Khamis, 1 September 2016

2 Sept Tiba Lagi: Laungan Reformasi Part 1

2 Sept Tiba Lagi: Laungan Reformasi Part II

2 Sept Tiba Lagi: Reformasi 1998 - Bukit Damansara

2 Sept Tiba Lagi: Satu Perjuangan - [ REFORMASI ]

2 Sept Tiba Lagi: Semarak Reformasi

2 Sept Tiba Lagi: Reformasi 1998

Jaja 'cerita seks' modal utama kem Najib serang Muhyiddin

Berjasa: 95% koperasi Bank Rakyat milik Melayu, tapi sektor tak tumbuh

PAC digesa menyiasat Bank Rakyat kerana mendakwa bank itu pernah mempunyai sejarah kes pecah amanah membabitkan pegawai kanan
mustafa-kamal-pac-bank-rakyat
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) digesa menyiasat Bank Rakyat susulan penahanan dua pegawai kanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM15 juta.
Presiden Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) berkata siasatan itu menunjukkan wujud kepincangan dalam entiti di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu.
“Kita tak mahu perkara ini (kepincangan) berulang dua kali lagi,” kata Datuk Seri Dr Mustapa Kamal Maulut, merujuk kepada kes pecah amanah membabitkan Pengerusi Bank Rakyat Datuk Seri Harun Idris, Pengarah Urusan Abu Mansor Basir dan Pengurus Besar Ismail Din pada 1977.
“Inilah satu-satunya institusi kewangan dimiliki majoritinya orang Melayu,” katanya pada sidang medianya di sini hari ini.
“Kita mahu ketelusan, kredibiliti kerana kebanyakan daripada anggota Bank Rakyat ini adalah lantikan daripada kerajaan. Kalau kita lihat, pengerusi pun adalah bekas penglima anggota tentera.”
Sebelum ini, Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa berjumlah RM15 juta.
Beliau orang kedua daripada pengurusan tertinggi bank berkenaan yang ditahan SPRM selepas Pengarah Urusan Datuk Mustafha Abd Razak.
Presiden Berjasa menambah parti akan menghantar surat gesaan kepada PAC Isnin depan. Menurut Berjasa, 95% daripada sektor koperasi di bawah bank kawalan kerajaan itu dimiliki orang Melayu, bersamaan 900,000 ahli.

Semua MP kena sokong pindaan Akta 355 - PJ Terengganu


Satiful Bahri

KUALA TERENGGANU - Pindaan Akta 355 yang bakal dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu disokong semua anggota parlimen sama ada Islam atau bukan Islam, bertujuan menghormati hak orang Islam di negara ini.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, sokongan itu sudah tentu membuktikan bahawa nilai kemerdekaan negara itu sendiri diangkat selepas sekian lama negara bebas daripada penjajah.
“Sempena Hari Kemerdekaan tahun ini, marilah kita sama-sama berdoa agar pindaan itu akan berjaya kerana sesungguhnya ia akan mengangkat martabat kemerdekaan kepada rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama,” katanya.
Satiful Bahri yang juga Adun Paka berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena perutusan kemerdekaan, di sini.
Menurutnya, kemerdekaan negara turut membawa maksud Malaysia menjadi sebuah negara berdaulat dan bebas daripada pemerintahan penjajah yang merupakan salah satu nikmat terbesar dikurniakan ALLAH kepada rakyat di negara ini.
“Maka sudah tentu dan sepatutnya peraturan dan perundangan Islam, telah lama menjadi suatu akta yang dikanunkan seterusnya diamalkan dalam sistem perundangan negara sebagai suatu alternatif kepada rakyat yang beragama Islam,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa kemerdekaan sebenar ialah kemerdekaan Islam sebenar yang menunjukkan seluruh insan bebas daripada perhambaan sesama manusia dan hanya menjadi hamba ALLAH semata-mata.
Jelasnya, Islam yang merdeka itu juga bukan hanya dinikmati penganut Islam tetapi rahmatnya melimpah ke seluruh alam termasuk dinikmati penganut agama lain.
“Negara kita telah merdeka selama 59 tahun, tatkala mendapat kemerdekaan, penubuhan negara kita jelas melalui peruntukan Fasal 3 dalam perlembagaan, menjadi sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuannya,” katanya.

Ekonomi negara: Nazir pesan hati-hati, Najib pula ucap syukur


Najib dan Nazir RazakNajib dan Nazir Razak
Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mengakui ekonomi Malaysia semakin perlahan dengan pertumbuhan sekitar empat peratus pada tahun ini.
“Dunia sekarang berada dalam era pertumbuhan struktural yang rendah. ‘Hari bersuka ria’ sudah berlalu dan ia akan mengambil banyak tahun untuk menyaksikan pertumbuhan tinggi kembali di dunia ini sekali lagi,” dipetik daripada laporan sebuah akhbar hari ini.
Menurutnya, seluruh dunia terpaksa melalui pertumbuhan ekonomi perlahan kerana bebanan terlalu banyak hutang yang merupakan masalah asas sistem dunia hari ini.
Nazir berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Kebangsaan bersama Touch ‘n Go di NZ Curry House di Wangsa Maju, ibu negara, semalam.
“Saya berpendapat kita sekarang berhadapan persekitaran luaran yang amat sukar. Maka berhati-hatilah. Jangan berbelanja berlebihan kerana keadaan akan menjadi sukar bagi Malaysia dan seluruh dunia,” pesan Nazir.
Peringatan Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri itu hanya selepas dua hari CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group) mengumumkan penutupan 23 cawangannya sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan operasi.
Bagaimanapun, lain pula dengan Najib Razak, ekonomi negara digambarkan dalam keadaan baik dengan memberitahu bahawa Program Transformasi Ekonomi atau ETP, menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara telah berjaya mencapai angka 111 peratus KPI.

RM1K Seorang: Dari mana datangnya wang sebanyak itu, Kula tanya Jamal

Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos perlu mendedahkan sumber kekayaannya atau berdepan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.
Ini selepas Jamal yang mengepalai Gerakan Merah berkata semalam, beliau akan memberikan wang sebanyak RM1,000 seorang kepada 115 ketua cawangan Umno dalam bahagiannya.
Ujar Jamal, pemberian tunai itu adalah sebagai alternatif selepas membatalkan rancangan untuk membawa ketua-ketua cawangan itu bercuti ke Dubai.
"Pengumuman beliau itu menimbulkan satu persoalan iaitu dari mana dan apakah sumber dana beliau?
"Saya pasti bukan sahaja ahli Umno tetapi rakyat Malaysia juga ingin tahu jika dana itu datang daripada poket sendiri, bahagian atau derma.
"Jika wang itu daripada poket sendiri, kemudian dia mewajarkan bahawa pendapatannya adalah mencukupi untuk kemurahan hatinya.
"Jika Jamal tidak bersedia untuk berterus-terang mengenai sumber dananya, maka SPRM perlu menjalankan siasatan," kata ahli parlimen DAP itu.
Baru-baru ini, Jamal membatalkan janjinya untuk membawa kesemua ketua cawangannya bercuti ke Dubai.
Sebaliknya, janji percutian itu ditukarkan kepada pemberian wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua cawangan tersebut.
"Lima bulan lepas saya dah berjanji kepada 115 ketua cawangan tetapi hanya 80 yang bersetuju untuk dibawa bercuti ke Dubai.
"Justeru itu saya batalkan tawaran percutian tersebut dan kos percutian kita kongsi bersama yang mana setiap seorang perwakilan akan mendapat RM1,000," kata Jamal disambut tepukan gemuruh para perwakilan.
Jamal berkata demikian dalam majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar kali ke 13 bagi tahun 2016 di Dewan Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor.

