Ahad, 4 September 2016

Terbaik Rafizi!!~ Sesi Soal Jawab & Hala Tuju Politik Malaysia

Tindakan Husam tak selari dengan didikan Nik Aziz, kata Dewan Ulama PAS

GEMPAR!! Beberapa Individu DIBUNUH, Institusi Negara Digunakan Bagi TUTUP Kes 1MDB

SANGAT JELAS!! 136 Muka Surat Jelaskan SIAPA MO1,Najib Tak Berani Saman DOJ

RM650j perindah sekitar Tugu Negara... rakyat terus ikat perut dan merana...!!

Tugu Negara dan kawasan di sekitarnya mendapat suntikan RM650 juta bagi menjadikan kawasan seluas 66 ekar itu sebagai taman hutan hujan dalam bandar.
Sebahagian besar projek itu akan dibiayai Khazanah Nasional yang memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata "hutan tropika mini dalam bandar raya" itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur.
Berucap merasmikan projek Taman Tugu di Tugu Negara hari ini Najib berkata fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018.
"Salah satu ciri global city (bandar raya global) ialah pembangunan masyarakat dalam sesebuah bandar raya menuju kepada kemudahan riadah. Kemudahan green lungs (kawasan hutan).
"Sebab itulah bandar raya London sinonim dengan Hyde Park, Central Park sinonim dengan New York.
"Jadi saya ingin suatu hari nanti, Taman Tugu ini sinonim dengan Kuala Lumpur yang bertaraf global city," katanya.
Projek itu dijalankan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan.
Isu itu kembali menjadi perhatian selepas timbalan mufti Perak Zamri Hashim menulis dalam sebuah akhar mengenai binaan patung seperti burung helang adalah haram kerana menyerupai haiwan hidup.
Memetik hadis nabi Zamri berkata ijmak seluruh ulama mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan haram membina atau membuat replika patung yang lengkap bagi benda bernyawa seperti manusia atau binatang.
“Malah, jika sudah dibina wajib dirobohkan, manakala membinanya atau membuatnya adalah dosa besar,” tulisnya dalam sisipan “Ibrah” di Berita Harian pada 2 September lalu.
Dijangka siap pada 2020
Tugu Negara terdiri daripada patung gangsa menyerupai sekumpulan tentera dengan satu daripadanya memegang tiang bendera mengibarkan Jalur Gemilang.
Ia telah disiapkan pada 1966 untuk memperingati pasukan keselamatan yang terkorban semasa darurat di negara ini.

Mereka ini berkiblatkan siapa ??!!

SETELAH KUTIPAN GST LEBIH RM30 BILION berjaya dikutip, inilah yang bakal dihasilkan..

"Taman Tugu ini (Tugu Negara) sinonim dengan Kuala Lumpur yang bertaraf 'global city'" -Najib Razak

APA DAH JADI pada suara2 penasihat agama, mufti2 & 'ularmak' Umno yang 'makan gaji' KERAjaan UMNO/BN !!!

SAMAN WSJ 'HARI SELASA' TAHUN LEPAS APA DAH JADI !!

TAHUKAH ANDA.. Dilaporkan dlm WSJ penyiasat berkata sekurang2nya AS$3.5 bilion telah disalahgunakan daripada 1MDB. Mereka percaya AS$1 bilion berakhir di dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jika laporan WSJ ini palsu & fitnah, BERANIKAH NAJIB NAK SAMAN WSJ !!!

MANA SATU SPRM NAK TANGKAP, TAHAN & SIASAT, 'politik wang' atau 'rasuah' ??!!!

SEJAK BILA penyamun mengaku dirinya PENYAMUN.. ?

SEJAK BILA kaki rasuah mengaku dirinya KAKI RASUAH.. ?

TAHUKAH ANDA..
Merasuah dalam Umno dipanggil politik wang.. Manakala merasuah dlm bukan Umno dipanggil rasuah...

Kenapa KPN Anggap Kenyataan Rahman Dahlan Kenyataan Politik ?


OLEH MAHFUZ HJ OMAR
1.Sesuatu yang sangat menghairankan 1Malaysia bila Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan polis tidak mahu campurtangan berhubung dengan dakwaan Datuk Rahman Dahlan Menteri di JPM yang PM Najib adalah MO1 dalam saman civil  Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB. Lebih pelik apabila KPN Tan Sri Khalid menganggap dakwaan Menteri JPM Rahman Dahlan tersebut sebagai kenyataan politik.


2.Persoalannya kenapa KPN menganggap kenyataan Rahman sebagai kenyataan politik. Apa yang politiknya kenyataan Rahman yang juga merupakan ahli MT Umno dan Pengarah Komunikasi dan Strategi BN. Apakah menamakan PM Najib sebagai MO1 dianggap politik.Dimana politiknya saman civil tersebut yang menyebut wang berjumlah AS681 juta (RM2.6) bilion berakhir dalam poket (akaun) peribadi MO1.

ADAKAH KPN MENGESAN ADA KOMPLOT BARU DALAM UMNO NAK NAJIB UNDUR.

3.Adakah kenyataan Rahman Dahlan telah berjaya dicium oleh polis adanya kopmlot tertentu dalam Umno sudah merasakan PM Najib sebagai bebanan politik Umno.Ini membawa kepada usaha untuk Najib berundur sedang digerakan oleh kumpulan tertentu dalam Umno. Adakah Rahman Dahlan sebagai penggeraknya bagi pihak tok dalang di belakang pentas.

4.Saya bersetuju yang Polis tak perlu campurtangan dalam usaha pihak tertentu dalam Umno mahu menurunkan Najib dari PM untuk digantikan dengan orang lain.Saya bersetuju soal politik parti Umno serahkan pada orang politik.Tetapi Polis perlu menyiasat tentang wang yang berjumlah AS681 juta (RM2.6) bilion yang berakhir kedalam akaun peribadi Najib yang merupakan MO1 adalah daripada 1MDB dan bukannya derma dari Tok Arab.MO1 adalah PM Najib telah disahkan oleh Rahman Dahlan seperti yang terkandung dalam saman sivil DOJ Amerka Syarikat. Ini adalah kes Jenayah perdagangan bukannya isu politik. Saya nak tanya KPN setuju tidak dengan kenyataan Rahman Dahlan MO1 adalah PM Najib

#PMNajibMO1
#MalaysiaNegaraMO1
#SelamatkanMalaysia.

Nik Abduh kecam Husam

Dengan nada sinis dalam statusnya di Facebook, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata Datuk Husam Musa memberi gambaran seolah-olah Tok Guru akan mengikutnya keluar PAS.
nik-abduh-husam
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Nik Abduh, anak kepada allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam bekas naib presiden parti Islam itu, Datuk Husam Musa kerana masih menggunakan nama bapanya untuk menjustifikasikan tindakannya bertukar sekutu dengan Amanah, parti serpihan PAS.
Dalam satu posting di Facebook, Nik Abduh menggelar Husam sebagai anak murid Tok Guru yang ‘rare’ yang bercakap seolah-olah Nik Aziz akan mengikut jejak langkahnya meninggalkan PAS, meskipun sudah meninggal dunia.
Tanpa menyebut nama Husam, Nik Abduh menulis: “Masa tok guru hidup dulu, dia ni sering bagitahu orang bahawa tok guru akan ikut saja cakap dia. Lepas tok guru meninggal pun, dia masih bagitahu orang kalau masih hidup, tok guru akan ikut dia tinggalkan PAS dan masuk parti baru. Nampaknya, sampai mati tok guru istiqamah ikut dia. Memang ‘rare’ murid tok guru ni sorang. Siapa ‘dia’ ni?”
Walaupun tidak menyebut nama sesiapa dalam posting itu, tetapi jelas ia ditujukan kepada Husam, yang merujuk kepada hubungan rapatnya dengan allahyarham Tok Guru ketika mengumumkan penyertaannya dalam Amanah.
Husam sebelum ini pernah digelar anak didik Nik Aziz. Beliau dipecat daripada PAS kerana masalah disiplin, awal tahun ini.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik Husam kerana menggunakan nama Nik Aziz sebagai alasan untuk mengukuhkan tindakannya bertukar parti.

TMJ nasihat pemimpin FAM undur cara baik

Tunku Ismail berkata kita perlu letakkan orang yang boleh dipercayai untuk mengubah FAM.
tmj
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus menekan kepimpinan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dan bertitah baginda akan meletakkan “orang yang boleh dipercayai” dalam organisasi itu tidak lama lagi.
Dalam posting di Facebook Johor Southern Tigers semalam, Tunku Ismail turut menasihatkan individu dalam FAM yang tidak dinamakannya untuk berundur dengan cara baik tahun depan dan digantikan dengan individu lebih layak menjalankan tugas tersebut.
TMJ mendakwa sudah mengetahui siapa yang akan menjadi presiden, setiausaha agung dan ketua jurulatih pasukan kebangsaan FAM untuk tahun depan.
“Tetapi perlukah saya berkongsi maklumat ini dengan penyokong bolasepak tanah air? Pernahkah saya dihargai sebelum ini dalam cuba menyelamatkan bola sepak negara? Hanya rakyat Johor saja yang menghargainya,” katanya.
Tunku Ismail ialah penaung kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim.
Baginda mendakwa wujud salah laku dalam FAM.
Minggu lalu, baginda menyerahkan pendrive yang dikatakan mengandungi maklumat mengenai salah laku daripada segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan exco tidak memainkan peranan dalam tugasan dengan betul.
Katanya, maklumat itu diserahkan kepada Khairy untuk menyelesaikan masalah berkenaan dan bukan untuk menghukum atau menyebabkan FAM digantung.
“Saya hanya menasihatkan kepada individu tersebut untuk berundur dengan cara baik tahun depan dan digantikan dengan individu lebih layak menjalankan tugas tersebut.
“Saya seorang yang telus. Saya sentiasa berterus terang kepada anda semua. Dan untuk mengubah FAM kita perlu letak orang yang kita boleh percaya seperti mana yang saya akan lakukan tidak lama lagi.

