Sabtu, 3 September 2016

Umno bukan 'Bursa Saham' kaut untung


Dr Ahmad Zahid Hamidi

ALOR SETAR - Semua anggota dan pemimpin Umnodiminta tidak menggunakan parti itu sebagai 'Bursa Saham' untuk mengaut keuntungan dan kepentingan peribadi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno berkata mereka yang menggunakan peperangan politik untuk mendapatkan 'ghanimah' (harta rampasan perang) hanya akan membawa kehancuran kepada parti.
"Dalam peperangan politik, apa diperlukan setelah menang ialah ghanimah yakni pulangan politik. Jika ghanimah tidak diperoleh dalam peperangan, maka pengikut akan melakukan protes senyap yang boleh menyebabkan organisasi rosak.
"Apabila kepentingan peribadi jadi keutamaan dan organisasi politik jadi pentas untuk ghanimah dicapai, tunggulah ketikanya kehancuran datang tanpa dihancurkan daripada luar, (sebaliknya) kita yang izinkan kehancuran berlaku dari dalam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Umno‎ bahagian itu Datuk Ariffin Man.
Justeru itu, beliau mengingatkan ahli Umno bahawa parti berusia 70 tahun itu bukanlah bursa saham yang boleh diperdagang untuk mengaut keuntungan, sebaliknya ia adalah sebuah institusi sosial untuk orang Melayu serta tulang belakang Barisan Nasional memperjuang kepentingan masyarakat majmuk.

Sebuah Realiti Politik Yang Akhirnya Hancur.

Badai UmnoSaya hanya pembawa analogi. Anda pula semestinya pembac politik yang sangat tajam.
Jika ketajaman anda tidak cukup, anda hanya sebagai pembaca. Merugikan masa anda, saya yakin sepenuhnya. Persiapkan diri anda sebelum menghadami tulisan ini.
Beberapa abad dahulu, apabila saya menganaloginya, ia ternyata benar semuanya. Tentang lima jari tangan kita. Saya mengandaikanya sebagai Umno.
Sebuah parti yang mempunyai segala kecukupan. Duit, pengundi, pemimpin dan kuasa. Mereka mula pecah apabila salah satu daripada jarinya patah. Saya mengandaikan ia sebagai jari kelingking. Jari yang paling tidak berguna.
Kemudian dua jarinya yang paling utama iaitu MCA dan MIC yakni jari hantu dan jari tengah mula patah dan tak bermaya. Tuan Guru Nik Aziz mengandaikannya sebagai tongkat. Namun saya lebih suka dengan jari.
Apabila kedua jari utama ini patah, Umno sudah jadi paling tidak bermaya. Pakatan Rakyat ketika itu sudah mula memikirkan siapa yang menjadi Perdana Menteri, berapa orang Timbalan Perdana Menteri dan berapa lagi duit yang tertinggal selepas di balun oleh BN.
Tiba- tiba Pakatan Rakyat runtuh. Tidak diketahui kenapa. Enjinnya berhenti, kaku, rosak di mana-mana dan para nakhoda bercakaran. Kapal terumbang- ambing dipukul ombak. Akhirnya ia dihanyutkan. PAS terlebih dahulu terjun bersendirian.

Kini kedua- dua kapal itu sedang berlayaran tanpa arah. Tidak mempedulikan rakyat dan pengundi. Samun menyamun terhadap kedua kapal semakin berlarutan. Terutama kapal BN yang masih banyak harta di dalamnya.
Rakyat di daratan melihat adegan ini tanpa berkelip. Ramai yang sudah mula tertidur tidak menghiraukan kedua kapal itu. Anak muda terutamanya mula mencari buluh untuk dijadikan kail. Ada yang sedang mencuri- curi menjeling minah Mat Salleh yang berjemur hampir telanjang di pinggir pantai.
Hasil daripada kehancuran dan ketidaktentuan kedua-dua kapal besar itulah, lahirnya dua sosok baru.
Dikatakan keduanya ialah jari-jari yang di bina daripada getah. Ia ciptaan teknologi yang baru. Seumpama jari. Nampak macam jari. Boleh bergerak macam jari sebenar. Cukup sifat jarinya.
Namun, ia masih dipersoalkan di kedai kopi di daratan, benarkah ia jari dan mampukah ia berfungsi sebagai pelampias nafsu seandainya perempuan kedatangan haid.
Tak faham? Dari tadi saya katakan ianya adalah analogi yang sangat berat. Baca perlahan- lahan. Saya yakin akhirnya anda akan ketawa berdekah- dekah. Kah Kah Kah.
Saya analogikan tentang dua jari ciptaan baru ini nanti. Selamat pagi dan Assalamualaikum warga Pulau semua!

HJ OSAMA

Derma mungkin pembelaan terbaik dalam mahkamah


Tindakan memberikan amaran awal beberapa hari sebelum memulakan operasi menahan dilihat sebagai sesuatu yang positif.Tindakan memberikan amaran awal beberapa hari sebelum memulakan operasi menahan dilihat sebagai sesuatu yang positif.
Sejak negara mempunyai penyapu baru, pelbagai tangkapan dan tahanan reman telah dilakukan terhadap pelbagai pihak yang mempunyai kedudukan tinggi.
Kepanikan dan kerisauan keluarga suspek suspek VIP berkenaan kerana terdapat amoun tunai yang kurang munasabah dalam akaun peribadi masing masing serta harta yang dikira terlampau mewah melampaui kemampuan asal mereka yang makan gaji sekalipun berkedudukan tinggi.
Jawapan yang amat mudah mungkin derma sama ada daripada Arab Saudi, Zimbabwe ataupun daripada individu terkenal seperti Warren Buffet, Bill Gates ataupun Syawal Biras kepada Muharram dan Safar dalam filem Ahmad Albab ataupun Ellie Palestin yang dulunya pernah nak derma lebih RM1billion pada sebuah NGO yang berkaitan pencegahan kanser di negara kita yang mana Ellie Palestine barangkali kini tenang berehat di Tanjung Rambutan.
Dipetik Laporan Gulf Times sepuluh tahun lalu.
“From Gulf Times of Tuesday, 10 January, 2006
KUALA LUMPUR: Malaysian officials were scratching their heads yesterday over a $275mn (RM1.07 billion) charity pledge from a Lebanese businessman whose credibility has been questioned in the media.
The massive "donation" to the National Cancer Council from Malaysia-based businessman Elie Youssef Najem made front-page news over the weekend after a press conference held by delighted charity officials.
But the headlines were replaced yesterday with a series of complaints from people who said he had cheated them out of their wages and out of large sums owed for everything from flowers to furniture. Reports said that charges for criminal breach of trust had been lodged with police against Najem, who claims to be worth $46bn. Malaysia's health minister Chua Soi Lek also cast doubt on the credibility of the businessman who reportedly lives in a modest apartment in Kuala Lumpur.
"I find it hard for it to be true because it's a huge amount," Chua was quoted as saying in the New Straits Times. The newspaper said a number of former workers and contractors had complained about Najem.
"I had my doubts when he claimed to be a lord in Canada and a prince in Lebanon," said Farizatul Akma, who quit work after one day after seeing the businessman's cheques bouncing.
"We know who this individual is and he has been investigated previously for cheating and alleged criminal breach of trust," city commercial crimes chief Assistant Commissioner Aris Ramli told the newspaper. Najem, 45, could not be reached for comment but has insisted he is a bone fide businessman.
"I come from a very important family in the Middle East and my donations to the National Cancer Council involve people high up in Malaysian society," he was quoted in the Star daily yesterday. - AFP
Seterusnya para suspek dalam kes terkini dalam negara kita perlu mendapatkan saksi yang dah berjumpa penderma dan tengok dengan mata sendiri wang dermaan si penderma tanpa mengira faktor penderma mungkin meninggal dunia selepas itu.
Memandangkan terdapat 'precedent', menerima derma tidak menyalahi undang undang sekalipun memegang jawatan dalam kerajaan mahupun institusi swasta maka, InshaaAllah ada rezeki mungkin satu sidang akhbar akan di adakan bagi membersihkan nama mereka yang berkenaan dan kes mereka akan diarah tutup.
Akta SPRM 2009 yang dengan jelas mendefinasikan suapan termasuk derma tidak lagi terpakai sekalipun sepatutnya Akta yang diberikan keutamaan daripada kenyataan rasmi yang bukan bersifat undang-undang Untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap isu siasatan pelbagai negara terhadap syarikat hutang negara ada pelbagai cara lain selain daripada meneruskan tindakan terhadap mereka mereka yang berjawatan tinggi.
Contohnya jika salah seorang daripada ahli keluarga terdekat pemimpin ataupun pasangan berlari di tengah pembahagi jalan di Bukit Bintang sambil menyanyikan lagu Aku Anak Kampung tanpa berpakaian mungkin boleh membuatkan rakyat lupa seminggu kes syarikat hutang negara dan mungkin rakyat boleh terus ketawa bertahun tahun lamanya.
Cara lain untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada membincangkan isu syarikat hutang negara mungkin dengan si penyapu baru mengambil keputusan untuk 'menembak' dirinya sendiri justeru mungkin menambah sehari dua lagi untuk rakyat tidak membincangkan hal syarikat hutang negara.
Mungkinlah pengorbanan dan jasa sebegini melayakkan beliau mendapat pelbagai anugerah dan pujian kelak.
Tindakan memberikan amaran awal beberapa hari sebelum memulakan operasi menahan supaya mereka yang berkenaan menyerah diri supaya dapat di pertimbangkan kes mereka sebagaimana di lapor media secara meluas mungkin di lihat sebagai tindakan yang positif di mata rakyat amnya.
Namun sebenarnya tawaran berkenaan cuma terletak dibawah bidang kuasa jabatan lamanya iaitu Pejabat Peguam Negara dan kini beliau bukan lagi bekerja di sana justeru kuasa berkenaan ada pada ketua lamanya sahaja dan bukannya pada beliau melainkan beliau masih menganggap beliau masih bekerja di pejabat lamanya.
Sebenarnya, segala perbuatan kita bergantung kepada niat kita sepertimana sabda Nabi Muhammad saw, “Sesungguhnya setiap amalan(perbuatan) bergantung kepada niat’’ (Hadith Sahih Bukhari/Muslim) dan keikhlasan cuma dapat di nilai oleh Allah swt sepertimana yang di bincangkan secara tidak langsung sepanjang 2 jam dalam filem Indonesia, “Kiamat sudah dekat’’ yang boleh di tonton di youtube.
Justeru, apa sebenarnya motif penahanan mereka mereka yang berkenaan. Apakah benar benar untuk membanteras rasuah? Jika benar benar ikhlas, bagaimana pula dengan kes kes berprofil tinggi yang berlambak lambak termasuk yang telah kembali menjadi menteri selepas terpaksa meninggalkan kabinet sedikit masa lalu kerana kes yang melibatkan siasatan SPRM(BPR)?

