Khamis, 15 September 2016

PPBM tidak mahu bincang pembebasan Anwar sekarang, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir juga belum membuat keputusan menghadiri perhimpunan Bersih 5 dan tiada rancangan untuk berucap pada perhimpunan yang dijangka diadakan pada 19 Nov.
mahathir_anwar_bersatu_600
KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan masanya belum tiba untuk membincangkan perjuangan membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas perdana menteri itu berkata agenda yang dinyatakan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidak dapat dijanjikan dan hanya akan dipertimbang sekiranya parti itu menakluki kerajaan.
“Segala rancangan yang ingin dibuat oleh semua parti itu akan datang kemudian. Pada masa ini kita tidak boleh janji kerana kita tidak ada kuasa.
“Kalau itu kehendak semua takkan kita nak kata tidak boleh pula. Kita akan lihat kemudian mengenai perjuangan (bebaskan Anwar) itu,” kata Dr Mahathir di sini hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita di luar Mesyuarat Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) peringkat kebangsaan kali ke-55.
Dr Mahathir juga berkata beliau belum membuat keputusan untuk menghadiri perhimpunan Bersih 5 dan tiada rancangan untuk berucap pada perhimpunan yang dijangka diadakan pada 19 Nov.
Sementara itu mesyuarat 2 hari Perkim itu yang berakhir hari ini memilih calon Ahli Majlis Kebangsaan.

Pengarah Pekak mohon maaf pada OKU

Tujuan menghasilkan Pekak bukanlah kerana menggalakkan penyalahgunaan dadah, sebaliknya saya mahu menunjukkan realiti sebenar yang masyarakat takut hendak hadam.
pekak
PETALING JAYA: Adakah filem tempatan ‘Pekak’ menghina golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan tidak bermoral?
Sejak ditayangkan di pawagam 1 September lalu, filem ini memenangi beberapa anugerah antaranya skrip terbaik dan pelakon terbaik (Zahiril Adzim) di Festival Filem Motivasi Antarabangsa yang diadakan di Rostov-on-Don, Rusia.
Ia dibintangi Amirul Affendi, Sharifah Amani dan Joe Flizzow.
Memetik laporan Malaysiakini, pengarah filem Pekak, Mohd Khairul Azri Md Noor memohon maaf kepada golongan OKU yang tersinggung dengan persembahan watak utama dalam filem itu.
“Saya minta maaf dengan sejujurnya kerana tidak berniat menyinggung atau mengguris perasaan mana-mana pihak, khususnya OKU. Jangan lihat pada aspek itu saja kerana saya tidak membenci OKU.
“Tujuan menghasilkan Pekak bukanlah kerana ingin menggalakkan penyalahgunaan dadah, sebaliknya saya mahu menunjukkan realiti sebenar yang masyarakat takut hendak hadam,” katanya.
Sebelum ini, NGO dari Hear Me, mewakili ibu bapa yang memiliki kanak-kanak masalah pendengaran mendakwa filem itu tidak sesuai ditayangkan di pawagan.
Hal ini kerana, ia memaparkan aktiviti tidak bermoral seperti keganasan, kecurian, pergaulan antara jantina, penyalah gunaan dadah dan merokok.

Kehadiran Motley sekadar gimik politik - Armand Azha


Kehadiran peguam baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Amerika Syarikat tidak lebih sekadar gimik politik untuk meraih simpati.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, kehadiran Kimberley Motley itu juga akan 'menghangatkan' semula kes Anwar sebagai tahanan politik selain ada kaitan menarik sokongan perhimpunan BERSIH 5.
Armand Azha Abu Hanifah"Sepertimana kita tahu jika kita nilai dan hayati modus operandi mereka ini setiap kali nak buat BERSIH, mereka akan kembali memainkan isu Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik sedangkan majoriti rakyat Malaysia tahu beliau (Anwar) dijatuhkan hukuman kerana kesalahan moral dan didapati bersalah dalam sistem dan proses undang-undang negara," ujarnya lagi.
Menurut Armand Azha, kehadiran Motley itu juga seperti angan-anganperlu bagi parti pembangkang mendapatkan semula sokongan selepas mereka berpecah kerana perebutan kuasa.
"Saya nak nyatakan pada 'anjing salakan' baharu bernama Kimberley Motley..jangan masuk campur urus tadbir negara dan sistem undang-undang negara.
"Kerajaan mampu menjaga dan mentadbir negara Malaysia khususnya dalam sistem undang-undang negara," ujarnya.
Justeru, beliau menasihati Motley supaya menyelesaikan masalah yang banyak di negara sendiri daripada menggangu keamanan di negara ini.
"Saya nasihat agar Motley selesaikan isu-isu di negara Amerika Syarikat sendiri sebelum masuk campur urusan Malaysia," katanya.
Sementara itu, mengulas kenyataan bekas pemimpin UMNO yang kini menubuhkan parti baru yang juga menyatakan jika mereka dapat mengalahkan Barisan Nasional mereka akan membebaskann Anwar.
Walaupun tidak menyebut nama namun ia ditujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Adakah beliau (Muhyiddin) lupa kata-katabeliau sendiri ketika dalam UMNO dalam isu Anwar Ibrahim? Adakah kini bila tiada kuasa mula menukar pendirian hanya kerana hendak kekalkan kuasa, ibarat meludah ke langit hinggap kemuka kembali," ujarnya sambil mendakwa apa yang berlaku sekadar permainan politik kotor mereka untuk mencipta gelombang bagi BERSIH 5.

'Takkan Anwar seorang, lebih baik Muhyiddin bebaskan semua banduan' - Khairul Azwan

Rakyat muak dengan janji palsu, bahas Perjanjian Malaysia di Parlimen

Pemimpin PKR menggesa satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membahaskan Perjanjian Malaysia 1963.Naib Presidennya, Darell Leiking berkata, perjanjian itu adalah topik terhangat di Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun lalu dan kerajaan tidak boleh mengabaikannya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Ahli Parlimen Penampang itu berkata, sejak kebelakangan ini, ada pihak tertentu menunjukkan kesungguhan menubuhkan jawatankuasa, selepas janji diberikan jawatankuasa mengkaji isu Perjanjian Malaysia 1963 mungkin tidak dapat ditunaikan.
“Saya rasa rakyat sudah muak dengan jawatankuasa demi jawatankuasa yang ditubuhkan dan janji diberikan.
“Sudah sampai masanya untuk kita membahaskan isu ini di Parlimen. Sama ada kita bersetuju menubuhkan sebuah lagi jawatankuasa selepas perbahasan diadakan, itu perkara lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, parti komponen Barisan Nasional Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan penubuhan dua jawatankuasa untuk mengkaji isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963.
Leiking berkata, beliau akan memastikan semua 56 ahli Parlimen dari Sabah serta Sarawak menghadiri sidang khas Parlimen itu, tetapi ahli Parlimen BN perlu mengemukakan usul mengenai perkara itu.
Ini kerana, katanya, di bawah pentadbiran sedia ada, hanya usul yang dikemukakan BN akan diutamakan.
Beliau berkata, negara kini berada di persimpangan dan rakyat Sabah sudah melihat bagaimana rakyat Sarawak meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan terdesak sehingga menyebabkan semua permintaan Bumi Kenyalang perlu dipenuhi kerajaan pusat.
Katanya, Tan Sri Adenan Satem dengan jelas menghantar isyarat kepada Sabah untuk menyertai beliau dalam pergelutan mendapatkan lebih banyak autonomi, apabila ketua menteri Sarawak itu memberi amaran kepada BN ia mungkin kehilangan banyak kerusi Parlimen, jika Putrajaya enggan menurunkan kuasa kepada Sarawak.
“Kerajaan persekutuan yang sepatutnya memenuhi tanggungjawab mereka, cuba menenangkan kami dengan menjanjikan projek pembangunan besar kepada Sabah dan Sarawak, serta kata mereka beri banyak perhatian, mendengar dan memberi ini dan itu kepada kami.”

Berterus-teranglah ekonomi semakin merosot, parah

Pelbagai isyarat menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia semskin merosot, malah mencemaskan. Harga barangan keperluan harian yang terus naik akibat pelbagai cukai, terutama GST, harga komoditi terus jatuh, demikian juga nilai ringgit semakin menjunam. Ini sangat memdihkan rakyat.

