Jumaat, 2 September 2016

NAJIB RAZAK DIKENAL PASTI SEBAGAI MO1 - APA SELEPAS INI?

"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah Perdana Menteri...Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu. Datuk Abdul Rahman Dahlan
Sehari selepas sambutan Hari Kemerdekaan ke 59, rakyat kini tidak payah lagi tertantya-tanya mengenai siapa “Malaysian Official 1” (MO1).

Juga tidak payah lagi bersusah-susah mengadakan perhimpunan untuk mengenal pasti siapa individu yang disebut sebagai MO1
Tidak lagi perlu mempersenda bahawa Yang Di-Pertuan Agong adalah individu yang dinamakan sebagai ‘MO1’.”
Malah,  yang selama ini mengkritik pembangkang atau sesiapa sahaja yang menjuruskan 'nama itu' sebagai ‘MO1', anggaplah anda sudah kalah.
Malah anda semua adalah orang BODOH yang buta dan pekak mempertahankan orang itu BUKAN sebagai MO1.
Dengan sendirinya mereka yang mempertahankan UMNO atau kerajaan atau juga Perdana Menteri perlulah bertanggungjawab untuk terima hakikat bahawa anda semua menjalankan kerja sia-sia kerana sudah jelas siapa ‘MO1’.
Jelas dan nyata sudah Mohd Najib Razak adalah ‘MO1’.
Dokumen Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memang  tidak menamakan Najib, tetapi menyebut MO1 sebanyak 36 kali, yang sering dikaitkan dengan Najib, walaupun disangkal beberapa pemimpin Umno.
Najib ialah Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi isu utama di Malaysia dan seantero dunia sejak 36 bulan lalu.
Media Britain, BBC dalam laporannya ‘Who is 'Malaysian Official 1'? Case closed’ yang dibuat oleh , iaitu koresponden menyebut: “(But) in an interview with me, Abdul Rahman Dahlan, a senior government minister in Mr Najib's cabinet, has confirmed that "MO1" is none other than Mr Razak.”
"I've said it openly. Obviously if you read the documents, it is the prime minister," he (Abdul Rahman) said.
Dengan kata lain, hari ini kerajaan juga secara rasmi mengesahkan bahawa “Malaysian Official 1 (MO1) yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Najib.
"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," kata menteri UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik BBC itu.
Ini bermakna Abdul Rahman hari ini sekali lagi menamakan Najib sebagai orang yang dimaksudkan sebagai” (MO1), dan ini kali kedua Abdul Rahman menamakan Najib.
Awal Ogos, beliau berkata identiti di sebalik MO1 bukan sesuatu yang rahsia.
“Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu,” katanya kepada seorang wartawan Malaysiakini.
Bermakna ramai yang bodoh di Malaysia, termasuk pemimpin UMNO dan kerajaan yang cuba menafi dan mengatakan Najib bukan MO1.
Badan penyiaran Britain BBC memetik menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai berkata perkara itu tidak perlu diragukan lagi.
“Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (DOJ) itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri,” katanya.
Setiap orang yang membaca dokumen-dokumen mahkamah atau mengetahui isu berkenaan akan tahu siapa orang yang sedang dirujuk, katanya.
"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya.
Amat nyata seperti dikatakan oleh Abdul Rahman, sebelum ini, ramai pemimpin UMNO yang BODOH enggan menafikan atau menyetujui sama ada MO1 merujuk kepada Najib.
Bulan lalu, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad mencetuskan kemarahan selepas mendakwa MO1 atau “pegawai Malaysia pertama” yang disebut pihak berkuasa AS itu merujuk kepada Yang Di-Pertuan Agong. Beliau kemudian membuat permohonan maaf atas kenyataannya.

Tiada sebab Pendaftar Pertubuhan lengahkan penubuhan Bersatu

Muhyiddin bersama jawatankuasa protem Bersatu ketika mengemukakan permohonan penubuhan parti baharu pada 9 Ogos lalu.Muhyiddin bersama jawatankuasa protem Bersatu ketika mengemukakan permohonan penubuhan parti baharu pada 9 Ogos lalu.
Tiada sebab Pendaftar Pertubuhan (RoS) melengahkan kelulusan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah dipohon ke pertubuhan itu pada 9 Ogos lalu.
Setiausaha protem Bersatu Kamarulazman Habibur Rahman optimis berkata, beberapa hari lalu Ros mengesyorkan dua perkara mengenai dasar parti perlu diubah.
"Semuanya sudah okey. RoS suruh ubah dua perkara dan kita menepati apa yang dikehendaki.
"Pada dasarnya RoS tiada masalah untuk luluskan permohonan.
"Kita beri tempoh hingga 9hb ini kerana akan genap sebulan. Tambahan pula Menteri Dalam Negeri telah memberi jaminan pihak kerajaan tidak ada masalah mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu.
"Kita mengharapkan tiada lagi sebarang halangan bagi kelulusan penubuhan Bersatu," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau juga memberitahu selepas parti itu diluluskan kelak ahli jawatankuasa protem yang baharu akan dilantik bagi mengukuhkan gerak kerja parti itu.
Beliau enggan menyatakan siapakah yang akan dilantik sebagai jawatankuasa protem ini.
'Semalam kami telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir berkaitan dengan penambahan ahli jawatankuasa protem yang akan ditambah dari masa ke semasa kepada jumlah yang lebih signifikan," ujarnya yang enggan menyebut tokoh yang mungkin menjadi tulang belakang penggerak Bersatu kelak.
Kamarulazman juga menyebut bekas ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak lagi menyatakan pendiriannya untuk bersama dalam jawatankuasa yang dibentuk.
"Datuk Seri Khairuddin bersama kami berjuang untuk selamatkan Malaysia dari awal lagi sentiasa bersama kami.
"Kita sentiasa membuka pintu kepada beliau untuk sertai Bersatu.
"Jadi kita alu-alukan apa sahaja keputusan yang dibuatnya, kalau boleh kita mahu beliau menggerakkan hala tuju Bersatu," ujarnya.
Mengenai perkembangan terkini Datuk Seri Shafie Apdal yang masih lagi tidak mengumumkan parti baharu di Sabah,khabar angin berkemungkinan beliau akan menyertai Bersatu.
"Datuk Seri Shafie masih kekalkan pendiriannya untuk menubuhkan parti baharu di Sabah.
"Pada hakikatnya beliau akan bersama dengan kita dalam falsafah perjuangan untuk selamatkan negara.

Husam mula membuat kejutan di Kelantan


Husam berucap di Pasir Puteh dan merasmikan 17 cawangan Amanah di situ.Husam berucap di Pasir Puteh dan merasmikan 17 cawangan Amanah di situ.
Bekas naib presiden Pas, Datuk Musa disifatkan sebagai sudah mula membuat kejutan di Kelantan selepas beliau menyertai Amanah di Cyberjaya 30 Ogos lalu.
Bagi blogger dan penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar, Husam mula membuat kejutan sejak hari pertama beliau tiba di Kelantan lagi selepas menyertai parti berumur setahun itu.
Husam berdiam diri selama empat bulan selepas dipecat dari Pas April lalu. Beliau membuat permohonan agar pemecatan itu dikaji semula dengan menulis surat kepada presiden Pas namun tidak diendahkan.
"Kejutan Husam sudah bermula di Kelantan hari ini," tulis Sayuti, blogger yang pernah bermusuh dengan Husam dalam Facebooknya. Sayuti turun ke Kelantan bagi mengikuti sendiri apa sambutan yang diberikan kepada Husam selepas beliau menyertai parti baru, Amanah.
Katanya, kepulangan Husam Musa ke Kelantan selepas beliau mengumumkan kemasukan ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) disambut oleh para penyokong dan pimpinan Amanah negeri Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa yang diketuai Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Berbagai sepanduk menyatakan sokongan kepada bekas Exco Kanan Kerajaan Pas dibawah pimpinan Nik Aziz itu dipamerkan sebagai tanda sokongan kepadanya.
Husam bercakap dalam program santai sambil minum kopi di Meranti Rantau Panjang, yang menyebabkan Adunnya tidak senang duduk.Husam bercakap dalam program santai sambil minum kopi di Meranti Rantau Panjang, yang menyebabkan Adunnya tidak senang duduk.Selepas mengadakan sidang akhbar, Husam diiringi dengan puluhan buah kenderaan yang dilengkapi bendera Amanah ke Pasir Puteh untuk menghadiri majlis penubuhan 16 cawangan Amanah dalam Dun Limbongan.
"Penubuhan 16 cawangan itu sebagai simbolik kepada penerimaaan rakyat Kelantan khasnya bekas ahli Pas kepada Husam dan juga parti Amanah," tulisnya.
"Tidak terfikir oleh saya, belum sampai 72 jam Husam menyertai Amanah sudah 17 cawangan ditubuhkan.
"Itu memberi pertanda yang baik Husam bakal memberi momentum baharu kepada politik di Kelantan," tulis Sayuti.
Tidak cukup dengan apa yang berlaku di Limbongan itu, katanya, tersambung pula di Gebeng yang terletak di Dun Meranti.
Dun Meranti terkenal dengan kawasan menjadi kubu kuat parti agama.
Katanya, pertemuan di sebuah kedai kopi di cabang Gebeng pagi tadi juga memberi petanda yang cukup mencemaskan wakil rakyat negeri itu.
"Sejak dari malam tadi ada usaha untuk menghalang majlis minum tea dan makan pagi bersama Husam itu agar tidak diadakan," tulis Sayuti.
Bagi Sayuti, ia pelik bunyinya.
"Selama ini berbagai-bagai kecaman dan kritikan serta andaian dibuat terhadap Husam. Kononnya masa depan politik Husam sudah berakhir apabila beliau tidak bersama parti agama itu lagi.
"Tetapi semangat dan sokongan yang ditunjukkan oleh para penyokongnya dan pimpinan Amanah dalam majlis pagi tadi memberasangkan," tulisnya.
Lebih bermakna lagi, tulisnya, apabila beberapa veteran Pas yang berjuang sejak tahun 1960 hadir memberi sokongan dan semangat kepada Husam.

