Selasa, 20 September 2016

Reformasi 1998 - Bukit Damansara

Ledakan Reformasi 1998

NOSTALGIA REFORMASI 1998

Reformasi 1998 in Memory: Let's Re-Built Our Spirit - 20 Sept 1998

Rafizi dakwa jumlah pelajar tak dapat PTPTN naik mendadak

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan PTPTN berdepan masalah aliran tunai yang mencetuskan krisis pengajian tinggi negara.
rafizi-ptptn
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mendakwa anggaran jumlah pembiayaan baharu dikeluarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 2015 hanya satu pertiga berbanding 2010, membayangkan kemungkinan ramai pelajar di IPTA dan IPTS tidak mendapat pembiayaan pendidikan.
Setiausaha agung PKR itu berkata anggaran itu berdasarkan Buku Info PTPTN 2011, kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi pada 19 November 2015 dan “sumber lain”.
“Jumlah pembiayaan pendidikan baharu yang diluluskan pada 2015 (sekitar RM2 bilion) adalah satu pertiga daripada jumlah pada 2010 (RM6 bilion),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Jawapan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap pada 19 November 2015 menunjukkan pembiayaan baharu (diluluskan dan diagihkan) bagi 9 bulan pertama 2015 hanyalah RM2.08 bilion.
“Walaupun saya belum mendapat jawapan bagi seluruh 2015, semester pengajian bermula sebelum September maka ia anggaran baik bagi pembiayaan baharu yang diluluskan bagi setiap tahun,” katanya.
Rafizi berkata keadaan itu menunjukkan PTPTN berdepan masalah aliran tunai yang mencetuskan krisis pengajian tinggi negara.
Katanya, masalah aliran itu boleh dilihat melalui langkah PTPTN menyenaraihitamkan peminjam, membuat potongan gaji secara automatik dan mengehadkan pinjaman penuh kepada pelajar daripada keluarga yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) saja.
“IPTS dan IPTA bergantung kepada PTPTN untuk membiayai pelajar, maka kegagalan PTPTN membiayai pelajar pada jumlah drastik ini bermakna sistem pendidikan tinggi sekarang sedang berdepan krisis yang runcing,” katanya.
Pada 17 September lalu, beliau mencadangkan kerajaan menghentikan penghantaran pelajar ke universiti luar negara secara berperingkat dan menggunakan dana itu untuk memajukan institusi pendidikan tempatan.
Beliau berkata ia hanyalah sebahagian daripada reformasi pendidikan tinggi yang berpunca daripada krisis yang dihadapi.
Ahli Parlimen Pandan itu juga membangkitkan kembali idea pendidikan percuma yang ditawarkan PKR menjelang pilihan raya umum lalu.
“Ramai menuduh ia helah murahan untuk meraih undi. Saya sebenarnya bimbang kelangsungan pendidikan tinggi negara dengan model pinjaman PTPTN kerana saya yakin dalam beberapa tahun dari 2012 ia akan mengalami krisis kewangan yang meruncing,” katanya.

Bukit Katil bakal hilang 10,000 pengundi, Umno mohon SPR kaji semula

Bekas calon Tan Sri Mohd Ali Rustam persempadanan semula akan menyebabkan Daerah Mengundi Bachang dan Peringgit dipindahkan ke Parlimen Kota Melaka
ali-rustam
MELAKA: UMNO Bahagian Bukit Katil hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula cadangan persempadanan semula untuk kawasan Parlimen dengan nama yang sama.
Ketua UMNO bahagian itu Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata ini kerana persempadanan semula dicadangkan itu akan membawa keluar pusat daerah mengundi (PDM) Bachang dan Peringgit ke kawasan Parlimen Kota Melaka.
“Sekiranya ini berlaku Parlimen Bukit Katil yang kini mempunyai kira-kira 105,000 pengundi akan kehilangan lebih 10,000 pemilih berdaftar di kedua-dua PDM itu,” katanya dalam sidang akhbar di Bandar Hilir di sini hari ini.
Mohd Ali yang juga anggota Dewan Negara berkata UMNO juga akan mencadangkan kepada SPR untuk menambah dua atau tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen itu dalam kajian persempadanan semula kawasan tersebut.
Pada masa ini, Parlimen Bukit Katil mempunyai empat kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Bachang, Ayer Keroh, Bukit Baru dan Ayer Molek.
Pada pilihan raya umum 2013, kerusi Parlimen Bukit Katil dimenangi Shamsul Iskandar Mohd Akin daripada PKR menewaskan Mohd Ali dengan majoriti 5,447 undi.
Telah dilaporkan sebelum ini Parlimen Bukit Katil merupakan kawasan parlimen yang bakal menjadi tumpuan utama dan ‘kawasan panas’ di Melaka pada pilihan raya akan datang.
Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap pembangkang yang mendakwa SPR melaksanakan persempadanan semula itu demi kepentingan pihak tertentu.
“Dari dahulu lagi pembangkang akan sentiasa menuduh bahawa ada konspirasi namun apa yang dilaksanakan SPR adalah mengikut peraturan dan sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

'Teknologi maju, rakyat mundur kebenaran tertinggal'

Di sebalik kecanggihan teknologi rakyat negara ini masih tertinggal daripada mendapat berita yang "benar", kata seorang wartawan veteran.
Menurut Datuk A Kadir Jasin dalam keadaan semasa orang ramai dilihat terus "dibuku ketakutan" gara-gara kekangan kerajaan serta kongkongan pemilikan agensi media.
“Dari segi teknologi, kita maju… tapi di satu aspek lain kita diburu ketakutan. Kita juga tak bergerak ke hadapan tapi mundur ke belakang," katanya
Pada masa sama kata Kadir wartawan pula semakin takut dan taasub kepada pimppinan.
Malah katanya orang ramai dipaksa untuk setia.
Bagaimanapun katanya wartawan perlu beringat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat.
“Saya rasa kepada yang nak jadi wartawan, kena ingat - sejauh mana dan sehebat mana kita dikawal pemilik (syarikat) kita, kita punyai tanggungjawab untuk maklumkan (kebenaran) kepada masyarakat,” katanya di Shah Alam hari ini.
Kadir menjadi salah seorang panel forum bertajuk Merdekakah Media Kita? yang diadakan di Universiti Selangor (Unisel) kampus Shah Alam.
Forum itu turut dibarisi Ketua Pengarang Projek MMO Fathi Aris Omar (gambar), aktivis media Gayathry Venkiteswaran dan Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran Unisel Prof Dr Azmuddin Ibrahim.
Menurut Kadir turut memburukkan lagi keadaan wakil rakyat kini tidak lagi mewakili orang yang memilih mereka dalam pilihan raya apabila membincangkan isu melibatkan akta yang menaungi media sebaliknya memihak kepada Peguam Negara.
“Kebertanggungjawaban semakin hari makin kurang. Kita ada (media) sosial yang bebas (tetapi kita) tak ada hak (bersuara) dan kita masih ditekan.
"Ironinya orang yang sepatutnya mewakili kita - wakil rakyat - (tidak lagi) mewakili kita.
“Wakil rakyat patut melihat undang-undan itu dari aspek kepentingan orang yang memilih mereka,” katanya.
Forum lebih banyak
Sementara itu Fathi pula berkata sistem di negara ini perlu diubah untuk mendapatkan media yang lebih bebas.

Media kita tidak merdeka?