Kilang banyak yang sudah ditutup atau pindah ke negara lain, pengangguran siswazah terus meningkat dan lebih parah lagi para mahasiswa sedang ‘mengikat perut’ di mana keperluan asas makanan pun tidak cukup. Belum lagi masalah petani dan nelayan yang juga sangat terhempit kehidupan mereka.
Ini derita rakyat ketika para pemimpin negara seperti tidak ambil tahu keadaan yang sangat mencemaskan ini. Mereka seperti tidak merasakan derita rakyat. Pada ketika yang sama mereka terus bermewah-mewahan.
Rakyat diseru berjimat, hidup cara sederhana. Apalagi yang boleh dijimatkan ketika harga barang terus melambung menyebabkan nilai wang yang dibawa ke pasar dan tempat lain untuk keperluan ssusut sesusutnya.
Keadaan krisis ekonomi ini semakin parah dan tidak ada siapa yang boleh menafikannya, kecuali menolaknya dengan dalih untuk kepentingan politik yang tidak dapat diterima sama sekali lojiknya.
Menurut penganalisis ekonomi, keadaan ekonomi menjadi tambah meruncing sejak sembilan bulan terakhir sehingga Jun tahun ini. Dalam tempoh itu, hasil kerajaan lebih rendah daripada belanja mengurus. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Hasil kerajaan, kata penganalisis lagi, pada umumnya hanya cukup untuk belanja pengurusan. Kos pengurusan tinggi kerana bilangan kakitangan awam ramai dan gaji yang mereka terima boleh dikira lumayan berbanding jumlah penduduk dan hasil kerajaan. Tambahnya, bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan subsidi pun datang daripada sumber yang sama. Untuk membangunkan negara kerajaan terpaksa berhutang. Akibatnya hutang kerajaan sangat besar.

Sempena Hari Malaysia, Kit Siang gesa Anwar diberi pengampunan diraja


JOHOR BAHRU, 14 SEP: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berpandangan sambutan Hari Malaysia dua hari lagi harus menjadi agen penyatuan rakyat Malaysia dalam membina citra negara yang unggul.
Katanya, langkah untuk menjadikan Hari Malaysia yang diraikan untuk kali ke-53 tahun ini sebagai sebuah perayaan Hari Kebangsaan harus ditandai dengan pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara sebagai seorang tahanan politik.
anwar ibrahim“Tidak ada permulaan yang lebih baik dalam proses untuk menyatukan semua rakyat Malaysia untuk tujuan membina Malaysia yang unggul selain daripada pembebasan patriot dan pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tahanan penjara,” katanya.
Justeru, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyeru supaya Anwar Ibrahim diberi pengampunan di-Raja dan dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada sambutan hari tersebut.
Desakan pembebasan Anwar Ibrahim kian memuncak sejak akhir-akhir ini. Terbaharu, peguam yang baru menyertai barisan pembelaan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Kimberley Motley mendapati terdapat banyak bukti untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
Awal tahun ini, Pengisytiharan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWGAD) juga telah mengiktiraf Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mangsa tahanan politik.

Kenapa kita perlu ragu dengan RUU 355?

Kita perlu mula menganalisa maksud dan tujuan pindaan RUU 355 yang dicadangkan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang seawal kekalahan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-13. Ini penting kerana, kita mahu menunjukkan bahawa pindaan RUU 355 adalah satu langkah politik yang sebenanrya tidak ada kena mengena dengan agama, Tuhan dan daulah.
najib hadiPimpinan progresif utama PAS tewas di kerusi-kerusi seluruh negara pada PRU ke-13. Ini termasuk Mat Sabu, Salahudin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Mahfuz Omar. Kerusi-kerusi yang dijangka menang di Negeri Sembilan dan Johor habis melingkup semuanya.
Yang menang adalah kelompok-kelompok konservatif. Mereka kini menghiasi poster-poster PAS, setelah para pimpinan progresif disingkirkan dalam muktamar pada pertengahan tahun lalu. Mereka yang disingkirkan, kini membawa diri dalam parti baru diberi nama Parti Amanah Negara.
Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh, kita perlu diingatkan kembali kepada pertelingkahan dalaman Pakatan Rakyat yang terjadi pada sekitar suku ketiga tahun 2014 yang kemudian membawa kepada perbincangan hudud dalam sidang khas DUN Kelantan pada 29 Disember 2014, ketika sisa selut banjir masih basah di negeri itu.
Perbincangan tersebut timbul hasil umpan yang ditabur Datuk Seri Jamil Khir pada hujung Mac tahun yang sama, kononnya UMNO bersedia bekerjasama dengan PAS Kelantan bagi melaksanakan undang-undang hudud di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Umpan ‘Unity Government’ tersebut disifatkan mengena apabila Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 dipinda pada 19 Mac 2015, setelah Presiden PAS sendiri memberitahu Parlimen bahawa beliau akan mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian demi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
Ini dilakukan dengan melanggar beberapa resolusi yang telah dibuat secara bersama, ketika masih ada Pakatan Rakyat; termasuklah keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulan sebelum itu supaya pindaan RUU 355 dibentangkan terlebih dahulu kepada Majlis.
Aneh dan kelakarnya, RUU yang mahu dibentang itu cuba dikemukakan kepada Parlimen beberapa kali, namun tidak berjaya dibentangkan; sehinggalah penghujung Mei tahun ini, apabila Haji Hadi melakukan serang hendap selepas Zohor, dengan bantuan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Setelah tiga kali cuba dibentangkan di Parlimen, Haji Hadi akhirnya diberi peluang oleh UMNO untuk membacakan usul persendiriannya itu. Kita menyaksikan siaran langsung bagaimana Ahli Parlimen Marang itu disoal oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sama ada usul tersebut akan dihuraikan pada hari tersebut atau pada sidang bulan Oktober.

Sempena Hari Malaysia, Guan Eng seru rakyat lawan rasuah pemerintah BN

GEORGETOWN, 15 SEP: Kegembiraan dalam menanti detik sambutan Hari Malaysia ke-53 yang akan tiba esok telah dicemari dengan pelbagai penyelewengan dan kebejatan berterusan barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kerajaan BN telah melaksanakan pelbagai dasar dan melakukan tindak tanduk yang dilihat membelakangi hak asasi manusia dan amalan demokrasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
lim guan engKatanya, ia terlihat jelas dalam ugutan yang ditimbulkan kerajaan terhadap penganjuran BERSIH 5 pada 19 November nanti, selain dakwaan persempadanan semula secara terancang Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dalam memastikan kemenangan berterusan BN.
“Malahan jaminan pendapatan hanya tinggal mimpi ekoran pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan kejatuhan nilai mata wang ringgit yang terjadi akibat skandal rasuah melibatkan 1MDB dan skandal derma RM4.2 bilion,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mengkritik cadangan BN untuk memberikan kebenaran kepada pemaju perumahan dalam menyediakan pinjaman kepada pembeli, yang mana disifatkannya sebagai cubaan untuk menerapkan budaya ‘Ah-long’ dalam pentadbiran negara.
Sehubungan itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bersatu padu menentang amalan rasuah kerajaan BN serta dasarnya yang telah memusnahkan ekonomi negara dan meragut kebebasan bersuara.
“Hanya apabila kita bersatu bersama-sama mempertahankan kebebasan kita, hak kita, maruah kita dan keselamatan ekonomi, barulah kita boleh kekal dalam kemajuan sebagai satu negara, satu bangsa,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Puteh itu.

Cadangan Noh jerut leher pembeli

Pembeli bakal berdepan tekanan jangka panjang jika cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar supaya pemaju diberi lesen pinjaman perumahan diguna pakai.
nurul2Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, hal itu kerana pembeli bakal dikenakan faedah riba melampau pada kadar 12 hingga 18 peratus yang dianggap tidak rasional dalam kemelut ekonomi semasa.

“Diakui tanggungan risiko kewangan akibat kadar faedah melampau yang diberikan kepada peminjam adalah tinggi seperti dicadangkan dan mungkin bakal membawa Malaysia ke arah krisis ‘sub-prime mortgage’ yang berlaku di Amerika Syarikat.
“Krisis itu menyebabkan keruntuhan sistem kewangan pada 2008 dan sewajarnya dijadikan pengajaran buat semua penggubal dasar,” katanya dalam kenyataan.
Pada masa sama, Nurul Izzah berkata, kajian daripada Knight Frank’s Global House Price Index menunjukkan harga rumah di Malaysia meningkat 7.2 peratus pada suku tahun kedua.
Katanya, nilai itu antara yang tertinggi di dunia berbanding Amerika Syarikat, England, Hong Kong juga Singapura.
“Data menunjukkan lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia berhutang RM6.53 bilion untuk memiliki rumah sendiri.
“Secara purata, setiap rakyat Malaysia berhutang RM208 juta tidak kira pangkat, status atau umur,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Terdahulu, Noh dalam kenyataan mencadangkan perkara itu sebagai kaedah kononnya untuk membantu pembeli rumah yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank menangani masalah bayaran pendahuluan.
Sehingga kini, pelaksanannya masih pada peringkat perincian dan perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan, sebelum sebarang cadangan dibuat.

