Ahad, 18 September 2016

RAMAI TAK SEDAR!! Sistem Pendidikan Negara Hanya Melahirkan Ramai KULI Dan HAMBA PTPTN

Kumpulan Deklarasi Rakyat mahu mengadap Raja-raja Melayu

Kumpulan Deklarasi Rakyat akan menghantar petisyen kepada Majlis Raja-raja dalam usaha menuntut pembaharuan, termasuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata petisyen tersebut adalah petisyen sama diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini dan akan disampaikan melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu.
"Selain itu, usaha juga akan dibuat untuk menghadap mana-mana Raja Melayu yang sanggup berjumpa dengan wakil Deklarasi Rakyat," katanya selepas menghadiri mesyuarat Deklarasi Rakyat di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan hari ini.
Menurut Kadir, mesyuarat itu adalah taklimat kepada kumpulan itu mengenai pertemuan Mahathir dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah.
Mahathir menyerahkan petisyen yang didakwa ditandatangani lebih sejuta rakyat Malaysia kepada Agong di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 15 September lalu.
Kadir berkata mesyuarat itu turut menyentuh mengenai titah Raja-raja Melayu pada 6 Oktober tahun lalu yang mahukan kerajaan menyelesaikan siasatan berkaitan 1MDB.
Ia termasuk gesaan pada 17 Februari agar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat beberapa pindaan ke atas Akta Majlis Keselamatan Negara.
Akta berkenaan yang dikatakan akan menghakis kuasa Agong diluluskan pada 4 Ogos tanpa persetujuan baginda.
"Mesyuarat berpendapat kerajaan telah mengingkari dan tidak mempedulikan titah Raja-raja mengenai 1MDB dan Akta MKN," kata Kadir.
Terdahulu penulis blog Raja Petra mendakwa Mahathir tidak dapat meyakinkan Agong mengenai kesahihan kesemua 1.4 juta tandatangan dalam petisyen Deklarasi Rakyat bagi menggesa perdana menteri meletak jawatan.

Persempadanan Bantu BN Tawan Kerusi Tewas

"Rakyat Akan Hancur Menderita Angkara Najib"

PRU14 bakal menyaksikan samada Teori RAHMAN menjadi kenyataan atau sebaliknya..

ITULAH NAJIB, UMNO & Munafik Berpisah Tiada !!!

Bila berada di luar negara di hadapan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-12 di Jakarta harini punyalah gebang saran tolak ejen kuasa asing..

TETAPI hakikatnya KERAjaan di bawahnya sendiri bayar RM76.8 juta kpd ejen APCO-yahudi tak kesah pula..

Sukar tafsir pendirian Pas - Prof Dr Nasrudin

Pas
Pembangkang perlu mengetepikan kepentingan parti masing-masing buat sementara waktu jika mereka mahu membentuk semula kesepakatan bagi melawan BN pada PRU akan datang.
Penganalisis politik, , Prof Dr Nasrudin Mohammed, bagaimanapun, menjangkakan kesepakatan itu sukar diwujudkan semula hanya disebabkan Pas.
“Saya melihat susah untuk menentukan dan mentafsir pendirian Pas buat masa sekarang kerana kadang-kala kita nampak mereka cenderung bersama BN, sudi bertolak-ansur dengan rakan pembangkang lain dan ada masanya memilih untuk bersendirian.
“Tapi saya percaya jika pembangkang tumpu kepada usaha menjatuhkan BN dan ketepikan idealisme perjuangan mereka dan masalah dalaman lain, ia boleh memberi keuntungan kepada mereka, lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis dalam Umno sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Nasruddin yang juga Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan berkata demikian ketika diminta mengulas usaha menemukan semua parti pembangkang di meja rundingan untuk memperhalusi kerjasama dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.
Jumaat lalu, Setiausaha Kerja Eksekutif Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata kepada Sinar Harian,  bahawa satu perjumpaan akan diatur bagi memastikan rundingan secara rasmi mengenai strategi tersebut dicapai antara parti-parti pembangkang termasuk Pas.
Mengenai soal pembahagian kerusi dan pemilihan calon pula, Nasrudin berkata, ia bukan satu isu besar yang perlu dibimbangkan kerana masalah itu juga turut berlaku kepada BN.
Katanya, pembangkang perlu memikirkan formula khusus untuk menentukan siapa calon yang akan bertanding dan paling utama ia adalah calon boleh menang.
“Spekulasi pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi sudah banyak kita dengar dan ini masa sesuai untuk pembangkang bertindak.

Sokongan Muhyiddin terhadap Anwar 'lumrah' orang disisih - Dr Chandra

Rafizi: 1MDB Tak Beban Jika Tun M, Muhyiddin Bertindak Awal

Apa lagi Mahathir mahu, soal Nazri

Nazri berkata, bekas perdana menteri itu sudah mendapat semua yang dimintanya.
nazri mahathir
JELEBU: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berjanji akan memastikan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat semua alat yang diperlukan untuk menjatuhkan perdana menteri mengikut undang-undang.
“Saya beri jaminan bagi pihak perdana menteri Malaysia, apa juga permintaan Tun Mahathir yang legit, ikut undang-undang nak menjatuhkan PM, kita (kerajaan) akan beri. Parti kita dah beri. Nak apa lagi?
“Esok kalau Dr Mahathir nak buat demonstrasi jalanan, tolong beritahu saya. Saya akan meyakinkan pihak polis untuk beri peluang kepadanya berdemonstrasi, walaupun masa dia jadi PM dulu, dia tak pernah pun bagi kita buat sedemikian.
“Apa lagi yang dia fikir dia perlukan untuk hadapi pilihan raya umum akan datang?” soal Nazri dalam satu temubual dengan FMT.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, kerajaan sudah meluluskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan Dr Mahathir kerana tahu “pembangkang tidak mahu beliau”.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, satu-satunya perkara yang tidak diberikan kerajaan kepada bekas perdana menteri itu ialah wang.
Nazri berkata demikian sebagai mengulas pertemuan pemimpin berusia 91 tahun itu dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada Khamis lalu.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberitahu FMT, Dr Mahathir menyerahkan Deklarasi Rakyat yang mengandungi 1.4 juta tandatangan bagi mendesak pengunduran Datuk Seri Najib Razak.

