Isnin, 19 September 2016

"Saya dah lama maafkan semua orang," kata Anwar

INI MEMANG GILER!! Najib JUAL Tanah Kem Tentera Udara Sungai Besi,Kini Milik CHINA

AWAS SEMUA!! Najib dan Malaysia Sedang DIPERHATIKAN Kuasa-Kuasa Besar Dunia

1MDB bukan masalah besar ??

Hutang 1MDB masih RM50 bilion..
BUKAN MASALAH BESAR??

Sampai tergadai aset2 negara kpd Komunis-China..
BUKAN MASALAH BESAR??

Nama Malaysia dah busuk ke serata dunia angkara skandal 1MDB..
BUKAN MASALAH BESAR??

Duit 1MDB diperguna utk bayar hutang judi LAS VEGAS US$11 juta..
BUKAN MASALAH BESAR??

Negara dipimpin oleh penyangak & perompak 'berlesen'..
BUKAN MASALAH BESAR??

ALANGKAH LEBIH BAIK Ahmad Maslan kurang berkata, kerana asal aja kluar dari mulut beliau PASTI BAU BODOH !!!

Kena Tarik Balik....!!!

Harap maklonggg.. anugerah yang didakwa dari UNESCO adalah kesilapan tak disengajakan.. sebenarnya dari JAYAJUSCO..

ANUGERAH DITARIK BALIK, PENJELASAN ROSMAH AMAT2 DIPERLUKAN

Berikut adalah petikan berita yang disiarkan secara meluas pada 17 September 2016 yang lalu:-

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah "Lead By Example" oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Unesco.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Unesco Malaysia, Alias Ahmad berkata, anugerah itu diberikan  atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah program Permata.

"Pengiktirafan ini sekaligus memberi penghormatan kepada Malaysia di atas keberkesanan dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, anugerah  sempena Persidangan Agung ke 71 PBB itu julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan sumbangan beberapa individu di seluruh dunia yang telah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan manusia sejagat.

Kata kenyataan itu lagi, anugerah akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-Wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 September ini di Muzium Keseniaan Metropolitan, New York.

Bagaimanapun, laporan New York Times hari ini  menyebut bahawa Unesco mengumumkan penarikan balik gelaran yang sepatutnya diberikan kepada Rosmah itu.

Punca ia ditarik balik ialah berkaitan dana Permata yang didakwa meragukan dan walaupun pihak penganjur tidak menyedari wujud sebarang salah laku, mereka juga tidak cukup masa untuk membuat pemeriksaan.

Penarikan balik gelaran itu tentu saja mengecewakan Rosmah yang mungkin sudah bersiap-siap untuk berlepas ke New York, walaupun Najib tidak hadir ke persidangan PBB kali ini dan mewakilkan Zahid Hamidi mengetuai delegasi Malaysia.
Persoalannya, mengapa dana Permata tiba-tiba diragui?

Apakah keraguan mengenai dana Permata itu ada kaitan juga dengan wang 1MDB yang dilaporkan hilang selama ini?

Umno pun ‘tak puas hati’ persempadanan semula kawasan, kata Noh

Katanya, ini kerana ia dijangka mengurangkan jumlah pengundi Melayu di beberapa kawasan dulunya majoriti pengundi Melayu yang tinggi di Selangor.
noh-omar
PUTRAJAYA: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar menyelar sikap pembangkang kerana tidak memahami proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, selain asyik menyalahkan kerajaan berhubung perkara itu.
Beliau berkata usul persempadanan semula dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu turut menyebabkan Umno tidak berpuas hati kerana ia dijangka mengurangkan jumlah pengundi Melayu di beberapa kawasan dulunya mempunyai majoriti pengundi Melayu yang tinggi di Selangor.
“Contohnya di Ampang, kalau dulu, satu kerusi Parlimen dan 2 Dewan Undangan Negeri (Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa), ketiga-tiga Umno bertanding.
“Tapi dengan persempadanan baharu ini, saya rasa Umno mungkin tidak dapat 3 kerusi itu di Ampang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat pembangkang mengadakan pilihan raya di Selangor berikutan usul persempadanan itu.
Noh, yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Kepada Presiden Tribunal baharu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) di kementeriannya di sini, hari ini.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini, memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.
Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan 1 kerusi baharu Damansara, yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang.

Persempadanan semula tidak berperlembagaan, berat sebelah


Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin AbdullahKetua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah
Pakatan Harapan menyifatkan persempadanan semula kawasan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berperlembagaan dan berat sebelah.
"Kami pandang berat, kesal dan mengutuk langkah persempadanan semula yang dilakukan SPR pada anggapan kami tak berperlembagaan dan berat sebelah,” tegas Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.
Menurutnya syor persempadanan semula yang mulai dipamerkan SPR selama sebulan sejak 15 September lalu hanya menguntungkan BN seperti terbukti pada sejarah pilihan raya sebelum ini.
“Ia juga akan untungkan BN. Sejarah pilihan raya, setiap kali selepas persempadanan semula, BN menang dengan lebih baik," jelasnya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya.

Mahathir, Anwar Sepakat Tolak Akta MKN

Mahathir tidak yakin kemampuan Muhyiddin raih sokongan untuk PPBM - Lokman Adam

Peguam Jenayah: Tiada peruntukan undang-undang membolehkan Anwar ditahan di rumah

Peguam jenayah menolak kemungkinan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dikenakan tahanan rumah.
Baljit-SidhuPETALING JAYA: Tiada undang-undang di Malaysia yang membenarkan pesalah diletakkan di bawah tahanan rumah, kata seorang peguam jenayah.
“Tidak ada peruntukan seperti itu sama ada dalam Kanun Prosedur Jenayah atau Akta Penjara yang membenarkan seseorang pesalah menjalani hukuman penjara di rumah,” kata Baljit Sidhu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas satu laporan dalam majalah Weekend Australian yang menyatakan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon untuk tahanan rumah jika usaha mengetepikan sabitan kesalahan liwat terhadap bekas ketua pembangkang itu tidak berjaya.
Peguam Amerika Syarikat, Kimberly Motley dipetik sebagai berkata peguam Anwar akan sekali lagi membangkitkan isu kekurangan bukti DNA dan keterangan Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten, dalam permohonan semakan pada 12 Oktober.
Baljit, yang juga pensyarah undang-undang berkata tahanan rumah hanya diperuntukkan di AS dan negara Komanwel lain seperti Australia dan Pakistan.
“Di Malaysia, mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah undang-undang dan habis semua proses rayuan perlu menjalani hukuman di penjara,” katanya.
Baljit berkata seingat beliau hanya ada 1 kes membabitkan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikenakan tahanan rumah tetapi secara bersyarat.
Katanya, kes tahanan ISA itu perlu dibezakan dengan banduan yang disabitkan bersalah.
“Pesalah itu ditahan tanpa dibicarakan dan menteri dalam negeri mempunyai budi bicara untuk memerintahkan tahanan di rumah,” katanya.
Awal tahun ini, kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) juga mendesak supaya Anwar diberikan tahanan rumah bagi membolehkan beliau menerima rawatan perubatan yang tidak ada di penjara.
Dalam satu kenyataan sempena setahun sabitan dan hukuman penjara terhadap Anwar, Pengarah Eksekutif LFL Eric Paulsen berkata pemenjaraan Anwar sangat menjejaskan reputasi Malaysia.
Pemimpin PKR itu pada masa ini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di penjara Sungai Buloh kerana meliwat Saiful yang juga bekas pembantunya pada 2008.

'Pakatan lihat segala kemungkinan PRN mengejut Selangor'

Sekretariat PH cadangkan Pulau Pinang dan Selangor bantah persempadanan semula

Saifuddin: 25% popular votes is enough for BN to secure simple majority

Pakatan: Malay-based PPBM is a favourable factor

'Usah serah RM650j ke Putrajaya untuk majukan Taman Tugu KL' - Rafizi

AUTA...FAKTA...!!!

