Selasa, 13 September 2016

Petugas rapat arwah Tok Guru jadi tarikan sertai Amanah di Kelantan


Mohd Hashim Kam Abdullah wakili penduduk Pulau Pisang serah borang Amanah kepada Muhammad HusainMohd Hashim Kam Abdullah wakili penduduk Pulau Pisang serah borang Amanah kepada Muhammad Husain
Petugas-petugas rapat dengan arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini menjadi tokoh-tokoh barisan hadapan Parti Amanah Negaraa (Amanah) terus jadi tarikan kepada orang ramai untuk menyertai parti itu di Kelantan.
Tiga Setiausaha Politik arwah Tok Guru saksikan Abe Kob sertai AmanahTiga Setiausaha Politik arwah Tok Guru saksikan Abe Kob sertai AmanahDi majlis memperingati hari wukuf anjuran Amanah Kelantan, Mat Yaacob Mohammad atau lebih dikenali nama mesranya Abe Kob menyerahkan borang penyertaannya ke dalam Amanah kepada Datuk Husam Musa disaksikan dua lagi bekas setiausaha politik arwah Tok Guru iaitu Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah dan Haji Anual Bakri Haron.
Abe Kob merupakan petugas parti Pas zaman sebelum 1990 dan terus bersama dengan arwah Tok Guru sepanjang hayatnya dalam membangunkan perjuangan Islam.
"Saya bertugas dalam jentera pilihanraya semua peringkat dari cawangan, kawasan dan negeri tanpa henti dan sehingga ini saya masih ahli jawatankuasa Pas kawasan," katanya ketika ditemui di majlis itu.
Sehari sebelum itu, lebih 30 penduduk Pulau Pisang dalam kawasan parlimen Pengkalan Chepa menyerahkan borang penyertaan Amanah kepada bekas ketua pemuda Pas semasa arwah Tok Guru ambil alih Kelantan tahun 1990, Ustaz Muhammad Husain.

Xavier: Syarat kerjasama PKR-PPBM termasuk pembebasan Anwar

AMARAN MUHIYIDDIN!! Akan PASTIKAN ORANG Johor Juga Keluar Ramai-ramai Dari UMNO BN

SPR syor Parlimen dan DUN Semenanjung kekal, Sabah tambah 13 DUN

Sebarang bantahan syor cadangan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan dalam tempoh bermula 15 Sept hingga 14 Okt ini.
spr-malaysia--Datuk-Abdul-Ghani-Salleh
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula Khamis ini.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
Beliau berkata SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula Khamis ini hingga 14 Okt.
“Ia akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada Khamis ini untuk tujuan semakan dan bantahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya SPR bercadang mengesyorkan tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu.
“Bagi maksud kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, terdapat pindaan dan perubahan nama kepada bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu,” katanya.
Bagi Sabah pula, Abdul Ghani berkata SPR mengesyorkan supaya jumlah kerusi DUN ditambah sebanyak 13 bahagian daripada 60 berikutan pindaan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Sabah, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 73
kerusi DUN bagi Sabah.
SPR juga bercadang melakukan pindaan dan perubahan nama kepada bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN dalam Sabah, katanya.
Butiran syor yang dicadangkan itu akan menunjukkan keseluruhan bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta akan dinyatakan dalam notis yang akan disiarkan nanti.

Ramai tidak percaya parti politik, Rafizi tubuhkan INVOKE


Rakyat tidak percaya kepada parti politik lagi, kata Setiausaha Agung PKR.Rakyat tidak percaya kepada parti politik lagi, kata Setiausaha Agung PKR.
Walaupun rakyat rata-ratanya tidak bersetuju dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, mereka juga tidak yakin parti-parti politik yang ada dapat menyelesaikan perbezaan untuk bersatu menghadapi Umno/Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).
Demikian kata ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam satu kenyataannya hari ini.
Atas dasar itulah, katanya, beliau mengambil inisiatif untuk membentuk sebuah badan yang dinamakan INVOKE bagi mengumpulkan pihak yang tidak percaya kepada parti-parti politik ini.
Menurut Rafizi, beliau menyumbangkan RM300,000 wang simpanannya untuk membantu menggerakkan inisiatif baru ini secara profesional bagi menjadi platform menggerakkan rakyat di negara ini.
Dalam satu kenyataannya hari ini, Setiausaha Agung PKR itu berkata, satu komponen yang paling penting untuk menukar keadaan politik dan ekonomi negara ialah menggembleng kuasa rakyat untuk menggerakkan sebarang usaha menukar kepimpinan negara.
"Oleh itu, satu platform yang tidak partisan (tidak memilih parti) tetapi berasaskan prinsip dan nilai politik yang baik adalah diperlukan untuk menggembleng tenaga rakyat biasa ini untuk turun gelanggang menyertai usaha menukar kepimpinan negara.

"Dengan cara ini, usaha menukar Datuk Seri Najib dan kerajaan tidak diserahkan bulat-bulat kepada pimpinan parti-parti politik," kata Rafizi.

Atas kesedaran ini, katanya, INVOKE ditubuhkan untuk memberi platform kepada rakyat Malaysia yang tidak gemarkan politik kepartian tetapi mahu menyumbang kepada usaha menukar kerajaan dan kepimpinan negara.
Ramai di kalangan anak muda sekarang adalah tergolong di dalam kumpulan ini iaitu mereka yang tidak gemarkan politik kepartian.
"Untuk memastikan INVOKE mempunyai kesan yang mendadak di akar umbi, saya telah mendermakan RM300,000 dari simpanan untuk membiayai organisasinya yang diuruskan secara profesional," katanya.
Derma-derma dari golongan professional juga sudah mencecah RM80,000 dalam bulan pertama INVOKE ditubuhkan, kata Rafizi.
"Saya percaya apabila promosi dijalankan secara besar-besaran bermula minggu ini, derma dari orang ramai akan terus meningkat untuk membiayai kempen akar umbi oleh rakyat biasa yang mahukan perubahan," katanya.

Benarkan BN berkuasa selepas PRU 14, pindaan cengkam rakyat berleluasa

Nafikan BN demi keutuhan parlimenNafikan BN demi keutuhan parlimen
Jika pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang, Kerajaan Barisan Nasional kembali ke Parlimen dengan majoriti dua pertiga, adalah dijangkakan, banyak lagi pindaan perlembagaan yang akan dibentang ke Dewan Rakyat untuk mendapat kelulusan.
"Rakyat perlu sedar pindaan Baru-baru ini, apabila Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN 2016) diwartakan pada 7 Jun 2016 dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2016, berbangkit satu kontroversi," kata penyelidik Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dalam satu kenyataan hari ini.
Apa yang berlaku kata mereka, bahawa sehari selepas Majlis Raja-Raja mengembalikan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara kepada Jabatan Peguam Negara kerana mahu beberapa peruntukan diperhalusi, Rang Undang-Undang tersebut dianggap telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 18 Februari 2016, menurut Fasal (4A) Perkara 66 Pelembagaan Persekutuan.
"Kontroversi ini berbangkit melibatkan, antara lain, pindaan perlembagaan pada ketika Kerajaan Barisan Nasional tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen untuk melakukan pindaan seumpama itu.
"Namun, ini bukanlah satu-satunya kontroversi yang melibatkan pindaan perlembagaan semenjak tahun 1957.

"Jika pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang, Kerajaan Barisan Nasional kembali ke Parlimen dengan majoriti dua pertiga, kami menjangkakan, banyak lagi pindaan perlembagaan yang akan dibentang ke Dewan Rakyat untuk mendapat kelulusan," katanya.

Lantaran itu, KPRU berpendapat, sehubungan dengan ulang tahun ke-60 Perlembagaan Persekutuan, ada kewajarannya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk mengaji kesan-kesan pindaan-pindaan perlembagaan yang telah dilakukan semenjak tahun 1957.

"Kajian Suruhanjaya Diraja dapat melihat sejauh mana semangat kemerdekaan, sejarah penubuhan Malaysia dan prinsip asas Perlembagaan 1957 dihayati dan sejauh mana pindaan-pindaan perlembagaan sehingga hari ini telah memberi kesan kepada diri Perlembagaan dan seterusnya kesannya terhadap tiga cabang utama negara, yakni cabang kehakiman, cabang perundangan dan cabang eksekutif.

"Malaysia melaksanakan demokrasi berparlimen ala-Westminster.
"Namun begitu, model Malaysia berbeza dengan model United Kingdom. Model United Kingdom adalah berasaskan ‘Supremasi Parlimen’ (Parliamentary Supremacy). Sedangkan model Malaysia adalah berasaskan ‘Supremasi Perlembagaan’ (Constitutional Supremacy).

