Sabtu, 10 September 2016

JIKA PAK LAH PM TERBAIK, KENAPA MASA DILANTIK TPM, ZAHID JUMPA TUN M?

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi penghormatan kepada  bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dengan menyifatkannya sebagai "Perdana Menteri yang terbaik" dalam sejarah Malaysia.

Kesian dengan Pak Lah, hanya setelah lebih tujuh tahun meninggalkan jawatannya, barulah penghormatan itu datang kepadanya.
Malah, lebih kesian kerana penghormatan oleh Zahid Hamidi itu hanya hadir setelah lebih setahun beliau menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Yang paling kesian lagi, walaupun  beliau mengatakan Pak Lah merupakan Perdana Menteri terbaik dalam sejarah Malaysia, tetapi ketika dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015 lalu, beberapa hari kemudiannya, pemimpin yang dikunjunginya untuk meminta nasihat dan pandangan ialah Tun Mahathir Mohamad.

Mengapa ketika itu tidak mengunjungi Pak Lah untuk meminta panduan dan nasihat?

Kalau hari ini Tun Mahathir tidak berbeza pendapat dengan Najib, tidak meninggalkan UMNO dan tidak menubuhkan parti baru, agak-agak siapa yang Zahid puji dan beri penghormatan?

Tun Mahathir atau Pak Lah?

Akhir sekali, kesian dengan Zahid Hamidi...

Rahman Dahlan kecam Dr M sudah tidak waras

Tindakan bekas perdana menteri itu, termasuk tidak menolak kerjasama dengan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menjadi sesuatu yang bukan luar biasa lagi.
JOHOR BAHRU: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini sudah sampai ke tahap tiada kewarasannya.
Beliau berkata apa sahaja tindakan yang dilakukan bekas perdana menteri itu, termasuk tidak menolak untuk bekerjasama dengan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menjadi sesuatu yang bukan luar biasa lagi.
“Tun Mahathir sudah kelirukan satu negara dan saya rasa, apa yang beliau buat sekarang ini tidak lagi menjadi satu perkara yang luar biasa apabila sudah sampai di satu tahap di mana tindakan-tindakan beliau ini pada saya, tiada kewarasannya,” katanya.
Abdul Rahman yang juga menteri di jabatan perdana menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Umno bahagian tersebut, Mohammad Khairi A Malik.
Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menegaskan tiada masalah bagi beliau untuk bekerjasama dengan Anwar, sama seperti yang dilakukan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Dr Mahathir muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lepas untuk menghadiri pendengaran kes permohonan yang difailkan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Umno bergegas adakan PRU14 elak pembangkang bersatu?

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa menekankan kepentingan pembangkang untuk bersatu bagi mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Mungkin ini sebab-musabab tindakan mengejutkan Mahathir yang merungkai permusuhan selama 18 tahun dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjurus kepada perdamaian.
Banyak pihak melihat perkembangan ini sebagai petanda sesuatu yang mendatang sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyatukan pembangkang.
Tetapi Umno tentunya tidak akan hanya duduk dan tidak berbuat apa-apa. Baru-baru ini, khabar angin bertiup kencang mengenai pilihan raya umum ke-14 bakal diadakan seawal Mac tahun depan.
Perkembangan tersebut diakui oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang melihat potensi pilihan raya umum diadakan lebih awal agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mempunyai masa untuk mengatur pergerakan.
"Itu mungkin salah satu faktor," kata Lim kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada pilihan raya umum awal akan memihak kepada pembangkang.
Ditanya sama ada DAP bersedia menghadapi pilihan raya umum lebih awal , anggota parlimen Gelang Patah itu menambah, pihaknya tidak mampunyai pilihan tetapi menghadapinya.
Bagaimanapun, jika pilihan raya umum diadakan pada bulan Mac 2017, Lim percaya bahawa ia akan mengejutkan semua orang, termasuk parti pemerintah sendiri di luar kawalan.
"Beberapa pemimpin Umno mengatakan mereka sentiasa bersedia tetapi saya fikir semua orang akan terkejut," tambahnya.
Namun, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengatakan beliau telah mendengar mengenai pilihan raya umum lebih awal sejak sekian lama.
"Cakap-cakap selalu berbunyi (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) mahu mengadakan pilihan raya selepas sambutan raya tahun depan.
"Bagaimanapun, jika beliau berasa peluang lebih baik jika pilihan raya diadakan sebelum itu, beliau akan mengadakannya seawal bulan Mac," tambahnya.
Anggota parlimen Pandan itu turut mengakui beliau pada mulanya meragui tarikh pilihan raya lebih awal itu kerana parti pemerintah akan memerlukan sejumlah dana yang banyak untuk menghadapi pilihan raya umum.
Namun, pengumuman Putrajaya baru-baru mengenai projek Taman Tugu bernilai RM650 juta membuktikan menimbulkan persoalan yang cukup besar, ujar Rafizi.
Jadi apakah pembangkang bersedia untuk menghadapi pilihan raya?

Zahid: Pak Lah pemimpin contoh kerana tidak kritik Najib

Zahid berkata Pak Lah tidak beri komen negatif kerana pemimpin datang dan pergi, pemimpin diuji.
paklah
KEPALA BATAS: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin contoh kerana tidak pernah memberikan komen negatif terhadap pemimpin lain selepas tidak lagi menjadi perdana menteri.
Beliau berkata Abdullah yang lebih mesra dipanggil Pak Lah ialah pemimpin yang layak untuk dianugerahkan sebagai tokoh pemimpin terbaik.
“Pak Lah tak berikan komen yang negatif kerana pemimpin datang dan pergi, pemimpin diuji. Pak Lah memahami keadaan itu, pemimpin yang harus dihormati,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Abdullah, Timbalan Menteri Luar yang juga Ketua Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow dan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata setiap pemimpin tidak dapat lari daripada dugaan dan menurutnya kekuatan serta kehebatan seseorang pemimpin itu adalah hasil daripada sokongan kuat anggota parti.
“Setiap pemimpin ada dugaannya, Pak Lah juga diduga (dan) beliau berjaya (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) juga diduga dan saya pun diduga.

Arab Saudi kafirkan Iran tindakan melampau, kata pengerusi Shura

Dunia Islam pada masa ini sepatutnya mengamalkan ‘taqrib’ iaitu mendekatkan pihak-pihak yang bertelagah.
Sheikh Abdulaziz Al al-SheikhKUALA LUMPUR: Walaupun tidak berpuas hati dengan kritikan Iran berhubung soal pengurusan haji, Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Al al-Sheikh tidak sepatutnya mengkafirkan negara itu, kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (Shura) Abdul Ghani Samsudin.
Beliau berkata, dunia Islam pada masa ini sepatutnya mengamalkan ‘taqrib’ iaitu mendekatkan pihak-pihak yang bertelagah.
“Sepatutnya tidak sampai ke tahap itu. Masalahnya bila mudah mengkafirkan orang lain. Peserta Iran misalnya sentiasa menjadi juara pertandingan tilawah al-Quran, bagaimana senang-senang mengatakan mereka ‘bukan Islam’ dan Majusi?
“Jika begitu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu buat dasar baru dan singkir mereka yang dianggap bukan Islam ini,” katanya ketika merasmikan ‘Seminar Islam tanpa Sektarianisme’ anjuran Islamic Rennaisance Front (IRF) di Hotel Concorde, hari ini.
Berbanding menyibukkan diri dalam soal perbezaan mazhab, katanya umat Islam perlu membangkitkan masalah ekonomi dan pendidikan yang sedang dihadapi mereka.
“Jika ingin membangunkan negara, masalah pertama yang perlu diselesaikan adalah berkaitan kelaparan, kejahilan dan rasuah.
“Untuk itu, golongan Islamis dan bukan Islamis perlu mewujudkan persefahaman…memahami alam (persekitaran) yang dihuni mereka dan cabarannya,” katanya yang juga ahli Kesatuan Ulama Sedunia.
Seminar tersebut bertujuan mengupas masalah perpecahan dunia Islam terutama antara pengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah.
Pergeseran antara Arab Saudi dan Iran – 2 negara yang tiada hubungan diplomatik secara rasmi – bukanlah perkara baru, apabila kedua-dua negara itu dilihat bersaing merebut pengaruh di rantau Timur Tengah yang sentiasa bergolak.

