Selasa, 6 September 2016

RAKYAT TAK BODOH!! Percaya Duit Derma Dari Jutawan Arab

SALAH DIA!!Siapa Menteri KEWANGAN Yang Luluskan Pinjaman 1MDB??

Mat Sabu seru tambah ahli AMANAH sempena ulangtahun pertama

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menyeru kepada semua ahli parti itu agar menumpukan kepada usaha-usaha bagi menambah keahlian, pembukaan cawangan baru serta meningkatkan penerangan kepada rakyat.
Seruan tersebut dibuat menjelang sambutan ulangtahun AMANAH pada 24 September nanti.
"Kurangkan perbincangan terhadap perkara-perkara yang bersifat sepekulasi atau khabar angin yang tidak sahih, sehingga mengganggu kerja untuk membina kekuatan parti.
"Tumpukan kepada tugas kita yang paling utama sebelum berbincang tentang sebarang spekulasi pilihan raya umum atau soal pembahagian kerusi," jelasnya dalam kenyataan.
AMANAH ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang kalah dalam pemilihan muktamar yang diadakan Jun 2015.
Pengumuman mengenai penubuhan parti itu dibuat di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam dengan disaksikan ribuan orang yang berpakaian jingga pada 16 September tahun lalu.
Logo AMANAH iaitu tiga jalur jingga dan tulisan hitam perkataan “Amanah” dengang latar belakang putih turut diperkenalkan pada hari yang sama selain barisan kepimpinan tertinggi.
Turut hadir pada majlis itu ialah kepimpinan tertinggi DAP dan PKR seperti Lim Kit Siang serta Rafizi Ramli selain Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.
Mengulas lanjut, Mohamad yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu berkata, semua ahli AMANAH di seluruh peringkat perlu memaksimumkan penggunaan ahli-ahli jawatankuasa nasional dan sayapnya untuk memberi penerangan kepada seluruh rakyat.
"Kemasukan Datuk Husam Musa dan rakan-rakan yang lain juga perlu digunakan sebaiknya untuk meningkatkan lagi gelombang penyertaan masyarakat ke dalam AMANAH.
"Gunakan baki masa yang ada ini untuk kuatkan parti dengan menarik ahli seramai mungkin menyertai AMANAH menjelang PRU14 akan datang," jelasnya lagi.

TAK PELIK KE? Deposit Aabar DiRahsiakan Dari Pembeli Bon, Lembaga Pengarah 1MDB, dan Juruaudit KPMG

1MDB dikatakan telah membayar deposit RM4.2 bil kepada Aabar sebagai cagaran kepada jaminan yang diberikan oleh IPIC kepada pinjaman bon 1MDB melalui bank Yahudi Goldman Sachs.
Deposit ini atau dalam dollar USD1.367 bil disebut oleh kedua PAC dan DOJ
dari m/s 61 lapuran PAC disebut –
Pembayaran deposit sebesar itu dibuat TANPA kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB ? Ni apa punya syarikat milik kerajaan yang langsung tidak ada check and balance dan keputusan boleh dibuat sewenang2nya ? !
Pelikkan juga amaun yang dibayar itu …..  USD576.94 juta daripada jumlah pinjaman USD1.75 bil dan USD790.35 juta daripada jumlah pinjaman USD1.75 bil.  Kenapa amaunnya berbeza ?
Satu lagi yang pelik, kenapa tidak disebut juga mengenai pembayaran deposit itu dalam Nota Pekeliling yang diedarkan kepada pembeli2 bon pinjaman itu ? Dari m/s 50 DOJ –
Pendek kata – Tidak ada siapa tahu yang 1MDB perlu bayar deposit sehingga 40% dari nilai pinjaman kepada pihak penjamin !
Perkara sepenting itu seharusnya didedahkan kepada bakal2 pembeli bon sebab ia bakal memberi kesan kepada pelaburan mereka. Tidak pernah berlaku di mana2 pun di dunia ini sebuah syarikat terpaksa bagi deposit sehingga 40% nilai pinjaman kepada penjamin.
Ia tidak diumumkan langsung. Bukan kecik anak amaun nya. RM4.2 bilion !
Kemudian kita digemparkan dengan hebahan umum yang dibuat oleh IPIC bahawa Aabar BVI, syarikat yang menerima deposit itu, bukan milik IPIC.
Oooooooooooo…… patutlah deposit itu tidak dihebahkan……
Bayangkan kalau dari awal lagi, sewaktu Nota Pekeliling diedarkan kepada bakal2 pembeli bon itu sudah disebut bahawa 40% hasil jualan bon itu akan dibayar kepada IPIC sebagai deposit, gerenti IPIC dah bising – MANA ADA DEPOSIT ! ?
Kantoilah perancangan mereka nak songlap sejumlah wang yang begitu besar dari pinjaman itu …
Begitu juga kalau persetujuan diminta dari ahli lembaga pengarah 1MDB mengenai deposit itu, saya percaya lembaga pengarah akan menolak usul pinjaman itu sebab ianya MEREPEK ! Bodoh sangatlah buat pinjaman dengan terma yang sebegitu pelik.
Rosaklah pelan nak songlap duit dari pinjaman itu kalau tak jadi buat pinjaman dengan bank Yahudi itu !

‘Jangan hantar penyata kad kredit ke Seri Perdana’

Akhbar, The Wall Street Journal hari ini mendedahkan sekutu Datuk Seri Najib Razak, Low Taek Jho yang kononnya mengendalikan akaun peribadi AmBank perdana menteri.
Menurut laporan itu, Low berulang kali menekankan sensitiviti akaun berkenaan dan menekankan keperluan untuk kerahsiaan.
Beliau juga dilaporkan melarang AmBank daripada menghantar penyata kad kredit yang berkaitan dengan akaun tersebut ke kediaman perdana menteri.
“Jangan biarkan mereka di luar bank atau lebih daripada beberapa orang dalaman tahu mengenai akaun ini, arahnya. Gunakan Gmail, bukan sistem e-mel bank, untuk komunikasi.
“Apa sahaja yang kamu lakukan, jangan hantar penyata kad kredit ke rumah perdana menteri,” petik laporan WSJ yang menyenaraikan arahan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Low.
“Tidak tidak tidak, tulis Low, menurut transkrip mesej BlackBerry yang diperolehi oleh The Wall Street Journal. Super sensitif.
“Sebaliknya, beliau mengarahkan seseorang untuk menerima penyata secara peribadi,” petik laporan yang disiarkan pagi ini.
Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan itu.
Laporan itu merujuk kepada transkrip yang dikatakan antara hartawan kelahiran Pulau Pinang itu dengan seorang pegawai bank AmBank yang bertindak sebagai orang perantara mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan akaun berkenaan.
Seorang lagi eksekutif kanan bank itu didakwa mengendalikan akaun berkenaan secara peribadi.
Low dilapor menegaskan bahawa sangat penting yang tidak ada sesiapa kecuali kedua mereka yang harus mempunyai akses kepada penyata bank itu.
“(Ini) kerana jika ia (disebar) di internet mengenai sumber dana itu, kita akan sakit kepala,” kata Low yang dipetik WSJ.
Mesej berkenaan juga kononnya membincangkan bagaimana untuk berurusan dengan gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, sekiranya beliau menimbulkan kebimbangan mengenai transaksi berkaitan 1MDB.
Dalam keadaan sedemikian, eksekutif AmBank kanan itu sepatutnya berjumpa dengan Zeti dan memberitahunya bahawa “ini adalah permintaan bos” yang WSJ merujuk kepada Najib.
Najib sebelum ini telah didakwa memiliki ratusan juta dana 1MDB melalui pelbagai perantara yang berakhir di akaun bank peribadinya di AmBank.
Bagaimanapun, menurutnya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahkan dan menyifatkan wang yang berada di akaun itu adalah sumbangan derma daripada seorang putera Arab Saudi.
Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali bersependapat dan memutuskan untuk tidak mendakwanya selepas siasatan pihak berkuasa.
Malaysiakini telah menghubungi setiausaha akhbar Najib untuk mendapatkan ulasan mengenai laporan WSJ hari ini.
Menurut laporan akhbar itu, peguam Low enggan mengulas mahupun pihak AmBank dan dua pegawai bank berkenaan yang didakwa terbabit berurusan dengan Low dan akaun bank Najib.
Ia juga mendakwa bahawa dokumen bank menunjukkan Najib telah mengeluarkan lebih 500 cek daripada akaun yang kononnya dibiayai melalui dana 1MDB berjumlah AS$ 400 juta.

APA YANG BETUL UNTUK TUN M?

- Menegur dan mengkritik Najib Razak berhubung skandal 1MDB dan derma RM2,600 juta - SALAH.

- Menegur dan mengkritik pembaziran serta kemewahan Najib dan keluarganya - SALAH.

- Menolak pemberian BR1M kepada rakyat dan menganggap ia sebagai suatu bentuk rasuah - SALAH.

