Isnin, 5 September 2016

JIWANYA BESAR .....

Anwar pernah diherdik dan tidak dilayan sebagai tetamu sewaktu berkunjung ke tempat 'ulama dunia'  suatu ketika dulu.

Sebaliknya Anwar menyambut baik Dr M yang menfitnah dan menyeksanya serta keluarga sejak 18 tahun lalu ....

Hanya pemimpin berjiwa besar layak memimpin negara ....

Berjoget: Apandi sepatutnya jawab bagi pihak diri sendiri, kata peguam

Beliau menasihatkan menteri Wan Junaidi supaya kaji peranan dan tanggungjawab AG jika mahu pertahan Apandi.
haniff-junaidiPETALING JAYA: Peguam Haniff Khatri Abdulla hari ini menasihatkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya kaji peranan dan tanggungjawab peguam negara untuk memahami erti “kedaulatan undang-undang”.
“Ataupun beliau boleh memperolehi nasihat tersebut daripada mana-mana peguam berkelayakan sebelum cuba untuk mengelirukan rakyat Malaysia, bahawa kononnya isu yang dibangkitkan itu ‘tidak penting dan tidak sesuai’,” katanya di Facebook hari ini, merujuk kepada kekecohan sekitar video yang memaparkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menari bersama menteri.
Haniff, yang juga peguam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas kenyataan Wan Junaidi sebelum ini hari ini yang berkata tari-menari terbuka Apandi bersama para menteri semasa sambutan Hari Merdeka baru-baru ini tidak salah.
Bekas timbalan speaker itu berkata beliau dan beberapa menteri lain menari dengan AG kerana teruja dengan muzik yang dimainkan.
Wan Junaidi mendakwa etika dan undang-undang tidak relevan dalam kes ini dan pihak yang persoalkan perkara itu dan menjadikannya satu isu bertindak secara tidak wajar.
Haniff menasihatkan Wan Junaidi supaya tumpu menjalankan tugasnya sebagai seorang menteri, bukannya menjadi jurucakap Apandi.
“Peguam Negara sepatutnya boleh menjawab bagi pihak dirinya sendiri.”
Haniff Jumaat lepas menaikkan video 26 saat yang memaparkan Apandi menari bersama beberapa menteri, antaranya Wan Junaidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Sri Maximus Ongkili serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri.
Video itu dikatakan diambil pada sambutan Hari Merdeka.
Haniff berkata Apandi tidak sepatutnya berbuat begitu dan menggesa beliau meletak jawatan sebagai Peguam Negara.

Dr M, Anwar akan saling ‘berbunuh’ akhirnya - Idris Haron

Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Mahathir terdesak manakala Anwar pula tidak akan lupa perbuatan gurunya itu.
idris-haron
PETALING JAYA: Sekiranya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak didiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergabung tenaga sekali lagi, mereka akan saling ‘berbunuh’ akhirnya seperti dulu.
Begitu pendapat Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron mengulas pertemuan antara Mahathir dan Anwar selepas 18 tahun.
Idris beritahu FMT pertemuan itu hanya mendedahkan betapa terdesaknya Mahathir sekarang ini.
“Mahathir sangat terdesak. Anwar tidak akan lupa perbuatan Mahathir pada 1998.”
Idris, yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata sekiranya kedua bekas pemimpin Umno itu kembali bersatu, luka lama akan berdarah kembali.
Beliau menambah Umno tidak perlu bimbang gabungan tenaga dua ahli politik itu kerana mereka tidak lagi relevan.
Beliau menambah sekiranya Mahathir benarkan Anwar jadi perdana menteri 18 tahun dulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tetap berada dalam struktur, dan mungkin menjadi perdana menteri jua.
Awal hari ini, Mahathir tampil ke pendengaran permohonan Anwar untuk mengantung perlaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Mahkamah Tinggi hari ini.
Mahathir, 91, tiba sekitar jam 3 petang bersama Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dan Naib Presiden PKR Tian Chua.

Anwar anggap Dr Mahathir sokong agenda reformasi

Datuk Seri Anwar Ibrahim beranggapan Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong agenda reformasi apabila datang ke mahkamah menemui beliau bagi menyokong permohonan beliau agar akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) di kaji dari segi kedudukannya dengan perlembagaan.
"Beliau bersedia datang ke mari dan menyatakan sokongannya dengan permohonan (mahkamah) ini dan mengucapkan saya supaya sentiasa sihat dan dengan itu saya anggap beliau menyokong agenda reformasi," kata Anwar kepada wartawan.
Dr Mahathir datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi memberikan sokongan kepada Anwar dalam saman beliau itu.
Bagi Anwar, beliau menghargai langkah Dr Mahathir itu.
"Saya hargainya... hakikat bahawa beliau cukup baik hati dan menyokong permohonan ini, (beliau) ucapkan selamat berjaya dan sentiasa sihat," katanya.
Namun, kata Anwar, beliau tidak sepenuhnya mempercayai sokongan Dr Mahathir kepada agenda reformasi beliau namun, katanya, "kami akan terus berunding."
Bagi bekas timbalan perdana menteri yang kini dipenjarakan di Sungai Buluh itu, perkara utama sekarang adalah rakyat.
"Pendirian saya, nombor satu, (adalah) kebajikan rakyat paling utama, ini bermaksud sesiapa yang ingin berunding, mesti menerima agenda perubahan kami," katanya.

Anwar-Mahathir: Tamatkan segera bebanan rakyat, kata Dr Dzulkefly


Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly AhmadPengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad
Pastikan segala kebrobokan yang telah merendahkan negara bangsa dan membebankan rakyat ini ditamatkan segera, kata Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad.
Itu penegasan beliau ketika diminta mengulas kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Satu peristiwa ‘ajaib’. Tentunya menjanjikan satu permulaan baru buat naratif politik Malaysia. Maruah, martabat dan kedaulatan negara serta institusi-institusinya akan kembali diperteguhkan dan diberdayakan dengan izin Allah jua,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berpendapat ramai rakyat mahu menyaksikan pertautan kedua-dua negarawan itu yang masing-masing berjiwa besar demi mengangkat agenda memakmurkan rakyat dan menyelamatkan negara.
“Satu titik mula yang saya mahu songsongkan sebagai meneruskan gandingan kepemimpinan dua tokoh besar politik negara ini, yang masih menantikan natijah tertangguh kepimpinan mereka selama hampir dua dasawarsa.
“Mereka tidak punya waktu lagi untuk berlengah membicarakan perihal titik-bengik kesilapan silam. Apakah akan kita saksikan erti dan makna kata-kata hikmah orang tua kita dahulu iaitu biduk berlalu, kiambang bertaut,” ujarnya lagi.
Dr Mahathir yang ditemani Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menunjukkan sokongan kepada Anwar yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Kedua-dua pemimpin itu bertegur sapa dan bersalaman buat kali pertama selepas 18 tahun Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Aksi bersalaman Tun M-Anwar trending di media sosial

Aksi bersalaman Tun M-Anwar trending di media sosial
HARI ini dalam sejarah, apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertujuan menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Apa yang lebih menarik lagi, apabila sokongan itu disertakan dengan tautan salam daripada kedua-dua pemimpin yang dikhabarkan sudah 18 tahun 'bermusuh'.
Adegan itu disaksikan oleh anggota polis dan hadirin yang hadir dalam mahkamah berkenaan ketika tiada sidang. Mahathir juga kelihatan menepuk bahu Anwar.
Maka tidak mustahil lah pertemuan itu yang dianggap sejarah menjadi trending di media sosial hari ini. Malah ia turut mengundang respons pemimpin politik daripada Umno-BN.
Terdahulu Anwar, yang juga bekas ketua pembangkang, memohon pengisytiharan bahawa Akta MKN bertentangan dengan perlembagaan.
Permusuhan kedua-dua pemimpin besar itu berlaku apabila  Anwar dipecat oleh Mahathir pada September 1998 atas dakwaan penglibatan dalam kes liwat yang kemudian membawa kepada kes mahkamah.
Semenjak daripada insiden itu, Mahathir-Anwar merupakan seteru politik, namun perhubungan mereka dilihat penganalisis politik semakin baik sejak beberapa ketika ini.
Mahathir yang merupakan penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini dilihat semakin erat menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang.