Bukan tugu, Perdana Menteri perlu diganti baru

Anis (tiga dari kanan) dalam demonstrasi Tangkap MO1, 27 Ogos lalu.Anis (tiga dari kanan) dalam demonstrasi Tangkap MO1, 27 Ogos lalu.
Aktivis mahasiswa membantah pengumuman kerajaan untuk memperindah kawasan Taman Tugu dengan kos keseluruhan projek mencecah RM650 juta seperti diumumkan Perdana Menteri, 5 September lalu.
“Apa signifikan projek-projek seperti Tugu Negara ini mendapat dana sebegitu besar berbanding dengan mengisi perut rakyat? Projek menaik taraf Tugu Negara adalah satu lagi projek yang dilihat tidak ada kepentingan semasa oleh anak muda dan mahasiswa khususnya.
“Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, yang tidak kukuh dan memerlukan naik taraf itu bukanlah Tugu Negara, tapi kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang perlu diganti baru,” bidas Jurucakap Tangkap Malaysia Official 1 (MO1), Anis Syafiqah Md Yusof dalam kenyataannya hari ini.
Menurutnya, mahasiswa berpendapat Najib sudah kontang idea dalam menguruskan kewangan sehingga negara sedang mengalami krisis ekonomi selain kemelut politik yang dahsyat yang dibimbangi menghakis keyakinan pelabur.
“Tak perlu lagi kita cerita bab ketirisan, kehilangan duit setiap tahun yang dilaporkan oleh Audit Negara. Saya kira itu kita semua sudah maklum. Yang kita tidak maklum dan tertanya-tanya kenapa individu sebegini masih kekal memegang tampuk kepimpinan negara?” bidasnya.
Mengulas lanjut projek yang dibangunkan oleh Khazanah Nasional itu, beliau berpendapat Najib tidak menyedari setiap tahun sebanyak 56 peratus daripada kira-kira 400,000 graduan di negara ini gagal mendapatkan pekerjaan.
“Adakah susah sangat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib nak menilai kepentingan yang lebih utama? Bagaimana boleh wujud di benak fikiran Perdana Menteri untuk memperuntukkan RM650 Juta kepada sebuah tugu yang masih elok dan kukuh berdiri?

Zahid: You helped Umno, now we’ll help you

Power-sharing concept in Barisan Nasional helped to secure election victories, says Umno VP.
Zahid HamidiKEPALA BATAS: Umno has always upheld the concept of power-sharing and has never grabbed power for the Malays, said party vice-president Ahmad Zahid Hamidi.
Umno’s power-sharing concept in Barisan Nasional ensured that the ruling coalition emerged victorious in general elections, he said when opening the Kepala Batas Umno division delegates meeting, here today.
Also present were former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi, divisional chairman Reezal Merican Naina Merican, Penang BN chairman Teng Chang Yeow and Penang Umno chairman Zainal Abidin Osman.
Zahid, who is discharging the duties of Umno deputy president, felt that it was time for BN to regain power in Penang.
He said the solidarity among BN component parties clearly showed that coalition partners would assist each other in resolving problems.
“During the Umno crisis in 1987, BN component partners helped Umno. This time Umno will help its friends in BN,” he said.

Umno tidak perjuang sentimen kenegerian, tegas Hishammuddin

Hishammuddin berkata amalan itu hanya membawa kepada polemik perpecahan kerana sentimen sedemikian tidak pernah membina ke arah semangat perpaduan.
HishammuddinTAWAU: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengingatkan seluruh anggota parti agar tidak terikut-ikut mengamalkan sentimen emosi termasuk sentimen kenegerian.
Katanya, amalan itu hanya membawa kepada polemik perpecahan kerana sentimen sedemikian tidak pernah membina ke arah semangat perpaduan.
“Perkara sebegini perlu kita sedarkan kepada orang ramai bermula dari ahli-ahli kita sendiri.
“Kalau semua memainkan sentimen emosi (kenegerian) kadangkala akhirnya emosi boleh mengambilalih pemikiran yang rasional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kalabakan dekat sini, hari ini.
Beliau ditanya mengenai sentimen ‘Sabah for Sabahans’ yang dimainkan individu tertentu.
Terdahulu dalam ucapannya, Hishammuddin merangkap Menteri Pertahanan mempersoalkan apakah tindakan individu tertentu yang memainkan sentimen Sabah for Sabahans sebagai retorik politik atau laungan keikhlasan.
“Pihak yang emosi bersandarkan kepada kemarahan, kebencian dan kerakusan akan berakhir memainkan sentimen perpecahahan…Sabah for Sabahan.
“Sesungguhnya sentimen itu tiada tempat dalam kesinambungan perjuangan Umno,” katanya.
Menurutnya, ketika Sabah diceroboh pengganas Sulu, kerajaan tidak pernah mempertikaikan sentimen Sabah for Sabahan sebaliknya meletakkan kepentingan utama adalah keselamatan rakyat di negeri itu.

Langkah Baharom keluar Umno tak beri kesan, kata Rahman Dahlan

Rahman Dahlan berkata kehadiran perwakilan masih mampu mengisi seluruh dewan menunjukkan perwakilan Gelang Patah masih kuat menyokong Umno.
Abdul Rahman DahlanPETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan peletakan jawatan Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani tidak memberi kesan yang besar pada mesyuarat perwakilan.
Beliau dalam laman sosial Twitternya berkata, tiada seorang pun perwakilan yang mengikut jejak Baharom meninggalkan Umno.
“Sebaliknya, kehadiran perwakilan masih mampu mengisi seluruh dewan sehingga akhir mesyuarat. Mereka tidak berganjak sama sekali,” katanya.
Beliau berkata kehadiran itu menunjukkan perwakilan Gelang Patah menghantar mesej yang kuat kepada orang lain iaitu mereka akan terus menyokong Umno.
Baharom salah seorang daripada 2 pemimpin veteran bahagian Umno Johor yang mengumumkan keluar parti di samping Timbalan Ketua Kulai Tosrin Jarvanti yang juga pegawai khas kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Turut difahamkan, kedua-dua mereka yang juga anggota Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) pernah mengeluarkan kenyataan pada tahun lalu meminta peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Ku Li tak jadi bersara, mahu kekal jadi YB

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menarik balik hasratnya untuk bersara daripada pentas politik dan menjadi wakil rakyat.
Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata demikian semasa ucapan penangguhan Persidangan Perwakilan Umno bahagiannya di Bukit Chekati, hari ini, demikian menurut laporan Bernama.
Kata Tengku Razaleigh atau lebih popular dengan panggilan Ku Li, keputusan itu diambil selepas persidangan itu meluluskan usul supaya beliau kekal menerajui Umno bahagian Gua Musang dan menjadi calon bagi mempertahankan kerusi Parlimen kawasan yang sama.
Dalam perkembangan berkaitan, Ku Li berkata, pertemuan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lepas disifatkan mempunyai motif politik tertentu.
Pertemuan itu mungkin helah politik Mahathir bagi menarik sokongan rakyat terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru didaftarkan, selain cuba menjalin kerjasama dengan parti pembangkang lain, ujarnya.
"Mesti ada sesuatu (pertemuan Mahathir dengan Anwar). Dr Mahathir selalu buat kejutan, tetapi saya percaya pertemuan tersebut hanya demi kepentingan politik semata-mata," katanya kepada pemberita.
Turut hadir Timbalan Ketua Umno bahagian Gua Musang Datuk Nozula Mat Diah, Naib Ketua Umno bahagian Gua Musang Ab Aziz Yusoff, Ketua Wanita Umno bahagian Gua Musang Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor dan Ketua Pemuda Umno bahagian Gua Musang Syeikh Razali Syeikh Hamad.
Isnin lepas, Mahathir dan Anwar bertemu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semasa bekas ketua pembangkang itu memfailkan saman untuk menghentikan operasi Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas alasan ia tidak berperlembagaan.
Dr Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 sebelum memecatnya daripada Umno.

