Rabu, 7 September 2016

Adenan bosan minta Putrajaya pulih keadaan sekolah

Ketua Menteri mahu lebih ramai anak watan mengajar di sekolah-sekolah di Sarawak, dan sudah tiba masanya kemudahan sekolah di negeri itu dinaikkan taraf.
adenanKUCHING: Tan Sri Adenan Satem mendedahkan bosan meminta Putrajaya pulihkan keadaan sekolah di negerinya, yang sekian lama dalam keadaan daif.
“Mereka bertanya kepada saya, apa yang perlu kita lakukan dengan dasar pendidikan kita?
“Saya beri jawapan mudah: bina sekolah (dengan kualiti kemudahan) yang sama taraf.”
“Saya bosan merayu Kerajaan Persekutuan beri kami sekolah yang lebih baik (berbanding sekarang),” kata Ketua Menteri Sarawak hari ini.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan Kamus Iban-English di Kuching. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Douglas Unggah Embas dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Adenan turut akui bosan mendengar masalah sekolah runtuh ke dalam sungai, atau tidak ada bekalan air atau elektrik.
“Saya faham kalau kita ketinggalakan 10, 20 tahun kebelakang. Tapi saya tak boleh terima kalau kemudahan sekolah ketinggalan separuh abad.
“Tak boleh tolak ansur lagi. Kita mesti ada dasar yang lebih tegas menangani perkara ini,” katanya.
Dianggarkan seramai 470,000 pelajar di Sarawak dengan 42,000 guru yang mengajar setakat Januari, menurut Jabatan Pelajaran Negeri. Lebih separuh daripada pelajar daripada kawasan luar bandar.
Pada bulan Jun, sebuah sekolah rendah di sebuah perkampungan nelayan di Spaoh, Betong, runtuh ke dalam sungai, bersama-sama dengan tabika dan surau. Tiada yang cedera dalam kejadian itu.
Pihak berkuasa tempatan menyalahkan hakisan air dan keadaan struktur yang uzur punca Sekolah Kebangsaan Kampung Buda runtuh.
Menurut undang-undang, kerajaan Persekutuan menyelia pembiayaan dan operasi sekolah kebangsaaan termasuk gaji pengajar, bangunan sekolah dan aset.
Di seluruh negara, tiga suku daripada lebih tiga juta pelajar sekolah rendah terdaftar di lebih 7,500 sekolah kebangsaaan, menurut Kementerian Pelajaran.
Adenan menerima kepelbagaian dalam sistem pendidikan Sarawak, sambil menambah beliau mahu lebih ramai guru asal Sarawak diambil bekerja.

"Kenapa masih berteka-teki tarikh BERSIH 5.0?", soal Gerakan Merah

Selangor pengeluar denggi, Noh Omar jangan buat fitnah - kata Azmin

RAKYAT SANGAT MALU!! Pemimpin KURAP Memimpin Malaysia - Muhyiddin Yassin

BUKAN TIPU!! Najib Pernah Cuba SUMBAT DEDAK Dalam Mulut Muhyiddin Yassin Sebelum Dipecat

APAKAH BERTEMUNYA TUN M DENGAN ANWAR SEBAGAI PERSEDIAAN JIKA BERSATU TIDAK DILULUSKAN?

Tidak ada sesiapa dapat menafikan bahawa pertemuan Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim setelah 18 tahun bermusuhan, adalah "rahmat besar"  kepada parti-parti pembangkang dalam usaha untuk menyingkirkan Najib Razak.

Gabungan pembangkang yang ditunjangi Pakatan Harapan dan Bersatu kini mendapat lebih keyakinan daripada rakyat untuk terus menggerakkan perubahan. Apabila dua tokoh berpengaruh yang selama ini bermusuhan, sanggup melupakan perbezaan atas keinginan bersama menyelamatkan negara, rakyat juga tidak teragak-agak untuk turut serta.

Blog ini dalam artikelnya pada 17 Mei lalu, berikutan tersebarnya surat Anwar yang meminta pimpinan PKR agar berhati-hati terhadap muslihat Tun Mahathir, pernah menyarankan agar kedua-dua pemimpin berkenaan bersatu hati dan melupakan persengketaan jika benar Najib yang sama-sama mahu disingkirkan.
Ketika itu, Tun Mahathir sudah keluar UMNO dan mula berbaik-baik dengan pimpinan parti-parti pembangkang termasuk PKR, tetapi terlihat masih membuat beberapa ulasan yang tidak menyeronokkan mengenai Anwar. Ia kemudian disusuli pula dengan surat yang ditulis Anwar dari dalam penjara yang turut menyebut mengenai kronisme dan nepotisme.

Hari ini, semua kita tentunya bersyukur kerana Tun Mahathir dan Anwar benar-benar sudah berdamai. Walaupun pada permulaan ini ia mungkin hanya berkaitan Akta Majlis Keselamatan Negara, namun ia pasti berkembang menjangkau pelbagai isu lain dari semasa ke semasa.

Dengan berbaiknya Tun Mahathir dan Anwar, lebih ramai yang berani dan terbuka bercakap mengenai perubahan. Ikut hukum akal, selain Najib sendiri semakin terbelenggu dengan banyak isu ciptaannya sendiri, sukar diterima dan hanya keajaiban saja yang mampu menyelamatkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Tetapi, mengapa Tun Mahathir memilih untuk bertemu dan berbaik dengan Anwar pada tarikh 5 September 2016?

Hati-hati sokong sesuatu atas nama Islam - Dr Mohd Asri


Orang ramai perlu berhati-hati sebelum menyokong mana-mana perkara atas nama Islam kerana bimbang ia menjurus ke arah yang salah.

 Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sebelum menyokong apa-apa perkara, penelitian perlu dilakukan untuk pemahaman sepenuhnya.
“Jika semua yang diberikan nama Islam ataupun kononnya ke arah perlaksanaan Islam itu kita disuruh sokong tanpa meneliti kesannya secara mendalam, maka dibimbangi nanti ramai yang menyokong Daesh.
“Berhati-hati dalam menyokong sesuatu atas nama Islam. Asalkan nama Islam dan mahu melaksanakan Islam lantas kita sokong, maka dibimbangi musnahlah kemanusiaan dan agama.
“Sebelum menyokong kita wajib bertanya, apakah versi Islam yang hendak dilaksanakan itu? Di tangan siapakah perlaksanaan itu akan diberikan?,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu pendapatnya itu susulan pada zaman ini ada pelbagai versi jenama Islam.
“Jenama Islam yang telah dimanipulasi jauh lebih banyak dibandingkan hakikat Islam yang merupakan rahmatan lil 'alamin (rahmat untuk semua pihak tanpa dibatasi latar kaum, kedudukan, tempat dan agama).
“Daesh juga kononnya sedang melaksanakan Islam versi mereka. Apa yang terjadi akhirnya? Apakah Islam bertambah mulia ataupun Islam dibenci dan dihina? Musnah nama agama dan rosak kemanusiaan serta hak asasi atas nama perlaksanaan Islam Daesh,” katanya.
Sebelum ini, kenyataan mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mewajibkan semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong pindaan itu di Parlimen menerima pelbagai reaksi daripada pemimpin dan orang awam.

UMNO dan Kencing-Fitnah BERPISAH TIADA !!!

Tiada pemansuhan kuota mahupun diskaun 10% bagi bumiputera seperti yang didakwa oleh AMENO dan SEKUTU MUNAFIK mereka...

Sejak dpt Tan Sri ni makin menjilat & kuat kerap bohongnya kpd rakyat..

Skandal 1MDB skandal kewangan TERBESAR DUNIA.

TIPS bagaimana nak curi wang berbilion2..

HANYA Malaysia jer yang tahu...
HANYA MO1 jer yang tahu..
HANYA 'bapak tiri' Riza Aziz jer yang tahu..

SATU CONTOH TOLOL UMNO..

Najib dan konco2 makan dedaknya AKAN BUAT APA SAJA memutarbelit fakta supaya rakyat Malaysia tertipu.

Kalau dah buat jenayah di negara mereka, SUDAH TENTU lah Jabatan Kehakiman (DOJ) AS siasat kerana berlaku penyelewengan/ korupsi dana 1MDB di negara mereka.

Amerika Syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang negaranya seperti Malaysia juga berhak mengambil tindakan undang2 terhadap orang asing yang melakukan jenayah di Malaysia. Jenayah oleh orang asing tidak dikecualikan dari undang-undang mana2 negara.

