Selasa, 30 Ogos 2016

Husam kini sarung 'jersi oren' secara rasmi

Husam kini sarung 'jersi oren' secara rasmi
Husam berucap selepas diumumkan secara rasmi menyertai Amanah, sebentar tadi.
CYBERJAYA - ‎Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengumumkan secara rasmi beliau kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Berucap dalam majlis Makan Malam Ambang Merdeka bersama beliau di restoran My Taste, Cyberjaya Husam berkata keputusan itu dibuat ‎bagi membolehkan beliau membuat pembaharuan dalam politik tanah air.
"Saya kini sudah meninggalkan jersi Pas. Saya berdiri kerana ALLAH, pada hari ini saya serahkan diri pada perjuangan Amanah,"‎ katanya di sini hari ini.
‎Antara yang hadir dalam majlis itu Presiden Amanah Mohamad Sabu,Timbalan Presiden Salahuddin Ayub kepimpinan tertinggi Amanah seluruh negeri,‎pimpinan DAP dan lain-lain.
Sebelum itu, Muhammad Sabu dalam sidang medianya menyatakan, beliau menyambut baik keputusan Husam itu.
"Kita sambut siapa sahaja yang mahu menyertai kita," katanya.
Husam dipecat daripada Pas pada 6 Mei lalu selepas dilihat tidak lagi seiring dengan parti Islam itu, selain seringkali ‎mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kini, selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam telah mengumumkan secara rasmi beliau menyarung 'jersi oren' untuk meneruskan perjuangan beliau dalam arena politik negara.

Umno khianat sebab itu kami masuk DAP, kata ahli Melayu DAP

Sekumpulan ahli Melayu DAP membidas Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii yang didakwa mengatakan parti mereka tidak menghormati orang Melayu.
dap-umno
PETALING JAYA: Tindakan Umno yang mengkhianati dan tidak mempedulikan nasib orang Melayu mendorong mereka menyertai DAP, kata sekumpulan ahli Melayu parti itu.
Kumpulan 14 orang itu mengeluarkan kenyataan bersama membidas Ketua Pemuda Wilayah Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii didakwa mengatakan DAP tidak pernah menghormati orang Melayu dan akan terus bersikap demikian jika memiliki kuasa.
Mereka meminta Razlan melihat masyarakat sekeliling dan menyedari semakin ramai orang Melayu sedar Umno yang “meletakkan mereka di bawah telapak kaki” parti itu.
“Melayu di bawah Umno diternak seperti ayam daging, diberi dedak sehigga gemuk dan sihat, sebelum disembelih dengan masalah seperti GST, 1MDB serta ancaman ekonomi lain.
“Ayam yang dibela Umno ini disumbat rasa takut hilang kuasa dan takut kepada Cina. Inilah Melayu yang dididik Umno agar boleh disembelih dengan mudah bagi melanjutkan kuasa elit dalam parti itu,” kata kenyataan itu.
Razlan didakwa mengatakan demikian dalam wacana ‘Politik Malaysia: Di mana Melayu?” anjuran Sinar semalam.
Kenyataan itu dikeluarkan antaranya oleh Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan Dyana Sofya, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Young Syefura Othman dan Edry Faizal Eddy Yusof, dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Syerleena Abdul Rashid.
Mereka menggesa Razlan supaya mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan meninggalkan Umno.
“Umno-lah masalahnya sekarang, dan Razlan serta juak-juaknya wajar mengikut jejak langkah Mahathir meninggalkan parti berkarat itu, berbanding menjunjungnya sebagai parti keramat,” kata mereka.

MERDEKAKAH NAZRI?

Kehkehkeh.....

Betulkah Nazri Aziz akan terus pengsan jika melihat wang sejumlah RM4,000 juta dalam akaun peribadi Najib Razak?

Jika begitu, kenapa sewaktu Najib mengakui kewujudan wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya sebelum ini, Nazri sama sekali tidak terkejut atau separuh pengsan kerananya?

Selain itu, kata Nazri lagi, "Saya kenal Najib, dia bukan jenis orang yang curi wang."

Kehkehkehkehkeh.....merdekakah Nazri?

Husam umum sertai Amanah

 Husam ketika mengumumkan beliau mengambil pendirian untuk menyertai Amanah. Husam ketika mengumumkan beliau mengambil pendirian untuk menyertai Amanah.
Bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Amanah Negara  di Cyberjaya malam ini.
 "Malam ini saya serahkan perjuangan saya bersama tuan-tuan. Semoga saudara sudi terima saya. Isteri, anak, keluarga termasuk ibu mertu dan jentera saya.. saya serahkan untuk perjuangan ini," kata Husam ketika membuat pengumuman di majlis sambutan di ambang merdeka anjuran Amanah.
Turut serta di majlis itu adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu serta sebahagian besar pucuk pimpinan Amanah.
Penyertaan Husam dijangka bakal membentuk gelombang kedua Amanah selepas ditubuhkan pada 16 September tahun lalu.

Amanah bakal jadi parti utama negara nanti, kata Salahuddin

Turut hadir pada malam Ambang Merdeka anjuran Amanah Datuk Husam Musa (di tengah) bersama Presiden Mohamad Sabu (kiri) dan Salahuddin (kanan).Turut hadir pada malam Ambang Merdeka anjuran Amanah Datuk Husam Musa (di tengah) bersama Presiden Mohamad Sabu (kiri) dan Salahuddin (kanan).
Amanah parti kecil hari ini tetapi penuh yakin akan menjadi parti penting dan utama yang berjuang untuk semua pada  suatu masa nanti, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
"Kita akui, kita parti kecil hari ini tetapi percayalah kita akan menjadi parti penting negara yang memperjuangkan semua pihak di suatu masa nanti," kata Salahudin di majlis sambutan di Ambang Merdeka di Putrajaya malam tadi.
Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa menjadi tetamu khas majlis malam ini.
Salahuddin meminta ahli-ahli Amanah tidak rasa rendah diri dengan kecilnya parti Amanah sekarang ini.
"Kita bermula dengan parti kecil tetapi percayalah ia akan menjadi besar satu hari nanti," kata Salahudin.

Husam kini rasmi menyertai AMANAH

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengumumkan penyertaannya bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) di Cyberjaya sebentar tadi.

Siasatan akaun PM: Tiada pelanggaran undang-undang, kata pegawai khas

Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata menteri luar Arab Saudi sendiri mengesahkan dana dalam akaun perdana menteri adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.
Tengku-Sariffuddin_muhyiddin_6001
KUALA LUMPUR: Dana dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disiasat secara komprehensif, dan pelbagai pihak berkuasa memutuskan tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, kata Setiausaha Akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Tengku Sariffuddin dalam kenyataan hari ini berkata menteri luar Arab Saudi mengesahkan dana dalam akaun perdana menteri adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah pergi ke Arab Saudi dan memeriksa semua dokumen perundangan dan menemu bual wakil penyumbang tersebut,” katanya.
Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada dakwaan terbaru bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap perdana menteri.
Tengku Sariffuddin berkata Muhyiddin merupakan individu yang kecewa selepas dipergunakan sebagai boneka bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, Muhyiddin kecewa beliau tidak akan dapat menjadi perdana menteri seperti dijanjikan, kerana cubaan mereka untuk menyingkirkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi gagal; dan marah kerana kini hidup sengsara akibat daripada perbuatannya sendiri.
“Ketidaksetiaan dan salah membuat pengiraan oleh Tan Sri Muhyiddin berikutan mahu mencapai cita-citanya itu membawa kepada penamatan kerjayanya secara mengaibkan.
“Beliau kini terdesak – jadi kenapa harus orang percaya dengan apa yang dikatakannya?,” kata Tengku Sariffuddin.
Beliau berkata jelas Muhyiddin ibarat talam dua muka iaitu berbuat sesuatu mengikut kesesuaian politiknya tetapi secara peribadi lain pula halnya.
“Ini jelas apabila beliau menyerang perdana menteri atas dakwaan rasuah, sedangkan semua orang dalam tahu sejarah sebenarnya sebagai menteri besar Johor,” kata Tengku Sariffuddin.

Tokoh pejuang kemerdekaan perlu ditonjolkan, rakyat tolak pemimpin korup


Mohamad Sabu Mohamad Sabu
Menyambut kemerdekaan sesebuah negara adalah bermaksud menyambut satu kebebasan. Ia diperoleh selepas penjajah meninggalkan tanah air dan diganti oleh pemerintah daripada anak watan sendiri.
Di Malaysia, perayaan menyambut kemerdekaan seolah-olah menjadi sambutan ulang tahun Umno dan bukannya merayakan pembebasan daripada penjajah.
Hanya wajah-wajah bekas pemimpin Umno ditonjolkan. Ia tidak salah tetapi perlu disertakan dengan tokoh pejuang kemerdekaan yang lain.
Pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam, Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi tidak tersenarai dalam propaganda menyambut kemerdekaan negara ini. Ini sangat malang sekali buat rakyat negara ini.
Kebelakangan ini, kita melihat rakyat tidak berminat mengibarkan bendera Malaysia sama ada di kenderaan, rumah atau premis mereka. Sebaliknya hanya kenderaan dan premis rasmi kerajaan yang mendapat arahan sahaja berbuat demikian.
Sikap dingin ini ekoran sambutan Merdeka di negara ini yang dilihat semakin hilang semangatnya kerana dicemari propaganda Umno yang menjadikannya sebagai medan meraih populariti politik.
Berbeza sekali dengan sambutan di negara lain khususnya negara jiran kita Indonesia. Kita dapat melihat rakyat mereka, tidak mengira lapisan masyarakat mengibarkan bendera mereka di setiap rumah.
Selain itu, mahu tidak mahu kita perlu menerima hakikat bahawa Malaysia dalam keadaan punah akibat kerakusan pemerintah.
Saya mengharapkan rakyat lebih tegas menolak pemimpin korup agar maruah negara Malaysia dapat dikembalikan.
Saya juga ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah sama-sama kita memerdekakan minda kita dari fahaman perkauman sempit dan pemikiran melampau yang boleh merosakkan negara.
Merdeka, merdeka, merdeka!