- Mendesak Najib berundur berikutan pelbagai kelemahan dan masalah yang dicetuskannya yang jelas merugikan negara - SALAH.

- Mendesak Najib berundur kerana skandal 1MDB dan terdapatnya wang sebanyak RM2,600 juta dalam akaun peribadinya - SALAH.

- Menyifatkan tidak sepatutnya seorang Perdana Menteri memiliki wang sebanyak RM2,600 juta - SALAH.

- Mendesak Najib berundur kerana bimbang UMNO dan BN kalah pilihanraya akan datang - SALAH.

- Keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap Najib - SALAH.

- Terus menegur dan mengkritik Najib, seiring dengan kedudukannya bukan lagi sebagai ahli UMNO - SALAH.

- Menggerakkan Deklarasi Rakyat melalui kutipan tandatangan untuk menunjukkan rakyat menolak kepimpinan Najib - SALAH.

- Bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin pembangkang bagi meneruskan usaha menyingkirkan Najib - SALAH.

- Menubuhkan parti BERSATU untuk menyertai pilihanraya akan datang bagi memastikan Najib dapat disingkirkan - SALAH.

- Memohon maaf kepada rakyat berikutan pindaan perlembagaan berkaitan kuasa Agong yang dilakukannya dahulu sehingga terbuka kepada pelbagai tafsiran yang akhirnya membuka ruang kepada Najib meluluskan Akta Majlis Keselamatan Negara - SALAH.

- Bersalam dan berbaik semula dengan Anwar Ibrahim - SALAH.

Sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang membina negara ini dengan penuh kehormatan dan sanjungan, tapi kini semakin merasakan detik-detik kehancuran, apa sebenarnya yang BETUL untuk Tun Mahathir lakukan?

Berdiam diri? Tidak peduli? Atau terus memuji-muji Perdana Menteri?

KETIKA MAHATHIR-ANWAR ‘BERPENCAK’, PEMIMPIN UMNO KINI MASIH BERHINGUS

Sebenarnya sejarah lama berulang. Tahun 1981, rakyat Malaysia melonjak gembira apabila Saudara Anwar Ibrahim bersetuju untk bekerjsama dengan Dr Mahathir dengan menyertai UMNO. Dan bermulalah sejarah gemilang bangsa Melayu yang merupakan tonggak bangsa Malaysia apabila muncul gandingan Mahathir-Anwar yang berteungkus lumus memikrkan tentang kemajuan bangsa.
            Mereka berjuang untuk memajukan bangsa dan bukan untuk mengkayakan diri sepertimana yang dilakukan oleh setengah pemimpin negara ketika ini. Mereka berjuang untuk meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai satu negara dan bangsa yang diharapkan akan disegani oleh negara di dunia. Malaysia telah pun diiktiraf sebagi salah sebuah negara ‘tigers’ di Asia pada ketika itu, hasil usaha yang diterajui oleh mereka.
            Negara Malaysia dihormati oleh negara asing ketika itu dan bukan seperti kini kita sentiasa diherdik dan dipandang hina oleh negara luar. Dr. Mahathir ‘walking tall’ apabila muncul di persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencapaikan ucapan. Bukan sahaja negara-negara Afrika dan Asia yang menghormati kita pada ketika itu, malah seluruh negara dunia memandang Malaysia sebagai sebuah neara yang seharusnya dihormati.
            Kehadiran perwakilan Malaysia di UNESCO bukan sekadar untuk ‘memanas punggung’ seperti yang berlaku kini tetapi Saudara Anwar Ibrahim telah untuk menjadi Presiden UNESO pada tahun I992 menewaskan pencabarnya, bekasa Timbalan Perdana Menteri Australia.
            Anak Malaysia yang berada di luar negara begitu bangga menjadi rakyat Malaysia bukan seperti keadaan kini dimana kita terpaksa ‘menyembunyikan’ diri untuk berhadapan dengan rakan-rakan dari negara asing. Kejayaan yang dicapai pada ketika itu adalah ‘sumbangan’ dua orang tokoh ini ia itu Dr Mahathir dan Saudara Anwar Ibrahim.
            Mungkinkah sejarah akan berulang? Rakyat Malaysia dari semua bangsa dan keturunan sedang mendoakan agar keadaan sedemikian terjadi.
abuhassanadam

Tun Mahahthir Dan Datuk Seri Anwar Dua Tokoh Besar Yang Berjiwa Besar

OLEH DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
1.Kehadhiran Tun Mahathir Mohamad di mahkamah Jalan Duta pada Isnin 5 Sept dan bertemu serta bersalam erat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu yang sangat menarik untuk dianalisa oleh penganalisis politik masa depan Malaysia.

Pertemuan ini sudah tentu suatu yang sangat mengejutkan semua pihak kerana kedua dua manusia ini mempunyai sejarah hitam dan pedih antara satu sama lain.Tiada siapa menjangka pertemuan seperti ini boleh terjadi.
2.Walau tiada permohonan maaf dan kemaafan dilafazkan antara keduanya tetapi sokongan dan dokongan Tun M terhadap usaha DSAI dalam samannya menghalang perlaksanaan akta MKN serta penghargaan DSAI atas sokongan dan dokongan Tun M sudah cukup  memberi gambaran dan isyarat kepada rakyat tentang politik Malaysia yang memerlukan jiwa besar untuk mu Malaysia diselamatkan. Akta MKN menjadi titik permulaan kepada banyak persamaan antara mereka berdua.

3.Pada saya mereka berdua adalah manusia besar yang berjiwa besar untuk Malaysia yang lebih besar. Apa yang ada di dalam hati mereka itu serah pada Allah,yang penting Malaysia memerlukan mereka berdua untuk menggerakan reformasi bersama rakan pembangkang yang lain terhadap institusi pentadbiran negara.

4.Doa dari Tun M untuk DSAI sihat serta perakuan DSAI yg Tun M baik hati suatu yang di nanti oleh rakyat untuk masa depan Malaysia yang bebas dari cengkaman MO1 dan parti Umno milik MO1.Reformasi institusi sangat diharapkan untuk mereka berdua bersama rakyat menebus kegagalan masa lalu dengan menggerakan people Grand Coalition.

Salam Paling Penting Dalam 18 Tahun ?

Oleh Dinsman
Ya, ramailah orang beranggapan demikian. Dan kita pun maklum mengapanya. Tapi saya tidak. Saya tak anggap itu penting dan mustahak sangat. Itu hanyalah satu daripada sekian banyak salam yg terjadi dalam tempoh 18 tahun itu.

Kononnya ia penting kerana kita mempercayai mitos bahawa kehidupan kita hari ini adalah dan mestilah ditadbir dan dikawal dan diperintah oleh orang pokitik. Sedangkan saya mempersoalkan mitos itu. Kenapa mesti begitu?
Tidakkah sepatutnya kuasa dan pengaruh politik ke atas kehidupan masyarakat itu diimbangi dengan pengaruh dan 'kuasa' para budayawan, agamawan dan profesional? Ini yg saya bersama PAKSI namakan TEKAD BUDAYA.
Dalam konteks Tekad Budaya (TB) kita tidak melihat jabat salam Mahathir-Anwar itu sebagai begitu penting seolah-olah ia akan menyelamatkan keadaan hidup kita yg dalam bahaya sekarang.
TB tidak percaya kepada peranan satu pihak iaitu politik sahaja. TB percaya kepada keseimbangan dan keharmonian yg sepatutnya dibangunkan dalam kerjasama politik-budaya-agama-profesional. Semua pihak mestilah berperanan dan berkolaborasi. Bukan politik yg menentukan. Tetapi semua mestilah hormat-menghormati.
Kenapa mesti politik sahaja yg menentukan? Apa pernahkah Islam mengajarkan demikian?

Pertemuan Anwar-Mahathir wajar jadi contoh, ketepi perbalahan demi selamatkan negara


Slide1GELANG PATAH, 6 SEP: Pertemuan bersejarah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir semalam selepas lebih 18 tahun berseteru wajar dijadikan contoh ikutan rakyat Malaysia untuk mengetepikan perbalahan demi menyelamatkan Malaysia.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, dalam kenyatannya berkata pertemuan bersejarah itu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk bertindak atas dasar cinta kepada negara dan menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara kleptokratik yang gagal.
“Sudah tiba masanya untuk diadakan Sidang Kemuncak Patriotik Nasional untuk setiap pemimpin dan individu, serta organisasi politik, sivik, agama dan komersil untuk bersatu dan menyatakan pendirian bagi menyelamatkan Malaysia,” ujar Ahli Parlimen DAP itu.
Ini katanya untuk membersihkan Malaysia daripada dimalukan di peringkat antarabangsa sebagai sebuah negara kleptokrasi.
“Belum pernah lagi Malaysia berada di tahap yang begitu corot sepanjang usia 59 tahun Merdeka.
“Kredibiliti, kehormatan, reputasi dan nama baik negara dikotori dalam masa yang begitu singkat, setelah menjadi fokus utama tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ),” ujarnya merujuk saman sivil jabatan itu untuk menyita aset terkait pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB.
Pun begitu katanya, kerajaan masih enggan berbuat apa-apa bagi membersihkan nama baik negara setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendedahkan dalam wawancara bersama BBC bahawa karakter ‘Malaysian Official 1’ yang disebut 36 kali dalam saman sivil DOJ, adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.