NAMPAK TAK !!!

Mereka siasat di sana. BUKANNYA Amerika dtg siasat ke M'sia..

Nampak sgt KETOLOLAN juak pemakan dedak UMNgOK..

Adakah penyangak kelas atasan kebal undang-undang ??

Yang didakwa bersetongkol songlap RM15 juta segera ditangkap & didakwa di mahkamah..

TETAPI kaki penyangak yg balun RM2.6 bilion hingga kini masih bebas keluar terbang ke luar negara..

KENAPA INI TERJADI ??..

INILAH ROSMAH MANSOR !!

DAHULU.. Allahyarham Tun Razak (BAPAK NAJIB) suruh isterinya Tun Rahah beli tiket sendiri jika mahu ikutnya kerana tidak mahu membazir wang rakyat..

SEKARANG.. apa dah jadi pd anaknya si Najib & bininya si Rosmah ??.. Malah Rosmah Mansor terus guna secara ekslusif jet mewah VVIP kerajaan terbang ke sana ke mari.. Apatahlagi setiap kali tahun baru Rosmah lesap sukar dikesan terbang ke luar negara utk sambut tahun baru..

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU..

Menteri kewangan pertama mula sebut berkenaan GST adalah Tun Daim Zainuddin pada tahun 1988 dalam ucapan Bajet 1989, BUKANNYA ANWAR IBRAHIM..

ADAKAH NAJIB BUTA SEJARAH atau memang KAKI PEMBOHONG ??!!

APA CADANGAN ANDA PULA !!


Gandingan Mahathir – Anwar: ‘Kali ini Najib harus gentar’


Gandingan Mahathir - Anwar: 'Kali ini Najib harus gentar'

Pertemuan antara Anwar Ibrahim dengan Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, cukup menggegarkan politik negara. Tidak salah juga kalau kita katakan ia sebenarnya menarik perhatian pemerhati politik antarabangsa, kerana kedua-dua tokoh ini sememangnya cukup kontroversi dan hebat.
Jujur penulis katakan, saat Dr Mahathir bersalaman dengan Anwar dan masing-masing tersenyum antara satu sama lain sambil bertanya khabar adalah saat yang cukup manis sebenarnya.
Masakan tidak, ia mengingatkan terhadap gandingan mereka berdua mentadbir negara antara 1993 sehingga 1998, yang mana ia adalah saat negara ini dirasakan berada pada landasan tepat.
Ekonomi berkembang pesat dengan pertumbuhan tujuh hingga lapan peratus ketika itu dan pembangunan negara dijalankan dengan cukup rancak.
Politik negara pula berada dalam keadaan sangat stabil, di mana majoriti rakyat sangat teguh di bawah parti pemerintah, Barisan Nasional (BN).
Boleh dikatakan juga bahawa segala nikmat pemodenan yang dirasai rakyat Malaysia ketika ini adalah asas yang dibina ketika Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri.
Memang ada rasa yakin dalam diri bahawa Wawasan 2020 yang mahu merealisasikan Malaysia sebagai negara maju akan tercapai.
Namun, semua itu berkecai apabila Dr Mahathir selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden Umno mengambil keputusan memecat Anwar sebagai timbalan beliau.
Keputusan itu dibuat dengan sokongan Jemaah Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi Umno ketika itu, dan sejak itu jugalah pelbagai kisah tidak seronok kita dengar pasal negara dan kepemimpinannya.
Kisah tidak seronok itu terus berpanjangan sehingga hari ini, di bawah pentadbiran Najib Razak selaku ketua kerajaan.
Pertemuan Dr Mahathir-Anwar, memberi isyarat jelas kepada semua, sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang, bahawa politik Malaysia kini memasuki fasa baharu.
Dua sosok yang pernah mengepalai Malaysia pada tahap keemasan di era 1990-an kini berganding bahu menidakkan kepemimpinan Najib.
Sukar dibayangkan jika mereka berdua ini bekerjasama sebagai pembangkang yang melawan kerajaan. Apa kesannya masih sukar ditelah?

Rais berpantun jawab Jamal nafi amal politik wang

Walaupun Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos nafi mengamalkan politik wang, namun bagi pemimpin veteran Umno Tan Sri Rais Yatim, beliau mempunyai cara tersendiri untuk menjawab penafian itu - iaitu dengan serangkap pantun mengenai kebenaran.
Rais berkata, tindakan yang dilakukan Jamal sebelum ini - memberi wang tunai berjumlah RM1,000 kepada 646 ketua cawangannya - mencerminkan bahawa Umno sebuah parti yang bermata duitan.
Justeru, Rais yang kini adalah penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan turut memberi kiasan dengan meminta anggota Umno tidak lagi berselindung di belakang sehelai lalang sebaliknya mengamalkan kebenaran.
"Sebelum ini saya katakan, (tindakan Jamal) ini mencerminkan Umno mata duitan. Kalau dah RM600,000 dibelanjakan, itu kalau tak mata duitan apa namanya?
"Saya nak suruh jangan lagi berselindung di belakang lalang sehelai, kita harus berselindung di bawah kebenaran.
"Jangan dipanjat kelapa condong, buahnya jatuh ke laman orang, bumi dipijak langit dijunjung, berdiri tegak bukannya lalang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menghadiri majlis 'Sepetang bersama CiTRA' di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) hari ini.

BERSIH 4: Mahkamah batal tuduhan ke atas Maria

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membatalkan pertuduhan ke atas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengikut Akta Perhimpunan Aman (PAA) atas dakwaan gagal memaklumkan kepada pihak polis mengenai penganjuran himpunan itu tahun lalu.
Panel tiga hakim sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Maria untuk membatalkan pertuduhan itu.
Hakim Datuk Tengku Maimum Tuan Mat yang mengetuai panel memutuskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes Setiausaha Kerja PKR Johor, R Yuneswaran tidak boleh digunakan secara retrospektif seperti yang termaktub dalam Perkara 7 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Hakim lain yang bersidang sama adalah Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim.
Dalam kes Yuneswaran, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa peruntukan menjadi kesalahan kerana gagal memberikan notis sebagai "berperlembagaan, sah, dan boleh dikuatkuasakan".
Lima bulan sebelum itu, mahkamah yang sama memutuskan penghakiman berbeza membabitkan ADUN PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Maria hari ini diwakili oleh peguam M Puravelan dan Ambiga Sreenevasan manakala Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan Hamdan Hamzah mewali pihak kerajaan.
Pada 3 Nov 2015, Maria didakwa mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi polis notis 10 hari untuk himpunan BERSIH 4 yang diadakan 29 dan 30 Ogos tahun lalu.

Harussani: Kami bukan setan bisu, akan terus bercakap kepada media

Harussani tidak setuju mufti dan ulama menganggap diri mereka seperti raja Melayu yang hanya bercakap menerusi pembantu.
Harussani-Zakaria_Mahmood-Zuhdi
PETALING JAYA: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tidak bersetuju dengan saranan supaya golongan ulama dan mufti di negara ini tidak mendedahkan diri mereka kepada media kerana bimbang kata-kata mereka dieksploitasi.
“Nabi pun dikatakan gila jika tak jawab pertanyaan. Saya tidak setuju dengan pendapat itu (mufti elak bercakap dengan media). Kerana orang banyak tuduh mufti setan bisu,” katanya kepada FMT.
Portal pro-Amanah, Malaysia Dateline, sebelum ini memetik Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid yang mahu mufti dan golongan “ilmuan” meniru raja Melayu yang tidak mendedahkan diri secara langsung kepada media.
“Mereka perlu mencari wacana khusus untuk mereka membincangkan isu-isu yang ditimbulkan pihak tertentu, sebelum disebarkan kepada pengetahuan masyarakat.
“Kita perlu meniru raja Melayu yang tidak bercakap sendiri. Raja akan bercakap melalui pembantunya,” kata Mahmood, yang berkata mufti perlu hanya memberi kenyataan melalui majlis fatwa “kerana pengaruh mereka cukup besar dalam masyarakat”.
Bagaimanapun, Harussani menegaskan akan menjawab sebarang pertanyaan yang mustahak sekiranya pendapatnya diperlukan.
“Saya fikir kalau benda yang perlu disegerakan saya akan jawab. Itu sahaja. Tidak salah jika saya jawab. Saya bukan keluarkan fatwa. Saya keluarkan pendapat saya.
“Kalau perlukan benda mustahak untuk saya jawab, saya jawab,” katanya.