(dari kiri) A Kadir Jasin, Prof Dr Shahruddin Badarudin, Gayathry Vennaswaran dan Fathi Aris Omar sebagai panel dalam wacana bertajuk Merdekakah Media Kita? yang diadakan di Unisel petang tadi.(dari kiri) A Kadir Jasin, Prof Dr Shahruddin Badarudin, Gayathry Vennaswaran dan Fathi Aris Omar sebagai panel dalam wacana bertajuk Merdekakah Media Kita? yang diadakan di Unisel petang tadi.
Rata-rata ahli panel Wacana Sinar Harian petang ini meletakkan penarafan media sekadar paling tinggi dengan nilaian empat daripada 10 mata.
Ketua Pengarang Projek MMO, Fathi Aris Omar hanya memberikan penarafan tiga atau empat mata ketika ditanya pada permulaan wacana.
"Kemerdekaan itu sendiri satu persoalan," bidasnya ketika ditanya moderator, Amin Idris.
Berbanding aktivis media, Gayathry meletakkan penarafan empat mata pada kemerdekaan media.
"Saya masih ada harapan untuk wartawan," katanya dalam wacana berlangsung di Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam.
Berbeza dengan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin pula, beliau tegas menyatakan tidak percaya pada penarafan.
"Kita tidak maksimumkan potensi media. Saya tidak mahu bagi 'ratings' berapa. Saya berada dalam situ untuk tempoh yang lama," ujarnya lagi.
Terdahulu, buku tulisan bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman bertajuk "Lorong Sunyi Media Bebas" dilancarkan oleh Naib Canselor Unisel, Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Umat Islam hanya melutut pada Tuhan, kata Khalid Samad

Khalid berkata kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menunjukkan tahap kekecewaan dan kemarahannya.
Abdul-Hadi-Awang,khalid-samadPETALING JAYA: Tidak patut untuk seorang ulama bercakap mengenai melutut di hadapan sesiapa kecuali Tuhan, kata Pengarah Komunikasi amanah Khalid Samad.
Bercakap kepada FMT, Khalid berkata kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menunjukkan tahap kekecewaan dan kemarahannya.
“Meskipun ini bukan kali pertama beliau bercakap sekasar itu, semua orang terkejut apabila mendengar beliau berkata Amanah akan melutut kepada PAS,” katanya.
Pada Ahad, Utusan melaporkan Hadi sebagai berkata Amanah akan akhirnya “melutut” kepada PAS, untuk mengiktiraf kuasa parti Islam itu.
Hadi berkata parti yang bersekutu dengan Amanah juga akan mencari PAS untuk mendapatkan sokongan kerana komitmen kuat rakyat terhadap PAS.
“Beliau mesti faham yang kami sudah buat keputusan dan tidak akan ikut hala tuju yang dibawanya dalam PAS.
“Beliau kena terima perkara itu,” kata Khalid.
Khalid berkata persoalan “siapa yang akan melutut kepada siapa” sepatutnya tidak menjadi kebimbangan PAS dan sebaliknya parti Islam itu perlu menganalisis apa yang berlaku sepanjang tahun lalu.

Rosmah tolak anugerah selepas campurtangan akhbar WSJ, NYT

Setiausaha akhbar perdana menteri berkata pihaknya boleh menjelaskan isu pembiayaan dan perbelanjaan Permata sekiranya penganjur menghubungi mereka.
tengku-sharipadin
PETALING JAYA: Setiausaha akhbar perdana menteri hari ini cuba meleraikan kekeliruan susulan tindakan menarik balik anugerah kepada Permata, sambil mempertahankan sumber dana untuk program pendidikan awal naungan Datin Seri Rosmah Mansor itu adalah telus dan diperuntukkan bajet.
Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad juga menambah, Permata dan Rosmah mengambil keputusan untuk menolak Anugerah Memimpin dengan Teladan lantaran campurtangan daripada Wall Street Journal dan New York Times, yang dimaklumkan oleh pengerusi badan penasihat penganjur, Prof Tudor Parfitt.
“Permata, Datin Sri Rosmah Mansor atau Kerajaan Malaysia tidak pernah memohon anugerah itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Sariffuddin, Wakil Tetap Malaysia ke PBB menerima emel daripada Parfitt pada 18 September yang menyatakan penganugerahan akan ditangguh ke 2017 susulan campurtangan media Amerika Syarikat.
“Bagi mengelakkan gangguan ke atas tanggungjawab penting membantu anak-anak Malaysia, Permata dan Datin Sri Rosmah Mansor mengambil keputusan untuk menolak anugerah tertangguh yang diusulkan itu.”
Semalam, New York Times melaporkan anugerah anjuran Antiquities Coalition yang sepatutnya diterima Rosmah pada 22 September depan di Muzium Seni Metropolitan, New York, dibatalkan pada saat akhir.

Anwar rancang guling Dr Mahathir sejak 1998, kata Lokman Adam

Datuk Lokman Noor Adam berkata rancangan Anwar itu dimaklumkan setiausaha politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor Bahru, pada tahun berkenaan.
lokman-adam
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merancang untuk menggulingkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1998.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Lokman Noor Adam, 43, berkata rancangan Anwar itu dimaklumkan setiausaha politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor ketika mereka berjumpa di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor Bahru, pada tahun berkenaan.
“Pada waktu itu, Ezam ada memberitahu saya dan 2 orang lagi mengenai rancangan Anwar dan turut memaklumkan Anwar yang ketika itu menyandang jawatan sebagai timbalan perdana menteri tidak boleh bekerjasama dengan Mahathir.
” Ezam memaklumkan Anwar sudah tidak boleh tahan dengan Mahathir dan tidak bersetuju dengan dasar ekonomi dan politik yang dibawa Mahathir,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Lokman merupakan saksi keempat defendan yang memberi keterangan pada hari kedua pendengaran kes saman fitnah RM100 juta difailkan Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Lokman, yang merupakan exco Pemuda Umno Malaysia berkata Ezam pernah memujuknya untuk menjadi sebahagian daripada rancangan Anwar untuk menjadi presiden Umno.
Saksi keempat itu berkata beliau ada berjumpa dengan seorang pegawai khas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika itu (1998) untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya sama ada Anwar mempunyai rancangan untuk ‘menikam belakang’ Dr Mahathir ataupun ia rancangan Ezam.
Lokman berkata rancangan Anwar itu disahkan pegawai khas kepada Zahid.
Lokman turut memaklumkan kepada mahkamah beliau berada di kediaman rasmi Anwar pada 2 September 1998 semasa 3 polis menyerahkan surat kepada Anwar berhubung pemecatan jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.
“Saya katakan beliau (Anwar) dipecat kerana usahanya untuk menggulingkan Mahathir,” katanya.
Lokman berkata beliau juga dipecat sebagai ahli Umno pada 6 Oktober 1998 selepas Anwar dipecat daripada jawatannya itu pada 2 September 1998.

Ugutan Ali Tinju: Maria Chin bimbang keselamatan keluarga, anak-anak

Pengerusi Bersih 2.0 turut bimbangkan keselamatan ahli jawatan kuasa pemandu gabungan itu
maria-chin-ali-tinju-2
PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah bimbangkan keselamatan keluarga dan anaknya selepas veteran tentera Mohd Ali Baharom membuat ancaman kerana menganjurkan tunjuk perasaan Bersih 5.
“Saya ada keluarga dan tiga anak lelaki. Saya sangat risau,” katanya ketika dihubungi FMT.
FMT sebelum ini melaporkan Ali Baharom, yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, mengugut Maria supaya berwaspada atau nanti “tidak akan berjalan di atas bumi”.
Ali juga mengingatkan Maria supaya jangan mencabarnya akan “kami akan buatkan kaki dia ke atas, kepala dia ke bawah jalan.”
Ugutan itu menyusuli pengumuman Bersih 5 akan diadakan pada 19 November depan.
Maria menyifatkan ancaman serang hendap Ali Tinju itu sebagai keganasan terhadap wanita.
Beliau menyoal mengapa polis tidak bertindak terhadap Ali Tinju, sebaliknya menahan bekas wartawan Sidek Kamiso semalam atas dakwaan menghina agama Islam.
“Ali Tinju buat ugutan dan polis membisu.”
Maria turut bimbang akan keselamatan ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0.
“Hari ini, saya. Esok mungkin orang lain. Kami hanya menunjuk perasaan dan berkonvoi. Mengapa mereka mahu mengancam kami dengan keganasan?”
Maria bagaimanapun tidak bimbang dengan ikrar pemimpin Baju Merah Jamal Yunos yang mahu adakan himpunan balas terhadap Bersih 5.
“Mereka perlu henti buat ugutan dan fahami apa yang cuba kami lakukan.

Bersih 5: Biar merah dan kuning bertembung, kata Jamal

Ketua pergerakan Baju Merah berkata kumpulan itu akan mengabaikan nasihat polis kali ini dan teruskan rancangan mereka mengadakan himpunan balas Bersih 5.
Jamal-Yunos_bersih_merah_600
KUALA LUMPUR: Ketua Baju Merah Datuk Jamal Yunos hari ini berkata beliau akan mengabaikan sebarang nasihat diberikan polis ketika menganjurkan himpunan balas terhadap perhimpunan Bersih 5 yang akan datang.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata tahun lalu kumpulan itu mengikut nasihat polis tetapi kali ini akan meneruskan untuk mengadakan himpunan balas itu jika Bersih 2.0 gagal mematuhi undang-undang.
“Biar merah dan kuning bertembung.
“Bersih dan geng, tunggu kami dan lihat apa akan terjadi,” katanya merujuk kepada tanda warna Bersih.
Pada 2015, Baju Merah memutuskan untuk menangguhkan perhimpunannya untuk membalas Bersih 4 susulan nasihat daripada polis.
Pada 16 September tahun lalu, Baju Merah akhirnya mengadakan himpunan “menegakkan maruah Melayu” sebagai respons terhadap penyertaan ramai orang Cina dalam Bersih 4.
Jamal berkata demikian kepada wartawan selepas membuat laporan polis terhadap pengerusi reformasi pilihan raya itu, Maria Chin Abdullah, di balai polis Dang wangi, di sini.
Terdahulu, Jamal mendesak Maria menghormati Akta Perhimpunan Aman dan mengadakan Bersih 5 di stadium, bukannya di tempat lokasi pilihan Bersih 2.0.