Menurutnya, berbeza dengan United Kingdom yang tidak mempunyai sebuah dokumen perlembagan, Malaysia mempunyai sebuah dokumen perlembagaan bernama ‘Perlembagaan Persekutuan’ dan ianya merupakan rujukan tertinggi entiti politik bergelar Malaysia.

"Seperti yang termaktub dalam Fasal (1) Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan,
“Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.”

Noh akui pemaju perumahan memiliki lesen pinjaman

Kata Noh, jika Kabinet memutuskan perkara itu tidak seharusnya diteruskan, maka lesen yang diberikan kepada pemaju terbabit akan ditarik balik.

TANJONG KARANG: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tan Sri Noh Omar berkata, cadangan membenarkan pemaju perumahan menyediakan kemudahan pembiayaan bukan perkara baharu malah sudah ada beberapa pemaju yang telah diberikan lesen itu.
Minggu lepas, beliau mengumumkan cadangannya itu memandangkan katanya, memang ada peruntukan mengenainya di bawah Akta Pemberi Pinjaman 1951.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Noh berkata beliau akan memberi penjelasan kepada Kabinet esok berhubung perkara itu dan pihaknya akan akur dengan apa juga keputusan Kabinet kelak.
Noh mengemukakan cadangan itu dalam satu program persidangan perumahan baru-baru ini sebagai maklum balas kepada rungutan pemaju bahawa berlaku peningkatan jumlah rumah siap terbina yang tidak terjual.
Cadangan Noh itu menerima pelbagai reaksi termasuk yang mempersoalkan kewajarannya.
Noh yang juga anggota Parlimen Tanjong Karang berkata demikian selepas menghadiri Program Korban Perdana Parlimen Tanjong Karang, di perkarangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di sini.

‘Saya menteri yang berjaya, dia ada apa?’, bidas Nazri pada pemimpin MCA

Ahli MT Umno jamin Ti Lian Ker akan tewas dalam pilihan raya akan datang kerana masih belum faham yang 'orang BN sakit'.
nazri-aziz_Ti-Lian-Ker_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Ti Lian Ker bongkak kerana tidak mahu terima hakikat MCA bukan lagi sandaran majoriti pengundi Cina, sebaliknya mahu mengajar Umno bagaimana untuk menang pilihan raya akan datang.
Begitu kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjawab cabaran Ahli Jawatankuasa Pusat MCA semalam.
“Dia gugur (daripada bertanding dalam pilihan raya), tetapi masih nak bercakap (seolah) orang Cina sokong dia,” katanya kepada FMT.
Semalam, Lian Ker meminta penjelasan daripada Nazri yang membidasnya sebagai ‘bongkak’.
Nazri sebelum itu berkata nasib MCA tidak akan berubah kerana cenderung tidak memberikan kerusi pilihan raya kepada calon tempatan.
Kecenderungan itu, kata Nazri, menyebabkan MCA sekadar menang tujuh kerusi Parlimen dalam pilihan raya lepas, dan kini menjadi ‘parti kecil’ dalam perikatan BN.
Lian Ker kemudiannya menyarankan Nazri supaya meninggalkan BN dan menyertai DAP – Liar Ker tertanya samada Nazri cuba memikat parti pembangkang itu.
“(Dia) Tidak mahu terima hakikat,” jelas Nazri. “Cina hari ini tolak MCA sebagai suara majoriti Cina. (Dia) Masih ingin bercakap seperti hero Cina. Itu bongkak.”
Lian Ker menjelaskan strategi ‘jaguh kampung’ yang membantu Umno memenangi undi di kawasan luar bandar menghakis sokongan pengundi bandar, terutamanya kepada MCA.

Kajian p'sempadanan semula DUN, Parlimen Khamis ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula Khamis ini.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
Beliau berkata SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula Khamis ini hingga 14 Oktober.
"Ia akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada Khamis ini untuk tujuan semakan dan bantahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya SPR bercadang mengesyorkan tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu.
"Bagi maksud kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, terdapat pindaan dan perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu," katanya.
Bagi Sabah pula, Abdul Ghani berkata SPR mengesyorkan supaya jumlah kerusi DUN ditambah sebanyak 13 bahagian daripada 60 berikutan pindaan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Sabah, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 73 kerusi DUN bagi Sabah.
SPR juga bercadang melakukan pindaan dan perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN dalam Sabah, katanya.
Butiran syor yang dicadangkan itu akan menunjukkan keseluruhan bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta akan dinyatakan dalam notis yang akan disiarkan nanti.

Terdapat bukti Anwar tak lakukan liwat, kata peguam AS

Peguam dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley percaya terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun tidak melakukan liwat.
"Baik, maksud saya Anwar tidak melakukannya," kata peguam itu apabila ditanya rancangannya untuk mencabar sabitan itu.
Sebagai contoh, Motley menegaskan bahawa penuduh Mohd Saiful Bukhari Azlan bertemu pegawai kerajaan dua hari sebelum kejadian yang dikatakan itu.
"Terdapat keterangan kononnya DNA ditemui pada pakaian mangsa yang dikatakan itu yang berbeza daripada pakaian yang dipakainya semasa dia kata dia diliwat.
"Kenyataan mangsa dikatakan menjadi sangat tidak konsisten dari awal hingga akhir, DNA tidak konsisten dari awal hingga akhir, DNA diganggu oleh pegawai polis dalam kerajaan ... Itu adalah keterangan di mahkamah dan kami gembira untuk berkongsi semua dokumentasi dengan anda ...
"Satu perkara bahawa kenyataan Anwar, versi beliau mengenai apa yang telah berlaku, perkara yang benar dari Anwar sentiasa konsisten. Dan itu adalah perkara tentang kebenaran bukan? Yang benar tetap sama dan penipuan berubah-ubah," katanya kepada pemberita di Putrajaya petang ini.
Anwar melantik peguam hak asasi manusia yang terkenal itu untuk membantunya dalam beberapa kes termasuk kajian beliau daripada Februari 2015 mengenai sabitan liwat.
Bekas pemimpin pembangkang itu sentiasa mengekalkan bahawa pertuduhan liwat itu, sama dengan yang pertama dihadapinya pada tahun 1999 dan telah direka oleh pesaing politiknya.
Bagaimanapun, kerajaan menafikan perkara ini.

ANTARA SELASA DAN SEBULAN...!!!

APA DAH JADI PADA NAK SAMAN SARAWAK REPORT 'KURANG SEBULAN' yg keluar kenyataan dari Naib Ketua Ulama Sedunia sebulan yg lepas ??!!!

Adakah is sudah mirip SEPERTI JANJI SAMAN HARI SELASA WSJ-NAJIB ???

Biar rakyat menilaikannya sendiri bila JANJI DICAPATI..

MALUNYA!! Berita Stesen Tv KOREA Menyiarkan Rosmah Shoping Guna Duit Kerajaan.

Rosmah shopping sakan, kalau ada gunung emas pun boleh rata


lipeng_gunungemasrata (1)
KUALA LUMPUR, 13 SEP: DAP melahirkan rasa hairan dan takjub dengan tabiat berbelanja Datin Seri Rosmah Mansor, yang dilaporkan akhbar The Wall Street Journal telah berhabis sehingga US$6 juta membeli pakaian, kasut dan barang kemas.
“Jika suaminya Datuk Seri Najib Razak tidak membelanjakan satu sen pun daripda pendapatan tahunan beliau sebanyak RM284,194.89 sebagai Perdana Menteri, gaji tersebut hanya boleh bertahan selama satu bulan dua hari sahaja, jika mengikutkan perangai berbelanja isterinya.”
Demikian reaksi Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mengulas perbelanjaan sakan isteri Perdana Menteri itu yang didakwa berlangsung antara tahun 2008 sehingga 2015.
“Kalau ada gunung emas pun boleh rata,” ujar Lip Eng.
Menurut perkiraannya jumlah perbelanjaan Rosmah adalah bersamaan US$2,055 atau RM8,448 sehari (pada kadar tukaran hari ini) dari tahun 2008 sehingga 2015.
“Isteri Perdana Menteri itu, yang menjadi penaung Permata – sebuah badan yang membantu kanak-kanak kurang berkemampuan, boleh menaja 8 orang dewasa berasaskan kadar gaji minima RM1000 sebulan, dengan perbelanjaan beliau sehari, dan masih mempunyai baki sebanyak RM448,” tambah Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan itu..
Bagi beliau, Datin Seri Rosmah mesti memilih sama ada untuk menafikan atau mengiyakan laporan WSJ itu.
“Adakah beliau akan kemudiannya menyaman WSJ kerana telah berbohong dan memfitnah beliau, atau adakah Rosmah akan terus berdiam diri dan mengesahkan laporan WSJ itu?” soalnya.
Beliau turut menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya segera menjalankan siasatan bagi memeriksa sama ada Najib dan Rosmah telah membayar cukai antara tahun 2008 hingga 2015 yang berpadanan dengan perbelanjaan US$ 6 juta itu.