“Tiada lagi jaminan Najib terima sokongan ahli biasa Umno” – Dr Ariffin Omar

Dr AriffinKUALA LUMPUR, 6 SEP: Tiada lagi jaminan sokongan kepada Umno dari ahli-ahli biasa parti itu jika pertemuan ‘dua seteru’ semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuka ruang kerjasama yang lebih konstruktif kepada gabungan oposisi negara ini.
Pertemuan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah mengejutkan ramai pihak yang tidak menyangka ia boleh berlaku setelah bermusuhan hampir dua dekad.
Senator Dr. Ariffin Omar, berkata pertemuan dua tokoh politik itu semalam merupakan petanda positif dalam usaha memulihkan negara dari kemelut kewangan dan ketirisan mega di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Walaupun amat susah untuk mengaku salah-benar bagi dua-dua pihak (Anwar atau Mahathir), tapi (pertemuan) itu mungkin langkah pertama yang mampu memulihkan permusuhan antara penyokong dan pembangkang bagi kedua-dua pihak,” katanya kepada Roketkini.
Menurut beliau, pertemuan bersejarah semalam memberi tekanan yang lebih kuat kepada Umno dan Najib ditambah dengan skandal mega 1MDB yang telah merosakkan imej negara.
“Sudah pasti (tertekan). Sokongan Najib dalam Umno-Baru pun tidak lagi terjamin di kalangan ahli biasa,” ujar beliau.
Kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang semalam adalah bagi menyatakan sokongannya terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pertemuan itu,Tun Mahathir dan Anwar dirakam bersalaman, mesra dan bertegur.
Anwar juga dilaporkan menggenggam tangan Tun Mahathir ketika berjabat tangan dan bekas Perdana Menteri itu pula dilaporkan menepuk bahu pemimpin de facto PKR itu.

SAYA TAK TAKUT

Siapakah SAYA?
Saya tak takut dengan Tun Mahathir yg tua itu!
Saya tak takut kpd sesiapa.
saya hanya takut kepada Allah.
Saya tak takut bini.
Saya tak takut nak saman akhbar seperti Wall Street Journal yang kata saya curi duit 1 MDB.
Saya tak takut nak berdebat dengan Tun Mahathir yg tua itu mengenai tadbir urus Negara.
Saya tidak guna duit 2.6 B dalam akaun saya tu untuk tujuan persendirian.
Saya tak tahu siapa MO1 tu
Saya sain dokument 1 MDB tapi saya tak bertanggungjawab atas apa yg saya sign tu.
Saya hanya manusia biasa.
Saya akan mempertahankan Putrajaya sampai ketitisan darah yang terakhir.
Saya akan terus berkhidmat untuk negara dan Bangsa.
Saya bernasib baik kerana ada GST
Saya buang timbalan saya dan mereka yg lawan saya dari parti.
Saya kemudian cabar mereka kalu berani lawanlah untuk jawatan saya.
Saya tetap saya!
Siapa tak tahu siapa saya?
Sopian Ahmad

Mahathir lakukan sebesar-besar pengkhianatan - Salleh Keruak


KUALA LUMPUR - "Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan sebesar-besar pengkhianatan terhadap Malaysia apabila beliau meminta kuasa asing supaya campur tangan dan menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat Malaysia," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Katanya, ini semua demi memenuhi kepentingan politik peribadi bekas perdana menteri itu.
"Malaysia di bawah kerajaan yang ada sekarang tidak akan sekali-kali membenarkan pihak asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara kita. Semua cubaan mereka (pengkritik) telah gagal dan akan terus gagal," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam blognya sskeruak.blogspot.my.
Dalam kenyataannya dengan tajuk berita 'Campur Tangan Luar, Sabotaj dan Dwistandard', menteri itu berkata: "WSJ (Wall Street Journal) dan mereka di belakangnya tentu amat kecewa apabila setiap serangan yang dilakukan, Malaysia, kerajaan, BN dan perdana menteri menjadi semakin kuat".
Salleh berkata, sejak lebih setahun lepas, sebuah akhbar Amerika Syarikat melancarkan serangan demi serangan terhadap Malaysia.
"Namun, tidak satu pun dalam sekian banyak serangan oleh Wall Street Journal itu berupaya menyertakan bukti konkrit atau memberi nama orang yang membuat dakwaan seperti yang dilaporkannnya. Oleh itu, bagaimanakah kita hendak percayai segala apa yang mereka tulis?" katanya.
Salleh berkata kini pula, WSJ mengakui Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang dirancang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dapat diteruskan kerana terdapat laporan negatif.
"Hakikat sebenarnya ialah IPO itu sengaja disabotaj. Media tertentu seperti WSJ melancarkan kempen secara global, bertindak seperti kenderaan yang membawa pasukan bermotifkan politik seperti Tun Mahathir Mohamad.
"Mereka tahu, tindakan mensabotaj IPO itu akan mewujudkan masalah kewangan bagi 1MDB. Sekiranya syarikat itu dibiarkan meneruskan program rasionalisasinya, ia akan berjaya," kata menteri itu.

Zahid: Dr M tunjuk jiwa besar jumpa Anwar, tapi...

Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu seteru politiknya diakui memperlihatkan jiwa besar, hatta oleh pemimpin kanan BN sendiri seperti Datuk Seri Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, dakwa timbalan perdana menteri, ia adalah tindakan politik terdesak dan mempunyai tujuan tersirat.
“Tujuan tersirat beliau adalah bukan untuk bersetuju dengan Datuk Seri Anwar, bukan bersetuju juga untuk berkawan sebagaimana kenyataan beliau.

“Tetapi mempunyai tujuan politik atas keadaan yang terlalu terdesak kerana beliau memerlukan sokongan parti-parti dalam kumpulan pembangkang menyertai beliau,” kata Zahid.
“Atas keterdesakan itulah maka perkiraan Tun Mahathir bertumu dengan Anwar Ibrahim.

“Dan umum menganggap pertemuan itu adalah pertemuan politik yang tidak mempunyai keikhlasan,” katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.

Khairuddin selar 'budak hingusan' AMANAH persoal Dr M

Penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menempelak Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin kerana mempersoalkan keikhlasan bekas perdana menteri itu untuk ‘berbaik-baik’ dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sambil melabel Munir sebagai “budak hingusan”, Khairuddin menyelar pemimpin belia AMANAH itu kerana gagal memahami kepentingan pertemuan kedua-dua mereka semalam.
“Budak hingusan ini tak faham bahasa! Apabila Allah SWT mengizinkan pertemuan di antara Dr Mahathir dan Anwar, kita patut bersyukur kerana (ini) permulaan pertemuan di antara kedua-dua tokoh pemimpin ini berjalan secara baik serta harmonis!
“Dalam ertikata lain, ini adalah permulaan yang amat ideal yang bakal memberi munafaat kepada keseluruhan bangsa Melayu, Islam dan keseluruhan rakyat di tanah air kita.
“Pertemuan bersejarah ini juga adalah detik permulaan yang amat bermakna ke arah memantapkan lagi perpaduan sesama parti-parti pembangkang di bawah Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Khairuddin berkata AMANAH selaku sebuah parti di bawah Pakatan Harapan, harus menyokong pertemuan itu dan bukannya meletakkan pelbagai syarat lain.
Munir dalam kenyataan medianya menuntut Dr Mahathir turut menghadiri perbicaraan kes liwat II melibatkan bekas timbalannya itu dan membuat permohonan maaf terbuka kepada rakyat.
Semalam, Dr Mahathir membuat penampilan mengejutkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada permohonan Anwar untuk mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Tiada lagi kedaulatan undang-undang di Malaysia, kata Dr Mahathir

Susulan penubuhan Majlis Keselamatan Negara (MKN), undang-undang tertangguh dan ini termasuk pemansuhan inkues kematian, katanya.
NSC mahathirKUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Malaysia tidak lagi mengamalkan kedaulatan undang-undang dan kini menjadi negara tanpa undang-undang.
“Dan kini dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), undang-undang ditangguhkan. Ini termasuk pemansuhan inkues mengenai kematian,” katanya dalam posting terbaru di blognya, chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir berkata undang-undang pada asasnya dibuat untuk keselamatan, kehidupan yang baik dan kesejahteraan rakyat.
“Bagi membolehkan undang-undang melakukan semua ini, kerajaan perlu mentadbir sewajarnya. Kerajaan yang dilantik perlu buat dengan baik.
“Apa yang berlaku di Malaysia sekarang ialah kerajaan menyalahgunakan undang-undang. Ia tidak lagi menyediakan persekitaran yang baik,” katanya.
Dr Mahathir turut menyenaraikan salah guna kuasa yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan kerajaannya.
Meskipun undang-undang membenarkan rakyat mengkritik, Dr Mahathir menyelar tindakan Najib menghalang ahli partinya, penjawat awam dan media daripada mengkritik kerajaannya.
“Tindakan diambil dengan membuat mereka daripada jawatan, dipindahkan, diturunkan pangkat, mengganggu mereka dan rakan serta memaksa mereka bersara awal,” katanya.
Dalam artikel terbarunya itu, Dr Mahathir mendakwa apabila RM2.6 bilion ditemui dalam akaun bank peribadi Najib, siasatan penuh mengenai sumber wang itu tidak dijalankan oleh polis.
“Tetapi kita dengar peguam negara mendakwa Najib tidak bersalah kerana dia (Najib) kata dia tidak bersalah. Jika ini mencukupi, maka semua orang yang didakwa kerana tindakan jenayah hanya perlu kata mereka tidak bersalah.”

