Khamis, 8 September 2016

Persatuan Peguam Muslim setuju pindaan Akta 355

TAK SANGKA!! Pesara Tentera MENGAMUK Selepas TERKENANG Janji-Janji PALSU Kerajaan

SIAP SEDIALAH UMNO!! Pesara Tentera Akan TENTANG HABIS-HABISAN Umno BN

BONGKAR!! Giliran TENTERA Jadi Mangsa, 1MDB Hutang 400Juta Lembaga Tabung Angkatan Tentera

AYUH PAS!! Kembali Kepada PKR Untuk Tumbangkan Najib dan Umno

Kleptokrasi: Najib Perlu Beri Jawapan Kukuh

Adnan kepit pen guna jari kaki kejutkan DUN Pahang

Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini dikejutkan apabila menteri besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob menanggalkan kasut dan mengangkat kaki ke mukanya.
Adnan kemudian meletakkan pen di celah jari kaki ketika kakinya diangkat dan bertanya sama ada anggota di dalam dewan boleh melakukan perkara yang sama, lapor Sin Chew Daily.
Menteri besar Pahang itu membuat aksi pelik itu bagi menunjukkan dia berada dalam kesihatan yang baik.
"Saya berpendapat, walaupun kesihatan saya masih hebat, namun tidak ramai dapat melakukan begini," katanya dipetik dari rakaman audio yang diperoleh Malaysiakini.
Terdapat kalangan ADUN wanita dalam dewan beristighfar apabila Adnan bertindak sedemikian.
Beliau dilapor berkata, sepanjang 18 tahun menjadi menteri besar dan 30 tahun menjadi ADUN, kesihatannya sangat baik namun terdapat dakwaan beliau tidak sihat baru-baru ini.
Adnan berkata beliau hairan dengan khabar angin itu dan memberi jaminan berada dalam keadaan sihat.
Merujuk kepada aksi mengepit pen menggunakan jari kaki itu, Adnan berkata ia membuktikan kesihatannya baik.
ADUN Bilut, Chow Yu Hui, ketika dihubungi berkata beliau hairan dengan tingkah laku menteri besar berkenaan.
"Saya tidak pernah menyangka dia akan melakukan sesuatu seperti itu. Ia adalah mengejutkan dan tidak dijangka," katanya.
Sebelum itu, Adnan mensasarkan PKR kerana menuduhnya rasuah atas penjualan kompleks beli-belah Kuantan Parade, yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Beliau memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk memulakan saman fitnah terhadap mereka yang membuat tuduhan sedemikian.
Adnan juga menafikan salah laku berkenaan dan mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara itu.

Biar Gambar Berbicara..


JADI KE AMERIKA NAK BUNUH MELAYU?


Semalam, semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN di Laos, Najib Razak bersama isterinya, Rosmah Mansor turut berkesempatan berbual mesra dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika majlis makan malam diadakan.

Najib sendiri memuat naik gambar pertemuan itu di laman sosial miliknya.

Agaknya, jadi atau tidak Amerika nak bunuh Melayu seperti yang digembar-gemburkan oleh Ketua Menteri Melaka, Idris Haron selepas pertemuan Najib - Obama itu?

Siasatan institut akauntan ke atas juruaudit 1MDB masih berjalan

CEO Institut Akauntan Malaysia tidak mahu beri garis masa bila siasatan akan selesai.
Dr-Nurmazilah-MahzanPETALING JAYA: Institut Akauntan Malaysia (IAM) masih menyiasat aduan terhadap juruadit luar yang dilantik 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ketua Pegawai Eksekutif Dr Nurmazilah Mahzan mengesahkan perkara itu kepada The Edge Financial Daily hari ini.
Beliau tidak mahu beri garis masa bila siasatan akan selesai.
Wakil rakyat pembangkang Tony Pua membuat aduan kepada IAM terhadap KPMG dan Deloitte Malaysia pada Mac dan Jun tahun lepas, mendakwa firma terbabit gagal mengambil usaha wajar secara sengaja atau cuai dalam audit 1MDB.
Beliau mendakwa ia menyebabkan pemfailan penyata kewangan tahunan 1MDB yang meragukan.
Susulan tuntutan sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk mendapatkan semula harta bernilai AS$1 bilion yang didakwa digelapkan daripada 1MDB, Deloitte berkata laporan audit olehnya yang berkaitan dengan penyata kewangan 1MDB tahun 2013 dan 2014 tidak dijadikan sandaran.

Angkut sambil lombong punca berjuta tan bauksit gagal dieksport - Fuziah

Fuziah tidak yakin baki bauksit itu dapat dikosongkan dalam tempoh tiga bulan ini, malah beliau juga bimbang dengan ramalan Kuantan mungkin dilanda banjir besar pada akhir tahun ini.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa aktiviti melombong bauksit masih berlaku dan ia adalah punca 4.13 juta tan bauksit tidak sempat dieksport dari Pelabuhan Kuantan.
Wakil rakyat PKR itu berkata, dakwaan terbabit dibuat berdasarkan aduan orang ramai.
“Ada 4.13 juta tan bauksit lagi kan? Ini yang saya tak faham, dah beberapa bulan masih tak settle? Itu yang saya khuatir ada aktiviti mengorek sambil membawa simpanan (bauksit) keluar,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau mengulas keputusan kerajaan melanjutkan tempoh moratorium ke atas aktiviti perlombongan bauksit buat kali ketiga sehingga 31 Disember ini untuk mengosongkan baki 4.13 juta tan bauksit dalam simpanan.
Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi amaran moratorium itu akan dilanjutkan lagi, jika semua baki bauksit gagal dieskport menjelang hujung tahun ini.
Mengulas lanjut, Fuziah tidak yakin baki bauksit itu dapat dikosongkan dalam tempoh tiga bulan ini, malah beliau juga bimbang dengan ramalan Kuantan mungkin dilanda banjir besar pada akhir tahun ini.
“Bukan setakat angkut simpanan bauksit, tapi melihat juga kepada rantaian perlombongan. Daripada melombong sampai kepada mengangkut, sampai ikut laluan mana, sampai nak eskport.
“Aspek-aspek itu semua belum siap, belum ada laluan khas, belum ada lokasi stockpile, belum ada usaha rehabilitasi.
“Kalau (bauksit) tak dibersihkan, ia boleh menyebabkan banjir selut, sebab banyak hasil (bauksit) atas bukit. Kuantan ini kawasan paling rendah dan amat bahaya,” katanya.

Menteri patut malu guna PIBG kutip derma selenggara sekolah

Aminolhuda HassanAminolhuda Hassan
Tindakan Kementerian Pendidikan menyokong cadangan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Seri Noh Omar agar persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) mewajibkan kutipan derma bagi penyelenggaraan bangunan sekolah adalah memalukan di saat negara sudah 59 tahun mencapai kemerdekaan.
Pengerusi Biro Pendidikan AMANAH Nasional Aminolhuda Hassan berkata, di saat rakyat dibebankan dengan kenaikan kos sara hidup akibat harga barangan dan perkhidmatan meningkat angkara cukai barangan dan perkhidmatan (GST), cadangan menteri berkenaan untuk mewajibkan kutipan derma dan sokongan Kementerian Pendidikan adalah amat dikesali.
"Mesti ramai ibu bapa gembira dengan berita ini, sama macam betapa gembiranya mereka sebab kena derma kertas A4 kepada sekolah sebelum ini.
"Di samping menderma setiap hari kepada kerajaan melalui cukai GST, ibu bapa boleh juga menderma untuk penyelenggaraan bangunan sekolah anak-anak anda," ujarnya sinis.
Pengerusi AMANAH Johor itu juga mempersoalkan sikap kerajaan BN yang secara berterusan membebankan rakyat sedangkan kutipan hasil cukai GST berjumlah berbilion ringgit.
"Ke mana hasil GST yang ditimpakan kepada seluruh rakyat nak digunakan oleh kerajaan Umno-BN?
"Ke mana hasil Petronas dan lain-lain hasil cukai negara seperti permit import (AP) kereta dan lain-lain digunakan oleh kerajaan Umno/BN?" soal beliau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Yaani itu juga mempersoalkan sama ada hasil negara masih digunakan untuk membiayai perbelanjaan dan projek mewah perdana menteri seperti membeli dan menyelenggara jet peribadi atau membayar hutang dan faedah yang ditanggung syarikat berkaitan kerajaan, 1MDB yang sarat hutang.
"Akhirnya pembangunan infrastruktur sekolah anak-anak kita terabai dan yang menanggungnya ibu bapa?
"Cukup-cukuplah wahai rakyat Malaysia! Sedarlah anda bahawa perubahan kepimpinan untuk mengurus negara bukan sekadar turunkan PM tetapi menurunkan keseluruhan mereka yang telah membawa negara Malaysia tercinta ini ke lembah kemiskinan intergriti, kemiskinan amanah pemimpin dan kemiskinan rakyat yang dipaksakan ekoran salah urus takbir pemimpin Umno-BN," tegas beliau.

Negara tak muflis pun pada kadar hutang 103.4%, kata Rahman Dahlan

"Jika kita tidak muflis ketika kadar 103.4% pada tahun 1985, bagaimana mungkin kita boleh menjadi bankrap pada kadar 55%?" jawabnya.
rahman-dahlan-ringgit-malaysiaPETALING JAYA : Rakyat dan parti politik tertentu digesa berhenti menyebarkan maklumat salah atau menakut-nakutkan pelbagai pihak kerana ia akan menjejaskan keyakinan pelabur dan pengguna terhadap ekonomi negara.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengibaratkan tindakan itu mensabotaj ekonomi negara.
“Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab tidak sepatutnya berkongsi atau menyebarkan maklumat mengelirukan atau propaganda seperti itu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Beliau mengulas mengenai beberapa mesej berkaitan ekonomi negara yang tersebar luas menerusi aplikasi Whatsapp sejak kebelakangan ini, dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.
Mengulas lanjut, Pengarah Komunikasi Strategik BN mendakwa secara amnya pelan transformasi kerajaan menampakkan hasil memberangsangkan, melihat kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“Semua rakyat Malaysia sepatutnya memberi tumpuan terhadap kejayaan sedemikian dalam kita mengharungi ketidaktentuan keadaan global ketika ini,” katanya.
Mengulas mesej yang tersebar itu, Abdul Rahman berkata kebanyakan mesej berkenaan berkisar nisbah hutang semasa negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 53.4% sehingga 30 Jun lalu.
Nisbah itu menunjukkan tanggungan hutang kerajaan berbanding KDNK, jelasnya.