Sambutan merdeka tiada makna, Malaysia dipimpin 'pencuri'

Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Isu rasuah, pemunggahan dan rompakan wang negara oleh pemimpin sendiri meletakkan negara di ambang malapetaka kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Lebih malang lagi kata Mahfuz, sikap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang tidak lagi boleh ditegur dan dikritik solah-olah institusi Presiden Umno sudah setaraf dengan institusi Yang Di Pertuan Agong.
"Kekayaan negara bukan dipunggah oleh penjajah seperti dulu tetapi di punggah melalui rompakan oleh pemimpin anak bangsa atas nama patriotisma untuk Mu Malaysia," ujarnya.
Menurut beliau, ia menjadikan sambutan merdeka ke 59 tahun ini tidak bermakna dengan hanya rakyat dipaksa patriotik kepada pemimpin yang mencuri duit rakyat.
Sedangkan kata Mahfuz, yang berjuang untuk kebaikan negara dan keadilan untuk rakyat dianggap jahat, dicaci maki, dihumban ke dalam pagar besi, dipukul mati dan rakyat tiada lagi dipeduli.
"Kepada rakyat Malaysia seruan saya anak kelahiran merdeka bersama selamatkan Malaysia.
"Jangan biarkan kejahatan mengadili kebaikan, jangan biarkan kepalsuan mengadili kebenaran dan jangan biarkan nasi menjadi bubur," katanya.

SoHo Dan SoVo: Jangan jahil, rakyat miskin tak beli apartmen mewah, kata exco PAS

Datuk Iskandar Abdul Samad berkata rakyat marhaen membeli Rumah Selangorku kerana cukai tanah, pintu, tarif air dan elektrik lebih murah berbanding rumah atas tanah berstatus perniagaan.
soho
PETALING JAYA: Pangsapuri perkhidmatan SoHo (rumah berpejabat) dan SoVo (rumah berpejabat maya) bukan rumah mampu milik seperti Rumah Selangorku kerana ia dibina di atas tanah berstatus perniagaan, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar itu berkata tindakan beberapa pihak memburukkan kerajaan Selangor berhubung polisi pangsapuri perkhidmatan SoHo dan SoVo mampu milik berkenaan hanya mendedahkan kejahilan sendiri.
“Pangsapuri perkhidmatan, SoHo dan SoVo bukan Rumah Selangorku atau rumah mampu milik. Rumah Selangorku kekal harga jual RM42,000 hingga RM250,000. Hanya rumah mampu milik kerajaan persekutuan yang sehingga RM300,000.
“Rumah Selangorku dibina di atas tanah berstatus kediaman sementara pangsapuri perkhidmatan, SoHo dan SoVo atas tanah perniagaan. Sasaran pangsapuri perkhidmatan, SoHo dan SoVo berbeza daripada Rumah Selangorku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar membidas kerajaan negeri kerana memansuhkan diskaun 10% bagi pembeli Bumiputera bagi rumah pangsapuri perkhidmatan, SoHo dan SoVo.
Noh berkata langkah kerajaan pakatan pembangkang memansuhkan keistimewaan Bumiputera itu hanya menguntungkan pemaju manakala rakyat terus tertekan untuk memiliki rumah.
Sementara itu, Iskandar berkata rakyat marhaen akan membeli Rumah Selangorku kerana cukai tanah dan pintu serta tarif air dan elektrik yang lebih murah berbanding rumah atas tanah berstatus perniagaan.

Cabul pelajar: Menteri tak boleh lepas tangan, kata Izzah

Kajian menunjukkan 86 daripada 103 guru tahfiz tidak mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan.
izzah-rape
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai kecewa dengan keputusan Kementerian Pendidikan untuk tidak campur tangan dalam dakwaan kes penderaan seksual di Maahad Tahfiz Darul Barakah, Perak.
Walaupun pengelolaan urus tadbir sekolah agama terletak bawah bidang kuasa negeri, Nurul Izzah Anwar berkata krisis pencabulan seksual, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak, mendesak kepada kolaborasi nasional.
Ini kerana jenayah terhadap kanak-kanak merupakan jenayah yang merentasi sempadan, tegasnya, malah isu melibatkan dua tenaga pengajar sekolah persendirian itu menunjukkan wujud kelompongan sistem dalam saringan guru yang layak mengajar.
“Kajian meninjau persepsi kaedah amalan pengajaran tahfiz di Darul Quran JAKIM dan Maahad Tahfiz al-Quran negeri (MTQN) di Malaysia daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati bahawa daripada 103 guru tahfiz yang ditemubual, mereka yang mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan hanya seramai 15 orang (16.5%) dan 86 orang (83.5%) tidak mempunyai ikhtisas perguruan,” kata Izzah dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 23 Ogos lepas Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi mengumumkan polis sedang menyiasat kes pelajar Maahad Tahfiz Darul Barakah yang mendakwa dicabul selain berlaku kejadian seks luar tabii.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid 25 Ogos lepas dilaporkan berkata kementerian tidak akan campur tangan kerana peraturan dan seliaan sekolah agama terletak bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

Marahkan nyamuk satu kelambu dibakar

Oleh Nasharuddin Muhammad
Biarpun tidak lagi menjadi ahli, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang juga bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih lagi tidak berhenti daripada menyerang dan mengkritik parti yang pernah dipimpinnya dulu serta pemimpinnya terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sejak mengisytiharkan ‘perang’ terbuka dengan Najib, Dr Mahathir terus berkelana di seluruh pelosok negara bermula dengan gerakan dinamakan Deklarasi Rakyat sehingga kepada penubuhan parti politik baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, beliau masih lagi ‘memperkatakan’ mengenai UMNO dan barisan pemimpinnya. Malah, dalam seminggu dua ini, beliau turut mula ‘memperkatakan’ mengenai dasar, polisi serta keputusan politik yang pernah dibuatnya dulu ketika masih lagi berkuasa sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO walaupun ada antaranya dianggap sensitif, yang sepatutnya tidak lagi disentuh dan dibangkitkan selain sudah bersifat akademik.
Antara isu dianggap sensitif tetapi kembali dibangkitkan beliau termasuk pindaan Perlembagaan Persekutuan yang mengehadkan kuasa raja-raja Melayu ketika era pemerintahannya, tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan terbaru isu Bangsa Johor yang didakwanya boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat di negara ini.
Justeru itu, timbul persoalan besar dalam diri penulis dan juga mungkin pembaca di luar sana iaitu apa sebenarnya yang dimahukan Dr Mahathir melalui tindakannya itu.
Sebagai negarawan ulung yang pernah menjadi sanjungan bukan saja rakyat negara ini, malah rakyat dan pemimpin negara lain khususnya negara dunia ketiga tetapi kini secara tiba-tiba sikap, tindakan dan pendirian beliau berubah 360 darjah hingga sanggup menentang pemimpin dan parti yang pernah dipimpinnya.
Inilah yang menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan sehinggakan beliau sanggup merendahkan martabat dan harga dirinya sebagai negarawan ulung apabila tergamak duduk di pentas sama dengan individu yang pernah menjadi musuh politiknya sebelum ini.
Jika dulu, individu seperti Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu @ Mat Sabu antara musuh politiknya tetapi kini beliau sanggup bersekongkol dengan mereka, malah tergamak secara terangan-terangan mengajak rakyat menolak Najib dan UMNO/BN dengan menubuhkan parti politik baru untuk berlawan.
Dari satu segi, semua tindakan beliau hanya satu iaitu mahu memastikan agenda dan cita-citanya menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri tercapai.
Namun, timbul persoalan, jika hanya mahu menjatuhkan Najib, kenapa perlu mengajak rakyat menolak UMNO dan BN dengan menubuhkan pula parti politik baru. Jika benar hanya marahkan nyamuk, kenapa pula kelambu perlu dibakar.

Yang kaya terus kaya, yang miskin papa kedana, benarkah UMNO bela Melayu?




Satu masa dahulu ada seorang bekas menteri mengisytiharkan bahawa pendapatan purata rakyat Malaysia ialah RM5,900 sebulan. Semua orang, terutama pemimpin UMNO bersorak gembira. Inilah hasil perjuangan UMNO kata mereka. Setiap biji beras yang kita makan, adalah hasil perjuangan UMNO, jerit seorang pemimpinnya.
Saya faham konsep purata. Saya percaya ramai lagi yang faham konsep purata. Antara persepsi dan realiti, ada perbezaan besar.
Tapi angka yang disebut itu terlalu luar biasa. Ianya tidak dapat diterima sebahagian besar rakyat Malaysia. Jika seorang Syed Mokhtar masuk ke dalam kumpulan yang hendak dihitung, tentulah pendapatan purata semua orang akan meningkat. Pendapatan Syed Mokhtar seorang akan menaikkan pendapatan semua orang lain.
Sebenarnya, kesenjangan pendapatan antara yang terkaya dan yang termiskin makin melebar. Ertinya dalam bahasa mudah, yang kaya semakin kaya, yang miskin bertambah miskin.
Saya ke pasar minggu Raub, timbul satu soalan, bolehkah saya mendapat RM5,900 sebulan dengan menjual buah?
Perkara ini terjadi bukan sebab ianya kejadian dan peraturan masyarakat yang semula jadi. Ianya bukan ketentuan Tuhan. Tidak juga ia terjadi sebab rezeki secupak tidak jadi segantang. Kenapa orang kampung yang rajin berkerja masih mendapat pendapatan yang rendah?