KANTOI !!!.. Nak ampu jilat punya pasal sanggup sebar berita palsu satu dunia kononnya Rosmah Terima Anugerah 'Lead By Example' Daripada UNESCO..

Mana BERNAMA..?? Harap pengarangnya menyerah diri kepada pihak polis kerana menyiarkan berita palsu dan menjadi alat AMENO semata2... alangkah malunya Datin Seri kerana berita ni dgn sengaja mahu menjatuhkan imej Datin Seri di mata rakyat dinegara ini...

Kalau portal berita pembangkang yg siarkannya sudah tentu pihak2 berkuasa dgn pantas cekup, tahan wartawan/ ketua editor mahupun CEO tersebut.

JIKA IA BERLAKU PADA MEDIA MASSA pro UMNO/BN, berani kah pihak berkuasa ambil tindakan serupa sptmana yg diperlakukan terhadap media pro pembangkang ??!!

SAMA-SAMA KITA NANTIKAN...

Ali Tinju dicadang demo depan TV3, Bernama kerana malukan Rosmah

Rosmah dengan anak anak Permatanya.Rosmah dengan anak anak Permatanya.
Pemuda Amanah Melaka mencadangkan agar Ali Tinju untuk turun berhimpun bersama baju merahnya bagi menuntut TV3 dan Bernama disaman kerana telah mengaibkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ini kerana laporan mereka yang mengewar-warkan kononnya Rosmah akan menerima anugerah oleh UNESCO adalah tidak benar dan kerana laporan itu juga anugerah oleh pihak lain ditarik balik.
"Ini tidak seharusnya berlaku dalam dunia langit terbuka dimana maklumat boleh diakses dengan mudah. Cuba bayangkan jika pihak kerajaan telah menyewa jet peribadi untuk program tersebut.
"Atau lebih merugikan masa wanita pertama negara untuk mengemas pakiannya yang kita sedia maklum memerlukan sejumlah beg yang banyak," kata pemimpin muda Amanah Melaka, Muhammad Syafiq Azmi.
Beliau juga secara sinis mencadangkan agar UNESCO atau pihak yang bertanggungjawab perlu dibawa kemuka pengadilan dan disiasat kerana memalukan Rosmah.
"Ini kerana mungkin wujud campurtangan Amerika Syarikat yang iri hati dengan orang melayu dan polisi pentadbiran Dato Seri Najib Razak yang amat kita cintai," kata penulis itu secara sinis dalam facebooknya.
Datin Seri Rosmah Mansor, yang dijadualkan menerima anugerah 'Lead by Example' berhubung program PERMATA daripada Antiquities Coalition telah dikeluarkan daripada senarai penerima anugerah, lapor Malaysiakini.
Difahamkan Bernama yang melaporkan mengenai anugerah itu pada Sabtu lalu membuat kesilapan kononnya anugerah itu diberikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
PERMATA adalah cetusan ilham isteri Perdana Menteri Dauk Seri Najib Razak, yang juga berperanan sebagai penaungnya. Agensi berita nasional itu melaporkan, Rosmah dijadual menerima anugerah itu di Metropolitan Museum of Art pada Khamis ini.
Dalam e-mel kepada media, jurucakap Antiquities Coalition, Andy Beck berkata: "Bercanggah dengan laporan yang silap itu, acara itu bukan acara UNESCO, dan juga UNESCO tidak memberi anugerah itu."
Beck juga berkongsi kenyataan daripada Profesor Tudor Parfitt, seorang sarjana British, dan Felo Royal Historical Society dan pengerusi panel penasihat akademik antarabangsa untuk acara tersebut.
"Jawatankuasa ini mencadangkan supaya program PERMATA diberi pengiktirafan kerana dilihat mewakili model untuk diteladani di negara-negara lain dengan penduduk berbilang kaum.

Parti komponen BN terhakis dengan persempadan semula


SPR membuat persempadanan semula yang didakwa sebagai garrymandaring.SPR membuat persempadanan semula yang didakwa sebagai garrymandaring.

Setiap kali ada persempadanan semula, parti-parti komponen bukan Melayu Barisan Nasional (BN) adalah mangsa sebenar kerana mereka akan hilang kerusi mereka satu persatu.
Rafizi ketika menerangkan program INVOKE yang kini mula menunjukkan hasilnya.Rafizi ketika menerangkan program INVOKE yang kini mula menunjukkan hasilnya.Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, ini berlaku kerana kerusi campuran yang ditandingi mereka kini bertukar menjadi kerusi majoriti Melayu yang dituntut oleh Umno.
Pada masa yang sama, suara pengundi bukan Melayu dikurangkan apabila pengundi dilambakkan di dalam satu kawasan tetapi dengan jumlah yang banyak (contoh Damansara dengan pengundi sebanyak 150,439 berbanding Parit dengan pengundi 33,368).
"Bodohlah parti-parti komponen BN bukan Melayu seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain yang tidak boleh membaca permainan UMNO: dalam 2 pilihanraya sahaja mereka boleh menghapuskan terus kerusi-kerusi MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain dengan cara ini.
"Akhirnya UMNO akan bertanding 90% dari kerusi Parlimen dan selebihnya diagihkan di antara parti-parti bukan Melayu," kata setiausaha agung PKR itu dalam kenyataannya.
Oleh sebab itu, kata Rafizi, beliau mengucapkan tahniah kepada Gerakan yang telah pun menyatakan secara terbuka bahawa mereka menentang cadangan persempadanan ini.
Menurut Rafizi, pasukan analisa data di INVOKE yang diketuai oleh beliau telah menyemak cadangan persempadanan semula yang dikemukakan oleh SPR.
Selain dari maklumat-maklumat yang telah sedia diketahui setakat ini, pola yang jelas ialah persempadanan ini akan mengurangkan kerusi-kerusi campuran kerana peralihan pengundi yang besar secara majoritinya melibatkan kerusi Parlimen campuran dan pengundi bukan Melayu.
Kerusinya pula hanya sedikit melibatkan kerusi yang ditandingi oleh Umno tetapi banyak yang ditandingi oleh parti komponen dalam BN.