FAM dedah kandungan pendrive lebih penting daripada cari pembocor rahsia

Khairy percaya peminat bola sepak tidak mahu tahu siapa yang membocorkan maklumat itu, sebaliknya mereka lebih berminat dengan kandungan dalam pendrive itu.
Bahasa.-Khairy-Jamaluddin,-pemacu-pena,-TMJ,-MiloKUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengutamakan pendedahan isi kandungan pendrive berbanding mencari individu yang membocorkan maklumat itu, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
“Sudah pastinya yang penting adalah isi kandungannya, dari segi keutamaan saya percaya peminat bola sepak tidak mahu dengar siapa yang membocorkan maklumat dan sebagainya,” katanya selepas ditemui pada majlis Forum Kyoto-Asean 2016 hari ini.
Pada 1 September lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, badan induk bola sepak itu sedang menyiasat individu yang menyerahkan pemacu pena itu kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberikannya kepada Khairy.
Sebelum ini, Khairy berkata, isi kandungan dalam pemacu pena yang diserahkan Tunku Ismail tidak mempunyai bukti penyelewengan ataupun ketirisan dalam FAM, sebaliknya ia sekadar dokumen teknikal mengenai bola sepak Malaysia.
Isnin lalu, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki mengesahkan kandungan pemacu pena itu tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

Rahsia keakraban hubungan DAP-AMANAH

Saya begitu tersentuh dengan tulisan YB Liew Chin Tong yang telah disiarkan di akhbar Amanah keluaran ke 12 iaitu untuk tempoh 14 – 20 Ogos 2016.
Dalam penulisan beliau amat jelas bahawa antara sebab utama DAP begitu selesa dalam berkerjasama dengan Amanah adalah kemampuan berkomunikasi dan kejujuran dalam berpakat.
Sebenarnya kedua-dua sifat ini sepatutnya merupakan sifat semulajadi bagi mana-mana organisasi, lebih-lebih lagi yang memperjuangkan Islam.
Tetapi malangnya cara ia dinyatakan oleh Liew seolah-olah ia merupakan sesuatu yang amat sukar dijumpai di kalangan organisasi politik dewasa ini.
Sememangnya persoalan komunikasi adalah penting bagi sebuah organisasi yang ingin membawa aspirasi Islam.
Dalam suasana Islam diberikan imej yang ganas dan buruk, kemampuan kita menjelaskan prinsip Islam dalam bahasa yang mudah dan meyakinkan adalah antara cabaran terbesar mana-mana jemaah Islam.
Kecenderungan untuk merempuh, mengugut, memaksa dan sebagainya, sepertimana yang ditunjukkan oleh sebahagian ‘gerakan Islam’ hanya berlaku apabila kurangnya kemampuan untuk memberi penjelasan dan pencerahan yang meyakinkan.
Akal dan komunikasi
Rasulullah (SAW) pernah berpesan, “bercakap dengan manusia mengikut kemampuan akal dan kefahaman mereka”.
Ini merupakan hadis masyur yang sering diguna-pakai dalam sesi tarbiah untuk membentuk para duat atau pendakwah.
Apabila dibicarakan maksud hadis ini, sering ditekankan bahawa tiada satu corak penjelasan yang sama untuk semua golongan manusia.
Tetapi kadang-kadang dilupai bahawa turut terkandung dan sama penting dalam hadis tersebut adalah bahawa tujuan penerangan ialah untuk memberikan kefahaman melalui akal orang yang mendengar.
Ini adalah kerana mengikut tanpa kefahaman atau ‘taqlid’ secara membabi buta bukan kehendak dakwah islam. Oleh itu, kemampuan berkomunikasi, dalam bahasa yang difahami, melalui kaedah yang diyakini, secara logikal dan rasional yang boleh diikuti minda pendengar adalah sesuatu yang penting bagi semua pendakwah dan pejuang Islam.
Malangnya ramai yang terlibat dalam gerakan Islam diasuh dengan budaya “dengar dan patuh”. Dan atas sebab kononnya usaha mereka berpaksikan ‘keimanan’ maka kefahaman melalui akal seolah-olah tidak diutamakan.
Malahan ada yang menganggap penggunaan akal sebagai sesuatu yang hina dan bercanggah dengan keimanan! Kerana iman adalah kepercayaan tanpa adanya bukti mahupun logik yang membawa kepada kefahaman.
Dan apabila sesebuah gerakan Islam diasuh dengan kefahaman sebegitu rupa, bagaimana ahli-ahlinya akan mampu berkomunikasi? Selama ini ianya sekadar dilatih untuk “dengar dan taat”, “mereka ulama kamu jahil, maka ikut sahaja” dan “jangan banyak tanya, beriman sahaja”.
Maka tidak hairan bagi saya apabila Liew menyebut keselesaannya apabila berbincang dengan pimpinan Amanah, walaupun Amanah sebuah parti Islam.
Akal bukan musuh keimanan
Bagi Amanah, akal adalah antara pemberian Allah yang paling berharga. Pegangan ini terbukti benar apabila ‘Hifzul aqal’ atau ‘penjagaan akal’ disenaraikan sebagai salah satu dari lima perkara utama yang ingin dijaga syariah dalam ilmu Maqasid Syariah.
Akal yang dibebaskan dari pengaruh hawa nafsu mampu membawa manusia kepada kefahaman yang menghasil dan menambahkan keimanan. Akal bukan musuh keimanan. Akal sendiri boleh mengakui kewujudan yang ghaib yang diimani orang-orang yang beriman.
Melalui akal ini dapat juga dihasilkan perbahasan dan komunikasi yang baik samada dengan orang beriman mahupun yang tidak beriman akan sesuatu persoalan.
Oleh kerana ia berpaksikan logik dan rasional tanpa bergantung kepada keimanan, maka komunikasi yang logikal dan rasional seperti yang dinyatakankan di atas mudah difahami semua.

NAJIB ANAK MANJA!! Isi Minyak Kereta Pun Tak Tau - Wakil Veteran Tentera

Berilah pandangan, tapi biarlah ikut kuasa diberi - Mujahid

'Kalau PAN biadab, takkan mufti nak terima kedatangan saya' - Mujahid

‘Ketua lulusan Oxford tapi biar ahli main politik kampung’ - Zam

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyelar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika berkongsi pandangannya berhubung desakan seorang pemimpin MCA supaya Umno tidak lagi menggunakan taktik menakut-nakutkan bangsa lain untuk memenangi hati pengundi Melayu.
Beliau berkata kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menunjukkan bahawa Umno khususnya sayap Pemuda, tidak lagi sejajar dengan perkembangan minda generasi baru.
“Walaupun diketuai oleh seorang yang berkelulusan Oxford tetapi masih membiarkan pemuda-pemudanya bermain dengan politik kekampungan yang tidak relevan dengan generasi terpelajar Melayu kini.
“Walaupun ini tidak dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin sendiri tetapi beliau ternyata lebih mementingkan survival dirinya daripada survival Umno.
“Jeneral-jeneralnya sentiasa menggambarkan Melayu berada dalam ketakutan dan menunjukkan reaksi sanggup berperang dan tidak bersikap rasional walaupun diketuai oleh seorang yang berkelulusan Oxford,” katanya dalam tulisan terbaru di blog.
Mengulas kenyataan Ti, Zainuddin atau juga dikenali sebagai Zam berkata, pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menandakan satu dimensi baru dalam arena politik tempatan.
“(Ini) tidak boleh dipandang kecil oleh parti-parti komponen BN terutama Umno sendiri.
“MCA melihat ini sebagai simbol dinamisma taktik politik Mahathir yang menggambarkan keyakinan baru orang Melayu dan meminta Umno keluar dari kepompongnya yang takut dengan bayang-bayang orang Cina dan memomokkan sebagai Islam berada dalam ancaman,” katanya.
Zam yang juga adalah bekas ketua pengarang Utusan Malaysia berkata, kenyataan Ti tidak boleh dianggap rasis kerana ia adalah pandangan dinamik dan relevan berdasarkan realiti politik pada masa ini.
Beliau berkata generasi baru orang Melayu mahu kepimpinan berwibawa, bersih, cekap dan amanah dari hanya mencari undi atas teriakan perkauman dan keagamaan.
“Saya percaya pandangan Datuk Ti ini tidaklah hanya merupakan fikiran beliau sahaja tetapi tentulah juga fikiran pemimpin-pemimpin MCA yang melihat dinamisma politik dalam kesanggupan Mahathir berjabatan tangan dengan musuh lamanya Anwar Ibrahim di samping bersama dengan DAP yang dianggap sebagai parti perkauman Cina demi keselamatan maruah bangsa Malaysia dan negara,” katanya.
Ti dalam satu kenyataan media sebelum ini, berkata jika Mahathir boleh menjadi cukup Machiavelli untuk mendakap Anwar dalam perubahan suatu permainan, mengapa Umno tidak boleh melakukan perkara yang sama.
"Telah berlalu hari hari-di mana Umno boleh menunjukkan jari kepada golongan minoriti dengan mempamerkan kekuatan dan menjerit supaya Melayu dan Islam bersatu untuk menentang orang lain", kata Ti.

