terdapat bukti rakaman perbualan antara Ali Tonggeng dgn wartawan FMT yg Ali Tonggeng sendiri kata " dia nanti tidak akan berjalan di atas bumi. Ini kata-kata bekas tentera. Jangan cabar kami nanti kami akan buatkan kaki dia ke atas, kepala ke bawah jalan."

Jangan Abaikan 30 Kerusi Rekaan Umno

BNM: Financial inclusion agenda important

FMT calls Ali Tinju's bluff, publishes audio of alleged death threats

Guru malas? Anak normal Orang Asli sengaja dilabel ‘cacat akal’

Dengan mengkategorikan mereka sebagai 'cacat akal', murid Orang Asli yang normal dihantar ke sekolah lain yang jauh daripada keluarga mereka.
siti-kasim_pelajar
KUALA LUMPUR: Peguam aktivis Siti Kasim mendedahkan amalan di sebuah sekolah di Kelantan di mana guru memalsukan laporan perubatan pelajar Orang Asli dengan melabel mereka “terencat akal”.
Siti Kasim yang lantang memperjuangkan hak Orang Asli berkata perkara itu dibongkar selepas menganalisis beberapa laporan perubatan, yang mendapati kanak-kanak yang normal dari komuniti itu didiagnosis secara palsu sebagai “terencat akal ringan”.
Diagnosis sedemikian membolehkan pelajar tersebut dihantar ke sebuah sekolah berasrama di Gua Musang, hampir 2 jam perjalanan dari rumah mereka di Kuala Betis.
“Apakah yang cuba dilakukan oleh para guru terhadap kanak-kanak ini?” soal Siti Kassim.
“Kerana mereka malas mengajar, mereka berbuat demikian ke atas masa depan kanak-kanak ini? Ia sangat mengerikan.”
Tandatangan penjaga pada borang laporan perubatan dari sebuah sekolah di Kuala Betis, 30km dari Gua Musang, juga didapati palsu, di mana semua tandatangan dikesan serupa.
Pendedahan tersebut terkandung dalam memorandum disediakan Jaringan Kampung Kelantan Orang Asli (JKOAK) kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam.
Memorandum itu menuntut hak pendidikan bagi kanak-kanak Orang Asli.
“Doktor harus menolak laporan perubatan ini. Siapa yang menandatangani sijil mengesahkan kononnya anak mereka terencat akal.”
Beliau berkata istilah yang digunakan ialah “terencat akal ringan”.
Menurut Siti, beliau mendapat tahu perkara itu daripada seorang penduduk kampung, Jalil Anak Lelaki Bayor, yang bingung selepas anak perempuannya dikatakan menghadapi masalah kecacatan ringan.

Dituduh halang PR1MA, Selangor jawab Noh Omar

Kerajaan negeri Selangor dikatakan berbincang dengan PR1MA dan banyak perkara dipersetujui bagi menjayakan projek pembinaan rumah mampu milik atau Rumah Selangorku.
prima
PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mempersoal tuduhan Tan Sri Noh Omar yang pihaknya tidak bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam membangunkan projek Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Membidas perkara itu Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Datuk Iskandar Abdul Samad berkata kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan PR1MA dan banyak perkara dipersetujui bagi menjayakan projek pembinaan rumah mampu milik atau Rumah Selangorku.
“Kerajaan negeri juga sudah meluluskan sebuah projek Rumah Selangorku di Cyberjaya dijadikan projek PR1MA.
“Noh Omar berkata demikian mungkin kerana PR1MA bukan di bawah kementeriannya tetapi perdana menteri. Oleh itu beliau ketinggalan dan oleh itu gagal memberi maklumat lanjut tentang projek-projek PR1MA di Selangor,” katanya kepada FMT.
Iskandar juga mencadangkan agar projek PR1MA diletakkan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memudahkan Noh mendapat maklumat yang lengkap dan bukannya menyalahkan kerajaan negeri.
Memetik laporan Bernama, Noh mendakwa sebanyak 27 projek PR1MA meliputi 51,000 unit rumah gagal dilaksanakan di Selangor kerana mendapat halangan daripada kerajaan negeri.
Tambahnya, kerajaan negeri juga tidak membantu rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah membeli rumah dengan pemberian subsidi sebagaimana dilakukan kerajaan pusat melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Agamawan bukan nabi: PAS, Isma persoal kepintaran Zaid Ibrahim

Sebagai peguam Zaid seharusnya faham bahawa manusia tidak boleh dihina sesuka hati apatah lagi golongan agamawan.
Datuk Khairuddin Aman RazaliPETALING JAYA: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman melabel Datuk Zaid Ibrahim seorang peguam yang “kurang pintar”.
Katanya Zaid sepatutnya faham manusia, termasuk agamawan, tidak boleh dihina sesuka hati.
“Orang liberal biasanya berpegang pada hak asasi manusia, tapi dalam hal ini nampak macam dia tak faham pula. Orang biasa pun tak boleh dihina, apalah lagi seseorang yang dihormati,” kata Abdullah kepada FMT.
Zaid hari ini mempersoalkan penangkapan beberapa individu termasuk bekas wartawan Sidek Kamiso yang dituduh menghina Islam, kerana mengkritik atau menghina ahli politik dan agamawan tidak sama dengan menghina Nabi Muhammad.
Sidek antara mereka yang ditangkap kerana kiriman Twitter menyentuh kematian bekas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din baru-baru ini.
“Dalam kes Haron Din, yang menjadi isu bukan kerana hina batang tubuh beliau walaupun ia tidak wajar, tetapi menghina beliau kerana agamanya atau kerana amalan baik yang beliau lakukan,” jelas Abdullah.

Tamparan hebat buat UNESCO


Apabila UNESCO membatalkan anugerah 'Lead By Example' ke atas Datin Seri Rosmah Mansor kerana laporan New York Times  yang tidak tepat, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan memalukan Malaysia.Apabila UNESCO membatalkan anugerah 'Lead By Example' ke atas Datin Seri Rosmah Mansor kerana laporan New York Times yang tidak tepat, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan memalukan Malaysia.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sudah berpuluh tahun dipertikaian dan dikritik hebat akibat sikap dan pendirian badan dunia tersebut dalam isu-isu keamanan dan kepentingan sejagat.
Umat Islam terutamanya Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Liga Arab sudah lama tidak menaruh keyakinan terhadap badan dunia tersebut dalam isu Palestin-Israel dan kepenting-kepentingan strategik di Timur Tengah.
Apabila UNESCO membatalkan anugerah ' Lead By Example ' ke atas Datin Seri Rosmah Mansor hanya semata-mata kerana laporan New York Times  yang tidak tepat, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan memalukan Malaysia.
Malah, sebagai sebuah badan di bawah naungan PBB, mereka yang membuat keputusan bagi  UNESCO sewajarnya merasa malu dan terhina kerana keputusan yang dibuat tidak menggambarkan kredibiliti serta profesaionalisme pihak-pihak yang berkepentingan yang menerajui organisasi tersebut. 
Meski pun pada akhirnya mereka yang membatalkan anugerah tersebut mengambil keputusan untuk menunda penganugerahannya pada Rosmah, penolakan oleh Rosmah sudah cukup sebagai satu tamparan hebat yang memalukan UNESCO.
Sebaliknya  serangan peribadi  pihak tertentu terhadap Rosmah selama bertahun-tahun masih gagal mencalarkan imej Rosmah sehinggakan beliau terpilih sebagai penerima anugerah badan tertinggi dunia itu.