Pindaan Perlembagaan Mengasingkan Kuasa Persempadanan Dari SPR Ke Badan Bebas

Pasukan analisa data di INVOKE telah juga menyemak cadangan persempadanan semula yang dikemukakan oleh SPR. Selain dari maklumat-maklumat yang telah sedia diketahui setakat ini, pola yang jelas ialah persempadanan ini akan mengurangkan kerusi-kerusi campuran kerana peralihan pengundi yang besar secara majoritinya melibatkan kerusi Parlimen campuran dan pengundi bukan Melayu.
Senarai kedudukan peralihan pengundi yang melebihi 10% adalah seperti berikut:
PERTAMBAHAN >10% PENGUNDI
Kod Lama | Negeri | Nama Lama | Kod Baru | Nama Baru | Pengundi PRU14| Pengundi PRU13 | Jumlah Dipindahkan | % Pertambahan
redeline1
Dari senarai 15 kerusi di atas, hanya 4 kerusi membabitkan kerusi yang ditandingi UMNO. Kerusi-kerusi lain sebanyak 11 kerusi adalah kerusi yang ditandingi parti komponen BN bukan Melayu iaitu MCA, MIC, Gerakan dan PPP.
PENGURANGAN >10% PENGUNDI
Kod Lama | Negeri | Nama Lama | Kod Baru | Nama Baru | Pengundi PRU14| Pengundi PRU13 | Jumlah Dipindahkan | % Pertambahan
redeline2
Begitu juga dengan kerusi yang mengalami kekurangan undi yang mendadak – hanya 6 kerusi yang ditandingi UMNO, selebihnya (6 lagi) adalah kerusi yang ditandingi parti komponen bukan Melayu BN iaitu MCA dan MIC.
Oleh yang demikian, jelas bahawa kesan jangka panjang persempadanan semula seperti ini adalah menghapuskan kerusi-kerusi campuran di seluruh negara yang menyebabkan kerusi majoriti Melayu (>70% pengundi Melayu) naik mendadak setiap kali persempadanan.
Ini bermakna setiap kali ada persempadanan semula, parti-parti komponen bukan Melayu BN akan hilang kerusi kerana kerusi campuran yang ditandingi mereka kini bertukar menjadi kerusi majoriti Melayu yang dituntut oleh UMNO. Pada masa yang sama, suara pengundi bukan Melayu dikurangkan apabila pengundi dilambakkan di dalam satu kawasan tetapi dengan jumlah yang banyak (contoh Damansara dengan pengundi sebanyak 150,439 berbanding Parit dengan pengundi 33,368).
Bodohlah parti-parti komponen BN bukan Melayu seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain yang tidak boleh membaca permainan UMNO: dalam 2 pilihanraya sahaja mereka boleh menghapuskan terus kerusi-kerusi MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain dengan cara ini. Akhirnya UMNO akan bertanding 90% dari kerusi Parlimen dan selebihnya diagihkan di antara parti-parti bukan Melayu.
Oleh sebab itu, saya mengucapkan tahniah kepada Gerakan yang telah pun menyatakan secara terbuka bahawa mereka menentang cadangan persempadanan ini.
Saya telah berbincang dengan sukarelawan profesional muda di dalam INVOKE dan berpendapat ini adalah isu politik, maka jalan penyelesaian untuk menghentikannya mestilah juga secara politik (bukan secara undang-undang pilihanraya semata-mata).
Maka, saya akan mengemukakan satu rang undang-undang persendirian untuk meminda Bahagian VIII Perlembagaan Persekutuan , Perkara 113 mengenai perjalanan pilihanraya. Pindaan tersebut akan mengasingkan kuasa melaksanakan persempadanan semula dari SPR dan dipindahkan kepada satu badan bebas yang ditubuhkan untuk melakukan persempadanan semula secara adil dibawah satu perkara baru iaitu Perkara 113A.
Mengikut Peraturan Dewan, rang undang-undang persendirian ini hendaklah dihantar kepada Dewan Rakyat selewat-lewatnya hujung bulan September ini supaya dapat dibawa di dalam sidang akan datang.

Kajiselidik Taman Tugu: 95% Dari Responden Tidak Bersetuju Dengan Taman Tugu, 56 Sukarela Mendaftar

Saya sertakan hasil kajiselidik untuk mengukur sentimen awam mengenai cadangan menaiktaraf Taman Tugu yang dianggarkan bernilai RM650 juta.
survey1
survey2
survey3
survey4
survey5
survey6
Setakat hari ini, kajiselidik itu telah disertai oleh 1,049 responden dan keputusannya disertakan di lampiran. Seramai 56 orang telah mendaftar sebagai sukarelawan untuk menyertai pasukan penyelidik kos yang terdiri dari jurutera, juru ukur bahan, arkitek dan lain-lain.
Dengan 95% dari responden tidak bersetuju dengan cadangan ini dan 95% dari responden yang telah membaca penjelasan Tan Sri Azman Mokhtar juga tidak yakin dengan penerangan tersebut, saya percaya mesej itu jelas bahawa rakyat menolak projek Taman Tugu ini.
Langkah saya yang seterusnya pada hari ini adalah seperti berikut:

1MDB bukan masalah besar, sembang Ahmad Maslan

Ahmad berkata, beliau percaya apa yang berlaku terhadap syarikat pelaburan negara itu ada hikmah dan pengajarannya.
maslan
PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan berkata skandal syarikat pelaburan negara 1MDB bukan masalah besar, dan berpendapat menguruskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) lebih mencabar.
Bekas timbalan menteri kewangan itu berkata beliau sebagai antara individu yang gigih memberi penerangan kepada rakyat mengenai GST sebelum pelaksanaannya pada 1 April 2015, menerima pelbagai kecaman dan tohmahan.
Ketika isu GST heboh diperkatakan dengan ramai yang menolak pelaksanaannya, Ahmad teruk dikecam sehingga ada yang menggelarnya ‘bodoh’, malah gambarnya di media sosial sedang memasak nasi goreng turut dijadikan modal kutukan terhadapnya.
GST diperkenalkan pada pada kadar 6% bertujuan menambah baik sistem cukai jualan dan perkhidmatan.
Tetapi, Ahmad yang kini timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berbangga kerana GST terbukti memberi manfaat kepada rakyat dan menjadi penyelamat kepada ekonomi negara.
“1MDB bukanlah masalah besar, tetapi saya percaya apa yang berlaku terhadap syarikat itu ada hikmah dan pengajarannya.
“Saya tidak menganggap sesuatu itu sebagai masalah sangat (ketika mengendalikan GST) tetapi lebih kepada cabaran yang perlu saya tempuhi sebagai seorang timbalan menteri.
“Apa yang berlaku juga penuh dengan hikmah dan pengajaran. GST lebih berat cabaran kepada saya secara peribadi jika dibandingkan dengan 1MDB,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tekanan dihadapi bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengakui tertekan dengan isu 1MDB hingga mendorong kepada peletakan jawatannya pada Julai lalu.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Pontian itu berkata ketika menjawat jawatan timbalan menteri kewangan, situasi beliau dan Husni berbeza kerana lebih banyak memfokuskan isu GST berbanding 1MDB.
Katanya, ketika memegang jawatan itu beliau juga tidak terlepas daripada serangan pembangkang yang mendesaknya memberi jawapan mengenai isu 1MDB.

Hubungan PAS-Umno baik untuk perjelas arah politik masa depan

Apa yang diperlukan sekarang ialah suatu garis yang jelas, yang mengukuhkan lagi kesatuan di kalangan orang yang menentang Najib.
Umno-PAS
Oleh Liew Chin Tong
Ramai rakan terutamanya mereka yang tidak membaca akhbar Cina bertanya kepada saya tentang berita eksklusif di muka depan Nanyang Siang Pau bertarikh 18 September, 2016, mengenai kerjasama Umno-PAS untuk memenangi kuasa di Selangor. Berita ini diedar secara meluas di luar kelompok pembaca Mandarin.
Laporan tersebut memetik sumber yang tidak dinamakan, mencadangkan Umno dan PAS menjalankan satu rundingan dengan satu perjanjian, dan kini hanya menunggu lampu hijau dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya lagi, perjanjian itu melibatkan satu pakatan pilihan raya yang akan memastikan kedua-dua Umno dan PAS tidak akan bertanding melawan antara satu sama lain, sebaliknya Umno akan bertarung menentang PKR manakala PAS akan menghadapi Amanah.
Adalah suatu yang sukar untuk memastikan kesahihan laporan ini tetapi kemungkinan untuk ianya berlaku (kerjasama pilihanraya Umno-PAS) tidak boleh dipandang ringan.
Sememangnya, ia adalah lojik berdasarkan perkembangan berkaitan hubungan yang semakin erat antara Umno dan PAS.
Kita seharusnya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia akan membuka satu garis yang jelas bagi penjajaran semula politik negara.
Apa yang diperlukan sekarang ialah suatu garis yang jelas, yang mengukuhkan lagi kesatuan di kalangan orang yang menentang Najib.
Dalam beberapa tahun yang lalu, semenjak pembubaran Pakatan Rakyat, ada suara dalam gerakan anti-Najib yang mahu bekerjasama dengan PAS dengan harapan untuk mencapai prinsip “satu lawan satu” dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Jika laporan berita Nanyang ini boleh disandarkan, maka adalah jelas sekarang PAS tidak berminat sama sekali dengan prinsip itu.
Terdapat juga teori jika 4% undi Melayu beralih arah, ia akan menumbangkan Umno jika terdapat kerjasama dengan PAS.
Walau bagaimanapun, dengan cadangan persempadanan pilihan raya yang baru ini, yang memberi kelebihan kepada Umno, maka teori kerusi marginal ini kini diragui.
Saya masih berpendapat bahawa keadaan politik dan ekonomi akan menyediakan asas untuk berlakunya Gelombang Kaum Melayu. Tetapi ini hanya boleh dicapai apabila terdapat garis yang jelas dalam penjajaran semula politik negara.
Kita perlu membuat pilihan, di antara mereka yang mahu mengekalkan status quo, yang menyokong Najib dan juga agenda politik perkauman Umno-PAS, dengan orang yang mahukan perubahan dan pembaharuan, iaitu Pakatan Harapan, kumpulan anti-Najib, bekas ahli Umno seperti pemimpin Bersatu, dan majoriti rakyat Malaysia.