US lawyer: Overwhelming evidence shows Anwar innocent of sodomy

Director: Leonardo DiCaprio knows nothing

Zaid: Mahathir shook Anwar's hand - what more do you want?

Bukti kukuh Anwar tidak lakukan liwat, kata peguam AS

Kewangan skim bantuan guaman tajaan kerajaan gawat

Kerajaan dianggarkan berhutang RM3.4 juta kepada para peguam, yang eggan ambil kes kerana pembayaran tidak dibayar tepat pada masa.
lawyer_law_600
PETALING JAYA: Skim bantuan guaman tajaan kerajaan untuk golongan miskin dan memerlukan diambang kegagalan kerana peguam enggan mewakili anak guam.
Alasannya: kerajaan lambat melangsaikan bayaran untuk khidmat yang diberikan sejak awal tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Badan Peguam Selangor Salim Bashir berkata hampir RM822,000 belum dilangsaikan, manakala rakan sejawat Joseph Mathews dari Negeri Sembilan berkata kerajaan berhutang RM106,000.
FMT difahamkan jumlah keseluruhan hutang kepada peguam di semenanjung antara Januari dan Ogos mencecah RM3.4 juta. Menurut Salim, jawatankuasa bantuan guaman negeri terpaksa merayu ahli supaya mewakili suspek dan tertuduh.
“Tapi kita tak boleh paksa peguam mengambil kes kerana ia secara sukarela,” kata Salim ketika dihubungi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Guaman Selangor A Jeyaseelan berkata peguam tidak lagi meyakini rancangan itu walaupun mereka sedar anak guam perlu diwakili secara berkesan.
“Di samping pendapatan bulanan yang mantap, ramai peguam muda menyertai skim ini untuk mengasah kemahiran,” tambahnya.
Jeyaseelan berkata 128 fail belum ditangani, dan tertuduh dalam kes-kes itu terpaksa mengambil peguam berbayar atau tampil ke mahkamah tanpa peguam.
Joseph menjelaskan: “Kegagalan membuat bayaran tepat pada masanya sudah menjejaskan kehidupan peguam terlibat.”
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) pada 2012 bagi menyediakan bantuan guaman kepada semua rakyat yang berpendapatn kurang daripada RM36,000 setahun.
YBGK menyediakan bantuan guaman semasa penangkapan, reman, permohonan ikat jamin dan perbicaraan – kecuali kes yang melibatkan hukuman mati.
Skim itu dibantu Majlis Badan Peguam Malaysia. Peguam Negara merupakan pengerusi yayasan manakala pengerusi majlis badan peguam adalah timbalannya.

140 anak luar nikah lahir setiap hari, lapor JPN

Statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan sejumlah 159,725 bayi luar nikah dilahirkan oleh ibu yang beragama Islam sejak 2013.
baby_muslimPETALING JAYA: Secara purata kira-kira 140 bayi luar nikah dilahirkan setiap hari oleh ibu yang beragama Islam pada tahun lalu.
Menurut laporan Berita Harian hari ini, statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan sejumlah 159,725 bayi luar nikah dilahirkan oleh ibu yang beragama Islam sejak 2013.
Daripada jumlah itu, 53,492 dilahirkan pada 2013; 54,614 pada 2014 dan 51,169 pada 2015.
Bagaimanapun tidak ada sebarang data mengenai anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan dalam kalangan ibu-ibu yang bukan beragama Islam.
Dalam laporan itu, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norsaleha Mohd Salleh menyuarakan kebimbangan terhadap bilangan tinggi kes tersebut dan menggesa supaya pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan segera.
Katanya, masalah itu berpunca daripada pendidikan agama dan moral yang cetek memandangkan semua agama menolak seks sebelum kahwin.
Beliau juga menekankan peranan ibu bapa dalam memastikan generasi muda mempunyai akhlak dan akal yang positif.

UMNO dipenuhi lebih ramai "orang bodoh"

Bila WSJ bertubi2 lapor NAJIB terpalit dgn skandal kewangan terbesar dunia 1MDB SEHINGGA DAH LEBIH SETAHUN BERLALU NAJIB TAK BERANI NAK SAMAN WSJ, tup-tup kluar kenyataan saran WSJ kemuka calon untuk PRU-14 pula..

Jawapan seorang menteri....
tak tau nak ketawa atau menangis..
Inilah kualiti otak2 menteri Malaysia..
KAH..!! KAH..!! KAH..!!

Dia sendiri pun tak tanding kerusi parlimen PRU13..
KAH..!! KAH..!! KAH..!!

'Beg Rosmah bukan dari Jalan Petaling, LHDN mesti siasat'

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDB) perlu menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kerana kemungkinan mengelak cukai.
Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng berkata ini kerana Rosmah dilapor membeli-belah dengan nilai melibatkan berjuta-juta ringgit.
The Wall Street Journal semalam melaporkan Rosmah membeli pakaian, kasut dan barang kemas berjumlah kira-kira AS$ 6 juta pada 2008 hingga 2015.
Lim berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengutuk WSJ kerana cuba "campur tangan dalam politik negara" tanpa menafikan laporan berkenaan.
"Bagaimana laporan mengenai Rosmah membeli belah adalah campur tangan politik? Rosmah tidak membeli beg tangannya dari Petaling Street," katanya merujuk kepada pasar di Kuala Lumpur  yang menjual barang-barang tiruan.
Ahli Parlimen Segambut itu berkata Rosmah menghabiskan AS $2,055 sehari - cukup untuk membayar lapan orang dengan gaji minimum selama sebulan.
Namun, katanya Najib hanya memperoleh RM284,194.89 setahun.
"Jadi bagaimana Rosmah boleh menghabiskan begitu banyak dalam tempoh lapan tahun? Walaupun segunung emas pun akan rata," katanya.
Oleh itu, LHDN perlu bertindak pantas dan menyemak rekod cukai Rosmah dan Najib tanpa mengira sama ada terdapat penafian daripada pasangan itu, katanya.
"Melainkan LHDN juga memutuskan untuk tidak menyiasat dan menuduh WSJ berbohong," katanya.
WSJ memetik "pendedahan dokumen-dokumen baru" menunjukkan Rosmah membelanjakan AS $ 6 juta dalam caj kredit pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Ia termasuk perbelanjaan di gedung membeli-belah Harrods di London sehingga Saks Fifth Avenue di New York.
Dalam biografi beliau, Rosmah berkata, dia membeli pakaian dan barang kemas menggunakan wang sendiri.
Malaysiakini menghubungi pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor berhubung laporan WSJ tetapi masih belum menerima jawapan.

Zaid: Dr M jumpa Anwar, salam mesra - apa lagi kamu mahu?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mahu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan enyokongnya serta mereka yang memihak kepada pembangkang supaya menghentikan serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau mencadangkan bahawa tugas menghentam bekas perdana menteri itu diserahkan kepada menteri kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Najib dan kuncu-kuncu mereka.
Zaid mengulas kenyatan pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Saari Sungib, yang mahu Mahathir untuk memohon maaf secara terbuka bagi salah laku sepanjang tempoh 22 tahun.
“Mahathir sudah pergi berjumpa Anwar Ibrahim, mereka bersalaman mesra, mereka tahu apa yang mereka buat; apa lagi Saari Sungib mahu?
“Mahathir telah beberapa kali berkata ada kesilapan beliau semasa memerintah bagitu lama. Mahathir juga telah meminta maaf diatas pindaan Perlembagaan yang menjejaskan kuasa Raja-Raja dulu, jadi apa lagi Saari Sungib mahu? soalnya dalam posting di blog.
Zaid juga mempersoalkan sama ada tidak salah bagi Najib untuk mencium tangan Mahathir pada masa lalu, atau untuk Anwar dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana begitu mesra dan setia kepada Dr Mahathir dan Najib sebelum dipecat.
“Jadi berapa orang dari pemimpin yang ada yang kita mahu minta maaf sekarang ini?” oalnya lagi.
Dua kumpulan
Bekas menteri Umno itu berkata semua pemimpin membuat kesilapan semasa berkuasa, jadi jadi tidak perlu seseorang bersikap bahawa segala kesilapan datang dari Dr Mahathir seorang sahaja.
“Yang penting kita sedar bahawa kita ada dua kumpulan pemimipin; satu yang pernah memerintah secara korup dan menyalahgunakan kuasa tetapi insaf dan mahu berubah; dan yang satu lagi masih terus berbohong dan menipu rakyat kerana mereka tidak insaf dengan kesilapan mereka.
“Saari dan kawan-kawannya boleh pilih yang mana satu idaman kalbu!” katanya.
Memetik dirinya sebagai contoh, Zaid berkata, beliau tidak menaruh sebarang dendam terhadap Mahathir dan Muhyiddin kerana menerima kata-kata kesat mereka apabila beliau bertanding pada pilihan raya kecil di Hulu Selangor di bawah tiket PKR.
“Saya masih ingat bagaimana kempen Umno secara peribadi yang menghina saya dan keluarga.
“Saya masih ingat apa yang mereka kata bila saya sebagai menteri membuat bayaran ‘sagu hati’ kepada hakim-hakim yang dipecat pada tahun 1988,” katanya.
Cara minta maaf
Namun menurut Zaid, apabila Dr Mahathir mempelawanya bekerja bersama-samanya untuk ‘Selamatkan Malaysia’ dan membantunya dalam parti baru, beliau menganggapnya sebagai cara bekas perdana menteri itu meminta maaf.
Katanya, banyak cara untuk meminta maaf, tetapi melupakan perkara yang lepas adalah sebaik-baiknya.
“Penerimaan saya ke dalam team Dr Mahathir itu saya anggap satu penghormatan dari seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara, walaupun ada kelemahan dan kesilapan beliau.