Kajian: Peniaga Cina hilang percaya prospek ekonomi negara

Kajian yang dijalankan oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia (ACCCIM) mendapati sebahagian besar ahli komuniti perniagaan Cina mempunyai pandangan yang suram berhubung prospek ekonomi negara pada tahun 2016 dan 2017.
Ini di sebalik jaminan daripada kerajaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mampu mengemudi negara melalui ekonomi yang mencabar.
"Bagi tahun 2016, seramai 76.1 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka sama ada pesimis (19.1 peratus) atau agak pesimis (57 peratus)," kata laporan itu, yang dikeluarkan hari ini.
Laporan bertajuk 'Laporan siasatan ACCCIM mengenai keadaan situasai Malaysia bagi separuh pertama 2016' menyatakan hanya enam peratus daripada responden yakin atau optimistik dengan 2016, manakala 17.9 peratus lagi lebih kurang optimistik.

Bagaimanapun, jumlah yang bimbang tentang 2017 berkurangan dengan 65.3 peratus berkata mereka adalah sama ada pesimis atau agak pesimis mengenai ekonomi negara bagi tahun itu.
Kemerosotan ekonomi Malaysia
"Secara keseluruhannya, komuniti perniagaan Cina begitu pesimis mengenai prospek ekonomi Malaysia bagi tahun 2016 dan 2017.
"Keadaan bagaimanapun dijangka berputar balik dan bertambah baik pada 2018," kata laporan itu, sambil menambah bahawa lebih separuh daripada responden (54.5 peratus) optimis mengenai ekonomi Malaysia bagi 2018.
Laporan itu juga berkata, kebanyakan peniaga Cina berpandangan ekonomi Malaysia telah merosot pada separuh pertama tahun 2016.
Sementara itu, 64 peratus daripada responden percaya ekonomi negara mulai merosot manakala 33 peratus berkata ia tidak berubah.
"Bagaimanapun, peratusan responden yang percaya bahawa terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi adalah berterusan amat kecil," kata laporan itu.
Kebanyakan responden (41 peratus) menyalahkan dasar-dasar kerajaan sebagai punca utama kemerosotan ekonomi.

Antidemonstrasi yang buatkan pelabur lari

Demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman tidak akan membawa kepada huru-hara atau malapetaka kepada mana-mana negara.
Malah ada negara maju yang membenarkan rakyatnya berdemonstrasi atau tunjuk perasaan tanpa kekerasan dan negara itu dikategorikan sebagai aman dan selamat.
Antara negara yang rakyatnya selalu berdemonstrasi termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman dan hampir seluruh negara Kesatuan Eropah (EU).
Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Indonesia juga tidak ketinggalan meraikan ruang demokrasi ini.
Rakyat di negara-negara ini selalu keluar secara beramai-ramai menyatakan ketidaksukaan mereka terhadap sesuatu perkara atau sesuatu isu yang dilakukan oleh pemimpin negara mereka, atau tunjuk perasaan terhadap kuasa besar atau mana-mana negara lain yang mengancam negara mereka.
Sekalipun begitu, pelabur-pelabur sentiasa datang kerana mereka tahu negara tersebut aman dan rakyat sentiasa diberi peluang untuk bertindak tanpa mengangkat senjata.
Sebaliknya, negara-negara diktator yang tidak mengizinkan demonstrasi aman dan berakhir dengan peristiwa berdarah berlaku di negara-negara timur tengah.

Negara itu tidak disukai oleh para pelabur dan pemodal.
Yakin pada pasukan keselamatan
Oleh itu, sesiapa sahaja jangan cuba mengancam demonstrasi aman yang sering berlaku di Malaysia khasnya yang dianjurkan oleh pihak BERSIH.

Saya berkeyakinan penuh, keselamatan rakyat dan negara akan dapat dikawal oleh pasukan keselamatan, polis dan tentera.
Mereka yang mengancam himpunan aman itulah yang menyebabkan negara dipandang sebagai negara diktator dan pelabur-pelabur enggan datang dan meniaga secara besar-besaran di negara tersebut.

Konvoi BERSIH di seluruh negara

Pada 1 Oktober 2016, BERSIH 2.0 akan melancarkan Konvoi Bersih di seluruh negara. Pelancaran tersebut akan berlangsung secara serentak di 6 kawasan seperti berikut:
14354902_1182494391789309_5776214859762952050_n1. Utara Semenanjung (Kangar, Perlis)
2. Selatan Semenanjung (Johor Bahru, Johor)
3. Pantai Timur (Kota Bahru, Kelantan)
4. Pantai Barat (Lumut, Perak)
5. Sabah (Sandakan)
6. Sarawak (Miri)

Objektif Konvoi Bersih adalah untuk meningkat kesedaran tentang tuntutan Bersih mengenai reformasi institusi dan keparahan krisis 1MDB.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu keluar dan memulakan perbualan nasional tentang isu-isu ini kerana masa depan bersama kami akan terjejas.
Konvoi Bersih akan bergerak menuju ke Kuala Lumpur, dan akan mengambil masa selama tujuh minggu untuk berakhir. Obor BERSIH akan diserahkan dari bandar ke bandar, kampung ke kampung secara berganti-ganti (relay).
Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti pengedaran risalah, ceramah, dan perbualan dengan penduduk tempatan.
Konvoi BERSIH dianggarkan akan meliputi 246 bandar, pekan, dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.
Konvoi BERSIH akan berkemuncak pada perhimpunan BERSIH5 pada 19 November 2016 di Kuala Lumpur.

Persempadanan: 5 Parlimen & 6 DUN Selangor terlibat

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan sebanyak lima kawasan Parlimen di Selangor dan enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat dalam proses persempadanan semula.
Lima kawasan Parlimen diberikan nama baru itu adalah P.102 Bangi yang asalnya (Serdang), P.104 Subang (Kelana Jaya), P.105 Petaling Jaya (Petaling Jaya Selatan), P.106 Damansara (Petaling Jaya Utara) dan P.107 Sungai Buloh (Subang).
Manakala untuk kerusi DUN kawasan terlibat adalah N.16 Sungai Tua yang nama asalnya (Batu Caves), N.21 Pandan Indah (Chempaka), N.26 Sungai Ramal (Bangi), N.36 Bandar Utama (Damansara Utama), N.45 Bandar Baru Klang (Sungai Pinang) dan N52 Banting (Teluk Datuk).

P.102 Bangi yang diberi nama baru Serdang diwakili ahli parlimen dari DAP iaitu Ong Kian Ming, manakala P.106 yang diwakili Tony Pua ditukar nama kawasan daripada Petaling Jaya Utara kepada Damansara.
Tiga kawasan lain di Selangor diwakili KEADILAN iaitu, P.105 Petaling Jaya Selatan diwakili Hee Loy Sian diberi nama baru Petaling Jaya.
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen diberi nama baru kawasannya kepada Subang manakala Parlimen Subang yang diwakili P. Sivarasa dinamakan semula kepada Sungai Buloh.
Maklumat ini berdasarkan notis SPR di akhbar utama hari ini, yang disiarkan bawah Seksyen 4, Bahagian II, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.
Antara lain, ia menyenaraikan jumlah pemilih dicadangkan setiap kawasan, perubahan nama dan sama ada sempadan kawasannya diubah.
Orang awam boleh menyemak dan membuat bantahan terhadap cadangan itu sehingga tamat waktu bekerja bermula 15 September sehingga 14 Oktober depan.
Menurut notis itu apa-apa representasi membantah syor dicadangkan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada SPR dan dialamatkan kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri seperti dinyatakan dalam Jadual Keempat.

PRU 14: Kerusi Parlimen bakal saksi satu lawan satu?