Anugerah AS untuk program Permata naungan Rosmah dibatal

Walaupun penganjur tidak mengesan sebarang salah laku secara khusus, mereka kesempitan masa untuk membuat semakan terhadap Permata.
rosmah
Anugerah “Lead by Example” yang sepatutnya diterima program Permata dinaungi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dibatalkan pada saat akhir, lapor New York Times hari ini.
Tudor Parfitt, ahli akademik yang terlibat dalam acara yang diadakan di Muzium Seni Metropolitan di New York dalam satu kenyataan berkata, ia susulan persoalan dana yang diraih Permata.
Menurutnya, penganjur tidak mengesan sebarang salah laku secara khusus tetapi mereka kesempitan masa membuat semakan terhadap organisasi itu.
Menurut laporan itu lagi, penganjur perlu cermat memandangkan penganjur bersama acara itu, ketua Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Unesco Irina Bokova, kini sedang berusaha mengambil alih jawatan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Majlis anugerah yang diadakan pada 22 September memberi penghormatan kepada tokoh dan organisasi yang melawan ekstremisme.
Sebelum ini, Bernama memetik Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan yang juga Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia, Datuk Seri Alias Ahmad, mengumumkan anugerah kepada Rosmah itu atas jasanya membangunkan potensi kanak-kanak.
Beliau turut menyifatkan ia penghormatan kepada Malaysia.
Anugerah yang diadakan sempena Persidangan Agung ke-71 PBB minggu ini merupakan inisiatif pertubuhan Antiquities Coalition, dan dianjur bersama Unesco.

Hargai Dr Mahathir, nasihat Zaid kepada Nazri

Zaid turut berkata beliau bersedia melawan Nazri pada pilihan raya umum nanti tetapi mungkin tewas kerana Nazri kini boleh memilih kawasan selamat hasil persempadanan semula SPR.
zaid-ibrahim-nazri
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyelar sikap Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz yang sentiasa “menghentam dan menghina” Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebaliknya, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Nazri sepatutnya perlu berterima kasih kerana bekas perdana menteri itu pernah membuat keputusan tidak menyiasat dakwaan salah laku melibatkan permit teksi disebabkan Dr Mahathir menganggap beliau sudah di penghujung jawatannya.
“Dari episod ini Nazri sepatutnya insaf dan sedar bahawa ada juga jasa Tun Mahathir kepada beliau. Kalaulah tidak kerana hal itu pun, beliau sepatutnya mesti berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana mengekalkan dia sebagai menteri begitu lama.
“Tapi itulah pemimpin Umno, tidak ada langsung ingin mengenang jasa mereka yang telah banyak menolong,” kata Zaid dalam catatan blognya hari ini.
“Soalan yang sama sepatutnya dikemukakan oleh Nazri ialah kepada Najib. Apa lagi Najib mahu?” katanya yang mahu menteri pelancongan itu menyoal Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan dana syarikat milik negara 1MDB.
Zaid turut menjangkakan kritikannya akan dibalas dengan cabaran daripada Nazri supaya bertanding melawannya pada pilihan raya akan datang.
“Kalau Pakatan Harapan dan Bersatu bersetuju membantu saya, saya tidak akan teragak-agak melawan beliau di kawasan pilihan SPR itu. Apa takut, bukankah orang tua-tua ada berpesan, orang berani matinya sekali sahaja?” kata Zaid, yang bagaimanapun berkata kekurangan pengaruh dan wang ringgit di pihaknya akan menyebabkannya “tewas dengan teruk”.

Bukan PM saja perlu jawab dalam waktu pertanyaan

Speaker Dewan Rakyat berkata masih ada yang tidak puas hati, sekalipun perdana menteri sendiri yang menjawab di Dewan.
pandikar
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat memutuskan untuk tidak ‘menyempitkan’ sesi soalan kepada perdana menteri saja, sebaliknya membukanya kepada semua menteri.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata negara lain laksanakan ‘Waktu Pertanyaan kepada Perdana Menteri’ (PMQT), sementara Malaysia melebarkan kepada ‘Waktu Pertanyaan Menteri’.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ketika sesi taklimat ‘Waktu Pertanyaan Menteri’ di Parlimen hari ini.
Khalid bertanya mengapa Dewan Rakyat tidak mencontohi negara lain yang melaksanakan ‘Waktu Pertanyaan kepada Perdana Menteri’.
“Sistem Westminster (yang kebanyakannya diamalkan negara Komanwel) ada sesi pertanyaan perdana menteri. Kita pun sepatutnya begitu kerana hampir tiada peluang untuk tanya (perdana menteri),” katanya yang turut kecewa apabila Datuk Seri Najib Razak tidak hadir pada sesi taklimat hari ini.
Menjawab soalan itu, Pandikar berharap ahli Parlimen dapat melihat dulu perjalanan sesi tersebut yang akan dimulakan pada sidang Dewan Rakyat Oktober depan.
“Jika perdana menteri sendiri yang jawab pun, tetap ada yang tidak berpuas hati,” katanya.
Ahli Parlimen Subang R Sivarasa turut bertanya mengenai kaedah pemilihan soalan yang akan dijawab.
Pandikar berkata ia akan ditetapkan oleh pejabat speaker dan setiausaha Parlimen berdasarkan keutamaan isu, dan berharap semua pihak memberikan kepercayaan terhadapnya untuk melaksanakan tugas itu.
“Kami akan menjaga kepentingan semua pihak (kerajaan dan pembangkang). Jika anda tidak memberikan kebebasan untuk kami laksanakannya, ia bermakna anda tidak percaya kami,” katanya.
Menerusi sesi itu, ahli parlimen perlu menghantar soalan 24 jam sebelum sesi tersebut, yang akan diadakan pada setiap Selasa dan Khamis, pada 10 hingga 10.30 pagi.
Memetik laporan media DAP Roketkini pada 12 Disember 2014, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Pato mendakwa Najib hanya hadir sebanyak 26 kali sejak 2009 hingga April 2014.
Pada sidang media selepas taklimat itu, Pandikar berkata soalan yang ditujukan kepada Jabatan Perdana Menteri boleh dijawab mana-mana menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berkaitan.
“Namun jika perdana menteri datang dan ingin menjawab soalan kepada Kementerian Kewangan, tiada masalah,” katanya.