SSK, TOKOH PELAWAK NEGARA!!

Sejak adanya Salleh Said Keruak dalam kabinet kerajaan lebih setahun yang lalu, ramai antara kita sebenarnya tidak memerlukan lagi Harith Iskandar, Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Sepahtu dan lain-lain pelawak untuk menghiburkan hati.

Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Salleh sudah cukup terasa menggelikan hati, malah kadang-kadang mampu membuatkan kita ketawa atau senyum selama berhari-hari.

Kenyataan terbaru beliau berkaitan WSJ berikutan pendedahannya berhubung perbelanjaan mewah Rosmah Mansor sebanyak RM24 juta antara tahun 2008 hingga 2015 untuk pembelian pakaian, kasut dan barang-barang kemas, amat-amatlah  menggelikan hati.
Salleh menyarankan WSJ yang berpangkalan di Amerika Syarikat agar meletakkan calon dalam pilihanraya umum datang kerana mendakwa akhbar tersebut mempunyai minat dan kecenderungan mendalam terhadap hal ehwal politik Malaysia.

Mereka berkelakuan seperti ahli politik dan berkempen, bukannya sebagai media yang boleh dipercayai dan bebas, tambahnya lagi.

Kenyataan Salleh kali ini bukan saja membuat manusia terasa geli hati dan ketawa, bahkan haiwan di hutan dan ikan-ikan di lautan boleh jadi sama-sama terdampar kegelian.

Mana tidaknya, dalam usaha untuk mempertahan, membela dan membodek Najib, Salleh nampaknya sanggup sehingga berkata apa saja.

Kerapkali kata-katanya tidak menggambarkan kedudukannya sebagai menteri, tapi cuma bercakap untuk menampakkan seolah-olah beliau dilihat bekerja oleh Najib.

Sebab mengapa pendedahan demi pendedahan oleh media antarabangsa, khususnya WSJ lebih tertumpu kepada Malaysia dan tidak negara-negara lain adalah kerana salah Najib juga. Ia bukan salah sesiapa.

Umno tak gentar hadapi ancaman BERSATU sembang Reezal

Umno sudah melalui pelbagai episod hebat penentangan parti politik lain terhadap pemimpin dan parti, maka ia tidak gentar menghadapi ancaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) termasuk pada pilihan raya akan datang, kata seorang pemimpin Umno negeri.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tidak dinafikan parti itu akan membawa ancaman baharu, namun ini bukan kali pertama Umno berdepan dengannya.
"Kami sudah melalui pelbagai episod pengalaman yang lebih hebat daripada itu dan terbukti Umno mampu mengatasinya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana Parlimen Kepala Batas di Lahar Kepar di Kepala Batas hari ini.
Mengulas lanjut Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata lihat sahaja apa yang dilalui Umno pada 1988 yang ketika itu menyaksikan hampir dua pertiga ketua bahagian dan 20 peratus ketua-ketua Pemuda dan Wanita keluar parti pada tahun 1998 sewaktu krisis perlucutan jawatan bekas Timbalan Presidean Umno Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dulu yang menentang bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamed siapa, selepas Umno diharamkan, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, dan satu pertiga Kabinet beliau (Dr Mahathir).
"Bapa Kemerdekaan yang juga Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj), Perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn (juga pernah ditentang), tetapi kami dapat menghadapinya bukan sebab Tun Dr Mahathir, tetapi sebab Umno. Itu pun Umno masih mengekalkan kepimpinan pada masa itu," katanya.
Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata biarpun kini cabaran terhadap parti itu datang daripada orang yang pernah menjadi 'nombor satu' dalam Umno, ia tidak bererti Umno tidak boleh menempuhi halangan dan cabaran.
Dalam pada itu Reezal Merican berkata sebanyak 55 ekor lembu telah dikorbankan pada majlis itu.

Kajiselidik Taman Tugu bitly.com/surveytamantugu | Kumpulan QS Sukarelawan bitly.com/qsrakyat


091316-kajiselidik-taman-tugu-01
Saya mengikuti penerangan yang diberikan oleh Tan Sri Azman Mokhtar, CEO Khazanah mengenai pecahan kos projek Taman Tugu seperti yang diterangkan semasa acara soal jawab yang pertama yang diadakan minggu lepas. Saya juga dihubungi oleh Encik Jiv Sammanthan, Ketua Pegawai kepada CEO untuk menyertai acara-acara soal jawab tersebut atau mendengar taklimat dari Khazanah.
Saya berterima kasih kepada Khazanah di atas jemputan tersebut.
Walau bagaimana pun, saya hanya akan menyertai satu taklimat dan perbincangan dengan Khazanah atau pihak berkuasa setelah saya mendapat maklumbalas umum dari orang ramai mengenai perkara ini. Ia juga sesuatu yang boleh membantu Khazanah menilai kesan projek ini kepada jenamanya (branding) kerana acara-acara “townhall” dan “engagement” yang disusun oleh Khazanah setakat ini hanya berkisar di tempat tertentu dan mungkin tidak boleh meliputi seramai mungkin rakyat.
Saya juga ingin memastikan bahawa apabila saya duduk mendengar taklimat dari Khazanah, saya dibantu oleh juruukur (quantity surveyor) dan jurutera yang boleh memahami kos projek yang disebut oleh Khazanah.
Oleh itu, saya telah melancarkan dua kajisedilik iaitu:
1. #QS_Rakyat untuk mengumpulkan juruukur dan jentera dalam satu pasukan untuk membantu menyemak kos yang disebut oleh Khazanah atau pihak berkuasa. Mereka yang berminat untuk membantu boleh mengisi borang di bitly.com/qsrakyat
2. #SurveyTamanTugu untuk mengumpul pandangan orang ramai mengenai projek Taman Tugu secara keseluruhan. Kajiselidik boleh didapati di bitly.com/surveytamantugu dan saya galakkan seberapa ramai rakyat menyertainya jika anda benar-benar serius mengenai pembaziran wang negara
Saya masih tidak yakin dengan penjelasan yang diberikan oleh Tan Sri Azman Mokhtar setakat ini dan masih berpandangan bahawa ia satu pembaziran dana awam.
Pun begitu, saya akan menunggu maklumbalas orang ramai yang dibuka sehingga Jumaat ini sebelum saya mengaturkan satu perjumpaan dengan Khazanah secara rasmi.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Kempen #KAU #MalaysiaTakPerlukanHero Rekrut Anak Muda Dan Rakyat Bukan Partisan