PERCAYALAH!! Gabungan Pakatan Harapan Bersama BERSATU dan PAS Ibarat TSUNAMI bagi Umno BN

MEMANG TAK SANGKA, Ramai Polis BENCI Sangat Najib dan Rosmah - Rafizi Ramli

SUMBER DANA PERMATA DARI MANA ??!!

HINGGA KINI tiada langsung berita dari media pro Umno TV3 TV1 BERNAMA mengenai 'UNESCO Tarik Balik Anugerah Rosmah-Permata' bagi menjelaskan berita sebenar MENGAPA anugerah tersebut ditarik balik !!!

TAHUKAH ANDA..
"Anugerah itu telah ditarik balik kerana pelbagai persoalan dibangkitkan mengenai sumber dana Permata dan walaupun penganjur acara tidak menyedari wujud sebarang salah laku tertentu," kata Tudor Parfitt.

Boleh caya ka keluar dari mulut SPR ini ??!!

Mana satu yg sinonim buat SPR?.. Suruhanjaya Pilihan Raya atau.. Suruhanjaya Penipu Rakyat?

Besar sungguh sumbangan Rosmah sehinggakan NEGARA BOLEH 'KERUGIAN'???

CUBA BAGITAU SIKIT, semenjak Rosmah jadi First Lady Of Malaysia apa sumbangan Rosmah pada negara & rakyat !!!

  Rakyat mungkin terlepas pandang sumbangan Rosmah pada negara & rakyat selama nie..

TAHUKAH ANDA, ketika bajet utk kementerian2 dan universiti-universiti awam dipotong baru2 ini BAJET UTK 'PERMATA-ROSMAH' PULA TAK DIPOTONG.. NAMPAK TAK !!

Inilah Undang-Undang Malaysia.....!!!

JIKA HINA SULTAN...

UNTUK RAKYAT MARHAEN, didenda RM20,000,

TAPI untuk bekas Menteri Melaka hanya didenda RM1,900, lebih 10 kali ganda lebih murah dendanya berbanding denda kepada rakyat biasa..

WALAUPUN mereka didakwa di bawah akta/ undang2 yang sama..

JANGAN LUPA, MP UMNO Langkawi Dato' Ir Nawawi yg hina YDP Agong pon boleh terlepas begitu sahaja...

NAMPAK TAK !!!

Mohon Noh Omar jangan buat kelakar..

Kalau betul-betul tak setuju dengan persempadanan semula, ayuh bersama Pakatan Harapan dan rakyat Malaysia nyatakan bantahan kepada SPR.

ADA BERANI KA !!!

SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN SIAPA PEMBOHONG SEBENARNYA..

TU DIA..!! Bila dah malu besar slps anugerah 'Lead by Example' oleh UNESCO utk Rosmah ditarik balik.. TIBA-TIBA Pejabat PM (PMO) mengatakan 'ADA' kenyataan dari Prof. Tudor Parfitt (pada email) bhw anugerah itu akan ditangguh ke 2017.

BENARKAH Tudor Parfitt berkata demikian ??

Mana bukti email (kenyataan) tersebut ??

SAMA-SAMA KITA NANTIKAN lusa 22 September ini, adakah anugerah itu benar2 ditunda atau sebaliknya.

'PM dulu senang nak interview, PM sekarang sukar'

PMO: Award deferred, but Rosmah declines it

Media Arus Perdana Kalah

Undang-Undang Had Kebebasan Media

Jangan Layan Media Seperti Penjenayah

Pemerintah Tidak Menghormati Pengamal Media

Kerajaan Harus Jawab Hujah Media

'Kerajaan kini semakin ghairah kawal kebebasan'

Negara Berdepan Dengan Krisis Pendidikan Tinggi

PTPTN Tidak Lagi Mampu Menanggung Keperluan Pembiayaan Pendidikan Tinggi


092016-ptptn_1-copy-2
Saya mula mencadangkan dan berkempen agar Malaysia memperkenalkan pendidikan tinggi percuma sejak 2012 lagi. Walaupun ramai yang menuduh bahawa cadangan pendidikan percuma adalah helah murahan untuk meraih sokongan undi, saya sebenarnya lebih bimbangkan kelangsungan kemudahan pendidikan tinggi negara yang menggunakan model pinjaman PTPTN kerana saya yakin dalam beberapa tahun (dari 2012) PTPTN akan mengalami krisis kewangan yang meruncing.
Baru-baru ini (17 September 2016), saya membentangkan cadangan reformasi pendidikan tinggi negara yang antara lainnya meliputi penghapusan biasiswa ke luar negara untuk ijazah pertama. Sekali lagi saya dituduh sebagai bodoh, tidak berfikir dan bermacam-macam lagi tanpa mereka yang mengkritik meneliti angka-angka yang saya bentangkan.
Cadangan menghapuskan biasiswa ke luar negara untuk ijazah pertama secara berperingkat menjelang 2030 adalah sebahagian dari cadangan reformasi pendidikan tinggi yang berpunca dari krisis pendidikan tinggi negara yang tidak diwar-warkan.
Saya akan terus fokus kepada isu ini terutamanya kegagalan PTPTN membiayai pendidikan rakyat seperti yang sewajarnya sehinggalah masalah ini selesai.
Di antara tahun 2010 hingga 2015, jumlah pembiayaan yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam telah jatuh mendadak.
Saya merujuk kepada buku Info PTPTN 2011 dan sumber-sumber lain untuk melengkapkan senarai pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN dari penubuhannya (1997) hingga 2010 mengikut pecahan IPTA dan IPTS, seperti berikut:
Oleh kerana PTPTN tidak lagi menerbitkan jumlah pinjaman yang diberikan mengikut tahun dan perincian seperti sebelum ini, saya terpaksa menyemak jawapan-jawapan di Parlimen untuk menganggarkan berapa pembiayaan terkini yang telah dikeluarkan.
Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap pada 19 November 2015 menunjukkan pembiayaan baru (diluluskan dan diagihkan) bagi 9 bulan pertama 2015 hanyalah RM2.08 bilion. Walaupun saya belum mendapat jawapan bagi pembiayaan sepanjang 2015, oleh kerana semester pengajian bermula sebelum September, saya merasakan bahawa pembiayaan setakat September adalah anggaran yang baik bagi pembiayaan baru yang diluluskan bagi setiap tahun.

PAS Selangor juga terjejas, persempadanan hanya untungkan Umno, kata Iskandar

Ini kerana terdapat daerah mengundi yang dimenangi PAS dikeluarkan manakala daerah yang dimenangi BN dimasukkan dalam kawasan PAS, jelas Pesuruhjaya PAS itu.
Iskandar Abdul Sama
PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor menyangkal dakwaan persempadanan kawasan pilihan raya yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menguntungkan parti Islam itu sebagai tidak berasas.
Ini kerana PAS juga dilemahkan sekiranya cadangan persempadanan itu dilaksanakan.
“Terdapat Daerah Mengundi (DM) di mana PAS telah menang pada Pilihan Raya Umum 2013 dikeluarkan dari kawasan Dewan Negeri PAS.
“Manakala terdapat DM yang dimenangi oleh BN dari kawasan yang lain dimasukkan ke dalam kawasan PAS,” jelas Datuk Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong mengalu-alukan pakatan pilihan raya antara Umno dan PAS di Selangor, dimana Umno akan bertanding menentang PKR manakala PAS akan menghadapi Amanah.
Memetik sumber yang tidak dinamakan, Nanyang Siang Pau melaporkan dakwaan itu 18 September lalu ketika Pakatan Harapan yakin cadangan persempadanan kawasan pilihan raya memberi kelebihan kepada Umno untuk merampas Selangor dalam pilihan raya akan datang.
Sekarang ini, PAS mempunyai 13 daripada 56 kerusi di Dewan Negeri Selangor (DNS) iaitu Taman Templer, Seri Serdang, Selat Klang, Chempaka, Lembah Jaya, Meru, Bangi, Dusun Tua, Sabak, Tanjong Sepat, Paya Jaras dan Gombak Setia.
Menjelaskan situasi di tempat sendiri, Adun Chempaka berkata lima DM yang dimenangi pada PRU13 iaitu iaitu Taman Dagang, Taman Cahaya, Pandan Mewah, Kg Baru Ampang 3 dan Pandan Indah Jalan 5 akan dikeluarkan dalam cadangan persempadanan semula.