PAS, DAP mahu pengesahan MO1=Najib disusuli siasatan, penjelasan Najib

Pengakuan Abdul Rahman itu dapat membantu SPRM dalam sisatannya, kata PAS.
Tuan-Ibrahim_rahman-dalan_najib_600
PETALING JAYA: DAP dan PAS hari ini menggesa Putrajaya tampil memberi penjelasan selepas pengesahan terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang “Malaysian Official 1” (MO1) merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengalu-alukan pengesahan Abdul Rahman, yang juga pengarah strategi Barisan Nasional (BN), dan menambah ia dapat membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usahanya memerangi rasuah.
“Cuma, ramai tertanya-tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan kabinet dan juga PM sendiri?” kata Tuan Ibrahim.
“MO1” disebut 36 kali oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Julai lalu, dalam dokumen permohonannya mahu merampas aset berkait 1MDB bernilai lebih RM1 bilion susulan dakwaan salah laku dan kecurian dana.
Ia mengundang spekulasi MO1 merujuk kepada perdana menteri, walaupun Najib dan pemimpin Umno sehingga ini rata-rata tidak memberikan komen secara langsung mengenai perkara itu.
Badan penyiaran Britain BBC hari ini memetik Abdul Rahman sebagai berkata identiti MO1 bukan sesuatu yang rahsia.
“Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (DOJ) itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri,” katanya, yang menambah nama Najib tidak disebut kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan.
“Terdapat orang lain yang dinamakan… dan Jabatan Kehakiman akan membawanya ke mahkamah untuk membuat keputusan,” katanya dipetik BBC.
DAP: Najib perlu bersihkan nama di PBB
Tuan Ibrahim turut mempersoalkan sama ada pengakuan Abdul Rahman itu bermakna DOJ berasas.
“Jika tiada asas, masakan boleh samakan MO1 itu ialah PM?” tanya beliau.
“Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO1, bolehlah beliau bantu menjawab apakah betul duit 1MDB yang telah masuk ke akaun PM dan apakah cerita bahawa duit di akaun itu daripada dermawan Arab itu dongeng semata-mata?”

'Pengesahan Najib sebagai MO1 berita baik buat SPRM'

Ekoran pengesahan kerajaan bahawa “Malaysian Offcial 1” adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kembali kertas siasatan bagi kes 1MDB.
Malah, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengakuan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan itu sepatutnya menjadi berita baik kepada Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membanteras rasuah.
“SPRM perlu membuka kembali kes 1MDB dan dana masuk ke akaun PM dengan menyiasat segala dakwaan DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat) secepat mungkin agar pihak luar tiada peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara.
“SPRM juga perlu menggesa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB semula,’ kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.
Jaringan media British BBC hari ini melaporkan Rahman sebagai mengesahkan MO1 adalah Najib.
MO1 dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil DOJ berkaitan penyelewengan dana 1MDB.
Rahman dilaporkan sebagai berkata “Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri".
Beliau yang juga pengarah strategi BN berkata DOJ tidak menyebut nama sebenar kerana Najib bukan sebahagian daripada siasatan.
DOJ menyifatkan MO1 sebagai pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia kerana mempunyai AS$681 juta dalam akaun bank peribadinya.
Kabinet setuju?

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata Putrajaya juga perlu tampil memberi penjelasan selepas pengesahan terbuka Rahman.
“Terima kasih Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengesahkan bahawa Malaysian Official 1 sememangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Cuma, ramai tertanya-tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan kabinet dan juga PM sendiri?

Kem Najib hanya mampu jaja cerita seks, bidas Muhyiddin

Dakwaan mengenai “kecurangannya dengan isteri orang lain” membuktikan kem Datuk Seri Najib Razak hanya mampu boleh bergantung kepada ‘cerita seks’ untuk mempertahankan perdana menteri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.
Presiden pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad, yang berkata Muhyiddin tidak boleh dipercayai kerana curang terhadap isterinya.
Ini susulan Muhyiddin mendakwa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menunjukkan kepadanya bahawa akaun bank Najib mempunyai RM1 bilion, walaupun sebelum "derma politik" RM2.6 bilion.
"(Tengku) Sarifuddin bankrap dengan idea dan ini jelas dapat dilihat dari dakwaan tak beradabnya ke atas saya, menimbulkan tidak lebih daripada cerita-cerita seks yang biasanya mereka yang berpemikiran seumpama itu mampu lakukan.
"Begitulah rendah penyokong Najib sanggup lakukan. Cerita yang dipopularkan oleh blogger banduan kini menjadi modal utama digunakan oleh penasihat dan penyokong Najib untuk menyerang saya," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk tulisan blogger Raja Petra Kamaruddin yang menerbitkan suatu akuan bersumpah berhubung dakwaan berkenaan.
Dalam SD itu, bekas Timbalan Pendakwa Raya Stanley Clement Augustin, mendakwa isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan dengan Muhyiddin sejak beliau adalah menteri besar Johor.
Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu mengulangi bahawa dakwaan ‘tidak senonoh’ ke atasnya adalah adalah tidak benar dan kerajaan tidak sepatutnya menjejaskan perhatian rakyat terhadap skandal Najib .

Muhyiddin cabar PM: Jadilah anak jantan, saman saya

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar bekas bos beliau Datuk Seri Najib Razak menyamannya.
Muhyiddin berkata Najib harus bertindak demikian jika dakwaan dakwaan rasuah melibatkan 1MDB yang dilontarkannya tidak benar.

“Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri.

“Jangan guna budak suruhan seperti (setiausaha akhbarnya) Tengku Saruffuddin (Tengku Ahmad) dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak kamu.

“Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Najib telah menafikan dakwaan menyalahgunakan dana awam dan berkata tuduhan terhadapnya sebahagian daripada rancangan untuk menggulingkannya.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku jenayah dalam kontroversi 1MDB.

Dyana Sofia fires back at Razlan's list on "DAP's Disrespect of Malays"

Saya belum diberi taklimat mengenai pindaan definisi rogol, kata Azalina

Peguam kecam siasatan terhadap mahasiswa, penganjur #TangkapMO1

Amaran Keras Husam Musa Buat PAS!!~ "AMANAH akan Rampas Kelantan dari PAS"

Pelajar: Demo kami tak dirampas pembangkang

Kumpulan pelajar menafikan perhimpunan mendesak tindakan terhadap Malaysian Official 1 (MO1) di ibu negara Sabtu lalu dirampas oleh pembangkang.

Jurucakap penganjur Anis Syafiqah Md Yusof berkata pelajar “100 peratus” mengaturnya dan ahli politik juga dibataskan daripada membuat ucapan.
Katanya, pihaknya telah memaklumkan awal bahawa ahli politik hanya dibenarkan berucap di Sogo dan Masjlid Jamek sahaja manakala Dataran Merdeka dikhususkan kepada pelajar.
“Kami menafikan sama sekali perhimpunan itu dirampas.

“Sebabnya saya sudah maklumkan awal-awal kepada semua pihak bahawasanya kita hanya memberikan ruang kepada pihak-pihak lain seperti parti politik dan NGO di dua tempat perkumpulan awal sahaja,” katanya.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau dimaklumkan perhimpunan #TangkapMO1 dirampas parti pembangkang.
Sementara itu , Anis turut menafikan bahawa perhimpunan tersebut bertujuan menyeru orang ramai untuk hadir ke himpunan BERSIH 5 selepas ini.
“Tidak sama sekali.

“Bahkan kita pada pada 27 Ogos, kita fokus kepada objektif kita iaitu untuk menangkap dan menghadapkan MO1 ke muka pengadilan.
“Mungkin ada sampingan-sampingan seperti BERSIH 5 dan sebagainya, itu tambahan kepada peserta-peserta lain dalam perhimpunan,” katanya.

Zunar akan pamerkan kartun untuk rakyat pada 3-10 September ini


Zunar dalam pamerannya ketika  berada di luar negara.Zunar dalam pamerannya ketika berada di luar negara.
Kartunis politik Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque  akan mengadakan pameran di Amcorp Mall dari 3-10 September ini dengan tema kartun untuk Rakyat betajuk "Kartun Zunar@rt PJ".
Beliau banyak mempamerkan karya-karya beliau yang fokus kepada membongkar korupsi, salah laku dan kezaliman pihak pemerintah.
Pada 10 Feb 2015, beliau ditangkap dan dimasukkan ke lokap selama tiga hari dan di dakwa ke mahkamah atas sembilan tuduhan di bawah Akta Hasutan kerana mengritik kerajaan dan hakim. Hukuman maksima untuk semua kesalahan ini adalah 43 tahun penjara.
Sebelum itu, pada September 2010, beliau juga pernah ditangkap di bawah undang-undang yang sama.
Selain itu, kerajaan pernah mengharamkan tujuh buku kartun beliau. Pejabat beliau sering diserbu dan ribuan buku kartun dirampas.
Pembantu jualan dan pengendali laman web beliau juga ditangkap dan disiasat Pengilang dan pekedai di seluruh Malaysia diugut supaya tidak mencetak dan menjual buku-buku kartun beliau.
Katanya setelah beberapa tahun beliau mengadakan pameran di luar negara seperti di British Cartoon Museum, Malmo (Sweden), Bilbao (Spain), Paris, Kentucky (US) dan Geneva, sudah tiba masanya beliaumengadakan pameran serupa di negara sendiri.
"Saya dengan ini mengumumkan pameran khas di Malaysia dengan tema - Kartun Untuk Rakyat dan bertajuk "Kartun Zunar @rt PJ.
"Dengan konsep "Kartun Untuk Rakyat" bererti karya-karya tersebut tidak akan dipamer di dalam galeri atau dalam dewan pameran, sebaliknya akan diadakan di atas padang terbuka.
"Manakala pameran pameran di tempat tertutup boleh menarik peminat dan penggemar seni, pameran di luar boleh memberi lebih banyak ruang akses kepada orang ramai.
"Dengan lain perkataan, pameran dalam galeri mengundang anda ke sana, sedangkan pameran di luar datang kepada anda. Konsep ini amat sesuai dengan objektif saya sebagai kartunis - untuk memberi informasi alternatif, pendirian, hala tuju dan jenaka kepada orang ramai melalui karya-karya saya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Husam bakal ketuai usaha rampas Kelantan, kata Amanah