Pengerusi Bank Rakyat tidak ambil 1 sen pun daripada RM15 juta - Shafee Abdullah

Shafee mempertahankan Aziz ketika meminta mahkamah mengurangkan bayaran ikat jamin kepada RM400,000 atas dakwaan bersubahat.
Shafee-Abdullah_aziz-zainal01KUALA LUMPUR: Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal tidak mendapat sebarang keuntungan daripada projek buku RM15 juta, kata peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di mahkamah hari ini.
Aziz dituduh bersubahat dengan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak dalam projek buku kenang-kenangan seorang bekas pemimpin negara.
“Jika ada sebarang cadangan mengenai pecah amanah lebih RM14 juta, saya akan beritahu anda yang tiada satu sen pun daripada jumlah itu dijumpai dalam pemilikannya,” kata Shafee yang dipetik Malay Mail Online.
Shafee berkata demikian ketika memohon mahkamah mengurangkan bayaran jaminan RM2 juta yang dikemukakan pihak pendakwaan.
“Saya diarahkan anak guam saya, jika Yang Arif menetapkan jaminan melebihi RM400,000, anak guam saya perlu masuk penjara.
“Disebabkan dia ialah seorang penjawat awam, dia tiada wang. Selama ini, dia adalah penjawat awam,” kata Shafee kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Madihah Harullah.
Hakim membenarkan permohonan Shafee untuk menangguhkan bayaran jaminan anak guamnya sehingga jam 3 petang esok untuk membolehkan penjamin dan isterinya mencairkan aset mereka bagi mendapatkan wang tunai.
Shafee turut memberitahu mahkamah, ketika direman tujuh hari selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 29 Ogos lalu, kenyataan Aziz hanya diambil dua hari sebelum dia dibebaskan Isnin lalu.
“Ketika disoal siasat, tiga individu mendesak dia membuat kenyataan yang ‘sama sekali tidak sukarela’,” katanya kepada hakim.
Susulan penahanan Aziz, SPRM turut membekukan satu akaun bank miliknya yang mengandungi RM1 juta.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud berkata, pihak pendakwaan akan membuktikan memang berlaku jenayah pecah amanah dan subahat yang menyebabkan Bank Rakyat, sebuah bank koperasi berasaskan Islam di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerugian hampir RM15 juta.

Himpunan #TangkapMO1 tidak mudarat seperti pengkhianatan MO1


Wan Anwar Wan Ibrahim 2Wan Anwar Wan Ibrahim
Biro Undang-undang (Kanun) Parti Amanah Negara mendakwa khianat yang dilakukan oleh “Malaysian Official One” (MO1) terhadap rakyat dan negara lebih bahaya berbanding perhimpunan #TangkapMO1 yang diadakan secara aman.
Timbalan pengerusi Kanun, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, tiada keperluan pihak keselamatan memanggil mereka yang terlibat dalam perhimpunan #Tangkap MO1 kerana perhimpunan itu memenuhi lunas demokrasi dan semangat Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak polis menyoal siasat peserta #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu di bawah peruntukan seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan/atau seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
Seksyen 505 Kanun Keseksaan tersebut adalah kesalahan jenayah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
“Kanun ingin persoalkan bahawa dalam keadaan perhimpunan tersebut dijalankan dengan sangat aman dan memenuhi lunas demokrasi dan semangat Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, apa keperluannya pihak keselamatan terus memanggil mereka yang terlibat?
“Selain daripada menyiasat kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam tersebut, Kanun turut mencabar pihak keselamatan untuk menyiasat dan menangkap MO1 tersebut yang jelas telah melakukan khianat kepada rakyat dan negara,” katanya.
Pagi tadi, pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad yang juga ahli parlimen Shah Alam dan Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan Wong Kah Woh yang juga Adun Canning dipanggil ke ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi untuk soal siasat berhubung perhimpunan tersebut.
Khalid berkata, tindakan memanggil mereka itu merupakan pembaziran masa dan tenaga pihak polis sedangkan masih banyak tugas penting yang harus dilakukan mereka.
“Tindakan ini merupakan pembaziran masa dan tenaga pihak keselamatan yang semestinya amempunyai kerja-kerja lain yang lebih penting.

Azmin: Tun M bertemu Anwar menyatupadukan rakyat Malaysia

Takiyuddin: Mahkamah Perlu Buktikan Siapa MO1

Lepas setahun, siasatan pada juruaudit 1MDB belum lengkap

Selepas setahun, Institut Akauntan Malaysia (MIA) masih menyiasat juruaudit 1MDB – KPMG dan Deloitte Malaysia.
“Sebenarnya proses kami masih berjalan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MIA Nurmazilah Mahzan ketika ditanya perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur.

“Lebih baik saya tidak beri komen lanjut kerana prosesnya sedang berjalan,” tambahnya.

Ditanya bila siasatan dijangka selesai, Nurmazilah berkata akan memaklumkannya “apabila kami sedia untuk memberi kenyataan”.

Beliau juga memberi jawapan sama ketika ditanya sama ada MIA akan menyelesaikan siasatan pada tahun ini.

StarBiz pada 3 Jun melaporkan, pendahulu Nurmazilah, Ho Foong Moi berkata MIA akan menyiasat KPMG dan Deloitte menarik diri daripada akaun syariakt sarat hutang 1MDB.
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua sebelum itu membuat dua aduan terhadap KPMG dan Deloitte kepada MIA pada Mac dan Mei 2015.

Beliau mendakwa kedua-dua syarikat audit itu mengabaikan tanggungjawab dalam menyemak akaun 1MDB.

Selepas saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat terhadap dakwaan salah guna dana 1MDB, Deloitte mengumumkan auditnya terhadap syarikat itu pada 2013 dan 2014 tidak boleh diguna pakai lagi.

Syed Ali Alhabshee: Ahli Umno tetap hormat Tun M tapi...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan tetap dihormati rakyat terutamanya ahli Umno meskipun beliau kini dilihat menjadi seteru kepada parti kerajaan itu.
Menurut Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee apabila Mahathir memilih jalan bertentangan dengan parti, bekas Presiden Umno itu terpaksa menerima hakikat tindakannya itu akan ditentang Umno.
Tun Mahathir Mohamed “Demi kuasa Umno untuk masa depan orang Melayu dan umat Islam, Umno terpaksa menentang mana-mana pihak yang cuba menghancurkannya termasuk Dr Mahathir.
“Penentangan atas sifat politik itu terpaksa berlaku dan pasti akan berlaku kerana Umno perlu menjaga survival politiknya dan Dr Mahathir pula kini berada di sebelah pihak lain,” katanya melalui kenyataan di blog Umno Cheras.
Menurutnya lagi, pemimpin dan ahli-ahli Umno mempunyai jiwa kental dan perasaan sayangkan pemimpin biarpun kadangkala kenyataan Mahathir itu menyakiti hati mereka.
Katanya, penghormatan terhadap jasa dan sumbangan Mahathir terhadap negara dengan penentangan politik merupakan perbezaan yang amat ketara.
“Tidak ada ahli Umno yang menafikan sumbangan dan jasa Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno paling lama dalam sejarah. Itu hakikatnya, tetapi apabila dia memilih haluan menentang Umno, maka Dr Mahathir terpaksa menempuh risikonya.
“Apabila kita memilih jalan yang tidak sehaluan, mahu tidak mahu salah satu daripada mereka akan berdepan dengan tentangan,” katanya.
Tuduhan Mahathir yang mendakwa pemimpin Umno menerima dedak daripada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak, Syed Ali menyifatkan tuduhan itu bersifat subjektif.
“Adakala Dr Mahathir mungkin bermain dengan andaian tetapi telah dimanipulasikan pula oleh pihak berkepentingan yang berniat jahat terhadap Umno.
“Datuk Seri Najib akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan rakyat dan ahli-ahli parti termasuk pemberian subsidi dan pelbagai bantuan semasa. Barangkali inilah yang disalah tafsir dan dilabelkan sebagai dedak,” katanya.

UMPAMA TERSARUNG STOKIN BUSUK

Masih kedapatan sebenarnya pemimpin-pemimpin UMNO, selain yang berjawatan Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen, yang tetap mengharapkan Najib Razak dapat meletak jawatan sebelum pilihanraya akan datang dan seterusnya memberi laluan kepada orang lain mengambil alih tempatnya.

Setelah pertemuan dan berbaiknya semula Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar, tidak sedikit yang jadi susah hati dan semakin hilang keyakinan mengenai masa depan UMNO dan BN.