FMT tidak salah petik Ali Tinju, ikuti rakamannya

Bercanggah dengan dakwaan Ali Tinju yang menafikan mengugut Maria Chin, rakaman perbualan itu kami sertakan bersama laporan ini untuk pengetahuan pembaca.
VIDEO INSIDE
ali tinju
PETALING JAYA: Ketua Gerakan Merah Mohd Ali Baharom, yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, menafikan pernah membuat “ugutan” terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Penafian kepada The Sun itu, selepas polis mengumumkan Ali disiasat untuk ugutan jenayah, menjawab laporan FMT pada 14 September bertajuk “Watch your back, Ali Tinju warns Maria Chin”.
Ali dalam penafiannya mendakwa disalah petik dalam laporan itu yang menyebabkan dilihat seperti “seorang samseng dan seorang yang ganas”.
Ali memberitahu akhbar bahasa Inggeris itu bahawa saya, yang menulis laporan itu, tidak mempunyai video atau rakaman dia berkata dia merancang untuk “serang hendap” dan Maria “nanti tidak akan berjalan di atas bumi”.
Sebelum menulis laporan itu, saya meminta Ali untuk mengulas pengumuman Maria tentang tunjuk perasaan Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 November, dan adakah dia merancang untuk mengadakan himpunan balas pada masa yang sama.
Dia mengiyakan perkara itu dan memberi amaran kepada Maria supaya jangan menyebabkan kacau-bilau di negara ini. Dia juga minta Maria supaya berwaspada dan berikrar walaupun Maria ditemani 10 atau 20 pengawal peribadi, dia, seorang bekas tentera akan sebat mereka semua.
Berikut adalah petikan perbualan telefon antara saya dan Ali:
Pemberita: Will you hold a counter-rally (to Bersih 5)?
Ali Tinju: Saya akan adakan dalam masa terdekat ini, dan kita akan perhatikan perjalanan beliau. Itu kita punya, kita akan buat serang hendap lah.
Pemberita: Serang hendap? Dalam bentuk satu lagi perhimpunan jalanan juga ataupun exercise pinggang?
Ali Tinju: Itu you perhatikan lah. Di rumah, ataupun (inaudible) kita tengok dia. Dia jangan cuba buat kacau-bilau dalam Malaysia ni. Kita punya ahli ni banyak ahli-ahli perniagaan di Kuala Lumpur. Peniaga-peniaga di Kuala Lumpur ni banyak menjadi ahli Gerakan Merah. So mereka mempertikaikan lah kenapa di Kuala Lumpur, kenapa tak nak buat di Pulau Pinang, kenapa dia tak nak buat di Selangor? Kita akan serang hendap dia la. Tunggu masa serang hendap la. Saya tak kisah masuk penjara 10 tahun pun tak kisah.
Pemberita: Nak confirm, Tuan ada rancang untuk buat counter-perhimpunan jalanan tak? Mungkin pada hari sama dengan Bersih 5?
Ali Tinju: Kita akan turunkan orang-orang kita, kita membuat protes terhadap kuning pada hari yang sama. Tetapi dalam masa terdekat ni saya akan serang hendap Maria Chin.
Pemberita: Dekat rumah?
Ali Tinju: Mungkin dekat rumah, mungkin kat kedai, mungkin kat mana-mana.
Pemberita: Tapi serang hendap tu untuk buat exercise pinggang ke macam mana?
Ali Tinju: Tunggu jelah. Tunggu dan lihat lah.
Pemberita: Tapi exercise pinggang tu akan diadakan di depan rumah Maria Chin?
Ali Tinju: Dia akan rasa tidak akan aman. Dia tidak akan senang duduklah selepas ini. Mungkin dia akan bawa bodyguard dua tiga orang ke, enam orang ke, 10 orang ke untuk kawal dia. Tapi mereka ingat, 10 orang pun kita datang sebat la. Walaupun bodyguard dia 10 ke 20, kita akan sebat lah. Tunggu lah, kita akan serang hendap dia. Dia tidak aman, orang yang berniaga pun sama dengan dia tidak aman.
Pemberita: Kenapa?
Ali Tinju: Dia melakukan perbuatan pada 19 haribulan 11 untuk membuat himpunan akan menyusahkan orang-orang Kuala Lumpur meniaga, orang nak beli-belah, pelancong pun rasa takut nak datang, dan rasa negara ini seperti tidak aman dan tidak selamat. So Maria Chin pun tidak akan selamat selepas ini.
Pemberita: Maria Chin cakap kalau Tuan buat exercise pinggang dia akan sediakan air untuk Tuan. Boleh saya dapatkan comment?
Ali Tinju: Dia kena ingat, saya takut dia nanti tidak akan berjalan di atas bumi. Ini kata-kata bekas tentera. Jangan cabar kami nanti kami akan buatkan kaki dia ke atas, kepala ke bawah jalan.
Pemberita: Maknanya macam angkat mayat?
Ali Tinju: Itu you saksikan akan terjadi dalam masa terdekat.
Pemberita: Tuan tak takut penjara? Atau tindakan polis?
Ali Tinju: Tak apa, itu undang-undang mahkamah menjatuhkan hukuman bukan dia yang menjatuhkan hukuman. Tetapi, Maria akan bertanggungjawab segala-galanya.
Pemberita: (Maknanya) Dia akan menerima balasan?
Ali Tinju: Dia pasang 10 commando pun, 10 bodyguard pun, bodyguard dia akan tumbang. Ini serang hendap.
Pemberita: Jadi Tuan bagi amaran kepada Maria Chin untuk berhati-hatilah maknanya?
Ali Tinju: Yes, yes, yes, yes. Jangan rasa seorang hero untuk membuat kacau-bilau dalam negara. Kami menentang sehabis-habis keras.
Pemberita: Ada apa-apa lagi Tuan nak tambah?
Ali Tinju: Takpe, saya ingat saya akan bagi dia satu pil untuk dia insaf.
Pemberita: Satu pil untuk dia insaf? Pil apa Tuan?
Ali Tinju: Yes. Tunggu, warna merah.
Pemberita: Pil warna merah? Baju merah la maknanya?
Ali Tinju: Pil warna merah dia akan tahu itu pil.
Pemberita: Pil tu baju merah ye?
Ali Tinju: Pil tu warna merah.
Pemberita: Dalam bentuk Gerakan baju merah ke macam mana?
Ali Tinju: Takde, Takde. Pil tu warna merah, dia akan ingat sampai mati.

Inflasi pada Ogos naik 1.5 peratus

Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Ogos 2016 naik sebanyak 1.5 peratus kepada 115.6 berbanding 113.9 dicatatkan pada
bulan sama tahun lepas.
Antara kumpulan utama yang mencatatkan peningkatan adalah indeks minuman alkohol & tembakau yang naik sebanyak 19.7 peratus berbanding Ogos 2015, makanan & minuman bukan alkohol (+3.5 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (+2.1 peratus), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam
kenyataan hari ini.
Kumpulan lain yang mencatatkan peningkatan adalah pelbagai barangan dan perkhidmatan (+2.5 peratus) dan kesihatan (+2.2 peratus).
Bagaimanapun, kumpulan pengangkutan susut sebanyak 6.7 peratus berbanding Ogos 2015 diikuti komunikasi (-2.4 peratus) dan pakaian & kasut (-0.6 peratus).
Berbanding bulan sebelumnya, IHP pada Ogos 2016 naik 0.4 peratus kepada 115.6 daripada 115.1 pada Julai.
IHP bagi tempoh Januari hingga Ogos 2016 mencatatkan kenaikan sebanyak 2.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, didorong oleh peningkatan dalam kumpulan utama dengan peratusan perbelanjaan tinggi seperti makanan & minuman bukan alkohol (+4.2 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api
lain (+2.6 peratus).
Kenaikan lain ialah indeks minuman alkohol & tembakau (+21.4 peratus),
pelbagai barangan dan perkhidmatan (+3.5 peratus), restoran dan hotel (+3.2 peratus), kesihatan (+3.0 peratus) dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isirumah (+2.9 peratus).

Sumber: KWAP labur RM123 juta dalam Uber

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) mempertimbangkan membuat lebih pelaburan dalam syarikat berasaskan teknologi selepas menerokai sektor itu baru-baru ini.

Menurut sumber, ia melibatkan pelaburan dalam perkhidmatan pengangkutan Uber, lapor Reuters.

KWAP, dana pencen negara kedua terbesar, memberi telah komitmen untuk pelaburan RM123 juta dengan sebuah firma asing, kata ketua pegawai esksekutifnya Wan Kamaruzaman Wan Ahmad dalam wawancara bersama Reuters.

Ia dirujuk sebagai “syarikat teknologi antarabangsa dengan nilai pasaran lebih AS$60 bilion (RM248 bilion)”.

“Ini pelaburan pertama kita dalam ruang ini dan kita mahu lahirkan pakar kita dalam bidang ini,” kata CEO itu.

Wan Kamaruzaman dengan mendedahkan nama syarikat itu.
Bagaimanapun dua sumber yang dekat dengan rundingan itu berkata KWAP baru-baru ini melabur dalam Uber Technologies Inc.
Sumber-sumber itu enggan dinamakan sehinggalah rundingan itu dimuktamadkan.