Pro Mahasiswa Universiti Malaya dibubarkan


Erfan Razeeq Ahmad MohniErfan Razeeq Ahmad Mohni
Kumpulan politik pelajar Universiti Malaya yang dinamakan Pro Mahasiswa dengan rasminya dibubarkan hari ini.
"Kini sudah tiba masanya Pro Mahasiswa dibubarkan atas justifikasi memberi laluan kepada dinamika politik baru dalam arena politik kampus," kata jurucakap kumpulan itu, Erfan Razeeq bin Ahmad Mohni.
Walaubagaimanapun katanya, prinsip perjuangan untuk mengangkat suara dan hak mahasiswa, melawan kezaliman dan penindasan akan pasti diteruskan.
"Terima kasih tidak terhingga atas jerit perih serta sokongan padu yang disumbangkan oleh seluruh pendokong dan penyokong Pro Mahasiswa dari tahun 2007 sehinggalah kini.
"Andalah batu-bata di sebalik bangunan kukuh perjuangan mahasiswa," katanya.
Persoalannya kata beliau, masih adakah kumpulan mahasiswa yang bersedia untuk terus mengangkat prinsip perjuangan mahasiswa sepertimana yang ditonjolkan melalui watak Pro Mahasiswa sebelum ini?
"Atau mungkin watak ini terus bersemadi selepas pembubaran ini? Jawapannya ada pada mahasiswa.
"Nama hanyalah sekadar jenama.
"Namun prinsip perjuangan tetap kekal didokong bersama.
"Mahasiswa harus terus mara bersama memperkukuh segala kekuatan yang pernah dibina, ambil pengajaran daripada sejarah yang dicipta dan bangkit daripada kejatuhan.
"Sama-sama kita bina naratif politik mahasiswa yang lebih segar.
"Ayuh dokong prinsip kebenaran dan keadilan. Bersama ANGKATAN memimpin mahasiswa! " seru beliau
Erfan yang mengimbau dari mula gerakan pelajar itu beroperasi menganggap sedekad penubuhan Pro Mahasiswa Universiti Malaya, menyaksikan jatuh bangun perjuangan mahasiswa khususnya dalam pilihanraya kampus.

Rakyat tolak cadangan naik taraf Taman Tugu


Rafizi Ramli Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendedahkan dapatan kajiselidik yang dilakukannya untuk mengukur sentimen awam mengenai cadangan menaik taraf Taman Tugu yang dianggarkan bernilai RM650 juta ditolak majoriti responden dalam undian  dijalankan.
Tanpa menyatakan mana-mana agensi atau badan kajiselidik yang dipertanggungjawabkan Rafizi merumuskan, dapatan daripada 1,049 respon sejumlah 95 peratus  (985 undian) daripada responden  tidak bersetuju dengan cadangan menaik taraf Taman Tugu.
Manakala 95peratus (992 undian) responden yang telah membaca penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar tidak berkeyakini dengan penerangan yang diberikan.
Kajiselidik  Taman TuguKajiselidik Taman Tugu
"Saya percaya mesej itu jelas bahawa rakyat menolak projek Taman Tugu ini, ujarnya.
Rafizi  berkata, seramai 56 orang telah mendaftar sebagai sukarelawan untuk menyertai pasukan penyelidik kos yang terdiri dikalangan jurutera, juru ukur bahan, arkitek dan lain-lain.
Justeru Naib Presiden PKR ini bercadang untuk mengambil langkah menulis surat kepad Azman untuk mengemukakan dapatan kajiselidik yang dilakukannya.
"Memohon satu perbincangan rasmi di antara ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan dan wakildari pasukan penyelidik kos.
"Menyatakan kesediaan kami untuk menandatangani non-disclosure agreement (perjanjian kerahsiaan) untuk membolehkan kami meneliti secara terperinci skop kerja untuk membuat anggaran yang bebas
"Mendapatkan maklumbalas awam untuk membangunkan satu cadangan naiktaraf alternatif yang tidak menelan belanja sedemikian untuk dikemukakan kepada Khazanah
"Saya percaya Tan Sri Azman Mokhtar prihatin dengan pandangan umum terhadap Khazanah dan akan menyampaikan perkara ini kepada Datuk Seri Najib Razak, sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah," ujarnya dalam satu kenyataan.
Melihat kepada dapatan kajiselidik yang dilampirkan kepada media, responden yang tidak bersetuju Taman Tugu itu dibina mewakili sejumlah 992 responden.

Pulau Pinang akan bantah persempadanan semula - Guan Eng

'Pilihan raya mengejut di Selangor sangat risiko sebab PAS'

MCA, MIC dan Umno takkan berpecah tegas Nazri

Aksi Jamal hadir buat laporan polis tentang Bersih 5.0

'Saya lebih suka pertanyaan untuk PM bukan untuk menteri' - Khalid Samad

Dua AJK UMNO Gombak dakwa diugut bunuh Pemimpin UMNO Bahagian

'Pengundi kena bangun bantah persempadanan semula SPR'

'Maria Chin macam binatang sarkas, tak hormati undang-undang' - Jamal

"Kamu tunggulah nanti, baru tau langit tinggi ke rendah," kata Jamal

Ini zaman di mana media bebas menyampai maklumat

SHAH ALAM - Masyarakat kini berada di zaman di mana media tidak boleh dikongkong lagi.
Dekan Fakulti Komunikasi Seni Reka dan Perkomputeran, Prof Dr Azmudin Ibrahim berkata, meskipun sesuatu media disekat, sudah pasti ada cara lain untuk memastikan maklumat disampaikan kepada masyarakat.
"Saya tidak merasakan media terkongkong kerana kita berada di zaman media tidak boleh dikawal.
Wacana ‘Merdekakah Media Kita?’ "Kalaupun di negara lain ada undang-undang yang menyekat kebebasan media, masih ada cara untuk memastikan berita dan maklumat sampai ke pengetahuan kita," katanya menerusi Wacana Sinar Harian bertajuk 'Merdekakah Media Kita?' di Universiti Selangor, di sini, hari ini.
Wacana yang bermula jam 2.45 petang itu turut disertai Tokoh Wartawan Negara, Datuk A kadir Jasin; Ketua Pengarang Projek MMO, Fathi Aris Omar dan aktivis media yang juga bekas Pengarah Eksekutif South East Asian Press Alliance, Gayathtry Venkiteswaran.
Beliau dalam masa sama turut menyokong keperluan akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang digubal kerajaan terhadap media di negara ini.
"Saya rasa sesuatu undang-undang perlu ada kerana keamanan tidak boleh dicapai jika hanya mengharapkan kebebasan secara total.
"Peraturan itu akan menjadi panduan supaya boleh memperkukuhkan lagi do and dont's dalam kebebasan media," katanya lagi.

PAS jadi pengacau jika PRN Selangor diadakan, kata Amanah

Pembubaran Dewan Negeri Selangor boleh memakan diri kerana kedudukan PAS masih samar
Khalid-SamadKUALA LUMPUR: Pakatan Harapan perlu melakukan kajian mendalam bagi menentukan manfaat pilihan raya kilat di Selangor, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Ini kerana kedudukan PAS sebagai sekutu parti pembangkang masih samar dan boleh menjejaskan kedudukan Pakatan Harapan dalam kerajaan negeri.
Bercakap di sidang media hari ini, Khalid berkata ramai yang tidak pasti sama ada PAS akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan atau menyebelahi BN, atau menjadi pihak ketiga dalam pertembungan antara mereka.
“Oleh sebab PAS, pilihan raya kilat boleh memakan diri jadi kita perlu kaji sebelum buat keputusan,” katanya.
PAS mempunyai pengaruh yang lebih besar di Selangor berbanding di Pulau Pinang, katanya.
“Pilihan raya kilat di Selangor lebih sukar berbanding di Pulau Pinang memandangkan kita perlu berbincang dengan PAS dan mengesahkan pendirian mereka sebelum membuat keputusan.”
Sekarang ini, PAS mempunyai 13 daripada 56 kerusi di Dewan Negeri Selangor (DNS) iaitu Taman Templer, Seri Serdang, Selat Klang, Cempaka, Lembah Jaya, Meru, Bangi, Dusun Tua, Sabak, Tanjong Sepat, Paya Jaras dan Gombak Setia.
Pemimpin DAP Lim Kit Siang baru-baru ini meminta Selangor supaya membubarkan DNS susulan cadangan persempadanan kawasan pilihan raya di negeri itu.