Ismail ajak ahli Umno tebuk 'perahu' Mahathir

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta ahli parti itu tidak bernostalgia dengan bekas presiden mereka, Tun Dr Mahathir Mohamd.
Sebaliknya kata Ismail Sabri Umno perlu bertindak segera bagi memastikan parti itu terselamat.
Kelalaian, katanya, hanya akan menyebabkan Umno terumbang-ambing.
Justeru 'petua' dicadangkan Ismail Sabri ialah, ahli Umno perlu 'menebuk' perahu parti baru disertai bekas perdana menteri itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Jangan kita terkenang-kenang akan jasa Tun Dr Mahathir sehingga perahu kita terumbang-ambing. Beliau sekarang sudah berada dalam perahu lain yang mana beliau bukan hendak menolong perahu kita pun.
"Sebelum beliau tebuk perahu kita, maka adalah lebih baik kita tebuk perahu beliau dahulu.
"Apa yang penting ahli Umno perlu buat sekarang adalah menguatkan parti dan terus bekerja demi bangsa, agama dan negara," katanya dilaporkan Bernama hari ini.
Ismail Sabri yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berucap sedemikian di majlis persidangan perwakilan Umno Kuantan.
Turut hadir ketua di bahagian itu Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat.
Dr Mahathir pernah menjadi presiden Umno dan perdana menteri selama 22 tahun sekali lagi bertindak keluar dari parti berkenaan kerana tidak sependapat dengan Datuk Seri Najib Razak.
Gagal mengajak ahli dan pimpinan Umno menyingkirkan Najib, Dr Mahathir kemudian berpakat dengan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan parti BERSATU.
Pecah-belahkan Melayu
Permohonan parti itu untuk didaftarkan diterima Perndaftar Pertubuhan (ROS) semalam.
Muhyiddin bertindak sebagai presiden manakala Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi penaja parti berkenaan.
Sebelum Najib, Dr Mahathir pernah menjalankan kempen mengetepikan seorang lagi perdana menteri suatu ketika dulu.
Tidak senang dengan cara dan pendekatan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dr Mahathir mengajak sebahagian anggota dan pimpinan Umno mendesak presiden parti itu ditukar.

Skandal 1MDB: Sejak 4 hari lalu polis diam seribu bahasa, DAP buat laporan kedua


KUALA LUMPUR, 10 SEP: DAP hari ini hadir ke Balai Polis Dang Wangi bagi membuat laporan polis berhubung intipati artikel akhbar, The Wall Street Journal (WSJ) Selasa lepas, yang mendedahkan berlakunya subahat dua kakitangan bank tempatan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low) untuk menggelapkan dana terkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
imageSetiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng dan Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Selangor, Young Syefura Othman membuat laporan tersebut awal pagi ini yang antara lain menuntut dua pegawai kakitangan Ambank, Joanna Yu dan Cheah Tek Kuang disiasat kerana didakwa membantu Jho Low memindahkan sejumlah US$1 bilion ke dalam akaun bank peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya meminta polis dan Bank Negara Malaysia menyiasat aktiviti Joanna Yu dan Cheah Tek Kuang memindahkan wang berjumlah besar itu sama ada melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Perkhidmatan Kewangan dan lain-lain,” kata laporan ditandatangani Lip Eng, yang juga merupakan seorang peguam.
Sementara itu, Rara yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor berkata, agensi kerajaan yang bertanggungjawab seharusnya tidak memandang ringan pendedahan akhbar antarabangsa itu dan segera melakukan siasatan terhadap individu-individu berkenaan.
“Laporan dan pendedahan WSJ terbukti mempunyai kredibiliti apabila kes siasatan 1MDB sekarang telah dibuka di Amerika Syarikat (AS) di bawah siasatan kleptokrasi.
“Jika pihak berkuasa boleh bertindak pantas dan segera dalam kes yang melibatkan bola sepak negara, kes yang melibatkan duit rakyat dan pemimpin utama negara seperti 1MDB ini perlulah mendapat prioriti yang lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Kerjasama Tun, Anwar: 'Kita wish all the best' -Johari Ghani

Tun M, Anwar
RAUB - "Kita wish him all the best," kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Johari Abdul Ghani kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyingkirkan kerajaan sedia ada. ‎
Johari berkata kerjasama itu mahupun kelulusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu diperbesarkan kerana di bawah amalan demokrasi, adalah perkara biasa untuk sesiapa sahaja bekerjasama atau menubuhkan parti baharu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Raub di Kompleks Rakan Muda Dong di sini hari ini, yang dihadiri Ketua Bahagiannya Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin.
Semalam, media melaporkan Dr Mahathir berkata beliau tidak mempunyai alasan mengapa tidak boleh bekerjasama dengan Anwar selepas memecatnya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri 18 tahun yang lalu.
Johari berkata amalan 'merajuk sehingga menubuhkan parti baharu' pernah tercatat dalam sejarah Umno apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Semangat 46 kerana menentang Dr Mahathir pada 1988 sebelum kembali kepada Umno pada 1996.
"Orang yang tengah marah, kita biarlah mereka balik ke kampung supaya mereka sejuk. Kita kuatkan parti kita. Jika ada salah perbetulkan dan lama-lama mereka yang akan masuk kembali (ke dalam Umno)," katanya.

Pertemuan Tun M-Anwar bermotif politik - Ku Li

Tun M - Anwar: Sleepless nights for Najib GUA MUSANG - Pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan seterunya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lepas disifatkan mempunyai motif politik tertentu.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata pertemuan itu mungkin helah politik Dr Mahathir bagi menarik sokongan rakyat terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baru didaftarkan, selain cuba menjalin kerjasama dengan parti pembangkang lain.
"Mesti ada sesuatu (pertemuan Dr Mahathir dengan Anwar). Dr Mahathir selalu buat kejutan, tetapi saya percaya pertemuan tersebut hanya demi kepentingan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati di sini, hari ini.

Projek Taman Tugu membazir, elok salurkan kepada anggota keselamatan

Semua lapisan masyarakat di negara ini menyedari bahawa Projek Taman Tugu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah pembaziran nyata.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata lebih membimbangkan apabila projek itu dicadangkan semasa negara berhadapan suasana ekonomi lembab dan hutang negara bertambah sehingga Kerajaan Persekutuan memotong peruntukan sektor pendidikan dan kesihatan.

“Kalaulah untuk mengenang jasa anggota keselamatan, lebih baik kerajaan tumpukan salurkan untuk kebajikan anggota keselamatan yang masih bertugas dan yang dah bersara. Itu lebih bermanfaat,” kata Tian Chua ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Ketika menyentuh kebimbangan sesetengah pihak mengaitkan projek itu sebagai platform Barisan Nasional (BN) untuk menyalurkan dana untuk digunakan dalam kempen pilihan raya, Tian Chia berkata beliau tidak mempunyai bukti ke atas dakwaan itu.
“Saya tidak ada bukti untuk berkata begitu tetapi memang wujud persepsi di kalangan masyarakat umum bahawa bila ada projek besar begini tentunya ada dana besar tertentu di salurkan kepada kontraktor dan ini sekaligus ini menjadi kembimbangan rakyat,” katanya lagi.
Terdahulu, Najib mengumumkan projek Taman Tugu di Kuala Lumpur yang melibatkan kos sebanyak RM650 juta di kawasan seluas 66 ekar sekitar Tugu Negara.

