Jumaat, 16 September 2016

Bebas Anwar: Muhyiddin pecahkan halangan terakhir kerjasama PH-PPBM?

Ikrar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk membebaskan Anwar Ibrahim dipercayai akan memudahkan kerjasama dengan Pakatan Harapan
mohamed-mustafa_anwar-muhyiddin_600
PETALING JAYA: Halangan terakhir kerjasama antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terhapus dengan ikrar Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara, menurut dua penganalisis politik.
Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak daripada Majlis Profesor Negara berkata isu pembebasan Anwar merupakan “halangan yang memisahkan PKR dan PPBM” manakala Prof Madya Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata kenyataan Muhyiddin itu akan menyebabkan PPBM “diterima ramai dalam Pakatan Harapan, terutamanya PKR”.
Muhyiddin, yang merupakan Presiden PPBM, dilaporkan New Straits Times pada Rabu seabgai berkata partinya akan berusaha untuk membebaskan Anwar bersama Pakatan sekiranya pembangkang berjaya singkir BN dari Putrajaya.
Bercakap kepada FMT, Mustafa berkata ikrar itu langkah untuk memastikan PPBM diterima parti Pakatan Harapan dan memudahkan kerjasama.
Katanya langkah yang sama juga ketara dilihat dari tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan kepada Anwar yang mengambil tindakan undang-undang terhadap perlaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara.
Beliau menambah pengikut Muhyiddin barangkali akan menyokong langkah itu.
Awang Azman, yang mengingatkan PPBM dan PKR merupakan parti pecahan Umno, berpendapat ikrar Muhyiddin strategi untuk melancarkan hubungan antara kedua parti.
Katanya kerjasama politik tidak akan terhasil tanpa kepentingan bersama dan membebaskan Anwar merupakan kepentingan bersama parti PH.
Kenyataan Muhyiddin itu, tambahnya, menjadi isyarat partinya mahu berkongsi kepentingan itu.
Memandangkan kerjasama PPBM dan PH tidak lagi boleh disangkal, Umno mempunyai sebab untuk berasa risau, katanya.

Haron Din koma, hanya tunggu masa, kata anak

Mursyidul Am Pas sekarang menggunakan mesin sokongan hayat, menurut pesanan WhatsApp
haron-din_hospital_600
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang sedang menjalani rawatan jantung di sebuah hospital di California, Amerika Syarikat dalam keadaan kritikal.
Perkara itu dimaklumkan anaknya, Hamdi Haron, melalui satu pesanan WhatsApp kepada Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan, yang dibaca FMT.
“Baba dalam keadaan koma, tolong sampaikan pada tuan guru ( Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan pemimpin PAS, doktor kata sudah tiada harapan.
“Pendarahan teruk, sekarang guna sokongan hayat, hanya tunggu masa untuk cabut mesin dan biar Baba pergi menemui Rabbul Alamin (Tuhan) dengan aman,” katanya jam 2.45 pagi.
Pesanan yang sama memberitahu setakat 6.04 pagi ahli keluarga masih menunggu masa untuk mencabut sistem sokongan hayat Haron Din.
Haron Din dilaporkan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Amerika Syarikat pada 2 April 2012. Pada Mac lalu, Haron menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara.