Uber kini bernilai AS$62.5 bilion. Ia mula beroperasi di Malaysia sejak 2013 dan mendapat bantahan berterusan pemandu dan syarikat teksi tempatan.
Uber tidak dapat memberikan jawapan segera terhadap perkembangan itu.

Sarawak Report: Pas serah kepada peguam teliti

Pas telah menyerahkan semua dokumen berkaitan tindakan parti itu untuk menyaman Sarawak Report, kepada peguamnya untuk penelitian, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, peguam yang dilantik oleh parti itu akan mengkaji dokumen berkenaan manakala dokumen tambahan akan diberikan sekiranya diperlukan.
"Antara dokumen yang diberikan kepada peguam, dua hari lepas ialah kenyataan balas penafian daripada pemimpin Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Bharu ditanya perkembangan tindakan parti itu untuk menyaman portal berita berkenaan yang berpangkalan di London berhubung dakwaan berunsur fitnah terhadap Pas.
Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa Pas menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno, sekali gus mengundang kemarahan ahli Pas yang turut membuat beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut.

DAP perlu sensitif hubungan antara agama kata Mohd Amar

Mohd Amar Nik Abdullah
DAP perlu bersikap lebih sensitif terhadap hubungan antara agama bagi mengelak keharmonian antara kaum terganggu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata DAP sering meminta orang Islam menghormati agama lain, namun pada masa sama parti itu bertindak sebaliknya dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengguris hati umat Islam di negara ini.
"Pandangan saya ialah DAP sepatutnya lebih sensitif dengan perasaan orang Islam sebab banyak isu kita perhatikan pimpinan DAP ini tidak sensitif.
"Mereka minta supaya kita orang Islam menghormati mereka dan agama lain tapi sikap mereka sendiri tak sensitif dengan orang Islam. Jadi ini sikap yang tidak baik dan boleh menjejaskan keharmonian dalam hubungan masyarakat dan agama," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Mohd Amar mengulas mengenai kenyataan biadab anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi kerana menerusi twitternya telah menghina pemergian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Mohd Amar berkata walaupun Pas dan DAP berbeza fahaman politik dan akidah, namun kedua-dua parti perlu mengutamakan prinsip menghormati antara satu sama lain dan menggesa Ooi agar membuat permohonan maaf secara terbuka.

BERSIH dakwa ada 'tangan tersembunyi' cuba gagalkan himpunan

Kumpulan pemantau pilihan raya BERSIH percaya terdapat tangan tersembunyi yang bertindak menggunakan semua sumber-sumber negeara untuk menghalang himpunan BERSIH 5 walaupun ia belum bermula.
Ini, selepas bendahari BERSIH, Thomas Fann tidak dibenarkan ke Sarawak pagi ini dan diarahkan berpatah balik ke Kuala Lumpur dengan pesawat yang sama.
Fann dijadualkan menghadiri beberapa siri mesyuarat dengan kumpulan-kumpulan tempatan di Miri, Bintulu dan Sibu sebagai persiapan untuk perhimpunan BERSIH 5.
"Jabatan Imigresen bertindak bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kebebasan bergerak dan menjamin hak untuk perbezaan pendapat melalui protes aman," kata BERSIH dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengumumkan bahawa Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah akan disiasat kerana "cuba menggulingkan kerajaan", BERSIH, bagaimanapun, beranggapan ini adalah sesuatu yang "amat ganjil".
"Ini adalah amat ganjil, antara tuntutan utama BERSIH 5 adalah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen yang kini pada paras terendah di Malaysia.
"Daripada mengarahkan semua sumber negara menentang BERSIH 5, kami menyeru semua institusi kerajaan bertindak mengikut peruntukan undang-undang yang membenarkan perhimpunan aman, prinsip yang sentiasa ditekankan oleh BERSIH.
Institusi kerajaan, kata gabungan itu, mesti bertindak untuk kepentingan rakyat dan bukannya menentang mereka.

PAS sedia hadapi pilihan raya kilat, Amanah mahu kaji dulu

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata jentera sedia menghadapi pilihan raya di 45 kerusi DUN Selangor
pas-amanah
PETALING JAYA: PAS Selangor berkata jentera parti Islam itu sudah bersedia menghadapi pilihan raya kilat pada bila-bila masa sekiranya Kerajaan Negeri membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) lebih awal.
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata demikian selepas DAP Selangor mahu DNS dibubarkan bagi memintas cadangan persempadanan kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Jentera PAS sudah siap sedia untuk menghadapi apa-apa pilihan raya pada bila-bila masa. Kita sudah sedia menghadapi 45 kerusi di DUN Selangor,” katanya kepada FMT.
Mesyuarat tergempar DAP Selangor semalam memutuskan pilihan raya kilat merupakan jalan terbaik mempertahankan kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS di negeri itu.
Selain DAP Selangor, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang juga mencadangkan kerajaan Selangor mengadakan pilihan raya mengejut supaya tidak perlu menggunakan peta pilihan raya baharu, yang didakwa memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
Bagaimanapun, cadangan Kit Siang dan DAP Selangor itu ditolak Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
Azmin berkata mandat daripada pengundi pada Pilihan Raya Umum 2013 mesti dihormati dan tidak boleh diketepikan demi kepentingan politik
Cadangan persempadanan semula SPR itu melibatkan 128 kawasan Parlimen, dan boleh dibantah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kelompok 100 orang, sebelum 15 Oktober.
DAP Selangor menganggarkan 7 kerusi DUN – Sabak (PAS), Hulu Kelang (Amanah), Sementa (PKR), Selat Klang (PAS), Pelabuhan Klang (Bebas), Sijankang (PAS) dan Morib (Amanah) – bakal terlepas kepada BN sekiranya cadangan diluluskan.
“Saya tidak fikir pengundi akan mengambil mudah jika pilihan raya kilat ini satu-satu caranya untuk menyelesaikan masalah (persempadanan semula SPR).
“Kita masih perlukan mandat yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ini kerana jika berlaku pertandingan tiga penjuru, Selangor akan jatuh kepada BN,” kata Iskandar.

"Tarik balik anugerah, UNESCO hina Rosmah" sindir Isham Rais

#Kitalawan: 2 ADUN dan empat lagi diperintah bela diri

Kos hidup lebih penting dari PM Melayu, tinjauan KUASA



Ratusan pekerja Petronas mungkin hilang kerja - WSJ

'Politik tuduh-menuduh tidak semestinya boleh yakinkan pengundi'

Mahathir dan Anwar saling mempergunakan satu sama lain untuk kepentingan peribadi - Tun Faisal

Lebih Baik Pilihan Raya Sebelum Persempadanan Lulus

DAP Tak Kisah Bertembung Tiga Penjuru Dengan Pas

Anwar bakal rosakkan legasi Mahathir, kata penganalisis

Hiraukan orang tua seakan hilang akal ini, kata Sultan Johor

Persempadanan semula: Baik tukar sistem pilihan raya - Tuan Ibrahim

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disarankan agar menumpukan usaha menukar sistem pilihan raya di negara ini daripada majoriti mudah kepada sistem berimbang atau ‘proportional’.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sistem itu dilihat lebih dapat menjamin sistem pilihan raya negara.
"Daripada membuat cadangan persempadanan semula, Pas menggesa SPR menumpukan usahanya menukar sistem pilihan raya negara kepada sistem 'proportional' yang lebih menjamin sistem pilihan raya negara berjalan secara adil dan saksama kepada pihak yang bertanding.
Tuan Ibrahim Tuan Man  “Sistem ‘proportional’ ini akan menggalakkan lagi pengundi untuk turun menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Sebelum ini, usaha SPR untuk menjalankan persempadanan semula dibantah parti-parti politik terutamanya pembangkang kerana mendakwa ia hanya akan menguntungkan BN.
Menurut Tuan Ibrahim, asas utama persempadanan semula ialah untuk memastikan setiap undi rakyat hampir sekata nilainya apabila dinisbahkan kepada kerusi Dun mahupun Parlimen.
“Contohnya, di kawasan Parlimen yang mempunyai 100,000 pengundi, nisbah nilai satu undi terhadap keberkesanannya dalam menentukan kemenangan satu kerusi Parlimen hanyalah 1/100,000, ataupun 0.001 peratus.
“Nilai keberkesanan satu undi di kawasan ini adalah sangat kecil, 10 kali lebih kecil jika dibandingkan dengan nilai satu undi di kawasan yang mempunyai 10,000 pengundi iaitu 1/10,000 ataupun 0.01 peratus,” katanya.
Jelasnya, Malaysia mempunyai hampir 13.5 juta pengundi berdaftar yang bakal mengundi di 222 Parlimen dan jika dibahagi secara purata patut, hanya sekitar 60,000 pengundi memberi nilai keberkesanan satu undi sebanyak 0.0016 peratus.
“Bagi memastikan nilai keberkesanan satu undi sekata, jurang nilai keberkesanan satu undi di satu-satu kawasan mestilah tidak boleh melebihi +/- 25 peratus berbanding kawasan lain.
“Bermakna jumlah pengundi sesebuah Parlimen hanya dibenarkan dalam lingkungan 45,000  hingga 75,000 pengundi sahaja. Mana-mana Parlimen kecil perlu digabungkan, manakala mana-mana Parlimen yang besar perlu dipecahkan,” katanya.