Amanah negeri yakin dengan kemampuan Husam berdasarkan pengalaman beliau mentadbir Kelantan ketika bersama PAS.
hussin-amana
PETALING JAYA: Amanah akan menyerahkan tanggungjawab kepada Datuk Husam Musa untuk mengetuai parti itu bagi merampas pentadbiran kerajaan negeri daripada PAS.
Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Muhamad Hussin berkata, kemasukan Husam mampu memberi perubahan besar kepada perubahan politik di negeri itu.
“Kita yakin dengan kemampuan yang beliau ada pengalaman yang beliau lalui, hasrat Amanah untuk ambil pemerintahan Kelantan daripada PAS akan tercakapi sekaligus menghalang daripada dirampas Umno.
“Peranan Husam untuk menawan Kelantan itu memang kita bagi ruang yang cukup besar kepada beliau. Sebab PAS sekarang ini bermasalah, pelbagai isu timbul dan rakyat makin keliru dengan perjuangan PAS.
“Amanah juga akan tawarkan kepada rakyat fokus perjuangan kita untuk mengambil alih kerajaan,” katanya.
Bercakap kepada FMT, Hussin berkata parti itu sedia menawarkan jawatan tertinggi kepada Husam di peringkat negeri.
Isnin lalu, Husam yang juga bekas naib presiden PAS mengumumkan penyertaan ke dalam Amanah, 4 bulan selepas dipecat kerana lantang mengkritik pimpinan tertinggi PAS.
Hussin tidak menolak akan ada lagi wakil rakyat PAS Kelantan akan mengikuti jejak Husam menyertai Amanah.
“Ramai harum manis di Kelantan ini, walaubagaimanapun kita tidak terlalu memberi tumpuan untuk menarik wakil rakyat PAS, tetapi hakikatnya mereka menyokong perjuangan Amanah,” katanya.

Siapa patut bimbang RUU 355, Islam atau bukan Islam?

Sebenarnya yang sepatutnya bimbang adalah orang Islam, bukannya bukan Islam, kerana diluluskan dalam keadaan persediaan yang tidak rapi.
mahkamah-syariah_600
Oleh Nik Fatma Amirah Nik Muhamad
Akta 355 memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana Undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.
Akta ini mula-mula dikanunkan pada tahun 1965 dan waktu itu, ia dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Hukuman yang tersenarai dalam akta ini ialah denda RM1,000 dan penjara 6 bulan.
Pindaan yang pertama dilaksanakan pada 1984, yang dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984, untuk meluaskan lagi kuasa menghukum Mahkamah Syariah kepada 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan.
Selepas itu, akta ini dipinda lagi pada tahun 1989 untuk diluaskan ke Sabah dan Sarawak, dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 1989.
Pindaan terakhir berlaku pada 1997, tetapi pada tafsiran sahaja, dan ia digelar Akta Tafsiran (Pindaan) 1997.
Kesemua pindaan bermula tahun 1984, 1989 dan 1997 diusulkan oleh pihak kerajaan. Manakala, buat kali pertama pindaan pada tahun 2016 baru-baru ini dibawa secara usul persendirian oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Marang yang bertujuan untuk meluaskan lagi bidang kuasa hukuman yang dibenarkan oleh Mahkamah Syariah, kecuali hukuman mati.
Analogi lebuh raya 5 lorong
Usul dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menimbulkan banyak persoalan.
Ikram Malaysia mengambil satu inisiatif untuk memberi kefahaman kepada masyarakat dengan menganjurkan satu wacana yang bertajuk “RUU 355: Wajarkah Bukan Islam Bimbang?” yang bertempat di Crystall Ballroom, The Mines 2, Seri Kembangan, yang membariskan 5 panelis, antaranya Prof Shamrahayu (Felo Ikim), Prof Zulfakar Ramlee (Ikram), Datuk Mujahid Yusof Rawa (Amanah), Howard Lee (DAP), dan Dr Zuhdi Marzuki (PAS).
Saya bersetuju dengan analogi Dr Zulfakar, pensyarah undang-undang UIAM semasa wacana tersebut, di mana beliau berpandangan seperti berikut:
“Pindaan Akta 355 ini seumpama permit atau lessen untuk membina lebuh raya 5 lorong (5 lorong yang memperkasakan 5 maqasid syariah).”
Apabila menyebut cadangan pembinaan lebuh raya, terdapat 2 pandangan.
Pandangan pertama daripada golongan yang tidak bersetuju untuk membina lebuhraya ini kerana tanahnya akan diambil dan yang pastinya akan ada tol yang membebankan.
Pandangan kedua pula datang daripada golongan yang bersetuju dengan pembinaan lebuh raya keranaia akan menjadikan perjalanan lebih laju dan selesa.
Beginilah analoginya untuk pindaan Akta 355 ini. Ada yang tidak bersetuju kerana belum terbukti kesempurnaan proses perancangan dan beberapa isu teknikal untuk pindaan ini.
Proses kearah pembinaan lebuh raya memerlukan langkah atau perancangan yang sangat rapi, seperti rundingan dengan pemilik tanah, bayaran pampasan yang sewajarnya kepada pemilik tanah, menyediakan pusat rehat dan rawat yang diuruskan dengan baik. Ia bukan sekadar membina tol dan mendenda mereka yang melanggar peraturan.
Begitu juga untuk pindaan RUU 355 ini – ia memerlukan perancangan yang rapi, rundingan dengan pelbagai pihak dan perlaksanaan dalam suasana yang adil dan jauh daripada fitnah.
Dr Shamrahayu (Felo Utama Ikim) juga ada menyatakan di dalam wacana yang sama bahawa “jangan disebabkan ketidaksempurnaan melaksanakan hukum Islam, Islam difitnah”.
Siapa yang patut bimbang?
Sebenarnya yang sepatutnya bimbang adalah orang Islam, bukannya bukan Islam. Apabila pindaan ini diluluskan dalam keadaan persediaan yang tidak rapi dan sempurna, ia akan membuka jalan kepada keburukan yang lebih besar.

Menteri lain enggan ulas pengesahan MO1 adalah Najib

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas pengesahan kerajaan bahawa Malaysia Official 1 (MO1) adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas pengesahan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini.
"Itu kena tanya Rahman Dahlan," kata Ismail dalam sidang medianya di Serdang hari ini.
Bagaimanapun selepas diasak pemberita, anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata beliau akan berbincang dengan Rahman berhubung kenyataan tersebut.
"Saya kena bincang dulu dengan beliau, saya bimbang kenyataan saya nanti bercanggah," kata Ismail.
MO1 dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB.
Jaringan media British BBC melaporkan Rahman sebagai berkata “Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri".

Rahman bagaimanapun berkata DOJ tidak menyebut nama sebenar kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan.

DOJ menyifatkan MO1 sebagai pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia kerana mempunyai AS$681 juta dalam akaun bank peribadinya.
Riza Aziz, anak tiri Najib dan Jho Low, seorang ahli perniagaan yang dilaporkan rapat dengan keluarga perdana menteri, juga dinamakan dalam saman DOJ itu.