25 ribu pengkhianat UMNO keluar UMNO




Kunjungan Najib merasmikan persidangan UMNO Bahagian Kota Tinggi semalam, dibalas dengan berita ‘gembira’ dari kem bertentangan iaitu keluarnya secara beramai-ramai ahli UMNO Pagoh.

Patutnya bila Presiden yang ‘disayangi’ datang, semuanya yang elok-elok sajalah, ini disambut dengan ahli keluar parti pulak lagi, bukan sikit pulak tu tapi beribu.


Menurut sumber yang rapat dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengesahkan sekurang-kurangnya 25,000 ahli UMNO Pagoh akan menyertai Bersatu tidak berapa lama lagi.


Buat permulaan, ahli dalam 5 cawangan UMNO dalam bahagian Pagoh yang bertindak keluar UMNO serta merta pada hari Muhyiddin dipecat akan menjadi gelombang pertama dari 25,000 orang yang menyertai Bersatu.


Menurut sumber yang sama, dengan Parlimen Pagoh mempunyai hampir 50,000 orang pengundi, kemasukan 25,000 orang ahli UMNO Pagoh ini akan memastikan Muhyiddin menang mudah dalam PRU14 yang akan datang.


Dikhabarkan, tempat tempat lain yang diwakili pemimpin kanan Bersatu ini seperti Jerlun (DS Mukkhriz), Semporna (DS Shafie) dan beberapa kawasan lain, akan turut berlaku keadaan yang sama.

Pokemon Go umpama dadah

Ia menyebabkan ketagihan kepada pemainnya kerana visual ditunjukkan dalam bentuk warna-warni dan pergerakan, kata pakar psikologi.
pokemon-go-dadah
PETALING JAYA : Pokemon Go diumpamakan seperti dadah kerana ia menyebabkan ketagihan kepada pemainnya, kata Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor.
Beliau berkata permainan aplikasi maya yang menjadi kegilaan ramai sejak awal bulan lalu itu menyebabkan ketagihan kerana visualnya berwarna-warni dan dilengkapi dengan pergerakan.
“Pokemon Go juga boleh mengkhayalkan pemain kerana ia memberi arahan dalam bentuk visual. Saya sendiri tengok, saya sendiri cuba main, saya memang tutup, tak nak main.
“Dalam permainan ini, ia dibuat dalam bentuk visual dan biasanya manusia akan lebih mudah tertarik dengan cara itu berbanding perkataan ataupun arahan,” katanya.
Tinjauan FMT baru-baru ini di Taman Jaya iaitu kawasan rekreasi utama di tengah bandar raya Petaling Jaya mendapati ia menjadi tumpuan ramai penggemar permainan itu, sedangkan selama ini taman itu lengang pada waktu malam.
Dalam tinjauan jam 2 pagi itu, sekurang-kurangnya 50 orang sedang asyik dengan permainan yang merupakan aplikasi paling banyak dimuat turun sekarang iaitu hampir menandingi aplikasi Whatsapp dan Facebook.
Mariani berkata daripada segi psikologi, apabila pemain Pokemon Go ini bermain sehingga awal pagi, ia akan menyebabkan individu tersebut lemah dan tidak produktif pada waktu siang.
“Masalah kedua ialah sosialisasi, maksudnya pemain yang ada pekerjaan bergaul dengan golongan tidak bekerja akan menyebabkan produktiviti serta pergaulan sosial dengan keluarga dan rakan sekerja berkurangan,” katanya.

Melayu DAP layan Pemuda Umno WP tanda 'hormat'

Kami telah mendengar ucapan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii, dalam forum anjuran Sinar Harian di Shah Alam semalam.
Razlan mendakwa DAP tidak pernah hormat pada Melayu, malah menyebut bahawa sekiranya DAP berkuasa, ia tidak akan pernah hormat pada orang Melayu.
Kami sudah biasa dengan Razlan yang sentiasa berkunjung ke ibu pejabat DAP hampir setahun sekali, dengan membawa rombongan kawan-kawannya.
Terbaru beliau hadir membawa duit raya - berupa wang neraka - dan melemparkannya ke muka pegawai ibu pejabat parti.
Sebelum itu, beliau juga pernah mengancam mahu membakar bangunan ibu pejabat parti kami.
Sebagai orang Melayu, kami dididik supaya bersopan santun dan saling hormat menghormati antara satu sama lain, apatah lagi kepada orang yang lebih tua seperti Razlan.
Maka adalah penting bagi Razlan untuk tidak dibiarkan bercakap seorang diri. Justeru kami tampil menjawab kritikannya, dengan semangat demokrasi.
Razlan beruntung kerana mempunyai kulit muka yang tebal dan sanggup untuk terus menjadi pemuka United Malays National Organisation di saat parti itu sedang diserang dari segenap sudut, termasuk oleh bekas presidennya sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kami harap pengorbanan Razlan akan mendapat balasan yang setimpal.
Pun begitu kami ingin menasihatkan Razlan agar memeriksa keadaan dan menyedari bahawa semakin ramai orang Melayu zaman sekarang tidak makan dedak dan tahu dengan jelas bahawa selama ini Umno yang meletakkan Melayu di bawah telapak kakinya.
Melayu di bawah Umno kini adalah Melayu yang diternak seperti ayam daging, diberi makan dedak, biar gemuk dan sihat, sebelum nanti disembelih dengan masalah-masalah seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), skandal hutang 1MDB, rompakan Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta ancaman lain ekonomi termasuk risiko bankrap angkara pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pinjaman isi rumah yang melangit.

"Saya mati terus kalau tengok RM4b dalam akaun Najib' - Nazri Aziz

Menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau 'akan mati' serta merta sekiranya melihat RM4 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menjawab kenyataan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa hampir pengsan selepas ditunjukkan jumlah berkenaan dalam akaun Najib.
"Hakikatnya tak betul, itu sebab dia tak pengsan.
"Sepatutnya dia (Muhyiddin) pengsan bila tengok akaun Najib ada RM4 billion. Bila dia tak pengsan, makna itu tak betul.
"Kalau saya tengok RM4 bilion, bukan saya pengsan, saya mati terus," katanya.

TMJ patut serah pendrive pada SPRM bukan KJ, kata C4

Cynthia Gabriel berkata siapa tahu jika Kementerian Belia dan Sukan ada terbabit atau bertindak sebagai pihak ketiga dalam isu itu.
Cynthia-Gabriel-_kj_tmj_600
PETALING JAYA: Pendrive yang didakwa mengandungi laporan berhubung maklumat ketirisan dan salah laku Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sepatutnya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4).
Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel berkata ini kerana tiada siapa yang dapat memastikan Kementerian Belia dan Sukan bersih daripada sebarang penglibatan dengan dakwaan tersebut.
“Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sepatutnya menyerahkan maklumat yang dimilikinya terus kepada SPRM. Siapa tahu jika  kementerian ada terbabit atau bertindak sebagai pihak ketiga.
“Maka jalan terbaik ialah penguatkuasa undang-undang yang menyiasat,” katanya kepada FMT.
Sehubungan itu, katanya C4 menyarankan agar TMJ turut memberikan maklumat yang dimilikinya itu kepada SPRM.
Terdahulu, TMJ mendakwa memiliki maklumat rasuah dalam FAM yang berlaku selama 30 tahun, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia dan laporan audit yang ‘merepek’.
Meskipun SPRM menyatakan kesediaan mereka menyiasat dakwaan itu, TMJ menyerahkan pendrive tersebut kepada Khairy ketika kunjungan ketua Pemuda Umno itu ke Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada 26 Ogos lalu.
Khairy kemudian dilaporkan berkata akan memaklumkan tindakan susulan selepas selesai meneliti seluruh kandungan pendrive itu.

Persekutuan patut berani wajibkan pemaju bina SOHO mampu milik

Tidak timbul isu penghianatan kepada rakyat yang memerlukan kediaman seperti laporan sesetengah media kerana sasaran pembinaan SOHO dan SOVO sama sekali tidak sama dengan rumah mampu milik, Rumah Selangorku.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata cubaan pihak tertentu memburukkan Kerajaan Negeri itu hanya mendedahkan kejahilan mereka terhadap fakta sebenar.
“Rumah Selangorku dibina di atas tanah berstatus kediaman tetapi SOHO dan SOVO dibina di atas tanah berstatus perniagaan.
“Cukai tanah dan cukai pintu malah tarif air dan elektrik adalah lebih tinggi bagi tanah berstatus perniagaan,” katanya dalam kenyataan.
Iskandar berkata Rumah Selangorku juga kekal pada harga diantara RM42,000 hingga RM250,000 berbanding rumah mampu milik Kerajaan Persekutuan yang mencecah RM300,000.
Menyentuh pengenalan SOHO dan SOVO mampu milik, Iskandar berkata Kerajaan Negeri mempunyai polisi mewajibkan pemaju membina SOHO dan SOVO mampu milik berbeza dengan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri Barisan Nasional belum memiliki polisi seperti itu.
“Kenapa agaknya mereka tidak berani mewajibkan pemaju membina unit-unit mampu milik?,” soalnya.