Ahli, tokoh politik Pas Kelantan akan sertai Amanah malam ini


Dijangka ahli dan tokoh politik Pas akan menisytiharkan keluar parti untuk masuk Amanah pada majlis  sempena sambutan setahun Amanah  yang akan diadakan malam ini.Dijangka ahli dan tokoh politik Pas akan menisytiharkan keluar parti untuk masuk Amanah pada majlis sempena sambutan setahun Amanah yang akan diadakan malam ini.Dewan Undangan Negeri (Dun)  Salor hari ini dijangka akan menerima ahli baru Amanah dalam satu majlis ceramah perdana 'Harapan Baru Kelantan' yang diadakan dipejabat Adunnya Datuk Husam Musa malam ini.
Majlis itu akan turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bagi meraikan sempena setahun tertubuhnya Amanah di Kelantan.
"Bertarikh 16 September 2016, bertempat di Bangunan Salor, satu majlis Ceramah Perdana dan perisytiharan kemasukan beramai-ramai ahli baru ke dalam Amanah sempena sambutan setahun Amanah Kelantan.
"Majlis ceramah perdana ini akan diumumkan ahli yang telah menyertai Amanah bersekali dengan pimpinan mereka di dalam Pas," ujar Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Zahari Sidik dalam satu kenyataan.
Orang ramai juga dimaklumkan untuk bersama hadir menyaksikan peristiwa bersejarah perisytiharan tokoh politik pentng Kelantan yang menyertai Amanah.
"Kami di pihak Amanah Kelantan menjemput dan mempersilakan semua rakyat Kelantan hadir ke majlis ini seterusnya dapat bersama menjadi 'turning point' merealisasikan 'Harapan Baru Kelantan," ujarnya.
Pada 30 Ogos lalu bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa telah mengisytiharkan beliau masuk Amanah dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya selepas beliau dipecat dari Pas.
Selepas tiga hari beliau menyertai Amanah dua cawangan dibuka di Dun Salor.
Ini kerana sebelum itu pada 2 September Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar agar  mana-mana ahli yang mempunyai masalah dengan Pas agar keluar dari parti itu.
"Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar dari Pas, senang sahaja… Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya kepada wartawan di perkarangan Masjid Rusila seperti dilaporkan portal berita.
Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas naib presiden parti itu yang dipecat, Datuk Husam Musa menyertai Amanah.
Justeru majlis pada malam ini diadakan khusus untuk meraikan kehadiran beliau dalam Amanah Kelantan. Selain  pengumuman kemasukan ahli- ahli Pas bersama pimpinan mereka, majlis juga dijangka akan mengisytiharkan penyertaan pimpinan "hardcore" NGO yang menuntut 'Royalti' serta profesional dan pegawai kerajaan yang sudah bersedia untuk diumumkan bersama menyertai parti itu pada malam ini.
Majlis ini akan disiarkan secara langsung melalui youtube (http://tinyurl.com/mediaghb) dan facebook page (https://www.facebook.com/ghbmediatv).

DI SEBALIK UMNO SEMAKIN MENGECIL, SPR MUNCUL UMPAMA TALIAN HAYAT

Di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO, tidak ramai di antara mereka yang betul-betul mahu mengaku kewujudan PPBM adalah cabaran sebenar kepada kedudukan parti itu dalam pilihanraya akan datang.

Lebih ramai yang terus sombong bongkak dengan mengatakan PPBM bukan saingan yang sebenar, UMNO sudah biasa dengan cabaran, PPBM bakal senasib Semangat 46 dan macam-macam lagi.

Realitinya, dengan bermulanya PPBM mendaftarkan ahli-ahli baru sejak semalam, kedudukan UMNO dengan sendirinya makin mengecil. Pada hari pertama di Kuala Lumpur saja, sebanyak lebih 9000 borang telah diambil. 

Hari ini mungkin ribuan lagi yang telah mendaftar dan oleh kerana permintaan bertambah, walaupun esok merupakan cuti umum sempena Hari Malaysia, pendaftaran terpaksa dibuka untuk kemudahan orangramai.

Serentak dengan itu, penyeleras negeri-negeri turut dilantik untuk memudahkan lagi proses pendaftaran ahli. Beberapa negeri kemudiannya melantik penyelaras di peringkat bahagian-bahagian pula.

Dengan itu, ahli PPBM akan terus bertambah hari demi hari. Sebahagian besar ahli PPBM adalah ahli UMNO. Secara automatiknya, UMNO makin kekurangan ahlinya.

Apabila ahli UMNO berpindah kepada PPBM, bermakna juga mereka tidak lagi mahu mengundi BN dalam pilihanraya akan datang. Jadinya, UMNO  akan berkurangan ahli, BN berkurangan undi.

Proses menjauhi UMNO dan BN ini akan berterusan selagi Najib terkepung dengan isu 1MDB dan Rosmah pula kekal dengan kegemaran suka membeli-belahnya. Dari masa ke semasa, mungkin lebih banyak lagi yang akan didedahkan kepada kita semua.

Semua itu menjadikan UMNO dan BN secara realitinya tidak selamat lagi untuk menggenggam kuasa yang ada. Kuasa yang mereka ada hanya menunggu masa saja untuk ditanggalkan oleh pengundi-pengundi yang semakin bijak dan tidak mudah lagi ditipu dengan bayangan permata, tetapi sebenarnya ia hanyalah kaca.
PPBM bersama Pakatan Harapan lebih diharap dan dipercayai untuk menjadi kerajaan baru menggantikan BN.

Dalam keadaan cemas itu, satu-satunya talian hayat yang tinggal bagi UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasanya ialah SPR. Sebab itu, serentak dengan terttubuhnya PPBM, secara tiba-tiba juga SPR mengumumkan syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya untuk dilaksanakan dalam pilihanraya umum akan datang.