Mahathir harap OSA tak diguna sembunyi jenayah orang baik

Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak digunakan untuk menyembunyikan jenayah kerana yang melakukannya ialah orang yang baik, katanya merujuk tindakan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang memberi RM1,000 kepada setiap ketua cawangan dan perwakilan parti itu.
Menulis di blog, hari ini, bekas perdana menteri itu menimbulkan pelbagai soalan yang menurutnya taksiran kasar menunjuk puluhan ribu ringgit terpaksa dibayar oleh mereka yang memberi kepada orang baik.
Begitu juga, katanya, berpuluh ribu ringgit lagi oleh orang baik, dan beribu lagi oleh penerima yang menerima dari orang baik.
“Mengikut undang-undang Malaysia, tiap wang yang diterima oleh seseorang ialah pendapatan (income).
“Soalnya, apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri diberi laporan oleh orang baik akan jumlah pemberian oleh rakan-rakan orang ini.
“Apakah penerima RM1000.00 dari orang baik ini melapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri akan penerimaannya. Apakah ia membayar cukai pendapatan atau tidak.,” katanya.
Malaysiakini sebelum ini, melaporkan Jamal membatalkan janjinya untuk membawa semua ketua cawangannya bercuti sambil belajar ke Dubai.
Sebaliknya, janji percutian itu ditukarkan dengan pemberian wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua cawangan berkenaan.
Namun, selepas mendapatkan penjelasan dari Jamal sendiri, pihaknya berkata wang RM1,000 itu diagihkan kepada setiap ketua cawangan dan termasuk 646 perwakilan Umno.
Susulan laporan itu, ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mendesak Jamal mendedahkan sumber kekayaannya atau berdepan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan tindakan Jamal memberikan wang tunai berkenaan mengesahkan parti itu mengamalkan politik wang.

Tun Mahathir dan Anwar: Pertautan 2 tiang seri Malaysia

Mungkinkah luka yang dalam kembali bertautMungkinkah luka yang dalam kembali bertaut
Pertautan semula bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan satu waktu dulu "mentee"nya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bagai kombinasi dua gergasi melengkapkan semula dua tenaga.
"Saya sudah impikan dua tokoh yang bersalingan selama 19 tahun untuk kembali duduk sebaris, kata tokoh baru Amanah, Datuk Husam Musa.
"Satu Sinergi dua gergasi dan tenaga penyatuan," katanya dalam kenyataan media petang ini.
Ketika Anwar dan Muhyidin telah pernah bergandingan katanya, kini paling penting, Malaysia dapat diselamatkan.
"Demi Malaysia, pertautan dua tiang seri politik Malaysia sangat dialukan," katanya.
Menurut Husam beliau sudah impikan dua tokoh yang bersalingan selama 19 tahun untuk kembali duduk sebaris.
"Saya nyatakan 'mimpi' saya itu dalam ucapan saya di depan Tun dalam majlis ceramah Tun yang pertama di atas pentas Pakatan di Pandan, awal Mac tahun ini.
"YB Rafizi menjadi tuan rumah ceramah tersebut dan ia adalah ceramah Tun yang pertama selepas secara rasminya Deklarasi Rakyat dilancarkan.
"Tun M dan Tun Hasmah hanya tersenyum," ceritanya.
Husam pernah memberanikan diri dan berharap ia menjadi katalis Tun dan Kak Wan untuk menerimanya. Kak Wan tidak ada dalam majlis pada malam itu tetapi saya berharap kata-kata itu sampai ke pengetahuan beliau.
"Itu yang saya mampu lakukan untuk melihat dua elemen yang dulunya sangat serasi tetapi kemudian bertentangan atas pengaruh keadaan, untuk kembali mencari _'sinergi ying dan yang'_ politik Malaysia.
"Keadaan negara masa kini sangat memerlukan sinergi itu," katanya.
Menurutnya, Malaysia telah kehilangan proses pergantian pemimpin mengikut jalur natural untuk satu tempoh yang panjang.
"Ini juga yang telah membawa kepada politik Malaysia yang bersimpang siur kini.
"DSAI adalah 'natural succesor' yang masih aktif. Ku Li dan Tun Musa telah berada di tepi gelanggang atas sebab tersendiri. Keguguran mereka antara lain telah mencipta 'vacuum' kepimpinan. Tun Ghafar pula telah pergi.
"Anwar menggengam idealisma politik tersendiri yang amat kukuh dalam jiwanya sehingga beliau tidak ingin mengalah untuk melihat Malaysia yang terus hebat.

RM650 Juta Untuk Projek Taman Tugu....Rakyat Miskin Terpaksa Mencuri...!!!

3 Sept. 2016:
"Saya hanya takut kepada Allah" - PM Najib

SELANG SATU HARI.. 4 Sept. 2016:
Najib merasmikan pula projek Taman Tugu di Tugu Negara bernilai RM650 juta.

Slps berjaya kutip GST lebih RM30 bilion, kini SANGGUP PERHABIH RM650 JUTA nak pelihara di sekitar benda haram patung Tugu Negara.... ??!!

Hakikatnya....

Rasulullah S.A.W. bersabda;

“Tidaklah seorang hamba yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyatnya, lantas dia meninggal pada hari meninggalnya dalam keadaan MENIPU RAKYATNYA, kecuali Allah telah haramkan Syurga baginya.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, 7150, 7151, dan Muslim, 142)

Sudah dijangkakan...

Itulah SPRM yg di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) Najib Razak..

Dalam FAM bersih-bersih belaka. MANA ADA TERLIBAT RASUAH !!! INI SEMUA 'AGENDA YAHUDI YANG NAK BURUKKAN NAMA BERSIH SUCI FAM..

Skandal 1MDB: Wanita Muda Amanah sokong MP mohon campur tangan Agong

 Ketua protem Wanita Muda Amanah, Anis Afida Mohd Azli Ketua protem Wanita Muda Amanah, Anis Afida Mohd Azli
Wanita Muda Amanah Nasional menyokong tindakan konsisten kesemua ahli parlimen Amanah memohon campur tangan Yang Di-Pertuan Agong berhubung skandal 1MDB yang mencemarkan imej negara.
Ketua protem Wanita Muda Amanah, Anis Afida Mohd Azli berkata, tindakan ini seharusnya didukung oleh ahli parlimen yang lain tanpa mengira parti politik dengan melihat faktor kebersamaan dalam menyelamatkan duit negara.
“Wanita Muda merasakan perlu lebih banyak pihak yang mendesak tindakan agresif daripada kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan isu ini seperti yang dititahkan dalam Majlis Raja-raja sebelum ini.
“Wanita Muda uga memohon agar perkara ini dibangkitkan semula ke dalam mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan bersidang pada bulan Oktober ini bagi menyelamatkan kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mendakwa skandal 1MDB ini antara banyak siri kegagalan urus tadbir negara yang berlaku dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.
“Cukup!Ia perlu dihentikan segera dan Wanita Muda akan terus menyokong usaha mana-mana pihak yang mahu ia diselesaikan kerana perkara ini membabitkan masa depan negara yang menjadi warisan kepada generasi muda pada hari ini,” katanya yang pernah menjadi calon Pas di Dun Bandar Penawar pada pilihan raya umum ke-13 lalu.
Beliau turut menegaskan, anak muda khususnya mahasiswa mengharapakan kestabilan ekonomi dalam negara dan pemimpin yang mampu mengurus kewangan negara dengan telus.
“Sering orang bertanya, apa anak muda hari ini mahu?
“Sekali lagi saya tegaskan, anak muda mahu masa depan negara yang boleh menjamin kestabilan ekonomi semua lapisan rakyat sehingga tidak perlu mengemis di negara jiran untuk mencari sesuap nasi,” katanya.