Najib Hanya Takut Allah, Bukan Individu Umur 92 Tahun......

Najib MO1 dan Duit 1MDB Biayai Empayar Hiburan

Oleh A Kadir Jasin
 
BUAT kali kedua Pengarah Strategik Barisan Nasional, (Datuk) Abdul Rahman Dahlan dilaporkan telah menamakan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, sebagai orang yang digelar “Malaysian Official 1” (MO1) oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Ahli Parlimen BN Langkawi, Nawawi Ahmad, misalnya cuba mengabui mata rakyat jelata dengan mengaitkan MO1 dengan Yang di-Pertuan Agong. Dia kemudian memohon maaf atas perbuatan bodohnya setelah menyalahkan orang lain kononnya menyalahtafsirkan kenyataan beliau.
Tetapi pengesahan Abdul Rahman ini bukan calang-calang pengesahan. Ia adalah pengesahan taraf  Kabinet dan standard global oleh salah seorang pembela terulung Perdana Menteri.
Ia bukan pengakuan lawak standard Ahli Parlimen Langkawi. Ia pengesahan rasmi yang dibuat bukan kepada media arus perdana tempatan yang boleh diperkotak-katikkan tetapi kepada penyiar global – British Broadcasting Corporation (BBC). Bukan sebarang orang boleh dapat “airtime” di BBC. (Baca/tonton di sini).
Jadi, akibat pengesahan Abdul Rahman itu bertambah kuat dan jelaslah bukti yang selama ini cuba dipertikaikan iaitu Najib adalah numero uno – orang nombor satu – 1MDB.
Atau adakah Abdul Rahman juga akan buat macam Ahli Parlimen Langkawi dengan mengatakan kenyataan beliau diputarbelitkan atau disalah takrif? Boleh buat tapi sudah terlambat.
Masih Tak Percaya?
Soalnya, dengan pengesahan kepada BBC oleh Abdul Rahman bahawa MO1 adalah Najib, masih adakah lagi konco, macai dan balaci pemakan dedak akan cuba putar-belit dan adakah lagi pihak yang tidak percaya?
Ini termasuklah para ulama dan agamawan PAS. Berpandukan pengalaman lalu, saya rasa segelintir mereka akan terus tidak percaya walaupun pengakuan itu dibuat oleh menteri Najib sendiri.
Kita sudah lihat macam mana Presiden PAS, (Datuk Seri Tuan Guru) Haji Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Am (Datuk Tuan Guru) Haron Din dengan keras menafikan pembabitan Najib dalam dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan 1MDB.
Malah mereka kini menjadi kayu penongkat mahligai politik Najib yang condong dan goyang.
Tetapi penafian Abdul Hadi dan Haron menjadi semakin sukar dipercayai dan dipertahankan dengan semakin banyaknya pendedahan baru yang sangat sensasi mengenai penipuan dan penyelewengan duit 1MDB.

Menanti PM Najib menyatakan Siapa MO1


OLEH DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
1.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri perlu tampil menyatakan siapakah Malaysia Official 1 (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.Ini bagi mengelak dari tanggapan yang PM Najib tidak seberani Datuk Abd Rahman Dahlan Menteri di JPM. Mana mungkin PM Najib lebih penakut dari Rahman Menteri di JPM.



2.Selagi PM Najib tidak membuat penjelasan siapa Malaysian Official 1 (MO1) ini akan memperlihat ada menteri yang takut hendak menyatakan siapakah MO1, walaupun ada menteri yang terkeluar cakap dan menyatakan MO1 itu ialah Perdana Menteri Najib. Ini akan mempamerkan kabinet tidak sekata.

3.Sebagai pahlawan Bugis,Najib sepatutnya tampil dengan berani menyatakan siapakah MO1.Najib tidak boleh membiarkan ada Menteri yang cakap dan menyatakan MO1 ialah Perdana Menteri Najib dan ada pula Menteri yang tak berani mengaku bahawa MO1 adalah Perdana Menteri Najib. Saya tidak pasti Menteri dan peguam negara yang tak berani menyatakan PM Najib  adalah MO1 adalah orang bodoh.Yang jelas Rahman Dahlan menyatakan hanya orang yang bodoh saja tak tahu siapa itu MO1.Malah ada Ahli Parlimen yang biadab dengan mengaitkan Tuanku Yang Di Pertuan Agong sebagai MO1.

4.Saya yakin PM Najib bersetuju bahawa rakyat ingin melihat Perdana Menteri  yang berani dan bertanggungjawab.  Berani bertanggungjawab adalah ciri pahlawan Bugis yang pernah kita baca. Kita tak mahu rakyat melihat PM Najib seperti yang selalu dilihat orang di Bugis Street.Oleh itu PM Najib perlu menampilkan watak kepahlawanan Bugisnya  menyatakan siapa MO1.

5 Kepada Menteri  Kabinet dan Peguam Negara perlulah sepakat sama ada mereka bersetuju atau tidak pengakuan Datuk Rahman Dahlan yang PM Najib adalah MO1.Ini adalah babak penting dalam episod mencari jawapan tentang wang berjumlah AS681 juta (RM2.6) bilion berakhir ke dalam poket (akaun) MO1.

#SingkirMO1
#SingkirKabinetMangkukHayun
#SelamatkanMalaysia

Susahnya memaknakan merdeka

Oleh Dr Muhaimin Sulam
Sang Ogos sudah berlalu selepas kita masing-masing sibuk melaungkan slogan "merdeka". Ia adalah laungan patriotik. Bagi sesetengah keadaan untuk menjadikan detik itu kelihatan lebih religious, laungan merdeka disertai takbir.


Mengikut sejarah orang pertama melaungkan merdeka sebagai slogan perjuangan adalah Ahmad Boestamam yang ketika itu mengetuai Angkatan Pemuda Insaf (API). Beliau mendapat aspirasi daripada semangat kemerdekaan di Indonesia. Mengapa dia mengambil semangat dari Indonesia? Jika rajin untuk membuat perbandingan kita akan dapati perkembangan istilah berkaitan rasa patriotik negara ini dengan jiran memang jauh tercicirnya.
Taiplah pada papan kekunci, buat carian berdasarkan istilah "merdeka", "tanahair", "negara" atau apa-apa istilah yang boleh dikaitkan dengan semangat kebangsaan, ternyata 95 peratus daripada jawapan yang dicadangkan berasal dari negara tetangga kita itu.
Sebelum Ahmad Boestamam menyebut "merdeka" sebenarnya terdapat tulisan lebih awal mengenai istilah itu wujud, namun maknanya masih berada dalam ruang lingkup sempit.
Istilah merdeka ada disebutkan dengan dalam beberapa karya Melayu klasik walaupun ditulis/dilafaz dengan sedikit perbezaan. Ada yang menyebutnya sebagai "merdeheka" dan "merdehika".
Seperti kebanyakan istilah bahasa Melayu berasal daripada penyesuaian dengan bahasa Sanskrit, begitu juga istilah "merdeka" datang daripada asal sama iaitu "maharddhika" - membawa makna kekayaan, keagungan dan kekuasaan.
Namun kebanyakan istilah "merdeka" yang terdapat dalam karya Melayu klasik merujuk kepada keadaan semasa sosial yang mengamalkan sistem perhambaan. Oleh itu, istilah "merdeka" bercerita tentang status seseorang.
Falsafah merdeka terlarang
Dalam Sulalatus Salatin - sebuah kitab karya agung Melayu - hanya sekali "merdeka" dicatatkan. Ia merujuk kepada kisah si Badang yang dibebaskan daripada status hamba. Sulalatus Salatin mencatatkan: "maka dipanggil orang kaya Sayung; Badang pun dimerdehekakannya."
Di dalam Hikayat Amir Hamzah dicatatkan: ‘Kedua kuberi emas sekati akan upah, dan engkau pun kumerdahekakan; tetapi hendaklah engkau beri racun ini dimakan oleh ..."
Kitab Taj us-Salatin pula mencatatkan "pahalanya dalam akhirat seperti seorang sahaya dimerdekakan dalam dunia dengan karena Allah Ta'ala adalah merdekakan."