Isham: Penyatuan Dr M-Anwar ke arah barisan bersatu

Pertemuan semula bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan seterunya Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membuka jalan ke arah pembentukan 'barisan bersatu'.
Aktivis Hishamuddin Rais berkata 'penyatuan' itu dianggap bersejarah bagi meninggalkan beban masa lalu dan bergerak ke hadapan dengan matlamat yang sama.
"Ia mengembalikan kita kepada asas perjuangan dalam satu barisan bersatu," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Mahathir muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk menghadiri prosiding permohonan Anwar bagi mencabar akta kontroversi Akta Keselamatan Negara 2016.
Mereka berdua menyambut antara sama lain dan berjabat tangan di mahkamah. Mahathir kemudian dilihat menepuk bahu Anwar.
Langkah itu dilihat mereka yang hadir di mahkamah sebagai sokongan moral Mahathir kepada Anwar dengan objektif sama menentang Akta MKN.
Mengulas mengenai perjumpaan itu, Hishamuddin berkata: "gambar Mahathir dan Anwar adalah simbol menyatukan semua kuasa dan usaha ke arah Malaysia baru.
"Matlamat sama adalah menjatuhkan (perdana menteri) Najib (Razak), untuk menangkap, menahan dan menyaman MO1," katanya.
Hishamuddin disoal siasat oleh polis pagi ini berikutan himpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu bersama-sama Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Datuk A Samad Said dan Rozan Azen Mat Rasip.
Maria dan Hishamuddin disoal di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, manakala dua lagi disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

Takiyuddin sedia lawan Husam di mana saja


Takiyuddin siap sedia lawan HusamTakiyuddin siap sedia lawan Husam
Secara berterus-terang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bersedia untuk menentang Datuk Husam Musa pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
“Saya serah kepada parti. Kalau parti suruh bertanding, saya bertanding di mana saja, kalah menang bukan alasan,” jawabnya kepada pemberita semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu memberitahu hanya kepimpinan Pas boleh menentukan seseorang itu sama ada layak bertanding atau sebaliknya.
“Saya serahkan kepada kepimpinan Pas. Boleh jadi saya bertanding. Di Kelantan, kita meletakkan semua calon di semua Dun,” ujarnya.
Takiyuddin juga pada masa sama mengesahkan kerjasama politik antara Pas dan PKR yang masih diteruskan di Kelantan.
“Kita bersama PKR. Sekarang ini kita bersama PKR,” ulanginya lagi ketika ditemui pemberita selepas wacana berkenaan pindaan Akta 355 di Shah Alam.
Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor merupakan bekas Naib Presiden Pas kemudiannya menyertai Amanah, 30 Ogos lalu.

Skandal 1MDB: Permohonan remeh, pendengaran ditetapkan pada 18 Nov

Suzana berkata permohonan Zahid tidak membuktikannya mempunyai locus standi untuk memfailkan semakan kehakiman itu kerana tidak mempunyai kedudukan yang sah di sisi undang-undang.
Muhammad-Zahid-Md-Arip_1mdb_law
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 18 Nov depan untuk pendengaran bagi permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh Muhammad Zahid Md Arip terhadap keputusan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan Laporan Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah menetapkan tarikh itu selepas pihak responden yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan membangkitkan bantahan awal dengan alasan permohonan itu remeh dan menyusahkan mahkamah.
Suzana, mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Audit Negara dan Kerajaan Malaysia selaku responden.
Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Irzan Iswatt Mohd Noor yang bertindak bagi pihak Muhammad Zahid.
Suzana yang ditemui pemberita berkata permohonan Muhammad Zahid itu tidak membuktikan beliau mempunyai locus standi untuk memfailkan semakan kehakiman itu kerana tidak mempunyai kedudukan yang sah di sisi undang-undang.
“Mahkamah juga mengarahkan kedua-dua pihak untuk memfailkan hujahan bertulis berhubung permohonan kebenaran semakan kehakiman ini,” katanya di sini hari ini.
Pada 5 Ogos lalu, Muhammad Zahid memfailkan permohonan semakan ex-parte (sebelah pihak) berkenaan melalui Tetuan Haniff Khatri di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi.

Selepas ini, pengakuan Dr M aniayai Anwar, soal Azalina

Dr Mahathir bertemu Anwar menunjukkan bekas perdana menteri itu tidak yakin akan kemampuan partinya melawan BN
mahathir_anwar_1_600
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini menyoal sejauh mana kesanggupan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan pentadbiran sedia ada.
Mengulas pertemuan semula Dr Mahathir dengan seteru, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menteri di jabatan perdana menteri itu tidak terkejut melihat perkembangan itu.
“Mahathir pakar politik. Beliau memimpin negara ini hampir 22 tahun. Malah, tiada kawan atau musuh abadi dalam politik,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.
“Tetapi saya persoalkan langkah seterusnya. Adakah beliau akan mengaku dakwaan terhadap Anwar itu sebenarnya tidak pernah berlaku?
“Mengapa pula Anwar dipenjara tapi Mahathir masih bebas?”
Anwar disingkir Dr Mahathir daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998 atas dakwaan salahlaku seks. Beliau kemudian disabit kesalahan rasuah dan dikenakan penjara enam tahun, sementara Dr Mahathir terus mengemudi negara.
Semalam, kedua ahli politik itu bertatap muka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur buat kali pertama selepas 18 tahun, semasa mahkamah mendengar permohonan Anwar untuk menyekat perlaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Menurut Azalina, kehadiran Dr Mahathir yang disebut oleh penyokong Anwar sebagai sokongan untuk bekas ketua pembangkang itu mendedahkan ketidakyakinan akan kemampuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menewaskan BN.

Dr M: M'sia jadi negara tiada undang-undang

Pembentukan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyebabkan undang-undang negara seperti digantung, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini termasuk pemansuhan inkues terhadap kematian.

“Malaysia tidak lagi mengamalkan kedaulatan undang-undang.

“Kita sudah jadi negara tiada undang-undang,” tulisnya dalam blog.
Mahathir pada 25 Ogos memohon maaf kerana meminda perlembagaan supaya tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi diperlukan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

Akta MKN memberi perdana menteri kuasa mengisytiharkan zon keselamatan, yang diambil alih oleh pasukan keselamatan.
Pengkritik berkata ia serupa mengisytiharkan darurat, sesuatu yang hanya boleh dilakukan agong.

Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-Raja meminta Rang Undang-Undang MKN diperhalusi, tetapi ini tidak dilakukan.
Kemudian, mengikut warta negara, Rang Undang-Undang MKN secara automatik diperkenan pada hari berikutnya, pada 18 Februari, sepertimana pindaan yang dibuat ketika pentadbiran Mahathir.
Rang undang-undang itu telah diwartakan menjadi undang-undang pada bulan Jun dan berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu.

APA DAH JADI ZAHID SEKARANG !!!

Apa beza Zahid dahulu dengan Zahid Sekarang ??!!