Antara BN dan Pembangkang

Barisan Nasional adalah parti yang dianggotai oleh 13 parti komponen seluruh negara. Susunannya jelas, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri.
Sejak penubuhan Bn, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada Umno, manakala parti-parti kompnen diwakili dalam kabinet persekutuan yang dibentuk, menurut kedudukan pemimpin tersebut dalam parti masing-masing, asalkan pemimpin itu menang dalam pilihanraya, atau dilantik sebagai ahli dewan negara.
Memasuki setiap pilihanraya, rakyat sudah jelas, siapa bakal dilantik sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar, demikian juga anggota kabinet. Berbeza dengan parti pembangkang, mereka tidak pernah sepakat siapa bakal Perdana Menteri, walaupun satu ketika mereka bersetuju bahawa DS Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri. Namun kesepakatan itu, hanya cakap-cakap, ertinya tidak muktamad.
Kini, perkembangan politik tanah air, ditambah dengan adanya dua parti yang dianggap mampu membawa sokongan rakyat kepada pembangkang, iaitu Parti PRIBUMI tajaan Tun Dr Mahathir serpihan Parti Umno , dan Parti Amanah seriphan parti Pas.
Melihat kencederungan rakyat negara ini, sepertimana dibuktikan pada PRN Sarawak dan PRK berkembar, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, nampak gayanya, parti-parti pembangkang hanya berebut pengundi yang sama, iaitu pengundi yang telah lama membuat keputusan sebagai pengundi pembangkang. Melihat kepada keputusan PRN dan PRK tersebut, pengundi BN tetap pengundi BN, manakala pegundi pembangkang tetap pengundi pembangkang , namun juga ada yang didapati berpatah arang.
Melihat keadaan parti pembangkang, yang nampak hanya boleh tidur sebantal, namun mempunyai matalamat masing-masing, tidak akan mampu menarik penyokong BN. Adalah jelas, jika masing-masing mempertahankan penyokong masing-masing, sampai kucing bertandukpun, pembangkang tidak akan mampu mengalahkan BN.
Politik adalah dinamik. Barisan kempimpinan BN juga dinamik. Oleh kerana kedinamikan itu, maka pergerakan sokongan akan senantiasa selari dengan keadaan semasa. Pergerakaan sokongan yang selari, maka memungkinkan BN akan senantiasa menang pada setiap pilihanraya.
BN sebenarnya belajar dengan kekalahan di Selangor dan Pulau Pinang. Barisan kepimpinan BN sedang mengatur gerak kerja bagi dua negeri tersebut. Memang gerak kerja BN di Perak dan Kedah cepat berjaya, namun di Selangor dan Pulau Pinang, ramuan yang jitu belum benar-benar sebati. Manakala di Kelantan, tidak pasti apa ramuan yang sedang dibuat, kerana penghalang utama BN di negeri itu, Allahyarham Dato Seri Nik Aziz Nik Mat, sudah kembali kerahmatullah.

Sanusi gembira jabat tangan Mahathir-Anwar

Beliau menyeru semua organisasi yang berkaitan dengannya dan Anwar supaya bersama menentang kemungkaran yang sedang melanda negara.
sanusi
PETALING JAYA: Tan Sri Sanusi Junid gembira apabila mengetahui Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjabat tangan di mahkamah hari ini.
“Syukur kepada Allah atas petunjuk daripadaNya,” kata bekas Menteri Besar Kedah, antara seteru politik Anwar ketika dalam Umno.
Hari ini, bekas menteri itu menceritakan dirinya dan Anwar mempunyai sejarah yang panjang, dan mempunyai senarai pertubuhan yang mereka bina, antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Badan Revolusi Ugama, Koperasi Shamelin Berhad, Yayasan Anda dan Maramunjangan.
“Saya menyeru kepada semua yang pernah berkaitan atau berhubungan dengan organisasi ini (supaya) mengenepikan semua perasaan dan bersama menentang kemungkaran yang sedang melanda negara ini,” tegasnya.
Susulan kontroversi 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion tahun lalu, Sanusi antara tokoh Umno yang menyertai Mahathir mengkritik Presiden Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kontroversi itu menyaksikan Mahathir keluar daripada Umno dan mengasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sebuah parti ala Umno yang sedia bekerjasama dengan parti Anwar, PKR untuk mencabar Najib dan dominasi BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Di mahkamah hari ini, Mahathir tampil ke pendengaran permohonan Anwar untuk mengisytiharkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanggar Perlembagaan. Beliau mendakwa kehadirannya kerana berminat dengan isu berkaitan keselamatan negara.
Mahathir sempat bertemu Anwar sebelum mahkamah bersidang dan mereka kelihatan berpelukan seketika dan bersalaman. Mereka beransur ke bilik saksi dan berbincang selama 30 minit.
Tindak-tanduk mereka menggamit perhatian media dan media sosial, yang riuh dengan perbualan mengenai kerjasama politik dan permohonan maaf antara keduanya.
Pertemuan itu merupakan yang pertama selepas genap 18 tahun dan tiga hari Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri atas tuduhan salah laku seks pada 1998, lalu mencetuskan tunjuk perasaan dan kempen ‘reformasi’ besar-besaran yang akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Mahathir pada 2003.
“Saya paling gembira kerana saya kenal Anwar sejak tahun 1961 waktu di Kolej Melayu Kuala Kangsar,” kata Sanusi.
Dalam wawancara Mingguan Malaysia 14 April 2013 yang dipetik daripada blognya, Sanusi berkata mendengar nama Anwar menyebabkan darahnya menggelegak.
“Ibrahim (Presiden Perkasa Ibrahim Ali) adalah seorang yang lebih berprinsip daripada Anwar,” kata Sanusi, ketika diminta pandangan mengenai perkembangan politik dan keadaan Anwar ketika itu.
“Saya melihat beliau ini seperti Tan Sri P Ramlee. Anwar boleh berlakon segala adegan tetapi P Ramlee tidak berlakon dalam adegan seks.”

Mahkamah tetapkan 14 Okt dengar hujah Anwar halang Akta MKN

Isu yang ditimbulkan samada Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mengisytiharkan undang-undang itu melanggar Perlembagaan.
anwar1
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 14 Oktober untuk hujahan lanjut permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar penangguhan sementara perlaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Peguamnya N Surendran berkata isu yang ditimbulkan samada Mahkamah Tinggi mempunyai hidang kuasa untuk mengisyitharkan undang-undang itu sebagai melanggar Perlembagaan atau sebaliknya.
“Dalam perbicaraan itu telah timbul isu tafsiran perlembagaan dan oleh itu hujahan selanjutnya akan berlangsung pada 14 Oktober ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta MKN di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Bekas ketua pembangkang pada memfailkan tuntutan untuk mengisyitharkan Akta MKN melanggar Perlembagaan pada 2 Ogos lepas.
Beliau juga memohon pengisytiharan Perkara 66 (4) dan 66 4(A) yang membenarkan penguatkuasaan undang-undang itu tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong sebagai tidak sah serta terbatal, dan memohon injunksi menyekat MKN mengambil tindakan di bawah Akta MKN sehingga tuntutan mahkamah itu selesai.
Menurut Surendran, Hakim Hanipah Farikullah mengarahkan Anwar selaku plaintif dan kerajaan Malaysia dan MKN selaku defenden mengemukakan hujahan bertulis untuk membantu mahkamah, selepas mendengar hujahan kedua peguam di dalam kamar.
Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjit Singh ketika ditemui berkata mahkamah tinggi tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Anwar.
“Sebab permohonan ini mempersoalkan kuasa Parlimen untuk buat undang-undang. Permohonan ini hanya boleh diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan,” katanya.
Tampil di mahkamah hari ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa hadir kerana berminat dengan isu berkaitan keselamatan negara.

Wan Azizah akui terkejut Mahathir hadir

KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui sedikit terkejut dengan kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada prosiding Mahkamah Kuala Lumpur yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Anwar dan Mahathir berbincang beberapa perkara mengenai permohonan penangguhan sementara pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang dikemukakan Ketua Umum KEADILAN.
“Sedikit mengejutkan hari ini dengan kehadiran Tun yang memberikan sokongan.
“Dia cakap harap awak (Anwar) baik dan semoga berjaya,” katanya di luar perkarangan mahkamah.
Ditanya lanjut mengenai isu lain yang dibualkan dua tokoh politik negara itu, Wan Azizah menegaskan hanya membabitkan isu Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dr Mahathir yang ditemui media sebelum itu menjelaskan beliau hadir kerana berminat dengan kes ini memandangkan ia berkaitan dengan keselamatan negara.
“Saya berminat dengan kes ini kerana ia membabitkan keselamatan negara dan sudah ditulis di dalam blog saya,” katanya.

Salleh: Ingat, ciuman Mahathir adalah ciuman maut

Menteri Multimedia dan Komunikasi, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengingkatkan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak lupa berhubung apa yang berlaku pada tahun 1998.
Katanya, tidak lama selepas bekas mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengannya, bekas perdana menteri itu bertindak nekad menghancurkan kerjaya politik Anwar.
"Mahathir bersalaman dengan Anwar hari ini adalah seperti apa yang berlaku pada tahun 1998 sehari sebelum Mahathir memusnahkan Anwar.
"Ciuman Mahathir adalah ciuman maut," katanya dalam blognya.
Beliau mengulas mengenai apa yang berlaku di mahkamah di Kuala Lumpur hari ini apabila Mahathir secara tiba-tiba hadir dan bersalaman dengan seteru politiknya itu.
Salleh bagaimanapun berkata dirinya tidak terkejut mahupun kagum.
Baginya, tindakan itu satu kompromi politik yang agak biasa, yang membuktikan bahawa Mahathir sudah sampai ke penghujungnya.
"Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di mahkamah hari ini, sebagai tanda sokongan kepada Anwar Ibrahim, bukannya benar-benar satu kejutan mahupun kejutan.
"Ini adalah apa yang kita akan namakan kepentingan politik. Ia hanya menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir sekarang," kata menteri itu.
Hujahnya, Mahathir menyedari parti baru yang dinaunginya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, tidak boleh mampu berdiri tanpa bantuan Pakatan Harapan.
"Sebab itu Mahathir cuba membina jambatan dengan Anwar - supaya melamar Pakatan Harapan Mahathir akhirnya mengakui beliau tidak lagi mempunyai kekuatan untuk kejayaan partinya.
"Beliau terpaksa menumpang daripada Anwar dan Harapan," katanya.
Mahathir hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Bekas perdana menteri yang pernah memecat timbalannya itu pada 1998, kemudiannya bertegur sapa dan bersalaman, sambil diperhatikan oleh anggota polis dan hadirin yang hadir.
Tangan kiri Anwar juga kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar.