Raja Petra reka cerita, kata Khairuddin

Khairuddin berkata, beliau tidak tahu butiran perbincangan kerana pertemuan Khamis lalu hanya antara Agong dan Dr Mahathir, tiada orang lain.
khairuddin-mahathir-raja-petra
PETALING JAYA: Raja Petra Kamarudin didakwa memalsukan perkara yang berlaku dalam pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Yang di-Pertuan Agong, kata penyokong setia bekas perdana menteri itu.
Raja Petra menyifatkan pertemuan itu “satu bencana” buat bekas perdana menteri, apabila Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah secara tersirat mempersoalkan kesahihan 1.4 juta tandatangan dalam deklarasi untuk menyingkirkan perdana menteri.
Beliau mendakwa Agong juga didakwa merujuk kepada spekulasi Dr Mahathir pada Mei lalu yang baginda serta sultan “diletakkan di bawah tahanan rumah” oleh kerajaan persekutuan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Raja Petra adalah penipu.
Katanya, beliau yang menemani Dr Mahathir ke Istana Anak Bukit di Alor Setar tidak tahu apa yang berlaku, bagaimana Raja Petra yang tinggal di luar negara boleh tahu isi kandungan perbincangan mereka.
“Pertemuan hari itu hanya antara Yang di-Pertuan Agong dan Mahathir, tiada orang lain.
“Saya pun tidak tahu butiran perbincangan. Saya boleh jamin tiada orang lain tahu apa yang dibincangkan,” katanya sambil menambah amat melucukan Raja Petra yang tinggal di Britain tahu setiap perkataan dalam perbincangan itu.
Sehubungan itu, beliau mencabar Raja Petra kembali ke tanah air dan bersemuka dengannya.
“Apa sahaja anda mahu kata, buatlah secara bersemuka, seperti saya lawan Najib Razak,” katanya.
Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu dipecat selepas menyertai kempen Dr Mahathir menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Umno dan perdana menteri.

Persempadanan semula untungkan BN

Usaha persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas mendatangkan keuntungan kepada BN.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata,  tindakan itu juga melanggar semangat demokrasi dan prinsip keadilan dalam proses pilihan raya.
“Saya menggesa agar pengundi yang terkesan akibat pemindahan mendadak di kerusi-kerusi Parlimen dan Dun untuk segera memasukkan bantahan mereka.
“Walaupun ramai yang mungkin bertanya ke mana hala tuju negara selepas ini, atau apakah kita mampu menyelesaikan masalah-masalah besar seperti dialami sekarang, saya percaya ramai juga yang masih menaruh harapan bahawa wujud masa depan yang lebih baik buat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, SPR memaklumkan akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri-negeri Tanah Melayu berlandaskan peruntukkan Fasal 2 Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.
SPR juga akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Sabah selaras dengan pindaan Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang telah diwartakan pada 18 Ogos 2016.
Katanya, rakyat harus terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan melawan kezaliman.
“Saya percaya dengan iltizam rakyat untuk menentukan masa depan negara yang lebih cerah, sekali gus mengatasi keruncingan yang melanda,” katanya.

'Pembangkang akan atasi halangan persempadanan semula'

Walaupun cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat tidak memihak kepada pembangkang, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata pembangkang akan menyesuaikan diri dan mengatasi halangan ini.
Katanya, parti-parti pembangkang telah berbuat demikian sebelum ini selepas mengalami kemerosotan pada pilihan raya umum 2004 yang diadakan selepas persempadanan semula setahun sebelum itu.
Tian Chua berkata pembangkang terus membuat kemunculan semula pada pilihan raya umum 2008.
Walaupun begitu, beliau memberi amaran bahawa akan ada kesan jangka panjang terhadap kehidupan rakyat Malaysia kerana BN akan cuba 'membeli masa' dan kekal berkuasa.
"Isunya bukan persaingan antara pembangkang dan parti pemerintah. Isunya ialah bagaimana kita mewujudkan sistem perwakilan yang mencerminkan semangat perlembagaan dan Malaysia.
"Persoalannya sekarang ialah BN boleh menggunakan ini dalam usaha untuk mengalahkan pembangkang sekarang, tetapi akibat daripadanya - walaupun pembangkang akhirnya menang - kita akan melihat polarisasi di Malaysia.
"Inilah sebabnya semua rakan-rakan saya berkata ia bukan mengenai sama ada kita boleh menang atau tidak.
"Kita boleh bekerja keras untuk menang, tetapi persoalannya adalah, apakah jenis Malaysia yang kita akan dapat lihat?" kata Chua pada sidang media hari ini.

Gerakan sukar menang jika cadangan SPR dilaksana

Bantahan akan dikemukakan selepas ketua-ketua cawangan menyerahkan laporan kesan cadangan persempadanan SPR di kawasan masing-masing
mah-siew-kong-gerakan-spr
JOHOR BAHRU: Langkah persempadanan semula dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikhuatiri akan menjejaskan peluang parti Gerakan untuk mengekal dan memenangi kerusi yang ‘telah lama diusahakan’.
Presidennya, Datuk Mah Siew Keong berkata antara kerusi yang diharapkan untuk dimenangi pada pilihan raya akan datang ialah kerusi melibatkan kawasan Parlimen Beruas (kini ditukar kepada Ayer Tawar), Teluk Intan dan Taiping di Perak.
“Kita telah membuat simulasi di beberapa kawasan, yang mana kita telah bekerja keras dan jangkakan ada peluang kemenangan. Namun, selepas pertukaran sempadan, kita bimbang mungkin ia terjejas.
“Oleh itu, parti akan bermesyuarat pada minggu depan, dengan ketua-ketua cawangan sudah pun diarah untuk membuat laporan dan selepas itu, barulah bantahan dikemukakan kepada SPR,” katanya sebagai mengulas isu itu dalam sidang media, di sini hari ini.
Beliau sebelum itu merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Johor.
Mah berkata tindakan SPR itu tidak adil dan merugikan.
SPR baru-baru ini mengumumkan untuk melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Negeri-Negeri Semenanjung dan Sabah, bermula pada Khamis (15 Sept).
Kajian itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembangaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Sempadan baharu SPR wujudkan wilayah Melayu, Cina, kata presiden MCA

Kawasan pilihan raya yang sihat perlu mempunyai komposisi kaum yang pelbagai, tegas Liow Tiong Lai
liow-andy-keen
PETALING JAYA: Perubahan kawasan pilihan raya yang dicadangkan boleh membawa kepada dominasi satu-satu kaum di sesetengah kawasan, menurut Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beberapa kerusi majoriti Melayu akan mempunyai lebih ramai orang Melayu, manakala kawasan pilihan raya majoriti Cina akan mempunyai lebih ramai orang Cina.
“Ini tidak sihat untuk masyarakat pelbagai kaum, ia akan mendorong ke arah menjadi negara teokrasi,” katanya dipetik.
Tiong Lai berkata kawasan pilihan raya yang sihat harus mempunyai komposisi kaum yang pelbagai.
Pemimpin MCA akan bermesyuarat pada Selasa depan untuk meneliti cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menamakan dan menentu sempadan baharu kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.
Timbalannya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata partinya mengarahkan semua 85 bahagian melaporkan kesan penentuan sempadan baharu.
Ka Siong mengepalai jawatankuasa pemandu pilihan raya MCA yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, Gerakan turut mempertikaikan penentuan semula sempadan itu kerana keutamaan nampaknya diberikan kepada dominasi kaum, bukannya campuran kaum yang seimbang.
“Semenanjung Malaysia kini berdepan keadaan di mana etnik Melayu menguasai parti pemerintah, manakala minoriti termasuk orang Cina, hampir semuanya pergi kepada pembangkang.
“Keadaan itu tidak membantu keharmonian antara etnik,” kata Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong.
Pada pilihan raya umum 2008 dan 2013, MCA selaku parti Cina dan Gerakan menunjukkan prestasi merudum, tewas kepada calon DAP dan PKR.
Cadangan perubahan ke atas kawasan pilihan raya di Semenanjung Malaysia dan Sabah dipamerkan kepada umum sehingga 14 Oktober.
Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kumpulan sekurang-kurangnya 100 orang boleh mengemukakan bantahan.