Usahawan, belia harap Husam beri 'cahaya' untuk Kelantan

Golongan usahawan dan belia di Kelantan menyambut baik keputusan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dan menganggapnya sebagai satu 'cahaya' kepada rakyat Kelantan.
Mereka yang ditemui yakin Datuk Husam bukan sekadar mampu mengukuhkan kedudukan Amanah di negeri ini malah diharap dapat mengemukakan idea-idea baru untuk kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat tempatan.
Nik Faizah Nik OthmanNik Faizah Nik OthmanPengedar kereta mewah Nik Faezah Nik Othman, 40, berkata walaupun tidak mengenali rapat Husam, namun sebagai usahawan beliau sentiasa mengikuti tindak tanduk ahli politik itu sejak lama dahulu.
"Dulu saya aktif sebagai anggota Puteri Umno tetapi saya amat tertarik mengikuti idea-idea yang diketengahkan Datuk Husam ketika beliau menjadi ahli Parlimen dan kemudian sebagai exco kerajaan negeri Kelantan.
"Kritikan beliau di parlimen menyentuh hati saya kerana apa yang selalu dibangkitkan beliau berkaitan dengan perborosan dan pembaziran kerajaan yang menyebabkan ekonomi negara dalam keadaan tidak stabil," katanya.
Menurut Nik Faezah, apabila Husam  diturunkan untuk bertanding di Dun Kijang pada pilihan raya 2004 , ramai yang menjangkakan arwah Tuan Guru Nik Aziz bercadang meletakkan beliau sebagai Menteri Besar.
"Sejak itu, saya mengikuti perkembangannya sebagai exco kerajaan negeri dan mendapati  beliau seorang yang berkebolehan untuk merancang program-program ekonomi dan kebajikan rakyat," katanya.
Berkenaan keputusan Husam menyertai Amanah beliau berkata pilihan ini amat sesuai dengan perkembangan politik peringkat negeri dan nasional.
Di peringkat negeri, kerajaan dilihat semakin hilang kemampuan dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah rakyat.
"Rakyat Kelantan terus tertekan dengan harga barang yang melambung tinggi dan gaji rendah kerana tiada industri produktif tinggi yang dikembangkan kerajaan.
"Rakyat juga terus terhimpit akibat tiada peningkatan infrastruktur seperti lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang yang sesuai dengan keperluan semasa," katanya.

Amanah hopes Bersatu will unite to form opposition "grand coalition"

"Saya tak gentar," kata Ku Nan

'Mana ada BERSATU, saya tak tahu parti apa' - Ku Nan

Penduduk Kg Baru 'OK' dengan pembangunan, kata Ku Nan

Siapa Malaysian Official 1

Adalah menarik pengakuan yang dibuat oleh menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa 'Malaysian Official 1' (MO1) yang disebut dalam tuntutan mahkamah oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, jelas adalah Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Sekarang, apa kata DOJ tentang MO1, iaitu Najib, perdana menteri Malaysia.
Pada halaman 13 perenggan 39 laporan itu berkata, "Setelah ditubuhkan, MO1 iaitu Najib mengambil alih kedudukan kuasa dalam 1MDB. MO1 (Najib) mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan, dan penyingkiran, lembaga pengarah 1MDB pengarah dan pengurusan kanan 1MDB.
Di samping itu, sebarang komitmen kewangan 1MDB, termasuk pelaburan, yang berkemungkinan menjejaskan jaminan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk manfaat 1MDB atau mana-mana dasar kerajaan Malaysia memerlukan kelulusan MO1 iaitu Najib."
Halaman 17 perenggan 50. "Satu mesyuarat khas lembaga pengarah 1MDB telah diadakan pada 26 September, 2009. Low (bukan ahli lembaga) turut menghadiri mesyuarat ini."
Halaman 11 perenggan 29. "Aziz mempunyai pertalian kekeluargaan dengan MO1 (Najib) dan rakan Low."
Halaman 55 perenggan 178. "Sebaik dana telah dipindahkan dari Aabar-BVI kepada Blackstone, ia digunakan untuk membuat pembayaran kepada Qubaisi dan Husseiny, yang berkhidmat sebagai pegawai untuk kedua-dua Aabar dan Aabar-BVI kepada MO1 (Najib) dan kepada 1MDB Officer 3. "
Halaman 59 perenggan 192. "Akaun perunding MB menerima satu lagi pemindahan $1,500,000 dari akaun Blackstone pada atau sekitar 22 Januari 2013.
"Blackstone memindahkan sekurang-kurangnya $30 juta kepada akaun milik MO1 (Najib)."
Halaman 59 perenggan 193. "Blackstone juga memindahkan sekurang-kurangnya $ 30,000,000 kepada akaun milik MO1 (Najib) tidak lama selepas menerima dana daripada Aabar-BVI."
Halaman 59 perenggan 194. "Pada atau sekitar 30 Oktober 2012 - kira-kira tujuh hari selepas Blackstone menerima $ 75,000,000 secara langsung dari Aabar-BVI dan kira-kira enam hari selepas ia menerima $ 360,000,000 secara tidak langsung daripada Aabar-BVI melalui Enterprise dan Cistenique - Blackstone memindahkan $5,000,000 ke dalam akaun Ambank di Malaysia yang dipegang atas nama 'AmPrivate Banking MR'."
Halaman 59 perenggan 195. "Akaun bank 'AmPrivate Banking MR' milik MO1 (Najib) dan adalah akaun sama yang menerima $20,000,000 dari pengasas bersama, Petrosaudi pada tahun 2011, dalam masa beberapa hari penerimaan dana daripada pengasas bersama Petrosaudi daripada Good Star, seperti dinyatakan dalam Seksyen II.G."

KEADILAN gerakkan ahli hadir Bersih 5.0

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menggerakkan jenteranya bagi memastikan ahlinya hadir ke perhimpunan Bersih 5.0.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, berkata perhimpunan diadakan pada November nanti itu merupakan rapat umum penting bagi menyatakan bantahan rakyat terhadap penyelewengan dalam isu 1MDB.

IZZAH RAKYAT“KEADILAN gerakkan ahli-ahlinya bagi memastikan perhimpunan itu dapat memberi isyarat jelas kepada Perdana Menteri meletak jawatan,” kata Tian Chua ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, menyifatkan sokongan terhadap Bersih 5.0 sebagai tanggungjawab menyelamatkan negara daripada pemimpin korup yang berterusan merosakkan ekonomi.
“Saya mendokong penuh usaha Bersih kerana menjadi tanggungjawab sosial kita untuk menolak pemimpin yang merosakkan negara,” kata Nurul Izzah.
Sebelum itu, Bersih 2.0 mengumumkan Perhimpunan Bersih 5.0 akan diadakan di Kuala Lumpur pada November ini sebagai usaha memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan selepas terlibat dengan skandal 1MDB.

Umno tersedak lihat pertemuan Dr M-Anwar, kata Mahfuz

Pertemuan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan seteru politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan reaksi menggerunkan pemimpin Umno, kata ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Menurut Mahfuz, tiga kali Umno mengalami 'serangan histeria' iaitu sebelum dan selepas Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) mengemukakan permohonan kepada pendaftar pertubuhan (ROS) serta pertemuan kedua-dua pemimpin politik itu.
"Nampaknya dalam tempoh sebulan setengah ini sudah tiga kali Umno diserang histeria.
"Reaksi pemimpin Umno terhadap pertemuan dua insan dan tokoh hebat ini menjadikan pemimpin Umno tak mampu berkata apa-apa selain lemparan tuduhan Tun M terdesak.
"Hakikatnya pemimpin dan Umno mengalami keadaan tersedak daripada pertemuan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Pemimpin Umno baru-baru ini menyifatkan tindakan Mahathir menemui seteru politik yang juga bekas anak didiknya itu sebagai tindakan politik terdesak.
Antaranya oleh timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut mendakwa tujuan Mahathir mempunyai maksud tersirat.
Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar juga mempersoalkan kewajaran Mahathir menemui Anwar selepas mengeluarkan pelbagai cercaan terhadapnya..
Terdahulu, Mahathir hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 September lalu bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Najib dan senjatanya

Oleh Hishamuddin Rais 
Biar gua 'royak' terang-terang di sini - Najib sedang dikepung. Musuh Najib berada di luar negara, dalam negara dan dalam parti sendiri. Kes 1MDB yang menjerut leher Najib tidak akan luntur malah makin membara. Akhbar The Wall Street Journal tidak akan berhenti menyerang Najib sehingga Najib hilang kuasa. Portal internet Sarawak Report dari London akan terus membocorkan maklumat rahsia Najib.
Gua cukup yakin kuasa imperial Amerika mahu Najib diganti. Melalui Department of Justice (DOJ) dan sidang akhbar Peguam Negara Puan Loretta Lynch pada 21 Julai lalu jelas menunjukkan bahawa hari hari akhir Najib makin dekat. Kuasa imperial Amerika mahu Najib berundur. Babak ini gua amat jelas. Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz - Gerakan Tiga - terus membakar buntut Najib. Ini semua orang tahu. Dalam parti United Malays National Organisation ramai ahli biasa telah mula murtad kerana rimas melihat rambut Rosmah.
Para NGO terus menyusun untuk memastikan Najib terus diasak. Pelajar, mahasiswa dan anak muda sedang berkempen ke seluruh negara untuk memastikan Najib ditangkap dan didakwa. Gua difahamkan BERSIH akan melancarkan BERSIH 5 tidak lama lagi. Amin.
Maka - kalau lu Najib apa lu akan buat? Kalau lu Najib gua ingat lu akan minum air ketum. Kalau lu ada modal lu akan ambil pil Prozac. Kalau lu Najib gua jamin lu akan sesak nafas. Kalau lu Najib lu mungkin cabut lari ke Kazakhtan. Silap-silap lu akan minum cuka getah.
Tapi Najib bukan lu. Gua juga bukan macam lu. Kalau gua Najib gua akan kalahkan semua musuh gua. Ini bukan kerja senang tapi tidak juga susah. Ingat tak, apa Najib kata - ‘cash is king ‘ - kalau lu tak faham lu memang bebal. Maka Najib akan susun baik-baik. Najib buat rancangan molek-molek. Ini rancangan pasti tak ada siapa dapat kalahkan. Ini dipanggil Ops Dedak.
Kalau gua Najib gua akan baca tulisan ini lima ratus kali. Kemudian gua ikut semua yang ditulis di sini. Najib yakin Najib akan selamat.
Gua ingin beritahu pada pembaca - jangan lalai - jangan alpa. Lihat dan baca betul-betul semua berita. Ingat apa gua cakap - ada berita di belakang berita. Berapa kali gua perlu cakap semua berita ada sejarah dan latar.
Kepada para pembaca apakah tuan-tuan tidak sedar bahawa Najib kebelakangan ini banyak menggunakan perkataan Arab. Bukan hanya bismilllah tapi perkataan macam istiqomah yang gua sendiri tak tahu apa ertinya. Makcik Felda lagi tak tahu maknanya. Najib semakin selalu berserban, berjubah dan 'berya-na-na'. Apa makna ini? Apakah ada udang di sebalik serban?
Mesti lu akan tanya gua - adakah ini ‘signal’ Najib akan meninggalkan United Malays National Organisation dan masuk Parti Islam SeMalaysia? Sabar dulu biar gua beri pencerahan.
Lu jangan silap faham. Istiqomah dan 'Ya-na-na' serban dan jubah ini bertujuan untuk mencandat Hadi. Macam mencandat sotong. Mencandat Hadi bukan susah sangat tetapi wajib mengikut bulan dan hari yang betul. Dengan cara, tertib dan aturan yang tepat. Wajib berjubah dan berserban ini adat mencandat Hadi.
Biar gua beri tahu di sini. Hukum hudud yang akan masuk parlimen bulan Oktober ini nanti adalah umpan sotong. Ini umpan kepada ahli PAS. Kalau tak ada ‘umpan ‘ hukum hudud, agak susah Hadi hendak 'Ber-ya na-na' dengan Najib.
Hukum hudud ini dijadikan Nina Bobo kepada ahli PAS biasa yang gua jamin tak dapat dedak. Lebai Ketayeh dan Mek Bedoh Hulu Berang akan gembira bila mendengar Hudud dah jadi hukum negara.
Ada faham? Lu tanya tentang Sarawak Report? Laporan Sarawak Report tentang RM90 juta itu adalah alat pelincir untuk mencandat Hadi. Kalau lu pergi mencandat sotong di Kuala Terangganu lu wajib sewa perahu. Jadi duit 90 juta ringgit alat pelincir. Macam kita sewa perahu di Seberang Takir.
Tentang Parti PAS akan saman Sarawak Report? Mustahil ini akan berlaku. Ini sama saja macam cerita dongeng hari Selasa - Najib nak saman The Wall Street Journal.
Ancaman saman ini nak tunjuk gempar pada ahli-ahli biasa yang tak dapat dedak. Ini macam gertak-gertak Baju Merah. Tapi jangan risau akhirnya tak ada apa-apa. Lu tak caya lu tunggu. Hadi kata dalam satu bulan dia akan saman Sarawak Report di London.