Mereka kini melihat masa depan UMNO, selagi dipimpin Najib, semakin kabur dan tidak menentu masa depannya.

Di sebalik Zahid Hamidi mengatakan pertemuan dengan Anwar itu sebagai tidak ikhlas dan langkah terdesak Tun Mahathir untuk meraih sokongan pembangkang, kata mereka, apakah UMNO dan BN tidak jadi terdesak setelah melihat kedua-dua pemimpin itu berbaik semula?

Jika pada 2013, Anwar Ibrahim berjaya menjadikan 52 peratus undi popular rakyat memihak kepada pembangkang, apakah dengan adanya Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin bersama mereka, tidak mungkin angka itu menginjak kepada 65 peratus, 70 peratus atau lebih daripada itu?

Realiti itu tidaklah sukar untuk difahami. Bukan saja pemimpin pertengahan atau ahli-ahli biasa saja yang mudah memahaminya, malah majoriti Ketua Bahagian, Ahli Parlimen dan menteri-menteri UMNO  juga sedar mengenainya. 

Tetapi, ibarat "sudah tersarung stokin busuk", itulah yang terjadi kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Tidak ramai yang mahu memakai stokin busuk kerana ia membuatkan seseorang tidak selesa dan hilang keyakinan diri sepanjang hari.

Minggu orientasi mahasiswa untuk apa?

Hari ini hampir semua universiti telah selesai menjalani minggu orentasi untuk mahasiswa baharu. Beberapa hari sebelum keputusan UPU dikeluarkan tempoh hari, netizen dikejutkan dengan satu gambar yang menunjukkan tentatif Minggu Orentasi Mahasiswa Universiti Malaya sesi 1970.
Program itu sarat dengan aktiviti-aktiviti forum yang menyentuh isu-isu nasional yang kini dilihat terlalu jijik untuk dibawa di kampus.
Setelah Akta Universiti Kolej Universiti diperkenalkan, sepertinya pengisian-pengisian seperti ini sukar untuk dilaksanakan. Persatuan mahasiswa pula telah diturunkan darjatnya kepada Majlis Perwakilan Pelajar, yang sekali-sekala aku lihat hanya bertindak seperti staf tambahan universiti.
Program orentasi kini dipegang sepenuhnya oleh HEP untuk menentukan inti dan pengisian program.
Program orientasi pada tahun 70-an memberi kebebasna kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.Program orientasi pada tahun 70-an memberi kebebasna kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.Apabila saya melihat pengisian-pengisian yang berlaku di kebanyakkan universiti semasa orentasi, membuatkan aku terfikir, apa istimewanya menjadi mahasiswa? Aktiviti-aktiviti yang ditawarkan kelihatannya sudah pun dilakukan pada zaman persekolahan dahulu. Bersorak-sorak, fasilitator berdrama, dan menyanyi sambil hentak-hentak kaki mengikut lagu tema. Ini semua telah pun dialami dalam alam persekolahan.
Minggu orentasi merupakan program pertama mahasiswa-mahasiswi. Pelajar-pelajar baharu ini pula telah melalui satu proses pendidikan formal yang panjang, lebih kurang 12-15 tahun sebelum bergelar pelajar sarjana muda. Apabila sajian pertama yang mereka terima adalah program yang sekadar mengajar mereka bersuka ria, terkinja-kinja, mencipta cheers dan sesi dialog sekadar membincangkan silibus kursus atau hanya hal-hal terkait universiti maka mentaliti kebanyakkan mahasiswa akan terkurung.
Sindrom utama yang perlu dibendung dalam kalangan mahasiswa sekarang adalah sindrom selfish, mereka hanya memikirkan periuk nasi mereka tanpa menghiraukan isu-isu kemasyarakatan apatah lagi isu-isu negara. Pada mereka cukuplah sekadar belajar sekuat yang boleh, meraih pointer yang bagus dan akhirnya nanti boleh bekerja di bawah penghawa dingin dengan gaji yang enak.
Hal ini juga membawa kepada kemandulan mahasiswa yang mahu memainkan peranan mahasiswa yang sebenar(menjadi faktor pendesak, pemain intelektual dan pengubat kepada masalah masayarakat), dan menyebabkan mereka-mereka yang sedang mengisi peranan mahasiswa di dalam negara kelihatan radikal. Kebanyakkan mahasiswa selesa untuk menjadi mahasiswa ‘lambak’ kerana jumlahnya yang banyak.

Kecewa dengan Umno, cucu bekas TPM sertai Bersatu

Tariq berkata, Umno hari ini lebih baik menjadi sebuah syarikat berkaitan kerajaan kerana semua orang berada di dalam parti itu demi wang.
tariqPETALING JAYA: Tariq Ismail yang merupakan cucu bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Ismail Abdul Rahman mengumumkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Katanya, walaupun tahu tindakannya itu akan mengecewakan sebahagian ahli keluarganya, beliau masih memilih Bersatu dan bukannya Umno kerana tidak lagi percaya kepada cara pengurusan parti itu.
“Ia mengenai perubahan dan kemajuan. Ia mengenai kepimpinan melalui teladan.
“Saya mengambil keputusan menyertai Bersatu bukan kerana saya marah, cemburu atau kecewa dengan Umno. Saya hanya tidak percaya dengan cara parti itu dikendalikan sekarang.
“Saya orang Melayu, tetapi saya juga progresif. Oleh itu, saya tidak percaya dengan (konsep Umno) melindungi Tuan Presiden (Datuk Seri Najib Razak),” katanya kepada FMT hari ini.
Ditanya kenapa beliau menyertai Bersatu yang hendak menjatuhkan parti di mana datuknya mengabdikan seluruh hidupnya, Tariq berkata, Umno hari ini memerlukan perubahan yang hanya boleh dilakukan dari luar.
“Umno hari ini lebih baik menjadi syarikat berkaitan kerajaan kerana semua orang berada di dalam sana demi wangnya.
“Selagi mereka kekal berkuasa, mereka tidak akan berubah. Mereka menjadi begitu angkuh. Selain itu, ramai orang seperti (bekas Timbalan Perdana Menteri) Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengubah Umno dari dalam.
“Ia tidak berjaya dan tidak kira apa pun, golongan progresif dalam Umno akan ‘dibunuh’,” katanya.
Beliau berkata, Bersatu yang merupakan parti serpihan Umno akan kembali kepada perjuangan asal parti itu untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan, institusi diraja, hak Melayu dan Bumiputera.
“Ia bertujuan menyatukan semua dan menyedari sebagai rakyat Malaysia, kita semua mempunyai perbezaan unik dan kepelbagaian yang perlu diraikan.

Peguam Mahathir, Anwar bergandingan cabar akta MKN Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan peguamnya untuk berurusan dengan pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cara terbaik untuk menyokong permohonan bekas ketua pembangkang itu untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.
Peguam Haniff Khatri Abdulla memberitahu Malaysiakini, beliau diberikan arahan itu semalam, sehari selepas Mahathir membuat penampilan mengejutkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan cubaan Anwar mendapatkan injunksi menghalang pelaksanaan akta itu.
"Saya diarahkan untuk berhubungan dengan peguam Anwar dan mempertimbangkan bagaimana Tun (Dr Mahathir) boleh menyumbang untuk mencabar Akta MKN ini.
"Saya akan berhubungan dengan mereka minggu depan," katanya merujuk kepada peguam N Surendran, Latheefa Koya dan Eric Paulsen yang bertindak bagi pihak Anwar dalam kes itu.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam berkata kedua-dua pemimpin itu bertemu selama kira-kira 30 minit dan Haniff mengesahkan bahawa mereka membincangkan, antara lain, kemungkinan Mahathir memfailkan afidavit sokongan bagi kes berkenaan.
"Kita (peguam) akan kaji semua opsyen yang dibenarkan," katanya.
Pertemuan kedua-dua pemimpin itu adalah yang pertama dalam tempoh 18 tahun selepas Dr Mahathir selaku perdana menteri ketika itu memecat Anwar yang adalah timbalannya.
Anwar kemudiannya dihumban ke penjara atas kesalahan meliwat dan penyalahgunaan kuasa yang dinafikannya.
Pertemuan Isnin lalu dilihat oleh mereka yang hadir di mahkamah sebagai Mahathir memberi sokongan moral kepada Anwar.
Malaysiakini difahamkan bahawa proses perdamaian telah bermula sejak beberapa bulan lalu, dalam usaha Mahathir meraih sokongan untuk pergerakan Deklarasi Rakyat yang diterajuinya bagi menumbangkan Najib.
Mereka yang hadir sama pada pertemuan berkenaan adalah Azmin, isteri Anwar dan Presiden PKR, datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Skandal 1MDB Disiasat Untuk Jatuhkan Najib...!!!