Tiada sebab parti pembangkang tidak boleh contohi Anwar


Athirah berkata perubahan politik bakal berlakuAthirah berkata perubahan politik bakal berlaku
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menzahirkan teladan kepada semua pihak dan tiada sebab kesemua parti pembangkang tidak boleh mengambil contoh baik tersebut, kata Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Aiman Athirah Aljundi.
Menurutnya, episod pertemuan antara Anwar dan Tun Mahathir di Mahkamah Jalan Duta hari ini tidak akan meninggalkan sebarang kesan positif kepada pembangkang jika masih enggan mengambil langkah sewajarnya.
“Peristiwa hari ini sangat bersejarah dan diharap jadi petanda baik kepada pakatan pembangkang yang ada. Semua perlu bersedia kembali ke meja rundingan, mengenepikan apa jua pergeseran serta meletakkan keutamaan kepada kepentingan menyelamatkan negara dan mensejahterakan rakyat
“Pembangkang juga mesti merangka strategi ke hadapan sekaligus segera menyusun jentera parti masing-masing untuk bergerak seiring senada menghadapi musuh yang sama iaitu Umno-Barisan Nasional,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Mengulas lanjut, Athirah berkata, perubahan politik khususnya parti yang mengepalai kerajaan di Malaysia memerlukan lebih daripada poligam iaitu politik bergambar dalam membentuk persepsi rakyat.
“Tidak cukup setakat poligam saja sebaliknya lakukan perubahan sikap dan bersiap untuk saling ‘fine tuning’ serta semak dan imbang. Segera atur strategi teratur menjelang PRU14 yang kita jangkakan sangat hampir dan boleh jadi bila-bila masa daripada sekarang.

“Saya percaya Tun (Mahathir) sudah usaha sebaik mungkin merendahkan egonya manakala DSAI (Anwar Ibrahim) jelas sentiasa bersifat negarawan dalam menghadapi apa saja keadaan sekalipun masih terpasung akibat fitnah dan hasad manusia,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Mohd Hasbie Muda berkata, sifat berjiwa besar jelas dapat dilihat pada Tun Mahathir dan Anwar pada hari ini.
“Kedua-dua pemimpin ini bersedia melupakan sengketa lama demi kepentingan negara yang lebih mustahak,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, media sosial seperti Facebook juga dibanjiri komentar dan gambar berkaitan pertemuan Anwar dan Mahathir itu.
Menurut Moza Rella, sokongan Mahathir terhadap Anwar dengan turun ke mahkamah hari ini menyemarakkan api reformasi ke arah Malaysia Baru yang lebih telus dan adil.
“Gambar ni (Anwar bersalam dengan Mahathir) boleh bagi pada penyokong Najib dan penyokong PIGS (Pas-Ikatan dalam Gagasan Sejahtera).
"Demam,” ujarnya.

Bertemu Anwar, 2 bekas aktivis reformasi anggap Dr M terdesak

Bekas pemimpin PKR berkata pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bermakna selagi bekas perdana menteri itu tidak memohon maaf kepada Anwar dan rakyat Malaysia.
chegubard-lokman-adam-mahathir
PETALING JAYA: Dua bekas aktivis reformasi menyifatkan pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuktikan bekas perdana menteri itu sudah terdesak.
Mereka berkata Dr Mahathir kehilangan punca dalam usahanya menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyebabkan beliau mengambil tindakan bertemu Anwar.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin berkata pertemuan itu tidak akan membawa apa-apa makna selagi Dr Mahathir tidak memohon maaf kepada Anwar dan rakyat Malaysia.
“Dr Mahathir tiada jalan lain untuk berdepan dengan suasana politik kini yang sudah betul-betul santak ke dinding.
“Dr Mahathir perlu pulangkan semua harta yang dirompak daripada rakyat. Dia tidak boleh menipu persepsi rakyat dengan tiba-tiba muncul di mahkamah hari ini,” kata bekas ahli PKR yang baru dipecat itu ketika dihubungi FMT.
Selepas 18 tahun sejak pemecatan Anwar, kedua-dua tokoh itu bertemu buat kali pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengah hari tadi ketika perbicaraan kes saman Anwar terhadap pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kedua-duanya dilihat bersalaman dan beramah mesra sambil disaksikan sejumlah pemimpin pembangkang seperti Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan juga bekas naib ketua cawangan Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Sementara itu, bekas setiausaha Pemuda PKR Datuk Lokman Noor Adam menyatakan rasa terkejutnya terhadap perkembangan itu.
“Dr Mahathir yang saya kenal dan lawan selama 18 tahun adalah seorang yang cukup tinggi egonya. Ini menunjukkan beliau terlalu terdesak, dan kehabisan idea untuk menjatuhkan Najib kecuali dengan bersama orang yang pernah dipecat dan hina.
“Jika Anwar sanggup memaafkan dan bersatu dengan Dr Mahathir sekalipun, pembangkang tetap tidak akan mempunyai satu suara untuk berdepan BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya yang kini menjadi panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Berbaik dengan Anwar, bukti Dr Mahathir binatang politik, kata Zam

Bekas menteri penerangan berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad itu bukti tiada kawan dan musuh yang kekal dalam politik.
zamPETALING JAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dan berjabat tangan dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan beliau seorang binatang politik (political animal), kata Tan Sri Zainuddin Maidin.
Bekas menteri penerangan itu berkata tindakan itu juga membuktikan Dr Mahathir sanggup melakukan apa saja demi mencapai tujuan politiknya.
“Inilah apa yang dikatakan tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh kekal dalam politik. Ini senario politik baharu yang menunjukkan Dr Mahathir adalah binatang politik (animal political),” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Dr Mahathir hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Pertemuan mereka merupakan yang pertama sejak Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri, pada 18 tahun dan 3 hari lalu.
Zainuddin berkata tindakan Dr Mahathir membuktikan masalah dana politik RM2.6 bilion dan masalah demokrasi lebih besar berbanding soal peribadi antara 2 figura besar ini.
“Saya ingat Dr Mahathir sudah memikirkan masalah RM2.6 bilion dan masalah menyekat demokrasi adalah lebih besar daripada masalah moral Anwar.
“Kini Umno tidak menghormati rakyat dengan mengambil kuasa raja. Umno sendiri sudah sampai ke peringkat yang kuasa raja diambil untuk mempertahankan individu,” katanya.
Malah katanya, tindakan Dr Mahathir ini menghidupkan harapan baru buat rakyat walaupun masih terlalu awal untuk membuat ramalan.
“Tindakan Dr Mahathir menghidupkan harapan rakyat yang baru muncul. Soal Anwar untuk kembali menjadi perdana menteri sudah tidak nampak sebagai mustahil lagi,” katanya.
Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pula melihat tindakan bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu dituntut dalam Islam.

Anwar hargai Dr Mahathir ‘baik hati’ hadir ucap selamat

Dr Mahathir berkata beliau hadir di mahkamah menyatakan sokongan kepada usaha Anwar mencabar Akta MKN dan tidak timbul isu beliau 'berkawan semula'.
mahathir anwar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai kehadiran bekas bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Tinggi hari ini bagi memberikan sokongan dalam permohonan mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
“Saya ucap terima kasih kesudian Tun Mahathir datang, memberi sokongan kepada usaha kita.
“Saya terharu dengan sikap dia. Kita bincang masalah MKN, dan hal-hal lain juga. Beliau berbaik hati hadir,” kata Anwar ketika dibawa warden Penjara Sungai Buloh keluar daripada perkarangan mahkamah.
Ia susulan pertemuan bersejarah beliau dengan Dr Mahathir di mahkamah, di mana kedua-dua mereka dilihat beramah mesra dan bersalaman.
Bekas perdana menteri yang berkhidmat 23 tahun sebelum itu membuat kejutan apabila menampilkan diri di Mahkamah Tinggi, kira-kira 20 minit sebelum ketibaan Anwar dari Penjara Sungai Buloh bagi meneruskan samannya menghalang penguatkuasaan Akta MKN.
Turut hadir di mahkamah hari ini ialah isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, ahli Parlimen PKR Tian Chua, Zuraida Kamaruddin dan Datuk Kamarudin Jaffar, di samping bekas naib ketua cawangan Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah.
Ketika ditanya sama ada pertemuan itu menamatkan persengketaan mereka selama 18 tahun, Dr Mahathir menjawab:
“Saya berminat dengan kes ini kerana ia membabitkan keselamatan negara dan sudah diulas di blog saya,” katanya menjawab soalan bertalu-talu dari wartawan.
“Kisah lama tidak dibincang,” katanya ketika ditanya sama ada pertemuan dengan bekas timbalannya bermakna kedua-dua mereka sudah bermaafan dan “berkawan semula”.
Dr Mahathir bagaimanapun berkata tidak timbul isu mereka berdamai.
“Saya tidak tahu tentang berkawan (semula) tetapi saya ada bercakap dengannya.”