'Pangsapuri perkhidmatan, SOHO, SOVO bukan rumah mampu milik' - Iskandar Samad

Penyelarasan harga pembelian bagi pangsapuri perkhidmatan (service apartment), SOHO (Small Office Home Office) dan SOVO (Small Office Versatile Office) di Selangor dibuat bagi kepentingan semua.
Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Datuk Iskandar Abdul Samad, penyelarasan tersebut menjadikan Selangor negeri pertama yang mengawal harga pasaran bagi kediaman itu.
Justeru, katanya tidak timbul dakwaan mengatakan kerajaan Selangor mengkhianati rakyat yang memerlukan rumah, kata Iskandar.
“Cubaan mereka untuk memburukkan kerajaan negeri mendedahkan kejahilan mereka terhadap fakta yang sebenar.
“Pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO bukan Rumah Selangorku atau rumah mampu milik. Rumah Selangorku kekal di antara RM42,000 hingga RM250,000.
“Hanya rumah mampu milik Kerajaan Persekutuan adalah sehingga RM300,000,” tegas Iskandar yang juga Pesuruhajaya PAS Selangor dalam satu kenyataan.
Kerajaan Selangor semalam dilaporkan akan melaksanakan garis panduan pembangunan baru bermula 1 September ini.
Memetik laporan Nanyang Siang Pau, 10 peratus diskaun bumiputera bagi jenis kediaman itu akan dimansuh dan hanya kuota jualan 30 peratus untuk bumiputera akan diteruskan.
Mengulas lanjut, Iskandar berkata rumah Selangorku dibina di atas tanah berstatus kediaman tetapi pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO dibina di atas tanah berstatus perniagaan.
Sasaran pemilikan untuk jenis-jenis kediaman itu adalah berbeza dari Rumah Selangorku, katanya.
“Rakyat marhaen akan membeli Rumah Selangorku.
"Cukai tanah dan cukai pintu malah tarif air dan elektrik adalah lebih tinggi bagi tanah yang berstatus perniagaan,” kata Iskandar.
Katanya, dengan polisi baru itu, pemaju yang membina kediaman berkenaan perlu membina 10 hingga 20 peratus unit mampu milik daripada jumlah keseluruhan unit yang dibina.
"Contohnya jika dahulu kebanyakan harga jualan SOHO dan SOVO yang paling rendah adalah di antara RM450,000 hingga RM500,000. Tetapi unit-unit mampu milik adalah di antara RM230,000 hingga RM270,000.
Katanya, memandangkan perbezaan harga yang besar di antara unit-unit mampu milik dan unit-unit biasa, tiada diskaun bumiptera akan diberikan kepada pembeli.

Diskaun Bumiputera mansuh, rakyat diperbodoh, kata Noh Omar

Katanya, langkah kerajaan pakatan pembangkang memansuhkan keistimewaan Bumiputera itu hanya menguntungkan pemaju manakala rakyat terus tertekan untuk memiliki rumah.
noh-omarPETALING JAYA: BN Selangor membidas tindakan kerajaan negeri memansuhkan diskaun 10% bagi Bumiputera untuk pembelian SoHo (rumah berpejabat), SoVo (rumah berpejabat maya) dan pangsapuri servis bermula 1 September.
Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata langkah kerajaan pakatan pembangkang memansuhkan keistimewaan Bumiputera itu hanya menguntungkan pemaju manakala rakyat terus tertekan untuk memiliki rumah.
“Memansuhkan diskaun 10% pembeli Bumiputera akan menguntungkan pemaju dan menyusahkan rakyat, sebab sekarang ini projek perumahan rakyat hanya mampu tengok saja di Selangor bukan mampu milik.
“Sepatutnya kerajaan Selangor kekalkan apa yang dilakukan BN sebelum ini kerana ia membantu rakyat,” kata Noh yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) kepada FMT.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini berkata syarat kaum untuk kediaman kategori mampu milik jenis SoHo, SoVo dan pangsapuri berservis tidak lagi digunakan bermula September supaya semua bangsa mampu memiliki rumah sendiri.
Penyelaras Adun BN Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata pemansuhan diskaun untuk Bumiputera itu menunjukkan Azmin tertekan dengan pengaruh DAP yang tidak menyokong akta memberi keistimewaan kepada Bumiputera.
“Tindakan mereka zalim dan tidak adil, tidak melihat kepentingan sistem kuota secara menyeluruh. Saya rasa Azmin tertekan dengan pengaruh DAP yang memang nampak anti akta berkenaan.
“Itulah akibatnya kalau sebuah kerajaan tidak faham apa yang termaktub dalam perlembagaan yang adanya keistimewaan untuk Bumiputera.

FGV: Kerajaan perlu ketepikan ego - Anak


Kerajaan perlu ketepikan ego

KERAJAAN perlu mengetepikan ego dengan melakukan penilaian semula sama ada Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGV) memberi kebaikan kepada peneroka Felda.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, sekiranya FGV tidak mendatangkan kebaikan adalah wajar FGV ini dihentikan.
“Kerajaan kena turunkan ego. Buat penilaian semula dengan jujur. Adakah kehadiran FGV ini baik untuk peneroka?
“Kalau maknanya kerajaan dapati kewujudan FGV ini merugikan, saya fikir FGV perlu dihentikan. Kembalikan semula kepada Felda,” katanya.
Katanya, dengan menyerahkan semula 360,000 hektar tanah itu, Felda akan mendapat kekuatan melalui hasil sama sebelum pajakan kepada FGV.
“Anak syorkan supaya tanah itu dikembalikan kepada Felda. Felda akan meraih perolehan tidak kurang daripada RM1 bilion setahun.
“Hasil itu cukup besar bagi menampung perbelanjaan,” katanya.
Katanya, Anak turut menyerahkan memorandum kepada pihak berkaitan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melihat semula apa yang berlaku dalam Felda terutamanya membabitkan nasib peneroka.
Dalam pada itu katanya, rombakan dalam Felda juga perlu dilakukan bagi memastikan pengurusan Felda tidak lari daripada matlamat asal penubuhannya.
Mengambil contoh pimpinan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Muhammad Alias Raja Mohd Ali, Mazlan berkata, Felda ketika itu meraih pendapatan yang boleh dibanggakan.
“Apabila beliau tinggalkan Felda pada 2001, beliau meninggalkan hampir RM10 bilion pendapatan Felda.
“Ketelusan pada zaman itu perlu dicontohi. Sebab itu Felda perlu melakukan rombakan dalam pentadbiran,” katanya.

‘SPRM tak tangkap Najib, rakyat tak percaya’

Tindakan demi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhir-akhir ini, daripada tangkapan individu bergelar Datuk Seri kepada Tan Sri, tertanya tidak memuaskan hati semua pihak.
Bagi bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan, suruhanjaya itu hanya “jaguh” untuk kes-kes kecil tetapi tidak berani menyentuh pemimpin utama negara Datuk Seri Najib Razak.
“SPRM kelihatan amalkan pilih-kasih!
“Selagi SPRM tidak bertindak terhadap Najib Razak yang membabitkan sejumlah duit yang amat besar masuk ke dalam akaun peribadinya; selagi itulah kredibiliti SPRM akan tercalar,” katanya.
Beliau membangkitkan laporannya pada SPRM berkaitan dakwaan berbilion-bilion wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
“Saya nak tanya ketua pesuruhjaya SPRM yang baru mengenai status laporan saya terhadap syarikat 1MDB dan Najib Tun Razak. Apa sudah jadi?” soalnya lagi.
Sementara itu, beliau juga membangkitkan dakwaan terbaru Muhyiddin bahawa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.
“SPRM wajib siasat kes pendedahan terbaru Tan Sri Muhyiddin ini. Mantan timbalan perdana menteri ini mesti dipanggil oleh SPRM untuk soal siasat.
“Begitu juga dengan mantan peguam negara (yang didakwa salurkan maklumat itu) pun sepatutnya disoal siasat oleh SPRM.
“Saya rasa buang masa saja buat laporan pada SPRM mengenai kes salah guna kuasa Najib Tun Razak.
“Pergi ke ibu pejabat SPRM berjam-jam disoal siasat tapi habuk pun tak ada!” katanya.

Kembangkan kempen ‘Tangkap MO1’ agar rakyat tidak lupa – Khalid

Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sudah tidak disiarkan media arus perdana, sebaliknya siasatan ke atas pelaku rasuah yang tiada kena mengena dengan skandal Malaysian Oficial 1 (MO1) bertujuan untuk melalaikan rakyat Malaysia.
Ahli Parlimen Shah Alam Ir Khalid Samad berkata demikian mengulas ‘wayang’ media memperbesarkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Datuk dan Tan Sri yang kononya melakukan rasuah tetapi dirahsiakan identiti mereka.
Katanya, sekiranya pembangkang dan NGO tidak terus menghidupkan isu 1MDB maka tidak mustahil rakyat akan melupakan skandal berkenaan.
“Itulah sebabnya mengapa wujud perhimpunan #Tangkap MO1 pada 27 Ogos lalu. Kita perlu mengekalkan isu 1MDB dalam radar tumpuan perhatian rakyat kerana isu ini melibatkan penyelewengan wang rakyat yang diletakkan dibawah bidang kuasa Kementerian Kewangan,” ujarnya yang juga Pengarah Komunikasi Amanah.
Beliau berharap rakyat tidak akan membiarkan ‘si penyeleweng wang’ meneruskan tugasnya sebagai MO1. Sebaliknya, rakyat perlu mendesak lebih kuat agar individu berkenaan meletak jawatan serta-merta.
Sekiranya gagal, menurut Khalid, negara akan dibebankan dengan masalah ekonomi yang parah. Antaranya, kekurang yakinan pelabur dari negara lain terhadap iklim pelaburan di Malaysia.
“Justeru itu, masyarakat awam iaitu rakyat Malaysia wajib menyeru kerajaan kita bertindak tegas dalam isu ini dan pihak berkuasa seperti SPRM mesti mengambil tindakan segera untuk menangkap orang yang telah ‘kebas’ wang rakyat berbilion-bilion dari 1MDB.
“Ini perlu untuk memulihkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap institusi kerajaan negara kita,” kata Khalid.