Bekas pegawai khas cabar Mukhriz bertanding di Jerlun

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dicabar bertanding di Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya beliau merasakan rakyat masih menyokongnya.
Haris Che Mat, bekas Pegawai Khas Politik Mukhriz, mendakwa bekas menteri besar Kedah itu takut bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.
Sebaliknya, Mukriz memilih bertanding di kerusi Petaling Jaya Utara atau Puchong, kata Haris yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Pokok Sena pada sidang berita, hari ini.
"Jika ia benar, maka saya minta Mukhriz bertanding di Jerlun dan bapanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di (Parlimen) Kubang Pasu pada PRU14 nanti.
"Sekiranya Tun Dr Mahathir tidak berani isytihar bertanding pada PRU14, eloklah beliau pencen terus daripada politik," katanya.
Dr Mahathir dan Mukriz adalah antara yang menganggotai parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang ditubuhkan baru-baru ini.

Cadangan Noh Omar bukti jelas kelemahan pengurusan kewangan BN

OLEH : SHUHAIMI SHAFIEI
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar pada Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan 2016 di Petaling Jaya, 8 September 2016 berkata kementeriannya bercadang membenarkan pemaju memohon lesen sebagai pemberi pinjaman wang.
Langkah itu katanya diajukan untuk membolehkan orang ramai membeli rumah. Beliau dipetik sebagai berkata yang langkah ini akan “mewujudkan sumber keuntungan kedua” kepada pemaju.
Adakah Noh Omar sedar yang pemberi pinjaman wang berlesen ini kebiasannya mengenakan kadar bunga di antara 12 hingga 18 peratus setahun, – berbanding kadar pembiayaan perumahan biasa yang hanya mengenakan faedah di antara 4 hingga 4.4 peratus setahun?
Noh Omar selaku menteri, sepatutnya berkhidmat kepada rakyat dan bukannya membantu melipatgandakan keuntungan pemaju yang kebiasaannya menikmati keuntungan pra-cukai di antara 15 hingga 20 peratus bagi setiap projek perumahan mereka.
Cadangan ini juga bertentangan dengan semangat diskaun 7 hingga 10 peratus bagi pemohon bumiputera membeli rumah mereka. Apalah makna ada diskaun untuk membeli rumah jika pembeli akhirnya menjadi hamba untuk melangsaikan hutang dengan bunga setinggi 18 peratus setahun?
Kita bernasib baik di Selangor, diskaun ini sentiasa dikekalkan dan polisi ini digabungkan pula dengan harga rumah yang benar-benar mampu milik.
selangorku rumahSewaktu Selangor giat melaksanakan dasar rumah mampu milik untuk rakyat, Noh Omar selaku Pengerusi BN Selangor pula bersungguh-sungguh mahu rakyat dikenakan kadar faedah sehingga 18 peratus di atas nama ‘pemilikan rumah’.
Cadangan ini tidak lain, tidak bukan adalah satu skim untuk memperkayakan pemaju dengan segera dan pada masa sama memangsakan pembeli, seterusnya memufliskan rakyat.

Ahmad Said setia pada UMNO, tolak tawaran PPBM

Ahmad mahu terus berkhidmat untuk UMNO tetapi tidak pasti sampai bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta mencabar kesetiaannya kepada parti.
Menteri Besar Ahmad SaidKEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kesetiaannya untuk terus bersama UMNO dan tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ahmad, 59, yang menyertai UMNO sejak berusia 18 tahun, berkata setakat ini beliau mahu terus berkhidmat untuk UMNO tetapi tidak pasti sampai bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta mencabar kesetiaannya kepada parti.
“Tun Dr Mahathir Mohamad, menghantar orang untuk berjumpa dengan saya, ajak masuk PPBM. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan kepada saya untuk menjadi Ahli Mesyuarat Tertinggi PPBM.
“Setakat ini, saya nak tengok dulu. Saya tak jawab lagi…tetapi tidak tahulah sampai bila, kalau desakan bertalu-talu saya takut saya tidak dapat bertahan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Kemaman, di sini.
Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, berkata selain PPBM, beliau pernah ditawarkan menganggotai parti PAS, PKR dan Amanah, namun menolak kerana tidak mahu mengkhianati UMNO.
Kata Ahmad, beliau tekad untuk terus kekal bersama-sama UMNO bagi melihat perubahan yang bakal dilakukan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kemelut politik di Terengganu.
“Saya telah dimaklumkan Najib memanggil beberapa orang ADUN untuk mendengar sendiri apa masalah yang membelenggu negeri ini.

Nik Aziz kecewa, kecil hati dengan Husam kata Nik Din

Adik kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata abangnya kecewa dengan Husam kerana beliau melakukan perkara yang tidak direstui bekas mursyidul am PAS itu.
husam-musa_nik-aziz_600
PETALING JAYA: Nik Din Nik Mat, adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz menepis dakwaan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa yang kononnya bekas menteri besar Kelantan itu akan mengikut jejak menyertai Amanah, jika beliau masih hidup.
Menerusi satu rakaman video, Nik Din berkata Nik Aziz pada penghujung hayatnya kecewa dengan Husam kerana beliau melakukan perkara yang tidak direstui bekas mursyidul am PAS itu.
“Masa dulu betul tok guru baik dengan dia (Husam) tetapi akhir-akhir ini tak baik dengan dia. Dalam satu pertemuan Husam datang jumpa tok guru sewaktu berkempen PRK Kajang, tok guru marah kepadanya.
“Waktu itu ada berlaku dua tiga kes yang menyebabkan tok guru marah pada Husam. Saya tahu kenapa tok guru marah tetapi saya tidak mahu pecah rahsia itu,” katanya dalam rakaman itu.
Nik Din berkata dakwaan Husam kononnya Nik Aziz akan bersama Amanah jika beliau masih hidup adalah pembohongan.
“Saya ini adik tok guru, saya bercakap bukan sebab nak mengangkat nama tetapi bercakap benda betul dan saya berani bersumpah.
“Kalau Husam kata tok guru sayang pada dia, tidak betul. Saya cakap ini supaya tuan-tuan jelas perkara sebenar jangan terikut-ikut dengan apa yang Husam lakukan. Kita lama dah bersama PAS tiba-tiba nak lari daripada perjuangan Islam,” katanya.

ADNAN YAAKOB SECARA TERSIRAT MAHU SEPENGGAL LAGI SEBAGAI MB PAHANG

Sehari selepas menunjukkan aksi pelik menanggalkan kasut, mengangkat kaki ke muka dan kemudian meletakkan pen di celah-celah jari kaki bagi membuktikan dirinya benar-benar sihat, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob kemudian "membayangkan" tidak mahu bertanding lagi dalam PRU 14 akan datang.

Berucap di mesyuarat perwakilan UMNO Ketereh, Kelantan semalam, Adnan berkata, hasrat itu dibuat kerana beliau sudah  berkecimpung dalam politik agak lama iaitu lebih daripada 30 tahun.

Bagaimanapun, kata Adnan lagi, setakat ini beliau melihat belum ada calon yang sesuai untuk menggantikan tempatnya sebagai Menteri Besar Pahang.

Wayang apa pulak Tok Nan ni?