Turut dinamakan adalah pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dan berkata wang diterima Najib daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Puteri Umno nafi serang Muhyiddin guna skandal seks

Umno memecat Muhyiddin kerana beliau tidak sehaluan dan sependapat dengan perdana menteri serta barisan kabinet dalam misi perjuangan mandat serta amanah parti selama ini.
Datuk-Mas-Ermieyati-SamsudinPETALING JAYA: Puteri Umno menepis dakwaan Anina Saadudin kononnya parti Melayu itu menjadikan skandal seks sebagai modal untuk menyingkirkan bekas timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menjelaskan, Umno memecat Muhyiddin bukan kerana skandal seks, sebaliknya perjuangan yang dibawa bekas timbalan perdana menteri itu bertentangan perjuangan perdana menteri dan presiden parti.
“Tindakan memecat Muhyiddin daripada kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiada kena-mengena dengan khabar angin berkenaan isu skandal seks yang hebat digembar-gemburkan sesetengah pihak.
“Sebagaimana kita semua sedia maklum, pemecatan tersebut kerana beliau tidak sehaluan dan sependapat dengan perdana menteri serta barisan kabinet dalam misi perjuangan mandat dan amanah parti selama ini,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata, Umno tidak akan melayan dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu bagi memburukkan parti, sebaliknya memberi tumpuan memulihkan keyakinan rakyat selepas dirosakkan pemimpin terdahulu.
“Apa yang harus diutamakan sekarang ini adalah meraih kepercayaan pengundi yang sedikit goyah akibat tindakan melulu pemimpin sebelum ini yang mengutarakan perbezaan pendapat di forum terbuka,” katanya.
Semalam, Anina yang juga bekas ahli Wanita Umno Langkawi mendakwa parti itu sering menggunakan skandal seks sebagai modal untuk menjatuhkan pemimpin lain, termasuk mengaitkan Muhyiddin mempunyai skandal dengan wanita bernama Nika Gee.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar berkata, Umno adalah parti bermaruah dan tidak perlu cara terkutuk bermodalkan tuduhan seks untuk menjatuhkan lawan.
“Selama ini pun sudah 59 tahun Umno dan BN memerintah, kita tidak pernah menggunakan cara jahat untuk menang, tidak ada untungnya membuat fitnah.
“Umno akan terus berjuang berpaksikan realiti berkhidmat kepada rakyat, sebab kita datang daripada rakyat, maka kita harus kembali kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sah MO1 ialah PM: Wang di akaun PM, duit 1MDB atau derma Arab?


Datuk Tuan Ibrahim Tuan ManDatuk Tuan Ibrahim Tuan ManPengakuan Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Rahman Dahlan yang mengesahkan 'Malaysian Official 1' sebagai Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menimbulkan persoalan sama ada beliau mendapat persetujuan kabinet dan PM sendiri untuk berkata demikian.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man berkata,ramai tertanya-tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan kabinet dan juga PM sendiri?
"Terima kasih Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengesahkan bahawa ‘Malaysian Official 1’ sememangnya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
" Apakah pengakuan ini juga bermakna dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ada asasnya? Jika tiada asas, masakan boleh samakan MO1 itu ialah PM?
"Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO1, bolehlah beliau bantu menjawab apakah betul duit 1MDB yang telah masuk ke akaun PM dan apakah cerita bahawa duit di akaun itu daripada dermawan Arab itu dongeng semata-mata?," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim juga berkata, pengakuan Abdul Rahman itu sepatutnya menjadi berita baik kepada kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membanteras rasuah.
"SPRM perlu membuka kembali kes 1MDB dan dana masuk ke akaun PM dengan menyiasat segala dakwaan DoJ secepat mungkin agar pihak luar tiada peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara. SPRM juga perlu menggesa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB semula.
"Pas, dan kami yakin semua parti politik akan menyokong penuh SPRM dalam usaha ini untuk menaikkan lagi imej SPRM dan menangkis tuduhan bahawa SPRM tidak berani menangkap ikan jerung," ujarnya.

MO1: APAKAH RAHMAN DAHLAN DAH HABIS FIKIR?

Jika sebelum ini Abdul Rahman Dahlan hanya berkias dengan mengatakan hanya orang bodoh saja tak tahu siapa sebenarnya Malaysian Official 1 yang disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS, kini beliau secara terbuka mengesahkan individu berkenaan adalah Najib Razak.

Sebagaimana dipetik melalui wawancara dengan BBC, Pengarah Strategik BN itu berkata, "Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah Perdana Menteri."

Tidak seperti pemimpin-pemimpin UMNO lain yang takut-takut untuk menamakannya secara terbuka kerana ingin melindungi kedudukan Najib, Rahman sebaliknya bersikap sangat terbuka.

Malah dengan mengesahkan Najib sebagai Malaysian Official 1 melalui  saluran BBC, tidak melalui media tempatan, Rahman seperti ingin pengesahannya itu diketahui serta didengari oleh seluruh dunia.

Sebelum ini, Bung Mokhtar Radin misalnya enggan berterus-terang dengan mengatakan Malaysian Official 1 itu boleh jadi merujuk kepada sesiapa saja, manakala Nawawi Ahmad pula mentafsirkannya sebagai Yang Dipertuan Agong.

Pemimpin-pemimpin UMNO selebihnya, walaupun sedar Malaysian Official 1 itu juga dirujuk sebagai mempunyai talian persaudaraan dengan Riza Aziz, tetapi keberatan untuk menyebutnya secara terbuka dan terang-terangan.

Ini kerana, risiko mengesahkan nama Najib bererti turut bersetuju dengan dakwaan Jabatan Kehakiman AS mengenai kemasukan wang sebanyak AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta yang berpunca daripada 1MDB ke dalam akaun peribadi Malaysian Official 1 itu.

PKR, BERSATU ke 5 negeri 'bongkar' 1MDB

Pemimpin PKR dan serpihan Umno Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menjelajah lima negeri bermula esok bagi “membongkar” isu 1MDB secara langsung kepada orang ramai.
Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kempen kali ini mengambil pendekatan menjelaskan kontroversi syarikat sarat hutang itu secara tuntas dan mudah.
Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Azmin Ali dijadual terlibat sama.
“Penerangan begini perlu sampai kepada rakyat memandangkan isu 1MDB adalah antara rampaian rekod terburuk kerajaan BN dalam buku prestasi mereka yang cuba dikaburi dan diputar belit demi mempertahankan kedudukan mereka di tampuk pemerintahan negara,” katanya.
Ia dijadual dilangsungkan di tempat-tempat berikut: Sabak Bernam, Selangor (2 September), Melaka (25 September), Sabah (30 September), Pahang (2 Oktober) dan Perak (15 Oktober).

“Berani kerana benar, takut kerana salah.

“Kami akan terus menyampaikan kebenaran kepada rakyat biarpun bakal berhadapan dengan sekatan dan rintangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

'#TangkapMO1 disiasat ancam demokrasi berparlimen'

Anggota parlimen DAP Teo Kok Seong dan Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad serta enam mahasiswa dan seorang aktivis dipanggil memberi keterangan berhubung perhimpunan #Tangkap MO1 pada Sabtu lalu.
Mereka tiba di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi bagi berbuat demikian.
Nik Nazmi berkata, beliau dimaklumkan terdapat tiga tuduhan yang dibuat ke atas mereka, iaitu berkaitan mengancam demokrasi berparlimen serta tuduhan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Hasutan 1948.
“Kita amat kesal sempena kita sambut kemerdekaan semalam, mahasiswa tunjuk keberanian yang sangat hebat kerana anjur perhimpunan untuk tegak keadilan kerana tak puas hati mengenai skandal yang membelenggu negara telah dipanggil pihak polis,” katanya.
Enam lagi mahasiswa yang dipanggil ialah Anis Syafiqah Md Yusof, Aqilah Zainuzi, Amir Abd Hadi, Luqman Hakim, Luqman Nulhakim dan Suhail Wan Azahar.

Turut hadir aktivis Isaiah Jacob.

#TangkapMO1: 9 hadir beri keterangan di IPD Dang Wangi pagi ini

Anis Syafiqah ketika hadir bersama peserta, peguam dan penyokongnya di hadapan Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Anis Syafiqah ketika hadir bersama peserta, peguam dan penyokongnya di hadapan Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Sembilan peserta perhimpunan #TangkapMO1 pada Sabtu lalu hadir memberikan keterangan hari ini di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur.
Antara yang dipanggil ialah enam mahasiswa iaitu Anis Syafiqah, Aqilah Zainuzi, Suhail Wan Azahar, Khairol Najib Hashim, Luqman Nur Hakim dan Luqman Hakim.
Tiga lagi ialah Ketua Angkatan Muda (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad, Isaiah Jakob dan Amir Abdul Hadi.
Anis yang juga Pengerusi Gabungan #TangkapMO1 berkata, mereka akan memberikan keterangan berkaitan perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu.
Nik Nazmi berkata, beliau dimaklumkan terdapat tiga tuduhan yang dibuat ke atas mereka, iaitu berkaitan mengancam demokrasi berparlimen serta tuduhan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Hasutan 1948.
“Kita amat kesal sempena kita sambut kemerdekaan semalam, mahasiswa tunjuk keberanian yang sangat hebat kerana anjur perhimpunan untuk tegak keadilan kerana tak puas hati mengenai skandal yang membelenggu negara telah dipanggil pihak polis,” katanya.
Kordinator Penerangan Gabungan TangkapMO1 Aqilah Zainuzi dalam satu kenyataan berkata, mereka yang dipanggil pihak polis akan hadir bersama pada jam 11 pagi di IPD Dang Wangi.