Nik Abduh anggap anak buah Tok Guru ajaib


Nik Abduh Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU - Disebalik kontroversi kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengenai Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anak kepada pemimpin itu, Nik Abduh tampil memberi kenyataan sinis dalam Facebooknya hari ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, ketika mana Tok Guru masih hidup, pemimpin berkenaan sering menyatakan ayahdanya seringkali mengikut kata-katanya.
"Masa Tok Guru hidup dulu, dia ni sering bagitahu orang bahawa Tok Guru akan ikut saja cakap dia. Lepas Tok guru meninggal pun, dia masih bagitahu orang bahawa kalau masih hidup, Tok Guru akan ikut dia tinggalkan Pas dan masuk parti baru.
“Nampaknya, sampai mati Tok Guru istiqamah ikut dia. Memang 'rare' (ajaib) murid Tok Guru ni sorang..."katanya.
Walaupun tanpa menyatakan nama, kenyataan sinis Nik Abduh itu jelas menuju kepada Husam yang mendakwa mendakwa Nik Abdul Aziz akan mengikut jejaknya menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar Husam kerana menngunakan nama Nik Abdul Aziz selepas kematiannya.
Beliau turut menyifatkan kenyataan Husam itu sebagai jahil agama.
Sebelum ini, umum mengetahui, hubungan rapat Husam dan Nik Abdul Aziz dalam kepimpinan Kerajaan Kelantan sehingga  pemimpin utama Pas  itu seringkali mempertahankan Husam dalam beberapa isu berbangkit.
Husam tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri selepas PRU13 yang menyaksikan Nik Abdul Aziz juga melepaskan jawatan menteri besar yang disandangnya lebih 20 tahun.

Rakyat lebih utamakan kos sara hidup berbanding 1MDB


Rakyat lebih utamakan kos sara hidup berbanding 1MDB - Kajian

Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli membuat satu kajian selidik ringkas mengenai kecenderungan isu dalam kalangan rakyat bagi menjadi pandu arah ahli politik menghadapi pilihan raya umum ke 14.
Dapatan kajian itu, katanya, agak mengejutkan. Menurutnya, rakyat lebih mengutamakan isu-isu kebajikan dan kenaikan kos hidup berbanding skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ghairah diperkatakan ahli politik pembangkang.
Menurut Rafizi, kajian itu juga membuktikan agenda menukar perdana menteri Najib Razak tidaklah begitu popular kerana rakyat lebih mahukan penyelesaian mengenai keadaan hidup mereka.
“Saya telah membuat satu kaji selidik ringkas yang disertai oleh 718 responden sejak dua minggu lalu. Kaji selidik ini disebarkan secara meluas melalui media sosial dan whatsapp. Kajian ini bertujuan membantu saya memilih isu yang penting untuk rakyat.
“Sedang saya bersetuju sepenuhnya dengan usaha menukar Perdana Menteri serta merta kerana bimbang ada usaha menutup skandal 1MDB dengan menggunakan dana-dana awam seperti Tabung Haji, KWAP, KWSP, PNB, Perkeso dan lain-lain, saya juga khuatir keghairahan bercakap mengenai 1MDB dan memecat Perdana Menteri tanpa membela nasib rakyat terbanyak akan menyebabkan pimpinan Pakatan Harapan dilihat terpisah dari rakyat
“Dapatan-dapatan ini memberi panduan kepada saya bahawa tumpuan pimpinan Pakatan Harapan dan wakil rakyat sewajarnya untuk kembali membela nasib rakyat dengan memperjuangkan penyelesaian kepada masalah-masalah harian mereka,” kata Rafizi dalam satu kenyataan.
Beliau mengetengahkan fakta, daripada718 responden yang ditinjau hasilnya menunjukkan; i) 97% mempercayai ada bukti kukuh Najib terlibat dalam skandal 1MDB; ii) 67% berpendapat pendedahan baru mengenai 1MDB akan mempengaruhi keputusan mereka mengenai 1MDB;
iii) 92% berpendapat isu-isu kebajikan rakyat lebih penting diketengahkan berbanding Rang Undang-undang 355 dan iv) Memperjuangkan isu rakyat untuk membela rakyatadalah agenda penting yang rakyat mahu wakil mereka laksanakan; lebih tinggi daripada mendedahkan skandal 1MDB dan menukar Perdana Menteri

Amanah tawar kerajaan Islam lebih baik, fokus isu rakyat bila diberi peluang mentadbir


Datuk Husam bergambar bersama penduduk Banggol Setul selepas minum pagi bersama merekaDatuk Husam bergambar bersama penduduk Banggol Setul selepas minum pagi bersama mereka
Parti Amanah Negara (Amanah) menawarkan pentadbiran Islam lebih baik dan memfokus untuk menyelesaikan isu-isu rakyat bila diberi peluang menjadi kerajaan di Kelantan.
Adun Salor, Datuk Husam Musa yang kini Adun Amanah tunggal di Kelantan berkata rakyat Kelantan perlu memilih satu kerajaan yang meneruskan cara Tok Guru Nik Aziz jika mahu negeri itu maju dan selamat pada masa depan.
Datuk Husam Musa di majlis ramah mesra di kampung Cherang Kota BharuDatuk Husam Musa di majlis ramah mesra di kampung Cherang Kota Bharu"Asas kerajaan arwah Tok Guru adalah Islam yang mengutamakan rakyat miskin dan mereka yang kekurangan keperluan asas, bukan mengejar taukey besar untuk dapat habuan segera.
"Arwah kalau ada orang miskin datang jumpa cukup sensitif dan saya sentiasa risau semasa bekerja bersamanya," kata beliau di majlis ramah mesra di kedai kopi Pok Ya, simpang Gebeng, Banggol Setul dalam Dun Meranti semalam.
Amanah kata beliau akan berusaha keras bagi membawa Islam yang mencari penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi termasuk masalah air, sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan menaikkan taraf hidup rakyat di kampung-kampung.
"Sekolah YIK kita telah berjaya mengubahnya daripada keadaan daif semasa kita ambil alih tahun 1990 menjadi begitu baik sekarang.
"Jasa awrah Ustaz Yahya Othman dalam hal ini amat besar walaupun nampaknya tiada siapa mahu mengenangnya," kata beliau.
Sepatutnya kata beliau tidak berlaku pemilihan secara salah dalam proses guru-guru YIK naik pangkat ke jawatan tetap.
"Semua orang tahu ada guru-guru YIK yang lama dan patut dinaikkan pangkat disishkan untuk diberi laluan kepada isteri orang besar atau mereka yang ada hubungan dengan wakil rakyat," katanya.
Kalau Amanah diberi kuasa menurut beliau, salah satu usaha terpenting adalah menjadikan semua guru YIK adalah tetap dan berpencen.
Sementara itu malam tadi ketika menghadiri majlis ramah mesra di kampung Cherang dalam kawasan Kota Bharu, beliau berkata bukan Pas sahaja yang memperjuangkan Islam, malah Amanah turut memperjuangkan Islam.

Belanjawan negara, tanggungjawab kita

Malaysia mempunyai tiga jenis kerajaan, pertama adalah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Setiap peringkat kerajaan ini bertanggungjawab penuh menguruskan dana awam.
Dana awam adalah dari kutipan cukai dan hasil pendapatan negara dari sumber yang lain. Akses kepada perbelanjaan dana awam bukanlah perkara yang bersifat sulit. Kerana itu ia dibentangkan setiap tahun sama ada di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Mesyuarat Penuh Majlis Tempatan.
Hak Warganegara?

WhatsApp Image 2016-09-03 at 13.43.12Sebagai warganegara yang prihatin kita harus memantau bagaimana kerajaan membelanjakan dana awam ini. Dokumen yang boleh kita dapati di ruang maya adalah Laporan Audit Negara
sama ada di peringkat persekutuan atau kerajaan negeri. Dengan meneliti dokumen ini kita boleh menilai tahap kecekapan sesebuah kerajaan.
Sebagai warganegara juga, sudah tentu kita mahu kerajaan menjalankan konsultasi awam sebelum dana awam dibawa untuk kelulusan di peringkat Parlimen, Dewan Undangan Negeri ataupun Kerajaan Tempatan. Perkara ini penting supaya perbelanjaan dana ini bersifat inklusif dan sampai kepada semua kumpulan sasar.
Belanjawan Responsif Gender dan Partisipatori (GRPB)
GRPB merupakan sebuah proses perbelanjaan yang melibatkan campur tangan kerajaan dan pa
rtisipatori (keterlibatan) rakyat supaya dana awam lebih mesra gender dan inklusif. Belanjawan ini mempunyai metodologi, dan boleh berkembang mengikut kesesuaian projek atau program.
Pulau Pinang mengambil langkah proaktif dan sekarang dalam proses menginstitusikannya di peringkat Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Sejak 2012, rakyat boleh mengakses pelbagai kejayaan dan perkara baharu yang telah dan akan diterapkan.
Rakyat Pulau Pinang juga boleh mencadang dan menilai keberkesanan belanjawan tahunan majlis tempatan melalui maklumbalas atau tinjauan belanjawan. Selain itu dialog belanjawan juga diadakan oleh kedua-dua majlis tempatan di Pulau Pinang sejak 2012.
Apa yang harus kita lakukan?
Kita akan memasuki suku keempat tahun 2016. Kebiasaannya pada waktu ini kerajaan-kerajaan akan mula membentangkan cadangan perbelanjaan bagi 2017 untuk kelulusan. Sebagai warganegara Malaysia, ayuh kita pantau dan menilai belanjawan ini sama ada ia berkesan dan menurut kehendak masyarakat.