Johari sangkal negara muflis tahun depan

Beliau berkata dakwaan itu ditulis berdasarkan fakta yang direka dan tindakan itu amat tidak bertanggungjawab.
johari
SABAK BERNAM: Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani menolak dakwaan negara bakal muflis tahun depan seperti yang tersebar di media sosial.
Beliau berkata dakwaan berkenaan ditulis berdasarkan fakta yang direka dan tindakan itu amat tidak bertanggungjawab.
“Rakyat tidak perlulah terpengaruh dengan berita yang tidak sah ini, mana mungkin negara boleh muflis hanya kerana sebuah syarikat milik kerajaan mengalami masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sabak Bernam di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.
Johari berkata penyebaran berita berkenaan sama seperti dakwaan kononnya Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami masalah kewangan sebelum ini, namun berita itu tidak benar.
“Orang ramai yang percaya dengan berita itu ada yang bertindak mengeluarkan duit mereka,” katanya.

Rahman Dahlan mengesahkan Najib pencuri

Amaran TMJ Kepada Individu Dalam ‘Pendrive’

Muhyiddin Yassin dikritik dakwa BN bakal kalah

Noh: Umno Yakin Menang Dua Pertiga

Ahmad Zahid: 'Bini Besar, Tukar Bini Kecil'

Ahmad Zahid: R. Sivarasa Takut Ahli Umno

LTA bantah roboh replika helang di Langkawi

Katanya, replika helang itu menjadi ikon kepada Langkawi bagi tempoh yang agak lama dan bukannya menjadi tempat penyembahan atau aktiviti bertentangan dengan agama.
langkawi
LANGKAWI: Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) hari ini membantah sebarang cadangan merobohkan replika raksasa helang di sini ekoran pendapat seorang pakar agama Islam yang menyifatkan mercu tanda seperti itu sebagai haram.
Yang dipertua LTA Zainuddin Kadir berkata replika setinggi 12 meter yang terletak di Dataran Lang di sini menjadi tarikan pelancongan utama sejak lebih 20 tahun lalu dan menarik ribuan pengunjung dalam tempoh berkenaan.
“Ia menjadi ikon kepada Langkawi bagi tempoh yang agak lama dan bukannya menjadi tempat penyembahan atau aktiviti bertentangan dengan agama,” katanya.
Beliau mengulas laporan media dalam talian yang memetik Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim sebagai berkata memasang replika helang sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.
Laporan itu menyebut, Zamri menerima surat rasmi daripada pihak berkuasa tempatan yang tidak dinamakannya bertanyakan hukum membuat replika burung helang untuk tempat berkaitan binatang itu.
Zainuddin yang mendakwa mewakili lebih 8,000 ahli LTA berkata beliau menghantar surat kepada Zamri untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung perkara ini.
“Saya masih lagi menunggu jawapan dan bersedia untuk berdialog secara terbuka dengan beliau berhubung perkara ini, jika perlu,” katanya.

Rajapaksa: Kami bukan bank undi, kata NGO Tamil

Mereka berkata tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kunjungan Rajapaksa membuatkan kaum India di Malaysia berkecil hati.
M.A-Kalaimugilan
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Naam Tamilar Malaysia menyelar sikap pemimpin negara yang tidak prihatin dalam isu protes masyarakat India terhadap kehadiran bekas presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa ke negara ini.
Ketuanya, M.A Kalaimugilan berkata tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kunjungan Rajapaksa membuatkan kaum India di Malaysia berkecil hati.
Semalam, Persatuan India Progresif Malaysia, Malaysian Tamilan dan Persatuan Perubahan Pendidikan India Malaysia (MIETA) berkumpul di depan Pusat Dagangan Dunia Putra mengadakan bantahan kehadiran Rajapaksa sebelum berarak ke kuil di Sentul selepas mengetahui bekas presiden itu akan melawat kuil berkenaan.
Masyarakat Tamil tempatan berang kerana mendakwa Rajapaksa adalah dalang di sebalik pembunuhan 100,000 penduduk Tamil di Sri Lanka ketika perang saudara selama 25 tahun.
“Negara menjemput penjenayah terbesar ke negara ini. Dalam situasi begini mana slogan Rakyat Didahulukan? Kami membuat bantahan sejak 2011 supaya tidak menerima kunjungan pembunuh ini,” katanya.

Azizah: Ambil tindakan isu besar, bukan hanya bapa ADUN

Katanya, skala dakwaan rasuah yang melibatkan bapa Adun ini tidak sebesar kes di peringkat persekutuan - 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
wan-azizah
PERMATANG PAUH: Tindakan harus dikenakan kepada mana-mana pihak yang bersalah berhubung dakwaan bapa seorang Adun DAP terbabit dalam rasuah melibatkan satu kes mendapatkan rumah kos rendah, kata Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya, skala dakwaan rasuah yang melibatkan bapa Adun ini tidak sebesar kes di peringkat persekutuan – 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Kita tidak perlu berselindung apa-apa, kalau salah, salah tetapi kerajaan persekutuan perlu mengambil tindakan terhadap isu rasuah yang lebih besar berbanding di sini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Permatang Pauh di sini hari ini.
Wan Azizah berkata biar siasatan dilakukan terhadap mana-mana pihak yang dituduh dan sekiranya didapati bersalah, tindakan harus dikenakan.
Jumaat lepas, bapa Adun berkenaan direman 7 hari untuk membantu siasatan kes berkenaan.

PAS curiga kem tentera, dakwa usaha kalahkah Hadi

PAS menyambut gesaan Umno Marang supaya projek pembinaan kem tentera dan kemudahannya di kawasan itu dengan penuh curiga.
Ketua penerangannya Mohd Nor Hamzah berkata gesaan itu berdasarkan keperluan politik Umno sahaja, dan bukan bagi keselamatan negara.
Katanya, Terengganu bukanlah negeri yang terletak berhampiran sempadan negara dan tiada isu keselamatan.
Malah, katanya, Terengganu sudah pun mempunyai kem untuk polis antirusuhan FRU, di Wakaf Tapai, berek polis Marang serta lapangan terbang tentera udara di Gong Kedak, Besut.
“Umum mengetahui, Umno kebiasaannya akan menang jika adanya kem anggota keselamatan di situ dengan undi pos, sebagaimana menteri besar Terengganu, menang nasib dengan undi pos di Seberang Takir yang mempunyai dua kem anggota keselamatan.
“Maka jelas tiada keperluan untuk membina kem askar dengan segera, apatah lagi di Marang Terengganu, kecuali atas alasan pilihan raya, iaitu ingin mengalahkan presiden PAS yang juga naib ketua ulama sedunia,” katanya.
Kerusi itu disandang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

SIAPA PEMIMPIN UMNO JOHOR YANG PERTAMA BERANI MENYOKONG SEPENUHNYA IDEA TMJ INI?

Sesungguhnya ini adalah idea terpuji daripada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam konteks mewujudkan perpaduan dan persefahaman sesama rakyat.

Menurut baginda, untuk masa depan, tiada lagi sekolah Tamil, Cina atau Melayu di Johor, yang ada hanya satu sekolah untuk Bangsa Johor sahaja.

"Awak ada sekolah Tamil, awak ada sekolah Cina, awak juga ada sekolah Melayu (kebangsaan).

"Dari kecil awak dah ajar dia (pelajar) jangan bersatu, lepas tu (apabila besar) awak suruh mereka bersatu," jelas baginda lagi mengenai rasional perlunya kerajaan negeri Johor mewujudkan sekolah tersebut.

Nah....sekarang siapakah pemimpin UMNO yang pertama berani paling ke depan menyokong sepenuhnya idea Tengku Mahkota Johor ini?

Hishammuddin Hussein? Azalina Othman Said? Dr Puad Zarkashi? Atau siapa?

Menteri Besar Johor, Khaled Nordin pula seharusnya tampil memberi jaminan dengan segera bilakah Sekolah Bangsa Johor ini boleh direalisasikan di negeri tersebut? 

Tahun depan, dua tahun lagi atau bila?

Ayuh...pemimpin-pemimpin UMNO Johor sekalian, tunjukkanlah wajah sebenar tentang apakah yang lebih penting, perpaduan dan persefahaman jangka panjang untuk rakyat atau undi daripada bukan Melayu?

Bagaimana pula dengan pemimpin MCA dan MIC Johor? Setuju atau tidak dengan idea bakal Sultan Johor kali ini?

Johor nak perkenal sekolah Bangsa Johor

Tidak lama lagi Johor akan muncul dengan modul pembelajaran yang membawa persefahaman dan perpaduan berlandaskan acuan Bangsa Johor.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata anak-anak di negeri itu akan dididik supaya bersatu dan saling menghormati anutan dan perbezaan bangsa masing-masing.
Bercakap pada sidang media Tengku Mahkota Johor itu berkata beliau berharap dalam tempoh terdekat kerajaan negeri itu akan menghasilkan modul pembelajaran tersendiri.
"Saya harap dalam masa terdekat - tak kisah tahun ini atau tahun depan atau tahun-tahun akan datang kerajaan Johor akan beri modul pembelajaran kepada anak-anak Johor
"Pada masa depan tidak ada lagi sekolah (Tamil), Cina, Melayu di Johor. Sekolah agama (Islam) masih ada untuk agama kita tetapi (yang ada hanya) sekolah Bangsa Johor," katanya.
Menurut beliau setiap orang perlu dididik sejak kecil untuk menghormati agama antara satu sama lain, juga menghormati bangsa dan kaum yang pelbagai.
Beliau yang biasanya dilihat lebih banyak terlibat dalam sukan bola sepak - khususnya melalui kelab JDT - juga mengakui mempunyai pelan lebih besar untuk negeri itu.
"Tanggungjawab saya dalam bola sepak ni kecil saja sebenarnya," kata beliau dalam klip video dimuat naik di Facebook hari ini.
Tunku Ismail juga menjelaskan jika di Johor ada Bangsa Johor di peringkat pusat juga ada konsep sama iaitu 1Malaysia.
Bagaimanapun konsep itu dilihat beliau tidak berkesan.
"Awak beri saya satu jawapan, mana 1 Malaysia.