Wanita Klang positif Zika selepas pulang dari Singapura

Penganjur #tangkapMO1 dan MP DAP antara dipanggil polis berkaitan demonstrasi

Tidak ada individu, parti boleh kata itu adalah kerusi saya, kata KJ

'Kalau ada orang yang bangkit isu serang kita, kita serang balik' - KJ

'Saya nak nama anak, keluarga dibersihkan' - Omar Abu Bakar

Rafizi Ramli diarah bela diri atas tuduhan di bawah OSA

MO1 adalah Najib, kata Rahman Dahlan

Skandal 1MDB: Kami harapkan pandangan ulama agar golongan ini kekal relevan


(Dari kiri) Tan Sri Harussani Zakakria dan  Datuk Raja Bahrin Shah (Dari kiri) Tan Sri Harussani Zakakria dan Datuk Raja Bahrin Shah Gesaan pemimpin politik pembangkang agar golongan mufti,ulama dan agamawan memberi pandangan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya golongan ini dihormati,disanjung dan kekal relevan dalam masyarakat Islam kata, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah.
 Beliau menjawab balas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani semalam, seperti dilapor Malaysia Dateline, agar pemimpin politik henti mendesak mufti,ulama dan agamawan mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB.
"Saya juga merujuk kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang mana Mufti tidak akan buat kenyataan jika 1MDB hanya satu prasangka, prejudis dan fitnah.
"Sebenarnya kami membuat gesaan tersebut kerana sayangkan institusi mufti, ulama dan agamawan supaya terus di hormati dan di sanjung serta kekal relevan dalam masyarakat Islam khususnya hari ini.
"Untuk terus di hormati institusi tersebut perlulah memainkan peranan mereka sebagai badan yang peka serta sensitif isu semasa yang bolih menjejaskan sebuah kerajaan yang di terajui oleh pemimpin beragama Islam yang mendokongi sikap wasatiah.
"Itulah harapan umat Islam Malaysia supaya para agamawan kehadapan memberi pandangan yg bernas supaya memeliharai nama baik kerajaan pemimpin Islam di Malaysia.
Isu ini sudah lama bergema bukan hanya di Malaysia tetapi diseluruh dunia dan hanya yang pekak dan buta tidak mengetahui tentang nya dan yang bisu sahaja tidak pernah bercakap tentang masalah 1MDB," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Raja Bahrin berkata, isu 1MDB ini kekal relevan berikutan banyak pihak membuat kenyataan mengenainya sebelum ini.

"Kalau Tan Sri Harussani menyatakan para Agamawan tidak mempunyai maklumat, ilmu dan kepakaran dalam isu berkenaan itu bukan alasan yg boleh di terima kerana Ulama terkenal antarabangsa seperti Dr Yusof Qardhawi dan Ulama tempatan Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah mengulas isu semasa dan mereka di sanjung tinggi masyarakat.
"Majlis Raja raja Melayu pun merujuk kepada pakar tertentu sebelum membuat kenyataan tentang 1MDB. Kepakaran luar boleh di cari dan di rujuk jika ada kemahuan yang bersungguh sungguh.
"Ada fakta yang jelas dari rekod rasmi Parlimen yang cukup untuk digunakan sebagai asas untuk komen dari aspek Agama.
"Apabila saya menyoal di Parlimen, Timbalan Menteri Kewangan mengakui kerajaan telah memindah berbillion ringgit wang 1MDB untuk pelaburan ke kepulauan Caymen ia itu pusat terkenal penggubalan wang haram, judi dan dadah sedunia. Wang ini juga kemudian di pindah kembali ke Malaysia.
"Kita juga diberi tahu oleh kerajaan 1MDB menaja jemaah haji ke Mekah. Bukan kah ini isu yang patut menimbulkan kecurigaan para agamawan? Ini barulah hanya satu contoh sahaja," jelasnya.
Menurut beliau lagi, jika laporan DOJ Amerika, negara bukan Islam, dikatakan mencurigakan, tindakan Kerajaan Islam Abu Dhabi yang menangkap rakyatnya sendiri Khadem Al Qubaisi atas tuduhan menggunakan lebih RM400 juta untuk membeli dua Kelab Malam di Las Vegas patut dipandang berat.

BONGKAR SKANDAL 1MDB: RAFIZI TERUS PERJUANG NASIB RAKYAT WALAU PENJARA MENANTI

Keputusan mahkamah hari ini yang bersetuju pihak pendakwa telah membuktikan prima facie (ada asas kukuh pertuduhan terhadap saya) sudah pun saya duga.

Saya mengikuti dengan dekat persediaan pembelaan yang dikemukakan oleh pasukan peguam saya yang diketuai oleh YB Gobind Singh Deo, Saudara Saiful Izham Ramli, Saudara Ahmad Nizam Abdul Hamid dan kumpulan peguam muda yang lain. Saya yakin hujah kami adalah kukuh dan akan memastikan kes pembelaan kelak akan menunjukkan kelemahan-kelemahan pendakwaraya yang sepatutnya mendorong mahkamah membebaskan saya.

Pun begitu, saya pasrah dengan kemungkinan bahawa saya hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum proses mahkamah selesai dan saya dijatuhkan hukuman penjara. Kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membawa hukuman wajib penjara sekurang-kurangnya satu tahun.

Saya tidak menyesal dan tidak akan berubah pendirian atau pendekatan. Dalam perkara yang jelas betul atau salahnya, tanggungjawab seorang insan adalah berkata benar. Soal kesan akibat berkata benar itu wajarlah diserahkan kepada Allah SWT semata-mata kerana kalau kita yakin kita berkata benar demi mencari keredhaan Allah SWT, kita juga yakin Allah SWT akan melindungi kita dan keluarga kita.

Kalaulah semua pimpinan masyarakat dan agamawan dalam masyarakat mengambil pendirian begini, lebih mudahlah kita melawan kezaliman dalam masyarakat tidak kira betapa kuatnya kuasa pemerintah.

Oleh itu, saya akan terus membawa isu-isu rakyat terbanyak lebih-lebih lagi dalam konteks kemelut politik pemimpin negara sekarang.

Saya telah membuat satu kajiselidik ringkas yang disertai oleh 718 responden sejak 2 minggu lalu. Kajiselidik ini disebarkan secara meluas melalui media sosial dan whatsapp. Soalan penuh kajiselidik boleh disemak di https://poll.fbapp.io/exatdu

Kajian ini bertujuan membantu saya memilih isu yang penting untuk rakyat dalam keadaan keseluruhan fokus ahli politik dan kebanyakan NGO sejak setahun lalu adalah 1MDB semata-mata serta usaha-usaha menukar Perdana Menteri.

Sedang saya bersetuju sepenuhnya dengan sebarang usaha menukar Perdana Menteri serta merta kerana saya bimbang ada usaha menutup skandal 1MDB dengan menggunakan dana-dana awam seperti Tabung Haji, KWAP, KWSP, PNB, Perkeso dan lain-lain, saya juga khuatir keghairahan bercakap mengenai 1MDB dan memecat Perdana Menteri semata-mata tanpa membela nasib rakyat terbanyak akan menyebabkan pimpinan Pakatan Harapan dilihat terpisah dari rakyat.

Dapatan dari kajiselidik tersebut disertakan bersama-sama kenyataan ini.

Ringkasan penting dari dapatan tersebut adalah seperti berikut:

AS anggap ketum sama bahaya dengan heroin

Penetapan ini adalah untuk tempoh 3 tahun dan mungkin akan dilanjutkan selama-lamanya, kata laporan itu.
DEA-ketum-2
PETALING JAYA: Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat baru-baru ini mengelaskan tumbuhan ketum dalam Jadual I sebagai bahan bukan untuk penggunaan perubatan dan berpotensi tinggi untuk disalahgunakan.
Memetik laporan CNN, klasifikasi itu akan berkuat kuasa bermula 30 September. Turut termasuk dalam Jadual I ialah heroin, LSD, ganja dan ekstasi.
Penetapan DEA bagaimanapun adalah untuk tempoh 3 tahun dan mungkin akan dilanjutkan selama-lamanya, kata laporan itu.
Ketum dikenali Kratom di AS, sebelum ini dalam kawalan longgar Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS.
“Apabila diambil pada kadar yang rendah, ketum bertindak seperti perangsang, sekali gus meningkatkan kewaspadaan. Tetapi pada kadar yang lebih tinggi, ketum menjadi sedatif, menghasilkan kesan opioid yang boleh menyuramkan kesakitan.
“Ia memberikan kesan sedemikian kerana kandungan aktifnya, mitragynine dan 7-hydroxymitragynine yang bertindak balas kepada reseptor opioid dalam badan kita,” kata Profesor Perubatan Kecemasan, Sekolah Perubatan University of Massachusetts Dr. Ed Boyer.
“Ia beberapa kali lebih kuat daripada morfin dan boleh mententeramkan kesakitan…. Anda boleh menggunakannya sebagai penenang yang sangat berkesan,” katanya.