Bebaskan Anwar: "Semua itu akan datang kalau dapat jatuhkan Najib," kata Tun M

"Saya tiada rancangan berucap di BERSIH 5," kata Tun M

'Kalau BERSIH buat perhimpunan, kenapa Baju Merah tak boleh' - Shahidan

'Pekerja kontrak tidak dibayar gaji, 7 surat dihantar namun tiada respon'

"Duit tak dapat terpaksa saya pinjam pada kawan-kawan," luah pekerja kontrak

'Kalau nak bebaskan Anwar, kena bebaskan juga banduan lain' - Shahidan

'Peguam gila' Anwar biadap, halau pulang ke negara asal - kata Jamal

'Cadangan beri lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan belum muktamad' - Rahman Dahlan

Cadangan kawasan pilihan raya baru satu 'garrymandering', pastikan BN menang

Penyusunan semula kawasan pilihan raya tampa tambah bilangan kerusi hari ini satu garrymandering.Penyusunan semula kawasan pilihan raya tampa tambah bilangan kerusi hari ini satu garrymandering.
Apa yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam penyusunan semula kawasan pilihan raya tanpa menambahkan bilangannya adalah garrymandering untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang, dakwa ahli parlimen pembangkang.
Sehubungan dengan itu, Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam kenyataannya berkata, semua pihak khasnya pengundi di kawasan beliau yang kini dinamakan Damansara membantah cadangan ini.
(Garrymandering adalah satu proses penyusunan kawasan pilihan raya untuk menguntungkan sesetengah pihak atau parti dengan cara mengubahsuai kawasan sempadannya.)
"Cadangan ini mengesahkan ketakutan rakyat Malaysia selama ini bahawa SPR akan memenuhi objektifnya untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang kerajaan persekutuan," kata Tony dalam kenyataannya.
Menurut Tony, contoh paling jelas adalah kawasan beliau sendiri Petaling Jaya Utara (PJU) yang kini ditukarkan namanya kepada Damansara.
Dalam cadangan ini, kawasan parlimen  "Petaling Jaya Utara (PJU)" akan dinamakan sebagai “Damansara” yang akan menjadi kawasan parlimen yang paling ramai pengundi iaitu 150,439, penambahan 76.2% dari 85,401 pengundi berdaftar semasa pilihan raya umum 2013.
Damansara, katanya, akan menggantikan Kapar sebagai kawasan paling ramai pengundi di mana Kapar akan berkurangan pengundi sebanyak 30.3% iaitu turun dari 144,159 kepada 100,456 pengundi berdaftar.
"Bagaimana SPR boleh mempertahankan tindakannya menaikkan jumlah pengundi sehingga 76.2% di kawasan saya, dan menjadikannya kawasan paling besar jumlah pengundi di negara ini dan dalam masa yang sama mengurangkan jumlah pengundi paling ramai sebelum ini sebanyak 30%.
"Hanya satu sebab saja dari tindakan SPR ini, iaitu untuk menambah jumlah majoriti kawasan yang tidak mungkin di menangi BN dan mengurangkan majoriti kawasan yang BN boleh menang," kata Tony dalam kenyataannya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula hari ini.

Tak boleh janji bebas Anwar sekarang, kata Dr M

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan masanya belum tiba untuk membincangkan perjuangan membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas perdana menteri itu berkata agenda yang dinyatakan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidak dapat dijanjikan dan hanya akan dipertimbang sekiranya parti itu menakluki kerajaan.
"Segala rancangan yang ingin dibuat oleh semua parti itu akan datang
kemudian. Pada masa ini kita tidak boleh janji kerana kita tidak ada kuasa.
"Kalau itu kehendak semua takkan kita nak kata tidak boleh pula. Kita akan lihat kemudian mengenai perjuangan (bebaskan Anwar) itu," kata Dr Mahathir di  Kuala Lumpur hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita di luar Mesyuarat Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) peringkat kebangsaan kali ke-55.
Dr Mahathir juga berkata beliau belum membuat keputusan untuk menghadiri perhimpunan Bersih 5 dan tiada rancangan untuk berucap pada perhimpunan yang dijangka diadakan pada 19 Nov.
Sementara itu mesyuarat dua hari Perkim itu yang berakhir hari ini memilih calon Ahli Majlis Kebangsaan.

Jom ke mahkamah halau peguam Anwar, kata Jamal

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mahu rakyat turun beramai-ramai mendesak peguam AS itu pulang ke negaranya.
jamal-anwar
KUALA LUMPUR: Datuk Jamal Yunos yang pernah menganjurkan himpunan Baju Merah pro-kerajaan tahun lalu hari ini menggesa orang ramai hadir di Mahkamah Persekutuan bulan depan untuk menghalau peguam Amerika Syarikat, Kimberley Motley, dalam semakan kehakiman Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebagai seorang peguam, beliau sewajarnya menghormati undang-undang di negara ini dan tidak bertindak kurang ajar seperti peguam gila seolah-olah beliau mempunyai kuasa menghasut rakyat,” kata ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu, yang mengecam Kimberley sebagai biadap.
Semalam, Kimberley yang dilantik ke dalam barisan peguam Anwar, dibenarkan melawat bekas ketua pembangkang itu, yang kini menjalankan hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh.
Susulan itu, peguam hak asasi itu berharap wartawan melihat sendiri keadaan bekas ketua pembangkang di penjara.
Beliau menjelaskan perlembagaan Malaysia membenarkan sesiapa sahaja bertemu ketua umum PKR itu.
“Saya menyarankan anda sebagai pengamal media bercakap sendiri dengan Anwar dan mendapatkan jawapan sendiri mengenai soalan-soalan terhadap Anwar,” katanya.
Kimberley, yang mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana membenarkannya bertemu Anwar, dijangka menghadiri perbicaraan semakan kehakiman Anwar pada 12 Oktober.

Parti pembangkang digesa untuk segera ke meja rundingan


Salahuddin AyubSalahuddin AyubParti pembangkang digesa untuk segera ke meja rundingan bagi membincangkan kerjasama menumbangkan BN kata, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Beliauberkata, formula satu lawan satu adalah cadangan praktikal dan dapat direalisasikan jika semua parti pembangkang mempunyai matlamat sama iaitu menukar kerajaan yang baru.
“Sebelum mencapai kata sepakat tentang siapa bertanding, semua parti pembangkang kena segera bersetuju untuk ke meja perundingan. Selepas itu baru kita boleh berbincang mengenai masalah pembahagian kerusi dan sebagainya.
“Tetapi, syaratnya ialah semua parti pembangkang kena ada satu matlamat yang sama dan kita perlu berganding untuk capai matlamat itu,” katanya seperti dilapor Sinarharian.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, pembangkang perlu bergabung termasuk menggunakan formula satu lawan satu bagi mengalahkan BN.
Beliau berkata, cabaran seperti isu pembahagian kerusi boleh diselesaikan jika semua parti pembangkang mencapai kata sepakat.
“Dalam soal pembahagian kerusi, kita kena letakkan calon boleh menang dan calon yang penting untuk negara.
“Kita juga mesti sepakat memberikan laluan kepada parti-parti lain supaya formula satu lawan satu itu boleh tercapai,” katanya.
Menurutnya, bagi memastikan kejayaan formula itu, semua parti pembangkang perlu terbuka dan mengetepikan agenda parti masing-masing.

TIADA ALASAN NAJIB HARUS DIKEKALKAN, MALAH KEKALNYA BELIAU SELEPAS PRU 14 LEBIH MEMBURUKKAN NAMA NEGARA

Keazaman untuk mengalahkan UMNO serta BN dalam PRU 14 akan datang dan seterusnya membuatkan Najib Razak tersingkir daripada puncak kuasa, seharusnya merupakan keputusan yang mutlak dan tidak ada kompromi.

Terus menyokong UMNO dan mengundi BN hanya menyebabkan kemungkinan Najib terus kekal berkuasa sedangkan kekalnya beliau  selepas PRU 14, tidak menjamin segala masalah yang melingkari dirinya akan selesai dan nama negara dapat dipulihkan.

Dalam dokumen Jabatan Kehakiman AS, Malaysian Official 1 yang kemudian disahkan oleh Abdul Rahman Dahlan sebagai Najib, beliau didakwa menerima sebanyak AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta wang 1MDB yang dilencongkan melalui akaun bank peribadinya.

Ini bermakna, selepas harta-harta Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al Qubaishi dan Mohamed Al Badawy disita  nanti, kita  tidak tahu apa yang berlaku kepada Najib seterusnya.

Keputusan PRU 14 dan katalah jika Najib kekal berkuasa, ia tidak mungkin menyebabkan Jabatan Kehakiman AS dan FBI menutup kes itu. Sama ada BN menang atau tidak, perjalanan kes itu terus berjalan juga.

Bermakna, jika berlaku apa-apa tindakan terhadap Najib selepas itu, jika beliau bukan lagi Perdana Menteri, ia adalah lebih baik kerana tidak menjejaskan sama sekali nama baik negara. Sekarang ini, semuanya terjejas kerana Najib adalah Perdana Menteri.

Bayangkan apa jadi kepada reputasi negara dan maruah pengundi kiranya selepas memberi kemenangan kepada BN, tiba-tiba lebih banyak tindakan di peringkat antarabangsa diambil terhadap 1MDB dan mereka yang ada kaitan dengan Najib. Sudah tentu lebih buruk nama negara jika nama Najib turut disebut atau dikaitkan secara langsung.

Jabatan Kehakiman AS juga mendakwa wang 1MDB yang dipercayai diselewengkan yang dapat mereka kesan ialah berjumlah AS$3.5 bilion atau RM14,000 juta. Laporan Audit Negara yang diOSAkan pula menyebut wang 1MDB yang tidak dapat disahkan pengalirannya ialah AS$7 bilion atau RM28,000 juta.