Khairy Sedia Beri Keterangan Isu 'Pendrive'

'Saya Tak Tahu Siapa Bagi Pada TMJ' - KJ

Wee Ka Siong: I don't know about MO1 being Najib. ask Rahman Dahlan

'Saya hanyalah hamba Allah yang lemah, masih perlu pelajari ilmu' - Najib

"Ali Tinju, duduk diam-diam," kata Khalid

'Saya tak mahu campur dalam hal politik' - KPN

PDRM Tak Campur Saman Sivil DOJ

Cops to get foreign assistance in 1MDB probe

Skandal 1MDB: Polis enggan dipengaruhi kenyataan politik

Hadi nasihat Husam, berhenti jual nama Nik Aziz

IGP: Apa nak sibuk suruh polis siasat itu ini

Pengesahan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ialah Malaysian Official 1 (MO1) mengundang persoalan baru berkaitan perkembangan lanjut isu itu.
Ini termasuk sama ada polis akan memulakan siasatan baru terhadapnya yang disebut berkali-kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) untuk menyita aset berkaitan 1MDB.

Berdepan soalan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pasukan keselamatan tidak diheret ke kancah politik.
Beliau malah menegaskan apa yang berlaku di AS adalah tindakan sivil dan polis tidak akan campur tangan.
“Biarlah mereka selesaikan tindakan sivil itu.
“Apa nak sibuk-sibuk sangat hendak suruh polis siasat itu ini sebagainya,” katanya.

Dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, Khalid berkata polis akan menumpukan terhadap siasatan yang dibuat mereka selama ini.
Jaringan media British BBC semalam melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai mengesahkan MO1 adalah Najib.
Beliau dilaporkan sebagai berkata “jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri".
Pengarah strategi BN itu berkata DOJ tidak menyebut nama sebenar kerana Najib bukan sebahagian daripada siasatan.

Sementara itu, diminta mengulas fasa kedua siasatan terhadap 1MDB, Khalid berkata kertas siasatan telah dikembalikan dan peguam negara (AG) mengarahkan beberapa perkara lain.

“Jadi, kita akan ambil tindakan-tindakan yang telah diarahkan.

“Selepas itu kita akan lapor balik semula kepada AG,” katanya.
Khalid pada 22 Ogos lalu berkata fasa pertama siasatan mereka ke atas 1MDB telah siap dan ia terhad kepada lima cadangan oleh PAC sebagaimana yang diarahkan kabinet.

Polis nafi 'tidur', suruh Ali Tinju duduk diam

Polis menafikan “tidur” daripada bertindak terhadap kumpulan pelajar yang menganjurkan himpunan mendesak tindakan terhadap Malaysian Official 1 (MO1) pada Sabtu lalu.
“Kalau polis tidur, saya rasa negara kita tak akan dapat keamanan seperti yang kita kecapi hari ini,” kata ketua pasukan keselamatan itu Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Mengulas dakwaan aktivis antipembangkang Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju, Khalid berkata banyak pihak tidak berpuas hati dan membuat laporan.
Susulan itu, katanya, Ali akan disiasat bawah Seksyen 504, Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Bawah peruntukan itu, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum dua tahun penjara dan denda atau kedua-duanya.
“Kalau dia (Ali) kata kita tidur, kita akan panggil dialah untuk kita siasat,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.
Menjawab soalan, Khalid juga berkata Ali tidak perlu mencampuri urusan polis dan harus “duduk diam-diam”.
“Itu bukan kerja dia. Nak tangkap ke tak tangkap itu kerja polis,” katanya lagi.

Polis menganggarkan kira-kira 2,000 orang hadir perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara Sabtu lalu.
Kumpulan mahasiswa mendesak tindakan diambil terhadap MO1 yang disebut berkali-kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) untuk merampas aset berkaitan 1MDB.

11,000 tanda tangan bantah caj baru parkir KL


Ahli Parlimen Pakatan Harapan Kuala Lumpur dan para penyokong selepas menyerahkan petisyen bantahan.Ahli Parlimen Pakatan Harapan Kuala Lumpur dan para penyokong selepas menyerahkan petisyen bantahan.
Ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan hari ini menghantar tandatangan bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung kenaikan caj baru parkir di ibu kota yang disifatkan terlalu mahal dan membebankan rakyat.
Sejumlah 11,000 tanda tangan penduduk Kuala Lumpur dikumpul secara fizikal dan melalui laman atas talian ipetitions.com, lapor Roketkini.
Antara mereka yang hadir pada penyerahan tandatangan tersebut adalah Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok serta Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Kee Wong.
Menurut mereka, sistem bayaran parkir itu mendatangkan banyak masalah kepada pengguna, malah menyebabkan pengguna terpaksa membayar lebih berbanding dengan tempoh sebelum pelaksanaannya.
Dalam penyerahan itu juga, ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan turut menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan Kementerian Wilayah Persekutuan menswastakan kutipan parkir kepada syarikat perkhidmatan parkir, Vista Summerose Sdn. Bhd.
Mereka menjelaskan, penswastaan kutipan parkir itu akan hanya menguntungkan syarikat kroni BN dan merugikan DBKL sebagai pihak berkuasa tempatan di kawasan Kuala Lumpur.
“Kami ingin menyeru Menteri Wilayah Persekutuan untuk menjawab semua soalan yang dibangkitkan, dan menghentikan peningkatan harga dan penswastaan parkir di Kuala Lumpur.
“Hasrat Kementerian Wilayah Persekutuan ingin mengurangkan kenderaan daripada masuk ke Kuala Lumpur haruslah diambil selepas kerajaan menambah baik sistem pengangkutan awam serta mengurangkan plot ratio dalam semua projek bangunan baru,” ujar mereka.

Dyana Sofya tegur Pemuda Umno jangan rendahkan Melayu


Dyana Sofya Mohd DaudDyana Sofya Mohd Daud
Tindakan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii menyenaraikan ‘bukti’ DAP yang didakwa tidak menghormati kaum Melayu disanggah pemimpin muda Melayu DAP, Dyana Sofya.
Dalam satu artikel bagi menjawab kenyataan Razlan, Dyana berkata semua individu dilayan secara sama rata dalam DAP sedangkan pemimpin Umno memandang ahlinya sebagai 'macai' manakala rakyat sebagai 'pak turut'.
Beliau memulakan serangan dengan membangkitkan kenyataan Ahli Parlimen Umno Langkawi bahawa Malaysian Official 1 (MO1) ialah Yang di-Pertuan Agong yang secara jelas menghina ketua agama Islam dan Raja-raja Melayu.
Malah ujar Dyana, Umno tidak henti-henti menghina orang Melayu dengan menggunakan ketakutan bagi melemahkan mereka untuk kepentingan politik.
"Razlan perlu faham bahawa kaum Melayu ingin bebas dari sebuah parti politik yang kononnya mewakili mereka tetapi hakikatnya menipu mereka.
"Malangnya apabila ada mana-mana orang Melayu yang berani menentang Umno, mereka terus diberi amaran bahawa seluruh kaum itu akan ‘musnah’ jika Umno kehilangan kuasa.
"Modus operandi ini telah lama digunakan dan kini, ia tidak lagi relevan – sama seperti politik perkauman yang dibawa mereka," bidas ahli jawatankuasa eksekutif Dapsy Kebangsaan itu.
Menyentuh tentang rang undang-undang Akta 355, beliau turut mempersoalkan dakwaan Razlan kononnya DAP menentang Islam kerana menentang rang undang-undang tersebut sedangkan sekutu BN seperti Gerakan, MCA serta MIC yang mengkritik pelaksanaan hudud tidak pula dituduh sebagai tidak menghormati Melayu dan Islam.
Merujuk kepada Oktoberfest, Dyana menjelaskan bahawa ia adalah perayaan tahunan kaum Bavarian di Jerman di mana masyarakat akan berkumpul dan bersama-sama meraikannya dengan makanan, muzik, permainan, pertunjukan pertanian dan sebagainya.
Perayaan yang kini disambut di seluruh dunia itu, ujarnya adalah satu festival antarabangsa dan bukan semata-mata tentang meminum arak.
"Festival Oktoberfest yang dihadiri oleh ahli-ahli parlimen DAP itu bukannya dianjurkan oleh DAP, tetapi mereka hadir atas dasar jemputan.
"Adakah Razlan cuba mencadangkan bahawa ahli-ahli politik tidak harus menghadiri sebarang majlis hanya kerana alkohol dihidangkan di sana?
"Jika itulah pendapatnya, ia bermakna menteri-menteri kerajaan juga perlu berhenti menghadiri sebarang majlis diplomatik (yang menghidangkan alkohol)," tingkah beliau.
Kritikan Razlan terhadap ucapan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming di twitter menggunakan frasa ‘In God we trust’ dan ‘Lord, guide our nation to you’ turut disentuh Dyana.
Menurutnya, hanya kerana doa-doa ini ditulis dalam bahasa Inggeris tidak secara automatik menjadi doa untuk agama Kristian.