MENJELANG SEBULAN PERMOHONAN, APA AGAKNYA NASIB BERSATU?

Pada 8 September ini, genap sebulan permohonan pendaftaran parti BERSATU dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan. Pendaftaran BERSATU dikemukakan sendiri oleh Presiden penaja, Muhyiddin Yassin bersama beberapa ahli jawatankuasanya pada 9 Ogos lalu.

Jika mengikut kata Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sebelum ini, sebuah jawatankuasa yang berperanan mengkaji permohonan itu mempunyai tempoh selama 30 hari untuk memberikan cadangan kepadanya berkaitan perkara itu.

Kata Zahid, beliau akan bertindak profesional sama ada meluluskan atau menolak penubuhan BERSATU berdasarkan cadangan yang dikemukakan kepadanya.

Ini bermakna, jika 30 hari diambil oleh jawatankuasa itu untuk membuat penilaian dan seterusnya mengusulkan cadangan kepada menteri, tempoh seminggu daripada sekarang adalah detik masa yang mendebarkan bagi mereka yang menunjangi BERSATU.

Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin UMNO jelas berbelah bagi mengenai kewujudan parti BERSATU ini. Ada yang setuju dan ada juga yang melihatnya bakal memecahbelahkan rakyat. Yang tidak setuju dengan nama BERSATU pun turut ada.

Ada pemimpin yang melarang ahli UMNO mempromosi parti BERSATU, tetapi ada juga pemimpin yang meminta ahli UMNO yang pro BERSATU agar "berambus" dengan segera.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Shahrir Samad secara terbuka memberi amaran agar jangan memandang ringan kerana menyifatkan BERSATU mampu menjadi ancaman kepada UMNO.

Najib Razak, sebagaimana yang terpancar melalui beberapa ucapannya sejak kebelakangan ini terlihat tidak berapa gembira dengan kewujudan BERSATU. 

Bekas hakim cadang tubuhkan Mahkamah Khas bagi kes jenayah serius


Datuk Mohd Noor AbdullahDatuk Mohd Noor AbdullahSeorang bekas hakim mencadangkan penubuhan Mahkamah Khas untuk membicarakan kes-kes jenayah serius bagi memastikan pesalah menerima hukuman setimpal dalam tempoh masa yang singkat.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berkata mahkamah khas itu perlu berikutan kes jenayah serius seperti kes bunuh, tembak, rogol secara berkumpulan, rompakan bersenjata yang meningkat dan membimbangkan di negara ini.
"Mahkamah Khas ini perlu menjalankan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman kepada penjenayah terbabit dalam masa setahun, tidak perlu tangguh dua hingga tiga tahun sehingga saksi 'penat'.
"Sebagai contoh, Hakim Besar Malaya boleh mengeluarkan perintah bagi kes-kes tertentu yang serius, boleh dibicarakan di Mahkamah Khas dan dalam masa setahun, misalnya, kes berkenaan perlu selesai," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif.
Beliau juga menambah, hukuman yang dijatuhkan perlu berat supaya pesalah tidak lagi mengulangi kesalahannya.
Mohd Noor berkata pada masa ini mahkamah menjatuhkan hukuman dari ringan ke berat, iaitu mengenakan denda, diikuti hukuman penjara dan yang terakhirnya sebatan.
"Jadi, undang-undang negara kita perlu dipinda yang hukuman berat perlu dikenakan dahulu diikuti hukuman ringan. Baru seseorang individu itu tidak berani melakukan sebarang kesalahan, dia akan takut dengan hukuman," katanya.
Menyentuh mengenai sistem penjara di negara ini, Mohd Noor berkata mana-mana penjara di negara ini yang seolah-olah memberi 'kemudahan ala VIP' kepada banduan perlu dihentikan dan banduan perlu diberi layanan yang setimpal dengan kesalahan mereka.

‘Ulama kita gemar petik hadis lemah pertahan pandangan pelik’ - Dr Ahmad Farouk

Umat Islam di Malaysia masih keliru mengenai status hadis dan kerap menggunakan hadis lemah dan palsu berbeza daripada sarjana di masa lampau yang lebih cermat, kata pengarah IRF itu.
faroukKUALA LUMPUR: Golongan ulama di Malaysia gemar memetik hadis lemah dan palsu dalam mempertahankan pelbagai pandangan tidak masuk akal, kata aktivis Datuk Dr Ahmad Farouk Musa.
Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) berpusat di Kuala Lumpur itu berkata, pandangan itu kemudiannya disokong kebanyakan umat Islam, dan mereka yang mempersoalkannya kerap dilabel jahil atau anti-Islam.
Dr Farouk berkata hal itu berlaku disebabkan kekeliruan ramai umat Islam mengenai status sumber Islam seperti Al-Quran dan Hadis, sehingga menuduh mereka yang mempersoalkan kesahihan sesuatu hadis sebagai terkeluar daripada akidah.
Beliau menjelaskan, sementara umat Islam perlu yakin kandungan Al-Quran dijamin Allah tidak akan berubah, hal yang sama tidak terpakai ke atas hadis.
“Allah berfirman:  Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya,” kata Dr Farouk memetik ayat 9 dari Surah Al-Hijr.
Sebaliknya, hadis – iaitu apa-apa yang diriwayatkan sebagai perkataan, amalan atau sifat Nabi Muhammad – terdedah kepada risiko penambahan yang perlu disahkan oleh pengkaji hadis.
“Terdapat banyak hadis palsu. Sehinggakan Syaikh Nasiruddin Al-Albani menghasilkan berjilid-jilid buku mengenai topik ini.
“Salah satu karyanya diberi tajuk ‘Silsilah ahadith ad dhaifah wal mauduah’, iaitu ‘Kumpulan hadis lemah dan palsu’.
“Oleh itu adalah salah untuk mengatakan seseorang yang menolak hadis lemah dan palsu sebagai menolak Islam,” katanya kepada FMT.
Hadis hak suami
Dr Farouk mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang mempertahankan tindakannya memetik sebuah hadis mengenai hak suami dalam hubungan seks dalam menjelaskan tiada istilah “rogol dalam Islam”.
Hadis yang diriwayatkan Ibn Majah itu memetik Nabi Muhammad bersabda sekiranya suami isteri sedang menunggang unta dan si suami meminta isteri melakukan hubungan seks, dia mesti melakukannya.
Kenyataan Harussani itu mengundang sindiran beberapa pertubuhan hak asasi yang minggu lalu menobatkan anugerah “Aiyoh Wat Lah” terhadap mufti itu kerana membuat kenyataan “hina intelek”. Turut dinamakan anugerah itu ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor.
Tindakan itu mengundang kemarahan beberapa pihak termasuk PAS dan Perkasa, yang mahu penganjur anugerah berupa sindiran itu memohon maaf.
Bagaimanapun, pendakwah Wan Ji Wan Hussin berkata hadis yang dipetik Harussani itu tergolong sebagai “daif” (lemah), iaitu kategori paling rendah dalam menilai kualiti dan kesahihan sesuatu hadis.

Demo pelajar bukan penanda aras untuk BERSIH 5

Hasil himpunan #TangkapMO1 pada Sabtu lalu tidak digunakan untuk menentukan tarikh perhimpunan BERSIH 5, kata gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu.

“Kita tidak jadikannya sebagai penanda aras.

“Kita melihatnya sebagai sebuah kumpulan bertindak balas terhadap isu penting dalam negara ketika itu,” Pengerusinya Maria Chin Abdullah kepada Malaysiakini semalam.

Ditanya sama ada beliau bimbang kehadiran yang rendah dalam himpunan itu mempengaruhi BERSIH 5, Maria mengakuinya.

Bagaimanapun, katanya, mereka bekerja keras menggerakkan orang ramai hadir ke acara itu.
“Itu sebabnya kita kena bina momentum. Bagi kita, secara umumnya kita lihat momentumnya rendah, sama ada untuk BERSIH atau himpunan #TangkapMO1.