Dr M, Anwar masa untuk tumbangkan Umno BN

Dua yang dianggap seteru dilhat begitu mesraDua yang dianggap seteru dilhat begitu mesra
Laman sosial Facebook dan Twitter pemimpin pembangkang hari ini dipenuhi dengan komen-komen terhadap foto bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

Rata-rata mereka mendoakan Mahathir dan Anwar dapat bersatu demi menyelamatkan Malaysia.

Ahli jawatankuasa Amanah Nasional Mazlan Aliman dalam status yang dimuat naik di Facebooknya menzahirkan rasa kagum terhadap Anwar yang disifatkan sebagai berjiwa besar.

Beliau berkata, jika kedua-dua tokoh politik itu bersatu memimpin pakatan pembangkang, BN akan dapat ditewaskan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

“Datuk Seri Anwar menyertai Umno dan kabinet di zaman Dr Mahathir, kemudiannya dipecat. Dizalimi dan dipenjara. Hari ini, Tun hadir ke mahkamah atas sokongan terhadap tentangan Akta MKN yang dibawa DS Anwar.

“Jiwa besar DS Anwar Ibrahim, sangat mengkagumkan!

Jika kedua-dua tokoh besar ini bersatu memimpin Pakatan Pembangkang, BN akan dapat dileburkan pada PRU14,” tulisnya di facebook.

Akta 355: Kecoh, berang diganggu peguam tunjuk 'jari tengah'

RM90 Juta: Pas Lantik Peguam Diraja UK Saman Sarawak Report

'Media Sosial Punca Ramai Keliru Akta 355, Hudud' - DAP

Akta 355: MCA Tuntut Jaminan Jamil Khir

MCA Masih Belum Yakin Pindaan Akta 355

DAP Masih Tak Faham Pindaan Akta 355 - PAS

Akta 355: Umno Tak Terikat Dengan Pas

Sikap Mahfuz mesra Amanah undang 'bahaya'

Anwar: Terima kasih Dr Mahathir

Dr M beri kata-kata semangat kepada Anwar

Dr M: Saya bertemu Anwar tunjuk sokongan

Wan Azizah terkejut Tun M datang sokong afidavit Anwar

Tun M doa agar saya berjaya, kata Anwar

Mahathir sokong agenda perubahan masa kini, kata Anwar

Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di mahkamah hari ini membuktikan sokongan bekas perdana menteri itu kepada agenda pembaharuan.
Justeru, ini menyediakan mereka ruang untuk terus berunding, katanya ketika ditemui di mahkamah di Kuala Lumpur dalam usahanya untuk menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Ketua Umum PKR itu yang kini meringkuk di penjara disoal sama ada beliau mempercayai Mahathir sekarang berbanding semasa dirinya mengutus surat kepada ahli-ahli PKR, Mei lalu, mengingatkan mereka terhadap kerjasama dengan bekas perdana menteri itu.
Wartawan: Adakah kamu mempercayai Mahathir?
Anwar: Saya hargainya... hakikat bahawa beliau cukup baik hati dan menyokong permohonan ini, (beliau) ucapkan selamat berjaya dan sentiasa sihat.
Wartawan: Adakah kamu mempercayai beliau sekarang?
Anwar: Tidak, kami akan terus berunding ....
Wartawan: Kamu percayainya sekarang berbanding waktu kamu menulis surat amaran kepada ahli supaya berhati-hati?
Anwar: Pendirian saya, nombor satu, (adalah) kebajikan rakyat paling utama, ini bermaksud sesiapa yang ingin berunding, mesti menerima agenda perubahan kami. ..
Ini bukan mengenai mempercayai atau tidak. Sesiapa yang menyokong agenda reformasi mesti diberi peluang untuk bersama.
Wartawan: Beliau telah dapat kepercayaan kamu?
Anwar: Beliau bersedia datang ke mari dan menyatakan sokongannya dengan permohonan (mahkamah) ini dan mengucapkan saya supaya sentiasa sihat dan dengan itu saya anggap beliau menyokong agenda reformasi.
Kami membincangkan isu lain hanya secara umum. Tumpuan kami kepada permohonan (halang Akta MKN) tetapi kami juga membincangkan isu-isu lain, tetapi kami akan mengumumkannya.

BILA ANWAR DAN TUN M DAH BERGABUNG, BERMAKNA NYAWA POLITIK NAJIB SEDANG BERADA DI HALKUM

Setelah 18 tahun berlalu iaitu sejak dipecat daripada kerajaan dan UMNO pada 2 September 1998, Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim hari ini bertemu semula dan bersalam-salaman, menandakan berakhirnya perseteruan politik yang berlaku selama ini.

Walaupun kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi ialah untuk memberi sokongan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang memfailkan saman terhadap kerajaan berhubung Akta Majlis Keselamatan Negara, di mana kedua-dua pemimpin tersebut  menentang perlaksanaan undang-undang yang antaranya memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat, realitinya pengertian pertemuan ini memberi makna yang lebih jauh daripada itu.

Dengan pertemuan bersejarah ini, kedua-dua mereka kini dalam persamaan untuk bergabung tenaga bagi mengalahkan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang, seterusnya memastikan Najib tersingkir dari kerusi Perdana Menteri yang sedang empuk didudukinya.
Walaupun sejak Tun Mahathir keluar UMNO dan kemudian menginisiatifkan parti BERSATU, beliau sudah menjalinkan hubungan dengan PKR yang dipimpin oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail, pertemuan bertentang mata dan bersalam dengan Anwar ini merupakan sejarah baru dalam politik negara ini.

Ia secara langsung memberi isyarat tiada lagi perselisihan peribadi antara kedua-dunya dan mereka sanggup berbaik serta bersatu hati demi sama-sama menyelamatkan negara dek onar dan masalah yang dicetuskan Najib sehingga Malaysia sekarang ini menjadi lebih bualan buruk di seluruh dunia.

Sudah barang tentu penyokong Tun Mahathir dan Anwar di semua peringkat masyarakat turut sama bertaut hati dan perasannya, seiring dengan bertemunya kedua-dua pemimpin tersebut

Penggabungan Tun Mahathir dan Anwar ini turut memberi tanda bahawa nyawa politik Najib, UMNO dan BN sudah berada di halkum, hanya menunggu detik dan waktunya saja untuk terpisah daripada kuasa yang digenggam selama ini.
Jika dalam pilihanraya 2013 lalu di mana ketika itu Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, BN hanya mampu menang dengan kelebihan 23 kerusi Parlimen, tetapi kalah undi popular dengan 47 peratus berbanding 52 peratus, bayangkan dalam PRU 14 akan datang bila mana Tun Mahathir dan Anwar sudah sama-sama berganding bahu?

Bersama isu-isu lain seperti 1MDB, duit ribu-ribu juta dalam akaun peribadi Najib, perangai Rosmah, pembaziran, kemewahan dan macam-macam lagi kemelut yang sedang berlaku dalam negara, genggaman kuasa UMNO dan BN kini tidak ubah ibarat telur di hujung tanduk.