Bila DOJ-AS siasat 1MDB SKANDAL KEWANGAN TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA dituduhnya UMNO, AS campurtangan kerajaan M'sia & jatuhkan Najib..

TETAPI yang lapan negara lain turut sama2 siasat 1MDB, KENAPA TOLOL-TOLOL MENTERI UMNO BUTA PEKAK BISU !!!

HAKIKATNYA, TOLOL-TOLOL MENTERI UMNO & PEMAKAN DEDAK UMNO terus panas pungkok kerana kes rasuah terbesar dunia sudah tersebar keseluruh dunia !!!

Adakah institusi Pondok ancaman kepada Umno,soal Pas


Idris AhmadIdris AhmadNaib Presiden Pas Idris Ahmad berkata, beliau ingin mempersoalkan kewajaran kumpulan radikal seperti Daesh dan IS adalah dari keluaran pondok sebagaimana kenyataan pemimpin Umno.
"Ada juga mereka yang terlibat dengan kumpulan radikal ini yang tidak belajar di pondok dan pendidikan agama. Kenapa hendak kambing hitamkan pondok?" soalnya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusui  yang mahu sistem pengajian pondok dikaji semula untuk mengelak lahirnya golongan radikal dan pelampau, ketika beliau berucap di Mesyuarat Agung ke 39 Guru-Guru Agama Malaysia Barat di Kota Bharu.
Justeru Idris berkata, kerajaan sewajarnya membantu sistem pondok sebagai tanda pendekmokrasian dalam pendidikan.
"Bantu cukuplah, jangan pula untuk campur tangan dalam urusan pondok dan ubah kurikulum pondok. Kurikulum pondok berjaya melahirkan ulama yang berwibawa dan mantap dari segi keilmuan untuk menyelesaikan masalah semasa seperti perbankan Islam.
"Semuanya terpaksa merujuk kepada kitab turath (asal). Mereka yang pernah melalui pengajian pondok amat diperlukan untuk memahami nas asal syarak.
"Kerajaan sepatutnya berterima masih kepada pengajian pondok yang berusaha untuk membina modal insan di negara ini. Ketika masyarakat yang dilanda dengan krisis moral dan akhlak. Guru yang mengajar dengan ikhlas, pengajian tanpa yuran yang bukan bersifat perniagaan. Ini yang patut kerajaan berbangga," ujarnya.

Buku RM15 Juta: Pengerusi dan Pengarah Urusan Bank Rakyat mengaku tidak bersalah dakwaan pecah amanah

Tan Sri Abdul Aziz  berjalan keluar dari bilik perbicaraan ditemani peguamnya di Mahkamah Sesyen hari ini.Tan Sri Abdul Aziz berjalan keluar dari bilik perbicaraan ditemani peguamnya di Mahkamah Sesyen hari ini.
Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah, Mac lalu.
Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal didakwa bersubahat dengan Pengarah Urusan bank tersebut, Datuk Mustafha Abd Razak melakukan pecah amanah berhubung kes penyelewengan penerbitan buku bernilai RM15 juta.
Mustafha menghadapi pertuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan perbelanjaan pemasaran berjumlah RM14, 991,293.
Kedua-dua tertuduh tiba di Mahkamah Sesyen kira-kira pukul 9.45 pagi ditemani peguam dan ahli keluarga mereka.
Terdahulu, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata kedua-dua mereka akan didakwa atas beberapa pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.
Pada 30 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman lelaki berusia 65 tahun bergelar Tan Sri itu selama tujuh hari sehingga 5 September bagi membantu kes penyelewengan dana penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.
Lelaki bergelar Datuk berusia 48 tahun itu pula ditahan reman tiga hari bermula 26 Ogos oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan kes sama.

Rafizi tetap teruskan 'Dailog Perajurit' malam ini


Rafizi Ramli Rafizi Ramli Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa polis melarang ‘Dialog Perajurit’ anjuran pembangkang dengan pesara tentera yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur malam ini.
Di sebalik larangan itu, beliau berikrar akan meneruskan dialog hari ini yang dijadualkan di Setiawangsa dan menggesa pesara tentera untuk hadir.
Pertemuan malam ini adalah yang pertama dalam siri 'Dialog Perajurit’ yang diadakan di kawasan parlimen yang mempunyai bilangan pengundi tentera yang tinggi.
Menurut Rafizi, polis memaklumkan dialog itu melanggar Akta Perhimpunan Aman di sebalik notis acara itu diberikan 10 hari lebih awal sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
“Oleh itu, saya akan meneruskan dialog pada hari ini dan menyeru seramai mungkin pesara tentera untuk hadir bersama-sama. Saya telah mendapat beberapa pengesahan bahawa ada kumpulan pesara dari negeri-negeri lain yang akan turut hadir.
“Tindakan pihak polis cuba menyekat berlangsungnya ‘Dialog Perajurit’ malam ini mengesahkan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak takut dengan pengaruh pesara tentera dan kesannya kepada undi Melayu dalam PRU14 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media seperti dipetik hari ini.

Demo BERSIH 5 pada November ini

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah mengumumkan BERSIH 5 akan diadakan pada November depan.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan tarikh tepat buat masa ini.

“Kita akan ada BERSIH 5 pada November ini.

"Saya tidak akan beritahu kamu tarikhnya,” katanya ketika ditemui di Putrajaya hari ini.

Gabungan proreformasi sistem pilihan raya akan mengadakan sidang media pada 14 September depan bagi mengumumkan tarikh itu.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa BERSIH sudah mengenal pasti dua hari cuti hujung minggu untuk himpunan besar itu.

Tak pakai otak, Khoo Kay Kim bidas pasukan bola sepak negara

Ahli akademik terkenal itu mempersoalkan cara pemain bola sepak kebangsaan yang disifatkannya seperti robot "hantar bola pun tak betul".
Khoo-Kay-Kim
PETALING JAYA: Kualiti pemain bola sepak tempatan masih jauh ketinggalan, kata Tan Sri Prof Khoo Kay Kim, yang membidas pihak pengurusan gagal memberikan persediaan kepada pemain sehingga mereka beraksi di padang seolah-olah mereka tidak menggunakan otak.
“Pemain kita main tak pakai otak, mereka main macam robot, hantar bola tak betul, tendang tak betul, semua tak betul, macam mana mereka boleh bermain untuk pasukan kebangsaan?” soal Khoo, sejarahwan negara yang kerap dirujuk pendapatnya mengenai hal sukan dan sosio-ekonomi.
Beliau memberi contoh skuad negara bawah-22 (B-22) tewas 1-2 kepada skuad B-22 Bahrain pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Jumaat.
Semalam, prestasi bola sepak negara terus merudum selepas Harimau Malaysia dikalahkan 3-0 oleh tuan rumah Indonesia pada perlawanan persahabatan.
Khoo berkata pihak pengurusan dan jurulatih gagal menyediakan latihan sesuai dengan corak permainan terkini.
“Mereka tidak diberi latihan yang sesuai, bila kita pilih pemain kita perlu mengkaji cara mereka bermain bukan seperti robot, selalu bagi bola kepada penjaga gol.
“Bagaimana mereka nak capai keputusan baik kalau mereka selalu hantar bola kepada penjaga gol?” soal beliau.

Ilmu pemimpin2 Islam-Umno memang hebat tinggi darjatnya..

Berdosa, masuk neraka jika kita melawan hujah2 mereka..

SEMALAM HARI SELASA !!!..

WSJ dedah perbualan BBM Jho Low dan pegawai bank tentang akaun rahsia PM

Kali ini ia adalah transkrip perbualan rahsia budak cina gemuk bernama Jho Low dan pegawai Ambank melalui Blackberry Messenger, BBM tentang betapa perlunya mereka menjaga kerahsiaan akaun peribadi Perdana Menteri.

Jho Low juga dilaporkan melarang pihak Ambank daripada menghantar penyata kad kredit akaun tersebut ke rumah Perdana Menteri. Sebaliknya individu tertentu dihantar untuk mengutipnya secara peribadi.