TMJ nasihat pemimpin FAM undur cara baik

Tunku Ismail berkata kita perlu letakkan orang yang boleh dipercayai untuk mengubah FAM.
tmj
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus menekan kepimpinan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dan bertitah baginda akan meletakkan “orang yang boleh dipercayai” dalam organisasi itu tidak lama lagi.
Dalam posting di Facebook Johor Southern Tigers semalam, Tunku Ismail turut menasihatkan individu dalam FAM yang tidak dinamakannya untuk berundur dengan cara baik tahun depan dan digantikan dengan individu lebih layak menjalankan tugas tersebut.
TMJ mendakwa sudah mengetahui siapa yang akan menjadi presiden, setiausaha agung dan ketua jurulatih pasukan kebangsaan FAM untuk tahun depan.
“Tetapi perlukah saya berkongsi maklumat ini dengan penyokong bolasepak tanah air? Pernahkah saya dihargai sebelum ini dalam cuba menyelamatkan bola sepak negara? Hanya rakyat Johor saja yang menghargainya,” katanya.
Tunku Ismail ialah penaung kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim.
Baginda mendakwa wujud salah laku dalam FAM.
Minggu lalu, baginda menyerahkan pendrive yang dikatakan mengandungi maklumat mengenai salah laku daripada segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan exco tidak memainkan peranan dalam tugasan dengan betul.
Katanya, maklumat itu diserahkan kepada Khairy untuk menyelesaikan masalah berkenaan dan bukan untuk menghukum atau menyebabkan FAM digantung.
“Saya hanya menasihatkan kepada individu tersebut untuk berundur dengan cara baik tahun depan dan digantikan dengan individu lebih layak menjalankan tugas tersebut.
“Saya seorang yang telus. Saya sentiasa berterus terang kepada anda semua. Dan untuk mengubah FAM kita perlu letak orang yang kita boleh percaya seperti mana yang saya akan lakukan tidak lama lagi.

Noh: Umno yakin menang dua pertiga

Jika pembangkang yakin boleh memenangi 45 kerusi pada pilihan raya umum akan datang, Umno pula, kata Tan Sri Noh Omar, yakin memperolehi majoriti dua pertiga di parlimen.
Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu berkata semua orang boleh bercakap mengenai keyakinan masing-masing memenangi pilihan raya.
"Saya pun boleh cakap kita akan menang dua pertiga majoriti," katanya kepada media di Sungai Buloh hari ini.
Noh diminta mengulas kenyataan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembangkan yakin dapat memenangi 45 kerusi BN pada pilihan raya umum akan datang.
Malaysiakini semalam melaporkan kenyataan Muhyiddin bahawa 67 kerusi yang dimenangi BN kini terumbang-ambing dan 45 daripadanya dapat dimenangi hanya dengan peralihan sebahagian kecil pengundi.
"Dalam simulasi dibuat oleh pakar-pakar yang saya lantik, kalau ada empat peratus swing (peralihan kerusi), 45 kerusi akan jatuh.
"Sebahagian besar tu kerusi yang dipegang Umno," kata Muhyiddin di Sabak Bernam, Selangor.
Muhyiddin adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Kata Noh sesiapa pun yang memberi kenyataan biarlah secara praktikal.
“Semua orang boleh cakap, tambah lagi pembangkang, dia boleh cakap apa saja dia nak cakap tapi kita kena praktikallah,” katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas berhubung tindakan kerajaan mengesahkan Malaysian Offical 1 (MO1) adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Noh enggan mengulas.
Sebaliknya, Noh meminta pihak media bertanya sendiri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
“Tanya Rahman Dahlan sendirilah,” ringkas jawab Noh.
Rahman sebelum ini mengakui bahawa perdana menteri adalah MO1 yang disebut dalam tindakan saman oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang didakwa dibeli dengan wang yang dicuri daripada 1MDB.
DOJ dalam saman sivilnya merujuk MO1 sebagai pegawai berpangkat tinggi Malaysia yang memiliki pengaruh dalam 1MDB dan mempunyai kaitan dengan penerbit filem Riza Aziz.
Kira-kira AS$ 731 juta daripada 1MDB dikatakan telah dipindahkan ke akaun peribadi MO1.
Riza adalah anak tiri Najib, dan beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada mereka yang dikatakan memiliki aset yang dibeli dengan wang tunai 1MDB.
Pada 1 September, menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu media penyiaran British BBC bahawa Najib adalah MO1 tetapi tidak dinamakan kerana tidak terlibat dalam kes yang sedang disiasat itu.

BN boleh hilang 45 kerusi sekadar teori, kata Noh Omar

Noh berkata, Muhyiddin boleh bercakap apa sahaja yang beliau mahu dan tiada apa yang mustahil dalam politik.
noh-omar-muhyiddin
SUNGAI BULOH: Keyakinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu membelasah Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang sekadar “teori”, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.
“Semua orang boleh bercakap. Saya juga boleh kata kita (BN) akan menang majoriti dua pertiga. Ini politik. Tiada apa yang mustahil.
“Seperti pembangkang, beliau boleh kata apa sahaja yang beliau mahu. Ia lebih kepada satu teori. Kita mesti praktikal.
“Beliau boleh cakap apa yang beliau mahu, tetapi apabila menjadi kerajaan, beliau perlu mengikut fakta,” kata menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu selepas menghadiri mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Subang, hari ini.
Muhyiddin yang dipecat daripada Umno pada 24 Jun lalu mendakwa BN tidak sekuat yang dilihat dan parti itu boleh kehilangan 45 kerusi dengan mudah pada pilihan raya umum akan datang.
Semalam, presiden sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, hasil kajian yang dijalankan pakar menunjukkan BN mempunyai 67 kerusi goyah dan hanya 4% undi tukar angin akan menyaksikan 45 kerusi BN jatuh ke tangan pembangkang.
Sehubungan itu, bekas timbalan presiden Umno itu menyeru semua parti pembangkang bersatu bagi memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.

Sukar untuk Pribumi peroleh kerusi PAS dan PKR - Penganalisis

Hasrat Umno rampas PP, rakyat perlu waspada terhadap mereka yang bersubahat - Guan Eng

"Muhyiddin cakap takda fakta" - Noh Omar bidas Muhyiddin

"Azmin ni boneka DAP" kata Noh Omar

Adakah Rahman Dahlan berkomplot turunkan Najib

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah wujud kopmlot tertentu dalam Umno yang sudah merasakan Perdana Menteri, Datuk Najib Razak sebagai bebanan politik Umno apabila polis merasakan kenyataan Rahman Dahlan satu kenyataan poltik.
"esuatu yang sangat menghairankan 1Malaysia bila Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan polis tidak mahu campurtangan berhubung dengan dakwaan Datuk Rahman Dahlan Menteri di JPM yang PM Najib adalah MO1 dalam saman civil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB.
"Lebih pelik apabila KPN Tan Sri Khalid menganggap dakwaan Menteri JPM Rahman Dahlan tersebut sebagai kenyataan politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Persoalannya kata beliau, kenapa Ketua Polis Negara menganggap kenyataan Rahman sebagai kenyataan politik.
"Apa yang politiknya kenyataan Rahman yang juga merupakan ahli MT Umno dan Pengarah Komunikasi dan Strategi BN.
"Apakah menamakan PM Najib sebagai MO1 dianggap politik.
"Dimana politiknya saman civil tersebut yang menyebut wang berjumlah AS681 juta (RM2.6) bilion berakhir dalam poket (akaun) peribadi MO1," soalnya.
Ini katanya, membawa kepada usaha untuk Najib berundur sedang digerakan oleh kumpulan tertentu dalam Umno.
"Adakah Rahman Dahlan sebagai penggeraknya bagi pihak tok dalang di belakang pentas," katanya.
Beliau bersetuju yang Polis tak perlu campurtangan dalam usaha pihak tertentu dalam Umno mahu menurunkan Najib dari PM untuk digantikan dengan orang lain.

LAWAN TETAP LAWAN - FAHAMKAH NAJIB MAKSUD SEBENAR UNGKAPAN POPULAR ANWAR ITU?

Rasanya sudah lebih dari sekali Najib Razak mengungkapkan perkataan "lawan tetap lawan" dalam ucapannya yang bertujuan untuk menggambarkan beliau tidak akan berundur atau mengalah di sebalik cabaran bertali arus menghimpitnya.

Semalam sekali lagi beliau melafazkan ungkapan yang pernah dipopularkan oleh Anwar Ibrahim itu untuk ditujukan khusus kepada Tun Mahathir Mohamad yang kini berusia 92 tahun.

"Lawan tetap lawan, saya tidak takut kepada sesiapa, saya hanya takut kepada Allah sahaja.

"Saya tidak takut kepada orang yang khianati UMNO selepas jadi pemimpin selama 22 tahun. Patutkah saya takut kepada orang yang berusia 92 tahun," kata Najib lagi.
Gelihati pun ada bila Najib kerap menyebut "lawan tetap lawan" itu sejak kebelakangan ini, apatah lagi bila ia ditujukan khusus kepada Tun Mahathir.

Apakah beliau benar-benar faham maksud ungkapan  yang dilafazkannya itu?

Adakah beliau melafazkannya setelah menatap cermin untuk melihat wajah dirinya yang sebenar selama ini atau sekadar untuk membuatkan para penyokongnya bertepuk tangan semata-mata?