Ini menjadikan, selain AS, tujuh negara lain turut melakukan siasatan berkaitan penipuan, penyelewengan dan penggubahan wang haram melibatkan 1MDB.

'MIC kaitkan artikel Rosmah dengan pengganas gelikan hati'

Ahli Parlimen DAP Charles Santiago mengkritik Bendahari Agung MIC Datuk S Vell Pari berhubung kenyataan terhadap Wall Street Journal dengan menyifatkan parti itu semakin terdesak mempertahankan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Vell Pari bahawa laporan WSJ mengenai isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai serangan terhadap kedaulatan Malaysia.
Santiago berkata laporan mengenai Rosmah berbelanja sebanyak AS$6 juta untuk membeli belah seperti disiarkan akhbar itu tiada kaitan usaha menjatuhkan kerajaan.
"Tetapi ketidakupayaan Najib untuk memberikan jawapan yang munasabah mengenai 1MDB dan kurangnya ketelusan menyebabkan ringgit akan jatuh dan dipercepatkan dengan keruntuhan ekonomi.
"Dan akhir sekali kewartawanan penyiasatan bukan serangan pengganas ke atas negara ini. Kesimpulan simplistik sedemikian adalah menggelikan hati walaupun ia dilakukan untuk mendapatkan mata penghargaan," katanya.
Ahli Parlimen DAP berkata, jika Vell Paari mahu menangkis artikel itu, beliau perlu berbuat demikian dengan fakta dan angka.
"Ia adalah baik jika orang lain seperti Vell Paari boleh memikirkan kemarahan rakyat, gaji yang tak berubah, kenaikan kos sara hidup, perubatan dan perjuangan mereka membayar yuran kolej, sebelum melakukan retorik untuk Najib dan isterinya," katanya.
Isnin lalu WSJ menyiarkan laporan yang mendakwa bahawa Rosmah membelanjakan AS$ 6 juta untuk membeli pakaian, kasut dan barang kemas dalam tempoh tujuh tahun.
Susulan itu Vell Pari berpendapat dakwaan WSJ adalah satu bentuk serangan pengganas ke atas Malaysia bertujuan memusnahkan negara dari segi politik dan ekonomi.

Antara Fakta dan Auta

Biar Gambar Berbicara Antara Fakta dan Auta Perdana Menteri Malaysia yg kerap berbohong dan memperbodohkan rakyatnya..

DARI MANA DATANGNYA RM2 JUTA TUNAI ITU !!!

Seorang isteri Perdana Menteri seorang suri rumah yg TIDAK BERGAJI tiba-tiba RM2 JUTA DALAM BENTUK TUNAI di masukkan ke dalam akaun peribadi Rosmah Mansor..

APA DAH JADI hasil siasatan Pasukan Petugas Khas terhadap kes RM2 juta tunai itu ??!!

DAH LEBIH SETAHUN BERLALU HINGGA KINI Pasukan Petugas Khas masih membisu, KENAPA ??!!

Bekalan Air: Kelantan berterima kasih kepada kerajaan pusat

Ia selepas Putrajaya dan Kelantan memuktamadkan perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air di negeri itu.
Datuk Ahmad YakobKOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan selepas memuktamadkan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan setelah permohonan dibuat pada 2008.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata dengan termeterainya perjanjian itu, peruntukan kewangan bagi Program Pembangunan Bekalan Air di masa hadapan akan lebih terjamin, serta komitmen daripada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan lebih kukuh dalam menjamin perkhidmatan bekalan air ditingkatkan dalam masa terdekat.
“Peruntukan kewangan ini diperlukan demi untuk merealisasikan Rancangan Pembangunan Hiliran Bekalan Air Negeri Kelantan yang sekian lama dipohon daripada Kerajaan Persekutuan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melalui Kerajaan Kelantan.
“Walaupun peruntukan disalurkan dalam 3 Rancangan Malaysia lalu, namun masih banyak lagi peruntukan kewangan yang diperlukan bagi melestarikan perkhidmatan bekalan air Negeri Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Semalam, kerajaan Persekutuan dan Kelantan memuktamadkan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan yang bakal memanfaatkan 1.6 juta pengguna di negeri itu dengan perkhidmatan air yang lebih mampan.
Rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Kelantan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan bermula sejak 2008 tanpa sebarang penyelesaian dan kemelut itu menjejaskan industri perkhidmatan bekalan air, khususnya berkaitan kualiti dan kuantiti air di negeri ini.

Kenapa BERSIH mahu berhimpun kali kelima 19 Nov ini

Malaysia masih dibelenggu krisis politik dan korupsi yang terbesar dalam sejarah negara.
Skandal 1MDB mula didedahkan di parlimen pada 2010, tetapi rakyat Malaysia masih belum mendapat jawapan sebenar mengenai isu ini. Perdana Menteri Najib Razak dan jemaah menteri sebaliknya berdiam diri.
Saman sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US DOJ) mendedahkan dengan lebih lanjut betapa besarnya skandal 1MDB.
Pengakuan oleh Menteri Rahman Dahlan bahawa Malaysian Official 1 (MO1) ialah Perdana Menteri Najib Razak turut mengesahkan bahawa wang daripada skandal 1MDB telah digunakan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 pada tahun 2013.
Oleh itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) menegaskan bahawa Perdana Menteri Najib Razak harus meletak jawatan dengan serta-merta untuk membolehkan siasatan bebas dijalankan.
BERSIH2.0 percaya bahawa suatu tindakan protes adalah diperlukan. Rakyat Malaysia harus menyatukan tenaga dan mengambil pendirian tegas menentang skandal korupsi ini dan kegagalan institusi-institusi. Rakyat Malaysia perlu menuntut perubahan.
BERSIH2.0 akan melancarkan Konvoi BERSIH di seluruh negara pada Sabtu, 1 Oktober 2016, yang akan berkemuncak kepada perhimpunan BERSIH 5 pada Sabtu, 19 Oktober 2016.
Tuntutan BERSIH5 – reformasi institusi untuk Malaysia Baru
BERSIH2.0 menyedari bahawa penyebab utama krisis politik dan skandal 1MDB ialah kegagalan sistem demokrasi dan institusi. Oleh itu, tuntutan BERSIH bukan sahaja terhad kepada isu 1MDB dan peletakan jawatan Perdana Menteri Najib Razak.
Untuk membawa perubahan berterusan dan Malaysia Baru, kita perlu mengukuhkan institusi dan sistem pentadbiran negara. Secara khusus, lima tuntutan BERSIH5 ialah:
1. Pilihan Raya Bersih
Sistem pilihan raya kami masih lagi tidak bebas dan adil. BERSIH akan meneruskan tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihan raya supaya hak rakyat untuk memilih kerajaan terpelihara.
Agenda Reformasi:
a) Mempertahankan hak untuk mengundi, termasuk menurunkan umur mengundi; dakwat kekal yang berkualiti; tempoh berkempen minima selama 21 hari; pendaftaran pengundi secara automatik; dan proses pengundi tidak hadir yang inklusif, telus, dan berakauntabiliti.
b) Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang adil, berakauntabiliti, dan berlandaskan prinsip dan tujuan asas Perlembagaan Negara;
c) Akses media yang adil untuk parti politik dan calon, dan kebebasan media dan wartawan. e.g. peruntukan masa siaran yang seimbang untuk parti politik dan penganjuran debat antara calon Perdana Menteri.
d) Mereformasikan akta-akta pilihan raya untuk memperkasa SPR, termasuk sistem yang lebih adil, pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan, dan pembentukan kerajaan sementara untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa semasa pilihan raya.
e) Menubuhkan peraturan tentang pembiayaan dana politik, pengehadan pembiayaan, perbelanjaan, laporan terbuka, dan mengukuhkan penyeliaan dan penguatkuasaan SPR
2. Kerajaan Bersih
Keyakinan awam terhadap kerajaan dan institusi untuk membanteras korupsi telah menjunam, terutamanya dalam isu salah urus skandal 1MDB. Korupsi yang berleluasa dan beterusan telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia melalui kenaikan kos sara hidup, GST, dan pemotongan belanjawan. Pentadbiran kerajaan yang bersih, telus, dan berakauntabiliti amat diperlukan.
Agenda Reform:
a) Kerajaan yang bersih meliputi:
• Memulihkan pengasingan kuasa eksekutif, perundangan, dan kehakiman untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa
• Disentralisasi kuasa eksekutif di semua peringkat, termasuk larangan terhadap Perdana Menteri untuk turut memegang jawatan Menteri Kewangan.
• Deklarasi aset terbuka oleh Menteri-menteri dan penjawat awam kanan.
• Pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya untuk mengelakkan campur tangan yang tidak wajar
• Mengukuhkan institusi seperti MACC, polis, dan lain-lain, dan memastikan Suruhanjaya-suruhanjaya penting bertanggungjawab terus kepada Parlimen
b) Menggubal dan melaksanakan undang-undang kebebasan maklumat di peringkat negeri dan negara
3. Kukuhkan Demokrasi Berparlimen
Fungsi parlimen harus dikukuhkan untuk memulihkan keyakinan awam. Pihak pembangkang dan kerajaan perlu diberi ruang untuk mendebatkan atau mencadangkan undang-undang dan dasar-dasar awam supaya pendapat rakyat diberi pertimbangan yang sewajarnya, di samping menyelia agensi-agensi kerajaan.
Agenda Reformasi:
a) Meningkatkan bilangan Jawatankuasa Parlimen untuk menambahbaik kualiti penggubalan undang-undang dan pengawasan kerajaan.
b) Proses penetapan agenda yang bersifat multipartisan dan inklusif.
c) Peruntukan masa perdebatan untuk isu yang dibawa oleh pihak pembangkang atau backbenchers
d) Mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen
4. Hak Membantah
Hak untuk membantah semakin disekat. Semakin ramai aktivis, ahli politik, dan rakyat biasa yang mengkritik kerajaan telah disiasat dan didakwa di bawah pelbagai akta drakonian seperti Akta Hasutan. Perubahan diperlukan supaya hak bersuara dihormati dan dilindungi.
Agenda Reformasi:
a) Memindah akta-akta yang melanggar kebebasan bersuara, berhimpun, dan berbersatuan seperti Kanun Keseksaan, Akta Polis 1967, Akta Keterangan 1950, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan lain-lain.
b) Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk membendung salahlaku pihak polis dan mengukuhkan akauntabiliti awam.
c) Memansuhkan akta-akta yang represif, seperti Akta Hasutan 1948, Akta Majlis Keselamatan Negara 2015, Akta Kesalahan Keselamatan 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA), Akta Pencegahan Keganasan 2015, dan Akta Perhimpunan Aman 2012.
5. Memperkasa Sabah dan Sarawak