Bezanya skandal Watergate dan 1MDB

Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN
Ada yang bertanya apakah bezanya skandal Watergate oleh Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon (lihat gambar) dengan skandal 1MDB yang semakin hangat diperkatakan sejak lebih setahun lalu?
Tetapi saya tidak mahu memperkatakan 1MDB kerana menurut Perdana Menteri, Najib Razak 1MDB tidak ada isu cuma dicetuskan oleh pihak yang dengki dengan kejayaan 1MDB. Jadi, tidak perlulah dibahaskan.
Saya hanya memperkatakan tentang skandal Watergate, walaupun Nixon bertegas dia tidak terlibat tetapi semua yang terlibat akhirnya mengaku sebagai "orang Nixon". Nixon terpaksa meletakkan jawatan apabila mereka yang digelar All the President's Men mengaku menerima arahan daripada Nixon.
Saya terpikat mengikuti perkembangan skandal Watergate ini agak lama iaitu ketika di tingkatan dua selepas Nixon meletakkan jawatan pada 8 Ogos 1974 akibat skandal itu. Perkembangan itu saya ikuti daripada laporan akhbar arus perdana kita yang dilanggan oleh pihak perpustakaan sekolah.
Bangunan WatergateBangunan WatergateSkandal Watergate tercetus selepas sekumpulan pencuri memecah masuk pejabat Parti Demokrat pada 17 Jun 1972. "Watergate" adalah merujuk premis pejabat Demokrat di Kompleks Watergate. (Lihat gambar)
Nixon ketika itu dalam kempen pemilihan semula sebagai Presiden mewakili Parti Republikan. Semua pencuri itu ditangkap dan mereka mempunyai akses dengan Nixon dan White House.
Nixon telah "memperkudakan" Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Perisikan Pusat (CIA). Kedua-dua agensi yang berkuasa dalam hal ehwal penyiasatan dan perisikan ini bertindak melindungi Nixon termasuk skandal dana kempen pilihan raya Presiden. Tanpa restu FBI dan CIA, tidak ada pihak yang boleh mengambil tindakan ke atas Nixon.
Persoalannya kenapa akhirnya Nixon terpaksa juga meletakkan jawatan dalam keadaan yang sangat memalukan iaitu mengaku terlibat dengan skandal Watergate? Saya mendapati ada beberapa faktor yang sangat ketara antaranya:
1. Adanya wartawan yang memperjuangkan kebenaran, Pengarang akhbar yang menjulang kebebasan akhbar untuk kepentingan rakyat. Wartawan The Washington Post Bob Woodward dan Carl Bernstein komited untuk mengapungkan kebenaran walaupun nyawa mereka terancam.
Akhbar yang dipimpin oleh pengarangnya, Ben Bradlee menyiarkan tidak kurang 200 berita pendedahan tentang skandal Watergate sepanjang dua tahun isu itu.
Maruah dan prinsip kewartawanan yang tinggi membuatkan Pengarang The Washington Post itu tidak membiarkan dirinya dikawal oleh Nixon.
Dia bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Amerika bukannya untuk menjaga kerjaya politik Nixon. Bradlee telah meninggal dunia pada 22 Oktober 2014 pada usia 93 tahun.
The Washington Post menjadi mercu tanda kemenangan para wartawan menjulang maruah dan prinsip kewartawanan untuk bangkit dan melawan kuasa politik yang bobrok.
Pada masa yang sama akhbar dan wartawan kembali diyakini oleh rakyat bahawa tidak semua (wartawan dan pengarang) boleh dibeli secara tidak bermaruah dengan wang ringgit. Tanpa penglibatan secara langsung wartawan dan pengarang The Washington Post, Nixon mungkin terus kaya raya dengan kebobrokannya.

Bila Najib berundur?

Oleh Subky Latif
MAKA Perdana Menteri Najib pun memberitahu, satu hari nanti dia akan berundur juga, tentunya bukan ketika dia didesak kencang sekarang. Diberitahunya, sesudah itu nanti sesiapa hendak datang berjumpanya boleh datang. Kalau tiada yang sudi datang, dia akan buat kerjanya sendiri.

 
Ia ada pilihan yang ada pada semua pemimpin. Mana-mana yang digemari rakyat seperti Gandhi penuhlah kediaman dikunjung orang. Sebaliknya yang digetik terpencillah diri dan kadang-kadang bini lari.
    
Bila dia hendak berundur itu? Allah dan dia saja yang tahu. Mungkin hendak jadi Perdana Menteri kedua berkuasa 22 tahun.
     
Bekas pemimpin itu biasanya pemimpin juga walaupun sudah tidak berjawatan. Akan adalah yang mendatanginya baik sekadar merai dan menziarahi orang lama, bahkan perlu didatangi untuk dirundingi, bagi mendapatkan pandangan dan nasihat.
    
Tunku Abdul Rahman Putra dan Dr. Mahathir dapat layanan itu. Ramai yang mahu terus bersamanya dan meminta panduannya.
    
Pemimpin yang sebenar masih seorang anggota masyarakat yang bersama dan berada di tengah semua orang. Kalau orang tidak datang kepadanya, dia pergi kepada orang. Tidak timbul orang hendak datang kepadanya atau tidak.
    
Sebaik-baik bidalan ialah seperti yang orang Melayu tentang Nabi SAW. Jika gunung tidak datang kepada Muhammad, Muhammad datang kepada gunung. Semua orang sewajarnya bersikap begitu, jika masyarakat tidak datang kepadanya, dia mesti datang kepada masyarakat.

Terbaik lima kali sehari berjemaah di tempatnya. Dan yang seminggu saja bersamaan orang ramai pada hari Jumaat, sudah ada yang tidak betul. Dan yang dua kali saja setahun lagi tidak betul.
    
Yang paling betul ialah selagi terdengar dia azan di mana saja berada, maka mustahak dia mendatangi tempat azan itu. Tidak dikira bermasyarakat dia, dengar azan dilaksanakannya sendiri di rumahnya.
    
Maka tidak berbangkit, jika tiada yang datang kepada kita, maka kita buat kerja sendiri. Itu orang menyendiri namanya.
    
Bagi seorang ketua yang sudah tidak pegang apa-apa jawatan dalam masyarakat selain jadi ahli khairat kematian, jangan sebarang anggapan, jika dia tidak didatangi orang, maka ia bererti tidak dihargai orang. Maka kita memencil diri.

“Kerajaan pencuri”: Sudah tiba masa Najib bersihkan nama Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab membersihkan nama Malaysia yang dicemari julukan negara kleptokrasi berikutan pendedahan kecurian berbilion dolar Amerika melibatkan 1MDB dan individu bergelar Malaysian Official 1 (MO1).
Tambah menyedihkan, selain dinobat sebagai negara kleptokrasi terbesar peringkat global, kerajaan Malaysia yang dipimpin Barisan Nasional (BN) gagal melakukan sebarang usaha untuk membersihkan nama negara.
Persoalannya, di mana dan mengapa agensi penguatkuasaan dan penyiasatan tidak berusaha untuk membersihkan semula nama negara yang terpalit dengan skandal terbesar peringkat global itu?
Namun, apa yang menakutkan kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, ialah sikap lepas tangan Najib dan kerajaan Malaysia seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Sikap tidak bertanggungjawab ini menimbulkan tanda tanya kepada kita rakyat Malaysia, adakah kita sedia untuk dibeban dan dipalit dengan semua kotoran akibat kleptokrasi global ini?” soalnya ketika berucap dalam Forum Polisi anjuran DAP Sabah.
Kata beliau, hanya dalam sekelip mata sahaja Malaysia menjadi negara kleptokrasi global dan terpaksa menanggung aib apabila berada di salah satu tangga teratas negara paling korup di dunia khususnya dengan pendedahan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset melibatkan 1MDB sebanyak AS$1 bilion.
“Adalah menjadi tugas Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri untuk membersihkan nama Malaysia dari julukan negara kleptokrasi global.
“Saya faham Datuk Seri Najib tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan hadapan yang mana beliau sudah menghadirinya empat kali sejak April 2009 bercakap mengenai cadangannya tentang ‘Gerakan Global Moderat’, yang bukan sahaja telah gagal di peringkat antarabangsa, malah juga gagal dalam negara,” ujar Kit Siang.