Jika Najib memiliki "cermin besar" untuk melihat secara jujur ke dalam dirinya dan mengimbas kembali beberapa ketakutannya selama ini, sama ada untuk berdebat dengan Tun Mahathir atau menyaman WSJ dan Muhyiddin Yassin, beliau seharusnya malu untuk mengungkapkan kata-kata itu.

Tun M senarai 14 kuasa Perdana Menteri

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan 14 kuasa Perdana Menteri Malaysia yang terdapat dalam Perlembagaan dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Beliau meringkaskan kuasa Perdana Menteri menurut akta tersebut kerana menjangkakan tidak ada sesiapa yang mahu membacanya.
“Saya terpaksa baca keseluruhan Perlembagaan dan Akta Majlis Keselamatan Negara untuk memahami keperluan atau kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.
“Kuasa Perdana Menteri hampir tiada had,” katanya melalui catatan di blog Chedet, semalam.
Tun Dr Mahathir Mohamad Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-raja berpendapat beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang MKN perlu diperhalusi selepas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali (kini bekas) menyembahkan taklimat mengenai RUU itu pada Mesyuarat Ke-240 Majlis Raja-raja di Istana Negara.
RUU MKN yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan telah diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 sebelum diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember 2015 dan diwartakan menjadi undang-undang pada 7 Jun lalu.
Dalam pada itu, katanya, keperluan untuk membenarkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengisytiharkan darurat kerana undang-undang yang melindungi rakyat tidak terpakai ketika darurat.
“Tapi sekarang Najib (Datuk Seri Najib Razak) sebagai Pengerusi MKN akan menasihati Najib sebagai Perdana Menteri. Kuasa Najib jauh lebih banyak daripada Yang di-Pertuan Agong.
“Sudah tiada lagi keperluan untuk merujuk atau mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong. Najib sebagai Pengerusi MKN hanya akan menasihati dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Menurutnya lagi, Najib dilindungi sepenuhnya daripada sebarang prosiding undang-undang.
“Malah semua prosiding MKN adalah rahsia rasmi. Tiada mana-mana ahli MKN itu boleh mendedahkan apa-apa.
“Akta ini merendahkan martabat Perlembagaan. Sudah tentu ia salah. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara. Tapi tiada siapa buat apa-apa apabila ia dicabul,” katanya.
Berikut 14 kuasa Perdana Menteri yang disenaraikan oleh beliau :
1.Menubuhkan Majlis Keselamatan Negara;
2.Mempengerusikan Majlis Keselamatan Negara;
3.Majlis menasihati Perdana Menteri – iaitu dirinya sendiri;
4.Berkuasa untuk : memindahkan orang; isytihar perintah berkurung; mengawal pergerakan, jalan, laluan air dan udara; menahan seseorang; geledah dan rampas serta menggeledah premis untuk keadaan yang bahaya;
5.Menggeledah orang untuk keadaan yang bahaya;
6.Merampas kenderaan, kapal atau pesawat;
7.Berkuasa untuk mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta boleh alih;
8.Permintaan untuk menggunakan sumber;
9.Kuasa untuk mengarahkan memusnahkan mana-mana bangunan kosong;
10.Kuasa menggunakan pasukan yang perlu dan wajar;
11. Kuasa untuk mengetepikan inkues;
12.Kewajipan untuk menyimpan rahsia;
13.Perlindungan daripada mana-mana prosiding undang-undang dan
14.Status sebagai pegawai kerajaan.

Najib Razak dedah anak muda makan mi segera ‘pecah tiga’


Najib Abdul Razak (kanan) bersama rakannya, Badrul Amin Abdul Rahman menceritakan kesempitan kewangan anak muda hari ini.Najib Abdul Razak (kanan) bersama rakannya, Badrul Amin Abdul Rahman menceritakan kesempitan kewangan anak muda hari ini.
Berkongsi menjamah sebungkus mi segera dengan tiga rakan lain bukan satu situasi pelik bagi sebahagian pelajar di institusi pengajian tinggi hari ini.
Demikian luah Najib Abdul Razak, 20, seorang pelajar Politeknik Nilai, Negeri Sembilan ketika ditemui Malaysia Dateline di perkarangan Masjid Jamek di ibu negara pagi minggu ini.
“Kami pun di poli(teknik) makan Maggie ‘pecah tiga’. Duit pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional) yang diterima mana ada cukup. Jangan tuduh kami tak cuba berjimat sebab harga barangan sekarang semakin mahal.
“Harga makanan yang dah sedia tinggi tu naik lagi selepas kerajaan buat pula GST (cukai barang dan perkhidmatan). Lagi tersepit bagi majoriti kami yang terpaksa berhimpit di rumah sewa sebab asrama yang disediakan terhad,” dedah penuntut Diploma E-Dagang itu.
Beliau bersama 25 rakan sepengajian lain ketika ditemui Malaysia Dateline baharu sahaja selesai mengagihkan sumbangan sarapan sebanyak 500 bungkusan kepada gelandangan atau warga miskin kota di pusat bandar raya.
Mengakui ini adalah pengalaman pertama mereka membuat kerja kesukarelawanan, Najib memberitahu aktiviti mereka itu adalah bagi keperluan satu subjek yang diambil.
“Apa yang kami buat ini mulanya untuk memenuhi syarat subjek ‘Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam’ tapi bila turun sendiri baru kami celik tengok sendiri apa realiti berlaku sekarang ini.
“Sebahagian masyarakat kita yang ramainya datang dari luar bandar jadi gelandangan sebab mereka tak mampu memiliki kediaman sendiri. Kami sedar tentang banyaknya perkara tak kena tentang agihan kekayaan ekonomi negara ini,” katanya lagi.

Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakan, kata Syam Ghaz

Bekas exco kerajaan negeri Datuk Husam MusaBekas exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa
Pas Kelantan menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana beberapa isu yang dibawa oleh bekas exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa, dakwa bekas Penyelidik Pusat Kajian Strategik Kelantan, Syam Ghaz.
Beliau berkata, isu utama yang dibawa Husam seperti naik taraf stadium, pembinaan lebuh raya dan tuntutan royalti petroleum berjaya menyedarkan rakyat Kelantan untuk terus memilih Pas ketika itu.
“Jika tidak kerana isu besar di atas, kemungkinan Pas Kelantan pun sudah tumbang seperti Pas Kedah.

“Lihat kepada kenyataan pesuruhjaya dan timbalan pesuruhjaya Pas Kelantan di Sinar Harian 31 Ogos, nampak jelas kerisauan itu timbul bila mereka sendiri yang gusar.

“Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakanlah, yang pasti ambo (saya) dan pasukan ambo juga akan turun bantu musim ni,” katanya dalam satu kenyataan.

Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang juga menteri besar Kelantan sebelum ini berkata penyertaan Husam ke dalam Amanah tidak menjejaskan Pas di negeri itu.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu pada 30 Ogos lalu.

Syam juga berkata, Pas masih memerintah Kelantan sehingga kini dengan undi popular tidak sampai 10 peratus sedangkan keahlian Amanah paling ramai di Malaysia adalah Kelantan.

“Pas memerintah Kelantan dengan 33 kerusi, 1 kerusi dari PKR. Kini Pas sudah hilang 1 Kerusi Dun apabila memecat Datuk Husam, tinggal 32.

“Keputusan PRU13 lalu, 14 kerusi Dun yang dimenangi PAS adalah bawah 1,500 undi, bahasa mudahnya menang tipis, dan bermakna Pas betul-betul stabil di 18 Dun sahaja, tolak Dun Salor jadi 17,” katanya.

Menurut beliau, jika mensasarkan 30 Dun, 14 Dun akangoyah PAS dan 7 goyah BN.

“Itu sudah cukup untuk Amanah mentadbir Kerajaan Kelantan PRU14 nanti. Kerana 23 Kerusi Dun sudah cukup untuk memerintah majoriti 1 kerusi,” katanya lagi.

Husam yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah dalam satu majlis makan malam ambang merdeka di cyberjaya, 30 Ogos lalu.

Beliau disambut meriah di kelantan dan mula merasmikan dua cawangan Amanah di Salor.

Sementera itu, ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda pula menyifatkan Husam sebagai bekas ahli Parlimen yang sangat berkaliber.

Beliau berkata, Husam bukan sahaja ahli Parlimen yang melakukan kerja rumah bahkan kajiannya mendalam menyebabkan hujahnya sukar ditepis.

Paul Low diingatkan janji bebaskan SPRM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low diingatkan mengenai janjinya tahun lalu untuk membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Low, semasa Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya September lalu juga berkata terdapat rancangan untuk meletakkan pejabat Ketua Audit Negara di bawah parlimen.
"Setahun sudah berlalu, kita tidak pernah mendengar apa-apa berita mengenai kedua-dua janji itu," kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dalam satu kenyataan hari ini.
"Adakah Paul Low ditipu bosnya sendiri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila beliau (mungkin) menolak cadangan untuk mengukuhkan kebebasan kedua-dua institusi penting negara itu?
"Jika tidak, apakah ada apa-apa kemajuan dalam rancangan yang beliau katakan?," soal ahli parlimen DAP itu.
Pada persidangan itu, Paul Low berkata satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk meneliti rancangan tersebut.
Paul dilapor berkata untuk menjadikan SPRM sebagai perkhidmatan berasingan memerlukan pindaan perlembagaan dengan sokongan majoriti dua pertiga anggota Parlimen,
Lim mengingatkan Low bahawa beliau mempunyai sedikit masa untuk mencadangkan perubahan itu bagi diluluskan di parlimen dan sebagai bekas presiden Transparency International-Malaysia, beliau perlu memberikan jawapan kepada orang ramai.
"Malah, sebagai tambahan kepada kedua-dua cadangan, saya juga berminat untuk mengetahui apa yang Paul Low telah lakukan pada hari ke 365 mulai 2 September 2015 (apabila pengumuman itu dibuat)?
"Sebelum perbahasan bajet 2017 bermula di parlimen bulan depan, Low mesti menjelaskan kepada orang ramai mengapa dia harus dibenarkan terus menjadi menteri dan menerima sebahagian daripada bajet negara untuk jawatannya," kata Lim.
Low dipilih dalam kabinet Najib selepas pilihan raya umum ke-13 dengan cara dilantik sebagai senator.