Hanya 222 ahli Parlimen boleh singkir Najib

Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata himpunan rakyat tidak boleh menyingkirkan PM, tetapi penyertaan dalam bantahan aman tidak melanggar undang-undang.
Abu Talib Othman
KUALA LUMPUR: Peserta Bersih 5 tidak boleh menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia hanya boleh dilakukan 222 ahli Parlimen, kata bekas peguam negara.
Tan Sri Abu Talib Othman berkata Najib hanya boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya dalam sidang Parlimen atau menerusi representasi kepada Yang di-Pertuan Agong ketika Dewan Rakyat tidak bersidang.
“Atau pun, perdana menteri sendiri berundur dan meletakkan jawatan atas kerelaan sendiri. ini saja 3 cara yang dibenarkan undang-undang untuk menyingkirkan Najib,” katanya kepada FMT.
Abu Talib menjawat jawatan peguam negara dari 1980 hingga 1993.
Semua perdana menteri menyerahkan tugas masing-masing menerusi peralihan kuasa yang aman, kecuali Tun Razak Hussein (1970-1976) yang meninggal dunia ketika masih dalam jawatan itu.
Abu Talib berkata kuasa sebenar untuk menyingkirkan Najib terletak di tangan 222 ahli Parlimen – iaitu 132 daripada BN dan 90 pembangkang serta ahli bebas.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai himpunan Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 November depan mendesak perubahan institusi dan menyingkirkan Najib daripada jawatan perdana menteri.
Ia juga sebahagian daripada kempen Deklarasi Rakyat yang digerakkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan 40 yang lain pada Mac, mendesak rakyat Malaysia menyertai mereka menyingkirkan Najib menerusi jalan aman.

Ali Tinju ‘kurang siuman’ ugut Maria Chin, PKR lapor polis

Zuraida berkata kenyataan pemimpin Gerakan Merah yang mengugut pengerusi Bersih 2.0 ‘tidak akan berjalan di atas bumi' perlu disiasat segera.
Zuraida-Kamaruddin_Maria-Chin_ali-tinju_600
PETALING JAYA: Sayap Wanita PKR hari ini mengecam tindakan ketua Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom yang membuat ugutan terhadap pengerusi Bersih 2.0 supaya berwaspada atau “tidak akan berjalan di atas bumi”.
Ketuanya Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya akan membuat laporan polis terhadap Ali, juga dikenali Ali Tinju, atas kenyataannya yang mengancam keselamatan Maria Chin Abdullah.
“Lagak berani Ali Tinju mengugut wanita tidak akan kekal. Wanita PKR akan membuat laporan polis di seluruh negara,” katanya, yang menyifatkan sebarang tindakan mengugut Maria boleh dianggap sebagai ugutan terhadap semua wanita.
Semalam, FMT memetik Ali Tinju sebagai berkata beliau tidak kisah jika terpaksa masuk penjara bagi menghalang Maria, susulan pengumuman Bersih 2.0 untuk menganjurkan perhimpunan ke-5 di Kuala Lumpur pada 19 November.
“Kita akan serang hendap dia. Tengok masa. Saya tak kisah masuk penjara. 10 tahun pun tak kisah.
“Tunggu dan lihat. Dia tak akan rasa aman, walaupun pengawal peribadi 10 ke 20 orang, kita akan sebat. Dia kena ingat. Saya takut dia nanti tidak akan berjalan di atas bumi. Ini kata-kata bekas tentera,” katanya.

BERSIH 5 diperlukan berikutan persempadanan semula

Perhimpunan BERSIH 5 pada November ini perlu diteruskan memandangkan kebimbangan mengenai persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya yang sedang giat dilaksanakan, kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin.
“Kelmarin, SPR telah mengesyorkan penambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah dengan meningkatnya jumlah kerusi kepada 73.
“Sabah sebuah negeri yang terkenal sebagai pintu masuk bagi warga asing secara haram dan mereka inilah yang akan membawa kad pengenalan Malaysia sewaktu hari pengundian kelak,” katanya dalam satu kenyataan merujuk kepada isu pengundi hantu.
Zuraida mendakwa dengan penambahan kerusi negeri dan parlimen, secara tidak langsung BN sedang menjual negara kepada orang asing, dan tiada apa yang boleh dilakukan akhirnya.
“Dengan adanya orang asing memegang kad pengenalan Malaysia, maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti di dewan rakyat kita akan diwarnai oleh orang asing.
“Yang kini sudah adapun warga asing yang menjadi Ketua Bahagian Umno,” katanya tanpa menamakan individu berkenaan.
Namun, pada kenyataannya, Zuraidi turut membidas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang dilaporkan memberi RM1,000 kepada lebih 600 perwakilan bahagian.
Zuraida juga menyatakan sokongan kepada BERSIH dan menggambarkan pengerusi gabungan pembaharuan pilihan raya itu, Maria Chin Abdulah sebagai wirawati negara.
Walaupun di bawah tekanan, Zuraida berkata Maria tidak pernah gentar daripada menerajui gerakan yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil sebagai agenda pembaharuan.
Maria semalam, mengumumkan bahawa himpunan kelima BERSIH akan diadakan pada 19 November di Kuala Lumpur dan disusuli konvoi selama tujuh minggu di seluruh negara membabitkan 246 bandar, pekan dan kampung.
Berikutan pengumuman itu, pemimpin Gerakan Merah Mohd Ali Baharom mengugut untuk membuat 'senamam tonggeng' siri kedua di hadapan rumah Maria.
Jamal juga berulang kali memberi amaran bahawa Gerakan Baju Merah yang diterajuinya akan bertembung dengan peserta BERSIH.

Peluang lebih baik, tapi Pua berang cadangan SPR

Tony Pua berang dengan cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), walaupun langkah itu memberikan anggota parlimen Petaling Jaya Utara itu peluang menang dengan majoriti lebih besar.
Dalam cadangan itu, kerusi Pua akan ditukar nama kepada Damansara, dengan jumlah pengundi meningkat daripada 76.2 peratus, daripada 85,401 orang pada 2013 kepada 150,439 pemilih.
Ia sekali gus menjadi kawasan parlimen dengan jumlah pengundi paling ramai.

Pua melihat peluangnya menang lebih besar sehingga majoriti antara 44,672 hingga 61,872 undi.

Bagaimanapun, katanya, kelebihan itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.