Pejabat PM bidas Muhyiddin, cuba alih dari skandal isteri orang

Kenyataan keras itu mengecam Muhyiddin sebagai seorang yang cuba membawa imej warak tetapi berkelakuan sebaliknya, dengan mengaitkan beliau kepada skandal terlarang.
Tengku-Sariffuddin_muhyiddin_600
KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri hari ini berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengalihkan perhatian umum daripada kes yang melibatkannya dengan seorang wanita bernama Nika Gee dalam dakwaannya terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Dalam satu kenyataan keras terhadap bekas timbalan perdana menteri itu, setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin turut mempersoalkan kredibiliti Muhyiddin yang menurutnya membawa imej seorang warak sepanjang karier politiknya.
“Kredibiliti dan pegangan moral Tan Sri Muhyiddin sudah hancur. Jelas beliau bercakap sesuatu demi kesesuaian politik tetapi melakukan sebaliknya dalam arena peribadi.
“Begitu juga ketika beliau menyerang perdana menteri dengan tuduhan palsu mengenai rasuah, apabila orang dalam sedia maklum sejarah sebenarnya ketika memangku menteri besar Johor dulu,” katanya, tanpa memberikan butir lanjut.
Kenyataan itu dipercayai merujuk kes cerai melibatkan bekas pendakwa raya Stanley Clement Augustin dan isterinya Nika Gee Siew Yee.
Stanley dalam akuan bersumpahnya menuduh Nika mengadakan hubungan intim dengan lelaki lain.
Sebelum ini, Muhyiddin menafikan tuduhan mengaitkan beliau dengan Nika, dan mendakwa ia fitnah jahat disebarkan untuk merosakkan integriti beliau.
Sabtu lalu, Muhyiddin mendakwa Najib sudah menerima sejumlah RM1 bilion ke dalam akaun bank peribadi lama sebelum pendedahan presiden Umno itu menerima RM2.6 bilion.

'Bangsa Johor' untuk Malaysia lebih sejahtera, titah Sultan Ibrahim


Sultan JohorSultan Johor
 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, konsep 'Bangsa Johor' membawa lebih banyak kebaikan untuk Malaysia dan tidak menyebabkan Johor kelihatan bersifat parokial.
"Walaupun beta berbangga menyatakan bahawa Beta adalah 'Bangsa Johor', tetapi Beta tetap warganegara Malaysia. Apabila di luar negara, sekiranya sesiapa bertanya Beta dari mana, Beta dengan bangga bertitah, 'Malaysia'.
"Kami tidak mempunyai sebarang motif tidak baik atau agenda tersembunyi. Niat kami tetap demi Malaysia yang lebih sejahtera.
"Sekiranya Beta diberi peluang untuk menyatukan rakyat Malaysia, Beta akan menunaikannya. Beta akan mencemar duli berangkat ke seluruh negara kerana Beta tahu bagaimana hendak melakukannya," titah Sultan Ibrahim yang dipetik daripada wawancara eksklusif dengan akhbar harian berbahasa Inggeris , New Straits Times (NST), yang disiarkan hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah, seperti Johor, negeri lain juga patut mempunyai identiti masing-masing agar rakyat Malaysia dapat meraikan perbezaan yang wujud.
Menjawab soalan tentang teguran keras baginda terhadap kritikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai 'Bangsa Johor', Sultan Ibrahim bertitah, seseorang yang tidak tahu mengenai sejarah atau latar belakang sesuatu perkara, usahlah bercakap mengenainya.
Ketika menjawab soalan hadirin mengenai 'Bangsa Johor' pada satu majlis baru-baru ini, Dr Mahathir mengkritik perkara itu dengan berkata trend memberi penekanan tentang "kewarganegaraan negeri" boleh meruntuhkan perpaduan rakyat Malaysia.
Sultan Ibrahim bertitah, sejarah konsep 'Bangsa Johor' bermula pada kira-kira tahun 1920 apabila nenda baginda, Sultan Sir Ibrahim mendapatinya perlunya mensyukuri dan menyatukan pelbagai kaum yang sama-sama menyumbang ke arah pembukaan Johor.
"Orang Cina, India dan Jawa semuanya dipelawa menyertai orang Melayu pada sekitar tahun 1800 oleh ayahanda baginda, Sultan Sir Abu Bakar, dan nenda baginda, Temenggung Daeng Ibrahim, untuk mencari rezeki di Johor. Mereka bekerja keras memugar tanah dan membina Johor yang dipenuhi hutan belantara dan mempunyai jumlah penduduk yang amat kecil ketika itu," titah baginda.
Sultan Ibrahim juga menyentuh tentang idea membangunkan Johor melalui skim perumahan Rumah Johor, projek Bank Johor, projek kereta api Maglev dan isu air, yang baginda sifatkan sebagai "isu yang amat besar".
Mengenai Rumah Johor, baginda bertitah, skim itu, yang dilaksanakan di bawah Yayasan Sultan Ibrahim, sebuah badan bukan bermotifkan keuntungan, akan menawarkan rumah paling murah dan dengan kualiti terbaik kepada rakyat.

Tanah dipijak milik orang: Pribumi tertindas bangkit melawan

Slide1
Suasana Kampung Berdut yang dihuni sekitar 600 penduduk dari suku kaum Jahut itu agak sibuk pagi ini. Mereka sedang buat persiapan akhir sebelum merayakan Hari Orang Asal Peringkat Negeri Pahang bermula pada jam 9.30 nanti.
Kampung Berdut terletak di belakang Felda Jenderak, Kuala Krau, Temerloh. Sebelum sampai menjejak kaki, anda perlu melalui laluan kecil bertar dikelilingi ladang sawit dan getah beberapa kilometer jauh masuk ke dalam.
Perayaan OA5
Persembahan Sewang dari suku Jahut Kampung Berdak
Kami tiba di sana awal tatkala penduduk dan penganjur bersiap-siap. Saya datang bersama Ketua Pembangkang Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, isterinya Puan Aida Ross dan pegawai khasnya Suhaimi disambut mesra dengan sirih pinang.
“Kalau terlebih kapur, panas. Kalau makan banyak mabuk…” kata Tengku Zul sambal mengunyah sirih.
Kampung ini amat sederhana. Baik orangnya mahupun majlis hari ini, segalanya serba sederhana. Apa yang mengharukan, keramahan budi masyarakat Jahut di sini.
Kebanyakan rumah dibina berjarak dari tanah, bertangga dan dibuat dari kayu. Ada juga yang masih menggunakan buluh sebagai dinding dan nipah sebagai atap, bagi Felda Jenderak pula, kebanyakan rumah peneroka sudah berubah jauh dari imej-imej dalam filem ‘Bilut’ kepada kampung-kampung dengan binaan rumah batu.
20160827_102526
Jeff, salah seorang sukarelawan Perayaan Orang Asal
Sebelum jampi doa selamat dilacak, saya sempat meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Suasana terasa begitu aman dan baik-baik saja apalagi dikelilingi hutan dan pohon-pohon getah merimbun.
Namun, setelah berbual-bual dengan Jeff, pemuda dari suku kaum Jahut berusia 25 tahun itu, kedamaian yang terasa bagai disentak-sentak. Survival dan identiti penduduk kampung Orang Asli ini tak terkecuali diancam.
Menurut pemuda yang mengusahakan tanaman getah itu, masalah utama yang menjadi dilema penduduk Orang Asli di sini adalah isu hak tanah.
Walaupun sebahagian golongan muda kampung tersebut bekerja di bandar-bandar sekitar Pahang malah ke Kuala Lumpur, masih ramai lagi yang bergantung kepada hasil hutan dan penanaman getah serta kelapa sawit.
“Tanah di sebelah bawah sana…” kata Jeff sambil menunjukkan jarinya ke kanan, “Felda nak ambil,” ujarnya.
Jeff memberitahu bahawa sekitar 800 hingga 900 ekar tanah yang sebahagiannya sudah diusahakan penduduk Orang Asli dengan tanaman getah dan sawit telah ‘dipancang’ oleh ‘orang Melayu Felda’.
“Kalau ambil, tanah Orang Asli tak ada title…” jelasnya bermaksud tindakan itu akan mudah dilakukan pihak terbabit manakala masyarakat Orang Asli akan semakin tertekan kerana hilang salah satu punca rezeki mereka.
Tanah dan Orang Asli tak dapat dipisah
Orang Asli dan tanah tidak dapat dipisahkan. Ia adalah salah satu dari identiti yang bersangkut rapat dengan adat resam dan kebudayaan mereka. Elemen terpenting seperti tanah yang kini diancam dan semakin terhakis begitu membimbangkan kalangan warga.
20160827_121858
Yusri Ahon (kiri) menyerahkan resolusi kepada Ketua Pembangkang Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
Dalam ucapannya Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) Yusri Ahon, berkata bagaimana mungkin Orang Asal mampu mempertahankan identiti mereka jika hak tanah mereka terancam.
Maka, sesuai dengan keadaan itu Perayaan Orang Asal peringkat kebangsaan tahun ini katanya mengambil tema ‘Kembali ke asal’ dan ‘Hak Tanah Sekarang’ manakala bagai peringkat negeri Pahang, ia bertemakan ‘Memperkasakan Adat dan Kebudayaan’.
“Kembali ke asal bukan bermaksud menggalakkan Orang Asli kembali memakai cawat, bukan juga bermaksud menolak pembangunan, tetapi pembangunan perlulah bersesuaian dengan adat dan budaya Orang Asli yang sangat berhubung rapat dengan tanah dan alam.