Replika helang haram: Mufti Kedah akan bincang dengan jawatankuasa fatwa

Marwazi berkata, hasil perbincangan itu akan diserahkan kepada PBT berkaitan untuk tindakan lanjut.
helang-langkawi
PETALING JAYA: Mufti Kedah akan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa fatwa jika ada gesaan untuk merobohkan replika burung helang yang terkenal di Dataran Lang, Langkawi.
Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin yang dipetik Malaysiakini berkata, hasil perbincangan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk tindakan lanjut.
“Kami belum melihat perkara ini, tetapi jika ada (gesaan dikemukakan), kami akan bincang secara rasmi. Buat masa ini, mufti tak kata apa lagi dan isu ini sudah lama.
“Pihak kami akan buat perbincangan dengan majlis jawatankuasa fatwa, di situlah kita lihat apa yang sesuai dan patut untuk dikemukakan pada PBT,” katanya kepada portal berita itu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim dalam Berita Harian yang berkata, pembinaan replika sedemikian adalah haram dan patut dirobohkan kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.
Zamri membangkitkan perkara itu ekoran surat rasmi sebuah PBT yang ingin tahu hukum membina replika burung helang.
Marwazi berkata, ketika membina mercu tanda itu, pihak berkaitan tidak merujuk Jabatan Agama Negeri Kedah dan sekarang jika mahu ia dirobohkan, rundingan perlu diadakan terlebih dahulu.
Patung helang setinggi 12 meter yang dinamakan Tugu Lang di Dataran Lang adalah mercu tanda Langkawi.
Nama Langkawi ialah kombinasi “Lang” dan “Kawi”, di mana “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu, iaitu helang yang boleh didapati di pulau bebas cukai itu.

Undi protes tidak jejas BN - Nawi

KUALA TERENGGANU – Sikap pembangkang yang gagal membentuk kerjasama mantap dijangka memberi kelebihan kepada Umno dan BN khususnya di negeri ini untuk menang di banyak kerusi pada PRU14.
Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad berkata, berbanding PRU lepas dengan kelebihan dua kerusi mengatasi pembangkang, BN yang disifatkan ‘nyawa-nyawa ikan’ dijangka mampu meraih kecemerlangan berdasarkan kekuatan yang ada dan kelemahan di pihak pembangkang.
Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad Sekalipun berlaku undi protes terhadap BN berdasarkan beberapa isu yang dikaitkan dengan pimpinan di peringkat nasional, beliau percaya keadaan itu tidak mampu menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada lebih-lebih lagi kerjasama antara pembangkang dilihat rapuh.
“Sekalipun undi protes, undi itu mungkin berpecah. Kalau katakan Pas bersama Parti Bersatu, undi itu mungkin akan pergi kepada pihak tersebut atau mungkin juga kepada Amanah. Jadi tiada peluang kepada pembangkang dan Umno masih kekal.
“Kalau berlaku pertandingan tiga penjuru pun ia akan tetap beri kelebihan kepada Umno, ruang lebih terbuka untuk kita,” katanya.
Mengulas kenyataan pemimpin Parti Bersatu yang mahu Pas atau Pakatan Harapan memberi kerusi kepada pihaknya bagi membolehkan bertanding pada PRU14, Nawi memberitahu bahawa pihaknya bersedia menentang mana-mana pihak.
Menurutnya, Umno dan BN sudah lama berpengalaman dalam politik negara dan pernah berhadapan banyak parti termasuk parti serpihan Umno dalam usaha mengukuhkan kedudukannya.
“Bagi Umno, sesiapa pun yang hendak lawan, kita tengok kepada sokongan akar umbi. Kalau tengok kepada sambutan, insya-ALLAH kita masih kuat,” katanya.
Beliau turut meminta mana-mana pihak tidak sesekali membuat persepsi berhubung sokongan rakyat terhadap BN sebaliknya menilai dari sudut realiti berdasarkan perkembangan politik negara.
Berdasarkan PRN Sarawak dan dua PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar katanya, ramai pihak menjangkakan kejutan dan tanggapan negatif khususnya sokongan rakyat terhadap BN.
Sebaliknya beliau berkata, apa yang berlaku adalah hasil yang positif di pihak kerajaan.
“Kita tidak terjejas pun, tiada masalah, sebaliknya undi kita makin besar. Kita harap perkembangan ini berterusan di semua tempat sehingga PRU14,” katanya.

'Tok Guru akan hanyutkan AMANAH dari Salor' - Nik Abduh

Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata jika almarhum bapanya masih hidup bekas menteri besar Kelantan itu pasti mengajak rakyat negeri berkenaan menghanyutkan Parti Amanah Negara (AMANAH) dari Jamabatan Salor ke Laut China Selatan.
Jelas mengulas kenyataan bekas exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa, Nik Abduh berkata Nik Aziz adalah seorang tokoh yang berpegang teguh kepada prinsip dan istiqamah dalam perjuangannya.
Kata anggota parlimen Pasir Mas itu, nilai seseorang yang "telah pergi" adalah berdasarkan kepada "akhir hidupnya."
Jika dia tetap dengan PAS, kata Nik Abduh, menjadi hak ke atas orang yang masih hidup untuk terus menjulang dan menyebut istiqamahnya.
"Jika ada anak buah yang berkata sebaliknya, itulah seburuk-buruk anak buah," katanya dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Salor adalah nama kawasan yang diwakili Husam ketika ini.
Husam pernah ini rapat dan menjadi setiausaha akhbar dan politik Nik Aziz sebelum diketepikan selepas bekas menteri besar itu meninggal dunia.
Dia yang pernah dipilih PAS menjadi naib presiden kemudian disingkirkan beramai-ramai oleh perwakilan parti itu dalam muktamar mereka tahun lalu.
Pada 30 Ogos lalu Husam kemudian mengumumkan penyertaannya ke dalam AMANAH, diikuti sehari kemudian merasmikan hampir 20 cawangan baru parti itu di Kelantan.
Husam juga dilaporkan berkata Nik Aziz pasti akan bersamanya jika beliau masih hidup kerana apa yang diperjuangkan parti lamanya itu kini lari daripada apa yang pernah diperjuangkan bekas mursyidul am PAS berkenaan.
"Tok Guru Nik Aziz membawa pas berinteraksi dengan masyarakat bukan Melayu (Islam). PAS kini sudah meninggalkan masyarakat buka Melayu atas alasan-alasan yang tidak kukuh," katanya.
Sementara itu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pula berkata Nik Aziz adalah seorang tokoh yang komited pada perjuangan parti dan bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan negeri itu.
"Saya masih ingat bagaimana arwah Tok Guru pernah menangis ketika majlis solat hajat kerana mahu mempertahankan kerajaan sedia ada.
"Jika Tok Guru sanggup berbuat demikian, takkan beliau nak sokong part lain, selain PAS," katanya juga dilaporkan Sinar Harian.

Tiada Bukti Penyelewengan Dalam Pendrive - Tunku Ismail



PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata isi kandungan dalam pemacu pena atau pendrive yang diterimanya sebelum ini bukanlah bukti penyelewengan yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Sebaliknya, Tunku Ismail menjelaskan ia adalah mengenai salah laku dari segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak professional dan exco tidak memainkan peranan dalam tugasan dengan betul.
Susulan itu, beliau berkata tindakannya menyerahkan pemacu pena itu kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin adalah bertujuan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda dan bukannya menghukum FAM.
"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, isi kandung dalam 'pendrive' yang saya terima adalah mengenai salah laku dari segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak professional dan exco tidak memainkan peranan dalam tugasan dengan betul.
"Saya berikan kepada Khairy Jamaluddin untuk menyelesaikannya bukan untuk menghukum FAM dan menggantung FAM. Sekiranya kita menggantung FAM, ia akan menjejaskan liga.
"Saya hanya menasihatkan kepada individu-individu tersebut untuk berundur dengan cara baik tahun depan dan digantikan dengan individu yang lebih layak menjalankan tugas-tugas tersebut," katanya menerusi satu kenyataan dalam laman Facebook Johor Southern Tigers (JDT) pada Sabtu.
Pada masa sama, Tunku Ismail mendakwa beliau mengetahui Presiden FAM, Setiausaha Agung dan siapa ketua jurulatih pasukan kebangsaan untuk tahun depan.
"Saya mengetahui siapa Presiden FAM, Setiausaha Agung dan siapa ketua jurulatih pasukan kebangsaan untuk tahun depan. Tetapi perlukah saya berkongsi maklumat ini dengan penyokong bolasepak tanahair?