"Jangan benarkan orang luar daripada bank atau lebih daripada beberapa pihak dalaman tahu mengenai akaun ini. Gunakan email Gmail, jangan guna sistem email bank untuk komunikasi.

Apapun, jangan hantar penyata kad kredit ke rumah perdana menteri" itu antara arahan Jho Low kepada pegawai bank seperti yang didedahkan oleh WSJ.

"Tidak, tidak, tidak sangat sensitif..." Jho Low dilapor mempunyai seseorang untuk mengutip penyata akaun secara terus (by hand).

Jho Low turut dipetik dalam perbualan itu sebagai menegaskan supaya tidak ada sesiapa kecuali mereka mempunyai akses kepada penyata bank itu, bimbang ia tersebar ke internet.

"Sangat sangat penting tiada siapa patut tahu di Ambank selain kamu atau Cheah atau dapat penyata itu..."

"Kalau tersebar di internet dari mana asal dana itu nanti pening kepala" dedah WSJ lagi. — Wall Street Journal, Sept. 6, 2016 1:31 a.m. ET.

SEMALAM HARI SELASA !!!.. Sudah berapa puluh kali selasa Najib kata nak saman WSJ, tapi sampai sekarang habuk pun tak ada.

Huluran tangan Tun, Anwar: Ancaman buat BN

Huluran tangan antara dua seteru hampir dua dekad lamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, disifatkan sebagai satu amaran jelas kepada BN.
Penganalisis politik menjangkakan peristiwa itu mungkin menjadi titik perubahan landskap politik dalam kalangan pembangkang dan politik tanah air.
Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata titik sejarah itu perlu dipandang serius oleh BN kerana pertemuan itu bukan sekadar untuk menghantar mesej kepada kepimpinan dalam pembangkang tetapi juga amaran kepada kerajaan.
Aksi bersalaman Tun M-Anwar trending di media sosial “Sebelum mereka bertindak untuk bertemu itu, pastinya mereka sudah membuat suatu perkiraan yang menyeluruh. Untuk itu BN perlu berhati-hati dan melihat perkembangan tindakan selanjutnya oleh kedua-dua pemimpin ini.
“Jelas bukan mudah utk Mahathir sendiri mengunjungi, bersalaman dan berbicara dengan seteru politiknya selepas 18 tahun Anwar dipecat. Maksudnya, pasti ada sesuatu yang menggerakkan beliau untuk meleburkan ego politiknya sehingga bersedia membuka hatinya kepada orang yang pernah dimasukkannya ke penjara...sesuatu yang amat penting dan kuat.
“Ini mungkin titik tolak yang memberi sinar baru kepada masa depan politik Malaysia dan menjurus ke arah kerjasama politik lebih bermakna dalam kalangan pembangkang bagi berdepan dengan BN dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, kehadiran Mahathir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikatakan sebagai tanda sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 menarik perhatian banyak pihak apatah lagi kedua-duanya bersalaman selepas 18 tahun bermusuhan.
Ketika diminta mengulas soal kehadirannya ke persidangan itu, Mahathir menafikan soal berbaik-baik namun mengulang beberapa kali kehadirannya ada kaitan dengan akta tersebut.
Dalam pada itu, Jeniri akui masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian namun sama ada pertemuan itu bakal mencoret sejarah baharu dalam landskap politik tanah air atau tidak, ia bergantung kepada perkembangan selanjutnya pasca pertemuan tersebut.
“Bergantung pada bagaimana perkembangan politik atau tindakan yang akan diambil Mahathir dan kumpulan Anwar dalam minggu-minggu yang akan datang.
“Kalau ada sesuatu yang konkrit berlaku dari segi kerjasama dalam kalangan parti politik pembangkang ini, kemungkinan kita dapat mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna kerana mereka tidak ada pilihan sebenarnya jika betul-betul nak menumbangkan BN kecuali bersatu dari segi hati dan strategi. Ini juga termasuk dengan memastikan Pas berada di pihak mereka,” katanya.
Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan melahirkan keyakinan pertemuan itu bukan sekadar atas alasan MKN.
“Kalau sekadar nak menyokong isu MKN ini satu sahaja, satu kenyataan media sudah cukup daripada pihak Tun Mahathir. Mungkin itu (sokongan kes MKN) kenyataan politik yang dikeluarkan tapi hakikatnya lebih besar,” katanya.
Melihat kepada suasana itu, beliau melihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu segera mengambil peluang memainkan peranan atas pertemuan itu.
“Saya lihat Bersatu ini agak perlahan dalam gerak kerjanya. Sebelah Anwar memang sudah lama bergerak tetapi di sebelah Tun Mahathir ini nampaknya...kalau Parti Amanah Negara (Amanah) sebelum diumumkan penubuhan lagi, mereka sudah buat kerja.
“Bersatu ini sudah memohon untuk daftar pun tapi kelihatan masih tidak bergerak lagi. Bersatu kena tunjuk bahawa parti itu hidup,” katanya.

Agamawan perlu berjiwa merdeka

Umat Islam sangat memerlukan agamawan, sebagai pembimbing mereka bukan saja di segi agama, tetapi juga di jalan kehidupan umumnya untuk mencapai keredhaan Allah.
Sangat besar ertinya kerana ulama atau agamawan itu mempunyai status sebagai ‘pewaris para nabi’ yang berilmu, penuh sabar dan tabah menghadapi pelbagai ujian.
Sejarah Islam sejak zaman berzaman merakamkan pelbagai peristiwa bagaimana ulama dengan ilmu dan ketakwaannya yang sangat tinggi berinteraksi di tengah masyarakat, menghadapi pelbagai gelombang cabaran yang bukan kecil.
Kini, di zaman moden ini, di Abad ke-21, di negara ini sendiri, dengan gelora bukan saja di bidang politik, krisis kepimpinan, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan segalanya, maka agamawan dengan statusnya sebagai golongan terpandang sedang diberi perhatian oleh masyarakat.
Umat Islam di negara ini yang kini menghadapi kekeliruan menghadapi krisis ini mahu menyaksikan peranan agamawan dalam memberi petunjuk bagaimana seharusnya masalah negara ini dapat diselesaikan. Tentunya melalui pendekatan Islam, justeru Islam itu ‘Rahmatan Lil-Alamin’ rahmat seluruh alam, melindungi kepentingan manusia seluruhnya.

Kerana itu sejak akhir-akhir ini sudah banyak kedengaran suara-suara yang memancarkankekecewaan umat Islam di negara ini apabila mereka yang bergelar agamawan amat jarang – kecuali beberapa orang - yang kedengaran bersuara memberikan pandangan mengenai masalah yang dihadapi negara sekarang ini yang sudah sampai ketahap berat dan mencemaskan.
Agamawan dengan ilmu dan statusnyaa tentunya memiliki jiwa merdeka, iaitu tidak takut kepada siapapun melainkan Allah s.w.t. Maka itu jika ia dilihat ‘membisu’ dengan pelbagai alasan maka tentu sekali tidak munasabah.
Agamawan, seperti anggota masyarakat lainnya, masa kini yang berada di tengah pelbagai saluran melalui maklumat, tidak mungkin boleh memberi alasan ‘tidak tahu’ akan isu-isu yang berbangkit, terutama yang dilihat menyentuh soal amar makruf nahi mungkar.
Memang menyeru yang makruf lebih mudah dari menentang yang mungkar kerana risikonya amat tinggi.
Tidak mungkin semua maklumat itu tidak benar atau palsu dan fitnah. Agamawan – dengan ilmu dan kewibawaannya - bebas untuk menentukan, tetapi untuk mengatakan semuanya tidak benar adalah alasan yang tidak kukuh.
Atau jika ia memakai alasan ‘ini isu politik tidak boleh campur’, maka adakah benar agamawan tidak perlu menyentuh isu politik. Tentu saja isu politik tidak terlepas dari masalah atau persoalan amar makruf, nahi mungkar.