PAS nafi pakatan sulit dengan Umno rampas Selangor

PAS Selangor komited untuk mempertahankan kerajaan negeri sedia ada dan menentang Umno secara '1 lawan 1' pada PRU akan datang.
Khairuddin-Othman_pas_selangor_600KUALA LUMPUR: PAS Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan parti itu kini sedang berunding dengan Umno negeri untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Setiausahanya Khairuddin Othman berkata PAS Selangor komited untuk mempertahankan kerajaan negeri sedia ada dan menentang Umno secara ‘1 lawan 1’ pada PRU akan datang.
“PAS Selangor tiada kaitan dengan Umno Selangor. Kami tidak pernah berjumpa, berbincang atau mengeluarkan cadangan seumpama itu,” katanya kepada FMT.
Muka depan akhbar Nanyang Siang Pau 18 September lalu mendakwa PAS dan Umno Selangor sudah berunding bagi mengelakkan pertembungan dalam PRU akan datang, dan sedang menunggu kata putus daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong pula dalam artikelnya semalam berkata, jika dakwaan itu benar, ia akan memberikan gambaran jelas kepada rakyat terhadap pihak politik penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan yang menentangnya.
Beliau berkata, semua pihak perlu membuat pilihan sama ada menyokong Najib dan politik perkauman Umno-PAS, atau pihak yang ingin membawa perubahan iaitu Pakatan Harapan, bekas pemimpin Umno anti Najib seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata, pendirian PAS Selangor sama seperti yang terkandung dalam memorandum kepada PAS Pusat sebelum ini, iaitu mencapai persetujuan ‘1 lawan 1’ dengan pembangkang lain bagi menentang BN.

Pemimpin Umno ugut bunuh, dakwa dua AJK Gombak

Dua ahli jawatankuasa (AJK) Umno Gombak hari ini mendakwa menerima ugutan bunuh daripada salah seorang pemimpin bahagian mereka pada Ogos lalu.
Menceritakan insiden perselisihan faham dalaman itu Mohd Farouk Mohamad Ramli berkata dia sedang bertugas pada persidangan tahunan Puteri Umno Gombak apabila mendapat ugutan berkenaan.
Kata Mohd Farouk dia didatangi pemimpin terbabit yang kemudian mengungkapkan kata-kata: "Eh, marilah, yang mati dah mati dah, ini ada lagi yang nak mati..tiga tahun aku dah tahan".
"Sambil menjerit dia berkata (demikian) dan terus nak menyerang saya," katanya kepada pemberita di Setiawangsa, Kuala Lumpur hari ini.
Seorang lagi AJK Umno Gombak, Azmi Iswan berkata sebelum itu dia dipanggil oleh pemimpin terbabit yang bertanyakan ketidakpuasaan hati terhadapnya.
Bagaimanapun, kata Azmi suasana yang agak tegang itu menyebabkan dia hilang fokus dan tidak dapat mengingati apa sepenuhnya yang dilafazkan pemimpin terbabit.
"Dia cakap: Mi apa yang kau tak puas hati. Dia kemudian bawa saya ke tempat lain," katanya.
Menurut Azmi ada kemungkinan pemimpin terbabit tidak berpuas hati dengannya ekoran sekeping gambar dimuat naik dalam WhatsApp sebelum itu.
Katanya, ia ada kaitan dengan satu mesyuarat Umno sebuah bahagian di Selangor apabila dua pemimpin dari Gombak hadir walaupun mandat diberikan hanya kepada seorang daripada mereka.
Terdahulu, kedua-dua mereka difahamkan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Selayang pada 15 Ogos lalu.

PENARIKAN BALIK AWARD KEPADA ROSMAH: APA KAITANNYA ROSMAH DENGAN BARANG ANTIK

Ini satu lagi berita panas yang membuatkan saya memaksa juga dirikeluar sebentar dari mood offline, untuk paling tidak memberi sedikit komen. Sebab isu sememangnya PANAZZZZ !
Adakah isu Tun jumpa Agong ? Taaaak ….. itu biasa2 jer ….
Adakah isu Justo kekal di penjara Thai dek sebab campurtangan Najib ? Taaaak …. penting tapi tak begitu tinggi tahap kepentingannya…
Adakah berita pendaftaran Online keahlian Bersatu ? Taaak … dah ramai yang lapor secara online pun
SO ? Berita apalagi yang begitu panas ?
Hah ….. cerita Rosmah kena tarik balik Award la !
KLiK
New York Times tuh ….  berita utama adalah penarikan balik award yang dijadualkan dianugerahkan kepada Rosmah sempena persidangan PBB di NewYork dalam masa 2-3 hari lagi.
Penganjur adalah Antiquities Coalition dan award bernama  ‘Lead by Example’ atau terjemahannya Kepimpinan Melalui Teladan ( hahahahaha ) hasil sumbangannya melalui Permata TAPI telah disalahlapor oleh Bernama sebagai datangnya dari Unesco.
Bernama salah lapor ? ? Well …. Bodek tak mengenal siapa…
Tapi heran jugakan, apa masalahnya sampai kena tarik balik anugerah itu ? Bukannya besar pun jika nama penganjur disalah lapor. Buat jerlah pembetulan dan minta maaf.  Jasa2 dan Teladan2 Rosmah yang boleh diikuti oleh manusia sejagat tetap tak berubah … kan ?
Dilaporkan pihak penganjur Antiquities Coalition dihujani dengan pelbagai pertanyaan mengenai dari mana datangnya duit Permata dan  –
“Bagaimanapun, kita tidak mahu acara penting ini didominasi oleh apa-apa selain daripada isu bagaimana untuk menggerakkan dan menyatukan rakyat dalam memerangi keganasan,” katanya.
“Justeru, jawatankuasa ini memutuskan ia memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji semula komen yang diterima, dan telah mengeluarkan PERMATA daripada senarai penerima anugerah Khamis ini,” – Mkini.
.
Pendek kata – Penganjur serabut nak layan persoalan mengenai Rosmah dan Permata. Penganjur tidak mahu acara penting itu ditenggelami oleh isu2 sampingan lain.
Benarkah hanya kerana isu sumber dana Permata ?
Tak percayalah ….. kalau setakat nak sahihkan sumber dana Permata, kerajaan Malaysia bila2 masa saja boleh keluarkan kenyataan yang Permata pakai duit kerajaan. Senang je nak Tutup kes. TAPI perkara teknikal sebegitu tetap juga dijadikan alasan untuk tarik balik anugerah berprestij itu… kenapa ?
Bukankah penarikan balik anugerah itu bakal MEMALUKAN Rosmah di peringkat dunia ! ? Dah umum dan tak sampai lagi 2-3 hari nak majlis, keluar kenyataan ditarik balik. MALUNYA ……..
Kita percaya penarikan balik award itu adalah kerana NAMA ROSMAH dan NAJIB yang begitu sinonim dengan kes berprofil tinggi DOJ vs Wang Haram 1MDB yang bila2 masa saja akan didengar dalam mahkamah Amerika.

'Wakil rakyat wakili kita bukan AG' - Kadir Jasin

Setiap wakil rakyat mewakili rakyatnya dalam segala urusan berkaitan undang-undang sama ada melibatkan pindaan mahupun penggubalan undang-undang baharu.
Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa beliau melihat suasana hari ini wakil rakyat lebih memihak kepada penulis atau peminta undang-undang.
"Apa peranan wakil-wakil rakyat kita? Adakah sekadar mengiyakan segala undang-undang dikemukakan Jabatan Peguam Negara (AG)?
"Wakil rakyat wakili kita bukan wakili AG. Jika nak gubal atau pinda undang-undang wakil rakyat kena lihat undang-undang dari aspek kita," katanya pada Wacana Sinar ke-42 : Merdekakah Media Kita?, di sini, hari ini.
Menurutnya, segala pindaan dan penggubalan undang-undang kini diluluskan dengan mudah selepas berdebat kira-kira tiga jam sahaja di Dewan Rakyat.
"Sebab kita lihat pindaan undang-undang, akta-akta baharu semuanya melanggar teras undang-undang dan kemanusiaan," katanya.
Selain A Kadir, beberapa panel lain turut bersama dalam wacana ini termasuk Ketua Pengarang Projek MMO, Fathi Aris Omar; aktivis media, Gayathry Venkiteswaran serta Dekan Fakulti Komunikasi Seni Reka dan Perkomputeran, Prof Dr Azmudin Ibrahim.