Dr Mahathir sedia terima agenda reformasi - Azmin Ali

Tun M terdesak, tidak ikhlas temui Anwar kata Zahid Hamidi

AMANAH sanggup beri laluan kepada BERSATU

Parti Amanah Negara (AMANAH) telah menyatakan kesediaannya untuk memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bertanding menentang PAS dan Umno di kawasan majoriti Melayu.
Ketua Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, itulah pendirian parti itu dalam sebarang rundingan untuk bekerjasama sebagai sebuah pakatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.
"Kita mesti mencari jalan demi perpaduan pakatan pilihan raya. Mereka (BERSATU) tidak semestinya perlu menyertai Pakatan Harapan," kata Khalid.
"BERSATU akan bertanding di kerusi majoriti Melayu manakala AMANAH akan meletakkan calon di kerusi yang mempunyai ramai pengundi bukan Melayu," jelas Khalid lagi.
Beliau ditemui semasa sidang media di ibu pejabat AMANAH di Kuala Lumpur.
AMANAH sebelum ini mengalu-alukan pembentukan BERSATU sambil mengharapkan kemunculan sulungnya dalam arena politik negara.
Walaupun BERSATU adalah parti berasas kaum, ia tidak semestinya bermaksud parti itu bersifat perkauman, kata AMANAH.
Terdahulu, BERSATU mengesahkan akan memulakan rundingan pembahagian kerusi bersama pembangkang lain sebaik saja pendaftaran parti itu diluluskan Pendaftar Pertubuhan.
Kerusi PAS dan PKR antara kawasan yang diintai oleh BERSATU, akui Presiden penajanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Husam nafi pujuk MP, Adun sertai Amanah

AMANAH sedia rampas pemerintahan kerajaan negeri Kelantan daripada Pas dengan bertanding 30 hingga 33 kerusi Dun pada PRU14.
Demikian menurut bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ketika ditemu bual oleh Sin Chew Jit Poh. Bagaimanapun beliau menafikan pernah memujuk mana-mana ahli parlimen dan Adun daripada Pas untuk menyertai Amanah bersamanya.
"Ada desas-desus menyatakan sekurang-kurangnya terdapat 10 ahli parlimen dan Adun daripada Pas akan ikut saya sertai Amanah. Ini membuktikan ada kepercayaan dan harapan oleh wakil-wakil rakyat ini terhadap Amanah," kata Adun Salor ini.
Husam berkata, beliau menyertai Amanah dengan harapan boleh membawa satu pertandingan yang sihat di Kelantan.
"Apa yang boleh dilihat pada hari ini, kerajaan negeri Kelantan di bawah pemerintahan Pas sudah tidak mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta kekurangan sumber kewangan," katanya.
Menjelang PRU14 akan datang, Husam memberitahu lagi, beliau akan melakukan siri penjelajahan menjelaskan  perjuangan dan bentuk perkhidmatan Amanah yang boleh diberikan kepada rakyat.
"Biarlah pengundi menggunakan minda mereka sendiri membuat perbandingan manakah parti yang menjadi pilihan mereka, sama ada Pas atau Amanah," katanya.
Ditanya mengenai beliau kemungkinan akan memegang jawatan Pengerusi Amanah Kelantan pada pemilihan parti berkenaan November ini, Husam menjelaskan, ia terserah kepada ahli menentukannya.
"Bagi saya, jawatan tidaklah penting. Tak semestinya berkhidmat perlu ada jawatan penting. Apa yang penting, saya kini sudah menjadi ahli Amanah," kata beliau.

'Hadi roboh penyu kami, jangan biar helang Langkawi jadi mangsa' - MCA

MCA Terengganu hari ini menggesa kerajaan negeri Kedah supaya tidak membiarkan tugu ikonik helang di Langkawi dirobohkan sebagai mana nasib replika penyu belimbing di Kuala Terengganu, yang dimusnahkan apabila kerajaan konservatif PAS berkuat kuasa.
"Pada tahun 1999, apabila PAS mengambil alih kuasa di Terengganu, tindakan regresif pertama oleh pentadbiran negeri di bawah kepimpinan menteri besar PAS ketika itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah merobohkan replika penyu belimbing di bulatan di Kuala Terengganu.
“Alasan mereka ia seolah-olah menyembah patung epada berhala penyembahan,” kata kata Ketua MCA Terengganu Datuk Toh Chin Yaw dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, seperti penyu belimbing yang sinonim dengan Terengganu, helang adalah maskot tersendiri yang berkaitan dengan Langkawi.
Oleh itu, mana-mana cadangan untuk merobohkan struktur helang yang mewakili Langkawi itu, katanya adalah tidak wajar.
“Mereka yang mencadangkan sedemikian tidak berbeza dengan rejim Taliban di Afghanistan yang telah meletupkan patung lebih seabad Bamiyan Buddha yang bersejarah hingga menjadi debu,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan timbalan mufti Perak, Zamri Hashim yang berkata memasang replika burung helang sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.

Rafizi: Projek Taman Tugu bagi BN kumpul dana PRU-14?

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini melahirkan kebimbangannya bahawa projek Taman Tugu mungkin digunakan untuk mengumpul dana bagi BN menjelang pilihan raya umum ke-14.
Katanya, dana RM500 juta daripada projek bernilai RM650 juta itu akan dibiayai oleh Khazanah Nasional Berhad dan prihatin dengan kos harga yang begitu tinggi itu.
“Saya khuatir projek ini tidak lebih dari projek untuk menjana dana bagi pihak-pihak berkepentingan yang akhirnya akan disalurkan kembali kepada kempen Umno/BN dalam pilihanraya umum 14 (PRU14) nanti,” katanya dalam satu kenyataan media.
Rafizi, yang juga adalah naib presiden PKR berkata BN tidak mungkin menerima sumbangan atau "derma" berbilion ringgit seperti pada pilihan raya umum lalu sehingga mencetuskan skandal 1MDB yang kini menjadi subjek siasatan global.
“Umum mengetahui bahawa belanja menguruskan kempen yang ditanggung oleh Umno/BN dalam sesuatu pilihanraya umum boleh mencecah berbilion ringgit.
“Jika dalam PRU13 Datuk Seri Najib Razak mengaku menerima derma RM2.6 bilion, saya tidak yakin beliau akan begitu bernasib baik untuk menerima derma yang sebesar itu menjelang PRU14,” katanya.
Menjelaskan modus operandi di mana dana disalurkan daripada syarikat-syarikat milik negara, Rafizi berkata, ini dilakukan dengan menaikkan harga projek-projek pembinaan dan naik taraf yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
“Projek-projek yang kosnya tidak seberapa kemudian akan dilipatgandakan nilainya dan dianugerahkan kepada kontraktor tertentu .
“Keuntungan yang berlipatganda itu kemudian “didermakan” balik kepada pimpinan atau badan tertentu menjelang PRU14,” katanya.
Rafizi yang juga adalah ahli parlimen Pandan berkata projek Taman Tugu mungkin terdedah dengan risiko seumpama itu dan menggesa perdana menteri memberi jaminan bahawa ini tidak akan berlaku.
Beliau berkata antara langkah-langkah yang diperlukan adalah satu proses ukur bahan (quantity survey) secara terbuka dan telus untuk menentukan kos sebenar kerja-kerja berkenaan.
Seterusnya, proses bidaan tender bagi setiap pakej dibuat secara terbuka, telus dan boleh diteliti secara terperinci oleh rakyat
Mereka juga, katanya mesti bersetuju membuat pengisytiharan terperinci (detailed disclosure) yang menunjukkan pemilikan dan aliran wang.
“Sekiranya beliau gagal memberi jaminan ini, maka saya akan mengambil pendirian untuk menentang projek ini dan akan mula menggerakkan kempen tersusun menghalangnya.
“Saya akan mulakan dengan mengumpul satu pasukan juruukur bahan (quantity surveyor) sukarela yang akan mula meneliti kos sebenar bagi kerja-kerja di atas,” katanya.

Amanah: Boleh sokong usul Hadi – dengan syarat ada penjelasan

Hadi perlu jelaskan usul persendirian yang dibuat sebelum dilihat agama sebagai bahan mainan politik semata-mata
mujahid-hadi-khalidKUALA LUMPUR: Amanah berkata tidak ada masalah menyokong rang undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355, tajaan PAS dengan syarat ia menjelaskan lebih lanjut mengenai pindaan itu.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata terdapat kekeliruan terhadap usul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mei lalu kerana ia dibentangkan tanpa dibahas dan dijelaskan maksud usul berkenaan.
“Kekeliruan ini menyebabkan berlakunya ketakutan, kerisauan dan ketegangan di kalangan sebahagian masyarakat.
“Ada yang mendakwa ianya berhubung perlaksnaan hudud di Kelantan dan ada yang kata ianya tiada hubungan dengan soal hudud. Ada yang kata ianya bercanggah dengan perlembagaan dan ada yang kata sebaliknya,” katanya pada satu sidang media di ibu pejabat Amanah di sini.
Amanah menganggap tindakan membaca usul itu tanpa bahas dan menangguhkan perbahasan selama 5 bulan bukan sahaja tidak berhemah tetapi tidak bertanggungjawab.
“Selain daripada menghasilkan ketegangan, ia adalah satu tindakan yang menyulitkan proses dakwah Islam dengan menghasilkan penentangan atas sebab kekeliruan,” katanya lagi.
Justeru, Amanah mahu Hadi memberikan penjelasan terhadap RUU 355 yang dibentangkan daripada menjadi bahan mainan politik semata-mata.
“Jangan diberi jawapan bersifat retorik semata-mata. Apa jua pindaan yang melibatkan mahkamah syariah perlu diambil berat dan diperhalusi kerana ianya institusi yang membawa syiar Islam dan oleh itu perlu dilindungi,” katanya.
Baru-baru ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusuf Rawa dibidas PAS sebagai “tidak beradab” selepas beliau dilapor mempertikai kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad yang mewajibkan umat Islam menyokong usul Hadi itu.
Mujahid: Saya belum menolak