PKR akan hantar petisyen bantah persempadanan semula pada Agong

PKR akan menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong terhadap cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa bertentangan prinsip termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar berkata persempadanan semula perlu ditolak sehingga suruhanjaya bebas ditubuhkan seperti dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada tahun 2012.
Beliau berkata PKR dan kerajaan Selangor akan berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai perkara itu bagi melihat kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Beliau mendakwa di bawah cadangan SPR, BN boleh menang hampir 10 peratus daripada 222 kerusi parlimen tanpa mendapat undi tambahan.
Selangor juga akan menghadapi risiko jatuh kepada BN, walaupun Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menguasai 65 peratus sokongan popular rakyat di negeri itu, katanya.
"Persempadanan semula ini bukan sahaja menyebabkan BN berada di tampuk pemerintahan selesa, tetapi berupaya untuk 2/3 majoriti di parlimen.
"Dengan mengandaikan tahap sokongan yang sama dan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang, persempadanan semula baru SPR boleh menyebabkan pembangkang menangung kesan di beberapa kerusi utama, di samping tidak memenangi sebarang kerusi baru sama sekali.
"Menurut pengiraan kami, persempadanan semula yang baru meninggalkan pembangkang dengan kemungkinan kurang daripada satu pertiga kerusi Parlimen (kurang daripada 74 kerusi).
"Membiarkan kerajaan yang sedia ada mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen adalah seumpama menyerahkan cek kosong ke dalam tangan BN," katanya.

'Tinggalkan Umno kerana Nazri halau saya' - Mohd Hamidi


Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Selangor Mohd Hamidi Abu Bakar hari ini, bertindak meninggalkan Umno.

Menerusi satu kenyataan Mohd Hamidi berkata, tindakan itu selaras dengan cabaran  Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mahu dia keluar daripada parti keramat Melayu itu pada bulan Mei lalu.
"Saya ingin mengimbau sedikit kenyataan Nazri kepada saya pada bulan Mei yang lalu, beliau telah menghalau saya daripada Umno.
"Kepada Nazri, saya telah melakukannya," katanya.
Mohd Hamidi Abu Bakar Pada Mei lalu, Mohamed Nazri dalam satu laporan dipetik sebagai berkata, beliau mencabar Mohd Hamidi untuk mengikut jejak langkah pemberontak Umno agar keluar daripada parti itu.
"Dia boleh melihat sama ada ia akan membawa bencana untuk dia," kata Mohamed Nazri  sebagai respons kepada komen Mohd Hamidi bahawa pengusiran Tan Sri Muhyiddin Yassin , Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi bencana.
Dalam pada itu Mohd Hamidi mendakwa, beliau akan menarik lebih ramai ahli Umno supaya keluar daripada parti itu selepas melakukannya sendiri hari ini.
"Saya berjanji insya-ALLAH saya akan mengajak lebih ramai lagi ahli Umno yang akan mengikut apa yang telah saya lakukan," katanya.
Dalam pada itu, katanya walaupun tindakan keluar daripada Umno merupakan satu keputusan yang sukar, namun ujarnya dia terpaksa melakukannya.
"Saya ingin memohon maaf pada ibu bapa saya dan keluarga besar saya yang kesemuanya adalah ahli Umno, serta ahli-ahli  Umno di kawasan saya yang telah memberi saya sedikit jawatan pada pemilihan yang lepas
"Apa pun ingin saya tegaskan, ini adalah atas dasar prinsip dan keyakinan saya bahawa Umno ini tidak lagi menjadi wadah perjuangan orang Melayu.
"Orang Melayu sudah mula hilang keyakinan terhadap Umno, kerana ada sesetengah pemimpin Umno yang tidak serius menangani masalah rasuah serta ketirisan," katanya.

Dr M hanya serah 45 tandatangan kepada Agong, kata Raja Petra

Raja Petra berkata, tujuan pertemuan itu dibenarkan adalah untuk menyangkal dakwaan Dr Mahathir pada Mei lalu yang Agong "diletakkan di bawah tahanan rumah" oleh kerajaan persekutuan.
raja-petra-mahathirPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hanya membawa Deklarasi Rakyat asal mengandungi 45 tandatangan ke Istana Anak Bukit, Khamis lalu, kata Raja Petra Kamarudin.
Blogger itu menerusi artikelnya di Malaysia Today mempersoalkan apa yang berlaku kepada lebih sejuta tandatangan diuar-uarkan diperolehi daripada rakyat.
Bekas perdana menteri itu gagal menemui Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk mengemukakan deklarasi itu yang mahu campur tangan Agong untuk menyingkirkan perdana menteri.
“Tiba-tiba, dua hari lalu, Mahathir akhirnya dibenarkan mengadap baginda. Dan Mahathir bawa satu salinan asal Deklarasi Rakyat dengan 45 tandatangan dalam satu sampul kecil untuk diserahkan kepada Agong,” tulisnya semalam dalam artikel bertajuk ‘Bagaimana Agong Mengakali Mahathir’.
“Tetapi, kenapa Deklarasi Rakyat dengan 45 tandatangan asal, ada di antaranya seperti Datuk Tamrin Ghafar yang sejak itu mengumumkan mereka tarik diri? Apa berlaku kepada baki 1.3 juta atau 1.4 juta tandatangan? Kenapa ia tidak diserahkan kepada Agong?” soalnya.
Raja Petra berkata, Dr Mahathir hanya menyerahkan “satu sampul kecil tidak mengandungi 1.4 juta tandatangan seperti didakwa” yang mungkin menjadikannya satu dokumen “setebal sebuah dan mungkin beberapa jilid ensiklopedia”.
Jumaat lalu, Raja Petra menyifatkan pertemuan dengan Agong yang dinanti-nantikan itu sebagai “satu bencana” buat Dr Mahathir, apabila Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mempersoalkan kesahihan 1.3 juta atau 1.4 juta tandatangan diperolehi daripada orang ramai seperti diumumkannya.
Beliau memulakan Deklarasi Rakyat pada Mac lalu dan ia ditandatangani secara terbuka oleh 45 individu terdiri daripada beberapa penyokong Dr Mahathir yang kebanyakannya ahli politik pembangkang dan beberapa aktivis sosial.