Media baharu ambil alih peranan ceramah politik – Rafizi

Pelbagai tafsiran dibuat mengenai tahap sokongan kepada pembangkang berdasarkan kehadiran yang kurang memberangsangkan di program-program ceramah dan penjelasan isu semasa, termasuklah 1MDB dan lain-lain. Terdapat pihak yang menyebut bahawa sokongan kepada pembangkang sedang merudum.
Namun Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempunyai teori berbeza. Katanya, penyokong Pakatan Harapan atau pembangkang amnya sedang melalui satu transisi, beralih daripada medium ceramah kepada media baharu seperti Facebook, Twitter dan laman-laman web di internet.
“Pemerhatian saya ialah penyampaian maklumat bukanlah satu lagi masalah besar kepada pembangkang terutamanya Pakatan Harapan.
Dengan penggunaan media sosial terutamanya Facebook yang antara tertinggi di dunia, rakyat lebih bergantung kepada maklumat dari Facebook berbanding TV atau akhbar.
“Ini juga menerangkan kenapa kehadiran ke ceramah agak rendah walaupun melibatkan pimpinan besar.
“Saya menguji teori ini dengan mengadakan satu siaran langsung di Facebook (FB Live) acara saya membakar burger rakyat berharga RM1 sambil saya menjawab apa-apa soalan yang diajukan.
“Dalam masa 20 minit pertama semasa ia disiarkan secara langsung di Facebook Page saya, tontonan mencecah sekitar 45,000 sebelum siaran terputus kerana masalah wifi.
“Walaupun sambungan selepas itu disiarkan secara salah dari FB wall akaun saya (bukan page), saya pasti dalam masa beberapa jam juga selepas ini ia akan mencecah puluhan ribu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Rafizi, uji kaji yang dilakukannya itu menjadi bukti minat terhadap parti pembangkang masih tinggi tetapi penguasaan di media sosial lebih berkesan dalam menyampaikan maklumat.
“Ia juga bermakna masalah mendapatkan sokongan pengundi Melayu bukan soal halangan maklumat atau perbezaan bandar dan desa; sebaliknya ia berpunca dari masalah olahan isu yang tidak baik yang tidak menepati kehendak rakyat,” akhirinya.
Pakatan Harapan menghadapi penurunan drastik khalayak yang mengikuti ceramah umum mereka selepas pemenjaraan Anwar Ibrahim. Tarikan ke medan cermah tidak wujud tanpa senda gurau dan kepintaran Anwar menyampaikan isu-isu semasa.
Pada era kegemilangan ceramah menjelang pilihan raya umum 2013, Pakatan Rakyat ketika itu mampu mengumpulkan khalayak sehingga 50,000 orang di tapak-tapak ceramah yang dihadiri pemimpin utama mereka.

‘GST punca peniaga kecil gulung tikar’

'GST punca peniaga kecil gulung tikar'
Lebih setahun setelah perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kesan serius menyeluruh mula dirasai dalam kalangan rakyat. Banyak pengguna menyekat perbelanjaan mereka atau mencari alternatif membeli keperluan harian yang lebih murah.
Hal itu menyebabkan peruncit kecil-kecilan merasai bahananya akibat kekurangan pelanggan atau pelanggan terlalu berjimat. Kemerosotan keuntungan menyebabkan banyak peniaga kecil mengambil keputusan menutup perniagaan.
Tinjauan wartawan Suara pakatan daily ke atas dua peniaga di Kepong, Kuala Lumpur mendapati keluhan yang semakin ketara dalam kalangan peniaga kecil di sana.
Wong, 70 tahun, telah membuka perniagaan kedai runcitnya sejak pertengahan tahun 1970an. Selama 40 tahun menjalankan perniagaan, menurut beliau, tidak pernah berlaku suasana perniagaan seteruk yang dialaminya sekarang.
“GST susahkan peniaga. Sekarang orang tak mahu beli barang dengan banyak, sementara barang seperti minuman, makanan dalam tin dan ais-krim langsung tidak laris jualannya.
“Barang makanan seperti biskut, keju, mentega, sosej, kicap dan sos pun kurang permintaan. Hanya barang makanan asas seperti roti, bihun dan mi yang laris dijual,” kata beliau, sambil mengeluh kemerosotan perniagaannya tahun ini sebanyak 50%.
Wong menambah, ramai orang masak di rumah. Setiap pagi kelihatan banyak suri rumah berpusu-pusu ke pasar pagi berhampiran kedai runcitnya untuk membeli barangan dapur.
Beliau juga berpendapat keluarga dengan 2 atau 3 orang anak yang sedang bersekolah hari ini amat susah untuk menyediakan ‘belanja dapur yang selesa’ apatah lagi kalau si ayah sedang menganggur akibat dibuang kerja.
“Ekonomi negara sudah amat teruk. Itulah hakikatnya. Pemimpin kita janganlah cuba memperdayakan rakyat dengan memberi kenyataan bodoh ekonomi masih kukuh, stabil dan berkembang pesat,” sindir Wong dengan suara marah.

PRU14 : Rakyat tidak akan berpeluk tubuh

Penganalisis politik yakin rakyat tidak akan berpeluk tubuh atau mengendahkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebaliknya mereka akan memilih pemimpin dan parti yang memberi harapan baharu kepada Malaysia.
Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Dr Jeniri Amir menjangkakan PRU14 nanti bakal menjadi lebih sengit berbanding dua pilihan raya umum yang lalu.
Pilihanraya “Kerana untuk kali ini, isunya jauh lebih besar,apabila rakyat mempertikaikan soal kepimpinan negara dan sebagainya.
“Jadi, mereka nak memastikan mereka mempunyai suara dalam menentukan kepimpinan negara dan masa depan politik Malaysia. Jadi, mereka tidak boleh berdiam diri,” katanya kepada Sinar Online.
Dalam pada itu, beliau melihat barisan kepimpinan sedia ada hari ini perlu menyampaikan mesej yang jelas kepada rakyat.
“Tetapi sebelum itu, pemimpin perlu terlebih dahulu membuktikan bahawa mereka merupakan kepimpinan dan parti yang boleh digantung harap oleh rakyat.
“Kerana akhirnya menjadi perkiraan terakhir saya fikir ialah kepimpinan yang boleh mengeluarkan negara ini daripada belenggu yang mencengkam sekarang. Jadi, kepimpinan itu harus memberi harapan baharu kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Pemimpin akan datang bakal dinilai kemampuannya dalam meletakkan Malaysia ini di atas landasan betul berteraskan prinsip-prinsip demokrasi, ketelusan dan tadbir urus yang baik.
“Kerana selagi kita dibelenggu pelbagai masalah, kita akan diheret ke bawah. Jadi, kita perlu keluar daripada dilema dan cengkaman yang membelit kita sekian lama. Kalau tidak, sampai bila kita akan ada dalam lingkaran yang akan meruntuhkan masa depan kita sendiri.
“Kita memerlukan pemimpin politik yang jelas wawasannya. Mesej sedemikian perlu dihantar kepada rakyat bahawa kepimpinan di peringkat atasan itu perlu menunjukkan teladan yang baik terlebih dahulu,” katanya.