Kata nak bersara, tapi beritahu tiada pengganti sesuai dalam waktu yang sama. Tak pelik ke?

Nak bersara...bersara sajalah!!

Guna Pesawat TUDM Utk Pergi Rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO PASIR MAS?

TUDM 'derma' pesawat utk kegunaan VVIP UMNO KA !!!
SEJAK BILA TUDM jadi sayap baru UMNO ?
GAJI TUDM dibayar oleh UMNO ka?
HARTA TUDM milik UMNO ka?

TAK ADA PUNYA MALU ka..
Guna harta kerajaan spt harta mak bapak mereka !!!

FAKTA:
Penggunaan aset2, kemudahan, harta atau wang kerajaan untuk urusan parti politik adalah menyalahi undang2 negara.

BERANI TAK SPRM nak siasat penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin UMNO !!!

'Jangan sampai terasing di bumi sendiri'

Kebanjiran warga asing di negara ini mencari rezeki sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk membangun serta memajukan penggunaan bahasa Melayu.
Berdasarkan data rasmi Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 2015, ada lebih 2 juta pekerja asing di negara ini yang bekerja di sektor pertanian, perkhidmatan, pembinaan, pembuatan dan pembantu rumah.
Mereka terdiri daripada warga Bangladesh, Thailand, Filipina, Pakistan, Myanmar, Nepal dan India.
Dalam keadaan mereka seramai itu dan gagal pula menguasai bahasa Melayu sesetengah rakyat negara ini kadang-kadang terasa seperti asing di tanah sendiri.
Pekerja swasta Hamidah Mustafa berkata dalam kehidupan sehariannya dia banyak berhadapan dengan pekerja asing yang hanya mampu berbahasa Inggeris sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia.
Justeru, Hamidah menyambut baik cadangan Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyarankan kerajaan mewajibkan pekerja asing mengikuti - dan lulus - kursus asas bahasa Melayu sebelum diterima bekerja di Malaysia.
“Sekurang-kurangnya kena ajar bahasa asas bahasa Melayu. Sebab kadang-kadang saya rasa kita ni macam pendatang walaupun berada di negara sendiri.
“Contoh macam kalau makan dekat KLCC, kita kena cakap orang putih dengan dia (pelayan). Kita macam warga asing, terutamanya kalau mereka tak fasih bahasa Melayu,” katanya kepada Malaysiakini.
Berbaloi kalau betul
Mohd Khairuddin kelmarin berkata pekerja asing perlu lulus asas bahasa Melayu bagi memudahkan dan melancarkan sebarang urusan yang berkaitan dengan mereka.
Selain itu, katanya ia turut dapat memperkasa dan mengembangkan penggunaan bahasa Melayu.
Bagi Naib Presiden Pertubuhan Keselamatan Asia (Apsa) pula cadangan pekerja asing mempelajari bahasa Melayu adalah idea yang bagus namun memerlukan masa agak lama untuk dilakukan.
Sekiranya perkara itu mahu diteruskan katanya pekerja asing terbabit perlu diberi pendedahan mengenai bahasa Melayu dengan sewajarnya.
“Kalau betul (negara ini nak mewajibkan pekerja asing mahir bahasa Melayu), mereka boleh diberi pendedahan. Berbaloi kalau ia dilakukan dengan betul,” katanya yang menambah kajian perlu dibuat bagi melihat perkara itu dari sudut pandang yang tepat.
Bagi Pengurus Operasi Syarikat Perunding Keselamatan Syamsuddin Abdullah pula memang pekerja warga asing perlu menguasai bahasa Melayu untuk memudahkan komunikasi dua hala dengan rakyat di negara ini.
Katanya, memang sangat wajar warga asing dilatih bahasa Melayu sebelum datang ke Malaysia atau mengikuti kelas berkenaan yang dikendalikan melalui kedutaan mereka di sini.
Langkah itu kata Syamsuddin penting bagi memastikan imej negara kekal dilihat baik dan menolak dakwaan sesetengah pihak asing yang menuduh Malaysia mengabaikan rakyat mereka di sini.
“Jika tidak, Malaysia akan dipandang negatif kerana ada sesetengah negara yang anggap kita mengabaikan pekerja di kalangan rakyat mereka.
“(Sebenarnya mereka yang) kerja tak betul sebab tak faham atau salah faham arahan. Situasi begini banyak berlaku, terutamanya dalam sektor kawalan keselamatan swasta,” katanya.
Selain itu, penjawat awam Jayabalan Harirajan pula mencadangkan pekerja asing tidak perlu mengikuti peperiksaan dalam bahasa Melayu sebaliknya hanya ujian lisan asas bahasa.
Ia kerana katanya pihak ketiga yang menguruskan pekerja asing itu mungkin akan mengambil kesempatan dengan menetapkan kos pembelajaran dan peperiksaan yang akan ditanggung oleh pekerja asing itu sendiri.
“Pihak ketiga akan ambil kesempatan kalau buat peperiksaan, ini semua akan bebankan pekerja asing sedangkan mereka dah banyak sangat tanggung kos sebelum diterima kerja di sini.
“Mereka (pekerja asing) perlu buat pemeriksaan kesihatan, bayaran insurans diri dan pelbagai kos lain.
"Sekarang kita perlu pastikan bahawa pekerja ini tak terbeban,” katanya.

2 veteran Umno Johor keluar parti


Dua veteran Umno Johor yakni Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar dari parti Melayu itu, hari ini.
Kedua-dua mereka telah mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti semasa semasa mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing awal hari ini.
"Ku istihar keluar dari menjadi ahli Umno semasa berucap sebagai Pengerusi Tetap di Mesyuarat Perwakilan Umno Gelang Patah pada 10 September 2016," jelas Baharom Abdul Ghani yang disiarkan di laman Facebook milik beliau.
Baharom adalah pengasas Umno bahagian Gelang Patah yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan merupakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) antara tempoh 1995 hingga 2004.
" Umno sekarang bukan lagi parti orang Melayu tapi sudah jadi parti milik Datuk Seri Najib Razak yang tidak boleh diselamatkan lagi, " kata beliau dalam catatannya.
Dalam petikan video memaparkan ucapan beliau, Baharom memberitahu perwakilan kepimpinan Umno enggan menerima realiti dan Najib disifatkan punca kepada semua masalah parti.
Sementara itu, Tosrin mengumumkan keluar parti dengan mengembalikan bendera Umno kepada ketua Umno bahagian Kulai.
"Inilah bendera yang saya pertahankan selama 49 tahun tetapi hari ini saya dengan rela hati kembalikan bendera ini kepada ketua bahagian saya dengan mesej kepada semua ketua Umno bahagian untuk menjaga Umno baik-baik untuk orang Melayu," kata Tosrin.