Najib mungkin tukar 4 menteri besar

Spekulasi kedudukan ketua kerajaan Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan bertiup kencang ketika BN bersiap sedia untuk pilihan raya umum.
adnan-hanipah-mat-razif
PETALING JAYA: Menteri besar Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan mungkin ditukar ketika BN bersiap sedia untuk pilihan raya umum, menurut satu laporan media.
Spekulasi tercetus selepas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan hasrat mahu bersara, tahap kesihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan serta perebutan kuasa di Terengganu antara Datuk Seri Ahmad Said dan penggantinya, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno, mahu “kapten baharu untuk mengepalai jentera di negeri-negeri tersebut,” menurut sumber yang tidak dinamakan Sunday Star.
Selain isu kesihatan, terdapat juga kebimbangan mengenai pertelagahan dalaman antara kumpulan dalaman Umno di Negeri Sembilan.
Satu lagi perebutan kuasa antara dua kem Ahmad di Terengganu menyebabkan negeri itu dalam bahaya “terlepas ke tangan PAS”, menurut laporan itu.
Laporan itu juga berkata perubahan dilihat perlu, memandangkan pilihan raya umum akan datang menjadi penentu nasib Najib dan BN.
Najib akan mengemukakan rancangannya kepada perwakilan Umno di perhimpunan agung parti itu tahun ini.

Tiba-tiba Tidak Suka Ke Amerika Syarikat....!!!


BUKAN KAH JIKA ADA LAWATAN RASMI KERAJAAN KE AS Najib & Rosmah akan bergegas terbang naik jet mewah VVIP yg pertama ke sana !!!

KENAPA sejak kes saman DOJ-AS berkaitan aset 1MDB di AS, Najib & Rosmah sudah tak berani lagi nak jejak kaki di AS ??!!

ATAU ada 'sesuatu' yg sedang menanti mereka jika Najib & Rosmah tiba di AS ??!!!

DI MANA KETELORAN NAJIB sbg darah Pahlawan Bugis & juga Panglima Perang Orang Islam itu !!!

Xavier Justo kekal dalam tahanan Thailand

Bekas pekerja PetroSaudi International Xavier Andre Justo dilaporkan akan menjalani baki hukuman penjara tiga tahun di Thailand, dan bukannya diserahkan kepada pihak berkuasa Switzerland.
Akhbar Switzerland  Le Temps memetik sumber yang mendakwa keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri campur tangan dalam proses penghantaran Justo ke Switzerland, semasa lawatan rasminya baru-baru ini ke Bangkok.
Langkah terbaru itu menyebabkan ketegangan hubungan diplomatik antara Thailand dan Switzerland, kata laporan itu.
Switzerland juga akan menghantar menteri luarnya Didier Burkhalter ke Bangkok, untuk mendapatkan penjelasan mengenai keputusan Thailand meneruskan penahanan Justo.
"Tafsiran saya mengenai keputusan ini adalah bahawa ia lebih kepada politik dan bukannya pertimbangan undang-undang.
"Saya fikir pihak berkuasa Switzerland mengelakkan perkara yang paling teruk," kata Christian Lüscher, peguam Justo, seperti yang dipetik oleh Le Temps.
Menurut Le Temps, Thailand menyebabkan tekanan kepada Switzerland untuk tidak menyerahkan Justo ke Malaysia, di mana kehidupannya dikatakan dalam bahaya.
Pada masa yang sama , pihak berkuasa Thai juga dikatakan menolak permintaan pihak berkuasa Swistzerland supaya Justo dipindahkan ke negara itu, dalam langkah kompromi dengan Malaysia.
Justo dilaporkan tahun lepas menyediakan dokumen-dokumen di sebalik kebocoran yang membawa kepada dakwaan penyalahgunaan berbilion ringgit daripada 1MDB.
Dia dikatakan mencuri maklumat dari PetroSaudi dan kini menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Thailand kerana cubaan peras ugut dan mengugut bekas majikannya.

Nurul Izzah: Persempadanan Semula Tanpa Restu Parlimen

Kempen bantah pindaan Akta 355 diteruskan walau dialog dengan Hadi - Persatuan Hokkien

Pembangkang dakwa persempadanan SPR bawa impak negatif

WSJ Lapor Najib Belanja 700K Euro Beli JAM TANGAN Guna Duit Kumpulan Amanah Pencen

Agong, sultan boleh awasi PM, kata peguam Mahathir

Haniff berkata, rakyat tidak patut membincangkan keputusan Agong berhubung Deklarasi Rakyat yang diserahkan Dr Mahathir, Khamis lalu, sebelum baginda mendapat nasihat undang-undang.
Mohamad-Haniff-Khatri-AbdullaPETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk bertindak sebagai ‘semak dan imbang’ terhadap prestasi perdana menteri, kata peguam Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, beberapa peruntukan dalam perlembagaan perlu dibaca bersama untuk menunjukkan Agong dan sultan boleh mengawasi kerajaan pimpinan perdana menteri.
Katanya, pindaan perlembagaan pada 1993 memansuhkan imuniti ke atas pemerintah, di mana Agong dan sultan boleh melakukan ‘semak dan imbang’ ke atas tiga cabang kerajaan yang lain daripada sebarang penyalahgunaan.
Semalam, peguam Syahredzan Johan berkata, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memecat Datuk Seri Najib Razak daripada jawatannya, kecuali majoriti ahli Parlimen hilang kepercayaan terhadap beliau.
Haniff berkata, “pilihan yang ada sekarang adalah menunggu keputusan Agong berhubung Deklarasi Rakyat.”
Katanya, ia tidak patut dan tidak sopan untuk membincangkan perkara itu, sebelum Agong mendapat nasihat undang-undang.
Khamis lalu, bekas perdana menteri menemui Agong di Istana Anak Bukit, Kedah dan menyerahkan Deklarasi Rakyat kepada Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, bagi mendesak campur tangan baginda untuk memecat Najib.
Deklarasi itu ditandatangani secara terbuka oleh 45 individu yang kebanyakannya ahli politik pembangkang, beberapa penyokong Dr Mahathir dan aktivis.
Kempen Selamatkan Malaysia dilancarkan untuk mengumpul tandatangan orang ramai yang kemudiannya menjadi kontroversi, apabila seorang pengaturcara komputer mendakwa menjual pangkalan data mengandungi butir peribadi lebih 600,000 orang.
Mei lalu, Dr Mahathir mengumumkan lebih 1.4 juta tandatangan berjaya dikumpul pihaknya.

Belanjawan 2017: Kerajaan disaran potong GST, gaji Menteri, henti projek mega

dr_rosli_yaakob_Kerajaan disaran mengurangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada enam peratus kepada 2 peratus menjelang 2017 bagi membolehkan ekonomi negara dapat bertahan dalam menghadapi keadaan ekonomi negara tidak menentu pada 2017 nanti.
Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob, berkata selain memotong GST, kerajaan juga perlu menghentikan projek mega yang menelan perbelanjaan tinggi.