PEMBOHONGAN & PERBODOHKAN RAKYAT oleh pemimpin2 Umno terus berterusan tanpa rasa letih dan jemu..

Setiap hari Najib canang satu negara bhw ekonomi negara semakin KUKUH, MAPAN, TIADA MASALAH & BERADA DI LANDASAN YANG BETUL..

HAKIKATNYA, pekerja2 kehilangan kerja, matawang ringgit makin jatuh, hutang KERAjaan Umno/BN & negara terus meningkat, kos sara hidup terus mencanak naik gara2 GST 6%...

Kenapa sini susah sangat nak namakan siapa MO1?

Media antarabangsa sebut dgn nyata. Malaysian Official 1 a.k.a. #MO1 itu NAJIB !!!

Kalau berita tersebut satu tuduhan palsu, BERANIKAH NAJIB mahupun KERAjaan M'sia nak saman media a'bangsa tersebut !!!

BAGAIMANA mereka semua ini boleh dpt 'Tan Sri' ??


Ramesh Rao: Gerakan Yahudi global mahu malukan Rosmah

Pengeluaran nama Rosmah Mansor daripada anugerah Lead By Example dikaitkan dengan gerakan rapi di peringkat global untuk memalukan isteri perdana menteri.
"Hasil pemeriksaan kami mendapati agensi berkenaan ialah sebuah agensi yang berasaskan Yahudi dan diberikan kononnya atas pencapaian Datin Seri Rosmah dalam program PERMATA yang sememangnya terbukti.

"Dalam hal ini, beliau sendiri tidak mahu menerima anugerah berkenaan sebaliknya tidak pernah memohon pun akan sebarang anugerah," kata Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Rames Rao.

Dihubungi Malaysiakini, Ramesh bagaimanapun enggan mengulas sama ada beliau merujuk kepada Antiquities Coalition tetapi berjanji akan mendedahkan butiran lanjut selepas ini.

Dalam kenyataannya, Ramesh berkata pengeluaran Program PERMATA Negara pada saat-saat akhir sebelum program pemberian anugerah itu dibuat dengan niat jahat untuk memalukan.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia sudah dapat mengesan lebih awal niat buruk dengan anugerah berkenaan.

"Ini adalah kerja jahat pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kejayaan PERMATA sendiri yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah sendiri," kata Ramesh.

Pertemuan dengan Tun M: Bincang hal Deklarasi Rakyat dan Pilihan Raya

Salahuddin Ayub (kanan) ketika berbual bersama Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri ) sambil diperhatikan Setiausaha Agung Bersatu Kamarulazman Habibur Rahman.Salahuddin Ayub (kanan) ketika berbual bersama Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri ) sambil diperhatikan Setiausaha Agung Bersatu Kamarulazman Habibur Rahman.
Kumpulan Deklarasi Rakyat akan menyerahkan satu lagi surat kepada Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja Melayu untuk membincangkan berkaitan intipati Deklarasi Rakyat dalam mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan diadakan, itu antara perbincangan yang berlaku di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang turut bersama 30 lagi penandatangan awal Deklarasi Rakyat  dalam satu pertemuan dengan bekas perdana menteri itu pada Ahad lalu.
Beliau hadir bersama Pengarah Strategi Amanah Dr Zulkifli Ahmad dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Pertemuan itu turut dihadiri pemimpin DAP antaranya Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Peguam S Ambiga dan Aktivis Hishamuddin Rais.
Salahuddin berkata, dalam pertemuan hampir dua jam itu, beberapa perkara dibincangkan bersama.
"Pertemuan itu diadakan selepas Dr. Mahathir menyerahkan memorandum Deklarasi Rakyat kepada Yang Dipertuan Agung di Istana Anak Bukit.
"Beberapa perkara dibincangkan secara serius tentang bagaimana selepas beliau bertemu Yang Dipertuan Agong menengahkan isu rakyat. Dr Mahathir akan menyerahkan satu lagi surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu agar ia menjadi agenda Raja Melayu untuk bincangkan perkara itu dalam mesyuarat akan datang.
"Supaya dapat dimasukkan dalam agenda kerana ia merupakan perkara berkepentingan rakyat dan negara untuk dapat perhatian Raja-raja Melayu," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Salahuddin memberitahu turut dibincangkan bagaimana pakatan pembangkang harus memperkukuhkan parti terutama dalam menghadapi pilihan raya akan datang secara serius.
"Ini kerana sekiranya kita menjangkakan PRU itu akan berlaku pada April tahun depan kita sebenarnya begitu hampir sekali dan kesuntukan masa.
"Isu persempadanan semula kawasan pilihan raya juga perlu dibincangkan dan menimbulkan isu besar kepada SPR dan tindakan yang akan kita ambil secara kolektif," ujarnya.
Ditanya soal perbincangan pembahagian kerusi, dalam pertemuan itu juga Salahuddin berkata, ia turut dibincangkan yang mana Dr Mahathir akan mengadakan satu pertemuan dengan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang akan diadakan dalam kadar segera.
"Pas juga kita cadang akan jemput terpulang kepada mereka untuk datang." ujarnya.

Azmin bertegas tidak bubarkan DUN Selangor

Kerajaan Selangor memilih jalan membantah persempadanan semula seperti dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.
azmin
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini sekali lagi menolak gesaan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan lebih awal bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan peta pilihan raya baharu.
Selang beberapa jam DAP Selangor secara rasmi mencadangkan pilihan raya negeri mengejut diadakan, Pejabat Menteri Besar bertegas mandat rakyat perlu dihormati.
“Mandat yang disampaikan pengundi kepada kerajaan Selangor pada pilihan raya 2013 mesti dihormati dan tidak boleh diketepikan demi kepentingan politik,” menurut kenyataan dikeluarkan Pengarah Komunikasi Strategik di pejabat Azmin, Yin Shao Loong.
Katanya, usul persempadanan semula seperti diumumkan SPR minggu lalu perlu respon yang seimbang dan jitu bagi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di samping hak demokrasi pengundi.
Mesyuarat tergempar DAP Selangor semalam memutuskan pilihan raya mengejut merupakan jalan terbaik bagi mempertahankan kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS di negeri itu.
Azmin sebelum ini sudah pun menolak cadangan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang supaya kerajaan Selangor mempertimbangkan pilihan raya awal bagi menghalang usaha “mencuri” kemenangan pilihan raya umum akan datang bagi pihak Barisan Nasional (BN).
Cadangan persempadanan semula SPR melibatkan 128 kawasan Parlimen, dan boleh dibantah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kelompok 100 orang, sebelum 15 Oktober.
DAP Selangor menganggarkan 7 kerusi DUN di negeri itu bakal terlepas kepada BN sekiranya usul persempadanan semula kawasan seperti dicadangkan SPR diluluskan.