30 minit menteri jawab isu – Dewan Rakyat perkenal ‘Waktu Pertanyaan’

Soalan perlu dihantar kepada speaker 24 jam sebelum sesi bermula setiap Selasa dan Khamis.
bmKUALA LUMPUR: Sesi “Waktu Pertanyaan Menteri” yang menyerupai format Question Time seperti diamalkan di Parlimen Britain bakal dilaksanakan pada sesi Dewan Rakyat akan datang, menurut Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.
Katanya ia berbeza daripada sesi “Pertanyaan Jawab Lisan” yang memerlukan ahli Parlimen menghantar soalan 10 hari sebelum sidang bermula.
Bagaimanapun, di bawah format baharu ini, soalan dihantar kepada Pejabat Speaker 24 jam sebelum sesi tersebut diadakan, iaitu pada 10.00 pagi setiap Selasa dan Khamis.
“Misalnya timbul isu besar pada hari minggu, ahli Parlimen perlu menghantar soalan sebelum pukul 10.00 pagi Isnin. Kami akan menentukan soalan yang akan dijawab berdasarkan kepentingan awam,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat dan simulasi bersama ahli Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebanyak 3 kementerian akan menjawab soalan dalam setiap sesi, dengan setiap kementerian diperuntukkan 10 minit merangkumi satu soalan asal dan 2 soalan susulan.
“Saya yakin pihak bertanya dan kementerian akan mematuhi masa ini, jika tidak tiada maknalah perubahan yang dibuat ini,” katanya lagi.
Beliau berkata, soalan yang tidak sempat dijawab tidak akan dibawa ke sesi seterusnya bagi memberi peluang untuk soalan lain.
Sesi itu merupakan salah satu daripada 4 cadangan pindaan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat oleh Jawatankuasa Dewan Rakyat mengenai Transformasi awal tahun ini.
Sesi tersebut dibuat dengan mewujudkan Peraturan Mesyuarat 14(1)(fa) dan Peraturan Mesyuarat baharu P.M 24A(1) hingga (8), yang memperincikan peraturan dan pelaksanaannya.
Pandikar tidak dapat memberi jaminan menteri akan hadir menjawab soalan, namun tidak melihatnya sebagai masalah.
“Kalau menteri tidak jawab, timbalan menteri boleh menjawabnya. Jawapan tetap sama kerana ia dirangka oleh kakitangan kementerian,” katanya lagi.

Rafizi bentang RUU nafi hak SPR ubah peta pilihan raya

Pindaan tersebut bertujuan untuk mengasingkan kuasa melaksanakan persempadanan semula SPR kepada satu badan bebas yang ditubuhkan.
Rafizi-SPRKUALA LUMPUR : Rafizi Ramli dijangka mengemukakan rang undang-undang persendirian meminda Bahagian VIII Perlembagaan Persekutuan, Perkara 113 mengenai perjalanan pilihan raya.
Pindaan yang akan dibuat selewat-lewatnya pada Isnin depan kepada Dewan Rakyat bertujuan mengasingkan kuasa pelaksanaan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu badan bebas di bawah satu perkara baru, Perkara 113A.
“Saya tidak percaya pada SPR. Rakan saya yang lain boleh teruskan (membantah). Saya akan ambil jalan lain kerana tiada bezanya terlibat dengan mereka dalam jangka masa yang lama.
“Jalan terbaik adalah dengan mengeluarkan mereka daripada pengambilalihan (persempadanan semula),” katanya dalam sidang medianya di sini hari ini
SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula Khamis lalu (15 September).
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan mempersoal persempadanan semula yang diumumkan SPR dan mendakwanya sebagai usaha mencuri keputusan pilihan raya umum depan.
Cadangan SPR melibatkan 128 kawasan Parlimen. Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kumpulan sekurang-kurangnya 100 orang boleh membuat bantahan sehingga 15 Oktober.
Mengulas lanjut, Naib Presiden PKR itu juga berkata akan membincangkan perkara terbabit bersama ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) yang lain iaitu William Leong (Selayang), Hanipa Maidin (Sepang) dan Gobind Singh Deo (Puchong) supaya rang undang-undang meminda perlembagaan itu akan dikemukakan secara bersama oleh ahli parlimen PH.
Beliau menambah, kumpulan sukarelawan Invoke yang bertugas menguruskan perkara terbabit juga akan melancarkan kempen bagi mendapatkan sokongan semua menyokong pindaan terbabit melibatkan individu, tokoh masyarakat, wakil rakyat, pimpinan tinggi perkhidmatan awam dan sebagainya.

Laksana 1 lawan 1 jika mahu bubar DUN Selangor, kata exco PAS

Katanya, BN tetap akan gagal merampas Selangor jika perlawanan 1 lawan 1 dilakukan, tetapi parti pemerintah boleh menawan negeri itu jika berlaku pertembungan 3 penjuru.
iskandar
PETALING JAYA: Datuk Iskandar Abdul Samad berkata apa yang penting ketika ini ialah memastikan hanya pertembungan 1 lawan 1 berlaku dalam pilihan raya di Selangor, bukannya pertandingan 3 penjuru.
Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata demikian ketika mengulas cadangan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang untuk mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih awal bagi mengelak peta pilihan raya baharu dalam persempadanan semula.
Iskandar berkata cadangan Kit Siang itu perlu dibincangkan terlebih dulu secara terperinci sebelum sebarang keputusan diambil.
“Cadangan itu perlu dibincangkan dengan lebih terperinci sama ada pembubaran DUN lebih awal akan dibuat atau tidak. Tetapi, kalau hendak buat kena pastikan akan berlaku 1 lawan 1 terlebih dulu,” katanya kepada FMT.
Kit Siang sebelum ini berkata Selangor perlu bertindak sedemikian supaya tidak perlu memakai peta pilihan raya baharu yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata pilihan raya negeri awal boleh menjadi pilihan, susulan cadangan persempadanan semula SPR yang “meremukkan dan menyembelih peta Selangor semata-mata untuk mengembalikan Umno di negeri itu”.
Bagaimanapun, Iskandar yang juga naib presiden PAS menyanggah kenyataan Kit Siang itu dan percaya BN tidak akan dapat merampas Selangor sekiranya pertandingan 1 lawan 1 dapat dilakukan.
“Jika berlaku 1 lawan 1, BN tetap akan gagal merampas Selangor. Tetapi jika berlaku 3 penjuru, Selangor akan dapat dirampas BN,” katanya.

Tiada pilihan raya negeri awal, Selangor kaji tindakan undang-undang terhadap SPR

Kerajaan Negeri mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sekiranya cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya dikemukakan tidak menjamin hak demokrasi kepada pengundi.
AZMINDato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, cadangan dikemukakan SPR menimbulkan banyak pandangan juga reaksi daripada parti politik dan kepimpinan Kerajaan Negeri sedang menelitinya.

Katanya, satu pertemuan antara kepimpinan Kerajaan Negeri dan barisan peguam akan diadakan pada petang ini bagi tujuan itu.
“Sebagai sebuah Kerajaan Negeri, kita berhak untuk membantah bukan setakat di peringkat negeri tetapi pihak berkuasa tempat dan pengundi itu sendiri iaitu mereka mempunyai hak untuk membantah daripada segi perlembagaan.
“Sekiranya ia tidak menjamin hak demokrasi untuk rakyat dalam negara ini, maka kita akan melihat kemungkinan mengambil tindakan undang-undang jika ada ruang bagi tujuan ini,” katanya kepada media, di sini, hari ini.
Beliau berkata, sama ada cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya memberi kesan kepada peluang Pakatan Harapan (PAKATAN) bagi mengekalkan kuasa di Selangor tidak timbul kerana akhirnya yang menentukan keputusan adalah rakyat negeri itu sendiri.
“Kita harus berpegang kepada prinsip apakah peranan SPR dalam mengubah sempadan dalam sesuautu kawasan mengikut terma dan peruntukan undang-undang atau mereka sekadar menjadi budak suruhan kepada Umno-Barisan Nasional.
“Ini kita akan teliti dan saya tidak mahu memberikan ulasan tanpa mempunyai data yang lengkap,” katanya menambah perbincangan PAKATAN turut membabitkan pihak berkaitan antaranya parti politik, badan bukan kerajaan serta BERSIH 2.0.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri tidak perlu dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang awal kerana mandat diberikan rakyat cukup besar untuk tempoh lima tahun.
“Kita tidak boleh mengkhianati mandat diberikan rakyat pada pilihan raya lalu,” katanya.