Khalid Ketua Polis paling teruk, didakwa lindungi perompak negara - DAP


tony


KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER: Tan Sri Khalid Abu Bakar disifatkan sebagai Ketua Polis Negara “yang tidak bertanggungjawab dan yang paling tidak cekap dalam sejarah Malaysia” ekoran sikap acuh tak acuh beliau dalam menangani skandal terbesar melibatkan syarikat bermasalah negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, adalah dangkal apabila Khalid menegaskan bahawa polis tidak masuk campur dalam urusan 1MDB kerana menganggapnya sebagai hanya permainan politik
“Bagaimana Khalid boleh berkata ia hanya hal ‘politik’ apabila rakyat Malaysia meminta beliau menyiasat ‘skandal kewangan terbesar di dunia’ yang telah memperkayakan akaun bank Datuk Seri Najib Razak dengan AS$731 juta atau hampir RM3 bilion berdasarkan kadar pertukaran hari ini?
“Malah, jika ada yang terlibat dalam ‘politik’ (seperti yang dimaksudkan Khalid), ia adalah Ketua Polis Negara sendiri, yang jelas bertindak untuk melindungi Perdana Menteri yang telah disabitkan dengan pencurian terbesar dan menyokong parti pemerintah Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Khalid telah mengecewakan seluruh rakyat Malaysia kerana gagal untuk bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih terhadap semua penjenayah, tanpa mengira status dan kedudukan mereka.
Najib Razak dirujuk sebagai “Malaysia Official 1” (MO1) sebanyak 36 kali dalam saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dipercayai diseleweng dari dana 1MDB.
Identiti MO1 disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam wawancara dengan media penyiaran antarabangsa, BBC baru-baru ini.
Bagaimanapun, Khalid dilaporkan media seoalah-olah berkata saman sivil itu tidak serius justeru tidak perlu campur tangan pihak berkuasa Malaysia dalam hal terbabit.
Tony Pua berkata, dokumen saman yang dikemukakan DOJ itu meskipun bersifat sivil, namun mengandungi tuduhan jenayah berkaitan individu yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah tersebut.
“Mengapa polis tidak berminat dalam menyiasat hakikat bahawa lebih daripada AS$4 bilion telah disalahgunakan oleh 1MDB dan hakikat bahawa AS$731 juta telah dimasukkan ke poket Perdana Menteri?” soalnya.

Tukar kerajaan bukan seperti tukar baju, kata Salleh

Salleh berkata, golongan berpaling tadah itu seperti 'ular bertukar kulit' kerana wataknya bertukar 90 darjah sebaik sahaja 'bertukar kulit' dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.
Salleh Said KeruakKOTA BELUD: Bendahari Umno, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan ahli parti supaya sentiasa berhati-hati dengan tindak-tanduk beberapa individu yang dikiaskannya sebagai ‘agas-agas politik’ cuba merosakkan parti dengan mempolemikkan pelbagai isu.
Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata, beberapa ‘agas-agas politik’ yang dahulunya bersama dalam perjuangan Umno, kini berpatah arang dan bersekongkol dengan pembangkang.
Mereka meniupkan pelbagai sentimen semata-mata untuk meraih simpati umum agar kekal mendapat perhatian.
“Kita harus bangkit dan menentang orang ini yang menjadi dalang dan petualang merosakkan parti Umno dan cuba menenggelamkan bahtera Umno dengan mempolemikkan cerita seperti 1MDB dan ‘derma’, DoJ dan rasuah serta berbagai helah politik yang cuba diputarbelitkan.
“Orang yang sudah berpaling tadah ini, yang berkelana membawa jiwa bercelaru bukanlah pejuang sejati, sebaliknya seperti burung helang yang terbang sekadar mengintai-intai peluang, apabila mendapat maka dibawanya pulang, tetapi apabila tidak mendapat, maka dia pun terbang menghilang,” katanya ketika menyampaikan amanatnya pada mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Belud hari ini.
Timbalan ketua Umno Sabah itu turut mengibaratkan golongan terbabit sebagai ‘ular bertukar kulit’ kerana wataknya bertukar 90 darjah sebaik sahaja ‘bertukar kulit’ dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.
“Kalau dahulu tidak pernah pun bersuara memperjuangkan hak Sabah, tapi kini tiba-tiba cuba menjadi hero. Kalau dulu hanya berdiam sepi, tapi kini sibuk menjelajah ke seluruh negeri.
“Kalau dahulu mereka menjulang mempertahankan pimpinan, tapi kini melaungkan slogan menukar pemimpin dan kerajaan yang dipilih,” katanya.
Salleh berkata, untuk menukar sesebuah kerajaan, ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya seperti prinsip menukar baju, kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, undang-undang dan perlembagaan, sistem perundangan serta kehakiman yang harus didukung dan dijunjung rakyat sepenuhnya.

Wan Azizah: Anwar selalu pentingkan Pakatan berbanding keluarga

Semalam ialah hari ulang tahun ke-18 pemecatan Anwar daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri, oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Azizah
SABAK BERNAM: Meskipun berada di penjara, bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat mengambil berat dengan gabungan pembangkang dan perjuangan parti, kata isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah yang mengetuai Pakatan Harapan berkata beliau kadangkala sedih kerana Anwar lebih banyak bertanya tentang perkembangan dalam parti kepadanya, berbanding mengenai keluarga sendiri.
“Tetapi saya terima yang saya hanya isterinya, sedangkan dia milik rakyat Malaysia. Saya sangat bangga diberi peluang menjadi isteri kepada pejuang sejati. Walaupun dia dimalukan oleh musuhnya dan ada masanya dihina rakan sendiri, Anwar tidak pernah putus asa.
“Dia akan berjuang hingga hujung nyawanya. Anak-anak dan saya menerimanya sepenuh hati,” katanya di depan kira-kira 500 pengunjung pada satu majlis di sini, malam tadi.
Semalam ialah hari ulang tahun ke-18 pemecatan Anwar daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri, oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengenang siapa yang hadir dalam kejadian pada 1999 itu, Wan Azizah berkata sekutu terbarunya, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini presiden pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), adalah antara terawal melawat Anwar selepas pemecatannya.
“Mungkin tidak ramai tahu keakraban Muhyiddin dan Anwar. Saya masih ingat wajah sedih dan kecewa Muhyiddin ketika datang ke rumah kami. Dia juga diberi amaran oleh perdana menteri pada masa itu (Dr Mahathir) kerana berjumpa kami. Mungkin itu sebabnya dia tidak dipilih menggantikan Anwar.
“Dia juga meluahkan hasrat untuk bersara selepas Anwar tersingkir, tetapi Alhamdulillah dia tidak berbuat begitu, dan kini dapat menyertai perjuangan kami,” katanya.
Tujuh bulan selepas Anwar tersingkir, beliau dituduh meliwat dan kemudian dihukum 6 tahun penjara tetapi dilepaskan pada peringkat rayuan. Pada 2015 beliau dihukum penjara 5 tahun atas tuduhan liwat yang lain.

Salleh Gelar Petualang Umno ‘Alzheimer Politik’

Apandi Menari Dengan Menteri Di Khalayak Ramai Timbul Tanda Tanya

BN akan hilang 45 kerusi dengan hanya 4% undi tukar angin - Muhyiddin

Muhyiddin berkata, kajian yang dijalankan pakar juga menunjukkan BN mempunyai 7 kerusi goyah.
SABAK BERNAM: Barisan Nasional tidak sekuat yang dilihat kerana ia boleh kehilangan 45 kerusi dengan mudah pada pilihan raya umum akan datang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas timbalan perdana menteri itu mendakwa, apa yang diperlukan ialah sebilangan kecil pengundi beralih angin kepada pembangkang.
“Kajian saya menunjukkan BN mempunyai 67 kerusi goyah.
“Satu kajian dijalankan pakar yang saya lantik mendedahkan anjakan 4% peratus undi akan menyaksikan 45 kerusi BN jatuh ke tangan pembangkang,” katanya dalam jerayawara anti-1MDB anjuran PKR yang dihadiri kira-kira 500 orang, malam tadi.
Sehubungan itu, presiden sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menyeru semua parti pembangkang supaya bersatu bagi memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam siri jelajah memfokuskan 1MDB yang dilabelkan “1Malaysia Dalam Bahaya” itu, Muhyiddin turut menjawab persoalan beberapa pihak berhubung kesahihan dakwaannya yang Datuk Seri Najib Razak mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun peribadinya sebelum menerima RM2.6 bilion.