Amanah dakwa Hadi elak jelaskan RUU Akta 355

Kerana ia dibentang tanpa berbincang dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pengamal undang-undang dan kerajaan negeri, kata Amanah
Wan-Anwar_hadi-awang_law_600
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mampu menjawab soalan orang ramai berhubung cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) kerana dibentang tanpa berbincang dengan pihak berkepentingan.
Timbalan Presiden Biro Undang-Undang Amanah (KANUN) Wan Anwar Wan Ibrahim berkata pihak berkepentingan itu termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), kerajaan negeri, pengamal undang-undang, di samping wakil rakyat.
“Usul Ahli Parlimen Marang tidak jelas dan mengelirukan kerana tidak menunjukkan bagaimana cadangan meningkatkan hukuman akan perkasakan Mahkamah Syariah, kecuali menimbulkan ketakutan dan salah faham dalam kalangan rakyat,” katanya di sidang media di Wisma Amanah Negara.
Wan Anwar menjelaskan Presiden PAS sepatutnya berbincang dengan pihak yang dia sebutkan itu kerana mereka terbabit dengan sistem keadilan syariah secara langsung.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad turut hadir di sidang media itu. Oleh kerana Hadi bercadang meminda undang-undang sedia, PAS bertanggungjawab menjelaskan keperluannya, katanya.
“Kami cuba bantu PAS dengan menyampaikan soalan orang ramai dan mereka perlu menjelaskan aspek teknikal cadangan itu, bukan bereterotik seperti selama ini.”
Ditanya sama ada beliau akan menyokong usul sekiranya PAS tampil dengan penjelasan teknikal, Khalid berkata bergantung kepada penerangan PAS.
Secara prinsip, Amanah menyokong peningkatan hukuman syariah atas dua sebab, kata Khalid.
“Pertama, supaya ada langkah pencegahan yang lebih berkesan kerana sekarang ini 90% tertuduh mengaku bersalah sebab lebih murah untuk membayar denda daripada mendapatkan peguam.
“Kedua, untuk bantu bina kepakaran mahkamah melalui perbicaraan kerana kemahiran hakim dan peguam tidak diasah sebab ramai tertuduh mengaku bersalah.”

Selepas ugutan bunuh, Maria bimbang akan keselamatan

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengakui bahawa beliau kini bimbang dengan keselamatannya.
Ini berikutan laporan blog Free Malaysia Today pada Rabu lalu yang memetik seorang pesara tentera, Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju,sebagai berkata Maria “tidak akan berjalan di atas bumi”.
Maria bagaimanapun berkata beliau tidak menerima sebarang ancaman bunuh secara peribadi tetapi sebaliknya melihat ugutan yang dikatakan itu di Twitter.
"Saya bimbang tentang keselamatan peribadi saya, juga keluarga saya, ahli-ahli jawatankuasa pemandu, kerana kami adalah sebahagian daripada BERSIH.
“Kita tidak boleh menghalang mereka, tetapi pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan.
"Jika mereka (polis) boleh arah (ahli parlimen DAP) Jeff Ooi menyerah diri, mengapa tidak Ali Tinju, (yang mengeluarkan) ugutan bunuh terhadap saya?" katanya kepada Malaysiakini selepas sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

BERSIH kaji heret SPR ke mahkamah

Kumpulan pemantau pilihan raya BERSIH sedang mempertimbangkan bagi memfailkan tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung salah pembahagian kerusi pilihan raya di seluruh negara.
Memetik Seksyen 2C Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, pegawai sumber BERSIH, Wong Chin Huat berkata sepatutnya semua kawasan pilihan raya seharusnya hampir sama.
Satu kajian oleh Institut Pulau Pinang bagaimanapun mendapati bahawa ini tidak berlaku di beberapa negeri.
Sebagai contoh, Wong berkata di Selangor, nisbah kawasan terbesar dengan kawasan paling kecil adalah 4.05 berbanding 1.
"Adakah kamu kata bahawa 150,000 pengundi lebih kurang sama dengan 37,000 pengundi?" soalnya merujuk kepada dua kawasan - Damansara dan Sabak Bernam.
SPR, katanya, mungkin akan memberi penjelasan bahawa Damansara adalah sebuah kerusi kawasan bandar manakala Sabak Bernam pula kerusi luar bandar.
Sekali lagi memetik perlembagaan, Wong berkata bahawa semua kerusi perlu lebih kurang sama kecuali kawasan terutamanya yang besar.
"Seperti Gua Musang, sebagai contoh. Ia meliputi hampir separuh daripada Kelantan," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya.
Justeru, Wong, ingin tahu mengenai persediaan SPR di mahkamah berhubung perkara ini.
"Macam mana kamu akan dapat yakinkan mahkamah bahawa 4.05 adalah lebih kurang sama dengan 1.
“Adalah satu penghinaan kepada kebijaksanaan kita untuk mempercayai ini," katanya.
Tugas perlembagaan
Dalam kes Pulau Pinang, SPR juga telah melepaskan tanggungjawab perlembagaannya untuk mengurangkan salah pembahagian kerusi dalam proses persempadanan semula, kata Wong.
Kawasan parlimen di negeri itu tidak pernah menyimpang lebih daripada 28 peratus dalam sedekad yang lalu tetapi Wong berkata bahawa SPR masih perlu melakukan persempadanan semula untuk mengurangkan salah pembahagian kerusi kerana peluang seterus berbuat demikian hanya akan datang dalam tempoh lapan tahun akan datang.

Pembantu Rosmah berkias isu anugerah ditarik semula

Rosmah dipercayai tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai majlis itu, namun pihak tertentu dikatakan memutar belit dengan menyatakan anugerah tersebut ditarik semula.
Rizal-Mansor_permata_600
PETALING JAYA: Pegawai khas isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor secara kiasan mengulas isu penarikan anugerah “Lead by Example”.
Tanpa menamakan mana-mana pihak, Datuk Rizal Mansor dalam muat naik terbaru statusnya menjelaskan situasi sebenar penarikan anugerah oleh penganjurnya pada saat terakhir.
“Awak masuk meminang dia.. Dia tak bagi jawapan lagi.. Tiba-tiba sepupu awak buat statement kata awak nak putus tunang..,” katanya di status Facebook.
Menyimpul status berkenaan, Rosmah dipercayai tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai majlis itu, namun pihak tertentu dikatakan memutar belit dengan menyatakan anugerah tersebut ditarik semula.
Dalam satu lagi status yang baru dinaikkan, beliau menyindir mengibaratkan pemikiran ‘mat salleh’ (Amerika) sebagai kuno kerana masih mengamalkan fitnah dan budaya menghasut.
Tulisnya, “Pak cik ingatkan budaya mencucuk dan menghasut ada pada orang kita je.. Rupanya omputih (orang putih) Amerika lagi teruk mencucuk … Memfitnah lagi tu.. Yang mendengar plak tak reti nak bertanya betulke apa yg mereka kata tu.. Pak Cik cuma boleh kata Mat Salleh ni tak maju lagi rupanya.. Masih kuno pemikiran mereka..”
Semalam, New York Times melaporkan anugerah yang sepatutnya diterima Rosmah anjuran pertubuhan Antiquities Coalition Unesco dibatalkan pada saat akhir.
Tudor Parfitt, ahli akademik yang terlibat dalam acara yang akan diadakan di Muzium Seni Metropolitan, New York dalam satu kenyataan mendedahkan keputusan itu diambil susulan persoalan terhadap dana yang diperolehi Permata.
Walaupun penganjur tidak mengesan sebarang salah laku secara khusus tetapi mereka kesempitan masa untuk membuat semakan terhadap organisasi itu, jelasnya.

Adakah Malaysia sudah menjadi negara polis?