Abdul Hadi: Tiada kerjasama dengan DAP


Abdul Hadi Awang


MARANG – Pas mengulangi pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan DAP, termasuk menjalinkan kerjasama baharu melalui strategi satu lawan satu menentang BN dalam menghadapi PRU14.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada kerjasama dengan DAP kerana sikap parti itu yang menentang agenda Islam.
“DAP mungkin tidak kerana sikap parti itu yang menentang Islam. Tiada kerjasama (baharu) dengan DAP.
"Kalau kemungkinan (gabungan baharu dengan parti pembangkang lain menentang BN) juga kita tidak boleh jawab. Kita akan lihat parti lain (dahulu). Kita tidak (mahu) mengulangi senario lama. Akan dikaji,” katanya.
Walaupun belum ada keputusan, namun Pas dilihat bersedia memberi ‘pertimbangan’ kepada parti pembangkang yang lain dalam mewujudkan kerjasama melalui strategi satu lawan satu menentang BN dalam menghadapi PRU14.
Bagaimanapun, keadaan mungkin berubah sekiranya mereka menjalinkan kerjasama dengan DAP.
“Pas tidak akan bekerjasama dengan DAP, juga dengan parti yang bekerjasama dengan DAP,” katanya.

Tun M - Anwar persetujui bersama rakyat menentang Akta MKN

 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PRK) menyatakan pendirian untuk bersatu dan  bersama rakyat  menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (Akta MKN) untuk membawa perubahan dan reformasi demi menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat.
Dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan perkara tersebut.
Menurut kenyataan itu, Akta MKN yang baru dilaksanakan kerajaan telah mengancam sistem demokrasi dalam negara di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri.
"Kita perhatikan hampir semua institusi utama negara seperti polis, SPRM (suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia),Peguam Negara dan Bank Negara telahpun telah pun dikuasai sepenuhnya oleh beliau.
"Akta ini juga menidakkan hak sesiap yang terbunuh, sama ada pegawai atau orang awam diperiksa (post-mortem) untuk menentukan sebab kematian berlaku.Besar kemungkinan terjadi salah laku.
"Akta ini juga telah mengenepikan kuasa dan peranan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu dalam isu penting keselamatan dan kebebasan rakyat negara ini," ujar kenyataan itu hari ini.
Sebagai rekod pada 5 September lalu selepas 18 tahun krisi bekas perdana menteri dan timbalannya, Dr Mahathir telah bertemu Anwar untuk mendengar dan menyokong untuk menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baru diluluskan.
Difahamkan juga satu sidang media akan diadakaan di pejabat PKR petang ini.

Ahli Parlimen Kulai Diberi Amaran KPN

Khalid: Jangan Komen Nak Jatuhkan Perdana Menteri

Maafkan Tun M? Ini jawapan Anwar...

Anwar, Tun M bergabung tentang Akta MKN - Khairuddin

'Persempadanan semula jelas hanya mahukan BN kekal berkuasa' - Khalid

Rafizi: Persempadanan semula SPR cara Umno hapuskan parti komponen BN

Persempadanan semula SPR akan buat BN berpecah - Rafizi

Polis siasat Maria Chin termasuk Ali Tinju - IGP

Jeff Ooi diminta serah diri atau ditangkap, amaran IGP

PERMATA tidak tersenarai, tiada anugerah untuk Rosmah

4 MENTERI BESAR BERTUKAR ATAU PM DITUKAR OLEH 4 MENTERI BESAR?

Tiba-tiba saja isu pertukaran Menteri Besar muncul kembali. Malah kali ini diberitakan Najib Razak mahu menukar empat ketua kerajaan negeri iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Selain faktor kesihatan dan sudah lama berkhidmat, Najib juga difahamkan merancang pertukaran itu kerana memerlukan pemimpin baru untuk menerajui parti dan kerajaan di negeri-negeri yang terbabit itu.

Sementara isu pertukaran ini mungkin menyebabkan penyandang sedia ada, terutama yang sedar memang ada masalah tertentu membelenggu mereka dalam menjalankan tugas seharian,  mula menghitung hari-hari terakhir di puncak kuasa peringkat negeri, pemimpin yang lain barangkali mula mencatur strategi untuk mengisi kekosongan yang ada itu.

Tidak mustahil sudah ada yang mula berangan-angan,  memasang badan dan menempah baju Melayu baru ketika ini. Yang melobi, merapatkan diri atau lebih kerap mencium tangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga tentunya bertambah ramai kebelakangan ini.

Menteri Besar sedia ada mungkin turut merasakan mereka sudah kekurangan penyokong dan pengampu sehari dua ini. Biasanya begitulah, bila pokok sudah mula senget mahu tumbang, kera dan monyet pun tidak lagi berminat bergayut di dahannya.

Menukar Menteri Besar adalah proses biasa bagi mana-mana kerajaan negeri. Pertukaran boleh dilakukan atas pelbagai sebab dan kadangkala juga direka sebab-sebabnya.

Tetapi sebelum Najib mahu menukar keempat-empat Menteri Besar itu, apakah UMNO dan BN begitu yakin akan terus berkuasa di negeri-negeri tersebut?

Apakah sokongan rakyat makin bertambah atau kian berkurangan dengan rancangan pertukaran Menteri Besar itu?

Begitu juga dengan peranan Menteri Besar-Menteri Besar yang tahu jawatan mereka akan ditanggalkan, apakah mereka akan bekerja bersungguh-sungguh sewaktu kempen PRU 14 nanti atau hanya bersikap sambil lewa sahaja?

SIAPA DIA PENIPU...SIAPA PULA PEMBOHONG...??

Penipuan Demi Penipuan..
Penafian Demi Penafian..

Akan terus diketawakan oleh rakyat.. sedangkan mereka tidak sedar apa-apa..

ANTARA FAKTA DAN AUTA....

GEMPAR.. 'bekas' Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkashi yg kalah pada PRU13 katanya.. hutang kerajaan CUMA RM16.8 BILION SAHAJA..

Kalau begitu laporan BNM & Gabenor Bank Negara Zeti Aziz sudah tipu satu rakyat Malaysia ka??

SEBAB 'hutang kerajaan ciput'.. kerajaan tarik subsidi, #GST, tol naik, minyak naik, elektrik naik, semua naik. JET MEWAP VIP Najib pon naik terbang ke sana ke mari bersama Rosmah, anak & menantu !!!

ANTARA TURUN DAN NAIK.....

Setiap kali dibuat perbandingan hutang KERAjaan BN, SUDAH PASTI Singapura dijadikan perbandingannya..

TAHUKAH ANDA, wpun hutang kerajaan S'pore tinggi berbanding M'sia tetapi hutang Singapura beransur makin menurun, BUKANNYA HUTANG MALAYSIA MAKIN NAIK DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB RAZAK !!!

AKIBAT MENIPU, BN terus kekal jadi kerajaan...

BILA BN TERUS KEKAL JADI KERAJAAN,
Rasuah, tiris, boros, skandal rompak dana rakyat terus bermaharajalela dlm negara kita...

Apa peranan sebenar SPR terhadap Umno/BN ??!!

Di pilihan raya manakah SPR TIDAK PERNAH MENIPU RAKYAT sepanjang anda diberi amanah utk buat kerja yg dibayar gaji oleh taxpayer rakyat ??