Di sebalik pertemuan Mahathir-Anwar di mahkamah

Mahathir kekal menyatakan bahawa pemecatan Anwar dari kabinet Malaysia dan parti Umno bukanlah suatu kesilapan. Mahathir kekal menyatakan bahawa pemecatan Anwar dari kabinet Malaysia dan parti Umno bukanlah suatu kesilapan.
Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang memerlukan Pakatan Harapan ada kebenarannya dengan kunjungan Mahathir ke mahkamah semalam bagi menyokong saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan Malaysia.
Mahathir yang dikenali sebagai Perdana Menteri 10 peratus di kalangan pembangkang pada zamannya kelihatan begitu terdesak meraih sokongan Pakatan Harapan bagi menumbangkan Perdana Menteri Malaysia.
Dakwaan pembangkang bahawa peruntukan sebanyak 10 peratus perlu disediakan sebagai bayaran rundingcara,komisen atau sagu hati bukanlah suatu rahsia, malah menjadi bualan di kalangan ahli politik, pemaju projek mega dan konglomerat.
Kehadiran beliau dilihat ramai rakyat Malaysia sebagai usaha terdesak meraih simpati dan sokongan banduan tersebut, sejak 18 tahun lampau.
Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, Mahathir tidak pernah mengeluarkan permohonan maaf terhadap Anwar dan tidak pernah menafikan bahawa tangkapan dan pendakwaan ke atas Anwar suatu ketika dahulu merupakan sesuatu yang salah, silap atau bertentangan dengan etika dan undang-undang.
Sehingga kini Mahathir kekal menyatakan bahawa pemecatan Anwar dari kabinet Malaysia dan parti Umno bukanlah suatu kesilapan. Hakikat yang sebenarnya kita serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui. Namun Anwar telah melalui suatu proses kehakiman yang cukup panjang
Mahathir adalah lambang pengorbanan seorang bapa yang mahu menobatkan anaknya sebagai Perdana Menteri sementara Wan Azizah adalah lambang pengorbanan seorang isteri yang mahu menobatkan suaminya sebagai seorang Perdana Menteri.
Untuk mencapai cita-citanya, Mahathir berusaha keras mahu menumbangkan Najib sementara Wan Azizah berusaha keras mahu menumbangkan Mahathir.

PROTON VS 1MDB

1.Ogos 1983 mula pembinaan kilang kereta Proton di Shah Alam pinjam wang Kerajaan sebanyak Rm 480 juta.
2.Julai 1985 kereta pertama Proton Saga keluar dari kilang.
3. Disember 1996 Proton berjaya mengeluarkan sejumlah 1 juta kereta.
4.Perolehan/Turnover 1993 : Rm 2,286,500,000 1994 : Rm 3,087,000,000 1995 : Rm 3,708,400,000 1996. : Rm 5,166,700,000
5.Untung sebelum cukai 1993 : Rm 311,200,000 1994 : Rm 282,000,000 1995 : Rm 307,900,000 1996 : Rm 454,600,000 1997 : Proton umum untung sebelum cukai telah melepasi RM 1 Bilion pada tahun kewangan berakhir 31.3.1997.
6. Cukai yang telah dikutip oleh Kerajaan dari Proton dalam tempoh 10 tahun ialah sebanyak Rm 18 Bilion.
7. Model kereta Proton yang telah dipasarkan ialah Proton Saga, Waja, Iswara, Satria, Gen 2, Arena, Juara, Perdana, Exora, Inspira, Preve, Suprima dan Iriz.
8. Memberi perkerjaan kepada 30 ribu orang dan majoritinya ialah bumiputera.

1MDB

1. 2009 bermula dengan nama Trengganu Investment Authority@TIA dan seterusnya ditukar nama ke 1Malaysian Development Berhad @1MDB 2. Modal Rm 1 juta
3. Pinjam melalui terbitan bon sebanyak Rm 42 Bilion
4. Beli asset stesen janakuasa letrik@IPP dari Syarikat Genting dan Tanjong berjumlah Rm 18 Bilion
5. Beli tanah TRX,Kem Tudm Sg Besi dan Air Hitam, Penang Rm 1.7 Bilion.
6. Pelaburan diluar negara, UAE, ARAB SAUDI, CAYMAN ISLAND DAN BRITISH VIRGIN Rm 15.4 Bilion
7. Perbelanjaan Kewangan @Finance Charges Rm 5.5 Bilion
8. Kerugian pertukaran mata wang asing ( forex losses ) Rm 1 Bilion.
9. Jumlah rugi yang dilapor pada tahun kewangan berakhir 2013/2014 ialah Rm 665 juta.
10. Laporan kewangan tahun 2015 dan 2016 belum boleh dikeluarkan lagi.
11.Terkini hutang telah meningkat ke Rm 50 bilion.
12. Janakuasa Letrik @IPP telah dijual kepada syarikat negara Cina dengan harga Rm 9.5 Bilion.
13. Tanah Kem TUDM Sg Besi pun telah dijual kepada syarikat negara Cina.
Siapa sebenarnya penipu, penyangak dan penyamun?
Renungan Untuk Rakyat 1Malaysia… Mangsa Banjir – Rakyat Sukarelawan
Rakyat Yg Menderma-
Rakyat Yg Risau-
Rakyat Yg Bantu Pemimpin-
Rakyat Yg Kena Berjimat Cermat-
Rakyat Yg Kena Tipu-
Rakyat Yg Disuruh Bersyukur-
Rakyat Yg Selalu Susah-
Rakyat Yg Kena GST-
Rakyat Yg kena bayar Tol –
Rakyat Yg kena bayar hutang –
Rakyat Yg menanggung beban –
Rakyat Yg mengikat perut-
Rakyat Yg tanggung Biawak hidup-
Rakyat.. Bestnya jadi Rakyat 1Malaysia ni..
Semua Rakyat Didahulukan
Share supaya kita semua sedar.

'Grand Strategy' jalan penyelesaian atasi perpecahan ummah


Prof Datuk Mohamad Abu BakarProf Datuk Mohamad Abu BakarRealiti yang menyelubungi umat Islam di Malaysia ke arah perpaduan ummah hanya bersifat 'hangat-hangat tahi ayam'  dan menyerang antara satu sama lain kini memerlukan  konsep  'Grand Strategy' sebagai gagasan perpaduan  dalam menangani cabaran dari dalam dan luar negara,kata Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar.
Beliau selaku ahli Panel Perunding Perpaduan Ummah (PPPU), Majlis Dakwah Negara (MDN) berkata, dalam sejarah terdahulu faktor pendorong yang menggerakkan 'perpaduan'  kerana adanya pemimpin negara dan ulama yang menggerakkan usaha ke arah perpaduan ummah sebelum dan diawal zaman negara mencapai kemerdekaan.
Namun ia tidak lagi berlaku pada hari ini ekoran persekitaran politik dan tekanan globalisasi telah mengubah sikap, tindakan, pemikiran pemimpin, ulama dan masyarakat.
"Realiti yang telah menyelubungi umat Islam khasnya Malaysia apabila pergerakan mereka ke arah perpaduan kini bersifat 'fire fighting', 'one off',sementara, segera dan hangat-hangat tahi ayam.
"Tahun-tahun 30an sehingga 70-an lebih mudah disegerakan perpaduan kerana adanya 'mulut-mulut yang masin' daripada seorang perdana menteri,mufti,khatib dan sebagainya, sebaliknya hari ini tiada lagi mulut-mulut masin seperti itu menyebut ke arah perpaduan.
"Mungkin dahulu tidak ramai agamawan dan cerdik pandai ketika itu cukup dalam `ketiadaan rotan akar pun berguna', mudah sekali masyarakat terdesak untuk berpadu dalam peristiwa bersejarah seperti 13 Mei 1969.
"Dalam keghairahan mengerakkan Islam berlatarbelakangkan agamawan yang bertaburan masa kini dengan kepelbagaian program agama, kebebasan bercakap di media massa,keilmuan semakin berkembang tetapi menjadi percanggahan dari sudut politik dan agama hingga merenggangkan antara kita untuk mewujudkan perpaduan.
"Ditambah faktor globalisasi di mana nilai luar mengubah kehidupan kita terutama orang Melayu beragama Islam yang mudah terpikat dengan idea berlainan antaranya wujud pula kumpulan G25 atau apa sahaja dengan kelainan dan kepelbagaian menyebabkan berinteraksi dalam medan sama tetapi bercanggah dengan idea Islam dan perpaduan ummah pula," ujarnya.
Beliau bercakap demikian ketika mengulas kertas kerjanya bertajuk: Grand Strategy- Gubahan Ummah dan Gagasan Perpaduan pada Persidangan Pendakwah Kebangsaan yang bertemakan:'Peranan Pendakwah dalam Perpaduan Ummah dan Pembangunan Negara di Bangi semalam.