Saya datang untuk sokong Anwar kes saman akta MKN, kata Mahathir

Pertemuan bersejarah antara Anwar dengan Tun Mahathir hari ini.Pertemuan bersejarah antara Anwar dengan Tun Mahathir hari ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk memberikan sokongan kepada tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari segi perlembagaan.
"Saya datang bagi sokongan moral kepada beliau karana lawan akta ini. Sebagaimana saya tulis dalam blog saya, saya juga menentang akta ini," kata Tun Dr Mahathir kepada media selepas bertemu Anwar di mankamah.
Tun Mahathir berjumpa dengan Anwar di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini dan bersalam erat antara satu sama lain.
Ketika bercakap kepada media selepas itu, Mahathir tidak menjawab persoalan wartawan apakah perseteruan antara beliau dengan Anwar sudah selesai.
"Saya tak tahu tentang kerjasama, tetapi saya bercakap dengan dia," kata Mahathir.
Dr Mahathir juga berkata, terlalu awal untuk beliau mengulas apakah beliau menyokong Anwar sebagai bakal perdana menteri.
Perseteruan selama 18 tahun antara Mahathir dengan Anwar hari ini disifatkan sebagai selesai apabila kedua-duanya bersalam erat di mahkamah hari ini.
Ia berlaku di depan penyokong kedua-dua belah pihak termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Kamarudin Jaffar, bekas setiausaha agung Pas dan juga bekas setiausaha agung Abim ketika Anwar adalah pemimpinnya.
"Hari ini negara mencatatkan satu kejutan baru yang ditunggu oleh rakyat selama 18 tahun.
"Ia bukan satu keinsafahan tetapi satu tindakan politik yang bijak dari Tun Dr Mahathir dan Anwar juga bijak menerima kedatangan Tun Mahathir itu yang mengorbankan segala emosi dan segalanya," kata penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar.
Bagi beliau, apa yang dibuat oleh bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa sebelum ini dan diikuti dengan pertemuan antara Mahathir dengan Anwar ini, "Ia satu permulaan politik baru untuk negara."

Penjelasan Tun M mengapa hadir sokong Anwar selepas 18 tahun


Selepas 18 tahun, Tun M salam dengan Anwar


Selepas 18 tahun Dr Mahathir jumpa dan bersalam dengan Anwar di mahkamah

Tun Dr Mahathir datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dan bertemu serta bersalam dengan Anwar.Tun Dr Mahathir datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dan bertemu serta bersalam dengan Anwar.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan bekas musuh beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Mereka dilihat bersalam erat dalam pertemuan yang sangat bersejarah itu.
Anwar ke mahkamah hari ini untuk memfailkan tuntutan beliau bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari sudut perlembagaan.
Tun Dr Mahathir pula dikatakan datang ke mahkamah bersama para penyokong beliau bagi memberikan sokongan kepada Anwar.
Turut serta datang bersama Mahathir adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, ketua sekretariat Deklarasi Rakyat yang dipengerusikan Mahathir, Datuk Kamarudin Jaffar dan pembantu khas Mahathir, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan.





Sekolah Bangsa Johor harus serap ciri baik sekolah vernakular

Saya berkongsi pendapat YAM Tunku Mahkota Johor (TMJ).
Sekiranya rakyat diasingkan mengikut bangsa sejak dari bangku sekolah lagi, perpaduan nasional secara menyeluruh akan tinggal sekadar angan-angan.
Perpaduan bermula daripada kecil. Sifat perkauman juga bermula daripada kecil. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Memang betul ada ahli politik yang tidak bertanggungjawab yang sentiasa mencari jalan untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Memang betul sekolah vernakular bukan satu-satunya alasan untuk perpecahan di Malaysia, tetapi retorik "pecah dan perintah" ini akan kekal relevan selagi anak muda dan pelajar pelajar diasingkan mengikut kaum dari bangku sekolah lagi.
Jika kita dididik dari awal untuk menerima konsep satu bangsa, pengasingan politik ini akan ditolak oleh generasi yang akan datang.
Kerabat diraja Johor telah seringkali membuktikan bahawa mereka merupakan penyokong tegar perpaduan nasional.
Sebagai contohnya:
(a) Sultan Johor bercemar duli, turut sama meraikan perayaan Chingay tanpa mempedulikan kritik, tohmahan dan halangan daripada beberapa institusi agama.
(b) Baginda sekeluarga sentiasa bertitah agar semua rakyat Johor bersatu tanpa mengira bangsa di bawah payung Bangsa Johor sebagai contoh teladan kepada kerajaan persekutuan
(c) Menggertak untuk menghukum mereka yang bersifat perkauman di Johor.
Ini semua menunjukkan bahawa mereka sememangnya berniat baik. Mereka tidak mempunyai niat tersirat untuk mengagungkan satu bangsa melebihi bangsa-bangsa lain.
Sekolah Bangsa Johor ini perlu berfokus ke atas penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

1MDB kebun pisang atas angin

Seorang bekas wartawan Bernama bagi tahu saya Sabtu lalu (3 September) orang kampung tak faham cerita IMBD.
Saya tahu. Bukan orang kampung saja tak faham. Orang bandar dan orang berpelajaran pun tak faham melainkan yang arif urus niaga korporat dan kewangan canggih.
Saya pun dah cerita macam-macam cara. Saya yakin ramai yang faham tetapi lebih ramai yang masih tak faham atau samar-samar.
Pernah juga saya ceritakan kepada beberapa orang rakan blogger secara kiasan. Izinkan saya kongsi cerita kiaskan itu dengan para pembaca dan pembahas sekalian. Saudara-saudari pula boleh kongsi dengan orang lain kalau ada kesempatan.
Saya ibaratkan sebagai cerita dongeng orang berniaga pisang. Minta maaf kalau panjang sikit. Ceritanya macam ini.
Ada seorang saudagar minyak unta yang kononnya sangat pandai berniaga. Kalau dia jual batu yang dikutip tepi jalan pun laku. Dulu ada banyak peniaga macam ini di pekan-pekan sehari.
Orang putih gelar wheeler dealer atau snake oil salesman. Lebih kurang macam penaja skim cepat kaya Pak Man Telo dan labu peram. Dia Cina. Nama dia Joe Hai.
Mula-mula dia pergi ke sebuah kampung nama Kampung Terang. Dia pujuk ketua kampung kongsi tanam pisang. Mereka pun tubuh syarikat Tanaman Istimewa Antarabangsa. Singkatannya TIA.
Punyalah hebat putar belit si Joe Hai ini dengan modal hanya RM1 dia boleh pinjam RM5,000 dari bank dalam dan luar negera. Ertinya dia pinjam lima ribu kali ganda daripada modal.
Tak pernah jadi dalam dunia di mana beza antara modal dengan hutang 5,000 kali ganda.
Selalunya bank bagi pinjam 50 peratus daripada modal saja. Itu pun dah dikira tinggi dan bahaya.
Pernah kah kita dengar orang yang ada modal RM1 boleh pinjam sampai RM5,000? Along dan ceti pun tak bagi hutang sebanyak itu.
Yang banyak orang tak sedar, dalam diam-diam Joe Hai gadai tanah orang Kampung Terang yang nak dijadikan tapak projek pisang itu.
Pawang buaya
Perkara ini berlaku pada tahun 2008.
Masa tu tak banyak orang sedar. Hanya ketua kampung dan beberapa orang suruhan dia saja tahu.
Ikut cerita, tak lama lepas itu Joe Hai lesap dari Kampung Terang. Apa yang jadi dengan tanah orang kampung yang Joe Hai gadai sampai hari ini masih dipertikai.
Tiba-tiba, pada tahun 2009, Joe Hai timbul di Kuala Lumpur dan pakat dengan seorang pawang buaya yang tersohor nama Mat Nujum.
Dalam kerja dia mudik hulu hilir tangkap buaya ganas, Mat Nujum tahu siapa ada tanah, di mana dan berapa luas.
Joe Hai pakat dengan Mat Jujum tukar TIA kepada syarikat baru dengan nama Satu Melayu Dan Baba atau singkatannya 1MDB.
Mat Nujum tahu ramai suku sakat dia ada tanah. 1MDB “beli” tanah itu dengan harga murah dan lepas itu jual atau gadai dengan harga mahal.
Kerja mereka ambil tanah, pecah lot, gadai atau jual. Tak cukup dengan jual tanah mereka berhutang pula.
Nasib mereka baik pasal suku sakat Mat Nujum tak berapa cerdik dan Mat Nujum pandai reka cerita. Dia kata, mereka akan untung juta-juta bila tanah mereka dah jadi projek raksasa.
Dia ambil hati mereka dengan guna duit hutang dan duit pinjam hantar mereka naik haji dan belanja anak-anak mereka mengaji dalam dan luar negara. Sekali-sekala mereka anjur majlis suka ria sampai bawa masuk artis top dari Korea.
Mat Nujum dan Joe Hai gadai sama pajak sini, hutang sana pinjam sini. Bila tak cukup nak bayar bunga dan pokok, mereka berhutang lagi.
Kerja mereka korek lubang kambus lubang macam dalam skim cepat kaya.
Main belakang
Joe Hai dia pandai. Dia main dari belakang. Dia sendiri orang tak nampak. Dia duduk nun jauh di Amerika.
Dia guna Mat Nujum sebagai orang depan. Semua Mat Nujum arah dan tandatangan. Mat Nujum jadi sangat berkuasa dalam kampung pasal duit banyak.
Dia kata jalan, jalan. Tak ada siapa nak lawan pasal dah dapat habuan. Macam ayam dapat dedak. Yang tak setuju oleh jalan atau tunggu kena tendang.
Pendek kata, Joe Hai jerit ayuh, Mat Nujum pun kayuh.
Walaupun Joe Hai ni muda, dia banyak tipu helah. Hasil pakatan dengan Mat Nujum dia jadi kaya raya dalam sekelip mata walaupun projek pisang tak banyak hasil. Nak bayar bunga pun tak cukup.
Dia bagi tahu orang dia usahawan, dermawan, karyawan dan jadi kawan kepada anak tiri Mat Nujum.
Dia pun baik dengan pak-pak Arab. Dia tahu, orang Melayu jadi lemah bila berdepan dengan orang Arab. Arab bela unta pun mereka sanjung macam ulama dari Makkah.
Dengan hasil perniagaan atas angin itu mereka pun berpesta, beli harta, joli sini joli sama. Nak cepat tunjuk hasil mereka beli kebun pisang orang lain yang pokok-pokok dah tua.
Bila sesak tak boleh bayar balik hutang, mereka jual. Ada yang mereka beli mahal tapi jual murah. Beli mahal dari tauke tempatan jual murah kepada tauke Negeri China.
Mana duit yang mereka pinjam pergi, tuan tanah dan orang kampung tak tahu. Mat Nujum dan Joe Hai tak bagi tahu.
Makan dedak
Tiap-tiap tahun buku kira-kira lambat tutup. Bila juruaudit tanya atau tak mahu sahkan akaun, mereka kena tedang. Bila ditanya, Mat Nujum kata rahsia.
Satu dunia tahu cerita buruk dan busuk syarikat pisang 1MDB. Tapi dalam kampung semua orang diam.
Ada yang diam pasal tak tahu apa-apa tapi ramai yang diam sebab sudah kenyang terbahak macam ayam dibagi makan dedak.
Sekonyong-konyong muncul Tok Pendeta yang bertapa dalam gua. Dia tilik, dia renung dan dia buat congak. Dia tanya, macam mana habis tanah orang kampung kena gadai?
Dibeli murah dijual mahal tapi perniagaan tak untung, hutang melambung. Bila sesak jual kepada tauke dari negeri China dengan potongan harga.
Dia kata hutang projek pisang 1MDB dah naik jadi RM42 bilion. Satu bilion (1,000,000,000) bersamaan satu ribu juta. Jadi 42 bilion ringgit bersamaan 42 ribu juta ringgit. Kalau tulis jadi macam ini RM42,000,000,000.
Berapa banyak RM42 bilion? Seorang bekas pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kata, RM1 bilion boleh buat 100 buah sekolah rendah, jalan tanah merah 6,600 kilometer dan 500 buah jambatan biasa.