Syor tersebut tidak melibatkan pertambahan bilangan kerusi, tetapi cuma perubahan nama dan sempadan kawasan pilihanraya semata-mata. Dengan yang demikian, ia tidak memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di Parlimen, sebaliknya memadai dengan majoriti mudah saja.

Di setiap negeri, beberapa kawasan akan terlibat dengan perubahan persempadanan itu dengan Kuala Lumpur dan Terengganu menyaksikan semua kawasan akan diubah sempadannya.

Amanah umum sokong Bersih 5

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan menyokong penganjuran Himpunan Bersih 5 pada​ 19 November depan.
Menurut Presidennya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu, demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman tidak akan membawa kepada huru-hara atau malapetaka kepada mana-mana negara.
Malah katanya, ia bukan perkara luar biasa kerana ada negara maju yang membenarkan rakyatnya berdemonstrasi atau tunjuk perasaan tanpa kekerasan.
“Di antara negara yang rakyatnya selalu berdemonstrasi termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman dan hampir seluruh negara EU. Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Indonesia juga tidak ketinggalan meraikan ruang demokrasi ini.
“Rakyat di negara-negara ini selalu keluar secara beramai-ramai menyatakan ketidaksukaan mereka terhadap sesuatu perkara atau sesuatu isu yang dilakukan oleh pemimpin di negara mereka, atau tunjuk perasaan terhadap kuasa besar atau mana-mana negara lain yang mengancam negara mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, perhimpunan aman bukanlah faktor penentu turun naik jumlah kedatangan pelabur ke negara ini.
“Pelabur-pelabur sentiasa datang kerana mereka tahu negara tersebut aman dan rakyat sentiasa diberi peluang untuk bertindak tanpa mengangkat senjata.
“Sebaliknya, negara-negara diktator yang tidak mengizinkan demonstrasi aman dan berakhir dengan peristiwa berdarah berlaku di negara-negara timur tengah. Negara itu tidak disukai oleh para pelabur,” katanya lagi.

PAS Terengganu anggap cadangan persempadan semula satu konspirasi

Hanapiah MatHanapiah Mat

PAS Terengganu akan membuat bantahan besar-besaran terhadap persempadanan baru pilihan raya yang disifatkan sebagai tidak lojik.
Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata ia adalah satu konspirasi yang sengaja dilakukan.
“Tidak masuk akal, kita akan adakan bantahan besar-besaran. Kita merasakan ada tangan-tangan ghaib dibelakang,
yang sengaja mahu DUN-DUN yang dimenangi PAS kalah,”tegasnya sebagaimana dilaporkan oleh Buletin Online, media milik Pas Terengganu.
ADUN Chukai itu berkata, PAS akan memanggil satu mesyuarat segera bagi membincangkan tindakan lanjut yang akan diambil menangani konspirasi itu.
Di Selangor, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menyifatkan persempadanan pilihan raya yang dipamirkan mulai hari ini adalah satu 'gerrymandering'.
Garrymandering adalah satu proses penyusunan kawasan pilihan raya untuk menguntungkan sesetengah pihak atau parti dengan cara mengubahsuai kawasan sempadannya.
"Cadangan ini mengesahkan ketakutan rakyat Malaysia selama ini bahawa SPR akan memenuhi objektifnya untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang kerajaan persekutuan," kata ahli parlimen Pertaling Jaya Utara (PJU) itu dalam kenyataannya.
Menurut Tony, contoh paling jelas adalah kawasan beliau sendiri PJU yang kini ditukarkan namanya kepada Damansara.
Dalam cadangan ini, kawasan parlimen "Petaling Jaya Utara (PJU)" akan dinamakan sebagai “Damansara” yang akan menjadi kawasan parlimen yang paling ramai pengundi iaitu 150,439, penambahan 76.2% dari 85,401 pengundi berdaftar semasa pilihan raya umum 2013.