Adakah Malaysia sudah menjadi negara polis apabila pihak polis tidak boleh ditegur sehingga Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan angkuhnya memberi amaran kepada Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, supaya tutup mulut hanya kerana bertanya mengapa siasatan lambat dibuat?
Tindakan IGP memberi amaran terhadap Teo, semata-mata kerana wakil rakyat tersebut mendesak polis menjalankan siasatan segera berhubung satu dakwaan ugutan terhadap pemimpin BERSIH 2.0, membuktikan kebebasan bersuara yang sudah pun terhad di Malaysia kini semakin terhakis.
Teo hanya menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen yang menuntut keadilan dilaksanakan berikutan ugutan oleh ketua kumpulan Baju Merah, Mohd Ali Baharom yang mengancam nyawa Pengerusi BERSIH 2.0. Maria Chin Abdullah.
Teo membuat kenyataan beliau kerana mendapati pihak polis belum berbuat apa-apa selepas ugutan tersebut dibuat secara terbuka.
Semata-mata menyuarakan pandangannya, Teo diberi amaran keras agar tidak mencampuri urusan polis serta tidak mempolitikkan isu tersebut.
Saya tidak faham apa yang tidak boleh dicampuri dan apa yang dikatakan dipolitikkan.
Jenayah depan mata
Ahli parlimen adalah wakil kepada rakyat dan beliau berhak bersuara. Apakah ahli parlimen hanya perlu membisu apabila melihat ugutan, ancaman dan hal-hal jenayah berlaku di depan mata?
Begitu juga dengan kes ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi, yang terlibat dalam isu tweet tentang kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din. Saya sendiri telah membuat teguran terhadap tweet Jeff Ooi sebagai tidak sensitif dan melahirkan perassan kesal kepada keluarga Allahyarham.
Namun, apabila IGP mengeluarkan kenyataan bahawa Ooi “mulut gatal” dan menuntut agar Jeff Ooi menyerah diri atau menghadapi tindakan polis, ia menggambarkan seolah-olah berlaku jenayah besar.
Apakah tweet yang “tidak sensitif” atau seorang yang “mulut gatal” sudah menjadi jenayah besar di Malaysia?
IGP juga dilaporkan mengatakan bahawa Ooi akan disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan sesuatu yang menimbulkan kebencian atau berniat jahat untuk menjejaskan keharmonian.
Di samping itu, tindakan oleh IGP bersifat double-standard.
Persoalannya, mengapa tindakan polis dan layanan yang sama tidak dikenakan terhadap ahli parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad?
Apa yang Nawawi lakukan jauh lebih teruk. Nawawi telah mengaitkan identiti “Malaysian Official 1” atau MO1 yang dituduh terlibat dalam pencurian dana 1MDB oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), dengan Yang di-Pertuan Agong.
Tweet: Allah matikan Karpal
Yang di-Pertuan Agong adalah Raja dan Ketua Negara Malaysia yang tidak boleh dihina, dituduh atau dipermain-mainkan. Ia adalah jaminan Perlembagaan Persekutuan.
Tetapi martabat dan peranan Seri Paduka telah dihina sebagai MO1 yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Lebih 50 tahun kita dirompak.


Usul SPR: DAP namakan 7 kerusi Selangor bakal dirampas BN

DAP Selangor mengadakan mesyuarat tergempar hari ini membincangkan usul persempadanan semula SPR yang dikecam hebat pemimpin Pakatan Harapan.
tony-pua-selangor-bn-1
KUALA LUMPUR: DAP hari ini mengenal pasti 7 kerusi negeri yang bakal dirampas kembali Barisan Nasional (BN) di Selangor sekiranya usul persempadanan semula kawasan seperti dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diluluskan.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata berdasarkan corak pengundian pada 2013, kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang bakal dimenangi BN ialah Sabak, Hulu Kelang, Sementa, Selat Kelang, Pelabuhan Kelang, Sijangkang and Morib.
Selain itu, BN berpeluang menang di sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN lagi disebabkan majoriti kemenangan ditipiskan oleh penyusunan semula SPR itu.
“Dengan manipulasi terbuka dan kempen agresif menggunakan retorik kaum dan agama, kemungkinan Selangor jatuh ke tangan BN adalah sesuatu yang nyata,” kata ahi Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, DAP Selangor akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini membincangkan langkah SPR itu, yang turut dikecam parti pembangkang lain kerana dilihat mengubah pemetaan kawasan pilihan raya bagi memberi kelebihan kepada BN.
BN di Selangor tewas pada pilihan raya umum 2008 dan sekali lagi gagal menawan kembali negeri terkaya di Malaysia itu pada 2013, dengan hanya menerima 12 kerusi diwakili Umno. PRU akan datang perlu diadakan pada 2018.
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini mempersoalkan persempadanan semula itu dan mendakwa bilangan pengundi ramai di kerusi yang disandangnya merupakan usaha mencuri keputusan pilihan raya umum depan, kerana ia akan mengakibatkan bilangan kerusi lebih rendah di Parlimen.
Cadangan SPR itu melibatkan 128 kawasan Parlimen, dan boleh dibantah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kelompok 100 orang, sebelum 15 Oktober.

Mana janji SPR hadkan 100,000 pengundi?

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melanggar peruntukan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan setiap kerusi hendaklah mempunyai bilangan pengundi lebih kurang sama banyak.
Sebaliknya, katanya, persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menjadi pertikaian pelbagai pihak baru-baru ini semata-mata menguntungkan parti tertentu dan mempersoalkan sama ada ia dirangka demi kelangsungan politik Umno.
“Jadual Ketiga Belas memperuntukkan kewajaran (perbezaan jurang pengundi) antara kawasan-kawasan luar bandar, tetapi jurang perbezaan pengundi antara kawasan bandar dan luar bandar perlu sentiasa merapat dan tidak melebar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dengan memberi contoh dua kawasan Subang Jaya (bandar) dan Sungai Air Tawar (luar bandar) di Selangor, katanya, jurang perbezaan pengundi di antara kedua-dua kawasan tersebut kini telah melebar berbanding pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Menurut Lim, mengikut cadangan persempadanan itu, Sungai Air Tawar mengalami penurunan jumlah pengundi iaitu 15,033 berbanding 15,187 pada PRU-13 lalu, manakala Subang Jaya mencatatkan peningkatan jumlah pengundi daripada 61,688 kepada 66,059.
“Mengapa SPR meluaskan dan bukannya merapatkan jurang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, jika tidak ada agenda tersembunyi dalam penyusunan semula persempadanan itu untuk memberi manfaat kepada Umno?” soalnya.
Lim berkata, usul persempadanan semula itu turut membelakangi prisip yang pernah dibentangkan bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada tiga tahun lalu, untuk memastikan kawasan pilihan raya akan dihadkan kepada 100,000 jumlah pengundi.
“Mengapa Datuk Mohd Hashim Abdullah (Pengerusi baru SPR) meninggalkan prinsip perlembagaan dan demokrasi yang penting dalam usul itu?
“Adakah ini atas perintah orang yang berkuasa dalam Umno?” soalnya.
Pada Disember 2013, Abdul Aziz, berkata, SPR akan berusaha untuk memecahkan kawasan-kawasan pilihan raya bagi memastikan ia hanya mengandungi tidak lebih 100,000 pengundi.
Selangor bakal jatuh
Mengulas isu yang sama, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata cadangan SPR itu adalah bagi membolehkan BN merampas semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, cadangan persempadanan semula di Selangor menyaksikan pengundi pro-pembangkang ‘dihimpun’ ke satu kawasan parlimen yang sama, manakala pengundi pro-kerajaan pula dipecahkan kepada beberapa kawasan kecil.
“Jadi, BN terpaksa melukis semula sempadan kawasan pilihan raya sehingga membolehkan parti itu dijamin kemenangan besar walaupun undi popular mereka terus merosot.
“Cara termudah adalah menghimpunkan pengundi pro-pembangkang ke satu kawasan pilihan raya yang besar, iaitu dengan lebih 100 ribu pengundi.
“Pengundi pro-kerajaan pula dipecahkan kepada beberapa kawasan lebih kecil,” katanya dalam satu kenyataan.
Pua mendakwa tindakan itu satu-satunya muslihat BN berikutan populariti Umno yang semakin menurun di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan skandal kewangan 1MDB yang masih tidak selesai, serta pelaksanaan cukai GST.
Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara memberi contoh kawasannya yang akan dinamakan semula sebagai ‘Damansara’ bakal menjadi kawasan tunggal terbesar dengan 150,439 pengundi setelah mengalami peningkatan sebanyak 76.2 peratus.

Makin ramai pelabur Malaysia beli hartanah di Australia, UK

Portal ekonomi The Investor berkata pelabur Malaysia aktif di United Kingdom dan Australia, susulan penurunan nilai mata wang pound sterling dan dolar Australia.
house_australia_uk
KUALA LUMPUR: Pelaburan Malaysia dalam bidang hartanah di luar negara terutama di Australia dan United Kingdom (UK) terus meningkat, lapor laman ekonomi The Investor.
Ia berikutan penurunan mata wang pound sterling dan dolar Australia serta kelembapan pasaran di negara Asia Tenggara lain.
Laporan yang disiarkan semalam itu memetik penganalisis firma pelaburan JLL Nick Charlton sebagai berkata, sebelum UK menarik diri daripada Kesatuan Eropah (EU), hartanah di sana tidak menarik perhatian pelabur Malaysia susulan ringgit terlalu lemah berbanding pound.
Katanya, bagi Australia pula, antara faktor yang menarik pelabur Malaysia ke sana ialah terma pajakan jangka lama yang mampu memberi pulangan sama atau lebih baik berbanding hartanah komersial utama di Kuala Lumpur.
“Sesetengah hartanah berbentuk pejabat utama di Kuala Lumpur memberi pulangan 4% atau kurang, berbanding di Sidney,” katanya dipetik daripada laman itu.
Menurut laporan itu, ringgit meningkat sebanyak 1.94% berbanding dolar Australia dan 17% berbanding pound.