DAP Selangor tetap mahu pilihan raya awal, kata Tony Pua

Isu mandat rakyat masih belum tamat juga tidak timbul, kata pengerusi DAP Selangor itu.
tony puaKUALA LUMPUR: DAP Selangor dalam mesyuarat tergemparnya semalam bersetuju mahu kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal bagi memintas persempadanan semula kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Lebih baik jika Pakatan Harapan melaksanakan pilihan raya negeri sebelum persempadanan kawasan diluluskan,” kata Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua pada sidang media ibu pejabat DAP hari ini.
“Ini adalah keputusan kita tetapi keputusan akhir biarlah kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan putuskan.”
Cadangan persempadanan semula SPR melibatkan 128 kawasan Parlimen, dan boleh dibantah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kelompok 100 orang, sebelum 15 Oktober.
Bimbang dengan usul itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mencadangkan kerajaan Selangor mengadakan pilihan raya mengejut supaya tidak perlu menggunakan peta pilihan raya baharu, yang dianggapnya usaha “mencuri” kemenangan pilihan raya umum akan datang bagi pihak Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, cadangan Kit Siang ditolak Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
DAP Selangor menganggarkan 7 kerusi DUN di negeri itu bakal terlepas kepada BN sekiranya usul persempadanan semula kawasan seperti dicadangkan SPR diluluskan.
Kerusi tersebut termasuk Sabak, Hulu Kelang, Sementa, Selat Kelang, Pelabuhan Kelang, Sijangkang and Morib.

Pindaan akta baru halang kebebasan media

Pindaan akta diputuskan di peringkat Persekutuan berterusan menghalang prinsip kebebasan demokrasi kepada pengamal media di Malaysia.
Tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin berkata, keadaan bertambah buruk apabila wujud ‘kebebasan’ daripada peguam negara dalam melaksanakan undang-undang yang menyekat kebebasan untuk melaporkan kebenaran membabitkan kerajaan pentadbir.

NST former chief editor Datuk A. Kadir Jasin speaks during forum on Media Shackled, Democarcy Dead? at KLSCAH, Kuala Lumpur on March 4, 2016. The Malaysian Insider/Seth Akmal.
Katanya, pindaan akta yang diluluskan itu jelas melanggar fundamental kemanusiaan sekali gus menyebabkan keadaan berkenaan sukar diterima.
“Persoalan berkenaan merdeka atau tidak media kita itu sudah lama dibincangkan dan jawapannya tetap sama.
“Atas prinsip itulah memerlukan kebertanggungjawaban daripada wakil rakyat untuk membela kita dan bukannya membiarkan pindaan undang-undang terus menekan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi wacana; Merdekakah Media Kita anjuran Sinar Harian di Auditorium Universiti Selangor (UNISEL), semalam.

Wacana itu turut disertai Ketua Pengarang Projek Malay Mail Online (PROJEK MMO), Fathi Aris Omar; Dekan Fakulti Komunikasi Seni Visual dan Perkomputeran Unisel, Profesor Dr Azmuddin Ibrahim dan Aktivis Media, Gayathtry Venkiteswaran.
Pada masa sama, Kadir berkata, kemajuan terknologi semasa yang kian dinikmati masyarakat dilihat tidak seimbang dengan dasar keterbukaan yang sewajarnya diberikan kepada pengamal media.
“Kita semakin menikmati kemajuan itu, daripada segi teknologi kita maju, namun di satu aspek kita diburu ketakutan dan dihalang bergerak ke hadapan.
“Kita lebih mundur ke belakang,” katanya.

NURUL NUHA YANG PERLU DICONTOHI

Sesuai dengan keinginan banyak pihak agar isu maaf antara Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim tidak lagi diungkit dan diperbesarkan, perkara tersebutlah  yang kini diambil secara positif oleh keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Nurul Nuha Anwar yang sebelum ini mahu Tun Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada bapanya berhubung peristiwa 1998, akhirnya turut sama-sama menyedari bahawa isu berkaitan negara lebih penting untuk diberi perhatian.
Kata beliau, isu maaf itu tidak perlu diungkit lagi kerana yang penting ialah semua pihak harus bergerak ke hadapan bersama-sama agenda reformasi yang sudah dipersetujui antara bapanya dengan Tun Mahathir.

Meskipun tidak mudah, semua pihak tentunya amat menghargai dan menyanjung tinggi pendirian ahli keluarga Anwar itu.

Selagi Najib ada dan BN memegang kuasa, semua  pihak seharusnya sama-sama berjiwa besar dan menyedari bahawa tidak ada perkara yang lebih penting untuk digembleng selain berpadu tenaga menyingkirkan mereka itu. 

Tiada makna dengan hanya mengatakan ingin perubahan dan mahu menumbangkan BN, tetapi sekelumit jiwa besar seperti keluarga Anwar pun tidak dimiliki.

Mohon terasa kepada mereka yang tidak henti-henti berbalah dan menghalakan peluru kepada sesama sendiri berbanding melemahkan musuh sebenar yang perlu dikalahkan.

Petronas teruskan buang pekerja, lapor WSJ

Sumber memberitahu syarikat itu merancang mengurangkan pekerja melibatkan entitinya yang tersenarai awam.
PETALING JAYA: Petronas akan meneruskan pengurangan pekerjanya dalam usaha syarikat minyak negara itu melawan kesan daripada kejatuhan harga minyak, lapor The Wall Street Journal memetik sumber.
Menurutnya, syarikat itu merancang mengurangkan pekerja melibatkan entitinya yang tersenarai awam.
Pada Mac, Petronas mengumumkan akan mengurangkan sejumlah 1,000 pekerja, di samping memotong perbelanjaan sebanyak AS$11.4 bilion dalam tempoh 4 tahun.
Langkah sama dilaksanakan syarikat minyak utama dunia termasuk Shell yang menanggung kesan kejatuhan harga minyak mentah.
Setakat akhir tahun lalu, Petronas menggaji 53,000 pekerja, menurut laporan tahunannya.
Jumaat lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin memberitahu Bernama syarikat itu akan terus mengambil, menggilirkan, memajukan dan menaikkan pangkat semua kakitangan berdasarkan prestasi dan kualiti mereka.
Tiga entiti utama di bawah Petronas – Petronas Chemicals, Petronas Gas dan Petronas Dagangan – masing-masing menggaji 4,659, 2,187 dan 1,900 kakitangan, menurut laporan tahunan 2015.
Keuntungan Petronas bagi suku kedua tahun ini jatuh 86% berbanding tahun sebelumnya.

Kos hidup lebih penting dari PM Melayu

Hanya 44 peratus responden berbangsa Melayu merasakan perlunya seorang perdana menteri yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Manakala selebihnya pula berpendapat, soal kos sara hidup lebih utama berbanding memilih seorang pemimpin berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Dapatan ini diperoleh daripada kaji selidik sebuah NGO KUASA di dua negeri- Selangor dan Perak.
Ketua Eksekutif KUASA, Praba Ganesan berkata, responden ditanya soalan yang mana lebih penting, mempunyai perdana menteri lelaki Melayu, Muslim atau gaji yang menampung kos sara diri dan keluarga.
"Kita beri dua set soalan.

“Pertama soalan mengenai simbolik antaranya kepentingan satu hingga lima tentang perdana menteri Malaysia lelaki Melayu Muslim, bendera Malaysia dikibarkan oleh semua rakyat setiap ulang tahun kemerdekaan.
"Kemudian ada soalan antaranya tentang kepentingan gaji yang menampung kos sara diri anda dan keluarga, pendidikan.

“Dan set kedua ialah gabungan soalan daripada set pertama tadi.
"Pada set pertama, 57 peratus responden Melayu beri kepentingan kepada perdana menteri Melayu Muslim tetapi sebanyak 20 peratus responden menukar pendapat pada set kedua," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.
Selain itu, Praba berkata, perbandingan mengikut umur pula mendapati, responden Melayu 50 tahun ke atas lebih cenderung memberi keutamaan untuk mempunyai perdana menteri yang berbangsa Melayu dan Muslim.
Bagi responden bukan Melayu pula, katanya, mereka meletakkan isu sara hidup sebagai keutamaan.
Hasil kaji selidik itu, Praba berkata isu sara hidup seperti gaji, perumahan, penjagaan kesihatan dan pendidikan berpotensi mengatasi keutamaan isu perlunya seorang perdana menteri lelaki Melayu Muslim.
Bagaimanapun, seorang perdana menteri lelaki Melayu Muslim masih mempunyai kepentingan terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan ia menunjukkan bahawa minda rakyat dipengaruhi oleh isu berkenaan, katanya.