'Politik tong najis' Mahathir, Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi membuat kejutan besar apabila hadir memberi sokongan kepada musuh ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah pada 5 September lalu.
Selepas 18 tahun, pertemuan itu dianggap detik penuh sejarah apabila kedua-dua musuh politik itu bertentang mata dan dilihat berjabat tangan.
Pertemuan antara kedua-dua tokoh itu menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi. Antara penyokong Mahathir (baca: Parti Pribumi Bersatu Malaysia - BERSATU), Datuk Seri Najib Razak (baca: BN) dan Anwar (baca Pakatan Harapan) masing-masing mentafsirkan pertemuan itu dengan perspektif yang berbeza-beza.
Tidak kurang juga yang bersikap sinis terhadap kedua-dua tokoh itu dan menganggap pertemuan tersebut sebagai lawak terbaik yang pernah dipersembahkan di abad ini.
Pak cik dan mak cik di kampung-kampung barangkali menerima berita tersebut dengan mulut hampir ternganga.
Apa yang berlaku selepas ini, tiada sesiapa yang dapat menjangkakannya. Barangkali Malaysia memerlukan seorang Nostradamus untuk meramalkan kejutan demi kejutan yang bakal berlaku dalam politik negara.
Yang pasti masih terlalu awal untuk merumuskan pertemuan kedua-dua tokoh itu dan kesannya kepada lansdkap politik tanah air.
Kejutan dan drama
Kedua-dua tokoh itu sememangnya penuh dengan kejutan dan drama. Sebagai pemimpin yang bergelumang dalam dunia politik berpuluh tahun lamanya, tentu kedua-dua mereka mempunyai pengalaman dan kebijaksaan politik tersendiri.
Kebijaksanaan politik itu memerlukan strategi pintar serta percaturan nakal yang kadang kala sukar pula diramal.
Ibarat pendekar yang sedang berpencak silat dalam gelangang. Dan sebagai pendekar, tentu sekali gaya dan langkah kependekaran itu memerlukan kepintaran tinggi juga, dan sedikit sebanyak tipu muslihat.
Pertemuan 5 September itu juga tidak mungkin berlaku secara spontan atau tanpa dirancang, sekurang-kurangnya di pihak Mahathir.
Melalui berita dan gambar, kita hanya tahu Mahathir menemui Anwar, manakala Anwar menyambut salamnya dengan senyuman termanis yang dapat diberikan.
Selebihnya, apa yang berlaku di belakang tabir sebelum pertemuan itu, hanya mereka yang tahu. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang kini semakin kuat dan berpengaruh dalam PKR tentu lebih arif mengenai hal ini.
Sebagai ahli politik, tidak ada sebab mengapa Anwar perlu mengelak daripada bertemu Mahathir. Ia adalah kesempatan terbaik baginya untuk menonjolkan dirinya sebagai tokoh berjiwa besar dan bukan pendendam di sebalik dakwaan sekian lama dia dianiaya bekas bosnya itu.
Bagi Mahathir pula tindakannya itu juga pasti dilihat seperti menjilat ludah sendiri. Namun itu sudah tidak penting bagi dirinya kerana keutamaannya pada masa ini adalah menjatuhkan Najib.
Mesej dan wahyu daripada Anwar
Adalah jelas bahawa Mahathir mahu menyampaikan mesej tertentu kepada bekas anak didik dan musuh paling ketatnya dalam sejarah.
Pada kenyataannya selepas itu, Mahathir mengatakan beliau hadir bagi menyokong usaha Anwar mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan memberi lebih banyak kuasa kepada perdana menteri.
Selain itu, mesej-mesej yang dihantar mungkin perlu dibaca secara tersirat. Daripada mesej tersirat itu pula, tidak keterlaluan untuk ditafsirkan bahawa Mahathir sedang mendapatkan sokongan Anwar terhadap parti yang baru yang diasaskannya - BERSATU.
Mahathir tahu bahawa parti baru yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin itu tidak akan dapat bergerak sendiri tanpa sokongan dan bantuan parti-parti pembangkang lain.
Mahathir juga kini mungkin menyedari kesilapan peribadi yang pernah dilakukan Anwar tidak sehebat kesalahan yang dilakukan Najib.
Tetapi adalah mustahil untuk Mahathir meminta maaf atau mengakui beliau terlibat dalam konspirasi politik untuk menjatuhkan dan memenjarakan Anwar seperti yang dipercayai sebahagian besar penyokong pembangkang.

'Tun M hantar orang ajak saya sertai Bersatu' , Ahmad Said kekal bersama Umno...

Ahmad Said
KEMAMAN - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kesetiaannya untuk terus bersama Umno dan tidak‎ menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ahmad, 59, yang menyertai Umno sejak berusia 18 tahun, berkata setakat ini beliau mahu terus berkhidmat untuk Umno tetapi tidak pasti sampai bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta mencabar kesetiaannya kepada parti.
"Tun Mahathir Mohamad, telah menghantar orang untuk berjumpa dengan saya untuk mengajak masuk Bersatu. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan kepada saya untuk menjadi Ahli Mesyuarat Tertinggi Bersatu.‎
"Setakat ini, saya nak tengok dulu. Saya tak jawab lagi...tetapi tidak tahulah sampai bila, kalau desakan bertalu-talu saya takut saya tidak dapat‎ bertahan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman, di sini.
Ahmad, yang juga Adun Kijal, berkata selain Bersatu, beliau pernah ditawarkan menganggotai parti Pas, PKR dan Amanah, namun menolak kerana tidak mahu mengkhianati Umno.
Kata Ahmad, beliau tekad untuk terus kekal bersama-sama Umno bagi melihat perubahan yang bakal dilakukan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kemelut politik di Terengganu.
"Saya telah dimaklumkan bahawa Najib telah memanggil beberapa orang Adun untuk mendengar sendiri apa masalah yang membelenggu negeri ini.
"Najib janji untuk mengadakan perubahan. Saya masih lagi ahli Umno...saya tidak berdendam cuma jangan kejutkan harimau yang sedang tidur," katanya yang turut mengingatkan perwakilan supaya tidak memandang rendah kepada kemunculan parti baharu.

Along Berlesen: Deritalah M'sia jika idea Noh diterima

Boleh dikatakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar layak dikritik, dibidas malah diherdik sekalipun atas cadangan beliau untuk memberikan lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan.
Ini kerana bukan saja portal propembangkang dan ahli-ahli parlimen pembangkang mengkritik cadangan Noh itu, malah bantahan turut disuarakan portal prokerajaan dan pelbagai organisasi lain.
Rata-rata pelbagai pihak menyuarakan sentimen dan maklum balas negatif terhadap cadangan Noh yang disifatkan bukan saja tidak menyelesaikan masalah, malah menambahkan lagi kerumitan di kalangan rakyat negara ini yang belum memiliki rumah.
Antara yang ketara menyuarakan pandangan sedemikian ialah bekas presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), Ng Seing Liong yang menegaskan pemaju perumahan lebih suka menggunakan dana sedia ada untuk membina lebih banyak rumah berbanding memberi pinjaman kepada pembeli.
Pendapat Ng disokong ketua pelaburan untuk Pengurus Amanah Pelaburan Hartanah Axis Berhad dan bekas presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia, Siva Shanker.
Katanya, pemaju sepatutnya memberikan fokus kepada pembinaan harta tanah.
Terikat bayaran jangka panjang
Pembeli pula katanya tentu tidak mampu untuk berasa gembira dengan cadangan sedemikian kerana beban hutang akan bertambah.
Ia kerana faedah setinggi 18 peratus yang akan dikenakan syarikat pemaju adalah lebih tinggi berbanding kadar ditawarkan bank tempatan untuk pinjaman perumahan.
Jika pembeli tidak mengambil pinjaman penuh (100 peratus) sekalipun daripada pemaju perumahan, dengan kadar 18 peratus itu mereka akan terbeban, ditambah pula dengan tanggungan baki pinjaman yang diambil dari bank tempatan.
Bayangkan seorang pembeli yang mengimpikan memiliki sebuah rumah tetapi kemampuan semasanya terhad cuma menyediakan deposit 10 peratus kepada pemaju.
Pihak bank pula sekadar meluluskan pinjaman sebanyak 70 peratus daripada harga rumah berkenaan selepas mencongak tahap kemampuan kewangan pemohon tersebut.
Ini bermakna pembeli terpaksa mendapatkan pinjaman bagi pembiayaan 20 peratus lagi daripada pemaju dengan kadar faedah 18 peratus.
Dalam keadaan ini, pembeli tersebut terikat dengan bayaran ansuran bulanan jangka yang panjang kepada pihak bank daripada pinjaman 70 peratus tadi.
Pada masa sama, pembeli juga terpaksa menanggung bayaran ansuran yang tinggi bagi pinjaman 20 peratus pada pemaju dengan kadar faedah 18 peratus.
Bagi segmen pembeli berpendapatan sederhana yang ingin membeli rumah pula, persoalan utama yang timbul ialah sama ada mereka mampu untuk membayar dua pinjaman sekaligus dalam tempoh sebulan bagi memiliki seunit rumah untuk tempoh yang lama.
Keadaan akan bertambah buruk jika pembeli mengambil pinjaman penuh (100 peratus) daripada pemaju, kerana jumlah hutang tersebut akan menjadi empat hingga enam kali ganda berbanding nilai pinjaman pokok.
Sewa sampai bila-bila