'Pertemuan Anwar-Mahathir redakan penolakan PKR terhadap BERSATU' - AMANAH

Pertemuan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjadi perangsang kepada pengukuhan Pakatan Harapan sebagai pakatan pembangkang persekutuan.
Ketua Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad berkata, pertemuan bersejarah itu boleh meredakan ketegangan di kalangan puak-puak tertentu dalam PKR yang anti Mahathir dan parti barunya, Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU).
"Terdapat penolakan dalam PKR terhadap BERSATU. Apabila wujud perdamaian (antara kedua-dua pemimpin), PKR secara keseluruhannya boleh terima.
"Rakyat negara ini tidak menafikan kepimpinan kedua-dua pemimpin ini, gandingan kedua-dua mereka mampu menjanjikan blok pembangkang yang lebih baik," ujarnya kepada pemberita semasa sidang media di ibu pejabat parti itu.
Penampilan Mahathir di Mahkamah Kuala Lumpur semalam bagi menyokong usaha Anwar untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara merupakan pertemuan pertama antara keduanya selepas 18 tahun.
Mahathir memecat Anwar pada September 1998 atas dakwaan penglibatan dalam kes liwat, yang kemudian mencetuskan gerakan reformasi dan perpecahan dalaman Umno, sekali gus mengubah landskap politik negara.
Selepas Anwar dimasukkan dalam penjara selepas disabitkan kes Liwat II, Mahathir memainkan peranan penting sebagai pengkritik utama Najib.
Mahathir, kini penasihat serpihan Umno Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), malah mengimpikan pembentukan sebuah gabungan pembangkang besar.

‘Pertemuan Mahathir-Anwar bantu Umno menang PRU’ - Nur Jazlan

Pertemuan tanpa diduga antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan seterus politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menyebabkan anggota PKR meninggalkan parti itu secara beramai-ramai, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
"Mahathir jumpa Anwar? Mengapa? Dia ke mahkamah untuk dapatkan sokongan PKR.
“(Tetapi) dia lupa ramai yang meninggalkan Umno untuk menyertai PKR 20 tahun lalu kerana apa yang dia lakukan kepada Anwar," katanya pada sidang media selepas menghadiri KDN keselamatan psikologi seminar di Putrajaya.
"Jadi, apabila dia berjumpa Anwar untuk mennyatakan sokongannya, saya fikir ramai ahli PKR akan jadi marah," katanya.
"Ini benar-benar akan membantu Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang kerana ahli PKR mungkin tidak berpuas hati dan mereka akan meninggalkan PKR," katanya.
Nur Jazlan yang juga adalah ahli majlis tertinggi Umno percaya bahawa Mahathir terpaksa mendekati Anwar kerana menyedari dirinya tidak lagi mampu menarik sokongan meluas rakyat.
"Rakyat hari ini bukan lagi rakyat yang sama semasa 22 tahunnya (sebagai perdana menteri).
"Belia har ini tidak kenal siapa Dr Mahathir. Dia tahu dirinya lemah, dia terpaksa mencari Anwar untuk menyatukan pembangkang," katanya.

Pemuda AMANAH mahu Dr M minta maaf

Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perbicaraan yang dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah semalam tidak mencukupi bagi sesetengah ahli politik pembangkang.
Pemuda AMANAH dalam kenyataannya hari ini mahu bekas perdana menteri itu turut menghadiri 'perbicaraan kes Liwat 2' melibatkan bekas timbalannya itu dan membuat permohonan maaf terbuka kepada rakyat Malaysia.
Naib ketua pemudanya, Shazni Munir berkata, pertemuan kedua-dua tokoh itu mengundang persepsi seolah-olah mereka telah 'mengangkat bendera putih' dalam perseteruan politik mereka.
"Pemuda AMANAH berpandangan Mahathir perlu membuktikan kejujuran beliau melalui dua kaedah.
"Menghadiri perbicaraan kes 'Liwat 2' melibatkan mantan timbalannya itu dan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas cela laku sepanjang beliau memimpin kabinet Malaysia," kata Shazni.
Bagaimanapun, kes liwat membabitkan Anwar telah selesai di mahkamah persekutuan, kecuali kes qazaf yang masih diteruskan di mahkamah.
Dalam kenyataannya, Shazni mengaitkan Mahathir dengan beberapa tindakan zalim seperti tragedi Memali, tangkapan terhadap pemimpin pembangkang dalam Operasi Lalang 1987 dan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika berkuasa.
"Jika beliau boleh memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu, rasanya tidak susah untuk beliau memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia. Ya, rakyat sedia menerima (permohonan maaf) jika Mahathir tidak terus keras kepala," katanya.
Anwar menghadapi hukuman penjara selama lima tahun selepas mahkamah persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan sabitan bersalah terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehari selepas Dr Mahathir dan Anwar berjabat tangan

Tiada ragu, pertemuan semalam bersejarah. Tetapi apakah yang dapat diterjemahkan dan kesannya kepada politik negara?
Anwar-Mahathir
Tiada berita yang lebih penting semalam berbanding pertemuan pertama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas 18 tahun.
Pertemuan itu ternyata mengejutkan ramai pihak termasuk mereka yang berada dalam lingkungan politik, yang lazimnya tahu lebih awal tentang apa yang berlaku.
Salah seorang politikus – yang biasanya akan menggunakan nada khas ketika tahu percakapannya direkodkan – gagal menyembunyikan nada terkejutnya ketika ditanya tentang pertemuan itu.
Barangkali kerana terkejut juga, ayat klise seperti “tiada kawan dan musuh yang kekal dalam politik” dan “musuh kepada musuh adalah kawan” kembali diulang, termasuk oleh politikus veteran dan penganalisis. Semua orang tahu dua hal itu.
Ataupun kata-kata ini – “sejarah berputar, pada mulanya sebagai tragedi, kedua sebagai jenaka (farce)” – jika ingin kelihatan sedikit pandai.
Tiada ragu, pertemuan semalam bersejarah. Tetapi apakah yang dapat diterjemahkan dan kesannya kepada politik negara?
Adakah ia mampu menyatukan pembangkang yang kini berada pada kedudukan paling lemah sejak 2008, secara realiti, atau hanya tenggelam dalam retorik “penyatuan” tanpa apa-apa tindakan secara praktikal?
Di tengah-tengah pihak yang memperleceh dan juga terlebih-lebih mengangkat pertemuan semalam, pandangan Datuk Zaid Ibrahim lebih sederhana, iaitu “politik tidak akan sama lagi”.
Apa yang tidak sama itu bergantung kepada tindakan 2 pihak politik pada masa akan datang.
Apa-apa pun, sukar untuk tidak menyerahkan diri kepada nostalgia apabila melihat gambar Dr Mahathir dan Anwar dalam keadaan mesra.
Masakan tidak, 2 figura ini merupakan pemimpin tertinggi Malaysia di saat negara mendapat gelaran Harimau Asia Tenggara ketika era kemakmuran 1990-an, sebelum berpatah arang pada 1998, tahun sama krisis ekonomi melanda.
Tahun seterusnya menyaksikan mentor-protégé itu bertukar menjadi musuh paling ketat. Malaysia pula gagal bangkit mencapai tahap yang sama.
Lapan belas tahun berlalu, negara masih lagi terperangkap dalam gelembung “mediocrity”.
Maka jabat tangan semalam menghantar ramai – terutama yang melalui kedua-dua era itu – kepada satu zaman di mana Malaysia benar-benar aman, optimis dan tanpa intrig politik yang dibicarakan secara terbuka.
Dalam forum yang membincangkan kerjasama Dr Mahathir dengan pembangkang beberapa bulan lalu, aktivis dan peguam Haris Ibrahim berkata rakyat Malaysia tidak boleh lagi menyerahkan nasib negara kepada tokoh politik.