Taman dan tugu: Dosa besar, pembaziran besar kata Mufti Perak

Sedangkan membina tugu menyerupai haiwan sebenar sudah haram, apatah lagi berbentuk manusia, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Katanya membina tugu berbentuk manusia memang jelas haram hukumnya dan suatu ketika nanti tuhan akan menuntut supaya binaan itu diberi nyawa.
Selain menganggapnya sebagai "dosa besar" Harussani berpendapat peruntukan besar bagi projek pengindahan taman di sekitar Tugu negara sebagai pembaziran besar negara.
Bercakap kepada Malaysiakini Harussani menjelaskan kesalahan itu menjadi lebih besar apabila binaan tugu itu mengundang manusia untuk memuja binaan tersebut.
“Dari awal dulu lagi kita tak bersetuju (dengan pembinaan Tugu Negara) kerana kita adalah negara Islam. Kenapa kita nak memuja tugu?
“Tugu berbentuk manusia pula adalah haram," katanya.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan suntikan dana RM650 juta untuk projek Taman Tugu di atas kawasan seluas 66 ekar di sekitar Tugu Negara.
Sebahagian besar daripada peruntukan itu - atau RM500 juta - akan dibiayai Khazanah Nasional.
Hutan tropika mini dalam bandar raya itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur dan fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018.
Projek itu diumumkan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan timbalan Harussani, Zamri Hashim.
Mengulas lanjut, Harussani menyifatkan suntikan dana itu sebagai satu pembaziran terbesar negara.
Kata Harussani adalah lebih baik wang tersebut digunakan bagi tujuan pembangunan kehidupan rakyat di negara ini.
“Menyediakan sampai RM650 juta pula satu pembaziran. Ia sepatutnya ia boleh membantu membangunkan hidupan rakyat, malah itu lebih mudah dan baik daripada membina serta mencantikan tugu supaya orang ramai datang memuja tugu.
“Banyak lagi orang miskin di negara ini.

AG Berjoget: Muziknya cantik, saya pun joget, kata Wan Junaidi

Menteri itu berpendapat perkara itu bukan sesuatu yang serius dan hanya reaksi spontan alunan muzik.

junaidi
PETALING JAYA: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilihat dalam sebuah klip video berjoget dengan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan beberapa menteri lain berkata ia berlaku secara spontan kerana muzik yang mengasyikkan.
“Bila muzik itu cantik, feel good, perasaan itu pun ada. Jadi, orang respon kepada muzik yang rancak. Itu sahaja, tiada apa-apa pun,” kata menteri sumber asli dan alam sekitar itu kepada FMT, selepas pelbagai pihak berkata tindakan Apandi menari tidak beretika.
Bagaimanapun, beliau mendakwa tidak ingat sama ada Apandi terlibat sama.
“Saya tidak lihat tapi saya tahu ada empat atau lima menteri yang respon kepada muzik itu. Saya tahu itu, kerana saya sendiri goyang badan juga,” katanya.
Klip video tersebut dimuat naik Hanif Khatri, peguam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menunjukkan Apandi bersama-sama beberapa menteri lain berjoget pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-59 di Dataran Merdeka, Selasa lalu.
Turut dicam dalam klip itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri, dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili.
Hanif berkata ia akan menjejaskan kemampuan Apandi membuat keputusan adil dalam siasatan ke atas mana-mana menteri.
Susulan itu, bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menyerahkan memorandum kepada Pejabat Peguam Negara menggesa Apandi meletak jawatan dalam 24 jam.

Bukan mudah tewaskan Najib, kata bekas pencabarnya di Pekan

Mohd Fariz Abdul Talib, calon PKR di Pekan yang tewas dalam PRU pada 2013 berkata pengundi di kem tentera, Felda dan kampung Orang Asli sudah pasti akan memenangkan perdana menteri.
najib-razak-pekanPETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak akan menang besar di Parlimen Pekan kerana beliau mempunyai bank undi yang kukuh dalam bentuk kem tentera di kawasannya itu, kata Mohd Fariz Abd Talib, calon PKR yang tewas ketika menentang perdana menteri di situ pada pilihan raya umum lalu.
“Pangkalan tentera Batu 10 di Kuantan yang dimasukkan ke dalam kawasannya selepas 1999 mempunyai kira-kira 20,000 pengundi yang membuang undi awal sebelum hari mengundi,” katanya kepada FMT.
Fariz berkata demikian sebagai respons terhadap permintaan Najib kepada pengundinya supaya mengembalikannya ke Dewan Rakyat dengan majoriti 40,000 undi pada pilihan raya umum yang akan diadakan pada 2018.
Bercakap kepada perwakilan Umno dalam perhimpunan bahagian minggu lalu, Najib berkata:”Jika anda hendak dapat manfaatnya, anda perlu jaga pokoknya. Maka nanti buahnya akan jatuh terus kepada Pekan.”
Najib juga berjanji untuk melakukan sehabis baik untuk pengundinya sebagai ahli Parlimen dan perdana menteri, dan berkata:”Saya percaya dalam polik, seseorang perlu jaga pangkalannya. Jika anda semua bersama saya, saya tidak akan berundur.”
Najib yang menjadi ahli Parlimen Pekan sejak 1976 berkata sasaran 40,000 undi itu untuk menunjukkan kepada pengkritiknya yang mereka boleh buat apa saja tetapi kerusi itu akan terus menjadi kubu di bawah kepimpinannya.
Beliau dilantik semula sebagai ahli Parlimen Pekan pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 35,613, dengan jumlah undi 51,278 menewaskan Fariz yang hanya memperoleh 15,665 undi.

Adun DAP disoal polis kaitkan Najib dengan MO1.... MP Umno...???