Muhyiddin kecewa rampasan kuasa gagal, kata s/u Najib

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas kecewa dengan akuan berkanun dan percubaan rampasan kuasa yang gagal, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku
Sariffuddin Tengku Ahmad.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, impian Muhyiddin untuk
menjadi Perdana Menteri telah musnah dan kerjaya politiknya berakhir dalam keadaan mengaibkan.
"Muhyiddin harus melakukan perkara yang betul untuk negara, rakyat
dan parti yang telah memberinya begitu banyak – dan berundur secara senyap," kata beliau.
Semalam, Muhyiddin mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyaman beliau jika tuduhan rasuah melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar.
"Menggunakan 1MDB sebagai alasan, serangan bertubi-tubi melalui kempen memburuk-burukkan dan pembohongan bukan didorong oleh kepentingan negara dan rakyat, tetapi semata-mata untuk mencapai cita-cita politik yang mementingkan diri," kata Tengku Sariffuddin.
Tengku Sariffuddin berkata penyingkiran Muhyiddin daripada Kabinet dan UMNO adalah disebabkan perbuatannya sendiri.
"Dia melihat laluan ke puncak melalui rampasan kuasa yang didalangi Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad). Ia merupakan perebutan kuasa terhadap prinsip-prinsip demokrasi, dan ia gagal," katanya.
Di samping itu, beliau berkata peluang mendedahkan akuan berkanun di
mahkamah menunjukkan bahawa Muhyiddin telah melakukan kecurangan dengan isteri orang lain selama bertahun-tahun.
"Keputusan beliau untuk tidak menyaman, seperti apa yang beliau selalu
mencabar orang lain untuk melakukan, menunjukkan bahawa dakwaan itu adalah benar," katanya.

GST punca harga barang naik, orang miskin tidak mampu beli makanan berkhasiat

Pelaksanaan GST menyebabkan kenaikan harga barangan serta makanan dan pengguna yang perlu menanggung kesannya.
elitmway_gst_600
KUALA LUMPUR: Pemborong dan peruncit menyalahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 sebagai punca kenaikan harga barangan sehingga menyebabkan golongan miskin tidak mampu membeli makanan berkhasiat.
Pegawai komunikasi Elitway Sdn Bhd yang membekalkan bahan makanan mentah dan kering, Hanafi Talib berkata, pengguna tidak boleh menyalahkan pemborong kerana harga barangan mengalami kenaikan bermula di peringkat pengilang lagi.
“Sejak pelaksanaan GST, semua barang memang naik harga. Kami sebagai pemborong memang boleh claim (tuntut balik), jadi tidak terkesan sangat. Kesannya memang pada pengguna.
“Contohnya tepung. Kami ambil dari pengilang sekotak berharga RM13, pemborong jual RM13.20. Untung 20 sen sahaja. Kalau ikutkan, kami hendak bayar kos penghantaran termasuk minyak, tol dan gaji pekerja lagi, apa yang kami untung?
“Berniaga zaman sekarang dah tak macam dulu. Segalanya memang sudah naik,” katanya yang ‘lali’ dengan rungutan peruncit dan pengguna ketika dihubungi FMT hari ini.
Hanafi berkata, ‘perkhidmatan orang tengah’ yang meraih keuntungan besar juga tidak wujud lagi sekarang dan beliau tidak menyalahkan pengilang dalam isu kenaikan harga barangan.
“Bagi sektor ayam dan daging, itu kena tanya penternak. Mereka bagi alasan dedak pun dah naik harga. Harga ayam sejak Hari Raya Aidilfitri belum turun lagi,” katanya yang masih menunggu penurunan harga ayam diumumkan kerajaan.
Mohd Annuar Mohd Saman yang mewakili peruncit Desa Subang juga bersetuju pelaksanaan GST adalah punca kenaikan ketara harga bahan mentah, khasnya makanan berkhasiat.
“Untuk penjualan makanan berkhasiat, sebelum ada GST pun dah mahal, apa lagi selepasnya,” katanya sambil menambah hanya individu berkemampuan boleh membeli makanan organik.
Beliau turut menggesa kerajaan melakukan pemantauan berterusan untuk menghalang pemborong dan pembekal menaikkan harga bahan mentah sesuka hati.

Mahasiswa desak polis segera siasat Najib, Rahman Dahlan


Anis Syafiqah Md Yusof Anis Syafiqah Md Yusof
Gabungan Tangkap Malaysian Official 1 (#TangkapMO1) mendesak pihak polis supaya tidak bersikap pilih kasih dengan segera menyiasat Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jurucakapnya, Anis Syafiqah Md Yusof berkata, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap institusi yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat ini jika polis terus berdiam diri.
“Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mengeluarkan kenyataan di media antarabangsa mengatakan bahawa MO1 itu adalah Datuk Seri Najib Tun Razak, maka kami merasakan mereka berdua ini perlu dipanggil dengan segera untuk disiasat,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pihak polis perlu membuktikan bahawa mereka berkhidmat atas kepentingan rakyat dengan menyiasat dan mengenal pasti individu sebenar Malaysian Official 1.
“Kami merasakan pihak polis perlu segera bertindak tidak lebih daripada dua hari seperti apa yang mereka lakukan terhadap individu yang mereka rasakan terlibat dalam himpunan aman 27 Ogos lalu.
“Rakyat juga akan tertanya-tanya kenapa begitu cepat individu yang terlibat dengan himpunan #TangkapMO1 dipanggil untuk siasatan tetapi pendedahan mengenai perompak duit rakyat ini masih dibiarkan begitu sahaja?” bidasnya.
Mengulas lanjut tindakan polis memanggil beberapa aktivis yang terlibat dalam himpunan #TangkapMO1 pada 29 Ogos lalu atas alasan untuk diambil keterangan, Anis berpendapat siasatan tersebut berniat jahat.
“Kami mengecam pihak polis atas siasatan yang dikenakan termasuklah tindakan menggunakan Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan iaitu mengancam demokrasi berparlimen atas himpunan yang berlangsung dengan aman pada Sabtu lalu.

“Siasatan itu juga hanya ingin menakutkan mahasiswa yang sudah tidak sabar untuk melihat perompak terbesar negara didedahkan dan didakwa.

NAJIB, PM PALING LEKEH.....

Sesiapa pun yang menjadi pemimpin, apabila ada dakwaan secara langsung ditujukan kepada mereka, biasanya pemimpin berkenaanlah yang akan tampil memberi penjelasan berkaitan apa yang didakwa itu.

Ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, semua dakwaan terhadap dirinya sentiasa dijawab olehnya dengan logik yang mudah serta hujah yang meyakinkan.

Sama ada ketika berkrisis dengan Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim atau semasa menyerang Najib Razak, semua isu berkaitan dirinya yang dipersoalkan akan dijawab sendiri oleh Tun Mahathir. 

Hanya setelah itu, barulah pemimpin-pemimpin lain menyebarkan jawapannya itu atau memberikan jawapan tambahan bagi mengukuhkannya lagi.

Kekuatan Tun Mahathir, selain logik yang mudah serta hujah yang meyakinkan, bahasa yang digunakannya juga ringkas dan senang difahami.

Tidak pernah sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau mewakilkan kepada pegawai khas, setiausaha akhbar atau mana-mana pegawainya untuk menjawab sebarang dakwaan yang dikaitkan langsung terhadap dirinya.

Tun Mahathir sentiasa ada keberanian untuk menjawab apa-apa persoalan yang ditujukan kepafa dirinya. Beliau tidak lari, tidak berselindung dan tidak juga menyembunyikan dirinya.

Malah, di sebalik Tun Abdullah Badawi yang dikatakan lemah dan selalu tidur, ketika era kepimpinannya sedang dipertikai dahulu, beliau juga punya keberanian untuk tampil menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan khusus tentang dirinya.

Tiada ruang untuk setiausaha akhbar, pegawai khas dan  lain-lain pegawai-pegawai Tun Mahathir atau Tun Abdullah untuk tampil menjawab bagi pihak diri mereka.

Sebenarnya, itulah tanggungjawab moral yang paling asas bagi seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi yang memegang jawatan Perdana Menteri. Di situlah terserlahnya wibawa, ketokohan serta keyakinan rakyat. Ia juga menjadikan rakyat merasakan benar-benar mempunyai Perdana Menteri.

Tetapi, di era kepimpinan Najib yang kononnya hebat dan penuh gaya ini, tanggungjawab moral itu sudah tiada lagi. Banyak persoalan yang ditujukan khusus kepada Najib, hanya dijawab dengan diam dan bisu tanpa kata-kata oleh yang empunya tubuh, sebaliknya sang setiausaha akhbar pula yang kerap tampil menjawab bagi pihak dirinya.

Perkara itu pula sudah banyak kali berlaku yang seolah-olah memperlihatkan Najib tidak ada berani untuk mempertontonkan air muka penuh tulus serta sinar keyakinan wajahnya kepada umum. 