4 activists probed by police over #TangkapMO1 rally

"Kami akan umum Bersih 5.0 bila sudah sedia," kata Maria Chin

Amanah: Bukan Islam Perlu Difahamkan Pindaan Akta 355

Pegawai peringkat bawah bawa Vellfire baru kerja 3 tahun, dedah Nur Jazlan

'Jangan hantar penyata kad kredit ke Seri Perdana’

"Takkan salam je kan," kata Azalina

'Pertemuan bersejarah, kuatkan lagi perjuangan' - Hishamuddin Rais

'Pertemuan Tun M-Anwar buat Najib tak tidur malam'

Salam 'Tun M-Anwar' buat ahli PKR bakal tinggalkan parti, kata Nur Jazlan

Amanah bantu PAS beri penerangan pindaan RUU 355

Demi survival politik Umno selesa lihat bangsanya terus 'Me-Layu'

 Beranikan diri kita menjauh dari Melayu (Umno) yang akan terus membiarkan bangsanya 'me-layu' demi survival politik lapuk mereka. Beranikan diri kita menjauh dari Melayu (Umno) yang akan terus membiarkan bangsanya 'me-layu' demi survival politik lapuk mereka.
Ada orang melayu dan Umno marah bila ada yang meletakkan melayu dalam premis yang sering terkait dengan rasuah.
Hingga ada yang mempertikai ada bangsa lain yang terlibat memberi dan menerima dalam urusan rasuah orang melayu.
Pokoknya siapa yang terlibat dalam isu rasuah sama ada pemberi dan penerima tetap bersalah.
Lihat yang terkini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengganas dengan beberapa tangkapan dan majoriti yang ditahan mereka berbangsa melayu.
Maka apakah kita perlu tinggal dalam kepompong sindrom penafian apabila ia melibatkan melayu.
Perlu juga difikrkan mengapa rasuah itu boleh berlaku. Penguatkuasaan undang-undang secara terpilih, tahap ekonomi yang rendah disamping kos kehidupan yang mencanak tinggi.
Sikap ketelusan itu semakin menapis dalam negara kita akibat semua rakyat terhimpit dengan keperluan mendesak.
Maka hari ini apa yang perlu ialah orang melayu itu sendiri membuktikan mereka perlu keluar dari tempurung ketakutan kesan indoktrinasi golongan bangsawan negara bahawa hanya mereka dan parti mereka saja yang boleh memastikan keberlangsungan hayat bangsa melayu itu dijamin.
Sementelah itu merekalah sebenarnya petualang yang menjual serta mengadai nasib anak bangsa melayu.
Melayu perlu segar dan mekar dengan idea dan sikap agresif bersama adunan bangsa lain agar tidak dilihat eksklusif hingga memencilkan kewujudan bangsa lain. Beranikan diri kita menjauh dari Melayu (Umno) yang akan terus membiarkan bangsanya 'me-layu' demi survival politik lapuk mereka.

Malaysia harus malu samseng serang duta Sri Lanka

Adalah sesuatu yang memalukan buat Wisma Putra dan pasukan keselamatan KLIA yang dilihat sambil lewa dalam menangani insiden serangan ke atas seorang diplomat asing.
Ibrahim-Sahib-AnsarOleh Edwin Michael
Klip video serangan sekumpulan individu yang menyerang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah insiden serangan kedua melibatkan pihak yang mempunyai kaitan dengan Sri Lanka, selepas ketua sami kuil Buddha yang turut menjadi sasaran.
Persoalan paling penting sekarang ialah atas justifikasi apa kumpulan samseng ini tidak ditahan pihak keselamatan KLIA sedangkan serangan ini melibatkan seorang diplomat asing?
Adalah sesuatu yang memalukan buat Wisma Putra dan pasukan keselamatan KLIA yang dilihat sambil lewa dalam menangani insiden serangan ke atas seorang diplomat asing.
Andai kata klip video berkenaan tidak didedahkan, kemungkinan untuk mana-mana pihak tampil bertanggungjawab adalah cukup tipis.
Siapakah kumpulan samseng ini?
Polis harus membentangkan laporan siasatan kepada umum mengenai insiden ini. Siapakah kumpulan samseng ini dan apakah motif mereka dalam menyerang seorang diplomat asing secara terbuka tanpa mempedulikan pasukan keselamatan KLIA?
Apakah mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas puak pemisah Sri Lanka Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) yang berkemungkinan sudah pun bertapak di negara ini dalam usaha untuk menguatkan propaganda perjuangan mereka menentang kerajaan Sri Lanka?
Penglibatan seorang pemimpin pembangkang di negara ini dengan kumpulan pengganas LTTE ini tidak boleh dinafikan apabila si politikus berkenaan pernah menjadi ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE pada 2003. Apakah insiden ini mempunyai hubung kait dengan pemimpin pembangkang ini?
Insiden ini bukan sahaja melibatkan isu diplomatik antara 2 buah negara serta kelemahan pasukan keselamatan di KLIA tetapi juga perlukan penjelasan daripada pihak polis dan Wisma Putra, sama ada kita sedang berdepan dengan pengganas LTTE seperti kumpulan IS, ataupun ini satu jenayah kebencian terhadap rakyat Sri Lanka.

NGO Switzerland gesa DiCaprio pulangkan wang 1MDB

BMF berkata, beberapa surat dihantar 10 hari lalu untuk mengingatkan DiCaprio dan yayasan beliau yang mereka menerima dana disalurkan 1MDB.
DiCaprio-under-pressure-on-1MDB-ScandalKUALA LUMPUR: Tabung Bruno Manser (BMF) menggesa Leonardo DiCaprio dan yayasan pelakon terkenal itu memulangkan semua wang yang diterima daripada 1MDB kepada rakyat Malaysia.
Badan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Switzerland itu juga mahu DiCaprio dan yayasannya mendedahkan hubungan kewangan mereka dengan 1MDB.
BMF turut menghantar sepucuk surat kepada Julius Baer, bank utama yang dikaitkan dengan Yayasan Leonardo DiCaprio untuk mempersoalkan kewajaran menerima sumbangan daripada Politically Exposed Persons (PEPs) di Malaysia.
BMF turut mendedahkan, beberapa surat dihantar 10 hari lalu untuk mengingatkan DiCaprio dan yayasan beliau yang mereka menerima dana disalurkan 1MDB.
Surat itu menyatakan urusan mereka dengan Low Taek Jho (Jho Low), Tan Kim Loong dan Red Granite Pictures yang dimiliki Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Gesaan kami dilaporkan pelbagai media di seluruh dunia,” kata BMF dalam satu kenyataan.
Ia termasuk The Hollywood Reporter, The Guardian, Fox News, CBS News, El Pais, La Repubblica dan Milliyet.
Stesen televisyen Perancis, TF1 menyiarkan satu laporan khas selama 8 minit. Ia boleh diakses melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=xJtA-WfmFu0
BMF berkata, DiCaprio dan yayasan beliau tidak sepatutnya menerima dana yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah di Malaysia.
Menurutnya, pengalaman jangka panjang di Borneo, seperti yang digariskan dalam buku “Wang Pembalakan l “, (www.money-logging.org) menunjukkan rasuah adalah punca utama kemusnahan hutan hujan di Asia Tenggara.
BMF berkata, ia mengiktiraf peranan penting Yayasan Leonardo DiCaprio dalam menyokong perlindungan hutan hujan dan hak Orang Asli.
Pada 20 Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil untuk menyita aset berjumlah AS$1 bilion (RM4 bilion) yang didakwa digelapkan daripada dana 1MDB dan disalurkan ke Amerika Syarikat melalui syarikat kosong.
Aset itu termasuk rumah agam di Beverly Hills, hotel, emper di New York, pesawat jet peribadi dan beberapa karya seni.
DoJ juga mahu merampas perolehan masa depan filem Wolf of Wall Street yang dilaporkan meraih AS$390 juta (RM1.5 bilion) dalam box office dan masih menerima royalti daripada televisyen serta sumber lain.
Media sebelum ini turut melaporkan Jho Low mendermakan jutaan dolar yang dikatakan dicuri daripada 1MDB kepada Yayasan Leonardo DiCaprio.

Teka Teki Baru Politik Bumi Cik Siti Wan Kembang

Oleh Hayar Hassan
Dalam kemeriahan rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan Ke 59 baru-baru ini, termuat juga berita separuh sensasi bagi sesetengah pengamat politik tanahair. Di malam menyambut ambang Hari Kebangsaan itu , ahli-ahli Parti Amanah Negara(PAN) berkumpul  di Cyberjaya untuk meraikan Dato’ Husam Musa yang membuat keputusan untuk menjadi ahli PAN.

Keputusan DHM itu sememangnya telah dijangka. Namun yang menariknya,  majlis makan malam tersebut adalah bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke 59 dan ianya di adakan di Cyberjaya, bukan di Kelantan Darul Naim. Sesungguhnya majlis itu penuh erti tersembunyi dan punya strategi yang tersendiri yang hanya dimaklumi oleh penganjurnya.

Nama Dato’ Husam Musa kebelakangan ini amat terserlah di seluruh Negara ekoran daripada tindakan berani dan nekadnya bersama-sama dengan Setiausaha Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang untuk memulakan proseding saman terhadap lapan individu yang dinamakan oleh “DOJ” dalam skandal berkaitan 1MDB di Mahkamah Daerah New York, Amerika Syarikat.

Tindakan berani mereka berdua ini membuatkan nama mereka telah dikenali oleh ramai rakyat Malaysia. Umumnya, ramai yang mengkagumi tindakan mereka ini. Jarang sekali rakyat Malaysia yang terfikir dan mampu untuk memulakan sebarang tindakan mahkamah di Negara Uncle Sam itu. Datuk Abdul Kadir Jasin, wartawan berpengalaman  menyifatkannya sebagai suatu tindakan patriotik. Dato’ Husam Musa dan Matthias Chang dianggap sebagai wira tulen menyelamatkan wang Negara. Dato’ Husam Musa telah meletakkan dirinya sebagai tokoh di peringkat nasional, bukan sekadar ADUN Salor sahaja.