Saya dari SJKC, masih berjiwa Malaysia, kata pemimpin PKR

Sim Tze Tzin berkata, perpaduan negara hanya dapat dicapai melalui penerapan nilai murni yang disampaikan dalam bahasa ibunda pelajar di setiap sekolah, bukannya dengan mewujudkan sekolah satu aliran dan penggunaan bahasa pengantar tunggal.
sim-tze-tzin_guru_cina_600
PETALING JAYA: Walaupun pernah belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, beliau masih mengekalkan identitinya sebagai orang Malaysia, sama seperti rakannya yang belajar di sekolah kebangsaan atau aliran lain.
“Setahu saya, pelajar di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dididik dengan hanya mempunyai satu identiti nasional, iaitu Malaysia. Begitu juga dengan sekolah aliran Cina persendirian yang tidak dibiayai kerajaan.
“Apa yang penting ialah pelajar kita dididik untuk saling memahami, menghayati dan menghormati, maka perpaduan akan dicapai. Cara mengajar juga kena betul dan guru perlu mempunyai kesabaran ketika mengajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menepis dakwaan ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, Prof Datuk Teo Kok Seong kononnya sekolah satu aliran untuk rakyat Johor mampu membuka langkah ke arah pengukuhan perpaduan sosial dan identiti satu bangsa pelbagai budaya.
Semalam, Teo dilaporkan berkata, negara mempunyai tujuh aliran sekolah rendah dan ia adalah punca menyebabkan rakyat pelbagai kaum mempunyai pelbagai identiti nasional.
Pandangan Teo itu seiring kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini yang membidas sistem persekolahan di negara ini.
Sim berkata, perpaduan negara hanya dapat dicapai melalui penerapan nilai murni yang disampaikan dalam bahasa ibunda pelajar di setiap sekolah, bukannya dengan mewujudkan sekolah satu aliran dan penggunaan bahasa pengantar tunggal.

Jika benar Dr Mahathir melakukan onar,yang menyokongnya semasa itu ialah Najib, Anwar dan lain-lain

Bahagian 1
Penyokong-penyokong tegar Najib begitu obses dengan lontaran kutukan terhadap Dr Mahathir seolah-olah hanya Dr Mahathir yang mahukan beliau meletakkan jawatan sebagai PM negara ini. Dr Mahathir telah menjadi bahan makian oleh kumpulan yang menyokong Najib ini dengan menyebut dan menyelongkar segala perkara yang mereka anggap sebagai jenayah yang dilakukan oleh Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun itu.


Jika pun benar segala tuduhan mereka terhadap Dr Mahathir mereka tidak terlepas dari dosa-dosa yang dilakukan oleh Dr Mahathir kerana Najib, Anwar Ibrahim dan semua mereka itu ada didalam Jemaah Kabinet Dr Mahathir. Jika Mahathir melakukan jenayah ia bermakna Najib, Anwar dan yang lain-lain itu bersama-sama bertanggungjawab diatas dasar ‘collective responsibility’ sebagai ahli Jemaah Kabinet Dr Mahathir.

Pendeknya mereka yang bertelagah dengan Dr Mahathir merupakan mereka yang bersama-sama berdosa dengan tindakan ala penjenayah jika benar dilakukan oleh Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dahulu. Perlu diingat Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet itu sama tarafnya, hanya seorang Perdana Menteri itu adalah ‘first among equal’ dikalangan ahli-ahli Jemaah Kabinet itu. Jika membuat sesuatu keputusan baik atau sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua Menteri-Menteri termasuklah Najib, Anwar Ibrahim dan yang lain-lain.

Pendeknya kutukan Najib terhadap Dr Mahathir itu merupakan kutukan terhadap dirinya sendiri. Begitu jugalah kutukan penyokong Najib terhadap Dr Mahathir itu adalah kutukan kepada pemimpin yang mereka sokong itu. Oleh itu elok Najib dan penyokongnya bercakap diatas landasan yang betul jika mahu mengutuk dan mengkritik Dr Mahathir itu.

Tidak boleh Najib mengatakan yang Dr Mahathir adalah penyebab kepada kecelaruan hari ini kerana Najib sendiri adalah ahli kepada Jemaah Kabinet Dr Mahathir. Begitu juga Anwar Ibrahim, beliau merupakan penyokong Dr Mahathir yang paling tegar. Kalau tidak masakan Anwar berucap di PWTC suatu ketika dahulu seraya berkata ‘seandainya boleh ku putar awan dilangit aku akan tuliskan nama mu Dr Mahathir Mohammed’.

Tetapi apabila sudah bertengkar dan berselisih faham mereka ini mengutuk Dr Mahathir yang mereka sokong dengan begitu kuat, seolah-olah tidak ada pimpinan yang lain yang layak untuk memimpin negara ini. Tidak mungkin Dr Mahathir boleh melakukan apa yang beliau telah lakukan seandainya pemimpin-pemimpin dibawah beliau seperti Anwar, Najib dan lain-lain menteri tidak bersetuju dengan tindakan dan apa-apa keputusan yang hendak dilakukan oleh Dr Mahathir. Bagi Najib dan yang lain mengatakan yang buruk tentang Dr Mahathir adalah serupakan memburukan dirinya sendiri.

Bagi rakyat yang ingin mereka lihat ada usaha untuk memperbaiki keburukan yang dilakukan oleh Najib dan kabinetnya, tidak kiralah usaha dilakukan oleh mereka yang pernah melakukan kesilapan dan kesalahan. Yang penting sekarang jika Najib masih berkuasa dengan sewenang-wenangnya negara ini akan hancur lumat dan tidak akan lagi berada dalam keadaan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Bola Sepak Malaysia: Pemain negara sukar diubah, tiada harapan lagi

Safirul Azli menggesa pihak bertanggungjawab kembali memfokuskan pembangunan bola sepak dengan mengadakan program melatih pelapis dan pemain muda secara berstruktur.
saiful
PETALING JAYA: Malaysia tidak boleh mengharapkan pemain sedia ada untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan kerana mereka bermain berdasarkan cara dilatih, kata Pengarah Kanan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar.
“Pemain yang ada sekarang ini tidak mampu membawa banyak perubahan, sudah tidak boleh diubah lagi, suka atau tidak suka, kita tidak boleh tengok pemain yang ada sekarang mempamerkan kualiti sebab bagaimana mereka dilatih, begitulah mereka main,” katanya ketika dihubungi FMT.
Sehubungan itu, beliau menyeru pengkritik sukan dan cendekiawan membantu mencari penyelesaian untuk memperbaiki kualiti bola sepak tempatan, bukannya menyalahkan pemain atau jurulatih atas kemerosotan prestasi skuad kebangsaan.
“Zaman kita tunding jari, salahkan pemain, salahkan jurulatih itu sudah berlalu. Isu itu orang dah cakap 10 tahun lalu, sekarang ini mereka yang berilmu perlu mencari penyelesaian dan pendekatan baharu untuk memulihkan kembali kualiti pasukan negara.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengritik sukan, Tan Sri Prof Khoo Kay Kim membidas kualiti pemain bola sepak tempatan masih jauh ketinggalan dan pihak pengurusan gagal memberi persediaan kepada pemain sehingga menyebabkan mereka bermain seolah-olah tidak menggunakan otak.
Safirul Azli turut menggesa pihak bertanggungjawab kembali memfokuskan pembangunan bola sepak dengan mengadakan program melatih pelapis dan pemain muda secara berstruktur.

'Jamuan bukan untuk kembalikan pemerintahn raja mutlak’

Seratus empat puluh satu tahun lalu, Dewan Cina di Istana Besar Johor Bahru menjadi tempat sidang istana untuk sultan memutuskan hal ehwal negeri.
Kini setelah 65 tahun tidak berlangsung, ia akan digunakan kembali pada 21 September ini, sekali gus menimbulkan spekulasi akhbar-akhbar Cina bahawa terdapat usaha mengembalikan pemerintahan beraja mutlak.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan anggota exco Johor, Tee Siew Kiong yang menegaskan jamuan anjuran Sultan Ibrahim Iskandar dengan pemimpin persatuan-persatuan Cina semata-mata untuk bertukar pandangan.
Jelasnya, baginda tidak mempunyai hasrat untuk menghidupkan semula sidang diraja seperti yang didakwa oleh beberapa laporan berita.
"Ini (untuk menghidupkan semula sidang diraja) adalah semata-mata huraian kata-kata mereka.
“Ia hanya sebuah jamuan, mesyuarat untuk bertukar-tukar pandangan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.
Tee, exco yang bertanggungjawab terhadap pelancongan, perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan Johor, menegaskan jamuan itu tiada kaitan dengan tindakan memulihkan sistem monarki mutlak.
50 pemimpin masyarakat
Seramai 50 pemimpin masyarakat Cina Johor diundang ke acara itu. Majlis itu pertama kali diumumkan oleh Tee, yang juga adalah penyelaras utama, Ahad lalu.
Dewan Cina adalah tempat di mana almarhum Sultan Abu Bakar bersidang setiap hari Rabu pada abad ke-19, untuk membincangkan hal ehwal utama negeri itu, kata Tee seperti dilaporkan.
Menurut akhbar Cina, Sultan Abu Bakar memulakan majlis jamuan itu di Dewan Cina untuk masyarakat Cina pada tahun 1875.
Sejak itu, Almarhum Sultan Ibrahim Abu Bakar, iaitu moyang Sultan Ibrahim Iskandar, turut menganjurkan acara yang sama pada tahun 1923, 1930, 1933, 1935 dan 1951.
Enam puluh lima tahun kemudian, jamuan akan datang akan menjadi yang ketujuh sejak 1875.
Hidupkan tradisi
Sementara itu, Tee juga berkata, jamuan itu bertujuan menghidupkan semula tradisi sejarah negeri Johor.
"Kami tidak fikir tentang perkara ini (memulihkan monarki). Matlamat kami adalah untuk menghidupkan semula tradisi sejarah.
"Jamuan seumpama ini telah diadakan sejak 141 tahun lalu. Ini adalah baik untuk masyarakat dan rakyat negeri ini.
“Kita mesti menghidupkannya semula supaya generasi muda kita memahami sejarah dan ia mampu membawa kesan positif untuk pembangunan masa depan negeri ini," katanya.
Menurut Tee, pemimpin masyarakat Cina dan dirinya juga mencapai kata sepakat bagi mengadakan jamuan itu, sebelum ia diberikan perkenan oleh baginda.
"Kami mencapai kata sepakat dengan pemimpin masyarakat Cina. Saya membangkitkan perkara ini dengan sultan dan baginda memperkenankannya.
"Baginda berpendapat bahawa majlis itu adalah peristiwa yang bermakna," katanya.

Najib 'berbual mesra' dengan Obama di Laos

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama bertemu dalam sebuah majlis makan malam sempena sidang kemuncak Asean di Laos malam tadi.