“Pertumbuhan ekonomi semakin perlahan. Kerajaan harus mengambil langkah melaksanakan polisi yang mampu melawan kitaran penurunan kadar ekonomi seperti kurangkan GST dan selain itu kerajaan juga boleh menurunkan cukai lain seperti cukai korporat, cukai pendapatan dan sebagainya. Kita masukkan wang ke dalam poket rakyat dan rakyat boleh berbelanja.
“Kita perlu menilai semula kadar GST yang dikenakan, sekarang 6 peratus perlu dikaji untuk diturunkan kalau tidak kepada kosong peratus kepada 2 hingga 3 peratus supaya beban rakyat boleh diringankan sedikit dan mereka mempunyai lebih wang untuk berbelanja dan sekaligus merancakkan ekonomi.
“Projek yang tidak memberi sumbangan kepada peningkatan produktiviti harus dihentikan seperti Taman Tugu. Projek ini harus dihentikan sehingga ekonomi kita betul-betul pulih kerana projek ini tidak menambah kepada kapasiti pengeluaran barangan atau perkhidmatan dan sekaligus menyemarakkan ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi SelangorKini, hari ini.
Jelasnya dalam keadaan kewangan kerajaan yang lemah dan keadaan ekonomi tidak menentu, projek Taman Tugu perlu dihentikan ekoran projek menelan perbelanjaan sebanyak RM650 juta itu bersifat mewah dan bukanlah satu keperluan mendesak.
Katanya, kerajaan juga perlu mengkaji syarat pinjaman perumahan seperti kemungkinan mengurangkan deposit 10 peratus pembelian rumah dan kadar faedah pinjaman yang dikenakan.
belanjawan-2017Hal ini berikutan, syarat ketat menyebabkan ramai ingin membeli rumah tidak mampu menyediakan 10 peratus wang deposit sekali gus menyebabkan lebih banyak lambakkan rumah tidak terjual.
“Langkah seterusnya, langkah memotong gaji Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen. Ini menunjukkan mereka bertanggungjawab membantu memulihkan ekonomi negara dengan sanggup memotong gaji masing-masing.
“Tingkatkan promosi untuk memasarkan produk tempatan di luar negara termasuk produk pelancongan. Perlu beri galakkan untuk meningkatkan eksport dan pelancongan kita,” katanya lagi.
Tambah Dr Rosli, pemberian BR1M juga perlu dikaji semula dengan mensasarkan kepada golongan yang betul-betul memerlukan dan bukannya dilihat hampir menyeluruh.

Bersih 5: Gerakan kutip RM20,000 bantu sewa stadium

Ketua Pemuda Gerakan berkata, sehingga kini mereka sudah mengumpul RM17,500 dan pihaknya akan memberi subsidi baki RM2,500.
Tan-Keng-Liang-L1
PETALING JAYA: Gerakan sedang mengutip RM20,000 bagi membantu penganjur perhimpunan menyewa stadium untuk mengadakan Bersih 5 pada 19 November nanti, kata ketua pemuda parti itu.
Tan Keng Liang percaya punca Bersih 2.0 belum mengumumkan lokasi perhimpunan itu kerana penganjur dan badan bukan kerajaan (NGO) terbabit belum mencapai kata sepakat berhubung perkara berkenaan.
Walaupun Bersih 2.0 banyak kali menolak cadangan mengadakan perhimpunan di stadium, katanya, Pemuda Gerakan percaya saranan mengumpul dana untuk sewa stadium masih berkesan.
“Sehingga kini, kami sudah kumpul RM17,500 dan baki RM2,500 akan kami subsidi. Jika mereka setuju, mereka boleh mengadakan perhimpunan di lokasi itu secara percuma.
“Tetapi, disebabkan perhimpunan baru-baru ini, seperti #TangkapMO1 yang mendapat sambutan dingin, jadi saya percaya stadium bersaiz sederhana sudah mencukupi. Lagipun, mereka tidak jamin mampu mengawal peserta perhimpunan itu,” katanya dalam satu sidang media semalam yang dipetik Nanyang Siang Pau.
Beliau berkata, tindakan mengumpul derma itu tidak bermakna Gerakan menyokong Bersih 2.0, sebaliknya mereka berharap perhimpunan itu boleh diadakan secara aman dan tidak berulang babak keganasan seperti 2012.

Persempadanan semula: Hannah yakin Pakatan kekalkan kerusi

Cadangan persempadanan semula beberapa kawasan di Selangor akan menyaksikan pertambahan penduduk yang drastik di DUN Subang Jaya.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh melihat DUN Kinrara dikecilkan dan pengundi dipindahkan ke DUN Subang Jaya.
“Cadangan ini akan menyaksikan kawasan USJ lain dimasukkan ke dalam Subang Jaya.
“Seperti yang kita tahu, Subang Jaya mempunyai kepadatan penduduk tinggi berbanding DUN lain.
“Ia akan memberikan pelbagai masalah sekiranya penduduk terlalu padat,” katanya kepada SelangorKini.
Menyifatkan ia sebagai taktik kotor, Hannah juga yakin cadangan itu juga bertujuan menyukarkan Pakatan membentuk kerajaan.
“Bagaimanapun, saya yakin kita akan mengekalkan kerusi di DUN ini.
“Cuma, kita akan berhadapan dengan masalah selepas itu nanti antaranya peruntukkan sedia ada akan terjejas. Jadi, ia memang mencabar,” katanya.
Pada masa sama, beliau sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor menunggu perkara itu dibincangkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terlebih dahulu sebelum dibincangkan dalam Sidang Dewan Negeri.
“Kita tunggu MMKN bincangkan terlebih dulu,” katanya.