Dr M: Akta MKN beri Najib kuasa lebih dari Agong

Walaupun perintah darurat diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong memberi pertimbangan sewajarnya kepada hak-hak warganegara yang ditahan, namun hampir tidak ada had kepada kuasa perdana menteri di bawah Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata akta itu menjadikan Datuk Seri Najib Razak dari segi teknikal lebih berkuasa daripada Agong dengan mengisytiharkan zon keselamatan dan hanya bertanggungjawab kepada dirinya sendiri.
Mahathir berkata walaupun Pengarah Operasi MKN mempunyai kuasa bertindak, kuasa mutlak terletak kepada perdana menteri sebagai pengerusi MKN.
Selepas membaca dengan teliti perlembagaan dan akta itu sendiri, Mahathir menyenaraikan beberapa kuasa yang diberikan oleh Akta MKN kepada perdana menteri:
-Untuk mengosongkan dan memindah orang, mengiystiharkan perintah berkurung, mengawal pergerakan jalan raya, jalan air dan pesawat udara;
-Menahan individu, menggeledah dan menyita kenderaan serta harta peribadi;
-Mengambil hak milik sementara tanah, bangunan atau harta, memusnahkan bangunan yang tidak diduduki dan permintaan untuk sumber;
-Menggunakan kekerasan yang munasabah dan perlu; dan
- Mengetepikan inkues, menguatkuasakan kewajipan kerahsiaan dan mengabaikan prosiding guaman dan undang-undang.
Mahathir menegaskan bahawa ini sahaja memberi kuasa berbahaya kepada Najib.
"Dia boleh menggunakan kekerasan yang munasabah dan mengetepikan sebarang inkues, sekiranya seseorang pegawai penguat kuasa atau orang yang ditangkap mati. Beliau dilindungi sepenuhnya terhadap guaman dan prosiding undang-undang.
"Semua prosiding MKN akan menjadi rahsia rasmi. Tiada anggota majlis boleh mendedahkan apa-apa, termasuk perbuatan jenayah yang dilakukan," dakwa Mahathir dalam blognya hari ini.

'Saya hanya takut pada Allah', kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan beliau tidak gentar menghadapi musuh dan tidak akan sesekali berundur daripada perjuangannya, meski pun menerima serangan bertubi-tubi dari dalam dan luar negara.
Beliau berkata perjuangannya dipacu oleh semangat kebersamaan, perpaduan dan sokongan yang diterima daripada semua pihak khususnya daripada Parlimen Pekan, yang menjadi kubu politiknya sejak menyertai bidang itu.
"Berbekalkan semangat itu, kita akan bangkit semula. Lawan tetap lawan. Saya tidak takut pada sesiapa, hanya takut pada Allah SWT.
"Saya tidak takut pada orang yang khianati Umno selepas jadi pemimpin sepanjang 22 tahun. Patutkah saya takut pada orang yang sudah berusia 92 tahun? Kita tidak payah cakap banyak tentang orang yang sudah banyak terbabas. Insya Allah, kita boleh mencapai kemenangan berkat kebersamaan kita," katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap menggulung perbahasan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pahang, hari ini.

Menurutnya semangat perjuangan beliau tidak pernah luntur walaupun pernah berhadapan detik hitam pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10 pada 1999 apabila hanya menang dengan majoriti 241 undi.
"Ramai yang suruh saya pindah ke kawasan lain kerana kata Pekan tidak selamat lagi buat saya. Namun, saya tolak cadangan berpindah sebab saya nekad. Saya bermula di Pekan dan politik saya akan berakhir di Pekan," katanya.
Sehubungan itu, Najib yang juga Ketua Umno Bahagian Pekan meminta supaya 148 cawangan Umno di Pekan berjuang bersamanya bagi memperoleh majoriti melebihi 40,000 undi pada PRU akan datang, sekali gus menjadi jawapan paling utuh kepada mereka yang menyerangnya.
Beliau turut mengingatkan anggota perwakilan supaya sentiasa menjaga akar umbi masing-masing dan tidak bercakaran sesama sendiri selain menyelesaikan masalah dalaman secara bertoleransi.
"Saya kena jaga gelanggang yang lebih luas. Saya perlu ke hulu dan ke hilir. Saya perlu mentadbir isu negara yang semakin hari semakin kompleks termasuk dimensi luar yang lebih luas.
"Janganlah memeningkan kepala saya dan jangan sampai menimbulkan apa-apa yang boleh membawa persepsi negatif tentang bahagian Pekan," pintanya kepada anggota perwakilan berkenaan.
Pada masa yang sama, Najib yang juga Menteri Kewangan berjanji akan mencari dana tambahan untuk Bajet 2017 bagi melaksanakan lebih banyak pembangunan di luar bandar dan mengurangkan bebanan masyarakat kampung.
"Kita akan cuba kaedah kreatif untuk tambah peruntukan kerana sedar dengan kesusahan yang terpaksa ditanggung mereka...mereka ini jugalah sanggup hidup mati bersama Umno.

RM1K: Saya tidak terguris dengan teguran ‘otai’ parti, kata Jamal

Jamal mengucapkan terima kasih kepada Rais atas teguran itu dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan mengeluarkan kenyataan serang balas.
jamalKUALA LUMPUR: Datuk Jamal Md Yunos tidak terguris dengan teguran Tan Sri Rais Yatim yang mengaitkan pemberian RM1,000 kepada perwakilan parti sebagai politik wang.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu turut mengucapkan terima kasih kepada Rais atas teguran itu dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan mengeluarkan kenyataan serang balas.
“Saya amat menghormati beliau sebagai salah seorang ‘otai’ dalam Umno. Saya faham pandangan berkenaan demi kebaikan saya dan ahli Umno lain pada masa akan datang.
“Apa yang saya harapkan sekiranya Tan Sri sudi hubungi saya untuk mendapatkan kenyataan lebih jelas,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Rabu lalu, Jamal mengumumkan pemberian wang tunai RM1,000 kepada setiap ketua cawangan Umno dan 646 perwakilan parti pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar, bagi menggantikan rancangan asal membawa mereka ke Dubai untuk lawatan sambil belajar.
Sehubungan itu, Rais yang dipetik Astro Awani semalam berkata, tindakan Jamal itu memalukan Umno dan membuktikan wujud amalan politik wang dalam parti itu.
Pemimpin veteran Umno itu juga berkata, ia menunjukkan berlaku rasuah, salah guna kuasa, pembaziran dan perbuatan membeli pengaruh dalam Umno.

Jamal tolak isytihar harta, salahkan DAP

Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos menolak desakan supaya beliau mengisytiharkan sumber kekayaannya selepas berjanji memberikan RM1,000 kepada setiap 646 perwakilan parti itu.
Beliau berkata pengisytiharan itu tidak perlu kerana tidak ada undang-undang memerlukan beliau berbuat demikian, sambil menambah ia adalah kesilapan parti pembangkang, terutamanya DAP.
"Sebelum PRU 13 PM dah usulkan supaya ahli-ahli parti politik kena isytihar siapa penderma, tapi malangnya parti pembangkang terutama DAP tak bersetuju supaya ahli politik isytihar penderma dah penyumbang.
"Jadi saya tak perlu nak isytihar apa-apa," kata Jamal kepada Malaysiakini.
Beliau menjawab gesaan termasuk daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, M Kulasegaran supaya mengisytiharkan sumber kekayaannya.
Jamal mengumumkan pemberian tunai itu semasa mesyuarat perwakilan Umno Sungai Besar, Rabu lalu.
Wang itu, katanya, adalah peruntukan daripada lawatan sambil belajar untuk 81 pemimpin cawangan dan ahli jawatankuasa bahagian itu ke Dubai yang kemudiannya dibatalkan.
Mengulas lanjut mengenai perjalanan yang dirancang, Jamal berkata ia adalah untuk mengembangkan pandangan pemimpin Umno Sungai Besar supaya mereka tidak menjadi "katak di bawah tempurung".
Beliau berkata mereka memilih Dubai kerana ia adalah sebuah negara Islam yang maju dan mahu belajar daripadanya.
Jamal berkata tiada ketua cawangan yang kecewa kerana tidak dapat dibawa ke Dubai dan merasakan ganjaran kepada para perwakilan adalah pilihan yang lebih baik.

Jamal: Politik wang hanya waktu pemilihan

Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos menafikan pemberian wang sebanyak RM1,000 kepada perwakilan parti itu sebagai politik wang kerana ia diberi bukan sewaktu pilihan raya.
Beliau mengalu-alukan kritikan terhadap keputusannya memberi ganjaran sebanyak RM1,000 kepada seramai 646 perwakilan dari bahagiannya.
"Politik duit ni kalau ada pertandingan saya membeli undi menggunakan duit untuk raih sokongan, supaya pertandingan tersebut saya menang.
"Tahun ini tak ada pertandingan, tahun depan pun tak ada pertandingan, 2018 baru ada pertandingan.
"Tidak ada pemimpin mana pun yang ingin gunakan duit poket sendiri untuk membeli undi tiga tahun," kata Jamal kepada Malaysiakini.
Beliau menambah jika wang itu diagihkan ketika pemilihan parti itu pada tahun 2018, maka beliau mungkin didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang.
Beliau mengulas kenyataan veteran Umno Tan Sri Rais Yatim semalam bahawa pemberian wang itu memalukan parti dan membuktikan amalan politik wang.
Jamal berkata beliau tidak melihat kenyataan Rais sebagai 'negatif dan akan menjadikannya pengajaran walaupun mahu bekas menteri itu menghubunginya terlebih dulu untuk mendapatkan penjelasan.
Tak mampu bagi 16,000 orang
Beliau juga mempertahankan langkah itu bagi memberi ganjaran kepada perwakilan yang telah berusaha keras dan berkorban untuk memenangkan BN pada pilihan raya kecil Sungai Besar Julai lalu.
"Kalau saya nak bagi semua ahli Umno 16,000 orang, mungkin tidak ada kemampuan.