Tiga hakim utama diberi lanjutan enam bulan

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini mengesahkan bahawa beliau bersama dua hakim lain telah diberi lanjutan enam bulan untuk terus berkhidmat.
Arifin berkata dua lagi hakim yang juga diberikan lanjutan itu adalah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Umur persaraan mandatori hakim adalah 66 tahun tetapi ada kalanya, tempoh perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan oleh Yang di Pertuan Agong.
Hakim Arifin akangenap berusia 66 tahun pada 1 Oktober depan dan dengan lanjutan enam bulan, hari terakhir beliau kini adalah pada 30 Mac, 2017.
Hakim Raus akan berusia 66 tahun pada 4 Feb tahun depan, manakala Hakim Zulkefli pula mencapai usia sama pada 28 Mac tahun depan.
Bercakap kepada pemberita pada majlis pelancaran Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2016, ketua hakim negara itu berkata, beliau akan menggunakan lanjutan enam bulan untuk merancang pelan penggantian kepada hakim yang bakal menggantikannya.
"Saya akan terus berkhidmat tetapi saya tidak boleh dedahkan siapa penggantinya kerana ini adalah sulit. Ia juga bergantung kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman," katanya.

Kemiskinan melampau di Perak, bukti kelemahan pimpinan Umno,BN

Kemiskinan yang melampau di negeri Perak membuktikan betapa lemahnya kepimpinan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Umno dan BN terbukti dengan laporan yang telah dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah atau Khazanah Research Institute (KRI) baru-baru ini.
Laporan KRI mendedahkan bahawa Perak merupakan negeri kedua paling miskin selepas Kelantan apabila isi rumahnya berpendapatan dibawah RM2000 sebulan. Lebih parah lagi apabila kajian yang dibuat oleh KRI turut mendapati 81.1 peratus bilangan isi rumahnya berpendapatan dibawah RM6000 sebulan.
Rohana bersama tiga orang anaknya dalam kediaman tanpa air dan elektrik di Kampong Baru Lawin Gerik.Rohana bersama tiga orang anaknya dalam kediaman tanpa air dan elektrik di Kampong Baru Lawin Gerik.Tinjauan yang dibuat ke kediaman Salim Mohamad, 35 tahun bersama isterinya Rohana Yaacob di Kampung Baru, Lawin, Gerik, mendapati mereka sekeluarga terpaksa tinggal dalam sebuah rumah tanpa bilik bersama tiga lagi anaknya yang masih bersekolah rendah.
Yang paling menyedihkan dengan pendapatan sebanyak RM15 setiap hari hasil dari torehan getah, Salim menggunakannya untuk wang saku persekolahan, minyak motosikal serta belanja dapur.
"Sebulan saya hanya mampu memperolehi sebanyak RM300 sebulan.
"Kerja mengambil upah menoreh getah bukannnya ada setiap hari, apa lagi jika hari hujan.
"Rumah yang kami diami tanpa bilik ini pun, tiada bekalan air dan elektrik sejak empat tahun yang lalu, " jelasnya.
Menurut Salim lagi, rumah yang mereka diami juga bocor sekiranya hujan turun.
Sementara itu dinding rumah juga berlubang dengan hanya menggunakan papan lapis sebagai penghadang.
Pondok usang Sarihat Ibrahim tanpa bekalan air dan elektrik yang menjadi kediamannya sejak 9 tahun yang lalu.Pondok usang Sarihat Ibrahim tanpa bekalan air dan elektrik yang menjadi kediamannya sejak 9 tahun yang lalu.Manakala seorang lagi warga emas miskin yang telah ditemui, Sarihat Ibrahim, 71 tahun, dari Batu 1/2, Jalan Siakap, Bagan Serai, terpaksa tinggal dalam pondok usang tanpa bekalan air dan elektrik sejak 9 tahun yang lalu.

Hina Islam? Orang agama bukan nabi, kata Zaid

Manusia berilmu agama sekali pun tidak boleh disama tarafkan dengan Allah, kata bekas menteri itu.
zaid
PETALING JAYA: Mengkritik atau menghina pemimpin politik dan agama tidak sama dengan menghina Nabi Muhammad, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mempersoalkan beberapa penangkapan atas alasan menghina Islam.
Begitu juga, Zaid berkata menghina pemimpin PAS atau mufti tidak akan membawa kekufuran.
Isnin lalu, bekas wartawan Sidek Kamiso ditangkap selepas dituduh “menghina Islam” kerana kiriman Twitter berkenaan kematian Datuk Dr Haron Din, mursyidul am PAS yang meninggal dunia di Amerika Syarikat pada 16 September.
Zaid mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menyerbu rumah Sidek pada 4.30 pagi dan memberikan layanan seolah-olah melawan militan IS.
Permohonan polis mendapatkan reman terhadap Sidek bagaimanapun ditolak Mahkamah Majistret Johor Bahru.
“Dia hanya hantar Twitter, bagaimana perkara itu boleh jadi begitu serius?
“Saya tidak tahu apa yang ditweet tetapi sesetengah orang dengan mudah melabel ‘menghina Islam’ sebagai satu kesalahan walaupun mereka sendiri tak tahu apa yang dimaksudkannya,” katanya.
Memberikan contoh, Zaid berkata sekiranya beliau membuat kenyataan biadap terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan, ia tidak boleh dikategori sebagai kufur.
“Sesetengah orang mungkin mempunyai ilmu Islam yang tinggi dan kita tidak sepatutnya

Jangan ungkit soal mohon maaf Mahathir, kata anak Anwar

Tuntutan sesetengah pihak supaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon minta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu diungkit lagi.
Sebaliknya, kata anak perempuan kedua ketua umum PKR itu, Nurul Nuha Awar, isu berkaitan negara kini perlu diberi perhatian segera.
“Saya rasa isu itu tak perlu diungkit. Saya dah sebut dalam kenyataan sebelum ini bahawa kami akan sokong dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh papa dan itu penting.
“Isu itu saya rasa kita terus lihat ke hadapan dan ada reform agenda yang mereka sama-sama bersetuju antara papa dan Tun Mahathir, sekarang kita fokus ke hadapan dan apa yang terbaik negara,” katanya.
Nurul Nuha berkata demikian kepada pemberita selepas tayangan dokumentari dan Forum Bebas Anwar bersama anak-anak Anwar di Fluent Space, Kelana Jaya malam semalam.
Beliau mengulas mengenai kenyataan bersama Anwar dan Mahathir, Isnin lalu yang menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Nurul Nuha sebelum ini menggesa supaya Dr Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan lampau terhadap bapanya yang sedang meringkuk di penjara.
Anwar bagaimanapun sebelum ini ketika diajukan soalan berkenaan agak keberatan untuk menjawabnya namun menghargai bekas mentornya yang memberi sokongan terhadap usahanya mencabar akta mengenai MKN dan juga gerakan reformasi.
Nurul Nuha ketika ditanya apakah yang akan diminta sekiranya diberi ruang untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tetap akan menuntut pembebasan ayahnya.
Selain itu katanya, Najib perlu menjawab mengenai isu skandal 1MDB dan juga mendedahkan siapa sebenarnya Malaysia Official One (MO1) yang disebut oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ AS).

'Lebih baik pilihan raya mengejut selepas persempadanan semula'

DAP rela pertembungan 3 penjuru, kata Tony Pua

'Pakatan berdepan masalah, majoriti pilihan raya terjejas'

"Ali Tinju boleh cakap apa sahaja kerana undang-undang tidak adil" kata pensyarah

"Memang ada orang bodoh, tetapi tidak perlu guna Akta Hasutan"

Reformasi!, Reformasi!, Reformasi! bergema di Forum Bebas Anwar

Nurul Nuha: Kita lupakan kisah lalu, tumpu masa depan

'Hubungan mesra Anwar - Dr M: Apa kata Puteri Anwar'

‎Puteri kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha meminta agar isu 'minta maaf' antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan ayahnya tidak perlu diungkitkan lagi.
Nurul Nuha berkata, apa yang penting sekarang adalah perkongsian sikap  kebersamaan‎ mereka untuk mereformasikan agenda pembangunan  negara.
Tun M - Anwar: Sleepless nights for Najib "Saya rasa apa yang penting kita perlu bergerak kehadapan, persetujuan mereka adalah mengenai agenda pembaharuan antara Mahathir dan Papa (Anwar)...jadi apa yang papa buat adalah untuk kepentingan negara.
"Saya rasa itu tidak perlu lagi diungkitkan kerana sekarang saya sudah katakan pada kenyataan yang lalu kami sekeluarga akan sokong pendirian papa," katanya kepada media selepas ‎selesainya  forum Detik Tercetusnya Reformasi di Kelana Jaya, malam tadi.
5 September lalu, ‎Mahathir hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertujuan menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Apa yang lebih menarik lagi, apabila sokongan itu disertakan dengan tautan salam daripada kedua-dua pemimpin yang dikhabarkan sudah 18 tahun 'bermusuh'.
‎Dalam pada itu, terbaharu Mahathir dan Anwar mengeluarkan kenyataan bersama bagi menolak  Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
‎Perkembangan terbaharu ini sekaligus memperlihatkan dua seteru ini yang dahulunya adalah musuh ketat tetapi kini kembali bertaut semula dan semakin mesra.