Bukan ‘tipu’, Nazri pertahan persempadanan semula SPR

Langkah SPR yang menerima bantahan keras pemimpin Pakatan Harapan kerana ketidakseimbangan bilangan pengundi disokong sebagai sesuatu yang perlu oleh ahli Majlis Tertinggi Umno itu.
nazri-bn-1
JELEBU: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz menolak tuduhan pembangkang yang persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertujuan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, Nazri mendakwa ia bagi memastikan ahli Parlimen di kedua belah pihak dapat berkhidmat dengan lebih berkesan kepada pengundi di kawasan mereka.
“Sistem pilihan raya kita bukan bermaksud mewakili pengundi di Parlimen, tetapi juga memastikan ahli Parlimen berkhidmat kepada rakyat.
“Itu sebabnya sesetengah kawasan besar tetapi ia mempunyai hanya 30,000 pengundi berdaftar.
“Ia semata-mata bagi memastikan ahli Parlimen dapat berkhidmat setiap hari kepada rakyat,” Nazri memberitahu FMT.
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan mempersoalkan persempadanan semula diumumkan SPR pada Khamis lalu, dan mendakwa ia merupakan usaha mencuri keputusan pilihan raya umum depan.
Cadangan SPR itu melibatkan 128 kawasan Parlimen. Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kumpulan sekurang-kurangnya 100 orang boleh membuat bantahan sehingga 15 Oktober.

NAZRI AZIZ DIPERSILAKAN UNTUK LEBIH ANGKUH, SOMBONG DAN CAKAP BESAR

Tabik dan tahniah kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor, Mohd Hamidi Abu Bakar yang akhirnya memutuskan keluar daripada parti itu sebagai menyahut cabaran Nazri Aziz terhadapnya.

Pada Mei lalu, Mohd Hamidi meluahkan rasa tidak senangnya terhadap penyingkiran Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal daripada UMNO dengan menyifatkan tindakan itu akan membawa bencana kepada parti.
Nazri Aziz, menteri yang selalu berwatak sombong, angkuh dan suka cakap besar sebaliknya menempelak kenyataan Mohd Hamidi itu dengan mencabarnya agar keluar meninggalkan UMNO bersama "tiga pemberontak" tersebut.

Dia boleh lihat sama ada ia boleh membawa bencana atau tidak, kata Nazri lagi.

Mohd Hamidi berkata, tindakannya keluar UMNO adalah selaras dengan cabaran Nazri sebelum ini yang seperti menghalaunya agar meninggalkan parti itu.

Untuk itu, Nazri dipersilakan untuk terus lebih angkuh dan sombong dalam kenyataan-kenyataannya. Beliau  juga harus mencabar lebih ramai pemimpin yang tidak sedia jadi "pak angguk" agar meninggalkan UMNO dengan segera.

Jika Mohd Hamidi sudah menyahut cabarannya, adalah "tidak jantan" jika Nazri hanya berdiam diri atau tidak berani  lagi mencabar sesiapa selepas ini.

Amanah tidak akan melutut, tolak politik siku dan lutut

Shazni Munir Shazni Munir Pemuda Amanah Nasional menyifatkan mereka tidak akan mudah melutut atau berputus asa dalam memposisikan parti itu sebagai wadah perjuangan Islam di negara ini.
Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Amanah dalam konteks lebih besar berjuang dengan visi untuk merealisasikan konsep Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin.
Mengulas dakwaan kononnya Amanah akan melutut mengiktiraf kekuatan Pas seperti disebutkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau berkata, kenyataan itu tidak berfaedah kepada rakyat.
"Apa manfaatnya kepada rakyat dengan kata-kata angkuh begitu?
"Sejujurnya kita ingin katakan bahawa tugas kita jauh lebih besar daripada melayan 'ahli nujum politik' seperti itu," tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Menurutnya, kenyataan berbaur bongkak itu juga secara tidak langsung menggambarkan hilangnya iltizam politik dalam membantu agenda perubahan yang lebih sejahtera kepada rakyat.
"Dengarlah suara perubahan yang diingini rakyat. Bukan dengan lontaran kasar yang akhirnya mengundang jelik anak muda kepada politik Islam," ujarnya.
Mengulas lanjut ulang tahun pertama penubuhan Amanah pada bulan ini, Shazni berkata, parti itu sama sekali tidak mengamalkan politik samseng sebaliknya sentiasa berusaha memperjuangkan hak dan keadilan segenap lapisan rakyat.
"Amanah akan sentiasa memastikan setiap langkah politik yang diambil menyantuni keseluruhan sisi hidup rakyat.
"Kita juga tidak bersikap mementingkan diri sendiri, apatah lagi ingin 'melututsikukan' mana-mana pihak," tegas Shazni lagi yang juga Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah Nasional.

Persempadanan semula 2016 "paling teruk"


Garrymandaring yang asal... susun sempadan untuk kepentingan diri.Garrymandaring yang asal... susun sempadan untuk kepentingan diri.Cadangan persempadanan semula yang dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang disifatkan sebagai garrymandaring paling teruk dalam sejarah.
Garrymandering adalah satu proses penyusunan kawasan pilihan raya untuk menguntungkan sesetengah pihak atau parti dengan cara mengubahsuai kawasan sempadannya.
Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR perlu memberikan penjelasan penuh kenapa cadangan ini sangat tidak wajar dan adil kepada prinsip 'satu pengundi, satu undi, satu nilai' berbanding dengan persempadanan sebelum ini.
Dengan Damansara di Selangor dicadangkan sebagai kawasan paling besar pengundi iaitu 150,439, ia 218% lebih esar dari kota setiap parlimen iaitu 68,814 pengundi.
Selain Damansara, Kit Siang menamakan 13 super parlimen di negara ini apabila setiap satu mempunyai lebih dari 100,000 pengundi, terlalu jauh berbanding kota 68,814 pengundi secara purata setiap parlimen.


Persempadanan semula 2016 paling teruk, kata Lim Kit Siang.
Kawasan dengan jumlah pengundi paling ramai.
Damansara 150,439
Bangi 146,168
Klang 141,275
Petaling Jaya 129,363
Subang 128,330
Gelang Patah 112,081
Kota Raja 121,126
Pasir Gudang 108,156
Kota Melaka 105,067
Kuala Terengganu 101,875
Sungai Petani 101,829
Tumpat 101,318
Kapar 100,456

PKR cadang 5 perkara 'selamatkan' Malaysia

Nurul Izzah AnwarAhli Parlimen PKR, Nurul Izzah Anwar, menyeru orang ramai bersuara demi menyelamatkan masa depan negara.
Menurutnya, masyarakat perlu memastikan suara mereka didengar selain mengetahui hak-hak mereka sebagai rakyat.
"Rakyat harus tolak proses persempadanan semula oleh SPR sehingga satu suruhanjaya sempadan berasingan dan bebas ditubuhkan selaras dengan cadangan PSC mengenai Reformasi Pilihan Raya.
"Selain itu, dapatkan maklumat penempatan mengundi anda dengan segera serta failkan aduan sekiranya dipindahkan tanpa sebab," katanya dalam satu sidang media, hari ini.
Nurul Izzah turut menekankan rakyat seharusnya mengambil maklum dan mempertahankan hak demokratik mereka dalam isu persempadanan semula ini.
Beliau turut mengajak orang ramai untuk menyokong petisyen mereka kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membetulkan tindakan SPR yang dianggap merupakan satu pengkhianatan buat negara.
Tambahnya lagi, Selangor dan PKR akan mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada semua pihak yang terbabit.
"Tiada siapa harus bertolak ansur dengan penipuan pilihan raya yang sistematik dan tiada kompromi akan diberikan kepada mereka yang terlibat," katanya lagi.