Ironi tugu banjir Kelantan, kenapa nampak macam kayu balak?


tugu
Kita belum lupa peristiwa banjir besar Kelantan. Tragedi banjir lumpur tersebut telah membuat seluruh negara bertungkus-lumus menghantar bantuan setelah mendengar khabar air bahnya itu naik sehingga pucuk pokok getah.
Kita belum lupa gambar-gambar yang dihantar dari Kuala Krai, Manek Urai dan Gua Musang. Kita tidak lupa pada gambar sebuah rumah kampung boleh dihanyutkan air lalu tersangkut di atas sebuah rumah lain. Selain rumah, kenderaan juga kelihatan bertebaran, dipukul arus lalu terbalik dan tersadai di merata-rata.
Kita belum lupa bagaimana di Dabong, kayu-kayu balak yang dihanyutkan arus deras mematahkan jambatan, dan memutuskan laluan keretapi. Kawasan sekitarnya pula bagai padang jarak, pokok-pokok tercabut akarnya, rumah-rumah roboh, dan penduduk hanya berlindung dari panas matahari dengan sehelai kanvas.
Kita belum lupa bagaimana di Kuala Krai, berbulan-bulan orang meninggalkan pakaian untuk mangsa-mangsa banjir, yang akhirnya menjadi masalah sampah bertimbun, menambah kepada sampah-sampah sedia ada, berupa perabot dan perkakas yang bersalut lumpur, setelah ditenggelami air sehingga ke atap rumah.
Kita belum lupa bagaimana di Kampung Pasir Tumbuh, Gua Musang, rumah-rumah hilang lantai, dan diisi selut dan lumpur berkaki-kaki tebalnya. Belum campur rumah yang tercabut dari tiang dan tercampak ke sungai, serta sekolah yang menjadi tempat berlindung penduduk setempat. Jenuh mereka memulihkan diri, setelah pisau menoreh getah dihanyutkan air lalu mereka hilang ikhtiar hidup.
Kita belum lupa bagaimana lori-lori balak masih lagi keluar masuk, di laluan Gua Musang, melintas di hadapan khemah-khemah mangsa banjir, menerbangkan debu selut lumpur yang dihirup rakyat Kelantan selama berbulan-bulan lamanya.
Kita juga belum lupa sumpah seranah penduduk Kelantan terhadap kerajaan negeri, yang tiada berdaya menguruskan tragedi itu, sehingga terpaksa meminjam khidmat ‘Menteri Besar Swasta’ Datuk Husam Musa, dengan gabungan-gabungan NGO yang membina semula rumah dan memindahkan perkampungan ke kawasan yang lebih selamat.
Kita belum lupa bagaimana pada waktu itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang terkepit-kepit menghayun kayu golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama nun jauh di Hawaii, sebelum bergegas pulang setelah air banjir surut.
Kita belum lupa semua ini, meski tragedi banjir Kelantan telah jauh berlalu dan debu lumpurnya sudah dibersihkan.
Kita belum lupa tragedi ini, yang disifatkan ramai pihak sebagai simbolisme penyucian Tuhan, sebelum Kerajaan Negeri pimpinan PAS melaksanakan hukum hudud di negeri Wan Ismail Golok itu.
Kita belum lupa bagaimana kerajaan negeri kemudiannya dimaki hamun, setelah timbul gambar-gambar hutan dijarah khazanah balaknya, dan penguasa saling menuding jari menyalahkan sesama sendiri, dan kemudian bertindak menyalahkan DAP.

Silap swastakan urusan air, Sultan mahu Johor contohi Singapura

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata tidak dapat tidur memikirkan masalah bekalan air di negerinya.
Sultan Ibrahim Sultan IskandarPETALING JAYA: Pihak berkuasa tidak perlu memandang jaugh untuk belajar menguruskan air dengan baik, kata Sultan Johor yang berkata negara jiran Singapura boleh menjadi contoh.
Dalam wawancara bersama New Straits Times hari ini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata baginda pernah mengingatkan kerajaan negeri tentang kemungkinan krisis air melanda Johor.
Penswastaan Syarikat Air Johor juga merupakan kesilapan, katanya.
“Kini, saya dan menteri besar memerah otak cuba menyelesaikan masalah ini. Ia menyebabkan saya tidak dapat tidur,” kata Sultan Ibrahim, yang bagaimanapun berkata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak perlu dipersalahkan kerana beliau hanya memegang jawatan selepas penswastaan.
Katanya paras air rendah di dua empangan di negeri itu memaksa catuan air dikuatkuasakan, manakala bekalan air yang sepatutnya dijual kepada Singapura diambil alih.
“Kita tidak perlu pandang lebih jauh daripada Singapura untuk belajar menguruskan air. Jangan malu!” kata Sultan Ibrahim, yang menambah tidak perlu membelanjakan wang yang banyak dalam hal menguruskan air.
Sultan Ibrahim turut kesal dengan pengguna industri di Pasir Gudang yang menggunakan air yang banyak sehingga menafikan bekalan air kepada penduduk sekitar.
Katanya, kerajaan negeri perlu lebih berhati-hati membenarkan kilang beroperasi.
“Terdapat keadaan di mana kita menerima industri yang ditolak Singapura,” tambahnya.
Sejak 16 Ogos, pengguna di Kluang berdepan catuan air, manakala masalah air melanda Mersing sejak 5 bulan.

Rafizi: Adakah Johari mahu malukan PM?

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata kenyataan seorang menteri mengenai projek loji dandang wap di Kerteh Terengganu mungkin 'memerangkap' dan memalukan perdana menteri.
Kata Rafizi apabila Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani menimbulkan kembali isu pengurusan geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan keengganan kerajaan campur tangan membantu sekumpulan kontraktor bumiputera terlibat, ia secara tidak langsung mengaibkan Datuk Seri Najib Razak.
"Untuk mendapat latar belakang penuh mengenai isu ini, saya rujuk kepada lapan kenyataan media yang saya buat dari 15 April hingga 18 Jun 2014 untuk mendedahkan bagaimana Datuk Seri Najib campur tangan dalam pertimbangan pemberian geran R&D untuk membiayai projek komersil berkenaan.
"Saya ingin mengingatkan Datuk Johari bahawa Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan surat bertarikh 21 November 2013 kepada Datuk Dr Ewon Ebin (ketika itu menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Mosti) dengan satu minit tulisan tangan Najib sendiri meminta supaya MOSTI mempertimbangkan permohonan geran R&D berjumlah RM100 juta bagi projek yang diusahakan oleh NSE Resources Sdn Bhd (NSE).
"Pada 21 Januari 2014, menteri mengeluarkan surat kepada NSE menyatakan kelulusan pada prinsipnya untuk memberikan geran R&D berjumlah RM100 juta bagi projek komersil tersebut," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Semalam Johari dilaporkan berkata tidak adil untuk meminta keajaan menggunakan wang pembayar cukai bagi menyelesaikan tuntutan 16 kontraktor yang mendakwa dijanjikan bayaran RM26 juta bagi kerja dilakukan untuk projek loji berkenaan.
Dua cara PM boleh bantu
"Ini wang awam, wang anda, wang saya. Kita pembayar cukai, kita kena melindungi negara ini," katanya kepada Malaysiakini.
Loji di Kerteh itu dibangunkan sebuah syarikat swasta pada 2014 dan kerajaan - melalui Malaysian Venture Capital Management Bhd (Mavcap) - memiliki saham minoritu 25.8 peratus.
Kata Johari BiotechCorp juga meminjamkan RM63 juta untuk perniagaannya.
"Itu saja kaitannya. Keseluruhan (projek) itu diuruskan (pemegang saham majoriti syarikat itu)," katanya.
Rafizi berkata dia pernah membangkitkan isu berkenaan selama berbulan-bulan pada 2014 kerana mendapati ada campur tangan perdana menteri.

'Dakwa RM4 bilion dalam akaun Najib, Muhyiddin bankrap isu' - Salleh Keruak

Menteri Kabinet Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin "bankrap isu" apabila mendakwa perdana menteri mempunyai RM1 bilion dalam akaun peribadinya sebelum RM2.6 bilion dilaporkan secara meluas.
"Ia kelihatan seperti Muhyiddin bankrap isu dan itulah sebabnya dia perlu terus bercakap mengenai isu lama yang sama yang tidak lagi menarik minat kebanyakan rakyat Malaysia.
"Hakikatnya bahawa jika pembangkang tidak memainkan isu lama yang sama maka mereka tiada apa-apa lagi untuk digunakan," kata Salleh dalam blognya hari ini.
Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata Muhyiddin perlu sedar bahawa isu dan perkara-perkara berkaitan sumbangan 1MDB bukan instrumen yang boleh menggulingkan Datuk Seri Najib Razak.
"Jika benar, Najib telah keluar daripada pejabat sekarang dan BN tidak akan menunjukkan prestasi yang baik pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini dan pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Bila Muhyiddin akan menerima hakikat bahawa hal 1MDB dan derma dari Timur Tengah telah diperjelaskan lebih daripada sekali dan kini merupakan perkara yang telah ditutup?," soalnya.
Muhyiddin sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada parti barunya (Parti Bersatu Pribumi Malaysia) dan bersedia untuk pilihan raya umum akan datang, kata Salleh.
"Seperti yang ada sekarang kita tidak tahu sama ada Muhyiddin boleh menggerakkan tenteranya untuk pilihan raya akan datang dan mencabar Umno dan BN," katanya.
Muhyiddin pada Sabtu lalu berkata beliau mengetahui mengenai deposit ke akaun Najib selepas peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata dalam satu ceramah di Kelantan bahawa beliau "hampir pengsan" selepas melihat angka-angka dalam akaun bank peribadi Najib.