“Bagaimanapun himpunan itu tidak harus disalahkan kerana orang ramai kecewa dengan pelbagai isu. Ramai raya lesu,” kata Maria.
Polis menganggarkan kira-kira 2,000 orang hadir dalam himpunan anjuran kumpulan mahasiswa pada 27 Ogos lalu.

Ia dianjurkan bagi mendesak tindakan terhadap Malaysian Official 1 (MO1) yang dinamakan berkali-kalai dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat untuk menyita aset berkaitan 1MDB.

Kerajaan hari ini secara rasmi mengesahkan bahawa MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi menegaskan beliau bukan sebahagian daripada siasatan DOJ.

Amanah mahu Dr M bertanding di Putrajaya

Amanah cawangan Putrajaya berkata Dr Mahathir merupakan arkitek utama pusat pentadbiran itu.
mahathir_putrajaya
PETALING JAYA: Selepas menerima penyertaan bekas calon PAS di Putrajaya, Datuk Husam Musa, cawangan Amanah di pusat pentadbiran kerajaan itu mengesyorkan Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding kerusi parlimen itu melawan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
“Adalah diakui umum Tun Mahathir adalah ‘Master Planner’ dan ‘Architect’ yang berjaya membangun Putrajaya menjadi salah satu mercu tanda kejayaan pembangunan Malaysia,” kata Pengarah Komunikasi Amanah Putrajaya, Mohd Radzi Abu Bakar.
Katanya, cadangan itu tertakluk kepada persetujuan parti pembangkang yang bakal menubuhkan pakatan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia naungan Dr Mahathir, yang menjawat perdana menteri ketika Putrajaya dibina.
Parti yang dianggotai beberapa bekas pemimpin kanan Umno itu kini menunggu kelulusan permohonan pendaftarannya, dan dijangka mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Putrajaya, yang dibina di atas bandar yang Prang Besar, dijadikan pusat pentadbiran kerajaan pusat pada 1999, ketika kemuncak kegawatan ekonomi dan krisis politik yang melanda negara.
Pada pilihan raya 2013, Husam yang mewakili PAS di kawasan parlimen itu menerima 4,402 undi, ditewaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan 9,943 undi.
Selasa lepas, Husam mengumumkan menyertai Amanah, parti yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan hala tuju kepimpinan baharu parti itu yang menyokong presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Husam akan disambut bagai wira di Kota Bharu hari ini

Husam menyerahkan borang sertai Amanah kepada Mohamad Sabu 30 Ogos lepas.Husam menyerahkan borang sertai Amanah kepada Mohamad Sabu 30 Ogos lepas.
Penyertaan Datuk Husam Musa ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) akan disambut secara besar-besaran di lapangan terbang Yahya Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini.
Husam dijadualkan tiba jam 2 petang akan membuat satu sidang media khas bersama pimpinan Amanah Kelantan dan pusat di situ sebelum di arak ke Pasir Puteh untuk melancarkan cawangan baru Amanah di sana.
"Kita akan berarak ke Pasir Puteh untuk membolehkan Datuk Husam menyertai program pertama beliau selepas menyertai Amanah," kata jurucakap Amanah Kelantan kepada Malaysia Dateline.
Husam yang dipecat oleh Pas April lalu mengambil masa selama empat bulan untuk membuat keputusan menyertai Amanah.
Beliau telah menulis surat kepada presiden Pas bagi mengkaji balik keputusan itu namun tidak dilayan.
Husam membuat pengumuman menyertai Amanah di Cyberjaya 30 Ogos lepas dalam satu majlis sambutan Ambang Kemerdekaan.
Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai Amanah kepada presidennya Mohamad Sabu dengan diperhatikan oleh hampir kesemua pucuk pimpinan utama parti itu dan kira-kira 500 tetamu yang menyertai majlis itu.
Turut serta menyertai Amanah di majlis itu adalah isteri beliau, Datin Rohana, ibu mertuanya, adiknya serta anak-anak beliau.
Nama Husam mula meletup semula selepas dipecat dari Pas apabila beliau bersama Matthias Chang, bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad membuat saman ke atas lapan defendan yang terlibat melarikan harta 1MDB di sebuah mahkamah New York 11 Ogos lalu.
Dalam saman itu, mereka berdua menuntut ganti rugi dari para defendan kerana membawa lari wang negara.

MO1 memang Najib, kata Rahman Dahlan

Ia merupakan kali kedua menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menamakan presiden Umno adalah Malaysian Official 1 yang dirujuk pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Rahman DahlanPETALING JAYA: Datuk Abdul Rahman Dahlan sekali lagi menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak orang yang dimaksudkan sebagai “Malaysian Official 1” (MO1), seperti dirujuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam dokumen permohonannya merampas aset 1MDB Julai lalu.
Badan penyiaran Britain BBC memetik menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai berkata perkara itu tidak perlu diragukan lagi.
“Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (DOJ) itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Abdul Rahman yang juga merupakan pengarah strategik Barisan Nasional, nama Najib tidak disebut dokumen tersebut kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan.
“Terdapat orang lain yang dinamakan… dan Jabatan Kehakiman akan membawanya ke mahkamah untuk membuat keputusan,” katanya.
Ini merupakan kali kedua Abdul Rahman menamakan Najib.
Awal Ogos, beliau berkata identiti di sebalik MO1 bukan sesuatu yang rahsia.
“Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu,” katanya kepada seorang wartawan Malaysiakini.
Sebelum ini, pemimpin Umno enggan menafikan atau menyetujui sama ada MO1 merujuk kepada Najib.
Pada 20 Julai, DoJ memfailkan saman untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

Bocor Skandal 1MDB: Mahkamah perintah Rafizi bela diri

Hakim berkata bukti saksi mengesahkan dokumen yang dimiliki pemimpin PKR itu sememangnya halaman 98 daripada laporan akhir 1MDB yang dirahsiakan.
rafizi-ramlii_law_600
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini memerintah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membela diri atas tuduhan membocorkan maklumat sulit berhubung laporan audit 1MDB.
Hakim Zulqarnian Hassan berkata pihak pendakwa berjaya membuktikan dakwaan di bawah Seksyen 8(1)(c) dan 8(1)(e)(iii) Akta Rahsia Rasmi (OSA) atas kesalahan memiliki dan membocorkan laporan 1MDB.
“Bukti saksi mengesahkan dokumen sememangnya halaman 98 daripada laporan akhir 1MDB dan beliau (Rafizi) mendedahkannya pada sebuah sidang media,” katanya.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 27 September dan 6-7 Oktober.
Peguam Rafizi, Gobind Singh Deo berkata pemimpin PKR itu akan memberi keterangan daripada kandang saksi.
Sebelum ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang merupakan antara saksi pendakwaan.
Katanya, laporan audit 1MDB itu diklasifikasikan rahsia selepas kebocoran terhadap laporan interim 1MDB yang dihantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Julai tahun lepas.
Pada 5 April, Rafizi, yang juga naib presiden dan setiausaha agung PKR, ditangkap di bangunan Parlimen, sebelum didakwa 3 hari kemudian memiliki tanpa kebenaran muka surat 98 daripada laporan audit 1MDB.
Sekiranya sabit kesalahan beliau berdepan hukuman penjara sehingga 7 tahun.

Amanah bincang posisi sesuai untuk Husam

Kehadiran Husam dianggap dilakukan pada masa yang tepat dan kemampuannya mengulas isu ekonomi dipercayai boleh memainkan banyak peranan.
KUALA LUMPUR: Amanah akan bermesyuarat sebelum memutuskan peranan yang sesuai untuk Datuk Husam Musa dalam parti itu.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pengumuman penyertaan Husam dalam Amanah di Cyberjaya, semalam.
“Kami akan berbincang termasuk mengadakan mesyuarat untuk memutuskan posisi yang sesuai untuk orang berpengalaman dan berpengaruh seperti Husam,” katanya.
Dalam ucapannya sebelum itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata penyertaan bekas Naib Presiden PAS itu dapat menonjolkan Rahmatan lil alamin (rahmat kepada sekian alam) yang ingin dibawa Amanah.
“Kehadiran Husam pada masa yang tepat. Beliau mampu ulas isu ekonomi (dengan baik), orang seperti beliau boleh mainkan banyak peranan,” katanya lagi.
Dalam acara yang disertai pemimpin utama Amanah itu, Husam akhirnya menepati jangkaan ramai dengan menyertai secara rasmi parti serpihan PAS itu.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub dalam ucapannya menyifatkan penyertaan Husam akan mampu mengukuhkan parti itu.
“Kita tidak ada tokoh besar, tapi kita ada pemimpin yang kita yakin boleh mengubah sejarah Malaysia,” katanya.