Memuat naik gambar itu ke Facebook, Najib yang ditemani isterinya Rosmah Mansor berkata beliau 'berbual mesra' dengan Obama.
“Bagusnya bertemu kamu Mr President!” tulis perdana menteri.
Pertemuan malam tadi adalah yang pertama sejak Jabatan Kehakiman (DOJ), AS memfailkan saman sivil terhadap dakwaan salah guna wang 1MDB.
Obama pernah melawat Malaysia dua kali, yang menyaksikan mereka bergambar selfie dan Najib menumpang kereta rasmi presiden AS yang digelar The Beast.

Pada Disember 2014, kedua-dua pemimpin itu dirakam bermain golf di Hawaii.

DOJ memfailkan saman untuk menyita harta tanah di Los Angeles bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dikaitkan dengan 1MDB.

Ia sebahagian daripada dakwaan penyelewengan AS $3.5 bilion dana itu.

Aset-aset dirujuk termasuk emper, rumah besar, karya seni, jet peribadi, kapal layar dan hasil daripada filem Hollywoodd The Wolf of Wall Street lakoran bintang terkenal Leonardo DiCaprio.
DOJ menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan hartawan Jho Low yang dikatakan rapat dengan keluarga Najib.

Dr Dzul: Mahathir-Anwar pact may unleash Malaysian Tsunami

Amanah's Dzulkefly Ahmad says many Malaysians want to see them put the past behind and move forward together to save the country from the present administration.
dzul-anwar-mahthir
PETALING JAYA: Former prime minister Dr Mahathir Mohamad and his former protege Anwar Ibrahim could unleash a ‘Malaysian Tsunami’, bringing much needed change to Malaysia, Amanah Strategy Director Dr Dzulkefly Ahmad said.
Speaking to FMT on the meeting between the two former Umno stalwarts earlier this week, Dzulkefly said the meeting could be a catalyst for change which many Malaysians, especially the pro-change Malay voters, longed for.
“The last time this country saw a Malay Tsunami was when Mahathir, as prime minister sacked his deputy, Anwar, and the rest is history,
“It is not impossible that this time, the two could join forces to save Malaysia and the people through a Malaysian Tsunami cutting across race, religion and political affiliation.”
He said people wanted change as the executive branch of the government had reached the height of arrogance.
He said change was not impossible in the next general election.
Dzulkefly said he was confident that many Malaysians wanted to see the two statesmen put the past behind them and move forward together to save the country from the current leadership which had caused much hardship to the people.

1998, what a year it was . . .

A flashback to the year when a former prime minister and his former deputy last met and how it was watching the "Reformasi" protests up close.
reformasi-1998
By Mr Socko
The “unlikely reunion” photo of Dr Mahathir Mohamad and Anwar Ibrahim instantly reminded me of that explosive year ,1998.
I was in the thick of things, seeing the action from inside the court house, where I was posted.
The daily police barricade surrounding Bangunan Sultan Abdul Samad, the water cannon and tear gas, the protestors; I actually made my own private notes then and might publish them one day.
But what’s interesting too was how information (and misinformation) was disseminated. Obviously, there was no social media then, and the internet was at its infancy in Malaysia at the time.
It was also a time when not everyone had a personal computer (PC) at our desk. Those were shared resources.
So, those who had any internet access would actually print out the “juicy” articles and pass them over to others in SEALED brown envelopes . . . complete with looks of panic. Especially for those of us then working in the government.
Discussions on the content were done in a hush-hush manner, not really knowing who was on which side.
When things got hotter, news vendors would only sell publications, such as Harakah, to people they knew – after looking around a few times to make sure no one else saw what was happening.
The vendors used to bundle the Opposition publications together with the rest of the mainstream papers. Even The Sun (which had a more “balanced” editorial view point) got the same treatment.
Of course, before Anwar was arrested, his ceramahs packed in the crowds every single night. And for those who couldn’t make it, cassette tapes were the answer. And as the photos here show, I still have copies of the tapes.
These cassette tapes sold like hot cakes and we eagerly waited for the latest “release” to come out with explosive titles on the cover.
And sometimes people would gather around and play a tape in their house, or office, on their Panasonic double-deck cassette player and listen intently to these ceramahs.
The tapes would also be passed around, but very, very discreetly. For some, these were “barangan larangan”.
1998. What a year it was . . .

Akta MKN: Peguam Anwar sedia bekerjasama dengan peguam Dr M

Tindakan Dr Mahathir mengarah peguamnya Haniff Khatri Abdulla untuk bekerjasama dengan peguan Anwar dilihat sebagai satu perkembangan positif untuk politik tanah air dan rakyat.
Haniff-Khatri-Abdulla_Surendran_600
PETALING JAYA: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad mengarah anak guamnya membantu mereka mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Peguam N. Surendran menyifatkan tindakan Dr Mahathir melalui peguamnya, Haniff Khatri Abdulla untuk menyokong dan bekerjasama dalam hal berkenaan sebagai satu perkembangan positif arena politik negara.
“Saya rasa ia satu perkembangan yang amat positif untuk politik negara khususnya dalam keadaan politik semasa negara.
“Ia juga perkembangan yang amat baik bagi rakyat. Kita mengalukan kerjasama ini dan yakin bantuan yang dihulurkan oleh Dr Mahathir dalam mencabar Akta MKN adalah telus,” katanya kepada FMT.
Sebaik pertemuan antara Dr Mahathir dan Anwar di mahkamah kelmarin, Haniff menerima arahan untuk mengusahakan satu pertemuan dengan peguam Anwar.
Haniff pula akui sedang merancang pertemuan yang dijangka dibuat sebelum minggu depan.
Ahli Parlimen Padang Serai menambah, beliau dan barisan peguam Anwar yang lain iaitu Eric Paulsen dan Latheefa Koya akan duduk semeja bersama peguam Dr Mahathir untuk berbincang.
Malah, N Surendran juga tidak menafikan bantuan daripada Dr Mahathir akan memudahkan lagi urusan ketua pembangkang itu mencabar Akta MKN.
Pada 2 Ogos lalu Anwar memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan MKN melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Isu Soho, Sovo: MB Selangor jangan tipu rakyat kata Noh

Mufti Besar Arab Saudi Gelar Pemimpin Iran Kafir

Pendaftaran BERSATU diluluskan, dikenali sebagai PPBM

"Tugas ahli politik lebih besar dari ulas pertemuan Tun M dan Anwar" - kata Rafizi

Abai kebajikan pesara tentera, Rafizi cabar Hishammuddin berdebat

"Ini lakonan Hindustan," kata Noh ulas 'salam' Tun M-Anwar

Pindaan Akta 355: Apa nak risau?

Pindaan Akta 355: Apa nak risau?
Dari kanan: Ping Sieu, Seng Giaw, Jamil Khir dan Takiyuddin ditemani moderator, Dr Yusry (kiri) selepas wacana selesai.
WACANA Sinar Harian ke-41 yang berlangsung petang Isnin lalu, bertajuk ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi’, sesungguhnya antara siri wacana yang berjaya - merungkai persoalan dan mendamaikan persengketaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, dua panel jemputan ternyata tidak menghampakan memberi penerangan dengan bahasa yang cukup mudah dan jelas untuk difahami.
Manakala dua panel lagi iaitu Gan Ping Sieu (Ketua Pasukan Perlaksanaan Dasar dan Undang-undang Syariah, MCA Pusat) dan Dr Tan Seng Giaw (Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat) turut menggunakan platform yang diberikan untuk meluahkan perasaan terpendam oleh masyarakat bukan Islam mengenai isu yang dibincangkan.
Tatkala parti-parti politik tanah air sedang bergolak dalam keadaan bercelaru dan tidak tenteram, kehadiran keempat-empat panel yang berlainan parti untuk sedia duduk berwacana secara ilmiah seharusnya dipuji.
Topik ini pada peringkat awal dipercayai sensitif dan didakwa boleh mencetuskan keadaan tegang dan 'panas' dalam dewan, semua panel ini bagaimana pun ketika sama ada menyediakan jawapan mahupun melontarkan persoalan, menunjukkan mereka adalah pemimpin politik yang berfikiran matang dan tidak beremosi.
Terbukti Wacana Sinar kali ini, dengan dikendalikan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Yusri Mohamad sebagai moderator mencipta kejayaan tersendiri yang tidak harus dinafikan oleh mana-mana pihak.
Isu pindaan Akta 355 ini mula menjadi perhatian apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan usul atau notis bagi membawa RUU Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang mampu memperluas bidang kuasa mahkamah syariah terhadap pesalah jenayah di Dewan Rakyat, 26 Mei lalu.
Namun Abdul Hadi sendiri memohon untuk menangguhkan perbahasan usul tersebut ke sidang Dewan Rakyat bersidang 17 Oktober depan.
Apa yang menjadi kontroversi dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan parti-parti bukan Islam ialah cadangan menangguhkan usul Hadi itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong pula oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
RUU yang dibawa Abdul Hadi itu didakwa parti-parti bukan Islam sebagai 'jalan' untuk membenarkan pelaksanaan hukum hudud di negara kita. Semua pemimpin parti komponen bukan Islam dalam BN memberikan kenyataan secara terbuka bahawa mereka akan melepaskan jawatan dalam kerajaan sekiranya RUU yang dibawa Presiden Pas itu diluluskan oleh Parlimen.
Begitu juga dengan DAP yang mendakwa BN dan Pas bekerjasama untuk membentangkan usul tersebut bagi tujuan politik malahan mencabar MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak - untuk menyatakan pendirian dan mencabar mereka meninggalkan BN.

Pertemuan Dr M-Anwar ‘lakonan Hindustan’ lucu - Noh Omar

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar melahirkan rasa lucu dengan 'lakonan Hindustan' oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertemu dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, Noh turut mempersoalkan kewajaran Mahathir berbuat demikian memandangkan negarawan itu sebelum ini pernah mengeluarkan pelbagai kenyataan mencerca Anwar dan memecatnya daripada jawatan timbalan perdana menteri serta timbalan presiden Umno.
"Saya ketawa tengok lakonan. Kita nak tanya Tun (Dr) Mahathir, yang mana betul kenyataan dia pasal Anwar? Adakah waktu dia jadi perdana menteri dulu sehingga Anwar dipecat atau sekarang?
"Mana satu yang betul? Dulu dia (Mahathir) kata Anwar tak betul sampai dia dipecat. Ini dia nak jadi partner pula.
"Saya ketawa tengok lakonan ni. Ini lakonan Hindustan," kata Noh sambil ketawa.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan forum perumahan dan hartanah di Petaling Jaya hari ini.