Setahun Amanah: Mat Sabu optimis bawa politik baharu di Kelantan dan negara


 SETAHUN AMANAH: Mohamad Sabu memotong kek diperhatikan pimpinan utama parti meraikan genap setahun Amanah ditubuhkan dalam satu majlis makan malam diadakan malam tadi.SETAHUN AMANAH: Mohamad Sabu memotong kek diperhatikan pimpinan utama parti meraikan genap setahun Amanah ditubuhkan dalam satu majlis makan malam diadakan malam tadi.
Setelah setahun Amanah ditubuhkan Presidennya Mohamad Sabu optimis parti itu akan membawa perubahan politik baru di Kelantan dan negara.
"Bila kita lihat perubahan dan sambutan semalam (di Kelantan), saya yakin perubahan politik besar-besaran akan berlaku di negara ini.
"Kehadiran Datuk Husam Musa dan mereka yang menyertai Amanah saya lihat perkembangan dan gelombang ini akan cepat merebak.
"Orang Kelantan otaknya elestik boleh mengecil dan membesar,sebab itu orang Kelantan mudah berubah.
"Masa tahun 1959 rakyat masih buta huruf Kelantan dimenangi Pas dan Perikatan hilang deposit dan Dun, lepas itu Pas kalah dan lepas tu BN kosong dan hari ini kerajaan Kelantan jatuh kerana 'membesarkan' nama Ahmad Yaakob,secara kebetulan saya tak tahulah...," ujarnya.
Beliau berkata demikian dihadapan 300 yang hadir dikalangan pemimpin utama parti, pemuda, wanita diperingkat negeri ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amanah sempena setahun parti itu ditubuhkan yang diadakan di Kelab Alumni Universiti Malaya malam tadi.
Kata Mohamad lagi yang mesra dipanggil Mat Sabu,  Amanah kini sudahpun memasuki kawasan pinggiran bandar antaranya beliau  menyebut di Kedah terutama di Baling, Pendang dan Sik.
"Alhamdulillah dengan yuran diturunkan RM2 ramai orang kampung sertai Amanah.
"Dari Baling, Pendang dan Sik. Di Sik ada 22 cawangan baru ditubuhkan dan lima daripadanya diketuai wanita," ujarnya yang mahu lebih banyak penyertaan golongan muda dan wanita dalam parti itu disetiap peringkat.
Dalam majlis sama Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir turut berkata, Amanah sedang mempergiatkan usaha ke arah memberikan penjelasan terutama kepada golongan wanita dan pemuda untuk menyertai parti itu.
"Kita perlu beri penerangan dan penjelasan kepada rakyat terutama golongan muda dan wanita. Amanah kenalah bekerja kuat.
"Dalam tempoh setahun ini kita menerima dokongan dan sokongan daripada rakyat cukup luar biasa.
"Di Dun Salor sahaja kita menerima 1,500 borang dikalangan bekas ahli Umno,bekas Adun, bekas Senator, bekas ulama, profesor, golongan wanita dan pemuda sempena setahun Amanah yang diraikan di Kelantan," ujarnya.
Anuar berkata Amanah berazam akan menjadi sebuah parti yang sesuai pada zaman ini yang akan mendapat sokongan diperingkat masyarakat keseluruhannya.
Malah beliau juga memberikan penghargaan terima kasih kepada pendokong-pendokong diluar parti antaranya di kalangan NGO.
"Saya ingin ambil kesempatan merakam penghargaan kepada mereka yang menyokong kelahiran parti ini antaranya Datuk Seri Wan Azizah, Lim Kit Siang, Gopalan, pemimpin NGO dan masyarakat yang telah memberikan sumbangan besar menyokong penubuhan parti ini," ujarnya.
Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dua Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan Liew Chin Tong; Peguam Datuk S. Ambiga, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, aktivis Hishamuddin Rais dan Pengerusi Gabungan #TangkapMO1 Anis Shafiqah Md Yusuf.
Sebagai rekod Parti Amanah Negara (Amanah) adalah sebuah parti politik serpihan daripada Pas yang diasaskan oleh Mohamad Sabu, bekas Timbalan Presiden Pas yang meninggalkan parti itu bersama-sama beberapa bekas pimpinan Pas lainnya, selepas mereka diketepikan dari barisan kepimpinan dalam pemilihan parti itu di Muktamar Tahunan Pas 2015.
Parti ini mengambilalih Malaysia Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara dan dilancarkan pada 16 September 2015.
Amanah ketika ini mempunyai enam Ahli Parlimen yang sebelum ini menang selepas bertanding atas tiket Pas dalam PRU ke13 lalu.

Presiden R hargai Amanah sedia platform, ikrar kekal tidak memihak


Hisyamuddin Ghazali yang dianggap pelopor sebenar R menyertai Amanah di majlis di Salor 16 September lalu. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehHisyamuddin Ghazali yang dianggap pelopor sebenar R menyertai Amanah di majlis di Salor 16 September lalu. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh
Presiden Pertubuhan R Kelantan (R), Haji Nazri Deraman mengucapkan terima kasih kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang memberikan ruangan kepada aktivis R untuk berkongsi platform demi merancakkan tuntutan royalti.
"Secara umum, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yg telah memberikan sokongan dan bersama membawa isu perjuangan royalti ini khususnya kepada Kerajaan negeri Kelantan, PAS, PKR, PSM malah pimpinan UMNO juga turut memberi sokongan kepada kami demi mempersada dan menggembeleng perjuangan Royalti yang dinafikan sejak perjanjian 9 May 1975 hasil Akta Pembangunan Petroleum 1974.
"Terbaru, Parti Amanah Negara (Amanah) turut memberikan ruangan kepada aktivis R," katanya dalam satu kenyataan rasmi semalam.
Pertubuhan R Kelantan (R) katanya, adalah Pertubuhan berdaftar sebagai NGO. NGO R tidak menyertai atau dimiliki oleh mana-mana parti politik, kecuali aktivis kami yang sememangnya ramai menyertai pelbagai parti politik kerana itu adalah hak dan kebebasan mereka yang dijamin dalam perlembagaan negara.
"Perlu ditegaskan di sini bahawa penyertaan mana-mana pimpinan dan aktivis R dalam Parti politik adalah di atas dasar individu dan tidak buleh dikaitkan dengan R secara organisasi," katanya.
Presiden R Haji Nazri DeramanPresiden R Haji Nazri DeramanBeliau bertegas bahawa perjuangan tuntutan royalti petroleum Kelantan dan pendaratan minyak dan gas ke bumi Kelantan adalah perjuangan milik semua rakyat Kelantan melangkaui batasan parti, NGO mahu pun individu.
"Malahan pihak kami di dalam proses untuk mengadakan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mendapatkan sokongan mereka dan kerjasama dalam perjuangan tuntutan Royalti ini.
"R juga turut bersama jaringan NGO dalam Bersih 5.0 yang bakal dilangsungkan pada 19 Nov 2016 dalam menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil yang akhirnya Royalti yang dinafi akhirnya dapat ditunaikan kelak oleh Kerajaan yang bakal dibentuk selepas PRU 14 yg akan datang insyaAllah.
ROYALTI sebagai satu badan katanya, menafikan menyertai mana-mana parti politik, kecuali aktivis sebagai hak mereka.
"ROYALTI kekal sebagai NGO. ROYALTI mengalu-alukan jemputan dari semua pihak yang menyediakan medium kepada perjuangan ini," katanya.

Satu undi di Putrajaya bersamaan 10 di Damansara, kata Kit Siang

Lim Kit Siang mahu SPR jelaskan sama ada ia masih dakap agenda memastikan Umno terus berkuasa
putrajayaPETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicabar supaya dedahkan sama ada ia masih mendakap “agenda rahsia” memastikan Umno terus berkuasa.
Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata agenda itu didedahkan bekas Pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman pada 2013.
Selepas menguruskan enam daripada 13 plihan raya, dan tiga dari empat persempadangan kawasan pilihan raya, Ab Rashid mendedahkan persempadanan sebelum ini untuk “memastikan orang Melayu, sebenarnya Umno, kekal berkuasa”.
Katanya pengerusi sekarang ini, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah perlu jelaskan sama ada perubahan sempadan yang dicadangkan untuk lebih 120 kawasan pilihan raya lebih tidak demokratik berbanding persempadanan sebelum ini, ertinya melanggar prinsip “satu pengundi, satu undi, satu nilai”.
Kit Siang berkata satu undi di Putrajaya (jumlah pengundi: 15,627) bersamaan 10 undi di kerusi Damansara (dahulu Petaling Jaya Utara) di Selangor (jumlah pengundi 150,439).
Beliau meminta SPR supaya menjelaskan ketaksamaan jumlah pengundi yang besar antara pengundi di kedua kawasan. Katanya ketaksamaan antara jumlah pengundi terbanyak dan terkecil semakin luas.
Di Selangor, Kapar mempunyai 144,159 pengundi (2013) manakala Petaling Jaya Utara (kini Damansara) mempunyai 150,439 pengundi (2016). Beliau membanding jumlah pengundi di Sabak Bernam pada 2013 (37,318) dan 2016 (37,126).
Beliau turut membanding angka untuk Gelang Patah dan Labis di Johor.