Tukar Najib bukan tukar empat MB, tegas netizen


Pengguna di media sosial mendesak supaya Perdana Menteri ditukarPengguna di media sosial mendesak supaya Perdana Menteri ditukar
Rata-rata pengguna di media sosial mendesak supaya Perdana Menteri ditukar.
Demikian reaksi mereka terhadap kemungkinan Najib Razak akan menukar empat Menteri Besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut Iqbal Nasir, Najib yang sepatutnya ditukar kerana membawa banyak masalah kepada rakyat manakala Shafiek Abdat menganggap rakyat lebih seronok jika Najib turut ditukar.
Sementara itu, Johari Shamsuddin menyifatkan jangkaan pertukaran menteri besar di Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan itu tidak banyak beza.
"Hanya untuk BN. Kaki balun dengan kaki bedal. Dua kali lima. Harap nak tengok BN tersingkir satu penggal saja.
"Bagi pada PH (Pakatan Harapan). Tengok macam mana punya sembang selama ni," ujar Johari lagi sambil memberitahu sudah jenuh dan meluat dengan BN hingga ke tahap maksimum.
Bagi Abd Rahim Kamarudin pula, kerajaan sedia ada juga sewajarnya ditukar tidak cukup menukar Menteri Besar sahaja.
"Tukar semua. Hapuskan rasuah, salah guna kuasa. Reformasi," tegasnya lagi.
Jangkaan Najib akan menukar empat Menteri Besar terbabit dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris The Star, Ahad.

Kalau nak melutut duduk dalam Pas sajalah, tegas Salahuddin

Salahuddin berkata Amanah telah berjaya dibuktikan bukan parti serpihanSalahuddin berkata Amanah telah berjaya dibuktikan bukan parti serpihan
Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan ditubuhkan jika mahu melutut pada Pas, tegas Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub.
"Kalau nak melutut duduk dalam Pas sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja.
"Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan Amanah," ujarnya mengulas dakwaan Presiden Pas, Hadi Awang kononnya Amanah akan melutut mengiktiraf kekuatan Pas.
Mengulas lanjut, Salahuddin menyifatkan Amanah telah berjaya dibuktikan bukan parti serpihan seperti Hamim dan Berjasa.
"Amanah hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat.
"Bagi saya ucapan itu lahir daripada cemburu melihat kejayaan Amanah dalam tempoh yang singkat.
"Harapan untuk lihat Amanah ini parti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) Hamim dan Berjasa itu tidak kesampaian," tambahnya lagi.
Hadi juga dilapor Mingguan Malaysia hari ini menganggap Amanah hanya 'cakap kosong yang tidak berpijak di bumi nyata' berhubung kemasukan ribuan ahli Pas Kelantan untuk menyertai Amanah.
Dalam perkembangan berkaitan, kepimpinan Amanah menyatakan menerima lebih 1,500 keahlian baru daripada penyokong Pas di Kelantan pada Majlis Perisytiharan Keluar Pas dan Masuk Amanah di Salor, Sabtu lalu.
Program Amanah itu pula kebetulan berlangsung serentak dengan Program Munajat Perdana 'Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355' di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan.

Kimberly tidak gentar Jamal mahu halau pulang ke AS

Ugutan Jamal memperlihatkan seolah Anwar tidak bersalah dan harus dibebaskan, kata peguam hak asasi itu.
jamal-kimberly
PETALING JAYA: Peguam Amerika Syarikat , Kimberly Motley tidak gentar dengan ugutan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang mahu menghalaunya pulang ke negara asal bulan depan.
Menurutnya, sepanjang kariernya sebagai peguam hak asasi manusia, ini bukanlah kali pertama beliau menerima ugutan dan kecaman seperti yang dilakukan Jamal.
“Anwar adalah seorang tahanan politik dan seharusnya dibebaskan. Saya menghormati hak bersuara dan Jamal mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengan saya.
“Saya juga mempunyai hak kebebasan bersuara dan menjadi hak saya untuk tidak mendengar ancaman Jamal dan sesiapa lagi yang mengarut,” katanya kepada FMT menerusi kirimin e-mel.
Kimberley sebelum ini merupakan satu-satunya peguam wanita warga asing berkhidmat di Afghanistan, negara konflik yang terkenal dengan pemakaian burqa dan layanan buruk terhadap wanita.
Pada 15 September lepas Jamal menggesa orang ramai supaya hadir di Mahkamah Persekutuan bulan depan untuk menghalau Kimberly yang terbabit dalam usaha bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon semakan kehakiman ke atas pensabitannya.
Anwar sekarang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas dakwaan salahlaku seks. Pendengaran ditetapkan 12 Oktober.
“Tindakan Jamal itu menunjukkan bahawa Anwar tidak bersalah dan seharusnya dibebaskan,” kata Kimberley.
“Saya percaya tindakan Jamal cuba menafikan hak peguam Anwar sepatutnya membimbangkan seluruh rakyat Malaysia dan dunia yang menghargai nilai kebenaran dan keadilan.
“Malah tingkah laku Jamal menghalang Anwar mendapatkan haknya menunjukkan karakter dan kekurangan dalam dirinya, terutamanya dalam isu keadilan.”
Kimberly menasihatkan Jamal, sebagai seorang pemimpin tempatan, supaya menunjukkan contoh untuk diikuti rakyat Malaysia. Katanya Jamal perlu menunjukkan minat untuk menghargai undang-undang dan keadilan.

Semakan Kehakiman: Jika gagal, peguam usaha Anwar diletak tahanan rumah

Pasukan peguam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berusaha mengurangkan hukuman kepada tahanan rumah jika gagal mendapatkan pembebasannya selepas permohonan semakan kehakiman bulan depan.
"Sudah tentu kita mahu beliau dibebaskan dan cuba mendapatkan pembebasannya. Jika ia tidak berfungsi, kami akan cuba untuk tahanan rumah yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia," kata peguam Anwar, Kimberley Motley kepada The Australian.
Pasukan Anwar akan mengetengahkan kekurangan bukti DNA dan keterangannya liwat yang tidak konsisten oleh penuduh Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam rayuan pada 12 Oktober, kata Motley yang dilantik bulan ini.
Motley yang menemui Anwar minggu lalu walaupun mendapat rintangan pada awalnya berkata berkata Anwar adalah "jelas bersedia untuk (permohonan semakan kehakiman) tetapi dia tidak menjangkakan kemenangan".
"Setiap langkah adalah perjuangan. Ada banyak gangguan berlaku,"beliau dilaporkan berkata.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos minggu lalu mengancam untuk mengadakan demonstrasi terhadap peguam Amerika itu di Mahkamah Persekutuan pada 12 Oktober depan.
Ini berikutan gesaan Motley agar orang ramai menghadiri permohonan semakan kehakiman berkenaan.
Peguam Anwar, Latheefa Koya mengutuk "ancaman" Jamal sebagai satu percubaan untuk "campur tangan" dalam proses kehakiman.
Anwar melantik Motley, seorang peguam hak asasi manusia terkenal untuk membantu dalam beberapa kes termasuk permohonan semakan kehakiman beliau pada Februari 2015 berhubung sabitan liwat.
Bekas pemimpin pembangkang itu sentiasa mengekalkan bahawa pertuduhan liwat, termasuk yang pertama terhadapnya pada tahun 1999 direka oleh pesaing politiknya.
Bagaimanapun, kerajaan menafikan perkara itu dan Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun.

"Najib curi 2.6 Billion Duit Rakyat, Tun Mahathir curi Hati Rakyat" ~ Ainina

Kami tak mahu melutut pada PAS sebab itu tubuh Amanah - Salahuddin Ayub

AWAS!! Jika Negara Ramai ULAMA PENGAMPU,Siap Sedialah Saat Kehancuran Negara