Saya tak takut pada pengkhianat Umno, kata Najib

“Saya tidak takut pada orang yang khianati Umno selepas jadi pemimpin sepanjang 22 tahun. Patutkah saya takut pada orang yang sudah berusia 92 tahun,” katanya.
najib-umno
PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan beliau tidak gentar menghadapi musuh dan tidak akan sesekali berundur daripada perjuangannya, meski pun menerima serangan bertubi-tubi dari dalam dan luar negara.
Beliau berkata perjuangannya dipacu semangat kebersamaan, perpaduan dan sokongan yang diterima daripada semua pihak khususnya Parlimen Pekan, yang menjadi kubu politiknya sejak menyertai bidang itu.
“Berbekalkan semangat itu, kita akan bangkit semula. Lawan tetap lawan. Saya tidak takut pada sesiapa, hanya takut pada Allah.
“Saya tidak takut pada orang yang khianati Umno selepas jadi pemimpin sepanjang 22 tahun. Patutkah saya takut pada orang yang sudah berusia 92 tahun? Kita tidak payah cakap banyak tentang orang yang sudah banyak terbabas. Insya-Allah, kita boleh mencapai kemenangan berkat kebersamaan kita,” katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap menggulung perbahasan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.
Katanya, semangat perjuangan beliau tidak pernah luntur walaupun pernah berhadapan detik hitam pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada 1999 apabila hanya menang dengan majoriti 241 undi.
“Ramai yang suruh saya pindah ke kawasan lain kerana kata Pekan tidak selamat lagi buat saya. Namun, saya tolak cadangan berpindah sebab saya nekad. Saya bermula di Pekan dan politik saya akan berakhir di Pekan,” katanya.
Sehubungan itu, Najib yang juga ketua Umno Bahagian Pekan meminta 148 cawangan Umno di Pekan berjuang bersamanya bagi memperoleh majoriti melebihi 40,000 undi pada PRU akan datang, sekali gus menjadi jawapan paling utuh kepada mereka yang menyerangnya.
Beliau turut mengingatkan ahli perwakilan supaya sentiasa menjaga akar umbi masing-masing dan tidak bercakaran sesama sendiri selain menyelesaikan masalah dalaman secara bertoleransi.
“Saya kena jaga gelanggang yang lebih luas. Saya perlu ke hulu dan ke hilir. Saya perlu mentadbir isu negara yang semakin hari semakin kompleks termasuk dimensi luar yang lebih luas.
“Janganlah memeningkan kepala saya dan jangan sampai menimbulkan apa-apa yang boleh membawa persepsi negatif tentang bahagian Pekan,” pintanya.
Pada masa sama, Najib yang juga menteri kewangan berjanji akan mencari dana tambahan untuk Bajet 2017 bagi melaksanakan lebih banyak pembangunan di luar bandar dan mengurangkan bebanan masyarakat kampung.
“Kita akan cuba kaedah kreatif untuk tambah peruntukan kerana sedar dengan kesusahan yang terpaksa ditanggung mereka…mereka ini jugalah sanggup hidup mati bersama Umno.
“Jadi, kita mesti jaga orang kampung sebab mereka inilah saban tahun penyokong tegar kita, penyokong berani mati kerana kita, dan tidak pernah menyerah kalah kepada musuh politik…kerana merekalah Umno masih mampu berdiri tegak sehingga hari ini,”katanya.

Siapa ada masalah dengan Pas sila keluar, kata Abdul Hadi


Berita Abdul Hadi yang dilaporkan Ismaweb.Berita Abdul Hadi yang dilaporkan Ismaweb.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta mana-mana ahli yang mempunyai masalah dengan Pas agar keluar dari parti itu.
"Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar daripada Pas, senang sahaja… Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya kepada wartawan di perkarangan Masjid Rusila pagi tadi, lapor portal berita Ismaweb.
Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan bekas naib presiden parti itu yang dipecat, Datuk Husam Musa yang kini menyertai Amanah.
Menurut Hadi, sehingga kini tidak ada ahli Pas yang menurut jejak langkah Adun Salor itu menyertai Amanah.
"Ahli Pas tetap dengan Pas. Setakat ini tiada (ikut Husam)," katanya.

Bagi Hadi, Pas langsung tidak terkesan dengan penyertaan Husam Musa ke dalam Amanah.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak boleh menghalang keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah keputusannya sendiri.
“Itu terpulang (kepada keputusan) masing-masing, dia nak masuk parti apa, negara kita (negara) demokrasi. Tidak mahu masuk parti…masuk parti, atas pagar…terpulang pada dia (Husam), kita tidak boleh paksa.
“(PAS Kelantan) tidak akan tergugat. Insya-ALLAH makin teguh,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Baharu Banin (Putera) di Kompleks Maahad Darul Quran, di Rusila di sini, hari ini.

Peguam Dr M: Kenapa AG menari-nari dengan menteri?


TANGGUNGJAWAB DAN TINGKAHLAKU SEORANG PEGUAM NEGARA :

1. PEGUAM NEGARA adalah salah satu kerusi terpenting dalam pentadbiran negara Malaysia sehinggakan cara perlantikan, skop perjawatanan dan cara pemecatan dinyatakan secara khusus di bawah PERKARA 145 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
2. Selain dari menjadi Penasihat Undang-undang Utama kepada Kerajaan, PEGUAM NEGARA adalah juga pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan memelihara sistem keadilan jenayah negara untuk kepentingan awam , sehinggakan cuma PEGUAM NEGARA mempunyai kuasa untuk mendakwa mana-mana pihak termasuk syarikat, individu, mahupun penjawat awam dan MENTERI KERAJAAN yang dipercayai telah melakukan kesalahan jenayah.
3.PEGUAM NEGARA lah yang dipertanggungjawabkan untuk mendakwa orang yang dipercayai bersalah di Mahkamah, dan bertanggungjawab untuk memanggil kesemua saksi yang perlu dan menampilkan kesemua keterangan(bukti) yang perlu untuk meyakinkan Mahkamah bagi tujuan perolehan sabitan terhadap kesalahan yang dituduh di Mahkamah terhadap individu terbabit atau pihak terbabit.
4. Justeru, ianya adalah terpenting dalam sistem keadilan asasi (natural justice ), antara lain bahawa "keadilan bukan sahaja dilakukan, namun keadilan hendaklah nampak telah dilakukan" (justice is not only done, justice must be seen to be done). Dalam erti kata lain, tingkahlaku dan perhubungan PEGUAM NEGARA hendaklah di tahap profesional tertinggi dengan kesemua pihak, yakni orang awam mahupun MENTERI KERAJAAN, kerana seperi yang diperincikan di atas, antara tanggungjawab PEGUAM NEGARA adalah untuk mendakwa mana-mana pihak yang dipercayai telah melakukan kesalahan.
5. Dalam keadaan masa kini, di mana wujudnya pelbagai kritikan awam, laporan polis, laporan SPRM, dan Laporan pelbagai agensi siasatan dalam negeri dan luar negara berkaitan penyelewengan dana rakyat di dalam syarikat 1MDB serta salahguna kuasa yang wujud terhadap PERDANA MENTERI dan KERAJAAN terbabit, ianya adalah JAUH LEBIH PENTING mana-mana tingkahlaku PEGUAM NEGARA akan menarik perhatian awam, dan semestinya menarik perhatian awam di bawah konsep keadilan asasi (natural justice). Oleh itu, seorang PEGUAM NEGARA hendaklah sentiasa dalam apa hal keadaan sekalipun, menampilkan tingkahlaku yang mengatasi mana-mana kekhuatiran perlanggaran prinsip keadilan asasi (natural justice) tersebut.
6. Justeru, dengan berat hati saya sebagai seorang peguam, yakni seorang Pegawai Mahkamah dan Rakyat Malaysia, mengatakan dengan penuh kekecewaan bahawa tingkahlaku PEGUAM NEGARA yang dipaparkan di dalam video di bawah, tertakluk kepada mana-mana penjelasan munasabah jika wujud daripada pihak berkenaan, menampilkan tingkahlaku yang BOLEH DIPERSOALKAN berhubung kemungkiran konsep dan prinsip keadilan asasi (natural justice) tersebut, di atas 2 perkara pokok ;
a) Kenapakah PEGUAM NEGARA, sebagai PENJAWAT AWAM memakai PAKAIAN SERAGAM dengan MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN yang tampil semasa sambutan Hari Kemerdekaan 31.08.2016, di Dataran Merdeka, sedangkan PEGUAM NEGARA bukanlah MENTERI KABINET KERAJAAN, sehingga, akan menampilkan kecurigaan Rakyat, bagaimanakah PEGUAM NEGARA dapat melaksanakan keputusan berhubung mana-mana pertuduhan jenayah yang disiasat terhadap mana-mana PERDANA MENTERI ataupun MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN, jika beliau dari sudut pakaiannya, pun sudah sama sebagai MENTERI KABINET KERAJAAN ? !!!, DAN

MO1: BILAKAH RAHMAN DAHLAN MAHU DISIASAT?