KENAPA NAJIB TAK PERGI KE NEW YORK?

Pada 22 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi telah melakukan lawatan rasmi lima hari ke New York untuk menghadiri  Mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNSC.

Dalam mesyuarat itu, Zahid mempengerusikan perbahasan tentang "Cabaran  Dalam Mendepani Percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran dan Kaedah Penghantaran, Bahan Berkaitan, Peralatan dan Teknologi Kepada Pelaku Bukan Negara" yang diadakan di ibu pejabat PBB itu.
Majlis Keselamatan PBB dianggotai oleh 15 buah negara dengan lima negara iaitu Amerika Syarikat, Russia, United Kingdom, China dan Perancis adalah anggota tetap, manakala 10 negara lagi bukan anggota tetap yang dipilih setiap dua tahun.

Malaysia menduduki salah satu kerusi bukan tetap Majlis Keselamatan PBB bermula 1 Januari tahun lepas setelah menang dalam pemilihan pada Oktober 2014.

Semalam, Zahid Hamidi sekali lagi ke New York untuk mengetuai delegasi  Malaysia  ke Perhimpunan Agung PBB atau UNGA yang bermula 17 hingga 25 September depan.

Menurut laporan Bernama, Zahid akan menyertai Raja-Raja, Presiden dan Perdana Menteri dari seluruh dunia dalam perhimpunan tersebut.

Antaranya Zahid juga dijadual akan menyampaikan kenyataan negara pada sessi debat umum, menyertai mesyuarat peringkat tinggi menangani penghijrahan pelarian dan migran berskala besar dan mesyuarat peringkat tinggi mengenai  situasi di Syria.

Persempadanan semula: MCA Selangor ‘pening’ masalah besar mungkin timbul

Cadangan persempadanan semula oleh SPR mungkin menyebabkan masalah sumber tidak mencukupi atau kekuatan sesebuah bahagian itu terjejas.
MCA selangorPETALING JAYA: Selain pembangkang, MCA Selangor turut mempersoalkan kajian persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijangka menimbulkan pelbagai masalah kepada parti itu.
Oriental Daily memetik seorang pemimpin MCA yang tidak mahu dinamakan berkata, tindakan itu akan menjejaskan kekuatan di sesetengah bahagian kerana perlu menerima kemasukan bahagian lain.
Beliau berkata, masih tidak pasti jika pemimpin bahagian sedia ada akan menerima penyertaan pemimpin dari bahagian lain ke pasukan mereka.
“Ekoran perubahan terhadap kerusi dewan undangan negeri, pemimpin bahagian lain tentu mahu mendapat kuasa di bahagian baharu, termasuk mendapatkan lebih ramai perwakilan pusat. Macam mana hendak putuskan, ia adalah masalah besar seterusnya,” katanya.
Akhbar berbahasa Cina itu mengambil contoh MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan yang terdiri daripada kerusi DUN Taman Medan dan Bukit Gasing serta mempuntyai 50 cawangan.
Kini, ia dimasukkan ke DUN Seri Setia dan bakal menjadi bahagian yang sangat besar kerana jumlah cawangan dijangka bertambah kepada 70 dan masalah akan timbul untuk ‘menenangkan’ ahli lama dan baharu.
Selain itu, Bukit Lanjan, Kota Damansara dan Paya Jaras pada asalnya adalah tiga kerusi DUN berasingan.
Tetapi, Bukit Lanjan kini dimasukkan ke Bahagian Damansara (asalnya di bawah Bahagian Petaling Jaya Utara) dan menyebabkan MCA Bahagian Subang mungkin kehilangan 25% ahli cawangan.
Pengerusi MCA Bahagian Subang, Raymond Low mengakui, beliau tidak memahami tindakan SPR itu, kerana Paya Jaras terletak berhampiran kerusi parlimen Selayang, tetapi ia tidak terjejas, sebaliknya Bukit Lanjan yang dimasukkan ke Damansara.
“Tiba-tiba memindahkan sebahagian cawangan sememangnya sukar diterima, kerana sebelum ini banyak usaha dilakukan untuk menyatukan ahli, kini ia perlu dimulakan sekali lagi, jadi kami sedang kumpul maklumat untuk memahami perubahan kerusi secara teliti,” katanya yang dipetik Oriental Daily.

Najib terlalu bijak untuk guna Akta MKN elak PRU

Jeniri Amir dan Awang Azman berkata, Akta MKN hanya membenarkan sebuah kawasan kecil diisytiharkan kawasan keselamatan, bukannya seluruh negara.
jenerri-azman-najib
PETALING JAYA: Penganalisis politik menepis dakwaan pembangkang kononnya perdana menteri akan menggunakan kuasa diperuntukkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengelak mengadakan pilihan raya umum (PRU).
Mereka berkata, Datuk Seri Najib Razak terlalu bijak untuk berbuat demikian, selain hakikat akta itu hanya membenarkan sebuah kawasan kecil diisytiharkan kawasan keselamatan.
Prof Madya Jeniri Amir dari Universiti Sarawak Malaysia berkata, rakyat kini semakin sedar dan berpendidikan daripada segi politik berbanding dahulu.
“Rakyat tentu akan membantah, apatah lagi kumpulan sivil dan NGO jika Najib berbuat demikian kerana ia jelas adalah penyalahgunaan kuasa dan saya pasti Najib tidak akan berbuat demikian,” katanya kepada FMT.
Jumaat lalu, Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Syerleena Abdul Rashid berkata, Najib boleh menggunakan kuasa besar di bawah Akta MKN untuk mengisytiharkan seluruh negara berada di bawah ancaman keselamatan, bagi mengelak tiada pilihan raya diadakan.
Pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Awang Azman Awang Pawi sependapat yang Akta MKN tidak membenarkan seluruh negara diisytihar sebagai kawasan keselamatan.
“Saya rasa Akta MKN hanya membenarkan kawasan kecil diisytihar berada di bawah ancaman, tetapi bukan seluruh negara,” katanya sambil menambah darurat hanya boleh diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

PRU14: Najib mungkin tukar MB di 4 negeri

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membuat 'perubahan' untuk memastikan BN kekal berkuasa.
Akhbar berbahasa Inggeris The Star yang memetik sumber berkata, perubahan yang akan dilakukan termasuk menukar menteri besar di empat negeri- Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.
"Perdana Menteri perlu pemimpin baru untuk menerajui jentera di negeri tersebut," kata sumber itu yang dipetik sebagai berkata.
Spekulasi mengenai perubahan dalam jentera kerajaan Umno telah giat diperkatakan selepas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini berkata mungkin tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang telah disandangnya sejak 1986.
Adnan membuat kenyataan itu beberapa hari selepas dia mengejutkan Dewan DUN dengan meletakkan 'pen di antara jari di kakinya' bagi menolak khabar angin kononnya beliau tidak sihat.
Di Kedah pula, The Star melaporkan, perancangan Najib untuk menukar menteri besar itu ekoran kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang kerap ke hospital.
Begitu juga dengan Negeri Sembilan, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamad Hasan turut mempunyai masalah kesihatan ketika beliau dikatakan sakit semasa menghadiri Mesyuarat Agung Umno bahagian Rembau.