Nur Jazlan setuju letak tikus, nyamuk dalam penjara supaya banduan insaf

Nur Jazlan turut menyarankan Surendran yang menentang cadangan Mohd Noor itu melihat sendiri keadaan penjara di negara ini.
Nur Jazlan MohamedPETALING JAYA: Datuk Nur Jazlan Mohamed bersetuju dengan cadangan mewujudkan keadaan tidak selesa di penjara sebagai sebahagian proses pemulihan banduan supaya mereka insaf dengan kesalahan dilakukan.
Timbalan menteri dalam negeri itu mengulas kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menggesa Jabatan Penjara memastikan pesalah yang menjalani hukuman penjara disemai perasaan takut dan satu daripada cara itu ialah melalui ketidakselesaan dalam sel mereka.
Semalam, Mohd Noor berkata, amalan memberi “kemudahan ala VIP” kepada banduan perlu dihentikan, sebaliknya mereka wajar diberi layanan setimpal dengan kesalahan masing-masing, contohnya sel banduan perlu ada nyamuk, tikus dan lipas yang boleh mengganggu penjenayah bagi mengelakkan mereka “mengambil peluang melakukan jenayah semata-mata untuk menikmati segala kemudahan disediakan Jabatan Penjara”.
“Saya setuju dengan dia,” kata Nur Jazlan kepada FMT hari ini.
Beliau turut menyarankan peguam hak asasi manusia, N Surendran yang menentang cadangan Mohd Noor itu melihat sendiri keadaan di dalam penjara.
“Suruh dia (N Surendran) volunteer masuk jel tu seharilah. Dia mana pernah tengok (keadaan) dalam jel tu,” katanya sambil menambah Surendran perlu melihat sendiri keadaan penjara di Malaysia sama ada bagus atau tidak berbanding negara jiran seperti Filipina atau Indonesia.
Semalam, Surendran dilaporkan berkata, cadangan Mohd Noor itu kejam dan akan mendedahkan banduan, keluarga yang melawat serta kakitangan penjara kepada risiko kesihatan kerana mungkin berlaku penularan penyakit.

Jangan putar belit isu kuota Bumiputera – MB Selangor

DSC_1035 kecilSABAK BERNAM, 2 SEPT: Tidak timbul isu pemansuhan kuota Bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (SOHO) dan pejabat maya di rumah (SOVO) di negeri ini.
Sebaliknya, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Umno sengaja melemparkan tuduhan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri dengan memutarbelitkan kenyataannya.

“Tidak benar tuduhan Umno bahawa seolah-olah kita menghapuskan harga untuk bumiputera.
“Sehingga saat ini, harga jualan untuk bumiputera itu masih kekal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Dataran Niaga Bagan Terap dan penyampaian bantuan di bawah Kerajaan Negeri, di sini, pagi ini.
Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, polisi baru Kerajaan Negeri mewajibkan pemaju membina unit mampu milik dalam membina pangsapuri servis bagi membuka peluang kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
“Dalam konteks pembangunan SOHO dan SOVO, harganya terlalu mahal sehingga mencecah RM600,000.
“Tidak mungkin rakyat berpendapatan rendah dan sederhana boleh memiliknya, justeru atas perbincangan bersama Exco, kita bersetuju membuat penyelarasan harga.
“Jadi, tidak timbul isu penghapusan kuota Bumiputera itu,” katanya.
Sebelum ini, wujud dakwaan kononnya Kerajaan Negeri melaksanakan garis panduan pembangunan baru bermula 1 September lalu, yang antara lain memansuhkan 10 peratus diskaun Bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO.
Bagaimanapun, dakwaan itu dibidas Kerajaan Negeri yang menegaskan Selangor hanya menyelaraskan harga pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO dan tidak timbul isu diskaun Bumiputera dimansuhkan.

Umno T'ganu laksana kempen '1011' pada PRU14

Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) menyasarkan untuk menang di kawasan Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Pengerusinya Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar berkata satu modul khas sedang disiapkan untuk memastikan Barisan Nasional (BN) dapat menangi di kawasan itu selain mengekalkan kemenangan di empat Parlimen sedia ada.
"Tumpuan kepada empat Parlimen itu dikenali sebagai Kempen '1011' yang mewakili bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi pada pilihan raya lepas iaitu satu di Kuala Nerus, tiada kerusi di Kuala Terengganu dan masing-masing satu kerusi DUN di Marang dan Dungun.
"Kempen ini akan memberi impak besar kepada BN dalam menyekat pengaruh pembangkang di empat Parlimen BN itu...dari Kuala Nerus hingga ke Marang, kita akan pagar kawasan ini, kita akan kepung habis-habisan untuk pastikan kemenangan milik kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Marang yang dirasmikan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hari ini.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Marang A Latiff Awang dalam ucapannya berharap kerajaan dapat menyegerakan tiga projek di tiga tapak tanah yang diwartakan sebagai milik Kementerian Pertahanan.
"Saya harap kerajaan jangan biarkan tanah ini lama-lama, nanti rugi. Kita ada seluas 615.6 hektar di Kampung Jenang yang diwartakan sebagai tapak kem tentera, 109.3 hektar tanah di Pulau Kerengga untuk pembinaan lapang sasar tentera dan ada 32 hektar tanah untuk pembinaan lapangan terbang tentera.
"Sekiranya tidak dapat dibuat kem tentera yang sempurna dalam masa terdekat, alangkah baiknya jika kawasan itu dijadikan tempat logistik untuk tentera buat sementara waktu,"katanya.
Selain itu, beliau berkata ketiga sayap parti UMNO Bahagian Marang mahu menang di empat kerusi DUN dan satu Parlimen pada PRU14 melalui gerak kerja dan turun padang sejak awal lagi.

Rafizi jadikan kebajikan pesara tentera agenda utama

Dialog pertama Misi Angkat Kebajikan Perajurit akan diadakan di Setiawangsa bersama Laksamana (B) Imran Abdul Hamid dan Brig Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khattab, 7 September.
rafizi ltat
PETALING JAYA: Rafizi Ramli akan menjelajah ke kem tentera utama seluruh negara untuk bertemu dan berdialog dengan perajurit negara, sebelum nasibnya nasibnya diputuskan mahkamah beberapa bulan lagi.
Disaman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kerana kenyataannya mengenai bayaran gratuiti kepada pesara tentera, Setiausaha Agung PKR itu berkata nasib pesara masih belum berubah sejak saman dibuat terhadapnya 12 Ogos lalu.
“Saya telah ditahan, dibicarakan dan berdepan dengan hukuman penjara mandatori akibat membawa isu ini,” kata Rafizi, yang menambah pihaknya terus menerima aduan kelewatan pembayaran melalui borang bitly.com/pesaratentera.
“Alasan yang diberikan oleh LTAT atau UGAT samalah seperti cuba mencuci tangan tanpa menyelesaikan masalah ini. Dividen LTAT bagi tahun 2015 adalah yang paling rendah sejak dalam sejarah,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, program yang dinamakan Hargai Perajurit: Misi Angkat Kebajikan Perajurit turut memenuhi jemputan kumpulan pesara tentera yang mahu berdialog bersamanya.
Jelas Rafizi, selain membincangkan isu kebajikan veteran, beliau juga akan mendedahkan keadaan pangkalan dan kemudahan tentera yang terabai atau dikomersilkan dan prospek pelaburan jangka pendek dan sederhana LTAT.
“Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak pernah memberi maklumbalas mengenai perkara-perkara ini setiap kali saya menimbulkannya,” bidas Rafizi dalam kenyataannya.
Dalam penyataan tuntutannya, LTAT mendakwa Rafizi mengeluarkan kenyataan, yang secara tidak langsung atau secara sindiran, menuduh lembaga itu tidak menjaga faedah, kebajikan dan tidak mempunyai wang untuk membayar pesara.

Hadi kepada Husam: Pas 'tak kisah'


Datuk Seri Abdul Hadi Awang

MARANG - Pas ‘tidak kisah’ malah tidak terkesan dengan penyertaan bekas Naib Presiden Pas yang juga merupakan Adun Salor, Datuk Husam Musa ke dalam Amanah.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tidak boleh menghalang  keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah keputusannya sendiri.
“Itu terpulang (kepada keputusan) masing-masing, dia nak masuk parti apa, negara kita (negara) demokrasi. Tidak mahu masuk parti…masuk parti, atas pagar…terpulang pada dia (Husam), kita tidak boleh paksa.
“(Pas Kelantan) tidak akan tergugat. Insya-ALLAH makin teguh,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Baharu Banin (Putera) di Kompleks Maahad Darul Quran, di Rusila di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar Husam kerana menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menggangap lebih ramai akan mengikuti jejaknya menyertai Amanah jika Allahyarham masih hidup.
“Yang tahu benda akan datang ini Tuhan sahaja, dia (Tok Guru) dah meninggal dunia, orang meninggal dunia ini dengan karamahnya yang terdahulu, akan datang orang lain pula. Itu kenyataan yang jahil agama,” katanya.
Abdul Hadi berkata, Allahyarham Nik Aziz sudah meninggal dunia dan berharap ALLAH menerima semua amalan dan mengampuni segala dosanya kerana setiap manusia ada amalan baik dan ada dosa kecuali nabi-nabi.
“(Semoga) Semua amalan-amalan Tok Guru diterima dengan sempurna, semua kesilapannya diampunkan ALLAH Taala, (dan) ALLAH  tinggikan martabat dia di sisi ALLAH Taala,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa hubungan beliau lebih rapat dengan Allahyarham Nik Aziz berbanding Husam.