PKR perlu terima hakikat PRU 14 tanpa Anwar, kata Saifuddin

Ini bukan kali pertama PKR berdepan PRU tanpa Anwar kerana perkara sama pernah berlaku dalam 2 pilihan raya sebelum ini, iaitu pada tahun 1999 dan 2004.
PETALING JAYA: Datuk Saifuddin Nasution meminta PKR bersiap sedia menerima hakikat parti itu akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tanpa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saifuddin, yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, barisan pembangkang tiada pilihan tetapi wajib bersedia tanpa Anwar untuk mengetuai barisan pembangkang.
“Bersedia atau tidak, PKR tiada pilihan dan jika diberi peluang kami tentu mahu Anwar mengetuai PRU ini.
“Dalam keadaan ini PKR wajib bersedia dengan keadaan ini,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun beliau akui ini bukan kali pertama PKR berdepan PRU tanpa Anwar kerana ia pernah berlaku dalam 2 pilihan raya sebelum ini iaitu pada 1999 dan 2004.
Saifuddin turut menegaskan, cabaran besar PKR pada PRU akan datang ialah untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru.
“Itu cabaran utama Keadilan dan parti pembangkang lain. Oleh itu PKR sedang bekerja keras mendapatkan persetujuan dari semua parti pembangkang bagi mengelak keadaan itu berlaku. Pada tahun 2008 dan 2013, pembangkang bersatu hati dengan saingan satu lawan satu tetapi senario kali ini berbeza,” katanya.
Beliau juga berkata isu sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai parti pembangkang tidak penting memandangkan fokus utama parti itu adalah usaha berdepan pengundi Umno di kawasan Felda.

Noh Omar tuduh Selangor gagalkan projek PR1MA

Katanya 27 projek perumahan mampu milik untuk rakyat Selangor gagal dilaksanakan kerana mendapat pelbagai kekangan kerajaan negeri.
noh-omar_pr1ma_600
KUALA LUMPUR: Tan Sri Noh Omar semalam menuduh kerajaan Selangor menimbulkan pelbagai masalah berhubung pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat yang dirancang kerajaan persekutuan di negeri itu.
Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) merancang membina 27 projek perumahan mampu milik untuk rakyat Selangor tetapi gagal dilaksanakan kerana mendapat pelbagai kekangan.
“Kami mahu membantu rakyat untuk memiliki rumah dengan projek yang sudah diluluskan, tapi kerajaan negeri pula menimbulkan pelbagai masalah, hari ini satu pun belum dapat dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 serta di Cheras, malam tadi.
Beliau berkata jumlah itu meliputi pembinaan 51,000 unit rumah PR1MA yang sehingga kini belum dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun Noh tidak menjelaskan terperinci berhubung kekangan berkenaan.
Noh yang juga pengerusi Umno Selangor turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang tidak membantu rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah membeli rumah dengan pemberian subsidi sebagaimana dilakukan kerajaan pusat melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
“Kalau rumah harga RM100,000, paling tidak mereka boleh bagi subsidi RM10,000. Seperti kerajaan persekutan, kalau ikut kos sebenar sebuah rumah PPRT bernilai RM165,000 tetapi kami jual RM35,000 sahaja,” katanya.

‘Hubungan penyokong Zahid, Hishammuddin semakin tegang’

Akhbar Singapura, The Straits Times berkata Najib boleh mengharapkan peralihan sokongan masyarakat Cina, tetapi juga perlu menyelesaikan sebarang ketegangan dalaman Umno.
PETALING JAYA: Hubungan antara penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semakin runcing, menurut akhbar The Straits Times (ST), yang turut menganggap ada petanda jelas menunjukkan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan selewat-lewatnya tahun depan.
Ketegangan di antara timbalan perdana menteri itu dengan Hishammuddin, yang juga sepupu Datuk Seri Najib Razak, boleh menyebabkan prestasi Umno terjejas, mendedahkannya kepada sabotaj menjelang PRU.
“Cengkaman Najib ke atas Umno membantunya kekal berkuasa sepanjang kemelut 1MDB,” kata akhbar Singapura itu, merujuk kontroversi melibatkan syarikat milik negara itu.
“Menyelesaikan sebarang perbezaan sebelum PRU akan menentukan berapa lama beliau kekal berkuasa.”
Menurut ST, Najib masih berpeluang memenangi PRU ke-14 yang perlu diadakan sebelum 2018, tetapi dengan syarat ia diadakan lebih awal dalam masa setahun.
Selepas tempoh setahun, Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi kesukaran.
Pengundi Cina alih arah?
Antara faktor kemenangan Najib, menurut ST, ialah pengundi Cina sudah mula mengalihkan sokongan mereka daripada pembangakang.
Ini kerana ada petanda beberapa segmen masyarakat Cina akan kembali kepada BN disebabkan usaha PAS mahu melaksanakan undang-undang Islam dan hudud, yang dilihat pengundi Cina sebagai satu pengkhianatan.

Permata, Rosmah tidak pernah mohon anugerah UNESCO - Setiausaha Akhbar PM

Permata, Datin Seri Rosmah Mansor atau Kerajaan Malaysia tidak pernah memohon untuk mendapatkan anugerah penghargaan khas daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Beliau berkata Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova yang mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosmah dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada 8 Sept lepas untuk memaklumkan bahawa isteri Perdana Menteri akan diberi penghormatan menerima anugerah penghargaan khas itu pada satu majlis yang dihoskan bersama oleh UNESCO pada 22 Sept.
"Ini bagi menghargai usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia dalam mengekang ekstremisme melalui sistem pendidikan, dan khususnya pendekatan yang diambil oleh Permata yang diasaskan pada 2007 oleh Datin Seri Rosmah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Rosmah ialah Penaung Program Permata bagi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
Tengku Sariffuddin berkata bagaimanapun, pada 18 Sept lalu Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menerima e-mel daripada Profesor Tudor Parfitt, Pengerusi Lembaga Penasihat Akademik Jawatankuasa Penganjur Penghormatan Kepada Wira-wira Kempen Global memerangi Ekstremisme Ganas, menyatakan bahawa penganugerahan itu akan ditunda ke 2017 kerana apa yang disifatkannya sebagai 'campur tangan' Wall Street Journal dan the New York Times berhubung pembiayaan Permata.
"Kami mengesahkan bahawa Permata dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan yang secara telus dimasukkan dalam bajet Kerajaan dan diluluskan oleh Parlimen.
"Semua perbelanjaan adalah selaras dengan prosedur kewangan Kerajaan. Ini bukan sahaja berkaitan dengan rekod awam tetapi ia boleh diperjelaskan dengan segera jika kami atau Permata diminta berbuat demikian sebelum penangguhan penganugerahan itu," kata Tengku Sariffuddin.
Beliau berkata Permata dan Rosmah sentiasa mengutamakan program yang memberi impak positif kepada berpuluh-puluh ribu anak muda.
"Untuk mengelak perhatian terhadap usaha-usaha penting untuk kanak-kanak di Malaysia terganggu, Permata dan Datin Sri Rosmah telah menolak pemberian anugerah yang dicadangkan itu.
"Kami kesal dengan cubaan mempolitikkan usaha organisasi yang menjadi teladan itu yang matlamatnya adalah semata-mata untuk meningkatkan lagi kehidupan kanak-kanak. Dan, kami kesal bahawa mereka yang dipilih untuk menerima anugerah berkenaan telah difitnah dan disindir oleh sesetengah pihak yang hanya memberi tumpuan kepada kempen memburuk-burukkan Malaysia, kerajaan dan Perdana Menteri.