Lebih menarik lagi, dalam kesibukannya sebagai seorang ahli politik dan memberikan perkhidmatan di DUN Salor, Kelantan Darul Naim, Dato’ Husam Musa masih sempat menukilkan bait-bait puisi yang penuh puitis tentang apa yang dirasakannya semenjak dipecat oleh partinya.  Puisinya berjodol “ SALOR TEGAK BERDIRI “ menambahkan lagi minat orang ramai terhadap sosok ini. Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, menyifatkan Dato’ Husam Musa sebagai seorang yang cerdik dan kreatif.  Idea-idea Dato’ Husam Musa banyak membantu Almarhum Tuan Guru Nik Aziz semasa menerajui pentadbiran Kelantan Darul Naim selama 23 tahun !  

Kalau kita kembali menyorot sejarah politik  Kelantan Darul Naim semenjak Merdeka, terdapat dua (2) insiden pertukaran parti yang menerajui pemerintahan Kelantan Darul Naim. Pada tahun 1973, pemerintahan Kelantan Darul Naim telah jatuh kepada Barisan Nasional. Sebelumnya PAS telah memerintah Kelantan Darul Naim selama 14 tahun ( daripada 1959 – 1973 ). Tokoh yang mengepalai pertukaran tampok pemerintahan ketika itu adalah Allahyarham Dato’ Mohamed bin Nasir yang asalnya adalah aktivis PAS juga. Allahyarham Dato’ Mohamed Nasir akhirnya menjadi Presiden BERJASA.

Pada tahun 1990 pula, tampok pemerintahan Kelantan Darul Naim sekali lagi telah bertukar semula kepada PAS. Tokoh yang mengepalai kejayaan PAS ketika itu adalah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Persoalannya sekarang, “ Bolehkah PAS memenangi pilihanraya DUN Kelantan dalam PRU ke 14 nanti ? “ Bolehkah pemimpin-pemimpin PAS Kelantan yang sedia ada sekarang ini melakarkan kemenangan untuk PAS ?. Siapakah tokoh-tokoh PAS yang boleh disandarkan oleh PAS Kelantan  untuk terus menempah kejayaan itu.

Pada mata rakyat dan pengundi-pengundi Kelantan Darul Naim, tokoh tersebut sekurang-kurangnya mestilah sehebat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Pertukaran parti yang bakal memerintah Kelantan Darul Naim, sepertinya sudah tidak dapat dielakkan lagi. Untuk pusingan ini, PAS telah memerintah Kelantan selama 26 tahun, suatu tempoh masa yang agak panjang !

Cerita-cerita ketidakpuasan rakyat kepada pemerintahan PAS sudah bermunculan disana sini. Semasa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat masih menjadi Menteri Besar, rintihan dan rungutan rakyat telah dapat disantuni dengan baik dan penuh hikmah. Menjelang PRU ke 14 ini keadaannya sudah berbeda. Rakyat dan pengundi-pengundi Kelantan Darul Naim mahukan suatu perubahan.

Atas faktor-faktor di atas, saya berpandangan bahawa Dato’ Husam Musa dan rakan-rakannya seperti Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Pengerusi PAN Kelantan  sedang mengatur langkah-langkah strategik untuk meraih undi rakyat Kelantan darul Naim. Kenyataan PAN untuk bertanding sebanyak 30 kawasan DUN adalah suatu yang wajar. Tiga puloh (30) kerusi adalah merupakan 2/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi DUN Kelantan Darul Naim. Jumlah keseluruhan kerusi DUN adalah empat puloh lima (45).

RUU 355 – SEBARANG KECACATAN, KEGAGALAN AKAN DILETAKKAN DI BAHU UMNO/BN...


"Mengapa PAS yang bentang RUU ini bukan kerajaan? Ada persepsi PAS dengan UMNO sudah bersama...Lebih membimbangkan bukan Islam apabila ia dibentangkan oleh PAS kerana di Kelantan dan Terengganu ada enakmen Hudud."
Tarikh untuk bentang Rang Undang-undang (RUU) 355 atau Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 di Dewan Rakyat semakin dekat.
Bacaan kedua bagi RUU355 itu dijangka bakal berlaku pada sesi sidang Dewan Rakyat bulan depan selepas bacaan pertama, Mei lalu.
Di sebalik tarikh yang semakin hampir, perjalanannya dijangka masih jauh. Silap pendekatan akan menjadi ‘duri dalam daging’ kepada Barisan Nasional (BN).
Bagi PAS, ia boleh mendakwa suatu kejayaan baginya kerana berjaya menunaikan janji untuk membentangkannya.
Selebihnya terserah kepada kerajaan untuk melaksanakannya. Sama ada dari segi tugas membuat penjelasan, mahupun pelaksanaan dan penguatkuasaannya.
Bagaimana jika gagal atau tersekat-sekat? Akhirnya kerajaan BN juga yang akan menanggung bebannya.
Jika berjaya, PAS akan mengambil kredit dengan mengatakan segala usaha adalah daripadanya.
PAS boleh mengatakan tiada apa yang pelik dengan pindaan Akta 355, yang dibawa usul oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.
Namun sejauh ini pendirian parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan beberapa parti lain dari Sarawak dan Sabah, termasuk PBS belum jelas.
Isu RUU 355 adalah persoalan yang agak berat dan masih mengelirukan bagi masyarakat bukan Islam.
Malah, perbahasan di kalangan masyarakat Islam juga tidak terkecuali.

Pintu belakang bagi pelaksanaan Hudud?
Seperti disebut Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw bukan Islam dan bukan Melayu mempunyai persoalan sama ada RUU 355  ini merupakan pintu belakang bagi pelaksanaan hudud di negara ini.

"Soal hari ini bukan soal RUU sahaja. Kita mesti pandang ke seluruh negara tentang apakah perasaan masyarakat bukan Islam ke atas RUU ini. Sebelum kita bahas tentang RUU, ia sudah pun tersebar luas di seluruh negara menerusi media sosial.  Adakah RUU ini pintu belakang (pelaksanaan) hudud?," tanya beliau.
Perkara itu ditimbulkan olehnya pada Wacana Sinar Harian 'Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi' di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam semalam.
Isu RUU yang dibawa oleh PAS ini diakui telah menimbulkan persepsi tertentu terhadap kerajaan dan PAS.
Antara pertanyaan ialah,  mengapa PAS yang bentang RUU ini bukan kerajaan? Berikutan itu ada persepsi PAS dengan UMNO sudah bersama. Itulah persepsi yang timbul sekarang," kata Seng Giaw.
Sebagai pihak yang lebih berpengetahuan dalam soal RUU, kata Seng Giaw, PAS mesti tahu bagaimana hendak mententeramkan hati yang gelisah tentang pelaksanaan RUU.
Persoalannya berjayakah PAS memberikan penerangan yang jelas dan lengkap?
Menyulitkan suasana kerana wujud kalangan  ahli politik menggunakan isu agama ketika membincangkan cadangan pindaan itu dan menyemarakkan sentimennya sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Perlu diingat bahwa kalangan orang bukan Islam mempunyai  latar belakang yang berbeza sejak merdeka dan memburukkan keadaan, ada kalangan ahli politik daripada pelbagai parti menggunakan isu agama dan perkauman.
Lebih membimbangkan bukan Islam dan sensitif bagi mereka apabila ia dibentangkan oleh PAS kerana di Kelantan dan Terengganu ada enakmen hudud.
Juga persoalan yang ditimbulkan ialah, wujud persoalan tentang hak bukan Islam selepas RUU itu dipinda selain tanda-tanya sama ada akta ini adalah strategi awal PAS untuk melaksanakan hukum hudud.
Sehingga ini semua persoalan itu belum terjawab dan bagaimana boleh dielakkan prasangka dan emosi seperti itu di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia?
Lihat sahaja MCA, ia menyatakan pendiriannya akan  kekal untuk menolak pindaan RUU 355  yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Ketua pasukan perlaksanaan Dasar dan Undang-undang Syariah, MCA Pusat, Gan Ping Sieu berpendapat, pindaan tersebut dipertikai masyarakat bukan Islam memandangkan terdapat agenda tersirat yang dibawa berhubung pelaksanaan itu.
"Bukan saja persepsi tapi secara realitinya, ini satu yang membimbangkan keseluruhan rakyat kita," katanya.
MCA menyatakan terkilannya  dengan cadangan pelaksanaan pindaan akta tersebut yang diawalkan tanpa pengetahuan daripada parti kompenan BN yang lain.
Gan...kecewa tiada rundingan dalam BN.
Malah, beliau memaklumkan tiada sebarang rundingan atau perbincangan dibuat sebelum ini di platform Kabinet mahupun parti berhubung perkara tersebut.
“Antara sebab kita bantah dan tak setuju dengan pindaan RUU 355 ini adalah berhubung agenda di sebalik pelaksaannya selepas ini sama ada ia akan bercanggah dengan Artikel 8 iaitu hak kesaksamaan sesama rakyat,” katanya.