Rakyat Malaysia berhijrah petik buah di Australia

Maslina Masud, rakyat Malaysia yang mengambil keputusan berhijrah ke Australia dan memulakan hidupnya di negara orang sebagai pemetik buah tampil menceritakan pengalamannya di kota kangaroo itu.
Bahasa,-ladang,-Mildura,-Melbourne,-sara-hidup,-Australia,-rakyat-MalaysiaKUALA LUMPUR: Bayaran gaji RM1,900 seminggu satu-satunya motivasi kepada wanita muda, Maslina Masud terus bekerja di ladang memetik buah walaupun ia bukan pilihanya.
Maslina, 30, salah seorang daripada beribu-ribu rakyat Malaysia yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara dan mendirikan kehidupan baharu.
Wanita yang memilih Australia dan menjejakkan kaki di Melbourne pada Januari 2014 tidak menyangka terpaksa menerima hakikat untuk bekerja di sebuah ladang buah-buahan.
Dari bilik hawa dingin ke semak ladang
Terbentang luas kira-kira seribu ekar, ladang Mildura yang terletak 7 jam perjalanan dari bandar Melbourne, inilah satu-satunya pilihan buat Maslina sementara menerima jawapan bagi semua permohonan kerjanya di bandar.
Dia akur dengan nasib diri selepas suaminya pula terpaksa menyambung pengajian ekoran pasangan ini menggunakan visa pelajar untuk ke negara itu.
Namun, pendapatan yang dijanjikan untuk memetik pelbagai jenis buah, oren, anggur, strawberi dan kiwi iaitu kira-kira AUD$15 hingga AUD$20 sejam memberi dia keyakinan sekurang-kurangnya untuk menyara hidup.
Hidup selesa dan mengusakan sebuah agensi pelancongannya sendiri di ibu kota, anak kelahiran Kuala Lumpur ini akui terkejut apabila mendapati kebanyakan pekerja di ladang Mildura itu adalah rakyat Malaysia.
“Ramai golongan profesional seperti jurutera, pegawai bank malah peguam meninggalkan Malaysia untuk mencuba pengalaman baru ini.
“Ladang Mildura adalah pusat buah-buahan untuk dieksport dan hampir kebanyakan orang yang saya temui adalah rakyat Malaysia. Selain pengalaman memetik buah, saya akhirnya dapat melepaskan rindu kampung bertemu mereka,” kata Maslina.
“Berbeza dengan kehidupan di Malaysia di mana saya bekerja di pejabat, dalam bilik berpenghawa dingin, duduk di kerusi empuk dan memiliki pembantu untuk menyiapkan segalanya, di sini, saya terpaksa kerja di bawah matahari, dalam semak, di lapangan terbuka. Tiada apa yang ‘mewah’ kecuali ketenangan dan kecantikan alam semula jadi serta buah-buahan ini.
“Tetapi lebih penting, di sini saya belajar erti kesusahan. Ia satu pengalaman luar biasa dan perasaan ketika memetik buah-buahan amat berbeza. Keberadaan rakan Malaysia juga menghiburkan apabila kami kadang-kala menyanyikan lagu ‘rock kapak’ beramai-ramai untuk menghilangkan rasa rindu ,” katanya sambil tersenyum.
Belum berhasrat balik Malaysia
Ditanya penerimaan keluarga dan berapa lama dia bercadang untuk berada di kota kangaroo, Maslina berkata, keluarganya tidak menyangka keputusannya itu serius.
Jelasnya mereka anggap Maslina dan suami hanya bergurau sehinggalah melihat tindakan sebenar mereka.
“Malah, buat masa ini, saya dan suami juga tidak berhasrat untuk kembali ke Malaysia.
“Bukan saya tidak patriotik atau tidak bangga menjadi anak Malaysia, namun faktor ketegangan politik di negara ini punca ramai belia ambil keputusan berhijrah. Kami mahu membina hidup baharu di sini,” katanya.

Tiada siasatan baru susulan pengakuan Najib adalah MO1, kata KPN

"Jangan heret polis dalam politik. Tidak perlu sibuk suruh polis siasat itu dan ini"
KUALA LUMPUR: Polis tidak perlu memulakan siasatan baru susulan pengakuan Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung identiti ‘Malaysian Official 1’ (MO1) kerana siasatan sedia ada sedang berjalan, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ketua Polis Negara berkata demikian ketika ditanya adakah polis akan memulakan siasatan baru berdasarkan pengesahan identiti Malaysian Official 1 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, semalam.
Jelasnya Pejabat Peguam Negara baru memulangkan kertas siasatan polis keatas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan polis akan menjalankan siasatan seperti yang diarah Tan Sri Apandi Ali.
“Jangan heret polis dalam politik,” kata Khalid memintas desakan ahli politik. “Tidak perlu sibuk suruh polis siasat itu dan ini.”
“Saya sudah jelaskan polis memang ada menjalankan siasatan terhadap 1MDB dan akan terus fokus dengan apa yang kita buat,” tegas Khalid dalam sidang media seusai Majlis Penghargaan Petugas Aseanapol di Bukit Aman hari ini.
Khalid 19 Ogos lalu memaklumkan siasatan fasa pertama terhadap 1MDB merangkumi penelitian dokumen dan merakam keterangan individu yang terlibat di dalam negara sudah selesai, dan perbincangan polis dan Jabatan Peguam Negara mengenainya sedang berjalan.
Fasa kedua siasatan merangkumi perolehan dokumen dan merakam percakapan saksi di luar negara akan bermula sebaik arahan diterima, lapor media.

'Rakyat M'sia minta campur tangan asing tidak patriot' sembang Najib

Mana-mana rakyat Malaysia yang meminta kuasa asing untuk campur tangan dalam hal ehwal negara bukanlah patriot, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata mereka sebenarnya telah mengkhianati rakyat negara ini.
"Dengan meminta-minta orang luar untuk menggulingkan mandat rakyat bukanlah tindakan seorang patriot," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Ke-9 Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di Kuala Lumpur, hari ini.
Najib berkata tanpa campur tangan bersama adalah konsep yang amat penting yang menerima sokongan banyak badan antarabangsa seperti ICAPP.
"Kita ingat tentang perjuangan kita bagi menentukan nasib sendiri dan kita mestilah sentiasa berjuang untuk melindungi kedaulatan rakyat yang kita wakili - seperti mana yang telah UMNO lakukan sejak awal lagi, dan akan terus berbuat demikian," tegasnya.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata parti itu, yang menyambut ulang tahun ke-70 baru-baru ini, adalah satu daripada parti politik paling berjaya di dunia dan secara konsistennya menerima mandat daripada rakyat.
Beliau berkata UMNO juga berdepan dengan pembangkang yang kadang kala dapat menerajui Dewan Undangan Negeri - yang mencerminkan demokrasi sebenar.
Namun di peringkat nasional, katanya, UMNO sentiasa diberi mandat bagi membolehkannya memimpin negara dan ini dapat dilakukan kerana pelbagai sebab.
"Kami adalah parti Melayu tetapi kami sentiasa menghulurkan tangan bagi menjalin persahabatan dengan semua rakyat Malaysia kerana tumpuan kami adalah untuk semua rakyat negara ini," kata Najib.
Perdana menteri berkata Barisan Nasional (BN), dengan UMNO merupakan tulang belakangnya, sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan mendengar kebimbangan mereka dan memahami keperluan pembangunan mereka.
"Sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian, kami sedar bahawa keharmonian adalah amat berharga, dan untuk itu, kami sentiasa mengamalkan kesederhanaan.
"Dan sebagai negara demokrasi, kami menghargai keputusan peti undi - bukannya pandangan individu, walaupun terkenal - kerana hanya ekspresi sah rakyat yang menentukannya," kata Najib.
Dalam ucapannya itu, perdana menteri bercakap panjang lebar mengenai isu dan cabaran yang dihadapi oleh Asia seperti kemiskinan, keganasan dan keselamatan serta pencemaran alam sekitar.
"Untuk kekal relevan kepada rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan - dan semestinya semua parti politik - bukan sahaja untuk memelihara prinsip-prinsip demokrasi malah membantu mengekalkan kestabilan ekonomi dan keselamatan rakyat mereka," kata beliau.

Tindakan Jamal sahkan Umno amal politik wang – Rais Yatim

Veteran Umno, Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang memberikan wang tunai berjumlah RM1,000 mengesahkan parti itu mengamalkan politik wang.
Katanya, tindakan itu sekali gus memalukan Umno yang di label negatif sebahagian besar rakyat sekarang, lapor Astro Awani.
"Apa yang dilakukan Jamal seperti terma dalam politik wang, korupsi salah guna kuasa, membazir dan membeli pengaruh.
"Apabila Jamal membuat pengumuman itu, dengan sendirinya dia membuat kepastian tentang apa yang diserlahkan masyarakat terhadap Umno.