Menuju enam dekad pembinaan bangsa merdeka

OLEH : NURUL IZZAH ANWAR
14080022_10154450816112418_4588178789230201724_n“Pembinaan bangsa dalam konteks Malaysia harus berasaskan formula kepelbagaian dalam kesatuan. Kita harus dapat bersikap positif, melihat dan menerima kepelbagaian kaum, agama dan budaya bukan sebagai sumber konflik, sebaliknya sebagai aset kekuatan, kekayaan, kreativiti dan dinamika kemajuan” – Datuk Dr. Siddiq Fadzil.
Kita telah dihidangkan dengan retorika-retorika perpaduan versi kleptokrat, yang masih gemar berselindung di sebalik wajah perkauman.

Hal ini jelas membuktikan, walapun kita telah memacu kenegaraan melewati 5 dekad bersama, namun jaminan dalam memperoleh dinamika kemajuan masih kabur.
Pun begitu, saya yakin dengan inisiatif-inisiatif kecil yang bakal menjana perubahan besar dalam lanskap kewarganegaraan Malaysia. Bersama terus kita nyalakan obor perpaduan dan kesepakatan.
Saya diingatkan dengan usaha Pak Abu dari Blok H Apartment KTM Lengkok Abdullah di Parlimen Lembah Pantai, yang menghimpun masyarakat setempat dan serumpun dalam sambutan pra kemerdekaan mereka.
Acara yang dimulakan dengan pertandingan pakaian kebangsaan era Merdeka, permainan tradisi congkak, dan kesukanan semuanya diatur di dalam kerangka patriotisme.
Ingatlah, kesepakatan antara kita yang dikongsi bersama keluarga, kejiranan dan masyarakat setempat merupakan intipati dalam membina Malaysia yang lebih baik.
Enam dekad menuju negara Merdeka memperlihatkan bahawasanya masih banyak yang perlu kita perbaiki dan kita bina bersama.
Enam dekad menuju negara Merdeka memperlihatkan keperluan menangani masa depan anak-anak muda yang kini dibebankan dengan kos sara hidup dan peningkatan statistik bankrupsi sebanyak 178% bagi mereka di bawah umur 25 tahun.
Enam dekad menuju negara Merdeka menuntut kita merencana Agenda Ekonomi Malaysia seperti dicanang Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 2007 lagi memerangi rasuah, salah guna kuasa, pembaziran dan mengembalikan aset, kewangan dan khazanah negara dalam memenuhi keperluan serta kebajikan rakyat terbanyak.

Surat terbuka DAP: Ini jawapan Razlan


Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii‎

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii‎ tidak terkejut apabila menerima surat terbuka yang ditujukan kepadanya oleh 13 anak Melayu dalam DAP.
Tidak mudah melatah dengan situasi itu, Mohd Razlan ‎berkata, beliau sudah dapat mengagak ia akan terjadi memandangkan beliau pernah diasak empat anak muda yang berlainan fahaman politik menerusi wacana Sinar Harian sebelum ini.
"Saya tak terkejut DAP bergabung dan berbincang bagi mengilhamkan sebuah karangan yang penuh sarat dengan kebencian terhadap Umno semata-mata ingin membidas apa yang telah saya perkatakan tempoh hari di dalam sebuah program debat anjuran Sinar Harian.
"Setelah saya berhujah empat orang menentang saya seorang, hari ini mereka memerlukan tiga belas kepala pula nak mengupas apa yang saya utarakan.
"Beginilah sindrom fobia yang wujud dalam DAP apabila setiap kali saya membangkitkan isu DAP bersikap biadap terhadap bangsa Melayu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Surat itu mendakwa, walaupun sering didatangi Mohd Razlan ke pejabat parti itu dengan ugutan, pihaknya masih boleh melayan Mohd Razlan dengan sopan.
Menurut surat itu, ia sama sekali tidak sama dengan kenyataan Mohd Razlan di dalam wacana yang mendakwa DAP tidak pernah hormat pada Melayu, malah menyebut bahawa sekiranya DAP berkuasa, ia tidak akan pernah hormat pada orang Melayu.
Menurut surat itu lagi, Mohd Razlan sepatutnya sedar parti yang dipertahakannya itu adalah sebuah parti yang diserang dari segenap sudut termasuk oleh bekas presidennya sendiri.
‎"Pun begitu kami ingin menasihatkan Razlan agar memeriksa keadaan dan menyedari bahawa semakin ramai orang Melayu zaman sekarang tidak makan dedak dan tahu dengan jelas bahawa selama ini Umno yang meletakkan Melayu di bawah telapak kakinya.
"Melayu di bawah Umno kini adalah Melayu yang diternak seperti ayam daging, diberi makan dedak, biar gemuk dan sihat, sebelum nanti disembelih dengan masalah-masalah seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), skandal hutang 1MDB, rompakan Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta ancaman lain ekonomi termasuk risiko bankrap angkara pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pinjaman isi rumah yang melangit.
"'Ayam-ayam' dibela Umno ini disumbat dengan rasa takut hilang kuasa dan rasa takut kepada Cina. Inilah Melayu yang dididik Umno agar ia boleh diserkup dan disembelih dengan mudah, bagi melanjutkan kekuasaan elit Melayu dalam Umno yang kenyang dengan hasil menjarah dompet dan saku rakyat.

Jamal Yunos beri RM1000 setiap perwakilan Umno Sg Besar ganti lawatan Dubai

Dianggarkan lebih 600 perwakilan yang hadir ke mesyuarat perwakilan hari ini akan menerima jumlah wang yang dijanjikan oleh Jamal.
DubaiSUNGAI BESAR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos akan menawarkan RM1000 untuk setiap perwakilan yang menghadiri mesyuarat bahagian selepas tidak dapat menunaikan janjinya menaja mereka lawatan ke Dubai.
Dianggarkan lebih 600 perwakilan yang hadir ke mesyuarat perwakilan hari ini akan menerima jumlah wang yang dijanjikan oleh Jamal.
“Lima bulan lalu, saya berjanji kepada pemimpin bahagian dan ahli-ahli jawatankuasa (Sungai Besar) untuk membawa mereka bercuti ke Dubai sebelum pilihan raya umum akan datang.
“Namun, oleh kerana hanya 81 daripada 115 pemimpin bahagian yang boleh menyertainya, saya mengambil keputusan batal lawatan itu.
“Saya tidak mahu sesiapa (yang tidak boleh pergi) untuk merasa kecewa.
“Sebaliknya, saya akan memberikan RM1,000 kepada setiap seorang perwakilan di sini hari ini,” kata Jamal pada mesyuarat Umno Bahagian Sungai Besar di sini hari ini.
Bagaimanapun, bayaran itu akan dibuat dalam dua ansuran iaitu RM500 dibayar hari ini dan baki RM500 akan diberikan pada tahun depan.
Pengumuman yang tidak diduga ini diraikan dengan sorakan dan tepukan oleh perwakilan yang hadir.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Biro Teknologi Maklumat Umno Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Umno Selangor Tan Sri Noh Omar, dan Ahli Parlimen Sungai Besar yang baru dipilih, Budiman Mohd Zohdi.

'Budak kecil' minta Nazri jangan angkuh

Anggota Jawatankuasa Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh dianggap "budak kecil" namun juara debat itu mengingatkan, orang "kecil" adalah pihak yang memilih seseorang ahli politik.
"Jangan angkuh. Orang kecil, budak kecil yang anda perlekeh adalah orang yang melantik anda dan tidak lama lagi menjadi orang yang menyingkirkan anda," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Syed Saddiq berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang menganggapnya sekadar "budak kecil" dan tidak perlu dilayan.
Nazri memberikan reaksi itu pada 30 Ogos selepas Syed Saddiq menggesa pemimpin Umno tidak bersikap 'hipokrit'.
Kata Nazri tidak penting baginya untuk mengulas kenyataan pemimpin BERSATU itu.
"Dia seorang budak, saya tak kenal dialah. Tak penting. Kamu mahu saya ulas, (dia mesti) seorang ahli politik sebenar. Seseorang yang telah dipilih oleh rakyat," katanya
Menurut Syed Saddiq dia lebih rela dianggap "budak kecil" yang memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia berbanding "budak tua" yang memperjuangkan tuannya.
Dia juga berkata ada jutaan pengundi lain yang membawa Nazri 'berkuasa' (melalui pilihan raya) dan mereka juga boleh menyebabkan kejatuhannya.