Katanya, ketika berlaku penambahan pemilih di kawasannya, di Kapar pula sebaliknya apabila berlaku pengurangan 30.3 peratus pengundi daripada 144,159 kepada 100,456 orang.
“Dengan itu, Kapar, yang sekarang ini disandang oleh G Manivanan dan PKR menjadi lebih rapuh.

“Majoriti 23,790 yang dimenangi (di Kapar) hanya kira-kira setengah daripada hasil cadangan persempadanan semula.
“Hanya satu sebab boleh disimpulkan daripada langkah SPR.

“Ia menambah majoriti di kawasan yang BN dirasakan boleh menang, sementara kurangkan majoriti di kawasan yang BN lihat ada peluang tawan semula,” katanya dalam kenyataan.

Kajian Persempadanan Kerusi Parlimen, Dun bermula hari ini


Satu salinan syor-syor yang dicadangkan akan dipamerkan untuk pemeriksaan orang ramai semasa waktu pejabat pada hari bekerjaSatu salinan syor-syor yang dicadangkan akan dipamerkan untuk pemeriksaan orang ramai semasa waktu pejabat pada hari bekerjaSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula hari ini.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
Beliau berkata SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula  hari ini hingga 14 Oktober depan.
"Ia akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada Khamis ini untuk tujuan semakan dan bantahan," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya SPR bercadang mengesyorkan tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu.

"Bagi maksud kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, terdapat pindaan dan perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu," katanya.
Bagi Sabah pula, Abdul Ghani berkata SPR mengesyorkan supaya jumlah kerusi Dun ditambah sebanyak 13 bahagian daripada 60 berikutan pindaan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Sabah, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 73 kerusi Dun bagi Sabah.
SPR juga bercadang melakukan pindaan dan perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN dalam Sabah, katanya.

PANGKAH LAH LAGI BN !!!.. UNDI LAH LAGI BN !!!

HEBAT Najib Razak urus tadbir kewangan negara.. Hinggakan hutang KERAjaan BN dah melampaui SATU SETENGAH KALI GANDA baki Rizab Bank Negara yg tinggal skrg..

PANGKAH LAH LAGI BN !!!.. UNDI LAH LAGI BN !!!

Rakyat M'sia sememangnya kaya raya berada di landasan yang betul DAN TAK KESAH kos sara hidup tinggi akibat gara2 GST 6%, hutang negara terus meningkat, penyelewengan, rasuah terus berleluasa, korang TETAP SETIA PANGKAH BN..

BERKEMBANG TANG MANA !!.. Berkembang makin menipu ka !!..

BONGKAR !!!.. Sekali lagi kita ditipu Gabenor Bank Negara yg baru katanya hari ini ekonomi negara telah berkembang..

RUPA2NYA ekonomi negara kita TELAH SUSUT MEROSOT dlm tempoh 6 SUKU TAHUNAN BERTURUT-TURUT !!

Tahap pemikiran kepala hotak Umno;

Harap Najib cepat2 lantik spesis ini jadi menteri.

Jawab dengan ikhlas, sepanjang Najib jadi PM..

.. berikan 3 patah perkataan bila ANDA lihat wajah Najib Razak.

Syiah tetap Islam, kata mufti Pulau Pinang

Wan Salim berkata umat Islam tidak boleh mudah mengkafirkan orang lain.
Datuk-Dr-Wan-Salim-Wan-Mohd-Noor
PETALING JAYA: Aliran Syiah tetap sebahagian daripada Islam walaupun mempunyai perbezaan besar dengan aliran Sunnah, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
“Walaupun Syiah memiliki perbezaan agak jauh, selagi cara mereka sembahyang dan menghadap kiblat sama dengan kita, mereka sebahagian daripada kita.
“Kita tidak boleh kafirkan mereka. Hadis Rasulullah pun ada sebut,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau merujuk hadis dari sahabat Nabi, Anas bin Malik, seperti diriwayatkan dalam kumpulan hadis Sahih Bukhari: “Rasulullah bersabda, barangsiapa solat seperti kita, menghadap kiblat seperti kita, dan memakan haiwan sembelihan seperti kita, maka dialah orang Muslim yang berada di bawah perlindungan Allah dan Rasul-Nya”.
Pandangan mufti itu berbeza daripada pendirian pihak berkuasa agama di Malaysia yang menganggap Syiah menyimpang daripada Islam.
Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 menyatakan Syiah sebagai ajaran “sesat” dan tidak boleh diamalkan.
Wan Salim diminta mengulas masalah perbezaan fahaman di kalangan umat Islam yang turut mencorak pergolakan di Timur Tengah pada masa ini.
Minggu lalu, Islamic Rennaisance Front (IRF) menganjurkan seminar “Islam tanpa Sektarianisme” yang juga membincangkan persoalan yang sama.
Kita sibuk dengan pembahagian
Mengikut Wan Salim, sikap taksub dan amalan “takfiri” (mengkafirkan umat Islam yang berbeza pandangan) oleh pihak tertentu menyebabkan berlakunya pembunuhan sesama umat Islam.
Katanya lagi, sikap saling mengkafirkan atas perbezaan mazhab itu hanya bermanfaat kepada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada perpecahan umat Islam.
“Kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan sesama Islam. Itu hanya menguntungkan pihak yang memusuhi Islam. Mereka tidak mengira sama ada anda Sunni, Syiah atau Wahabi,” katanya merujuk salah satu aliran yang menjadi ikutan rasmi di Arab Saudi.
“Kita sahaja yang sibuk dengan pembahagian sebegini.”

Mahathir ahli pertama Bersatu

Mahathir ahli pertama BersatuBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi ahl terawal mendaftarkan diri sebagai ahli seumur hidup parti Bersatu.
Menerusi Facebook rasmi parti itu, gambar Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu sedang mengisi borang di muat naik.
Netizen memberi pelbagai rekasi terhadap gambar berkenaan seperti berharap usaha Mahathir itu mendapat sokongan dari rakyat.
Terdapat juga reaksi mencemuh tindakan Mahathir menubuhkan parti baharu dengan mendakwa beliau memecahbelahkan Melayu.
Selain itu beberapa gambar pemimpin Bersatu mengisi borang keahlian seumur hidup turut dimuat naik seperti presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Setiausaha Kerja Eksekutif, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Srikandi parti, Anina Saaduddin.
Selain itu turut di muat naik adalah suasana orang ramai di pusat pendaftaran Bersatu di Bukit Damansara.
Sementara itu Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (Pendaftaran) Bersatu, Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi memaklumkan pendaftaran ahli Bersatu secara terus boleh dilakukan di Suite 2.01, Epicure, No1, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
“Manakala pendaftaran secara atas talian dijangka diaktifkan pada minggu ketiga bulan September.
“Nama-nama penyelaras pendaftaran di peringkat negeri akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

1 lawan 1: Pas setuju, tapi ‎sejauh mana mampu buat - Dr Mahfodz


Mahfodz Mohamed 

Pas pada asasnya setuju dengan konsep satu lawan satu  malah yakin parti pembangkang akan menang besar ia digunakan menentang BN.
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, bagaimanapun berkata, parti itu tidak pasti sejauh mana strategi tersebut mampu direalisasikan.
“Saya ingat semua pembangkang bersetuju dan berhasrat supaya tak ada tiga penjuru. Memang kita harapkan untuk jatuhkan BN dengan satu lawan satu.
“Jika berlaku begitu (satu lawan satu) kemungkinan besar (pembangkang) akan menang. Tetapi sama ada ia akan berlaku atau tidak, itu Wallahualam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam,
Kelmarin, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah menyatakan sekiranya  pembangkang sepakat memilih formula satu lawan satu, ia boleh mengancam kedudukan Umno.
Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, setakat ini Pas tidak mengadakan  perbincangan mengenai perkara itu dengan mana-mana parti pembangkang yang lain.
“Cuma yang kita dah ada kerjasama ialah dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan). Apa yang pasti, kita tak akan buat hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
“Yang lain-lain, termasuk Bersatu itu ada kemungkinanlah. Tetapi setakat ini lah, tak tahulah (akan datang) sebab politik ini semua boleh kalau dah sampai masanya,” katanya.
Mengenai halangan untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah, beliau berkata, Pas menyerahkan kepada kebijaksanaan PKR untuk menentukan memandangkan parti itu mempunyai hubungan dengan kedua-dua belah pihak.
“Kalau ada keperluan kita akan bincang secara dalaman dan dengan PKR,” katanya.