"Ini merunsingkan saya jika tauladan ini dikemukakan kepada khalayak. Umno akan sentiasa berada dalam kancah negatif khasnya mereka yang berada dalam barisan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada ketika ini," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Malaysiakini pada Ahad lalu, melaporkan Jamal terpaksa membatalkan janjinya untuk membawa semua ketua cawangannya bercuti ke Dubai.
Sebaliknya, janji percutian itu ditukarkan dengan pemberian wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua cawangan berkenaan.
Namun, selepas mendapatkan penjelasan dari Jamal sendiri, pihaknya berkata wang RM1,000 itu diagihkan kepada setiap ketua cawangan dan termasuk 646 perwakilan Umno.
Jamal turut menjelaskan pemberian RM1,000 itu adalah hasil sumbangan pihak tertentu dan tabungan yang dibuat mereka sebelum ini.
Malah, Jamal berkata sumbangan tersebut diperolehi oleh mereka bagi tujuan lawatan sambil belajar ke Dubai yang sepatutnya dijadualkan pada awal tahun ini.
Sementara itu, dakwaan Rais terhadap Jamal yang melakukan politik wang turut dimuat naik di laman Twitternya.
Rais yang juga penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan turut mempersoalkan isu yang timbul pada masa pimpinan parti sedang berhadapan dengan tohmahan dan keadaan yang tidak menyenangkan.

Polis perlu panggil Rahman, Najib, kata siswa #TangkapMO1

Begitu cepat individu yang terlibat dengan #TangkapMO1 dipanggil tetapi pendedahan mengenai perompak duit rakyat masih dibiarkan, kata jurucakap kumpulan siswa.
Anis-Syafiqah-Mohd-YusofPETALING JAYA: Polis digesa berlaku adil dan siasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Kumpulan siswa #TangkapMO1 berkata rakyat akan hilang kepercayaan terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang sekiranya polis berdiam diri.
“Polis hanya mengambil masa selama 2 hari selepas himpunan untuk memanggil pihak-pihak yang dirasakan terlibat (dalam himpunan #TangkapMO1),” kata jurucakapnya, Anis Syafiqah Mohd Yusof dalam satu kenyataan hari ini.
Sembilan individu dipanggil polis, susulan tiga dakwaan yang dikenakan terhadap penganjur himpunan Tangkap Malaysian Official 1 di Dataran Merdeka, 27 Ogos lepas.
“Kenapa begitu cepat individu yang terlibat dengan himpunan #TangkapMO1 dipanggil untuk siasatan tetapi pendedahan mengenai perompak duit rakyat ini masih dibiarkan begitu sahaja?” soal Anis.
Semalam, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata MO1 merujuk kepada Najib.
“Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (D0J) itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri,” katanya dalam wawancara bersama badan penyiaran Britain, BBC.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bagaimanapun berkata nama Najib tidak disebut kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan.
“Terdapat orang lain yang dinamakan… dan Jabatan Kehakiman akan membawanya ke mahkamah untuk membuat keputusan,” katanya.
Pada 20 Julai, DoJ memfailkan saman untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang didakwa dicuri daripada 1MDB.
Dokumen DoJ setebal 130 muka surat itu menamakan beberapa individu, termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz, yang didakwa menggunakan berjuta dolar daripada 1MDB bagi pengeluaran filem Hollywood “The Wolf of Wall Street”.
Dokumen tersebut tidak menamakan Najib, tetapi menyebut “MO1” sebanyak 36 kali, yang sering dikaitkan dengan Najib, walaupun disangkal beberapa pemimpin Umno.
Pada 27 Ogos, lebih 2,000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar berkumpul di Kuala Lumpur menuntut kerajaan menamakan identiti MO1 dan mengambil tindakan.
Dalam kenyataannya, #TangkapMO1 memberi masa dua hari kepada polis untuk memanggil dan menyiasat Najib dan Rahman.

MP tuntut pengakuan dari mulut MO1 sendiri

Penjelasan berkaitan identiti Malaysian Official 1 (MO1) nampaknya tidak cukup memuaskan hati anggota parlimen pembangkang.
Wakil Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri tampil menjejaskan identiti pihak yang disebut berkali-kali dalam saman sivil di Amerika Syarikat untuk menyita aset berkaitan 1MDB.
“Sebagai pahlawan Bugis, Najib sepatutnya tampil dengan berani menyatakan siapakah MO1,” sindir bekas naib presiden PAS itu, merujuk kepada darah keturunan perdana menteri.

“Najib tidak boleh membiarkan ada menteri yang cakap dan menyatakan MO1 ialah perdana menteri Najib dan ada pula menteri yang tak berani mengaku bahawa MO1 adalah perdana menteri Najib.”
Jaringan media British BBC semalam melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai mengesahkan MO1 adalah Najib.

Beliau dilaporkan sebagai berkata “jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri".
Pengarah strategi BN itu berkata DOJ tidak menyebut nama sebenar kerana Najib bukan sebahagian daripada siasatan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun enggan mengulas pengesahan itu dan meminta pemberita merujuk terus kepada Rahman.
Dalam kenyataan hari ini, Mahfuz berkata sikap berdiam diri hanya menunjukkan bahawa kabinet tidak sekata dalam penjelasan itu.

“Saya yakin PM Najib bersetuju bahawa rakyat ingin melihat perdana menteri yang berani dan bertanggungjawab.

“Berani bertanggungjawab adalah ciri pahlawan Bugis yang pernah kita baca,” katanya.

Mahfuz juga berkata kabinet dan peguam negara juga perlu sekata sama ada mereka bersetuju MO1 adalah Najib kerana ia “babak penting” dalam merungkai episod kemasukan wang berbilion ringgit dalam 'poket' MO1.

‘Menteri jahil mengenai saman mahkamah DOJ’

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago membidas menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana kejahilannya berkata bosnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dinamakan sebagai subjek penyiasatan dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika berkaitan dana 1MDB yang diselewengkan.
Katanya, Abdul Rahman yang juga adalah pengarah komunikasi strategik BN telah mendedahkan rahsia terbuka dengan mengesahkan Najib sebagai Malaysian Official 1 (MO1).
"Kesimpulan Abdul Rahman bahawa nama Najib disebut dalam tuntutan mahkamah DOJ kerana perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan adalah suatu kesilapan yang menunjukkan kejahilannya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Semalam, ketika diwawancara BBC, Abdul Rahman mengakui bahawa Malaysian Official 1 adalah jelas merujuk kepada Najib tetapi menegaskan bahawa perdana menteri tidak dinamakan dalam saman sivil DOJ kerana beliau tidak disiasat.
Namun menurut Charles, Najib tidak dinamakan dalam saman DOJ kerana beliau tidak mempunyai hartanah di Amerika yang dibeli dengan menggunakan wang yang diseleweng daripada 1MDB.
"Laporan (DOJ) itu merujuk kepada MO1 sebanyak 36 kali dan menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, ahli perniagaan yang membantu menubuhkan 1MDB, Jho Low dan bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company, Khadem Al Qubaisi, sebagai defendan," katanya.
Menurut Charles, sesetengah dakwaan ke atas MO1 boleh didapati dalam laporan akhbar Wall Street Journal tahun lalu berhubung dana AS$681 juta yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.
"Menurut tuntutan saman itu, wang daripada jualan bon 1MDB pada 2013, telah dipindahkan ke dalam akaun MO1, ini jelas menjebakkannya (Najib)," kata Charles.
Beliau berkata Goldman Sachs menerbitkan bon berkenaan dalam sekelip mata selepas pertemuan peribadi dengan Najib di Switzerland, juga sedang disiasat.
Kerajaan Amerika memohon untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada dana pelaburan negara Malaysia itu.

Fitnah budaya Umno, dakwa Muhyiddin


Umno didakwa menjadikan budaya memfitnah sebagai perisai bagi melindungi, memesongkan dan mengalihkan perhatian rakyat.

Muhyiddin Yassin Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad terhadap dirinya adalah tidak benar.
“Itu idea terdesak beliau jika dilihat daripada dakwaan tentang cerita-cerita seks. Kisah ini pula dipopularkan oleh blogger buruan kini menjadi senjata digunakan oleh penasihat dan penyokong Najib untuk menyerang saya.
“Bak kata pepatah Melayu, biarkan Si Luncai terjun dengan labunya, biarkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, masalah peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi masalah parti.
“Akhirnya rasuah Najib menjadi imej rasuah Umno. Perkara itu ditentang saya sewaktu berada dalam Umno dan mahu parti itu berdiri demi kebenaran , keadilan serta tidak digunakan sebagai perisai Najib,” katanya.
Jelasnya, usahanya menanam kebenaran dalam Umno dibutakan oleh kesetiaan individu seperti  Tengku Sarifuddin dan ahli Majlis Tertinggi Umno yang lain.
“Harga yang dibayar untuk kesetiaan saya selama ini adalah dipecat daripada parti sedangkan saya ahli sebelum Najib,” katanya.
Menurutnya, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan yang didakwa menyebut berkaitan Malaysian Official 1 dan perdana menteri perlu diperjelaskan.
“Apa yang menyedihkan kita masih mempunyai orang-orang seperti Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan (Tengku) Sarifuddin yang mahu orang Melayu dan rakyat negara ini percayai perkara sebaliknya.
“Jangan ingat orang Melayu dan rakyat Malaysia boleh diperbodohkan dengan kata-kata Rahman. Jangan alihkan ia sebagai teori konspirasi khayalan,” katanya.