Parlimen dan mahkamah hilang keagungannya


Parlimen_Berjerebu


Semasa sebuah persidangan serantau di Kuala Lumpur baru-baru ini, saya telah berbual santun dengan orang yang duduk di sebelah saya.
“Jadi saudara dalam jawatankuasa parlimen yang mana?” soal rakan baru saya, yang baru saya ketahui merupakan ketua sebuah institut penyelidikan kerajaan Vietnam. Dia tertanya-tanya tentang peranan saya sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia.
“Itu satu soalan yang baik,” jawab saya. “Kami sebenarnya tidak ada jawatankuasa pilihan parlimen (parliamentary select committee) yang aktif, selain daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.” Menyedari raut kebingungan di wajahnya, saya menambah lanjut.
“Sebenarnya, terdapat beberapa cadangan baru-baru ini untuk memperkenalkan jawatankuasa yang saudara maksudkan itu sebagai sebahagian daripada inisiatif pembaharuan yang diterajui kami di pihak pembangkang. Malangnya, Kabinet tidak bersetuju dengan pembentukan jawatankuasa pilihan.”
Kerut kening kenalan baru saya itu semakin tampak apabila kebingungannya tadi berubah kepada seakan tidak percaya. “Maafkan saya, kamu katakan Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan Parlimen untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan? Tetapi mengapa Kabinet yang harus menentukan urusan Parlimen?”
Maka timbulnya situasi yang sungguh ironi – apabila saya disoal oleh ahli kerajaan sebuah negara komunis mengenai rasional campur tangan eksekutif dalam hal ehwal badan perundangan tertinggi Persekutuan. Saya hampir hilang punca, kerana saya tahu soalan mudah beliau itu seakan merumuskan semua yang tidak kena dengan institusi-institusi tertinggi negara kita.
Perampasan kuasa oleh eksekutif
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tadbir urus negara kita dibahagikan kepada tiga cabang utama iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman. Setiap cabang ini bertujuan untuk menjadi kuasa yang berasingan dan bebas daripada dua cabang yang lain. Aturan ini dibentuk sedemikian rupa untuk memastikan kewujudan mekanisme semak dan imbang bagi mengelakkan monopoli kuasa oleh mana-mana satu cabang.
Keseimbangan inilah yang dinamakan sistem tiga pihak (tripartite system), satu gelaran yang dicipta oleh ahli falsafah Perancis abad ke-18, Baron de Montesquieu. Malangnya, eksekutif Malaysia terbukti tidak berapa mempedulikan pendapat Montesquieu ini.
Berbekalkan kuasa tidak terkawal selama lima dekad sebelum kehilangan majoriti dua pertiga pada tahun 2008, kerajaan persekutuan BN telah secara semberono meminda Perlembagaan dan undang-undang persekutuan lain bagi mengurangkan kuasa badan perundangan dan kehakiman. Pada masa yang sama, lebih banyak kuasa telah ditumpukan di tangan eksekutif.
Berakhirnya kebebasan kehakiman
Dengan berteraskan tradisi undang-undang common law yang diwarisi British, badan kehakiman Malaysia telah menjadi antara kebanggaan bagi Persekutuan. Malangnya, tidak ramai yang masih memandang tinggi institusi tersebut.
Kebanyakan akan merujuk kepada krisis kehakiman 1988 sebagai punca kepada segala yang tidak kena dengan badan kehakiman kini. Pergelutan yang bermula dengan beberapa keputusan mahkamah yang tidak menguntungkan pemerintah – termasuk pembatalan pendaftaran UMNO – akhirnya berkembang menjadi perbalahan besar antara badan kehakiman dan eksekutif.
Maka tercetuslah pertempuran epik ala Shakespeare yang menyaksikan adegan pengkhianatan, manipulasi besar-besaran dan pada penghujungnya, kejayaan antagonis yang bersifat Machiavelli. Akhirnya, tersungkurlah badan kehakiman dengan pemecatan Ketua Hakim Negara bersama dua hakim Mahkamah Agung yang lain. Menurut mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, negara kita masih belum pulih daripada tamparan hebat ini.

Ekonomi menguncup, rakyat salahkan GST punca barang naik

Pemborong dan peruncit menyalahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 sebagai punca kenaikan harga barangan sehingga menyebabkan golongan miskin tidak mampu membeli makanan berkhasiat.
Pegawai komunikasi Elitway Sdn Bhd yang membekalkan bahan makanan mentah dan kering, Hanafi Talib berkata, pengguna tidak boleh menyalahkan pemborong kerana harga barangan mengalami kenaikan bermula di peringkat pengilang lagi.
“Sejak pelaksanaan GST, semua barang memang naik harga. Kami sebagai pemborong memang boleh claim (tuntut balik), jadi tidak terkesan sangat. Kesannya memang pada pengguna.
“Contohnya tepung. Kami ambil dari pengilang sekotak berharga RM13, pemborong jual RM13.20. Untung 20 sen sahaja. Kalau ikutkan, kami hendak bayar kos penghantaran termasuk minyak, tol dan gaji pekerja lagi, apa yang kami untung?
“Berniaga zaman sekarang dah tak macam dulu. Segalanya memang sudah naik,” katanya yang ‘lali’ dengan rungutan peruncit dan pengguna ketika dihubungi FMT hari ini.
Hanafi berkata, ‘perkhidmatan orang tengah’ yang meraih keuntungan besar juga tidak wujud lagi sekarang dan beliau tidak menyalahkan pengilang dalam isu kenaikan harga barangan.
“Bagi sektor ayam dan daging, itu kena tanya penternak. Mereka bagi alasan dedak pun dah naik harga. Harga ayam sejak Hari Raya Aidilfitri belum turun lagi,” katanya yang masih menunggu penurunan harga ayam diumumkan kerajaan.
Mohd Annuar Mohd Saman yang mewakili peruncit Desa Subang juga bersetuju pelaksanaan GST adalah punca kenaikan ketara harga bahan mentah, khasnya makanan berkhasiat.
“Untuk penjualan makanan berkhasiat, sebelum ada GST pun dah mahal, apa lagi selepasnya,” katanya sambil menambah hanya individu berkemampuan boleh membeli makanan organik.
Beliau turut menggesa kerajaan melakukan pemantauan berterusan untuk menghalang pemborong dan pembekal menaikkan harga bahan mentah sesuka hati.
Selasa lalu, Institut Kajian Khazanah (KRI) dalam laporan terbaharu keadaan isi rumah yang dipetik Astro Awani menunjukkan makanan kekal sebahagian besar perbelanjaan kebanyakan keluarga dengan kadar kenaikan harga makanan berada di tahap membimbangkan.

Pengurusan kewangan cemerlang, Rizab Selangor lepasi paras RM4.1 bilion

BANGI, 4 SEPT: Disebalik keadaan ekonomi tidak menentu dan pengurusan kewangan lemah di peringkat Kerajaan Persekutuan, Selangor sebaliknya terus mengukuhkan rizabnya apabila mencatatkan rekod terbaru dengan melepasi RM4.1 bilion.
Azmin-RakyatDato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pertambahan rizab Kerajaan Negeri itu berlaku disebabkan amalan pentadbiran negeri mengekalkan kecemerlangan pengurusan kewangan dan ekonomi negeri termaju itu.

“Saya dengan pimpinan termasuk Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Timbalan Speaker, Mohd Shafie Ngah dan ADN lain sedang merangka Belanjawan 2017 bagi melihat bagaimana Kerajaan Negeri dapat membantu meringankan bebanan rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup begitu tinggi.
“Kita mampu menjayakan program ini (Belanjawan 2017) kerana kedudukan kewangan Negeri Selangor yang kukuh dan sudah melepasi RM4.1 bilion pada bulan yang lalu,” kata Mohamed Azmin.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Tautan Ukhwah Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang diadakan di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi di sini, malam tadi.
Jelasnya, pimpinan Kerajaan Negeri menganggap rizab dikumpulkan itu harus dibelanjakan dalam bentuk pembangunan dan bukan untuk menampung kos operasi.
Katanya, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada projek pembangunan Anjung Rahmat dijalankan WADAH pada Belanjawan 2017 nanti.

Bajet 2016: Kewangan Kerajaan Pusat genting

Bajet 2016
SALAH satu ciri belanjawan yang diidam-idamkan oleh semua negara di dunia dan dituntut oleh badan-badan kewangan antarabangsa adalah keseimbangan di antara hasil dan perbelanjaan.
Inilah yang disebut sebagai belanjawan seimbang. Tetapi ia lebih berupa impian daripada kenyataan bagi kebanyakan negara. Dalam keadaan biasa pun ia sukar dicapai apatah lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang.
Antara matlamat dan ikrar utama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila mengambil alih teraju Kementerian Kewangan pada akhir tahun 2008 ialah menghapuskan defisit belanjawan secara berperingkat.
Kemudian sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 beliau menjadikan belanjawan seimbangan sebagai salah satu matlamat penting Program Transformasi Nasional. Beliau berhasrat mencapai idealisme itu menjelang tahun 2020.
Secara amnya, dasar itu menampakkan kemajuan. Defisit belanjawan, iaitu perbezaan antara hasil dan perbelanjaan, dapat dikurangkan daripada 6.7 peratus pada tahun 2009 kepada 3.2 peratus tahun lalu.
Bagaimanapun, dalam tempoh itu juga hutang kerajaan melambung kerana meminjam dengan banyak untuk membiayai pembangunan. Akibatnya jumlah terkumpul hutang kerajaan naik dari RM250 bilion pada tahun 2010 kepada RM656 bilion pada akhir Jun lalu.
Ini adalah angka rasmi yang disiarkan di internet oleh Bank Negara dan dikemaskinikan pada 30 Ogos iaitu sehari sebelum ulang tahun Hari Kebangsaan ke-59.
Jumlah ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah negara dan mencecah had pinjaman yang Mohd Najib sendiri tetapkan iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pada tahun 2008, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan Kementerian Kewangan kepada Mohd Najib, hutang kerajaan berbanding KDNK adalah 41.24 peratus. Nisbah ini lebih rendah pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Keadaan menjadi tambah meruncing sejak sembilan bulan terakhir sehingga Jun tahun ini. Dalam tempoh itu, hasil kerajaan lebih rendah daripada belanja mengurus. Hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Dalam bahasa yang mudah, hasil yang kerajaan pungut tidak pun cukup untuk membayar gaji kakitangan awam, menyelenggarakan harta awam dan membayar balik hutang. Hatta pungutan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pun telah jatuh di bawah jumlah yang dianggarkan kerana pengguna tidak lagi berbelanja seperti dulu.
Hasil kerajaan pada umumnya hanya cukup untuk belanja pengurusan. Kos pengurusan tinggi kerana bilangan kakitangan awam ramai dan gaji yang mereka terima boleh dikira lumayan berbanding jumlah penduduk dan hasil kerajaan. Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan subsidi pun datang daripada sumber yang sama. Untuk membangunkan negara kerajaan terpaksa berhutang. Akibatnya hutang kerajaan sangat besar.
Dalam kedua-dua aspek perbelanjaan ini – pengurusan dan pembangunan – berlaku pembaziran yang besar akibat kelemahan pentadbiran, salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.
Satu lagi tanda bahawa kewangan kerajaan semakin meruncing ialah apabila kerajaan mula bermain dengan pengubahsuaian teknikal bagi memberi gambaran bahawa hasil meningkat dan hutang berkurangan.