kau_fb_cover_1 

kau_poster-02
Kecelaruan politik yang melanda sejak setahun lepas memerangkap rakyat dengan satu dilemma: sementara rakyat rata-ratanya tidak bersetuju dengan kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak, mereka juga tidak yakin parti-parti politik yang ada dapat menyelesaikan perbezaan untuk bersatu menghadapi Umno/Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).
Desas-desus bahawa PRU14 boleh dipanggil seawall Mac 2017 boleh memerangkap parti-parti pembangkang jika jentera tidak dipersiapkan lebih awal. Jika Dato’ Seri Najib dan Umno/Barisan Nasional kekal memerintah akibat kelemahan organisasi politik parti lawan, ia boleh menyebabkan rakyat marah dan jemu dengan proses demokrasi.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia tidak boleh terus berharap kecelaruan politik akan diselesaikan oleh orang lain terutamanya pimpinan politik. Sikap yang suka menyerahkan nasib kepada golongan pemimpin di atas sementara rakyat melepaskan kemarahan di laman media sosial adalah sesuatu yang negatif dan wajar dibaiki.
Satu komponen yang paling penting untuk menukar keadaan politik dan ekonomi negara ialah menggembleng kuasa rakyat untuk menggerakkan sebarang usaha menukar kepimpinan negara. Oleh itu, satu platform yang tidak partisan (tidak memilih parti) tetapi berasaskan prinsip dan nilai politik yang baik adalah diperlukan untuk menggembleng tenaga rakyat biasa ini untuk turun gelanggang menyertai usaha menukar kepimpinan negara.
Dengan cara ini, usaha menukar Dato’ Seri Najib dan kerajaan tidak diserahkan bulat-bulat kepada pimpinan parti-parti politik.
Atas kesedaran ini, INVOKE ditubuhkan untuk memberi platform kepada rakyat Malaysia yang tidak gemarkan politik kepartian tetapi mahu menyumbang kepada usaha menukar kerajaan dan kepimpinan negara. Ramai di kalangan anak muda sekarang adalah tergolong di dalam kumpulan ini.
Untuk memastikan INVOKE mempunyai kesan yang mendadak di akar umbi, saya telah mendermakan RM300,000 dari simpanan untuk membiayai organisasinya yang diuruskan secara profesional. Derma-derma dari golongan professional juga sudah mencecah RM80,000 dalam bulan pertama INVOKE ditubuhkan. Saya percaya apabila promosi dijalankan secara besar-besaran bermula minggu ini, derma dari orang ramai akan terus meningkat untuk membiayai kempen akar umbi oleh rakyat biasa yang mahukan perubahan.
Sejak beroperasi awal Ogos 2016, INVOKE telah mendaftarkan 763 sukarelawan. Aktiviti merekrut sukarelawan diadakan setiap minggu dan akan digiatkan bermula minggu ini dengan sasaran 30,000 sukarelawan dari seluruh negara menjelang Mac 2017.
Bermula minggu ini juga, saya akan turun ke kerusi parlimen marginal untuk merekrut dan melatih sukarelawan rakyat biasa sebagai persiapan menghadapi PRU14. Mereka akan membantu dan bekerja bagi mana-mana calon dari mana-mana parti yang bersetuju dengan prinsip-prinsip politik yang INVOKE tetapkan.

'Khazanah perlu terus terang, siapa arah projek Taman Tugu' - Rafizi

Anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan Khazanah Nasional Berhad supaya tidak menjadi syarikat yang 'dibenci' rakyat gara-gara menjadi peneraju projek Taman Tugu.
Rafizi berkata, sebagai sebuah syarikat pelaburan negara, Khazanah perlu telus berhubung projek itu yang menelan belanja sehingga RM650 juta.
Katanya, ketelusan itu penting bagi mengetahui siapakah pihak bertanggungjawab mengarahkan projek berkenaan bagi mengelakkan syarikat pelaburan tersebut menjadi seperti 1MDB.
"Saya prihatin kedudukan Khazanah kerana kalau mereka diarahkan mengusahakan projek ini, maka mereka terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat.
"Mereka perlu berterus terang siapa sebenar yang mengusahakan, idea siapa dan kenapa.
"Kalau 1MDB dah bungkus dan Khazanah terjejas jenamanya sehingga orang marah dan reputasi tak baik, itu sekali lagi akan mendatangkan kesan buruk pada satu-satunya badan pelaburan rakyat yang ada," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.
Sehubungan itu, Rafizi berkata sebagai inisiatif untuk membantu Khazanah, pihaknya akan menjalankan kaji selidik terlebih dahulu sebelum melakukan pertemuan dengan syarikat tersebut.
Katanya, jemputan Khazanah akan dihadirinya selepas mendapat maklum balas daripada hasil kajiselidik serta maklumat daripada juruukur dan jurutera yang mahir dalam projek berkenaan.
"Saya hanya akan hadir menyertai satu taklimat dan perbincangan dengan Khazanah atau pihak berkuasa setelah mendapat maklum balas umum dari orang ramai mengenai perkara ini.
"Ia juga sesuatu yang boleh membantu Khazanah menilai kesan projek ini kepada jenamanya," katanya lagi.
Justeru Rafizi melancarkan kempen #QS_Rakyat bagi mengumpul juruukur dan jurutera untuk menjadi sebuah pasukan bagi membantu menyemak kos yang disebut Khazanah.
Kempen #SurveyTamanTugu pula dibuat bagi mengumpul pandangan orang ramai mengenai projek tersebut.

Status Laporan 1MDB: Mahkamah akan dengar permohonan Azmin

Peguamnya berkata mahkamah menetapkan 26 Oktober untuk mendengar permohonan menteri besar Selangor itu untuk mengubah status laporan itu daripada rahsia rasmi kepada umum.
azminKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali untuk mendapatkan kebenaran mengubah status Laporan Audit 1MDB oleh ketua audit negara.
Peguam Michelle Kummar yang mewakilinya memberitahu media mahkamah akan mendengar permohonan itu pada 26 Oktober. Terdahulu, peguam menghadiri pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Norazlin Othman.
Azmin memfailkan cabaran terhadap status laporan itu pada bulan lalu.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan konflik kepentingan ketika mengeluarkan arahan kepada ketua audit negara meletakkan laporan itu sebagai rahsia kerajaan.
Beliau mahu arahan dikeluarkan terhadap Najib, ketua audit negara dan kakitangan mereka untuk mengubah status laporan itu dan menjadikan ia laporan umum.
Azmin juga memohon pengisytiharan yang keputusan untuk mengelaskan laporan itu sebagai rahsia kerajaan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, beliau mahu laporan berkenaan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan dibentangkan di Parlimen.
Beliau menamakan perdana menteri, ketua audit negara dan kerajaan sebagai responden dalam semakan kehakiman.

Ideas: Cari penyelesaian bukannya alasan mewajarkan ekonomi lembap

Wan Saiful berkata, ada faktor dalaman lain yang turut menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara.
wan saifulPETALING JAYA: Pucuk pimpinan sedia ada perlu mencari penyelesaian terhadap kelembapan ekonomi negara, bukannya menyalahkan kebergantungan Malaysia terhadap pasaran dunia sebagai alasan untuk mewajarkan keadaan semasa.
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, ada faktor dalaman lain yang turut menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara.
“Kita tidak boleh anggap ini sebagai alasan untuk tidak melakukan apa-apa. Ada faktor dalam negara, contohnya isu 1MDB, kebimbangan terhadap kestabilan politik negara dan masalah ketirisan yang boleh menyebabkan persepsi pelabur merosot.
“Walaupun kita boleh nyatakan sebahagian masalah yang kita hadapi ini disebabkan kelembapan ekonomi dunia, tetapi ada juga sebahagian yang berpunca daripada masalah dalaman negara sendiri,” katanya kepada FMT hari ini.
Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, perdana menteri terdahulu bernasib baik kerana ekonomi negara lebih baik ketika itu disebabkan pasaran dunia dan kenaikan harga komoditi.
Beliau berkata, kemelesetan ekonomi ketika ini bukannya salah pucuk pimpinan negara, kerana kebergantungan Malaysia terhadap pasaran dunia.
Wan Saiful berkata, tidak kira dahulu atau sekarang, setiap perdana menteri berdepan cabaran ekonomi tertentu dan pemimpin sedia ada perlu mencari penyelesaian untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Tambang percuma LRT tidak selesai masalah

Keputusan Rapid Rail Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan percuma Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya-Gombak bukan jawapan kepada penyelesaian sistem pengangkutan awam negara.
Sebaliknya, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Prasarana dan Kerajaan Persekutuan perlu mengemukakan laporan penuh punca permasalahan itu yang kini kerap berlaku.

Nurul-Izzah“Laporan ini wajib dibawa ke Parlimen untuk dibahas menerusi pewujudan Jawatankuasa Parlimen berkait integrasi sistem pengangkutan awam terutama dari Kuala Lumpur dan Selangor yang amat terkesan.
“Jaringan sistem sedia ada berserta projek MRT wajib dipantau menerusi Jawatankuasa Parlimen ini yang juga menuntut kebertanggungjawaban daripada SPAD kepada badan legislatif tertinggi negara,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, laporan berkenaannya boleh mengenal pasti penyelesaian terbaik bagi mengelakkan sebarang insiden berulang.
“Kita wajib berusaha mengelakkan kemelut permasalahan operasi serta kenaikan kos daripada dibebankan kepada pengguna,” katanya.
Pada 7 dan 9 September lalu, perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya tergendala selepas bekalan elektrik terputus hingga menyebabkan pengguna terkandas di tengah-tengah laluan.
Lebih malang, pengguna terpaksa berjalan di atas landasan dalam keadaan hujan dan bahaya sebelum sampai ke stesen berikutnya.
Insiden itu sekali gus mengundang kemarahan masyarakat awam berkenaan status pengurusan dan keselamatan perkhidmatan awam negara ini.