Muhyiddin ajak rakyat tunjuk kuasa ubah kerajaan yang lebih beramanah

Beliau terus mengutuk kerajaan semasa yang gagal mengurus ekonomi, rasuah bermaharajalela, keitirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan yang menggerunkan.
muhyiddin-malaysia
PETALING JAYA: Kerajaan baharu, beramanah dan berintergriti perlu dibentuk menerusi pilihan raya mengantikan pemerintahan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, pembentukan kerajaan baharu perlu memandangkan kerajaan BN tidak mampu memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat susulan terpalit dengan pelbagai skandal.
“Jika kerajaan tidak melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya terhadap rakyat, maka rakyat mempunyai pilihan untuk tidak lagi memberikan mandat kepada kerajaan,” katanya dalam perutusan Sambutan Hari Malaysia Ke-53 hari ini.
Beliau juga berkata tiada gunanya menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang pecah amanah.
“Keutamaan hendaklah diberikan kepada usaha untuk memulihkan ekonomi negara, menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat, meringankan beban kos sara hidup, melaksanakan reformasi institusi dan mengurus negara secara beramanah dengan berpandukan prinsip tadbir urus yang baik,” katanya.
Beliau juga terus mengutuk kerajaan semasa sebagai gagal mengurus ekonomi, rasuah bermaharajalela, keitirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan yang menggerunkan.
“Perbelanjaan kementerian dipotong menyebabkan projek pembangunan serta bantuan rakyat tidak dapat dilaksanakan. Anehnya, projek mewah yang tidak masuk akal dilaksanakan untuk menguntungkan kroni,” katanya.

Hari Malaysia hari kelahiran musuh Tunku, Kuan Yew – Ku Seman

Kuan Yew menulis, Tunku tidak menyedari tarikh itu hari jadinya, jika tidak beliau pasti menukar tarikh tersebut kerana tidak mungkin ia menjadi hari yang baik bagi beliau.
ku-seman-tunku-abdul-rahman-kuan-yew-1
PETALING JAYA: Bekas pengarang akhbar arus perdana berbahasa Melayu, mendedahkan Tunku Abdul Rahman mungkin tidak memilih 16 September sebagai Hari Malaysia jika beliau sedar ia hari ulangtahun kelahiran musuh ketatnya, Lee Kuan Yew.
Ku Seman Ku Hussain dalam muat naik di Facebook miliknya berkata, ia tarikh yang lebih signifikan kepada rakyat Singapura yang menyambut ulang tahun ke-93 bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
“Kuan Yew pernah menulis, ‘Tunku tidak menyedari bahawa tarikh itu (16.09.1963) harijadi saya yang ke 40. Kalau beliau tahu, sudah pasti menukar tarikh tersebut kerana hari jadi saya tidak mungkin boleh menjadi hari yang baik bagi Tunku’,” tulis beliau memetik kata-kata Kuan Yew beberapa tahun dahulu.
Tarikh 16 September adalah hari untuk mengingatkan kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Malaya yang kemudiannya menjadi Malaysia.
Namun ketika sehingga baru-baru ini selepas Umno merudum pada Pilihan Raya Umum 2008, dan sebagai langkah mengambil hati parti komponen Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan BN, tarikh tersebut disambut semula.
“Tarikh asal penubuhan Malaysia adalah 31 Ogos 1957 seperti yang telah dipersetujui antara Tunku dan bekas Perdana Menteri Britain, Herald Macmillan. Tarikh 16 September hanya anjakan setelah mendapat tentangan hebat daripada Indonesia.

Kerajaan Pas Kelantan sahkan larang kakitangan sertai 'parti baru'

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan Wan Roslan Wan Hamat mengesahkan pihaknya mengeluarkan pekeliling bagi melarang kakitangan kerajaan negeri menyertai parti baru kerana bercanggah dasar sedia ada.
Katanya, semakan itu dikeluarkan memandangkan jawatan kakitangan berkenaan merupakan lantikan politik dan bukan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Itu surat lama, surat itu asli. Arahan itu dari kita orang. (Dah buat semakan) tak ada kakitangan yang masuk parti baru, mereka laporkan tidak ada.
“Kita cuma nak periksa, kerja dengan kerajaan mestilah ikut kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini sepucuk surat pekeliling bertarikh 9 September 2015 tersebar di media sosial yang mengarahkan tujuh jawatan pengarah dalam kerajaan negeri menyemak mana-mana kakitangan yang menyertai parti baru.
Gesaan itu ditujukan kepada Pengarah Pusat Kajian Strategik, Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dan Pengarah Urusetia Belia dan Sukan.
Selain itu ia turut dihantar kepada Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Pengarah Urusetia Penghulu dan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato Bentara Setia.
Wan Roslan berkata, hasil semakan mendapati tidak ada kakitangan jabatan berkenaan yang menyertai parti baru itu.
Beliau berkata, sekiranya pihaknya mendapati terdapat kakitangan tersebut menyertai parti baru, tindakan selanjutnya akan dibincangkan kelak.
“Jangan keliru. Kita buat semakan mana-mana kakitangan itu sebab nak dapatkan maklum balas…keputusan yang kita terima tak ada kakitangan yang masuk parti baru.
“Kalau ada yang sertai kita akan bincanglah,” katanya.