SPRM dedah ada butiran individu baharu terlibat seleweng dana buku

Azam berkata individu yang akan dikenakan tuduhan itu bergantung kepada pertimbangan timbalan pendakwa raya.
azam bakiKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan ada lagi individu yang didakwa berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai hampir RM15 juta.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata kesemua butiran pihak yang terlibat diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
“Saya tidak menolak kemungkinan ada lagi pihak yang akan dituduh dalam tempoh terdekat tetapi saya tidak boleh mendedahkan butiran mengenai bila dan siapa individu terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Azam berkata individu yang akan dikenakan tuduhan itu bergantung kepada pertimbangan timbalan pendakwa raya.
Beliau berkata pihaknya telah mengumpulkan bukti-bukti sedia ada dan hanya menunggu keputusan dibuat oleh timbalan pendakwa raya.
Pada 25 Ogos lepas, SPRM menahan 8 orang termasuk Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Abd Razak bagi membantu siasatan kes itu, manakala Pengerusi bank itu, Tan Sri Abdul Aziz Zainal ditahan pada 29 Ogos, ketika tampil memberi keterangan di pejabat SPRM.
Mustafha dan Abdul Aziz yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat membabitkan peruntukan kumpulan perbelanjaan pemasaran berjumlah RM14,991,283.20 juta, Mac lepas, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

RUU 355: Mujahid dan Amanah ke pejabat Mufti Wilayah Persekutan hari ini


Dr Mujahid Yusof
Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pagi ini untuk berdialog dan merapatkan hubungan antara mereka.
Delegasi Amanah akan diketuai naib presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa bersama naib ketua Pemuda, Shazni Munir Mohd Ithnin serta pimpinan Amanah yang lain.
Sesetengah pihak akhir-akhir ini mengecam Dr Mujahid yang menegur tulisan Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung Rang Undang-undang (RUU) 355.
Ini berikutan saranan Dr Zulkifli agar semua Ahli Parlimen khususnya yang beragama Islam menyokong RUU 355 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat, Oktober ini.
Seruan itu dipetik dari tulisan terbaharu beliau dalam Bayan Linnas bertajuk ‘Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat’ di portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Dr Zulkifli berpendapat, RUU 355 itu mesti disokong kerana dibentang oleh wakil rakyat yang membawa aspirasi para pengundi Islam yang mahukan pemerkasaan Mahkamah Syariah di Malaysia dan menunjukkan tanggung jawab seorang ahli Parlimen yang juga mewakili keperluan dan kebajikan rakyat beragama Islam.
Ekoran itu Dr Mujahid mengingatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri agar tidak menggunakan kedudukannya dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak berkaitan urusan undang-undang.
Sebelum ini, dalam kenyataannya, Pemuda Amanah berpendirian bahawa jalan dialog adalah langkah terbaik untuk memahami konteks sebenar pandangan yang telah dikemukakan pihak mufti.
Ketua Pemuda Nasional, Sany Hamzan berkata, bagi tujuan itu satu pertemuan akan diaturkan melibatkan Pemuda Amanah dan Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan pandangan Mufti tentang pembentangan RUU 355.

DIA BUNYI LAGI...

Dah terang2 dlm Islam, apa sahaja benda hidup, kecuali pokok, tidak boleh dibina (dilarang sama sekali) sebagai replika atau tugu jika ia dibuat dalam keadaan yang lengkap semua anggota.

SEMEMANGNYA WAJIB KESEMUA TUGU-TUGU/ REPLIKA YANG MENYERUPAI BENDA HIDUP (lengkap sifat anggotanya) DI SELURUH MALAYSIA DIROBOHKAN !!!

Kenapa ia tidak terjadi (dirobohkan) wpon dah berlalu berpuluh2 tahun lamanya?? MUFTI-MUFTI YANG DIBAYAR GAJI OLEH 'TAXPAYER' RAKYAT KAMU BUAT APA !!! TIDOR MAKAN GAJI BUTA KA !!

BERSATU: NAMA TAK PENTING, YANG PENTING PPBM BAKAL JADI KERAJAAN MENGGANTIKAN UMNO

Pendaftar Pertubuhan, sebagaimana yang dijanjikan oleh Zahid Hamidi,  meluluskan parti baru yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir Mohamad dan diketuai oleh Muhyiddin Yassin hari ini iaitu genap sebulan selepas pendaftarannya dikemukakan pada 9 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak dibenar menggunakan singkatan nama BERSATU, sebaliknya akan dikenali sebagai PPBM.

Tambah Zahid, nama BERSATU tidak dibenar untuk digunakan kerana sudah terdapat enam parti dan organisasi lain yang menggunakan nama "Bersatu" pada nama pertubuhan mereka.
Walaupun mungkin ada yang kecewa dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan tidak membenarkan penggunaan nama BERSATU itu, sekurang-kurangnya kini sudah ada wadah yang sah yang untuk menyertai pilihanraya dan menggiatkan lagi usaha menyingkirkan Najib Razak.

Apa pun nama tidaklah sepenting PPBM itu sendiri yang sudah diluluskan. Apa juga nama boleh disebut dan dikenali, tetapi yang penting ialah perjuangan yang dibawanya.

Tidak guna mempunyai nama yang indah dan baik-baik jika akhirnya menjadi penyangak atau penjenayah. Kadang-kadang nama yang terlalu  indah juga boleh menjadi  suatu tekanan. Baik kepada parti atau manusia, nama yang biasa-biasa sudah memadai sebenarnya.

Asalkan nama yang diberi atau diluluskan itu tidak terlalu buruk dan maksudnya pula tidak mengelirukan, PPBM harus diterima seadanya.

UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC, PBS dan lain-lain parti juga menggunakan singkatan berdasarkan nama penuhnya. Maka, tidak ada yang peliknya dengan nama PPBM yang diluluskan itu.

Bajet 2017: Bukan sekadar gimik dapatkan pungutan suara atas talian


Steven SimSteven SimPelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk masyarakat menyumbang saran dalam merangka Bajet 2017 yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober nanti dibimbangi menjurus kepada tindakan gimik semata-mata.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mengakui bahawa idea bajet penyertaan (participatory budget) seumpama itu adalah baik dalam mewujudkan kesedaran masyarakat, namun ia tidak seharusnya dihadkan kepada pungutan suara secara atas talian.
Beliau yang berpengalaman dalam memperkenal, mempromosi dan menggerakkan Bajet Gender Responsif dan Penyertaan (GRPB) di Pulau Pinang, justeru mencadangkan supaya Najib yang juga Menteri Kewangan mengambil iktibar daripada beberapa rangka kerja projek itu.
Jelas Steven Sim, kerajaan Persekutuan perlu menyediakan akses kepada maklumat berkaitan bajet negara bagi membolehkan rakyat membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut.
“Mesti ada peluang untuk penilaian dasar, iaitu bagaimana sesuatu keputusan belanjawan akan memberi kesan kepada matlamat tertentu, contohnya kesaksamaan gender dan pengedaran mengikut kelas sosial,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik dari Roketkini.

Tun M bantu Anwar cabar Akta MKN

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan peguamnya untuk berurusan dengan pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cara terbaik untuk menyokong permohonan bekas ketua pembangkang itu bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Tun M bantu Anwar cabar Akta MKN Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata,  beliau diberikan arahan itu kelmarin, sehari selepas bekas Perdana Menteri itu hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan cubaan Anwar mendapatkan injunksi menghalang pelaksanaan akta itu.
“Saya diarahkan untuk berhubung dengan peguam Anwar dan mempertimbangkan bagaimana Tun (Dr Mahathir) boleh menyokong permohonan afidavit  untuk mencabar Akta MKN ini.
“Saya akan berhubung dengan mereka (peguam Anwar) selewat-lewatnya  minggu depan, dan apa-apa perkembangan mengenainya  saya akan maklumkan dari masa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Haniff berkata , pihaknya sedang berusaha ke arah itu dan pihaknya  berlapang dada sedia membantu barisan peguam Anwar.
“Kita bincang,,,lihat pada keperluan, selepas itu baru boleh susun gerak kerja berikutnya,” katanya merujuk kepada peguam Latheefa Koya,N. Surendran dan Eric Paulsen yang bertindak bagi pihak Anwar dalam kes itu.
Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini  pernah memohon maaf atas pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.
Tegas  Mahathir, Akta MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat itu telah menghina peruntukan Perkara 38 (4) yang menyatakan tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
“Jelas sekali Akta MKN ini menceroboh kedudukan istimewa Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan untuk meluluskan akta ini sebagai undang-undang,

Ideas: Puak anti-Mahathir dalam PKR sukar terima jabat tangan

Susulan pertemuan Dr Mahathir dan Anwar itu, akan wujud pihak yang menuduh Azmin cuba menunjukkan pengaruh dan kuasanya dalam PKR, kata Wan Saiful.
IDEASPETALING JAYA: Pihak dalam PKR yang bermusuhan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan sukar menerima tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjabat tangan di mahkamah kelmarin.
Badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata perkara itu akan mendatangkan kesan terhadap PKR.
“Dalam PKR ini ada yang betul-betul bermusuhan (dengan) individu macam Dr Mahathir dan dia mungkin ambil masa untuk boleh bersalam seperti mana Anwar buat,” kata Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan, kepada FMT.
Isnin lepas, Dr Mahathir tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada bekas timbalannya yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Kedua-dua pemimpin yang pernah bersama memimpin negara pada 1990-an itu dilihat bertegur sapa dan bersalaman, dalam pertemuan pertama selepas genap 18 tahun dan tiga hari Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah beberapa pemimpin tertinggi PKR, termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, yang sebelum ini mengakui mengekalkan persahabatannya dengan Dr Mahathir walaupun membela Anwar.
Wan Saiful tidak menolak susulan pertemuan Dr Mahathir dan Anwar itu, akan wujud pihak yang menuduh Azmin cuba menunjukkan pengaruh dan kuasanya dalam PKR.
“Saya tak terkejut sekiranya ada tuduhan seperti ini,” tambahnya.
Bagaimanapun, Wan Saiful berkata Dr Mahathir dan Anwar tidak akan bergabung dalam satu platform yang sama.
“Apa yang mungkin akan berlaku dia mungkin akan bergabung pakatan politik,” katanya.
Bersatu semacam malas
Wan Saiful berkata Barisan Nasional (BN) masih ternanti-nanti apa yang bakal dilakukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) naungan Dr Mahathir, yang menunggu kelulusan permohonannya.