Pengasas Umno Gelang Patah umum keluar parti

Datuk Baharom Abdul Ghani ialah bekas Adun Tanjung Kupang, bekas ketua Umno bahagian Gelang Patah dan bekas exco kerajaan negeri Johor.
umno_out1
PETALING JAYA: Pengerusi Tetap Umno Bahagian Gelang Patah, Johor Datuk Baharom Abdul Ghani mengumumkan keluar parti, secara tiba-tiba ketika menyampaikan ucapan pada mesyuarat perwakilan bahagian itu pagi tadi.
Baharom ialah bekas Adun Tanjung Kupang, bekas ketua Umno bahagian Gelang Patah dan bekas exco kerajaan negeri Johor.
Beliau turut memuat naik status memaklumkan keputusannya meninggalkan parti Melayu itu di laman Facebook miliknya, dan ramai rakannya menyokong keputusan itu.
“Umno Bahagian Gelang Patah yang ku tubuhkan selaku Ketua Penaja 1994 dan sebagai Adun 1995-2004… ku isytihar keluar daripada menjadi ahli semasa berucap sebagai pengerusi tetap di mesyuarat perwakilan Umno Gelang Patah 10 September 2016,” tulisnya di Facebook.
Dalam satu klip video ucapannya pagi tadi, Baharom berkata beliau tidak pernah seinci pun berganjak dalam perjuangan Umno meskipun parti dilanda krisis, sejak bahagian itu ditubuhkan pada 1994.

Rafizi: Melesenkan Pemaju Memberi Pinjaman Perumahan: Cadangan Paling Gila Yang Membunuh Rakyat

Tinjauan: Buat referendum dulu sebelum nak buat pembangunan di Kg Baru

SPRM pantas siasat 'isu bola', tapi mengapa 'isu 1MDB' tidak, soal Rara

Dua pegawai tertinggi bank terlibat bantu Jho Low pindah wang ke akaun Najib

Jika benar Dr Mahathir melakukan onar............

Dari sekarang elok kita membuat keputusan dalam pemikiran kita yang isu 1MDB dan tindakan rasuah yang tidak terperi besarnya itu dilakukan oleh pimpinan kita yang bertanggungjawab keatas pengwujudan 1MDB itu. 1MDB itu seolah-olah sememangnya dari ‘day one’ telah wujud semata-mata untuk menyelongkar kekayaan negara kita untuk kepentingan kewangan dan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin yang mewujudkannya.
Tetapi sebesar mana sekali pun isu 1MDB ini kita perlu memahami yang negara kita telah tidak terurus dengan baik sejak  tiga dekad dahulu. 1MDB hanyalah kemuncak kepada onar dan kesalahan pimpinan sejak tiga dekad itu dalam memimpin negara dan sikap minum sambil menyelam untuk kekenyangan tompolok masing-masing. Ada pemimpin yang menggunakan rasuah untuk mengekalkan kepimpinan tetapi jika kita selidik dengan baik, ada pemimpin yang boleh dirasuah untuk melayakkan jawatan bagi kepentingan perasuah yang mengambil alih kepimpinan itu.
Sejak tiga dekad dahulu tidak ada lagi semangat untuk menjayakan misi ‘nation building’ dan disebaliknya istilah ‘nation building’ itu ditakrifkan pembangunan fisikal dengan bangunan tertinggi di dunia, jambatan yang panjang-panjang dan tiang bendera yang tertinggi serta gong yang paling besar didunia yang pernah wujud diperkarangan angkasapuri suatu ketika dahulu.
Tidak mereka dan rakyat yang menyokong mereka itu sedar bahawa pembangunan fisikal itu merupakan sebahagian kecil komponan dalam konsep ‘nation building’ itu. Oleh kerana itu kita sudah hampir hilang identiti sebagai bangsa-bangsa timur seperti bangsa Melayu. Mereka lebih mengutamakan pembangunan material sehinggakan bangsa Melayu sudah tidak dikenali lagi. Mereka mengambil sikap identiti bangsa itu tidak penting kerana yang lebih penting ialah pembangunan material yang besar kepada setiap orang khususnya bangsa Melayu itu.
Mereka tidak menyedari bangsa Jepun bertambah maju tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri bangsa Jepunnya. Budaya mereka tetap kekal walaupun sebesar mana sekali pun perubahan zaman dan waktunya yang melanda setiap manusia dari dulu hingga sekarang. Tetapi sebaliknya ciri-ciri Melayu kita sudah hilang hampir kesemuanya kerana mereka menganggapkan untuk maju kita perlu menghilangkan budaya dan ciri kemelayuan itu. Tetapi yang dicita-citakan untuk maju dalam segala bidang itu tidak juga tercapai dan sekarang bangsa Melayu masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain di negara ini. Akhirnya yang dikendung berciciran dan yang dicita-citakan tidak juga tercapai.
Yang jelas berkembang ialah budaya rasuah yang tidak terkawal kerana budaya baru untuk mengumpulkan kekayaan sudah menjadi budaya kita sekarang ini. Oleh kerana tidak ada kemampuan untuk menjadi kaya maka mereka menggunakan kuasa dan pengaruh politik yang mereka mahir untuk mengaut kekayaan itu tanpa memiliki moral dan nilai kemanusiaan yang baik walau kecil mana sekali pun. Memegang kuasa politik melalui parti politik tunggangan mereka sudah menjadi perkara yang sudah diterima dan dibudayakan oleh bangsa Melayu khususnya mereka yang mempunyai otot kuasa dan pengaruh besar dalam kerajaan. Kedudukan dalam kerajaan dan parti yang memerintah merupakan modal perniagaan mereka dan budaya rasuah itu adalah budaya yang sangat mudah bagi mereka mengaut dan membina kekayaan dan kuasa yang tidak terkawal itu.

Tidak mapan bagi pemaju beri pinjaman - Menteri Kewangan II

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani menekankan cabaran yang dihadapai sekiranya pemaju perumahan diberikan lesen untuk memberi pinjaman kepada pembeli hartanah.
Walaupun Persatuan Pemaju Harta Tanah dan Perumahan (Rehda) melihat cadangan secara positif, Johari memberitahu Malaysiakini bahawa langkah sedemikian mungkin tidak mapan untuk pemaju.
Menteri itu menjelaskan bahawa pemaju perlu mendapatkan pinjaman dari bank untuk memulakan projek perumahan.
"Beritahu saya, yang pemaju di Malaysia mampu membina rumah dan menjualnya selepas selesai? Tidak, semua pemaju perlu menjual rumah berdasarkan kemajuan, kerana mereka tidak mempunyai wang.
"Ia kelihatan seperti model perniagaan yang sangat tidak mapan untuk pemaju untuk meminjam wang untuk menyiapkan projek itu dan pada masa yang sama memberi pinjaman kepada pembeli rumah," katanya.
Semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Noh Omar mengumumkan bahawa lesen pinjaman wang boleh disediakan kepada pemaju besar untuk memberi pinjaman kepada individu yang tidak boleh mendapatkan pinjaman bank-bank.
Noh berkata, kadar faedah maksimum bagi pembiayaan bercagar dihadkan kepada 12 peratus manakala mereka yang tidak mempunyai cagaran akan dihadkan kepada 18 peratus.
Bagaimanapun, cadangan itu mendapat kritikan daripada pembangkang, pihak berkepentingan dan orang ramai.