Adun DAP itu mempertahankan kenyataannya dan berkata beliau tidak melakukan kesalahan.
tangkap-mo1KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji, Lee Chuan How hari ini disoal siasat polis berkenaan ucapannya di himpunan #TangkapM01 pada 27 Ogos lalu.
Pemimpin DAP itu hadir bersama peguamnya Ramkarpal Singh di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam serta Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Lee mempertahankan ucapannya menyeru pihak berkuasa menangkap individu yang dirujuk sebagai “Malaysian Official 1” (M01) yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, dan bertegas tidak akan menarik balik ucapannya walaupun didesak kerana yakin perbuatannya tidak menyalahi undang-undang negara ini.
“Saya rasa tiada masalah dengan ucapan saya mengaitkan MO1 dengan Najib kerana Rahman Dahlan sendiri mengesahkan M01 sebagai Najib,” katanya merujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Kalau roboh helang, kena roboh semua replika kata MP Umno

Ahli Parlimen Langkawi bagaimanapun berkata beliau enggan mengulas lanjut dan menunggu keputusan mufti berhubung perkara itu.
Nawawi-AhmafKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berkata beliau yakin replika burung helang besar di Dataran Lang yang sekian lama menjadi mercu tanda pulau itu tidak akan dirobohkan.
“Saya ingat tidak akan kena roboh, sebab (jika dirobohkan) semua replika di negara ini juga perlu dirobohkan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Bagaimanapun, katanya beliau enggan mengulas panjang isu tersebut dan menunggu keputusan mufti.
“Saya bukan pakar agama dan serahkan kepada mufti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang tercetus apabila Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim dalam satu artikel di Berita Harian 2 September lalu berkata, replika setinggi 12 meter itu haram kerana menyerupai haiwan hidup dan wajib dirobohkan.
Timbalan Mufti Kedah Sheikh Marwazi Dziyauddin pula dilaporkan berkata, perbincangan perlu dibuat dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, sebelum apa-apa keputusan diambil.
Menurut laporan Bernama 4 September lalu, Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) membantah cadangan itu atas sebab ia adalah tarikan pelancongan dan bukannya menjadi tempat penyembahan.
Setakat ini kerajaan negeri masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Mengapa kerajaan Persekutuan perlukan kita, kata TMJ

AMANAH mahu Majlis Raja-raja bincang isu 1MDB

Peguam Negara tidak patut 'joget' bersama pemerintah, kata Raja Kamarul Bahrin

Tiada unsur rasuah dalam FAM, kata SPRM

'Saya tak nak ada anasir bawa benda kotor dalam negeri saya' - TMJ

Amanah wants 1MDB issue to be brought up by the Conference of Rulers

Najib harus buktikan tiada komplot hina Agung

MO1: MP Amanah mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong

Serahan surat kepada wakil YDPA (dari kiri) Mohd Yusni Yusup, manakala wakil Amanah terdiri daripada Datuk  Raja Kamarul Bahrin, Khalid Samad dan Wan Anwar Wan Ibrahim di Istana Negara hari ini.Serahan surat kepada wakil YDPA (dari kiri) Mohd Yusni Yusup, manakala wakil Amanah terdiri daripada Datuk Raja Kamarul Bahrin, Khalid Samad dan Wan Anwar Wan Ibrahim di Istana Negara hari ini.
Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi memohon perkenan baginda berhubung tindakan saman Datuk Husam Musa dan Matthias Chang di Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut semula wang yang dicuri melalui 1MDB.
Mereka yang diwakili ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad memohon YDPA campur tangan dalam isu berkenaan memandangkan tiada tindakan yang diambil kerajaan.

Sedangkan Majlis Raja-raja Melayu yang bersidang pada 7 Oktober 2015 telah meminta kerajaan Malaysia menangani dengan baik dan menyelesaikan masalah 1MDB.

“Patik memohon sokongan ke Bawah Duli Tuanku ke atas tindakan ini sebagai satu usaha mengembalikan hak rakyat Malaysia dan mengelakkan kedaulatan negara dari tercemar.

“Maka, sokongan ke Bawah Duli Tuanku penting kerana ia melibatkan kepentingan negara dan rakyat seluruhnya,” kata kandungan surat tersebut yang ditunjukkan kepada pemberita selepas selesai mengadap pihak istana.

Surat tersebut ditandatangani enam ahli Parlimen Amanah iaitu Khalid Samad (Shah Alam); Datuk Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu); Dr Hatta Ramli (Kuala Krai); Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja); Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) dan; Hanipa Maidin (Sepang).
Surat itu diterima oleh Pegawai Perhubungan Istana Negara Mohd Husni Yusup.

Isu FAM: 'Saya terima laporan pendrive dari orang dalam' - TMJ

'Menari dan berjoget, Apandi digesa letak jawatan'

Awak beri saya satu jawapan mana 1Malaysia, soal TMJ

Politik wang, istilah muluk rasuah.

Secara mudah, rasuah ialah suapan wang atau janjian ganjaran untuk memperolehi sesuatu. Dlm bahasa biasa rasuah juga disebut duit kopi. "Kalau awak mahu menang dlm bidaan ini, awak faham-faham la", demikian maksudnya.

Rasuah dlm politik juga sama mafhumnya. Dlm pertandingan jawatan ketua bahagian, ketua cawangan dijanjikan sejumlah wang atau janjian percutian dan sebagainya, agar mereka mengundi calun berkenaan. 
Rasuah adalah haram dlm agama juga undang-undang negara. Tiada takwil tiada qias.
Namun dlm umno, tiada istilah rasuah walau berlaku janjian sedemikian. Ia ditukar kpd istilah politik wang. Ketua bahagian menjanjikan sejumlah wang atau janjian percutian kpd ketua cawangan dgn niat tak lain tak bukan supaya ketua cawangan mengekalkannya dlm pemilihan seterusnya.
Rasuah dlm umno ini mendapat tempat yg istimewa kerana ia tidak boleh diambil tindakan oleh sprm. Kata sprm, ia hal ehwal dalaman parti. Maka ujudlah sprm kedua, jawatankuasa disiplin umno.
Baru-baru ini, seorang ketua bahagian umno, datok jamal md yunos menjanjikan rm1,000.00 kpd setiap ketua cawangannya. Juga kpd enam ratus lebih perwakilan. Katanya ia adalah wang yg disumbangkan pehak tertentu sbg perbelanjaaan lawatan sambil belajar ke dhubai yg tak jadi.
Jelas ia percubaan rasuah. Kerana apabila ketua cawangan telah menerima wang, pastilah dengan balasan undi jika ada pertandingan ketua bahagian. Tak mungkinlah datok jamal begitu bermurah hati dgn ketua cawangan tanpa niat yg tersirat itu.
Apabila hal ini berada diluar bidang sprm, berleluasalah rasuah politik dlm umno. Rasuah disebut sumbangan atau pemberian atau apa juga istilah. Spt juga dlm pilihanraya, umni dgn jelas berkata "kita akan bena berbagai prasarana di kawasan tuan-tuan dgn syarat tuan-tuan memilih calun kami". Itu bukan rasuah kata umno tapi kewajiban.
Membeli undi, adalah istilah yg tepat bg rasuah dlm umno. Dan datok jamal hanya melanjutkan apa yg telah jadi budaya.

Ada kesan Mufti kata wajib sokong RUU 355 - Samsul Adabi


Samsul Adabi Mamat

SHAH ALAM - Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri  yang mewajibkan ahli Parlimen beragama Islam menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 bakal mempengaruhi persepsi rakyat.
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, sekiranya ahli Parlimen beragama Islam menolak untuk menyokong, masyarakat Islam pastinya akan mengecam tindakan tersebut.
“Apabila mufti mengatakan wajib, setiap MP menolaknya nanti akan menghadapi pandangan serong atau dikecam dalam kalangan orang Islam.
“Ini kerana pandangan seseorang mufti itu akan memberi pengaruh besar kepada pemikiran masyarakat Islam,” katanya kepada Sinar Online.
Zulkifli melalui siri Bayan Linnas: Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat menyatakan ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong manakala yang bukan Islam perlu menyokong memandangkan pindaan itu membawa ke arah kebaikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan menyifatkan kenyataan Zulkifli sebagai satu pandangan yang mendalam serta teliti yang tidak dipengaruhi emosi.
“Beliau mengatakan di peringkat awal lagi, kita kena cari adab bersetuju untuk tidak bersetuju dalam hal yang berbeza pandangan.
“Jadi, saya rasa walaupun dia mengeluarkan pandangan RUU itu patut disokong, saya yakin dia boleh terima bahawa ada orang yang mungkin berbeza pandangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan ada ahli Parlimen yang akan mengambil kesempatan politik ketika tiba masanya nanti.
“Saya pasti akan ada yang petik pandangan mufti wilayah ini,. Macam biasalah, mereka ini apabila nak ambil kesempatan politik ini, akan petik tiga atau empat perenggan daripada berpuluh perenggan kenyataan mufti ini.