Perangi ekstremis perlu pendekatan baharu, kata Dr Mahathir

Tanpa ilmu pengetahuan, umat Islam tidak akan dapat bersaing dengan negara besar dunia.
mahathir-extreme
KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu mengkaji semula pendekatan mereka mengenai Islam terutamanya dari segi kesederhanaan bagi memerangi ekstremis agama, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata mesej Islam sebenar harus diperjelaskan bagi menangani fahaman dan ideologi ekstremisme.
Selain itu, umat Islam perlu menitikberatkan ilmu pengetahuan dan bukannya menekankan kepada aspek keagamaan semata-mata kerana Islam tidak terhad kepada solat sahaja, kata Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) itu merasmikan mesyuarat agung tahunan yang ke-55 badan itu, malam semalam.
“Kita (umat Islam) tidak boleh melupakan aspek pendidikan, tanpa ilmu pengetahuan ummah tidak akan dapat bersaing dengan negara-negara besar dunia.
“Tetapi malangnya pada hari ini orang Islam lebih gemar berperang sesama sendiri dan menggunakan keganasan. Ini bukan Islam sebenar,” katanya.
Mesyuarat 2 hari bermula hari ini dihadiri lebih 200 perwakilan Perkim di seluruh negara, dan pada majlis itu Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria dianugerahi Tokoh Pendakwah Unggul Perkim 2016 di atas usahanya mengembangkan ajaran Islam.
Turut hadir Setiausaha Agung Kehormat Perkim Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Dr Mahathir tidak tahu menahu permintaan Nurul Nuha

Tun Dr Mahathir (kanan) tidak tahu Nurul Nuha (kiri) membuat kenyataan agar beliau memohon maaf secara terbuka kepada  Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tun Dr Mahathir (kanan) tidak tahu Nurul Nuha (kiri) membuat kenyataan agar beliau memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan terpinga-pinga ketika diajukan soalan berhubung permintaan anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha yang mahu bekas perdana menteri itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Malah, Dr Mahathir dipetik berkata, beliau tidak tahu tentang perkara berkenaan.
"Tak tahu," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di ibu negara, malam tadi seperti dilapor Malaysiakini.
Semalam portal itu memetik laporan The Malay Mail Online yang melaporkan Nurul Nuha mahu Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan lampau terhadap bapanya yang kini meringkuk di penjara.
Menurut Nurul Nuha, Mahathir mesti bertanggungjawab terhadap dakwaan rasuah dan liwat terhadap Anwar pada tahun 1998 sebelum berfikir tentang membentuk sebarang pakatan dengan PKR melalui parti barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Senaman punggung: Ali Tinju gengster kampung, tidak layak cakap pasal demokrasi


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Datuk Seri  Khairuddin Abu Hassan membidas kenyataan Presiden Gerakan Merah Mohd Ali Baharom yang mahu mengadakan 'senaman punggung' di hadapan rumah Maria Chin Abdullah sebagai satu ugutan yang tidak  berlandaskan demokrasi.
 Beliau berkata, pemimpin gerakan baju merah itu hanya seorang penyangak dan gengster kampung yang tidak layak untuk bercakap soal demokrasi dan undang-undang.
"Penyangak dan gangster kampungan Ali Tinju berperangai macam orang yang tidak bertamadun dan kini dia nak bercakap mengenai amalan demokrasi serta keluhuran undang-undang?
"Jangan nampak samseng dia saja.. nak asyik jual nama bekas tentera untuk mengugut orang lain," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairuddin membuat kenyataan demikian ekoran semalam, Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) yang dipimpin Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju mahu mengadakan 'senaman punggung' di hadapan kediaman Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah pada 19 September ini.
Maria sebelum itu mengumumkan akan menganjurkan himpunan Bersih 5 bagi tujuan bantahan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Ali Baharom dan kumpulan gerakan merahnya ketika mengadakan 'senaman punggung' di hadapan rumah Ambiga empat tahun lalu bercadang akan berbuat demikian di rumah Maria Chin pada 19 September ini.Ali Baharom dan kumpulan gerakan merahnya ketika mengadakan 'senaman punggung' di hadapan rumah Ambiga empat tahun lalu bercadang akan berbuat demikian di rumah Maria Chin pada 19 September ini.Dalam siri pertama 'senaman punggung' Ali Tinju yang juga Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM)  melakukannya pada Bersih 3 dengan cara  beraksi sambil membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung ke arah kediaman bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga empat tahun.

Ali Tinju ugut Maria tak jalan di bumi lagi

Maria Chin bagaimanapun komited kepada usaha mendesak reformasi institusi di Malaysia
ali-tinju-maria-chin-1
PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin perlu berwaspada atau beliau nanti “tidak akan berjalan di atas bumi”, kata pemimpin Gerakan Merah Ali Tinju.
Bekas anggota tentera itu, yang nama sebenarnya Mohd Ali Baharom, memberi amaran selepas Maria mengumumkan tunjuk perasaan Bersih 5 akan diadakan 19 November nanti.
“Kita akan serang hendap dia. Tengok masa. Saya tak kisah masuk penjara. 10 tahun pun tak kisah.
“Tunggu dan lihat. Dia tak akan rasa aman, walaupun pengawal peribadi 10 ke 20 orang, kita akan sebat.
“Dia kena ingat. Saya takut dia nanti tidak akan berjalan di atas bumi. Ini kata-kata bekas tentera.
“Jangan cabar kami. Nanti kami akan buatkan kaki dia ke atas, kepala dia ke bawah jalan,” katanya kepada FMT hari ini.
Sementara itu, Ali berkata kumpulannya mungkin akan menganjurkan sesi senaman di depan kediaman Maria untuk menguatkan pinggul mereka.
Dia tidak menceritakan rancangannya itu dengan lebih lanjut, sebaliknya memaklumkan FMT dia merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan sekiranya Bersih meneruskan rancangan 19 November itu. Katanya, Bersih 5 beri masalah kepada rutin harian orang lain.
“Kenapa dia pulak nak jadi hero. Kalau kamu semua tak puas hati dengan kerajaan yang memerintah, kamu semua tunggu PRU-14 lah. Negara kita ada undang-undang, kena hormati undang-undang.
“Kita akan turunkan orang-orang kita dan buat tunjuk perasaan terhadap ‘Kuning’ pada hari yang sama.
“Tetapi dalam masa terdekat ini saya akan serang hendap Maria Chin. Mungkin kat rumah, mungkin kat kedai, mungkin kat mana-mana.
“Perbuatan pada 19 November untuk buat himpunan akan menyusahkan orang berniaga, orang nak beli belah, pelancong pun rasa takut nak datang, dan rasa negara ini seperti tidak aman dan tidak selamat. Jadi Maria Chin pun tidak akan selamat selepas ini.”
Ditanya mengenai tindakan undang-undang sekiranya dia menyebabkan bahaya menimpa Maria atau pada orang yang menjaga keselamatannya, Ali berkata perkara itu terletak pada mahkamah, bukan Maria.

Polis digesa siasat ugutan ‘tak jalan di bumi’ Ali Tinju terhadap Maria

Ramkarpal berkata polis mempunyai kuasa secukupnya melakukan siasatan walaupun tanpa laporan polis.
ramkarpal
PETALING JAYA: Polis digesa segera menyiasat ugutan yang dibuat terhadap Maria Chin Abdullah oleh ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom, yang memberi amaran kepada pengerusi Bersih 2.0 itu supaya berwaspada atau “tidak akan berjalan di atas bumi”.
Ahli Parlimen DAP Ramkarpal Singh berkata jika benar kenyataan yang dibuat Ali, yang juga dikenali Ali Tinju, ia jelas satu kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Jenayah.
“Saya menggesa Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) memulakan siasatan ke atas kenyataan Ali Tinju secepat mungkin,” katanya.
Maria bagaimanapun memberitahu FMT beliau mahu memberikan tumpuan terhadap perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan pada 19 November nanti.
Ramkarpal berkata kenyataan Ali sudah memadai bagi pihak polis menjalankan siasatan.
“Sama ada Maria mahu membuat laporan polis atau tidak bukan isu kerana polis mempunyai kuasa secukupnya memulakan siasatan walaupun tanpa laporan polis,” kata Ramkarpal kepada FMT.
Semalam, FMT memetik Ali Tinju sebagai berkata beliau tidak kisah sekiranya terpaksa masuk penjara bagi menghalang Maria, susulan pengumuman Bersih 2.0 untuk menganjurkan perhimpunan ke-5 di Kuala Lumpur pada 19 November.
“Kita akan serang hendap dia. Tengok masa. Saya tak kisah masuk penjara. 10 tahun pun tak kisah.
“Tunggu dan lihat. Dia tak akan rasa aman, walaupun pengawal peribadi 10 ke 20 orang, kita akan sebat. Dia kena ingat. Saya takut dia nanti tidak akan berjalan di atas bumi. Ini kata-kata bekas tentera,” katanya.
Beliau turut membuat ugutan lebih spesifik: “Nanti kami akan buatkan kaki dia ke atas, kepala dia ke bawah jalan.”