Isu projek NSE, Rafizi cadang Najib guna wang peribadi bayar kontraktor

Kontaktor terkial kial tidak dibayarKontaktor terkial kial tidak dibayar
Nasib malang yang menimpa sekumpulan kontraktor yang terlibat dalam satu projek yang gagal di Kerteh seharusnya diambil tanggungjawab terus oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata latar belakang penuh mengenai isu ini boleh dirujuk kepada 8 kenyataan media yang saya buat dari 15 April 2014 hingga 18 Jun 2014 untuk mendedahkan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dalam pertimbangan pemberian geran “research & development” (R&D) untuk membiayai projek komersil. lawati http://rafiziramli.com/category/skandal-geran-mosti/)
Beliau terkejut Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Johari Abdul Ghani memberi alasan kononnya Kerajaan Persekutuan tidak boleh campur tangan kerana ia tidak adil kepada rakyat; kononnya isu komersil perlu diselesaikan oleh syarikat-syarikat terbabit sahaja tanpa melibatkan wang rakyat.
"Saya tidak pasti sama ada Dato’ Johari Abdul Ghani tidak ingat bahawa saya pernah membawa isu ini selama berbulan-bulan dalam tahun 2014 kerana ia melibatkan campur tangan Perdana Menteri sendiri.
"Atau Dato’ Johari Abdul Ghani memang sengaja mahu memalukan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Beliau mengingatkan Datuk Johari Abdul Ghani bahawa Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu surat bertarikh 21 November 2013 kepada Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri MOSTI ketika itu dengan satu minit tulisan tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri meminta supaya MOSTI mempertimbangkan permohonan geran R&D berjumlah RM100 juta bagi projek yang diusahakan oleh NSE Resources Sdn Bhd (NSE).
"Pada 21 Januari 2014, Datuk Dr Ewon Ebin mengeluarkan surat kepada NSE menyatakan kelulusan pada prinsipnya untuk memberikan geran R&D berjumlah RM100 juta bagi projek komersil tersebut (dengan merujuk kepada surat asal dari NSE)," katanya.
Implikasi kenyataan Datuk Johari Abdul Ghani semalam katanya, memerangkap Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana ia menimbulkan kembali isu yang saya dedahkan dahulu mengenai pengurusan geran R&D yang terdedah kepada penyelewengan akibat campur tangan pihak lain.
"Tindakan Dato’ Seri Najib membiarkan kontraktor-kontraktor Bumiputra ini terkontang-kanting hingga ada yang dikejar Along adalah sangat tidak berperikemanusiaan kerana kontraktor-kontraktor ini memulakan kerja berdasarkan tindakan Datuk Seri Najib yang memberi isyarat bersetuju memberikan geran R&D RM100 juta itu.

Mahkamah arah KDN bayar gantirugi kepada The Edge


The Edge berjaya dalam tuntutan gantiruginya dari KDN.The Edge berjaya dalam tuntutan gantiruginya dari KDN.
Menteri Dalam Negeri dan ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri diarahkan membayar kerugian terhadap The Edge Communications Sdn Bhd susulan penggantungan akhbarnya antara 23 Julai hingga 21 September tahun lalu.
Perintah itu dibuat Mahkamah Rayusan susulan tiga panel hakim diketuai Mohd Zawawi Mohd Salleh menolak rayuan KDN terhadap perintah ganti rugi itu atas alasan tidak layak.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung permit The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily untuk tempoh tiga bulan berkuatkuasa 27 Julai 2015 lalu.
The Edge dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima surat daripada KDN yang menyatakan laporan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh kedua-dua penerbitan tersebut ‘memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menimbulkan keresahan umum atau mungkin memudaratkan kepentingan awam dan negara.’
Turut dinyatakan, surat tersebut juga mengandungi amaran yang berbunyi sekiranya pihak The Edge gagal untuk menghentikan penerbitan selama tiga bulan, ia akan menyebabkan permit untuk kedua-dua penerbitannya itu ditarik balik.
Melalui kenyataan yang sama, penerbit dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat berkata beliau kecewa dengan keputusan itu.
Ekoran itu, The Edge memfailkan samannya terhadap KDN.
Pada 21 Sept 2015 Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membatalkan keputusan KDN menggantung The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan.
Berikutan keputusan tersebut dua penerbitan tersebut boleh meneruskan operasi dan mencetak.
Ekoran itu, The Edge memfailkan permohonan kepada KDN bagi menuntut gantirugi.

Tangkap MO1: Najib Razak lawan Mahathir, Pak Lah disekat di tengah-tengah

Tangkap MO1 - X-umno MEN Khairuddin vs Apandi (Malaysia Official 1, 1MDB, Najib)

Husam masuk AMANAH?

A home in Johor for less than RM100,000

Pulau Pinang diserang 'Badut Banglo'

'Selepas #TangkapMO1 di Dataran Merdeka, rancang jelajah ke kampus pula'

Buku RM15 Juta: Tan Sri direman tujuh hari

'Apa sudah jadi status laporan terhadap 1MDB dan Najib?'

Bangsa Johor: Kenapa Sultan Johor begitu keras jawab Mahathir?

Kenapa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar begitu keras terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Bangsa Johor?
Soalan itu mungkin bermain di minda kebanyakan orang selepas beliau meminta bekas perdana menteri tutup mulut daripada membuat kenyataan liar, selain menyifatkan Mahathir berkeliaran memecah belah rakyat.
Dalam wawancara dengan New Straits Times hari, beliau berdepan soalan sama: Kenapa tuanku begitu keras terhadap Mahathir?
“Sesiapa yang tidak tahu sejarah atau latar belakang isu tidak patut bercakap dengan pihak berkuasa (berkaitan isu itu).

“Seperti saya cakap sebelum ini, Bangsa Johor bukan ciptaan baru, dan tujuannya sentiasa untuk perpaduan, bukan perpecahan.

"Idea itu telah terbukti berjaya berkali-kali,” jawabnya.
Mahathir dalam satu forum berkata semangat kebangsaan Johor tidak sihat bagi Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan.
Sementara itu, ditanya sama ada parti politik baru pimpinan tokoh Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memecahbelahkan orang Melayu, Sultan Ibrahim menegaskan beliau tidak mencampuri urusan politik.

“Saya hanya mahu satukan semua bangsa Johor. Bukan sebaliknya. Itu saja yang boleh saya katakan,” katanya.
Muhyiddin kini menerajui Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas dipecat Umno.
kerana lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan 'derma' ke akaun peribadinya.
Mahathir dilantik penasihat parti serpihan Umno itu.

Beranikah Mereka Ke Luar Negara ...!!!

FAKTA:
1) Entah kenapa tiba2 kerajaan hanya berani hantar wakil kerajaan TPM Zahid Hamidi ke ULAANBAATAR, Mongolia pada Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia Eropah (ASEM) ke-11 2 pada bulan lepas (14/7/2016), BUKANNYA PM NAJIB.. sedangkan S'pore hantar PM mereka sendiri..

2) DAN JUGA kerajaan hanya berani hantar wakil kerajaan TPM Zahid Hamidi ke PBB, Amerika Syarikat minggu lepas (22/8/2016) bagi mempengerusikan debat terbuka pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

KENAPA HANTAR ZAHID HAMIDI ??
KENAPA TIDAK HANTAR PM NAJIB RAZAK ??!!

Patutler baru2 ini KJ mengaku sanggup digelar MACAI NAJIB !!!

Satu Malaysia & satu dunia dibohongi oleh pencacai & pemakan dedak UMNO derma RM2.6 bilion kononnya datang dari penyokong Umno mahupun derma Pak Arab..

KAH..!! KAH..!! KAH..!!

MALAYSIAN RAKYAT LAUGHING NON STOP.... WHAT JOKE OF THE DAY.

Najib kata Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB...

Apa ni? Merapu MENIPU tahap kronik.

Padahal 'JHO LOW' disebut LEBIH 300 kali dalam laporan DOJ..!!
Semakin byk menipu dalam 1MDB, semakin byk lah penipuan terbongkar..

Rakyat bayar, keluarga Najib & beranak belanja boros di AS.

RUPA-RUPANYA.. anak tiri Najib Razak, anak kandung Rosmah..RIZA AZIZ dan kawan rapatnya JHI LOW mampu menikmati hidup mewah melampau2 di AS dan didakwa Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dibiayai melalui wang yg diselewengkan drpd #1MDB.

PAKCIK KAMPUNG MAKCIK FELDA tahu tak maksud 'KLEPTOKRASI' !!!

Kleptokrasi disimpulkan berasal daripada cantuman perkataan "KLEPET" dan "KELENTONG" yang berselindung di sebalik demokrasi.
Hanya kerana #1MDB, NAJIB RAZAK dan JHO LOW, seluruh dunia dalam sekelip mata mula mengenali negara kita sebagai negara pencuri.
Malu beb... KECUALI BAGI MEREKA YANG SAMA-SAMA MENCURI !!!

Ali Tinju terus desak polis tangkap penganjur #TangkapMO1

Mahasiswa & anak muda punyai hak bersuara isu negara

Mahasiswa dan anak muda mempunyai hak kebebasan dalam menyuarakan pendapat dalam pelbagai hal yang melibatkan negara.
Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti Universiti Selangor (UNISEL), Amidi Abdul Manan, berkata mahasiswa adalah tunggak harapan negara yang mempunyai tanggungjawab besar untuk memimpin negara pada masa hadapan.
“Mereka juga dikelilingi maklumat berkaitan isu semasa yang berlaku pada masa kini, jadi tindakan mereka dalam menyertai perhimpunan seperti Tangkap MO1 adalah sebagai tindak balas anak muda terpelajar terhadap apa yang berlaku di negara ini.
“Ia juga menunjukkan anak muda benci kepada perkara yang boleh merosakkan nama negara,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.
Amidi berkata, tindakan itu juga sebagai proses kematangan pelajar yang prihatin tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.
“Jika pihak kerajaan mahupun universiti menyekat aktiviti mereka, itu adalah tindakan sia-sia dan ia hanya akan menambahkan amarah mereka.
“Bagi UNISEL, kita memberikan bimbingan serta memantau pelajar yang terlibat sekiranya mereka melakukan perkara yang melampaui batas,” katanya.