Husam mula rasmi dua cawangan di Salor, nasihatkan penyokong kekal ‘cool’


Kehadiran Husam selepas menyertai Amanah dilihat mendapat sambutan hangat masyarakat Kelantan.Kehadiran Husam selepas menyertai Amanah dilihat mendapat sambutan hangat masyarakat Kelantan.
Selepas tiga hari menyertai Amanah, Datuk Husam Musa meminta agar penyokongnya bertenang terhadap pihak yang dilihat semakin galak menyerangnya.
“Saya suka menasihatkan penyokong atau peminat saya untuk kekal ‘cool’. ‘Cool’ adalah indah. Tanda kematangan. Bekal kejayaan.
“Tidak satu pun yang dilakukan oleh makhluk di muka bumi ke atas makhluk lain yg tidak akan dibalas,” ujarnya dalam kenyataan hari ini dipercayai ekoran kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengganggapnya sebagai jahil agama.
Penduduk di Kampung Salor, Pasir Mas dalam majlis bersama Husam malam ini.Penduduk di Kampung Salor, Pasir Mas dalam majlis bersama Husam malam ini.Menyebut Amanah sebagai “Parti Islam Amanah”, Husam sedar keputusannya menyertai parti yang bakal genap setahun usianya bulan ini telah memarakkan serangan peribadi yang semakin sengit.
“Saya menasihati diri saya untuk memerima realiti politik Malaysia yang penuh dengan perseteruan bersifat peribadi dan kalah menjadi abu.
“Hatta bagi yang melaungkan mereka membawa panji Islam yang murni dan politik matang lagi sejahtera, tidak terlepas dari kerasnya menembus larangan agama.
“Sejak agak lama, serangan ke atas saya oleh teman bekas wadah perjuangan saya adalah bersifat peribadi, tanpa fakta, tikaman belakang, bertopeng, semborono dan jauh dari akhlak mulia yg kita kenali,” ujar bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini.
Sehubungan itu, Husam yang dipecat daripada Pas April lalu mengingatkan supaya tidak memberikan perhatian terlalu banyak terhadap pelbagai bentuk serangan tersebut sebaliknya fokus kepada Kelantan.
“Tumpukan kepada usaha merangka pelan menjadikan Kelantan sebagai model berkerajaan Islam yang moden, makmur, maju, berkebajikan, telus, berakauntabiliti, memelihara akhlak dan mensyukuri semua anugerah Allah untuk Kelantan dengan sebaik-baiknya.
“Dalam rangka itu, mari bersama kita mengembangkan Parti Islam Amanah untuk muncul berketrampilan. Sedikit sebanyak bakat kerdil yang ada pada saya selama memaju dan mempertahankan Pas selama ini, Insya-Allah saya akan gunakan untuk Amanah, sekalipun kita hanya mungkin berjaya sepuluh atau dua puluh tahun akan datang,” ujarnya.
Cerminan Pas
Tambah Husam, Amanah perlu memunculkan diri menjadi cerminan untuk Pas bersaing meningkatkan prestasi dirinya sebagai parti dan kerajaan Islam di bawah konsep ‘fastabiqul khairat’.
“Atau kita menjadi angkatan yang selalu disebut oleh Al Qur'an, 'wayas tabdil qauman ghairakum'- Allah menjadikan kita angkatan baru menggantikan angkatan lama atas sebab mereka telah hilang kelayakan melangsungkan keunggulan generasi bertaqwa yang cemerlang,” ujarnya lagi.
Sekembalinya Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu ke Kelantan, beliau giat dengan siri jelajah termasuk usaha menubuhkan cawangan Amanah di negeri Serambi Mekah itu.
Malam tadi contohnya, Facebook ‘Dato Haji Husam Musa’ memuatkan beberapa foto tokoh tersebut sekitar mesyuarat penubuhan Cawangan Amanah Wakaf Hj Abdullah dan Gaung Kota, Salor.
Husam sebelum ini memberitahu penyertaannya dalam Amanah adalah kerana percaya parti itu merupakan platform baginya meneruskan perjuangan asal Pas yang telah dikhianati, sekaligus yakin Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz jika masih hidup pasti akan bersama-sama berjuang dengannya.
Walaup bagaimanapun, Hadi dilihat jelas tidak menyenangi kenyataan Husam itu.
“(Kenyataan Husam) Itu kenyataan orang yang jahil agama. Saya lebih rapat de­ngan Tok Guru daripada dia. Kalau tidak percaya, tengok kaset arwah, tengok apa dia komen tentang saya,” kata Hadi.

Mengenang Anwar sebagai mangsa kebobrokan sistem pemerintah

OLEH : NURUL IZZAH ANWAR
Pada malam 10 Ogos lalu, saya sempat merenung jauh ke tembok Penjara Sungai Buloh yang suram – menyembunyikan genggaman rindu serta sayu – tinggalan sejarah reformasi yang juga disulami realiti terkini.
Malam itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ayahanda kepada kami enam beradik menyambut kelahirannya yang ke-69, walau jeriji besi 13 lapisan memisahkan kami buat masa ini. Seakan-akan deja vu melihat wajah sahabat, taulan, kenalan, teman, keluarga, semuanya seperjuangan.

Zaman silih berganti, namun sesiapa saja yang lantang berprinsip dalam menegakkan kebenaran menentang kezaliman masih lagi diperlakukan tanpa keadilan oleh parti pemerintah.
Ayah saya merupakan salah seorang mangsa kebobrokan sistem. Kali pertama ketika beliau diperlakukan dengan tidak adil, yang kekal terpahat sebagai memori hitam adalah pada tahun 1998.
Ayahanda telah ditahan di bawah akta ISA tahanan tanpa bicara, disusuli dakwaan palsu yang menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun lamanya.
Yakni, setelah saban tahun berlalu, diakui bahawa dakwaan palsu tersebut merupakan konspirasi politik berskala mega. Kerana lantang bersuara dalam mendedahkan salah urus tadbir negara, beliau sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun di Sungai Buloh.
Pengalaman terdahulu, bermula dengan hampir 2 tahun ditahan di Kamunting semasa zaman mahasiswa – mengetuai protes di Baling pada tahun 1974, menjadikan jumlah beliau dipenjarakan di Malaysia adalah 13 tahun.
Tiga belas tahun merupakan tempoh yang signifikan sebagai fasa transisi pembelajaran. Bayangkan tempoh pengajian bermula dari pra sekolah 5 tahun sehingga tamat pengajian menengah pada umur 17 tahun.
Bahkan, analogi yang lebih universal adalah tempoh 13 tahun itu sudah melebihi jumlah diperlukan untuk planet Jupiter mengelilingi Matahari!

Hisham: Muhyiddin mungkin emosi, nak publisiti

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyaman beliau mungkin bersandarkan emosi dan mahukan publisiti.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan bekas timbalan perdana menteri itu mungkin mahu meraih perhatian orang ramai dengan isu yang mahu dibangkitkan.
"Dia (Muhyiddin) kena buktikan kenyataannya ada asas, sebelum sesiapa hendak menafikan dan membawanya ke mahkamah.
"Apa gunanya kalau sekiranya sesuatu perkara itu dibawa ke mahkamah tetapi tiada asas dan fakta berhubung kait dengan perkara yang dibangkitkan awal-awal lagi.
"Jadi, mungkin (tindakan) itu sesuatu (yang disebabkan) dari segi emosi,
dari segi harapan untuk dapat publisiti dan dapat tumpuan orang ramai.
"Kadangkala, pergi ke mahkamah, ia (perkara yang dibangkitkan) akan dapat tumpuan ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan turut mengingatkan sebelum sebarang tuduhan dilemparkan sesetengah pihak, ia perlulah bersandarkan kepada fakta, asas dan bukti.
Dua hari lepas, Muhyiddin mencabar untuk bertindak menyaman jika dakwaan rasuah melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilontarkannya tidak benar.
Sementara itu, berhubung kenyataan Muhyiddin semalam mengenai 67 kerusi Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan dengan risiko kalah, Hishammuddin berkata ia sekadar andaian semata-mata.
"Kita tak layan andaian. Yang penting kita dalam parti, di Bahagian
masing-masing kena jaga jentera supaya apa yang jadi andaian dan ramalan mereka tidak akan jadi satu kenyataan," kata beliau.
Semalam, Muhyiddin turut dilaporkan berkata sekiranya empat peratus sahaja pengundi beralih angin, 45 kerusi daripada 67 kerusi BN itu boleh menjadi milik pembangkang.