Rahim Thamby Chik didenda RM1,900

MB Kelantan pangku jawatan Mursyidul Am PAS

Kes fitnah: Anwar, KJ hadir ke mahkamah

Mahkamah denda Rahim Thamby Chik kes tuduh Raja Muda murtad

Peguam bekas ketua menteri Melaka itu meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya kepada negara sepanjang berada dalam kerajaan.
Rahim-ThambySHAH ALAM: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,900 atau 3 bulan penjara ke atas Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, selepas bekas ketua menteri itu mengaku bersalah menuduh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah murtad pada tahun lalu.
Rahim memutuskan untuk membayar denda.
Beliau mengaku bersalah di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung kiriman di Facebook.
Sebelum ini, pihak pendakwa diketuai Nik Suhaimi Nik Sulaiman memutuskan tidak meneruskan pendakwaan atas kesalahan sama di bawa Akta Hasutan.
Rahim, 66, turut memohon maaf kepada Raja Muda Selangor dalam kenyataan yang dibaca di mahkamah oleh peguamnya, Ahmad Al-Hadi Abdul Razak.
Peguam Rahim, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin juga meminta mahkamah mempertimbangkan jasa Rahim kepada negara sepanjang berada dalam kerajaan.
“Beliau pernah menjawat ketua menteri dan bekas timbalan menteri dalam negeri,” Firoz memberitahu hakim Slamat Yahya.
Rahim mengaku tidak bersalah menerbitkan kiriman Facebook berunsur hasutan pada 25 September, 2015, mendakwa Tengku Amir Shah murtad.
Ia dinafikan Dewan diRaja Selangor yang menganggap kenyataan itu berbaur hasutan “dan mempunyai unsur-unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor”.
Rahim sebelum ini sudah pun mengemukakan permohonan maaf kepada Tengku Amir Shah menerusi akaun Facebook dan Twitter.

Penyingkiran Rosmah adalah kerugian negara ampu portal pro-Umno

Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menerima anugerah 'Lead by Example' di New York pada Khamis ini berhubung program bidang pendidikan awal kanak-kanak PERMATA, cetusan ilhamnya.
Bagaimanapun, namanya dikeluarkan daripada senarai penerima anugerah pada saat-saat akhir.
Dan portal pro-Umno mendakwa ini adalah sabotaj oleh mereka yang tidak mahu melihat Malaysia atau isteri Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak menerima pengkitirafan.
MyKMU.net berkata jawatankuasa panel penasihat antarabangsa terpaksa mengeluarkan PERMATA dari senarai selepas soalan dibangkitkan mengenai pembiayaannya.
Jawatankuasa itu, katanya, mereka tidak tahu mengenai sebarang salah laku tetapi pada masa yang sama, akibat kesuntukan masa dapat menyemak sumber dana PERMATA.
“Pihak media, terutama media barat cuba mengimplikasikan bahawa sumber pembiayaan PERMATA datang daripada sumber yang tidak sah walhal PERMATA sebenarnya mendapat dana daripada kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Portal itu juga membekalkan dana yang diperuntukkan kepada PERMATA sejak 2013:
2013: RM20.59 juta
2014: RM32.39 juta
2015: RM34.46 juta
2016: RM36.34 juta
Dana yang diperuntukkan, kata MyKMU adalah daripada bajet tahunan kerajaan yang digunakan untuk gaji kakitangan, perkhidmatan dan bekalan, pembelian aset atau dalam erti kata lain untuk membiayai operasi PERMATA.
Tidak benar untuk mengatakan bahawa sumber dana untuk PERMATA tidak dapat disahkan sedangkan dokumen-dokumen kerajaan berkenaan perbelanjaan dan butir-butirnya telah dibentangkan, berada di dalam domain awam dan mudah diakses,” katanya.
Menurut portal itu, program PERMATA telah membawa banyak manfaat untuk kanak-kanak, remaja, kanak-kanak kurang upaya serta juga pelajar pintar.

Pihak berkuasa Switzerland kesal Thai enggan ekstradisi Justo

Pihak berkuasa Switzerland kesal dengan keputusan Thailand untuk tidak mengekstradisi rakyatnya yang juga adalah bekas pegawai PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.
"Jabatan Persekutuan Luar Negeri (FDFA) Switzerland ambil maklum dan kesal dengan keputusan pihak berkuasa Thai yang bertanggungjawab berhubung permohonan pemindahan itu.
"FDFA memberi keutamaan utama kepada keselamatan dan integriti warga Switzerland dan akan terus memantau kes ini dengan teliti dan aktif," kata jabatan itu, seperti dilaporkan oleh The Malay Mail Online semalam.
Walau bagaimanapun, mereka juga berkata mereka masih belum secara rasmi dimaklumkan mengenai penolakan peermohonan ektradisi daripada pihak berkuasa Thailand.
Menurut jabatan berkenaan mereka telah melakukan segala usaha untuk berunding dengan pihak berkuasa Thailand dan juga menyatakan bantahan terhadap tindakan Thailand baru-baru ini.
"FDFA mengambil langkah-langkah di pelbagai peringkat sebelum keputusan itu," kata mereka.
Sebelum ini, Menteri Keadilan Thailand, Jeneral Paiboon Koomchaya berkata keputusan mereka mengenai Justo dibuat "mengikut undang-undang Thai".
Beliau juga berkata bahawa mengikut undang-undang negara itu, sesiapa yang memohon untuk memindahkan baki hukuman penjara mesti mempunyai baki "tidak kurang daripada satu tahun" dalam hukuman penjaranya.

HERO UMNO: PORTFOLIO BARU BAGI NAZRI – MENGHINA & MENGHENTAM DR M?

Sekali lagi Nazri Aziz berteriak, “Apa lagi Tun M mahu….?”
Nazri Aziz adalah seorang menteri yang sungguh tak sesuai memegang jawatan itu kerana dia seringkali mengeluarkan kenyataan yang memalukan. Menghina orang lain dengan menggunakan kata-kata kesat adalah “trademark” dia.
Tidak ada menteri di dunia maju yang melakukan apa yang dilakukan oleh beliau. Kerajaan lain akan merasa malu dan tidak menjadi popular kerana rakyat akan marah dengan telatah menteri yang sedemikian. Saya tahu rakyat Malaysia ini ada lagi yang bangga dengan sikap pemimpin seperti Nazri Aziz, Ali Tinju dan Jamal Md Yunos dan Tan Keng Liang, lalu mereka terus dengan cara mereka yang luar biasa itu.
Ini akan berubah tidak lama lagi. Setiap kumpulan manusia akan berubah dari sikap primitif dan “barbaric” ke arah satu budaya tamadun dan bersopan. Ia memakan masa. Manusia tidak akan kekal bodoh dan sombong. Dengan pelajaran dan perubahan dunia mereka akan menjadi lebih “civil”, bertanggungjawab dan menghormati orang ramai.
Menghentam dan menghina Tun Mahathir telah menjadi portfolio baru bagi Nazri Aziz. Saya masih ingat suatu masa dulu ada desas-desus bahawa satu tindakan akan diambil terhadap Nazri mengenai penglibatannya dengan permit teksi. Tun Mahathir waktu itu sudah mahu bersara, lalu beliau dikatakan menyuruh pegawai penyiasat menyerahkan perkara itu kapada PM baru iaitu Pak Lah.
Dia sudah mahu berhenti, jadi tidak elok untuk membuat apa-apa keputusan besar. Dari episod ini Nazri sepatutnya insaf dan sedar bahawa ada juga jasa Tun Mahathir kepada beliau. Kalaulah tidak kerana hal itu pun, beliau sepatutnya mesti berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana mengekalkan dia sebagai menteri begitu lama. Tapi itulah pemimpin UMNO, tidak ada langsung ingin mengenang jasa mereka yang telah banyak menolong.
Soalan yang sama sepatutnya dikemukakan oleh Nazri ialah kepada Najib. Apa lagi Najib mahu? Setelah mengambil berbilion-bilion dari 1MDB, setelah wang KWAP sebanyak RM4 bilion tak tahu ke mana, setelah ratusan juta wang SRC hilang dan sebahagiannya masuk ke akaun Najib, sepatutnya Nazri bertanya kpada Najib, “Boss, apa lagi you mahu?