Ancaman IS bukan rekaan - Zahid

Datuk Seri Zahid Hamidi menasihati supaya sentiasa berwaspada semasa berada di tempat terbuka seperti pusat hiburan, rumah ibadat bukan beragama Islam dan tempat kunjungan ramai.
zahid-isisBAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata ancaman kumpulan militan IS di Malaysia bukanlah suatu manipulasi, publisiti atau sengaja diada-adakan.
“Saya ingin memberitahu rakyat ancaman IS ini memang benar,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati mereka supaya sentiasa berwaspada semasa berada di tempat terbuka seperti pusat hiburan, rumah ibadat bukan beragama Islam dan tempat yang menarik kunjungan ramai.
Katanya, kerajaan menerusi pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga bagi memastikan kawalan keselamatan negara terjamin.
“PDRM melalui Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas sentiasa melakukan pemantauan pelbagai kaedah termasuk melalui media sosial bagi membendung pengaruh ancaman IS di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan 130 lembu korban sempena Aidiladha untuk diagihkan kepada masjid, surau serta agensi kerajaan dalam Bagan Datoh.
Selain Zahid, lembu berkenaan juga disumbangkan beberapa syarikat antaranya HeiTech Padu Berhad, Naza Group dan MyEG Services Berhad.

DBKL: Penjaja warga asing mewah dengan peralatan

Jumlah peralatan perniagaan penjaja warga asing yang disita sepanjang Januari hingga Ogos hampir menyamai jumlah sitaan sepanjang tahun lepas
Mustafa Mohd. NorKUALA LUMPUR: Jumlah peralatan perniagaan penjaja warga asing yang disita sepanjang Januari hingga Ogos hampir menyamai jumlah sitaan sepanjang tahun lepas, menurut kenyataan DBKL.
Di sidang media di pejabat DBKL berhampiran Jalan Tun Razak petang tadi, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Mustafa Mohd Nor berkata peningkatan ini adalah hasil kempen pembanterasan yang agresif.
“Sepanjang Januari hingga Ogos 2016 sebanyak 4,154 barangan penjaja warga asing telah disita dan tahun 2015 sebanyak 5,057 disita.
“Peningkatan penangkapan ini menunjukkan DBKL benar-benar serius untuk membendung penularan peningkatan penjaja asing di Kuala Lumpur,” katanya, dan menambah DBKL menjangkakan lebih 5,000 peralatan akan disita tahun ini.
Ditanya pemberita mengenai faktor penularan penjaja warga asing, DBKL percaya kini lebih ramai pemegang lesen warga tempatan menyewakan perniagaan mereka kepada pengusaha warga asing.
Pemerhatian DBKL mendapati kebanyakan warga Indonesia terbabit dalam kegiatan kedai runcit manakala warga India, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Thailand cenderung ke arah perniagaan makanan dan minuman.

Bersatu perlu dimiliki tiga karisma untuk kukuh - Dr Sivamurugan Pandian

Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang rasmi didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada hari ini perlu mempunyai tiga karisma utama untuk terus bertapak kukuh di negara ini.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM),  Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian menggariskan tiga karisma utama yang perlu dimilik parti tersebut untuk terus bertapak kukuh di hati anak muda.
Bersatu perlu dimiliki tiga karisma untuk kukuh Kata Sivamurugan, Bersatu sebagai sebuah parti baharu perlu mengetengahkan orang muda dalam barisan kepimpinan.
Selain memberi nafas baharu dalam arena politik negara, langkah itu juga mampu mengekalkan ‘kesegaran’ idea dan pendapat kepimpinan parti itu.
"Anak muda harus diberi peluang terlibat dalam kepimpinan utama parti itu. Keterbukaan itu secara tidak langsung akan menarik minat penyertaan anak muda dalam parti," katanya kepada Sinar Online.
Mengulas lanjut, katanya, Bersatu juga perlu memegang dan mempertahankan prinsip perjuangan parti.
"Ia bagi mengekal dan menambah pengaruh masyarakat di negara ini. Tapi yang penting Bersatu perlu tonjolkan apa kelainan partinya daripada parti-parti yang ada.. Sebab jika sama saja dengan parti lain maka sukar mendapat sambutan," katanya lagi.
Ujarnya lagi, Bersatu juga harus memperkenalkan idea dan mengetengahkan isu semasa berkaitan golongan muda.
Jelasnya, menerusi langkah itu, orang muda akan melihat Bersatu sebagai sebuah parti yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat.

Gabungan Tun M, Anwar bakal hasilkan tsunami besar

 Gabungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghasilkan gelombang besar Gabungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghasilkan gelombang besar
Gabungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghasilkan gelombang besar perubahan ke atas negara ini khasnya dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kali terakhir negara menyaksikan 'tsunami Melayu' adalah ketika Tun Mahathir selaku perdana menteri bertindak ke atas timbalannya Datuk Seri Anwar.
"Nah, adalah menasabah dan tidak mustahil untuk kali ini, ketika kedua mantan PM dan TPM bergabung pula dan kali ini demi 'Selamat Rakyat dan Negara' maka bukan sahaja segmen 'pengundi Melayu pro-perubahan' bahkan rakyat patriotik yang merentasi semua kaum, agama dan budaya bahkan afiliasi politik, akan mencetuskan satu gelombang besar perubahan," katanya kepada Malaysia Dateline.
Beliau mengulas pertemuan dan berjabat tangan erat antara Tun Mahathir dengan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 5 September lalu.
Ia diikuti dengan gabungan antara peguam kedua-dua pihak menentang Akta Majlis Keselamatan Negara yang dilaksanakan tanpa mendapat kelulusan dari Majlis Raja-raja Melayu itu.
Bagi beliau, pertemuan 5 September itu satu peristiwa ajaib yang tentunya menjanjikan satu permulaan baru buat naratif politik Malaysia.
Ia satu titik mula kembali bagi meneruskan gandingan kepemimpinan dua tokoh besar ini, katanya.
"Saya yakin rakyat teramai mahu menyaksikan pertautan dua tokoh negarawan ini, yang saling menunjukkan jiwa-besar mereka, demi mengangkat agenda memakmurkan rakyat dan menyelamatkan negara," kata Dr Dzulkefly.
Oleh itu, katanya, mereka tidak mempunyai waktu lagi untuk berlengah bagi membicara perihal 'titik-bengit kesilapan silam'
"Ya, sememang tidak mudah dipadamkan sejarah hitam yang juga satu tragedi buat kelangsungan kepimpinan negara.
"Pun begitu, apakah akan kita saksikan erti dan makna kata-kata hikmah orang-orang tua kita, 'Bidok Berlalu, Kiambang Bertaut?" soalnya.
Bagi beliau, yang terlebih penting dari kesemua peristiwa bersejarah ini adalah menterjemahkannya kepada satu perubahan.
"Ia yang amat dinanti-nantikan sebahagian besar rakyat Malaysia amnya dan segmen pengundi Melayu pro-perubahan khasnya, yang sangat mendambakan penanambahbaikan serta penamatan kepada segala kebobrokan kepimpinan yang tempang mutakhir ini," katanya.
Katanya, peristiwa ini berlaku ketika penguasa politik eksekutif sudah sampai kekemuncak keangkuhannya sehingga sanggup memperkosa dan menjerut segala cabang kuasa Judisiari dan Kehakiman, bahkan membelakangi Majlis Raja-Raja.