Hari ini, 7 tahun yang lalu

Hari ini, pada tahun 2009 menjadi titik tolak kepada perubahan secara menyeluruh kepada penulis selepas menerima warkah 'keramat' penamatan perkhidmatan secara paksaan dan serta-merta oleh sebuah syarikat akhbar berbahasa Melayu milik Umno.
Melalui detik-detik 'cemas' dibuang kerja secara serta-merta, penulis ketika itu mengharungi liku-liku tersebut dengan penuh istiqamah dengan dipapah oleh Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu dan NUJ Malaysia yang membantu sedikit sebanyak dalam meringankan beban kewangan.
Walaupun pahit pada dasarnya, 'tragedi' September itu tetap menyajikan elemen-elemen manisnya dengan cucuran dan limpahan sokongan moral dan kerja-kerja yang menjana pendapatan dari rakan-rakan dalam syarikat, kesatuan dan pihak-pihak luar yang bersimpati dan menaruh kepercayaan atas perjuangan penulis ketika itu.
Bagaimanapun, pengalaman mengharungi pekerjaan sebagai wartawan yang pernah diberikan amanah untuk mengendalikan wawancara bersama tokoh-tokoh negara seperti bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetap menjadi kenangan yang berharga.
Banyak juga ilmu pengetahuan dan pengalaman menarik yang dapat dikutip semasa menemubual tokoh-tokoh lain antaranya Gabenor Bank Negara Malaysia ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Merican yang pernah menerajui firma petroleum negara, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Tan Sri Tajudin Ramli di samping menjelajah ke banyak negara demi tugasan.
Hanya tinggal kenangan
Walaupun semua itu kini hanya tinggal kenangan, namun pengalaman selama hampir 10 tahun itu menjadi wartawan akhbar Umno itu sedikit sebanyak telah mematangkan dan mendidik penulis untuk berdepan realiti kehidupan terutama politik tempatan setelah menceburi kerjaya itu sebaik sahaja tamat pengajian.
Namun, kerana berkeras untuk berjuang mempertahankan hak-hak kakitangan bukan eksekutif Utusan dan menaikkan gaji ahli-ahli NUJ semata-mata, akhirnya curahan tenaga dan keringat selama hampir 10 tahun itu terus terpadam dalam rekod pencapaian kakitangan syarikat itu.
Lebih malang lagi, penulis terus menerima pelbagai label dan tanggapan antaranya ejen pembangkang dan 'hantu' DAP oleh macai-macai dalaman syarikat akhbar itu tanpa langsung mengenang sumbangan selama hampir sedekad gara-gara memilih untuk berjuang bersama NUJ.

Melangkah ke depan, setelah 'dikhianati' oleh syarikat akhbar milik Umno itu, penulis bertemu sinar baru dengan menerima tawaran untuk membantu pasukan editorial parti dalam menerbitkan Roket, makalah bulanan keluaran DAP selepas satu pertemuan dengan Lim Kit Siang.
Tidak cukup itu, parti yang sering dituduh cauvinis dan perkauman melampau itu terus menghulurkan peluang kepada penulis berdasarkan bakat dan keperluan dengan menawarkan jawatan pegawai khas di pejabat ketua menteri Pulau Pinang, negeri kelahiran penulis untuk menjaga hal-ehwal kebajikan Melayu.

Isytihar harta, jangan bagi alasan, kata Ideas


Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan

SHAH ALAM - Tindakan mengisytiharkan harta tidak menjadikan seseorang penjawat awam itu sasaran penjenayah sebaliknya ia satu tanggungjawab demi menunjukkan kewibawaannya kepada pengundi.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, memberi alasan keselamatan seolah-olah menghina kewibawaan pihak polis.
“Jangan gunakan polis sebagai alasan untuk kita menyembunyikan maklumat daripada umum. Polis dah buat tugas mereka sekian lama dan tak pernah gagal jaga keselamatan. Saya yakin mereka akan meneruskan tugas terbaik mereka dengan menyediakan kawalan keselamatan diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan melahirkan kebimbangan keluarganya mungkin menjadi sasaran penjenayah jika beliau bertindak mengisytiharkan harta kepada rakyat.
Isu itu timbul selepas pembangkang membuat tuntutan agar beliau dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Abd Aziz mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat dengan kadar segera selepas Adnan memaklumkan setiap jabatan di bawah kementeriannya telah diarahkan untuk meneliti semula pengisytiharan harta pegawai bagi membendung gejala rasuah.
Ini ekoran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pegawai tinggi DBKL bergelar ‘Datuk Seri’ bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.
Dalam pada itu, kata Wan Saiful, mengisytiharkan harta tidak menjadikan pegawai kerajaan itu sasaran pencuri, penculik dan perompak.

"TUHAN JUGA TAHU SAMA ADA NAJIB BENAR2 TAKUTKAN ALLAH ATAU IA HANYA SEKADAR KATA2"

Kalau mendengar Najib Razak berucap atau bertempik di depan audien UMNO yang diketahuinya mereka adalah kelompok yang akan mengangguk dan mengiakan 110 peratus segala kata-katanya, lebih-lebih lagi secara sehala,  memang boleh meremang segala bulu-bulu yang ada di badan dibuatnya.

Bahkan, burung yang sedang terbang juga boleh jatuh dan terhempas ke bumi kerana mendengar "ghau" tempikan beliau ketika menyampaikan ucapannya. 

Malah, mendengar betapa semangatnya Najib mahu mempertahankannya jawatannya, tidak gentar sehingga bumi berkeping dua, gajah pun boleh terbang dan bertukar menjadi jet pejuang.
Di penggulungan Mesyuarat Perwakilan UMNO Pekan hari ini, dengan penuh semangat Najib mengumumkan untuk kesekian kalinya bahawa beliau tidak gentar menghadapi sebarang musuh serta tidak sesekali akan berundur, meskipun menerima tentangan bertubi-tubi dari dalam dan luar negara.

Berbekalkan perjuangan yang dipacu oleh semangat kebersamaan, perpaduan dan sokongan semua pihak, kita akan bangkit semula. Lawan tetap lawan. Saya tidak takut pada sesiapa, saya hanya takut kepada Allah sahaja, kata Najib lagi.

Meskipun Najib mengatakan tidak takut kepada sesiapa, temasuk Tun Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun, kita semestinya belum lupa bagaimana beliau tidak berani turun ke program NothingToHide di PWTC semata-mata kerana bekas Perdana Menteri itu sudah menunggunya di sana.

Selain itu, jika benar tidak takut sesiapa, mengapa cabaran berdebat oleh Tun Mahathir mengenai rasuah 1MDB tidak berani dijawab sampai sekarang?

Jika benar tidak takut kepada sesiapa juga, ingin ditanyakan sama kepada Pahlawan Bugis itu mengapa tidak berani menghadirikan diri dalam persidangan anti rasuah antarabangsa tidak lama sebelum ini?

Bukankah persidangan anti rasuah antarabangsa itu merupakan medan terbaik untuk menjawab segala isu berkaitan rasuah yang dipalitkan kepada dirinya jika benar tidak takut sesiapa dan hanya Allah yang ditakutinya?

Sebagai umat Islam, memang semua orang yang beriman takutkan Allah. Tidak takut kepada mana-mana manusia dan hanya takut kepada Allah adalah 100 peratus sifat terpuji. Ini kerana Allah itu sifatnya maha agung, maha mendengar, maha mengetahui, bahkan maha kepada segala-galanya.

Tetapi, manusia selalunya memang mudah mengucapkan kata-kata hanya takut kepada Allah apabila dalam keadaan tersepit atau ketika dalam keadaan bersalah. Ketakutan kepada Allah bukan boleh dinilai melalui kata-kata atau jerit pekik yang dilaungkan, tetapi melalui amalan dan perbuatan seharian.

Tutup cawangan bank selaraskan operasi, kata penganalis ekonomi


Penutupan banyak cawangan bank baru baru ini berkaitan dengan langkah bank dalam menyelaraskan operasiPenutupan banyak cawangan bank baru baru ini berkaitan dengan langkah bank dalam menyelaraskan operasi
Isu penutupan banyak cawangan bank baru-baru ini berkaitan dengan langkah bank dalam menyelaraskan operasi mereka, kata satu sumber penganalisis ekonomi serantau.
Catatan beliau yang mulai viral di media sosial memberitahu, banyak berlaku pertindihan cawangan ketika penggabungan sejumlah bank di Malaysia sebelum ini antaranya Hock Hua Bank dan Ban Hee Lee Bank.
“Bank-bank tersebut menjadi CIMB, Maybank dan sebagainya. Jadi, ada kawasan terdapat dua atau tiga cawangan bank yang sama dalam kawasan kilometer radius yang kecil,” ujarnya.
Menurutnya, Bank Negara mensyaratkan bank-bank berskala besar supaya tidak menutup cawangan terbabit untuk beberapa tahun.
“Waktu tersebut dah tamat, maka sekarang Maybank dan CIMB menyatukan semula cawangan tapi di kawasan yang terlalu banyak pelanggan dan menguntungkan, bank boleh pilih untuk kekalkan cawangan. Contohnya di Taman Tun Dr Ismail KL, ada dua cawangan Maybank,” jelasnya.
Sumber itu juga menyebut kerajaan yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir ketika itu mengarahkan bank-bank digabungkan pada 1998 bagi mengukuhkan sistem perbankan negara dan mengelak wang pendeposit di bank berskala kecil daripada terjejas.
“Jadi, dalam masa berbelas tahun sejak penggabungan bank, CIMB dan Maybank sudah ada pemerhatian dan perancangan. Cawangan mana harus ditutup, bagaimana nak menempatkan semula pekerja dan sebagainya,” jelas sumber itu.
Turut dinyatakan kedudukan Maybank sebagai anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang merupakan salah satu penyumbang dividen kepada sejumlah saham di Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020).
“Maka baguslah mereka menyelaraskan operasi mereka. Kita sebagai pendeposit ASB, ASN dan lain-lain akan terus dapat dividen yang baik,” jelasnya lagi sambil menyifatkan isu penutupan cawangan bank ini tidak perlu dipolitikkan.

JANGAN BERLAGAK!! Zahid Hamidi, Kau Juga Dalam BAHAYA - Zuraida Kamarudin

AYUH MALAYSIA!! Tinggalkan Saja Najib Dan Umno, Sertai BERSATU...!!

MEMANG BETOL!! Orang UMNO Dulu Kuat JILAT Mahathir, Tapi Sekarang?? - Mahfuz Omar