Masalah pengangkutan awam mimpi ngeri rakyat Malaysia

Lanjutan permasalahan sistem pengangkutan awam negara disifatkan sebagai mimpi ngeri bagi seluruh rakyat Malaysia, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Beliau berkata, pelaksanaan dasar kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengundang permasalahan berterusan sekali gus mencetuskan kebimbangan rakyat.

Nurul-IzzahAhli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengaitkan kematian membabitkan pekerja MRT di Singapura, enam bulan lalu yang mana keadaan sama tidak mustahil boleh berlaku di negara ini.
“Kemalangan itu berlaku kerana bekalan kuasa tidak dimatikan sebelum kedua-dua kakitangan tiba di lokasi penggera seperti yang diwajibkan mengikut Prosedur Pengendalian Standard (SOP) SMRT.
“Jika kakitangan syarikat SMRT pun memerlukan bekalan kuasa di trek kereta api dimatikan apabila berada di tengah-tengah laluan pejalan kaki di landasan kereta api, apatah lagi orang awam biasa?
“Malaysia bernasib baik kerana semua penumpang yang terkandas di aliran Kelana Jaya bergerak ke stesen yang terdekat dengan selamat, namun Rapid Rail tidak boleh memandang remeh isu ini,” katanya.
Beliau berkata demikian merujuk kepada insiden pengguna transit aliran ringan (LRT) yang terpaksa berjalan di landasan selepas bekalan elektrik terputus, pada 7 dan 9 September lalu.
Bukan pertama kali, insiden hampir sama berlaku pada 2015 dengan 80 penumpang berdepan detik cemas apabila tren dinaiki rosak dan tersangkut di landasan.
Susulan itu, masalah sama berulang apabila sistem pintu LRT di Stesen Abdullah Hukum gagal berfungsi dan menyebabkan pengguna terkandas di stesen masing-masing.
“Kita sewajibnya mendesak keprihatinan serta kebertanggungjawaban Prasarana dan RapidKl dalam menjaga keselamatan pengguna.
“Lebih-lebih lagi apabila masalah ini berpunca daripada kelemahan pihak LRT sendiri,” katanya.

Sila keluar jika tidak suka Umno, kata Annuar Musa kepada pengkritik

Sila keluar jika tidak suda Umno, kata Annuar Musa kepada pengkritik parti Melayu itu.Sila keluar jika tidak suda Umno, kata Annuar Musa kepada pengkritik parti Melayu itu.
"Terima kasih kerana keluar Umno sebab kita pun tidak mahu golongan musang berbulu ayam berada di dalam parti kerana ia hanya menjadi duri dalam daging."
Itu reaksi Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas tentang tindakan Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar parti semalam.
Katanya tindakan tersebut tidak akan menjejaskan Umno sebaliknya akan memperkukuh lagi parti kerana golongan yang tidak setia pada perjuangan, satu demi satu telah meninggalkan parti.
"Ada orang tanya Umno tidak panik ke sebab mereka keluar parti, saya kata tidak. Malah kita ucap terima kasih, kita nak lebih ramai lagi yang tidak sukakan parti, sila keluar.
"Tetapi kita tidak akan sesekali menekan butang panik sebab satu yang keluar, 30 orang baharu yang masuk... kita hanya berbincang tentang mereka yang keluar sedangkan dalam tempoh sebulan ini, berpuluh ribu yang mendaftar keahlian baharu untuk menyertai Umno," katanya di sini hari Ahad.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Temerloh yang turut dihadiri Oleh Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Semalam dua veteran Umno itu mengumumkan keluar parti semasa menghadiri persidangan perwakilan bahagian masing-masing.
Mengulas lanjut, Annuar berkata sebagai anggota parti, seseorang itu harus istiqamah dan setia dengan perjuangan parti serta tidak mudah melatah apabila diuji dengan sesuatu krisis dalaman.
"Kita tidak nafikan apabila (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan Tun Dr Mahathir Mohamad tubuh parti baharu, ada yang hendak mengikut mereka. Negara ini mengamalkan prinsip demokrasi dan kita tidak halang mereka.
"Kita beri mereka kelulusan untuk tubuh parti baharu kerana menerima realiti demokrasi, siapa hendak ikut siapa tiada paksaan," katanya.

Angkuh macam penjajah, Malaysia tak tunduk media Barat, kata menteri Umno

Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Malaysia tidak akan tunduk pada sesiapa terutama media neo-konservatis seperti Wall Street Journal.
salleh-keruak_wsj_malaysia_600
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan tunduk kepada media Barat yang bertindak angkuh seperti ‘penjajah’ dan ingin memaksa nilai mereka dikenakan kepada negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk laporan terbaru akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan RM24.6 juta (AS$6 juta) sepanjang 2008 hingga 2015 untuk membeli barang kemas, pakaian dan kasut.
Katanya, laporan itu membuktikan WSJ menjadi tidak lebih kepada blog kepartian dan mengabaikan prinsip kewartawanan yang menekankan fakta.
“Serangan berterusan mereka bukan tentang kewartawanan, tetapi tentang memaksa keangkuhan dan visi menyeleweng mereka terhadap Malaysia. Jika kita tunduk, keharmonian dan kestabilan negara kita akan terhakis.
“Namun, zaman ‘yang kuat itu benar’ dan tunduk kepada tuan penjajah sudah tamat. Kita tidak akan tunduk kepada sesiapa, terutama media neo-konservatis seperti WSJ yang dulunya menyokong campur tangan terhadap negara majoriti umat Islam seperti Iraq yang membawa bencana,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di blognya, hari ini.
Dalam laporan bertarikh 12 September, WSJ mendakwa perbelanjaan Rosmah itu dibuat antaranya di gedung mewah Harrods di London dan Saks Fifth Avenue di New York dan dibayar melalui kad kredit.
Ini bukanlah dakwaan terbaru WSJ berhubung perbelanjaan mewah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, apabila sebelum ini melaporkan perdana menteri membelanjakan RM61.6 juta (AS$15 juta) untuk percutian dan beli-belah, termasuk RM536,800 (AS$130,625) di sebuah kedai eksklusif di Honolulu, Hawaii, 2 hari sebelum bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Disember 2014.

Saya tak rayu kembali pada Umno, kata bekas pemimpin dipecat

Dengan keadaan semasa yang berlaku di dalam Umno, Hamidah percaya lebih ramai ahli dan pemimpin Umno yang akan keluar daripada parti Melayu itu.
Hamidah-Osman_Tengku-Adnan_umno_600
PETALING JAYA: Pemimpin Umno yang dipecat menafikan kenyataan yang ada antara mereka mahu menyertai semula parti itu semula walaupun pernah ditawarkan berbuat demikian dengan membuat rayuan sebelum ini.
Bekas ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman berkata sepanjang pengetahuannya tiada bekas ahli Umno yang merayu untuk bersama parti itu lagi.
“Setahu saya semua yang dipecat, yang saya kenali membuat keputusan untuk tidak merayu. Daripada apa yang kita tengok sekarang, mereka yang dalam proses untuk dipecat, sudah dari awal isytihar keluar dari Umno.
“Malah saya sendiri pernah ditawar agar merayu, tetapi saya buat keputusan lebih rela untuk tidak bersama Umno yang ada pada hari ini,” katanya kepada FMT.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tanpa menyebut nama mendakwa ahli yang dipecat Umno berhasrat kembali ke pangkuan parti Melayu itu.
Katanya, ramai ahli Umno mendakwa tindakan yang diambil ke atas mereka tidak adil termasuk dakwaan bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Majlis Tertinggi (MT) Umno memecatnya tanpa mengikut prosedur.
Dalam pada itu Hamidah percaya dengan keadaan semasa yang berlaku dalam Umno, lebih ramai ahli dan pemimpin Umno akan keluar dari parti itu.
“Trend sekarang ramai pengerusi wanita, pengerusi tetap mengambil keputusan mengumumkan keluar Umno.

Dinafikan hak, Peguam Amerika wakili Anwar mahu temui TPM

Peguam tersohor Amerika Syarikat, Kimberly Motley berharap dapat bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi petang ini selepas tidak dibenarkan berjumpa dengan anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buloh.
Motley dilantik oleh Anwar untuk membantu beberapa kes yang sedang berlangsung, termasuk kajian semula sabitan liwatnya pada bulan Februari 2015.
Menurut Raul Lee Bhaskaran dari firma undang-undang Daim & Gamany yang mewakili Anwar dalam beberpa permohonan itu, firma tersebut telah menulis kepada Jabatan Penjara pada 10 September lalu untuk mendapatkan kebenaran supaya Motley boleh berjumpa dengan bekas pemimpin pembangkang itu.
Walau bagaimanapun, permohonan mereka ditolak.
"Motley menjalankan kes-kes itu secara pro-bono (tanpa bayara)," kata Raul kepada Malaysiakini.
Beliau berkata surat memohon pertemuan dengan Zahid telah difakskan serta dihantar dengan tangan ke pejabatnya, tetapi tiada tindak balas setakat ini.
Motley, seorang graduan lulusan Marquette Law School pada tahun 2003, berkhidmat di Amerika Syarikat dan Afghanistan. Beliau juga telah menjalankan kerja penyelidikan dalam bidang keadilan juvana yang mendapat laporkan di peringkat antarabangsa.
Beliau juga membantu melatih ratusan peguam Afghanistan.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.