320 unit rumah dibeli, dijual harga murah oleh Kerajaan Negeri P.Pinang


KETUA Menteri (tujuh dari kiri), barisan pemimpin negeri dan wakil pemaju Zubicon selepas majlis MoU, turut melawat serta merakamkan gambar kenang-kenangan di tapak projek pemajuan The Rise dekat Jalan S.P. Chelliah baru-baru ini.-Foto Malaysia Dateline oleh Darwina Mohd DaudKETUA Menteri (tujuh dari kiri), barisan pemimpin negeri dan wakil pemaju Zubicon selepas majlis MoU, turut melawat serta merakamkan gambar kenang-kenangan di tapak projek pemajuan The Rise dekat Jalan S.P. Chelliah baru-baru ini.-Foto Malaysia Dateline oleh Darwina Mohd Daud
Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini yang digambarkan anti Melayu membeli 320 unit rumah kos sederhana rendah (KSR) berharga RM140,000 seunit untuk dijual semula kepada pembeli Bumiputera dengan harga RM72,500.
Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata langkah itu mampu memastikan lebih 30 peratus kuota Bumiputera yang diperuntukan dalam projek perumahan di tengah-tengah bandar raya George Town turut mampu dimiliki oleh mereka yang layak.
"Ia (320 unit rumah KSR) tidak akan dilepaskan sekiranya tidak dapat dijual, sebaliknya tetap akan disimpan," ujarnya.
Sebelum itu, Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Jual Beli 320 Unit Rumah Mampu Milik Jenis B (KSR) The Rise, antara wakil Kerajaan Negeri dan pemaju, sebelum melawat tapak projek pembinaan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mewakili Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menandatangani MoU tersebut, dengan Pengarah syarikat pemaju Zubicon Sdn. Bhd. (Zubicon) Lim Beng Keong.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon yang juga Naib Pengerusi I PKR Negeri, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat), serta barisan pemimpin Kerajaan Negeri dan beberapa Adun lain turut menyaksikan majlis MoU tersebut.
Difahamkan, sebanyak 2,093 unit rumah mampu milik (RMM) dibina dalam projek The Rise di atas sebidang tanah berkeluasan 11.04 ekar di dalam Dun Datuk Keramat.
Mengikut kategori, 883 unit RMM dengan luas lantai 800 kaki persegi ditawarkan dengan harga jualan RM200,000; 165 unit RM luas lantai 900 kaki persegi ditawarkan dengan harga jualan RM300,000; dan 275 unit luas lantai 1,000 kaki persegi ditawarkan harga jualan RM400,000.
Dalam projek sama ini, sejumlah 770 unit KSR dengan luas lantai 700 kaki persegi turut dibina, dengan 320 KSR sahaja dibeli oleh Kerajaan Negeri untuk dijual semula kepada Bumiputera.
Menurut Guan Eng, Kerajaan Negeri mengeluarkan sejumlah RM44.6 juta daripada dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang (Tabung Bumiputera) untuk membeli semua 320 unit rumah KSR itu.

Tan Sri, Datuk Seri seleweng RM15 juta didakwa pagi ini

Pengerusi sebuah bank bergelar 'Tan Sri' dan Pengarah Urusan bank sama bergelar 'Datuk' akan didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai hampir RM15 juta.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata kedua-dua mereka akan didakwa atas beberapa pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.
Pada 30 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman lelaki berusia 65 tahun bergelar Tan Sri itu selama tujuh hari sehingga 5 Sept bagi membantu kes penyelewengan dana penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.
Lelaki bergelar Datuk berusia 48 tahun itu pula ditahan reman tiga hari bermula 26 Ogos oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan kes sama.

Kenapa diskaun rumah bumiputera tak berguna

Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) melihat polisi baru kerajaan negeri Selangor yang mewajibkan pemaju membina unit mampu milik dalam setiap pembinaan pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan Sovo (pejabat maya di rumah) sebagai langkah ke arah perlaksanaan kawalan harga rumah.
Polisi tersebut selari dengan cadangan HartaGuam sebelum ini yang mahukan kerajaan sama ada kerajaan negeri mahu pun persekutuan, memperkenalkan harga siling sesuatu harta tanah untuk mengawal harganya yang makin meningkat dari tahun ke tahun.
Dasar itu juga sewajarnya diperluas untuk kesemua jenis hartanah kediaman di negeri tersebut dan bukannya sekadar terhad untuk unit pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan Sovo sahaja.
Melalui dasar itu, dilaporkan pemaju diwajibkan membina 10 hingga 20 peratus unit mampu milik pada harga RM230,000 hingga RM270,000 berbanding harga jualan hartanah SOHO dan Sovo yang kini melebihi RM450,000 hingga RM500,000.
Walaupun melalui dasar itu kerajaan negeri telah “menghapuskan” diskaun 10 peratus pembelian harta tanah untuk bumiputera, ia dilihat tidak akan memberikan kesan terhadap pemilikan harta tanah oleh bumiputera.
Tiada guna menawarkan diskaun kepada bumiputera sedangkan harga jualan asal harta tanah yang ditawarkan oleh pemaju sejak daripada awal lagi memang tidak mampu dimiliki oleh golongan tersebut, khususnya belia.
Perlu perincian

Misalnya, jika harga jualan asal untuk sesuatu harta tanah pun sudah melebihi RM500,000, jika diskaun 10 peratus ditawarkan kepada bumiputera sekalipun, ia tetap tidak mampu dimiliki golongan bumiputera berpendapatan sederhana.

Akhirnya apabila tiada golongan bumiputera yang mampu membeli, harta tanah tersebut akan ditawarkan kepada golongan bukan bumiputera.
Sebaliknya, menetapkan harga siling untuk bumiputera bagi sesuatu projek perumahan baru mampu memberi peluang kepada golongan bumiputera berpendapatan sederhana memiliki rumah.
Pun begitu, dasar kerajaan negeri tersebut tidak harus hanya sekadar terhenti setakat itu sahaja.

Ia perlu diperincikan dengan lebih teliti supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan dengan membeli harta tanah tersebut secara pukal dan kemudian menjualnya kepada orang ramai dengan harga lebih mahal.
Kuota tersebut seharusnya dihadkan untuk golongan berpendapatan sederhana yang masih belum memiliki rumah sahaja.
Dasar 'harga patut'

Mesyuarat kabinet hari ini digesa sahkan identiti MO1

Lim Kit Siang berkata Najib perlu membenarkan polis membuka kembali siasatan terhadap 1MDB selepas kenyataan menterinya mengenai identiti MO1.
Lim Kit SiangPETALING JAYA: Menjelang mesyuarat mingguannya hari ini, Lim Kit Siang mahu Kabinet membincangkan pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengenai identiti sebenar “Malaysian Official 1” yang dirujuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Ketua Parlimen DAP itu berkata Datuk Seri Najib Razak juga perlu mengesahkan dirinya adalah MO1 seperti disebut Abdul Rahman, dan membenarkan polis membuka semula siasatan ke atas 1MDB dengan berlandaskan maklumat yang diperincikan dokuman DoJ Julai lalu.
“Apakah Kabinet akhirnya akan bertindak pada mesyuaratnya hari ini – 7 minggu selepas permohonan DoJ pada 20 Julai – bukan sahaja bagi menamatkan skandal kewangan global 1MDB yang sudah lama itu, tetapi membuktikan wujud patriot di kalangan menteri bagi mengambil langkah proaktif membersihkan reputasi Malaysia sebagai pusat kleptokrasi global?” soal Lim dalam kenyataannya hari ini.
“MO1” disebut 36 kali oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Julai lalu, dalam dokumen permohonannya mahu merampas aset berkait 1MDB bernilai lebih RM1 bilion susulan dakwaan salah laku dan kecurian dana.
Ia mengundang spekulasi MO1 merujuk kepada perdana menteri, walaupun Najib dan pemimpin Umno sehingga ini rata-rata tidak memberikan komen secara langsung mengenai perkara itu.
Pada 1 September, badan penyiaran Britain BBC memetik Abdul Rahman sebagai berkata identiti MO1 bukan sesuatu yang rahsia.
“Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (DOJ) itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri,” katanya, yang menambah nama Najib tidak disebut kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan.
“Terdapat orang lain yang dinamakan… dan Jabatan Kehakiman akan membawanya ke mahkamah untuk membuat keputusan.”
Bagaimanapun, Lim berkata terdapat menteri lain yang masih tidak tahu siapa di sebalik MO1, termasuk rakan sejawat Abdul Rahman, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Noh Omar.
Katanya, alasan Abdul Rahman yang Najib tidak dinamakan dokumen tersebut kerana bukan merupakan sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa AS adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.