Flashmob #TangkapMO1: Mahasiswa failkan saman kepada PDRM


Mahsiswa UiTM  Seri Iskandar ketika mengadakan demontrasi "TangkapMO1'  yang menimbulkan kekecohan dengan anggota polis sehingga mereka ditahan reman baru-baru ini.Mahsiswa UiTM Seri Iskandar ketika mengadakan demontrasi "TangkapMO1' yang menimbulkan kekecohan dengan anggota polis sehingga mereka ditahan reman baru-baru ini.
Mahasiswa yang ditangkap ketika memberikan penerangan mengenai “Malaysian Official One” di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak baru-baru ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Tiga mahasiswa tersebut iaitu Muhammad Luqman Hakim Bin Mohd Fazli, Mohamad Luqman Nul Hakim Bin Zul Razali dan Muhammad Ashraff Nazrin Bin Noor Azman diwakili peguam Mohd Fitri Asmuni dari Tetuan Awi & Co.

Menurut Fitri yang juga ketua pemuda merangkap pengerusi Biro Undang-Undang (Kanun) Pemuda Amanah Negeri Perak dalam satu kenyataan hari ini, saman itu difailkan atas sebab PDRM menghalang hak asasi Plaintif-Plaintif untuk mendapatkan khidmat guaman dan akses kepada peguam semasa mereka berada dalam tempoh tahanan polis selama tiga hari.

Mereka ditangkap dan ditahan reman selama tiga hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar, Perak kerana disyaki menceroboh ke dalam premis UiTM Seri Iskandar Perak pada 20 Ogos lalu ketika sedang mengadakan perhimpunan flashmob #TangkapMO1 di hadapan UiTM tersebut.

Ulama dulu dan kini berbeza, bukan semua petik hadis lemah

Ulama di zaman dulu mungkin terbatas bahan rujukan intensif, namun bukan semua yang gemar memetik hadis lemah seperti yang didakwa baru-baru ini.
PETALING JAYA: Ulama perlu lebih terdedah kepada perbezaan mazhab dan kepelbagaian pandangan dalam Islam supaya mereka mampu memberikan penyelesaian terhadap masalah masyarakat, kata aktivis dan ahli akademik, Dr Maszlee Malik.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu berkata generasi baharu lebih tersedia ke arah itu, berbeza daripada ulama “tradisionalis”.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Islamic Renaissance Front, Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, yang kesal dengan sikap agamawan di negara ini gemar memetik hadis lemah dalam mempertahankan pandangan tidak masuk akal sehingga menjadikan mereka bahan sindiran ramai.
Maszlee bersetuju hal itu mungkin benar di kalangan golongan ulama tradisionalis disebabkan keterbatasan pengkajian dan buku rujukan pada zaman mereka.
“Walau bagaimanapun, bagi golongan agamawan muda, yang terdedah kepada rujukan yang lebih intensif dan pandangan yang berbeza, isu seperti ini agak kurang,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang mempersoalkan istilah “rogol dalam perkahwinan” memetik sebuah hadis mengenai hak suami dalam hubungan seks, yang mewajibkan seorang isteri memenuhi permintaan suaminya walaupun sedang menunggang unta.
Kenyataan Harussani itu mengundang sindiran beberapa pertubuhan hak asasi yang minggu lalu menobatkan anugerah “Aiyoh Wat Lah” terhadap mufti itu kerana membuat kenyataan “hina intelek”.
Bagaimanapun, pendakwah Wan Ji Wan Hussin berkata hadis yang dipetik Harussani itu tergolong sebagai “daif” (lemah), iaitu kategori paling rendah dalam menilai kualiti dan kesahihan sesuatu hadis.
‘Usah tuduh’
Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof Mahmood Zuhdi Abd Majid bagaimanapun mempersoalkan dakwaan Dr Farouk yang disifatkannya cuba menuding jari kepada semua golongan ulama.
“Pertama tuduhan itu terlampau umum, kalau dia kata secara umum ulama ini guna hadis lemah dan palsu dia kena jelaskan satu persatu hadis mana yang dia anggap lemah itu, kita orang akademik boleh semak, sama ada betul lemah atau tidak,” katanya kepada FMT.
Malah, Mahmood menyifatkan Dr Farouk seorang “liberal” yang cuba “menyalahkan semua orang… dia sahaja yang betul”.
“Kalau Mufti Perak guna hadis lemah dan sebagainya sepatutnya fokus kepada mufti itu sahaja, jangan kata ulama secara umum ini salah nanti orang lain yang tidak terlibat dipersalahkan sama.
“Saya nak nasihatkan dia (Dr Farouk) jangan cuba menwujudkan suasana perselisihan antara ahli ilmu. Kalau orang agama berfikiran liberal dan kutuk ulama, ia akan menunjukkan sikap yang tidak bagus di mata masyarakat,” tambahnya.
Sementara itu, Maszlee menganggap tindakan memberikan anugerah bersifat sindiran kepada Harussani sebagai keterlaluan.
“Mengapa tiada anugerah komen paling bodoh dan tidak logik diberikan kepada menteri dan ahli politik yang mengeluarkan kenyataan bodoh dan menghina kepandaian rakyat?” soal beliau.
Perlu terdedah budaya lain

DUIT DERMA: JAMAL SINDIR SIAPA NI?

Persoalan mengenai bagaimana Jamal Md Yunus, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Ketua Himpunan Baju Merah memperolehi wang untuk diberikan RM1000 kepada setiap seorang kepada 155 ketua cawangan, terjawab akhirnya.

Jamal menjelaskan, wang tersebut diperolehinya hasil sumbangan pihak tertentu serta tabungan yang dilakukan pihaknya.

Aikkk....Jamal sindir siapa pulak ni?

Sebelum ini, Jamal pernah berjanji untuk membawa ketua-ketua UMNO cawangan dalam bahagian Sungai Besar untuk melancong dan berjalan-jalan ke Dubai. Bagaimanapun, oleh kerana hanya 80 daripada 155 ketua cawangan terbabit yang sedia untuk ke Dubai, beliau mengambil keputusan membatalkan program tersebut.

Sebagai gantinya, beliau mahu memberikan ketua-ketua cawangan terbabit wang tunai RM1000 setiap seorang yang bermakna jumlah wang tunai yang perlu dikeluarkannya ialah sebanyak RM155,000.

Ramai yang mempersoalkan bagaimana dan daripada mana Jamal memperolehi wang tersebut atau berdepan kemungkinan disiasat oleh SPRM jika gagal memberi penjelasan. Lantaran itu beliau diminta untuk memberi penjelasan mengenai wang tersebut.

Beliau akhirnya memberitahu wang tersebut diperolehi daripada derma atau sumbangan pihak-pihak tertentu, selain melalui tabungan.

Mengapa Jamal juga mengaitkan wang yang diperolehinya bersumberkan daripada derma?

Tidakkah Jamal seolah-olah menyindir Najib Razak apabila turut mengatakan wang yang diperolehinya juga adalah derma?
Beraninya Jamal main sindir-sindir terhadap Najib sekarang ini?

Adakah Jamal tidak takut menyindir Najib kerana sudah ada pemimpin lain yang mula berani menjanjikannya kerusi untuk ditandingi dalam pilihanraya umum akan datang?

Ohhh.....

DoJ baling batu sembunyi tangan, kata timbalan menteri Umno

Tajuddin tidak menolak kemungkinan tindakan DoJ itu bagi mencetuskan provokasi dan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.
tajuddinPETALING JAYA: Selepas kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan menamakan Datuk Seri Najib Razak sebagai orang di sebalik “Malaysian Official One” (MO1), seorang pemimpin Umno menggesa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berhenti berselindung di sebalik rujukan yang disebut dalam dokumennya berkenaan salah laku 1MDB.
“Cukuplah dengan permainan ini. Apabila tidak menyebut nama MO1, ia menyebabkan pelbagai spekulasi,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Menurutnya, tindakan DoJ yang mengulangi “MO1” dalam dokumen permohonannya untuk menyita aset berkait 1MDB menyebabkan Malaysia menerima kesan buruk ekonomi dan politik.
“Apa yang dilakukan jabatan itu sekarang seolah-olah baling batu sembunyi tangan.
“Ia tidak profesional dan tidak bertanggungjawab,” kata Tajuddin, yang juga tmbalan menteri pertanian dan industri, kepada FMT, dan menambah ia mungkin bagi mencetuskan provokasi dan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.
Semalam, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata MO1 merujuk kepada Najib.
“Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (DOJ) itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri,” katanya dalam wawancara bersama badan penyiaran Britain, BBC.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bagaimanapun berkata nama Najib tidak disebut kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan.
“Terdapat orang lain yang dinamakan… dan Jabatan Kehakiman akan membawanya ke mahkamah untuk membuat keputusan,” katanya.
Pada 20 Julai, DoJ memfailkan saman untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang didakwa dicuri daripada 1MDB.
Dokumen DoJ setebal 130 muka surat itu menamakan beberapa individu, termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz, yang didakwa menggunakan berjuta dolar daripada 1MDB bagi pengeluaran filem Hollywood “The Wolf of Wall Street”.
Dokumen tersebut bagaimanapun tidak menamakan Najib, tetapi menyebut “MO1” sebanyak 36 kali, yang sering dikaitkan dengan Najib, walaupun disangkal beberapa pemimpin Umno.