Projek mega Menara Merdeka PNB 118 hadapi masalah?

Projek mega Menara Merdeka PNB 118 bernilai RM5 bilion dilaporkan berdepan dengan beberapa halangan yang boleh mengakibatkan projek berkenaan lambat disiapkan.
Memetik sumber, akhbar The Edge melaporkan bahawa terdapat masalah dengan kerja-kerja pembinaan asas yang memerlukan pembaik-pulihan.
Walau bagaimanapun adalah tidak jelas apa masalah sebenar yang dihadapi projek itu, atau jangka masa yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
"Terakhir yang saya dengar, beberapa bulan lalu, isu itu belum diselesaikan," lapor Edge yang memetik sumber korporat.
Menurut sumber itu, masalah menanam cerucuk dan kerja pembinaan asasbukan sesuatu yang luar biasa dalam sektor pembinaan.
Satu lagi sumber memberitahu akhbar kewangan itu "PNB, kontraktor atau seseorang" perlu membayar kos tambahan yang disebabkan oleh kerja-kerja pemulihan.
Fasa pertama projek milik Permodalan Nasional Bhd (PNB), termasuk menara 118 tingkat yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara, serta sebuah pusat membeli-belah, dijadualkan siap pada 2020.
Jumaat lalu, PNB Merdeka Ventures dalam satu kenyataan media berkata projek berkenaan berjalan lancar mengikut jadual serta bajet yang ditetapkan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.
“Sehingga hari ini kerja-kerja asas dan cerucuk menara serta dinding perimeter bagi tempat letak kereta utama menara berkenaan telah pun siap.
“Kerja-kerja diafragma dinding untuk tempat letak kereta bahagian bawah sedang berjalan, manakala penggalian dan kerja-kerja cerucuk di kawasan letak kereta telah siap 25 peratus dan 60 peratus.
“Kerja-kerja persediaan untuk asas bagi raft menara ikonik sedang dijalankan dengan 30 peratus daripada keluli raft bagi mengukuhkan struktur berkenaan telah diletakkan setakat ini.
“Kerja peting seterusnya adalah bagi menempatkan konkrit utama yang menjadi asas bagi raft menara berkenaan dijangka dijalankan pada Oktober depan,” kata unit PNB itu.
Kontraktor projek berkenaan, Pintaras Jaya mensasarkan untuk menyiapkankerja-kerja asas bernilai RM74 juta itu kira-kira setahun, selepas dianugerahkan kontrak pada bulan Mac 2014.
Laporan Edge menyatakan bahawa Pintarasa Jaya mengalami kerugian bagi tempoh lima suku terakhir, dan pemfailan mereka Bursa Malaysia memaklumkan mereka menghadapi kos tambahan yang "tidak dijangka" berhubung suatu "projek yang telah disiapkan" pada semakan pendapatan bagi suku ketiga 2016 dan suku keempat 2016. pendapatan .

Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi

Tan Sr Dr Kamal Salleh menyifatkan kewangan kerajaan pusat sekarang tersepit.Tan Sr Dr Kamal Salleh menyifatkan kewangan kerajaan pusat sekarang tersepit.
Pakar ekonomi, Tan Sri Dr Kamal Salleh menyifatkan kedudukan kewangan kerajaan pusat sekarang tersepit antara kekurangan wang dengan kos pinjaman luar yang tinggi.
Dalam wawancara dengan akhbar mingguan Amanah, bekas pengarah Intitut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) itu berkata, pendapatan negara sekarang jauh lebih kecil dari perbelanjaannya.
Dalam masa yang sama, katanya, hutang negara kini mencecah 55% dari keluaran dalam negara kasar (GDP) yang menyebabkan rating Malaysia rendah di pasaran antarabangsa.
Kesannya, kata beliau, kos yang tinggi perlu dibayar oleh negara jika mahu berhutang di luar negara bagi menampung keperluan perbelanjaan tempatan.
Ekoran itu, beliau menjangkakan pilihan raya umum tidak akan diadakan tahun ini.
"Kerajaan tidak akan adakan pilihan raya dalam masa yang terdekat kerana mereka akan kalah kerana mereka tidak boleh berbelanja," kata Kamal Salleh dalam wawancara khasnya dengan akhbar mingguan Amanah.
Laporan penuh wawancara itu boleh diikuti dalam akhbar itu yang berada di pasaran sekarang.
Sebelum ini, akhbar mingguan itu juga melaporkan, pilihan raya tidak boleh diadakan pada waktu terdekat ekoran pembekuan dana 1MDB yang berada di luar negara ekoran tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika terhadap dana 1MDB.
Menurut akhbar itu, sekurang-kurangnya pilihan raya terpaksa ditanggungkan sehingga tahun depan walaupun sebelum ini ada pihak menekan kerajaan agar memanggil pilihan raya umum segera ekoran kemenangan besar BN di pilihan raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil di Semenanjung iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar,

WSJ perlu kemuka calon untuk PRU-14, kata menteri Umno

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas akhbar Wall Street Journal dengan berkata akhbar yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu perlu mengemukakan calon untuk pilihan raya umum Malaysia yang akan datang.
Katanya, ini memandangkan minat kukuh WSJ dan kecenderungannya dalam hal ehwal politik Malaysia.
"Mereka berkelakuan seperti ahli politik dan berkempen, bukannya sebagai media yang boleh dipercayai atau bebas," katanya dalam satu catatan blog.

Menurut Salleh, laporan WSJ itu bukannya mempunyai maklumat baru, tetapi hanya mengulangi dan menyiarkan semula dakwaan yang tidak terbukti.
"Mereka tidak melakukan apa-apa untuk membuktikan dakwaan berkenan tetapi sekadar memetik sumber tanpa nama yang hanya bercakap dengan WSJ dan dokumen misteri yang juga hanya dilihat mereka.
"Ini mungkin tidak wujud, atau mereka mungkin daripada musuh-musuh politik dan tidak lengkap ataupun salah.
"Liputan WSJ mengenai Malaysia menjadi semakin terdesak dan keterlaluan. Ia mengketepikan prinsip kewartawanan bebas iaitu berasaskan fakta untuk menjadi tidak lebih sebagai sebuah blog partisan - bermotifkan politik," katanya.
Salleh, yang juga adalah bendahari Umno, mendakwa WSJ dan orang yang menyuapnya dengan maklumat untuk kepentingan objektif sendiri seperti tun Dr Mahathir Mohamad dan proksi beliau berusaha untuk mempengaruhi proses politik Malaysia dan menentukan siapa yang seharusnya membentuk kerajaan.
"Serangan berterusan mereka bukan mengenai kewartawanan, tetapi memaksa keangkuhan dan visi yang salah ke atas Malaysia. Jika kita mengalah, negara majoriti penduduk Islam yang harmoni stabil dan makmur ini akan terjejas,” katanya.
Semalam, WSJ mendakwa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan AS$ 6 juta membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.
Menurut laporan itu, perbelanjaan dibuat antara 2008 dan 2015 dan adalah berdasar kepada dokumen-dokumen baru yang dimiliki dan diteliti mereka.