AMANAH akan 'melutut' pada PAS, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau yakin Parti Amanah Negara (AMANAH) akan 'melutut' suatu hari nanti dan mengiktiraf kekuatan parti Islam itu dalam persada politik negara.
Menurut Abdul Hadi, parti-parti lain yang menjadi sekutu AMANAH pula terpaksa bergantung pada PAS untuk meraih sokongan rakyat memandangkan komitmen yang tinggi anggota parti Islam berkenaan.
Justeru, anggota parlimen Marang itu berkata, dakwaan ribuan anggota PAS Kelantan yang menyertai AMANAH dilihat hanya 'cakap sokong yang tidak berpijak di bumi nyata', lapor Utusan Malaysia.
"Berita begitu mudah dipetik dengan jari, apatah lagi dalam dunia siber berita terlalu laju dan tidak berpijak di bumi nyata.
"Kita yakin ahli-ahli kita di semua cawangan dan kawasan tetap konsisten, bahkan parti lain bergantung dengan kita, tunggulah suatu hari nanti AMANAH akan melutut kepada kita," katanya selepas menghadiri Program Munajat Perdana 'Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355' di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan malam tadi.
Dalam Majlis Perisytiharan Keluar PAS dan Masuk AMANAH di Salor yang diadakan serentak dengan Program Munajat Perdana tersebut, kepimpinan AMANAH mendakwa menerima lebih 1,500 keahlian baru daripada penyokong PAS di negeri berkenaan.

WALAU MIRIP DAN INGIN KALAHKAN UMNO, PPBM TAK HARUS JADI MACAM UMNO

Ketika ini PPBM sedang giat mendaftarkan ahli-ahlinya di seluruh negara. Penyelaras di peringkat negeri turut sudah dilantik, begitu juga wakil di peringkat bahagian-bahagian.

Pendaftaran secara dalam talian pula dijangka akan beroperasi pada minggu hadapan. Dalam masa yang sama, difahamkan 200 ribu borang keahlian yang dicetak pada peringkat pertama sudah pun kehabisan dan terpaksa diulang cetak.

Di Kuala Lumpur, pada hari pertama pendaftaran saja,  sebanyak 9000 borang telah diambil. Di mana-mana, tergambar ramai yang teruja dan tidak takut-takut untuk menyertai PPBM. 

Di Rembau saja, difahamkan seramai 2150 ahli baru PPBM dapat didaftarkan pada hari pertama pendaftaran.

Di media sosial pula, ternampak begitu meriah dan ceria wajah-wajah yang mendaftar sebagai ahli PPBM. Sebahagian besarnya adalah bekas ahli-ahli UMNO, ada yang pernah aktif di peringkat bahagian dan ada juga yang selama ini hanya merupakan ahli biasa saja.

Ramai kalangan profesional yang terdiri daripada akauntan, eksekutif bank, ahli perniagaan, doktor, peguam dan lain-lain turut mendaftar sebagai ahl PPBM. Ada di antara mereka adalah bekas ahli UMNO dan ada juga yang tidak pernah menjadi ahli-ahli mana-mana parti, tetapi sentiasa menyokong UMNO dan mengundi BN setiap kali pilihanraya.

Rata-rata mereka yang menunjukkan gambar masing-masing selepas mendaftar sebagai ahli PPBM, kelihatan amat bangga, cerita dan gembira dapat berbuat demikian. Barangkali ketika mereka menjadi ahli UMNO dahulu pun, perasaannya tidak sama seperti mereka menjadi ahli PPBM sekarang ini.

Dengan itu, tidak mustahil PPBM dapat mendaftar antara 350 ribu hingga 500 ribu ahli dalam tempoh dua tiga bulan ini. 

Bangganya mereka menjadi ahli PPBM ialah kerana mereka yakin ia merupakan suatu sumbangan untuk menyelamatkan negara. Dengan hanya pendaftaran RM2, yuran keahlian juga RM2 untuk setahun atau RM100 bagi keahlian seumur hidup, kemungkinan Najib dapat disingkirkan, BN dapat dikalahkan dan negara dapat diselamatkan adalah lebih tinggi berbanding jika masih kekal bersama UMNO.

Oleh kerana PPBM mirip UMNO, bertujuan menyaingi UMNO dan untuk mengalahkan UMNO, maka tidak dapat dielakkan kebarangkaliannya majoriti ahli-ahli PPBM nanti ialah bekas ahli-ahli UMNO juga.

SEBELUM PILIHANRAYA KAMU RAYU KAMI... LEPAS PILIHANRAYA KAMU TINDAS KAMI...

DAH MENGAKU SILAP silalah letak jawatan..
Jadilah PM yang ada maruah diri..

SUDAH 7 TAHUN BAGI PELUANG apa yg kamu dah buat & buktikan peluang yg dah diberi sebelum ini..

NAK BAGI PELUANG KIKIS DUIT RAKYAT & NEGARA SAMPAI POKAI KA ???

Hakikatnya... "MELAYU MUDAH LUPA"

BN MENANG RAKYAT SENANG !!!

"Kenaikan kadar tambang perkhidmatan komuter tidak dapat dielakkan dan harga tiket pula tidak pernah naik sejak beberapa tahun sudah" -kata Pengerusi KTMB, Datuk Ir Nawawi Ahmad.

BERSYUKUR kepada AyahJib. Tanpa AyahJib kadar tambang pengangkutan awam tak akan naik..

MASIH INGAT kata Datuk Ir Nawawi Ahmad..
"Kenaikan kadar tambang perkhidmatan komuter tidak dapat dielakkan dan harga tiket pula tidak pernah naik sejak beberapa tahun sudah.."

Kenapa UMNO tidak berdemo dan merusuh kerana isu rasuah..??

KERANA rasuah itu dah lama berparasit dalam sanubari Umno..

Malaysia Day Special: UMNO Prison Break

MEMANG TIADA BEZA!! Pas Sekarang Ialah Umno, Pakaian Saja Beza

UMNO GOYANG!! Mukhriz sedar Ramai Orang NAJIB Mula TERCABAR Dengan Kewujudan BERSATU

MARAH DAN SEDIH!! AMARAN RAKYAT Buat Najib dan Pak Menteri, Jangan BERANI CABAR Rakyat

Husam BONGKAR MISI Dapatkan ROYALTI Minyak Untuk Rakyat Kelantan

Wahai Rakyat Kelantan, BANGKITLAH Dapatkan Kembali HAK ROYALTI Minyak Kamu

Tips Menabung Rosmah Mansor (isteri Najib Razak, Malaysia)

3-in-1: Mahathir VS Jho Low VS DiCaprio (1MDB, Najib Razak)

Tun Mahathir & Najib Razak: Kawan atau Lawan? (WSJ pasti terkejut)