PERMATA, ROSMAH TIDAK TERJEJAS DENGAN PENANGGUHAN ANUGERAH....

Program Permata Negara (PERMATA) dan penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil keputusan menolak ‘Anugerah Memimpin dengan Teladan’ lantaran campur tangan daripada Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times (NYT) yang dimaklumkan oleh pengerusi badan penasihat penganjur, Prof Tudor Parfitt.
Selain itu Kerajaan Malaysia tidak pernah memohon untuk mendapatkan anugerah penghargaan khas daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Sebenarnya Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova yang mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosmah dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada 8 September lepas.
Ia memaklumkan bahawa isteri perdana menteri akan diberi penghormatan menerima anugerah penghargaan khas itu pada satu majlis yang dihoskan bersama oleh Unesco pada 22 September (esok).
Ia  bagi menghargai usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia dalam mengekang ekstremisme melalui sistem pendidikan, dan khususnya pendekatan yang diambil oleh PERMATA yang diasaskan pada 2007 oleh Rosmah.
Program PERMATA diwujudkan bagi memberikan tumpuan terhadap pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menjelaskan semalam, pada 18 September lalu Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menerima e-mel daripada Profesor Tudor Parfitt, Pengerusi Lembaga Penasihat Akademik Jawatankuasa Penganjur Penghormatan Kepada Wira-wira Kempen Global memerangi Ekstremisme Ganas, menyatakan bahawa penganugerahan itu akan ditunda ke 2017.
Ini kerana apa yang disifatkannya sebagai 'campur tangan' WSJ dan NYT berhubung pembiayaan PERMATA.
Kelmarin dilaporkan satu anugerah UNESCO untuk mengiktiraf program PERMATA dalam satu majlis yang diadakan sempena Persidangan Agung ke-71 PBB di New York telah ditarik balik.
Tudor Parfitt...hantar email kepada Wakil Tetap Malaysia di PBB
NYT kelmarin juga melaporkan anugerah anjuran Antiquities Coalition yang sepatutnya diterima Rosmah di Muzium Seni Metropolitan, New York, telah ditarik balik. pada saat akhir.
Parfitt dalam satu kenyataan berkata ia susulan beberapa persoalan yang dibangkitkan sekitar dana PERMATA, walaupun penganjur tidak mengesan sebarang salah laku secara khusus, keputusan diambil kerana mereka kesempitan masa untuk menyemak dakwaan.
Menurut kenyataan itu, pelbagai persoalan dibangkitkan mengenai sumber dana PERMATA dan walaupun penganjur acara tidak menyedari wujud sebarang salah laku tertentu, mereka tiada masa untuk memeriksa persatuan itu.
Tengku Sariffuddin sebaliknya mengesahkan bahawa PERMATA dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan yang secara telus dimasukkan dalam bajet Kerajaan dan  diluluskan oleh Parlimen.

"Semua perbelanjaan adalah selaras dengan prosedur kewangan Kerajaan. Ini bukan sahaja berkaitan dengan rekod awam tetapi ia boleh diperjelaskan dengan segera jika kami atau PERMATA diminta berbuat demikian sebelum penangguhan penganugerahan itu," kata Tengku Sariffuddin.

Beliau berkata PERMATA dan Rosmah sentiasa mengutamakan program yang memberi impak positif kepada berpuluh-puluh ribu anak muda.

"Untuk mengelak perhatian terhadap usaha-usaha penting untuk kanak-kanak di Malaysia terganggu, PERMATA dan Datin Sri Rosmah telah menolak pemberian anugerah yang dicadangkan itu.

Tengku Sariffuddin...PERMATA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
"Kami kesal dengan cubaan mempolitikkan usaha organisasi yang menjadi teladan itu yang matlamatnya adalah semata-mata untuk meningkatkan lagi kehidupan kanak-kanak.

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut & Manouvres Tun Dr Mahathir Mohamad

Oleh Hayar Hassan.

Sebelum ini, saya telah pernah menulis sekitar langkah Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas pindaan Perlembagaan yang menyebabkan kelulusan, tandatangan Yang di Pertuan Agong tidak lagi perlu untuk menjadikan suatu Akta Parlimen sebagai undang-undang. Impak terhadap pindaan Perlembagaan itu terlalu besar sekali. Banyak pihak menilai bahawa kuasa yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri Malaysia selepas pindaan tersebut adalah terlalu besar dan sukar untuk diganggugugat.

Namun demikian, seperti lazimnya, musuh-musuh politik Tun Dr Mahathir Mohamad memang cepat untuk menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ikhlas dalam permintaan maafnya, sekadar lakonan orang politik sahaja. Malah ada yang menyamakannya seperti filem “Bollywood” sahaja. Sepertinya, mudah meremehkan pandangan orang lain yang tidak sehaluan dengan kita sudah menjadi begitu lumrah bagi rakyat Malaysia, terutamanya bagi orang-orang politik.

Sepatutnya lontaran sesuatu idea daripada negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberikan perhatian kerana beliau adalah mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 4. Sepatutnya idea yang bakal memberikan banyak manafaat itu dipertimbangkan dahulu, bukan diremehkan, walau pun ianya  datang daripada kelompok lawan kita. Budaya begini telah lama diamalkan oleh negara-negara maju.

Namun begitu, rupanya Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah seperti orang biasa. Beliau seorang yang kuat semangat, cekal dengan prinsip dan tidak mudah mengalah dengan sindiran dan tohmahan orang ramai. Seandainya beliau berpendapat sesuatu tindakannya betul, beliau akan terus mencuba tanpa ragu-ragu. Kalau kita imbau kembali , Tun Abdullah Ahmad Badawi akhirnya berundur juga dari jawatan Perdana Menteri ke 5, ekoran asakan bertalu-talu dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang-orang UMNO sendiri.  

Banyak orang berkata, dalam politik ini kita perlu banyak melaku“ manoeuvres “. Banyak “ manoeuvres” bukannya bermakna kita meninggalkan prinsip-prinsip perjuangan. Ianya adalah strategi dan sentuhan-sentuhan untuk menghasilkan apa yang kita perjuangkan.

Tanggal  5 September 2016, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi  perhatian umum rakyat Malaysia, apabila beliau hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan sokongannya kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam usaha menyekat penguatkuasaan akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selanjutnya, Tun Dr Mahathir telah menghulurkan salam erat sambil bertanya khabar kepada DSAI dengan diperhatikan oleh ramai orang. Ada pihak yang menamakan peristiwa tersebut sebagai “Salam Bersejarah” . Kesanggupan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk datang sendiri bertemu DSAI adalah sesuatu yang mengejutkan dan mengharukan. Mana mungkin orang yang lebih tua, mantan Perdana Menteri pula datang sendiri menemui seorang banduan dan musuh ketatnya suatu waktu dulu.

“ Manoeuvres “ terkini Tun Dr Mahathir Mohamad ini telah menambahkan banyak kawan kepada beliau dan telah mengurangkan banyak musuh kepadanya. Betul lah seperti kata peribahasa Melayu, pertemuan dan salam erat antara dua tokoh tersebut umpama “ Biduk Berlalu, Kiambang Bertaut “.  Perbezaan pendapat dan perseteruan antara dua tokoh negarawan ini sewajarnyalah ditangani dengan baik dan dilupakan oleh keluarga dan sahabat-sahabat mereka.
Kelihatannya asakan Tun Dr Mahathir Mohamad kali ini terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya berundur daripada jawatan Perdana Menteri ke 6 melibatkan juga pihak pembangkang. Ini bermakna Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mempersiapkan strategi dan langkah yang lebih rapi dan mantap. Itu lah keistimewaan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau tidak akan mudah mengalah dan duduk diam selagi impiannya tidak tercapai. Harapan kita semua agar ianya dapat berjalan dengan baik dan dalam kerangka undang-undang yang dibenarkan. Kita tidak impikan suatu keadaan huruhara yang pastinya akan terus menjejaskan ekonomi dan keselamatan Negara.