Belanja RM24j antara 2008-2015, Rosmah dicabar saman akhbar WSJ

Kontroversi perbelanjaan mewah isteri PM terus jadi perhatian mediaKontroversi perbelanjaan mewah isteri PM terus jadi perhatian media
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu tampil membersihkan dirinya dengan berani menyaman akhbar Wall Street Journal (WSJ), kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melakukan siasatan jika Rosmah gagal berbuat demikian.
"Ketua Pesuruhjaya baru SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad perlulah mengotakan janjinya untuk menyiasat setiap kes korupsi secara amanah, tegas dan adil.
"SPRM hendaklah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara mengatasi kepentingan mana-mana individu yang berkuasa," ujarnya dalam satu kenyataan.
Faiz mengulas laporan WSJ berkenaan perbelanjaan Rosmah antara 2008 dan 2015 yang mencecah AS$6 juta (RM24 juta) untuk membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.
Beliau berkata, pendedahan terbaharu itu menimbulkan spekulasi bahawa wang tersebut berasal daripada jenayah penyelewengan dan pengubahan wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Amat menghairankan bagaimana Rosmah mempunyai wang sebanyak itu untuk berbelanja mewah ke atas barang kemas, pakaian, beg tangan, kasut dan sebagainya kerana beliau tidak bekerja dan tidak juga menerima pencen.
"Perbelanjaan mewah ini pula dilakukan di luar negara yang pasti keuntungan cukai ke atas barangan tersebut dinikmati negara asing, sedangkan rakyat di negara sendiri dipaksa mengikat perut untuk membayar cukai GST," jelasnya.
Menurutnya, pendapatan Datuk Seri Najib mustahil mencukupi untuk membayar sebanyak AS$6 juta itu.
"Adakah jumlah tersebut pernah diisytiharkan oleh Perdana Menteri sebagai wang simpanannya? Adakah cukai pendapatan dibayar? Adakah zakat dikeluarkan?" bidas Faiz.
Beliau yang juga peguam berkata, Rosmah boleh dianggap sebagai rakan jenayah (accomplice) kepada pemerintahan kleptokrasi suaminya yang menyeleweng wang rakyat.
"Hukuman bagi seorang 'accomplice' adalah sama beratnya dengan penjenayah utama," tegasnya.
Beliau menyifatkan perbelanjaan mewah oleh Rosmah daripada sebahagian wang haram yang dirompak dari 'scam' 1MDB adalah anggapan munasabah.
Ini memandangkan, jelasnya, pendedahan saman 'civil forfeiture' oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat bahawa Malaysian Official 1 yang menyerupai Perdana Menteri didakwa secara positif telah menerima wang melebihi RM2.6 bilion hasil rompakan wang 1MDB.
Faiz turut menuntut supaya
Peguam Negara mengarahkan skandal 1MDB disiasat semula secara bebas dan menyeluruh memandangkan dunia sedang memerhati Malaysia.

LEBIH OLIMPIK DARI OLIMPIK

Kita baru dan masih berbangga dengan pencapaian atlit-allit negara di Sukan Olimpik Rio de Janeiro di Brazil.  Atlit kebangsaan telah berjaya mengungguli  empat pingat perak dan satu bangsa, suatu pencapaian terbaik setakat ini.

Atlit paralimpik pula sehingga ini telah berjaya menggapai tiga pingat emas dan sekaligus menyebabkan sudah tiga kali lagu Negaraku berkumandang di bumi Brazil.

Tahniah kepada semua atlit yang membanggakan negara itu.
Namun, di sebalik kebanggaan yang masih berbunga-bunga, semalam kita juga didedahkan oleh WSJ yang beritanya turut dibaca di seluruh dunia berkenaan  "kegemilangan" perbelanjaan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang didakwa berbelanja sebanyak AS$6 juta atau kira-kira RM24 juta untuk membeli pakaian, kasut dan barang-barang kemas.

Berdasarkan dokumen yang diteliti oleh WSJ, perbelanjaan itu didakwa dilakukan antara 2008 hingga 2015 di beberapa butik terkenal di seluruh dunia dan dicaj melalui kad kredit milik Najib Razak yang mempunyai gaji tahunan sekitar AS$100 ribu.

WSJ seterusnya mendakwa kad kredit itu berkaitan dengan dana 1MDB.
Wowww...ini juga suatu pencapaian sebenarnya. Tidak ramai yang kita dengari mampu berbelanja semewah itu. Makcik Felda barangkali tak terbayangkan berapa guni wang RM24 juta itu. 

Kalah pencapaian emas Olimpik dibuatnya.

IN FRONT OF ‘ALLAH’, NAJIB URGES SACRIFICE – YET HIS WIFE SPLASHES MILLIONS ON CLOTHES, SHOES, DIAMONDS…

American daily The Wall Street Journal (WSJ) claimed that the embattled Malaysian prime minister’s wife, Rosmah Mansor, splashed a whopping “US$6 miĺlion on clothes, shoes and jewellery” between 2008 and 2015.
Najib Abdul Razak in his message to citizens and especially to Muslims on this globally revered celebration, Aidiladha, preached sacrifices that should be the hallmark in Malaysia.
But gleaning from the WSJ expose, it is very clear that his spouse is more into an addictive spendrift bash.
Oh my God, Rosmah Mansor is spending about RM3 million a year on clothes, jewellery and shoes. Oh my God, that even puts world infamous Imelda Marcos to pale into the shadows of extravagance.
Now, with your very hard working husband (who recently admitted he has to work more hours, days and weeks), whose salary is just about RM400,000 a year, how and where on earth did you get some RM3 million each year to fete your addiction?
Now, maybe the foreign newspaper is diabolically telling lies? Maybe, this is all part of an American ‘infidel’ attempting to destroy Muslims, especially when the news follows hot on the heels of the PM’s call for sacrifices on this revered Islamic celebration?
Rosmah, who like her husband is also embroilled in controversies after controversies as far as the ‘mudah lupa’ (conveniently forgetting) Malaysians will admit, will need to urgently summon her aide, and all the machinery within the Prime Minister’s Office’s affordabilty, to respond to this yet again another shocking news.
To merely deny is not enough

To merely deny is not enough. To merely scream that the ‘Malay Muslims are under threat’ (as was done previously) is also not enough. To counter challenge by claiming it is her own investment savings or heirloom is not going work again.

LEONARDO DICAPRIO STARTS TO EXPOSE NAJIB’S SON, JHO LOW: ‘SOME GUY GAVE HIM MONEY, IT WASN’T LEO’S FAULT’ – DIRECTOR OF NEW FILM

The director came to the star’s defense while discussing their upcoming climate change doc ‘Before the Flood.’
Fisher Stevens, director of Before the Flood, a documentary chronicling Leonardo DiCaprio’s campaign to combat global climate change, has defended the Hollywood star and his foundation from accusations of ties to an embezzlement scandal in Malaysia.
“The guy’s trying to do good. Okay, so he had an unsavory character in there who donated some money. What did he [DiCaprio] know? Leo did nothing wrong,” Stevens told The Hollywood Reporter on Saturday while in Toronto to promote the world premiere of his film.
His staunch defense came as DiCaprio became linked in press reports that roughly $3 billion was siphoned from a Malaysian sovereign wealth fund called 1MDB. The Department of Justice has filed an asset seizure complaint that alleges some of the money siphoned out of the fund was used to finance DiCaprio’s 2013 release The Wolf of Wall Street.
Added Fisher: “He’s been trying to do something in this space, and he had some guy give him money. It wasn’t his fault.
The Revenant star attended the Toronto festival this weekend alongside Stevens to promoteBefore the Flood, which was executive produced by Martin Scorsese. Stevens said he deliberately used DiCaprio as his film’s narrative focus as the Hollywood actor/activist travels to 20 countries to highlight climate-change disasters like the toxic tar sands of Alberta and the depleted forests of Indonesia.
“To make a film a film, you need to have a leading man, a character … otherwise, you’re not connected to the material,” said the director. Before the Flood will have a limited theatrical release on Oct. 21 before a global premiere on the National Geographic Channel in 171 countries on Oct. 30, just before the U.S. election in November.

ROSMAH SIZZLES UP FOREIGN MEDIA: ‘SHE MAKES $0 A YEAR BUT SPENDS MILLIONS ON CREDIT CARDS TIED TO PM’S 1MDB STATE FUND’

She makes $0/year and her husband pulls in $100,000. She put $1 million on credit card of her husband’s tied to 1MDB, the investment fund he set up and from which he allegedly “received hundreds of millions of dollars siphoned between 2009 and 2015.” But please! Do not ask Rosmah Mansor about the minor little items she’s picked up here and there and paid for in a totally legitimate fashion.
She is the only child of schoolteachers, hasn’t had a regular paying job in years and her husband, Prime Minister Najib Razak, is a longtime bureaucrat with an annual salary of $100,000. Ms. Rosmah, 64 years old, says she has a habit of saving. “I have bought some jewelry and dresses with my own money. What is wrong with that?” she wrote in her 2013 autobiography.
But allegations that Mr. Najib received hundreds of millions of dollars siphoned between 2009 and 2015 from 1Malaysia Development Bhd., a state investment fund he set up, are bringing renewed scrutiny of her…The Wall Street Journal reported this year, citing banking documents, that at least $1 million in purchases made by Ms. Rosmah at jewelry and fashion stores in Europe and the U.S. in 2014 were paid for by Mr. Najib using credit cards that drew on 1MDB funds.

The couple declined to comment at the time. New documents seen by the Journal show those expenses are part of at least $6 million in spending by Ms. Rosmah between 2008 and 2015 on clothing, shoes and jewelry from London’s Harrods department store, Saks Fifth Avenue of New York and elsewhere.

WSJ lapor Rosmah - Muhyiddin suruh Najib-Rosmah saman, sebab malu (Malaysia - Amerika)