Pengundi veteran lebih terkesan isu Mahathir-Anwar

Mahathir Anwar
Pertemuan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memberikan kesan yang cukup mendalam kepada pengundi muda.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani Berkata, ini kerana pengundi muda tidak melihat pergolakan reformasi yang berlaku pada tahun 1990-an terdahulu.
Katanya,pertemuan itu sebaliknya lebih memberi kesan kepada pengundi berumur 40 tahun ke atas yang menyaksikan sendiri drama politik di antara Mahathir dan Anwar.
“Pertemuan tersebut tidak akan beri kesan kepada orang muda. Mereka tidak nampak kepentingan mereka menerusi pertemuan tersebut.
“Sebaliknya orang muda akan lebih berminat dengan apa yang Mahathir dan Anwar akan tawarkan (sekiranya ada) kepada mereka,” katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, kehadiran Mahathir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikatakan sebagai tanda sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 menarik perhatian banyak pihak apatah lagi kedua-duanya bersalaman selepas 18 tahun bermusuhan.
Ketika diminta mengulas soal kehadirannya ke persidangan itu, Mahathir menafikan soal berbaik-baik namun mengulang beberapa kali kehadirannya ada kaitan dengan akta tersebut.
Azizuddin ketika mengulas perkara sama berkata, BN sepatutnya risau dengan pertemuan yang diadakan antara Mahathir dan Anwar memandang mereka mempunyai pengaruh mereka tersendiri.
“Saya tak rasa mereka akan tergugat tetapi mereka perlu risau kerana keduanya bawa dasar perjuangan yang mahu jatuhkan BN.
“BN perlu ambil perhatian dan rangka strategi untuk menawan kerajaan menjelang PRU yang akan datang,” katanya lagi.

Skandal 1MDB: Putrajaya khianati amanah pesara tentera

WANGSA KERAMAT, 8 SEPT : Amanah wang pesaraan pesara tentera dikhianati pentadbiran Umno Barisan Nasional, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, akta yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan kebajikan pesara dinafikan, ekoran skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Wang pesaraan tentera ini amanah sangat besar dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan pesara tentera.
“Atas kepentingan itulah pada 1973 dibentuk Akta Tabung Angkatan Tentera untuk menjaga ruang ekonomi pesara tenteta dan kebajikan mereka.
“Namun amanah itu dikhianati pemimpin negara kerana kerakusan mereka membabitkan skandal kewangan 1MDB,” katanya pada Majlis Dialog Prajurit, Wangsa Keramat di sini, malam tadi.
1MDB-1024x731Sebelum ini, satu dokumen rahsia didedahkan KEADILAN berhubung dana RM288 juta diseleweng bagi tujuan pemindahan wang kepada syarikat 1MDB untuk membayar faedah hutang pinjaman syarikat cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
Bagaimanapun, pemindahan wang tersebut didapati tidak melalui proses tepat atas dasar kegagalan 1MDB mendapat kelulusan Lembaga Pengarah untuk memindahkan wang tersebut.
1MDB juga kononnya telah membuat penafian atas dakwaan tersebut dan meminta senarai nama dikeluarkan terhadap individu yang didakwa menerima kelewatan pembayaran wang pesaraan.
Sehingga kini, seramai 110 penama disenaraikan KEADILAN, susulan kelewatan bayaran kenaikan pencen perkhidmatan yang dilaporkan sejak 2013 lalu.
Dalam perkembangan itu, Perdana Menteri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan kelewatan itu.

Pendidikan, kesihatan mangsa ‘rakus’ skandal 1MDB Najib

WANGSA KERAMAT, 8 SEPT: Kemajuan sistem pendidikan dan kesihatan negara terhalang susulan skandal kewangan dan tanggungan liabiliti membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata peruntukan pembangunan pendidikan dan kesihatan dipotong, hanya untuk membayar hutang 1MDB.

NAJIB-1MDB“Dalam keadaan ekonomi menyedihkan hari ini, bagaimana peruntukan bidang pendidikan dan kesihatan yang cukup penting untuk rakyat dimangsakan.
“Ini membuktikan skandal 1MDB memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa kecuali tetapi yang ‘enjoy’ berbilion cuma Najib dan Rosmah.
“Sementara rakyat Malaysia pula yang terpaksa menanggung dan membayar hutang-hutang itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Prajurit, Wangsa Keramat di sini, malam tadi yang turut dihadiri Laksamana (B) Imran Abd Hamid, dan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Sebelum ini, wujudnya pendedahan berkaitan tanggungan hutang 1MDB mencecah RM50 bilion hasil daripada pelaburan meragukan, syarikat cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Terdesak untuk membayar faedah hutang 1MDB, pentadbiran Putrajaya dikatakan memotong pelbagai peruntukan dan pengambilalihan kewangan agensi kerajaan seluruh negara.
Antara terkesan, Lembaga Tabung Haji (LTH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM).
Bercakap lanjut, Nik Nazmi yang juga Exco Pendidikan Selangor berkata, Putrajaya disifatkan gagal memacu pertumbuhan ekonomi negara susulan pelbagai dakwaan integriti Perdana Menteri.
“Kepimpinan Najib gagal apabila kepentingan pendidikan dan kesihatan rakyat digadai pentadbiran Umno-Barisan Nasional,” katanya.

Elaun RM16 sehari kakitangan tentera, pesara tuntut penyelarasan pencen

WANGSA KERAMAT, 8 SEPT : Penyelarasan pencen dan elaun pesara tentera veteran perlu dilaksanakan demi kepentingan dan kebajikan golongan ini.
Bekas Pegawai Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamil, berkata wujudnya ketidakadilan pembayaran skim pencen dan elaun tentera membabitkan golongan itu.

Lebih mengecewakan katanya, ada kalangan tentera menerima pembayaran rendah pada kadar RM16 sehari, walaupun bertugas di luar kawasan.
“Menteri bertanggungjawab didesak mengambil inisiatif untuk mewujudkan penyelarasan seimbang supaya elaun lebih tinggi sekurang-kurangnya RM100 sehari diberikan kepada mereka.
“Adakah berbaloi bagi tentera bertugas mempertaruhkan nyawa mereka mendapat imbuhan RM16 sehari walaupun bertugas di kawasan berbahaya yang jauhnya 100 hingga 200 batu jauh dari tanah besar?” soalnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog Prajurit, Wangsa Keramat di sini, malam tadi yang turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Terdahulu, wujudnya rungutan daripada pesara dan kakitangan tentera yang terpaksa menerima pembayaran elaun rendah, disamping masalah kelewatan pembayaran wang pesaraan.
Masalah tersebut dipercayai berpunca daripada penyelewengan dana RM288 juta bagi tujuan pemindahan wang kepada 1MDB untuk membayar faedah hutang pinjaman syarikat cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
Mengulas perkara tersebut, Imran yang juga Ahli Parlimen Lumut, berkata perkara tersebut membuktikan ketidaksungguhan Kerajaan Persekutuan terhadap isu kebajikan tentera.
“Kementerian Pertahanan perlu mengambil langkah berkesan supaya penyelarasan boleh dilakukan demi manfaat dan kebajikan kakitangan tentera dan pesara,” katanya.

‘Roboh tugu, jangan ikut Taliban dan IS’ - Wan Ji

Taliban dan IS terkenal dengan tindakan mereka memusnahkan peninggalan sejarah seperti tugu dan makam atas alasan agama.
Wan Ji Wan HussinPETALING JAYA: Malaysia tidak boleh mengikut jejak langkah kerajaan Taliban dan militan IS yang memusnahkan monumen dan peninggalan sejarah, kata pendakwah Wan Ji Wan Hussin.
“Hanya ada dua kerajaan yang berusaha meruntuhkan patung, iaitu Taliban dan IS. Malaysia tidak perlukan fikrah mereka,” kata bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor itu kepada FMT.
Pada 2001, kumpulan Taliban yang pernah memerintah Afghanistan menerima kecaman antarabangsa selepas meletupkan beberapa tugu Buddha yang dibina sejak 1,500 tahun dulu di Bamyan di utara Kabul.
Kumpulan militan IS juga terkenal dengan tindakannya memusnahkan peninggalan sejarah seperti tugu dan makam, contohnya di Hatra, Iraq pada April tahun lalu.
Wan Ji berkata ketika insiden Bamyan, Taliban dikecam ulama Islam terkemuka termasuk Yusuf al-Qaradawi, yang menyertai delegasi rundingan dengan kumpulan itu agar membatalkan hasrat mereka.
Alasan yang diberikan golongan yang menyokong pemusnahan binaan berupa makhluk adalah ia boleh membawa kepada syirik, iaitu menyekutukan Allah dengan berhala.
Wan Ji bagaimanapun berkata ia tertakluk kepada interpretasi.
“Memang ada hadis tentang larangan melukis atau membuat sesuatu menyerupai makhluk, tetapi ia dibahas panjang lebar ulama Islam. Ada yang melarangnya secara mutlak, ada yang tidak.
“Al-Quran juga menyebut tentang patung dalam istana Nabi Sulaiman. Maka ada ulama berpandangan hadis itu hanya melarang jika ia membawa kepada syirik, dan tidak terpakai jika sekadar perhiasan dan dijamin tidak akan menjadi sembahan,” kata Wan Ji yang menyertai PKR tahun lalu.
Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim baru-baru ini berkata tugu helang di Datarang Lang, Langkawi, adalah haram di sisi Islam. Ia disusuli gesaan beberapa agamawan yang mahu binaan yang sekian lama menjadi mercu tanda pulau lagenda itu dimusnahkan.
Pandangan Zamri dipersetujui Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang berkata prinsip sama juga terpakai terhadap Tugu Negara di Kuala Lumpur.