Dakwaan rasuah FAM: Khairy serah pemacu pena kontroversi kepada SPRM


Khairy hari ini menyerahkan pemacu pena yang diberikan oleh Tunku Ismail kepada SPRM untuk disiasat.Khairy hari ini menyerahkan pemacu pena yang diberikan oleh Tunku Ismail kepada SPRM untuk disiasat.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk menyerahkan pemacu pena 'kontroversi' yang dikatakan mempunyai bukti penyelewengan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ketibaannya di perkarangan bangunan SPRM pada pukul 11.15 pagi tadi serta-merta diserbu puluhan pengamal media yang sedia menunggu seawal 10 pagi.
Beliau yang lengkap berbaju Melayu sempat menunjukkan pemacu pena tersebut kepada media sebelum memasuki bangunan SPRM.
Pemacu pena tersebut yang didakwa mempunyai laporan sebanyak 279 halaman yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku di FAM, diserahkan kepada Khairy oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 26 Ogos lalu.
Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM selain mahu memberi tumpuan kepada kelabnya.

RM1K: Saya orang baik, banyak dapat derma, kata Jamal

Jamal berkata, setiap tahun apabila beliau hendak mempengerusikan mesyuarat Umno bahagian, ramai kawan dan ahli perniagaan akan menyumbang wang kepadanya.
jamal 3PETALING JAYA: Kekayaan yang kononnya dimiliki Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos sebenarnya datang daripada sumbangan rakannya yang murah hati.
“Saya orang yang baik, jadi setiap tahun apabila saya bakal mempengerusikan mesyuarat bahagian, ramai kawan saya dan ahli perniagaan akan menyumbang (wang).
“Rakan ini memberi RM10,000, manakala rakan lain mungkin beri RM20,000 dan seorang lagi akan memberi RM50,000. Jadi, apa masalahnya?” soal Jamal ketika dihubungi FMT semalam berhubung kenyataan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran yang mempersoalkan kekayaan pemimpin Umno itu.
Ia susulan pengumuman mengejutkan Jamal yang berjanji akan memberi RM1,000 kepada setiap perwakilan menghadiri mesyuarat Umno Bahagian Sungai Besar, pada Rabu lalu, kerana tidak dapat menunaikan janjinya menaja mereka berkunjung ke Dubai.
Lebih 600 perwakilan menghadiri mesyuarat itu kelmarin dan Jamal berjanji akan bayaran itu akan dibuat menerusi dua ansuran, iaitu RM500 dibayar Rabu lalu manakala baki RM500 akan diberikan tahun depan.
“Apabila kita baik kepada orang lain, mereka akan memberi respons baik dan sentiasa membantu kami sebagai balasan.
“Tetapi, pendirian saya ialah semua sumbangan politik yang saya terima akan diberikan kembali kepada ahli Umno dan rakyat Sungai Besar.
“Saya tidak akan ambil walaupun satu sen untuk diri saya. Saya mendapat wang mencukupi daripada perniagaan saya,” katanya.

Ketum jadi simbol 'serang' Husam selepas 'sampah'


Mokhtar SenikMokhtar SenikSelepas sampah dijadikan perlambangan, Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Mokhtar Senik menggunakan ketum pula dalam 'menyerang' Datuk Husam Musa secara terbuka ekoran keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu  menyertai Amanah.
"Edisi keliru. Baru ni Risda ada cadangan nak tanam Ketum untuk meng(g)antikan getah. Siapa tahu, apakah kerajaan telah membenarka(n) pihak Risda berbuat demikian?" dipetik dari Facebook Ahli Jawatankuasa Pas Pusat ini atas nama 'Ustaz Mokhtar Dup Phg' semalam.
Beliau turut melampirkan dua keratan berita Sinar Harian Online iaitu "Husam rayu pemecatan dibatalkan" bertarikh 26 Mei dan 'Saya hairan masih ada ahli bersama Pas' terbitan pada 31 Ogos lalu.
Kelmarin, Mokhtar yang pernah ditahan ISA selama tiga tahun bersabit isu Al-Maunah ini menulis, "Tong sampah yang diletakkan di luar rumah kita kadang-kadang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Tapi tahukah kita kerana ada tong sampah itulah makanya rumah kita bersih dan kemas."
Ujarnya lagi, "Tiada lagi sampah berselerakan. Terima kasih wahai Tong Sampah kerana sudi menerima sampah-sampah yang pernah ada dalam rumah kami. Wassalam. Tiada kena-mengena dengan orang yang belum mati atau orang yang masih hidup."
Dikecam netizen 
Walaubagaimanapun, sebahagian pengguna Facebook mengecam Mokhtar seperti komentar Amiruddin Endemir, "Status tak cerdik" manakala Azmi Osman berkata, "Buanglah nama ustaz kau tu. Hodoh perangai."
Turut mengkritik netizen Wfauzdin Ns yang berpendapat, Pas pernah meletakkan 'sampah' yang dimaksudkan Mokhtar itu di jawatan kanan sehingga ke tahap Naib Presiden.
Menurutnya, 'sampah' itu juga amat dipuji oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan pernah menjadi pemimpin kanan dalam kerajaan negeri Kelantan selain beberapa penggal menjadi Ahli Parlimen bahkan sehingga pada masa ini masih Adun.

Gantikan PAS di Kelantan dengan Amanah - Husam

Bantah kehadiran pemimpin Sri Lanka, protes bertukar kecoh

Sultan Selangor temu jodoh pembaca berita RTM

'Saya tidak tahu siapa bagi pendrive pada TMJ' - KJ

Rajapaksa adalah pembunuh yang disahkan UN, kata ADUN

'Rajapaksa, kamu hanya layak di bawah tapak kaki saya!'

AYUH NAJIB, JADILAH MALAYSIAN OFFICIAL 1 YANG BENAR2 JANTAN!!

Walaupun ura-ura saman Najib Razak terhadap The Wall Street Journal atau WSJ masih tidak diketahui bila akan menjadi menjadi kenyataan, beliau kini dicabar pula untuk mengambil tindakan undang-undang oleh bekas timbalannya sendiri, Muhyiddin Yassin.

Beliau mencabar Najib agar menyamannya jika dakwaan rasuah melibatkan 1MDB yang dilontarkannya selama ini adalah tidak benar.

Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib menyaman saya jika apa yang saya cakap tidak benar, tegas Muhyiddin.
Beberapa hari lalu, Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau ditunjukkan bukti oleh bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail bahawa sudah terdapat wang sebanyak RM1,000 juta dalam akaun bank peribadi Najib sebelum kemasukan RM2,600 juta yang menjadi bualan hangat di seluruh dunia sejak lebih setahun yang lalu.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mahukan Muhyiddin menunjukkan bukti berhubung dakwaannya serta mengingatkan Presiden penaja parti BERSATU itu agar tidak membuat tuduhan berdasarkan khabar-khabar angin.

Blog ini pada 29 0gos lalu kemudiannya menyarankan agar Muhyiddin disaman, sama ada oleh Najib atau Zahid Hamidi, jika ingin benar dakwaan berkaitan wang tersebut diketahui kebenarannya.

Ini kerana  Muhyiddin terikat dengan akta Bafia jika mendedahkan mengenai akaun bank orang lain secara terbuka. Hanya dengan perintah mahkamah atau melalui kebenaran mahkamah saja, akaun seseorang boleh didedahkan kepada umum tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Bola kini di kaki Najib. Terpulang kepada beliau untuk mengambil tindakan seterusnya. Muhyiddin nampaknya bukan saja tidak berganjak daripada dakwaannya berkaitan rasuah 1MDB yang melibatkan Najib, bahkan juga seperti tidak gentar berhubung tuduhan wang RM1,000 juta yang didakwanya itu.