Sedarkah kita bahawa mengaitkan Najib Razak dengan Malaysian Official 1 rupa-rupanya adalah suatu kesalahan?

Pada 1 Ogos lalu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua terpaksa mengadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM untuk diambil keterangannya kerana mengaitkan Najib Razak dengan Malaysian Official 1.

Menurut Tony Pua, SKMM memanggilnya setelah agensi itu difahamkan menerima lima aduan berikutan tulisannya di laman Facebook yang menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1 susulan dokumen saman oleh Jabatan Kehakiman AS sebelum itu.

Siasatan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar.
Selepas memberi keterangan, Tony Pua bagaimanapun bertegas bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan serta tidak akan memadam tulisannya yang mengaitkan Najib dengan Malaysian Official  1 itu.

Sehingga ini tidak diketahui apa nasib seterusnya kepada Ahli Parlimen DAP itu, sama ada akan didakwa atau dilepaskan begitu saja.

Tetapi dengan memanggil Tony Pua untuk diambil keterangannya kerana menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1, jelas bahawa bagi SKMM perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan atau boleh disabitkan dengan kesalahan.

Dalam erti kata lain, Najib cuba dielakkan sebarang kaitannya dengan Malaysian Official 1 yang didakwa oleh Jabatan Kehakiman AS telah menerima AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta daripada wang 1MDB yang dilencongkan melalui akaun bank peribadinya.

Tindakan Jamal aibkan parti, bukti wujud politik wang dalam Umno

Rais berkata, tindakan Jamal itu akan terus mengeruhkan imej Umno yang sudah teruk di mata masyarakat hari ini.
Rais YatimPETALING JAYA: Tindakan Datuk Jamal Md Yunos menawarkan RM1,000 secara terang-terangan kepada setiap perwakilan pada Rabu lalu, mengaibkan Umno kerana ia membuktikan wujud amalan politik wang dalam parti itu.
Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim berkata, ia turut menunjukkan berlaku rasuah, salah guna kuasa, pembaziran dan perbuatan membeli pengaruh dalam Umno.
Sehubungan itu, beliau menggesa majlis tertinggi parti mengambil tindakan sewajarnya supaya pemimpin lain menghentikan perbuatan sama seperti ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.
“Apabila Jamal membuat pengumuman itu, dengan sendirinya dia membuat kepastian tentang apa yang diserlahkan masyarakat terhadap Umno.
“Selama ini saya di dalam Umno, tidak pernah ada seorang pemimpin yang mengaku mengagih duit secara menyeluruh.
“Saya kena nasihatkan. Adakah selama ini anda guna duit untuk membuat lawatan, berfoya-foya, kepentingan remeh dan sebagainya.
“Orang boleh membuat perbandingan. Mengapa tidak diguna duit itu kepada anak-anak yatim atau kegunaan kelas tambahan kepada masyarakat,” katanya yang dipetik Astro Awani Online hari ini.
Rais mengulas tindakan Jamal mengumumkan pemberian wang tunai RM1,000 kepada setiap ketua cawangan Umno dan 646 perwakilan pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar, kelmarin, bagi menggantikan rancangan asal membawa mereka ke Dubai untuk lawatan sambil belajar.
Penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan itu berkata, tindakan Jamal itu akan terus mengeruhkan imej Umno yang sudah teruk di mata masyarakat hari ini.
Semalam, Jamal berkata, beliau adalah orang baik dan mempunyai ramai kawan yang murah hati dan sanggup menyumbang sehingga RM50,000 kepadanya.
Bagaimanapun, beliau tidak akan mengambil satu sen pun daripada sumbangan itu, sebaliknya ia akan diberikan kepada ahli Umno dan rakyat Sungai Besar.

Skandal 1MDB: Khalid nafi mohon bantuan perundangan bersama dengan AS


Tan Sri Khalid Abu BakarTan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon Bantuan Perundangan Bersama (MLA) Amerika Syarikat untuk menemubual saksi-saksi di luar negara berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Khalid menegaskan bahawa beberapa laporan yang disiarkan oleh media hari ini adalah tidak tepat.
"Ini tidak benar dan saya tidak pernah menyatakan seperti itu...semalam saya hanya menjelaskan proses jika siasatan hendak dijalankan di luar Malaysia.
"Sekiranya kita memohon untuk mengambil keterangan daripada saksi di luar negara, PDRM akan mengikuti protokal antarabangsa yang diperlukan dan memohon MLA di bawah bimbingan Jabatan Peguam Negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid berkata PDRM berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai berhubung siasatan ke atas 1MDB dan berharap siasatan akan selesai dengan secepat mungkin.
Ketika siasatan berjalan, semua pihak harus mengelak daripada menyiarkan apa-apa laporan yang boleh menimbulkan prejudis, kata beliau.
"Kegagaglan berbuat demikian akan menyebabkan PDRM mengambil tindakan selaras dengan undang-undang," kata beliau.
Khalid berkata fasa pertama siasatan ke atas 1MDB oleh PDRM telah selesai iaitu berdasarkan laporan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan dibincangkan.
"Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan dan memohon siasatan selanjutnya yang akan dilaksanakan oleh PDRM," kata beliau.

Amanah tanya Rahman Dahlan: Kamu cuba bohong siapa?

Rahman tidak perlu diingatkan pertamanya tidak ada asas untuk menyita aset sekiranya tidak ada salahlaku.
PETALING JAYA: Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad mengajar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang bertegas perdana menteri tidak dibabitkan dalam siasatan Amerika Syarikat keatas 1MDB.
“Rahman cuba bohong siapa dan sampai bila mahu pertahan yang tidak dapat dipertahankan?” soal Dzulkefly.
Beliau menjawab hujah Rahman yang mengatakan Datuk Seri Najib Razak tidak dinamakan dalam dokumen berkenaan 1MDB terbitan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) Julai lalu kerana presiden Umno itu bukan dalam kalangan yang disiasat.
Perkara itu susulan kenyataannya kepada BBC yang mengatakan MO1 yang dimaksudkan DoJ adalah Najib dan tidak boleh dinafikan.
Namun Dzulkefly mengetengahkan prinsip yang diguna pakai dalam sistem perundangan AS yang dikenali sebagai “In Rem”.
“Mereka yang faham perundangan AS akan mengesahkan ‘In Rem’ adalah ‘prosiding yang tidak mengendahkan pemilik harta (disini merujuk kepada 1MDB) sebaliknya menentukan siapa pemunya hak yang muktamad keatas harta itu.
(a proceeding that takes no notice of the owner of the property but determines rights in the property that are conclusive against all the world)
‘In rem sekadar memaklumkan pihak yang mempunyai kepentingan dalam harta atau aset yang dirampas, supaya mereka boleh mengemukakan tuntutan masing-masing ke mahkamah, oleh yang demikian mereka namakan ‘Red Granite Pictures, Inc dan defendan lain,” katanya, merujuk kepada syarikat yang diterajui anak tiri Najib – Riza Aziz – yang didakwa DoJ terbabit dalam penggelapan wang berbilion ringgit daripada dana milik syarikat milik kerajaan.
Oleh itu, kata Dzulkefly, Najib tidak dinamakan kerana beliau dianggap bukan pemilik aset yang mahu dirampas itu.
“Atau Rahman cuba menyampaikan sesuatu,” tambahnya.
Beliau juga mahu menyorot perhatian Rahman kepada satu lagi terma yang digunakan pendakwaraya AS iaitu “18 U.S.C”, atau Title 18 of the United States Code, iaitu kanun jenayah dan keseksaan pemerintah persekutuan Amerika Syarikat.
“Ia menangani prosedur jenayah dan jenayah peringkat persekutuan. Rahman tidak perlu diingatkan pertamanya tidak ada asas untuk menyita aset sekiranya tidak ada salahlaku.
“Sebenarnya isu yang perlu Rahman pertimbangkan secara berhemah samada perlu membetulkan kenyataannya sebelum ini iaitu ‘PM tidak perlu bertanggungjawab keatas masalah syarikat milik kerajaan’,” kata Dzulkefly.
Menurutnya, siasatan jelas menunjukkan asal wang yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.
“Lupakan semua dongeng penderma RM2.6 bilion dari Arab Saudi itu! Itu semua ilusi. Membiarkan 1MDB terjerumus dalam penjarahan dan pengubahan wang sepanjang lima tahun (2009-2014), ketika Najib menerajuinya dan kononnya mendapat manfaat daripada transaksi itu, memang menyebabkan negara mendapat nama yang buruk,” kata Dzulkefly.

Reactions after Rahman Dahlan tells BBC that Najib is MO1

'Siri Jelajah 1MDB' road show off to a slow start

Siri Jelajah Penerangan 1MDB - 1Malaysia Dalam Bahaya

Kajian saya, 67 kerusi BN terumbang ambing - Muhyiddin

Jelajah 1MDB : Tak boleh disahkan, RM28 bilion pergi mana? - Muhyiddin

Jelajah 1MDB : 'Talkinkan' UMNO pada PRU-14 -Azmin

Muafakat Pakatan-Bersatu-Pas penting, menangkan perjuangan rakyat - Azizah