Pemuda Pas Kelantan kesal Umno mungkir sokong deklarasi RUU 355


Ahmad Fadhli menunggu kehadiran wakil wakil parti politik khususnya Umno yang tak kunjung tiba.Ahmad Fadhli menunggu kehadiran wakil wakil parti politik khususnya Umno yang tak kunjung tiba.
Ketua Pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli Shaari melahirkan rasa kesal dengan kegagalan Pemuda Umno Kelantan hadir pada majlis perisytiharan 'Deklarasi Kota Bharu' bagi menyatakan sokongan parti-parti politik Melayu-Islam di negeri itu terhadap Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355), 30 Ogos lalu.
RUU 355 itu bakal dibentangkan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Oktober ini.
Malah Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat itu hairan dengan kegagalan wakil Pemuda Umno untuk hadir memandangkan Umno sudah secara rasmi menyatakan sokongan terhadap RUU 355.
"Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Ibrahim telah menyusun sidang media hari ini (30 Ogos) beberapa hari yang lepas.
"Ia merupakan satu detik bersejarah sekiranya berjaya dilaksanakan iaitu sayap-sayap anak muda di semua parti-parti yang dianggotai oleh masyarakat Melayu Islam di negeri ini iaitu Pas, Umno, PKR dan Amanah duduk semeja untuk bersetuju dengan satu tajuk yang penting.
"Kali ini tajuknya ialah sokongan terhadap Rang Undang-undang Akta 355," tulis Ahmad Fadhli di laman Facebooknya.
Lokasi program itu, ujarnya diadakan di sebuah hotel atas permintaan Pemuda Umno yang mahukan tempat berkecuali manakala masa juga ditentukan sayap Umno itu.
Deklarasi Kota Bharu hanya ditandatangani wakil Pemuda Pas dan AMK Kelantan.Deklarasi Kota Bharu hanya ditandatangani wakil Pemuda Pas dan AMK Kelantan.
"Sepanjang saya sebagai Ketua DPPNK (Dewan Pemuda Pas Kelantan), belum pernah dewan hotel ditempah semata-mata untuk sebuah sidang media. Biasanya ia dibuat di bangunan DPPNK Syabab Point atau di mana-mana lokasi bersesuaian.

Amanah tentukan jawatan Husam Isnin depan

Wan Abdul Rahim berkata, beliau masih berpegang kepada janji untuk menyerahkan jawatannya selaku pengerusi Amanah Kelantan kepada Husam apabila Adun Salor itu menyertai Amanah.
Datuk-Wan-Abdul-Rahim-Wan-Abdullah-husam-musa
KOTA BHARU: Amanah akan bermesyuarat Isnin depan bagi menentukan kedudukan Adun Salor, Datuk Husam Musa dalam parti berkenaan.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, mesyuarat itu perlu diadakan berikutan tindakan Husam sebelum ini menolak jawatan peringkat nasional dalam parti itu.
“Kita akan bincang 5 September ini di Wisma Amanah di Kuala Lumpur,” katanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa selepas menyambut kepulangan Husam dari Kuala Lumpur hari ini.
Selasa lalu, Husam yang juga bekas naib presiden PAS mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya.
Husam dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan kelantangannya mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno.
Hari ini, Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Muhamad Hussin berkata, parti itu sedia menyerahkan tanggungjawab kepada Husam untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri daripada PAS kerana penyertaannya mampu memberi perubahan besar kepada politik di negeri itu.
Mengenai janji penyerahan jawatan pengerusi Amanah Kelantan kepada Husam apabila Adun Salor itu menyertai Amanah, Wan Abdul Rahim berkata, beliau masih berpegang kepada janji itu.
Sementara itu, Husam berkata, soal jawatan dan kedudukan dalam parti tidak penting bagi dirinya dan terpulang kepada Amanah untuk menentukan kedudukannya dalam parti itu.

Muhyiddin : ‘Cabar nafi kenyataan saya atau saman saya’


Muhyiddin Yassin

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan dakwaan rasuah membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam skandal 1MDB.
Ujarnya, beliau juga sedia disaman oleh Najib, sekiranya kenyataannya berkenaan isu itu hanya 'cakap-cakap kosong'.
"PM Najib adalah MO1 sepertimana yang dinyatakan oleh DOJ , yang telah berpakat bersama Jho Low dan Riza Aziz untuk menjarah hasil 1MDB. Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri.
“Jangan guna budak suruhan seperti (setiausaha akhbarnya) Tengku Saruffuddin (Tengku Ahmad) dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak kamu. Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini Najib menafikan dakwaan bahawa beliau telah menyalahgunakan dana awam.
Pada Januari lalu Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali  mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait kontroversi isu 1MDB.

KJ serahkan pemacu pena 'panas' TMJ kepada SPRM

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menyerahkan pemacu panas yang diberikan kepada beliau oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai dakwaan rasuah dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jemputan media telah diedarkan oleh pembantu Khairy memberitahu bahawa menteri itu akan menyerahkan pemacu pena tersebut di ibu pejabat SPRM, Putrajaya esok pagi esok.
Semalam, Khairy berkata beliau masih mengkaji kandungan pemacu pena tersebut bagi membolehkannya menjelaskan kepada SPRM mengenai apa jua elemen rasuah yang wujud didalamnya.
"Jika tidak, SPRM akan ketawa kepada saya dan berkata, 'Mengapa kamu berikan dokumen-dokumen ini terhadap kami?" jelas beliau.
Khairy telah mendapat pemacu pena tersebut pada 26 Ogos yang lalu.
Beliau sebelum ini berkata, pemacu pena mengandungi 279 muka surat dokumen dan berjanji bahawa tidak akan menyembunyikan apa-apa jika terdapat salah laku.

Husam yakin Amanah menang di Kelantan walaupun tiga penjuru

Datuk Husam Musa di sambut meriah di Kota Bharu selepas umum sertai Amanah semalamDatuk Husam Musa di sambut meriah di Kota Bharu selepas umum sertai Amanah semalam
Adun Salor, Datuk Husam Musa yang mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di Cyberjaya 30 Ogos berkata beliau yakin parti yang baru disertainya boleh menang untuk mentadbir negeri dalam pilihanraya umum akan datang walaupun dalam pertandingan tiga penjuru.
"Saya yakin gabungan Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang lain akan mencapai sasaran untuk menang dalam piliharaya umum ke 14," katanya pada sidang media yang diadakan sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra petang tadi.
Konvoi kereta pacuan empat roda yang membawa bendera Amanah mengiringi Husam dari Pengkalan Chepa ke Pasir Puteh.Konvoi kereta pacuan empat roda yang membawa bendera Amanah mengiringi Husam dari Pengkalan Chepa ke Pasir Puteh.Ketibaan Husam di sambut beratus-ratus penyokong beliau yang kebanyakannya terdiri penyokong Amanah.
Selepas sidang media di ruang ketibaan, beliau diarak dengan konvoi motosikal besar dan kereta pacuan empat roda ke Pasir Puteh untuk menghadiri majlis penubuhan 16 cawangan Amanah bagi kawasan Dun Limbongan, Pasir Puteh.
Ditanya tentang Pas, beliau berkata sekarang parti itu ada tiga opsyen.
"Pas boleh pilih untuk sertai Pakatan Harapan, sertai Barisan Nasional atau terus menyendiri seperti sekarang.
"Hanya opsyen bersama Pakatan Harapan akan membolehkan parti itu boleh diterima rakyat, kalau mereka pilih opsyen lain, tentu rakyat akan tolak mereka," katanya.
Dengan masalah yang dihadapi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang dan kemunculan parti Bersatu oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad beliau percaya lanskap politik negara akan berubah.
"Sekarang gerakan untuk mengalahkan Umno BN turut disertai Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Mukhriz dan Datuk Shafei Afdal di Sabah.
"Ini bukan perkara kecil yang harus dipandang ringan oleh sesiapa," katanya.
Husam membuat ucapan pertama di Pasir Puteh, Kelantan selepas menjadi ahli Amanah.Husam membuat ucapan pertama di Pasir Puteh, Kelantan selepas menjadi ahli Amanah.Ditanya mengenai rancangan beliau mengembangkan Amanah di Kelantan beliau berkata parti barunya sangat berpotensi untuk diterima dengan meluas.
"Bagi orang Pas yang mahu mengikut perjuangan Tok Guru Nik Aziz mereka kena menyertai Amanah kerana hanya Amanah serupa dengan kehendak perjuangan Islam cara arwah Tok Guru.
"Bagi orang Umno pula mereka kini terbuka dan senang hati masuk Amanah kerana parti ini tiada stigma tuduhan kafir yang dibuat oleh Pas dulu," katanya.

Semua peguam boleh sahkan Najib bukan subjek siasatan DOJ, kata Rahman Dahlan

Tapi Dr M dan rakan-rakan sengaja campur aduk untuk perdaya rakyat, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN
rahman-dahlan-dojs-1mdb (1)PETALING JAYA: Semua peguam boleh sahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan subjek siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) keatas dakwaan pengubahan dan pelesapan wang 1MDB, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Pengarah Komunikasi Strategik BN berkata perkara itu sebenarnya jelas umpama hitam dan putih, namun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan konconya dalam pembangkang bermain muslihat untuk mengelirukan rakyat.
“Mana-mana peguam dapat mengesahkan bahawa perbezaan antara dinamakan sebagai subjek dalam saman sivil dengan mereka yang hanya dirujuk dalam siasatan, adalah seperti hitam dan putih.
“Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan barunya dalam pembangkang sengaja mencampur adukkan kedua-duanya untuk memperdaya rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam wawancara bersama badan penyiaran Britain BBC semalam, Mahathir dilaporkan berkata individu yang dirujuk sebagai MO1 oleh DoJ adalah Najib.
Susulan itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kerajaan memberikan penjelasan manakala Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang mendesak Najib membersihkan namanya dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan ini.
“Ramai lagi yang dirujuk DoJ. Namun, paling penting sekali, tiada seorang pun dalam kalangan mereka termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek siasatan,” jawab Rahman.
Beliau menambah kempen ‘tohmahan’ terhadap Najib akan gagal, apatah lagi selepas siasatan terperinci pelbagai pihak berkuasa membersihkan Presiden Umno itu daripada sebarang kesalahan.
“Sama seperti gagalnya setiap percubaan beliau (Mahathir) untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik,” katanya lagi.